Keputusan Guna Stadium Darul Makmur Untuk Piala Malaysia Dalam Masa Terdekat

Keputusan Guna Stadium Darul Makmur Untuk Piala Malaysia Dalam Masa Terdekat

KEPUTUSAN GUNA STADIUM DARUL MAKMUR UNTUK PIALA MALAYSIA DALAM MASA TERDEKAT KUANTAN, 11 NOVEMBER 2020: Kerajaan Pahang akan memberi keputusan mengenai permohonan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) yang mahu mengadakan kejohanan Piala Malaysia 2020 di negeri ini dalam tempoh terdekat. Menteri Besar Pahang, YAB. Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata, Kerajaan Pahang telah menerima permohonan untuk mengadakan kejohanan tersebut di Stadium Darul Makmur di sini bagi tujuan tersebut. “Memang kita ada terima (permohonan) daripada MFL tapi setakat hari ni kita belum buat apa-apa keputusan. “Kita akan merujuk kepada agensi-agensi yang berkaitan seperti Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pahang, Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Majlis Keselamatan Negara (MKN) Pahang, pihak stadium sendiri untuk kita perhalusi dan membincangkan perkara ini,” katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyerahkan sumbangan kepada mangsa ribut di Dewan Yee Hong, Indera Mahkota 2. Permohonan menggunakan Stadium Darul Makmur, ini adalah sebagai salah satu kaedah alternatif oleh pihak MFL selepas Kerajaan mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakkan Bersyarat (PKPB) di seluruh negeri di Semenanjung kecuali Pahang, Kelantan dan Perlis. Selain Stadium Darul Makmur, MFL juga mengemukakan permohonan untuk menggunakan Stadium Sultan Mohamad Ke-IV, Kota Bharu untuk aksi suku akhir, separuh akhir dan final. -PAHANGMEDIA Disediakan oleh Unit Komunikasi dan Media Pahang (UKOMP) #MajuTerusPahang #Pahang1st #KerajaanNegeriPahang #UKOMP Oleh: Ain Nadhirah Basha Foto: Mahathir Ali (LIPUTAN BERGAMBAR) .

View Full Text

Details

  • File Type
    pdf
  • Upload Time
    -
  • Content Languages
    English
  • Upload User
    Anonymous/Not logged-in
  • File Pages
    2 Page
  • File Size
    -

Download

Channel Download Status
Express Download Enable

Copyright

We respect the copyrights and intellectual property rights of all users. All uploaded documents are either original works of the uploader or authorized works of the rightful owners.

  • Not to be reproduced or distributed without explicit permission.
  • Not used for commercial purposes outside of approved use cases.
  • Not used to infringe on the rights of the original creators.
  • If you believe any content infringes your copyright, please contact us immediately.

Support

For help with questions, suggestions, or problems, please contact us