Bil. 77 Selasa 11 Disember 2001

MALAYSIA

PENYATA RASMI PARLIMEN

PARLIMEN KESEPULUH PENGGAL KETIGA MESYUARAT KETIGA KANDUNGAN

JAWAPAN-JAWAPAN LJSAN BAGI PERT ANY AAN-PERTANY AAN (Halaman 1)

USUL-USUL:

- Usul Perdana Menteri di bawah Peraturan Mesyuarat 27

Penghinaan terhadap Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat oleh YB bagi Batu Gajah (Halaman 13)

- Menangguhkan Bacaan Kali Kedua dan Ketiga Rang Undang-undang Di Bawah Peraturan Mesyuarat 62 (Halaman 89)

- Meminda Susunan Aturan Urusan Mesyuarat Di Bawah Peraturan Mesyuarat 14(2) (Halaman 90)

- Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 90)

- Meminda Jadual Kedua Akta Prosedur Kewangan 1957 (Pindaan 1972) Menambah Butiran Baru: Kumpulan Wang Amanah Sukan Negara (Halaman 130)

RANG UNDANG-UNDANG:

-Rang Undang-undang Bank Islam (Pindaan)2001 (Halaman 106)

-Rang Undang-undang lnstitusi Kewangan Pembangunan 2001 (Halaman 1 08)

- Rang Undang-undang Lembaga Kemajuan Perindustrian (Pemerbadanan) (Pindaan) 2001 (Halaman 120)

- Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Eiaun Kenangan) 2001 (Halaman 124)

- Rang Undang-undang Seri Pahlawan Gagah Perkasa (Eiaun Kenangan) (Pindaan) 2001 (Halaman 127)

Diterbitkan oleh: CAWANGAN DOKUMENTASI PARLIMEN MALAYSIA 2002 DR.11.12.2001

AHLI-AHLI DEWAN RAKYAT Yang Amat Berbahagia Tuan Yang di-Pertua, Tun Dr. Mohamed Zahir bin Haji Ismail, S.S.M., P.M.N., S.P.M.K., D.S.D.K. J.M.N. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Dato Seri Dr. Mahathir bin Mohamad, D.K.(Brunei), D.K.(Perlis), D.K.(Johor), D.U.K., S.S.D.K., S.S.A.P., S.P.M.S., S.P.M.J., D.P. (Sarawak), D.U.P.N., S.P.N.S., S.P.D.K., S.P.C.M., S.S.M.T., D.U.M.N., P.I.S. (Kubang Pasu) Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, D.G.P.N., D.S.S.A., D.M.P.N., D.J.N., K.M.N., A.M.N., S.P.M.S. (Kepala Batas) Yang Berhormat Menteri Pengangkutan, Dato' Seri Dr. Ling Liong Sik, S.P.M.P., D.G.S.M., D.P.M.P. D.P.M.S. (Labis) Menteri Kerja Raya, Dato' Seri S. Samy Vellu, S.P.M.J., S.P.M.P., D.P.M.S., P.C.M., A.M.N. (Sungai Siput) Menteri Perusahaan Utama, Dato' Seri Dr. Lim Keng Yaik, S.P.M.P., D.G.P.N, D.P.C.M. (Beruas) Menteri Tenaga, Komunikasi dan Multimedia, Datuk Amar Leo Moggie anak lrok, D.A., P.N.B.S. (Kanowit) Menteri Perdagangan Antarabangsa dan lndustri, Dato' Seri Rafidah Aziz, S.P.M.P., S.P.M.T., D.P.M.S., A.M.N. (Kuala Kangsar) Menteri Pertahanan, Dato' Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak, S.S.A.P, S.I.M.P., D.S.A.P., D.P.M.S., P.N.B.S., D.U.B.C.(T). (Pekan) Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar, Dato' Law Hieng Ding, P.N.B.S., K.M.N., P.B.S., P.B.J. (Sarikei) . Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar, S.P.M.J., S.P.D.K., D.P.M.J., S.M.J., A.M.N. (Kota Tinggi) Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin, P.I.S., B.S.I., S.M.J., P.S.M., S.P.M.J. (Pagoh) Menteri Kesihatan, Datuk Chua Jui Meng, D.I.M.P., S.I.M.P, S.M.J, P.I.S (Bakri) Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat, Dato' Dr. Siti Zaharah binti Sulaiman, S.I.M.P., D.S.A.P., D.I.M.P. (Paya Besar)

Menteri Penerangan, Tan Sri Dato' Seri Mohd. Khalil bin Yaakob, P.S.M., S.S.A.P., S.I.M.P., D.S.A.P., J.S.M., S.M.P. (Kuantan) Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Dato' Abdul Kadir bin Haji Sheikh Fadzir, P.G.D.K., D.S.D.K., A.M.K. (Kulim-Bandar Baharu) Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. Fong Chan Onn, D.M.S.M. (Selandar) Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Dato' Seri Ong Ka Ting, D.P.M.P. (Pontian) Menteri Pembangunan Usahawan, Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz, D.M.S.M., A.M.P., B.K.T. (Chenderoh) ii DR.11.12.2001

Yang Berhormat Menteri Pembangunan Luar Bandar, Dato' Haji Azmi bin Khalid, D.P.M.P., S.M.P., P.J.K. (Padang Besar) , Menteri Belia dan Sukan, Dato' Hishammuddin bin Tun Hussein, D.S.A.P., D.P.M.J. (Tenggara) Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Bernard Giluk Dompok (Kinabalu) Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Utama Dr'. Rais bin Yatim, S.P.N.S., D.S.N.S. (Jelebu) Menteri Pertanian, Datuk Dr. Effendi Norwawi, S.I.M.P., P.G.B.K., D.P.M.S., J.S.M., J.B.S., K.M.N., P.P.B. (Kuala Rajang) Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga, Dato' Hajah Shahrizat binti Abdul Jalil, D.I.M.P. (Lembah Pantai) Timbalan Yang di-Pertua, Dato' Haji Muhamad bin Abdullah, D.I.M.P., S.M.P., P.J.K. (Maran) Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Lim Si Cheng, P.I.S. (Senai) Timbalan Menteri Penerangan Dato' Haji Mohd. Khalid bin Mohd. Yunus, D.S.N.S. (Jempol) Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Dr. Leo Michael Toyad, P.G.D.K., J.B.S. (Mukah) Timbalan Menteri Kesihatan, Dato' Seri Dr. Suleiman bin Mohamed D.P.M.S., S.S.S.A(Titiwangsa) Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Peter Chin Fah Kui, P.G.B.K. (Miri) Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan lndustri, Dato' Kerk Choo Ting, D.P.M.P. (Taiping) Timbalan Menteri Kewangan, Dato' Chan Kong Choy, D.S.A.P., D.P.M.S. (Selayang) " Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato' S. Subramaniam, D.P.M.J., D.S.N.S., S.M.J. (Segamat) Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal, P.G.D.K. (Semporna) Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Douglas Uggah Embas, P.G.B .. K., P.B.S., A.B.S., A.M.N. (Betong) Timbalan Menteri Kewangan, Dato' Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh, D.S.S.A., S.M.S., S.S.A., K.M.N. (Kuala Langat) Timbalan Menteri Dalam Negeri, Dato' Chor Chee Heung, D.S.D.K., A.M.N., J.P. (Aior Setar) Timbalan Menteri Tenaga, Komunikasi dan Multimedia, Datuk Tan Chai Ho, P .J.N., K.M.N., A.M.N. (Bandar Tun Razak) Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Dato' G. Palanivel, D.S.S.A., S.S.A., P.J.K. (Hulu Selangor) Timbalan Menteri Selia dan Sukan, Datuk Ong Tee Keat, P.J.N., S.M.S. (Ampang Jaya) Timbalan Menteri Pengangkutan, Tan Sri Dato' Seri DiRaja Ramli bin Ngah Talib, P.C.M., S.P.C.M., A.M.N., J.P. (Pasir Salak) DR.11.12.2001 iii

Yang Berhormat Timbalan Menteri Pertanian, Dato' Seri Mohd. Shariff bin Haji Omar, D.G.P.N., D.M.P.N., P.P.T. (Tasek Gelugor) Timbal::m Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar, Dato' Zainal bin D::.nalan, P.J.K., K.M.N., J.S.M., D.P.M.S. (Sabak Bernam) Timtalan Menteri Dalam Negeri, Dato' Zainal Abidin bin Zin, D.P.M.P., P.M.P. (Bagan Serai) Mulia Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tengku Dato' Seri Azlan ibni Sultan Abu Bakar, S.P.T.J., D.S.A.S. (Jerantut) Timbalan Menteri Kerja Raya, Tuan Mohamed Khaled bin Haji Nordin P.I.S. (Johor Bahru) Timbalan Menteri Perusahaan Utama, Datuk Anifah Aman (Beaufort) Timbalan Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi, Dr. Tan Kee Kwong (Segambut) Timbalan Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat, Dr. Tiki anak Late (Mas Gading) Timbalan Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Dato' Dr. Ng Yen Yen (Raub) Timbalan Menteri Sumber Manusia, Dr. Abdul Latiff bin Ahmad (Mersing) Timbalan Menteri Pendidikan, Dato' Hon Choon Kim, D.S.N.S. (Seremban) Setiausaha Parlimen Kementerian Pertanian, Dato' Abu Bakar bin Taib, D.S.D.K., S.D.K., B.C.K., K.M.N., P.J.K. (Langkawi) Setiausaha Parlimen Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Abu Zahar bin lsnin, D.G.S.M., D.M.S.M., A.M.N. (Jasin) Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri, Puan Hajah Khamsiyah binti Yeop, P.P.T., A.M.N., A.M.P., P.M.P. (Gerik) Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Haji .Noh bin Haji Omar, D.P.M.S., D.M.S.M., K.M.N., A.S.A., P.J.K., J.P. (Tanjong Karang) Setiausaha Parlimen Kementerian Pengangkutan, Tuan lr. Donald Lim Siang Chai (Petaling Jaya Selatan) Setiausaha Parlimen Kementerian Kerja Raya, Datuk Yong Khoon Seng, D.S.P.N., K.M.N. (Stampin) Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Tuan Hashim bin Ismail, P.P.N., P.I.S. (Ledang) Setiausaha Parlimen Kementerian Tenaga, Komunikasi dan Multimedia, Tuan Chia Kwang Chye (Bukit Bendera) Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Tuan Wong Kam Hoong, K.M.N. (Sayan Baru) Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan, Tuan S. G. Sothinathan (Telok Kemang) Setiausaha Parlimen Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi, Dr. Robia binti Dato' Kosai (Muar) Setiausaha Parlimen Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat, Dato' S. Veerasingam, P.M.P., A.M.P, A.M.N. (Tapah) Setiausaha Parlimen Kementerian Pembangunan Usahawan, Datuk Rizalman bin Abdullah, P.G.D.K., J.P. (Tenom) iv DR. 11. 12.2001

Yang Berhormat Setiausaha Parlimen Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Puan Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim, P.B.S., P.P.B., (Santubong) Setiausaha Parlimen Kementerian Pendidikan, Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir (Sungai Petani) Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan lndustri, Datuk Fu Ah Kiow, D.I.M.P. (Mentakab) Drs. Haji Abu Bakar bin Othman (Jerlun) Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji Haron, S.M.K. (Rantau Panjang) Tun Abdul Ghafar bin Saba, S.S.M. (Batu Berendam) Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Haji Awang, D.S.S.S.M.T. (Marang) Tuan Haji Abdul Hamid bin Abdul Rahman (Sungai Benut) Tan Sri Dato' Seri Dr. Abdul Hamid Pawanteh, P.S.M., S.P.M.P. (Kangar) Dato' Haji Abdul Kadir bin Annuar, S.P.M.J., K.M.N., P.I.S., B.S.I., A.M.N. (Pulai) Tuan Abd. Rahman bin Yusof (Kemaman) Tan Sri Datuk Patinggi Abdul Taib Mahmud, S.P.M.J., S.P.M.T., S.S.S.A, S.S.A.P., S.S.D.K., P.S.M., S.P.M.B., D.G.S.M., P.K.C, D.P. (Kota Samarahan) Dato' Dr. Abdullah Fadzil bin Che Wan, D.P.C.M., P.C.M. (Bukit Gantang) Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop, B.K.T., J.P., D.M.S.M., K.M.N., D.C.S.M. (Aior Gajah) Dato' Haji Ahmad Husni bin Mohd. Hanadzlah, P.P.T., A.M.P. (Tambun) Datuk Ahmad Zahid bin Hamidi, D.M.S.M., P.P.T., P.J.K. (Bagan Datok) Raja Dato' Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar, D.S.A.P. (Larut) Tuan Alexander Nanta Linggi, A.B.S. (Kapit) Tuan Alwi bin Jusoh (Pasir Puteh) Tuan Haji Amihamzah bin Ahmad (Lipis) Datu Amirkahar bin Tun Datu Haji Mustapha (Marudu) Dato' Haji Badrul Hisham bin Abdul Aziz, D.P.M.S., A.S.A. (Hulu Lang at) Tuan Billy Abit Joo, K.M.N. (Hulu Rajang) Datuk Bung Mokhtar bin Radin, P.G.D.K., A.D.K., A.S.D.K. (Kinabatangan) Tuan Chang See Ten, P.I.S. (Gelang Patah) Tuan Haji Che Ghani bin Che Ambak, P.J.K. (Setiu) Puan Chew Mei Fun (Petaling Jaya Utara) Puan Chong Eng (Bukit Mertajam) Tuan Chow Kon Yeow (Tanjong) Tun Dato' Daim Zainuddin, D.G.S.M., S.S.M., S.P.M.S., D.H.M.S., S.S.A.P. (Merbok) Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor, D.S.D.K. (Pendang) Tuan Fong Kui Lun (Bukit Bintang) Puan Fong Po Kuan (Batu Gajah) DR.11.12.2001 v

Yang Berhormat Tuan Goh Kheng Huat (Nibong Tebal) Dato Goh Siow Huat (Rasah) Dato' Dr. Hasan bin Haji Mohamed Ali, D.I.M.P., S.M.S. (Parit Buntar) Tuan Hassan bin Mohamed (Besut) Tuan Henry Sum Agong, A.K. (Bukit Mas) Dato' Hew See Tong, D.P. M.P., J.P. (Kampar) Dato' Ho Cheong Sing, P.M.P., A.M.N. (lpoh Barat) Tuan Hoo Seong Chang (Kiuang) Tuan Husam bin Haji Musa (Kubang Kerian) Tuan Haji Ismail bin Noh (Pasir Mas) Tuan Jacob Dungau Sagan, J.B.S., K.M.N., P.P.B. (Baram) Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis, S.I.M.P., D.I.M.P., (Rompin) Dr. James Dawos Mamit, P.P.B., P.P.S. (Mambong) Tuan Jawah anak Gerang (Lubok Antu) Tuan Jimmy Lim Donald (Sri Aman) Tuan Joseph Mauh anak lkeh (Selangau) Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan, P.G.D.K., P.N.B.S., S.S.A.P., S.P.D.K. (Keningau) Tuan Joseph Salang anak Gandum (Julau) Tuan Juslie bin Ajirol, A.S.D.K. (Libaran) Data' Kamarudin bin Jaffar, B.C.M, D.S.N.S. (Tumpat) Tuan Kerk Kim Hock (Kota Melaka) Tan Sri Dato' Dr. K.S. Nijhar, P.S.M., S.P.M.J., J.M.N. (Subang) Tuan Kong Cho Ha (Lumut} Datuk Lau Ngan Siew, A.D.K., K.M.N., P.G.D.K. (Sandakan) Tuan Lee Kah Choon (Jelutong} Puan Lim Bee Kau, A.M.K., B.K.M., P.J.K. (Padang Serai) Tuan Lim Hock Seng (Bagan) Tuan Liow Tiong Lai, S.M.P. (Bentong) Dato' Loke Yuen Yow, D.P.M.P., A. M.P. (Tanjong Malim) Tuan Mah Siew Keong (Teluk lntan) Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar (Pokok Sena) Puan Hajah Mastika Junaidah binti Husin (Arau) Tuan Haji Mat Basir bin Rahmat (Parit) Dr. Maximus Johnity Ongkili, A.S.D.K., J.P. (Sandau) Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz, P.N.J., S.M.J., K.M.N., P.I.S., B.S.I., A.M.N., P.P.N. (Sri Gading) Tuan Mohamad bin Sabu (Kuala Kedah) Tuan Mohamed Nasir bin Che Daud (Kuala Krai) vi DR.11.12.2001

Yang Berhormat Tuan Mohamed Sayuti · bin Said, P.P.T., P.J.K., P.P.N. (Kuala Selangor) Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan, P.J.N., S.M.J., K.M.N., P.I.S., A.M.N., P.P.N. (Tebrau) Tuan Mohd. Amar bin Abdullah (Pengkalan Chepa) Tuan Mohd. Apandi bin Haji Mohamad (Jeli) Datuk Seri Panglima Mohd. Salleh bin Tun Md. Said Keruak, P.G.D.K. (Kota Belud) Datuk Mohd. Sarit bin Haji Yusoh (Temerloh) Tuan Mohd. Yusoff bin Mohd. Nor, P.P.N., J.M.N. (Machang) Dato' Mohd. Zain bin Omar, D.S.P.N., K.M.N., P.J.K, P.J.M., (Balik Pulau) Dato' lr. Mohd. Zin bin Mohamed, D.P.T.J., J.P. (Shah Alam) Tuan M. Shukrimun bin Shamsudin (Kuala Nerus) Tuan Muhamad bin Mustafa (Peringat) Tuan Haji Muhyidin bin Haji Abd. Rashid (Hulu Terengganu) Dato' Mustafa bin Ali, D.P.M.T. (Dungun) Datuk Napsiah binti Omar (Kuala Pilah) Tuan Nasharudin bin Mat lsa (Yan) Tuan Ng Lip Yong (Batu) Datuk Osu bin Sukam, S.P.D.K., P.G.O.K., D.A. (Papar) Datuk Peter Tinggom anak Kamarau, P.P.B., P.P.C., K.M.N., P.N.B.S., J.B.S., A.M.N., P.B.S. (Saratok) Tuan Philip Benedict Lasimbang, A.S.D.K. (Penampang) Puan P. Komala Devi, P.P.T. (Kapar) Datuk Railey bin Haji Jeffrey, P.G.D.K., J.M.N. (Silam) Tuan Ramli bin Ibrahim (Kota Bharu) Mulia Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah, O.K., P.S.M., S.P.M.K., S.S.A.P., S.P.M.S. (Gua Musang) Tuan Richard Riot anak Jaem (Serian) Tuan Robert Lau Hoi Chew, J.B.S., (Sibu) Tuan Ronald Kiandee, A.S.D.K. (Beluran) Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad, D.M.S.M., P.I.S. (Parit Sulong) Tuan Saupi bin Daud (Tanah Merah) Datin Paduka Hajah Seripah Noli binti Syed Hussin, D.S.S.A (Sepang) Dato' Shahnon bin Ahmad, D.S.D.K., K.M.N. (Sik) Tuan Shaziman bin Abu Mansor, A.N.S. (Tampin) Tuan Shim Paw Fatt, J.P. (Tawau) Tuan Haji Siam bin Haji Kasrin, K.M.N., P.I.S. (Batu Pahat) Datuk Song Swee Guan, P.G.B.S. (Bandar Kuching) DR.11.12.2001 vii

Yang Berhormat Dato' Suhaili bin Abdul Rahman, D.I.M.P., A.S.D.K. (Labuan) Puan Sukinam Domo (Satang Sa dong) Tan Sri Datuk Seri Amar Dr. Haji Sulaiman bin Haji Daud, S.I.M.P., D.A., D.S.S.A., P.N.B.S., J.B.S. (Petra Jaya) Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawi (Kuala Terengganu) Tuan Taib Azamudden bin Md. Taib, J.B.S., A.M.N. (Baling) Tuan Tan Kok Wai (Cheras) Dr. Tan Seng Giaw (Kepong) Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew, D.S.S.A (Kelang) Puan Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) Tuan Thong Fah Chong (lpoh Timur) Dato' Dr. Ting Chew Peh, D.P.M.S., D.P.M.P. (Gopeng) Dato' Seri Tiong King Sing, D.S.S.A., J.P. (Bintulu) Dato' Tiong Thai King, (Lanang) Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail (Permatang Pauh) Tuan Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, J.B.S., P.B.S. (Satang Lupar) Tuan Wan Nik bin Wan Yussof (Bachok) Tuan Wilfred Madius Tangau, J.P., A.D.K. (Tuaran) Dato' Yap Pian Hon, D.P.M.S., A.M.N., P.J.K. (Serdang) Dr. Yee Moh Chai (Tanjong Aru) Datuk Yong Teck Lee, P.G.D.K., P.J.N. (Gaya) Datuk Dr. Haji Yusof bin Haji Yacob, P.G.D.K., A.D.K. (Sipitang) Dato' Seri Hajah Zaleha binti Ismail, D.P.M.S., S.M.S, K.M.N (Gombak) Tuan Zawawi bin Haji Ahmad (Padang Terap) Dato' Zulhasnan bin Rafique, D.I.M.P., A.M.N. (Wangsa Maju) MENTERI/TIMBALAN MENTER! (SENATOR) Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Brig. Jen. (B) Datuk Abdul Hamid bin Haji Zainal Abidin, K.M.N., PAT., D.P.M.P., J.S.M., P.J.N. Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi, Tan Sri Datuk Kasitah Gaddam, P.S.M., P.G.D.K., J.S.M. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Pandikar Amin Haji Mulia Menteri Pendidikan, Tan Sri Dato' Seri Musa bin Mohamad, P.S.M., D.P.M.N., D.P.C.M. Timbalan Menteri Pendidikan, Dato' Abdul Aziz bin Shamsuddin, D.M.S.M., D.P.M.S. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tengku Dato' Adnan bin Tengku Mansor, K.M.N., D.S.D.K., D.I.M.P., D.S.A.P., P.J.N. Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk M Kayveas, P.J.N. Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan, Datuk Zainudin bin Maidin, P.J.N., J.M.N., S.M.S., A.M.K. viii DR.11.12.2001

~...... :. DEWAN RAKYAT

PEGAWAI-PEGAWAI KANAN

Setiausaha Dewan Rakyat Datuk Mohd. Salleh bin Haji Hassan

Ketua Penolong Setiausaha Roosme binti Hamzah Zamani bin Haji Sulaiman Haji Mustakin bin Salamat Shahrom bin Haji Hasan

Penolong Setiausaha Haji Mustafa bin Abdul Rahman Ruhana binti Abdullah Riduan bin Rahmat

PETUGAS-PETUGAS JURUBAHASA SERENTAK CAWANGAN DOKUMENTASI Ungku Fauzie bin Ungku A. Rahman Azhari bin Hamzah Mazidah binti Mohamed Monarita binti Mohd. Hassan Hajah Paizah binti Haji Salehuddin Hajah Shamsiah binti Mohd. Yusop Mohamed bin Osman BENTARA MESYUARAT Hajah Norishah binti Mohd. Thani Mejar (B) Zakaria bin Salleh Zaiton binti Yaacob Mejar (B) Kamaruddin bin Abdullah Abd. Talip bin Hasim Lt Kol (B) Mohamed Nor bin Mohd. Darus Ramlah binti Mohd. Yusuff Jamilah lntan binti Haji Bohari PETUGAS PETUGAS Nurziana binti Ismail CAWANGAN KOMPUTER Noor Effarizan binti Mat Satib Mohd Shah bin Rahman Taharah binti Mohamed Sulaiman bin Sirad Nik Elyana binti Ahyat Azzahar bin Hashim Marzila binti Muslim Syed Azuddin bin Syed Othman PETUGAS-PETUGAS Habibunisah Mohd. Azir CAWANGANPERUNDANGAN Abu Bakar bin Hasan Mohd. Shariff bin Hussein Azmi bin Othman PETUGAS-PETUGAS Zafniza binti Zakaria CAWANGAN MESIN CETAK Mohd. Sidek bin Mohd. Sani Kamal bin Oyub Ruhana binti Mohd. Sani Haji Latif bin Ismail Mazlina binti Ali Kamaroddin bin Mohd. Yusof Norlaila binti Abdullah Sidi Alias bin Mohd. Nor DR.11.12.2001

MALAYSIA DEWAN RAKYAT Selasa, 11 Disember 2001 Mesyuarat dimulakan pada pukul10.00 pagi DOA

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

1. Dato' Yap Pian Hon [Serdang] minta Menteri Kerja Raya menyatakan:- (a) bilakah program penswastaan Jabatan Bekalan Air Selangor akan dilaksanakan dan syarikat yang akan diberikan konsesi tersebut dan nyatakan skop dan perkhidmatannya; dan

(b) apakah reaksi para pegawai dan kakitangan Jabatan itu terhadap penswastaan ini.

Menteri Kerja Raya [Dato' Sari S. Samy Vellu]: Tuan Yang di-Pertua jawapan bagi soalan;

(a) Kerajaan negeri telah memutuskan untuk tidak melaksanakan cadangan penswastaan Jabatan Bekalan Air Selangor sebaliknya telah memilih supaya ia dikorporatkan. Terlebih dahulu keputusan tersebut diambil oleh kerajaan negeri setelah meneliti dan mengambil kira tentang kewangan terhadap tanggungan dan defisit bagi projek­ projek bekalan air sedia ada di negeri Selangor.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Dewan Undangan Negeri Selangor pada 1 November 2001 yang lalu telah meluluskan Enakmen Bekalan Air Syarikat Pengganti bagi membolehkan JBAS dikorporatkan menjadi Perbadanan Urus Air Selangor iaitu PUAS Berhad. Adalah dijangkakan pengkorporatan tersebut akan dapat dilaksanakan pada tahun hadapan.

(c) Keputusan kerajaan negeri untuk tidak melaksanakan penswastaan JBAS disambut dengan reaksi yang berbeza­ beza oleh kakitangannya. Walau bagaimanapun, secara amnya mereka menyambut baik langkah kerajaan negeri untuk mengkorporatkan JBAS di mana semua kakitangan akan mendapat faedah melalui skim perkhidmatan yang lebih baik.

Dato' Yap Pian Hon: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Jabatan Bekalan Air Selangor akan dikorporatkan pada tahun depan dan saya minta pendapat daripada Yang Berhormat Menteri supaya memberi penjelasan lebih lanjut, selepas dikorporatkan, apakah bentuk perkhidmatannya. Adakah sama termasuk rancangan untuk menukar paip-paip yang lapuk atau bagaimana berkaitan dengan tarif air, sama ada akan berubah selepas itu?

Dato' Seri S. Samy Vellu: Tuan Yang di-Pertua, air dalam kuasa kerajaan negeri. Kerajaan Persekutuan boleh juga memberi nasihat, merancang dan selepas itu boleh memberi nasihat. Kami tidak mempunyai apa-apa kuasa untuk mengambil alih oleh mana-mana Jabatan Bekalan Air di seluruh negara ini.

Jadi kami tiap-tiap hari selama ini menghadapi beberapa masalah iaitu laporan yang kita dapat daripada rakyat jelata, pemeriksaan paip dan juga beberapa masalah berkenaan bekalan air sedang dilakukan. Tetapi Kerajaan Negeri Selangor, selepas 2 DR.11.12.2001 saya telah mengadakan perbincangan der'lgan mereka, mereka memberitahu kepada saya mereka ada juga tanggungan hutang yang besar belum dapat diselesaikan.

Melalui penswastaan, mereka tidak boleh dapat menyelesaikan hutang besar yang ada di negeri Selangor sekarang. Selain daripada itu, Kerajaan Persekutuan telah memberi pinjaman RM500 juta untuk memperbaiki keadaan paip dan juga menukar paip-paip baru daripada 'cement asbestos pipe' kepada paip dengan besi tetapi apa jawapan yang kita dapat daripada Kerajaan Negeri Selangor iaitu minta pinjaman itu ditukar sebagai grant tetapi Kerajaan Persekutuan tidak berminat untuk menukar itu sebagai geran.

Oleh kerana itulah ada sedikit masalah sekarang. Jadi kita belum adakan apa-apa keputusan macam mana kita akan memperbaiki paip-paip yang lama, macam mana kita tukar paip lama dan juga macam manakah paip yang rosak dipindahkan ke kawasan-kawasan lain dengan paip-paip baru, semuanya dalam proses sekarang. Saya minta lbu pejabat Jabatan Bekalan Air untuk mendapatkan keterangan lebih lanjut daripada Kerajaan Negeri Selangor di mana barangkali kita sendiri melaksanakan projek itu. lni bererti Kerajaan Persekutuan akan memperbaiki keadaan paip-paip sedia ada.

Tuan Lim Hock Sang: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Setahu umum, bekalan air kebanyakan bidang kuasanya terletak di kerajaan negeri masing-masing. Bolehkah Yang Berhormat memberitahu, peranan Kementerian Kerja Raya dalam hal mengatur dan memberi nasihat atau memberi apa-apa pertolongan kepada kerajaan dalam urusan bekalan air.

Dato' Sari S. Samy Vellu: Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, tugas Kerajaan Persekutuan macam ambulans. Bila dia sakit, kita ambil tindakan. Kita hantar dia pergi hospital. Masa itu kita kena bayar. Seperti Ahli Yang Berhormat sedar beberapa tahun dahulu ada juga beberapa banyak masalah berkenaan air. Kerajaan Persekutuan telah berbelanja lebih daripada RM150 juta dalam tempoh 3 bulan untuk memperbaiki keadaan bekalan air kepada negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan.

Lebih daripada itu, kita tidak mempunyai apa-apa kuasa untuk memberi nasihat kepada mereka. Walau bagaimanapun, saya percaya mengkorporatkan Jabatan Bekalan Air Selangor akan membawa sedikit tindakan-tindakan baru untuk mengatasi masalah ini.

[Soalan No. 2 - Y.B. Datin Paduka Hajah Seripah Noli binti Syed Husin [Sepang] tidak hadir]

3 Tuan Saupi bin Haji Daud [Tanah Merah] minta Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan menyatakan, apakah peranan serta sumbangan yang telah dimainkan oleh lstana Budaya di dalam melahirkan seniman teater serta memperkenalkan Budaya Nasional kepada pelancong asing dan masyarakat tempatan sejak bangunan tersebut disiapkan pada tahun 1995.

Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan [Dato' Abdul Kadir bin Haji Sheikh Fadzir]: Tuan Yang di-Pertua, lstana Budaya di bawah naungan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan sentiasa menguji bakat setiap barisan pelakon yang diambil berlakon dan produksinya atau pun produksi-produksi lain yang diberi peluang untuk menggunakan kemudahan lstana Budaya.

Mereka yang berbakat, berilmu dan mempunyai disiplin diri yang kuat sahaja diambil untuk diketengahkan sebagai seniman Malaysia yang mempunyai potensi untuk mencapai tahap profesional. Tetapi dalam hubungan ini suka juga saya nyatakan bahawa usaha untuk memperbanyakkan lagi seniman teater bukan sahaja diserahkan kepada lstana Budaya tetapi ianya juga dibuat menerusi berbagai-bagai badan yang lain seperti badan kebudayaan negeri-negeri dan juga Akademi Seni Kebangsaan dan badan-badan lain yang berkaitan dengan kebudayaan.

Mengenai usaha untuk memperkenalkan budaya kita kepada pelancong, sukacita saya nyatakan bahawa lstana Budaya turut mempersembahkan dramatari, konsert klasik serta drama bertemakan sejarah dan budaya tanah air dalam Bahasa lnggeris untuk menarik pelancong asing. Di samping itu, lstana Budaya juga DR.11.12.2001 3 menyediakan tenaga kepakaran untuk membantu dan menasihatkan badan-badan budaya yang lain seperti di hotel-hotel, di negeri-negeri termasuk juga di luar negara. Kita juga mempunyai banyak badan budaya yang duduknya di bawah naungan pejabat tourism Malaysia dan juga kedutaan-kedutaan ~esar kita.

lstana Sudaya menghantar tenega kepakaran untuk membantu dan menasihatkan, menubuhkan badan-badan tarian dan sebagainya. lnilah satu cara memperkenalkan atau pun lstana Sudaya memperkenalkan budaya kita ke luar negara dan dalam masa yang sama menarik pelancong.

Tuan Saupi bin Haji Daud: Terima kasih kepada Yang Serhormat Menteri. Kalau kita lihat dari segi kos pembinaan lstana Budaya ini amat tinggi melebihi daripada RM50 juta dan juga maintainance nya setiap tahun juga tinggi. Tetapi saya ingin menarik perhatian kerana usaha-usaha yang dibuat oleh kementerian untuk menarik lebih ramai pelancong, kita hendakkan lstana Sudaya ini jadi seindah namanya dan se megah namanya, lstana Sudaya.

Cuma kalau saya lihat dan saya perhatikan bahawa kalau pelancong asing datang ke negara kita, ke Kuala lumpur, susah bagi pelancong-pelancong ini untuk melihat atau mendapatkan tempat yang sesuai bagi melihat sendiri kebudayaan nasional yang dikata hasil daripada masyarakat kita masyarakat majmuk. Mereka terpaksa pergi ke negeri-negeri, itu saya rasa suatu kesulitan.

Jadi boleh tidak kalau pihak kementerian menghidupkan lstana Sudaya ini, mengadakan program bulanan atau mingguan supaya pelancong-pelancong ini tahu di mana tempat yang sesuai untuk mereka mendapatkan, melihat sendiri secara lebih dekat budaya Malaysia, budaya rakyat Malaysia. Jadi minta pandangan.

Dato' Abdul Kadir bin Haji Sheikh Fadzir: Tuan Yang di-Pertua, lstana Sudaya didirikan bukan sahaja untuk pelancong tetapi juga untuk rakyat kita dan juga sedikit sebanyak untuk meningkatkan kesedaran rakyat kita juga mengenai budaya kita. Saya rasa peranannya untuk perkara-perkara yang berkaitan soal-soal kebudayaan dalam negeri adalah lebih panting lagi daripada untuk menghiburkan pelancong sahaja.

Tetapi sebagaimana Yang Serhormat mungkin sudah dengar, kita sekarang menggalakkan semua hotel mengadakan in-house badan kebudayaan masing-masing. Segitu juga di semua peringkat di negeri-negeri dan Majlis-majlis Perbandaran yang besar-besar, mereka juga ada badan-badan budaya mereka. Segitu juga di sekolah­ sekolah dan kita mempersembahkan juga budaya Malaysia, bukan budaya peribumi sahaja tetapi juga kebudayaan kaum-kaum semua yang terdapat di Malaysia termasuk di Sabah dan Sarawak.

Jadi begitu luas, pelancong kita bila dia datang, dia pergi ke merata-rata. Dia turun dari Kuala Lumpur terus kadang-kadang ke Kelantan, Langkawi dan sebagainya. Jadi kita hendak sediakan kemudahan-kemudahan kebudayaan itu di semua tempat yang mereka berada. Sukan hanya di lstana Sudaya sahaja.

Datuk Dr. Haji Yusof bin Haji Yacob: Terima kasih Tun, soalan tambahan. Terima kasih jawapan Menteri tadi. Negara kita dikenali sebahagian besarnya melalui pelancongan dan melalui budaya ini Malaysia juga dikenali tetapi minat pelancong dan orang ramai terhadap budaya ini adalah bergantung kepada kualiti, nilai dan juga bakat orang yang mempersembahkan kebudayaan tersebut.

Dimaklumkan tadi juga bahawa lstana Sudaya ini melatih. Apakah ini sejajar atau pun boleh dikata sama dengan akademi untuk melatih pelakon-pelakon ataupun aktivis kebudayaan dan apakah lstana Sudaya ini diselaraskan ataupun ada penyelarasan dengan badan-badan yang lain di luar negara supaya ia lebih menyerlah dan apakah ia juga menjadi jalan kepada rakyat Malaysia untuk ke tahap yang lebih tinggi. Misalnya ada kaitan dengan Hollywood, Bol/ywood, Hong Kong dan sebagainya. Apakah ini juga diperkenalkan begitu? Terima kasih.

Dato' Abdul Kadir bin Haji Sheikh Fadzir: Tuan Yang di-Pertua, kita mempunyai suatu bahagian di kementerian iaitu Sahagian Kebudayaan. Sahagian inilah yang selalunya membuat kajian mengenai dasar-dasar kebudayaan dan sebagainya dan juga berusaha untuk menyelaraskan kegiatan-kegiatan kebudayaan di 4 DR.11.12.2001

seluruh negara dan juga mengenai badan-badan kebudayaan yang duduknya di bawah naungan Tourism Malaysia dan juga kedutaan-kedutaan besar kita di luar negara. Jadi, penyelarasan itu sepanjang masa dibuat dan kita juga berusaha sepanjang masa untuk meningkatkan kualiti budaya kita dan sebagainya.

, [Soalan No. 4- Y.B. Dato' Haji Suhaili bin Abdul Rahman [Labuan] tidak hadir]

5. Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawi [Kuala Terengganu) minta Menteri Kewangan menyatakan, sebab-sebab kejatuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun ini dan apakah ini mempunyai kaitan dengan krisis keyakinan yang sedang dialami oleh negara kita.

Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan [Tuan Hashim bin Ismail] Tuan Yang di-Pertua, Bismillahir Rahmanir Rahim. Seperti Ahli-ahli Yang Berhormat sedia maklum, pada awal tahun 2001, prestasi ekonomi Malaysia mula terjejas berikutan pertumbuhan ekonomi dunia yang perlahan disebabkan oleh kelembapan ekonomi di Amerika Syarikat dan kerapuhan ekonomi Jepun serta perkembangan ekonomi yang sederhana di Eropah.

Keadaan ini diburukkan lagi oleh serangan pada 11 September ke atas Amerika Syarikat serta tindak balas ketenteraan di Afghanistan. Senario ekonomi dunia semakin tidak menentu, manakala pasaran kewangan dan perdagangan antarabangsa turut terjejas. Perkembangan ini akan melambatkan lagi usaha pemulihan ekonomi Amerika Syarikat dan jika berterusan serta bertambah serius, berkemungkinan akan menyebabkan ekonomi dunia mengalami kemelesetan dan seterusnya memberi kesan yang negatif ke atas ekonomi negara kita.

Ekoran daripada perkembangan tersebut, keluaran dalam negara kasar (KDNK) negara yang tumbuh secara pesat pada kadar 8.4% selama 7 tahun berturut­ turut sejak suku kedua tahun 1999 telah mengalami penurunan kepada kadar positif 3.1% pada suku pertama dan 0.5% pada suku kedua. Tetapi merosot 1.3% pada suku ketiga tahun ini.

Sungguh pun begitu, tahap kegiatan ekonomi sebenamya terus berkembang dan tidak berada dalam kemelesetan teknikal. Bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun ini, KDNK negara masih mencatat pertumbuhan positif iaitu 0.7% dan adalah dijangkakan prestasi suku keempat akan lebih baik berikutan dengan langkah-langkah rangsangan kerajaan serta kesan daripada peningkatan perbelanjaan di musim perayaan ini. Dengan demikian KDNK bagi keseluruhan tahun 2001 dijangka terus berkembang pada kadar positif.

Tuan Yang di-Pertua, walaupun perkembangan ekonomi negara tidak seteguh tahun lepas, ianya tidak mempunyai sebarang kaitan dengan krisis keyakinan seperti yang didakwa oleh Ahli Yang Berhormat. Perlu ditegaskan bahawa prestasi ekonomi yang perlahan turut dirasai oleh negara-negara lain termasuk negara-negara maju, malah terdapat beberapa negara di rantau Asia yang sudah pun mengalami kemelesetan teknikal seperti Singapura dan Taiwan. Sebaliknya negara kita masih berupaya mencatat pertumbuhan positif berkat daripada kecekapan dasar pragmatik kerajaan serta sokongan padu oleh semua rakyat sekalian dalam menggerakkan ekonomi negara. Terima kasih.

Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawi: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih, soalan tambahan. Dalam melihat kejatuhan KDNK negara ini, saya ingin mendapat penjelasan perkaitannya dengan beberapa peristiwa yang berlaku di negara kita, yang pertamanya persoalan Malaysia yang telah disenaraikan sebagai salah satu negara yang mempunyai kumpulan terrorist.

Dan yang keduanya, pengisytiharan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam dan keluarnya satu risalah bahawa Kerajaan UMNO akan meiaksanakan syariah, akan melaksanakan hukum-hukum syariah di Malaysia ini, apakah dengan kedua-dua perkara ini ianya juga mempunyai kesan dari sudut KDNK negara dan juga pelaburan asing yang ada.

Tuan Hashim bin Ismail: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat bagi Kuala Terengganu. Sebenarnya Yang Berhormat, senario politik dunia sekarang DR.11.12.2001 5 ini di mana menyaksikan kelembapan ekonomi secara menyeluruh dan merata, maka saya rasa apa yang berlaku di Malaysia sebenarnya tidak ada kaitan langsung dengan krisis keyakinan seperti Yang Berhormat sebut itu. Kerana kalau kita lihat, negara­ negara gergasi ekonomi dunia, termasuk Jepun, Singapura, Taiwan, kesemuanya mengalami kejatuhan KDNK mereka.

Singapura misalannya, tiga suku berturut-turut telah mengalami kejatuhan KDNK. Pada suku pertama 0.2%, suku kedua 0.9%, suku ketiga- menguncup 5.6%. Jepun pun begitu. Taiwan juga mengalami kejatuhan KDNK secara berturut-turut untuk suku kedua dan ketiga dan malah Amerika sendiri.

Jadi, saya rasa hubungan di antara kejatuhan KDNK dengan krisis keyakinan Yang Berhormat sebutkan itu tidak ada kaitan sama sekali, malah negara kitalah yang paling kukuh keyakinan berdasarkan kepada prestasi kita sepanjang tahun ini. Sedangkan negara lain bergelut untuk memulihkan ekonomi mereka, kita masih mampu tumbuh 3.1% pada suku pertama dan suku kedua, negara lain masih bergelut untuk menyelamatkan ekonomi masing-masing, kita masih mengalami pertumbuhan 0.5%.

Walaupun suku ketiga ini agak menguncup 1.3% tetapi keseluruhan tahun ini kita jangkakan kita akan mengalami pertumbuhan positif walaupun Yang Berhormat sebut tadi, negara kita ada dikaitkan dengan terrorism - keganasan, perisytiharan Malaysia sebagai sebuah negara Islam dan juga pelaksanaan hukum syariah dan sebagainya.

Kesemuanya itu tidak mendatangkan apa-apa kesan kepada pertumbuhan ekonomi negara kita, malah apa yang berlaku, ketiga-tiga elemen Yang Berhormat sebutkan tadi, sebenarnya membantu negara kita untuk menjadi sebuah negara yang diminati ataupun dapat menarik para pelabur daripada Asia Barat misalnya, negara Islam yang lain, OIC.

Jadi, saya rasa dan saya katakan bahawa perisytiharan Malaysia sebagai sebuah negara Islam dan langkah-langkah lain yang disebut oleh kerajaan tidak ada mendatangkan kesan apa-apa kepada pertumbuhan KDNK kita, malah tahap keyakinan lebih baik di Malaysia daripada negara-negara lain di dunia dan khususnya di rantau ini.

Jadi, saya rasa soal krisis keyakinan dalam konteks ini tidak timbul, tidak perlu dan tidak relevan sama sekali dan insya-AIIah kita akan terus dengan memacu pembangunan negara ini dan apa yang berlaku sekarang ini masih membolehkan kita menjadi sebuah negara yang punya ketahanan sendiri dan mampu berdepan dengan cabaran daripada luar. Terima kasih.

Dr. Maximus Johnity Ongkili: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Seperti mana yang disentuh oleh Yang Berhormat Setiausaha Parlimen tadi bahawa kedudukan ekonomi di Amerika Syarikat dan juga di Eropah itu mempunyai implikasi besar ke atas pertumbuhan KDNK negara kita. Gambaran ini memberi pandangan bahawa masalah yang dihadapi adalah sekadar masalah permintaan tetapi adakah ini sebenarnya seperti begitu bahawa masalah yang mempunyai implikasi besar ke atas pertumbuhan KDNK yang mana 0.7% pada penggal yang terakhir, sekadar kerana penurunan ataupun kemerosotan kadar permintaan komoditi kita, bagaimana dari segi soal competitiveness, dengan izin, dari segi pasaran modal kita, bukankah itu juga mempunyai implikasi khususnya dari segi pelaburan asing.

Jadi, dalam segi ini, bolehkah Yang Berhormat menekankan bahawa adakah faktor keyakinan dari segi pelaburan itu antara faktor yang menyebabkan juga penurunan pertumbuhan KDNK. Terima kasih.

Tuan Hashim bin Ismail: Tuan Yang di-Pertua, saya agak bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat bahawa di antara faktor yang paling utama mengapa merosotnya KDNK kita ataupun prestasi KDNK kita agak tidak begitu cemerlang sepanjang tahun ini kerana lemahnya permintaan sektor elektrik dan elektronik daripada rakan niaga kita yang terbesar iaitu Amerika Syarikat tetapi Yang Berhormat, perkembangan mutakhir ini memperlihatkan bahawa sudah ada satu perkembangan yang agak positif di mana kita lihat pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat telah bermula dan seperti yang disebut oleh Robert Mandell iaitu pemenang anugerah Nobel 6 DR.11.12.2001

Prize, seorang pakar ekonomi mengatakan bahawa, Amerika akan pulih bermula daripada suku keempat tahun ini dan akan membawa ke sepanjang tahun 2002 dan seterusnya.

Jadi, kadar permintaan juga telah bertambah, kalau saya merujuk kepada jawapan pada statement yang disebut oleh Yang Berhormat Menteri Perdagangan Antarabangsa dan lndustri, bahawa eksport kita untuk barang-barang elektrik dan elektronik untuk bulan Oktober telah meningkat kepada 11.3%. Ertinya kita berada di dalam keadaan dalam zon yang positif untuk kita terus tumbuh dan berkembang.

Dan sebentar tadi Yang Berhormat sebut tentang competitiveness, saya akui juga bahawa faktor ini juga penting, tetapi negara kita seperti yang kita maklum, adalah kompetitif, bukan sahaja dari segi menarik FDI, ataupun kita mampu bertahan dari segi corporate governance nya, dan juga dari segi faktor-faktor lain bahawa kerana adanya unsur competitiveness itulah maka prestasi negara kita lebih baik daripada negara­ negara lain walaupun dalam keadaan ekonomi yang lembab, gawat ini, kita masih lagi memperlihatkan satu pertumbuhan yang baik, yang positif, lebih baik daripada negara­ negara lain, Singapura, Taiwan misalannya dan kalau saya banding dengan Indonesia, Philippines, tentu jauh lebih baik daripada negara-negara tersebut.

Jadi, kerana itulah maka berdasarkan kepada itu, saya merasakan bahawa negara kita mempunyai satu competitive edge yang begitu baik, yang begitu mantap dan membolehkan kita terus berkembang sebagai sebuah negara di mana ekonominya diurus dengan baik oleh kerajaan kita. Terima kasih.

6. Tuan Goh Kheng Huat [Nibong Tebal] minta Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar menyatakan, sama ada kementerian sedar penternakan burung layang­ layang semakin berkembang sekarang ini dan masalah kebimbangan rakyat terhadap pencemaran dari hasil pembiakan ini juga semakin tinggi. Adakah kementerian akan memberikan maklumat mengenai keadaan sebenar terhadap pencemaran industri burung ini supaya tidak wujudnya tempat pembiakan haram burung layang-layang ini.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar [Dato' Zalnal bin Cahalan]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat bahawa kita memang sedar akan berkembangnya perusahaan sarang burung layang­ layang yang semakin berkembang di negara ini. Seperti yang kita maklum bahawa perkembangan ini adalah satu yang tidak dirancang kerana perusahaan temakan ataupun sarang burung layang-layang ini datang secara natural ataupun secara semula jadi. Secara dasarnya, pihak kementerian memang menyokong akan perkembangan industri ini tapi ianya perlu dilaksanakan dengan baik agar tidak menjejaskan kesihatan dan tidak mencemarkan alam sekitar penduduk setempat.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat memandangkan bahawa kawalan terhadap perusahaan sarang burung layang-layang ini melibatkan juga agensi kerajaan yang lain maka satu bengkel mengenai perusahaan sarang burung layang-layang telah diadakan pada April 2001 di Pulau Pinang. Bengkel ini telah melibatkan semua agensi kerajaan yang berkaitan seperti Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan pihak berkuasa tempatan sendiri termasuk Universiti Sains Malaysia dan juga pengusaha sarang burung layang-layang.

Salah satu keputusan daripada bengkel tersebut ialah keperluan untuk menjalankan kajian bagi memastikan tahap pencemaran yang dihasilkan oleh industri ini sama ada dari segi kesihatan mahu pun alam sekitar. Dalam kegiatan ini pihak Universiti Sains Malaysia bercadang akan membuat susulan untuk mendapat sumber kewangan yang diperlukan bagi membolehkan penyelidikan yang lebih lanjut boleh dibuat. Pihak kementerian akan menyelaraskan mengenai perkara ini dan akan berbincang dengan agensi kerajaan yang lain untuk menyediakan satu garis panduan yang lebih menyeluruh bertujuan untuk memastikan industri sarang burung layang­ layang ini akan terus dapat berkembang dan be~alan dengan baik di samping itu tidak menjejaskan kesihatan dan mencemarkan alam sekitar. Terima kasih.

Tuan Goh Kheng Huat: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Saya ingin minta Timbalan Menteri menyatakan walaupun temakan burung layang-layang ini belum lagi dibenarkan sama ada penternakan burung layang-layang sedia ada ini, kementerian akan mengambil tindakan terhadap mereka dan juga sama DR.11.12.2001 7

ada kementerian mempunyai statistik mengenai bidang ini buat masa ini dan kementerian perlu mengambil masa berapa lama lagi untuk memberi kebenaran.

Dato' Zainal bin Cahalan: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat. Seperti yang telah saya sebut bahawa ternakan ini datang secara semula jadi dan perusahaan ini dibuatkan secara persendirian oleh mereka yang kebetulan didatangi oleh burung layang-layang ini. Sebahagian besar terdapat di Pulau Pinang sendiri. Sebelum ini, burung layang-layang adalah di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar dan merupakan adalah salah satu jenis spesies yang dilindungi dan kita telah buat keputusan untuk membuat pertukaran dan merubah peruntukan ini dengan membenarkan bahawa perusahaan ini dijalankan.

Jadi setakat ini terdapat kira-kira 719 buah kawasan ataupun rumah-rumah ataupun pengusaha-pengusaha yang menjalankan ternakan sarang burung layang­ layang di seluruh negara. Di antara yang terbesar ialah di dan juga di Pulau Pinang sendiri. Terima kasih.

Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawl: Persoalan burung layang-layang di kawasan Parlimen saya menjadi satu isu yang sensitif kerana sebagaimana Yang Berhormat sebut tadi bahawa perusahaan ini memberikan satu pulangan yang begitu tinggi dan di kawasan Parlimen saya ia tertumpu di Bandar Kampung Cina dan berbagai tindakan telah kami ambil tetapi mendapat tentangan yang hebat daripada masyarakat di Kampung Cina kerana sebagaimana yang kita ketahui memberikan satu pulang yang begitu tinggi.

Saya ingin mendapat penjelasan Yang Berhormat, kalaulah pihak kementerian boleh mengeluarkan satu garis panduan yang jelas dan juga memberikan satu peruntukan-peruntukan yang jelas, tempat-tempat yang dibenarkan dan tempat-tempat yang tidak dibenarkan. lni kerana kalau di Bandar Kampung Cina ini di tengah-tengah bandar dan ianya menjadi satu perusahaan yang dijalankan oleh peniaga-peniaga yang mempunyai kedai di bawah tetapi di atasnya mereka melaksanakan ataupun menjalankan perusahaan sarang burung layang-layang ini secara komersial, secara besar-besaran.

Jadi saya ingin mendapat penjelasan daripada Yang Berhormat tentang polisi dan garis panduan yang jelas yang boleh diambil oleh kerajaan-kerajaan negeri atau majlis-majlis perbandaran dan majlis-majlis daerah di negeri masing-masing.

Dato' Zainal bin Cahalan: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Yang Berhormat bahawa rekod yang ada pada kita menunjukkan bahawa di Terengganu sahaja terdapat 38 pengusaha yang menjalankan ternakan sarang burung layang-layang. Masalah yang timbul kerana seperti saya sebut tadi, dia datang secara semula jadi dan burung ini mempunyai instinct sendiri untuk memilih tempat ia nak datang. Jadi ini yang menjadi masalah kerana kita tidak boleh nak tetapkan ataupun tempatkan satu tempat tertentu misalannya dibuatkan bangunan yang ... , kita telah cuba sebenamya di Pulau Pinang dan ini kajian masih dijalankan sama ada dengan beberapa ciri tertentu, burung-burung ini mahu datang kerana sesetengah dia buatkan macam tape recorder itu, bunyi-bunyi burung supaya burung ini datang. Jadi nampaknya ada sedikit hasil yang menunjukkan bahawa burung ini mahu datang setelah rnendengar bunyi burung yang tiruan ini.

Jadi seperti yang disebut tadi bahawa selepas bengkel yang diadakan pada bulan April 2001, kita sedang meneliti mengenai hasil-hasil kajian dan tinjauan mengenai perkara ini dan kementerian akan cuba untuk menggariskan satu panduan yang jelas tentang perusahaan ini dan apabila ia siap nanti bersama-sama dengan pindaan mengenai Akta Perlindungan Hidupan Liar untuk membolehkan burung ini diternak maka kita akan memaklumkan untuk panduan kepada orang ramai. Terima kasih.

[Soalan No. 7 - Y.B Puan Hajah Mastika Junaidah binti Husain (Arau) tidak hadir] [Soalan No.8 - Y.B Dato' Mohd Sarit bin Hj. Yusoh (Temerloh) tidak hadir] [Soalan No. 9 - Y.B Tuan Haji Ismail bin Noh (Pasir Mas) tidak hadir]

10. Tuan Mohd Amar bin Haji Nik Abdullah [Pengkalan Chepa) minta Menteri 8 DR.11.12.2001

Pertahanan menyatakan, jumlah anggota tentera di Kern Pangkalan Chepa dan jumlah ini akan ditambah pada masa akan datang.

[Dewan riuh kerana Y. B. Menteri Pertahanan tidak hadir]

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat-Yang Berhormat, oleh sebab tiada siapa yang nak menjawab, jadi jawapannya ditangguhkan sebentar ya.

{Soalan No. 11- Y.B Puan Teresa Koh Suh Sim (Seputeh) tidak hadir]

12. Datuk Wira Abu Seman bin Yusop [Aior Gajah] minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan lndustri menyatakan, apakah bentuk perancangan yang dibuat bagi Malaysia menghadapi kawasan perdagangan be bas ASEAN (AFT A) 2003.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan lndustri [Dato' Seri Rafidah Aziz]: Tuan Yang di-Pertua, masih terdapat salah tanggapan bahawa AFTA hanya akan dilaksanakan tahun 2003. Sebenarnya AFTA telah mula dilaksanakan sejak tahun 1993 lagi dan kini berada di peringkat terakhir pelaksanaannya.

Menjelang 1 Januari tahun 2003 ASEAN yang terdiri dari negara-negara Brunei, Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand akan menjadi satu pasaran yang bersepadu. Oleh yang demikian industri-industri tempatan sebenarnya sedang bersaing dengan industri dari negara-negara serantau dalam keadaan tanpa perlindungan tarif. Sehingga kini 96.6% pada jumlah produk telah ditawarkan oleh Malaysia untuk konsesi tarif di bawah skim CEPT bagi AFTA. Daripada jumlah tersebut 90.8% telah pun berada pada kadar tarif tidak melebih 5% manakala 60.3% tidak dikenakan sebarang duti import. Penghapusan tarif serta kadar duti import yang rendah ini menunjukkan bahawa produk-produk yang dihasilkan oleh industri-industri tempatan adalah mampu bersaing dengan produk-produk yang diimport dari negara jiran.

Di antara langkah yang diambil kerajaan bagi menghadapi AFTA ialah dengan memberi kefahaman dan kesedaran kepada ahli-ahli perniagaan dan ahli-ahli industri tempatan mengenai peluang dan cabaran-cabaran yang akan terhasil dari pelaksanaan AFTA. Semenjak dari awal pelaksanaannya, MITI telah memberi penerangan mengenai AFT A di pelbagai forum termasuklah melalui sesi taklimat yang dianjurkan oleh jabatan dan agensi kerajaan di peringkat Persekutuan dan juga negeri. lni juga meliputi majlis penerangan dan seminar yang dianjurkan oleh pihak swasta yang merangkumi persekutuan pengilang-pengilang Malaysia atau FMM, dewan-dewan perniagaan, bank-bank perdagangan dan persatuan-persatuan industri yang berkaitan.

Bagi tahun 2000 sahaja sebanyak 30 majlis taklimat telah diberikan dan bagi tempoh Januari hingga November 2001, sebanyak 50 majlis yang serupa telah disertai oleh MITI. Selain daripada mengadakan sesi taklimat dan penerangan maklumat­ maklumat mengenai AFTA juga disebarkan dari masa ke semasa kepada pihak umum melalui media cetak dan elektronik tempatan.

Pihak industri dan juga orang awam boleh mendapat maklumat terkini mengenai AFTA melalui Laman Web MITI dan juga Laman Web Sekretariat ASEAN. Pelaksanaan AFTA pasti akan memberi persaingan kepada beberapa sektor industri tempatan khususnya industri yang berintensifkan buruh dan juga industri yang berteknologi rendah. Dalam hubungan ini kerajaan telah menyediakan berbagai-bagai insentif, pakej kewangan serta bantuan teknikal melalui agensi-agensi di bawah MITI seperti MIDA, MATRADE, MIDEC, NPC, MIDF dan juga MTDC bagi membantu industri­ industri berkenaan meningkatkan produktiviti serta juga daya saing bagi menghadapi persaingan pasaran yang lebih terbuka.

Datuk Wira Abu Seman bin Yusop: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Apa yang difahamkan tadi bahawa AFTA telah dikuatkuasakan semenjak tahun 1993. Apa yang saya ingin penjelasan bahawa sama ada, ada atau tidak mana-mana member state, dengan izin, telah menggunakan negara mereka sebagai pintu masuk membawa barang-barang yang murah ke dalam negaranya untuk diperdagangkan di negara­ negara rakan. Jika ada, negara mana dan jika tiada, apakah bila AFTA dilaksanakan sepenuhnya tahun 2003, apakah perancangan atau apakah mekanisme yang telah dirancang untuk mengatasi masalah ini. DR.11.12.2001 9

Dato' Seri Rafidah Aziz: Tuan Yang di-Pertua, tidak mungkin mana-mana negara boleh menggunakan negaranya itu sebagai pintu masuk bagi barang-barang murah daripada negeri lain semata-mata untuk memasarkannya dalam ASEAN menggunakan keistimewaan AFTA. lni kerana dalam ASEAN ini, iaitu AFTA ini, ada satu syarat iaitu kandungan tempatan terkumpul atau dengan izin Tuan Yang di-Pertua, cumulative local content 40%. Contohnya bagi Malaysia, kalau kita bawa masuk komponen-komponen ataupun barang yang belum siap yang mungkin nilainya hanya 30% kemudian disiapkan di Malaysia menjadi barang lengkap sebanyak 70% lagi nilai tambah, barang itu bolehlah dianggap barang Malaysia. Dan bolehlah dipasarkan dalam negara ASEAN dengan keistimewaan tarif, sama ada sitar ataupun tarif yang rendah yang ditawarkan sesama sendiri.

Begitu jugalah dengan negara-negara lain. Thailand misalnya, bawa masuk daripada negara China, satu barang belum siap yang mana nilainya cuma 20% daripada nilai barang akhir buatan itu, maka bolehlah dipasang di Thailand, dibeli pula komponen daripada Malaysia tokok tambah, sehingga nilai tambah keseluruhan ASEAN 40% dilakukan di Thailand maka bolehlah barang itu dimasukkan di Malaysia. Jadi syarat ini agak ketat, maka tidak bolehlah sewenang-wenang digunakan sebagai pintu masuk.

Mengenai jawapan yang kedua, iaitu mekanisme lengkapnya proses AFTA ini. Sebenamya tidak ada beza daripada mekanisme sekarang. Bahkan yang wajar dibantu dan diberi perhatian ialah industri-industri yang belum lagi produknya ditawarkan tarif pada sifar tadi. lni kerajaan akan lakukan bahkan, sedikit masa lagi di luar Dewan, saya akan mengumumkan Skim Bantuan Kewangan Baru untuk industri dan enterprise kecil dan sederhana. Satu daripadanya ialah untuk membantu mereka menghadapi pasaran ASEAN bila lengkapnya proses itu. Terima kasih. [Tepuk]

Dato' Haji Ahmad Husni bin Mohd. Hanadzlah: Tuan Yang di-Pertua, Ahli­ ahli Parlimen telah kerap kali membangkitkan isu industri automobil. Kita tahu bahawa negara Malaysia telah minta supaya ditangguhkan pelaksanaan AFTA. lsunya, kita tahu bidang automobil bidang yang cukup mencabar dan berlaku penggabungan di peringkat antarabangsa. Dan bagi Prbton, Syarikat Ford Motor telah pun menawarkan untuk membeli ekuiti dalam Proton. Jadi, apakah pendirian kerajaan kita mengenai tawaran tersebut? Di samping itu dari segi penangguhan mengenai dengan isu pampasan, harap dapat penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri.

Dato' Seri Rafidah Aziz: Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, seperti yang kita sedia maklum Malaysia telah meminta, lanjutan selama dua tahun untuk kita tawarkan produk-produk automotif CBU dan CKD iaitu cuma dua sahaja item nya, produk CBU dan CKD automotif, untuk diturunkan tarifnya kepada negara-negara ASEAN. Kita buat permohonan itu dan telah pun diluluskan kerana industri kita begitu terjejas apabila berlakunya kegawatan kewangan ataupun financial crisis yang bermula dalam tahun 1997. Apa yang berlaku ialah apabila kita tangguh dua tahun, maka automobil kita akan tidak menghadapi persaingan daripada negara ASEAN. Kalau mereka hendak masuk ke Malaysia, automotif mereka masih dikenakan tarif yang tinggi yang ada sekarang, dan sama dengan tarif untuk negara-negara lain di luar ASEAN.

Dan yang pentingnya ialah bagi AFT A, mana-mana negara yang merasa terkilan kerana ada penangguhan memasukkan barangan kepada senarai CEPT AFT A itu boleh menuntut pampasan. Dan pampasan ini bukan bererti bayaran wang, tetapi pampasan dari segi timbal balas jumlah perdagangan, yang dianggap dia akan rugi kerana tidak dapat mengeksport kereta mereka masuk ke Malaysia kerana tarifnya tinggi dan tidak dikenakan tarif keistimewaan ASEAN. Tetapi satu syarat kepada negara-negara yang hendak menuntut pampasan daripada kita ialah mereka mesti merupakan dengan izin Tuan Yang di-Pertua, principal supplying interest nation maknanya dia memang sudah mengeksport banyak kepada kita dan dia mempunyai kepentingan eksport kepada Malaysia yang besar. Jadi kita kena tengoklah sejarah pengeksportan kereta ia ke Malaysia dan berapa ribu unit ia telah eksport.

Dan setakat ini kita perhatikan tidak ada negara ASEAN yang lain yang mempunyai principal interest. Tidak usahkan kata principal supplying interest, tidak pun mengeksport kereta automotif CKD dan CBU ke Malaysia. Jadi soal pampasan ini sebenarnya akademik sahaja. Seperti Thailand, mengikut siasatan kita dalam masa 10 DR.11.12.2001

beberapa tahun yang lepas, tidak lebih daripada enam unit sahaja kereta yang mereka jual ke Malaysia. Begitu juga Indonesia, tidak boleh hendak bilang jari sepuluh. Jadi tidak ada negara yang sebenarnya berhak menuntut pampasan. Tetapi Malaysia, kerana kita ini negara jiran, masih juga memberi pertimbanga.1 nendak membeli lebih , barangan Thailand untuk masuk ke Malaysia. Dan ini bukan dianggap sebagai pampasan, tetapi sebagai satu penyelesaian meningkatkan p~rdagangan dua hala, yang kebetulannya berpunca daripada permohonan untuk pampasan.

Mengenai ekuiti oleh Ford Motor, memanglah syarikat ini begitu berminat untuk melabur dengan Proton, menubuhkan satu pusat serantau pengeluaran kereta­ kereta Ford dan juga kereta sekutunya di Malaysia untuk pasaran serantau. Dari segi asasnya, kerajaan tidak ada halangan bagi Proton menimbangkan pengambilan ekuiti dalam syarikat itu ataupun daripada mana-mana syarikat. Terpulang kepada Proton menilai viability cadangan tersebut dan menimbangkan potensi jangka panjang kaitan atau rantaian yang wujudkan dengan syarikat-syarikat besar seperti Ford. Dan saya rasa kalau Proton memikirkan bahawa ini adalah satu perkara yang menguntungkan dalam jangka masa panjang, saya yakin mereka akan memberi pertimbangan yang sewajarnya.

13. Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan] minta Menteri Kesihatan menyatakan tentang langkah-langkah kerajaan dalam memastikan kekurangan doktor­ doktor yang berkelayakan di hospital luar bandar di negeri ini.

Setiausaha Parlimen Kementerlan Keslhatan [Tuan S. G. Sothinathan]: Tuan Yang di-Pertua, kementerian sememangnya berusaha dari masa ke semasa bagi memastikan pegawai-pegawai perubatan adalah mencukupi khususnya di hospital­ hospital luar bandar. Kementerian telah dan sedang mengambil langkah yang sesuai ke arah mencapai matlamat memenuhi keperluan pegawai perubatan di luar bandar menerusi kaedah yang antara lain:-

(i) perbincangan dengan pihak institut pengajian tinggi awam dan swasta untuk menambah pengambilan pelajar dan pengeluaran graduan tempatan;

(ii) mengiktiraf lebih banyak institusi pengajian tinggi luar negara yang sesuai dalam konteks pembekalan graduan;

(iii) mempertingkatkan usaha pengambilan seterusnya, mempercepat proses pengambilan bagi mengisi kekosongan jawatan yang ada;

(iv) pengambilan semua pegawai-pegawai perubatan yang bersara untuk berkhidmat secara kontrak; dan

(v) meneruskan pelantikan pegawai perubatan kontrak dari luar negara yang mana ketika ini seramai 309 pegawai perubatan kontrak sedang berkhidmat dengan kementerian.

Datuk Bung Mokhtar bin Radin: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertama sekali saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir batin sekiranya ada tersalah dan tersilap [Ketawa] Soalan tambahan [Disampuk]. Memandangkan masalah kekurangan pegawai perubatan ataupun doktor ini begitu ketara sekali berlaku di negara kita lebih-lebih lagi di luar bandar dan di Sabah. Di mana berlaku satu peristiwa di kawasan saya, tanker minyak kelapa sawit yang dimasak meletup dan kemudian terkena lebih kurang sembilan orang. Jadi hospital di kawasan saya begitu hebat sekali dan begitu cantik tetapi kekurangan pakar atau doktor itu telah menyebabkan pesakit itu dibawa turun ke Sandakan kerana tidak ada doktor di sana yang lebih ada kepakaran. Jadi perkara ini kalau berterusan rasa saya amat membimbangkan masyarakat di seluruh negara. Dan tidakkah kerajaan berhasrat untuk mencari kaedah-kaedah yang lebih pantas ataupun cepat untuk mengatasi masalah ini di masa akan datang. Terima kasih.

Tuan S. G. Sothlnathan: Tuan Yang di-Pertua, memang kita akui kita menghadapi kekurangan doktor dan juga pakar-pakar dan kita telah mengambil DR.11.12.2001 11 beberapa langkah. Di antaranya ialah meminta IPTA dan IPTS menambahkan bilangan graduan mereka dan pada masa yang sama juga seperti yang saya katakan kita juga hendak mengiktiraf lebih banyak lagi universiti dari luar negara yang sanggup memenuhi keperluan kita. Dan bidang ini adalah satu bidang yang khusus, bidang profesional di mana mereka memerlukan latihan yang sempurna selama lima atau enam tahun.

Jadi, kita tidak boleh mengambil langkah-langkah yang pantas dengan sewenang-wenang kerana hendak mengisi kekosongan di setiap jawatan yang ada. Kita mesti berhati-hati kerana ini melibatkan nyawa manusia. Jadi, orang-orang yang terlatih sahaja yang boleh diambil, yang berkelayakan sahaja boleh diambil. Jadi saya percaya semua langkah-langkah sedang dan telah diambil dan pada masa-masa akan datang saya percaya, saya berharap, kementerian berharap, kita boleh menyelesaikan masalah ini. Buat masa ini pun di negara kita untuk 1,450 orang penduduk, kita ada seorang doktor. lni adalah jauh lebih tinggi berbanding dengan mana-mana negara membangun di dalam dunia ini.

Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan: Assa/amua/aikum warahmatul/ahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua mengizinkan saya berucap. Dan saya ucapkan selamat, kita teruskan puasa kita dulu sampai habis kemudian itu baru ucap Selamat Hari Raya. .[Ketawa] Tuan Yang di-Pertua [Te/efon tangan berdering] [Yang Berhormat bagi Tebrau menjawab panggilan telefon]. '1-lello, siapa cakap?"

Beberapa Ahli: [Ketawa]

Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan: lni kita sedia maklumlah, cerita kekurangan doktor ini dan ada pihak kementerian, pihak Menteri pun telah menjawab mengatakan macam-macam strategi seperti berusaha, mengiktiraf universiti, mempercepat pengambilan doktor dan sebagainya. Tetapi kementerian juga mesti ambit kira ini, berapa banyak doktor sudah berhenti. Saya dapat baca dalam akhbar, laporan pakar-pakar perubatan berhenti begitu banyak dalam tempoh beberapa tahun. Jadi bila yang ini berhenti banyak, yang diambit, ia tidak datang kesamaan. Jadi sudah tentulah ada punca dan sebab kenapa doktor ini berhenti beramai-ramai. Kadang dia berhenti, dia suka pergi ke swasta. Saya ingat kerajaan kena ambit tindakan tegas dari sekarang.

Pertama, sama ada kerajaan hendak melanjutkan syarat perkhidmatan dia itu, perjanjian yang bila dia berkhidmat dengan kerajaan, kalau dulu 6 tahun hingga 10 tahun, makna dilanjutkan. Sebab Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, merbahaya, doktor ini satu bidang profesional yang amat tinggi nitainya berbeza dengan engineer. lni kalau doktor ini sabotaj pun boleh, macam-macam maknanya. Dia menjaga pesakit, belah pesakit. Ny~a manusia itu, memang takdir Allah. Kalau sampai masa mati, matitah tetapi berikhtiar dan berusaha dulu.

Jadi sebab berhenti mungkin dia kata gaji tidak cukup, elaun tidak cukup, syarat perkhidmatan dan lain-lain kemudahan tidak diberi kepada dia. Mungkin kalau kita beri insentif sedikit, tidak apalah. lni doktor tidak apa, beri, lebih tidak apa.

Jadi soalan saya, adakah kerajaan hendak menitai baik sebab-sebab punca pihak dcktor-doktor yang berhenti ini pergi ke swasta atau buka klinik sendiri ini, kalau sebabnya masalah gaji dan elaun, adakah kerajaan bercadang tambah lagi elaun, tidak apa. Saya ingat rakyat pun tidak marah kalau tambah elaun, tambah gaji kepada doktor, dia perlukan pakar dalam kes ini. Bila, adakah boleh kerajaan beri jaminan supaya perkhidmatan doktor ini diberi kemudahan yang lebih baik termasuk elaun dan juga gaji dan lain-lain kemudahan. Okay, sila jawab.

Tuan S. G. Sothinathan: Tuan Yang di-Pertua. Terima kasihlah kepada keprihatinan Yang Berhormat tadi. Memang ini adalah perjuangan Kementerian Kesihatan untuk meningkatkan lagi elaun dan juga gaji yang diterima oleh mereka supaya mereka terus berkhidmat dengan kerajaan. Tetapi kita harus mengambil kira satu perkara, walaupun mereka berhenti atas alasan-alasan tertentu, mereka tetap berkhidmat untuk negara kita sama ada dengan hospital, klinik kerajaan atau swasta. Tetapi kebimbangan kita ialah kerana kemudahan kita adalah untuk rakyat yang tidak berkemampuan ataupun mengharapkan kemudahan di hospital kerajaan, maka 12 DR.11.12.2001 beberapa langkah telah pun diambil. Tetapi kita tidak dapat bertanding dengan pihak swasta. Mungkin ada tarikan yang lebih banyak lagi daripada pihak swasta.

Tetapi itu yang kita sedang berbincang dengan Kerajaan Pusat supaya meningkatkan lagi elaun dan juga lain-lain insentif supaya mereka dapat terus berkhidmat dalam kerajaan. Tetapi yang membimbangkan ialah semasa pembentangan Belanjawan 2002 kalau adalah banyak Ahli-ahli Yang Berhormat turut membangkitkan tentang isu pembayaran emolumen kepada doktor-doktor, saya rasa memberi suatu ruang yang lebih baik bagi kita untuk mengetengahkan kes kita kepada kerajaan ataupun EPU supaya meluluskan permintaan ini.

Tetapi tidak ada ramai Ahli-ahli Yang Berhormat yang menyentuh perkara ini. Saya rasa di masa-masa hadapan, kalau boleh ada banyak lagi kerana ini adalah satu perkara yang penting dan memang kementerian perjuangkan supaya diadakan satu sistem pembayaran emolumen yang lebih tinggi bagi doktor-doktor supaya mereka terus berkhidmat dengan kerajaan. Namun demikian kita sedang berusaha ke arah terse but.

Ada beberapa rancangan ataupun skim di antaranya ialah pembayaran elaun­ elaun insentif, pembayaran elaun-elaun khas kepakaran, elaun kawasan, pembayaran elaun lebih masa yang lebih baik pada masa sekarang. Saya berharap di masa-masa akan datang kita juga mendapat pertimbangan untuk mendapat pendekatan yang lebih ketara lagi. Terima kasih.

14. Tuan Henry Sum Agong [Bukit Mas] minta Menteri Luar Negeri menyatakan, sama ada perundingan dengan pihak Negara Brunei Darussalam berhubung pelaksanaan jambatan di Sungai Temburong telah dibuat.

Timbalan Menteri Luar Negeri [Datuk Dr. Leo Michael Toyad]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Dewan yang mulia ini, Kerajaan Malaysia tidak pemah mengadakan perundingan dengan Kerajaan Brunei Darussalam mengenai pembinaan jambatan merentas Sungai Temburong. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Sungai Temburong pada keseluruhannnya terletak di kawasan Temburong, Negara Brunei Darussalam. Oleh yang demikian, adalah terpulang kepada Negara Brunei Darussalam untuk melaksanakan pembinaan jambatan tersebut.

Tuan Henry Sum Agong: Tuan Yang di-Pertua, pengguna-pengguna jalan raya, khususnya di antara Daerah Limbang dan Daerah Lawas terpaksa menyeberangi dua buah feri iaitu di Sungai Temburong dan di Sungai Terusan dengan bayaran yang agak mahal. Soalan, bilakah pembinaan jambatan di Sungai Terusan dijalankan?

Datuk Dr. Leo Michael Toyad: Tuan Yang di-Pertua, soalan ini terlalu terperinci, saya tidak ada maklumat yang terperinci mengenai dengan Sungai Terusan tetapi usaha kita ialah untuk meringankan lagi perjalanan ialah menggunakan - kita masih dalam peringkat perbincangan supaya perjalanan di antara dua kawasan ini akan lebih diringankan dan juga tidak membebankan pengguna-penggunanya. Kita sentiasa membukakan pintu-pintu antara sempadan kedua-dua negara itu supaya mempercepatkan lagi atau meringankan lagi perjalanan antara dua kawas'an ini.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Tuan Hassan bin Mohammad.

[Soalan No. 15- Y.B. Tuan Hassan bin Mohamed (Besut) tidak hadir]

16. Tuan Ng Lip Yong [Batu] minta Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar menyatakan sama ada Malaysia telah menandatangani "Stockholm Convention" di mana 12 jenis bah an kimia toksik atau persistent organic pollutants (POPs) diharamkan atau diminimizekan kegunaannya.

Timbalan Menterl Sains, Teknologi dan Alam Sekitar [Dato' Zalnal bin Cahalan]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat pada masa ini Malaysia belum lagi menandatangani Stockholm Convention. Walau bagaimanapun suka saya maklumkan bahawa Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar sedang meneliti kesan atau implikasi perlaksanaan konvensyen ini kepada negara. Kementerian ini akan membentangkan kertas Jemaah Menteri bagi mendapatkan DR.11.12.2001 13 pertimbangan Kabinet sama ada Malaysia perlu menandatangani konvensyen tersebut ataupun tidak.

Untuk makluman Dewan dan Ahli Yang Berhormat, t-~!".dwa Convention Stockholm mengenai persistent organic pollutants, dengan izin, ataupun POPs bertujuan mengawal dan menghapus penggunaan 12 jenis bahan p~ncemaran iaitu 10 jenis iaitu terdiri daripada bahan kimia dan racun perosak, manakala dua lagi ialah dioxin dan 'fluorine' adalah bioproduk yang dihasilkan daripada industri dan juga pembakaran incinerator. Konvensyen ini dimuktamadkan pada 10 Disember 2000 di Johannesburg, Afrika Selatan dan telah dibuka untuk ditandatangani sejak 23 Mei 2001. Sehingga kini lebih 105 negara telah menandatanganinya manakala dua negara lagi telah menjadi ahli parti daripada sejumlah 127 negara yang terlibat. Terima kasih.

Tuan Ng Lip Yong: Terima kasih Timbalan Menteri, sebelum kita menandatangani konvensyen itu, apakah langkah-langkah yang kerajaan akan ambil supaya kita melindungi kesihatan rakyat kita? Terima kasih.

Dato' Zainal bin Dahalan: Tuan Yang di-Pertua, sebenamya sementara ini pihak kementerian menerusi Jabatan Alam Sekitar telah pun, sedang menjalankan usaha untuk mengatasi kesan daripada pencemaran yang berlaku ekoran daripada penggunaan ataupun pengeluaran bahan-bahan yang disebutkan tadi. Dengan menggunakan kuasa ataupun peraturan undang-undang yang sedia ada di bawah Jabatan Alam Sekitar sendiri.

Dr. James Dawos Mamit: Setakat ini kerajaan telah pun mengharamkan juga banyak jenis 'POPs' di bawah akta racun dan perosak dan di bawah akta-akta yang sedia ada di negara kita. Adakah akta-akta ini yang sedia ada mengambil kira peruntukan ataupun provisions dengan izin dalam Stockholm Convention ini. Saya rasa lebih baik lagi kita menguatkan akta-akta yang sedia ada. Terima kasih.

Dato' Zalnal bin Dahalan: Penandatanganan Stockholm Convention ini hanyalah merupakan satu daripada usaha kerjasama secara global yang biasanya dilibatkan atau yang melibatkan negara kita dengan kerjasama negara-negara lain di bawah United Nations. Memang kita sentiasa melihat dan memantau apakah peraturan-peraturan yang sedia ada sudah mencukupi da mengambil kira segala kesan-kesan pencemaran yang ditimbulkan daripada bahan-bahan tersebut. Saya setuju bahawa di samping kita menjadi anggota kepada Stockholm Convention ini kita sendiri harus mengemaskinikan peraturan dan undang-undang yang berkaitan dengan pengawalan mengenai pencemaran yang dihasilkan oleh bahan-bahan tersebut di negara kita sendiri. Terima kasih.

[Masa untuk Pertanyaan bagi Jawab Llsan telah cukup

USUL

USUL PERDANA MENTER! Dl BAWAH PERATURAN MESYUARAT 27

Penghinaan terhadap Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat oleh VB Bagi Batu Gajah

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Datuk Seri Utama Dr. Rais bin Yatim]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mengemukakan suatu usul di bawah Peraturan Mesyuarat 27:

BAHAWA pada 4 Disember, 2001, VB. Ahli Parlimen Kawasan Batu Gajah telah mengeluarkan satu kenyataan akhbar yang telah disiarkan di dalam beberapa akhbar tempatan.

DAN BAHAWA kenyataan itu merupakan satu tuduhan ke atas Yang di-Pertua Dewan Rakyat kerana menolak usul Yang Berhormat itu di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) pada 29.11.2001 dan tuduhan itu menyatakan Yang di-Pertua itu telah menyalahgunakan kuasa budi bicaranya dan telah menyekat Parlimen berfungsi dan menyekat Ahli Parlimen memainkan peranannya. 14 DR.11.12.2001

DAN BAHAWA tuduhan itu adalah merupakan satu penghinaan kepada Yang di-Pertua yang menjalankan tugas sebagai Pengerusi Dewan ini dan ini bererti penghinaan juga kepada Dewan ini dan yang mencemarkan nama baik dan prestij Dewan.

DAN BAHAWA cara yang sah yang patut dilakukan oleh Yang Berhormat itu ialah dengan membuat usul di bawah Peraturan Mesyuarat 43 ke atas keputusan Yang di-Pertua jika beliau tidak berpuas hati di atas keputusan itu dan bukannya dengan membuat kenyataan yang melulu dan menyiarkannya di dalam akhbar-akhbar dengan tidak menghiraukan kepada Peraturan Mesyuarat dan akibat buruknya kepada nama baik Dewan.

MAKA INILAH DIPERSETUJUI BAHAWA Yang Berhormat Batu Gajah di atas perbuatannya yang tertera di atas telah melakukan satu penghinaan kepada Dewan ini dan yang demikian beliau hendaklah memohon maaf kepada Dewan ini dan hendaklah membuat pengakuan akan menyiarkan ralat dalam akhbar-akhbar itu dengan terangnya dengan secepat mungkin dan selepas itu hendaklah menyerahkan potongan ralat-ralat itu kepada Setiausaha Bagi Parlimen.

Jika Yang Berhormat Batu Gajah enggan dari menunaikan keputusan usul ini, maka beliau hendaklah digantung tugas dari jawatannya sebagai Ahli Parlimen selama enam (6) bulan dari tarikh keputusan usul ini diluluskan. Dalam masa penggantungan ini Yang Berhormat itu tidak akan dibayar kesemua bayaran dan elaun sebagai seorang Ahli Parlimen.

lnilah diputuskan lagi, Setiausaha Bagi Parlimen hendaklah memanggil kesemua akhbar yang menyiarkan kenyataan Yang Berhormat Batu Gajah itu dan memberi amaran dengan keras kepada mereka jangan lagi mengulangi perbuatan menghina Dewan pada masa hadapan.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

(Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah] mempengerusikan Mesyuarat)

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya sokongan?

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menter! [Tengku Dato' Adnan bin Tengku Mansor]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong. [Disampuk]

Seorang Ahli: Usah gantung orang!

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ...... [disampuk oleh pembangkang}. ... ya, ya, orang lain menyokong ya .....

Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri [Dato' Haji Noh bin Haji Omar]: Dato' Yang di-Pertua, saya menyokong. [Disampuk] Saya Ahli Parlimen.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya .. ya cukup Yang Berhormat...... [disampuk oleh pembangkang lagi). ... duduk, peraturan mesyuarat yang ke berapa Yang Berhormat?

Tuan Mohd Yusoff bin Mohd. Nor: Dato' Yang di-Pertua, saya telah membaca notis usul ini dan saya mendapati bahawa ianya menuntut supaya keahlian anggota Batu Gajah digantung dan kemudian supaya tidak dibayar gaji dan sebagainya. Dalam perkara yang biasa perkara ini adalah amat serius dan memerlukan supaya kita mengikut peraturan kaedah keadilan secara tabii iaitu 'rule DR.11.12.2001 15 natural justice.' Dalam kes ini saya rasa dalam peraturan Dewan ini sudah ada peruntukan ini iaitu peruntukan Peraturan Mesyuarat 80 dan iaitu yang memastikan ....

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Mohamad bin Abdullah]: Yang Berhormat, benda itu Yang Berhormat boleh cakap masa berbahas nanti.

Tuan Mohd Yusoff bin Mohd. Nor: Sarna ada sekarang peraturan, peraturan ...

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Mohamad bin Abdullah]: Ya, sebab ini kita memang mengikut peraturan kita buat ini ...

Tuan Mohd Yusoff bin Mohd. Nor: Dato' Yang di-Pertua, di bawah Peraturan 26 yang dia kata, saya tidak nampak bahawa usul yang di bawah Peraturan 27, ia sebenarnya berkaitan dengan peraturan di bawah aturan 26. Peraturan 26 memerlukan sokongan kerajaan yang ditunjukkan oleh kebenaran yang diberi oleh Menteri Kewangan. Dalam kes kita ini tidak ada kebenaran Menteri Kewangan ianya melibatkan penggantungan ahli - dalam Peraturan 26 Yang di-Pertua, dalam aturan memerlukan kebenaran ......

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah): Ya, bacalah.

Tuan Mohd Yusoff bin Mohd. Nor: Ia tidak ada kebenaran daripada Menteri Kewangan dalam kes ini, oleh kerana itu usul ini tidak boleh dibawa. [Tepuk] Saya baca sekali Peraturan 26, yang menyebutkan bahawa " ... kecuali jika ada syarat-syarat lain dalam peraturan mesyuarat ini, usul-usul yang hendak dibawa ke dalam mesyuarat hendaklah didahulukan dengan memberitahu kecuali usul-usul yang tersebut di bawah ini. .. " iaitu mengenai dengan penggantungan ahli dan juga keistimewaan maka disebut " ... tidak boleh dijalankan kecuali jika telah mendapat sokongan kerajaan dinyatakan oleh menteri yang bertanggungjawab berkenaan dengan hal ehwal kewangan." [Tepuk]

Jadi oleh kerana itu ...... [disampuk oleh Yang Berhormat pembangkang]. . .point yang kedua Dato' Yang di-Pertua, usul ini jadi secara tidak langsungnya mengusulkan supaya digantung Peraturan 80 sebab kalau mengikut Peraturan 80, mana-mana ahli yang hendak digantung hendaklah direfer atau dirujuk kepada Jawatankuasa Keistimewaan jadi oleh kerana dengan kita mempertimbangkan usaha ini maka Peraturan 80 tidak boleh dijalankan lagi mestilah ada usul dulu di bawah Peraturan 90 iaitu menggantungkan Peraturan 80 dulu, jadi oleh kerana itu saya rasa, usul ini tidak boleh dibawa pada masa ini. {Tepuk]

Beberapa Ahli: [Menyampuk]

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, sila duduk ......

Tuan Mohd Yusoff bin Mohd. Nor: [Bangun]

Beberapa Ahli: [Menyampuk]

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah: Nanti dululah, nanti dulu Yang Berhormat. Yang Berhormat kita ada banyak peraturan dalam peraturan ini jadi pihak kerajaan menggunakan 27. Jadi pada pendapat saya benda ini boleh dipakai, jadi kalau sekiranya perkara ini perlu penjelasan, saya minta Menteri boleh buat penjelasan ...... [disampuk o/eh pembangkang] ... .

Datuk Seri Utama Dr. Rais bin Yatlm: Dato' Yang di-Pertua, Parlimen adalah institusi yang tertinggi dan di atas ...... [disampuk oleh pembangkang] .. .

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Dengarlah Yang Berhormat, dengarlah dulu dia bercakap dulu.

Datuk Seri Utama Dr. Rais bin Yatim: Perlakuan beginilah yang menyebabkan Parlimen ini rosak ...... [disampuk oleh pembangkang tagi dan 16 DR.11.12.2001

Dewan gamat seketika] .. ... peraturan yang digunakan [Disampuk] ..... apabila Yang Berhormat cakap saya dengar ......

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Yang Berhormat, Yang Berhormat dengar dululah dia cakap, kita dengar, biar dia jelaskan ' dulu ...... [disampuk oleh pembangkang] .... Timbalan Yang dl-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Saya sudah buat keputusan, ...... [disampuk oleh pembangkang]..Ya? saya sudah buat keputusan benda ini boleh dipakai...... [disampuk oleh Yang Berhormat Kota Melaka] ...... ya kalau begitu sila duduk, Menteri. Terima kasih. Saya putuskan bahawa perkara ini boleh dibahaskan, dengan ini...... [disampuk Yang Berhormat Kota Me/aka] .... Saya sudah putuskan, saya sudah putuskan perkara ini boleh dibahaskan. Tentang perkara­ perkara yang lain heridak dibangkit bolehlah.

Jadi Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah satu usul yang dicadangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri itu tadi...... [disampuk Jagi] ......

Tuan Husam bin Haji Musa: [Bangun] ... di bawah sokongan .....

Puan Chong Eng: [Bangun] .... di bawah akta ......

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Yalah saya buat.. .. , ini adalah satu keputusan muktamad daripada Pengerusi. Saya sudah dengar peraturan, saya pun menjelaskan ada peraturan lain dibolehkan sebab Dewan yang mulia ini merupakan satu Dewan yang tinggi ...

Tuan Husam bin Hajl Musa: Tak, dewan ini mesti tahu peraturan yang bagaimana yang dibolehkan ......

Puan Chong Eng: Kami ken a ikut......

Tuan Hajl Mahfuz bin Haji Omar: ..... mesti dijawab dari segi sudut fakta ....

Dato' Hajl Fadzll bin Md. Noor: Apa yang dipertikaikan oleh Machang ...

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Duduk, duduk semua.

Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Mengenai dengan peraturan 26, Tuan Yang di-Pertua, hendak menjalankan usul ini. Di bawah peraturan mana penjelasan mesti dijawab kepada perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Machang, kalau tidak saya mencadangkan Yang di-Pertua menangguhkan dahulu mesyuarat ini selama 10 minit dan bincangkan dari semua aspek yang ada dalam peraturan Dewan yang mulia ini.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ahli-ahli Yang Berhormat oleh kerana kerajaan menggunakan Peraturan 27, itu salah satu peraturan yang dibolehkan. Jadi saya mengambil keputusan perkara ini boleh dibahaskan.

Puan Chong Eng: [Bercakap tanpa pembesar suara]

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Sebab itu [Disampuk]27 lah. Tidak ada, saya sudah buat keputusan, saya sudah buat keputusan perkara ini dibahaskan. Yang Berhormat ini sudah keputusan saya Yang Berhormat.

[Dewan gamat seketika]

Puan Chong Eng: [Bercakap tanpa pembesar suara] .. ... apa yang diterangkan di dalam peraturan. Peraturan telah menetapkan secara spesifik, kalau hendak gantung dengan tidak membayar gaji, itu adalah 26 dan bukan 27. Kita mesti menggunakan peraturan yang betul walaupun kita ada banyak peraturan yang boleh DR.11.12.2001 17 dipakai tetapi dengan perkara yang spesifik, [Disampuk] peraturan yang spesifik mesti digunakan, bukan dengan sewenang-wenangnya.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Tidak apalah Yang Berhormat, itu keputusan saya, benda ini boleh dibahaskan mengikut Perkara 27. Jadi kalau sekiranya Yang Berhormat hendak membahaskan mengikut berbagai-bagai terpulang kepada masa Yang Berhormat membahaskan. Saya meluluskan ini. {Dewan gamat seketika dan beberapa orang ahli pembangkang bangun]

Tuan Kerk Kim Hock: {Menyampuk]

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Tidaklah Yang Berhormat kata tadi, keputusan saya adalah keputusan sedemikian rupa, mesti dibahaskan. {Beberapa ahli bercakap serentak tidak menggunakan pembesar suara]

Tuan Husam bin Haji Musa: ... tidak boleh hendak bagi penjelasan.

Tlmbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Taklah, bila saya kata menteri suruh buat penjelasan, awak kata tidak perlu keputusan daripada saya. Jadi saya buat keputusan benda ini bolehlah diteruskan, saya sudah buat keputusan demikian rupa.

Tuan Kerk Kim Hock: {Bercakap tanpa pembesar suara]

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah): ltu terpulanglah masa perbahasan. Masa perbahasan terpulang. [Dewan riuh]

Tuan Kerk Kim Hock: .....jangan rosakkan ....

Tuan Husam bin Haji Musa: Mana boleh bahas .....

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Hajl Muhamad bin Abdullah]: Yang Berhormat, sila duduk Yang Berhormat, saya sudah buat keputusan, keputusan saya muktamad Yang Berhormat [Disampuk] Ya, keputusan saya muktamad. {Dewan riuh}

Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Perkara ini Yang Berhormat, perkara ini yang dibangkitkan oleh kerajaan mengikut peraturan jadi perbahasan juga mestilah mengikut peraturan. Jadi saya minta persidangan ditangguhkan bagi membolehkan Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua berbincang dengan Tun mengenai dengan segala peraturan-peraturan yang dibangkitkan oleh wakil Yang Berhormat bagi Machang. Peraturan 26 dan Peraturan 80. lsu ini melibatkan hak keistimewaan seseorang ahli Dewan Rakyat, ia mesti merujuk kepada Jawatankuasa Keistimewaan ataupun Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan.

Tuan Husam bin Haji Musa: ... sampai sini bawa usul mengikut peraturannya.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Sebab Peraturan 26(1)(h), dia mesti diusulkan ketika itu juga sekarang ini bukannya usul yang dibawa ketika masa berlaku, perkara ini perkara yang sudah lama jadi sebab itu digunakan peraturan lain. ltulah Yang Berhormat, jadi kalau keputusan saya macam itu, saya putus macam itu Yang Berhormat. Jadi saya kemukakanlah untuk dibahas. {Dewan gamat] Yalah, terpulanglah. Ahli-ahli Yang Berhormat masalah di hadapan majlis ialah satu usul yang dicadangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri itu tadi terbuka untuk dibahas.

Beberapa Ahli Pembangkang: Peraturan! Peraturan!

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Saya sudah bagi, saya sudah jawab macam itu.

Puan Chong Eng: Tidak Tuan Yang di-Pertua, saya hendak sampaikan bahawa Dewan ini seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat Menteri bahawa ini 18 DR.11.12.2001 merupakan institusi yang tertinggi, maka institusi tertinggi mesti menunjukkan mutu yang tertinggi, mesti menunjukkan ada kualiti yang tertinggi ...

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Yang Berhormat, sila duduk.

Puan Chong Eng: Mesti menunjukkan ada justice yang tertinggi.

Tlmbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: ltu bukan mengikut Peraturan.

Puan Chong Eng: Jadi saya hendak mengatakan walaupun dalam mahkamah pun, katakanlah hendak caj, hendak bawa seseorang itu kepada mahkamah, kita mesti caj ...

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Tidak usah bawa yang itu Yang Berhorrnat, saya tahu, saya tahu.

Puan Chong Eng: .. ... kita mesti menggunakan perkara undang-undang yang betul. Jadi di sini kita sebagai law maker, kita mesti juga memastikan bahawa yang digunakan peraturan ini digunakan dengan betul.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Yang Berhormat saya sudah jelas.

Puan Chong Eng: Dan bukan ingin menggunakan dengan majoriti di dalam Dewan ini.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Yang Berhormat dud ukiah, [Disampuk] 26(1) ini jelas iaitu perkara ini kecuali usul-usul tersebut hendaklah dibuatkan dalam mesyuarat yang terlibat. ltu memang jelas perkara ini sudah lama. Kalau kita lihat peraturan yang lain bersangkut dengan kebenaran menteri yang bertanggungjawab dengan hal ehwal kewangan, itu berkaitan dengan kewangan sahaja. lni ertinya hukuman, benda itu berlainan. Jadi itulah keputusan saya.

Puan Chong Eng: Kalau menuju ke lain perkara yang kami minta, sentuh hak kebebasan Ahli-ahli Parlimen ini. [Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Yang Berhormat, itu pun kena dibangkitkan semasa perkara itu sedang bersidang.

Puan Chong Eng: Tetapi kita mesti bangga pada peringkat sekarang menentukan perkara dan peraturan ini ada betulnya.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Penjelasan saya adalah betul dan muktamad. Jadi Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah satu usul yang dicadangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri itu tadi terbuka untuk dibahas. Ya Kuala Pilah.

Datuk Bung Mokhtar bin Radin: [Menyampuk]

11.18 pagi.

Datuk Napsiah binti Omar [Kuala Pilah]: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberi saya kesempatan untuk mengambil peluang membahaskan cadangan yang telah dibawa oleh menteri tadi daripada Jabatan Perdana Menteri tadi. Pertamanya saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada kerajaan {Tepuk)

Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan: Yeah!!

Datuk Napsiah blnti Omar: .. kerana telah mengambil tindakan yang tegas membawa cadangan ini kerana ini kita harus memberitahu kepada semua pihak di dalam Dewan ini sama ada pihak kerajaan ataupun pihak pembangkang yang Kerajaan DR.11.12.2001 19

Barisan Nasional hari ini adalah serius dalam menjalankan tugasnya tidak boleh sesiapa untuk mengotak-ngatikkan perjalanan urusan kerajaan kita.

Puan Chong Eng: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah): Ada yang berdiri Yang Berhormat, hendak minta penjelasan? Dia tidak bagi Yang Berhormat.

Datuk Napsiah binti Omar: Tidak ada masa. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Dia tidak bagi Yang Berhormat.

Seorang Ahli: ... tidak ada masa, buang masa.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Yang Berhormat dia tidak bagi.

Datuk Napsiah bintl Omar: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyatakan di sini iaitu apabila seseorang Ahli Yang Berhormat masuk ke dalam Parlimen ini atau Dewan Rakyat dan mengangkat sumpah di hadapan Tuan Yang di-Pertua, tentulah dia sudah tahu tugas dan tanggungjawab dan juga tentang apa yang perlu dia lakukan. Kita telah pun dibekalkan dengan peraturan Standing Orders atau Peraturan Majlis Mesyuarat. Tidak boleh seseorang mengatakan yang dia tidak tahu tentang cara-cara dan bagaimana hendak membawa dirinya, perilaku seorang Ahli Parlimen.

Puan Chong Eng: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, Bukit Mertajam berdiri Yang Berhormat hendak penjelasan.

Datuk Napslah binti Omar: Tidak hendak bagi jalan.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah): Dia tidak bagi Yang Berhormat.

Datuk Napsiah binti Omar: Tidak bagi jalan hari ini. [Disampuk] [Dewan gam at]

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Yang Berhormat Bukit Mertajam, sila duduk, dia tidak bagi Yang Berhormat.

Datuk Napsiah binti Omar: Seperti mana kita semua mengetahui Tuan Speaker di dalam Dewan ini adalah mempunyai tugas dan tanggungjawab yang banyak, tugas yang penting sebagai Ketua Parlimen, his role is supreme, dengan izin. Tuan Yang di-Pertua, kelakuan-kelakuan dan perilaku seperti inilah yang mencemarkan nama baik Dewan ini.

Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan: Yeah! [Tepuk]

Puan Chong Eng: [Menyampuk}

Tlmbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Yang Berhormat, jangan macam itu Yang Berhormat.

Datuk Napsiah binti Omar: Sabar, sabar, sabar. Sebenarnya isu yang kita hadapi ini ialah berkenaan dengan Yang Berhormat Batu Gajah. Sebenarnya saya sebagai kakak yang tua, saya dalam Parlimen ini sejak 1982 memang mengalu-alukan kehadiran wanita di dalam Dewan ini tetapi sayangnya wanita yang baru ini, sungguhpun dia seorang peguam, saya merasa amat kesal yang dia tidak menggunakan kebijaksanaannya untuk menjalankan kerja-ke~anya sebagai seorang Ahli Parlimen.

Tuan Shaziman bin Abu Mansor: Eiii. .. eii. .. eiiii [Ketawa] 20 DR.11.12.2001

Datuk Napsiah binti Omar: Tuarr Yang di-Pertua, di dalam Dewan ini kita sudah cukup peraturan-peraturan ...

Puan Chong Eng: [Bangun}

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, Bukit Mertajam berdiri lagi, Yang Berhormat.

Datuk Napsiah binti Omar: Sekiranya ahli, tidak bagi jalan.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Dia tidak bagi Yang Berhormat. Yang Berhormat, dia tidak bagi, duduklah.

Datuk Napsiah binti Omar: Tidak bagi jalan. Biar saya habiskan dahulu apa yang saya hendak katakan.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Yang Berhormat Bukit Mertajam, duduklah, dia tidak bagi.

Datuk Napsiah binti Omar: Saya tidak ada banyak yang hendak katakan di sini hanya dua tiga perkara sahaja.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Dia tidak bagi Yang Berhormat, duduklah.

Datuk Napsiah binti Omar: Pertamanya kalau Yang Berhormat bagi Batu Gajah tidak puas hati dengan keputusan Tuan Yang di-Pertua, memang boleh dia menggunakan beberapa perkara peruntukan yang ada dalam peraturan inl supaya dia dapat mengatasi masalahnya. Tetapi kenapakah dia hendak pergi ke luar tidak menggunakan sistem yang telah ada di dalam Dewan ini.

Datuk Bung Moktar bin Radin: Dia tidak tahu sistem.

Datuk Napsiah binti Omar: Mungkin dia tidak tahu, saya tidak percaya Yang Berhormat kerana beliau ialah seorang peguam dan seorang yang saya rasa bijaksana tetapi malangnya tentu dia sendiri tahu kalau dalam mahkamah pun kalau misalnya dia tidak suka atau tidak puas hati dengan keputusan seorang hakim, dia ada jalan untuk dia membuat rayuan. Kalau daripada Mahkamah Rendah pergi ke Mahkamah Tinggi kalau tidak puas juga dia boleh pergi ke Mahkamah Rayuan dan seterusnya kalau tidak puas hati boleh pergi Federal Court atau Mahkamah Persekutuan. Kenapakah dalam perkara ini Yang Berhormat pergi ke luar, pergi be~umpa dengan akhbar untuk membuat kenyataan dan menuduh Tuan Yang di-Pertua kita ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyatakan di sini, kalau Yang Berhormat membuat demikian tidak mematuhi kepada syarat-syarat ini seperti kalau dia seorang peguam yang menjaga kliennya atau anak peguamnya, kalau dia buat demikian pergi ke akhbar menghina ataupun mengkritik hakim tentu sekali presiding akan dibawa terhadapnya for contempt of court. Jadi begitu jugalah dalam Dewan ini [Tepuk}

Puan Chong Eng: [Bangun}

Puan Teresa Kok Suh Sim: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Bukit Mertajam ya, dua berdiri Yang Berhormat. Dia tidak bagi Yang Berhormat.

Datuk Napsiah binti Omar: Tuan Yang di-Pertua, ya, memang tahu kaum wanita ingin hendak membela nasib wanita. Saya juga hendak membela nasib wanita [Disorak] Saya tidak bagi jalan, saya tidak bagi jalan,

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Dia tidak bagi jalan Yang Berhormat.

Datuk Napsiah binti Omar:. Saya tidak bagi jalan. DR.11.12.2001 21

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Seputeh duduklah, hormatlah Pengerusi, hormat Pengerusi Yang Berhormat.

Puan Teresa Kok Suh Sim: [Bercakap tanpa pembesar suara]

Datuk Napsiah binti Omar: Saya tidak bagi jalan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Dia tidak bagi jalan, duduk Seputeh.

Datuk Napsiah bintl Omar: Tuan Yang di-Pertua, saya berharap Ahli Yang Berhormat bagi Batu Gajah akan belajar, belajar dahulu, jangan menjatuhkan imej kita wanita ini kerana kali inilah pertama kali kita ada 20 wanita dalam Dewan. [Dewan gamat seketika]

Dato' Dr. Hajl Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis: [Bangun]

Tuan Lim Hock Seng: {Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Hajl Muhamad bin Abdullah]:· Janganlah begitu Yang Berhormat, Rompin berdiri. Ya, sila.

Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjls: Terima kasih Kuala Pilah.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Hajl Muhamad bin Abdullah]: Duduk Bagan, duduk. ltu bukan hak saya, dia bagi saya bagilah.

Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis: Saya hendak bertanya kepada Kuala Pilah. Tadi Kuala Pilah kata Batu Gajah merupakan tahu tentang undang-undang, tahu apa yang dikatakan menghina Dewan, adakah kerana kepentingan agenda politik, Batu Gajah sanggup buat begini dan mungkin arahan parti mereka supaya buat begini. Minta pandangan oleh Kuala Pilah.

Puan Chong Eng: [Bangun da{;bercakap tanpa pembesar suara}

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Hajl Muhamad bin Abdullah]: Duduk, duduk Yang Berhormat.

Datuk Napsiah binti Omar: Ahli Yang Berhormat bagi Rompin mungkin sangkaan Yang Berhormat itu mungkin betul, mungkin beliau hendak sedikit political mileage dalam perkara ini.

Puan Chong Eng: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Peraturan Mesyuarat Yang Berhormat.

Puan Chong Eng: ... terhadap Rompin. Dia cuba berniatjahat terhadap Batu Gajah.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah): Tidak ada Yang Berhormat.

Puan Chong Eng: Saya ingin dia tarik balik, itu dia question and intention yang berniat jahat.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, sila duduk Yang Berhormat. Saya harap ......

Dato' Napsiah binti Omar: Tuan Yang di-Pertua, saya teruskan, tidak banyak, sikit sahaja lagi. Saya ingin menasihatkan adik saya, Yang Berhormat bagi Batu Gajah, belajarlah daripada kesilapan ini...... [Disampuk]

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya Yang Berhormat, itu bukan niat jahat macam itu Yang Berhormat. 22 DR.11.12.2001

Puan Chong Eng: [Menyampuk] [Dewan gamat seketika]

Datuk Bung Moktar bin Radin: [Menyampuk]

I Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Cukup.

Puan Chong Eng: Dia tidak berniat baik. Dia tidak berniat baik. [Dewan gamat seketika]

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Duduk, duduk, duduk. Duduk Yang Berhormat.

Puan Chong Eng: Haa, apa niat baik?

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah): ltu biasa Yang Berhormat. Duduk.

Puan Chong Eng: [Bercakap tanpa pembesar suara]

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya Yang Berhormat, duduk.

Puan Chong Eng: ...... ada tuduhan yang melulu.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ouduk Yang Berhormat, duduk. Saya akan panggil Rompin Yang Berhormat. Duduk.

Puan Chong Eng: [Bercakap tanpa pembesar suara]

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Yalah, saya akan panggilah. Puan Chong Eng: [Menyampuk] [Dewan gamat seketika]

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Duduk Yang Berhormat. Saya akan panggil Rompin. Rompin, ada mempunyai niat jahat? Kalau sekiranya ada, sila tarik balik. [Dewan gamat seketika]

Puan Chong Eng: [Bangun}

Tuan Chow Kon Yeow: [Bangun]

Seorang Ahli: Hoi! duduk Tanjong.

Dato' Napsiah binti Omar: Tuan Yang di-Pertua ...... [Disampuk]

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Yang Berhormat Rompin. Kalau bemiat jahat, saya minta tarik balik Yang Berhormat. [Dewan gamat seketika]

Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis: Saya hendak bertanya keterangan sebab dia tahu tentang peguam. Dia tahu perkara ini melanggar undang­ undang. lni, saya hendak bertanya kepada Kuala Pilah, adakah ini kemungkinan ada agenda-agenda lain seperti yang saya katakan tadi.

Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad: Mana ada sangkaan jahat.

Dato' Dr. Hajl Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis: Saya hendak bertanya kepada Kuala Pilah, apa niat jahatnya? [Dewan gamat seketika]

Puan Chong Eng: [Bangun}

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, duduk. Tidak ada niatjahat Yang Berhormat. [Dewan gamat seketika] DR.11.12.2001 23

Beberapa Ahli: [Menyampuk]

Datuk Bung Moktar bin Radin: Dia yang jahat ini.

Seorang Ahli: Haa, betul. Datuk Bung Moktar bin Radin: Haa, ini jahat. [Dewan gamat seketika]

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Kalau kira jahat Yang Berhormat, susahlah. Semua jahat belaka Yang Berhormat. ltu bukan niat jahat.

Puan Chong Eng: Kalau sudah tanya ......

Seorang Ahli: Jangan layan sangat.

Dato' Napsiah binti Omar: Tuan Yang di-Pertua ......

Puan Chong Eng: [Menyampuk]

Tlmbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Saya sudah buat keputusan. Dia hanya menanya Kuala Pilah. Kalau Kuala Pilah kata tidak, tidaklah.

Puan Chong Eng: {Menyampuk]

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Cukup Yang Berhormat, duduklah Yang Berhormat.

Beberapa Ahli: Cukuplah. {Dewan gamat seketika]

Tlmbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Duduk Yang Berhormat, duduk. Janganlah tafsir macam itu.

Dato' Napsiah binti Omar: Tuan Yang di-Pertua ......

Dato' Napslah binti Omar: Teruskan Kuala Pilah, terus.

Seorang Ahli: Duduk, duduk.

Dato' Napsiah blnti Omar: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyambung sedikit lagi tuduhan oleh Yang Berhormat bagi Batu Gajah kepada Tuan Yang di-Pertua Dewan ini, rasa saya tidak berasas sekali dan memanglah bemiat jahat. lsu tuduhan usul ini menghalang tugas Ahli Parlimen membangkitkan perkara-perkara yang penting kepada rakyat dan juga kebebasan akhbar rasa saya tidak berasas sama sekali. lni kerana, usul ini yang dibawa oleh menteri menumpukan kepada isu Batu Gajah tidak mengikut peraturan Dewan seperti Perkara 1 di atas, tidak timbul menghalang Ahli Parlimen dan akhbar untuk menjalankan tugasnya.

Jadi, beginilah Tuan Yang di-Pertua, saya mengambil kesempatan ini untuk menyatakan bahawa tindakan yang diambil oleh kerajaan ini memanglah betul dan tepat kerana kita harus memberitahu kepada Ahli-ahli Dewan ini, jangan sekali-kali melulu, membuat seberapa tuduhan, terutamanya Ahli Yang Berhormat bagi Batu Gajah, seorang wanita dan saya sangatlah kesal dan ralat perkara ini berlaku. Saya berharap Yang Berhormat bagi Batu Gajah akan patuhlah kepada Dewan ini dan saya berharap juga Ahli Yang Berhormat juga akan belajarlah daripada kesilapan.

Tuan Yang di-Pertua, saya memang menyokong tindakan kerajaan ini, hanya sebagai seorang kakak dan sebagai orang wanita juga, saya ingin merayu juga .....

Puan Chong Eng: [Bangun}

Seorang Ahli: Piraaah. {Dewan gamat seketika]

Puan Chong Eng: [Bangun] [Menyampuk] 24 DR.11.12.2001

Dato' Napsiah binti Omar: ...... janganlah sombong sangat. Saya hendak merayu kepada kerajaan, sebagai seorang back benches, saya ingin merayu kepada kerajaan untuk menimbangkan dan meringankan memandangkan Batu Gajah ini membuat kesalahan yang pertama, ya. Jadi, janganlah menghina saya pula, jangan sombong pula, duduk diam-diam.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Muhamad bin Abdullah): Cukuplah Kuala Pilah, sudah.

Puan Chong Eng: [Bangun]

Puan Fong Po Kuan: [Bangun]

Beberapa Ahli: Weii, duduklah weii, duduk. Batu Gajah!!

Seorang Ahli: Duduklah weii!!!

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Tidak Yang Berhormat, jangan macam itu.

Dato' Napsiah binti Omar: Duduk dahulu, duduk dahulu. Tuan Yang di- Pertua, masa telah banyak diambii...... [Disampuk]

Seorang Ahli: Bangang.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Dia minta penjelasan Yang Berhormat.

Dato' Napsiah binti Omar: Saya menyokong pindaan kerajaan tetapi jangan begitu, saya merayu juga kepada kerajaan supaya ringankan kepada ...... [Dewan gamat seketika]

Puan Fong Po Kuan: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Batu Gajah berdiri Yang Berhormat. Yang keduanya, saya ingin menyatakan di sini Tuan Yang di- Pertua ...... [Disampuk]

Puan Chong Eng: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Bukit Mertajam.

Dato' Napsiah binti Omar: Ya? Saya hendak habis dah. Duduklah

Datuk Bung Moktar bin Radin: Duduklah!!

Seorang Ahli: Jangan bagi.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Dia tidak bagi jalan Yang Berhormat.

Dato' Napsiah binti Omar: Salak bukan dari Palembang, dengar elok-elok. "Salak bukan dari Palembang, Salak datang dari lndrageri.

Puan Chong Eng: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Duduk Yang Berhormat.

Dato' Napsiah binti Omar: Salah bukan datang dari orang, salah datang dari diri sendiri".

Beberapa Ahli: Ya. [Dewan gamat seketika] DR.11.12.2001 25

Dato' Napsiah binti Omar: Dengan itu, saya sokong kerajaan. [Dewan gamat seketika] [Tepuk]

Seorang Ahli: Bagus kakak bagus. bagus!! [Ketawa] [Dewan gamat seketika]

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Kepong.

Puan Chong Eng: [Bangun} [Menyampuk]

Seorang Ahli: [Menyampuk}

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, Kepong, Kepong.

11.35 tgh.

Dr. Tan Seng Giaw (Kepong]: Tuan Yang di-Pertua, saya bangun ...... [Disampuk]

Seorang Ahli: Okay, masa habis.

Dr. Tan Seng Giaw: Masa tidak boleh habis. Masa sentiasa ada.

Seorang Ahli: Haa, tidak boleh.

Dr. Tan Seng Giaw: Tuan Yang di-Pertua, itulah masalah tidak mematuhi kepada peraturan.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, ya, teruskan Kepong.

Dr. Tan Seng Giaw: Tuan Yang di-Pertua, saya bangun ......

Tuan Lim Hock Seng: 36(4 ).

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Apa lagi Yang Berhormat?

Tuan Lim Hock Seng: Saya terdengar satu ...... [Disampuk]

Seorang Ahli: [Menyampuk]

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Orangnya siapa Yang Berhormat? [Dewan gamat seketika}

Puan Chong Eng: lpoh Barat. Tuan Lim Hock Seng: lpoh Barat. Apabila Yang Berhormat bagi Bukit Mertajam bercakap di sini, dia kata 'dia gataikah?'

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Saya tidak dengar Yang Berhormat. [Dewan gamat seketika]

Puan Chong Eng: Kami dengar.

Tuan Lim Hock Seng: Dia kata dia gataikah? Apa erti gatai?

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Duduk Yang Berhormat.

Tuan Lim Hock Seng: Saya dengar.

Seorang Ahli: Tanya lpoh Barat.

Puan Chong Eng: [Menyampuk] 26 DR.11.12.2001

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Saya tidak dengar Yang Berhormat. [Dewan gamat seketika]

Tuan Kerk Kim Hock: Ya, ya, semua dengar. [Dewan riuh-rendah]

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Yang ini saya tidak dengar.

Tuan Kerk Kim Hock: Ya, tanya dia, dia mengaku tidak?

Puan Chong Eng: [Bangun] [Menyampuk]

Tuan Lim Hock Seng: {Bangun] {Menyampuk]

Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: [Bangun] [Menyampuk]

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Duduk Yang Berhormat, saya tidak dengar.

Tuan Kerk Kim Hock: [Menyampuk]

Puan Chong Eng: [Menyampuk]

Tuan Lim Hock Seng: {Menyampuk]

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Hajl Muhamad bin Abdullah]: Ya, yalah, duduklah dulu.

Puan Teresa Kok Suh Sim: Keluar terus dari Dewan.

Tuan Lim Hock Seng: Hukuman, hukuman.

Tuan Kerk Kim Hock: Tanya lpoh Barat.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Duduklah dulu. Sebab saya tidak dengar Yang Berhormat. Duduklah, duduk Yang Berhormat.

Tuan Lim Hock Seng: Okay, keputusan.

Puan Chong Eng: [Menyampuk]

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, yang pertama ...... [Disampuk] Puan Chong Eng: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, Yang Berhormat.

Puan Chong Eng: Tidak mahu tanya pun.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Duduk, duduk. Yang Berhormat, pertama, memang saya tidak dengar, sebab ini bukan dia menggunakan mic dan sebagainya. Hanya, kalau saya hendak tanya, adakah lpoh Barat?

Tuan Kerk Kim Hock: Tadi cakap berapa ......

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, ada ......

Dato' Ho Cheong Sing: 'Pasar', bukan 'pasar' sini.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Haa, dia tidak cakap Yang Berhormat.

Tuan Kerk Kim Hock: Dia tidak mengaku dia cakap. DR.11.12.2001 27

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Teruskan Yang Berhormat.

Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: Tuan Yang di-Pertua, dia ingat apa dia ini ......

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Duduk Yang Berhormat.

Tuan Kerk Kim Hock: Dia kata bahasa pasar. Tetapi, dia tidak menafikan yang dia tidak cakap.

Puan Chong Eng: Ya.

Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: Dia bercakap itu.

Tuan Kerk Kim Hock: Dia mengaku.

Puan Chong Eng: Dia mengakui.

Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: Dia kata bahasa pasar.

Tuan Kerk Kim Hock: Dia kata bahasa-bahasa pasar ...... [Disampuk]

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Duduk dulu Yang Berhormat.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Saya memang tidak dengar. Saya tidak faham pun kalau dia sebut macam itu.

Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: Dia kata bahasa pasar, dia pun mengaku tadi.

Tuan Kerk Kim Hock: [Menyampuk]

Puan Chong Eng: [Menyampuk]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Hajl Muhamad bin Abdullah]: Yang Berhormat, duduklah, jangan suruh saya pula Yang Berhormat.

Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: Dia bercakap bahasa pasar. Bahasa pasar bermakna satu penghinaan.

Tuan Kerk Kim Hock: [Menyampuk]

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Duduklah. Saya tidak tahu Yang Berhormat, saya tidak tahu. Duduk, duduk.

Tuan Haji Mahfuz bin Hajl Omar: Tidak bolehlah. Dia sudah mengaku, dia kata.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Duduk, duduk. Saya sebenamya saya tidak dengar Yang Berhormat. Saya tidak berani hendak ...... sebab tidak berapa ... .

Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: Tuan Yang di-Pertua tidak dengar tetapi dia mengaku.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Duduk Yang Berhormat.

Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: ...... sebab dia mengata.

Tuan Kerk Kim Hock: [Menyampuk] 28 DR.11.12.2001

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Yang Berhormat, duduk dulu.

Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: Bukan soal dia itu dengar kah tidak I dengar.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Duduk, duduk, duduk.

Tuan Kerk Kim Hock: [Menyampuk]

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Duduk, duduk, duduk. Jadi, duduk, duduk Kota Melaka. Duduklah, saya akan panggil lpoh Barat.

Puan Chong Eng: [Menyampuk]

Tuan Kerk Kim Hock: Dia sudah habis?

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Tidaklah, jangan diungkitkan lagi itu Yang Berhormat.

Datuk Bung Moktar bin Radin: Cukuplah.

Tuan Kerk Kim Hock: Peraturan mesyuarat.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Peraturan yang mana Yang Berhormat? Peraturan yang lain?

Tuan Kerk Kim Hock: Ya, yang lain.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Hajl Muhamad bin Abdullah]: Haa, okay. Tuan Kerk Kim Hock: Peraturan 26(1 )(p), memandangkan Yang Berhormat bagi lpoh Barat telah mengeluarkan satu bahasa yang merupakan ...... [Disampuk] [Dewan gamat seketika]

Seorang Ahli: Hell! Nantilah sekejap.

Tuan Kerk Kim Hock: ...... satu penghinaan yang teruk kepada Yang Berhormat bagi Bukit Mertajam, saya mencadangkan supaya beliau dirujukkan kepada Committee of Privileges untuk menjaga kemuliaan Dewan ini. Saya buat usul secara rasmi. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Sila duduk Yang Berhormat.

Seorang Ahli: Saya sokong, saya sokong.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Saya selesaikan yang pertama dahulu Yang Berhormat, selesaikan yang pertama Yang Berhormat. Duduk dahululah, duduk. lpoh Barat tadi saya minta berdiri. Bahasa apa tadi?

Dato' Ho Cheong Sing: Serupa market.

Tuan Lim Hock Seng: Serupa marketkah itu macam?

Dato' Ho Cheong Sing: Pasar. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Tetapi, ada menyebut perkara yang tidak balk Yang Berhormat?

Dato' Ho Cheong Sing: Tidak adalah. [Ketawa]

Seorang Ahli: Banyak saksi. DR.11.12.2001 29

Tuan Lim Hock Seng: Dia saksi.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah): Sudah Yang Berhormat. Yang Berhormat, Yang Berhormat, kalau macam itu, tarik balik, minta maaf Yang Berhormat. [Dewan gamat seketika]

Dato' Ho Cheong Sing: No such thing, haa?

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Dia tidak ada Yang Berhormat, dia tidak menyebut.

Tuan Kerk Kim Hock: [Menyampuk]

Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: [Menyampuk]

Puan Chong Eng: [Menyampuk]

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Sebab saya tidak dengar Yang Berhormat.

Tuan Kerk Kim Hock: [Menyampuk]

Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: [Menyampuk]

Puan Chong Eng: [Menyampuk]

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Saya hendak kata macam mana? Saya tidak dengar.

Tuan Ronald Kiandee: Tuan Yang di-Pertua, saya ......

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Duduk dahulu Yang Berhormat.

Tuan Ronald Kiandee: Tuan Yang di-Pertua, ya.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah): Ya, ya.

Tuan Ronald Kiandee: Saya duduk ...... [Disampuk]

Tuan Kerk Kim Hock: [Bangun]

Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: [Bangun]

Puan Chong Eng: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Duduk dahulu Yang Berhormat.

Tuan Ronald Kiandee: ..... duduk sebelah dengan lpoh Barat, dia cuma merujuk keadaan yang huru hara tadi sebagai market tetapi penggunaan bahasa dia, sebutan dia tidak lurus, dia menggunakan perkataan pasar, pasar. Tidak ada sebutan seperti yang dituduh oleh pihak sebelah sana, tidak ada Tuan Yang di-Pertua. [Dewan gamat seketika]

Tuan Kerk Kim Hock: [Bangun]

Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: [Bangun]

Puan Chong Eng: [Bangun]

Tuan Lim Hock Seng: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Duduk Yang Berhormat. Kalau tidak, tidak kehabisan Yang Berhormat mesyuarat kita. 30 DR.11.12.2001

Tuan Kerk Kim Hock: [Menyampuk]

Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: [Menyampuk]

Puan Chong Eng: [Menyampuk]

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Benda itu tidak kena mengena, macam mana hendak menjalankan usul itu?

Puan Chong Eng: Argggghhhhh!!!

Tuan Kerk Kim Hock: Dia sudah cakap itu, suruh kawan-kawan jangan tolong dia. Kita sudah cakap, kawan committee ...... {Dewan gamat seketika]

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Duduk Yang Berhormat. Ya, saya akan siasat dalam committee kalau benar.

Puan Chong Eng: {Menyampuk]

Tuan Kerk Kim Hock: [Menyampuk]

Tuan Lim Hock Seng: [Menyampuk]

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, sila duduk. Apa lagi Bukit Mertajam?

Puan Chong Eng: Yang Berhormat bagi lpoh Barat telah mengakui bahawa dia menggunakan perkataan itu sebagai bahasa pasar dan bukan yang di katakan sekarang ada pasar. [Dewan gamat seketika]

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, ya Yang Berhormat.

Puan Chong Eng: Beliau telah mengakui.

Beberapa Ahli: Weiii!! Apa ini?

Puan Chong Eng: Jadi, beliau telah sendiri mengakui.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Duduk Yang Berhormat, saya tidak dengar. Dia kata macam pasar, itu sahaja. [Dewan gamat seketika]

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Jadi, teruskan Kepong.

Seorang Ahli: [Menyampuk]

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Teruskan Kepong.

Tuan Kerk Kim Hock: Hei!! Kawan tolong kawan bohongkah?

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Teruskan Kepong.

Tuan Kerk Kim Hock: Don't say you don't know, don't say, it's already too much. lni bukan kali pertama dia buat.

Puan Chong Eng: Dia tumbuk orang juga di luar Dewan.

Tuan Kerk Kim Hock: Macam-macam dia buat, dia punya perangai.

Beberapa Ahli: Booooo ...... !!! DR.11.12.2001 31

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Terus. Tidak apa, tidak apa Kepong, terus ya.

Dr. Tan Seng Giaw: Tuan Yang di-Pertua, saya bangun dengan hati yang sang~t sedihlah kerana perilaku dan kelakuannya tidak baik juga. lpoh Barat tidak patutlah menyebutkan hal seperti itu, yang menghinakan orang yang lain.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Teruskan yang lain Kepong.

Dr. Tan Seng Giaw: Tuan Yang di-Pertua, saya nampak Yang Berhormat Menteri sudah menggunakan Peraturan 27 untuk mengemukakan usul ini. lni merupakan satu usul dengan hukuman yang begitu berat dan ianya disebutkan di sini bahawa Yang Berhormat bagi Batu Gajah boleh merujuk kepada Perkara 43. Tuan Yang di-Pertua, Perkara 43 kalau ikut semualah, 100 perkara di dalam peraturan mesyuarat ini, memang satu cara untuk menyelesaikan ketidakpuasan Yang Berhormat bagi Batu Gajah ialah untuk merujuk kepada Perkara 43 tetapi kita mesti mempertimbangkan Jatar belakang. Yang Berhormat Menteri Jelebu pun tahu, sumber ataupun usul asal Yang Berhormat bagi Batu Gajah mengambil tindakan ialah kerana masalah CLP. lni pun tidak disebutkan di dalam usul ini, (CLP) Certificate of Legal Practice.

Di dalam Perkara CLP, kerana kebocoran kertas peperiksaan di dalam peperiksaan yang terakhir, CLP ini, maka Batu Gajah tidak puas hati dengan hal itu dan Yang Berhormat bagi Kota Melaka pun tidak puas hati, semua orang tidak puas hati kerana kita hendak menyaksikan semua peguam seperti doktor juga mestilah jujur di dalam semua tugasnya dan dengan itu, pihak Batu Gajah pun mengambil tindakan dan kalau beliau ikut Peraturan 43, "Tuan Yang di-Pertua, dalam Majlis Mesyuarat atau Pengerusi dalam Jawatankuasa adalah tertanggung ke atasnya menjaga supaya peraturan-peraturan Maj/is Mesyuarat atau Jawatankuasa diendahkan dan keputusannya berkenaan dengan apa-apa perkara peraturan mesyuarat tidak boleh diminta, ditimbangkan semula dan tidak boleh diulang kaji oleh Maj/is Mesyuarat kecuali dengan dikeluarkan usul bersendiri kerana itu. Usul demikian ini tidak berkehendak dikeluarkan pemberitahu lebih daripada dua hari terlebih dahulu."

Tuan Yang di-Pertua, kalau biasanya saya pun pemah menggunakan Perkara 43 juga tetapi diletakkan di dalam bawah kertas Peraturan Mesyuarat dan kemudian pihak Yang Berhormat-Yang Berhormat Barisan Nasional tidak begitu berminat untuk berbahas dan kemudian apabila Dewan ditangguhkan, usulnya tidak dibahaskan. ltulah masalah kita.

Kalau kita hendak menggunakan peraturan-peraturan mesyuarat, semua ahli mestilah mempunyai standard yang sama, mesti mempunyai standard yang sama. Kalau Yang Berhormat bagi Rompin, apabila dia tengok usul ini "Ah, itu yang akan tidak baik untuk pihak Barisan Nasional", dia kata "tidak boleh bahas langsung, kita balik, tangguhkan Dewan, tidak payah membahaskan usul". ltu Yang Berhormat bagi Rompin dan Yang Berhormat bagi Tanjong Karang pun serupa jugalah. [Ketawa]

Dato' Haji Noh bin Haji Omar: [Bangun]

Dr. Tan Sang Giaw: Boleh.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, penjelasan Yang Berhormat.

Dato' Haji Noh bin Haji Omar: Terima kasih Yang Berhormat. lnilah baru bahas yang betul. Baik-baik bagi jalan. Okay. Saya hendak meminta penjelasan daripada Yang Berhormat. [Dewan gamat seketika]

Tuan Kerk Kim Hock: [Bangun][Menyampuk]

Seorang Ahli: Eh, yang dia ini. .. 32 DR.11.12.2001

Dato' Haji Noh bin Haji Omar: Saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat bagi Kepong. Okay. Tadi Yang Berhormat bangkit soal 43 bila sudah Dewan ditangguhkan, mungkin jadi Backbencher balik, memang kuorum tidak cukup, itu mungkinlah pada tahun pilihan raya yang lepas, Dewan yang lepas. Tetapi kali ini kalau kata semua Backbencher keluar sekalipun, penyokong kerajaan keluar, Yang Berhormat pembangkang ada 42 orang, cukup kuorum untuk terus dibahaskan. Tidak timbul kata kita tidak suka mendengar. Cukup kuorum 42 semua pembangkang tunggu, maka Perkara 43 boleh dibahaskan. Tidak semesti kami wakil daripada kerajaan mesti dengar apa yang Yang Berhormat cakap. Kalau kuorum tidak cukup barulah boleh kita tangguhkan mesyuarat. Jangan ......

Dr. Tan Seng Giaw: Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat bagi Tanjong Karang hari ini dia peguam juga, peguam juga. Tetapi amalan biasa Barisan Nasional dia tidak mengendahkan hal ini. Dia kata semua akan hadir, semua akan ikut peraturan, semua akan menyertai di dalam perbahasan. ltu sekarang. Kalau sebelum ini kata dia keluarkan sahajalah, tidak payah bahaskan, sekarang dia hendak mempertahankan Barisan Nasional yang kurang rasional.

Tuan Yang di-Pertua, saya sebutkan di sini sebab banyak perkara yang berlaku, bukan sahaja dengan CLP. Yang Berhormat bagi Jelebu pun tahu. Hal kena­ mengena dengan peguam seperti Peguam Negara pun, Yang Berhormat sendiri apabila Yang Berbahagia Datuk Ainum mengemukakan surat peletakan jawatan dan seterusnya lalu Yang Berhormat mengumumkan Datuk Abdul Ghani Patail dilantik sebagai Peguam Negara tetapi ini tidak mengikut Perkara 145(1) Perlembagaan Persekutuan [Sorak] [Tepuk].

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Hajl Muhamad bin Abdullah]: Tidak mengapa Yang Berhormat, biar.

Dr. Tan Seng Giaw: Yang ini yang saya sebutkan kerana ini hal yang berkait dan berlaku dalam masa yang sama sebab ada peguam-peguam dan bukan peguam seperti kita pun tidak puas hati mengapa hal ini boleh berlaku. Yang pertama, tidak mengikut Perlembagaan Persekutuan; yang kedua, suasana Datuk Ainum meletak jawatan pun menimbulkan kontroversi juga, syak-wasangka, walaupun ada pihak yang mengatakan ini penyakit thyroid lah sebab dia meletak jawatan. Tetapi itulah masalah.

Datuk Bung Mokhtar bin Radin: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ada yang berdiri Yang Berhormat.

Dr. Tan Seng Giaw: Yang Berhormat bagi Kinabatangan ini satu orang yang apabila dia meminta maaf di sini di luar dia keluarkan di dalam akhbar.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Yang Berhormat, ini hendak bagi jalan atau tidak bagi.

Dr. Tan Seng Glaw: [Ketawa] Sila.

Datuk Bung Mokhtar bin Radin: Terima kasih. Yang Berhormat bagi Kepong ini memang begitulah- dia terkepung-kepung. Saya hendak tanya Yang Berhormat, apakah Yang Berhormat sedar apa yang dibicarakan oleh Yang Berhormat kerana hari ini Yang Berhormat seharusnya berhujah untuk menyatakan justifikasi kenapa wakil rakyat atau Yang Berhormat bagi Batu Gajah tidak boleh digantung, bukan bercerita soallain-lain yang berlegar-legar di udara. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Sila Yang Berhormat bagi Kepong. Terus Yang Berhormat bagi Kepong.

Dr. Tan Seng Giaw: Tuan Yang di-Pertua, begitulah kelakuan Yang Berhormat bagi Kinabatangan. Apabila dia minta maaf di dalam Dewan dia tidak puas hati, dia keluar untuk membincangkan perkara ini dengan akhbar. Patut dia digantung satu tahun bukan enam bulan

Seorang Ahli: Dua tahun. DR.11.12.2001 33

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Sudah Yang Berhormat.

Dr. Tan Seng Giaw: Minta maaf. Tuan Yang di-Pertua, saya sebutkan hal ini kerana dalam suasana sedemikian, Yang Berhormat bagi Batu Gajah pun mengambil tindakan untuk mengemukakan perkara ini supaya dibahaskan.

Dato' Kamarudin bin Jaffar: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ada yang berdiri. Yang Berhormat bagi Tumpat berdiri Yang Berhormat.

Dato' Kamarudin bin Jaffar: Yang Berhormat bagi Kepong, terima kasih. Yang Berhormat bagi Kepong tadi sedang menceritakan masalah berkenaan dengan pelantikan Peguam Negara yang mana mengikut Yang Berhormat bagi Kepong bahawa pelantikan itu [Disampuk]

Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Nanti, nanti dahulu. Duduk dahulu Yang Berhormat bagi Rompin. Duduk dahulu, duduk dahulu.

Beberapa Ahli: Duduk dahulu, duduk dahulu.

Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis: Saya minta perbahasan ini rujuk kepada usul. lni jauh benar perginya. Tentang usul yang dibentang oleh kerajaan, bukan isu-isu yang lain Tuan Yang di-Pertua.

Tlmbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya duduk, duduk. Yang Berhormat, khusus bagi tajuk yang ditanya.

Dato' Kamarudin bin Jaffar: Khusus ya. Yang Berhormat bagi Kepong sedang menyebut tentang masalah perlantikan Peguam Negara. [Disampuk]

Beberapa Ahli: Dengarlah dahulu.

Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis: Apa yang saya hendak tanya, apa kena-mengena dengan usul ini? Tuan Yang di-Pertua boleh buat ruling. Adakah usul kita pelantikan A.G? Usul ini tentang Yang Berhormat bagi Batu Gajah.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, ya, duduk Yang Berhormat.

Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis: Saya hendak bertanya, kalau tidak ada kena-mengena, balik kepada tajuk usul kita.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Yang Berhormat, kalau hendak minta penjelasan hendaklah yang berkaitan dengan usul ini..

Dato' Kamarudin bin Jaffar: Amat berkaitan dengan kuasa Parlimen, kuasa Speaker, Perlembagaan dan sebagainya.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Usul ini khusus Yang Berhormat. [Kecoh]

Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis: Apa yang dikatakan soalan tadi tidak ada kena-mengena dengan usul, penjelasan.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Sila duduk dahulu Yang Berhormat. Khusus bagi usul Yang Berhormat.

Dato' Kamarudin bin Jaffar: Nampak Tuan Yang di-Pertua, sungguh takut Yang Berhormat bagi Rompin kepada soalan saya. Sungguh takut. Saya tidak tahu. 34 DR.11.12.2001

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah): lni bukan bahas begini Yang Berhormat. [Kecoh] Yang Berhormat bagi Rompin, bukan bahas macam ini Yang Berhormat. Duduk. Yang Berhormat bagi Tumpat, minta penjelasan khusus bagi usul Yang Berhormat. , Dato' Kamarudin bin Jaffar: Berkaitan dengan pelantikan Peguam Negara, yang mana apabila kita meminta [Kecoh]

Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis:{Bangun)[Menyampuk]

Beberapa Ahli: Soalan tidak habis lagi. Cakap tidak habis lagi.

Beberapa Ahli: Nanti dahulu. Kuasa Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Duduk dahulu Yang Berhormat. Yang Berhormat khusus kepada usullah. Jangan mengenai pelantikan Peguam Negara.

Dato' Kamarudin bin Jaffar: Nampaknya cukup takut, cukup takut. Tetapi kalau saya tidak diberi peluang, mana saya boleh bercakap. Hak hendak bercakap dalam Dewan pun nampaknya disekat begitu. [Tepuk). Saya hairan. Kalau Tuan Yang di-Pertua hendak buat ruling pun, biar saya tanya dahulu. Nampak takut sangat.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Hajl Muhamad bin Abdullah): laitu saya sudah buat keputusan Yang Berhormat. Kadangkala dia hendak bercakap terpaksa berpusing, jadi saya tidak tentu bagaimana dia hendakkan penjelasan. Jadi terus kepada penjelasanlah Yang Berhormat. Jangan kait terlalu banyak dengan benda yang tidak ada kaitan.

Dato' Kamarudin bin Jaffar: Elektrik pun dia kena pusing, ada circuit baru hidup.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Teruslah Yang Berhormat bagi Tumpat. Tetapi janganlah berpusing terlalu panjang.

Dato' Kamarudin bin Jaffar: Berkaitan dengan pelantikan Peguam Negara, Yang Berhormat bagi Kepong menyebutnya tadi, tetapi ceritanya tidak habis. lsu itu dibawa di Parlimen ini di bawah Perkara 18 tetapi ditolak oleh Tuan Yang di-Pertua. Kemudiannya dengan alasan bahawa perkara itu belum berlaku. Kemudian Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri menyanggah Tuan Yang di-Pertua dengan mengatakan bahawa Tuan Yang di-Pertua tidak memahami, tidak tahu apa yang berlaku. lni adalah suatu penghinaan, yang mana Yang Berhormat bagi Kepong belum menjelaskan lagi. Apa pandangan Yang Berhormat bagi Kepong tentang ini.

Dr. Tan Seng Giaw: Yang Berhormat bagi Tumpat. Dengan pengumuman Yang Berhormat bagi Jelebu, maka timbullah pertikaian mengenai pelantikan itu dan juga mengenai CLP yang menyebabkan Yang Berhormat bagi Batu Gajah mengambil tindakan. Tuan Yang di-Pertua [Disampuk]

Datuk Seri Utama Dr. Rais bin Yatim [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Hajl Muhamad bin Abdullah]: Ya Yang Berhormat Menteri.

Beberapa Ahli: Peraturan mana, Peraturan berapa?

Datuk Seri Utama Dr. Rais bin Yatim: Nama, jawatan menteri itu hendaklah disebut, bukan kawasan Parlimennya.

Beberapa Ahli: Peraturan mana?

Dr. Tan Seng Giaw: Yang Berhormat Menteri, Yang Berhormat Menteri, kerana pengumuman Yang Berhormat Menterilah mengenai [Disampuk) [Ketawa] Seorang Ahli: Dia mahu jawatan menteri itu juga. DR.11.12.2001 35

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya teruskan Yang Berhormat.

Dr. Tan Seng Giaw: Mengenai pelantikan Peguam Negara dan juga CLP menimbulkan pertikaian yang lebih di dalam negara ini. Saya berharap Yang Berhormat sendiri boleh mempertimbangkan mengapa pengumuman beliau dapat mengeruhkan keadaan. Sebab kita ini sama-samalah hendak menyaksikan seperti doktor juga, peguam-peguam di negara ini adalah jujur dan mengikut peraturan juga, tidak seperti Yang Berhormat bagi Tanjong Karang. Kita mesti ikut peraturan.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Teruskan Yang Berhormat.

Dr. Tan Seng Giaw: Tuan Yang di-Pertua, mengenai masalah penghinaan, memang satu bidang yang luas di dalam Parlimen sebab satu institusi yang terunggul di dalam Dewan yang mulia ini. Tuan Yang di-Pertua, mengikut Erskine May, itu amalan Parlimen, misalnya mengenai contempt- penghinaan, "generally speaking, any act or omission which obstructs or impedes either House of Parliament in the performance of its functions, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, or which obstructs or impedes any Member or official of such House in the discharge of his duty or which has a tendency directly or indirectly to produce such results may be treated as a contempt even though there is no precedent of the offence. It is therefore impossible to list evety act which might be considered to amount to a contempt the power to punish was such an offence being of its nature, discretionaty. Nevertheless certain broad principles may be deduced from a review of the kinds of misconduct which in the past either House has punished as a contempt.

It should, however, be borne in mind that in 1978 the House of Commons resolved to exercise its penal jurisdiction as sparingly as possible, and only when satisfied that it was essential to do so." Tuan Yang di-Pertua, saya sebutkan di sini, saya ulang ini, "It should, however, be borne in mind that in 1978 the House of Commons resolved to exercise its penal jurisdiction as sparingly as possible, and only when satisfied that it was essential to do so. Tuan Yang di-Pertua, kita mesti mempertimbangkan sama ada hukuman ke atas Yang Berhormat bagi Batu Gajah adalah munasabah ataupun tidak. Dan di sini kita perlulah untuk pertimbangan dan dengan demikian kita boleh merujuk

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ada yang berdiri Yang Berhormat, minta penjelasan.

Dr. Tan Seng Giaw: Oh, ya, Yang Berhormat bagi Arau. Oh, bukan Yang Berhormat bagi Arau, Yang Berhormat bagi Kangar. Dengan itu negeri yang kecil, susah sedikit. Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Hendak bagi, tidak bagi Yang Berhormat?

Dr. Tan Seng Giaw: Tidak mengapalah. {Ketawa]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, sila Yang Berhormat bagi Kangar.

Tan Sri Dato' Serl Dr. Abdul Hamid Pawanteh: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Ahli Yang Berhormat bagi Kepong. Saya ingin mohon penjelasan daripada Ahli Yang Berhormat sama ada dari hujah-hujah yang diketengahkan oleh Ahli Yang Berhormat, adakah maksud Ahli Yang Berhormat bagi Kepong untuk menyatakan, pertamanya, tindakan membawa usul ini adalah salah di sisi peraturan dan prinsip­ prinsip dan amalan Parlimen; kedua, bahawa ianya betul tetapi Ahli Yang Berhormat ingin memohonkan supaya dengan izin, let justice be tampered with mercy, atau yang ketiganya, bahawa prosedur yang dijalankan selama ini yang menyentuh perkara ini adalah keseluruhannya salah sama sekali. Jadi, ada tiga perkara yang saya kurang jelas dari hujah-hujah Yang Berhormat itu, apakah di mana yang dituju yang Ahli Yang Berhormat hendak kata semua ini salah atau hendak mohon diringankan. Terima kasih. 36 DR.11.12.2001

Dr. Tan Seng Giaw: Tuan Yang di-Pertua, yang saya maksudkan ialah dengan masalah penghinaan ini memang satu bidang yang luas dan dengan amalan yang dibuat seperti di House of Commons, ini biasanya dirujuk kepada Jawatankuasa Keistimewaan untuk dipertimbangkan dan sebagai referee, Tuan Yang di-Pertua memang mempunyai hak untuk menggunakan Perkara 27 ataupun melalui Yang Berhormat Menteri, memang berhak sebagai referee. Bila kita main bola pun, kita jangan kasar sangat terhadap referee kerana dia boleh keluarkan kad merah.

Begitu juga dengan Dewan yang mula ini, Yang Berhormat bagi Rompin mesti berhati-hati - sentiasa hendak langgarkan dengan referee, memang dia keluarkan kad merah juga. ltulah saya merujuk kepada amalan House of Commons- biasanya kita rujukkan kepada satu Jawatankuasa Keistimewaan untuk mempertimbangkan latar belakang Yang Berhormat bagi Batu Gajah yang mengambil tindakan yang sedemikian dan seterusnya mempertimbangkan hukuman ke atasnya. Dan di sinilah saya menyeru semua Ahli Parlimen di sini, terutamanya dari Barisan Nasional termasuk Yang Berhormat bagi Kangar, mestilah kita mempertimbangkan dari segi ini. Jangan kita tergopoh-gapah mengambil keputusan untuk menghukum seorang Ahli Parlimen.

Kita ahli Parlimen sama-sama mempertimbangkan, sebab ada di dalam kalangan Yang Berhormat pun yang mengatakan: "Aiyoo! Enam bulan terlalu berat! Kalau satu hari atau satu minggu pun boleh dikira". lni termasuk Yang Berhormat bagi Rompin. Dia setuju, sebab perilaku dia pun hampir sama juga. Sebab itu bila saya sebutkan tadi dia mengangguk tetapi berani bercakap juga. Angguk sahaja tidak patutlah.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Lim Si Cheng) mempengerusikan Mesyuarat]

Tuan Yang di-Pertua, sebab itulah saya berharap semua ahli yang hadir hari ini bolehlah bersetuju dengan saya untuk menggunakan Peraturan 80( 1) [disampuk]. Untuk menggunakan Peraturan 80(1)

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat Rompin.

Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis: Saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat bagi Kepong kerana dengan ulasan Yang Berhormat Kepong tadi, perkara ini adakah Yang Berhormat boleh mencadangkan selesai dengan meminta maaf? Dengan meminta maaf kepada Dewan yang mulia ini, isu tidak timbul?

Tuan Abd. Rahman bin Yusof: [Menyampuk]

Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis: Saya bertanya kepada Yang Berhormat bagi Kepong, Yang Berhormat bagi Kemaman campur itu buat apa? Tanya Yang Berhormat bagi Seputeh, "Haiya!" pula. Saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat bagi Kepong.

Dr. Tan Seng Giaw: Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat bagi Rompin, nampaknya setuju dengan saya, kita rujuklah kepada Jawatankuasa Keistimewaan untuk membincangkan sama ada hendak meminta maaf atau hendak seterusnya menghukumnya selepas pertimbangan di dalam jawatan kuasa tersebut. ltu cara yang lebih baiklah kerana kita semua ini - 193 ahli Parlimen di sini - kita tidak ada primus inter pares dan kita boleh berbincang di dalam jawatankuasa itu. ltu caranya.

Puan Chong Eng: Terima kasih Yang Berhormat bagi Kepong. Adakah Yang Berhormat bersetuju dengan saya bahawa Yang Berhormat bagi Batu Gajah telah dihukum salah sebelum beliau diberi satu perbicaraan? Dengan menggunakan usul seperti ini di dalam Dewan ini, pihak kerajaan semata-mata hendak menggunakan majoriti yang ada di dalam Dewan ini untuk menjatuhkan satu hukuman dengan mengadakan satu perbicaraan. lni tidak selaras dengan natura/justice. Terima kasih.

Dr. Tan Seng Giaw: Sebab itulah dalam Peraturan Mesyuarat kita ada 80(1) untuk ianya seperti yang disebutkan di dalam 80(1), ringkasan kepada jawatankuasa ini hendaklah diserahkan apa-apa perkara yang nampaknya menyentuh kuasa-kuasa, DR.11.12.2001 37 hak-hak dan kebebasan Majlis. ltu cara yang baiklah bagi saya. Tuan Yang di­ Pertua ... ,

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat bagi Kepong, Yang Berhormat bagi Tumpat bangun.

Dato' Kamarudin bin Jaffar: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, dalam semangat Yang Berhormat bagi Rompin dan Bukit Mertajam juga, saya ingin bertanya Yang Berhormat bagi Kepong adakah adil bagi kita menuduh, mengkritik, menegur dan sebagainya Yang Berhormat bagi Batu Gajah tanpa kita mendengar daripada Yang Berhormat bagi Batu Gajah? Betulkah dia mengatakan apa yang dia dituduh? Dan apakah sikapnya terhadap apa yang dituduh? Dan semua ini seharusnya dibawa ke Majlis Mesyuarat Jawatankuasa Hak dan "keistimewaan" supaya semua ini dapat diketahui sebelum kita menggunakan masa berjam-jam mengeji dan menuduh beliau. lni saya fikir satu yang amat-amat keterlaluan dan tidak sesuai langsung dengan semangat Ramadan yang sepatutnya pihak Barisan Nasional yang mengatakan diri mereka sebagai negara Islam dan sebagainya melakukan terhadap seorang yang mereka namakan sebagai "zimmi" ini. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Dr. Tan Seng Giaw: Tuan Yang di-Pertua, memang di dalam semangat bulan Ramadan ini kita perlu mewujudkan silaturahim {Tepuk].

Tuan Yang di-Pertua, mengenai reprimand atau admonition ataupun hukuman gantung dan sebagainya mengikut Erskine May lagi, " ... reprimand or admonition where the offence is not so grave as to warrant the committal of the offender . . .. . he is generally directed to be reprimanded or admonished by the Lord Chancellor or the Speaker ... .': ltu satu cara lagi untuk menyelesaikan masalah dari segi reprimand ataupun admonition, satu cara yang bagi saya kita mesti mempertimbangkan. Seperti mana yang disebutkan oleh Yang Berhormat bagi Kuala Pilah pun beliau saya nampaknya meminta supaya hukuman ini diringankan juga. Jadi, begitu Yang Berhormat bagi Rom pin dan ....

Datuk Napsiah binti Omar: Tuan Yang di-Pertua, salah itu tetap salah tetapi sebagai seorang yang prihatin saya merayu juga kepada kerajaan supaya meringankan. Salah tetap salah!.

Dr. Tan Seng Giaw: Tuan Yang di-Pertua, tunjuk sebelah sini kita demokratik walau pun Yang Berhormat bagi Kuala Pilah tidak memberi izin kepada kita di sebelah sini. Dengan semangat silaturahim kita beri dengan cara demokratik. ltulah caranya.

Tuan Yang di-Pertua, tadi saya sebutkan beberapa perkara untuk menyelesaikan masalah ini, termasuklah cara reprimand atau admonition untuk menyelesaikan masalah ini. Oleh kerana ada rakan-rakan yang lain yang hendak mengemukakan pendapatnya, saya mengakhiri ucapan saya di sini. Sekian, terima kasih.

12.06 tgh.

Tuan Hoo Seong Chang [Kiuang]: Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kerana dibenarkan untuk membahas usul di bawah Peraturan Mesyuarat 27. Sebelum ini saya ingin menegaskan sedikit iaitu timbulnya perbahasan usul pada pagi ini adalah kerana seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat bagi Kepong iaitu usul yang dikemukakan oleh Yang Berhormat bagi Batu Gajah di bawah Peraturan Mesyuarat 18 pada 29 November yang lalu iaitu mengenai isu peperiksaan Sijil Amalan Undang-undang ataupun CLP. Cadangan beliau untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja di mana ia telah pun ditolak oleh Tuan Yang di-Pertua dengan sebab-sebab yang tertentu. Di sini saya ingin mengatakan bahawa isu ini adalah berlainan dengan usul pada pagi ini.

Sebenamya saya juga ditemui oleh beberapa orang calon peperiksaan CLP yang menyuarakan masalah dan tidak puas hati mereka tentang mula-mula membatalkan keputusan peperiksaan, kemudian penilaian semula markah ataupun re­ grading yang memang juga pada pendapat saya bahawa integriti, kredibiliti dan juga 38 DR.11.12.2001 nama baik peperiksaan CLP harus diperfahankan. Tetapi sebarang tindakan yang diambil mestilah tidak mengorbankan kepentingan majoriti calon yang tidak berdosa. ltu pendirian saya.

Saya juga faharn dan juga bersimpati kepada ramai calon yang diberhentikan dengan serta-merta dengan firma-firma guaman yang sebelum itu menerima mereka sebagai menjalankan latihan ataupun chambering, kemudian diberhentikan dan sebagainya. lni kita memang faham masalah-masalah yang mereka hadapi, lebih-lebih lagi pendirian kami.

Saya dan juga rakan-rakan Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional sebenarnya juga mengambil berat tentang masalah yang dihadapi oleh calon-calon ini dan juga membantu melalui cara-cara yang sesuai. Kami juga berpendirian tegas iaitu sesiapa yang terlibat dalam isu kebocoran kertas peperiksaan CLP harus diambil tindakan yang sewajarnya. Jadi, saya percaya dalam konteks ini kita semua mempunyai pandangan yang sama supaya kerajaan mesti membuat sesuatu. lni kerajaan telah pun mengambil tindakan yang sewajarnya. Tetapi malangnya dalam isu ini, Yang Berhormat bagi Batu Gajah membuat satu kenyataan akhbar pada 4 Disember yang menuduh Tuan Yang di-Pertua .....

Tuan Tan Kok Wai: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang Berhormat bagi Cheras bangun.

Tuan Hoo Seong Chang: Saya habiskan dahulu. Yang Berhormat akan boleh berucap selepas ini. Saya tidak beri!.

Tuan Tan Kok Wai: [Menyampuk]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, sila duduk.

Tuan Hoo Seong Chang: Tidak apalah, ini biasalah. lni saya tidak payah layan Yang Berhormat...

Beberapa Ahli: [Ketawa}

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat bagi Cheras

Tuan Hoo Seong Chang: .. yang menuduh Tuan Yang di-Pertua menolak usul beliau sebagai penyalahgunaan kuasa budi bicara dan juga menyatakan bahawa ia telah menyekat Ahli Parlimen berfungsi, menyekat Ahli Parlimen memainkan peranannya serta menghalang kebebasan akhbar. Jadi segala cara-cara yang dapat kita selesaikan telah pun disampaikan oleh rakan-rakan yang tadi dan saya tidak perlu mengulang lagi cara-cara melalui Peraturan 43 dan sebagainya. Tidak perlu saya ulangi lagi. Cuma pendek kata pada sayalah, kita semua sebagai manusia biasa kadangkala akan membuat kesilapan. Kalau ia berlaku kita harus mengakui dan meminta maaf tidak kira sama ada dia sengaja ataupun tidak sengaja. lni pun pemah berlaku di Dewan ini di mana rakan-rakan yang lain apabila melakukan kesilapan secara sengaja atau tidak sengaja pun meminta maaf kepada Dewan ini.

Jadi, pada sayalah akhirnya saya berfikir dalam perkara ini saya pun berharap tidak ada Ahli Parlimen di sini dikenakan tindakan. Cuma saya berharap Yang Berhormat bagi Batu Gajah boleh memikirkan perkara ini kalau merasa ia memang satu kesilapan. Jadi cuma meminta maaf kepada Dewan yang mulia ini supaya mengelakkan daripada sebarang tindakan terhadap Yang Berhormat. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat bagi Pendang. DR.11.12.2001 39

12.12 tgh.

Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor [Pendang]: Terima kasih Tuan Yang di­ Pertua. lzinkan saya memberi sedikit pandangan tenteng usul yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri terhadap mengenai satu tindakan yang dikenakan ke atas Yang Berhormat bagi Batu Gajah.

Usul ini walau pun membawa usul menggunakan Peraturan 27 bagi membolehkan usul ini dibincangkan pada hari ini, tetapi ianya mempunyai kaitan dengan beberapa peraturan yang lain dalam Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat kerana ia melibatkan hukuman yang berbentuk celaan dan juga penggantungan daripada menghadiri persidangan Dewan Rakyat dan sekali gus menggantung segala pembayaran yang beliau berhak memperolehinya. Sebab itulah tadi telah pun dibangkitkan soal kenapa perkara ini tidak dirujuk terlebih dahulu kepada Jawatankuasa Hak dan "keistimewaan" ahli-ahli Dewan kerana ia melibatkan satu tuduhan yang dibuat terhadap seorang Ahli Parlimen, iaitu Yang Berhormat bagi Batu Gajah.

Pembawa usul ini iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam permulaan usul ini menyatakan bahawa Yang Berhormat bagi Batu Gajah telah bertindak membuat kenyataan di luar Dewan ini dan mempertikaikan keputusan Tuan Yang di-Pertua menolak usulnya di bawah Peraturan 18(1). Usul yang dibawa oleh Yang Berhormat bagi Batu Gajah sebagaimana semua kita maklum ialah mengenai dengan apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat bagi Kluang iaitu persoalan yang begitu panas yang dibincangkan sejak beberapa bulan kebelakangan ini iaitu isu CLP yang memang dipertikaikan dan menimbulkan tindakan-tindakan polis, siasatan dan orang-orang yang dianggap terlibat dengan isu kebocoran kertas peperiksaan itu sedang disiasat dan ada yang mengambil tindakan awal.

Jadi, apabila Yang Berhormat bagi Batu Gajah mengemukakan usul untuk dibincang di bawah Peraturan 18(1) ini, Tuan Yang di-Pertua telah menolak dan beliau tidak berpuas hati dengan penolakan itu. lnilah saya faham kenapa mendorong beliau untuk membuat kenyataan kerana beliau seorang yang sangat prihatin tentang masalah yang dihadapi oleh rakyat termasuklah golongan profesional ini. lni bukan satu golongan yang kecil dalam masyarakat, dan golongan ini merupakan golongan yang panting di dalam masyarakat kerana golongan ini adalah golongan yang terlibat dalam proses perlaksanaan undang-undang di dalam negara kita.

Sebab itulah beliau tidak menggunakan - pada hemat saya - Peraturan 43. Peraturan 43 seperti mana yang dinyatakan oleh pembawa usul ini, kenapa beliau tidak menggunakan Peraturan 43, kita tahulah menggunakan Peraturan 43 ini bukan perkara baru. ltu sudah perkara lama. Dan menggunakan Peraturan 43 ini macam kita merejam batu ke dalam air, ia tidak akan timbul. Sudah banyak kali kita membawa bantahan di bawah perkara 43 ini, tetapi diletakkan di senarai yang mengikut susunan yang sedia ada dan tidak pernah usul-usul yang dibawa oleh ahli-ahli Pembangkang sama ada menggunakan Peraturan 43 ataupun Peraturan 14, tidak pernah diberi peluang untuk dibahas.

Kerajaan sentiasa menggunakan kuasa. Kalau dia fikir perkara-perkara yang berkaitafl dengan urusan-urusan kerajaan telah tidak ada lagi, dia sengaja melewat­ lewatkan sehingga cukup masa persidangan dan persidangan di tangguhkan tanpa memberi peluang kepada usul-usul yang dibawa oleh ahli-ahli persendirian terutama daripada pembangkang untuk dibahas. Jadi, ini sudah menjadi pengalaman kepada ahli-ahli Parlimen. Sebab itulah saya percaya Yang Berhormat bagi Batu Gajah tidak menggunakan peruntukan ini.

Dan, beliau perlu menyampaikan maklumat kepada rakyat, apa yang beliau telah usahakan, apa yang beliau telah lakukan untuk membela golongan graduan undang-undang daripada luar negeri ini. Jadi, ini perlu dipertimbangkan. Saya tidak fikir beliau berniat untuk menghina Tuan Yang di-Pertua Dewan, apa lagi menghina Parlimen, sebab beliau sebagai seorang ahli Parlimen.

Tuan Haji Che Ghani bin Che Ambak: [Bangun] 40 DR.11.12.2001

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat bagi Setiu bangun.

Tuan Haji Che Ghani bin Che Ambak: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua , dan terima kasih kepada Yang Berhormat bagi Pendang. Adakah Yang Berhormat bersetuju bahawa usul yang dikenakan ataupun di bawa terhadap Yang Berhormat bagi Batu Gajah ini ialah usaha untuk mengalihkan pandangan Dewan ini daripada isu sebenarnya iaitu isu berhubung dengan pertelagahan di antara Yang Berhormat Menteri Jelebu dengan Tuan Yang di-Pertua berhubung dengan pelantikan peguam negara iaitu Ghani Patail? Adakah Yang Berhormat bersetuju dengan pandangan tersebut? [Dewan gamat seketika]

Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Terima kasih sahabat saya daripada Setiu. Saya pun akan menyebut juga perkara itu kerana pembawa usul, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, juga mempunyai masalah dengan Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan perkara ini telah pun dibangkitkan oleh Kepong dan perkara ini juga telah ditimbulkan oleh Yang Berhormat bagi Kota Melaka baru-baru ini dalam persidangan apabila beliau menyoal Tuan Yang di-Pertua.

Siapa yang betul di antara kenyataan Tuan Yang di-Pertua dengan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri? Dan kalau kenyataan Tuan Yang di-Pertua mengenai dengan pelantikan peguam negara yang baru ini tidak betul, Tuan Yang di­ Pertua mesti meminta maaf kepada Partimen. ltu kenyataan daripada Kota Melaka. Jika, sekiranya Tuan Yang di-Pertua betul dalam kenyataannya dan Menteri yang berkenaan tidak betul, maka Menteri yang berkenaan mesti meminta maaf kepada Tuan Yang di-Pertua dan kepada Partimen. [Tepuk]

Jawapan dan keputusan (ruling) yang dibuat oleh Tuan Yang di-Pertua mengatakan beliau yang betul. lni sekali gus membukti dan menunjukkan bahawa Menteri yang berkenaan tidak betul dalam kenyataannya. [Tepuk] Dan dia yang mesti memikul tanggungjawab untuk meminta maaf kepada Tuan Yang di-Pertua dan kepada Dewan Rakyat. [Tepuk]

Datuk Seri Utama Dr. Rais bin Yatim: {Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat.

Datuk Seri Utama Dr. Rais bin Yatim: Pernyataannya, fakta apa yang menyebabkan Yang Berhormat menyatakan tidak betul? Sila beri keterangan, jika tidak saya akan minta supaya Yang Berhormat memberi perihal yang sebenar.

Dato' Hajl Fadzil bin Md. Noor: Saya merujuk kepada kenyataan yang dibuat oleh Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat dalam persidangan ini yang mengatakan kenyataan beliau yang betul. [Tepuk] Bila kenyataan beliau yang betul, maknanya kenyataan Menteri tidak betul. [Tepuk] Tidak boleh kedua-duanya betul, sebab kedua-duanya berlawanan antara satu sama lain dan contradicts.

Tuan Husam bin Haji Musa: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng): Kubang Kerian bangun.

Tuan Husam bin Haji Musa: Yang Berhormat, saya ingin mendapat sikit penjelasan. lsu ini adalah berkaitan iaitu Ainum selaku Peguam Negara telah menghantar surat peletakan jawatan sebagai peguam negara dan telah bertemu dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri ....

Datuk Seri Utama Dr. Rais bin Yatim: {Bercakap tanpa pembesar suara] ltu tidak ada kena mengena dengan usul.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng): Yang Berhormat, kita bincangkan atas usul ini. DR.11.12.2001 41

Tuan Husam bin Haji Musa: Ya! lni berkaitan dengan perbuatan yang hampir sama iaitu mempersoalkan Dewan Rakyat ini di luar Partimen. [Disampuk] Perkara yang sama, tetapi kita mempunyai pendirian yang berbeza terhadap dua perkara yang sama.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng): Yang Berhormat, pandangan mungkin boleh berbeza tetapi perkataan yang digunakan yang menjadi masalah. Jadi, tidak payahlah. Yang Berhormat bagi Pendang, teruskan.

Tuan Husam bin Haji Musa: Tidak, saya sedikit sahaja. Saya cuba tunjukkan bagaimana persamaan itu. Boleh sikit? '

Beberapa Ahli: [Menyampuk]

Dato' Hajl Fadzil bin Md. Noor: Ya!

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Tidak ada kaitan lagi.

Tuan Husam bin Haji Musa: Saya ingin jelaskan, tadi Jelebu minta penjelasan daripada Pendang berkenaan isu yang sama iaitu bilakah pertantikan ini mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong kerana pengumuman perlantikan ini dibuat pada hari Ainum meletakkan jawatan. Tidak mungkin pada hari yang sama Agong telah memperkenankan.

Puan Chong Eng: Ya! ltulah yang tidak betul!

Dato' Haji Fadzll bin Md. Noor: Ya! Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan sahabat saya daripada Kubang Kerian. Perkara yang dibangkitkan oleh Kubang Kerian ~· itu akan kita juga mengharapkan jawapan daripada Menteri yang berkenaan. Jadi, apabila Menteri yang mengemukakan usul terhadap Batu Gajah, ini juga mempunyai masalah sebelum ini dengan Tuan Yang di-Pertua. Maka apakah beliau bercadang untuk membawa usul yang sama, meminta beliau meminta maaf kepada Tuan Yang di­ Pertua Dewan Rakyat dan akan dikenakan hukuman gantung selama 6 bulan? [Tepuk] Dan, apakah beliau akan mengemukakan usul yang sama, isunya isu penghinaan terhadap Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat? [Disampuk] Bahkan lebih buruk lagi.

Datuk Zainudin Maidin: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng): Yang Berhormat bagi Pendang, ada Setiausaha Parlimen bangun. [Dewan gamat seketika]

Tuan Haji Mohd. Yusof bin Mohd. Noor: [Bangun]

Dato' Dr. Haji Jamaluddin bin Dato' Mohd. Jarjis: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng): Ada Peraturan Mesyuarat. Peraturan Mesyuarat, Yang Berhormat. Ada Peraturan Mesyuarat. [Dewan gamat seketika]

Dato' Dr. Haji Jamaluddin bin Dato' Mohd. Jarjis: Tumpu kepada usul!

Tuan Haji Mohd. Yusof bin Mohd. Noor: Yang mana dahulu ini?

Dato' Dr. Haji Jamaluddin bin Dato' Mohd. Jarjis: Sebagai usul tentang isu 1m. Saya minta Tuan Yang di-Pertua, perbincangan ini telah jauh benar perginya. [Disorak]

Tlmbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Baik, baik.

Tuan Mohd Yusof bin Mohd Nor: Saya rujuk kepada Peraturan 37, yang menyatakan bahawa ahli boleh bertanya ahli yang lain bercakap, tetapi Timbalan Menteri sana bukan Ahli Dewan Rakyat. Saya hendak minta penjelasan daripada Tuan 42 DR.11.12.2001

Yang di-Pertua, sama ada Ahli Dewan Negara yang menjadi Menteri yang duduk di sini boleh bertanya soalan ataupun tidak?

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat terpulang kepada yang berucap. Kalau Pendang tidak bersetuju, tidak payah beri peluang kepada dia. Teruskan, Yang Berhormat.

Datuk Zainudin Maidin: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Setiausaha Parlimen bangun.

Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Tidak payahlah! Dia pergi bertanya dalam Dewan Negaralah! [Disorak]

Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana usul ini sebagaimana yang saya katakan tadi melibatkan peraturan-peraturan yang lain dalam Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat maka perlulah diambil kira kepada semua peraturan-peraturan yang terlibat, sebagaimana yang diucapkan oleh Yang Berhormat bagi Machang pada awal perbahasan kita tadi dan sebelum bermulanya perbahasan tadi. Usul ini mengandungi tuduhan ke atas Yang Berhormat bagi Batu Gajah dan mengandungi hukuman yang akan dikenakan ke atasnya. Pada hemat saya ini satu hukuman yang amat berat dan kerajaan melalui Menteri yang berkenaan jangan pula cuba untuk menggunakan majoriti yang mereka miliki itu sewenang-wenang untuk mengenakan tindakan ke atas anggota pembangkang! [Tepuk]

Kita percaya usul ini akan mendapat undi sokongan kerana mereka majoriti. Bawalah untuk usul apa pun, mereka akan menang, {Disampuk} tetapi apakah wajar?. Kalau ini boleh berlaku pada hari ini, banyak lagi. Dan ini semua akan menyekat kebebasan hak ahli-ahli Parlimen untuk menyatakan pendapat mereka sama ada di luar Parlimen ataupun dalam Parlimen.

Dato' Mahadzlr bin Mohd. Khir: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Setiausaha Parlimen bangun.

Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Yang ini boleh gagahlah. [Ketawa]

Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir: Terima kasih, ini bukan boleh gagah, ini wakil rakyat yang gagah.

Saya ucap terima kasihlah kepada Yang Berhormat Ketua Pembangkang yang memberi laluan kepada saya. Cuma saya dapati di sini pihak Yang Berhormat sebagai ketua parti PAS untuk menghubungi silaturahim semula dengan pihak parti DAP, itu kita tidak tahulah. Mungkin perancangan pihak ahli-ahli pembangkang, itu tidak apa, tidak ada niat jahat, niat baik. Cuma kita hendak tengok persahabatan antara PAS dan DAP balik semula.

Cuma yang saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat iaitu mengenai dengan kita sudah ada, kalau betul-betul kita baca usul ini, memang ada disebut berkenaan dengan perkara-perkara dan kemudian hanya yang diminta mudah sahaja, bukan diminta perkara yang berat atau hendak dijatuhi hukuman yang berat. Tidak lagi. Kalau kita baca betul-betul, maka, dengan izin, Tuan Yang di-Pertua, kepada Yang Berhormat Ketua Pembangkang, "Maka inilah dipersetujui bahawa Yang Berhormat Batu Gajah, di atas perbuatannya yang tertera di atas telah melakukan penghinaan .... " seterusnya sampailah kepada, " ..... beliau hendaklah memohon maaf." ltu sahaja.

Jadi, kalau kita tidak mohon maaf, memanglah dikenakan tindakan, tetapi bersetuju atau tidak Yang Berhormat, kalau saya sebut di sini, kalau Yang Berhormat kata kadang kala memang, saya pun akui saya pun lakukan juga perkara-perkara yang kita kata terlanjurlah. Bila kita terlanjur, perlu tidak kita mohon maaf? Di sini saya hendak tanya kepada Yang Berhormat. Terima kasih. DR.11.12.2001 43

Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Terima kasih Yang Berhormat sahabat saya daripada Sungai Petani. Usul ini meminta supaya Batu Gajah meminta maaf. Sebelum beliau meminta maaf mestilah dibuktikan beliau bersalah. Dan, siapa yang boleh membuktikan bahawa beliau bersalah? [Tepuk] Yalah, dengan dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan. Jawatankuasa ini yang berhak untuk membicarakan beliau.

Kalau jawatankuasa ini mendapati beliau bersalah, laporan jawatankuasa itu diserahkan kepada sidang, bukan dengan mengangkat undi siapa yang bersalah, siapa yang tidak bersalah. Kalau begitu mahkamah pun .....

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Bukit Mertajam bangun.

Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: . . . . tidak perlu panggil satu orang yang dituduh, panggil orang ramai, panggil ahli Parlimen Barisan Nasional suruh angkat tangan, hukum dia bersalah! [Tepuk]

Puan Chong Eng: Penjelasan.

Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Ya! Terima kasih.

Puan Chong Eng: Terima kasih kepada Ketua Pembangkang. Tadi Yang Berhormat Setiausaha Parlimen katakan mengapa nampaknya PAS dan DAP, saya hendak tanya Yang Berhormat Ketua Pembangkang, kalau usul yang sama dibuat terhadap Yang Berhormat bagi Sungai Petani, adakah dia akan buat perkara yang sama seperti Ketua Pembangkang buat? lni soalan pertama.

Tuan Kerk Kim Hock: Mesti, mesti!

Puan Chong Eng: Yang keduanya ialah tadi ada beberapa orang Ahli Yang Berhormat ada menimbulkan bahawa mintalah maaf sahaja, perkara ini selesai, tetapi kita lihat apabila Yang Berhormat bagi Kinabatangan berucap menggunakan bahasa kesat di dalam Dewan ini, bukankah itu satu penghinaan dan pencemaran yang lebih teruk? Tetapi adakah Barisan Nasional atau kerajaan menggunakan satu usul seperti ini? Mengugut kalau tidak meminta maaf, akan digantungkan tugas selama 6 bulan dan tanpa gaji! Bukankah ini satu double standard? Terima kasih.

Tuan Kerk Kim Hock: Law of the jungle!

Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat bagi Bukit Mertajam. Amalan double standard ini memang amalan biasa bagi Barisan Nasional. Soal isu yang dinyatakan, usul itu tidak ada kena-mengena dengan soal PAS-DAP. ltu soal keadilan, soal Ahli Dewan Rakyat. Kalau pun yang menerima tuduhan ini atau usul seperti ini daripada UMNO dan kalau kita dapati tidak ada asas untuk dikemukakan usul seperti ini, kita akan membela, kita akan menentang usul seperti ini. [Disampuk] [Tepuk]

Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang Berhormat bagi Tebrau bangun.

Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Ya, bagi.

Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan: Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Tadi Yang Berhormat telah menyentuh berhubung dengan usul ini yang kononnya kalau usul ini dibawa di Parlimen, hanya pihak kerajaan dengan usul setuju dan tidak setuju, menanglah yang mana banyak. Tetapi Yang Berhormat sedar tidak bahawa ini berlaku juga di negeri Terengganu dan Kelantan? Apabila pihak Barisan Nasional yang kebetulan menjadi pembangkang, apa yang diperkatakan oleh Ahli Barisan Nasional yang menjadi pembangkang, semuanya 44 DR.11.12.2001 kata pihak kerajaan negeri Terengganu di' bawah kepimpinan PAS itu tidak betul dan menghalau.

Jadi Yang Berhormat, bila bercakap, fikir baik-baiklah. Maknanya, seolah-olah Yang Berhormat cakap, "Wah, tempat lain tidak pernah berlaku." Bila parti pembangkang memerintah, maka itu betul semua walaupun apa yang dibuat itu salah. lni salah, kalau dari segi hukum pun tidak betul. Yang Berhormat tuduh hanya di Parlimen tetapi apa yang berlaku di Terengganu dan Kelantan? Bila kita bangkang, Yang Berhormat kata itu salah dan halau keluar. Kalau ikut prinsip Islam pun tidak begitu rupa, Yang Berhormat.

Jadi, biarlah rasional sedikit. Terimalah hakikat seorang Ahli Parlimen wanita buat salah, terima. Jangan menyokong yang bukan-bukan sahaja. Kalau salah, mengaku salah. Berdiri, bangun dan sebut "Saya dengan ini memohon maaf'.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Cukuplah Yang Berhormat.

Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan: Okay, habis cerita. Terima kasih.

Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, belum pemah ada usul seperti ini dikemukakan dalam Dewan Undangan Negeri Terengganu atau Kelantan. [Disampuk] [Tepuk] Soal Speaker mengusir seseorang ahli yang membantah keluar, ini berlaku. Dalam Parlimen pun berlaku baru-baru ini.

Sebelum ini berlaku kepada Yang Berhormat bagi Kota Melaka. Kita tidak membantah Yang Berhormat bagi Kota Melaka menggunakan peruntukan 43 sebab ini satu usul yang berlainan. Satu usul yang lain daripada yang lain.

Tuan Kerk Kim Hock: Majoriti.

Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Satu usul yang khusus yang memerlukan, yang berkehendakkan hanya kepada keputusan majoriti. Sebab itulah kita meminta supaya perkara ini dirujuk ....

Dato' Haji Noh bin Haji Omar: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng): Yang Berhormat, ada Peraturan Mesyuarat.

Dato' Hajl Noh bin Haji Omar: Boleh bagi penjelasan?

Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Tidak, Peraturan Mesyuaratkah?

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Peraturan Mesyuarat atau ...... ?

Dato' Haji Noh bin Haji Omar: Hendak minta penjelasan.

Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Penjelasan, bagilah.

Dato' Haji Noh bin Haji Omar: Terima kasih. Kalau tidak bagi penjelasan, hendak buat Peraturan Mesyuaratlah.

Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: Kacau sahajalah itu!

Dato' Haji Noh bin Haji Omar: Tadi Yang Berhormat ada kait mengenai Jawatankuasa Hak dan Kebebasan di bawah Peraturan 80. Saya minta Yang Berhormat cuba tafsirkan apa yang terkandung dalam Peraturan 80. Kalau kita baca secara teliti Peraturan 80 dan yang panting, isu yang bagaimana yang boleh kita bawa kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. DR.11.12.2001 45

Ia ada 3 perkara sahaja. Ia kata apa di sini? Kepada Jawatankuasa ini, hendaklah diserahkan apa-apa perkara yang nampaknya menyentuh kuasa-kuasa, ha­ hak dan kebebasan Majlis. Tiga perkara sahaja. Fakta yang berlaku pada hari ini tidak menyentuh 3 perkara ini, ia tidak menyentuh mengenai kuasa-kuasa, tidak menyentuh hak-hak dan tidak menyentuh hak kebebasan Majlis. Tiga perkara ini yang boleh dirujuk kepada ini.

Misal kata, kalau adalah Ahli-ahli Parlimen yang bercakap dan disuruh keluar Dewan, itu boleh dibawa kepada jawatankuasa ini. Tetapi faktanya pada hari ini ialah dia telah menyalahgunakan peraturan yang telah diberi oleh peraturan di bawah Peraturan 43 yang mana ini sama ceritanya dengan contempt of court.

Serupa juga macam peguam, kalau dia tidak puas hati dengan keputusan mahkamah, dia boleh merayu. Tetapi bila dia buat statement komen keputusan Hakim, itu sudah contempt of court! Dua perkara yang berbeza.

Yang Berhormat kena faham ini. Saya ingat usul ini memang betul dan kerana itulah dibawa di bawah perintah Peraturan 27. Jangan dikaitkan dengan Perintah 80 kerana ini adalah satu isu yang berbeza. lsu yang memberikan komen dalam surat khabar mengenai keputusan Tuan Yang di-Pertua yang tidak dibenarkan di dalam peraturan ini. Yang Berhormat, tolong dapatkan 3 perkara kalau kita hendak rujuk kepada Jawatankuasa. lni 3 isu sahaja.

Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Walaupun Yang Berhormat mengatakan 3 perkara tetapi usul ini melibatkan hak dan keistimewaan seseorang Ahli Parlimen. Sebab itulah saya mencadangkan supaya perkara ini dirujuk dahulu mengikut Peraturan 80.

Tuan Kerk Kim Hock: Mahu tidak mahu sahaja!

Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Dalam keadaan lain, perkara ....

Dato' Haji Noh bin Haji Omar: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng): Yang Berhormat, Setiausaha Parlimen bangun.

Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Bagi dah sat-sat tadi, cukuplah. ltu juga yang dia hendak bangkitkan pun. Dalam keadaan lain, perkara ini. ...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Sila duduk.

Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: .... tidak sepatutnya berlaku oleh kerana Ahli yang berkenaan iaitu Yang Berhormat bagi Batu Gajah tidak diberi peluang untuk mempertahankan dirinya, untuk membela dirinya di hadapan satu badan yang bertindak untuk membuat penyiasatan dan kemudiannya membuat keputusan mengenai kesalahan yang dituduh terhadapnya sebelum dijatuhkan hukuman.

Hari ini kita diminta untuk menjatuhkan hukuman. Penyiasatan tidak dibuat. Hak kepada orang yang hendak dijatuhkan hukuman tidak diberi. lnilah apa yang dipanggil sebagai rule of natural justice yang dinafikan daripada Yang Berhormat bagi Batu Gajah. Dalam Peraturan-peraturan Mesyuarat Dewan ini memang peruntukan untuk menjamin keadilan ini sedia ada iaitu di bawah Peraturan 80.

Datuk Haji Muhamad bin Haji Aziz: {Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat.. ..

Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Di bawah peraturan ini, ...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: .... Sri Gading bangun. 46 DR.11.12.2001

Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: : .. motion ini - sepatutnya ianya suatu motion untuk merujukkan ahli yang berkenaan kepada Jawatankuasa Keistimewaan Dewan. Sepatutnya pembawa usul membawa supaya Ahli Parlimen Batu Gajah dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Dewan.

Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang Berhormat!

Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: KenJpa peraturan 80 ini tidak .... i Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng): Yang Berhormat. i Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: ... dipergunakan adalah menjadi satu tanda ~~. I

Timbalan Yang di·Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Setiausaha Parlimen bangun.

Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Ya, sila.

Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir: Boleh lagi?

Seorang Ahli: Pasal sudah duduk, bolehlah itu.

Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir: Sudah habis, boleh saya .... ?

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng): Sudahlah, Yang Berhormat.

Beberapa Ahli: [Menyampuk]

Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir: Tid~k, cuma yang ...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk. Lim Si Cheng): Apa tujuan Yang Berhormat bangun?

Beberapa Ahli: [Menyampuk]

Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir: / Tidak, saya hendak minta penjelasan daripada ....

Beberapa Ahli: Tidak payahlah.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat bagi Pendang sudah berikan laluan.

Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: Dia tidak ada point hendak cakap!

Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir: Oh, terima kasih. Saya tidak dengar tadi pasal bising sangat di sebelah sana. [Disampuk}

Tuan Yang di-Pertua, saya minta penjelasan daripada Dato' Ketua Pembangkang. Bolehkah Dato' Ketua Pembangkang menjelaskan balik kepada soalan yang hendak diperjelaskan iaitu soalan oleh Yang Berhormat bagi Tanjong Karang? Boleh tidak saya dapat respons itu lebih jelas lagi iaitu perkara yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat tadi? Terima kasih.

I Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Terima kasih. Saya telah pun menjelaskan tadi oleh kerana usul ini melibatkan hak dan keistimewaan seorang Ahli Parlimen, jadi DR.11.12.2001 47 pada hemat saya, ia ada kaitan dengan Perkara 80. Di bawah peraturan ini, usul ini sepatutnya ....

Datuk Haji Muhamad bin Haji Aziz: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Sri Gading bangun.

Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: Bagilah selepas ini.

Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Sekejap ya. Di bawah peraturan ini. ..

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Lim Si Cheng]: Sri Gading, sila duduk.

Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: .... usul ini sepatutnya merupakan satu usul untuk merujukkan ahli yang berkenaan kepada Jawatankuasa Keistimewaan Dewan ini. Kenapa Peraturan 80 tidak digunakan adalah menjadi satu tanda tanya yang mesti diperjelaskan. Pada hemat saya, Peraturan 80 ....

Datuk Haji Muhamad bin Haji Aziz: {Bangun]

Dato' Haji Noh bin Hajl Omar: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat...

Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: .... tidak digunakan semata-mata kerana tidak mahu memberi peluang kepada Ahli Yang Berhormat bagi Batu Gajah bagi membela diri. lni adalah satu proses yang berlawanan dengan natura/law of justice atau pun law of natural justice".

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim 51 Cheng]: Yang Berhormat Pendang ...

Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Ataupun the law of natural justice dan menafikan hak seorang Ahli Dewan mempertahankan diri, membela diri dan kerajaan mempunyai niat untuk menghukum dan mendera, mencela Ahli Yang Berhormat.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, ada dua Ahli Yang Berhormat bangun.

Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Bagi Sri Gadinglah.

Datuk Haji Muhamad bin Haji Aziz: Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. lni hari yang penghabisan bagi sesi Parlimen kita bagi tahun ini sebelum kita tangguhkan pada petang ini dan kita tidak berapa lama lagi akan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Saya ambil kesempatan ini, Tuan Yang di-Pertua, mungkin tidak sempat bercakap petang ini kerana hendak balik ke kampung, saya ingin hendak mengambil kesempatan. Sebelum saya menyoal Dato' Ketua Pembangkang. Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Satin, minal aidil wal faizin wal makbulin kullu amin wantubilkhair. [Disampuk]

Pihak kerajaan dalam usul ini ada alasan-alasan dan pihak pembangkang membahaskan usul ini ada alasan-alasan. Bagi saya Yang Berhormat Tuan Yang di­ Pertua dan Yang Berhormat Ketua Pembangkang dari Pendang, bahawa kesalahan telah pun dilakukan. Oleh yang demikian, sebagai jalan keluar, marilah dengan semangat Ramadhan AI-Mubarak ini, kita selesaikan masalah ini dengan begitu mudah.

Sebenamya perkara ini kalau hendak dipendekkan jadi pendek, hendak dipanjangkan jadi panjang. Jadi, yang sebaik-baiknya dengan penuh rasa tanggungjawab, saya rasa kalau Yang Berhormat bagi Batu Gajah memohon maaf, 48 DR.11.12.2001 hukuman yang hendak dijatuhkan itu tidak dijatuhkan. Tidak ada kerugian bagi mana­ mana pihak.

Maka itu, saya rasa wajarlah secara ikhlas. Sebenarnya orang yang paling berani ialah orang yang berani memohon kemaafan dan sebenarnya orang yang paling penakut ialah mempertahankan kebatilan. Jadi, tidak usahlah kita berbahas dalam perkara ini. Begitu juga rakan-rakan saya, Yang Berhormat Pendang, ketua pemimpin konon parti yang mempe~uangkan Islam ...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang Berhormat. ...

Datuk Haji Muhamad bin Haji Azlz: Saya hendak bertanya. Jadi, wajar memohon maaf bukanlah satu penghinaan. Kalau Yang Berhormat bagi Batu Gajah, selesailah. Kalau tidak, berbahas masing-masing ada hujah dan akhirnya apabila diundi, pasti insya-AIIah, Barisan Nasional akan menang. (Tepuk] Hukuman akan dijatuhkan. Saya lihat hujah-hujah pihak kerajaan lebih kuat,

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Sl Cheng]: Yang Berhormat, Yang Berhormat.

Datuk Haji Muhamad bin Haji Aziz: Saya hendak bertanya kepada ...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk lim Si Cheng]: Jangan ambil kesempatan untuk berucap.

Datuk Haji Muhamad bin Haji Aziz: Saya hendak bertanya sekarang, Tuan Yang di-Pertua. Saya berharap jasa baik Yang Berhormat Ketua Pembangkang dan juga seorang yang begitu arif, saya rasa menasihatkan, walaupun sudah berpisah antara PAS dan DAP tetapi nampaknya PAS cuba hendak mengurat balik DAP. ini. Nampaknyalah cara berbahas itu. Tetapi saya rasa Yang Berhormat Ketua Pembangkang seorang yang berwibawa, boleh menasihatkan Yang Berhormat bagi Batu Gajah supaya memohon rriaaf, kita tutup kes, kita beralih ... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang Berhormat, lebih eloklah nanti kalau Yang Berhormat bagi Batu Gajah ada berucap, boleh sampaikan.

Datuk Haji Muhamad bin Haji Aziz: Saya sebab Yang Berhormat bag Pendang ini sahabat saya dan saya menghormati dia sebagai Ketua Pembangkang supaya menasihatkan Yang Berhormat bagi Batu Gajah untuk memohon maaf, kes ini selesai. Habis cerita, wabillahi taufik walhidayah, assalamulaikum warahmatullahi wabarakatuh. [Tepuk]

Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih sahabat saya daripada Sri Gading. Tadi pun telah saya katakan bahawa buktikan bahawa beliau bersalah. Jangan jadi macam Amerika serang begitu sahaja. Minta bukti tidak boleh bagi. Sekarang jumpa kaset palsu manakah hendak anggapkan ia sebagai bukti. Kita tidak mahu macam itu. Buktikan Batu Gajah bersalah. Siapa yang boleh buktikan Batu Gajah bersalah? lalah sama ada Select Committee ataupun Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Dewan. Bicarakan dia di dalam jawatankuasa ini. Kalau dia didapati bersalah barulah dibuat usul ini. Usul ini sepatutnya meminta untuk dirujukkan Batu Gajah kepada Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan ini. Setakat itu sahaja.

Kemudian mengenai usul punishment atau hukuman yang dicadangkan dalam usul ini supaya ahli yang berkenaan tidak dibayar kesemua bayaran dan elaun. lni satu hukuman yang tidak adil kerana beliau bukan terpecat daripada ahli Dewan. Kalau usul ini diluluskan pun beliau hanya barangkali mengikut usul ini digantung daripada menghadiri sidang Parlimen, tetapi sebagai Wakil Rakyat beliau bertugas juga dengan rakyat. Apa lagi beliau akan menghadapi Tahun Baru Gina dalam bulan Februari ini. Beliau akan berhadapan dengan rakyat. DR.11.12.2001 49

lni satu tindakan yang sangat tidak berperikemanusiaan dan bertentangan dengan semangat yang diucapkan oleh Backbencher tadi yang mahu kita mengakhiri persidangan ini dalam suasana yang baik, silaturahim yang baik. lni bukan boleh membawa suasana yang baik tetapi ini boleh mengeruhkan suasana. lni sebab kita kata kerajaan tidak memikir dan tidak menimbang dengan baik.

Saya bukan susah sangat untuk menyokong satu usul yang dibawa oleh kerajaan kalau usul itu baik. Kalau usul itu untuk kepentingan semua rakyat dan tidak menjejaskan mana-mana pihak, tidak menjadikan mana-mana pihak sebagai mangsa kepada sesebuah usul, kita boleh menyokong. Tetapi ini hendak menjadikan Batu Gajah sebagai mangsa dan sekali gus akan membuka jalan untuk masa-masa depan kerajaan akan melakukan tindakan sewenang-wenang. {Tepuk].

Dato' Haji Noh bin Haji Omar: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang Berhormat Setiausaha Parlimen bangun.

Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Saya sudah tidak bagi.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Dia tidak bagi.

Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Gaji atau elaun seorang Ahli Yang Berhormat adalah mempunyai peruntukan di bawah Seksyen 3 Akta Ahli-ahli Parlimen Saraan 1980. Elaun ini merupakan satu hak seorang Ahli Parlimen. Akta ini tidak mempunyai apa-apa peruntukan yang memberi kuasa kepada Dewan ini untuk menyekat bayaran itu. [Sorak] [Tepuk].

Peruntukan di bawah Seksyen 10 akta tersebut tidak boleh dikenakan - pada hemat saya - kepada seorang Ahli Parlimen tetapi boleh dibenarkan kepada semua kepada Ahli Parlimen. Kalau keputusan hendak memotong elaun Ahli Parlimen kerana suasana ekonomi negara yang merosot umpamanya, semua Ahli Parlimen dikenakan, termasuk Jelebu, termasuk Kubang Pasu.

Dato' Haji Noh bin Haji Omar: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Lim 51 Cheng]: Yang Berhormat Setiausaha Parlimen bangun.

Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Tetapi ini hendak dikenakan ke atas seorang. Kita minta di bawah peruntukan mana tindakan seperti ini boleh dibuat? Jadi, sebab itulah jalan yang sebaik-baiknya bagi memenuhi apa yang diharapkan oleh sahabat saya dari Sri Gading untuk mewujudkan, memupuk silaturahim, suasana kita hendak mengakhiri Ramadan dan menyambut Hari Raya Aidilfitri kemudian di kalangan penganut-penganut Kristian akan menyambut Krismas, kemudian Tahun Baru Cina. Saya cadangkan usul ini ditarik balik. [Sorak] {Tepuk]. ltulah penyelesaian yang baik dan Menteri yang berkenaan boleh membawa usul yang lain pada mesyuarat yang akan datang. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat Kota Melaka.

12.49 tgh.

Tuan Kerk Kim Hock [Kota Melaka]: Tuan Yang di-Pertua, usul yang dibentangkan oleh Yang Berhormat Menteri telah disifatkan oleh seorang Ahli Parlimen yang merupakan seorang veteran dalam Dewan ini iaitu Saudara - sekarang dia berada di London - dan semalam dia telah menyifatkan usul yang telah dibawa oleh Yang Berhormat Menteri itu sebagai satu usul yang vindictive, petty­ minded and the travesty of parliamentary practice. {Tepuk]. ltulah pandangan seorang Ahli Parlimen yang telah begitu lama berada di dalam Parlimen ini. [Disampuk]. Salah tidak apa, tetapi keadilan yang mustahak. 50 DR.11.12.2001

Dan saya rasa bahawa ini adalah ·satu hari yang sedih sekali bagi kita semua oleh kerana sekiranya usul ini diluluskan ini akan menjadikan Dewan ini satu bahan ketawa di dalam international community. Dan saya percaya usul ini tidak akan diluluskan sekiranya semua Ahli Parlimen terutama sekali dari Barisan Nasional diberikan conscience voting.

Saya cabar supaya Ketua Whip Barisan Nasional leave the Whip seperti apa yang pernah berlaku di Parlimen di Commonwealth di mana semua Ahli Partimen tidak perlu mengikut parti politik mereka dan mengundi mengikut conscience. Jadi saya percaya bahawa walaupun ada orang akan berdiri untuk berucap oleh kerana saya percaya ada kata-kata bahawa there will always be defender of absurdity and the defender of the indefensive, tetapi dalam hati semua orang saya tahu walaupun cara yang dikatakan oleh Yang Berhormat bagi Sri Gading saya tahu bahawa mereka berasa malu kalau hendak sokong usul ini.

Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Rompin.

Tuan Kerk Kim Hock: Jadi, yang mustahak ialah hari ini, dengan izin, Tuan Yang di-Pertua, it is time for you to search your conscience. Saya tidak mahu tunjuklah siapa ada conscience, saya tahu, tetapi beranikah Ketua WHIP Barisan Nasional leave the Whip dan bagi mereka mengundi. ..

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang Berhormat Kota Mel aka ....

Tuan Kerk Kim Hock: Apa itu?

Tlmbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: 36(6).

Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjls: lni bukan sangkaan jahat. Kita di sini, Ahli-ahli Parlimen, atas kuasa kita angkat sumpah. Kita punya conscience dan pertimbangan kita sendiri dalam isu ini. So, ini isu contempt of the Dewan! Satu penghinaan kepada Dewan yang mulia ini! Kita semua mengundi bukan atas conscience dan timbang hak kita dan tanggungjawab kita sendiri. Tidak benar apa yang dikatakan oleh Kota Melaka yang patut Kota Melaka terpaksa membela Batu Gajah. Dia tahu Batu Gajah salah. lni sepatutnya ...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat!

Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjls: ltu tidak benar! Tarik balik!

Tuan Kerk Kim Hock: Habislah peraturan! Kalau tidak ada conscience tidak apalah. Tidak payah cakaplah. Cukuplah. Saya pun tidak tahu ia ada atau tidak ada. Mana you tahu ada ? You cakap. In fact you are the defender of absurdity!

Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis: Saya masih di 36(6) lagi! Mengapa tidak Kota Melaka bercakap bagi pihak Kota Melaka?

Tuan Kerk Kim Hock: Saya kata usul ini .Saya tidak cakap fasal masalah penghinaan. Saya maksudkan vote. Saya belum masuk pun yang ini!

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng): Yang Berhormat, Yang Berhormat kata beliau belum masuk pun.

Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis: Tidak perlu bercakap bagi pihak kita. Yang Berhormat sebagai Setiausaha Agong bercakap bagi pihak Yang Berhormat. DR.11.12.2001 51

Tuan Kerk Kim Hock: Kalau ada conscience, prove to me afterwards!. Don't talk so much!

Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Motcl. Jarjis: Tidak ada masalah!

Tuan Kerk Kim Hock: Prove to me afterwards! Never mind! Masa undi prove to me!

Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis: lni, Tuan Yang di-Pertua, saya kata 36(6) menghinakan ....

Tuan Kerk Kim Hock: I say search your conscience! Apa salahnya? Saya tahu ada .....

Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis: 36(6). Duduklah dulu!

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang Berhormat. ..

Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis: Menuduh kita tidak ada conscience.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng): Baiklah, cukuplah. Kita fahamlah Yang Berhormat Rompin. [Dewan riuh]

Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjls: Tidak ada. Kalau minta maaf, itu silapnya tidak boleh menerima bahawa Batu Gajah menghina Dewan, satu kesilapan contempt of the Dewan! ltu isunya. Bukan isu conscience atau apa!

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Baiklah, baik, baik. [Disampuk]

Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis: Kalau kita didapati bersalah kita masih lagi ...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, cukuplah! Kota Melaka teruskan.

Tuan Kerk Kim Hock: Ya. Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya teruskan saya juga ingin merujuk kepada apa yang telah dijelaskan oleh Tun Speaker semalam semasa saya membawa isu di mana apakah sebabnya Tun Speaker telah menggunakan kuasa di bawah Peraturan Mesyuarat 27(3) dan membenarkan Yang Berhormat Menteri membentangkan usul ini dengan notis yang begitu singkat?

Dan kalau kita mengikut peraturan mesyuarat memang kita perlukan masa yang cukup kecuali kalau Yang Berhormat Menteri membuat representation atas sebab bahawa isu adalah berkaitan faedah orang ramai. Tetapi usul yang kita bawa sentiasa di bawah peraturan 43 tidak pernah dinaikkan. Bukankah kalau kita gunakan tafsiran sedemikian bahawa usul ini adalah berkaitan dengan faedah orang ramai? Memang usul yang kita sentiasa bawa itu di bawah peraturan 43 harus dinaikkan. Jadi, saya rasa kalau saya tuduh Tun Speaker buat salah dia akan gantung saya, tetapi saya kata di sini saya memang tidak puas hati dengan keputusan yang telah dibuat oleh Tun Speaker.

Tadi ada banyak telah diperkatakan mengapakah kita tidak gunakan peraturan 43. Saya masih ingat di dalam Dewan ini bahawa Tun Speaker sendiri mengatakan kalau gunakan 43 pun it is a waste of time. Mana boleh Tun Speaker kata it is a waste of time jika menggunakan 43? Jadi, macam mana kita hendak dapatkan keadilan di dalam Dewan yang mulia ini? Tidak pernah pun 43 dinaikkan. Jadi, mana keadilannya apabila usul untuk mencabar dan mengkaji keputusan Tun Speaker tidak pernah dinaikkan? 52 DR.11.12.2001

Tuan Chow Kon Yeow: {Bangun]

Timbalan Yang di·Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Tanjong bangun.

I Tuan Kerk Kim Hock: Tetapi usul yang dikatakan berkaitan dengan nama atau imej Tun Speaker pula dinaikkan? Dan dia yang buat keputusan. Jadi, bagaimana?

Tuan Chow Kon Yeow: Tahukah Yang Berhormat bagi Kota Melaka bahawa sepanjang 19 tahun sejak tahun 1982 Tun Speaker menjadi Speaker Dewan Rakyat ini tidak pemah membenarkan satu usul di bawah Peraturan Mesyuarat 43 untuk mengkaji keputusan yang dibuat oleh Speaker? Walaupun di dalam peraturan memperuntukkan avenue ini untuk mengulang kaji tetapi kuasa digunakan untuk menyekat proses ulang kaji ini. Adakah ini adil pada pandangan ahli Yang Berhormat bagi Kota Melaka?

Tuan Kerk Kim Hock: ltulah sebabnya saya telah kata tadi search your conscience. Jangan kita ikut sahaja. Kalau hendak undi, senang. Dengan mulut sahaja atau dengan tangan, tetapi bila hendak bahas, itu gunakan conscience. Jangan masuk seperti Yang Berhormat bagi Kuala Pilah. Tahukah adat perpatih mengatakan a wrong must be punished but justice must decide. Today we are not pleading for leniency, but we ask for justice! [Tepuk]. ltu sebabnya kita cakap! lngat senang minta maaf, habis cerita? But we want justice!

Dato' 5. Veerasingam: [Bangun]

Dato' Haji Noh bin Haji Omar: {Bangun

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat Setiausaha Parlimen bangun. Ada dua.

Tuan Kerk Kim Hock: Tahu? Faham itu, your conscience, I allow you! No conscience, please sit down! [Tepuk] [Sorak]. Bagi itu, dia ada. Okay.

Dato' S. Veerasingam: Tuan Yang di-Pertua, apa yang kita bicara pada hari ini adalah tentang kenyataan yang dikeluarkan dalam surat khabar. Jika, kita minta Tun Speaker supaya dikaji semula sesuatu perkara dan jika ia tidak memberi kebenaran, adakah ini memberi hak kepada kita untuk mengeluarkan kenyataan dalam surat khabar mengatakan Tuan Speaker tidak menjalankan tugas dengan baik atau dengan betul? Adakah kita ada hak itu? Kita tanya conscience kita sendiri. ltu conscience kita. Adakah kita ada hak untuk keluarkan kenyataan seperti itu? Kalau itu dibenarkan, tiap­ tiap kali Tuan Speaker buat satu keputusan kita ada sidang akhbar di luar kata Tuan Speaker tidak menggunakan kuasanya dengan betul. Kalau ini berlaku maknanya Dewan ini tidak guna bersidang.

Kita semua boleh bersidang di tengah jalan. lni kita perlu fikir. Dan sebab itulah jika kita bertanya conscience kita, kalau kita ada buat satu kesalahan, kita menghinakan Speaker, kita memohon maaf. Kalau kita fikir kita tidak buat seperti itu, itu adalah hak kita, kita boleh berucap apa sahaja dalam Dewan, kemudian kita boleh menghinakan luan Speaker di luar, buat macam itu, kita ambil tindakan supaya ianya tidak dilakukan lagi. Terima kasih. [Tepuk]

Tuan Kerk Kim Hock: Saya bukan peguam and I won't pretend to be one. Saya rujuk kepada satu kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang peguam yang terkenal - bekas Ahli Parlimen Jelutong - dan beliau berkata, dengan izin: "The Speaker should not be over-sensitive to criticisms. Even judges are open to legitimate criticism as long as such criticism is within the parameters of propriety and expressed in temperate and sober language'~ Saya tidak mahu sebutlah yang lain, tetapi di sini telah dikatakan.

Adakah Yang Berhormat baca kenyataan yang dikeluarkan oleh Yang Berhormat bagi Batu Gajah? Mengapa beliau gunakan "penyalahgunaan kuasa budi bicara"? Mengapa beliau tidak gunakan "penyalahgunaan kuasa" sahaja? Ada tanya dia apakah sebabnya? Have you ever read her statement? You tidak faham. Semua DR.11.12.2001 53 itu buat hendak gunakan brute majority, hendak hukum orang sahaja dengan sewenang-wenangnya. Ada baca tidak? Mengapa tidak pernah tanya dia? Ada atau tidak pernah tanya? ltu sebabnya kita adakan Committee of Privileges. Tanya dia konteks bagaimana beliau menjelaskan atau membuat kenyataan itu!

Dato' Haji Noh bin Haji Omar: [Bangun]

Tuan Kerk Kim Hock: You have no conscience! Sit down! Satu telah tenggelam, tiada conscience! Saya akan teruskan!

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, masa pun cukuplah.

Dato' Haji Noh bin Hajl Omar: Peraturan mesyuarat.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Peraturan mesyuarat.

Dato' Haji Noh bin Haji Omar: Peraturan mesyuarat! Duduklah!

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Sl Cheng]: Peraturan mesyuarat. Sila duduk. [Dewan riuh]

Dato' Haji Noh bin Haji Omar: Peraturan mesyuarat! Daripada hujah-hujah yang saya dengar begitu teliti bahawa sekarang ini Kota Melaka telah melanggar peraturan 43. Dia kembalikan balik mempertikaikan keputusan yang telah dibuat oleh Speaker. Kalau macam ini caranya kita tidak akan boleh selesai. [Dewan riuh). lni betul! 43. [Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat. ..

Dato' Haji Noh bin Haji Omar: Saya hendak tekankan. Kalau macam ini perangai pembangkang sampai petang pun tidak selesai. Hendak cakap pasal hak kuasa mutlak! Kalau macam ini perangai pembangkang sampai petang pun tidak habis! Saya hendak minta penjelasan. Saya hendak minta penjelasan daripada Kota Melaka.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Masa cukup Yang Berhormat. Masa cukup.

Dato' Haji Noh bin Haji Omar: Dia pusing-pusing dekat situ, dia tidak faham erti kebebasan.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Baik, baik, baik. Yang Berhormat baik. Ahli-ahli Yang Berhormat, Dewan yang mulia ini ditangguhkan sekarang sehingga jam 2.30 petang.

Mesyuarat ditempohkan pada puku/1.00 tengah hari.

Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang.

[Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah) mempengerusikan Mesyuarat]

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah): Ahli-ahli Yang Berhormat, Dewan kita disambung semula. Saya menjemput Yang Berhormat bagi Kota Melaka menyambung ucapan. Sila.

2.30 ptg.

Tuan Kerk Kim Hock [Kota Melaka]: Ya, Tuan Speaker, saya ingin menyambung bahawa lagi satu sambungan kepada point yang telah saya utarakan iaitu mengenai sama ada seorang speaker boleh dikritik. Saya telah katakan bahawa bekas 54 DR.11.12.2001

Ahli Parlimen bagi Jelutong telah mengatakan bahawa dengan izin 'even judges are open the legitimate criticism as long as such criticism is within the parameters of propriety and expressed in temperate and sober language' dan Karpal Singh telah berkata bahawa Tun sendiri adalah seorang bekas hakim dan beliau harus memahami bahawa beliau boleh 'subjected to criticism' dan saya harap ini pun akan diambil kira diambil perhatian.

Tetapi ada satu perkara yang telah diutarakan oleh surat khabar Sin Chew iaitu tidak pernah nampaknya di mana-mana dalam sejarah Parlimen kita ini sesiapa Ahli Parlimen yang telah membuat kenyataan di luar dihukum melalui satu usul di Dewan ini. Dan beliau menyoalkan sama ada Parlimen mempunyai hak untuk berbuat demikian?

Walaupun Parlimen mempunyai kuasa untuk menghukum sesiapa yang telah melanggar disiplin, tetapi dalam sejarah Parlimen Malaysia ini tidak pemah berlaku dan saya ingin tahu kalau bukan dari speaker sekurang-kurang dari Yang Berhormat Menteri - tak datang hari ini, pergi cari concern dia. Sarna ada bolehkah kerajaan membentangkan usul yang sedemikian untuk menghukum Ahli Parlimen Batu Gajah yang telah membuat kenyataan di luar. Saya juga dimaklumkan daripada satu research yang telah dibuat oleh ibu pejabat DAP bahawa kita telah dimaklumkan dalam sejarah IPU juga tak pernah berlakunya seorang Ahli Parlimen yang telah pemah dia hukum secara demikian.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Yang Berhormat saya minta masa sekejap untuk membuat penjelasan.

Tuan Kerk Kim Hock: Ya.

Tlmbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Muhamad bin Abdullah): Mengikut Peraturan 44(8) - "Tiada apa-apa juga dalam laporan ini boleh dianggap sebagai yang menyebabkan majlis mesyuarat tidak mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana orang termasuklah seorang yang bukan ahli menurut apa-apa ketetapan majlis mesyuarat." lnilah saya fikir di antara peraturan mesyuarat yang paling tepat dengan apa usul yang kita bawa pada petang ini, hari ini. ltu adalah fahaman saya di atas Peraturan 44(8). ltu penjelasan saya. Ya, sila teruskan, Kota Melaka.

Tuan Kerk Kim Hock: Tuan Speaker, terima kasih atas penjelasan Yang Berhormat speaker hari ini. Saya tak inginlah berkata dengan Tuan Speaker ketika ini tetapi harap bahawa Tuan Speaker tahu bahawa kalau kita buat penaksiran sedemikian bahawa tidak apa perlu menghalang Dewan membuat apa-apa, adakah ini termasuk kita boleh gantung selama-lama 10 tahun atau bunuhkah. ltu bukan penaksiran yang kita harus buat. lni contoh sahaja. Saya bagi contoh sahaja. Maksud saya dia tak faham.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Tak apa Yang Berhormat.

Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis: Tarik balik. Saya kata tarik balik.

Tuan Kerk Kim Hock: Saya kata contoh sahaja. lni bagi perbincangan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Terima kasih Rom pin.

Tuan Kerk Kim Hock: Jadi maksud saya kita tak boleh buat penaksiran sedemikan. Kita ada precedent yang kita hendak patuhi. Jadi found of conscious tidak ...

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, sambung yang lainlah Yang Berhormat. DR.11.12.2001 55

Tuan Kerk Kim Hock: Lagi satu saya kata telah diutarakan iaitu tidak pernah berlaku. Jadi, kita kena tahu apakah sebabnya kita telah kata bahawa ini akan menjadikan Parlimen kita sebagai satu 'mockery yang akan diketawakan oleh Parlimen lain. Yang Berhormat Rompin tak setuju tak apa. Tetapi saya tahu cara dia. Satu lagi Tuan Speaker, saya merujuk ke STAR. ...

Datuk Bung Mokhtar bin Radin [Kinabatangan]: Who!

Tuan Kerk Kim Hock: .... di mana Tun Speaker telah quoted as saying, saya baca dengan izin "Speaking to reporter in the Parlimen lobby, he (Tun) said Fong was not the only MP to have question the integrity of the Dewan and accused him of having abuse my power. That's why we have to put a stop to them abusing the Chair".

Kalau kita buat satu survey menanya orang-orang yang ada concern tak ada siapa pula akan setuju bahawa apakah kesalahan yang telah dibuat oleh Yang Berhormat bagi Batu Gajah kalau betul dia bersalah. lni for agument purposes only.. Hukuman itu tidak setimpal bagi seorang Ahli Parlimen yang baru, tetapi apakah maksudnya adakah hukuman yang berat ini termasuk memotong elaun ada berkaitan dengan apa yang dikatakan oleh Tun. 'Is she paying the price for all the past breaches committed by others?'

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Yes.

Tuan Kerk Kim Hock: Adakah ini satu ... bukan in mustahak. Saya nampak niat buruk. Niat usul ini adalah untuk menakutkan lain-lain atau mengajar lain-lain. Dia bukan hendak hukum seorang Ahli Parlimen Batu Gajah sahaja, tetapi nampaknya ada niat oleh peribahasa orang cina ...{bercakap dalam bahasa Gina] - "Potong satu takutkan 100 orang".

Datuk Bung Mokhtar bin Radin: [Bercakap bahasa Gina]

Tuan Kerk Kim Hock: lni, baliklah, tak tau, balik. Saya sudah buat terjemahan tadi. lni, ini mustahak. Mana Menteri?

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Tak apa, dia datang.

Tuan Kerk Kim Hock: Siapa mahu jawab nanti. lni perkara mustahak. Saya nampak ini tak ...... Bagaimanapun saya tak kata dia mengaku salah. Kata kalau pun ini hukuman tak setimpal dengan apa yang telah berlaku. Tetapi kalau kita baca apa yang telah dikatakan Tun ini, nampaknya itu niat. Motif usul ini adalah tidak adil sekali. Memang tak adil. Ada orang lain buat silap ambil tindakan. Kalau ikut. .... Tuan Speaker, kalau ikut kita punya Privileges Act Ordinance 1952- orang yang mengajak orang hendak bertumbuk itu contempt of Parliament. Mana Tampin, dia ajak Pokok Sena untuk bertumbuk. Tak ada contempt of court, apa minta maaf. Tampin tak pernah minta maaf. Tun tahu ini tak. Tahu tetapi tak buat apa-apa. Tak buat apa-apa. Selalu saya hendak buat itu, you are ini the minority.

Saya kalau timbulkan tak akan diluluskan. Tak akan naik untuk dibahas. Jadi macam mana. Jadi yang saya takut sekali bahawa kalau Yang Berhormat Batu Gajah sudah jadi scape goat oleh kerana Barisan Nasional yang buat jahat. Maksud saya, saya jelaskan. Maksud saya dahulu mereka yang telah menyinggung perasaan Tun Speaker dan juga menjatuhkan imej Parlimen pula dia kena hukuman yang tidak setimpal. Bukankah ini maksud dia.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ada yang berdiri Yang Berhormat. Ada yang berdiri minta penjelasan.

Tuan Kerk Kim Hock: Senyum bolehlah.

Dato' lr. Mohd. Zin bin Mohamed [Shah Alam]: Terima kasih Tuan Speaker, Yang Berhormat Kota Melaka, saya buat argument sama ada rasional usul ini 56 DR.11.12.2001 dikemukakan dan untuk kita mengambil tin"dakan terhadap salah laku. Sebenarnya isu yang kita ada, ini isu dia cukup senang.

Sekarang ini Batu Gajah ada membuat kenyataan akhbar. Dia panggil press conference yang mempertikaikan dan mempersoalkan keputusan yang telah pun dibuat oleh Yang di-Pertua Dewan secara publik. Soal pokoknya adakah perbuatan ini menyalahi dan menghina Dewan yang mulia ini atau pun tidak? Dan jikalau benda ini berlaku, apa dia punya ramification yang boleh kita buat dengan izin, kita minta dia supaya minta maaf kepada Dewan yang mulia ini. Kalau tindak, tindakan yang dibuat.

Jadi, ini bukan merupakan satu proses penganiayaan. lni satu proses untuk menuntut keadilan dalam Dewan yang mulia ini. Jawapan dia senang. Jadi tak ada sebab kenapa conscience clear atau tak clearl

Tetapi kalau proses itu digunakan untuk menghina Dewan yang mulia ini, saya rasa sebagai Dewan yang penuh bertanggungjawab kita perlu mengambil tindakan. ltu sahaja tidak ada argument yang lain soalnya benda ini yang simple yang logik tetapi Yang Berhormat dan rakan-rakan di sana untuk mengemukakan argument Yang Berhormat dengan mengikut peraturan-peraturan dan prosedur-prosedur yang ada dan bagaimanapun secara jelas dan nyata bahawa Dewan yang mulia ini mempunyai hak­ hak yang tertentu untuk membawa setiap ahli Dewan yang telah pun didapati salah laku untuk diambil tindakan. Saya tak faham kenapa Yang Berhormat hendak argue mengikut kaedah dan pemikiran yang sempit.?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya.

Tuan Kerk Kim Hock: Kalau tak conscious tak akan faham apa yang saya kata. Tadi Yang Berhormat kata bahawa sama ada apa yang telah dikatakan oleh Yang Berhormat Batu Gajah itu salah atau tidak. Saya kata kita siasatlah? Tanyalah apakah sebabnya dia keluarkan statement itu yang bercorak begitu dan apakah dikatakan Saudara Karpal Singh itu betul tak? That the Speaker should not be over sensitive to criticism atau adakah Yang Berhormat Menteri sendiri yang sensitif? Saya pun tak tahu, kita siasat. Saya kata di sini bahawa kita tidak ... we are not asking for leniency

Dato' lr. Mohd. Zin bin Mohamed: {Bangun]

Dato' Dr. Haji Yusof bin Haji Yacob [Sipitang]: {Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ada dua orang berdiri.

Tuan Kerk Kim Hock: Jadi, maknanya cara juga kita hendak menyiasat. lni tak langsung bagi peluang sedemikan. Saya tak mahu ini semua orang .... Saya mahu mereka duduk.

Dato' lr. Mohd. Zin bin Mohamed: {Bangun]

Dato' Dr. Haji Yusof bin Haji Yacob : {Bangun]

Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad : {Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Tiga orang berdiri, Yang Berhormat. Dia tak bagi Yang Berhormat, dia tak bagi. Dia tak bagi Yang Berhormat. Dia tak bagi. Duduk. Duduk dia tahu bagi Yang Berhormat. DR.11.12.2001 57

Tuan Kerk Kim Hock: Saya harap juga bahawa seorang yang saya bawa ini sama ada ini satu apa yang telah dikatakan oleh Tun, adakah berkaitan dengan apa yang saya kata hukuman itu.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Yang Berhormat masih dua orang berdiri. Dia tak bagi Yang Berhormat. Dia tak bagi.

Tuan Kerk Kim Hock: Saya pernah berkhidmat dengan ...... Dia orang kacau. Saya pernah berkhidmat dengan sebuah badan berkanun. Saya juga dahulu jadi Jurutera, saya tahu bahawa mengikut undang-undang buruh kita tak boleh potong gaji orang. Kita jangan seksa orang sedemikian.

Mengapakah dalam kes ini, hukuman termasuk hendak potong elaun. Kerajaan tak ada duit. ltu kerajaan punya fasallah. Apa fasal hendak potong duit. lni zalim sekali. Apakah niatnya. Hendak hukum ..... dahulu Karpal Singh digantung dari menghadiri Dewan, tak pernah potong elaun pun.

Dato' lr. Mohd. Zin bin Mohamed: {Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Hajl Muhamad bin Abdullah]: Ya, Shah Alam berdiri lagi Yang Berhormat. Dua orang berdiri lagi Yang Berhormat.

Tuan Kerk Kim Hock: Saya pun pernah digantung dari menghadiri Dewan, suspended from sitting. Tak mahu, ini semua kacau.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Dia tak bagi Yang Berhormat.

Dato' lr. Mohd. Zin bin Mohamed: Yang Berhormat, mana kacau. Saya bangun ..... [ketawa].

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Dia tak bagi Yang Berhormat, sila duduk.

Tuan Kerk Kim Hock: Tetapi kali ini suspended daripada menjalankan tugas­ tugas dari jawatannya sebagai Ahli Parlimen. Mengapa kita hendak rampaskan hak Ahli Parlimen dari Batu Gajah. Beliau kena buat perkhidmatan, apakah sebabnya kita hendak adakan hukuman sedemikian. Saya bukan kata dia mengaku salah, tetapi bagi argument purposes. Apakah niat sebenarnya. Saya harap bahawa Yang Berhormat Menteri sendiri boleh bagi satu penjelasan yang jelas sekali.

Dato' lr. Mohd. Zin bin Mohamed: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Shah Alam berdiri lagi Yang Berhormat. Yang Berhormat Shah Alam berdiri lagi.

Tuan Kerk Kim Hock: Tak payah, tak payah.

Dato' lr. Mohd. Zin bin Mohamed: Eh, bagilah sekejap!

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Hajl Muhamad bin Abdullah]: Yang Berhormat dia tak bagi. Yang Berhormat dia tak bagi.

Tuan Kerk Kim Hock: Bahawa hukuman yang dikenakan Batu Gajah oleh kerana beliau telah mengeluarkan kenyataan yang telah menghina Tun Speaker dan juga nama baik Dewan.

Dato' lr. Mohd. Zin bin Mohamed: ltu one conscious. Yang Berhormat hendak bagi argue one conscious bagilah kita peluang.

Tlmbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Dia tak bagi Yang Berhormat. Dia tak bagi. 58 DR.11.12.2001

Tuan Kerk Kim Hock: Maka saya kata Yang Berhormat Menteri sendiri haruslah membuat satu usul menghukum sendiri. Oleh kerana apa yang telah dikatakan oleh Yang Berhormat Menteri telah subject the Speaker to public ridicule dengan mengatakan .....

I Datuk Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Parit Sulong berdiri Yang Berhormat.

Tuan Kerk Kim Hock: Saya habiskan ini dahulu.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Dia tak bagi Yang Berhormat.

Tuan Kerk Kim Hock: Nanti, saya bagi Parit Sulong nanti.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ha, dia bagi nanti Parit Sulong.

Tuan Kerk Kim Hock: Bahawa apabila Yang Berhormat dari Jelebu secara terbuka menyangkal penjelasan yang telah dibuat oleh Tun speaker. lni sebenarnya telah menjadikan Tun sebagai satu bahan ketawa. Jadi, pada saya kalau kita ikut logik itu, ini bermakna bahawa nama, maruah Tun, nama baik dan imej Tun dan juga Dewan ini telah tercemar. Kalau ikut itu, kenalah hukum sendiri.

Ya, bagi Parit Sulong dulu.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, Rompin bangun. Ya, Parit Sulong. Ya sila.

Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad: Terima kasih. Dato' Yang di-Pertua, saya hendak bertanya Yang Berhormat Kota Melaka, beliau sudah lama berada dalam Dewan. Pernahkah perkara ini berlaku? Seingat saya tidak pernah berlaku. Jadi sekarang kita soalkan kenapa berlaku? lni membuktikan bahawa perkara yang tidak pernah berlaku di dalam Dewan di bawa ke dalam Dewan, tiba-tiba berada di dalam Dewan. lni menunjukkan perkara betapa seriusnya yang menjadi Jatar perkara itu.

Kalau tidak, tidak berlaku. lni tidak bermakna orang yang baru datang dalam Dewan, tidak harus tidak mengetahui peraturan Dewan. Kita tidak boleh melepaskan seorang ahli Dewan Rakyat yang angkat sumpah di depan tidak mengetahui peraturan Dewan. Jadi, janganlah bermakna Yang Berhormat memberi gambaran bahawa seolah-olah usul ini tidak memberi pilihan kepada subjek yang berkenaan. Pilihan diberikan sama ada memohon maaf atau pun yang kedua. ltu pilihan. Tetapi Yang Berhormat memberi gambaran bahawa beliau tidak mempunyai pilihan dan tidak pun diberi pilihan.

Tuan Kerk Kim Hock: Saya tak pernah pun kata itu macam. You tak fahamlah.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, ya.

Tuan Kerk Kim Hock: Saya tak cakap.

Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad: Tidak, you seolah-olah you tak faham.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Nanti Yang Berhormat.

Tuan Kerk Kim Hock: Tak apa, you terus tidak faham. Saya dah kata, orang tak conscious tidak faham apa saya kata. DR.11.12.2001 59

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Penjelasannya sudah diminta Yang Berhormat.

Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad: Ha, inilah dia.

Tuan Kerk Kim Hock: Ha, duduk, duduk. Dia kata tidak pernah berlaku, Tun Speaker kata sudah pernah berlaku. Tak faham pergi tanya Tun sendirilah.

Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad: Tak, saya kata kalau tidak pernah berlaku, kenapa berlaku?

Tuan Kerk Kim Hock: Dia tak faham langsung, saya tak kata bahawa ...

Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad: Soalnya perkara ini berlaku mesti serius.

Tuan Kerk Kim Hock: Saya tidak kata bahawa ....

Dato' lr. Mohd. Zin bin Mohamed: Batu Gajah diberi dua opsyen.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Parit Sulong dengan Shah Alam, ya, dia sudah jawab tu.

Tuan Kerk Kim Hock: Don't assume I said it wrong, I never said that, don't argue on assumption. That is wrong, number one. Yang kedua,

Datuk Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad: I am not arguing with you.

Tuan Kerk Kim Hock: No, you are wasting my time. I never say.

Number two, Tuan Yang di-Pertua, , .... ·

Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad: Come on lah.

Dato' lr. Mohd. Zin bin Mohamed: Siapa cakap conscious ...

Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad: Saya dah habis ke belum? lni hidup lagi ini.

Tuan Kerk Kim Hock: Kalau kita letakkan satu batang pisau atas leher, panggil you minta maaf, bolehkah kita buat itu macam?

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, duduk, duduk Yang Berhormat.

Tuan Kerk Kim Hock: lnilah caranya. lnilah cara yang dibuat oleh Yang Berhormat Menteri. Tetapi dia orang tak faham, Ahli Parlimen DAP, mengapa begitu ramai orang ditahan ISA.

Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad: Siapa yang tak faham? Bercakap jangan kurang ajar tau.

Tuan Kerk Kim Hock: Diberikan peluang ... TV, boleh bebas keluar, masuk ISA.

Dato' lr. Mohd. Zin bin Mohamed: Pergi buat press conference.

Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad: You sudah buat press conference, you kata orang tak faham. Jangan kurang ajar tau.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ada empat orang yang berdiri Yang Berhormat. 60 DR.11.12.2001

Dato' lr. Mohd. Zin bin Mohamed: Press conference .... cakap conscious tak clear. Apa!

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Yang Berhormat Kota Melaka, kita tidak boleh kata tak faham begitu.

Dato' lr. Mohd. Zin bin Mohamed: Apalah, dia seorang sahaja yang pandai.

Tuan Kerk Kim Hock: ltulah kita minta cara yang betul, bukan letak pisau dekat leher.

Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad: Salah, cakap salahlah.

Dato' lr. Mohd. Zin bin Mohamed: lni hendak menegak benang yang basah, tak habis-habis.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Yang Berhormat masuk perkara-perkara yang berkaitan yang banyak, ini jangan banyak sang at.

Tuan Kerk Kim Hock: ltu contoh sahaja, pun tidak faham tengok ini.

Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad: You tak faham, duduklah.

Tuan Kerk Kim Hock: Tanyalah orang-orang yang kena tahan di bawah ISA mengapa beri peluang TV, beri peluang bebas keluar. Mereka sanggup masuk ISA, mengapa. Nanti semua tak faham

Datuk Bung Moktar bin Radin: Peraturan Mesyuarat.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Peraturan Mesyuarat ya. Nanti dahulu ya.

Tuan Kerk Kim Hock: Tapi jangan keluar bahasa kesat ya.

Datuk Bung Moktar bin Radin: Duduk diam.

Tuan Kerk Kim Hock: Jangan keluar bahasa kesat.

Datuk Bung Moktar bin Radin: You yang keluar bahasa kesat.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Hajl Muhamad bin Abdullah]: Teruslah Yang Berhormat.

Datuk Bung Moktar bin Radin: Peraturan 40(1 ). Saya meminta Pengerusi menggunakan peraturan ini kerana memandangkan Usul ini dibahas berpusing-pusing sahaja, tak pandai habis. Jadi gunakan 40(1) ini kita buat keputusan. Kita undilah. [Tepuk] Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, 40(1). Ya, itu satu peraturan yang baik, habiskan dahulu Kota Melaka.

Tuan Kerk Kim Hock: Hendak undi sekarang?

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Tidak, habiskanlah dahulu, itu keputusan saya.

Tuan Kerk Kim Hock: Fasal saya kata Datuk Speaker, saya hormat.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, itu satu pandangan yang baik dari Kinabatangan dan saya akan buat keputusan. Sila. DR.11.12.2001 61

Puan Teresa Koh Suh Sim: Saya mahu berucap.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: ltulah, bila saya bercakap macam itu, sudah riuh sebuah kampung. Saya ka~::: f\.ota Melaka berucaplah dahulu.

Tuan Kerk Kim Hock: Saya ucaplah, tetapi .....

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, ya Sipitang, hendak beri jalan?

Tuan Kerk Kim Hock: Okay saya beri Sipitang sahaja.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah): Ha, Sipitang, sila.

Datuk Dr. Haji Yusof bin Haji Yacob: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, memang kawan saya daripada Kota Melaka ini dia faham tetapi dia sengaja tidak mahu faham barangkali. [Disampuk]

Seorang Ahli: Dia menjalankan tugas Setiausaha Agung.

Datuk Dr. Haji Yusof bin Haji Yacob: Saya ingat kita semua di Dewan yang mulia ini Tuan Yang di-Pertua, orang yang pandai-pandai semua pilihan rakyat, yang dipilih oleh rakyat, tetapi rakyat juga harus menilai dan kita semua menilai bahawa latar belakang parti Yang Berhormat, latar belakang parti itu dan peristiwa-peristiwa yang berlalu dahulu, pada masa lalu pernah berlaku Ahli Parlimen kawasan Jelutong juga diambil tindakan. Kemudian Ahli Parlimen Sandakan dari partl Yang Berhormat, kenapa tidak daripada Ahli Parlimen parti PAS ataupun parti PBS ataupun parti Keadilan, kenapa daripada DAP.

Jadi, ini menunjukkan bahawa adanya satu sis~em di dalam itu yang memberatkan perkara ini, budaya di dalam itu, jadi ini yang kita tidak mahu, seharusnya tindakan yang lebih tegas diambil supaya perkara-perkara seperti ini daripada ahli parti Yang Berhormat tidak lagi berlaku di masa akan datang, itu tujuan sahaja. Kalau parti, kalau ahli yang bersalah, misalnya daripada Batu Gajah, minta maaf apa salah. Jadi, tidak ada isu soal tidak faham. lni untuk memberi proses Dewan ini secara teratur supaya apa yang kita buat ini teratur dan tidak lagi berulang di masa akan datang.

Tuan Kerk Kim Hock: Saya tidak akan jawab soalan yang tidak cerdik. Saya sebenarnya beri jalan untuk ambil masa baca nota saya. Saya tidak cukup masa baca sebenarnya, itulah taktik saya dia tidak faham.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya.

Tuan Kerk Kim Hock: Saya baru baca habis nota saya, dan saya ambil masa, dia tidak faham. Dia kata pula apa pasal yang DAP kena, itu semua ini tanyalah sebelah sana, mengapa saya kena. Mengapa saya digantung tiga hari. Oleh kerana dia akan kata, saya tidak patuh kepada keputusan Speaker, it is a simplify it, saya tidak mahu sebut.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, teruskan Yang Berhormat.

Tuan Kerk Kim Hock: Tetapi memang saya mahu Menteri menjawab apakah niat usul itu, apakah ada satu unpresented hukuman mengenakan juga potongan elaun-elaun dan sebagainya, adakah ini juga dikata apakah berkaitan dengan apa yang Tun kata kepada surat khabar, dan juga apakah maksud Usul ini hendak memberi amaran kepada reporters.

Saya rasa ini ada niat lebih daripada hendak menghukum seorang ahli Parlimen. lni nampaknya ada udang di sebalik batu, hendak menakut-nakutkan juga 62 DR.11.12.2001 akhbar supaya pada masa akan datang, al

Saya mempunyai pengalaman sendiri, saya tahu, Tuan Yang di-Pertua, setiap kali apa-apa kenyataan kita dilaporkan dengan cara yang prominent oleh surat khabar, ada orang pergi lapor kepada Speaker, ada hantu, saya tahu. Tetapi sekarang gunakan cara ini pula. Saya tidak mahu sebut nama dalam Dewan ini, tetapi jangan kita buat taktik-taktik sedemikian.

Saya merasa sedih, itu fasal saya bercakap pun dengan cara yang beremosi sedikit, saya mengaku oleh kerana begitu ramai pemuda-pemudi sanggup masuk politik macam Ahli Yang Berhormat Batu Gajah kerana ...

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Larut berdiri Yang Berhormat.

Tuan Kerk Kim Hock: .... kerana walaupun kita tahu kepincangan kecacatan yang wujud dalam sistem kita ini. Mereka nampak ....

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Larut berdiri minta penjelasan. Yang Berhormat

Tuan Kerk Kim Hock: Tak payah.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Dia tidak beri Yang Berhormat. Sila duduk, dia tidak beri Yang Berhormat.

Tuan Kerk Kim Hock: Mereka nampak orang yang telah menjalankan perjuangan, masuk ISA. Tetapi mereka sanggup masuk politik oleh kerana mereka sanggup mengorbankan kepentingan sendiri, mereka mempunyal idealisme, tetapi bila datang ke Dewan ini, walaupun saya tahu, saya akan kata ada hipokrasi di dalam Dewan ini, tetapi kita sanggup mengikut sistem ini, tetapi apabila buat dengan cara yang begitu teruk sekali, saya rasa ini teruklah.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, ada tiga orang yang berdiri Yang Berhormat, hendak beri jalan?

Tuan Kerk Kim Hock: Saya tidak payah cakap dengan dia orang ini, mereka tidak akan faham. Tidak ada conscious.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Hendak beri jalan atau tidak beri Yang Berhormat?

Tuan Kerk Kim Hock: Saya tidak mahu sebutkan nama dan sebagainya, tetapi saya kata tidak apa. Yang mustahak Tuan Yang di-Pertua, ialah ..

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah): Panjang lagi Yang Berhcrmat?

Tuan Kerk Kim Hock: Tidak ada, tidak ada, tidak panjang.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, duduk Yang Berhormat, dia tidak beri jalan.

Tuan Kerk Kim Hock: Saya hendak ....

Tuan Tan Kok Wai: Peraturan Mesyuarat.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Duduk Yang Berhormat, dia tidak beri jalan. Ya, Peraturan Mesyuarat yang ke berapa Yang Berhormat? Cheras, Peraturan Mesyuarat yang ke berapa Cheras? DR.11.12.2001 63

Tuan Tan Kok Wai: Saya harap Tuan Yang di-Pertua, dapat mengawal disiplin dalam Dewan ini. {Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, saya sudah buat dah.

Tuan Tan Kok Wai: Mereka semata-mata hanya mengacau Ahli Yang Berhormat dari Kota Melaka untuk berucap.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, Cheras .. Cheras pun tidak mengikut peraturan.

Tuan Tan Kok Wai: Saya bercadang keputusan dibuat mengeluarkan mereka dari Dewan ini .

Beberapa Ahli: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Cheras, cuba duduk. Duduk belaka, duduk belaka. Semua duduk belaka. Duduklah, duduk, duduk. Cheras pun tidak mengikut Peraturan Mesyuarat. [Disampuk] Dia cakap Peraturan Mesyuarat, jadi dia tidak rujuk pun. Dia tidak rujuk pun. Sila duduk Yang Berhormat ya.

Tuan Tan Kok Wai: Sekarang saya rujuk.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Sila Kota Melaka sambung.

Tuan Kerk Kim Hock: Ya. Saya akan sambung, jangan kacau lagi ya. Tuan Yang di-Pertua, sebelum orang-orang di sana memutarbelitkan apa yang saya kata, saya kata memang parti DAP .....

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Biarkan dia habiskan Yang Berhormat. Sila habiskan.

Tuan Kerk Kim Hock: Kita tidak benci sesiapa walaupun sistem ada kecacatan, kita sanggup masuk dan memperjuangkan idealisme kita. Dan saya tahu Ahli Yang Berhormat bagi Batu Gajah, dia adalah seorang yang mempunyai idealisme yang tinggi dan dia akan terus berjuang, tetapi saya ingin menimbulkan di sini bahawa terdapat jurang di antara law and justice, ini akan menjadi satu masalah.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Parit Sulong berdiri Yang Berhormat.

Tuan Kerk Kim Hock: Apabila bekas Ahli Parlimen Kota Melaka keluar dari Penjara Kajang .....

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Dia tidak beri jalan Yang Berhormat. Dia tidak beri Yang Berhormat.

Tuan Kerk Kim Hock: Beliau disambut oleh rakyat. Dan saya kata kalau, kalau Usul ini diluluskan, Ahli Yang Berhormat bagi Batu Gajah akan disambut balk oleh rakyat. [Tepuk] Sebenarnya hari ini ada penyokong-penyokong telah sewa bas

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Tanjong Karang berdiri Yang Berhormat.

Tuan Kerk Kim Hock: . . . . . dan telah datang ke Dewan, ada yang boleh masuk dan ada yang tidak boleh masuk. lni menunjukkan ... 64 DR.11.12.2001

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ada tiga orang yang berdiri Yang Berhormat. Hendak beri jalan atau tidak?

Tuan Kerk Kim Hock: Tidak beri jalan.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Dia tidak , beri jalan

Tuan Kerk Kim Hock: ... jurang perjuangan di antara law and justice, kalau boleh hukum tetapi tidak ada justice, akhirnya yang akan kena tanggung risiko ialah kerajaan sendiri.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Duduklah Yang Berhormat.

Tuan Kerk Kim Hock: Risk political .....

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Yang Berhormat, terpulang kepada menteri menjawab Yang Berhormat, Parit Sulong, Shah Alam, duduk.

Tuan Kerk Kim Hock: Saya kata political losses, maksud saya.

Datuk Datuk Ruhanie bin Haji Ahma~: [Menyampuk]

Tuan Kerk Kim Hock: Jadi, ini juga tidak akan, kita atas nama hendak menjaga imej Parlimen, tetapi kalau dengan cara yang tidak baik sebenarnya apa yang kita dapat ialah bahawa imej kemuliaan Parlimen pula akan dijejas. Jadi, saya minta supaya Yang Berhormat Menteri sanggup menarik balik Usul ini. [Disampuk} Tetapi kalau Yang Berhormat Menteri tidak sanggup menarik balik, saya akan cadangkan sebelum itu, saya kata bahawa Yang Berhormat bagi Jelebu dan Yang Berhormat bagi Kuala Pilah adalah dari Negeri Sembilan, saya ulang apakah adat perpatih. Wrong must be punished but justice must decide.

Kita DAP tidak minta leniency, kita minta justice sahaja. Jadi, saya mencadangkan supaya bahawa kerajaan boleh buangkan sikap yang spiteful dan vindictive dan sanggup tarik balik, kalau tidak tarik balik, saya cadangkan satu pindaan, Tuan Yang di-Pertua, .....

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Pindaan tidak boleh dibuat macam itu Yang Berhormat.

Tuan Kerk Kim Hock: Nanti, nanti, saya belum baca.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Pindaan, dia ken a buat ....

Tuan Kerk Kim Hock: Saya ingin membuat pindaan Usul menurut Peraturan Mesyuarat 30(4)(A). Saya baca boleh atau tidak. Usul asal ini harus dipinda seperti berikut:-

(a) Dengan memotong semua perkataan dalam perenggan lima hingga tujuh supaya dimasukkan perkataan-perkataan yang baru selepas perenggan empat iaitu "Dan bahawa ini merupakan satu dakwaan yang serius kepada Yang Berhormat Batu Gajah dan bahawa isu ini menyentuh kuasa-kuasa, hak-hak dan kebebasan Majlis ....

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, Yang Berhormat, Peraturan Mesyuarat Yang Berhormat, Menteri.

Tuan Kerk Kim Hock: Saya belum habis. DR.11.12.2001 65

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Yalah, dia Peraturan Mesyuarat tidak kira ...

Tuan Kerk Kim Hock: Tidak boleh, saya belum habis. Nanti habis ....

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Peraturan Mesyuarat tidak kira Yang Berhormat. Peraturan Mesyuarat dia tidak kira habis tidak habis. Ya, Peraturan Mesyuarat.

Datuk Seri Utama Dr. Rais bin Yatim: Tuan Yang di-Pertua, saya bacakan Peraturan Mesyuarat 30(3). Sesuatu pindaan itu tidak boleh mengeluarkan apa-apa perkara yang disyaratkan oleh peraturan-peraturan Majlis hanya boleh dikeluarkan dengan Usul bersendirian setelah dikeluarkan pemberitahu.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: ya.

Datuk Seri Utama Dr. Rais bin Yatim: Saya hendak tahu manakah pemberitahunya.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, Yang Berhormat, saya tidak membenarkan itu kerana kita tidak mengikut Peraturan 30(3). Saya sudah tegur tadi Yang Berhormat.

Tuan Kerk Kim Hock: Saya belum habis, nanti saya kena habiskan. Nanti, saya ada baca .....

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Tidak bolehlah Yang Berhormat.

Tuan Kerk Kim Hock: Nanti.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Saya sudah tegur dah tadi.

Tuan Kerk Kim Hock: Sudah buat keputusan berkenaan dengan Peraturan Mesyuarat 30(4)(A).

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: ltu fasal Yang Berhormat menyebut hendak buat pindaan.

Tuan Kerk Kim Hock: Dahulu pun saya buat sedemikian. Nanti, saya kena habiskan baca "30(4)(a'). Dan bahawa isu ini menyentuh kuasa-kuasa hak-hak dan kebebasan Majlis dan atas pertimbangan prinsip natural justice." Maka inilah dipersetujui bahawa Yang Berhormat Batu Gajah dirujukkan kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Rakyat menurut Peraturan Mesyuarat 80.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Yang Berhormat, itulah keputusannya, 30(3) jelas, kalau hendak buat pindaan mengikut Peraturan, jadi saya setakat itulah saya benar, lebih daripada itu, saya tidak benarlah mengenai apa Yang Berhormat hendak baca, melainkan yang lain Yang Berhormat. Sila yang lain Yang Berhormat.

Tuan Kerk Kim Hock: Saya sudah mahu akhiri, dan saya kata bahawa Tuan Yang di-Pertua, bagi pihak DAP saya hendak kata di sini bahawa kalau kita buat salah, kita berani menanggung, tetapi apa yang kita minta ialah keadilan, tetapi nampaknya hari ini adalah satu hari yang ....

Puan Chong Eng: Peraturan Mesyuarat.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, Peraturan berapa Yang Berhormat? 66 DR.11.12.2001

Puan Chong Eng: (1) yang dia katakan, "Pada masa sesuatu usul itu dalam timbangan Majlis Mesyuarat atau Jawatankuasa Majlis Mesyuarat, bolehlah dicadangkan pindaan-pindaan jika pindaan itu berkaitan dengan usul itu." Jadi, saya rasa Peraturan 30(1) yang digunakan oleh Yang Serhormat bagi Kota Melaka itu tidak salah, boleh dipakai ...

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Yang Serhormat, kita mesti baca sekali, kalau 30(1) baca, 30(2) baca, 30(3) pun mesti baca, jelas. 30(1) dan 30(3) itu mengatasi semua 30(1) dan 30(2) ertinya dan, dan, dan itu kena baca Yang Serhormat, kalau baca satu pun memanglah. Jelas apa yang dikatakan itu, Yang Serhormat. Jadi, saya putuskan memang pindaan itu selalunya dan dulu-dulu pun macam itulah. Siapa buat pindaan sekali pun mesti diberikan dulu apa pindaan yang dibuat, kemudian baru kita bentangkan. Sekarang ini buat macam ini, memang saya tak benarkan, tak mengikut peraturan. Harap maaf Yang Serhormat. Kota Melaka sila ....

Tuan Kerk Kim Hock [Kota Melaka]: Ya, saya menegaskan bahawa kalau siapa yang faham prinsip style dan tradisi DAP, kita tidak akan lari daripada tanggungjawab kita, kalau kita buat silap kita berani menanggung, tetapi yang mustahak adalah Yang Serhormat bagi Satu Gajah telah buat silap? Saya rasa tidak, bahawa saya rasa sesiapa yang rela baca kenyataan beliau dan mendapat penjelasan beliau, beliau rasa beliau tidak buat kenyataan itu dengan niat untuk memburukkan nama Tun Speaker, tetapi nampaknya yang saya takut ialah ini akan menjadi hari yang hitam sekali bagi sejarah Dewan ini dan saya kata bahawa Tun harus juga menjawab apa yang saya telah katakan ini. lni adalah satu perkara yang akan juga mencemar Dewan ini kalau tidak mendapat penjelasan yang baik.

Saya juga harap bahawa Yang Berhormat Menteri boleh menjelaskan sebenar apakah perbualan yang telah berlaku di antara beliau dengan Tun Speaker apabila beliau menulis kepada Tun Speaker, di mana beliau dalam suratnya yang bertarikh 7 Disember mengatakan sebagaimana saya telah terangkan kepada Yang Serbahagia Tun Yang di-Pertua, perkara yang hendak saya usulkan adalah berkaitan faedah orang ramai yang mustahak dibahaskan. Selalunya saya rasa, kalau kita nak tulis satu surat dengan rasmi, kita akan memberikan sebabnya dalam surat rasmi dan ini tidak dicatat di dalam surat ini. Jadi, saya minta satu penjelasan yang memuaskan dan akhimya saya kata bahawa kita mempunyai conscious bantah usul ini dengan sekeras-kerasnya.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Saya ingat perkara ini telah berpanjangan dan saya akan menggunakan perkara 40. Saya hanya benarkan dua orang lagi bercakap, pertama Satang Lupar, ...

Puan Teresa Kok Suh Sim: Mana boleh!

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: .... selepas itu saya bagi kepada Batu Gajah sendiri, sebab perkara ini pun saya nampak dari awal berpusing-pusing. Yang Berhormat, serupa saja, akan sama saja.

Puan Teresa Kok Suh Sim: [Menyampuk]

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Yang Serhormat, kita hanya ini hari akhir, kita ada billain lagi, kita memang sambung sampai 6.30, kita sambung.

Tuan Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: [Menyampuk]

Tuan Kerk Kim Hock: [bangun]

Puan Teresa Kok Suh Sim: [bangun}

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Duduk semualah Yang Serhormat, ya duduk Yang Serhormat [Dewan riuh} ya saya akan fikirkan Yang Serhormat. Ya, Satang Lupar. DR.11.12.2001 67

Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar (Satang Lupar]: Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan banyak terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk bercakap sedikit berhubung dengan usul yang telah dibawa oleh Menteri yang menyentuh tata laku Yang Berhormat dari Batu Gajah. Jadi, usul ini berbangkit ...

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Peraturan mesyuarat berkait dengan Yang Berhormat tengah bercakaplah Yang Berhormat.. ada apa itu.

Tuan Kerk Kim Hock: Saya rasa Tuan Yang di-Pertua telah membuat satu pentafsiran yang salah berkenaan usul pindaan saya. Boleh Tuan Yang di-Pertua menjelaskan di mana peraturan yang menghalang saya untuk membuat pindaan dengan memberikan notis sekarang, bagaimana.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Saya sudah buat tadi Yang Berhormat, 30(3).

Tuan Kerk Kim Hock: 30(3) mana? Boleh baca isi kandungan.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Sebab­ sebab perkara itu telah selesai Yang Berhormat.

Tuan Kerk Kim Hock: Sila kena review sekarang, saya tidak mahu keluar daripada peraturan.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' HajJ Muhamad bin Abdullah]: 33(3) sudah jelas sebagaimana Menteri beritahu tadi.

Tuan Kerk Kim Hock: Boleh baca, ·~ny amendment to the motion which a member wishes to propose in accordance with the provisions of Standing Order 30 may be moved and if necessary seconded at any time after the question upon the motion has been proposed by the Chair, and before it has been put by the Chair at the conclusion ofthe debate upon the motion." Jadi belum habis, saya boleh bagi. ..

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: 33(3) Yang Berhormat?

Tuan Kerk Kim Hock: 33(3) bermakna bahawa sebelum masalah itu diputuskan, saya boleh bagi notis untuk meminda.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: ltu maknanya satu panel tidak boleh mengeluarkan apa-apa perkara yang disyaratkan oleh peraturan

Tuan Kerk Kim Hock: Sebelum ia diputuskan saya boleh buat. Dahulu kita sudah buat, banyak kali kita sudah buat.

Tlmbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Telah dikeluarkan pemberitahu.

Tuan Kerk Kim Hock: Banyak kali kita buat.

Tlmbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Pemberitahu Yang Berhormat.

Tuan Kerk Kim Hock: Mana?

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Di hujung itu. Dikeluarkan pemberitahu, hujung sekali daripada 30(3)

Tuan Kerk Kim Hock: Boleh Speaker tolong baca bagaimana. 68 DR.11.12.2001

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: 30(3) Ayat yang hujung sekali telah dikeluarkan pemberitahu. Sekarang Yang Berhormat Kota Melaka tidak ada memberitahu, hanya membaca dalam Dewan, itu bukan memberitahu.

Tuan Kerk Kim Hock: Saya dapatkan penjelasan ...

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, itu keputusan saya Yang Berhormat.

Tuan Kerk Kim Hock: lni berkenaan penggantungan seorang wakil rakyat, jadi kita harus tahu apa yang sebenarnya ....

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, itulah keputusan saya Yang Berhormat ...

Tuan Kerk Kim Hock: ... 30(3) An amendment must not raise any question which, by the rules of the House, can only be raised by a substantive motion after notice. lni substantive motionkah?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya ... ya ... sebab benda ini, usul ini kita dah bagi semalam, dah dua hari dikeluarkan, Yang Berhormat.

Tuan Kerk Kim Hock: Mana notisnya, saya tak dapat baca notis yang ....

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, itulah keputusan saya Yang Berhormat,kalau baca 30(3), cuba baca dalam bahasa Melayu "dikeluarkan pemberitahu", jelas.

Tuan Kerk Kim Hock: Mana? Betulkah saya dengan Speaker punya ini betulkah ini, 30(3).

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: 30(3) ...

Tuan Kerk Kim Hock: Okey, 30(3).

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Baca dalam bahasa Melayu Yang Berhormat. Jelas Yang Berhormat, saya sudah buat keputusan.

Tuan Kerk Kim Hock: Kalau betul saya akur, ini perkara mustahak "Sesuatu pindaan itu tidak boleh mengeluarkan apa-apa perkara disyaratkan oleh peraturan­ peraturan Majlis hanya boleh dikeluarkan dengan usul bersendiri setelah dikeluarkan pemberitahu" ....

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, sekarang ini Yang Berhormat tak buat secara rasmi.

Tuan Kerk Kim Hock: lni tak cakap bila pun, tetapi kalau saya baca 33, boleh

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Muhamad bin Abdullah): Yang Berhormat lni keputusan sudah begitu

Tuan Kerk Kim Hock: Dulu pun kita pernah buat,kenapa hari ini tak boleh.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Dahulunya inilah yang kita buat,pindaan yang lepas-lepas semuanya diberitahu dahulu ...

Tuan Kerk Kim Hock: Kita ikut precedent, kita pernah buat, kita bagi dan terus kita bahaskan. DR.11.12.2001 69

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Hajl Muhamad bin Abdullah]: Tidak ada,tak ada ....

Tuan Kerk Kim Hock: Ada. ini perkara mustahak, kalau tak pasti, kita minta nasihat daripada Tun Yang di-Pertua. '- Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Tak ada. lni keputusan saya Yang Berhormat, memang tak boleh .

Tuan Kerk Kim Hock: lni masalah keputusan, kalau tak betul ini susah.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: lni betul.lni saya rasa cukup betul apa yang saya buat keputusan Yang Berhormat .

Tuan Kerk Kim Hock: Tanpa pemberitahu ...

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: 30(3). Yang 30(2) dengan sendirinya ....

Tuan Kerk Kim Hock: Baca dengan baik, saya tak mahu gaduh dengan Speaker.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Saya sudah buat keputusan begitu, Yang Berhormat.

Tuan Kerk Kim Hock: Bukan keputusan betul.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Keputusan saya betul. Yang Berhormat tanya keputusan saya betul tak betul, keputusan saya betul, itu pendirian saya. {Dewan riuh sebentar]

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: ... apa-apa masalah boleh dipinda menurut semua atau mana-mana jua cara yang tersebut di bawah ini dengan potongan apa-apa perkataan supaya dapat dimasukkan perkataan-perkataan lain. Jadi, bukan tertakluk kepada 30(3) saja, tetapi di semua apa cara sahaja, dan apa cara termasuk 30(1 ), pada masa sesuatu usul itu dalam timbangan Majlis Mesyuarat atau Jawatankuasa Majlis Mesyuarat, boleh dicadangkan pindaan-pindaan jika pindaan itu berkaitan dengan usul itu, maka boleh guna cara (1) (2) atau (3). Atau yang semua ... jadi saya rasa adalah boleh dipertimbangkan .....

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Duduk Yang Berhormat saya akan beri penjelasan Yang Berhormat. Nanti dahulu, satu-satulah Yang Berhormat. Kita pernah buat perkara ini adalah hanya sekali dua dalam akta yang kadang kala, tinggal perkataan "dan" dan sebagainya, tak perlu dua berlapis, diusulkan serta merta supaya dipotong, kita bersetuju. Tetapi kalau dengan ayat yang panjang dan sebagainya mestilah diberitahu dahulu. ltulah keadaannya.

Tuan Kerk Kim Hock: Maksud memberitahu itu, apa yang saya bagi sekarang amendment.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Hajl Muhamad bin Abdullah]: Dia mesti awal memberitahu, bukan masa tengah berbincang ini, ini dah pernah berlaku Yang Berhormat. Saya masih ingat Yang Berhormat.

Tuan Kerk Kim Hock: [Menyampuk]

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: ltu saya tak tahu Yang Berhormat. ltu tengok kemudianlah, tetapi keputusan demikian rupa.

Tuan Kerk Kim Hock: Apa yang saya bagi, memberitahu saya. 70 DR.11.12.2001

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Saya tak tahu Yang Berhormat, ini keputusan saya. Sebab perkara ini sudah pernah berlaku.

Tuan Kerk Kim Hock: Saya minta Tuan Speaker, kalau tak payah kita bagi, apa salahnya. ' Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Tak ada Yang Berhormat. Saya tak perlu kepada bahaskan.

Tuan Kerk Kim Hock: Kita buat satu keputusan.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: ltu tidak kira Yang Berhormat, saya betul Yang Berhormat, sila duduk. Saya mesti betul.

Tuan Kerk Kim Hock: Kalau buat salah macam mana?

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Kalau salah banyak tengoklah akan datang macam mana.

Tuan Kerk Kim Hock: 83 boleh naik.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Naiklah apa pun usul Yang Berhormat. Keputusan saya adalah betul. Harap duduk Yang Berhormat.

Tuan Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Dato' Speaker saya refer1

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Sila Satang Lupar terus berucap.

Tuan Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Overrule semua di bawah 99. Terima kasih Tuan Speaker kerana mendengar sedikit ucapan yang nyaring sedikit daripada saya 'selamat hari raya dan maaf zahir dan batin kepada semua. Sebagai seorang Muslim kita kena bercakap berlandaskan keislaman kita, berlandaskan kepercayaan tertentu.

Tuan Yang di-Pertua, Usul yang dibawa oleh Yang Berhormat bagi Batu Gajah di bawah Peraturan 18(1) berhubung dengan CLP dan telah ditolak oleh Yang Berbahagia Tun Speaker dan di bawah Peraturan 43 Yang Berhormat bagi Batu Gajah boleh sepatutnya membawa usul peribadi ke Dewan ini supaya semua perkara berhubung dengan pengurusan dan pentadbiran dalam Dewan ini dibuat secara dalaman.

Jadi, apa yang menjadi masalah ialah apabila Usul 18(1) Batu Gajah ditolak oleh Speaker sebagaimana banyak usul-usul sebelum itu ditolak., Kita dengar tadi daripada Kota Melaka pemah ditolak Usul18(1), Usul saya pun pernah sendiri ditolak di bawah 18(1) berhubung perkara-perkara yang panting, untuk kepentingan masyarakat yang perlu disegerakan ditolak oleh Speaker tetapi saya tidak membawa ke hadapan be~umpa dengan pihak media dan surat khabar. Macam itu juga Kota Melaka tidak pernah membuat, jadi tidak ada berbangkitlah persoalan usul yang di bawa oleh Menteri pada hari ini.

Jadi, inilah maka persoalan yang dibangkit dan perbincangan kita dalam Dewan ini ialah berhubung dengan persoalan tindak-tanduk yang membawa perkara keputusan dalam Dewan ini kepada media untuk supaya Tun Yang di-Pertua di public­ trialkan menerusi media. Jadi, inilah satu perkara-perkara yang tidak boleh diterima. Jadi persoalan CLP Tuan Yang di-Pertua, saya tidak menyentuh, sebab pada masa ,..

DR.11.12.2001 71

sekarang pun masih ada perkara-perkara sedikit-sedikit usul perkara ini masih dibawa ke mahkamah. Kalau kita hendak perbincangkan dengan hebat dalam surat khabar, bincangkan hebat dalam Dewan ini, berbangkitlah satu, kita juga akan tersalah laku di bawah Peruntukan 36(2) iaitu perkara dikata subjudice iaitu perkara yang tidak boleh dibangkitkan dalam peraturan ini yang mana perkara itu masih dalam pertimbangan mahkamah.

Jadi, Yang Berhormat bagi Machang tadi, saya banyak cerita sini sajalah. Machang tadi membawa Peraturan 80 daripada salah laku inilah refer kepada jawatankuasa, daripada jawatankuasa baru dibawa ke Dewan ini untuk keputusan dan sebagainya. Tetapi bagi pihak kerajaan menggunakan Peraturan 27. Jadi, itu pentafsiran sudah ada bercanggah pentafsirannya. Tafsiran daripada kerajaan mengguna 27 convene everything. Tetapi yang mana pihak pembangkang mengatakan Peraturan 80 mesti digunakan sebagaimana peguam daripada Machang mengatakan. Machang betul tetapi......

Dato' Haji Muhamad bin Abdullah: [Bercakap tanpa pembesar suara]

Tuan Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Pentafsiran dalam Dewan ini, Dewan yang agung ini ialah di bawah kuasa Tuan Yang di-Pertua. Kita gunakan Peraturan 99 yang mengatasi semua masalah. Kalau Speaker daripada conventionnya daripada undang-undangnya, daripada prosedurnya, daripada pentafsirannya menggunakan Peraturan 27, peraturan itu telah diterima pakai dan dicari oleh Speaker boleh dipakai, peraturan itu mesti dijalankan dan perancangan mestilah tidak ada bantahan lagi soalan prosedur.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, kita mendengar juga penjelasan daripada Yang Berhormat Tanjong Karang, memang betul. Ada satu-satu perkara apabila peraturan dibuat, peraturan itu telah mendefinisikan satu-satu perkara yang dibawa. ltu adalah untuk menipiskan ataupun tidak membabitkan, membesarkan, perkara-perkara interpretasi satu-satu peraturan. Jadi, saya cukup berterima kasih kepada Yang Berhormat Tanjong Karang kerana telah membuat, menunjuk kepada pihak-pihak pembangkang apa ertinya interpretasi di bawah peraturan jni di mana kelonggaran yang boleh dipakai dan apabila ada tersalah pendapat ataupun ada masalah kekeliruan ataupun kesalahan yang dibuat, Tuan Yang di-Pertua boleh menggunakan Peraturan 99 untuk membuat tafsirannya sendiri.

Tuan Yang di-Pertua, sebagaimana yang telah saya sebutkan tadi, banyak mereka yang telah membuat usul tidak diterima, tetapi masalahnya pada waktu dahulu yang kebaikannya tidak pernah orang membawa perkara itu ke surat khabar. Tetapi sekali ini dibawa ke surat khabar. lnilah satu perkara yang dikatakan telah menjadi satu penghinaan kepada Dewan ini, penghinaan kepada Speaker, iaitu sebagai hakim yang tertinggi duduk di atas Kerusi Dewan ini. Jadi, telah disebutkan juga Yang Berhormat dari Kepong dengan nyata dan jelas disebutkan Erskine May siapa yang belajar undang-undang, mesti tahu Erskine May, apa yang Erskine May kata, sebenar mana skop dan bidang soalan contempt Dewan dan contempt mahkamah. Di mana letaknya interpretasi tetapi ......

Seorang Ahli: [Bercakap tanpa pembesar suara]

Tuan Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Translate dalam hujah-hujah Yang Berhormat Kepong mengatakan kita mestilah gunakan kuasa contempt yang sebegitu besar dengan secara sparingly, secara mercy and compassionate, pampered with mercy and compassion, kata Kangar. Saya bersetuju kita kena pamperedkan dengan mercy and compassion, tetapi pada masa yang sama bolehkah kita memberi mercy and compassion kepada orang-orang yang angkuh, orang-orang yang sombong, orang-orang yang tidak menerima perkara ini, {Tepuk] yang mengatakan yang benang basah itu ditegakkan juga, yang salah itu dikatakan ..... bohongkah pihak media yang mengatakan dalam surat khabar?

Siapa yang betul di sini? Yang Batu Gajah berkata di dalam surat khabar, di hadapan surat khabar, dia tidak pernah membuat kenyataan, ataupun surat khabar yang membuat laporan bohong? Kalau surat khabar yang bercakap bohong, sepatutnya dalam masa dua hari ini apabila notis dikeluarkan dalam Dewan ini, Batu 72 DR.11.12.2001

Gajah patut protes kepada surat khabar mengatakan kenapa buat laporan saya tidak buat. Notis sudah bagi. Ha, jadi ......

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Tujuan dia.

Tuan Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Sebenamya perkara itu benar berlaku kerana hendak membawa isu-isu, soal keputusan Tuan Yang di-Pertua itu untuk dibicarakan di pihak media. Bila dibicarakan ke pihak media, Tun Yang di­ Pertua sendiri tidak berupaya untuk membalas, dengan sendirinya Tun Yang di-Pertua akan dipersalahkan, Majlis dan Dewan ini akan dihina begitu sahaja di dalam media. Jadi Tuan Yang di-Pertua, banyak kawan menyebut kita boleh menerima kalau Yang Berhormat dari Batu Gajah dengan kuat, dengan gagah, kegagahan itu bukan menunjuk berlawan ke hadapan tetapi berani menarik ke belakang. Saya minta maaf.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, Rompin berdiri, Yang Berhormat.

Dato' Dr. Hajl Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis: Terima kasih Satang Lupar. Saya hendak bertanya sedikit. Tadi Yang Berhormat ada mengatakan bahawa kemungkinan Batu Gajah menyedari apa yang dia katakan itu menghina Dewan. Tetapi oleh kerana tekanan parti DAP itu sendiri supaya mendapat mileage dalam isu yang kita semua tahu ini, isu apa?

Tuan Ronald Kiandee: CLP.

Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis: CLP. Sanggup dia mengorbankan diri dia untuk kepentingan politik DAP mendapatkan mileage kononnya mereka sahaja yang memperjuangkan CLP, tidak kerajaan,' tidak mana yang lain. Sanggup sacrifice diri dia kerana kepentingan politik DAP. Sebab DAP sudah tidak ada lagi mileage, hilang sokongan daripada rakyat Malaysia dan sanggup menerima arahan daripada London daripada Setiausaha Agong. Siapa Setiausaha Agong yang sebenarnya? Mintalah pandangan Satang Lupar.

Tuan Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Tuan Yang di-Pertua, itu satu penilaian yang amat tepat nampaknya. Tetapi Tuan Yang di-Pertua, saya hendak beritahulah Yang Berhormat dari Batu Gajah sebagai orang yang baru, muda, pernah saya panggil anak kerana sama umur dengan anak saya. Pengalaman saya sendiri di Dewan ini, dalam masa saya di Dewan ini saya tidak pernah melihat orang yang lain terkena gantung, tetapi oleh kerana salah langkah Batu Gajah, perkara ini berlaku dan mungkin kebenaran berlaku sebagaimana Yang Berhormat Rompin sebut. Tekanan Parti DAP untuk menggunakan satu mileage yang besar, menggunakan landasan CLP ini mendapatkan political return kepada mereka sendiri terpaksalah Yang Berhormat

Puan Chong Eng: {Bangun]

Tuan Haji Wan Junaldi bin Tuanku Jaafar: Duduk dulu, belum habis bercakap ...... menggunakan Yang Berhormat Batu Gajah menjadi Joan of Arc, hendak jadi Saint Joan of Arc yang baru Batu Gajah.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ada yang berdiri Yang Berhormat.

Tuan Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Yang Berhormat Joan of Arc itu berpuluh tahun baru dia hendak jadi.

Puan Chong Eng: {Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Hajl Muhamad bin Abdullah]: Ya, Peraturan berapa Yang Berhormat?

Tuan Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Duduk dulu, saya belum habis. DR.11.12.2001 73

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Peraturan Mesyuarat Yang Berhormat.

Tuan Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Hah?

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Peraturan Mesyuarat.

Tuan Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Apa pula?

Puan Chong Eng: ltu adalah satu sangkaan jahat bahawa yang katakan DAP hendak gunakan isu Batu Gajah untuk mendatangkan satu political mileage. Kalau ini adalah perkara yang salah, macam mana hendak tahu dengan political mileage? Kalau ini perkara yang boleh mendatangkan political mileage kepada DAP ini menunjukkan bahawa ......

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Cukuplah Yang Berhormat.

Puan Chong Eng: ..... Usul ini tidak betul.

Puan Teresa Kok Suh Sim: Ya.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Cukuplah Yang Berhormat. lni yang menegur ini, [Ketawa] Yang Berhormat hendak tadi patut dalam Peraturan Mesyuarat 36, Yang Berhormat, masuk yang lainlah Yang Berhormat. Ya, cakap masuk yang lain.

Tuan Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Tuan Yang di-Pertua, saya

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: ya, yang ke berapa pula Yang Berhormat?

Tuan Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: [Ketawa]

Dato' Haji Noh bin Haji Omar: Peraturan Mesyuarat. Saya hendak baca betul-betul.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Yang ke berapa Yang Berhormat?

Dato' Haji Noh bin Haji Omar: 36(6) ini yang selalu sangat yang dibangkitkan oleh Bukit Mertajam. Kita kena baca sampai habis. Janganlah jadi macam PAS, baca ayat AI-Quran separuh, undang-undang pun kena baca sampai habis.

Beberapa Ahli: [Ketawa]

Dato' Haji Noh bin Haji Omar: Baca sampai habis dia kata apa 36(6)? Dia kata, "Seseorang ahli tidak boleh mengeluarkan sangkaan jahat ke atas sesiapa ahli lain". Mana ada sebut nama sesiapa, dia hanya sebut DAP sahaja. Jadi itu sahaja, janganlah baca sekerat sahaja.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, Yang Berhormat, sila duduk. Ya, terus yang lain Yang Berhormat.

Tuan Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Terima kasih, terima kasihlah Tanjong Karang tolong saya sedikit. Sebenarnya memang betul, Tuan Yang di-Pertua. Saya memang menjawab juga, saya memang menjawab yang persoalan 36(6), saya kata DAP. Saya tidak ada mengatakan perkara buruk kepada Yang Berhormat Batu Gajah, bahkan saya memuji Yang Berhormat Batu Gajah, ready to be used as 74 DR.11.12.2001 sacrificed lamp. lni yang saya katakan. Saya puji dia jadi Joan of Arc. Saya pujikan? [Ketawa]

Tuan Kerk Kim Hock: [Bangun]

Seorang Ahli: Hai, apa ini? Duduklah.

Tuan Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Ya, duduklah. Yang Serhormat cakap tadi saya tidak berdiri pun, saya duduk relax dengar Yang Serhormat. Apa ini!

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, duduk, duduk. Terus, terus.

Tuan Haji Wan Junaid! bin Tuanku Jaafar: Tidak payahlah Yang Serhormat. Duduklah!

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Kota Melaka, duduk Yang Serhormat.

Tuan Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Duduklah! Suat apa berdiri? Allah.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Dia hendak bercakap Yang Serhormat, biarkan, ya.

Tuan Kerk Kim Hock: [Bercakap tanpa pembesar suara]

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Sila, sila terus, Satang Lupar terus, ya.

Tuan Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Terima kasih, terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya sebagai mengulas semula. Sambungan saya, saya menyerulah jangan gunakan perkara CLP ini political mileage. Kita sudah banyak bincang soalan CLP ini sudah common knowledge. Tindakan kerajaan sudah buat, cadangan kerajaan hendak buat, akademi cadangan kerajaan hendak tubuhkan bad an baru, overseas semua, CLP, semua sudah buat! Apa benda hendak diusulkan di sini? Tindakan kerajaan sudah begitu rapi sekali kita tahu landasannya ......

Tuan Mohamad bin Sabu: {Bercakap tanpa pembesar suara]

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Saya pun tidak tahu Yang Serhormat, sila duduk.

Tuan Mohamad bin Sabu: Dia bagi berapa petang-petang ini? [Pegang bungkusan seperti kalender yang digulung] {Suasana Dewan gamat dengan ketawa].

Timbaian Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Yang Serhormat, saya tidak tahu, saya tidak tahu, mungkin lemangkah, apa, saya tidak tahu. {Suasana Dewan masih gamat dengan ketawa]. Sila Yang Serhormat! Yang Serhormat! kalau hendak tahu buka sendiri Yang Serhormat {ketawa]. Terus, Satang Lupar.

Tuan Haji Wan Junaidl bin Tuanku Jaafar: Tuan Yang di-Pertua, kepada Yang Serhormat dari Kuala Kedah pun saya ucapkan terima kasihlah ada melegakan keadaan sebab api kemarahan DAP itu nampak sangat, jadi terpaksalah PAS itu bawa air sedikit sebab dia bukan marah [Ketawa]. Sengaja yang PAS itu action. Dia sokong sahaja, sebenamya dia menghasut ini {Ketawa].

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Terus, terus Yang Serhormat. DR.11.12.2001 75

Tuan Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya hendak pindah kepada soalan daripada Tumpat tadi. Semangat Ramadan, kata Yang Serhormat bagi Tumpat, saya menyokong. Memang semangat Ramadanlah, maka Sri Gading kata minta maaf kepada yang telah kita katakan salah. Kita akan memaafkan, kerajaan akan memikirkan. Saya juga bersetuju Yang Serhormat Sri Gading katakan "dengan semangat Ramadan itulah mengapa kerajaan bagi notis yang panjang, bagi peluang meminta maaf dua, tiga hari kertas ini atas meja saya, maknanya atas meja semua orang di dalam Dewan ini. Jadi, peluang terbuka luas untuk melihat sendiri soalan minta maaf. Saya bagi peluang.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, tumpat.

Dato' Kamarudin bin Jaffar: Serkenaan dengan minta maaf, saya berterima kasih kepada Satang Lupar. Saya fikir Yang Serhormat Satu Gajah sudah pun menghantar kad Hari Raya mohon maaf daripada Tun Speaker ...... [Keadaan Dewan menjadi gamat].

Seorang Ahli: Allah, Tumpat.

Dato' Kamarudin bin Jaffar: Semangat Ramadan dan semangat Aidilfitri ini dengan menutup isu ini. Saya tarik balik.

Seorang Ahli: Tidak ada standardlah lu.

Ahli Dewan: [Ketawa]

Tuan Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Saya ...... [Ketawa]

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, Rompin ya. Rompin ya.

Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis: Pandangan Satang Lupar, saya selalu menyanjung tinggi Tumpat. Standardnya amat tinggi sekali. Tetapi pada hari ini sebelum bulan Puasa habis, ya ......

Beberapa Ahli: Habis!

Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis: [Ketawa].

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah): Tidak payah jawab Yang Serhormat. Masuk yang lain, Yang Amat Serhormat.

Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis: Sedih, sedih.

Seorang Ahli: Habis standard, saya merasa cukup sedih.

Tuan Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Tuan Yang di-Pertua, saya sekarang bila sudah dewasa titis air mata saya, menangis. Sebab pada hari Jumaat yang lepas, bila saya balik ke pejabat, pejabat saya bertanya, "Yang Serhormat, hendak hantar kad kepada semua Ahli Parlimen Sarisan Nasional sahajakah?" Saya kata "hantarlah kad kepada semua Ahli Parlimen termasuk Ahli Parlimen daripada PAS, keADILan dan sebagainya meminta maaf." Kerana ini adalah amalan kita meminta maaf, salah atau pun tidak kita membuat salah, kalau kita tidak membuat salah adalah baik juga kita meminta maaf mung kin dia punya kesalahan kita boleh maafkan juga. lni semangat Ramadan. Jadi dalam keadaan semangat Ramadan ini sepatutnya Yang Serhormat Tumpat jangan ambil political mileage jugalah .. ... [Disampuk} .kad hari raya pun jadi politik, maaf ...... [Sorak] [Ketawa] fikirkan ...... [Ketawa} ini pun saya tidak faham begitu murah sekali politiknya. Jadi Yang Serhormat daripada Tumpat, satu perkara don't punch below the belt, satu lagi kad hari raya ini perhubungan di antara Islam dengan Islam kena kita sambungkan jangan dipertemehkan itu.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Mohamad bin Abdullah): Ya Rompin. 76 DR.11.12.2001

Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis: Tumpat standardnya memang tinggi, tapi semasa dia berada dengan kita, sampai di sana nampak gaya agak turun sikit nilainya.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Mohamad bin Abdullah]: Yang I Berhormat teruskan yang lain.

Tuan Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Saya berharap Tumpat naik semulalah ...... [Disampuk} [Ketawa ]naik semula kepada tahap yang tinggi lagi. Jadi saya baliklah ke sini, kita akan memaafkan kesalahan yang lama ...

Beberapa Ahli: .... sempena Ramadan ....

[Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng] mempengerusikan Mesyuarat]

Tuan Hajl Wan Junaidl bin Tuanku Jaafar: Jadi, insya-AIIah, sini ada kosong ...... [Ketawa] .... Tuan Yang di-Pertua, saya hendak menyentuh soalan Yang Berhormat yang saya amat sanjungi Ketua Pembangkang. Ketua Pembangkang juga menyebutkan kalau batu dicampak ke laut katanya tidak akan timbul. Niat untuk menghina dan Yang Amat Berhormat juga menyentuh soalan natural justice. Natural Justice ini Yang Berhormat, saya bukanlah dikatakan pakar, mungkin menteri lebih pakar daripada saya, dalam konteks natural justice ini saya tahu sedikitlah apa yang dikata the first leg of natural justice or audi alteram partem atau pun the right to be heard. Yang kedua, nemo judex in causa sua ataupun seseorang itu tidak boleh menjadi hakim kepada kes dia sendiri yang ketiga sekarang dia masih dipertimbang dan difikirkan oleh pihak kehakiman dan pihak peguam sama ada keadilan the concept of punish itu boleh dikatakan salah satu konsep daripada keadilan.

Di sini kalau kita lihat pertama notis dia bagi, kedua perbicaraan di dengar di Dewan yang mulia ini lebih besar daripada mahkamah. Perbicaraan dalam Dewan Parlimen ialah konsep Dewan Partimen itu bersidang. Dia tidak set satu mahkamah baru untuk mendengarkan kes-kes, ini bukankah satu perbincangan yang mana semua orang dibenarkan bercakap untuk mengajukan pandangan dan pendapat mereka berhubung dengan kes-kes tertentu. Bukanlah ditubuh satu perbicaraan di dalam Parlimen ini macam mana tubuh mahkamah, di mahkamah kita mempunyai mungkin 10 ataupun berapa orang sahaja juri yang mendengarkan kes-kes ataupun tiga seorang hakim mendengar kes-kes, mendatangkan keputusan mereka sendiri untuk mendapati salah ataupun tidak salah, di sini kita hampir 70 orang ...

Tuan Mohd. Yusoff bin Mohd. Nor [Machang]: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang Berhormat Machang bangun ..

Tuan Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Jadi Yang Berhormat, konsep keadilan, konsep natural justice yang kita laksanakan dalam Dewan ini mesti dalam konteks Dewan, dalam konteks peraturan Dewan dan konteks Perlembagaan, tidak dalam konteks-konteks lain, Yang Berhormat.

Tuan Mohd. Yusoff bin Mohd. Nor: .... [Bangun] .. .saya hendak ....

Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad: .. .[Bangun]

Tuan Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: .... belum lagi ni, saya belum bagi keputusan, siapa hendak bagi ni? ...... [Disampuk] ...... siapa yang berdiri dulu tadi? .... .[Ketawa] ...

Seorang Ahli: ...... lni, ini, ini, ini Machang dulu. DR.11.12.2001 77

Tuan Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Okay, kawan dekat sini dulu lepas itu saya bagi.

Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. saya cuma hendak bertanyakan sahabat saya Satang Lupar. Di Dewan yang mulia ini kita juga mewakili rakyat pengundi kita, di belakang kita berpuluh ribu, tidakkah ini lebih adil daripada jawatankuasa yang ada juri yang kecil? Apa pandangan saudara mengenai hal ini?

Tuan Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Dalam konteks jawatankuasa Parlimen, Yang Berhormat, sebenarnya saya pada tahun 1998 duduk bersama 5 orang Ahli Parlimen lain, belum diketahui oleh Speaker, belum diketahui oleh sesiapa tetapi di kalangan kami, saya, llani Ishak, dua tiga orang Ahli Parlimen lain kita duduk bersama untuk membincangkan untuk mewujudkan jawatankuasa-jawatankuasa peringkat Parlimen. Dan jawatankuasa ini selepas kita menyelidik seluruh dunia, saya telah menyelidik, 30 negara di seluruh dunia yang mempunyai select committee, kita dapati apa masalah-masalah select committee, di antara select committee yang terunggul, yang terbaik ialah di England apabila kita bertanya dengan England menerusi internet dan sebagainya kita dapati banyak juga kepincangan dan masalah-masalah untuk perlaksanaan select committee di England.

ltu yang terbaik sekali, dalam keadaan yang memakan masa 6 bulan kita menyelidik saya berhubung internet dengan Argentina, Mexico dan sebagainya melihat perkara ini. Jadi kita dapati bahawa banyak masalah-masalah berhubung select committee persoalan yang unggul ialah duplication, kalau dibincang dalam select committee akan dibincang pula dalam Dewan untuk mendapatkan keputusan. Sudah berbincang di sana, berbincang di sini cerita yang sama berbangkit, nobody will get into anybody.

Jadi dalam konteks demokrasi kita, persoalan ini Tuan Yang di-Pertua, kita kena melihat dalam konteks kita amalkan mesti kita tidak boleh mengatakan konteks kita ini tidak berapa betul yang diamalkan secara window dressing di negara-negara lain itu lebih betul daripada kita. Ok Yang Berhormat.

Tuan Mohd. Yusoff bin Mohd. Nor: Terima kasih Yang Berhormat, tadi saya setuju dengan Yang Berhormat yang mengatakan bahawa salah satu daripada prinsip natural justice ataupun keadilan tabii ialah audi alteram partem seseorang itu sebelum dihukum atau dibuat keputusan bersalah mesti diberi peluang untuk membela diri. Tapi dalam kes kita hadapi sekarang ini kita datang ke sini, kerajaan datang ke sini mengatakan awak bersalah sekarang minta maaf, itu yang saya maksudkan. Ertinya sebelum kerajaan sudah buat keputusan bahawa Batu Gajah telah bersalah kemudian minta maaf, tidak ada perbicaraan, sekarang ini kalau Batu Gajah kata saya minta maaf ertinya dia admit guilt, dia mengaku salah. lni yang jadi masalahnya. Sekarang saya hendak tanya setuju atau tidak dengan saya?

Tuan Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Yang Berhormat, saya tidak tahulah soalan salah betul ini, kalau saya ambil parang Yang Berhormat, bunuh kawan yang sebelah saya ni, memang ikut mahkamah kena walaupun saya bukti ternyata saya bunuh dia ini, tanyalah sama ada saya ini gilakah, saya ini tidak betul fikirankah, masa itu saya terdorong oleh syaitankah, mungkin saya dikatakan tidak bersalah. Tetapi buktinya, nyatanya saya sudah bunuh. Jadi perkara ini pun macam itu juga ternyata keluar dalam surat khabar, jadi di mana lagi letaknya iaitu kita hendak cari keadilan daripada, kita hendak bicara panggil semua reporter ini dan bicara dengar cerita reporter ini betulkah tidak dia bercakap atau tidak betul dia bercakap dalam konteks mana kalau benarlah perkara ini berlaku kita sudah ada tiga, empat hari notis ini keluar, kenapa tidak buat prates jumpa dengan Tun, jumpa dengan Speaker buat semua yang menyatakan, ini bukan laporan yang saya buat, saya kata lain, surat khabar yang buat bohong. Sepatutnya itulah caranya, tapi Yang Berhormat saya memahami tujuan Yang Berhormat hendak sokong kawan sebelah saya itu. Saya tahu dalam isi hati Yang Berhormat memang cukup pasti benda ini berlaku macam itu. Tapi masalahnya kita kena sokong orang politik kita sendiri. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya ..... 78 DR.11.12.2001

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng): Yang Berhormat, panjang lagi? Panjang lagikah?

Tuan Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Saya sedikit sahaja tapi saya kena bagi peluanglah orang Sabah cakap tahniah saya ni.

Datuk Bung Moktar bin Radin: Terima kasih Yang Berhormat, ini saya punya negen Jlran. Apakah Yang Berhormat akan mencadangkan kepada Yang Berhormat kita yang dibuat pertuduhan ini, dalam politik ini biasanya kawan rapat pun jadi musuh jadi mungkin rakan-rakan lain ini dia sokong juga, tapi sokong bawa rebah mungkin mereka mahu membunuh satu orang untuk parti mereka jadi ini selalu berlaku, adakah Yang Berhormat akan mencadangkan supaya Batu Gajah membuat pendirian dia sendirilah tanpa pengaruh mana-mana pihak?

Tuan Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Saya amat bersetuju dengan cadangan itu, kerana macam mana Kota Melaka menyeru Ahli Parlimen daripada Barisan mengatakan lift the Whip, maknanya kita tidak gunakan Whip lagi tiap-tiap Ahli Parlimen sini sama ada Backbencher's Club, ahli Backbencher ataupun menteri­ menteri semua berhak mengundi atas conscience dia sendiri, sama ada hendak sokong usul ini ataupun tidak menyokong usul ini, itu seruan daripada Yang Berhormat daripada Kota Melaka.

Jadi, dalam konteks yang sama Kinabatangan ini memang cerdik, dia pandai, usul yang sama dia buat, dia kata Batu Gajah gunakan kebijaksanaan sendiri jangan sangat terkongkong dengan kehendak-kehendak parti dan kehendak-kehendak pihak­ pihak yang tertentu kerana kita bimbang dalam politik ini kalau orang terbakar ia akan hangus jadi arang macam itu saja. Tidak ada orang kata very sorry, seorang sahaja dia sendiri sahaja. Dia seorang sahaja yang akan terbakar, walaupun apa baik sekali perbuatan dia, dia seorang sahaja akan terbakar dan yang lain hanya mendapat the capitalization from the phoenix yang burnt tadi.

Jadi Tuan Yang di-Pertua, sebagai mengakhiri saya menyentuh sedikit Yang Berhormat dari Kota Melaka yang talking on the very high moral ground ini, conscience, my God ......

Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya amat bersedih dengan Yang Berhormat Kota Melaka. Tidak bertanya sama ada salah sendiri atau tidak salah dahulu. Kadang­ kadang kalau orang yang ada conscience, you talking from high moral ground ini, dengan izin, orang yang bertanya, tengok dalam mirror, tanya dengan sendiri, "What have I done wrong?, "had we done wrong", sebelum kita put off a defend. Jadi di sini Yang Berhormat ada orang lain sahaja yang salah, kita sahaja yang betul, interpretasi kita yang betul, orang lain semua salah, orang lain tidak bijak, kita sahaja yang bijak. Jadi dalam keadaan sedemikian, yang moral ground ini erosion di bawah.

Jadi saya berharap Tuan Yang di-Pertua, banyak cerita yang katakan judges pun boleh di criticize, janganlah Tuan Yang di-Pertua itu too sensitive dengan criticism tetapi criticism with in the limit and bound of the law. Jadi kita mesti tahu di mana letaknya landasan dan di mana letaknya batasan parameter kita mahu buat criticism. Kita sudah tahu, saya mempunyai pengalaman tidak lama tetapi 12 tahun dalam Dewan ini tetapi tidak ada sebagaimana yang Kota Melaka sebut tidak ada pun pernah usul sedemikian dibuat kerana tidak pernah perkara ini berlaku.

Dato' lr. Mohd. Zin bin Mohamed: That's right.

Tuan Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Pernah Lim Kit Siang dahulu dikeluarkan daripada Dewan, Karpal Singh pernah dikeluarkan dari Dewan. Tanya dengan mereka adakah mereka berjumpa dengan press, minta perkara ini dipertimbangkan menerusi press? Dia terima hukuman Dewan. lnilah sebabnya kenapa quality of orang macam Kit Siang much better tetapi bukanlah mengatakan yang Batu Gajah oleh kerana muda, baru, tidak ada bimbingan-bimbingan yang betul, orang lain yang membimbing itu sengaja hendak membunuh dia. Kita tidak tahu dalam politik ini kita boleh menggunakan seseorang itu untuk membunuh diri dia sendiri. Jadi DR.11.12.2001 79 scape goat, ataupun never mind, you get killed, we get survived, ini sahaja. Jadi Tuan Yang di-Pertua, ...

luan Kerk Kim Hock: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Kota Melaka bangun.

Tuan Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Kota Melaka? Saya bagi peluang.

Tuan Kerk Kim Hock: Saya cuma hendak tahu satu sahaja, apa yang Tun katakan dalam STAR, sudah keluar hari ini, dia kata banyak kali berlaku tetapi tidak ada tindakan yang diambil mengapa tiba-tiba satu usul yang menjatuhkan hukuman yang begitu berat. Adakah ini setimpal sekiranya apa yang dia buat pun salah. Kalau for argument purpose, setimpal tidak? Memang tidak setimpal. Jadi apakah niat sebenarnya?

Tuan Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Orang yang melihat Yang Berhormat, kalau seorang policeman pun boleh menggunakan inisiatif, discretion dia sendiri, kalau dia lihat orang itu hendak pasang api, dia jalan 100 meter umpamanya dia bagi amaran, habis macam itu sahaja. Tetapi kalau dia pandu motokar sepanjang 1 kilometer dia jumpa tengok mungkin amaran bertulis tetapi kalau sepanjang jalan tidak ada lampu atau api dan sebagainya dia hantar saman. lni discretion kalau keadaan kesalahan itu begitu serius sekali, di mana letaknya discretion atau kebijaksanaan yang yang hendak digunakan Tuan Yang di-Pertua? Dia tidak boleh menggunakan kebijaksanaan, baca 'Dorkin' dalam konsep Jurisprudent, undang-undang di mana letaknya discretion sama ada dia boleh menggunakan discretion dalam konteks semua atau dalam konteks-konteks yang begitu sahaja. Jadi ada satu perkara yang dia tidak boleh menggunakan kebijaksanaan. Ada yang digunakan kebijaksanaan yang di/imitkan. Terima kasih.

Dato' Haji Noh bin Haji Omar: Terima kasih. Saya hendak tanya pengalaman Yang Berhormat selama tiga terms di dalam Dewan ini. Bila sebut pasal budi bicara ada juga tadi diungkit oleh Kota Melaka dalam kenyataan Tun dalam surat khabar semalam. Pengalaman Yang Berhormat selama tiga penggal, pernah tidak berlaku Speaker memberhentikan persidangan kerana hendak menenteramkan keadaan? Pengalaman saya satu term tidak ada tetapi tahun ini sahaja kita lihat, tidak tahulah saya sudah dua kali yang Tun terpaksa memberhentikan sepuluh minit supaya kita semua bertenang, keluar dan masuk balik. Jadi menunjukkan suasana ini berbeza. Jadi {Disampuk] Tidak, saya hendak tanya Yang Berhormat, suasana yang berlaku seperti ini pemah tidak berlaku semasa 3 tahun yang lepas?

Tuan Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Tuan Yang di-Pertua, sebagai mengakhiri ucapan saya, saya bagi penjelasan. Saya sudah dua belas tahun, barangkali di kalangan orang yang veteran dalam Dewan ini. Saya belum pernah bahkan episod apabila pembangkang ini masuk dalam tahun 1999 episod yang pertama nampak berlaku. Saya pernah bercakap secara rambang dengan Speaker kenapa perkara ini boleh berlaku. Jadi kata Speaker kepada saya kalau dia keluar ini, semua pembangkang akan keluar 40 orang lebih daripada bising sangat. Jadi yang ini boleh dimaafkan dalam keadaan sedemikian tetapi apa yang berlaku sekarang ini adalah satu sitllasi yang berlainan yang belum pernah berlaku keghairahan, kelebihan, yang lebih sangat itu. Kadang-kadang penggal inilah penggal yang pertama saya melihat, saya pernah melihat Lim Kit Siang, saya pernah tengok , saya pernah melihat Karpal Singh dalam Dewan ini, dia sekarang semua garang tetapi antara Dewan dengan ahlinya tidak pernah diajukan kepada Speaker kerana Speaker adalah lambang kepada Yang di-Pertuan Agong di belakang, tidak boleh dituju ke sana. Jadi Tuan Yang di-Pertua, inilah .....

Tuan Kerk Kim Hock: [Bangun] 80 DR.11.12.2001

Tuan Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Duduklah, you bercakap I tidak ganggulah. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya sebagai penjelasan inilah pertama kali kita melihat kadang-kadang ...

Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad: ... tidak ikut peraturan.

Tuan Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Peraturan-peraturan ini umpamanya tidak pakai lagi. ltulah maka mereka lupa yang ada peruntukan­ peruntukan yang tertentu, tafsiran dan konvensyen yang tertentu dalam peraturan ini yang telah dipakaikan oleh pihak ini. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong usul. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, keputusan tadi telah dibuat jadi saya akan membenarkan Yang Berhormat Batu Gajah berucap, lepas itu Menteri jawab.

Puan Chong Eng: Mana boleh ...

Beberapa Ahli Pembangkang: [Bangun dan menyampuk]

Tlmbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Kedua-dua belah pihak ramai saya telah beri peluang. Cukup, cukup,cukup. Yang Berhormat Batu Gajah sila berucap.

Puan Chong Eng: [Bercakap tanpa pembesar suara]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Cukup, cukup, cukup, Yang Berhormat. Yang Berhormat, keputusan telah dibuat, saya harap Yang Berhormat faham. Keputusan telah dibuat dan saya tegaskan ini keputusannya, selepas Batu Gajah Yang Berhormat Menteri. Kedua-dua pihak telah pun menyampaikan pandangan. Cukup, cukup, Batu Gajah! Saya mohon kerjasama Yang Berhormat ....

Puan Chong Eng: ... kalau diberi peluang ini untuk menentukan ...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Sl Cheng]: Saya mohon kerjasama dari Yang Berhormat saya mohon, cukup. Yang Berhormat Batu Gajah tidak mahu berucap? Kalau Yang Berhormat tidak bersedia, saya terus minta Menteri jawab ..

Puan Teresa Kok Suh Sim: [Bercakap tanpa pembesar suara]

Puan Chong Eng: [Bercakap tanpa pembesar suara]

Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail: [Bercakap tanpa pembesar suara]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Saya sudah buat keputusan, saya mintalah Permatang Pauh. Yang Berhormat, saya sudah buat keputusan. Semua pandangan telah dikeluarkan oleh kedua-dua pihak pembangkang dan juga BBC, cukup, cukup, cukup.

Puan Teresa Kok Suh Sim: ..... lima min it pun tidak apa.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim 51 Cheng]: Kalau lima minit boleh, kalau lima minit saya benarkan, lima minit ini Permatang Pauh, lepas itu Batu Gajah, cukup. [Disampuk] No, saya bagi peluang kepada Batu Gajah, lepas ini Yang Berhormat Permatang Pauh lima minit dan Menteri menjawab. [Disampuk} lni Yang Berhormat, keputusan sendiri. Batu Gajah.

3.49 ptg. DR.11.12.2001 81

Puan Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Dengan keputusan Tuan Yang di-Pertua tadi adalah amat menyedihkan. Hari ini juga Dewan membuat keputusan sedemikian mengehadkan Ahli-ahli Parlimen berucap. Saya ingin menyuarakan kesedihan ....

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat teruskan.

Puan Fong Po Kuan: .. dengan keputusan Tuan Yang di-Pertua. Sebagai seorang wanita dan belia, saya merasa bertuah kerana telah diberi peluang dan kepercayaan oleh rakyat pada tahun 1999 terutamanya pengundi-pengundi di kawasan Batu Gajah untuk menjadi wakil mereka. Oleh itu, saya percaya ia adalah tanggungjawab saya untuk bersuara bagi rakyat yang menjadi mangsa kepada sistem yang tidak adil ini. [Tepuk] Ia adalah tanggungjawab saya untuk mengembalikan keadilan kepada mereka. Di dalam menjalankan tanggungjawab dan tugas saya, saya tidak pernah pada bila-bila masa berniat dendam atau berniat untuk menghina mana­ mana pihak. Saya ingin maklumkan Ahli-ahli Parlimen di sebelah sana, terutama Yang Berhormat bagi Satang Lupar, saya adalah seorang yang bertulang belakang, mempunyai prinsip dan saya tahu membuat keputusan saya sendiri. [Tepuk]

Puan Teresa Kok Suh Sim: ...... sikit, tetapi dia pandai bermuka. Aiyaaaa!!!

Puan Fong Po Kuan: Apa yang akan berlaku ke atas saya pada hari ini, ia tidak akan merenggangkan semangat saya untuk terus be~uang, untuk kepentingan rakyat [Tepuk} dan terus untuk bersuara bagi rakyat dan demi untuk nama baik Dewan ini. [Tepuk]. Saya sedia bertanggungjawab ke atas kenyataan yang dikeluarkan oleh saya.

Seorang Ahli: Ooooo .... .!!

Puan Fong Po Kuan: Tetapi saya ...... [Disampuk]

Seorang Ahli: Jaga, jaga.

Tuan Kerk Kim Hock: Boleh dengar tidak?

Puan Fong Po Kuan: Saya sangat sedih di dalam Dewan ini, ahli-ahli sebelah sana langsung tidak memberi peluang kepada saya untuk mengemukakan kes saya. Semua sebelah sana telah nyatakan saya bersalah sebelum saya mengemukakan pembelaan. [Tepuk]. Seperti yang saya katakan tadi, saya sudi bertanggungjawab ke atas kenyataan dikeluarkan oleh saya tetapi keadilan harus diberi kepada saya terlebih dahulu dengan melalui proses perbicaraan di dalam Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. [Tepuk]

Seorang Ahli: Waaahhh ..... !!

Puan Fong Po Kuan: ...... jangan menyalahgunakan mandat diberi oleh rakyat. Kerajaan Barisan Nasional telah menyalahkan mandat yang diberi oleh rakyat dengan mengemukakan usul ini pad a hari ini. Apa yang saya hendak ...... [Disampuk}

Tuan Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: {Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat Batu Gajah ......

Puan Fong Po Kuan: Saya tidak bagi laluan. Dia telah ada peluang untuk berucap tambahan. Dia telah menyatakan saya bersalah sebelum saya mengemukakan pembelaan dan di dalam Dewan hari ini, tidak ada peluang untuk saya mengemukakan pembelaan.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim 51 Cheng]: Yang Berhormat sedang berucap. 82 DR.11.12.2001

Puan Fong Po Kuan: lni hanya ucap, saya sudah tahu keputusan.

Beberapa Ahli: [Menyampuk]

I Puan Fong Po Kuan: lni bukan right to defence. It's not right to defence when I am standing here to give my speech, dengan izin, Tuan Yang di-Pertua. [Dewan gamat seketika]

Seorang Ahli: Haa duduk, duduk. Weii!! Duduklah.

Seorang Ahli: Shut up you.

Puan Fong Po Kuan: This is my right to give my speech.

Tuan Chow Kon Yeow: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat Tanjong.

Puan Fong Po Kuan: This is my right to give my speech. lni adalah peluang untuk saya sebagai ahli untuk berucap diperuntukkan dalam peraturan mesyuarat. Ahli-ahli sebelah sana menyatakan bahawa Peraturan 43 boleh digunakan tetapi saya ingin tanya, apakah sejarah dalam Dewan ini? Apakah pernah membenarkan sebarang usul dikeluarkan di bawah Peraturan 43 (b) dibahaskan di Dewan ini.

Seorang Ahll: [Menyampuk]

Puan Chong Eng: Tidak benar. {Dewan gamat seketika}

Puan Fong Po Kuan: Dewan ini telah gaga! berfungsi.

Beberapa Ahli: Ya!!

Puan Fong Po Kuan: ...... dengan efektifnya dan dalam keadaan yang sepatutnya, dengan mengehadkan Ahli-ahli Parlimen untuk berucap, dengan mengehadkan 10 minit... .. [Disampuk}

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat......

Puan Fong Po Kuan: ...... dengan mengehadkan ...... [Disampuk} [Dewan gamat seketika]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Peraturan Mesyuarat.

Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis: 44(2) Point of Order. Yang Berhormat kata tadi, ini saya hendak bertanya, Batu Gajah berhak untuk berucap tetapi tidak berhak untuk menghina Dewan yang mulia ini.

Seorang Ahli: Ya.

Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis: Berhak, your right and which is also my right, my privilege dengan izin, , your right and which is also my privilege in Dewan here, dengan izin. Saya minta Tuan Yang di-Pertua buat ruling, 44(2), Pengerusi hendaklah memerintah mana-mana yang menghina majlis mesyuarat. [Dewan gamat seketika]

Tuan Kerk Kim Hock: [Menyampuk}

Puan Fong Po Kuan: [Menyampuk} DR.11.12.2001 83

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng): Cukuplah Yang Berhormat, Yang Berhormat, Yang Berhormat. Yang Berhormat, saya minta tuju kepada usullah, Yang Berhormat.

Tuan Kerk Kim Hock: [Menyampuk]

Puan Fong Po Kuan: Ahli Parlimen sana telah menyatakan saya menghina dan mencemarkan nama baik Dewan yang mulia ini.

Seorang Ahli: Tumpat.

Puan Fong Po Kuan: ..... tetapi sebelum ini ada tanya, ada bacakah kenyataan apa yang saya keluarkan itu?

Seorang Ahli: Tidak. [Dewan gamat seketika]

Puan Fong Po Kuan: Semua sebelah sana kata saya ...... press conference. Kenyataan apa saya ada baca, tidak? {Menunjukkan reaksi seperti hendak menangis][Ketawa] Saya ingin maklumkan bahawa Dewan ini bukan kepunyaan Ahli-ahli Barisan Nasional sahaja. Kami sebelah sini juga sebahagian daripada ahli dalam Dewan ini.

Beberapa Ahli: Betul.

Puan Fong Po Kuan: Jadi, saya rasa ia adalah tanggungjawab semua ahli untuk menjaga nama baik dan memastikan Dewan ini berfungsi dengan efektifnya, dengan adilnya. Oleh itu, apa yang saya hendakkan hanya adalah keadilan ...... [Disampuk]

Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng): Parit Sulong bangun.

Puan Fong Po Kuan: Saya tidak bagi peluang. [Dewan gamat seketika] Saya hanya ...... {Disampuk]

Beberapa Ahli: [Menyampuk]

Puan Chong Eng: Terima kasih. ltu dia punya floor. Dia punya hak. [Dewan gamat seketika]

Beberapa Ahli: [Menyampuk]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, cukuplah Yang Berhormat.

Seorang Ahli: Kalau tidak ada, jangan cakap.

Seorang Ahli: ..... dua orang.

Puan Chong Eng: Tuan Yang di-Pertua, yang ini mereka tidak boleh membezakan apakah itu adil dan apakah itu hak kuasa seorang ahli? [Dewan gamat seketika] Saya ingin bertanya Ahli Yang Berhormat bagi Batu Gajah, selama ini Batu Gajah merupakan seorang ahli wanita yang termuda di dalam Dewan ini. Adakah ini menjadi satu perkara yang disadvantage kepada Batu Gajah? lni kerana, selama ini bukan sahaja Batu Gajah tetapi juga ahli wanita di sebelah sana mengalami banyak penganiayaan, abuse seperti mengecil-ngecilkan Ahli Batu Gajah, memanggil dia 'budak', mempersoalkan status perkahwinan beliau dan juga menggunakan perkataan ...... [Disampuk}

Seorang Ahli: Weii!! sudahlah itu weii, sudah!! 84 DR.11.12.2001

Puan Fong Po Kuan: ...... dan menggunakan perkataan yang berunsur gangguan seksual terhadap beliau apabila meminta jalan dan juga di dalam Dewan ini, bahawa bahasa kesat telah diguna oleh Yang Berhormat di sana. Saya tidak tahu masih ada berhormat atau tidak? Perkara ini mencemarkan nama baik Dewan yang mulia ini. lni bukan soalan, ini saya bertanya penjelasan.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng}: Yang Berhormat, cukuplah.

Puan Chong Eng: lni juga menghinakan Dewan, menghinakan semua Ahli Yang Berhormat di dalam Dewan ini tetapi......

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, soalan.

Puan Chong Eng: ...... tetapi caranya ialah Tuan Yang di-Pertua, menyuruh beliau menarik balik dan juga meminta maaf di dalam Dewan ini. Cara yang sama tidak digunakan. Cara itu ......

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, jadi sekarang Yang Berhormat hendak minta penjelasan daripada Batu Gajah, jangan ambil kesempatan untuk berucap.

Puan Chong Eng: Adakah Batu Gajah berpendapat bahawa satu sebab utama yang menyebabkan usul ini ialah kerana Batu Gajah adalah seorang wanita yang termuda di dalam Dewan ini? Terima kasih.

Puan Fong Po Kuan: Saya bersetuju dengan apa yang di katakan oleh Yang Berhormat bagi Bukit Mertajam. Tetapi, ini tidak akan merendahkan semangat saya untuk terus berkhidmat untuk rakyat dan bersuara untuk rakyat.

Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad: {Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Parit Sulong bangun.

Puan Fong Po Kuan: Maaf, saya tidak bagi peluang. Yang Berhormat telah ada peluang untuk berucap tadi. Yang Berhormat telah menghukum saya tadi dengan menyatakan saya bersalah sebelum saya berucap.

Dewan yang mulia ini saya sangat risau jika Dewan yang mulia ini terus berfungsi di atas arahan kerajaan Barisan Nasional. Ia akan menjadikan Dewan ini semacam sebuah sekolah, Ahli-ahli Parlimen seperti budak sekolah, hanya menerima arahan dari Guru Besar. [Dewan gamat]

Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis: {Bangun][Menyampuk]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang Berhormat.

Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis: Ala-bilik sekolah, apakah ini tidak menghina Dewan?

Beberapa Ahli: Gagal berfungsi.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Cukup Yang Berhormat, cukuplah Yang Berhormat. [Dewan gamat] [Ahli-ahli tepuk meja] Yang Berhormat bagi Pokok Sena. Yang Berhormat, Yang Berhormat. Okay. Yang Berhormat bagi Parit Sulong, Atas apa, peraturan mesyuarat?

Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad: Saya hendak minta pandangan Yang Berhormat. Tiga kali menyatakan; satu Dewan gagal berfungsi, Tuan Yang di-Pertua diam; Dewan Rakyat macam sekolah, Tuan Yang di-Pertua diam; Dewan Rakyat bagai DR.11.12.2001 85 rubber stamp, Tuan Yang di-Pertua diam. Saya hendak minta ruling, saya hendak minta ruling sahaja, bukan apa!

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat sila duduk. Yang Berhormat bagi Batu Gajah, sudah habis ya? Yang Berhormat, panjang lagi? [Dewan gamat]

Seorang Ahli: Selepas Hari Raya, sambung selepas Hari Raya.

Timbalan Yang di-Pertua 'roatuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, cuba bangkitkan perkara-perkara yang berkaitan dengan usul yang dikemukakan ini. Tidak payah pergi jauh sang at daripada ini.

Puan Fong Po Kuan: Usul yang saya kemukakan adalah berkenaan skandal CLP dan keperluan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja, dan saya telah menerangkan di dalam usul saya bahawa usul saya adalah berkenaan tampering of marks dengan izin, di atas kertas peperiksaan dan ia adalah berbeza ..

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, usul ini tidak menyalahkan Yang Berhormat membangkitkan perkara itu.

Puan Fong Po Kuan: Sekarang saya kena maklumkan mengapa kenyataan ...... [Disampuk]

Tuan Chow Kon Yeow: Memberikan alasan mengapa ...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat bagi Tanjong, jangan tunjuk-ajar.

Tuan Husam bin Haji Musa: Yang Berhormat bagi Batu Gajah yang hendak dijatuhkan hukuman, beri peluang dia bercakap.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng): Yang Berhormat, dia diberi peluang, Yang Berhormat bagi Kubang Kerian, dia beri peluang, dia diberi peluang Yang Berhormat. Jangan cuba hendak tunjuk-ajar di sini. [Disampuk] Kelakuan ini dilihat oleh semua.

Beberapa Ahli: Memang pun hendak suruh dilihat. Memang ini dilihat pun.

Puan Fong Po Kuan: Usul saya tersebut telah ditolak atas alasan bahawa usul saya adalah sama dengan usul yang telah dikemukakan oleh Yang Berhormat bagi Kota Melaka dan Tuan Yang di-Pertua telah menyatakan bahawa perkara ini di bawah pertimbangan mahkamah, oleh itu tidak boleh kita membahaskannya.

Di dalam kenyataan akhbar yang telah dikeluarkan oleh saya, saya telah menyatakan dengan terang bagaimana usul saya tersebut adalah berbeza daripada usul yang dikemukakan oleh Yang Berhormat bagi Kota Melaka. Tadi saya katakan usul saya adalah berkenaan tampering of marks, dengan izin, dan keperluan menubuhkan Suruhanjaya Diraja kerana Ahli-ahli Parlimen tidak boleh hanya duduk dan hanya menunggu siasatan di luar sahaja.

Yang kedua, Tuan Yang di-Pertua kata perkara ini di bawah pertimbangan mahkamah, tetapi semua orang boleh berucap, boleh membuat kenyataan akhbar mengenai kes itu di luar Dewan ini, tetapi wakil-wakil rakyat, Ahli-ahli Parlimen tidak boleh berbuat demikian.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Peraturan mesyuarat, Yang Berhormat.

Dato' Haji Noh bin Haji Omar: Peraturan Mesyuarat 36(3) - Adalah salah pada peraturan mesyuarat jika dia cuba menimbangkan semula apa-apa perkara tertentu yang telah diputuskan oleh Majlis Mesyuarat dalam penggal Majlis yang ada 86 DR.11.12.2001 sekarang kecuali dengan dikeluarkan usul bersendiri bagi membatalkan keputusan Majlis Mesyuarat berkenaan dengan perkara itu. Bermakna tadi Yang Berhormat cuba menimbulkan kembali usul ataupun usul yang telah diputuskan oleh Tuan Yang di­ Pertua. Masalahnya pelllbungkang ini tidak faham peraturan. lni yang jadi kecoh mesyuarat.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat. Cukup.

Puan Fong Po Kuan: Seperti saya katakan tadi, saya telah membuat perbezaan di dalam kedua-dua usul kerana perkara skandal peperiksaaan CLP ini perkara yang sangat panting. Ia bukan berkenaan ...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang Berhormat, saya fikir tidak payah masuk ke detail.

Beberapa Ahli: Ya. [Dewan gamat seketika]

Puan Fong Po Kuan: Usul ini berkenaan kenyataan akhbar. ltu adalah kandungan akhbar. Kenyataan akhbar saya, saya percaya sana tidak baca tetapi mereka bangun untuk berucap sahaja, untuk setuju sahaja nanti. Di dalam kenyataan saya, saya telah membuat perbezaan kerana saya memandangkan peperiksaan CLP itu perkara yang sangat panting. Ia bukan melibatkan sahaja reputasi, integriti, profesion pengamal undang-undang tetapi keseluruhan nama baik negara - in the interest of the country, dengan izin. Dan apabila saya ingin menerangkan perkara ini di dalam Dewan ini, saya telah dihalang oleh Tuan Yang di-Pertua untuk memberi penjelasan dengan teliti, dengan mendalam berkenaan bagaimana usul saya tersebut berbeza daripada usul Yang Berhormat bagi Kota Melaka. Katau kata guna Peraturan 43, apakah ia akan dikaji keputusan? Tetapi setahu saya tidak pemah keputusan dikaji.

Sebelum saya masuk Dewan ini, saya mempunyai harapan yang tinggi terhadap Dewan yang mulia ini, tetapi apabila menjejakkan kaki ke dalam Dewan ini, saya merasa bukan sahaja diskriminasi berlaku terhadap rakyat kerana perbezaan kaum dan perbezaan lokasi tempat mereka tinggal. Masuk ke dalam Dewan ini, walaupun kami duduk serata di dalam Dewan ini tetapi diskriminasi tetap wujud. Di sini kita kata ini institusi yang tertinggi membuat undang-undang Malaysia. Di mana keadilan? Layanan kepada Ahli-ahli juga tidak sama.

Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, peraturan mesyuarat.

Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad: Tuan Yang di-Pertua, ada empat perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat bagi Batu Gajah yang seharusnya mendapat perhatian kita; satunya mengatakan Dewan gagal berfungsi menjalankan tugas; yang keduanya mengatakan Dewan macam sekolah, kita macam budak sekolah; yang ketiganya dia kata, kita rubber stamp; dan sekarang ini dia kata Dewan penuh diskriminasi. Adakah kita mahu memandang ringan perkara ini? Persoalan saya Tuan Yang di-Pertua, adakah kita mahu memandang ringan kenyataan-kenyataan seperti ini. Tidakkah itu menghina Dewan? Saya hendak tanya sahaja. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, ini anggapan dia, anggapan Yang Berhormat bagi Batu Gajah.

Puan Fong Po Kuan: Kegagalan Dewan ini untuk berfungsi bukan sahaja dikeluarkan oleh saya. Yang Berhormat bagi Jelutong juga telah meluahkan perkara ini.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, boleh beri peluang, saya hendak meminta Yang Berhormat menuju kepada usul ini tidak payah jauh daripada tajuk. DR.11.12.2001 87

Puan Fong Po Kuan: Oleh itu saya hanya mahukan keadilan. Keadilan bukan untuk saya sahaja, keadilan untuk penduduk-penduduk kawasan Batu Gajah, keadilan untuk semua Ahli Parlimen dan juga .....

Tlmbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, semuanya tidak bersangkut paut, itu yang kita .....

Puan Fong Po Kuan: ltu berkenaan hukuman ke atas saya sebagai wakil rakyat..

Tlmbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, usul telah diberi .....

Puan Fong Po Kuan: Sekarang saya berdiri di sini kerana saya ialah wakil rakyat.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, itulah Yang Berhormat, cara Yang Berhormat. Kalau dibuat mengikut Peraturan Mesyuarat bila Pengerusi atau Speaker membuat teguran, Yang Berhormat perlu memberi penghormatan. [Dewan riuh}

Seorang Ahli: Yang lain pun, yang lain pun.

Puan Fong Po Kuan: Kenapa kena dengan Batu Gajah?

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Semua sama, Yang Berhormat. Teguran semua sama.

Seorang Ahli: Tidak sama.

Puan Teresa Kok Suh Sim: Tidak adil.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Hari ini yang kita bangkit sama ada perkataan menyalahgunakan kuasa budi bicaranya terhadap Tuan Yang di­ Pertua, digunakan atau tidak.

Puan Teresa Kok Suh Sim: Yalah, beri dia berucaplah.

Puan Fong Po Kuan: Saya hanya memohon satu perbicaraan di bawah Jawatankuasa Hak dan Kebebasan dan saya ingin menyatakan bahawa respect has to be earned, not be asked, dengan izin. Sekian, terima kasih {Tepuk}

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat sila.

4.12 ptg.

Datin Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail [Permatang Pauh]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya bangun untuk membahaskan usul yang dikemukakan oleh Yang Berhormat bagi Jelebu di bawah Peraturan Mesyuarat 27 terhadap Ahli Parlimen Yang Berhormat bagi Batu Gajah.

Datuk Seri Utama Dr. Rais bin Yatim: Setiap usul wajar ditumpukan kepadanya dan tidak kawasannya.

Beberapa Ahli: Alaaa .. [Sorak]

Puan Chong Eng: Ayo .. jangan kecil hati.

Puan Teresa Kok Suh Sim: Teruklah dia ini. 88 DR.11.12.2001

Datin Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail: Yang Berhormat bagi Jelebu dan juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri atas dakwaan [Disampuk] kononnya beliau mengeluarkan kenyataan akhbar yang merupakan satu penghinaan kepada Tuan Yang di-Pertua serta mencemarkan nama baik dan prestij Dewan yang mulia ini.

I Tuan Yang di-Pertua, apa pun tindakan yang didakwa dilakukan oleh Yang Berhormat bagi Batu Gajah sekali pun sekiranya mempunyai sebarang asas dakwaan tersebut harus dimulai dengan siasatan terlebih dahulu sebelum sebarang tindakan atau usul dijustifikasikan di Dewan yang mulia ini. Dewan ini bukan tempatnya untuk menjatuhkan hukuman secara drastik dan bukannya tempat di mana hukuman dijatuhkan secara sewenang-wenangnya. Asas tindakan membawa usul ini adalah berdasarkan laporan akhbar. Persoalan saya ialah adakah selepas ini sebarang laporan akhbar harus dianggap benar semuanya dan diterima sebagai penyata rasmi di dalam Dewan yang mulia ini?

Kenapa tidak dilaksanakan prosedur siasatan terlebih dahulu dengan memanggil pihak-pihak yang berkenaan untuk tampil memberikan keterangan di dalam satu jawatankuasa siasatan. Peruntukan ini adalah jelas di bawah Peraturan 80. Kita meragui ketetapan akhbar Arus Perdana. lni kerana kita melihat selalu berlaku kesalahan salah lapor di akhbar seperti mana yang berlaku ke atas Saudara lzam Mohd. Nor yang hari ini ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri tanpa asas. [Sorak]

Saya cukup yakin Yang Berhormat Menteri yang mempunyai bidang serta pengalaman undang-undang yang luas sehinggakan telah menghasilkan suatu tesis undang-undang berkaitan Perlembagaan Negara serta penyalahgunaan badan eksekutif yang menjadi rujukan para pelajar undang-undang hingga ke hari ini, cukup arif tentang perkara ini. lni ditambah pula dengan portfolio undang-undang yang telah diamanahkan kepada beliau untuk ditadbir dan diselenggarakan seadil mungkin. Sudah pasti ramai pakar-pakar rujuk undang-undang yang boleh diminta pendapat, sebelum tindakan tergesa-gesa ini mengemukakan usul ini dibuat.

Tuan Yang di-Pertua, selanjutnya saya ingin mempersoalkan pembawa usul 1m sendiri berdasarkan perkembangan semasa yang jelas menghina dan mencemarkan Dewan yang mulia ini. Yang Berhormat Menteri sendiri menggunakan media bagi memperlekehkan jawapan rasmi Tuan Yang di-Pertua [Tepuk] semasa menjawab bagi menolak usul yang dibawa oleh Yang Berhormat bagi Seputeh berkenaan isu pelantikan Data' Ghani Patail sebagai Peguam Negara. Beliau yang harus dibicarakan di bawah usul ini dan bukannya Yang Berhormat bagi Batu Gajah. [Tepuk)

Adalah tidak wajar sebagai seorang Menteri Kabinet yang juga merupakan ahli Dewan yang mulia ini menggunakan media bagi mempertikaikan jawapan rasmi Tuan Yang di-Pertua di dalam Dewan yang mulia ini [Tepuk] Saya tidak mahu memanjang isu pelantikan Data' Ghani kerana ianya bukan isu yang dibicarakan di bawah usul ini tetapi persoalan kita kenapa Dewan yang mulia ini membiarkan perbuatan seorang ahli Dewan ini berlalu tanpa tindakan. Adakah semata-mata hanya kerana dia seorang Menteri Kabinet dia bebas berbuat apa sahaja termasuk mengetepikan kuasa Raja-raja Melayu dan menghina Dewan yang mulia ini. Beliau juga mempunyai pelbagai ruang untuk menegur Tuan Yang di-Pertua di dalam Dewan ini tetapi malangnya beliau memilih pentas media yang lebih popular dan glamour.

Seorang Ahli: Ya.

Datin Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail: Ketidakwajaran sebeginilah yang seharusnya dibahaskan di bawah usul ini dan bukannya dakwaan tindakan yang dikenakan ke atas Yang Berhormat bagi Batu Gajah. Tuan Yang di-Pertua dan Dewan yang mulia ini harus memilih dan membuat pertimbangan ke atas kedua-dua tindakan ini dan bukannya membuat pendakwaan secara terpilih sebagaimana lazimnya yang berlaku.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyentuh tentang isu sebenar yang ~embawa kepada tindakan membangkitkan usul ini atau dengan izin, substantive 1ssue yang membayangi tindakan yang dikatakan dilakukan oleh Yang Berhormat bagi DR.11.12.2001 89

Batu Gajah tempoh hari. Beliau cuba membangkitkan usul yang cukup terperinci berasas dan berlandaskan kepada kepentingan umum iaitu tentang skandal keputusan peperiksaan undang-undang CLP yang baru lalu. Dewan yang mulia ini seharusnya memberi tumpuan kepada isu t~~sc~but dan bukannya membicarakan perkara yang remeh begini. Keprihatinan Yang Berhormat bagi Batu Gajah jelas lebih-lebih lagi berlatarbelakangkan kepeguamar. beliau yang merasakan sensitif terhadap isu yang terpenting ini. Tuan Yang di-Pertua, Dewan yang mulia ini .....

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang Berhormat.

Datin Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail: Sedikit lagi.

Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang Berhormat bagi Tebrau bangun.

Datin Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail: Minta maaf..

Puan Teresa Kok Suh Sim: Tidak ada masa, tidak ada masa.

Datin Seri Dr. Wan Azlzah blnti Wan Ismail: Saya diberi masa yang pendek. Tuan Yang di-Pertua, Dewan yang mulai ini harus mengambil tindakan yang wajar dalam persoalan memilih atau menolak usul berdasarkan kepentingannya kepada umum dan bukannya memenuhi agenda politik beberapa pihak bagi menutup keaiban yang sudah berlaku [Tepuk]. Usul yang terburu-buru dan tergesa-gesa ini tidak akan menyelesaikan keadaan sekiranya penghinaan yang lebih besar dan jelas tidak ditangani hanya semata-mata beliau adalah merupakan pemegang jawatan di badan eksekutif.

Saya 1ng1n menegaskan bahawa kita harus tidak mengizinkan perjalanan Parlimen dipermain-mainkan atau dengan izin to make a mockery of Parliamentary proceedings. Kita juga harus menggunakan kearifan dan kebijaksanaan supaya kita tidak melakukan ketidakadilan dan kezaliman dalam tindakan kita seperti menggunakan majoriti besar untuk, dengan izin, bulldozed sesuatu keputusan yang dihasratkan. Kita juga mengenali kata-kata hikmat atau maxim, dengan izin, justice must not only be done but must be seen to be done. Kita harus menangani persoalan ini dengan bijaksana supaya tidak berlaku penyimpangan daripada nilai-nilai keadilan ataupun, dengan izin, travesty of justice. Keadilan harus diberikan kepada semua tanpa sempadan jawatan atau kedudukan.

Usul yang lebih bersifat peribadi ini harus bukan sahaja ditolak bahkan perlu dikecam. Sekian saya memohon menolak dan membantah usul yang dikemukakan. [Tepuk]

Tlmbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Sebelum saya menjemput Yang Berhormat Menteri menjawab, ada usul.

USUL MENANGGUHKAN BACAAN KALI KEDUA DAN KETIGA RANG UNDANG-UNDANG Dl BAWAH PERATURAN MESYUARAT 62 4.20 ptg.

Timbalan Menteri Pertahanan [Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal]: Tuan Yang di-Pertua, saya memohon mencadangkan:

"Bahawa menurut Peraturan Mesyuarat 62, Rang Undang­ undang Cukai Pendapatan (Pindaan) 2001 dan Rang Undang­ undang Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2001, Rang Undang-undang Suruhanjaya Sekuriti (Pindaan) 2001, Rang Undang-undang Majlis Peperiksaan Malaysia (Pindaan) 2001 dan 90 DR.11.12.2001

. Rang Undang-undang Pendidikan (Pindaan) 2001 yang dijadualkan dalam Aturan Urusan Mesyuarat hari ini sebagai No. 5 hingga No. 9 ditangguhkan bacaan kali yang ~edua dan ketiga dan dibawa ke mesyuarat akan datang. " ·

Tuan Liow Tiong Lai: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah satu usul seperti yang dibacakan tadi hendaklah disetujukan.

Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan.

MEMINDA SUSUNAN ATURAN URUSAN MESYUARAT Dl BAWAH PERATURAN MESYUARAT 14(2)

Timbalan Menteri Pertahanan [Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal]: Tuan Yang di-Pertua, saya memohon mencadangkan;

"Bahawa menurut Peraturan Mesyuarat 14(2), Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Eiaun Kenangan) 2001 dan Rang Undang-undang Seri Pahlawan Gagah Perkasa (Eiaun Kenangan) (Pindaan) 2001 yang dijadualkan dalam Aturan Urusan Mesyuarat hari ini sebagai No. 10 dan No. 11 didahulukan dan disenaraikan semula sebagai No. 5 dan No. 6 dan usul Menteri Kewangan yang dijadualkan sebagai No. 12 juga didahulukan dan disenaraikan selepas Rang Undang-undang Seri Pahlawan Gagah Perkasa (Eiaun Kenangan) (Pindaan) 2001."

Tuan Liow Tiong Lai: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah satu usul seperti yang dibacakan tadi hendaklah disetujukan. Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan.

WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

Timbalan Menteri Pertahanan [Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal]: Tuan Yang di-Pertua, saya memohon mencadangkan;

"Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12 {1), Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga telah selesai perbahasan dan diluluskan Usul Menteri Kewangan di dalam Aturan Urusan Mesyuarat pada hari ini atau pada jam 6.30 petang mengikut mana yang terdahulu dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan kepada suatu tarikh yang tidak ditetapkan".

Tuan Liow Tiong Lai: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah satu usul seperti yang dibacakan tadi hendaklah disetujukan.

Usul dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat Menteri, sila. DR.11.12.2001 91

4.21 ptg.

Menteri di Jabatan Perdana Menterl [Datuk Sari Utama Dr. Rais bin Yatim]: Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera, Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Saya ucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam membahaskan usul yang saya kemukakan bagi pihak kerajaan.

Pertama, izinkan saya menyatakan iaitu lebih kurang 17 orang telah mengambil peranan yang panting dalam perbahasan ini. Oleh kerana masa barangkali menjadi persoalan, maka saya memohon kecuali teguran itu dihadapkan berkaitan Peraturan Mesyuarat maka saya dibenarkan untuk menjawab bagi pihak semua yang berkenaan di atas usul ini.

Mula-mulanya agak ramal barangkali yang bersimpati dengan Ahli Yang Berhormat bagi Batu Gajah dalam beberapa detik perbahasan ini tetapi apabila beliau mula berucap, agaknya ahli-ahli yang berasa sedemikian menarik balik sentimennya. {Sorak]

Parlimen Malaysia seperti yang kita kenali pada hari ini hanya berfungsi semenjak tahun 1959. Semenjak 42 tahun yang lalu Parlimen Malaysia telah berfungsi sebagai institusi tertinggi di negara ini. Ia beroperasi mengikut suara majoriti yang menjadi penentu dan hala tuju prosidingnya. Peruntukan-peruntukan dari segi Perlembagaan Persekutuan jelas bahawa ia mempunyai status tertinggi. Parlimen merupakan pembuat undang-undang negara yang ulung, ia boleh membuat dan meminda undang-undang dan ia berkuasa memansuhkan undang-undang. Tiada siapa yang lebih tinggi dan utama selain Parlimen di negara ini. Di bawah Perkara 63, Perlembagaan Persekutuan, sah atau sebaliknya pe~alanan mana-mana Majlis Parlimen atau mana-mana jawatankuasanya tidak boleh dipersoal dalam mana-mana mahkamah.

Tuan Yang di-Pertua, Parlimen pembuat undang-undang tertinggi, Parlimen institusi tertinggi di negara, ahlinya juga mesti berhemah dan berkelakuan secara tertinggi jua. Kita semua adalah wakil rakyat, justeru sekali gus pemimpin rakyat. Contoh kelakuan dan contoh pengamal nilai-nilai murni dan tertinggi semestinya diserlahkan sentiasa dalam semua perlakuan kita.

Anggotanya juga hendaklah bertaraf setimpal, bertindak mengikut salur-galur dan peraturan seperti yang ditetapkan oleh Peraturan Mesyuaratnya. Mana-mana anggota Parlimen yang berbohong atau membuat apa-apa tuduhan terhadap orang lain hendaklah berasas dan dalam keadaan boleh dibuktikan. Jika seseorang ahli itu membuat tuduhan di dalam ucapannya terhadap pihak lain, tuduhan itu mesti berlandas kepada kenyataan. Jika ia gagal membuktikannya, ahli itu harus dikenakan tindakan sebagaimana yang di benarkan di bawah Peraturan Mesyuarat.

Selama ini kebanyakan pihak beranggapan bahawa Parlimen boleh diucapkan apa sahaja, sebenarnya tidak. Peraturan Mesyuarat 36 akan mengingatkan Ahli-ahli Yang Berhormat bahawa anggapan itu tidak benar. Cuma setakat ini jarang sekali digunakan suara majoriti untuk memastikan supaya seseorang Ahli Yang Berhormat itu tidak keterlaluan dalam tindak-tanduknya. Masanya telah sampai bahawa Dewan yang mulia ini menjamin kedudukan dan kemuliaannya dengan mengambil tindakan terhadap ahli-ahli yang sengaja mengambil peluang merendahkan atau mencemarkan nama baik Dewan. [Tepuk]

Tuan Yang di-Pertua, perlu ditegaskan bahawa dengan kenyataan media yang dikeluarkan oleh Yang Berhormat bagi Batu Gajah pada 4 Disember 2001, beliau menimbulkan gambaran seolah-olah Speaker Dewan Rakyat adalah seorang yang berkelakuan menyekat kebebasan seseorang ahli daripada menjalankan tugasnya sebagai Ahli Parlitnen. Tohmahan ini perlu dihentikan kerana Speaker bertindak hanya mengikut Peraturan Mesyuarat. Dengan izin, Tuan Yang di-Pertua, saya bacakan kenyataan Yang Berhormat bagi Batu Gajah pada 4 Disember 2001; Pertama: 92 DR.11.12.2001

"Penolakan usu/ tergempar sewenang-wenangnya di dalam Kamar berkenaan; Skandal peperiksaan CLP dan keperluan penubuhan Suruhanjaya Siasatan adalah satu penyalahgunaan kuasa~ Saya tekankan, perkataan 'penyalahgunaan kuasa' ditudingkan kepada Speaker.

Beliau juga berkata, "Budi bicara Yang di-Pertua Dewan Rakyat, penyekatan Parlimen berfungsi dan Ahli Parlimen memainkan peranannya': Yang Berhormat bagi Batu Gajah menegaskan lagi, pada muka surat pertama kenyataan medianya, "Pada pendapat saya, sebab-sebab yang diberi untuk menolak usul-usul ini adafah salah dan juga merupakan satu penyalahgunaan kuasa budi bicara Tuan Yang di-Pertua.".

Ditanyakan oleh ahli-ahli Yang Berhormat daripada pembangkang, "Apakah hak yang tidak diberi kepada Batu Gajah". Soal kepada saya ialah "Apakah hak yang tidak diberi kepada Speaker Dewan Rakyat?" [Tepuk] Saya dengar ada hujah-hujah mengatakan atau hendak mengaitkan dengan izin, altercation antara saya dan Speaker, itu tidak timbul semata-mata. Saya tidak ada mengeluarkan statement yang seperti dikeluarkan oleh Batu Gajah.

Urusan Perkara 145 di bawah Perlembagaan adalah urusan Perdana Menteri dan urusan Perdana Menteri itu adalah urusan rasmi. Apa yang dibahas oleh beliau dengan Tuanku Yang di-Pertuan Agong adalah hak beliau. Dengan izin, saya hendak membacakan perkara ini, "Yang di-Pertuan Agong hendaklah atas nasihat Perdana Menteri melantik seseorang yang berke/ayakan menjadi Hakim Mahkamah Persekutuan sebagai Peguam Negara bagi Persekutuan". Bila? Dalam suasana mana? Keadaan bagaimana? - Tidak dinyatakan di sini, serahkanlah kepada Perdana Menteri membuat ke~a beliau. Tinggal lagi dipersoalkan, kenapa tidak didahulukan sesuatu hal, banyak hal boleh dijawab.

Dalam musim ini Yang di-Pertuan Agong yang Kesepuluh misalnya telah mengalami kemangkatan dan dalam masa ini juga pertukaran-pertukaran yang lain sedang berlaku, takkan ini menjadi asas kepada Perdana Menteri untuk menyatakan sesuatu. Tetapi percayalah lama setelah perkara ini timbul pelantikan itu telah diperkenankan, cuma saya tidak mahu mengadakan satu pertembungan di media untuk menyatakan itu dan ini.

Tuan Husam bin Haji Musa: [Bangun]

Datuk Seri Utama Dr. Rais bin Yatim: Tuan Yang di-Pertua ....

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat Menteri.

Datuk Seri Utama Dr. Rais bin Yatim: Sekali lagi di muka 3, kenyataan Yang Berhormat bagi Batu Gajah menyebutkan perkara yang sama dan saya bacakan sekali lagi.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat.

[rimbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Muhamad bin Abdullah) mempengerusikan Mesyuarat]

Datuk Seri Utama Dr. Rais bin Yatim: Bacaan ini ialah, "0/eh itu saya berpendapat penolakan usul tergempar sewenang-wenangnya di da/am Kamar berkenaan, skandal Peperiksaan CLP dan keperluan penubuhan suruhanjaya siasatan di atas sebab-sebab tersebut adalah satu penyalahgunaan kuasa budi bicara Yang di­ Pertua Dewan Rakyat dan satu bentuk penyekatan Parlimen berfungsi dan Ahli Parlimen memainkan peranannya." Tuan Yang di-Pertua, saya teruskan pandangan­ pandangan yang berikutnya ....

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya Yang Berhormat.

Datuk Seri Utama Dr. Rais bin Yatim: ... untuk memberi sokongan .... DR01101202001 93

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Yang Berhormat Menteri, ada yang berdiri minta penjelasano

Datuk Seri Utama Dr. Rais bin Yatim: Saya telah menyatakan tadi kecuali Peraturan Mesyuarat, wajarlah saya tegaskan penerusan ucapan ini .....

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Dia tidak bagi Yang Berhormat.

Datuk Seri Utama Dr. Rais bin Yatim: .. 0 0 oleh kerana kita tidak mempunyai masaooo [Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Dia tidak bagi Yang Berhormat.

Datuk Seri Utama Dr. Rais bin Yatim: Pandangan Yang Berhormat bagi Batu Gajah [Disampuk] mengenai Peperiksaan CLP dan isu-isu yang berbangkit. ...

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Dia tidak bagi Yang Berhormat.

Datuk Seri Utama Dr. Rais bin Yatim: ... daripadanya ...

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Saya sudah mintakan, yao

Datuk Seri Utama Dr. Rais bin Yatim: ... adalah hak Yang Berhormat itu ...

Beberapa Ahli: [Menyampuk]

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Dia tidak bagi Yang Berhormat.

Datuk Seri Utama Dr. Rais bin Yatim: ... mengetengahkan di Dewan ini atau di luar .... o

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Sudahlah. Saya sudah minta, dia tidak bagi Yang Berhormat.

Datuk Seri Utama Dr. Rais bin Yatim: .... Dewan ini.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Duduklah Yang Berhormat.

Datuk Seri Utama Dr. Rais bin Yatim: Sebaliknya, hak Speaker menolaknya daripada dijadikano ...

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Dia tidak bagi Yang Berhormat.

Datuk Seri Utama Dr. Rais bin Yatim: .... perbahasan tetap terjamin di bawah Peraturan Mesyuarat 18 .. 0

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Dia tidak bagi, saya hendak kata apao Kecuali. ..

Datuk Seri Utama Dr. Rais bin Yatim: ... berkenaan seperti. ..

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: . 0 .gunakan Peraturan Mesyuarat. 94 DR.11.12.2001

Datuk Seri Utama Dr. Rals bin Yatim: ..... yang terpinda baru-baru ini.

Seorang Ahli: Peraturan Mesyuarat.

I Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Hajl Muhamad bin Abdullah]: Eh, tidak boleh ....

Datuk Seri Utama Dr. Rais bin Yatim: Beliau boleh menolaknya.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Tidak bolehlah begitu Yang Berhormat. [Dewan riuh]

Datuk Seri Utama Dr. Rais bin Yatim: Beliau boleh menolaknya dalam Kamar ...

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Dia tidak bagi Yang Berho'rmat.

Datuk Seri Utama Dr. Rals bin Yatim: ... jika pada pendapatnya sesuatu isu atau usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18 tidak menepati syarat-syarat yang digariskan. Tuan Yang di-Pertua, saya berharap Tuan Yang di-Pertua mententeramkan Dewan.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Hajl Muhamad bin Abdullah): Ya, tidak usah bising macam ini Yang Berhormat.

Datuk Seri Utama Dr. Rais bin Yatim: Ya.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah): Tolong diam Yang Berhormat. [Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: lni macam budak-budak pula.

Datuk Seri Utama Dr. Rais bin Yatim: Ya. {Dewan riuh]

Beberapa Ahli: [Bangun]

Tlmbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muharnad bin Abdullah]: Dia hendak minta penjelasan Yang Berhormat.

Datuk Seri utama Dr. Rals bin Yatlm: lzinkan saya sebab saya belum sampai ke perenggan yang hendak saya tekankan, [Sorak] Yang Berhormat sudah bangun.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, duduk dulu Yang Berhormat.

Datuk Seri utama Dr. Rais bin Yatim: Duduk dulu.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Dia bagi, dia akan bagi Yang Berhormat.

Datuk Seri Utama Dr. Rais bin Yatim: Duduk dulu.

Tlmbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Duduk dulu, duduk dulu Yang Berhormat. Ha, sila. [Disampuk] Ya, teruskan.

Datuk Seri Utama Dr. Rals bin Yatim: Tuan Yang di-Pertua, ada satu peruntukan dalam peraturan kita di Dewan ini iaitu Peraturan Mesyuarat 44(8) dan saya mohon supaya kita melihat kepadanya. DR.11.12.2001 -l;;t._-~-- 95

44(8) adalah sesuatu yang penting diketahui umum. Tiada apa-apa jua dalam peraturan ini boleh dianggap sebagai menyebabkan Majlis Mesyuarat tidak mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana orang termasuk seorang yang bukan ahli menurut apa-apa ketetapan Majlis Mesyuarat. lni mengatasi segala yang telah disebutkan sebagai tidak sah ataupun tidak dapat dikemukakan sebagai kenyataan yang sahih. Segala yang diperbuat oleh Majlis yakni Parlimen kita berasas kepada keputusan ini adalah mempunyai kuasa yang tertinggi di negara kita.

Tetapi bagi Yang Berhormat bagi Batu Gajah, melemparkan tuduhan bahawa penolakan usul beliau itu merupakan satu penyalahgunaan kuasa budi bicara Tuan Yang di-Pertua adalah satu tuduhan yang bersifat menghina ataupun contentious, dengan izin. lni adalah tuduhan yang berat lagi merosakkan nama baik Dewan ini. Bayangkan berapa ratus usul yang pernah dibawa oleh anggota di Dewan ini di bawah Peraturan Mesyuarat 18 semenjak Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Mohamed Zahir menjadi Speaker hampir 20 tahun lamanya.

Dalam setiap sesi, beliau ada meluluskan usul-usul tertentu untuk dibahaskan. Dalam seminggu yang lalu sahaja beliau telah meluluskan 2 usul tergempar daripada pembangkang. Dari hal lambakan beras hinggalah kepada kenaikan kadar tol. Takkanlah lantaran penolakan usul CLP daripada Yang Berhormat bagi Batu Gajah, Speaker kita terus dan langsung dicap sebagai penyalahguna kuasa dan penyalahguna bicara. [Tepuk]

Saya soalkan di manakah Yang Berhormat belajar membuat takrif begini dengan menyatakan bahawa Speaker Dewan tnl adalah seorang yang menyalahgunakan kuasa budi bicara. Sekali gus, implikasinya kepada Dewan Rakyat Malaysia ialah bahawa Dewan ini ditadbir oleh seorang Yang di-Pertua yang menyekat perjalanan hak dan fungsi Ahli-ahli Yang Berhormat.

Oleh kerana tuduhan ini tidak benar, saya mengesyorkan supaya Yang Berhormat bagi Batu Gajah menarik balik kenyataannya itu dan minta maaf kepada Tuan Yang di-Pertua serta menyempurnakan semua syarat yang terkandung di dalam usul ini. Jika tidak, keputusan penuh usul ini mungkin diluluskan oleh Dewan.

Tuan Yang di-Pertua, melihat kepada senarai kepada mereka yang telah mengemukakan pandangan-pandangan, jelaslah beberapa daripada pandangan ini perlu disentuh dengan nyata dan spesifik.

Yang Berhormat bagi Batu Gajah dengan emosi menyatakan, Dewan ini sudah gagal sebagai satu institusi legislatif. Tadi beliau mengatakan seperti budak­ budak sekolahlah penghuni Dewan ini dan beliau juga menyatakan, bila jejak kaki di Dewan ini, diskriminasi berlaku. Kalau sudah begitu Ahli Yang Berhormat pandang kami semua, barangkali pintu memang terbuka untuk judul yang dikemukakan. {Dewan riuh] Tuan Yang di-Pertua, saya dengan Yang Berhormat bagi Satang Lupar pun lebih kurang sama. Kami lama berpengalaman dalam soal ini.

Tuan Kerk Kim Hock: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, Menteri, Yang Berhormat Menteri, Kota Melaka minta penjelasan.

Datuk Seri Utama Dr. Rais bin Yatim: Ya.

Tuan Kerk Kim Hock: Adakah Yang Berhormat Menteri sedar bahawa Yang Berhormat bagi Batu Gajah adalah dipilih oleh rakyat dan beliau mempunyai tempat dalam Dewan ini. Walaupun dia berbeza-beza pendapat, yang harus sedar ialah orang yang sendiri buat salah tidak berani menghukum sendiri. This is the answer yang telah Yang Berhormat Menteri sendiri menyangkal secara terbukanya penjelasan Yang Berhormat Tun Speaker.

Datuk Seri Utama Dr. Rais bin Yatim: Tuan Yang di-Pertua, kalau saya buat salah, saya minta maaf kepada Tuan Yang di-Pertua, kalau saya buat salah. Tetapi Yang Berhormat mestilah mengemukakan usul dahulu. 96 DR.11.12.2001

Tuan Kerk Kim Hock: Tidak boleh, tidak boleh naik. [Ketawa]

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Mul-l~:11ad bin Abdullah]: Ya, Yang Berhormat.

Datuk Seri Utama Dr. Rais bin Yatim: Kalau tidak boleh naik, makan makjun. [Ketawa]

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Sudahlah Yang Berhormat. Jangan buat macam itu Yang Berhormat. Yang Berhormat, sila duduk Yang Berhormat. Sila duduk Yang Berhormat. Jangan bising Yang Berhormat. [Dewan riuh]

Tuan Kerk Kim Hock: [Menyampuk]

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, Kota Melaka sila duduk. Sila duduk Yang Berhormat.

Tuan Kerk Kim Hock: [Menyampuk]

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Duduklah Yang Berhormat. [Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Duduk Yang Berhormat, cukuplah. Nanti sekejap, nanti sekejap.

Dato' Haji Fadzll bin Md. Noor: {Bercakap tanpa pembesar suara] ... Yang Berhormat Menteri mengeluarkan kata-kata kesat, kata-kata yang lucah ...

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Nanti sekejap.

Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: ... apabila dia mengatakan bahawa jika tidak naik, makan makjun. lni kata-kata lucah. Apakah ini wajar disebut dalam Dewan ini?

Datuk Seri Utama Dr. Rais bin Yatim: Begini. ...

Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Minta dia tarik balik dan minta maaf. [Dewan riuh] Saya dengar, saya dengar itu.

Datuk Sari Utama Dr. Rais bin Yatim: Tuan Yang di-Pertua, saya ....

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Duduk, duduk, saya pun tidak dengar.

Tuan Kerk Kim Hock: [Menyampuk]

Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Saya minta dia menarik balik dan minta maaf kepada Dewan ....

Datuk Seri Utama Dr. Rais bin Yatim: lni hak saya ....

Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: ... kerana mengeluarkan kata-kata lucah dalam bulan Ramadan ini.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Duduklah dulu. Macam mana saya hendak minta ....

Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: Apa dia mencarut dalam bulan Ramadan.

[Dewan gamat] DR.11.12.2001 97

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Macam mana saya hendak minta ....

Datuk Seri Utama Dr. Rais bin Yatim: Duduk dulu. [Dewan gamat]

Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: Apa Menteri lucah ini!

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Duduk, duduk, duduk. [Dewan gamat]

Datuk Seri Utama Dr. Rais bin Yatim: Tuan Yang di-Pertua ....

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Nantilah dulu. Pokok Sena duduklah. [Dewan gamat]

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Kinabatangan, Kinabatangan duduk, ya. Ahli-ahli Yang Berhormat, kita pun ... Nanti dulu, nanti dulu. Kita pun pernah menerima maaf daripada Ahli-ahli Yang Berhormat tanpa usul. Jadi, apatah lagi kalau dia buat usul, tidak menjadi masalahlah kalau hendak minta maaf, itu satu. Yang kedua, mengenai Menteri ada membuat apa-apa ... Tadi saya tidak dengar sebenamya. [Disampuk] Ya, kalau Menteri ada buat... Ya, sila.

Beberapa Ahli: [Menyampuk]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, ya.

Datuk Seri Utama Dr. Rais bin Yatim: Tuan Yang di-Pertua, saya fikir urusan kita sangat panting. [Sorak] Biarlah saya teruskan tanpa rujukan kepada makjun itu.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, Yang Berhormat ya.

Tuan Kerk Kim Hock: .... perkataan lucah ....

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Saya tidak dengar Yang Berhormat, minta maaf. [Dewan gamat}

Datuk Seri Utama Dr. Rais bin Yatim: Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Hajl Muhamad bin Abdullah]: Ya, nanti dululah.

Beberapa Ahli: [Menyampuk]

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Duduk dululah Yang Berhormat.

Beberapa Ahli: [Menyampuk}

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Duduk dulu Yang Berhormat. Jangan macam itu Pokok Sana. Pokok Sena, duduklah dulu.

Beberapa Ahll: [Menyampuk]

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah): Ya, saya akan buat urusanlah. Duduklah. [Dewan gamat]

Datuk Seri Utama Dr. Rais bin Yatim: Tuan Yang di-Pertua. 98 DR.11.12.2001

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya.

Datuk Seri Utama Dr. Rais bin Yatim: lzinkan saya meneruskan ....

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, duduklah dulu Yang Berhormat.

Beberapa Ahli: [Menyampuk]

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Macam mana saya hendak tanya Menteri kalau bising macam ini?

Datuk Seri Utama Dr. Rais bin Yatim: Tuan Yang di-Pertua ...

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, ada Menteri menyebut tadi ya Menteri mengenai dengan cara yang dimaksudkan ....

Datuk Seri Utama Dr. Rais bin Yatim: Yang dimaksudkan oleh mereka lain sama sekali. [Dewan gamat]

Tuan Kerk Kim Hock: Tadi dia cakap lain.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Yang Berhormat, Yang Berhormat sila duduk. Saya terpaksa tanya begitu kerana saya tidak dengar sebenarnya. Saya tidak dengar. [Dewan gamat]

Dato' Kamarudin bin Jaffar: Peraturan Mesyuarat.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Duduk, duduk. Ya, Tumpat, Peraturan Mesyuarat apa?

Dato' Kamarudin bin Jaffar: Tuan Yang di-Pertua; Peraturan Mesyuarat, minta Menteri duduk.

Beberapa Ahli: Duduk, duduk.

Tlmbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Tidak apalah, dia fahamlah itu.

Dato' Kamarudin bin Jaffar: Tuan Yang di-Pertua, Peraturan Mesyuarat 36(4). Adalah menjadi kesalahan bagi ahli-ahli Dewan yang menggunakan bahasa kurang sopan, biadab .... [Dewan riuh]

Tuan Kerk Kim Hock: [Menyampuk]

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Hajl Muhamad bin Abdullah]: Begini Yang Berhormat. Saya minta kalau ada niat, minta tarik balik ya Yang Berhormat.

Datuk Seri Utama Dr. Rais bin Yatim: Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di­ Pertua pertamanya tidak dengar. Saya hanya menyatakan kalau tidak adakannya ...

Beberapa Ahll: [Menyampuk]

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Dengarlah dulu Yang Berhormat, dengar dulu.

Datuk Seri Utama Dr. Rais bin Yatim: .... usulnya tidak naik. Jadi, saya menyatakan secara seloroh bahawa biasanya bagi kuat supaya makan makjun, itu sahaja. [Disampuk]. Saya tidak ada lucah. Saya tidak ada menyebut perkara-perkara seksual ..... [Dewan riuh] DR.11.12.2001 99

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Dia tidak ada niat tentang itu. [Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muham~d ilin Abdullah]: Sudah Yang Berhormat. Duduk, duduk Yang Berhormat, duduklah. [Disampuk]

Datuk Seri Utama Dr. Rais bin Yatim: The floor is mine.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Duduk, duduk Yang Berhormat.

Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: [Bercakap tanpa pembesar suara]

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, Pokok Sena. Duduk, duduk, duduk. Duduk Yang Berhormat.

Dato' lr. Mohd. Zin bin Mohamed: [Menyampuk]

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Hei, Shah Alam.

Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: [Bercakap tanpa pembesar suara]

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Pokok Sena. [Yang Berhormat bagi Pokok Sena masih bercakap tanpa pembesar suara]. Pokok Sena. Pokok Sena.

Datuk Seri Utama Dr. Rais bin Yatim: Tuan Yang di-Pertua, ....

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Pokok Sena duduk.

Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: [Bercakap tanpa pembesar suara]

Tlmbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Duduk, duduk, duduk.

Puan Chong Eng: [Menyampuk]

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Bukit Mertajam duduk.

Datuk Seri Utama Dr. Rais bin Yatim: Tuan Yang di-Pertua, ...

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah}: Yang Berhormat, sebenarnya kadangkala ada perkara ini ramal daripada kita yang menyebut. Jadi, janganlah perkara ini diambil sedemikian rupa. Dia tidak ada satu ...

Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: Saya membincangkan satu usul yang berat. [Bercakap tanpa pembesar suara]

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Yang Berhormat, dia tidak berniat hendak mengenakan kepada sesiapa. Ya, jemput.

Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: [Menyampuk]

Puan Chong Eng: [Menyampuk] • Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Pokok Sena, duduklah Pokok Sena. Duduklah. 100 DR.11.12.2001

Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: [Menyampuk]

Timbalan Yang di·Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah): Duduklah.

I Raja Dato' Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar: Tuan Yang di-Pertua, peraturan mesyuarat. Tuan Yang di-Pertua, peraturan mesyuarat.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Yang ke berapa Yang Berhormat?

Raja Dato' Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar: 44(2). Saya minta Pokok Sena kalau sudah berlebih-lebihan sangat, tinggalkan Dewan.

Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: Saya minta dia tarik batik.

Raja Dato' Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar: Makjun untuk kesihatan. Tidak salah. Bukan satu perkataan yang berunsurkan lucah. Saya pun makan makjun, kawan-kawan lain pun makan makjun. Tuan Yang di-Pertua, tolonglah. 44(2) kalau masih berdegil-degil itu, mintalah ambit tindakan supaya kita menjaga peraturan mesyuarat Dewan yang mutia ini. Minta Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Duduk, duduk, duduk.

Raja Dato' Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar: Kinabatangan pun makan banyak.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Duduk, duduk.

Raja Dato' Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar: Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Saya menanya dia tidak ada niat macam itu, macam mana saya suruh dia tarik batik. Kalau dia betul mengaku memang saya minta dia tarik balik. Jadi, tidak adillah kalau saya memakai macam itu.

Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: {Bercakap tanpa pembesar suara]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Pokok Sena dud ukiah.

Datuk Seri Utama Dr. Rais bin Yatim: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon meneruskan dulu.

Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: {Bercakap tanpa pembesar suara]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Duduk Pokok Sena duduk. Tidak ada faedah itu.

Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: Bukan tidak ada faedah untuk menjaga peraturan kita.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Duduk Pokok Sena duduk. Duduk.

Puan Chong Eng: [Menyampuk]

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, duduk. Ya, jemput. DR.11.12.2001 ,_ ...... 101

Datuk Seri Utama Dr. Rais bin Yatim: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya berharap Ahli Yang Berhormat janganlah mengambil hati tentang perkara yang sendiri tidak jelas. Saya hanya bereaksi kepada apa yang dibangkitkan secara yang meringankan keadaan dan pemikiran. [Disampuk]. Saya tidak ada berhajat untuk mengenakan barang siapa pun. lzinkan saya meneruskan ucapan ini hanya sekadar beberapa minit sahaja lagi.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Tidak usah cakap macam itu Yang Berhormat. ·

Datuk Seri Utama Dr. Rais bin Yatim: Tuan Yang di-Pertua, saya suka untuk memberi pandangan terhadap sebutan yang dibuat oleh Ketua Pembangkang iaitu beliau menyatakan bahawa hal-hal yang berkaitan dengan Peraturan Mesyuarat 80 harus dihormati. Apa yang telah dilakukan oleh Yang Berhormat bagi Batu Gajah adalah dengan izin, manifest yakni beliau sendiri mengeluarkan kenyataan akhbar ini dan kenyataan itu ada di tangan saya. Sekiranya saya bacakan kesemuanya tentulah tidak afdal di perenggan ini. Memadai bagi saya untuk menyerahkan kenyataan ini kepada pihak berkuasa Dewan dan bagi Dewan menentukan sebagai dokumen am agar dapat dilihat di situ pernyataan beliau sendiri.

Apabila berlaku sesuatu perkara, tidak harus misalnya bagi pihak-pihak menyatakan bahawa Menteri Kewangan harus didapatkan kelulusannya dahulu. Jadi, kenyataan Yang Berhormat bagi Machang saya dapati adalah mengelirukan Dewan. Beliau mengatakan bahawa 26(2) mesti digunakan. Justeru, usul ini mengandungi kepentingan kewangan tetapi 26(2) ini tidak ada kaitan langsung dengan apa yang hendak dikemukakan sebagai usul di sini. Dan 26(1) khusus menyatakan situasi-situasi di mana tidak perlu usul tersebut diberi pemberitahuan.

Selain itu, 26(2) hanya bergantung kepada mendapatkan pemberian sanggupan atau perbelanjaan daripada wang negara. Selain itu (b) membatalkan hutang kepada kerajaan, (c) membebaskan cukai yang kena dibayar oleh sesiapa atau (d) membebaskan ganti rugi kerana kehilangan wang hasil dan akhirnya (e) meminta dibatalkan, diubah atau dimansuhkan apa-apa cukai.

Tuan Mohamad Yusoff bin Mohd. Nor: {Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Machang berdiri Yang Berhormat Menteri, dia hendak penjelasan.

Datuk Seri Utama Dr. Rais bin Yatim: Saya takut berulang peristiwa tadi kecuali ini adalah tentang peraturan mesyuarat barangkali boleh dibenarkan.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Hajl Muhamad bin Abdullah]: Ya.

Tuan Mohamad Yusoff bin Mohd. Nor: Peraturan mesyuarat. Saya ingin merujuk kepada Yang Berhormat Menteri kepada Peraturan Mesyuarat 26(1 }(h) usul hendak menggantung ke~a seorang sebagai ahli. Kemudian (p) usul berkenaan dengan hak dan kebebasan. Jadi, ini adalah perkara-perkara yang terlibat dalam usul ini. Oleh yang demikian itu, Peraturan Mesyuarat 26 perlu dipatuhi yang mengatakan tidak boleh dijalankan kecuali jika telah mendapat sokongan kerajaan dinyatakan oleh Menteri yang menjawab mengenai hal ehwal kewangan. ltulah peruntukan yang saya baca tadi. Saya tidak ada niat untuk mengelirukan Dewan ini dalam hal ini.

Datuk Seri Utama Dr. Rais bin Yatim: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih ahli Yang Berhormat bagi Machang. Tuan Yang di-Pertua, kita telah bergerak ke zaman yang baru. Oleh itu keadaan-keadaan di Dewan ini harus menghormati segala sistem yang telah pun wujud dan terpakai selama ini. Memang seperti kata Parit Sulong bahawa jawatankuasa khas yang lebih afdal ialah Parlimen ini sendiri, bukannya jawatankuasa-jawatankuasa yang lain. Oleh kerana perbuatan ini telah pun ternyata dan telah pun diedarkan maka Parlimen sendiri, Dewan yang bersidang ini sebagai induknya mempunyai kedudukan paling tinggi dan paling muktamad untuk menyatakan apa-apa yang harus dilakukan di bawah bidang tugasnya. 102 DR.11.12.2001

Dato' Kamarudin bin Jaffar: {Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, Tumpat berdiri Yang Berhormat. Peraturan mesyuarat.

Dato' Kamarudin bin Jaffar: Peraturan Mesyuarat BOA berkaitan dengan apa Yang Berhormat Menteri sebutkan. Berbunyi:

"BOA. Walau apa pun peruntukan-peruntukan Peraturan Mesyuarat 80 berhubungan dengan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan; kiranya pada hemat Maj/is telah berlakunya, sama ada oleh seorang ahli atau oleh mana-mana orang lain, apa-apa perbuatan, perkara atau benda yang boleh dikenakan hukuman sebagai perbuatan menghina Majlis di bawah Ordinan Majlis-Majlis Par/imen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952, Majlis boleh melantik suatu jawatankuasa untuk terus menyiasat hal itu dan mengambil tindakan yang bersesuaian mengikut Ordinan tersebut."

Bagaimana Yang Berhormat boleh mengatakan bahawa cara menurut Dewan ini lebih baik, walhal Peraturan Mesyuarat mengatakan ini caranya.

Datuk Seri Utama Dr. Rais bin Yatim: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua, pandangan itu pun saya harus ambil kira tetapi saya bersetuju dengan Yang Berhormat Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri sebentar tadi yang menonjolkan bahawa jawatankuasa yang disebutkan itu khusus bagi kuasa-kuasa, hak­ hak dan kebebasan Majlis dan ianya tidak berkaitan sekiranya Majlis Tertinggi Parlimen memutuskan untuk mengemukakan usul ini dan memperhitungkannya menurut budi bicara Ahli-ahli Yang Berhormat yang ada di dalam Dewan ini. Tuan Yang di-Pertua,

Dato' Kamarudin bin Jaffar: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya.

Dato' Kamarudin bin Jaffar: [Bercakap tanpa mengguna pembesar sua raj

Datuk Seri Utama Dr. Rais bin Yatim: Tuan Yang di-Pertua,

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, nanti kejap.

Datuk Seri Utama Dr. Rais bin Yatim: Harus Tuan Yang di-Pertua memutuskan hal ini oleh kerana kita akan meneruskan pandangan ini dalam perenggan yang membawa kepada keputusan.

Dato' Kamarudin bin Jaffar: Tuan Yang di-Pertua, BOA.

Timbal3n Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: BOA.

Dato' Kamarudin bin Jaffar: Yang dirujuk Setiausaha Parlimen B0(1) tetapi BOA jelas mengatakan apabila ianya melibatkan perbuatan yang dianggap menghina Majlis maka Majlis boleh melantik suatu jawatankuasa untuk terus menyiasat hal itu dan mengambil tindakan.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya. Sila dahulu.

Dato' Hajl Noh bin Haji Omar: Peraturan Mesyuarat, saya hendak jelaskan tentang SOA. SOA tadi yang disebut oleh Yang Berhormat bagi Tumpat, saya minta Tuan Yang di-Pertua timbangkan. Di dalam undang-undang ada dua perkataan, satu 'may' satu 'shall'. 'May', is budibicara. 'Shall' is mandatory. Jadi, di dalam Peraturan DR.11.12.2001 103

Mesyuarat BOA is 'may' , perkataan itu kalau kita tengok dalam bahasa lnggeris pun 'may'. Jadi, ini yang kita kena faham. Jadi, itu sahaja, minta .....

Tuan Kerk Kim Hock: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Saya minta terus Menteri, menjawab.

Datuk Seri Utama Dr. Rais bin Yatim: Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana ketegasan Parlimen ini adalah dipentingkan dan juga tindakan akan datang memerlukan pandangan-pandangan itu menjurus kepada kerja-kerja dan khidmat yang melunaskan kepada Peratauran Mesyuarat dan kepentingan bersama di Dewan ini, maka penghakiman itu diputuskanlah oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang mempunyai tugas di Dewan ini. [Tepuk)

Benar bahawa menggantungkan seseorang itu dari jawatannya bukanlah sesuatu yang mudah. Benar juga bahawa usul untuk meneruskan pemutusan pembayaran elaun itu juga sesuatu yang dirasakan berat. Tetapi melihatkan keadaan ini oleh kerana Yang Berhormat bagi Batu Gajah mempunyai masa untuk memohon maaf kepada Dewan ini dan Tuan Yang di-Pertua, maka itu telah tidak dilakukan, saya fikir tidak ada jalan lain melainkan lunas usul ini diteruskan. Terima kasih. [Tepuk)

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ahli-ahli Yang Berhormat ......

Tuan Kerk Kim Hock: [Bercakap tanpa pembesar suara)

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, setengah itu tidak berkaitan Yang Berhormat.

Tuan Kerk Kim Hock: [Bercakap tanpa pembesar suara]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Setengah itu tidak berkaitan, Yang Berhormat.

Tuan Kerk Kim Hock: [Bercakap tanpa pembesar suara)

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Yang Berhormat bagi Kota Melaka duduklah.

Tuan Kerk Kim Hock: [Bercakap tanpa pembesar suara]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Dia tidak ada kaitan.

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ahli-ahli Yang Berhormat sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan.

Tuan Chow Kon Yeow: Peraturan 46(4).

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Apa lagi Yang Berhormat.

Tuan Chow Kon Yeow: Peraturan 46(4).

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Mengenai apa itu Yang Berhormat.

Tuan Chow Kon Yeow: Berbelah bagi.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Hal 104 DR.11.12.2001

Tuan Tan Kok Wai: Selah Sahagian.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Oh! Selah Sahagian. Kalau hendak belah bahagian sila berdiri 15 orang. Kira Setiausaha.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, cukup. Lebih daripada 15 sila bunyikan loceng 2 minit.

[Loceng dibunyikan se/ama 2 minit]

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Tukang mengira undi membuat undian dan dapatkan senarai untuk diisi undian. Semua sudah ada. Slok mana yang belum? Silakan pencatat undi menjalankan tugas.

[Pengundian dijalankan]

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah): Ahli-ahli Yang Serhormat, ini adalah keputusan mengenai Usul yang baru kita bahaskan tadi. Keputusan undi adalah demikian.

YANG BERSETUJU:

83 orang

1. Tan Sri Dato' Seri Mohd. Khalil bin Yaakob 2. Dato' Haji Azmi bin Khalid 3. Datuk Seri Utama Dr. Rais bin Yatim 4. Dato' Dr. Leo Michael Tayad 5. Datuk Peter Chin Fah Kui 6. Datuk Mahd. Shafie bin Haji Apdal 7. Datuk Douglas Unggah Embas 8. Dato' Dr. Haji Shafie Mohd. Salleh 9. Datuk Seri Mohd. Shariff bin Omar 10. Dato' Haji Zainal bin Dahalan 11. Dato' Mohd. Khaled bin Nordin 12. Datuk Anifah bin Aman 13. Dr. Tan Kee Kwong 14. Data' Hon Choon Kim 15. Data' Abu Sakar bin Taib 16. Datuk Seri Abu Zahar bin lsnin 17. Dato' Haji Noh bin Haji Omar 18. Dato' Khamsiyah binti Yeop 19. Tan Sri Datuk Amar Dr. Haji Sulaiman Daud 20. Datuk Yong Khoon Seng 21. Tuan Hashim bin Ismail 22. Tuan Chia Kwang Chye 23. Tan Sri Dato' Seri Dr. Abdul Hamid bin Pawanteh 24. Data' Dr. Abdullah Fadzil Che Wan 25. Data' Dr. Ting Chew Peh 26. Datuk Seri Hjh. Zaleha binti Ismail 27. Dr. Robia binti Kasai 28. Datuk Fu Ah Kiaw 29. Tuan S. G. Sothinathan 30. Dato' Veerasingam a/1 Suppiah 31. Data' Loke Yuen Yow 32. Dato' Sri Peter Tinggom ak. Kamarau 33. Datuk Railey bin Haji Jeffrey 34. Tuan Haji Abdul Hamid bin Abdul Rahman 35. Tuan Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar 36. Tuan Haji Amihamzah bin Ahmad 37. Datuk Rizalman bin Abdullah 38. Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir 39. Tuan Robert Lau Hoi Chew 40. Tuan Tiong Thai King DR.11.12.2001 105

41. Tuan Billy Abit Joo 42. Tuan Richard Riot ak. Jaem 43. Tuan Joseph Mauh ak. lkeh 44. Datuk Badrul Hisham bin Abdul Aziz 45. Data' Haji Ahmad Husni bin Mohd. Hanadzlah 46. Datin Paduka Hajah Seripah Noli binti Syed Hussin 47. Dato' Yap Pian Han 48. Dato' Dr. Haji Jamaluddin bin Dato' Mohd. Jarjis 49. Tuan Sukinam Domo 50. Tuan Ronald Kiandee 51. Dato' lr. Ho Cheong Sing 52. Datuk Lau Ngan Siew 53. Tuan Chang See Ten 54. Datuk Dr. Haji. Yusof bin Yaacob 55. Datuk Napsiah binti Omar 56. Puan Kamala Devi a/p M. Perumal 57. Tan Sri Dato' Dr. K. S. Nijhar 58. Tuan Mah Siew Keong 59. Tuan Ng Lip Yang@ Ng Lip Sat 60. Tuan Shahziman bin Abu Mansor 61. Dato' Haji Mohammad bin Haji Aziz 62. Tuan Haji Siam bin Haji Kasrin 63. Dato' Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan 64. Dato' Haji Abdul Kadir bin Annuar 65. Data' lr. Mohd. Zin bin Mohamed 66. Datuk Ruhanie bin Ahmad 67. Tuan Alexander Nanta Linggi 68. Tuan Madius bin Tangau 69. Dato' Seri Tiong King Sing 70. Data' Mohd. Sarit bin Haji Yusoh 71. Tuan Joseph Salang ak. Gandum 72. Dr. James Dawos Mamit 73. Datuk Bung Moktar bin Radin 74. Dato' Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar 75. Tuan Philip Benedict Lasimbang 76. Tuan Thong Fah Chong 77. Datuk Goh Siow Huat 78. Puan Chew Mei Fun 79. Puan Lim Bee Kau 80. Tuan Mohamed Sayuti bin Said 81. Tuan Liow Tiong Lai 82. Tuan Kong Cho Ha 83. Tuan Lee Kah Choon

YANG TIDAK BERSETUJU:

28 orang

1. Data' Haji Fadzil bin Mohd. Noor 2. Dr. Tan Seng Giaw 3. Tuan Kerk Kim Hock 4. Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail 5. Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar 6. Tuan Nasharudin bin Mat lsa 7. Tuan Mohamad bin Sabu 8. Dato' Dr. Hasan bin Haji Mohamed Ali 9. Data' Kamarudin bin Jaffar 10. Tuan Zawawi bin Haji Ahmad 11. Tuan M. Shukrimun bin Shamsudin 12. Tuan Haji Ismail bin Noh 13. Drs. Abu Bakar bin Othman 14. Tuan Mohd. Yusof bin Mohd. Nor 15. Tuan Mohamed Nasir bin Che Daud 16. Puan Chong Eng 106 DR.11.12.2001

17. Tuan Tan Kok Wai 18. Dr. Maximus Johnity Ongkili 19. Puan Teresa Kok Suh Sim 20. Tuan Fong Kui Lun 21. Tuan Chow Kon Yeow 22. Tuan Wan Nik bin Wan Yusof I 23. Puan Fong Po Kuan 24. Tuan Abdul Rahman bin Yusof 25. Tuan Saupi bin Daud 26. Tuan Che Ghani bin Che Ambak 27. Tuan Ramli bin Ibrahim 28. Tuan Muhamad bin Mustafa

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ahli-ahli Yang Berhormat, dengan ini saya umumkan bahawa keputusannya ialah Usul yang berkenaan diluluskan. Terima kasih.

Ya, Setiausaha.

[Beberapa Ahli keluar Dewan]

Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Jangan bisinglah Yang Berhormat, keluar sahajalah. Keluar sahajalah, kalau hendak keluar.

RANG UNDANG-UNDANG

RANG UNDANG-UNDANG BANK ISLAM (PINDAAN) 2001

Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, minta Kementerian Kewangan.

5.06 ptg.

Timbalan Menteri Kewangan [Datuk Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd Salleh] Tuan Yang di-Pertua, saya memohon mencadangkan untuk meminda Rang Undang­ undang Bank Islam 1983 akibat pindaan kepada Akta Bank Negara Malaysia 1998 yang telah kita luluskan semalam.

Akibat penghapusan perenggan 30(1 )(mm) dari Seksyen 30(1) iaitu penghapusan perenggan berkaitan dengan Biro Maklumat Cek, Seksyen 19 Akta Bank Islam 1983 adalah dipinda dengan memotong perenggan 19(1)(da) dan memotong rujukan kepada perenggan (da) yang terdapat di dalam perenggan 19(2).

Kesimpulannya, dengan pindaan rang undang-undang yang saya syorkan itu, ianya akan menyelaraskan rang undang-undang berkenaan akibat dari pindaan kepada Akta Bank Negara Malaysia 1998 yang kita luluskan semalam. Terima kasih.

Setiausaha Parlimen Kementerian Pertanian [Dato' Abu Bakar bin Taib]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua: Ahli-Ahli Yang Berhormat sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis ialah rang undang-undang bernama "Suatu Akta untuk meminda Akta Bank Islam 1983" dibacakan kali kedua sekarang dan dibuka untuk dibahas. Ya, Rompin. DR.11.12.2001 107

5.08 ptg.

Dato' Dr. Haji Jamaluddin bin Dato' Mohd. Jarjis [Rompin]: Tuan Yang di­ Pertua, oleh kerana pindaan yang dikemukakan itu merupakan consequential, dengan izin, banyak telah dibahaskan semalam, saya rasa usaha-usaha begini, kita mengucapkan syabas kepada kerajaan dan kita terus sokong usul yang baik ini. Saya dengan itu dengan kesempatan menyokong cadangan Dato' Timbalan Menteri.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, ada lagi? Ya, Tambun ya.

5.09 ptg.

Dato' Haji Ahmad Husni bin Mohd. Hanadzlah [Tambun]: Ya, saya sedikit sahaja. Beberapa Ahli: Sudahlah.

Dato' Haji Ahmad Husni bin Mohd. Hanadzlah: Sekejap, sekejap. Sedikit sahaja tentang Bank Islam, saya ingin mendapat penjelasan dari Timbalan Menteri, satu line sahaja. Pertama tentang aspek pasaran kewangan Islam. Kedua, tentang kepakaran bank ini. Saya ada pengalaman, Tuan Yang di-Pertua, sebagai Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional, kita ada minta kepada pihak satu unit dalam Bank Islam untuk menyediakan satu instrument Islam dalam pemberian pinjaman PTPTN. Apa yang ingin saya bangkitkan ialah tentang kepakaran mereka untuk memberi nasihat dan juga menyediakan pakej tersebut. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, sila Yang Berhormat Timbalan Menteri menjawab.

5.10 ptg.

Timbalan Menteri Kewangan [Dato' Dr. Haji Shafie bin Mohd. Salleh]: Terima kasih Yang Berhormat dari Rompin dan Yang Berhormat dari Tambun. Kalau kita lihat program-program antarabangsa yang telah diperkenalkan oleh Malaysia dan usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat kewangan Islam terkemuka di rantau ini, pertamanya, saya rasakan Bahrain telah pun bersetuju untuk kita menubuhkan IFSO di negara kita. Dan keduanya, pasaran kewangan Islam antarabangsa IIFM telah memulakan usaha untuk menjadikan Labuan sebagai pusat kewangan luar pesisir yang terkemuka dalam perbankan dan kewangan Islam. Yang ketiganya, pertubuhan perkhidmatan kewangan Islam tadi (IFSO). Yang keempatnya, persidangan antarabangsa kewangan Islam yang telah pun diadakan pada bulan Februari, bantuan teknikal dan kepakaran Malaysia kepada negara-negara jiran dan kumpulan Iapan negara (D8), pelan induk perbankan Islam dan Takaful yang telah pun kita isytiharkan dan ini merupakan pelan-pelan yang akan kita jalankan seperti yang telah pun digariskan. Mengenai Jawatankuasa Syariah, PTPTN kita mencadangkan supaya dapat dilihat melalui 'kadurhasan'. Perkara ini sedang dibincangkan. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ahli-Ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua.

Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan.

Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa.

Dewan bersidang sebagai Jawatankuasa. [fimbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Muhamad bin Abdullah) mempengerusikan Jawatankuasa]

Fasal1 dan 2 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang. 108 DR.11.12.2001

Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan: dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.

RANG UNDANG-UNDANG INSTITUSI KEWANGAN PEMBANGUNAN 2001 Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, sila Yang Berhormat Timbalan Menteri. 5.12 ptg. Datuk Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd Salleh: Tuan Yang di-Pertua saya mohon mencadangkan rang undang-undang bernama Suatu Akta untuk mengadakan undang-undang baru bagi memperuntukkan pengawalseliaan lnstitusi Kewangan Pembangunan atau IKP di Malaysia. Langkah-langkah untuk memastikan peruntukan tersebut dipatuhi dan perkara-perkara yang bersampingan atau berkaitan dengannya dibacakan kali kedua sekarang. Rang undang-undang pada amnya bertujuan untuk:

(i) menjadikan IKP terus berkembang dan memainkan peranan panting dalam menghasilkan akan strategi-strategi pembangunan negara ini dengan memastikan IKP melaksanakan tanggungjawab dan peranan sebagai yang diamanahkan;

(ii) mengadakan satu rangka ke~a pengawalan dan penyeliaan yang menyeluruh bagi IKP. Rangka ke~a pengawalan dan penyeliaan ini disusun rapi berdasarkan sistem perbankan dalam negara dan pengalaman institusi-institusi yang mempunyai fungsi yang sama di peringkat antarabangsa seperti Taiwan, Amerika Syarikat, Jepun dan Korea. lanya juga dirangka dengan mengambil kira keunikan mereka dalam mencapai objektif pembangunan negara.

(iii) Rang undang-undang 1m dirangka khusus untuk menghasilkan sistem pengawalseliaan yang menyeluruh dan memenuhi ciri-ciri unik IKP. Ia akan wujud seiring dengan akta-akta lain yang berkaitan dengan IKP. Walau bagaimanapun, sistem pengawalseliaan yang dicadangkan tidak melibatkan keperluan pelesenan. Antara aspek-aspek penting dalam rang undang-undang ini ialah:

(a) Pengawalseliaan yang fleksibel.

Memandangkan setiap IKP mempunyai peranan khusus dan beroperasi dalam struktur yang berbeza, rang undang-undang disediakan khas dengan memberikan kuasa kepada Menteri untuk menyesuaikan struktur kawal selia bagi setiap IKP dengan ciri-ciri yang padanya antara lain;

(i) pengawalseliaan boleh ditumpu- kan kepada IKP tertentu berdasarkan keperluan yang ditentukan oleh menteri;

(ii) rang undang-undang ini di- sediakan dengan mengambil kira keupayaan IKP untuk mematuhi keperluan kawal selia yang ditetapkan secara berperingkat-peringkat. Oleh itu rang undang-undang memberi- kan kuasa kepada Bank Negara Malaysia untuk menimbang sama ada sesebuah IKP DR.11.12.2001 109

perlu diberikan kelonggaran dalam mematuhi keperluan yang ditentukan.

(b) Bad an pengawalseliaan berpusat.

Bank Negara Malaysia telah dilantik sebagai badan pengawalseliaan untuk semua IKP yang terpilih. Dengan pemusatan pengawalseliaan ini semua kerja pengawalseliaan akan dapat dijalankan dengan lebih teratur dan berkesan. Pengalaman Bank Negara Malaysia dalam pengawalseliaan institusi perbankan dan insurans akan dapat dimanfaatkan untuk mengukuhkan lagi sistem pengawalseliaan IKP.

(c) Pemantauan peranan dan tanggungjawab lnstitusi Kewangan Pembangunan.

Menyedari betapa pentingnya peranan dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh IKP, rang undang-undang 1n1 telah memperuntukkan bahawa pelaksanaan dan tanggungjawab tersebut akan dipantau untuk memastikan ianya dilaksanakan dengan sempurna mengikut dasar yang dimandatkan oleh kerajaan. Rang undang-undang juga membenarkan IKP menjalankan pemiagaan di luar skop peranan yang dimandatkan kepadanya sekiranya mendapat kelulusan Bank Negara Malaysia bagi tujuan ini;

(i) IKP dikehendaki menyerahkan penyata keperluan korporat kepada Bank Negara Malaysia dan Bank Negara Malaysia memastikan peranan tersebut dilaksanakan;

(ii) Bank Negara Malaysia akan memastikan perancangan dana agar ianya mencukupi bagi memenuhi peranan telah yang telah dimandatkan; dan

(iii) Bank Negara Malaysia akan memastikan bahawa dana yang telah diperuntukkan bagi melaksanakan dasar yang dimandatkan oleh kerajaan yang khusus hanya digunakan bagi memenuhi tujuan tersebut sahaja.

(d) Meningkat kecekapan pentadbiran dan urus tadbir korporat yang berkesan.

Untuk meningkatkan kecekapan pentadbiran dan urus tadbir korporat di kalangan IKP, rang undang-undang memberi penekanan kepada beberapa perkara berikut:

(i) Lembaga Pengarah dan pengurusan kanan. Meningkatkan kualiti Lembaga Pengarah dan pihak 110 DR.11.12.2001

pengurusan dengan menghendaki Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah memenuhi kriteria dalam keadaan layak dan sesuai bagi negara Malaysia, akan memantau kepatuhan berkenaan perkara ini. Di samping itu satu garis panduan akan dikeluarkan berhubung urus tadbir korporat bagi meningkatkan amalan terbaik pengurusan;

(ii) Mengelakkan percanggahan kepen­ tingan dengan mengawal pemberian kemudahan kredit oleh IKP kepada Pengarah, pegawainya dan per­ badanan berkaitannya sama ada daripada dananya sendiri atau mana­ mana dana amanah yang diuruskan­ nya;

(iii) Melarang seseorang Pengarah atau pegawai satu-satu IKP dari memberi apa-apa kemudahan kredit yang melebihi had atau di luar bidang mana-mana terma dan syarat yang dikenakan ke atasnya;

(iv) Memperuntukkan kesalahan jenayah dan pecah amanah bagi mana-mana pengarah atau pegawai IKP yang menyalah- gunakan dana amanah sama ada secara persendirian atau bersama mana-mana orang lain.

Keduanya pemeriksaan oleh juruaudit luar yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia. Setiap IKP dikehendaki melantik bagi setiap tahun kewangan seorang juruaudit yang perlu mendapat kelulusan dari Bank Negara Malaysia yang akan mengaudit operasi dan kedudukan kewangan IKP. lni adalah untuk memastikan hanya juruaudit terpilih yang mempunyai rekod kecekapan yang baik akan menjalankan audit ke atas IKP.

Ketiga, meningkatkan rasa tanggung jawab dan ketelusan.

Pada rang undang-undang 1n1 JUga, usaha meningkatkan kebertanggung­ jawaban melalui ketelusan iaitu dengan mendedahkan maklumat tertentu termasuk kedudukan kewangan Bank Negara Malaysia dan orang awam. lni dapat di lihat daripada tiga peruntukan berikut:

• Fasal 73 memperuntukkan bahawa I KP perlu mengemuka­ kan kepada Bank Negara Malaysia satu salinan akaunnya DR.11.12.2001 111

yang telah dibentangkan pada mesyuarat agung tahunannya serta minit mesyuarat masing­ masing.

• Fasal 78 menghendaki IKP untuk menyiarkan akaunnya di dalam sekurang-kurangnya dua akhbar harian yang disiarkan di Malaysia dalam Bahasa Kebangsaan dan satu lagi Bahasa lnggeris.

• Fasal 116 menghendaki IKP menghantar maklumat dan dokumen kepada Bank Negara Malaysia dan IKP hendaklah memastikan maklumat tersebut adalah benar.

(e) Mekanisme pengawalseliaan yang menyeluruh.

Rang undang-undang merangka pengawal­ seliaan yang menyeluruh dengan membuat pengawalseliaan dari berbagai sudut seperti berikut:

(i) pengawalseliaan off site - mengawasi keadaan kewangan dan operasi am IKP melalui maklumat yang perlu diberikan pada suku tahun dan tahunan serta maklumat tambahan yang dikehendaki oleh Bank Negara Malaysia;

(ii) pengawalseliaan on site - dengan membuat pemeriksaan ke atas IKP secara langsung mengikut keperluan. lni dapat memastikan ketetapan maklumat yang diberi semasa pengawalan off site;

(iii) penyiasatan dengan memperuntuk­ kan kuasa-kuasa penyiasatan terhadap pelanggaran rang undang- undangini.

Rang undang-undang 1m mempunyai mekanisme untuk mengukuhkan kedudukan kewangan IKP selaras dengan amalan yang terbaik yang diamalkan oleh penanggung insurans dan institusi perbankan. IKP dikehendaki menyenggarakan aset cair dana modal minimum dan rizab minimum dan lain­ lain keperluan berhemah prudential yang ditentukan oleh Bank Negara Malaysia. Rang undang-undang 1m juga mempunyai peruntukan bagi mempertingkatkan akan kecekapan pengurusan aset dan tanggungan seperti berikut: 112 DR.11.12.2001

(i) melarang IKP daripada memberi apa­ apa kemudahan kredit melainkan bagi tujuan yang ditentukan oleh Bank Negara Malaysia;

I (ii) mengehadkan pendedahan risiko oleh seseorang pelanggan terhadap I KP ke satu tahap yang berhemah;

(iii) memastikan apa-apa pelaburan yang hendak dibuat oleh IKP adalah selaras dengan keperluan yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, peruntukan-peruntukan utama secara terperinci yang di cadangkan melalui Rang Undang-undang lnstitusi Kewangan Pembangunan 2001 ini adalah seperti berikut:

Fasal 2 memperuntukkan pemakaian akta yang dicadangkan kepada institusi kewangan pembangunan yang berkenaan dan kuasa menteri untuk pengubahsuaian pemakaian kesemua atau mana-mana bahagian, mana-mana peruntukan akta yang dicadangkan ke atas mana-mana institusi kewangan pembangunan.

Fasal 3 mengandungi takrif ungkapan tertentu takrif yang digunakan dalam akta yang dicadangkan.

Fasal 4 memperuntukkan Bank Negara Malaysia sebagai badan berkuasa pengawalan dan penyeliaan institusi kewangan pembangunan dan kuasa-kuasa sampingannya.

Sahagian II rang undang-undang ini berkaitan dengan pengurusan pemilikan dan pengawalan institusi yang ditetapkan.

Fasal 5 memperuntukkan Lembaga Pengarah lnstitusi yang ditetapkan bertanggungjawab ke atas pelaksanaan dan pentadbiran am hal ehwal dan perniagaan institusi.

Fasal 6 memperuntukkan pelantikan Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah institusi yang ditetapkan dan keperluan institusi yang ditetapkan untuk dimaklumkan kepada Bank Negara Malaysia ke atas pelantikan berkenaan.

Fasal 7 menyatakan hal keadaan di mana seseorang akan hilang kelayakan sebagai seorang ketua pegawai eksekutif atau pengarah institusi yang ditetapkan.

Fasal 8 memperuntukkan kesan hilang kelayakan di bawah Fasal 7 dan penamatan pelantikan mana-mana orang yang menjadi hilang kelayakan.

Fasal 9 memperuntukkan pengecualian mana-mana orang yang menjadi hilang kelayakan perenggan 7(1)(e).

Fasal 10 bertujuan untuk menghendaki institusi yang ditetapkan untuk memberitahu Bank Negara Malaysia bila mana-mana orang telah terhenti daripada menjadi ketua pegawai eksekutif atau pengarahnya atau sebab-sebab pemberhentian berkenaan.

Fasal 11 bertujuan untuk menghendaki seseorang pengarah institusi yang ditetapkan untuk mendedahkan kepentingannya kepada Lembaga Pengarah dan menghendaki Setiausaha Lembaga Pengarah tersebut merekodkan pendedahan itu dalam minit mesyuarat lembaga pengarah. DR.11.12.2001 113

Fasal 12 bertujuan untuk memberi kuasa kepada Menteri untuk meluluskan mana-mana perolehan kepentingan syer dalam institusi yang ditetapkan yang agregatnya tidak kurang dari 5% atau peratusan lain seperti mana yang ditetapkan oleh Menteri.

Fasal 13 bertujuan untuk menghendaki institusi yang ditetapkan melapor kepada Bank Negara Malaysia sebarang perolehan kepentingan dalam syer yang telah dilaksanakan atau hampir akan dilaksanakan.

Fasal 14 bertujuan untuk melarang mana-mana orang daripada membuat perjanjian atau perkiraan yang akan mengakibatkan perubahan tentang kawalan sesuatu institusi yang ditetapkan atau syarikat induknya atau apa-apa perjanjian atau perkiraan berkenaan dengan penyatuan atau percantuman sesuatu institusi yang ditetapkan dengan mana-mana orang lain melainkan jika Bank Negara Malaysia memberi kelulusan.

Fasal15 bertujuan untuk melarang institusi yang ditetapkan daripada menjual, melupuskan atau memindahkan akan keseluruhan atau mana-mana bahagian perniagaannya melainkan jika Bank Negara Malaysia memberikan kelulusannya.

Fasal 16 memperuntukkan bahawa institusi yang ditetapkan yang memindahkan perniagaan di bawah Perenggan 14(1 )(b) atau subfasal 15(1) boleh membuat permohonan bersama kepada Mahkamah Tinggi melalui saman pemula atau ex parte bagi mendapatkan Perintah Mahkamah Tinggi untuk memudahkan atau memberi kesan kepada pemindahan tersebut.

Fasal 17 bertujuan untuk menerangkan prosedur pendaftaran yang terpakai, masing-masing di Malaysia Barat, Sabah dan Sarawak dalam hal mana-mana tanah . bermilik atau apa-apa syer atau kepentingan dalam mana-mana tanah bermilik di mana ianya diperletakhakkan dengan suatu Perintah Mahkamah Tinggi di bawah subfasal 16(2).

Fasal 18 bertujuan untuk melarang mana-mana cagaran ke atas syer atau harta institusi yang ditetapkan atau syarikat induk sebagai cagaran untuk kemudahan kredit jika syer atau harta tersebut merupakan 5% atau lebih daripada syer atau harta institusi yang ditetapkan atau syarikat induknya melainkan jika Bank Negara Malaysia memberi kelulusannya.

Fasal 19 memperuntukkan prosedur permohonan kepada Bank Negara Malaysia di bawah bahagian ini.

Fasal 20 memperuntukkan suatu pembelaan untuk seseorang tertuduh bahawa dia tidak ada pengetahuan mengenai tindakan-tindakan, peninggalan­ peninggalan, fakta-fakta atau hal-hal keadaan yang merupakan perlanggaran itu.

Fasal-fasal 21 hingga 24 berkaitan dengan perintah permulaan Bank Negara Malaysia melarang perjalanan mana-mana hak di bawah mana-mana cagaran atau hak untuk memindahkan apa-apa harta yang merupakan cagaran tersebut mengikut mana­ mana yang berkenaan tidak kira sama ada terdapat atau tidak sesuatu pendakwaan terhadap mana-mana orang untuk perlanggaran itu.

Yang ketiga, Sahagian Ill rang undang-undang ini mengandungi peruntukan berhubung sekatan ke atas pemiagaan institusi yang ditetapkan.

Fasal-fasal 25 dan 26 bertujuan untuk melarang institusi yang ditetapkan daripada menubuhkan atau memperoleh apa-apa subsidiari tanpa kelulusan Bank Negara Malaysia dan memberi Bank Negara Malaysia kuasa untuk mengarah institusi yang ditetapkan untuk merealisasi, memindahkan atau menggulung mana-mana subsidiarinya.

Fasal 27 bertujuan untuk melarang institusi yang ditetapkan daripada melibatkan diri di dalam apa-apa aktiviti di dalam atau di luar Malaysia selain daripada yang berkaitan dengan atau bagi maksud menjalankan pemiagaannya. 114 DR.11.12.2001

Fasal-fasal 28 hingga 32 bertujuan untuk melarang atau menyekat sesuatu institusi yang ditetapkan pengarah dan pegawainya daripada memberi kemudahan kredit sama ada daripada dananya sendiri atau mana-mana dana amanah yang diuruskannya.

Fasal 33 bertujuan untuk mengawal selia satu cara institusi yang ditetapkan melaburkan aset-asetnya.

Sahagian IV Rang Undang-undang ini bertujuan untuk mengenakan obligasi kewangan dan lain-lain obligasi ke atas institusi yang ditetapkan dan menyatakan cara institusi yang ditetapkan mendapat dananya.

Fasal-fasal 34 dan 35 bertujuan untuk menghendaki suatu institusi yang ditetapkan untuk mengemukakan kepada Bank Negara Malaysia suatu penyata keperluan korporat yang diluluskan oleh Menteri yang dipertanggungjawabkan terhadap institusi yang ditetapkan dan keperluan dana tahunannya untuk kelulusan Menteri.

Fasal 36 bertujuan untuk melarang institusi yang ditetapkan daripada membayar apa-apa dividen atas syer-syemya sehingga semua perbelanjaan dipermodalkannya telah dihapuskira.

Fasal-fasal 37 hingga 41 bertujuan untuk menghendaki institusi-institusi yang ditetapkan menyenggarakan aset cair, dana modal, dana rizab, amaun minimum bagi aset di Malaysia dan lain-lain keperluan berhemah yang ditentukan oleh Bank Negara Malaysia.

Fasal 42 bertujuan untuk melarang institusi yang ditetapkan daripada membuat apa-apa pindaan kepada dokumen constituent nya melainkan jika diluluskan oleh Bank Negara Malaysia.

Sahagian V Rang Undang-undang ini mengandungi peruntukan bagi institusi yang ditetapkan berhubung urus niaga dengan dana wang kerajaan.

Fasal 43 bertujuan untuk menghendaki institusi yang ditetapkan untuk menubuhkan dan menyelenggarakan amanah berasingan bagi apa-apa dana yang diperuntukkan oleh kerajaan dan menyelenggarakan dana amanah itu untuk atau bagi pihak kerajaan secara berasingan daripada dananya.

Fasal 44 hingga 46 bertujuan untuk menghendaki sesuatu institusi yang ditetapkan untuk menggunakan aset dana amanahnya untuk memenuhi liabiliti dan perbelanjaan yang sepatutnya berkaitan dengan dana amanah itu sahaja. Melabur dana amanahnya dalam cara tertentu dan mengkreditkan kepada dana amanah segala wang yang diterimanya berkaitan dengan perniagaan yang mana berhubung dengan dana amanah itu.

Fasa 47 bertujuan untuk melarang institusi yang ditetapkan daripada memperuntukkan harta suatu dana amanah sebagai cagaran untuk kemudahan kredit yang diberikan oleh mana-mana orang kepada institusi yang ditetapkan atau mana­ mana orang lain.

Fasal 48 bertujuan untuk memperuntukkan kuasa kepada Bank Negara Malaysia untuk menentukan cara menilai aset dan liabiliti sesebuah kumpulan amanah.

Fasal 49 bertujuan untuk memperuntukkan pemindahan segala aset dan liabiliti mana-mana dana amanah.

(Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Fasal 50 bertujuan untuk mewujudkan kesalahan jenayah pelanggaran amanah oleh mana-mana pengarah atau pegawai institusi yang ditetapkan. DR.11.12.2001 115

Fasal 51 dan 52 bertujuan untuk memperuntukkan penentuan dana amanah dan aplikasi dana amanah dalam satu-satu penggulungan.

Sahagian VI rang undang-undang ini memperkatakan tentang arahan dan kawalan institusi yang ditetapkan.

Fasal 53 mengehendaki institusi yang ditetapkan sekiranya ia tidak solvent atau mungkin akan menjadi tidak berupaya untuk menunaikan kesemuanya atau mana­ mana obligasinya atau bahawa ia hampir hendak menggantung pembayaran kepada apa-apa takat, hendaklah dengan serta-merta memberitahu Bank Negara Malaysia akan hakikatnya itu.

Fasal 54 hingga 59 memberikan kuasa kepada Bank Negara Malaysia dan menteri berkenaan untuk mengambil tindakan-tindakan terhadap sesuatu institusi yang ditetapkan dan masuk memulakan kawalan ke atasnya atau untuk membuat petisyen ke mahkamah untuk menggulungkannya, menyingkirkan mana-mana pegawai atau pengarahnya daripada jawatan yang disandang.

Fasal 60 memperuntukkan supaya satu permohonan yang dibuat kepada mahkamah untuk mengurangkan modal syer sesuatu institusi yang ditetapkan yang telah kerugian atau tidak digambarkan oleh aset-aset yang ada.

Fasal 61 bertujuan untuk memperluas pemakaian bahagian ini kepada perbadanan berkaitan institusi yang ditetapkan serta seseorang yang dikawal oleh pengarahnya atau orang yang bersubahat dengan pengarah sedemikian.

Fasal 62 memberi kuasa kepada menteri untuk mengenakan sesuatu moratorium berhubung dengan pemiagaan institusi yang ditetapkan untuk 6 bulan dan dalam masa yang sama memberinya peluang untuk memberi representasi.

Sahagian VII rang undang-undang ini membincangkan perkara yang berkaitan dengan juruaudit dan akaun sesebuah institusi yang ditetapkan.

Fasal-fasal 63 hingga 68 memperuntukkan pelantikan juruaudit institusi yang ditetapkan.

Fasal-fasal 69 hingga 71 mengenakan obligasi ke atas juruaudit institusi yang ditetapkan.

Fasal-fasal 72 hingga 74 mengenakan obligasi kepada institusi yang ditetapkan dan pengarahnya, pengawalnya atau pekerjanya berhubung akaun untung dan rugi dan kunci kira-kira termasuk pengemukaan maklumat dan dokumen berkaitan dengan operasinya bagi membolehkan penelitian rapi dibuat ke atas perniagaannya.

Fasal 75 mengehendaki institusi ditetapkan untuk penyelenggaraan akaunnya dengan mematuhi standard perakaunan.

Fasal 76 berkuat kuasa kepada Bank Negara Malaysia untuk mengehendaki akaun tahunan dan penyata suku tahunan diperbetul sebelum ia disiarkan.

Fasal 77 mengehendaki sesebuah institusi yang ditetapkan untuk mengemukakan kepada Bank Negara Malaysia satu salinan setiap satu yang dicetak dan dalam rekod simpanan atau direkodkan melalui cara elektronik atas perantaraan elektronik-elektronik akaunnya yang dibentangkan pada mesyuarat agung tahunannya berserta dengan minit mesyuarat tersebut.

Fasal 78 mengehendaki sebuah institusi yang ditetapkan untuk menyiarkan akaunnya di dalam sekurang-kurangnya dua akhbar harian yang disiarkan di Malaysia dan diluluskan oleh Bank Negara Malaysia. Satu daripadanya hendaklah dalam Bahasa Kebangsaan dan satu lagi dalam bahasa lnggeris. Kemudiannya ia hendaklah dipamerkan sepanjang tahun pada kedudukan yang ketara. 116 DR.11.12.2001

Fasal 79 memperuntukkan bahawa.satu sijil yang ditandatangani oleh seorang pegawai yang diberi kuasa oleh institusi-institusi yang ditetapkan yang menyatakan bahawa satu dokumen adalah dokumen yang telah diserah simpan dengan Bank Negara Malaysia hendaklah boleh diterima dalam mahkamah sebagai keterangan kepada hakikat itu.

Fasal 80 memperuntukkan bahawa tiap-tiap pekerja sekarang dan dahulu di sesebuah institusi yang ditetapkan yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab menyimpan rekod perakaunan melakukan satu kesalahan jika pekerja itu tidak menyimpan rekod perakaunan sewajarnya yang perlu untuk menunjukkan dan menjelaskan transaksi dan keadaan kewangan institusi yang ditetapkan tersebut. Walau bagaimanapun pekerja itu tidak akan bertanggungan jika ia telah bertindak secara jujur dan kesalahan tersebut dilakukan tanpa persetujuan atau pemberiannya.

Fasal 81 menerangkan bahawa fasal-fasal 69 hingga 80 terpakai kepada kumpulan amanah yang dikendalikan oleh institusi yang ditetapkan.

Sahagian VIII rang undang-undang ini bertujuan untuk membuat peruntukan yang berkaitan dengan pemeriksaan dan penyiasatan institusi yang ditetapkan.

Fasal 82 memberikan kuasa kepada Bank Negara Malaysia untuk memeriksa buku atau dokumen lain, akaun dan transaksi sesebuah institusi yang ditetapkan dan mana-mana pejabatnya di dalam atau di luar Malaysia.

Fasal 83 memberikan kuasa kepada menteri untuk memberi arahan kepada Bank Negara Malaysia pada bila-bila masa untuk membuat pemeriksaan yang serupa di mana menteri berkenaan mencurigai bahawa sebuah institusi yang ditetapkan sedang menjalankan perniagaannya dengan cara yang memudaratkan kepentingan pemegang kepentingannya atau mempunyai aset yang tidak cukup untuk meliputi liabilitinya kepada orang awam atau sedang melanggar mana-mana peruntukan akta yang dicadangkan atau mana-mana undang-undang bertulis.

Fasal 84 bertujuan untuk mengenakan satu tanggungjawab ke atas institusi yang ditetapkan dan pengarahnya, pekerjanya dan ejennya supaya memberi pemeriksa-pemeriksa akses kepada bukunya atau dokumennya yang lain dan akaunnya.

Fasal 85 memberi kuasa kepada seorang pemeriksa untuk memberi pengarah atau pekerja institusi yang ditetapkan atau ejennya atau mana-mana orang yang berurusan dengannya dan mana-mana orang yang pemeriksa mempercayai pengetahuan tentang hakikat dan hal keadaan kes. Seseorang juruaudit tidaklah bertanggungan bagi pemecahan kontrak berkaitan dengan kerahsiaan dalam memberikan dokumen dan maklumat kepada pemeriksa.

Fasal 86 mengenakan suatu obligasi ke atas orang yang hendak diperiksa di bawah Fasal 82, 83 dan subfasal 85(1 ), jika dikehendaki oleh pemeriksa untuk hadir di hadapannya di pejabatnya pada bila-bila masa yang ditentukan oleh pemeriksa.

Fasal 87 memberi kuasa kepada Bank Negara Malaysia untuk membuat penyiasatan sekiranya Bank Negara Malaysia mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa suatu kesalahan telah dilakukan di bawah akta yang dicadangkan.

Fasal 88 memperuntukkan kepada Bank Negara Malaysia untuk melantik pekerjanya atau mana-mana orang untuk dilantik sebagai orang-orang pegawai penyiasat bagi maksud apa-apa penyiasatan di bawah bahagian ini. Jika pegawai penyiasat itu bukan seorang pekerja Bank Negara Malaysia, ia hendaklah tertakluk kepada akta yang dicadangkan dan menikmati hak perlindungan dan ditanggung rugi yang ditentukan dalam akta yang dicadangkan atau akta Bank Negara Malaysia 1998 atau mana-mana undang-undang bertulis yang terpakai kepada pekerja Bank Negara Malaysia. Seseorang pegawai penyiasat ialah tertakluk kepada arahan dan kawalan Bank Negara Malaysia dan melaksanakan fungsinya menurut arahan Bank Negara Malaysia. DR.11.12.2001 117

Fasal 89 bertujuan untuk memberi pegawai penyiasat kuasa untuk masuk, menggeledah dan menyita tanpa sebarang waran penggeledahan jika dia berpuas hati atau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa seseorang telah melakukan sesuatu kesalahan di bawah rang undang-undang ini.

Fasal 90 bertujuan untuk memberi pengawal penyiasat kuasa untuk memeriksa mana-mana orang yang dia percaya mempunyai kaitan dengan fakta dan hal keadaan kes itu.

Fasal 91 membuat peruntukan mengenai kebolehterimaan apa-apa rekod pemeriksaan sebagai keterangan dalam prosedur mahkamah berhubung dengan sesuatu kesalahan di bawah akta yang dicadangkan.

Fasal 92 bertujuan untuk memberi pegawai penyiasat kuasa untuk menahan mana-mana orang bagi sesuatu tempoh yang perlu bagi menjalankan pemeriksaan itu tetapi tidak boleh melebih 24 jam tanpa kebenaran seorang majistret. Seseorang tidak oleh diperiksa kecuali oleh pegawai penyiasat yang sama jantina dengannya dan dengan memberi perhatian teliti kepada kesopanan.

Fasal 93 menjadikan ia satu kesalahan jika mana-mana orang menghalang perjalanan kuasa oleh seseorang pegawai penyiasat.

Fasal 94 bertujuan untuk memberi seorang pegawai penyiasat kuasa untuk mengehendaki terjemahan dalam Bahasa Kebangsaan atau lnggeris bagi apa-apa dokumen yang ditemuinya, disita, ditahan atau diambil milik oleh pegawai penyiasat itu daripada orang yang memilikinya, menjaga atau mengawal dokumen itu.

Fasal-fasal 95 dan 96 bertujuan untuk memberi pegawai penyiasat kuasa untuk mengehendaki penyerahan apa-apa harta, rekod, laporan atau dokumen, menyita, merampas, mengambil milik dan menahan apa-apa harta atau dokumen yang dikemukakan kepadanya bagi memastikan sama ada apa-apa yang berkaitan dengan penyiasatan itu telah disembunyikan atau selainnya pada orang itu.

Fasal 97 memperuntukkan bahawa pelepasan apa-apa benda yang telah disita, ditahan atau dialihkan oleh seorang pegawai penyiasat kepada orang yang ditentukannya sebagai orang yang berhak di sisi undang-undang ke atas mana-mana benda itu.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, Yang Berhormat tidakkah boleh Yang Berhormat nyatakan bahawa sebab fasal-fasal diadakan itu adalah tertera ataupun tertulis di dalam ...

Dato' Dr.Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh: Ya, ya

Tuan Yang di-Pertua: .. Kerana banyak sangat Yang Berhormat. Sekarang ni ada semuanya 130, jadi. ..

Dato' Dr.Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh: Ya Yang di-Pertua, cadangan akta di atas satu paragraf lagi.

Tuan Yang di-Pertua: Ya, ya

Dato' Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh: Cadangan akta di atas dibuat setelah mengambil kira peri pentingnya Malaysia untuk melaksanakan satu undang­ undang untuk memastikan institusi kewangan pembangunan terus berkesan di dalam persekitaran perbankan yang berubah-ubah.

Dengan rang undang-undang yang saya syorkan itu, yang tertera dalam rang undang-undang ini saya yakin institusi kewangan pembangunan akan terus menyediakan pembiayaan untuk menggalakkan perindustrian sektor perkhidmatan dan pemodenan sektor pertanian sekali gus menyediakan sokongan kepada sektor ekonomi pembangunan. Tuan Yang di-Pertua, apabila saya telah membincangkan satu-persatu saya harap tidak banyak persoalan lagi. Yang di-Pertua saya mohon mencadangkan. 118 DR.11.12.2001

Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal: Saya mohon menyokong Tuan Yang di- Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat masalah di hadapan majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk mengadakan peruntukan bagi I pengawalseliaan dan pengawasan institusi-institusi kewangan pembangunan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya, dibaca kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahaskan. Ya, Tambun.

5.41 ptg.

Dato' Haji Ahmad Husni bin Mohd. Hanadzlah [Tambun]: Tuan Yang di­ Pertua, ya saya pendekkan .....

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, Dewan telah pun diminta hendak menyelesaikan tiga lagi. Sila, sila, janganlah makan masa yang panjang.

Dato' Haji Ahmad Husni bin Mohd. Hanadzlah: Saya ingat dalam empat minit setengah atau lima minit setengah [Disorak] [Ketawa] Ok, saya difahamkan bahawa akta ini bertujuan untuk mengawal selia institusi pembangunan, adakah bermaksud Bank Pembangunan, Bank lndustri dan juga Bank Pertanian? ltu perkara yang pertama.

Saya mengucapkan tahniah kepada kerajaan kerana meletakkan penyeliaan di bawah Bank Negara kerana selama ini di bawah Ahli Lembaga dan terus report kepada Kementerian Kewangan dan kita dapati bahawa bank-bank berbentuk pembangunan ini tidak menjalankan fungsi dengan baik dan menghadapi pelbagai masalah seperti mana Bank Pertanian.

Kedua, mengenai dengan Fasal 5, saya amat bersetuju tanggungjawab diletakkan di bawah Lembaga Pengarah dan lebih penting lagi apabila kuasa diberi untuk menentukan pelantikan serta pemberhentian Lembaga Pengarah serta Ketua Eksekutif terutama Ketua Eksekutif kita tahu mempunyai peranan yang .penting. Saya dapati Bank Pertanian sebagai satu struktur yang harus dilihat oleh Ahli-ahli Lembaga dan pihak eksekutifnya sebenar tidak banyak kepakaran dan dengan adanya kuasa ini maka perubahan boleh dibuat.

Ketiga tentang Fasal 15 ini saya ingin mendapat penjelasan untuk menjual, melupuskan atau memindahkan keseluruhan atau mana-mana bahagian perniagaan ini tanpa kelulusan menteri iaitu melarang institusi tersebut.

Saya membangkitkan perkara ini daripada konteks efisiensi operasi kerana dalam pengalaman saya, kita meminta kelulusan daripada menteri, tidak bermakna atau bermaksud terus pergi kepada menteri, dia akan pergi kepada unit-unit tertentu, baru pergi kepada menteri. Kita tahu dalam bidang perniagaan, tentulah keputusan yang segera perlu dibuat kerana dalam pengalaman saya, banyak kali kita dapati bahawa keputusan-keputusan agak lambat. Kalau diserahkan kepada lembaga, apabila mesyuarat, katalah seminggu sekali atau dua minggu sekali dan di bawah lembaga ada Jawatankuasa Kredit dan sebagainya, keputusan-keputusan cepat dibuat tetapi melalui proses ini akan lambat dan dalam bidang pemiagaan, proses yang lambat ini akan menentukan nilai operasi sama ada naik ataupun turun.

Yang keempat di bawah Sahagian Ill mengenai dengan peruntukan menyekat perniagaan institusi yang ditetapkan. Saya melihat dari segi institusi baru mungkin bahagian operational boleh dilaksanakan dengan mudah tetapi bagaimana dengan institusi yang telah sedia ada. Kita tahu Bank Pertanian umpamanya mempunyai masalah yang cukup besar. Dari segi aset kita dapati melabur dalam unit trust dalam jumlah yang banyak ratus juta dan sekarang ini menghadapi masalah dan membuat pelaburan yang bukan-bukan. Nilai pelaburan telah merosot. Bagaimanakah bahagian ini hendak dilaksanakan terutamanya dalam konteks Bank Pertanian yang pada fikiran saya perlu melakukan satu penyusunan yang biasanya kita panggil revamp sistem terse but. DR.11.12.2001 119

Yang kelima mengenai dengan juruaudit. Juruaudit dan akaun, Sahagian VII ini. Kita sedar bahawa laporan audit dan laporan akaun yang segera itu amat perlu dan dalam konteks bank sebagai satu institusi yang besar dan juga panting, saya mengesyorkan supaya audit ini dibuat secara interim. Jangan tunggu pada hujung tahun. Kalau boleh biasanya interim dalam enam bulan, buat dalam tiga bulan sekali. lni sebenarnya tidak merugikan kerana kalau buat interim audit tiga bulan.

Akhirnya digabung sudah menjadi satu akaun yang telah diaudit dan pada akhir tahun memerlukan tiga bulan untuk membuat auditing dengan adanya interim, masa tersebut boleh dijimatkan tetapi yang pentingnya dengan adanya interim auditing ini, kita dapat gambaran kedudukan dan rekod aset dan liabiliti dalam waktu tiga bulan sekali. lni akan dapat pihak Bank Negara Malaysia untuk menyelia ataupun melihat di manakah kelemahan-kelemahan.

Yang akhir sekali yang keenam, mengenai dengan menyiarkan akaun dalam sekurang-kurangnya dua akhbar, saya am at mengalu-alukan sistem transparency yang dilakukan dan harap sistem ini akan dapat diperluas kepada agensi-agensi lain.

Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Ya, Satang Lupar. [Disampuk] Ya, baik, baik.

5.46 ptg.

Tuan Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [Batang Lupar]: Terima kasih Tun kerana saya ingin hendak menyentuh dua perkara sahaja. Satu perkara saya berharaplah apabila institusi kewangan pembangunan ini telah diluluskan nanti, kelulusan-kelulusan daripada Bank Pembangunan kerana kalau Bank Pembangunan di bawah bidang kuasa perundangan ini dapat disenangkan sedikit oleh kerana banyak dana-dana kerajaan telah disalurkan menerusi Bank lndustri Malaysia umpamanya apabila masyarakat Malaysia cuba hendak menggunakan dana-dana itu tetapi tidak dapat kelulusan oleh kerana pengawalseliaan atau pengauditan cara mengeluarkan pinjaman itu amat ketat sekali, itu harapan saya yang pertama.

Yang kedua, ringkas saja cerita saya ini, tidak sampai pun tiga minit mungkin. Jadi kawan-kawan pun kata bagus sudah banyak galakan, patutnya petang ini disuruh panjang cerita.

lni soal Seksyen 17 pemindahan harta tidak alih. Apabila persoalan harta tidak alih ini dibangkitkan, dua perkara yang perlu diambil perkiraan iaitu pertama, soal peruntukan di bawah Court of Judicature Act. Yang kedua Perlembagaan Malaysia yang mana soal tanah adalah di Sarawak, di Semenanjung dan di Sabah. Jadi kalau perkara ini diperbincangkan, soal jurisdiction Mahkamah Tinggi adalah terbatas. Mahkamah Tinggi Semenanjung atau digelar Mahkamah Malaya hanya berhak untuk memberi arahan kepada kes-kes di Semenanjung berhubung dengan hak-hak tanah di Semenanjung dan begitulah seterusnya di Sarawak dan untuk di Sabah kerana dua peringkat mahkamah ini.

Jadi ini masih diiktiraf oleh Perlembagaan. Jadi di sini disebut Mahkamah Tinggi sahaja, macam mana kalau satu penguatkuasaan itu dibuat oleh Mahkamah Tinggi di Tanah Melayu dan merangkumi tanah-tanah di Sarawak dan Sabah, ini juga mendatangkan satu percanggahan Perlembagaan berlaku.

Jadi saya hendak bertanya dengan pihak kementerian bagaimanakah penyelarasan dan prosedur supaya masalah Court of Judicature Act dan Perlembagaan ini tidak akan bercanggah demi untuk menyelaraskan bidang kuasa Mahkamah Tinggi Malaysia. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Timbalan Menteri Menjawab.

4.49 ptg. 120 DR.11.12.2001

Dato' Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh: Terima kasih Yang Berhormat. Saya ingin menjawab soalan Yang Berhormat bagi Tambun daripada yang bawah mengenai siaran akhbar dalam dua bahasa, dua akhbar, Yang Berhormat bagi Tambun bersetuju dan saya ucapkan terima kasih. Mengenai Interim Audit quarterly, saya bersetuju kalau dapat perkara ini kita lakukan supaya data-data itu semasa, bukan penghujung tahun.

Mengenai aspek-aspek penting dalam Rang Undang-undang IKP ini ialah struktur kawal selia yang fleksibel. lni penting kerana setiap IKP mempunyai peranan khusus dan beroperasi dalam struktur yang berbeza. Oleh itu, kita memberi kuasa kepada menteri untuk menyesuaikan struktur kawal selia di setiap IKP dengan ciri-ciri unik terdapat pada IKP berkenaan tetapi pengawalseliaan itu akan mengambil kira keupayaan IKP untuk memenuhi keperluan kawal selia yang ditetapkan secara berperingkat-peringkat. Apa yang kita hendak harapkan di sini ialah, prinsipnya sama tetapi yang lain-lain itu mengikut kemampuan IKP yang berkenaan.

Kedudukan IKP yang di katakan tadi memang ya bahawa Bank lndustri Teknologi Malaysia Berhad, Bank Pembangunan lnfrastruktur Malaysia Berhad, Malaysian Export Credit Insurance Berhad, Bank Kerjasama Malaysia Berhad adalah di bawah aset 13 IKP tetapi kita mulakan dengan lima dahulu dan selepas itu kita beransur-ansur kepada IKP yang lain.

Yang Berhormat bagi Satang Lupar telah membangkitkan perkara yang selalu disentuh semasa kita membincangkan masalah Danaharta, dahulu pun kita bangkitkan kalau misalnya harta-harta atau tanah-tanah yang berkenaan di Sabah dan Sarawak yang mempunyai kuasa negeri itu sendiri. Jadi, perkara ini akan kita bawa kepada Majlis Tanah Negara untuk membincangkannya. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang­ undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan.

Rang undang-undang dibaca kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa.

Dewan bersidang sebagai Jawatankuasa.

[Tuan Yang di-Pertua mempengeruslkan Jawatankuasa}.

Fasal 1 hlngga 130 diperintahkan jadi sebahagian daripada Rang Undang­ undang.

Jadual diperintahkan jadi sebahagian daripada Rang Undang-undang.

Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.

RANG UNDANG-UNDANG LEMBAGA KEMAJUAN PERINDUSTRIAN MALAYSIA (PEMERBADANAN) (PINDAAN) 2001 Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

5.54 ptg.

Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan lndustri [Datuk Fu Ah Kiow]: Tuan Yang di-Pertua, saya memohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (Pemerbadanan) (Pindaan) 2001, dengan izin, Malaysian Industrial Development Incorporation (Amendment) Act 2001 dibacakan kali yang kedua. DR.11.12.2001 121

Tuan Yang di-Pertua, Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) telah ditubuhkan dalam tahun 1997 dan diperbadankan sebagai sebuah badan berkanun di bawah Akta Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (Pemerbadanan) 1995 (Disemak) pada tahun 1989. MIDA merupakan agensi utama kerajaan dalam menggalak dan menyelaras pembangunan perindustrian di Malaysia.

Di antara fungsi-fungsi utama MIDA adalah untuk menggalakkan pelaburan asing dan tempatan dalam sektor perkilangan dan perkhidmatan yang berkaitan dengan sektor perindustrian, merancang pembangunan perindustrian negara, menilai permohonan bagi lesen pengilang, insentif, jawatan asing, pengecualian cukai bagi komponen dan mesin serta membantu syarikat-syarikat perkilangan dalam melaksanakan projek masing-masing.

Selaras dengan perkembangan pesat sektor perindustrian dan dalam usaha mempertingkatkan lagi peranan MIDA sebagai sebuah agensi yang efisien dan profesional, maka pindaan-pindaan yang sewajarnya perlu dibuat ke atas akta yang sedia ada.

Pindaan-pindaan dibuat bagi merangkumi fungsi-fungsi tambahan MIDA yang tidak diliputi dalam akta yang sedia ada. Antara pindaan-pindaan utama adalah:-

(a) peruntukan mengenai penubuhan Lembaga, menjelaskan tanggungjawab Lembaga termasuk pelantikan anggota Lembaga oleh Menteri dan tanggungjawab Lembaga dalam memberi pandangan terhadap polisi yang berkaitan dengan fungsi dan tugas MIDA;

(b) peruntukan mengenai pelantikan Ketua Pengarah serta menggariskan tanggungjawab Ketua Pengarah;

(c) memperluaskan fungsi Lembaga yang juga meliputi sektor perkhidmatan yang berkaitan dengan perindustrian termasuk memberi perkhidmatan perundingan bagi tujuan latihan dan bantuan teknikal selaras dengan program kerjasama Selatan-Selatan;

(d) peruntukan mengenai kuasa Lembaga mewakilkan kuasanya kepada Pengerusi, Ketua Pengarah atau mana­ mana anggota Lembaga bila perlu serta melantik jawatankuasa-jawatankuasa berkaitan hal-hal pentadbiran.

Tuan Yang di-Pertua, pindaan-pindaan juga dibuat selaras dengan keperluan bagi badan-badan berkanun seperti peruntukan baru yang mewujudkan Kumpulan Wang Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia serta kuasa untuk membelanjakan kumpulan wang tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, MIDA adalah penting kepada negara kerana perlu menerajui sektor perkilangan sebagai penggerak utama kepada pertumbuhan ekonomi negara. Sektor perkilangan perlu ditingkatkan bagi mencapai matlamat Wawasan 2020, Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (OPP3) dan Pelan lnduk Perindustrian Kedua (MP2).

Tuan Yang di-Pertua, dengan adanya pindaan-pindaan ke atas Akta Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (Pemerbadanan) 1995, dijangkakan pelaksanaan dasar-dasar pembangunan sektor perindustrian yang akan dijalankan oleh MIDA akan lebih jelas, teratur dan telus. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan [Tuan Hashim bin Ismail]: Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong.

Tuan Yang di-Pertua: Balk. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah Rang Undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Lembaga 122 DR.11.12.2001

Kemajuan Perindustrian Malaysia (Pemerbadanan) 1995 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk di bahas. Ya, Tambun.

5.58 ptg.

Dato' Haji Ahmad Husni bin Mohd. Hanadzlah [Tambun]: Tuan Yang di­ Pertua, tiga minit setengah ya Tuan Yang di-Pertua?

Tuan Yang di-Pertua: Ya.

Dato' Haji Ahmad Husni bin Mohd. Hanadzlah: Saya tidak berapa jelas tentang seksyen 10 tadi Tuan Yang di-Pertua, untuk menubuhkan Malaysian Industrial Development Authority Fund tidak dapat penjelasan daripada Yang Berhormat. Kedua, di bawah seksyen 3, Akta 397, saya juga kurang jelas memperluas kuasa Lembaga dengan membenarkan Lembaga membuat kontrak untuk memperolehi harta dan untuk membuat urusan tentang harta.

Saya membangkitkan perkara ini, Tuan Yang di-Pertua, sekiranya ini bermakna MIDA akan berpindah kepada dunia korporat. Jadi, saya tidak bersetuju kalau itu maksud daripada boleh memperolehi harta. Ketiga, Tuan Yang di-Pertua, mengenai dengan beberapa projek yang dilaksanakan oleh MIDA. Antaranya projek fabrikasi wafer. lni dibangkitkan lebih kurang lima tahun lalu dalam belanjawan di antara bidang-bidang baru yang diterokai oleh negara-negara kita adalah bidang fabrikasi wafer dan saya difahamkan banyak daripada badan-badan dan institusi-institusi pembangunan yang ditubuhkan oleh kerajaan untuk melaksanakan projek ini tidak mencapai kejayaan dan bagaimanakah dengan yang dilakukan oleh MIDA?

Akhir sekali mengenai dengan perubahan kepada struktur perindustrian negara daripada perindustrian kepada hi-tech. Kita tahu bahawa antara tugas MIDA ialah untuk melakukan penyelidikan dan juga untuk mewujudkan usahawan ataupun projek berasaskan kepada penyelidikan tersebut. Dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini, apakah peranan MIDA dalam soal itu kerana saya cuba mengaitkan tentang prestasi sektor swasta yang agak rendah; bagaimanakah MIDA sepatutnya memainkan peranan; di samping itu peranan MIDA dalam konteks untuk memastikan pelabur asing sentiasa melihat Malaysia sebagai pusat pelaburan yang baik.

Saya ada membangkitkan perkara ini dan jawapan daripada Setiausaha Parlimen menyatakan dari segi relatif ada peningkatan dari segi FDI tahun ini berbanding dengan tahun lalu. lni memang betul, tetapi dalam konteks ini kita mesti melihat dari segi komparatif - ke manakah FDI pergi? Kalau dahulu jumlah yang diperolehi oleh negara Asia sebahagian besar datang ke negara kita tetapi sekarang sebahagian besar pergi ke negara China dan negara lain, dan jumlah untuk negara kita kecil.

Secara relatif betul daripada tahun ke tahun jumlah yang kita perolehi lebih besar sekarang daripada dahulu, tetapi secara komparatif peratus yang kita perolehi untuk kawasan Asia yang datang ke negara ini sebenarnya telah merosot - kurang dibandingkan dengan tahun sebelumnya. lni menandakan bahawa dari segi jangka panjang negara kita bukan merupakan negara yang menarik untuk FDI. Secara relatif sekarang memang betul tinggi tetapi pada masa akan datang kedudukan itu akan terjejas. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Setiausaha Parlimen jawab.

6.02 ptg.

Datuk Fu Ah Kiow: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih atas perbahasan daripada Yang Berhormat bagi Tambun. lngin saya menjelaskan, di dalam Fasal 10 mengenai dengan penubuhan Lembaga ataupun Board, ingin saya menjelaskan di bawah akta lama sebab akta lama telah diubah pada tahun 1995. Masa itu kita ada Board juga tetapi namanya tidak dipanggil dengan Board. Nama cuma kita pakai perkataan "Authority''. Authority juga dipakai sebagai satu authority untuk MIDA, dan di bawah Authority ada juga satu Board tetapi namanya tidak dinamakan Board. Jadi DR.11.12.2001 123 dalam pindaan akta baru ini pindaan ini kita perbetulkan supaya Authority itu dinamakan Board atau Lembaga. Dengan pindaan ini maka adalah lebih jelas bahawa MIDA ada satu lembaga.

Yang kedua, mengenai dengan kuasa yang diberi kepada Lembaga untuk memperolehi harta, sama ada ini akan menjadikan MIDA dikorporatkan sebagai satu korporat swasta. lngin saya menjelaskan bahawa di sini, ini adalah salah satu peruntukan yang diberi kepada badan berkanun dan ini tidak bertujuan untuk menjadikan MIDA sebagai satu pihak swasta atau satu pihak yang akan diswastakan pada masa yang akan datang. lni cuma satu peruntukan di mana ia akan memberi kuasa kepada MIDA menubuhkan satu tabung dan MIDA boleh memperolehi harta untuk kegunaan MlDA dalam menjalankan fungsi mereka dan bukan untuk tujuan komersial.

Penjelasan yang ketiga ialah tentang ''fab". Tuan Yang di-Pertua, ingin saya menjelaskan bahawa setakat ini MIDA telah menggalakkan penubuhan syarikat fab sebab ini adalah sesuatu subsektor di mana kandungan teknologinya adalah amat tinggi, dan kita berharap dengan penubuhan industri-industri fab kita akan mendapat manfaat daripada pemindahan teknologi daripada syarikat antarabangsa. Setakat ini ada dua syarikat fab telah ditubuhkan; yang pertama ialah Syarikat First Silicon Sdn. Bhd. di Samajaya, Kuching, Sarawak, dan kedua ialah Sitrah Malaysia Sdn. Bhd. di Kulim, Kedah dan kedua-duanya sedang dijalankan mengikut rancangan asal walaupun pada masa ini kita sedang menghadapi kelembapan permintaan daripada Amerika Syarikat tetapi ia tetap dijalankan dengan terancang dan kita yakin apabila ekonomi Amerika Syarikat pulih maka permintaan akan juga pulih kepada tahap yang telah dirancang pada tahap awal.

Mengenai dengan FDI atau pelaburan asing, Yang Berhormat bagi Tambun kata peratusan kita mungkin telah kurang. Saya ingin menjelaskan di sini, kalau mengikut Industrial Master Plan Yang Kedua - Pelan lnduk Perindustrian Yang Kedua, sasaran kita telah pun dicapai dalam tempoh 1996 hingga tahun 2000 ia telah melebihi RM25 bilion setahun dalam pelaburan-pelaburan yang telah kita rancangkan. Walaupun saya tidak nafikan bahawa baru-baru ini banyak pelaburan telah beralih, yang memberi tumpuan kepada negara China kalau bandingkan dengan pelaburan yang dapat ditarik oleh kawasan ini.

Tentang peratusan pelaburan yang kita dapat tarik ke Malaysia berbanding dengan masa lampau, kita kena sedari bahawa kalau dahulu pelaburan ke rantau ini dan ke kawasan ini mungkin lebih kecil dan apabila negara China membuka pasaran mereka, mereka mempunyai pasaran dalaman yang besar dan juga tenaga manusia yang lebih banyak dan upah yang lebih rendah, maka menjadi satu hakikat bahawa memang peratusan jumlah pelaburan yang kita dapat tarik ke Malaysia ini adalah lebih rendah daripada dahulu tetapi kuantum yang kita dapat tarik masih memenuhi perancangan asalnya.

Jadi Malaysia tetap menjadi satu pusat yang dapat menarik pelaburan asing ke kawasan ini. Jadi itu sahaja, saya harap dapat menjawab perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat bagi Tambun. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa Rang Undang­ undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang, hendaklah disetujukan.

Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.

Rang Undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa.

Dewan bersidang sebagi Jawatankuasa.

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa} 124 DR.11.12.2001

Fasal 1 hingga 18 diperintahkan jadi sebahagian daripada Rang Undang­ undang.

K.ang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan: dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan. I

RANG UNDANG-UNDANG PANGLIMA GAGAH BERANI (ELAUN KENANGAN) 2001 Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

6.11 ptg.

Timbalan Menteri Pertahanan [Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan bahawa Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Eiaun Kenangan) 2001 dibacakan kali yang kedua sekarang.

Tuan Yang di-Pertua, Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Eiaun Kenangan) 2001 adalah bertujuan untuk mengadakan peruntukan mengenai pemberian elaun kenangan kepada penerima-penerima Darjah Kebesaran Panglima Gagah Berani dan untuk perkara-perkara yang berkaitan dengannya selaras dengan keputusan jemaah Menteri pada 20 Jun 2001 seperti berikut:-

(i) supaya penerima-penerima Darjah Kebesaran Panglima Gagah Berani diberi elaun kenangan sebanyak RM300 setiap bulan seumur hidup;

(ii) jika darjah kebesaran itu dianugerahkan secara posthumous waris bagi penerima elaun kenangan sebanyak RM15,000 sekali pemberian sahaja; dan

(iii) supaya elaun kenangan berkuat kuasa mulai 9 Jun'1983.

Cadangan Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Eiaun Kenangan) 2001 ini telah diluluskan oleh Mesyuarat Jemaah Menteri pada 5 Disember 2001.

Tuan Yang di-Pertua, Darjah Kebesaran Panglima Gagah Berani adalah darjah kebesaran yang kedua tertinggi di antara darjah-darjah kebesaran jenis gagah berani yang diwujudkan di peringkat Persekutuan di mana Darjah Kebesaran Seri Panglima Pahlawan Gagah Perkasa merupakan darjah kebesaran janis gagah berani yang tertinggi sekali. Darjah Kebesaran Panglima Gagah Berani dikurniakan kepada sesiapa sahaja yang telah menunjukkan keberanian yang luar biasa dalam menghadapi musuh. Kebanyakan penerima anugerah ini adalah terdiri daripada anggota pasukan keselamatan yang telah mencurahkan jasa bakti mereka menjaga keselamatan negara daripada ancaman Parti Komunis Malaya dan musuh negara.

Sungguhpun jasa mereka telah diberi pengiktirafan oleh negara dengan pengurniaan darjah kebesaran tetapi ianya akan lebih bermakna jika disusuli dengan pemberian Elaun Kenangan sebagai sumbangan kerajaan untuk mengenang jasa keberanian dan kepahlawanan mereka dalam menjaga kedaulatan negara dan juga untuk mengurangkan bebanan kewangan waris kepada penerima yang terkorban demi mempertahankan keamanan dan kedaulatan negara.

Di samping itu, ianya juga memberi penghargaan bersama dengan rakan seperjuangan mereka yang mendapat Elaun Kenangan melalui kurniaan darjah kebesaran seperti Pahlawan Gagah Perkasa. Elaun Kenangan yang akan diberikan kepada penerima Darjah Kebesaran Panglima Gagah Berani ialah RM300 sebulan bagi penerima masih hidup, manakala RM15,000 sekali sahaja kepada waris penerima secara posthumous award atau yang telah meninggal dunia. Tarikh berkuat kuasa pemberian elaun kepada penerima Darjah Kebesaran Panglima Gagah Berani ini disamakan dengan tarikh pemberian elaun kepada penerima Darjah Kebesaran Seri DR.11.12.2001 125

Pahlawan Gagah Perkasa iaitu pada bulan Jun 1983 kerana tarikh zahir bagi kedua­ dua darjah kebesaran ini ialah sama iaitu pada 29 Julai 1960.

Tuan Yang di-Pertua, rang undang-undang ini terbahagi kepada sembilan fasal seperti yang tertera di dalam Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani. Saya mohon mencadangkan.

Tuan Yang di-Pertua: Sokongan?

Timbalan Menteri Sumber Manusia [Dr. Abdul Latiff bin Ahmad]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Tuan Yang di-Pertua: Ya, Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk mengadakan peruntukan mengenai pemberian Elaun Kenangan kepada penerima-penerima Darjah Kebesaran Panglima Gagah Berani dan untuk perkara-perkara yang berkaitan dengannya dibaca kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas. Yang Berhormat bagi Sipitang.

6.15 ptg.

Datuk Dr. Haji Yusof bin Haji Yacob [Sipltang]: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Jangan panjang sangat ya.

Datuk Dr. Hajl Yusof bin Haji Yacob: Pendek sahaja, Tuan Yang di-Pertua. Saya mengucapkan terima kasih di atas peluang ini. terima kasih di atas Rang Undang-undang Pingat Pahlawan Gagah Berani ini. Saya mengalu-alukan keprihatinan kerajaan di atas kelulusan rang undang-undang ataupun akta ini yang membolehkan menerima elaun. Tetapi saya ingin minta penjelasan sedikit, kriteria untuk penerima itu bagaimanakah kriteria yang ditetapkan dan apakah ini merangkumi juga yang bukan berhadapan dengan musuh, misalnya orang-orang tertentu, misalnya Dato' Azhar Mansor, dia memang berani melalui lautan seorang diri.

Tuan Yang di-Pertua, saya berharap supaya perkara ini dikaji semula diberikan kepada orang-orang yang betul-betul be~asa bukan sahaja berani dari segi berhadapan dengan musuh tetapi mengharumkan negara, ini yang juga yang luar biasa, maknanya atas keberanian mereka telah menaikkan imej negara. Lagi satu ialah mengenai dengan pingat ini diberi kepada bukanlah semudah digambarkan oleh orang­ orang tertentu, misalnya sekarang ini Dato', Tan Sri berlambak-lambak. Kalau boleh tidak semestinya ada gelaran kepada orang itu, orang biasa, orang kecil pun kita beri, asalkan ia dapat menyumbang atau dikatakan sebagai gagah berani. Saya mohon menyokong.

Tuan Yang di-Pertua: Ya, Yang Berhormat bagi Satang Lupar.

6.17 ptg.

Tuan Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [Batang Lupar]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya menyambut baik tindakan kerajaan tetapi walau bagaimanapun Tuan Yang di-Pertua, pemberian amaun RM15 ribu sekali gus adalah amat kecil sekali kepada yang telah meninggal dunia. Komander saya dahulu Tuan Yang di-Pertua, mati tertembak dalam tahun 1973 oleh komunis di Sarawak mendapat Bintang Gagah Berani. Jadi, dengan RM15 ribu sekali gus diberi meninggal pada tahun 1973, bermula bulan Jun 1983 ini adalah amat kecil kepada keluarga yang malang ini. Malang oleh kerana keberanian beliau menghadapi musuh.

Dalam masa yang sama Tuan Yang di-Pertua, soal apa maknanya keberanian sebagaimana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat bagi Sipitang saya juga bersetuju, kadang-kadang yang dikatakan berani ini dinilai oleh komander ataupun pegawai pemimpin satu-satu pasukan. Pasukan saya dahulu dipimpin oleh seorang pegawai yang mengatakan risiko mati dan luka semasa peperangan ini adalah satu risiko profesional dan tidak diheboh-hebohkan. Jadi, banyaklah orang kita luka, mati 126 DR.11.12.2001 dan sebagainya tidak mendapat amaun, salah seorang daripadanya ialah anak dalam platun saya semasa kami ambush di Tulai, di Binatang tidak mendapat apa-apa sampai sekarang keluarga itu pun tidak mendapat apa-apa bantuan oleh kerana konsep pandangan Kompeni Komander kami Johny Mustafa pada ketika pada tahun 1971 mengatakan adalah risiko peperangan dengan musuh. Walaupun beliau sendiri mendapat maut pada tahun 1973.

Jadi, persoalan saya macam mana pandangan kerajaan sama ada kita melihat semula perkara-perkara ini. Saya tidaklah hendak mengatakan saya sendiri sepatutnya menerima RM300 walaupun saya salah seorang yang telah terselamat dalam ambush yang sedemikian, yang mana anak buah saya seorang mati, seorang luka parah dan sebagainya. Jadi, dalam keadaan yang sedemikian Tuan Yang di-Pertua kita kena menilai semula sebagaimana yang disebutkan oleh Yang Berhormat bagi Sipitang apakah RM15 ribu ini cukup dan adakah RM300 ini cukup dan apakah status soal protokolnya, seorang penerima ini adalah di hadapan apabila menerima daripada Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong tetapi apabila menghadiri satu-satu majlis mereka ini duduklah di belakang sekali, tidak mendapat pengiktirafan kerajaan yang tertentu dalam majlis-majlis kerajaan.

Dalam keadaan yang sedemikian, saya mencadangkan supaya arahan yang tertentu dibuat oleh pihak kementerian supaya mereka yang menerima bintang Gagah Berani ini dikelaskan sekurang-kurangnya duduk bersama dengan Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri kerana mereka ini juga telah memperjuangkan nasib rakyat dan kadang-kadang telah menggadaikan nyawa mereka. Begitulah juga kepada isteri­ isteri mereka. Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Parit Sulong. Kita ada 10 min it lagi Yang Berhormat. [Ketawa] Ada satu lagi rang undang-undang dan satu usullagi. Ya, sila.

6.21 ptg.

Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad [Parit Sulong]: Saya dua minit sahaja Tuan Yang di-Pertua. Hanya dua, tiga minit sahaja, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Ya, sila.

Datuk Ruhanle bin Haji Ahmad: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua, saya cuma merakamkan tahniah kepada pihak kerajaan kerana memikirkan, memberikan keprihatinan kepada orang-orang ini khususnya orang-orang yang telah pun berjuang bermati-matian untuk memerdekakan negara, membebaskan negara daripada musuh­ musuh.

Saya tahu hal ini Tuan Yang di-Pertua, kerana saya waktu kecil, saya besar dalam waktu kerajaan, negara kita dalam zaman darurat dan kawasan saya adalah salah satu kawasan hitam di mana kalau tidak ada sumbangan pasukan keselamatan sama ada volunteer reserve ataupun special constable, saya rasa agak sukar untuk kita melihat kemerdekaan tanah air. Dan, mungkin agak sukar untuk kita melihat corak bangsa kita, negara kita adalah yang pelbagai seperti hari ini.

Saya berharap kelulusan ini tidak akan diputarbelitkan oleh pihak pembangkang yang sentiasa - sebagai rekod dalam Dewan, dia pun tidak ada seorang pun dalam Dewan - yang sentiasa memutarbelitkan soal, isu perkara yang boleh menjadikan marah kepada khususnya pasukan-pasukan atau anggota-anggota veteran. Dengan itu saya menyokong. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Ya, Timbalan Menteri menjawab.

6.22 ptg.

Timbalan Menteri Pertahanan [Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal]: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua dan saya mengucapkan terima kasih kepada rakan­ rakan yang telah membahaskan rang undang-undang ini. DR.11.12.2001 127

Yang Serhormat bagi Sipitang telah membangkitkan tentang kriteria. Seperti yang saya sebutkan di peringkat awal kriteria pada setakat ini ialah kita memperhitungkan tentang jasa khidmat bakti mereka, tentang keberanian, keunggulan mereka dalam ..... ~mpertahankan keselamatan negara. Saya rasa semenjak daripada awal anugerah ini telah diwujudkan ialah semata-mata untuk menyatakan, meletakkan penghargaan kerajaan dan juga rakyat terhadap mereka-mereka yang telah tergugur.

Setakat ini kita tidak mengambil kira tentang perkara-perkara apa yang telah disebutkan oleh Yang Serhormat tadi mengenai dengan sama ada pelayar yang terkenal, yang memperluaskan. Kita hanya mengambil perhitungan tentang keberanian seperti yang saya disebutkan, mempertahankan keselamatan dan ancaman-ancaman yang boleh memudaratkan ketenteraman negara kita.

Yang Serhormat bagi Satang Lupar juga membangkitkan perkara yang sama dengan Yang Serhormat bagi Sipitang tentang kadar ini perlu dikaji semula. Tetapi setakat ini kita rasa memadailah dengan apa yang kita berikan dan seperti Yang Serhormat bagi Satang Lupar juga memperkatakan beliau juga layak mendapat - saya rasa kerajaan telah mengambil kira tentang sumbangan beliau, sehingga pada hari ini beliau telah dilantik menjadi Ahli Dewan Rakyat mewakili Satang Lupar kerana kita mengenang jawa beliau. Di samping bukanlah setakat sumbangan RM15 ribu, kita juga mengambil kira keluarga mereka, anak-anak mereka, tentang biasiswa dan pemberian bantuan tidak putus. Tidak bererti bahawa RM15 ribu ini adalah pemberian yang full stop, dengan izin, akan ada bantuan-bantuan yang lain yang akan diberikan. Segitu juga Yang Serhormat bagi Parit Sulong yang telah membangkitkan perkara dan pandangan beliau dan saya akan mengambil perhatian.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Serhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang­ undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan.

Rang Undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa.

Dewan bersidang sebagai Jawatankuasa.

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa]

Fasal 1 hingga 9 diperintahkan jadi sebahagian daripada Rang Undang­ undang. Rang Undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.

RANG UNDANG-UNDANG SERI PAHLAWAN GAGAH PERKASA (ELAUN KENANGAN) (PINDAAN) 2001 Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

Timbalan Menteri Pertahanan [Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan Rang Undang-undang bemama suatu akta untuk meminda Akta Seri Pahlawan Gagah Perkasa (Eiauan Kenangan) 1990 dibacakan kali yang kedua sekarang.

:- Tuan Yang di-Pertua: Saik.

Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal: Tuan Yang di-Pertua, pindaan kepada Akta Seri Pahlawan Gagah Perkasa (Eiaun Kenangan) 1990 perlu dibuat selaras dengan keputusan Jemaah Menteri pada 20 Jun 2001 bahawa Elaun Kenangan kepada penerima-penerima Darjah Kebesaran Seri Pahlawan Gagah Perkasa dinaikkan daripada RM200 kepada RM400 setiap bulan seumur hidup berkuat kuasa mulai Jun 1983. Selaras dengan itu satu Rang Undang-undang Seri Pahlawan Gagah Perkasa 2001 diwujudkan. 128 DR.11.12.2001

Tuan Yang di-Pertua, Darjah Kebesaran Seri Pahlawan Gagah Perkasa merupakan Darjah Kebesaran jenis gagah berani yang tertinggi sekali mengikut susunan kekananan anugerah-anugerah Persekutuan. Darjah Kebesaran ini dikumiakan kepada sesiapa sahaja yang telah menunjukkan keberanian yang luar biasa dalam menghadapi musuh. Kebanyakan penerima anugerah ini adalah terdiri daripada anggota pasukan keselamatan yang telah mencurahkan jasa bakti mereka menjaga keselamatan negara daripada ancaman Parti Komunis Malaya.

Bagi anggota pasukan keselamatan, pengurniaan Darjah Kebesaran 1m merupakan penghormatan yang tertinggi sekali. Penerima-penerima Darjah Kebesaran ini adalah pahlawan-pahlawan negara yang telah mencurahkan jasa dan bakti yang tidak ternilai sumbangannya. Mereka mempertaruhkan nyawa menghadapi musuh dengan penuh taat setia demi untuk keselamatan negara.

Tuan Yang di-Pertua, melalui Akta 439, Akta Seri Pahlawan Gagah Perkasa (Eiaun Kenangan) 1990, penerima Darjah Kebesaran Seri Pahlawan Gagah Perkasa telah diberikan Elaun Kenangan sebanyak RM200 sebulan seumur hidup kepada penerima yang masih hidup atau sebanyak RM20 ribu sekali sahaja kepada waris penerima yang penganugerahannya dibuat secara posthumous atau yang telah meninggal dunia. Pemberian elaun ini telah mula dikuat kuasa mulai bulan Jun 1983.

Dalam hubungan ini, kadar elaun kenangan yang diberikan kepada penerima­ penerima Darjah Kebesaran ini difikirkan wajar dinaikkan daripada RM200 kepada RM400 sebulan bagi penerima yang masih hidup memandangkan kepada kenaikan kos saraan hidup pada masa ini. Di samping itu, kadar RM400 sebulan ini adalah selaras dengan kedudukan dasar Darjah Kebesaran itu sendiri yang lebih tinggi daripada Darjah Kebesaran Seri Pahlawan Gagah Perkasa yang diberi elaun kenangan RM300 sebulan. Peruntukan utama rang undang-undang ini adalah seperti yang tertera di dalam rang undang-undang ini. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

Timbalan Menteri Sumber Manusia [Dr. Abdul Latiff bin Ahmad): Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bemama suatu akta untuk meminda Akta Seri Pahlawan Gagah Perkasa (Eiaun Kenangan) 1990, dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.

Ya, Seri Gading, masa sudah cukup Yang Berhormat. Nanti kejap, nanti kejap. Mengikut Peraturan Mesyuarat 12(3) saya menggunakan kuat kuasa saya dilanjutkan mesyuarat selama 15 minit lagi. Sila, Seri Gading.

6.29 ptg.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya bangun untuk menyokong Rang Undang-undang Seri Pahlawan Gagah Perkasa (Eiaun Kenangan) 2001. lni satu pengiktirafan daripada pihak kerajaan - tahniah kepada pihak kerajaan sebagai satu penghormatan kepada mereka yang telah berjasa kepada negara. lanya sesuatu yang besar ertinya kepada mereka di atas pengiktirafan kerajaan kepada jasa-jasa mereka.

Oleh yang demikian, saya ucapkan tahniah kepada Kerajaan Barisan Nasional yang peka tentang perkara-perkara seperti ini yang memang bertanggungjawab kepada rakyat, bukan seperti parti pembangkang, hendak membahaskan usul di peringkat akhir ini pun, sudah tidak nampak batang muka mereka kerana mereka sebenarnya hanya berpolitik, tidak mementingkan rakyat dan negara.

Jadi, saya menyokong penuh usul ini. Perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat bagi Satang Lupar, Yang Berhormat bagi Sipitang dan Yang Berhormat bagi Parit Sulong dalam membahaskan Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani itu tadi boleh dijadikan sedikit sebanyak panduan oleh kerajaan dalam mengemaskinikan lagi perkara-perkara yang berkaitan dengan pemberian elaun kenangan 2001 bagi Seri Pahlawan Gagah Perkasa ini. Ucapan tahniah kepada DR.11.12.2001 129 kerajaan atas membawa usul yang sangat baik untuk rakyat dan orang-orang yang berjasa kepada negara ini.

Dan akhirnya, bagi pihak Backbenchers dan juga Ahli-ahli Parlimen yang lain daripada Barisan Nasional mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada Yang Berhormat Tun Dr. Mohamed Zahir dan timbalan-timbalannya yang telah pun mengendalikan dan dapat menjalankan tugas di Dewan ini dengan penuh bijaksana dan dedikasi sehingga perjalanan Parlimen kita ini dapat dilangsungkan dengan sempurna.

Saya amat bangga di bawah kepimpinan Yang Berhormat Tun Dr. Mohamed Zahir yang memimpin persidangan Dewan Rakyat ini dengan penuh tertib, dengan penuh menuju perkara-perkara peraturan dan undang-undang yang telah sedia terpakai yang dipakai oleh Yang Berhormat Tun Dr. Mohamed Zahir dan juga timbalan­ timbalannya untuk menentukan bahawa perjalanan Parlimen ini sesuai dengan kehendak Perlembagaan dan juga peraturan-peraturan Dewan.

Akhirnya, saya juga bagi pihak rakan-rakan Ahli Parlimen Barisan Nasional mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada Yang Berhormat Tun Dr. Mohamed Zahir dan Timbalan-timbalan Yang di-Pertua dan seluruh kakitangan Parlimen dan juga pegawai-pegawai kerajaan yang bertungkus-lumus [Tepuk] selama setahun ini bersama-sama dengan kerajaan dalam menentukan bahawa pemerintahan negara ini dapat berjalan dengan sempurna.

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin. Terima kasih. Saya menyokong. [Tepuk]

Tuan Yang di-Pertua: Timbalan Menteri menjawab.

6.32 ptg.

Timbalan Menterl Pertahanan [Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal]: Tuan Yang di-Pertua, saya amat menghargai pandangan yang telah diberikan oleh Yang Berhormat bagi Sri Gading dan saya juga sependapat dengan beliau tentang bagaimana pandangan-pandangan yang telah dikemukakan oleh Yang Berhormat bagi Sipitang, Parit Sulong dan juga Batang Lupar.

Oleh kerana tadi 6.30 petang, saya tidak sempat hendak sentuh tentang protokol dan itu juga telah menjadi perhatian kita. Kita telah memaklumkan betapa pentingnya mereka ini telah mengorbankan nyawa dan tenaga mereka semata-mata untuk negara dan juga harus mendapat perhatian sama ada dalam acara-acara yang rasmi. lnsya-AIIah kita di peringkat kementerian akan mengambil perhitungan dan kerajaan akan mengambil perhatian yang amat berat tentang sumbangan mereka kepada negara dan bangsa kita.

Tuan Yang di-Pertua, bagi pihak kerajaan juga, saya mengucapkan jutaan terima kasih di atas perkhidmatan yang cemerlang daripada Yang Berhormat Tun Dr. Mohamed Zahir yang pada sesi ini telah dapat menjalankan sesi dan meluluskan beberapa rang undang-undang. Saya yakin rang undang-undang yang telah kita putuskan di Dewan yang mulia ini akan memberi manfaat kepada rakyat yang begitu ramai di negara ini dan dalam kesempatan ini juga saya mengucapkan Selamat Hari Raya.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.

Rang Undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa.

Dewan bersidang sebagai Jawatankuasa. 130 DR.11.12.2001

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa]

Fasal 1 hingga 5 diperintahkan jadi sebahagian daripada Rang Undang- undang. , Rang Undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan: dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.

USUL MEMINDA JADUAL KEDUA AKTA PROSEDUR KEWANGAN 1957 (PINDAAN 1972)

Menambah Butiran Baru: Kumpulan Wang Amanah Sukan Negara 6.36 ptg.

Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan (Tuan Hashim bin Ismail]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan:

"Bahawa Dewan ini mengikut peruntukan di bawah Seksyen 10(4)(a) Akta Prosedur Kewangan 1957 (Pindaan 1972), membuat ketetapan bersetuju supaya Jadual Kedua Akta tersebut dipinda dengan menambah kepadanya butiran baru seperti berikut:-

'Kumpulan Wang Amanah Sukan Negara'

Tuan Yang di-Pertua, mengikut peruntukan bawah Seksyen 10(4)(a) Akta Prosedur Kewangan 1957 (Pindaan 1972), Dewan Rakyat boleh dari masa ke semasa dengan satu ketetapan meminda, memotong atau menambah kepada Jadual Kedua Akta tersebut.

Malaysia telah mencapai prestasi cemerlang yang tidak pemah dicapai dalam sejarah sukan negara dengan memungut sebanyak 10 pingat emas, 14 pingat perak dan 12 pingat gangsa di sukan yang kedua besarnya di dunia iaitu Sukan Komanwel Yang Ke-16 yang diadakan di Kuala Lumpur pada tahun 1998.

Kejayaan ini adalah hasil daripada Program Jaya 1998 yang dibiayai melalui Akaun Amanah Sukan Negara yang telah menyediakan dana bagi Program Pembangunan Atlet-Atlet Negara. Akaun Amanah Sukan Negara telah ditubuhkan di bawah Seksyen 9 akta Prosedur Kewangan 1957 pada tahun 1994. Tujuannya adalah untuk memperakaunkan sumbangan daripada pihak swasta bagi membiayai pembangunan sukan negara terutamanya bagi penyediaan atlet untuk Sukan Komanwel1998.

Sejumlah lebih kurang RM230 juta telah dibelanjakan sehingga kini daripada Akaun Amanah Sukan Negara untuk maksud pembangunan atlet. Malaysia telah mengemukakan pencalonan untuk menjadi tuan rumah Sukan Olimpik 2008. Selaras dengan hasrat itu adalah wajar pembangunan sukan negara dipertingkatkan lagi.

Untuk membangunkan lebih ramai atlet negara bertaraf dunia dan membantu mereka mencapai prestasi cemerlang di sukan-sukan antarabangsa khasnya Sukan Asia 2006 dan Sukan Olimpik 2008 nanti adalah perlu penyediaan atlet yang berkesan seperti Program Jaya 1998 diteruskan. Bagi menjayakannya satu dana yang tetap, berterusan dan spesifik adalah diperlukan untuk membiayai perbelanjaan yang agak besar itu.

Sumbangan daripada pihak swasta akan terus dialu-alukan. Walau bagaimanapun, peruntukan daripada kerajaan adalah diperlukan untuk membolehkan satu peruntukan yang besar dan berterusan disediakan bagi pembangunan sukan negara. Oleh itu, Akaun Amanah Sukan Negara perlulah ditukarkan kepada Kumpulan Wang Amanah Sukan Negara di bawah Seksyen 10 Akta Prosedur Kewangan 1957 untuk membolehkan peruntukan kerajaan turut disalurkan ke tabung ini. DR.11.12.2001 131

Kumpulan Wang Amanah Sukan Negara ini dicadangkan untuk digunakan bagi membiayai perbelanjaan-perbelanjaan seperti kos latihan atlet negara termasuk atlet kurang berupaya, memberi peluang kepada atlet yang berpotensi untuk bertanding dan berlatih di luar negara, pembangunan pegawai dan jurulatih sukan, mendapatkan jurulatih yang bertaraf dunia, mengadakan latihan pusat yang berkesan, membiayai skim hadiah kemenangan sukan antarabangsa, pembangunan, penyediaan dan penyelenggaraan kemudahan-kemudahan sukan dan membiayai kos perubatan dan kebajikan atlet negara. Kesemuanya ini adalah untuk membolehkan negara ini mencapai prestasi yang cemerlang di bidang sukan. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

Setiausaha Parlimen Kementerian Pendidikan [Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Tuan Yang di-Pertua: Ya. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah satu usul yang dicadangkan oleh Setiausaha Parlimen tadi terbuka untuk dibahas.

Datuk Dr. Haji Yusof bin Haji Yacob: [Bangun]

Tuan Yang di-Pertua: Ya? [Ketawa] Yang Berhormat kita ada 3 minit lagi.

Datuk Dr. Haji Yusof bin Haji Yacob: Satu minit, satu minit sahaja, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Ya, ya.

Datuk Dr. Haji Yusof bin Haji Yacob: Saya mengucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua di bawah rang undang-undang ini iaitu Kumpulan Wang Amanah Sukan Negara.

Saya minta penjelasan sedikit apakah wang ini digunakan juga dalam membentuk ahli sukan misalnya peruntukan untuk makanan dalam jangka panjang, boleh digunakan supaya membina badan yang baik. Dan juga apakah diberi peruntukan yang lebih untuk "head-hunting': bukan seperti sekarang ini tertumpu kepada orang tertentu sahaja. Kalau boleh kita cari di seluruh pelosok Malaysia ini, di kampung-kampung kerana banyak bakat di kampung dan tidak diambil orang-orang tertentu sahaja. Jadi, apakah kalau boleh menyeluruh. Jadi, dengan itu Tuan Yang di­ Pertua, saya mohon menyokong.

6.41 ptg.

Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan [Tuan Hashim bin Ismail): Terima kasih Yang Berhormat bagi Sipitang. ltulah di antara tujuan mengapa tabung ini dipindahkan daripada seksyen 9 kepada seksyen 10 supaya di bawah seksyen 10 ini kerajaan boleh menyalurkan bantuannya secara konsisten. Kerana selama ini bawah seksyen 9, swasta, orang ramai dan orang awam sahaja yang boleh menderma, membantu ataupun menyalurkan bantuan kepada tabung ini. Tetapi apabila kita pindahkan kepada Seksyen 10 maka kerajaan dapat memberi bantuan secara konsisten untuk pembangunan sukan secara menyeluruh dan komprehensif untuk kita membangunkan atlet-atlet kita dalam semua bidang termasuklah makanan dan sebagainya seperti Yang Berhormat sebutkan tadi. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih banyak.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah satu usul atas nama Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan hendaklah disetujukan

Usul dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, sebelum saya menangguhkan mesyuarat, saya terlebih dahulu mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan bagi pihak timbalan-timbalan saya mengucapkan berbanyak-banyak 132 DR.11.12.2001 terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian yang telah pun memberi ke~asama yang banyak kepada kami selama kita berada di sini lebih daripada tiga bulan untuk persidangan ini. Kami mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas kerjasama sehingga selesai urusan-urusan yang diharapkan kepada kita menyelesaikannya.

Selain daripada itu saya juga bagi pihak timbalan saya, kami mengucapkan selamat hari raya dan meminta maaf zahir dan batin sekiranya kami tersilap, salah dan sebagainya. Dan juga saya mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat tahun baru Cina yang akan ada dalam bulan Januari yang akan datang. Moga-moga kita boleh pulang ke persidangan ini diharap-harapkan pada awal tahun hadapan.

Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, sekianlah ucapan saya yang ringkas ini dan saya mengucapkan sekali lagilah Ahli-ahli Yang Berhormat pulang ke rumah masing-masing dengan selamat dalam keadaan yang gembira menyambut hari dan masa yang sangat-sangat meriah ini.

Ahli-ahli Yang Berhormat, mengikut usul yang kita kemukakan tadi iaitu hendaklah kita tamatkan selepas sahaja kita selesai urusan-urusan pada hari ini. Oleh yang demikian, saya menangguhkan mesyuarat ini pada satu masa yang tidak ditetapkan. [Tepuk]

Dewan ditangguhkan pada pukul 6.45 petang. DR.11.12.2001 133

Lampi ran

KENYATAAN AKHBAR OLEH AHLI PARLIMEN KAWASAN BATU GAJAH, FONG PO KUAN PADA 4.12.2001

Penolakan Usul Tergempar Sewenang-wenangnya Di Dalam Kamar Berkenaan Skandal Peperiksaan CLP dan Keperluan Penubuhan Suruhanjaya Siasatan Adalah Satu Penyalahgunaan Kuasa Budi Bicara Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Penyekatan Parlimen berfungsi dan Ahli Parlimen Memainkan Peranannya.

Pada 29.11.2001 saya telah memberi notis kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat berkenaan usul di bawah Peraturan 18 yang akan dikemukakan di dalam Dewan oleh saya. Usul tersebut adalah berbunyi:

"Bahawa Dewan ini membenarkan Ahli Parlimen Kawasan Batu Gajah, Fong Po Kuan, menangguhkan Dewan bagi tujuan membincangkan perkara tertentu berkenaan kepentingan orang ramai yang berkehendak disegerakan, iaitu Skandal Peperiksaan CLP dan Keperluan Penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja Dengan Segera."

Peraturan 18(2) memperuntukkan bahawa " ... Tuan Yang di-Pertua hendaklah menolak permintaan itu kecuali jika dia berpuas hati iaitu perkara itu adalah perkara tertentu, berkehendak disegerakan dan berkenaan kepentingan orang ramal."

Peraturan 18(7)(b)(pindaan baru) memperuntukkan bahawa " ... Tuan Yang di­ Pertua boleh menolak dalam kamar mana-mana usul yang dikemukakan kepadanya jika Tuan Yang di-Pertua berpuas hati bahawa jika sesuatu perkara itu telah dibincangkan dalam mesyuarat yang sedang berlangsung dan telah diberi penerangan oleh pihak kerajaan dalam perkara itu.

Oleh itu, di bawah Peraturan 18, ia adalah di bawah kuasa budi bicara Tuan Yang di-Pertua sama ada membenar atau menolak cadangan mengeluarkan sesuatu usul.

Usul yang ingin saya kemukakan telah ditolak di dalam kamar menerusi surat bertarikh 3.12.2001 daripada Tun Yang di-Pertua yang diserahkan kepada saya pada 4.30 petang. Di antara sebab penolakan usul saya adalah kerana usul yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Kawasan Kota Melaka pada 16.11.2001 didapati tujuan dan maksud kedua-dua usul adalah sama iaitu berkenaan dengan keputusan peperiks~an Sijil Amalan Undang-undang(CLP).

Beliau menambah, " .. .Mengikut Peraturan Mesyuarat 18(b)(a), jika sesuatu perkara itu telah dito/ak oleh Tuan Yang di-Pertua tidak boleh dikeluarkan semula perkara yang sama. Usu/ Yang Berhormat Tuan Kerf< Kim Hock itu telah ditolak. Yang demikian usul Yang Berhormat juga ditolak."

Pada pendapat saya, sebab-sebab yang diberi untuk menolak usul ini adalah salah dan juga merupakan satu penyalahgunaan kuasa budi bicara Tuan Yang di­ Pertua. 134 DR.11.12.2001

Peraturan 18(7)(b) yang ingin dirujuknya, Peraturan 18(7)(b) memperuntukkan perkara yang telah dibincangkan dalam mesyuarat dan telah diberi penerangan oleh pihak kerajaan.

Di dalam usul berkenaan peperiksaan CLP ini, ia tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat langsunc. :_jsul yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Kawasan Kota Melaka, Kerk Kim Hock telah ditolak tanpa perbahasan.

Kandungan surat tersebut juga menyatakan berikut: ".. .pihak polis pula telah menja/ankan siasatan dan te/ah bertanya beberapa orang yang berkenaan. Pada fikiran saya biarlah pihak berkuasa menja/ankan tugas mereka dengan tidak diganggu gugat."

Saya amat berkejut membaca penerangan yang diberi oleh Tun Yang di­ Pertua. Apakah membangkitkan usul untuk membahaskan skandal peperiksaan ini dan menyeru penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja oleh Ahli Parlimen di Dewan Rakyat dianggap sebagai mengganggu gugat pihak berkuasa menjalankan tugas.

Pagi ini, saya membangkitkan perkara berkenaan penolakan usul tersebut, Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Lim Si Cheng telah pula memberi sebab-sebab tambahan mengapa usul tergempar ini ditolak. Satu usul yang sama pernah dikemukakan oleh Ahli Parlimen Kawasan Kota Melaka dan ia telah ditolak dan perkara ini sedang di dalam pertimbangan Mahkamah.

Pada pendapat saya, sebab-sebab tersebut menunjukkan gagalnya Yang di­ Pertua membezakan permasalahan yang ditimbulkan di dalam usul ini dan Ahli Parlimen Kawasan Kota Melaka.

Pertama, usul yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Kawasan Kota Melaka adalah berkenaan keputusan Lembaga Kelayakan Profesion Undang-undang Malaysia membatalkan keputusan peperiksaan tersebut dan ketidakadilan kepada calon untuk mengehendaki mereka menduduki semula peperiksaan tersebut.

Usul yang saya kemukakan ini adalah berkenaan perubahan markah (tampering of marks) yang diperolehi oleh calon-calon di mana ia telah menimbulkan lebih persoalan. Usul saya juga menyeru agar Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan untuk menyiasat skandal tersebut.

Kedua, kes yang difailkan di mahkamah pacta 19.11.2001 adalah berkenaan keputusan Lembaga membatalkan keputusan peperiksaan dan tiada kena-mengena dengan perubahan markah tersebut.

Apakah Tuan Yang di-Pertua berpendapat perkara berkenaan peperiksaan CLP tidak boleh diucapkan langsung oleh Ahli Parlimen di dalam Dewan kerana telah difailkan di mahkamah, tetapi, boleh diberi kenyataan di luar Dewan dan oleh orang ramai, pihak Lembaga dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri?

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyatakan satu daripada fungsi Parlimen, iaitu sebagai forum kritik dan tempat tumpuan pendapat orang ramai mengenai hal ehwal negara. Menerusi perbahasan di Parlimen, dasar dan tindak­ tanduk kerajaan boleh diselaraskan mengikut pendapat umum.

Oleh itu, saya berpendapat penolakan Usul Tergempar sewenang-wenangnya di dalam kamar berkenaan skandal Peperiksaan CLP dan Keperluan Penubuhan Suruhanjaya Siasatan di atas sebab-sebab tersebut adalah satu penyalahgunaan kuasa budi bicara Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan satu bentuk penyekatan Parlimen berfungsi dan Ahli Parlimen memainkan peranannya.