Bil. 77 Selasa 5 Disember 2000

MALAYSIA

PENYATA RASMI PARLIMEN

PARLIMEN KESEPULUH PENGGAL KEDUA MESYUARAT KETIGA KANDUNGAN

. JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANY AAN-PERTANY AAN (Halaman I)

RANG UNDANG-UNDANG DIBA WA KE DALAM MESYUARAT (Halaman 14)

RANG UNDANG-UNDANG:

Rang Undang-undang Perbekalan 2001

~ Jawatankuasa : Jadual-

Maksud B.48 (Halaman 14) Maksud B.50 (Halaman 38)

USUL-USUL:

Anggaran Pembangunan 2001

Jawatankuasa :

Maksud P.48 (Halaman 14) Maksud P.50 (Halaman .38)

Diterbitkan oleh CAWANGAN DOKUMENTASI PARLIMEN 2000 ------

.. DR.05.12.2000

AHLI-AHLI DEWAN RAKYAT Yang Amat Berbahagia Tuan Yang di-Pertua, Tun Dr. Mohamed Zahir bin Haji Ismail, S.S.M., P.M.N., S.P.M.K., D.S.D.K. J.M.N. . Yang Amat Berhorrnat Perdana Menteri, Dato Seri Dr. Mahathir bin Mohamad, D.K.(Brunei), D.K.(Perlis), D.K.(Johor), D.U.K., S.S.D.K., S.S.A.P., S.P.M.S., S.P.M.J., D.P. (Sarawak), D.U.P.N., S.P.N.S., S.P.D.K., S.P.C.M., S.S.M.T., D.U.M.N., P.l.S. (Kubang Pasu) Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, D.G.P.N., D.S.S.A., D.M.P.N., D.J.N., K.M.N., A.M.N., S.P.M.S. (Kepala Batas) Yang Berhorrnat Menteri Pengangkutan, Dato' Seri Dr. Ling Liong Sik, S.P.M.P., D.G.S.M., D.P.M.P. D.P.M.S. (Labis) Menteri Kerja Raya, Dato' Seri S. Samy Vellu, S.P.M.J., S.P.M.P., D.P.M.S., P.C.M., A.M.N. (Sungai Siput) Menteri Perusahaan Utama, Dato' Seri Dr. Lim Keng Yaik, S.P.M.P., D.G.P.N, D.P.C.M. (Bernas) Menteri Tugas-tugas Khas dan Menteri Kewangan, Tun Dato' Daim Zainuddin, D.G.S.M., S.S.M., S.P.M.S., D.H.M.S., S.S.A.P. (Merbok) Menteri Tenaga, Komunikasi dan Multimedia, Datuk Amar Leo Moggie anak Irok, D.A., P.N.B.S. (Kanowit) Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato' Seri Rafidah Aziz, S.P.M.P., S.P.M.T., D.P.M.S., A.M.N. (Kuala Kangsar) Menteri Pertahanan, Dato' Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak, S.S.A.P, S.l.M.P., D.S.A.P., D.P.M.S., P.N.B.S., D.U.B.C.(T). (Pekan) Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar, Dato' Law Hieng Ding, P.N.B.S., K.M.N., P.B.S., P.B.J. (Sarikei) Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar, S.P.M.J., S.P.D.K., D.P.M.J., S.M.J., A.M.N. (Kota Tinggi) Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna , Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin, P.l.S., B.S.I., S.M.J., P.S.M., S.P.M.J. (Pagoh) Menteri Kesihatan, Datuk Chua Jui Meng, D.l.M.P., S.l.M.P, S.M.J, P.1.S (Bakri) Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat, Dato' Dr. Siti Zaharah binti Sulairnan, D.S.A.P., D.l.M.P. (Paya Besar) Menteri Penerangan, Tan Sri Dato' Seri Mohd. Khalil bin Yaakob, P.S.M., S.S.A.P., S.l.M.P., D.S.A.P., J.S.M., S.M.P. (Kuantan) Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Dato' Abdul Kadir bin Haji Sheikh Fadzir, P.G.D.K., D.S.D.K., A.M.K. (Kulim-Bandar Baharu) ii DR.05.12.2000

Yang Berhormat Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. Fong Chan Onn, D.M.S.M. (Selandar) Menteri Peruniahan dan Kerajaan Tempatan, Dato' Seri Ong Ka Ting, D.P.M.P. (Pontian) " Menteri Pembangunan Usahawan, Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz, D.M.S.M., A.M.P., B.K.T. (Chenderoh) Menteri Pembangunan Luar Bandar, Dato' Haji Azmi bin Khalid, D.P.M.P., S.M.P., P.J.K. (Padang Besar) Menteri Belia dan Sukan, Dato' Hishammuddin bin Tun Hussein, D.S.A.P., D.P.M.J..(Tenggara) Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Bernard Giluk Dompok (Kinabalu) Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Dr. Rais bin Yatim, D.S.N.S. (Jelebu) Menteri Pertanian, Datuk Effendi Norwawi (Kuala Rajang) Timbalan Yang di-Pertua, Dato' Haji Muhamad bin Abdullah, D.l.M.P., S.M.P., P.J.K. (Maran) Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Lim Si Cheng, P.I.S. (Senai) Timbalan Menteri Penerangan Dato' Haji Mohd. Khalid bin Mohd. Yunus, D.S.N.S. (Jempol) Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Dr. Leo Michael Toyad, P.G.D.K., J.B.S. (Mukah) Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Drs. Suleiman bin Mohamed D.P.M.S., S.S.S.A(Titiwangsa) Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Peter Chin Fah Kui, P.G.B.K. (Miri) Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato' Kerk Choo Ting, D.P.M.P. (Taiping) Timbalan Menteri Kewangan, Dato' Chan Kong Choy, D.S.A.P., D.P.M.S. (Selayang) Timbalan Menteri Perdagangan Dalam N egeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato' S. Subramaniam, D.P.M.J., D.S.N.S., S.M.J. (Segamat) Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal, P.G.D.K. (Semporna) Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Douglas Uggah Embas, P.G.B .. K., P.B.S., A.B.S., A.M.N. (Betong) Timbalan Menteri Kewangan, Dato' Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh, D.S.S.A., S.M.S., S.S.A., K.M.N. (Kuala Langat) Timbalan Menteri Dalam Negeri, Dato' Chor Chee Heung, D.S.D.K., A.M.N., J.P. (Alor Setar) Timbalan Menteri Tenaga, Komunikasi dan Multimedia, Datuk Tan Chai Ho, P.J.N., K.M.N., A.M.N. (Bandar Tun Razak) Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Hajah Shahrizat binti Abdul Jalil, D.l.M.P. (Lembah Pantai) DR.05.12.2000 lll

Yang Berhormat Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Dato' G. Palanivel, D.S.S.A., S.S.A., P.J.K. (Hulu Selangor) " Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ong Tee Keat, P.J.N., S.M.S. (Ampang Jaya) Timbalan Menteri Pengangkutan, Tan Sri Dato' Seri DiRaja Ramli bin Ngah Talib, P.C.M., S.P.C.M., A.M.N., J.P. (Pasir Salak) Timbalan Menteri Pertanian, Dato' Seri Mohd. Shariff bin Haji Omar, D.G.P.N., D.M.P.N., P.P.T. (Tasek Gelugor) Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar, Dato' Zainal bin Dahalan, P.J.K., K.M.N., J.S.M., D.P.M.S. (Sabak Bernam) Timbalan Menteri Dalam Negeri, Dato' Zainal Abidin bin Zin, D.P.M.P., P.M.P. (Bagan Serai) Mulia Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tengku Dato' Seri Azlan ibni Sultan Abu Bakar, S.P.T.J., D.S.A.S. (Jerantut) Timbalan Menteri Kerja Raya, Tuan Mohamed Khaled bin Haji Nordin P.I.S. (Johor Bahru) " Timbalan Menteri Perusahaan Utama, Datuk Anifah Aman (Beaufort) Timbalan Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi, Dr. Tan Kee Kwong (Segambut) Timbalan Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat, Dr. Tiki anak Lafe (Mas Gading) Timbalan Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Dato' Dr. Ng Yen Yen (Raub) Timbalan Menteri Sumber Manusia, Dr. Abdul Latiff bin Ahmad (Mersing) " Timbalan Menteri Pendidikan, Dato' Hon Choon Kim, D.S.N.S. (Seremban) Setiausaha Parlirnen Kementerian Pertanian, Dato' Abu Bakar bin Taib, D.S.D.K., S.D.K., B.C.K., K.M.N., P.J.K. (Langkawi) Setiausaha Parlirnen Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Abu Zahar bin Isnin, D.G.S.M., D.M.S.M., A.M.N. (Jasin) Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri, Puan Rajah Khamsiyah binti Yeop, P.P.T., A.M.N., A.M.P., P.M.P. (Gerik) Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Haji Noh bin Haji Omar, D.M.S.M., K.M.N., A.S.A., P.J.K., J.P. (Tanjong Karang) Setiausaha Parlirnen Kementerian Pengangkutan, Tuan Ir. Donald Lim Siang Chai (Petaling Jaya Selatan) Setiausaha Parlimen Kementerian Kerja Raya, Datuk Yong Khoon Seng, D.S.P.N., K.M.N. (Stampin) Setiausaha Parlirnen Kementerian Kewangan, Tuan Hashim bin Ismail, P.P.N., P.I.S. (Ledang) IV DR.05.12.2000

Yang Berhormat Setiausaha Parlimen Kementerian Tenaga, Komunikasi clan Multimedia, Tuan Chia Kwang Chye (Bukit Bendera) " Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Dalam Negeri clan Hal Ehwal Pengguna, Tuan Wong Kam Hoong, K.M.N. (Bayan Baru) " Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan, Tuan S. G. Sothinathan (Telok Kemang) " Setiausaha Parlimen Kementerian Tanah clan Pembangunan Koperasi, Dr. Robia binti Dato' Kosai (Muar) Setiausaha Parlimen Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat, Dato' S. Veerasingam, P.M.P., A.M.P, A.M.N. (Tapah) Setiausaha Parlimen Kementerian Pembangunan Usahawan, Datuk Rizalman bin Abdullah, P.G.D.K., J.P. (Tenom) .. Setiausaha Parlimen Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Puan Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim, P.B.S., P.P.B., (Santubong) Setiausaha Parlimen Kementerian Pendidikan, Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir (Sungai Petani) Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Fu Ah Kiow, D.l.M.P. (Mentakab) Drs. Haji Abu Bakar bin Othman (Jerlun) " Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji Haron, S.M.K. (Rantau Panjang) Tun Abdul Ghafar bin Baba, S.S.M. (Batu Berendam) Tuan Haji Abdul Hadibin Haji Awang (Marang) .. Tuan Haji Abdul Hamid bin Abdul Rahman (Sungai Benut) Tan Sri Dato' Seri Dr. Abdul Hamid Pawanteh, P.S.M., S.P.M.P. (Kangar) Dato' Haji Abdul Kadir bin Annuar, S.P.M.J., K.M.N., P.l.S., B.S.I., A.M.N. (Pulai) Tuan Abd. Rahman bin Yusof (Kemaman) Tan Sri Datuk Patinggi Abdul Taib Mahmud, S.P.M.J., S.P.M.T., S.S.S.A, S.S.A.P., S.S.D.K., P.S.M., S.P.M.B., D.G.S.M., P.K.C, D.P. (Kota Samarahan) Dato' Dr. Abdullah Fadzil bin Che Wan, D.P.C.M., P.C.M. (Bukit Gantang) Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop, B.K.T., J.P., D.M.S.M., K.M.N., D.C.S.M. (Alor Gajah) Dato' Haji Ahmad Husni bin Mohd. Hanadzlah, P.P.T., A.M.P. (Tambun) Datuk Ahmad Zahid bin Hamidi, D.M.S.M., P.P.T., P.J.K. (Bagan Datoh) Raja Dato' Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar (Larut) Tuan Alexander Nanta Linggi, A.B.S. (Kapit) Tuan Alwi bin Jusoh (Pasir Puteh) DR.05.12.2000 v

Yang Berhormat Tuan Haji Amihamzah bin Ahmad (Lipis) .. Datu Amirkahar bin Tun Datu Haji Mustapha (Marudu) Tuan Haji Badrul Hisham bin Abdul Aziz, A .. S.A. (Hulu Langat) Tuan Billy Abit Joo, K.M.N. (Hulu Rajang) Tuan Chang See Ten, P.1.S. (Gelang Patah) Tuan Haji Che Ghani bin Che Ambak, P.J.K. (Setiu) Puan Chew Mei Fun (Petaling Jaya Utara) Puan Chong Eng (Bukit Mertajam) Tuan Chow Kon Y eow (Tanjong) Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor, D.S.D.K. (Pendang) Tuan Fong Kui Lun (Bukit Bintang) Puan Fong Po Kuan (Batu Gajah) Tuan Goh Kheng Huat (Nibong Tebal) Dato Goh Siow Huat (Rasah) Dato' Dr. Hasan bin Haji Mohamed Ali, D.I.M.P., S.M.S. (Parit Buntar) Tuan Hassan bin Mohamed (Besut) Tuan Henry Sum Agong, A.K. (Bukit Mas) Dato' Hew See Tong, D.P.M.P., J.P. (Kampar) Dato' Ho Cheong Sing, P.M.P., A.M.N. (lpoh Barat) Tuan Hoo Seong Chang (Kluang) Tuan Husam bin Haji Musa (Kubang Kerian) Tuan Haji Ismail bin Noh (Pasir Mas) Tuan Jacob Dungau Sagan, J.B.S., K.M.N., P.P.B. (Baram) Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis, D.l.M.P., (Rompin) Dr. James Dawos Mamit, P.P.B., P.P.S. (Mambong) Tuan Jawah anak Gerang (Lubok Antu) Tuan Jimmy Lim Donald (Sri Aman) Tuan Joseph Mauh anak lkeh (Selangau) Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan, P.G.D.K., P.N.B.S., S.S.A.P., S.P.D.K. (Keningau) Tuan Joseph Salang anak Gandum (Julau) Tuan Juslie bin Ajirol, A.S.D.K. (Libaran) Dato' Kamarudin bin Jaffar, B.C.M, D.S.N.S. (Tumpat) Tuan Kerk Kim Hock (Kota Melaka) Tan Sri Dato' Dr. K.S. Nijhar, P.S.M., S.P.M.J., J.M.N. (Subang) Tuan Kong Cho Ha (Lumut) vi DR.05.12.2000

Yang Berhormat Datuk Lau Ngan Siew, A.D.K., K.M.N., P.G.D.K. (Sandakan) Tuan Lee Kah Choon (Jelutong) " Puan Lim Bee Kau, A.M.K., B.K.M., P.J.K. (Padang Serai) Tuan Lim Hock Seng (Bagan) Tuan Liow Tiong Lai, S.M.P. (Bentong) Dato' Loke Yuen Yow, D.P.M.P., A.M.P. (Tanjong Malim) Tuan Mah Siew Keong (Teluk lntan) Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar- (Pokok Sena) Puan Hajah Mastika Junaidah binti Husin (Arau) Tuan Haji Mat Basir bin Rahrnat (Parit) Dr. Maximus Johnity Ongkili, A.S.D.K., J.P. (Bandau) Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz, P.N.J., S.M.J., K.M.N., P.I.S., B.S.I., A.M.N., P.P.N. (Sri Gading) Tuan Mohamad bin Sahu (Kuala Kedah) Tuan Mohamed Nasir bin Che Daud (Kuala Krai) Tuan Mohamed Sayuti bin Said, P.P.T., P.J.K., P.P.N. (Kuala Selangor) Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan, P.J.N., S.M.J., K.M.N., P.I.S., A.M.N., P.P.N. (Tebrau) Tuan Mohd. Amar bin Abdullah (Pengkalan Chepa) Tuan Mohd. Apandi bin Haji Mohamad (Jeli) Datuk Seri Panglirna Mohd. Salleh bin Tun Md. Said Keruak, P.G.D.K. (Kota Belud) Datuk Mohd. Sarit bin Haji Yusoh (Temerloh) Tuan Mohd. Yusoff bin Mohd. Nor, P.P.N., J.M.N. (Mac hang) Dato' Mohd. Zain bin Omar, D.S.P.N., K.M.N., P.J.K, P.J.M., (Balik Pulau) Dato' Ir. Mohd. Zin bin Mohamed, D.P.T.J., J.P. (Shah Alam) Tuan Bung Moktar bin Radin, A.D.K., A.S.D.K. (Kinabatangan) Tuan M. Shukrimun bin Shamsudin (Kuala Nerus) Tuan Muhamad bin Mustafa (Peringat) Tuan Haji Muhyidin bin Haji Abd. Rashid (Hulu Terengganu) Tuan Mustafa bin Ali (Dungun) Datuk Napsiah binti Omar (Kuala Pilah) Tuan Nasharudin bin Mat Isa (Yan) Tuan Ng Lip Yong (Batu) Datuk Osu bin Sukam, S.P.D.K., P.G.D.K., D.A. (Papar) Datuk Peter Tinggom anak Kamarau, P.P.B., P.P.C., K.M.N., P.N.B.S., J.B.S., A.M.N., P.B.S. (Saratok) .. DR.05.12.2000 vu

Yang Berhormat Tuan Philip Benedict Lasimbang, A.S.D.K. (Penampang) Puan P. Komala Devi, P.P.T. (Kapar) Datuk Railey bin Haji Jeffrey, P.G.D.K., J.M.N. (Silam) Tuan Ramli bin Ibrahim (Kota Bharu) Mulia Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah, D.K., P.S.M., S.P.M.K., S.S.A.P., S.P.M.S. (Gua Musang) Tuan Richard Riot anak Jaem.. (Serian) Tuan Robert Lau Hoi Chew, J.B.S., (Sibu) Tuan Ronald Kiandee, A.S.D.K. (Beluran) Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad, D.M.S.M., P.l.S. (Parit Sulong) Tuan Saupi bin Daud (Tanah Merah) Datin Paduka Hajah Seripah Noli binti Syed Hussin, D.S.S.A (Sepang) Dato' Shahnon bin Ahmad, D.S.D.K., K.M.N. (Sik) Tuan Shaziman bin Abu Mansor, A.N.S. (Tampin) Tuan Shim Paw Fatt, J.P. (Tawau) Tuan Haji Siam bin Haji Kasrin, K.M.N., P.l.S. (Batu Pahat) Datuk Song Swee Guan, P.G.B.S. (Bandar Kuching) Dato' Suhaili bin Abdul Rahman, D.l.M.P., A.S.D.K. (Labuan) Puan Sukinam Domo (Batang Sadong) Datuk Seri Amar Dr. Haji Sulaiman bin Haji Daud, S.l.M.P., D.A., D.S.S.A., P.N.B.S., J.B.S. (Petra Jaya) Dr. Syed AZlnan bin Syed Ahmad Nawawi (Kuala Terengganu) Tuan Taib Azamudden bin Md. Taib, J.B.S., A.M.N. (Baling) Tuan Tan Kok Wai (Cheras) Dr. Tan Seng Giaw (Kepong) Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew, D.S.S.A (Kelang) Puan Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) Tuan Thong Fah Chong (Ipoh Timur) Dato' Dr. Ting Chew Peh, D.P.M.S., D.P.M.P. (Gopeng) Dato' Seri Tiong King Sing, D.S.S.A., J.P. (Bintulu) Dato' Tiong Thai King, (Lanang) Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail (Permatang Pauh) Tuan Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, J.B.S., P.B.S. (Batang Lupar) Tuan Wan Nik bin Wan Yussof (Bachok) Tuan Wilfred Madius Tangau, J.P., A.D.K. (Tuaran) Dato' Yap Pian Hon, D.P.M.S., A.M.N., P.J.K. (Serdang) Vlll DR.05.12.2000

Yang Berhormat Dr. Yee Moh Chai (Tanjong Aru) " Datuk Yong Teck Lee, P.G.D.K., P.J.N. (Gaya) Datuk Dr. Haji Yusof bin Haji Yacob, P.G.D.K., A.D.K. (Sipitang) Datin Paduka Hajah Zaleha binti Ismail, D.P.M.S., S.M.S, K.M.N (Gombak) Tuan Zawawi bin Haji Ahmad (Padang Terap) Dato' Zulhasnan bin Rafique, D.l.M.P., A.M.N. (Wangsa Maju)

MENTERiffIMBALAN MENTERI (SENATOR) Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Panglima Dr. Haji Abdul Hamid bin Haji Othman, S.P.D.K., D.H.M.S., S.l.M.P., D.S.D.K., J.S.M., K.M.N., P.P.T Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi, Tan Sri Datuk Kasitah Gaddam, P.S.M., P.G.D.K., J.S.M. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Pandikar Amin Haji Mulia Menteri Pendidikan, Tan Sri Dato' Seri Musa bin Mohamad, P.S.M., D.P.M.N., D.P.C.M. Timbalan Menteri Pendidikan, Dato' Abdul Aziz bin Shamsuddin, D.M.S.M., D.P.M.S. .. DR.05.12.2000 ix

DEWAN RAKYAT

PEGAW Al-PEGAW Al KANAN

Setiausaha Dewan Rakyat Datuk Mohd. Salleh bin Haji Hassan

Ketua Penolong Setiausaha Zamani bin Haji Sulaiman Haji Mustakin bin Salamat Shahrom bin Haji Hasan

Penolong Setiausaha Haji Mustafa bin Abdul Rahman Ruhana binti Abdullah Riduan bin Rahmat

JURUBAHASASERENTAK Ungku Fauzie bin Ungku A. Rahman Mazidah binti Mohamed Paizah binti Sallehudin

BENTARA MESYUARAT Mejar (B) Abdul Halim bin Haji Ali Mejar (B) Zakaria bin Salleh Mejar (B) Kamaruddin bin Abdullah

PETUGAS-PETUGAS CAWANGAN DOKUMENTASI Azhari bin Hamzah Monarita binti Mohd. Hassan Hajah Shamsiah binti Mohd. Yusop Mohd Saleh bin Mohd. Yusop Mohamed bin Osman Hajah Norishah binti Mohd. Thani Shamsina binti Janor Ramlah binti Mohd. Yusuff Jamilah Intan binti Haji Bohari Nurziana binti Ismail Noor Effarizan binti Mat Satib Taharah binti Mohamed Nik Elyana binti Ahyat Mashitah binti Kamaruddin Marzila binti Muslim Abu Bakar bin Hasan

PETUGAS-PETUGAS CA WANG AN KOMPUTER Mohd. Azmi bin Embong Sulaiman bin Sirad Azzahar bin Hashim

PETUGAS-PETUGAS CAWANGAN MESIN CETAK Kamal bin Oyub Haji Latif bin Ismail Kamaroddin bin Mohd. Yusof ..

DR.05.12.2000

MALAYSIA DEWAN RAKYAT Selasa, 5 Disember 2000 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Muhamad bin Abdullah) mempengerusikan MeS,uarat)

JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN [Soalan No. 1- Y.B. Tuan Haji Amihamzah bin Ahmad [Lipis} tidak hadir} 2. Raja Dato' Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar [Larut) minta Perdana Menteri menyatakan kenapa taraf pangkat pengarah di setengah-setengah jabatan kerajaan tidak sama. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Datuk Douglas Uggah Embas): Tuan Yang di-Pertua, pengarah merupakan hanya gelaran jawatan sahaja yang diguna pakai umumnya di sesebuah agensi kerajaan sama ada di peringkat Pusat, negeri atau daerah serta badan-badan berkanun dan pihak berkuasa tempatan. Gred jawatan pengarah adalah berbeza kerana perbezaan dalarn tugas dan tanggungjawab sesuatu jawatan pengarah itu, dengan itu akan terdapat jawatan pengarah di Gred 3, 2, l, JUSA dan sebagainya. Pada prinsipnya gred sesuatujawatan pengarah ditentukan oleh gabungan beberapa kriteria. Yang pertarna adalahjenis tugas ataupun nature of job, dengan izin, seperti tugas perancangan dasar berbanding dengan pelaksanaan atau tugas penguatkuasaan berbanding dengan tugas kutipan basil. Kedua, bidang kuasa ataupun jurisdiction, termasuk keluasan kawasan, kawalan atau bilangan kurnpulan sasaran seperti Pengarah Kesihatan negeri berbanding dengan Pengarah Kebajikan Masyarakat negeri. Ketiga, peringkat pentadbiran ataupun level of administration, dengan izin, iaitu peringkat ibu pejabat, wilayah, negeri clan daerah seperti Pengarah Bahagian Sukan di Kementerian Belia dan Sukan berbanding dengan Pengarah Belia dan Sukan Negeri. Dan akhirnya mengikut kompleksiti tugas ataupun job complexity iaitu tahap kerumitan sesuatu tugas dan kepakaran yang diperlukan seperti di antara jawatan doktor atau jurutera berbanding dengan jawatan pentadbir. Tuan Jimmy Lim Donald: Tuan Yang di-Pertua, terirna kasih. Saya ingin minta penjelasan dari Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri sama ada adakah kita satu dasar untuk menambahkan lagi pegawai-pegawai dari Sabah dan Sarawak untuk menjawat jawatan pengarah demi integrasi nasional oleh kerana pada masa sekarang, saya nampak begitu sedikit pegawai-pegawai kanan dari sana yang boleh menikmati jawatan yang seperti ini di Kuala Lumpur. Datuk Douglas Uggah Embas: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat. Sebenamya, jawatan pengarah adalah suatu jawatan terbuka, jadi ianya boleh disandang oleh mana-mana pegawai yang dianggap la yak. W alau bagaimanapun, dari masa ke semasa kerajaan memang melihat keadaan di mana kita dapat mengimbangi pemegang-pemegang jawatan antara wilayah, tetapi yang lebih penting adalah sama ada pegawai itu layak dan boleh memegang jawatan kerana kerajaan memikirkan kebolehan adalah satu kriteria utama untuk menentukan bahawa kita dapat menjalankan tugas yang lebih penting. 2 DR.05.12.2000

Raja Dato' Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Terima kasih kepada Timbalan Menteri di atas jawapan yang telah diberikan. Tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri ada mengatakan walaupun gelaran pengarah itu sama, mungkin gred jawatannya berbeza oleh kerana beberapa perkara yang tertentu seperti bidang kuasa, keluasan sesebuah negeri dan juga jabatan tersebut tetapi agak aneh kalau diperhatikan bahawa pengarah, sebagai contoh, Pengarah Irnigresen, Pengarah Jabatan Pendaftaran terlalu rendah sangat kedudukannya dengan Pengarah Jabatan Pendidikan ataupun Jabatan Kerja Raya sebagai contoh. Jadi, kenapa tidak untuk menyelesaikan masalah ini, digabungkan jabatan­ jabatan berkenaan dilantik seorang pengarah kerana mwigKin timbul masalah apabila diadakan mesyuarat, persidangan, takdimya Pengarah Jabatan Irnigresen mempengernsikan mesyuarat, bagaimana kedudukan keadaan suasana dalam mesyuarat tersebut. lni sebagai contoh. Dan keduanya, adakah perbezaan ini disebabkan masih wujud PTA dan PTD ataupun kerajaan bercadang untuk hanya mewujudkan jawatan PTD sahaja dan menghapuskan jawatan PTA. Sekian, terima kasih. Datuk Douglas Uggah Embas: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat. Seperti yang saya sebutkan tadi, kita ada sebab-sebab tertentu yang mengapa wujudnya perbezaan taraf di antara beberapa pengarah-pengarah, rnisalnya di negeri , Pengarah Jabatan Kastam dan Eksais Diraja adalah memegang jawatan Wl, manakala Pengarah JKR negeri di negeri Perak memegang taraf JUSA C, jadi seperti saya sebutkan tadi ini adalah mengikut tanggungjawab dan tugas yang dipegang oleh sesuatu jabatan, setakat ini kita tidak ada merancang untuk mencari kaedah­ kaedah ataupun formula-formula yang barn untuk menukarkan kerana setakat mana yang kita dapat lihat ianya adalah bergerak dengan begitu memuaskan. {Soalan No. 3 - Y.B. Tuan Zawawi bin Haji Ahmad [Padang Terap} tidak hadir} {Soalan No. 4 - Y.B. Datin Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail [Permatang Pauh] tidak hadir} 5. Dato' Suhaili bin Abdul Rahman [Labuan) minta Menteri Pendidikan menyatakan bilakah sekolah bestari benar-benar akan beroperasi yang mengikut jadualnya bermula di semester kedua sesi persekolahan tahun 2000 iaitu Jun lalu. Setiausaha Parlimen Kementerian Pendidikan [Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir): Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Nampaknya, kernsi pembangkang kurang hari ini, apa sebab saya tidak tahu, dah dua, tiga hari sejak bulan Ramadan ini kurang kehadiran. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Mohamad bin Abdullah): Terns, terns. Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir: Dak, Tuan Yang di-Pertua, mereka selalu kompelin dengan kita, kita tidak ada mereka kata, tetapi waktu giliran mereka tidak ada, tak pemah pun dibangkit, hari ini saya hendak ..... Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Mohamad bin Abdullah): Banyak kali dah Yang Berhormat bangkit. Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir: Ya, saya tahu, sebab dia tidak hadir. Tuan Yang di-Pertua, setakat ini sebanyak 86 daripada 90 buah sekolah projek rintis bestari telah beroperasi. Kementerian Pendidikan akan melaksanakan konsep sekolah bestari secara berperingkat-peringkat. Di samping itu, pihak kementerian menggalakkan sekolah-sekolah yang mempunyai keupayaan untuk mengambil inisiatif melaksanakan konsep sekolah bestari. Bilangan sekolah rintis bestari yang telah beroperasi mengikut negeri adalah seperti Perak - 9, Selangor - 11, Pahang - 6, Kelantan - 6, Johor - 9, Kedah - 6, Melaka - 2, Negeri Sembilan - 7, Pulau Pinang - DR.05.12.2000 3

3, Perlis - 2, Terengganu - 4, Wilayah Persekutuan - 8, Sabah - 7, Sarawak - 6. Terima kasih. Tuan Fong Kui Lun: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. ·saya ingin bertanya Yang Berhorrnat Setiausaha Parlirnen, adakah kementerian mempunyai rancangan untuk mewujudkan sekolah bestari di sekolah-sekolah aliran Cina, jika ada di mana telah dilaksanakan, jika tidak mengapa. Terima kasih. Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir: Tuan Yang di-Pertua, untuk pengetahuan Ahli Yang Berhormat, apa yang telah saya lakukan kebanyakan sekolah aliran Cina yang saya lawati, saya dapati mereka sudah pun kebanyakan saya katakan, sudah dilengkapi dengan makmal komputer. Jadi, untuk mengatakan bahawa mereka jauh ketinggalan tidaklah boleh kita katakan, sebab peralatan yang dirniliki oleh sesetengah sekolah aliran Cina ini cukup memuaskan dari segi peralatan danjuga pengajarannya. Untuk buat masa ini, kita tidak ada lagi cadangan untuk mewujudkan sekolah bestari aliran Cina. Terima kasih. Tuan Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Saya hendak bertanya setiap kali kita bercakap soalan kuorum persepsinya orang Barisan Nasional sahaja yang patut mengadakan kuorum, sepatutnya semua oranglah buat kuorum, tadi itu ulasan daripada Yang Berhonnat Setiausaha Parlirnen tadi. Jadi, soalan yang saya hendak tanya, apabila kita bercakap berhubung dengan sekolah bestari, kita melihat iaitu sekolah itu cukup makmal komputer, banyak komputer, dilatih komputer. Adakah sekolah bestari ini adakah sekolah komputer ataupun sekolah yang mendidik orang berfikir, pandai berfikir, bijak berfikir, bijak komputer, inovasi dan kreativiti. Terima kasih. Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir: Tuan Yang di-Pertua, sebenamya, Yang Berhonnat, mengenai dengan sekolah ini adakah tumpuan kita kepada komputer, seperti mana yang saya selalu beri jawapan dalam Dewan yang mulia ini, mengenai dengan sekolah bestari, bahawa sekolah bestari kaedah pengajarannya di mana komputer itu menjadi komponen sebagai alat untuk kita menyampaikan segala macam bidang ilmu mata pelajaran, maksud saya. Jadi, soalnya di sini sama ada kreativiti dan juga untuk menggalak seseorang anak-anak itu belajar dengan baik, itu menjadi objektif utama kita, selainnya itu, secara tidak langsung pelbagai lagi akan mengambil tempat dalam soal pembelajaran dan pengajaran. Oleh itu, saya mengatakan bahawa dengan pengenalan kaedah mengguna komputer ini dengan perisiannya sekali, itu kita namakan bestari, tidak bermakna bahawa kita menghantar anak-anak kita itu ke sekolah bestari, anak kita terus menjadi bestari secara automatik dan sekolah yang hanya ada komputer tetapi namanya tidak bestari tidak bermakna mereka tidak bestari. Dalam hal ini, kita cuba projek rintis tadi dan kita dapati ia memberi satu pulangan yang baik kepada kita di mana kaedah itu benar-benar telah memberi basil pulangan yang baik seperti mana yang telah saya sebutkan tadi. Akhir kata, saya boleh katakan di sini, komputer itu menjadikan satu alat yang boleh mencetuskan pelbagai pembelajaran yang lain mengambil tempat dan harapan kita ialah supaya soal inovasi serta juga motivasi akan wujud. Dan saya di sini ingin menyatakan bahawa kita dalam konsep sekolah bestari ini kita ada tiga model. Model pertama ialah model maklumat komputer dan model kedua ialah model bilik darjah dan model ketiga ialah model di mana model bilik darjah juga yang kita sebut, di mana komputer itu ada lebihan. Di sini ingin saya tegaskan juga mengenai dengan guru-guru yang mengajar di sekolah bestari tadi adalah daripada mereka yang mendapat latihan yang secukupnya. 4 DR.05.12.2000

Dan seperkara lagi yang telah saya sebutkan juga ialah mengenai dengan perisian tadi, juga diambil kira. {Soalan No. 6- Y.B. Tuan Mohd. Yusojfbin Mohd. Nor [Machang] tidak hadir] .. 7. Tuan Husam bin Haji Musa [Kubang Kerian] minta Menteri Luar Negeri menyatakan apakah bentuk penyelesaian isu hubungan dua hala antara Malaysia dan Singapura berubah dari pendekatan penyelesaian secara 'package' sebelum ini selepas lawatan menteri kanan Singapura ke negara kita dan bentuk-bentuk penyelesaian yang telah dicapai. Menteri Luar Negeri [Datuk Seri Panglima Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar]: Tuan Yang di-Pertua, hubungan dua hala Malaysia/Singapura sering mengalami pasang surut dari masa ke semasa. Hubungan ini telah berada pada tahap rendah pada tahun 1998 kerana beberapa isu dua hala. Pada tahun 1998 semasa pertemuan Perdana Menteri Malaysia dan Perdana Menteri Singapura di Vietnam, satu persetujuan telah dicapai agar isu-isu yang tertunggak di antara Singapura dan Malaysia dapat diselesaikan secara satu pakej sekali gus. Bagi melaksanakan keputusan tersebut, pegawai-pegawai Kementerian Luar Negeri dari kedua-dua negara telah mengadakan tiga rundingan setakat ini, pertamanya diadakan di Singapura pada 11 Mac 1999 dan kemudiannya diadakan di Kuala Lumpur pada 21 sehingga 22 April 1999 dan yang ketiga, di Singapura pada 27 dan 28 Mei 2000. Perundingan ini telah diadakan dalam suasana yang dianggap mesra, bagaimanapun kita tidak dapat mencapai satu persetujuan menyeluruh terhadap isu-isu yang menjadi persoalan. Justeru itu, walaupun kedua-dua negara bersetuju supaya siri rundingan diteruskan, tiada tarikh untuk memulakan semula ditetapkan. Salah satu perkara yang dibincangkan semasa lawatan menteri kanan Singapura ke Malaysia dari 14 sehingga 17 Ogos 2000, adalah untuk menyelesaikan isu-isu tersebut secara pakej sebagaimana yang dipersetujui dan sebahagian darinya telah dirunding semasa beliau menjadi Perdana Menteri. Hasil dari perbincangan yang menyentuh secara menyeluruh, akan dibincangkan semula dengan Kerajaan Singapura di atas persetujuan kedua-dua belah pihak. Perundingan akan dimulakan pada waktu yang sesuai kepada kedua-dua pihak. Tuan Husam bin Haji Musa: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mendapat sedikit lagi penjelasan. Apakah hasil yang dicapai dalam lawatan menteri kanan Singapura dan perundingan dengan Perdana Menteri kita, pendekatannya tidak berubah iaitu pendekatan penyelesaian adalah secara pakej iaitu bukan penyelesaian issue by issue seperti yang ditonjolkan oleh Singapura sebelum ini. Jadi, adakah pendekatan itu tidak berubah. Datuk Seri Panglima Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar: Tuan Yang di­ Pertua, perkara yang mahu kita capai ialah bukan issue by issue, dengan izin, tetapi secara menyeluruh iaitu satu mempunyai hubungkait, kalau satu perkara yang kita persetujui, perkara-perkara yang lain, yang hendak diselesaikan mesti juga dipersetujui supaya ia dapat penyelesaian secara total. Keduanya, pendekatan yang dibuat lawatan ini ialah untuk membuat pendekatan baru supaya perkara-perkara yang menyulitkan persetujuan dapat diatasi, dan perkara-perkara baru inilah yang akan dirundingkan. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Mohamad bin Abdullah]: W aalaikumussalam. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Tuan Yang di-Pertua, dan Yang Berhormat Menteri Luar Negeri. Ada orang kata, hubungan Malaysia/Singapura ini seperti seorang suami yang sabar, yang baik, berkahwin dengan seorang perempuan ..

DR.05.12.2000 5 yang muda, jelita, yang banyak kerenah. Jadi, hendak melayan kerenah inilah berlaku pelbagai perkara. [Disampukj Suami Malaysialah. Singapura dan Malaysia sebenamya. tidak boleh dipisahkan. H~bungan kita hubungan yang begitu rapat. Saya berpendapat ..... Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Soalannya Yang Berhormat. Soalan, soalan ya. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: ...... soalanlah ini, hendak masuklah lDI. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, sila. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Saya berharap kalau boleh kita cari satu penyelesaian yang agak memuaskan semua pihak kerana kita sayang hubungan ini, hubungan dua negara yang sangat rapat dalam segala-galanya. Kita sayang kalau ada permusuhan dan perkara-perkara yang boleh merugikan kedua-dua. Jadi, kita berharap cari satu penyelesaian yang boleh menguntungkan kedua­ dua negara kerana seperti mana yang saya katakan tadi, kita terlalu bergantung antara satu sama lain, sebagai jiran yang terapat. Jadi, satu penyelesaian yang boleh menguntungkan kedua-dua belah pihak. Minta penjelasan. Datuk Seri Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar: Tuan Yang di-Pertua, kalau dibandingkan bahawa Malaysia ini dijadikan suami yang baik dan Singapura sebagai isteri yang cantik dan muda, saya film ada ketidakseimbangannya. Jadi, biar kalau kita kata kalau Malaysia ini suaminya yang baik dan handsome dan Singapura juga mungkin dia cantik mengikut perkiraan dia dan kita akan sentiasa dari segi hubungan, kita akan sentiasa mengambil langkah sebab itu perjumpaan-perjumpaan diadakan dan pertemuan diadakan di antara Ahli Parlimen untuk merapatkan dan golongan muda, parti-parti supaya ada persefahaman untuk kita capai di antara penduduk-penduduk di kedua-dua buah negara. Begitu juga dari segi perhubungan pemiagaan dan ekonomi serta pelaburan, kita mempunyai hubungan yang rapat tetapi dalam politik kadangkala kita mempunyai pandangan yang berbeza. Jadi, kita mesti dapat mengurus dan menangani pandangan yang berbeza, bukan satu perkara yang boleh merenggangkan perhubungan. Terima kasih. 8. Dr. Tan Seng Giaw [Kepong] minta Menteri Pengangkutan menyatakan keadaan Malaysian Airline System (MAS). Sejauh manakah perkhidmatan MAS efisien dan peranan Pengerusi MAS, Tan Sri Tajuddin Ramli dan Naluri, Corporate Debt Restructuring Committee dan Danaharta. Timbalan Menteri Pengangkutan [Tan Sri Dato' Seri DiRaja Ramli bin Ngah Talib]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan sememangnya sedang menimbang beberapa langkah untuk memperkukuh kedudukan kewangan MAS. Sementara itu MAS sendiri telah dan akan melaksanakan pelbagai langkah untuk mengurangkan kos dan meningkatkan produktiviti. Untuk makluman Yang Berhormat MAS hanya mula mencatat kerugian pada tahun kewangan 1997, 1998. Sebelum itu MAS telah mencapai keuntungan bagi tiap­ tiap tahun kewangannya semenjak ianya ditubuhkan kecuali bagi satu tahun kewangan iaitu pada tahun 1981, 1982. Kedudukan kewangan penerbangan Malaysia telah mula terjejas akibat harga minyak yang tinggi dan juga kadar pertukaran wang asing yang tinggi bagi US Dolar berbanding dengan Ringgit. Misalnya harga minyak telah meningkat dari 52 sen segelen pada tahun 1999 ke 70 sen segelen pada awal tahun ini dan kini berada di tahap USD 1 segelen. 6 DR.05.12.2000

Dari segi pertukaran wang asing pula MAS terpaksa menanggung kelebihan hutang sebanyak RM2.5 bilion akibat kemerosotan nilai Ringgit berbanding dengan US Dolar. Dari segi perkhidmatan yang ada kaitannya dengan keefisienan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat, keseluruhannya perkhidmatan penerbangan Malaysia telah mencapai tahap yang memuaskan. Ini terbukti dari beberapa anugerah yang telah diterima pada setiap tahun dari pelbagai pihak dan dari majalah-majalah yang khusus menilaikan tentang servis atau perkhidmatan yang dijalankan oleh syarikat-syarikat penerbangan umpamanya pihak MAS. telah mendapat Five Star Diamond Award pada tahun 1999 dan juga Best Business Airline Award tahun 1999, dan juga International Airlines of the Year Award pada tahun 2000. Penganugerahan ini tidak mungkin boleh dicapai tanpa prestasi dan daya saing serta kesedaran para kakitangan MAS yang produktif. Naluri Berhad yang diterajui oleh Tan Sri Tajuddin Ramli merupakan pemegang saham terbesar dalam struktur ekuiti MAS walaupun difaharnkan Naluri terlibat dalam urusan korporat debt restructuring committee dengan izin, tindakan ini adalah dilaksanakan secara berasingan. Dr. Tan Seng Giaw: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Nampaknya sebahagian jawapan itu ada betul juga dengan lima star dan sebagainya mungkin akan capai enam star pula. Tuan Yang di-Pertua, yang penting sekali adakah Yang Berhormat sedar bahawa hutang jangka panjang bagi MAS hampir RMIO bilion, pinjaman dan adakah Yang Berhormat sedar juga bahawa Tan Sri Tajuddin Ramli, dia sendiri hutang RMI bilion yang saya diberitahu tidak dapat diuruskan dan juga Naluri Berhad sekarang hutang RM900 juta dan tidak dapat diservis dan sebagainya. Dengan keadaan yang sedemikian dan kerugian tiga tahun berturut-turut MAS dan tahun ini pun sampai 31 Mac tahun ini, kerugian hampir lebih RM200 juta .... Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Mohamad bin Abdullah): Soalannya Yang Berhormat ya. Dr. Tan Seng Giaw: Soalan banyak sudah, Tuan Pengerusi. Ha, soalan banyak sudah. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Mohamad bin Abdullah): Ha, sudah banyak cukup, cukuplah. Dr. Tan Seng Giaw: Ini bukan ucapan. Jadi, untuk mengetahui kerana berita baik, cerita baik, indah khabar dari rupa tadi yang dikeluarkan. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Mohamad bin Abdullah): Ini memanjangkan ceritanya Yang Berhormat. Persoalan yang khusus apa Yang Berhormat ya? Dr. Tan Seng Giaw: Ya, tidak pusing. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Mohamad bin Abdullah): Teruskan Yang Berhormat. Dr. Tan Seng Giaw: Terus terang, ketelusan yang penting bukan pusing. Yang pusing itu Kota Tinggi tadi saya dengar. [Ketawa] Pusing kepada Singapura. Ya. Tuan Yang di-Pertua, adakah Yang Berhormat bercadang untuk mengumumkan perundingan dengan Tan Sri Tajuddin Ramli dan bilakah perundingan ini akan selesai untuk menstrukturkan semula MAS ini. Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Mohamad bin Abdullah): Ya. DR.05.12.2000 7

Tan Sri Dato' Seri DiRaja Ramli bin Ngah Talib: Tuan Yang di-Pertua, anugerah yang diperolehi oleh MAS adalah satu kenyataan, bukannya satu yang dibuat-buat, yang dibuat khusus, diberi nilai khusus oleh akhbar ataupun majalah­ majalah antarabangsa yang menilaikan khll'Sus mengenai perkhidmatan pesawat­ pesawat penerbangan ataupun syarikat penerbangan antarabangsa. Jadi, bukannya satu-satu perkara yang sengaja dibuatkan dan ini memberi gambaran kepada keefisienan MAS seperti yang disoalkan oleh Yang Berhormat sendiri. Keduanya, jikalau dapat saya simpulkan daripada apa yang dicakapkan oleh Yang Berhormat, soalannya, mengenai hutang MAS bukannya RMlO bilion tetapi RM8.6 bilion sekarang ini. Seperti yang dilaporkan dalam akhbar baru-baru ini Tan Sri Tajuddin Ramli dan Naluri sedang bekerjasama dengan Jawatankuasa Penyusunan Semula Hutang Korporat untuk merumuskan satu skim penstrukturan secara sukarela yang boleh diterima oleh ke semua kreditomya ini termasuklah Danaharta. Danaharta telah pun menerima cadangan berhubung penstrukturan dan pembayaran melalui hon untuk Naluri. Tuan Mah Siew Keong: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan. Berhubung dengan restructuring MAS, adakah kerajaan sanggup memberi kelulusan kepada satu syarikat luar negara atau airline lain mengambil alih MAS dan apakah pendirian kerajaan jika CEO atau Ketua Pengarah MAS adalah seorang warganegara asing atauforeigner. Terima kasih. Tan Sri Dato' Seri DiRaja Ramli bin Ngah Talib: Tuan Yang di-Pertua, seperti yang disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri Pengangkutan semalam bahawa pada prinsipnya kerajaan bersetuju untuk meningkatkan penjualan ekuiti MAS kepada pihak asing ataupun syarikat luar negara daripada 30% kepada 45%. Perbincangan sedang dibuat sekarang tetapi kelulusan dan keputusan muktamad belum lagi diperolehi. 9. Tuan Ng Lip Yong [Batu] minta Menteri Kewangan menyatakan sama ada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan mengkaji semula dasar meningkatkan caruman daripada 30% hingga ke 50% dari jumlah caruman untuk golongan yang berpendapatan rendah supaya mereka mampu membeli rumah kos rendah. Timbalan Menteri Kewangan [Dato' Chan Kong Choy]: Tuan Yang di­ Pertua, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja adalah sebuah organisasi keselamatan sosial yang bertanggungjawab menyediakan faedah persaraan kepada ahli-ahlinya. Matlamat utama simpanan di KWSP ialah untuk membolehkan pencarum menikmati kehidupan yang selesa tanpa bimbang tentang tiadanya pendapatan yang tetap selepas bersara. Pada masa ini, 60% daripada caruman dimasukkan dalam Akaun 1 iaitu akaun persaraan yang dikhaskan untuk membiayai persaraan ahli. 30% dalam Akaun 2 iaitu untuk pengeluaran prapersaraan termasuk perumahan, pendidikan anak dan pembelian komputer manakala 10% lagi dalam Akaun 3 iaitu untuk tujuan pembiayaan rawatan perubatan penyakit kritikal yang dihadapi oleh ahli atau keluarga. Sebahagian caruman seperti yang tersebut itu adalah untuk memastikan kesejahteraan ahli selepas bersara adalah terjamin. Caruman 60% ke dalam Akaun 1 adalah akan membolehkan ahli mendapat pencen bulanan sebanyak 40% daripada pendapatan terakhir sekiranya caruman 30% kepada Akaun 2 ditambah kepada 50%, ianya akan menjejaskan pendapatan pencarum apabila beliau bersara nanti. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menegaskan bahawa caruman 30% ke dalam Akaun 2 adalah untuk membantu ahli memiliki rumah. Oleh itu ahli-ahli perlulah berusaha mendapatkan pembiayaan dari sumber-sumber lain jika jumlah pengeluaran dari Akaun 2 tersebut masih tidak mencukupi. Memandangkan bahawa pembahagian caruman yang ada sekarang dapat mengimbangi keperluan pencarum 8 DR.05.12.2000

sebelum dan selepas bersara, kerajaan tidak bercadang meningkatkan caruman sebanyak 30% ke dalam Akaun 2.

Tuan Ng Lip Yong: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima .k~sih Timbalan Menteri Kewangan. Memandangkan harga rumah kos rendah pun telah naik dari RM25 ribu kepada RM42 ribu di kawasan bandar. Golongan berpendapatan rendah menghadapi masalah kewangan jika hanya 30% daripada caruman mereka boleh digunakan untuk inembeli rumah. Dari data yang kita dapati, pengeluaran skim perumahan kos rendah pada tahun 1999 hanya RM62 juta atau 0.88% dari jumlah. skim pengeluaran telah digunakan untuk rumah kos rendah. Ini adalah satu kos yang sangat rendah. Bolehkah pihak KWSP earl cara lain untuk membantu pencarum-pencarum. Terima kasih. Dato' Chan Kong Choy: Tuan Yang di-Pertua, seperti mana yang saya katakan tadi bahawa keutamaan KWSP adalah menjaga kehidupan seseorang pencarum selepas persaraan dan ini merupakan keutamaan skim ini dan oleh kerana itu kita tidak bercadang untuk menambah caruman kepada Akaun 2. Walau bagaimanapun, kita menggalakkan pencarum untuk mencari dari sumber lain untuk pembelian rumah. Angka yang dikatakan oleh Yang Berhormat iaitu RM62 juta dikeluarkan untuk pembelian rumah kos rendah tetapi pada keseluruhannya pengeluaran untuk pembelian rumah termasuk rumah kos sederhana dan sebagainya adalah jauh lebih tinggi daripada jumlah yang dikatakan ol'eh Yang Berhormat. Tuan Mohd. Apandi bin Haji Mohamad: Terima kasih, Tuan Yang di­ Pertua dan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Jadi, oleh kerana akhir-akhir ini kita melihat bahawa KWSP banyak support KLSE punya composite index. Jadi, apakah kementerian tidak bercadang untuk menggunakan KWSP pertama sekali untuk membina rumah-rumah kos rendah kerana portion perumahan sudah ada di situ. Jadi, gunakan manfaat portion itu untuk membina rumah-rumah kos rendah supaya dapat dibeli oleh pencarum-pencarum KWSP dengan menggunakan portion perumahan tersebut dan apakah KWSP boleh memastikan bahawa kadar dividen untuk tiap-tiap pencarum tidak boleh kurang daripada 6.5% atau 6%. Saya bimbang banyak sangat main dalam KLSE nanti, 3% tidak lepas-lepas daripada ini. Terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah): Soalan ini terkeluar tetapi terpulang kepada Timbalan Menteri. Hendak jawab terpulang kepada Timbalan Menterilah. Dato' Chan Kong Choy: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak menegaskan sekali lagi di Dewan yang mulia ini bahawa KWSP tidak pemah menggunakan dananya untuk menyokong index KLSE, tidak. Apa juga investment yang dilakukan oleh KWSP dalam KLSE ini adalah selepas penelitian yang sedalam­ dalamnya dan ini adalah untuk mendatangkan faedah maksimum kepada pencarum, maka statement oleh Ahli Yang Berhormat ini tidak benar. Pihak KWSP memang ada menyertai dalam skim-skim pembinaan rumah kos rendah secara tidak langsung, secara menyertai ekuiti-ekuiti participation dalam beberapa syarikat yang membina rumah kos rendah. Kalau Yang Berhormat hendak detail saya boleh beri secara bertulis, memang ada disini. Terima kasih. 10. Tuan Shim Paw Fatt [Tawau) rninta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan, apakah langkah-langkah yang telah diambil atau insentif­ insentif yang diberi (jika ada) untuk menggalakkan penubuhan industri kecil berkaitan dengan basil minyak kelapa sawit dan kayu balak. DR.05.12.2000 9

Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan lndustri [Datuk Fu Ah Kiow]: Tuan Yang di-Pertua, unruk makluman Ahli Yang Berhormat, syarikat-syarikat yang mengilang minyak kelapa sawit dan keluaran­ keluaran kayu layak .diberi galakan taraf perintis yang disediakan khas untuk industri kecil atau elaun cukai pelaburan di bawah Akta Penggalakan Pelaburan 1986. Dalam usaha mempertingkatkan kecekapan dan daya saing industri kecil dan sederhana, kerajaan juga telah menyediakan pelbagai kemudahan dan program seperti: (i) Tabung Teknikal Perindustrian {ITAF) unruk membantu meningkatkan tahap IK.S dalam pembangunan produk, proses produktiviti dan kualiti, pembangunan pemasaran dan perancangan pembangunan pemiagaan; (ii) skim pinjaman mudah bagi meningkatkan kualiti, modenisasi dan automatasi IK.S dan pemberian geran seperti geran e-dagang dan geran pengauditan kilang; (iii) program pembangunan teknologi bagi mempertingkatkan keupayaan dan kecekapan teknologi IKS; dan (iv) pakej kewangan untuk IKS unruk pembiayaan projek dan pembiayaan modal kerja. Sekian, terima kasih. Tuan Chang See Ten: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Bolehkah Yang Berhormat Setiausaha Parlimen menerangkan dengan usaha gigih yang dijalankan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dalam meningkatkan daya saing sektor IK.S, sejauh manakah kejayaan telah didapati dengan memberikan bilangan IK.S yang telah dapat pengiktirafan kualiti antarabangsa seperti ISO 9000, ISO 14000 dan Hazard Analysis Critical Control Point. Sekian, terima kasih. Datuk Fu Ah Kiow: Tuan Yang di-Pertua, bilangan syarikat IK.S yang mendapat pengiktirafan seperti yang dikehendaki, saya tidak ada angkanya sekarang. Saya akan bagi secara bertulis tetapi boleh dikatakan kemampuan IK.S tempatan kian meningkat. Ini telah jelas terbukti dengan penganugerahan Enterprise Safety yang dijalankan oleh SMIDEC setiap tahun dan bilangan syarikat IK.S yang mendapatkan penganugerahan tersebut kian bertambah setiap tahun. Tuan Mohd. Apandi bin Haji Mohamad: Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan industri kecil yang berkaitan dengan minyak kelapa sawit, selain daripada menghasilkan minyak apakah sektor-sektor industri kecil lain yang kerajaan lihat dapat dibangunkan untuk memajukan industri-industri kecil dalam bidang kelapa sawit selain daripada minyak masak. Datuk Fu Ah Kiow: Tuan Yang di-Pertua, kerajaan sedang berusaha mempelbagaikan penggunaan minyak kelapa sawit. Dan, baru-baru ini juga ada industri kecil yang telah menceburi dalam pembuatan minyak wangi yang menggunakan minyak sawit dan juga barangan seperti toiletry, dengan izin, toiletry yang menggunakan kelapa sawit. Sekian, terima kasih. 11. Tuan Haji Badrul Hisbam bin Abdul Aziz [Hulu Langat] minta Menteri Luar Negeri menyatakan bagaimanakah pihaknya membalas serangan-serangan pihak luar melalui media yang terus memburukkan negara ini termasuklah yang memperalatkan pihak tempatan tertentu. Menteri Luar Negeri [Datuk Seri Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar]: Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Luar Negeri sentiasa peka terhadap tindakan oleh pihak-pihak tertentu di luar negara yang membuat serangan melalui media bagi memburukkan negara ini termasuklah juga memperalatkan pihak-pihak tertentu. Kementerian Luar Negeri akan memantau laporan-laporan media asing mengenai isu IO DR.05.12.2000 yang melibatkan imej dan kepentingan Malaysia di luar negara termasuk pemantauan laporan-laporan dalam Internet. Dalam usaha menjelaskan keadaan sebenar dan menangkis serangan . ini, antata langkah yang diambil ialah: (i) memberikan jawapan-jawapan balas kepada pengarang akhbar dan majalah asing untuk memberi penjelasan dan membetulkan tanggapan yang tidak tepat mengenai isu-isu tertentu; (ii) melaksanakan aktiviti-aktiviti penerangan' secara bersepadu oleh kementerian dan perwakilan-perwakilan Malaysia termasuk mengadakan perjumpaan-perjumpaan dengan pertubuhan bukan kerajaan dan pelajar-pelajar di luar negara bagi menerang dan menjelaskan fakta-fakta tepat berhubung sesuatu isu; (iii) mengadakan pertemuan dengan pegawai-pegawai kerajaan, ahli-ahli pemiagaan, pelajar serta masyarakat awam untuk memberi penerangan dan penjelasan mengenai negara; (iv) menganjur lawatan-lawatan wakil media asing ke Malaysia bagi mendedahkan mereka kepada keadaan sebenar di Malaysia. Tetapi yang paling penting sekali ianya mestilah dianggap sebagai satu usaha bersepadu oleh semua rakyat Malaysia dan bukan sahaja Kementerian Luar Negeri termasuk daripada ahli-ahli parti pembangkang dengan tidak menggunakan saluran-saluran luar bagi memburukkan dan merosakkan nama dan imej Malaysia. Tuan Haji Badrul Hisham bin Abdul Aziz: Soalan tambahan. Tadi ada dinyatakan pihak yang telah memperalatkan pihak tempatan tertentu. Soalan saya ialah sudahkah dikenal pasti pihak-pihak yang telah diperalatkan ini dan apakah tindakan selanjutnya yang telah diambil. Datuk Seri Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar: Tuan Yang di-Pertua, mereka yang terlibat kita kenal pasti, untuk mengambil tindakan mungkin ia akan mengambil masa dan mempunyai beberapa kerumitan. Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawi: Terima kasih, Tuan Yang di­ Pertua. Persoalan pihak luar melalui media yang dikatakan memburuk-burukkan negara kita ini, bukan satu perkara yang baru dan sering ditimbulkan oleh pemimpin­ pemimpin negara kita khususnya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita. Kalau dahulu dia menyerang Barat, sebagai musuh yang mahu menjatuhkan beliau tetapi sejak dua, tiga hari ini, dia menyerang negara-negara umat Islam, yang mana negara pun kita tidak tahu yang dikatakan bersubahat dengan parti pembangkang untuk menjatuhkan beliau. Persoalan yang ada sekarang adalah apakah pihak kerajaan tidak peka tentang keangkuhan-keangkuhan pemimpin-pemimpin negara sendiri yang mana apa yang disebut oleh pihak media asing itu banyak kebenarannya. Perdana Menteri sendiri terlalu banyak kenyataan-kenyataan yang begitu angkuh diperkatakan di luar negeri menyerang sana dan sini. Dan kalau kita ambil contoh apa yang berlaku di Lunas, Yang Berhormat Sungai Siput sendiri [Disampuk] begitu angkuh tidak mahu pulang ke Kuala Lumpur tetapi pulang .... Datuk Seri Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar: Ini ucapan. Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawi: Jadi, ini merupakan sesuatu ..

DR.05.12.2000 11

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Mohamad bin Abdullah): Soalan Yang Berhormat. [Disampuk] Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawi: Ya, soalannya. Infmerupakan sesuatu yang dilihat oleh semua orang tentang perkara ini. Soalannya, apakah pihak kementerian sedar bahawa di negara kita sendiri, wartawan-wartawan di negara kita telah menghantar dua, tiga kali memorandum yang menyatakan bahawa di negara kita terlalu banyak tekanan-tekanan yang meminta pihak kerajaan sendiri menarik balik Akta Mesin Cetak dan memberikan kebebasan kepada pemberita-pemberita dari segi pemberitaan di negara kita sendiri. Terima kasih. · · Datuk Seri Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar: Tuan Yang di-Pertua, soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat menunjukkan bahawa Yang Berhormat lebih memihak kepada orang luar. [Tepuk} Jadi, kalau apa sahaja yang dikatakan oleh akhbar dan media luar kita anggap sebagai benar, apa yang dikatakan oleh negara tidak betul. Jadi, inilah perkara-perkara yang menjadikan kesulitan bagi kita dan kita mahu mengambil tindakan undang-undang tetapi sentiasa berselindung. Parti pembangkang ini pandai berselindung. Dan, berkenaan keangkuhan. Apa keangkuhan kita, kalau kita menegakkan hak kesaksamaan dan keadilan untuk negara-negara membangun [Tepuk] yang tertekan dalam sistem perdagangan yang dikatakan bebas tetapi tidak bebas dalam sistem yang cuba untuk menjajah semula, bukan satu perkara yang luar biasa. Jadi, saya berharap Yang Berhormat terima hakikat, perkara yang kita hendak melakukan kebenaran jangan kita pula sebagai rakyat menafikan dan menjadikannya lebih sulit lagi. Berkenaan dengan kebebasan akhbar, saya fikir cukup banyak pembohongan yang terkandung dalam Harakah. Itu satu perkara yang perlu kita perbetulkan. Di dalam kita hendak mendapat kebebasan, kebebasan bukan satu perkara yang mutlak, ia mempunyai tanggungjawab dan kita mesti amanah di atas tanggungjawab kita. Sebab itu saya menganggap, kita bercakap dan mencari kesalahan kerajaan, kita tidak mengatakan kita sempuma tetapi banyak perkara yang tidak betul yang dilakukan oleh pembangkang. · [Soalan No. 12- Y.B. Tuan Haji Abdul Hadi bin Haji Awang [Marang] tidak hadir}. [Soalan No. 13 - Y.B. Tuan Abdul Rahman bin Yusof [Kemaman] tidak hadir}. 14. Tuan Taib Azamudden bin Md. Taib [Baling) minta Perdana Menteri menyatakan memandangkan Pusat Pemulihan Akidah telah dibina di Jelebu, Negeri Sembilan yang antaranya bertujuan untuk memulihkan akidah golongan yang mengamalkan ajaran sesat, berapakah golongan yang telah dipulihkan hingga kini dan apakah kerajaan telah berjaya memulihkan antihadis yang telah diputuskan sebagai ajaran sesat yang bertentangan dengan Islam oleh Jawatankuasa Fatwa pada 6 September 1995 lalu. Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Datuk Seri Panglima Dr. Haji Abdul Hamid bin Haji Othman): Tuan Yang di-Pertua, setakat ini 71 buah kumpulan ajaran sesat telah berjaya dipulihkan walaupun tidak melibatkan Pusat Pemulihan Akidah di Jelebu. Kerajaan akan terns memantau kumpulan-kumpulan ini supaya tidak menjadi aktif lagi. Se lain daripada itu Pusat Pemulihan Akidah di Jelebu, Negeri Sembilan telah mengadakan kursus pemantapan akidah kepada pelbagai golongan umat Islam yang membuat permohonan secara sukarela menyertai kursus tersebut. Dasar ini adalah keutamaan bagi kerajaan. Manakala mengenai perkembangan ajaran sesat antihadis pula, walaupun puak ini masih wujud tetapi pengikutnya adalah kecil dan terkawal. Berdasarkan perkembangan ini, kerajaan yakin perkembangan ajaran sesat ini akan terns mengecil dan terhapus. 12 DR.05.12.2000

Tuan Taib Azamudden bin Md. Taib: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri dan soalan tambahan. Saya yakin Yang Berhormat Menteri juga setuju bahawa untuk memulihkan mereka yang terlibat dengan ajaran sesat atau ajaran salah ini bukan suatu perkara yang mudah. la memerlukan para fasilitator yang mahir dan berpengalaman. Oleh itu sejauh manakah persediaan­ persediaan dan juga usaha-usaha bagi menyediakan para fasilitator yang mahir dan berpengalaman ini selain daripada tenaga-tenaga jemputan daripada institusi-institusi pengajian tinggi dan sebagainya yang lebih bersifat sementara sahaja.

Dan, apakah apabila golongan antihadis sep~rti mana jawapan Yang Berhormat tadi dalam sebilangan yang kecil maka kita boleli melihat benda ini suatu perkara yang agak kecil juga ataupun sesuatu yang harus kita bertindak terus bagi membersihkan, mengatasi secara keseluruhannya. Terima kasih. Datuk Seri Panglima Dr. Haji Abdul Hamid bin Haji Othman: Tuan Yang di-Pertua, bagi menyiapkan pegawai-pegawai yang cekap dalam hal ini kerajaan sentiasa membuat kursus-kursus berkenaan kepada pegawai-pegawai yang terlibat dan juga pegawai-pegawai diberi peluang untuk membuat ijazah lanjutan di universiti tempatan dan juga di universiti luar negara. Tentang perkara antihadis dan sebagainya, rancangan atau program strategi yang diambil oleh kerajaan ialah memberi penerangan kepada orang awam tentang kesalahan atau tidak betulnya pemikiran dan ajaran yang dibawa, dengan itu tidak ada recruitment, tidak ada orang-orang baru yang mengikuti mereka. Kerajaan cukup sedar bahawa perkembangan antihadis dan perkembangan ajaran sesat ini dibawa oleh kumpulan yang tertentu. Apabila kita sekat atau memberi penerangan yang terang kepada orang ramai tentang salahnya perbuatan mereka, dengan itu akan terhakis, terpupuslah sedikit demi sedikit. Drs. Abu Bakar bin Othman: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Semua kita bersetuju bahawa ajaran sesat adalah mengancam keselamatan negara termasuklah yang anti-Quran. Soalan tambahan, adakah setelah golongan antihadis itu diputuskan sebagai ajaran sesat yang bertentangan dengan Islam, ianya tidak aktif lagi? Adakah kerajaan telah menubuhkan satu badan khas bagi memantau kumpulan ajaran sesat yang telah diharamkan itu termasuk kumpulan Arqam, Nasrul Haq yang pemah aktif satu ketika dahulu. Terima kasih. Datuk Seri Panglima Dr. Haji Abdul Hamid bin Haji Othman: Tuan Yang di-Pertua, salah satu alasan bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dinaik taraf hingga menjadi jabatan dalam Jabatan Perdana Menteri yang dulunya sebagai satu bahagian. Jadi, salah satu alasan ataupun justifikasi naik taraf dan penambahan jawatan dan kenaikan taraf jawatan-jawatan yang ada ialah bagi menghadapi ajaran sesat dan penyelewengan akidah dalam negara kita. 15. Tuan Mohamad bin Sahu [Kuala Kedah] minta Perdana Menteri menyatakan sejauh manakah penglibatan Petronas dalam pelaburan di dalam pelbagai badan korporat, pengambilalihan saham syarikat, penyelamatan hutang (bailout) dan sebagainya. Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri [Datuk Haji Noh bin Haji Omar]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, semua pelaburan Petronas adalah di dalam anak-anak syarikat dalam syarikat-syarikat sekutunya yang terlibat di dalam industri minyak dan gas kecuali pelaburan dalam projek KLCC dan Putrajaya. Jumlah pelaburan setakat 31 Januari 2000 adalah seperti berikut: (i) syarikat-syarikat yang terlibat dalam industri minyak dan gas ialah RM12.9 bilion; (ii) projek KLCC dan Putrajaya ialah sebanyak RM2.25 bilion. ..

DR.05.12.2000 13

Petronas tidak terlibat ·dengan pengarnbilan saharn syarikat bagi tujuan penyelarnatan syarikat berkenaan atau penyelarnatan hutang mana-mana pihak. Terirna kasih. Tuan Mohamad bin Sahu: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Kita mendengar baru-baru ini bahawa Petronas akan membeli saham Proton dan dua, tiga tahun lagi akan berlaku AFTA di mana penyelarasan di negara-negara ASEAN ini, menyebabkan harga kereta akan menjadi begitu murah. Apakah tugas Petronas di antaranya untuk mengarnbil alih syarikat-syarikat yang teruk seperti ini, yang dirarnalkan akan menghadapi masalah dan bagainiana tindakan kerajaan mernastikan bahawa bila diarnbil alih Proton nanti wang Petronas tidak hilang atau tidak rugi. Datuk Haji Noh bin Haji Omar: Terirna kasih, Yang Berhormat. Sebagaimana Yang Berhormat nyatakan tadi, ini baru rancangan Petronas dan kita yakin bahawa sesuatu pelaburan yang Petronas akan buat ia akan kaji sama ada untung ataupun tidak. Dan, kalau pelaburan yang dibuat itu akan mendatangkan keuntungan sudah tentu pelaburan akan dibuat. Tetapi oleh kerana ini baru rancangan, sudah tentu Petronas akan mengkaji untung ataupun rugi sesuatu pelaburan terutarnanya dalam Proton. Terima kasih. Tuan Mohd. Apandi bin Haji Mohamad: Terirna kasih, Tuan Yang di­ Pertua. Tadi Yang Berhorrnat Setiausaha Parlimen menyatakan bahawa Petronas tidak pemah terlibat dengan syarikat-syarikat yang tidak ada kaitan dengan industri minyak. Tetapi rnasihkah kita lupa selepas ekoran BMF skandal dahulu, di mana Petronas telah dipaksa untuk membeli dan menyelarnatkan Bank Bumiputra yang melibatkan lebih daripada RMl,000 juta. Itu bagaimana halnya pula? Datuk Haji Noh bin Haji Omar: Tuan Yang di-Pertua, soalan yang ditanya ialah mengenai pelaburan yang dibuat oleh pihak Petronas ...... Tuan Mohd. Apandi bin Haji Mohamad: Penyelarnatan hutang, ada juga tu. Penyelamatan hutang (bailout) dan sebagainya. Bawah tu. Soalan tarnbahan. Datuk Haji Noh bin Haji Omar: Tuan Yang di-Pertua, soalan asal yang ditanya ialah mengenai pengambilalihan dan juga penyelarnatan hutang. Saya telah nyatakan tadi bahawa kita tidak pemah terlibat dalarn pengarnbilalihan saharn syarikat ataupun penyelamatan syarikat. Tetapi mengenai kes Bank Bumiputra, kes yang lama, kita sedia maklum kes tersebut ialah kita bertindak dan Petronas bertindak untuk menyelarnatkan Bank Bumiputra yang dipunyai oleh kerajaan pada rnasa itu. Terirna kasih. 16. Tuan Haji Muhyidin bin Haji Abdul Rashid (Hulu Terengganu] minta Menteri Kewangan menyatakan sama ada pemberhentian bayaran royalti petroleum kepada Kerajaan Negeri Terengganu dibuat basil kajian yang teliti dengan mengambil kira semua pandangan memandangkan tindakan ini boleh menjejaskan keyakinan negara terutama para pelabur terhadap negara ini yang tidak menghormati perjanjian yang ditandatangani. Timbalan Menteri Kewangan (Dato' Dr. Haji Sbafie bin Haji Mohd. Salleh): Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan Persekutuan tidak pemah memberhentikan bayaran wang ihsan kepada kerajaan negeri Terengganu. Pemberian wang ihsan ini akan disalurkan melalui Program Pembiayaan Wang Ehsan (PPWE) yang bertujuan untuk mernastikan kebajikan rakyat Terengganu terutamanya golongan miskin di luar bandar akan terus dibela. Oleh itu, soal tidak menghorrnati perjanjian yang telah ditandatangani tidak timbul. Yang keduanya, nilai cadangan pelaburan yang diterima oleh Lembaga Kemajuan Perindustrian MIDA turut meningkat dengan ketara pada 138.7% kepada RM27.4 bilion bagi tempoh 9 bulan tahun ini berbanding kemerosotan 20.6% bagi tempoh yang sama tahun lepas. Pelaburan langsung asing telah mencatatkan aliran masuk dana iaitu paras tertinggi semenjak suku keempat 1998. Aliran masuk 14 DR.05.12.2000 pelaburan langsung asing kasar ke Malaysia berasaskan tunai adalah berjumlah RM13.2 bilion pada 9 bulan pertama tahun 2000 berbanding dengan RMI 1.4 bilion pada tempoh yang sama pada tahun 1999. Ini mencerminkan keyakinan para pelabur termasuk pelabur asing terhadap ekonomi kita. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Mohamad bin Abdullah): Ahli-ahli Yang Berhormat, masa soaljawab sudah selesai. [Masa untuk Pertanyaan bagi Jawab Lisan telah cukup dan Jawapan bagi Pertanyaan No. 1, 3, 4, 6, 12, 13 dan 17 hingga 20 adalah dijilid dalam buku berasingan] RANG UNDANG-UNDANG DIBAWA KE DALAM MESXUARAT

RANG UNDANG-UNDANG INSURANS LUAR PESISIR (PINDAAN) 2000 Bacaan Kali Yang Pertama Rang Undang-undang bemama Suatu Akta untuk meminda Akta Insurans Luar Pesisir 1990; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan; dibaca kali yang pertama; akan dibaca kali yang kedua pada Mesyuarat kali lDI.

RANG UNDANG-UNPANG

RANG UNDANG PERBEKALAN 2001 DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2001 Jawatankuasa Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula pertimbangan atas "Rang Undang-undang Perbekalan 2001 dan Usul Anggaran Pembangunan 2001 dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis." [Bari Kesebelas] Maj/is bersidang dalam Jawatankuasa. [Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah] mempengerusikan Jawatankuasa] Maksud B.48 [Jadual] - Maksud P.48 [Anggaran Pembangunan 2001)- Tuan Pengerusi [Dato' Haji Mohamad bin Abdullah): Kepala Bekalan B.48 dan Kepala Pembangunan P.48 di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar terbuka untuk dibahas. Baling. 11.02 pagi. Tuan Taib Azamudden bin Md. Taib [Baling]: Assalamualaikurn warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya ingin mengambil bahagian untuk membahaskan Maksud P.48 di bawah Butiran 02400 - Pemodenan Kampung. Peruntukan untuk memodenkan kampung bagi tahun 2001 sebanyak RM88,500,000 adalah terlalu kecil jika dibandingkan dengan peruntukan-peruntukan lain. Sedangkan pada tahun 2000 jumlah peruntukan pemodenan kampung berjumlah RM432.7 juta. Di antara syarat untuk menerima peruntukan adalah menerusi JKKK. Oleh kerana hanya lebih kurang 60% kampung-kampung yang mempunyai JKKK ini bermakna hampir 40% lagi kampung-kampung itu terbiar. Daripada jadual peruntukan pemodenan kampung, tidak ada peruntukan untuk meningkatkan pasaran teknologi information and communication technology (ICT) sedangkan teknologi ini adalah teknologi terpenting di abad ini. DR.05.12.2000 15

Pada masa ini sekitar 85% daripada sejumlah 1.5 juta pengguna Internet di negara ini tertumpu di kalangan penduduk bandar. Kita merasa bimbang jika keadaan ini dibiarkan berterusan, ia akan mempolarisasi penduduk di negara ini- kepada dua kelompok, iaitu kumpulan yang mampu mendapat maklumat segera melalui Internet dan satu lagi golongan yang terpinggir. Oleh itu, saya mencadangkan supaya Kementerian Pembangunan Luar Bandar menyediakan kemudahan infrastruktur yang mestilah termasuk kemudahan ICT kepada kampung-kampung di luar bandar. Dalam hal ini juga, saya turut menyokong saranan atau cadangan yang pernah dibuat oleh Majlis Belia Malaysia (MBM) yang· mencadangkan supaya kerajaan menyediakan perkhidmatan Internet secara percuma di dalam usaha meningkatkan lagi penggunaan Internet khususnya di kalangan masyarakat luar bandar. Oleh kerana sebahagian besar penduduk luar bandar adalah berpendapatan rendah, sudah tentulah mereka tidak mempunyai kemampuan untuk menyediakan kemudahan-kemudahan komputer, Internet dan sebagainya. Oleh itu, memandangkan keadaan ini dicadangkan agar kerajaan dapat mengurangkan harga komputer dan perisian komputer di samping memperkenalkan skim pembiayaan yang lebih kreatif clan inovatif serta subsidi bagi penduduk luar bandar. Membangunkan perkhidmatan telekomunikasi juga penting memandangkan perkhidmatan Internet bergantung kepada penyediaan talian telefon berkualiti. Organisasi seperti koperasi dan syarikat-syarikat kerjasama di kawasan-kawasan luar bandar juga digesa supaya dapat menceburi bidang-bidang pengedaran komputer. Tidaklah bidang-bidang atau peluang-peluang pengedaran komputer ini terbatas kepada syarikat-syarikat yang telah mempunyai kemampuan untuk maju dan sebagainya. Saya juga turut mencadangkan di samping penyediaan talian telefon berkualiti, maka perhubungan secara wireless untuk Internet bolehlah diperkenalkan di kawasan luar bandar. Penjimatan yang besar akan diperolehi kerana kabel gantian optik atau talian telefon tidak perlu disediakan. Sebagai langkah untuk memperkayakan masyarakat luar bandar dengan masyarakat yang bermaklumat, maka saya mencadangkan supaya laman web dalam Bahasa Malaysia diperluaskan kerana sebahagian besar penduduk luar bandar tidak mahir dalam Bahasa Inggeris. Kita perlu menggalakkan masyarakat luar bandar menguasai Bahasa Inggeris sebagai bahasa ketiga seperti mana sebahagian besar orang-orang Tionghua dan juga orang-orang India yang kebanyakannya menguasai tiga bahasa. Kementerian ini juga dirninta untuk menyediakan latihan dan khidmat nasihat bagi penggunaan Internet di luar bandar. Tuan Pengerusi, di bawah Butiran 01707 - Pemasangan Penyelenggaraan Lampu Jalan Kampung. Sebahagian besar jalan-jalan kampung belum mendapat bekalan lampu jalan. Ini menyebabkan keadaan sebahagian besar kampung-kampung di luar bandar berada dalam keadaan gelap gelita di waktu malam. Ini amat menyulitkan anak-anak kampung terutama dalam usaha-usaha mereka mempergiatkan lagi program-program pendidikan dan pelajaran mereka di kelas-kelas malam mahupun juga kepada anak-anak kampung yang bertugas di sektor-sektor perindustrian yang sebahagian besar daripada mereka adalah terdiri daripada kaum wanita dan anak-anak gadis. Adalah wajar kementerian ini juga mengkaji dan memperuntukkan penyediaan pemasangan lampu percuma di halaman-halaman masjid dan halaman surau di kampung-kampung di luar bandar. Ini bukan sahaja untuk memberi kemudahan kepada para jemaah tetapi juga bagi menampakkan lagi keceriaan syiar Islam melalui institusi masjid dan surau-surau yang juga sebagai agama rasmi negara. Tuan Pengerusi, di bawah Butiran 03200 - Program Membantu Golongan Miskin, Amanah Ikhtiar dan NGO. Berhubung dengan masalah Amanah Ikhtiar, saya difahamkan bahawa Amanah Ikhtiar telah dikorporatkan. Untuk itu, gaji para pegawai dan kakitangan Amanah Ikhtiar terpaksa ditanggung sendiri oleh Amanah Ikhtiar yang mana pada satu ketika dahulu tanggungan ini atau gaji kakitangan dan pegawai 16 DR.05.12.2000

Amanah Ikhtiar ditanggung oleh pihak kerajaan. Akibatnya, apabila keadaan ini ditanggung sendiri oleh Amanah Ikhtiar maka untulc menampung beban kos kewangan yang dipikul, maka pinjaman yang dibuat oleh para peminjam yang sudah semestinyalah terdiri dari mereka pengusaha-pengusaha kecil-kecilan yang layak di bawah pinjaman Amanah Ikhtiar ini menanggung beban kerana mereka dikenakan bayaran balik dengan kadar yang tinggi iaitu 12% sedangkan sebelum Amanah Ikhtiar ini dikorporatkan hanya peminjam dikenakan bayaran balik dalam kadar 4% sahaja. Keadaan sebenamya lebih membebankan kepada penduduk luar bandar yang membuat pinjaman kepada Amanah Ikhtiar kalau sekiraJ].ya keadaan pengkorporatan Amanah Ikhtiar ini tidak dikaji semula dan dilihat secara yang lebih mendalam. Oleh itu, saya cadangkan pengkorporatan Amanah Ikhtiar ini dikaji semula dan seboleh­ bolehnya dikembalikan semula di bawah tanggungan kerajaan. Kerana inilah sahaja satu-satunya peluang yang ada kepada pengusaha-pengusaha kecil di kampung­ kampung untuk mereka belajar berdikari dan menanam semangat keusahawanan supaya mereka lebih dapat bergiat maju bagi membantu pertumbuhan ekonomi di kawasan-kawasan luar bandar. Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Masa Yang Berhormat cukup. Tuan Taib Azamudden bin Md. Taib: Terima kasih. Tuan Pengerusi [Dato' Haji Mohamad bin Abdullah]: Ya, Yang Berhormat di sana, Tawau ya. 11.11 pagi. Tuan Shim Paw Fatt [Tawau]: Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya ingin merujuk kepada Butiran 01703 - Bekalan Elektrik, 02003 - Bekalan Air, dan 02300 - Jalan-jalan. Tuan Pengerusi, saya ingin menyentuh sedikit mengenai terhadap pembangunan di kawasan luar bandar dalam kawasan Tawau. Kawasan Tawau ini 0 adalah satu kawasan yang besar, mungkin seluas negeri Melaka. Bagaimana pun, kemudahan infrastruktur bagi kebanyakan tempat di kawasan ini masih mundur ataupun tidak wujud langsung. Jika wujud pun masih perlukan pembangunan seterusnya. Bagi bekalan air dan elektrik, penduduk-penduduk di situ bergantung semata­ mata kepada bekalan dari perigi dan janakuasa alih (portable generator set), dengan izin. Di Pulau Sebatik masalah bekalan air lebih rumit. Usaha mendapatkan air melalui perigi tidak berhasil dan penduduk-penduduk di situ bergantung pula kepada air hujan. Hujan bagaimana pun tidak turun setiap hari. Oleh itu, penduduk pulau ini selalunya mengalami kekurangan bekalan air. Saya berharap dan merayu supaya kementerian berkenaan meninjau keadaan ini dengan serta-merta demi untulc mencari jalan mengatasi masalah ini untulc meringankan kesusahan yang dihadapi penduduk berkenaan. Tuan Pengerusi, bagi bekalan elektrik pula, kementerian wajar memperuntukkan wang bagi pembelian set janakuasa alih bagi setiap kampung ataupun sekurang-kurangnya memberi subsidi kepada penduduk kampung untulc membeli set janakuasa alih tersebut kerana untulc menyenggarakan janakuasa alih itu kosnya adalah tinggi, maklumlah penduduk yang kurang mampu dari segi kewangan terpaksa hidup dalam kegelapan. Keadaan sedemikianjauh daripada objektifWawasan 2020. Tuan Pengerusi, kementerian berkenaan patut memperuntukkan wang yang mencukupi bagi pembinaan jambatan serta jalan-jalan yang sesuai untuk apa jua cuaca atau all weather road, dengan izin, khususnya di kawasan Ulu Kalabakan, Merotai dan Sin On Tiku. bagi membolehkan penduduk di situ mengangkut keluaran mereka ke kilang ataupun ke bandar. Apabila cuaca buruk kebanyakan jalan tidak dapat dilalui. Oleh itu, petani-petani mengalami kerugian besar kerana tidak dapat mengangkut DR.05.12.2000 17

barangan mereka, lebih-lebih lagi pada masa sekarang di mana harga keluaran pertanian seperti koko dan kelapa sawit semakin turun. Kerajaan haruslah membantu petani untuk mengurangkan kerugian mereka melalui pembinaan jalan-jalan yang sesuai. Langkah ini pasti dapat mengurangkan kos pengangkutan yang terpaksa ditanggung petani berkenaan. Jika tidak, banyak ladang mungkin terbiar sahaja dan ini pula menjejaskan keadaan ekonorni negara kita. Sekian, terima kasih. Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Sri Gading. 11.16 pagi. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh tentang Maksud B.48, Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Butiran-butiran 010300, 010400, 00100, 00201, 00401, 02300, 02401 dan 02402, kalau ada masa. Kita mengetahui bahawa di luar bandarlah terletaknya para petani, para pekebun, para peladang. Di desa-desa inilah terselit penderitaan, kerniskinan, kemunduran dan terkumpulnya tenaga-tenaga yang tua atau orang-orang yang lebih tua, yang lebih dewasa dari kalangan ibu dan bapa, dari kalangan datuk dan nenek, kerana golongan muda kebanyakan berhijrah ke dalam bandar kerana tuntutan bekerja di pihak swasta ataupun di pihak kerajaan. Oleh yang demikian, latar belakang pembangunan di luar bandar ini ataupun keadaan di luar bandar ini maka kementerian yang sangat diharapkan oleh penduduk di luar bandar ialah Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Kita berharap peruntukan daripada Kementerian Pembangunan Luar Bandar ini akan dapat membantu kehidupan manusia ataupun golongan manusia yang saya nyatakan tadi. Jadi, dalam hubungan ini saya berharap peruntukan RMl.8 bilion lebih bagi tahun 2001 akan dapat dibelanjakan sepenuhnya dan kalau ada kekurangan saya rasa kementerian ini kita akan sokong, kalau mohon di setengah tahun 2001 nanti memohon peruntukan tambahan, kerana bagi kita peruntukan tambahan yang dimohon oleh kementerian ini tentulah akan memberikan faedah yang sangat besar kepada pembangunan luar bandar yang sekali gus akan diterima oleh masyarakat luar bandar seperti yang saya nyatakan tadi. Soal Pemodenan Desa, Butiran 010300. Saya harap pemodenan desa ini akan terus dipertingkatkan dengan ditambah tentang usaha-usaha meningkatkan taraf ekonorni penduduk desa dengan segala program yang ada kaitan memproses perkara­ perkara yang ada di kampung dengan sekali gus memberikan latihan-latihan kepada penduduk-penduduk di luar bandar supaya dapat mereka dalam satu lapangan menambahkan naflcah ataupun ekonorni mereka tanpa mereka keluar, mereka boleh mendatangkan ekonorni yang bertambah dari usaha-usaha yang boleh dijalankan oleh pihak kementerian. Sebagai contoh, Desa Wawasan sekarang, 00201. Konsep dan juga matlamat Desa W awasan ini sangat baik dan murni. Tetapi setakat ini, belum ada kemajuan yang boleh kita banggakan tentang pelaksanaan Desa Wawasan ini dalam ertikata memberikan sebesar-besar faedah kepada penduduk di mana kampungnya telah pun dikenal pasti sebagai Desa Wawasan. Pengisian kepada Desa Wawasan ini harus ditekankan secara bersungguh-sungguh supaya mereka yang duduk dalam Rancangan Desa Wawasan yang diusahakan oleh kementerian ini akan rasa ada satu kelainan tambahan keuntungan kepada mereka apabila kampung mereka dikenal pasti sebagai Desa Wawasan. Jadi, program yang benar-benar yang dapat mereka rasai, terutamanya peningkatan ekonomi di samping soal-soal lain seperti kesihatan, keilmuan, perpaduan dan juga perkara-perkara yang berkaitan dengan kebajikan masyarakat. Soal ekonorni ini, kerana bagi orang kampung apa sahaja projek kerajaan yang datang ke kampung mereka, yang ada dalam fikiran mereka ialah bagaimana kerajaan memberikan bantuan kepada mereka untuk mereka lepas daripada kesempitan atau kesengsaraan dalam kehidupan mereka yang kadangkala memang tidak dapat hendak dielakkan oleh sebab 18 DR.05.12.2000 berbagai-bagai perkara latar belakang yang tertentu, maka mereka sangat-sangat mengharapkan dengan Program Desa Wawasan ini, dengan pengisian yang boleh dijayakan, mereka akan dapat nikmat daripada rancangan yang telah ataupun akan dijalankan. Jadi, perkara seperti ini harus diberikan perhatian yang serius. Satu lagi, taman bimbingan prasekolah ini sangat-sangat diharapkan oleh orang kampung supaya peruntukan tentang kelas-kelas bimbingan kanak-kanak yang diusahakan oleh KEMAS ini diperbanyakkan di kampung-kampung supaya membolehkan seluruh anggota keluarga di kampung itu akan dapat menghantar anak­ anaknya ke sekolah bimbingan yang dikelolakan oleh ~MAS. Buat masa sekarang ini, pilihan memang begitu tinggi kepada KEMAS kerana bayarannya adalah RM15 sebulan tetapi oleh sebab kelas ini terhad, maka rarnai di kalangan anak-anak ataupun orang kampung menghantar anak-anaknya ke kelas-kelas yang lain dan antaranya terpaksa menghantarnya ke Pasti. Pasti ini kita tahulah dikelolakan oleh parti pembangkang, PAS umpamanya. Di kawasan saya umpamanya, pasti, gurunya tidak berkelayakan dan pelajaran yang diajar di Pasti ini, dia sebenarnya tidak membina sahsiah anak-anak dan juga tidak memberikan manfaat yang sebesar-besarnya kerana guru-guru Pasti ini pun tidak berkelayakan, tidak ada kursus yang tertentu. Tuan Mohd. Apandi bin Haji Mohamad: [Bangun] Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng): Yang Berhormat. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Ha, okay. Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Jeli bangun. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Ha, Jeli. Dia pantang disentuh. Okay, cepat. Tuan Mohd. Apandi bin Haji Mohamad: Terima kasih Tuan Pengerusi dan ayahanda saya dari Sri Gading. Saya rasa ayahanda Sri Gading ini tidak berapa tahu yang sebenarnya hal-hal Pasti dengan mengatakan bahawa guru-guru Pasti tidak mengikuti kursus kerana mungkin tidak pemah masuk rumah kami, jadi tidak tahu apa yang ada dalam rumah kami. Tengok rumah kami daripada luar rumah, jadi kerusi apa kami ada, katil apa kami ada, dia tidak tahu. Jadi, untuk makluman Yang Berhormat, apakah Yang Berhormat sedar bahawa di Kelantan, Terengganu dan beberapa negeri tertentu, ramai pelajar daripada Tadika yang berpindah ke Pasti dan termasuk anak pemimpin-pemimpin UMNO tempatan sendiri pun menghantar anak mereka ke Pasti dan bukan ke Tadika. Macam mana yang dikatakan kami punya tidak baik dan sebagainya. Terima kasih. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Inilah yang saya nyatakan tadi. Di kawasan saya, ada orang UMNO hantar anak ke Pasti walaupun kelas Pasti ini, gurunya tidak berkelayakan. Saya bercakap tentang kawasan saya. Saya tidak bercakap tentang Kelantan dan Terengganu, wallahualam di sana. Dia boleh temberang dan sebagainya tetapi kawasan saya ... [Ketawaj Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, boleh gulung. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Saya setujulah pasal kerana tidak ada kelas KEMAS yang baik itu tidak cukup dan tidak dapat menampung, maka terpaksa hantar pergi kelas Pasti macam Yang Berhormat bagi Jeli katakan itu. Memang adalah berlaku. Di kawasan saya pun ada anak ahli UMNO, ini terpaksa dalam rela, apakah. [Disampuk] Rela dalam paksa, pasal KEMAS tidak ada. Kalau ada KEMAS, tidak ingin dia orang hendak hantar. Tetapi apa hendak buat. Jadi, inilah. Dapat saya sedikit lagi Datuk? Tuan Pengerusi (Datuk Lim Si Cheng): Masa cukup Yang Berhormat. DR.05.12.2000 19

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Masa cukup ya? Cuma jalan luar bandar ini, Datuk, tahun 2001 dan sampailah sebelum 2004, hebatkanlah jalan luar bandar kerana dengan jalan luar bandar ini, mudah-mudahan Barisan Nasional akan terus diberikan sokongan. Terima kasih. Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Bukit Mertajam. 11.27 pagi.

Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: 'I_'e~ kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin bertanya beberapa soalan sahaja. Saya ingin mendapat penjelasan untuk Butiran 00402 - Pusat Pertumbuhan Kanak-kanak. Anggaran untuk 2001 ini tidak ada peruntukan. Saya ingin tahu apakah aktiviti yang dijalankan oleh pusat pertumbuhan kanak-kanak ini dan mengapa untuk tahun hadapan ia tidak ada peruntukan? Saya juga ingin bertanya, Kementerian Pembangunan Luar Bandar ini ialah untuk kawasan luar bandar tetapi kerana politik di negara ini, umpamanya estet tidak termasuk dalam kementerian ini tetapi ada beberapa butiran yang saya rasa adalah penting untuk semua penduduk di luar bandar. Umpamanya, 00100 dan 00101 - Pendidikan Masyarakat dan Bimbingan Masyarakat, 00103 - Kesejahteraan Keluarga. Ini tidak kira mereka di kampung baru atau di kampung tradisional atau di estet bahawa mereka boleh mendapat manfaat daripada program-program ini. Adalah satu unsur yang penting ialah Kerajaan Barisan Nasional mesti mengkaji bagaimana hendak mendukung, termasuk estet di mana-mana kementerian. Sekarang kanak-kanak di estet, keluarga-keluarga di estet, kementerian mana yang membela nasib mereka? Saya juga ingin tahu bimbingan masyarakat dan juga kesejahteraan keluarga, apakah isi kandungan dalam kursusnya? What is the content? Kerana di dalam masyarakat luar bandar, wanita merupakan golongan yang penting untuk menjaga kesejahteraan keluarga tetapi dengan kemajuan masa, bahawa kaum lelaki juga memainkan peranan yang penting dalam kesejahteraan keluarga, adakah isi kandungan kursusnya ialah untuk memberi pendidikan supaya kaum lelaki atau kaum bapa dan suarni isteri memikul tanggungjawab yang sama untuk menjamin kesejahteraan keluarga kerana masalah keluarga selalunya timbul kerana satu pihak tidak setia kepada pihak yang lain dan ini selalunya berlaku kerana si suarni ingin berkahwin dua atau ada perempuan yang lain. Maka, adakah masalah ini ditangani dalam kursus ini? Saya juga ingin menyentuh mengenai 00201 - Rancangan Desa Wawasan. Saya bimbang, yang kita nampak ialah membekal ataupun kita hendak memodenkan kawasan luar bandar dengan memberi pusat komputer atau mengadakan cyber cafe dan pusat video game. Ini akan menjadikan bahawa mereka hanya menjadi pengguna kepada produk-produk moden ini tetapi isinya mereka tidak mendapat apa-apa faedah. Umpamanya, pusat komputer dan internet, dia banya akan digunakan sebagai satu alat komunikasi kerana kalau sekiranya penduduk-penduduk tidak mempunyai kemabiran dalam menguasai bahasa khasnya bahasa lnggeris, maka tidak gunanya mereka mempunyai komputer. Mereka hanya akan menggunakan komputer untuk bermain computer game ataupun bermain judi melalui internet. Maka, adalah penting bagi kita untuk memodenkan ataupun Rancangan Desa Wawasan ini adalah isi seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat bagi Sri Garling ialah isinya untuk menaikkan taraf pendidikan penduduk-penduduk di luar bandar. Saya juga ingin tahu projek kemasyarakatan ini, apakah aktiviti yang dijalankan di bawah Projek Kemasyarakatan ini? Saya juga ingin mendapat penjelasan di bawah 02400 - Pemodenan Kampung. Yang saya nampak ialah satu masalah di kampung tradisional orang Melayu ialah rumahnya bertaburan dan ini adalah susah untuk memberi kemudahan­ kemudahan asas seperti perparitan kerana banyak kampung tradisional orang Melayu 20 DR.05.12.2000

m1. sekiranya mereka berdekatan dengan projek pembangunan, maka mereka akan menghadapi masalah. Masalah ini termasuk masalah banjir. Tetapi kerana susah hendak mengadakan perparitan untuk rumah-rumah yang bertaburan, maka untuk masa depan, saya berpendapat bahawa Kementerian Luar Bandar perlu berfikir bagaimana hendak membekal kemudahan-kemudahan seperti electricity, perparitan dan kemudahan-kemudahan kesihatan kepada kampung-kampung supaya ia berkos efektif. Pada masa sekarang, adalah lebih penting kita membekalkan kemudahan­ kemudahan asas daripada seperti 02403 - Program Keindahan Kampung. Adalah lebih penting memberi kemudahan asas daripada pengindahaJ?.. Apalah gunanya hendak indahkan kampung tetapi setiap kali hujan, dia akan dibanjiri dan apakah gunanya kalau tidak diadakan air paip? Apa gunanya kampung itu dilihat cantik? Banyak lagi kampung tidak mempunyai bekalan air yang baik walaupun ada paip tetapi kadangkala tidak ada air. Walaupun ada paip, air hanya datang pada waktu malam sahaja kerana tekanan air yang rendah. Maka, saya berpendapat bahawa Kementerian Pembangunan Luar Bandar perlu mengadakan priority yang betul iaitu untuk membekalkan kemudahan­ kemudahan asas khasnya kepada kampung-kampung tradisional kerana perlu ada satu pendekatan baru yang diambil supaya dia lebih kos efektif untuk membekalkan kemudahan-kemudahan ini. Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng): Yang Berhormat boleh gulung Yang Berhormat. Puan Chong Eng: Okay, dan saya juga ingin mencadangkan supaya mungkin Kementerian Luar Bandar ini dapat mengadakan program untuk penduduk­ penduduk di estet, untuk penduduk di kampung dan juga kampung baru Cina supaya ada satu lawatan dan saling memahami apakah masalah yang dihadapi oleh golongan­ golongan masing-masing dan supaya ia dapat meningkatkan persefahaman di antara penduduk-penduduk yang selalunya mereka tidak ada peluang untuk bertemu dengan penduduk bangsa yang lain kerana orang estet selalunya ia bergaul dengan orang di dalam estet dan kampung baru bergaul dengan kampung baru dan juga di kampung Melayu, mereka bergaul dengan kampung Melayu. Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng): Macam sekolah wawasanlah. Puan Chong Eng: Mereka tidak faham. Mungkin di dalam contoh lain bukan sekolah wawasan tetapi yang dikatakan program integrasi, bukan wawasan. Terima kasih. Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng): Pendang. 11.37 pagi. Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor [Pendang): Bismillahir rahmanir rahim. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh beberapa butiran dalam peruntukan Kementerian Luar Bandar ini. Pertama, di bawah butiran 060000 - KEDA. Satu agensi kerajaan di bawah Kementerian Luar Bandar yang terdapat di Kedah dengan peruntukan sebanyak RM9.988 juta. Sebelum ini KEDA terlibat di dalam pembinaan jalan-jalan kampung dan juga dalam pembinaan rumah-rumah untuk keluarga termiskin. Saya perhatikan dalam buku Belanjawan terdapat program KEDA ini antaranya akan melibatkan pembinaan sebanyak 400 buah rumah untuk keluarga miskin. Apa yang hendak saya bangkitkan ialah bagairnana sesebuah keluarga yang dianggap termiskin itu boleh memperolehi rumah-rumah yang akan dibina oleh KEDA ini kerana apa yang dibuat oleh Kerajaan Negeri Kedah, borang-borang permohonan oleh pemohon disyaratkan mendapat sokongan daripada wakil rakyat kerajaan. Bagairnana dengan kawasan­ kawasan atau penduduk-penduduk termiskin dalam kawasan-kawasan yang tidak ada wakil rakyat kerajaan. Di Kedah terdapat 8 kawasan Parlirnen yang dirnenangi oleh PAS dan 13 kawasan Dewan Undangan Negeri yang dirnenangi oleh PAS dan KeADILan. Ini menjadi satu kesulitan dan kesukaran bagi kumpulan yang dianggap DR.05.12.2000 21

termiskin yang memerlukan bantuan rumah ini untuk mendapatkan sokongan, apakah polisi yang dibuat oleh Kerajaan Negeri Kedah ini juga mendapat persetujuan daripada kementerian yang berkenaan. Jadi saya harap kerajaan atau kementerian perlu mengkaji semula supaya agihan hak ini dapat dibuat secara saksama dan dikenal pasti bahawa rakyat yang benar-benar memerlukan rumah, yang tiada mempunyai rumah kediaman, benar-benar · dan berhak sebena/nya mendapat bahagian ini dengan adil dan saksama kerana rakyat sebagaimana yang terbukti dalam pilihan raya kecil di Lunas baru-baru ini telah tidak dapat lagi menerima dasar diskriminasi kerajaari. · Jadi inilah yang menyebabkan antara faktor kerana rakyat melihat sendiri amalan diskriminasi ini, amalan tidak adil berlaku di hadapan mata mereka dan dengan itu mereka telah menolak Barisan Nasional. Apakah kerajaan masih hendak meneruskan dasar ini dan tidak mahu mengiktiraf peranan wakil-wakil rakyat pembangkang dalam kawasan masing-masing dan ini lebih memburukkan lagi keadaan hubungan masyarakat. Jadi ini berlaku di negeri Kedah di mana Kerajaan Barisan Nasional di Kedah menubuhkan pusat-pusat khidmat bapa-bapa angkat iaitu melantik beberapa dari kalangan Exco untuk menjaga kawasan-kawasan yang dimenangi oleh pembangkang. Ini menampakkan bahawa kerajaan seolah-olah tidak mengiktiraf keputusan yang dibuat oleh rakyat. Saya harap Kementerian Pembangunan Luar Bandar akan mengambil satu langkah yang saksama supaya tidak berlaku lagi penganiayaan kepada keluarga yang benar-benar rniskin tetapi tidak berhak. Sebab saya dapati di kawasan saya sendiri di Pendang, masih terdapat ramai keluarga yang tidak mempunyai rumah, yang kita kata wajar di zaman sesudah 40 tahun kita merdeka ini. Juga di bawah butiran 020000 - Bekalan Air Luar Bandar. Iaitu peruntukan sebanyak RM87 juta ringgit dan saya harap projek ini juga akan berjalan dengan cara adil dan saksama terutamanya sudah 43 tahun kita merdeka, masih terdapat banyak lagi kawasan-kawasan luar bandar yang tidak mendapat bekalan air paip ini. Ada kawasan­ kawasan dan kampung-kampung yang sudah lama dibekalkan dengan paip tetapi airnya tidak sampai. Bila kita bangkitkan perkara ini, mereka mengatakan, jawapan yang diterima ialah bekalan air tidak mencukupi tetapi paip- paip telah pun dipasang agak lama. Bahkan ada setengah-setengah kampung yang bukan sahaja paip dipasang tetapi meter juga dipasang. Saya fikir satu gerakan langkah bersepadu haruslah dibuat oleh Kementerian Luar Bandar ataupun dengan kementerian lain, ataupun dengan jawatan-jabatan-jabatan yang mengendalikan urusan bekalan air ini supaya bekalan air bersih dari air paip ini dapat sampai kepada penduduk-penduduk luar bandar. Di bawah Butiran 02300 - Jalan-jalan Luar Bandar dan 02500 - Jalan Kampung dan Penyelenggaraan. Di bawab jalan-jalan luar bandar ini diperuntukkan sebanyak RM240 juta dan di bawah jalan-jalan kampung dan penyelenggaraan diperuntukkan sebanyak RM224 juta, satu peruntukan yang agak besar jugalah. Apa yang saya harapkan bahawa projek ini juga berjalan secara adil dan saksama tanpa mengira sama ada kampung-kampung itu penghuni yang teramainya PAS ataupun UMNO kerana saya telah memaklumkan kepada menteri berkenaan di luar Dewan ini terdapat orang kampung dalam kawasan saya yang sepatutnya projek jalan-jalan kampung ini disiapkan sehingga sampai ke hujung kampung tetapi tidak dibuat begitu. Dibuat sekerat-sekerat di mana terdapat ramai rumah orang-orang UMNO dan di mana rumah-rumah yang bukan orang-orang UMNO ditinggalkan begitu sahaja. Terdapat sebuah kampung yang sebagai contoh yang saya hendak sebutkan kalau di kawasan saya di Pendang, kampungnya Pulau Petani. Ini sudah lebih 10 tahun penduduk di situ memohon untuk mendapatkan jalan tetapi JKK di situ pada waktu itu mensyaratkan kalau hendakkan jalan mestilah wujudkan cawangan UMNO. Sehingga sekarang saya fikir peruntukannya tidak begitu besar dan keperluannya tidak begitu banyak. Saya fikir dalam lingkungan 10 buah lori batu sudah mencukupi tetapi oleh kerana sentimen politik ini menyebabkan penduduk di situ terhalang daripada mendapat kemudahan jalan ini. 22 DR.05.12.2000

Begitu juga di sebuah kampung yang lain dinamakan Kampung Titi Besi dekat dengan pekan kecil To'Ba di Pendang. lni berlaku pertikaian di antara MADA, di antara Luar Bandar, Luar Bandar mengatakan ini Jalan MADA. Ada juga mengatakan itu reserve lebuh raya tetapi ia berada di luar pagar kawasan lebuh raya. Jadi saya harap permintaan sudah melewati lebih dari 10 tahun oleh penduduk di situ patut diberi perhatian dan ini kerana ramai penduduk di situ dan bila musim hujan, mereka hendak bawa keluar anak-anak ke sekolah, jalan yang licin dan berlopak-lopak, ini sangat merbahaya. Saya selalu mengatakan, saya pemah menghubungi Jabatan Pembangunan Negeri, saya telah mengatakan kepada mereka adakah kerana sentimen politik kerana hendak buat satu-satu jalan perlu JKK menyokong dan tidak ada wibawa langsung pejabat daerah, tidak diberi langsung pertimbangan kepada pertimbangan Pejabat Daerah untuk menyiapkan jalan. Apakah kita hendak menunggu sehingga berlaku kemalangan, barn hendak dibuat jalan sebagaimana beberapa perancangan yang lain. Berlaku kemalangan barulah hendak dibuat jalan, barn hendak diperbaiki titian atau jambatan. Tetapi kalau sebelum berlaku itu, ini soal politik ...... Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng): Yang Berhormat, masa ...... Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Sikit lagi Tuan Pengerusi. Saya harap ini dapat diselenggarakan dengan baik. Jadi itulah saya harap dan saya telah pun memberikan kepada Yang Berhormat Menteri beberapa tempat dalam kawasan saya supaya beliau dapat mempertimbangkan dan tidak mengambil sikap yang sama dengan sikap JKK di kampung-kampung yang terns menerus meminggirkan mereka yang bukan menjadi penyokong-penyokong kerajaan kerana kita tahu, kita juga jadi pembangkang ikut sama menyokong peruntukan yang dibuat dan wang ini adalah wang negara, wang rakyat dari basil cukai ini yang dibayar oleh semua lapisan rakyat dan semua kelompok rakyat. Jadi saya harap agihan secara adil dan saksama ini saya fikir kalau kerajaan bersungguh-sungguh untuk menaik taraf kampung-kampung, memberi kemudahan saya fikir tidak perlu kita menunggu masa yang begitu panjang kerana kita yakin agensi-agensi kerajaan ini dia mampu untuk melaksanakan dalam masa secepat-cepat mungkin sebagai contoh, umpamanya di Lunas barn-barn ini, dalam masa dua minggu sahaja JKR dapat menyiapkan jalan-jalan yang begitu baik yang tidak dapat disiapkan dalam masa 10 tahun lebih. Jadi ini saya akui bahawa agensi kerajaan memang berkeupayaan untuk melaksanakan. Kalau sekiranya ada keinginan, kesungguhan daripada pimpinan, jadi inilah yang saya harapkan. Lebih-lebih lagi Menteri Pembangunan Luar Bandar ini masih muda ..... Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng): Yang Berhormat ...... Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Jadi beliau mungkin akan lebih mampu untuk mengatasi segala karenah-karenah yang menghalang perlaksanaan program­ program untuk kepentingan penduduk luar bandar yang sudah melalui tempoh lebih daripada 40 tahun kita merdeka, sekian terima kasih. Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng): Sipitang. 11.48 pagi. Datuk Dr. Haji Yusof bin Haji Yacob [Sipitang): Terima kasih Tuan Pengerusi, di bawah B.48 dan P.48 Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Di bawah 010400 - Ekonorni Desa. Di antara objektif penubuhan ekonomi desa ini adalah untuk mempertingkatkan usahawan luar bandar dan juga menjurus ke arah pembentukan masyarakat perindustrian dan perdagangan burniputera. Saya minta penjelasan daripada Menteri, setakat ini siapakah agensi pelaksana di daerah untuk ekonomi desa ini, apakah disalurkan oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar sendiri ataupun ada agensi yang memang bertanggungjawab untuk memastikan pembangunan ekonorni bumiputera misalnya di negeri Sabah ada SEDCO ataupun DR.05.12.2000 23

anak-anak syarikatnya yang bertimggungjawab untuk memastikan bahawa usahawan­ usahawan bumiputera khususnya di daerah luar bandar ini dapat dibentuk. Tuan Pengerusi, di bawah 101703 -Bekalan Elektrik Luar Bandar.Sabah iaitu sebanyak RM55 juta. Sekarang ini nampaknya tidak begitu kemas soal perlaksanaan dan juga permohonan bekalan elektrik luar bandar ini contohnya di kawasan saya Tuan Pengerusi, saya tidak tahu siapakah yang dipertanggungjawabkan untuk perlaksanaan ·bekalan elektrik di luar bandar ini. Apakah ia dilaksanakan oleh kementerian sendiri ataupun oleh Tenaga Nasional, iaitu di Sabah ada anak syarikatnya ialah Sabah Elektrik Sendirian Berhad, ataupun sekarang ini masih lagi kontraktor payung iaitu Sabah Inojasa. Jadi kita ada sedikit kebingungan di sini, saya minta kementerian dapat memberi penjelasan bagaimana untuk menyelaraskan. Bagi kawasan saya .. , kontraktor ini berada di Kota Kinabalu dan susah dihubungi dan sukar untuk mengemas kini. Saya minta Yang Berhormat Menteri melihat akan perkara ini iaitu kampung-kampung yang terpencil ini, misalnya di kawasan Parlimen saya sendiri Sipitang, ada lebih kurang tujuh, lapan kampung yang penduduknya dekat-dekat iaitu misalnya Kampung Maligan, lburu dan Randulang, kampung ini berdekatan. Kemudian ada kampung Ulu Bole, ia ini berdekatan, dan Kampung Kuala Muaya Penggarawan. Kawasan Kampung Maligan ini sekitar 95 kilometer daripada pekan Sipitang. Bila saya bertanya pada suatu masa dahulu dengan kontraktor payung ini mereka lebih memikirkan keuntungan, bukan soal melaksanakan bekalan elektrik luar bandar itu. Sedangkan kita sebagai pemimpin dan juga rakyat inginkan bekalan elektrik dahulu. Mereka telah mengira-ngira keuntungan berapa. Mereka akan menyambung talian itu daripada pekan Sipitang sehingga ke Maligan sejauh 95 kilometer, yang kosnya sekitar RM14 juta. Tetapi saya mencadangkan supaya di kampung yang terpencil ini ada satu sistem misalnya berasingan, tidak payahlah tunggu sehingga sampai 95 kilometer baru hendak dilaksanakan. Kita buatlah sistem yang senang misalnya generator yang besar ataupun mini hidro ataupun sistem hibrid yang mana mereka boleh menikrnati bekalan elektrik itu kosnya sekitar RM700 ribu hingga RM800 ribu. Tetapi penduduk di kawasan itu sekitar 2,000 orang dan rumahnya berdekatan dan rapat-rapat. Kalau Dato' datang ke Maligan, saya ingat pegawai-pegawai Kementerian Pembangunan Luar Bandar Tuan Haji ada di sini, dia pemah ke Kampung Maligan ini. Inilah masalah kita, saya mohonlah supaya perkara ini dikaji, bukan sahaja di Sipitang tetapi juga di kawasan­ kawasan lain di Sabah dan juga di Sarawak dan mungkin juga di Semenanjung. Tuan Pengerusi, di bawah Butiran 03201 - Program Pemulihan Sikap Keluarga Termiskin dan Butiran 02405 - Program Pengupayaan Gerakan Desa Wawasan. Untuk sikap rakyat termiskin ini saya ingat ini adalah perlu kita membuatnya dahulu. Di kawasan saya banyak juga telah diluluskan Desa Wawasan ini tetapi desa itu tidak menjadi Desa Wawasan tetapi menjadi desa angan-angan. Penduduk di situ tidak diberi kesedaran awal. Mereka diberi program-program dan program ini tidak dapat diterima oleh penduduk di kawasan tersebut. Misalnya temakan ikan, temakan ayam, pertanian dan sebagainya. Tidak begitu sesuai dengan jiwa mereka kerana ini merupakan perkara baru kepada mereka. Saya memohon supaya gerakan pemulihan sikap ini kita tekankan dahulu bagi kampung-kampung yang ingin kita membuat program. Kerana selepas itu apabila kita fikirkan bahawa mereka ini telah bersedia untuk menerima program itu baharulah kita laksanakan program tersebut. Untuk Desa Wawasan ini perlu juga kita fi.kirkan bahawa desa yang terancang, misalnya kita mesti merancang satu kawasan yang baru bukan kampung yang sudah berselerak yang sukar untuk diaturkan. Kalau boleh kita minta kawasan baru supaya diberi lot-lotnya, disusun jalan rayanya, disusun bekalan elektriknya, airnya dan kita memindahkan keluarga-keluarga yang sanggup berpindah ke kawasan Desa W awasan yang baru kita buat itu. Ini mungkin lebih berjaya dibandingkan dengan memulihkan desa yang telah lama wujud dan penduduk di situ sukar untuk 24 DR.05.12.2000

bersikap. Memang tanggungjawab kita juga untuk mengubah semua, tetapi kita mahu satu desa yang menjadi contoh kepada desa-desa lain supaya mereka boleh mengikut desa tersebut. Inilah yang kita inginkan. · Saya minta penjelasan juga kepada Yang Berhormat menteri bahawa minta terangkan sedikit, sekarang ini pemulihan rakyat termiskin kita tidak begitu jelas, adakah ditukarkan kepada PKR sekarang ini? Kalau di Sabah PKR ini Pemimpin Kernajuan Rakyat tetapi PKR baru iaitu Program Kesejahteraan Rakyat, di mana ada satu kelompok pembangunan yang diperuntukkan daripada kementerian. Saya pun tidak pernah tahu, tiba-tiba ada sahaja di kawasan Parlimep saya satu, yang mana saya diberitahu. Kita juga tidak pemah dibawa berbincang dan dirimding oleh pihak pejabat daerah, tiba-tiba program kesejahteraan rakyat ini dilaksanakan. Di mana di situ dibuat balai raya, dibuat kolam ikan, dibuat perparitan, dibuat berbagai-bagai kemudahan seperti resort dengan izin. Apakah ini program Kerajaan Persekutuan ataupun program Kerajaan Negeri dan kalau ada ia perlu diselaraskan di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Mernang konsep itu. baik untuk kawasan-kawasan yang terpencil kerana senang kita mengumpulkan rakyat di situ dan senang memberikan program-program cerarnah, pendidikan, kesedaran dan sebagainya. Jadi saya minta penjelasan tentang perkara ini. Di bawah Butiran 02500 Jalan Kampung dan Penyelenggaraan. Saya mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar kerana memang di kawasan saya banyak jalan kampung yang telah diluluskan juga. Inilah juga rakyat begitu rasa terhutang budi dan senang dengan Kerajaan Barisan Nasional. Tetapi banyak lagi jalan yang perlu dibina di kawasan saya ini. Saya mengucapkan terima kasih juga kepada Yang Berhormat menteri yang telah memberi kita jaminan bahawa Rancangan Malaysia Kelapan ini akan betul-betul memberi pembangunan dan juga kemudahan kepada penduduk kampung. Tetapi dalam rnasa yang sarna Tuan Pengerusi, kalau boleh kementerian mesti juga memberi peruntukan khas yang teratur mengenai penyelenggaraan jalan-jalan kampung ini. Di kawasan saya walaupun telah diluluskan, misalnya di kawasan Kampung Pelakat sendiri, di kawasan Kampung Siputul jalannya lebih kurang 3 kilometer tiap­ tiap satu, dibina dalam tahun 1993 sehingga sekarang tidak pemah diselenggarakan. Bila kita bertanya kepada jabatan yang berkenaan, dikatakan tidak ada peruntukan untuk penyelenggaraan. Jadi kalau jalan ini dibuat mesti juga diselenggarakan dan jalan ini keadaannya lebih teruk daripada jalan sebelum ianya dibina. Saya ingat siapa yang pemah bertugas di Sabah tahu keadaan di kawasan ini. Kita berharaplah lebih banyak jalan-jalan kampung, jalan-jalan baru akan dibina tetapi jangan lupa juga bahawa peruntukan untuk penyelenggaraan yang cukup untuk keselesaan rakyat. Rakyat ini bila dia sudah dapat jalan yang bagus tiba-tiba dapat jalan yang tidak bagus dia lagi bising daripada sebelum dia mendapat jalan ini dan kesusahan kita sebagai pemimpin. Jadi dengan cadangan dan saranan yang saya katakan tadi, saya mohon menteri dapat memberi penjelasan dan saya mohon menyokong belanjawan ini. Terima kasih. Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Tebrau. 11.55 pagi Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan [Tebrau]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Di bulan puasa ini mengantuk sedikit, jadi saya tidak banyak hendak berucap, tetapi saya akan menyentuh beberapa perkara dan lebih-lebih lagi hendak ingatkan kepada pihak sana dalam bulan puasa ini banyak kerja memotong gaji orang sahaja, tidak ada kerja lain membuang masa sahaja, bulan baik ini kita tambahkanlah gaji kalau boleh, bukan memotong gaji orang. ..

DR.05.12.2000 25

Saya ingin menyentuh dalam Maksud 48 Kementerian Luar Bandar, Butiran 04000, 04001danjuga01700, 01701. Tadi sahabat saya pun telah menyent;uh dalarn hal kelas Tarnan Bimbingan Kanak-kanak atau tadika KEMAS. Pada hari ini alhamdulillah banyak kelas telah dibuka tetapi saya ingat kementerian harus melihat kembali kelas-kelas yang ada ini. Banyak permohonan yang dibuat oleh kampung-kampung sama ada dalam bandar atau separuh luar bandar, tetapi oleh sebab peruntukan ataupun guru tidak mencukupi maka tidak dapat dibuka kelas yang tersebut. . . [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa] Bagi saya dalam hal kementerian lebihkanlah peruntukan untuk membuka kelas-kelas tabika dan guru-guru ditambah lagilah. Ini kerana banyak saya katakan tadi permohonan dibuat untuk menubuhkan kelas tersebut tetapi tidak dapat dilakukan kerana tidak ada peruntukan. Jadi pada tahun 200 I saya minta kementerian walaupun budget nya ada RM29 juta untuk kelas ini yang mana saya rasa tidak mencukupi. Jadi cubalah mencari jalan untuk menambahkan peruntukan, bawa di Dewan ini pada tahun hadapan Insya-Allah Ahli-ahli Parlimen semua akan menyokong kerana itu adalah tujuan yang baik, untuk pembukaan kelas ini boleh memberi peluang kepada anak-anak luar bandar. Kalau hendak menghantar ke kelas tadika swasta hari ini memanglah tidak berkemampuan tetapi dengan adanya bantuan daripada Kementerian Luar Bandar melalui KEMAS banyak anak-anak orang yang miskin tidak berpendapatan tinggi dapat diberi peluang untuk menghantar anak-anak dia belajar di kelas-kelas yang tersebut. Jadi itu saya harap kementerian dapat mengambil perhatian. Yang kedua, boleh tidak saya hendak mencadangkan sebab kita dunia hari ini zarnan sains dan teknologi banyak anak-anak kita dapat dilihat di zarnan ini melalui kaca TV dan sebagainya, dan banyak gejala-gejala yang kurang sihat dan sebagainya supaya dapat mewujudkan satu kelas khas agarna dalam bahagian pendidikan KEMAS ini. Yang sudah ada jalanlah, tetapi mungkin kalau pihak kementerian dapat melihat. ini satu perkara yang baik membuka kelas khas agama kepada anak-anak kita. Kita banyakkan dalam kelas itu seperti membaca Al-Quran, Muqaddam dan mengajar fardu ain, fardu kifayah, membaca doa, ajaran-ajaran agarna Islam yang betul. Jadi kita dedahkan kepada anak-anak kita ini dari masa dia kecil lagi. Kalau tidak, kita hanya banyakkan dengan nyanyian, tarian, jadi ini pun saya rasa tidak berapa elok, jalan-jalanlah, tetapi banyakkan kelas-kelas yang berbentuk agarna. Tuan Haji Ismail bin Noh: Minta laluan sedikit. Tuan Pengerusi: Ya. Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan: Ini masa tidak cukup ini Ustaz. Tuan Haji Ismail bin Noh: Sedikit sahaja, satu soalan. Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan: Ha, okaylah. Tuan Haji Ismail bin Noh: Terima kasih Tuan Pengerusi, dan terima kasih kepada Yang Berhormat. Daripada apa yang telah disebut oleh Yang Berhormat tadi, ini menunjukkan bahawa setakat ini di kelas-kelas KEMAS semacam tidak ada kelas­ kelas agama. Semacam hanya kelas-kelas menari sahaja yang ada, barangkali kerana itulah ramai di kalangan anak-anak masyarakat kampung yang pergi ke sekolah Pasti, barang kali itu saya rasa. Apakah Yang Berhormat setuju dengan pandangan saya. Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan: Yang Berhormat, itu hari Yang Berhormat sudah tuduh orang UMNO tidak membaca Quran, saya bangun, bulan puasa tidak baik, kita cakap orang tidak pandai membaca Quran. Ini hari Yang Berhormat tuduh lagi, bukan tidak ada, ada. Saya menghadiri, ada kelas mengaji Quran, ada nasyid, dia bacakan anak kita dimulakan dengan doa, ada. Jadi yang ini yang saya kata .. Tuan Haji Ismail bin Noh: Saya rasa tidak betul itu Tuan Pengerusi. 26 DR.05.12.2000

Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan: Tambahkan lagi. Yang Berhormat jadilah Yang Berhormat. Sa ya ini tidak ada masa, Tuan Pengerusi, boleh tambah saya 5 minit. Tuan Pengerusi: Tidak boleh Yang Berhonnat. Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan: Tidak boleh, tidak boleh di sana Tuan Haji Ismail bin Noh: Tidak, saya hendak perbetulkan hujah. Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan: Tidak ada, dia betul kehnarin, dia kata kalau sudah terlepas tidak mengapa, buat apalah kita · hendak ingat. Saya minta maaf kalau salah, tetapi kalau dia salah dia minta maaf jugalah. Kalau dia sebutkan tempoh hari. Setakat mana saya Tuan Pengerusi? Beberapa Ahli: [Ketawa] Tuan Pengerusi: Ya. Seorang Ahli: Dia pula tanya Tuan Pengerusi. Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan: [Ketawa] lalah diganggu oleh yang tidak dikehendaki itu. Berhubung dengan kelas agama khas tadi, kita tubuhkan, kita perbanyakan. Tulislah kelas KEMASTI kah kalau ada PAST!, kita KEMASTI [Ketawa] Ini baiklah walaupun kita bergurau. Tetapi dalam bidang pendidikan agama kepada anak-anak kita ia baik. Kita banyakkan lagi apa yang saya sebutkan tadi, mengaji muqaddam, mengajar fardu ain, kifayah, mengajar jangan suka mengumpat orang, jangan dengki orang, jangan memfitnah orang, semua kita berikan didikan agama. Insya-Allah kalau dilatih dari kecil-kecil ini dia akan mengikut. Jadi saya haraplah agar kementerian dapat mengambil perhatian dalam menubuhkan kelas yang saya sebutkan itu. Yang kedua berhubung dengan bekalan elektriklah. Ini tadi rakan saya dari Sipitang tadi ada menyebut. Ini kawasan yang jauh ini, saya ada juga minta peruntukan dengan dua cara. Yang cara jauh, yang payah dapat tetapi ada kampung dia punya belanja besar. Yang kedua ada pula kampung yang dihalang oleh tanah orang, estet dan sekiranya 'Lembaga Elektrik' hendak masuk tidak boleh kerana tuan tanah itu tidak mengizinkan. Jadi sampai bila orang itu hendak dapat bekalan elektrik. Saya mencadangkan membekalkan kalau dapat kementerian wujudkan bekalan generator yang kuasa besar. Jadi kalau ada penduduk 100 orang, 200 orang atau 50 buah rumah. Macam tempat saya ada kampung 50 buah rumah, memang payah hendak dapat kerana dihalang oleh estet dan estet ini pula tidak membenarkan gangguan elektrik kerana hendak membangunlah pada masa akan datang ini, nanti payah katanya hendak buka balik. Jadi dapat kementerian mewujudkan satu peruntukan untuk membekalkan generator di kawasan yang tersebut. Jadi saya ingat yang ketiga berhubung dengan bekalan air luar bandar Tuan Pengerusi. Ini ada tempat di negeri-negeri ia sudah swastakan. Dahulu kita minta, sebahagian melalui Kerajaan Negeri pun boleh. Sekarang bila kita minta dengan IBA ia diswastakan. Ia boleh buat, memasang bekalan tetapi peruntukan kena cari. Jadi dalam hal ini saya minta kementerian supaya memberikan satu peruntukan yang agak lebih sedikitlah terutama di kawasan Parlimen Tebrau yang saya daftar juga tetapi mudah-mudahan pada tahun hadapan, saya berucap di bulan Ramadan yang mulia ini mudah-mudahan dapat diluluskan. Jadi Tuan Pengerusi, itulah sedikit, terima kasih banyak. 12.05 tgh. Tuan Saupi bin Daud [Tanah Merah): Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya turut sama ingin membincangkan soal Kementerian Pembangunan Luar Bandar di bawah B.48 dan P.48. Pertama sekali mengenai Butiran 02400 iaitu Pemodenan ..

DR.05.12.2000 27

Kampung khususnya kepada 02401 dan 02402 iaitu Penempatan Semula Kampung Tradisional dan juga Pusat Pertumbuhan Desa. Sebagaimana yang kita ketahui bal:iawa, saya mengambil confoh kepada Lembaga Kernajuan Kelantan Selatan ataupun KESEDAR, bahawa telah banyak kampung-kampung baru tradisional ini yang bertujuan untuk disatukan ataupun di bawah program penyusunan semula kampung-kampung tradisional ini yang berjaya · umparnanya Kampung Baru Manik Urai, Kampung Baru Jerik dan juga Kampung Baru Ulu Terniang ataupun Selur Mengkuang. Tetapi terdapat juga kampung­ kampung tradisional yang telah lama dirancang teiapi sampai hari ini, sampai ke saat ini masih belum berjaya termasuklah di kawasan saya Kampung Panjang dan juga di kawasan Jeli, Kampung Bukit Pak Mud dan juga Kampung Lata Rek di Kuala Krai. Yang saya ingin sentuh ialah mengenai projek di bawah Kampung Panjang. Kampung Panjang ini telah dilaksanakan projeknya lebih kurang 10 tahun yang lalu di rnana suatu penempatan semula kampung-kampung tradisional, kampung-kampung yang dikatakan terbiar, bersekitaran telah disatukan untuk memberikan kemudahan asas secukupnya. Tetapi, rnalangnya kampung-kampung ini yang kawasannya telah diukur, dibersihkan dan juga tiang-tiang elektriknya telah siap, rnanakala jalan­ jalannya di dalam kampung tersebut juga telah dibina dan sebuah rnasjid telah didirikan yang sekarang ini sudah hampir 7 tahun tetapi penempatan semula penduduk-penduduk di kampung sekitar tidak dibawa masuk ke kampung ini sernata­ rnata kerana fahaman politik yang berbeza. Jadi, saya ingin mendapat penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri mengapakah perkara ini kalaulah kerajaan telah membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk projek tersebut, sedangkan kerana perkara-perkara yang kecil, kita tidak dapat melaksanakannya. Saya dua tiga bulan yang lepas, saya juga melihat kawasan ini. Sayangnya, rnasjid yang terbiar telah dijadikan tempat untuk kambing dan lembu berteduh di musim hujan dan keadaannya juga sungguh mengaibkan di mana rnasjid­ rnasjid tersebut keadaannya, cerminnya pecah dan kawasan pagarnya sudah hampir roboh dan sebagainya. Saya minta perkara ini dibetulkan. Menyentuh 02500 iaitu Jalan Kampung dan juga Penyelenggaraan Jalan Kampung. Dahulu saya pemah membangkitkan perkara ini di Dewan yang mulia ini mengenai pembinaan jalan di Ulu Bertam ke Kuala Tiga di dalam kawasan Parlimen saya kerana jalan tersebut memakan hampir lirna tahun, sampai sekarang belum siap. Kalau dahalu saya menyebut bahawa pada waktu itu terdapat tiga orang yang telah bersalin di atas wakaf dan juga Land Rover kerana tidak sempat pergi ke hospital atau klinik-klinik yang berhampiran kerana kerosakan jalan tetapi pada tahun ini yang saya tahu bahawa terdapat 14 orang yang sarat mengandung yang dijangka akan bersalin pada November dan Disember, saya takut perkara yang sarna berulang lagi di kawasan Parlimen ini dan insya-Allah, yang saya tahu bahawa kelewatan projek-projek ini, salah satu sebabnya ialah masalah projek tersebut telah beberapa kali ditender semula dan inilah di antara perkara-perkara yang menyebabkan kelewatan. Perkara yang ketiga yang saya ingin sebut ialah di bawah Butiran 03200 - Program Pembasrnian Rakyat Terrniskin iaitu di bawah Projek PPRT. Kita lihat bahawa pada tahun ini kewangan yang besar diberi iaitu, sebanyak RM132 juta kepada projek ini. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhorrnat Menteri dan juga kementerian apa yang telah terjadi kepada projek mega di bawah PPRT yang telah dilaksanakan terdahalu daripada ini iaitu Yang Berhorrnat Menteri sebelum ini, di rnana suatu projek usaha sarna yang berasaskan konsep perkongsian pintar di antara keluarga terrniskin dengan syarikat swasta yang dikendalikan sendiri oleh pihak kerajaan iaitu melibatkan pihak swasta daripada Jepun. Umpamanya, projek temakan ikan koi iaitu merupakan ikan pemeliharaan dan juga perhiasan dengan tujuan untuk dieksport ke luar negara dan di samping itu disertakan juga projek orkid yang berada di Kampung Bukit Sireh, Kuala Krai dan satu lagi ialah projek temakan ayam telur di Gatling Galoh, Peringat di mana saya tahu 28 DR.05.12.2000

projek-projek ini telab melibatkan jumlab penduduk yang begitu ramai yang telah bersetuju dan menandatangani untuk memberikan projek usaha sama ini. Saya ambil contohlah, katakan kalau 1000 orang peserta yang telab sepatutnya menerirna program ataupun pembiayaan PPRT ini berjumlah RM5,000 seorang, maka projek tetsebut mengandungi jumlab wang sebanyak RM5 juta ringgit. Jadi, barapan keluarga miskin tersebut berasaskan kepada konsep ini mereka mengharapkan supaya projek ini lebih memberi keuntungan kepada mereka dan dapat menyara bidup keluarga mereka. Tetapi malangnya, apa yang berlaku ialah projek ini telah mengalami kerugian dan apabila kerugian, masalah yang dibangkitkan oleb peserta-peserta yang terlibat, sampai ada yang berkata kalaulah mereka memilih untuk mendapatkan rumah dengan barga RM5,000, mereka telab mernpunyai rumah dan boleb tinggal di dalam rumah berkenaan tetapi, kerana terlibat dengan projek usaha niaga ini, mereka tidak memperolehi apa-apa sebaliknya nama mereka sahaja yang terdapat di dalam projek ataupun disenaraikan di bawab program PPRT. Yang seterusnya Tuan Pengerusi, saya ingin menyebut kepada Program KESEDAR di bawab 03900, di mana kita lihat di bawah Pembangunan Ekonomi dan Industri. Ini juga melibatkan ramai sababat saya yang terlibat di dalam kawasan KESEDAR ini. Kalau kita libat program-program anak syarikat, kita tabu bahawa dalam laporan 1998, terdapat 28 anak syarikat yang aktif dan beroperasi iaitu 5 di bawah RISDA danjuga 23 di bawab Lembaga Kemajuan Wilayab (LKW) Tetapi saya ingin menyatakan di antara 23 di bawab LKW ini kalau kita lihat umpamanya KESEDAR Brick ataupun KESEDAR Batu-bata telab mengalami kerugian yang teruk dan terpaksa ditutup. KESEDAR Somer, walaupun berada di dalam kawasan butan ataupun pokok-pokok yang terlibat dalam kawasan yang tidak melibatkan pengangkutan yang jauh, tetapi juga mengalami kerugian yang besar sebingga KESEDAR Somer ditutup. Tetapi ada hari ini yang beroperasi dan orang kata "bidup segan mati tidak mahu" urnpamanya KESEDAR Inn iaitu sebuah perbotelan di Gua Musang. Dan saya ingin tahu juga ialab mengenai kedudukan KESEDAR perkilangan iaitu yang beroperasi menjalankan prosesan minyak sawit yang terletak di kawasan Palob. Setabu saya KESEDAR kilang ini mengalami kerugian yang besar terutama sekali di akhir-akhir ini dengan kejatuban barga kelapa sawit. Tetapi yang membingungkan saya ialab pelantikan Lembaga Pengarah KESEDAR perkilangan ini. Pertamanya, Pengerusi kepada KESEDAR kilang ini atau perkilangan ini adalah tidak seorang golongan profesional dan mereka juga tidak seorang ahli korporat atau ahli pemiagaan dan tidak tabu langsung soal pemiagaan. Sebab itulab tetapi malangnya pendapatan ataupun elaun yang dibayar adalah amat tinggi di antara RM8,000 hingga RM12,000 sebulan sedangkan Pengerusi KESEDAR sendiri, Pengerusi badan induk adalab lebih rendah daripada Pengerusi anak syarikat. Jadi, kita tidak mempersoalkan kalaulah anak syarikat berkenaan hidup maju dan membanggakan, mendapat peroleban untung yang besar, kita tidak kisab hendak bayar RMI0,000 kab, RM20,000 tetapi masalahnya sekarang anak syarikat ini mengalami kerugian tetapi elaun kepada Pengerusi dan ahli Lembaga Pengarahnya terpaksa dibayar dengan jumlab wang yang besar. Jadi, saya minta penjelasan daripada Yang Berbormat Menteri mengenai perkara ini dan seterusnya ...... Tuan Pengerusi: Cukuplab Yang Berbormat. Masa Yang Berbormat sudab cukup. Tuan Saupi bin Daud: Akhir sekali ialab saya ingin menggulungkan iaitu di bawab pakej industrilab satu lagi iaitu industri kampung secara kecil-kecilan yang dilaksanakan oleb peneroka-peneroka dan juga penduduk-penduduk luar bandar. Kasihannya mereka ini melaksanakan projek-projek kecil ini kerana dirninta dan diberi bantuan oleb pihak kerajaan tetapi malangnya mereka tidak dapat memasarkan basil pertanian mereka ataupun basil usaba mereka dengan begitu jaya. Jadi, saya minta penjelasan dan terima kasih kepada Tuan Pengerusi. DR.05.12.2000 29

Tuan Pengerusi: Kinabatangan. 12.18 tgh. Tuan Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin mengambil bahagian dalam beberapa butiran iaitu,Butiran 01700 - Bekalan Elektrik Luar Bandar, 02000 - Bekalan Air Luar Bandar, 00400 - Prasekolah dan Taman Bimbingan Kanak-kanak, 03205 - PPRT dan 00201 - Gerakan Desa Wawasan. Tuan Pengerusi, pertarna sekali saya ingm' rherakamkan terima kasih kepada Kementerian Luar Bandar dan juga Menteri dia kerana sudi datang pada hari ini untuk mendengar perrnasalahan yang akan diluahkan oleh semua Ahli-ahli Parlimen khususnya yang mewakili luar bandar. [Tepuk] Seperti kebiasaan bahawa Kementerian Luar Bandar ini adalah merupakan satu kementerian yang amat penting kepada rnasyarakat luar bandar khususnya. Sebut sahaja Kementerian Luar Bandar berrnakna kementerian ini akan berurusan secara langsung dengan masyarakat khususnya di luar-luar bandar seperti di kawasan saya Kinabatangan. Shah Alam saya ingat dia tidak terrnasuk dalam golongan luar bandar. [Ketawaj Tuan Pengerusi, langkah ini mencerrninkan keprihatinan kerajaan membela rakyat terutama mereka yang berada di luar bandar. Kita amat bangga kerana kerajaan telah dan akan meneruskan agenda pembangunan luar bandar terutarna yang melibatkan kemudahan asas bagi kita terutarnanya di negeri Sabah. Ruang besar masih diperlukan dengan lebih banyak kemudahan asas, infrastruktur seperti jalan raya, bekalan air bersih. Bekalan air bersih khususnya di Kinabatangan memang telah ada di bantu oleh kementerian ini. Walau bagaimanapun, rnasih banyak kampung- kecil yang memerlukan bekalan air bersih dan peruntukan tarnbahan daripada kementerian ini kalau boleh haruslah disalurkan dengan seberapa segera yang boleh kerana air Sungai Kinabatangan pada ketika ini telah dicernari dan sudah hampir tidak boleh diminum lagi kerana pencernaran alam sekitar sentiasa berlaku di Sungai Kinabatangan, sehingga kita pun telah memaklumkan kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar untuk meninjau kawasan ini dan telah pun kita merninta membawa beberapa pemberita untuk mernfokus khususnya rnasalah yang dihadapi oleh Sungai Kinabatangan. Justeru itu, saya memohonlah kementerian ini akan dapat mernainkan peranan lebih penting sekurang-kurangnya dalam Rancangan Malaysia Ke-8 ini, agar rnasalah air dapat diatasi. Tuan Pengerusi, kita asyik berbincang tentang k-ekonorni dan sebagainya. Tetapi sebetulnya sasaran kita sudah tidak tepat, bagaimana komputer hendak disalurkan kepada sekolah-sekolah di luar bandar sedangkan di kawasan tersebut jalan raya tidak ada, elektrik tidak ada, air tidak ada. Sebab itu saya ingin sekali lagi merninta Menteri Luar Bandar dapat duduk berbincang dengan kementerian­ kementerian yang lain untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi kerana kalau masalah elektrik, air dan jalan raya ini tidak dapat diselesaikan, 10 tahun akan datang walaupun bukan karni yang duduk di sini ahli-ahli Parlimen yang mengganti karni juga bercakap dengan suara yang sama dengan hasrat yang sama. Kalau masalah ini dapat kita selesaikan dalam era yang lebih mencabar ini rasa saya tidak ada yang mustahil sekiranya kita semua ada kesungguhan. lni berhubung dengan Gerakan Desa Wawasan. Kita amat berterima kasih di atas tindakan kerajaan untuk mengadakan Program Gerakan Desa Wawasan. Waiau bagaimanapun, program ini saya lihat terhenti di pertengahan jalan. Justeru itu, beberapa buah kampung yang berpotensi untuk dibangunkan harus ada tindakan susulan kalaupun bukan daripada kementerian memadailah daripada agensi-agensi di bawah kementerian untuk memastikan Gerakan Desa Wawasan ini tidak seperti melepaskan batuk di tangga sahaja kerana di Kinabatangan lebih kurang 30 buah 30 DR.05.12.2000 kampung terlibat dan saya dapat melihat penyertaan daripada masyarakat di sekitar kawasan tersebut amat menggalakkan dan perlu bimbingan dan tindakan-tindakan untuk memastikan bahawa gerakan ini benar-benar dapat mengisi jiwa dan kehendak masyarakat kampung tersebut. Demikian jugalah dengan jalan-jalan raya luar bandar. Memang tidak dapat dinafikan sejak beberapa tahun yang lalu kementerian ini telah banyak membantu masyarakat luar bandar khususnya di Kinabatangan untuk menaik taraf jalan-jalan luar bandar. Dalam era yang lebih mencabar ini adalah tidak masuk akal sudah 43 tahun merdeka, jalan yang sama juga dapat kita lihat dilalui se.belum kita merdeka. Oleh kerana itu komitmen yang lebih tinggi harus ada. Dan saya percaya Menteri yang muda ini, mampu untuk menjanakan sesuatu yang boleh dibanggakan oleh masyarakat luar bandar. Dato' Ir. Mohd. Zin bin Mohamed: Tambahlah handsome sikit. Tuan Bung Moktar bin Radin: Yang Berhormat bagi Shah Alam suruh tambah, handsome lagi. Ini Shah Alam yang cakap. [Ketawa] Ini bukan kita hendak menaik-naikkan tetapi kita berkeyakinan kerana kebiasaannya mereka yang ada keikhlasan, mereka yang ada kehendak, yang ada keinginan boleh melaksanakan kewajipan yang baik kerana pada saya, mereka yang ada tuntutan ingin sama-sama melihat anak bangsa kita maju dapat dimartabatkan ianya akan dapat merealitikan usaha-usaha yang selama ini telah gagal kita laksanakan. Tuan Pengerusi, demikian jugalah dengan program perumahan rakyat termiskin. Di Kinabatangan memang terkenal pada satu ketika ianya menjadi daerah nombor dua di Sabah yang termiskin tetapi alhamdulillah sejak Barisan Nasional memerintah di negeri Sabah lebih kurang 7 tahun dan saya telah berusaha dengan rakan-rakan yang lain, daerah ini telah hampir-hampir dapat kita keluarkan daripada belenggu yang merantai kehidupan masyarakat di sana. Dan saya lebih percaya sekiranya kementerian ini dapat menjalankan seperti yang kita cadangkan untuk membantu menyelesaikan rumah-rumah rakyat termiskin ini dapat dikenal pasti dengan jayanya, saya berkeyakinan menjelang tahun 2005 tidak akan ada lagilah masyarakat di sana yang tidak ada rumah kerana melalui kerajaan negeri kita telah memberi hampir-hampir sebanyak 1,200 rumah daripada kerajaan negeri diberikan kepada mereka yang benar-benar tidak berumah. Justeru itu, saya berpandangan dan berpendapat kementerian ini harus lebih jitu untuk memastikan bahawa apa peruntukan yang telah diberikan oleh kerajaan dapat dimanfaatkan terus kepada mereka yang benar-benar termiskin dan benar-benar perlu pembelaan untuk memastikan jurang kemiskinan dalam negara kita dapat dipastikan dan dapat dikurangkan untuk mengisi kemerdekaan dan seterusnya membantu untuk memangkin ekonomi negara ke arah yang lebih mencabar. Tuan Pengerusi, saya dengan ini menyokong. Tuan Pengerusi: Yang Berhormat Menteri menjawab. 12.26 tgh. Menteri Pembangunan Luar Bandar [Dato' Haji Azmi bin Khalid]: Tuan Pengerusi, terlebih dahulu saya ucapkan setinggi terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan dan menegur dan berbincang mengenai peruntukan-peruntukan dalam Belanjawan tahun 2001 bagi Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Saya ingin menyentuh perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat bagi Baling. Yang Berhormat bagi Baling meminta supaya JCT ataupun Information and Communication Technology ini diperluaskan di peringkat luar bandar. Insya-Allah, program ini sedang giat diusahakan. Sememangnya kementerian ini telah pun menandatangan satu MOU dengan sebuah universiti bukan sahaja untuk mengajar bahkan untuk memasang komputer dengan menggunakan tenaga-tenaga kampung termasuk ibu tunggal dan sebagainya. Diharapkan dengan perbuatan sedemikian harga DR.05.12.2000 31 komputer akan dapat dibeli dengan murah dan dapat diagihkan ke sebanyak kampung yang mungkin. Yang Berhormat juga menyentuh . mengenai harga komputer supaya diperkurangkan, sememangnya itulah matlamatnya yang disebutkan tadi. Dan juga Yang Berhormat meminta koperasi-koperasi agar dapat mengedarkan komputer. Ini kita serahkan kepada koperasi-koperasi yang mana mampu saya rasa kita tidak ada halangan. Ini adalah satu aktiviti komersial dan mereka hendaklah menilainya dengan cara yang komersial. Dari segi penerapan cai;a-cara penggunaan Internet dan menggunakan web Bahasa Malaysia, ini juga saya rasa dalam rancangan yang diusahakan oleh Kerajaan Malaysia sendiri. Lampu-lampu jalan kampung, begitu juga ke masjid-masjid dan surau sememangnya dalam tahun ini kerajaan telah pun membuat keputusan untuk menerangkan kampung-kampung di seluruh negara. Satu peruntukan yang besar telah pun diluluskan dan program ini akan mula dilaksanakan dalam tahun 2001. Mengenai sentuhan Yang Berhormat berkaitan Amanah Ikhtiar. Kementerian tidak mempunyai maklumat bahawa amanah ini telah pun diswastakan sebab yang kita tahu Amanah Ikhtiar ini masih kekal sebagai NGO, cuma dia mengenakan sedikit bayaran untuk pinjaman-pinjaman yang dikeluarkan kepada peminjam, untuk menampung kosnya sahaja, dan sebahagian darinya disimpan untuk digunakan bagi membantu apa sahaja yang perlu bagi kumpulan sasar. Jadi saya tidak mendapat maklumat bahawa dia telah dikorporatkan dan saya minta Yang Berhormat juga tolong mengkaji sama ada ini benar atau tidak. Yang Berhormat bagi Tawau telah menyentuh beberapa perkara termasuk bekalan air, elektrik dan jalan-jalan dan beliau mengatakan Tawau mempunyai infrastruktur yang mundur, air dan elektrik masih terkebelakangan dan sebagainya. Sememangnya bagi negeri Sabah dan Sarawak kita ketahui bahawa kemudahan asas masih di tahap yang rendah berbanding dengan Semenanjung. Kalau di Semenanjung kemudahan-kemudahan asas telah lebih daripada 90% selesai, di Sabah dan Sarawak ada dalam tahap 60% hingga 70%. Pada keseluruhannya pencapaian Sarawak lebih kurang 70% telah selesai. Maka perkara-perkara seperti jalan, elektrik dan bekalan air adalah perkara-perkara yang diberi tekanan hebat bagi Rancangan Malaysia Ke-8 malah Sabah dan Sarawak akan diberikan peruntukan yang lebih besar daripada negeri­ negeri lain seperti mana juga dalam tahun-tahun yang lalu memandangkan luas kawasannya besar dan juga Sabah dan Sarawak ketinggalan khasnya Sabah yang ketinggalan selama 10 tahun dan lebih atas sebab-sebab diperintah oleh parti yang tidak sebulu dengan kerajaan maka sukar untuk disalurkan peruntukan. Jalan-jalan diminta buat jalan all weather, sebenamya jalan-jalan memang dibuat untuk all weather dan bukan hanya pada musim kering dan tidak ada kontraktor yang diarahkan hanya untuk membina jalan-jalan yang boleh dilanda air pada musim hujan. Sememangnya kualiti pada kali ini telah pun dirancang dan dikaji terlebih dahulu oleh juru-juru perunding yang profesional yang dilantik di semua negeri dan mereka inilah yang akan menentukan kualiti dan tahap yang bersesuaian. Yang Berhormat bagi Sri Gading mengatakan di kawasan luar bandar petani­ petani dan pekebun ramai yang menderita. Kita tahu bahawa inilah sebab sebenamya ditubuhkan Kementerian Pembangunan Luar Bandar kerana pada awal lagi sejak lepas merdeka penduduk terbanyak yang rniskin adalah di luar bandar. Jadi sasaran sejak merdeka sampai sekarang tidak terhenti-henti malah berterusan dan kita ketahui bahawa warga-warga yang berada di luar bandar adalah warga tua. Tenaga-tenaga muda telah berhijrah ke bandar-bandar untuk mencari rezeki. Oleh kerana itu kerajaan telah bermacam cara mencari jalan untuk mengekalkan penduduk luar bandar agar mereka dapat tinggal di luar bandar khasnya tenaga muda maka dasar-dasar untuk mengindustrikan kawasan-kawasan luar bandar telah pun dimulakan sejak beberapa tahun yang lalu. .. 32 DR.05.12.2000

Ada beberapa kawasan luar bandar yang dahulunya luar bandar, hari ini sudah menjadi bandar, umpamanya Kulim dan beberapa tempat di Kedah dan juga di tempat­ tempat lain yang dulunya luar bandar tetapi hari ini sudah menjadi bandar atas dasar membandarkan kawasan-kawasan luar bandar. Begitu juga pada ketika' ini Kementerian Loar Bandar sebagai satu daripada agensi-agensi di bawah kerajaan, antara perkara-perkara yang kita laksanakan sekarang ialah untuk mewujudkan industri-industri luar bandar, kita mewujudkan dana-dana bagi dipinjamkan untuk aktiviti-~viti ekonomi luar bandar. Kalau dulunya pendekatan ialah khusus kepada industri kilang-kilang dan sebagainya, pada hari ini kita memperluaskan bidang skopnya itu untuk apa sahaja aktiviti ekonomi yang mampu, yang boleh membawa masyarakat luar bandar ke tahap pendapatan ekonomi yang lebih tinggi. Tuan Zawawi bin Haji Ahmad: [Bangun] Tuan Pengerusi: Ada yang bangun Yang Berhormat. Ya, ya. Tuan Zawawi bin Haji Ahmad: Terima kasih Tuan Pengerusi. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Menyentuh tentang proses perbandaran kawasan­ kawasan luar bandar, saya nampak bahawasanya apabila sesuatu kawasan luar bandar itu dibandarkan, kaum bumiputera akan terpencil. Jadi yang bukan bumiputera juga yang akan menduduki di bandar-bandar itu. Jadi apakah langkah yang diambil oleh pihak kementerian supaya apabila berlaku proses perbandaran, kaum bumiputera akan serentak naik dengan keadaan perbandaran itu. Minta penjelasan. Dato' Haji Azmi bin Khalid: Terima kasih Yang Berhormat. Sebenamya tidak semua bandar atau kawasan luar bandar yang telah diperbandarkan mendapat penghijrahan bukan bumiputera masuk ke kawasan berkenaan. Mungkin jumlahnya meningkat tetapi pada umumnya kawasan-kawasan luar bandar yang telah diperbandarkan masih kekal sebagai kawasan yang dimiliki bumiputera. Cuma kadang-kadang kedai-kedai, kalau dibuat secara besar-besaran kedai-kedai yang dibina itu kebanyakannya diisi dan dipemiagakan, dipergunakan oleh orang-orang bukan bumiputera. Ini adalah satu masalah yang diiktirafkan, oleh kerana itu Perdana Menteri telah menegur kerana banyak bandar-bandar baru apabila dibina didapati bumiputera kurang di dalam bidang dikatakan bidang trading, bidang jual beli dan sebagainya. Maka ini sedang dilihat dengan cara serius agar bumiputera dapat menceburkan diri dengan lebih besar dalam bidang pengedaran. Tetapi kalau dilihatkan dari segi jumlah penduduk, umpamanya Shah Alam itu sendiri jumlah penduduknya masih majoriti bumiputera. Bandar yang canggih, bandar yang moden, cuma dalam pemiagaan itu sahaja bukan bumiputera yang dinampakkan lebih oleh kerana kelebihan bukan bumiputera dalam bidang-bidang pengedaran dan sebagainya. Tuan Pengerusi: Ya, ada yang bangun lagi, Yang Berhormat. Dato' Haji Azmi bin Khalid: Okay, terima kasih. Tuan Haji Muhyidin bin Haji Abd. Rashid: Terima kasih Tuan Pengerusi dan Yang Berhormat Menteri. Saya sangat tertarik dengan penjelasan Yang Berhormat berkenaan dengan hendak mengekalkan penduduk luar bandar di luar bandar dan untuk meningkatkan pendapatan petani atau penduduk di luar bandar. Cuma saya rasa terkejut dan sedih juga apabila tengok peruntukan yang diperuntukkan kepada RISDA pada tahun ini nampaknya semua peruntukan telah dipotong kecuali sedikit untuk tanaman semula. Saya difahamkan ini pun bukanlah sebenamya bantuan tanam semula tetapi satu bantuan yang baru diperkenal iaitu, exit scheme yang dipanggil bantuan selamat tinggal kepada peneroka di mana kepada peneroka diberi bantuan ini dan selepas itu tidak layak lagi untuk menerima sebarang bentuk bantuan kepada petani ataupun pekebun-pekebun kecil sedangkan jumlah mereka ini sangat besar iaitu, 400,000 keluarga pekebun-pekebun kecil tetapi mulai tahun 2001 semua bantuan telah dipotong. Tidak ada lagi bantuan tanam semula sama ada getah atau kelapa sawit yang selama ini mereka menerima kalau getah RM6, 177 bagi satu hektar dan bagi kelapa sawit RM4,447 bagi satu hektar. Dalam keadaan tertekan seperti sekarang ini harga getah 70 sen sekilo, kelapa sawit RM120 satu tan. Mereka dapat, kalau penoreh getah ..

DR.05. I2.2000 33 kira-kira RMlOO - RM200 sebulan. Satu keluarga, bagairnana mereka hendak hidup dan kemudian pula tidak ada bantuan pula kalau mereka hendak tebang semula getah atau kelapa sawit mereka. Sudahlah harga jatuh tetapi tidak ada bantuan. lnilah "jatuh ditimpa tangga" yang dihadapi oleh mereka ini. · Selain daripada itu, satu lagi yang ...... [disampuk] Tuan Pengerusi: Cukuplah Yang Berhormat, cukuplah. Tuan Haji Muhyidin bin Haji Abd. Rashid:.. Sedikit lagi, Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi: Yang Berhormat berucap itu ya. Tuan Haji Muhyidin bin Haji Abd. Rashid: Soalan satu lagi. Selain daripada itu berkenaan dengan harga getah ini. Tuan Pengerusi: Ya, yang itu pun sudah diucapkan semasa dasar dahulu dan sudah ada penerangan yang panjang, ya. Tuan Haji Muhyidin bin Haji Abd. Rashid: Saya tidak diberi peluang pada masa itu. Dato' Haji Azmi bin Khalid: Cukuplah, terima kasih. Tuan Pengerusi: Yang Berhormat, Yang Berhormat ada sehingga pukul 1.00, ya. Dato' Haji Azmi bin Khalid: Saya tidak boleh panjang-panjang sangat, ya. Sebenamya mungkin dalam peruntukan tahun ini nampaknya kecil tetapi sebenamya kerajaan ada membuat peruntukan yang khusus mengenai industri getah. Pada keseluruhannya, satu dana berjumlah RM~ bilion telah ditetapkan pada dasar tetapi sedang dirancang bagairnana wang RMI bilion ini akan digunakan. Jadi, sebagai langkah sementara untuk tahun ini kita hanya untuk membangun sekadar kawasan­ kawasan yang dirancangkan untuk ditanam semula sahaja. Dari segi bantuan tanam semula, itu pun ada termasuk dalam rancangan modal RMI bilion itu yang akan dibuat secara modal pusingan ataupun secara geran. ltu belum ditetapkan. Tetapi ini masih dalam rancangan kerajaan . Yang Berhormat bagi Sri Gading juga mengatakan desa-desa wawasan perlu diwujudkan sebagai ..... Tuan Pengerusi: Yang Berhormat bagi Baling, bangun. Dato' Haji Azmi bin Khalid: Minta maaflah, pukul I.00 ini. Tuan Taib Azamudden bin Md. Taib: Setengah minit. Dato' Haji Azmi bin Khalid: Setengah minit, okaylah. Tuan Taib Azamudden bin Md. Taib: Terima kasih Tuan Pengerusi dan Yang Berhormat Menteri. Berhubung dengan masalah memperbandarkan tadi, membina bandar baru, terdapat misalannya di kawasan saya di Baling, pihak kementerian berkenaan telah menghabiskan belanja yang agak...... Dato' Haji Azmi bin Khalid: Minta maaf Tuan Pengerusi, ini sudah lebih setengah minit. Tidak apa, sayajawab. Saya tahu kawasan ..... {disampuk] Tuan Taib Azamudden bin Md. Taib: Maksud saya macam Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pergi, buka bandar baru di Kampung Lalang. Tetapi apabila bandar itu dibuka, keadaan penduduk di situ tidak membangun jadi bangunan itu tinggal sahaja. Maknanya kedai-kedai itu terkunci, maknanya tidak sampai maksud. Jadi, apakah keadaan ini disedari oleh pihak kementerian, maksud saya dan kalau kementerian menyedari apakah langkah-langkah selanjutnya supaya perkara macam ini dapat kita atasi? 34 DR.05.12.2000

Dato' Haji Azmi bin Khalid: Tuan Pengerusi, soalan ini perlu dituju kepada Kementerian Perumahan. Pembangunan bandar ataupun kawasan-kawasan bandar sebenamya dalam Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Yang saya kata membandarkan kawasan kampung, kawasan luar bandar itu ialah apabila industri­ industri diwujudkan, apabila kawasan berkenaan kalau dibangunkan perusahaan pertanian dan sebagainya maka kawasan itu akan bertumbuh dengan sendiri. Maka apabila bertumbuh dengan sendiri, sempadan kawasan bandaran itu diperluaskan untuk membolehkan segala kemudahan bandaran diagihkan kepada kawasan-kawasan berkenaan. Saya tidak menyentuh khusus kepada kawasan khas kedai-kedai dan sebagainya yang sudah dibina dalam kawasan-kawasan, mungkin kawasan yang sudah ada Majlis Bandaran. Saya balik kepada Yang Berhormat bagi Sri Gading tadi, menggesa supaya desa wawasan itu mengambil berat tentang kesihatan, keilmuan dan ekonominya. Semuanya ini semernangnya ada dalam perancangan yang sedang dan telah pun digubalkan di peringkat kementerian. Dan bukan sahaja dari segi kesihatannya diambil berat, kita mahu mewujudkan satu piawaian kampung-kampung yang perlu wujud, perlu ada, setiap kampung bukan sahaja mempunyai jalan-jalan yang teratur bahkan juga longkang-longkang yang mempunyai piawaian tersendiri, air-airnya tidak mengalir ke mana-mana arahnya, yang bertakung di sana sini, itu semuanya sedang disusun sebagai piawaian dan kerjasama dengan Jabatan Perancang Bandar dan Desa sedang berjalan pada ketika ini. Yang Berhormat bagi Bukit Mertajam menyentuh mengenai pusat pertumbuhan kanak-kanak yang dikatakan tidak ada di estet-estet dan sebagainya. Saya ingin memaklumkan Yang Berhormat, pembelaan rnasyarakat estet yang di bawah kementerian saya ialah estet-estet yang kurang daripada 1,000 ekar. Yang kurang daripada 1,000 ekar bukan sahaja kita telah buat keputusan kita akan membantu, bahkan kita telah pun buat keputusan melantik kumpulan kajian, kumpulan pakar untuk mengkaji bagi memberi satu garis panduan sebab-sebab kemiskinan wujud dalam kawasan-kawasan estet yang ada kebanyakannya kumpulan orang-orang keturunan India dan ada juga bercampuraduk dengan kumpulan-kumpulan Melayu dan lain. Jadi, ini sedang diusahakan dan laporannya akan kita terirna apabila mereka selesai membuat siasatan dan kajian. Yang Berhormat juga mencadangkan supaya diberikan kemudahan­ kemudahan asas dahulu tanpa kita mengambil kira tentang kenapa bertanding untuk satu kawasan itu jadi cantik dan sebagainya dan kita memberi kemudahan-kemudahan asas dahulu sebelum kita bertanding. Saya bersetuju juga dengan Yang Berhormat bahawa tekanan perlu diberi kepada kemudahan-kemudahan asas tetapi yang sedang diusahakan bersama secara selari dengan urusan memberi kemudahan-kemudahan asas ialah bagi kementerian meninjau keupayaan rnasyarakat kampung itu sendiri bekerjasama. Apabila kita mewujudkan pertandingan, seluruh rnasyarakat kampung itu bekerjasama sebagai satu team dan mewujudkan satu gandingan team ini adalah satu cara bagi kita menggalakkan aktiviti di kawasan-kawasan karnpung. Jadi, ini adalah satu perkara yang positif di samping kita menyelesaikan rnasalah-masalah kemudahan asas dan sebagainya. Yang Berhormat juga menyarankan supaya penggunaan komputer masyarakat luar bandar harus diterapkan dengan ilmu bahasa Inggeris. Ini pun kita bersetuju dan kita memberi tekanan juga tentang pengajaran anak-anak dalam mengenali dan kalau boleh bertutur dalam bahasa Inggeris tetapi ini adalah satu masalah yang cukup besar dalam negara yang perlu ditangani secara lebih luas oleh semua kernenterian yang ada khasnya Kementerian Pendidikan. Yang Berhormat cadang supaya diadakan lawatan dan program integrasi. Sememangnya kerajaan memang rnemberi tekanan kepada integrasi kaum dalam negara. Sebab itu kita wujudkan apa dikatakan cadangan untuk sekolah wawasan supaya semua kaum dalam negara ini dapat bekerjasama, saling menghormati satu dengan lain. Tetapi Yang Berhormat bagi DAP juga yang menentang sekolah DR.05.12.2000 35 wawasan dan sebagainya clan ini menjadi satu isu besar. Walaupun itu sebagai satu cadangan sudah nampak bahawa kadang-kadang bila hanya untuk kepentingan tertentu, kepentingan jangka singkat kita telah tentang tanpa memikirkan dengan lebih mendalam tentang cadangan-cadangan yang baik. Yang Berhormat bagi Pendang, membangkitkan...... Puan Chong Eng: Penjelasan. Dato' Haji Azmi bin Khalid: Saya minta maaf, ini time tidak cukup, sorry. Sekejap nanti saya selesai ini kalau ada masa saya ·beri. Minta maaf Tuan Pengerusi, tidak ada masa. Yang Berhormat bagi Pendang telah menegur seolah-olah ada diskriminasi dalam perlaksanaan dan bantuan-bantuan yang diberikan di kampung-kampung. Saya ingin memberi satu cerita - bukan cerita, satu perkara yang berlaku. Dalam sidang Parlimen yang beberapa kali yang lalu, Yang Berhormat bagi Baling meminta pertolongan saya dan saya kata tulislah surat dan dia balik dia tulis surat berkajang­ kajang. Maka dalam sidang Parlimen kali ini pada awal Parlimen bersidang dia datang berjumpa saya, dia mengatakan terima kasih, semuanya sudah selesai. Jadi, Yang Berhormat bagi Baling, wakil rakyat dari PAS, saya minta Yang Berhormat bagi Pendang kalau ada perkara-perkara, Yang Berhormat bercakap dengan mulut, mungkin saya tulis. Tetapi lebih baik Yang Berhormat tulis kepada saya, kalau boleh dengan gambar-gambarnya sekali, kita akan cari jalan. Kalau orang itu benar-benar miskin, kerajaan tidak mendiskriminasikan mereka sebab tanggungjawab kita adalah bersama untuk membantu mereka yang miskin. Bekalan-bekalan air paip yang tidak air itu pun adalah masalah umum, bukan sahaja kawasan Yang Berhormat, kawasan saya sendiri pun ada masalah oleh kerana paip-paip yang ditanam dahulu ada masalah (bukan sahaja - merata-rata, di Kuala Lumpur) sendiri masalah berkaitan dengan paip bocor ini (40% daripada air yang dihasilkan bocor di dalam tanah) ini adalah masalah besar-besaran yang perlu ditangani secara menyeluruh. Tuan Pengerusi: Yang Berhormat bagi Sri Gading, bangun. Dato' Haji Azmi bin Khalid: PPRT untuk makluman Yang Berhormat bagi Pendang, PPRT kita wujudkan sistem pendaftaran terbuka. Jadi, sesiapa yang ...... Tuan Pengerusi: Yang Berhormat bagi Sri Gading, bangun. Dato' Haji Azmi bin Khalid: Minta maaf, sekejap. Sistem pendaftaran terbuka yang siapa sahaja yang merasai diri mereka perlu didaftarkan, wakil rakyat ataupun adik-beradiknya, keluarganya boleh membuat pendaftaran di semua Pejabat Daerah dan kemudian diteliti dengan mendalam. Hanya mereka yang benar-benar layak kita akan memberi pertimbangan. Perlu sangatkah Yang Berhormat bagi Sri Gading sebab waktunya tidak ada. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Sedikit sahaja Dato'. Dato' Haji Azmi bin Khalid: Jangan panjang sangat ya. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Ya. Sedikit sahaja. Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya berterima kasih di atas jawapan Yang Berhormat Menteri, Kerajaan Barisan Nasional tidak memilih bulu, walaupun di kawasan pembangkang soal bantuan kepada rakyat miskin itu terus dijalankan. Cuma saya hendak tumpang bertanya. di kawasan pembangkang ini apabila diberikan bantuan oleh Kerajaan Barisan Nasional, wakil rakyat pembangkang ini ajak terima kasih rakyatnya ataupun tidak, atau berterima kasih kepada partinya ataupun kepada kerajaan. Minta penjelasan sedikit. Dato' Haji Azmi bin Khalid: Setakat ini, kalau di negeri yang berkenaan tidak ada langsung tetapi kawasan lain, satu ada beri terima kasih kepada saya, yang 36 DR.05.12.2000 saya sebutkan tadi. Jadi, ini berbeza, cuma saya tidak mahu masuk bidang politik Yang Berhormat, tidak ada masa, kalau tidak panjang mereka bangkitkan. Saya hendak bercakap untuk dalam bidang-bidang yang mereka sebutkan tadi, Sipitang tadi menyebut tentang susahnya hendak menghubungi dengan kontraktor utama· dan sebagainya. Untuk makluman Ahli Yang Berhonnat, projek-projek luar bandar dibuat secara bersepadu dan kita lantik syarikat perunding konsultan untuk membuat perancangan dan konsultan berkenaan juga yang membuat pemantauan pelaksanaan projek. Jadi, agensi kita telah diperturunkan kepada konsul~ berkenaan. Ini dari segi prestasi pelaksanaan kewangan dalam Rancangan Malaysia Ketujuh, kita dapati amat berkesan, maka kita akan teruskan. Kalau Yang Berhonnat susah menghubungi kontraktor berkenaan, kemungkinan kontraktor itu mempunyai ibu pejabat yang jauh dari situ. Sebenarnya, kalau ada projek di tempat yang berkenaan dan sedang berjalan, saya rasa setiap kontraktor mesti ada pejabatnya, tetapi apabila projek itu telah selesai dan ada masalah selepas itu, itu adalah satu masalah kalau Yang Berhormat ada masalah untuk menghubung kontraktor, Yang Berhonnat boleh menghubungi Kementerian Pembangunan Luar Bandar untuk kita memastikan masalah ini dapat diatasi, kalau ada. Yang Berhormat juga minta supaya sistem-sistem generator diwujudkan, sistem mini hidro dan hibrid diwujudkan. Sememangnya ini ada dan peruntukan yang besar akan dibuat dalam tahun 200 I nanti, cuma sistem hibrid yang pemah dibina di beberapa kawasan masih didapati kurang berdaya maju, maka sistem hibrid itu sedang dikaji dan kemungkinannya tidak digunakan lagi. Yang Berhormat mencadangkan perubahan sikap rakyat termiskin. Sememangnya ini diwujudkan perubahan sikap, kita memantau dan membantu mereka untuk mengubah pendirian, mengubah segala apa sikap-sikap lama yang membelenggu mereka dalam gelombang kemiskinan, kita mencari jalan bersama-sama pihak KEMAS dan sebagainya dan sebab itu kita wujudkan sistem pinjaman melalui Amanah Ikhtiar dan amanah ini telah berdaya maju dan banyak daripada kelompok golongan miskin telah dapat mengeluarkan diri mereka daripada belenggu kemiskinan dan banyak di antara mereka juga telah mendapat pinjaman tambahan bagi membesarkan perniagaan masing-masing. Yang Berhonnat mencadangkan supaya kawasan Gerakan Desa Wawasan (GDW) dibuat di kawasan-kawasan baru sahaja dan bukan kawasan-kawasan yang lama telah wujud. Ini sebenarnya sudah pun diwujudkan di negeri Sarawak oleh Kerajaan Negeri Sarawak sendiri dan kementerian ini memberi sokongan dan kerjasama yang kuat dinamakan rural growth centers yang diwujudkan sebanyak sepuluh buah kawasan yang diberi tumpuan kepada kemudahan-kemudahan asas, persekolahan anak-anak dan sebagainya, di mana sebuah kawasan baru itu mempunyai tidak kurang dari 5,000 orang penduduk. Yang Berhonnat bagi Tebrau, ini bukan kali pertama Yang Berhonnat meminta kelas-kelas tabika secara yang khusus bagi agama. Sebenarnya kelas-kelas agama memang diadakan dalam semua Tadika KEMAS dan pemaju-pemaju masyarakat khasnya yang menjadi guru yang diajar khusus bagi mengajar anak-anak dalam bidang-bidang fardu 'ain membaca al-Quran, kalau mereka itu tidak begitu mampu, maka digandingkan pula dengan penyelia-penyelia yang mempunyai kelulusan dalam bidang-bidang berkenaan. Mereka juga membantu dan dalam satu minggu dikhususkan paling kurang 3 Yi jam digunakan untuk bidang-bidang al-Quran dan fardu 'ain dan sebagainya. Cuma Yang Berhonnat meminta secara khusus hanya khas untuk agama, ini saya akan pertimbangkan dalam bentuk yang lain, yang boleh disesuaikan dengan kehendak Yang Berhonnat. Elektrik luar bandar, Yang Berhonnat mengatakan ada kawasan-kawasan elektrik luar bandar yang tidak dapat dibawa ke kawasan disebabkan sekatan-sekatan, kemungkinan tanah-tanah dipunyai oleh estet-estet. Sekiranya tidak ada cara untuk kita ..

DR.05.12.2000 37

membawa bekalan elektrik, maka kawasan kampung yang memerlukan akan dibekalkan dengan set generator. Yang Berhonnat dari Tanah Merah membangkitkan beberapa perkara yang saya kenal pasti dengan cara peribadi sendiri dan ada perkara-perkara yang saya kabur. Jadi, perkara-perkara yang saya kenal pasti ialah mengenai penglibatan program dikatakan program perkongsian pintar antara kerajaan dengan pihak swasta. Sebenarnya ini adalah antara agensi kerajaan dengan swasta bagi mewujudkan perniagaan ikan kui dan orkid di Kelantan. Juga mengenai telur gading galoh. Garling galoh sepatutnya memberi keuntungan kepada 240 6rang peserta dan ikan kui, saya tidak mempunyai angka pada hari ini. Kedua-dua projek ini didapati di saat ini tidak berdaya maju dan kita sedang mengkaji, apakah caranya untuk kita selesaikan masalah. Ada projek gading galoh bukan semestinya tidak dapat dijalankan terns, ada cara-cara yang kita perlu ubahsuaikan. Ikan kui kita sedang mengkaji, apakah cara yang lain, yang kita boleh gunakan kawasan ini untuk pentemakan, tidak semestinya kita temak ikan-ikan yang dikatakan ornamental fish bahkan mungkin ikan-ikan lain juga dapat ditemakkan di situ, agar langganan dan pasaran dapat diperluaskan ke bidang-bidang lain. Yang Berhormat juga menyentuh mengenai anak-anak syarikat yang di bawah KESEDAR, khusus kepada syarikat .... Tuan Pengerusi: Tanah Merah bangun Yang Berhormat. Dato' Haji Azmi bin Khalid: Sedikit sahaja, Tuan Pengerusi, lima minit lagi, saya tidak sempatlah. Kita bincang di luar, tidak mengapa, minta maaf ya. Minta maaf, ini lagi minit, saya minta maaf. Kesedar Inn memang ada masalah, itu pun sedang kita kaji bagaimana. Oleh kerana tidak ada pelancong yang ingin datang ke kawasan berkenaan pada ketika ini, itulah sebabnya Kesedar Inn tidak mempunyai pelanggan yang banyak. Mengenai syarikat perkilangan yang dikatakan Kesedar Kilang, memang Kesedar Kilang mengalami masalah dan tindakan tegas sedang diambil untuk membuat perombakan dari segi struktur organisasinya dan juga dari segi cara mengurus ladang dan cara pembelian bahan-bahan ladang akan diubahsuaikan. Diharapkan dengan pengubahsuaian ini syarikat ini akan lebih berdaya maju. Dalam peringkat ini, saya sendiri mengaku, saya tidak puas hati dengan prestasinya, samalah juga dengan pendapat Yang Berhormat. Cottage industry Yang Berhormat sentuh mengenai masalah pasaran, memang ini juga kita ketahui, maka dengan itu kerajaan bukan sahaja Kementerian Pembangunan Luar Bandar bahkan banyak kementerian yang lain yang turut terlibat, kita sedang berusaha mencari jalan bukan sahaja mencari jalan menyelesaikan masalah mencari pasaran, bahkan menyesuaikan pengeluaran penghasilan dengan strategi logistik untuk memudahkan basil berkenaan dibawa ke pasaran dengan harga yang berpatutan. Yang Berhormat bagi Kinabatangan mengatakan bekalan air masih banyak. Kinabatangan memang membangkitkan perkara-perkara yang sudah pun saya sentuhkan mengenai masalah jalan, air dan api di luar bandar, memang saya kata negeri Sabah dan Sarawak ada masalah, masih perlu diperuntukkan dan dalam Rancangan Malaysia Kelapan, peruntukan yang terbesar berbanding dengan negeri­ negeri yang lain, diperuntukkan kepada negeri Sabah dan Sarawak dan segala apa yang disuarakan oleh Yang Berhormat itu memang sudah pun diketahui dan dipertingkatkan. Sebuah Jawatankuasa Kabinet di bawah Timbalan Perdana Menteri telah diwujudkan dan kami berbincang membuat mesyuarat untuk mencari jalan mengatasi masalah-masalah di Sabah, Sarawak dengan secepat mungkin agar masalah-masalah pembangunan luar bandar di sana dapat diselesaikan dalam tempoh yang terdekat. 38 DR.05.12.2000

Yang Berhormat mengatakan GDW terhenti di tengah jalan, kemungkinannya benar oleh kerana ada GDW yang diwujudkan tanpa mengira unsur-unsur yang perlu bagi kejayaan sesebuah GDW. Saya mengatakan sesebuah GDW itu akan berdaya maju sekiranya asas ekonomi penduduk setempat itu dilihat secara menyeluruh. Tanpa asas ekonomi yang kukuh, maka GDW apa pun yang diwujudkan tidak akan dapat kekal dan mapan. Rurnah-rumah PPRT juga kita akan izinkan di kawasan-kawasan yang tidak ada Giat MARA untuk membinanya, izinkan penduduk setempat membina secara gotong-royong.

Jadi, Yang Berhormat di mana di kawasan-ka~asan yang tidak ada Giat MARA untuk membantu dalam pembinaan rumah-rurnah' PPRT, kementerian akan meluluskan bagi penduduk-penduduk setempat menggembleng tenaga untuk membina rumah-rumah PPRT. Perkara-perkara lain yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat semua, saya tidak sempat menjawab, oleh kerana waktunya sudah tepat, habis, saya akan membuat jawapan bertulis dan minta Yang Berhormat bersabar. Sekian, terima kasih. Tuan Pengerusi: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejurnlah RM416,682,100 untuk Maksud B.48 di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan. Wang sebanyak RMl,028,870,800 untuk Maksud B.48 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual. Tuan Pengerusi: Masalahnya ialah perbelanjaan sebanyak RMl,479,303,650 untuk Maksud P.48 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan bagi tahun 2001 hendaklah diluluskan. Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan. Wang sebanyak RMl,479,303,650 untuk Maksud P.48 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan 2001. Maj/is Mesyuarat bersidang semula. Tuan Yang di-Pertua: Mesyuarat ditangguhkan hingga jam 2.30 petang. Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.02 tengah hari. Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang. [Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah] mempengerusikan Mesyuarat] Majlis bersidang dalam Jawatankuasa. Maksud B.50 [Jadual] - Maksud P.50 [Anggaran Pembangunan 2001] - Tuan Pengerusi [Dato' Haji Mohamad bin Abdullah]: Ahli-ahli Yang Berhormat, Kepala Bekalan B.50 dan Kepala Pembangunan P.50 di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan terbuka untuk dibahas. Ya, sila. 2.32 ptg. Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Terima kasih, Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi [Dato' Haji Mohamad bin Abdullah): Bukit Mertajam ya. Puan Chong Eng: Tuan Pengerusi, ekonomi Malaysia telah masuk satu era yang baru dan kita berdepan dengan cabaran globalisasi dan juga dalam era globalisasi ini dan dalam k-ekonomi kita memerlukan perubahan. Dalam Butiran 00600 Majlis DR.05.12.2000 39

Amanah Rakyat, 00602 Maktab Rendah dan Kolej Sains MARA, 00604 Institut Kemahiran MARA, 00605 Institut Perdagangan MARA, 00608 Pembangunan Bimbingan Usahawan, 00611 Program Giat MARA. Kami semua sedia tahu bahawa MARA ini ialah untuk membantu kaum bumiputera. Apa yang telah lepas kita tidak mahu kata bahawa adakah ia perlu atau tidak perlu tetapi untuk masa hadapan, kita katakan sekolah wawasan. Sekolah wawasan ialah supaya semua kaum dapat belajar di satu tempat untuk memupuk perpaduan tetapi sekolah MARA ini kita semua sedia tahu ia hanya untuk satu golongan sahaja iaitu bumiputera. Universiti Tekrtologi MARA juga ialah untuk bumiputera. Sekiranya dalam anggapan bahawa semua pelajar dari latar belakang yang berlainan belajar bersama dapat memupuk perpaduan, maka adakah kerajaan akan menimbang juga menjadikan MARA ini sekolah wawasan kerana walaupun anggaplah semua ataupun kita andaikan semua sekolah Cina mengambil bahagian dalam sekolah wawasan, masih terdapat ramai. orang Melayu yang tidak dapat mengambil bahagian dalam sekolah wawasan ini. Umpamanya, terdapat lebih kurang 200 sekolah agama yang khasnya untuk orang Islam, mereka dari kecil sampai ke tahap universiti ialah satu aliran sahaja, tidak pemah ataupun kurang bercampur dengan kaum yang bukan Islam dan bukan Melayu, maka ini adalah dasamya, ada asas bahawa kaum Cina mereka mengatakan bahawa ini adalah andaian yang tidak betul bahawa sekolah wawasan boleh menyelesaikan masalah perkauman di dalam negara ini. Saya harap bahawa Kerajaan Barisan Nasional akan mengkaji ...... Tuan Pengerusi [Dato' Haji Mohamad bin Abdullah]: Mengapa .... Puan Chong Eng: ....dan memahami perasaan ..... Tuan Pengerusi [Dato' Haji Mohamad bin Abdullah): Yang Berhormat, mengapa pergi sekolah wawasan, Yang Berhormat? Puan Chong Eng: Ini di bawah MARA ya - bandingan dan juga kita pada bulan Mei Menteri Kewangan semasa merasmikan Seminar Nasional Ekonomi Melayu Alaf 2000, anjuran Dewan Pemiagaan Melayu Malaysia, Negeri Johor, dia menasihatkan bahawa usahawan Melayu janganlah atau berhenti bergantung pengaruh politik untuk bemiaga. Beliau berkata bahawa ini akan merosakkan ekonomi Malaysia sekiranya orang Melayu terus bergantung kepada pengaruh politik. Tetapi pada masa yang sama Kerajaan Barisan Nasional ataupun Menteri beliau sendiri mengatakan bahawa kontrak kerajaan tidak akan diberi kepada mereka yang tidak sokong kerajaan, maka ini adalah bertentangan, beliau berkata bertentangan dengan diri sendiri, sama ada kita akan mengadakan satu polisi ekonomi yang tidak berkait dengan politik ataupun satu polisi ekonomi yang berkait dengan politik. Tuan Pengerusi, ramai ahli di dalam Dewan ini sudah mengatakan bahawa kita tidak dapat lari daripada kesan globalisasi dan globalisasi ini tidak kira kaum dan bangsa. Di pasaran dunia tiada diagihkan atau dibahagikan kepada pasaran bumiputera dan bukan bumiputera tetapi sekiranya kalau kita hendak berterusan dengan polisi ini di dalam negara, bagaimana negara kita akan bersaing di pasaran dunia. Pada saya ini adalah satu masalah yang kita mesti berdepan dan mengkaji bagaimana kita dapat selaraskan usaha kita iaitu dalam negara ini dengan di luar negara. lni adalah mengenai komen ataupun apa yang dikatakan oleh Menteri Kewangan mengenai nasihatnya kepada usahawan bumiputera atau orang Melayu jangan bergantung kepada pengaruh politik. Ada seorang penulis yang menulis dalam ruang kolumnis di dalam China Press pada 9 Mei dan beliau mengatakan kita mesti membuat pilihan sama ada kita hendak mengadakan satu polisi ekonomi yang 40 DR.05.12.2000 berdasarkan politik ataupun kita hendak mengadakan satu ekonomi yang tidak dipengaruhi oleh pengaruh politik kerana ini adalah penting. Kita tidak boleh mengadakan dua, kita hanya boleh pilih satu dan beliau kata bahawa adalah jelas, kita boleh .nampak di negara-negara yang lain, ambil contoh di negara-negara yang lain; di mana ada negara di dunia bahawa dasar ekonominya ·yang berdasarkan politik dapat memajukan negaranya dan dapat bersaing dengan pasaran dunia. Kita tidak boleh katakan kita tidak mahu ada segolongan usahawan kita bergailtung kepada pengaruh politik tetapi pada masa yang sama kita mengadakan polisi atau peraturan yang mengukuhkan bahawa hanya politik yang dapat peluang untuk bemiaga kerana Menteri Kewangan sendiri berkata bahawa dengan izin, dia berkata: "Sesiapa yang memilih dunia pemiagaan mesti elak daripada mencipta budaya bisnes yang bergantung kepada pengaruh politik, mu/a sahaja hendak buat bisnes mereka akan tanya siapa yang boleh kita contact, menteri mana yang boleh tolong kita, wakil rakyat mana yang boleh beri kita projek. Sindrom pergantungan kepada politik ini akan merosakkan masyarakat usahawan Me/ayu itu sendiri. ". Ini menunjukkan bahawa memang pemimpin-pemimpin yang tertinggi di dalam UMNO pun faham. Perdana Menteri sendiri pun pemah mengatakan bahawa bumiputera tidak boleh bergantung sepanjang masa kepada bantuan kerajaan tetapi apa yang kita nampak ialah apakah langkah-langkah kita untuk mengubahkan sikap ini supaya usahawan bumiputera pun dapat bersaing dengan kaum yang lain supaya mereka juga boleh bersaing di pasaran dunia. Ini ada satu lagi komentari ataupun dengan izin, editorial oleh Sin Chew Jit Poh pada 26 Jun 2000. lzinkan saya membaca, "Apabila negara dilanda kegawatan kewangan pada tahun 1997 pelbagai sektor ekonomi turut terjejas, baikpun mereka korporat yang besar mahupun industri kecil dan sederhana. Waiau bagaimanapun, yang menerima pukulan yang paling serius adalah pemiagaan Melayu yang kurang berdaya saing kerana se/ama ini mereka menerima perlindungan dan pertolongan pihak kerajaan dan o/eh itu kurang mampu membuat perubahan dengan cepat. Apabila batu asas pemiagaan ini tidak cukup kukuh nescaya boleh menerima puku/an hebat dari kegawatan ekonomi yang serius. Da/am sudut yang lain terdapat ter/a/u banyak pertalian di antara politik dengan perniagaan. Sudah menjadi lazim bagi tokoh pemiagaan untuk bergantung kepada pertalian politik untuk mendapat peluang pemiagaan dan kontrak. Akan tetapi apabila terlalu bergantung kepada pertalian politik juga menimbul kelemahan besar bagi tokoh perniagaan kerana apabila tokoh-tokoh politik yang mereka sokong hilang jawatan dan pengaruh, pemiagaan-pemiagaan ini juga akan menghadapi krisis kerana tidak lagi dapat keistimewaan dalam tawaran kontrak. ". Pada zaman ini ...... Tuan Pengerusi rnato' Haji Muhamad bin Abdullah): Panjang lagi Yang Berhormat? Masa sudah habis. Puan Chong Eng: Ha! sedikit lagi. Tuan Pengerusi rnato' Haji Muhamad bin Abdullah): Ya. Puan Chong Eng: Dalam zaman globalisasi dan liberalisasi ini sedang membawa kesan-kesan yang besar ke negara ini. Ekonomi dunia tidak akan ada sempadan negara dan tidak mengira Jatar belakang kaum dan bangsa, ekonomi dunia ..

DR.05.12.2000 41

telah beralih dari ekonomi tradisional ke ekonomi pengetahuan dan ini memaksa semua untuk menaikkan taraf. Maka saya berpendapat yang negara kita sudah sarnpai . satu persimpangan bagaimana kita hendak menghadapi cabaran globalisasi ini yang saya harap semua bangsa dapat bersaing di pasaran dunia kerana sekiranya bumiputera lemah dalam persaingan pasaran negara ini akan lemah dan kita semua akan lemah ..... Tuan Pengerusi [Dato' Haji Mohamad bin Abdullah]: Yang Berhormat

Puan Chong Eng: ....seperti Barisan Nasignal juga. Kalau MCA lemah ..... Tuan Pengerusi [Dato' Haji Mohamad bin Abdullah]: Masa Yang Berhormat sudah habis, Yang Berhormat. Puan Chong Eng: ....Barisan Nasional lemah juga. Maka saya harap ini pernah ditimbul di sesi yang lalu tetapi tidak diberi jawapan. Saya harap ini akan diberi satu jawapan. Terima kasih. Tuan Pengerusi [Dato' Haji Mohamad bin Abdullah]: Tampin. 2.45 ptg. Tuan Shaziman bin Abu Mansor [Tampin]: Terima kasih, Tuan Pengerusi. Terlebih dahulu saya mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada kerajaan Malaysia yang cuba mengagihkan kek ekonomi sebaik yang mungkin kerana dengan bantuan dasar inilah yang berjaya menyebabkan keamanan dan keharmonian negara sehingga ke hari ini. Mungkin yang ini tadi dia terlupa. Di masa yang sama walaupun kerajaan membantu dan berusaha membolehkan bumiputera untuk menguasai lebih kurang 30% daripada ekonomi, saya lihat kerajaan juga tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya kepada bangsa-bangsa asing di negara ini. Ini perlu ingat. Saya ingin menyentuh dengan Butiran 020000 - Pelesenan, 020400 - Pusat Khidmat Kontraktor dan 050000 - Pembangunan Usahawan. Tuan Pengerusi, saya difahamkan jumlah kontraktor kelas F pada hari ini hampir 20,000 orang bilangannya. Persoalannya, kita maklum kebanyakan kontraktor­ kontraktor kelas F ini begitu tertumpu atau bergantung dengan projek-projek yang disediakan oleh kerajaan. Ini berlaku kerana syarikat-syarikat swasta semacam tidak mahu beri peluang langsung kepada kontraktor-kontraktor kelas F untuk menguji kemampuan atau kebolehan mereka. Ini dibebankan lagi apabila projek-projek penswastaan di negara ini meminggirkan kehadiran kontraktor-kontraktor kelas F walaupun kontraktor-kontraktor kelas F ini datang dari tempat berkenaan kerana kononnya projek-projek yang besar susah hendak dipecah-pecahkan atau diagih­ agihkan kepada kontraktor-kontraktor kecil ini. Semua ini menyebabkan kontraktor­ kontraktor kelas F sentiasa kelaparan projek kerajaan yang biasanya bermula setiap bulan Februari atau Mac pada setiap tahun. Pernah juga terdengar beberapa pandangan agar Kementerian Pembangunan Usahawan supaya membekukan sementara pengeluaran lesen-lesen kontraktor kelas F untuk mengurangkan saingan. Di sini saya ingin bertanya, berapa peratuskah pertambahan kontraktor kelas F setiap tahun dari tahun 1997, di masa yang sama adakah kementerian akan terus atau bercadang mengeluarkan lesen kontraktor kelas F walaupun jumlahnya telah hampir 20,000. Kalau boleh pihak kementerian, buatlah satu kajian khusus berhubung dengan pengeluaran lesen kelas F ini kerana sekiranya terlalu banyak lesen kelas F tetapi tidak ada sokongan atau peluang untuk mereka mengembangkan perniagaan khasnya kontraktor-kontraktor kelas F ini cari makan, ianya akan mewujudkan satu suasana atau keadaan yang tidak sihat di masa akan datang. Di masa yang sama, saya mengharapkan Kementerian Pembangunan Usahawan khasnya Menterinya demi mempertahankan nasib usahawan-usahawan 42 DR.05.12.2000 ataupun kontraktor-kontraktor yang telah dilahirkan oleh kementerian ini agar memberi sedikit pandangan kepada mana-mana pihak yang bertanggungjawab khasnya Kementerian Kewangan iaitu mensyaratkan juga kepada mana-mana projek penswastaan, pembangunan atau pembinaan, mestilah meminta syarikat-syarikat yang melaksanakan projek-projek penswastaan tersebut memberi peluang kepada kontraktor-kontraktor kelas F rendah sama ada kelas D, E atau F sebanyak 20 orang, 30 orang, tidak kiralah, terpulanglah asalkan syarikat-syarikat yang membuat penswastaan ini juga sama-sama memainkan peranan untuk mengagihkan peluang perniagaan atau k-ekonomi ini yang mereka miliki kepada kontraktor-kontraktor kelas rendah tadi. Seterusnya, saya juga hendak tahu jugalah dari Kementerian Pembangunan Usahawan, berapa ramai pula kontraktor-kontraktor kelas F naik kelas, sama ada kelas E atau D atau C setiap tahun bermula pada tahun 1997. Kerana kita hendak tahu juga sama ada, ada peningkatan atau tidak kepada kontraktor-kontraktor ataupun usahawan­ usahawan yang telah dilahirkan dengan pemberian lesen kontraktor kelas F tadi. Sebelum terlupa, Tuan Pengerusi, seketika dahulu, saya juga ada terdengar kerajaan hendak berikan kontrak maintenance atau baik pulih jalan raya hanya kepada beberapa konsortium, kalau tidak silap saya tiga atau empat konsortium untuk seluruh negara ini. Saya mintalah, Menteri Pembangunan Usahawan yang masih tegap ini, muda lagi, agar tidak membenarkan perkara ini berlaku. Kerana sekiranya berlaku, alamat bertambah terjejaslah pendapatan kontraktor-kontraktor kelas F yang telah sedia tertekan pada masa ini. Walaupun bukan kementerian ini yang bertanggungjawab berhubung dengan maintenance jalan raya tetapi kementerian inilah yang melahirkan usahawan-usahawan yang membuat kerja maintenance ini. Pertahankanlah nasib usahawan-usahawan yang kementerian ini telah lahirkan kerana sebahagian daripada mereka ini akan hilang kalau dibiarkan begitu sahaja. Kita tidak mahu perkara yang sama, yang pernah berlaku dengan pembawa­ pembawa teksi suatu ketika dahulu yang mana suatu ketika dahulu pernah pihak individu diberikan begitu banyak lesen. Kemudian kononnya hendak tingkatkan dia punya efficiency dan sebagainya diambil pula dibagikan kepada konsortium­ konsortium tetapi hari ini bila tengok konsortium-konsortium pun lebih kurang sahaja dengan individu. Pihak kementerian kata, okaylah kita bagi balik kepada individu­ individu ..... Tuan Haji Che Ghani bin Che Ambak: [Bangu,n] Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ada yang berdiri, Yang Berhormat. Tuan Shaziman bin Abu Mansor: Kita tidak hendak perkara yang sama juga berlaku kepada kontraktor-kontraktor kelas F ini. Ah, bagilah sahabat saya dari Setiu. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Setiu berdiri. Tuan Haji Che Ghani bin Che Ambak: Terima kasih kepada Yang Berhormat bagi Tampin. Adakah Yang Berhormat setuju bahawa konsep yang Yang Berhormat sebut tadi bahawa umpamanya dalam kes penswastaan, pembaikan ataupun maintenance jalan raya yang akan diserahkan kepada tiga atau empat syarikat ini, di mana mereka diberi dengan harga secara perundingan (negotiated). Tetapi apabila mereka turun ke negeri-negeri, mereka akan memanggil seberapa banyak dan peringkat subkontraktor ini akan masuk dengan harga secara bidding ataupun secara tender dan dia akan pilih tender yang terendah dan yang berlaku akhirnya kontraktor-kontraktor kecil yang bertaburan, kelas F, kelas E akan mati dan yang besar-besar ini akan terus terpelihara. Adakah Yang Berhormat bersetuju tentang perkara ini? :-

DR.05.12.2000 43

Tuan Shaziman bin Abu Mansor: Terima kasih, saya juga berkongsilah dengan pandangan Yang Berhorrnat itu. Atas kesedaran itulah saya mengetengahkan perkara ini kepada pihak Menteri pada petang ini. Di masa yang sama, di sini saya juga ingin bertanya kepada pihak kementerian khasnya Menteri sendiri yang bertungkus lumus untuk melahirkan lebih ramai bilangan usahawan yang berkualiti dan berjaya. Dalam keadaan negara yang · menjurus ke arah k-ekonomi maka ramailah usahawan-usahawan tempatan yang menyahut seruan yang melibatkan diri dalam bidang pemasangan komputer, baik pulih komputer danjuga pembekal komputer. · · Biasanya, Tuan Pengerusi, mereka di kalangan usahawan ini yang terlibat di dalam pemasangan komputer, mereka mula sebagai pengedar komputer, kemudian buka bengkel, baik pulih atau service bagi komputer-komputer, seterusnya barulah mereka membuat kerja-kerja pemasangan komputer. Persoalannya, Tuan Pengerusi, pada hari ini saya lihat, Pejabat Pos yang selama ini ditugaskan untuk menghantar surat, bungkusan dan mengutip bayaran-bayaran tertentu telah mengambil tugas atau peluang sebahagian usahawan-usahawan yang terlibat dalam industri ini dengan alasan hendak mengelak penipuan. Saya yakin ini bukanlah satu sahaja cara yang boleh mengelakkan penipuan, apatah lagi keperluan komputer pada sesuatu rumah itu lebih merupakan sebagai satu kesedaran, memandangkan kita sedang menjurus ke arah k­ ekonomi di masa akan datang. Saya mintalah pihak kementerian memperjuangkan sedikit nasib usahawan­ usahawan yang melibatkan diri dalam bidang industri ini. Sebagai contoh, kementerian bolehlah mencadangkan kepada KWSP, supaya selain dari syarikat­ syarikat yang telah dilantik menjadi pembekal komputer, bakal pembeli komputer juga bolehlah menggunakan wang caruman KWSP mereka, boleh menggunakan pembekal­ pembekal komputer yang sudah sedia ada, yang telah berpengalaman, katakanlah lima tahun dan sebagainya. Dan kalau hendak minta dia berdaftar dengan KWSP. Ini saya nyatakan kerana di tempat saya sendiri pada minggu yang lepas, kira­ kira 8 pembekal-pembekal komputer, tidak kiralah bangsa Cina, bangsa Melayu, bangsa Tionghua berjumpa dengan saya, mereka hendak saya maklumkan kepada Menteri. Dia kata, apabila sudah minta Pejabat Pos mengambil alih tugas saya, mana pula saya hendak cari makan lepas ini, dia kata. Jadi, hari ini saya hendak minta Yang Berhorrnat Menteri ambil makluman saya ini, jawab soalan ini, lepas ini apa pandangan Yang Berhormat Menteri berhubung dengan perkara ini. Semoga dengan membantu pembekal-pembekal komputer yang telah lama ini mengambil bahagian membekal komputer kepada pencarum-pencarum KWSP, ianya akan menceriakan lagi industri ini. Apatah lagi negara kita sedang menjurus ke arah ekonomi, maka lebih ramai usahawan-usahawan Melayu melibatkan diri dalam pemiagaan ini maka, Insya-Allah, tanggungjawab kerajaan untuk memastikan ekonomi bangsa bumiputera meningkat kepada 30% akan tercapai jika kita berusaha bersungguh-sungguh, lnsya-Allah. Saya ucapkan terima kasih, saya mohon menyokong. Tuan Pengerusi [Dato' Haji Mohamad bin Abdullah]: Saya bagi Beluran dahulu. 2.55 ptg. Tuan Ronald Kiandee [Beluran]: Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh Butiran 020000 Pelesenan - Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan Semenanjung Malaysia. Saya yakin apabila kementerian memberikan hak kepada Airport Limo untuk mengusahakan perkhidmatan teksi antara Lapangan Terbang KLIA dan Kuala Lumpur, kementerian yakin bahawa syarikat ini akan mampu memberi khidmat yang terbaik kepada setiap penumpang-penumpang yang menggunakan KLIA. Tetapi setelah 44 DR.05.12.2000 setahun. dua tahun saya memerhati, saya melihat bahawa terdapat beberapa kelemahan yang saya kira - saya ingin tahu sama ada kementerian sedar atau tidak perkhidmatan Airport Limo ini bukan meningkat kepada yang baik tetapi menurun dari segi prestasinya. · Kelemahan utama yang saya lihat, Tuan Pengerusi, ada ketika kita terpaksa menunggu hingga lebih 1 jam untuk mendapatkan sebuah limo daripada airport itu menuju ke destinasi kita. Dan, kelambatan ini bukan sekali, dua berlaku. Saya sendiri pemah setakat ini, tiga, empat kali, terperangkap di dalam keadaan di mana tidak ada teksi, tidak ada limo yang datang untuk mengambil pen~ang dan harus berbaris panjang sehingga sejam setengah lamanya menunggu sehingga satu giliran kita sampai untuk mendapatkan perkhidmatan limo. Saya terbaca, syarikat ini pada mulanya telah mengadakan teksi sebanyak 700 dan setelah kerosakan hanya 500 buah kenderaan sahaja yang beroperasi ketika ini. Saya ingin tahu, apakah tindakan kementerian terhadap syarikat yang diberi kuasa, diberi hak untuk mengusahakan perkhidmatan penumpang tetapi sehingga sekarang ini kita dapati terlalu banyak yang perlu dilakukan oleh syarikat ini. Saya mengalu-alukan usaha kementerian untuk membawa teksi bandaraya untuk menampung keperluan kenderaan teksi ini daripada KUA ke destinasi Kuala Lumpur ini tetapi saya diberitahu oleh beberapa pemandu di bandaraya ini, banyak perkara-perkara yang harus dismoothenkan, yang harus diperkemaskan sebelum perkhidmatan ini dapat diperbaiki, kerjasama antara Limo dan juga teksi bandaraya pada ketika ini. Masalah-masalah seperti teksi bandaraya tidak dibenarkan menunggu penumpang dan sebagainya dan terpaksa menanti di luar airport yang jauh hingga berjam-jam merupakan antara masalah yang diluahkan oleh pemandu-pemandu teksi dari bandaraya. Tuan Pengerusi, saya percaya bahawa setiap penumpang yang melalui KLIA ini harus diberi peluang untuk memilih perkhidmatan teksi yang mereka kehendaki sama ada melalui Limo premier ataupun Limo yang regular dan juga teksi-teksi biasa, seperti teksi daripada bandaraya. Ini akan memberi perkhidmatan, peluang pilihan kepada setiap penumpang untuk memilih mana satu perkhidmatan penumpang yang mereka kehendaki. Saya melihat keperluan teksi ditambahkan di airport ini kerana sehingga terakhir minggu yang lalu saya masih melihat kegiatan teksi sapu ataupun ulat ataupun teksi pirate yang dikatakan masih ketara di KUA ini. Saya dan begitu juga ramai daripada Sabah dan Sarawak seringkali diminta untuk menggunakan perkhidmatan teksi-teksi sapu ini. Saya rasakan bahawa ini tidak sepatutnya berlaku dan kemungkinan besar terdapatnya teksi-teksi sapu ini adalah disebabkan oleh kekurangan limo yang sedia untuk memberi perkhidmatan di lapangan terbang terse but. Saya inginkan agar kementerian mengkaji semula dan untuk menambahkan perkhidmatan teksi agar penumpang yang menggunakan lapangan terbang akan dapat keselesaan dari segi mendapatkan perkhidmatan kenderaan penumpang ini. Sekian, terima kasih. Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Padang Terap. 3.00 ptg. Tuan Zawawi bin Haji Ahmad [Padang Terap): Terima kasih, Tuan Pengerusi. Saya ingin merujuk kepada Butiran 050200 - Latihan Keusahawanan. Merujuk kepada peranan utama Kementerian Pembangunan Usahawan adalah untuk mewujudkan dan membangunkan usahawan tulen yang berkualiti, berdaya saing di dalam semua sektor. Oleh kerana kita lihat kaum bumiputera yang kebanyakan tinggal di luar bandar perlu bimbingan dengan lebih serius agar mereka dapat mengubah cara hidup yang berbentuk tradisional kepada masyarakat peniaga yang maju agar mereka dapat sama-sama menikrnati kehidupan yang lebih selesa. DR.05.12.2000 45

Tuan Pengerusi, saya melihat ramai di kalangan bumiputera di kampung­ kampung kini sudah sedar tentang pengaruh pemiagaan di dalam kehidupan mereka, dan ada di antara mereka yang cuba bemiaga bukan sahaja dalam sektor menyediakan makanan, malah dalam berbagai-bagai sektor pembuatan. Sebagai contoh, di kawasan saya di Padang Terap ramai dari penduduk di sana mempunyai kebolehan membuat rumah dan ada juga yang pandai membuat kasut. Oleh sebab sikap pengusaha­ pengusaha ini hanyalah sambil lewa dan pemiagaan tidak dapat menyaingi pengusaha­ pengusaha lain yang lebih cekap dan lebih berdisiplin, saya ingin mencadangkan supaya kementerian selain daripada memberi galakan dan bantuan-bantuan untuk membantu kalangan bumiputera yang mencebur diri dalam perusahaan ini buat latihan­ latihan yang khusus untuk membina sikap mereka. Kerana saya lihat tukang rumah umpamanya, dia boleh membuat rumah tetapi dia buat hanya sekadar untuk menyiapkan rumah itu tanpa berusaha untuk menarik perhatian pelanggan-pelanggan yang lain agar terus melanggan dengan mereka. Dia buat setakat siap, selepas itu saya perhatikan ada pengusaha-pengusaha dari kalangan bukan bumiputera, Tionghua umpamanya, dia buat rumah yang sama, tetapi apa yang dia lakukan itu dengan penuh teliti supaya itu adalah merupakan sebagai satu iklan kepadanya untuk mendapat pelanggan baru dengan harapan bahawasanya tuan rumah ini akan menerima kunjungan para tetamunya daripada berbagai-bagai pihak dan mereka melihat rumah itu cantik dia akan tanya siapa buat. Jadi, tuan rumah itu akan mengatakan si A yang membuatnya, sebagai iklan kepada mereka. Tetapi orang Melayu bila dia buat sekadar siap dan selepas daripada itu terpaksa pula kita mengambil tukang yang lain untuk memperbaiki pembinaan yang mereka lakukan itu oleh kerana banyak perkara yang tidak selesai. Jadi, kalau dia tanya pula, janganlah ambil orang ini kerana dia buat tidak begitu baik. ltu satu iklan. Ini kerana sikap. Oleh sebab itu, saya mencadangkan supaya pihak kementerian cuba melihat bagaimana caranya untuk mengubah sikap orang-orang ini, dia pandai. Ada juga yang membuat kasut. Di tempat saya ada beberapa pemuda yang boleh membuat kasut. Tetapi kasut yang dibuat itu kalau sekiranya dilatih betul-betul mereka dapat juga bersaing dengan pembuat-pembuat kasut yang lain. Tetapi oleh kerana sikap dia buat sambil lewa dan sekadamya itu, maknanya kasutnya itu tak laku hendak dijual. Kalau jual pun harganya murah, tak balik modal. Jadi, akhirnya kebolehannya itu dibiarkan begitu sahaja dan mereka akan tinggal sektor itu dan mencari usaha-usaha yang lain. Selain daripada itu saya ingin merujuk kepada Butiran 08007 - Ceramah Agama. Saya tidak tahu apakah bentuk ceramah agama yang dilaksanakan oleh pihak kementerian untuk membangun usahawan-usahawan ini. Saya nampak di negara kita ini terdapat banyak sekolah agama rakyat dan kebanyakan daripada graduan daripada sekolah-sekolah agama ini selepas daripada mereka habis belajar mereka tidak ada tempat untuk melanjutkan pelajaran yang lebih tinggi. Ada di antara mereka yang berpeluang untuk pergi ke luar negara melanjutkan pelajaran dalam bidang agama. Tetapi yang tidak mempunyai peluang itu mereka hanya akan menjadi orang kampung biasa. Rabis paling tinggi barangkali menjadi imam dan sebagainya. Saya kira kalau diberi peluang kepada mereka ini kalau kita wujudkan satu 'tijarah' pemiagaan dan sebagainya, mengambil pelajar-pelajar lepasan daripada sekolah-sekolah agama rakyat ini untuk dilatih berniaga agar mereka dapat bersaing dengan orang lain dan merubah keluarga mereka daripada keadaan yang berbentuk tradisional itu kepada keadaan yang lebih maju. Selain daripada itu, kita juga ingin melihat peruntukan-peruntukan yang diberikan kepada pengusaha-pengusaha ini hendaklah selain daripada kita memberikan peruntukan itu, kita hendaklah memberi bimbingan kepada mereka. Misalnya, saya lihat kepada PPRT, walaupun ini dalam Kementerian Pembangunan Luar Bandar, tetapi mereka ini boleh dilatih untuk menjadi usahawan sekadamya. Jadi, projek-projek yang diberi kepada PPRT ini umpamanya - saya sebelum daripada masuk ke Dewan ini waktu berada di universiti pemah bersama-sama dengan pihak-pihak yang tertentu melatih PPRT ini, projek kemiskinan ini, penempatan rakyat termiskin ini, mereka 46 DR.05.12.2000

perlu diasuh kerana mereka bukan hanya miskin harta benda tetapi miskin otak. Mereka mempunyai keupayaan persediaan untuk berubah. Tetapi oleh kerana bimbingan tidak diberi, hanya diberi bantuan tetapi bimbingan tidak diberi, akhirnya mereka tidak dapat merubah nasib mereka seperti mana yang kita kehendaki. Oleh sebab itu, kerajaan terpaksa menanggung beban untuk terus membantu mereka. Oleh yang demikian, saya rasa projek-projek latihan ini perlu dibesar dan dilebarkan dalam berbagai-bagai bidang dan yang saya ingin hendak ulang sekali lagi bahawasanya potensi untuk melatih pelajar-pelajar agama di sekolah agama rakyat ini untuk menjadi usahawan adalah sangat berpotensi. Tuan Pengerusi (Dato' Haji Muhamad bin Abdullah): Serdang. 3.06 ptg. Dato' Yap Pian Hon (Serdang): Sukacita saya menyentuh Butiran 020100 - Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan Semenanjung. Tuan Pengerusi, pihak kementerian telah memperkenalkan sistem tambang mengikut zon baru-baru ini. Berikutan dengan tambang yang dikenakan meningkat lebih 60% dan pengguna terpaksa mengeluarkan perbelanjaan sehingga dua kali ganda berbandingkan sebelum ini. Sebahagian besar pengguna tidak menetap di suatu zon seperti diwartakan, sebaliknya tinggal di kawasan perumahan sekitar Kuala Lumpur termasuklah Puchong dan Serdang. Keadaan ini telah menyebabkan mereka terpaksa melalui beberapa zon sepanjang perjalanan hingga mengeluarkan lebih untuk membayar tambang itu. Tuan Pengerusi, orang ramai tidak mempunyai pilihan, melainkan terpaksa menggunakan perkhidmatan bas sedia ada meskipun diakui ianya banyak masalah. Pengguna-pengguna pengangkutan awam yang baru sahaja terpaksa akur terhadap kenai.kan tambang mengharapkan perkhidmatan bas yang Jebih sempurna lagi. Pada ketika ini selepas pengumuman zon-zon baru-baru ini dan tambang dinaikkan, saya percaya pihak kementerian telah menerima banyak aduan, rayuan dan juga melalui mass media untuk merasa dukacita terhadap tindakan yang diambil atau keputusan yang diambil oleh pihak kementerian. Waiau bagaimanapun, masalah pengguna-pengguna pengangkutan awam ini merasa tidak puas hati dengan beberapa masalah yang sedia wujud. Masalah utama yang orang ramai hadapi ketika menggunakan bas ialah soal ketetapan masa tidak diikuti. Mereka menyifatkan bahawa perkhidmatan bas sekarang beroperasi berdasarkan gerak hati pemandu, bukan berdasarkan sistem. Kadang-kadang waktu pagi pergi kerja tunggu satu jam tak sampai. Kadang-kadang dua bas sampai sekali. Maka lambatlah rakyat kita atau kakitangan swasta dan kerajaan ke pejabatnya. Ini satu masalah yang sedang dihadapi oleh mereka kerana sistem itu baik tetapi mungkin oleh kerana sikap pemandu yang tidak mengikuti masa yang ditetapkan itu. Tuan Pengerusi, selain daripada itu masalah lain ialah kawasan perumahan sentiasa menghadapi masalah kerana tidak ada perkhidmatan bas walaupun perumahan itu wujud lama. Seperti kawasan Puchong, saya tidak tahu sama ada pihak kementerian terima rayuan daripada pihak penduduk, sama ada pihak Lembaga Perlesenan dapatlah kerjasama daripada kerajaan tempatan supaya maklumkan beberapa perumahan telah wujud, berapa ribu rakyat di situ dan berapa ratus orang hendak menggunakan pengangkutan awam maka sepatutnya sediakan perkhidmatan bas kepada mereka. Kawasan Puchong ini, saya sebagai Wakil Rakyat Parlimen dan rakan saya Yang Berhormat Dato' Satem Diman, Ketua UMNO Bahagian Serdang sentiasa menerima rayuan apa sebab perkhidmatan bas tidak diuntukkan kepada kawasan-kawasan perumahan yang wujud di kawasan Puchong walaupun jalan Puchong memang ada perkhidmatan bas tetapi tidak masuk dalam perumahan tersebut, maka penduduk yang menggunakan pengangkutan awam tidak dapat perkhidmatan ini dan terpaksa mereka berjalan kaki satu jam, mungkin setengah jam untuk menunggu bas di jalan raya Puchong itu. DR.05.12.2000 47

Maka saya minta pihak kementerian mengkaji supaya perumahan-perumahan yang baru wujud dengan ada bilangan penduduk yang begitu ramai perlu menimbang berilah lesen kepada syarikat bas untuk mengendalikan perkhidmatan· itu supaya penduduk tidak akan merasa kecewa. Pagi ini juga saya dapat surat daripada seseorang dari Taman Bukit Puchong. Dengar ada 2,000 rumah, tetapi beliau hantar surat kepada saya dia kata, "Dato' , masih belum ada perkhidmatan bas." Taman Kinrar:a, seksyen 5 telah wujud lima tahun masih belum dapat perkhidmatan bas. Di situ saya mahu tahu apa sebabnya clan minta kalau boleh dapat mengkaji semula clan dapat maklumat yang lebih lanjut lagi daripada kerajaan tempatan supay,a peruntukan perkhidmatan bas supaya rakyat di kawasan tersebut tidak akan merasa kecewa kerana tidak dapat bas itu. Tuan Pengerusi, sukacita saya menyentuh Butiran 00611 - Program Giat MARA. Saya difahamkan Pusat Giat MARA telah diadakan di beberapa tempat tetapi saya tidak tahu cara mana untuk menentukan Pusat Giat MARA, sama ada meliputi kawasan Parlimen atau apa caranya untuk mewujudkan giat MARA di satu-satu kawasan tersebut. Saya perlu membentangkan masalah ini kepada Dewan ini clan minta kepada pihak kementerian untuk memberi pertimbangan. Saya bagi pihak rakan saya Yang Berhormat Dato' Satem Diman, ADUN kawasan Puchong ini, kerana Parlimen masih belum ada Pusat Giat MARA sehingga hari ini. Saya tidak tahu mungkin kawasan dekat Kuala Lumpur, tak payah itu, saya dia tahu. Tetapi walau bagaimanapun, saya minta satu garis panduan cara mana untuk memohon, menubuhkan Giat MARA di satu kawasan tertentu terutama sekali kawasan Parlimen Serdang clan di mana masyarakat kawasan Puchong ini memerlukan untuk dapat menjalankan kegiatan melalui Giat MARA ini clan dengan demikian saya minta pihak kementerian akan menimbangkan permohonan daripada kawasan Puhong supaya wujudkan satu Pusat Giat MARA dengan secepat mungkin. Sekian terima kasih. Tuan Pengerusi [Dato' Haji Mohamad bin Abdullah): Kota Melaka. 3.15 ptg. Tuan Kerk Kim Hock [Kota Melaka): Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya cuma ambil sedikit masa untuk menyentuh satu perkara iaitu berkenaan dengan Butiran 060000 - Majlis Amanah Rakyat. Saya masih ingat pada tahun ini, kalau silap, boleh Menteri tolong betulkan. Yang Berhormat Menteri pemah berkata bahawa dalam pinjaman atau permohonan biasiswa yang diberikan oleh MARA, keutamaan akan diberikan kepada penyokong­ penyokong kerajaan. Tidak silap, ya Yang Berhormat Menteri? Ada? Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: [Menggelengkan kepala] Tuan Kerk Kim Hock: Tidak betul ? Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Saya ingat tidak betul. Tidak betul. Tuan Kerk Kim Hock: Jadi, apa yang saya baca dalam surat khabar itu semua tidak betul lab. Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Tidak betul. Tuan Kerk Kim Hock: Boleh jelaskan apakah kedudukan yang sebenar? Kalau saya puas hati, saya tidak payah berucap. Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Tidak betul. Tuan Kerk Kim Hock: Apa yang sebenamya yang dikatakan? Apa yang saya baca dalam surat khabar ialah .... Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Ini untuk bumiputera. Orang yang memohon. kita tidak pemah masuk dalam borang, dia sokong parti apa. Jadi, tidak betul, ya. 48 DR.05.12.2000

Tuan Kerk Kim Hock: Dalam borang memang tidak ada kata bahawa syarat adalah penyokong kerajaan.

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Ya, saya Menteri, saya.k~ta tidak betul. Tuan Kerk Kim Hock: Jadi, Yang Berhormat Menteri menafikan apa yang telah dilaporkan oleh surat khabar bahawa ... ·Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, ya. Tuan Kerk Kim Hock: .... keutamaan akan diberikan kepada penyokong kerajaan. Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Tidak payah panjang, saya tahu. Tidak betul. Tuan Kerk Kim Hock: Bagus. Tetapi mengapa saya tidak timbul, tidak pemah buat klarifikasi dalam surat khabar. Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Tidak ada sesiapa suruh buat clarification. Benda tidak betul. Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Tidak apa, tidak apa. Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Apa perlu saya hendakjawab? Tuan Pengerusi (Dato' Haji Muhamad bin Abdullah): Ya, ya, ya. Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Benda tidak betul. Kalau awak bangkit sekarang, saya jawablah. Benda tidak betul. Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah): Ha, tidak apa, Menteri duduk dahulu, nanti jawab. Tuan Kerk Kim Hock: Baik, baik. Terima kasih atas penjelasan itu. Tuan Pengerusi (Dato' Haji Muhamad bin Abdullah): Ya. Tuan Kerk Kim Hock: Maksud saya, memang ada laporan sebegitu ..... Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: ltu surat khabar tulis, dia hendak tulis, dia tulis tetapi saya cakap tidak betul. Okay ya? Tuan Kerk Kim Hock: Nanti, saya habis dulu. Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Saya tidak pemah tanya permohonan Maktab Rendah Sains MARA atau apa, saya tidak pemah tanya dia parti apa kah? ltu adalah tidak betul. Tuan Kerk Kim Hock: Ya, ya. Baik. Cuma saya minta satu sahaja. Sekiranya ada pengumuman atau laporan yang sedemikian yang telah dilaporkan dalam surat khabar dengan meluasnya, saya berharap Yang Berhormat Menteri boleh serta-merta membetulkan keadaan itu sebab cuma apabila saya timbulkan ini, baru ada klarifikasi, saya kata ....[Diganggu] Tidak, saya tahu you sudah jawab. Saya tahu, saya terima itu. Cuma saya minta ... Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Saya hendakjawab, boleh? Tuan Kerk Kim Hock: Okay, okay. Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Saya hendak beritahu kepada Yang Berhormat, bukan satu surat khabar di Malaysia ini ya, tetapi berpuluh surat khabar. Kalau kerja saya hendak menafikan semua yang ditulis tentang apa yang saya jawab, saya tidak ada kerja lain. Jadi, sebab itu kalau apa yang keluar, kadang-kadang saya tidak melalui dan tidak ada lagi press tanya kepada saya, macam mana saya hendak jawab? Sebab itu bukan kerja saya untuk hendak jawab semua yang ditulis ..

DR.05.12.2000 49 tentang apa yang saya sebut, sebab ada perkara yang tidak saya sebut, ditulis juga dalam surat khabar. Tuan Kerk Kim Hock: Maka, saya pun susahlah. Kalau press tidak susah, saya susah. [Ketawa} Tuan Pengerusi [Dato' Haji Mohamad bin Abdullah): Teruslah Yang Berhonnat. Tuan Kerk Kim Hock: Tidak apa, tidak aea. Saya akan teruskan. Tuan Pengerusi [Dato' Haji Mohamad bin Abdullah): Ya. Tuan Kerk Kim Hock: Maksud saya, yang telah dilaporkan itu bukan satu statement kecil, dia ada banyak perenggan mengatakan bahawa PAS pun membuat macam itu, sebab itulah alasan bahawa kementerian ini akan membuat sedemikian .. .[Diganggu}[Disampuk} Tidak apa .... Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Kalau perkara biasa yang berlaku ialah kalau ada satu-satu kenyataan yang dikatakan saya yang buat kenyataan, selalunya klarifikasi akan ditanya oleh press sendiri. Jadi, kalau press tidak bertanya pada saya, saya tidak perlu membuat apa-apa kenyataan kerana saya tidak membuat kenyataan itu. Melainkan kalau ada dalam perjumpaan yang lain, press tanya kepada saya, apakah Yang Berhormat ada buat kenyataan itu, kalau saya tidak buat, saya akan nafikan. Kalau tidak, saya tidak ada kerja lain untuk melihat semua surat khabar dan ~~~~~~~~~~~~~~~ dalam mulut saya apa yang saya tidak buat ya. Tuan Kerk Kim Hock: Saya terimalah penafian hari ini tetapi saya cuma bagi satu peringatan sahaja. ltu sahaja. Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: You tidak payah ingatkan saya sebab benda-benda macam ini adalah kenyataan daripada saya. Kalau press hendak klarifikasi, press tanya saya, ya. Bukan untuk hendak peringatkan saya iaitu kerja saya, saya kena perbetulkan apa yang press tulis sebab kita tidak tahu apa benda yang press tulis. Banyak benda yang dikatakan saya yang bercakap, tetapi saya tidak bercakap. Jadi, sebab itu saya kata tidak perlu beri peringatan kepada saya. Kalau mahu penjelasan, biar press tanya pada saya sarna ada betul ataupun tidak kenyataan yang dibuat itu, ya. Tuan Pengerusi [Dato' Haji Mohamad bin Abdullah): Tidak apa, Kota Melaka. Tuan Kerk Kim Hock: Bukan. Saya terima penafian dia. Maksud saya, kalau apa yang telah dituliskan itu kadang-kadang pun saya disalah quote tetapi kalau tidak mustahak itu, saya biarkan. Tetapi kalau laporan yang telah dibuat itu di atas apa yang saya kata dan mengenai satu polisi yang memang begitu salah, saya akan serta­ merta membuat penjelasan. Itu sahaja yang saya minta. Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Ya, tetapi press kena tanya pada saya sama ada saya buat kenyataan itu ataupun tidak. Tidak perlu saya jawab balik sebab itu kerja ini adalah kerja untuk press. Dia tanya pada saya sama ada saya buat ataupun tidak kenyataan itu. Ini berlaku. Saya sudah menjadi Menteri selama satu tahun, ini yang berlaku. Ada perkara yang dibangkit oleh mereka, mereka hendak klarifikasi, mereka tanya kepada saya dan saya jawab, saya tidak cakap macam itu. Jadi, saya hendak bagitahu saya tidak buat kenyataan itu. Tuan Kerk Kim Hock: Tidak apalah, kalau itu sikap dan cara Yang Berhormat Menteri, saya harap press semua ambil perhatian. Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Tidak apa. Tuan Kerk Kim Hock: Okay itu cara Yang Berhormat walaupun saya tidak setujulah. Pada saya, kalau .... 50 DR.05.12.2000

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Soal you setuju atau tidak setuju, itu bukan soal saya. Tuan Kerk Kim Hock: Tidak apalah, tidak apalah. Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: You bukanpress. Tuan Kerk Kim Hock: Tidak ada, it's okay. Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: You bukan press ya. Awak tanya pada saya, saya buat atau tidak buat, saya kata saya tidak buat. ... Tuan Kerk Kim Hock: Saya kata saya terimalah: · Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: ... dalam Dewan Rakyat Tuan Kerk Kim Hock: Saya terima penafian itu. Saya terima. Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Terima atau tidak terima. Jangan hendak beri peringatan kepada saya. Saya tahu apa yang saya buat. Tuan Kerk Kim Hock: Why are you so jittery today? Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: No, no, no. You jangan hendak mengajar saya. Tuan Kerk Kim Hock: Ini bukan soal mengajar. Bukan. Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Jangan cuba hendak mengaitkan ... Tuan Kerk Kim Hock: Tidak ada. Saya kata .. . Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: ... soal politik dalam hal ini. Tuan Kerk Kim Hock: Semua press dengar, penafian itu saya terima. Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Kalau terima, sudah! Masuk benda lain. Tuan Kerk Kim Hock: Cuma saya, kalau seorang Menteri yang bertanggungjawab, kalau polisi ... Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Ya, saya bertanggungjawab atas kenyataan saya. Tuan Kerk Kim Hock: ... telah dilaporkan, kena buat klarifikasi. Bukan kata hendak .... Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Kalau diperjelaskan kepada saya. Tuan Kerk Kim Hock: ltu sahaja. Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Kalau dia perjelaskan kepada saya. Kalau press tanya kepada saya. Macam mana saya hendak jaga sampai 20 atau 30 surat khabar. Macam-macam ditulis. Tuan Kerk Kim Hock: Ada. Surat khabar kalau tidak silap ... Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Tidak payah! Tuan Kerk Kim Hock: ... bahasa Inggeris, mungkin NST. The Sun dan sahaja. Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Tidak ada. Beritahu dengan saya, boleh tanya. Tuan Kerk Kim Hock: Tiga sahaja. ..

DR.05.12.2000 51

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Maknanya kalau betul-betul benda itu saya yang buat dan mereka hendak penjelasan, tanya kepada saya. Tidak ada masalah. Tuan Kerk Kim Hock: Mereka tidak akan tanya sebab .... Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Apa, you press kah? Tuan Kerk Kim Hock: No, no, no. Sebab laporan itu telah dibuat ... Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Saya sudah kata, saya tidak buat kenyataan ... Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah): Sudahlah Yang Berhormat. Tuan Kerk Kim Hock: ... kalau Yang Berhormat diam-diam, orang anggap itu betul. Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Adakah you hendak pertikaikan apa yang saya cakap? Tuan Kerk Kim Hock: Orang anggap itu betul. ltu sahaja, saya kata. Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Tidak, saya sudah jawab, saya kata saya tidak buat. Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Cukuplah, cukuplah. Tuan Kerk Kim Hock: Betullah, baiklah. Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Jadi, apa yang you hendak pertikaikan? Tuan Kerk Kim Hock: Tidak, saya kata dari sikap seorang Menteri yang ... Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah): Kota Melaka! Tuan Kerk Kim Hock: ..... yang bertanggungjawab. Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Bukan sikap seorang Menteri. Jangan mengajar saya. Tuan Pengerusi (Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Kota Melaka! Tuan Kerk Kim Hock: Bukan, bukan. Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Jangan mengajar saya. Tuan Kerk Kim Hock: Don 't be so jitterylah. Tuan Pengerusi [Dato' Haji Mohamad bin Abdullah]: Kota Melaka ... Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: No, no, no, jangan mengajar saya. Tuan S.G. Sothinathan: [Mengetuk pembesar suara] Tuan Kerk Kim Hock: Don't be angry because of this. Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Jangan bagi peringatan ... Tuan Kerk Kim Hock: Ini bukan soal jawab. Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: ... danjangan mengajar. Tuan S.G. Sothinathan: Point of order. Tuan Kerk Kim Hock: Peraturan apa ini? 52 DR.05.12.2000

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, ya, cukup, cukup. Tuan Kerk Kim Hock: Apa ini? Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Saya telah menyatakan itu bahawa ... Tuan S.G. Sothinathan: [Mengetuk pembesar suara} Tuan Kerk Kim Hock: Eh, I have the floor, don't shame him, I have the floor. Tuan Pengerusi (Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Kota Melaka! Tuan S.G. Sothinathan: Peraturan ... Tuan Kerk Kim Hock: I have the floor lah .. Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Peraturan Mesyuarat. Tuan S.G. Sothinathan: Peraturan 44(1). Tuan Pengerusi (Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Tidak apa, tidak apa. Saya tahu itu. Tuan S.G. Sothinathan: Pasal dia berdegil sangat ini. Tuan Pengerusi (Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Tidak apa, tidak apa. Tuan Kerk Kim Hock: Peraturan apa itu? Saya ucap, mahu halau keluar lagi? Tuan S.G. Sothinathan: lkut peraturan. Tuan Kerk Kim Hock: Peraturan apa itu? Tuan Pengerusi (Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Sudahlah, saya tahulah peraturan. Tuan S.G. Sothinathan: [Menyampuk] Beberapa Ahli: [Menyampuk] Tuan Kerk Kim Hock: Jangan rnarahlah. Apa ini? Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah): Yang Berhormat Menteri, sila duduk. Tuan Kerk Kim Hock: Nasib baik saya ... Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Tidak, tidak. Saya perlu perjelaskan begini. Sebab ... Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Duduk, duduk, Kota Melaka! Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: ••. bila saya rnenafi di sini bahawa saya buat kenyataan begitu, kemudian · Yang Berhorrnat bangun dan menceritakan lain kali kalau hendak menafi, nafi apabila keluar. Ini seolah-olah menunjukkan yang Yang Berhormat tidak percaya kepada saya. Yang itu yang saya tidak bersetuju kerana you are trying to delude saya punya kredibiliti. Saya mengatakan saya tidak buat. Jadi, bila Yang Berhormat kata, maknanya baru sekarang cakap tidak buat, makna Yang Berhormat tidak percaya saya. Itu yang saya tidak bersetuju. ya. Tuan Kerk Kim Hock: Saya rasa Yang Berhormat hari ini sudah silap faham. Saya kata ... DR.05.12.2000 53

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Ha, janganlah. Tuan Kerk Kim Hock: Saya terima penafian tetapi sebab k.alau laporan dibuat, orang yang marah bukan saya sahaja, ramai orang penyokong pembahgkang. Tuan Pengerusi [Dato' Haji Mohamad bin Abdullah]: Cukup, cukup. Tuan Kerk Kim Hock: ltu saya kata. Jadi, saya bukan kat: saya tidak terima. Saya terima hari ini, itu sahaja. Tetapi kalau kita seorang r.1enteri yang bertanggungjawab, harus kita buat klarifikasi. Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: ltu dia! Tuan Kerk Kim Hock: Itu sahajalah. ltu sahaja. Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Maknanya, Yang Berhonnat hendak beritahu bahawa saya tidak bertanggungjawab. Tuan Kerk Kim Hock: What is this? Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Jadi, ayat kita hendak guna, faham bahasa Melayu tidak? Kalau Menteri yang bertanggungjawab kena jawab, jadi Yang Berhormat beritahu saya, saya tidak bertanggungjawab. Saya sebenarnya tidak tahu perkara itu bangkit. Sebab itu bila bangkit pada hari ini, saya menafikan saya membuat kenyataan itu. Jadi, kalau Yang Berhonnat sudah terima, janganlah ada syarat-syarat lagi. Sebab ini bermakna bahawa Yang Berhonnat mempertikaikan keikhlasan saya untuk mengatakan saya tidak pemah buat kenyataan itu. Tuan Kerk Kim Hock: Kalau mahu debat boleh. Saya terima penafian tetapi ... Tuan Pengerusi [Dato' Haji Mohamad bin Abdullah]: Cukup, cukup. Tuan Kerk Kim Hock: ... saya pertikaikan cara ... Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Cara apa? Tuan Kerk Kim Hock: ... Yang Berhormat itu tidak membuat klarifi.kasi ... Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Cara apa? Tuan Pengerusi [Dato' Haji Mohamad bin Abdullah]: Yang Berhormat, kalau buat macam ini, tidak jadilah Yang Berhormat. Tuan Kerk Kim Hock: Tidak membuat klarifikasi dengan serta-merta. Cuma menuduh orang apabila ditimbulkan. Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Apa? Orang tidak bertanya kepada saya. Apa hendak pertikai? Saya bagitahu dalam Dewan Rakyat, saya kata saya tidak buat kenyataan itu. Apa hendak lagi. Tuan Kerk Kim Hock: Itu saya kata sudah terima tetapi you tidak puas hati. Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Awak yang tidak puas hati. Tuan Kerk Kim Hock: Tidak ada. Saya kata kalau cara ... Tuan Pengerusi (Dato' Haji Mohamad bin Abdullah]: Kota Melaka, masa sudah cukup, Kota Melaka. Tuan Kerk Kim Hock: Okay. Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Saya sudah kata, soal keikhlasan. Yang Berhormat cakap pun ... Tuan Kerk Kim Hock: Kalau ini cara Yang Berhormat ... Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: No, no, no. You cakap, bermakna tidak ada tanggungjawab. 54 DR.05.12.2000

Tuan Kerk Kim Hock: ... tidak akan diterima oleh Yang Amat Berhonnat Perdana Menteri juga. Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Ha, tidak ada. Awak bukan Perdana Menteri. Tuan Kerk Kim Hock: Ini bukan cara dia. ltu bukan cara dia. Tuan Pengerusi [Dato' Haji Mohamad bin Abdullah]: Cukup, cukup. Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Ya, bukan awak. Awak jaga DAP itu. Tidak payah beritahu. Tuan Kerk Kim Hock: Ini sikap pun tidak baik. Tidak puas hati. Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Bukan. You cakap. Saya bagi you masa, layan, baik. Tuan Kerk Kim Hock: This is wrong. Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: No, no, awak jangan pandai- pandai! Tuan Kerk Kim Hock: No, no, no. Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Ha, jangan pandai-pandai. Saya tidak boleh terima apa awak cakap. Tuan Kerk Kim Hock: Kalau tidak terima, tidak apalah. Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Ha, duduklah! Tuan Kerk Kim Hock: Tidak apa! Saya berdiri tidak apa. Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Jangan main-main ya! Tuan Kerk Kim Hock: Saya cuma beritahu. Bukan main-main! Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Dalam Dewan, kita hendak berbahas, kita bahas yang baik. Tuan Kerk Kim Hock: No, no, no. Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Tetapi kalau awak mengatakan sesuatu ... Tuan Kerk Kim Hock: Tanggungjawab seorang Menteri, dia ada caranya. Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: ... yang saya tidak cakap ... Tuan Kerk Kim Hock: Tidak terima, tidak apa. Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Saya tidak terima. Tuan Kerk Kim Hock: Tidak terima, tidak apalah! Tetapi saya cuma kata .... Tuan Pengerusi [Dato' Haji Mohamad bin Abdullah]: Kota Melaka cukup, Kota Melaka cukup. Tuan Kerk Kim Hock: .... ini bukan satu sikap yang bagus. Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Saya tidak boleh terima. Saya menafikan dalam Dewan. Apa you hendak lagi? Tuan Kerk Kim Hock: Saya akan pergi ceramah dan cerita kepada orang. Jangan ... Tuan Pengerusi (Dato' Haji Mohamad bin Abdullah]: Duduklah dua-dua. Dua-dua duduklah! Tuan Kerk Kim Hock: Apa ini, macam mahu gaduh,. ..

DR.05.12.2000 55

Tuan Pengerusi (Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Menteri pun duduk, Kota Melaka pun duduk. Tuan Kerk Kim Hock: Macarn apa ini? Tuan Pengerusi [Dato' Haji Mohamad bin Abdullah]: Masa sudah cukup, Kota Melaka. Tuan Kerk Kim Hock: [Menyampuk] Tuan Pengerusi [Dato' Haji Mohamad .bin Abdullah]: Kota Melaka, sudah cukup masa ! Tuan Kerk Kim Hock: Minta saya habiskan kata-kata ini. Tuan Pengerusi [Dato' Haji Mohamad bin Abdullah]: Cukuplah yang itu, cukup! Tuan Kerk Kim Hock: [Menyampuk] Seorang Ahli: Rabis! Rabis! Tuan Pengerusi (Dato' Haji Mohamad bin Abdullah]: Sudah cukuplah yang itu, cukuplah. Tuan Kerk Kim Hock: Biar saya habiskan dengan ayat saya. Sedikit sahaja. Tuan Pengerusi (Dato' Haji Mohamad bin Abdullah]: Ha, ya, ya. Tuan Kerk Kim Hock: Jadi, saya haraplah macam apa yang telah berlaku di Melaka itu di mana penyokong pembangkang dianiayai itu tidak akan juga berlaku di rnana-mana kementerian. ltu sahaja. Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, Tuaran, 3.25 ptg. Tuan Wilfred Madius Tangau (Tuaran]: Terirna kasih, Tuan Pengerusi. Saya ingin turut sama dalam perbahasan ini dalam dua butiran iaitu yang pertarna 03000 Pembangunan Keusahawan. Seterusnya dalam ceraian 001 Program BCIC ataupun Burniputera Commercial and Industrial ~ommittee. Tuan Pengerusi, dalam hal ini saya kirakan bahawa program Pembangunan Keusahawan ini adalah amat penting khususnya apabila kita melihat salah satu daripada cabaran Wawasan 2020 iaitu untuk mendirikan rnasyarakat perindustrian dan perdagangan bumiputera. Dalam hal ini, Tuan Pengerusi, saya ingin tahu selain daripada apa yang dinyatakan di sini, program yang telah diberikan peruntukan ini, saya ingin tahu dan minta penjelasan daripada pihak rnenteri, apakah program-program yang telah dianjurkan oleh pihak kementerian untuk merealisasikan MPPB ini ataupun Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera. Kita sedar bahawa kita hanya mempunyai kurang daripada 20 tahun untuk mencapai Wawasan 2020 dan mengatasi cabaran untuk mendirikan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera. Dalam hal ini, Tuan Pengerusi, saya ingin menarik perhatian pihak kementerian bahawa dalam proses kita mendirikan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera ini harus juga kita lihat bahawa di kalangan bumiputera ini masih lagi ada bumiputera yang masih lagi terkebelakang oleh kerana mereka telah tidak sempat menikmati program-program yang dianjurkan oleh pihak kerajaan selama ini khususnya bumiputera daripada Sabah dan Sarawak. Dalam soal ini. ini saya menyatakannya bukanlah sebab saya ini daripada Sabah tetapi ini satu kenyataan, kita boleh pergi ke mana-mana bandar di negeri Sabah dan kita boleh lihat di mana kedudukan bumiputera itu dalam soal pemiagaan dan 56 DR.05.12.2000

perindustrian. Dalam soal ini saya ingin bertanya kepada pihak kementerian, adakah pihak kementerian bercadang selain daripada pelbagai program yang telah diadakan sekarang, pelbagai tabung telah diadakan, pelbagai juga latihan-latihan kemahiran yang telah diadakan dan sebagainya. Selain daripada itu, saya ingin bertanya adakah pihak kementerian bercadang untuk mengadakan satu unit atau satu badan yang dipanggil Business Consultant Center di mana pihak kerajaan boleh dapat membantu para usahawan untuk menjana idea. Telah dinyatakan dalam pembentangan Belanjawan pada tahun ini misalannya bahawa salah satu daripada pertumbuhan ekonomi, penjana pertumbuhan ekonomi yang telah dikenal pasti ialah modal teroka. Dalam soal mo'Cial teroka ini tentu sahaja ia memerlukan satu business idea dan business idea ini hendaklah ditranslatekan dalam bentuk di mana pihak bank dan sebagainya boleh mempercayai dan sebagainya. Ia juga terletak pada jati diri pihak usahawan yang terlibat, yang berminat. Dalam soal ini, banyak bumiputera yang pada hari ini, dia usahawan tetapi mereka terlalu bergantung kepada projek-projek yang diberi oleh kerajaan. Tanpa projek-projek kerajaan, mereka tidak boleh menjalankan perniagaan mereka. Dalam soal ini, apabila kita mengatakan business idea ataupun satu idea perniagaan yang baru, mereka tidak dapat menterjemahkan dalam bentuk kertas kerja ataupun dalam bentuk di mana mereka boleh laksanakan. Dalam soal ini, Tuan Pengerusi, saya merasakan bahawa ini adalah penting jika sekiranya pihak kementerian dapat mengadakan satu center di mana sesiapa saja bumiputera yang mempunyai business idea, dia boleh datang ke situ dan menyatakan ini adalah idea business yang saya hendak buat dan dia boleh translatekan bagaimana, sama ada idea itu viable atau mempunyai pasaran dan sebagainya. Dalam soal ini, barangkali ini satu perkara yang kita ambil secara serius sebab apabila kita mendengar terdapat lebih 15,000 mahasiswa yang tidak mempunyai kerja dan mahasiswa yang tiada kerja ini hanya satu barangkali yang boleh kita nasihat kepada mereka ialah untuk terlibat menjadi usahawan tetapi apabila mereka menjadi usahawan, pelbagai masalah yang dihadapi termasuklah soal modal. Dalam soal modal barangkali kerajaan melalui pelbagai agensi yang ada juga boleh kita memberi bantuan tetapi mereka ini kadang-kadang dia tidak dapat menjana idea, mengeluarkan business idea itu dan dalam soal ini barangkali Business Consultant Center ini dapat membantu. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Lim Si Cheng) mempengerusikan Jawatankuasaj Dalam soal ini juga, saya ingin bertanya apakah peranan dewan-dewan perniagaan bumiputera yang ada di negara ini khususnya untuk mendirikan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera. Di negeri Sabah sahaja terdapat beberapa Dewan Perniagaan Bumiputera, Dewan Pemiagaan Melayu Malaysia, Dewan Perniagaan Kadazandusun, Dewan Perniagaan Bumiputera dan sebagainya. Saya ingin tahu apakah sebenarnya peranan dewan pemiagaan ini, adakah dewan perniagaan ini selama ini telah membantu untuk merealisasikan matlamat kita untuk mendirikan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera atau adakah mereka ini penghalang. Saya difahamkan bahawa pihak kerajaan menghadapi masalah untuk menyelaraskan kegiatan-kegiatan dewan-dewan pemiagaan bumiputera ini dan akibat daripada keadaan tersebut, beberapa program telah tidak dapat dilaksanakan. Saya ingin tahu, apakah ini benar. Seterusnya, Tuan Pengerusi. saya ingin ke topik lain iaitu dalam Butiran 020400 Pusat Khidmat Kontraktor. Saya ingin bertanya di Dewan yang mulia ini satu perkara di mana ramai kontraktor di negeri Sabah yang tertanya-tanya melalui kongres parti kami, UPCO, tiap-tiap kali dalam kongres dinyatakan dan ada usul dalam soal ini iaitu kenapakah lesen di negeri Sabah ataupun lesen yang didaftarkan di Pusat Khidmat ..

DR.05 .12.2000 57

Kontraktor Negeri Sabah itu tidak dapat digunakan untuk menjalankan projek-projek Persekutuan sebaliknya hanya lesen-lesen PKK iaitu lesen yang dikeluarkan oleh Kerajaan Persekutuan yang diguna pakai apabila menjalankan projek-projek Persekutuan yang dilaksanakan di negeri Sabah. Persoalan saya di sini ialah apakah kriteria yang digunakan untuk mendaftarkan kontraktor-kontraktor ini berlainan, kriteria yang digunakan oleh Persekutuan dengan negeri Sabah itu berlainan dan jika sekiranya berlainan, apa sebab? Apakah kita dalam kerajaan ini tidak ada penyelarasan, kenapakah selama ini di peringkat negeri kriteria lain dan di peringkat Petsekutuan, kriterianya lain. Jika sekiranya kriterianya berlainan, saya ingin juga tahu adakah pihak kerajaan bercadang untuk menyelaraskan perkara ini supaya tidak perlu lagi ada dua lesen. Satu lesen di peringkat negeri dan satu lesen di peringkat Persekutuan. Akhir sekali Tuan Pengerusi, saya juga ingin bertanya apakah kerajaan bercadang untuk mengadakan program-program untuk melibatkan para pesara dalam soal-soal pemiagaan. Banyak pesara yang saya temui khususnya para pesara guru-guru yang selama ini memang guru-guru ini bukan pesara yang lain di mana barangkali ada peluang untuk melihat peluang-peluang pemiagaan, guru-guru ini telah berkhidmat untuk mendidik anak-anak bangsa kita dan apabila mereka sudah bersara, mereka tidak tahu apa hendak buat. Jadi, dalam soal ini saya ingin tahu apakah pihak kementerian bercadang khususnya dalam bidang Pembangunan Keusahawan ini akan memberi beberapa program untuk mereka. Sekian, terima kasih. Tuan Pengerusi (Datuk Lim Si Cheng]: Kinabatangan. 3.34 ptg. Tuan Bung Moktar bin Radin (Kinabatangan]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hanya ingin mengambil kesempatan ini untuk turut berbahas dalam Butiran 00600 Majlis Amanah Rakyat, 01500 Tabung Usahawan, 050100 Bangunan Perniagaan, 0800 iaitu LPKP. Tuan Pengerusi, dengan peruntukan berjumlah RMl.5 bilion, rasa saya bersesuaian dengan pencapaian masa kini kerana usahawan bumiputera adalah masih di tahap yang rendah dan adalah diharapkan agar dengan peruntukan besar ini mampu mempertingkatkan kualiti serta selanjutnya kejayaan usahawan bumiputera dalam bidang pemiagaan. Sesungguhnya peruntukan ini juga dapat membuktikan bahawa kerajaan amat prihatin dan bertanggungjawab dalam memastikan peningkatan ekonomi di kalangan masyarakat. Selanjutnya saya ingin membicarakan soal MARA. MARA adalah merupakan sebuah agensi kerajaan di bawah kementerian ini yang diberi pertanggungjawaban untuk memastikan orang-orang Melayu dan burniputera khususnya dapat bersaing seimbang dengan kaum-kaum yang berada di negara ini. Sebentar tadi saya dapat mendengar bahawa wakil daripada Bukit Mertajam meminta kenapa MARA tidak boleh dijadikan sebagai Sekolah Wawasan sedangkan ahli Parlimen ini mungkin sedar bahawa MARA termaktub dalam peraturan negara kita yang dikhususkan kepada orang-orang Melayu burniputera dengan alasan iaitu untuk memastikan jurang perbezaan antara orang Melayu bumiputera dengan masyarakat yang lain yang lebih maju atau advance daripada masyarakat-masyarakat yang lain, tidak jauh ataupun tidak ketara bezanya. Bukan untuk menidakkan bangsa-bangsa dan suku-suku yang lain. Tuan Pengerusi (Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang Berhormat bagi Bukit Mertajam bangun. Tuan Bung Moktar bin Radin: Masa saya tidak panjang. Bulan puasa tidak boleh bertengkar-tengkar. Saya punya menteri sudah bertengkar-tengkar. 58 DR.05.12.2000

Puan Chong Eng: Saya telah disebut maka saya perlu memberi sedikit penjelasan. Puan Teresa Kok Suh Sim: [Menyampuk] Tuan Bung Moktar bin Radin: Saya mahu sambung .... Puan Chong Eng: Ini memang convention Parlimen . . Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng): Yang Berhormat hendak berikan laluan? Puan Chong Eng: Convention Parlimen .... Tuan Bung Moktar bin Radin: Kalau laluan, laluan apa ini? Puan Chong Eng: Kerana nama saya sudah disebut. Saya hanya hendak beri sedikit penjelasan sahaja. Tuan Bung Moktar bin Radin: Kalau laluan mahu minta sama Menteri Pengangkutan, kalau jalan minta sama dengan Menteri Kerja Raya. [Ketawa] Saya tidak ada itu. Puan Chong Eng: Tetapi Yang Berhormat Kinabatangan yang menghendakkan .. Tuan Bung Moktar bin Radin: Saya mahu bercakap terus. Saya punya menteri nanti akan menjawab, dia boleh ini macam [sambil menunjukkan ibu jari], ini hari dia pun ya mood lain sedikit, dia mahu 'terei' ya. Beberapa Ahli: [Ketawa] Tuan Bung Moktar bin Radin: Dia mahu 'terei' ini hari. [Ketawa] Saya mahu sambung, Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat bagi Bukit Mertajam, saya tidak boleh paksa dia. Jadi sila Yang Berhormat duduk. Tuan Bung Moktar bin Radin: Jadi memandangkan MARA ..... Puan Chong Eng: [Menyampuk] Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Itu terpulang kepada Yang Berhormat yang berucap. Puan Chong Eng: [Menyampuk] [pembesar suara dimatikan} Tuan Bung Moktar bin Radin: Saya puasa, saya tidak mahu lawan-lawan. Saya punya boss cukup lawan. Saya mahu teruskan. Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat bagi Bukit Mertajam tidak apalah, dia tidak beri peluang, jadi Yang Berhormat sila duduk. Tuan Bung Moktar bin Radin: Saya, Tuan Pengerusi, biasa beri peluang, tetapi dahulu pun dia tidak beri peluang kepada saya sebanyak dua kali. Saya tidak mahu berilah kali ini. Kalau Yang Berhormat Seputeh dan Yang Berhormat Batu Gajah bolehlah. Puan Chong Eng: [Bangun] Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng): Yang Berhormat, dia tidak beri. Tuan Bung Moktar bin Radin: Tuan Pengerusi, memandangkan .. Puan Chong Eng: [Menyampuk] Tuan Bung Moktar bin Radin: MARA, LPKP dan TEKUN .... Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng): Yang Berhormat sila duduk. ..

DR.05.12.2000 59

Tuan Bung Moktar bin Radin: .... yang mana banyak membabitkan diri dalam memastikan pemiagaan usahawan bumiputera, agensi MARA wnpamanya . menilai clan memperkemaskinikan prosedur pinjaman kewangan terhadap .usahawan bumiputera. Sebagai contoh, sebuah kontraktor yang berhasrat untuk membuat pinjaman tidak mampu untuk menanti kelulusan proses pinjaman selama sebulan. lni -- adalah ekoran daripada tempoh pelaksanaan kerja yang ditetapkan, di samping itu bagi negeri Sabah wnpamanya had kuasa pinjaman hanya terbatas kepada RMlOO, 000 sahaja. Sebarang pinjaman yang melebihi angka tersebut hendaklah dirujuk clan diputuskan di peringkat ibu pejabat. lni akan menghaJang usahawan bumiputera untuk menikmati kemudahan pinjaman tersebut. Untuk makluman Yang Berhormat Menteri, terdapat kontraktor-kontraktor daripada kumpulan 'D' ke bawah termasuk 'F' yang mendapat kerja-kerja dan hendak memulakan pemiagaan mereka menghadapi masalah dan prosedur untuk meluluskan pinjaman daripada MARA ini memakan masa satu bulan sedangkan tawaran kerja yang diberikan kepada kontraktor-kontraktor kumpulan ini masanya tidak begitu panjang. Jadi kita meminta kepada kementerian khususnya MARA agar dapat mengkaji prosedur, asal sahaja ada kontraktor yang mendapat geran atau kelulusan projek daripada kerajaan dan kontraktor meminjam wang pusingan bagi memulakan kerja-kerja tersebut, hendaklah dipertimbangkan clan proses kelulusannya janganlah memakan masa sehingga satu bulan. Kerana geran sudah ada dan kerja-kerja itu pembayarannya pun dibayar kerajaan terns kepada MARA dan selebihnya MARA akan membayar kepada pihak kontraktor. Jadi mestilah kerajaan beralah sedikit untuk memastikan bahawa usahawan Melayu bumiputera yang baru hendak memulakan kehidupan mereka dalam dunia yang barn ini agar dapat dipastikan mereka diberikan galakan di mana mereka akan mampu bersaing clan menjadi satu hari kelak sebagai usahawan yang berjaya. Sehubungan dengan itu saya memohon kepada kementerian yang berkenaan untuk meneliti dan sewajamya mengambil tindakan yang perlu bagi tujuan menjayakan agenda pembangunan ekonomi golongan usahawan bumiputera. Saya yakin clan percaya bahawa ini juga adalah menjadi hasrat dan agenda utama kerajaan untuk memastikan kejayaan golongan usahawan bumiputera di negara kita. Butiran 01500 Tabung Usahawan iaitu TEKUN. Saya amat berterima kasih kepada kementerian kerana Tabung Usahawan TEKUN telah pun mula bergerak di kawasan Parlimen Kinabatangan. Buat masa ini 3 orang pekerja telah diambil dan dikenal pasti dan saya akan menantikan ketibaan Yang Berhormat Menteri yang telah membuat jaminan dan janji untuk turnn bersama-sama ke kawasan saya selepas hari raya ataupun tahun yang akan datang. Jadi saya sentiasa menunggu kehadiran ini dan diharap dapat kita laksanakan bersama. Seperkara lagi saya berbalik kepada masalah tergantung tadi iaitu MARA. Saya percaya Majlis Amanah Rakyat mempunyai keyakinan untuk melihat agar masyarakat bumiputera akan terns terbela masa depan mereka sehingga mampu untuk bersaing dengan usahawan-usahawan yang lain. Justern itu saya menawarkan tanah seluas 150 ekar di pekan Kota Kinabatangan kepada pihak MARA untuk mendirikan apa juga bentuk pembangunan termasuk MRSM ataupun institusi yang difikirkan perlu. Kerana pada saya, pembangunan dan pernbahan hanya akan berlaku apabila ada pembangunan yang berbentuk institusi untuk membantu dan memantapkan dari segi ekonomi, pendidikan, sosial dan sebagainya. Jadi Kinabatangan adalah mernpakan satu daerah yang berpotensi, kerana ia terletak benar-benar di pertengahan perantaraan Sandakan, Lahat Datu dan Tawau. Jadi adalah menjadi harapan saya agar kementerian ini menggunakan peluang-peluang yang ada untuk memastikan bahawa pembangunan seimbang yang dianjurkan oleh MARA di antara kawasan bandar dan luar bandar dapat menjadi kenyataan. Dengan ini saya menyokong. Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhonnat bagi Jeli. 60 DR.05.12.2000

3.40 ptg. Tuan Mohd. Apandi bin Haji Mohamad [Jeli): Terima kasih Tuan Pengerusi. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera .'J~uan Pengerusi dan Ahli-ahli Dewan sekalian. Sebelum saya pergi kepada Kementerian Pembangunan Usahawan, izinkan saya membaca sebuah firman Allah s.w.t. yang berbunyi [membaca sepotong ayat Al Quranj yang bermaksud, "Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa-apa yang ada pada satu-satu kaum sehingga kaum itu mengubah apa-apa yang ada pada diri mereka". Tuan Pengerusi dan Ahli-ahli Dewan sekalian; Sahulunya kementerian ini bemama Kementerian Perusahaan Awam, kemudian ditukar kepada Pembangunan Usahawan kira-kira 3 atau 4 tahun yang lalu. Seolah-olah menampakkan satu gambaran bahawa tentang betapa seriusnya kerajaan ingin membangunkan usahawan­ usahawan negara kita. Untuk itu saya pergi kepada Butiran 020000 Pelesenan dan juga kepada 020100 Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan Semenanjung. Kita sedar dan rakyat juga sedar bahawa penduduk mana-mana negara semakin hari semakin ramai. Jalan raya semakin bertambah, projek-projek perumahan juga semakin bertambah. Sudah tentu memerlukan lebih banyak kenderaan sama ada teksi dan juga bas. Kalau dahulu kita lihat bahawa permit-permit teksi diberi kepada pengusaha-pengusaha teksi sama ada secara individu ataupun mereka mendapat dua atau tiga permit satu orang. Begitu juga kalau dahulunya kita perhatikan bas-bas, ramai yang mendapat rezeki dengan mendapat 2 atau 3 permit bas-bas mini yang mana mungkin memuatkan sekitar 20-30 orang penumpang. Tetapi rungutan diterima, bahawa berlaku kesesakan jalan raya, berlaku kesesakan lalu lintas di samping kenderaan-kenderaan ini mengeluarkan asap yang banyak di samping itu juga teksi-teksi yang digunakan, kita mendapat rungutan bahawa banyak teksi yang sudah lebih tempoh usianya. Maka kerajaan telah mengambil keputusan semasa menteri yang lepas supaya permit teksi diberikan kepada beberapa konsortium dengan dikeluarkan permit beratus-ratus permit untuk konsortium-konsortium tersebut. Begitu juga dengan bas, di mana pengusaha-pengusaha bas mini yang dahulu banyak yang hilang punca pendapatan bila mana kerajaan hanya membuka peluang­ peluang untuk mendapatkan permit bas-bas penumpang ini kepada satu atau dua syarikat-syarikat gergasi yang disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur iaitu, Intrakota yang ada hubung kait dengan DRB Hicom dan juga Park May yang ada hubung kait dengan Renong. Alasan yang diberikan bahawa sekiranya permit ini dikelompokkan kepada syarikat-syarikat gergasi maka sudah tentu rakyat melihat seolah-olah perkhidmatan bas akan bertambah baik dan juga bas-bas yang akan digunakan ialah bas yang baru, sesuai dengan zaman semasa, lalu kerajaan juga menambah lagi kemudahan untuk syarikat-syarikat gergasi ini, dibina lorong khusus untuk bas tersebut untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas tetapi apa yang kita lihat walaupun segala usaha­ usaha yang diberikan tersebut, walaupun berbagai-bagai usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan, namun kita lihat perkhidmatan sama ada bas dan teksi ini tidak memuaskan hati kita semua bahkan masih lagi perkhidmatan di takuk yang lama. Yang paling menyedihkan kita bahawa ramai individu yang sepatutnya mendapat rezeki daripada permit-permit yang mereka perolehi telah hilang punca pendapatan mereka tetapi rakyat tidak juga mendapat perkhidmatan yang lebih baik. Kita lihat bas lntrakota semakin hari semakin buruk dan perkhidmatan mereka semakin hari tidak semakin bertambah bahkan sifat pemandu-pemandu yang dahulunya pemandu bas-bas mini juga masih menunjukkan gelagat-gelagat yang lama. Jadi, kita lihat keadaan tidak berubah. DR.05.12.2000 61

Justeru itu, saya rnemohon kernenterian di bawah rnenteri yang saya tahu menteri ini memang bekerja bersungguh-sungguh kerana saya kenal dia, saya tahu menteri ini bekerja bersungguh-sungguh dan kebetulan menteri ini dahulunya juga seorang usahawan, jadi, saya memohon supaya mulai tahun ini kalau boleh menteri melihat sedikit nasib pengusaha-pengusaha dan pemandu-pemandu teksi yang telah begitu lama mernandu teksi dan mereka memohon permit teksi untuk digunakan pada diri mereka sendiri, maka silalah timbangkan permohonan-permohonan mereka ini kerana apa yang berlaku hari ini individu-individu tertentu mendapat permit teksi sampai beratus-ratus dan kita perhatikan mereka membeli teksi-teksi ini secara pukal dengan harga yang murah dan pemandu teksi yang menyewa teksi ini daripada mereka terpaksa membayar RMl,200 sebulan walhal mereka yang mendapat permit ini hanya membayar sekitar RM650 kepada syarikat-syarikat kereta yang mereka beli, mungkin mereka beli direct daripada EON. Maknanya mereka mendapat lebih kurang RM600 untuk sebiji teksi. Bayangkan kalau mereka dapat 200 permit. Jadi, bermakna pendapatan mereka jauh lebih besar daripada pendapatan menteri sendiri. Itu pertama. Yang kedua, kita lihat umpamanya di samping itu, saya juga memohon supaya kementerian melihat oleh kerana ada satu unsur, ada satu trend hari ini, bahawa bas­ bas ekspres juga akan dimonopolikan oleh kelompok-kelompok tertentu, rnaka saya rasa ini tidak sihat. Untuk melihat pertandingan yang sihat, untuk supaya kos perkhidmatan kepada penumpang murah, maka permit ini perlu diperbanyakkan kepada beberapa syarikat yang mungkin 10 syarikat yang kementerian rasa mampu untuk mengendalikan perkhidmatan ini. Kalau begitulah dibuat, maka lnsya-Allah, penumpang-penumpang akan mendapat manfaat yang lebih. Satu lagi kita lihat umpamanya, baru-baru ini Yang Amat Berhorrnat Perdana Menteri kita sangat marah bila mana timbul kemungkinan beberapa perkara, beberapa barangan tertentu akan naik harga ekoran kenaikan I 0 sen kos minyak diesel dan juga minyak petrol. Saya cukup kagum dengan pandangan Yang Amat Berhorrnat Perdana Menteri pada ketika itu di mana dengan nada marah Perdana Menteri mengatakan tidak patut kerana kenaikan 10 sen minyak diesel dan minyak petrol ini ... [Disampuk] Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhorrnat, Yang Berhorrnat, menteri ada sini, pengerusi ada sini, mengapa Yang Berhormat suka mengarahkan ucapan ke sana? Tuan Mohd. Apandi bin Haji Mohamad: Pada semua orang. [Ketawaj. Jadi, kita melihat bahawa .. Tuan Pengerusi (Datuk Lim Si Cheng]: Peraturan kena patuh. Tuan Mohd. Apandi bin Haji Mohamad: Jadi, sekarang ini kita melihat bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri mengakui bahawa kenaikan 10 sen harga petrol, kenaikan 10 sen harga minyak diesel hanya menyumbangkan 0.00% kepada keseluruhan perkhidmatan tersebut dan kenapa mereka ini akan menaikkan kos sehingga 30% dan 40%?. Sa ya mohon menteri yang ada di depan kita hari ini, di antara menteri yang terbaik kerana dia ada. Yang lain tidak ada masa yang menjawab, yang ini menteri sendiri yang menjawab. Saya mohon .. [Disampuk] Tuan Haji Mohamad bin Sahu: Boleh tanya? Tuan Mohd. Apandi bin Haji Mohamad: Oh boleh. Tuan Haji Mohamad bin Sahu: Yang Berhormat Jeli banyak puji menteri ini, dapat projek banyak kah? [Ketawa] Tuan Mohd. Apandi bin Haji Mohamad: Jadi, setakat ini tidak dapat dan bayangan pun tidak nampak. [Ketawaj Tetapi, cuma kita hendak lihat, ekoran beberapa ketika selepas itu, Yang Berhormat menteri telah memaklumkan bahawa kos pengangkutan bas mengikut zon telah naik daripada 44% kepada 122% mengikut zon. Jadi. saya minta pertimbangan menteri supaya menimbangkan sedikit kerana kenaikan 62 DR.05.12.2000 m1 sangat besar iaitu, daripada 44% kepada 122% berdasarkan kepada zon perkhidmatan bas tersebut.

Seterusnya kepada Butiran 050000 - Pembangunan Usahawan dan. j~ga kepada Butiran 050100 - Pembangunan Perniagaan. Kalau dahulu kita lihat bahawa semasa Yang Berhormat bagi Gua Musang menjadi pengerusi PERNAS di mana dahulu bumiputera jarang berkecimpung di dalam bidang perniagaan dan waktu itu, perniagaan yang bumiputera bolehlah sedikit masuk mungkin perniagaan runcit lalu ditubuhkan PERNAS - Perdagangan Nasional untuk membantu peruncit-peruncit di peringkat kampung dan PERNAS Edar bertindak sebagai mengedar barang-barang ini supaya untuk mengelakkan daripada peruncit­ peruncit di kampung ini mendapatkan kos yang tinggi daripada orang-orang tengah pada ketika itu lalu ditubuhkan PERNAS Edar dan cukup berkesan di mana banyak peruncit baru bumiputera yang bangun di kampung-kampung dan mereka boleh survive, mereka boleh hidup lama dan apa yang kita lihat, peranan yang dimainkan oleh Yang Berhormat bagi Gua Musang pada ketika itu semasa menjadi pengerusi PERNAS ialah dia telah bergabung dengan 'Robert Kuok' yang kebetulan pada ketika itu kerajaan beri dia permit sole importer, pengimport gandum tunggal untuk negara dan 'Robert Kuok' telah membantu PERNAS bekerjasama dengan PERNAS untuk mewujudkan PERNAS Edar dan banyak PERNAS Edar telah men distribute produk­ produk barangan runcit sehingga banyak peniaga bumiputera dapat survive dan dapat membesarkan perniagaan mereka sehingga sampai ke satu tahap PERNAS Edar ditukar kepada JIMA T dan masih kedai-kedai tersebut di kampung-kampung alhamdulillah, boleh saya kira mendapat pulangan di antara RM2,000 ke RM3,000 satu bulan. Tetapi, akhir-akhir ini kita tidak nampak bila mana PERNAS Edar telah tenggelam dan JIMA T sendiri sudah tidak ada, apakah lagi badan yang bumiputera­ bumiputera sama ada peniaga runcit dan juga peniaga-peniaga bumiputera yang lain hendak bergantung? Di mana lagi? Mereka terpaksa membeli daripada orang-orang tengah. Jadi, kalau sepatutnya kita semakin hari semakin maju, tetapi semakirl hari nampak semakin tenggelam. Jadi, kita minta kerajaan memikirkan balik peranan yang dimainkan oleh PERNAS Edar tadi ataupun JIMA T supaya boleh membantu pengusaha-pengusaha kecil di peringkat desa dan kampung-kampung dan juga di FELDA. Cuma saya hendak cadangkan di sini kalau boleh, oleh kerana saya mendapat maklumat daripada Timbalan Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi bahawa di antara koperasi yang paling berjaya adalah Koperasi FELDA. Jadi, apa yang boleh sekarang ini, kementerian menggunakan Koperasi FELDA kerana banyak rancangan FELDA di negara kita dan bergabung secara bijak dan pintar dengan mana-mana pengusaha Cina yang ikhlas bukan genius, yang ikhlas, supaya dengan gabungan tersebut format ataupun model ala PERNAS Edar tersebut dapat dihidupkan kembali. Tuan Pengerusi (Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, masa sudah cukup. Tuan Mohd. Apandi bin Haji Mohamad: Satu minit sahaja lagi. Kemudian saya mohon kalau boleh oleh kerana saya di bawah 060000 - Majlis Amanah Rakyat ada di bawah Majlis Amanah Rakyat ditubuhkan ANSARA- Anak Sains MARA dan kebetulan saya merupakan Ahli Parlirnen pertama Anak Sains MARA, maka saya mohon supaya kementerian melihat dari segi pembangunan vendor, melihat ANSARA sebagai satu vehicle kerana dalam ANSARA ini berbagai-bagai profesional ada, walaupun sekarang presidennya anak Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri, tetapi kita menggunakan vehicle ANSARA itu terutama dalam sektor ICT kerana saya ingat terlalu ramai Anak-anak Sains MARA yang terlibat dalam ICT. Daripada sini kita wujudkan vendor-vendor kecil daripada ANSARA. Jadikan ANSARA sebagai induk dalam ICT untuk bumiputera supaya mereka dapat bersaing di bidang ICT. DR.05.12.2000 63

Jadi, saya minta supaya kementerian mempertimbangkan ANSARA sebagai basis, sebagai tapak untuk mewujudkan business ICT yang besar. Jadi, oleh kerana banyak lagi saya hendak cakap dan Tuan Pengerusi senyum macam tidak bagi jalan, saya terpaksa berhenti setakat ini. Wallahualam. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng): Bagan Datoh. 3.55 ptg. Datuk Ahmad Zahid bin Hamidi [Bagan Datoh): Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya turut terpanggil untuk membahaskan peruntukan Kementerian Pembangunan Usahawan dalam perkara 090000 pecahan 00100 Perbadanan Kernajuan Negeri-negeri. Tuan Pengerusi, rakan-rakan saya tadi banyak menyentuh mengenai peranan agensi-agensi lain tetapi saya ingin memfokuskan kepada peranan yang dimainkan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri-negeri ini. Saya ingin tahu daripada Yang Berhormat Menteri apakah peranan baru yang akan dirnainkan oleh Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri-negeri ini setelah banyak agensi yang telah ditubuhkan bukan sahaja oleh Kerajaan Persekutuan tetapi juga oleh kerajaan negeri kerana kita dapat tahu daripada laporan-laporan kewangan yang tercatat di banyak penyata kewangan terdapat banyak kerugian yang ditanggung oleh Perbadanan Kernajuan Ekonomi Negeri ini. Terengganu umpamanya melalui PERMINT yang telah mempunyai Terengganu Development Berhad TOM iaitu sebuah syarikat yang tersenarai di BSKL. Saya ingin mendapat tahu daripada Yang Berhorrnat Menteri berapa banyakkah keuntungan yang telah diperolehi dan berapa banyak kerugian sebenamya dialami daripada pelaburan dalam TOM ini dan apakah aktiviti-aktiviti baru yang telah dibuat yang telah mengalarni kegagalan sejak pemerintahan kerajaan baru oleh PAS. Yang keduanya, Perbadanan Kernajuan Ekonomi Negeri Kelantan, sejauh manakah Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Kelantan ini telah dapat memberikan peranan dalam memajukan negeri Kelantan selarna tiga penggal PAS memerintah. Secara perbandingan dengan Perbadanan Kemajuan Negeri-negeri lain, adakah perbadanan-perbadanan kernajuan ini diwujudkan untuk memberikan satu bentuk complement dengan izin kepada usahawan-usahawan burniputera dan agensi-agensi serta koperasi di bawah naungan apa pun sahaja, atau adakah persaingan wujud di antara perbadanan, anak syarikat dengan usahawan-usahawan bumiputera yang diberikan peluang dalam berbagai bentuk. Oleh sebab itu saya ingin mengetahui di bawah kepimpinan Menteri yang baru, sahabat saya dalam Pemuda dulu, tentulah peranan yang proaktif oleh Yang Berhormat Menteri dalam memajukan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri ini walaupun perbadanan ini terletak di bawah kerajaan negeri tetapi pertanggungjawaban sosial masih lagi terletak di bawah Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri harus dipantau untuk menjalankan usaha-usaha berkenaan. Aspek lain yang harus saya sentuh ialah mengenai syarikat-syarikat yang maju, anak-anak syarikat yang maju di bawah Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri. Di dalam pemantauan yang telah saya lakukan banyak daripada anak-anak pemilik syarikat yang di bawah Perbadanan Kemajuan Negeri ini dipindahmilikkan kepada pengurus-pengurus satu skim yang dipanggil sebagai MBO (Management Buy-Out). Saya ingin tahu berapa banyak anak-anak syarikat yang telah dipindahmilikkan kepada pengurus-pengurus ini, pengurus-pengurus sama ada yang berada dalam Perbadanan Kemajuan Negeri atau anak-anak syarikat ini. Kalau benar Management Buy-Out ini telah memberikan keuntungan bagi mewujudkan usahawan-usahawan bumiputera, saya mahu tahu sejauh manakah keterlibatan mereka ini telah memunculkan usahawan-usahawan yang baru. Adakah 64 DR.05.12.2000

rancangan oleh pihak kementerian melalui kerajaan negeri dan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri untuk bukan memindahmilikkan syarikat-syarikat yang untung kepada individu tetapi dipindahmilikkan kepada unit trust ataupun syarikat-syarikat saham amanah supaya keuntungan anak-anak syarikat itu dapat diagihkan sama· rata kepada penduduk-penduduk negeri berkenaan. Aspek yang ketiga, Tuan Pengerusi, ialah mengenai pertindihan projek­ projek. Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri melalui anak-anak syarikat terpaksa melakukan penawaran kerja kepada syarikat-syarikat yang ada di negeri-negeri yang berkenaan tetapi pada waktu yang sama anak-anak syarikat Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri berkenaan mengadakan anak syarikat· yang lain yang terpaksa bersaing dengan usahawan-usahawan bumiputera, dengan kata yang lain pertindihan ini berlaku. Jadi, saya ingin tahu bagi mengelakkan keadaan ini, apakah langkah­ langkah yang akan dijalankan oleh pihak kementerian melalui Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri dan kerajaan negeri bagi menentukan keadaan ini tidak berlaku. Aspek yang keempat ialah aspek dari segi syarikat-syarikat yang tersenarai. Saya ingin tahu berapa banyak syarikat-syarikat yang tersenarai di BSKL sama ada di papan pertama atau papan kedua yang dipunyai oleh Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri-negeri dan sejauh manakah syarikat-syarikat ini telah memberikan keuntungan kepada Perbadanan Kemajuan Negeri-negeri berkenaan. Oleh yang demikian, saya harap dalam alaf yang baru ini pihak Kementerian Pembangunan Usahawan harus mengkaji semula peranan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri-negeri ini agar kita dapat tahu dan Dewan yang mulia ini akan dimaklumkan bahawa tidak banyak peruntukan yang terpaksa dibazirkan dan apabila keuntungan syarikat yang dibuat oleh Perbadanan-perbadanan Ekonomi Negeri ini dipindahmilikkan kepada individu menyebabkan pihak Kerajaan Pusat terpaksa menanggung kerugian tetapi individu memperolehi keuntungan. Oleh sebab itu, satu pertanggungjawaban baru kepada Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri oleh Menteri yang baru ini dapat dilaksanakan dengan sesegera yang mungkin. Perkara yang kedua yang ingin saya sebutkan, Tuan Pengerusi, ialah mengenai perkara 020000 pecahan 020100 Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan Semenanjung. Cuma satu perkara sahaja yang ingin saya sentuh iaitu lesen bas ekspress dan lesen bas yang dipanggil dengan izin, stage bus atau bas berperingkat-peringkat. Saya merayu kepada Yang Berhormat Menteri agar dapat mempertimbangkan rayuan yang telah saya berikan agar lesen bas ekspress dapat diluluskan antara pekan Bagan Datoh hingga ke Teluk Intan, Pekan Bagan Datoh ke Sabak Bemam, Pekan Bagan Datoh ke Lumut dan Pekan Bagan Datoh ke Kuala Lumpur. Itu sahaja yang ingin saya rayu di Dewan yang mulia ini agar dapat respond yang baik. Sekian, terima kasih. Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: lpoh Timur. 4.03 ptg. Tuan Thong Fah Chong (Ipoh Timur]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin membahaskan Butiran 020000 mengenai Pelesenan Kementerian Pembangunan Usahawan. Saya ingin membangkitkan beberapa perkara dan masalah yang berkaitan dengan Kementerian Pembangunan Usahawan untuk pertimbangan dan tindakan segera Yang Berhormat Menteri dan pihak kementerian. Melalui tinjauan saya dan perbincangan dengan ramai operator teksi, saya dapati memang sukar bagi seseorang individu untuk mendapatkan lesen teksi. Ini adalah kerana kebanyakan lesen diluluskan kepada koperasi dan syarikat besar menyebabkan masalah bagi individu. Saya berharap kementerian sedar bahawa memang ada individu yang bersungguh-sungguh mahu mencari pendapatan dengan memandu teksi dan permohonan mereka untuk lesen adalah benar. Dengan hanya memberi, dengan izin, priority and preference kepada pengusaha besar dan operasi, kerajaan tidak dapat DR.05.12.2000 65 memaju clan meningkatkan taraf hidup orang perseorangan yang ikhlas bagi mencari makan. Selain itu ramai pemohon tidak berjaya kerana syarat-syarat yang sukar dipenuhi oleh rakyat biasa seperti wang simpanan di bank mesti tidak kurang RMl0,000. Seseorang itu hendak cari makan clan mungkin memandu teksi adalah kerja yang paling sesuai bagi diri seseorang itu tetapi dia hanya clapat memohon apabila clapat kumpul sampai jumlah yang tinggi itu. Berapa orang yang dapat berbuat begitu. Dengan kenaikan harga minyak kos pengangkutan telah meningkat dan rarnai yang tidak mahu menggunakan kenderaan sendiri atau ticlak mampu mempunyai kereta. Permintaan untuk pengangkutan awam akan meningkat clan adalah wajar bagi Kementerian Pembangunan Usahawan untuk melonggarkan syarat bagi menclapatkan lesen teksi dan jenis pengangkutan awam dan komersial yang lain. Ini clapat membantu menaik taraf hidup rakyat. Kerajaan tidak harus hanya memberi tumpuan kepacla syarikat dan koperasi besar sahaja. Ramai lagi yang mahu bekerja sendiri dan ticlak mahu bergantung kepada koperasi. Tuan Pengerusi, masalah ini memang ketara dan hanya dibincang di kalangan rakyat. Saya sendiri pemah berbual dengan pemandu-pemandu teksi clan mereka semua bersetuju bahawa ini aclalah salah satu masalah besar yang mereka hadapi. Kalau begitu susah orang sendiri macam mana orang asing hendak melabur di sini. Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab dan prihatin, saya percaya kementerian akan pertimbangkan perkara ini dengan sewajamya kerana kita dipilih oleh rakyat untuk mewakili rakyat. Masalah ini tidak harus dipandang ringan. Syarat dan peraturan yang terlalu ketat hanya akan menyusahkan rakyat. Tuan Pengerusi, izinkan saya sekali lagi menyeru kementerian melonggarkan syarat clan memberi pertimbangan ke atas permohonan individual demi kcpentingan rakyat clan izinkan saya, harap lesen akan diberi kepacla semua rakyat Malaysia. Dengan ini, saya menyokong. Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Sebelum saya minta Yang Berhormat Menteri jawab, harap kedua-dua Yang Berhormat clapat diberi peluanglah. Jadi, Yang Berhormat bagi Sipitang dulu. Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan: Selepas itu Tebrau. Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Selepas itu Tebrau. Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan: Terima kasih. 4.07 ptg. Datuk Dr. Haji Yusof bin Haji Yacob [Sipitang]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Di bawah P.50 - Kementerian Pembangunan Usahawan merujuk kepada Butiran 00604 iaitu, lnstitut Kemahiran MARA. Saya ucap tahniah kepada kementerian kerana setahu saya setakat ini Institut Kemahiran MARA ini telah pun mendapat sambutan dan telah pun mengeluarkan lulusan yang diterima bekerja di syarikat-syarikat kecil dan banyak juga telah menjadi usahawan-usahawan kecil misalnya pendawaian elektrik, kimpalan dan sebagainya. Saya minta penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri berapakah IKM di seluruh negara dan melihat kepada peruntukan yang ada itu, berapakah rancangan untuk pembinaan IKM yang baru di negara kita? Setiap tahun kita mempunyai lulusan Sijil Pelajaran Malaysia yang begitu ramai dan mereka yang tidak begitu cemerlang dan mendapat Gred 2 dan Gred 3 selalunya kesukaran untuk mendapat tempat di institusi pengajian yang lain dan kebanyakannya memilih untuk bekerja. Namun demikian, mereka ini tidak mendapat latihan yang secukupnya untuk menceburi pekerjaan. Saya mohon supaya pembinaan IKM ini diperbanyakkan lagi khususnya kalau boleh kita tempatkan di kawasan­ kawasan luar bandar dan juga di kawasan tumpuan di mana ada industri-industri besar dibuat. 66 DR.05.12.2000

Bagi kawasan Sipitang, kawasan saya Yang Berhormat Menteri, Tuan Pengerusi, di Sipitang ada satu kilang iaitu, Sabah Forest Industres dan kilang ini mempunyai juga satu kompleks yang dipanggil dengan izin, Integrated Timber Complex (ITC). Di situ banyak juga peluang-peluang subkontrak yang diberikan kepada pekerja-pekerja lain. Namun demikian, pekerja ini kebanyakannya tidak begitu mahir. Sesuai dengan kedudukan Sipitang yang bersempadan dengan Sarawak di sebelah Pantai Barat Sabah mempunyai perhubungan jalan yang baik lebih kurang 150 kilometer daripada Kota Kinabalu dan juga 60 kilometer daripada Lawas, Sarawak, berjiran dengan Labuan dan juga kawasan pedalaman yang lain yang mana banyak pusat pembangunan yang baru. Saya mohon apa kiranya dapat dibina sebuah Institut Kemahiran MARA di kawasan saya di Sipitang dan setakat ini tidak ada institut ataupun maktab yang sejenis ataupun yang setaraf dengannya di kawasan itu. Kita berharap dengan adanya Institut Kemahiran MARA ini dapat mempercepatkan lagi pertumbuhan ekonomi di kawasan tersebut dan juga dapat melahirkan mereka yang mahir dalam kerja-kerja tertentu. Dalam masa yang sama kita boleh mengambil pelajar-pelajar daripada Sarawak dan ini boleh merapatkan hubungan integrasi antara negeri dan juga antara sosial di kawasan terse but. Tuan Pengerusi, saya ingin menyentuh Butiran 00614 iaitu, Bangunan Pemiagaan dan 09000 - Pembelian Ruang Niaga. Kita di ibu negara dan juga bandar­ bandar besar selalunya ada UDA yang telah memberi ruang untuk diberi peluang kepada usahawan bumiputera. Tetapi pada kebanyakan bandar bahawa ruang ini adalah terhad dan bagi tempat-tempat yang strategik selalu sewanya adalah begitu mahal dan kesukaran untuk bumiputera ini bersaing dengan rakan-rakan bukan bumiputera. Memang persaingan itu adalah sihat tetapi dalam keadaan kita ingin memperbanyakkan usahawan bumiputera dan juga Program MPPB iaitu, Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera, saya mohon supaya MARA ataupun kementerian ini dapat mengkaji supaya dapat memberi ruang misalnya, ada satu pusat pembangunan bangunan barn ruang perniagaan di situ misalnya, ada 50 kalau boleh kementerian membeli lebih kurang 10% daripada ruang tersebut dan kita beri keutamaan kepada bumiputera untuk menyewa dan mungkin dalam masa jangka panjang jikalau usahawan itu berdaya maju mereka ada pilihan untuk membeli ruang tersebut. Kalau ini dibuat mungkin kita boleh mempercepatkan proses memberi peluang kepada bumiputera ini. Ini saya menyebut khususnya di Kota Kinabalu dan juga bandar-bandar lain dan mungkin juga di Semenanjung dan di Sarawak. Tuan Pengerusi, saya ucap tahniah kepada kementerian iaitu, di Sabah sendiri usaha ini telah pun dibuat untuk memberi ruang pemiagaan kepada bumiputera. Saya ucap tahniah kepada Yang Berhormat Setiausaha Parlimen yang berusaha gigih berhubung dengan Yang Berhormat Menteri sendiri bahawa di Sabah kita telah pun membina gerai-gerai pemiagaan seperti di Kota Kinabalu, Waterfront Esplanade kemudian di Keningau, Tuaran dan saya dapat tahu banyak lagi rancangan, saya mengalu-alukan. Inilah sepatutnya kita lakukan di mana kementerian memberi peruntukan sejumlah wang dan tanah disediakan oleh Kerajaan Negeri atau Majlis Kerja Tempatan dan apabila bangunan ini siap dibuat, dilaksanakan oleh agensi yang ada di negara itu, ruangan ini kita beri peluang seluas mungkin kepada usahawan bumiputera dan juga peniaga-peniaga yang lain jikalau boleh supaya diperbanyakkan, supaya kita cepat mengejar untuk menubuhkan masyarakat, pemiagaan dan perindustrian bumiputera ini. Kita berharap dengan program ini bumiputera­ bumiputera ini nanti dengan program-program yang lain dengan program bimbingan, program inkubator, pinjaman TUK, lain-lain kemudahan pinjaman TEKUN akan dapat mempercepatkan kesedaran bumiputera ini terlibat dengan pemiagaan. Kita berharap di Sabah, kalau boleh Yang Berhormat Menteri, dapat memberi peruntukan yang lebih lagi kepada bandar-bandar kecil supaya seluruh kawasan pekan-pekan kecil bukan sahaja di Sabah kalau boleh di Sarawak, di Semenanjung Malaysia supaya peluang kepada ruang bemiaga bumiputera ini dapat diperbanyakkan. Dengan itu, Tuan Pengerusi, saya mohon menyokong. DR.05.12.2000 67

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng): Yang Berhormat bagi Tebrau dan selepas ini Yang Berhormat Menteri jawab. 4.15 ptg. Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan [Tebrau): Tuan Pengernsi, terima kasih. Sebelum saya meneruskan ucapan, izinkan saya untuk berpantun: Encik Lim selalu batuk Dapat cakap hilang mengantuk. [Ketawa} Tuan Pengerusi, dua kerat sahaja, tak boleh lebih, bulan puasa. Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng): Sa ya ingat Yang Berhormat tidak mahu bercakap. Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan: Ya. Dr. Tan Seng Giaw: Tak mahu cakap, saya cakaplah. Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan: Tak, saya hendak cakap terns inilah. Tuan Pengernsi, saya terns pergi Maksud B.50 - Kementerian Pembangunan Usahawan 020000- Pelesenan dan ceraian 020100. Tuan Pengernsi, saya hendak membangkitkan masalah kelulusan laluan bas di satu-satu kawasan. Tuan Pengernsi, yang menjadi masalah pada hari ini, ada kawasan Parlimen atau kawasan tertentu, ia sedang pesat membangun, rumah banyak dibangunkan, banyak orang pindah, jadi sudah sibuk di sesuatu kawasan projek pernmahan. Maka sehubungan dengan itu di peringkat awal kelulusan laluan bas di luluskan jalan besar. Tetapi tidak ambil kira jalan yang banyak rumah berada di satu­ satu kawasan perumahan seperti lorong-lorong besar. Jadi, untuk itulah, saya minta kementerian supaya mengkaji balik kelulusan membenarkan laluan bas itu beralih daripada laluan besar yang ada dan menambah laluan ke rnmah-rnmah yang jalannya besar terutama di kawasan saya. Bila hendak mendapat kelulusan, ia kena rujuk dahulu ke Kuala Lumpur. Jadi, ini memakan masa lama, proses untuk membenarkan bas itu masuk ke laluan lain, di satu kawasan ia berhenti di luar tetapi tidak dapat masuk ke dalam. Maka yang ramai duduk dan tinggal di kawasan dalam, termasuk rumah pangsa lima tingkat, empat tingkat yang di sebelah dalam bas tidak boleh sampai, terpaksa ibu bapa menghantar anak mereka ke jalan luar yang hampir satu kilometer ataupun satu kilometer lebih, begitu juga balik. Tuan Pengernsi, ada minta rayuan supaya dibenarkan laluan itu, tetapi memakan masa yang lama, boleh atau tidak kementerian kaji balik supaya kelulusan meluluskan laluan ini diberi kuasa kepada pihak berkuasa majlis tempatan di kawasan yang tersebut atau di negeri kerana dalam perkara kelulusan ini, banyak negara lain pun pihak berkuasa majlis tempatan meluluskannya, tidak payah dirujuk, ini mungkin dasar, jadi kalau boleh ... Tuan Bung Moktar bin Radin: [Menyampuk] Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan: Ini ada kacau ini, Tuan Pengernsi. Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Siapa kacau? Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan: Kinabatangan. Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Langgar peraturan itu. Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan: Okay. Lain kali jangan beri dia berncap. [Ketawa] .. 68 DR.05.12.2000

Jadi, itulah saya kata tadi fasal hendak memudahkan kelulusan itu diberi kuasa kepada pihak berkuasa, sebab mereka di kawasan perumahan yang baru pindah ini, masalah mereka susah hendak pergi sekolah, jauh ke luar jalan, bas itu tidak hendak masuk. Yang kedua, boleh atau tidak membenarkan pula bas-bas syarikat lain beroperasi di kawasan itu, jangan satu syarikat sahaja. Satu syarikat, dia act sedikitlah, tidak ada bas yang lain yang boleh masuk, dia sahaja yang boleh masuk, jadi lambatlah, tidak ikut timelah, cuba dia ada bersaingan, satu syarikat saya, satu syarikat Kinabatangan. Jadi, makna takutlah, kalau dia ..... Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, kalau tidak ada syarikat yang memohon? Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan: Ada, syarikat yang memohon, tetapi dasar sekarang tidak boleh banyak syarikat masuk sesuatu kawasan itu. Laluan itu, kalau dah kata syarikat A, A. Syarikat B kena pergi cari jalan lain di kawasan lain. Tuan Pengerusi, kalau bolehlah benarkan laluan-laluan bas yang lain itu masuk juga kawasan yang tersebut. Yang kedua, kelulusan permit teksilah. ltu saya kata tadi, kawasan ini sudah besar, sudah luas dan saya terima kasih, sedang temu duga, tetapi saya tidak tahu mana kawasan yang diberi lebih permit teksi ini. Saya minta kementerian siasat kawasan mana yang amat perlu. Saya contohlah, di Tebrau, ini tak apalah, saya bercakap seluruh, tetapi di Tebrau. Ia punya pembangunan, projek perumahan agak begitu mendesak dengan pemindahan orang, sekejap sahaja dalam setahun dua tahun itu begitu sesak sekali orang pindah ke Tebrau, sampai pengundi pun daripada 70,000 sekarang dalam tempoh ..... Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Sama dalam kawasan saya juga. Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan: Kawasan Tuan Pengerusi ya? Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Sama juga pesat membangun. Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan: Dahulukan kawasan saya dahulu, lepas itu baru kawasan Tuan Pengerusi. Ini adalah sedikit. [Ketawaj Fasal saya cakap. Terima kasih Tuan Pengerusi, ya kawasan Tuan Pengerusi pun banyak. Ia bila pindah masalah yang timbul pengangkutan. Sebab ia pindah ini dalam tempoh dua tahun semua pindah ke kawasan Parlimen Tebrau termasuk orang daripada Kelantan dan Terengganu pun yang tidak dapat mencari pekerjaan di sana, pindah ke kawasan saya cari kerja alhamdulillah, Tebrau beri dia kerja. Dalam hat beri kerja, dia pun kacau juga tempat saya, tidak kisahlah ya. Kita tidak ada sekat apa-apa. Jadi, kalau boleh dilihat kawasan itu, kalau kawasan itu memang projek perumahan, saya akan sebut satu persatu memang tidak akan tersebut dalam ini, tidak cukup masa, Serian, Permai Jaya, Johor Jaya, Ladang Monostin, teksinya tidak ada. Jadi, kalau dalam temu duga ini, saya minta bukan kerana berdasarkan saya Ahli Parlimen, tetapi berdasarkan kepada lihat kawasan dan penduduk yang ada di kawasan itu. Dahulu pengundi 70,000 baru pilihan raya yang lepas dekat 70,000 orang, sekarang dalam tempoh setahun banci sudah jadi 104,000 pendaftaran. Jadi, ini timbullah masalah pengangkutan. Jadi, minta kementerian bila ada kelulusan {telefon bimbit berbunyi] Banyak betul gangguan bila saya berucaplah. [Ketawa] Switch off your phone. Sorrylah. Yang Berhormat minta maaflah, ini bulan puasa ini mengantuk, jadi kita cakap tidak serius sangatlah, sambillah, jadi puasa kita pun relax tidak ada benda ya. Point saya tadi, teksi ini tadi, min ta Dato' di kementerian melihat kawasan. Jadi, kalau kawasan Tebrau memang memerlukan daripada kawasan lain, makna dilebihkan permit di kawasan yang berkenaan. DR.05.12.2000 69

Jadi, saya ingat, dua perkara pun cukuplah Tuan Pengerusi, ada satu kawasan, tetapi ini saya sudah sebutkan tadi, jadi dua, tiga perkara ini dapat Yang Berhormat . mengambil perhatian dan saya ucapkan banyak terima kasih. Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat Menteri menjawab. 4.21 ptg. Menteri Pembangunan Usahawan [Dato' Seri Haji Mohamed Nazri bin Abdul Aziz]: Tuan Pengerusi, saya mengucapkan bmyak terima kasih kepada Ahli­ ahli Yang Berhormat daripada Bukit Mertajam, Tampin, Beluran, Padang Terap, Serdang, Kota Melaka, Tuaran, Kinabatangan, Jeli, Ipoh Timur, Bagan Datoh, Sipitang dan akhir sekali Tebrau yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan di peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Pembangunan Usahawan. Pertamanya, perkara yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat dari Bukit Mertajam, di mana memang kita sedar pada ketika ini iaitu bahawa polarisasi kaum di kalangan pelajar merupakan satu perkara yang sangat serius yang kita hadapi pada waktu ini. Dan saya faham maksud yang telah dibawa oleh Yang Berhormat Bukit Mertajam, iaitu berkenaan sekolah wawasan, kalau ianya diperkenalkan di Kementerian Pendidikan, maka sudah tentu dalam MARA ia merupakan satu perkara juga menjadi masalah disabitkan oleh kerana MARA mempunyai penuntut-penuntut yang datang daripada satu kaum sahaja. ltu memang benar, cuma perbezaan ialah iaitu bahawa dalam sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan, kita boleh melaksanakan sekolah wawasan ini kerana ia sekolah yang khusus diwujudkan untuk mengendali soal pendidikan, tetapi dalam MARA ini, selain daripada pendidikan tetapi apa yang lebih diutamakan ialah berkenaan dengan pengagihan harta di negara kita ini menerusi MARA di mana satu cara untuk membolehkan bumiputera mengambil bahagian dalam kekayaan negara ialah dengan memberikan pendidikan kepada bumiputera kerana jika dibanding kita agak ketinggalan, bumiputera ini jika dibandingkan dengan pelajar-pelajar yang bukan bumi. Maka satu usaha yang berlainan harus dilaksanakan untuk membolehkan kita memastikan supaya jumlah bumiputera itu dapat dipertingkatkan. Jadi, oleh kerana itulah MARA diwujudkan untuk melakukan satu 'rekayasa' masyarakat (sosial engineering) di kalangan masyarakat negara kita, maka oleh kerana itu MARA diwujudkan dan sebab itulah oleh kerana MARA diwujudkan khusus untuk meningkatkan penglibatan bumiputera dalam bidang-bidang yang telah saya sebutkan maka ianya khusus untuk bumiputera sahaja dan kita tidak boleh buka kepada yang bukan bumi, melainkan kalau Akta MARA itu sendiri yang dipinda. Jadi, oleh kerana MARA ini diwujudkan dengan tujuan untuk merekayasakan masyarakat kita, maka oleh kerana itu apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat sebentar tadi, walaupun betul dan kita tidak boleh laksanakan dalam program yang dijalankan oleh MARA. Puan Chong Eng: Tuan Pengerusi, saya terima kasihlah kepada Yang Berhormat Menteri kerana faham apa maksud saya, tetapi yang juga saya harap Yang Berhormat Menteri juga faham bahawa tidak menerima sekolah wawasan bukan bermakna bahawa kita tidak mahu perpaduan di antara kaum tetapi ada pertimbangan yang lain, maka saya harap Kerajaan Barisan Nasional boleh faham, ini bukan kerana mereka yang tidak menerima konsep sekolah wawasan, maksudnya mereka tidak mahu perpaduan di antara kaum, tetapi kita anggap ataupun mereka yang bantah ini anggap bahawa anggapan ini sekolah wawasan boleh menyelesaikan masalah polarisasi di antara kaum ini, anggapan adalah tidak betul. Itu sahaja. Terima kasih. Dato' Seri Haji Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Ya, saya kira keputusan yang Jebih besar lagi di antara untuk mengadakan sekolah wawasan ini ialah 70 DR.05.12.2000 membenarkan diwujudkan sekolah Cina di Malaysia, itu satu keputusan yang jauh lebih besar lagi. Soal sekolah wawasan ini soal kecil sebenarnya.

Tetapi Yang Berhormat kena faham iaitu bahawa, apabila kita mengha~pi polarisasi kaum ini, kita tidak boleh hanya duduk dan melihat dan mengharapkan supaya perkara itu akan dapat selesai tanpa kita mengambil apa-apa tindakan. Jadi, sebab itu kerajaan memikirkan betul ataupun silap iaitu dengan wujudnya sekolah wawasan ini, maka kita harapkan supaya pergaulan itu akan wujud di kalangan pelajar­ pelajar yang datang dari berbilang kaum dalam negara kita. Dan ingin saya menyatakan di sini iaitu bahawa tidak ada paksaan kerana kalau sekolah Cina, sekolah Tamil mahu duduk dalam sekolah wawasan, ia bermakna perbelanjaan yang lebih oleh kerajaan. Jadi, bukan kita mengurangkan perbelanjaan, kita terpaksa belanja lebih, tetapi kalau maknanya sekolah Cina, Tamil, tidak mahu tidak ada masalah, tidak ada paksaan. Malah kalau Yang Berhormat masih ingat iaitu bahawa kuasa di mana dahulu menteri ada kuasa untuk membatal mana-mana sekolah, itu telah pun ditarik. Sebagai jaminan kepada masyarakat Cina iaitu bahawa kita tidak ada langsung satu hasrat untuk menidakkan masyarakat Cina dan India daripada mereka mengadakan sekolah bahasa ibunda mereka sendiri. Pada kami dalam Barisan Nasional tidak ada masalah kalau orang Cina hendak sekolah Cina, orang Tamil hendak sekolah Tamil, apa masalahnya asalkan mereka merupakan rakyat Malaysia, mereka menerima iaitu bahawa ini negara mereka, mereka taat kepada Malaysia, tidak ada masalah. Jadi, sebab itu saya rasa apa yang kita halakan sebenarnya ialah kepada orang yang mungkin cuba hendak memutarbelitkan apa yang dilaksanakan oleh kerajaan. Sebab itu saya harap supaya Yang Berhormat akan faham iaitu bahawa tidak langsung ada niat daripada pihak kerajaan untuk mengadakan sekolah wawasan ini dengan tujuan hendak memadamkan identiti sekolah Cina. Sebagaimana yang saya sebutkan sebentar tadi, keputusan yang paling besar yang kita buat ialah untuk mengizinkan ada sekolah ini, tidak ada lagi keputusan yang lebih besar daripada itu. Dr. Tan Seng Giaw: Tuan Pengerusi, penjelasan. Saya memang dengar hujah Yang Berhormat tadi, saya bersetuju hasrat Yang Berhormat tadi itu, cuma kalau wawasan itu dengan idea atau gagasan itu yang begitu baik, mengapa kita tidak boleh ada dialog secara terbuka dengan orang-orang yang membantah kerana alasan-alasan yang tertentu, ia begitu baik, kita hendak menyatupadukan mereka itu, itulah cara yang baik, daripada yang membuat kritikan yang menyinggungkan orang pula. Kita bukakan, kalau tidak terima cara ini, cara mana yang boleh terirna kerana hasrat itu mumi, aspirasi itu yang baik, hendak mengadakan perpaduan negara, tetapi bolehkah Yang Berhormat menimbangkan, ini ada kena mengena dengan MARA juga, saya pemah bangkitkan di sini Yang Berhormat, di universiti kita, semua kemudahan itu kita gunakan bersama sama ada di dalam Dewan, di dalam kuliah dan sebagainya dan di dalam padang sukan, semua pun kita ada peluang untuk bergaul, tetapi di universiti kita sekarang mengapa ada polarisasi yang begitu dahsyat berbanding dengan tahun­ tahun 70-an, 60-an, ini saya hendak tanya mengapa tidak ada kemudahan yang bersama. Itulah masalah mengenai MARA, saya hendak bertanya kemudian. Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Yang Berhormat, saya ingat kita boleh ada perjumpaan, tidak ada masalah. Sebenamya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pun ada berjumpa dengan pihak-pihak sekolah ini dan katanya perjumpaan telah berjalan dengan baik dan sebenamya saya sendiri pun sebagai Ahli Jemaah Menteri walaupun bukan di bawah kementerian saya pendidikan ini, kita boleh berjumpa tidak ada masalah kerana ini satu perkara yang tidak ada paksaan. Kita hendak memikirkan tentang polarisasi kaum yang berlaku begitu kuat dalam negara kita pada hari ini namun saya harap kita jangan terlalu maknanya fikir DR.05.12.2000 71 iaitu bahawa kita boleh rnenjadi sebuah negara yang rnana segala rnasalah yang dihadapi itu boleh diatasi begitu sahaja sebab tidak rnungkin Cina boleh jadi Melayu, Melayu boleh jadi Cina, India boleh jadi Melayu, Melayu boleh jadi India sebab kita sebuah negara yang berbilang kaurn, kita harus rnenghorrnati agarna dan budaya kita rnasing-rnasing. Kalau kita boleh terirna hakikat iaitu bahawa kita boleh jadi rakyat Malaysia tetapi kita rnernpunyai perbezaan dan kita rnenghorrnati perbezaan kita, saya percaya itu sudah cukup untuk sebagai perrnulaan bagi kita. Tidak rnudah, kalau Yang Berhorrnat tengok di negara-negara lain berlaku sectarian punya pergaduhan begitu hebat sekali. Kita bersyukur di Malaysia iaitu bahawa di univetsiti, rnernang betul saya setuju, kadang-kadang saya pergi universiti saya tengok budak Melayu dengan budak Melayu, budak Cina dengan budak Cina tetapi yang pentingnya walaupun rnereka tidak bergaul tetapi mereka rnenghorrnati di antara satu sarna lain. Mana negara yang kita tengok kalau hari raya orang Cina akan pastikan kalau orang Melayu dia rnakan halal, rneja itu halal. Begitu juga kalau orang India datang, kita beritahu kepadanya jangan rnakan, ini lembu. Jadi, ini sudah cukup saya tidak nampak di rnana kita boleh sampai kepada satu tahap yang Cina boleh jadi Melayu, Melayu boleh jadi Cina, India jadi Melayu, Melayu jadi India, India jadi Cina tidak boleh sampai ke tahap itu tetapi yang penting kita harus rnenghorrnati perbezaan sesarna kita yang wujud yang rnenyebabkan kita rnenjadi rnanusia yang bertirnbang rasa dan sederhana, itu lebih penting. Oleh sebab itu kita boleh rnengadakan perjurnpaan dan mernang pun telah diadakan. Yang Berhorrnat juga rnernbangkitkan kenyataan yang dibuat oleh Menteri Kewangan. Sebenarnya saya ingin menyebut di sini iaitu bahawa memang betul kalau hendak globalisasi, orang-orang Melayu rnesti boleh bersaing dengan kontraktor­ kontraktor lain tetapi Yang Berhorrnat, kalau yang asas pun tidak ada, macarn rnana hendak bersaing. Maksud saya di sini kalau Melayu itu dia tidak ada budaya pemiagaan, asas pun tidak ada, lepas itu kita hendak suruh dia lawan di peringkat globalisasi sudah tentu dia akan hancur. Sebab itu usaha, bantuan daripada kerajaan akan terns diberikan kepada kontraktor-kontraktor burniputera walaupun kita akan rnengatakan bahawa kontraktor burniputera jangan bergantung sangat kepada kerajaan sebab tujuan kita rnernberi kontrak ini ialah untuk rnelatihkan mereka supaya apabila mereka dapat projek nanti, dia boleh mernantapkan kebolehan dia untuk rnembolehkan dia bersaing dengan globalisasi. Tetapi nampaknya rarnai di kalangan kontraktor burniputera ini dia tahun demi tahun walaupun dapat banyak projek daripada kerajaan, dia tetap akan bergantung kepada projek-projek kerajaan, yang ini yang kita tegur pada mereka jangan sangat bergantung kepada kontrak-kontrak kerajaan. Tuan Abd. Rahman bin Yusof: Terirna kasih, Yang Berhorrnat. Mengenai pergantungan kontraktor-kontraktor burniputera kepada kerajaan ini tetapi yang paling menyedihkannya lagi ialah ramai untuk membina seseorang kontraktor burniputera ini bukan satu perkara yang rnudah dan apabila dia berjaya ke satu tahap, tetapi apabila dia tidak sealiran dengan kerajaan, banyak daripada mereka dicantas dan disenaraihitarnkan dan dibiarkan daripada arus pembangunan usahawan-usahawan burniputera ini. Jadi, adakah usaha-usaha kerajaan untuk rnembina burniputera ini rnelalui penggunaan politik ini banyak merugikan bumiputera itu sendiri. Sekian. Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Saya ingin rnenyatakan di sini iaitu bahawa sebelum saya rnenjadi Menteri Pembangunan Usahawan, satu tahun lebih saya jadi Timbalan Menteri Kewangan dan saya mernpengerusikan Jawatankuasa Tender Kerajaan, tender untuk burniputera dan juga tender untuk bukan burniputera. Saya boleh menyatakan di sini iaitu bahawa yang hadir dalam mesyuarat tender itu ahli politiknya saya seorang sebagai Tirnbalan Menteri tetapi lima lagi itu adalah pegawai kerajaan yang mewakili setiap bahagian-bahagian dalam 72 DR.05.12.2000

Perbendaharaan dan saya beri jaminan kepada Yang Berhormat bahawa tuduhan yang mengatakan iaitu kita mengambil kira wama politik mana-mana syarikat kontrak yang memohon itu adalah tidak benar kerana ...... Tuan Abd. Rahman bin Yusof: [Bangun]. Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: ....nanti kejap, nanti saya habiskan kejap. Ialah kerana sebab dia punya proses itu bermula daripada peringkat bawah, daripada JKR, penilaiannya, daripada segi harganya dia start daripada bawah JKR dan bawa sampai naik ke atas dan apabila sampai ke atas, sebenamya keputusan itu telah pun dibuat di peringkat JKR lagi. Kami di situ hanya boleh menolak kalau ada perkara-perkara yang sangat meruncingkan yang menyebabkan bahawa iaitu keputusan terpaksa ditolak tetapi kalau selain daripada jtu, apa yang dicadangkan oleh pihak JKR selalunya ia akan dilaksanakan. Tuan Pengerusi: Ya. Tuan Abd. Rahman bin Yusof: Apakah Yang Berhormat bermakna tidak setuju dengan apa yang telah dinyatakan oleh Ketua Menteri Melaka yang menyenarai hitam semua ahli panel sama ada kontraktor ataupun ahli profesional yang menyokong Barisan Altematif supaya disenaraihitarnkan. Sekian. Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Tuan Yang di-Pertua, kita kena beza di antara kenyataan yang kita buat kadangkala untuk politik, saya percaya Yang Berhormat daripada parti KeADILan pun dan ada juga kita daripada parti pembangkang daripada PAS, kadang-kadang buat ucapan dalam majlis-majlis yang dihadiri ramai oleh penyokong-penyokong sudah tentu ada membuat kenyataan sebegitu. Jadi, sebab itu oleh kerana ini ditanyakan kepada saya, saya ingin menyatakan di sini iaitu bahawa di bawah kementerian saya yang saya bertanggungjawab untuk menjawab, kita tidak mengarnalkan apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat bagi Bukit Mertajam iaitu bahawa banyak daripada kontrak ini kita berikan kepada penyokong-penyokong parti politik kita sahaja. Malah apa yang berlaku di kalangan Kelas F, dalam pilihan raya yang lepas saya lihat iaitu banyak kontraktor Kelas F bumiputera, mereka banyak menyokong pembangkang dan mungkin kita rasa terkejut tetapi ini jelas menunjukkan iaitu bahawa sebenamya tidak berbangkit soal di rnana kita hanya memberikan projek kepada kontraktor-kontraktor yang menyokong kerajaan sahaja. Tetapi di peringkat pemberian kontrak Kelas F ini ianya dilaksanakan oleh pegawai-pegawai kerajaan yang setengahnya neutral, setengahnya mungkin pro kepada pembangkang tetapi inilah yang berlaku. Oleh sebab itu saya tidak bersetuju kalau dikatakan bahawa kita mengarnalkan pemberian kontrak kepada penyokong-penyokong parti kerajaan sahaja, itu adalah tidak benar. Tuan Pengerusi: Ya. Kota Melaka. Tuan Kerk Kim Hock: Ini curna untuk rnakluman Yang Berhormat Menteri. Apa yang saya katakan tadi saya telah pergi check Internet, laporan akhbar New Straits Times pada 17 Mei 2000. Sebenamya apa yang dinafikan ialah Yang Berhormat Menteri sendiri telah berlaku, saya quote, "Speaking at the press conference of the launching the AL&G Twin Tech Institute of Technology new campus today". Jadi, saya haraplah buat satu penafian yang baik-baik. Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Sebab itu saya hendak beritahu kalau boleh Yang Berhormat kata bila saya tahu, saya buat kenyataan itu dan kali pertama yang saya dengar ialah pada hari ini, sebab itu saya berani membuat penafian pada hari ini. Saya tidak tahu apa benda, tidak ada siapa telefon, tidak ada siapa bangkitkan kepada saya, tidak ada siapa cerita kepada saya bahawa kenyataan yang sedemikian telah pun keluar. DR.05.12.2000 73

Jadi, macam mana saya hendak buat satu penafian kalau saya sendiri tidak tahu perkara itu keluar. Ini hari pertama saya dengar dan apabila disebut, sebab itu saya berani kata saya nafi, saya nafi bagaimana saya boleh bercakap demikian, kalau dalam satu press conference yang dibuat. Bila tidak ada orang beritahu kepada saya, saya tidak ada kesempatan untuk menafikan. Jadi, oleh kerana ini kali pertama Yang Berhormat bangkitkan sebab itu saya nafi dalam Dewan ini bahawa saya buat kenyataan yang sedemikian. Tuan Kerk Kim Hock: Tidak apa, saya .akan bagi satu keping sebab apa yang dilaporkan dalam banyak, bukan satu ayat sahaja. {Sambil menyemak kertas ucapanj Satu, dua, tiga, empat, lima, enam perenggan itu sahaja. Setiausaha Akhbar tidak baca surat khabar New Straits Times. Datuk Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Tidak payah. You don't have to make comment like that. Sebab saya hendak bagi tahu, saya ikhlas cakap, ini kredibiliti saya. Sebab saya jadi Menteri, macam mana saya hendak perkenakan kepada seorang murid, kalau bapanya penyokong pembangkang, dia bukannya salah. Jadi, macam mana saya hendak kata itu. bahawa hanya berikan kepada orang yang menyokong kerajaan sahaja, penuntut tidak bersalah. Jadi, sebab itu kali pertama saya dengar, saya menafikan. Jadi, saya harap Yang Berhormat kena take secara ikhlaslah, saya bukan hendak mengetepikan satu perkara yang saya boat atau apa kah, memang saya tidak membuat kenyataan sedemikian, sepanjang peringatan saya. The political associate to cakap benda begitu, okay. Bukit Mertajam, sebab itu Yang Berhormat, macam kontraktor bumiputera Melayu, mereka perlu diberi pertolongan untuk membolehkan mereka menghadapi persaingan di peringkat globalisasi. Jadi, kalau mereka tidak diberikan bantuan, sudah tentulah jangan bercakap hendak bersaing di global, bersaing di Malaysia pun tidak boleh. Puan Chong Eng: Penjelasan. Golongan bumiputera, mereka telah diberi bantuan lebih kurang 30 tahun dalam tujuan supaya mereka mampu bersaing dengan kaum yang lain. Walaupun begitu, saya rasa ini bukan di antara kaum sekarang kerana kalau saya hendak menceburi business sekarang, saya tidak dapat bersaing dengan mereka yang sudah bemiaga, saya pun tidak boleh bersaing. Maka, ini bukan di antara kaum lagi - ialah di antara kelas ekonomi dan juga apakah tindakan kita sekarang supaya kita beransur-ansur membenarkan usahawan bumiputera berdikari. Kerana sekiranya terlalu diberi perlindungan, budaya perlindungan masih diadakan, maka mereka tidak dapat belajar bagaimana hendak mempertahankan diri. Maka, apa yang diminta sekarang ialah bagaimana kita hendak memberi satu suasana supaya usahawan dan peniaga-peniaga bumiputera Melayu dapat mengadakan satu alam, situasi di mana mereka boleh belajar untuk berdikari dan dalam proses ini barulah mereka boleh meningkatkan daya saing mereka. Kita bukan katakan tarik sekarang, semuanya jangan beri bantuan tetapi apa langkahnya supaya mungkin dalam 30 tahun yang akan datang maka kita sudah ada se golongan besar usahawan bumiputera yang dapat bersaing di dalam pasaran dunia. Dan, tidak perlu lagi diadakan polisi bumiputera dan bukan bumiputera kerana kita semua tahu bahawa bukankah polisi ini juga akan mendatangkan polarisasi kaum di dalam negara ini. Terima kasih. Datuk Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Yang Berhormat, negara kita ini kompleks sikit. Kalau negara kita ini etniknya 90% satu bangsa maka kita boleh bercakap tentang yang ada dan tidak ada. Tetapi kerana negara kita ini ia berbilang kaum, bukan sahaja isu yang berada dan tidak berada tetapi isu di antara kaum itu juga penting kerana kita melalui sejarah tahun 1969 dan macam-macam lagi. Oleh kerana itu, kita harus memperbetulkan terlebih dahulu ketidakseimbangan di antara bumiputera dan bukan bumiputera. Walaupun kita tidak menafikan bahawa di kalangan golongan yang bukan bumiputera itu ada juga orang yang memerlukan 74 DR.05.12.2000 kepada bantuan, namun ia tidak bermakna bahawa kita tinggal terns bukan bumiputera yang tidak boleh berniaga itu. Sebagai contoh macam dana yang disediakan. Ada dana yang kita buka. untuk semua kaum. Itu ialah untuk mengatasi masalah di. antara yang boleh bemiaga· dan tidak boleh berniaga tanpa mengira kaum. Tetapi dalam masa yang sama, kita juga ada dana khusus untuk bumiputera sahaja kerana untuk mengirnbangkan di antara bumiputera dan bukan bumiputera. Ini kita kena laksana sebab kita mesti mempelajari daripada masalah yang kita hadapi di masa-masa yang lepas. Jadi, sebab itu, saya harap Yang Berhormat akan faham, ia bukan bermakna kalau kita menitik beratkan tentang bumiputera kita langsung tidak memikirkan tentang orang-orang yang bukan bumiputera yang tidak berkemampuan itu. ltu tidak betul kerana kita ada dana bagi mereka juga yang terbuka. Macam kontraktor di Kementerian Kewangan, ada kontraktor untuk bumiputera dan ada kontrak yang terbuka. Jadi, sebab itu tidak boleh maknanya waktu sekarang ini kita mengatakan bahawa soal bumiputera dan bukan bumiputera ini tidak relevan lagi kerana perbezaannya, jurangnya itu masih lagi besar dan kita perlu mengambil tindakan untuk merapatkan jurang ini. Saya harap Yang Berhormat akan faham tanggungjawab yang terpaksa dilakukan oleh kerajaan bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh kita pada hari ini. Tuan Abd. Rahman bin Yusof: Terima kasih, Yang Berhormat. Saya hendak tanya mengenai kegiatan dewan-dewan pemiagaan di beberapa buah negeri yang memberi ataupun mengambil nama-nama syarikat ataupun untuk disenaraihitamkan kepada beberapa badan tertentu. Jadi, saya hendak minta supaya Menteri Pembangunan Usahawan ini buat satu kenyataan polisi mengenai kegiatan­ kegiatan ini tidak mendapat restu daripada kementerian Yang Berhormat. Datuk Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Cakap yang berulang-ulang Yang Berhormat. Tadi sudah tanya sudah, minta maaflah ya. Tuan Abd. Rahman bin Yusof: Tidak, ini kegiatan Dewan Perniagaan Melayu di Terengganu dan Kelantan. Tuan Abd. Rahman bin Yusof: Sebab saya ingat, saya bertanggungjawab kepada - saya sudah jawab tadi. Dato' Ir. Mohd. Zin bin Mohamed: [Bangun] Yang Berhormat, ini yang baru. Tuan Pengerusi: Ya. Datuk Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Kemudian, saya pergi kepada

Dato' Ir. Mohd. Zin bin Mohamed: [Bangun] [Mengetuk-ngetuk pembesar suara] Tuan Pengerusi: Ya. Ada Shah Alam bangun. Dato' Ir. Mohd. Zin bin Mohamed: Terima kasih, ...... Tuan Pengerusi: Shah Alam, jangan ketuk, kasihan ia. Dato' Ir. Mohd. Zin bin Mohamed: Sorry, Tuan Pengerusi. Terlupa. Selalu yang ini - saya sudah pesan ingat, ini barang buatan tempatan. Ini Kinabatangan selalu ketuk ini. Yang Berhormat Menteri, terima kasih. Tadi kalau boleh saya faham daripada Bukit Mertajam bahawa seolah-olah di antara kaum Melayu, Cina dan India ini di dalam kek ekonomi Malaysia ini, kita ada di dalam satu padang permainan yang sama rata. Saya ingin tanya kepada Yang Berhormat Menteri, selepas negara Malaysia ini dijajah 400 tahun dahulu dan selepas kita melancarkan Dasar Ekonomi Baru dengan DR.05.12.2000 75 prinsip untuk reeducate poverty and restructure the society. Saya hendak tahu sama ada pencapaian itu sudah tercapai atau belurn sekarang kerana kalau boleh saya ambil kata-kata daripada Yang Berhormat bagi Bukit Mertajam maknanya beliau menginginkan supaya kek ekonomi yang ada di dalam negara ini mesti berasaskan kepada meritokrasi. Justeru kerana itu, apakah kedudukan kaurn bumiputera kalau dasar tentang kuota bumiputera, dasar PKK, dasar yang memberikan sokongan clan .dukungan supaya bumiputera itu boleh maju dalam dunia perdagangan. Mampu tidak mereka bersaing dalam iklim dan suasana ekonomi pada hari ini, kalau yang itu ditarik balik. Datuk Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Tuan Pengerusi, sebenarnya kalau dari segi pencapaian ada dikatakan iaitu bahawa pada hari ini pengagihan itu kita ada. dalam 20% - 21 %, tetapi itu kalau mengambil kira pegangan yang dibuat oleh badan-badan yang sebenarnya semi-government. Kalau pemegangan daripada bumiputera, individu, jauh lebih kecil lagi. Bermakna itu bahawa banyak yang perlu dilakukan oleh kita untuk memastikan kita dapat mengejar yang bukan bumiputera. Namun, ianya berlaku demikian disabitkan oleh kerana ada perkara-perkara kebocoran mungkin, kurang pengalaman kita dalam menjalankan dasar di kalangan bumiputera ini dan ini menyebabkan sedikit-sebanyak kita tidak berjaya untuk mencapai 30% seperti mana yang kita harapkan. Oleh kerana itu, kalau ditarik balik bantuan yang diberikan oleh kerajaan saya percaya bumiputera akan ketinggalan lebih jauh lagi, iaitu ia masih memerlukan kepada bantuan daripada kerajaan dan sebenarnya meritokrasi ini belum lagi boleh dilaksanakan di negara kita. Yang Berhormat bagi Tampin ada bangkit berkenaan dengan lesen Kelas F. Sebenamya pada waktu ini .... Tuan Bung Moktar bin Radin: [Bangun] Tuan Pengerusi: Ya Yang Berhormat, ada yang bangun. Tuan Bung Moktar bin Radin: Minta penjelasan. Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Masa. Tuan Bung Moktar bin Radin: Sedikit sahaja. Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Masa. Tuan Pengerusi: Cukuplah. Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Sudah jawab, tak apalah Yang Berhormat. Tuan Pengerusi: Dia tak bagi jalan, Yang Berhormat. Kinabatangan, dia tak bagijalan. Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: 16,000, sebenamya mereka yang di bawah Kelas F ialah 16,351 orang sahaja, bukan 20,000 seperti yang disebut. Yang Berhormat bagi Tampin ada bertanya berkenaan dengan pembekuan lesen Kelas F dan peratusan tambahan pemilik sejak tahun 1997, kementerian telah meneliti perkara ini dan langkah tertentu telah diambil untuk mengurangkan bilangan kontrak Kelas F termasuk menggalakkan kontraktor meningkatkan ke kelas pendaftaran kepada kelas yang lebih tinggi dan mengetatkan syarat-syarat memperolehi lesen seperti aspek modal, kursus, latihan oleh bakal-bakal kontraktor, untuk makluman Yang Berhormat. Dari tahun 1997 hingga 2000 peningkatan bilangan kontraktor Kelas F tidak melebihi 10%. Ini kerana walaupun ramai yang memohon lesen barn tetapi ramai juga yang tidak membuat pembaharuan. Projek penswastaan di mana Yang Berhormat bagi Tampin minta diberikan peluang kepada kontraktor kecil dan memberikan penyelenggaraan yang Iayak kepada konsortium, kementerian akan memaklumkan perkara ini kepada agensi-agensi yang 76 DR.05.12.2000 terlibat dengan penswastaan agar kontraktor-kontraktor kecil juga diberi peluang mendapatkan kerja-kerja yang bersesuaian. Yang Berhormat bagi Tampin juga membangkitkan - semua sudah dijawab. Kemudian, Yang Berhormat bagi Beluran ada bertanya berkenaan dengan .... Tuan Pengerusi: Tampin bangun Yang Berhormat. Tuan Shaziman bin Abu Mansor: Terima kasih Tuan Pengerusi. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Tadi saya juga ada bertanya berhubung dengan pembekalan komputer yang mana pada hari ini Yang BerhQrmat Menteri sedia maklum di mana Pejabat Pos pun sudah mula mengambil alih tUgas pembekal-pembekal komputer yang mana dahulu dilakukan oleh ada orang yang bangsa Tionghua, ada orang India, ada orang Melayu. Tetapi bila sudah diambil tugas ini oleh Pejabat Pos maka ramai di kalangan pembekal-pembekal komputer ini tak berpeluang lagi untuk mengendalikan kerja-kerja membekal komputer ini. Jadi, apa pandangan Yang Berhormat berhubung perkara ini kerana secara tidak langsung usahawan-usahawan yang mula menjinakkan diri dalam industri ini terpaksa menyisihkan diri daripada bersaing dalam membekal komputer. Terima kasih. Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Saya selalunya menerima surat-surat daripada mereka yang terlibat dalam perkara seperti ini. Sebagai contoh, dahulu ada EON distributor, apabila mereka tidak dapat diberikan caj beberapa peratus, yang menjejaskan pemiagaan mereka, mereka tulis kepada saya. Tetapi yang komputer ini belumlah lagi tulis kepada saya. Namun, saya percaya usaha ini yang sebenamya ialah untuk mengatasi masalah penyalahgunaan yang dilaporkan dalam surat khabar jumlahnya begitu tinggi sekali. Tetapi walau bagaimanapun, kalau mereka tidak berpuas hati saya rasa kalau benda ini sampai kepada saya sebagai usahawan, mereka membuat sungutan kepada saya, insya-Allah, saya akan mengambil pertimbangan supaya mereka diberikan semula kalau boleh. Tetapi sehingga pada hari ini tidak ada surat yang dihantar kepada saya. Beluran telah membangkitkan berkenaan dengan airport limo. Saya telah dimaklumkan semenjak 15 November 2000 kita telah menghentikan monopoli airport limo dalam pengangkutan passengers daripada airport ke Bandaraya Kuala Lumpur dan teksi bandaraya sekarang ini boleh mengangkut passenger dan tidak hanya datang sebagai untuk menampung pada waktu-waktu tertentu tetapi mereka mempunyai keinginan untuk mengangkut passenger daripada airport ke Bandaraya Kuala Lumpur. Saya faham sememangnya ada masalah sedikit teething problem disabitkan oleh kerana kekeliruan yang berlaku di airport apabila teksi bandaraya ini diizinkan untuk mengambil penumpang-penumpang. Tetapi saya percaya perkara ini nanti apabila sudah menjadi kebiasaan segala masalah itu akan dapat diatasi, kerana masalah pokok yang berbangkit ialah kekurangan kenderaan untuk mengangkut dan ini kita atasi dengan menjemput teksi bandaraya dan juga limousine daripada Kelang untuk datang mengangkut passenger ini. Dari segi pilihan yang kita beri memang kita ada limo budget, kita ada service limo premium, teksi biasa, teksi premier, bas. Ini kita sediakan dan sebagai pilihan kepada pengguna-pengguna memilih bentuk perkhidmatan apa yang dimahukan oleh mereka. Soal teksi sapu saya percaya ianya akan dapat diatasi apabila perkhidmatan ini akan dapat diketahui oleh orang ramai. Oleh itu, apabila tidak berlaku kekurangan kenderaan maka sudah tentu tidak ada keperluan untuk menggunakan perkhidmatan teksi sapu ini. Saya percaya juga untuk mengatasi masalah berkenaan dengan teksi sapu ini dan juga mengatasi masalah yang mana orang tidak tahu bahawa teksi sudah masuk dan boleh angkut passenger, kementerian telah mengarahkan kepada pemandu­ pemandu teksi, persatuan kebajikan mereka untuk mengendalikan kaunter mereka sendiri. Saya percaya apabila mereka mengendalikan kaunter mereka sendiri sudah tentu mereka akan bersungguh-sungguh bekerja untuk memastikan supaya maklumat ..

DR.05.12.2000 77 bahawa mereka sudah menyediakan teksi ini telah pun wujud, akan disampaikan kepada orang ramai, pertama. Keduanya, sudah tentu mereka akan berusaha untuk memastikan supaya teksi sapu ini tidak dapat menjalankan pemiagaan mereka di KLIA ini. Kerana kalau ini tidak dihentikan sudah tentu ia akan menjejaskan peluang mereka untuk mencari makan. Teksi sapu ini juga saya harap kita dapat atasi dengan meminta kepada pihak­ pihak pengguna supaya tidak patronize atau menggunakan, melayankan perkhidmatan mereka. Itu sahaja cara yang boleh kita menghentikan khidmat teksi sapu yang wujud sekarang ini di K.LIA. Kalau pengguna tidak meriggunakan mereka saya percaya mereka tidak akan dapat bemiaga di sana. Saya ingin maklumkan di sini bahawa paling selamat sekali ialah gunalah perkhidmatan yang rasmi yang disediakan di KLIA. Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato' Mohd. Jarjis: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Kepong tidur, dia bukan puasa tetapi dia tidur. [Ketawa] Kita yang berpuasa terlenyap sedikit tak apalah Tuan Pengerusi. Kepong lenyap tak ada alasan sebab mengapa. Syabas kepada kementerian. Kalau dahulu ada keluhan kita dengar bila sampai ke KLIA, lapangan terbangnya cantik, semuanya baik tetapi kita terpaksa menunggu lama kerana tidak ada teksi. Dengan membenarkan juga teksi di bandar­ bandar boleh mengambil penumpang di K.LIA, ini satu inisiatif yang baik sekali. Saya hendak bertanya sedikit, sekarang ini tidak ada kaunter. Tadi Yang Berhormat Menteri kata akan diadakan kaunter untuk teksi-teksi limousine, kerana sekarang mereka datang berkeliaran untuk mencurah khidmat teksi mereka. Bila kita keluar, 10, 20 orang pegang kita "Encik hendak teksi", ini satu kaedah yang tidak begitu baik. Sebab itu saya ingat elok sekali Yang Berhormat Menteri mengumumkan tadi bahawa kaunter akan dimulakan. Bolehkah Yang Berhormat memberi jaminan bila kita boleh adakan kaunter ini supaya nampak cantik usaha-usaha yang telah diusahakan oleh kerajaan. Saya minta sedikit pandangan. Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Ya, sebenamya kaunter telah pun disediakan untuk airport limo. Cuma yang belum ialah teksi sebab teksi ini dia baru sahaja pada 15 November, jadi kita telah minta supaya MAB akan menyediakan kaunter teksi yang akan dikendalikan oleh Badan Kebajikan Pemandu Teksi itu sendiri dan kita juga meminta kerjasama daripada pihak polis dan juga MAB untuk memastikan supaya pihak-pihak teksi sapu ini dapat dikenal pasti. Tetapi mereka mempunyai berbagai-bagai taktik dan cara dia tetapi saya percaya dengan wujudnya perkhidmatan yang mencukupi dan juga perkhidmatan yang memuaskan, saya percaya akhimya nanti pengguna-pengguna tidak akan melayani lagi perkhidmatan yang diberikan oleh teksi sapu ini. Yang Berhormat bagi Padang Terap ada bangkit berkenaan dengan latihan keusahawanan di MARA. Sebelum itu saya ingin menyatakan bahawa memang benar sepertimana Yang Berhormat bagi Padang Terap sebut iaitu satu latihan yang harus kita beri ialah latihan sikap ini. Kita menyediakan berbagai-bagai latihan untuk usahawan-usahawan bumiputera ini. Tetapi kalau kita sediakan dengan tempat ruang niaga, latihan, pengurusan dan juga diberikan financing menerusi dana-dana, tetapi kalau sikap tidak berubah, dia tidak akan ke mana. Perkara ini telah kita kenal pasti waktu kita mengadakan satu sesi di Pulau Langkawi di mana Kementerian Pembangunan Usahawan mengadakan satu sesi untuk mengkaji semula tentang latihan keusahawanan kita dan perkara yang dibincang secara begitu hangat dan diutamakan ialah berkenaan dengan latihan yang perlu diberikan dalam sikap orang kita. Memang betullah, kita bila berbuat sesuatu, hendak siap sahaja. Soal sama ada selepas itu, bangunan itu baik atau tidak baik, itu bukan menjadi satu perkara yang penting kepada mereka. Jadi, sebab itu saya bersetuju supaya latihan yang hendak dilaksanakan ini, latihan berkenaan dengan sikap itu merupakan satu bahan yang penting dalam latihan 78 DR.05.12.2000 yang kita berikan kepada usahawan-usahawan kita. Kursus-kursus latihan pembentukan usahawan yang memberikan pendedahan motivasi diri, motivasi pemiagaan dan pengurusan pemiagaan sehingga kini kita telah memberi kepada 3,437 usahawan yang mana kita telah latih dan belanja kita sehingga pada hari ini ialah sebanyak RM4.4 juta. · Yang Berhormat juga telah membangkitkan berkenaan dengan ceramah­ ceramah agama ini iaitu apakah yang kita lakukan dan Yang Berhormat minta supaya kalau kita boleh melatih mereka yang ada kelulusan daripada sekolah agama. Saya hendak sebut di sini bahawa pertamanya, di kementeriap kita hanya boleh dalam bidang agama ini, melatih orang yang kita hendak gunakari untuk kementerian kita. Maknanya, oleh kerana agama ini adalah satu bidang di bawah kerajaan negeri, jadi dalam latihan ini kita hanya boleh melatih orang untuk kegunaan kita. Sebagai contoh, kalau kita perlukan kepada guru agama di Maktab Rendah Sains MARA, maka kita boleh menghantar pelajar-pelajar kita untuk belajar agama untuk menjadi ustaz di Maktab Rendah Sains MARA. Tetapi untuk orang lain, kita tidak boleh buat. Jadi, berkenaan dengan latihan ini, saya percaya kalau memang untuk latihan ini kita akan usahakan supaya kita akan melatih lebih ramai lagi kaunselor-kaunselor untuk ustaz-ustaz ini untuk memberi ceramah agama dalam melatih usahawan­ usahawan kita tetapi jumlahnya tidak besar. Maknanya, kita mungkin perlu dalam 20 atau 30 orang, itu sahaja. Tetapi kalau hendak melatih lebih daripada itu, bermakna sudah tentu bukan untuk kegunaan kita. Jadi, kita tidak boleh berbuat demikian. Jadi, bila Yang Berhormat tanya bolehkah kita latih? Saya kata memang kita boleh latih tetapi untuk kegunaan dalam Kementerian Pembangunan Usahawan sahaja. Tuan Zawawi bin Haji Ahmad: Terima kasih Dato' Menteri. Saya rasa kursus-kursus yang diberi berkait dengan keagamaan ini, kebanyakan pensyarah itu menekankan dalam konteks fardu ain saya rasa. Tidak ada satu motivasi untuk peserta­ peserta supaya menjadi usahawan. Padahal hadis Rasulullah s.a. w menyatakan pentingnya usahawan itu diwujudkan kerana 90% rezeki adalah bergantung kepada pemiagaan. Tetapi saya nampak, ustaz-ustaz yang dilantik itu tidak berkeupayaan untuk me"motivate "kan peserta-peserta itu menjadi usahawan yang dikehendaki oleh Islam. Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya ini bukan masalah ustaz sahaja. Macam kata hendak bagi latihan, dia juga masalah pelatih-pelatih yang lain yang luar daripada bidang agama. Pegawai, sebagai contoh, bagaimana dia hendak bagi motivasi kepada usahawan kalau dia itu sendiri cuma pegawai. Dia tidak ada pengalarnan jadi usahawankah, dia sendiri bukan usahawan. Jadi, sebab itu saya rasa masalah ini bukan masalah di kalangan ustaz sahaja tetapi juga masalah yang berkaitan di kalangan pelatih-pelatih yang lain kerana untuk memberikan satu latihan yang cukup baik berkenaan dengan usahawan ini, sudah tentu dia terlebih dahulu menjadi seorang usahawan supaya dia akan tahu bagaimana hendak motivate dan bagaimana susah payah dia mula daripada bawah sampai atas. Jadi, sebab itu saya setuju dengan apa Yang Berhormat sebut tetapi ini bukan sahaja masalah di kalangan ustaz, tetapi juga masalah di kalangan pelatih-pelatih yang lain yang luar daripada bidang agama. Maknanya, yang lain pun serupa juga. Waiau bagaimanapun, kita akan pastikan dan berikhtiar ustaz-ustaz ini dan juga pelatih­ pelatih ini juga, mereka juga kena diberi latihan untuk melatih orang. Jadi, kita akan sentiasa meningkatkan kebolehan dan keupayaan pelatih-pelatih kita untuk memberi latihan yang sempuma kepada usahawan-usahawan yang menghadiri kursus yang disediakan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan. Yang Berhormat bagi Serdang ada membangkitkan berkenaan dengan soal kenaikan tambang ini. Sebenarnya Yang Berhormat, di seluruh dunia ini tidak ada satu negara yang mana tidak ada satu pengangkutan yang boleh mendapat keuntungan sebenamya. Maksud saya di sini, melainkan kalau dia betul-betul buat dengan begitu efisien. Hendak mendapat untung tanpa menaikkan harga, memang tidak mungkin DR.05.12.2000 79

boleh dilaksanakan oleh mana-mana ibu negeri. Sebab itu, harga terpaksa dinaikkan. Kalau kita mahu supaya swasta menjalankan tanggungjawab pengangkutan awam, maka kita sedikit sebanyak kena ambil kira soal keuntungan juga. Di Malaysia ini, paling akhir kita telah menaikkan harga tambang ialah pada tahun 1992 iaitu lapan tahun dahulu dan ini disabitkan oleh kerana harga semua naik - harga diesel, minyak pelincir, harga tayar, alat-alat ganti, chassis dan pembinaan badan bas semua naik. Semua naik pada purata kadar 32%. Maka, sudah tentulah ini akan menyebabkan sedikit beban kepada pengguna-pengguna. Tetapi kalau ianya tidak dinaikkan, akhirnya semua akan tutup. Mereka ticlak akan mampu lagi, sebab itu bas rosak dan macam-macam lagi. Walau bagairnanapun, walaupun ia dinaikkan, kita memperingatkan kepada pengusaha-pengusaha bahawa mereka mempunyai tanggungjawab sebenamya untuk memastikan dapat memberi perkhidmatan yang baik berdasarkan kepada harga tambang yang telah dinaikkan. Saya tengok itu bahawa dalam surat-surat khabar yang ditulis kepada editor oleh kerana kita memantau perkara ini, perkara yang dibangkitkan sebenamya pengguna dia boleh bayar dengan syarat iaitu bahawa perkhidmatan mesti baik dan saya setuju dengan mereka iaitu kita sanggup bayar tetapi servis kena baik. Maka kalau servis tidak baik, kita tidak mahu bayar satu sen lebih pun. Jadi rata-rata saya tengok yang disungutkan majoriti ialah daripada segi perkhidmatan yang tidak memuaskan. Inilah yang kita cuba hendak beritahu kepada pengusaha-pengusaha iaitu bahawa mereka mesti memberikan perkhidmatan yang baik kalau tidak, pengguna akan merasakan bahawa mereka being short chase. Tuan Haji Che Ghani bin Che Ambak: Terirna kasih Tuan Pengerusi dan terirna kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Apakah Yang Berhormat Menteri sedar bahawa masalah yang berlaku di Lembah Klang berhubung dengan bilangan bas yang terdapat di bandar raya sebenamya telah melebihi pennintaan iaitu 163 7 buah dan penggunaan hanyalah sekitar 0.82 juta penumpang berbanding dengan Singapura, 2.96 juta, Hong Kong 4.05 juta, Bangkok lebih daripada 2 juta. Jadi sebenamya kedudukan Bandaraya Kuala Lumpur dari sudut penggunaan basnya adalah terlalu banyak tetapi apa yang berlaku ialah masalah ketepatan masa dan masalah kesesakan di Bandaraya Kuala Lumpur itu sendiri yang menyebabkan berlakunya kelewatan apabila penumpang-penumpang menunggu bas satu, dua jam baru sampai dan kalau sampai pun kadang-kadang berderet ke hala yang sama. Apakah dengan menaikkan tambang ini sahaja membebankan pengguna, penumpang yang begitu kecil sebenarnya tetapi kedudukan sebenamya ialah bukan kerana penumpang tidak hendak menggunakan bas tetapi ialah kerana berlakunya kesesakan Bandaraya Kuala Lumpur dan akibatnya beban terpaksa ditanggung oleh kumpulan yang kecil sedangkan maknanya perkhidmatan tidak diperbaiki. Terirna kasih. Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Masalah kita menaikkan tambang bas ini bukan kerana soal kesesakan, kita menaikkan tambang bas ini ialah kerana kalau tidak dinaikkan maka tidak ada pengusaha yang akan meneruskan perkhidmatan ini kerana ia tidak menguntungkan. Jadi sebab itu kenaikan tambang ini, dia tidak ada kena mengena dengan kelebihan bas atau apa, ia lebih merupakan kerana harga barang yang lain naik dan kalau kita tidak menaikkan tambang ini akibatnya ialah pengusaha tidak akan dapat menjalankan perkhidmatan yang diperlukan. Tuan Haji Che Ghani bin Che Ambak: Terirna kasih Yang Berhormat Menteri. lsunya begini, apabila penggunaannya ataupun demand and supply, penggunanya sikit maka pengguna terpaksa dibebankan dengan harga yang begitu tinggi tetapi kalaulah penumpang itu begitu ramai seperti yang saya sebut tadi, kalau Singapura hampir 3 juta orang menggunakan perkhidmatan bas dan Bangkok menggunakan lebih daripada 2 juta dan Singapura lebih daripada 4 juta orang menggunakan perkhidmatan bas, ertinya penumpangnya ramai, volume passenger ramai dan apabila itu berlaku maknanya harga fees itu boleh diturunkan. Apa yang 80 DR.05.12.2000 berlaku di Kuala Lumpur ialah syarikat bas mempunyai bas begitu banyak sehingga 1600 buah lebih, yang penumpangnya begitu sedikit iaitu 0.82juta orang dan akibatnya maknanya penumpang itu terpaksa menanggung kos yang begitu tinggi untuk membolehkan survival kepada bas ini. Jadi isu ini bukan kerana isu tambarig bas tetapi isunya perkhidmatan atau kesesakan Bandaraya Kuala Lumpur itu menyebabkan beban terpaksa ditanggung oleh sedikit sahaja penumpang. Terima kasih. Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Saya faham apa yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat sebentar tadi. Cuma yang dibangkitkan ini ialah kerana tambang bas naik. Jadi saya menjelaskan mengapll; tambang bas itu naik kerana kalau ia tidak dinaikkan akibatnya bukan sahaja orang 'tidak naik, tutup teruslah maknanya. Maknannya kalau tidak ada permintaan, bas terlalu banyak, orangnya kurang maka syarikat terpaksa tutup sebab memang rugi. Jadi kalau syarikat tutup, yang pakai sikit ini pun dia hendak naik apa sekarang ini, naik kereta sendiri atau beli motor. Jadi kita kena ambil kira dia juga sebab itu terpaksa dihidupkan juga pengusaha bas ini dan kalau hendak hidup kena naik tambang. Jadi kita yang mana dahululah, bullock cow dahulu atau Iembu dahulukah, ia jadi isu macam itu. Jadi oleh kerana yang dibangkitkan ini ialah soal tambang bas dan ada permintaan daripada syarikat bas iaitu bahawa kenaikan paling akhir pada tahun 1992, Iapan tahun dahulu maka sebab itu LPKP, kementerian memikirkan bahawa ada justifikasi, maka sebab itu kita naik. Sebenamya walaupun mengikut statistik Yang Berhormat itu kecil tetapi sebenamya permintaan untuk perkhidmatan kenderaan bas ini memang wujud, memang ada. Yang keduanya apa Yang Berhormat bagi Serdang ada menyebut berkenaan dengan perkhidmatan mengikut zon ini. Ya, memang betul. Kita mengadakan sistem zoning ini ialah kerana akhimya untuk menyelaraskan satu tiket yang membolehkan kita menaiki bas kemudian naik LRT sebab itu kita perlukan kepada zoning system ini kerana public transport bukan sahaja bas, sekarang ini sudah ada LRT, Komuter Train dan Iain-Iain Iagi. Untuk menyelaraskan harga bagi kedua perkhidmatan ini, maka kita perlu kepada zoning system dan sudah tentulah satu sistem yang baru ini, yang diperkenalkan sudah tentu ia akan berhadapan dengan berbagai-bagai masalah. ltu tidak boleh dinafikan dan kita cuba dan bila perancangan dibuat, katalah di atas meja. Apabila dilaksanakan maka kita akan dapat tahu apakah masalah yang dihadapi. Jadi itu yang kita harapkan iaitu supaya kalau ada apa-apa masalah yang dihadapi maka hendaklah dilaporkan kepada pihak kita supaya kita dapat mengatasi masalah ini dan satu daripada cara untuk kita membantu mereka yang terlibat dengan satu kenaikan yang begitu mendadak maka kita memperkenalkan apa yang dikatakan season ticket, discount yang kita beri 20% kerana orang yang akan terdedah kepada kenaikan harga begitu tinggi ini ialah regular user. Jadi kalau regular user sudah tentu kena bagi season ticket. Yang naik sekali sekala itu mungkin dia bayar sekali sekala dia tidak akan rasa sangat tetapi yang akan terasa ialah orang yang selalu menggunakan perkhidmatan ini. Sebab itu kita minta kepada syarikat supaya mereka memastikan 20% diskaun hendaklah diberikan kepada regular travelers supaya kenaikan itu tidak akan begitu mendadak dan tidak akan menggigit sangat poket dialah. Dato' Yap Pian Hon: Tuan Pengerusi, minta penjelasan daripada Yang Berhormat. Apa yang saya bangkitkan ialah satu, cara mana untuk mengadu kalau sesuatu perkhidmatan bas tidak begitu memuaskan, kepada panel atau siapa. Terus kepada pengusaha-pengusaha pengurusan syarikat bas atau kementerian. lni sepatutnya ada satu badan untuk menerima pandangan dan rayuan daripada orang ramai dan juga untuk mengemaskinikan perkhidmatan yang begitu di kawasan Serdang-Puchong ini sebab ini ada kaitan dengan zon ini. Walaupun Puchong­ Serdang tidak masuk zon tetapi mereka akan menghadapi masalah yang saya terima sepanjang masa ini, minta penjelasan. Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Pertama Yang Berhormat, kalau ada sungutan atau apa, jangan hantar kepada pengusaha, sebab kita kompelin tentang dia. sudah tentu dia letak bawah karpet. Kalau ada apa-apa problem, hantar kepada LPKP dan kita yang akan menghubungi pengusaha di atas tuduhan ataupun DR.05.12.2000 81

sungutan yang telah dibuat oleh satu pihak. Jadi pertama, sungutan hantar kepada LPKP. Jangan hantar kepada pengusaha. Yang kedua, Yang Berhonnat tanya pasal apa tadi? Dato' Yap Pian Hon: Keadaan perkhidmatan. Sebabnya mengapa sekarang Puchong-Serdang itu tidak masuk zon, tetapi oleh kerana perkhidmatan bas itu tidak tepat dan tidak ada sistem untuk supaya penumpang dapat mengikuti jadual waktu · yang ditentukan itu. Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul .Aziz: Saya ingat kawasan Yang Berhormat ini hulu sedikit itu sebab tidak masuk [Ketawa] Tidak, tidak. Okay, kalau dia tidak masuk zon mungkin ia sudah keluar daripada zoning system kita. Walau bagaimanapun ini saya telah sebutkan tadi, zoning system ini perkara baru yang diperkenalkan. Jadi saya harap dan kita memang sudah agak bahawa memang ada masalah-masalah tertentu yang akan berbangkit yang hanya dapat diketahui apabila zoning system ini dilaksanakan. Jadi Yang Berhormat sebut macam Puchong, Serdang dikeluarkan itu kalau ada maknanya sungutan, keperluan untuk dimasukkan sistem zon ini, saya minta supaya Yang Berhormat menulis surat kepada LPKP dan kita akan membuat pertimbangan. Tuan Haji Che Ghani bin Che Ambak: Terima kasih kepada Yang Berhormat menteri .. Tuan Pengerusi: Yang Berhormat boleh habiskah padajam 5.30. ya. Tuan Haji Che Ghani bin Che Ambak: Saya minta maaf, sebab .. Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Tidak sempat. Tuan Pengerusi: Yang Berhormat kerana kita hanya .. Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Kena habis itu. Tuan Pengerusi: Bolch habis ya. Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Kena habisjugalah. Tuan Haji Che Ghani bin Che Ambak: Laluan sudah diberi ini. Saya mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Menteri kerana prihatin dengan masalah pengangkutan awam yang saya rasa sepatutnya dijawab oleh Menteri Pengangkutan. Kita minta supaya perkara ini Yang Berhormat dapat memanjangkan kepada Kabinet supaya perkara ini dapat diselesaikan di peringkat Kabinet. Saya sebut semalam iaitu akibat daripada zoning system ini penurunan penumpang begitu mendadak, daripada 450 ribu dahulunya kemudian sekarang tinggal 270 ribu orang. Ini statistik yang ditunjukkan bahawa bila zoning system dilaksanakan hampir separuh atau 50% telah menurun dari segi penggunaan penumpangnya. Ini akan membebankan lagi iaitu, pengguna yang akan menggunakan bas ini ialah pengguna-pengguna rniskin yang berpendapatan rendah. Jadi mungkin saya salah seorang daripada penggunanya Yang Berhormat. Mungkin Yang Berhormat Menteri jarang naik bas atau tidak pemah naik bas. Kita dapati apabila ini berlaku yang dibebankan ialah pihak orang awam yang pendapatan mereka adalah rendah. Yang keduanya ialah untuk menyelesaikan masalah ini saya cadangkan ialah supaya ditubuhkan satu agensi yang akan dapat menyelaraskan. Saya tidak menyatakan bahawa ini tanggungjawab Yang Berhonnat seorang ataupun kementerian Yang Berhormat, tetapi perlu segera kepada satu agensi untuk menyelaraskan sekurang-kurangnya empat buah agensi kerajaan yang terlibat secara langsung bagi memastikan bahawa perkhidmatan bas terutamanya di Bandaraya Kuala Lumpur ini dapat diselesaikan dengan sebaik mungkin. Terima kasih. 82 DR.05.12.2000

Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Saya sudah jawab Yang Berhormat punya perkara ini. ltu sebab saya katakan tadi maknanya kalau kita tidak naik nanti syarikat tutup. Syarikat tutup langsung serupa macam Yang Berhormat tidak boleh datang ke pejabat terns, sebab perkhidmatan tidak ada. Jadi itulah yang mana hendak didahulukan, yang mana yang hendak dibelakangkan. Waiau bagaimanapun saya setuju yang mana satu agensi difikirkan untuk memantau dan mencari jalan bagaimana untuk mengatasi masalah perkhidmatan awam · di Lembah Kelang secara totalnya. Saya pun ada membuat kenyataan, ini adalah satu perkara yang baik supaya dapat kita atasi mas!1lah ini. Giat MARA. Giat MARA Yang Berhormat ini sebenamya dahulu Parlimen Puchong. Jadi kita telah buat di Parlimen Puchong, jadi sekarang ini sudah menjadi Serdang. Tetapi tidak apa, yang di Puchong itu pun Yang Berhormat punya orang boleh pergi belajar di sana. Tetapi dalam Rancangan Malaysia Kelapan ini kita bolehlah buka di Serdang, tiada masalah. Yang Berhormat bagi Tuaran banyak membangkitkan perkara yang secara detail. Saya ada jawapannya, tetapi saya akan beri secara bertulis kepada Yang Berhormat sebab lima muka Yang Berhormat ya. Khusus saya beri detail kepada Yang Berhormat. Yang Berhormat bagi Kinabatangan ada membuat kompelin berkenaan dengan pinjaman MARA, kuasa kelulusan semua. Ini juga saya ada jawapan bertulis yang akan saya beri kepada Yang Berhormat sebentar nanti. Yang Berhormat bagi Jeli .., dia pun sudah balik. Dia telah bercakap berkenaan dengan sistem zon, telah pun saya jawab dan permit individu sememangnya kementerian pada awal tahun ini telah membuat keputusan untuk membuka semula permit kepada individu. Sekarang ini nisbah permit yang diberi kepada syarikat dan individu ialah di antara 70:30. Kita hendak turunkan nisbah itu kepada 60: 40, iaitu 60 kepada syarikat dan 40 kepada individu. Kita akan memberi kepada semua rakyat Malaysia yang layak, yang mempunyai pengalaman selama 5 tahun memandu teksi. Keutamaan kita beri kepada bekas tentera, polis, pesara dan juga golongan belia. Pada tahun ini, 200 insya-Allah akan kita berikan di Lembah Kelang dan 100 di Johor. Tahun hadapan kita akan tambah Iagi mengikut keperluan. Berkenaan dengan bas ekspres ini memang betul kita minta supaya bergabung kerana ia lebih mudah daripada kita berhubung dengan banyak sangat pengusaha-pengusaha yang mendapat permit dan lesen untuk menjalankan bas ekspres, sehinggakan kita hendak memantau mereka pun susah. Dengan sebab itu kita menggalakkan supaya mereka bergabung. Cuma apa yang kita hendak buat ialah kalau dahulunya kita hanya syarat kepada dua sahaja konsortium, kita membuka konsortium kepada tiga, empat ataupun lima di atas permintaan persatuan-persatuan sendiri. Sebagai contoh ada PMOBA, ada berjumpa dengan saya. Mereka hendak bergabung sesama mereka, kita menggalakkan mereka. Jadi kita tidak akan mengehadkan kepada satu atau dua konsortium sahaja. Kita boleh buka lebih daripada itu, asalkan mereka bergabung dan mudah kita untuk memberi arahan kepada empat atau lima konsortium daripada kita terpaksa mencari 200, 300 pengusaha yang sukar untuk kita memantau mereka. Jadi penggabungan ini akan diteruskan. Berkenaan dengan ANSARA, saya ingin memaklumkan di sini bahawa kita mengiktiraf peranan yang dimainkan oleh ANSARA. Di mana kita telah melantik seorang daripada mereka untuk duduk sebagai Ahli Majlis MARA Kita telah juga melantik ANSARA untuk bekerja dan mereka diberikan ruang pejabat di MARA untuk menjalankan aktiviti mereka. Mereka boleh membimbing dan mereka juga telah mengadakan kongres profesional muda Melayu yang telah diadakan baru-baru ini. Pejabat urns setianya adalah di pejabat MARA dan ANSARA sememangnya diberikan peranan untuk membantu kita dalam memajukan golongan bumiputera ini. Kita memang beri, sebab mereka DR.05.12.2000 83 merasakan mereka mendapat pendidikan daripada MRSM, mereka hendak membalas balik budi MARA, maka kita izinkan mereka untuk berbuat demikian. Yang Berhonnat bagi lpoh Timor juga telah bercakap tentang teksl individu, telah pun saya jawab. Yang Berhormat bagi Sipitang berkenaan dengan Pusat Latihan Kemahiran MARA. lnsya-Allah kita akan laksanakan pada tahun 2001 di bawah Rancangan Malaysia Kelapan, Pusat Giat MARA Sipitang ini. Kemudian yang lain Yang Berhormat juga membangkitkan berkenaan dengan perkara pembukaan ruang­ ruang niaga. Ini saya ada jawapan bertulis dan saya akan sampaikan kepada Yang Berhormat sebentar nanti. · · Jadi Tuan Pengerusi, berkenaan dengan apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat bagi Tebrau juga kita mengambil perhatian, kerana dia membangkitkan soal perkhidmatan teksi. Saya berharap Yang Berhormat akan menulis surat kepada saya dan kita akan mengambil tindakan selanjutnya. Jadi Tuan Pengerusi, saya sekali lagi mengucapkan sebanyak terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dan insya-Allah yang mana yang saya tidak jawab secara lisan, saya akan berikan jawapan bertulis seperti yang diberikan oleh pegawai saya. Terima kasih. Tuan Pengerusi: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM972,825,100 untuk Maksud B.50 di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan. Wang sebanyak RM972,825,100 untuk Maksud B.50 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual. Tuan Pengerusi: Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM530,508,370 untuk Maksud P.50 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan bagi tahun 2001 hendaklah diluluskan. Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan. Wang sebanyak RM972,825,100 untuk Maksud P.50 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan 2001. Maj/is Mesyuarat bersidang semula. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat) Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat pada besok pagi kita akan mengadakan upacara ucapan takziah bersabit kembalinya ke rahmatullah Yang Amat Berbahagia Tuan Yang Terutama, Tun Datuk Patinggi Dr. Haji Ahmad Zaidi Adruce bin Mohammed Noor, Yang Dipertua Negeri Sarawak. Dengan sedihnya dimaklumkan Allahyarham itu telah meninggal dunia di Medical Center, Subang Jaya, jam 6.00 pagi. Saya berharap ramai Yang Berhormat dapat hadir pada besok pagi pada permulaan mesyuarat untuk upacara membaca Al-Fatihah dan bertafakur. Sekian, terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat ini ditangguhkan sekarang sehingga pukul 10.00 pagi esok. Dewan ditallgguhkan pada pukul 5.30 petang.