Ÿþ4 G X 0 1 ! . D
Total Page:16
File Type:pdf, Size:1020Kb
DR.11.4.2000 1 “DOKUMEN INI BELUM DISEMAK!” [Senarai Ahli Parlimen dilampirkan] [Kandungan dilampirkan] MALAYSIA DEWAN RAKYAT Selasa, 11 April 2000 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] PENGUMUMAN TUAN YANG DI-PERTUA PENAMBAHAN HARI MESYUARAT Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, saya suka hendak memberitahu Majlis ini bahawa saya telah menerima satu perutusan daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selaku Ketua Majlis supaya Mesyuarat Dewan Rakyat yang berjalan sekarang ditambah selama enam hari lagi iaitu pada hari Isnin, 17 April hingga hari Selasa 25 April 2000 untuk memberi masa yang lebih lagi bagi Dewan Rakyat membahas rang undang-undang yang dibentangkan oleh kerajaan menurut Peraturan Mesyuarat 11(2), Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat. CUTI KEPADA AHLI - KEBENARAN Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, saya suka hendak memberitahu Majlis ini iaitu pada menjalankan kuasa-kuasa yang telah diberikan kepada saya mengikut ketetapan yang dibuat oleh Dewan ini pada 25 April 1991, saya telah membenarkan cuti daripada menghadiri mesyuarat di bawah Perkara 52(2) Perlembagaan Persekutuan kepada Yang Berhormat Dato’ Profesor Ameritus Haji Shahnon Ahmad, Ahli bagi kawasan Sik dari 14 Februari hingga tamat sidang Dewan Rakyat yang berjalan sekarang. DR.11.4.2000 2 JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN -PERTANYAAN [Soalan No. 1 - Y.B. Tuan Mah Siew Keong (Teluk Intan) tidak hadir] 2. Tuan Tiong Thai King [Lanang] minta Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan menyatakan apakah rancangan kerajaan selanjutnya bagi mengenal pasti dan mempromosi lebih banyak lokasi baru yang berpotensi untuk dijadikan sebagai destinasi pelancongan bagi pelancong-pelancong asing dan tempatan. Timbalan Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan [Dr. Ng Yen Yen]: Tuan Yang di-Pertua, dalam usaha mengenal pasti dan mempromosikan lebih banyak lokasi baru yang berpotensi untuk dimajukan sebagai destinasi baru yang berpotensi untuk dimajukan sebagai destinasi pelancongan, sukacita saya memaklumkan bahawa Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan telah menggunakan beberapa pendekatan seperti berikut: (i) membuat kajian dan melaksanakan program auditan iaitu membuat lawatan pemeriksaan serta mendapat input tempatan daripada pelbagai sumber mengenai sesuatu produk atau destinasi yang diketahui mempunyai potensi untuk dibangunkan dan dipromosikan; (ii) mengenal pasti produk berasaskan aktiviti pelancongan baru yang berasaskan dengan izin, pendidikan (education-tourism), kesihatan (health-tourism), pertanian (agro-tourism), jejak warisan (heritage -tourism) dan pelancongan air (marine- tourism) dan sebagainya dan membangunkannya sebagai pakej- pakej pelancongan yang menarik dan kompetitif di setiap negeri di Malaysia; (iii) meminta kerjasama pelbagai pihak sama ada kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan, pihak swasta mahupun pertubuhan- pertubuhan dan pengusaha pelancongan menyediakan inventori bagi produk aktiviti pelancongan yang dikenal pasti berpotensi DR.11.4.2000 3 untuk dibangunkan untuk dikemukakan kepada Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan bagi tujuan perancangan, pembangunan dan promosi; (iv) mempertingkatkan lagi usaha menjadikan negara ini sebagai destinasi pelancongan yang khusus kepada aktiviti yang mempunyai permintaan pasaran dunia dan tempatan yang berpotensi dan sedang berkembang, di antaranya seperti aktiviti mesyuarat insentif, konvensyen dan pameran atau pertunjukan serta aktiviti membeli-belah; (v) menyediakan kriteria -kriteria bagi menentuka n produk atau destinasi pelancongan yang berpotensi tinggi, berpotensi sederhana dan berpotensi rendah untuk dibangunkan dipromosikan, di samping menyediakan pelan tindakan jangka panjang serta garis panduan-garis panduan dalam membangunkan memprom osikannya; (vi) mengambil kira aspek pelancongan dalam merangka sebarang perancangan dan pelan struktur pembangunan kawasan oleh pelbagai pihak terutamanya kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan kerana perancangan dan tanah adalah urusan kerajaan negeri. Tuan Lim Hock Seng: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Destinasi- destinasi pelancongan bukan khusus hanya untuk orang-orang asing atau pelancong asing sahaja. Ia juga ambil kira rakyat tempatan. Satu masalah yang sering dihadapi oleh rakyat tempatan adalah bayaran masuk untuk tempat-tempat destinasi adalah amat tinggi. Sekiranya dikira seperti Sunway Pyramid, Mines, Menara Berkembar atau Zoo Negara, sekiranya seorang bapa atau ibu hendak membawa tiga -empat orang anak-anak mereka semua sekali bayaran masuk sahaja pun sudah RM50 atau RM60. Jadi, bagaimanakah pihak Yang Berhormat boleh meringankan beban rakyat Malaysia supaya mereka dapat juga peluang untuk mengunjungi destinasi-destinasi pelancongan ini. Dr. Ng Yen Yen: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Memang kementerian bersetuju, destinasi-destinasi pelancongan bukan sahaja untuk orang asing tetapi DR.11.4.2000 4 khususnya untuk rakyat Malaysia. Atas ini kementerian akan buat promosi dengan begitu hebat pada bulan yang akan datang. Yang kedua, berkaitan dengan pembayaran yang tinggi. Apa -apa yang di bawah kuasa kementerian seperti Muzium, itu memang kita beri sangat murah. Untuk murid-murid langsung percuma. Tetapi untuk produk-produk yang dibangunkan oleh swasta, itu memang kementerian tidak ada kuasa untuk, dengan izin, control pricing mereka. Tetapi berkaitan dengan Zoo Negara memang saya bersetuju dan akan bawa perkara ini kepada kementerian dengan membuat kajian. Terima kasih. Tuan Hoo Seong Chang: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Selain daripada mengenalpastikan banyak lokasi baru sebagai destinasi pelancongan, adakah kementerian mempunyai rancangan supaya untuk menjadikan satu penyelarasan (coordinator) supaya dengan adanya kerjasama daripada jabatan pelancongan negeri-negeri, kita mengadakan satu pakej, misalnya pelancongan yang masuk dari pintu masuk negeri Johor, jadi bila mereka masuk ke negeri Johor ada tempat-tempat yang dicadangkan oleh kementerian selepas negeri Johor pergi ke Melaka – Melaka mana tempat yang lebih menarik dan sebagainya supaya ada pilihan yang lebih banyak kepada pelancong-pelancong. Sekian, terima kasih. Dr. Ng Yen Yen: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Pada masa sekarang kementerian yang menjalankan tugas sebagai informal coordination, dengan izin, ialah ada mesyuarat setiap tiga bulan di antara semua Ahli Exco negeri dengan kementerian. Kita memang tidak ada satu formal coordination punya tugas. Tetapi kementerian pun bersetuju di atas cadangan Yang Berhormat. Jadi, kita selalu ada bawa kepada semua negeri buat pakej yang ada berkaitan seperti Northern corridor, dengan izin, Southern corridor. Tetapi pakej-pakej itu mesti datang dengan inisiatif antara satu negeri dengan lain. [Soalan No. 3 - Y.B. Tuan Nasharudin bin Mat Isa (Yan) tidak hadir] 4. Tuan Zawawi bin Haji Ahmad [Padang Terap] minta Menteri Perusahaan Utama menyenaraikan jumlah kilang-kilang memproses getah yang terdapat di seluruh negara dan adakah jumlah tersebut mencukupi dan adakah kerajaan bercadang untuk menambah lesen kilang tersebut. Timbalan Menteri Perusahaan Utama [Datuk Anifah Aman]: Tuan Yang di-Pertua, setakat ini terdapat 127 buah kilang memproses getah di seluruh negara di DR.11.4.2000 5 mana 118 buah adalah masih aktif. Daripada jumlah yang aktif ini, 69 buah adalah kilang memproses Standard Malaysian Rubber (SMR), 46 kilang memproses latex dan tiga kilang getah speciality rubber. Jumlah kilang yang ada kini adalah berlebihan berikutan trend pengeluaran getah yang semakin menurun. Kilang-kilang ini telah beroperasi pada keupayaan yang rendah di antara 55% hingga 60% daripada kapasiti berikutan kekurangan bahan mentah tempatan. Kerajaan juga telah menggalakkan pengimportan getah dari luar negara bagi mengatasi masalah over capacity, dengan izin, dalam kilang-kilang tersebut. Justeru, kerajaan tidak bercadang lagi untuk menambah lesen kilang memproses dari yang sedia ada. Tuan Zawawi bin Haji Ahmad: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebenarnya rintihan para penoreh getah di seluruh negara berhubung dengan kejatuhan harga getah ini telah lama kita dengar. Namun, kita dapati bahawa pihak kementerian kurang bersungguh-sungguh ataupun tidak bersungguh-sungguh untuk mengatasi masalah ini. Kekurangan jumlah kilang-kilang memproses getah yang didakwakan itu menyebabkan para pengilang telah menggunakan ataupun menekan para penoreh dengan meletakkan harga yang begitu rendah dan seterusnya kebenaran untuk mengimport getah daripada negara jiran adalah merupakan satu faktor yang menyebabkan harga getah tempatan jatuh. Jadi, oleh sebab itu, saya kira pihak kementerian harus mengambil satu langkah yang lebih agresif supaya nasib para petani, para penoreh dapat terbela kerana sekarang ini musim hujan umpamanya, kalau di kawasan saya di Padang Terap, pihak penoreh getah itu terpaksa cari ke rja- kerja lain, ada setengahnya terpaksa menangkap kura-kura untuk jual bagi menampung kekurangan perbelanjaan mereka. Tuan Yang di-Pertua: Soalannya Yang Berhormat. Tuan Zawawi bin Haji Ahmad: Soalannya, apakah langkah yang harus diambil oleh pihak kementerian bagi mengatasi masalah ini. Sekian. Datuk Anifah Aman: Terima kasih Yang Berhormat bagi Padang Terap. Sebenarnya kejatuhan harga bukanlah oleh kerana kementerian kita atau negara kita tidak menjalankan langkah-langkah yang sepatutnya diambil. Kejatuhan harga untuk makluman Ahli Yang Berhormat ialah oleh kerana beberapa faktor utama. Yang Berhormat sedia maklum bahawa