(PPSMI) Chedet.Co.Cc March 13, 2009 by Dr. Mahathir Mohamad
Total Page:16
File Type:pdf, Size:1020Kb
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS (PPSMI) Chedet.co.cc March 13, 2009 By Dr. Mahathir Mohamad 1. Saya berasa amat sedih apabila membaca laporan berkenaan demonstrasi yang dipimpin oleh tokoh sastera Melayu menentang pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. 2. Kononnya ini akan menidakkan kebolehan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam ilmu ini. Konon ia akan mengurangkan perkembangan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. 3. Kita harus ingat bahawa pelajaran bukan semata-mata untuk memaju atau mengembangkan bahasa. Pelajaran adalah untuk penguasaan ilmu, pelbagai jenis ilmu. 4. Yang boleh meningkatkan taraf dan kemajuan bahasa ialah matapelajaran bahasa itu sendiri dan diperingkat yang lebih tinggi mata pelajaran sastera. 5. Sains dan matematik tidak mungkin menolong kemajuan bahasa, khususnya bahasa Melayu. 6. Ini disebabkan bahasa sains dan matematik bukan daripada bahasa Melayu. Sebahagian besar daripada perkataan-perkataan dalam mata pelajaran ini adalah dalam bahasa Latin yang di-Inggeriskan. 7. Memang benar kita boleh Melayu-kan perkataan-perkataan ini, seperti juga kita Melayu-kan perkataan daripada lain-lain bahasa. 8. Memang boleh tetapi perkataan-perkataan sains bukan satu dua tapi beratus-ratus. Dan perkataan ini menjadi asas kepada perkataan yang mempunyai makna yang amat berlainan. 9. Umpamanya perkataan Oxygen (Oksigen) - satu jenis gas. Derivative (cabang) daripada perkataan ini adalah seperti berikut; • Oxygenation • Oxidation • Oxide • Oxidants • Deoxydation • Oxidise • Oxidification • Dioxide • Monoxide • Peroxide 10. Ini hanya bagi satu elemen daripada sebanyak 120 (118) elemen. 11. Tiap satu mempunyai banyak derivative. Tetapi ada perkataan-perkataan lain yang hanya untuk ilmu sains. Jika semuanya nak di-Melayukan, bahasa Melayu akan bertukar menjadi bahasa Inggeris, ejaan lain bunyi semacam. Sebenarnya ia bukan bahasa Melayu lagi. 12. Ilmu sains dan matematik bukan ilmu yang statik. Ilmu-ilmu ini berkembang sepanjang masa. Tiap hari ada hasil kaji selidik, penerokaan, ciptaan dan perluasan yang diperkenal melalui ratusan kertas-kertas yang ditulis. 13. Hampir semua ditulis dalam bahasa Inggeris. Untuk menterjemah tulisan ini kita perlu orang yang fasih dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dan faham ilmu yang hendak diterjemah. 14. Kita ada beberapa kerat sahaja orang yang berkebolehan seperti ini. Itupun dalam dua tiga bidang sahaja. Orang yang layak seperti ini tidak berminat menjadi penterjemah seumur hidup. Apabila sains dan matematik diajar dalam bahasa Melayu, orang seperti ini tidak akan ada lagi. Bagaimanakah kita hendak ikuti perkembangan ilmu sains? 15. Sebaliknya kertas ilmiah akan terus dikeluarkan beratus-ratus lagi, semuanya dalam bahasa Inggeris atau bahasa-bahasa lain. Maka tanpa kebolehan menterjemah semua ilmu baru ini akan tertinggallah orang Melayu dalam bidang ilmu yang amat penting di zaman ini. 16. Kalau kita masih tidak dapat menerima kenyataan di atas, kaji sahaja jumlah Phd dalam bidang sains yang hanya belajar sains dalam bahasa Melayu dan tidak faham bahasa Inggeris. Berapa ramaikah daripada pakar dalam bidang perubatan yang hanya belajar dalam bahasa Melayu, tanpa buku dalam bahasa Inggeris sebagai buku teks. 17. Apakah penuntut luar bandar tidak dapat menguasai bahasa Inggeris? 18. Sekali lagi perhitungan perlu dibuat berkenaan jumlah mereka yang dari kampung yang memegang jawatan tinggi dalam Kerajaan dan swasta kerana lulus dalam bahasa Inggeris dan mampu berhujah dalam bahasa berkenaan. Yang menentang PPSMI pun dari kampung juga tetapi dapat kelulusan bahasa Inggeris. Bahkan mereka sering berbahasa Inggeris. 19. Duta dan diplomat kita, berapa ramaikah yang hanya boleh bertutur kata dalam bahasa Melayu yang memegang jawatan penting dalam Kementerian Luar? 20. Pakar sains dan perubatan dan juga pegawai tinggi Kerajaan sering dikehendaki mengambil bahagian dalam persidangan antarabangsa. Apakah mereka dapat berhujah dan mengambil bahagian secara berkesan dengan mengguna hanya bahasa Melayu? 21. Saya bukan hendak memandang rendah bahasa bangsa saya sendiri. Tetapi saya perlu terima hakikat yang sebenar. 22. Bahasa sesuatu bangsa akan dipelajari oleh orang asing jika bangsa itu amat maju dan terkenal dengan ilmu yang dimiliki dan diterokai olehnya. Demikian sebelum abad ke-15 Masihi orang Eropah terpaksa belajar bahasa Arab kerana tamadun Islam pada masa itu gah dan amat dihormati. Tetapi selepas orang Islam ketepikan sains, ilmu perubatan dan hisab, orang Eropah tidak lagi mempelajari bahasa Arab. Sebaliknya orang Arab dan Islam terpaksa belajar bahasa Eropah. 23. Jika kita ingin bahasa Melayu digunakan dengan meluas kita perlu majukan diri kita dalam semua bidang terutama bidang ilmu dahulu. Sebelum daripada itu minat untuk belajar bahasa Melayu akan terhad kepada sekumpulan kecil sahaja. 24. Kita belajar sains dan matematik untuk memajukan bangsa kita supaya satu hari mungkin kita akan terkenal berkenaan dengan penerokaan dan kajiselidik oleh kita dan orang lain akan belajar bahasa kita untuk mendapat ilmu yang diteroka oleh kita. 25. Penguasaan ilmu amat penting bagi masa depan seseorang. Janganlah kita perjudikan masa depan anak orang kerana kononnya kita seorang nasionalis yang begitu sayang kepada bahasa kita. Sayang bahasa tidak boleh melebihi sayang bangsa. Mereka yang sayang bangsa mereka ingin lihat bangsa mereka maju, berilmu dan dihormati dunia. Hanya kerana boleh bertuturkata dalam bahasa sendiri tidak akan menjadikan bangsa kita dihormati dan disegani orang. 26. Akan rosaklah bangsa dan negara jika dasar negara ditentukan oleh orang yang berdemonstrasi. Lebih rosak lagi jika yang berdemonstrasi didalangi oleh politik pembangkang. 571 Comments By apanamaAuthor Profile Page on March 13, 2009 7:05 PM Kalau masih ada lagi manusia yang tak faham tujuan pengajaran Sains and Mathematics dalam Bahasa Inggeris ... baik pi terjun kolam IWK jer. By apel3Author Profile Page on March 13, 2009 7:08 PM bodoh btl diorang tu.. sendiri ckp melayu tak betul.. By CheWalAuthor Profile Page on March 13, 2009 7:15 PM PPSMI - FAQ (Frequently Asked Question) 1. Apakah matlamat PPSMI (Pengajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris) ? Matlamat dan objektif utama : Supaya pelajar-pelajar dapat menguasai subjek sains dan matematik dalam ertikata yang sebenar. Matlamat secara tidak langsung : Dapat meningkatkan penggunaan bahasa inggeris dalam bidang teknikal 2. Kenapa perlu kuasai sains dan matematik ? Kerana sains dan matematik adalah subjek asas kepada bidang sains, teknologi, maklumat, kejuruteraan. Pemahaman sains dan matematik akan memudahkan pelajar menguasai bidang-bidang sains dan kejuruteraan di peringkat tinggi (universiti). 3. Kenapa mesti bahasa inggeris ? Kerana 100% bahan rujukan untuk bidnag-bidang sains dan teknologi adalah dalam bahasa inggeris. Oleh itu, dgn memahami sains dan matematik dalam bahasa inggeris dari awal lagi, ia akan memudahkan pemahaman kpd konsep dan fundamentals dalam bahan-bahan rujukan ini. 4. Kenapa tak boleh gunakan BM dalam subjek sains dan matematik ? BM sudah digunakan sekian lama. Malah sehingga kini BM masih digunakan dalam kedua-dua subjek ini (walaupun secara dwi-bahasa). Masalah yang berlaku adalah semasa di peringkat tinggi (universiti), oleh kerana bahan rujukan adalah dalam BI, menyukarkan pelajar utk memahami konsep dan teori asas. Ia memerlukan masa utk pelajar tersebut memahamkan terma-terma tertentu... Ini boleh menjejaskan pemahaman keseluruhan yang membawa kegagalan dalam menguasai konsep bidang yg diceburi. Akhirnya pelajar tadi hanya akan belajar semata-mata untuk lulus dalam peperiksaan dan semata-mata untuk segulung ijazah dan bukannya untuk menguasai ilmu. 5. Kenapa perlu kuasai sains dan tekonologi ? Sehingga kini, umat islam yang merupakan umat terbesar di dunia hanyalah umat pengguna. Kita hanya menjadi pengguna. Kita tidak menjadi pencipta. Yang menjadi pencipta adalah bangsa lain dan agama lain. Maka kita amat bergantung kpd bangsa barat dan yahudi dalam segala-galanya. Ini menjadikan kita begitu lemah dan tidak mampu berbuat apa-apa. Malah untuk memboikot barangan US pun kita tidak mampu kerana kita tiada alternatif lain selain daripada bergantung kpd barangan mereka. sehingga kini, kita hanyalah bangsa dan umat pengguna. Kita hanya mampu merintih, meratap dan menangis diatas kekejaman yang dibuat oleh org barat dan yahudi terhadap islam. Kita hanya boleh merayu meminta belas kasihan mereka. Lebih-lebih pun kita hanya mampu berkata "...mereka ini kejam ", "jagnan buat begitu ", "...tolong hentikan serangan", "...mereka ini tak berperikemanusiaan lah"... dan pelabagai kata-kata lain. Kenapa ? kerana kita bukan bangsa ata umat yg dihormati diatas kejayaan kita menguasai teknologi. Kita adala umat pengguna. Untuk menjadi pencipta, kita perlu kuasai sains dan tekonologi. Bukan sahaja lulus dalam ujian...tetapi perlu kuasa ilmu tersebut. Apabila kita (umat islam) menjadi pencipta, maka bangsa barat dan yahudi tidak akan berani menindas dan menghina umat islam. Kejadian di Palestine juga tidak akan berlaku sekiranya kita adalah umat pencipta dan pengeluar teknologi. 6. Kenapa Jepun, Perancis, German boleh berjaya dgn bahasa mereka ? Kenapa mereka tak perlu PPSMI untuk berjaya ? Negara-negara diatas adalah juga negara-negara yg menjadi pelopor kpd tekonologi. Mereka telah meneroka bidang sains dan teknologi berpuluh-puluh tahun dahulu malah semenjak sebelum revolusi teknologi. Jepun misalnya, telah meneroka bidang sains dan teknologi sebelum perang dunia lagi.