[Dokumen ini belum disemak

DEWAN RAKYAT PARLIMEN KESEBELAS PENGGAL KEEMPAT MESYUARAT KETIGA

Bil. 60 Isnin 5 November 2007

K A N D U N G A N

JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1)

RANG UNDANG-UNDANG:

Rang Undang-undang Perbekalan 2008 (Halaman 27)

USUL-USUL:

Usul Anggaran Pembangunan 2008 (Halaman 27)

Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 61)

DR. 5.11.2007 1

MALAYSIA

DEWAN RAKYAT

Isnin, 5 November 2007

Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi

DOA

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

1. Datuk Rosli bin Mat Hassan [Dungun] minta Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri menyatakan berapakah filem luar negara yang telah diluluskan oleh Lembaga Penapisan Filem dan ditayangkan di Malaysia dari tahun 2002 hingga sekarang dan apakah kriteria- kriteria yang diperlukan bagi melayakkan filem tersebut diberi kelulusan untuk ditayangkan di Malaysia.

Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri [Datuk Tan Chai Ho]: Tuan Yang di- Pertua, jumlah filem yang diluluskan oleh Lembaga Penapis Filem Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri untuk tayangan di Malaysia dari tahun 2002 hingga bulan Jun 2007 adalah seperti berikut:

BILANGAN TAHUN TAJUK FILEM 2002 9,130 2003 14,354 2004 13,954 2005 13,908 2006 17,408 2007 (sehingga Jun) 11,563

JUMLAH 80,317

Tuan Yang di-Pertua, Akta Penapisan Filem 2002 memperuntukkan bahawa filem termasuk dari luar negara yang hendak ditayangkan di Malaysia hendaklah ditapis dan diluluskan oleh Lembaga Penapis Filem iaitu LPF, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri. Dalam membuat keputusan penapisan, LPF akan membuat penilaian berdasarkan garis panduan penapisan filem yang ditetapkan oleh kerajaan. Bagi filem yang tidak mempunyai unsur-unsur negatif atau melampaui dari segi ideologi dan politik, keagamaan, sosiobudaya peradaban dan tata kesusilaan akan diluluskan oleh LPF untuk tayangan. LPF sentiasa berhati-hati supaya filem- DR. 5.11.2007 2

filem yang mengandungi unsur-unsur negatif dan keterlaluan yang boleh memudaratkan rakyat dan negara tidak dibenarkan ditayangkan di Malaysia. Sekian, terima kasih. Datuk Rosli bin Mat Hassan [Dungun]: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada jawapan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi. Soalan tambahan saya ialah kita dapati pertambahan filem-filem luar yang ditapis telah naik dan sedikit sebanyak menjejaskan filem keluaran negara kita. Umum menyatakan bahawa filem dalam negara kita nampaknya kualiti makin menurun dan banyak isu-isu yang berkaitan dengan isu perkauman, keagamaan dan kepercayaan tahyul begitu banyak ditayangkan. Jadi, saya hendak bertanya apakah integriti ataupun piawai dan standard yang ada dalam Ahli Lembaga Pengarah Filem ini? Bolehkah beri contoh beberapa tokoh yang berada dalam LPF ini kerana kadang-kadang ia menjadi perbincangan umum bahawa filem-filem yang berlebihan dalam isu perkauman umpamanya, dalam hal ehwal perkauman, agama, tahyul dan sebagainya banyak ditayangkan dan dibawa masuk ke dalam negara kita. Terima kasih. Datuk Tan Chai Ho: Tuan Yang di-Pertua, penapisan filem yang dilakukan oleh LPF adalah melalui garis panduan penapisan filem yang ditetapkan oleh kerajaan. Garis panduan yang saya sebutkan tadi adalah komprehensif yang mengandungi peraturan yang menjurus kepada nilai-nilai murni dan moral. Jadi, unsur-unsur negatif seperti keganasan melampau yang boleh memudaratkan rakyat dan keselamatan negara, filem-filem seperti itu tidak boleh ditayangkan di negara kita dan kita boleh lihat filem-filem yang diimport dari luar negara telah ditapis secara teliti. Pastikan mereka tidak mempunyai unsur-unsur yang negatif dan begitu juga kepada filem-filem tempatan kita mesti melalui garis panduan penapisan filem-filem itu dengan teliti. Pada tahun-tahun yang lepas kita boleh tengok banyak filem-filem yang berunsur negatif telah ditolak dan tidak diluluskan untuk tayangan di negara kita. Jadi, LPF akan menjalankan tugas secara berhati-hati. Datuk Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib [Maran]: Saya perhatikan masih terdapat banyak adegan yang boleh merosakkan ataupun agak lucah yang dipaparkan dalam filem-filem luar ini termasuklah dari segi pakaian, percumbuan dan sebagainya. ■1010 Kalau kita lihat negara kita ini masalah moral masyarakat semikin hebat. Saya hendak bertanya kepada pihak kerajaan apakah sebenarnya kerajaan membuat kajian tentang filem-filem ini secara teliti atau secara serius di mana akibat daripada adegan-adegan ini telah menyebabkan peningkatan dari segi sosial di kalangan remaja khususnya. Apakah kajian dibuat secara teliti? Terima kasih. Datuk Tan Chai Ho: Tuan Yang di-Pertua, tadi saya katakan bahawa garis panduan ini adalah sangat komprehensif di mana LPF akan menapis filem-filem yang diimport dari luar negara dan juga tempatan di mana mereka mempunyai unsur-unsur yang negatif khususnya dari segi ideologi, politik, keagamaan, sosial, budaya, peradaban dan ketatasusilaan. DR. 5.11.2007 3

Filem-filem yang ditapis dan mempunyai unsur-unsur negatif ini, ia tidak akan dibenarkan untuk tayangan.

2. Dato' Haji Hasan bin Malek [Kuala Pilah] minta Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menyatakan rancangan untuk menambah baik pewujudan JKKK di kawasan Perkampungan Orang Asli sama seperti JKKK tajaan kerajaan negeri dari segi struktur, fungsi elaun dan sebagainya.

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah [Datuk Dr. Tiki anak Lafe]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih sahabat saya Yang Berhormat bagi Kuala Pilah. Tuan Yang di-Pertua, kementerian ini sentiasa memberikan keutamaan kepada pembangunan Orang Asli termasuk usaha ke arah memantapkan lagi institusi kepimpinan yang melibatkan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung. Setakat ini Jabatan Hal Ehwal Orang Asli telah mewujudkan 150 JKKK. Jawatankuasa ini mempunyai fungsi yang hampir sama dengan JKKK yang diwujudkan oleh Pejabat Daerah. Mereka berperanan untuk menguruskan kemajuan kampung serta menggerakkan penduduk Orang Asli setempat, melibatkan diri secara aktif dalam program dan aktiviti pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan meliputi bidang sosio ekonomi, modal insan dan sebagainya. Tuan Yang di-Pertua, bagi memantapkan institusi JKKK di kawasan perkampungan Orang Asli, pendekatan yang diambil oleh JHEOA ialah dengan meningkatkan jati diri ahli-ahli JKKK melalui kursus-kursus kepimpinan dan pembangunan kampung kepada JKKK. Memberi bantuan peralatan dan alat tulis untuk mengadakan mesyuarat dan bayaran elaun kehadiran mesyuarat. Selain itu, satu garis panduan khusus untuk JKKK telah dikeluarkan oleh JHEOA untuk menyeragamkan struktur dan fungsi JKKK di kawasan Orang Asli. Sekian, terima kasih. Dato' Haji Hasan bin Malek [Kuala Pilah]: Terima kasih Yang Berhormat Timbalan. Tuan Yang di-Pertua, saya mengakui bahawa banyak usaha telah dibuat oleh pihak kementerian untuk menambahbaikkan kedudukan Orang Asli ini dan kedudukan mereka pun sentiasa dibincangkan dalam banyak forum terutama baru-baru ini dalam 14th Malaysia Law Conference, kedudukan Orang Asli ini juga dibangkitkan. Salah satu daripada mekanisme yang saya lihat yang amat relevan dan berkesan soal pembangunan mereka ini ialah tentang fungsi dan peranan JKKK. Ini telah ditubuhkan oleh Jabatan Hal Ehwal Orang Asli tetapi saya melihat dari segi lokasi, dari segi tenaga yang ada dan juga kemudahan-kemudahan yang ada berbeza dengan lain-lain JKKK ataupun kampung- kampung tradisional, melihat dari segi elaun pun saya difahamkan alah kadar sahaja. Oleh kerana itu mereka membuat perbandingan, masyarakat Orang Asli terlalu sedikit imbuhan dan insentif yang diberikan tetapi tempat lain tidak ada. Walhal JKKK ini penting. Oleh kerana itu saya mengharapkan cuba dapat diselaraskan soal struktur, soal fungsi ini lebih kurang DR. 5.11.2007 4

sama tetapi insentif, galakan, kursus-kursus dan sebagainya tadi harus dipertingkatkan dan ditambahbaikkan supaya JKKK ini sentiasa mendapat pembelaan dan program-program pembangunan itu dapat dilaksanakan secara lebih berkesan. Terima kasih. Datuk Dr. Tiki anak Lafe: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya masyarakat Orang Asli ini adalah betul seperti yang telah dikatakan oleh Yang Berhormat tadi dan kementerian khasnya kerajaan telah dan sedang membuat apa sahaja untuk menolong meningkatkan taraf kehidupan mereka ini. Dari segi pentadbiran di kampung sebenarnya Orang Asli mempunyai dua sistem. Mereka boleh memilih untuk menubuhkan JKKK melalui Jabatan Orang Asli dan juga melalui Pejabat Daerah. Untuk makluman Yang Berhormat, pentadbiran di bawah JHEOA, daripada 150 yang telah saya sebutkan tadi hanya berjumlah 135 dan ada 15 JKKK telah ditubuhkan melalui Pejabat Daerah. Oleh kerana itu, mereka ini mempunyai kedua-dua – both world boleh maka gunakan. Mengenai dengan isu elaun, sebenarnya kalau dibandingkan JKKK yang ditubuhkan oleh Pejabat Daerah, mereka tidak mendapat sebarang elaun kalau mereka menghadiri mesyuarat misalannya tetapi di bawah JHEOA selain daripada elaun kepada Tok Batin, Pengerusi JKKK, mereka diberi elaun kehadiran mesyuarat yang dibayar pada kadar RM10 setiap seorang bagi setiap kali mesyuarat Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung dan RM8 seorang bagi setiap mesyuarat jawatankuasa kecil aktiviti yang diwujudkan di JKKK. Namun demikian, kita sedar atau kementerian sedar bahawa jumlah ini memang kecil dan kita sentiasa mengkaji dan kemungkinan besar selaras dengan kajian dan semakan yang kementerian buat ke atas JKKK yang lain, kita akan menyemat semula kadar yang dibayar kepada Ahli-ahli Jawatankuasa ini. Sekian, terima kasih. . Dato' Haji Hasan bin Malek [Kuala Pilah]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak tahu soal berapa lama semakan ini akan dibuat kerana saya melihat duit insentif ini perkara besar yang mereka buat perbandingan dengan kampung lain Tuan Yang di-Pertua. Dato' Dr. Mohamad Shahrum bin Osman [Lipis]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Timbalan Menteri, kalau kita lihat perkembangan Orang Asli dari segi ekonomi ini memang meningkat. Kita mengucapkan tahniah kepada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli khususnya. Bagaimana pun di sini soalan tambahan saya ialah adakah ada persamaan ataupun perbezaan di antara institusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung di peringkat kampung-kampung Orang Asli dengan institusi Tok Batin kerana kalau kedua-duanya berbeza iaitu Batin menurut keturunan dan mungkin institusi Orang Asli berbeza akan wujud konflik di antara kedua-dua institusi ini. Mohon penjelasan. Datuk Dr. Tiki anak Lafe: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sebenarnya tidak ada percanggahan oleh kerana ada kriteria bagi memilih Tok Batin iaitu: DR. 5.11.2007 5

(i) sesebuah kampung itu diiktiraf oleh JHEOA (bukan kampung setinggan); dan (ii) sekurang-kurangnya ahli penduduk di dalam kampung itu mestilah lebih daripada 100 orang, baru mereka layak melantik seorang Tok Batin.

3. Dr. Junaidy bin Abdul Wahab [Batu Pahat] minta Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi menyatakan mengapakah dengan perkembangan teknologi yang pesat, pihak kementerian masih belum mewujudkan Akta Perlindungan Data Peribadi bagi membolehkan kementerian ini mengawal penggunaan dan penyimpanan informasi seseorang individu supaya matlamat sulit ini tidak digunakan untuk mengaut keuntungan.

Timbalan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi [Dato' Shaziman bin Abu Mansor]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kementerian ini bersetuju dengan Yang Berhormat bahawa data peribadi boleh disalahgunakan atau digunakan untuk mengaut keuntungan. Oleh itu, satu perundangan mengenai perlindungan data peribadi adalah perlu untuk memastikan pungutan, penggunaan dan penyebaran data peribadi sentiasa terkawal. Sehubungan itu, kementerian ini telah pun menyediakan draf perundangan tersebut dan kini sedang mengadakan perbincangan dengan Jabatan Peguam Negara dan agensi lain untuk memuktamadkan draf tersebut. Terima kasih. Dr. Junaidy bin Abdul Wahab [Batu Pahat]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Pendek sahaja jawapan. Dalam senario kita yang lebih luas sekarang ini apa yang jelas undang-undang yang berkaitan dengan teknologi ini nampaknya ketinggalan kalau dibandingkan perkembangan teknologi. „ 1020 Jadi dalam keadaan sedemikian bagaimanakah pihak kementerian memantau situasi ini supaya hak-hak asasi rakyat sentiasa akan terjaga. Apakah Akta Perlindungan yang akan dibentangkan nanti akan mengikut contoh daripada negara-negara luar? Kalau negara-negara luar apakah keistimewaan negara-negara tersebut dipilih sebagai contoh. Terima kasih. Dato’ Shaziman bin Abu Mansor: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Ahli Yang Berhormat. Sebagaimana yang saya katakan tadi saya bersetuju dengan Yang Berhormat bahawa akta ini merupakan satu akta yang penting. Maka dengan itu kementerian ini telah menggubal satu akta dan kita mengharapkan ia dapat dibentangkan dengan segera dalam Dewan ini. Untuk soalan kedua Yang Berhormat, sebagai sebuah negara yang telah merdeka 50 tahun, negara kita tidak terikut-ikut sama ada sesuatu negara lain apabila menggubal akta. Namun berhubung dengan akta ini kita cenderung untuk serba sedikit melihat bagaimana akta ini digubal di negara-negara Kesatuan Eropah dan juga Hong Kong. Kerana kelebihan akta ini di negara-negara EU adalah kerana peraturan dan kaedahnya lebih spesifik dan dipakai DR. 5.11.2007 6

secara menyeluruh kalau nak dibandingkan dengan Amerika Syarikat. Ini kerana mereka tidak mempunyai akta ini secara spesifik tetapi lebih merupakan provision dengan izin, dengan akta- akta lain yang ada di negara tersebut. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua: Ya, Ipoh Timor. Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Tuan Yang di-Pertua, jawapan begitu atau tadi bahawa ada satu draf Personal Data Protection Act dalam pertimbangan Peguam Negara ada diberi dalam Dewan yang mulia ini 10 tahun dahulu. Saya tahu oleh kerana saya bangkit perkara ini, apabila batch pertama cyber law dikemukakan dan masa itu saya ada mendesak kenapa tidak ada Personal Data Protection Act. Masa itu ada jaminan bahawa draf terakhir sudah ada dan dalam pertimbangan Peguam Negara. Bolehkah Yang Berhormat Timbalan Menteri, kenapa draf ini ambil 10 tahun masih di peringkat yang sama? Bukankah ini menunjukkan bahawa kita sangat terkebelakang dalam perkembangan IT? Sebenarnya apa halangan-halangan untuk mengadakan satu Personal Data Protection Act apabila ini sudah di bincang lebih daripada 10 tahun supaya tidak ada penyalahgunaan personal data dan ada protection untuk setiap individu-indinidu. Dato’ Shaziman bin Abu Mansor: Terima kasih Yang Berhormat daripada Ipoh Timor. Pertamanya Tuan Yang di-Pertua, 10 tahun yang lalu saya tidak bersama-sama dengan Yang Berhormat dalam Dewan ini untuk membincangkan ucapan Yang Berhormat, maka saya tidak dengar. Masa ini saya berada dalam kementerian ini dan saya boleh jaminan bahawa akta ini dalam peringkat akhir dan kita juga dalam perancangan kalau boleh dibentangkan dalam sesi ini ataupun setidak-tidaknya awal pada tahun depan. Itu saja jawapan yang saya boleh beri Yang Berhormat. Jika 10 tahun yang lalu saya minta maaf kerana saya belum ada dalam Dewan ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

4. Datuk Abdul Ghapur bin Salleh [Kalabakan] minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan adakah kementerian sedar tenaga kerja murah sudah tidak lagi menjadi tarikan utama kemasukan pelaburan asing yang jenis ‘labour intensive’ ke Malaysia. Apakah strategi terbaru kementerian dalam menentukan negara masih berdaya saing dan tidak bakal tertinggal oleh negara kuasa ekonomi yang baru membangun.

Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri [Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew]: Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menjawab soalan dari Yang Berhormat bagi Kalabakan bersama-sama soalan dari Yang Berhormat bagi Sarikei pada 6 Disember 2007 kerana kedua-dua soalan ini ada berkaitan. Tuan Yang di-Pertua: Ya, sila. Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew: Tuan Yang di-Pertua, Malaysia tidak lagi menggalakkan kemasukan pelaburan asing untuk projek berintensifkan buruh. Peralihan kepada aktiviti perkilangan yang lebih menekankan penggunaan modal dan teknologi telah bermula sejak perlaksanaan Pelan Induk Perindustrian Kedua, iaitu bagi tempoh masa 1996 hingga 2005. DR. 5.11.2007 7

Dalam meluluskan cadangan projek pelaburan, di antara kriteria yang digunakan ialah nisbah pelaburan modal setiap pekerja atau CIPE. Nisbah CIPE bagi projek perkilangan diluluskan menunjukkan trend meningkat iaitu daripada RM128,342 pada tahun 1986 kepada RM517,054 pada tahun 2006. Fasa pembangunan perindustrian seterusnya digariskan oleh Pelan Induk Perindustrian ke III iaitu 2006 hingga 2020. Di samping terus membangunkan sektor perkilangan, tumpuan diberikan kepada sektor perkhidmatan bukan kerajaan, fokus pembangunan adalah terhadap aktiviti yang berteknologi tinggi, berintensifkan modal dan mempunyai nilai tambah yang tinggi. Sebanyak 12 industri dalam sektor perkilangan dan lapan sub sektor perkhidmatan sedang di bangun dan dimajukan. Industri dan sub sektor tersebut adalah; (i) industri bukan berasaskan sumber seperti elektrik dan elektronik, peralatan perubatan, tekstil dan pakaian, jentera dan kelengkapan, logam dan kelengkapan pengangkutan; (ii) industri berasaskan sumber adalah petrokimia, farmaseutikal, industri berasaskan kayu, industri berasaskan getah, industri berasaskan kelapa sawit dan pemprosesan makanan; (iii) bagi subsektor bukan kerajaan adalah perkhidmatan perniagaan dan profesional, logistik, perkhidmatan ICT, perdagangan, pengedaran, pembinaan, pendidikan dan latihan, perkhidmatan penjagaan kesihatan dan perkhidmatan pelancongan. Tuan Yang di-Pertua, di antara strategi bagi memastikan negara kekal berdaya saing termasuk ; (i) membangunkan modal insan, inovatif dan kreatif melalui antara lain program latihan kemahiran dan kepakaran dan peningkatan produktiviti; (ii) menggalakkan pembangunan dan aplikasi teknologi berintensifkan pengetahuan; (iii) menggalakkan penglibatan industri dalam aktiviti inovasi produk dan proses dan penyelidikan serta pembangunan atau R&D; (iv) menggalakkan integrasi syarikat tempatan termasuk enterprise kecil dan sederhana ke dalam rantaian bekalan serantau dan global termasuk mengambil peluang penyumbangan luar atau outsourcing oleh syarikat multi nasional dan syarikat besar; (v) meningkatkan infrastruktur teknologi dan saintifik melalui penyediaan intensif, menggalakkan kerjasama di kalangan institusi penyelidikan, institusi pengajian tinggi dalam sains dan teknologi; dan DR. 5.11.2007 8

(vi) mewujudkan persekitaran operasi perniagaan dan berdaya saing melalui sokongan institusi dan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan yang cekap. Sekian, terima kasih. Datuk Abdul Ghapur bin Salleh [Kalabakan]: Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan ribuan terima kasih kepada Setiausaha Kementerian. Saya berdukacita kerana itu bukan soalan saya yang dijawab. Soalan saya simple sahaja dengan izin, saya mahu tanya insentif yang dibagi oleh strategi baru. Ini kerana kita nampak Tuan Yang di-Pertua, kita pergi keluar negara kita nampak baju-baju yang dibuat bukan lagi ada dikatakan ‘Made in Malaysia’, ‘Made in China’ ‘Made in India’, ‘Made in Indonesia’ dan ‘Made in Vietnam’ kerana ini mereka sudah tidak ada dalam negara kita, sebab kita ada insentif yang terbaru, strategi terbaru untuk menarik mereka ini. Saya tidak cerita pasal kelapa sawit atau apa-apa benda lain. Saya minta mungkin kementerian kalau tidak ada jawapan yang boleh disampaikan, secara bertulis saya minta. Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua: Ya, kementerian boleh jawab dengan spesifik sikit ya. Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew: Tuan Yang di-Pertua, saya telah menjawab dua soalan, daripada Yang Berhormat dua kawasan. Walau bagaimanapun saya telah menjawab soalan Yang Berhormat daripada Kalabakan sebab bila dia tanya strategi, saya pun ada sebut strategi. Namun saya pun tidak tahu bagaimana Yang Berhormat tidak bersetuju dengan jawapan saya. Saya telah senaraikan beberapa strategi. Berkenaan dengan insentif, memang Yang Berhormat dari Kalabakan tidak ada minta insentif. Walau bagaimanapun saya boleh beri jawapan berkenaan dengan insentif-insentif yang disalurkan kepada sektor perindustrian berteknologi tinggi. ■1030 Seperti kursus untuk IKS. Tidak ada panel penasihat pakar untuk IKS, iaitu melalui SMIDEC. Pakar-pakar diatur memberi perkhidmatan perundingan atau consultancy dan kita memberi geran dan subsidi untuk menjalankan aktiviti ini. Selain daripada itu kita juga ada Global Linkages Program yang juga dijalankan oleh SMIDEC. Berkenaan dengan aplikasi teknologi, kita melalui MIDF, kita ada pinjaman mudah untuk menerapkan aplikasi ICT. Untuk melipatkan industri dalam R&D, kita ada geran, matching grant untuk meningkatkan proses dan produk melalui SMIDEC. Untuk makluman Yang Berhormat, pada tempoh tahun 2001 hingga 2005, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM129 bilion untuk R&D dan untuk tempoh masa, ini Rancangan Malaysia Kesembilan RM830 bilion… Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, Yang Berhormat… Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew: …Telah dibahagikan untuk… DR. 5.11.2007 9

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, Yang Berhormat… Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew: .Tujuan R&D. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, Yang Berhormat bagi Kalabakan mengatakan pada realitinya kita sudahnya kalah dalam competition umpamanya untuk membuat baju. Bagaimanakah kekalahan ini berlaku dan apakah caranya untuk kita mengembalikan… Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Betul Tuan Yang di-Pertua. Bagi saya soalan tambahan Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua: Saingan sedemikian. Cukup, cukup dah. Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew: Tuan Yang di-Pertua… Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Bagi saya soalan tambahan Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua: Cukup, cukup Yang Berhormat. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Baru satu… Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew: Tuan Yang di-Pertua… Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Mungkin dia tak berapa jelas. Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew: …Kalau Yang Berhormat bagi Kalabakan ingin bertanya sesuatu yang… Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Sudah bertanya. Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew: …Sektor yang spesifik berkenaan dengan… Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Yang Berhormat bagi Kalabakan sudah bertanya tapi Yang Berhormat…. Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew: …Tekstil, saya boleh… Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: …Tapi Yang Berhormat tidak menjawab soalan Yang Berhormat bagi Kalabakan. Jadi saya hendak tanya hendak minta soalan tambahan Tuan Yang di-Pertua. Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew: ….Boleh menjawab. Tuan Yang di-Pertua: Jawab yang tadi itu. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Hendak menjelaskan soalan Yang Berhormat bagi Kalabakan. Tuan Yang di-Pertua: Cukup, cukup Yang Berhormat. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Boleh saya soal. Tuan Yang di-Pertua: Tak apa. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Untuk menjelaskan supaya Setiausaha Parlimen boleh menjawab apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat bagi Kalabakan. Tuan Yang di-Pertua: Cukup Yang Berhormat. Cukup dah. DR. 5.11.2007 10

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Saya pun musykil Tuan Yang di- Pertua. Tuan Yang di-Pertua: Cukuplah Yang Berhormat. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Tak apalah Yang Berhormat. Cukup dah. Tak boleh Tuan Yang di-Pertua? Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Setiausaha Parlimen, apa yang saya katakan tadi… Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew: Ya, tapi… Tuan Yang di-Pertua: …Apa yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat bagi Kalabakan. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Tuan Yang di-Pertua punya soalan itu betul Tuan Yang di-Pertua. [Ketawa]. Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew: Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat tidak tanya yang spesifik kursus… Tuan Yang di-Pertua: Sebagai contoh. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Apa, dia tanya. Yang Berhormat tak faham. Ini macam soalan yang Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua lah. Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew: Untuk sektor tekstil, memang dari segi kos pengeluaran memang kita tidak berapa competitive. Ini kerana, industri tekstil merupakan satu… Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Ini bukan sahaja. Macam-macam yang ditanyakan oleh Yang Berhormat bagi Kalabakan Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua: Cukup, cukup. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Soalannya ialah pelaburan singgah lari ke negara lain. Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew: Ini… Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Dulu Malaysia dilihat sebagai tempat pelabur asing melaburkan wangnya kerana tenaga buruh yang menular. Sekarang dah berubah ke Vietnam, ke Laos, ke China, ke sana. Tuan Yang di-Pertua: Cukup Yang Berhormat. Hendak jawapan? Ada? Tak ada? Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew: Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan tekstil dan juga industri yang berintensif dulunya kita telah mengambil strategi yang lain. Yang pertama saya sudah sebutkan dalam jawapan saya. Kita kena ubah. Kita tidak boleh sentiasa menjalankan industri yang sama. Kita sekarang sudah memberi tumpuan kepada industri berteknologi tinggi. Jadi insentif-insentif yang saya sebutkan adalah untuk menggalakkan industri berteknologi tinggi. Untuk industri tekstil, kita telah mengadakan FTA dengan US, serta menjalankan dan menjalankan rundingan dengan FTA dengan US supaya harga kita dapat bersaing dengan pengeluaran tekstil daripada negara China, Vietnam dan sebagainya. DR. 5.11.2007 11

Berkenaan dengan Yang Berhormat bagi Sri Gading, saya sudah berapa kali ulang tadi di Dewan yang mulia ini, bahawa tidak banyak kilang-kilang pindah ke negara lain. Untuk makluman Yang Berhormat, setiap tahun dari tempoh masa 10 tahun kebelakangan ini, setiap tahun kita telah meluluskan sebanyak 1,000, lebih kurang 1,000 projek baru dan separuhnya terdiri daripada FDI. Tuan Yang di-Pertua: Baik Yang Berhormat. Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew: Untuk kilang-kilang yang sudah pindah, lebih kurang 10 atau lima tahun yang kebelakangan ini hanya 40 kilang yang sudah pindah atau tutup. Jadi bagaimana kita boleh kata negara kita sudah kalah. Tuan Yang di-Pertua: Baik, baik. Terima kasih. Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew: Sekian, terima kasih. [Tepuk] [Ketawa].

5. Dato' Loke Yuen Yow [Tanjong Malim] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menyatakan memandangkan sejak kebelakangan ini Kementerian giat mengadakan promosi Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) ke hypermarket dalam dan luar negara, sehingga kini sejauh manakah kejayaan yang telah dicapai dan apakah kesannya terhadap pengusaha PKS tempatan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna [Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal]: Tuan Yang di-Pertua, kejayaan yang telah dicapai terhadap promosi PKS di dalam negara amat menggalakkan. Sehingga Julai 2007, sejumlah 190 pengusaha PKS dengan jumlah produk sebanyak 1,800 jenis telah berjaya di senarai tetapkan di hypermarket dalam negara iaitu Tesco, Giant, Carrefour, Mydin, The Store dan Jusco. Selain daripada itu kementerian juga telah berjaya memastikan syarikat PKS terlibat yang di senarai tetapkan di hypermarket dalam negara mendapat pengecualian dalam tempoh masa promosi untuk yuran senarai penyenaraian atau listing fee ini, dengan izin, opening rebate, promotion fund, win through mailer dan gondola fees serta memendekkan terma kredit untuk tempoh 30 hari berbanding 90 hari sebelum daripada hypermarket berkaitan. Di peringkat luar negara pula, produk PKS telah berjaya disenarai tetapkan di pasaraya Welcome Hong Kong, Hypermarket Giant Singapore, Hypermarket Giant di Jakarta, Carrefour di Paris, dan Hypermarket Tesco di London. Produk-produk PKS juga telah mendapat tempahan daripada pengedar-pengedar di Dubai, Emirates Arab Bersatu serta negara-negara di Timur Tengah. Tuan Yang di-Pertua, pada masa ini, sebanyak 14 buah syarikat sedang bekerjasama dengan syarikat pengedar dari Jakarta untuk mengeksport produk ke Jakarta. Pusat pengedaran trading house telah turut ditubuhkan di Dubai oleh Persatuan Pengilang dan Industri Bumiputera Malaysia untuk memasarkan produk PKS ke Timur Tengah. Sementara itu kementerian sedang bekerjasama dengan syarikat pengedar dari Hong Kong untuk menyenaraikan tetapkan produk PKS Malaysia ke Hong Kong. Melalui program ini juga. Syarikat PKS yang telah terlibat telah DR. 5.11.2007 12

dapat meningkatkan mutu bungkusan, pelabelan, bar coding dan telah memenuhi syarat pensijilan yang ditentukan oleh negara terlibat bagi membolehkan produk dipasarkan di peringkat antarabangsa. Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua: Tangga Batu. Datuk Haji Idris bin Haji Haron [Tangga Batu]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Memandangkan kementerian memang tidak putus-putus dalam menggalakkan usaha untuk mempromosikan produk IKS ini di dalam dan di luar negara. Soalan saya ialah, adakah kegiatan penggalakan produk IKS dalam negara ini mempunyai kaitan dengan turun naiknya harga barang di dalam negara? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal: Terima kasih Yang Berhormat bagi Tangga Batu. Sememangnya saya amat setuju sekali dengan apa yang telah dikatakan oleh Yang Berhormat bagi Tangga Batu tadi. Kita menggalakkan barangan keluaran tempatan kita untuk dikeluarkan sebanyak mungkin untuk membolehkan kita menawarkan barangan yang harga patut, yang reasonable dengan izin. Kalau kita sedar bahawa pada masa sekarang, fenomena yang dialami bukan hanya di negara kita malahan di merata tempat. Semalam di London dan beberapa tempat, harga komoditi meningkat, harga kopi, harga teh dan berbagai-bagai. Juga di negara jiran kita seperti Singapura dan juga di Thailand. Keadaan ini berlaku dengan kita mendorong lebih banyak pengusaha tempatan untuk mengeluarkan barangan tempatan ia akan tidak melibatkan banyak sangat imported inflation dengan izin, kerana kita tahu kalau kita mengeluarkan barangan yang akhirnya akan ada sedikit sebanyak komponen imported inflation maka akhirnya menerima bebannya ialah para pengguna di peringkat pasaran kita. Dengan itu sebahagian daripada langkah untuk membolehkan kita sedikit sebanyak membanding kadar peningkatan harga barangan ialah untuk mendorong masyarakat kita untuk dapat mengeluarkan barangan-barangan tempatan seperti PKS pada hari ini. ■1040 Di samping itu juga, kita menggalakkan mereka untuk mengeluarkan barangan sebanyak mungkin, tapi tanpa kita menggalakkan pasaran ini perluaskan sampai ke luar negara. Mungkin pasaran RM26 juta ini tidak akan mencukupi dan dengan itu terpaksa kadang-kadang kita dapati di Perlis ada mangga yang dibuang di merata tempat kerana tidak ada pasaran. Dengan itu kita mengambil langkah yang memastikan bahawa ada jaminan daripada kita bukan hanya dengan mereka meningkatkan pengeluaran barangan PKS ini, pasaran di peringkat tempatan boleh dibendung sedikit sebanyak kos harga barangan, ianya juga akan membolehkan kita memasarkan di peringkat antarabangsa. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dato' Razali bin Ismail [Kuala Terengganu]: [Bangun] Tuan Yang di-Pertua: Ya, Kuala Terengganu. Dato' Razali bin Ismail [Kuala Terengganu]: Terima kasih. Soalan tambahan saya, saya ucapkan tahniah di atas kejayaan pengusaha-pengusaha PKS tempatan kerana dapat DR. 5.11.2007 13

mengeksport. Saya rasa hasil-hasil eksport daripada pengusaha PKS tempatan ini adalah bersandarkan kepada cheap labour force iaitu tenaga kerja murahan. Saya ingin mencadangkan supaya kita beralih kepada cheap brain power. Ertinya tenaga kerja yang menghasilkan produk- produk itu adalah yang pemikirnya adalah nilai tambahnya. Dalam konteks ini apakah usaha-usaha yang sedang dibuat oleh pihak kementerian, supaya kita memiliki apa yang disebut sebagai cheap brain power dalam usaha kita meningkatkan produktiviti dan hasil yang lebih baik. Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal: Terima kasih Ahli Yang Berhormat dari Kuala Terengganu. Saya akui bahawa sebahagian daripada komponen yang membolehkan kita menembusi pasaran luar ialah oleh kerana kos buruh yang begitu rendah berbanding dengan negara lain, tapi itu bukan menjadi faktor yang utama kerana kita hendak menembusi pasaran luar tidak bergantung kepada kos labour sekarang ini. Ia juga bergantung kepada produk yang kita keluarkan sama ada produk itu mutunya dikehendaki oleh pasaran itu, mutunya tinggi dari segi pembungkusan atau brandingnya. Banyak sebenarnya faktor-faktor yang berupaya dan membolehkan kita menembusi pasaran. Maka itu kita telah mengambil beberapa langkah bekerjasama dengan pihak bukan hanya PKS malahan juga peniaga-peniaga besar seperti hyper market ini untuk mendapat feedback dengan izin, maklum balas daripada para pengguna. Contohnya di Hong Kong, kita adakan kerjasama dengan mereka untuk hendak dapatkan laporan balik atau maklum balas daripada pihak pengguna apa sebab produk ini tidak mendapat sambutan. Adakah oleh kerana harganya, adakah oleh kerana packagingnya adakah oleh kerana tastenya dan berbagai-bagai. Dengan maklumat yang kita peroleh itu, kita akan memperbaiki produk yang sedia ada dan ditokok-tambah dengan apa yang dikatakan oleh Yang Amat Berhormat dari Kuala Terengganu tadi. Kita juga mendorong agar penggunaan dari segi smart producer, thinking producer itu yang dikatakan. Kita tidak mahu hanya oleh kerana berlandaskan dengan buruh, oleh kerana berkemungkinan buruh kita pun sebenarnya tidak mempunyai jumlah pekerja yang ada. Kalau pun ada, kita bergantung kepada pekerja asing, tapi niat kita untuk melahirkan sebanyak mungkin PKS ini sebenarnya banyak peluang pekerjaan. Contohnya Terengganu, Kelantan sudah pun ada barangan-barangan PKS; yang kita keluarkan dari Terengganu seperti kerepek dan berbagai-bagai yang hasilnya memberi peluang pekerjaan kepada anak bangsa kita. Daripada segi itu apa yang saya katakan, selain daripada buruh ada juga komponen lain yang mendorong kita untuk membolehkan barangan PKS ini dapat bersaing di peringkat antarabangsa. Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Padang Terap.

DR. 5.11.2007 14

6. Dato' Ghazali Bin Ibrahim [Padang Terap] minta Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi menyatakan mengapakah program penerangan yang dianjurkan oleh Jabatan Penerangan dan JASA di mana melibatkan rakyat tidak mendapat liputan luas di TV Swasta.

Timbalan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi [Dato' Shaziman bin Abu Mansor]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Stesen TV swasta adalah tertakluk pada peruntukan syarat khas lesen supaya memberi layanan utama kepada kerajaan dalam penyiaran. Di antara program berkaitan kerajaan yang perlu diberi keutamaan ialah pengisytiharan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, pengumuman oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan sebarang pengumuman awam yang ditentukan oleh Yang Berhormat Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi. Dalam hubungan ini, program-program anjuran jabatan dan agensi kerajaan tidak termasuk dalam program yang perlu diberikan tumpuan oleh stesen-stesen TV swasta. Ini disebabkan stesen-stesen TV beroperasi dengan kos yang tinggi dan hasil pengiklanan sahaja. Walau bagaimanapun atas kepentingan nasional kerajaan boleh meminta kerjasama stesen- stesen TV swasta untuk meningkatkan penyiaran program-program anjuran jabatan dan agensi kerajaan termasuk Jabatan Penerangan sekiranya terdapat permintaan dan didapati sesuai terima kasih. Beberapa Ahli: [Bangun] Tuan Yang di-Pertua: Ya Gerik. Dato' Dr. Wan Hashim bin Wan Teh [Gerik]: Tuan Yang di-Pertua. Di antara program Jabatan Penerangan yang cukup menariklah saya kira ialah Berita Perdana pukul 8.00 malam dan juga Galeri pada 8.30 malam sehingga jam 9.00 malam. Akhir-akhir ini banyak rungutan daripada kumpulan elit ataupun opinion leaders di peringkat bawahan dengan izin bahawa mereka tidak berkesempatan menonton program ini kerana mereka akan berada berjemaah di masjid ataupun surau di antara jam 7.00 malam sehingga jam 9.00 malam. Jadi hal ini telah pun disuarakan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain kalau boleh, tidakkah boleh kementerian melihat kembali penjadualan program-program ini supaya kemungkinannya Berita Perdana Bahasa Malaysia dibawa ke pukul 10.00 malam dan berita Inggeris ke 8.00 malam, kalau boleh dilihat kembali penjadualan. Ini harapan para elit kita, pesara-pesara kerajaan kita yang rajin pergi ke surau, ke masjid di antara 7.00 hingga 9.00 malam. Dato' Shaziman bin Abu Mansor: Terima kasih Yang Berhormat dari Gerik. Kalau tidak silap program ini adalah siaran TV RTM. Jawapan yang saya berikan adalah berdasarkan TV swasta Yang Berhormat. Untuk itu saya ingin maklumkan kepada Dewan bahawa walaupun program-program itu disiarkan RTM tapi sekiranya ada permintaan dan ada kesesuaian, kadang- kadang program-program ini boleh diselitkan dalam rancangan-rancangan TV swasta, dalam DR. 5.11.2007 15

rancangan-rancangan seperti Malaysia Hari Ini dan Wanita Hari ini. Inilah program-program yang disediakan oleh TV swasta untuk memberi peluang kepada agensi-agensi kerajaan untuk memasukkan input-input atau informasi-informasi yang hendak disebarkan kepada masyarakat pada hari ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dato' Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar [Larut]: [Bangun] Tuan Yang di-Pertua: Larut. Dato' Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar [Larut]: Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat, saya hendak bertanya pada Yang Berhormat, kita tengok hari ini bahawa banyak program-program hiburan oleh TV-TV swasta. Kita tahu RTM ada hiburan malam minggu, swasta kita tengok Astro Ria kemudian TV3 yang popular sekarang ini Jom Heboh. Semalam di Miri Tuan Yang di-Pertua, cukup ramai menonton. Tahniah kepada TV3 kerana dapat menambat hati penonton tidak kira dianjurkan program seperti ini tahniah kepada TV3. Kita tahu inilah cara bagaimana hendak meningkat penonton dengan program-program yang menarik yang dianjurkan oleh TV3 seperti Jom Heboh. Cuma saya hendak minta pada Yang Berhormat, kalau boleh apakah salahnya kita minta supaya program-program seperti ini selain daripada kita memberi hiburan, artis-artis yang terkenal barangkali mereka-mereka ini boleh menyelitkan mesej-mesej tertentu. Jutawan penonton dan peminat ini Tuan Yang di-Pertua, mereka ini ada pengikut mereka, kalau dalam masa itu kita tidak gunakan kesempatan itu ia amat merugikan. Belia benci dadah umpamanya, apa lagi? Hari ini kita hendak ke angkasa lepas, menari, bola sudah tentu confirm. Ini angkasa lepas ini sampai hari ini masih ada orang tertanya-tanya, padahal ini satu perkara yang positif. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Jangan masuk bola nanti orang lari. Dato' Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar [Larut]: Jadi apakah tidak kementerian boleh menggunakan budi bicara kementerian meminta supaya TV-TV swasta ini selain mengaut keuntungan, menyelitkan mesej-mesej tertentu yang boleh disampaikan kepada rakyat kerana begitu ramai penonton-penonton tertentu macam Jom heboh tadi. Terima kasih. Dato' Shaziman bin Abu Mansor: Terima kasih Yang Berhormat dari Larut. Soalan Yang Berhormat terlalu berpusing-pusing Yang Berhormat. Ingin saya nyatakan pada Yang Berhormat bahawa pertamanya TV-TV swasta ini mendapat hasil ataupun revenue mereka dengan izin Tuan Yang di-Pertua, hanyalah daripada iklan-iklan yang mereka siarkan.

Sebab itu selalunya TV-TV swasta ini mereka perlu kreatif bagaimana untuk menarik penonton-penonton mereka supaya sentiasa menonton siaran-siaran mereka. Dalam masa yang sama kita bersyukur kerana TV-TV swasta yang ada di negara kita mereka ini mempunyai satu perasaan tanggungjawab kepada kerajaan yang ada di negara ini. ■1050 DR. 5.11.2007 16

Sebab itu kadang-kadang kebanyakan program ataupun informasi yang hendak disampaikan oleh kerajaan sebagai contoh kempen-kempen kesihatan, kempen-kempen penjimatan tenaga elektrik, kempen-kempen antidadah sentiasa disiarkan oleh stesen-stesen TV swasta yang ada di negara ini, untuk membantu masyarakat mengetahui apakah perkembangan kerajaan, ke arah mana hendak dibawa sesuatu isu itu. Pada masa yang sama, stesen-stesen TV swasta ini juga sentiasa memberi maklumat secara scrolled di bawah kaca TV itu. Walaupun ada siaran-siaran besar seperti Sure Heboh sebagaimana yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Larut tadi, tetapi isu-isu semasa, berita-berita terkini sentiasa dipamerkan oleh stesen-stesen TV swasta ini secara scrolled di bawah kaca TV mereka untuk kemudahan orang ramai. Ini dah dilakukan oleh TV-TV swasta. Ini menunjukkan bahawa kerjasama antara TV swasta dengan kerajaan hari ini adalah amat baik Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.

[Soalan No. 7 – Y.B. Dato' Haji Ab. Halim bin Ab. Rahman (Pengkalan Chepa) tidak hadir]

8. Datuk Nur Jazlan bin Mohamed [Pulai] minta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyatakan langkah-langkah dan jumlah dana yang telah dan akan dibelanjakan oleh Kerajaan secara keseluruhan dalam usaha persiapan dan pencegahan serangan siber dari musuh negara yang berupaya untuk melumpuhkan jaringan Internet yang digunakan oleh Jabatan Kerajaan.

Setiausaha Parlimen Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi [Profesor Datuk Dr. Mohd. Ruddin bin Ab. Ghani]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat sekalian. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, kerajaan melalui Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah melaksanakan Dasar Keselamatan Siber Nasional bermula pada 7 April 2006. Dasar ini memberi tumpuan terhadap keselamatan prasarana kritikal maklumat negara iaitu perkhidmatan-perkhidmatan yang menjadi tonggak kepada sosial, ekonomi, pentadbiran dan juga keselamatan negara. Kerajaan juga sentiasa memastikan pelaksanaan dan penggunaan ICT selaras dengan undang-undang negara. Undang-undang yang boleh digunakan bagi mengawal selia aktiviti keselamatan siber termasuklah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Akta Jenayah Komputer 1997, Akta Hasutan 1948, Akta Fitnah 1957, Kanun Keseksaan (Disemak) 1967, Akta Hak Cipta 1987 dan lain-lain akta sedia yang boleh diguna pakai. Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu, kerajaan juga telah menubuhkan satu Agensi Teknikal Keselamatan Siber di bawah kawal selia MOSTI dikenali sebagai Cyber Security Malaysia bagi menangani dan melaksanakan aktiviti keselamatan siber di peringkat nasional. Aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan oleh Cyber Security Malaysia di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan adalah seperti berikut; (i) Penilaian dan pensijilan keselamatan ICT; (ii) Penilaian kelemahan teknologi dan sistem maklumat; DR. 5.11.2007 17

(iii) Perkhidmatan amaran awal siber; (iv) Pembangunan perkakasan dan kepakaran forensik digital; (v) Permohonan dan promosi kompetensi; dan (vi) Kesedaran dan amalan terbaik dalam bidang keselamatan maklumat. Dari segi peruntukan pula, peruntukan kewangan yang telah disediakan oleh kerajaan secara keseluruhannya bagi melaksanakan aktiviti-aktiviti keselamatan siber di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan adalah dianggarkan lebih daripada RM300 juta dan ini diagihkan kepada beberapa agensi seperti MOSTI, Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi, Bahagian Keselamatan Negara, Kementerian Keselamatan Dalam Negeri dan sebagainya. Bagi MOSTI sahaja, peruntukan bagi pelbagai aktiviti keselamatan siber termasuklah penyelidikan dan pembangunan dianggarkan tidak kurang dari RM200 juta. Terima kasih. Datuk Nur Jazlan Bin Mohamed [Pulai]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Setiausaha Parlimen di atas jawapan yang begitu panjang tadi. Setahun lepas, satu inisiatif bernama IMPACT telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang bertujuan untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat sumber dunia untuk mencegah serangan siber. Soalan saya, berapakah jumlah dana kerajaan dan juga swasta yang diperuntukkan untuk pusat ini dan apakah manfaat yang diperolehi daripada projek IMPACT ini untuk memperkukuhkan pertahanan jaringan internet negara. Profesor Datuk Dr. Mohd. Ruddin bin Ab. Ghani: Terima kasih Yang Berhormat. Daripada segi jumlah peruntukkan itu, saya tidak ada jawapannya di dalam tangan, tetapi dalam segi kepentingan dan manfaat yang kita dapat adalah kita dianggap menjadi sebagai satu pusat ataupun center untuk menangani keselamatan daripada serangan-serangan siber. Jadi dengan kerjasama daripada beberapa agensi ataupun syarikat ICT yang terbesar seperti Microsoft dan juga Motorola dan sebagainya, kita adalah dijadikan sebagai pusat. Jadi dengan itu bermakna bahawa mereka mengiktiraf tentang kepakaran yang kita ada di Malaysia dan tentang peraturan dan akta-akta yang ada di Malaysia yang boleh diguna pakai untuk menangani masalah pencerobohan daripada keselamatan siber. Terima kasih. Datuk Haji Md. Alwi bin Che Ahmad [Ketereh]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Datuk Setiausaha Parlimen. Selain daripada serangan siber iaitu ke arah breakdown kepada sistem, terdapat satu jenis serangan lain iaitu serangan dalam bentuk tulisan yang dibuat oleh bloggers dan sesiapa saja yang menggunakan kebebasan bersuara dalam negara ini untuk menimbulkan rasa tidak puas hati dan menghina sesuatu kaum. Misalnya baru- baru ini terdapat laporan polis yang dibuat oleh Yang Berhormat Senator Tan Sri Muhammad bin Muhamad Taib mengenai bagaimana satu bloggers menghina Islam dan menghina simbol suci Islam, menghina Kaabah, menghina Nabi Muhammad. Saya ingin tahu apakah tindakan yang telah kerajaan ambil terhadap orang-orang yang berbuat sedemikian ini, iaitu telah menggunakan DR. 5.11.2007 18

kebebasan untuk bersuara itu untuk memecahbelahkan perpaduan kaum, dan menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan kita. Terima kasih. Profesor Datuk Dr. Mohd. Ruddin bin Ab. Ghani: Terima kasih kepada Yang Berhormat. Sebenarnya seperti saya nyatakan tadi, kita ada banyak akta. Akta Komunikasi Multimedia, Akta Jenayah Komputer, Akta Hasutan yang kita boleh ambil tindakan. Namun begitu di bawah MOSTI, Cyber Security Malaysia, kita bukan agensi penguat kuasa. Kita adalah agensi teknikal yang boleh membantu kalau misalnya setiap minggu kita menyediakan laporan untuk pemantauan di siber, apakah isu-isu yang dibabitkan berkaitan negara kita dan juga pemimpin- pemimpin kita. Jadi, kita memberi maklum kepada Bahagian Keselamatan Negara sama ada isu ini patut diambil tindakan dan sebagainya. Kita adalah bahagian keselamatan teknikal maka, kita akan memberikan input kita bahawa perkara ini dari segi teknikalnya adalah merupakan satu hasutan yang tulen dan sebagainya. Pihak berkuasa seperti Jabatan Polis di Raja Malaysia dan sebagainya adalah pihak penguat kuasa yang patut mengambil tindakan. Kita adalah agensi yang menyediakan bantuan teknikal seperti laporan Forensik Jabatan Kimia Tuan Yang di- Pertua. Jadi Forensik Jabatan Kimia menyediakan bantuan teknikal di dalam satu-satu kes yang dibawa ke mahkamah, tapi kita bukan agensi penguat kuasa. Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, saya ingin maklumkan dan mengalu- alukan kehadiran dalam Dewan yang mulia ini, His Excellency Sir Peter Milliken, the Speaker of the House of Command of Canadian Parliament and his delegation. Moga-moga kehadiran beliau dan delegasi dalam Dewan ini akan mengeratkan lagi perhubungan di antara Malaysia dan Kanada. Welcome. [Tepuk] Saya teruskan dengan Temerloh. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: [Bangun] Tuan Yang di-Pertua: Temerloh. Cukup Yang Berhormat.

9. Dato' Mohd Sarit Bin Haji Yusoh [Temerloh] minta Menteri Pelajaran menyatakan berikutan inisiatif kerajaan untuk mempunyai sekolah bertaraf dunia, pernah kah kita membuat perbandingan antara prestasi sekolah kita dengan sekolah-sekolah ternama di luar negara. Jika pernah, apakah tahap pencapaian sekolah kita.

Timbalan Menteri Pelajaran [Dato' Hon Choon Kim]: Tuan Yang di-Pertua, dalam usaha meningkatkan kecemerlangan pendidikan negara, Kementerian Pelajaran Malaysia telah memberi tumpuan bukan saja kepada perkembangan pendidikan dalam negara tetapi juga pada peringkat antarabangsa. Langkah ini perlu dan amat significant pada masa ini bagi menyediakan generasi muda hadapan Malaysia yang lebih holistik, kompetitif, berketerampilan serta mampu bersaing di peringkat global. Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menjalankan beberapa pertandingan antara prestasi pelajar dan guru di negara ini dengan sekolah-sekolah ternama di luar negara. Antaranya Kajian TIMSS (Trend in International DR. 5.11.2007 19

Mathematic and Science Study) 2003 yang telah dijalankan di negara ini menunjukkan pencapaian mata pelajaran Matematik yang melibatkan pelajar tingkatan dua atau gred 8 di 50 buah negara. Kajian tersebut menunjukkan Malaysia menduduki tempat ke-10 dan skor purata pelajar Malaysia ialah 508 berbanding skor purata antarabangsa 467. Sebenarnya menduduki 40 buah negara termasuk UK, US, Australia dan New Zealand. Manakala dalam pencapaian Sains, Malaysia menduduki tempat ke-20 daripada 50 buah negara yang mengambil bahagian dan skor purata pelajar Malaysia ialah 510 berbanding skor purata antarabangsa 474 iaitu mendahului 30 buah negara termasuk Norway dan Itali. Sementara pada tahun 2007, kadar bagi kajian tersebut sedang dianalisis. ■1100 Kedua, sedang menjalankan kajian OECD, Teaching and Learning International Survey iaitu kerjasama Kementerian Pelajaran dengan Organization for Economy Corporation and Development dengan izin, yang melibatkan 22 buah negara dengan memberi fokus utama kepada suasana pembelajaran dan working condition guru di sekolah. Kajian literasi sekolah menengah di Malaysia untuk mengenal pasti tahap literasi murid sekolah menengah di Malaysia pada tahap asas dan kritikal dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Matematik. Bagi menjayakan lagi usaha Kementerian Pelajaran Malaysia mengantarabangsakan pendidikan, pelbagai inisiatif telah dilakukan dengan tujuan untuk meletakkan pendidikan Malaysia setaraf dengan pendidikan negara-negara maju. Sehingga kini Kementerian Pelajaran Malaysia telah pun mengadakan beberapa program pengantarabangsaan seperti Malaysia School International Link Program, International Bureau of Education in Geneva, Program Bilateral dan Multilateral dengan pertubuhan antarabangsa seperti UNESCO, INSESCO, UDTP dan sebagainya. Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua: Temerloh. Dato' Mohd. Sarit bin Haji Yusoh [Temerloh]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya bertanya adakah kita buat perbandingan sekolah-sekolah pencapaian anak-anak kita di setiap peringkat dengan sekolah-sekolah di negara-negara yang termaju. Saya ambil contoh Tuan Yang di-Pertua di Amerika Syarikat, tiap-tiap lima tahun, Secretary of Educationnya akan buat perbandingan, pencapaian anak-anak di peringkat elementary, di peringkat secondary di peringkat upper secondary dengan negara-negara lain terutama di bidang Sains dan Matematik dengan Jepun, Germany dan juga negara-negara lain. Kalau dia nampak standard anak-anak di Amerika ini sudah turun dia akan tubuhkan commission ataupun komiti untuk macam mana cari jalan hendak naikkan semula standard ini. Saya kira kita belum buat lagi dan kita, kementerian, menteri kata we are the best, kita yang terbaik. Saya tidak mahu Tuan Yang di-Pertua, kita berkokok, hebat, jadi jaguh di kampung kita DR. 5.11.2007 20

sahaja Yang Berhormat. Jadi saya ingin mendapat penjelasan sama ada kementerian akan membuat perbandingan ini secara konsisten. Terima kasih. Dato' Hon Choon Kim: Tuan Yang di-Pertua saya ucapkan ribuan terima kasih atas cadangan dan juga teguran. Sememangnya Kementerian Pelajaran memang peka bahawa pendidikan di negara kita ini mesti boleh dibandingkan bukan sahaja dalam negara kita, tetapi juga untuk membanding dengan negara-negara maju khususnya. Oleh sebab itu seperti yang saya sebut tadi negara kita memang telah terlibat dalam kajian-kajian yang saya sebut tadi seperti TIMS dan sebagainya. Memang kalau kita ingat atau kalau kita lihat ada penurunannya dan satu kajian akan dijalankan sebenarnya. Saya sebut TIMS tadi itu kalau kita bandingkan dengan TIMS yang dijalankan pada tahun 1999 dibandingkan dengan 2003, memang negara kita prestasi telah meningkat. Pada tahun 1999 dari segi Matematik, kita menduduki tempat ke-16 tetapi 2003 sudah meningkat sampai tempat ke-10. Jadi Sains juga pada 1999 kita menduduki tempat ke-22, tetapi pada masa 2003 sudah naik ke tempat 20. Walau bagaimanapun kita tidak katakan sudah puas hati dan boleh relaks, memang tidak macam ini tetapi kita sentiasa berikhtiar untuk meningkatkan tahap supaya anak-anak kita dapat belajar dalam suasana yang lebih baik dan yang lebih berkesan. Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua: Cameron Highlands. Tuan Devamany a/l S. Krishnasamy [Cameron Highlands]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya ingin tanya pada tahun 2004 kita telah memperkenalkan Bahasa Inggeris dalam Matematik dan Sains dalam pengajaran, pembelajaran dan penilaian. Selepas itu pada tahun ini Menteri telah membuat pengumuman bahawa kita akan dwibahasakannnya dan masalah utamanya adalah dari segi pengajaran, pembelajaran, keupayaan guru dan juga tahap pelajar. Maka saya hendak tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri, apakah jaminan yang boleh diberi bahawa pada masa depan, dulu kita rancang tidak berjaya. Bagaimana kita akan menjayakan konsep ini? Dwibahasa, lagi pelajar-pelajar akan keliru dari segi pedagogi dan P&P. Minta penjelasan. Dato' Hon Choon Kim: Tuan Yang di-Pertua, saya rasa soalan itu ada terkeluar sedikit daripada soalan asal. Jadi apa yang kita bincang sekarang ialah untuk tahap pendidikan kita kalau dibandingkan dengan negara-negara lain. Walau bagaimanapun persoalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat saya juga ucapkan ribuan terima kasih dan sebenarnya kita sentiasa kaji. Itu memang kita sedar masih menghadapi pelbagai masalah yang masih kita perlu tangani. Walau bagaimanapun dasar telah diputuskan dan keputusan dibuat oleh Yang Berhormat Menteri Pelajaran memang untuk membenarkan murid-murid, khususnya di luar bandar masih belum dapat menguasai Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris. Jadi itulah DR. 5.11.2007 21

buat sementara waktu untuk kita dapat melihat semula bagaimana keadaan yang terbaik untuk pembelajaran Matematik dan Sains di sekolah.

10. Dato' Chua Jui Meng [Bakri] minta Menteri Kesihatan menyatakan apakah polisi kerajaan mengenai ‘mammograms’ dan sama ada kementerian mengetahui pendirian Persatuan Perubatan Amerika (American Medical Association) mengenainya.

Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan [Dato' Lee Kah Choon]: Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, mammograms merupakan pemeriksaan x-ray khusus untuk payudara dengan menggunakan peralatan x-ray yang spesifik untuk menyaring masalah payudara seperti ketulan. Mammograms merupakan kaedah radiografi yang diakui terbaik pada masa ini untuk mengesan kanser payudara pada peringkat awal. Kaedah ini dapat mengesan kanser payudara ketika ia masih pada peringkat pre-invasive iaitu Ductal Carcinoma In Situ (DCIS) yang mengesan sama ada terdapat ketulan ataupun tidak di payudara. Laporan dari Health Technology Assessment for Breast Cancer Screening pada tahun 2006 oleh Kementerian Kesihatan juga mendapati mammogram merupakan kaedah saringan yang terbaik untuk mengesan awal kanser payudara kerana ianya sensitif, spesifik, selamat dan melibatkan kos yang efektif. Persatuan Perubatan Amerika atau AMA telah menyarankan supaya saringan mammogram dilakukan setiap tahun dan Clinical Breast Examination atau (CBE) dilakukan secara berterusan terhadap wanita yang berusia 40 tahun ke atas yang asymptomatic. Pada masa ini hospital-hospital Kementerian Kesihatan hanya memberikan perkhidmatan mammogram untuk tujuan diagnostik dan saringan kanser payudara di kalangan wanita berisiko tinggi berdasarkan kepada Clinical Practice Guidelines on management of Breast Cancer, iaitu terhadap wanita yang pernah menghidap kanser payudara atau kanser ovari. Mempunyai sejarah satu atau lebih ahli keluarga terdekat menghidap kanser payudara sebelum usia 50 tahun, pernah mempunyai ATPR pada biopsi payudara dan sebelum memulakan rawatan terapi hormon gantian bagi wanita selepas menopaus. Pada masa ini Kementerian Kesihatan belum bersedia untuk melaksanakan program saringan komuniti atau Population Based Screening, mammogram seperti yang disarankan oleh AMA disebabkan oleh kekurangan kepakaran, sumber manusia dan infrastruktur. ■1110 Walau bagaimanapun Kementerian Kesihatan sedang dalam perancangan ke arah pelaksanaan saringan komuniti mamogram mengikut National Cancer Management blueprint sebagaimana pada draf tahun 2007. Sekian. Dato’ Chua Jui Meng [Bakri]: Terima kasih Yang Berhormat terhadap menjawab soalan itu. Mungkin Yang Berhormat tidak sedar baru-baru ini banyak penemuan telah dibuat di Amerika Syarikat, di Kanada, di Sweden, di Denmark dan di Scotland yang menunjukkan antara DR. 5.11.2007 22

lain. Pertama saringan mamogram ini tidak efektif bagi wanita di bawah umur 50 atau 55 ini penemuan yang pertama. Umpamanya Kajian Kebangsaan Saringan Payudara Kanada/ USA telah buat penemuan itu. Kedua, oleh kerana mamogram dijalankan mereka di bawah umur 50 atau 55 diagnosis berlebihan dilakukan mastektomi berlebihan dijalankan dan pembedahan am dilakukan. Ketiga penemuan daripada Universiti Aberdeen di Scotland menunjukkan oleh sebab tekanan terhadap payudara bila menjalani saringan bersamaan dengan kekuatan atau weight 20 kilogram... Tuan Yang di-Pertua: X-ray is it? Dato' Chua Jui Meng [Bakri]: Bukan, tekanan compression on the breast dijalankan mungkin menyebabkan penyebaran sel-sel barah yang ada di dalam payudara itu. Yang lain amat menyakitkan wanita kita, prosedur ini. Di American Medical Association baru-baru ini telah membuat penemuan iaitu ia boleh memusnahkan pelindungan enzim di dalam sel-sel kita iaitu yang dinamakan anti-oncogenes di mana satu daripada dua oncogenes yg telah hilang mungkin dimusnahkan dan pelindungan hilang pada wanita yang menjalani prosedur mamogram. Saya dapati ada prosedur yang lain yang lebih efektif lebih tepat yang tidak menyakitkan wanita kita. Umpamanya tomografi, syntomografi yang satu prosedur yang lebih simple analysis of nipple secretion yang akhirnya dark imaging. Semua ini lebih baik, lebih murah mungkin daripada prosedur mamogram. Sama ada Kementerian Kesihatan akan mengkaji semula polisinya terhadap mamogram yang pada masa dahulu saya mencadangkan tapi oleh sebab penemuan-penemuan yang baru mengkaji semula penggunaan teknik-teknik yang lain bersamaan dengan self breast examination. Terima kasih. Dato’ Lee Kah Choon: Terima kasih Yang Berhormat. Cadangan yang dikatakan tadi kita memang akan ambil perhatian, cuma pada masa sekarang mengikut pengetahuan kita Persatuan Perubatan Amerika seperti dikatakan saranan mereka adalah supaya kita menggunakan mamogram, tetapi dengan maklumat-maklumat yang terkini ini kita akan ambil balik dan kita akan tengok bagaimana kaji semula. Sekian terima kasih. Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Terima kasih Tuan Yang di Pertua. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Setiausaha Parlimen. Breast cancer merupakan kanser yang paling biasa kepada wanita dan dia tidak dilihat sebagai masalah kesihatan sahaja kerana ia melibatkan breast dan ciri-ciri kewanitaannya. Jadi ada ramai wanita apabila mereka mendapati bahawa mereka ada breast cancer, ramai yang akan hesitate sama ada mereka akan berjumpa doktor atau mendapat rawatan. Jadi saya ingin bertanya apakah langkah-langkah kementerian untuk memberi kesedaran bahawa adalah lebih penting mendapat rawatan daripada mengekalkan ciri kewanitaan. Kedua ialah, begitu ramai rakyat yang diagnose mendapati kanser kerana dia telah menjadi satu penyakit yang begitu biasa tetapi kita amat kekurangan facility rawatan. Jadi apakah DR. 5.11.2007 23

rancangan kementerian untuk meningkatkan atau memperbanyakkan facility rawatan supaya pesakit-pesakit dapat akses kepada rawatan ini. Terima kasih. Dato’ Lee Kah Choon: Terima kasih Yang Berhormat. Tadi ada mengatakan mereka hesitate tapi saya tidak tahu apakah punca hesitation itu. Adakah kerana sebab mereka takut pergi untuk berjumpa doktor lelaki, kalau begitu itu memang bukan satu masalah kerana kita memang ambil berat berkaitan dari segi ini dan kebanyakan jururawat kita mereka boleh menjalankan pemeriksaan ini. Kalau mereka kata mereka takut kerana terpaksa menghadapi pembedahan dan sebagainya, itu pun bukan satu saya rasa satu cabaran untuk kita semualah tapi yang pentingnya adalah kita sentiasa menyebar luaskan maklumat berkaitan pembedahan dan sebagainya dengan cara-cara yang lain untuk mengubati penyakit ini. Berkaitan dengan facility ini kita memang akui bahawa kita kekurangan pakar-pakar, tenaga kerja dan sebagainya tetapi kita sentiasa mencari jalan bagaimana kita dapat meningkatkan facility kita dan menuju ke itu kita telah merancang dan hari itu kita telah memulakan pekerjaan untuk membina satu institut kanser kebangsaan dan kita harap apabila institut ini selesai di bina kita akan mengatasi kekurangan facility yang dikatakan oleh Yang Berhormat tadi. Sekian.

11. Dato’ Dr. Wan Hashim bin Wan Teh [Gerik] minta Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan menyatakan sesudah filem-filem seperti Sarjan Hassan, Matahari, Bukit Kepong, Mat Salleh Pahlawan Sabah dan Lt. Adnan, kenapakah amat kurang filem dan siri untuk televisyen atau telemovie yang menonjolkan semangat patriotisme dan perjuangan menentang penjajahan serta pengganas komunis diterbitkan.

Timbalan Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan [Dato’ Wong Kam Hoong]: Tuan Yang di Pertua, kekurangan filem-filem untuk televisyen dan telemovie yang berbentuk nasionalisme adalah disebabkan beberapa faktor. Antaranya ialah penghasilan filem-filem ini memerlukan kos produksi yang tinggi. Ini adalah kerana filem-filem yang berbentuk nasionalisme memerlukan penyelidikan yang teliti dan penyediaan peralatan dan pelengkapan produksi yang terperinci mengikut kesesuaian jalan cerita filem atau telemovie tersebut. Di samping itu filem- filem atau telemovie ini adalah berisiko tinggi kerana ia tidak dapat menarik penonton ke pawagam di sebabkan kurangnya nilai-nilai komersial pada filem tersebut. Penerbit-penerbit filem atau telemovie berbentuk nasionalisme lebih bersedia untuk menerbitkan filem-filem seperti ini sekiranya terdapat dana di pihak kerajaan atau syarikat korporat. Sekian terima kasih. Dato’ Dr. Wan Hashim bin Wan Teh [Gerik]: Tuan Yang di Pertua, sebuah filem yang sedang di tayangkan hari ini, buat masa ini Hati Malaya 1957 merupakan sebuah filem yang hebat. Kagum saya melihatnya, cemerlang terbitan Pesona Picture dan saya kira filem-filem seperti inilah yang perlu diterbitkan sekurang-kurangnya setahun sekali. Jadi harapan saya kalau boleh dengan kerjasama kementerian agar government link companies, syarikat-syarikat milik DR. 5.11.2007 24

kerajaan ini dapat membantu para usahawan kita menerbitkan filem-filem seperti ini yang berkaitan dengan sejarah. Namun begitu saya ingin bertanya apakah terjadi kepada sebuah filem ataupun skrip filem patriotisme juga iaitu Kanang Anak Langkau yang sudah lebih sepuluh tahun berada di Finas dan apakah juga terjadi kepada Sayembara Penulisan Skrip yang diusahakan oleh Finas yang dulunya pernah melahirkan filem-filem yang baik seperti Embun dan Paloh. Sekian terima kasih. ■1120 Dato’ Wong Kam Hoong: Terima kasih Yang Berhormat daripada Gerik,. Memang betul iaitu filem-filem yang berunsur patriotisme seperti Leftenan Adnan, Embun, Paloh, Bilut dan juga baru-baru ini iaitu satu filem yang hebat Hati Malaya 1957. Semua filem-filem ini menghadapi kerugian yang besar daripada segi kewangan jadi tidak berapa minat pengusaha- pengusaha filem untuk menerbitkan filem-filem yang berunsur patriotisme. Sebab itu kerajaan melalui kementerian saya juga Kementerian Penerangan dan agensi-agensi lain tampil ke hadapan untuk memenuhi keperluan ini. Ia dibuat berbentuk filem dokumentari dengan tujuan menyemarakkan semangat patriotisme dan bukan tujuan untuk meraih keuntungan kewangan. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, selama ini kementerian saya dengan usaha sama National Geographic dan Discovery sedang dan telah buat 17 dokumentari dengan durasi 30 sehingga 60 minit yang mengandungi unsur-unsur patriotisme. Tajuk-tajuknya, saya bagi misalan ialah ‘Merdeka Satu Warisan Bangsa’, dalam bahasa Inggeris ‘The making of Malaysia Society Becoming A King’ yang baru-baru ini ditayangkan di Discovery Channel di Astro juga ‘Institusi Parlimen’, ‘Jejak Merdeka’, ‘Kontrak Sosial’ dan sebagainya. Saya haraplah dengan ini iaitu negara kita, cukuplah kita menerbitkan filem-filem untuk memenuhi keperluan ini. Sekian, terima kasih. Ir. Haji Hamim bin Samuri [Ledang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tadi Timbalan Menteri ada menyebut tentang kebanyakan filem-filem patriotisme ini tidak bersifat komersial. Jadi Tuan Yang di-Pertua, pada saya ia lebih kepada jalan cerita. Umpamanya jika jalan ceritanya menjurus kepada soal percintaan, sudah pasti akan menjadi filem atau drama yang bersifat komersial kerana ada daya tarik itu sendiri, pada saya lebih kepada jalan cerita. Jadi apakah pandangan kementerian ataupun FINAS untuk mengolah supaya pada masa akan datang semua filem yang berasaskan patriotisme ini berasaskan kepada cerita-cerita yang boleh menarik minat generasi muda walaupun terpaksa berunsur cinta tetapi ada nilai-nilai patriotisme dalam filem tersebut. Saya fikir yang ini perlu dilihat semula, apakah pandangan Yang Berhormat? Tuan Yang di-Pertua: Berunsur hiburan ya? Ir. Haji Hamim bin Samuri [Ledang]: Hiburan dan sebagainya. DR. 5.11.2007 25

Dato’ Wong Kam Hoong: Terima kasih. Pada hemah saya bukan jalan cerita yang tidak hebat atau sebagainya. Misal kata Paloh, Paloh jalan cerita yang baik tetapi cita rasa penonton kita di Malaysia ini khususnya untuk filem Melayu, mereka lebih gemar filem komedi, filem seram dan sebagainya sebab penerbit-penerbit mereka, tujuan mereka adalah atau garis bawahnya, bottom line adalah keuntungan. Mereka tidak akan buat satu filem kalau mereka anggap ini akan menghadapi kerugian kewangan. Walau bagaimanapun, masih ada pengusaha filem yang minat buat filem yang berunsur patriotisme seperti P. Ramlee dengan kos produksi RM5.3 juta, Mahsuri, Taming Sari Legenda Tersembunyi dan juga Keris Taming Sari. Saya haraplah iaitu penerbit-penerbit filem seperti pemaju rumah bikin rumah mewah, rumah kos sederhana dan juga dengan izin kos subsidi rumah kos rendah. Saya haraplah, memang mereka menghadapi risiko yang tinggi tetapi jika mereka ada filem-filem lain, ini menjadi satu kos subsidi dengan semangat patriotisme dan cintakan negara. Sekian, terima kasih.

[Soalan No. 12 – Y.B. Brig. Jen. (B) Dato’ Seri Abdul Hamid bin Haji Zainal Abidin (Parit Buntar) tidak hadir]

13. Dato’ Abu Bakar bin Taib [Langkawi] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan:-

(a) adakah kerajaan bercadang untuk membuat pembelian tanah bagi dijadikan padang permainan di setiap mukim; dan

(b) adakah kementerian mengambil inisiatif supaya belia dan beliawanis dilatih bagi menceburi bidang perkhidmatan perhotelan yang sekarang ini makin dikuasai oleh warga asing.

Setiausaha Parlimen Kementerian Belia dan Sukan [Tuan S. Vigneswaran]: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Ahli Yang Berhormat. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, urusan jual beli tanah untuk dijadikan padang permainan di setiap mukim adalah di luar bidang kuasa kementerian ini. Sebaliknya tanah dan tapak yang hendak dijadikan padang permainan adalah disediakan oleh kerajaan negeri dan juga berdasarkan kepada permohonan. Walau bagaimanapun kementerian sedang melaksanakan pembinaan gelanggang sukan pelbagai guna di 300 kawasan di seluruh negara. Untuk jawapan B, Kementerian Belia dan Sukan sentiasa peka dengan masalah yang dihadapi terutama dalam bidang perkhidmatan perhotelan di negara ini. Pada masa ini, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di Pertak, IKBN di Alor Gajah, IKBN di Miri dan IKBN di Bachok menawarkan kursus-kursus dalam perkhidmatan personel dan hospitaliti. Semenjak tahun 2001 sehingga 2006, Kementerian Belia dan Sukan telah berjaya melatih seramai 20,187 orang belia sepenuh masa di IKBN seluruh negara dalam pelbagai bidang. Di samping itu KBS juga menjalankan latihan di bawah program Skim Perantisan Industri Perhotelan iaitu HIAS yang dikendalikan bersama di antara Kementerian Belia dan Sukan, DR. 5.11.2007 26

Pembangunan Sumber Manusia Berhad dan empat buah kolej iaitu Kolej Taylor menawarkan kursus housekeeping, reception techniques, F&B dan kitchen practices dengan izin. Kolej KDU menawarkan kursus accommodation, practices reception techniques, F&B dan kitchen practices dengan izin. Kolej KRIS menawarkan kursus amalan penyediaan makanan, Kolej IKIP menawarkan kursus room division dan perkhidmatan makanan. Tuan Yang di-Pertua, pada tahun 2007 sahaja jumlah yang sedang menjalankan kursus- kursus di kolej-kolej berkenaan adalah seramai 285 orang. Tempoh latihan bagi program HIAS yang diadakan adalah di antara 10 minggu hingga 24 minggu. Sekian, terima kasih. Dato’ Abu Bakar bin Taib [Langkawi]: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih atas jawapan. Saya ingat polisi kementerian itu kena tukar sebab kerajaan tidak ada duit. Kalau kita bajet satu tahun RM50 juta atau RM100 juta, maka banyak padang-padang permainan dapat diadakan di kawasan-kawasan kerana kebanyakan belia pada hari ini tidak ada padang permainan untuk bermain. Malahan tidak ada padang bola pun tidak ada, nak bola keranjang pun tidak ada, nak main volleyball pun tidak ada. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya minta pihak kementerian hendaklah prihatin pada perkara ini supaya bajet tiap-tiap tahun membolehkan kita mengurangkan sedikit sebanyak kerja-kerja sosial yang dihadapi. Terima kasih. Tuan S. Vigneswaran: Terima kasih Ahli Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Belia dan Sukan memang faham dengan masalah ini dan juga prihatin, tetapi tanah adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri. Buat masa sekarang, sebelum ini kita tidak ada sebuah mesyuarat yang diadakan bersama Kementerian Belia dan Sukan dengan Kerajaan Tempatan tetapi dengan Cabinet Committee sekarang kita memang telah mengemukakan masalah ini. Pada masa sekarang, di setiap pembangunan perumahan Kerajaan Tempatan harus menyediakan tempat permainan. Tetapi saya merayu kepada Yang Berhormat supaya menanti keputusan Cabinet Committee dan saya pasti pada bulan-bulan atau tahun akan datang, masalah ini akan diselesaikan oleh Kementerian Belia dan Sukan melalui kerjasama dengan Kerajaan Tempatan. Terima kasih.

[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan telah tamat]

DR. 5.11.2007 27

RANG UNDANG-UNDANG

RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2008

Bacaan Kali Yang Kedua

DAN

USUL

ANGGARAN PEMBANGUNAN 2008

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah “Bahawa Rang Undang-undang Perbekalan 2008 dibacakan kali yang kedua sekarang” dan “Bahawa Usul yang berikut ini dirujuk kepada Jawatankuasa sebuah- buah Majlis.”

“Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan iaitu satu jumlah wang sebanyak tidak lebih daripada empat puluh lapan bilion satu ratus lapan belas juta dua ratus enam puluh sembilan ribu ringgit (RM48,118,269,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun kewangan 2008, dan bagi tujuan-tujuan dan butiran-butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Bajet Persekutuan 2008, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 13 Tahun 2007, adalah diuntukkan di bawah Maksud-Maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan lapan dan sembilan senarai tersebut” [1 November 2007]

Tuan Yang di-Pertua: Saya jemput Yang Berhormat Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi untuk memulakan jawapan.

„ 1130 11.30 pg. Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi [Datuk Anifah bin Haji Aman]: Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli- ahli Yang Berhormat dari Tuaran, Arau, Seputeh, Sandakan, Jasin, Sabak Bernam, Temerloh dan Kuala Krau yang telah pun membangkitkan perkara-perkara yang berkaitan dengan Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi sepanjang perbahasan Bajet 2008. Saya akan menjawab mengikut isu-isu yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat berkenaan. Tuan Yang di-Pertua, pertama sekali saya ingin menyentuh mengenai soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat bagi Tuaran bahawa perbezaan di antara harga-harga jualan getah yang ditawarkan kepada pekebun-pekebun kecil di Semenanjung Malaysia, Sabah dan . Perbezaan ini berlaku atas beberapa faktor seperti:- (i) kandungan getah kering yang dijual; DR. 5.11.2007 28

(ii) sistem pelesenan ke atas pembeli getah; dan (iii) kemudahan prasarana pengangkutan yang berbeza. Di Semenanjung Malaysia lebih ramai pembeli dilesenkan untuk menjalankan perniagaan membeli dan menjual getah. Persaingan di antara pembeli getah membolehkan para pekebun kecil menikmati harga yang lebih tinggi. Di samping itu taraf infrastruktur dan logistik di ketiga- tiga kawasan ini adalah berbeza. Infrastruktur dan logistik di Semenanjung Malaysia adalah lebih baik dan ini memudahkan transaksi getah yang dijalankan. Oleh itu kos pengangkutan adalah lebih rendah dan pembeli dapat menawarkan harga yang lebih tinggi kepada pekebun kecil.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Lim Si Cheng) mempengerusikan Mesyuarat]

Namun demikian, kerajaan sentiasa memantau kedudukan perbezaan harga ini. Di Semenanjung Malaysia, Lembaga Getah Malaysia atau LGM bertanggung jawab mengawal selia industri getah melalui pendaftaran semua pembungkus dan pengeksport getah dan melaksanakan polisi pelesenan dan perakuan seperti yang termaktub di dalam Akta Lembaga Getah Malaysia Perbadanan 1996 dan Peraturan-peraturan Lembaga Getah Malaysia Pelesenan 1997. Dengan ini juga LGM mempunyai bidang kuasa penuh untuk memastikan semua peserta dalam industri ini mematuhi peraturan tersebut seperti mana yang telah dijelaskan tadi. Persaingan di antara para pembeli getah di Semenanjung Malaysia.. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Mohon penjelasan. Datuk Anifah bin Haji Aman: ..merupakan satu fakta yang lebih... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat Timbalan Menteri, Sri Gading. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua yang baru masuk. [Ketawa]. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Minggu lepas Yang Berhormat Menteri bangun hendak menjawab, tetapi mungkin pagi ini beliau ada urusan lain dan saya yakin Yang Berhormat Timbalan Menteri pun mampu hendak menjawab bagi pihak kementerian. Saya juga hendak buat beberapa pertanyaan. Saya sedar kementerian memang bertanggung jawab dan hendak membantu pekebun kecil. Terima kasih, tahniah, tetapi masalah ini masalah perbezaan harga antara orang yang di hulu-hulu, orang yang di pertengahan hulu, orang yang di luar bandar, orang yang di pinggir bandar dengan harga di lain-lain tempat, jauh berbeza. Pembeli akan menggunakan bermacam- macam alasan. Bermacam-macam alasan dalam usaha hendak menekankan pekebun-pekebun kecil supaya harga yang dibeli seboleh-bolehnya murah. Saya berharap pihak kementerian kerana kebanyakan orang kampung, orang luar bandar kehidupannya bergantung pada pertanian, getah dan kelapa sawit dan bergantung kemewahannya sama ada harganya tinggi ataupun tidak. Mereka yang keluar pukul 4 pagi, DR. 5.11.2007 29

pukul 5 pagi, pembeli ini memeras mereka, alangkah zalimnya pembeli-pembeli ini kerana untuk keuntungan peribadi, mereka menggunakan alasan-alasan seperti mana yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi, hinggakan menurunkan harga yang serendah- rendahnya. Akibatnya, pekebun-pekebun kita menanggung kerugian. Soalannya, bagaimana dan apakah tindakan-tindakan yang telah diambil kepada lintah darat, pembeli-pembeli kelapa sawit dan getah yang sewenang-wenangnya menipu pekebun kecil dan adakah rekod dari segi kementerian, tindakan yang telah diambil kepada mereka supaya menjadi pengajaran kepada mereka dan dengan itu kementerian yang ditubuhkan oleh kerajaan membela pekebun kecil akan terlaksana. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Datuk Anifah bin Haji Aman: Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya saya belum lagi habis menjawab penjelasan yang telah pun ditanya. Walau bagaimanapun... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sebenarnya saya pun hendak tegur juga. Yang Berhormat baru mula jawab tidak sampai dua minit, dia sudah tanya soalan dengan dua minit juga. Baiklah. Datuk Anifah bin Haji Aman: Tapi, tak mengapalah. Yang Berhormat mempunyai niat yang baiklah. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: ...tetapi dia memang ambil perhatian berat terhadap masalah yang dihadapi oleh pekebun kecillah. Datuk Anifah bin Haji Aman: Saya setuju Tuan Yang di-Pertua. Okey Tuan Yang di- Pertua, saya sambung jawapan saya. Nanti saya ulas pertanyaan Yang Berhormat daripada Sri Gading. Industri getah asli di Sabah pula diletakkan di bawah bidang kuasa kerajaan negeri, Yang Berhormat. Seperti yang termaktub dalam Enakmen Industri Getah 1981, bidang kuasa termasuk pemasaran getah asli di Sabah pula dikawal sepenuhnya oleh Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) iaitu sebuah badan berkanun negeri di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Sabah. Agensi ini juga berperanan dalam menentukan harga getah di pasaran. Badan ini yang menentukan harga pasaran getah di negeri Sabah, bukan LGM. Manakala di negeri Sarawak pula industri getah diletakkan di bawah bidang kuasa kerajaan negeri khususnya Jabatan Pertanian Sarawak. Pengendalian ini termasuklah kebenaran membeli getah dari pekebun kecil sehingga kepada permit pengeluaran getah ke negeri-negeri di Semenanjung Malaysia. Namun begitu, sijil eksport kilang-kilang memproses getah dikeluarkan oleh LGM. Justeru itu, perbezaan dalam sistem pelesenan pembeli getah di Sabah, Sarawak dan Semenanjung adalah faktor utama yang menimbulkan perbezaan harga. Masalah utama Yang Berhormat, soalan Yang Berhormat kenapakah harga perbezaan ini wujud di antara ketiga-tiga di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak? Kita melalui akta tersendiri negeri-negeri Sabah dan Sarawak, kita cuma boleh memberi pandangan dan pemantauan. Walau bagaimanapun, harga yang telah ditetapkan oleh kedua-dua negeri itu adalah luar daripada kawalan kita. DR. 5.11.2007 30

Saya bersetuju dengan Yang Berhormat bahawa ada di antara pekebun-pekebun kecil kita yang tidak mendapat harga yang pada ketika ini lumayan. Mereka tidak merasai harga yang tinggi terutama sekali di kedua-dua negeri iaitu Sabah dan Sarawak. Kita telah pun mengadakan perbincangan beberapa kali dan faktor utama yang saya katakan tadi bahawa pembeli itu dari aspek monopoli. Cuma tidak dibuka dan apabila ianya dibuka, maka persaingan itu wujud, maka harga akan meningkat, tetapi negeri Sabah ini di mana badan-badan seperti LIGS yang di bawah Kementerian Pertanian dan Pemakanan Sabah, mereka mempunyai kuasa untuk menentukan siapakah pembeli? Ini adalah faktor utama. Walau bagaimanapun Yang Berhormat, kita sering mengadakan perbincangan dan setakat ini saya ingin maklumkan kepada Yang Berhormat kita belum lagi berjaya untuk memastikan kepada pihak-pihak yang tertentu supaya penoreh-penoreh getah ataupun small holders ataupun pekebun-pekebun kecil yang saya sangat setuju dengan Yang Berhormat belum lagi menikmati harga yang sepatutnya mereka menerima. Kita tidak akan berputus asa dan kita akan meneruskan perbincangan dengan negeri-negeri tersebut supaya mereka-mereka ini dapat harga-harga yang setimpal dengan usaha-usaha mereka. Jadi itu yang dapat saya jelaskan kepada Yang Berhormat. Berkenaan dengan benih- benih getah di negeri Sabah pula, untuk makluman, pada 5 Oktober 2007, KPPK telah mengadakan satu Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan di sekitar Sabah dan Sarawak yang dipengerusikan sendiri oleh Ketua Setiausaha kementerian yang mana ahli-ahli mesyuarat adalah termasuk daripada wakil-wakil daripada Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak. Mesyuarat bersetuju semua pembekal benih-benih getah di Sabah dan Sarawak perlu mendapatkan lesen daripada Lembaga Getah Malaysia terlebih dahulu. Hanya pembekal benih-benih getah yang mempunyai lesen daripada LGM sahaja yang dibenarkan untuk mengedarkan benih getah kepada pekebun-pekebun kecil. Ini juga satu daripada usaha kita dan langkah-langkah kita supaya mereka-mereka ini sekiranya untuk menanam getah semula mendapat benih yang berkualiti supaya pendapatan mereka juga dapat dipertingkatkan. Tuan Yang di-Pertua, dalam usaha memastikan satu asas secara saintifik digunakan bagi penentuan Kandungan Getah Kering atau KGK, satu Jawatankuasa Penambahbaikan Harga Getah ditubuhkan di Sabah. Wakil-wakil dari Lembaga Industri Getah Sabah, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Sabah, Persatuan-persatuan Pekebun Kecil di Sabah dan Lembaga Getah Malaysia merupakan anggota Jawatankuasa tersebut. ■1140 Fungsi utama LGM dalam jawatankuasa ini adalah membuat profil KJK secara saintifik di seluruh Sabah. Profil yang dikumpulkan akan digunakan sebagai asas dalam penentuan harga getah di Sabah. Jadi Yang Berhormat, kita juga menggunakan apa juga kuasa dalam kementerian kita. Yang Berhormat bagi Sri Gading sudah keluar? Supaya kita dapat membantu pekebun-pekebun kecil. DR. 5.11.2007 31

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat bagi Arau, kerajaan telah pun meluluskan Akta Industri Biobahan Api Malaysia 2006 yang menggariskan pelesenan bagi pengeluaran, penyimpanan, pengangkutan dan perdagangan bahan api. Langkah ini diambil sebagai persiapan pelaksanaan mandatori penggunaan biobahan api dalam sektor pengangkutan. Ini merupakan komitmen kerajaan bagi menggalakkan penggunaan biobahan api mesra alam. Mengenai bilangan lesen pengilangan biobahan api yang dikeluarkan, ingin saya jelaskan bahawa sehingga hujung September 2007, sebanyak 91 lesen pengilangan telah diluluskan. Dari jumlah ini sebanyak empat buah kilang biodiesel dengan kapasiti 300 ribu tan setahun telah beroperasi. Manakala tujuh buah kilang biodiesel dengan kapasiti pengeluaran setahun sebanyak 621 ribu tan berada dalam peringkat pengeluaran percubaan serta sepuluh buah kilang dalam proses pembinaan dijangka beroperasi pada awal dan pertengahan tahun 2008. Biodiesel yang dikeluarkan pada bulan Ogos 2006 telah dieksport ke beberapa buah negara seperti Kesatuan Eropah, Amerika Syarikat dan juga Jepun. Jumlah pengeluaran oleh kilang biodiesel tersebut... Datuk Haji Mohd. Said bin Yusof [Jasin]: [Bangun] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang Berhormat Jasin. Datuk Anifah bin Haji Aman: Jumlah pengeluaran oleh kilang-kilang biodiesel tersebut dengan tempoh Ogos 2006 hingga September 2007 adalah sebanyak 158,287 tan. Silakan. Datuk Haji Mohd. Said bin Yusof [Jasin]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Adakah disebabkan kenaikan CPO sekarang yang telah menjangkau sampai 2,701 tan membuatkan ramai pekilang yang hendak buat biodiesel ini fikir enam kali kerana kalau kita lihat 91 lesen yang telah dikeluarkan, hanya empat sekarang beroperasi Saya hendak tanya juga kementerian, kalau lihat pada harga CPO ini memang tidak viable untuk dibuat biodiesel melalui kelapa sawit dan adakah kementerian ada cadangan lain untuk mencari alternatif lain selain daripada CPO, mungkin alternatif-alternatif lain untuk kita usahakan biodiesel yang mana pasaran ia amat besar di sebelah Eropah. Terima kasih Yang Berhormat. Datuk Anifah bin Haji Aman: Memang sangkaan Yang Berhormat itu tepat. Saya akan berbalik kepada jawapan Yang Berhormat di mana kita sedang berusaha untuk mencari alternatif daripada kelapa sawit. Saya akan balik kembali oleh kerana Yang Berhormat tidak ada tanya soalan tentang alternatif kelapa sawit ini. Jadi izinkan saya teruskan, Tuan Yang di-Pertua. Cabaran yang dihadapi oleh pengilang-pengilang biodiesel yang disebutkan oleh Yang Berhormat bagi Jasin tadi adalah harga bahan mentah sawit yang semakin meningkat yang membawa kepada peningkatan kos pengeluaran dan memberi kesan kepada margin keuntungan DR. 5.11.2007 32

serta menjejaskan viability industri tersebut seperti Yang Berhormat kata tadi. Namun begitu kementerian bersama MPOB sentiasa mengawasi kemajuan pelaksana projek biodiesel bagi mengenal pasti syarikat yang berpotensi dan Yang Berhormat benar-benar mempunyai komitmen untuk meneruskan pembinaan kilang biodiesel, seterusnya menjalankan aktiviti pengeluaran. Kementerian sedang mengkaji isu-isu yang terlibat serta strategi pelaksanaan bagi menggalakkan pengeluaran dan penggunaan biobahan api. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat bagi Arau juga mencadangkan supaya ditanam pokok gaharu bagi meningkatkan pendapatan petani-petani kita. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, kayu gaharu atau agarwood adalah sejenis resin yang dihasilkan daripada teras pokok keras spesies Aquilaria. Kayu gaharu boleh menghasilkan minyak gaharu bernilai tinggi di antara RM50 sehingga RM500 setoler. Setoler itu adalah 12 gram, Yang Berhormat. Kayu gaharu serta serpihan kayu gaharu dianggarkan juga boleh dijual pada harga RM250 hingga RM10 ribu sekilogram bergantung kepada gred yang ditetapkan oleh pasaran semasa. Sehubungan itu Majlis Perhutanan Negara Ke-21 dalam mesyuarat pada 18 September 2007 telah meminta Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi untuk mengkaji potensi penghasilan gaharu secara komersial. Pokok karas dijangka boleh menghasilkan pulangan yang lumayan sekiranya teknologi pembentukan resin gaharu dapat dilakukan secara tiruan melalui kaedah rawatan inokulasi. Buat masa kerajaan belum boleh menggalakkan petani-petani menanam pokok karas sehingga ada teknik yang betul-betul teruji keberkesanannya untuk digunakan oleh pengusaha- pengusaha dan penanam pokok karas. Datuk Dr. James Dawos Mamit [Mambong]: Mohon penjelasan. Datuk Anifah bin Haji Aman: Silakan. Datuk Dr. James Dawos Mamit [Mambong]: Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Forest Research Institute ataupun Institut Penyelidikan Perhutanan di Kepong telah lama membuat penyelidikan tentang kayu karas ini atau kalau ia sudah ada resin hitam dalamnya, ia dikatakan gaharu. Sekarang FRIM telah pun mengkaji tentang satu kaedah inokulasi yang mana sejenis fungal boleh dimasukkan di dalam batang pokok karas ataupun jaras apabila ianya berumur empat tahun untuk mempercepatkan kejadian gaharu di dalam batang pokok karas ini. Jadi adakah kerajaan ingin memperkenalkan teknologi ini dengan lebih meluas lagi kepada petani-petani di kawasan luar bandar kerana ianya sekarang memang sudah diuji di dalam Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia. Datuk Anifah bin Haji Aman: Terima kasih Yang Berhormat bagi Mambong. Saya memang selalu kagum dengan kepakaran Yang Berhormat. Sebenarnya jawapan apa yang telah ditanya oleh Yang Berhormat itu saya hampir sampai ke sana dan jawapan yang lebih konkrit hanya dapat diketahui pada akhir 2009 apabila kajian selesai dijalankan oleh Institut DR. 5.11.2007 33

Penyelidikan Perhutanan Malaysia ataupun FRIM yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi berserta dengan agensi-agensi penyelidikan lain di negara kita. Jadi kita cuma akan mengkomersialkan, Yang Berhormat, sekiranya kita mendapat kepastian bahawa ia akan memberi pulangan yang lumayan kepada petani-petani kita terutama sekali penduduk-penduduk di luar bandar. Dato’ Seri Diraja Syed Razlan ibni Syed Putra Jamalullail [Arau]: [Bangun] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat Arau. Dato’ Seri Diraja Syed Razlan ibni Syed Putra Jamalullail [Arau]: Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Yang dikatakan oleh Yang Berhormat bagi Mambong, saya tidak tahulah, mungkin daripada Amerika Syarikat ke yang telah digunakan oleh FRIM untuk dikaji. Yang ini saya ingat Yang Berhormat jaga-jaga sedikit pasal yang saya tahu set untuk suntikan ini USD80, lebih kurang satu meter sahaja jaraknya. Saya ingat terlalu mahal untuk orang kampung kita. Memang ada cara sekarang yang lagi murah daripada itu, yang lebih praktikal dan efisien. Saya ingat perkara ini saya pun telah bincang dengan pegawai ataupun director daripada FRIM, kita mesti cari satu jalan lagi mudah dan lagi murah untuk petani-petani kita. Terima kasih. Datuk Anifah bin Haji Aman: Terima kasih Yang Berhormat bagi Arau. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, kita memang bernasib baik mempunyai Ahli-ahli Parlimen yang mempunyai kepakaran yang tinggi dan saya telah pun mencadangkan kepada kementerian saya, KPPK, supaya juga menjemput kedua-dua Ahli Yang Berhormat ini supaya dapat mengemukakan dalam kajian yang kita sedang jalankan termasuklah kerjasama dengan FRIM dan juga saintis-saintis yang lain. Ternyata sekali bahawa dalam Dewan yang mulia ini pada pagi ini kita nampak bahawa kedua-dua Ahli Yang Berhormat yang mempunyai kepakaran ini mempunyai pandangan yang boleh kita ambil kira supaya kita dapat membantu untuk kita mendirikan industri yang agak lumayan yang kita lihat pada hari ini. Ya, Yang Berhormat bagi Mambong. Yang Berhormat bagi Mambong tujukan soalan ini kepada saya ataupun kepada Yang Berhormat bagi Arau? [Ketawa] Datuk Dr. James Dawos Mamit [Mambong]: Kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Datuk Anifah bin Haji Aman: Okey. Datuk Dr. James Dawos Mamit [Mambong]: Terima kasih. Saya dapat tahu bahawa di perkampungan Orang Asli, mereka menggunakan tapai ataupun ragi, sama sahaja. Untuk dimasukkan di dalam batang pokok karas dan ianya didapati juga berkesan. Jadi ini yang paling murahlah kalau kita menggunakan ragi ataupun tapai. ■1150 Saya rasa kerajaan haruslah teliti teknologi Orang-orang Asli ini sama ada ia benar- benar berkesan ataupun tidak, tetapi saya sudah dapat tahu bahawa mereka menggunakan DR. 5.11.2007 34

bahan ini, iaitu memasukkan fungi, kulat ataupun fungus ke dalam batang pokok kayu karas. Terima kasih. Datuk Anifah bin Haji Aman: Terima kasih, saya berpendapat bahawa itu lebih daripada maklumat. Kita mempunyai pegawai-pegawai daripada kementerian di sini. Saya memohon supaya kita mengambil nota dan juga yang saya cadangkan tadi supaya kedua-dua pakar ini dijemput untuk berbincang sama. Apa yang saya nyatakan tadi bahawa kita cuma akan mendapat maklumat yang terperinci daripada hasil penyelidikan ini pada akhir tahun 2009 dan saya agak ia memakan masa yang lebih panjang. Oleh itu saya meminta supaya pegawai kita boleh menjemput kedua-dua termasuk barangkali Sabak Bernam. Silakan. Dato' Haji Mat Yasir bin Haji Ikhsan [Sabak Bernam]: Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ada hutang dengan saya untuk bawa ke Indonesia pasal kes pokok jarak, tetapi berbalik kepada pokok karas dan gaharu ini. Sebenarnya saya telah terlibat hampir secara langsung membawa beberapa orang ke Sabak Bernam kerana pokok-pokok ini sangat subur ditanam di negara kita, khususnya di Sabak Bernam. Saya ingin bertanya tentang pokok karas ini begitu juga dengan pokok yang lain, saya lihat kajian ini terlalu lama oleh pihak-pihak tertentu termasuklah MARDI dan sebagainya untuk akhirnya ia memberikan manfaat kepada rakyat. Oleh kerana ini saya ingin bertanya Yang Berhormat Timbalan Menteri, kalau adalah pokok-pokok ini yang banyak di kawasan luar bandar siapakah yang boleh kita rujuk untuk mereka turun membuat kajian. Ini kerana yang terbaru, lima ekar tanah dengan pokok yang besar ini telah dipotong begitu sahaja dan saya difahamkan ini adalah pokok gaharu yang ada nilai seperti yang disebut oleh sahabat-sahabat saya. Siapakah sebenarnya orang yang kita boleh rujuk supaya rakyat luar bandar terus mendapat manfaat daripada perkara-perkara yang sangat baik seperti ini? Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri,. Datuk Anifah bin Haji Aman: Ya, saya bersetuju dengan Yang Berhormat dari Sabak Bernam. Saya katakan tadi tahun 2009 iaitu yang telah saya bacakan bahawa jawapan yang lebih konkrit hanya dapat diketahui pada akhir tahun 2009 apabila kajian yang terperinci telah dijalankan. Saya bersetuju dengan Yang Berhormat supaya kita dapat mencari kaedah supaya ia dapat dipercepatkan dan supaya kita dapat menanamnya secara komersial dan secara besar- besaran. Walau bagaimanapun kita akan usahakan dan badan yang bertanggungjawab atas penyelidikan Yang Berhormat tanyakan tadi iaitu FRIM. Walau bagaimanapun FRIM adalah bekerjasama dengan badan-badan research yang lain termasuk juga daripada universiti-universiti dan juga kementerian-kementerian kita termasuk juga daripada MARDI. Tuan Yang di-Pertua, bagi soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat bagi Seputeh dan Sandakan, kerajaan mulai 1 Jun 2007 telah mengaktifkan semula Skim Penstabilan Harga Minyak Masak. Ini adalah memandangkan harga siling semasa minyak masak adalah DR. 5.11.2007 35

berpandukan kepada paras harga minyak sawit mentah sebanyak RM1,500 setan. Buat masa ini harga minyak sawit mentah adalah dalam lingkungan RM2,700 setan. Tujuan skim ini adalah untuk memastikan golongan berpendapatan rendah tidak dibebankan dengan harga minyak masak yang tinggi bagi keperluan asas serta mengekang inflasi. Dengan pelaksanaan skim ini harga siling minyak masak yang telah diluluskan semenjak tahun 1997 bagi bungkusan paket satu kilogram dan botol dengan berat 0.5, 1, 2 dan 5 kilogram adalah RM1.85, RM2.50, RM3.30, RM6.25 dan RM13.75 sen dikekalkan. Bagi menampung pelaksanaan skim ini ses dikutip dari estet atau perladangan sawit yang melebihi 40.46 hektar ataupun 100 ekar. Bagi meringankan beban estet kementerian telah melaksanakan formula baru mulai Oktober 2007. Datuk Mohamed Razali bin Che Mamat [Kuala Krai]: Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya terpanggil sedikit oleh sebab pakej minyak masak ini. Rata-rata penduduk di kawasan Parlimen saya terutamanya, meminta penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri mengenai pakej minyak masak di market ini begitu berkurangan. Ini menyebabkan kebanyakan penduduk merayu supaya pakej ini dapat diperbanyakkan dan ada pula yang menyatakan terdapat penyeludupan di sempadan-sempadan begitu berleluasa. Apakah tindakan kementerian dalam hal ini untuk penjelasan kepada rakyat? Terima kasih. Datuk Anifah bin Haji Aman: Terima kasih, Yang Berhormat. Kita akan pastikan. Setakat ini kita tidak mendapat maklumat bahawa ada juga kementerian yang terlibat secara langsung untuk memastikan bahawa minyak-minyak masak dan bungkusan-bungkusan yang tertentu supaya ia dapat diteruskan dan tidak berkurangan dalam pasaran. Dari segi penyeludupan, ini memang perkara biasa yang di mana apabila harga-harga kita terutama sekali harga yang mendapat subsidi daripada kerajaan, maka minyak masak di negara kita adalah yang agak termurah kalau dibandingkan dengan rantau ini dan penyeludupan-penyeludupan akan sentiasa berlaku. Walau bagaimanapun kementerian-kementerian yang berkenaan sentiasa memantau dan kita juga bekerjasama untuk membantu mereka supaya ia tidak berlaku dan supaya rakyat di negara kita ini mendapat manfaat daripada harga yang rendah ini. Izinkan saya untuk teruskan. Ses yang dikutip daripada semua estet dan perladangan sawit di seluruh dan bukannya hanya pengeluar di Sabah dan Sarawak sahaja. Cadangan ini telah pun dibincangkan dengan wakil-wakil persatuan pengeluaran sawit di mana pihak-pihak berkenaan berpandangan sumbangan ini merupakan salah satu tanggungjawab sosial korporat. Bagi melaksanakan skim ini adalah dianggarkan keperluan kewangan adalah sebanyak RM660 juta, bagi mengekalkan harga siling minyak masak di dalam bungkusan di bawah 5 kilogram bagi tempoh 1 Jun 2007 hingga 30 Mei 2008. Di samping itu kerajaan juga telah bersetuju untuk membayar balik kerugian yang dialami oleh pembungkus minyak masak yang dianggarkan sebanyak RM118 juta sejak bulan Januari DR. 5.11.2007 36

2007 hingga Mei 2007. Dengan ini jumlah peruntukan yang diperlukan adalah sebanyak RM778 juta untuk membiayai skim ini. Dengan mengambil kira pergerakan harga CPO antara RM2,190 sehingga RM2,650 untuk tempoh Jun 2007 hingga Mei 2008 jumlah kutipan ses adalah dianggarkan berjumlah sebanyak RM819 juta. Dengan mengambil kira baki peruntukan dari skim yang terdahulu iaitu sebanyak RM47 juta adalah diramalkan baki di bawah dana ini pada awal bulan Jun 2008 adalah sebanyak RM88 juta. Kementerian saya sedang mengkaji kemajuan pelaksanaan skim ini dan akan menilai semula pelaksanaannya agar skim ini tidak membebankan industri sawit negara keseluruhannya. Oleh yang demikian kenyataan Yang Berhormat bagi Seputeh bahawa skim ini akan berbaki sebanyak RM1.4 bilion adalah tidak berasas sama sekali. Kementerian prihatin dengan kos pengeluaran yang tinggi di Sabah yang disebabkan antara lain oleh kos pembangunan dan kos pengangkutan. Walau bagaimanapun sebahagian kos ini diserapkan oleh pengeluaran buah dan kadar perahan minyak yang tinggi ataupun oil extraction rate, OER dengan izin di Sabah. Purata pengeluaran buah tandan segar ialah sebanyak 23 tan se hektar manakala kadar OER di Sabah adalah 21% berbanding di Semenanjung Malaysia sebanyak 18.7 tan sehektar bagi pengeluaran buah dan 19% kadar OER. Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan soalan Yang Berhormat dari Jasin berkenaan dengan pokok jarak ataupun jatropha yang dibangkitkan oleh ... Tuan Chong Hon Min [Sandakan]: Penjelasan. Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Apa yang saya bangkitkan dalam perbahasan saya mengenai ses yang dikatakan tadi adalah suara bagi pengeluar-pengeluar kelapa sawit FFB di Sabah bahawa mereka mungkin perlu bersetuju dengan pelaksanaan COSS ataupun cooking oil stabilisation scheme ini. Apa yang mereka bangkitkan ialah kerana Kerajaan Negeri Sabah telah mengenakan cukai keluaran bagi palm oil ini di Sabah dan bilangan jumlah yang telah dipungut daripada mereka sebanyak RM580 juta dalam tahun yang lalu telah membebankan mereka. ■1200 Dengan ses yang dikenakan mulai bulan Jun ini, mereka merasakan beban yang lebih berat, kerana ada mereka yang kalau pinjaman mereka untuk memaju dan membangunkan estet mereka sudah selesai dibayar, itu mungkin tidak menjadi masalah tetapi masalahnya ialah mereka yang masih menanggung pinjaman yang berat dari bank dan lain-lain agensi. Itulah bantahan yang mereka bangkitkan, jadi saya minta penjelasan ataupun pertimbangan semula, supaya ses ini dibatalkan atau dikurangkan seperti mana yang disuarakan oleh kebanyakan pengeluar kelapa sawit di Sabah. Terima kasih. Datuk Anifah bin Haji Aman: Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat ini daripada Parti Bebas. Oleh kerana saya percaya bahawa kerajaan kita lebih mementingkan orang ramai daripada sesuatu peniaga terutama sekali dalam aspek ini ialah kelapa sawit. Yang Berhormat, apabila kita mengambil tindakan kita telah pun mengkaji sedalam-dalamnya supaya DR. 5.11.2007 37

seperti yang telah saya katakan tadi, kita tidak akan membebankan industri sawit dan kita mengiktiraf bahawa industri sawit ini amat penting kepada negara kita. Oleh itu, tindakan-tindakan yang kita ambil termasuk Kerajaan Negeri Sabah, bahawa apabila kita mengenakan sesuatu ses kepada pengusaha-pengusaha ini, kita telah pun mengambil kira bukan sahaja daripada segi pendapatan ataupun kos pengeluaran, di mana kita tidak mahu akan hilang competitiveness advantage daripada negara-negara pengeluar yang lain, tetapi kita juga mengambil kepentingan rakyat keseluruhannya. Yang Berhormat, barangkali Yang Berhormat tidak pakar tentang kos pengeluaran. Memanglah ahli-ahli peniaga sama individu ataupun ahli-ahli korporat ataupun syarikat-syarikat yang besar ataupun syarikat-syarikat gergasi yang telah disuarakan oleh Yang Berhormat Sri Gading tadi, mereka mahu mengambil profit yang maksimum, maximization of profit dengan izin dan mereka tidak mementingkan... bukan saya katakan semua, ada di antara syarikat-syarikat gergasi ini lebih mementingkan daripada keuntungan mereka, tetapi tidak mempunyai social obligation dengan izin. Oleh itu, Yang Berhormat jangan bimbang, biarpun Yang Berhormat barangkali tidak jauh prihatin kepada rakyat keseluruhannya, tetapi lebih mementingkan kepada keuntungan syarikat- syarikat gergasi ini. Walau bagaimanapun, kita telah membuat kajian terperinci supaya without kill the goes that less the golden act. Yang Berhormat jangan khuatir kita telah pun menjelaskan bahagian besar kepada tokoh-tokoh korporat ini, dan mereka Cuma mengeluh oleh kerana keuntungan itu berkurangan, di mana pada ketika ini keuntungan itu agak luar biasa. Kemungkinan pada suatu hari nanti kita akan mengeluarkan satu... apa yang kita panggil tax of the win fall profit. Datuk Dr. Marcus Makin Majigoh [Putatan]: [Bangun] Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Minta penjelasan. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Putatan. Datuk Anifah bin Haji Aman: Saya bagi Yang Berhormat Putatan. Datuk Dr. Marcus Makin Majigoh [Putatan]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya terpanggil apabila Yang Berhormat Timbalan Menteri menyentuh soal social responsibility ini. Adakah dengan pengetahuan Yang Berhormat dengan syarikat-syarikat gergasi yang saya katakan bermaharajalela mengaut keuntungan, daripada hasil keluaran ataupun dalam ladang kelapa sawit ini. Kalau kita lihat di Sabah hampir kesemua kawasan di Sabah ini, ditanam dengan ladang kelapa sawit, oleh syarikat-syarikat gergasi bukan sahaja berasal daripada negeri Sabah tetapi berasal luar daripada negeri Sabah. Soal social responsibility, adakah mereka ini ada bukti bahawa syarikat-syarikat ini telah membuat satu contribution atau sumbangan kepada rakyat di Sabah, terutama sekali yang membantu mereka membasmi kemiskinan di luar bandar seperti membina IR Graviti dan banyak lagi projek-projek kepada masyarakat yang memberi kebaikan kepada masyarakat setempat? DR. 5.11.2007 38

Datuk Anifah bin Haji Aman: Yang Berhormat, saya juga tidak menafikan bahawa ada di antara syarikat-syarikat gergasi ini juga telah menyumbang dari social obligation dengan izin yang saya katakan tadi, tetapi apa yang disoalkan oleh Yang Berhormat Sandakan tadi bahawa kita dalam kementerian, kita melihat dari keseluruhan industri itu, di mana saya katakan tadi kita tidak ingin membebankan industri-industri sawit ini di mana kita akan kehilangan daripada segi daya saing kita. Oleh itu, saya telah pun menyarankan kepada Yang Berhormat Sandakan tadi setiap tindakan yang kita ambil itu, kita cuma membuat keputusan selepas berbincang dengan semua stake holders yang terlibat dalam industri kelapa sawit ini. Jadi ia bukanlah sewenang- wenangnya kita membuat keputusan oleh kerana kita tidak mahu mereka mendapat keuntungan yang lebih, tetapi yang sebenarnya keputusan yang kita buat itu adalah untuk kepentingan bersama. Kita juga telah pun menekankan apa Yang Berhormat katakan iaitu social obligation kepada syarikat-syarikat ini dan satu daripadanya ialah, oleh kerana negeri Sabah daripada segi infrastruktur, bahawa kita banyak memerlukan kos-kos pembangunan maka tidaklah salah kalau mereka memperoleh atau mengaut keuntungan yang lebih, tetapi kita minta sedikit untuk kepentingan rakyat kita. Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: [Bangun] Datuk Anifah bin Haji Aman: Baik, ya Seputeh. Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Terima kasih Yang Berhormat. Masalah sekarang ialah ses ini bukan sahaja dikenakan kepada penanam kelapa sawit di Sabah, malah selain daripada membayar kepada Kerajaan Persekutuan, mereka juga harus membayar sebanyak 7.5% cukai pendapatan kepada pihak kerajaan negeri. Ini adalah double taxes. Ini apa yang menjadikan mereka marah dan mereka rasa amat tidak adil. Saya hendak tanya kepada kementerian, adakah apa-apa rundingan dengan pihak kerajaan negeri supaya cukai yang dibayar oleh peladang kelapa sawit di Sabah ini tidak dikenakan double taxes berbanding dengan peladang kelapa sawit yang lain? Saya juga ingin tahu, kenapakah syarikat GLC seperti FELDA tidak dikenakan bayaran ses ini? Kenapa hanya peladang kelapa sawit kecil sahaja yang perlu membayar? Datuk Anifah bin Haji Aman: Yang Berhormat, sebenarnya yang saya katakan tadi Yang Berhormat baru masuk. Sebenarnya saya tidak ingin menjawab soalan Yang Berhormat sebab saya telah pun menjelaskan tadi. Yang Berhormat baru masuk dan saya telah pun mengatakan dari segi perbandingan, bahawa banyak juga syarikat-syarikat yang beroperasi di Sabah adalah terdiri daripada syarikat dari Semenanjung ini. Perbezaan ses di mana saya boleh duduk dengan Yang Berhormat membentangkan kenapa kita kenakan ses. Saya tahu apa pun jawapan yang akan saya bagi kepada Yang Berhormat, Yang Berhormat tidak akan ambil kira daripada segi infrastruktur, kerosakan jalan dan dari segi semuanya bahawa mereka haruslah membuat satu kontribusi kepada rakyat Sabah DR. 5.11.2007 39

dan Kerajaan Negeri Sabah supaya memastikan bahawa distribution of weald Yang Berhormat dapat dirasai oleh semua rakyat bukan kepada sektor swasta sahaja. Yang saya katakan tadi adalah perbezaan di antara the yield ataupun produktiviti di negeri Sabah dan juga di Semenanjung Malaysia, maka kalau kita bandingkan tadi. Saya telah baca angka-angkanya dan kalau Yang Berhormat ada di dalam Dewan ini tadi, maka Yang Berhormat mengerti apa yang saya katakan. Lain kali Yang Berhormat kalau ada soalan, tolong datang awal. Apabila saya membuat penggulungan, saya tidak akan mengulangi lagi kerana itu membuang masa. Saya tidak berniat untuk menjawab secara terperinci. Kalau Yang Berhormat ingin berjumpa dengan saya di luar Dewan, saya akan terangkan and I will try to educate you. Yang Berhormat, saya tidak akan layan oleh kerana I know Yang Berhormat akan tanya soalan yang saya sudah jawab. Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan soalan Yang Berhormat Jasin berkenaan pokok jarak atau jatopra, kerajaan sedang mempertimbangkan tanaman jatopra ini sebagai salah satu sumber baru atau alternatif kepada kelapa sawit bagi mempelbagaikan sumber tenaga khasnya pengeluaran bio-diesel. Ini soalan yang telah pun dikemukakan sebagai soalan tambahan Yang Berhormat tadi. Untuk tujuan ini, kementerian sedang berbincang dengan Kerajaan Negeri Sabah bagi mendapatkan tanah untuk menjalankan suatu projek perintis untuk tanaman jatopra. Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan pengimportan kayu dari Indonesia seperti yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Jasin, suka saya nyatakan bahawa kerajaan telahpun melaksanakan dasar untuk mengharamkan pengimportan kayu balak dari Indonesia pada 25 Jun 2002, dan disusuli dengan pengharaman pengimportan kayu beroti besar atau segi empat sama atau LSS dari Indonesia berkuat kuasa pada 1 Jun 2003. ■1210 Pengharaman ini adalah sebagai susulan kepada tindakan Indonesia yang mengharamkan pengeksportan kayu balak dari negaranya berkuat kuasa pada 8 Oktober 2001. Larangan atau pengharaman yang dikenakan sehingga kini ke atas pengimportan kayu- kayu dari Indonesia hanya dikenakan ke atas kayu balak dan kayu beroti besar segi empat sama atau LLS, yang mana muka keratan kayu berkenaan melebihi 60 inci persegi. Walau bagaimanapun dasar kerajaan masih lagi membenarkan pengimportan kayu gergaji, yang mana muka keratan kayu berkenaan kurang daripada 60 inci persegi. Oleh yang demikian, pengimportan kayu dari Indonesia untuk kayu gergaji di mana muka keratan kayu berkenaan di bawah 60 inci persegi didapati masih lagi dijalankan di tempat pendaratan yang sah. Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan soalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat bagi Sabak Bernam. Kajian dan pengalaman melalui peristiwa banjir yang telah berlaku dalam tahun 2006 di negeri Johor didapati pokok koko yang baru ditanam sahaja mengalami kerosakan. DR. 5.11.2007 40

Pokok-pokok koko dewasa di kawasan ini hanya mengalami kerosakan buah yang ditenggelami air sahaja. Pokok-pokok koko dewasa ini berubah kembali setelah bencana banjir berakhir. Untuk makluman Yang Berhormat, dalam RMK-9 bagi kawasan Sabak Bernam seluas 36 hektar lagi projek tanaman koko akan dilaksanakan secara integrasi bersama dengan tanaman kelapa di kawasan-kawasan terpilih yang sesuai dan kurang berisiko banjir. Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan saranan Yang Berhormat bagi Temerloh supaya setiap kementerian menubuhkan Jawatankuasa Pembangunan Modal Insan bagi kepentingan industri masing-masing. Untuk makluman Dewan yang mulia ini ... Dato’ Haji Mat Yasir bin Haji Ikhsan [Sabak Bernam]: Sabak Bernam, Tuan Yang di- Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Sabak Bernam. Datuk Anifah bin Haji Aman: Izinkan saya habiskan dahulu. Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) amat menyedari kepentingan pembangunan modal insan, dan telah pun menubuhkan satu Jawatankuasa Pembangunan Modal Insan Sektor Perladangan dan Komoditi atau (JAMI) sejak pertengahan tahun 2006 yang lepas. Silakan. Dato’ Haji Mat Yasir bin Haji Ikhsan [Sabak Bernam]: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Koko ini Yang Berhormat Timbalan Menteri, 12 tahun yang lepas saya ingat tidak kurang daripada 500 ekar tanah telah ditanam koko. Hampir pupus, orang pun dah mula tanam kelapa sawit dan tanaman yang lain pisang kemudian sekarang tanam balik koko. Saya sangat berharap kawasan Sabak Bernam ini yang nampaknya semakin rendah lebih sering ditenggelami air. Ini harus diberi perhatian yang khusus supaya sistem saliran itu diperbaiki dahulu Yang Berhormat, kalau tidak nanti tanaman ini saya difahamkan oleh kumpulan pakar bahawa kalau tenggelam lima hari, maka ia memang akan hapus tidak seperti kelapa sawit tenggelam sebulan pun ia tidak ada masalah. Saya ingin bercerita tentang satu peristiwa yang sangat penting supaya perkara ini tidak berlaku lagi kepada agensi pelaksana. Di Sabak bernam, ada dua ekar tanaman kopi yang ada di situ dan ibu tunggal itu berpendapatan RM1,200 sebulan. Dia goreng dia jadikan kopi dia jual, ada jualan tempatan, itu suatu perkara yang istimewa. Tiba-tiba pada tahun lepas tempat itu telah bersih dan akan dibawa masuk tanaman koko. Jadi ibu tunggal ini sangat terpengaruh kerana segalanya percuma, membersihkan percuma, benih percuma, baja percuma segala percuma. Saya bertanya selepas itu, berapa lama koko ini akan mendatangkan hasil balik? Saya difahamkan dua tahun setengah. Jadi saya tanya pegawai yang berkenaan, RM1,200 yang ibu tunggal ini dapat daripada kopi itu siapa yang nak ganti. Dia kata saya dapat arahan untuk membawa ini ke luar bandar. DR. 5.11.2007 41

Jadi saya harap Yang Berhormat Timbalan Menteri supaya kita lebih berhati-hati dan Sabak Bernam memang menyokong dasar kerajaan untuk meningkatkan pendapatan penduduk melalui berbagai-bagai program. Apa pandangan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Terima kasih. Datuk Anifah bin Haji Aman: Terima kasih Yang Berhormat yang telah pun mengemukakan masalah ini dan saya akan sampaikan kepada kementerian dan kita akan mengkaji cara-cara kita membantu pekebun yang telah hilang pendapatan RM1,200 sebulan. Apabila kita mengalihkan satu tanaman ke lain selalunya kita juga akan mengusahakan tanaman kontan supaya mereka tidak hilang pendapatan. Walau bagaimanapun saya akan ambil perhatian dan akan berbincang, insya-Allah kita akan hantar pegawai ke kawasan Yang Berhormat supaya mengkaji dan menyelidik. Apa kiranya kita dapat membantu dan mencari jalan lain yang boleh menampung sara hidup ibu tunggal ini sementara menunggu pokok koko ini menghasilkan buah, insya-Allah. Terima kasih Yang Berhormat. Bagi Yang Berhormat Kuala Krau pula membangkitkan isu kekurangan bilangan pekerja ladang akibat daripada pengurangan pengambilan pekerja asing. Untuk makluman Yang Berhormat, sektor Perusahaan Perladangan dan Komoditi adalah berintensifkan buruh. Di mana terdapat kira-kira 1.4 juta guna tenaga bekerja di sektor tersebut. Memandangkan kepada kekurangan tenaga kerja tempatan terutama di kalangan golongan muda yang berminat bekerja di sektor ini pengambilan tenaga kerja asing adalah diperlukan. Sehingga September 2007 terdapat kira-kira 343,000 orang pekerja asing bekerja di sektor perladangan terutama di ladang kelapa sawit di negara kita. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, tidak panjang lagi. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Tidak panjang lagi dah? Datuk Anifah bin Haji Aman: Ya, tidak panjang lagi. Isu kekurangan pekerja ladang akibat daripada pengurangan pengambilan pekerja asing seperti dibangkitkan mungkin disebabkan oleh keputusan pembekuan pengambilan pekerja asing daripada Bangladesh baru- baru ini. Namun begitu para majikan sebenarnya masih boleh mengambil tenaga kerja asing dari negara sumber lain seperti Indonesia, India, Filipina dan juga Nepal. Tuan Yang di-Pertua, bagi mengakhiri penggulungan ini ingin saya menegaskan bahawa kementerian saya telah pun mengambil maklum akan segala pandangan serta saranan yang telah dibuat oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Saya ingin nyatakan di sini bahawa saya dan pegawai-pegawai kementerian serta agensi-agensi di bawahnya akan mengambil dan memberi perhatian serta mengambil tindakan sewajarnya. Sekian, terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Terima kasih. Saya nak jemput Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. DR. 5.11.2007 42

12.17 tgh. Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna [Dato’ S. Veerasingam]: Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan usul membentang Bajet 2008. Terutamanya kepada Ahli Yang Berhormat Ipoh Timor, Sepanggar, Santubong, Jerlun, Hulu Langat dan Kuala Pilah kerana telah membangkitkan isu-isu yang berkaitan dengan bidang tugas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna semasa membahaskan usul tersebut. Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat dari Ipoh Timor telah membangkitkan isu mengenai garis panduan penyertaan asing dalam perdagangan/pengedaran di Malaysia. Untuk makluman Yang Berhormat dan Ahli-ahli Dewan yang mulia ini, mulai 1 Disember 2004 semua permohonan penyertaan asing dalam sektor perdagangan, pengedaran mestilah mendapat kelulusan daripada Jawatankuasa Perdagangan Pengedaran yang dipengerusikan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Selaras dengan itu kementerian telah memperkenalkan garis panduan penyertaan asing dalam perdagangan/pengedaran di Malaysia. Syarat ekuiti perniagaan yang digalakkan 30% milik bumiputera yang ditetapkan di dalam garis panduan ini telah dipersetujui oleh Jemaah Menteri pada 20 Oktober 2004. Bagi penetapan syarat minimum modal berbayar sebanyak RM1 juta, ianya adalah bertujuan untuk memastikan kualiti penyertaan asing yang melabur di negara ini benar-benar kompeten dari segi kewangan dan berkeupayaan untuk menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara. Kementerian juga mengambil kira kepentingan pelabur tempatan dengan melihat faktor, daya saing pengusaha tempatan sekiranya peluang perdagangan terbuka luas tanpa sebarang kawalan. Manakala garis panduan berhubung dengan penetapan syarat pengarah dan kakitangan syarikat menggambarkan komposisi kaum di negara ini. Ianya bertujuan secara rasionalnya bagi memastikan warga Malaysia tanpa mengira kaum mendapat manfaat daripada pelaburan asing, terutama dalam usaha membudayakan ekonomi berasaskan pengetahuan dengan pemindahan kepakaran dan teknologi ke arah pembangunan sektor perdagangan pengedaran. Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat dari Kuala Pilah dan Jerlun telah membahaskan perkara berkaitan cadangan meningkatkan pembahagian royalti kepada penyelidik. Kementerian ini menyambut baik dan menyokong sepenuhnya strategi. Kedua, memperkasakan pembangunan modal insan menerusi penyelidikan, pembangunan dan pengkomersialan. Sokongan berterusan kerajaan bagi menggalakkan aktiviti penyelidikan dan pembangunan dengan menawarkan insentif yang lebih baik kepada penyelidik menerusi DR. 5.11.2007 43

pemberian kadar pembayaran royalti sebanyak 80%, dan baki 20% kepada institusi penyelidikan amatlah dialu-alukan. ■1220 Galakan ini adalah bertepatan dalam usaha merealisasikan hasrat kerajaan untuk memastikan harta intelek yang berjaya dikomersialkan dapat menjana hasil pulangan yang maksimum kepada negara. Kementerian menerusi perancangan di bawah Dasar Harta Intelek Negara akan terus menjalankan peranan mewujudkan masyarakat yang prihatin dan menghormati hak-hak harta intelek dalam usaha membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan di mana harta intelek menjadi pemangkin kepada universiti dan kreativiti. Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat dari Santubong telah membangkitkan isu mengenai bekalan dan kawalan harga besi dan simen. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, peningkatan harga besi lusuh di pasaran dunia telah meningkatkan kos pengeluaran besi. Walau bagaimanapun, billet dan bar besi merupakan barang kawalan yang dikawal harganya dalam pasaran tempatan dan pengilang tidak boleh sewenang-wenangnya menaikkan harga bar besi. Kementerian ini sentiasa mengadakan perbincangan dengan pembekal dan pengguna bahan binaan terutamanya besi dan simen bagi memastikan bekalan bahan binaan berkenaan mudah diperoleh dalam pasaran dan pada harga yang munasabah. Bagi mengatasi masalah ini, kerajaan telah membenarkan import bagi menstabilkan harga bekalan bar besi. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, bekalan simen di negara ini adalah mencukupi melainkan terdapat masalah bekalan di negeri Sabah baru-baru ini. Bekalan telah terjejas berikutan masalah pengangkutan kapal untuk menghantar bekalan simen dari Semenanjung selain penutupan kilang simen untuk sementara bagi kerja penyelenggaraan dan meningkatkan kapasiti pengeluaran. Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat dari Jerlun dan Hulu Langat telah membangkitkan isu berhubung pembukaan pasar raya besar dengan izin hypermarket dan kenaikan harga barangan serta tindakkan penguatkuasaan yang dijalankan kementerian ini. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, sehingga Oktober 2007, kementerian telah meluluskan sebanyak 100 permohonan pasar raya besar di seluruh negara dengan 59 pasar raya besar telah pun beroperasi. Kelulusan turut melibatkan pembukaan pasar raya besar di bandar-bandar seperti di Kota Bharu, Kuala Terengganu, Sungai Petani, Miri, Batu Pahat dan Kluang, di Johor, Kelombong dan Putatan di Sabah serta Kampar dan Taiping di Perak. Selain itu, pengusaha pasar raya tempatan seperti Mydin dan The Store turut membuka cawangan di kawasan bandar- bandar kecil seperti di Setiawan, Bentong, Tawau, Mentakab dan Keningau. Kementerian yakin bahawa pembukaan pasar raya besar memberi faedah yang besar kepada pengguna khususnya dan kepada pertumbuhan ekonomi negara dalam konteks yang lebih luas. Pengguna menikmati faedah berikutan harga barang yang lebih murah mana kala para pengusaha perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berupaya memasarkan produk keluaran DR. 5.11.2007 44

mereka di pasar raya besar yang mendapat peluang pasaran lebih luas sehingga ke pasaran luar negara. Jualan produk PKS di pasar raya besar bagi tahun 2006 adalah bernilai RM71.6 juta dan sehingga Oktober 2007 telah meningkat kepada RM110.1 juta. Selain itu, kewujudan pasar raya besar dapat mewujudkan peluang pekerjaan dan latihan meningkatkan kemahiran serta pembangunan kerjaya di sektor perdagangan pengedaran. Tuan Yang di-Pertua, adalah jelas bahawa peniagaan runcit adalah sebahagian daripada rangkaian pemasaran yang sentiasa dikunjungi pengguna, malah turut menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi. Kementerian ini sentiasa memberi perhatian kepada impak persaingan dan dengan izin survival perniagaan kedai runcit yang beroperasi untuk memenuhi keperluan seharian pengguna di kawasan penempatan penduduk sama ada di kota atau desa. Peruncit- peruncit kecil sebenarnya turut mendapat faedah di atas kewujudan pasar raya-pasar raya besar bagi memperolehi stok barangan dengan harga murah di pasar raya besar yang banyak menawarkan potongan harga jika dibandingkan dengan syarikat pembekal barangan lain. Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat dari Jerlun, berhubung dengan cadangan supaya kementerian ini bekerjasama dengan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi. Untuk mewujudkan kedai runcit harga patut di semua kawasan Parlimen. Berhubung dengan perkara ini, kementerian telah melaksanakan projek kedai pilihan pengguna dengan tujuan untuk melengkapkan kenaikan harga barang keperluan harian secara mendadak. Projek ini merupakan program tahunan kementerian dan telah mula dilaksanakan dalam tahun 2006. Berikutan langkah pengurangan subsidi harga bahan api oleh kerajaan yang ada impaknya ke atas kos pengeluaran dan pengangkutan barangan. Misi jangka panjang projek ini ialah untuk mewujudkan persekitaran pasaran yang harmoni di antara pengguna dan peniaga. Barang-barang keperluan harian sekali gus membantu pengguna untuk membuat pilihan yang bijak. Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan tindakan penguatkuasaan yang dijalankan kementerian ini telah melancarkan OPS Gaji mulai 21 Mei 2007 dengan menumpukan tindakan ke atas harga makanan dan barang-barang perlu dan berterusan di sepanjang musim perayaan, pemeriksaan dan pemantauan yang giat dilaksanakan ke atas gerai, restoran, medan selera dan juga R&R lebuh raya di samping penguatkuasaan di semua jenis premis perniagaan yang menjadi tumpuan orang ramai membeli belah termasuk pasar awam, pasar malam, pasar tani, pasar mini, pasar raya dan hypermarket. Pemeriksaan melibatkan semua peringkat perniagaan dan di seluruh negara meliputi kawasan bandar, luar bandar hingga ke kawasan pendalaman turut diberi perhatian. Sejumlah 785,110 pemeriksaan telah dijalankan di seluruh negara. Pegawai-pegawai penguat kuasa di kesemua 72 Pejabat Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna di seluruh negara bergerak setiap hari untuk menjalankan pemeriksaan dan pemantauan ke atas DR. 5.11.2007 45

harga barangan. Di sepanjang OPS Gaji digerakkan dari 21 Mei hingga 24 Oktober 2007 sebanyak 1,243 tindakan kes telah diambil. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat Hulu Langat. Dato' Markiman bin Kobiran [Hulu Langat]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Berkenaan dengan beberapa usaha kementerian untuk memastikan bahawa harga barangan di pasaran terutama sekali di pasar raya-pasar raya berada di kadar yang cukup rendah dan menarik berbanding dengan harga di pasaran yang lain dan dengan itu memberi kelebihan dan kesan yang baik kepada pengguna. Saya ingin mendapat penjelasan daripada Yang Berhormat. Apa pandangan atau tindakan Yang Berhormat berkenaan dengan pasar raya-pasar raya besar, pasar raya perabot, pasar raya peralatan elektrik yang mengiklankan begitu besar dalam ruangan-ruangan akhbar dan juga membelanjakan wang yang begitu banyak untuk tujuan pengiklanan dan menawarkan harga yang murah, betul dalam iklan tersebut memang murah berbanding dengan harga di tempat-tempat lain terutama di kedai runcit, tetapi sebenarnya dalam iklan itu ada cash nya dengan izin, ada trick nya, ada marketing gimiknya kerana tidak semua barang yang ditawarkan untuk dijual dalam pasaran itu murah. Cuma sebahagian kecil daripada barangan tersebut. Jadi apabila pengguna mengunjungi pasar raya-pasar raya ini, mereka sudah sampai ke sana walaupun barang yang ditawarkan itu cuma beberapa bilangan sahaja, barangan-barangan lain yang akan dibeli dalam kunjungan yang sama, mungkin ada yang lebih mahal atau mungkin pada paras yang sama juga dengan barangan di luar dan akibatnya mereka terpedaya, terpaksa atau izin dalam paksa, terpaksa beli juga barang-barang yang lain yang tidak ditawarkan. Bagaimana Yang Berhormat atau kementerian Yang Berhormat memantau keadaan ini dan apakah kos pengiklanan yang begitu besar dalam akhbar-akhbar sehingga tiga hingga empat muka surat, malah berturut-turut, berminggu-minggu tidak menjejaskan harga sebenar barangan itu di pasaran. ■1230 Saya bimbang bahawa jika keadaan ini berterusan, pengiklanan yang berterusan dibuat, kos marketing yang sangat tinggi ianya akan juga dipindahkan kepada pengguna. Kalau tidak, harganya dinaikkan tetapi nilai atau mutu barang itu menjadi lebih rendah. Terima kasih Yang Berhormat. Dato' S. Veerasingam: Terima kasih Yang Berhormat dari Hulu Langat. Memang, apabila mereka buat iklan-iklan seperti itu, mereka sudah pun tetapkan berapa banyak mereka hendak belanja iklan untuk mempromosikan barang-barang mereka dan bukan saja itu ia juga mempromosikan hypermarket ke supermarket. Barang-barang yang ditawarkan sudah disebutkan, biasanya ia ada senarai barang yang mereka boleh beli dengan harga itu. Selain daripada itu barang-barang yang ada dengan harga biasa dijual dengan harga biasa, tetapi kalau mereka ada jualan murah, ada sesiapa yang buat iklan jualan murah mesti DR. 5.11.2007 46

mendapatkan kebenaran daripada kementerian, itu yang pertama. Yang kedua mereka ada masa dalam satu tahun barangkali mereka boleh ada jualan murah enam kali termasuk mega sale masa bulan melawat Malaysia dan lain-lain. Jadi, apabila mereka ada jualan murah, kementerian saya akan semak harga barang- barang semasa enam bulan sebelum adakan jualan murah itu. Kalau harganya lebih tinggi kadang-kadang dan ada potongan 50% kita akan ambil tindakan sebab itu bukan jualan murah tetapi menipu orang. Jadi kalau ada perkara sebegitu kita akan ambil tindakan. Yang penting sekali kita beritahu kepada pengguna, pengguna mesti menjadi pengguna bijak. Mereka mesti membandingkan harga sebab itu kita minta supaya tiap-tiap barang ada tanda harga. Jadi kita boleh beli dan bandingkan harga yang mana satu murah sekali. Macam tomato, tomato dalam hypermarket sekarang barangkali harganya RM2.50, kita kontrol price RM3.80 kerana ada banyak tomato, harganya turun. Di pasar malam barangkali RM1.80, RM1.60, jadi terpulang kepada pengguna di mana mereka ingin membeli dan tetapi harga barang ada beza di tempat-tempat. Kalau kita pergi market, barangkali ada yang jual RM3.00, ada yang jual RM3.80 itu tidak tentu. Orang yang pergi ke lain-lain tempat tahu mana tempat yang kita boleh beli barang-barang terendah sekali. Jadi kita boleh beli barang-barang kita di situ. Kementerian saya sentiasa memantau keadaan supaya tiada sesiapa boleh mengambil kesempatan ke atas pengguna. Kalau di kedai-kedai yang menjual perabot, buat iklan dan ada barang-barang yang diletakkan sana mengatakan barang-barang tersebut, tetapi juga ada menyebutkan ini barang baru, fesyen baru, tidak ada pengurangan harga. Jadi terpulang kepada pengguna mana satu hendak dibeli, hendak beli fesyen baru atau hendak barang-barang yang telah dikurangkan hampir 50% harga bagi kerusi, meja dan lain-lain perabot. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan tidak berhasrat untuk mengawal semua harga barangan di pasaran dan hanya mengawal harga 12 barangan perlu sepanjang tahun di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan pelaksanaan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan di bawah Akta Kawalan Harga 1946. Kementerian ini tidak menafikan berlaku kenaikan harga barangan di pasaran berikutan daripada kenaikan kos pengeluaran disebabkan oleh kos bahan mentah yang diimport dan kos pengangkutan. Kementerian akan cuba memastikan peningkatan harga dalam pada kadar yang munasabah dan tidak terlalu membebankan pengguna serta dapat memastikan kestabilan bekalan di pasaran. Dalam hubungan ini kementerian tidak menetapkan atau mengawal harga makanan dan minuman di gerai-gerai, restoran-restoran, medan selera, kafeteria dan sebagainya. Namun, melalui kekerapan pemeriksaan dan tindakan penguatkuasaan yang tegas oleh kementerian telah memberi kesan terhadap peniaga. Arahan mewajibkan peniaga mempamerkan tanda harga barangan yang dijual termasuk juga harga makanan dan minuman membolehkan orang ramai tahu harga barangan dan makanan yang ditawarkan sebelum membeli. DR. 5.11.2007 47

Pengguna harus bijak mengguna kuasa dan hak mereka sebagai pelanggan umpamanya meminta resit ke atas pembelian barangan atau makanan supaya aduan boleh dilaporkan kepada kementerian ini sekiranya mendapati ada peniaga menaikkan harga. Dengan ini, para peniaga akan lebih bertanggungjawab mematuhi peraturan-peraturan perdagangan setiap masa dan tidak hanya mematuhi arahan apabila operasi pemeriksaan dilaksanakan. Tuan Yang di-Pertua, akhir kata saya sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada Ahli- ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan usul pembentangan Bajet 2008 dan memberi pandangan ke atas perkara-perkara yang melibatkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Kalau kita bandingkan harga barang dalam negara kita dan negara-negara jiran kita termasuk Singapura, Thailand, Indonesia dan lain-lain, barang-barang yang kita beli di negara kita adalah terendah sekali. Jadi kita juga mengucapkan terima kasih kepada semua pembekal, pengeluar dan peniaga dan juga kepada pengguna. Sekian, terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Terima kasih Yang Berhormat. Saya jemput Yang Berhormat Timbalan Menteri bagi Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Yang Berhormat, sila.

12.35 tgh. Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah [Datuk Dr. Tiki anak Lafe]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, banyakkah? Datuk Dr. Tiki anak Lafe: Ya, banyak. Terlebih dahulu saya ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam membahasakan perkara-perkara di bawah bidang kuasa Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ke atas perbahasan Bajet 2008 peringkat dasar dalam Dewan yang mulia ini. Beberapa isu yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat menyentuh tentang pembasmian kemiskinan, pembangunan tanah dan kemajuan wilayah, prasarana, utiliti dan imuniti sosial, pembangunan masyarakat Orang Asli, teknologi maklumat dan info desa. Menyentuh persoalan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat bagi Pensiangan dan Tenom mengenai program pembasmian kemiskinan dan kemiskinan tegar di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan, saya ingin menyatakan bahawa kerajaan sentiasa mengkaji strategi yang berkesan bagi pelaksanaan Program Pembasmian Kemiskinan dan Kemiskinan Tegar agar merangkumi semua aspek termasuk aspek pembangunan sosial, ekonomi, fizikal dan modal insan. Program-program yang dilaksanakan meliputi kemudahan infrastruktur dan utiliti asas, kemudahan perumahan dan imuniti sosial, program pembangunan aktiviti peningkatan ekonomi dan program pembangunan manusia dan bina insan. DR. 5.11.2007 48

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, kerajaan telah menetapkan matlamat untuk mencapai hasrat mengurangkan kadar kemiskinan negara daripada 5.7% pada tahun 2004 kepada 2.85% pada tahun 2010. Program-program pembasmian kemiskinan dan kemiskinan tegar di luar bandar, dilaksanakan oleh pelbagai pihak yang terdiri daripada Kementerian Pertanian dan Asas Tani, Kementerian Kesihatan, Kementerian Pelajaran, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dan jabatan serta agensi kerajaan, badan bukan kerajaan ataupun NGO dan pihak swasta. Di peringkat KKW, usaha telah dan sedang dibuat melalui pelaksanaan program-program di bawah Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat ataupun SPKR di seluruh negara bagi mengatasi masalah golongan miskin tegar. Terdapat sembilan program yang dilaksanakan iaitu (i) Program Peningkatan Pendapatan; (ii) Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya; (iii) Program Kecemerlangan Pendidikan; (iv) Program Pembangunan Minda Insan; (v) Program Bantuan Rumah; (vi) Program Pembangunan Masyarakat Setempat; (vii) Program Bangunan Taska; (viii) Program Tambahan Makanan Seimbang; dan (ix) Program ASP Sejahtera. Selain daripada program di bawah SPKR yang saya nyatakan tadi, terdapat program- program lain yang dilaksanakan oleh agensi-agensi di bawah KKW seperti RISDA, FELCRA, HUOA dan Lembaga Kemajuan Wilayah serta Lembaga Industri Getah Sabah. Program- program yang dilaksanakan oleh agensi-agensi ini meliputi aktiviti ekonomi tambahan, program pembangunan ladang termasuk memberikan latihan kemahiran pada ahli-ahli isi rumah golongan miskin dan miskin tegar. Bagi menjamin keberkesanan pelaksanaan program-program pembasmian kemiskinan tegar KKW, menggunakan pendekatan targeting dan matching dengan izin iaitu memadankan senarai peserta miskin tegar dengan projek ekonomi yang bersesuaian dan menguntungkan dengan keperluan golongan tersebut. Mengenai dengan isu rumah mesra rakyat seperti mana yang dibangkitkan Yang Berhormat bagi Sepanggar, kementerian ingin maklumkan di sini bahawa program ini bukanlah di bawah kementerian, tetapi kita mempunyai satu program yang lain seperti mana yang sebutkan tadi, iaitu program bantuan rumah di bawah skim SPKR yang telah menyediakan peruntukkan yang berjumlah RM92.22 juta daripada tahun 2006 sehingga 2008 termasuk peruntukkan sebanyak RM38.2 juta bagi tahun 2007 yang disediakan oleh Unit Perancangan Ekonomi Jabatan Perdana Menteri.

DR. 5.11.2007 49

„ 1240 Bagi persoalan Yang Berhormat Baram, mengenai program pembasmian kemiskinan diperluaskan di negeri Sarawak, suka saya nyatakan di sini bahawa program ini memang, telah dan akan dilaksanakan di seluruh negara. Berhubung dengan pertanyaan daripada Yang Berhormat Tumpat supaya program pembasmian kemiskinan tegar dilaksanakan tanpa mengira fahaman politik, untuk makluman Yang Berhormat program pembasmian kemiskinan tegar yang dilaksanakan oleh kementerian ini memberi peluang yang sama rata kepada semua golongan miskin tegar di seluruh negara yang layak tanpa mengira perbezaan fahaman politik. Bagi menjawab permohonan Yang Berhormat Sepanggar supaya diluluskan peruntukan khas bagi tujuan pembangunan atau pengurusan bagi projek-projek bekalan air luar bandar, bekalan elektrik luar bandar dan projek imuniti sosial, kementerian sememangnya sedar bahawa terdapat keperluan yang begitu besar bagi membangunkan jalan raya serta kemudahan asas yang lain di kawasan luar bandar khasnya di negeri Sabah. Mengenai isu keutamaan agihan peruntukan kepada kawasan Kinabatangan seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kinabatangan, adalah dimaklumkan bahawa dari segi pemilihan, kementerian telah mendapatkan kerjasama agensi di peringkat negeri yang mendapatkan senarai keutamaan projek setelah mengambil kira faktor-faktor penting seperti bilangan penduduk, kegiatan ekonomi, keadaan muka bumi dan jalan sedia ada serta lain-lain faktor yang difikirkan perlu. Berkenaan dengan satu jalan yang melalui Banjaran Crocker seperti mana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tenom, suka saya maklumkan di sini bahawa pelaksanaan jalan-jalan utama seperti yang disebutkan ini adalah di bawah bidang kuasa Jabatan Kerja Raya dan bukan di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Berhubung dengan projek jalan kampung seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tuaran, Yang Berhormat Pasir Putih, Yang Berhormat Batu Sapi dan Yang Berhormat Gerik, suka saya maklumkan di sini bahawa kementerian sedar pembangunan kemudahan infrastruktur luar bandar memerlukan perbelanjaan yang besar. Oleh yang demikian, pelaksanaannya perlu dibuat secara berperingkat-peringkat mengikut keupayaan kewangan kerajaan. Namun demikian, kerajaan sentiasa menyediakan peruntukan yang besar iaitu melebihi 50% bagi memastikan pembangunan infrastruktur luar bandar dapat dilaksanakan secara optimum. Datuk Mohamed Razali bin Che Mamat [Kuala Krai]: [Bangun] Datuk Dr. Tiki anak Lafe: Komitmen kerajaan dalam membangunkan infrastruktur... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Kuala Krai. Datuk Mohamed Razali bin Che Mamat [Kuala Krai]: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih timbalan menteri. Saya juga ingin mengetahui mengenai dengan projek- projek jalan kampung ini yang mana untuk pengetahuan Yang Berhormat timbalan menteri, kita telah majukan permohonan ini agak hampir setengah tahun dah tapi kita buat pun mengikut DR. 5.11.2007 50

jadual, package dia. Oleh kerana begitu teruk sekali jalan kampung yang mana rakyat tidak dapat melalui jalan ini. Begitu teruk sekali dan saya sendiri telah melawat tempat ini di mana timbalan menteri, kala itu menteri sendiri pun nak melawat tapi malangnya dibatalkan dan kita berharaplah supaya keutamaan jalan-jalan yang begitu teruk sekali yang tak dapat dilalui oleh penduduk-penduduk yang hampir beribu-ribu orang, dapat dilaksanakan dan dapat jawapan kerana kita bukannya memohon satu sebagai timbalan menteri kata tadi, begitu banyak peruntukan tetapi memandangkan begitu mustahaknya penduduk-penduduk untuk menggunakan jalan kampung yang hari-hari untuk mencari nafkah dan sehingga tak dapat lalu kenderaan ini, jadi kita harap supaya dapat disegerakan demi kepentingan rakyat lebih-lebih lagi menjelang musim tengkujuh ini yang mana jalannya begitu teruk. Berlubang sampai melambung-lambung kenderaan tak boleh lalu. Jadi, apa pandangan Yang Berhormat mengenai dengan perkara ini? Moga-moga dapat diatasi. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Baiklah Yang Berhormat, cukup. Datuk Mohamed Razali bin Che Mamat [Kuala Krai]: Ya, terima kasih. Datuk Dr. Tiki anak Lafe: Terima kasih Yang Berhormat Kuala Krai di atas maklumat itu. Oleh kerana ini saya pun tak pasti sama ada ini di bawah Projek Jalan Kampung ataupun di bawah Rancangan Jalan Luar Bandar tapi saya akan menyemak dan pastikan supaya kementerian akan turun melihat keadaan jalan-jalan yang telah disebutkan tadi. Terima kasih Yang Berhormat. Dato' Ghazali bin Ibrahim [Padang Terap]: [Bangun] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat Padang Terap. Datuk Dr. Tiki anak Lafe: Terima kasih. Ada lagi? Ok, silakan. Dato' Ghazali bin Ibrahim [Padang Terap]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih timbalan menteri. Saya juga nak membangkitkan masalah jalan kampung (mini tar) ini. Saya dapati bahawa mutu jalan kampung begitu teruk dan juga saiz jalan yang agak kecil. Adakah kerajaan bercadang untuk melebar atau memperbesarkan lagi saiz jalan kampung? Lapan kaki, sepuluh kaki ataupun dibuat lebih daripada itu kerana kereta dah banyak di kampung, membolehkan senang perjalanan agar jalan-jalan itu tahan lebih lama lagi. Yang kedua Tuan Yang di-Pertua, adakah kerajaan bercadang supaya tiap-tiap Pejabat Daerah diberikan sedikit peruntukan khas untuk tuan-tuan DO memberikan projek, meluluskan projek yang segera. Titi patah, jalan rosak, macam-macamlah untuk emergency ini kerana sekarang tidak ada peruntukan untuk Tuan-tuan DO untuk meluluskan projek segera kerana ianya melibatkan rakyat khususnya di luar bandar. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Datuk Dr. Tiki anak Lafe: Terima kasih kawan saya daripada Padang Terap. Berkenaan dengan jalan kampung yang kecil dan tidak boleh dilalui oleh beberapa jenis kenderaan, itu ada kaitan dengan aspek-aspek jalan kampung. Oleh kerana sekiranya kita DR. 5.11.2007 51

melebarkan jalan itu atau menaikkan taraf jalan itu, jalan itu tidak lagi dimasukkan dalam kategori jalan kampung. Jadi bermakna kementerian ataupun kementerian lain terpaksa ambil alih pembinaan dan penyelenggaraan jalan itu nanti. Walaupun bagaimanapun kita sedar dan Ahli Yang Berhormat pun sedar bahawa di tempat-tempat yang telah diambil alih oleh pihak berkuasa tempatan, aspek dan juga taraf jalan ini sudah dinaik taraf pada yang lebih tinggi lagi dan ada satu lagi perkara yang kita ambil kira semasa membuat spesifikasi jalan-jalan ini adalah oleh kerana keadaan di kampung-kampung khasnya kampung tradisi di mana rumah-rumah terletak berdekatan dengan satu sama lain dan oleh kerana itu kita menghadapi masalah dari segi pengambilan tanah dan sebagainya oleh kerana projek jalan kampung ini tidak menyediakan peruntukan untuk membayar pampasan dan sebagainya. Jadi oleh kerana itulah kita ... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Hulu Langat. Datuk Dr. Tiki anak Lafe: ... masalah yang ada sekarang, kita menggunakan specs yang sedia ada di mana jalan ini memang kecil daripada yang selalunya kita ketahui dan berkenaan dengan peruntukan khas, setakat ini kementerian tidak memberi peruntukan khas bagi Pejabat DO dan sebagainya untuk melakukan, memberi projek semasa kecemasan dan sebagainya tapi ini kita sedia maklum diberi oleh ICU, EPU melalui program dinamakan PR dan juga PIAS. Sila. Dato' Markiman bin Kobiran [Hulu Langat]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih timbalan menteri. Masih berkenaan dengan jalan kampung. Tak kiralah dalam program PJK atau Jalan Luar Bandar. Saya meneliti Yang Berhormat, beberapa karakter, beberapa perkara yang mesti diambil kira sebelum pihak-pihak Wakil Rakyat memutuskan untuk memberi peruntukan bagi tujuan pembangunan jalan kampung atau PJK ini. Di antara syaratnya ialah jalan itu mestilah diguna pakai untuk beberapa buah bilangan rumah termasuk isi rumahnya sekali. ■1250 Soalan saya Yang Berhormat, nampaknya peraturan ini terlalu mengekang untuk tujuan pembangunan di persekitaran kampung itu, misalnya kampung tradisi. Bersebelahan dengan kampung tradisi itu terdapat sejumlah besar lagi kawasan tanah yang belum mempunyai penghuni atau tidak ada rumah-rumah di tanah-tanah berkenaan. Jika syarat ini diikuti secara spesifik, secara strict, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, tidak akan dapat kita membina jalan baru ini supaya orang kampung boleh membangunkan tanah tersebut atau kemudiannya mendiami tanah-tanah di kampung-kampung tambahan yang berikutnya. Adakah pihak kementerian bercadang mengubah keadaan ini kerana keadaan ini sudah berlarutan agak lama. Ia timbul seperti kata bidalan yang mana dulu sama ada telur dulu atau ayam dulu, sama ada jalan dulu atau penghuni dulu. Kalau kita hendak paksa orang kampung bina rumah di kawasan pedalaman tanpa jalan, tanpa bekalan elektrik, tanpa bekalan air, mereka DR. 5.11.2007 52

tidak akan pergi dan akhirnya mereka akan terus berkelompok duduk di sekitar kawasan di kampung emak bapa dan akibatnya kawasan yang sepatutnya menjadi tanah supaya mereka mendapat hasil pulangan daripada tanaman akan menjadi kawasan kediaman. Kawasan yang patutnya dibangunkan bersebelahan dengan kampung itu akan kekal sebagai kawasan hutan belukar atau mungkin kawasan hutan simpan yang tidak boleh diguna pakai untuk tujuan pembangunan. Apa pandangan Yang Berhormat kalau boleh kita ubah sedikit syarat dan peraturan ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Datuk Dr. Tiki anak Lafe: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat bagi Hulu Langat. Memang kementerian sedar bahawa ini merupakan satu perkara yang kalau kita lihat secara mendalam memang boleh mengekang dan juga melambatkan pembangunan di kawasan luar bandar. Namun demikian kita di sini mempunyai satu program di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani di mana mereka memberi peruntukan untuk pembinaan jalan yang masuk ke tanah yang kosong, tanah yang tidak ada penghuni, tanah yang digunakan oleh penduduk-penduduk setempat bagi menjalankan aktiviti pertanian mereka. Namun demikian kementerian pun sekiranya ada penduduk yang sudah menjalankan aktiviti seperti mana Yang Berhormat sebutkan tadi dan mendirikan sebuah, dua buah rumah, kementerian juga memberi kelonggaran bagi pemindahan jalan ke kawasan itu. Memang saya sedar dan saya telah melawat beberapa kawasan di mana kita mempunyai sebuah rumah ladang sahaja tetapi pihak DO, PPN sudah memberi kelulusan supaya jalan dibina di kawasan itu. Ini boleh dilonggarkan dan saya rasa kementerian pun sentiasa mengkaji ini dan saya berterima kasih dan saya akan membawa kepada kementerian supaya perkara ini dapat kita kaji dengan lebih mendalam lagi. Sekian. Tuan Razali bin Ibrahim [Muar]: Yang Berhormat, saya hendak tambah satu. Dato' Ghazali bin Ibrahim [Padang Terap]: [Bangun] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Muar. Datuk Dr. Tiki anak Lafe: Ada di belakang, silakan Muar dulu. Tuan Razali bin Ibrahim [Muar]: Terima kasih. Bila Yang Berhormat menyatakan tentang bantuan ini saya rasa kita tidak nafikan kementerian Yang Berhormat telah banyak membantu kawasan-kawasan luar bandar, pinggiran bandar dan pedalaman tetapi yang ingin saya hendak sentuh apabila kita menyalurkan bantuan, ada sedikit kepincangan di peringkat pejabat daerah kerana kita tahu pejabat daerah menerima cadangan dan menerima peruntukan sama ada daripada kementerian Yang Berhormat, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, SDO dan sebagainya. Yang jadi masalah kita ini kadang-kadang apabila sudah sampai bantuan ke pejabat daerah, pemantauan daripada kementerian yang memberikan ini seolah-olah telah terputus. Bila dia salurkan sahaja maka pada dia sudah selesai. Banyak kes berlaku bila kita mencadangkan pejabat daerah tidak tahu siapa yang memohon. Akhirnya tumpuan pembinaan contoh DR. 5.11.2007 53

bangunan, ameniti sosial dan sebagainya bertindih dan dibina di tempat yang salah. Apabila dibina di tempat yang salah yang boleh berlaku di kalangan masyarakat, orang yang minta dulu tidak dapat orang yang minta kemudian dibina dulu. Jadi akhirnya kita bantu tetapi kita mendatangkan masalah kepada kepimpinan sama ada wakil rakyat, penghulu, ketua kampung. Jadi saya hendak kalau boleh Yang Berhormat di peringkat kementerian memikirkan kaedah apabila penyaluran kewangan bantuan itu diluluskan, pemantauan kepada pelaksanaan hendaklah diteruskan. Jadi saya minta pandangan Yang Berhormat tentang kementerian Yang Berhormat buat. Datuk Dr. Tiki anak Lafe: Terima kasih Yang Berhormat bagi Muar. Kementerian sedar, ini merupakan satu masalah ataupun cabaran kepada kementerian semasa kita melancar dan juga melaksanakan program-program bagi manfaat masyarakat di luar bandar. Saya setuju hampir semua program yang kita laksanakan memang menghadapi masalah ini dan pada tahun ini kita ataupun kementerian telah memperkenalkan satu kaedah baru di mana kita menempatkan pegawai-pegawai daripada kementerian untuk memantau ataupun menjadi pegawai pemantau di peringkat pejabat daerah ataupun di daerah. Namun demikian setakat ini kita belum lagi mendapat jumlah pegawai yang mencukupi oleh sebab kita terpaksa mendapat kelulusan daripada pihak JPA untuk meluluskan perkara ini tetapi saya tidak ingat jumlah. Pada tahun yang akan datang ini kita akan menempatkan sekurang-kurangnya seorang di setiap negeri untuk memantau semua pelaksanaan projek yang kita rancang. Itu satu, yang kedua memang di peringkat daerah kita mempunyai Jawatankuasa Pemantauan Projek(KKW) dipengerusikan oleh Yang Berhormat Ahli Parlimen. Mungkin ada di antara Ahli-ahli Yang Berhormat yang belum tahu tentang perkara ini dan saya mohon kalau boleh berhubung dengan pihak pejabat daerah supaya kita dapat mengadakan mesyuarat-mesyuarat bagi memantau projek-projek yang dilaksanakan di peringkat kawasan masing-masing. Saya sedar dan saya tahu ada banyak lagi kawasan yang belum lagi mengadakan mesyuarat pemantauan di peringkat daerah bagi pihak kementerian. Di peringkat negeri, setakat ini hanya dua negeri, Sabah dan Sarawak mempunyai Jawatankuasa Pemantau Projek yang dipengerusikan oleh saya sendiri. Di peringkat kementerian dipengerusikan oleh Yang Berhormat Menteri sendiri iaitu di bawah Majlis Exco-exco Luar Bandar iaitu Max Club yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Menteri dan mereka bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam tiga bulan. Datuk Baharum bin Mohamed [Sekijang]: [Bangun] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat bagi Sekijang. Datuk Dr. Tiki anak Lafe: Sekijang. Datuk Baharum bin Mohamed [Sekijang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya hendak menyentuh tentang jalan kampung ini. Pada masa ini kita dapati bahawa harga bahan-bahan binaan terutamanya apabila kenaikan DR. 5.11.2007 54

harga minyak yang tinggi maka secara tidak langsung atau secara langsungnya harga pembinaan jalan ini telah meningkat. Macam di tempat saya sekarang dianggarkan dalam RM150,000 untuk satu kilometer. Jadi peruntukan yang diberikan oleh kementerian tetap sama. Jadi kalau ini yang berlaku lebih kurang dalam lima kilometer sahajalah ataupun kurang daripada itulah yang boleh dibina bagi satu-satu kawasan. Jadi saya hendak tanya dengan kementerian ini sama ada satu peruntukan yang baru akan diberi kepada kawasan-kawasan pembangunan Parlimen ini pada masa-masa akan datang? Yang kedua Tuan Yang di-Pertua ialah tentang jalan kampung ini juga dibina mungkin kita telah banyak kali agaknya bercakap di dalam Parlimen ini, hanya diberikan peruntukan untuk membina jalan sahaja tetapi tidak diberikan untuk pembinaan side table ataupun sisi jalan itu. Jadi apabila jalan ini dibina, maka kiri dan kanan jalan ini menjadi tinggi, menjadi tebing dan kadangkala melibatkan kemalangan-kemalangan yang terjadi di kawasan-kawasan jalan kampung ini. Terutama kepada anak-anak sekolah yang melalui jalan ini naik basikal bila terjatuh atau tergelincir daripada side table itu hendak naik balik yang ini yang boleh mengakibatkan kemalangan. Yang ketiga Tuan Yang di-Pertua ialah tentang kita menyediakan peruntukan untuk membina jalan tetapi dari segi maintenance nya ataupun dari segi penyelenggaraannya kita tidak ada peruntukan ini. Jadi saya mintalah kepada kementerian ini untuk menimbangkan supaya satu peruntukan untuk penyelenggaraan ini juga harus diberikan maknanya selain daripada pembinaan-pembinaan ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, saya cadangkan jawapan disambung semula pada jam 2.30 petang. Datuk Dr. Tiki anak Lafe: Sekejap sahaja. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Sebab boleh habis? Datuk Dr. Tiki anak Lafe: Sekejap jawab ini. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Nantilah, boleh habis Yang Berhormat dalam satu minit? Datuk Dr. Tiki anak Lafe: Okey, Yang Berhormat bagi Sekijang. Mengenai dengan isu- isu yang telah disebut tadi, satu dari segi peruntukan... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Tidak Yang Berhormat, jawapan boleh diselesaikan dalam satu minit ini? Datuk Dr. Tiki anak Lafe: Boleh, boleh. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Sila. Datuk Dr. Tiki anak Lafe: Okey, terima kasih. Mengenai dengan peruntukan, ini terpulang kepada jumlah peruntukan yang diterima oleh kementerian daripada agensi pusat. Yang kedua, penerimaan peruntukan untuk membina jalan kampung ini dengan tujuan utama adalah untuk memberi accessibility, provided accessibility sahaja kepada masyarakat ini. Jadi DR. 5.11.2007 55

dari segi segmen seperti yang disebutkan tadi memang kita tidak masukkan pembinaan sisi jalan. Yang ketiga mengenai dengan peruntukan untuk penyelenggaraan, ini yang sering kita lupa. Sebenarnya pihak DO, pejabat daerah sepatutnya memohon peruntukan mereka sepatutnya masuk kos untuk penyelenggaraan jalan yang sudah dibuat. Okey, sekian, terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, dengan ini saya tangguhkan mesyuarat ini sehingga jam 2.30 petang.

Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.02 petang. Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Yusof bin Yacob) mempengerusikan Mesyuarat]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Dewan disambung semula, saya jemput Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi untuk menjawab. Yang Berhormat Menteri sila.

2.31 ptg. Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi [Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin]: Tuan Yang di Pertua, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan perkara-perkara berkaitan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi semasa perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2008 kali ini. Tuan Yang di Pertua, soal pemansuhan dasar ekonomi baru seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Permatang Pauh Tuan Teng Boon Soong [Tebrau]: Penjelasan Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat. Tuan Teng Boon Soong [Tebrau]: Tadi kementerian... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat, sila duduk dulu sebelum itu. Jadi saya ada satu pengumuman kepada Yang Berhormat, kita bertuah pada hari ini kita dikunjungi oleh Dr. Sheikh Muszaphar Shukor, angkasawan negara bersama dengan Dr. Faiz Khaleed. [Tepuk] Saya bagi pihak Tuan Yang di Pertua dan Dewan yang mulia ini mengalu-alukan kehadiran Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha bersama dengan Dr. Faiz. Kita ucapkan tahniah di atas kejayaan sampai ke station angkasa lepas antarabangsa. Kita berdoa mudah-mudahan banyak lagi misi-misi yang seumpama ini di masa akan datang. Tahniah. Yang Berhormat Tebrau. Tuan Teng Boon Soong [Tebrau]: Tuan Yang di Pertua, tadi Kementerian Pembangunan Luar Bandar belum gulung lagi, belum habis. Saya ada penjelasan kepada Kementerian Luar Bandar. DR. 5.11.2007 56

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Saya ingat sudah habis. Tuan Teng Boon Soong [Tebrau]: Belum, belum Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Belum habis, kalau macam itu kita berbalik semula Yang Berhormat. Kita terlalu excited fasal ada angkasawan di depan. Ya, saya menjemput untuk menyambung Kementerian Luar Bandar.

2.35 ptg. Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah [Datuk Dr. Tiki anak Lafe]: Terima kasih Ahli Yang Berhormat dari Tebrau. Dato’ Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: Penjelasan, penjelasan Luar Bandar. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, ya luar bandar. Tidak, Yang Berhormat dari Tebrau dulu. Tuan Teng Boon Soong [Tebrau]: Terima kasih, mintak maaf Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya hendak mintak penjelasan tentang pembahagian peruntukkan Kementerian Luar Bandar. Sementara ini Kementerian Luar Bandar dan Wilayah mengikut satu sistem pengkategorian kawasan Parlimen sebagai kawasan bandar dan kawasan kampung, kawasan luar bandar mintak maaf. Untuk tujuan menentukan keutamaan dalam pembahagian peruntukkan. Sudah jelas berlaku pencegahan dengan prinsip keadilan dalam membangunkan kawasan luar bandar. Sepatutnya semua kawasan Parlimen perlu diberi layanan yang sama tanpa kira sesuatu kawasan Parlimen itu adakah kawasan luar bandar 100% ataupun sebahagian sahaja luar bandar. Misalnya kawasan Tebrau juga dikategorikan sebagai kawasan bandar, padahal di kawasan... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat, pendekkan saja. Tuan Teng Boon Soong [Tebrau]: ..di kawasan parlimen Tebrau hampir 40% adalah kawasan luar bandar. Jadi dalam pembahagian peruntukkan pembangunan luar bandar itu, dikategorikan sebagai kawasan luar bandar itu tidak diberi perhatian yang mencukupi dalam menimbangkan rancang-rancangan pembangunan yang dikemukakan oleh kawasan bandar seperti kawasan Tebrau. Saya minta penjelasan Yang Berhormat Timbalan Menteri adakah Kementerian bercadang menimbang semula dasar-dasar yang sedia yang di pakai yang kurang adil itu. Dato’ Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: Soalan sama Datuk. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Kalau soalan sudah sama tidak payah ... Dato’ Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: Ada tambahan sikit. Sekolah- sekolah tadika yang di anjurkan Kementerian Luar Bandar, adakah Kementerian bercadang DR. 5.11.2007 57

supaya anak-anak tadika ini kita suntikkan pendidikan sains kerana angkasawan kita telah berjaya naik ke angkasa. Hari ini mereka sudah balik, apakah Kementerian untuk bercadang mempertingkatkan pendidikan sains di sekolah-sekolah tadika di peringkat luar bandar ini. Terima kasih Tuan Yang di Pertua. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat Timbalan Menteri sila habiskan jawapan. ■1440 Datuk Dr. Tiki anak Lafe: Terima kasih Tuan Yang di Pertua, terima kasih rakan-rakan yang telah mengemukakan soalan, pandangan iaitu daripada Tebrau yang telah meminta supaya kementerian mengkaji semula kriteria yang digunakan oleh kementerian untuk mengagihkan peruntukan. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, perkara ini sudah ditimbulkan beberapa kali di Dewan yang mulia dan juga dalam perjumpaan dengan Ahli-ahli Yang Berhormat yang diadakan oleh kementerian. Saya rasa perkara ini sudah pun diterangkan oleh Yang Berhormat Menteri, namun demikian saya rasa pegawai-pegawai daripada kementerian akan mengambil perhatian ke atas perkara ini dan kita akan kaji, semak dan juga membuat keputusan sewajarnya. Okey, terima kasih. Bagi pandangan yang minta tadika Kemas memperkenalkan mata pelajaran sains di peringkat tadika. Suka saya maklumkan di sini bahawa kita menggunakan syllabus yang telah disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Jadi terpulang kepada Kementerian Pelajaran sama ada hendak mengkaji semula syllabus yang digunakan ini, dan kita hanya akan mengikut syllabus tersebut. Jadi izinkan saya teruskan Tuan Yang di-Pertua. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, habiskan Yang Berhormat jawapan. Datuk Dr. Tiki anak Lafe: Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan banyak terima kasih kepada... Tuan Haji Ismail bin Noh [Pasir Mas]: [Bangun] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Pasir Mas, hendak bagi jalan Yang Berhormat? Pasir Mas, pendeklah. Tuan Haji Ismail bin Noh [Pasir Mas]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya saya bangkit dalam ucapan bahas bajet baru-baru ini di mana pembahagian ataupun keutamaan mesti diberi kepada kawasan luar bandar. Apa yang saya hendak timbulkan pada petang ini iaitu, apakah kerajaan telah mengenal pasti keutamaan- keutamaan yang seharusnya diberikan kepada pembangunan luar bandar itu sendiri. Misalnya dari segi jalan raya, api elektrik, bekalan air bersih, sekolah, bantu-bantuan lain kepada masyarakat kampung yang boleh kita lihat secara umumnya bahawa kerajaan telah menumpukan usaha-usaha ini ke arah pembangunan luar bandar sebenarnya. Bukan hanya secara global, tetapi secara khusus mesti diberi keutamaan. DR. 5.11.2007 58

Saya melihat contohnya, daripada perjalanan saya daripada Kuala Lumpur ke Kota Bharu. Di Pahang sendiri saya lihat, di negeri Timbalan Perdana Menteri. Di sana ada waris saya, keluarga saya, saya melihat jalan ke rumahnya itu pun belum lagi diselesaikan. Saya melihat infrastruktur di negeri Pantai Timur biarlah kalau negeri Kelantan itu kerana diperintah oleh parti pembangkang tetapi saya kira di era Perdana Menteri kita ini, beliau tidak akan tinggal Kelantan, tersisih daripada negeri-negeri lain. Saya ucap terima kasih di atas usaha yang telah dilakukan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Apa yang saya timbulkan pada hari ini ada lagi kampung-kampung yang tercicir, tertinggal, barangkali terlepas pandang. Saya kira bahawa kementerian dapat ataupun mesti membuat suatu kajian secara detail di mana lagi kampung-kampung tertinggal di negara kita ini. Apa pandangan Timbalan Menteri? Datuk Dr. Tiki anak Lafe: Terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas. Saya setuju bahawa kerajaan ataupun kementerian memberi keutamaan kepada beberapa projek masalah yang dihadapi di luar bandar. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, kementerian memang sudah pun mempunyai program-program seperti mana yang sering kita bincangkan dalam Dewan yang mulia ini, iaitu dari segi infrastruktur. Ada dua jenis jalan yang dibina menggunakan peruntukan di bawah kementerian iaitu jalan luar bandar. Jalan luar bandar merupakan jalan yang dibina daripada jalan utama kepada kampung ataupun perkampungan atau rumah panjang. Yang kedua adalah projek jalan kampung yang dibina di dalam kampung itu sendiri. Namun demikian, projek-projek ini dibina, dilaksanakan mengikut keutamaan dengan mengambil kira beberapa perkara khasnya keutamaan yang diberi. Senarai keutamaan yang dipersetujui oleh kerajaan atau kementerian dengan pihak berkuasa negeri atau kerajaan negeri juga mengambil kira pandangan daripada wakil rakyat dan juga pejabat-pejabat daerah di mana projek itu dicadangkan. Begitu juga dengan air, api, oleh sebab itu kementerian sudah beberapa tahun ini telah menukar pendekatan dan sebagainya, meletakkan pegawai pemantau, dan baru- baru ini kita juga menubuhkan unit teknikal yang kita rasa diperlukan untuk mempercepatkan lagi liputan program projek yang kementerian laksanakan. Namun demikian kita juga sedar, bahawa kementerian atau kerajaan mempunyai cabaran. Satu daripadanya adalah peruntukan dan oleh sebab itulah kita menjalankan projek- projek ini, melaksanakan projek-projek ini secara berperingkat-peringkat. Memang kementerian, saya sendiri kalau boleh saya pun hendak bina semua jalan ini mungkin dalam satu bulan, satu hari tetapi dengan mengambil kira hakikat bahawa dari segi peruntukan, dari segi faktor-faktor yang lain, ini merupakan isu-isu yang perlu diambil kira. Jadi oleh sebab itulah memang ada lagi kawasan kampung yang belum lagi menikmati kemudahan-kemudahan asas seperti mana yang telah disebut oleh Yang Berhormat tadi. Tuan Haji Ismail bin Noh [Pasir Mas]: Saya kurang puas hati Yang Berhormat Timbalan Menteri kerana peruntukan yang saya tahu banyak, peruntukan yang sampai kepada DR. 5.11.2007 59

setiap negeri itu saya rasa mencukupi. Tinggal lagi kita barangkali tidak membuat suatu analisa yang terperinci dalam suatu jajahan, dalam suatu mukim, dalam suatu tempat. Barangkali di situ kita tidak buat suatu rekod, ambil rekod dan kita, barangkali kita tidak ada database yang lengkap, barangkali begitu. Kalau kita dapat bahawa ini daripada district officer misalnya untuk memperincikan lagi kawasan-kawasan yang belum diselesaikan pembangunan kerana 50 tahun merdeka, ada lagi anak-anak kita yang pergi ke sekolah dalam keadaan jalan raya yang tidak selesai, dalam keadaan api elektrik yang belum, sekolahnya belum terang dengan api elektrik di Sabah dan Sarawak. Saya pergi baru-baru ini, saya tahu. Jadi keutamaan inilah yang mesti diberikan kerana orang sekarang ini, kita sudah berpuas hati dengan pembangunan di bandar. Di Kuala Lumpur, di Johor Bahru dan sebagainya kita sudah berpuas hati, tetapi kita tidak cukup berpuas hati di kawasan bandar-bandar besar, kerana bumiputera kita ramai yang tinggal di kawasan luar bandar. Saya ucap syabas kepada peneroka angkasawan kita, Tok Guru Nik Aziz sendiri pun daripada awal-awal lagi menyokong dengan mengatakan bahawa peningkatan ilmu daripada sekolah rendah, sekolah menengah kemudian kita terus lagi mara. Saya berdiri pada hari ini pun memberi sokongan kerana itulah awal-awal saya datang untuk melihat jarak terdekat wajah angkasawan pertama negara kita yang telah berjaya baru-baru ini. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, cukuplah Yang Berhormat. Tuan Haji Ismail bin Noh [Pasir Mas]: Tetapi maksud saya iaitu kalau sekolah kita di peringkat bawah sana di negeri Tuan Yang di-Pertua sendiri pun saya rasa masih ada lagi perkara-perkara yang belum selesai, diselesaikan di sini segera. Jangan kita tunggu tahun depan, kita tidak tahu kita mati. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat, kawasan saya biar saya uruslah. Beberapa Ahli: [Ketawa] Tuan Haji Ismail bin Noh [Pasir Mas]: Terima kasih. [Ketawa] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Tak payah Yang Berhormat masuk campur, cukuplah Yang Berhormat. Datuk Dr. Tiki anak Lafe: Okey, terima kasih Yang Berhormat. Memang seperti mana yang saya sebutkan tadi, kita kalau boleh pun hendak selesaikan semua dalam masa yang terdekat, tetapi oleh sebab cabaran, masalah kekurangan dari segi banyak perkara bukan saja kewangan. Misalannya jalan raya, hendak menyediakan ... di peringkat pejabat daerah, kita kekurangan pegawai teknikal. Begitu juga dengan bangunan, prasarana bangunan, itu pun kita memerlukan cukup pegawai untuk menyediakan pelan dan sebagainya. Ini semuanya memakan, bukan sahaja memakan peruntukan kewangan tetapi juga memakan masa. Oleh sebab itulah DR. 5.11.2007 60

saya sebutkan tadi bahawa kita mempunyai perancangan untuk melaksanakan pembangunan di kawasan luar bandar, tidak kira di mana, mungkin secara berperingkat. ■1450 Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, sedang diuruslah Yang Berhormat, sedang diurus. Datuk Dr. Tiki Lafe: Sedang diurus oleh semua. Jadi saya mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang begitu prihatin kepada nasib masyarakat di luar bandar termasuklah kebanyakan kita di dalam Dewan yang mulia ini, okey. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah menyentuh isu-isu berkenaan dengan masyarakat Orang Asli dalam perbahasan mereka. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, dalam usaha membangunkan masyarakat Orang Asli, kerajaan sentiasa mengambil kira ciri-ciri khusus masyarakat itu seperti adat resam dan juga nilai-nilai hidup mereka. Selain daripada itu, faktor taburan penduduk yang berselerak di pedalaman, sistem ekonomi yang diamalkan dan juga pengaruh luar serta kesan jangka panjang kepada corak kehidupan masyarakat Orang Asli juga kita ambil kira. Pendekatan yang.. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Saya ingat terima kasih tadi, sudah habis Yang Berhormat... Datuk Dr. Tiki Lafe: Satu lagi... pendekatan yang terbukti dapat mengubah nasib masyarakat Orang Asli ialah melalui pendidikan. Kerajaan melalui KKW dan juga Jabatan Hal Ehwal Orang Asli dan juga Kementerian Pelajaran sudah melaksanakan program bantuan pelajaran sejak tahun 2003 dan sudah pun menunjukkan hasil. Dalam pada itu, kerajaan sedar isu utama perlu juga diberi perhatian iaitu pembangunan fizikal, pembangunan ekonomi dan program pembangunan modal insan. Namun demikian, kerajaan tidak nafikan bahawa kita tidak boleh lari daripada beberapa isu dan juga cabaran iaitu pencapaian. Aliran peruntukan bagi manfaat kumpulan sasar, isu tanah dan dalam masa yang sama masyarakat Orang Asli diberi keutamaan bekerja dalam semua projek pembangunan tanah supaya mereka dapat gaji dan juga upah, selain daripada dividen dan bonus yang mereka terima setiap tahun. Saya ucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat yang begitu prihatin kepada masyarakat ini. Akhir sekali, Yang Berhormat Pensiangan mempersoalkan usaha-usaha yang disarankan bagi merapatkan lagi jurang digital di luar bandar. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KKW telah menyediakan program bagi merapatkan jurang digital dan melahirkan masyarakat luar bandar yang celik IT. Program tersebut ialah medan info desa dan program latihan ICT desa. Melalui kedua-dua kaedah infrastruktur dan infostruktur ini, kerajaan mensasarkan sebahagian besar masyarakat luar bandar akan celik IT. DR. 5.11.2007 61

Di bawah program medan info desa, KKW telah membina pusat sehenti ICT di peringkat daerah, mukim dan kampung bagi membolehkan penduduk di luar bandar duduk belajar dan mendapat bimbingan dalam bidang ICT. Sehingga kini, sebanyak 289 buah MID telah dibina, manakala di bawah program latihan ICT, kementerian menganjurkan kursus asas dan kemahiran ICT secara percuma kepada penduduk di luar bandar. Pada tahun 2006, sebanyak 457 siri kursus dan latihan yang terdiri daripada kursus literasi komputer desa, kursus komputer lanjutan, latihan kemahiran komputer dan latihan kepada jurulatih atau training of trainers, dengan izin telah dilaksanakan kepada 9,399 orang di seluruh negara. Sekian sahaja, jawapan kepada persoalan yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat, bagi isu-isu dan pandangan yang tidak sempat dijawab di sini, saya yakin kementerian akan ambil perhatian dan tindakan sewajarnya. Sekian, terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Baik Yang Berhormat. Sebelum itu, kita ada usul. Ya, sila.

USUL

WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT

2.53 ptg.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi [Dato’ Mohamed Khaled bin Nordin]: Tuan Yang di-Pertua, mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya mohon mencadangkan: “Bahawa mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai semua giliran kementerian menjawab ke atas Perbahasan Bajet 2008, di peringkat dasar dan diputuskan bacaan kali kedua, Rang Undang-undang Perbekalan 2008. Selepas itu, mesyuarat akan ditangguhkan sehingga pukul 10.00 pagi, hari Selasa 6 November 2007”. Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri [Datuk Tan Chai Ho]: Tuan Yang di- Pertua, saya mohon menyokong. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan. Usul dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan. [Majlis Mesyuarat disambung semula] DR. 5.11.2007 62

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Sekarang saya menjemput Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi untuk menjawab. Dato’ Mohamed Khaled bin Nordin: Tuan Yang di-Pertua terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membangkitkan perkara- perkara yang berkaitan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi semasa perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2008 kali ini. Tuan Yang di-Pertua, soal pemansuhan Dasar Ekonomi Baru seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Permatang Pauh adalah sama sekali tidak dapat diterima. Ini kerana ia adalah mekanisme dalam menangani soal kemiskinan dan isu ketidakseimbangan kedudukan sosioekonomi antara kaum. Ia juga bertujuan menentukan wujudnya masyarakat perdagangan dan perindustrian bumiputera. Memandangkan cabaran-cabaran sosioekonomi semasa yang semakin kompleks, terutamanya dalam menghadapi gelombang globalisasi dan arus pembangunan negara, maka usaha mencapai MPPB akan terus dimantap dan diperkukuhkan dengan sasaran supaya lebih ramai masyarakat bumiputera berkecimpung dalam bidang keusahawanan. Tuan Yang di-Pertua, dalam merealisasikan matlamat tersebut, kementerian menyediakan pelbagai khidmat sokongan dan kemudahan pembiayaan bagi membantu usahawan dalam dunia perniagaan termasuklah penyediaan premis perniagaan. Melalui agensi- agensi seperti MARA, UDA, Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri dan Jabatan Pembangunan Koperasi, premis-premis perniagaan disediakan menerusi kaedah pembelian dan sewaan. Sehingga kini, sebanyak 11,052 kemudahan premis-premis perniagaan di seluruh negara sedang disewakan kepada usahawan bumiputera pada kadar yang berpatutan. Bagi membantu usahawan bumiputera di kompleks membeli-belah yang berhadapan dengan masalah kekerapan kenaikan sewa dan kadar sewa yang tinggi seperti di Suria KLCC, seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jasin dan Yang Berhormat Santubong, kerajaan sedang merangka beberapa langkah strategik untuk mewujudkan satu dasar sewaan ruang niaga yang komprehensif dan menyeluruh. Antara pendekatan yang dicadangkan ialah:- (i) kementerian membeli atau menyewa lokasi-lokasi baru untuk disewakan semula kepada usahawan bumiputera di bawah program pajakan ruang niaga di kompleks perniagaan dengan kadar sewa yang dirasakan mampu dan munasabah. Ini termasuk kementerian menampung sebarang kadar sewa yang kerap dinaikkan; (ii) kementerian akan membuat pemantauan ke atas prestasi perniagaan usahawan-usahawan berkaitan secara berkala dan jika didapati perniagaan mereka berdaya maju, sewa yang akan dikenakan kepada mereka adalah pada kadar harga pasaran. Sehubungan dengan ini, kementerian telah mengarahkan UDA untuk DR. 5.11.2007 63

menubuhkan unit pengurusan ruang niaga dalam usaha untuk mencari dan mengenal pasti kompleks-kompleks perniagaan yang perlu mempunyai kehadiran usahawan-usahawan bumiputera, dan seterusnya menguruskan penyewaan premis-premis tersebut. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat juga, setakat ini UDA menyediakan 1,479 lot ruang niaga di 11 buah kompleks perniagaan miliknya untuk disewakan kepada usahawan. Satu ketika dahulu, UDA pernah menjual sebanyak 75 unit ruang niaga kepada usahawan bumiputera di Kompleks Pertama dengan harga diskaun. Malangnya, mereka telah menjual semula sebahagian besar ruang niaga tersebut untuk mendapat keuntungan segera. Bagi memastikan pemilikan ruang-ruang niaga di kompleks membeli-belah terus kekal dimiliki oleh usahawan bumiputera ataupun oleh bumiputera, maka dasar UDA pada ketika ini adalah tidak lagi menjual ruang-ruang niaga di kompleks-kompleks membeli-belah miliknya. Walau bagaimanapun, unit-unit kedai perniagaan yang dibangunkan UDA yang tidak terletak di kompleks-kompleks membeli-belah masih dijual kepada usahawan bumiputera. Sebagai contoh, bagi tempoh tahun 2000 sehingga tahun 2005, UDA telah menjual 238 rumah kedai kepada usahawan bumiputera. Tuan Yang di-Pertua, pembinaan medan MARA merupakan salah satu usaha untuk membantu usahawan menjalankan perniagaan di seluruh negara. ■1500 Untuk makluman Ahli Yang Berhormat daripada Jasin, walaupun pada ketika ini kementerian belum membina Medan MARA di Jasin namun MARA telah menyediakan sebanyak 13 premis perniagaan yang meliputi bazar, arked, medan niaga dan kedai yang menawarkan 95 lot ruang niaga kepada usahawan di Jasin iaitu meliputi 28% daripada jumlah keseluruhan lot perniagaan yang disediakan oleh kementerian dan agensinya di Melaka. Untuk makluman Yang Berhormat juga, di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan, kementerian sedang melaksanakan program peningkatan imej premis perniagaan MARA sedia ada iaitu Bazar Selandar, Bazar Merlimau dan termasuklah Bazar Jasin. Program ini bertujuan untuk memberi suasana yang kondusif dan keselesaan kepada usahawan bumiputera menjalankan perniagaan mereka. Tuan Yang di-Pertua, sebagaimana yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat dari Kudat dan Bera, kementerian telah mengambil tindakan aktif untuk terlibat secara langsung dalam koridor pembangunan. Sehubungan itu, kementerian menerusi agensi-agensi di bawahnya seperti UDA, MARA, Jabatan Pembangunan Koperasi, PNS, SME Bank, Bank Pembangunan, Bank Rakyat dan Perbadanan-perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri sedang merangka agenda pembangunan usahawan bumiputera bukan sahaja dalam pembangunan hartanah, bahkan juga pembangunan kluster dalam bidang-bidang tumpuan seperti pertanian, DR. 5.11.2007 64

pelancongan, logistik dan pendidikan bagi mewujudkan peluang-peluang perniagaan dan penyediaan tenaga mahir. Di samping itu, penglibatan daripada koperasi-koperasi juga sedang dirangka dalam program-program pembangunan termasuklah memantapkan Program Rantaian Nilai Perladangan Kontrak dan Pembangunan Hartanah serta Program Pembasmian Kemiskinan. Dalam hal ini, kementerian telah menubuhkan Jawatankuasa Pembangunan Koridor yang antara lain berperanan: (i) mewujudkan mekanisme penyelarasan pelaksanaan Program Pembangunan Usahawan Bumiputera di koridor-koridor yang melibatkan semua agensi kementerian; (ii) memastikan program-program dijalankan dengan lebih tersusun dan berkesan selaras dengan usaha kementerian membangunkan MPPB yang berdaya maju dan berdaya saing; (iii) meningkatkan penglibatan agensi-agensi kementerian dalam pelbagai sektor ekonomi, khususnya sektor-sektor strategik yang berpotensi; dan (iv) menyediakan satu pelan tindakan bagi pembangunan usahawan di koridor-koridor yang diwujudkan. Tuan Yang di-Pertua, kementerian sentiasa memberi perhatian dan tumpuan mengenai kepentingan pembelajaran sepanjang hayat kepada belia dan masyarakat setempat di seluruh negara termasuk di kawasan Parlimen Yang Berhormat daripada Sepanggar. Sehubungan dengan ini, kementerian melalui MARA telah pun menyewa sebuah bangunan di alamat Lot 12 dan 13, Taman Fuliwa, Fasa 1, Batu 11, Jalan Tuaran, Kota Kinabalu untuk dijadikan Pusat Giat MARA Sepanggar. Pada waktu ini, kerja-kerja ubahsuai sedang dijalankan dan pengambilan pelatih dijangka bermula pada Januari 2008. Untuk makluman Yang Berhormat dari Parit, kementerian menerusi MARA telah pun mempunyai sebanyak 37 buah MRSM di seluruh negara termasuk enam buah di Perak. Berdasarkan peruntukan yang diluluskan, kementerian sedang membina sebanyak lapan buah MRSM yang baru di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan bagi menampung keperluan pelajar-pelajar yang berkelayakan. Kementerian akan menimbang saranan Ahli Yang Berhormat untuk membina sebuah lagi MRSM di Parit apabila terdapat keperluan. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Santubong telah menyentuh mengenai isu monopoli dan kesan kenaikan harga bahan binaan terhadap kontraktor-kontraktor kecil, khususnya kelas F. Untuk makluman Yang Berhormat, kementerian telah pun melancarkan beberapa program untuk memastikan kontraktor-kontraktor kecil tidak menghadapi masalah dalam mendapatkan bekalan bahan binaan seperti program landskap, peruncitan bahan binaan dan mengadakan ekspo industri binaan sejak tahun 2006. DR. 5.11.2007 65

Sehubungan ini, MARA sedang membangunkan landskap peruncitan tersebut untuk menyediakan bekalan bahan binaan yang berterusan dan pada harga yang berpatutan. Sehingga kini seramai 205 syarikat pengeluar komponen bahan binaan telah didaftarkan. Pada masa yang sama, syarikat GLC kerajaan iaitu UEM telah pun menubuhkan sebuah anak syarikat iaitu MAVTRAC (Malaysian Virtual Trading Corporation) untuk menjadi syarikat yang boleh membekal bahan-bahan binaan keperluan, khususnya bagi kontraktor-kontraktor yang kecil. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat Batu Sapi, pembekuan pendaftaran kontraktor kelas F mulai 8 April 2005 adalah bukan sahaja bertujuan untuk mengelakkan masalah bilangan terlalu ramai kontraktor kelas F di pasaran, tetapi bagi memastikan hanya kontraktor yang tulen sahaja terlibat dalam perolehan kerajaan. Berikutan daripada pembekuan tersebut, seramai 4,332 kontraktor kelas F telah dibatalkan lesen atas pelbagai sebab seperti tidak memenuhi syarat pendaftaran dan dikenakan tindakan tatatertib. Sehingga kini terdapat seramai 31,178 kontraktor kelas F di seluruh negara yang berdaftar dengan PKK iaitu 72% daripada 43,248 keseluruhan kontraktor awam yang berdaftar. Usaha mengurangkan bilangan kontraktor kelas F masih terus berjalan sehingga usaha-usaha memantapkan kontraktor kelas F dapat dilaksanakan sepenuhnya bagi memastikan hanya kontraktor kelas F yang berkualiti berada di pasaran. Tuan Yang di-Pertua, seramai enam Ahli Yang Berhormat iaitu Kepong, Larut, Jasin, Ketereh, Bandar dan Bukit Mertajam telah menyentuh mengenai isu pengangkutan awam dan peranan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan mengenai isu keselamatan di jalan raya dan masalah pemandu seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Larut. LPKP telah mengambil beberapa langkah ke arah memantapkan perkhidmatan pengangkutan awam dan kawalan ke atas pemandu-pemandu. Antara langkah-langkah tersebut ialah mewajibkan syarikat-syarikat pengangkutan awam melaksanakan perkara-perkara berikut: (i) memantapkan sistem pengurusan fleet; (ii) memperketatkan sistem kawalan keselamatan; (iii) merangka Program Pembangunan Kerjaya dan Latihan kepada pemandu-pemandu; dan (iv) melaksanakan Program Safety Health and Environment. Pihak LPKP telah pun menghantar pegawai penguat kuasa untuk membuat naziran ke atas syarikat-syarikat secara rawak untuk melihat sejauh mana perkara-perkara di atas dilaksanakan. Mengenai saranan Yang Berhormat Jasin, pada masa ini LPKP menetapkan had usia sehingga 15 tahun bagi bas berhenti-henti atau town bus dan sehingga 10 tahun bagi bas ekspres walaupun terdapat permintaan daripada pengusaha bas supaya had usia tersebut dilanjutkan. LPKP menyedari bahawa terdapat bas-bas yang berada dalam keadaan yang DR. 5.11.2007 66

kurang memuaskan terutama dari segi fizikalnya. Sehubungan dengan itu, LPKP telah menetapkan peraturan yang mewajibkan semua pengangkutan bas awam melalui pemeriksaan PUSPAKOM setiap enam bulan bagi memastikan ia berada dalam keadaan baik terutama dari segi road worthinessnya. Malah Akta LPKP juga mewajibkan pengusaha bas menjaga kenderaan mereka dalam keadaan yang baik. LPKP akan terus memantau perkara ini dari semasa ke semasa bagi memastikan perkhidmatan yang disediakan oleh pengusaha pengangkutan awam menetapi piawaian yang ditetapkan dan memastikan keselamatan penumpang sentiasa diberi keutamaan supaya tidak timbul sebarang aduan atau rungutan daripada penumpang. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Sabak Bernam. Hendak bagi jalan, Yang Berhormat? Dato' Haji Mat Yasir bin Haji Ikhsan [Sabak Bernam]: Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sabak Bernam agak terkejut dengan perakuan Presiden Persatuan Pemandu-pemandu Bas. Daripada 400 orang dikatakan bahawa 50% mengambil dadah. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Menteri apakah tindakan yang telah diambil kepada sama ada pemandu atau pihak yang bertanggungjawab. Bagi saya pihak pengurusan sendiri bertanggungjawab. Saya takut pemandu-pemandu ini yang telah pun mengambil dadah ini, maknanya kalau mereka terus memandu akan memberikan kesan yang cukup negatif di masa akan datang. Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin: Terima kasih, Yang Berhormat. Atas sebab itulah berasaskan kepada pengumuman ataupun kenyataan ataupun pengakuan yang dibuat oleh pengerusi persatuan itu, maka antara langkah yang kita akan ambil ialah mewajibkan syarikat-syarikat pengangkutan awam merangka program pembangunan kerjaya dan latihan kepada pemandu-pemandu Kita juga akan memperkenalkan beberapa peraturan baru menyenaraikan pemandu mengikut satu sistem yang mana boleh dirujuk oleh LPKP mengenai seseorang pemandu itu dari semua sudut, dari segi pengalaman kerjanya, dari segi kesihatan dan sebagainya supaya kita dapat mengelak perkara-perkara ini daripada berlaku. Malah apa yang hendak kita lakukan ialah melalui usaha kita untuk memantapkan sistem pengangkutan ini maka akhirnya kita hendak tentukan bahawa seseorang yang menjadi pemandu kepada sesebuah syarikat pengangkutan awam mereka benar-benar mendapat pendapatan yang baik dan sebagainya. Ianya merupakan satu pekerjaan yang benar-benar boleh memberi pulangan kepada mereka dan tidaklah seperti keadaannya sekarang di mana pelbagai masalah dihadapi yang menyebabkan antara masalah dan kelemahan yang timbul seperti yang telah dinyatakan oleh Yang Berhormat sebentar tadi. Pokoknya kita akan melihat secara menyeluruh mengenai keadaan yang sedang dihadapi oleh sistem pengangkutan awam dalam negara. DR. 5.11.2007 67

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat bagi Pasir Mas. Tuan Haji Ismail bin Noh [Pasir Mas]: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya sebagai seorang yang bersama-sama, kadang-kadang naik bas daripada Kota Bahru ke Kuala Lumpur atau Kuala Lumpur ke Kota Bharu. Saya melihat bahawa alangkah baiknya sekiranya pemandu-pemandu bas untuk perjalanan jauh ini bila mereka diambil dan dipastikan bahawa setidak-tidaknya mereka ini ditanya atau dibekalkan dengan sedikit sebanyak maklumat agama. Kalau mereka mempunyai maklumat agama dengan sendirinya mereka jauhi diri mereka daripada dadah. Mereka jauhi diri mereka dari perkara- perkara yang tidak baik. Setidak-tidaknya bila mereka sampai ke satu destinasi mereka menunaikan solat sembahyang. Ini boleh mengingatkan mereka bahawa mereka sekarang ini sedang membawa 50 nyawa dalam bas bersama-sama, dan bukan sekadar 50, di belakang 50 itu ada ratusan anak-anak. Perkara ini tidak dapat dicapai melainkan dengan unsur agama sahaja yang dapat kontrol mereka. Apakah kementerian berhasrat untuk setidak-tidaknya memberi suatu arahan kepada syarikat-syarikat penguasa bas ini supaya mereka mengambil dan mengenal pasti setidak-tidaknya dalam temu duga mereka supaya pemandu-pemandu ini terdiri dari kalangan yang sekurang-kurangnya ada maklumat 10% agama atau 20% agama. Sekiranya mereka dikendalikan dengan kesedaran agama terlebih awal sebelum daripada yang lain, untuk mendapat wang yang banyak dan sebagainya, saya rasa dapat mengurangkan sedikit. Ini bukannya masalah untuk mendapat wang banyak, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Wang yang banyak belum tentu dapat menyelesaikan masalah. Masalahnya sekarang ini ialah masalah sifat, sikap dan masalah kesedaran sendiri. Oleh kerana itulah saya bercadang kalau Yang Berhormat mengambil satu inisiatif yang lebih jauh sedikit iaitu dengan memberi arahan kepada penguasa-penguasa bas supaya mereka kenal pastikan pemandu bas perjalanan jauh ini diambil dari kalangan yang setidak-tidaknya ada kesedaran agama sedikit. Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin: Terima kasih Yang Berhormat di atas saranan itu. Pokoknya ialah setiap syarikat bas bertanggungjawab ke atas pemandunya. Kaedah dan cara bagi sesebuah syarikat bas ingin menyedarkan pemandunya mengenai tanggungjawabnya kita serahkanlah kepada syarikat bas, tetapi kita boleh berikan panduan jika dari segi soal tanggungjawabnya, dari segi kaedah agama merupakan antara yang perlu, itu tidak menjadi masalah kerana kita serahkan kepada syarikat bas. Ini kerana syarikat bas yang akan bertanggungjawab kepada pemandunya. Jika pemandunya didapati bersalah dan sebagainya, maka kita bukan sahaja mengejar pemandu tetapi syarikat bas itu mesti bertanggungjawab. Inilah antara pendekatan yang akan kita ambil supaya kita dapat tentukan perkhidmatan DR. 5.11.2007 68

pengangkutan awam melalui bas misalnya akan berada pada tahap yang memuaskan dan menjamin keselesaan dan juga keselamatan. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat daripada Bandar Kuching telah menyarankan supaya dilanjutkan had usia bas sekolah melebihi 20 tahun. Kementerian tidak dapat menimbangkannya kerana peraturan yang sedia ada adalah bertujuan memastikan keselamatan dan keselesaan pelajar-pelajar semasa menggunakan perkhidmatan bas ini. Yang Berhormat bagi Kepong telah menyentuh mengenai kelemahan penguatkuasaan ke atas pengangkutan awam. Kementerian menyedari perkara ini dan sentiasa bekerjasama dengan agensi-agensi penguatkuasaan yang lain seperti Jabatan Pengangkutan Jalan dan polis bagi meningkatkan tahap penguatkuasaan. Di samping itu kementerian sentiasa menekankan kepada kepentingan penglibatan syarikat-syarikat pengangkutan awam supaya mematuhi peraturan-peraturan pelesenan dan keselamatan jalan raya. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat bagi Bukit Mertajam, kementerian sentiasa memaklumkan statistik lesen kenderaan perdagangan dari masa ke semasa sama ada melalui laporan tahunan LPKP, jawapan-jawapan dalam Parlimen dan dalam forum-forum yang berkaitan dengan pengangkutan. Sebagaimana yang diminta oleh Yang Berhormat, sukacita dimaklumkan sehingga hari ini sebanyak 185 buah syarikat bas ekspres telah diberikan sebanyak 4,428 lesen. Manakala jumlah teksi yang diluluskan adalah sebanyak 33,038 buah. Pada masa ini pemohon- pemohon lesen kenderaan perdagangan boleh mengakses, boleh mendapat maklumat mengenai status permohonan masing-masing dengan LPKP melalui laman web MECD iaitu www.mecd.gov.my. Kementerian ini menyambut baik saranan daripada Yang Berhormat bagi ketereh supaya lesen-lesen pengangkutan awam diberikan kepada syarikat-syarikat yang berkelayakan dan berkemampuan serta mempunyai economic of scale. Pelaksanaan dasar ini dijangka akan dapat meningkatkan kualiti lagi kualiti perkhidmatan pengangkutan awam. Akhir kata sekali lagi saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah memberi pandangan dan saranan yang membina kepada perkara-perkara yang berkaitan di bawah kementerian saya. Saya berharap saya telah cuba menjawab kesemuanya namun sekiranya ada yang tidak sempat dijawab kementerian saya akan tetap memberi perhatian dan mengambil tindakan yang sewajarnya, insya-Allah. Sekian, terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Baik, Yang Berhormat. Terima kasih. Sekarang saya jemput Kementerian Pengajian Tinggi. Ya, Yang Berhormat Timbalan Menteri, sila.

3.18 ptg. Timbalan Menteri Pengajian Tinggi [Datuk Ong Tee Keat]: Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu izinkanlah saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima DR. 5.11.2007 69

kasih kepada 23 orang Ahli Yang Berhormat yang telah pun mengambil bahagian dalam membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tahun 2008 khasnya atas isu-isu yang berkaitan dengan kementerian saya. Tuan Yang di-Pertua, memandangkan kesemuanya terdapat 48 isu yang dibangkitkan yang saya kira ia boleh dirangkumi di bawah tujuh kategori, maka saya minta izin untuk mengambil masa sedikit bagi menjawab dengan seberapa boleh. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Baik. Datuk Ong Tee Keat: Antara kategori-kategori yang saya maksudkan itu meliputi Dasar Pengajian Tinggi Negara termasuk Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara, isu-isu akademik, isu-isu pengurusan dan pembangunan sumber manusia IPT, isu PTPPTN, isu penyelidikan, pembangunan dan komersial ataupun R&D&C. „ 1520 Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Ipoh Timor menyentuh tentang fokus pengajian tinggi harus diletakkan kepada kualiti institusi pengajian tinggi yang sedia ada. Suka saya maklumkan Yang Berhormat dan Dewan Yang Mulia ini bahawa untuk tempoh setahun dua ini kerajaan memang tidak bercadang untuk menubuhkan universiti baru. Walau bagaimanapun kerajaan mungkin meneliti keperluannya bagi memenuhi kehendak masa depan. Kerajaan sepanjang masa ini sememangnya beriltizam ataupun committed dengan izin, meningkatkan kualiti institusi pengajian tinggi negara seperti mana yang terkandung dalam Pelan Strategi Pengajian Tinggi khususnya teras yang kedua iaitu menambah baik kualiti pengajaran dan pembelajaran serta teras keempat iaitu usaha untuk memperkasakan IPT. Berhubung dengan kualiti pengajian tinggi negara, seperti mana yang kita sedia maklum bahawa kementerian telah melancarkan Pelan Strategi Pengajian Tinggi Negara baru-baru ini dan pelan ini digubal bagi memartabatkan pengajian tinggi negara dengan tujuan bagi menjadikan negara kita sebagai satu hab kecemerlangan pengajian tinggi serantau dan antarabangsa. Tujuh teras yang digariskan itu meliputi: (i) meluaskan akses dan meningkatkan kualiti equity; (ii) menambah baik kualiti pengajaran dan pembelajaran; (iii) memperteguh penyelidikan dan inovasi; (iv) memperkasakan institusi pengajian tinggi; (v) mempergiatkan pengantarabangsaan; (vi) membudayakan pembelajaran sepanjang hayat; dan (vii) memperkukuh sistem penyampaian kementerian. Selain daripada itu kementerian juga telah membentangkan Akta Kerangka Kelayakan Malaysia di Parlimen baru-baru ini bagi menubuhkan Agensi Kerangka Kelayakan Malaysia yang DR. 5.11.2007 70

antara lain bertujuan mengawal selia kualiti program-program akademik yang ditawarkan oleh IPT kita. Bagi mewujudkan satu mekanisme untuk menilai dan memantau keberkesanan dan kualiti IPT dari semasa ke semasa, kementerian juga menubuhkan Unit Audit untuk menyelaras dan menilai kualiti IPTA dan IPTS dan unit ini memberi tumpuan kepada pengauditan akademik. Yang Berhormat Labuan menyentuh tentang penubuhan Universiti ASEAN. Suka saya maklumkan Yang Berhormat bahawa setakat ini kerajaan tidak bercadang untuk menubuhkan Universiti ASEAN dan kini semuanya terdapat kira-kira 2,910 orang pelajar dari negara-negara ASEAN yang tengah melanjutkan pelajaran mereka di IPTA kita. Yang Berhormat Labuan juga mencadangkan agar UMSKAL ataupun Universiti Malaysia Kampus Antarabangsa Labuan dijadikan sebuah universiti bertaraf universiti penuh. Suka saya maklumkan Yang Berhormat bahawa penubuhan sesebuah IPTA sesungguhnya adalah dibuat berdasarkan keperluan strategi negara. Ia dibuat dengan mengambil kira kemampuan pembiayaan kerajaan, kepentingan bidang tujahan tertentu terhadap pembangunan sosio ekonomi negara, sumber manusia yang mencukupi serta keperluan sumber tenaga yang diperlukan di pasaran kerja. Oleh yang demikian, kementerian berpandangan bahawa jumlah IPTA yang sedia ada adalah memadai. Pada waktu yang sama KPT juga tidak mempunyai perancangan untuk menaik taraf UMS Kampus Antarabangsa Labuan sebagai universiti penuh. Kementerian percaya IPT yang sedia ada di Sabah seperti Universiti Malaysia Sabah ataupun UMS di Kota Kinabalu, Universiti Teknologi Mara Cawangan Menggatal, Politeknik di Kota Kinabalu dan Kolej Komuniti di Tawau masih berupaya memberikan akses pendidikan tinggi yang mencukupi kepada rakyat Sabah. Yang Berhormat Maran membangkitkan soal tentang Universiti FELDA di kawasan Maran. Untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan setakat ini tiada perancangan untuk menubuhkan Universiti FELDA kerana anak-anak FELDA juga diberi peluang yang sama untuk memasuki IPTA. Sebagai contoh, mengikut statistik yang ada pada saya perangkaan anak peneroka yang memasuki IPTA dan IPTS pada tahun 2006 adalah seperti berikut, mereka yang mengikuti program diploma di IPTA dan IPTS berjumlah 4,028 orang, sedangkan 4,914 orang lagi yang mengikuti program-program ijazah, ijazah lanjutan pula terdapat 254 orang. Di luar negara pula terdapat 260 orang anak-anak peneroka dari FELDA. Jumlah keseluruhan yang mengikuti program-program pelbagai di dalam dan di luar negara adalah mencecah 9,457 orang. Selain daripada itu, pusat-pusat latihan seperti MLVK semenjak tiga tahun kebelakangan ini adalah sebanyak 19,244 orang dan kebanyakannya adalah di peringkat sijil. Yang Berhormat Gerik membangkitkan tentang soalan tentang Akademi Pengurusan Pengajaran sama ada ianya khas untuk pensyarah-pensyarah baru. Suka saya maklumkan Dewan Yang Mulia ini, kerajaan di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan telah menubuhkan DR. 5.11.2007 71

Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi ataupun AKEPT. Ia antara lain bertujuan melatih pensyarah sama ada yang baru atau lama. Latihan yang berterusan yang akan dikawal selia oleh akademi ini diharap akan dapat menambah baik mutu dan kualiti pensyarah terutama mereka yang baru menceburi di dalam kerjaya ini demi menjayakan hasrat kerajaan supaya pensyarah negara kita memiliki kualiti yang setanding dengan pensyarah universiti dari negara yang maju. Pada masa ini kerajaan belum bercadang untuk menubuhkan universiti awam yang khusus dalam bidang perubatan dan pertanian seperti mana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Gerik. Kerajaan percaya universiti-universiti awam yang menawarkan kursus-kursus perubatan yang sedia ada umpamanya UM, USM, UKM, UPM, UIAM, UNIMAS, UMS, UiTM dan Universiti Sains Islam Malaysia masih berupaya menyediakan doktor yang mencukupi di pasaran kerja. Kementerian pada masa ini akan terus berusaha untuk memperkasakan IPTA tersebut agar dapat terus menyediakan keperluan tenaga manusia yang memadai di pasaran kerjaya yang berkenaan. Walau pun kementerian tidak menubuhkan universiti awam yang khusus dalam bidang perubatan, kementerian tetap mengambil langkah proaktif dengan membenarkan penubuhan beberapa universiti swasta yang khusus dalam perubatan di dalam negara kita seperti Universiti Perubatan Antarabangsa ataupun IMU, Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya dan Kolej Perubatan Manipal. Pada masa yang sama kementerian juga belum bercadang untuk menubuhkan sebuah universiti yang khusus dalam bidang pertanian. Kementerian percaya universiti awam yang sedia ada dapat menampung keperluan yang sedia ada, lebih-lebih lagi IPTA yang sedia ada umpamanya UPM, UDM, UMT dan UMK ia tetap dapat melatih dan melahirkan graduan yang berkepakaran dalam bidang pertanian. Yang Berhormat Alor Setar membangkitkan soal tentang banyaknya IPTS dinegara kita. Untuk makluman Yang Berhormat, bilangan IPTS yang berdaftar dengan kementerian setakat 30 September tahun ini adalah sebanyak 524. Pecahannya adalah seperti berikut. IPTS yang bukan bertaraf universiti adalah sebanyak 487. IPTS yang bertaraf universiti ataupun kolej universiti adalah 37. Untuk makluman Yang Berhormat, satu daripada objektif utama kementerian ialah untuk membolehkan penubuhan IPTS sebenarnya adalah semata-mata untuk mempertingkatkan KOHORT17 hingga 23 tahun yang mempunyai akses pengajian tinggi kepada 40% menjelang tahun 2015. Bersabit dengan soal kemasukan pelajar Yang Berhormat Ipoh Timor mencadangkan agar kemasukan pelajar ke universiti pada tahun 2008 hendaklah dipilih oleh setiap universiti dengan menilai pelajar melalui pilihan bidang masing-masing.

DR. 5.11.2007 72

■1530 Sesungguhnya Tuan Yang di-Pertua, cadangan seperti ini tidaklah perlu buat ketika ini kerana sistem yang sedia ada adalah memadai. Buat masa sekarang calon hanya perlu mengisi satu borang permohonan dan diselaraskan oleh bahagian pengurusan kemasukan pelajar Jabatan Pengajian Tinggi.

Pemilihan serta penempatan ke IPTA adalah ditentukan melalui Jawatankuasa Pemilihan Bersama yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah dan Ahli Mesyuaratnya dan Ahli Jawatankuasanya adalah terdiri di kalangan TNC khasnya TNC akademik dan antarabangsa, dan pejabat pendaftar dari setiap IPTA.

Yang Berhormat bagi Ayer Hitam, juga mengulas tentang kemungkinan terjejasnya peluang akses bagi pelajar-pelajar tempatan memandangkan semakin banyak pelajar luar negara diambil untuk memasuki IPT kita.

Suka saya maklumkan Yang Berhormat bahawa walaupun kerajaan meningkatkan peratusan pengambilan pelajar antarabangsa namun keutamaan pengambil pelajar ke IPT negara kita masih diberikan kepada pelajar tempatan. Perkara ini jelas dengan peningkatan enrolmen pelajar tempatan di universiti pada setiap tahun dan pertambahan bilangan IPTA, IPTS, Politeknik dan Kolej Komuniti dari semasa ke semasa turut mencerminkan komitmen kerajaan ke arah meluaskan lagi akses pendidikan tinggi kepada rakyat kita.

Yang Berhormat bagi Ipoh Timor mencadangkan satu peperiksaan kemasukan khas bagi program-program ijazah berkaitan perubatan. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, walaupun ujian khas untuk memasuki program pengajian perubatan ada diamalkan di beberapa buah negara maju seperti di Amerika Syarikat umpamanya Medical College Admission Test dan United Kingdom serta Australia Graduate Medical School Admission Test umpamanya.

Perlulah kita ambil maklum bahawa pemohon yang berkenaan dikenakan bayaran yuran peperiksaan di antara AUD80 dolar hingga USD70 Dolar untuk menduduki peperiksaan tersebut, yang perlu dibiayai oleh pemohon masing-masing.

Setakat ini kementerian tidak bercadang untuk melaksanakan ujian khas sedemikian memandangkan Malaysia sebagai sebuah negara yang sedang membangun, perlu mengambil kira dan memenuhi agenda dan wawasan nasional iaitu meluaskan akses dan ekuiti peluang pendidikan tinggi kepada semua yang layak tanpa mengira kaum.

Buat sekarang pengendalian program pengajian perubatan di IPTA adalah di kawal selia oleh badan profesional seperti Majlis Perubatan Malaysia ataupun MMC dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia bagi memastikan kualiti standard dan piawai pengajaran dan pengajaran dalam bidang berkaitan dipatuhi sepenuhnya tanpa kompromi. DR. 5.11.2007 73

Gandingan kerjasama profesional yang mantap dan berterusan antara Majlis Perubatan Malaysia dan Majlis Dekan Perubatan juga memastikan kualiti graduan yang dilahirkan oleh Fakulti Perubatan di IPTA dan IPTS Malaysia adalah memenuhi piawai yang ditetapkan.

Atas isu AUKU dan cadangan agar satu Majlis Perundingan Pendidikan Kebangsaan ditubuhkan untuk agensi reformasi pendidikan nasional yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat bagi Permatang Pauh. Suka saya maklumkan Dewan yang mulia ini, tidak dapat dinafikan kementerian sentiasa berusaha meningkatkan mutu universiti di negara kita dari pelbagai aspek umpamanya peningkatan infrastruktur, pembangunan pensyarah, pembangunan kurikulum dan kokurikulum, peningkatan kaedah pelajaran dan pembelajaran, memperteguh penyelidikan dan inovasi, meningkatkan sistem pengurusan dan governance termasuklah dalam proses meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti ataupun AUKU supaya sentiasa relevan dengan kehendak dan senario semasa.

Kesinambungan kepada usaha-usaha di atas kerajaan melalui kementerian ini pada 27 Ogos baru-baru ini telah pun melancarkan Pelan Strategik Pelajaran Tinggi Negara melangkau tahun 2020. Pelancaran ini telah disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri.

Tuan Salahuddin bin Ayub [Kubang Kerian]: Penjelasan.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, Kubang Kerian Yang Berhormat, nak bagi jalan?. Datuk Ong Tee Keat: Nanti dulu. Ya, ya ada peluang lagi. Pelancaran pelan ini adalah usaha berterusan kementerian untuk memartabatkan pengajian tinggi negara kita supaya sebaris dengan negara-negara maju. Bagi memastikan pelan ini membawa inspirasi negara, maka pelbagai seminar, bengkel dan dialog diadakan dengan semua pihak berkepentingan seperti tokoh pendidikan, ahli akademik universiti, Ahli Parlimen, pihak industri, persatuan pelajar universiti dan sebagainya. Selain daripada itu ia juga telah mengambil kira dokumen-dokumen seperti Rancangan Malaysia Kesembilan, Laporan Jawatankuasa Menyemak dan Membuat Perakuan tentang Perkembangan dan Hala Tuju Pendidikan Malaysia serta dokumen transformasi pengajian tinggi adalah jelas bahawa cadangan penubuhan Majlis Perundingan Pendidikan Kebangsaan, sesungguhnya telah diambil kira dalam Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara. Mengenai AUKU Tuan Yang di-Pertua, ingin diperjelaskan bahawa peruntukan- peruntukan di bawah AUKU tidak pernah menyekat kebebasan pensyarah ataupun pelajar untuk berkarya, berkreativiti dan sebagainya bagi membentuk minda yang kritikal dan kritis.

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

DR. 5.11.2007 74

Sebagai pusat hiburan ilmu universiti sentiasa menggalakkan pensyarah dan pelajarnya supaya berkarya dan berkreativiti melalui pelbagai platform seperti lisan, tulisan dan sebagainya. Ia adalah budaya yang dipupuk sejak awal penubuhannya lagi tetapi apa yang penting adalah semua perkara yang dilakukan hendaklah mengikut garis panduan serta peraturan yang ditetapkan. Peraturan bukanlah hendak menyekat kebebasan tetapi sebagai alat untuk mengawal selia manusia supaya tidak lari dari norma, budaya dan etika yang telah pun digariskan. Yang Berhormat bagi Permatang Pauh juga menyentuh tentang Akujanji. Sesungguhnya tujuan surat Akujanji adalah untuk menimbulkan kesedaran di kalangan penjawat akan bertapa pentingnya mereka melaksanakan tugas dengan setia, jujur, bertanggungjawab, dedikasi dan profesional. Ini selaras dengan hasrat kerajaan melahirkan perkhidmatan awam yang cekap dan berwibawa supaya Malaysia terus maju dalam suasana yang aman dan harmoni. Penguatkuasaan surat Akujanji untuk pegawai awam wajib ditandatangani oleh setiap pegawai awam mulai 1 Januari 2002. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, Pasir Mas. Tuan Haji Ismail bin Noh [Pasir Mas]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya nak undur ke belakang sikit kerana barangkali kalau saya tak kaitkan perkara ini, tentang universiti-universiti di negara kita ini. Apakah kita berusaha untuk memperkenalkan selain daripada pelajar-pelajar tempatan kita memperkenalkan universiti-universiti kita yang kita kira hebat, maju ke negara-negara luar, misalnya Timur Tengah. Sebagai mana Timur Tengah juga memperkenalkan universiti mereka kepada kita, Al-Azhar misalnya. Ribuan pelajar kita ada di sana. Jadi apakah kita tidak mengambil inisiatif sama supaya memperkenalkan universiti- universiti kita ke negara-negara Timur Tengah misalnya, setidak-tidaknya kita mendapat dua keuntungan. Pertama sekali menyebar ilmu, kedua kita menarik lebih ramai pelajar-pelajar mereka ke sini sekali gus kita membawa keuntungan dari segi kewangan. Kedatangan pelajar Timur Tengah ini seolah-olah mereka melabur ke negara kita. Selain mereka membawa pulang ilmu dari negara kita dan memperkenalkan negara kita ke negara masing-masing. Apakah usaha ini yang telah dibuat oleh kementerian. ■1540 Datuk Ong Tee Keat: Tuan Yang di-Pertua, untuk menjawab soalan Yang Berhormat tadi, suka saya maklumkan Yang Berhormat bahawa sesungguhnya usaha kementerian ini tidaklah sekadar memperkenalkan IPT kita. Baik IPTA mahu pun IPTS kepada negara asing termasuk negara-negara Timur Tengah. Malahan kementerian juga, kementerian juga tengah berusaha untuk menjalinkan jaringan permuafakatan antara IPT, khasnya IPTA tempatan dengan universiti-universiti asing termasuk universiti dari negara Timur Tengah di samping mengambil pelajar-pelajar dari negara-negara yang berkenaan masuk ke Malaysia untuk melanjutkan DR. 5.11.2007 75

pelajaran mereka di sini. Saya selaku Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, baru-baru ini telah berpeluang untuk membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan rakan sejawat saya dari Republik Islam Iraq. Tuan Yang di-Pertua, saya balik kepada… Tuan Salahuddin bin Ayub [Kubang Kerian]: Penjelasan. AUKU tadi. Tuan Yang di-Pertua: Ya. Tuan Salahuddin bin Ayub [Kubang Kerian]: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya hendak balik masalah AUKU sebentar tadi yang ditimbulkan dan Yang Berhormat telah menyatakan dalam Dewan yang mulia ini bahawa AUKU tidak pernah menyekat, tidak pernah menghalang potensi karisma dan juga kecemerlangan pelajar-pelajar kita dan pensyarah-pensyarah kita. Yang Berhormat, baru-baru ini diadakan pilihan raya kampus dan kita menyaksikan tindakan-tindakan yang paling tidak bertamadun. Dekan tak nak sign borang pencalonan, laptop dirampas, kempen-kempen tidak diizinkan. Sepatutnya universiti kita menjadi contoh, betapa suburnya demokrasi dalam negara kita, pensyarah-pensyarah yang dilihat katakan tidak berpihak diambil tindakan dan seumpamanya. Tidakkah Yang Berhormat sedar ini AUKU ini sebenarnya, kita bukan will forward, kita backward dan ini membunuh karisma, potensi warga universiti. Cuba kita muhasabah Yang Berhormat. Kita sudah merdeka 50 tahun. Tak ada satu pun, tak ada satu pun universiti kita memenangi Noble Laureates, tak ada pun. Kita melihat potensi pelajar universiti dibunuh. Cuba kita lihat Universitiy of Columbia baru-baru ini. An open debates, sama ada mereka bersetuju atau tidak bersetuju itu lain cerita. Harvard University, Cambridge University, Oxford University, debates politiknya satu budaya yang menyuburkan minda. Ini kita di universiti, pelajar hanya menyerahkan memorandum kepada Timbalan Naik Canselor, diambil tindakan, digantung pengajian dan seumpamanya. Tidakkah ini bermakna AUKU ini sebenarnya dah sampai masa dipinda, review semula kerana ini telah membunuh setiap potensi pelajar-pelajar dan warga universiti dalam negara kita. Adakah Yang Berhormat bersetuju dengan pandangan saya? Terima kasih. Datuk Ong Tee Keat: Tuan Yang di-Pertua, cara Yang Berhormat Kubang Kerian tadi berpolemik itu mungkin ada pasarannya dalam ceramah politik. Dalam Dewan yang mulia ini kalau kita masing-masing, kita faham tentang apa sebenarnya dalam sesuatu akta termasuk AUKU, maka saya rasa dan saya yakin penuh bahawa Yang Berhormat pun tahu juga sebenarnya isi kandungan dan AUKU dengan pilihan raya kampus ini sebenarnya dia tidak ada hubung kait yang dimaksudkan. “AUKU tidak berniat, yang saya cakap tadi itu. AUKU tidak berniat menyekat kebebasan. Kalau kita baca dengan teliti khasnya isi kandungan yang tersurat dan tersirat. Yang Berhormat sebenarnya cuba hendak hubung kaitkan pilihan raya kampus apa yang berlaku baru-baru ini dengan adanya AUKU. Sebenarnya Yang Berhormat sendiri pun tahu juga, DR. 5.11.2007 76

bahawa pilihan raya, pengendalian pilihan raya kampus adalah dalam bidang kuasa dan tugas ITPA masing-masing. Yang Berhormat juga cuba hendak hujahkan setakat ini kita belum lagi melahirkan seorang Noble Prize Laureates dan ini disebabkan oleh kononnya AUKU. Saya hendak tanya Yang Berhormat apakah Yang Berhormat maksudkan bahawa kalaulah AUKU ataupun akta-akta yang sedemikian rupa dimaksudkan, maka kita akan menghasilkan Noble Prize Laureates. Sebenarnya apa yang dibangkitkan itu adalah bercorak polemik yang kalau hendak pancing undi mungkinlah tapi kalau secara bernas, kita sama-sama hendak berusaha, hendak menambah baik lagi mutu pengajian tinggi kita tanpa mengira fahaman politik, itu bukan caranya. Tuan Yang di-Pertua, saya balik kepada… Tuan Salahuddin bin Ayub [Kubang Kerian]: Penjelasan, sedikit sahaja. Datuk Ong Tee Keat: Nanti saya, saya hendak… Tuan Salahuddin bin Ayub [Kubang Kerian]: Ini bukan polemik. Tak masalah saya cerita tadi… Datuk Ong Tee Keat: Yang Berhormat… Tuan Salahuddin bin Ayub [Kubang Kerian]: ...AUKU yang telah dijalankan dalam negara kita ini… Datuk Ong Tee Keat: Saya belum habis lagi. Tuan Salahuddin bin Ayub [Kubang Kerian]: …adalah satu perkara yang… Datuk Ong Tee Keat: Yang Berhormat… Tuan Salahuddin bin Ayub [Kubang Kerian]: …menjadi satu perjuangan. Datuk Ong Tee Keat: Tuan Yang di-Pertua, saya tak beri laluan. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat. Tuan Salahuddin bin Ayub [Kubang Kerian]: Bagilah peluang. Datuk Ong Tee Keat: Saya akan bagi laluan bila perlu. Tuan Salahuddin bin Ayub [Kubang Kerian]: Tadi saya dituduh... Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, Yang Berhormat… Tuan Salahuddin bin Ayub [Kubang Kerian]: Kita berpolemik dan kita berpolitik. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, duduk dulu. Nanti-nanti. Datuk Ong Tee Keat: Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Permatang Pauh juga mencadangkan agar diadakan satu carta universiti dan Suruhanjaya Geran Universiti ataupun SGU. Kementerian bersedia meneliti cadangan ini supaya ditubuhkan Suruhanjaya Geran Universiti sekiranya ia benar-benar mampu melonjakkan universiti awam negara kita bersaing dengan universiti terbaik di peringkat dunia. Atas soal autonomi, bagi memberikan lebih… Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Minta penjelasan. Datuk Ong Tee Keat: Nanti dulu. Ayat tergantung. Bagi memberikan lebih autonomi kepada universiti, khususnya atas perkara berkaitan dengan kewangan, pengurusan sumber DR. 5.11.2007 77

manusia dan sebagainya, kementerian akan berunding dengan agensi-agensi pusat seperti Kementerian Kewangan, Jabatan Perkhidmatan Awam dan Unit Perancangan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri dan universiti sendiri. Ini adalah iltizam berterusan pihak kementerian untuk memartabatkan Pengajian Tinggi Negara. Tuan Yang di-Pertua: Ya. Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Yang Berhormat Menteri, adalah satu realiti bahawa dengan adanya AUKU ini, hak-hak para pelajar-pelajar di IPTA telah disekat. Seksyen 15, larangan kepada pelajar untuk menyertai persatuan, parti politik khasnya, kecuali dengan kebenaran naib canselor. Mengapakah sedemikian? Yang Berhormat tadi ada kata ini untuk memastikan mengikut-mengikut norma- norma etika dan budaya tapi mereka pelajar universiti ini ada hak mengundi. Mengapakah mereka tiada hak yang diperuntukkan dalam Perlembagaan? Hal untuk freedom of association, freedom of speech. Mengapa sedemikian? Hak mereka kurang kerana mereka adalah golongan yang cerdik pandai pelajar di IPTA. Jadi saya merayulah, walaupun hendak mengkaji semula, saya tahu pihak kementerian sedang kaji semula kepada AUKU ini. Namun, telah berlanjutan begitu lama. Apakah hasilnya dan apakah pihak kementerian akan bagi Ahli-ahli Parlimen sesalinan sebelum dibentangkan dalam Dewan ini? Jadi ia adalah satu denial sindrom apabila Yang Berhormat Kementerian berkata bahawa dia tiada sekatan. Jelas akan memperuntukkan sekatan apabila perlukan kebenaran naib canselor sebelum boleh menyertai parti politik atau persatuan, atau trade reunion. Datuk Ong Tee Keat: Tuan Yang di-Pertua, soal denial sindrom ini tak berbangkit. Cuma yang berlaku itu adalah sikap Yang Berhormat Batu Gajah yang tak sabar-sabar. Sebab bila saya cakap tak dengar dengan teliti. Saya cakap, “AUKU sesungguhnya tidak berniat menyekat kebebasan berfikir, berkreativiti dan sebagainya”. Ini yang disebut tapi lain pula yang disentuh. Kalau Yang Berhormat sedar bahawa pihak kementerian tengah berusaha untuk meminda AUKU memandangkan adanya keperluan untuk membolehkan kita serasi dengan perkembangan global semasa. Maka Yang Berhormat akan setuju bahawa inilah satu-satunya sifat keterbukaan kerajaan yang sanggup mengambil kira pandangan dari pelbagai pihak termasuk juga Ahli-ahli dari kalangan pembangkang. Itu pun Yang Berhormat pernah menghadiri sesi taklimat mengenai AUKU sebelum ini. Untuk makluman Yang Berhormat, buat ketika ini jawatankuasa mengkaji, menyemak dan meminda AUKU yang ditubuhkan pada awal 2006 telah pun memasuki fasa yang akhir. Jawatankuasa sesungguhnya telah selesai menyiapkan draf cadangan pindaan tersebut.

DR. 5.11.2007 78

■1550 Pada masa kini ianya sedang mengaturkan proses konsultasi dengan Kementerian Pelajaran Malaysia dan Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi memastikan cadangan pindaan ini benar-benar komprehensif ataupun menyeluruh. Kementerian seterusnya akan mengemukakan graf tersebut kepada Jabatan Peguam Negara untuk kelulusan setelah kerja- kerja penterjemahan ke bahasa kebangsaan disiapkan. Cadangan pindaan yang telah diluluskan oleh Jabatan Peguam Negara nanti akan dibentangkan di mesyuarat Jemaah Menteri untuk kelulusan kerajaan dan seterusnya dibentangkan di Parlimen. Tuan Yang di-Pertua, atas isu APEX Universiti dengan izin, terdapat tiga orang Ahli Yang Berhormat yang membangkitkan cadangan dan pandangan masing-masing. Yang Berhormat Temerloh, Alor Star dan Yang Berhormat Ayer Hitam telah pun menyentuh tentang penubuhan APEX Universiti yang terkandung dalam Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara. Sesungguhnya, kementerian sedar bahawa untuk mendapat status Universiti APEX ataupun universiti elit melalui satu proses yang panjang yang akan memakan masa yang panjang dan pengiktirafan yang diperoleh adalah datangnya daripada semua pihak, baik dalam negara mahupun luar negara. Untuk mencapai hasrat ini, kementerian akan menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk mengkaji isu-isu yang berkaitan dengan penubuhan Universiti APEX dengan penandaarasan terhadap beberapa universiti ternama di peringkat antarabangsa umpamanya Harvard dan Harvard Cambridge dan lain-lain. Terma rujukan atau rangka kerja jawatankuasa ini juga sedang disediakan yang antara lainnya adalah untuk merangka dasar, struktur, garis panduan dan kriteria yang komprehensif bagi penubuhan Universiti APEX. Di samping itu jawatankuasa ini juga perlu mencadangkan model Universiti APEX yang bersesuaian dengan acuan tempatan dengan mengambil kira ciri-ciri Universiti APEX yang sedia ada. Untuk menjawab soalan Yang Berhormat Ayer Hitam, sama ada Universiti APEX ini akan dipilih dari salah sebuah universiti penyelidikan atau sebaliknya, suka saya maklumkan di Dewan yang mulia ini bahawa, tujuan kerajaan menubuhkan Universiti APEX ini adalah untuk menerajui kegemilangan pengajian tinggi negara. Ianya akan dicadangkan kelak sama ada dipilih dari universiti tempatan yang sedia ada atau sebaliknya dan adalah dijangka kerajaan akan memilih satu ataupun dua daripada kalangan universiti penyelidikan yang sedia ada untuk dijadikan Universiti APEX. Tuan Yang di-Pertua, saya beralih pada isu akademik. Yang Berhormat Kudat menyentuh tentang penubuhan Brain Science Institute di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, dan beliau menggesa agar penubuhan ini dapat dipercepatkan. Pada masa ini, USM telah mempunyai sebuah institut yang memberi perhatian khusus, yang memberi tumpuan khusus kepada penyelidikan dalam bidang perubatan dan bidang-bidang lain yang berkaitan DR. 5.11.2007 79

dengannya. Institut perubatan dan pengajian termaju ataupun IPPT atau Advance Medical and Dental Institute telah didirikan di Bertam, Pulau Pinang pada tahun 2002. IPPT ditubuhkan dengan matlamat utamanya sebagai pemangkin untuk melahirkan lebih ramai pakar tempatan dalam bidang perubatan dan pergigian. Pada masa yang sama USM juga telah mewujudkan satu Jawatankuasa Sains Otak ataupun Brain Science dengan izin di bawah pelantar penyelidikan bio-perubatan dan sains kesihatan. Memandangkan pada masa kini, USM masih belum lagi mempunyai tenaga pakar yang mencukupi dalam bidang sains otak, maka adalah agar sukar untuk sebuah Institusi Sains Otak ditubuhkan di universiti yang berkenaan. Yang Berhormat Arau membangkitkan soal penawaran kursus pertanian oleh IPTA. Suka saya maklumkan Yang Berhormat, kementerian sentiasa berusaha untuk memastikan supaya setiap program pengajian di IPTA dalam apa jua bidang sekalipun memenuhi kehendak pasaran semasa. Dalam bidang pengajian pertanian selain daripada UPM dan UiTM, IPTA lain yang turut menawarkan program pengajian yang berkaitan adalah seperti berikut iaitu UDM, UMK, UMT, UMS, UPM, dan UiTM. Selain daripada itu kementerian melalui UPM telah mengadakan program khas untuk pelajar cemerlang yang berminat menceburi dalam pertanian iaitu melalui Program Asasi Sains Pertanian ataupun PASP di UPM. Program ini adalah satu bentuk program persediaan IPT ataupun program pra-ijazah dan ianya telah mendapat kelulusan kementerian ini pada bulan Mei tahun 2005. Tuan Yang di-Pertua, beralih kepada isu sumber manusia IPT. Yang Berhormat Kepong mendakwa terdapat pelantikan pensyarah, profesor sehingga Naib Canselor yang kononnya tidak mematuhi dasar meritokrasi. Pelantikan pensyarah universiti adalah mengikut peraturan- peraturan, syarat-syarat dan kriteria yang ditetapkan. Proses dan prosedur pelantikan adalah hampir sama dengan penjawat awam yang lain. Di mana pihak universiti akan mengiklankan kekosongan jawatan dengan disertakan syarat-syarat kelayakan memohon seperti kelulusan dalam bidang tertentu dan sebagainya. Jawatan profesor adalah jawatan naik pangkat. Kenaikan pangkat seseorang pensyarah kepada profesor merupakan satu pengiktirafan yang diberikan terhadap sumbangan seseorang pensyarah itu kepada universiti. Ianya dianggap sebagai pengiktirafan dan imbuhan kepada daya usaha, komitmen, sumbangan dan kecemerlangan yang telah pun diberikan untuk memartabatkan ilmu dan universiti berkenaan. Proses kenaikan pangkat sesungguhnya sentiasa diteliti supaya ia benar-benar mempamerkan tahap pencapaian yang sebenarnya. Yang menarik sekarang, yang menarik mengenai kenaikan pangkat pensyarah berbanding dengan skim perkhidmatan lain, adalah pelaksanaan urusan kenaikan pangkat yang dilaksanakan sepanjang tahun dengan prinsip time DR. 5.11.2007 80

linens dengan izin dan ianya tidak perlu tertakluk kepada kekosongan jawatan. Pihak universiti boleh menaikkan pangkat pensyarah kepada status profesor. Mengenai pelantikan Naib Canselor, Tuan Yang di-Pertua, kerajaan telah menetapkan kriteria tertentu dalam pelantikan seseorang Naib Canselor antaranya termasuk mempunyai kelayakan cemerlang, rekod perkhidmatan yang baik, diiktiraf di peringkat tempatan mahupun luar negara, telah memberi sumbangan besar kepada pengajian tinggi dan masyarakat, berpengaruh dan berpersonaliti unggul serta dapat menghayati aspirasi pembangunan pengajian tinggi dan negara. Bagi memastikan hanya calon yang terbaik saja dipertimbangkan, maka pemilihan seseorang calon Naib Canselor adalah berdasarkan key performance indicator dengan izin dan juga best practices dengan izin ataupun amalan terbaik dunia. Sehubungan itu, calon-calon yang berkelayakan dari pelbagai kaum adalah berpeluang menjawat jawatan yang berkenaan. Tuan Yang di-Pertua, saya beralih pada isu PTPTN... Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Tuan Yang di-Pertua, penjelasan. Saya memang asyik dengan jawapan tadi mengenai dengan pelantikan profesor, pensyarah dan Naib Canselor. Memandangkan kita mempunyai lebih 20 buah universiti di Malaysia ini dan mudah-mudahan semua universiti akan mencapai satu tahap yang lebih cemerlang di antarabangsa. ■1600 Saya kurang jelaslah mengenai kriteria yang digunakan, misalnya dari segi akademik. Seseorang profesor ataupun pensyarah, apakah kriteria untuk menunjukkan dia mempunyai sumbangan di dalam akademik? Adakah itu satu ukuran untuk misalnya orang ini kerana dia ada beberapa artikel yang diterbitkan dalam majalah antarabangsa, yang terkemuka dan sebagainya. Saya nampak kalau Universiti Hong Kong, Universiti Melbourne termasuk Universiti Nottingham, Universiti di Amerika Syarikat pun bila dia pilih profesor ataupun Naib Canselor, dia memang mempunyai kriteria yang tertentu dan dia tak kira bangsa ataupun kulit, tapi benar-benar kerana dia ada meritokrasi untuk dinaikkan sebagai profesor ataupun sebagai naib canselor. Saya tidak nampak kalau kita ada 21 buah universiti itu, tidak ada bukan Melayu menjadi Naib Canselor. Itu kita tidak boleh terima, kita tak boleh terima dan inilah maksud saya. Kalau negara yang lain termasuk England termasuk Australia, Amerika Syarikat boleh buat demikian, mengapa kita tidak boleh? Datuk Ong Tee Keat: Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kepong sebenarnya beliau sedia maklum juga pelantikan Naib Canselor IPTA ini sesungguhnya ditangani oleh Search Committee, dengan izin. Itu pun pernah dibangkitkan berulang kali dalam Dewan yang mulia ini, dan Yang Berhormat juga faham tentang apa yang digariskan itu sebenarnya adalah satu garis panduan sama ada kita dapat menyukat kriteria yang disebutkan itu secara kuantitatif atau tidak, saya rasa ini adalah tertakluk kepada budi bicara Search Committee yang dimaksudkan. DR. 5.11.2007 81

Untuk makluman Yang Berhormat Kepong, walaupun beliau membangkitkan adanya kes-kes yang tidak mengikuti meritokrasi, tapi Yang Berhormat nampaknya tak bagi contoh, cuma apa yang dibangkitkan itu adalah setakat ini belum ada lagi Naib Canselor IPTA dari kalangan bukan bumiputera. Suka saya maklumkan Yang Berhormat bahawa sesungguhnya apa yang Yang Berhormat cakap itu, senario itu benar, tetapi kena juga kita ambil maklum bahawa biasanya seseorang profesor yang dikenal pasti sebagai hopeful dengan izin, yang berharapan untuk menjawat jawatan Naib Canselor itu, penjawat yang berpotensi itu juga kena ambil kira unsur- unsur yang lain umpamanya take home pay, dengan izin elaun, imbuhan, prospek, terma-terma khidmat dan sebagainya dan tidak semestinya jawatan itu hanya dijawat oleh mereka yang kita kaji dari segi prestasi ataupun pencapaian akademik dia semata-mata. Tuan Yang di-Pertua, isu PTPTN. Atas isu PTPTN, Yang Berhormat Ipoh Timor mencadangkan pinjaman wang diberikan kepada setiap pelajar yang layak melanjutkan pelajaran mereka, dan dana pinjaman ini dicadangkan agar diurus dan ditadbirkan oleh semua bank tempatan pada kadar faedah yang tertentu, yang disubsidikan oleh kerajaan. Tuan Yang di-Pertua, objektif utama penubuhan PTPTN ini adalah bagi memastikan pembiayaan pinjaman yang efisien disediakan kepada pelajar-pelajar yang layak mengikuti pengajian di IPT selaras dengan hasrat kerajaan, bahawa tiada pelajar-pelajar yang gagal memasuki IPT atas sebab kewangan, malah kerajaan telah meluluskan agar PTPTN menyediakan pinjaman pendidikan kepada semua pelajar yang layak tanpa mengehadkan bilangan pelajar. Skop pinjaman juga telah diperluaskan bagi memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk melanjutkan pelajarannya ke peringkat Pengajian Sarjana dan Doktor Falsafah ataupun Ph.D di IPTA, pengajian profesional dan memberi peluang kepada kakitangan awam serta swasta yang ingin melanjutkan pengajian secara jarak jauh atau separuh masa. Berhubung dengan isu pembayaran balik pinjaman PTPTN, sesungguhnya pelbagai usaha telah dilakukan agar risiko kegagalan membayar balik pinjaman dapat dikurangkan. Usaha-usaha tersebut juga termasuk pindaan Akta PTPTN yang telah diwartakan pada 19 Julai tahun ini, yang merangkumi penahanan pasport. Had masa bagi tindakan penguatkuasaan adalah berasaskan kepada kontrak pinjaman pendidikan, dan menjadi kewajipan kepada majikan agar memotong gaji pekerja bagi maksud membayar balik pinjaman pendidikan. Di samping itu, Lembaga Pengurusan PTPTN melalui mesyuaratnya yang bertarikh 2 Mac tahun ini juga bersetuju untuk memindahkan fungsi kutipan balik pinjaman pendidikan kepada LHDN secara berperingkat mulai Januari tahun depan. Yang Berhormat Ipoh Timor juga mendakwa PTPTN pernah membayar RM5.59 juta kepada 4,183 orang pelajar secara advanced, dengan izin biarpun mereka tidak memohon pinjaman itu. DR. 5.11.2007 82

Untuk makluman Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini, pemberian wang pinjaman secara advance ini dengan izin adalah merujuk kepada kemudahan wang pendahuluan pinjaman ataupun WPP. Kemudahan ini disediakan oleh PTPTN khusus untuk pelajar-pelajar baru IPTA yang mana pendapatan keluarga mereka di bawah tahap RM3,000 sebulan. Dasar pemberian WPP yang mula dilaksanakan pada tahun 1999 adalah bertujuan untuk membolehkan pelajar- pelajar membuat persediaan awal untuk memasuki IPTA dan sekali gus meringankan beban kewangan yang terpaksa ditanggung oleh ibu bapa. Jumlah WPP yang bernilai RM1,500 untuk setiap pelajar adalah merupakan sebahagian daripada pinjaman pendidikan yang diluluskan oleh PTPTN. Memandangkan kemudahan WPP ini diberikan secara conditional, dengan izin ataupun bersyarat, sebelum para pelajar melangkah masuk ke IPTA, terdapat sebilangan pelajar yang mendapat WPP tidak memohon atau menolak pinjaman PTPTN, kerana mendapat penaja lain seperti Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Yayasan Tenaga Nasional, Yayasan Negeri dan sebagainya. Sehingga 30 September tahun ini, seramai 3,532 orang pelajar yang melibatkan RM5.2 juta sahaja yang dikategorikan sebagai pelajar yang menerima WPP, tetapi tiada pinjaman dengan PTPTN. Jumlah ini berkurangan disebabkan seramai 619 orang pelajar telah membayar balik WPP sepenuhnya. Di samping itu terdapat juga seramai 32 orang pelajar yang telah pun diluluskan permohonan pinjaman PTPTN. Bagi memastikan pelajar-pelajar yang menerima WPP, tetapi tidak mempunyai pinjaman dengan PTPTN dapat dikutip balik dengan jayanya, tindakan menghantar notis tuntutan bayaran balik WPP serta surat peringatan telah pun dilaksanakan terutama terhadap para pelajar yang tidak memberikan sebarang maklum balas. Di samping itu PTPTN turut bekerjasama dengan pihak MARA dan JPA bagi tujuan pengesanan sekiranya pelajar berkenaan adalah tajaan mereka. ■1610 Yang Berhormat bagi Lipis, membangkitkan soalan sama ada PTPTN akan didaftarkan sebagai sebuah bank yang hanya mengaut keuntungan semata-mata atau sebaliknya. Berdasarkan kepada dana pinjaman pendidikan yang semakin meningkat setiap tahun, peningkatan tanggungan kerajaan yang semakin besar serta perbelanjaan mengurus yang juga turut meningkat, adalah tidak mustahil untuk PTPTN menjadi sebuah institusi kewangan seperti mana agensi-agensi di bawah Government Links Companies ataupun (GLC). Dengan ini penggantungan kepada kerajaan akan dapat dikurangkan di samping fungsi dan matlamat asal dikekalkan supaya kelestarian PTPTN adalah terjamin. Yang Berhormat bagi Lipis juga bangkitkan soal sejauh mana SSPN yang dilancarkan pada tahun 2004 berjaya mencapai matlamatnya hingga kini. Suka saya maklumkan Yang Berhormat, jumlah keseluruhan deposit terkumpul sehingga 30 September tahun ini meningkat DR. 5.11.2007 83

kepada RM42.5 juta. Bilangan akaun juga telah bertambah kepada 144,297. Perbandingan prestasi mengikut tahun adalah seperti berikut:

Tahun Jumlah Deposit (RM) 2004 3 juta 2005 5.99 juta 2006 13.86 juta 2007 (sehingga September) 18.77 juta

Akaun transit hingga tahun 2007 adalah berjumlah RM841,273.96. Jadi jumlahnya adalah sebanyak RM42.5 juta. Sepanjang bulan September tahun ini, bahagian simpanan pendidikan telah mengadakan promosi di kawasan-kawasan Parlimen, Dewan Undangan Negeri dan sekolah- sekolah jabatan kerajaan serta agensi swasta bagi tujuan pembukaan dan penambahan deposit SSPN. Jumlah kutipan deposit sepanjang promosi bulan September adalah sebanyak RM176,120 dengan melibatkan jumlah transaksi sebanyak 2,921 akaun. Pengiklanan secara berterusan juga telah dilakukan sepanjang bulan Oktober tahun ini bagi memupuk kesedaran rakyat Malaysia untuk menabung demi kesejahteraan masa depan anak-anak mereka. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, banyak lagikah? Datuk Ong Tee Keat: Ada sedikit lagi Tuan Yang di-Pertua, saya cuba pendekkan. Tuan Yang di-Pertua, saya beralih kepada isu R&D&C dengan izin ataupun Penyelidikan, Pembangunan dan Pengkomersialan. Terdapat empat orang Ahli Yang Berhormat iaitu Sabak Bernam, Kuala Terengganu, Sungai Petani dan Yang Berhormat bagi Gombak yang memberi pandangan atas isu ini. Kebanyakan saranan dan cadangan yang bernas sebenarnya yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang berkenaan adalah lebih kurang sama. Suka saya maklumkan Dewan yang mulia ini bahawa setakat ini antara usaha-usaha yang telah dilaksanakan oleh kementerian adalah termasuk usaha penubuhan syarikat holdings dengan izin di IPTA-IPTA, penubuhan pusat inovasi dan pengkomersialan di beberapa IPTA, pewujudan jawatan Pegawai Hubungan Industri di IPTA dan pewujudan jawatan timbalan naib Canselor khasnya dalam bidang jalinan industri dan masyarakat di lima buah IPTA baru-baru ini juga telah dilaksanakan. Di samping itu pihak kementerian juga mewujudkan model One Stop Centre R&D&C dengan izin untuk diperkenalkan di setiap IPTA bagi tujuan penyelarasan aktiviti R&D&C dan hubungan industri universiti. Berhubung dengan isu red tapes dengan izin atau kerenah birokrasi, apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat bagi Sungai Petani tetap diambil maklum dan pihak kementerian sesungguhnya sedang berusaha untuk mengurangkan kerenah birokrasi yang dibangkitkan setakat mana yang mampu. DR. 5.11.2007 84

Yang Berhormat bagi Alor Star membangkitkan soal perpaduan di kalangan pelajar universiti. Suka saya maklumkan bahawa kementerian dengan kerjasama bahagian hal ehwal pelajar dan alumni di universiti tengah giat menjalankan program yang boleh merapatkan jurang perkauman melalui pelbagai aktiviti yang bersifat kesukanan, kebudayaan dan kesukarelawanan. Yang Berhormat bagi Bukit Bintang mencadangkan agar biasiswa kepada pelajar Malaysia di Korea Selatan dan Jepun dinaikkan memandangkan kos sara hidup yang amat tinggi sekarang. Untuk makluman Yang Berhormat, kadar elaun biasiswa kerajaan bagi pengajian di Korea Selatan sesungguhnya telah dinaikkan pada tahun 2006 dan bagi pengajian di Jepun pada tahun 2000. Kajian semula dibuat berdasarkan maklumat taraf hidup setiap bandar utama dengan menggunakan Consumer Price Index ataupun CPI dengan izin, sebagai satu asas. Kerajaan tidak bercadang untuk mengkaji semula kadar biasiswa di kedua-dua negara berkenaan pada tahun ini tetapi kemungkinan akan menimbangkan cadangan Yang Berhormat pada tahun 2008. Tuan Yang di-Pertua: Gulung Yang Berhormat. Datuk Ong Tee Keat: Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali saya akan menyentuh serba sedikit tentang isu pengangguran graduan yang saya nampak terdapat banyak pandangan yang sama yang telah pun dibangkitkan oleh Yang Berhormat bagi Temerloh, Alor Star, Lipis, Puchong, Pontian dan Kuala Krai. Tuan Yang di-Pertua: Ya, rangkumkan sekali. Datuk Ong Tee Keat: Ya, saya akan habiskan. Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan isu ini sesungguhnya terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada meningkatnya kes pengangguran di kalangan siswazah. Antaranya disebabkan oleh kadar pertumbuhan ekonomi negara dan serantau, pertambahan jumlah tenaga siswazah, kemelesetan ekonomi serantau, perkembangan sektor pendidikan dan faktor siswazah itu sendiri seperti ketiadaan atau kekurangan pengalaman kerja, kelemahan berbahasan Inggeris, masalah komunikasi, keterampilan, kemahiran insaniah dan sebagainya. Oleh yang demikian bagi memastikan agar siswazah yang dihasilkan oleh IPT kita adalah marketable dan employable dengan izin, sama ada dalam negara, serantau ataupun peringkat antarabangsa sekali gus mengurangkan kes pengangguran siswazah, kementerian sesungguhnya telah pun mengambil dan tengah mengambil pelbagai langkah sama ada sewaktu pengajian di IPT mahupun setelah mereka tamat pengajiannya. Antara usaha-usaha itu termasuk: (i) penerapan kemahiran insaniah ataupun soft skill dengan izin yang merangkumi elemen komunikasi, interpersonal dan jati diri dalam program pengajian IPT kita sama ada melalui ko-kurikulum dan program latihan ataupun melalui latihan industri; DR. 5.11.2007 85

(ii) kurikulum pengajian adalah sentiasa disemak dan dikemas kini dari masa ke semasa bagi memenuhi kehendak pasaran terutamanya bagi bidang yang mengalami perkembangan teknologi yang pesat seperti ICT; (iii) menyelaraskan program latihan industri ataupun internship dengan izin selama enam bulan bagi memberikan lebih impak dalam meningkatkan pengetahuan, kemahiran hands on dengan izin, kemahiran insaniah dan pengalaman kerja kepada pelajar sewaktu pengajian di IPT; (iv) melaksanakan pembelajaran keusahawanan, bertujuan memupuk budaya keusahawanan dan memberi pendedahan asas kepada pelajar mengenai ilmu keusahawanan, sikap berdaya saing dan sebagainya; dan (v) memantapkan unit alumni dan unit bimbingan kerjaya dan kaunseling dan menyelaraskan jawatan Pegawai Pembimbing Kerjaya bagi membantu dan membimbing siswazah bagi memilih kerjaya dan persiapan awal menghadapi alam kerjaya. Tuan Yang di-Pertua: Cukup Yang Berhormat, saya bagi peluang kepada menteri yang lain. Datuk Ong Tee Keat: Akhir kata Tuan Yang di-Pertua, sekiranya dalam jawapan saya terdapat butir-butir yang tidak sempat saya jawab dengan teliti saya minta maaf dan saya janji akan berikan Dewan yang mulia ini maklumat yang diperlukan dari semasa ke semasa. Sekian, terima kasih. Tuan Yang di-Pertua: Saya jemput Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri untuk memulakan jawab. ■1620 4.20 ptg. Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri [Datuk Tan Chai Ho]: Tuan Yang di Pertua, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat Dewan Rakyat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Bajet 2008 di peringkat dasar di dewan yang mulia ini dan telah menyentuh perkara-perkara di bawah bidang kuasa dan tanggungjawab Kementerian ini. Saya akan menjawab soalan-soalan yang telah di bangkitkan oleh Yang Berhormat bagi Ketereh, Yang Berhormat bagi Labuan, Yang Berhormat bagi Tanah Merah, Yang Berhormat bagi Penampang, Yang Berhormat bagi Ipoh Barat, Yang Berhormat bagi Bukit Bintang, Yang Berhormat bagi Seputeh, Yang Berhormat bagi Sandakan dan Yang Berhormat bagi Baram. DR. 5.11.2007 86

Tuan Yang di Pertua, saya mohon izin untuk menjawab soalan daripada Yang Berhormat bagi Ketereh, Tanah Merah, Labuan dan Ipoh Barat yang menyentuh isu yang sama mengenai pekerja asing. Tuan Yang di Pertua, dalam usaha kerajaan untuk membangunkan negara keperluan kepada tenaga buruh asing memang tidak dapat dinafikan. Dalam pada itu kerajaan sedang mengkaji kaedah terbaik untuk memastikan bilangan mereka terkawal. Cadangan supaya kerajaan menutup terus pintu untuk kemasukan pekerja asing merupakan langkah yang amat drastik dan boleh menimbulkan kemelut ekonomi sekiranya tiada sokongan yang kuat daripada wakil tempatan untuk menampung kekosongan tersebut. Untuk jangka masa panjang Majlis Tindakan Ekonomi Negara iaitu MTEN sedang menyiapkan kertas cadangan strategi untuk mengurangkan kebergantungan ekonomi Malaysia terhadap pekerja asing dan akan dibentangkan kepada Kabinet dalam tempoh terdekat. Setakat ini kerajaan telah menetapkan kadar kuota dan hak pekerja asing yang berbeza-beza mengikut sektor-sektor yang dibenarkan. Norma-norma tertentu diguna pakai oleh panel temu duga yang terdiri daripada pegawai- pegawai Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi dan Lembaga Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) untuk memberi pertimbangan terhadap permohonan daripada majikan sebelum kelulusan di keluarkan. Contohnya kelulusan untuk sektor perkilangan yang tidak berorientasikan eksport, ditetapkan nisbah satu pekerja tempatan satu pekerja asing bagi setiap kilang. Pertimbangan panel juga mengambil kira usaha yang telah dilakukan oleh majikan untuk mencari pekerja tempatan di samping tidak melebihi jumlah yang disyorkan oleh Jabatan Tenaga Kerja Kementerian Sumber Manusia iaitu JTKSM setelah meneliti keperluan sebenar majikan berkenaan. Tuan Yang di Pertua, berdasarkan statistik Jabatan Imigresen Malaysia, jumlah pekerja asing yang sah sehingga 30 September 2007, adalah berjumlah 2,021,099 orang. Dakwaan mengenai jumlah pekerja asing yang dibawa masuk berkali ganda daripada jumlah yang telah diluluskan adalah tidak berasas. Dakwaan tersebut dikatakan tidak berasas atas dua sebab. Pertama, hanya pekerja-pekerja yang disenaraikan dalam surat visa dengan rujukan iaitu VTR sahaja yang dibenarkan masuk ke Malaysia. Sekiranya nama pekerja terbabit tiada dalam VTR, beliau akan dihantar semula ke depot untuk proses penghantaran pulang. Dato’ Ghazali bin Ibrahim [Padang Terap]: Terima Kasih Tuan Yang di Pertua. Terima kasih Timbalan Menteri. Tetapi bahawa di akhir-akhir ini lambakan pekerja-pekerja asing di negara kita begitu ketara sekali sehingga boleh menimbul pelbagai masalah sosial, masalah orang tempatan tidak dapat kerja. Saya hendak tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri, adakah benar bahawa kemasukan pekerja asing ini mengikut kehendak permintaan sesebuah agensi DR. 5.11.2007 87

ataupun bidang-bidang tertentu ataupun dibawa masuk terus tanpa dirujuk dahulu kehendak- kehendak di bidang berkenaan. Yang kedua Tuan Yang di Pertua, kita lihat bahawa dalam sektor pembinaan misalnya 90% daripada pekerja terdiri daripada pekerja asing. Sejauh mana penguatkuasaan dibuat sehingga menyebabkan ramai pekerja asing masuk tidak dapat dikawal. Adakah kita tidak dapat mengetahui kemasukan pekerja asing ke negara kita? Satu lagi... Tuan Yang di Pertua: Baik Yang Berhormat. Dato’ Ghazali bin Ibrahim [Padang Terap]: Last Tuan Yang di Pertua. Adakah kita bercadang untuk mengambil agen terus daripada negara sumber bukan melalui agen-agen yang ada di negara kita. Adakah kita direct terus kepada mereka supaya tidak ada masalah? Terima kasih. Datuk Tan Chai Ho: Tuan Yang di Pertua, apa yang di tanya oleh Ahli Yang Berhormat saya akan beri jawapan kemudian kerana ada jawapan dalam ucapan Bajet 2008 ini. Tuan Devamany a/l S. Krishnasamy [Cameron Highland]: Terima kasih Tuan Yang di Pertua dan terima kasih Yang Berhormat. Oleh sebab soalan ini ada kaitan dengan tadi mungkin boleh dijawab teruslah. Saya minta penjelasan masalah pekerja-pekerja yang dianiaya di Malaysia . Saya dimaklumkan di lapangan terbang banyak pekerja datang, sangkut dan tidak boleh balik. Seseorang pekerja terpaksa mengeluarkan RM80 ribu atau rupiah mereka untuk datang ke sini, pinjam dan sebagainya. Maka masalahnya adalah majikan yang meminta pekerja ini melalui agen, saya dengar diberi ganjaran kewangan kepada pegawai sumber manusia dan syarikat itu sendiri. Maka tetapi apabila masalah ini berlaku mereka ini terlepas. Tiada ada perundangan dan tidak ada kekangan-kekangan tertentu untuk memastikan bahawa mereka adalah golongan yang bertanggungjawab terhadap isu ini. Puncanya adalah majikan. Oleh sebab beria-ia sehingga mereka tidak mahu menuntut pekerja di lapangan terbang. Apakah perundangan yang sedia ada, kalau tidak cukup hukuman yang diberi apakah syor kementerian untuk memastikan bahawa hak asasi manusia tidak dicabuli di negara kita yang subur dengannya? Datuk Tan Chai Ho: Tuan Yang di Pertua mengenai lambakkan pekerja asing warganegara khususnya Bangladesh di KLIA ini memang satu isu yang serius di mana tadi yang disebutkan ahli Yang Berhormat bahawa ada majikan masukkan pekerja asing tetapi tidak menuntut pekerja asing pada masa mereka tiba di KLIA dan adalah di mana agen... „ 1630 Beberapa tindakan akan diambil terhadap isu yang tadi saya sebut, nanti saya akan memberi penerangan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, .. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, Ipoh Barat. DR. 5.11.2007 88

Datuk Tan Chai Ho: Saya belum habis paragraph ini. Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Saya ada bangkitkan mengenai perkara ... Datuk Tan Chai Ho: Nanti, belum sampai. Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Nak jawab kepada saya? Datuk Tan Chai Ho: Ya, nanti saya akan jawab, nanti saya sebut. Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Boleh, boleh, boleh. Datuk Tan Chai Ho: Tuan Yang di-Pertua, yang kedua, kemasukan pekerja asing dikawal oleh sistem pengkomputeran Jabatan Imigresen Malaysia iaitu Foreign Workers Monitoring System. Jumlah yang masuk secara sah tidak mungkin melebihi jumlah kelulusan yang dikeluarkan. Ini kerana sistem ini merekodkan kemasukan pekerja asing secara terus atau online daripada pintu-pintu masuk kepada ibu pejabat Jabatan Imigresen Malaysia yang memudahkan urusan kawalan dan pemantauan. Isu ini mungkin melibatkan kemasukan pendatang asing tanpa izin melalui jalan-jalan tikus terutamanya di Sabah dan Sarawak. Faktor sempadan Malaysia dan negara jiran yang panjang memungkinkan mereka berjaya menceroboh masuk. Jabatan Imigresen Malaysia dengan kerjasama RELA dan pihak polis sentiasa berusaha membanteras kemasukan PATI ini bagi memastikan keselamatan negara terpelihara.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Lim Si Cheng) mempengerusikan Mesyuarat]

Tuan Yang di-Pertua, mengenai lambakan pekerja asing warga negara Bangladesh. Kementerian memandang serius isu ini yang dikatakan telah menimbulkan banyak masalah sama ada dari segi pengurusan sosial dan sebagainya. Faktor utama yang mendorong majikan mengambil pekerja daripada negara tersebut adalah kerana kos yang dikeluarkan untuk menggaji mereka tidak sebanyak kos untuk pekerja daripada negara-negara sumber yang lain. Akan tetapi terdapat agen-agen dan orang perseorangan yang tidak bertanggungjawab memanipulasi keadaan ini dan memohon pekerja asing bagi pihak majikan walaupun sebenarnya tidak perlu. Tuan Yang di-Pertua, sebaik sahaja perkara ini disedari tindakan segera telah diambil dengan membekukan kelulusan untuk permohonan pekerja daripada negara tersebut berkuat kuasa 4 Oktober 2007. Dalam tempoh yang sama, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri ... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Ipoh Barat. Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, walaupun dasar kerajaan sekarang adalah untuk membeku pekerja-pekerja dari Bangladesh, kenapa mereka patut disalahkan? Walhal adalah kementerian yang berkenaan dan kementerian yang membenarkan mereka masuk memberikan visa, calling visa dan sebagainya. Adakah Yang Berhormat boleh beritahu Dewan yang mulia ini, pihak-pihak yang membuat, yang telah memberi kebenaran kepada beribu-ribu pekerja dari Bangladesh yang datang ini, adakah DR. 5.11.2007 89

tindakan akan diambil terhadap mereka? Kerana saya difahamkan mereka juga terlibat dalam sindiket ini untuk membawa pekerja-pekerja ini. Dan 260 agen telah dilesenkan di mana outsourcing telah dibuat oleh kementerian dan orang-orang dalam kementerian yang terlibat. Saya percaya perkara ini adalah satu perkara yang sangat dibincangkan di antara pendatang- pendatang, pekerja-pekerja asing di mana beberapa forum termasuk satu forum yang baru ada di Manila, Asia Labor Forum di mana dikatakan bahawa negara ini Malaysia kenal pasti bahawa ada kakitangan dalam kementerian yang terlibat. Kenapa kita patut menyalahkan pekerja- pekerja dari Bangladesh? Datuk Tan Chai Ho: Tuan Yang di-Pertua, apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Ipoh Barat tidak betul di mana ada pegawai imigresen yang terlibat dalam perkara yang disebut oleh Yang Berhormat. Kalau ada, bagi bukti supaya kita boleh ambil tindakan disiplin atau tindakan undang-undang. Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Yang Berhormat Timbalan Menteri mesti faham, jangan lari dari tanggungjawab. Datuk Tan Chai Ho: Tidak, you kata pegawai imigresen. Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: 260 agen telah dilesenkan. Kenapa mereka diberi hak untuk membawa pekerja walhal kita tidak perlu pekerja-pekerja tersebut? Kenapa mereka diberi? Bukankah semua ini ada berkaitan dengan kementerian, orang-orang dalaman, on the spot approval diberi, ini yang saya difahamkan. Kalau tidak, tidak ada masalah, jangan kita salahkan orang-orang yang hendak datang ke negara, we are receiving country. Kita patut, kita mahu pekerja-pekerja tersebut. Kenapa kita salahkan orang-orang Bangladesh? Salahkan kita sendiri, mengakui sahaja, ambil tindakan susulan. Datuk Tan Chai Ho: Tuan Yang di-Pertua, lesen ini untuk outsourcing hendaklah ditemu duga dan melalui satu panel, di mana ahli jawatankuasa panel ini akan membuat keputusan. Mana ada bagi kelulusan segera atau on the spot? Mana ada! You cakap sahaja, mana evidence? Tak ada Yang Berhormat. Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Bukan. Datuk Tan Chai Ho: Itulah saya cakap dahulu, saya jawab dahulu. Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Boleh Yang Berhormat jelaskan 260 agensi yang dinamakan, bukankah semua ini ada kena mengena dengan ahli politik di mana mereka diberi kebenaran untuk membawa? Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat-Yang Berhormat. Datuk Tan Chai Ho: Saya telah tegaskan bahawa satu committee yang khas, panel yang telah temu duga untuk memohon dan tidak ada bagi kelulusan dengan segera seperti yang dikatakan oleh Ahli Yang Berhormat, ini tidak betul. Apa yang saya kata, pekerja asing yang dibawa masuk oleh agen-agen atau orang yang tidak bertanggungjawab di mana mereka menggunakan nama syarikat orang lain dan kita pun sudah periksa, kita sudah dapat tahu DR. 5.11.2007 90

perkara ini. Oleh itu kita telah membekukan kemasukan pekerja asing khususnya dari negara Bangladesh dan tadi saya sudah jelaskan. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat Ipoh Barat, apa lagi nak tanya? Datuk Tan Chai Ho: Sudahlah. Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Berkenaan dengan dasar kerajaan sekarang. Saya hendak kata bahawa jangan kita salahkan kepada ... Datuk Tan Chai Ho: Itulah saya nak jawab. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, tadi tuduhan Yang Berhormat kata ini lesen, ini kelulusan dibuat dengan serta-merta, Yang Berhormat Timbalan Menteri telah terangkan. Jadi saya fikir ... Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Bukan, setakat serta-merta itu pandangan Yang Berhormat Timbalan Menteri tetapi kita ada banyak asas di mana akan menunjukkan bahawa itu adalah sebenar. Kalau ada denial syndrome, I cannot help it. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat. Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Saya hendak alih kepada topik yang lain. Saya hendak kata, banyak majikan di negara ini sangat suka dengan pekerja-pekerja Bangladesh. Selepas ia dibuka, sebenarnya banyak majikan perlu perkhidmatan mereka, mereka berpendapat bahawa pekerja-pekerja dari Bangladesh adalah pekerja yang baik. Jangan kita salahkan satu negara kerana kesalahan kita sendiri, kelalaian kita sendiri, itu dasar yang baru dilancarkan pada Oktober. Di mana tidak dibenarkan membawa pekerja-pekerja dari Bangladesh perlu diteliti balik dan supaya satu dasar yang baru diwujudkan supaya ia terpakai kepada semua negara termasuk Bangladesh. Jangan kita single out kepada satu negara yang tidak salah tetapi kementerian dan kerajaan kita yang salah dalam perkara ini. Datuk Tan Chai Ho: Tuan Yang di-Pertua, tadi saya tidak salahkan sesiapa. Apa yang saya kata itu agen atau orang-orang yang tidak bertanggungjawab, saya tidak kata pekerja asing dari Bangladesh yang mereka merupakan orang yang salah, saya tidak cakap macam ini Yang Berhormat. Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Yang Berhormat, kalau sedemikian ... Datuk Tan Chai Ho: Saya setuju pandangan Yang Berhormat. Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Sedikit sahaja, adakah ... Datuk Tan Chai Ho: Duduklah, duduklah. Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Bukankah betul setakat hari ini ... Datuk Tan Chai Ho: Saya hendak beritahu Yang Berhormat satu rang undang-undang ... DR. 5.11.2007 91

Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Setuju ke dengan saya sehingga hari ini walaupun kita sudah kenal pasti siapa agen-agen itu, belum ada apa-apa tindakan diambil terhadap mereka. Setuju dengan saya? Betul atau tidak? Datuk Tan Chai Ho: Kita dalam proses ya, dalam proses kajian dan siasatan dan kalau dapat bukti senang sahaja. ■1640 Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Kita tahu, Yang Berhormat semua Malaysia Menteri kata, tahu ejen-ejen itu... Datuk Tan Chai Ho: Kita akan arahkan mereka, lama-lama... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat Timbalan Menteri, beralih kepada tajuk yang lain. Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Jangan kita lari, jangan lari, jangan lari... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Ambil tindakan, ambil tindakan dan terpaksa, jangan tanya lagilah... Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Bukan, ini senang sahaja. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang Berhormat telah memberikan pandangan, Yang Berhormat Timbalan Menteri telah memberikan jawapan... Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Saya tahu, bukan pandangan. Saya cakap dasar, dasar ini sangat mustahak Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, bila kerajaan membuat satu dasar, bila dia alih ke satu dasar yang baru, mesti ada sebab-sebab tertentu tetapi kita sudah tahu, bahawa ada 260 ejen telah menyeleweng. Jadi soalan saya senang sahaja, oleh kerana ada ejen-ejen tertentu, adakah tindakan-tindakan telah diambil, adakah tindakan akan diambil, jika tidak, kenapa tidak? Datuk Tan Chai Ho: Akan diambil, okey. Setuju, ya? Setuju? Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Setuju kalau you ambil tindakan, saya sukalah. Yalah, you tak... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang Berhormat... Datuk Tan Chai Ho: You tak percaya seperti ambil tindakan tak akan diambil tindakan. Itu sahaja... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Timbalan Menteri sendiri yang mana telah katakan tindakan akan diambil. Jadi bolehlah perkara ini setakat ini, dan kita beralih kepada tajuk yang lain. Datuk Tan Chai Ho: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dalam tempoh yang sama, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Kementerian Sumber Manusia dan agensi-agensi berkaitan yang lain bekerjasama menjalankan kajian segera bagi mencari mekanisme terbaik bagi mengurangkan jumlah pekerja asing baik daripada negara Bangladesh atau daripada negara sumber yang lain. Yang Berhormat Ipoh Barat membuat rayuan agar peluang pekerjaan diberi kepada pekerja asing warga negara Bangladesh yang ditipu oleh majikan. DR. 5.11.2007 92

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan memberi peluang kepada pekerja-pekerja asing Bangladesh dan tidak dituntut oleh majikan atas faktor-faktor penipuan oleh ejen untuk bekerja di Malaysia dengan syarat melalui proses dan prosedur pertukaran majikan secara teratur memandangkan perkara ini merupakan satu masalah yang tidak dijangka. Kelulusan berkenaan hanya diberikan khusus kepada pekerja-pekerja Bangladesh yang terkandas sahaja dan tidak kepada pekerja-pekerja Bangladesh yang telah masuk bekerja tetapi mohon pertukaran majikan atas sebab tidak selesa dengan pekerjaan sekarang. Kerajaan mengambil maklumat bahawa... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Ipoh Barat... Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Penjelasan... Datuk Tan Chai Ho: Sudah jawab!! Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Sudah jawab, jawab tak tepat...[Ketawa] Itu saya hendak tanya, penjelasan. Bukan, saya hendak tanya mengenai pekerja-pekerja di KLIA. Adakah pekerja-pekerja itu telah diberi peluang untuk mendapat majikan yang baru, dan setakat ini, berapa yang telah diberi? Ini kerana kita semua tahu bahawa setiap pekerja yang datang ke negara ini perlu bayar sekurang-kurangnya RM8 ribu ke RM12 ribu, sekurang-kurangnya untuk mendapat visa dan sebagainya. Jangan kita menghalau mereka bila mereka datang ke sini kerana mereka datang untuk cari makan. Kita sepatutnya sebuah negara receiving country dalam arena mengambil pekerja-pekerja, patut berhati-hati dan memberi pertolongan kepada mereka. Datuk Tan Chai Ho: Tuan Yang di-Pertua, saya pun telah sebutkan bahawa kerajaan telah memberi peluang kepada pekerja-pekerja dari Bangladesh. Di mana ia kena tipu dan pihak majikan baru boleh mengambil mereka untuk bekerja tetapi melalui proses dan sijil yang rasmi. Jadi itulah satu cara kita boleh membantu pekerja asing Bangladesh yang datang, telah tiba di KLIA dan mengenai perangkaan berapa telah dituntut oleh majikan baru, saya tidak ada rekod. Saya akan memberi jawapan secara bertulis. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan mengambil maklum bahawa pekerja-pekerja berkenaan telah membelanjakan wang yang banyak untuk datang bekerja di negara ini. Walaupun demikian, kerajaan tidak akan bertoleransi dengan pekerja-pekerja asing yang dengan sengaja menimbulkan ancaman keselamatan seperti mogok, rusuhan dan sebagainya dengan alasan yang remeh-temeh dan tidak dapat diterima. Mengenai cadangan menghapuskan sistem kemasukan pekerja asing melalui ejen, sebenarnya kerajaan tidak mengiktiraf ejen-ejen pekerja asing dan tidak membenarkan sama sekali kemasukan pekerja asing diuruskan oleh mereka bagi pihak syarikat. Mana-mana majikan yang memerlukan pekerja asing, dikehendaki datang sendiri atau menghantar kakitangan syarikat yang sah sebagai wakil syarikat ke pusat kelulusan setempat di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri untuk proses temu duga sebelum kelulusan dikeluarkan. Terdapat beberapa kes di mana ejen-ejen ini memohon pekerja asing menggunakan nama syarikat dan mempunyai kad DR. 5.11.2007 93

perwakilan kuasa syarikat yang sah. Kementerian sedang berusaha mengesan ejen-ejen ini dan seterusnya menyenaraihitamkan identiti mereka agar tidak lagi dapat berurusan dengan Jabatan Imigresen bagi membawa masuk pekerja asing. Tuan Yang di-Pertua, mengenai cadangan mengkaji polisi outsourcing yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Labuan, kerajaan telah menetapkan bahawa kelulusan untuk membuka syarikat outsourcing dan juga kuota yang diberikan untuk mengkaji pekerja asing adalah berdasarkan kemampuan dan kelayakan syarikat tersebut untuk memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan dan bukannya berdasarkan status itu berkenaan... [Yang Berhormat Timbalan Menteri mengalami batuk dan gangguan suara]. Sorry, sorry... Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Mahu rehat sekejap, rehat sekejap... Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Minum air, minum air.. Datuk Tan Chai Ho: Kerajaan memberi kelulusan kepada syarikat-syarikat outsourcing untuk beroperasi setelah melalui sesi temu duga dan tapisan yang ketat bagi memastikan mereka mempunyai kemampuan untuk mengawal selia pekerja-pekerja asing yang diluluskan. Syarikat-syarikat ini juga perlu mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh kerana mereka perlu membayar kesemua wang jaminan kepada kerajaan berdasarkan bilangan pekerja asing yang diluluskan sebagai jaminan untuk mematuhi syarat-syarat dan dasar kerajaan. Kerajaan juga masih meneliti kemungkinan supaya wang jaminan ini ditambah dalam tempoh terdekat. Setakat ini, syarikat-syarikat berkenaan tidak pernah menimbulkan sebarang masalah yang besar dalam penggajian pekerja asing. Tambahan pula, syarikat-syarikat ini terikat dengan syarat-syarat kelulusan yang ketat. Sebarang perlanggaran syarat membolehkan kerajaan mengambil tindakan membatalkan kelulusan yang telah diberikan di samping menyita wang jaminan syarikat berkenaan. Sehubungan itu, kerajaan melihat tidak keperluan untuk mengkaji polisi berkaitan outsourcing melainkan mereka menimbulkan masalah berkaitan pekerja asing. Tuan Yang di-Pertua, mengenai cadangan supaya PATI-PATI dilatih untuk bekerja di Malaysia, kementerian berpendapat cadangan ini tidak sesuai untuk dilaksanakan kerana boleh membantutkan usaha kerajaan membasmi pendatang tanpa izin berdasarkan sebab-sebab berikut: (i) bilangan pendatang asing tanpa izin yang memasuki Malaysia dikhuatiri semakin bertambah dan mereka mempunyai peluang diberikan latihan dan pekerjaan sama seperti pekerja-pekerja asing yang sah; (ii) PATI tidak perlu membayar sejumlah wang bagi urusan dokumentasi untuk memasuki Malaysia. Ini adalah tidak adil kepada pekerja- pekerja yang mempunyai dokumen perjalanan dan permit kerja yang sah; dan DR. 5.11.2007 94

(iii) PATI tidak diberikan kursus induksi di negara asas sebagaimana yang diwajibkan kepada pekerja-pekerja asing yang sah. ■1650 Ini boleh menimbulkan masalah kerana mereka berkemungkinan mempunyai cara hidup yang berbeza dan tidak memahami adat resam dan budaya masyarakat majmuk di Malaysia. Terdapat juga PATI yang merupakan penjenayah dari negara asal. Sekiranya mereka juga dilantik dan diberikan pekerjaan di negara ini, dikhuatiri Malaysia akan menjadi tumpuan para penjenayah asing yang ingin melarikan diri dari negara asal, sekali gus memberikan ancaman keselamatan kepada negara. Jabatan Imigresen Malaysia telah melaksanakan program pendakwaan kepada PATI dan juga majikan yang menggaji PATI. Beberapa kes yang telah disabitkan kesalahan dan telah dijatuhkan hukuman boleh diuar-uarkan kepada umum sekali gus menimbulkan rasa takut kepada PATI untuk memasuki Malaysia sebagai satu cara membasmi kebanjiran PATI. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Bukit Bintang membangkitkan langkah yang diambil untuk mengesan pelancong asing yang menggunakan kemudahan Visa On Arrival (VOA) tetapi telah menghilangkan diri di negara ini. Semenjak pelaksanaan kemudahan Visa On Arrival mulai 1 September 2006 sehingga 31 Ogos 2007, seramai 121,319 orang pelancong asing telah memasuki negara ini menggunakan kemudahan ini. Berdasarkan jumlah tersebut, didapati bahawa sebanyak 47,123 orang telah didapati tidak mempunyai rekod keluar setelah pas lawatan sosial telah tamat tempoh. Dasar dan tujuan asal kerajaan memperkenalkan kemudahan VOA ini adalah untuk menjana ekonomi negara melalui kemasukan pelancong yang tulen sejajar menyokong usaha mempromosikan negara sempena sambutan Tahun Melawat Malaysia 2007. Namun begitu terdapat sebilangan pelancong-pelancong asing yang telah mengambil kesempatan di atas kemudahan ini dengan mengingkari syarat VOA dan tidak menghormati undang-undang Imigresen negara adalah didapati kebanyakan kesalahan penyalahgunaan VOA adalah kerana tidak mempunyai rekod keluar walaupun pas lawatan telah tamat tempoh serta sengaja tinggal lebih masa atas niat tujuan sosial atau bekerja secara tidak sah di negara ini. Hal ini didalangi oleh ejen haram yang menawarkan pasport dan pas lawatan kerja sementara yang palsu kepada pemegang VOA. Dokumen palsu ini mendapat sambutan memandangkan ia membolehkan pemegang VOA tidak akan dapat dikesan oleh pihak berkuasa serta akan mengelakkan mereka daripada perlu membayar levi kepada Kerajaan Malaysia. Sebagai langkah mengesan pesalah VOA, pihak Jabatan Imigresen Malaysia telah melipatgandakan operasi penguatkuasaan memburu pemegang VOA yang tidak mempunyai rekod keluar. Operasi yang dilakukan secara besar-besaran merupakan operasi lazim jabatan serta operasi ad-hoc berdasarkan maklumat daripada orang ramai dari semasa ke semasa. Selain itu, jabatan juga mempunyai jalinan kerjasama yang baik dengan pihak penguat kuasa DR. 5.11.2007 95

yang lain seperti pihak Polis Diraja Malaysia dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia dalam menjalankan operasi bersepadu mengesan pesalah VOA. Sebagai langkah pemantauan, kementerian juga pada masa ini sedang merancang untuk memperketat syarat-syarat VOA sedia ada agar ia tidak disalahgunakan oleh pelancong ekonomi yang berniat datang ke Malaysia untuk bekerja secara haram atau berniaga. Cadangan tersebut akan dikemukakan untuk pertimbangan dan persetujuan Kabinet dalam jangka masa terdekat. Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: [Bangun] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Batu Gajah. Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Minta penjelasan, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya ingin tahu setakat manakah penglibatan sindiket-sindiket yang menjadi dalang di belakang, membawa masuk pelancong-pelancong yang tidak tulen ini ke negara ini. Apakah halangan yang dihadapi oleh imigresen di dalam membuat screening untuk memastikan yang ini tulen ataupun tidak. Apakah ada wujud persefahaman di antara pintu-pintu masuk, pegawai dengan sindiket? Apakah dalam aspek ini ada siasatan dibuat? Mohon penjelasan. Datuk Tan Chai Ho: Tuan Yang di-Pertua, VOA ini bermakna pelancong yang datang dari negara asal, mereka tidak pohon visa sebelum ini dan bila tiba di KLIA, baru mereka memohon visa untuk melawat Malaysia. Pada ketika itu pegawai Imigresen akan membuat pemeriksaan yang ketat di mana pelancong asing akan isikan borang dan butir-butir yang diberikan oleh mereka, pegawai Imigresen akan periksa dan jika ada masalah atau ada pertanyaan, mereka akan meminta bukti daripada warga asing atau pelancong asing dan pastikan mereka betul-betul yang tulen melawat Malaysia. Bagi satu contoh, kalau mereka tidak membawa wang yang sedikit sahaja atau mereka tidak ada air ticket untuk kembali ke negara asal, inilah yang akan menyebabkan pegawai Imigresen tidak membenarkan mereka masuk. Borang yang diisikan tadi, borang yang mereka memohon VOA, pihak Imigresen akan tahu sama ada pelancong ini adalah tulen ataupun tidak. Ini satu langkah yang kita telah ambil. Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Jadi, Yang Berhormat Timbalan Menteri menafikan bahawa adanya sindiket-sindiket yang terlibat dalam kes sedemikian. Datuk Tan Chai Ho: Tuan Yang di-Pertua... Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Sebab kita semua tahu, bagi contoh, kalau kita masuk laman web Taiwan, kalau hendak melawat Taiwan, apakah kriteria-kriterianya. Ia akan kata mesti ada tiket untuk pulang. Jadi senang sahaja bagi mereka yang bukan tulen, untuk masuk hanya perlu buat lawatan ke laman web akan tahu syarat-syarat. Jadi ini masalahnya. Orang ramai semua tahu kalau hendak masuk kena ada tiket untuk meninggalkan negara ini. Jadi, pohon penjelasan. DR. 5.11.2007 96

Datuk Tan Chai Ho: Kadang kala pelancong asing yang masuk ke Malaysia, kita ada tiket untuk kembali ke negara asal. Ada juga, bukan tidak ada. Saya setuju memang ada sindiket yang terlibat. Oleh itu, Imigresen Malaysia telah bekerjasama dengan Imigresen di luar negara di mana kalau ada maklumat yang tertentu, jadi pihak kedua-dua Imigresen akan boleh bekerjasama dan memastikan sindiket yang telah membawa warga asing yang masuk ke Malaysia supaya tindakan boleh diambil terhadap mereka. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Penampang menyatakan bahawa ada pemegang dokumen IMM13 telah diberi taraf pemastautin tetap walaupun ada permohonan lain yang lebih layak dan telah lama memohon. Beliau juga menyatakan pemohon-pemohon PR terpaksa menunggu begitu lama. ■1700 Tuan Yang di-Pertua, pemberian taraf pemastautin tetap merupakan satu anugerah dan bukan satu hak yang boleh dituntut oleh seseorang warga negara asing. Oleh yang demikian setiap permohonan untuk taraf pemastautin tetap perlu diteliti, dikaji dan juga diperhalusi sebaik mungkin bagi memastikan bahawa hanya pemohon yang benar-benar layak dikurniakan anugerah ini. Dalam mempertimbangkan permohonan untuk pemastautin tetap, kerajaan perlu memproses mengikut proses-proses yang sedia ada. Kerajaan juga tidak memberi keutamaan kepada pemegang IMM 13. Pemegang IMM 13 juga perlu melalui proses yang sama, seperti pemohon-pemohon lain termasuk mengikut giliran dan tarikh permohonan dibuat. Oleh yang demikian tidak berlaku sebarang diskriminasi terhadap pemohon lain dengan pemegang dokumen IMM 13. Berhubung dengan jawapan permohonan PR... Datuk Wilfred Madius Tangau [Tuaran]: [Bangun] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Tuaran bangun. Datuk Wilfred Madius Tangau [Tuaran]: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih. Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya mohon penjelasan dan pengesahan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Apakah benar bahawa pada suatu ketika dahulu Majlis Keselamatan Negara telah membuat satu keputusan, mengatakan bahawa pemegang- pemegang IMM 13 boleh memohon taraf pemastautin tetap ataupun PR, dan dikatakan sebanyak lebih 20,000 orang yang telah memohon dan sudah diberikan? Saya ingin mendapat pengesahan, apakah ini benar? Apakah benar bahawa dengan keputusan Majlis Keselamatan Negara itu, pemegang-pemegang IMM 13 ini diberi keistimewaan untuk mendapatkan PR? Mohon penjelasan. Terima kasih. Datuk Tan Chai Ho: Memang benar di mana pemegang IMM 13 boleh memohon taraf PR. Di negeri Sabah yang saya tahu terdapat lebih kurang 65,000 orang, yang memegang IMM 13, dan setakat ini kalau saya tidak salah terdapat lebih kurang 7,000 orang yang telah mendapat DR. 5.11.2007 97

taraf pemastautin tetap. Tadi saya ada sebut yang sama juga, semua kena mengikut proses yang ada. Jadi, tidak ada perbezaan di mana pihak-pihak diberikan keutamaan. Jadi, semua kena mengikut giliran dan tarikh permohonan dibuat. Datuk Wilfred Madius Tangau [Tuaran]: Mohon Penjelasan. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Apabila dikatakan melalui proses, adakah proses ini juga bererti bahawa permohonan itu harus juga mendapat kelulusan ataupun pandangan daripada pihak-pihak berkuasa Kerajaan Negeri Sabah, sebelum diluluskan atau diberikan kelulusan PR? Mohon penjelasan. Datuk Tan Chai Ho: Kementerian ada jawapan. Saya berikan jawapan itu. Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan jawapan permohonan PR masih lagi dalam proses. Penjelasannya adalah bahawa setiap permohonan perlu melalui beberapa proses yang penting termasuk tapisan keselamatan. Tapisan keselamatan merupakan satu proses yang wajib bagi setiap permohonan taraf pemastautin tetap. Kerajaan juga tidak harus terburu-buru untuk menganugerahkan taraf pemastautin tetap untuk menguji tahap kesetiaan dan kesabaran seseorang pemohon. Ini juga adalah bagi memastikan bahawa tidak akan berlaku penyalahgunaan kemudahan pemastautin tetap yang boleh mengancam keselamatan negara. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Sandakan sekali lagi... Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Minta penjelasan. Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya bersetuju kita mesti memberi keutamaan kepada keselamatan dalam negeri, sebelum memberikan atau meluluskan taraf pemastautin tetap atau kewarganegaraan kepada orang asing, tetapi masalah yang timbul ialah ia mengambil masa terlalu lama. Saya bagi satu contoh, kes seorang pelajar, anak kepada seorang isteri warga asing. Semasa belajar dia boleh memohon pas pelajar, tetapi apabila dia telah tamat sekolah menengah, dia tidak boleh memohon pas pelajar lagi. Dia kena membuat pas lanjutan. Jadi, sekarang ini tidak ada sesiapa mahu menggaji dia bekerja sebab dia adalah warga asing. Jadi, dalam kes yang sedemikian, saya rasa hendak menguji kesabarannya telah mengakibatkan masa depannya terjejas kerana dia tidak dapat mencari pekerjaan. Jadi, apakah pihak kementerian boleh menetapkan satu tempoh, bagi memastikan selepas tempoh tertentu kelulusan diberikan? Saya ada kes seorang isteri asing yang ada tiga, empat orang anak di sini dan menetap di sini lebih daripada 10 tahun. Apa hendak diuji lagi? Dia sudah ambil 40 atau 50 tahun. Jadi, inilah persoalannya. Apabila kita hubungi pihak kementerian, pihak kementerian atau jabatan kata, “Oh, sedang proses.” Perkara ini telah mengakibatkan kos yang tinggi. Kalau nasib tidak baik, suami pula meninggal, apakah isteri dan anak warga asing ini boleh menetap dalam negara ini? Persoalan yang lain pula ialah bagaimana mereka boleh mencari nafkah? Jadi, apa kata kementerian bercadang menetapkan tempoh, di mana pihak kementerian boleh meluluskannya. Jangan menguji kesabaran dalam kes yang tidak sepatutnya. Contoh DR. 5.11.2007 98

yang saya bagi tadi, pelajar sedemikian dan isteri warga asing yang telah melahirkan tiga orang anak di sini. Saya mohon penjelasan. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, cukup. Datuk Tan Chai Ho: Saya faham, Tuan Yang di-Pertua. Tadi saya sebut bahawa pemberian taraf kewarganegaraan atau pemastautin tetap ini merupakan satu anugerah tinggi kepada kerajaan. Jadi, warga asing tidak boleh membuat tuntutan dan ini... Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Saya faham, Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya sudah ulang banyak kali. Ini bukan hak keistimewaan tetapi ini akan mengakibatkan ada kes tertentu sehingga mereka rela membayar. Datuk Tan Chai Ho: Bagi pihak kerajaan... Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Bayar untuk mendapatkan pemastautin tetap atau kewarganegaraan. Datuk Tan Chai Ho: Saya jawab dulu. Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Ini memang hakikat sehingga mereka membayar kerana mereka tidak boleh tunggu lagi. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat! Yang Berhormat! Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Mereka ada agen yang berkata, “saya boleh kautim, saya kenal pegawai di dalam.” Bawa dia pergi ronda pejabat, masuk dalam, selepas itu buat bayaran dan selepas itu tidak ada perkhabaran mengenai permohonan mereka. Ini sepatutnya akan menggalakkan pemberian rasuah untuk mendapatkan kewarganegaraan. Ini ada kes. Jadi, saya haraplah kalau boleh jangan menyusahkan kes-kes yang tulen seperti saya nyatakan tadi. Pelajar itu sekarang pelajar yang cemerlang. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Baik, Yang Berhormat. Cukup. Datuk Tan Chai Ho: You bagi bukti, ya? Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Saya sudah rujuk dulu. Ini pelajar. Saya pohon. Datuk Tan Chai Ho: Sila bagi bukti kepada kementerian ini. Saya akan semak kalau betul-betul tulen. Kita minta, ya? Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Penggal sesi yang dulu saya sudah bangkitkan dalam Dewan. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, cukup. Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Dalam ucapan penangguhan bangkit. Soalan saya telah juga bangkit. Datuk Tan Chai Ho: Tidak pasti sama ada permohonan ini complete. Kadangkala dia ada maklumat yang kurang atau di mana ada kekurangan tertentu. Jadi, biarlah pegawai saya buat semakan... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat Timbalan Menteri, ada banyak lagi? DR. 5.11.2007 99

Datuk Tan Chai Ho: Ada lagi. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Baik, sila. Datuk Tan Chai Ho: Saya setujulah, tidak perlulah bagi masa yang sangat panjang. Kalau boleh maklumat yang semuanya sempurna, maklumat yang cukup, kita boleh menimbangkan permohonan seseorang untuk mendapatkan taraf kewarganegaraan atau PR. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Sandakan sekali lagi telah membangkitkan tentang hasil siasatan terhadap senarai nombor MyKad yang diragui. Tuan Yang di-Pertua, semasa perbahasan Titah Diraja pada Mac lalu, Yang Berhormat membangkitkan soalan yang berkaitan pengeluaran kad pengenalan di Sabah sebagaimana maklumat yang terdapat di dalam buku Justice for Sabah dan buku IC Project. ■1710 Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, senarai nombor yang terlibat ialah nombor kad pengenalan plastik yang mengandungi lapan angka dan bukanlah nombor MyKad. Elemen yang terdapat pada nombor kad pengenalan tersebut ialah: (i) nombor yang ada di antaranya ialah terdapat nombor sahaja yang dikeluarkan sedangkan kad pengenalan berkenaan tidak dikeluarkan; (ii) ada di antara nombor-nombor kad pengenalan berkenaan yang dikeluarkan bersama-sama resit pengenalan sementara; (iii) di antara nombor dan kad pengenalan yang dikeluarkan secara tidak teratur oleh pihak-pihak tertentu atau pegawai atau kakitangan JPN; dan (iv) nombor kad pengenalan yang sah yang merujuk kepada pemegang yang sebenar. Kementerian menyedari bahawa perkara atau isu kad pengenalan yang berlaku di Sabah bukan mudah untuk diselesaikan. Walau bagaimanapun, pihak kementerian tidak mempunyai pilihan lain kecuali dengan mengambil tindakan untuk membetulkan kepincangan yang telah dilakukan oleh orang-orang terdahulu. Tindakan ini akan dilakukan secara berterusan dan mana- mana kad pengenalan palsu atau dikeluarkan secara tidak teratur akan ditarik balik dan dibatalkan, manakala pemegangnya akan diusir keluar. Yang Berhormat Baram meminta Jabatan Pendaftaran Negara mengadakan lawatan khas ke kawasan pedalaman. Tuan Eric Enchin Majimbun [Sepanggar]: Minta penjelasan. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Sepanggar. Tuan Eric Enchin Majimbun [Sepanggar]: Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Timbalan Menteri saya ingin minta penjelasan mengenai kad pengenalan di mana tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri telah menyatakan bahawa nombor-nombor itu kalau didapati palsu, maka mereka diusir dan juga rakyat asing itu tidak dapat bermastautin di Sabah. DR. 5.11.2007 100

Satu kes yang ketara sekarang ini. Di dalam tangan saya ini yang bernombor 560930- 12-5739 dia punya nama ialah Jerom bin Majimbun iaitu nama ayah saya. Ini kad pengenalan dia. [Menunjukkan salinan kad pengenalan yang dimaksudkan] Apakah sudah terjadi kepada Jabatan Pendaftaran? Kalau betul kad pengenalan ini – MyKad maka apa sudah terjadi? Adakah ini menunjukkan bahawa sesiapa pun boleh dapat MyKad tanpa diproses. Ini ada bukti, inilah nama,... mungkin yang satu lagi, yang begitu ketara sekali ialah dengan kampungnya, di kampung saya sendiri iaitu Kampung ‘Pemoderem’, Inanam, kampung saya sendiri. Ertinya saya mempunyai abang ataupun adik yang bernama Jerom. Apa sudah terjadi ini? Saya mintalah sebenarnya saya sudah buat surat kepada kementerian untuk siasat, tetapi sehingga ini belum ada balasan surat itu. Apa sudah terjadi kepada negara kita ini kalau inilah perbuatan yang tidak diingini. Datuk Wilfred Madius Tangau [Tuaran]: Integriti. Tuan Chong Hon Min [Sandakan]: Minta penjelasan. Datuk Tan Chai Ho: Tuan Yang di-Pertua, saya kira perkara ini perkara yang serius. Tuan Chong Hon Min [Sandakan]: Boleh jawab satu kalikah? Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Samakah Yang Berhormat? Tuan Chong Hon Min [Sandakan]: Tentang nombor MyKad yang saya bangkitkan dalam ucapan perbahasan saya yang sebelum ini yang sebanyak 322,903 keping itu saya hanya mahu tahu sama ada kad-kad ini adalah genuine atau yang palsu atau tidak. Terima kasih. Datuk Tan Chai Ho: Tuan Yang di-Pertua, saya setuju bahawa perkara yang disebutkan oleh Yang Berhormat adalah serius dan saya ucapkan terima kasih kerana Yang Berhormat telah memberikan maklumat yang sangat penting kepada kita, dan saya berjanji perkara ini akan disiasat secara teliti dan memastikan mana-mana ada kesilapan atau mana- mana yang ada masalah kita dapat betulkan. Datuk Wilfred Madius Tangau [Tuaran]: Penjelasan. Datuk Tan Chai Ho: Saya minta Yang Berhormat kalau boleh bagi salinan dokumen itu kepada saya. Datuk Wilfred Madius Tangau [Tuaran]: Yang terakhirlah soalan ini. Tadi Yang Berhormat mengatakan siasatan. Siasatan apa itu Yang Berhormat? Apa lagi siasatan yang mahu dibuat. Kita sudah berkali-kali mengatakan di Dewan yang mulia ini supaya soal projek IC itu, yang telah mengeluarkan beribu-ribu kad pengenalan sehingga terjadi semacam dinyatakan oleh Yang Berhormat Sepanggar tadi, tetapi kita telah memintakan penyiasatan, adakan Suruhanjaya Siasatan Diraja dalam hal ini, tetapi apa respond dia dan apabila Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara diminta oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Integriti Parlimen dia tidak datang untuk menjawab. Sebentar tadi Yang Berhormat mengatakan akan disiasat. Siasat apa lagi, siapa yang mahu siasat? Suruhanjaya Dirajakah atau Yang Berhormat sendirikah atau siapa? Perkara ini DR. 5.11.2007 101

begitu serius sudah kita nyatakan berkali-kali, pertumbuhan penduduk yang luar biasa di Sabah sebab adanya pengeluaran IC yang tidak tentu pasal seperti contoh yang diberikan oleh Yang Berhormat Sepanggar tadi dan bermacam-macam lagi. Ada bukti-bukti oleh saksi-saksi yang telah datang dalam pendengaran awam Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Integriti Parlimen, tetapi macam jaminan siasatan itu .... apa lagi mahu dijamin Yang Berhormat? Datuk Tan Chai Ho: Tuan Yang di-Pertua, saya menjawab bahawa isu-isu yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat, di mana kad pengenalan yang berlaku di Sabah bukan suatu perkara yang senang diselesaikan, tetapi kementerian tidak ada pilihan yang lain. Kita akan ambil tindakan berterusan untuk membetulkan kepincangan yang telah dilakukan oleh orang-orang terdahulu dan saya berharap dapat kerjasama daripada semua pihak, di mana ada yang mengatakan mempunyai maklumat yang penting yang boleh membantu JPN untuk menyelesaikan masalah itu. Saya mengalu-alukan dan pihak Yang Berhormat Sandakan telah mendapat tahu yang mana dahulu dia telah memberitahu kita terdapat 380,000 ya? Tuan Chong Hon Min [Sandakan]: 320,930 lebih. Datuk Tan Chai Ho: Okey, yang ini kerana satu perkara yang very complicated. Tuan Chong Hon Min [Sandakan]: Serius. Datuk Tan Chai Ho: Kita masih terus siasat. Tuan Chong Hon Min [Sandakan]: Minta penjelasan Yang Berhormat. Datuk Tan Chai Ho: Saya tidak boleh bagi Yang Berhormat jawapan sama ada kad pengenalan ini ada sah atau tidak sah. Tuan Chong Hon Min [Sandakan]: Tetapi Yang Berhormat Timbalan Menteri, kalau kad-kad itu telah dikeluarkan, dokumen yang berkenaan mesti ada. Kalau kita menyiasat balik tentang dokumen-dokumen ataupun cara-cara permohonan adalah sesuai, tepat atau tidak, itu memang senang dijalankan. Lagipun langkah-langkah yang telah diambil untuk mengatasi masalah ini telah banyak kali disebut, tetapi sampai sekarang kesan pun tidak ada, jadi saya sendiri pun selain daripada menyentuh kad-kad ini pun mencadangkan supaya Jawatankuasa Suruhanjaya Diraja ditubuhkan, tetapi jawapan yang saya dapat pada pagi ini daripada Jabatan Perdana Menteri mengatakan bahawa masalah seperti ini tidak serius ataupun masih terkawal di Sabah. Penubuhan Jawatankuasa Suruhanjaya Diraja itu tidak diperlukan. Saya minta tindakan yang lebih serius atau lebih efektif diambil supaya masalah ini dapat diselesaikan dalam masa yang pendek sekali. Terima kasih. ■1720 Datuk Tan Chai Ho: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih ke atas pandangan Yang Berhormat. Saya akan arahkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) supaya mengadakan siasatan yang cepat, berkesan dan akan dapat jawapan untuk Ahli Yang Berhormat. DR. 5.11.2007 102

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Baram meminta Jabatan Pendaftaran Negara mengadakan lawatan khas ke kawasan pendalaman Hulu Baram bagi memudahkan penduduk- penduduk di kawasan tertentu memohon kad pengenalan. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Baram kerap kali membangkitkan masalah pengundi di kawasan Yang Berhormat yang tidak mempunyai dokumen berkenaan. Saya amat faham masalah yang dihadapi oleh penduduk pendalaman negeri Sarawak khususnya di kawasan Yang Berhormat. Oleh yang demikian saya berharap agar Yang Berhormat memberikan kepada saya senarai kampung atau lokasi di Baram yang mempunyai kepadatan penduduk yang tidak mempunyai dokumen sijil kelahiran dan kad pengenalan. Saya sendiri akan memastikan pihak Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Sarawak mengadakan unit bergerak di tempat tersebut. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Seputeh membangkitkan isu mengenai aduan rasmi... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang Berhormat Baram. Dato’ Jacob Dungau Sagan [Baram]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih atas jawapan Timbalan Menteri tadi. Terima kasihlah kerana memberi satu jaminan untuk menjalankan satu siasatan supaya masalah ini dapat diselesaikan dalam masa akan datang. Saya nampak bahawa pihak pegawai JPN ada membuat lawatan di kawasan-kawasan tertentu dan juga di kampung-kampung yang telah dikenal pasti supaya mereka yang ingin membuat kad pengenalan mereka terus pergi ke sana dan terus mendaftar. Apa yang saya nampak sekarang ini ialah apabila pegawai-pegawai pergi ke sana untuk mendaftarkan penduduk-penduduk yang ingin memohon kad pengenalan ini selalunya mereka ini tidak membuat siasatan yang secukup mungkinlah. Oleh kerana banyak borang-borang yang telah dilengkapkan itu apabila resit dikeluarkan oleh pegawai disimpankan oleh pemohon tetapi dua, tiga tahun kemudian resit itu dibawa balik kepada pegawai dan pegawai mengatakan bahawa mesti mahu isi lagi borang yang baru. Namun tidak memberi penjelasan kenapa borang yang telah diisi dahulu itu tidak lengkap. Jadi mereka terpaksa pergi ke kawasan tertentu apabila ada lawatan yang baru nanti mereka dipanggil pergi ke tempat itu isikan borang baru tetapi tidak diberi tahu mengapa borang yang pertama itu tidak diluluskan oleh JPN. Jadi ini menjejaskan banyak kos-kos oleh kerana mereka ini bukan datang dari kampung terdekat saja tetapi ada yang datang dari jauh. Ini melibatkan kos yang besar bagi mereka. Selain daripada itu mereka yang memohon kad pengenalan ini bukan orang yang mempunyai kebolehan dari segi kewangan, ini orang yang mungkin miskin dan juga orang yang tua-tua. Jadi mereka ini tidak mampu untuk pergi ke pejabat JPN di pekan-pekan tertentu kerana mereka tidak mampu. DR. 5.11.2007 103

Jadi minta supaya jika JPN buat lawatan ke kawasan tersebut kita sebagai Ahli Parlimen di sana juga boleh membantulah supaya bersama-sama panggil mereka yang belum mempunyai IC ini datang ke kawasan tersebut. Minta pegawai itu jelaskan supaya di manakah borang itu tidak diisi dengan lengkap, supaya mereka ini tahu apa yang mereka yang perlu buat apa maklumat-maklumat baru yang mereka perlu bawa supaya permohonan yang baru ini dapat di terima dan diluluskan dengan sebaiknya. Saya memberi satu cerita, baru-baru ini ada dua orang sudah lima kali memohon... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang Berhormat cerita itu panjang kah?. Dato’ Jacob Dungau Sagan [Baram]: Tidak, tidak sekejap saja untuk emphasize satu point saja. Lima kali dia minta kad pengenalan. Baru-baru ini dia baru menerima kad pengenalan dia, satu malam dia tidak dapat tidur kerana dia sangat berbahagia sekali menerima kad pengenalan itu, lihat gambar dia di kad pengenalan satu malam tak boleh tidur. [Ketawa] Itulah satu kepuasan oleh mereka apabila menerima kad pengenalan. Jadi kita mintalah supaya banyak lagi orang seperti ini dapat menerima kad pengenalan yang baru ini nanti. Minta bantuanlah dari Timbalan Menteri. Datuk Tan Chai Ho: Tuan Yang di-Pertua, saya boleh bagi jaminan bahawa sebelum pegawai-pegawai JPN turun padang melawat kawasan Yang Berhormat saya akan adakan perbincangan dengan pegawai-pegawai JPN dahulu. Jadi pastikan mereka mengambil tindakan yang lebih berkesan supaya boleh membantu penduduk-penduduk pendalaman di kawasan Baram. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Bintulu berkaitan dengan kad pengenalan. Dato’ Seri Tiong King Sing [Bintulu]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Timbalan Menteri. Saya fikir tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri jawab kata nanti akan panggil pegawai berbincang, contoh kawasan Bintulu 10 kali sudah kita berbincang. Namun sampai hari ini sudah berapa lulus? Tak ada lulus banyak pun. 10 kali melawat kawasan banyak orang terima permohonan tidak lulus juga, dia kata tak boleh sah. Ada punya kata keluarga tidak balik bergambar sama-sama, itulah tak boleh lulus juga. Jadi saya sini mahu minta penjelasan sedikit daripada kementerian kalau satu keluarga mahu ambil surat beranak dan kad pengenalan mahu minta dia punya adik-beradik mesti bergambar sama-sama, kalau satu adik-beradik tidak balik semua tak jadi. So, saya mahu bertanya kementerian ini kementerian akan kaji semula ataupun tidak atas polisi ini. Jika you tidak melihat kelemahan polisi ini, memang masalah tak boleh selesai. Sudah berapa kali kita berbahas dalam Dewan yang mulia ini, dalam isu kawasan ini sampai hari ini hingga ini contoh kaum Iban tak pandai selesai tak pernah selesai satu rumah panjang semua DR. 5.11.2007 104

isi memang ada orang tidak lulus. Walaupun dia sudah berapa puluh tahun sampai dia pun sudah umur 70 tahun mahu mati sudah IC belum lagi boleh lulus. So, saya minta penjelasan sikit daripada Timbalan Menteri. Datuk Tan Chai Ho: Tuan Yang di-Pertua, sebelum kad pengenalan atau MyKad dikeluarkan kita pastikan dokumen yang ada boleh membuktikan pemohon adalah orang Malaysia dan dilahirkan di negara kita. Jadi banyak langkah-langkah diambil oleh pihak JPN... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat Datuk Tan Chai Ho: ... yang pasti semua ahli-ahli keluarga bersama-sama untuk ambil gambar, itu saya tidak setujulah. Bukan satu langkah di mana semua ahli-ahli keluarga kena ambil gambar sama-sama. Jadi itu salah satu langkah sahaja ada banyak cara-cara yang lain di mana kita nak membuktikan bahawa pemohon ini adalah orang Malaysia atau orang yang dilahirkan di kawasan itu. Dato’ Seri Tiong King Sing [Bintulu]: Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ini permohonan kata itu satu langkah tetapi walau berapa langkah ada macam mana permohonan boleh 10 tahun, 15 tahun, tak pernah lulus. ■1730 Paling teruk punya, saya punya kawasan berapa puluh kelulusan tetapi semua tunggu itu orang sudah mati baru lulus. Itulah saya kata, itu orang dulu saya telah bahas di Dewan yang mulia, orang itu pun susah, dia mati pun susah mahu turun bawah pun susah sebab tidak ada IC. [Ketawa]. Susahlah, kalau boleh kita mahu minta dia bangun terima dulu baru masuk balik semula. So janganlah ambil masa terlampau panjang… Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Tunggu sampai kad pengenalan dapat baru matilah. Dato' Seri Tiong King Sing [Bintulu]: Ya. Saya kiralah mahu bagi tahu semua orang mati itu sebab dia tunggu mahu setengah mati. Tunggu itu IC. Tidak dapat. Macam tadi itu Yang Berhormat dari Maran dia kata, dia sudah dapat serupa macam dapat emas, tahu? Dia pegang lama, mahu cium lagi beberapa kali dapat kad pengenalan tetapi untuk JPN, banyak susah proses. Saya dulu bagi tahu JPN, pegawai daripada Jabatan Pendaftaran Negara, kalau you turun padang, you tidak faham kawasan itu, sila beritahu sama kita, kita hantar SAO ataupun ketua kaum. Sama-sama pergi kawasan melawat rumah panjang ke rumah panjang tetapi pegawai daripada JPN semua pandai sendiri masuk mengadakan satu majlis. Di mana- mana tempat minta orang datang buat permohonan. Akhirnya sekali bawa balik ramai-ramai permohonan, tunggu satu, dua tahun orang pergi minta, “Oh, permohonan tiada, hilang, isi balik borang”. Ini borang lagi sekarang tidak guna lagi kita sudah masuk IT. Isi borang baru. Akhir sekali, mesti kena ingat. Kita kena marah bukan itu pegawai kena marah. So saya berharaplah kementerian bolehlah lihat sikit ini perkara-perkara berlaku di kawasan-kawasan. DR. 5.11.2007 105

Datuk Tan Chai Ho: Tuan Yang di-Pertua, pandangan dan cadangan yang diberikan oleh Yang Berhormat Bintulu, boleh diterimalah. Saya… Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Minta penjelasan. Datuk Tan Chai Ho: …akan mengarahkan pegawai-pegawai JPN mempercepatkan… Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, saya bukan… Datuk Tan Chai Ho: …proses permohonan… Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: …boleh diterima. Sepatut kena betul-betul anggap ini teguran dengan perasaan Yang Berhormat satu perkara yang sepatutnya kita… Datuk Tan Chai Ho: Ya, saya terima. Saya terima ya dan seterusnya itu saya akan memberi arahan kepada pegawai JPN supaya mempercepatkan proses permohonan yang diterima. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat bagi Batu Gajah. Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya pun ingin bangkitkan. Bukan sahaja mempercepatkan proses permohonan tetapi mengurangkan keperluan dokumen-dokumen yang saya rasa tidak logik lagi. Saya bagi satu contoh kes. Lelaki India ini berumur 34 tahun. Sebab bapa dia tidak membawanya untuk memohon IC ketika dia berumur 12 tahun, hingga hari ini dia tidak mempunyai IC. Apabila kami hendak bantu dia untuk permohonan IC, dia mahu dia punya sijil lahir, sudah ada. Dia ada sijil lahir, Yang Berhormat kata pastikan ada sijil lahir. Ada sijil lahir tetapi hendak minta lagi sijil berhenti sekolah. Kita kena tulis kepada sekolah sediakan sijil berhenti sekolah. Lepas itu hendak adiklah, abang punya gambar, punya maklumat, bapa sudah hilang tetapi tak ada dokumen bapa lagi. Emak sudah meninggal, kena pohon sijil mati emak lagi. Jadi ini amat merumitkan walaupun untuk menyediakan dokumen permohonan. Ini mengakibatkan anaknya sekarang tidak ada sijil beranak satu kes…’ Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Timbalan Menteri faham. Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: …tak ada IC. Sekarang satu orang anak mahu mohon IC. Jadi dalam aspek syarat-syarat permohonan, saya pohonlah kalau boleh kurangkanlah, dia sudah ada sijil lahir, mengapa hendak sijil berhenti sekolah lagi? Mengapa hendak adik, abang dia punya gambar lagi? Gambar dan IC mereka lagi. Itu amat tidak logik. Saya pohonlah aspek ini juga perlu diperbaiki. Terima kasih Datuk Tan Chai Ho: Tuan Yang di-Pertua, tadi saya sebut untuk mengesahkan seseorang yang genuine, yang betul-betul dilahirkan di negara kita. Jadi memanglah perlukan dokumen. Kalau tanpa dokumen memanglah sangat susah mengesahkan… Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Sudah ada sijil, buat apa lagi? Kenapa hendak sijil berhenti sekolah? Datuk Tan Chai Ho: Jadi saya… DR. 5.11.2007 106

Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Itu masalahnya. Datuk Tan Chai Ho: Saya tidak semak kes itu. Jadi saya tak tahu bagaimana… Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Itu bukan, itu ialah syarat-syarat yang asas dalam borang permohonan. Syarat-syarat yang asas dalam borang permohonan. Datuk Tan Chai Ho: Tetapi kes yang disebut oleh Yang Berhormat boleh rujuk kepada kementerian. Jadi kita akan buat semak, kita akan semak… Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Bukan kes saya. Syarat-syarat dalam borang permohonan. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang Berhormat… Datuk Tan Chai Ho: [Menyampuk]. Cik Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Yang Berhormat tak tahu apa yang diperlukan. Bukan yang paling asas. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Semua yang dibangkitkan diambil kira. Ya lah, cukup Yang Berhormat. Datuk Tan Chai Ho: Okey, teguran Yang Berhormat ya, kita akan ambil kira dan kalau boleh kita akan meningkatkan perkhidmatan Jabatan Pendaftaran Negara. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat bagi Seputeh membangkitkan isu mengenai aduan rasmi yang diterima oleh RELA atas kesalahan yang dilakukan oleh anggota-anggotanya semasa menjalankan operasi membanteras PATI. Tuan Yang di-Pertua, kementerian ingin menyatakan sekali lagi bahawa RELA tidak menerima aduan secara rasmi mengenai anggotanya melakukan kesalahan semasa menjalankan tugas operasi menangani PATI. Kebanyakan laporan yang diterima adalah dakwaan semata-mata termasuk laporan akhbar tanpa maklumat yang khusus. Oleh itu, setakat ini RELA tidak mempunyai maklumat adanya aduan tersebut yang didakwa di mahkamah. RELA berpendapat hanya pihak polis dan mahkamah sahaja yang mengetahui jika aduan-aduan yang melibatkan anggota-anggota RELA yang didakwa di mahkamah kerana RELA tidak mempunyai kuasa menyiasat kecuali polis. Yang Berhormat Seputeh juga mendakwa terdapat kes yang melibatkan anggota RELA bernama M.Suresh dan Norirwanshah Mohd Nor yang telah merogol seorang gadis berusia 14 tahun di tandas awam dan telah didakwa di Mahkamah Seksyen Shah Alam. Setakat ini RELA tidak menerima laporan rasmi berkenaan, kes tersebut tetapi hanya mengetahui kes ini melalui Yang Berhormat bagi Seputeh yang membangkitkan kes ini semasa perbahasan yang lalu. RELA telah menyemak kes ini dengan pendaftar Mahkamah Seksyen Shah Alam dan telah diperiksa nama dan nombor kad pengenalan tertuduh. Nonrirwanshah bin Mohd Nor, nombor kad pengenalan 830820-14-5807 dan Suresh a/l Mutusamy, nombor kad pengenalan 840731-08-6939 tidak dapat disahkan keanggotaannya kerana semakan melalui sistem pendaftar berkomputer, anggota RELA yang diwujudkan setiap tahun 2001, tidak ada dua nama DR. 5.11.2007 107

berkenaan sebagai anggota RELA. Mereka sekarang ditahan di penjara Sungai Buloh untuk siasatan lanjut dan akan dibicarakan semula pada 21 hingga 25 Januari 2008. Kes yang kedua, yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Seputeh ialah mengenai 10 anggota RELA yang pecah masuk rumah dan asrama pekerja asing di Taman Botani dan Taman Siu Chuan. Tuan Yang di-Pertua, 10 anggota RELA tersebut telah didakwa di mahkamah atas kes samun tetapi atas sebab tidak ada bukti yang kukuh maka kes tersebut ditolak oleh Timbalan Pendakwa Raya (TPP). Difahamkan kes ini telah dimajukan semula kepada pihak Pendakwa Raya Ipoh dan seterusnya ke pihak Pendakwa Raya Pejabat Peguam Negara untuk diambil tindakan. Sehingga sekarang masih lagi menunggu keputusan dari pihak pendakwa raya. Setelah diambil keterangan, mereka telah dibebaskan dengan ikat jamin. Untuk maklumat, pejabat RELA Negeri telah menggantungkan segala aktiviti-aktiviti dan penugasan mereka serta menarik kad keahlian RELA sehingga kes ini selesai. „ 1740 Semasa ditangkap, mereka tidak menjalankan operasi tegas iaitu operasi rasmi RELA tapi membuat operasi persendirian tanpa kebenaran pegawai RELA. Mengenai tuduhan Yang Berhormat Seputeh yang mengatakan anggota RELA telah memukul jurulatih karate Indonesia iaitu Donald Pieters Luther Kolobita dengan teruk dan ia adalah tidak benar sama sekali dan mengaibkan RELA. Jelas sekali pihak pembangkang tidak mengkaji dengan teliti setiap kes yang dibawa kepadanya terutamanya orang yang ingin mempergunakannya. Semua lapisan masyarakat tahu akan kes tersebut yang membabitkan anggota polis dan bukannya anggota RELA seperti yang didakwa oleh beliau. Tuan Yang di-Pertua, saya sekali lagi ingin mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan yang menyentuh Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri. Dato' Lim Bee Kau [Padang Serai]: [Bangun] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Padang Serai. Dato' Lim Bee Kau [Padang Serai]: Tuan Yang di-Pertua, Timbalan Menteri, apa yang saya sebut dalam ucapan saya berkenaan dengan permohonan sebuah pejabat imigresen di Kulim tidak ada diberi jawapan. Minta dapat diberikan jawapan. Terima kasih. Datuk Tan Chai Ho: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon maaf. Teks ucapan menggulung ini tidak ada jawapan untuk Yang Berhormat. Walau bagaimanapun, saya akan memberi jawapan secara bertulis. Tuan Yang di-Pertua, saya telah pun menjawab perkara-perkara yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat dan sekiranya terdapat perkara-perkara lain yang tidak disentuh dalam jawapan saya tadi, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri akan memberi perhatian terhadap perkara-perkara yang dibangkitkan itu. Sekian, terima kasih. DR. 5.11.2007 108

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Baik, terima kasih. Sekarang kita beralih ke Kementerian Kesihatan. Yang Berhormat Setiausaha Parlimen, sila.

5.41 ptg. Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan [Dato' Lee Kah Choon]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Tan Kok Wai [Cheras]: [Bangun] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Ya, Yang Berhormat ada peraturan mesyuarat? Tuan Tan Kok Wai [Cheras]: Ya Tuan Yang di-Pertua, saya menimbulkan satu perkara yang saya mohon pembetulan. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Atas peraturan mesyuarat mana satu? Tuan Tan Kok Wai [Cheras]: Ini mengenai satu soalan yang tersilap dijawab pada minggu yang lalu pada 29 Oktober. Berkaitan dengan satu soalan tambahan yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, sekarang merujuk kepada mana satu peraturan mesyuarat? Tuan Tan Kok Wai [Cheras]: Tak apalah kalau boleh Yang Berhormat Setiausaha Parlimen sebelum menjawab hujah-hujah untuk ditimbulkan oleh ahli-ahli yang lain, saya harap satu pembetulan dapat di... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, saya hendak tahu merujuk pada...? Tuan Tan Kok Wai [Cheras]: Kementerian Kesihatan. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon maaf... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Saya cadangkan nanti semasa Yang Berhormat Setiausaha Parlimen menjawab perkara berkaitan dengan soalan itu Yang Berhormat boleh kemukakan dan minta penjelasan. Tuan Tan Kok Wai [Cheras]: Dalam soal jawab pada minggu yang lalu, ini mengenai satu soalan tambahan yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Gombak di mana beliau... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat saya bersetuju, sekarang Setiausaha Parlimen diminta untuk menjawab perkara-perkara yang dikemukakan semasa perbahasan bajet. Jadi, saya bersetuju.... Tuan Tan Kok Wai [Cheras]: Soalan itu sudah dijawab tetapi silap dijawab, maka saya ingin memperbetulkan sama ada perkara ini adalah tidak... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang Berhormat ... DR. 5.11.2007 109

Tuan Tan Kok Wai [Cheras]: ..perkara ini penting kerana ia penyakit kanser dan juga vaksin. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, boleh saya benarkan tapi nanti tentu Yang Berhormat akan bangkitkan perkara-perkara berkaitan dengan apa yang bersama dengan.... Tuan Tan Kok Wai [Cheras]: Tak mungkin saya dapat... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Nanti Yang Berhormat boleh ambil kesempatan, jadi saya minta Yang Berhormat Setiausaha Parlimen teruskan jawapan. Semasa beliau menjawab dan ada peluang Yang Berhormat boleh minta penjelasan dan saya benarkan penjelasan itu. Tuan Tan Kok Wai [Cheras]: Okey, baik. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat Setiausaha Parlimen. Dato' Lee Kah Choon: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertama sekali saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian di dalam perbahasan Perbekalan 2008 yang menyentuh perkara-perkara yang berkaitan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya menyentuh tentang isu pesakit bayar penuh atau full paying patient seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat bagi Permatang Pauh, Yang Berhormat dari Batu Pahat dan Yang Berhormat daripada Ipoh Timor. Untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, Kementerian Kesihatan telah memperkenalkan skim ini bagi membolehkan pakar perubatan mendapatkan pendapatan tambahan dan seterusnya mengekalkan mereka dalam perkhidmatan awam. Dengan lebih ramai pakar perubatan yang berpengalaman dan mahir yang terus berkhidmat di hospital-hospital kerajaan yang secara tidak langsung akan dapat melatih dan melahirkan lebih ramai pakar perubatan yang berwibawa. Dengan adanya lebih ramai pakar perubatan, kualiti perkhidmatan perubatan juga akan dapat dipertingkatkan. Hasrat kerajaan adalah supaya pakar perubatan memilih untuk berkhidmat dengan kerajaan as their first choice of place to work. Skim pesakit bayar penuh ini mula dilaksanakan secara perintis pada 1 Ogos 2007 di dua buah hospital Kementerian Kesihatan iaitu di Hospital Putrajaya dan Hospital Selayang. Pelaksanaan skim ini di hospital-hospital kerajaan juga akan dapat mengurangkan beban kerajaan dalam membiayai perkhidmatan kesihatan dengan membolehkan pesakit yang berkemampuan untuk membiayai kos rawatan. Dengan konsep ini, pesakit-pesakit yang berkemampuan boleh memilih sama ada untuk mendapatkan perkhidmatan perubatan daripada hospital awam ataupun hospital swasta. Hospital-hospital kerajaan juga akan dapat memberikan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti dengan harga yang kompetitif. Tambahan pula konsep DR. 5.11.2007 110

ini juga merupakan langkah pertama dalam penstrukturan sistem penyampaian kesihatan dan meningkatkan imej hospital-hospital kerajaan. Walau bagaimanapun, pelaksanaan skim ini tetap tidak akan menjejaskan perkhidmatan kepada pesakit awam yang lain kerana layanan kepada semua kategori adalah berdasarkan kepada clinical consideration. Ini bermakna pesakit bagi skim ini yang dilihat lebih awal oleh pakar tidak semestinya akan diberikan rawatan atau diberikan giliran untuk menjalankan penyiasatan atau pembedahan lebih awal. Senarai menunggu yang sama akan tetap digunakan bagi semua pesakit pada waktu yang biasa. Selain daripada waktu bekerja yang biasa, pesakit bagi skim ini boleh berjumpa dengan pakar perubatan yang dipilihnya selepas waktu pejabat atau pada hari Sabtu yang telah ditetapkan oleh pengurusan hospital. Kementerian Kesihatan akan terus memantau dan mengkaji keberkesanan pelaksanaan skim ini sebelum melaksanakannya di semua hospital kerajaan yang menyediakan perkhidmatan kepakaran. Berhubung penubuhan sayap swasta di hospital kerajaan, untuk makluman Yang Berhormat, penubuhan sayap swasta di hospital kerajaan pada masa ini tidak melibatkan hospital-hospital di bawah Kementerian Kesihatan kerana ia hanya terdapat di hospital kerajaan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Sandakan menyatakan kebimbangan beliau berhubung isu kebanjiran pendatang asing ke Malaysia. Kesan kebanjiran pendatang asing ini boleh dilihat di hospital-hospital dan klinik-klinik kerajaan. Untuk makluman Yang Berhormat, dalam memberikan rawatan perubatan, adalah menjadi dasar kementerian untuk tidak membeza- bezakan sama ada seseorang itu merupakan warga negara atau bukan warganegara. Apa yang membezakan mereka adalah kadar dan caj rawatan yang dikenakan kepada mereka, di mana bukan warganegara akan dikenakan caj rawatan yang lebih tinggi. Sehingga kini selain daripada perintah fi yang mengenakan caj terhadap warga asing yang datang mendapatkan perkhidmatan tertentu di hospital dan klinik kesihatan kerajaan, kementerian tidak mengeluarkan sebarang polisi lain berkaitan dengan penyediaan perkhidmatan kesihatan kepada warga asing. Dengan kata lain, tiada sebarang polisi yang menawarkan sebarang keistimewaan kepada warga asing atau menafikan hak warganegara sendiri untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan. Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: [Bangun] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Kepong. Dato' Lee Kah Choon: Biar saya habiskan satu paragraph lagi. Setiap pesakit yang datang ke hospital ataupun ke klinik kesihatan tidak akan ditolak daripada mendapat perkhidmatan kesihatan. Sila. Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Tuan Yang di-Pertua, penjelasan. Masalah pendatang akan menjadi lebih rumit pada masa hadapan dan bolehkah Yang Berhormat memberi angka yang dipunyai oleh pihak kementerian mengenai bilangan pendatang yang dapat rawatan di DR. 5.11.2007 111

hospital, di klinik di seluruh negara dan ini bilangan akan bertambah dan bukan sahaja masalah kesihatan tapi semua aspek akan menjadi lebih rumit, lebih serius. ■1750 Dato' Lee Kah Choon: Terima kasih Yang Berhormat. Kita memang ada statistik itu cuma ini adalah satu statistik spesifik. Ia tidak ada dengan saya tetapi dengan keseluruhannya, hanya beberapa negeri terutamanya Sabah yang mempunyai pesakit pendatang asing yang banyak. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat bagi Pendang. Dr. Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Setiausaha Parlimen. Tadi disebut tentang pendatang asing ini akan dikenakan bayaran yang lebih apabila mendapat rawatan daripada hospital kerajaan. Jadi soalan yang ingin saya tanya, apakah kalau sekiranya pendatang asing ini mungkin alamat mereka pun tidak lengkap dan kita tidak tahu mereka duduk di mana ataupun mereka datang ikut untuk membuat kerja- kerja kontrak kemudian syarikat-syarikat tersebut pun bila habis sesuatu projek, dia akan pergi ke tempat lain. Setakat ini, apakah jumlah kutipan ini boleh dikutip oleh Kementerian Kesihatan ataupun selepas mereka mendapatkan rawatan, mereka cuma lari dan tidak membayar sebagaimana penduduk-penduduk tetap di negara ini membayar kerana kita mempunyai identifikasi yang lengkap, itu soalan pertama. Yang kedua, oleh sebab kebanjiran pendatang asing sekarang di utara tanah air, di tempat saya di Hospital Alor Star yang baru pun sekarang ini kita menghadapi masalah. Misalnya baru ini saya jumpa dengan mereka yang berada di wad bersalin. Pesakit terpaksa duduk di atas kerusi sebelum mereka ini dimasukkan ke dalam labor room. Ini merupakan satu perkara yang saya rasa cukup serius yang perlu diberi perhatian oleh kementerian. Biasanya kita letakkan di dalam wad, mereka berbaring di atas katil tapi ini duduk di atas kerusi sebelum mereka dihantar ke labor room ini merupakan satu penderitaan yang cukup berat kepada ibu-ibu yang bakal hendak bersalin. Saya harap kementerian memberi perhatian pada perkara ini. Terima kasih. Dato' Lee Kah Choon: Terima kasih Yang Berhormat. Kita memang setuju bahawa pembayaran daripada pesakit pendatang asing ini memang menjadi satu cabaran bagi kita untuk memungut hasil-hasil daripada mereka. Ini adalah kerana kita tidak boleh menahan seseorang pesakit selepas dia dirawat. Kita terpaksa melepaskan beliau di atas dua sebab. Yang pertama itu kita memang tak ada kuasa untuk tahan dia, yang kedua kita kena lepaskan dia supaya katil yang diperlukan boleh digunakan oleh pesakit yang lain tetapi kita memang ambil tindakan seperti apabila mereka datang, sebelum mereka masuk ke hospital, pendaftaran mereka adalah lebih tinggi iaitu yuran atau fi pendaftaran mereka adalah lebih tinggi daripada warganegara Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, sebagaimana isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat bagi DR. 5.11.2007 112

Jerai yang meminta supaya pihak kementerian dapat memberikan perkhidmatan dengan caj yang termampu... Tuan Chong Hon Min [Sandakan]: Penjelasan. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Sandakan. Dato' Lee Kah Choon: Ya. Saya habiskan perenggan, saya akan bagi. Dengan caj yang termampu Kementerian Kesihatan memberikan jaminan bahawa ia akan terus memberikan pembiayaan secara subsidi kepada semua perkhidmatan yang disediakan di institusi kesihatan dengan caj yang dikenakan kepada pesakit pada kadar yang minimum. Di samping itu, bagi mana-mana pesakit yang masih tidak mampu dan tidak berupaya membayar bil yang dikenakan, terdapat kemudahan memohon bagi pengecualian pembayaran. Sila. Tuan Chong Hon Min [Sandakan]: Terima kasih Yang Berhormat Setiausaha Parlimen. Saya ingin tanya tentang masalah kekurangan doktor pakar perubatan di Hospital Duchess of Kent, Sandakan. Saya ada bangkitkan dalam perbahasan saya tempoh hari tapi belum ada lagi jawapan. Jadi saya mahu minta jawapan dari Yang Berhormat Setiausaha Parlimen tentang kekurangan doktor pakar perubatan di Hospital Duchess of Kent, Sandakan. Terima kasih. Dato' Lee Kah Choon: Terima kasih. Berkaitan dengan Hospital Duchess of Kent, ini adalah satu soalan yang spesifik tetapi saya akan sampai berkaitan dengan isu doktor-doktor dan juga kakitangan hospital kita dan ini adalah jawapan yang boleh diguna pakai di semua facility kerajaan terutamanya hospital kerajaan kita. Ia lebih kurang sama sebab di Sabah, Sarawak dan juga tempat-tempat pedalaman, kita memang menghadapi masalah berkaitan dengan kekurangan tenaga kerja yang kita perlukan. Saya akan sampai kepada itu dan saya akan bagi beberapa example atau misalan. Okey? Tuan Chong Hon Min [Sandakan]: Tapi saya ingin membangkitkan situasi di Sabah tentang kekurangan pakar perubatan ini. Saya diberitahu bahawa ada sebanyak 15 orang pakar perubatan di Hospital Queen Elizabeth di Kota Kinabalu sedangkan ada seorang sahaja di Hospital Duchess of Kent di Sandakan. Tambahan pula seorang pakar perubatan ini bukan tetap berkhidmat di Sandakan. Mereka ambil giliran selama dua minggu bergilir-gilir. Seorang berkhidmat dua minggu di Sandakan, nanti tukar lagi orang yang lain iaitu seorang pakar perubatan yang lain dari Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu tapi ini akan menjejaskan khidmat perubatan kepada pesakit-pesakit di Sandakan khususnya dikatakan tidak ada continuality. Ini yang mereka bangkitkanlah. Jadi, minta penjelasan. Itu permintaanlah dari rakyat jelata di Sandakan bahawa mereka meminta supaya ada seorang atau dua orang pakar perubatan yang tetap berkhidmat di hospital tersebut. Sekian, terima kasih. Dato' Lee Kah Choon: Terima kasih Yang Berhormat. Seperti yang saya terangkan tadi, kita memang menghadapi tenaga kerja yang tak mencukupi. Begitu juga dengan pakar-pakar dan apa yang kita adakan dengan kaedah yang sedia ada adalah bahawa kita akan meminta pakar- pakar yang di tempatkan di Kota Kinabalu iaitu Queen Elizabeth di mana mereka akan go on DR. 5.11.2007 113

circuit dengan izin di mana mereka akan pergi ke hospital-hospital di luar bandar ini bergilir supaya mereka boleh memberikan perkhidmatan kepakaran ini tetapi kita mesti tempatkan mereka di Kota Kinabalu di Queen Elizabeth kerana Hospital Queen Elizabeth adalah satu hospital pakar tetapi bukan semua hospital itu dia ada hospital pakar kerana kita tak cukup pakar di negara kita ini. Tuan Yang di-Pertua, menyentuh tentang standard perkhidmatan di hospital dan klinik kerajaan sebagaimana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat bagi Gombak, Kementerian Kesihatan sentiasa berusaha meningkatkan kualiti perkhidmatan perubatan dan kesihatan secara berterusan. Perkhidmatan perubatan boleh diperoleh oleh semua penduduk di seluruh negara sesuai dengan keperluan pesakit. Perkhidmatan disediakan secara efektif, efisien dengan kos yang dapat dibiayai dan mesra pelanggan. Pelbagai program peningkatan kualiti telah dilaksanakan bagi mengukur pencapaian kualiti termasuk pengauditan perkhidmatan melalui akreditasi, MS ISO, free operative mortality reviews, pengukuran indicator perkhidmatan, national intensive care audit, kawalan Infeksi serta program meningkatkan budaya mesra serta menghormati pelanggan. Pelaksanaan benchmarking hospital seperti yang dilakukan di luar negara seperti yang dicadangkan supaya dilaksanakan mungkin perlu diubahsuai mengikut peringkat dan jenis-jenis kepakaran yang disediakan. Sehingga 1 November 2007, sebanyak 71 buah hospital dan dua buah institusi telah mendapat akreditasi. Yang Berhormat bagi Gombak turut meminta penjelasan kementerian berhubung beberapa isu seperti masa menunggu, kualiti pemeriksaan doktor dan kemampuan doktor dalam mendiagnosis pesakit di Jabatan Pesakit Luar. ■1800 Untuk makluman Yang Berhormat bagi Gombak, memang tidak dinafikan bahawa masalah masa menunggu masih lagi merupakan rungutan utama yang sering dikemukakan oleh pelanggan di Jabatan Pesakit Luar. Pertambahan bilangan pelanggan yang hadir dan jumlah pegawai perubatan dan paramedik yang tidak mencukupi adalah antara sebab utama kepada permasalahan ini dan keadaan ini dijangka akan berterusan. Walau bagaimanapun, pihak kementerian telah berusaha untuk mengatasi masalah ini dengan mengambil beberapa inisiatif seperti meningkatkan bilangan pegawai perubatan dan paramedik di Jabatan Pesakit Luar mengikut keperluan dari semasa ke semasa serta memastikan perkhidmatan disampaikan dalam bentuk yang lebih berintegrasi supaya rakyat dapat menerima perkhidmatan yang lebih komprehensif dengan cekap dan berkesan. Dato' Markiman bin Kobiran [Hulu Langat]: [Bangun] Dato' Lee Kah Choon: Sila. Dato' Markiman bin Kobiran [Hulu Langat]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Setiausaha Parlimen. Masih berkenaan dengan waktu menunggu yang lama. Untuk makluman Yang Berhormat Setiausaha Parlimen, ia bukan hanya di tempat-tempat DR. 5.11.2007 114

rawatan kecemasan tetapi saya ingin memaklumkan bahawa terdapat di klinik-klinik desa atau di pusat kesihatan besar bagi beberapa kawasan Parlimen yang saya kunjungi Yang Berhormat. Ada tarikh atau hari tertentu yang dikhaskan terutama sekali untuk para pesara kerajaan yang mendapat rawatan percuma. Pesakit-pesakit terpaksa datang terlalu awal hingga ada ketikanya 6.30 pagi terpaksa berbaris dan menunggu untuk mendapat nombor giliran. Jika datang lewat nombor giliran sudah habis, mereka tidak akan mendapat rawatan pada hari tersebut. Klinik-klinik ini juga memberi rawatan kepada ibu-ibu yang mengandung, orang-orang yang kurang upaya. Apabila berlaku keadaan sebegini berlaku perebutan, apabila pintu dibuka masing-masing berebut-rebut dan mengakibatkan orang-orang cacat, orang-orang yang kurang upaya ini tidak mendapat layanan yang sempurna. Apa tindakan Yang Berhormat bagi pihak kementerian bagi memastikan mereka ini mendapat layanan yang berasingan daripada rakyat yang agak cergas yang sihat. Terima kasih Setiausaha Parlimen, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dato' Lee Kah Choon: Terima kasih Yang Berhormat. Berkaitan dengan masa... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, bolehkah saya dapat tahu berapa lama agak? Dato' Lee Kah Choon: Saya punya cepat sahaja. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Agak lagi perlukan setengah jam? Dato' Lee Kah Choon: Kurang daripada itu. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Baik, okey terus. Dato' Lee Kah Choon: Terima kasih Yang Berhormat. Berkaitan dengan masa menunggu ini, maklum balas daripada kaji selidik kita, kita dapati masa menunggu di klinik-klinik kesihatan kita memang bukan satu masalah yang besar cuma kita hadapi cabaran terutamanya di hospital-hospital negeri. Kadang-kadang kita di hospital di facility kita ada bagi masa temu duga mereka iaitu appointment bagi mereka tetapi kaedah ini tidak berapa berjaya. Ini adalah kerana ada sebilangan besar daripada pesakit-pesakit kita yang datang kepada facility kita, mereka tidak dapat menemui appointment itu kerana pada masa mereka datang ke hospital kita mereka ikut anak-anak mereka apabila pergi kerja. Ini bermakna kalau anak-anak mereka pergi kerja, mereka tumpang kenderaan mereka. Kadang-kadang kita bagi mereka masa temu duga adalah pukul 10.00 misal kata dia akan datang juga pukul 8.00 dan sebagainya. Selepas itu, mereka akan tunggu di sana sampailah pukul 2.00 pada masa tengah hari barulah mereka dapat balik. Ini adalah apa yang kita dapati tetapi kita tidak menafikan bahawa memang ada klinik-klinik yang tertentu terutamanya klinik- klinik yang sangat-sangat sibuk, mereka memang ada menghadapi cabaran berkaitan dengan masa menunggu ini. DR. 5.11.2007 115

Kita sentiasa ambil maklum balas daripada klinik-klinik kita dan apabila kita dapati perkara seumpama ini terjadi kita akan tengok bagaimana kita dapat meningkatkan ruang di klinik itu dan pada masa yang sama menambahkan kakitangan di klinik tersebut. Tuan Yang di-Pertua, di samping itu pada setiap tahun, setiap klinik kesihatan termasuk Jabatan Pesakit Luar digalakkan supaya menjalankan kajian kepuasan pelanggan yang mana elemen menunggu adalah di antara beberapa perkara utama yang dilihat. Hasil daripada kajian tersebut, langkah-langkah penambahbaikan akan dikenal pasti bagi memperbaiki dan meningkatkan lagi mutu perkhidmatan.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Yusof bin Yacob) mempengerusikan Mesyuarat]

Tuan Yang di-Pertua, berhubung dakwaan yang mengatakan bahawa terdapat mesin MRI yang tidak dapat beroperasi di Hospital Kuala Lumpur, ingin dimaklumkan di sini bahawa kedua-dua mesin MRI di Hospital Kuala Lumpur dapat berfungsi dengan baik. Kemungkinan sebagaimana dakwaan Yang Berhormat bagi Batu Pahat adalah salah satu mesin tersebut tidak dapat digunakan pada waktu tertentu berikutan pada masa tersebut. Proses penyelenggaraan sedang dilakukan dan penyelenggaraan terhadap mesin ini dilakukan dua kali dalam setahun. Berhubung isu mesin hemodialisis di Hospital Pitas sebagaimana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat bagi Kudat, pihak kementerian akan mempertimbangkan permohonan Yang Berhormat bagi Kudat untuk memulakan perkhidmatan dialisis di hospital tersebut. Menyentuh isu kekurangan pegawai perubatan sebagaimana yang disentuh oleh Yang Berhormat bagi Sandakan, pada masa ini terdapat 10 orang pakar dalam pelbagai bidang di Hospital Sandakan yang meliputi seorang atau dua orang pakar bagi setiap bidang. Pihak kementerian sememangnya prihatin dengan masalah kekurangan pakar di Hospital Sandakan. Kementerian telah mengenal pasti seorang pakar perubatan untuk ditempatkan di Hospital Sandakan, namun malangnya beliau telah meletakkan jawatan. Semasa urusan kenaikan pangkat yang dibuat baru-baru ini, seramai tiga orang pakar telah dikenal pasti untuk ditempatkan di hospital tersebut. Walau bagaimanapun ketiga-tiga pegawai tersebut tidak melaporkan diri di hospital berkenaan. Pelbagai usaha telah dibuat oleh kementerian untuk memastikan setiap hospital mendapat khidmat doktor dalam jumlah yang mencukupi termasuk mendapatkan khidmat doktor kontrak warga asing. Untuk makluman Yang Berhormat, pembahagian penempatan di semua hospital kementerian kesihatan termasuk Kota Kinabalu, Tawau dan Sandakan adalah untuk menempatkan sekurang-kurangnya dua orang pakar bagi setiap bidang. Antara kaedah dan kriteria penempatan pegawai-pegawai perubatan di Sabah khususnya di Kota Kinabalu, Tawau dan Sandakan adalah berdasarkan kepada keperluan projek-projek pembangunan dan pertambahan beban tugas serta peratusan kekosongan jawatan. DR. 5.11.2007 116

Berhubung masalah dewan bedah sebagaimana yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat bagi Rasah, dimaklumkan bahawa terdapat 10 buah dewan bedah di Hospital Tuanku Jaafar dan lapan buah daripadanya digunakan sepenuhnya pada waktu bekerja. Manakala dua buah lagi tidak dapat digunakan terdapat di Jabatan Kecemasan pada masa ini ia sedang diubahsuai dan akan berfungsi sepenuhnya sebelum hujung tahun 2007. Usaha untuk menambahkan bilangan jururawat sedang giat dilakukan bagi membolehkan dua buah dewan bedah di HTJ dapat dibuka secara 24 jam bagi mengendalikan kes-kes kecemasan. Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan ubat-ubatan yang digunakan di facility Kementerian Kesihatan, kementerian memang mempunyai piawaiannya sendiri bagi memastikan ubat-ubatan yang dibekalkan adalah bermutu tinggi kerana ia dikawal dan dipantau oleh Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan. Berhubung cadangan Yang Berhormat yang meminta kementerian menggunakan ubat-ubatan yang berkualiti walaupun berharga mahal, senarai ubat- ubatan yang mahal boleh di prescribe bagi pesakit yang datang ke klinik dan akan dikaji semula dari semasa ke semasa mengikut keperluan. Yang Berhormat bagi Gombak turut meminta penjelasan kementerian berhubung beberapa isu perkhidmatan ambulans dan kecemasan, sama ada pemandu-pemandu ambulans telah diberikan latihan dan pendedahan asas seperti pertolongan cemas bagi menyelamatkan nyawa. ■1810 Untuk makluman Yang Berhormat, sejajar dengan hasrat kementerian untuk meningkatkan lagi tahap perkhidmatan ambulans dan kecemasan, satu langkah telah diambil untuk melatih dan meningkatkan lagi pengetahuan pemandu ambulans. Satu kursus khas yang dikenali sebagai Kursus Pemanduan Ambulans telah dibangunkan bagi tujuan ini. Kursus Pemanduan Ambulans telah dimulakan pada bulan Oktober 2007. Seramai 40 orang pemandu ambulans dari klinik kesihatan dan hospital bagi Zon Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Hospital Kuala Lumpur, dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan dilatih, dan seramai 40 orang pemandu lagi akan dilatih pada bulan November 2007. Latihan kepada pemandu ambulans yang selebihnya akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat. Untuk maklumat Yang Berhormat Gombak, dan Yang Berhormat Batu Pahat, pihak Kementerian sentiasa prihatin di atas prospek kerjaya pegawai-pegawai pakar perubatan. Sebagai buktinya, banyak jawatan-jawatan kenaikan pangkat telah diwujudkan dan pada masa ini kementerian sedang melaksanakan urusan kenaikan pangkat pakar-pakar ini sebaik sahaja mereka diwartakan sebagai pakar klinikal. Ingin saya nyatakan di sini bahawa pakar-pakar perubatan adalah tertakluk kepada skim- skim perkhidmatan yang sedang berkuat kuasa. Walau bagaimanapun, kementerian sentiasa prihatin terhadap kebajikan mereka dan kementerian telah pun mewujudkan banyak jawatan- DR. 5.11.2007 117

jawatan kenaikan pangkat kepada mereka dan sentiasa memastikan jawatan-jawatan kenaikan pangkat di isi sewajarnya. Untuk maklumat Ipoh Timor, dasar penempatan gaji adalah terletak di bawah bidang kuasa Jabatan Perkhidmatan Awam. Walau bagaimanapun, kementerian dari semasa ke semasa akan memperbaiki terma-terma dan syarat-syarat perkhidmatan kepada pegawai- pegawai perubatan dan kumpulan-kumpulan separa perubatan yang lain sejajar dengan dasar kementerian untuk mengekalkan mereka supaya terus berkhidmat dengan kerajaan. Tuan Yang di Pertua, Yang Berhormat bagi Kuala Krau meminta kementerian menyatakan, berapa ramaikah pakar perubatan rakyat Malaysia yang sedang bekerja di luar negara, dan apakah insentif yang akan diberikan jika mereka kembali dan berkhidmat semula di Malaysia? Untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian Kesihatan tidak mempunyai data tentang bilangan pakar warganegara Malaysia yang berkhidmat di luar negara. Walau bagaimanapun, bagi menggalakkan pakar warganegara Malaysia kembali dan berkhidmat semula di Malaysia, Kementerian Kesihatan bekerjasama dengan Kementerian Sumber Manusia melalui program menggalakkan warganegara Malaysia yang berkepakaran, yang bekerja di luar negara pulang ke Malaysia untuk berkhidmat sebagai doktor di hospital-hospital kerajaan. Di antara insentif yang diterima oleh mereka di bawah program ini adalah seperti berikut: (i) isteri atau suami dan anak pemohon yang bukan rakyat Malaysia diberi taraf pemastautin tetap dalam tempoh enam bulan selepas balik ke Malaysia; (ii) anak-anak pemohon yang sedia ada diberikan kelonggaran memasuki sekolah antarabangsa apabila kembali ke Malaysia; dan (iii) isteri atau suami pemohon yang mempunyai kelulusan yang di iktiraf dan mempunyai kepakaran yang diperlukan industri dibenarkan memohon pas pengajian di Jabatan Imigresen Malaysia. Yang Berhormat Maran membangkitkan isu kekurangan anggota kesihatan terutamanya pegawai perubatan di luar bandar. Untuk makluman Yang Berhormat, penempatan pegawai perubatan di seluruh negara dilakukan berdasarkan kepada beban kerja sesuatu facility kesihatan yang telah disediakan. Antara punca masalah pengisian kekosongan jawatan di sesuatu facility kesihatan itu termasuklah ,kadar output semasa pegawai perubatan yang dihasilkan oleh institusi pengajian tinggi di dalam dan luar negara serta pegawai perubatan yang menamatkan perkhidmatan dengan kerajaan. Walau bagaimanapun, kementerian sentiasa memandang serius kepada perkara ini dan akan mengisi jawatan-jawatan yang sedia ada dari semasa ke semasa, selaras dengan hasrat untuk memastikan semua rakyat Malaysia dapat mengakses kepada perkhidmatan dan rawatan kesihatan yang sempurna. DR. 5.11.2007 118

Yang Berhormat Maran turut meminta supaya membina sebuah hospital di Daerah Maran. Untuk makluman Yang Berhormat, Daerah Maran telah pun mempunyai sebuah hospital iaitu Hospital Jengka, namun ia terletak kira-kira 55 kilometer daripada Bandar Maran. Pembinaan hospital ini akan dipohon di bawah Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan. Berhubung isu yang dibangkitkan Yang Berhormat Batu Pahat, yang melahirkan kebimbangan tentang tahap kebersihan dan kualiti makanan di premis-premis makanan berikutan pekerjanya terdiri daripada ramai pekerja asing yang diragui tahap kesihatan mereka. Ingin dinyatakan di sini bahawa kementerian mensyaratkan bahawa pekerja asing yang bekerja di negara ini telah menjalani pemeriksaan di negara sumber dan di periksa kesihatannya dalam masa 30 hari selepas ketibaan. Di samping itu, mereka juga disyaratkan mengikuti kursus pengendalian makanan, menerima suntikan tifoid serta pemeriksaan kesihatan sebelum mereka dibenarkan bekerja sebagai pengendali makanan. Yang Berhormat bagi Muar, telah mencadangkan supaya aktiviti-aktiviti Program Sihat Tanpa AIDS atau PROSA dan Kempen Cara Hidup Sihat hendaklah turut memfokuskan kepada remaja yang berumur di antara 13 hingga 25 tahun. Beliau turut menyatakan bahawa Kempen Anti Merokok “Tak Nak” yang menggunakan peruntukan RM17 juta adalah tidak berkesan. Untuk maklumat Yang Berhormat, aktiviti-aktiviti PROSA dan Kempen Cara Hidup Sihat sememangnya ditumpukan khusus kepada remaja yang berumur lingkungan 13 hingga 25 tahun. Selain itu seramai 81,956 remaja telah diberikan Latihan Pembimbing Rakan Sebaya pada akhir tahun 2006. Hasilnya remaja yang telah diberikan latihan tersebut pada masa ini, didapati bergiat aktif membantu kerajaan dalam menangani pencegahan HIV, AIDS sekali gus membantu menyemarakkan Kempen Cara Hidup Sihat. Selain itu aktiviti PROSA juga turut melaksanakan aktiviti seperti Temu Seru, kaunseling, job in centre dan aktiviti-aktiviti lain dalam membantu para remaja di negara ini mendapatkan bimbingan. Satu kajian mengenai HIV dan AIDS, Related Knowledge Attitude and Practices Finding from Nationwide Survey yang telah dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 2005 - 2006, mendapati bahawa 17% maklumat mengenai HIV dan AIDS yang diperolehi remaja adalah melalui PROSA. Manakala Kempen Anti Merokok “Tak Nak” telah dijalankan sejak tahun 2004, dengan menggunakan pendekatan media sebagai saluran menyampaikan maklumat kepada kumpulan sasar. Satu Kajian Penilaian Kempen Media telah dijalankan dan hasil kajian mendapati bahawa kempen tersebut telah berjaya mencapai matlamat untuk meningkatkan kesedaran dan menimbulkan hasrat untuk berhenti merokok. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Yusof bin Yacob]: Panjang lagi ke Yang Berhormat? Dato’ Lee Kah Choon: Dua minit sahaja. Di antara kajian mendapati bahawa, pertama, tahap pendedahan perokok bukan perokok dan remaja terhadap kempen ini adalah melebihi 90%. Kedua, tahap pengetahuan mengenai penyakit akibat merokok di kalangan perokok bukan DR. 5.11.2007 119

perokok dan remaja adalah melebihi 90%. Ketiga, kempen ini amat bermakna kepada bukan perokok iaitu 77.5% remaja, 72.3% dan perokok 35% dan sebagainya. Tuan Yang di Pertua, akhir kata saya sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada Ahli- ahli Yang Berhormat kerana telah mengemukakan... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Yusof bin Yacob]: Ya, Yang Berhormat Cheras. Hendak bagi jalan, dengan Kuala Selangor. Dato’ Lee Kah Choon: Sila. Tuan Tan Kok Wai [Cheras]: Terima kasih Tuan Yang di Pertua. Saya merujuk kepada satu soalan yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat Gombak pada minggu yang lalu 29 Oktober, di mana beliau ada bertanya kepada Yang Berhormat mengenai satu vaksin baru bagi mencegah itu penyakit kanser pangkal rahim ataupun cervical cancer... ■1820 Beliau juga bertanya sama ada Kementerian Kesihatan ingin menggunakan vaksin ini bagi pencegahan penyakit barah itu. Dan dalam jawapan Yang Berhormat Setiausaha Parlimen, beliau ada berkata bahawa kerajaan masih meneliti kesesuaiannya untuk digunakan di kalangan wanita, iaitu kesesuaian vaksin itu dan ia memerlukan masa untuk kita menilai keberkesanannya. Tuan Yang di-Pertua, memandangkan jawapan ini tidak memberikan satu gambaran Yang Berhormat tidak pastikan, tidak memastikan sama ada vaksin ini boleh digunakan ataupun tidak, berkesan ataupun tidak, masih dalam kajian kementerian dan sedang diteliti. Maka kenyataan ini telah menimbulkan banyak kekeliruan di kalangan kaum wanita kerana pada pengetahuan saya Tuan Yang di-Pertua, vaksin cervical cancer ini, yang buatan Amerika Syarikat ini telah pun diluluskan oleh Kementerian Kesihatan setahun yang lalu. Maka kalau vaksin ini telah diluluskan untuk kegunaan, tidak pun Yang Berhormat bercakap sedemikian bahawa keberkesanannya belum ditetapkan lagi, kerana saya juga difahamkan sudah beribu- ribu kaum wanita telah mengambil vaksin ini yang berharga mahal. Maka saya ingin bertanya Yang Berhormat untuk membetulkan kenyataannya sama ada vaksin ini adalah berkesan ataupun tidak. Saya juga ingin tanya Yang Berhormat, adakah kemungkinan kerana di negara-negara Amerika Syarikat dan Australia misalnya, vaksin ini diberikan secara percuma kepada kaum wanita berumur 12 tahun ke atas. Bolehkah Kerajaan Malaysia berbuat demikian kerana penyakit ini adalah satu penyakit parah di kalangan kaum wanita yang cukup serius. Terima kasih. Dato’ Lee Kah Choon: Terima kasih Yang Berhormat. Vaksin ini harganya agak mahal seperti yang dikatakan tadi iaitu lebih daripada RM1,000. Dan berkaitan dengan keberkesanannya, memang setakat ini kita tidak dapat satu conclusive evidence yang mengatakan vaksin ini adalah sesuai untuk semua umur wanita kerana apa yang dijalankan, clinical trial yang dijalankan adalah tertumpu pada age grouping yang berlainan. Ada yang mengatakan age grouping yang tertentu yang boleh sesuai, dan ada yang mengatakan age DR. 5.11.2007 120

grouping tertentu pula yang tidak sesuai atau tidak conclusive mengatakan, bahawa vaksin ini boleh mencegah barah cervical ini. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, Kuala Selangor. Tuan Mohd. Daud bin Tarihep [Kuala Selangor]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ada bangkitkan isu tentang status pembinaan hospital Kuala Selangor bertaraf pakar. Apa kedudukannya? Terima kasih Yang Berhormat Setiausaha Parlimen. Dato’ Lee Kah Choon: Terima kasih Yang Berhormat. Berkaitan dengan isu itu, saya akan dapatkan maklumat dan saya akan berikan secara bertulis sebab ini adalah spesifik kepada kawasan Yang Berhormat. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya Sabak Bernam, nak bagi jalan Yang Berhormat? Dato’ Haji Mat Yasir bin Haji Ikhsan [Sabak Bernam]: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Setiausaha Parlimen. Sikit sahaja Tuan Yang di-Pertua, ini saya rasa sangat penting, ini kempen kita berkaitan. Rokok ini, saya rasa kempen ini sebenarnya kita buat bersungguh-sungguh tetapi tidak berapa berkesan. Saya hendak mencadangkan Tuan Yang di-Pertua, ini sangat penting, saya ingat jurus kepada sekolah, ada kerjasama dengan sekolah, dia ada tiga kumpulan di situ. Yang pertama, yang memang memerlukan untuk diberikan perhatian khusus, ini memang kita tahu, you fokus kepada ini. Yang keduanya, yang kurang perlu, sekali-sekala cuba. Yang kumpulan yang ketiga, dia tidak perlu, makna it’s okay. Jadi saya minta kementerian supaya fokus kepada yang benar-benar perlu kerana mereka ini akhirnya jadi belia, kalau kita tidak sentuh memang dia akan terus merokok. Saya minta reaksi daripada Yang Berhormat Setiausaha Parlimen, program khusus mengenai kempen anti rokok ini. Tuan Bernard S. Maraat @ Ben [Pensiangan]: Boleh sekali ke? Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya nak bagi jalan? Pensiangan ya, pendek sahaja Yang Berhormat, ringkas. Tuan Bernard S. Maraat @ Ben [Pensiangan]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Setiausaha Parlimen. Saya hendak tanya satu, mengenai dengan pelan tindakan, blueprint mengenai dengan Kementerian Kesihatan ini, mengenai dengan pakar- pakar, doktor dan sebagainya. Yang kedua, saya bangkitkan soalan mengenai dengan klinik desa di kawasan saya. Saya telah mendapat surat daripada kementerian dan dijawab dalam Dewan yang mulia ini, iaitu klinik desa Inanam dan klinik desa Salung yang kedua-dua mendapat peruntukan RM1.5 juta. Saya ingin tahu kenapa dua klinik desa ini ditarik sedangkan kita betul-betul memerlukan klinik desa kesihatan ini di kawasan saya yang memang terpencil sekali dan memerlukan klinik-klinik ini. Terima kasih. DR. 5.11.2007 121

Dato’ Lee Kah Choon: Terima kasih Yang Berhormat. Berkaitan dengan menumpukan perhatian kita kepada pelajar, berkaitan dengan Kempen Tak Nak ini. Saya memang bersetuju dengan Yang Berhormat bahawa kita kena memberi maklumat yang tepat supaya anak-anak kita tidak ditipu menjadi perokok seumur hidup. Sebab kadang- kadang bila pressure, kadang-kadang ditipu oleh kawan-kawan mereka atau dengan kilang- kilang rokok ini, mereka telah mencuba untuk menghisap rokok ini. Dan apabila mereka ketagih kepada rokok ini, mereka susah untuk berhenti merokok. Dan kita telah menjalankan banyak kempen bersama-sama Yang Berhormat-Yang Berhormat wakil rakyat di kawasan mereka supaya kita masuk ke sekolah dengan persetujuan Kementerian Pelajaran untuk menjalankan kempen kita. Untuk masa yang akan datang, dengan kerjasama daripada wakil rakyat, kita akan mempertingkatkan usaha ini. Berkaitan dengan Yang Berhormat dari Pensiangan, berkaitan dengan klinik kedua-dua itu. Saya akan buat semakan dan saya akan datang balik secara bertulis kepada Yang Berhormat Pensiangan. Akhir kata saya sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengemukakan pelbagai cadangan, teguran dan saranan kepada Kementerian Kesihatan sepanjang sesi perbahasan Perbekalan 2008 ini berlangsung. Sesungguhnya segala cadangan, teguran dan saranan ini akan diambil perhatian serta tindakan oleh Kementerian Kesihatan bagi memastikan kementerian ini dapat menjalankan fungsinya dengan cekap dan berkesan. Sekian, terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Baiklah, sekarang saya jemput Kementerian Belia dan Sukan. Ya Yang Berhormat Menteri, sila.

6.28 ptg. Menteri Belia dan Sukan [Datuk Azalina binti Othman Said]: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat di atas pandangan, pendapat, pertanyaan, teguran dan cadangan yang membina ke arah memantapkan lagi peranan dan tanggungjawab Kementerian Belia dan Sukan sempena perbahasan Bajet 2008 ini. Tuan Yang di-Pertua, saya merujuk kepada aspek pembangunan sukan dahulu. Yang Berhormat daripada Ketereh dan Yang Berhormat Sri Gading telah menimbulkan pandangan mengenai barisan kepimpinan terbaru Persatuan Bola Sepak Malaysia dan menyoal, adakah kepimpinan baru tersebut dapat meningkatkan mutu bola sepak. Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya Mesyuarat Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia pada 9 September 2007 mewujudkan muka-muka baru dalam arena bola sepak Malaysia. Kementerian mempunyai penuh keyakinan bahawa kepimpinan-kepimpinan baru ini dapat membawa perubahan dan insya-Allah dapat meningkatkan lagi mutu bola sepak dalam negara DR. 5.11.2007 122

kita. Walau bagaimanapun kita dapat lihat bahawa idea dan strategi baru yang hendak diwujudkan ini sudah tentu akan membawa banyak kejayaan, dengan syarat bola sepak dapat dibawa bersama oleh masyarakat setempat terutama sekali masyarakat-masyarakat dan kepimpinan-kepimpinan masyarakat di kawasan setempat itu melihat bola sepak sebagai salah satu daripada sukan yang cukup penting dalam negara kita. Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri meletakkan sukan bola sepak sebagai salah satu daripada sukan teras prestasi tinggi, dan ini adalah langkah daripada kementerian untuk menjadikan bola sepak sebagai satu agenda nasional. Yang Berhormat daripada Kuala Krai pula telah mewujudkan permintaan agar diperkenalkan sukan-sukan yang bermutu dan berkualiti terutamanya di kawasan luar bandar. Tuan Yang di-Pertua, sememangnya kementerian sentiasa mengadakan pelbagai langkah dan program-program yang bermutu untuk menarik minat masyarakat bagi melibatkan diri dalam sukan. Antara strategi yang diwujudkan ialah kewujudan kelab sukan komuniti yang ditubuhkan di setiap DUN, dan telah dilaksanakan dalam sukan komuniti itu ialah mendekatkan rakyat kepada enam jenis sukan. ■1830 Bagi Kementerian Belia, sukan-sukan yang dilihat lebih perlu dipertekankan ialah sukan yang telah diletakkan di bawah definisi lapan sukan teras di bawah Jawatankuasa Kabinet Sukan. Yang Berhormat bagi Kinabatangan pula telah mewujudkan cadangan untuk membuat pelaburan dengan mewujudkan akademi sukan di setiap negeri dan sekurang-kurangnya tiga akademi di Semenanjung, Sabah dan juga Sarawak. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Kementerian Belia dan Sukan melalui Majlis Sukan Negara telah merancang untuk menubuhkan akademi serantau di peringkat zon dan akademi negeri. Majlis Sukan Negara telah mengenal pasti Kompleks Sukan Seberang Perai untuk dijadikan Akademi Serantau Zon Utara dan Kompleks Sukan Larkin sebagai Zon Selatan. Kedua-dua akademi ini dijangka akan mula beroperasi sepenuhnya pada bulan Januari 2008. Majlis Sukan Negara juga bersama dengan Majlis Sukan Negeri-negeri akan bekerjasama untuk menubuhkan akademi di peringkat negeri-negeri bagi beberapa jenis sukan yang spesifik. Setakat ini akademi bola sepak telah pun dilaksanakan di empat belas buah negeri di seluruh negara. Yang Berhormat bagi Kuala Terengganu pula mewujudkan pandangan sama ada sokongan daripada pihak keluarga mempengaruhi atlet dalam memenangi pingat dalam acara sukan. Sudah tentu Ahli-ahli Yang Berhormat kerana kalau kita memberi pendapat dan kita lihat daripada sudut yang positif, sokongan daripada keluarga memang dapat membantu atlet untuk mencapai kejayaan terutama sekali bagi sukan-sukan yang tertentu. Kementerian melihat DR. 5.11.2007 123

memang ada antara atlet kita yang berjaya pada hari ini adalah kerana mereka diberi sokongan yang begitu banyak oleh ibu bapa khasnya. Yang Berhormat bagi Batu Pahat pula mewujudkan permintaan agar kementerian memberikan perhatian dalam menjadikan sukan sebagai satu industri agar dapat membantu atlet-atlet apabila bersara kelak. Sebenarnya Ahli-ahli Yang Berhormat, Kementerian Belia dan Sukan melalui Majlis Sukan Negara telah mewujudkan Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan. Yayasan ini ditubuhkan bertujuan untuk mengatasi masalah ketiadaan dana khas yang sering dihadapi oleh atlet-atlet yang telah bersara. Kementerian Belia dan Sukan melalui Majlis Sukan Negara berharap daripada penubuhan Yayasan ini, atlet-atlet dapat bukan sahaja dibantu dalam aspek kebajikan mereka, tetapi juga dapat kita meletakkan atlet-atlet ini dalam satu keadaan yang dengan izin Tuan Yang di-Pertua dalam keadaan yang lebih bersifat comfortable memandangkan budaya Majlis Sukan Negara hari ini ialah sentiasa menawarkan atlet-atlet yang bersara untuk dijadikan juru latih-juru latih sama ada bagi sukan di peringkat pembangunan ataupun sukan dalam aspek prestasi tinggi. Yang Berhormat bagi Kinabatangan juga telah mewujudkan cadangan supaya atlet dipupuk daripada peringkat awal enam hingga tujuh tahun dengan pendekatan dan kemahiran- kemahiran sukan yang ingin diceburi. Terima kasih, kementerian ingin mengucapkan kepada Yang Berhormat. Memang dalam Jabatan Belia dan Sukan wujudnya Bahagian Pembangunan Sukan di mana kita memang memberi fokus kepada partisipasi sukan bagi semua umur masyarakat. Baru-baru ini kita telah perkenalkan program Rakan Muda Jiran Muda di kawasan- kawasan rukun tetangga dan Rakan Muda Kampung Baru di kawasan-kawasan kampung baru dengan harapan kemasukan anak-anak yang muda kepada partisipasi sukan boleh diwujudkan dalam premis-premis locality di mana tempat mereka tinggal. Kementerian Belia dan Sukan melihat program rakan muda dalam aspek sukan, program rakan muda ini adalah program yang terbaik kerana ini adalah program yang mendekatkan diri dengan kanak-kanak. Yang Berhormat daripada Gerik pula telah mewujudkan permintaan supaya kementerian menganjurkan sukan motocross dua kali setahun di litar Gerik Perak. Sememangnya kementerian menyambut baik terhadap minat yang ditunjukkan oleh Yang Berhormat bagi mengadakan penganjuran sukan motocross dua kali setahun di Litar Gerik. Walau bagaimanapun, ia bergantung pada beberapa faktor. Antaranya faktor kewangan dan kekurangan tenaga teknikal bagi tujuan penganjuran tersebut. Selain daripada peruntukan yang diberikan oleh kementerian melalui Jabatan Belia dan Sukan Negeri-negeri, kementerian juga menggalakkan persatuan dan kelab-kelab sukan bermotor untuk menganjurkan sukan dengan lebih kerap melalui tajaan-tajaan daripada pihak swasta. Untuk maklumat penganjuran seumpama ini turut diadakan di litar-litar motocross di beberapa buah negeri yang lain. Yang Berhormat daripada Tenom pula mewujudkan cadangan supaya menjadikan Tenom sebagai pusat sukan ekstrem antarabangsa. Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan, DR. 5.11.2007 124

tumpuan diberikan kepada projek pembangunan pusat air dan kompleks sukan komuniti. Umumnya sebelum sesuatu projek pembangunan fizikal dilaksanakan, sesuatu kajian terperinci dan menyeluruh harus dilakukan. Kini projek pembangunan fizikal yang berkaitan sukan termasuk sukan ekstrem bukan sahaja dibina oleh pihak kerajaan malah juga dibangunkan oleh pihak swasta. Secara tidak langsung perkara ini dapat mengurangkan kebergantungan kepada kerajaan semata-mata. Walau bagaimanapun kementerian akan mengkaji kesesuaian cadangan yang disuarakan oleh Yang Berhormat. Yang Berhormat daripada Sepanggar pula mewujudkan dua permintaan, agar kerajaan memperuntukkan sekurang-kurangnya satu padang bola sepak percuma bagi setiap pekan ataupun mukim dan projek pembinaan kompleks sukan ekstrem di Likas yang terbengkalai dihidupkan semula dengan segera. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat-Yang Berhormat sekalian, buat masa sekarang, kementerian belum mempunyai perancangan untuk menyediakan padang bola sepak percuma bagi setiap pekan ataupun mukim. Walau bagaimanapun kementerian sedang melaksanakan projek pembinaan gelanggang sukan multi-court (pelbagai guna) di 300 kawasan di seluruh negara. Seterusnya berkenaan dengan kompleks sukan ekstrem di Likas yang dikatakan terbengkalai, untuk maklumat Yang Berhormat, gelanggang tersebut telah siap dibina pada 15 April 2004. Kerajaan juga akan menyelenggarakan gelanggang tersebut untuk aktiviti yang berkaitan dan memastikan aspek keselamatan diambil perhatian. Di samping itu juga, kementerian akan berbincang dengan pihak berkuasa tempatan dan agensi kementerian untuk proses penyerahan gelanggang tersebut agar dapat diselia, diurus dan dikawal dengan baik. Yang Berhormat daripada Arau pula mewujudkan permintaan bajet ataupun peruntukan kewangan untuk sukan supaya tidak tertumpu pada atlet-atlet yang mewakili negara sahaja bahkan bajet tersebut hendaklah juga digunakan untuk tujuan pembangunan berbentuk fiskal seperti artificial turf. Di dalam Rancangan Malaysia Kesembilan, kementerian telah menyediakan peruntukan yang besar untuk pembangunan berbentuk fiskal, kemudahan sukan manakala bajet bagi atlet-atlet negara hanya mengambil sebahagian kecil sahaja. Walau bagaimanapun, bagi pembinaan artificial turf seperti yang dicadangkan, ia memerlukan kos yang tinggi untuk tempoh jangka masa yang panjang. Sehubungan dengan itu, kementerian hanya akan melaksanakan pembinaan kemudahan sukan berkapasiti kecil selaras dengan keputusan Jemaah Menteri. Izinkan saya Tuan Yang di-Pertua, menjawab soalan berkenaan dengan isu belia. Yang Berhormat daripada Kudat pula mewujudkan cadangan agar di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri ditubuhkan pusat latihan kemahiran bagi melatih dan menjadikan belia-belia negara antara golongan yang mahir. Kementerian Belia dan Sukan setakat ini telah membina 14 Institut Kemahiran Negara dalam Rancangan Malaysia Ketujuh dan Kelapan, dan satu Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara di seluruh negara. Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan, hanya enam buah institut kemahiran belia akan dibina. DR. 5.11.2007 125

Di samping itu juga, kementerian sedang menaiktarafkan lapan buah Institut Kemahiran Belia Negara yang sedia ada bagi memenuhi permintaan dan keperluan industri negara. Sehubungan dengan itu, kementerian belum bercadang untuk membina pusat latihan belia di setiap Dewan Undangan Negeri memandangkan ia memerlukan peruntukan yang tinggi selain dari mengambil masa yang lama untuk disiapkan. Yang Berhormat daripada Tangga Batu pula menimbulkan pertanyaan... Dato’ Ghazali bin Ibrahim [Padang Terap]: [Bangun]. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, Padang Terap Yang Berhormat. Nak bagi jalan? Ya, sila... Dato’ Ghazali bin Ibrahim [Padang Terap]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, sikit sahaja. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Kita dapati bahawa terdapat pekerja asing, ramai bekerja di Malaysia. Adakah kemungkinan bahawa di institut latihan belia yang diwujudkan, kursus-kursus yang ditawarkan tidak memenuhi kehendak-kehendak kementerian, kehendak-kehendak pembinaan, perkilangan dan sebagai? Adakah tidak diselaraskan kursus yang dikehendaki, permintaan-permintaan yang dikehendaki oleh agensi-agensi yang ada di Malaysia pada hari ini kerana kebanjiran pendatang asing bekerja di Malaysia yang berjumlah 2 juta lebih. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Datuk Seri Azalina binti Othman Said: Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya salah satu daripada kejayaan kementerian yang begitu menyerlah ialah kewujudan institut kemahiran belia (IKBN) yang kita lihat pada tahun 2006, Kementerian Belia dan Sukan telah berjaya mewujudkan sebanyak 74% daripada bekas pelatih yang berjaya, telah berjaya mendapat pekerjaan dalam pelbagai sektor, manakala 8% menyambung pelajaran dan 18% masih belum mendapat pekerjaan. Dari peratusan yang mendapat pekerjaan, sebanyak 13% bekerja sendiri, 49% bekerja tetap di sektor swasta dan badan berkanun, 5% bekerja kontrak, 20% bekerja sementara dan 6% bekerja sambilan. Sebenarnya, kementerian tidak melihat wujudnya cabaran bagi perspektif pekerjaan kepada pelatih-pelatih IKBN dengan kewujudan pendatang asing. Mungkin dengan izin level kemahiran yang dikeluarkan daripada IKBN-IKBN adalah level daripada sijil di mana kita dapat memberikan mereka peluang untuk memilih sama ada untuk bekerja ataupun menyambung pelajaran. Izinkan saya sambung Tuan Yang di- Pertua.. ■1840 Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, sila. Datuk Azalina binti Othman Said: Yang Berhormat daripada Tangga Batu tanya soalan sejauh manakah Kelab Rakan Muda yang ditubuhkan di setiap kawasan dapat menyelesaikan masalah remaja sosial di kawasan tersebut dan meminta peruntukan tambahan. Tuan Yang di-Pertua, dengan tertubuhnya Kelab Rakan Muda di setiap kawasan di mana Kelab Rakan Muda ditubuhkan di semua kawasan Parlimen, ia diharap dapat menggalakkan DR. 5.11.2007 126

penyertaan para remaja dalam program-program Rakan Muda yang dianjurkan terutama sekali kepada program-program Rakan Muda di bawah fasa kedua yang baru-baru ini dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita. Selain itu, diharap daripada Kelab Rakan Muda Parlimen-parlimen, ia akan dapat juga mewujudkan perkongsian pintar antara badan-badan bukan kerajaan, agensi-agensi kerajaan, syarikat-syarikat swasta dan masyarakat setempat. Harapan daripada penubuhan Kelab Rakan Muda Parlimen ini ialah mendekatkan rakyat, khasnya rakyat belia dengan pemimpin-pemimpin tempatan terutama sekali Ahli-ahli Parlimen ataupun Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri di kawasan sedemikian. Ia adalah perangsang untuk melahirkan tenaga sukarelawan dan sukarelawati bagi melaksanakan program-program pembangunan belia negara, khususnya dalam bidang pembangunan sosial. Dato’ Haji Mat Yasir bin Haji Ikhsan [Sabak Bernam]: [Bangun] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Sabak Bernam bangun, Yang Berhormat. Hendak bagi jalan? Dato’ Haji Mat Yasir bin Haji Ikhsan [Sabak Bernam]: Tuan Yang di-Pertua Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya hendak maklum perkara yang sangat baik ini yang telah berlaku, kesan daripada program Rakan Muda dan sukan komuniti ini. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Tidak payah maklum, Yang Berhormat. Minta penjelasan sahaja. Dato’ Haji Mat Yasir bin Haji Ikhsan [Sabak Bernam]: ini saya hendak minta penjelasan dalam konteks peruntukan. Sedikit sahaja, ulasan sedikit. Jadi, ini telah memberikan pengisian yang sangat baik kepada ramai belia kita sewaktu sama ada mereka di sekolah ataupun sebelum mereka mendapat pekerjaan. Saya hendak menyokong cadangan Yang Berhormat bagi Tangga Batu supaya peruntukan ini ditambah di kawasan Parlimen supaya kawasan Parlimen boleh menyusun jadual aktiviti bagi para belia ini supaya berterusan mengisi masa mereka dalam program yang lebih baik. Saya minta pandangan daripada Menteri mengenai perkara ini. Terima kasih. Datuk Azalina binti Othman Said: Yang Berhormat dari Sabak Bernam, saya selaku Menteri yang bertanggungjawab bukan akan memberi pandangan tetapi memberikan persetujuan 100% kepada Yang Berhormat bahawa peruntukan untuk belia, khasnya di bawah program Rakan Muda perlu ditambah. Saya memohon Yang Berhormat menimbulkan pertanyaan yang sama kepada Yang Berhormat Menteri Kewangan Kedua yang akan bercakap selepas saya. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya sambung. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, sila. Datuk Azalina binti Othman Said: Sememangnya kementerian sependapat juga Yang Berhormat bagi Tangga Batu dan Yang Berhormat bagi Sabak Bernam bahawa peruntukan yang DR. 5.11.2007 127

disalurkan adalah masih tidak mencukupi. Walau bagaimanapun, kementerian masih lagi di peringkat penubuhan Kelab-kelab Rakan Muda dan kesannya nanti akan dapat membantu kementerian secara tidak langsung mewujudkan perubahan, pendekatan kepada program- program belia, khasnya di kawasan luar bandar dan kewujudan penyaluran peruntukan dan pembentukan strategi yang lebih praktikal. Yang Berhormat bagi Maran pula mewujudkan pertanyaan, persediaan kerajaan untuk melaksanakan Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 memandangkan sebahagian besar daripada pemimpin belia pada hari ini berumur lebih daripada 40 tahun. Yang Berhormat-Yang Berhormat sekalian, memang benar Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 dijadual dikuatkuasakan pada 31 Disember 2007. Kementerian Belia dan Sukan sememangnya telah mengambil pendekatan yang positif bagi membolehkan pemimpin belia yang khasnya melebihi umur 40 tahun memahami matlamat dan kaedah pelaksanaan akta ini agar mereka memahami bahawa seksyen 124(4) di mana anggota-anggota yang dilantik ataupun yang dipilih sebagai pemegang jawatan dalam pertubuhan belia yang telah mencapai umur 40 tahun atau telah melebihi umur 40 tahun sebelum tarikh kuat kuasa akta ini hendaklah dibenarkan terus memegang jawatan sehingga tamat tempohnya. Kementerian Belia dan Sukan berkompromi dalam isu ini, Yang Berhormat-Yang Berhormat sekalian. Walau bagaimanapun, kementerian sedang menjalankan program bersama Majlis Belia Malaysia yang merupakan badan induk pertubuhan belia di peringkat kebangsaan untuk memainkan peranan dan memberi kefahaman kepada semua badan gabungannya, betapa pentingnya untuk menyelaras proses peralihan kepimpinan ini. Mengenai saranan Yang Berhormat supaya bekas pemimpin belia yang melebihi umur 40 tahun diberi penghargaan serta diberikan peluang-peluang yang lain, kementerian merasakan akan diberikan pertimbangan dan perhatian yang sewajarnya kepada golongan yang sudah berjasa kepada gerakan belia dalam negara kita. Yang Berhormat daripada Kuala Pilah pula menimbulkan cadangan supaya golongan yang tercicir dalam arus perdana diberi tumpuan dan dicanai dalam proses pembentukan modal insan yang berprestasi tinggi. Sememangnya negara mempunyai pelbagai golongan belia sama ada belia bandar, belia luar bandar, belia pendidikan,, belia korporat, belia kerajaan dan belia dalam latar belakang yang pelbagai.. Kementerian sentiasa merancang dan melaksanakan pelbagai program untuk mengisi keperluan dan mempersiapkan golongan belia untuk dijadikan modal insan berprestasi tinggi bagi negara kita. Untuk tujuan tersebut, kementerian sentiasa memohon kerjasama daripada Ahli-ahli Parlimen, Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri, JKK setempat, pemimpin tempatan dan agensi kerajaan, agensi-agensi swasta, institusi pengajian tinggi dan sekolah-sekolah untuk DR. 5.11.2007 128

melaksanakan pelbagai program di peringkat akar umbi. Ini adalah untuk memastikan golongan belia kita terutama sekali golongan belia tercicir tidak lagi dipinggirkan. Kementerian ingin menjadikan golongan belia tersebut yang tercicir sebagai saranan utama yang dapat mengikuti pelbagai program yang dirancang oleh pihak kementerian. Seterusnya golongan belia tercicir ini juga turut diberi keutamaan oleh kementerian dalam mengikut latihan kemahiran terutama sekali di bawah Institut Kemahiran Belia Negara dengan syarat-syarat kemasukan yang paling minimum. Untuk makluman Yang Berhormat-Yang Berhormat sekalian, dalam Rancangan Malaysia Kesembilan, bukan sahaja enam IKBN akan dibina tetapi kementerian lebih fokus kepada pembelian tempat pengajian supaya institut kemahiran-institut kemahiran tidaklah dibina begitu banyak, sebaliknya kursus-kursus teknikal dihantar pelajar-pelajar yang mempunyai, dengan izin, qualification, yang tertentu kerana kementerian mengkaji bahawa kalau kita bina secara fizikal berbanding dengan pembelian tempat berkursus, kita melihat kos adalah lebih rendah daripada membina, Yang Berhormat sekalian. Dato’ Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar [Larut]: [Bangun] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, Yang Berhormat, bagi Larut. Datuk Azalina binti Othman Said: Yang Berhormat daripada... Dato’ Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar [Larut]: Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat mengatakan bahawa dasar belia kita ialah supaya mereka yang berumur 40 tahun ke bawah untuk memimpin badan-badan belia. Saya hendak minta sedikit penjelasan daripada Yang Berhormat, barangkali saya tidak begitu tahu secara detail, relevannya anggota-anggota Kabinet, Menteri, Timbalan Menteri,, Setiausaha Parlimen yang tidak dibenarkan memimpin sesebuah badan sukan. Kalau ia mengatakan bahawa mereka ini mengganggu perjalanan sesebuah badan sukan itu, bagaimana pula kita lihat mereka yang bukan orang politik tetapi menimbulkan masalah. Bermain politik dalam sesebuah badan sukan. Umpama saya bagi contoh di sini, kemelut yang dihadapi oleh tekwando, lawan pedang, barangkali ada lagi beberapa buah badan yang lain. Jadi saya minta dari sudut bagaimana sebenarnya relevannya mereka yang menjadi menteri, timbalan menteri dan Setiausaha Parlimen tidak dibenarkan untuk memimpin sesebuah badan sukan itu. Terima kasih. Datuk Azalina binti Othman Said: Tuan Yang di-Pertua, soalan daripada Yang Berhormat bagi Larut itu perlu ditanya sepatutnya semasa saya memberikan pembentangan jawapan berkenaan dengan sukan. Sekarang ini kepada belia. Adakah saya perlu menjawab sekarang ataupun kita rumuskan di akhir daripada ini. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Terpulang kepada Yang Berhormat. DR. 5.11.2007 129

Datuk Azalina binti Othman Said: Saya hendak habiskan belia. Sekejap lagi saya akan jawablah. Saya harap Yang Berhormat Larut tidak akan keluar daripada Dewan ya. Tunggu saya jawab dahulu. Dato’ Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar [Larut]: Saya tidak pernah “tuang”, Yang Berhormat. Saya sentiasa ada walaupun di luar. Datuk Azalina binti Othman Said: Takut hendak keluar sekejap Dato’ Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar [Larut]: Tidak, tidak. Datuk Azalina binti Othman Said: Bagi saya 10 minit. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Tidak apa, Yang Berhormat. Dia boleh dengar di luar juga. Datuk Azalina binti Othman Said: Terima kasih Yang Berhormat. Berkenaan dengan Yang Berhormat daripada Kuala Pilah, mengkaji dan menyediakan pelan tindakan yang komprehensif dalam mengatasi fenomena mat rempit, penagih dadah dan pelbagai gejala sosial, Yang Berhormat-Yang Berhormat sekalian, kalau kita lihat memang kita menghadap isu ini apabila bercakap tentang belia. Itu sebabnya Kementerian Belia dan Sukan mewujudkan Institut Penyelidikan dan Pembangunan Belia Malaysia yang bertindak sebagai sebuah pusat penyelidikan nasional yang berdedikasi untuk mengkaji pelbagai aspek, aliran dan pembangunan generasi muda dan kaitannya dengan perubahan yang berlaku di peringkat nasional, rantau ataupun antarabangsa. Kementerian juga pada tahun 2004 telah memperkenalkan Pelan Tindakan Pembangunan Belia Nasional (PTPBN). Tujuannya adalah untuk mendapatkan komitmen kerajaan dari segi pemantapan dasar dan strategi pembangunan belia. Selain daripada itu, kementerian melalui program-program pembangunan belia dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan akan memberi penekanan kepada keupayaan belia bagi membolehkan mereka lebih terlibat dalam membantu membina negara dan juga memperkukuhkan perpaduan nasional dan integrasi nasional melalui generasi-generasi belia kita yang akan datang. Kementerian juga mewujudkan program pencegahan dan pemulihan untuk menangani masalah sosial di kalangan belia dengan melibatkan masyarakat setempat dan juga agensi kerajaan. Program latihan untuk belia berisiko tinggi terlibat dalam jenayah akan dilaksanakan bagi mendidik mereka menjadi warganegara yang bertanggungjawab. „ 1850 Usaha juga telah diambil untuk melengkapkan belia dengan kualiti kemahiran dan memastikan masa depan mereka yang lebih baik. Dengan itu, Yang Berhormat, sebelum saya akhiri, saya ingin menjawab soalan yang diwujudkan oleh Yang Berhormat bagi Larut. Sebenarnya rasional kepimpinan persatuan sukan kalau dipimpin oleh Ahli-ahli Jemaah Menteri - Menteri-menteri Kabinet lebih kepada tidak mahu mewujudkan satu reputasi yang tidak baik kepada mereka kerana mereka sebagai pemimpin di DR. 5.11.2007 130

dalam Kabinet negara dilihat dalam bukan sahaja keputusan tetapi kewujudan keputusan daripada pertandingan sukan yang ditandingkan oleh persatuan-persatuan sukan ini. Kalau dibandingkan dengan orang yang tidak berjawatan dalam Kabinet Jemaah Menteri dan dibandingkan dengan orang-orang yang mungkin hanya ahli politik yang biasa, perbezaannya ialah kesan kepada kegagalan tidak akan mengaitkan personaliti terlibat dan juga kepada kepimpinan negara terutama sekali Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selaku Pengerusi kepada Mesyuarat Kabinet. Keputusan itu diambil atas dasar tersebut dalam Mesyuarat Kabinet baru-baru ini. Ini tidak ada kena mengena dalam rasional sama ada mampu ataupun tidak mampu menteri-menteri dalam Jemaah Kabinet. Sebenarnya mereka adalah terlampau mampu untuk mengendali tetapi kalau kita lihat secara umum ada juga persatuan-persatuan sukan yang dipimpin oleh individu yang tidak berjawatan politik dan juga dapat mengeluarkan kejayaan yang begitu hebat seperti sukan badminton, sukan skuasy dan sukan hoki. Jadi, tidak ada kena mengenanya tentang isu jawatan politik. Keputusan ini hanya mengikat jemaah menteri tetapi tidak mengikat Yang Amat Berhormat-Yang Amat Berhormat Menteri Besar. Dato' Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar [Larut]: Boleh saya sambung sikit, Yang Berhormat? Datuk Seri Azalina binti Othman Said: Silakan. Dato' Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar [Larut]: Barangkali mungkin menteri-menteri besar juga akan dikategorikan dalam golongan yang tidak dibenarkan untuk menerajui badan-badan sukan sebagaimana yang berlaku ke atas Menteri, Timbalan Menteri dan Setiausaha Parlimen. Itu sekadar pertanyaan. Barangkali ini juga mungkin diperluaskan lagi kepada pemimpin-pemimpin di peringkat negeri. Ini salah satu pertanyaan kepada Yang Berhormat. Datuk Seri Azalina binti Othman Said: Yang Berhormat, sebenarnya sama ada akan disambung atau ditarik kepada Yang Amat Berhormat-Yang Amat Berhormat Menteri Besar ini keputusannya hanya boleh dibuat oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang bertanggungjawab untuk melantik menteri besar-menteri besar, tetapi bagi Menteri-menteri Kabinet, Jemaah Menteri kita terikat setelah perbincangan oleh Menteri-menteri Kabinet yang lain. Selain daripada itu antara isu yang perlu kita ingatkan ialah sebenarnya dulu dianggap individu tertentu menjadi pemimpin persatuan sukan adalah atas dasar dia berkemampuan untuk mendapatkan sponsorship, dengan izin, tajaan bagi persatuan-persatuan sukan, tetapi hari ini kalau kita lihat kebanyakannya persatuan-persatuan sukan lebih kurang 100% bantuan diberikan oleh pihak kerajaan sama ada oleh Jabatan Belia dan Sukan ataupun daripada Majlis Sukan Negara. DR. 5.11.2007 131

Jadi relevansinya individu tertentu untuk mengaitkan penajaan itu, sekarang ini kita lihat komitmen kerajaan dalam aspek sukan terutama sekali dengan wujudnya Jawatankuasa Kabinet Sukan menunjukkan komitmen kerajaan adalah lebih committed, dengan izin. Secara tidak langsung rasional kepada individu tertentu tidak dilihat sebagai satu logik dan juga kita mengambil kira bahawa kalau kita lihat kepada seperti yang saya sebutkan tadi, kepada kejayaan persatuan-persatuan sukan yang lebih berjaya dalam negara kita kebanyakannya dipimpin oleh individu-individu yang tidak sebenarnya mempunyai jawatan tertentu. Jadi, ini menunjukkan perkara ini boleh dilaksanakan dan berjaya. Dengan itu saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian yang telah banyak berkongsi pandangan dan mengemukakan cadangan terhadap kementerian dan saya juga amat berterima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat kerana begitu prihatin terhadap usaha kerajaan untuk membangunkan sukan dalam negara supaya lebih cemerlang, gemilang dan juga terbilang. Dengan itu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Baik. Sekarang saya jemput Kementerian Penerangan. Yang Berhormat Menteri, sila.

6.54 ptg. Menteri Penerangan [Datuk Seri Zainuddin bin Maidin]: Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah menyentuh beberapa perkara di bawah tanggungjawab Kementerian Penerangan semasa perbahasan Bajet 2008 di Dewan yang mulia ini. Saya mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan Ahli Yang Berhormat Larut terhadap sejauh mana kakitangan awam menikmati kenaikan gaji yang telah dilaksanakan dengan memberikan BERNAMA sebagai contoh di mana BERNAMA yang mengamalkan skim komersial dikatakan masih belum melaksanakan kenaikan gaji ini. Tuan Yang di-Pertua, tugas di bawah Skim SSM telah diberikan kenaikan gaji dan Elaun Bantuan Sara Hidup mengikut kadar yang diumumkan oleh kerajaan berkuat kuasa 1 Julai 2007. Manakala seperti yang diputuskan oleh Lembaga Pengelola BERNAMA, gaji petugas Skim Komersial telah diselaraskan dengan gaji petugas Skim SSM berkuat kuasa 1 Julai 2007. Petugas skim komersial juga diberi kenaikan bantuan sara hidup pada kadar RM100 sehingga RM300 berkuat kuasa 1 Julai 2007. Pelaksanaan pelarasan gaji dan pembayaran bantuan sara hidup dilaksanakan melalui gaji bulan September 2007. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas keprihatinan Ahli Yang Berhormat Tuaran di atas penggunaan ungkapan “50 tahun” yang tidak selari dengan pembentukan Malaysia pada tahun 1963 yang merangkumi negeri Sabah dan Sarawak sempena sambutan kemerdekaan kita pada bulan Ogos yang lalu. DR. 5.11.2007 132

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Tuaran, sambutan perayaan hari merdeka, bulan kemerdekaan merupakan salah satu majlis rasmi yang diselaraskan oleh Jawatankuasa Majlis Rasmi Kerajaan yang dipengerusikan oleh TKSU Kanan JPM. Bagi tahun ini Yang Berhormat Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim, Menteri Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan telah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pemandu Sambutan Perayaan 50 Tahun Kemerdekaan Negara manakala urus setia ialah Bahagian Istiadat, JPM. Kementerian Penerangan merupakan ahli dalam jawatankuasa ini. Di samping itu Kementerian Penerangan melalui Yang Berhormat Datuk Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Menteri Penerangan telah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Penerangan dan Siberaya. Keputusan menetapkan sambutan tahun ini dinamakan sebagai Perayaan 50 Tahun Kemerdekaan Negara dibuat oleh Jawatankuasa Majlis Rasmi Kerajaan dan Jawatankuasa Pemandu Sambutan dan semua kementerian dan agensi kementerian ikut melaksanakan keputusan tersebut termasuk Kementerian Penerangan. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ingin merujuk kepada perkara yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat Kalabakan berhubung siaran azan ibu negeri di stesen televisyen RTM yang terhad bagi Kuala Lumpur dan kawasan yang sewaktu dengannya sahaja. Ingin saya jelaskan bahawa pihak RTM memang telah memikirkan masalah tersebut. Walau bagaimanapun ia tidak dapat menyiarkan semua waktu sembahyang untuk semua negeri memandangkan ruang yang ada di televisyen adalah terhad. Ia juga bagi mengelak berlakunya kekeliruan apabila terlalu banyak waktu sembahyang dimuatkan dalam sesuatu masa. Sehubungan itu RTM berpendapat adalah memadai untuk menyiarkan waktu sembahyang untuk ibu negeri sahaja. Sebenarnya hebahan waktu sembahyang bagi kawasan- kawasan di Sabah dan Sarawak ada diumumkan di stesen radio negeri masing-masing. Bagaimanapun RTM akan menimbang cadangan untuk menyiarkan waktu solat tersebut dalam bentuk crawling di televisyen. Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan perkara yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat ... Dato' Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar [Larut]: Boleh minta penjelasan Yang Berhormat. Saya rasa di Sabah dan Sarawak itu mungkin kerana masa tidak sama, Yang Berhormat. Datuk Seri Zainuddin bin Maidin: Ha, itu Yang Berhormat perlu perjelaskan. Itulah saya telah jelaskan. Kalau kita adakan juga ... Dato' Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar [Larut]: Mungkin waktu solat di Semenanjung lewat sedikit daripada Sabah dan Sarawak. Mungkin itu yang dimaksudkan oleh Ahli Yang Berhormat Kalabakan. Kenapa tidak diseragamkan, Sipitang dengar juga azan apa yang diazankan di ....Itulah agaknya yang dimaksudkan. DR. 5.11.2007 133

Datuk Seri Zainuddin bin Maidin: Ya, Itulah yang saya jawab. Tidak boleh diseragamkan sebab waktu yang berbeza antara Semenanjung dengan Sabah dan Saarawak. Kalau kita siarkan dua kali orang-orang Malaysia akan keliru tentang dua kali azan. Jadi itulah sebabnya pilihan yang lebih baik ialah kita mengadakan crawling. Bila masuk waktu di Sabah dan Sarawak, kita buat crawling. Itu, I think lebih jelas. Dato' Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar [Larut]: Tidak bolehkah stesen di Sabah dan Sarawak mengendalikan azan ini kerana mereka juga merupakan RTM Sabah, RTM Sarawak. Mungkin kalau boleh Yang Berhormat syaratkan azan itu khusus untuk Sabah dan Sarawak - RTM untuk menyiarkan azan sebagaimana yang berlaku di Semenanjung sebab RTM Sabah di panggil RTM Sabah, RTM Sarawak dipanggil RTM Sarawak. Mungkin kalau ada satu ruang bagi mereka untuk menyiarkan azan sebagaimana yang berlaku kepada siaran TV di Semenanjung. ■1900 Datuk Seri Zainuddin bin Maidin: Siaran RTM ini siaran nasional. Kita belum ada siaran bagi negeri-negeri. Waktu sembahyang ini disiarkan oleh radio-radio negeri. Kalau kita hendak mengadakan hanya untuk siaran bagi TV bagi Sabah dan Sarawak mungkin itu kena difikirkan terlebih dahulu. Berhubung perkara yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat bagi Pensiangan, pihak RTM setakat ini sedang ... Dato' Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar [Larut]: Yang Berhormat, boleh saya sambung Yang Berhormat sebab siaran yang dikendalikan oleh RTM ini kerana ia berkaitan dengan agama. Dahulu saya pernah menyarankan keadaan mantan Menteri Penerangan, siaran langsung khutbah Jumaat. Sekarang ini melihatkan khutbah Jumaat ini disiarkan daripada Masjid Negara sahaja. Barangkali berasaskan Islam Hadhari ini, boleh tidak diganjakkan supaya disiarkan juga sesetengah masjid di luar daripada Kuala Lumpur sebagai satu contoh bagaimana mereka juga diberi peluang untuk sama-sama menikmati kemudahan yang disediakan oleh RTM ini. Kalau tidak silap saya dahulu bekas Menteri yang dahulu pernah mengatakan bahawa ia suatu perkara juga boleh dilakukan. Mungkin kalau Yang Berhormat bersetuju siaran langsung khutbah Jumaat ini bukan hanya di Kuala Lumpur sahaja barangkali boleh dipilih di Kepala Batas sekali, Pekan sekali barangkali ataupun di Sungai Petani untuk memberi peluang kepada masjid-masjid di luar kawasan atau di daerah-daerah juga sama-sama menikmati kemudahan yang disediakan oleh RTM ini selaras dengan perkembangan agama kita. Datuk Seri Zainuddin bin Maidin: Kalau tidak ada masalah teknikal, saya ingat kalau tidak ada masalah teknikal, saya setuju dan rasa ia boleh dilakukan. Berhubung perkara yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat bagi Pensiangan, pihak RTM setakat ini tidak bercadang mewujudkan saluran khusus untuk suku-suku etnik di Sabah DR. 5.11.2007 134

dan Sarawak. Ini kerana sebagai bahasa rasmi negara hanya Bahasa Malaysia digunakan sebagai bahasa siaran TV RTM1 di samping tiga bahasa lain iaitu Bahasa Inggeris, Mandarin dan Tamil yang turut digunakan di RTM2 selain daripada Bahasa Malaysia. RTM berpendapat penggunaan suku-suku etnik di Sabah dan Sarawak melalui siaran radio di kedua-dua negeri berkenaan sebagai saluran menyampai maklumat sudah memadai. Di Sabah umpamanya Radio Sabah BFM sebagai saluran pelbagai bahasa memperuntukkan masa siaran selama satu jam sehari bahasa Murut, Kadazan dan Dusun. Di samping dua jam untuk bahasa Bajau manakala Radio Sarawak FM turut menyediakan ruang untuk bahasa Melanau berkongsi siaran 24 jam dengan bahasa Malaysia setiap hari. Begitu juga dengan bahasa Iban yang mendapat peruntukan masa siaran selama 12 jam di Radio Sarawak WAI FM di samping bahasa Bidayuh selama sembilan dan bahasa Kayan dan Kenyah selama tiga jam. Bukan sahaja di peringkat radio negeri malah empat stesen radio tempatan di Sarawak turut menyediakan slot masa siaran bagi bahasa etnik di samping bahasa Malaysia dan Cina yang bersiaran selama 10 jam sehari. Ini termasuk bahasa Iban di Radio dan Sibu FM di samping bahasa Iban, Kayan dan Kenyah di Radio Miri FM. Bagi Radio Limbang FM, pula bahasa Lunbawang dan Bisaya turut digunakan di samping Bahasa Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini terhadap cadangan Ahli Yang Berhormat bagi Pensiangan supaya peranan BERNAMA diperluaskan lagi ke seluruh dunia seperti mana yang dilakukan oleh agensi-agensi berita lain seperti CNN dan Al- Jazeera yang dimulakan di Asia Tenggara. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, BERNAMA telah pun menubuhkan biro-biro luar negara di rantau Asia Tenggara seperti di Bangkok, Manila, Singapura, Jakarta dan Hanoi dalam tempoh 1972 hingga 1993. Walau bagaimanapun pejabat di Manila dan Bangkok telah ditutup pada tahun 1988 manakala pejabat di Hanoi pula ditutup pada tahun 1998 atas sebab kegawatan ekonomi serta kedudukan kewangan BERNAMA yang memerlukan langkah-langkah penjimatan kos diambil. Pejabat di Bangkok telah dibuka semula dua tahun yang lepas apabila kerajaan memutuskan supaya BERNAMA menubuhkan biro-biro luar negara di Bangkok, Beijing, Dubai, Washington, London dan New Delhi dengan diberi geran operasi tahunan. Perluasan operasi BERNAMA di semua negara di Asia Tenggara boleh dilakukan secara berperingkat mengikut keperluan semasa dan kewangan bagi mematikan berita yang dikeluarkan oleh BERNAMA adalah yang terbaik. Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Penjelasan mengenai keterangan Yang Berhormat Menteri mengenai rancangan meluaskan extension untuk BERNAMA menyatakan mengenai kuantiti-kuantiti tetapi kenapa sampai sekarang sungguh pun Yang Berhormat Menteri sudah memegang jawatan begitu lama sebagai Menteri Penerangan tidak menitikberatkan mengenai DR. 5.11.2007 135

kualiti press freedom walhal sebaliknya press freedom sudah jatuh 32 tangga dalam Reporters Without Borders (atau RSF ) daripada 92 kepada 124 yang teruk sekali. Adakah ini oleh kerana Yang Berhormat Menteri tidak lama dahulu ada memberi satu taklimat kepada editor-editor janganlah melaporkan apa yang benar oleh kerana jaminan yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mahu dengar kebenaran terhad kepada pemimpin-pemimpin Barisan Nasional kepada pegawai-pegawai kanan kerajaan dan bukan terbuka kepada orang ramai dan juga pemberita-pemberita. Adakah ini benar? Adakah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri memberi mandat kepada Yang Berhormat untuk memberi suatu arahan kepada press bahawa jangan lapor apa yang benar oleh kerana Perdana Menteri tidak mahu dengar apa yang benar. Datuk Seri Zainuddin bin Maidin: Terima kasih pertama sekali kalau sekiranya Yang Berhormat bagi Ipoh Timor begitu ghairah dengan laporan Paris based report, Reporters Without Borders (atau RSF), saya tidak begitu ghairah. Kalau apa Yang Berhormat katakan sebagai suatu excitement kepada Yang Berhormat, saya rasa tidak. Sebab saya bukan walk, I am not western oriented gentlemen. Saya tidak terpengaruh dengan laporan-laporan barat ataupun saya terpengaruh dengan pendemokrasian barat. Saya tidak termasuk dalam golongan itu. Apa yang bagi Yang Berhormat terlalu penting, sanggat tidak anggap penting sebab rating ini kita melihat kadang-kadang pendemokrasian barat itu ditegakkan dengan military power but Yang Berhormat boleh terpengaruh dengan the soft power by the media walau pun mereka membunuh orang pada setiap hari, jadi based daripada ini saya tidak. Saya maaf saya bukan termasuk dalam WOG. Yang Berhormat adalah WOG, jadi Yang Berhormat cepat terpengaruh. Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Apa itu WOG? Datuk Seri Zainuddin bin Maidin: Western ... Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Yang Berhormat bukan WOG. Adakah Yang Berhormat ‘Katak di bawah tempurung’? Frog below the coconut shell bukan below the weld. Katak di bawah tempurung. Itu yang boleh dicakapkan. Kenapa dalam era globalisasi tidak boleh faham betapa penting kebebasan akhbar untuk meningkatkan international competitiveness negara kita, untuk menaikkan ekonomi yang baik negara kita. Datuk Seri Zainuddin bin Maidin: Saya ingat .... Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Kita tidak mahu WOG, jangan menjadi katak di bawah tempurung. Datuk Seri Zainuddin bin Maidin: Saya ingat Yang Berhormat sudah bagi lecture tentang freedom di press ini sudah lama. Saya ingat kalau tidak cukup sini boleh bagi freedom bercakap di luar. Banyak sudah kita dengar tetapi sama sahaja suaranya, lagunya sama sahaja tetapi ialah penilaian Yang Berhormat terhadap kebebasan akhbar adalah di mana Yang Berhormat punya hala tuju kita faham. DR. 5.11.2007 136

Kalau Yang Berhormat mempunyai penilaian tetapi kita mempunyai penilaian yang lain sebab dengan penilaian kebebasan yang kita ada inilah menyebabkan kita berada pada peringkat sekarang dan Yang Berhormat semakin banyak menikmati kebebasan dari semasa ke semasa lebih daripada dahulu lagi. Itu terserahlah kepada Yang Berhormat sebab kita terpisah. Penilaian Yang Berhormat selama ini tidak akan sama sebab Yang Berhormat tidak akan ikut dalam proses kebangkitan dan pembangunan negara. Yang Berhormat tidak duduk dalam Majlis Perundingan Negara jadi Yang Berhormat tidak tahu nilai-nilai yang sebenar sedangkan parti-parti yang lain ya. Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Tidak mahu dengar laporan yang benar. Datuk Seri Zainuddin bin Maidin: Dengar tetapi tidak terpengaruh. Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Bahawa press atau akhbar tidak boleh menyiarkan apa yang benar oleh kerana Perdana Menteri tidak mahu dengar apa yang benar. Datuk Seri Zainuddin bin Maidin: Nanti saya jelaskan. Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Dia mahu dengar daripada Yang Berhormat bagi Merbok sahaja yang cakap fitnah dan dusta, fitnah dan dusta yang berlaku baru-baru ini. Datuk Seri Zainuddin bin Maidin: Saya bagi penjelasan tetapi Yang Berhormat pun pakai reporter yang tidak boleh dipakai sebab macam mana Yang Berhormat tahu dalam satu laporan tertutup saya. Yang Berhormat hanya pakai rumors berkali-kali Yang Berhormat membawa perkara rumors yang tidak betul ke Dewan ini. Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Ini disiarkan dalam Malaysia Kini. Yang Berhormat tidak nafi. Datuk Seri Zainuddin bin Maidin: Nanti dahulu. Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Tidak nafi bererti benar. Datuk Seri Zainuddin bin Maidin: Yang Berhormat duduklah. Bagilah saya peluang bercakap ini secara demokrasi. Cuba Yang Berhormat tengok, berapa kali Yang Berhormat banyak membawa perkara-perkara yang tidak betul di Parlimen ini. Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Penjelasan. Penjelasan adakah perkara itu adakah benar tak benar? Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat, Menteri sedang menjawab. Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Ini disiarkan dalam Malaysia Kini. Mana boleh tidak benar. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ipoh Timor. Datuk Seri Zainuddin bin Maidin: Dengan dahulu saya cakap. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Menteri tengah jawab, Yang Berhormat.

DR. 5.11.2007 137

■1910 Datuk Seri Zainuddin bin Maidin: Saya mesti membuktikan. Dulu orang-orang Yang Berhormat bawa cerita tentang dua orang gadis cina ketuk ketampi, ingat? Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Ini dusta dan fitnah saya tidak sebut. Ini tidak benar. Yang Berhormat Seputeh ada di sini dia boleh jadi eye witness bukan eye witness, involved okey. Saya minta Yang Berhormat tarik balik dan minta maaf oleh kerana cakap yang dusta dan fitnah. Datuk Seri Zainuddin bin Maidin: Kenapa Yang Berhormat tidak bawa perkara itu ke Parlimen? Bawa tak perkara itu ke Parlimen? Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Yang Berhormat, Yang Berhormat sudah lupa apa yang telah berlaku dan juga membuat kesilapan semasa membuat kenyataan, ini wrong information. Okey, apa itu? Datuk Seri Zainuddin bin Maidin: Ini Yang Berhormat satu lagi [menunjukkan keratan akhbar]. Ini dibatalkan oleh polis bahawa dia seorang pencuri. Dia insult the injury, this women, perempuan Yang Berhormat. [Dewan riuh]. Saya baca ya. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Seputeh sila duduk ya. Datuk Seri Zainuddin bin Maidin: A 60 year old grandmother who allege she was simulated by police while in the custody at the Pudu Jail Remand Centre Kuala Lumpur on March claim for the humiliation last Thursday. At the Dang Wangi police station when she went and define the culprit in the Remand Centre and beside this note di sebelah wanita ini ialah wakil DAP. Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Yang Berhormat nanti, apa yang saya bawa ke... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat, bagi Menteri jawab dulu, bukan tak bagi jalan. Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Apa yang saya nak tunjukkan walau sama ada dia pencuri atau tidak ini bukanlah kawasan saya yang penting ialah kenapa seorang wanita yang berumur 60 tahun boleh disuruhkan untuk bogelkan badan dan pusing di hadapan pegawai polis wanita... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Sila duduk Seputeh bagilah Menteri jawab dulu. Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Ini yang saya bantah, ini adalah merosakkan hak asasi manusia. Datuk Seri Zainuddin bin Maidin: Dengarlah dulu saya cakap. Ini kita dengar orang cakap tak betul based on the newspaper kita bawa, cakap mana. Kemudian polis menafikan, polis menyiasat wanita yang berusia 61 tahun yang didakwa dia dibogel di lokap Dang Wangi DR. 5.11.2007 138

selepas ditangkap kerana kesalahan mencuri menghadapi kemungkinan untuk didakwa di mahkamah. Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Tapi pengadu itu kata polis itu bohong. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat ini bukan.. Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Jadi saya nak tanya kenapa tidak ada satu siasatan. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat bukan itu cara di Parlimen Yang Berhormat. Kalau di sana jawab duduklah dulu. Bila dia bagi jalan barulah cakap. Datuk Seri Zainuddin bin Maidin: Kita nanti, duduk saya bercakap benda yang benar. Kita tak boleh membawa perkara yang tepi jalan orang bercakap tepi jalan tanpa mendengar kedua belah pihak saya pernah menjadi wartawan saudara Lim Kit Siang Ipoh Timor macam mana kita nak membawakan sesuatu perkara mesti based on the fact. Bukan bawa orang di tepi jalan bawa masuk ke Parlimen, mana ada dalam dunia orang- orang di tepi jalan yang belum pasti di bawa ke Parlimen. Jika Yang Berhormat daripada Seputeh kena pukul dekat Oxford Street, adakah mana-mana orang nak bawa, anggota Parlimen British nak bawa ke Parlimen? Tak berlaku, di Malaysia berlaku. Dibawa orang kena pukul tepi jalan yang kita belum tahu keturunannya datang ke sini dan bercakap bagi pihak seolah-olah dia bekerja di Malaysia, mengatakan “Oh, investor tidak akan datang”. Mana kita boleh bercakap di Parlimen bawa orang yang cari makan di negara kita bawa ke Parlimen?. Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Tetapi kalau penganiayaan berlaku... Datuk Seri Zainuddin bin Maidin: Belum tahu, belum tahu… Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Apakah salahnya bagi seorang wakil rakyat yang membangkitkan hal yang… Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat Seputeh, Menteri belum bagi jalan... Datuk Seri Zainuddin bin Maidin: Mana ada. Kita kena ambil... Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Yang Berhormat hanya percaya pada kata-kata polis sahaja, tetapi Yang Berhormat tidak menjalankan siasatan. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat Menteri kalau nak bagi jalan bagi jalan. Seputeh sila duduk dulu. Datuk Seri Zainuddin bin Maidin: Saya kalau orang mengadu saya kena betul-betul tengok kita tidak mudah terpengaruh. Orang datang mengadu kita pengaruh, datang seorang kena pukul dengan Mat Rempit pun kita bawa benda itu ke Parlimen kita belum tahu sah ataupun tidak. DR. 5.11.2007 139

Adakah Yang Berhormat boleh pergi ke Beijing punya Parlimen. boleh pergi ke India punya Parlimen akan di bawa orang yang kena pukul ke tepi jalan untuk bercakap di Parlimen? Ini demokrasi di Malaysia sudah keterlaluan. Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Saya memang setuju dengan.. Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Penjelasan, minta penjelasan. Adakah Yang Berhormat .. [Dewan riuh]. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat duduk dulu. [Dewan riuh]. Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: [Dewan riuh]..sana dia tutup jalan sini dia ... Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Dia sudah bagi jalan. Adakah...apa itu? Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Kinabatangan sila duduk. Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Saya mana ada jalan, itu jalan mati. Dia buka jalan sini, sana roadblock sini tak ada. Sini aman punya sana kacau punya. Apa macam? Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat, Yang Berhormat, satu-satulah. Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Kasi sini. Tanya Menteri, tanya Menteri dia bagi siapa. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, tanya Menteri dululah dia kata bagi jalan Ipoh Timor. Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Menteri bagi siapa menteri? Tadi dia kata bagi sini, mana boleh ini macam? Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, sila duduk Kinabatangan. Ipoh Timor sila. Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Menteri belum jawab dia bagi siapa. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Menteri bagi siapa? Bagi Kinabatangan. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Menteri nak bagi siapa?. Datuk Seri Zainuddin bin Maidin: Saya nak bagi diri saya sendiri dulu. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Dua-dua dia tak bagi jalan dulu, sila duduk Yang Berhormat dia nak jawab dulu. Sila duduk Ipoh Timor sila duduk. Dua-dua sila duduk, dia belum bagi jalan. Datuk Seri Zainuddin bin Maidin: Nanti saya... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat Ipoh Timor tak faham ke? Yang Berhormat ketua pembangkang. [Dewan riuh] DR. 5.11.2007 140

Datuk Seri Zainuddin bin Maidin: Bertenang, bertenang.. [Dewan riuh] Nanti saya jawab, okey. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Dia belum bagi Yang Berhormat, sila duduk dua-dua sila duduk. Yang Berhormat Menteri ada di depan... Datuk Seri Zainuddin bin Maidin: Hormati Speaker. [Dewan riuh] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat sila duduk. Bagi Menteri jawab dululah Yang Berhormat [Dewan riuh]. Yang Berhormat, Yang Berhormat Menteri masih ada di sini Yang Berhormat. Menteri masih ada duduk di sini Yang Berhormat boleh tanya kemudianlah [Dewan riuh]. Tak, dia belum bagi sila duduklah, dua-dua sila duduk. Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Dia tak berani… Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Bukan dia tak berani, dia belum bagi. Ya, Menteri teruskan. Ya Menteri sila teruskan, yang lain sila diam. [Dewan riuh] Datuk Seri Zainuddin bin Maidin: Yang Berhormat kata tadi tentang ucapan Pak Lah mengatakan, Yang Berhormat minta saya jelaskan sama ada Pak Lah mengatakan minta saya untuk menyatakan tentang ucapan dia. Saya suka membaca keratan cukup jelas tetapi Yang Berhormat barangkali hanya membaca tak baca surat khabar tetapi saya percaya Yang Berhormat pun baca semua surat khabar. Dalam surat khabar mingguan Malaysia pada bertarikh 7 Oktober 2007 jelas Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi mengingatkan semua pihak supaya tidak terlalu cepat memberikan reaksi terhadap isu perkauman kerana ia akan menjadi keadaan lebih rumit dan susah untuk diselesaikan. Perdana Menteri mengatakan sikap itu yang dilihat masih wujud di kalangan Ahli-ahli parti komponen Barisan Nasional. Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Minta penjelasan. Datuk Seri Zainuddin bin Maidin: Nanti sekejap ya. Ahli-ahli komponen Barisan Nasional bila Yang Berhormat di pihak DAP atau pihak PAS menimbulkan isu-isu perkauman dengan cepat sesetengah Ahli Barisan Nasional menjawab. Itu dia minta ditujukan kepada Barisan Nasional. Itu dalam Mingguan Malaysia. Dalam Sinar lagi jelas lagi. Sehubungan dengan itu Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi yang juga pengerusi Barisan Nasional meminta semua pemimpin politik dan anggota Kabinet supaya memberitahu perkara yang sebenar kepadanya walaupun ia mungkin atau merupakan sesuatu yang sukar untuk diterima. Jadi Yang Berhormat, itulah suka dengar third party tak dengar tak dapat direct apa saja cakap, rumus bawa ke Parlimen hentam. Kita dah tak boleh dah macam itu lama-lama hilang kredibiliti DAP. DR. 5.11.2007 141

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Minta penjelasan. Datuk Seri Zainuddin bin Maidin: Okey, boleh. Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Adakah Yang Berhormat.. Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Dia bagi penjelasan mana? Sini ke sana? Datuk Seri Zainuddin bin Maidin: Dia minta dulu, saya bagi. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, Kinabatangan terus. Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Terima kasih Yang Berhormat Menteri dan Tuan Yang di-Pertua. Saya selaku wakil rakyat dan rakyat Malaysia sedih dan marah dengan perilaku pembangkang seolah-olah hilang arahan, hilang akal fikiran yang waras isu-isu di jalan raya di bawa dalam Dewan. Satu ketika Menteri, saya mahu bagi tahu. Menteri dari Malaysia dalam passport dia tidak ada Dato’ Seri tiket dia ada pergi ke New Zealand Setiausaha Agung UMNO ditahan empat jam di lapangan terbang. Menteri tidak ada pun dibawa ke Dewan Rakyat. Ini orang kalau kena penyengat di jalan raya pun kita bawa ke Dewan rakyat Kalau inilah pembangkang yang kita ada saya setuju dengan Yang Berhormat Menteri, no class, let them out from the Parliment House. Tidak boleh pakailah. Minta penjelasan. Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Penjelasan. Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Siapa Menteri? Siapa itu Menteri?. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Nak bagi jalan Yang Berhormat? Ya, ya Ipoh Timor. Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Sekali gus boleh jawab. Beri penjelasan ya. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Teruskan. Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Nampaknya kita tahulah General Assembly UMNO datanglah semua mahu jadi godfather mat rempit-mat rempit, oleh kerana kes Yang Berhormat sebut itu ialah mengenai isu mat rempit. Orang itu Manjit Sokhai dia datang dia ada cedera itu benar, itu tidak boleh lari daripada itu. Apa yang kita menyuarakan di sini ialah bahawa tindakan perlu diambil oleh kerana masalah mat rempit sudah terlalu... ■1920 Bukan sahaja semua orang menjadi mangsa, orang Melayu pun menjadi mangsa, orang Tionghoa, India semua. Satu hari, Ahli Parlimen dari Kinabatangan kena pukul baru tahu, hentam dia baru tahu oleh mat rempit. Anggota polis pun jadi mangsa, itulah kenapa kita bangkit dalam hal ini, ini benar! Kedua apa yang mustahak ialah, mengenai kenyataan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Saya bukan sebut mengenai apa yang dia kata satu bulan dahulu, tetapi apa dia kata DR. 5.11.2007 142

pada minggu pertama dia menjadi Perdana Menteri iaitu pada November 2003. Dia kata bahawa dia mahu dengar kebenaran, he wants to hear the truth however unpleasant, tell me the truth. Pada masa itu dia berucap pada Mesyuarat MIC di Shah Alam, betul dia kata kepada Barisan Nasional. Pada masa itu saya ada bertanya, adakah ini terhad kepada Barisan Nasional sahaja atau tidak? Pada hari kemudian dalam satu kenyataan beliau, dalam satu press conference, beliau ada menyatakan bahawa kenyataan itu adalah untuk semua rakyat Malaysia. Yang Berhormat boleh balik check, sekiranya tidak boleh dapat berita itu, saya boleh bagi satu salinan. Sebab itu apabila Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kata dia mahu hear the truth, itu untuk semua rakyat, bukan terhad kepada boneka-boneka dalam Barisan Nasional sahaja! Ini bererti bahawa untuk semua surat khabar melaporkan the truth dan bukan sahaja half the truth. Datuk Seri Zainuddin bin Maidin: Kalau Yang Berhormat hendak semua laporan yang terus tapi masalahnya ialah bila Yang Berhormat do not tell the truth, itu yang menjadi masalah. Jadi kalau tak menyatakan pembohongan juga pun dibiarkan, jadi bagaimana Perdana Menteri ... Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Orang kena pukul mat rempit, itu bukan kebenaran? Itu betul, tidak boleh laporkan? Datuk Seri Zainuddin bin Maidin: Ya, tapi Yang Berhormat boleh laporkan tetapi tak akan Yang Berhormat seperti orang Kedah kata, “ambil ular ayaq tepi jalan, bawak mai ke dalam Parlimen”. Beberapa Ahli: [Ketawa] Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Ini benar yang berlaku. Datuk Seri Zainuddin bin Maidin: Ulaq ayaq pun bawa ke Parlimen. Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Bila Ahli-ahli Parlimen kena pukul baru tahulah. Datuk Seri Zainuddin bin Maidin: Apa tarafnya? Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Bila Yang Berhormat Menteri bersara, resign, kena pukul baru tahu. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat, Yang Berhormat. Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Masa itu baru tahu. Seorang Ahli: Jangan layanlah. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang lain sila duduklah. Datuk Seri Zainuddin bin Maidin: Yang Berhormat saya hendak baca dulu. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, teruskan Menteri. Yang Berhormat Seputeh sila duduk. Datuk Seri Zainuddin bin Maidin: Bagaimana kredibiliti, bagaimana kualitinya DAP apa yang ditulis tentang saya dalam DAP. Saya baca. “Zam is behaving like a monkey”. Oh, you are sharing what your leader said to you? DR. 5.11.2007 143

Beberapa Ahli: Yes, yes. Datuk Seri Zainuddin bin Maidin: Oh, you are first class, this is the quality. “Zam is behaving like BN monkey that gone bananas over nuts”. Adakah semua hendak saya baca lagi? [Dewan riuh] Datuk Seri Zainuddin bin Maidin: Malu! Malu! Seorang anggota Parlimen menulis macam ini di sini, malu! Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Siapa tulis itu? Datuk Seri Zainuddin bin Maidin: You tulis, tapi tak usahlah..., you tak usah kata you tak tulis, ini Lim Kit Siang blog. Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Itu komen atau saya tulis? Bukan, adakah saya menulis? Itu komen pelawat-pelawat. [Dewan riuh] Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Yang Berhormat monkey. Datuk Seri Zainuddin bin Maidin: Mana ada! [Dewan riuh] Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Are you a monkey? Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat, Yang Berhormat Ipoh Timor. Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Ada visitor, bukan saya bukan. Datuk Seri Zainuddin bin Maidin: Betul-betul. Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Saya tidak pernah kata you are a monkey. Are you a monkey? Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ipoh Timor cukuplah. Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Semua cakap tuduh. Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Tuduhan yang serius, are you a monkey? Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Itulah masalah dia, menuduh orang monkey. Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Tarik balik tuduhan itu, tarik balik. Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Sama-sama. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat, Yang Berhormat. Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Kita land to be fair. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat, Menteri menjawab. Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Kita land to be fair. [Dewan riuh] Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: I never said you are a monkey. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Cukuplah, Yang Berhormat Menteri teruskan. Yang lain sila duduk. DR. 5.11.2007 144

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Have I ever said you are a monkey? Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: You are monkey also. Datuk Seri Zainuddin bin Maidin: Yang Berhormat. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Sila duduk Yang Berhormat. Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Tarik balik. Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Itu namanya Menteri, “lempar batu, sembunyi tangan”. Dia pakai dia punya blog side tetapi dia takut. Dia takut! Datuk Seri Zainuddin bin Maidin: Yang Berhormat, nanti saya jelaskan. Dengar ya Yang Berhormat. Saya kalau menjadi ketua pengarang akhbar dan juga saudara sebagai moderator dalam sesuatu blog, saudara akan memilih sama ada yang baik atau buruk, saudara akan menapis, tetapi kalau orang maki, kalau saya kalau orang maki Lim Kit Siang umpamanya saya tidak akan siarkan. So, saya ada ethic saya sendiri... Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: You have siar even worst thing on RTM lah. Datuk Seri Zainuddin bin Maidin: Saya tidak maki orang. Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Pengkhianat komunis-komunis, worst thing but apa mustahak, I didn’t say ... Datuk Seri Zainuddin bin Maidin: No, you say “Zam is behaving like a monkey”. Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Did I say? Adakah saya kata? Datuk Seri Zainuddin bin Maidin: Dengar, “how I wish to see Zam and KJ be killed by mat rempit”. You see, how can you publish... Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Siapa saya? Itu blog... Datuk Seri Zainuddin bin Maidin: Ini blog yang paling terhormat di Malaysia, yang paling berprestij! [Dewan riuh] Datuk Seri Zainuddin bin Maidin: Ini DAP blog, see how they behave! Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Kalau tengok UMNO blog, even worse. Itu saya kata saya kesal, saya setuju tetapi saya tidak mahu... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, sekarang Yang Berhormat kesal, cukuplah. Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Tetapi tengok UMNO blog, itu terlalu even worse, is the minister control it? Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Sila duduk Ipoh Timor ya. Datuk Seri Zainuddin bin Maidin: Bring the evident, saya membawa bukti-bukti. Saya boleh baca lagi tetapi you are the moderator. Kalau saya baca lagi, tak usahlah, malu mereka, cukup-cukup... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya Menteri teruskan jawapan yang lainlah, habiskan. DR. 5.11.2007 145

Datuk Seri Zainuddin bin Maidin: Okeylah. So saya berharap apabila DAP berkuasa kelak, amalkanlah press freedom dengan etika yang baik, tetapi kalau ini apa yang saya lihat kini, kita tidak harap satu press freedom yang beretika kelak. Malah akan disalahgunakan, pembohongan-pembohongan akan dibawa ke Parlimen dari satu masa ke satu masa dan rakyat percaya. Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Yang Berhormat, sekiranya Yang Berhormat selalu memandang rendah kepada rakyat jelata, ini komen mereka terhadap Yang Berhormat. Sebenarnya komen ini Yang Berhormat tidak berani baca. Yang Berhormat juga berasa malu, kerana ini adalah pandangan orang ramai terhadap dia. Datuk Seri Zainuddin bin Maidin: No, saya tidak malu, saya boleh baca, nak suruh saya baca? Dato’ Ghazali bin Ibrahim [Padang Terap]: Jangan layanlah Yang Berhormat Menteri. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, Yang Berhormat cukuplah. Yang Berhormat, saya ingat... Datuk Seri Zainuddin bin Maidin: Ini perempuan tua nak bogel pun dia bawa cerita, perempuan tua suruh bogel. Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Tetapi ini adalah apa yang berlaku dalam lokap polis, apa salahnya? Datuk Seri Zainuddin bin Maidin: Mana betul? Tak siasat pun, mana betul, mana Yang Berhormat tahu apa yang berlaku? Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Kenapa Yang Berhormat tidak percaya dia, lebih percaya kepada polis? Datuk Seri Zainuddin bin Maidin: You dengar sebelah pihak. Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Jadi Yang Berhormat ini tidak neutral, tidak objektif dalam isu ini. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat Menteri teruskan. Datuk Seri Zainuddin bin Maidin: Jangan lagi membawa pembohongan-pembohongan dalam Dewan, malu. Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Kenapa malu? Datuk Seri Zainuddin bin Maidin: Ini Dewan terhormat, Dewan yang mulia bukan tempat buat pembohongan dari semasa ke semasa. Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Yang Berhormat, sekarang ini media massa di kawal oleh kerajaan... Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Jangan bawa cerita tipu. Itu bohong! [Dewan riuh] DR. 5.11.2007 146

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Seputeh cukup, Menteri teruskan habiskan jawapan. Datuk Seri Zainuddin bin Maidin: Tuan Yang di-Pertua, sebagai menghormati Dewan yang mulia ini, sebenarnya saya pun tahu Yang Berhormat daripada Ipoh Timor nak kacau saya, jadi tidak apalah, saya gembira dengan kekacauan ini. [Ketawa] Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Saya tidak kacau saya, saya acah sahaja. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Kena batang hidung sendiri baru Yang Berhormat tahulah. [Ketawa] [Dewan riuh] Datuk Seri Zainuddin bin Maidin: Jadi akhirnya Yang Berhormat Kanowit, Rancangan Kawasan Saya yang diminta pada awalnya sepanjang 2006 merupakan satu daripada slot dalam Selamat Pagi Malaysia. Ia dijadikan rancangan khusus sejak 21 Januari 2007 selama 30 minit, disiarkan pada setiap hari Ahad, dan kita akan kekal pada jam 10 malam. Sejak awal dahulu sehingga kini sebanyak 74 kawasan Parlimen telah diberikan liputan dan akan terus meliputi 126 kawasan lagi secara berperingkat-peringkat selepas ini. Saya suka maklumkan bahawa dulu kita hanya siarkan sekali sahaja seminggu, tetapi kita akan siarkan dua kali dalam seminggu. Kita memberikan masa pada jam 10 malam itu adalah prime time, masa yang cukup mahal. Saya ingat bukanlah mudah untuk diberikan masa pada jam 10 malam. Kemudian gangguan-gangguan daripada iklan ini. ■1930 Sebenarnya dulu kalau kita ingat kita anggap iklan itu mengacau, tapi akhirnya berita dan sebagainya tanpa iklan telah menjadi sesuatu yang popular, yang disukai. Jadi ia memang tidak dianggap lagi sebagai gangguan dan tidaklah menjemukan kalau kita hanya selama 30 minit tanpa gangguan iklan ataupun break yang lain. Jadi itulah yang saya hendak nyatakan dan saya sekali lagi berterima kasih kepada semua yang telah mengambil bahagian termasuk Yang Berhormat Ipoh Timor yang telah... Dato' Ghazali bin Ibrahim [Padang Terap]: [Bangun] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Padang Terap Yang Berhormat, bagi jalan. Dato' Ghazali bin Ibrahim [Padang Terap]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya hendak ucap terima kasih di atas perancangan program- program TV akhir-akhir ini yang mana mendapat sambutan yang baik di hati masyarakat. Kita tahu bahawa bermula pada besok sampai 9, Perhimpunan Agung UMNO akan diadakan. Alhamdulillah liputan yang baik telah pun diberikan kepada parti yang telah banyak berjasa pada bangsa kita dan sebagainya. Adakah Yang Berhormat bercadang untuk melipatgandakan lagi, membanyakkan lagi supaya program-program semasa persidangan UMNO itu dapat dihebahkan kepada parti yang DR. 5.11.2007 147

memerintah, parti yang telah banyak berjasa kepada bangsa kita. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Datuk Seri Zainuddin bin Maidin: Yang kita buat pun cukuplah. Nanti nampak tidak begitu seimbang. Dalam pada itu kita akan membanyakkan siaran-siaran yang saya rasa berfaedah bagi semua rakyat umpamanya malam tadi... Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: [Keluar daripada Dewan) Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Ketua Pembangkang keluar ke? Takut ke? [Ketawa] Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: [Menyampuk] Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir [Sungai Petani]: [Bangun] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang lain sila diam, Yang Berhormat bagi jalan untuk Sungai Petani. Mungkin dia kenyang Yang Berhormat, bagi dia keluarlah. Datuk Seri Zainuddin bin Maidin: Semalam kita siarkan 25 tahun UMNO dan sebagainya, tapi kita seimbang. Jadi kita cuba dan kita pun telah banyak membuat perubahan memberikan tempat juga kepada parti pembangkang dan sebagainya. Malangnya saya panggil Yang Berhormat Ipoh Timor berkali-kali tak mahu datang. Panggil, bukan tidak panggil tapi dia tak datang, kalau datang hantar wakil Yang Berhormat Kepong, hantar orang lain. Kita bagi floor, bagi tempat dia tak datang hendak buat macam mana. Jadi itulah saya ingat sudah habis... Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir [Sungai Petani]: Sikit saja. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ringkas saja Yang Berhormat. Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir [Sungai Petani]: Tadi saya tidak sempat hendak masuk. Yang Berhormat Menteri Penerangan mengenai sambutan merdeka dan kita lihat programnya cukup baik sekali dan juga tambahan mengenai dengan sisipan sejarah. Jadi adakah rancangan seperti sejarah kita buat satu slot khusus kalau boleh, diminta oleh pihak Yang Berhormat. Selain daripada itu kita akan ada atau tidak follow-up mengenai dengan angkasawan kita supaya ini menimbul satu kesedaran lagi sekali mengenai dengan angkasawan. Jadi adakah Yang Berhormat akan meminta pihak kementerian Yang Berhormat mengadakan rancangan follow-up mengenai dengan angkasawan dari semasa ke semasa supaya perkara ini tidak terus padam begitu saja. Sekian, terima kasih.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Lim Si Cheng) mempengerusikan Mesyuarat]

DR. 5.11.2007 148

Datuk Seri Zainuddin bin Maidin: Saya akan mengarahkan. Jadi kita akan adakan program dan memang kita telah merancang program untuk angkasawan ini dan kita sedang memikirkan bagaimana program yang sebaik-baiknya. Dari segi sejarah kalau Yang Berhormat sendiri maaflah, saya sendiri pun tidak sempat melihat program-program sejarah yang diadakan pada setiap malam kadang-kadang dalam RTM. Sudah banyak kita buat, tapi kerana masa kita tidak ada mungkin kadang-kadang Yang Berhormat sendiri tidak maklum tentang perkara ini. Ini tanggungjawab RTM sebab memang tujuan kita memupuk semangat nasionalisme Malaysia, maka apa juga bahan yang kita fikirkan boleh membantu kita dalam hal ini kita akan jalankan. Terima kasih, sekian saja Tuan Yang di- Pertua. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Baik, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sekarang kita pergi ke Kementerian Wilayah Persekutuan, Yang Berhormat Setiausaha Parlimen sila.

7.35 mlm. Setiausaha Parlimen Kementerian Wilayah Persekutuan [Tuan Yew Teong Look]: Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam membahaskan kepada perkara di bawah bidang kuasa Kementerian Wilayah Persekutuan berkaitan dengan pembentangan Bajet 2008. Saya akan berusaha untuk memperjelaskan isu-isu yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat sepanjang tempoh perbahasan ini. Tuan Yang di-Pertua, pertama saya ingin menyentuh isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat bagi Bukit Bintang, yang mana telah mencadangkan supaya nama Stesen LRT Pudu ditukar kepada Stesen LRT Jalan Pasar atau nama lain yang lebih bersesuaian kerana di atas nama sekarang. Pengguna perkhidmatan LRT yang ingin turun di Pudu Raya menjangka Stesen LRT Pudu adalah berhampiran dengan kawasan Pudu Raya, walhal jarak jauh kawasan ini adalah lebih kurang tiga kilometer dari Stesen Bukit Bintang. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, menamakan stesen-stesen LRT adalah di luar bidang kuasa Kementerian Wilayah Persekutuan. Bagaimanapun oleh kerana perkhidmatan LRT ini adalah di dalam kawasan pentadbiran DBKL, pihak Kementerian Wilayah Persekutuan telah memaklumkan cadangan ini kepada pihak yang berkenaan iaitu Syarikat Prasarana Negara Berhad (SPNB), yang mengendalikan perkhidmatan LRT ini untuk mengambil tindakan seperti dicadangkan atau membuat promosi bagi menjelaskan kedudukan lokasi stesen-stesen berkaitan ini. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya Yang Berhormat dari Bukit Bintang telah menimbulkan isu berkaitan cadangan melevi atau caj terhadap pengguna-pengguna kenderaan yang memasuki Bandar Raya Kuala Lumpur, di mana beliau mendakwa ia membebankan rakyat. DR. 5.11.2007 149

Untuk makluman Yang Berhormat, pihak DBKL iaitu agensi di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan belum membuat sebarang keputusan atau ketetapan untuk melaksanakan skim congestion pricing di dalam Bandar Raya Kuala Lumpur. Perkara ini masih lagi dalam peringkat kajian saja. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Bukit Bintang dan juga Yang Berhormat bagi Sekijang membangkitkan isu berkaitan dengan sistem pengangkutan awam bagi Bandar Raya Kuala Lumpur. Yang Berhormat bagi Bukit Bintang beliau mendakwa kesesakan di Bandar Raya di Kuala Lumpur adalah disebabkan hentian bas transit yang lokasinya diletak di tempat-tempat yang tidak sesuai. Bagi Yang Berhormat Sekijang pula beliau mendakwa bahawa sistem pengangkutan awam bagi Bandar Raya Kuala Lumpur ini adalah tidak bersepadu yang dapat berhubung di antara satu sama lain dalam satu terminal yang lengkap, yang boleh memberi keselesaan kepada pengguna pengangkutan awam. Untuk makluman Yang Berhormat-Yang Berhormat, bagi mengatasi masalah kesesakan dan memberi keselesaan kepada pengguna-pengguna pengangkutan awam di Bandar Raya Kuala Lumpur, DBKL telah merancang mewujudkan tiga buah terminal pengangkutan bersepadu atau dengan izin, integrated transport terminal iaitu ITT. Tiga buah ITT ini merupakan terminal bas yang bersepadu antara bandar raya intercity yang akan diintegrasikan dengan sistem pengangkutan awam lain yang sedia ada seperti LRT, ERL, KTM komuter, bas henti-henti, teksi serta kemudahan park and ride. Dengan wujudnya sistem pengangkutan yang bersepadu ini ianya akan memudahkan penumpang-penumpang bergerak dari satu destinasi ke satu destinasi yang lain. Bas antara bandar tidak perlu masuk ke pusat Bandar Raya Kuala Lumpur dan ia akan dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas di pusat Bandar Raya Kuala Lumpur. Pengguna-pengguna yang ingin menggunakan ketiga-tiga terminal ini tidak akan menghadapi masalah kerana ketiga-tiga terminal adalah hubungan dengan sistem rail seperti ERL, LRT, KTM komuter dan lain-lain jenis pengangkutan dengan jalan raya utama. Tuan Yang di-Pertua, isu yang terakhir yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat bagi Kalabakan pula menyebutkan isu... Tuan Fong Kui Lun [Bukit Bintang]: [Bangun] Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Minta Penjelasan. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat ada dua, mana satu? Tuan Yew Teong Look: Bukit Bintang. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat Bukit Bintang sila. Tuan Fong Kui Lun [Bukit Bintang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Setiausaha Parlimen. Saya ingin tanya adakah Yang Berhormat Setiausaha DR. 5.11.2007 150

Parlimen sedar bahawa tempat letak kereta bertingkat tidak mencukupi di stesen-stesen yang disebutkan oleh Yang Berhormat sebentar tadi. Adakah kerajaan berhasrat khususnya DBKL membina lebih tempat letak kereta bertingkat di Kuala Lumpur di tempat yang strategik untuk memastikan bahawa orang ramai boleh menggunakan rail transit ini? ■1940 Adakah kementerian bercadang kepada kerajaan tempatan untuk mengambil tindakan yang selanjutnya? Terima kasih. Tuan Yew Teong Look: Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya untuk menyelesaikan kesesakan lalu lintas, bukan hanya di bidang Kementerian Wilayah Persekutuan saja. Ia melibatkan Kementerian Pengangkutan dan juga Kementerian Kerja Raya. Buat masa sekarang, sebenarnya kementerian sedang menguruskan satu rigid system lalu lintas di Kuala Lumpur yang akan diadakan penghujung bulan ini yang akan dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri. Segala isu-isu mengenai kesesakan lalu lintas akan dibincangkan dan mencari penyelesaian yang paling baik. Itu saja, ok Seputeh. Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Terima kasih Yang Berhormat Setiausaha Parlimen . Sebenarnya apa yang kami rasa sangat bimbang adalah tentang conjunction pricing. Di London, kereta yang masuk dalam pusat bandar mereka dikenakan caj 8 Pound. Sekiranya kita di Malaysia, di Kuala Lumpur, DBKL hanya perlu kenakan RM8. Ia memang akan menjadikan beban yang sangat berat kepada semua pengguna kereta dan apa yang kita tidak puas hati ialah Datuk Bandar sendiri pada bulan lepas, dia sendiri yang pernah kata yang conjunction pricing ini tentu akan dilaksanakan oleh DBKL. Jadi, jawapan Yang Berhormat tadi adalah ia dalam tahap kajian. Saya rasa bukan kajian sahaja, sekarang Datuk Bandar sudah cakap ia sudah semestinya akan dilakukan. Jadi ini adalah saya rasa amat tidak puas hati. Sebenarnya tak perlu kaji lagi, idea ini haruslah dibuang kerana kita tak cukup pengangkutan awam yang efisien. Kita tak ada LRT dan juga train service yang cukup untuk orang ramai dan juga kita punya bas masih tak sampai tahap yang memuaskan. Jadi, idea conjunction pricing ini haruslah dibuang langsung. Jadi ini adalah apa yang saya harap yang dapat dengar daripada jawapan Yang Berhormat dan bukan dalam tahap kajian saja, tak perlu kaji lagi. Idea ini harus dibuang! Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Baik, cukup. Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Kalau tidak, dalam pilihan raya kempen kita adalah ‘Undi Barisan Nasional, Jadi Kita Akan Dikenakan Conjunction Pricing’.’ Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Cukup! Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Jadi saya berharaplah Yang Berhormat boleh cakap tak perlu kaji lagilah, idea ini akan dibuang. Terima kasih. DR. 5.11.2007 151

Tuan Yew Teong Look: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat dari Seputeh. Nampaknya kaji pun tak boleh, ini memang tak patutlah. Untuk meningkatkan sistem pengangkutan di bandar raya Kuala Lumpur, memang kerajaan sentiasa mencari jalan langkah-langkah yang paling baik. Oleh itu, satu jawatankuasa telah ditubuhkan di mana Kementerian Wilayah Persekutuan memang hanya salah satu ahli jawatankuasa di dalam jawatankuasa ini tapi setakat ini di peringkat DBKL hanya membuat kajian, belum ada segala keputusan lagi. Bagi pandangan kementerian, memang kita tidak akan membuat keputusan tanpa mendapat maklumat yang secukupnya. Memang pengguna-pengguna lalu lintas atau jalan raya mesti diambil kira, kepentingan mereka mesti diambil kira juga. Itu saja yang boleh saya sampaikan. Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Minta penjelasan lagi. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Apa lagi Yang Berhormat? Cukup. Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Ya, ada satu lagi yang juga melibatkan kepentingan Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Kepentingan siapa? Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: DBKL pada bulan lepas, betul-betul bulan lepas mereka mengenakan denda ke atas illegal parking sehingga RM100 dan non-negotiable. Kenapakah peraturan seperti ini diadakan? Memang kita lihat di pusat bandar Kuala Lumpur, pengangkutan awam tak memuaskan, yang tempat parking memang tidak cukup, apa yang kita perlu buat? Kita park illegally. Kadang-kadang kita buat dalam halaman Parlimen juga bila tak ada tempat parking dan kita perlu letak kereta dan keluar dari kereta buat urusan. Jadi saya ingin membantah tindakan DBKL yang tiba-tiba membuat pengumuman mengenakan denda RM100 kepada kereta yang diletak secara tidak betul. Saya tak fahamlah Tuan Yang di-Pertua, sejak Datuk Bandar ini menjadi Datuk Bandar kita, dilantik, tiba-tiba ada idea conjunction pricing diadakan. Sekarang denda yang bagi illegal parking RM100 dikenakan. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Baiklah Yang Berhormat, baiklah, cukuplah. Ini untuk makluman Yang Berhormat Setiausaha Parlimen. Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Saya menyerulah Yang Berhormat tolonglah. Yang Berhormat pun tak mahu kereta Yang Berhormat ini dikenakan denda begitu tinggi, jadi sebelum keadaan trafik di pusat bandar Kuala Lumpur dibetulkan, idea denda yang tersangat tinggi yang terlampau ini, saya berharap ini dapat dilupuskan. Terima kasih. Tuan Yew Teong Look: Terima kasih Yang Berhormat dari Seputeh. Pandangan akan diambil kira. Sebenarnya illegal parking di Kuala Lumpur kian bertambah serius. Memang penalti ini adalah berikutan satu keputusan Kabinet di mana laporan Datuk Bandar kepada kementerian mestilah mengikut keputusan Kabinet. Walau bagaimanapun, kementerian akan mengambil kira pandangan Yang Berhormat. DR. 5.11.2007 152

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat bagi Kalabakan pula menimbulkan isu bangunan- bangunan dalam kawasan bandar raya Kuala Lumpur didapati kotor, berlumut dan berfungus dan mencadangkan supaya mewujudkan undang-undang untuk mengatasi masalah ini juga undang- undang yang berkaitan dalam masalah yang belum diwujudkan. Untuk makluman Yang Berhormat, bagi mengatasi masalah-masalah bangunan-bangunan di bandar raya Kuala Lumpur yang nampak kotor dan berfungus, DBKL melalui Unit Reka Bentuk dan Warisan Bandar telah melaksanakan program mengecat bangunan mengikut peruntukan seksyen 705 Akta Kerajaan Tempatan 1974 [Akta 171]. Melalui program ini, pemilik-pemilik bangunan yang dikenal pasti akan diberi notis arahan supaya bangunan dicat semula oleh pemilik bangunan tersebut. Sekiranya pemilik gagal, pihak DBKL sendiri akan menjalankan kerja-kerja mengecat dan kos dituntut kemudian daripada pemilik bangunan berkaitan. Dari rekod DBKL setakat ini, bangunan yang dikenal pasti kena cat bilangannya adalah 872 di mana setelah notis oleh DBKL, bangunan telah cat adalah 754 iaitu 86%. Satu angka yang agak baik. Itu sajalah yang saya dapat jawab soalan-soalan bagi pihak kementerian. Sekian, terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Baik, sekarang saya jemput Yang Berhormat Menteri Pengangkutan.

7.47 mlm. Menteri Pengangkutan [Dato' Sri Chan Kong Choy]: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Bagi pihak Kementerian Pengangkutan, saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli- ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2008 yang menyentuh mengenai perkara-perkara di bawah tanggungjawab Kementerian Pengangkutan. Sesungguhnya Kementerian Pengangkutan menghargai semua pandangan, teguran, saranan dan cadangan Ahli-ahli Yang Berhormat itu. Tuan Yang di-Pertua, ingin saya merujuk kepada pertanyaan daripada Yang Berhormat Lipis dan Seputeh mengenai keselamatan lapangan terbang. Pengauditan yang telah dijalankan oleh badan kawal selia seperti International Civil Aviation Organization, pagar keselamatan penerbangan dan Jabatan Penerbangan Awam pada tahun 2004, 2005 dan 2006 telah mengesahkan bahawa keselamatan KLIA adalah menepati piawaian keselamatan antarabangsa. Walau bagaimanapun, selepas kejadian pencerobohan oleh warga Palestin di KLIA, pihak Malaysia Airport Holding Berhad (MAHB) telah mengambil beberapa langkah untuk mempertingkatkan tahap keselamatan di lapangan terbang tersebut. Di antara langkah-langkah yang telah diambil adalah: (i) meningkatkan rondaan berkereta di sepanjang pagar keselamatan yang sepanjang 24km di KLIA dan lain-lain lapangan terbang; DR. 5.11.2007 153

(ii) meningkatkan kekerapan rondaan di dalam kawasan airside khususnya di kawasan apron, taxi way dan landasan di KLIA dan lain- lain lapangan terbang; (iii) menempatkan anggota keselamatan tambahan di lokasi-lokasi yang berisiko tinggi yang mana pencerobohan boleh berlaku iaitu dari jam 7 malam hingga jam 7 pagi setiap hari; ■1950 (iv) pemantauan dan rakaman CCTV dibuat secara berterusan oleh Security of Business Centre dengan izin di lokasi-lokasi yang berisiko tinggi; (v) di samping itu MHP juga bercadang untuk memasang pab wayar bergulung sebagai langkah sementara di sepanjang pagar keselamatan di semua lapangan terbang; dan (vi) memasang peralatan berteknologi tinggi di pagar keselamatan seperti sensor di KLIA. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat bagi Pengkalan Chepa ada membangkitkan isu mengenai airport tax dan masalah kehilangan luggage di lapangan terbang. Airport tax adalah cukai lapangan terbang yang dikenakan di lapangan terbang negara adalah merupakan salah satu daripada sumber pendapatan kepada agensi yang diberi tanggungjawab bagi mengendalikan pengurusan lapangan terbang iaitu Malaysia Airports Holdings Berhad. Pendapatan yang diperoleh daripada cukai ini digunakan bagi menampung keperluan perbelanjaan pengurusan lapangan terbang seperti penyelenggaraan kawasan, bangunan dan peralatan, keselamatan pentadbiran, pembelian peralatan serta lain-lain kos operasi yang diperlukan dari semasa ke semasa. Bagi mengatasi masalah kehilangan luggage, langkah-langkah yang telah diambil termasuk: (i) melaksanakan projek menaik taraf sistem pengendalian bagasi di KLIA yang bertujuan mengurangkan kejadian shock shipping dengan izin dan memudahkan pengesanan bagasi semasa ia dikendalikan dalam sistem; (ii) menubuhkan unit petugas khas yang diketuai oleh seorang pegawai cawangan khas Polis Diraja Malaysia yang mempunyai rangkaian risikan dalam kawasan KLIA dan lain-lain lapangan terbang; dan (iii) pemasangan sebanyak 200 unit CCTV di dalam kawasan sistem pengendalian bagasi yang disambung ke pusat kawalan keselamatan bagai serta menempatkan anggota unit petugas khas yang sentiasa berkawal di kawasan itu dan juga lapangan-lapangan terbang lain. DR. 5.11.2007 154

Melalui tindakan-tindakan yang telah diambil, masalah kehilangan dapat diatasi yang mana berdasarkan rekod mulai Januari hingga September 2007, tiada sebarang kes kehilangan luggage yang dilaporkan. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat bagi Langkawi ada membangkitkan beberapa perkara yang membabitkan sektor maritim. Antaranya adalah mengenai keadaan feri yang beroperasi di Langkawi berada dalam keadaan yang tidak selesa. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, semua pengusaha feri diminta untuk meningkatkan mutu dan tahap keselesaan penumpang dari masa ke semasa. Jabatan Laut turut memeriksa dan memantau tahap perkhidmatan dan kemudahan yang ditawarkan setiap tahun semasa pembaharuan sijil penumpang. Kini keadaan jeti di Kuah, Kuala Perlis dan Kuala Kedah yang tidak mesra pengguna dan menyusahkan terutama sekali apabila air surut, Kementerian Pengangkutan mengucapkan terima kasih di atas teguran itu. Kementerian memang mengambil maklum akan keadaan jeti-jeti di Kuah, Kuala Perlis dan Kuala Kedah dan telah mempunyai rancangan untuk menaik taraf dan membaiki jeti-jeti tersebut di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan. Document’s spefikasi tender projek ini sedang dimuktamadkan dan tender dijangka akan dikeluarkan pada bulan Disember 2007. Di bawah projek ini, antara kemudahan-kemudahan yang akan disediakan adalah menambahkan kuantum bagi memudahkan penumpang turun naik feri, kemudahan tambahan untuk orang kurang upaya, pembaikan struktur jeti termasuk sistem fender dan lain-lain. Menyentuh tentang tindakan pengusaha feri yang mengenakan feri fi surcaj, amaran keras telah dikeluarkan kepada semua pengusaha feri pada hari kejadian dan ekoran amaran tersebut pengutipan fi surcaj telah diberhentikan. Surat amaran telah juga dikeluarkan oleh Kementerian Pengangkutan di mana lesen perkapalan domestik akan ditarik sekiranya mana-mana pengusaha feri mengenakan apa jua caj tambahan tanpa kelulusan kerajaan. Yang Berhormat bagi Langkawi juga ada membangkitkan isu mengenai pembuangan sisa pengorekan di Sungai Perlis dan Kuala Kedah. Suka saya menjelaskan bahawa kerja-kerja mengorek di Sungai Perlis dan Kuala Kedah dilaksanakan dengan teratur. Kawasan buangan pengorekan adalah jauh iaitu 17 kilometer dan 16 kilometer dari kawasan kerja. Keluasan kawasan-kawasan buangan ini adalah 3.5 kilometer persegi di mana kawasan- kawasan buangan berkenaan telah mendapat kelulusan Jabatan Alam Sekitar Kedah dan Perlis,. Environment Assessment ... Dato' Abu Bakar bin Taib [Langkawi]: [Bangun] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Langkawi. Dato' Abu Bakar bin Taib [Langkawi]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Berkenaan dengan enapan itu, minggu sudah saya balik dan nampaknya cetek balik. Walaupun sudah DR. 5.11.2007 155

enam bulan telah dikorek tetapi sekarang sudah cetek balik. Jadi saya tidak tahulah sama ada pelupusan yang datang itu dibuat dengan sempurna atau tidak tetapi yang buat dulu ini, sekarang macam biasa balik. Kalau boleh mintalah Yang Berhormat Menteri dapat mengenal pasti perkara ini. Terima kasih. Dato' Sri Chan Kong Choy: Terima kasih Yang Berhormat. Saya sendiri akan meminta satu laporan terperinci daripada Jabatan Laut mengenai perkara ini dan saya akan memberikan satu jawapan yang terperinci kepada Yang Berhormat mengenai perkara ini. Environment Assesment juga telah disediakan bagi kedua-dua kawasan buangan seperti yang dikehendaki oleh Jabatan Alam Sekitar. Dalam pada itu pembuangan sisa pengorekan dikawal melalui spoilt monitoring system dengan izin, bagi mengelakkan pembuangan secara tidak sah. Bagi menjawab perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat bagi Jasin, mengenai keadaan feri-feri seperti kes Feri Seagull 2 yang terbakar dan tenggelam di Tioman, Untuk makluman Yang Berhormat bagi Jasin, Jabatan Laut sentiasa memastikan bahawa penguatkuasaan dan pemeriksaan ke atas feri-feri dilaksanakan secara berterusan dan akan terus memberi penekanan terhadapnya. Di dalam kes Seagull 2, pemilik feri telah mengabaikan dan tidak menghiraukan keselamatan penumpang kerana telah beroperasi tanpa lesen dan sijil penumpang yang sah demi keuntungan. Untuk makluman Dewan ini juga, Jabatan Laut telah menjalankan siasatan dan laporan telah dikemukakan kepada Kementerian Pengangkutan yang sedang menelitinya untuk menentukan tindakan-tindakan susulan yang bakal dan wajar diambil terhadap pemilik feri dan pihak-pihak lain yang berkaitan. Sekiranya terdapat kecuaian dan disahkan yang melibatkan pihak Jabatan Laut, tindakan sewajarnya juga akan diambil terhadap mereka yang bertanggungjawab. Dalam pada itu saya juga telah mempengerusikan satu perjumpaan dengan semua pengusaha feri di Semenanjung Malaysia termasuk sektor Labuan Menumbok, bagi menekankan kepentingan pematuhan undang-undang, peraturan dan keperluan solve regulation. Semua pengusaha yang hadir telah memberi jaminan bahawa mereka akan menyokong saranan tersebut. Tuan Yang di-Pertua, bagi menjawab soalan kedua Yang Berhormat bagi Jasin yang telah meminta Menteri Pengangkutan menekankan kepada Kerajaan Negeri Sabah supaya melihat keperluan menyelesaikan masalah dan menaik tarafkan perkhidmatan feri, pengangkutan yang sudah berlarutan hampir lebih 10 tahun di Labuan bagi mengelakkan insiden yang tidak diingini. Dalam hubungan ini Kementerian pengangkutan memang telah menghubungi dan menekankan kepada Kerajaan Negeri Sabah tentang kepentingan supaya perkhidmatan feri di antara Labuan dan Menumbok ditingkatkan mutunya dan bagi memenuhi keperluan pengguna. Kerajaan Negeri Sabah dan pihak pengusaha feri telah mengambil perhatian serius terhadap pandangan Kementerian Pengangkutan dan telah berusaha memperbaiki mutu perkhidmatan feri. Kementerian Pengangkutan akan terus memantau perkara tersebut. DR. 5.11.2007 156

„ 2000 Kementerian Pengangkutan akan terus memantau perkara tersebut. Tuan Yang di- Pertua, bagi tujuan menjawab perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Jasin, minta maaf. Yang Berhormat Jerai iaitu feri yang digunakan bukan feri untuk laluan lautan tetapi untuk laluan sungai yang digunakan di Sarawak. Dimaklumkan bahawa semua feri yang hendak beroperasi diperiksa oleh Jabatan Laut dan sijil-sijil keselamatan yang berkaitan dikeluarkan kepada feri-feri tersebut setelah sesebuah feri itu menepati syarat-syarat keselamatan yang ditetapkan. Oleh itu, tidak timbul isu-isu mengenai keselamatan dan sea worthiness dan saya hendak menekankan di sini bahawa kita sentiasa menitik beratkan dan memberi perhatian serius terhadap aspek keselamatan feri-feri yang beroperasi di negara ini. Yang Berhormat Ipoh Timor pula telah meminta penjelasan mengenai pemberian tanah seluar 1,000 ekar di Pulau Indah daripada Kuala Dimensi Sdn Bhd pada kadar RM25 sekaki persegi yang dikatakan tinggi. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, keputusan oleh kerajaan supaya Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) membeli tanah 1,000 ekar tersebut dengan kadar harga RM25 sekaki persegi adalah setelah mengambil kira semua aspek-aspek perundangan, penilaian yang dibuat oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta dan kerja-kerja asas di atas tanah yang perlu dilakukan oleh syarikat berkenaan seperti berikut; (i) penambakkan tanah; (ii) perparitan; (iii) pembinaan jalan masuk dan jambatan; (iv) penyediaan street lighting; (v) bekalan air; dan (vi) bayaran kepada agensi utiliti. Penilaian tersebut juga adalah kerana mengambil kira tempoh bayaran tertunggak selama 15 tahun. Selain itu Yang Berhormat Ipoh Timor, juga memohon penjelasan mengenai kenaikan kos… Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Penjelasan. Sebelum Yang Berhormat Menteri masuk kepada aspek lain mengenai isu Port Klang Free Zone yang mengenai harga tanah itu. Bukankah benar bahawa Jabatan Peguam Negara telah memberi pandangan-pandangan tidak bersetuju dengan cadangan mengenai pembelian tanah itu dengan harga RM25 kaki persegi, tetapi oleh kerana, masa itu Kementerian Pengangkutan dengan sokongan Port Klang Authority berdegil yang mahu dengan melalui cara willing buyer, willing seller. Mahu harga yang lebih tinggi ialah RM25 kaki persegi berbanding dengan RM10 kaki persegi yang dicadangkan oleh Jabatan Peguam Negara dan atas lagi satu jaminan bahawa ialah feasible self financing dan kita tidak perlu satu sen yang perlu di keluar daripada wang rakyat bahawa keputusan itu dibuat dan kenapa sekarang perlu satu bail out yang diberikan yang berjumlah RM4.6 bilion yang boleh kata bail out skandal financial social kewangan yang terbesar dalam pemerintahan Yang Amat DR. 5.11.2007 157

Berhormat Perdana Menteri yang utama dan bukankah ini sudah menjadi satu test yang utama, satu acid test sama ada kerajaan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri adalah sebenarnya berasas kepada integriti, accountability dan transparency dan kenapa sampai sekarang tidak ada apa-apa, bukan sahaja tidak mengakui satu bail out tetapi tidak ada apa-apa tindakan yang diambil terhadap mereka yang bertanggungjawab. Wang rakyat telah rugi sehingga RM4.6 bilion. Dato' Sri Chan Kong Choy: Terima kasih Yang Berhormat dari Ipoh Timor. Sebenarnya semua pertanyaan ini telah di tanya di Dewan yang mulia ini beberapa kali dan saudara saya Yang Berhormat Timbalan Menteri Kewangan telah pun memberi jawapan secara terperinci. Walau bagaimanapun, saya hendak menegaskan di sini bahawa memang Peguam Negara telah mengemukakan pandangan, Kementerian Kewangan telah pun juga mengemukakan pandangan tetapi Kerajaan Negeri Selangor juga telah memberikan pandangan dari segi perundangan juga dan semua ini telah diambil kira oleh Kabinet pada masa itu dan semua ini selepas pertimbangan yang telah diberikan kepada semua pandangan ini, kerajaan telah membuat satu keputusan yang saya sebutkan tadi dan saya hendak menegaskan sekali lagi ini bukan satu bail out kerana pinjaman yang diberikan kepada LPK ialah satu pinjaman mudah dan ia akan dibayar balik kepada pihak kerajaan dalam satu tempoh masa yang akan dirundingkan dengan Kementerian Kewangan dan pada masa ini perundingan masih diteruskan. Tuan Yang di-Pertua… Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Minta Penjelasan. Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Penjelasan, penjelasan. Bukankah dalam perkara ini sungguh pun beberapa pandangan diberi sama ada oleh Kamar Peguam Negara atau oleh Perbendaharaan atau oleh Kerajaan Negeri Selangor tetapi, baik, betul. Satu keputusan muktamad dibuat untuk membenarkan LPK untuk membeli tanah itu atas willing buyer, willing seller basis dengan harga RM25 kaki persegi tetapi bukankah benar bahawa itu pun atas dua syarat yang utama? Pertama ialah dia feasible self financing, tak perlulah apa-apa lagi sokongan. Apa-apa keluaran satu sen daripada kerajaan oleh kerana self financing, self feasible dan yang kedua ialah bahawa apa yang ada perubahan dalam kos penggunaan yang lebih daripada RM100 juta perlulah mendapat kebenaran spesifik oleh Kabinet tetapi ini tidak pernah berlaku sungguh pun development cost sudah lompat daripada RM400 juta kepada RM1.8 bilion dan kenapa Yang Berhormat menafikan? Kenapa kerajaan menafikan ada skandal penyelewengan? Ada penyalahgunaan kuasa? Bukankah benar Yang Berhormat Menteri sendiri ada memberi tiga surat, letter of support supaya bon boleh diterbitkan oleh Kuala Dimensi Sdn. Bhd. dan sungguh pun Yang Berhormat Menteri tidak ada kuasa buat begitu. Yang Berhormat Menteri tak ada kuasa buat begitu dan perlu didakwa di mahkamah oleh kerana penyelewengan, criminal breach of trust, bukankah itu benar dan betul? Tak boleh salah 100% Yang Berhormat Menteri oleh kerana predecessor Tun Dr. Lim Yong Sik, ya kali pertama DR. 5.11.2007 158

memberi letter of support pada akhir Mei. Sungguh pun dia sudah bersara, hari yang terakhir dia bersara dia beri letter of support. Bukankah ini pun melanggar undang-undang ataupun beliau patut didakwa oleh kerana criminal breach of trust. Bagaimana dia boleh beri support, resign, keluar. Last act of a Minister. Kenapa satu kerajaan yang cukup bersih membenarkan penyelewengan yang begitu mega, begitu besar-besaran berlaku. Dato' Sri Chan Kong Choy: Tuan Yang di-Pertua, semua ini telah dikemukakan oleh Yang Berhormat Ipoh Timor tempoh hari di Dewan yang mulia ini dan semua ini telah diberi jawapan secara terperinci dan… Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Tak benar. Ini tidak benar. Dato' Sri Chan Kong Choy: …dan saya rasa tidak… Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Ini kita boleh check hansard. Tak pernah. Kenapa lari? Sekarang lari? Dato' Sri Chan Kong Choy: …dan saya tidak ada maklumat tambahan dan yang baru… Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Yang Berhormat sendiri sudah tadbir mengeluarkan letter of support RM300, support yang tidak sah, kenapa? Dato' Sri Chan Kong Choy: Tuan Yang di-Pertua… Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Kenapa? Atau itu tidak boleh keluar? Tak ada kuasa keluar dan sekarang negara rugi RM4.8 bilion oleh kerana tingkah laku salah Yang Berhormat Menteri antara lain. Dato' Sri Chan Kong Choy: Saya hendak membetulkan kenyataan Yang Berhormat kerana kerajaan tidak rugi RM4.4 bilion ini kerana satu laporan kerajaan… Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Itu belum tahu. Itu belum tahu. Dato' Sri Chan Kong Choy: [Menyampuk]. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang Berhormat … Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Boleh… Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat… Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: …boleh dapat tahu balik bukan? Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat… Dato' Sri Chan Kong Choy: Sila duduk. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat boleh tegur dan Menteri jawab. Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Oleh kerana… Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat. Dato' Sri Chan Kong Choy: [Menyampuk]. Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Sila mengakui sebenarnya Yang Berhormat penjenayah, you are a criminal. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat… DR. 5.11.2007 159

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: You are a criminal breach of trust. [Pembesar suara dipadamkan oleh Timbalan Yang di-Pertua] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat. Yang Berhormat Ipoh Timor. Yang Berhormat, Yang Berhormat… [Dewan riuh]. [Beberapa Ahli bangun]. Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Suruh dia tarik balik. ■2010 Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, semua duduk. Yang Berhormat bagi Ipoh Timor, dia berhak untuk mengeluarkan pandangan, minta penjelasan. [Dewan riuh]. Akan tetapi tidak adil kepada Menteri. Bila Menteri hendak jawab, beliau ganggu. Jadi saya fikir, tidak adil. Yang Berhormat boleh keluarkan soalan. Tanggung jawab Menteri jawab, biar dia jawab. [Dewan riuh]. Dato’ Sri Chan Kong Choy: Tuan Yang di-Pertua, selain itu Yang Berhormat bagi Ipoh Timor juga memohon penjelasan mengenai kenaikan kos PKFZ daripada RM1.1 bilion ke RM4.6 bilion dan kos pembangunan daripada RM400 juta ke RM2.8 bilion. Adalah tidak benar kenaikan kos PKFZ adalah dari RM1.1 bilion kepada RM4.6 bilion, kerana RM1.1 bilion hanyalah kos pembelian tanah sahaja tanpa mengambil kira elemen bayaran tertunggak, faedah dan pembangunan infrastruktur asas. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, dan seperti yang telah diterangkan sebelum dari ini, pada awalnya projek PKFZ ini telah dicadangkan untuk dilaksanakan secara dua fasa yang melibatkan sebahagian tanah seluas 500 ekar dengan kos pembangunan dianggarkan pada RM400 juta. Walau bagaimanapun, atas nasihat pihak Jabel Ali Free Zone Authority ataupun JAFZA, LPK telah memajukan PKFZ secara serentak, single phase yang melibatkan keseluruhan tanah seluas 1,000 ekar dengan kos pembangunan sebanyak RM1.845 bilion seperti berikut, kemudahan utama RM1 bilion dan kemudahan tambahan sebanyak RM0.845 bilion. Oleh yang demikian, kos keseluruhan PKFZ setelah mengambil kira kos pembelian tanah dan kos pembangunan bersama dengan kos faedah 7.5%, profesional fees 10% dan variation order dihadkan kepada 20% dan sekiranya digunakan adalah dianggarkan berjumlah RM4.632 bilion. Mengenai dengan status pembinaan, ianya adalah sejajar dan mengikut jadual asal di mana keseluruhan pembinaan akan siap sepenuhnya pada pertengahan tahun 2008. Yang Berhormat bagi Ipoh Timor juga telah... Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Minta penjelasan.. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat Kinabatangan. Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Isu ini telah diputarbelitkan dan dipolitikkan oleh pembangkang. Jadi rakyat juga ingin tahu dan saya juga ingin bertanya sejak bilakah mulanya operasi PKFZ ini dan setakat ini, berapakah pelabur-pelabur asing yang telah menyatakan hasrat dan bersetuju untuk bertapak di PKFZ ini? Selain daripada pembangunan DR. 5.11.2007 160

komersial, adakah PKFZ ini juga menyediakan pembangunan-pembangunan untuk industri ringan, untuk keperluan pelabur-pelabur tempatan? Dato’ Sri Chan Kong Choy: Terima kasih Yang Berhormat. PKFZ telah mula beroperasi sejak bulan Disember tahun lalu dan setakat ini dalam masa kurang daripada satu tahun syarikat-syarikat yang telah mula beroperasi, yang sudah masuk dan beroperasi ialah 35, sudah 35 buah syarikat. [Dewan riuh]. Satu pelaburan yang besar juga iaitu sebanyak RM725.29 juta pelaburan telah pun masuk ke PKFZ. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Oh, untung!!! Ya... Dato’ Sri Chan Kong Choy: Sekejap. Sekejap ya dan sebanyak 851 peluang pekerjaan telah pun diwujudkan untuk rakyat Malaysia. Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Penjelasan, penjelasan... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat bagi Ipoh Timor. Dato’ Sri Chan Kong Choy: ..Dan dalam Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Dalam perkara ini.. Dato’ Sri Chan Kong Choy: Biar saya habiskan dahulu ya, selepas itu saya minta Yang BerhormatPelanggan yang sedang berunding dengan PKFZ, syarikat-syarikat ialah 54 buah dalam beberapa peringkat perundingan. Satu jumlah pelaburan akan dilaburkan ke PKFZ oleh 54 buah syarikat ini ialah sejumlah RM614 juta. Sebanyak 830 peluang pekerjaan akan diwujudkan. Bila PKFZ beroperasi sepenuhnya, kita anggarkan sebanyak 20,000 peluang pekerjaan akan diwujudkan dan berbilion-bilion FDI akan datang ke sini dan selain daripada itu kita akan dapat mengukuhkan kedudukan Pelabuhan Klang sebagai satu pelabuhan yang cukup kompetitif di rantau ini. Terima kasih. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Satu jawapan yang jelas, yang menghilangkan keraguan. Tahniah. Berkaitan dengan jawapan Yang Berhormat Menteri, saya ingin penjelasan, setakat ini, sejauh ini, adakah produk- produk yang dikeluarkan oleh industri yang beroperasi di PKFZ ini, akan menggunakan perkhidmatan pelabuhan negara kita? Jadi saya ingin penjelasan. Maknanya kalau dia menggunakan pelabuhan kita, ini menjadi keuntungan kepada negara. Terima kasih. Dato’ Sri Chan Kong Choy: Memang, semua import dengan izin bahan-bahan pembuatan ataupun untuk aktiviti di PKFZ ini memang ada diimport dan selepas itu, semua hasil pembuatan akan dieksport melalui Port Klang. Ini adalah berdasarkan kepada pengalaman dari pelabuhan-pelabuhan yang utama di seluruh dunia seperti di Dubai, di Shanghai, di Shenzhen di mana free zone ini akan meningkatkan pengeluaran untuk pelabuhan dan ini sangat penting untuk mempertingkatkan persaingan pelabuhan kita. Maka kita ambil pengalaman ini dan kita hendak melalui projek ini mempertingkatkan... Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: [Bangun] DR. 5.11.2007 161

Datuk Ismail Sabri bin Yaakob [Bera]: [Bangun]. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, ada dua Ahli... Dato’ Sri Chan Kong Choy: ..Competitiveness ataupun daya persaingan Pelabuhan Klang. Yang Berhormat... Datuk Ismail Sabri bin Yaakob [Bera]: Terima kasih Yang Berhormat. Saya ada dua. Yang pertama tentang tanah tadi. Saya balik ke belakang sedikit. Dari segi harga tadi, is it, benar atau tidak? Saya difahamkan tanah di sebelah PKFZ itu pernah dijual dengan harga yang jauh lebih tinggi iaitu RM75.00 sekaki persegi. Sedangkan PKFZ cuma menjual RM25.00. Jadi bermakna, kalau dibandingkan kerajaan tidak membeli harganya yang mahal. Bermakna dengan tanah yang pernah dijual di sekeliling tanah yang dibeli oleh kerajaan tersebut. Itu yang pertama. Yang kedua, saya hendak menarik pandangan Yang Berhormat Menteri tentang andaian yang dibuat oleh beberapa pihak. Ada pihak yang mengatakan bahawa dengan adanya PKFZ ini, Pelabuhan Klang akan menjadi saingan kepada Pelabuhan Singapura dan ini membimbangkan Singapura dari segi business pelabuhan mereka. Saya difahamkan Singapura sekarang sedang menggunakan proksi-proksi dia di negara kita untuk menggagalkan projek ini. [Dewan riuh]. Terima kasih. Dato’ Sri Chan Kong Choy: Terima kasih Yang Berhormat. Saya setakat ini tidak mempunyai bukti di mana tanah di sebelah telah dijual dengan harga yang lebih tinggi, tetapi kalau Yang Berhormat mempunyai maklumat ini, saya mengalu-alukan maklumat ini tetapi saya hendak menegaskan sekali lagi, tanah yang dijual kepada kerajaan memang sudah diambil kira banyak kerja tambahan telah dilakukan. Memang Pelabuhan Klang memang telah menjadikan satu persaingan yang hebat kepada pelabuhan di sebelah selatan ini. ■2020 Saya hendak melaporkan kepada Dewan yang mulia ini pada 9 bulan yang lepas, prestasi Pelabuhan Klang cukup membanggakan. [Tepuk] Kita telah mencapai satu angka pertumbuhan double digit dan pada kali pertama di mana Pelabuhan Klang dalam sejarah Pelabuhan Klang kita akan mengendalikan lebih daripada 7 juta TU. Ini memang merupakan satu rekod yang memuaskan dan sebagai satu competitor; memang competitor tidak mahu tengok pelabuhan kita merupakan satu pelabuhan hebat kepada mereka. Terima kasih. Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Saya sangat kesal ada incineration yang dibuat bahawa kita berdiri di sini menyuarakan perkara ini oleh kerana mahu menjadi proksi Singapura. Kita tolak dengan sekeras-kerasnya. Inilah contemptible. Kalau berani, cakap begitu. Kita rakyat Malaysia, kita taat setia kepada Malaysia. Kalau Port Klang boleh bersaing mengatasi Singapura... Datuk Haji Mohd. Said bin Yusof [Jasin]: Siapa makan cili, dia rasa pedaslah. Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: ...memberi sokongan 100% tetapi... DR. 5.11.2007 162

Datuk Haji Mohd. Said bin Yusof [Jasin]: Siapa makan cili, dia rasa pedaslah. Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: ...kita tidak boleh membenarkan korupsi penyelewengan berlaku oleh kerana ada UMNO pun terlibat dalam korupsi. [Disampuk] Port Klang Free Zone, Bendahari UMNO ada terlibat... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, kita balik kepada tajuk. Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Ya, MCA, Barisan Nasional. Inilah semua orang yang mahu mempertahankan korupsi. Yang ini malu. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Kita pun kesallah tuduhan, Ipoh Timor. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, balik kepada tajuk. Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Saya balik kepada Port Klang Free Zone. Yang Berhormat dari Bera jangan menjadi Yang Berhormat untuk korupsi. Adakah Yang Berhormat Menteri bersetuju bahawa apabila Port Klang Free Zone dicadangkan, mungkin dalam tahun 2002, 2003 adalah dalam cadangan itu ada berkata ada beratus-ratus syarikat tunggu untuk masuk menyertai Port Klang Free Zone tunggu dia buka sahaja tetapi sekarang berapa baru ada. Bukankah sekarang sebenarnya Port Klang Free Zone ialah satu ghost town, satu white elephant. Sungguhpun kita mahu Port Klang Free Zone sebagai rakyat Malaysia kita mahu Port Klang Free Zone berjaya, tetapi kita tidak membenarkan penyelewengan dan skandal semacam itu berlaku. Kenapa boleh berlaku? Mana itu beratus-ratus syarikat yang tunggu untuk ambil bahagian? Bila Port Klang Free Zone buka? Sudah buka sudah dekat satu tahun. Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Tunggu, tidak faham ke tunggu? Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Itu mahu makan kacang, nanti saya bagilah. [Ketawa] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat. Dato’ Sri Chan Kong Choy: Tuan Yang di-Pertua, saya telah mengatakan bahawa PKFZ baru mula beroperasi kurang daripada satu tahun telah berjaya menarik begitu banyak syarikat untuk melabur di PKFZ. Untuk makluman Dewan yang mulia ini di Jebel Ali, Dubai mengambil 15 tahun untuk berkembang [Disampuk] kepada tahap yang sekarang. Maka kita kurang daripada satu tahun [Disampuk] sahaja. Maka saya haraplah... Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Tahniahlah Menteri. Dato’ Sri Chan Kong Choy: Terima kasihlah Yang Berhormat. Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Yang Berhormat Menteri, kalau tidak buka, tidak dapat apa-apa kan? Tidak tunggu. Ini sudah buka, ada tunggu. Kalau tidak ada buka, apa tunggu? Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat. Dato’ Sri Chan Kong Choy: Terima kasih. DR. 5.11.2007 163

Tuan Teng Boon Soon [Tebrau]: Minta penjelasan. Dato’ Sri Chan Kong Choy: Cukuplah, saya ingat. Semua yang dikeluarkan telah pun dijawab. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Cukuplah, cukuplah. Dato’ Sri Chan Kong Choy: Yang Berhormat Batu Sapi telah mengemukakan isu berkaitan dengan masalah ketiadaan eskalator untuk turun di Stesen Monorel Bukit Bintang. Masalah ketiadaan eskalator di Stesen Monorel Bukit Bintang untuk penumpang turun telah dapat perhatian Kementerian Pengangkutan dan perkara ini telah dibincangkan dengan pihak operator. Kos untuk pemasangan eskalator adalah agak tinggi dan pihak operator telah diminta untuk mengambil tindakan untuk menaikkan tahap keselesaan penumpang dan pengguna dan membuat perancangan sewajarnya. Ir. Edmund Chong Ket Wah [Batu Sapi]: [Bangun] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Batu Sapi. Dato’ Sri Chan Kong Choy: Walau bagaimanapun.. Topik mana? Ir. Edmund Chong Ket Wah [Batu Sapi]: Ini eskalator. Thank you. Dato’ Sri Chan Kong Choy: Ya. Ir. Edmund Chong Ket Wah [Batu Sapi]: Terima kasih Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bukan sahaja di Bukit Bintang, mungkin ada salah sedikit tetapi di semua monorail station, saya fikir banyak yang tidak ada. Okey, thank you. Dato’ Sri Chan Kong Choy: Jawapan saya memang meliputi semua stesen. Walau bagaimanapun, penumpang-penumpang monorel di Stesen Monorel Bukit Bintang masih boleh menggunakan kemudahan eskalator atau tangga di gedung-gedung perniagaan yang bersebelahan untuk tujuan naik dan turun dari Stesen Monorel Bukit Bintang. Yang Berhormat Segambut telah memberi beberapa pandangan terhadap perancangan pelaksanaan sistem e-kesihatan di mana beliau mencadangkan sistem ini terbuka kepada semua doktor dan tidak terhad kepada klinik-klinik panel tertentu. Suka saya menjelaskan kepada Dewan yang mulia ini bahawa cadangan pelaksanaan e-kesihatan adalah terbuka kepada semua doktor atau klinik yang berminat untuk menyertainya. Mereka boleh mendaftar sebagai panel sekiranya memenuhi beberapa syarat dan kriteria yang telah ditetapkan. Antara syarat-syarat utama adalah klinik tersebut hendaklah: (i) mempunyai kemudahan komputer, pencetak dan internet; (ii) mempunyai sijil pendaftaran di bawah Private Health Care Facilities and Services Act 1998, dan sebagainya. E-kesihatan tidak menetapkan bilangan doktor dan klinik untuk menyertai sistem tersebut. Kerajaan amat mengharapkan lebih banyak doktor dan klinik dapat mendaftar agar kemudahan dapat disampaikan dengan lebih luas kepada pemegang-pemegang lesen memandu vokasional di seluruh negara apabila ianya dilaksanakan kelak. DR. 5.11.2007 164

Yang Berhormat Jasin pula membangkitkan isu sama ada Kementerian Pengangkutan sedang mengkaji kuasa monopoli pemeriksaan kenderaan yang dijalankan oleh PUSPAKOM. Tuan Yang di-Pertua, suka saya memaklumkan bahawa pada masa ini kerajaan tidak bercadang untuk mengkaji semula pemberian konsesi bagi pemeriksaan kenderaan yang telah diberi kepada PUSPAKOM. PUSPAKOM telah mengambil langkah-langkah menambah baik dan mempertingkatkan mutu pemeriksaan kenderaan-kenderaan komersial di kesemua 44 cawangan pusat pemeriksaan di seluruh negara yang terdiri daripada 31 cawangan yang ditetapkan di bawah perjanjian konsesi dan 33 cawangan baru atas inisiatif PUSPAKOM sendiri. Daripada jumlah, sebanyak 22 cawangan adalah cawangan kecil di luar bandar di mana bagi tujuan ini PUSPAKOM telah membelanjakan kira-kira RM1 juta setahun untuk mengurus cawangan-cawangan kecil ini walaupun jumlah kenderaan sedikit dan tidak commercially viable. Sehingga kini PUSPAKOM telah pun melabur sebanyak RM255 juta dalam tempoh 15 tahun dan ini adalah terlalu singkat untuk syarikat ini mendapat return of investment, dengan izin, di atas pelaburan yang dibuat. Di samping itu PUSPAKOM telah memperkenalkan pelbagai kemudahan untuk meningkatkan mutu perkhidmatannya kepada pelanggan. Antaranya ialah sistem temu janji bagi pemeriksaan kenderaan, pembukaan lebih banyak pusat pemeriksaan pada hari Sabtu dan pemanjangan tempoh operasi sehingga jam 6.00 petang di bandar-bandar utama. Tuan Yang di-Pertua, mengenai isu keberkesanan program keselamatan jalan raya yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kepong, suka saya menarik perhatian Dewan yang mulia ini bahawa dalam tempoh 10 tahun iaitu dari tahun 1996 hingga tahun 2006, indeks kematian telah menurun dari 8.4 kematian setiap 10 ribu kenderaan berdaftar pada tahun 1996 kepada 3.9 kematian pada tahun lepas. Ini adalah satu pencapaian yang baik kerana bilangan kenderaan telah meningkat lebih daripada dua kali ganda dalam tempoh tersebut. Tanpa program intervensi kerajaan, jumlah kematian akibat kemalangan jalan raya dijangka akan meningkat kepada kadar yang lebih tinggi. Di samping itu purata kematian sehari semasa musim perayaan juga telah dapat dikurangkan sebanyak 9 kematian iaitu daripada 24 kematian sehari pada tahun 1996 berbanding dengan 15 kematian sehari pada musim perayaan Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini. ■2030 Kadar pengurangan ini berjaya dicapai semasa walaupun volume traffic semasa musim perayaan Hari Raya Aidilfitri 2007 adalah dua kali ganda lebih tinggi jika dibandingkan dengan musim perayaan Hari Raya Aidilfitri 1996. Kerajaan mempunyai perancangan terperinci dan konkrit ke arah pengurangan kadar kemalangan seperti mana di bawah Pelan Keselamatan Jalan Raya 2006 ke 2010. Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: [Bangun] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat Menteri, Kepong. DR. 5.11.2007 165

Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Tuan Yang di-Pertua, penjelasan. Bolehkah Yang Berhormat terangkan kepada Dewan yang mulia ini, setiap tahun, kalau mengikut yang sekarang ini 3.9 kematian bagi setiap 10,000 yang dikatakan berdaftar. Dengan angka ini berapakah bilangan yang mati tiap-tiap tahun sekarang? Dato' Sri Chan Kong Choy: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat dari Kepong. Saya tidak mempunyai perangkaan yang terperinci di sini tetapi kalau dibandingkan dengan 10 tahun yang lalu, jumlah kematian memang sudah turun. Sungguhpun bilangan kenderaan telah bertambah dua kali ganda. Sepuluh tahun yang lalu jumlah kenderaan lebih kurang tujuh juta tetapi sekarang sudah hampir 16 juta dan setiap tahun bilangan pemandu bertambah sebanyak 400,000. Setiap tahun bilangan kenderaan bertambah sebanyak satu juta tetapi dengan peningkatan jumlah kenderaan dan bilangan pemandu tetapi jumlah kematian kita memang terus turun pada setiap tahun. Maka ini telah menunjukkan bahawa semua usaha yang dijalankan oleh pihak kerajaan dengan kerjasama dari semua pihak, maka boleh dikatakan semua usaha ini telah berkesan. Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Tuan Yang di-Pertua, penjelasan lagi. Kalau saya katakan setiap bulan kematiannya 500 adakah ini munasabah dan setiap tahun hampir 6,000 yang mati kerana kemalangan jalan raya. Adakah ini satu angka yang munasabah? Dato' Sri Chan Kong Choy: Yang Berhormat, memang angka ini munasabah. Ini menunjukkan Yang Berhormat prihatin dan memberikan perhatian yang serius terhadap keselamatan jalan raya. Saya hendak mengucapkan terima kasih. Penubuhan Jabatan Keselamatan Jalan Raya dan Institusi Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia adalah merupakan langkah kerajaan bagi memastikan tercapainya matlamat dan hasrat kerajaan untuk mengurangkan kadar kematian akibat kemalangan jalan raya serta untuk mempertingkatkan tahap keselamatan jalan raya. Kedua-dua agensi tersebut telah menunjukkan keberkesanan masing-masing apabila program Intervensi Keselamatan Jalan Raya yang dilaksanakan setakat ini telah dapat menurunkan angka kematian, cedera parah dan cedera ringan bagi tempoh Januari hingga September 2007 berbanding dengan Januari - September 2006. Kadar penurunan yang dicatatkan adalah 0.5% bagi bilangan kes kematian, 1.9% bagi bilangan kes cedera parah dan sebanyak 8.1% bagi bilangan kes cedera ringan. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menarik perhatian Dewan ini bahawa lebih daripada 70% kemalangan maut berpunca daripada kecuaian sikap dan tingkah laku pemandu itu sendiri. Perubahan sikap dan tingkah laku di bawah Program Pendidikan Pengguna-pengguna Jalan Raya dijangka akan mengambil masa satu generasi, tetapi ini tidak mematahkan komitmen kementerian untuk terus berusaha menurunkan kadar kematian kemalangan. Yang Berhormat dari Bukit Mertajam membangkitkan isu bahawa siasatan dan penguatkuasaan hanya dijalankan selepas berlaku sesuatu kemalangan dan bukannya sebelum sesuatu kemalangan itu berlaku. Tuan Yang di-Pertua, siasatan terhadap sesuatu kemalangan DR. 5.11.2007 166

jalan raya hanya boleh dibuat selepas kemalangan berlaku. Sementara penguatkuasaan oleh pelbagai agensi penguatkuasaan pula dibuat secara berterusan melalui penguatkuasaan secara rutin dan penguatkuasaan khas seperti Ops Sikap, Ops Bersih, Ops Bersepadu, Ops Motosikal, Ops Tutup dan lain-lain operasi khas yang dirancang dari semasa ke semasa. Di samping itu bermula musim perayaan Hari Raya Aidilfitri tahun 2007 kerajaan telah memperkenalkan satu program baru di mana pihak JPJ dan polis menjalankan pemeriksaan ke atas bas-bas di semua terminal bas utama sebelum sesebuah bas itu memulakan perjalanan. Program ini akan dijalankan secara berterusan. Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Terima kasih. Maksudnya ialah penguatkuasaan. Sekiranya ada penguatkuasaan yang memberi kesan, mengapa boleh berlaku kemalangan bas ekspres dan juga feri yang begitu dahsyat dan kedua-duanya didapati bahawa mereka ada permit untuk operasi. Jadi apakah sebabnya? Selepas kemalangan feri itu dikatakan akan membuat siasatan, apakah hasil siasatan itu? Dato' Sri Chan Kong Choy: Terima kasih, Yang Berhormat. Saya telah mengatakan bahawa penguatkuasaan memang dijalankan secara berterusan, tetapi saya tidak menafikan bahawa masih ada ruangan untuk mempertingkatkannya. Saya terima bahawa masih ada kelemahan dalam pelaksanaan penguatkuasaan. Maka saya telah memberi jaminan kepada Dewan yang mulia ini bahawa lebih banyak inisiatif dan langkah-langkah tambahan akan dijalankan untuk mempertingkatkan penguatkuasaan dari masa ke semasa. Dato' Haji Mat Yasir bin Haji Ikhsan [Sabak Bernam]: [Bangun] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Sabak Bernam. Dato' Haji Mat Yasir bin Haji Ikhsan [Sabak Bernam]: Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Kita sentiasa diminta supaya belajar dari kesilapan malah dari tragedi. Dari semasa ke semasa berlaku tragedi kemalangan jalan raya yang menyayat hati. Oleh kerana itu segala usaha kerajaan itu patut diberi nilai tambah. Saya ingin penjelasan tentang beberapa cadangan yang telah dibuat dan tindakannya. Yang pertama, kita difahamkan bahawa satu bentuk kamera ataupun CCTV akan dipasang di lebuh raya yang dikenal pasti kritikal ataupun berisiko tinggi dari segi kemalangan. Setakat manakah itu akan dilaksanakan? Kedua, saya rasa ini sangat penting. Iklan kita harus dibetulkan. Sebagai contoh ‘Berhati-hati di Jalan Raya’, bagi saya itu tidak lengkap. Ia bagi saya ‘Berhati-hati dan Bertimbang Rasa Di jalan Raya’. Ramai yang berhati-hati, kita hendak potong dia tidak mahu bagi. Ini yang menyebabkan tension dan kemalangan akhirnya. Apa pandangan Yang Berhormat Menteri. Terima kasih. Dato' Sri Chan Kong Choy: Terima kasih, Yang Berhormat. Pertanyaan yang pertama tentang projek Automated Enforcement System. Pihak kerajaan telah menjalankan kajian teknikal kepada beberapa proposal yang telah dikemukakan kepada kerajaan dan setakat ini DR. 5.11.2007 167

kerajaan akan masuk ke tahap yang kedua iaitu menilai projek-projek ataupun cadangan- cadangan yang berkenaan dari segi kewangan. Selepas satu penilaian dijalankan, kementerian saya bersama dengan kerjasama dari beberapa agensi yang lain akan mengemukakan cadangan kepada pihak Kabinet untuk membuat satu keputusan muktamad dan saya haraplah AES ataupun Automated Enforcement System ini yang telah dibuktikan di kebanyakan negara yang amat berkesan dapat dilaksanakan pada tahun depan juga. ■2040 Saranan Yang Berhormat mengenai iklan-iklan keselamatan jalan raya saya alu-alukan. Saya haraplah pegawai-pegawai saya di sebelah sana boleh mengambil cadangan Yang Berhormat ini supaya mempertingkatkan keberkesanan iklan keselamatan jalan raya. Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Penjelasan. Dato' Sri Chan Kong Choy: Ya, Yang Berhormat. Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Bolehkah Yang Berhormat Menteri menerangkan atau menjelaskan tadi mengatakan memang terdapat kelemahan dalam penguatkuasaan. Bolehkah Yang Berhormat menerangkan apakah kelemahan ini dan belum jawab apa yang saya tanya hasil siasatan kerana begitu banyak nyawa yang telah terkorban khas dalam kemalangan bas itu. Sehingga ada khabar angin mengatakan bahawa Yang Berhormat Menteri juga kesihatannya terjejas kerana terlihat begitu banyak mayat di sana. Saya rasa adalah penting memberitahu Dewan ini apakah kelemahannya dan apakah langkah yang telah diambil untuk mencegah supaya ia tidak berlaku lagi. Dato' Sri Chan Kong Choy: Terima kasih Yang Berhormat. Semua siasatan mengenai kemalangan khususnya kemalangan mengenai feri Seagull 2 ini kita akan umumkan untuk perhatian dan makluman orang awam dan laporan mengenai Seagull 2 ini masih dalam penelitian kementerian. Mengenai langkah-langkah yang akan dijalankan termasuk langkah penguatkuasaan, saya ada banyak di sini di mana saya akan terangkan kepada Yang Berhormat. Selain daripada penguatkuasaan pihak kementerian juga sedang melaksanakan beberapa strategi yang lain bertanggungjawab mengurangkan kadar kemalangan jalan raya, antaranya: (i) pengenalan pendidikan keselamatan jalan raya di sekolah-sekolah serta langkah-langkah psikologi menangani isu kemalangan jalan raya; (ii) penggunaan teknologi terkini bagi mengurangkan faktor kecuaian manusia dalam kemalangan jalan raya; (iii) pengenalan program keselamatan kesihatan dan persekitaran kepada operator-operator pengangkutan di seluruh negara. Melalui program ini satu kod amalan operasi pengangkutan disediakan kepada setiap DR. 5.11.2007 168

operator pengangkutan bertujuan mewujudkan rasa tanggungjawab di kalangan operator-operator pengangkutan akan keselamatan pemandu, pengguna, orang ramai dan kenderaan mereka sendiri; (iv) mempertingkatkan dan meneruskan pendekatan kejuruteraan dalam mengurangkan kadar kemalangan; (v) meningkatkan penyertaan masyarakat termasuklah majikan, pemimpin masyarakat, ahli politik, pemimpin agama, pakar pendidikan, badan profesional, organisasi sukarela dan kumpulan pemuda untuk mencapai pelaksanaan program dan inisiatif keselamatan jalan raya yang lebih komprehensif dan berkesan; (vi) menggalakkan penggunaan kenderaan awam bagi mengurangkan pendedahan terhadap pengurangan kemalangan jalan raya terutamanya bagi golongan berisiko tinggi iaitu penunggang motosikal; (vii) memfokuskan kepada kaedah-kaedah baru yang bercirikan faedah kos optimum dalam mengurangkan kadar kemalangan jalan raya; (viii) menumpukan kempen keselamatan jalan raya kepada pengguna jalan raya yang berisiko tinggi dengan kemalangan iaitu penunggang dan pembonceng motosikal, pemandu dan penumpang kenderaan dan pejalan kaki; (ix) mengkaji semula dan mempertingkatkan peraturan-peraturan dan keselamatan jalan raya; dan (x) mempromosikan perkongsian dana di antara orang ramai dan pihak swasta bagi menjalankan program keselamatan jalan raya. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat bagi Bukit Bintang pula telah mencadangkan ... Puan Chong Eng [Bukit Mertajam]: Penjelasan. Yang Berhormat telah memberi 10 langkah yang di antaranya banyak yang merupakan langkah jangka panjang tetapi faktor yang sangat penting tidak disentuh kerana kemalangan bas ekspres khasnya bas ekspres dikatakan disebabkan oleh pemandunya. Dikatakan 30% pemandunya adalah drug user yang menggunakan dadah dan mengapa mereka terpaksa berbuat demikian kerana mereka dibayar mengikut trips sahaja dan oleh kerana mereka hendak mendapat lebih pendapatan, jadi mereka terpaksa tidak tidur 24 jam pun ada. Inilah yang merupakan satu faktor yang terpenting dan yang tergenting sekali tetapi saya tidak melihat kementerian membuat apa-apa. Saya rasa adalah perlu dibuat suatu ketetapan bahawa walau pun ada mengatakan bahawa pemandu tidak boleh memandu melebihi lapan jam tetapi siapa yang buat enforcement, yang pertama. DR. 5.11.2007 169

Yang kedua bagaimana untuk menjamin bahawa pemandu ini mereka boleh mendapat pendapatan yang minimum untuk menampung kehidupan mereka supaya mereka tidak perlu menjejaskan kesihatan mereka sendiri dan juga nyawa orang lain. Dato' Sri Chan Kong Choy: Terima kasih Yang Berhormat. Mengenai seorang pemandu bas tidak boleh membawa bas lebih daripada lapan jam, ini memang adat ada peraturan: (i) tidak boleh membawa bas lebih daripada lapan jam dalam satu hati; (ii) bila jarak perjalanannya melebihi empat jam ataupun 300 kilometer, operator bas ini kena mengadakan pemandu yang kedua; (iii) selepas dua jam pemandu kedua ini akan memandu kenderaan dan satu rekod atau log book disimpan dalam untuk mencatatkan secara terperinci perjalanan yang dijalankan. Ini memang telah dilaksanakan dan penguatkuasaan juga telah dijalankan dari semasa ke semasa tetapi yang penting sekali Yang Berhormat, saya sudah sebutkan tadi bahawa program Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran. Program ini akan diperkenalkan. ‘SHE?’ Di bawah Kementerian Sumber Manusia di mana semua operator pengangkutan awam khusus bas ekspres akan dikenakan atau diwajibkan untuk mengikut peraturan ‘SHE?’ ini di mana satu kod amalan operasi pengangkutan akan disediakan kepada setiap operator dan mereka diwajibkan untuk mengikuti semua peraturan ini. Maka apabila program ini dilaksanakan, banyak masalah seperti yang telah disebutkan oleh Yang Berhormat dapat diselesaikan. Dato' Haji Mat Yasir bin Haji Ikhsan [Sabak Bernam]: [Bangun] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Sabak Bernam. Dato' Sri Chan Kong Choy: Yang Berhormat. Dato' Haji Mat Yasir bin Haji Ikhsan [Sabak Bernam]: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya teringat jawapan Yang Berhormat Menteri tentang kemalangan bagaimana kritikalnya. Saya hendak bertanya tentang satu data iaitu tiap- tiap hari 10 kematian dan seribu kemalangan. Yang Berhormat Menteri menjawab, ini tahun yang lepas Yang Berhormat Menteri. Sebenarnya 15 kematian dan 1,500 kemalangan, maknanya ini semakin kritikal. Maknanya ini semakin kritikal. Oleh kerana itu dan pada kita itu kita adat memberikan saranan. Yang Berhormat Menteri akan memberikan perhatian. Dalam konteks ini dalam 10 tadi ada disebutkan bahawa penyertaan masyarakat atau komuniti. Saya ingat Yang Berhormat Menteri ini sangat penting. Saya ambil contoh umpamanya, sepatutnya pemandu yang selalu menjadi mangsa ini, mereka dilibatkan dalam agenda untuk turut sama menangani kemalangan ini. Caranya umpamanya macam sistem merit itu di mana pemandu itu kalau misalnya melihat pemandu yang berbahaya itu dia angkat telefon, telefon DR. 5.11.2007 170

kepada central operation room dan serta-merta mungkin menghubungi polis yang ada di situ dan kemudian suatu tindakan boleh diambil. Saya ingin memetik daripada sahabat saya yang baru balik dari Germany dia kata di sana apabila orang itu dipotong secara mendadak, jadi yang menjadi mangsa kena potong akan menelefon pihak Kementerian Pengangkutan untuk diambil tindakan. Saya rasa kalau ini diambil memang boleh berkesan. Apa pandangan Yang Berhormat Menteri. „ 2050 Dato' Sri Chan Kong Choy: Saya memang mengalu-alukan saranan Yang Berhormat dan seperti mana saya katakan di Dewan yang mulia ini banyak kali bahawa usaha untuk mengurangkan kemalangan jalan raya bukan seolah-olah merupakan tanggungjawab kerajaan sahaja, tetapi ia melibatkan semua lapisan masyarakat dan saya haraplah dalam usaha kita melaksanakan program 2006 ke 2010 di mana sembilan strategi, 52 program yang telah melibatkan apa yang disarankan oleh Yang Berhormat ini dapat dijalankan, saya haraplah semua pihak dapat memberikan sokongan dan kerjasama kepada pihak kerajaan supaya semua ini dapat dilaksanakan. Saya yakin dan cukup yakin bahawa ini semua dapat dilaksanakan secara licin, keadaan kemalangan di negara kita pasti akan dapat diperbaiki. Yang Berhormat Bukit Bintang telah mencadangkan agar semua sistem LRT, monorel disediakan tapak letak kereta yang mencukupi. Tuan Yang di-Pertua, kementerian memang menyokong dan telah menjalankan beberapa projek menambahkan tempat letak kereta bagi stesen LRT, STAR dan Putra pada tahun 2006 dan 2007 termasuk kemudahan laluan jalan kaki serta integrasi dengan stesen monorel. Meningkatkan kemudahan tersebut adalah :- (i) Tempat letak kereta tambahan di Stesen LRT STAR Pandan Jaya sebanyak 30 unit; (ii) Tempat letak kereta tambahan di Stesen LRT Putra Kelana Jaya dan Taman Paramount sebanyak 100 unit; (iii) Tempat letak kereta tambahan di Stesen LRT STAR Pandan Jaya termasuk covered walkway, jejambat pejalan kali serta kemudahan drop off, pickup area dan pembinaan covered walkway di Stesen LRT STAR Taman Chempaka dan Stesen LRT Putra Setiawangsa dan Taman Bahagia dan juga Masjid Jamek. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, usaha untuk menambah tempat letak kereta di stesen LRT monorel adalah terbatas kerana ketiadaan tanah kosong atau rizab jalan yang boleh diubahsuai. Namun begitu pengambilan tanah tambahan yang melibatkan kos yang tinggi akan dilakukan secara berperingkat-peringkat. Saya rasa ini saja perkara-perkara yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat mengenai tanggungjawab kementerian yang sempat saya jawab dan mana-mana DR. 5.11.2007 171

perkara yang tidak sempat dijawab, perkara tersebut telah dicatatkan dan akan diambil tindakan sewajarnya oleh kementerian saya. Sekian, terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Pada akhirnya saya dengan ini menjemput Yang Berhormat Menteri Kewangan untuk menggulung.

8.53 mlm. Menteri Kewangan Kedua [Tan Sri Nor Mohamed Yackop]: Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih pada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dalam perbahasan Bajet 2008 juga yang membabitkan perkara- perkara di bawah Kementerian Kewangan. Banyak perkara yang telah ditimbulkan semasa perbahasan dan saya akan cuba menjawab sebanyak mungkin. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Temerloh berpendapat pertumbuhan ekonomi negara disumbangkan oleh beberapa sektor sahaja dan menyentuh mengenai langkah untuk memastikan pertumbuhan ekonomi terus kukuh dan terus mapan. Manakala Yang Berhormat Ayer Hitam minta penjelasan mengenai prestasi sektor perkhidmatan. Tuan Yang di-Pertua, pertumbuhan ekonomi negara adalah menyeluruh dan tidak terhad kepada beberapa sektor. Saya bacakan statistik, dalam tahun 2006 KDNK telah meningkat 5.9% dan kadar pertumbuhan bagi pertanian ialah 5.2%, pembuatan 7.1% dan perkhidmatan 7.2%. Bagi tahun ini, bagi suku kedua, perkhidmatan memang telah meningkat 90.2%, pembinaan 40.8% dan perlombongan 70.7%. Ini menunjukkan bahawa pertumbuhan ekonomi kita adalah luas dan disumberkan dari banyak bidang. Saya juga ingin menjelaskan di Dewan yang mulia ini bahawa sejak kita mencapai kemerdekaan 50 tahun dahulu, pada masa itu kita bergantung hanya kepada dua komoditi. Satu bijih timah, satu lagi getah. Dalam tempoh 50 tahun ini kita telah melakukan satu transformasi ekonomi yang boleh dianggap sebagai satu kemajuan yang baik. Di mana ekonomi sekarang sumber ekonomi, faktor ekonomi yang utama ialah perkhidmatan. Proportion kadar perkhidmatan dalam ekonomi kita ialah 53% dan pembuatan 30.3%. Pertanian 7.7%, perlombongan 8.6% dan pembinaan 3%. Satu statistik yang menggembirakan ialah sektor pembinaan yang satu masa dulu tidak menunjukkan pertumbuhan yang baik telah mula menunjukkan pertumbuhan yang baik sejak suku keempat tahun 2006 dengan kadar pertumbuhan 0.6% dan pada suku pertama tahun 2007 4% dan pada suku kedua 2007 4.8%. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan akan mengambil langkah-langkah untuk terus mempelbagaikan ekonomi dan juga untuk terus memberi fokus yang khusus dalam bidang perkhidmatan yang merupakan bidang yang terpenting dalam ekonomi supaya angka 53.2% ini akan terus meningkat untuk menjadi 60% atau 70% sebab banyak negara-negara yang telah DR. 5.11.2007 172

membangun dengan negara-negara maju, sumbangan dari sektor perkhidmatan merupakan satu sumbangan yang melebihi 70%. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin memberi sedikit penjelasan tentang isu pertumbuhan ekonomi sebanyak 6% yang dianggarkan. Pertumbuhan ekonomi sebanyak 6% bagi tahun 2007 adalah kadar pertumbuhan KDNK sebenar, yang real GDP dan ini telah mengambil kira tentang kadar inflasi. Untuk memastikan pertumbuhan ekonomi yang terus kukuh dan mapan, kadar inflasi yang rendah dan peluang pekerjaan yang berterusan dalam jangka masa panjang, kerajaan telah merangka pelbagai strategi utama mikro ekonomi untuk menangani sebarang cabaran kepada ekonomi negara termasuk mengurangkan pergantungan ekonomi negara kepada sektor luar. Strategi utama adalah seperti berikut, menyediakan persekitaran kondusif bagi perniagaan dan pelaburan di mana ini dapat membantu mengukuhkan pelaburan sektor swasta yang kini berkembang pesat. Menarik pelaburan langsung asing (FDI) untuk mempercepatkan kemajuan terhadap aktiviti teknologi tinggi dan memperkembangkan rangkaian pemasaran, membangunkan sumber manusia dan mempertingkatkan kecekapan modal, produktiviti tenaga pekerja dan sumbangan dan faktor produktiviti keseluruhan (total sector productivity) untuk meningkatkan kapasiti produktiviti ekonomi. ■2100 Mempromosikan pembangunan sumber pertumbuhan baru di dalam sektor perkhidmatan untuk meluaskan lagi asas ekonomi dan mengekalkan ketahanan ekonomi negara terutamanya industri pelancongan, kesihatan dan industri shared services dan outsourcing di mana Malaysia telah dinilai sebagai lokasi ketiga terbaik bagi industri ini selain dari negara China dan negara India. Juga meningkatkan daya saing untuk mengekalkan permintaan kepada produk dan perkhidmatan Malaysia di pasaran antarabangsa. Memodenkan sektor pertanian dan mempergiatkan pembangunan wilayah-wilayah ekonomi .... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Kuala Terengganu. Dato' Razali bin Ismail [Kuala Terengganu]: Yang Berhormat Menteri, saya cukup tertarik dengan apa yang telah dibuat oleh Kementerian Kewangan khususnya cuma satu pertanyaan saya sekarang ini iaitu dalam perkembangan terkini kemajuan insentif pusat kewangan Islam antarabangsa. Setakat manakah kementerian telah berjaya mencapai produk- produk baru dan menarik pelaburan dalam bidang kewangan dan sebagai pusat kewangan Islam antarabangsa. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop: Terima kasih Yang Berhormat. Dalam sektor kewangan Islam, memang Malaysia mempunyai satu advantage, satu niche untuk maju dengan pesat sebab kita telah mula melaksanakan sistem perbankan Islam sejak 25 tahun lalu. Kita masih ingat bahawa dalam tahun 83, semasa kepimpinan kita mengambil langkah untuk melaksanakan sistem perbankan Islam, tidak ada negara lain dalam dunia termasuk negara- DR. 5.11.2007 173

negara Arab yang berani melaksanakan sistem perbankan Islam dan pada masa itu produk- produk Islam dianggap sebagai satu produk yang begitu eksotik dan kalau dilaksanakan akan menyebabkan, akan menghasilkan satu keadaan kucar-kacir dalam sistem kewangan tetapi kita di Malaysia, kita berani dan kita telah mula melaksanakan sistem perbankan Islam. Dengan menubuhkan bank pertama iaitu Bank Islam Malaysia pada tahun 1983 dan sungguh pun kita berani mengambil langkah, kita juga berjaga-jaga daripada 10 tahun pertama kita hanya mewujudkan satu bank sahaja sungguhpun banyak permintaan timbul untuk meningkatkan bilangan bank-bank Islam tapi kita fikir kita harus berhati-hati. Kita menubuhkan hanya satu bank dari tahun 1983 hingga tahun 1993 dan pada masa yang sama, kita mengambil langkah untuk mewujudkan hampir 20 produk perbankan Islam. Pada tahun 1993, kita tahu bahawa sistem perbankan Islam adalah satu sistem yang boleh dimajukan lagi dan satu sistem yang telah diluluskan semua ujian dan kita mengambil langkah untuk meluaskan sistem perbankan Islam. Pada masa itu pun ada beberapa cadangan supaya kita memberi lesen untuk bank-bank baru dari dalam negeri dan juga bank-bank baru dari luar negeri tapi kita mengambil satu langkah yang lain. Kita fikir bahawa untuk mewujudkan satu cawangan bank memerlukan dana yang begitu banyak. Pada masa itu tahun 1993, untuk mewujudkan satu cawangan sahaja menimbulkan RM250 ribu dan kita fikir satu alternatif, satu kaedah yang lebih baik ialah untuk membenarkan semua bank yang berkhidmat di Malaysia, semua cawangan bank termasuk bank-bank asing yang ada cawangan di Malaysia, membenarkan Malaysia memberi perkhidmatan secara Islam, menawarkan produk-produk Islam melalui satu kaunter yang berasingan. Sistem ini telah diwujudkan pada tahun 1993 dan kini kita telah maju satu tapak lagi dengan membenarkan kaunter-kaunter ini dijadikan satu bank yang berasingan menjadi satu subsidiari. Kita juga telah memberi lesen kepada satu bank yang lain, Bank Muamalat dan juga telah memberi lesen-lesen yang lain kepada bank-bank dari luar negara seperti Bank Al-Rajhi dan juga Kuwait Finance House. Kita juga telah mewujudkan satu sistem sukuk di mana lebih dari 60 sukuk yang diterbitkan di dunia, diterbitkan di Malaysia dan kita jadi penerbit sukuk yang terutama di Malaysia. Kita juga telah mewujudkan satu sistem pasaran modal (stock market) yang berasaskan Islam dan juga mewujudkan satu sistem kewangan, satu money market yang pertama yang berasaskan kepada sistem Islam. Jadi dalam bidang perbankan Islam, sistem kewangan Islam, kita juga mempunyai sistem Ar-Rahnu yang memberi perkhidmatan dalam bidang pawn shop, dalam bidang pajak gadai secara Islam.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Yusof bin Yacob) mempengerusikan Mesyuarat]

Jadi sistem kita lengkap. Kelebihan Malaysia berbanding negara-negara lain ialah sistem perbankan Islam di negara kita merupakan satu sistem yang utama dan DR. 5.11.2007 174

diurusniagakan dalam sistem utama iaitu kita di Malaysia mempunyai dwi sistem. Satu sistem konvensional, satu sistem Islam. Dua-dua adalah dalam sistem utama (atau main system) dan dua-dua adalah lengkap, mempunyai prasarana yang lengkap, mempunyai produk-produk yang canggih dan sistem perbankan Islam sekarang jumlahnya ratio perbankan Islam ialah lebih dari 13%. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, Yang Berhormat bagi Kepong. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop: Bila kita mula tahun dulu tak sampai 1% dan sehingga tahun 2000 hanya 5% dan bagi takaful hampir 6% adalah berasaskan sistem Islam. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, Yang Berhormat Kepong, ringkaslah Yang Berhormat Kepong. Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Memang ringkas, sentiasa ringkas. [Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, penjelasan Tan Sri. Saya memang tertarik pada hujah yang diberi tadi dan saya berharap kebolehan kita dapat dikekalkan. Bukan sahaja dikekalkan, ditambahkan lagi. Bolehkah Yang Berhormat terangkan kepada kita, dengan sistem kewangan Islam kita ini yang wujud 25 tahun kalau kita berbanding dengan Dubai misalnya, apakah perbezaan sistem kita berbanding dengan Dubai? Adakah ini bermakna kita memang lebih maju daripada Dubai dan apakah pula pendapat pihak Dubai dan negara Arab terhadap sistem kita? Tan Sri Nor Mohamed Yakcop: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ada dua perbezaan di antara kita dengan sistem di Dubai dan perbezaan ini adalah berasaskan kepada tempoh kita berkecimpung dalam sistem kewangan Islam iaitu lebih kurang 25 berbanding dengan Dubai yang baru sahaja mula melaksanakan sistem perbankan Islam. Satu yang saya sebut tadi, di Dubai, sistem perbankan Islam sungguhpun wujud, hanya beroperasi di pinggir sistem kewangan di Dubai. Sistem kewangan di Dubai masih dimonopoli oleh sistem konvensional dan sistem perbankan Islam hanya beroperasi di pinggir sistem perbankan dan sistem kewangan. Di Malaysia seperti saya sebut tadi, sistem perbankan sudah menjadi sebahagian dari sistem utama. Kita mempunyai dwi sistem. ■2110 Satu hari nanti saya yakin di Dubai juga sistem kewangan Islam, sistem perbankan Islam akan menjadi sebahagian dari sistem utama tetapi belum lagi, itu satu. Kedua, di Dubai pada masa ini mereka hanya mempunyai satu sistem perbankan Islam. Kita mempunyai satu sistem kewangan Islam yang mengandungi perbankan Islam itu penting. Selain dari perbankan Islam dalam sistem kewangan kita, kita mempunyai takaful sejak tahun 1985, kita mempunyai sistem sukuk dan lebih daripada 50% bon-bon yang diwujudkan di Malaysia sekarang adalah berasaskan Islam. Kita mempunyai sistem stock market, bursa; di mana lebih daripada 80% stok-stok adalah berasaskan kepada Islam dan juga kita mempunyai sistem Ar-Rahnu iaitu pajak gadai DR. 5.11.2007 175

berasaskan Islam. Dalam sistem money market di mana pinjaman dibuat antara bank, kita juga mempunyai sistem pasaran wang berasaskan Islam. Jadi sistem kita lebih lengkap dan lebih menyeluruh berbanding dengan Dubai. Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: [Bangun] Tan Sri Nor Mohamed Yakcop: Dalam melaksanakan sistem perbankan Islam di Malaysia, satu kaedah... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, Yang Berhormat bagi Jerai. Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: Terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Daripada penjelasan Yang Berhormat berikan tadi menunjukkan bahawa sistem kewangan Islam ini adalah satu sistem kewangan yang terbaik kalau hendak dibandingkan degan sistem kewangan konvensional. Hari ini saya hendak tanya Yang Berhormat sama ada sambutan daripada rakyat dalam negara kita ini. Kalaulah sistem kita ini baik Yang Berhormat, boleh tidak boleh sama ada bank-bank yang mengamalkan sistem Islam di negara kita ini menjelajah ke peringkat antarabangsa. Contohnya kalau di Dubai, mereka masih lagi meminggirkan sistem kewangan Islam, jadi mungkin bank yang mengamalkan sistem kewangan Islam di Malaysia ini dapat bertapak di negara-negara tersebut untuk kita pertamanya melebarkan perbankan Islam Malaysia melalui bank-bank yang berdaftar di Malaysia. Di samping itu juga memperkenalkan sistem kewangan Islam di negara-negara lain. Contohnya mungkin juga di negara-negara Barat, di Hong Kong di mana pasaran perniagaan begitu besar dan di China di mana sekarang ini ramai rakyat Malaysia telah mula mengadakan hubungan perdagangan di antara kedua-dua buah negara dan juga negara-negara lain. Terima kasih. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop: Terima kasih Yang Berhormat. Memang dalam kita melaksanakan sistem perbankan Islam, satu falsafah yang telah kita pegang kuat sejak dulu ialah dengan izin, ‘Don’t let the perfect be the enemy of the good’. Jadi kita melaksanakan sistem perbankan Islam langkah demi langkah dan juga pada masa dulu ada yang memberi kritikan bahawa sistem kita tidak begitu Islamik sebab kita mewujudkan window ini seperti satu hotel ada dua dapur, satu halal satu tidak halal, macam-macam tetapi prinsip kita ialah kita buat setapak demi setapak, langkah demi langkah dan kita berpegang kepada falsafah, ‘Don’t let the perfect be the enemy of the good’. Ini telah berjaya sekarang dan pihak yang mengkritik kita pada satu masa dahulu kini telah datang ke Malaysia untuk mempelajari sistem kita dan kita memang ikhlas dapat memberi bantuan. Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: [Bangun] Tan Sri Nor Mohamed Yakcop: Satu lagi, saya jawab satu soalan. Saya memang terima cadangan Yang Berhormat tadi cadangan yang baik sekali sebab kita sudah mempunyai DR. 5.11.2007 176

begitu banyak pengalaman sekarang. Kita harus mengambil langkah yang lebih proaktif untuk mewujudkan cawangan-cawangan di tempat-tempat lain. Bukan sahaja di Dubai, Abu Dhabi, Bahrain tetapi juga di London di mana central bank, bank pusat sudah pun menerima sistem perbankan Islam dan juga di tempat-tempat lain di US dan di Europe. Saya sedang dan akan sentiasa memberi insentif kepada bank-bank Islam kita untuk menjadi regional champion dan kalau boleh insya-Allah menjadi international champion. Saya juga ingin menerangkan bahawa sistem perbankan Islam di Malaysia bukan hanya memberi perkhidmatan kepada orang Islam. Sistem perbankan Islam ialah satu produk yang memberi perkhidmatan kepada semua kaum. Semua kaum telah mengambil bahagian dalam sistem perbankan Islam. Sistem perbankan Islam dan produk-produk Islam dianggap sebagai lebih kompetitif berbanding dengan sistem konvensional dalam banyak hal. Jadi selain dari label Islam, kualiti dan ciri-ciri produk-produk itu sendiri telah menarik banyak, ramai warga Malaysia dan juga orang lain untuk melabur dan dapat faedah dari sistem ini. Kita juga melantik warga daripada semua keturunan untuk bekerja, bertugas, berurusan dengan sistem ini. Satu faktor sejarah suku pertama bon pertama di Malaysia yang dikeluarkan secara Islam ialah oleh Shell, multinational company dalam tahun 80-an. Yang Berhormat. Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Tadi Yang Berhormat ada sentuh mengenai ramalan kadar pertumbuhan 6% dalam bajet ini dua bulan dahulu. Dalam dua bulan ini banyak perkembangan di ekonomi dunia bukan sahaja harga minyak mungkin tidak lama lebih daripada 100 dolar setong dan subprime crisis, SIV positive crisis. Ada ramalan bahawa akan mengakibatkan satu world depression, bagaimana perkembangan-perkembangan ini ada diberi pertimbangan , bagaimana akan impak kepada ramalan kadar pertumbuhan 6% itu? Tan Sri Nor Mohamed Yakcop: Tuan Yang di-Pertua, pada masa ini memang keadaan antarabangsa adalah begitu mencabar. Di Amerika Syarikat telah timbul satu isu satu keadaan yang diberi nama ‘subprime’ ; di mana pelaburan dalam bon-bon yang berasaskan kepada pinjaman perumahan telah mengalami sedikit risiko. Kini, bank-bank pusat di negara-negara maju telah setakat ini mengeluarkan USD358bilion untuk memastikan bahawa kecairan dalam sistem kewangan mencukupi supaya tidak menimbulkan risiko yang banyak, keadaan tidak keyakinan yang serius dalam sistem. Sama ada tindakan bank-bank pusat ini dan juga bank pusat di Amerika telah menurunkan kadar bunga, kadar faedah dua kali sehingga 4.5% pada masa ini. Dia mungkin akan menurunkan kadar faedah pada masa akan datang. Sama ada tindakan-tindakan ini mencukupi belum tahu lagi, dengan izin the jury is still out dan sama ada keadaan di Wall Street akan menimbulkan masalah kepada keadaan di main street belum tahu lagi tetapi bagi kita, kita sejak tahun 80-an telah mengambil langkah-langkah yang khusus untuk mempelbagaikan ekonomi. DR. 5.11.2007 177

Pada satu masa dulu kita begitu bergantung kepada eksport untuk memastikan pertumbuhan ekonomi kita. Kini juga, sungguhpun eksport kita merupakan lebih daripada 120% berbanding dengan KDNK kita, satu angka yang tertinggi di dunia kecuali Hong Kong dan Singapura. Kita telah mengambil langkah untuk mempelbagaikan ekonomi supaya kita juga dapat kadar pertumbuhan dari sektor-sektor yang lain dan sektor lain yang penting pada masa ini ialah sektor permintaan domestik, domestic consumption dan juga sektor pelaburan iaitu domestic investment. ■2120 Jadi sistem keadaan di negara kita kini tidak begitu bergantung pada keadaan di luar negara khasnya di US melalui eksport sebab kesan dari luar negara selalu kepada kita ialah sebab kita eksport kalau keadaan pertumbuhan ekonomi berkurangan di negara-negara lain, kalau mereka menghadapi masalah mereka mungkin mengurangkan import dari kita dan ini akan mengakibatkan kadar pertumbuhan kita terjejas. Pada masa ini aktiviti kita dalam domestic investment dan juga pelaburan adalah tinggi. Misalan kita memberi kenaikan gaji sehingga RM8 bilion satu tahun untuk kakitangan kerajaan, long overdue, kita bagi. Ini juga purchasing power (kuasa beli) dalam tangan rakyat kita akan juga memberi kesan yang positif kepada domestic consumption, permintaan dalam negara, itu satu. Yang kedua, dari segi eksport juga, peranan US bukan peranan yang begitu penting sekarang sebab sungguhpun US menghadapi masalah, dua negara sekarang yang kian maju dan tidak ada, saya tidak nampak ada masalah yang akan menghalang perkembangan negara- negara ini iaitu negara China dan negara India, mereka akan berkembang. Mereka akan sentiasa membeli produk-produk kita seperti palm oil dan kita tahu bahawa sistem di China banyak mempunyai kapasiti untuk pembangunan dan dua-dua negara China dan India mempunyai kadar pertumbuhan double digit. Kita buat satu at the back of the envelope calculation di mana kita tahu bahawa di negara China penggunaan kelapa sawit per kapita di negara itu kalau dibandingkan dengan penggunaan kelapa sawit purata di negara-negara lain begitu berkurangan. Negara China mempunyai 1.2 bilion penduduk, dan kita buat satu calculation kalau tiap-tiap penduduk di negara China menambahkan penggunaan kelapa sawit satu sudu sahaja, kita sudah menjadi kaya, itu sahaja. Jadi potensi bagi kita dari perkembangan di China dan India, dari kadar pertumbuhan yang begitu significant di China dan India begitu besar. Bukan sahaja oleh sebab mereka akan beli barang-barang kita tetapi juga oleh sebab middle class di negara-negara ini makin besar dan ada satu fakta sejarah bahawa dalam tempoh 20 tahun kebelakangan ini, jumlah penduduk yang dikeluarkan dari garis kemiskinan di China dalam 20 tahun ini adalah lebih daripada jumlah penduduk yang dikeluarkan dari garis kemiskinan dalam bila-bila masa. Begitu significant keadaan di mana negara China dan negara India mengeluarkan rakyat dari garis kemiskinan untuk menjadi middle class. Bila kadar ini meningkat, bila lebih banyak rakyat diberi taraf DR. 5.11.2007 178

sebagai middle class, mereka akan keluar melancong, menjadi tourist. Kini kita melihat di Putrajaya, 10 tahun dahulu jarang kita lihat tourist-tourist dari China, pada masa ini tiap-tiap hari ada tourist dari China dan mereka belanja banyak juga. Jadi jawapan saya Yang Berhormat agak panjang bagi satu soalan yang begitu singkat ialah kita mempunyai resilient yang mencukupi, kita mempunyai edging yang mencukupi untuk mengatasi sebarang masalah yang mungkin timbul dari kesan sub prime di Amerika Syarikat. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Teruskan Yang Berhormat. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Permatang Pauh meminta penjelasan mengenai defisit kewangan Kerajaan Persekutuan yang mencatat defisit tujuh tahun berturut-turut. Tuan Yang di-Pertua, isu defisit ini selalu juga ditimbulkan di Dewan yang mulia ini, di forum-forum antarabangsa dan bila kita pergi berbincang dengan rating agensi, SNP mereka juga menimbulkan isu defisit. Dengan keizinan Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memberi sedikit penjelasan tentang isu defisit ini. Ada satu pendapat di luar negeri yang banyak diberi oleh pihak-pihak seperti IMF dan World Bank dan media-media barat bahawa defisit ini adalah satu perkara yang buruk, itu satu andaian. Defisit satu perkara yang buruk dan surplus satu perkara yang baik. Kita memang tidak setuju dengan falsafah ini sebab kita berfikir ada masanya defisit financing adalah lebih sesuai dan ada masanya surplus financing adalah lebih sesuai. Pada masa krisis di sesebuah ekonomi semasa rakyat kurang mempunyai keyakinan terhadap ekonomi dan semasa kerajaan wajib perlu mengambil langkah untuk memastikan supaya keyakinan kembali ke dalam ekonomi, kerajaan harus mengambil langkah untuk berbelanja lebih sedikit melalui defisit financing. Itulah yang kita buat semasa menghadapi krisis kewangan dalam tahun 1997, 1998 sehingga defisit telah meningkat ke 5.5% pada tahun 2000 tetapi pada tahun 2000, 2001 keadaan ekonomi telah pulih, kita telah memastikan bahawa kadar pertumbuhan telah menjadi positif dan kita telah mengambil langkah tiap-tiap tahun untuk mengurangkan kadar defisit dari 5.5% pada tahun 2000 kepada 3.3% tahun 2006. Tahun ini kita yakin kita akan kurangkan lagi defisit kepada 3.2% dan tahun depan kita yakin kita akan kurangkan defisit kepada 3.1%, tetapi defisit ini adalah satu alat ekonomi untuk digunakan dengan kebijaksanaan. Juga Tuan Yang di-Pertua, sungguh pun kita ada defisit dan kita buat sedikit pinjaman, pinjaman kita kebanyakan adalah dalam negeri. Kita tidak pernah dalam 50 tahun menjadi sebuah negara berdaulat dan merdeka, kita tidak pernah pinjam satu sen pun untuk belanja operasi, untuk belanja pengurusan. Untuk belanja pengurusan, kita hanya gunakan hasil biasa, hasil cukai dan lain-lain. Sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, kita mempunyai hasil kerajaan yang digunakan untuk pengurusan, bajet pengurusan dan kita ada baki dan baki ini kita gunakan untuk pembangunan, bajet pembangunan dan kita meminjam sedikit banyak dari EPF dan sumber- sumber dalam negara. Pinjaman ini adalah satu pinjaman yang baik sebab kita menggunakan DR. 5.11.2007 179

pinjaman ini untuk mengembangkan kapasiti dalam sistem, untuk memastikan bahawa generasi akan datang mempunyai kapasiti untuk memastikan bahawa pertumbuhan ekonomi kita terus kekal. ■2130 Tuan Yang di-Pertua, saya juga merujuk kepada isu pendidikan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat bagi Ipoh Timor dan Yang Berhormat telah minta kerajaan memberi fokus kepada pendidikan, penyelidikan, pembangunan bagi membina keupayaan ekonomi yang diperlukan untuk negara. Kita setuju, saya setuju 100% dengan Yang Berhormat bagi Ipoh Timor bahawa pendidikan adalah penting dan pembangunan penyelidikan adalah penting dan negara kita sejak begitu lama memberi peruntukan yang terbanyak kepada pendidikan. Tiap-tiap tahun kita memberi di antara 20% hingga 25% dari keseluruhan bajet kita untuk pendidikan. Tidak ada negara lain Tuan Yang di-Pertua, tidak ada negara lain, yang tahun demi tahun memberi sehingga 25% bajet kepada bidang pendidikan. Bagi tahun hadapan, jumlah yang kita peruntukkan untuk pendidikan ialah RM43 bilion. RM43 bilion, satu jumlah yang begitu banyak. Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: [Bangun]. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, Kepong Yang Berhormat... Tan Sri Nor Mohamed Yakcop: Ya. Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: RM43 bilion. Bukan main-main ya ini, Tuan Yang di- Pertua. Penjelasan... Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: DAP tidak sukakah? Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Memang langkah yang baik, tetapi saya berharap Yang Berhormat dapat mengkaji penggunaan wang ini. Misalnya, saya ada nampak di sekolah- sekolah, ada pembaikan kerja penyelenggaraan dan sebagainya kerana ada pagar yang uzur, siling yang hampir jatuh dan sebagainya. Macam ini Yang Berhormat, yang kementerian mesti mengambil perhatian. Yang pertama, kerja ini adakah tender yang terbuka? Kadangkala tidak ada dan pihak sekolah pun, pengetua ataupun guru besar tidak tahu, tiba-tiba ada kontraktor yang datang hendak buat kerja untuk memperbaiki dewan dan sebagainya, tetapi dengan harga yang terlalu tinggilah. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, ya, soalannya, soalannya Yang Berhormat... Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Soalannya ini ialah, Tuan Yang di-Pertua hendak tahu juga di kawasan Tuan Yang di-Pertua pun berlaku macam itu? Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Saya sudah urus Yang Berhormat, kawasan saya, tidak mengapa... Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Urus ya? DR. 5.11.2007 180

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Tidak payahlah, Kepong.. Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Tetapi masalah penyalahgunaan wang ini dan misalnya ada dua buah sekolah. Di kawasan sekolah barulah itu, di Kepong. Ini jenis kebangsaan, satunya saiznya yang hampir sama yang digunakan biliknya lebih 30. Yang satunya dibina dengan peruntukan pihak Kementerian Pelajaran dan yang satunya sumbangan daripada masyarakat. Macam mana Yang Berhormat bagi Ledang? Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya Yang Berhormat. Teruskan Yang Berhormat... Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Daripada masyarat itu hanya... Dato’ Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: Kepong, Kepong... Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: ..hanya lebih RM4 juta. Tetapi daripada pihak kementerian, hampir RM10 juta. Apa terjadi dengan hal ini? Daripada masyarakat hanya lebih RM4 juta, daripada pihak kerajaan RM10 juta. Ini masalah pembaziran wang kita. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, cukuplah Yang Berhormat... Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Bukan cukup, banyakkan lagi, banyakkan lagi... dan RM43 bilion bukan main-main. Dato’ Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: Kepong, your family’s waiting outside.. Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: I don’t forget. 9.30 sahaja itu... Yang Berhormat Tan Sri pun, tengok dia. Kerja dengan larut malam kadangkala. Ini hendak balik.. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Cukuplah Kepong ya, sudah tahu... Ya, Tan Sri sila.. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop: Terima kasih Yang Berhormat. Kalau Yang Berhormat ada fakta-fakta tentang isu ini boleh memberi kepada Kementerian Kewangan dan kita akan menyemak tentang isu ini. Dari segi lebih luas, kerajaan memang mengakui bahawa faktor swasta dalam banyak perkara adalah lebih efisien. Sebab itu semenjak Perdana Menteri menjadi Perdana Menteri, Perdana Menteri kita dalam banyak ucapan, telah menyebut bahawa dia mahu private sector dengan izin ? Kita dengar ucapan ini, tetapi mungkin kita tidak sedar significant dalam yang terdapat dalam ucapan yang sering juga diucapkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Jadi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mahukan private sector untuk mengambil peranan yang lebih dalam bidang ekonomi dan makin lama, makin peranan kerajaan akan menjadi lebih sebagai regulator, facilitator dan itu sedang dilakukan oleh kerajaan. Yang Berhormat bagi Ipoh Timor juga mencadangkan supaya kerajaan mengambil tindakan segera untuk mengurangkan kesesakan di bandar utama seperti di Lembah Klang, Pulau Pinang. Kita bersetuju bahawa ini adalah satu perkara yang begitu penting dan kerajaan DR. 5.11.2007 181

telah mengambil banyak langkah untuk memberi fokus kepada bidang pengangkutan di Lembah Klang dan ini juga di Pulau Pinang sebanyak 150 buah bas baru yang telah dibeli. Kerajaan akan sentiasa memberi fokus kepada isu pengangkutan sebab antara tujuan utama, antara iltizam utama kerajaan ialah:- (i) untuk memberi perumahan yang selesa kepada rakyat; (ii) memberi satu sistem, memastikan satu sistem transport, satu sistem pengangkutan yang selesa. Banyak juga peruntukan kewangan yang diberi untuk sistem ini. Dato’ Haji Mat Yasir bin Haji Ikhsan [Sabak Bernam]: Sabak Bernam.... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, Sabak Bernam, sila.. Dato’ Haji Mat Yasir bin Haji Ikhsan [Sabak Bernam]: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sabak Bernam memang rasa cukup selesalah dengan isu pengurusan dan pentadbiran kewangan negara ini, saya tengok in good hands lah dengan izin. Ini akan memantapkan lagi saya rasa, kesejahteraan negara. Hanya Sabak Bernam pernah menyatakan Yang Berhormat Menteri tentang kegusaran Sabak Bernam dalam pembentangan bajet dua tahun berturut-turut. Menteri Kewangan, Perdana Menteri kita tidak menyebut mengenai musuh nombor satu negara yang akan meruntuhkan berapa bilion tadi Yang Berhormat sebut ini, RM43 bilion dalam jangka panjang? Jadi oleh sebab itu pagi tadi ataupun tadi dalam konteks kewangan ini, saya telah memberikan pandangan kepada Kementerian Belia khususnya program sukan komuniti dan rakan muda ini satu program pencelahan bagi belia kita yang cukup bagus untuk mengelakkan mereka daripada terjebak daripada gejala negatif. Oleh sebab itu Sabak Bernam ingin memberikan pandangan dan cadangan, supaya kementerian ini ditambah peruntukannya supaya belia-belia kita ini, sebenarnya dapat mengisi masa mereka dengan perkara-perkara yang bermakna, mengelak mereka daripada gejala negatif. Itu yang pertama. Yang keduanya, isu keselamatan ini Yang Berhormat Menteri, saya rasa kita harus memberikan perhatian yang khusus. Jangan tunggu tragedi untuk berlaku umpamanya macam polis ini, baru kita hendak berikan dia peruntukan. Saya rasa dalam konteks keselamatan ini, saya sangat jelas bahawa kekurangan anggota polis yang berpuluh ribu itu harus ditangani segera. Dengan itu saya rasa, Insya-Allah negara akan menjadi bertambah aman. Apa pandangan dari Menteri kita? Terima kasih. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop: Yang Berhormat, saya jawab tentang keselamatan dahulu. Kerajaan memang tiap-tiap kali ada permohonan dalam macam-macam bidang dari pihak polis kita tidak pernah tidak bagi.

DR. 5.11.2007 182

„ 2140 Tiap-tiap permohonan kita tunaikan. Bila pihak polis minta kereta, kita bagi kereta dan bila kita bagi kereta, kita juga bagi peruntukan untuk melantik drebar-drebar. Polis minta motosikal, kita bagi motosikal. Minta komputer, kita bagi komputer. Minta kamera, kita bagi kamera dan kita juga membenarkan polis melantik polis tambahan, anggota tambahan sehingga 60 ribu anggota. Jadi dari segi kewangan, tidak ada isu langsung untuk menambahkan anggota polis dan juga menambahkan alat-alat dan pakaian-pakaian bullet proof vest dan lain-lain untuk polis. Yang menjadi isu sedikit sekarang dan sedang diselesaikan ialah bila kita lantik anggota baru, mereka harus, mereka wajib diberi training, diberi kursus-kursus yang khusus untuk memastikan bahawa mereka dapat melaksanakan tugas sebagai polis dengan sempurna, dengan baik. Pada masa ini kita tidak mempunyai pusat-pusat latihan untuk polis dengan bilangan yang mencukupi. Itu satu isu. Kerajaan telah mengambil langkah untuk mewujudkan lebih banyak lagi, tempat-tempat atau pusat-pusat latihan bagi polis termasuk di Langkawi dan di tempat-tempat lain. Dalam sedikit masa lagi, bila pusat-pusat ini dapat dibina, saya yakin bahawa kita dapat melantik lebih banyak lagi polis untuk memastikan bahawa keadaan keselamatan ekonomi negara kita terjamin. Saya setuju sebab dalam banyak perbincangan dengan pelabur-pelabur luar, juga isu keselamatan timbul dan dibincangkan dan soalan ditujukan kepada kita tentang isu ini. Bukan sahaja kita ingin memastikan keadaan selamat di negara kita bagi meningkatkan kepercayaan pihak luar negara, pelabur luar negara tetapi kerajaan juga sedar bahawa keadaan yang selamat adalah satu keadaan yang harus kita sentiasa wujudkan untuk memberi keselesaan kepada rakyat kita sendiri dan isu ini adalah satu isu yang diberi fokus dalam hampir tiap-tiap mesyuarat yang kita adakan dengan Perdana Menteri sendiri dan saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat kerana memberi sokongan dalam isu ini. Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: [Bangun] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, Kepong. Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Tuan Yang di-Pertua, penjelasan. Jerai dan Arau, kita mesti dengar baik-baik. Saya gembiralah, Yang Berhormat... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Terus kepada penjelasan, Yang Berhormat ya. Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: ...itu memahami bahawa ada kekurangan pusat latihan, pelatih dan sebagainya. Bolehkah Yang Berhormat kaji, setahu saya kekurangannya amat sangat kerana kita perlu melatih 12 ribu tiap-tiap tahun kerana dalam lima tahun, ada 60 ribu. Tiap-tiap tahun 12 ribu dan kemudahan yang kita adakan, saya diberitahu bahawa lebih 2 ribu sahaja. Komen daripada timbalan menteri, dia kata sekarang bolehlah 5 ribu. Kalau kita kira 5 ribu, apa yang dicadangkan oleh Yang Berhormat tadi kita tidak sempat tambah pusat latihan dan DR. 5.11.2007 183

ambil pelatih yang berkaliber untuk melatih dengan bilangan anggota yang cukup. Di Sungai Petani pun tidak cukup anggota polis. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Kita tambah pusat latihan. Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Kalau kita hendak hantar ke Sungai Petani itu.. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Kepong, cadangkan tambah pusat latihan sudahlah. Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Sri Gading, Johor teruk, tidak ada anggota polis. Kita hendak tolong sahaja. Teruk sekali Johor itu. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, cukuplah Kepong. Menteri sudah faham itu. Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Memang dia faham. Yang Berhormat kata dia cubalah hendak tambah pusat latihan tetapi sangat dahsyatlah masalah ini. Bukan begitu senang. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Menteri sudah jawab tadi, Yang Berhormat, sudah hendak tambah. Ya, Menteri sudah terima kasih. Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Ya. Dato’ Haji Mat Yasir bin Haji Ikhsan [Sabak Bernam]: Sabak Bernam sambung sedikit. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya. Dato’ Haji Mat Yasir bin Haji Ikhsan [Sabak Bernam]: Ini dia mengambil idea Sabak Bernam ini. Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Tidak apalah, kita bekerjasamalah. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, cukuplah, Yang Berhormat. Dato’ Haji Mat Yasir bin Haji Ikhsan [Sabak Bernam]: Ya, terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, Sabak Bernam ringkaslah, Sabak Bernam. Dato’ Haji Mat Yasir bin Haji Ikhsan [Sabak Bernam]: Yang akhir daripada saya... Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Sudah malamlah kita. Dato’ Haji Mat Yasir bin Haji Ikhsan [Sabak Bernam]: Isu keselamatan ini, Yang Berhormat Menteri, saya ingat ini sangat penting. Kita bercakap mengenai keterlibatan pemimpin akar umbi dalam agenda keselamatan dan di sini ketua-ketua kampung atau ketua masyarakat ini perlu diperkasakan peranan mereka dengan diberikan peruntukan dan peruntukan itu wajar diberikan melalui Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional khususnya, supaya kita boleh mengajak mereka memainkan peranan secara aktif, secara khusus dan dipastikan keberkesanannya di peringkat akar umbi, bukan di atas sahaja. Jadi saya minta perkara ini diberikan perhatian khusus oleh menteri. Mungkin melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, mungkin begitu. Jadi saya yakin kalau ini diberikan peranan khusus kepada Ahli Parlimen DR. 5.11.2007 184

dengan peruntukan, kita yakin bahawa keselamatan negara kita akan menjadi bertambah baik. Pandangan daripada menteri, terima kasih dengan maaf. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop: Terima kasih Yang Berhormat. Saya bersetuju bahawa pusat seperti saya katakan tadi, pusat latihan untuk polis pada masa ini memang tidak mencukupi dan kita telah mewujudkan untuk memastikan bahawa kita mempunyai pusat latihan dengan kadar yang mencukupi, kerajaan telah mengambil tindakan untuk membina dan sedang dibina pusat-pusat latihan yang baru. Seharusnya kita patut mempunyai pusat latihan untuk mengeluarkan seramai 15 ribu setahun, sepatutnya, sebab bukan sahaja untuk meningkatkan bilangan baru anggota polis tetapi juga untuk sebagai ganti kepada mereka yang bersara.Ini memang kerajaan mengakui adalah satu perkara penting dan tindakan sedang diambil. Sebagai satu tindakan sementara, juga boleh kita menggunakan polis-polis yang bersara, kita boleh melantik mereka secara kontrak untuk mengatasi isu kekurangan polis pada masa ini. Tentang memastikan bahawa rakyat di akar umbi terlibat dalam isu keselamatan, memang kita persetujui dan kita akan mencari kaedah yang paling sesuai untuk memberi peluang kepada rakyat di akar umbi untuk juga memainkan peranan untuk memastikan bahawa keadaan negara kita sentiasa selamat. berhubung dengan peruntukan untuk Kementerian Belia dan Sukan, memang tiap-tiap tahun kita memberi pertambahan yang lebih untuk Kementerian Belia dan Sukan sebab kita memang bersetuju sangat bahawa sukan adalah satu bidang yang begitu penting untuk memastikan bahawa remaja kita, anak-anak kita mendapat peluang untuk menjadi rakyat yang baik di kemudian hari. Terima kasih. Dato’ Mahadzir bin Mohd. Khir [Sungai Petani]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Mungkin pegawai Yang Berhormat tidak ambil catatan apa yang saya soal. Jadi saya hendak soal semulalah perkara itu. Dua perkara yang saya bangkitkan iaitu pertama mengenai dengan delivery system yang mana kita kaitkan dengan projek-projek yang hendak dilaksanakan oleh pihak kerajaan yang mana projek-projek yang telah diluluskan, yang telah pun disiapkan tetapi tidak dapat dilaksanakan kerana persoalan kewangan. ■2150 Kalau kita melewatkan projek-projek tadi, dilihat bahawa kos akan meningkat. Bila kos meningkat maknanya kita kena tambah lagi. Umpamanya macam baru-baru ini di kawasan saya, orang mendapat air bersih misalnya. Pada mulanya semasa kami buat dulu ia mengambil hanya antara RM700 hingga RM800 untuk sebuah rumah, tetapi oleh kerana peningkatan kos ia mengambil lebih daripada RM2,000 kerana kita melewatkan projek itu. Persoalan saya adakah kelewatan tadi disebabkan oleh kerana ada peraturan-peraturan yang mengikat kita khususnya peraturan daripada MOF atau Kementerian Kewangan yang menyebabkan wang itu tidak sampai ke negeri dan dari negeri ke daerah. Kedua, saya telah bangkitkan bahawa kita merayakan tahun ini sebagai tahun ke 50 kita mencapai kemerdekaan. Saya minta supaya mata wang kita not RM50 itu diletakkan gambar DR. 5.11.2007 185

Almarhum Tunku Abdul Rahman. Mengapa tidak? Beliau telah berjasa begitu besar sekali dalam negara kita dan sekurang-kurangnya generasi muda akan mengingati beliau pada masa akan datang. Jadi, bolehkah Yang Berhormat beri penjelasan. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop: Terima kasih, Yang Berhormat. Sebenarnya soalan Yang Berhormat tadi ada dalam nota yang sepatutnya dijawab kemudian, tetapi tidak mengapa, saya jawab sekarang. Berhubung dengan isu yang lebih senang sedikit, tentang gambar Almarhum Tunku Abdul Rahman dalam not kita. Kerajaan pada masa dahulu telah membuat satu keputusan bahawa dalam mata wang kita, diletakkan gambar Almarhum Yang di-Pertua Agong pertama. Itu satu keputusan yang telah dibuat. Kalau perlu kerajaan akan mengkaji perkara ini dan perkara ini memang bukan di bawah bidang Kementerian Kewangan. Ini satu bidang yang harus dikaji dan diluluskan oleh Kabinet. Mungkin perkara ini akan berlaku, tetapi saya ingin memberikan sedikit nota bahawa di dalam kebanyakan negara mereka tidak menukar secara skala gambar yang terdapat dalam not. Di Singapura sendiri gambar presiden pertama masih terdapat dalam nota dan di negara- negara lain mereka masih menyimpan gambar-gambar Lincoln dan lain-lain. Itu satu polisi. Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir [Sungai Petani]: Yang Berhormat, saya rasa cadangan ini boleh di bawa oleh Kabinet kepada Majlis Raja-Raja Melayu. Kalau kita lihat not- not di Indonesia umpamanya mereka meletakkan tokoh-tokoh sejarah di dalamnya untuk mengingatkan kita sebagai rakyat terutama sekali kepada tokoh-tokoh ini. Oleh kerana saya berasa kita boleh rationalize dan pihak Kabinet boleh buat persetujuan dalam perkara ini, mudah sahaja. Kalau di Amerika Syarikat sudah tentu beberapa presiden yang diletakkan di situ. Kalau di Britain sudah tentu diletakkan gambar Queen Elizabeth. Bagi saya, kita di Malaysia, mengapa tidak? Oleh kerana kejayaan yang kita telah capai dalam 50 tahun ini mengapa tidak tokoh yang begitu besar sumbangannya kepada negara, tidakkah kita boleh ingatkan. Ini bukan hendak mengetepikan Yang Dipertuan Agong pertama Malaysia tetapi soalnya ialah kerana Tunku, kerana dia juga kita mencapai kemerdekaan dan kejayaan itu bermula 50 tahun yang lalu sehingga sekarang. Terima kasih. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop: Yang Berhormat, saya tidak menafikan peranan Tunku. Memang peranan Tunku begitu bersungguh-sungguh dan begitu banyak sekali kepada negara. Saya sebutkan sebentar tadi hanya untuk memberitahu bahawa perkara ini harus diputuskan oleh Kabinet. Saya akan membawa perkara ini kepada Kabinet untuk makluman dan keputusan Kabinet. Berhubung dengan cara kewangan negara, seperti kita sedia maklum tiap-tiap tahun sebelum 1 hari bulan, selewat-lewatnya 1 Januari semua peruntukan yang telah diluluskan oleh Dewan yang mulia ini dalam bajet diberi kepada kerajaan-kerajaan negeri, diberi kepada agensi- agensi lain melalui satu waran. Ia diberi. Jadi, isu Kementerian Kewangan (MOF) tidak memberi DR. 5.11.2007 186

atau belum memberi wang atau peruntukan tidak timbul langsung sebab semua waran dikeluarkan selewat-lewatnya pada 1 hari bulan kepada agensi dan kerajaan negeri. Terpulang kepada kerajaan negeri untuk memastikan sub waran dikeluarkan berasaskan kepada waran untuk agensi-agensi di bawah state dan adalah menjadi tanggungjawab kementerian- kementerian dan agensi-agensi untuk mengeluarkan sub waran kepada agensi-agensi mereka. Jadi, isu tidak cukup wang tidak sepatutnya berlaku sebab sememangnya wang itu telah diberi melalui waran kepada pihak-pihak yang harus melaksanakan projek. Projek itu juga haruslah projek yang diluluskan oleh EPU sebab tiap-tiap lima tahun ada diberi development expenditure yang dipersetujui oleh kerajaan dan bagi tempoh lima tahun dalam Rancangan Malaysia kita sekarang ialah RM220 bilion dan ada senarai untuk RM220 bilion ini. Kalau projek ini telah dimasukkan ke dalam senarai itu tidak ada sebab projek itu harus dilewatkan. Yang Berhormat bagi Larut telah meminta penjelasan tentang bonus, sebab apa bonus tidak dibayar kepada kakitangan awam. Seperti kita sedia maklum kakitangan awam baru-baru ini telah menikmati kenaikan gaji di antara 7.5% sehingga 42% sebagai gaji dan elaun kos sara hidup mulai 1 Julai 2007 dan ini kalau difikirkan dan diambil kira ini merupakan bonus hampir empat bulan bagi kakitangan kebanyakan kumpulan dan mungkin bagi kumpulan yang lebih tinggi merupakan dua bulan bonus. Kerajaan, memang kalau mampu berhasrat memberi bonus kepada semua kakitangan tetapi dana kerajaan hanya sebegitu banyak. Kalau kita memberi bonus yang lebih kita tidak mempunyai dana peruntukan yang mencukupi untuk bidang-bidang lain yang juga penting seperti memastikan air, api dan jalan-jalan di kampung. Jadi kerajaan seperti biasa perlu membuat suatu keputusan dengan kebijaksanaan untuk memastikan bahawa wang tabung peruntukan yang ada digunakan dengan bijaksana dan oleh kerana kakitangan kerajaan telah pun mendapat kenaikan gaji yang boleh dianggap sebagai lumayan juga, kerajaan telah memutuskan bahawa tidak membayar bonus pada tahun ini. Yang Berhormat bagi Ipoh Timor mencadangkan tambahan kenaikan gaji sebanyak 20% diberi kepada semua doktor yang berkhidmat dengan kerajaan dengan tambahan gaji 10% kepada semua staf sokongan. Datuk Baharum bin Mohamed [Sekijang]: [Bangun] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat, nanti saya panggil. Sekijang. ■2200 Datuk Baharum bin Mohamed [Sekijang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Tak payah gendanglah. Datuk Baharum bin Mohamed [Sekijang]: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya hendak bertanya tentang elaun kepada pekerja kerajaan ini. Saya difahamkan bahawa mereka yang menerima Elaun Wilayah tidak akan mendapat Elaun COLA. Apabila kita DR. 5.11.2007 187

mengumumkan dahulu elaun COLA ini diberikan kepada kakitangan, jadi yang menerima elaun wilayah ini terutama yang bekerja orang Sabah dan Sarawak yang bekerja di Semenanjung dan orang Semenanjung yang bekerja di Sabah dan Sarawak. Kenaikan mereka ini tidak pernah dikaji dan elaun ini tidak pernah dilihat. Apa pandangan Yang Berhormat Menteri tentang perkara ini. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop: Ada dua isu, satu sama mereka yang mendapat elaun wilayah layak juga mendapat COLA. Satu elaun wilayah itu sendiri sama elaun wilayah harus dikaji. Ini sedang dibuat sekarang. Saya tidak pasti mungkin nanti saya kena semak dengan staf, sama ada mereka yang mendapat elaun wilayah iaitu mereka yang bertugas di Sabah dan Sarawak dan juga dari penduduk Sabah dan Sarawak yang bertugas di Semenanjung mereka layak mendapat COLA. Saya akan menyemak perkara ini. Tentang kadar elaun wilayah itu sendiri kita sedang menyemak. Berhubung dengan doktor, juga seperti kakitangan yang lain telah mendapat kenaikan gaji yang juga lumayan pada 1 Julai. Doktor selain dari gaji juga diberi banyak insentif seperti insentif bius pembantu perubatan, seperti bayaran insentif pegawai kesihatan awam juga dinaikkan baru-baru ini. Elaun bertugas di bilik mayat pun diberi, elaun penguatkuasaan kepada pegawai farmasi banyak pegawai-pegawai di Kementerian Kesihatan diberi elaun khusus selain dari gaji. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Ipoh Timor juga menyarankan supaya kerajaan perlu mengukuhkan kebajikan masyarakat agar golongan miskin, kurang mampu, kurang upaya serta golongan berpendapatan rendah tidak ketinggalan dalam arus perkembangan ekonomi, memang kerajaan bersetuju dengan saranan ini dan itu yang menjadi di antara iltizam utama kerajaan untuk memastikan bahawa mereka yang kurang mampu diberi fokus yang khusus dan diberi bantuan, pertolongan. Dengan iltizam inilah kita dapat mengurangkan kadar kemiskinan dari 50% semasa kita mencapai kemerdekaan dan bagi orang-orang Melayu hampir 75% kadar kemiskinan pada tahun 1957 pada kadar sekarang yang kurang daripada 6%. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah memberi jaminan bahawa kadar tegar hardcore poverty akan dihapuskan sebelum tahun 2010 dan kita akan sentiasa memberi perhatian yang serius kepada kebajikan orang-orang yang kurang upaya dan orang-orang yang berpendapatan rendah. Yang Berhormat Ipoh Timor juga telah mencadangkan bahawa bantuan diberikan kepada NGO ... Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: [Bangun] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, Jerai Yang Berhormat. Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin [Jerai]: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Tan Sri. Satu soalan Tan Sri, rata-rata hari ini memang saya mengucapkan tahniah kepada kerajaan kerana untuk membangunkan dan menebus DR. 5.11.2007 188

kemiskinan tetapi Yang Berhormat Tan Sri seperti kita sedia maklum bahawa masih banyak lagi di kawasan-kawasan luar bandar; di mana ibu-ibu tunggal yang begitu miskin dan rumah mereka begitu daif sekali. Adakah boleh Yang Berhormat mempertingkatkan peruntukan tambahan kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar supaya kita dapat membina rumah-rumah PPRT. Selain daripada itu kita juga kalau boleh Yang Berhormat menasihati bank-bank ataupun syarikat-syarikat yang berjaya supaya mengadakan suatu tabung untuk membantu kerajaan dari segi untuk menebus kemiskinan. Sekurang-kurangnya macam biasa saya dapat daripada pihak EON Bank dan Bank Rakyat, mereka memberi wang zakat kita untuk kita membina rumah-rumah PPRT ini. Sekurang-kurangnya kita dapat membantu dengan lebih cepat untuk menebus kemiskinan. Terima kasih. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop: Memang itu tujuan kerajaan. Dalam bajet yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada bulan September lalu, perkara ini telah disentuh dan kita mahu bank-bank dan syarikat-syarikat yang berjaya untuk memainkan peranan dalam bidang perumahan untuk golongan miskin. Untuk menunjukkan iltizam kita dalam bidang ini, kerajaan telah menubuhkan satu tabung sebanyak RM50 juta untuk menunjukkan cara, di mana syarikat-syarikat ini dapat membantu mereka yang memerlukan duit sedikit untuk membaiki rumah yang begitu daif. Kita telah mula dengan satu skim untuk tujuan ini. Jikalau ada Ahli-ahli Yang Berhormat yang mempunyai data-data tentang rumah-rumah orang-orang daif dan miskin dan memerlukan sedikit bantuan sama RM10 ribu atau RM20 ribu untuk membaiki rumah, bagi tahu saya dan bagi tahu Kementerian Kewangan dan kita ada tabung yang khusus untuk tujuan ini. Kita sudah pun mula memperbaiki beberapa rumah dengan menggunakan peruntukan ini. Ini adalah sebagai satu contoh untuk syarikat-syarikat untuk mengambil langkah yang sama. Dalam bidang kemiskinan memang kerajaan sedar bahawa masih terdapat golongan miskin di beberapa tempat. Golongan miskin ini boleh dibahagikan kepada beberapa golongan: (i) mereka yang boleh bekerja atau mampu bekerja dan mempunyai badan sihat dan mereka sedang mencari kerja yang sesuai dan kerajaan akan memberi peluang mereka bekerja; (ii) mereka yang kurang upaya yang mereka harus mendapat bantuan daripada kerajaan dan kerajaan telah meningkatkan kadar bantuan bagi mereka; dan (iii) mereka yang badan sihat tetapi mempunyai anak yang kurang upaya dan banyak terlibat golongan ibu tunggal yang tidak dapat pergi kerja DR. 5.11.2007 189

sebab terpaksa menjaga anak yang kurang upaya. Mereka juga kita memberi elaun yang mencukupi di atas garis kemiskinan. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya Yang Berhormat Menteri, saya hendak tanya Yang Berhormat boleh habis berapa lama lagi Yang Berhormat? Tan Sri Nor Mohamed Yakcop: Sedikit lagi. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Teruskan Yang Berhormat, ya. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop: Yang Berhormat Ipoh Timor juga mencadangkan kadar caruman syer majikan dinaikkan daripada 12% kepada 50% bagi membantu para pekerja daripada golongan berpendapatan rendah dan menengah dan boleh, perkara ini boleh dipertimbangkan tetapi satu isu yang timbul dalam perkara ini ialah kalau kita meningkatkan kadar pencaruman daripada majikan, sekarang majikan mencarum 12%, kakitangan mencarum 11% menjadi 23%. Kalau kita meningkatkan minta majikan menyumbangkan lebih dari 12% sehingga 15%, ini memang baik untuk kakitangan atau pekerja tetapi cost of doing business dengan izin akan meningkat di Malaysia dan dari segi competitiveness ini mungkin mengakibatkan penurunan sedikit competitiveness dan perkara ini harus dikaji dari banyak segi, Yang Berhormat. ■2210 Yang Berhormat Jasin mencadangkan Bank Negara Malaysia menyediakan dominasi RM200 dan RM500 bagi memudahkan penukaran wang melibatkan jumlah yang banyak. Pada satu masa dulu ada RM500 dan juga ada RM200, tapi saya masih ingat RM200 ini tidak laku sangat, tiada orang yang berminat untuk menggunakan RM200. RM500 dihapuskan selepas krisis kewangan tahun 1997 sekali dengan RM1,000. Perkara ini akan dipertimbangkan, tapi trend dunia pada masa ini ialah untuk mengurangkan pengeluaran nota-nota khasnya nota-nota yang bernilai tinggi. Ini kerana, kebanyakan urusan sekarang berasaskan kepada kredit kad, debit kad, cek-cek dan tidak banyak lagi menggunakan cash. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Kepong meminta penjelasan mengenai pencapaian Multimedia Development Corporation setelah 10 tahun MSC Malaysia dilancarkan. Seperti kita sedia maklum MSC Malaysia telah berjaya menyediakan satu tapak yang saya anggap sebagai kukuh juga untuk membimbing sebuah ekonomi dan komuniti berasaskan ilmu. Sebelum MSC Malaysia diwujudkan pada tahun 1995, seramai 888,000 orang dapat akses kepada komputer peribadi. Sekarang, pada tahun 2006 jumlah tersebut meningkat kepada 4.2 juta orang. Kadar penebusan internet penetration rate juga meningkat dari 1.8% pada tahun 1995 kepada 40% selepas inisiatif MSC Malaysia. Ini menunjukkan satu kejayaan MSC Malaysia Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, akhirnya saya sekali lagi ingin mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian. Terima kasih. DR. 5.11.2007 190

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang, hendaklah disetujukan. Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan. Rang Undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ahli-ahli Yang Berhormat, saya kemukakan masalah bahawa Usul di atas nama Yang Berhormat Menteri Kewangan di dalam Aturan Urusan Mesyuarat ini diedarkan kepada Jawatankuasa sebuah-buah Majlis hendaklah disetujukan. Usul dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan. Diputuskan. Bahawa Usul yang berikut ini dirujukkan kepada Jawatankuasa sebuah-buah Majlis: “Bahawa Dewan ini, mengikut seksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan iaitu satu jumlah wang sebanyak tidak lebih daripada empat puluh lapan bilion satu ratus lapan belas juta dua ratus enam puluh sembilan ribu ringgit (RM48,118,269,000) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2008, dan bagi tujuan-tujuan dan butiran-butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Bajet Persekutuan 2008, yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 13 Tahun 2007, adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan lapan dan sembilan senarai tersebut hendaklah disahkan.”

Ahli-ahli Yang Berhormat urusan kita pada hari ini selesai dan mulai pada hari esok Rang Undang-undang Perbekalan 2008 di peringkat Jawatankuasa dimulakan dengan Jabatan Perdana Menteri. Dengan itu, Dewan yang mulia ditangguh sehingga esok jam 10.00 pagi. Dewan ditangguhkan.

Dewan ditangguhkan pada pukul 9.15 malam.