Dewan Rakyat Parlimen Kesebelas Penggal Keempat Mesyuarat Ketiga

Dewan Rakyat Parlimen Kesebelas Penggal Keempat Mesyuarat Ketiga

[Dokumen ini belum disemak DEWAN RAKYAT PARLIMEN KESEBELAS PENGGAL KEEMPAT MESYUARAT KETIGA Bil. 60 Isnin 5 November 2007 K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2008 (Halaman 27) USUL-USUL: Usul Anggaran Pembangunan 2008 (Halaman 27) Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 61) DR. 5.11.2007 1 MALAYSIA DEWAN RAKYAT Isnin, 5 November 2007 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN 1. Datuk Rosli bin Mat Hassan [Dungun] minta Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri menyatakan berapakah filem luar negara yang telah diluluskan oleh Lembaga Penapisan Filem Malaysia dan ditayangkan di Malaysia dari tahun 2002 hingga sekarang dan apakah kriteria- kriteria yang diperlukan bagi melayakkan filem tersebut diberi kelulusan untuk ditayangkan di Malaysia. Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri [Datuk Tan Chai Ho]: Tuan Yang di- Pertua, jumlah filem yang diluluskan oleh Lembaga Penapis Filem Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri untuk tayangan di Malaysia dari tahun 2002 hingga bulan Jun 2007 adalah seperti berikut: BILANGAN TAHUN TAJUK FILEM 2002 9,130 2003 14,354 2004 13,954 2005 13,908 2006 17,408 2007 (sehingga Jun) 11,563 JUMLAH 80,317 Tuan Yang di-Pertua, Akta Penapisan Filem 2002 memperuntukkan bahawa filem termasuk dari luar negara yang hendak ditayangkan di Malaysia hendaklah ditapis dan diluluskan oleh Lembaga Penapis Filem iaitu LPF, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri. Dalam membuat keputusan penapisan, LPF akan membuat penilaian berdasarkan garis panduan penapisan filem yang ditetapkan oleh kerajaan. Bagi filem yang tidak mempunyai unsur-unsur negatif atau melampaui dari segi ideologi dan politik, keagamaan, sosiobudaya peradaban dan tata kesusilaan akan diluluskan oleh LPF untuk tayangan. LPF sentiasa berhati-hati supaya filem- DR. 5.11.2007 2 filem yang mengandungi unsur-unsur negatif dan keterlaluan yang boleh memudaratkan rakyat dan negara tidak dibenarkan ditayangkan di Malaysia. Sekian, terima kasih. Datuk Rosli bin Mat Hassan [Dungun]: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada jawapan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi. Soalan tambahan saya ialah kita dapati pertambahan filem-filem luar yang ditapis telah naik dan sedikit sebanyak menjejaskan filem keluaran negara kita. Umum menyatakan bahawa filem dalam negara kita nampaknya kualiti makin menurun dan banyak isu-isu yang berkaitan dengan isu perkauman, keagamaan dan kepercayaan tahyul begitu banyak ditayangkan. Jadi, saya hendak bertanya apakah integriti ataupun piawai dan standard yang ada dalam Ahli Lembaga Pengarah Filem ini? Bolehkah beri contoh beberapa tokoh yang berada dalam LPF ini kerana kadang-kadang ia menjadi perbincangan umum bahawa filem-filem yang berlebihan dalam isu perkauman umpamanya, dalam hal ehwal perkauman, agama, tahyul dan sebagainya banyak ditayangkan dan dibawa masuk ke dalam negara kita. Terima kasih. Datuk Tan Chai Ho: Tuan Yang di-Pertua, penapisan filem yang dilakukan oleh LPF adalah melalui garis panduan penapisan filem yang ditetapkan oleh kerajaan. Garis panduan yang saya sebutkan tadi adalah komprehensif yang mengandungi peraturan yang menjurus kepada nilai-nilai murni dan moral. Jadi, unsur-unsur negatif seperti keganasan melampau yang boleh memudaratkan rakyat dan keselamatan negara, filem-filem seperti itu tidak boleh ditayangkan di negara kita dan kita boleh lihat filem-filem yang diimport dari luar negara telah ditapis secara teliti. Pastikan mereka tidak mempunyai unsur-unsur yang negatif dan begitu juga kepada filem-filem tempatan kita mesti melalui garis panduan penapisan filem-filem itu dengan teliti. Pada tahun-tahun yang lepas kita boleh tengok banyak filem-filem yang berunsur negatif telah ditolak dan tidak diluluskan untuk tayangan di negara kita. Jadi, LPF akan menjalankan tugas secara berhati-hati. Datuk Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib [Maran]: Saya perhatikan masih terdapat banyak adegan yang boleh merosakkan ataupun agak lucah yang dipaparkan dalam filem-filem luar ini termasuklah dari segi pakaian, percumbuan dan sebagainya. ■1010 Kalau kita lihat negara kita ini masalah moral masyarakat semikin hebat. Saya hendak bertanya kepada pihak kerajaan apakah sebenarnya kerajaan membuat kajian tentang filem-filem ini secara teliti atau secara serius di mana akibat daripada adegan-adegan ini telah menyebabkan peningkatan dari segi sosial di kalangan remaja khususnya. Apakah kajian dibuat secara teliti? Terima kasih. Datuk Tan Chai Ho: Tuan Yang di-Pertua, tadi saya katakan bahawa garis panduan ini adalah sangat komprehensif di mana LPF akan menapis filem-filem yang diimport dari luar negara dan juga tempatan di mana mereka mempunyai unsur-unsur yang negatif khususnya dari segi ideologi, politik, keagamaan, sosial, budaya, peradaban dan ketatasusilaan. DR. 5.11.2007 3 Filem-filem yang ditapis dan mempunyai unsur-unsur negatif ini, ia tidak akan dibenarkan untuk tayangan. 2. Dato' Haji Hasan bin Malek [Kuala Pilah] minta Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menyatakan rancangan untuk menambah baik pewujudan JKKK di kawasan Perkampungan Orang Asli sama seperti JKKK tajaan kerajaan negeri dari segi struktur, fungsi elaun dan sebagainya. Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah [Datuk Dr. Tiki anak Lafe]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih sahabat saya Yang Berhormat bagi Kuala Pilah. Tuan Yang di-Pertua, kementerian ini sentiasa memberikan keutamaan kepada pembangunan Orang Asli termasuk usaha ke arah memantapkan lagi institusi kepimpinan yang melibatkan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung. Setakat ini Jabatan Hal Ehwal Orang Asli telah mewujudkan 150 JKKK. Jawatankuasa ini mempunyai fungsi yang hampir sama dengan JKKK yang diwujudkan oleh Pejabat Daerah. Mereka berperanan untuk menguruskan kemajuan kampung serta menggerakkan penduduk Orang Asli setempat, melibatkan diri secara aktif dalam program dan aktiviti pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan meliputi bidang sosio ekonomi, modal insan dan sebagainya. Tuan Yang di-Pertua, bagi memantapkan institusi JKKK di kawasan perkampungan Orang Asli, pendekatan yang diambil oleh JHEOA ialah dengan meningkatkan jati diri ahli-ahli JKKK melalui kursus-kursus kepimpinan dan pembangunan kampung kepada JKKK. Memberi bantuan peralatan dan alat tulis untuk mengadakan mesyuarat dan bayaran elaun kehadiran mesyuarat. Selain itu, satu garis panduan khusus untuk JKKK telah dikeluarkan oleh JHEOA untuk menyeragamkan struktur dan fungsi JKKK di kawasan Orang Asli. Sekian, terima kasih. Dato' Haji Hasan bin Malek [Kuala Pilah]: Terima kasih Yang Berhormat Timbalan. Tuan Yang di-Pertua, saya mengakui bahawa banyak usaha telah dibuat oleh pihak kementerian untuk menambahbaikkan kedudukan Orang Asli ini dan kedudukan mereka pun sentiasa dibincangkan dalam banyak forum terutama baru-baru ini dalam 14th Malaysia Law Conference, kedudukan Orang Asli ini juga dibangkitkan. Salah satu daripada mekanisme yang saya lihat yang amat relevan dan berkesan soal pembangunan mereka ini ialah tentang fungsi dan peranan JKKK. Ini telah ditubuhkan oleh Jabatan Hal Ehwal Orang Asli tetapi saya melihat dari segi lokasi, dari segi tenaga yang ada dan juga kemudahan-kemudahan yang ada berbeza dengan lain-lain JKKK ataupun kampung- kampung tradisional, melihat dari segi elaun pun saya difahamkan alah kadar sahaja. Oleh kerana itu mereka membuat perbandingan, masyarakat Orang Asli terlalu sedikit imbuhan dan insentif yang diberikan tetapi tempat lain tidak ada. Walhal JKKK ini penting. Oleh kerana itu saya mengharapkan cuba dapat diselaraskan soal struktur, soal fungsi ini lebih kurang DR. 5.11.2007 4 sama tetapi insentif, galakan, kursus-kursus dan sebagainya tadi harus dipertingkatkan dan ditambahbaikkan supaya JKKK ini sentiasa mendapat pembelaan dan program-program pembangunan itu dapat dilaksanakan secara lebih berkesan. Terima kasih. Datuk Dr. Tiki anak Lafe: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya masyarakat Orang Asli ini adalah betul seperti yang telah dikatakan oleh Yang Berhormat tadi dan kementerian khasnya kerajaan telah dan sedang membuat apa sahaja untuk menolong meningkatkan taraf kehidupan mereka ini. Dari segi pentadbiran di kampung sebenarnya Orang Asli mempunyai dua sistem. Mereka boleh memilih untuk menubuhkan JKKK melalui Jabatan Orang Asli dan juga melalui Pejabat Daerah. Untuk makluman Yang Berhormat, pentadbiran di bawah JHEOA, daripada 150 yang telah saya sebutkan tadi hanya berjumlah 135 dan ada 15 JKKK telah ditubuhkan melalui Pejabat Daerah. Oleh kerana itu, mereka ini mempunyai kedua-dua – both world boleh maka gunakan. Mengenai dengan isu elaun, sebenarnya kalau dibandingkan JKKK yang ditubuhkan oleh Pejabat Daerah, mereka tidak mendapat sebarang elaun kalau mereka menghadiri mesyuarat misalannya tetapi di bawah JHEOA selain daripada elaun kepada Tok Batin, Pengerusi JKKK, mereka diberi elaun kehadiran mesyuarat yang dibayar pada kadar RM10 setiap seorang bagi setiap kali mesyuarat Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung dan RM8 seorang bagi setiap mesyuarat jawatankuasa kecil aktiviti yang diwujudkan di JKKK. Namun demikian, kita sedar atau kementerian sedar bahawa jumlah ini memang kecil dan kita sentiasa mengkaji dan kemungkinan besar selaras dengan kajian dan semakan yang kementerian buat ke atas JKKK yang lain, kita akan menyemat semula kadar yang dibayar kepada Ahli-ahli Jawatankuasa

View Full Text

Details

  • File Type
    pdf
  • Upload Time
    -
  • Content Languages
    English
  • Upload User
    Anonymous/Not logged-in
  • File Pages
    191 Page
  • File Size
    -

Download

Channel Download Status
Express Download Enable

Copyright

We respect the copyrights and intellectual property rights of all users. All uploaded documents are either original works of the uploader or authorized works of the rightful owners.

  • Not to be reproduced or distributed without explicit permission.
  • Not used for commercial purposes outside of approved use cases.
  • Not used to infringe on the rights of the original creators.
  • If you believe any content infringes your copyright, please contact us immediately.

Support

For help with questions, suggestions, or problems, please contact us