Parlimen Kesebelas Penggal Keempat Mesyuarat Ketiga

Total Page:16

File Type:pdf, Size:1020Kb

Parlimen Kesebelas Penggal Keempat Mesyuarat Ketiga [Dokumen ini belum disemak] PARLIMEN KESEBELAS PENGGAL KEEMPAT MESYUARAT KETIGA Bil. 79 10 Disember 2007 Isnin K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH P.M 18(1): ■ Pertikaian Terhadap keputusan Pilihan Raya DUN Likas - Y.B. Tuan Salahuddin bin Ayub [Kubang Kerian] (Halaman 25) RANG UNDANG-UNDANG DI BAWA KE DALAM MESYUARAT (Halaman 27) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2008: Jawatankuasa:- Jadual:- Maksud B.49 (Halaman 28) Maksud B.60 (Halaman 67) Maksud B.61 (Halaman 99) Maksud B.62 (Halaman 152) USUL-USUL: Usul Anggaran Pembangunan 2008: Jawatankuasa:- Maksud P.49 (Halaman 28) Maksud P.60 (Halaman 67) Maksud P.61 (Halaman 99) Maksud P.62 (Halaman 152) Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 27) Usul Memotong Aset RELA (Halaman 99) Usul Memotong Gaji Menteri Keselamatan Dalam Negeri (Halaman 152) DR. 10.12.2007 1 MALAYSIA DEWAN RAKYAT Isnin, 10 Disember 2007 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN 1. Dato’ Seri Diraja Syed Razlan ibni Syed Putra Jamalullail [Arau] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan apakah tahap kejayaan sukan-sukan yang dikategorikan sebagai sukan teras berbanding dengan tahap pencapaian sukan-sukan kebangsaan yang lain. Timbalan Menteri Belia dan Sukan [Dato’ Liow Tiong Lai]: Tuan Yang di-Pertua, Program Sukan Teras menumpukan kepada pembangunan sukan secara menyeluruh dengan memberi pengkhususan kepada empat aspek utama iaitu: (i) pembangunan organisasi sukan; (ii) pembangunan latihan atlet; (iii) pembangunan kejohanan; dan (iv) pembangunan kejurulatihan kepegawaian sukan. Program ini menumpukan perhatian kepada pembangunan bakat atlet di peringkat asas di dalam lingkungan umur 7 hingga 18 tahun di negeri dan daerah. Sehingga kini seramai 19,355 orang atlet telah dikenal pasti dan diberi peluang untuk menjalani latihan harian sepanjang tahun di 640 buah pusat latihan yang telah beroperasi di seluruh negara. Pusat-pusat latihan ini adalah di bawah kendalian seramai 1,240 orang jurulatih yang berkelayakan dan berpengalaman. Tuan Yang di-Pertua, pengukuran keberkesanan Program Sukan Teras yang telah dilaksanakan agak sukar untuk dibuat penilaian pada peringkat awal. Walau bagaimanapun, keberkesanan pelaksanaan program boleh dilihat dari keaktifan kegiatan sukan, khususnya yang melibatkan penubuhan unit-unit sukan teras dan persatuan-persatuan sukan negeri yang merupakan pelaksana di peringkat akar umbi. Keberkesanan pelaksanaan juga boleh dilihat dari penglibatan para atlet di bawah program yang diberi pendedahan berterusan di dalam pertandingan-pertandingan yang lebih mencabar di sepanjang tahun. Sepanjang tahun 2007, penyertaan beberapa sukan di kejohanan antarabangsa oleh atlet dari program sukan teras telah mula menunjukkan pencapaian yang memberangsangkan. Antara kejohanan yang disertai iaitu Kejohanan Renang Southeast Asian Age-Group, tiga atlet telah memenangi satu pingat emas, empat perak dan tiga gangsa. Sukan gimnastik juga turut DR. 10.12.2007 2 menyertai Kejohanan “SEA Gon” ke-7 dengan memenangi satu emas, lapan perak dan lima gangsa. Di Kejohanan Badminton Remaja Asia pula, berpasukan lelaki dan beregu campuran telah menjadi johan, manakala di Kejohanan Remaja Dunia, atlet beregu campuran berjaya menjuarai acara tersebut. Atlet skuasy juga telah menyertai sebanyak lapan kejohanan antarabangsa dan berjaya menduduki tempat pertama hingga ketiga dalam beberapa kategori peringkat umur. Tuan Yang di-Pertua, para atlet di bawah Program Sukan Teras juga turut menyumbang kepada kejayaan pasukan negeri-negeri masing-masing semasa temasya sukan Malaysia di Kedah pada tahun 2006. Kejayaan atlet-atlet Program Sukan Teras telah memberi petanda bahawa Program Sukan Teras ini berada di landasan yang betul dan kita berasa yakin bahawa atlet-atlet yang telah mencipta kejayaan awal ini akan mampu dibentuk dan dimajukan prestasi mereka sehingga mewakili negara di peringkat antarabangsa. Sekian. Dato’ Seri Diraja Syed Razlan ibni Syed Putra Jamalullail [Arau]: Tuan Yang di- Pertua, soalan tambahan saya. Saya ingin tahu sekiranya prestasi adalah satu-satu di antaranya yang diambil kira untuk menjadikan sukan itu sebagai sukan teras, maka saya nampak perlu kita tengok juga dan lihat kepada sukan-sukan lain. Oleh kerana misalnya sukan ragbi yang saya boleh cakap prestasinya bagus. Semalam pada hari kelmarin, di SEA Games pun, [Tepuk] ketiga-tiga permainan yang Malaysia main, kita tewaskan lawan kita. Kalau pihak peringkat remaja, kita sekarang Malaysia ini nombor empat di dalam Asia, bukan ASEAN. Perlu kita ambil kira oleh kerana sekolah-sekolah, universiti-universiti, semua main ragbi tetapi tidak dapat satu sokongan yang sewajarnya. Boleh tidak kita ambil kira di mana ragbi itu diambil kira sebagai sukan teras oleh kerana sukan ragbi pun juga membina semangat dan juga disiplin. Terima kasih. Dato’ Liow Tiong Lai: Ya, terima kasih Yang Berhormat Arau yang memang minat dalam ragbi ini. Dia memang menerajui pimpinan ragbi. Dato’ Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar [Larut]: Dulu, sekarang sudah tidak ada. Sudah bersara. Dato’ Liow Tiong Lai: Ya. Walau bagaimanapun, saya ucap terima kasih kepada cadangan Yang Berhormat. Program Sukan Teras ini memang kita akan kaji dari semasa ke semasa, Jawatankuasa Kabinet Sukan yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri amat prihatin tentang pembangunan sukan teras yang telah dikenal pasti dan telah pun diberi amaran kepada semua persatuan sukan bahawa prestasi mereka akan dikaji dari semasa ke semasa dan akan ditokok tambah bidang-bidang sukan yang lain sekiranya dirasakan perlu. Terima kasih. Dato’ Razali bin Ismail [Kuala Terengganu]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tadi saya mendengar jawapan yang telah diberi oleh Yang Berhormat Menteri, menyatakan kegiatan DR. 10.12.2007 3 sukan dan segala macam yang diusahakan berada di jalan yang betul, berkesan tetapi saya rasa ini adalah merupakan satu yang boleh dipertikaikan lagi memandangkan kepada prestasi semasa, Tuan Yang di-Pertua. Dalam konteks ini, saya kira kementerian perlu lebih berusaha giat sebab tidak menonjolkan kepada kita prestasi yang boleh dibanggakan. Bayangkan dan bandingkan dengan negara-negara kecil dapat menunjukkan visibility, dengan izin, kecemerlangan di luar dugaan. Croatia misalnya dan negara-negara kecil yang lain, Singapura misalnya sedang muncul dengan begitu hebat sekali. Saya kira di jalan yang betul keberkesanan yang telah diberikan itu saya rasa perlu pendetailannya. ■1010 Dato' Liow Tiong Lai: Terima kasih, Yang Berhormat bagi Kuala Terengganu. Memang kita akan membuat kajian yang menyeluruh. Saya katakan tadi bahawa pada masa sekarang sukan teras yang ditetapkan itu, kita masih awal lagi untuk membuat kajian kerana ia hanya berjalan pada tahun 2005 dan 2006. Dari semasa ke semasa Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan akan terus mengkaji keberkesanan sukan teras ini. 2. Tuan Haji Idris bin Haji Haron [Tangga Batu] minta Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil oleh pihak kementerian bagi mengenal pasti visa-visa palsu yang digunakan secara mudah oleh pendatang asing tanpa izin (PATI) ketika melalui Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) Setiausaha Parlimen Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri [Dato' Paduka Haji Abdul Rahman bin Ibrahim]: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat bagi Tangga Batu. Visa adalah satu pengesahan atau kebenaran rasmi di dalam sesebuah pasport yang menunjukkan kebenaran telah diberikan untuk memasuki Malaysia mengikut seksyen 2(1) Akta Pasport 1966. Visa boleh diperoleh dengan memohon terlebih dahulu di mana-mana pejabat kedutaan atau perwakilan Malaysia dengan melalui beberapa tapisan sebelum diluluskan. Walau bagaimanapun visa yang dikeluarkan bukanlah merupakan jaminan yang mutlak bahawa individu tersebut akan dibenarkan masuk ke negara ini. Visa yang dikeluarkan oleh pihak imigresen di pejabat kedutaan atau perwakilan Malaysia adalah berbentuk pelekat dan data akan dimasukkan ke dalam sistem imigresen. Sehubungan dengan itu bagi mengatasi masalah pemalsuan visa jabatan Imigresen sedang memperkemaskan sistem-sistem sedia ada dan ia diintegrasikan melalui Sistem Imigresen Malaysia (SIM) berdasarkan konsep single platform yang membolehkan capaian dan perkongsian maklumat di setiap bahagian di Jabatan Imigresen di pintu-pintu masuk negara dengan lebih efisien. Ini memudahkan penyemakan visa yang dikeluarkan di pejabat kedutaan atau perwakilan Malaysia di luar negara semasa melalui pintu masuk negara. Selain daripada itu Jabatan Imigresen sedang dalam proses membangunkan visa berasaskan teknologi cip Pengenalan Frekuensi Radio (RFID) bagi menangani pemalsuan visa DR. 10.12.2007 4 oleh warga asing yang cuba memasuki negara ini secara haram. Visa RFID ini membolehkan pihak berkuasa mengesan dan mengawasi pergerakan rakyat asing yang tinggal di negara ini melebihi tempoh ditetapkan dengan mudah dan berkesan. Semakan boleh dibuat menggunakan mesin pengimbas dan juga menghantar sistem pesanan ringkas kepada pangkalan data di ibu pejabat untuk mengenal pasti kesahihan visa. Bagi tujuan penyemakan yang lebih efisien dan efektif bilik gerakan di ibu pejabat beroperasi 24 jam setiap hari yang membolehkan proses verifikasi visa yang meragukan. Risikan juga akan dibuat di tempat-tempat yang disyaki setelah menerima aduan daripada orang ramai. Ini diikuti dengan pelaksanaan
Recommended publications
  • Penyata Rasmi Parlimen Dewan Rakyat Parlimen Keempat Belas Penggal Pertama Mesyuarat Pertama
    Naskhah belum disemak PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL PERTAMA MESYUARAT PERTAMA Bil. 9 Isnin 30 Julai 2018 K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) USUL-USUL: Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 28) Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong - Dato’ Johari bin Abdul (Sungai Petani) (Halaman 29) DR.30.7.2018 1 MALAYSIA DEWAN RAKYAT PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL PERTAMA MESYUARAT PERTAMA Isnin, 30 Julai 2018 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN 1. Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong [Ayer Hitam] minta Perdana Menteri menyatakan untuk kerajaan memerihalkan projek kereta nasional ketiga yang diumumkan oleh beliau ketika melawat Jepun: (a) apakah justifikasi dan adakah kerajaan mengambil iktibar mengenai kegagalan Proton selama ini; dan (b) jika ia bakal dipacu oleh sektor swasta, apakah bezanya dengan Proton sekarang. Perdana Menteri [Tun Dr. Mahathir bin Mohamad]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon izin untuk menjawab pertanyaan ini serentak dengan pertanyaan oleh Yang Berhormat Larut pada 1 Ogos 2018 dan Yang Berhormat daripada Rembau pada 15 Ogos 2018 kerana menyentuh isu yang sama. Industri automotif amatlah penting jika kita bercita-cita menjadi negara maju. Sebuah negara maju perlu mengadakan kebolehan tinggi dalam bidang kejuruteraan. Sebuah kereta mempunyai lebih 4,000 komponen dan dengan izin, parts yang hanya boleh dikeluarkan oleh industri engineering ataupun kejuruteraan. Industri automotif boleh menjana pengeluaran produk engineering yang boleh menampung industri lain dalam negara dan untuk eksport.
    [Show full text]
  • Penyata Rasmi Parlimen Parliamentary Debates
    Jilid IV Hari Selasa Bil. 11 13hb Mac, 1990 M A L A Y S I A PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN RAKYAT House of Representatives PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament PENGGAL KEEMPAT Fourth Session KANDUNGANNYA JAWAPAN-JAWAPAN MULUT BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN [Ruangan 2033] USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATURAN MESYUARAT 18: Setiausaha Dewan Rakyat Memerhatikan Sumbangan Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional—Y.B. Tuan P. Patto (Ipoh) [Ruangan 2118] RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Seri Pahlawan Gagah Perkasa (Elaun Kenangan) [Ruangan 2122] Rang Undang-undang Kawalan Bekalan (Pindaan) [Ruangan 2204] DICETAK OLEH JABATAN PERCETAKAN NEGARA. KUALA LUMPUR GHAZALI BIN JANI, K.M.N., A.M P., P.P.T. PEMANGKU KETUA PENGARAH PERCETAKAN NEGARA, MALAYSIA 1990 MALAYSIA DEWAN RAKYAT YANG KETUJUH Penyata Rasmi Parlimen PENGGAL YANG KEEMPAT AHLI-AHLI DEWAN RAKYAT Yang Bcrhormal Tuan Yang di-Pertua, TAN SRI DATO' MOHAMED ZAHIR BIN HAJI ISMAIL, P.M.N., S.P.M.K., D.S.D.K., J.M.N. Yang Amat Berhorrnat Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri, DATO' SERI DR MAHATHlR BIN MOHAMAD, D.K.I., D.U.K., S.S.D.K., S.S.A.P., S.P.M.S., S.P.M.J., D.P., D.U.P.N., S.P.N.S., S.P.D.K., S.P.C.M., S.S.M.T., D.U.N.M., P.l.S. (Kubang Pasu). Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar, TUAN ABDUL GHAFAR BIN BABA (Jasin). Yang Berhormat Menteri Pengangkutan, DATO' SERI DR LING LIONG SIK, S.P.M.P., D.P.M.P.
    [Show full text]
  • Biennial Report
    Biennial2008 & 2009 Report vision tion • na personal enrichment • professional advancement lf-paced e se nvironme ble • nt • conv da enient & or e • developing the afforda f d ble • e u ducat c ion for a ocess everyo f n o i t ne ning pr g r e v e r o n i t active learning process • academic freedom • equal learning apportunities learning equal • freedom academic • process learning active eco a r y e p • e n o tunities • r b engaging le e r p • t n e m h c i r n e l a n o s r ning oppor c onment • convenient & anf ing experience • active lear • learning without borders • inspiring learning • personal enrichment personal • learning inspiring • borders without l learning eedom • equal lear oductive lear WOU BIENNIAL REPORT f o m e c n a v d a l a n o i s s ae ting diversity • pr our full potencia educaartdiosn • • csellfe-pbarced envir s • formidable • nd ivating fertile mind ltivating fertile minds • unleash your full potencial • strategic growth • reach hig hstear • dynamic ocess • developing the nation • adcuacdaetmionic •f rcult cu gbhle • top-notch • superiiotyr •t harmoub gitiho ne • success • innovative • formidable • inspiring • reward realisation hdia ning pr ersity • prospe unleash y ng e le’s univ di for n e peop l t • th o r al l h on fo • active lear ati • n als u ti r acilitating educ t en u ULTIMATE FLEXIBILITY t r onment • f o e p ning envir g g r in oacho es • af lop w r ning • quality lear e t evolutionis g lear v ninh g experience • in e TO SHAPE YOUR FUTURE d • • i s n ie s it p n i r rtu exibe le appr o oductil ve lear p e 2008 & 2009 p a o r n n o i ti n ca dg ers • fl u • d s r e u e ating diversitp y • pr igh p h o l r t a i u n eq g ENJOY EVERYTHING ELSE THAT LIFE HAS TO OFFER WHILE AT IT.
    [Show full text]
  • Universities Must Prepare Learners to Deal with Emerging Technologies
    Issue No.45 • Jul - Sep 2018 PP 14958/11/2012 (031535) ISSN 1985-1286 Universities must Pacific islanders’ prepare learners to deal with emerging APEL study tour technologies with UNESCO WOU hosted a 21-member Emerging technological trends in the world delegation comprising senior are expected to have great implications on officials of quality agencies, higher tertiary education and the future of jobs. education authorities and learning In light of this, Commonwealth of Learning institutions from 12 countries in the (COL) president Prof Asha Kanwar recently Pacific islands... underscored the critical need… • Read more on page 5 • Read more on page 3 Open University of Sri Lanka readies for bigger enrolment, better delivery Fifteen assistant directors from the Open University of Sri Lanka’s (OUSL) regional and study centres underwent a fruitful three-day training workshop... • Read more on page 4 MSC Malaysia Medical specialist Cybercentre status for pursues CeMBA to WOU’s Albukhary Building boost management For over a decade, the striking Albukhary knowledge Building in the WOU main campus has stood Urologist Dr Vijayan Manogran was as an icon of sorts with its towering sky-hued searching for a flexible course to reflective glass panels instantly catching the eye pursue a pertinent field of study other along Penang’s prestigious Jalan Sultan Ahmad than in medicine when he discovered Shah. WOU offering a mode of learning... • Read more on pages 8 and 9 • Read more on page 16 New leadership for Student Body The full-time studies Student Council saw a changing of the guard as 23-year-old Muhammad Farid Arsyad Foad took over from the highly able and industrious Pan Bo Zhong, 25, as president..
    [Show full text]
  • Dewan Rakyat
    Bil. 46 Rabu 27 November 2013 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL PERTAMA MESYUARAT KETIGA K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH P.M. 18(1): ■ Tuntutan Coalition of Malaysia NGOs (Comango) Bertentangan Dengan Agama Islam dan Perlembagaan Persekutuan - Datuk Seri Haji Noh bin Omar (Tanjong Karang) (Halaman 20) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2014 Jawatankuasa:- Jadual:- B.32 (Halaman 23) B.20 (Halaman 78) B.42 (Halaman 101) USUL-USUL: Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 22) Anggaran Pembangunan 2014 Jawatankuasa:- P.32 (Halaman 23) P.20 (Halaman 78) P.42 (Halaman 101) Diterbitkan Oleh: CAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2013 DR.27.11.2013 i AHLI-AHLI DEWAN RAKYAT 1. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin Haji Mulia, P.S.M., S.P.D.K., S.U.M.W., P.G.D.K., J.S.M., J.P. 2. “ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Ronald Kiandee, P.G.D.K., A.S.D.K. [Beluran] - UMNO 3. “ Timbalan Yang di-Pertua, Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said, D.I.M.P., S.M.P., K.M.N. [Kuala Krau] - UMNO MENTERI 1. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Menteri Kewangan I, Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak, Orang Kaya Indera Shah Bandar, S.P.D.K., S.S.A.P., S.S.S.J., S.I.M.P., D.P.M.S., D.S.A.P., P.N.B.S.
    [Show full text]
  • Dewan Rakyat
    Bil. 37 Rabu 21 Oktober 2009 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT PARLIMEN KEDUA BELAS PENGGAL KEDUA MESYUARAT KEDUA K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Peruntukan Khas) (Pindaan) 2009 (Halaman 20) Rang Undang-undang Seri Pahlawan Gagah Berani (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009 (Halaman 29) Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009 (Halaman 67) Diterbitkan Oleh: CAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2009 DR 21.10.2009 i AHLI-AHLI DEWAN RAKYAT 1. Yang Berbahagia Tuan Yang di-Pertua, Tan Sri Datuk Seri Utama Pandikar Amin Haji Mulia, S.U.M.W., P.G.D.K., P.S.M., J.S.M., J.P. 2. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar, P.J.N., P.B.S. J.B.S., J.S.M. (Santubong) – PBB 3. “ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Ronald Kiandee, A.S.D.K., P.G.D.K. (Beluran) – UMNO MENTERI 1. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak, D.U.P.N., S.S.A.P, S.I.M.P., D.P.M.S., D.S.A.P., P.N.B.S., D.U.B.C.(T). (Pekan) – UMNO 2. “ Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran, Tan Sri Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin, S.P.M.P., S.P.M.J., P.S.M., S.M.J., P.I.S., B.S.I. (Pagoh) – UMNO 3.
    [Show full text]
  • Inspiring Greater Success Through
    Inspiring GreaterLifelong Success Learning through Biennial Report 2016-2017 CONTENTS 2 Board of Governors Chairman’s Message 21 Management Board Heads of Regional Centres/ 4 Vice Chancellor’s Message 23 Regional Support Centres 6 Vision, Mission & Values 24 Academic Profile 7 Governance 43 Academic Support 8 Chancellor 49 Operational Support 9 Pro-Chancellor 57 Strategic Partnerships 10 Management Structure 58 Significant Events 11 Governance Structure 63 Workshops/Talks 12 Wawasan Education Foundation (WEF) 67 Towards a Quality Environment 14 Wawasan Open University Sdn Bhd 68 Corporate Social Responsibility Initiatives 16 The Board of Governors 69 Student Enrolment & Graduation 18 Organisational Structure 70 Study Grants & Scholarships 19 The Senate 72 Financial Summary WOU BIENNIAL REPORT 2016 - 2017 BOARD OF GOVERNORS CHAIRMAN’S MESSAGE It was Raj’s international reputation as a renowned expert in ODL (Open Distance Learning) and his ability to bring many excellent educators to WOU which enabled the institution to be awarded university status even before it opened its doors to the first batch of students in 2007. He guided and propelled WOU’s rise to prominence, not only in Malaysia, but also internationally, before he was succeeded by Emeritus Prof Dato’ Dr Wong Tat Meng. Under Raj’s leadership, WOU has garnered several international and national awards and recognition. Once again, our highest salutation and heartfelt appreciation to Raj! I was honoured and humbled to be appointed by the Wawasan Open University Sdn Bhd (WOUSB) Board of Directors (BOD) as the BoG Chairman to succeed Raj in March 2017. I chaired the BoG meeting for the first time on 31 May 2017.
    [Show full text]
  • Dewan Rakyat
    Bil. 54 Isnin 27 November 2017 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL KELIMA MESYUARAT KETIGA ________________________________________________________________________________________________________ Diterbitkan oleh: SEKSYEN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2017 K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2018 Jawatankuasa:- Jadual:- Maksud B.47 (Halaman 20) Maksud B.48 (Halaman 65) Maksud B.60 (Halaman 100) USUL-USUL: Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 19) Anggaran Pembangunan 2018 Jawatankuasa:- Maksud P.47 (Halaman 20) Maksud P.48 (Halaman 65) Maksud P.60 (Halaman 100) ________________________________________________________________________________________________________ Diterbitkan oleh: SEKSYEN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2017 DR 27.11.2017 i AHLI-AHLI DEWAN RAKYAT 1. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin bin Haji Mulia, P.S.M., S.P.D.K., S.U.M.W., P.G.D.K., J.S.M., J.P. 2. “ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee, S.M.W., P.G.D.K., A.S.D.K. [Beluran] - UMNO 3. “ Timbalan Yang di-Pertua, Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said, D.I.M.P., S.M.P., K.M.N., S.S.A.P. [Kuala Krau] - UMNO MENTERI 1. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak, Orang Kaya Indera Shah Bandar, S.P.D.K., S.S.A.P., S.S.S.J., S.I.M.P., D.P.M.S., D.S.A.P., P.N.B.S., D.K., S.P.M.K., S.P.M.S., D.M.K., S.P.S.A., S.P.N.S., D.U.P.N., D.U.N.M, D.P.
    [Show full text]
  • WOU Honours Two Outstanding Women Leaders
    Issue No.31, Jan - Mar 2015 ® PP 14958/11/2012 (031535) ISSN 1985-1286 Datin Paduka Marina receives her Honorary Degree from the Chancellor. Contents Vice Chancellor’s voice in the limelight Significant firsts as WOU produces 400 graduates at 5th Convocation Ceremony Pioneer Liberal Studies grads gain value for their professions Exchanges and collaborations with Toyohashi University of Technology Sharing the way forward at ‘town hall’ Fine-tuning projects under ROER4D- Impact Studies Having fun at WOU-DISTED Family Day! Datin Paduka Marina and Prof Belawati in the know (centre) with their Honorary Degrees. Turning dreams into reality in the schools Are MOOCs the new game changer in higher education? WOU honours two outstanding Expert: Make training relevant to 21st century skills PACE trains foreign academics women leaders Applying WOU best practices at OUSL The fifth convocation ceremony of Wawasan Open University held at the main campus on 29 November WOU ‘strikes’ gold at 28th AAOU 2014 saluted two outstanding women leaders for their enormous contribution to civil society and to Annual Conference higher education with the award of the Honorary Doctor of Letters degree. WOU explores joint programmes with President University A prominent social activist, Datin Paduka Marina Mahathir, 57, and internationally-known educationist Prof Tian Staff celebration at annual gathering Belawati, 52, received their honorary degrees from the Chancellor, Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah. WOU shows care for Children’s Protection Society Datin Paduka Marina, the eldest child of former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad, was recognised for her service to society and nation, particularly in championing social and cultural issues irrespective of ethnicity Gaining understanding of business and public policy and political persuasion.
    [Show full text]
  • 25 Years' Passion in Educating Minds
    25 Years’ Passion in Educating Minds The Story of DISTED, Penang’s Premier College Editorial Publication Jayaeswari Sangaralingam (Editor-in-Chief) Tan Kok Teong Team Lucy Chin Soon Sim Norhiza Mohd Noor Fairunizan Akhbar Malik Production Prisca Ting Mee Lan Zaki Zakaria Publisher DISTED College 340 Macalister Road, 10350 Penang, Malaysia Tel: +604-229 6579 E-mail: [email protected] Website: disted.edu.my Copyright 2012, DISTED College All rights reserved. 2 Contents 2Publication Team 4Foreword by DISTED President 7A Passion Ignited 9The DISTED Founders 14Reflections of a Founder 16On the Move to Permanent Campuses 28Kaleidoscope of Course Offerings 51Shining Stars of DISTED 65Money Matters in Assisting Students 75The Extra Mile Initiatives 87The President’s Musing: The Way Forward 92The Founders and the Present Board of Directors 3 Foreword by “Dr. Koo, please write a foreword love, dedication and spirited devotion for the DISTED 25th Anniversary to duties of all those people, past and Dr Koo Wee Kor Publication” so commanded Jaya, our present, which make DISTED possible. President and CEO lovely and bubbly editor-in-chief. You DISTED College This is our first publication and I hope must also write a piece on all you want this inaugural edition will be the about DISTED, be interviewed and progenitor of many more to come. videoed”, and with a hint of, be an ox, a horse and a monkey, all at the same DISTED is open to all students, at all time; the animal thing is all my own. levels and of all kinds of abilities. We “Here is some Panadol” she said.
    [Show full text]
  • Penang Declaration 2010
    Penang Declaration 2010 We, Graduate Deans and practitioners in doctoral education of Malaysia and Thailand in view of building a Southeast Asian Network of doctoral education, in order to enhance Southeast Asian’s capacity for solving regional and global problems and meeting human needs, declare our commitment to develop the role of doctoral education in our region in the era of globalization. This declaration is a call to advance doctoral education in the region and to act upon the forms of doctoral education worldwide. It defines a framework for shaping doctoral education to meet the needs of the 21st century and beyond, and for creating the conditions to educate doctoral candidates as responsible world citizens. We acknowledge that doctoral education is a resource for economic development among nations and that the current distribution of intellectual capital tends to magnify global inequality. We believe that doctoral education should be a source for social cooperation and the sustainability of natural, human and institutional resources. We are committed to understanding various forms of doctoral education needed to produce socially relevant knowledge, promote international cooperation, and bring to fruition diverse ways of knowledge creation. Many factors raise the need for global understanding of doctoral education. These include: .growing interest in doctoral education as a source of innovation and competitive advantage in the global economy .expansion of doctoral education in developing nations .international mobility of doctoral candidates .internationalization of the labour market and global competition for doctoral scientists and researchers .improving the quality of life by international research collaboration, focusing on global challenges such as water, health, food, energy and education.
    [Show full text]
  • Towards National Policy Guidelines on Open Educational Resources in Malaysia
    Towards National Policy Guidelines on Open Educational Resources in Malaysia Towards National Policy Guidelines on Open Educational Resources in Malaysia The Commonwealth of Learning (COL) is an intergovernmental organisation created by Commonwealth Heads of Government to promote the development and sharing of open learning and distance education knowledge, resources and technologies. © 2017 by Commonwealth of Learning. Towards National Policy Guidelines on Open Educational Resources in Malaysia is made available under a Creative Commons Attribution-ShareAlike 4.0 Licence (international): http://creativecommons.org/licences/by-sa/4.0. For the avoidance of doubt, by applying this licence the Commonwealth of Learning does not waive any privileges or immunities from claims that they may be entitled to assert, nor does the Commonwealth of Learning submit itself to the jurisdiction, courts, legal processes or laws of any jurisdiction. This document has been prepared for the Commonwealth of Learning by the University Sains Islam Malaysia (USIM). Special thanks to Rozhan Mohammed Idrus, Nurkhamimi Zainuddin, Najwa Hayaati Mohd Alwi, Ahmad Farid Mohd Jamal and Eznie Zahirah Mohd Ali for working as a team to facilitate the national consultation, conduct the survey of students’ access to educational materials and research the relevant literature to prepare this report. The report was prepared under the guidance of Dr. Sanjaya Mishra, Education Specialist, eLearning, Commonwealth of Learning, Canada. Published by: COMMONWEALTH OF LEARNING 4710 Kingsway, Suite 2500 Burnaby, British Columbia Canada V5H 4M2 Telephone: +1 604 775 8200 Fax: +1 604 775 8210 Web: www.col.org Email: [email protected] TABLE OF CONTENTS EXECUTIVE SUMMARY ............................................................................................................ 6 CHAPTER 1: THE EDUCATION SYSTEM IN MALAYSIA .......................................................
    [Show full text]