Bil. 37 Rabu 21 Oktober 2009

MALAYSIA

PENYATA RASMI PARLIMEN

PARLIMEN KEDUA BELAS PENGGAL KEDUA MESYUARAT KEDUA

K A N D U N G A N

JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1)

RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Bank Kerjasama Rakyat Berhad (Peruntukan Khas) (Pindaan) 2009 (Halaman 20) Rang Undang-undang Seri Pahlawan Gagah Berani (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009 (Halaman 29) Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009 (Halaman 67)

Diterbitkan Oleh: CAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2009 DR 21.10.2009 i

AHLI-AHLI DEWAN RAKYAT

1. Yang Berbahagia Tuan Yang di-Pertua, Tan Sri Datuk Seri Utama Pandikar Amin Haji Mulia, S.U.M.W., P.G.D.K., P.S.M., J.S.M., J.P. 2. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar, P.J.N., P.B.S. J.B.S., J.S.M. (Santubong) – PBB 3. “ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Ronald Kiandee, A.S.D.K., P.G.D.K. (Beluran) – UMNO

MENTERI 1. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak, D.U.P.N., S.S.A.P, S.I.M.P., D.P.M.S., D.S.A.P., P.N.B.S., D.U.B.C.(T). (Pekan) – UMNO 2. “ Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran, Tan Sri Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin, S.P.M.P., S.P.M.J., P.S.M., S.M.J., P.I.S., B.S.I. (Pagoh) – UMNO

3. Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon – Senator 4. “ Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz, S.P.M.P., D.M.S.M., A.M.P., B.K.T. (Padang Rengas) – UMNO 5. “ Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri , (Tasik Gelugor) – UMNO 6. “ Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Jamil Khir bin Baharom, P.S.A.T., D.I.M.P., D.S.N.S., D.S.D.K., P.A.T., J.S.M., K.A.T., K.M.N., A.M.K., P.J.M. – Senator 7. “ Menteri Kewangan II, Dato’ Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah, P.P.T., A.M.P. (Tambun) – UMNO 8. “ Menteri Pengangkutan, Dato’ Sri , P.J.N., S.M.S. (Pandan) – MCA 9. “ Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Tan Sri , P.S.M., S.P.D.K. (Penampang) – UPKO 10. “ Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, S.P.M.P., S.S.A.P., S.I.M.P., D.S.A.P., D.P.M.J. (Sembrong) – UMNO 11. “ Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Dr. , S.J.M.K., S.S.A.P., S.P.N.S., D.S.N.S. (Jelebu) – UMNO 12. “ Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk , P.G.B.K., P.B.S., A.B.S. (Miri) – SUPP 13. “ Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal, D.S.A.P., P.G.D.K., D.M.S.M. (Semporna) – UMNO 14. “ Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin, D.S.P.N., S.M.J., P.I.S. (Pasir Gudang) – UMNO 15. “ Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato’ (Jeli) – UMNO 16. ” Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili, A.S.D.K., J.P. (Kota Marudu) – PBS ii DR 21.10.2009

17. Yang Berhormat Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk (Betong) – PBB 18. “ Menteri Pelancongan, Dato’ Sri Dr. , D.I.M.P., D.S.A.P., D.P.M.K., D.P.M.P., P.J.K. (Raub) – MCA 19. “ Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Haji Noh bin Haji Omar, D.G.S.M., D.P.M.S., D.M.S.M., K.M.N., A.S.A., P.J.K., J.P. (Tanjong Karang) – UMNO 20. “ Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, D.M.S.M., S.S.A.P., P.P.T., P.J.K. (Bagan Datok) – UMNO 21. “ Menteri Kerja Raya, Dato’ Shaziman bin Abu Mansor, D.S.N.S., D.S.A.P., A.N.S., J.P. (Tampin) – UMNO 22. “ Menteri Kesihatan, Dato’ Sri , D.G.S.M., S.S.A.P., D.I.M.P., S.M.P., (Bentong) – MCA 23. “ Menteri Belia dan Sukan, Dato’ (Kemaman) – UMNO 24. “ Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam (Segamat) – MIC 25. “ Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, D.I.M.P., D.M.S.M., A.D.K. (Bera) – UMNO 26. “ Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Dato’ (Lumut) – MCA 27. “ Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato Sri , S.S.A.P., D.G.P.N., D.I.M.P. – Senator 28. “ Menteri Luar Negeri, Datuk Anifah bin Haji Aman (Kimanis) – UMNO 29. “ Menteri Wilayah Persekutuan, Dato’ bin Dato’ Raja Zainal Abidin, D.P.T.J. – Senator 30. “ Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Sri – Senator

TIMBALAN MENTERI 1. Yang Berhormat Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong, P.G.D.K., A.D.K., J.P. (Sandakan) – LDP 2. “ Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Dr. Mashitah binti Ibrahim – Senator 3. “ Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tuan S.K. Devamany, S.M.P., P.P.T. (Cameron Highlands) – MIC 4. “ Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad bin Maslan, D.M.S.M. (Pontian) - UMNO 5. “ Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T. Murugiah – Senator 6. “ Timbalan Menteri Kewangan I, Dato’ (Alor Setar) – MCA 7. “ Timbalan Menteri Kewangan II, Dato’ Dr. Awang Adek Hussin, D.M.S.M., D.J.M.K., S.I.M.P., D.P.M.K., D.C.S.M., J.S.M. – Senator 8. “ Timbalan Menteri Pelajaran I, Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong, D.M.S.M. (Ayer Hitam) – MCA 9. “ Timbalan Menteri Pelajaran II, Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi, P.I.S. (Batu Pahat) – UMNO DR 21.10.2009 iii

10. Yang Berhormat Timbalan Menteri Pengangkutan I, Datuk Abdul Rahim bin Bakri (Kudat) – UMNO 11. “ Timbalan Menteri Pengangkutan II, Datuk Robert Lau Hoi Chew, P.G.B.K., J.B.S. (Sibu) – SUPP 12. “ Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Dato’ Hamzah bin Zainudin, D.P.M.P., D.P.T.J., K.M.N., A.M.P., P.P.T., J.P. (Larut) – UMNO 13. “ Timbalan Menteri Dalam Negeri I, Datuk Wira Abu Seman Yusop, D.C.S.M., D.M.S.M., K.M.N., B.K.T., J.P. (Masjid Tanah) – UMNO 14. “ Timbalan Menteri Dalam Negeri II, Tuan Jelaing anak Mersat (Saratok) – SPDP 15. “ Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan I, Dato’ Joseph Salang anak Gandum () – PRS 16. “ Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan II, Puan Heng Seai Kie – Senator 17. “ Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Puan Noriah Kasnon, S.M.S., P.J.K. (Sungai Besar) – UMNO 18. “ Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah I, Dato’ Haji Hasan bin Malek, D.S.N.S., D.M.S.M., D.S.M., J.P., K.M.N., A.M.N., P.M.C., P.J.K., B.K.C., (Kuala Pilah) – UMNO 19. “ Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah II, Tuan Joseph Entulu anak Belaun (Selangau) – PRS 20. “ Timbalan Menteri Pengajian Tinggi I, Dr. Hou Kok Chung (Kluang) – MCA 21. “ Timbalan Menteri Pengajian Tinggi II, Dato’ Saifuddin bin Abdullah, D.P.M.P., D.S.M. (Temerloh) – UMNO 22. “ Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri I, Dato’ Mukhriz bin Tun Mahathir (Jerlun) – UMNO 23. “ Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II, Dato’ Jacob Dungau Sagan, P.S.B.S., J.B.S., K.M.N., P.P.B., P.P.N. (Baram) – SPDP 24. “ Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Tuan Haji Fadillah bin Yusof (Petra Jaya) – PBB 25. ” Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Tan Sri Datuk Seri Panglima (Pensiangan) – PBRS 26. “ Timbalan Menteri Pelancongan, Dato Sri Sulaiman Abdul Rahman bin Abdul Taib (Kota Samarahan) – PBB 27. “ Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani I, Dato’ Mohd. Johari bin Baharum, S.I.M.P., D.S.D.K., D.M.S.M., D.I.M.P., D.S.M., A.M.K., B.K.M., P.J.K., J.P. (Kubang Pasu) – UMNO 28. “ Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani II, Datuk Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim (Batang Lupar) – PBB 29. “ Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr. Haji Abdul Latiff bin Ahmad (Mersing) – UMNO 30. “ Timbalan Menteri Kerja Raya, Dato’ Yong Khoon Seng, D.S.P.N., K.M.N. (Stampin) – SUPP 31. “ Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah bte Haji Abd. Rashid Shirlin, P.G.D.K., A.D.K. (Papar) – UMNO iv DR 21.10.2009

32. Yang Berhormat Timbalan Menteri Belia dan Sukan I, Dato’ Razali bin Haji Ibrahim (Muar) – UMNO 33. “ Timbalan Menteri Belia dan Sukan II, Tuan Wee Jeck Seng (Tanjong Piai) – MCA 34. “ Timbalan Menteri Sumber Manusia, Dato’ Maznah Mazlan – Senator 35. “ Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Dato’ Tan Lian Hoe, D.P.M.P. (Gerik) – GERAKAN 36. “ Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Panglima Lajim Ukin, P.G.D.K., S.P.D.K., J.M.N., J.P. (Beaufort) – UMNO 37. “ Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datin Paduka Chew Mei Fun, D.S.I.S. – Senator 38. “ Timbalan Menteri Luar Negeri I, Tuan A. Kohilan Pillay a/l G. Appu – Senator 39. “ Timbalan Menteri Luar Negeri II, Dato Lee Chee Leong, D.P.M.P., A.M.P. (Kampar) – MCA 40. “ Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Saravanan a/l Murugan (Tapah) – MIC

AHLI-AHLI (BN) 1. Yang Berhormat Tuan Aaron Ago Dagang (Kanowit) – PRS 2. “ Tuan Abd. Rahman Bakri, A.S.A. (Sabak Bernam) – UMNO 3. “ Dato’ Abd. Rahman Dahlan, D.I.M.P., A.D.K. (Kota Belud) – UMNO 4. “ Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Haji Salleh (Kalabakan) – UMNO 5. “ Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, S.U.M.Z., D.K.1(), S.P.M.S., S.S.S.J., S.P.S.A., S.S.A.P., S.P.D.K., D.U.N.M., D.P., S.P.N.S., D.G.P.N., D.S.S.A., D.M.P.N., D.J.N., K.M.N., A.M.N. (Kepala Batas) – UMNO 6. “ Prof. Dato’ Dr. Abdullah Md. Zin, D.P.M.T. (Besut) – UMNO 7. “ Dato’ Abdul Manan bin Ismail, D.I.M.P., P.K.C. (Paya Besar) – UMNO 8. “ Datuk Abdul Wahab bin Dolah (Igan) – PBB 9. “ Dato’ Paduka Abu Bakar bin Taib, D.H.M.S., D.S.D.K., S.D.K., K.M.N., B.C.K., P.J.K., (Langkawi) – UMNO 10. “ Datuk Wira Ahmad Hamzah, D.C.S.M., D.M.S.M., K.M.N., P.J.K. (Jasin) – UMNO 11. “ Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang, A.B.S. (Sibuti) – PBB 12. “ Tuan Alexander Nanta Linggi (Kapit) – PBB 13. “ Datuk Seri Azalina binti Othman Said, S.P.M.P. (Pengerang) – UMNO 14. “ Yang Berhormat Dato’ Seri Azmi bin Khalid, D.P.M.P., S.M.P., P.J.K. (Padang Besar) – UMNO 15. ” Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed, D.M.S.M., A.M.N., P.I.S. (Sekijang) – UMNO 16. “ Tuan Billy Abit Joo, K.M.N. (Hulu Rajang) – PRS 17. “ Datuk Bung Moktar bin Radin (Kinabatangan) – UMNO DR 21.10.2009 v

18. Yang Berhormat Tuan Chua Tee Yong (Labis) – MCA 19. “ Tuan Ding Kuong Hiing (Sarikei) – SUPP 20. “ Datuk Ir. Edmund Chong Ket Wah, P.G.D.K. (Batu Sapi) – PBS 21. “ Datuk Seri Dr. Fong Chan Onn, D.G.S.M., D.M.S.M. (Alor Gajah) – MCA 22. “ Datuk Halimah binti Mohamed Sadique, P.J.N., P.I.S. (Tenggara) – UMNO 23. “ Ir. Haji Hamim bin Samuri (Ledang) – UMNO 24. “ Tuan Haji Hasbi Haji Habibollah (Limbang) – PBB 25. “ Tuan Henry Sum Agong (Lawas) – PBB 26. “ Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron, D.M.S.M., D.S.M. (Tangga Batu) – UMNO 27. “ Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib, D.I.M.P., S.A.P., A.A.P., A.M.P., P.K.C. (Maran) – UMNO 28. “ Dato’ Ismail Kasim, D.P.M.P., S.M.P., A.M.P. (Arau) – UMNO 29. “ Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said (Kuala Krau) – UMNO 30. “ Dato’ Dr. Haji Jamaludin bin Dato’ Mohd. Jarjis, S.I.M.P., D.I.M.P., S.A.P. (Rompin) – UMNO 31. “ Dato Dr. James Dawos Mamit, P.S.B.S., P.P.B., P.P.S., P.P.D. (Mambong) – PBB 32. “ Datu Seri Joseph Pairin Kitingan (Keningau) – PBS 33. “ Datuk Juslie Ajirol (Libaran) – UMNO 34. “ Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar (Rembau) – UMNO 35. “ Tuan Liang Teck Meng (Simpang Renggam) – GERAKAN 36. “ Dato’ Haji Lilah Yasin, D.S.N.S. (Jempol) – UMNO 37. “ Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh, P.G.D.K., J.S.M., A.D.K., B.S.K. (Putatan) – UPKO 38. “ Tuan Masir Kujat, P.P.B. () – PRS 39. “ Tuan Matulidi bin Jusoh, P.P.N., P.J.K. (Dungun) – UMNO 40. “ Datuk Md. Sirat Abu, D.M.S.M., K.M.N., B.K.T., P.J.K., J.P. (Bukit Katil) – UMNO 41. “ Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz (Sri Gading) – UMNO 42. “ Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman, D.I.M.P., A.M.P. (Lipis) – UMNO 43. “ Dato’ Haji Mohd. Jidin bin Shafee, D.P.M.T., D.M.S.M., K.M.N., A.M.N. (Setiu) – UMNO 44. “ Dato’ Mohd. Nasir bin Ibrahim Fikri , D.M.P.T. (Kuala Nerus) – UMNO 45. “ Tuan Haji Mohd. Nor bin Othman, A.M.N., P.J.C., P.J.K. (Hulu Terengganu) – UMNO 46. “ Tuan Mohd. Nizar bin Haji Zakaria, A.M.P. (Parit) – UMNO 47. “ Dato’ Seri Mohd. Radzi bin Sheikh Ahmad (Kangar) – UMNO 48. “ Dato’ Sri Ir. Mohd. Zin bin Mohamed, D.P.M.S., D.P.T.J., S.S.A.P., J.P. (Sepang) – UMNO vi DR 21.10.2009

49. Yang Berhormat Dato’ Sri Muhd. Leo M. Toyad, P.N.B.S., P.G.B.K., J.B.S. (Mukah) – PBB 50. “ Puan Hajah Nancy binti Shukri (Batang Sadong) – PBB 51. “ Datuk Hajah Norah binti Abd. Rahman (Tanjong Manis), P.J.N. – PBB 52. “ Dato’ Noraini binti Ahmad (Parit Sulong) – UMNO 53. “ Datuk Nur Jazlan bin Tan Sri Mohamed (Pulai) – UMNO 54. “ Dato’ Seri Ong Ka Chuan, S.P.M.P., D.P.M.P., P.M.P. (Tanjong Malim) – MCA 55. “ Tan Sri Ong Ka Ting, P.M.N., S.P.M.P., D.P.M.S., D.P.M.P. (Kulai) – MCA 56. “ Tan Sri Rafidah Aziz, S.M.P.T., S.P.M.P., D.P.M.S., A.M.N. (Kuala Kangsar) – UMNO 57. “ Tuan Raime Unggi (Tenom) – UMNO 58. “ Datuk Richard Riot anak Jaem, P.J.N., J.B.S., K.M.N. (Serian) – SUPP 59. “ Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi, A.D.K., B.K.M., P.J.K. (Silam) – UMNO 60. ” Dato’ Shahrir Abdul Samad (Johor Bahru) –UMNO 61. “ Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah, D.P.M.P., S.M.S., P.P.N., P.P.T. (Lenggong) – UMNO 62. “ Datuk Sapawi bin Haji Ahmad (Sipitang) – UMNO 63. “ Datuk Siringan Gubat (Ranau) – UPKO 64. “ Tan Sri Dato’ Seri Syed Hamid Albar, P.M.N., S.P.M.K., S.P.M.J., D.P.P.N., D.G.S.M., S.P.D.K., D.P.M.J., S.M.J., A.M.N. (Kota Tinggi) – UMNO 65. “ Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman, D.P.M.P., D.M.S.M., K.M.N., A.M.P., J.P. (Pasir Salak) – UMNO 66. “ Puan Tan Ah Eng (Gelang Patah) – MCA 67. “ Tuan Teng Boon Soon (Tebrau) – MCA 68. “ Datuk Seri Tengku Adnan bin Tengku Mansor, S.S.A.P. (Putrajaya) – UMNO 69. “ Dato’ Seri Tengku Azlan ibni Sultan Abu Bakar, S.P.T.J., D.S.A.S. (Jerantut) – UMNO 70. “ Tengku Razaleigh Hamzah (Gua Musang) – UMNO 71. “ Dato’ Seri Tiong King Sing (Bintulu) – SPDP 72. “ Datuk Tiong Thai King, P.G.B.K. (Lanang) – SUPP 73. “ Datuk Dr. Tiki anak Lafe, D.M.S.M. (Mas Gading) – SPDP 74. “ Datuk Wilfred Mojilip Bumburing,S.P.D.K., P.G.D.K., P.J.N., J.S.M., J.P. (Tuaran) – UPKO 75. “ Tuan William Nyallau, P.B.B., P.P.S. (Lubok Antu) – PRS 76. “ Datuk Haji Yussof bin Haji Mahal, D.M.S.M. (Labuan) – UMNO 77. “ Dato’ Sri Zulhasnan Rafique, D.I.M.P., A.M.N., (Setiawangsa) – UMNO

DR 21.10.2009 vii

AHLI-AHLI (PKR) 1. Yang Berhormat Tuan Haji Ab. Aziz Ab. Kadir (Ketereh) 2. “ Tan Sri Dato’ Abd. Khalid bin Ibrahim, D.P.M.S., D.S.A.P., P.S.M. (Bandar Tun Razak) 3. “ Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid (Kuala Langat) 4. “ Tuan Haji Ahmad Kasim (Kuala Kedah) 5. “ Tuan Amran bin Ab. Ghani (Tanah Merah) 6. “ Datuk Seri Anwar Ibrahim (Permatang Pauh) 7. “ Tuan Azan Ismail (Indera Mahkota) 8. “ Tuan Chua Tian Chang (Batu) 9. “ Puan Hajah Fuziah Salleh (Kuantan) 10. “ Tuan Gwo-Burne Loh (Kelana Jaya) 11. “ Tuan Hee Loy Sian (Petaling Jaya Selatan) 12. “ Dato’ Johari bin Abdul, D.S.D.K., (Sungai Petani) 13. “ Dato’ Kamarul Baharin Abbas, D.S.S.A. (Telok Kemang) 14. “ Dr. Lee Boon Chye (Gopeng) 15. “ Dr. M. Jeyakumar Devaraj (Sungai Siput) 16. “ Tuan Mohamed Azmin bin Ali (Gombak) 17. “ Tuan Mohd. Yusmadi bin Mohd. Yusoff (Balik Pulau) 18. “ Tuan Haji Mohsin Fadzli bin Haji Samsuri (Bagan Serai) 19. “ Tuan N. Gobalakrishnan (Padang Serai) 20. “ Puan Nurul Izzah Anwar (Lembah Pantai) 21. “ Dato’ Rashid Din, S.M.K., D.I.M.P. (Merbok) 22. “ Tuan R. Sivarasa (Subang) 23. “ Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail (Machang) 24. “ Tuan S. Manikavasagam (Kapar) 25. “ Tuan Tan Tee Beng (Nibong Tebal) 26. “ Tuan Wee Choo Keong, S.M.K. (Wangsa Maju) 27. “ Tuan William Leong Jee Keen (Selayang) 28. “ Dato’ Zahrain bin Mohamed Hashim, D.S.P.N., P.J.K. (Bayan Baru) 29. “ Dato’ Dr. Zainal Abidin bin Ahmad, D.P.M.S. (Hulu Selangor) 30. “ Tuan Zulkifli bin Noordin (Kulim Bandar Baharu) 31. “ Puan Hajah Zuraida Kamaruddin (Ampang)

AHLI-AHLI (DAP) 1. Yang Berhormat Tuan Charles Santiago (Klang) 2. “ Tuan Chong Chieng Jen (Bandar ) 3. “ Puan Chong Eng (Bukit Mertajam) viii DR 21.10.2009

4. Yang Berhormat Tuan (Tanjong) 5. “ Tuan Er Teck Hwa (Bakri) 6. “ Tuan Fong Kui Lun (Bukit Bintang) 7. “ Puan Fong Po Kuan (Batu Gajah) 8. “ Tuan Gobind Singh Deo (Puchong) 9. “ Dr. Hiew King Cheu (Kota Kinabalu) 10. “ Tuan John Fernandez (Seremban) 11. “ Tuan Liew Chin Tong (Bukit Bendera) 12. “ Tuan (Bagan) 13. “ Tuan (Ipoh Timur) 14. “ Tuan Lim Lip Eng (Segambut) 15. “ Tuan Loke Siew Fook (Rasah) 16. “ Tuan M. Kula Segaran (Ipoh Barat) 17. “ Tuan M. Manogaran (Telok Intan) 18. “ Tuan Nga Kor Ming (Taiping) 19. “ Dato’ Ngeh Koo Ham (Beruas) 20. “ Tuan Ooi Chuan Aun (Jelutong) 21. “ Dr. P. Ramasamy () 22. “ Tuan Pua Kiam Wee (Petaling Jaya Utara) 23. “ Tuan R. Karpal Singh (Bukit Gelugor) 24. “ Tuan Sim Tong Him (Kota Melaka) 25. “ Tuan Tan Kok Wai (Cheras) 26. “ Dr. Tan Seng Giaw (Kepong) 27. “ Puan Teo Nie Ching (Serdang) 28. “ Puan Teresa Kok Suh Sim (Seputeh)

AHLI-AHLI (PAS) 1. Yang Berhormat Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang (Marang) 2. “ Dato’ Haji Ab. Halim Ab. Rahman, D.P.M.K. (Pengkalan Chepa) 3. “ Tuan Haji Che Uda bin Che Nik, B.C.K., A.M.N. (Sik) 4. “ Dr. Che Rosli bin Che Mat (Hulu Langat) 5. “ Dr. Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor) 6. “ Dato’ Kamarudin Jaffar, B.C.M., D.S.N.S. (Tumpat) 7. “ Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad (Shah Alam) 8. “ Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali (Titiwangsa) 9. “ Dato’ Haji Mahfuz bin Omar, D.S.D.K., (Pokok Sena) 10. “ Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin (Bukit Gantang) 11. “ Tuan Haji Mohd. Abdul Wahid Endut (Kuala Terengganu) DR 21.10.2009 ix

12. Yang Berhormat Tuan Mohd. Firdaus Jaafar (Jerai) 13. “ Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli (Kuala Krai) 14. “ Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman (Pendang) 15. “ Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria (Padang Terap) 16. “ Tuan Muhammad bin Haji Husain (Pasir Puteh) 17. “ Dr. Mujahid Yusof Rawa (Parit Buntar) 18. “ Tuan Nasharudin Mat Isa (Bachok) 19. “ Tuan Salahuddin Ayub (Kubang Kerian) 20. “ Dr. Siti Mariah binti Mahmud (Kota Raja) 21. “ Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff (Rantau Panjang) 22. “ Tuan Haji Taib Azamudden bin Md. Taib, J.B.S., A.M.N. (Baling) 23. “ Dato’ Wan Abd. Rahim bin Wan Abdullah, D.J.M.K. (Kota Bharu)

AHLI (Bebas) 1. Yang Berhormat Datuk Chua Soon Bui, P.G.D.K. (Tawau) – SAPP 2. “ Datuk Eric E. Majimbun, P.G.D.K. (Sepanggar) – SAPP 3. “ Dato’ Ibrahim Ali, D.J.M.K., D.P.M.S., D.M.S.M. (Pasir Mas)

x DR 21.10.2009

DEWAN RAKYAT

Ketua Pentadbir Parlimen Datuk Kamaruddin Mohamed Baria

Setiausaha Dewan Rakyat Datuk Roosme binti Hamzah

Setiausaha Bahagian (Pengurusan Dewan) Encik Ikmalrudin bin Ishak

PETUGAS-PETUGAS PENYATA RASMI ( HANSARD ) Azhari bin Hamzah Monarita binti Mohd Hassan Rosna binti Bujairomi

Hajah Supiah binti Dewak Sarimah binti Haji Amran Hadzirah binti Ibrahim Nurziana binti Ismail Suriyani binti Mohd. Noh Aisyah binti Razki Yoogeswari a/p Muniandy Nor Liyana binti Ahmad Zatul Hijanah binti Yahya Sharifah Nor Asilah binti Syed Basir Nik Nor Ashikin binti Nik Hassan Hafilah binti Hamid Siti Norhazarina binti Ali Mohd. Shahrul Hafiz bin Yahaya Mulyati binti Kamarudin Ganesan a/l Nanthan

Nor Hamizah binti Haji Hassan Azmir bin Mohd Salleh Ainul Wahidah binti Ismail @ Fakhri Nur Nazihah binti Mohd. Nazir Noraidah binti Manaf Nurul Farihah binti Mohd. Isa Mohd. Fairus bin Mohd. Padzil Mohd. Zaidi bin Mahmood Mohd. Izwan bin Mohd. Esa Hazrul bin Sharif Nurul Aishah binti Sha’arin Nor Kamsiah binti Asmad Noor Salini binti Mohamed Salim Siti Zubaidah binti Karim Aifarina binti Azaman Farah Asyraf binti Khairul Anuar

DR 21.10.2009 1

MALAYSIA

DEWAN RAKYAT

Rabu, 21 Oktober 2009

Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi

DOA

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat ]

JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

1. Puan Hajah Nancy binti Haji Shukri [Batang Sadong] minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan apakah perancangan kementerian untuk menaik taraf status golongan petani agar mereka dapat diketengahkan seperti petani-petani di negara- negara maju yang lain.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani [Datuk Seri Haji Noh bin Haji Omar]: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani melalui jabatan/agensi di bawahnya telah menyediakan pelbagai khidmat sokongan yang berupa skim pembiayaan, latihan kemahiran dan keusahawanan, pemindahan teknologi, pemasaran dan khidmat nasihat untuk menaik taraf status golongan petani, agar mereka dapat diketengahkan seperti petani-petani di negara-negara maju yang lain. Skim pembiayaan dana kerajaan seperti Tabung Untuk Makanan, Skim Industri Kecil Dan Sederhana, Skim Kredit Mikro melalui Agrobank pada kadar faedah yang kompetitif untuk membangunkan sektor pertanian dan kumpulan sasar. Dalam masa yang sama beberapa penemuan baru yang telah dihasilkan oleh pihak MARDI telah dikenal pasti berpotensi untuk dikomersialkan dan diusahakan oleh petani-petani. Antaranya ialah ubi keledek Vitato yang kaya dengan vitamin A, variety chilli pada cili api CP170, pengeluaran sijil jagung, durian sejuk beku dan sebagainya. Bagi meningkatkan produktiviti pula petani-petani digalakkan menggunakan mekanisasi dan automasi ladang. Kementerian telah memperkenalkan skim pemilikan jentera kecil pertanian untuk membolehkan petani-petani memiliki sendiri jentera-jentera kecil. Berkaitan dengan tahap pengetahuan dan kemahiran petani pula, ia ditingkatkan melalui program latihan kemahiran yang memenuhi keperluan perindustrian iaitu berasaskan kepada Standard Kemahiran Pelajaran Kebangsaan. Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan, sejumlah RM25 juta telah dibelanjakan bagi membantu seramai 1,243 orang Ahli-ahli Pertubuhan Peladang bagi membesarkan saiz penambahbaikan dan mengubahsuai premis bagi membolehkan mereka mengeluarkan hasil yang lebih banyak. Di samping itu, sebahagian besarnya diberikan pendedahan dalam bentuk latihan teknikal dan keusahawanan. Selain daripada itu Program Ladang Kontrak yang telah dilaksanakan daripada tahun 2006 hingga 2009 telah memberi manfaat kepada seramai 13,631 peserta dengan keluasan projek 24,093 hektar. Terima kasih. Puan Hajah Nancy binti Shukri [Batang Sadong]: Terima kasih, Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Saya bertanyakan soalan ini sebenarnya kerana saya nampak terutama sekali di kalangan belia remaja. Kalau kita berjumpa dengan mereka kita tanya siapa ibu bapa mereka. Mereka mengatakan, “ Oh puan tidak kenal . Mereka orang biasa, orang yang bekerja sendiri, pekebun.” Jadi kita hendak memartabatkan petani-petani ini. 2 DR 21.10.2009

Bagaimanakah cara untuk kita memartabatkan mereka supaya kita dapat menarik golongan belia melibatkan diri dalam kerja-kerja pertanian ataupun aktiviti pertanian untuk menjadi satu aktiviti komersial mereka. Terima kasih. Datuk Seri Haji Noh bin Haji Omar: Terima kasih, Yang Berhormat. Saya pun daripada anak petani tetapi tidak malu mengaku anak petani. Ini kerana perbezaan di antara petani dahulu dengan petani sekarang banyak bezanya. Pertama, dari segi bantuan kerajaan. Selain daripada jawapan yang telah saya nyatakan tadi, melalui Agrobank sahaja, semenjak tahun 1996 sehingga tahun 2003 sebanyak 14 pakej telah pun diperkenalkan untuk membantu petani-petani menjadi petani lebih moden ataupun lebih baik daripada dahulu. Dalam 14 pakej ini kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM3.26 bilion dan telah melibatkan seramai 73,000 yang telah mendapat faedah, yang telah dibelanjakan sebanyak RM1.3 bilion. Maknanya masih ada baki untuk projek-projek pembangunan. Keduanya, kita juga memperkenalkan teknologi moden ini dengan menggunakan alat-alat dan jentera-jentera yang moden berbeza dengan petani dahulu mereka menggunakan kudrat. Hari ini kita memperkenalkan sistem moden. Oleh itu kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM380 juta untuk kita membekalkan jentera-jentera moden sama ada kita beri secara percuma kepada Pertubuhan-pertubuhan Peladang dan untuk petani-petani yang memerlukan jentera-jentera moden kita memperkenalkan sistem matching grant . Sebagai contohnya, kalau jentera itu berharga RM10,000 petani hanya bayar RM5,000 sahaja. Sebanyak RM5,000 lagi diberi oleh kerajaan. ■1010 Begitulah baiknya Kerajaan ini Tuan Yang di-Pertua. Kita berikan bantuan kepada petani-petani. Yang ketiga kita juga memberi penekanan kepada generasi yang kedua dengan kita memperkenalkan sistem-sistem yang tertentu sebagai sistem golongan siswazah kerana hari ini kita mahu pertanian ini diuruskan secara lebih berkesan dan juga dengan menggunakan ilmu pengetahuan mereka sebagai siswazah dalam bidang pertanian, kita telah melihat bahawa golongan siswazah lebih mampu untuk menjadikan bidang pertanian ini dengan lebih berkesan lagi. Jadi Tuan Yang di-Pertua, dengan usaha yang akhir ini kita juga hendak menggalakkan petani-petani menceburi bidang yang baru yang kita lihat mendatangkan hasil yang lebih lumayan. Bidang-bidang ini ia bukan bidang pemakanan. Sebagai contoh, bidang dalam industri Burung Walet yang hari ini cukup popular. Kemudian kita juga telah pun memberikan tumpuan kepada seaweed ataupun rumput laut di Sabah. Kita juga memperkenalkan perniagaan ikan hiasan yang mana tiga bidang ini adalah bidang yang baru yang mendapat pasaran yang cukup baik di peringkat antarabangsa. Kita yakin dengan dasar yang telah kita perkenalkan, maka kita mampu melahirkan generasi yang kedua dalam bidang pertanian yang lebih baik. Terima kasih. Tuan Haji Mohsin Fadzli bin Haji Samsuri [Bagan Serai]: Assalamualaikum warrahmatullaahi wabarakaatuh dan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri yang telah pun memberikan banyak peluang- peluang pertanian. Memanglah kita tahu bahawa pertanian merupakan sebagai satu perniagaan. Alhamdulillah , program ini nampaknya memang saya amat setuju sekali dengan rancangan-rancangan yang telah dilakukan. Akan tetapi soalan saya iaitu bagaimanakah kerajaan ingin memastikan bahawa institusi pengajian tinggi iaitu seperti UPM dan lain-lain lagi ataupun MARDI dan FAMA memberikan sumbangan kepada arah usaha menaikkan taraf golongan petani? Sebagaimana kita tahu bahawa pertanian tadi sebagai satu perniagaan dan kita dapati bahawa ia adalah merupakan satu bidang yang dapat menguntungkan kepada masyarakat yang ada. Jadi dengan kata lain, bahawa kita hendak memberikan kepada generasi muda untuk menjadikan pertanian sebagai satu perniagaan dan dengan ini akan memajukan negara supaya dapat menikmati hasil pendapatan yang lebih menguntungkan. Kalau kita perhatikan pada masa kini, memang kita tahu bahawa... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat, jangan berucap Yang Berhormat. Soalan Yang Berhormat. DR 21.10.2009 3

Tuan Haji Mohsin Fadzli bin Haji Samsuri [Bagan Serai]: Baiklah. Soalan tadi iaitu bagaimanakah kita memastikan bahawa hasil-hasil penyelidikan tadi dapat disampaikan terus kepada petani-petani? Itu soalan saya. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Datuk Seri Haji Noh bin Haji Omar: Terima kasih. Pertama sekali saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Bagan Serai kerana memberikan sokongan kepada dasar-dasar kerajaan. Jadi kalau semua pembangkang macam Yang Berhormat Bagan Serai ini, insya-Allah negara kita lebih amanlah... [Dewan riuh] Oleh sebab itu Tuan Yang di-Pertua, minggu lepas saya pergi ke Bagan Serai, di kawasan Kerian. Hendak melihat sawah padi di Kerian sama ada sesuai ataupun tidak dikekalkan sebagai tanaman padi ataupun patut kita tukar kepada tanaman-tanaman lain. Akan tetapi Yang Berhormat tidak ada. Okeylah, tetapi tidak mengapa. Wakil UMNO hadir bersama dengan saya... [Dewan riuh] Tuan Yang di-Pertua... Puan Fong Po Kuan [Batu Gajah]: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Datuk Seri Haji Noh bin Haji Omar: Apa hendak marah pula? Betullah saya kata. Saya pergi Tuan Yang di-Pertua. Mereka tahu saya datang. Mereka memang tahu saya datang di Kerian. Sudah ada sepanduk semuanya sudah ada. Habis tahu mereka sudah tahu. Yang Berhormat Batu Gajah ini bising pasal apa? Okey saya jawab soalan ya. [Dewan riuh] Ya, saya bercakap kepada Ahli Yang Berhormat, kalau tahu saya turun di kawasan-kawasan Yang Berhormat, saya terbuka. Datang! Hari itu saya pergi ke Titiwangsa. Tanya Yang Berhormat Titiwangsa. Saya pergi dengan dia. Saya sama-sama makan lagi di gerai bersama-sama Yang Berhormat Titiwangsa... [Dewan riuh] Kita bincang hati ke hati. Ini soal bela rakyat, kita tidak mahu ada apa-apa politik Yang Berhormat. [Dewan riuh] Okey, nanti saya turun ke Batu Gajah, Yang Berhormat Batu Gajah ikut saya melawat kawasan. Tuan Yang di-Pertua... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Bagi jawapan Yang Berhormat. Datuk Seri Haji Noh bin Haji Omar: Ya, bagi jawapan. Ini mengenai perancangan golongan belia dan siswazah, kita telah pun membuat dasar yang baru di mana siswazah yang telah dipilih, kita menawarkan mereka satu pakej lengkap bantuan yang mengandungi komponen latihan, teknologi, pinjaman, bantuan permulaan projek dan pemasaran. Di dalam program bersepadu ini kita mahu apabila siswazah ini mengikuti kursus yang dibuat oleh pihak kementerian, mereka bukan sahaja berakhir dengan hanya mendapat sekeping sijil. Akan tetapi kita akan membimbing mereka, kita terus memberikan modal dan kita akan pantau dan kita bantu dari segi aspek supaya golongan siswazah ini benar-benar merasakan bahawa bidang pertanian ini bukannya bidang part time , bukannya bidang suka-suka. Akan tetapi kita hendak jadikan sebagai satu bidang perniagaan dan profesion tetap mereka. Kita hendak buktikan bahawa hari ini di negara kita kalau bidang pertanian diuruskan dengan secara lebih baik, sesungguhnya pendapatan mereka jauh lebih baik daripada mereka yang makan gaji. Mengenai tindakan MARDI, usahawan ataupun hasil- hasil kajian yang dibuat oleh MARDI seperti mana yang telah saya nyatakan, beberapa ciptaan ataupun hasil-hasil produk MARDI seperti cili, fillet ikan dan sebagainya memang mendapat sambutan daripada petani-petani. Hari ini hasil kajian MARDI bukan sahaja digunakan untuk kegiatan tempatan tetapi telah mula dieksport ke luar negara seperti durian sebagai contohnya. Durian yang kadang-kadang lambakan berlaku, kita bekukan dan kita eksport ke luar negara. Begitu juga ciptaan-ciptaan teknologi, alat-alat jentera moden yang dicipta oleh MARDI. Hari ini telah pun kita komersialkan dengan syarikat-syarikat swasta supaya apa yang dikaji oleh MARDI ini benar-benar dapat memberi manfaat kepada petani-petani. Terima kasih, Yang Berhormat.

4 DR 21.10.2009

2. Tuan R. Sivarasa [Subang] minta Perdana Menteri menyatakan, apakah langkah seterusnya untuk memastikan bahawa SUHAKAM tidak diturunkan statusnya kepada status “B” oleh Majlis Hak Asasi Manusia PBB sebab tidak mematuhi “Prinsip-prinsip Paris”. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Datuk Liew Vui Keong]: [Bangun] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Sila Yang Berhormat. Duduk Yang Berhormat. Sebelum Yang Berhormat menjawab dan begitu juga soalan-soalan tambahan, saya memohon satu permohonanlah. Yang pertamanya, soal jawab sahaja apa yang disoal. Yang kedua, menyoal tidak perlu bermukadimah. Kita membanyakkan peluang kepada semua soalan dapat dijawab. Terima kasih. Sila Yang Berhormat Menteri. Datuk Liew Vui Keong: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pernyataan di dalam soalan Yang Berhormat Subang bahawa SUHAKAM tidak mematuhi “Prinsip-prinsip Paris” ataupun “ Paris Principle ” adalah tidak benar. Di antara perkara yang ditekankan di dalam “Prinsip-prinsip Paris” adalah berkenaan ketelusan lantikan Ahli-ahli SUHAKAM. Seperti Yang Berhormat sedia maklum, pada tahun ini kerajaan telah membuat pindaan sebanyak dua kali kepada Akta 597 bagi meningkatkan lagi ketulusan dalam proses lantikan Ahli-ahli SUHAKAM. Pindaan pertama telah pun diluluskan di dalam Dewan yang mulia ini pada 8 April tahun ini mengenai seksyen 5 iaitu bertujuan meningkatkan ketulusan di dalam pemilihan anggota suruhanjaya. Peruntukan ini membolehkan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berunding dengan sebuah jawatankuasa sebelum pelantikan anggota suruhanjaya dibuat di mana antara ahli jawatankuasa ini termasuk Pengerusi SUHAKAM itu sendiri. Tempoh anggota suruhanjaya memegang jawatan telah dipanjangkan kepada tiga tahun. Sebelum ini adalah dua tahun dan layak untuk dilantik semula lagi bagi tempoh tiga tahun. Pindaan ini juga adalah untuk mewujudkan suatu mekanisme bagi menilai prestasi anggota suruhanjaya berdasarkan sumbangan mereka dalam mempromosi dan melindungi hak asasi manusia di Malaysia ini. Tuan Yang di-Pertua, pindaan kedua telah diluluskan oleh Dewan yang mulia ini pada 9 Julai tahun ini. Mengenai penglibatan orang awam ataupun civil society secara khusus di dalam Jawatankuasa Pemilihan yang diperuntukkan di dalam subseksyen 11A(i) perenggan ( c). ■1020 Untuk makluman Yang Berhormat, sehingga kini, status SUHAKAM di Malaysia adalah pada status “A”. Satu penilaian khas ( special review) berkenaan status SUHAKAM akan dijalankan oleh International Co-ordinating Committee of National Institutions for the Promotion and Protection of Human Rights, Sub-Committee on Accreditation ataupun ICCACA akan diadakan pada 14 hingga 16 November tahun ini. Hanya pada tarikh tersebut keputusan muktamad mengenai status akreditasi SUHAKAM akan dibuat. Dengan pindaan akta tersebut, diharapkan ICC berpuas hati dengan langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan Malaysia bagi mengekalkan kedudukan SUHAKAM pada status “A”. Sekian, terima kasih. Tuan R. Sivarasa [Subang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri di atas jawapan yang telah diberikan. Yang Berhormat Timbalan Menteri, saya tahu tentang pindaan yang kita buat. Itu bukan point yang saya bangkitkan dalam soalan sebab kalau soalan saya diteliti, saya tanya tentang langkah seterusnya. Ini kerana kita tahu kita buat pindaan ini untuk menangani Tuan Yang di-Pertua, isu-isu yang telah dibangkitkan oleh ICC. Isu yang mereka bangkitkan ada tiga isu. Satu ialah sistem pelantikan. Kedua ialah tempoh. Namun begitu, itu kita telah cuba menangani dengan pindaan-pindaan yang telah diluluskan pada bulan April dan Julai. Itu saya sendiri tahu. Akan tetapi, aspek yang ketiga adalah performance SUHAKAM sendiri. Itu pun dibangkitkan oleh ICC dan ini akan dibincangkan di dalam mesyuarat yang akan datang yang disebut tadi oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri pada bulan November. DR 21.10.2009 5

Isu aspek itu yang saya tekankan dan saya tidak dapat tahu sekarang daripada jawapan macam mana kerajaan akan menangani isu itu. Saya bagi satu contoh yang jelas. Hari Isnin... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Tidak payah contoh, Yang Berhormat. Saya ingat... Tuan R. Sivarasa [Subang]: Akan tetapi, saya kena justifikasikan... [Dewan riuh] Hari Isnin, Pesuruhjaya SUHAKAM sendiri, Datuk Sivasubramaniam dilarang akses kepada pusat tahanan KLIA apabila dia memohon akses untuk menemu duga 200 orang pelarian politik daripada Sri Langka. Ini bercanggah dengan kuasa yang diamanahkan kepada SUHAKAM sendiri. Kuasa di bawah undang-undang. Mereka ada kuasa untuk melawat pusat tahanan. Seksyen 4(3) kata, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, ‘ The visit by the Commission to any place of detention may be made without notice and shall not be refused by the person in charge of such place of detention’. Bahkan tetapi dinafikan akses. Inilah maksud saya. Macam mana kewibawaan sendiri, performance sendiri diancam, diganggu oleh agensi-agensi kerajaan sendiri. Ini adalah point yang dibangkitkan di peringkat ICC juga. Syor-syor SUHAKAM sendiri tentang pindaan undang-undang, mansuhkan ISA, pindaan Akta Polis, ratifikasi The International Covenant on Civil and Political Rights ... [Dewan riuh] Semua ini... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat, Yang Berhormat. Saya sudah faham. Kalau Yang Berhormat Timbalan Menteri tidak faham Yang Berhormat ... [Dewan riuh] Tuan R. Sivarasa [Subang]: Ya, semua ini telah dibuat oleh SUHAKAM, Tuan Yang di-Pertua, tetapi tidak dipedulikan oleh... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat, ini ucapan, Yang Berhormat. Tuan R. Sivarasa [Subang]: Saya terkejut. Jadi, soalan saya, soalan saya adalah bilakah, adakah... Seorang Ahli: Soalan, soalan! Tuan R. Sivarasa [Subang]: Saya akan buat. Kita kena bagi penerangan dulu. Kalau tidak, soalan ini tidak akan difahami... [Dewan riuh] Bilakah, adakah kerajaan bercadang... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Tolong, tolong diam. Tolong diam. Tuan R. Sivarasa [Subang]: Adakah kerajaan bercadang supaya memastikan SUHAKAM boleh menjalankan kerja-kerja tanpa gangguan mengikut undang-undang mereka, kuasa mereka sendiri seperti lawatan ke pusat-pusat tahanan. Yang kedua, bilakah kerajaan sendiri akan mengikut nasihat daripada SUHAKAM untuk pindaan undang-undang dan ratifikasi konvensyen-konvensyen antarabangsa yang... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Baik, Yang Berhormat. Baik, Yang Berhormat. Tuan R. Sivarasa [Subang]: ...Telah dicadangkan. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Baik. Baiklah, Yang Berhormat. Baiklah Yang Berhormat. Sudah, sudah Yang Berhormat. Tuan R. Sivarasa [Subang]: Kalau tidak, lebih baik kita tutup SUHAKAM kalau kita tidak mahu mengikut nasihat SUHAKAM sendiri. Terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat Timbalan Menteri jawab. Datuk Liew Vui Keong: Terima kasih Yang Berhormat Subang. Seperti Yang Berhormat sedia maklum bahawa kerajaan memang telah pun mematuhi permintaan ICCACA dengan pemindaan undang-undang yang saya telah pun maklumkan tadi. 6 DR 21.10.2009

Namun begitu, yang penting sekali prestasi SUHAKAM ini memang terpulang kepada SUHAKAM sendiri untuk mengadakan suatu prestasi yang cemerlang, penglibatan dalam perlindungan ataupun dalam mesyuarat antarabangsa. Bukan sahaja menghadiri mesyuarat, tetapi juga mengambil tindakan dan peranan yang aktif ataupun positif dalam perbahasan, perundingan dan seterusnya dalam sesuatu perbahasan antarabangsa, bukan sahaja menghadiri satu mesyuarat. Mengenai pertuduhan Yang Berhormat yang mengatakan SUHAKAM telah pun dinafikan akses kepada depot di KLIA, ini amatlah tidak benar... [Disampuk] Ini kerana semua akses ataupun lawatan ke depot-depot berkenaan adalah melalui tulisan permohonan. Mengikut rekod yang ada dengan saya ini bahawa tiada permohonan daripada pihak SUHAKAM untuk melawat depot KLIA pada masa itu. Yang ada lawatan yang dibuat oleh SUHAKAM ialah ke depot di Ajil, depot di Pekan Nanas, depot di Kemayan dan depot di Semenyih, tetapi tidak ada bagi depot di KLIA. Pada masa yang berkenaan, hanya UNHCR sahaja yang telah pun melawat depot KLIA. Jadi, sekiranya pihak Yang Berhormat ingin melawat depot berkenaan di KLIA, sekiranya ada apa-apa masalah boleh berhubung dengan pihak kami kerana pihak Kementerian Dalam Negeri dan juga Jabatan Imigresen sentiasa membuka pintu untuk welcome kedatangan pihak Yang Berhormat ataupun SUHAKAM. Yang mengatakan pihak kerajaan tidak ada mengambil tindakan mengenai laporan yang telah pun dibuat oleh SUHAKAM, ini tidak benar. Seperti Yang Berhormat sedia maklum bahawa kerajaan telah pun mengambil tindakan dengan syor-syor ataupun cadangan yang telah pun dibuat oleh SUHAKAM. Satu, seperti Yang Berhormat sedia maklum ialah Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman yang telah pun dicadangkan oleh SUHAKAM dan pihak kerajaan telah pun mengambil tindakan dan Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2008 telah pun diwujudkan dan berkuat kuasa pada 2 Februari tahun ini. Akta Keterangan Saksi Kanak-kanak 2007 telah pun dicadangkan oleh SUHAKAM agar dapat membantu kanak-kanak yang menjadi mangsa kes-kes penderaan atau rogol bagi mengurangkan trauma yang telah pun dialami oleh mereka dan keterangan ini boleh melalui mahkamah. Akta ini telah pun wujud juga dan pelbagai undang-undang telah pun juga digubal untuk melindungi hak dan maruah wanita iaitu Akta Antipemerdagangan Orang telah pun diluluskan pada 24 Mei 2007 dan dikuatkuasakan pada 28 Februari 2008. Kerajaan Barisan Nasional juga telah pun menggubal Akta Orang Kurang Upaya sebagai mekanisme yang efektif untuk melindungi hak-hak orang kurang upaya selaras dengan pemerhatian SUHAKAM bahawa OKU berhak menikmati kehidupan sepenuhnya dan penglibatan serta peluang yang sama. Jadi, pertuduhan oleh Yang Berhormat bahawa kerajaan tidak peka dalam laporan SUHAKAM ini adalah tidak benar. Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Tidak peka langsunglah. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Ya, Yang Berhormat Arau. Yang Berhormat Arau, jangan baru mukadimah, Yang Berhormat. Soalan, Yang Berhormat. Yang Berhormat Timbalan Menteri faham, Yang Berhormat. Saya cukup yakin Yang Berhormat Timbalan Menteri faham. Dato' Ismail Kasim [Arau]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Apakah kerangka strategi jangka panjang kerajaan, terutamanya dalam kerjasama dengan NGO yang ada bagi membuka ruang yang lebih besar. Contohnya dalam soal seperti kebebasan untuk berkumpul bagi mereka yang mencintai prinsip demokrasi dan bukan mereka yang mengamalkan ‘ democrazy’, dengan izin, dan apakah Prinsip-prinsip Paris ataupun acuan hak asasi manusia ala barat itu boleh diadaptasi bulat-bulat sehingga mengetepikan nilai, budaya dan tradisi kita. Datuk Liew Vui Keong: Terima kasih kepada Yang Berhormat Arau. Kita tidak dapat nafikan, seperti yang saya nyatakan tadi bahawa prestasi SUHAKAM ini mesti dipertingkatkan oleh SUHAKAM sendiri. Kerajaan hanya memberikan bantuan daripada segi kewangan sekiranya perlu dan juga akta-akta yang dipinda di Dewan yang mulia ini.

DR 21.10.2009 7

■1030 Terdapat juga pihak NGO yang tidak berpuas hati dengan prestasi SUHAKAM dan mereka ada juga yang telah pun boikot dengan aktiviti-aktiviti SUHAKAM dan ini menunjukkan bahawa SUHAKAM perlu meningkatkan prestasi SUHAKAM untuk menentukan bahawa mereka tetap menentukan dan mengguna pakai Prinsip-prinsip Paris ini. Prinsip-prinsip Paris ini memang panjang dan sekiranya Yang Berhormat Arau dapat berjumpa dengan saya, saya boleh menjelaskan lebih kerana kebanyakan prinsip- prinsip ini tidak diterjemahkan dalam bahasa Malaysia dan digunakan seterusnya dalam bahasa Inggeris kerana saya difahamkan bahawa ia tidak diterjemahkan kerana kita tidak hendak mengurangkan kefahaman Prinsip-prinsip Paris ini dalam bahasa Inggeris. Jadi selepas ini saya akan berjumpa dengan Yang Berhormat Arau. Terima kasih. 3. Tuan Aaron Ago Dagang [Kanowit] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan, statistik permohonan kewarganegaraan Malaysia ( Malaysian citizenship ) yang lulus dan gagal dalam jangka masa 10 tahun yang lalu bagi permohonan daripada kanak-kanak yang lahir di bumi Malaysia dan daripada orang perseorangan terutamanya rakyat asing. Apakah prosedur atau syarat-syarat yang diguna pakai di bawah Artikel 14 Perlembagaan Persekutuan dalam hal yang berkaitan. Menteri Dalam Negeri [Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein]: Tuan Yang di-Pertua, dalam jangka masa sepuluh tahun iaitu dari tahun 2000 sehingga September 2009, sebanyak 3,640 permohonan taraf kewarganegaraan Malaysia telah diterima di bawah Perkara 15A dan 15(2) Perlembagaan Persekutuan yang melibatkan kanak-kanak. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 1,066 permohonan telah diluluskan, manakala sebanyak 2,574 permohonan lagi yang telah ditolak. Sementara jumlah orang perseorangan atau rakyat asing yang memohon taraf kewarganegaraan Malaysia dalam tempoh yang sama di bawah Perkara 16 dan Perkara 19(1) berjumlah 4,029 dan daripada jumlah tersebut sebanyak 1,806 permohonan telah diluluskan, manakala sebanyak 2,223 permohonan lagi yang telah gagal. Tuan Yang di-Pertua, Perkara 14 Perlembagaan Persekutuan merupakan peruntukan mengenai tuntutan seorang sebagai warganegara dengan kuat kuasa undang- undang secara automatik, iaitu bagi mereka yang ketika dilahirkan ibu atau bapanya adalah bertaraf warganegara Malaysia atau penduduk tetap. Dalam hal ini, Perkara 14 Perlembagaan Persekutuan tidak boleh diguna pakai bagi rakyat asing yang memohon taraf warganegara Malaysia. Rakyat asing hanya boleh membuat permohonan taraf kewarganegaraan Malaysia berdasarkan kepada kategori-kategori yang bersesuaian dan yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan iaitu di bawah Perkara 15A, 15(1), 15(2), 16 dan 19(1) Perlembagaan Persekutuan. Terima kasih. Tuan Aaron Ago Dagang [Kanowit]: Terima kasih atas jawapan Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah kepada kementerian dan juga Jabatan Pendaftaran Negara yang dalam masa sebulan, dua bulan ini telah pun buat satu program untuk mendaftar orang-orang Penan di Hulu Rajang, kawasan Bakun. I think itu adalah satu kelonggaran daripada syarat-syarat yang terdapat dalam undang-undang. Juga kita dapat spesifik kes yang juga sampai kepada saya selalu di kawasan saya di Kanowit sana di mana rakyat kita telah berkahwin dengan orang asing dan apabila ini berlaku, dokumen perkahwinan itu tidak dapat didapati daripada kedua-dua pihak, maka akhir anak mereka itu susahlah untuk pergi ke sekolah sebab tahap kewarganegaraan mereka itu belum mendapat kedudukan. Juga ada juga kes di mana orang kahwin dengan orang Semenanjung, juga ada masalah di mana anak-anak mereka juga tidak dapat kedudukan kewarganegaraan. Ada juga saya membaca report dalam... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Tidak payah baca report , Yang Berhormat. 8 DR 21.10.2009

Tuan Aaron Ago Anak Dagang [Kanowit]: Okey, sekejap, sekejap. Dalam blog di mana dilaporkan semenjak beberapa puluh tahun dahulu lebih kurang – I don’t know whether this is true or not – 600,000 permohonan untuk mendapat kewarganegaraan Malaysia ini tidak dapat diluluskan dan ramai di antara mereka ini sudah pun meninggal dunia, mungkin 60 peratus. Saya khuatir adakah kerajaan sedar perkara begini dan memberi keutamaan untuk permohonan ini dipertimbangkan. Terima kasih. Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein: Terima kasih Yang Berhormat. Saya jawab soalan yang terakhir dahulu iaitu berhubung kait dengan jumlah permohonan untuk kewarganegaraan. Untuk rekod, sukacita saya maklumkan bahawa permohonan yang tertunggak setakat hari ini untuk tahun 1997 hingga 2006 yang sekarang ini merupakan KPI Menteri sendiri untuk kita selesaikan menjelang hujung tahun ini ialah 32,927, bukan 600,000 yang disebutkan tadi. Daripada 32,927 itu, saya bagi pihak KDN telah pun menyatakan bahawa ianya merupakan satu KPI kita dan insya-Allah, kita dapat menyelesaikan proses kita melihat dan memastikan bahawa permohonan-permohonan itu dapat kita tapis dan satu keputusan dapat dimuktamadkan. Walau bagaimanapun, ingin saya nyatakan di sini bahawa pemberian taraf kewarganegaraan Malaysia adalah merupakan satu anugerah tertinggi Kerajaan Malaysia dan bukan merupakan satu hak yang boleh dituntut oleh mana-mana individu. Dalam hal ini, kementerian dalam kita hendak memastikan KPI kita dikecapi dan kita hendak pastikan bahawa permohonan-permohonan yang tertunggak itu dapat diselesaikan, ini tidak bermakna bahawa semua permohonan yang kita proses akan diluluskan. Kemudian hanya akan menimbang permohonan-permohonan yang telah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan di bawah Perlembagaan dan di samping itu juga pemohon-pemohon perlu melalui pelbagai peringkat proses tapisan yang dibuat secara terperinci dalam usaha hendak memastikan hanya orang-orang yang benar-benar layak sahaja diberikan taraf warganegara Malaysia. Berhubung kait dengan mereka yang merupakan warganegara Malaysia tetapi berkahwin dengan warganegara asing, ianya berhubung kait dengan dua keadaan. Kalau sekiranya yang merupakan warganegara asing ialah isteri, ianya diikat kepada Perkara 15(2) dan di situ satu proses permohonan untuk memastikan bahawa isterinya mendapat permit masuk dan telah pun bermastautin di sini untuk dua tahun dan mohon melalui proses itu terpaksa dilalui. Bagi mereka yang telah mengahwini warganegara Malaysia dan suaminya warganegara Malaysia, ianya juga melibatkan Perkara 19(1) dan di situ warganegara asing itu juga perlu mengambil proses biasa. Bermakna isu-isu yang berhubung kait dengan warganegara asing yang berkahwin dengan warganegara kita, banyak bergantung kepada status suami atau isteri berkenaan. Mengenai perkara Sarawak dan Semenanjung, setahu saya ianya berhubung kait dengan kelewatan pendaftaran sijil kelahiran di mana satu-satunya lagi KPI KDN ialah memastikan proses kita untuk menyelesaikan permohonan pendaftaran kelewatan sijil kelahiran ini dapat diselesaikan secepat mungkin dan setakat hari ini jumlah permohonan daftar lewat kelahiran yang tertunggak ialah 93,360. Ini dalam proses diselesaikan dan saya harap ianya dapat diselesaikan penghujung tahun ini tetapi bezanya dengan Semenanjung ialah di Sabah Sarawak permohonan yang telah pun diluluskan perlu mendapat kelulusan daripada Majistret Kelas Dua. Itu merupakan satu syarat yang agak unik kepada Sabah dan Sarawak. Itulah mungkin menjadi satu perkara yang perlu kita bincang dengan pihak berkenaan. ■1040 Puan Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Menteri baru-baru ini mendapat publisiti yang begitu luas di dalam suatu majlis pemberian taraf kewarganegaraan sijil tersebut, tetapi kurang seratus orang yang telah menunggu berpuluh tahun dan ada di antara mereka sehingga memeluk Yang Berhormat Menteri. DR 21.10.2009 9

Akan tetapi persoalan yang timbul ialah Yang Berhormat Menteri mengadakan task force , menyiarkan nama dalam laman web, mengetuk pintu, menghantar surat. Semua ini apakah boleh dipastikan untuk dielakkannya di mana pemohonnya tidak perlu menunggu berpuluh-puluh tahun. Apakah rancangan jangka panjang untuk memastikan pemohon- pemohon ini dapat diberi kelulusan dalam jangka waktu yang sewajarnya? Apakah kementerian bersedia menetapkan satu tempoh di mana kalau pemohon ini memenuhi syarat-syaratnya layak diberi kelulusan? Jadi mereka tidak perlu dibebankan dengan jangka masa menunggu yang begitu lama. Saya bukan meminta melonggarkan syarat-syaratnya, tetapi yang layak diberi. Jadi tidak perlu surat yang dihantar untuk minta temu duga itu tidak sampai. Jadi saya pohon jawapan daripada Yang Berhormat Menteri. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Baik Yang Berhormat. Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein: Mungkin Yang Berhormat iri hati saya mendapat publisiti yang lebih?... [Ketawa] Atau Yang Berhormat cemburu saya dipeluk oleh madam yang mendapat kelulusan... [Ketawa] Puan Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Saya pohon... Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein: Tuan Yang di-Pertua, saya tarik balik. Puan Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Itu kelemahan pengurusan kerajaan. Tuan Sim Tong Him [Kota Melaka]: Jawab baik-baiklah Menteri. Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein: Saya kata... Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Sekarang Yang Berhormat Batu Gajah banyak cantiklah. Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein: Tuan Yang di-Pertua, saya kata mungkin, tidak semestinya dan apa yang merupakan kebimbangan Yang Berhormat itulah yang akan kita atasi sekarang ini. Kalau sekiranya dalam masa enam bulan kita telah dapat menyelesaikan lebih daripada 80 peratus jumlah 93,660 yang berhubung kait dengan sijil kelahiran yang didaftarkan lewat, 32,927 permohonan yang tertunggak untuk permohonan kewarganegaraan, 16,812 permohonan yang tertunggak berhubung kait dengan permohonan permit masuk, itulah yang ditunjukkan sebagai satu perkara yang merupakan anjakan kepada apa yang kita lakukan sebelum ini yang bersandarkan kepada gagasan , Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan. Terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat, sudah Yang Berhormat. Puan Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Saya tanya jangka panjang, tidak jawab. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Tidak mengapa Yang Berhormat. Puan Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Dia tidak ada rancangan jangka panjang, dia hanya mahu publisiti sahaja. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Tidak payah jawab lagi Yang Berhormat. Sudah cukup itu.

4. Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor] minta Menteri Kesihatan menyatakan, sama ada penyakit demam denggi tersebar luas di Malaysia. Sekiranya ya, nyatakan langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan untuk menangani peningkatan kes-kes demam denggi.

10 DR 21.10.2009

Timbalan Menteri Kesihatan [Datuk Rosnah bte Haji Abd. Rashid Shirlin]: Terima kasih kepada Yang Berhormat Bukit Gelugor di atas soalan. Sebelum saya menjawab soalan daripada Yang Berhormat Bukit Gelugor, izinkan saya mengalu-alukan pelajar daripada Kolej Kejururawatan Assunta Petaling Jaya, pelajar-pelajar daripada Sekolah Miharja Cheras, Kuala Lumpur dan Sekolah Agama Sultan Muhammad, Melaka. Tuan Yang di-Pertua, saya memohon untuk menjawab pertanyaan ini secara bersekali bersama-sama dengan dua soalan yang lain, yang menyentuh isu berkaitan dengan penyakit demam denggi iaitu pertanyaan daripada Yang Berhormat Mambong bertarikh 5 November 2009 dan Yang Berhormat Labis bertarikh 19 November 2009, kerana pertanyaan-pertanyaan ini adalah berkaitan di antara satu sama lain. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Sila Yang Berhormat. Datuk Rosnah bte Haji Abd. Rashid Shirlin: Penyakit demam denggi merupakan penyakit yang endemik atau sentiasa berlaku di kawasan tropika dan subtropika termasuk Malaysia. Sejak kebelakangan ini kejadian demam denggi meningkat bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia. Peningkatan ini selain daripada akibat perubahan iklim juga mempunyai kaitan dengan tahap kebersihan persekitaran yang tidak memuaskan terutama di kawasan-kawasan dengan kepadatan penduduk yang tinggi. Walaupun demikian, kejadian demam denggi di Malaysia pada tahun 2009 menunjukkan kes denggi semakin berkurangan. Pada minggu pertama tahun 2009 jumlah kes denggi yang dilaporkan adalah sebanyak 1,633 kes dengan purata 1,176 kes denggi dilaporkan setiap minggu sehingga akhir bulan Mac 2009. Walau bagaimanapun, melalui tindakan pencegahan dan kawalan yang dijalankan oleh kerajaan dengan penglibatan masyarakat, jumlah mingguan kes demam denggi semakin berkurangan. Pada minggu 41 tahun 2009 iaitu 11 hingga 17 Oktober hanya 563 kes denggi dilaporkan. Sehingga 17 Oktober 2009 juga, jumlah terkumpul kes denggi yang dilaporkan berjumlah 33,123 kes berbanding dengan 36,234 kes pada tempoh yang sama pada tahun 2008 menunjukkan penurunan kes demam denggi sebanyak 3,111 kes. Jumlah kematian denggi pada tahun 2009 juga telah berjaya dikurangkan kepada 72 kes berbanding dengan 80 kes dalam tempoh yang sama pada 2008. Perbandingan kes demam denggi dalam tempoh sama tahun 2008 dan 2009 menunjukkan kes denggi di sembilan buah negeri telah berkurangan kecuali di negeri-negeri seperti Selangor, Pulau Pinang, Sarawak, Perlis, Melaka dan Sabah. Walaupun demikian, berdasarkan trend penurunan kes tahun ini kejadian demam denggi akan dapat dikurangkan lagi dengan penglibatan serta komitmen dari semua pihak dalam menangani penularan penyakit ini. Di antara tindakan-tindakan yang telah diambil oleh kerajaan untuk mengawal kejadian demam denggi berikutan daripada peningkatan kes yang berlaku pada awal tahun 2009 adalah, pertama mengisytiharkan perang habis-habisan terhadap denggi di mana pelbagai aktiviti pencegahan dan kawalan denggi bagi memusnahkan tempat pembiakan aedes telah dilaksanakan di seluruh negara. Kementerian Kesihatan juga telah menyediakan pelan strategik pencegahan dan kawalan denggi yang telah dilaksanakan di semua negeri bermula pada bulan April 2009. Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan juga telah mengadakan kempen media untuk mempertingkatkan aktiviti promosi kesihatan bertujuan meningkatkan kesedaran tentang bahayanya demam denggi dan menggalakkan penglibatan masyarakat serta agensi lain dalam aktiviti pencegahan dan kawalan denggi melibatkan kos sebanyak RM12 juta. Hebahan iklan mengenai denggi telah disiarkan melalui saluran televisyen dengan kerjasama RTM1, RTM2, TV3, 8TV, NTV7 dan Astro. Secara puratanya hebahan disiarkan sebanyak tiga kali setiap hari. Kementerian Kesihatan juga turut mengadakan hebahan iklan melalui 10 akhbar utama pelbagai bahasa. Kementerian Kesihatan Malaysia juga bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan atau PBT untuk memperkukuhkan aktiviti pencegahan dan kawalan denggi.

DR 21.10.2009 11

Sehingga bulan September, sebanyak 16,522,185 premis telah disemburkan kabus sementara 530,609 buah premis dibubuh racun pembunuh jentik-jentik di seluruh Malaysia. Di samping itu sebanyak 3,135 aktiviti gotong-royong telah dijalankan. Kerajaan juga telah mengedarkan racun pembunuh jentik-jentik secara percuma kepada orang ramai untuk mengawal pembiakan aedes di seluruh rumah mereka. Sehingga kini 1 juta paket kecil racun tersebut telah diedarkan kepada negeri-negeri. Kerajaan juga mempertingkatkan aktiviti pemeriksaan untuk pembiakan aedes. Sehingga 10 Oktober 2009 sebanyak 2,965,974 premis telah diperiksa dan dengan 45,790 premis positif untuk pembiakan aedes. Aktiviti penguatkuasaan di bawah Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 (Pindaan) 2000 juga telah dijalankan memandangkan masih terdapat tempat-tempat pembiakan aedes di premis-premis, walaupun kerajaan telah mengadakan kempen serta aktiviti untuk mencegah dan mengawal kejadian penyakit demam denggi melalui pelbagai kaedah. Daripada 45,790 premis yang didapati positif pembiakan aedes, 12,856 premis telah dikenakan kompaun yang bernilai hampir RM2.5 juta. Di samping itu 12,163 premis telah diberi notis amaran dan 49 premis telah diambil tindakan mahkamah. Melalui Kementerian Kesihatan, kerajaan juga telah memperhebatkan pelaksanaan program COMBI ataupun Communication for Behavioral Impact , dengan izin bagi menggalakkan penglibatan masyarakat dalam aktiviti pencegahan denggi dan memastikan persekitaran kediaman mereka bersih dan bebas aedes. Kementerian Kesihatan mendapati bahawa 80 peratus locality yang melaksanakan program COMBI ini dapat mengurangkan kejadian kes denggi. Terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat Mambong. ■1050 Dato Dr. James Dawos Mamit [Mambong]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Daripada jawapan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi, sememangnya banyak langkah-langkah yang telah diambil oleh pihak kementerian untuk membasmi demam denggi ini. Akan tetapi kalau kita lihat daripada pembasmian penyakit-penyakit yang lain, kita mesti pergi ke asas apakah penyebab penyakit-penyakit itu. Oleh yang demikian, saya ingin menarik perhatian Yang Berhormat Timbalan Menteri agar kementerian mengambil langkah-langkah daripada life cycle nyamuk aedes ini kerana yang membawa penyakit ini adalah female mosquitoes bukannya male mosquitoes . Oleh yang demikian, saya ingin bertanya, yang pertamanya adakah kementerian mengira untuk mewujudkan male pheromone supaya female mosquitoes ini boleh datang ke feromon tersebut dan kita boleh membasmikannya sama sekali. Yang kedua, langkah-langkah kerajaan tadi hanya untuk kediaman-kediaman seperti jawapan yang diberi oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tetapi bagaimanakah dengan kerajaan–kerajaan tempatan ataupun pihak-pihak berkuasa tempatan untuk menyelenggarakan parit-parit dan longkang-longkang kerana kalau ada air yang bertakung dalam longkang, maka di situlah nyamuk akan bertelur. Jadi, penyelenggaraan ini juga penting. Oleh yang demikian, saya ingin bertanya dengan kementerian, bagaimanakah dengan langkah-langkah pihak yang berkuasa tempatan ini untuk menyelenggarakan longkang. Terima kasih. Datuk Rosnah bte Haji Abd. Rashid Shirlin: Saya mengucapkan terima kasih kepada soalan daripada Yang Berhormat Mambong. Untuk pengetahuan Yang Berhormat Mambong, izinkan saya menjawab untuk soalan yang kedua. Seperti yang saya katakan tadi, Kementerian Kesihatan sentiasa bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) bukan sahaja memperkukuhkan aktiviti pencegahan dan kawalan denggi tapi perbincangan juga sering kita adakah daripada segi penyelenggaraan dan perkara-perkara seperti ini adalah di bawah bidang kuasa pihak berkuasa tempatan. Insya-Allah kita akan mempertingkatkan kerjasama ini daripada semasa ke semasa dan sudah tentu perkara ini menjadi keutamaan kepada Kementerian Kesihatan sendiri. 12 DR 21.10.2009

Untuk menjawab kepada soalan pertama mengenai mewujudkan male pheromone menjadi salah satu cara kita menangani kes-kes denggi ini, kita akan perincikan dan insya- Allah kita akan bawa cadangan Yang Berhormat di samping langkah-langkah yang telah kita ambil sebelum ini. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, Kementerian Kesihatan juga melaksanakan pelbagai kempen dan antara kempen yang kita laksanakan adalah Kempen 10 Minit yang telah dilancar dan telah dilaksanakan sehingga kini. Sebenarnya Kempen 10 Minit ini di dalam usaha kita untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat supaya meluangkan dan juga memperuntukkan masa sekurang-kurangnya 10 minit setiap minggu untuk mencari dan memusnahkan tempat ataupun punca pembiakan nyamuk aedes. Setakat ini sambutan kepada Kempen 10 Minit kita berjalan dengan lancar dan ianya akan dipertingkatkan lagi demi memberikan kesedaran bahayanya penyakit denggi ini kepada masyarakat. Terima kasih Yang Berhormat. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Ya, Yang Berhormat Pasir Mas. Dato' Ibrahim Ali [Pasir Mas]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya nak tanya Yang Berhormat Timbalan Menteri, apakah Yang Berhormat sedar ada berita tersebar, cakap-cakap bahawa sesiapa yang diserang penyakit demam denggi, ubat yang paling mujarab ialah meminum minuman 100plus dan saya diberitahu ada di kalangan penghidap-penghidap demam denggi ini yang meminum 100plus katanyalah pulih. Secara kebetulan ataupun tidak saya tak tahu tetapi ada juga yang minum, tak pulih. Jadi, persoalan saya ialah saya bimbang nanti jika ianya menjadi kepercayaan kerana bagi yang kena demam denggi dan kalau ada diabetesnya tinggi, dia minum 100plus, patutnya dia mati dua tahun lagi, dia mati esok kerana 100plus . Jadi, bagaimana kaedah Kementerian Kesihatan nak memberi kesedaran kepada rakyat, kepercayaan-kepercayaan dari segi ubat-ubatan ini untuk memulihkan sakit-sakit tertentu ini diberi kefahaman yang jelas dan tidak mudah diambil mudah dengan kepercayaan-kepercayaan yang tidak ada kaitan dengan rujukan kepada perubatan yang sepatutnya. Terima kasih. Datuk Rosnah bte Haji Abd. Rashid Shirlin: Terima kasih kepada Yang Berhormat Pasir Mas. Sesungguhnya seperti yang kita ketahui, 100plus ini merupakan minuman yang memberikan tenaga dan setakat ini tidak ada analisa saintifik yang membuktikan bahawa minuman ini adalah salah satu ubat yang boleh digunakan untuk apa orang kata memulihkan pesakit-pesakit denggi. Namun pihak kementerian sebenarnya daripada segi memberikan kesedaran kepada orang ramai Yang Berhormat, kita banyak melaksanakan kempen-kempen dan kita mempunyai talian khas yang boleh dihubungi sekiranya orang ramai mempunyai pelbagai persoalan ataupun apabila mereka tidak pasti mengenai keadaan-keadaan tertentu dan kita akan sedia memberikan penjelasan kepada situasi ini. Sebenarnya Yang Berhormat, saya juga ingin berkongsi pengalaman di mana saudara saya yang dijangkiti dengan penyakit demam denggi ini juga menggunakan minuman yang sama dan alhamdulillah setakat ini beliau sihat, telah pulih dan tidak memudaratkan tetapi insya-Allah cadangan dan saranan Yang Berhormat kita akan pertimbangkan dan saya akan pastikan ianya mendapat jawapan yang baik untuk Yang Berhormat. Terima kasih. 5. Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Haji Salleh [Kalabakan] minta Perdana Menteri menyatakan berapa banyak kuota haji untuk rakyat Malaysia yang diperuntukkan oleh Kerajaan Arab Saudi pada tahun ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato' Jamil Khir bin Baharom]: Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, terima kasih kepada Yang Berhormat Kalabakan. Jawapan saya kepada soalan nombor lima ialah kerajaan telah diperuntukkan sebanyak 0.1 peratus daripada jumlah penduduk Malaysia bagi kuota haji dan untuk maklumat, keputusan ini dibuat di atas semangat Mesyuarat OIC yang telah dibuat di Aman, Jordan pada tahun 1978 di mana setiap negara dunia diperuntukkan dengan 0.1 peratus daripada jumlah penduduk negara tersebut yang beragama Islam. DR 21.10.2009 13

Apa pun, keistimewaan diberikan kepada negara Malaysia kerana jumlah 0.1 peratus itu diambil kira daripada jumlah keseluruhan rakyat Malaysia iaitulah 0.1 peratus bersamaan 26,000 orang kuota untuk jemaah haji. Terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat Pasir Panjang. Eh, sorry. Minta maaf. Saya terpandang wanita, Yang Berhormat... [Ketawa] Yang Berhormat Kalabakan. ■1100 Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Haji Salleh [Kalabakan]: [Ketawa] Saya maafkan kerana memang sudah lumrah lelaki mesti pandang wanita... [Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan saya, biasanya orang yang memohon naik haji ini kebanyakannya orang yang sudah tua-tua 60, 60 ke atas dan 70. Adakah kementerian mempunyai satu perancangan atau sistem yang baru di mana orang tua-tua ini tidak lagi menunggu begitu lama, lima tahun, sepuluh tahun tidak ada kuota dan orang-orang tua ini diberi keutamaan. Kalau tidak mungkin mereka ini belum sempat naik haji, mereka sudah meninggal dunia. Jadi kalau boleh, adakah kerajaan bercadang untuk memberi mereka keutamaan, orang-orang yang seperti ini? Terima kasih. Dato' Jamil Khir bin Baharom: Terima kasih Yang Berhormat Kalabakan. Untuk makluman, sememangnya menjadi suatu pendekatan yang telah diambil oleh pihak Kerajaan terutamanya Tabung Haji dalam memilih calon-calon untuk melaksanakan ibadah haji. Di mana golongan-golongan yang sudah berusia emas, warga emas dijadikan sebagai kriteria dalam memberikan ruang kebajikan kepada mereka. Bahkan bukan sekadar warga emas, malah kita mengambil kira juga mereka yang memerlukan ‘muhrim’ di dalam perjalanan mereka dan begitu juga bagi orang-orang OKU, yang memerlukan orang menemani perjalanan mereka ke Mekah. Ini termasuk juga bagi yang buta, maka dia diberikan ruang dan peluang untuk mendapat seorang pembantu yang akan turut serta di dalam perjalanan menunaikan haji ke Mekah. Jadi, mengambil kira keperluan ini Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman oleh kerana pendaftaran untuk pergi ke haji adalah begitu panjang senarainya, sehingga yang mendaftar bagi tahun ini, dia sewajarnya akan berangkat pada tahun 2020 yang akan datang. Dalam erti kata yang lain, dalam senarai panjang mungkin kita terpaksa memberikan keutamaan-keutamaan yang tersendiri dengan mengambil kira cadangan dan pandangan yang disebutkan oleh warga emas, mungkin ada juga yang tercicir, tetapi kita sentiasa memberikan keutamaan kepada warga emas bagi kesempatan mereka menunaikan ibadat haji, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Terima kasih Yang Berhormat. Ya, Yang Berhormat Bachok. Tuan Nasharudin Mat Isa [Bachok]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya adalah, pertamanya penggunaan perkataan ‘muhrim’ tadi salah Yang Berhormat, ‘mahram' bukannya muhrim. Yang keduanya, dalam laporan yang telah diterima sebelum ini terdapat pihak-pihak tertentu menganjurkan pakej-pakej haji, tetapi sebaliknya telah membuat penipuan terhadap jemaah-jemaah haji. Saya ingin tahu kalau sekiranya ada data daripada pihak Yang Berhormat, tentang berapakah jumlah kes penipuan daripada agensi-agensi yang menipu jemaah haji untuk menunaikan haji sepanjang tempoh dua hingga tiga tahun yang lepas. Dato' Jamil Khir bin Baharom: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Bachok, terima kasih juga kepada pembetulan tadi, tetapi menjadi kebiasaan, apa pun kita mengucapkan terima kasih kepada teguran yang telah diberikan. Untuk makluman, penipuan-penipuan dalam urusan jemaah haji sering berlaku sejak daripada pelaksanaan ibadat haji ini berjalan, tetapi apa pun daripada penipuan-penipuan yang berlaku di mana mereka ini pada peringkat awalnya melaksanakan urusan haji untuk membawa jemaah-jemaah ini dalam keadaan mempunyai kebenaran untuk menunaikan. Akan tetapi ia berlaku apabila tidak mendapat visa di saat-saat akhir kerana permintaan- permintaan yang agak ramai dan pihak-pihak yang menguruskan ibadat haji ini, mereka kadangkala adalah di kalangan mereka yang mengambil lebih daripada jumlah yang sewajarnya. 14 DR 21.10.2009

Selain daripada itu juga Tuan Yang di-Pertua, suka saya sebutkan kadang-kadang ada..., mengambil kira golongan-golongan yang mendaftar jemaah haji dengan pihak-pihak luar daripada Malaysia, termasuk juga dari negara-negara jiran dalam saat- saat yang terakhir mereka tidak mendapat kebenaran dan visa untuk menunaikan haji. Ini yang menimbulkan persoalan. Cumanya untuk mendapatkan jumlah yang sebenar daripada kelompok-kelompok yang melakukan penipuan ini, saya memerlukan sedikit ruang untuk saya sampaikan nanti kepada Yang Berhormat Bachok, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Saya ucapkan tahniah kepada penyoal Yang Berhormat Kalabakan dan Menteri yang menjawab. Tinggi prestasi KPI itu, oleh kerana soalan tepat, jawapan pun tepat, ringkas.

6. Dato' Ibrahim bin Ali [Pasir Mas] minta Perdana Menteri menyatakan secara terperinci, apakah Kerajaan Kelantan memberi kerjasama sepenuhnya terhadap pelaksanaan projek ECER dan beri contoh-contoh kerjasama yang diberi dan kerjasama yang tidak diberi secara khusus.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Tan Sri Nor Mohamed Yakcop]: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Yang Berhormat Pasir Mas. Pelaksanaan projek-projek berimpak tinggi yang telah dikenal pasti di dalam Pelan Induk Wilayah Ekonomi Pantai Timur atau ECER telah mendapat kerjasama yang baik daripada semua kerajaan negeri yang terlibat termasuklah Kerajaan Negeri Kelantan. Pelbagai bentuk kerjasama telah diadakan di antara Kerajaan Negeri Kelantan dan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur atau ECERDC khususnya dalam penyelarasan projek-projek ECER di Kelantan. Ini dilaksanakan melalui Jawatankuasa Pelaksanaan dan Penyelarasan (ICC) yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kelantan dan penyelarasan lanjut bersama Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Kelantan dan agensi-agensi yang berkaitan. Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kelantan juga merupakan salah seorang Ahli Lembaga Pengarah bagi Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Di mana segala dasar yang berkaitan bagi merangsang, menggalakkan dan bagi mempercepatkan pertumbuhan ECER dibincangkan dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah. Secara terperinci, Pejabat Setiausaha Negeri Kelantan dan UPEN Kelantan juga telah bekerjasama dengan ECERDC bagi menyelaras pelaksanaan semua projek dan program-program ECER terutamanya dari segi penyelarasan hal-hal berkaitan tanah. Di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan, sebanyak 11 projek dan program ECER di Kelantan telah diluluskan, sementara 18 lagi projek adalah projek-projek dan program- program merentasi sempadan negeri-negeri ECER. Di Kelantan antara projek utama yang telah dilaksanakan ialah Agropolitan Kelantan Selatan di Gua Musang, Eko-Pelancongan Lanchang, Kuala Lipis, Gua Musang, Kuala Krai, Pusat Pelancongan Tanah Tinggi Pos Sigar, Pembangunan industri kenaf di Bachok, Taman Bersepadu Tok Bali dan pelebaran jalan Persekutuan, Central Spine Federal Road dan Kuala Krai Kelantan ke Simpang Pelangai, Pahang, terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Ya, Yang Berhormat Pasir Mas. Dato' Ibrahim Ali [Pasir Mas]: Alhamdulillah, saya mendengar jawapan Yang Berhormat tadi, bahawa Kerajaan Kelantan telah memberi kerjasama yang penuh. Jadi saya berharap jika terdapat kelambatan dari segi pelaksanaan, jangan pula salahkan Kelantan kerana tidak bagi kerjasama. Saya hendak tanya Yang Berhormat Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Yang Berhormat ada sebut tadi, kalau tidak silap saya ada dua projek yang dilaksanakan di bawah ECER Kelantan, iaitu agro pertanian dan juga jalan Kota Bharu ke Kuala Krai. DR 21.10.2009 15

Walaupun jalan Kota Bharu ke Kuala Krai itu adalah projek di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan, tetapi dilonggok di dalam ECER bagi menampakkan inilah program- program ECER. Saya hendak tanya Yang Berhormat, dalam kawasan Parlimen daerah Pasir Mas yang diwakili oleh dua Parlimen iaitu Pasir Mas dan Rantau Panjang dikenal pasti sebagai kawasan yang akan dibangunkan dengan halal hab. Saya cukup teruja Tuan Yang di-Pertua, apabila ia dimasukkan dalam kawasan dua Parlimen ini kerana bersempadan dengan Thailand. Baru-baru ini Yang Berhormat saya tertidur, apabila tertidur saya mimpi, saya bermimpi saya melawat kawasan hab halal ini, ceria betul. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Ringkas Yang Berhormat. Dato' Ibrahim Ali [Pasir Mas]: Betul ini. Kemudian saya tertidur, apabila kucing rumah saya gigit, saya terjaga, rupanya saya mimpi. Jadi saya tengok di Pasir Mas bila hendak buat halal hab ini, sebab saya tengok label pun tidak ada lagi. Label pun tidak ada lagi, papan tanda pun tidak ada lagi, pelancarannya setahun lebih sebelum pilihan raya. ■1110 Jadi, saya hendak minta bila halal hab ini akan dilaksanakan dengan secepat mungkin memandangkan masalah dengan kerajaan negeri tidak berbangkit. Insya-Allah rakyat Kelantan akan memberi penghargaan kepada Kerajaan Pusat. Sekian, terima kasih. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop: Terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas. Baru- baru ini isu-isu berhubung dengan halal hab telah dipindahkan kepada MITI. Kabinet telah beri kelulusan dan MITI telah diberi satu tanggungjawab untuk mempercepatkan semua isu berhubung dengan halal hab dan isu-isu berkaitan. Insya-Allah kita akan mempercepatkan pembinaan halal hab di kawasan Yang Berhormat. Berhubung dengan kerjasama setakat ini yang diberi oleh Kerajaan Negeri Kelantan, seperti Yang Berhormat sedia maklum Tuan Yang di-Pertua Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sentiasa menekankan bahawa Kerajaan Persekutuan adalah kerajaan untuk kesemua lapisan rakyat termasuklah rakyat di bawah negeri-negeri pembangkang. Kerajaan adalah komited dalam usaha untuk meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat dan membasmi kemiskinan terutama di kawasan luar bandar dan berpendapatan rendah termasuk Kelantan. Ini adalah antara teras utama pembangunan koridor pertumbuhan yang sedang giat dilaksanakan oleh kerajaan. Terima kasih. Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [Machang]: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih. Yang Berhormat Menteri, mendengar jawapan sebentar tadi, antara komponen ECER ialah jalan baru persekutuan dari Kota Bharu-Wakaf Che Yeh ke Kuala Krai. Saya ingin tahu progress projek ini sekarang setelah saya ikuti daripada awal. Asalnya projek ini nilainya cuma sekitar RM600 juta. Sekarang sudah jadi RM2.2 bilion, 2,024 hak milik tanah. Jadi macam Yang Berhormat Pasir Mas sebut, Rancangan Malaysia Kesembilan. Sekarang dilonggokkan dalam ECER. Hakikatnya, di lapangan sana Yang Berhormat Menteri, belum ada tanda-tanda sebarang kerja yang dibuat. Jadi, saya harap Yang Berhormat Menteri tidak mengelak mengatakan ini jawapan Kementerian Kerja Raya supaya di bawah kawalan Yang Berhormat Menteri juga, komponen ECER adalah jalan ini. Saya rayu sangat-sangat satu jawapan yang baik mengenai projek ini. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop: Tuan Yang di-Pertua, satu objektif kita mewujudkan ECER seperti juga objektif kita mewujudkan pihak koridor-koridor yang lain ialah untuk mempercepatkan semua projek-projek untuk memberi satu tumpuan khas kepada kawasan-kawasan tertentu. Sungguhpun pembinaan jalan adalah di bawah KKR, tetapi peranan ECER ialah untuk mengkoordinasi dan mendapat kelulusan dari semua pihak untuk memastikan bahawa projek-projek yang dikenal pasti diberi keutamaan, diletakkan dalam fast back. 16 DR 21.10.2009

Semua jalan dan semua projek yang kita telah kenal pasti untuk ECER sungguhpun mungkin ada perkara-perkara sangkutan, kita telah mendapat kerjasama yang baik. Ini satu perkara yang menggembirakan. Kita telah mendapat kerjasama yang begitu baik dari semua pihak. Misalnya, UPEN Kelantan telah bekerjasama dengan ECERDC bagi menyelaras penyediaan infrastruktur dan pelaksanaan Agropolitan Kelantan Selatan di Gua Musang. Manakala, UPEN Kelantan juga dan Majlis Daerah Gua Musang akan mengadakan penyelarasan lanjut dengan ECERDC untuk membangunkan Pos Sigar sebagai sebuah bandar dan pusat pentadbiran. Kerajaan Kelantan juga telah bersetuju untuk memberi kerjasama berkaitan pelaksanaan dan promosi program laluan kembara ekopelancongan Lanchang, Kuala Lipis, Gua Musang, Kuala Krai. Terima kasih.

7. Datuk Seri Dr. Fong Chan Onn [Alor Gajah] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan, beberapa negara Asia seperti Thailand, Korea, China telah berjaya menjadikan ramai pemuda pemudi sebagai johan sukan olahraga, tenis dan golf. Apa langkah-langkah telah diambil oleh Kerajaan untuk memberi insentif kepada pelajar Malaysia untuk mengambil bahagian dalam program-program latihan supaya mereka juga boleh muncul sebagai johan dalam bidang sukan.

Menteri Belia dan Sukan [Dato’ Ahmad Shabery Cheek]: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih di atas soalan yang dikemukakan. Sebenarnya, Malaysia tidaklah boleh dikatakan negara yang ketinggalan dalam melahirkan atlet-atlet muda yang berjaya di peringkat antarabangsa. Kita juga telah mencatatkan nama-nama yang cemerlang dalam bidang badminton, skuasy, terjun, berbasikal, bowling yang dianggap antara yang terbaik di dunia pada hari ini. Sudah tentulah kalau dibandingkan dengan negara-negara lain, kita perlu melihat dari segi pembangunan sukan negara-negara tersebut dengan negara kita mesti dilihat daripada tiga aspek iaitu: (i) peranan yang dimainkan oleh negara; (ii) peranan yang dimainkan oleh persatuan-persatuan sukan; dan (iii) individu ataupun keluarga atlet yang berkenaan itu sendiri. Dalam konteks apa yang telah dibuat oleh negara kita sendiri, kita mempunyai banyak kemudahan yang sudah sedia ada. Kita ada 316 buah pusat latihan sukan seluruh negara, kita ada pusat satelit ISM di bawah Institut Sukan Negara di merata tempat di seluruh negara. Kita menyediakan biasiswa sukan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi. Kita ada sekolah-sekolah sukan di bawah Kementerian Pelajaran. Kita mempunyai sistem pelajaran yang sudah dibenarkan berbentuk anjal ataupun fleksibel bagi memberi kemudahan kepada ahli-ahli sukan kita dan juga kita mempunyai insentif kemenangan yang dikira antara yang besar ditawarkan. Yang lain pada itu ialah kita juga sedang memantau dan melihat pembangunan persatuan-persatuan sukan sebagai satu badan yang bagi menjana kemajuan sukan dalam menganjurkan pertandingan-pertandingan. Yang paling penting sekali di sini ialah tentang individu itu sendiri. Kalau disebutkan daripada soalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat, golf dan tenis. Kalau dilihat adalah merupakan insentif ataupun kekuatan yang lahir daripada individu itu sendiri yang kemudiannya menjadi penjana kepada mereka yang berminat dalam bidang golf seperti di Korea, di Thailand, dan sebagainya lahirnya nama seperti Se Ri Pak daripada Korea. Nama Thongchai Jaidee daripada Thailand yang telah mencetuskan apa yang dinamakan Golf Boom di negara Korea dan Thailand baru-baru ini. Terima kasih.

DR 21.10.2009 17

Datuk Seri Dr. Fong Chan Onn [Alor Gajah]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri yang memberi ucapan yang lengkap tentang program-program latihan. Soalan saya ialah adakah Menteri sedar tentang kelemahan- kelemahan program-program latihan tersebut khususnya adalah jelas bahawa sungguhpun ada johan-johan kita yang berjaya tetapi kebanyakan mereka menjadi apa yang dikatakan sebagaimana fenomena sementara sahaja ataupun flash in the pan selain daripada Nicol David yang telah lama jadi johan dalam skuasy. Yang lain itu, apabila mereka muncul sebagai johan dalam satu pertandingan, mereka dijemput makan, dijemput menjadi sportsman , ada sportswoman dan sebagainya dan pertandingan-pertandingan hilang. Hilang motivasi untuk bertanding dan sebagainya. Soalan saya bolehkah kementerian mengkaji semula kelemahan-kelemahan tersebut khususnya dari segi halangan yang diletakkan kepada pemain-pemain tersebut oleh persatuan. Kalau you tidak ikut kumpulan ini, tidak boleh jadi. Selain itu juga apakah peranan yang diberi untuk memberi sokongan kepada keluarga mereka. Kita tahu untuk seorang pemuda menjadi johan dengan tahan lama, sokongan daripada keluarga, ibu bapa mereka adalah penting. Tadi, Yang Berhormat Menteri sebut Se Ri Pak. Kita semua tahu Se Ri Pak bapanya dan ibunya memberi sokongan yang hebat dari muda hingga sekarang. Jadi, semua peranan ini kita mesti ambil kira dan saya haraplah kementerian boleh adakan insentif-insentif untuk memberi bantuan kepada keluarga supaya mereka boleh beri sokongan yang sempurna kepada johan-johan tersebut. Dato’ Ahmad Shabery Cheek: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih di atas soalan tambahan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Alor Gajah. ■1120 Kalau disebutkan nama Se Ri Pak iaitu seorang juara golf daripada Korea Selatan, wanita. Beliau telah mencetuskan nama sukan golf sebagai seorang wanita yang berusia 20 tahun, dalam tahun 1998 memenangi US Open LPGA Tour di Amerika dan sebagainya yang kemudiannya memberi inspirasi yang begitu besar kepada dunia golf, terutama sekali di Korea Selatan. Benar yang disebutkan bahawa Se Ri Pak yang mula bermain pada usia yang jauh lebih muda daripada itu adalah datangnya daripada insentif yang diberikan oleh keluarganya. Akan tetapi, kalau kita tanya Se Ri Pak, keluarganya, berapa banyakkah kerajaan mereka berikan kepada keluarganya untuk mendidik Se Ri Pak? Jawapannya adalah minimum sekali, di mana dalam negara-negara tersebut telah muncul kesedaran di kalangan keluarga mereka bahawa ada bidang-bidang yang tertentu, di mana kalau dapat bina anak mereka, ia bukan sahaja memberi glory , memberi nama yang baik kepada keluarga, tetapi mereka percaya bahawa masa depan anak mereka itu dapat terjamin dari segi kewangan, dari segi ekonominya melalui sukan. Iaitu mereka percaya bahawa sukan adalah merupakan industri yang besar yang perlu mereka ceburi, yang perlu mereka bina anak mereka. Selepas itu, kalau kita lihat di Korea itu sendiri, sekarang ini kegilaan keluarga menghantar anak mereka tidak cukup di akademi-akademi golf di Korea di negara mereka, mereka hantar ke Malaysia, Thailand, Indonesia untuk anak mereka belajar tiga, empat bulan hanya main golf dengan sedikit bantuan daripada guru-guru dari segi akademik dan sebagainya. Ertinya, sekarang ini kita lihat bahawa kejayaan individu banyak bergantung pada individu dan keluarga itu sendiri, tanpa semestinya dikatakan mesti ada kerajaan yang membantu, memberi dan sebagainya. Dari segi fenomena, saya rasa kalau kita lihat misalnya, negara Britain merupakan negara yang terkenal dalam melahirkan kejohanan- kejohanan tenis seperti kejohanan British Open ataupun disebutkan Wimbledon yang selalu kita kenal. Akan tetapi, kalau kita tanya di Britain sendiri, siapa dia pemain tenis mereka yang hebat? Jawapannya pun tidak ada yang hebat. Baru-baru ini kita dengar nama Andy Murray yang hampir hebat ketika dia menjadi naib johan dalam kejohanan US Open tahun yang sebelum ini. Akan tetapi, beliau juga adalah fenomena, sekali beliau sampai ke tahap masuk final , masuk akhir dan selepas itu beliau tidak dapat menunjukkan sesuatu prestasi yang semestinya sentiasa berada di tingkat yang atas sepanjang masa. 18 DR 21.10.2009

Jadi, dalam konteks ini kita katakan bahawa tidak banyak, kita ada Tiger Woods dalam dunia, kita ada Federer dalam konteks tenis dalam dunia yang sepanjang masa mereka berada di tempat yang tertinggi. Akan tetapi, kita ada Nicol David yang sekarang ini sudah dikatakan antara orang yang mencapai tahap yang hampir ultimate dari segi kejayaannya dalam bidang squash, menjuarai hampir 200 minggu sebagai pemain yang berada di tempat yang teratas. Kita katakan patut kita berbangga bahawa dalam dunia ada Tiger Woods, ada Federer dan kita ada Nicol David yang mempunyai konsistensi yang begitu hebat sekali dan salah seorang daripadanya adalah anak Malaysia kita. Terima kasih. Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan, adakah Yang Berhormat Menteri sedar bahawa dalam meningkatkan prestasi anak-anak kita di sekolah-sekolah, kemudahan-kemudahan asas perlu ada di sekolah- sekolah seperti badminton hall , padang bola dan sebagainya. Akan tetapi, ini nampaknya kekurangan kebelakangan ini. Soalan saya adalah apakah peranan yang dimainkan oleh kementerian supaya semua sekolah ada kemudahan-kemudahan yang asas supaya anak- anak kita dapat melibatkan diri dalam sukan ini supaya menjadi jaguh-jaguh yang world standard. Soalan kedua adalah mengenai golf. Ada ramai di antara pelajar-pelajar yang ingin mengambil bahagian di dalam golf, tetapi kesemua golf centre di negara ini adalah kepunyaan private ataupun public di mana mereka tidak akses. Apakah yang boleh dibuat oleh kementerian? Kalau kita bandingkan dengan New Zealand, di mana semua golf resort diperlukan memberi ruangan kepada murid-murid, tetapi itu tidak ada di negara kita. Jadi, apakah yang boleh dibuat oleh kementerian supaya anak-anak kita juga boleh mengambil bahagian dalam arena golf. Dato' Ahmad Shabery Cheek: Soalan yang pertama iaitu dari segi kemudahan sukan. Saya tidak mahu menjawab bagi pihak Kementerian Pelajaran, tetapi kita semua setuju bahawa setiap sekolah sepatutnya diberikan kemudahan sukan seperti padang sekolah, gimnasium dan sebagainya. Itu saya tidak nafikan dan ia banyak bergantung pada kemampuan dari segi kewangan dan sebagainya. Akan tetapi kalau kita lihat dalam konteks negara kita, tidak boleh kita katakan bahawa kita terlalu ke belakang dari segi menyediakan kemudahan-kemudahan ini di peringkat sekolah, negeri, daerah dan sebagainya. Tidak dinafikan bahawa kemudahan ini dapat membantu dari segi menaikkan budaya bersukan dalam negara kita yang kita sekarang ini rasakan masih rendah. Daripada kajian yang dibuat, lebih kurang 50 peratus daripada masyarakat negara kita mengambil bahagian dalam aktiviti bersukan kalau dibandingkan dengan Australia, Amerika, Argentina dan sebagainya hampir 80 peratus daripada penduduk mereka terlibat dengan sukan, bersukan setiap hari sekurang-kurangnya joging, jalan kaki dan sebagainya. Ini tidak dinafikan bahawa kita setuju bahawa sekolah perlu ada kemudahan begini. Akan tetapi mempunyai kemudahan sahaja tidak mencukupi. Ada negara yang tidak ada kemudahan. Misalnya Maldives, misalnya boleh mengalahkan bola sepak kita. Susah hendak cari, hendak buat padang bola sebab negara mereka duduk di atas pulau- pulau yang kecil. Jadi, tidak ada jaminan negara yang kurang dari segi kemudahan dapat mengalahkan negara yang mempunyai pelbagai kemudahan. Kalau kita lihat ada banyak negara lain yang begitu juga dan ini memerlukan satu pendekatan yang berbeza, bukan sekadar menyediakan kemudahan sukan semata-mata. Dari segi golf, kalau kita katakan bahawa perlu ada akses, kerajaan perlu memberikan peluang atau kerajaan perlu membuat padang golf. Kalau kita lihat dari segi konsep industri sukan, dalam konteks negara kita dan banyak negara lain, golf adalah antara pendekatan sukan yang berasaskan kepada industri yang dianggap paling berjaya kerana dalam konteks negara kita, semua padang golf yang dibiayai oleh kerajaan tidak begitu berjaya. Akan tetapi, padang golf yang dikendalikan oleh swasta dianggap lebih berjaya kerana golf bukan sekadar padang, tetapi dari segi penjagaannya yang memerlukan ketelitian, kos yang tinggi, ada golongan profesional yang memberikan latihan, bantuan dan sebagainya. DR 21.10.2009 19

Ia memerlukan perbelanjaan yang cukup besar yang mungkin kerajaan fikirkan bahawa ia tidak popular di kalangan rakyat, memberikan sebegitu besar perbelanjaan hanya untuk sebuah padang golf yang dianggap orang tertentu sahaja dapat menikmatinya. New Zealand, benar kerana ini antara dasar negara mereka ada padang golf yang dibuat oleh kerajaan, tetapi tidak semestinya kita dengar..., siapakah pemain hebat daripada New Zealand? Tidak ada nama-nama besar daripada New Zealand. Orang boleh bermain, tetapi tidak ada nama yang besar daripada New Zealand yang menandingi pemain golf daripada Korea, Amerika dan Eropah yang datangnya daripada sistem swasta, padang- padang golf yang ada pada mereka. Namun begitu, saya sendiri memantau tentang perkembangan persatuan- persatuan sukan yang boleh membantu. Misalnya, kita ada persatuan golf kebangsaan kita yang kita telah memberikan beberapa peruntukan bagi mereka membina, membuat akademi mereka. Saya sendiri sekarang ini sedang mengambil peranan yang berat melalui kementerian untuk memastikan persatuan golf profesional kita dapat berjalan dengan baik supaya kita mempunyai akademi yang baik dan kita mengambil anak-anak yang mempunyai potensi dalam bidang ini. Kita terpaksa mengeluarkan wang untuk mereka berlatih di padang-padang golf yang sedia ada. Saya setuju bahawa ia memerlukan bantuan kerajaan pada tahap yang tertentu, tetapi selebihnya individu itu sendirilah yang sepatutnya mempunyai kekuatan, keazaman dan kecekalan hati mereka untuk menjadi juara. Terima kasih. 8. Tuan Tony Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menyatakan, adakah ianya benar bahawa syarikat-syarikat stesen minyak tidak dibenarkan menjual petrol dengan harga yang lebih rendah daripada harga yang ditentukan oleh kerajaan dan apakah sebabnya. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Minta tolong ringkaskan jawapan, apa yang ditanya sahaja Yang Berhormat. ■1130 Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan [Dato’ Tan Lian Hoe]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Petaling Jaya Utara. Seperti yang kita sedia maklum produk petroleum seperti petrol dan diesel adalah merupakan barang yang dikawal bekalan dan harganya oleh kerajaan. Harga runcit petrol dan diesel ditetapkan melalui mekanisme dengan izin, automatic pricing mechanism (APM) yang diguna pakai sejak 1 Mac 1983. Objektif APM adalah untuk memastikan kestabilan harga dan bekalan, mengawal inflasi dan memberi jaminan keuntungan kepada pengusaha stesen minyak dan syarikat minyak. Antara komponen di dalam APM adalah cukai jualan dan subsidi. Subsidi diberikan apabila harga sebenar lebih tinggi daripada harga runcit yang ditetapkan setelah mengambil kira pengecualian cukai jualan. Dengan menggunakan APM ini maka syarikat minyak atau pengusaha stesen minyak tidak dibenarkan untuk menentukan sendiri harga jualan petrol di stesen minyak masing-masing. Sekiranya syarikat minyak dibenarkan untuk menetapkan sendiri harga runcit petrol maka sudah semestinya pengguna perlu membayar pada harga yang berbeza-beza pada setiap masa. Di samping itu harga jualan akan menjadi lebih tinggi apabila harga minyak mentah meningkat di pasaran dunia. Keadaan ini boleh memberi kesan kepada kenaikan kadar inflasi di dalam negara. Pada masa kini jika keadaan ini berlaku kerajaan akan menampung kenaikan tersebut dan mengecualikan cukai dan memberi subsidi agar harga runcit adalah stabil. Terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Ahli-Ahli Yang Berhormat masa soal jawab telah tamat.

[Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan tamat]

20 DR 21.10.2009

RANG UNDANG-UNDANG

RANG UNDANG-UNDANG BANK KERJASAMA RAKYAT MALAYSIA BERHAD (PERUNTUKAN KHAS) (PINDAAN) 2008

Bacaan Kali Kedua dan Ketiga Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguh atas masalah, “Bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang”. [20 Oktober 2009] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Menteri sambung menggulung. 11.32 pg. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan [Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob]: Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Semalam sebelum Dewan ini ditangguhkan Yang Berhormat Kuala Selangor dan juga Yang Berhormat Indera Mahkota ada membangkitkan tiga isu iaitu dari segi penjualan Bangunan Angkasaraya. Antara isu yang dibangkitkan ialah dikatakan bahawa value ataupun nilai bangunan tersebut adalah berjumlah RM900 juta. Terdapat perpindahan harga ataupun transfer of pricing dan juga kita ada kenyataan menyatakan bahawa perjanjian di antara pihak penjual dan pembeli telah pun tamat. Jadi saya ingin menegaskan di sini bahawa kenyataan yang disebut oleh Yang Berhormat tersebut adalah tidak benar sama sekali. Saya mendapat laporan daripada memetik laporan daripada ‘Colliers’ tentang di dalam makalah Asia Pacific Office Market Overview yang bertarikh 1 Januari 2008 dan juga 1 April 2008. Di dalam makalah ini tidak ada disebutkan secara spesifik mengenai nilai harta yang dimaksudkan iaitu Bangunan Angkasaraya tersebut. Saya dimaklumkan bahawa penilaian untuk harta itu dibuat oleh penilai-penilai yang berdaftar. Untuk penilaian oleh W.M. Malik & Kamaruzaman. Nilaian yang diberi adalah sebanyak RM130 juta. Nilaian yang dibuat oleh juru nilai bersekutu adalah sebanyak RM135 juta. Sedangkan harga yang dijual oleh anak syarikat Bank Rakyat kepada Tuah Tanah adalah sebanyak RM152 juta iaitu lebih tinggi daripada harga yang dinilai oleh juru nilai-juru nilai yang berlesen. Saya difahamkan juga bahawa harga sebanyak RM2,198 sekaki persegi pada waktu itu secara kaki persegi harga tersebut adalah harga yang tertinggi berbanding dengan jualan-jualan yang lain di sekitar Kuala Lumpur. Jadi saya percaya mungkin harga yang disebut RM900 juta itu tidak benar. Tuan Azan Ismail [Indera Mahkota]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri. Saya tidak bermaksud untuk mempertikaikan data dan jawapan yang diberi oleh pihak Menteri. Atas dasar keprihatinan kita terhadap aset yang dimiliki oleh Bank Rakyat ini kerana semalam kita telah bincang satu hari separuh hari sekurang-kurangnya berkenaan kepentingan untuk menjaga pemegang-pemegang saham termasuk ahli-ahli yang berada di bawah Koperasi yang sebagai pemegang teraju keutamaan dalam Bank Rakyat ini. Namun semalam saya juga menyebut tentang analisa, unjuran keuntungan yang dibuat yang dibawakan oleh Asian Bankers berkenaan dengan perspektif tapak yang disebut itu membawa kepada nilai unjuran masa depan sebanyak RM900 juta. Pertikaian berkenaan jumlah itu tidaklah bermaksud nilai muka yang dibawa ataupun face value yang boleh dibawa di masa kini atau masa perbandingan semasa projek itu dibuat dan diserahkan rights nya kepada Tanah Tuah seperti yang disebut oleh pihak Menteri tadi. Cuma concern kita, prihatin kita ialah kemungkinan untuk Bank Rakyat mempertimbangkan satu exercise lain yang boleh mendatangkan keuntungan yang lebih baik kepada pemegang saham. Itu antara fakta atau ground dengan izin, yang harus kita pilih sekarang. DR 21.10.2009 21

Bukan untuk sahaja merealisasikan kepentingan kita menjalankan exercise yang telah kita buat tahun lepas itu. Saya harap pihak Menteri boleh menjernihkan perkara inilah. Terima kasih. Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob: Saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Indera Mahkota yang saya kira mempunyai niat yang baik dari segi menjaga kepentingan Bank Rakyat dan sebagainya. Saya suka nyatakan kepada Dewan ini bahawa dari figures yang disebut adalah figures ataupun nilai yang spekulatif yang kita unjuran dan sebagainya. Saya dimaklumkan bahawa walaupun Bank Rakyat membeli balik bangunan tersebut dengan harga RM150 juta tetapi nilai bangunan yang baru serba moden ini nilainya berjumlah RM260 juta apabila kita membeli semula. Jadi nampak bahawa dari segi business decision ataupun keputusan perniagaan ini adalah tepat dan menjaga kepentingan Bank Rakyat dan juga ahli. Satu lagi yang saya sebut semalam tetapi kita tidak sebutkan figure dia, jumlah dia. Sewaktu pembinaan, oleh kerana wang pembelian telah pun dibayar selepas menandatangani perjanjian tersebut. Wang tersebut boleh digunakan untuk dilaburkan dan sebagainya. Kalau Bank Rakyat mengadakan projek secara usaha sama atau membina sendiri mereka akan kehilangan sewaan sebanyak RM8 juta setahun. Jadi ini dengan apa yang berlaku Bank Rakyat tidak ada kehilangan walaupun kehilangan RM8 juta. Akan tetapi kerana mendapat up-front dengan izin sebanyak RM152 juta itu wang tersebut boleh dilaburkan. ■1140 Dan selepas itu boleh membeli semula bangunan yang nilainya RM260 juta tetapi dibeli dengan harga RM150 juta. Jadi saya..., tentang nilai ataupun lain. Bank Rakyat dari segi nilai. Because ini adalah speculative dari segi harga dan suka saya jelaskan bahawa agreement telah pun ditandatangani. Saya ingin jelaskan perkara ini. Mungkin saya faham tadi kalau Yang Berhormat Indera Mahkota kata, bolehkah kita menjernihkan dan sebagainya mungkin kalau kita boleh reverse, dengan izin, apa-apa yang telah dibuat. Akan tetapi apa yang berlaku ialah perkara ini telah pun ditandatangani, duit telah pun bertukar tangan dan bangunan sedang di dalam pembinaan. Jadi kita meneruskan perkara ini, cuma yang saya hendak jelaskan bahawa hak dan kepentingan Bank Rakyat serta ahli dilindungi hasil daripada transaksi yang telah dijalankan. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Ya, sila Yang Berhormat Taiping. Tuan Nga Kor Ming [Taiping]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya mengalu-alukan segala usaha kerajaan untuk memperkukuhkan kedudukan Bank Rakyat supaya dijadikan pilihan utama rakyat Malaysia. Akan tetapi adakah Yang Berhormat Menteri sedar, di mana adalah suatu amalan Bank Rakyat apabila keahlian Bank Rakyat walaupun kerajaan menguar-uarkan konsep 1Malaysia yang adil dan saksama untuk semua bangsa. Bagaimanapun didapati keahlian Bank Rakyat hanya terbuka kepada golongan bumiputera sahaja. Maka bukan bumiputera dan bumiputera sama-sama pergi ke Bank Rakyat membuat pinjaman. Akan tetapi bukan bumiputera kena diskriminasi kena bayar kadar faedah yang lebih mahal dan lebih tinggi. Dan sekiranya ada amalan yang sedemikian, apakah langkah kerajaan supaya diskriminasi sedemikian tidak berlaku lagi dengan konsep 1Malaysia? Terima kasih. Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob: Terima kasih. Tidak ada satu undang-undang bertulis yang mengatakan, bahawa bukan bumiputera tidak boleh bekerja, tidak boleh membeli saham, dan sebagainya. Sebenarnya dari segi koperasi. Koperasi merupakan ahli kepada Bank Rakyat dan ahli koperasi ada juga terdiri daripada bukan bumiputera. Di Sabah dan Sarawak misalnya, ada terdapat ahli-ahli yang bukan beragama Islam pun yang menjadi ahli Bank Rakyat, sama ada melalui secara direct ataupun melalui koperasi. Jadi ahli Bank Rakyat terdiri daripada individu dan juga koperasi. Ahli koperasi ada terdiri daripada yang bukan bumiputera dan sebagainya. Walau bagaimanapun, pandangan tersebut akan saya bawa kepada Bank Rakyat. Terima kasih Yang Berhormat.

22 DR 21.10.2009

Satu lagi yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuala Selangor, iaitu mengenai sama ada perjanjian itu telah pun di frustrate kan, dengan izin, ataupun dibatalkan. Saya ingin maklumkan perjanjian berjalan seperti biasa. Perjanjian itu tidak dibatalkan. Saya ingin maklumkan pembayaran telah pun dibuat pada Jun 2008 dan Bank Rakyat telah pun menerima keseluruhan bayaran yang sepatutnya mengikut perjanjian termasuk faedah kepada bayaran lewat akan agreement ditandatangani lebih awal lagi. Jadi, Yang Berhormat tidak ada pembatalan perjanjian. Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: Tuan Yang di-Pertua, saya membangkitkan perkara ini berdasarkan informasi yang kita terima ataupun yang saya terima tentang default yang telah berlaku. Akan tetapi seperti mana Yang Berhormat Menteri menjelaskan saya terpaksa akur untuk sementara ini kedudukannya begitu. Terima kasih. Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob: Terima kasih Yang Berhormat, saya harap keakuran Yang Berhormat itu bukan untuk sementara, tetapi untuk selama-lamanyalah. Ini kerana saya dimaklumkan perkara yang sebenar. Terima kasih... [Ketawa] Terima kasih Yang Berhormat Padang Terap yang membangkitkan beberapa isu yang saya kira amat membina sekali. Semalam saya pun sudah jawab kepada Yang Berhormat Padang Terap. Di luar pun kita berbincang, jadi saya ucapkan terima kasih. Pandangan ini adalah pandangan yang sangat baik. Apa yang disarankan untuk melaksanakan pelaksanaan itu akan kita teruskan dan telah pun dimulakan melalui pajak gadai Islam atau Ar-Rahnu tersebut, ya. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat ] Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [Padang Terap]: Boleh respons sedikit Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya membangkitkan persoalan Qard Al-Hassan ini kerana ia adalah satu bentuk pinjaman. Pinjaman yang kita beri kepada orang yang berada dalam keadaan kesempitan adalah merupakan satu bentuk kebajikan, kerana itulah Nabi SAW menyebut... [Membaca sepotong hadis] Setiap pinjaman yang kita beri, tetapi kita mempunyai manfaat kewangan, manfaat keuntungan di situ dia termasuk dalam persoalan riba, kerana kita bangkitkan banyak kali supaya apa yang kita laksanakan, apabila kita mencanangkan Bank Rakyat ataupun mana-mana bank sebagai bank Islam yang melaksanakan full fledge Islamic ini, dia berhati-hati. Jadi saya ucap terima kasih kepada Menteri. Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob: Terima kasih atas pandangan Yang Berhormat tersebut. Yang Berhormat Hulu Terengganu ada membangkitkan mengenai skim potongan gaji. Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: Maaf Menteri. Tuan Yang di-Pertua, soalan tentang Ar-Rahnu semalam Yang Berhormat Menteri... Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob: Fasal dinar emas semalam? Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: Ya. Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob: Kita tidak ada menggunakan dinar emas dan sebagainya. Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: Betul. Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob: Apa yang berlaku di dalam Ar-Rahnu ini peminjam akan mendapatkan... Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: Itu saya faham. Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob: ....Pinjaman. Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: Itu saya cukup faham. Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob: Ya.

DR 21.10.2009 23

Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: Tuan Yang di-Pertua, perkara yang saya bangkitkan itu adalah bersabit dengan scam atau penipuan yang berlaku kepada sebuah syarikat yang bernama Dinar Estet yang menggunakan seolah-olah instrument Ar-Rahnu bersabit Dinar Estet ini bukanlah satu license entity, tetapi telah bermuamalat, telah bertransaksi dengan Bank Rakyat atas dinar transaction , ya yang akhirnya jelas menunjukkan bahawa mereka yang terlibat itu tertipu kerana transaksi yang tidak compliant dan sebenarnya bogus dengan izin, mereka tertipu. Jadi atas perkara ini walaupun instrument itu Ar-Rahnu. Ar-Rahnu ini tidak ada pertikaian memang diterima cukup baik. Akan tetapi oleh sebab Bank Rakyat tidak punya expertise seperti ini keterlibatan mereka dengan Dinar Estet dengan mereka yang telah mendepositkan, menggunakan dinar ini ya, akhirnya ini yang saya maksudkan semalam kalau Bank Rakyat tidak ada expertise jangan terlibat dengan apa yang akhirnya menunjukkan bahawa it is a scam yang merupakan satu yang bogus, yang rakyat tertipu. Dan kita tidak boleh mengizinkan rakyat tertipu kerana akhirnya investment panel Bank Rakyat ini seharusnya must be judicious, mesti mereka lakukan due diligence dan siapa yang saya maksudkan semalam? Siapa yang mereka bertransaksi itu? Ini perkara yang saya bangkitkan dan Yang Berhormat Menteri, saya minta penjelasan itu dan kalau boleh penjelasan itu mestilah... [Ketawa] Berdasarkan maklumat juga. Terima kasih. Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob: Oleh kerana ini perkara yang secara spesifik seperti ini, saya akan dapatkan laporan daripada Bank Rakyat dan saya akan serahkan laporan tersebut kepada Yang Berhormat, ya. Terima kasih Yang Berhormat. Untuk Yang Berhormat Hulu Terengganu ingin saya jelaskan bahawa pihak Menteri Kewangan sendiri, iaitu Yang Amat berhormat Dato’ Sri Perdana Menteri yang juga bersetuju bahawa potongan gaji untuk pinjaman persendirian memang akan kekal kepada pihak Angkasa di bawah skim potongan gaji Angkasa bagi koperasi-koperasi kredit ini. Jadi tidak ada isu yang ianya akan diambil alih oleh bank-bank komersial yang lain. Yang Berhormat Sekijang membangkitkan mengenai terdapat koperasi yang menyeleweng dan tindakan yang diambil oleh Suruhanjaya Koperasi. Memang kita akui daripada sebegitu besar jumlah koperasi memang terdapat beberapa koperasi yang didapati menyeleweng dan pihak Suruhanjaya Koperasi, begitu juga kementerian tidak berkompromi di dalam isu ini. Dan saya ingin maklumkan bahawa antara langkah yang diambil oleh pihak kementerian untuk mengatasi isu ini dan tindakan yang telah pun diambil ialah: (i) pemeriksaan di bawah seksyen 64, menyita ataupun menahan dokumen koperasi di bawah seksyen 65; (ii) siasatan di bawah seksyen 66; (iii) pembatalan ataupun pembubaran koperasi di bawah seksyen 17(1) dan 17(2); (iv) surcaj kepada pegawai koperasi di bawah seksyen 80; (v) mendakwa koperasi di bawah seksyen 92; dan (vi) mengkompaun koperasi di bawah seksyen 93. ■1150 Saya ingin maklumkan statistik data sehingga 30 Jun 2009. Untuk perintah pemecatan ke atas Lembaga Pengarah Koperasi di bawah seksyen 69(1)(iii) adalah sebanyak 13. Untuk perintah penggantungan Lembaga Koperasi adalah sebanyak sembilan digantung, lima dipecat. Pembubaran Lembaga Koperasi sebanyak 14. Pembekuan akaun sebanyak sembilan, pelantikan pentadbir sebanyak satu, laporan dibuat kepada polis, Bank Negara sebanyak tiga dan penyiasatan yang sedang diteruskan adalah sebanyak 20. Jadi Yang Berhormat, pihak SKM tidak berkompromi dalam soal ini. Sebenarnya, walaupun kita mendapat berbagai-bagai bantahan daripada koperasi yang telah pun digantung dan lembaga pengarah digantung, dipecat dan sebagainya. 24 DR 21.10.2009

Akan tetapi untuk menjaga kepentingan ahli, kita tidak berkompromi dan kita akan meneruskan tindakan-tindakan yang tegas seperti yang telah pun kita lakukan... Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed [Sekijang]: [Bangun] Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob: Ada? Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed [Sekijang]: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Memang saya akui seperti mana yang disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri bahawa ada tindakan-tindakan yang diambil, tetapi bagi sesetengah koperasi ini ada yang cuba dilindungi, kadang-kadang kita tengok. Apabila individu-individu yang terlibat di dalam penyelewengan ini tidak diambil kadang- kadang kita denda kepada koperasi. Sudahlah koperasi itu di seleweng, kemudian kita denda pula kepada koperasi itu. Jadi, sudahlah ia jatuh sakit, bertambah sakit ia lagi. Yang ini saya ingat kita perlu tengok jugalah. Kalau kesalahan itu betul kepada koperasi, ia punya itu memanglah, tetapi individu yang terlibat ini, yang saya maksudkan individu yang terlibat dalam penyelewengan ini kadang-kadang dia bebas begitu sahaja seolah-olah dia duduk dalam koperasi itu untuk mengenyangkan perutnya sahaja. Selepas itu, dia menghilangkan diri. Selepas itu, hilang tidak ada apa-apa. Kemudian, yang menanggung hutang adalah koperasi, yang menanggung kerugian adalah ahli-ahli dalam koperasi itu. Saya rasa tidak adil dan ini menyebabkan orang tidak percaya kepada koperasi yang walaupun kita kata, kita ada badan pemantau, kita ada akta dan sebagainya, kadang-kadang orang sebegini terlepas. Itu yang saya maksudkan. Terima kasih. Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob: Terima kasih Yang Berhormat. Saya sudah sebutkan tadi bahawa statistik menunjukkan bahawa ahli lembaga pengarah yang terlibat di dalam penyelewengan tidak akan dilepaskan. Saya sudah menunjukkan statistik jumlah yang digantung dan dipecat, dan juga yang telah dilaporkan kepada polis. Jadi untuk koperasi, kita tidak menggantung koperasi dan menghukum koperasi. Kita menghukum lembaga pengarah. Bagi koperasi, apa yang kita lakukan ialah kita pihak SKM akan melantik pentadbir. Ini seperti sebuah syarikat yang digulung. Sebuah syarikat yang digulung biasanya kita akan melantik pentadbir untuk mentadbirkan syarikat itu. Begitu juga dengan koperasi, kita melantik pentadbir untuk mentadbirkan sementara koperasi yang menghadapi masalah dengan lembaga pengarah dan sebagainya, dan apabila koperasi tersebut boleh berjalan dengan sendiri, koperasi tersebut akan diserahkan kembali kepada ahli-ahlinya dan melantik ahli lembaga pengarah yang baru dan sebagainya. Terima kasih Yang Berhormat. Saya hendak terus kepada aduan daripada Yang Berhormat mengenai Koperasi Pekebun Kecil Daerah Segamat Berhad. Walaupun isu ini spesifik tetapi saya sempat mendapatkan jawapan. Memang kes ini berlaku. Ianya berlaku pada tahun 2000 dan tindakan telah diambil kepada Pengarah Syarikat di mana Pengurusnya ataupun Pengarahnya telah pun dilucutkan jawatan. Memang terdapat masalah pelaburan yang menyebabkan kerugian. Walau bagaimanapun, Pengurus tadi telah pun dibawa... tindakan Pengurus tadi telah dilaporkan kepada pihak polis dan pihak polis menyiasat perkara itu. Berkaitan dengan koperasi, selepas itu koperasi itu dipulihkan kembali. Koperasi Pekebun Kecil Daerah Segamat ini telah dipulihkan kembali dan suka saya maklumkan kepada Yang Berhormat bahawa status semasa koperasi pada hari ini, koperasi tersebut pada hari ini telah pun menduduki senarai ke-79 di dalam senarai 100 koperasi terbaik negara. Kita setiap tahun mengumumkan 100 koperasi terbaik negara, 100 best koperasi dalam negara dan koperasi tersebut mendapat senarai ke-79. Bermakna koperasi tersebut telah pun pulih walaupun dahulu ada penyelewengan. Akhir sekali, isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat daripada Tumpat, Kelantan. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Sekijang belum puas hati, Yang Berhormat. DR 21.10.2009 25

Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob: Tidak puas hati lagi? Kita beri dia puaslah. Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed [Sekijang]: Minta maaf Tuan Yang di- Pertua kerana ini melibatkan dalam kawasan saya. Jadi, saya kena bertanya bagi pihak rakyat dalam kawasan sayalah. Kalau saya tidak menyuarakan perkara ini, maknanya saya sebagai seorang Ahli Parlimen tidak bekerjalah. Jadi, betul apa yang dijawab oleh Yang Berhormat Menteri tadi, tetapi individu yang terlibat itu walaupun laporan polis dibuat dan sebagainya, tetapi tidak ada apa, tidak nampak apa pun. Walaupun Pengerusi dan sebagainya membuat laporan-laporan kepada koperasi tetapi tidak ada apa. Walaupun kadang-kadang kita tengok perkara-perkara itu memang begitu berat sekali dan ini semua orang tahu. Walaupun mungkin Yang Berhormat perkara ini terlalu spesifik tetapi saya rasa ia tidak berakhir dengan begitu sahaja kerana kepercayaan orang ramai kepada koperasi dan kepada kerajaan yang memerintah pada hari ini terhakis. Ini yang saya maksudkan tadi. Jadi kalau kita kata yang ini memang kita sudah buat tindakan polis, sudah buat tindakan apa, tetapi tidak ada apa nampaknya. Minta dimaklumkan kepada ahli-ahli koperasi ini semua dan ahli-ahli koperasi ini adalah orang-orang luar bandar. Minta dimaklumkan kepada mereka dan mereka tidak tahu dan sampai hari ini mereka menyebut- nyebut lagi. Itu yang saya maksudkan tadi. Walaupun ada tindakan yang dibuat, apa semua sekali tindakan polis, kalau tindakan polis setakat laporan biasa sahaja, tidak ada apa mendatangkan kesan, tidak bererti. Itu saya maksudkan. Terima kasih. Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob: Terima kasih Yang Berhormat. Soal siasatan polis, saya kira di luar bidang kuasa Suruhanjaya Koperasi. Kita menasihatkan kepada ahli supaya melaporkan kepada polis mengenai penyelewengan yang dilakukan oleh pengurus dan sebagainya. Apa yang dilakukan oleh SKM telah pun saya jelaskan. Kita telah membaik pulih koperasi ini sehingga koperasi yang mengalami kerugian tersenarai dalam the best 100 dengan izin, koperasi di negara Malaysia ini. Itu adalah tindakan yang mampu dilakukan oleh Suruhanjaya Koperasi. Akan tetapi, soal kenapa polis lewat menyiasat dan sebagainya, Tuan Yang di-Pertua, itu di luar bidang kuasa Suruhanjaya Koperasi. Jadi, walau bagaimanapun, saya bolehlah meminta kepada pihak Suruhanjaya Koperasi untuk berhubung dengan pihak polis mengenai status siasatan yang sedang dilakukan. Itu pun kalau pihak polis memaklumkan kerana status siasatan adalah hak kepada pihak polis sama ada ingin memaklumkan atau tidak. Saya balik kepada Yang Berhormat Tumpat. Cadangan Yang Berhormat Tumpat adalah supaya semua koperasi-koperasi, ahli-ahli koperasi meminjam kepada satu sahaja institusi iaitu Bank Rakyat. Yang Berhormat Tumpat, saya kira ini merupakan satu cadangan yang ideal, satu cadangan yang baik. Kalaulah semua ahli koperasi membuat pinjaman kepada satu Bank Rakyat, ia merupakan satu cadangan yang amat baik. Akan tetapi, suka saya maklumkan bahawa terdapat 562 koperasi kredit pada hari ini yang sedang menjalankan perniagaan. Kalau semua ahli koperasi berpindah kepada Bank Rakyat untuk pinjaman, bermakna 562 koperasi kredit akan gulung tikar. ■1200 Saya mungkin memahami apa yang dimaksudkan oleh pihak Yang Berhormat Tumpat kerana mungkin terdapat beberapa koperasi kredit yang mengambil kesempatan daripada kesusahan ahlinya dan sebagainya dengan mengenakan charge ataupun dengan mengenakan fi yang begitu tinggi. Kita baca di dalam akhbar-akhbar bahawa terdapat koperasi yang mengenakan berbagai charge upfront ini sampai 35 peratus dan sebagainya. Ianya merupakan satu tindakan yang tidak boleh diterima akal dan tidak boleh dimaafkan oleh pihak kementerian. Sebab itu saya ingin maklumkan bahawa, walau bagaimanapun saya ingin maklumkan kepada Yang Berhormat, daripada 562 koperasi kredit, mereka yang tidak beretika ini hanyalah 22 koperasi kredit sahaja. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Bera, Yang Berhormat. Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob: Yang Berhormat Jempol. Saya Yang Berhormat Bera, Tuan Yang di-Pertua. 26 DR 21.10.2009

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Jempol sila. Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob: Ya. Yang Berhormat Jempol. Dato’ Haji Lilah Yasin [Jempol]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Maaf Yang Amat Berhormat Menteri. Ada penjelasan yang perlu Yang Berhormat berikan kepada harapan rakyat berkaitan dengan Bank Rakyat ini. Pertama sekali harapan rakyat yang menjadi pemegang-pemegang saham Bank Rakyat. Mereka amat bimbang tentang usaha pentadbiran Bank Rakyat untuk menambah modal berbayar akhirnya nanti tidak dapat mengendalikan keuntungan yang baik dan juga memberikan pulangan yang agak baik kepada pemegang-pemegang saham Bank Rakyat. Kedua, terdapat juga harapan besar rakyat supaya dapat memikirkan peluang- peluang bagi memiliki shares ataupun membeli saham dalam Bank Rakyat. Kalau boleh Yang Berhormat Menteri berikan penjelasan berkaitan dengan harapan rakyat. Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob: Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya mengenai saham ini, shares ini telah pun saya jelaskan semalam. Saya telah jelaskan semalam. Perkara ini akan diputuskan di dalam Mesyuarat Agung Bank Rakyat, AGM. Jadi, saya sudah sebutkan semalam dan saya kira saya tidak akan mengulangi apa yang saya sebutkan semalam. Walau bagaimanapun bagi kepentingan Yang Berhormat Jempol, mungkin daripada Yang Berhormat Kuala Kedah yang hendak tanya isu shares… Tuan Haji Ahmad Kasim [Kuala Kedah]: Tidak. Bukan. Isu yang awal tadi. Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob: Isu awal nanti sekejap. Tuan Haji Ahmad Kasim [Kuala Kedah]: Terima kasih. Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob: Saya akan menjawab kepada Yang Berhormat secara bertulis kerana isu itu telah dibangkitkan dan saya sudah panjang lebar menerangkan shares semalam. Jadi Yang Berhormat ya, saya beri jawapan bertulis. Tuan Haji Ahmad Kasim [Kuala Kedah]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Tumpat tadi tentang satu koperasi ini ialah pengalaman saya selaku bekas Ahli Lembaga Pengarah Koperasi, kita menjadi satu masalah kepada koperasi-koperasi lain yang mana Bank Rakyat telah meletakkan satu tahap yang cukup minima dalam pinjaman. Ini bermakna 500 lebih koperasi yang ada ini tidak mampu untuk bersaing dengan Bank Rakyat. Ini secara tidak langsung, sebahagian daripada koperasi-koperasi lain juga menjadi pelanggan kepada Bank Rakyat. Jadi ini secara tidak langsung telah berlaku penindasan. Oleh sebab itulah apa yang dibangkit oleh Yang Berhormat Tumpat itu tadi bukan satu benda yang tidak berpijak di bumi nyata. Satu perkara yang benar yang sekiranya dasar ini diubah sebab pagi tadi saya menerima maklumat supaya dibangkitkan di dalam Dewan kerana koperasi-koperasi tidak mampu untuk bersaing dengan Bank Rakyat akibat daripada kadar caj yang cukup rendah diletakkan. Ini menyebabkan persaingan itu sengit dan tidak adil kepada koperasi-koperasi yang lain kerana Bank Rakyat diletakkan di bawah Akta Koperasi. Jadi sekiranya Bank Rakyat boleh melonggarkan sedikit dasar-dasar tersebut, jadi bolehlah memberikan sedikit nafas kepada koperasi-koperasi lain untuk bersaing dalam perniagaan mereka. Jadi minta penjelasan Menteri. Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob: Saya tidak katakan mustahil, saya kata ideal. Ideal itu memang bukan perkara yang mustahil. Cuma yang saya sebutkan, kesan kalau kita wujudkan satu peminjam sahaja kepada ahli koperasi bermakna 562 koperasi terpaksa ditutup kerana koperasi-koperasi kredit bergantung pendapatan mereka kepada pinjaman- pinjaman yang dikeluarkan oleh koperasi tersebut kepada ahli. Sebenarnya ada kelebihan meminjam kepada koperasi sendiri. Misalnya cepat, prosedur yang tidak begitu banyak seperti yang dibuat oleh bank dan sebagainya. Cuma yang menimbulkan maslah ialah ada koperasi yang meminjam wang daripada bank untuk dipinjamkan kepada ahli. Tuan Haji Ahmad Kasim [Kuala Kedah]: Ini yang berlaku. Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob: Ya. Ini yang berlaku. Ini yang... DR 21.10.2009 27

Tuan Haji Ahmad Kasim [Kuala Kedah]: Ini yang berlaku. Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob: ...Itu yang saya hendak sampai kepada itu Yang Berhormat. Tuan Haji Ahmad Kasim [Kuala Kedah]: ..Dan Bank Rakyat juga begitu efisien. Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob: Yes. Tuan Haji Ahmad Kasim [Kuala Kedah]: Dalam masa yang cukup pantas, satu hari hingga dua hari boleh menyelesaikan masalah pinjaman. Jadi tidak mampu untuk koperasi-koperasi saling bersaing dengan Bank Rakyat Yang Berhormat Menteri. Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob: Sebenarnya dari segi interest, dari segi faedah yang dikeluarkan oleh koperasi yang menggunakan dana dalaman sendiri daripada shares ahli dan sebagainya untuk memberi pinjaman sebenarnya adalah competitive, adalah hampir sama berbanding dengan bank-bank dan sebagainya. Saya faham maksud Yang Berhormat Kuala Kedah tadi, yang beri interest yang sampai 10 peratus hingga 15 peratus, ada 20 peratus pun kerana ia agen kepada bank dan sebagainya. Akan tetapi, kalau mengikut prinsip koperasi yang sebenar, wang yang dikumpulkan daripada ahli, shares dan sebagainya dan dipinjamkan kepada ahli, interest ataupun faedahnya adalah rendah dan hampir sama dengan bank dan prosesnya cepat dan sebagainya. Walau bagaimanapun Yang Berhormat, saya tidak hendak argue dengan Yang Berhormat perkara ini. Saya... Tuan Haji Ahmad Kasim [Kuala Kedah]: Mereka tidak mampu bersaing. Bank mempunyai modal yang cukup besar. Mereka mempunyai modal yang sangat kecil. Tidak mampu untuk bersaing. Itu maksud saya. Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob: Sebenarnya isu persaingan itu... Saya faham maksud Yang Berhormat tadi, oleh kerana bank mempunyai modal yang besar ia boleh memberikan pinjaman yang banyak. Akan tetapi, saya katakan tadi bahawa koperasi ini kalau ia meminjamkan wang kepada ahlinya sahaja, ia tidak melibatkan orang lain dan sebagainya, tidak ada masalah. Dari segi persaingan dengan bank, adakah koperasi kredit ini boleh memberikan interest yang rendah berbanding dengan bank? Saya rasa itu sahaja dari segi isu yang timbul. Jadi, saya sudah sebutkan tadi bahawa boleh jikalau mereka mengamalkan prinsip koperasi yang sebenar iaitu memberi pinjaman hasil daripada dana yang ada kepada mereka sendiri. Akan tetapi apa yang berlaku sekarang sampai 30 peratus hingga 40 peratus, setengah itu ia menjadi agen, ia mendapat commission fee , sinking fund dan berbagai jenis charges yang tidak sepatutnya. Itu yang sebenarnya yang berlaku kepada 22 koperasi ini sedangkan koperasi lain tidak ada masalah. Dari segi pinjaman misalnya, mereka mendapat pinjaman yang mudah. Tidak ada collateral , tidak ada cagaran dan sebagainya. Tidak ada cagaran. Pinjaman yang mudah walaupun mereka ini di blacklist for example. Contoh, CTOS yang menjadi isu di sini, sudah senarai hitamkan mereka, bank tidak akan boleh memberikan pinjaman walaupun Bank Rakyat sekalipun kerana telah pun di senarai hitam oleh CTOS. Akan tetapi untuk ahli kepada koperasi, mereka masih boleh meminjam kepada koperasi mereka. Ini tidak boleh dilakukan oleh bank kerana CTOS, Bank Negara punya ruling dan sebagainya dengan izin, tetapi dengan koperasi lebih mudah. Akan tetapi yang kita sekat ini adalah koperasi yang akhirnya menjadi Ah Long yang berdaftar, yang itu yang kita sekat. Kita akan mengeluarkan garis panduan supaya semua charges, dengan izin, yang dikenakan oleh koperasi tidak membebankan peminjam-peminjam dan dari segi interest ataupun faedah juga adalah rendah dan kita akan tentukan. Saya akan umumkan beberapa hari lagi di dalam surat khabar tentang apa dia details mengenai perkara ini. Tuan Haji Ahmad Kasim [Kuala Kedah]: Sikit lagi Yang Berhormat Menteri, Tuan Yang di-Pertua. Kalau bercakap mengenai koperasi CTOS, saya baru mendapat maklumat bahawa beberapa koperasi juga sedang mengurus peminjam-peminjam yang tertunggak ini melalui sistem CTOS. Ini bermakna kalau CTOS ini, bank pun tidak mendapat pinjaman, dalam koperasi pun tidak dapat pinjaman. 28 DR 21.10.2009

Saya baru menerima satu panggilan telefon supaya saya menjelaskan tunggakan saya yang cukup sedikit, kalau tidak akan dimasukkan dalam sistem CTOS. Jadi ini bermakna rakyat makin tertekan dengan satu situasi yang tidak mengizinkan. Jadi, kalaulah CTOS itu menjadi satu... SKM bukan menjadi satu prosedur supaya koperasi tidak menggunakan CTOS, satu perkara yang saya rasa cukup sihat kalau pihak Menteri boleh menggunakan kuasa untuk menghalang koperasi-koperasi menggunakan CTOS. Sebab ini maklumat terbaru yang cukup baru yang baru saya terima. Terima kasih. ■1210 Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob: Insya-Allah , saya akan check secara detail . Apa yang saya difahamkan oleh sebab itu banyak koperasi kredit ini menjadi popular kerana tidak ada soal CTOS, isu CTOS dan sebagainya. Jadi, ia mudah. Saya hendak menjawab tadi mengenai Bank Rakyat. Yang Berhormat Tumpat, sebenarnya memang Bank Rakyat membantu koperasi-koperasi di dalam memberi pinjaman berbeza dengan bank-bank yang lain. Pinjaman pembiayaan kepada koperasi. Bank Rakyat juga memberi pinjaman kepada koperasi untuk memberi pinjaman dengan kadar interest yang rendah iaitu 4 peratus kepada koperasi. Jadi, koperasi boleh menggunakan wang tersebut sebagai pembiayaan dan sebagainya. Yang Berhormat, mengenai CTOS tadi saya... Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali [Titiwangsa]: [Bangun] Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob: CTOS? Sekejap. Ya, mengenai CTOS tadi saya akan check tetapi setahu saya itu yang menjadikan koperasi kredit ini popular kerana ia tidak ada CTOS, isu CTOS tidak timbul. Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali [Titiwangsa]: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya sedang membaca laporan daripada Utusan Konsumer di mana Bank Rakyat pernah kerugian sebanyak RM65 juta pada tahun 1975. Antara sebabnya adalah kerana pinjaman- pinjaman yang diberikan tanpa keterangan yang betul dan kolateral yang jelas. Pada masa yang sama juga didapati ada di kalangan Ahli-ahli Lembaga Pengarah dan juga keluarga terdekatnya meminjam sehingga sampai angka jutaan ringgit. Jadi, saya ingin bertanya adakah sekarang ini ada satu sistem safety net untuk memastikan perkara ini tidak berterusan berlaku di Bank Rakyat. Terima kasih. Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob: Terima kasih. Sejarah hitam Bank Rakyat. Kita tahu perkara itu dan saya tahu laporan itu mungkin daripada makalah Consumer Association , . Saya pun baca. Itu sejarah hitam dahulu tetapi saya rasa banyak prosedur telah pun diubah. Oleh sebab itulah pada hari ini kita lihat Bank Rakyat menjadi sebuah bank perbankan Islam yang terbesar di negara kita. Jadi, saya percaya segala perkara lepas, isu-isu legasi yang lepas tentang penyalahgunaan dan sebagainya tidak lagi berlaku pada hari ini. Jadi saya kira itu sahaja yang saya hendak... Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: [Bangun] Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob: Ada lagi? Saya sudah hendak berhenti. Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: Tuan Yang di-Pertua, kalau boleh izinkan. Mungkin perkara ini saya tidak bangkitkan tadi tetapi saya rasa terpanggil untuk bertanya kepada Yang Berhormat Menteri di sini. Koperasi-koperasi yang telah pun disebutkan oleh Yang Berhormat Menteri mengalami pelbagai yang kalau kita baca itu memang banyak skandalnya. Bukan skandal sahaja tetapi keruntuhan MOCCIS, yang sebesar gergasi suatu masa dahulu. Saya ingin bertanya Yang Berhormat Menteri. Saya tidak menekuni perkara ini tetapi rasa terpanggil untuk bertanya. Apakah Lembaga-lembaga Pengarah koperasi- koperasi ini seperti mana Lembaga-lembaga Pengarah yang menduduki kedudukan di Public Listed Companies (PLCs) di Bursa Malaysia. Mereka dikenakan, saya pun berpengalaman sedikit, melalui akreditasi ataupun perkara akreditasi, kursus-kursus as Board of Directors dan pelbagai kursusnya on good governance, compliance, accounting dan sebagainya. DR 21.10.2009 29

Saya ingin tahu kerana perkara ini juga penting, apakah mereka juga dalam koperasi yang beramanah menguruskan jumlah wang yang berbilion ini, walau di mana pun mereka, apakah mereka juga dikenakan regulation seperti itu, Yang Berhormat Menteri? Terima kasih. Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob: Terima kasih Yang Berhormat. Memang Ahli Lembaga Pengarah Koperasi dikenakan untuk mengikuti kursus-kursus yang dimaksudkan sama ada dianjurkan oleh pihak ANGKASA ataupun oleh Maktab Kerjasama Malaysia (MKM). Jadi, prosedurnya sama. Sekali lagi saya ucapkan ribuan terima kasih kepada semua rakan Ahli Parlimen yang terlibat dalam perbahasan dan mencelah di dalam Pindaan Akta Bank Rakyat ini. Insya-Allah segala pandangan daripada Yang Berhormat akan dijadikan sebagai panduan kepada Bank Rakyat untuk terus bergerak maju, kekal menjadi sebagai bank pilihan dan meneruskan agenda membela masyarakat terutamanya orang Melayu dan masyarakat luar bandar. Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang. Masalah dikemuka bagi diputuskan dan disetujukan. Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa. Majlis bersidang dalam Jawatankuasa . [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa ] Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa. Fasal-fasal 1 hingga 5 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang- undang. Rang undang-udang dimaklumkan kepada Majlis sekarang. Majlis Mesyuarat bersidang semula . Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.

RANG UNDANG-UNDANG SERI PAHLAWAN GAGAH (ELAUN KENANGAN) (PINDAAN) 2009

Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga 12.18 tgh. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Datuk Liew Vui Keong]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan iaitu rang undang-undang yang bernama suatu akta untuk meminda Akta Seri Pahlawan Gagah Perkasa (Elaun Kenangan) 1990 dibaca kali yang kedua sekarang. Tuan Yang di-Pertua, rang undang-undang yang dicadangkan ialah untuk meminda Akta Seri Pahlawan Gagah Perkasa (Elaun Kenangan) 1990 iaitu undang-undang yang memperuntukkan pemberian elaun kenangan sebanyak RM400 sebulan kepada penerima Darjah Kebesaran Persekutuan Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP). Secara khususnya pindaan undang-undang ini ialah untuk menaikkan pemberian elaun kenangan kepada penerima SP yang masih hidup daripada RM400 sebulan kepada RM2,000 sebulan mulai 1 Julai 2009. Tuan Yang di-Pertua, darjah kebesaran SP telah dizahirkan pada 29 Julai 1960 dan merupakan anugerah tertinggi dalam Darjah-Darjah Gagah Perkasa. SP dikurniakan kepada sesiapa jua yang telah menunjukkan keberanian luar biasa atau telah melakukan sesuatu dengan gagah berani serta penuh pengorbanan. 30 DR 21.10.2009

■1220 Anugerah ini juga boleh dikurniakan selepas seseorang itu meninggal dunia, posthumous dengan izin. Sehingga kini, seramai 26 orang telah dianugerahkan dengan SP dan daripada jumlah tersebut, seramai 11 orang masih hidup. Tuan Yang di-Pertua, pemberian Elaun Kenangan kepada penerima SP mula diperkenalkan pada tahun 1983. Kajian terakhir ke atas kadar ini ialah pada tahun 1990 di mana kerajaan telah meluluskan kadar elaun bagi penerima SP sebanyak RM400 dengan wujudnya Akta Seri Pahlawan Gagah Perkasa (Elaun Kenangan 1990). Tuan Yang di-Pertua, dasar kenaikan kadar Elaun Kenangan ini telah diputuskan oleh kerajaan selepas mengambil kira jasa, pengorbanan dan komitmen jitu mereka dalam memelihara keamanan dan ketenteraman awam serta mempertahankan kedaulatan negara. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan. Tuan Yang di-Pertua: Ada sesiapa yang menyokong? Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan [Dato’ Tan Lian Hoe]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong. Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya di hadapan Majlis ialah rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Seri Pahlawan Gagah Perkasa (Elaun Kenangan 1990) dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas. Dato Dr. James Dawos Mamit [Mambong]: [Bangun] Tuan Yang di-Pertua: Okey, terima kasih. Oleh kerana tidak ada yang membahas. Dato Dr. James Dawos Mamit [Mambong]: Ada, ini... Seorang Ahli: Yang Berhormat Mambong. Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: [Bangun] Tuan Yang di-Pertua: Lambat Yang Berhormat Mambong berdiri... Dato Dr. James Dawos Mamit [Mambong]: Eh?... [Ketawa] Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Ipoh Barat pun lambat berdiri. Orang berjasa pun mahu dibahaskan lagi. Tidak mengapa, sila Yang Berhormat Mambong. Cakap sepatah, dua sokong sudahlah... [Dewan riuh][Ketawa] 12.22 tgh. Dato Dr. James Dawos Mamit [Mambong]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin membahaskan perkara ini, sebab saya sememangnya menyokong akta ini. Ini kerana selama ini mereka hanya dibayar elaun RM400 dan sekarang kerajaan sudah pun mencadangkan bahawa ia dibayar RM2,000 mulai daripada 1 Julai tahun ini. Sehingga sekarang, adakah ia sudah dibayar kepada mereka? Saya ingin menyentuh perkara ini sebab seorang di Sarawak, Pegawai Waran 1, Encik Kanang Anak Langkau adalah di antara seorang daripada mereka yang telah pun menerima SP tetapi Encik Kanang juga telah pun menerima yang satu lagi iaitu Pingat Panglima Gagah Berani. Jadi, beliau adalah seorang yang menerima dua award seperti ini. Namun, apabila beliau diberi satu award “Datuk” beliau tidak mahu kerana pada masa itu tahun 2008, dia menyatakan bahawa dia adalah seorang yang miskin, tidak ada duit untuk membeli pakaian. Kalau menjadi Datuk mesti mahu pakai pakaian yang elok-elok, pakaian yang bagus. Itulah sebabnya saya menyokong ini. Kalau ada elaun RM2,000, bolehkah kerajaan memberi dia anugerah “Datuk”? Kalau tidak tahun ini, tahun hadapanlah kerana dia akan dapat elaun yang lebih tinggi. Maka dia layak menerima anugerah “Datuk”.

DR 21.10.2009 31

Dia sememangnya seorang hero yang paling hebat. Membunuh enam komunis terrorist pada masa itu, tetapi dia pun kena tembak di dada dan di perut, tiga kali dan tiga bullet. Dia tidak mati pun, sehingga sekarang dia sudah berumur 69 tahun dan masih lagi hidup, tinggal di Sri Aman. Oleh itu, saya merasakan ini adalah tanggungjawab kerajaan untuk menambah elaun-elaun hero seperti ini. Saya juga gembira kerana kerajaan akan membayar elaun kepada mereka yang sudah meninggal tetapi untuk balu mereka, adakah ini betul Yang Berhormat Timbalan Menteri? Sekian, terima kasih. Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih. Yang Berhormat Ipoh Barat. 12.26 tgh. Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, semasa mendengar ulasan yang dibuat oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri mengenai elaun yang akan diberi, nampaknya tidak ada asas tertentu yang telah diberikan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri mengenai mengapa kenaikan lebih kurang 500 peratus daripada RM400 kepada RM2,000. Asas saya adalah kalau kenaikan sedemikian untuk SP, apa lagi untuk orang-orang yang berpencen? Bukankah mereka juga berhak untuk mendapat kenaikan beberapa peratus? Di dalam hal ini, saya juga ingin tahu pada tahun 1965 dan 1966 bila berkonfrontasi dengan Indonesia, semasa itu ada sukarelawan-sukarelawan yang telah memberi nyawa mereka dan juga telah berkhidmat di dalam voluntary force terhadap Indonesia. Saya difahamkan lebih kurang sepuluh tahun dahulu, kerajaan telah memberi pampasan sebanyak hanya RM1,000 kepada seorang yang telah terlibat di dalam mengambil bahagian untuk negara terhadap Indonesia. Apakah yang dibuat dan adakah rancangan-rancangan yang tertentu untuk memberi apa-apa pampasan yang lebih ataupun pampasan bulanan seperti SP yang diberi sekarang kepada orang-orang yang juga telah memberi nyawa mereka dan juga berkhidmat untuk negara pada masa-masa dan saat-saat yang sangat mustahak pada tahun 60-an itu? Saya juga ingin tahu di dalam hal ini, berapakah orang yang telah diberi elaun- elaun RM1,000 kerana saya difahamkan bahawa ada ramai yang telah memohon akan tetapi tidak ada dokumentasi-dokumentasi yang tertentu yang diwajibkan oleh kerajaan. Oleh yang demikian mereka tidak mendapat pampasan langsung. Apakah ini satu jasa oleh kerajaan, jasa oleh negara kepada pihak-pihak yang telah memberi khidmat mereka dan juga nyawa mereka kepada negara semasa saat-saat yang sangat mustahak? Saya difahamkan ada beribu-ribu orang yang terlibat pada tahun 60-an. Pada masa yang sama seperti anugerah ini, saya difahamkan ada beberapa ratus orang sahaja akan menerimanya. Bolehkah Yang Berhormat Timbalan Menteri juga memberitahu dan huraikan, apakah kriteria-kriteria yang digunakan semasa award ini diberi dan setakat ini berapa orang yang telah meninggal dunia dan berapa orang yang sedang menerima elaun-elaun tersebut? Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua: Ada lagi? Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [Rantau Panjang]: [Bangun] Tuan Yang di-Pertua: Sila Yang Berhormat Rantau Panjang. 12.29 tgh. Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [Rantau Panjang]: Assalamualaikum warrahmatullaahi wabarakaatuh dan salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, kerana turut memberi peluang kepada saya untuk sama-sama membahaskan Akta Seri Pahlawan Gagah Perkasa (Elaun Kenangan) Pindaan 2009. Saya turut juga mengambil kesempatan ini untuk menyatakan sokongan di atas pindaan ini sebagai menandakan penghargaan kerajaan, penghargaan negara kita terhadap rakyat yang begitu berjasa kepada negara dan elaun yang kita naikkan daripada RM400 sehingga RM2,000 ini kita harapkan dapat dimanfaatkan kepada keluarga mereka yang sanggup berkorban nyawa mereka untuk kepentingan negara. 32 DR 21.10.2009

Saya juga bersetuju supaya perhatian diberi kepada kakitangan awam yang lain. Bukan sahaja mereka yang menerima anugerah pingat ini tetapi mereka yang mengorbankan seluruh hidup mereka untuk membangunkan negara. ■1230 Jadi kita kena melihat ke bawah bagaimana ramai lagi kakitangan-kakitangan yang mendapat pendapatan pencen yang kurang daripada RM200 sebulan. Jadi apakah inisiatif yang dibuat oleh kerajaan untuk mengenang jasa mereka yang juga memberikan sumbangan yang sangat besar kepada negara. Saya juga meminta kementerian memberikan penjelasan bagaimanakah pemilihan dibuat, kategori yang diberi untuk mendapatkan pingat ini supaya pingat ini dapat dinikmati oleh semua pihak yang berkelayakan, insya-Allah . Jadi sekadar itu dahulu. Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua: Sila, Yang Berhormat Tenom. 12.30 tgh. Tuan Raime Unggi [Tenom]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan saya ruang dan peluang dalam membahaskan Rang Undang-undang Seri Pahlawan Gagah Perkasa (Elaun Kenangan)(Pindaan) 2009 dalam Dewan yang mulia ini. Tuan Yang di-Pertua, kalau kita lihat bintang kebesaran Seri Pahlawan Gagah Perkasa ialah bintang kepahlawanan yang digunakan kepada mereka yang telah menunjukkan kegagahan yang sangat tinggi mutunya dan keberanian yang amat cemerlang dalam keadaan luar biasa serta dalam keadaan penuh bahaya. Malahan bintang bilangan kurniaan ini tidak terhad dan tidak sahaja dikhaskan kepada anggota-anggota bersenjata sahaja dan sefaham saya juga dikurniakan jika telah menunjukkan keberaniannya. Keprihatinan pemimpin kerajaan amatlah dialu-alukan di mana slogan ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ didapati setiap langkah dan dasar kerajaan pada masa kini. Contoh terbaik ialah pindaan rang undang-undang ini dalam Dewan yang mulia ini. Kita semua tahu pengorbanan kepada negara terutama di kalangan anggota keselamatan negara tidak boleh dihitung dengan jari. Kita amat berterima kasih di atas pengorbanan anggota keselamatan negara yang terdiri daripada semua kaum dalam negara kita. Apatah lagi elaun RM400 telah dinaikkan kepada RM2,000 sebulan di mana di bawah fasal 2 pindaan subseksyen 3(1), ini suatu langkah yang amat baik daripada kerajaan kepada penerima pingat kebesaran tersebut. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin tahu berapa ramai yang sebenarnya menerima pingat kebesaran tersebut dan berapakah yang masih hidup menerima elaun tersebut dan juga waris-waris keluarga tersebut. Saya juga ingin mengetahui selain penerimaan elaun tersebut, apakah bentuk-bentuk insentif yang telah disediakan oleh pihak kerajaan kepada penerima-penerima pingat kebesaran tersebut. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong. Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Padang Terap. 12.32 tgh. Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [Padang Terap]: Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh . Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk membahaskan suatu akta untuk meminda Akta Seri Pahlawan Gagah Perkasa (Elaun Kenangan) 1990. Saya mengucapkan tahniah kepada kerajaan atas dasar ataupun atas satu langkah yang begitu proaktif untuk menghargai jasa yang telah dimainkan ataupun yang telah dicurahkan oleh anggota keselamatan kita yang berjuang untuk mempertahankan negara. Saya juga seperti rakan-rakan ingin mendapatkan penjelasan daripada pihak kerajaan. Apakah kriteria yang diguna pakai oleh kerajaan untuk menganugerahkan pingat ini kepada mereka yang telah berjasa? Adakah ia terhad kepada anggota tentera ataupun polis sahaja? Bagaimana dengan mereka yang berkhidmat dalam bomba dan sebagainya yang juga cedera semasa mereka ataupun mereka berdepan dengan kesulitan semasa mereka bertugas.

DR 21.10.2009 33

Saya juga ingin menimbulkan, menarik perhatian Dewan yang terlibat di dalam mempertahankan negara ini bukan hanya mereka yang terlibat di dalam pasukan-pasukan keselamatan. Ada pejuang-pejuang kemerdekaan kita yang sebahagian daripada mereka masih hidup. Di kawasan saya masih hidup. Mereka tidak mendapat penghargaan sebegini rupa. Mereka yang dipenjarakan kerana berdepan dengan penjajah, mereka yang dimasukkan di dalam ISA sebagai misalnya atas tuduhan yang tidak pernah dibuktikan. Ini satu perkara yang perlu difikirkan oleh pihak kerajaan kerana penghargaan ini bagi saya suatu yang cukup besar. Mereka telah mengorbankan nyawa mereka, mereka telah mengorbankan kehidupan mereka untuk kesejahteraan kita pada hari ini. Jadi, justeru itu saya menganggap satu mekanisme ataupun satu penghargaan juga harus diberikan kepada mereka tanpa menidakkan dan juga tanpa menafikan bahawa yang dicadangkan dalam pindaan ini suatu yang cukup perlu sebagai penghargaan kepada mereka yang mendapat pingat. Namun begitu bagaimana mereka yang tidak mendapat pingat ataupun yang tidak diberikan penghargaan apa-apa. Ramai yang masih hidup, ramai yang berjuang untuk negara dan saya kira kita semua mungkin bersetuju bahawa suatu mekanisme dan suatu penghargaan patut diberikan kepada golongan-golongan seperti ini. Saya menyifatkan pindaan ini suatu yang baik dan juga proaktif dan saya minta penjelasan daripada perkara yang saya timbulkan tadi daripada pihak kementerian. Terima kasih atas peluang yang diberikan. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh . Dr. Lo' Lo' Mohamad Ghazali [Titiwangsa]: [Bangun] Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Sri Gading. Selepas Yang Berhormat Sri Gading, Yang Berhormat Titiwangsa. Selepas itu Yang Berhormat Maran. 12.35 tgh. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Tuan Yang di-Pertua: Waalaikumussalam . Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Bismillaahir rahmaanir rahiim. Alhamdulillahirobbilalamin. Wassolatuwassalamuaashrofil ambiyaiwalmussalim. Waala alihi wasohbihi ajmain . Yang sangat dimuliakan Tuan Yang di-Pertua. Saya amat bertuah kerana dijemput bersama-sama untuk membahaskan rang undang-undang meminda Akta Seri Pahlawan Gagah Perkasa (Elaun Kenangan). Bintang ini bintang kebesaran. Bintang ini bintang pengiktirafan. Bintang ini amat istimewa dan penerima-penerima bintang ini juga amat istimewa. Mempertahankan negara dengan nyawa, dengan darah, jiwa dan raga. Satu pengorbanan yang amat mulia. Mempertahankan negara bukan sesuatu yang main-main. Taruhannya darah, Tuan Yang di-Pertua. Orang hendak derma RM20 mangsa gempa bumi pun payah. Ini bukan wang ringgit dan bukan harta benda tetapi nyawa menjadi taruhan. Nama bintang ini pun “Seri Pahlawan”. “Seri” itu maknanya cantik, molek. “Seri Pahlawan”, satu gelaran yang bukan semua orang dapat gelaran pahlawan. Orang-orang yang tertentu yang berani dalam konteks mempertahankan negara, bangsa dan agamanya itu yang dinamakan pahlawan. Satu gelaran yang bukan kecil. Gagah. Gagah. Gagah ini pun bukan semua orang gagah. Dalam Dewan ini Tuan Yang di-Pertualah yang paling gagah... [Ketawa] Ini... Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih. Namun begitu kadang-kadang tidak juga didengar petua Tuan Yang di-Pertua... [Ketawa] Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Dengar! Tuan Yang di-Pertua: Orang lain... Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Orang lain saya tidak tahu, Tuan Yang di-Pertua. Akan tetapi Yang Berhormat Sri Gading, belum Tuan Yang di-Pertua sebut, saya sudah patuh. 34 DR 21.10.2009

Before you ask, the answer is “yes” . Itu Yang Berhormat Sri Gading. Perkasa. Sudahlah gagah, perkasa lagi. Jadi kalau elaun RM400 ini dipinda kepada RM2,000, Tuan Yang di-Pertua, RM400 pinda RM2,000 dan pindaan ini entah bila pula akan dipinda? Tidak tahu. Tidak tahu kita. RM2,000 hari ini kalau di Kuala Lumpur hampir-hampir miskin tegar. Saya hendak menyatakan kewajaran. Entah-entah sudah memang baik Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita. Ini antara seorang Perdana Menteri yang baik, yang hebat. ■1240 Hingga perkara seperti ini pun masuk dalam perkiraan pemerintahannya, hebat. Hebat Perdana Menteri kita ini, Tuan Yang di-Pertua. Jadi alang-alang kita pinda, Tuan Yang di-Pertua, alang-alang kita hendak memberikan penghargaan, alang-alang kita hendak memberikan pengiktirafan kepada insan yang begini mulia, apa hal duit, Tuan Yang di-Pertua. Duit bukan menjadi perkiraan. Orang yang seperti ini pun boleh dibilang dengan jari, Tuan Yang di-Pertua. Boleh dibilang dengan jari. Maknanya jumlahnya amat sedikit. Kenapa tidak yang mendraf akta ini tidak terfikir dalam kepala dan benaknya..., minta maaf perkataan itu, bukan kasar agaknya... [Disampuk] Boleh..., boleh diterima? Dalam akal fikirannya, biarlah ke depan sedikit, boleh bersesuaian dengan hasrat dan niat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Saya fikir kalau angka 2,000 itu ditukar kepada 5,000, saya rasa niat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang mulia tidak akan dipersoalkan. Kadang-kadang inilah masalah kita, Tuan Yang di-Pertua. Inilah masalahnya. Sudah kita ingin membuat kebaikan, buatlah jangan alang-alang bak kata pepatah Melayu... Apa pepatahnya itu?... [Ketawa] [Disampuk] Ini bukan menyeluk pekasam. Pekasam itu benda tidak baik. Yang baik, yang baik, apa pepatah itu kalau boleh bantu saya... Tuan Yang di-Pertua: Shah Alam mungkin tahu itu, Yang Berhormat. Tanya Shah Alam. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Ya, Shah Alam!? Tuan Yang di-Pertua: Tanya Shah Alam, apa pepatahnya itu. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Shah Alam, dia punya perkataan lain, Tuan Yang di-Pertua. Dia memang banyak tahu, tetapi tahu dia itu negatif sahaja... [Ketawa] Menyeluk pekasam tidak kena... [Disampuk] Alang-alang mandi biar sampai basah. Yang Berhormat Muar memang hebat sebab itu layak jadi Timbalan Menteri. Alang-alang berminyak biar apa?... [Ketawa] [Disampuk] Tuan Yang di-Pertua: Ada lagi satu, Yang Berhormat. Alang-alang makan biar kenyang... [Ketawa] Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Saya setuju. Masuk yang itu sebahagian ucapan saya... [Ketawa] Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [Machang]: Alang-alang berminyak, biar dapat royalti... [Ketawa] Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Jadi itulah, Tuan Yang di- Pertua. Saya menyokong sangat dan kalau boleh dibuat pindaan. Tidak tahulah Yang Berhormat Timbalan Menteri. Kita pindalah RM2,000 itu menjadi RM5,000. Sekian, saya menyokong. Tuan Yang di-Pertua: Sila. 12.43 tgh. Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali [Titiwangsa]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya tidak mahu bercakap panjang, cuma saya menyokong pindaan rang undang-undang ini. Sudah selayaknya mereka yang telah memberi pengorbanan kepada negara diberi pengiktirafan daripada asal elaunnya RM400 kepada RM2,000, saya kira memang sudah cukup wajar. DR 21.10.2009 35

Walau bagaimanapun, saya ingin menyokong beberapa orang sahabat kita tadi, Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah bangun menyatakan masih ramai lagi, sebenarnya mereka yang mungkin layak untuk diberi pingat seperti ini untuk menghargai pengorbanan mereka. Saya memberi contoh, misalnya seorang, kalau boleh saya sebutkan nama di sini. Saya panggil Pak Majid Salleh, orang Perak, pejuang kemerdekaan masuk penjara tujuh, lapan kali, tidak ada satu penghargaan pun kepada dia. Langsung tidak ada apa-apa. Malah sebelum ini rumahnya pernah dinafikan air. Air pun dinafikan semata-mata kerana dia adalah penyokong kuat PAS. Jadi, saya kira tidak.... Beberapa Ahli: [Menyampuk] Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali [Titiwangsa]: Ya, ini memang perkara yang benar dan tidak sepatunya berlaku dalam negara kita. Kalau kita benar-benar mengatakan kita 1Malaysia bersepadu dan sebenarnya satu Malaysia bukan baru sekarang muncul, dari dulu lagi sepatutnya. Jadi, memberi contoh seorang. Malah alhamdulillah , atas rezeki yang ada Allah bagi kepada kita, saya sering kali jugalah memberi kerana saya lihat kehidupannya agak daif dan kerajaan Perak, Pakatan Rakyat yang sebelum ini juga telah memberi sumbangan- sumbangan kepada beliau. Jadi, saya memberikan satu contoh dan saya mencadangkan kalau boleh cadangan di sini iaitu kalau boleh dibentangkan kriteria kepada kita dan kalau boleh diberi peluang kepada orang ramai, terutama misalnya Ahli-ahli Parlimen, Wakil-wakil Rakyat untuk mencadangkan beberapa nama di mana di situ kita akan kemukakan bukti-buktinya kenapa mereka ini patut diberi pingat, layak dan sebagainya. Jadi, saya kira kalau boleh diberi pertimbangan ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Maran. 12.45 tgh. Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib [Maran]: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua kerana mengizinkan saya untuk membahaskan pindaan Akta Seri Pahlawan Gagah Perkasa (Elaun Kenangan) 1990 ini. Tuan Yang di-Pertua, Seri Pahlawan Gagah Perkasa adalah satu gelaran ataupun pingat yang cukup besar kepada pahlawan kita yang berjasa kepada negara. Saya setuju benar dengan apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Sri Gading tadi bahawa nilai wang boleh dicari, Tuan Yang di-Pertua. Pada saya bukan sekadar kita meminda daripada RM400 kepada RM2,000, bahkan kalau kita pinda pun kepada RM5,000, bahkan jutaan ribu, pengorbanan yang dimainkan oleh pahlawan kita, tidak boleh kita bayar. Hari ini kita aman, Tuan Yang di-Pertua, bukan kerana kita sendiri. Ia adalah hasil daripada pengorbanan dan perjuangan pahlawan-pahlawan kita yang telah pergi dan juga masih tinggal dalam keadaan cedera dan sebagainya. Apakah kita tidak berterima kasih kepada mereka? Saya kadang-kadang kecewa dengan apa yang ditimbulkan oleh sebahagian pembangkang, bukan semua pembangkang. Apa yang dilakukan oleh polis, apa yang dilakukan oleh pasukan keselamatan, seolah-olahnya selama ini mereka selamat, mereka jaga sendiri. Saya hendak tanya kepada mereka, siapa yang jaga kita hari ini? Apakah kita sendiri yang jaga, ayah kita jaga, anak kita jaga. Semua pasukan keselamatan, polis dan sebagainya. Akan tetapi, apabila sedikit berlaku kepada polis, umpamanya kita hendak sambung sahaja perkhidmatan Ketua Polis Negara, ia dipersoalkan. Seolah-olahnya seluruh masyarakat di negara ini tidak menyokong. Di mana buktinya, Tuan Yang di- Pertua? Ini membuktikan kepada kita bahawa mereka tidak berterima kasih kepada apa yang berlaku. Tuan Yang di-Pertua, duit boleh kita cari. Berapa juta boleh dicari? Bagi perompak mungkin mudah dia cari. Apakah perompak yang berjasa mencari duit dan memberi kepada anak mereka, yang ini kita hendak beri mereka pingat? 36 DR 21.10.2009

Saya kecewa dengan pandangan sebahagian daripada Ahli Parlimen. Bagi mereka yang kena ISA, apakah orang kena ISA ini orang yang melakukan perkara baik? Kalau begitu, semua orang masuk ISA. Sebab itulah biarlah kita berfikir. Begitu juga bila ditimbulkan masalah politik, PAS ini. Saya tidak tahu. Ada juga mungkin orang yang baik. Ini kadang-kadang memang dia melakukan kesalahan, tetapi oleh kerana parti kita, kita bela mereka walaupun mereka buat jahat. Ini satu keadaan yang cukup mengecewakan kita, Tuan Yang di-Pertua. Sebab itulah Tuan Yang di-Pertua... Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [Padang Terap]: Boleh mencelah sedikit, Maran? Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib [Maran]: Sila, sila. Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [Padang Terap]: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Maran. Yang saya sebut tentang yang kena ISA tadi, bukan sahaja orang PAS. Maksudnya orang UMNO pun kena. Penghargaan kita bagi kepada mereka yang layak. Itu maksud saya. Boleh Yang Berhormat Maran bersetuju bahawa orang PAS pun kena, orang UMNO pun ada, orang DAP pun ada, orang yang terlibat dalam banyak pertubuhan lain pun kena dan mereka ini perlu dinilai. Maksud saya begitu, ya. Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib [Maran]: Terima kasih Padang Terap. Maksud saya ISA, Akta Keselamatan Dalam Negeri, maknanya akta keselamatan. Orang yang diambil tindakan kerana akta ini kerana mereka telah menimbulkan masalah yang boleh menjejaskan keselamatan negara. Maknanya, bagi orang yang tidak terlibat dengan benda-benda yang boleh mengancam keselamatan negara, mereka tidak dikenakan ini. Jadi, bermakna perbuatan mereka itu mungkin pada saya, mengikut akta ini tidak baik yang boleh menjejaskan keselamatan negara. Begitu juga macam perompak, penyamun dan sebagainya. Bererti mereka ini sebenarnya dia baik untuk kerja dia, tetapi dari segi undang-undang, tidak baik. Mereka baik mencari duit untuk dia, untuk keluarga dia dan sebagainya, tetapi dari segi peraturan undang-undang kemanusiaan, undang-undang negara, salah. Apakah mereka ini kita juga hendak beri mereka bayaran-bayaran seperti ini? Jadi, tidak betul. Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: [Bangun] Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib [Maran]: Jadi, Tuan Yang di-Pertua, saya tidak beri Yang Berhormat Shah Alam ini. Yang Berhormat Shah Alam kadang-kadang dia banyak menyeleweng. Saya hendak benda yang realiti. Jadi, saya hendak biarlah kita bercakap dalam Dewan ini... Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali [Titiwangsa]: Titiwangsa boleh agaknya. Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib [Maran]: Yang Berhormat Titiwangsa sudah bercakap tadi. Tuan Yang di-Pertua, beri peluang kepada saya. Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali [Titiwangsa]: Hendak komen sedikit, Tuan Yang di-Pertua, boleh? Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib [Maran]: Sila, sila. Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Ya, saya minta komen jugalah sedikit. Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib [Maran]: Sahabat saya, Yang Berhormat Titiwangsa, kasihan dia. Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali [Titiwangsa]: Okey, terima kasih banyak-banyak. Tuan Yang di-Pertua, kita kena ingat sejarah bagaimana Nelson Mandela yang dipenjarakan berpuluh-puluh tahun, akhirnya dia diangkat menjadi pemimpin tertinggi negara dia.

DR 21.10.2009 37

■1250 Jadi tidak semestinya orang yang dipenjarakan itu langsung tidak boleh diberikan penghargaan. Jadi saya kira apa yang diperkatakan itu, bukan kita kata semua orang tetapi pihak-pihak tertentu. Kalaupun dia dipenjarakan tetapi sekiranya dia layak dan mungkin ada kesilapan di situ dalam memenjarakan dia dan sebagainya atau rejim yang sebelumnya telah melakukan kesilapan, jadi saya kira kita tidak perlu berbahas tentang perkara ini dan yang penting orang yang layak. Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua: Perkara itu Yang Berhormat, biar kita bincangkan dalam akta yang lain pula. Yang ini Akta Gagah Berani. Dato' Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib [Maran]: Tuan Yang di-Pertua, kerajaan tidak sezalim itu. Kita dalam peraturan sama ada undang-undang negara, Undang-undang Perkhidmatan Awam kalau penjawat awam melakukan kesilapan kita boleh surcaj dia. Kalau kita silap menghukum dia, kerajaan akan bayar balik. Kalau gaji dia diberhentikan, tiba-tiba dia menang, kita akan bayar gaji dia balik. Sebab itu saya dari segi ini, saya tidak timbulkan masalah. Saya tidak soal dari segi ini maknanya kalau betul-betul berlaku saya tengok tidak ada masalah pada saya dan yang penting pada saya sekarang ini ialah bagaimana kita hendak berterima kasih kepada pahlawan-pahlawan seperti ini yang saya kecewa kadang-kadang kita sendiri tidak menerimanya, tidak berterima kasih kepada mereka. Hari ini kita aman Tuan Yang di-Pertua. Memang kita selesa tetapi kita belum tahu lagi 10 tahun, 20 tahun akan datang. Apakah kita rela mengorbankan keamanan negara ketika ini... Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: [Bangun] Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Shah Alam masih juga mahu penjelasan Yang Berhormat. Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Sedikit sahaja. Dato' Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib [Maran]: Saya kadang-kadang kena tengok juga Yang Berhormat Shah Alam ini stail macam mana. Terima kasih. Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: [Ketawa] Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Maran. Bukan apa, saya hendak betulkan sedikit sahaja hendak samakan orang yang kena tahan bawah ISA dengan perompak dengan penyamun tidak betul kerana perompak dengan penyamun dia dibawa ke mahkamah dan terbukti kesalahannya. Akan tetapi orang yang ditahan di bawah ISA adalah seperti orang-orang seperti Nelson Mandela, seperti pejuang-pejuang kemerdekaan yang pernah ditahan oleh kerajaan penjajah British yang ditahan atas sebab-sebab politik dan kepentingan politik dan tidak dibuktikan kesalahannya. Inilah apa yang dicadangkan sama ada daripada UMNO ataupun daripada PAS ataupun daripada DAP orang-orang yang berjuang demi kepentingan negara atas satu wawasan inginkan negara ini adil, bebas, merdeka, bebas daripada cengkaman pemimpin- pemimpin yang makan rasuah sebagai contoh. Maka orang-orang yang seperti ini oleh kerana perjuangan mereka untuk kepentingan negara dan kepentingan masyarakat bukan atas desakan perut mereka masing-masing. Orang-orang ini telah ditahan dan atas sebab pengorbanan mereka maka pengorbanan mereka patut dihargai dan ini semua merupakan sumbangan ke arah membawa satu demokrasi yang matang di negara kita. Dato' Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib [Maran]: Saya ingat Yang Berhormat Shah Alam sudah beri ucapan Tuan Yang di-Pertua. Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Saya minta Yang Berhormat Maran khususnya apabila hendak berhujah biarlah faktanya tepat dan jangan kita samakan ISA dengan kes rompak dan mencuri. Ianya hanya menunjukkan kedangkalan ataupun kekurangan dan kejahilan diri kita sendiri apabila kita membawa hujah-hujah yang seperti itu... [Dewan riuh] Dato' Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib [Maran]: Tuan Yang di-Pertua.... 38 DR 21.10.2009

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya pun menyokong cadangan menaikkan elaun. Dato' Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib [Maran]: Sila duduk. Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Sebanyak RM2,000 sekarang ini memang tidak cukup bagi orang yang sudah telah mengorbankan diri mereka dan ada yang cedera, ada yang tidak ada kaki dan sebagainya. Terima kasih. Dato' Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib [Maran]: Tuan Yang di-Pertua, beri peluang kepada saya Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, saya sudah jelaskan contoh tadi, penjawat awam saya sudah jelaskan sebagai contoh, Yang Berhormat Shah Alam masih tidak faham juga lagi? Saya malas hendak jawab, saya contohkan kalau ISA punya kes, orang-orang di ISA yang memang jelas menimbulkan ancaman kepada negara dan kita hendak beri dia peluang. Serupa saya bagi contoh macam perompak, jelas perompak tadi bukan saya hendak beri perompak pingat, tidak. Ini tidak boleh hendak fikir kah Yang Berhormat Shah Alam. Tuan Yang di-Pertua, serupa juga dengan SPRM. Kita akan bincang tentang SPRM di sini. Kita setuju SPRM ada tetapi apabila sebelah sana kena SPRM, macam- macam salah SPRM, kita tidak timbul pun. Jadi kalau sungguh, biarlah kena semua, sebab itu saya pernah cakap dahulu rasuah bukan masalah BN sahaja, bukan masalah sebahagian sahaja tetapi masalah universal, international problem, dengan izin. Jadi Yang Berhormat Shah Alam pun sebagai orang lama, faham-fahamlah sedikit. Saya kecil lagi, bukanlah muda, tidak tetapi kecil. Tuan Yang di-Pertua, sebab itulah saya sebagai Ahli Parlimen Barisan Nasional dengan berterima kasih kepada jasa dan pengorbanan yang diberikan oleh pasukan keselamatan kita seperti polis dan tentera bahkan yang telah pergi, mereka tidak merasa nikmat seperti yang kita rasa Tuan Yang di-Pertua. Mereka tidak rasa, mereka korbankan nyawa mereka, darah mereka, harta benda mereka tetapi yang menikmati ialah kita hari ini. Akan tetapi kita yang dipilih sebagai Ahli Parlimen, Yang Berhormat, orang besar-besar, orang-orang kaya dan sebagainya kenapa tidak boleh kita berterima kasih kepada mereka. Ini kadang-kadang menafikan jasa yang dimainkan oleh pasukan keselamatan. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya sedikit sahaja lagi di samping saya bersetuju oleh kerana ini mungkin kemampuan kerajaan paling tidak kita naikkan elaun mereka daripada RM400 kepada RM2,000. Saya hendak bertanya berapa orang kah daripada kumpulan ini yang mendapat faedah daripada elaun ingatan ini dan apakah faedah juga yang diberikan oleh kerajaan kepada anak dan isteri mereka? Saya kira oleh kerana bapa ataupun pasukan keselamatan ini sebagai bapa adalah merupakan kepala dalam keluarga. Kalau mereka telah cedera dan sebagainya sudah tentulah beban yang ditanggung oleh keluarga mereka agak berat. Jadi apakah faedah-faedah lain yang diperoleh oleh anak, isteri, keluarga dan sebagainya. Tuan Yang di-Pertua, atas kesedaran itu, saya menyokong cadangan pindaan akta ini. Terima kasih banyak. Tuan Yang di-Pertua: Sila. Tuan Mohd. Firdaus Jaafar [Jerai]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua: Selepas daripada Yang Berhormat Jerai, Yang Berhormat Sekijang. 12.56 tgh. Tuan Mohd. Firdaus Jaafar [Jerai]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi ruang kepada saya untuk berbahas suatu akta untuk meminda Akta Seri Pahlawan Gagah Perkasa (Elaun Kenangan) 1990. Menurut dalam akta ini dianugerahkan kepada sesiapa yang melaksanakan keberanian luar biasa. Jadi pada pagi ini kita semua telah bersetuju supaya dinilai semula dan diberi penghormatan yang terbaik kepada golongan yang terlibat dan kita sama-sama menghormati dan sama-sama memuliakan mereka. DR 21.10.2009 39

Mereka telah pun melaksanakan tugas mereka dengan jayanya sehingga mereka terpaksa cedera dan mereka terpaksa mengorbankan masa dan kehidupan mereka demi keselamatan negara. Jadi dengan adanya elaun ini, penambahan yang sebegini memberi ruang ataupun kehidupan lebih selesa kepada mereka dalam keadaan ekonomi yang meruncing ini. Namun kami daripada Pakatan Rakyat juga menyokong mereka kerana mereka juga berkorban untuk negara dan kita juga bersetuju dengan pindaan ini kerana kita yakin dan percaya akan memberi kekuatan ekonomi kepada mereka dan generasi yang akan datang dan memberi sokongan kepada pegawai-pegawai dan tentera yang sedang bertugas kerana memberi satu semangat kepada mereka untuk terus menjaga dan terus bekerja. Pengorbanan mereka dinilai dan dihormati oleh semua pihak terutama oleh kerajaan Malaysia dan kami menyokong kerana ia merupakan adalah satu pengorbanan yang besar yang perlu dinilai dalam negara kita. Dato' Haji Ab. Halim Ab. Rahman [Pengkalan Chepa]: Boleh minta laluan sedikit? Tuan Mohd. Firdaus Jaafar [Jerai]: Sila. Tuan Yang di-Pertua: Sila Yang Berhormat Pengkalan Chepa. Dato' Haji Ab. Halim Ab. Rahman [Pengkalan Chepa]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Jerai. Tadi dalam banyak ucapan yang dibuat oleh Ahli Parlimen terutama sekali Yang Berhormat Maran iaitu fokusnya Seri Panglima Gagah Perkasa ini banyaknya diberi kepada tentera dan polis. Banyak lagi sektor-sektor lain yang mempunyai uniform seperti bomba, imigresen, kastam yang mati dalam keadaan gagah perkasa. Apakah Yang Berhormat Jerai setuju bahawa dilebarkan kepada beberapa sektor yang lain? Tuan Mohd. Firdaus Jaafar [Jerai]: Saya bersetuju kerana kita melihat contohlah bomba, JBA dan ramai lagi anggota beruniform yang juga bertugas menjaga kepentingan orang ramai. Jadi supaya kementerian mengambil kira termasuklah pejuang-pejuang kemerdekaan, pejuang-pejuang yang tersenarai nama mereka sebagai pejuang. Walaupun zaman dan ketika itu mereka dianaktirikan dan sebagainya tetapi nama mereka sebagai pejuang yang mengukir sejarah nama negara kita. Tujuan mereka adalah hendak membebaskan negara kita dari cengkaman komunis dan sebagainya. Jadi dengan adanya sokongan ini ataupun penambahan elaun yang begitu tinggi ini saya yakin dan percaya akan memberi satu lagi sokongan yang cukup padu kepada anggota tentera dan anggota beruniform atau yang bersenjata ini untuk terus menjaga keamanan negara dan tanpa mempedulikan sesiapa sahaja yang pastinya mereka membebaskan diri mereka dan negara kita daripada ancaman musuh. Terima kasih. 12.59 tgh. Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed [Sekijang]: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk sama-sama membahaskan akta untuk meminda Akta Seri Pahlawan Gagah Perkasa (Elaun Kenangan) 1990. Tuan Yang di- Pertua, saya menyokong sepenuhnya tentang pindaan ini iaitu menaikkan elaun daripada RM400 kepada RM2,000 walaupun rakan-rakan saya kata tadi bahawa RM2,000 sebenarnya masih rendah lagi tetapi sekurang-kurangnya kita telah meminda kepada yang agak terbaik tetapi saya rasa jabatan ataupun kementerian yang terlibat harus memikirkan kerana RM2,000 ini memang tidak ada apa yang sebenarnya yang boleh dibeli dalam waktu masa sekarang ini. Walaupun semalam kita dengar daripada pihak pembangkang semalam kita hendak mendahulukan bill ini, kita lihat semalam pembangkang bersungguh-sungguh kata banyak sangat dia punya songeh kata tidak bolehlah, apalah, semua sekali sebab kita fikir di pihak kerajaan bahawa bill ini perlu didahulukan. Oleh sebab itu kita di pihak kerajaan, kita memikirkan terbaik untuk rakyat, terbaik untuk penerima. Sebab itu apabila bilangan ini hendak didahulukan pada hari ini, saya rasa ini adalah langkah yang bijak yang dibuat oleh kerajaan walaupun yang telah agak lewat. 40 DR 21.10.2009

Sepatutnya lebih awal daripada dahulu kita telah meminda bill ini supaya penerima-penerima ini boleh menerimanya dengan lebih awal lagi. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, saya rasa langkah bijak untuk kita berhenti dahulu kerana makan tengah hari. Jadi Yang Berhormat sambung perbahasan nanti. Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed [Sekijang]: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat mesyuarat kita tangguhkan sehingga pukul 2.30 petang nanti. Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.01 petang. Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat ] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Saya jemput Yang Berhormat Sekijang untuk menyambung perbahasan. 2.32 ptg. Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed [Sekijang]: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya menyambung perbahasan saya daripada sebelah pagi tadi. Seperti mana yang saya sebutkan tadi bahawa kenaikan elaun daripada RM400 kepada RM2,000 itu memang rendah. Maknanya mengikut kepada kadar kehidupan pada hari ini. Kalau di bidang sukan kita boleh memberi insentif yang tinggi kepada ahli-ahli sukan kita, kepada pasukan sukan kita, tetapi orang yang berkorban untuk negara, orang yang berkorban daripada segi tenaga, jiwa dan nyawanya untuk negara, kita juga harus memikirkan satu tahap yang bukan lumayan tetapi boleh memberikan kehidupan mereka dapat setara dengan orang-orang lain. Bukannya nanti bila kita kata RM2,000 lepas itu taraf kemiskinan di bandar mungkin sampai pada RM2,000, lepas itu kita pun tidak ambil perhatian kepada mereka ini Tuan Yang di-Pertua. Perkara kedua yang ingin saya bangkitkan Tuan Yang di-Pertua ialah saya ingin tahu apabila penerima ini meninggal dunia, apakah elaun ini boleh dibagi kepada pewaris- pewaris mereka kerana dalam syarat-syarat yang saya terbaca, tidak boleh. Apabila penerima ini meninggal dunia, maka dia terhenti begitu sahaja. Yang ini saya rasa tidak begitu adil Tuan Yang di-Pertua, kerana walaupun isteri dan anak tidak bersama dengan dia dalam menjalankan tugas, berkorban nyawa, tetapi daripada segi semangat perjuangan itu adalah datang daripada rumah, datang daripada keluarga dan tidak adil kalau penerima ini meninggal dunia lepas itu terhenti sedangkan selama ini isteri atau anak yang dapat menikmati elaun ini tiba-tiba tidak dapat elaun dengan begitu sahaja, terhenti. Kalau ini yang berlaku, saya minta kepada jabatan, saya minta kepada kementerian yang berkaitan ini supaya memikirkan semula, supaya penerima dan juga apabila dia meninggal dunia boleh diserahkan kepada waris-waris yang terdekat, yang mungkin boleh ditentukan oleh kita kemudian nanti ataupun oleh jabatan-jabatan yang terlibat kemudian nanti. Saya juga ingin tahu sama ada elaun ini dikenakan cukai atau tidak. Kalau dikenakan cukai, saya rasa tidak patut, dicampur dengan pendapatan yang lain dan dikenakan cukai. Elaun ini saya minta kalau boleh dikecualikan daripada cukai, kerana kita memikirkan kepada pengorbanan yang telah dibuat selama ini dan kalau selama ini dia dapat RM400 mungkin tak kena cukai, mungkin RM2,000 dia dah kena cukai Tuan Yang di- Pertua. Saya minta supaya elaun yang diterima oleh penerima bintang PGP ini supaya dikecualikan daripada cukai. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mencadangkan supaya mereka yang telah berkhidmat terutamanya di dalam angkatan bersenjata kita yang bertugas 24 jam, yang mana ada di antara mereka ini meninggalkan perkhidmatan mereka kurang daripada 21 tahun, yang mana mereka ini tidak dibolehkan mendapat pencen. DR 21.10.2009 41

Apabila mereka ini tidak dibolehkan mendapat pencen, apabila mereka keluar walaupun semasa mereka berkhidmat itu mereka berkhidmat dengan penuh cemerlang, mereka berkhidmat dengan baik dan memberikan pengorbanan dan mereka mungkin dicadangkan untuk pingat PGP ini mungkin tidak selayak sebagaimana peraturan dan syarat yang ditentukan, tetapi mungkin kita boleh membuat satu pingat lain yang juga kita boleh panggil Elaun Kenangan yang di bawah sikit daripada itu mungkin dalam RM500 dan sebagainya, yang mungkin boleh diberikan kepada mereka ini kerana mereka ini adalah orang yang telah berkhidmat di dalam pasukan keselamatan yang menjaga keselamatan dalam negara kita ini. Jadi, saya rasa kalau mereka ini diberikan pingat dan elaun ini, kita akan mengenang jasa mereka yang melakukan pengorbanan dan mereka akan rasa pengorbanan mereka ini diiktiraf oleh kerajaan kita melainkan apabila mereka setelah menerima ini mereka melakukan kesalahan-kesalahan yang berkaitan dengan undang- undang di dalam negara kita, mungkin kita boleh tarik balik dan sebagainya yang tidak membolehkan mereka mendapat elaun. Ini saya ingin mencadangkan kepada jabatan ataupun kementerian yang terlibat supaya mereka yang berkhidmat kurang daripada 21 tahun dan memberikan perkhidmatan cemerlang semasa perkhidmatan mereka juga perlu diberi perhatian. Jadi Tuan Yang di-Pertua, dengan itu saya pohon menyokong. Terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Sibuti. 2.39 ptg. Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang [Sibuti]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya juga ingin turut serta untuk menyokong rang undang-undang ini, akta untuk meminda Akta Seri Pahlawan Gagah Perkasa (Elaun Kenangan) 1990. Kita patut dan mesti mengingatkan pahlawan-pahlawan kita yang berjuang mengorbankan nyawa mereka untuk negara di mana kita yang hidup pada hari ini aman damai, tenteram. Ada yang jadi kaya raya dan ada yang hidup senang lenang. Anak-anak kita juga menjadi bijak pandai. ■1440 Oleh yang demikian memang adil kita mengatakan bahawa pengiktirafan kepada mereka untuk mendapat elaun RM2,000 daripada RM400 ini mesti diberi ganjaran kepada mereka. Saya menyokong dengan apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Sekijang tadi jika wang ini apabila mereka meninggal dunia, dipindahkan kepada isteri mereka di mana pada masa mereka bertugas dahulu isteri merekalah yang tinggal di rumah keseorangan, memelihara anak mereka, menjaga keselamatan rumah tangga dan patutlah kita memikirkan bahawa ianya boleh dipindahkan kepada isteri mereka. Kita juga mengucapkan kesyukuran kepada negara kita Malaysia di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita yang baru Dato' Sri Mohd Najib yang boleh melihat sendiri apabila beliau dahulu pernah menjadi Menteri Pertahanan bagaimana pejuang-pejuang negara kita yang terkorban pada masa kini sedangkan kita memberi pengiktirafan, penghargaan yang tinggi kepada pahlawan-pahlawan kita yang memerdekakan negara kita daripada ancaman-ancaman komunis dan orang-orang yang mengganggu gugat negara kita. Oleh yang demikian, saya sangat-sangat merasa terharu mengenangkan bahawa pejuang-pejuang kita ini telah pun meninggal, tidak dapat melihat bagaimana pembangunan yang begitu canggih pada masa ini walaupun mereka berperang dahulu dengan senjata- senjata yang jauh ketinggalan daripada senjata-senjata yang ada pada masa kini. Terima kasih kita ucapkan kepada mereka dan keluarga mereka di mana perjuangan mereka tetap kita kenang, dengan itu saya menyokong terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Shah Alam. 2.43 ptg. Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya juga ingin menyatakan sokongan saya yang sepenuhnya kepada pindaan Undang-undang Akta Sri Pahlawan Gagah Perkasa ini. 42 DR 21.10.2009

Dan saya juga ingin menyatakan kekesalan saya kerana ianya hanya dicadangkan pada hari ini sedangkan saya merasakan sepatutnya ianya dikemukakan jauh lebih awal lagi. Kerana ini merupakan tahun 2009 sedangkan pengorbanan yang telah mereka lakukan sekiranya pada zaman kemerdekaan ataupun pada zaman ancaman komunis merupakan pengorbanan yang telah berlalu berpuluh-puluh tahun. Amat malang bagi negara Malaysia terpaksa menunggu Perdana Menteri yang bekas Menteri Pertahanan barulah pengorbanan anggota tentera dapat dihargai dengan sedemikian rupa. Yang dihormati Tuan Pengerusi saya juga... Beberapa Ahli: Tuan Yang di-Pertua... Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Tuan Yang di-Pertua, maaf. Saya juga ingin menyatakan bahawa sebenarnya apa yang mereka perjuangkan dan apa yang mereka korbankan bukanlah sekadar untuk melihat negara kita merdeka tetapi lebih daripada itu mereka mahu melihat sebuah bangsa yang merdeka yang dapat hidup dalam keadaan di mana rakyat jelatanya dilayani dengan adil dan pemerintahan yang bersih yang mengambil berat tentang keadaan rakyat jelata yang sebangsa. Adalah dianggap bahawa penjajah semestinya tidak akan memberikan kepentingan dan layanan yang setaraf kerana mereka penjajah. Harapan mereka apabila mereka mengangkat senjata mempertahankan negara ini daripada ancaman komunis, apabila mereka berjuang untuk mencapai kemerdekaan ialah supaya akan terbentuk sebuah kerajaan yang akan membela rakyat yang bebas daripada rasuah, yang tidak bertindak zalim terhadap rakyatnya sendiri. Kami daripada Pakatan rakyat memahami dan menjiwai dasar perjuangan yang sebegitu rupa dan seperti mana mereka sanggup berkorban, sanggup berhadapan dengan bermacam-macam ancaman untuk melihat sebuah negara yang benar-benar bebas daripada penyelewengan dan kezaliman itu. Maka kami juga mempunyai semangat perjuangan yang sama. Di kalangan daripada anggota-anggota Pakatan Rakyat sanggup berhadapan dengan FRU, sanggup berhadapan dengan ISA, pada zaman sekarang dalam usaha kita untuk meneruskan perjuangan murni yang telah pernah dizahirkan oleh angkatan tentera kita dalam perjuangan mereka untuk mencapai kemerdekaan. Walaupun saya faham ada di kalangan pemimpin-pemimpin Barisan Nasional mereka tidak menghargai pengorbanan yang dizahirkan oleh kami sehingga menyamakan tindakan tahanan ISA sama seperti orang-orang yang mencuri dan yang merompak. Akan tetapi sikap seperti inilah yang telah dizahirkan oleh Kerajaan British terhadap Datuk Bahaman dahulu, terhadap Mat Kilau dahulu, yang mana rakyat biasa sanggup berkorban untuk menjamin keadilan dan keamanan, untuk menjamin sebuah kerajaan yang bersih supaya rakyat jelata dapat menikmati satu kedudukan yang terhormat dan terbela. Kami daripada Pakatan Rakyat semestinya merupakan di antara yang terawal yang menyokong pindaan yang sebegini rupa kerana apa yang diperjuangkan oleh mereka adalah merupakan apa yang dijiwai dan diperjuangkan oleh kami bersama... Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed [Sekijang]: [Bangun] Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Silakan Yang Berhormat Sekijang. Datuk Haji Baharum bin Haji Mohamed [Sekijang]: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih sahabat saya dari Shah Alam. Saya kadang-kadang confuse dengan izin Tuan Yang di-Pertua. Apabila Tuan Yang di-Pertua semalam minta kita mendahulukan bill ini daripada bill yang lain, kita mendapat bantahan daripada pembangkang. Namun pada hari ini nampaknya dia bersungguh-sungguh pula. Yang ini saya kata saya tidak faham confuse . Mana satu ini yang mengelirukan kita, mengelirukan Dewan dan juga mengelirukan rakyat. Yang ini yang saya ingat yang selalu dia buat, terima kasih Yang Berhormat Shah alam. Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Saya kasihan orang BN, Malaysia selalu confused. Saya cadangkan tukar kepada BK lah ataupun BC lah, barisan confused. DR 21.10.2009 43

Puan Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Yang Berhormat Shah Alam minta penjelasan. Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Ya. Puan Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Yang Berhormat Shah Alam, masalahnya saya rasa apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sekijang adalah membuktikan ahli- ahli Barisan Nasional sukar memutarbelitkan. Semalam saya bangun saya tanya apa sebab didahulukan sebab rang undang-undang baru dibacakan bacaan kali pertama semalam, apa sebab didahulukan?Itu sahaja.Akan tetapi sekarang Yang Berhormat Sekijang memutarbelitkan kenyataan. Saya rasa Yang Berhormat Shah Alam mesti membetulkan Yang Berhormat Sekijang. ■1450 Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Akan tetapi susah hendak membetulkan orang Barisan Nasional ini. Pasal dia sudah tidak betul kan, lalu hendak betulkan susah... [Ketawa] Tidak apalah, biarlah dia dengan keadaan confuse dia, dengan keadaan tidak betul dia. Benda ini dia orang sudah lewatkan berpuluh-puluh tahun. Kita asyik tanya sehari, macamlah dia yang hendak buat dan dialah yang mementingkan keadaan dan kedudukan orang-orang yang telah berkorban selama ini. Saya bersetuju sebenarnya dengan apa yang telah dicadangkan oleh Yang Berhormat Sekijang. Kalau sekiranya seorang yang telah menerima elaun ini, dia meninggal dunia, meninggalkan isteri dan anak, maka sepatutnya elaun itu diteruskan seperti mana pencen dan sebagainya kerana keluarganya terpaksa menanggung kesan daripada pengorbanannya, yang pertama. Kedua, saya juga bersetuju dengan apa yang telah disebutkan oleh Yang Berhormat Padang Terap dan juga Yang Berhormat Jerai di mana sebenarnya orang yang telah berkorban untuk negara ini ramai dan tidak terhad hanya kepada angkatan tentera dan kepada pihak polis sahaja tetapi sesiapa sahaja yang telah memberikan perkhidmatan supaya rakyat dapat menikmati satu taraf kehidupan bukan sekadar material tetapi dari segi kebebasan untuk bersuara, kebebasan untuk berpolitik, kebebasan untuk menegur dan memperbetulkan pemerintah yang tidak adil dan yang menyimpang. Mereka yang telah memberikan sumbangan yang bermakna seperti ini harus diiktiraf dan diberikan pengiktirafan dan penghormatan. Soal keperluan untuk memberikan ganjaran, wang, elaun dan sebagainya soal yang kedua. Saya cukup yakin bahawa pahlawan-pahlawan gagah perkasa ini apabila mereka memperjuangkan kemerdekaan negara atau membendung ancaman komunis, di pemikiran mereka bukan soal ganjaran kewangan tetapi di pemikiran mereka soal kehidupan, kebebasan dan keadilan yang akan dinikmati oleh rakyat negara mereka hasil daripada pengorbanan mereka. Tidak ada makna Yang Berhormat, kiranya kita berikan elaun yang kita tambahkan sekali pun daripada RM400 jadi ke RM2,000 ataupun pada RM5,000. Akan tetapi, pada masa yang sama kita mengkhianati pengorbanan dan perjuangan mereka dengan kita mewujudkan satu corak pemerintahan yang rakus, satu corak pemerintahan yang tenggelam dengan amalan rasuah, satu corak pemerintahan yang menindas rakyat sendiri. Adalah amat diharapkan bahawa Dewan ini bukan sekadar mengiktiraf pengorbanan mereka dengan memberikan ganjaran kewangan tetapi menentukan bahawa kerajaan yang memerintah merupakan sebuah kerajaan yang akan mentadbir, memerintah dan menguruskan kekayaan negara ini dengan amanah, dengan mengambil kira kepentingan rakyat... Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh [Putatan]: Berilah laluan. Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Ya, sila Yang Berhormat Putatan. Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh [Putatan]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Cukup hebat Yang Berhormat Shah Alam petang ini kerana kurang orang dalam Barisan Nasional. Kononnya, dia jadi wira bagi Pembangkang sebab kurang sedikit di belakang, sebab tidak suka mendengar hujah Yang Berhormat Shah Alam ini. Tidak suka! 44 DR 21.10.2009

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Tidak suka. Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh [Putatan]: Tidak suka, jadi mereka tidak masuk Tuan Yang di-Pertua. Apabila kita melihat apa yang diambil tindakan oleh pihak kerajaan... Seorang Ahli: Yang Berhormat Putatan... Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh [Putatan]: Bukan, saya minat. Beberapa Ahli: [Ketawa] Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh [Putatan]: Sebab dia cuba mengelirukan rakyat, yang hujah itu. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Putatan sudah masuk dah. Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh [Putatan]: Masuk, bagus. Jadi Tuan Yang di- Pertua, Kerajaan Barisan Nasional memang sedar sebab itulah... Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: [Menyampuk] Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh [Putatan]: Yang Berhormat Ipoh Barat kalau mahu bercakap, berdirilah. Sebab itulah usaha daripada Kerajaan Barisan Nasional yang murni ini, yang prihatin dengan pejuang-pejuang kita. Jadi, yang dihujahkan... Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: [Bangun] Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh [Putatan]: Yang Berhormat Shah Alam duduklah. Kau bagi chance , biarlah aku habiskan dahulu. Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Aku tarik balik chance itu. Datuk Dr. Marcus Makin Mojigoh [Putatan]: Yang Berhormat Shah Alam ini cuba untuk mengelirukan rakyat. Kita lihat apa yang dilaksanakan oleh Kerajaan Barisan Nasional. Pada hari Isnin, kita telah kembali dengan feel good feeling factor kepada rakyat. Kita sudah menyatukan satu negara Malaysia yang kononnya dipermainkan oleh Pembangkang bahawa rakyat ini tidak bersatu. Jadi, banyak lagi program-program Yang Berhormat, yang akan dilaksanakan oleh Kerajaan Barisan Nasional yang sungguh murni yang memberikan keprihatinan dan kepercayaan kepada rakyat. Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Ya, Tuan Yang di-Pertua. Okey, terima kasih. Saya harap keikhlasan dalam ucapan Yang Berhormat Putatan akan menghasilkan tindakan yang sewajarnya terhadap kes PKFZ lah ya. Itulah yang kita hendak tengok. Di mana kata-kata itu dikotakan dalam tindakan. Orang yang terlibat dalam rasuah, dalam commission . Pejuang-pejuang yang seperti ini Yang di-Pertua, mereka mengorbankan segala- galanya. Mereka tidak dapat menikmati RM10 juta yang diberikan kepada pimpinan- pimpinan yang tertentu. Mereka tidak dapat menikmati komisen yang berbilion-bilion hasil daripada pembelian kapal selam dan jet Sukhoi dan bukan itu harapan mereka pun. Mereka berkorban dan berjuang untuk melihat satu kerajaan yang bertanggungjawab dan amanah dan jangan kita menghina mereka dengan hanya memberikan elaun RM2,000 dan kita kata kita telah menunaikan tanggungjawab kita kepada mereka sambil kita mengekalkan budaya politik yang rasuah dan kroni. Itu merupakan penghinaan yang paling hebat. Marilah kita tentukan kalau kita benar-benar ingin mengiktiraf dan memberikan penghormatan kepada mereka yang telah berjuang dan yang telah berkorban. Bukan sekadar memberikan ganjaran elaun yang munasabah tetapi berusaha menentukan satu kerajaan yang benar-benar amanah dan prihatin. Ya, Yang Berhormat Kuala Selangor. Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Shah Alam. Memang cukup hebatlah. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Shah Alam kerana dalam suasana inilah yang dikatakan definisi dan maksud patriotism atau patriotisme itu menjadi ukurannya. DR 21.10.2009 45

Pingat ini wajar diletakkan kriteria utamanya adalah semangat patriotisme itu. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Shah Alam, apakah setuju dalam semangat yang dibangkitkan tadi satu kata-kata hikmatlah walaupun daripada mana pun, daripada barat kah, daripada timur kah. Akan tetapi saya ingin mengungkap kerana ukurannya tadi adalah perjuangan untuk negara. Dikatakan oleh Edward Abbey. Seorang patriot itu dengan izin, saya quote dalam bahasa Inggeris: “A patriot must always be ready to defend his country against his government” . Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin minta sokongan daripada Yang Berhormat Shah Alam kalau beliau bersedia kerana dikatakan juga seorang patriot “A patriot must always be loyal and ready to defend the country all the time, but the government when it deserves it” . Inilah ukuran kriteria saya ingat perlu diambil kira dalam menganugerahkan pingat yang kita perbincangkan, bahaskan ini. Di sinilah kita tidak akan mengira apa bulunya, apa warnanya dan inilah yang dituntut dalam semangat apa yang dilaung-laungkan untuk kembali mewujudkan sebuah negara bangsa yang benar-benar adil dan dapat meraikan kesemuanya perjuangan yang membangunkan negara ini kembali. Saya ingat, Yang Berhormat Shah Alam, saya minta persetujuan ini. Terima kasih. ■1500 Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Ya, saya setuju semua dengan Yang Berhormat Kuala Selangor, boleh dimasukkan dalam ucapan saya sekali sebagai sebahagian ucapan saya. Itulah, to put it in a nutshell, dengan izin, apa yang kita maksudkan iaitu soal perjuangan, kasih kepada negara, pengorbanan untuk negara. Akhirnya ia bukan untuk secebis tanah, ia bukan untuk balasan-balasan kewangan dan sebagainya tetapi apa yang kita hendak ialah kita ingin melihat satu suasana di mana rakyat kita ini dapat menikmati kekayaan, kemewahan yang merupakan hak mereka kerana kekayaan dan kemewahan yang dianugerahkan kepada negara ini tidak sepatutnya dibolot oleh orang-orang yang tertentu. Saya ingin menegaskan bahawa dalam pada saya menyokong cadangan pindaan ini, peringatan-peringatan yang ingin saya tegaskan bahawa ia tidak memadai. Mereka bukan berjuang untuk pingat, mereka bukan berjuang untuk wang, mereka berjuang untuk melihat sebuah negara yang benar-benar bebas daripada undang-undang yang zalim seperti ISA, bebas daripada sebuah kerajaan yang rasuah, bebas daripada golongan pemerintah yang hanya memikirkan hendak tambah, hendak timbunkan kekayaan untuk kepentingan mereka sendiri dengan kita memberikan elaun walaupun RM2,000 ataupun RM10,000 tidak bererti bahawa kita bebas daripada tanggungjawab kita untuk meneruskan perjuangan yang telah mereka mulakan iaitu kemerdekaan yang sebenarnya. Terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Sri Aman. 3.02 ptg. Tuan Masir Kujat [Sri Aman]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan saya peluang untuk membahaskan serba sedikit mengenai Rang Undang- undang Seri Pahlawan Gagah Perkasa (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. Saya sebenarnya menyokong apa yang telah dibahaskan oleh beberapa Ahli Yang Berhormat mengenai cadangan meningkatkan pemberian elaun penerima pingat SP ini daripada RM400 kepada RM2,000. Jasa mereka saya fikir yang berkorban demi keselamatan negara harus disanjung tinggi oleh kita semua. Tuan Yang di-Pertua, pagi tadi Yang Berhormat daripada Mambong ada menyatakan bahawa seorang penerima SP iaitu Encik Kanang Anak Langkau yang masih hidup telah menetap di Sri Aman. Saya bercadang selain elaun kenangan sebanyak RM2,000 diberi kepada beliau, kerajaan patut menimbangkan pemberian insentif lain seperti sebidang tanah dua atau tiga ekar untuk beliau dan keluarga menyara hidup seharian di Sri Aman sebab saya faham kehidupan Encik Kanang Anak Langkau ini tidak begitu baik. Datuk Dr. Marcus Mojigoh [Putatan]: Beri laluan Yang Berhormat Sri Aman? Tuan Masir Kujat [Sri Aman]: Dari mana ini? 46 DR 21.10.2009

Datuk Dr. Marcus Mojigoh [Putatan]: Yang Berhormat Putatan. Tuan Masir Kujat [Sri Aman]: Ya, sila. Datuk Dr. Marcus Mojigoh [Putatan]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya tertarik dengan hujah Yang Berhormat, terima kasih Yang Berhormat. Soal orang perseorangan yang dianugerahkan Pingat Gagah Berani, sahabat saya dari Sarawak juga, apabila saya menghadiri by election, pilihan raya kecil di Batang Ai. Saya terjumpa beliau dengan gaya hidup beliau yang seolah-olah seluar pun tidak berganti. Nama beliau Sigai Anak Nawan. Saya sungguh bersimpati, kalaulah pihak kerajaan dapat melihat juga orang- orang seperti ini supaya dibantu seperti mana Yang Berhormat sebutkan tadi dengan sebidang tanah ataupun elaun yang secukupnya bagi keluarga beliau. Minta mohon kalau dapat persetujuan daripada Yang Berhormat. Tuan Masir Kujat [Sri Aman]: Ya terima kasih Yang Berhormat Putatan, saya memang setuju dengan ucapan beliau dan harap dimasukkan dalam ucapan saya. Tuan Yang di-Pertua, satu lagi cadangan ialah mengenai seorang penerima pingat yang agak tinggi iaitu Encik Awang Anak Raweng yang juga masih hidup di Sri Aman yang menerima George Cross Medal dengan izin ini adalah the highest British gallantry award yang pernah diterima oleh rakyat Malaysia. Sekarang beliau menjadi seorang ketua kaum yang menerima elaun sebanyak RM450 dan tinggal di rumah panjang. Kehidupan beliau juga tidak begitu senang. Semasa darurat dalam tahun 50-an, beliau telah dianugerahkan oleh tentera British sebagai penerima George Cross Medal . Ini adalah satu pengorbanan yang amat besar untuk rakyat Sarawak yang sekarang menetap di kawasan Parlimen saya. Seperti yang saya katakan tadi jikalau kerajaan dapat selain memberi insentif ataupun wang elaun sebanyak RM2,000 sebulan, saya fikir pertimbangan yang saya sebutkan tadi mungkin dapat dipertimbangkan oleh kerajaan sama ada oleh kerajaan negeri ataupun Kerajaan Persekutuan. Jadi itu sahaja yang saya hendak katakan dan dengan ini saya menyokong rang undang-undang ini. Sekian, terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Pokok Sena. 3.06 ptg. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan keizinan kepada saya untuk turut membahaskan pindaan kepada Akta Seri Pahlawan Gagah Perkasa (Elaun Kenangan)1990 yang kemudiannya akan diikuti dengan Akta Panglima Gagah Berani yang saya kira kedua-duanya tidak ada banyak perbezaan. Memang kita tidak menafikan bahawa perlu penghargaan dan pengiktirafan kepada pahlawan-pahlawan negara kita ini yang telah banyak memberikan sumbangan dan jasa sewaktu mereka memberikan perkhidmatan bagi memastikan keselamatan dan pertahanan negara kita ini dapat dikawal daripada ditembusi oleh musuh-musuh negara kita. Namun bagi saya bahawa walaupun saya bersetuju penambahan atau kenaikan elaun ini daripada RM400 kepada RM2,000 tetapi bagi saya yang lebih penting ialah pihak kerajaan harus melihat secara menyeluruh, bukan hanya kepada mereka yang mendapat pingat Panglima Gagah Berani dan Pahlawan Gagah Perkasa kerana kalau atas hujah ini untuk kita katakan bahawa satu keprihatinan kerajaan kepada anggota tentera ataupun pasukan keselamatan negara kita. Saya kira terlalu kecil kerana mereka yang memiliki pingat Pahlawan Gagah Perkasa dan Gagah Berani ini tidak sampai 100 orang pun, campur kedua-duanya dan juga campur pingat yang juga disebut tadi yang telah dianugerahkan oleh kerajaan British itu, tidak sampai 100 orang pun. Jadi terlalu kecil untuk kita katakan bahawa sumbangan kepada mereka-mereka yang berjasa sedangkan mereka yang berjasa ini bukan sahaja pemegang-pemegang pingat gagah perkasa dan juga pingat gagah berani ini. DR 21.10.2009 47

Keseluruhan anggota pasukan keselamatan kita ini sama ada tentera ataupun polis, mereka telah memberikan sumbangan yang sangat bermakna untuk memastikan pertahanan dan keamanan dalam negara kita ini. Oleh yang demikian, bagi saya apa yang lebih penting ialah untuk kerajaan lebih melihat kepada bagaimana masa depan anggota pasukan keselamatan dalam negara kita ini. Kita tidak boleh... saya lebih melihat bahawa sekarang ini kerajaan lebih kepada hendak melihat anggota tentera khususnya dan anggota polis dalam konteks untuk memanipulasi kepentingan politik yang ada di satu sudut yang ada kepada anggota pasukan keselamatan itu untuk kepentingan politik UMNO dan juga Barisan Nasional. Saya sentuh bahawa ini berkaitan dengan soal hak kebebasan dari segi undi umpamanya. Undi pos, ini isu yang saya kira bahawa yang harus dilihat oleh pihak kerajaan selain daripada kita melihat hanya kepada hendak memberi soal penambahan elaun daripada RM400 kepada RM2,000, tetapi dari satu sudut yang lain kita tidak memperlihatkan untuk menjaga kebajikan secara yang lebih menyeluruh sewaktu mereka masih berkhidmat. Akan tetapi sebaliknya sewaktu mereka masih berkhidmat, kerajaan lebih menggunakan kedudukan mereka itu untuk memastikan supaya kerajaan khususnya UMNO dan Barisan Nasional memperolehi satu keuntungan politik dari sudut undi pos yang dilaksanakan di dalam negara kita ini. ■1510 Sebab itu kita lihat umpamanya rata-rata seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Sri Aman tadi bahawa dari segi kebajikan mereka Kanang anak Langkau hidup tidak seperti mana pun walaupun dia telah memberikan jasa yang begitu besar kepada negara kita. Begitu juga yang disebut oleh Yang Berhormat Putatan tadi bahawa ada nama- nama yang mempunyai jasa yang cukup besar mendapat Pingat Panglima Gagah Berani dan Pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa tetapi kehidupan mereka daif dari segi kehidupan keluarga mereka dan sebagainya. Bukan itu sahaja ramai lagi anggota tentera yang tidak dapat pingat apa pun, mereka hanya pencen ataupun mereka berhenti tanpa pencen umpamanya. Akan tetapi kehidupan mereka cukup sengsara tidak mendapat apa-apa habuan munasabah yang boleh memberikan manfaat kepada kehidupan mereka. Jadi sebab itu bagi saya kerajaan harus melihat kepada anggota tentera yang ada sekarang ini dari sudut masa depan mereka, kebajikan semasa dan juga masa depan mereka bagaimana. Saya lihat umpamanya sekarang ini kursus peralihan bagi anggota tentera. Ramai anggota tentera jumpa saya dia kata kursus peralihan bukan ada apa pun. Tidak ada apa- apa yang boleh memberikan sumbangan kepada penyediaan sebagai satu proses peralihan daripada zaman perkhidmatan kepada hendak menghadapi zaman persaraan dia, contohnya. Jadi sebab itu bagi saya Tuan Yang di-Pertua, ini yang perlu dilihat oleh kerajaan sekarang ini. Bukan bila datang pilihan raya bila ada satu kawasan undi pos macam di Bagan Pinang itulah yang dia turun kempen, Menteri Pertahanan dan Menteri Besar Negeri Sembilan turun kempen dalam kem. Walaupun parti pembangkang tidak boleh, Pakatan Rakyat tidak boleh turun dalam kem... [Dewan riuh] Saya masih ingat, saya tidak bawa CD ucapan Menteri Pertahanan dalam Kem IJED di Kampung Sawah di Bagan Pinang. Apa dia kata? Dia sebut dia buat berapa pengumuman kepada anggota tentera. Kemudian dia sebut satu ayat dia kata banyak lagi yang akan saya buat yang akan saya umum untuk anggota tentera khusus di Bagan Pinang tetapi saya hendak tengok dahulu kecenderungan undi dalam Pilihan Raya Bagan Pinang. Ini yang saya katakan bahawa satu bentuk elemen rasuah. Saya katakan bahawa ini satu penghinaan kepada anggota tentera. Seolah-olahnya anggota tentera tidak boleh membuat satu pertimbangan yang waras untuk mereka hendak pilih yang mana... [Dewan riuh] Ini Setiausaha Agung UMNO bercakap pinda Perlembagaan, hendak lawan rasuah umpamanya tetapi letak calon, calon perasuah. Menang faktor kemenangan kerana apa? Kerana rasuah dan perasuah. Mereka baru keluar Perhimpunan Agung UMNO baru- baru ini. Mereka berasa macam “kepak dada” kan. 48 DR 21.10.2009

Saya tengok orang keluar daripada Perhimpunan Agung UMNO ini lebih kurang macam orang keluar daripada panggung wayang. Tengok gambar Bruce Lee dahulu ini dia keluar daripada panggung wayang tengok gambar Bruce Lee dia kembang dada itu, dia “kepak dada”. Dia kira kalau siapa mai dia hendak tepis dia hendak flying kick macam mana Bruce Lee. Pada hal bukan ada apa pun... [Dewan riuh] Pinda Perlembagaan UMNO jadi parti kedai dua ringgit. [Ketawa] Parti kedai dua ringgit ini Tuan Yang di-Pertua, barang murah tetapi kualiti tidak ada. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Sudah habis Yang Berhormat? Sudah habis? Dato' Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Belum, belum. Yang itu habuan mereka yang kacau ini... [Ketawa] Tuan M. Manogaran [Telok Intan]: Mencelah. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Ya. Tuan M. Manogaran [Telok Intan]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Saya terpanggil mengenai apa yang dikatakan tadi mengenai Pilihan Raya Kecil Bagan Pinang di mana calon Barisan Nasional adalah seorang perasuah... [Dewan riuh] Jadi adakah saya hendak bertanya... Dato' Dr. Mohamad Shahrum bin Osman [Lipis]: Rang undang-undang apa ini? Tuan M. Manogaran [Telok Intan]: Saya hendak tanya Yang Berhormat adakah ini, dari segi kita hendak jadi serius sekarang. Adakah ini jadi satu teladan, satu tunjuk ajar kepada anak-anak muda kita. Bahawa di negara kita ini lebih baik jadi perasuah. Kalau kita jadi perasuah kita dapat faedah, kita boleh jadi ADUN. Adakah ini satu ajaran? Lihat, terdapat ramai budak sekolah di sini. Can a corrupted man become an ADUN, is that the thing you are teaching our children? Dato' Dr. Mohamad Shahrum bin Osman [Lipis]: Ini rang undang-undang apa ini?... [Dewan riuh] Dato' Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Daripada Yang Berhormat Telok Intan tadi, sebab itu sebelum itu saya buat satu kenyataan akhbar untuk pengetahuan Yang Berhormat Telok Intan. Saya mencadangkan supaya UMNO Pinda Perlembagaan mengizinkan orang terima rasuah jadi pemimpin dan juga jadi calon. Itu yang lebih tepat, bukan buat Pindaan Perlembagaan yang kononnya hendak menghapuskan politik wang dalam pemilihan. Saya katakan bahawa Pindaan Perlembagaan UMNO itu mungkin boleh menghapuskan amalan politik wang dalam pemilihan. Akan tetapi tidak boleh menghapuskan amalan rasuah yang berlaku dalam negara kita. Kes PKFZ, amalan rasuah penyelewengan yang berlaku bukan dalam pemilihan UMNO. PKFZ bukan berlaku dalam pemilihan UMNO. Mungkin, saya katakan bahawa amalan politik wang boleh dihapuskan dalam pemilihan UMNO tetapi kes rasuah macam PKFZ bukan berlaku dalam pemilihan UMNO. Yang Berhormat Bintulu ada, tidak ada? Kalau tidak saya hendak tanya. Kalau Ketua MCA dia boleh bagi RM10 juta, dekat Ketua UMNO dia boleh bagi berapa? Kita pun hendak tahu juga... [Dewan riuh] Tidak! Saya bukan sengaja, saya hendak tanya. Kalau tidak... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat... Dato' Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: ...Kalau dia tidak bagi kepada Ketua UMNO pun, mungkin dia bagi kepada Setiausaha Agung UMNO... [Ketawa] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat tidak boleh buat macam itu Yang Berhormat. Itu satu provokasi yang boleh mengundang kepada perkara-perkara lain. DR 21.10.2009 49

Dato' Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Tidak saya bukan buat provokasi, cuma saya kata kalau ada Yang Berhormat Bintulu tadi saya hendak tanya, sudah tidak ada saya tidak tanyalah. Seorang Ahli: Boleh tanya Yang Berhormat Rembau. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: [Ketawa] Akan tetapi saya hendak katakan bahawa... saya hendak balik kepada rang undang-undang, kepada pindaan ini. Sebab itu saya bersetuju bahawa kita kalau boleh kita hendak beri secara yang lebih besar kepada anggota tentera ini. Bukan kita hendak manipulate kedudukan mereka sebagai anggota tentera yang terkongkong dari segi undi pos itu. Akan tetapi sebaliknya kita tidak memberikan apa-apa yang bermanfaat kepada kehidupan mereka untuk masa depan mereka yang lebih panjang. Jadi, sebab itu bagi saya bahawa ini yang lebih penting untuk dilihat oleh kerajaan dalam negara kita. Jadi sebab itu saya ingin merakamkanlah kesalan atas kenyataan yang dibuat oleh Menteri Pertahanan yang turun berkempen dalam kem termasuk juga Timbalan Perdana Menteri turun berkempen memberikan janji yang bermacam-macam. Anggota tentera dia bukan hendak bandar tentera darat, atau bandar tentera apa..., akan tetapi masa depan mereka macam mana? Kalau kita wujudkan bandar tentera darat, bandar tentera udara dan bandar tentera laut tetapi masa depan mereka macam mana? Itu yang mereka hendak lihat dan ini yang harus dilakukan oleh pihak kerajaan. Jadi sebab itu kalau sekadar bagi tidak sampai 100 orang, kemudian kita uar-uar dan kita kata tengok kita prihatin kepada anggota tentera. Tidak sampai 100 orang pun yang dapat elaun ini hendak buat apa? Jadi sebab itu bagi saya, saya mengharapkan kepada pihak kerajaan supaya melihat lebih jauh untuk menjaga kepentingan dan kebajikan semasa mereka berkhidmat. Juga untuk memikirkan tentang masa depan mereka. Saya kira bahawa elaun ini... saya bersetuju dengan Yang Berhormat Sekijang tadi supaya elaun ini, bila berlaku kematian ke atas pemegang pingat ini maka seharusnya ia akan terus dibayar sebagai pencen kepada waris sama ada isteri ataupun anak itu sendiri. Sekian terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Lipis. 3.18 ptg. Dato' Dr. Mohamad Shahrum bin Osman [Lipis]: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, kerana telah memberi ruang kepada saya juga untuk membahaskan Rang Undang- undang Seri Pahlawan Gagah Perkasa (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009 dalam Dewan Yang Mulia ini. Jadi kalau kita lihat sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, ini adalah sebahagian daripada kemudahan-kemudahan dan keistimewaan-keistimewaan yang diberi kepada anggota tentera. Walaupun sebenarnya kalau kita melihat Pingat Bintang Seri Pahlawan Gagah Perkasa ini adalah untuk semua orang, bukan untuk badan-badan beruniform sahaja. Pingat ini adalah untuk semua orang. Sebab itulah kalau kita lihat dalam senarai penerimanya, ada seorang setakat ini Allahyarham Jalil Ibrahim yang dianugerahkan dengan pingat ini, sebagai seorang anggota awam semasa beliau telah meninggal dunia ( posthumous) . Jadi sebenarnya banyak yang telah dibuat untuk anggota tentera ini. Saya percaya walaupun Yang Berhormat Pokok Sena dia tahu tetapi sengaja dia buat tidak tahu kerana dia hendak mengelirukan orang lain. Jadi sebab itulah dia cuba bawa kepada Bagan Pinang sahaja. Sebenarnya banyak yang sudah diberi. ■1520 Saya percaya anggota tentera sangat berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana telah banyak memberi perhatian kepada segala kemudahan dan kebajikan mereka. Begitu juga kebajikan dan kemudahan bagi anggota-anggota bekas tentera. Saya berkata begitu kerana saya yang juga pengerusi atau ketua sebuah cawangan Persatuan Bekas Tentera, jadi saya tahu kemudahan-kemudahan yang ada itu. 50 DR 21.10.2009

Jadi sebab itulah bagi saya, kalau ada mereka yang mempertikaikan tentang kemudahan dan keistimewaan yang telah diberi kepada anggota tentera oleh kerajaan ini rasa saya mereka itu memanglah orang yang keliru dan cuba mengelirukan orang lain. Jadi apa yang penting bagi saya ialah saya menyokong juga apa yang diperkatakan oleh Yang Berhormat daripada Sri Gading yang mengatakan bahawa kalau boleh elaun ini ditambah lagi daripada RM2,000 mungkin kita fikirkan lebih lagi supaya mereka yang telah berbakti yang telah berjasa kepada negara ini mendapat imbuhan yang menyebabkan mereka dapat meneruskan kehidupan mereka. Kadang-kadang ada yang daripada mereka ini yang telah berkhidmat sehingga 21 tahun ataupun ditambah lagi perkhidmatan mereka tetapi ada juga yang mungkin berhenti pada 11 tahun, 15 tahun, 18 tahun. Jadi mereka ini setakat ini tidak mendapat pencen daripada perkhidmatan mereka. Mereka hanya mendapat elaun kenangan ini sahaja. Jadi kalau kita lihat pun tidak ramai. Setakat sehingga kini hanya ada 14 orang rasa saya yang mendapat elaun ini dan yang masih hidup dan yang paling popular ialah Kanang. Pegawai Waran Kanang ialah yang paling popularlah dan yang lain-lain ini termasuk daripada polis sendiri seperti DSP Abdul Razak bin Mohd Yusof seingat saya serta yang lain-lain mungkin ada yang banyak juga yang telah meninggal dunia. Jadi di sini kalau kita lihat kalau dahulu keluarga mereka, anak-anak mereka tidak mendapat sebab ada peruntukan yang mengatakan apabila penerima itu meninggal dunia maka elaun itu terhenti. Jadi apa yang kita harapkan ialah kita teruskan bayaran elaun ini kepada kaum keluarga mereka seperti yang dikata tadi supaya anak isteri mereka mendapat kemudahan dan dapat menikmati hidup. Saya percaya keprihatinan kerajaan kepada ini akan diberi ucapan ribuan terima kasih daripada anggota-anggota tentera dan sebagainya. Bagi saya mungkin kita perlu membuat satu rang undang-undang lain dan sebagainya atau kita melihat dengan lebih jelas tentang kehidupan bekas-bekas tentera. Kita mungkin boleh melihat bagaimana kehidupan mereka terutama bagi mereka yang berkhidmat tetapi tidak berpencen. Ini selalunya mereka berkhidmat sehingga yang 11, 15, dan 18 tahun dan ada pegawai yang ditauliahkan sebagai tauliah jangka pendek, mungkin ada yang berkhidmat selama 5 tahun sahaja jadi mereka ini sepatutnya juga diberi bantuan. Saya rasa kerajaan memang prihatin terhadap perkara-perkara ini sebab itulah kita lihat ada ditubuhkan Jabatan Veteran, begitu juga dengan PERHEBAT dan sebagainya, semuanya untuk membantu bekas-bekas tentera ini. Saya menyangkal tuduhan jahat yang dibuat oleh Yang Berhormat Pokok Sena sebentar tadi mengatakan latihan peralihan itu tidak memberi makna apa-apa kepada anggota tentera. Sebenarnya apabila kita membuat latihan peralihan itu, anggota tentera itu boleh memilih apakah jenis latihan yang mereka kehendaki. Mereka diberi peluang bukan ditempatkan atau bukan dipaksa mengikuti sesuatu latihan tetapi mereka ini diberi peluang untuk memilih. Jadi mereka membuat latihan mengikut pilihan mereka sendiri dan selepas itu mungkin mereka boleh terus menjalani kehidupan awam mereka setelah mendapat latihan ini. Walau bagaimanapun, saya berharap pihak kerajaan memberi perhatian juga kepada jenis-jenis latihan yang diberikan ini agar latihan yang diberikan itu, yang dipilih itu atau diberi nasihat kepada anggota-anggota tentera supaya mereka memilih jenis latihan yang betul-betul boleh menjamin kehidupan mereka selepas itu. Jadi saya berharap pindaan ini kalau boleh ditambah lagi Tuan Yang di-Pertua, dari segi jumlah elaun bulanan dan terus disambung. Saya rasa inilah sebenarnya kerajaan yang prihatin bukan sahaja kepada anggota tentera dan kepada siapa sahaja yang telah membuat jasa kepada negara ini, bukan mereka yang memporak-perandakan negara, dengan itu saya menyokong. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Kubang Kerian. 3.24 ptg. Tuan Salahuddin Ayub [Kubang Kerian]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana mengizinkan juga untuk saya turut membahaskan Rang Undang-undang Seri Pahlawan Gagah Perkasa (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009 dan sebagaimana rakan- rakan yang lain yang telah berbahas tentang rang undang-undang ini. DR 21.10.2009 51

Saya rasa kami bagi pihak Pakatan Rakyat juga tidak bermasalah untuk memberikan sokongan terhadap pindaan ini yang bertujuan untuk mengingati, mengiktiraf peranan yang telah dimainkan oleh anggota-anggota keselamatan kita yang begitu besar jasa dan pengorbanan mereka kepada negara sama ada dalam era sebelum kemerdekaan dan sehinggalah kepada hari ini. Dalam kesempatan saya untuk memberikan sedikit pandangan bagi membahaskan rang undang-undang ini terdapat dua ataupun tiga perkara yang saya rasakan perlu diambil perhatian oleh pihak kerajaan terhadap peranan yang begitu besar yang telah disumbangkan oleh anggota-anggota keselamatan ini. Bukan sekadar dalam bentuk retorik, slogan ataupun janji-janji tetapi yang lebih penting adalah komitmen kerajaan yang mesti dirasai yang saya rasa bukan sekadar tubuh badan anggota-anggota yang telah berjasa ini tetapi kepada waris mereka dan generasi mereka supaya kita dapat melihat bagaimana konsistennya kita dalam memberikan perlindungan dan memberikan perhatian terhadap jasa-jasa mereka. Sahabat saya daripada Pokok Sena sebentar tadi telah menyentuh tentang undi pos yang saya sedikit sahaja lagi untuk memberikan hujah saya kerana saya ingin memberitahu dalam Dewan yang Mulia ini bahawa isu undi pos ini bukanlah isu kami menang dengan mendapat undi yang banyak ataupun kami kalah ataupun kami mendapat undi yang sedikit. Banyak atau sedikit itu kita pulangkan kepada kebebasan anggota keselamatan kita untuk memberikan pilihan mereka. Banyak atau sedikit, menang atau kalah itu, kita akan sangat berpuas hati kalau ianya dapat dibuktikan dalam satu sistem demokrasi yang bersih serta telus, tanpa ada sebarang tanda-tanda dan isyarat bahawa undi pos itu boleh di manipulasi ke arah berlakunya penyelewengan. Isunya bukan kita kalah ataupun kita menang. Akan tetapi isunya ialah perjuangan kita yang mesti diteruskan pada hari ini dan kita konsisten ialah biarlah anggota keselamatan kita ini siapa pun mereka, di kem mana pun mereka berada, mereka boleh mengundi, mereka boleh menzahirkan hasrat dan mandat yang diberikan kepada mereka itu tanpa ada faktor-faktor ketakutan yang saya sebut dengan izin a fear factor yang boleh mengganggu gugat hak mereka untuk memilih siapakah calon yang akan mereka pilih dalam mana-mana pilihan raya sama ada pilihan raya umum ataupun pilihan raya kecil. Oleh itu... ■1530 Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: [Bangun] Tuan Salahuddin Ayub [Kubang Kerian]: ...Dalam memperjuangkan undi pos ini bahawa kita... Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Yang Berhormat Kubang Kerian. Tuan Salahuddin Ayub [Kubang Kerian]: ...Telah melaksanakan satu pendekatan engagement . Kita tidak confront . Kita tidak bercakap di luar daripada lunas- lunas ataupun framework Perlembagaan. Apa yang kami perjuangkan ialah melalui pendekatan diskusi. Kita menghadiri pertemuan dengan SPR. Kita engage dan kita mengemukakan hujah-hujah kita supaya undi pos ini dan sistem dan segala prosedurnya itu dapat menampilkan suatu sistem yang memang pada satu hari nanti akan memberikan kebebasan sepenuhnya kepada anggota tentera kita ini sebagai kita menghormati mereka. Jangan ada sedikit pun perbezaan antara hak mereka yang mengundi dalam sistem pos ini dengan orang-orang awam yang boleh mengundi dengan bebas tanpa rasa ketakutan dalam mana-mana pilihan raya. Saya rasa itu isunya... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Pendang bangun, Yang Berhormat. Tuan Salahuddin Ayub [Kubang Kerian]: ...Yang kita akan terus memperjuangkan. Biarlah walaupun di Bagan Pinang itu sama ada kita kalah ataupun kita menang, kita tidak mencapai apa yang kita maksudkan.

52 DR 21.10.2009

Akan tetapi dalam jangka masa panjang, kita mengharapkan bahawa dalam pertemuan kita dengan SPR sendiri, SPR mengakui memang masih lagi banyak terdapat halangan-halangan, prosedur-prosedur di antara SPR dengan pihak Kementerian Pertahanan yang masih lagi perlu diperbetulkan supaya undi pos ini akan terus diperbaiki pada masa-masa yang akan datang. Sila Yang Berhormat Pendang. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Ya, Yang Berhormat Pendang. Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kubang Kerian. Apabila Yang Berhormat Kubang Kerian menyebut tentang keberanian anggota tentera untuk memberikan undi dalam undi pos ini, saya terbaca apa yang dilakarkan di dalam akhbar berhubung dengan pengakuan yang telah buat oleh Sarjan Abu, mengatakan dia sendiri yang telah mengundi untuk anggota tentera dalam dua pilihan raya umum yang telah lalu, semasa dia menjadi seorang sarjan di Port Dickson, Negeri Sembilan. Jadi, apakah ini merupakan salah satu daripada bentuk penganiayaan yang telah dilakukan terhadap anggota tentera kita yang menggambarkan bahawasanya keberanian mereka itu telah diambil alih oleh orang lain dengan mengundi pos untuk mereka, mengundi untuk mereka dan tidak membenarkan mereka itu mengundi sendiri, walaupun kepada pembangkang dalam masa pilihan raya tersebut. Minta penjelasan daripada Yang Berhormat Kubang Kerian. Tuan Salahuddin Ayub [Kubang Kerian]: Ya, terima kasih sahabat saya daripada Pendang. Itu adalah di antara beberapa isu yang kita telah buktikan. Kita buktikan bukan dengan hearsay . Bukan dengan kita dengar fakta-fakta di tepi jalan kemudian kita bawa sebagai hujah, tetapi semuanya kita dokumenkan dan kita serahkan kepada pihak SPR. Sebagai contoh, 253 nama yang bertindih yang terdapat dalam senarai undi pos di Bagan Pinang, kita kemukakan. Kita bawa dalam perbincangan dengan SPR. Ada dua kad pengenalan. Satu kad pengenalan tentera dan satu lagi kad pengenalan awam, yang ini membuka ruang kepada berlakunya manipulasi dan penyelewengan dalam sistem undi pos ini. Ini hasrat kita dan kalau semuanya berjalan dengan baik, esok sama ada pihak BN akan mendapat undi yang lebih besar ataupun kita, saya rasa itu bukan masalahnya... Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Yang Berhormat. Tuan Salahuddin Ayub [Kubang Kerian]: ...Akan tetapi yang penting ialah perjuangan kita untuk membebaskan dan memberikan hak dan memartabatkan peranan yang dimainkan oleh angkatan tentera itu adalah keutamaan bagi kita dalam perjuangan kita menegakkan demokrasi dalam tanah air kita. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Ya, sila Yang Berhormat Pasir Salak. Tuan Salahuddin Ayub [Kubang Kerian]: Pengerusi FELCRA. Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Minta penjelasan. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Saya hendak tanya sedikit sahaja. Apa kena-mengena undi pos dengan ini apa nama ini? Carilah masa lain hendak bercakap hal itu, ya. Sudah jadi Naib Presiden PAS, tetapi cakap macam dahulu juga lagi. Sorry ya... [Ketawa] Tuan Salahuddin Ayub [Kubang Kerian]: Saya rasa Tuan Yang di-Pertua, rakan saya daripada Pasir Salak ini, dia tidak ikut perbahasan daripada awal. Ini rang undang- undang tentang bagaimana dari segi falsafah dan rohnya, kita hendak martabatkan anggota keselamatan kita? Seorang Ahli: Betul. Tuan Salahuddin Ayub [Kubang Kerian]: Ini isu. Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Roh ini orang yang sudah mati... [Ketawa] DR 21.10.2009 53

Tuan Salahuddin Ayub [Kubang Kerian]: Jadi, saya teruskan. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Ya, teruskan Yang Berhormat. Tuan Salahuddin Ayub [Kubang Kerian]: Baik. Isu yang kedua Tuan Yang di- Pertua adalah saya ingin membawa beberapa catatan sejarah yang telah menjadi suatu lingkaran ataupun yang telah ditulis dengan darah, dengan air mata oleh anggota-anggota keselamatan kita. Saya telah mengadakan pertemuan dengan keluarga yang berkenaan. Ini lebih kurang lima tahun yang lalu, iaitu seorang anggota keselamatan yang paling akhir selamat dalam tragedi Bukit Kepong. Ini adalah fakta sejarah. Kita tahu peristiwa Bukit Kepong. Ada individu yang mendokumenkan filem ini dan kita tahu bagaimana kejadian itu berlaku. Akan tetapi, anggota polis yang paling akhir ini, kalau kita melihat dan mendengar cerita-cerita mereka, apa yang mereka dapat? Bukan mereka tidak dapat, ya. Saya cuba untuk menjadi pembahas yang paling objektif, insya-Allah . Bukan mereka tidak dapat, tetapi berdasarkan kepada pengorbanan mereka, situasi yang mereka hadapi pada waktu itu dan saat-saat akhir, hari-hari terakhir mereka menjalani kehidupan ini tidak setimpal dengan apa yang mereka dapat. Kalau kita bercakap tentang jasa mereka, kalau kita bercakap tentang pengorbanan mereka, maka kita menghayati bagaimana keadaan dan suasana yang begitu getir pada waktu itu. Jadi, saya sangat kesal. Jangan ini berlaku lagi kepada anggota- anggota keselamatan kita yang ada pada hari ini. Jadi, saya merasakan walaupun kita bersetuju untuk meminda rang undang- undang ini di atas matlamat dan perkara-perkara yang kita boleh hubung kaitkan dengan rang undang-undang ini, maka saya merasakan bahawa wajar bagi pihak kerajaan untuk melihat secara keseluruhan, secara holistik. Tidak kepada satu-satu individu sahaja. Bukan macam pemikiran Yang Berhormat Pasir Salak. Apabila hendak bahas rang undang- undang ini, ini sahaja dan tidak boleh yang lain. Ini tidak bolehlah. Seorang Ahli: Dia pun macam itu juga . Dia pun selalu merapu. Tuan Salahuddin Ayub [Kubang Kerian]: [Ketawa]... Jadi, saya merasakan bahawa kita perlu melihat secara keseluruhan tentang jasa anggota-anggota keselamatan kita ini. Ketiga Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyatakan di sini bahawa saya telah mengemukakan perkara ini sewaktu saya mengadakan kunjungan hormat saya kepada Ketua Polis Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur lebih kurang dua tahun yang lalu. Saya telah membawa satu isu yang saya tidak mendapat satu jawapan yang begitu meyakinkan. Kenapa, apa masalahnya? Ini kerana kalau kita melihat ramai anggota-anggota keselamatan kita, terutama yang berpangkat rendah sama ada mereka polis ataupun mereka tentera, kenapa mereka ini tidak boleh mendapat gelaran-gelaran Datuk, Datuk Seri ini? Kenapa pihak kerajaan tidak boleh menganugerahkan darjah-darjah ini kepada mereka? Shah Rukh Khan boleh. Tuan Haji Mohd. Nor bin Othman [Hulu Terengganu]: Mencelah sedikit. Tuan Salahuddin Ayub [Kubang Kerian]: Artis boleh. Tuan Haji Mohd. Nor bin Othman [Hulu Terengganu]: Saya hendak mencelah. Berkenaan dengan pengurniaan Datuk ini, dibangkitkan tidak ada pegawai-pegawai yang berpangkat rendah untuk bergelar Datuk. Bagaimanakah kerajaan di Kedah, Kelantan, adakah sudah memberi gelaran Datuk ini kepada yang berpangkat rendah ini? Ini sebab biasanya, Datuk itu datang daripada kerajaan. Tuan Salahuddin Ayub [Kubang Kerian]: Tidak mengapa. Di Kedah, Kelantan, itu urusan kami. Insya-Allah ... [Dewan riuh] Urusan kami. Akan tetapi, saya hendak berbahas ini dalam konteks yang besar, dalam skala yang lebih besar. Baik. Ini tugas Kerajaan Pusat. Ini tugas negara untuk kita mengiktiraf anggota-anggota keselamatan ini, ya. Jadi, saya hendak menjurus balik kepada hujah saya tadi bahawa apa masalahnya? 54 DR 21.10.2009

Adakah kerana dia pada waktu itu memberikan alasan susah nanti line of command ? Hendak tabik, tidak hendak tabik? ■1540 Ini bukan masalah tabik menabik. Ini masalah penghargaan kita. Artis kita boleh bagi ‘Datuk’. Itu tidak ada masalah. Bukan saya mempertikaikan peranan artis... [Dewan riuh] Jadi, saya merasakan perkara ini perlu untuk kita fikirkan bersama dan bagaimana pengiktirafan ini harus kita berikan. Kadang-kadang kita melihat anggota yang berpangkat rendah ini yang mereka kadang-kadang kehilangan anggota, ada di kalangan mereka yang terbunuh dan seumpamanya. Kita rasa kita perlu memberikan pengiktirafan kepada mereka. Sila. Dato’ Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Penjelasan berkaitan dengan penganugerahan pingat darjah kebesaran ini. Yang Berhormat setuju atau tidak bahawa kita kena letakkan satu kategori bahawa perasuah tidak boleh beri pingat apa pun. ‘Tan Sri’ pun tidak boleh beri. Kalau beri pun kena tarik balik. Setuju tidak?... [Ketawa] Tuan Salahuddin Ayub [Kubang Kerian]: Itu satu SOP yang boleh kita guna pakai dan insya-Allah kerajaan perlu memberikan nasihat yang betul kepada Raja-Raja Melayu kita dalam memberikan penganugerahan ini supaya martabat penganugerah itu bukan suatu yang orang kata dengan izin, mockery iaitu menjadi satu bahan gelak ketawa yang orang lain boleh mentertawakan kita. Saya rasa ini penting untuk kita fikirkan bersama. Bukan untuk memberikan pengiktirafan itu sesuatu yang spontaneous, yang impromptu, menamakan Port Dickson sebagai Bandar Tentera Darat. Saya rasa dalam pemerhatian kita, contoh bandar tentera ini ialah Sandhurst, di UK. Jadi ada kriterianya, ada ciri-cirinya dan bukan dibina dalam satu hari. Rome was not built in one day dengan izin. Ada ciri-cirinya, ada pembinaannya, ada sejarahnya, ada elemen-elemen sentimentalnya kenapa bandar itu dinamakan sebagai Bandar Tentera. Di Port Dickson saya rasa lebih sinonim, lebih sinonim dan Kementerian Pelancongan telah berusaha dengan penuh gigih untuk memartabatkan Port Dickson ini sebagai Bandar Pelancongan. Tiba-tiba kita hendak namakan sebagai Bandar Tentera. Ini tidak sesuai kerana itu akan mengundang konotasi yang boleh menjejaskan Port Dickson sebagai Bandar Pelancongan bagi negara kita. Jadi Tuan Yang di-Pertua, itulah di antara perkara- perkara yang saya ingin bahaskan di sini supaya dengan kita membahaskan rang undang- undang ini kita akan melihat nasib, kebajikan dan masa depan anggota keselamatan kita ini benar-benar terbela hak mereka dan apa yang sepatutnya mereka dapat mesti diberikan sebagaimana yang dinikmati oleh rakyat biasa dalam negara kita. Terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Kuala Langat. 3.43 ptg. Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [Kuala Langat]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan ruang kepada saya untuk membahaskan soal pindaan Akta Seri Pahlawan Gagah Perkasa (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. Pertama, saya mengucapkan tahniah setelah begitu lama elaun ini diberikan dan dianjak daripada pindaan seksyen 3 yang menjelaskan digantikan dengan RM400 kepada RM2,000 baru sekarang. Penghargaan yang hendak diberikan baru sekarang dan sebegitu lamanya ditunggu. Jasa dan bakti mereka begitu hebat dibicarakan oleh Yang Berhormat–Yang Berhormat sebelum ini. Tiada bantahan malah dialukan jawapannya tahniah tetapi kenapa sekarang? Sebanyak RM400 kepada RM2,000 tidak dijelaskan tentang selepas itu. Selepas itu apa jadinya dalam akta ini yang telah dipinda. Selepas itu apa berlaku pada keluarganya? Apakah sesuatu penghargaan itu terus diberikan kepada generasi mereka selepas itu? Adakah difikirkan bagaimana untuk memasakkan akta ini dan diberikan kepada keturunan mereka yang diiktiraf sumbangan yang tidak berbelah bahagi, pengorbanan yang begitu besar, bicaranya cukup hebat tetapi selepas itu apa jadi? Pohon diminta penjelasan daripada pindaan ini dilebarkan sedikit kepada isterinya atau anak-anaknya yang memerlukan bantuan daripada kerajaan yang tidak banyak mereka dalam kelompok ini yang disirahkan sebagai hanya ratusan itu bicaranya. DR 21.10.2009 55

Namun yang jelas ialah saya memohon segala pindaan yang dibuat untuk memartabatkan penghargaan harus diberikan secara mutlak iaitu selepas itu apa jadi? Kalau dia telah meninggal dunia, adakah pewarisnya layak mendapat atau mereka yang memerlukan dalam keturunan itu dalam sirah bapaku seorang pahlawan yang mendapat pingat sebegitu hebat namanya Pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa. Tuan Yang di-Pertua lantaran itu bicara saya tidak panjang, cuma menjurus kepada bagaimana kita hendak memastikan bahawa nilai penghargaan itu dilontarkan juga tempiasnya kepada keturunan yang memerlukan. Dalam pada itu saya ingin memohon kepada Menteri Pertahanan supaya memikirkan secara kolektif bagaimana mungkin kita boleh memberikan sedikit ruang tempias pindaan akta ini dijurus kepada mereka yang memerlukan dalam aspek pendidikan terutamanya sekali dalam mengharungi hidup mereka yang begitu gah namanya ‘Gagah Perkasa’, itu pingatnya. Bicara saya setakat itu Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Silam. 3.46 ptg. Tuan Haji Salleh bin Haji Kalbi [Silam]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana mengizinkan saya untuk turut sama bagi membahaskan suatu akta untuk meminda Akta Seri Pahlawan Gagah Perkasa (Elaun Kenangan) 1990. Akta ini boleh dinamakan sebagai Akta Seri Pahlawan Gagah Perkasa (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. Tuan Yang di-Pertua, sesungguhnya peranan angkatan tentera dan jasa mereka kepada negara kita memang kita sebagai manusia biasa dan saya rasa pihak kerajaan kalau kita hendak membalas jasa mereka ini memang sudah tentu tidak memadai dengan apa yang kita berikan kepada mereka terutamanya dari segi pindaan seksyen 3 ini. Akan tetapi, sekurang-kurangnya ini menunjukkan bagaimana kerajaan kita sungguh prihatin terhadap peranan dan tanggungjawab yang dilakukan dan dilaksanakan oleh anggota keselamatan kita terutamanya pihak tentera. Apabila saya melihat dan melawat sendiri beberapa markas tentera yang terdapat sendiri di kawasan saya, sesungguhnya komitmen yang mereka berikan ini yang saya sendiri begitu terharu dan mengharapkan supaya kerajaan mengambil inisiatif tertentu untuk memastikan bahawa mereka ini tidak bersendirian ataupun tidak dibiarkan untuk berkhidmat kepada negara kita. Sesungguhnya elaun kenangan ini, dari segi kenaikan ini memang kalau dilihat jumlahnya tidaklah begitu besar. Akan tetapi saya ingin mencadangkan supaya pihak kementerian mengambil perhatian terutamanya kepada bekas anggota tentera yang pernah berkhidmat terutamanya di negeri Sabah dan Sarawak yang kalau dilihat waktu mereka iaitu dalam tahun 1963, ketika konfrontasi dan di sini saya ada berjumpa dengan beberapa orang bekas angkatan tentera yang pernah berkhidmat suatu ketika dahulu. Memang mereka mengharapkan supaya pihak kerajaan dapat mengambil perhatian bukan hanya elaun-elaun seumpama ini tetapi saya ingin mencadangkan supaya pihak kerajaan juga mengambil perhatian dengan kemudahan-kemudahan yang lain untuk diberikan kepada anggota tentera yang terutamanya yang telah bersara. Kemudian, kalau anggota tentera itu memang telah meninggal dunia maka saya berharap supaya balu ataupun anak-anak anggota tentera tersebut diberi perhatian dan mereka ini juga dibantu bukan sekadar elaun tetapi kemudahan-kemudahan yang lain supaya mereka juga dapat suatu pengiktirafan dan juga peluang-peluang pekerjaan. Peluang-peluang pekerjaan sebagai anggota tentera ini akan menarik minat kepada generasi muda di zaman kita ini sebab kita melihat mungkin sesetengah individu mengambil jawatan ataupun bertugas dengan angkatan tentera ini sebagai pilihan yang terakhir tetapi kita berharap supaya pihak kerajaan dan kementerian yang berkaitan mengambil inisiatif. Dengan adanya akta ini kita harap supaya dapat lagi ditambah dari segi klausanya di masa akan datang agar semua pihak dapat menganggap bahawa profesion dalam bidang ketenteraan ini adalah sangat baik dan banyak mendatangkan manfaat kepada individu ataupun si pemohon tersebut.

56 DR 21.10.2009

■1550 Tuan Yang di-Pertua, di sini juga saya melihat sesungguhnya pindaan rang undang-undang ini kalau boleh supaya pihak kerajaan juga di samping menaikkan kadar elaun ini memberikan sijil penghargaan dan pingat kepada anggota tentera yang telah berkhidmat dan kalau telah meninggal maka secara automatik diberikan kepada spouse – isteri ataupun suami, di mana yang berkaitan ataupun kepada anaknya. Ini juga sebagai suatu penghormatan yang sesungguhnya memang kita tidak boleh balas, tetapi setidak- tidaknya kita menjadikan tugas sebagai anggota tentera ini sangat mulia. Ini jelas sekali di sesetengah negara maju bagaimana angkatan tentera ini dari segi peranannya walaupun mereka telah bersara daripada kerjaya masing-masing, tetapi peranan mereka kepada anggota masyarakat masih lagi diambil berat dan dianggap mulia serta dihormati. Kita berharap juga pada masa yang sama supaya kementerian yang berkaitan mewujudkan satu badan bukan hanya elaun, badan tertentu yang menguruskan anggota tentera yang telah bersara ini. Mungkin sekarang ini kita ada koperasi anggota tentera, tetapi pada masa yang sama juga supaya ada satu badan yang betul-betul bertanggungjawab untuk memastikan bahawa setelah angkatan tentera ini selain daripada yang layak menerima elaun Akta Seri Pahlawan Gagah Perkasa ini juga diberi perhatian supaya ada kerjaya yang berterusan yang boleh mereka lakukan. Ini akan menyebabkan mereka masih dihargai dan mereka ini tidak akan terpinggir daripada arus perdana. Di samping itu juga kita akan memastikan bahawa mereka ini dari segi kemahiran dan kepakaran yang telah mereka peroleh setelah berkhidmat dengan anggota tentera juga boleh dipakai pada bila-bila masa. Ini kerana kita melihat anggota keselamatan kita masih terlalu terhad dari segi jumlah dan bilangannya dan ramai di kalangan anggota angkatan tentera yang telah bersara ini mereka tidak begitu diambil kira dari segi peranannya. Jadi, kita berharap supaya pihak kerajaan mengambil inisiatif yang terbaik untuk memastikan masyarakat ataupun anggota tentera yang telah bersara dapat diambil perhatian dengan sewajarnya. Ini membolehkan mereka ini akan menyumbang walaupun mereka mungkin sudah tidak berkhidmat, dapat menyumbang kepada negara mereka sendiri tentang peranan dan pengalaman yang mereka peroleh semasa berkhidmat sebagai anggota tentera. Tuan Yang di-Pertua, mudah-mudahan mungkin ini bukan kali yang terakhir untuk kita sama-sama meminda rang undang-undang ini, tetapi jika terdapat akta seterusnya untuk kita sama-sama menilai bagaimana kepentingan yang ada hubung kait dengan angkatan tentera ini perlu diambil perhatian dengan sewajarnya. Kita letakkan martabat peranan dan tanggungjawab anggota angkatan tentera ini menjadi sebuah masyarakat ataupun individu yang akan sentiasa dikenang jasanya sesuai dengan hari-hari pahlawan yang disambut pada setiap tahun. Kita berharap dengan adanya penganugerahan dan elaun kenaikan ini akan menyebabkan mereka akan terus sama-sama menghargai keistimewaan untuk menjadi anggota angkatan tentera dalam masa mereka berkhidmat ataupun setelah mereka berkhidmat. Saya berharap biarlah akta ini menyeluruh dari segi penganugerahannya dan tidak terlalu terikat kepada cadangan daripada pihak-pihak yang melihat bahawa mereka ini patut diberikan elaun dan sebagainya perlu diambil kira. Dengan ini saya mohon menyokong. Terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Ahli-ahli Yang Berhormat, saya rasa setakat ini sudah 18 orang Ahli Parlimen yang mengambil bahagian dalam rang undang-undang ini dan kalau kita lihat rang undang-undang seterusnya adalah merupakan undang-undang yang sama dan yang lain itu boleh melibatkan dalam perbahasan kepada rang undang-undang yang seterusnya. Walau bagaimanapun, saya ingin menjemput seorang sahaja lagi dan kemudian saya minta Yang Berhormat Menteri untuk menggulung. Saya jemput Yang Berhormat Gombak. 4.55 ptg. Tuan Mohamed Azmin bin Ali [Gombak]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi ruang kepada saya untuk turut serta dalam perbahasan tentang Rang Undang-undang Seri Pahlawan Gagah Perkasa (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. Saya tidak mahu terlepas daripada menyertai perbahasan ini, kerana saya juga sebagai anak tentera. DR 21.10.2009 57

Allahyarham ayah saya berkhidmat selama 21 tahun dalam institusi ketenteraan dalam negara kita, mempertahankan kedaulatan dan kesejahteraan negara Malaysia. Cuma pada hari ini kita sedang membahaskan suatu akta dalam semangat dan roh yang disebut oleh Yang Berhormat Kubang Kerian tadi. Cuma Yang Berhormat Pasir Salak dia tidak faham. Dia ingat roh ini yang meninggal sahaja. Semangat dan roh ini bermaksud membawa prinsip yang cukup jelas, iaitu suatu akta untuk kita bincang dan bahas sebagai penghargaan kita kepada sumbangan yang besar yang telah diberikan oleh anggota tentera dalam menjaga kedaulatan negara kita. Saya juga bersetuju dengan sahabat saya daripada Silam yang mengatakan, bahawa pengiktirafan dan sumbangan yang akan kita sama-sama persetujui pada petang ini tidaklah sebesar mana kalau kita bandingkan dengan pengorbanan mereka bertahun- tahun mempertahankan kedaulatan negara kita. Sebagai anak tentera saya faham. Ayah saya seorang tentera, abang saya juga seorang pegawai tentera, bapa saudara saya juga anggota dan pegawai tentera. Saya dapat menyelami perasaan mereka, bagaimana pengorbanan yang begitu besar untuk mempertahankan kedaulatan negara ini daripada dicerobohi oleh musuh dalam dan luar negara. Walau bagaimanapun kebimbangan saya pada petang ini ialah sumbangan yang begini kecil akan diambil kesempatan oleh UMNO untuk mendabik dada dalam surat khabar Utusan Malaysia pagi esok, bahawa merekalah juara kepada warga tentera dalam negara Malaysia, sedangkan sumbangannya cukup kecil jika dibandingkan dengan pengorbanan anggota tertera. Malahan UMNO menggunakan tentera ini sebagai fixed deposit mereka dalam mana-mana pilihan raya kecil termasuk di Bagan Pinang. Mereka tidak boleh menafikan perkara ini. Tuan Yang di-Pertua, saya pernah mengetuai delegasi Parti Keadilan Rakyat bertemu dengan pimpinan tertinggi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) beberapa tahun yang lalu untuk mengenal pasti mekanisme baru bagaimana undi pos ini dapat diuruskan dengan lebih teratur dan lebih demokratik seperti yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Kubang Kerian dan teman-teman yang lain. Bukan soal kalah menang tetapi kita harus menghormati kemuliaan pegawai dan anggota tentera untuk memilih secara telus, demokratik dan adil. Apa jawapan pegawai tertinggi SPR kepada kami dalam pertemuan tersebut? Mereka telah angkatkan satu mekanisme baru kepada pemimpin tertinggi UMNO dan Barisan Nasional ketika itu untuk meneliti bagaimana undi-undi pos ini dapat diurus dengan lebih adil dan saksama. Jawapan yang diberikan oleh pemimpin tertinggi Kerajaan UMNO ketika itu, “ Jangan sentuh undi pos kerana itulah survival UMNO dan Barisan Nasional.” ■1600 Ini bukan keterangan yang diberikan oleh kami dalam Pakatan Rakyat. Keterangan yang diberikan oleh pemimpin tertinggi SPR yang menunjukkan pertama SPR tidak bebas, yang kedua undi pos merupakan fixed deposit dan juga survival bagi UMNO dan Barisan Nasional... Dato’ Abd. Rahman Dahlan [Kota Belud]: [Bangun] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Hendak bagi jalan Yang Berhormat? Tuan Mohamed Azmin bin Ali [Gombak]: Yang Berhormat Kota Belud? Okeylah sebab esok pun saya hendak pergi Sabah. Jadi saya berikan laluan. Dato’ Abd. Rahman Dahlan [Kota Belud]: Ya, selesaikan masalah Sabah itu dahulu... [Ketawa] Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Gombak tadi mengatakan pertemuan beliau dengan kepimpinan tertinggi Suruhanjaya Pilihan Raya dan mengatakan bahawa ada seorang pegawai yang mengatakan bahawa apabila diangkat satu cadangan untuk membaiki cara pengundian pos ini, pemimpin UMNO mengatakan “Jangan sentuh undi pos kerana ini adalah fixed deposit ataupun survival untuk UMNO”.

58 DR 21.10.2009

Saya rasa kalau ada bukti yang mengatakan pegawai-pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya mengatakan sebegini, patut diambil tindakan. Perlu bagi bukti. Saya minta Yang Berhormat Gombak jangan hanya mengeluarkan kenyataan ini kerana ini mengelirukan. Kalau betul ada seorang pegawai SPR yang mengatakan bahawa undi askar, undi pos, undi polis ini adalah undi yang menyebabkan kemenangan UMNO dan Barisan Nasional, keluarkan bukti. Kalau keluarkan statement secara menyeluruh, secara general , awam begini, ini mengelirukan rakyat. Jadi saya minta Yang Berhormat Gombak supaya bertanggungjawab terhadap kenyataan beliau. Terima kasih. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat ] Tuan Mohamed Azmin bin Ali [Gombak]: Terima kasih Yang Berhormat Kota Belud. Saya bertanggungjawab di atas kenyataan yang saya buat di dalam Dewan yang mulia ini. Soal bukti saya sedia untuk mengemukakan keterangan. Akan tetapi Yang Berhormat Kota Belud juga kena ingat, berapa banyak bukti telah kita kemukakan kepada pihak yang bertanggungjawab. Tidak ada tindakan yang diambil. Bukti-bukti utama di dalam soal rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa pemimpin UMNO dan Barisan Nasional tidak diambil peduli. Tengok dalam kes pembunuhan Teoh Beng Hock. Pelbagai bukti telah kita kemukakan tidak diambil langsung tindakan. Pemimpin UMNO membina mahligai RM24 juta di negeri Selangor tidak diambil tindakan. Ada Exco Kerajaan Negeri Selangor... Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Gombak, Yang Berhormat Gombak, Yang Berhormat Gombak. Tuan Mohamed Azmin bin Ali [Gombak]: Saya... Tuan Yang di-Pertua: Saya baru masuk Yang Berhormat Gombak. Saya sakit kepala... [Ketawa] Yang kita bahas ini bill gagah berani. Tadi saya dengar undi pos, sekarang bangunan besar. Yang ucapan itu tunggu soal selepas bajet, kalau boleh. Fokus kepada gagah berani. Tuan Mohamed Azmin bin Ali [Gombak]: Saya, saya, saya... Tuan Yang di-Pertua: Libatkan sedikit nama saya Pandikar Amin gagah berani... [Ketawa] Tuan Mohamed Azmin bin Ali [Gombak]: Saya menghormati nasihat Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Gombak. Tuan Mohamed Azmin bin Ali [Gombak]: Akan tetapi... [Ketawa] Tuan Yang di- Pertua, ini yang Yang Berhormat Kubang Kerian beritahu tadi. Ini bukan soal Seri Pahlawan Gagah Perkasa, nama rang undang-undang. Akan tetapi semangat dan rohnya apa? Tuan Yang di-Pertua: Rohnya pun tidak termasuk di dalam undi pos... [Ketawa] Tuan Mohamed Azmin bin Ali [Gombak]: Ya, betul nanti, nanti. Kalau izinkan... Tuan Yang di-Pertua: Kalau undi pos itu, siapa mengundi, tidak mengundi ada gagah berani, barangkali ada kaitan. Yang lain itu, tunggu selepas bajet. Tolong Yang Berhormat Gombak. Tuan Mohamed Azmin bin Ali [Gombak]: Akan tetapi, kerana undi poslah anggota tentera tidak berani undi Tuan Yang di-Pertua... [Ketawa] Semangat dan rohnya hari ini Tuan Yang di-Pertua, ialah untuk kita menghargai sumbangan... Tuan Yang di-Pertua: Teruskan tetapi lencongkan sedikit. Jangan terlampau spesifik dengan soal itu. Tuan Mohamed Azmin bin Ali [Gombak]: Okey, saya lencongkan sedikit. Dato’ Abd. Rahman Dahlan [Kota Belud]: Atau ke negeri Sabah sahajalah, selesaikan masalah Sabah dahulu. DR 21.10.2009 59

Tuan Mohamed Azmin bin Ali [Gombak]: Tidak mengapalah Kudat. Bangunlah kalau hendak bercakap. Menyampuk sahaja!... [Disampuk] Eh, Kota Belud. Kudat pulak! Dato’ Abd. Rahman Dahlan [Kota Belud]: [Bangun meninggalkan Dewan]. Tuan Mohamed Azmin bin Ali [Gombak]: Ha, tengok! Dia sudah balik. Ini pemimpin UMNO, beginilah Tuan Yang di-Pertua... [Dewan riuh] [Ketawa] Dia bacul, dia tidak berani berhadapan. Tuan Yang di-Pertua: Teruskan, teruskan, sudah. Sudah, sudah. Tuan Mohamed Azmin bin Ali [Gombak]: Oleh sebab itu, kita tak boleh bagi Pingat Gagah Perkasa Berani kepada pemimpin UMNO. Dia tak berani, dia tak gagah, dia takut berhujah. Saya baru hendak jawab tuduhan. Dia kata saya buat tuduhan melulu, Tuan Yang di-Pertua. Ini kenyataannya. Banyak bukti yang kita berikan tidak disiasat. Akan tetapi yang disiasat hanyalah perkara-perkara remeh-temeh yang ada kaitan dengan Pakatan Rakyat. Saya bimbang ialah sedikit kenaikan elaun RM400, RM2,000, alhamdulillah kita akan sokong Tuan Yang di-Pertua. Kami akan berikan sokongan yang padu bagi menghargai anggota-anggota tentera kita. Tidak ada masalah... [Tepuk] Seorang Ahli: Tanpa berbelah bahagi. Tuan Mohamed Azmin bin Ali [Gombak]: Tanpa berbelah bahagi... [Ketawa] Akan tetapi jangan gunakan ini sebagai propaganda UMNO bahawa merekalah juara kepada anggota tentera... [Dewan riuh] Malahan UMNOlah menghina kewibawaan dan sumbangan anggota tentera dalam negara kita.. [Dewan riuh] Ini adalah kerana Tuan Yang di-Pertua, yang terima pingat ini berapa orang, seribu? Tak mungkin! Sepuluh? Sebelas orang?... [Disampuk] Sebelas orang sahaja. Sedangkan yang berkhidmat, yang berkorban, yang gadai tenaga, jiwa dan raga dan nyawa mereka ratusan ribu. Mereka mempertahankan kedaulatan negara ini. Kalaupun kita tidak boleh beri setiap anggota tentera RM2,000, tetapi yang saya hendak cadangkan hari ini ialah supaya sumbangan dan penghargaan ini juga diambil kira dalam aspek yang lain. Sebagai contoh, masalah perubatan anggota-anggota tentera yang bersara. Parah! [Tepuk] Bila sudah bersara, biasanya umurnya sudah terdedah kepada pelbagai jenis penyakit. Mereka bukan muda lagi dan ada di kalangan mereka yang sakitnya kronik. Bagaimana mungkin pesara-pesara tentera ini dapat pergi ke hospital swasta untuk mendapatkan kepakaran doktor kalau pencen mereka terlalu rendah dan terlalu kecil? Mengapa kerajaan tidak mengambil satu inisiatif untuk menaikkan elaun dan pencen pesara-pesara tentera ini supaya mereka juga dapat hidup dengan lebih selesa? Saya ingin mencadangkan sebagai penghargaan kepada anggota tentera, sumbangan dan pengorbanan mereka. Saya mahu wang yang ratusan juta ringgit yang tiris dan cair di dalam poket pemimpin-pemimpin UMNO ini diambil untuk membina hospital khas bagi pesara-pesara tentera dan keluarga mereka mendapatkan perubatan dan perkhidmatan perubatan... [Tepuk] Hospital khas untuk anggota tentera ini mestilah dilengkapi dengan kemudahan yang canggih dan moden dan pakar-pakar serta doktor- doktor dalam bidang-bidang tertentu supaya pesara-pesara dan anggota tentera serta keluarga dan anak-anak mereka mendapat perkhidmatan yang terbaik. Ini baru cara kerajaan yang berjiwa rakyat dan bukan sekadar tempel-tempelan dengan menaikkan RM400 ke RM2,000. Esok penuh di dada akhbar, UMNOlah juara kepada anggota tentera. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mencadangkan supaya masalah biasiswa dan pendidikan anak-anak anggota tentera ini juga diberikan perhatian. Ramai anak-anak anggota tentera yang terpaksa berpisah dengan bapa mereka yang berjuang di medan peperangan di dalam hutan berpuluh-puluh tahun sebelum ini tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya. Hari ini, mereka harus diberikan peluang dan ruang serta tempat di dalam kolej dan universiti dengan mendapatkan biasiswa ataupun pinjaman pendidikan agar anak- anak anggota tentera dan pesara tentera ini dapat kemudahan pendidikan yang baik bagi mereka mendapat peluang yang lebih tinggi di dalam bidang pendidikan. 60 DR 21.10.2009

Yang ketiga Tuan Yang di-Pertua, ramai juga pesara-pesara tentera dan anggota tentera ini apabila mereka bersara, mereka tidak tahu untuk menceburkan diri di dalam bidang perniagaan oleh sebab lama perkhidmatan mereka sebagai anggota tentera. Saya ingin mencadangkan sebagai penghargaan kepada pengorbanan dan sumbangan mereka, kerajaan harus menyediakan satu skim latihan teknikal bagi anggota dan pegawai tentera yang akan bersara dalam beberapa tahun yang akan datang supaya sebaik sahaja mereka tamat tempoh persaraan itu, mereka dapat menceburi dalam bidang perniagaan dan dunia perniagaan.Mereka juga harus diberikan perhatian untuk mendapatkan kemudahan- kemudahan pinjaman dalam bidang industri kecil dan sederhana sebagai permulaan bagi meneruskan kehidupan mereka yang lebih sejahtera, insya-Allah. Akhirnya Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mencadangkan supaya apabila kerajaan menaikkan gaji dan elaun anggota pentadbiran awam dan pegawai-pegawai kerajaan, kita juga harus memikirkan supaya elaun dan pencen anggota dan pegawai tentera juga harus dinaikkan sebagai sumbangan mereka kepada negara ini. ■1610 Saya percaya Malaysia mempunyai kemampuan untuk meningkatkan khidmat kita kepada rakyat sekiranya tidak berlaku rasuah, penyelewengan dan ketirisan. Masalah yang kita hadapi sekarang Tuan Yang di-Pertua ialah jumlah yang begitu besar telah bocor dan telah masuk ke dalam poket-poket pemimpin UMNO. Lihat sahaja skandal PKFZ. Berbilion ringgit. Lihat sahaja program dan dasar PPSMI yang saya lontarkan soalan tambahan kepada Timbalan Perdana Menteri. Dalam tempoh lima tahun, kerajaan membelanjakan RM5 bilion dan akhirnya setelah lima tahun dasar ini terpaksa dibatalkan semula. Wang telah habis RM5 bilion. Walaupun Timbalan Perdana Menteri semalam menyatakan bahawa wang ini telah dibelanjakan kepada prasarana. Namun begitu prasarana ini sekarang tidak dapat digunakan. Yang penting ialah pembinaan dan pembentukan manusia dan rakyat dalam negara kita. Fikirkan kalau RM5 bilion ini kita salurkan kepada anggota dan pesara tentera. Begitu besar nikmat penghargaan kerajaan kepada mereka. Namun begitu, RM5 bilion ini akhirnya masuk dalam poket kontraktor-kontraktor yang dilantik oleh UMNO dan Barisan Nasional. Akhirnya anak bangsa dibunuh, bahasa kebangsaan dibunuh. Sekarang RM5 bilion ini akan meningkat lagi Tuan Yang di-Pertua kerana dasar ini akan diteruskan tiga tahun yang akan datang. Sebab itulah Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menegaskan sementara kami mendukung rang undang-undang ini sebagai penghargaan kita kepada sumbangan anggota tentera dalam mempertahankan kedaulatan negara. Akan tetapi saya juga mahu kerajaan lebih bertanggungjawab mengambil tindakan yang lebih proaktif untuk memastikan kebajikan anggota dan pegawai tentera serta keluarga mereka dapat kita berikan perhatian dan kita pertahankan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua... Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih. Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Tuan Yang di-Pertua, boleh kasi peluang? Beberapa Ahli: [Ketawa] Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Bagi peluang? Tuan Yang di-Pertua: Tadi saya, tadi saya... Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Sikit saja. Tuan Yang di-Pertua: Saya dibisik tadi oleh Timbalan Yang di-Pertua, dia kata selepas ini Yang Berhormat Timbalan Menteri menggulung. Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Kasi saya peluang yang baik. Tuan Yang di-Pertua: Akan tetapi tidak apa. Singkatkan dan jangan libatkan hal- hal lain. Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Tidak ada, tidak ada. DR 21.10.2009 61

Tuan Yang di-Pertua: Khusus kepada gagah berani. Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Okey. Tuan Yang di-Pertua: Tiada kena mengena dengan bangunan tinggi dan undi pos. Semua yang gagah-gagah berani sahaja. Yang itulah. Sila. Tidak apalah. Sila. Beberapa Ahli: [Ketawa] 4.12 ptg. Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di- Pertua yang dihormati memberikan peluang kepada saya berbahas di dalam Dewan yang mulia ini. Memang benar bahawa pengorbanan nyawa seorang pahlawan yang berkorban demi negara tidak boleh dinilai dengan wang ringgit ataupun sebutir pingat sahaja. Mereka yang terkorban sanggup meninggalkan isteri sebagai balu dan anak sebagai yatim kerana tujuan hanya satu. Demi bangsa dan negara. Nilai yang murni ini patut kita sentiasa junjung. Niat kerajaan untuk mengadakan pindaan untuk meningkatkan pemberian elaun adalah baik dan selaras dengan kos hidup yang makin melambung. Akan tetapi pada hemat saya, ini tidak menyeluruh kerana: (i) kerana tiada perancangan ekonomi keluarga yang terperinci. Wang elaun mungkin dibelanjakan untuk membeli barang mewah seperti TV LCD, kereta, barang kemas dan sebagainya yang mungkin mengheret sesebuah keluarga terikat dengan bayaran installment ataupun terjerumus dengan perangkap ’Ah Long’ kerana mengejar kemewahan yang tidak pernah dinikmati. Ini seakan durian runtuh yang telah mengheret mereka untuk mengejar kebendaan, untuk meningkatkan taraf hidup semata- mata keluarga tersebut untuk menggunakan wang elaun ini lebih menyeluruh dan cermat; dan (ii) setakat ini, memberikan wang elaun tidak cukup sebagai mengenang jasa mereka yang terkorban. Pihak kerajaan perlu memikirkan satu pakej yang menyeluruh untuk menjaga ahli keluarga yang ditinggalkan supaya boleh menyara hidup minimum. Contohnya ialah mencarikan peluang pekerjaan ataupun latihan vokasional untuk ahli keluarganya. Jaminan ataupun digalakkan untuk meneruskan persekolahan sampai ke peringkat kolej atau universiti. Memberi keutamaan untuk isteri yang ditinggalkan agar menceburi dalam bidang perusahaan kecil-kecilan dan sebagainya. Ini adalah lebih baik iaitu memberikan kail daripada memberikan seekor ikan. Tuan Yang di-Pertua, pihak kementerian mungkin boleh mempertimbangkan jasa mereka yang berhaluan kiri semasa menuntut kemerdekaan daripada jajahan British. Namun seperti mendiang Shamsiah Fakeh, sungguhpun pernah dilabelkan sebagai pelampau komunis dan penghina Melayu tetapi misi perjuangan mereka sama dengan yang berhaluan kanan dahulu iaitu membebaskan Tanah Melayu daripada cengkaman penjajah, membela nasib dan membebaskan mangsa daripada ditindas. Sekian terima kasih Tuan Yang di-Pertua yang dihormati. Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih. Kalau begitu singkat lain kali saya benarkan cakap lagi... [Ketawa] Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih. Sila Yang Berhormat Timbalan Menteri gulung. 4.16 ptg. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Datuk Liew Vui Keong]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. 62 DR 21.10.2009

Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat kerana telah mengambil bahagian di dalam Rang Undang-undang Seri Pahlawan Gagah Perkasa (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009 ini. Berbekalkan keprihatinan Yang Berhormat, kami harapkan agar pengorbanan, sumbangan harta dan nyawa pahlawan-pahlawan negara ini tidak dilupakan. Namun saya akan menyentuh perkara-perkara yang berkaitan langsung dengan pindaan akta ini sahaja. Yang Berhormat Mambong telah bertanyakan mengenai kenaikan elaun kenangan berkuat kuasa 1 Julai 2009 yang akan mula dibayar setelah rang undang-undang ini diluluskan. Pembayaran ini akan dibuat secara tunggakan bermula Julai 2009. Bagi penerima, Kanang anak Langkau, beliau telah dianugerahkan Darjah Kebesaran SP dan juga Panglima Gagah Berani di atas sumbangan, jasa dan pengorbanan beliau yang tidak ternilai terhadap negara. Beliau layak untuk menerima kedua-dua elaun kenangan iaitu SP sebanyak RM2,000 dan juga PGB iaitu sebanyak RM1,500 sekiranya pindaan terhadap kedua-dua akta ini diluluskan kelak. Yang Berhormat Ipoh Barat bangun dan bertanyakan mengenai asas kerajaan menaikkan elaun kenangan sebanyak lima kali ganda. Untuk pengetahuan Yang Berhormat, kenaikan kadar elaun kenangan ini adalah berdasarkan kepada keprihatinan Kerajaan Barisan Nasional terhadap jasa, pengorbanan dan komitmen jitu penerima SP yang telah menunjukkan keberanian luar biasa tanpa memikirkan keselamatan diri dalam memelihara keamanan dan ketenteraman awam serta mempertahankan kedaulatan negara. Walaupun kajian yang terakhir telah pun dijalankan pada tahun 1990, pindaan hari ini adalah lima kali ganda daripada RM400 yang telah pun diluluskan pada tahun 1990. Seperti kata-kata orang barat ‘it is better be late than never’ dengan izin Tuan Yang di- Pertua. Kadar ini wajar dinaikkan memandangkan kadar sekarang adalah hanya RM400. Harus diingat, seperti yang dikatakan oleh ramai Yang Berhormat pada hari ini, pengorbanan nyawa pahlawan-pahlawan negara tiada dapat dinilai dengan wang ringgit. Jadi sumbangan kerajaan ini adalah wajar diberikan. Yang Berhormat Maran bertanya bilangan penerima SP yang masih hidup. Yang Berhormat, mereka adalah seramai 11 orang yang masih lagi ada di bumi ini. Bagi menjawab soalan Yang Berhormat Rantau Panjang, asas kriteria yang diguna pakai untuk mengenal pasti calon-calon penerima SP adalah: ■1620 (i) sesiapa yang telah menunjukkan keberanian luar biasa dan telah melakukan sesuatu dengan gagah berani dan penuh pengorbanan; dan (ii) calon boleh terdiri daripada lelaki atau wanita sama ada daripada anggota tentera, polis ataupun orang awam. Untuk menjadi penerima dalam Darjah-darjah Gagah Perkasa ini, Tuan Yang di- Pertua, suatu permohonan mesti dibuat oleh pihak PDRM ataupun ATM. Yang terlibat dengan orang awam pula yang dikenalkan telah pun qualified untuk menerima darjah- darjah tersebut, kelakuan keberanian luar biasa mereka itu patut dilaporkan kepada pihak penguat kuasa seperti PDRM agar sesuatu siasatan dapat dilakukan mengenai kelakuan keberanian itu agar dapat disahkan oleh pihak berkenaan. Tuan Yang di-Pertua, ramai juga yang... Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [Rantau Panjang]: Minta penjelasan sedikit sahaja. Datuk Liew Vui Keong: Saya rasa tidak perlu kerana sekejap lagi ada lagi satu rang undang-undang yang... Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [Rantau Panjang]: Berkaitan dengan jawapan tadi, sedikit sahaja. Datuk Liew Vui Keong: Tidak ada lagi. Lagipun... DR 21.10.2009 63

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [Rantau Panjang]: Tidak, saya ingin tahu berapa jumlah daripada penerima itu yang terdiri daripada kaum wanita... [Dewan riuh] Datuk Liew Vui Keong: Kaum wanita? Tuan Yang di-Pertua: Kaum wanita yang gagah berani... [Dewan riuh] Datuk Liew Vui Keong: Yang Berhormat Rantau Panjang, saya ada nama-nama mereka tetapi tidak ada kriteria menunjukkan mereka wanita ataupun lelaki... [Ketawa] Pasal nama mereka, ada yang mempunyai nama seperti nama Cina, Yap Chin Hwa. Ini boleh dikatakan nama perempuan juga... [Ketawa] Jadi saya tidak dapat mengesahkan di sini, tetapi saya telah pun dimaklumkan bahawa setakat ini tiada wanita menerima... [Dewan riuh] Tuan Yang di-Pertua, ramai juga Yang Berhormat telah pun menyentuh isu yang sama mengenai kadar kenaikan elaun. Sebab-sebabnya telah saya jawab tadi. Oleh yang demikian saya tidak bercadang untuk mengulang apa yang telah saya jawab tadi. Sekian sahaja... Sebelum itu, minta maaf... Tuan Masir Kujat [Sri Aman]: [Bangun[ Tuan Mohamed Azmin bin Ali [Gombak]: [Bangun] Dato’ Haji Ismail bin Mohamed Said [Kuala Krau]: [Bangun] Datuk Liew Vui Keong: Yang Berhormat Sekijang telah bertanya sama ada elaun kenangan dikecualikan cukai pendapatan ataupun tidak. Jawapannya ialah bahawa elaun kenangan ini dikecualikan daripada cukai pendapatan melalui Perintah Cukai Pendapatan (Pengecualian) (15) 1994. Singkat sahaja, Yang Berhormat. Tuan Mohamed Azmin bin Ali [Gombak]: Sini, Gombak. Dato’ Haji Ismail bin bin Mohamed Said [Kuala Krau]: Terima kasih. Kuala Krau dahulu, Yang Berhormat Gombak. Sahabat, terima kasih. Satu soalan sahaja. Saya hendak bertanya dengan Yang Berhormat Timbalan Menteri, adakah satu jawatankuasa khas ditubuhkan untuk menentukan siapakah yang berhak dan juga menilai supaya pingat ini diberikan kepada panglima tentera atau yang telah berjasa kepada negara. Terima kasih. Datuk Liew Vui Keong: Seperti yang saya katakan tadi bahawa pihak ATM ataupun PDRM akan menyiasat sesuatu kelakuan yang telah pun dilakukan oleh anggota- anggota mereka yang terlibat dalam kelakuan yang luar biasa. Jadi pihak PDRM dan ATM akan menjalankan siasatan terhadap kelakuan yang tersebut. Ahli-ahli Yang Berhormat dari Sekijang, Sibuti, Lipis, Kuala Langat dan juga Yang Berhormat Gombak telah menyentuh mengenai elaun yang perlu diberikan kepada waris sekiranya penerimanya telah meninggal dunia. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, elaun kenangan hanya diberikan kepada penerima yang hidup sahaja. Apabila penerima meninggal dunia, pembayaran akan dihentikan dan tiada bayaran akan diberikan kepada waris. Pada dasarnya, asas pemberian elaun kenangan ini ialah untuk mengiktiraf dan mengenangkan jasa penerima sahaja. Hanya penerima posthumous sahaja akan menerima elaun secara lump sum ataupun sekali gus berjumlah RM20,000 waris kadim mereka. Jadi Tuan Yang di-Pertua, sekian sahaja. Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: [Bangun] Tuan Masir Kujat [Sri Aman]: [Bangun] Tuan Mohamed Azmin bin Ali [Gombak]: Soalan tambahan... Tuan Yang di- Pertua... Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Sri Aman, Yang Berhormat Gombak. Datuk Liew Vui Keong: Tuan Yang di-Pertua, memandangkan saya akan membentang lagi satu rang undang-undang mengenai PGB. 64 DR 21.10.2009

Tuan Mohamed Azmin bin Ali [Gombak]: Itu lain, itu pingat yang lain. Ini Pingat Gagah Perkasa. Datuk Liew Vui Keong: Ya, jadi sekiranya pihak Yang Berhormat ingin... Tuan Mohamed Azmin bin Ali [Gombak]: Tuan Yang di-Pertua, dalam hujah saya, saya tidak mencadangkan bahawa elaun ini diberikan kepada waris. Jadi Timbalan Menteri silap di situ. Yang saya cadangkan ialah... Beberapa Ahli: [Menyampuk] Tuan Mohamed Azmin bin Ali [Gombak]: Ramai pula Timbalan Menteri ini, kenapa? Tidak dapat jadi, tunggu dahulu... [Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, yang saya cadangkan supaya sumbangan dan penghargaan ini tidak terikat dengan pingat ini sahaja. Ramai juga teman-teman saya cadangkan supaya penghargaan kita kepada anggota tentera yang semestinya telah banyak berjasa kepada negara ini untuk waris keluarga mereka dalam bentuk perumahan, pendidikan dan perubatan. Bagaimana pendirian kerajaan dan kementerian dalam perkara ini? Boleh atau tidak kerajaan meneliti semula supaya satu bentuk penghargaan secara menyeluruh yang juga melibatkan soal perubatan keluarga mereka, waris mereka, anak mereka, pendidikan, biasiswa, perumahan dan juga latihan teknikal supaya mereka dapat hidup selepas persaraan itu dalam suasana yang lebih sejahtera. Itu cadangan yang saya kemukakan. Yang kedua, soal undi pos, Timbalan Menteri tidak jawab. Bagaimana undi pos ini digunakan untuk memenangkan UMNO dan Barisan Nasional? Sebab ini satu penghinaan kepada anggota tentera. Terima kasih. Tuan Masir Kujat [Sri Aman]: [Bangun] Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Timbalan Menteri... Timbalan Menteri. Datuk Liew Vui Keong: Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua: Timbalan Menteri, mengenai undi pos itu tidak perlu jawab. Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Tidak perlu jawab. Ini mengenai bayaran elaun itu kepada waris, saya yang cadangkan. Mungkin Timbalan Menteri boleh mempertimbangkan kerana hasil daripada pengorbanan seorang yang gagah perkasa ini, keluarga beliau juga menanggung kesan daripada pengorbanan beliau. Maka apabila walaupun yang gagah perkasa itu beliau, tetapi kesan dari sudut pengorbanan yang dilakukan, mungkin beliau tercedera maka beliau tidak boleh mendapatkan kerja yang lain dan sebagainya. Maka elaun itu sepatutnya diteruskan walaupun setelah beliau meninggal dunia kerana kesan itu adalah kesan bukan atas diri beliau sendiri tetapi atas keluarga beliau juga. Maka saya rasa kalau Timbalan Menteri boleh memikirkan tentang cadangan ini memandangkan ia memang merupakan satu perkara yang wajar. Terima kasih. Datuk Liew Vui Keong: [Bangun] Tuan Masir Kujat [Sri Aman]: [Bangun] Tuan Yang di-Pertua: Silakan... Nanti dahulu. Yang Berhormat Sri Aman, buat pencelahan, selepas itu Menteri menjawab. Yang Berhormat Pokok Sena tidak perlu ya. Tuan Masir Kujat [Sri Aman]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Pokok Sena tidak perlu. Tuan Masir Kujat [Sri Aman]: Saya ingin bertanya Timbalan Menteri mengenai British Award yang saya sebutkan tadi, George Cross Medal , adakah ini setaraf dengan SP? Saya ingat ini satu daripada, in my opinion dengan izin, sebab ini hampir sama taraf pada pendapat saya. Sama ada akan diberi sama dengan SP, allowance dan sebagainya. Dato’ Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Tuan Yang di-Pertua, sedikit. Datuk Liew Vui Keong: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. DR 21.10.2009 65

Dato’ Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Pokok Sena. Dato’ Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Tidak, tidak. Saya hendak minta penjelasan kenapa... Datuk Liew Vui Keong: Untuk menjawab Yang Berhormat Gombak... Dato’ Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Yang Berhormat, sedikit lagi. Datuk Liew Vui Keong: Sedikit lagi? Masa tidak ada... Dato’ Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Berkaitan soal pembayaran kepada waris ini. Apa isu atau apa masalah kepada kerajaan untuk tidak hendak membayar kepada waris, khususnya kepada isteri. Soal undang-undang, soal peraturan dan sebagainya itu boleh dibuat pindaan, tetapi apa masalah untuk kerajaan tidak boleh hendak beri kepada waris, kepada isteri, sedangkan jumlah ini terlalu kecil. Kalau kata 10 atau 11 orang tadi, mati 11 orang, 11 orang isteri yang akan dapat. Kepada anak, tidak mengapa. Kalau sudah isteri tidak ada, kepada anak tidak perlu, saya boleh terima. Hanya kepada isteri, 11 orang sahaja. Bayaran mereka hanya RM2,000 sedangkan bayaran elektrik rumah Perdana Menteri sebulan adalah RM200,000. Kecil sahaja kalau hendak bandingkan dengan elektrik rumah Perdana Menteri...  1630 Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Pokok sena meleret lagi. Ke situ pula, sila Menteri. Dato' Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Tidak, itu fakta. Tuan Yang di-Pertua: Maaflah Yang Berhormat Pokok Sena. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Datuk Liew Vui Keong]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat Pokok Sena. Mengenai cadangan yang telah pun diberikan oleh Yang Berhormat Gombak, ini ada terkeluar sedikit daripada rang undang-undang yang kita bentangkan hari ini iaitu mengenai Elaun Kenangan tambahan daripada RM400 kepada RM2,000 ini. Jadi mengenai isu undi pos yang ditentukan oleh Yang Berhormat Gombak tadi... Tuan Mohamed Azmin bin Ali [Gombak]: Yang Berhormat Menteri, betul kita keluar... Datuk Liew Vui Keong: Kita tidak nafikan bahawa itu it goes without with saying it’s already out of the topic, it is out of the topic . Tuan Mohamed Azmin bin Ali [Gombak]: Bukan, okeylah. Tidak mengapalah undi pos saya ingin .... Datuk Liew Vui Keong: So saya ingin menyatakan dengan cadangan yang telah pun diberikan oleh Yang Berhormat Pokok Sena tadi, Tuan Mohamed Azmin bin Ali [Gombak]: Yang Berhormat Menteri, walaupun ia terkeluar topik... Timbalan Menteri... Datuk Liew Vui Keong: The rasional kita tidak membayar kepada waris ataupun anak-anak penerima yang telah pun meninggal ini is very clear kerana kita tidak hendak anak-anak mereka menjadi satu kerajaan become to reliable… bukan kerajaan. Tuan Mohamed Azmin bin Ali [Gombak]: Bukan anak, tadi isteri. Datuk Liew Vui Keong: Isteri ini mungkin kita akan melihatlah bagaimana kita dapat menjaga isteri mereka tetapi kita jangan lupa untuk satu payment atau lump sum payment akan diberikan kepada Waris Kadim sekiranya berlaku kepada penerima ini sekiranya penerima meninggal dunia. Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Akan tetapi hanya RM20,000 sahaja. 66 DR 21.10.2009

Tuan Mohamed Azmin bin Ali [Gombak]: Akan tetapi Yang Berhormat Menteri, biarpun... Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Walaupun begitu, mungkin jumlah lump sum itu boleh dinaikkan seperti mana elaun itu sudah dinaikkan, mungkin yang lump sum payment ini pun perlu dinaikkan? Datuk Liew Vui Keong: Itu satu cadangan yang boleh mungkin kita akan lihatlah. Mengenai George Cross yang telah pun disentuh oleh Yang Berhormat Silam ini tidak boleh disamakan dengan SP kerana ia bukan Darjah Kebesaran Persekutuan, it is a British Awards. Jadi Tuan Yang di-Pertua, sekian sahaja. Saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat yang amat prihatin tentang perkara yang dibahaskan pada petang ini namun saya hanya menyentuh kepada perkara yang saya perkatakan tadi relevan kepada pindaan akta ini sahaja. Walau bagaimanapun, pandangan-pandangan yang telah pun diberikan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang terpelajar tadi dalam perkara ini saya tidak dapat menjawab hari ini ataupun tidak dapat jawab saya memang terharu dan akan mengambil perhatian dan juga akan mempertimbangkan apa yang terbaik dalam perkara ini. Sekian terima kasih. Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih. Saya pun kurang puas hati juga kerana apa yang saya bilang duduk tidak ada yang duduk. Tuan Mohamed Azmin bin Ali [Gombak]: Sebab... Tuan Yang di-Pertua: Semua kena puas hati tidak mengapa kerana Dewan tempat berbahas. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang. Masalah dikemuka bagi diputuskan ; dan disetujukan. Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa. Majlis bersidang dalam Jawatankuasa. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa ] Fasal-fasal dikemukakan kepada Jawatankuasa. 4.35 ptg. Tuan Pengerusi: Mahu lagi? Sila. Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Tuan Pengerusi, ada dua soalan berkaitan dengan klausa 2 iaitu RM400 ini apabila ia diwujudkan dan apabila ia ditetapkan bahawa RM400 itu dibayar pampasan dan soalan kedua adalah adakah RM400 semasa ia diwujudkan itu sekarang bernilai RM2,000, kalau ada, apa asasnya? Tuan Pengerusi: Sila. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Datuk Liew Vui Keong]: Terima kasih kepada Yang Berhormat Ipoh Barat. Seperti Yang Berhormat sedia maklum bahawa RM400 elaun ini telah pun diluluskan pada pindaan yang terakhir iaitu in 1999. Jadi elaun kali ini iaitu RM2,000 akan bermula pada 1 Julai tahun 2009 ini, 2009. Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Sedikit lagi. Soalan saya adalah adakah nilainya RM400 pada tahun 1990 sekarang kerajaan berkata ia bernilai RM2,000? Sebanyak RM400 in 1999 dan in 2009 is RM2,000, is that what are you saying? Datuk Liew Vui Keong: Terima kasih. What I’m saying is that RM400 ini telah pun dinaikkan ke RM2,000 bermula pada 1 Julai tahun ini. Tuan Pengerusi: Yang Berhormat Gombak. DR 21.10.2009 67

Tuan Mohamed Azmin bin Ali [Gombak]: Tuan Pengerusi, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri kenaikan ini disebut akan bermula pada 1 Julai 2009. Saya ingin tahu apakah jaminan yang akan diberikan oleh kerajaan, bila pembayaran ini akan dibuat? Maknanya bila boleh 11 penerima bintang ini terima RM2,000 ini? Tarikh dan harinya? Datuk Liew Vui Keong: Terima kasih kepada Yang Berhormat Gombak. Masanya ialah apabila kelulusan diberi oleh Yang Berhormat dalam Dewan yang mulia ini, kelulusan selepas diluluskan I mean selepas itu pihak Duli Yang Maha Mulia akan tandatangan dan dijadikan undang-undang before according to the process of the law . Tuan Pengerusi: Sila Yang Berhormat Machang. Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [Machang]: Tuan Pengerusi, yang saya tertanya-tanya ialah apabila amaun RM400 ini naik menjadi RM2,000. Berapa banyak implikasi kewangan kerajaan sebenarnya untuk bayar kepada penerima. Implikasi kewangan, saya hendak tahu amaun itu sahaja Menteri sebab saya hendak bandingkan dengan kos sewa dan juga penyelenggaraan rumah rasmi Perdana Menteri RM6 juta setahun, RM6 juta. Ini maklumat Parlimen kita semasa Perdana Menteri yang lepas. Pak Lah said government spend RM6 millions on my house. Rental and maintenance. Saya cuma hendak compare atau hendak banding sahaja supaya apabila saya keluar daripada Parlimen ini tidak terbuku dalam kepala saya. Implikasi kewangan untuk pingat yang kita bahas berjam-jam ini, banyak mana sebenarnya duit kerajaan hendak habis ini? Terima kasih. Tuan Pengerusi: Sila. Datuk Liew Vui Keong: Terima kasih Tuan Pengerusi. Seperti yang telah pun saya nyatakan tadi pada setakat ini terdapat 11 orang yang masih hidup dan masih layak untuk menerima elaun ini sekiranya diluluskan oleh Dewan yang mulia. Tuan Pengerusi: Ahli-ahli Yang Berhormat, kalau benda yang Ahli-ahli Yang Berhormat sudah tahu dalam bill , janganlah tanya. Dalam huraian bill ini pun sudah kata for the time being it cannot be a certain yet . Ada lagi yang mahu query tetapi yang betul punya, kalau tidak ada, ada? ■1640 Fasal-fasal 1 dan 2 jadi sebahagian daripada rang undang-undang. Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang. Majlis Mesyuarat bersidang semula . Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.

RANG UNDANG-UNDANG PANGLIMA GAGAH BERANI (ELAUN KENANGAN) (PINDAAN) 2009

Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga 4.41 ptg. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Datuk Liew Vui Keong]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan iaitu rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Panglima Gagah Berani (Elaun Kenangan) 2001 dibacakan kali yang kedua sekarang. Tuan Yang di-Pertua, rang undang-undang yang dicadangkan ialah untuk meminda Akta Panglima Gagah Berani (Elaun Kenangan) 2001 iaitu undang-undang yang memperuntukkan pemberian elaun kenangan sebanyak RM300 sebulan kepada penerima Darjat Kebesaran Persekutuan Panglima Gagah Berani ataupun dikenali sebagai PGB. 68 DR 21.10.2009

Secara khususnya, pindaan undang-undang ialah untuk menaikkan pemberian elaun kenangan kepada penerima PGB yang masih hidup daripada RM300 sebulan kepada RM1,500 sebulan mulai 1 Julai 2009. Tuan Yang di-Pertua, Darjat Kebesaran PGB telah dizahirkan pada 29 Julai 1960 dan merupakan salah satu anugerah di dalam darjat-darjat gagah perkasa. PGB dikurniakan kepada sesiapa jua yang telah menunjukkan kegagahan dan keberanian yang luar biasa dalam menghadapi musuh. Anugerah ini juga boleh dikurniakan selepas seseorang itu meninggal dunia. Sehingga kini, seramai 96 orang telah dianugerahkan dengan PGB dan daripada jumlah tersebut, seramai 75 orang masih hidup. Tuan Yang di- Pertua, pemberian elaun kenangan kepada penerima PGB mula diperkenalkan pada tahun 1983 dan kajian terakhir ke atas kadar ini ialah pada tahun 2001 di mana kerajaan telah meluluskan kadar elaun bagi penerima PGB sebanyak RM300 dengan wujudnya Akta Panglima Gagah Berani (Elaun Kenangan) 2001. Tuan Yang di-Pertua, dasar kenaikan kadar elaun kenangan ini telah diputuskan oleh kerajaan selepas mengambil kira jasa, pengorbanan dan komitmen jitu mereka dalam memelihara keamanan dan ketenteraman awam serta mempertahankan kedaulatan negara. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan. Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar [Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup]: Tuan Yang di-Pertua, mohon menyokong. Tuan Yang di-Pertua: Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Panglima Gagah Berani (Elaun Kenangan) 2001 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas. Tuan Haji Mohd. Nor bin Othman [Hulu Terengganu]: Hulu Terengganu. Tuan Yang di-Pertua: Bagi Yang Berhormat Sungai Petani. Lama sudah tidak dengar suara. Sila. Selepas Yang Berhormat Sungai Petani, Yang Berhormat Tangga Batu ya. Selepas itu Yang Berhormat Tumpat. 4.44 ptg. Dato' Johari bin Abdul [Sungai Petani]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang untuk saya mengambil bahagian membahaskan rang undang- undang ini. Ada dua tiga perkara yang ingin saya sentuh berhubung dengan rang undang- undang ini. Hal yang pertama, kita amat menghargai peranan yang telah pun dimainkan oleh semua pihak termasuk anggota dan pegawai-pegawai yang terlibat dalam menjaga keselamatan negara dan apabila bintang dan anugerah ini diberikan kepada mereka yang selayaknya, sudah pasti ada kriteria-kriteria yang telah pun ditentukan oleh pihak pemerintah bagi mereka mendapat anugerah ini. Namun begitu, saya ingin tahu apakah ada garis-garis panduan sekiranya mereka yang mendapat bintang-bintang ini melakukan ataupun menyebabkan berlakunya sesuatu perkara yang boleh dianggap membahayakan negara selepas dia pencen ataupun selepas dia bersara daripada perkhidmatannya. Ada tak kriteria yang akhirnya kita melihat review balik. Mungkin kita tidak mengatakan akan ada tetapi kalau-kalau ada mereka-mereka yang terlibat. Dia sudah dapat pingat, dia sudah dapat bintang, dia sudah dapat darjat ini tetapi kalau-kalau ada, apakah ada satu jawatankuasa untuk melihat balik kedudukan tersebut? Yang kedua Tuan Yang di-Pertua, dalam mana kita melihat pemberian elaun kenangan ini tidak terlepas juga saya ingin menyentuh tentang mereka yang telah pun berkhidmat sama ada dalam polis atau tentera tetapi tidak mendapat bintang ini. Kita tahu dalam satu-satu tindakan berhadapan dengan musuh kadang-kadang sekumpulan polis atau tentera itu dikepalai oleh satu ketua. Kadang-kadang ketua yang dapat bintang, ketua yang dapat pangkat tapi anggota-anggota tidak dapat apa-apa. Kita tahu itu, bukan rahsia lagi. Ada juga di antara polis dan tentera kita yang berhenti tidak cukup pencen. Apakah nasib mereka? Semua Ahli-ahli Yang Berhormat sini sudah pasti mengalami keadaan ini.

DR 21.10.2009 69

Setiap kali kolej dan universiti dibuka, ramai yang akan datang berjumpa dengan Yang Berhormat-Yang Berhormat minta bantuan dan ramai juga kita yang merasa sedih kerana ramai di antara mereka yang datang untuk minta bantuan terdiri daripada kalangan bekas anggota tentera, bekas anggota polis. Bila ditanya apakah encik tidak mendapat bantuan daripada kerajaan? Dia katakan jangankan biasiswa, minta bantuan untuk melanjutkan pelajaran anak-anak pun tak dapat. Di sini saya menyeru kepada pihak berwajib supaya melihat satu mekanisme dibentuk bagi membantu anak-anak bekas tentera, bekas polis. Paling tidak pun pada mereka yang tidak mendapat pencen, harus ada mekanisme untuk membantu anak-anak mereka mendapat bantuan bagi melanjutkan pelajaran. Paling tidak pun satu ex gratia dikeluarkan bagi setiap anak mereka yang akan melanjutkan pelajaran ke universiti atau ke kolej mendapat bantuan pendaftaran. Tuan Yang di-Pertua, untuk bekas anggota tentera menyara anak, seperti yang kita tahu, alhamdulillah anak-anak tentera kita banyak yang berjaya ke pusat-pusat pengajian tinggi tetapi kalau bukan biasiswa tetapi bantuan pinjaman pun susah dapat, saya rasa ini akan memberikan tekanan kepada bekas-bekas pasukan keselamatan kita. Jadi saranan saya supaya kerajaan melihat secara serius supaya paling tidak sebuah yayasan ditubuhkan bagi membantu anak-anak bekas tentera, bekas polis melanjutkan pelajaran mereka ke institusi pengajian tinggi. Yang ketiganya Tuan Yang di-Pertua, bekas tentera khususnya mendapat pencen selepas mereka berkhidmat selepas 21 tahun tetapi ada juga tentera-tentera kita yang berhenti sebelum mencapai perkhidmatan 21 tahun. Saya kira harus ada mekanisme dilihat bagaimanakah mereka yang berkhidmat tidak cukup 21 tahun sama ada dia berhenti 18, 15 tahun. ■1650 Harus ada satu mekanisme, sedikit bantuan diberikan kepada mereka kerana ada sebab-sebab yang tertentu. Bukan kerana mereka tidak mahu meneruskan perkhidmatan mereka, tetapi kerja yang mereka lakukan samalah seperti mereka yang berkhidmat lebih daripada 21 tahun. Sekiranya mereka yang telah pun berkhidmat kurang daripada 21 tahun ini diberikan sedikit bantuan, saya yakin dan percaya masalah bekas-bekas tentera ini dapat diselesaikan. Bukan sahaja masalah membesarkan anak-anak dan menghantar anak-anak ke universiti, tetapi juga masalah dalam meneruskan kehidupan mereka lebih terjamin. Kalau kita perhatikan di kampung-kampung, bekas-bekas tentera kita amat berbeza cara hidupnya dengan orang kampung biasa. Mereka kekalkan disiplin dan cara hidup. Saya yakin kalau mereka ini diberikan layanan, bimbingan dan kaunseling, mereka akan menjadi kelompok manusia yang amat berdisiplin dan berjaya dalam kehidupan mereka. Untuk itu Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan. Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua: Sila Yang Berhormat Tangga Batu. 4.52 ptg. Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron [Tangga Batu]: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya juga mengucap syukur kerana dapat bersama terlibat di dalam perbahasan ini, yang saya kira memang dinanti-nantikan bukan sahaja warga tentera, tetapi mereka yang mempunyai kaitan dengan tentera, terutamanya mereka yang hari ini ramai bermastautin di Parlimen Tangga Batu, di kem Sungai Udang dan juga di kem Terendak yang jumlahnya lebih kurang 30,000 orang. Tuan Yang di-Pertua, melihat hasrat Kerajaan Malaysia untuk mengenang jasa- jasa perwira kita ini dalam konteks mengangkat nilai elaun mereka daripada RM300 ke RM1,500 dalam penganugerahan kepada mereka yang telah menerima ataupun diiktiraf dengan Pingat Panglima Gagah Berani, saya kira ia adalah satu tindakan yang benar-benar boleh menyumbang kepada mengangkat motivasi penerima-penerima itu sendiri dan juga ahli keluarga mereka. Ada beberapa perkara yang saya kira perlu kita sama-sama lihat dan perbaiki. Iaitu kita tahu bahawa jumlah penerima Pingat Gagah Berani ini ialah seramai 78 orang. Saya dapat melihat bahawa penerima-penerima ini adalah menjangkaui batasan kaum. 70 DR 21.10.2009

Kita tahu bahawa proses untuk kerajaan mengiktiraf seseorang warga tentera yang layak menerima pingat ini adalah satu proses yang panjang dan komprehensif, yang mengambil kira segenap aspek. Pada pandangan saya ialah bagaimana kita melihat mereka yang menerima ini dan boleh menjadikan mereka sebagai model. Walaupun pingat ini adalah pingat yang kelapan dalam darjah-darjah yang dianugerahkan Ke Bawah Duli Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, tetapi apabila mereka telah menerima darjah-darjah atau pingat- pingat ini, kita perlu menjadikan mereka ini sebagai contoh, teladan, role model kepada anak-anak muda yang hari ini kelihatan dari konteks semangat patriotisme itu agak berkurangan berbanding dengan ketika negara sebelum merdeka, sedang merdeka dan pascamerdeka. Sebagai contoh, berapa ramai yang kenal dengan Leftenan Kolonel Basri Omar? Apakah sumbangannya kepada negara? Kolonel (B) Maurice, Kapten Shanmuganathan a/l E. Rampoo, Kapten Panir, Sarjan Ielias dan beberapa nama-nama penting lagi yang ada di dalam senarai. Kalau saya tengok Leftenan Muda (B) David Fu Chee Ming, Pegawai Waran 1 (B) Mohamad Bahrom, Pegawai Waran 1 (B) Osman Sharif. Berapa ramai mengenali Pegawai Waran 1 (B) Kanang anak Langkau? Mereka ini mencipta nama menyumbang kepada keamanan dan kemakmuran negara, tetapi kita tidak mempunyai satu biografi yang lengkap tentang mereka untuk dilihat oleh anak-anak muda kita. Mungkin juga dipamerkan di sekolah-sekolah supaya mereka dapat menjadikan perwira-perwira ini, penerima-penerima ini sebagai model untuk mereka terus mempertahankan kedaulatan dan kebebasan negara kita pada masa akan datang. Dato' Ibrahim bin Ali [Pasir Mas]: [Bangun] Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron [Tangga Batu]: Silakan kakanda saya Yang Berhormat Pasir Mas di ambang... Dato' Ibrahim bin Ali [Pasir Mas]: Tidak usah campur yang lain... [Ketawa] Saya hendak tanya Yang Berhormat. Saya tidak mengambil bahagian dalam perbahasan ini, cuma saya hendak tanya Yang Berhormat, memandangkan jasa pahlawan-pahlawan ini sekarang sudah terbela dengan tambahan elaun bulanan, apakah Yang Berhormat bersetuju kalau saya cakap, saya kemukakan cadangan supaya kerajaan mengenal pasti satu kawasan, katakan tanahlah. Kemudian dibina rumah-rumah yang agak sederhana dan namakan kawasan ini sebagai Taman Pahlawan supaya kawasan ini nanti boleh menjadi sumber inspirasi dan juga lawatan-lawatan oleh generasi muda, anak-anak sekolah pada waktu cuti. Dalam kawasan tersebut didirikan pula sedikit sebanyak muzium kecilkah yang menceritakan soal sejarah pejuang-pejuang, wira-wira kita ini. Selain itu, termasuklah juga kita ada di Masjid Negara, Pahlawan Negara. Pahlawan Negara ini nampaknya dikhususkan untuk Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri. Kenapa tidak ada kawasan perkuburan untuk pahlawan? Dengan ini, orang kata penganugerahan yang lebih bermakna. Bukan sahaja mereka ini kita beri wang, tetapi saya lebih cenderung ke arah membantu kesedaran anak-anak muda supaya mereka cintakan negara, daya juangnya, semangat juangnya. Jadi, ini juga boleh dijadikan macam tempat atau produk pelancongan. Ini saya rasa lebih bererti. Saya hendak tanya Yang Berhormat setuju atau tidak? Terima kasih. Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron [Tangga Batu]: Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Pasir Mas kerana cadangan itu adalah merupakan satu cadangan yang amat baik. Walaupun pada hari ini kita dapat lihat banyak tempat yang menggunakan nama perwira, pahlawan dan sebagainya terutamanya di Parlimen Tangga Batu, untuk makluman Yang Berhormat Pasir Mas. Namun begitu, itu adalah kerana lebih kepada profitability pemaju, keuntungan pemaju untuk menarik minat golongan perwira dan bekas tentera ini untuk menyertai taman tersebut. Akan tetapi, apa yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat Pasir Mas tadi mempunyai lebih nilai dan makna. Apabila pihak kerajaan mengambil inisiatif untuk mengadakan satu kawasan bagi membina perumahan-perumahan dan bukan sahaja perumahan. DR 21.10.2009 71

Akan tetapi juga termasuk kawasan pusara, perkuburan, makam perwira umpamanya yang boleh menyemadikan pahlawan-pahlawan kita, terutamanya yang telah diiktiraf oleh Yang di-Pertuan Agong oleh kerajaan Malaysia, penerima-penerima pingat Gagah Perkasa, Gagah Berani dan sebagainya, sekaligus dapat menyuntik semangat bukan sahaja kepada orang ramai, tetapi juga anak-anak muda kita yang bakal mewarisi negara ini pada masa hadapan dan yang terpaksa mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara. Jadi, Tuan Yang di-Pertua, saya... ■1700 Dato' Ibrahim Ali [Pasir Mas]: Sedikit. Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron [Tangga Batu]: Jadi, Tuan Yang di-Pertua, saya silakan Yang Berhormat Pasir Malaysia. Dato' Ibrahim Ali [Pasir Mas]: Sedikit. Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron [Tangga Batu]: Minta izin Tuan Yang di- Pertua, selepas itu Yang Berhormat Kinabatangan. Dato' Ibrahim Ali [Pasir Mas]: Okey, terima kasih. Saya hendak cadangkan setuju atau tidak kalau diambil bandar Port Dickson yang sudah diisytiharkan sebagai Bandar Tentera. Dikenal pastikan kawasan tersebut didirikan makam, digunakan untuk dijadikan makam wira-wira yang saya sebutkan tadi. Makam Perwira seperti mana yang saya bangkitkan sebelum itu. Terima kasih. Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron [Tangga Batu]: Saya memang bersetuju. Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mengucapkan terima kasih lah kepada pihak kerajaan yang telah mengiktiraf Port Dickson sebagai Bandar Tentera. Saya yakin dan percaya, rakan-rakan tentera kita, pejuang-pejuang kebebasan negara kita juga menganggap ini sebagai satu pengiktirafan kepada tentera-tentera, perwira-perwira yang berjuang dan juga yang telah terkorban dalam mempertahankan kemerdekaan negara. Dipersilakan Yang Berhormat Kinabatangan. Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Terima kasih rakan saya Yang Berhormat Tangga Batu. Apakah Yang Berhormat melihat bahawa akta ini boleh menjamin keseluruhan iaitu maksud saya, kalau kita kaji kedudukan tentera kita pada hari ini, pendapatan mereka, elaun mereka. Apakah Yang Berhormat ingin mencadangkan kepada kerajaan supaya soal pokok itu diselesaikan? Kita heboh-heboh, tambah elaun daripada RM400 kepada RM2,000. Dari pagi kita bincang sampai malam, bukan banyak sangat. Akan tetapi masalah pokok dia masih tidak selesai iaitu contohnya tentera di Singapore dia punya pendapatan lumayan tetapi tentera kita gaji RM700, RM800, ini tidak pula difikir oleh kerajaan, oleh kementerian ke arah bagaimana memantapkan tentera kita supaya mereka betul-betul gagah perkasa. Berperang di hutan tetapi di rumah nampak kosong. Memanglah, tentera kadang-kadang dia merompak, dia menyamun. Ini seharusnya dilihat secara lebih positif oleh pihak agensi pelaksana. Jangan kita bawa akta hendak naik RM400 pergi RM2,000 heboh satu kampung tetapi inti patinya tentera kita masih menderita, keluarga mereka menderita. Apakah Yang Berhormat mencadangkan supaya dilihat soal pokok ini supaya dapat diselesaikan? Tuan Haji Hasbi bin Habibollah [Limbang]: Yang Berhormat Tangga Batu, boleh mencelah sedikit. Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron [Tangga Batu]: Boleh Tuan Yang di-Pertua. Okey, silakan. Nanti saya jawab sekali dengan Yang Berhormat Kinabatangan. Tuan Haji Hasbi bin Habibollah [Limbang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat Tangga Batu. Saya ingin berkongsi sedikit sebagaimana yang telah disuarakan oleh Yang Berhormat Pasir Mas tadi. Sebenarnya, di tempat saya, kawasan saya ada sebuah kampung yang dinamakan Kampung Pahlawan tetapi ianya bukan hanya sekadar nama. 72 DR 21.10.2009

Ianya adalah anugerah daripada Kerajaan Negeri kepada rakyat biasa yang telah berjuang menentang penjajahan di mana mereka diberikan satu kawasan dan diberikan tanah percuma dan juga tempat untuk bercucuk tanam. Sehingga kini ia mempunyai dalam menghampiri 157 buah rumah dan ianya kini diwarisi oleh anak-anak mereka. Ini adalah salah satu hadiah kerajaan mengingati jasa rakyat kita yang telah berjasa menentang penjajahan. Jadi, saya rasa apalah salahnya kalau anugerah sebegini juga boleh kita panjangkan kerajaan kita untuk tentera-tentera kita yang berjasa, bukan hanya sahaja kepada yang gagah perkasa tetapi kepada juga prebet- prebet yang telah berjasa. Sekian, terima kasih. Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron [Tangga Batu]: Terima kasih Yang Berhormat Limbang, terima kasih Yang Berhormat Kinabatangan. Yang Berhormat Kinabatangan menyebut tentang kita berbincang tentang peningkatan elaun sebanyak RM1,200 dan RM1,500 dari pagi sampai petang walhal pada masa yang sama kita mempunyai masalah pokok yang amat besar, yang perlu kita bincangkan bagaimana boleh mengangkat martabat angkatan tentera kita. Tuan Yang di-Pertua, saya bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat Kinabatangan. Di samping kita membincangkan ranting-ranting ini, dahan-dahan ini, kita juga perlu melihat masalah pokok. Saya yakin dan percaya antara sebab mengapa kekurangan minat anak-anak muda kita untuk menyertai angkatan tentera ini adalah ganjaran dan juga pendapatan bulanan yang mungkin di bawah par jika berbanding dengan negara-negara lain di rantau ini. Saya percaya kalau kita bandingkan dengan masa dahulu. Sekarang ramai yang mengatakan bahawa komunis telah meletak senjata pada tahun 1989, so askar kita sudah tidak ada untuk berperang dengan sesiapa tetapi perlu diingat bahawa ancaman bukan hanya dilihat dalam konteks yang lepas. Kita tidak tahu apa yang bakal berlaku pada masa akan datang. Ancaman yang lebih besar, senjata yang lebih canggih dan dalam pelbagai bentuk. Angkatan tentera kita perlu di mutakhir kan, perlu dikemaskinikan dengan kelengkapan-kelengkapan moden, pengetahuan-pengetahuan dan hasrat kementerian untuk membina k-Soldier ataupun askar yang berpengetahuan adalah amat dialu-alukan. Jadi, cadangan Yang Berhormat Kinabatangan untuk melihat perkara pokok tadi amat saya alu-alukan dan bolehlah masuk sebagai ucapan saya. Lagi Yang Berhormat Kinabatangan. Yang Berhormat Limbang, nanti sekejap Yang Berhormat Limbang. Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Sedikit, sedikit sahaja. Terima kasih Yang Berhormat. Saya sebenarnya berbicara soal fakta iaitu kadang-kadang kalau kita lihat equipment , senjata tentera kita yang sudah lapuk. Saya hairan, asal kita beli, beli barang lapuk. Tidak usah jauhlah. Kita banding dengan Singapore . Kita punya kereta kebal lebih kurang 80. Dia ada 100 lebih. Negara kecil tetapi equipment persenjataan dia lebih banyak daripada kita. Apa tujuan dia? Kenapa kita sentiasa melihat bahawa kalau kita boleh. Alhamdulillah lah baru-baru ini kita boleh submarine, tidak tahu bila boleh beroperasi secara total tetapi lain-lain equipment , lain-lain material ini harus dilihat pada saya. Kadang-kadang saya terdengar juga iaitu dibekalkan dengan senjata-senjata yang berkualiti konon tetapi at the end pembekal barang-barang daripada China, dari mana-mana. Jadi, seolah-olah ada unsur- unsur penipuan. Jadi, tidak bolehkah kita transparent kan bekalan-bekalan seumpama ini seperti di Singapore dia zero corruption in term of supply benda-benda macam ini sebab ini mempertahankan negara. Negara tidak maju, tidak kukuh kalau senang dicerobohi oleh mana-mana pihak. Tidak ada guna kekayaan dalam negara kalau tentera kita lemah, tidak bersemangat. Macam mana hendak bersemangat, soal pokok mereka tidak selesai. Berek tentera kalau kita pergi macam reban ayam. Ini harus dilihat, soal pokok. Jangan kita bincang soal berjela-jela tetapi soal pokok masih tidak selesai... Tuan Yang di-Pertua: Ya Yang Berhormat. Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron [Tangga Batu]: Ya, Tuan Yang di-Pertua. DR 21.10.2009 73

Tuan Yang di-Pertua: Saya rasa peraturan mesyuarat perlu kita ubah kerana bukan lagi mencelah sekarang, tumpang hujah. Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron [Tangga Batu]: Tumpang hujah. Saya pun tengok ini .. Tuan Yang di-Pertua: Yang saya nampak sekarang ini, semua mahu tumpang hujah, bukan mencelah lagi. Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron [Tangga Batu]: Mungkin kerana Yang Berhormat Kinabatangan bangun tetapi tidak dapat berhujah. Tuan Yang di-Pertua, saya menerima semua hujah itu, cuma saya curiga. Nampaknya Yang Berhormat Kinabatangan ini lebih arif tentang peralatan, kelengkapan tentera Singapura. Amat lemah sekali security mereka. Yang Berhormat Kinabatangan pun boleh tahu berapa kelengkapan ada di Singapura. Tuan Yang di-Pertua: Yang kita bahaskan pun ini rang undang-undang cuma pindaan. Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron [Tangga Batu]: Saya tahu Rang Undang- undang Penambahan Elaun. Apa pun saya bersetuju supaya dilihat tentang kedudukan quarter , situasinya dan sebagainya untuk diperbaiki supaya diangkat motivasi angkatan tentera ini, rangsangan untuk merangsang mereka supaya terus berkhidmat kepada negara kita. Untuk Yang Berhormat Limbang, itu satu cadangan yang baik. Insentif dan inisiatif Kerajaan Negeri Sarawak mungkin menyediakan tanah percuma dan juga pelbagai bentuk pampasan serta ganjaran kepada anggota tentera boleh juga dijadikan sebagai sebahagian daripada hadiah-hadiah, urutan kepada penerima pingat gagah berani. Tuan Yang di-Pertua, ada dua tiga perkara lagi saya hendak sebut, tetapi saya kira eloklah bagi peluang kepada rakan-rakan yang lain yang saya yakin dan percaya mereka juga mempunyai semangat yang sama. Sekurang-kurangnya menyokong angkatan tentera kita untuk terus memerdekakan negara kita dari sebarang ancaman. Terima kasih, saya menyokong Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Tumpat. 5.09 ptg Dato' Kamarudin Jaffar [Tumpat]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya juga ingin bersama-sama dengan Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain melibatkan diri secara ringkasnya dalam perbahasan kita mengenai akta yang ingin dipinda iaitu Akta Panglima Gagah Berani yang mana tujuannya ialah untuk menaikkan ganjaran atau elaun kenangan mereka daripada RM300 kepada RM1,500. ■1710 Saya sependapat dengan Ahli-ahli Yang Berhormat kebanyakannya sebelum ini dan tidak ketinggalan juga Yang Berhormat Kinabatangan. Saya memang pun berhajat untuk menyentuh itu, tetapi oleh sebab beliau sudah seperti biasa dengan begitu bersemangat menyuarakannya, mungkin saya tidak perlu mengulanginya lagi. Sekadar meneruskan sokongan terhadap usaha-usaha kita untuk memastikan bahawa setiap warganegara khususnya pegawai-pegawai kerajaan, lebih-lebih lagilah yang dalam angkatan tentera, yang menyabung nyawa untuk memastikan negara kita selamat daripada ancaman musuh diberikan ganjaran yang sesuai kepada mereka ini. Terutama sekali dalam semangat yang akan kita dengar lusa ini, sudah tentu akan diulangi beberapa kali mungkin. Kita ingin menjadikan negara kita negara berpendapatan tinggi, yang mana elaun Ahli Parlimen mungkin naik dua ke tiga kali ganda dan sebagainya. Begitu jugalah sudah tentu elaun askar dan pegawai-pegawai akan dinaikkan juga. Jadi ini saya fikir seharusnya diberikan perhatian yang amat berat oleh kerajaan supaya gaji, elaun yang diperolehi oleh pekerja-pekerja dalam negara kita sudah tentulah bermula daripada pegawai-pegawai kerajaan dinaikkan dengan kadar yang agak besar, juga dengan kadar yang segera. 74 DR 21.10.2009

Walaupun kita optimis, ini cadangan kerajaan tetapi kita juga sedar bahawa bajet ini bajet yang akan mengecil. Ini semua sudah pun diumumkan secara tidak rasminya. Jadi oleh sebab itulah kita berada di dalam keadaan yang tidak menentu sekarang ini, sama ada benar-benar akan berlaku kenaikan gaji, kenaikan pendapatan penduduk dan pekerja sebagaimana yang juga diura-urakan dibandingkan dengan keadaan kesempitan kewangan yang diakui oleh pegawai-pegawai tinggi khususnya daripada Bank Negara kita. Tuan Yang di-Pertua, pingat Anugerah Panglima Gagah Berani ini adalah anugerah kepada pegawai-pegawai, anggota tentera yang berjasa dan mengikut istilah rasminya yang menunjukkan kegagahan dan keberanian yang luar biasa ketika berhadapan dengan musuh. Itu seharusnya dianugerahkan dan ada kesan kepada yang menerima anugerah itu dari segi kewangannya juga. Di samping itu saya berharap bahawa kalau yang menunjukkan kegagahan dan keberanian luar biasa berhadapan dengan musuh diberikan ganjaran, yang terlibat dalam menjatuhkan maruah angkatan tentera dikenakan tindakan yang jelas juga. Sebagai contoh jika sebuah kapal kita bukan dalam keadaan perang pun, tidak di dalam lautan pun, tidak ada senjata pun, hanyalah sebuah kapal logistik yang membawa barangan yang bernama KD Seri Inderapura berada di Pangkalan Lumut boleh tiba-tiba terbakar, bukan kali pertama tetapi sudah kali kedua. Maka disiplin ketenteraan yang membolehkan, yang berkelakuan tinggi diberikan anugerah yang tinggi, juga mestilah terkena kepada sesiapa sekali pun yang bersubahat, terlibat, bertanggungjawab di dalam akhirnya mengakibatkan bukannya kegagahan, bukannya keberanian, bukannya kehebatan tetapi kebakaran kepada sebuah kapal bukan dalam suasana peperangan, bukan dalam suasana operasi di lautan dekat dengan Somalia, berhadapan dengan lanun dan sebagainya tetapi dalam keadaan yang amat biasa. Jadi saya harap bahawa budaya ini ada dalam perkhidmatan ketenteraan kita. Tuan Yang di-Pertua, dalam kita mengingati anggota-anggota yang menerima pingat-pingat tinggi seperti PGB ini, saya teringat dalam suatu kes beberapa tahun yang lalu bahawa seorang daripada pemegang dan penerima pingat ini telah dicadangkan di Sabah atau di Sarawak anugerah ‘Dato’, tetapi beliau mengikut laporan menolaknya kerana beliau memberi jawapan bahawa tidak guna beliau diberikan pangkat kebesaran darjah tinggi seperti yang bergelar ‘Dato’ itu jikalau kehidupan biasa beliau adalah tidak dapat menepati harapan kebiasaan rakyat bahawa apabila mendapat anugerah gelaran ‘Dato’ ini, kedudukannya tertentu, keretanya jenis tertentu, rumahnya jenis tertentu. Jadi ini saya fikir adalah suatu gambaran yang amat menyedihkan bahawa kadangkala jawatan, anugerah itu bunyinya besar dan tinggi tetapi manfaat sebenar yang dirasai dan dilalui oleh apa yang kita hajatkan untuk menerima kebesaran itu sebenarnya kehidupan biasa beliau itu tidak kita bela dan jaga dengan baiknya. Saya menyeru supaya semangat ini ada dalam pihak kerajaan apabila kita menganugerahkan kepada sama ada anggota tentera atau orang-orang lainnya yang berkhidmat dengan baik untuk masyarakat dan negara kita, biarlah jawatannya, bunyinya PGB, Panglima Gagah Berani, bintangnya mungkin perak, emas dan sebagainya tetapi yang benar-benar dirasai dan dikecapi secara kehidupan biasa biarlah setimpal dengan anugerah yang kita beri nama yang hebat itu. Sealiran dengan Yang Berhormat Sungai Petani yang saya juga berhajat untuk menyebutnya tetapi sudah disebutkan tentang kemudahan-kemudahan pendidikan, kemudahan-kemudahan kesihatan dan perubatan. Malah saya ingin mencadangkan misalnya seperti Ahli Parlimen, pas kereta api percuma ataupun pas feri percuma ataupun bayaran tol yang kalau tidak pun percuma tetapi dengan diskaun yang bererti kepada mereka supaya kehidupan mereka benar-benar kita jaga selain daripada ganjaran yang tidaklah sebesar sangat dan juga nama pangkat yang agak bunyinya hebat itu. Tuan Yang di-Pertua, selain daripada kita mencadangkan kenaikan daripada RM300 kepada RM1,500 dan sebagaimana yang dibayangkan oleh Yang Berhormat Ipoh Barat tadi, kos kehidupan senantiasa naik. Oleh itu kita tidaklah mahu tiap-tiap beberapa tahun misalnya ini 2001-2009, lapan tahun kita naik kerana mungkin menteri baru, mungkin tahun ini untuk menghadapi pilihan raya umum yang akan datang, semua kemudahan akan diberikan dan sebagainya kepada yang perlu. DR 21.10.2009 75

Dan ini akan mengakibatkan undi dan sebagainya. Akan tetapi mungkin satu cara yang lebih sistematik ialah biarlah elaun istimewa kenangan ini diikat dengan skim elaun dan skim gaji kerajaan yang biasa. Kalau misalnya ada peningkatan perubahan gaji dan elaun pegawai kerajaan misalnya, kita sangkutkan yang diterima oleh pemegang-pemegang pingat-pingat ini kepada perubahan dan semakan itu supaya tidak perlu tiap-tiap sembilan tahun, tiap-tiap tiga, empat kali menteri berubah semangatnya berubah dan sebagainya dibawa pindaan untuk dinaikkan elaun. Biarlah ianya kita sangkut kepada sistem penggajian, sistem pencen yang ada di kalangan pegawai-pegawai kerajaan yang bekerja ataupun bersara supaya perubahan yang dilakukan ini menguntungkan semua yang terlibat dalam perkhidmatan kerajaan termasuklah pemegang-pemegang pingat-pingat yang kita sedang bahaskan ini. Saya fikir Tuan Yang di-Pertua, inilah beberapa perkara yang saya ingin sebutkan sebagai pandangan dan cadangan saya. Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih. Yang Berhormat Kanowit. 7.19 ptg. Tuan Aaron Ago Dagang [Kanowit]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi saya peluang untuk sama-sama membahaskan akta untuk meminda elaun kenangan kepada penerima Pingat Gagah Berani ini. Saya terus kepada beberapa perkara yang saya ingin sentuh di sini. Satu adalah berkenaan dengan elaun yang tadi telah dijawab oleh Timbalan Menteri, di mana beliau dengan tegasnya mengatakan bahawa seruan oleh Ahli-ahli Parlimen supaya elaun ini dipanjangkan kepada waris mereka apabila mereka ini meninggal. Saya pun setuju dengan seruan tadi, tetapi saya tidak puas hati dengan jawapan Menteri. Saya harap Menteri boleh menimbangkan perkara ini supaya apabila penerima ini meninggal, at least elaun-elaun ini boleh diberikan kepada pewaris seperti isteri atau anak-anak mereka. ■1720 Kalau tidak sepenuhnya pun mungkin dalam lingkungan RM1,000 supaya ianya dapat menyara hidup mereka yang akan ditinggalkan penerima ataupun mereka yang menerima Pingat Panglima Gagah Berani ini. Kedua adalah saya pun melihat bahawa penerima-penerima ini adalah mereka yang telah berkorban dalam ataupun musim komunis dan darurat dalam masa-masa yang dahulu. Akan tetapi lepas ini mungkin mereka yang dalam 97 dan 11 orang ini mungkin akan meninggal dunia dan elaun-elaun ini akan tidak ada lagi diberi oleh kerajaan. Apa yang saya khuatir di sini ialah ia mungkin disalahgunakan di masa hadapan. Di mana kita bukan hendak menyangka di mana anggota tentera yang akan bersara ataupun mereka yang akan tamat perkhidmatan mereka akan mengubah ataupun mengadakan kriteria ataupun syarat-syarat mereka sendiri untuk mendapat pingat-pingat ini supaya mendapat elaun ini. Jadi saya harap kerajaan akan membuat satu kriteria atau syarat yang ketat supaya ianya akan diberi mengikut syarat yang telah diadakan pada tahun-tahun yang dahulu. Satu lagi perkara yang saya ingin sentuh di sini mungkin belum lagi dibahaskan atau disebutkan dalam perbahasan yang dahulu adalah dari segi protokol. Tadi Yang Berhormat Tumpat telah pun menyebut bahawa di kalangan mereka ini ada yang tidak mahu menerima pangkat Datuk yang telah diberi. Jadi saya telah difahamkan bahawa mereka-mereka yang menerima pingat ini bahawa pingat ini adalah setaraf dengan pangkat Datuk, pangkat jasa yang diberi oleh kerajaan. Akan tetapi malangnya apabila mereka ini menghadiri majlis sebab tiap-tiap majlis kerajaan besar-besaran ini mereka ini juga dijemput untuk sama-sama terlibat dalam majlis ini. Akan tetapi malangnya kita selalu melihat mereka ini diberi tempat duduk di belakang sekali. Di belakang pegawai-pegawai kerajaan pun. Jangan lagi disebut untuk sama-sama duduk dengan mereka yang mendapat pangkat- pangkat Datuk. Jadi ini adalah satu kesilapan ataupun yang kita selalu melihat dalam majlis-majlis kerajaan yang besar-besar. 76 DR 21.10.2009

Jadi saya harap bahagian protokol melihat perkara ini dan memberikan mereka kehormatan ini setaraf dengan mereka-mereka yang mendapat pangkat Datuk. Saya ingat itu sahaja yang akan saya sentuh. Saya harap perkara ini dapat diambil perhatian oleh kerajaan. Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua: Machang. 5.22 ptg. Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [Machang]: Terima kasih, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua tidak pandang saya pun nampak terima kasih banyak. Tuan Yang di-Pertua: Aura itu saya rasa. Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [Machang]: Tuan Yang di-Pertua pada kesempatan untuk membahaskan Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009. Saya bangun untuk menyokong berasaskan elaun untuk penerima pingat ini Tuan Yang di-Pertua sejak tahun 1960 lagi sudah mula. Jadi penerima daripada masa itu dan di warta tahun 1960 juga pada bulan Ogos. Ada di kalangan yang layak menerimanya saya difahamkan termasuklah yang menerima pingat ataupun anugerah military cross dan military medal . Di mana elaun yang mereka terima sebelum ini ialah RM6.50 sebulan yang ini boleh terima sampai RM1,500. Ini peningkatan yang cukup mendadak dan sudah tentu memberikan manfaat besar kepada penerima ini. Untuk itu saya menyokong penuh. Jumlah RM6.50 ini maknanya RM76 setahun. Kali ini dia dapat menerima RM1,500 sebulan besar significant nya. Akta ini pula memperuntukkan pindaan. Kalau penerima itu masih hidup kita bagi RM300 lepas pindaan ini diluluskan dia akan terima RM1,500 bermula Julai. Saya juga difahamkan kalau penerima itu telah meninggal, warisnya akan menerima RM15,000 sekali bagi iaitu tidak termasuk dalam pindaan ini. Apakah kerajaan juga berura-ura atau bercadang untuk amount terimaan RM15,000 untuk waris bagi penerima meninggal ini juga dikaji dan dinaikkan. Sekarang kita cuma bincang untuk naikkan RM300 kepada RM1,500 memang kita setuju dan sokong. Akan tetapi penerima yang sekali atas yang meninggal di mana waris menerima RM15,000 kita tidak sebut. Apakah kita bercadang untuk tingkatkan juga sehingga RM30,000 atau RM45,000 atau RM100,000. Seperti yang saya sebut tadi dengan tidak ada sebarang niat innuendos . Saya memberikan perbandingan ketika Perdana Menteri mengumumkan cadangan untuk meminda elaun penerima pingat ini pada bulan Julai yang lepas pada ucapan di Wisma Pahlawan. Perdana Menteri menyebut penerimanya adalah seramai 86 orang. Seramai 86 orang kalau terima RM1,500 sebulan saya kira cuma setahun RM1.5 juta. Sebab itu saya bandingkan tadi dengan sewa rumah dan penyenggaraan Seri Perdana sahaja RM6 juta setahun. Jumlah RM1.5 juta setahun elaun 86 penerima ini itu tidak sampai pun setengah tahun sewa rumah Perdana Menteri. Kalaulah boleh kita jimat di situ. Kita boleh naikkan elaun ini. Baru satu komponen sewa rumahlah jangan tengok yang lain lagi. Tengok yang itu baru penjimatan itu boleh memberi manfaat besar kepada 86 keluarga penerima. Asas cadangan ini Tuan Yang di-Pertua, satu ketika Abu Zhar Al-Ghifari dia pernah tegur Muawiyah bin Abu Sufian kenapa mesti tinggal di rumah besar di tengah- tengah ramai lagi rakyat yang hidup miskin dan menderita? Apakah kamu gunakan duit Baitulmal? Kalau kamu guna duit Baitulmal itu salah sebab bukan itu hak kamu. Atau kamu gunakan duit kamu sendiri itu juga salah sebab kamu belanja secara membazir. Ini teguran Abu Zhar seorang sebelum Islamnya adalah perompak lebuh raya. Akan tetapi bila dia masuk Islam dia begitu sensitif dengan kehidupan mewah yang melampau di kalangan pembesar. Atas semangat itu saya berterima kasih tatkala Perdana Menteri mengumumkan pada bulan Julai yang lepas mengenai elaun ini dikaji dan dinaikkan sehingga 500 peratus. Bahkan kalau penerima military cross dan military medal RM6.50 kepada RM1,500 sebulan itu cukup tinggi. Jadi sebagai pemimpin negara mahu dilihat bahawa ianya prihatin tanda penghargaan terhadap pejuang dan pahlawan negara datang daripada Perdana Menteri. DR 21.10.2009 77

Pulang ke rumah tidur dalam rumah yang biaya daripada duit rakyatnya ialah RM6 juta setahun. Bayangkan RM1.5 juta ini cuma peanut sahaja. Kalau hendak di banding dari sudut itu. Sebab itulah saya tidak hendak tengok kekaguman yang melampau di kalangan sesetengah kalangan rakan-rakan saya yang berbahas tadi. Kalau hendak di spin kan seolah-olah inilah satu tanda penghargaan yang luar biasa yang ditunjukkan oleh pemerintah terhadap golongan pejuang. Mahu diberikan satu kekaguman yang melampau hendak diberikan gambaran begitu. Walhal hakikat sebenarnya bahawa kita tidak meletakkan satu perkara kena pada tempatnya Ini salah satu daripada contoh. Biar pun begitu atas beberapa cadangan pindaan secara rasional dan munasabah kita tidak ada sebarang masalah untuk menyokong. Seperkara lagi Tuan Yang di-Pertua ialah kebanyakan senarai penerima yang saya baca tadi sebahagian besar penerimanya adalah peringkat pegawai. Kalau military dia ada dua kategori pegawai atau lain-lain pangkat. Kebanyakan senarai penerima itu kategori pegawai Jeneral, Brigedier Jeneral, Mejar Jeneral, Kolonel, Leftenan Kolonel. Kalau yang peringkat Prebet atau Lans Koperal atau Koperal tidak ada langsung. Tidak ada langsung yang terima Pingat Panglima Gagah Berani ini dalam senarai ini yang paling rendah Sarjan, Mejar, Kapten, Leftenan itu okey. Maknanya daripada tahun 1960 pingat ini diberikan dengan imbuhan elaun yang kita bahaskan ini tidak ada di kalangan anggota lain- lain pangkat. Apakah begitu sebenarnya keadaan? Kalaulah kita sedar keadaan ini, tidak bolehkah kita fikirkan bahawa di sana pasti ada golongan pangkat bawahan yang sebenarnya layak untuk menerima ganjaran ini atau habuan ini. Jadi itu antara perkara yang saya pilih untuk dijadikan sebahagian daripada pandangan saya dalam mengambil bahagian dalam pindaan rang undang-undang ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga pukul 10 pagi, hari Khamis 22 Oktober 2009.

Dewan ditangguhkan pada pukul 5.30 petang.