Penyata Rasmi Parlimen Dewan Rakyat Parlimen Keempat Belas Penggal Pertama Mesyuarat Pertama

Total Page:16

File Type:pdf, Size:1020Kb

Penyata Rasmi Parlimen Dewan Rakyat Parlimen Keempat Belas Penggal Pertama Mesyuarat Pertama Naskhah belum disemak PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL PERTAMA MESYUARAT PERTAMA Bil. 9 Isnin 30 Julai 2018 K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) USUL-USUL: Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 28) Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong - Dato’ Johari bin Abdul (Sungai Petani) (Halaman 29) DR.30.7.2018 1 MALAYSIA DEWAN RAKYAT PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL PERTAMA MESYUARAT PERTAMA Isnin, 30 Julai 2018 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN 1. Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong [Ayer Hitam] minta Perdana Menteri menyatakan untuk kerajaan memerihalkan projek kereta nasional ketiga yang diumumkan oleh beliau ketika melawat Jepun: (a) apakah justifikasi dan adakah kerajaan mengambil iktibar mengenai kegagalan Proton selama ini; dan (b) jika ia bakal dipacu oleh sektor swasta, apakah bezanya dengan Proton sekarang. Perdana Menteri [Tun Dr. Mahathir bin Mohamad]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon izin untuk menjawab pertanyaan ini serentak dengan pertanyaan oleh Yang Berhormat Larut pada 1 Ogos 2018 dan Yang Berhormat daripada Rembau pada 15 Ogos 2018 kerana menyentuh isu yang sama. Industri automotif amatlah penting jika kita bercita-cita menjadi negara maju. Sebuah negara maju perlu mengadakan kebolehan tinggi dalam bidang kejuruteraan. Sebuah kereta mempunyai lebih 4,000 komponen dan dengan izin, parts yang hanya boleh dikeluarkan oleh industri engineering ataupun kejuruteraan. Industri automotif boleh menjana pengeluaran produk engineering yang boleh menampung industri lain dalam negara dan untuk eksport. Dengan adanya Proton dan Perodua, banyak perusahaan engineering dapat diadakan. Proton tidak gagal. Pada satu masa, Proton menguasai hampir 80 peratus di pasaran Malaysia. Proton dapat mengumpul .......reserve sebanyak lebih daripada RM4 bilion. Kilang canggih Proton di Tanjong Malim dibangunkan dengan duit sendiri berjumlah RM1.8 bilion. DR.30.7.2018 2 Kemerosotan Proton disebabkan dasar membenar kereta dari semua negara masuk ke pasaran Malaysia. Negara-negara ini mengenakan syarat supaya Proton tidak dapat tembusi pasaran mereka. Negara-negara ini mempunyai kilang yang amat besar dan mengeluarkan berjuta-juta kereta setahun. Mereka juga menyekat kemasukan kereta ke dalam pasaran mereka. Sehubungan itu, kerajaan pada masa ini dalam proses kajian semula Dasar Automotif Nasional bagi memastikan industri automotif tempatan kekal kompetitif. Kajian ini akan membincangkan perkara-perkara berkaitan pembangunan industri automotif tempatan termasuk projek kereta nasional baharu, pembangunan syarikat-syarikat tempatan, aktiviti penyelidikan dan pembangunan, peningkatan eksport dan lain-lain. Kerajaan juga terbuka ke atas mana-mana cadangan berkenaan dengan pelaksanaan projek kereta nasional baharu termasuk cadangan untuk bekerjasama dengan negara lain. Sekian, terima kasih. Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong [Ayer Hitam]: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang sudi menjawab soalan ini. Saya sedar bahawa apa yang Yang Amat Berhormat huraikan itu betul, industri automotif itu penting untuk negara. Akan tetapi sejak 33 tahun lalu apabila kita perkenalkan Proton pertama iaitu kita nampak bahawa pelbagai kos termasuk AP, import duty dan import excise. Mengikut P. Gunasegaram dari KiniBiz menjangkakan RM300 bilion telah ditanggung kerana dasar melindungi kereta Proton. Kita tahu apa Yang Amat Berhormat katakan itu betul, pada mulanya berjaya tetapi disebabkan saingan yang begitu sengit sekali dalam pasaran dunia, menjadikan kita tidak ada economies of scale. Jadi Yang Amat Berhormat, sekiranya Yang Amat Berhormat untuk mengutarakan kereta nasional ketiga, apakah kita akan mengulangi protectionism yang perlu kita buat untuk kereta Proton? Kedua, bagaimana kita lihat kalau itu dipacu oleh syarikat swasta, bukankah yang ada sekarang pun 51 peratus adalah milik DRB-HICOM dan juga Geely sebanyak 49.9 peratus? Sekiranya ini boleh dilakukan, kenapa perlu ada yang kereta nasional ketiga? Akhir sekali, dulu pun kita ada kerjasama dengan syarikat seperti Mitsubishi, kemudian kita bincang dengan Volkswagen, akhirnya terpaksa pilih antara Renault dengan Geely dan ini disebabkan economies of scale, kita tidak ada pasaran itu. Apa pandangan dan penjelasan Yang Amat Berhormat? Terima kasih. Tun Dr. Mahathir bin Mohamad: Tuan Yang di-Pertua, dahulu Proton berjaya menembusi pasaran Malaysia dan juga pasaran luar negeri. DR.30.7.2018 3 ■1010 Kita dapat menjual 25,000 kereta Proton di Great Britain, di UK dan di lain-lain tempat. Akan tetapi oleh kerana pemerintahan yang kurang cekap, yang tidak tahu berkenaan dengan industri yang menyebabkan prestasi Proton merosot. Pertamanya kerana kerajaan yang dahulu membenarkan masuk segala kereta ke dalam Malaysia tanpa reciprocity iaitu tanpa memberi peluang kepada kereta Proton memasuki pasaran mereka. Dengan adanya kereta yang dibekalkan oleh syarikat-syarikat gergasi masuk ke dalam pasaran Malaysia dan bersaing dengan Proton, sebab itulah Proton sukar untuk menandingi dengan mereka. Dengan kerana itu pasaran Proton pun merosot, diambil alih oleh pasaran kereta-kereta yang diimport dari luar negara. Apabila merosot pasaran Malaysia untuk kereta Proton, maka industri automotif juga menghadapi masalah dan ramailah daripada mereka tidak dapat bersaing dengan bekalan dari luar negeri. Bahkan ada syarikat Malaysia yang membekalkan barangan kepada Proton yang sebenarnya diimport dari negara lain. Ini bermakna kita tidak mempunyai kebolehan mengeluarkan barangan kita sendiri dengan harga yang kompetitif. Ini semuanya bergantung pada dasar kerajaan. Kerajaan baharu ini mempunyai dasar yang berlainan. Kita akan bantu Proton dan industri tempatan. Kita dapati umpamanya hanya setelah Proton dibeli oleh syarikat luar negeri, barulah kerajaan memberi bantuan. Begitu lama sekali Proton meminta bantuan daripada kerajaan tetapi kerajaan tidak memberi. Ada wang sebanyak lebih RM1 bilion yang dijanjikan untuk research tetapi Proton tidak diberi. Apabila sahaja Proton dijual kepada negara asing, barulah bantuan diberi. Ini ternampak seolah-olah kita tak nak galak supaya orang tempatan mempunyai kebolehan mengeluarkan kereta. Selagi ada dasar yang semacam itu, maka sukarlah industri tempatan mencapai kemajuan. Nampak seolah-olah dasar dulu ialah mengutamakan import daripada pengeluaran tempatan tetapi kerajaan yang ada sekarang ini mempunyai dasar yang lain. Saya harap Ahli Yang Berhormat daripada parti-parti lawan sila lihatlah kemudian apa kami akan laku. Terima kasih. [Tepuk] Tuan Yang di-Pertua: Soalan tambahan kedua sebelah sini, sebelah barisan kerajaan. Tidak ada? Ya, Yang Berhormat Bukit Bintang. Tuan Fong Kui Lun [Bukit Bintang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Saya ingin bertanya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, memandangkan persaingan dengan kereta import, adakah kerajaan bercadang bahawa lesen pengimport akan ditamatkan atau mengehadkan memandangkan kalau jika DR.30.7.2018 4 kerajaan akan ada hasrat membina kereta nasional yang ketiga. Memandangkan itu juga dalam trend international bahawa kereta yang mana di Jepun banyak syarikat-syarikat gergasi yang berusaha sama dengan kereta antarabangsa seperti Mitsubishi dengan kereta yang lain di Amerika dan juga Mazda dengan Ford yang berusaha sama di Jepun. Adakah kerajaan akan bercadang bahawa kereta nasional yang ketiga akan jika berusaha dengan kereta asing dengan bersama-sama membina satu kereta nasional dengan syer yang lebih di negara kita seperti 51 peratus yang dipegang oleh Kerajaan Malaysia, 49 peratus dipegang oleh kereta yang lain. Adakah kita akan mengusahakan kepada trend ini? Terima kasih. Tun Dr. Mahathir bin Mohamad: Tuan Yang di-Pertua, kita berada sekarang dalam zaman free trade iaitu negara-negara tidak harus menyekat kemasukan barangan dari negara lain dengan mengenakan cukai yang lebih tinggi. Kita bersetuju dengan free trade tetapi yang kita dapati ialah walaupun cukai diturunkan, ada sekatan-sekatan yang lain yang dilakukan oleh negara-negara yang maju. Mereka mengenakan syarat tertentu seperti standard Euro 5 umpamanya yang memerlukan pengeluaran asap daripada kereta itu kurang carbon monoxide dan ada lagi syarat-syarat lain yang mana kalau kita tidak dapat menepati syarat itu, kita tidak boleh eksport ke negara mereka. Ada juga sebuah negara yang mengenakan cukai agriculture, cukai pertanian ke atas kereta yang diimport ke negara mereka. Ini tidak juga menyekat kemasukan kereta kita ke pasaran itu tetapi kita amat terbuka. Segala kereta yang dikeluarkan walaupun dibuat dengan tin milo, boleh masuk Malaysia. We are very open pada ini. Kita terbuka, siapa buat kereta, boleh masuk. Kita tidak boleh masuk negara mereka. Inilah masalah yang kita hadapi. Jadi sebab itu kita perlu kaji kemungkinan kita ada syarat-syarat tertentu supaya kereta asing tidak dapat masuk dengan mudah ke negara kita dan memberi peluang kepada Proton dan kereta-kereta tempatan menguasai pasaran tempatan. Ini sedang kita memikir. Berkenaan dengan saham yang dipegang oleh syarikat asing, kita bersetuju bekerjasama dengan syarikat gergasi daripada negara-negara lain yang lebih cekap dalam bidang automotif. Kita sedia memberi saham yang cukup kepada mereka mengikut rundingan tetapi yang penting ialah kita perlu berkuasa dan perlu mengambil bahagian yang bermakna dalam pengurusan syarikat-syarikat
Recommended publications
  • Penyata Rasmi Parlimen Parliamentary Debates
    Jilid IV Hari Selasa Bil. 11 13hb Mac, 1990 M A L A Y S I A PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN RAKYAT House of Representatives PARLIMEN KETUJUH Seventh Parliament PENGGAL KEEMPAT Fourth Session KANDUNGANNYA JAWAPAN-JAWAPAN MULUT BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN [Ruangan 2033] USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATURAN MESYUARAT 18: Setiausaha Dewan Rakyat Memerhatikan Sumbangan Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional—Y.B. Tuan P. Patto (Ipoh) [Ruangan 2118] RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Seri Pahlawan Gagah Perkasa (Elaun Kenangan) [Ruangan 2122] Rang Undang-undang Kawalan Bekalan (Pindaan) [Ruangan 2204] DICETAK OLEH JABATAN PERCETAKAN NEGARA. KUALA LUMPUR GHAZALI BIN JANI, K.M.N., A.M P., P.P.T. PEMANGKU KETUA PENGARAH PERCETAKAN NEGARA, MALAYSIA 1990 MALAYSIA DEWAN RAKYAT YANG KETUJUH Penyata Rasmi Parlimen PENGGAL YANG KEEMPAT AHLI-AHLI DEWAN RAKYAT Yang Bcrhormal Tuan Yang di-Pertua, TAN SRI DATO' MOHAMED ZAHIR BIN HAJI ISMAIL, P.M.N., S.P.M.K., D.S.D.K., J.M.N. Yang Amat Berhorrnat Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri, DATO' SERI DR MAHATHlR BIN MOHAMAD, D.K.I., D.U.K., S.S.D.K., S.S.A.P., S.P.M.S., S.P.M.J., D.P., D.U.P.N., S.P.N.S., S.P.D.K., S.P.C.M., S.S.M.T., D.U.N.M., P.l.S. (Kubang Pasu). Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar, TUAN ABDUL GHAFAR BIN BABA (Jasin). Yang Berhormat Menteri Pengangkutan, DATO' SERI DR LING LIONG SIK, S.P.M.P., D.P.M.P.
    [Show full text]
  • Dewan Rakyat
    Bil. 46 Rabu 27 November 2013 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL PERTAMA MESYUARAT KETIGA K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH P.M. 18(1): ■ Tuntutan Coalition of Malaysia NGOs (Comango) Bertentangan Dengan Agama Islam dan Perlembagaan Persekutuan - Datuk Seri Haji Noh bin Omar (Tanjong Karang) (Halaman 20) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2014 Jawatankuasa:- Jadual:- B.32 (Halaman 23) B.20 (Halaman 78) B.42 (Halaman 101) USUL-USUL: Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 22) Anggaran Pembangunan 2014 Jawatankuasa:- P.32 (Halaman 23) P.20 (Halaman 78) P.42 (Halaman 101) Diterbitkan Oleh: CAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2013 DR.27.11.2013 i AHLI-AHLI DEWAN RAKYAT 1. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin Haji Mulia, P.S.M., S.P.D.K., S.U.M.W., P.G.D.K., J.S.M., J.P. 2. “ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Ronald Kiandee, P.G.D.K., A.S.D.K. [Beluran] - UMNO 3. “ Timbalan Yang di-Pertua, Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said, D.I.M.P., S.M.P., K.M.N. [Kuala Krau] - UMNO MENTERI 1. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Menteri Kewangan I, Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak, Orang Kaya Indera Shah Bandar, S.P.D.K., S.S.A.P., S.S.S.J., S.I.M.P., D.P.M.S., D.S.A.P., P.N.B.S.
    [Show full text]
  • Dewan Rakyat
    Bil. 37 Rabu 21 Oktober 2009 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT PARLIMEN KEDUA BELAS PENGGAL KEDUA MESYUARAT KEDUA K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Peruntukan Khas) (Pindaan) 2009 (Halaman 20) Rang Undang-undang Seri Pahlawan Gagah Berani (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009 (Halaman 29) Rang Undang-undang Panglima Gagah Berani (Elaun Kenangan) (Pindaan) 2009 (Halaman 67) Diterbitkan Oleh: CAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2009 DR 21.10.2009 i AHLI-AHLI DEWAN RAKYAT 1. Yang Berbahagia Tuan Yang di-Pertua, Tan Sri Datuk Seri Utama Pandikar Amin Haji Mulia, S.U.M.W., P.G.D.K., P.S.M., J.S.M., J.P. 2. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar, P.J.N., P.B.S. J.B.S., J.S.M. (Santubong) – PBB 3. “ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Ronald Kiandee, A.S.D.K., P.G.D.K. (Beluran) – UMNO MENTERI 1. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak, D.U.P.N., S.S.A.P, S.I.M.P., D.P.M.S., D.S.A.P., P.N.B.S., D.U.B.C.(T). (Pekan) – UMNO 2. “ Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran, Tan Sri Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin, S.P.M.P., S.P.M.J., P.S.M., S.M.J., P.I.S., B.S.I. (Pagoh) – UMNO 3.
    [Show full text]
  • Dewan Rakyat
    Bil. 54 Isnin 27 November 2017 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL KELIMA MESYUARAT KETIGA ________________________________________________________________________________________________________ Diterbitkan oleh: SEKSYEN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2017 K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2018 Jawatankuasa:- Jadual:- Maksud B.47 (Halaman 20) Maksud B.48 (Halaman 65) Maksud B.60 (Halaman 100) USUL-USUL: Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 19) Anggaran Pembangunan 2018 Jawatankuasa:- Maksud P.47 (Halaman 20) Maksud P.48 (Halaman 65) Maksud P.60 (Halaman 100) ________________________________________________________________________________________________________ Diterbitkan oleh: SEKSYEN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2017 DR 27.11.2017 i AHLI-AHLI DEWAN RAKYAT 1. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin bin Haji Mulia, P.S.M., S.P.D.K., S.U.M.W., P.G.D.K., J.S.M., J.P. 2. “ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee, S.M.W., P.G.D.K., A.S.D.K. [Beluran] - UMNO 3. “ Timbalan Yang di-Pertua, Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said, D.I.M.P., S.M.P., K.M.N., S.S.A.P. [Kuala Krau] - UMNO MENTERI 1. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak, Orang Kaya Indera Shah Bandar, S.P.D.K., S.S.A.P., S.S.S.J., S.I.M.P., D.P.M.S., D.S.A.P., P.N.B.S., D.K., S.P.M.K., S.P.M.S., D.M.K., S.P.S.A., S.P.N.S., D.U.P.N., D.U.N.M, D.P.
    [Show full text]
  • Dewan Rakyat Parlimen Ketiga Belas Penggal Kedua Mesyuarat Ketiga
    Naskhah belum disemak DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL KEDUA MESYUARAT KETIGA Bil. 51 Rabu 19 November 2014 K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2015 Jawatankuasa:- Jadual:- Maksud B.47 (Halaman 26) Maksud B.25 (Halaman 87) Maksud B.32 (Halaman 133) Maksud B.21 (Halaman 177) USUL-USUL: Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 26) Usul Anggaran Pembangunan 2015 Jawatankuasa:- Maksud P.47 (Halaman 26) Maksud P.25 (Halaman 87) Maksud P.32 (Halaman 133) Maksud P.21 (Halaman 177) DR.19.11.2014 1 MALAYSIA DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL KEDUA MESYUARAT KETIGA Rabu, 19 November 2014 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN 1. Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [Lenggong] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan: (a) jumlah terkini penjenayah negara asing yang ditahan di negara ini; dan (b) jumlah kerugian, perbelanjaan yang Polis Diraja Malaysia (PDRM) terpaksa belanjakan ekoran pencerobohan Lahad Datu. Timbalan Menteri Dalam Negeri [Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, pihak polis sentiasa memberi perhatian yang serius dalam membendung kegiatan jenayah melibatkan warga asing sama ada yang datang untuk melancong, untuk belajar atau bekerja di negara ini yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesejahteraan dan keharmonian rakyat tempatan. Statistik pada tahun 2013 seramai 19,056 orang warga asing telah ditangkap bersamaan dengan 12% daripada keseluruhan 147,062 kes jenayah indeks yang dilaporkan di seluruh negara.
    [Show full text]
  • Penyata Rasmi Parlimen Dewan Rakyat
    Bil. 47 Rabu 5 Disember 2018 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL PERTAMA MESYUARAT KEDUA ________________________________________________________________________________________________________ Diterbitkan oleh: SEKSYEN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2018 K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2019 Jawatankuasa:- Jadual:- Maksud B.46 (Halaman 21) Maksud B.47 (Halaman 55) Maksud B.48 (Halaman 86) USUL-USUL: Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 19) Usul Anggaran Pembangunan 2019 Jawatankuasa:- Maksud P.46 (Halaman 21) Maksud P.47 (Halaman 55) Maksud P.48 (Halaman 86) ________________________________________________________________________________________________________ Diterbitkan oleh: SEKSYEN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2018 DR 5.12.2018 i AHLI-AHLI DEWAN RAKYAT 1. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Dato’ Mohamad Ariff bin Md Yusof 2. “ Timbalan Yang di-Pertua, Dato’ Mohd Rashid Hasnon [Batu Pahat] – PKR 3. “ Timbalan Yang di-Pertua, Tuan Nga Kor Ming [Teluk Intan] – DAP MENTERI 1. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir bin Mohamad [Langkawi] – PPBM 2. “ Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, D.P.P.N. [Pandan] – PKR 3. Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Mohd Yassin, P.S.M., S.P.M.P., S.P.M.J., S.M.J., P.I.S., B.S.I., S.H.M.S., S.P.S.A., S.P.M.P., S.U.N.S., S.P.D.K., D.P., P.N.B.S. [Pagoh] – PPBM 4. “ Menteri Kewangan, Tuan Lim Guan Eng [Bagan] – DAP 5.
    [Show full text]
  • Penyata Rasmi Parlimen Dewan Rakyat Parlimen Keempat Belas Penggal Kedua Mesyuarat Pertama
    Naskhah belum disemak PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL KEDUA MESYUARAT PERTAMA Bil. 18 Selasa 9 April 2019 K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN MENTERI BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 9) RANG UNDANG-UNDANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT (Halaman 34) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Levi Pelepasan 2019 (Halaman 36) Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 2019 (Halaman 56) USUL-USUL: Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 35) Menyerah Rang Undang-undang Kepada Jawatankuasa Pilihan (Halaman 190) DR. 9.4.2019 1 MALAYSIA DEWAN RAKYAT PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL KEDUA MESYUARAT PERTAMA Selasa, 9 April 2019 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan Mesyuarat] JAWAPAN-JAWAPAN MENTERI BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN 1. Tuan Wong Kah Woh [Ipoh Timur] minta Menteri Kesihatan menyatakan berapa kos untuk rawatan IVF di hospital kerajaan dan jumlah kelahiran bayi hasil rawatan IVF yang direkodkan oleh empat hospital kerajaan iaitu Hospital Sultanah Bahiyah Kedah, Hospital Besar Kuala Lumpur, Hospital Wanita dan Kanak-kanak Likas, Sabah dan Hospital Sultanah Nur Zahirah, Terengganu setakat ini. Menteri Kesihatan [Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Ipoh Timur. Dikurniakan cahaya mata dan zuriat adalah hampir-hampir segala kebahagiaan hidup sebuah rumah tangga. Perkhidmatan Assisted Reproductive Technology (ART) seperti IVF, perubatan reproduktif dan tabung uji ini merangkumi prosedur lengkap dari siasatan makmal sehingga rawatan ubat serta prosedur di dewan bedah termasuk kaunseling.
    [Show full text]
  • Bk Suara 5 Negara
    i SUARA 5 NEGARA Kitab Puisi Penyair 5 Negara Indonesia, Malaysia, Brunei Darussalam,Thailand, Singapura METRO ii SUARA 5 NEGARA Kitab Puisi Penyair 5 Negara Indonesia, Malaysia, Brunei Darussalam,Thailand, Singapura Copyright @ 2013 oleh Penerbit METRO Jl. Gatot Subroto Gg. 11 No. 15 Samarinda-75117 Samarinda-Kalimantan Timur Percetakan Moya Zam Zam Jl. Bugisan Selatan No. 15 Bantul Jogyakarta Pra Cetak S. Abiyyurizky, A. Azizah Maharani, D. Sy Mahadewi, D. Az Zahra Mahaghita Editor HM. Saleh S, Hj. Agni Kasmaranwati Desain & Perancang Sampul Muliansyah (penerbit & percetakan Sprit Grapindo- Samarinda) Hak cipta dilindungi oleh undang-undang Dilarang mengutip atau memperbanyak sebagian Atau seluruh isi buku ini tanpa izin tertulis dari Penerbit Xx+368 hlm ; 14 cm x 21 cm ISBN 978-602-17698-1-2 : Isi di luar tanggung jawab percetakan iii Terima kasih dan salam hormat kepada penyair yang telah bersedia menyumbangkan puisinya untuk dirangkum dalam buku ini.Maaf kepada penyair yang puisinya belum sempat dimuat di buku ini. Semoga buku ini bermanfaat buat masyarakat sastra di Indonesia, Malaysia dan Brunei Darussalan, Thailand & Singapura. Terima kasih pula kepada rekan-rekan facebook di group Dialog Sastra Borneo , yang tiada lelah untuk terus berkarya. iv daftar isi PENGANTAR PENERBIT ---------------------------------------------- ix PROLOG : Korrie Layun Rampan ------------------------------------ xii A Amin Jamaluddin (Brunei Darusslam)---------------------------- 1 Abdillah SM (Malaysia) ----------------------------------------------
    [Show full text]
  • Hak Cipta ©2018 Kolej Komuniti Bandar Darulaman © Perpustakaan Negara Malaysia
    i ii Hak Cipta ©2018 Kolej Komuniti Bandar Darulaman © Perpustakaan Negara Malaysia Hak cipta terpelihara. Setiap bahagian terbitan ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan ke bentuk lain samaada secara elektronik, gambar, rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran terlebih dahulu daripada Kolej Komuniti Bandar Darulaman, Kedah Perpustakaan Negara Malaysia Kolej Komuniti Bandar Darulaman, 2018 eISBN: 978-967-16178-1-6 Diterbitkan oleh: Unit Penyelidikan, Inovasi dan Penerbitan Kolej Komuniti Bandar Darulaman Kementerian Pendidikan Malaysia No. 17 Bandar Darulaman Jaya, 06000 Jitra Kedah. https://kkbdthinkbig.wordpress.com/kkbd_thinkbigv2/ iii Terlebih dahulu saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah dan rahmat-Nya maka penulisan e-book KKBD Think Big V2 – Pencetus Keunggulan TVET berjaya dilaksanakan dalam tempoh masa yang ditetapkan. Tahniah dan syabas kepada semua penulis yang terlibat atas komitmen padu dalam menjayakan penulisan e-book ini yang julung-julung kali diterbitkan ini. Amalan penulisan di e-book ini bukanlah satu bidang yang baharu tetapi bidang ini telah lama menempa nama dan membuktikan keunggulan ilmu yang dicetuskannya oleh penulis-penulis di Kolej Komuniti dan di Politeknik. Kandungan e-book ini adalah berkaitan Kolej Komuniti ke arah Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) secara khusus dan pendidikan secara umum. Penulisan e-book secara tidak langsung memperlihatkan kesungguhan para pensyarah dalam meningkatkan ilmu melalui bacaan dan kajian intelektual sekaligus dapat dikongsikan kepada orang ramai dalam mencambah tradisi keilmuan kepada masyarakat. Adalah diharapkan penulisan-penulisan seperti ini dapat diteruskan dan ditingkatkan kualitinya di masa-masa akan datang. Kajian-kajian bersifat empirical dan juga method- method baharu perlu diperluaskan cakupan pemahamannya bukan hanya dalam kalangan sarjana tetapi juga orang ramai di dalam komuniti.
    [Show full text]
  • Intangible of Skills at Tactical Level of Strategy in Malaysia's Counter
    International Journal of Academic Research in Business and Social Sciences Vol. 9 , No. 1, Jan, 2019, E-ISSN: 2222-6990 © 2019 HRMARS Intangible of Skills at Tactical Level of Strategy in Malaysia’s Counter Insurgency Experience in 1970’s Abdul Latif Harun, Nur Farahana Zul Kernain and Nur Surayya Mohd Saudi To Link this Article: http://dx.doi.org/10.6007/IJARBSS/v9-i1/5867 DOI: 10.6007/IJARBSS/v9-i1/5867 Received: 29 Nov 2018, Revised: 17 Dec 2019, Accepted: 01 Jan 2019 Published Online: 22 Jan 2019 In-Text Citation: (Harun, Kernain, & Saudi, 2019) To Cite this Article: Harun, A. L., Kernain, N. F. Z., & Saudi, N. S. M. (2019). Intangible of Skills at Tactical Level of Strategy in Malaysia’s Counter Insurgency Experience in 1970’s. International Journal of Academic Research Business and Social Sciences, 9(1), 1288–1297. Copyright: © 2019 The Author(s) Published by Human Resource Management Academic Research Society (www.hrmars.com) This article is published under the Creative Commons Attribution (CC BY 4.0) license. Anyone may reproduce, distribute, translate and create derivative works of this article (for both commercial and non-commercial purposes), subject to full attribution to the original publication and authors. The full terms of this license may be seen at: http://creativecommons.org/licences/by/4.0/legalcode Vol. 9, No. 1, 2019, Pg. 1362 - 1371 http://hrmars.com/index.php/pages/detail/IJARBSS JOURNAL HOMEPAGE Full Terms & Conditions of access and use can be found at http://hrmars.com/index.php/pages/detail/publication-ethics 1362 International Journal of Academic Research in Business and Social Sciences Vol.
    [Show full text]
  • 10 November 2016
    Bil. 45 Khamis 10 November 2016 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS Diterbitkan oleh: CAWANGAN PENYATA RASMI PENGGAL KEEMPAT PARLIMEN MALAYSIA 2016 MESYUARAT KETIGA K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN MENTERI BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 6) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2017 Jawatankuasa: Jadual: Maksud B.21 (Halaman 25) Maksud B.22 (Halaman 72) Maksud B.47 (Halaman 123) USUL-USUL: Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 24) Usul Anggaran Pembangunan 2017 Jawatankuasa: Maksud P.21 (Halaman 25) Maksud P.22 (Halaman 72) Maksud P.47 (Halaman 123) Diterbitkan oleh: CAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2016 DR 10.11.2016 i AHLI-AHLI DEWAN RAKYAT 1. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin Haji Mulia, P.S.M., S.P.D.K., S.U.M.W., P.G.D.K., J.S.M., J.P. 2. “ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee, P.G.D.K., A.S.D.K. [Beluran] - UMNO 3. “ Timbalan Yang di-Pertua, Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said, D.I.M.P., S.M.P., K.M.N., S.S.A.P. [Kuala Krau] - UMNO MENTERI 1. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak, Orang Kaya Indera Shah Bandar, S.P.D.K., S.S.A.P., S.S.S.J., S.I.M.P., D.P.M.S., D.S.A.P., P.N.B.S.
    [Show full text]
  • Parlimen Kesebelas Penggal Keempat Mesyuarat Ketiga
    [Dokumen ini belum disemak] PARLIMEN KESEBELAS PENGGAL KEEMPAT MESYUARAT KETIGA Bil. 79 10 Disember 2007 Isnin K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH P.M 18(1): ■ Pertikaian Terhadap keputusan Pilihan Raya DUN Likas - Y.B. Tuan Salahuddin bin Ayub [Kubang Kerian] (Halaman 25) RANG UNDANG-UNDANG DI BAWA KE DALAM MESYUARAT (Halaman 27) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2008: Jawatankuasa:- Jadual:- Maksud B.49 (Halaman 28) Maksud B.60 (Halaman 67) Maksud B.61 (Halaman 99) Maksud B.62 (Halaman 152) USUL-USUL: Usul Anggaran Pembangunan 2008: Jawatankuasa:- Maksud P.49 (Halaman 28) Maksud P.60 (Halaman 67) Maksud P.61 (Halaman 99) Maksud P.62 (Halaman 152) Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 27) Usul Memotong Aset RELA (Halaman 99) Usul Memotong Gaji Menteri Keselamatan Dalam Negeri (Halaman 152) DR. 10.12.2007 1 MALAYSIA DEWAN RAKYAT Isnin, 10 Disember 2007 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN 1. Dato’ Seri Diraja Syed Razlan ibni Syed Putra Jamalullail [Arau] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan apakah tahap kejayaan sukan-sukan yang dikategorikan sebagai sukan teras berbanding dengan tahap pencapaian sukan-sukan kebangsaan yang lain. Timbalan Menteri Belia dan Sukan [Dato’ Liow Tiong Lai]: Tuan Yang di-Pertua, Program Sukan Teras menumpukan kepada pembangunan sukan secara menyeluruh dengan memberi pengkhususan kepada empat aspek utama iaitu: (i) pembangunan organisasi sukan; (ii) pembangunan latihan atlet; (iii) pembangunan kejohanan; dan (iv) pembangunan kejurulatihan kepegawaian sukan.
    [Show full text]