Parlimen Kesebelas Penggal Keempat Mesyuarat Ketiga

Parlimen Kesebelas Penggal Keempat Mesyuarat Ketiga

[Dokumen ini belum disemak] PARLIMEN KESEBELAS PENGGAL KEEMPAT MESYUARAT KETIGA Bil. 79 10 Disember 2007 Isnin K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH P.M 18(1): ■ Pertikaian Terhadap keputusan Pilihan Raya DUN Likas - Y.B. Tuan Salahuddin bin Ayub [Kubang Kerian] (Halaman 25) RANG UNDANG-UNDANG DI BAWA KE DALAM MESYUARAT (Halaman 27) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2008: Jawatankuasa:- Jadual:- Maksud B.49 (Halaman 28) Maksud B.60 (Halaman 67) Maksud B.61 (Halaman 99) Maksud B.62 (Halaman 152) USUL-USUL: Usul Anggaran Pembangunan 2008: Jawatankuasa:- Maksud P.49 (Halaman 28) Maksud P.60 (Halaman 67) Maksud P.61 (Halaman 99) Maksud P.62 (Halaman 152) Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 27) Usul Memotong Aset RELA (Halaman 99) Usul Memotong Gaji Menteri Keselamatan Dalam Negeri (Halaman 152) DR. 10.12.2007 1 MALAYSIA DEWAN RAKYAT Isnin, 10 Disember 2007 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN 1. Dato’ Seri Diraja Syed Razlan ibni Syed Putra Jamalullail [Arau] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan apakah tahap kejayaan sukan-sukan yang dikategorikan sebagai sukan teras berbanding dengan tahap pencapaian sukan-sukan kebangsaan yang lain. Timbalan Menteri Belia dan Sukan [Dato’ Liow Tiong Lai]: Tuan Yang di-Pertua, Program Sukan Teras menumpukan kepada pembangunan sukan secara menyeluruh dengan memberi pengkhususan kepada empat aspek utama iaitu: (i) pembangunan organisasi sukan; (ii) pembangunan latihan atlet; (iii) pembangunan kejohanan; dan (iv) pembangunan kejurulatihan kepegawaian sukan. Program ini menumpukan perhatian kepada pembangunan bakat atlet di peringkat asas di dalam lingkungan umur 7 hingga 18 tahun di negeri dan daerah. Sehingga kini seramai 19,355 orang atlet telah dikenal pasti dan diberi peluang untuk menjalani latihan harian sepanjang tahun di 640 buah pusat latihan yang telah beroperasi di seluruh negara. Pusat-pusat latihan ini adalah di bawah kendalian seramai 1,240 orang jurulatih yang berkelayakan dan berpengalaman. Tuan Yang di-Pertua, pengukuran keberkesanan Program Sukan Teras yang telah dilaksanakan agak sukar untuk dibuat penilaian pada peringkat awal. Walau bagaimanapun, keberkesanan pelaksanaan program boleh dilihat dari keaktifan kegiatan sukan, khususnya yang melibatkan penubuhan unit-unit sukan teras dan persatuan-persatuan sukan negeri yang merupakan pelaksana di peringkat akar umbi. Keberkesanan pelaksanaan juga boleh dilihat dari penglibatan para atlet di bawah program yang diberi pendedahan berterusan di dalam pertandingan-pertandingan yang lebih mencabar di sepanjang tahun. Sepanjang tahun 2007, penyertaan beberapa sukan di kejohanan antarabangsa oleh atlet dari program sukan teras telah mula menunjukkan pencapaian yang memberangsangkan. Antara kejohanan yang disertai iaitu Kejohanan Renang Southeast Asian Age-Group, tiga atlet telah memenangi satu pingat emas, empat perak dan tiga gangsa. Sukan gimnastik juga turut DR. 10.12.2007 2 menyertai Kejohanan “SEA Gon” ke-7 dengan memenangi satu emas, lapan perak dan lima gangsa. Di Kejohanan Badminton Remaja Asia pula, berpasukan lelaki dan beregu campuran telah menjadi johan, manakala di Kejohanan Remaja Dunia, atlet beregu campuran berjaya menjuarai acara tersebut. Atlet skuasy juga telah menyertai sebanyak lapan kejohanan antarabangsa dan berjaya menduduki tempat pertama hingga ketiga dalam beberapa kategori peringkat umur. Tuan Yang di-Pertua, para atlet di bawah Program Sukan Teras juga turut menyumbang kepada kejayaan pasukan negeri-negeri masing-masing semasa temasya sukan Malaysia di Kedah pada tahun 2006. Kejayaan atlet-atlet Program Sukan Teras telah memberi petanda bahawa Program Sukan Teras ini berada di landasan yang betul dan kita berasa yakin bahawa atlet-atlet yang telah mencipta kejayaan awal ini akan mampu dibentuk dan dimajukan prestasi mereka sehingga mewakili negara di peringkat antarabangsa. Sekian. Dato’ Seri Diraja Syed Razlan ibni Syed Putra Jamalullail [Arau]: Tuan Yang di- Pertua, soalan tambahan saya. Saya ingin tahu sekiranya prestasi adalah satu-satu di antaranya yang diambil kira untuk menjadikan sukan itu sebagai sukan teras, maka saya nampak perlu kita tengok juga dan lihat kepada sukan-sukan lain. Oleh kerana misalnya sukan ragbi yang saya boleh cakap prestasinya bagus. Semalam pada hari kelmarin, di SEA Games pun, [Tepuk] ketiga-tiga permainan yang Malaysia main, kita tewaskan lawan kita. Kalau pihak peringkat remaja, kita sekarang Malaysia ini nombor empat di dalam Asia, bukan ASEAN. Perlu kita ambil kira oleh kerana sekolah-sekolah, universiti-universiti, semua main ragbi tetapi tidak dapat satu sokongan yang sewajarnya. Boleh tidak kita ambil kira di mana ragbi itu diambil kira sebagai sukan teras oleh kerana sukan ragbi pun juga membina semangat dan juga disiplin. Terima kasih. Dato’ Liow Tiong Lai: Ya, terima kasih Yang Berhormat Arau yang memang minat dalam ragbi ini. Dia memang menerajui pimpinan ragbi. Dato’ Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar [Larut]: Dulu, sekarang sudah tidak ada. Sudah bersara. Dato’ Liow Tiong Lai: Ya. Walau bagaimanapun, saya ucap terima kasih kepada cadangan Yang Berhormat. Program Sukan Teras ini memang kita akan kaji dari semasa ke semasa, Jawatankuasa Kabinet Sukan yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri amat prihatin tentang pembangunan sukan teras yang telah dikenal pasti dan telah pun diberi amaran kepada semua persatuan sukan bahawa prestasi mereka akan dikaji dari semasa ke semasa dan akan ditokok tambah bidang-bidang sukan yang lain sekiranya dirasakan perlu. Terima kasih. Dato’ Razali bin Ismail [Kuala Terengganu]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tadi saya mendengar jawapan yang telah diberi oleh Yang Berhormat Menteri, menyatakan kegiatan DR. 10.12.2007 3 sukan dan segala macam yang diusahakan berada di jalan yang betul, berkesan tetapi saya rasa ini adalah merupakan satu yang boleh dipertikaikan lagi memandangkan kepada prestasi semasa, Tuan Yang di-Pertua. Dalam konteks ini, saya kira kementerian perlu lebih berusaha giat sebab tidak menonjolkan kepada kita prestasi yang boleh dibanggakan. Bayangkan dan bandingkan dengan negara-negara kecil dapat menunjukkan visibility, dengan izin, kecemerlangan di luar dugaan. Croatia misalnya dan negara-negara kecil yang lain, Singapura misalnya sedang muncul dengan begitu hebat sekali. Saya kira di jalan yang betul keberkesanan yang telah diberikan itu saya rasa perlu pendetailannya. ■1010 Dato' Liow Tiong Lai: Terima kasih, Yang Berhormat bagi Kuala Terengganu. Memang kita akan membuat kajian yang menyeluruh. Saya katakan tadi bahawa pada masa sekarang sukan teras yang ditetapkan itu, kita masih awal lagi untuk membuat kajian kerana ia hanya berjalan pada tahun 2005 dan 2006. Dari semasa ke semasa Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan akan terus mengkaji keberkesanan sukan teras ini. 2. Tuan Haji Idris bin Haji Haron [Tangga Batu] minta Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil oleh pihak kementerian bagi mengenal pasti visa-visa palsu yang digunakan secara mudah oleh pendatang asing tanpa izin (PATI) ketika melalui Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) Setiausaha Parlimen Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri [Dato' Paduka Haji Abdul Rahman bin Ibrahim]: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat bagi Tangga Batu. Visa adalah satu pengesahan atau kebenaran rasmi di dalam sesebuah pasport yang menunjukkan kebenaran telah diberikan untuk memasuki Malaysia mengikut seksyen 2(1) Akta Pasport 1966. Visa boleh diperoleh dengan memohon terlebih dahulu di mana-mana pejabat kedutaan atau perwakilan Malaysia dengan melalui beberapa tapisan sebelum diluluskan. Walau bagaimanapun visa yang dikeluarkan bukanlah merupakan jaminan yang mutlak bahawa individu tersebut akan dibenarkan masuk ke negara ini. Visa yang dikeluarkan oleh pihak imigresen di pejabat kedutaan atau perwakilan Malaysia adalah berbentuk pelekat dan data akan dimasukkan ke dalam sistem imigresen. Sehubungan dengan itu bagi mengatasi masalah pemalsuan visa jabatan Imigresen sedang memperkemaskan sistem-sistem sedia ada dan ia diintegrasikan melalui Sistem Imigresen Malaysia (SIM) berdasarkan konsep single platform yang membolehkan capaian dan perkongsian maklumat di setiap bahagian di Jabatan Imigresen di pintu-pintu masuk negara dengan lebih efisien. Ini memudahkan penyemakan visa yang dikeluarkan di pejabat kedutaan atau perwakilan Malaysia di luar negara semasa melalui pintu masuk negara. Selain daripada itu Jabatan Imigresen sedang dalam proses membangunkan visa berasaskan teknologi cip Pengenalan Frekuensi Radio (RFID) bagi menangani pemalsuan visa DR. 10.12.2007 4 oleh warga asing yang cuba memasuki negara ini secara haram. Visa RFID ini membolehkan pihak berkuasa mengesan dan mengawasi pergerakan rakyat asing yang tinggal di negara ini melebihi tempoh ditetapkan dengan mudah dan berkesan. Semakan boleh dibuat menggunakan mesin pengimbas dan juga menghantar sistem pesanan ringkas kepada pangkalan data di ibu pejabat untuk mengenal pasti kesahihan visa. Bagi tujuan penyemakan yang lebih efisien dan efektif bilik gerakan di ibu pejabat beroperasi 24 jam setiap hari yang membolehkan proses verifikasi visa yang meragukan. Risikan juga akan dibuat di tempat-tempat yang disyaki setelah menerima aduan daripada orang ramai. Ini diikuti dengan pelaksanaan

View Full Text

Details

  • File Type
    pdf
  • Upload Time
    -
  • Content Languages
    English
  • Upload User
    Anonymous/Not logged-in
  • File Pages
    228 Page
  • File Size
    -

Download

Channel Download Status
Express Download Enable

Copyright

We respect the copyrights and intellectual property rights of all users. All uploaded documents are either original works of the uploader or authorized works of the rightful owners.

  • Not to be reproduced or distributed without explicit permission.
  • Not used for commercial purposes outside of approved use cases.
  • Not used to infringe on the rights of the original creators.
  • If you believe any content infringes your copyright, please contact us immediately.

Support

For help with questions, suggestions, or problems, please contact us