Laporan Penyata Rasmi Dewan Negara Parlimen Keempat Belas Penggal Ketiga Mesyuarat Kedua
Total Page:16
File Type:pdf, Size:1020Kb
Naskhah belum semak LAPORAN PENYATA RASMI DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL KETIGA MESYUARAT KEDUA Bil. 10 Isnin 21 September 2020 K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) USUL: Usul Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Pelantikan Ahli Jawatankuasa Pemilih di Bawah P.M. 70 (Halaman 33) Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 80) Usul Penangguhan - Menangguhkan Mesyuarat di Bawah P.M. 15(3) (Halaman 176) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2019) 2020 (Halaman 35) Rang Undang-undang Perbekalan (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) 2020 (Halaman 81) Rang Undang-undang Langkah-langkah Sementara Bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19)) 2020 (Halaman 129) UCAPAN PENANGGUHAN Penukaran Mata Pelajaran Umum Universiti- Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS), dan Hubungan Etnik, Kepada Mata Pelajaran Baharu Berasaskan Falsafah - Puan Asmak binti Husin (Halaman 177) DN 21.9.2020 ii AHLI-AHLI DEWAN NEGARA 1. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Tan Sri Dato’ Seri Utama Dr. Rais bin Yatim 2. “ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Seri Hali bin Abd. Samad 3. “ Datuk Abdul Ghani bin Mohamed Yassin 4. “ Tuan Adrian Banie Lasimbang 5. “ Tuan Ahmad bin Yahaya (Lantikan DUN Kedah) 6. “ Dr. Ahmad Azam bin Hamzah ((Negeri Sembilan) 7. “ Dato’ Dr. Ahmad Masrizal Muhammad [Timbalan Menteri Alam Sekitar] 8. “ Tuan Alan Ling Sie Kiong 9. “ Puan Asmak binti Husin (Kelantan) 10. “ Tuan Balasubramaniam A/L Nachiappan 11. “ Datuk Haji Bashir bin Haji Alias 12. “ Datuk Donald Peter Mojuntin (Sabah) 13. “ Dato’ Haji Husain bin Awang (Terengganu) 14. “ Datuk Haji Husam bin Musa 15. “ Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ibrahim Shah bin Abu Shah 16. “ Tuan Idris bin Haji Ahmad 17. “ Dato’ Isa bin Ab. Hamid 18. “ Datuk Haji Ismail bin Ibrahim 19. “ Tuan Ismail bin Yusop (Perak) 20. “ Dato’ Haji Jefridin bin Haji Atan 21. “ Datuk John Ambrose 21. “ Tuan Kamarudin bin Abdun (Perlis) 22. “ Dato’ Kesavadas A. Achyuthan Nair (Negeri Sembilan) 23. “ Datuk Lee Tian Sing 24. “ Tuan Liew Chin Tong 25. “ Datuk Lim Ban Hong [Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri] 26. “ Puan Lim Hui Ying (Pulau Pinang) 27. “ Datuk Lim Pay Hen 28. “ Tuan Manolan bin Mohamad 29. “ Datuk Wira Haji Marzuki bin Yahya 30. “ Ir. Md. Nasir bin Hashim DN 21.9.2020 iii 31. Yang Berhormat Datuk Seri Mohamad Ali bin Mohamad (Sarawak) 32. “ Tuan Sr. Haji Mohamad Apandi bin Mohamad (Lantikan DUN Kelantan) 33. “ Laksamana Pertama Haji Mohamad Imran bin Abd. Hamid 34. “ Datuk Mohan A/L Thangarasu 35. “ Tan Sri Radzi bin Tan Sri Sheikh Ahmad 36. “ Dr. Radzi bin Jidin [Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi] 37. “ Dato’ Dr. Mah Hang Soon [Timbalan Menteri Pendidikan I] 38. “ Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff (Pulau Pinang) 39. “ Tuan Muhamad Zahid bin Md. Arip 40. “ Datuk Ng Chiang Chin 41. “ Tuan Nga Hock Cheh (Perak) 42. “ Dr. Nuing Jeluing 43. “ Puan Hajah Nuridah binti Mohd Salleh (Terengganu) 44. “ Dato’ Wira Othman bin Aziz (Lantikan DUN Kedah) 45. “ Datuk Paul Igai 46. “ Puan Raj Munni binti Sabu 47. “ Puan Ras Adiba binti Mohd Radzi 48. “ Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah bin Raja Ahmad Baharuddin Shah 49. “ Datuk Razali bin Idris 50. “ Puan Rita Sarimah A/K Patrick Insol 51. “ Tuan Robert Lau Hui Yew 52. “ Puan Hajah Sabani binti Mat (Perlis) 53. “ Puan Siti Fatimah binti Yahaya [Pahang] 54. “ Tuan Suresh Singh A/L Rashpal Singh (Selangor) 55. “ Puan Susan Chemerai Anding 56. “ Datuk Teo Eng Tee @ Teo Kok Chee 57. “ Datuk Theodore Douglas Lind 58. “ Dato’ Sri Ti Lian Ker [Timbalan Menteri Perpaduan Negara] 59. “ Dato’ Sri Vell Paari a/l Tun Samy Vellu (Lantikan Agong) 60. “ Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal [Timbalan Menteri Belia dan Sukan] 61. “ Tuan Waytha Moorthy A/L Ponnusamy 62. “ Dr. Yaakob bin Sapari (Selangor) DN 21.9.2020 iv 63. Yang Berhormat Datuk Haji Yakubah Khan 64. “ Datuk Ir. Yong Wui Chung 65. “ Tuan Zaiedi bin Haji Suhaili (Sarawak) 66. “ YM Tengku Dato’ Sri Zafrul bin Tengku Abdul Aziz [Menteri Kewangan] 67. “ Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri [Menteri di Jabatan Perdana Menteri] DN 21.9.2020 v DEWAN NEGARA Ketua Pentadbir Parlimen Datuk Kamis bin Samin Setiausaha Dewan Negara Muhd Sujairi bin Abdullah Setiausaha Bahagian (Pengurusan Dewan) Riduan bin Rahmat PETUGAS-PETUGAS PENYATA RASMI (HANSARD) Monarita binti Mohd Hassan Azhari bin Hamzah Halijah binti Mat Sin @Mt Zain Rosna binti Bujairomi Alzian binti Baharudin Muhammad Qhidir bin Mat Isa Noraidah binti Manaf Siti Norlina binti Ahmad Nor Hamizah binti Haji Hassan Nor Faraliza binti Murad @Nordin Alli Nor Liyana binti Ahmad Sharifah Nor Asilah binti Syed Basir Nik Nor Ashikin binti Nik Hassan Hafilah binti Hamid Sherliza Maya binti Talkah Nor Effazimmah binti Maliki Nur Annisa binti Hamid Herdawati binti Mohd Amir Abbu Hasnah Sakinah binti Mohd Hashim Nurul Atikah binti Basaruddin Ahmad Syahril bin Haji Sikari @Haji Sika’ri Azmir bin Mohd Salleh Mohd Izwan bin Mohd. Esa Nor Kamsiah binti Asmad Aifarina binti Azaman Noorfazilah binti Talib Farah Asyraf binti Khairul Anuar Julia binti Mohd Johari Syahila binti Ab Mohd Khalid Ismalinda binti Ismail Hazliana binti Yahaya Amir Arshad bin Ab Samad Hizamihatim Maggisa bin Juarah Muhammad Firdaus bin Ahmad Maryam binti Azinuddin Izzul Syazwan bin Abdul Halim Mohd Aizuddin bin Pahrol Laili DN 21.9.2020 1 MALAYSIA DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL KETIGA MESYUARAT KEDUA Isnin, 21 September 2020 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN 1. Tuan Alan Ling Sie Kiong minta Menteri Luar Negeri menyatakan, usaha-usaha yang dilakukan oleh kementerian bagi memastikan setiap warganegara Malaysia yang menetap di luar negara dalam keadaan yang selamat semasa tempoh penularan COVID-19. Timbalan Menteri Luar Negeri [Dato’ Kamarudin Jaffar]: Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua, dan juga kepada Yang Berhormat Senator Tuan Alan Ling kerana menanyakan soalan berkaitan dengan rakyat kita di luar negara dalam musim penularan COVID-19 ini. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Dewan yang mulia ini, Kementerian Luar Negeri melalui perwakilan-perwakilan Malaysia di luar negara sentiasa mengutamakan kebajikan dan keselamatan rakyat Malaysia yang berada di luar negara. Perwakilan-perwakilan Malaysia bertindak sebagai frontliners secara langsung dalam memastikan rakyat Malaysia yang terjejas akibat penularan pandemik COVID-19, diberikan bantuan yang sewajarnya termasuk daripada segi mendapatkan rawatan perubatan serta memudah cara perjalanan pulang ke tanah air. Selain itu, perwakilan-perwakilan Malaysia turut mencari alternatif bagi membawa pulang rakyat Malaysia yang terkandas dengan kerjasama pelbagai pihak seperti agensi-agensi kerajaan, organisasi bukan kerajaan, persatuan pelajar, syarikat penerbangan serta pihak swasta serta negara-negara asing. Perwakilan Malaysia juga sentiasa berhubung rapat dengan komuniti-komuniti Malaysia yang menetap di luar negara. Ini penting bagi menyampaikan maklumat-maklumat terkini yang diterima daripada pihak berkuasa tempatan mahupun Kerajaan Malaysia dalam membendung DN 21.9.2020 2 penularan pandemik COVID-19. Media yang digunakan termasuklah melalui aplikasi seperti WhatsApp, media sosial dan juga portal perwakilan Malaysia yang berkenaan. Perwakilan-perwakilan Malaysia di luar negara terus beroperasi seperti biasa. Ini termasuklah Kedutaan Besar Malaysia di Tehran yang terpaksa menangguhkan operasinya mulai 22 Mac 2020 hingga 22 Ogos 2020. Walau bagaimanapun, Kedutaan Malaysia di Tehran telah mula kembali beroperasi seperti biasa bermula 23 Ogos 2020. Sukacita juga dimaklumkan Tuan Yang di-Pertua bahawa sehingga hari ini, Kementerian Luar Negeri telah memudahcara seramai 26,572 orang rakyat Malaysia melalui 528 penerbangan untuk kembali ke tanah air daripada 94 buah negara ekoran penularan pandemik COVID-19 di seluruh dunia. Ini termasuklah 20 orang lagi anggota jemaah tabligh yang ditahan dan dibawa ke mahkamah di India yang baru pulang ke Malaysia tiga hari yang lalu. Daripada jumlah yang terkandas ini, sekarang hanya tinggal seramai 56 orang yang dilaporkan masih terkandas di luar negara sementara menunggu lapangan terbang dibuka semula dan penerbangan komersial kembali beroperasi seperti biasa. Seramai 12 orang pegawai Kementerian Luar Negeri telah pulang ke tanah air melalui misi repatriasi ekoran penularan pandemik COVID-19 juga akan kembali ke tempat masing-masing setelah keadaan di negara penempatan mereka bertambah baik. Kementerian Luar Negeri menganggarkan terdapat seramai 457 ribu orang rakyat Malaysia yang berada di luar negara. Walau bagaimanapun, Kementerian Luar Negeri tidak dapat memuktamadkan bilangan sebenar warganegara Malaysia di luar negara kerana tidak semua rakyat Malaysia yang menetap atau berada di luar negara berdaftar dengan perwakilan Malaysia. Dalam hal ini, Kementerian Luar Negeri sentiasa menasihatkan supaya warganegara Malaysia yang menetap atau yang akan mengadakan perjalanan ke luar negara untuk mendaftar dengan perwakilan Malaysia yang terdekat dengan mengambi visa yang betul. Kementerian juga ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dengan kerjasama yang diberikan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Kementerian Kesihatan Malaysia. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Alan Ling Sie Kiong: Terima kasih Tuan