Dewan Rakyat Parlimen Kedua Belas Penggal Kelima Mesyuarat Pertama
Total Page:16
File Type:pdf, Size:1020Kb
Naskhah belum disemak DEWAN RAKYAT PARLIMEN KEDUA BELAS PENGGAL KELIMA MESYUARAT PERTAMA Bil. 21 Rabu 18 April 2012 K A N D U N G A N RANG UNDANG-UNDANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan)(No.2) 2012 (Halaman 2) Rang Undang-undang Keterangan (Pindaan)(No.2) 2012 (Halaman 12) Rang Undang-undang Laut Wilayah 2012 (Halaman 82) Rang Undang-undang Rukun Tetangga 2012 (Halaman 129) Rang Undang-undang Pasukan Sukarelawan Malaysia 2012 (Halaman 185) USUL-USUL: Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 1) Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 198) DR 18.4.2012 1 MALAYSIA DEWAN RAKYAT Rabu, 18 April 2012 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat ] RANG UNDANG-UNDANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT RANG UNDANG-UNDANG MESIN CETAK DAN PENERBITAN (PINDAAN) 2012 Bacaan Kali Yang Pertama Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri I [Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop]; dibaca kali yang pertama; akan dibacakan kali yang kedua pada Mesyuarat kali ini. RANG UNDANG-UNDANG PROFESION UNDANG-UNDANG (PINDAAN) 2012 Bacaan Kali Yang Pertama Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Profesion Undang- undang 1976; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Datuk Liew Vui Keong]: dibaca kali yang pertama; akan dibacakan kali yang kedua pada Mesyuarat kali ini. USUL WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT 10.06 pg. Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan: “Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1) Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga pukul 10.30 malam dan selepas itu DR 18.4.2012 2 Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Khamis, 19 April 2012.” Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Datuk Liew Vui Keong]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan. [Usul dikemukakan bagi diputuskan; dan disetujukan] RANG UNDANG-UNDANG RANG UNDANG-UNDANG KANUN TATACARA JENAYAH (PINDAAN) (NO.2) 2012 Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga Aturan Urusan Mesyuarat dibaca bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguh atas masalah, “Bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang”. [17 April 2012] 10.10 pg. Dr. M. Jeyakumar Devaraj [Sungai Siput]: Tuan Yang di-Pertua, peraturan mesyuarat. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Baik, Yang Berhormat. Dr. M. Jeyakumar Devaraj [Sungai Siput]: Bawah P.M.18(1), saya telah mengemukakan satu usul yang telah ditolak oleh Tuan Yang di-Pertua dengan sebabnya soalan ini telah dijawab oleh Kementerian Pengajian Tinggi dan juga Kementerian Kesihatan. Akan tetapi sebabnya ia ini urgent, perlu disegerakan, kerana jawapan yang diberi kedua-dua Menteri itu jelas menunjukkan bahawa masalah ini belum ditangani, belum di kendali dengan baik. Ini urgent kerana jika kita tidak ambil tindakan, beribu-ribu lagi anak muda akan masuk kepada kursus kejururawatan tanpa harapan dapat kerja selepas mereka graduated . Selain itu juga, 300 orang pelajar akan masuk kursus perubatan di Ukraine melalui satu scam oleh LUC. Jadi oleh kerana jawapan dalam Dewan yang diberi tidak kendalikan isu ini, itulah sebabnya saya bawa usul di bawah 18(1), 18(2). Walaupun ianya dijawab oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri, dia tidak kendalikan isunya. Isunya adalah penting kepada beribu-ribu pelajar kita yang akan ditipu kerana IPTS-IPTS yang mahu dapat PTPTN... [Disampuk ] Itulah kita kena bahas. Jika kita bawa ini kita boleh bahas. DR 18.4.2012 3 Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Baik Yang Berhormat. Saya dalam perkara ini Yang Berhormat, kita sudah dua atau tiga kali buat jawapan dalam Dewan. Yang pertama, perkara ini sebenarnya telah dibawa dalam Dewan, dibangkit dua kali kalau tidak salah dan jawapan telah diberi oleh pihak Menteri. Yang kedua, dalam Peraturan 18(1), jawapan sama mungkin juga akan diberi melainkan ada program lain yang telah dirangka oleh kerajaan dan kementerian. Kalau Menteri membuat jawapan yang berlainan daripada itu, Menteri itu tidak betul juga. Jadi dengan keadaan sedemikian, tidak ada perubahan jawapan walaupun perkara ini dibahas di bawah 18(1). Jadi yang ketiga yang terakhir, sebenarnya apabila telah ditolak Yang Berhormat, tidak ada perkara lain yang boleh saya buat kerana tidak ada rayuan di bawah Peraturan Mesyuarat 18 ini melainkan selain daripada Peraturan Mesyuarat 43. Saya bersimpati dengan isu ini Yang Berhormat sebenarnya. Saya berharap boleh diatasi. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Tuan Yang di-Pertua, saya setuju dengan Tuan Yang di-Pertua. Seingat saya pada tahun 2003, Allahyarham Tun Zahir jadi Speaker pada waktu itu dan dia punya penolong Lim Chik Chin dan Dato’ Mohamad Abdullah – Pahang itu, dia tolak pun usul ini. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Ya. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Jadi tahun 2003 pembangkang sahaja hendak mainkan perkara-perkara seperti ini... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Ya, tidak mengapa Yang Berhormat. Tidak mengapa Yang Berhormat. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Sebenarnya menghilangkan masa yang berharga kepada Parlimen kita. Parlimen kita dua hari lagi, Tuan Yang di-Pertua. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Saya faham Yang Berhormat. Jadi... Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Saya setuju dengan Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. ■1010 Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Terima kasihlah Yang Berhormat punya komen itu, itu pun ada membuang sedikit masa saya itu... [Ketawa] Terima kasih Yang Berhormat. Jadi saya berharap Yang Berhormat, isu ini Yang Berhormat sudah bawa ke Parlimen, orang tidak bersetuju dan ditolak dan sebagainya, itu sudah membawa satu isu yang ada penting pada pandangan Yang Berhormat, dekat di hati Yang Berhormat dan kita perlu menerima hakikatnya bahawa kita tidak berbahas tentang ini dan speaker sudah tolak Yang Berhormat, terima kasih sila Yang Berhormat Menteri menyambung jawapan semalam. DR 18.4.2012 4 Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Batu juga bertanya berkenaan kesalahan apakah yang boleh dibenarkan untuk menggunakan peranti ini. Jawapannya kesalahan yang boleh dikenakan peranti ialah semua kesalahan yang boleh dijamin. Ia dibuat sebagai ganti bayaran bon apabila mahkamah memutuskan untuk melepaskan tertuduh atas jaminan. Yang Berhormat Seremban bertanya berkenaan seksyen 445, dia berkata ini dengan izin against liberty. Walaupun seseorang pesalah telah dibebaskan oleh mahkamah yang membicarakannya, proses undang-undang belum lagi tamat, undang-undang membenarkan rayuan dibuat dan hak ini terpakai sama rata antara tertuduh dan juga pendakwa. Permohonan pendakwa raya dibuat dalam proses undang-undang yang belum tamat sebab semua proses rayuan dibuat pada masa itu belum selesai. Yang Berhormat Kepong bertanya berkenaan dengan seksyen 116A, Yang Berhormat Kepong dengar kah? Saya menjawab soalan ini, tidur kah? Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz: itu berkenaan dengan search and seizure without warrant. Jenayah terancang bukanlah satu jenayah keselamatan walaupun ia satu jenayah yang serius, yang serius ini jangan tidur. Kuasa ini didapati perlu untuk membantu polis membuat siasatan yang berkesan dalam kesalahan yang dilakukan oleh sesuatu dengan izin, organize criminal group – banyak kat Jinjang kot. Sebelum menggunakan kuasa ini, polis perlu menunjukkan elemen, perlu ya menunjukkan elemen bahawa kesalahan itu adalah berkaitan dengan suatu organize criminal group dengan izin. Bagi kesalahan keselamatan, kesalahan keselamatan adalah kesalahan serius, peruntukan ini melengkapi Rang Undang-undang Kesalahan Keselamatan iaitu (Langkah-langkah Khas). Yang Berhormat Subang, Kepong dan Telok Intan bertanyakan... Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: [Bangun] Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz: ...Berkenaan 116C, kuasa yang sangat besar, siapa yang boleh kawal polis supaya tidak menyalahgunakan? Kerajaan telah menubuhkan - tidak habis lagi? Itu betul kah rang undang-undang yang dibaca itu? Lain itu, tidak rang undang- undang itu, betul kah? Saya rasa lain itu, lain... Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: [Menunjukkan buku rang undang-undang] Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz: ...Asalkan biru, asal biru jangan hijau, asalkan biru tidak apa... [Ketawa] Bagi saya habiskan dahulu. Kerajaan telah menubuhkan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan yang membolehkan apa-apa salah laku polis atau pegawai penguat kuasa diadukan. Seperti yang Telok Intan kata EP apa, yang polis kan...jadi walaupun IPMC tidak ada di sini boleh ya, di sini boleh. Selain itu terdapat safeguard, polis tidak boleh sewenang-wenangnya menggunakan kuasa itu, polis perlu mendapatkan kelulusan pendakwa raya dan pendakwa raya akan