Yang Terukir: Bahasa Dan Persuratan Melayu: Sempena 50 Tahun Kemerdekaan Singapura/Editor, Dr Hadijah Rahmat
Total Page:16
File Type:pdf, Size:1020Kb
Hak Cipta Terpelihara © Majlis Bahasa Melayu Singapura (MBMS) 2015 Sebuah penerbitan khas oleh Majlis Bahasa Melayu Singapura (MBMS) 61 Stamford Road #03-08 Stamford Court Singapura 178892 Tel: 93836554 email: [email protected] www.nhb.gov.sg Edisi Pertama: November 2015 Yang Terukir Buku eletronik ini adalah sebuah versi rinci dan panjang daripada buku mewah versi cetak yang diterbitkan pada Ogos 2015 Reka Hias Buku oleh Bizmedia Publishing Hak cipta terpelihara dan dilindungi undang-undang. Buku ini atau mana-mana bahagiannya tidak dibenarkan diterbitkan semula, ditiru, disimpan dalam sistem pengeluaran semula (retrieval system) atau dipancar walau melalui sebarang cara sekalipun termasuk kaedah elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman atau lain-lain tanpa kebenaran bertulis pihak penerbit terlebih dahulu. ISBN: 978-981-09-6483-2 Perpustakaan Negara Singapura, Data Pengkatalogan Penerbitan Yang terukir: bahasa dan persuratan Melayu: sempena 50 tahun kemerdekaan Singapura/editor, Dr Hadijah Rahmat. – Singapore: Majlis Bahasa Melayu Singapura, 2015. pages cm Includes bibliographical references and index. ISBN : 978-981-09-6483-2 1. Malay language – Singapore – History. 2. Malay literature – Singapore – History and criticism. I. Hadijah Rahmat, 1958- editor. PL5103 499.28 – dc23 OCN915156596 Yang Terukir Bahasa dan Persuratan Melayu Sempena 50 Tahun Kemerdekaan Singapura Yang Terukir Sempena 50 Tahun Kemerdekaan Singapura Yang Terukir Bahasa dan Persuratan Melayu Sempena 50 Tahun Kemerdekaan Singapura Penasihat Projek Masagos Zulkifli Masagos Mohamad Yatiman Yusof Pengerusi Projek Dr Hadijah Rahmat Sidang Editor Dr Hadijah Rahmat (Ketua) Dr Azhar Ibrahim Alwee Juffri Supa’at Muhammad Andi Mohammed Zulkepli Dr Mukhlis Abu Bakar Mohd Raman Daud Dr Sa’eda Buang Yang Terakam Sehelai Sirih 10 Bahagian 3 Sekacip Pinang 13 Yang Tersurat Yang Merekayasa Tinta 14 Sastera Melayu Singapura di Tengah Jagatraya – Dr Hadijah Rahmat 70 Teater Melayu Sejak Singapura Merdeka – Mohd Raman Daud 94 Bahagian 1 Perkembangan Skrip Drama TV Sejak 1965 Yang Terpahat 1 – Hamed Ismail 108 Garis Masa I: Perkembangan Bahasa dan Filem Melayu di Persada Dunia – Sanif Olek 122 Persuratan Melayu Singapura (1299-1964) 20 Alunan Senikata Setengah Abad Merdeka – Azlan Mohamed Said 130 Bahagian 2 Senikata Penyeri Persuratan Melayu Singapura – Yang Terdidik Hartinah Ahmad 144 Sejarah Perkembangan Perancangan Bahagian 4 Bahasa Melayu dalam Pendidikan: Kejayaan dan Cabaran – Dr Mohd Aidil Subhan 36 Yang Menunjang Daya Hidup Bahasa Melayu di Singapura: Sumbangan Asatizah dalam Persuratan Satu Penelusuran Sejarah – Dr Roksana Abdullah 46 Melayu – Mohd Jakfar Hj Embek 152 Benih Budiman: Rakaman Sejarah Persekolahan Syed Abdullah al-Edrus dan Majalah Qalam: Melayu di Singapura – Dr Kamsiah Abdullah 58 Penerus Warisan Jawi – Muhammad Syukri Rosli 164 Bahagian 5 Bahagian 8 Yang Mendukung Yang Tersirat Majlis Bahasa Melayu Singapura – Mendepani Pensejarahan Singapura dan Nama-Nama Langkah Membahasakan Masyarakat Tempatnya Bersumberkan Sastera Melayu: – Tajudin Jaffar 172 Bahagian 1 (Sebelum 1819) – Dr Imran Tajudeen 268 Khazanah Persuratan Lembaga Perpustakaan Pensejarahan Singapura dan Nama-Nama Negara – Juffri Supa’at 178 Tempatnya Bersumberkan Sastera Melayu: Bahagian 2 (Selepas 1819) – Dr Imran Tajudeen 276 Bahagian 6 Perkembangan Jalur Pemikiran dalam Sastera Melayu Singapura – Dr Azhar Ibrahim Yang Menyalur Alwee 284 Menyusuri Sepintas Lalu Kewartawanan Melayu Singapura – Mohd Raman Daud 186 Bahagian 9 Berita Harian dalam Arus Persuratan Melayu di Yang Menyokong Singapura – Mohd Guntor Sadali 190 Golongan Tionghoa dan Persuratan Melayu Kelab Coretan Remaja – Dewani Abbas 198 – Dr Leo Suryadinata 302 Persuratan Melayu di Gelombang Radio – Hashim Yusof 202 Bahagian 10 Menyusuri Setengah Abad Rancangan Kanak- Kanak di TV Singapura – Amanah Mustafi 210 Yang Bertunas Pengalaman Sastera Melayu Singapura Menjejaki Alam Siber – Noridah Kamari 316 Bahagian 7 Suara Aktivis Muda Menyongsong Masa Depan Yang Merintis Dunia Persuratan Melayu 323 Hadiah Sastera dan Anugerah Persuratan: Menyingkap Perkembangan, Cabaran dan Hala Bahagian 11 222 Tuju – Dr Sa’eda Buang Yang Terpahat 2 Kata Pendeta: Dr Muhammad Ariff Ahmad Mengenai Bahasa dan Persuratan Melayu – Mohd Garis Masa II: Perkembangan Bahasa dan Andi Mohd Zulkepli 252 Persuratan Melayu Singapura (1965 - 2015) 328 Senarai Tokoh Tun Seri Lanang – Juffri Supa’at 256 Bahagian 12 Tokoh Anumerta Tun Seri Lanang – Juffri Supa’at 262 Yang Di Sebalik Biodata Editor & Penulis 344 Sejambak Budi Terukir Kasih 347 Sehelai Sirih Encik Lee Hsien Loong, Perdana Menteri Singapura Lima puluh tahun dalam pembangunan satu tamadun bukanlah satu jangka waktu yang lama. Sama juga dengan pembangunan sebuah negara. Namun, bukan jangka waktu yang menjadi penentu kejayaan sesebuah tamadun atau negara. Lima puluh tahun persuratan Melayu di Singapura juga bukanlah jangka waktu yang menjadi kayu ukur bidang persuratan Melayu di Singapura yang sememangnya mempunyai sejarah yang panjang dan gemilang. Tetapi, sepanjang 50 tahun ini pelbagai peristiwa telah mencorak dan mewarnai negara kita dan bidang persuratan telah mencatatnya dalam pelbagai genre – puisi, cerpen, novel, artikel akhbar dan banyak lagi. Yang istimewa lagi, bidang persuratan telah berjaya merakamkan dan menyerlahkan pelba- gai emosi penulis dan masyarakatnya melalui karya-karya mereka. Gabungan fakta, kreativiti dan emosi membuatkan bidang persuratan amat menarik sekali. Tahniah saya ucapkan kepada Majlis Bahasa Melayu Singapura yang berjaya menerbitkan buku Yang Terukir – Bahasa dan Persuratan Melayu Sempena 50 tahun Kemerdekaan Singapura. Saya pasti buku ini akan menjadi rujukan penting generasi ini dan juga ge-nerasi mendatang tentang segala usaha kita untuk mengekalkan bahasa dan budaya Melayu di Singapura agar jati diri Melayu di Singapura kekal terjaga. Jati diri Melayu adalah sebahagian daripada jati diri Singapura. Pemerintah akan terus menyokong usaha setiap kumpulan masyarakat untuk meningkat usaha melestarikan bahasa dan budaya kita agar warga Singapura mempunyai ciri-ciri istimewa yang menjadi aset kepada mereka dalam dunia global sekarang. Majulah Singapura. 10 Yang Terukir – Bahasa dan Persuratan Melayu Sehelai Sirih 11 12 Yang Terukir – Bahasa dan Persuratan Melayu Sekacip Pinang Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Menteri Kedua Ehwal Dalam Negeri dan Ehwal Luar dan Pengerusi Majlis Bahasa Melayu Singapura Kesedaran yang tinggi melalui pemikiran yang tajam merupakan aset penting dalam usaha mengukuhkan identiti sesebuah tamadun. Insan yang mempunyai kelebihan ini berupaya menggugah dan mengubah masyarakat dengan tingkah-laku dan tutur kata yang dijadikan teladan. Selama kita berdiri sebagai sebuah negara, ramai warga kita yang telah menyumbang ke arah pembangunan negara kita dan ramai sekali antara mereka yang telah membentuk pemikiran masyarakat kita dengan pena (atau sekarang dengan papan kunci) dalam bidang persuratan. Perjuangan dan usaha generasi perintis kita dalam menyampaikan idea untuk sama-sama membangunkan Singapura tidak sia-sia. Kita masih mahu memartabatkan bahasa dan persuratan kita. Kita masih bangga dengan adat dan budaya kita. Kita mahu generasi masa depan terus mempamerkan identiti masyarakat Melayu Singapura – masyarakat progresif yang kukuh nilai dan budaya Melayunya. Majlis Bahasa Melayu Singapura(MBMS) telah merakam perjalanan persuratan Melayu kita dalam buku Yang Terukir – Bahasa dan Persuratan Melayu Sempena 50 tahun Kemerdekaan Singapura dengan harapan buku ini menjadi dokumen bernilai untuk generasi seterusnya. Sama ada melalui penceritaan kreatif mahupun wacana sejarah, setiap sumbangan memberikan gambaran hitam putih dan pelbagai warnanya sosiobudaya masyarakat kita. Ulang tahun Singapura yang ke-50 merupakan waktu yang baik untuk kita melihat semula usaha bersama kita membangunkan bidang persuratan negara sepanjang 50 tahun ini dan menjadikannya iktibar untuk ke tahap yang lebih baik lagi. Sekalung budi saya ucapkan kepada para penulis yang menyumbang artikel mereka dalam buku ini, sidang editor yang telah berkerja keras untuk memastikan mutu penerbitan buku ini dan sekretariat MBMS yang telah menjambatani segala urusan keperluan pentadbiran. Syabas dan tahniah. Sekacip Pinang 13 Yang Merekayasa Tinta Dr Hadijah Rahmat Pengerusi Projek dan Ketua Sidang Editor Yang diraikan Yang Terukir – Bahasa dan Persuratan Melayu Sempena 50 tahun Kemerdekaan Singapura adalah buku kenangan yang dihasilkan untuk meraikan ulang tahun ke-50 negara Singapura atau ringkasnya SG50. Ia adalah salah satu daripada lima acara ikonik yang diusahakan oleh Majlis Bahasa Melayu Singapura (MBMS) untuk sambutan SG50 sepanjang tahun 2015, iaitu penerbitan buku kenangan, sambutan Bulan Bahasa, Sidang dan Seminar Majlis Sastera Asia Tenggara (MASTERA), Anugerah Persuratan dan Anugerah Guru Arif Budiman. Buku kenangan ini merakamkan sejarah perkembangan bahasa Melayu di Singapura dalam pelbagai bidang sejak awal lagi sehinggalah tahun 2015. Liputan penulisan dalam buku ini adalah luas, menjangkau bidang bahasa, sastera, sejarah, geografi, pendidikan, agama, muzik, teater dan filem, yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengucapan. Fokus penulisan pada peristiwa penting, tahap perkembangan utama, para perintis atau tokoh yang menyumbang, genre dan karya pilihan, badan atau institusi yang mendukung dan saluran atau media yang digunakan. Media yang disorot juga amat menyeluruh dari media cetak seperti akhbar, majalah,