Mohd Anuar & Wan Suhaimi, , “Adab Ilmuwan menurut Abu Hanifah,” Afkar Vol. 18 Issue 2 (2016): 43-102 ADAB ILMUWAN MENURUT ABŪ ḤANĪFAH (M.150H): SUNTINGAN ILMIAH, TERJEMAHAN DAN ANALISIS WAṢIYYAH ABĪ ḤANĪFAH LI TILMĪDHIH YŪSUF AL-SAMTĪ RULES OF CONDUCT FOR ISLAMIC SCHOLARS ACCORDING TO ABŪ ḤANĪFAH (D.150H): A CRITICAL EDITION, MALAY TRANSLATION AND ANALYSIS OF HIS WAṢIYYAH ABĪ ḤANĪFAH LI TILMĪDHIH YŪSUF AL- SAMTĪ Mohd Anuar Mamat, Wan Suhaimi Wan Abdullah Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah. Universiti Sains Islam Malaysia. 71800. Nilai. Malaysia. Pusat Kajian Tinggi Islam, Sains dan Peradaban (CASIS). Universiti Teknologi Malaysia. 54100. Kuala Lumpur. Malaysia. Emel:
[email protected] Khulasah Karya agung para sarjana Islam merupakan antara sumber dan rujukan utama kepada sebarang kajian tentang Islam termasuk dalam bidang pendidikan Islam. Makalah ini memperkenalkan dan mengusahakan suntingan ilmiah terhadap satu karya yang amat bernilai dalam bidang pendidikan Islam, iaitu sebuah pesanan daripada tokoh ilmuwan Islam yang terkenal, Imam Abū Ḥanīfah. Kitab yang diketengahkan dalam artikel ini ialah Waṣiyyah Abī Ḥanīfah li Tilmīdhih Yūsuf al-Samtī. Wasiat ini memuatkan pesanan dan perbincangan tentang adab- adab yang sepatutnya dilazimi oleh seseorang dalam kehidupan mereka khasnya para ilmuwan Islam. Makalah ini dihasilkan bersumberkan empat salinan manuskrip daripada Perpustakaan British, London, Makalah ini merupakan sebahagian daripada hasil projek penyelidikan penulis yang dibiayai oleh skim geran FRGS (FP024- 2015A) dan juga UMRG (RG481-15HNE). 43 Mohd Anuar & Wan Suhaimi, , “Adab Ilmuwan menurut Abu Hanifah,” Afkar Vol. 18 Issue 2 (2016): 43-102 Suleymaniyyah Kutuphanesi, Istanbul, Universiti Raja Sa„ūd, Riyadh dan Universiti Islam, Madinah di samping nukilan daripada al-Muwaffaq al-Makkī (m.586H) dan al-Kurdarī (m.827H) yang turut dijadikan sumber tambahan.