<<

KENYATAAN MEDIA PEJABAT PERDANA MENTERI

MENGENAI JAWATANKUASA KHAS BEBAS DARURAT 2021

Pejabat Perdana Menteri ingin mengumumkan pelantikan Ahli Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 yang telah diperkenankan oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.

Senarai keahlian jawatankuasa ini adalah seperti berikut:

1. Tun Arifin Zakaria, bekas Ketua Hakim Negara – Pengerusi 2. Tan Sri Samsudin Osman, bekas Ketua Setiausaha Negara 3. Tan Sri Norian Mai, bekas Ketua Polis Negara 4. Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin, bekas Panglima Angkatan Tentera 5. Prof. Tan Sri Dr. Mohamad Taha Arif, bekas Ketua Pengarah Kesihatan 6. Tan Sri Dr. Yahya Awang, pakar bedah jantung 7. Tan Sri Ter Leong Yap, Presiden Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina 8. Tan Sri Dr. R. Palan, Pro-Canselor Universiti Cyberjaya 9. Dato’ Setia Sallehuddin Saidin, bekas Timbalan Pendakwaraya Pejabat Peguam Negara 10. Prof. Madya Dato’ Arif Perkasa Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin, Mufti 11. Prof. Datu Dr. Andrew Kiyu Dawi anak Usop, pakar kesihatan awam 12. Tan Sri Sukarti Wakiman, bekas Setiausaha Kerajaan Negeri 13. Tan Sri , Ahli Parlimen Tanjung Karang 14. YB Datuk Sri , Ahli Parlimen Batang Lupar 15. YB Datuk Azizah Mohd. Dun, Ahli Parlimen Beaufort 16. YB Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh, Ahli Parlimen Pasir Puteh 17. YB Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu 18. YB Siew Fook, Ahli Parlimen 19. YB Datuk Seri Dr. , Ahli Parlimen Kuala

Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 yang ditubuhkan di bawah Seksyen 2 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 berperanan untuk menasihati KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong mengenai kewujudan berterusan darurat besar di Malaysia dan penamatannya.

Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri berperanan sebagai urus setia jawatankuasa ini.

PEJABAT PERDANA MENTERI 9 FEBRUARI 2021