Dewan Rakyat Parlimen Keempat Belas Penggal Ketiga Mesyuarat Kedua

Total Page:16

File Type:pdf, Size:1020Kb

Dewan Rakyat Parlimen Keempat Belas Penggal Ketiga Mesyuarat Kedua Naskhah belum disemak DEWAN RAKYAT PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL KETIGA MESYUARAT KEDUA Bil. 9 Khamis 23 Julai 2020 K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN MENTERI BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 9) USUL-USUL: Usul Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong (Halaman 46) DR. 23.7.2020 1 MALAYSIA DEWAN RAKYAT PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL KETIGA MESYUARAT KEDUA Khamis, 23 Julai 2020 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan Mesyuarat] JAWAPAN-JAWAPAN MENTERI BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN 1. Tuan Haji Yusuf bin Abd Wahab [Tanjong Manis] minta Menteri Kerja Raya menyatakan apakah status terkini pembinaan Projek Lebuh Raya Pan Borneo. Apakah justifikasi kerajaan terdahulu membatalkan pelantikan Rakan Pelaksana Projek (Project Delivery Partner-PDP) dan kesan penamatan syarikat PDP tersebut terhadap pelaksanaan projek. Menteri Kerja Raya [Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, seperti yang Ahli Yang Berhormat sedia maklum, Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah dan Sarawak merupakan inisiatif berterusan kerajaan untuk menambah baik jaringan infrastruktur jalan raya di Sabah dan Sarawak yang dilaksanakan secara berfasa. Secara keseluruhan, status kemajuan fasa I Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah sehingga Jun 2020 adalah 32 peratus bagi 11 pakej kerja yang sedang dilaksanakan. Manakala, tiga pakej kerja baharu dan satu pakej kerja melibatkan laluan dari Tawau ke Semporna yang telah ditamatkan kontrak kini sedang ditender yang dijangka akan dimuktamadkan pada tahun ini, menjadikan keseluruhan 15 pakej kerja akan dilaksanakan pada Rancangan Malaysia Kesebelas. Pelaksanaan bagi baki 20 pakej kerja fasa I Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah pula adalah tertakluk kepada kemampuan kewangan semasa kerajaan untuk Rancangan Malaysia Ke-12. Bagi fasa I Projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak, satu pakej kerja iaitu Pakej Telok Melano ke Sematan telah siap sepenuhnya pada bulan Januari 2019. Manakala status kemajuan pembinaan sehingga Jun 2020 bagi 10 pakej kerja dari Sematan ke Miri yang kini sedang giat dilaksanakan adalah 52 peratus. DR. 23.7.2020 2 Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan hari ini akan tetap menghormati keputusan kerajaan terdahulu untuk mengubah kaedah pelaksanaan Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah dan Sarawak. Pada awalnya, penamatan PDP dijangka akan memberi penjimatan kepada kerajaan, khususnya tiada keperluan pembayaran yuran PDP. Walau bagaimanapun, perubahan modul pelaksanaan tersebut tidak mengambil kira perkara-perkara yang berikut yang sedang ditangani oleh kerajaan. Antara lain, kesan ke atas pentadbiran projek, perubahan kontrak, kebajikan kakitangan-kakitangan yang terlibat dan keperluan penambahbaikan kapasiti dan kepakaran teknikal sedia ada. Berikutan itu, mitigation plan, dengan izin, dan tindakan susulan berterusan sedang dilaksanakan bagi menambah baik kaedah pelaksanaan yang telah diputuskan sebelum ini bagi memastikan kelancaran dan kelangsungan Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah dan Sarawak sebagai pemangkin pembangunan sektor sosioekonomi perindustrian serta pelaburan di sepanjang jajaran projek tersebut. KKR akan juga mengkaji kesan penamatan PDP ke atas kontraktor bumiputera yang terlibat dalam rantaian Projek Lebuhraya Pan Borneo ini. Terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Mohd Rashid Hasnon]: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Sila Yang Berhormat Tanjong Manis, mengemukakan soalan tambahan pertama, 30 saat. Tuan Haji Yusuf bin Abd Wahab [Tanjong Manis]: Terima kasih Yang Berhormat Menteri di atas jawapan yang panjang dan jelas. Soalan tambahan saya, apakah perancangan kerajaan bagi membantu kakitangan-kakitangan Rakan Pelaksana Projek (PDP), dengan izin, dan perunding-perunding yang telah kehilangan pekerjaan setelah kerajaan mengambil alih pelaksanaan Projek Lebuhraya Pan Borneo secara konvensional? Terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Mohd Rashid Hasnon]: Sila Yang Berhormat Menteri. Dua minit 30 saat. Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof: Terima kasih Yang Berhormat Tanjong Manis. Bila PDP dibatalkan iaitu Syarikat Borneo Highway PDP Sdn. Bhd. dan juga Syarikat Lebuh Raya Borneo Utara Sdn. Bhd, maka sebahagian daripada pekerja, khususnya lebih kurang 500 orang di Sarawak dan juga di Sabah lebih kurang 300 orang yang telah pun diberhentikan kerja. Sebahagian mereka mungkin ada yang telah diambil tetapi kebanyakan mereka sekarang ini tiada mempunyai pekerjaan sebab tiada yang mengambil mereka bekerja. Sudah pasti ini akan memberi impak dan kesan sebab kita akan kehilangan technical expertise, dengan izin, yang telah pun dilatih dan diambil dalam PDP tersebut. DR. 23.7.2020 3 Akan tetapi apa pun yang penting, saya kira kita patut fokus kepada the way forward, dengan izin, kedua-dua projek di Sabah dan Sarawak ini. Kita akan melihat dan mengkaji bagaimana kita dapat mempercepatkan sebab bila PDP ditamatkan dulu, projek ini sepatutnya siap Disember 2021 untuk Sarawak dan juga Jun 2021 di Sabah. Sekarang ini tempoh sudah pun dilanjutkan pada tahun 2023 untuk Sabah dan di Sarawak tahun 2022. Jadi, yang penting sekarang ini melihat kaedah bagaimana kita dapat mempercepatkan dan daripada segi efektif dengan peruntukan yang ada ini, bagaimana kita nak mempercepatkan kualiti dan apa tindakan decompromise. Terima kasih. Datuk Mohamad bin Alamin [Kimanis]: Soalan. Datuk Dr. Shahruddin bin Md Salleh [Sri Gading]: Sri Gading. ■1010 Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Mohd Rashid Hasnon]: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya jemput untuk soalan tambahan kedua Yang Berhormat Sri Gading. Masa 30 saat. Datuk Dr. Shahruddin bin Md Salleh [Sri Gading]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ringkas sahaja soalan tambahan saya. Tadi Yang Berhormat Menteri ada menyebut soal peranan bumiputera. Dapatkah Yang Berhormat Menteri menyatakan agenda Bumiputera bagi projek Pan Borneo ini? Terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Mohd Rashid Hasnon]: Sila Yang Berhormat Menteri, dua minit 30 saat. Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof: Terima kasih Yang Berhormat Sri Gading. Saya kira beliau ada jawapan itu sebab dahulu beliau Timbalan Menteri di Kementerian Kerja Raya. Pernah kita memberi taklimat. Di bawah konsep PDP, apa yang dihasratkan dahulu ialah, pertama sekali, untuk mengenal pasti kontraktor yang berkemampuan untuk melaksanakan program secara berskala besar di Sabah dan Sarawak. Kalau tiada, kita akan gabungkan mereka dengan kepakaran daripada luar Sarawak khususnya daripada Semenanjung yang ada pengalaman. Oleh sebab itulah banyak JV yang diwujudkan. Di bawah PDP juga, salah satu semangatnya adalah untuk membangunkan kontraktor bumiputera. Oleh sebab itu dalam perjanjian itu diperuntukkan 30 peratus daripada keseluruhan projek mesti diagihkan dan diberi kepada syarikat bumiputera. Untuk PDP ini, mereka sudah pun mewujudkan unit khusus untuk memantau dan memastikan apa yang dihasratkan oleh kerajaan ini akan dapat dilaksanakan. DR. 23.7.2020 4 Cuma, apabila perubahan konsep daripada PDP apabila dibatalkan di mana sekarang ini secara konvensional, saya tidak pasti sama ada JKR Sabah atau JKR Sarawak akan meletakkan ada unit khusus untuk memantau memastikan penglibatan kontraktor bumiputera ini supaya mereka akan dapat belajar daripada projek berskala besar ini. Itulah yang saya katakan tadi bahawa kita di Kementerian Kerja Raya, kita akan membuat kajian keseluruhan mengenai apakah kesan, setakat mana kontraktor yang telah diberikan kontrak ini menyempurnakan hasrat kerajaan untuk mengagihkan 30 peratus kepada kontraktor bumiputera. Ini termasuklah juga mereka yang telah dianugerahkan secara undian dahulu khususnya yang G1 dan G2 supaya nanti mereka akan diserahkan dan dipastikan akan terus mendapat pekerjaan yang telah kita tetapkan di bawah perjanjian dahulu. Insya- Allah, kita akan pastikan pembangunan ini diteruskan. Terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Mohd Rashid Hasnon]: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Datuk Mohamad bin Alamin [Kimanis]: Soalan terakhir, boleh? Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Mohd Rashid Hasnon]: Saya ingin teruskan kepada pertanyaan... Datuk Mohamad bin Alamin [Kimanis]: Penting. Penting, Tuan Yang di- Pertua. Sabah, Sabah. Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Mohd Rashid Hasnon]: Had masa hanya 10 minit untuk satu soalan. Sekarang pukul 10.12 pagi. Sudah melebihi masa. Sekarang saya jemput Yang Berhormat Kluang. 2. Puan Wong Shu Qi [Kluang] minta Menteri Komunikasi dan Multimedia menyatakan sama ada semua penerbit filem wajib memohon Lesen Pengeluaran Filem serta Surat Perakuan Penggambaran, tidak kira mereka adalah agensi media arus perdana atau media individu (personal media) yang menerbitkan filem di platform media sosial atau saluran tradisi. Menteri Komunikasi dan Multimedia [Dato’ Saifuddin Abdullah]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Ahli Yang Berhormat yang bertanya. Kementerian Komunikasi dan Multimedia melalui FINAS berfungsi bagi mengawal selia aktiviti perfileman melalui usaha memelihara dan memajukan industri perfileman negara berdasarkan Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981 [Akta 244] dan perundangan-perundangan kecil di bawahnya. Perbadanan mengeluarkan tiga jenis lesen kepada industri perfileman iaitu: (i) Lesen Pengeluaran Filem dan Video; DR. 23.7.2020 5 (ii) Lesen Pengedaran Filem dan Video; dan (iii) Lesen Pemameran Filem dan video. Merujuk kepada akta tersebut, seksyen 22(1), tiada seseorang
Recommended publications
  • Khamis, 10 Disember 2020 Mesyuarat Dimulakan Pada Pukul 10.00 Pagi DOA [Tuan Yang Di-Pertua Mempengerusikan Mesyuarat]
    Naskhah belum disemak PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL KETIGA MESYUARAT KETIGA Bil. 51 Khamis 10 Disember 2020 K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN MENTERI BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 7) RANG UNDANG-UNDANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT (Halaman 21) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2021 Jawatankuasa:- Jadual:- Kepala B.45 (Halaman 23) Kepala B.46 (Halaman 52) Kepala B.47 (Halaman 101) USUL-USUL: Usul Anggaran Pembangunan 2021 Jawatankuasa:- Kepala P.45 (Halaman 23) Kepala P.46 (Halaman 52) Kepala P.47 (Halaman 101) Meminda Jadual Di Bawah P.M. 57(2) – Mengurangkan RM45 juta Daripada Peruntukan Kepala B.47 (Halaman 82) Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 83) Meminda Jadual Di Bawah P.M. 66(9) – Mengurangkan RM85,549,200 Daripada Peruntukan Kepala B.47 (Halaman 102) DR. 10.12.2020 1 MALAYSIA DEWAN RAKYAT PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL KETIGA MESYUARAT KETIGA Khamis, 10 Disember 2020 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] JAWAPAN-JAWAPAN MENTERI BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN Tuan Karupaiya a/l Mutusami [Padang Serai]: Tuan Yang di-Pertua, saya minta dua minit, saya ada masalah di kawasan saya. Dua minit. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Padang Serai ingin sampaikan masalah-masalah rakyat di kawasan, terutama sekali PKPD telah dilanjutkan di Taman Bayam, Taman Kangkung 1 dan 2, Taman Cekur Manis, Taman Sedeli Limau, Taman Bayam Indah, Taman Halia dan Taman Kubis di kawasan Paya Besar. Parlimen Padang Serai hingga 24 Disember 2020 iaitu selama empat minggu.
    [Show full text]
  • 19 November 2020
    MESYUARAT KETIGA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT BELAS 2020 HARI KHAMIS : 19 NOVEMBER 2020 JAWAPAN-JAWAPAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN JAWAB LISAN YANG TIDAK DIJAWAB DI DALAM DEWAN ( SOALAN NO. 10 HINGGA NO. 49 ) [SOALAN NO. 5 DIJAWAB BERSEKALI DENGAN SOALAN NO. 29]] [SOALAN NO 2 DIJAWAB BERSEKALI DENGAN SOALAN NO 18,32 DAN 48] NO. SOALAN : 10 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT MESYUARAT KETIGA, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : TUAN NGA KOR MING [ TELUK INTAN ] TARIKH : 19 NOVEMBER 2020 (KHAMIS) SOALAN Minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan adakah Kementerian bersedia memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti yang menzalimi pimpinan mahasiswa yang lantang bersuara. NO. SOALAN : 10 JAWAPAN Tuan Yang di-Pertua, Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Akta 30) [AUKU] telah diwartakan pada 30 April 1971 dan merupakan akta induk bagi maksud menubuh, menyelenggara dan mentadbir universiti dan kolej universiti awam di Malaysia. Selain daripada perkara berkaitan pelajar, kandungan utama AUKU turut merangkumi hal berkaitan kawal selia dan tadbir urus universiti, seperti punca kuasa penubuhan, lembaga pengarah universiti, kuasa universiti dan perlembagaan universiti. Kementerian sentiasa prihatin dan responsif ke atas aspirasi pelbagai pihak yang inginkan AUKU ditambah baik dari semasa ke semasa. Atas dasar inilah, AUKU telah mengalami proses pindaan sebanyak tujuh (7) kali sejak ia diwartakan pada tahun 1971 hinggalah pindaan terakhir pada tahun 2019. Pindaan pada tahun 2012 misalnya, telah membolehkan mahasiswa menyertai kegiatan parti politik di luar kampus, manakala pindaan pada tahun 2019 pula telah memberikan kebebasan kepada pelajar menyertai aktiviti parti politik di dalam kampus. Kedua-dua pindaan ini boleh dianggap sebagai pindaan yang paling signifikan ke atas kebebasan berpolitik pelajar di kampus.
    [Show full text]
  • Malaysia Dewan Rakyat Aturan Urusan Mesyuarat Naskhah Sahih/Bahasa Malaysia Hari Isnin, 17 Ogos 2020
    MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA http://www.parlimen.gov.my HARI ISNIN, 17 OGOS 2020, PUKUL 10.00 PAGI Bil. 21 PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN 1. PR-1432-L09523 Dato' Sri Abdul Azeez bin Abdul Rahim [ Baling ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :- (a) jumlah kes sindiket penipuan kewangan (scammers) yang bergerak aktif pada fasa PKP yang lalu ; dan (b) sejauh manakah kaedah dan tindakan Kementerian bagi mengekang sindiket ini daripada terus berleluasa pada masa hadapan. 2. PR-1432-L09083 Tuan Noor Amin bin Ahmad [ Kangar ] minta MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI menyatakan jenis-jenis pinjaman perniagaan daripada agensi Kerajaan dan apakah kemudahan bayaran balik yang diberikan kepada peminjam semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). 3. PR-1432-L09906 Dato' Seri Tiong King Sing [ Bintulu ] minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan :- (a) jumlah peruntukan yang disalurkan kepada Sarawak untuk tujuan pembinaan jalan perhubungan desa kawasan luar bandar terutamanya di kawasan Parlimen Bintulu dan apakah cara penyaluran; dan (b) apakah inisiatif dan pendekatan kerajaan jangka masa panjang untuk membantu meningkatkan sosio ekonomi di kawasan luar bandar terutamanya bagi golongan B40. 2 AUM DR 17/8/2020 4. PR-1432-L09031 Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail [ Kulim Bandar Baharu ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan langkah-langkah terperinci Kerajaan sekarang dalam menangani isu kos sara hidup rakyat. 5. PR-1432-L09691 Datuk Mohamad bin Alamin [ Kimanis ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan apakah status dan kemajuan semasa tentang Projek Pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo (Sabah) dan juga perkembangan projek Lebuh Raya Trans Borneo serta projek Sarawak Sabah Link Road yang telah diluluskan oleh Kerajaan.
    [Show full text]
  • Download Par14p2m2-Soalan-Lisan-58.Pdf
    SOALAN NO. 58 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEDUA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PERTANYAAN : JAWAB LISAN DARIPADA : PUAN JUNE LEOW HSIAD HUI [ HULU SELANGOR ] TARIKH : 18 JULAI 2019 (KHAMIS) SOALAN NO. 58 Puan June Leow Hsiad Hui [ Hulu Selangor ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan inisiatif-inisiatif baharu Kementerian bagi melindungi kebajikan warga emas dan pesakit terlantar. 1 SOALAN NO. 58 JAWAPAN Tuan Yang di-Pertua, Kementerian menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menawarkan perkhidmatan sokongan, sosial dan kebajikan kepada warga emas. Perkhidmatan sedia ada yang disediakan oleh KPWKM adalah seperti berikut: 1) Bantuan Orang Tua (BOT) BOT merupakan bantuan kewangan yang diberi kepada kepada warga emas berumur 60 tahun ke atas yang tidak mempunyai mata pencarian tertentu untuk menyara kehidupannya dan jika mempunyai keluarga, keluarga tidak berkemampuan untuk menyara hidupnya. Bagi tahun 2018, JKM telah menyalurkan BOT kepada 139,673 orang warga emas yang melibatkan peruntukan kewangan sebanyak RM557,394,800. 2) Rumah Seri Kenangan (RSK) RSK disediakan kepada warga emas daif yang memerlukan penjagaan dan perlindungan demi menjamin kesejahteraan dan kualiti hidup mereka. Terdapat sembilan buah RSK di seluruh Malaysia. Sehingga Disember 2018, seramai 1,452 warga emas tinggal di RSK. 3) Rumah Ehsan (RE) RE disediakan untuk warga emas yang sakit dan uzur bagi memberi penjagaan, rawatan dan perlindungan dalam suasana yang selesa dan tenteram. Sehingga Disember 2018, seramai 207 warga emas tinggal di RE. 4) Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) PAWE merupakan satu perkhidmatan bercorak pendampingan sosial dan pembangunan kepada warga emas yang melibatkan kerjasama strategik antara Kementerian dengan agensi Kerajaan yang lain serta pertubuhan bukan Kerajaan.
    [Show full text]
  • Penyata Rasmi Parlimen Dewan Rakyat Parlimen Keempat Belas Penggal Ketiga Mesyuarat Ketiga
    Naskhah belum disemak PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL KETIGA MESYUARAT KETIGA Bil. 38 Rabu 18 November 2020 K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Halaman 24) USUL-USUL: Merentikan Kuat Kuasa Peraturan Mesyuarat Di Bawah P.M 90(2) (Halaman 22) Usul Anggaran Pembangunan 2021 (Halaman 24) DR. 18.11.2020 1 MALAYSIA DEWAN RAKYAT PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL KETIGA MESYUARAT KETIGA Rabu, 18 November 2020 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said) mempengerusikan Mesyuarat] JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN 1. Tuan Shaharizukirnain bin Abd. Kadir [Setiu] minta Menteri Pertanian dan Industri Makanan menyatakan adakah kementerian bercadang untuk mempertimbangkan kelulusan lesen pukat tunda sementara untuk mencari udang kepada nelayan pada musim tengkujuh yang bakal menjelma. Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II [Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Yang Berhormat dan Ahli-ahli Dewan sekalian, sehingga bulan Oktober 2020, kementerian melalui Jabatan Perikanan Malaysia telah melesenkan sejumlah 148 lesen pukat tunda sementara bagi peralatan tambahan bagi tujuan menangkap udang semasa musim tengkujuh sahaja iaitu pada bulan November sehingga Mac. Lesen ini juga dikenali sebagai Lesen Peralatan Pukat Tunda Musim Tengkujuh (PTMT) yang hanya dilesenkan kepada vesel tradisional zon A khusus bagi negeri- negeri di Pantai Timur sahaja iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang dan juga Johor Timur. Pada masa ini, Jabatan Perikanan masih mempertimbangkan permohonan baharu Lesen Peralatan Tambahan PTMT secara tahunan kepada pemilik vesel zon A yang mematuhi syarat seperti berikut.
    [Show full text]
  • HSKLU), B-G-15, Pusat Perniagaan Seksyen 8, Jalan Sungai Jernih 8/1, 46050 Petaling Jaya, Selangor
    26 OKTOBER 2020 Pertahankan Hutan Simpan Kuala Langat Utara (PHSKLU), B-G-15, Pusat Perniagaan Seksyen 8, Jalan Sungai Jernih 8/1, 46050 Petaling Jaya, Selangor. KEPADA: ADUN dan Ahli Parlimen Selangor seperti dalam SENARAI EDARAN Yang Berhormat (YB), Memohon Sokongan Bagi Membantah Pemansuhan Hutan Simpan Kuala Langat Utara (HSKLU) Yang Menerima 45,416 Bantahan Secara Bertulis dan Dalam Talian (Online) Merujuk kepada perkara di atas, satu gabungan organisasi rakyat telah ditubuhkan untuk membantah cadangan bagi pemansuhan HSKLU. Gabungan ini telah ditubuhkan selepas kami mendapati Sesi Pendengaran Awam (Town Hall) Sesi II bagi cadangan Pemansuhan kawasan HSKLU, Mukim Tanjung Dua Belas, Daerah Kuala Langat yang dijalankan pada 28 dan 29 September 2020 di Amverton Resort, Pulau Carey; adalah tidak mengikuti norma-norma serta prosedur yang sepatutnya. 2. Antara kesalahan tatatertib pelaksanaan Sesi Pendengaran Awam (Town Hall) Sesi II yang kami saksikan adalah: a. Notis pemakluman mengenai Sesi Pendengaran Awam (Town Hall) tidak dimaklumkan secara terbuka untuk perhatian dan penyertaan semua pihak yang terlibat dalam proses bantahan bertulis; b. Jemputan bagi Sesi Pendengaran Awam yang diedarkan kurang dari tempoh 30 hari dan tidak menjemput semua pihak yang terlibat dalam bantahan. Tindakan ini secara jelasnya membuktikan objektif sesi pendengaran tidak tercapai; c. s. 8 (5) Kaedah-Kaedah Penyiasatan Awam (Selangor) 2014, menyatakan bahawa penyiasatan awam harus diadakan dalam masa 30 hari selepas tamatnya tempoh bantahan secara bertulis pada 5 Mac 2020. Namun, Jabatan Perhutanan Negeri Selangor tidak memberi sebarang keterangan mengenai penganjuran Sesi Pendengaran Awam bagi bantahan tersebut. Maklumat penganjuran Sesi Pendengaran Awam Sesi II hanya diketahui melalui siaran Facebook YB Hee Loy Sian pada 28 September 2020 pada 12.34pm (selepas tamat sesi pertama).
    [Show full text]
  • Penyata Rasmi Parlimen Dewan Rakyat Parlimen Keempat Belas Penggal Kedua Mesyuarat Ketiga
    Naskhah belum disemak PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL KEDUA MESYUARAT KETIGA Bil. 45 Khamis 24 Oktober 2019 K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN MENTERI BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 11) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2020 (Halaman 43) USUL-USUL: Anggaran Pembangunan 2020 (Halaman 43) DR. 24.10.2019 1 MALAYSIA DEWAN RAKYAT PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL KEDUA MESYUARAT KETIGA Khamis, 24 Oktober 2019 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Mohd Rashid Hasnon]: Ahli-ahli Yang Berhormat, saya ingin memaklumkan bahawa pada hari Isnin, 28 Oktober 2019, tiada persidangan Dewan Rakyat. Memandangkan pada hari Ahad, 27 Oktober 2019 adalah merupakan hari Deepavali. Persidangan Dewan Rakyat akan bersambung semula pada hari Selasa, 29 Oktober 2019 dengan giliran Yang Berhormat Menteri-menteri menjawab ke atas perbahasan Belanjawan 2020 di peringkat dasar. Pada kesempatan ini, saya bagi pihak Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat ingin mengucapkan selamat menyambut hari Deepavali, Deepavali Nalvazhthukkal kepada Ahli-ahli Yang Berhormat dan semua penganut yang beragama Hindu yang akan menyambut perayaan tersebut. [Tepuk] JAWAPAN-JAWAPAN MENTERI BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN 1. Dato' Rosol bin Wahid [Hulu Terengganu] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan jumlah pelarian yang berada di Malaysia di masa ini mengikut negara asal dan apakah langkah-langkah yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk memastikan mereka ini benar-benar berstatus pelarian dan menjamin keberadaan mereka tidak mengancam keselamatan negara. Menteri Dalam Negeri [Tan Sri Dato’ Sri Muhyiddin bin Mohd Yassin]: Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
    [Show full text]
  • Laporan Tahunan Kongres Ke-15 (Parti
    Ibu Pejabat Merchant Square, A-1-09, Jalan Tropicana Selatan 1, 47410 Petaling Jaya, Selangor Telefon +603 7885 0530 Faks +603 7885 0531 Emel [email protected] ISI KANDUNGAN Prakata Setiausaha Agung 1 Laporan Tahunan Negeri Pahang 69 Prakata Presiden 5 Laporan Tahunan Negeri Pulau Pinang 79 Minit Mesyuarat 9 Laporan Tahunan Negeri Perak 87 Laporan Setiausaha Agung 21 Laporan Tahunan Negeri Perlis 147 Laporan Ketua Setiausaha Pengelola 24 Laporan Tahunan Negeri Sabah 153 Laporan Biro Penerangan 30 Laporan Tahunan Negeri Sarawak 163 Laporan Tahunan Negeri Johor 35 Laporan Tahunan Negeri Selangor 181 Laporan Tahunan Negeri Kedah 45 Laporan Tahunan Negeri Terengganu 189 Laporan Tahunan Negeri Kelantan 51 Laporan Tahunan Negeri Wilayah Persekutuan 195 Laporan Tahunan Negeri Melaka 57 Laporan Kewangan 2019 205 Laporan Tahunan Negeri Sembilan 63 Laporan Kewangan 2020 214 Parti Keadilan Rakyat Parti Keadilan Rakyat 1 Prakata Setiausaha Agung Prakata Setiausaha Agung 2 PRAKATA SETIAUSAHA AGUNG Assalamualaikum WBT dan Salam Reformasi Maka Kongres Tahunan KEADILAN kali ini merupakan medan terpenting dalam mempersiapkan KEADILAN mendepani PRU-15. Penterjemahan agenda Reformasi harus Saudara Saudari Perwakilan Yang Dihormati Sekalian, dipasak di dalam setiap gerak langkah anggota parti baik dari peringkat pimpinan sehingga ke akar umbi. Demikian juga Kongres ini wajar menjadi medium dan saluran Alhamdulillah, bersama-sama kita memanjat rasa syukur untuk kita muhasabah serta menilai prestasi KEADILAN untuk ditindaklanjuti secara ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah inayahNya maka serius ke hadapan. Kongres Tahunan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Kali Ke-15 dapat diadakan pada 5 - 6 Jun 2021 melalui Besar harapan saya agar Kongres pada kali ini dapat dimanfaatkan sidang perwakilan Sidang Video sekalian tanpa mengabaikan prosedur operasi standard yang digariskan sekretariat Kongres.
    [Show full text]
  • PENYATA RASMI PARLIMEN Parliamentary Debates
    Bil. 51 Rabu 16 Disember 2020 M A L A Y S I A PENYATA RASMI PARLIMEN Parliamentary Debates KAMAR KHAS Special Chamber PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL KETIGA MESYUARAT KETIGA K A N D U N G A N UCAPAN DI BAWAH USUL BERKENAAN PERKARA TADBIR KERAJAAN [P.M. 17]: • Peruntukan untuk Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (KUTAR) - YB. Puan Teo Nie Ching (Kulai) (Halaman 1) • Pembinaan Sekolah Kebangsaan Baharu: SK Bukit Sentosa 2 - YB. Puan June Leow Hsiad Hui (Hulu Selangor) (Halaman 5) ____________________________________________________________ Diterbitkan Oleh: SEKSYEN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2020 KKDR. 16.12.2020 1 MALAYSIA KAMAR KHAS PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL KETIGA MESYUARAT KETIGA Rabu, 16 Disember 2020 Mesyuarat dimulakan pada pukul 12.00 tengah hari DOA [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Azalina Othman Said) mempengerusikan Mesyuarat] UCAPAN DI BAWAH USUL BERKENAAN PERKARA TADBIR KERAJAAN (P.M. 17) Peruntukan untuk Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (KUTAR) 12.04 tgh. Puan Teo Nie Ching [Kulai]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (KUTAR) merupakan sebuah institusi pengajian tinggi yang penting dan bersejarah. Ia diluluskan oleh Perdana Menteri Pertama, Tunku Abdul Rahman di bawah Rancangan Malaysia Kedua pada tahun 1969. Walaupun KUTAR dilihat sebagai institusi khas untuk kaum Cina, hakikatnya, pengurusan dan kakitangan KUTAR terdiri daripada berbilang kaum, termasuklah pelajar. Pengajaran dan pembelajaran di KUTAR juga menggunakan bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. Sejak KUTAR ditubuhkan, lebih daripada 200,000 pelajar cemerlang telah bergraduat. Pada tahun 2019, mantan Menteri Kewangan Yang Berhormat Lim Guan Eng telah memperuntukkan RM45.5 juta kepada KUTAR.
    [Show full text]
  • Malaysia Dewan Rakyat Aturan Urusan Mesyuarat Naskah Sahih/Bahasa Malaysia Hari Khamis, 23 Julai 2020
    MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT NASKAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA http://www.parlimen.gov.my HARI KHAMIS, 23 JULAI 2020, PUKUL 10.00 PAGI Bil. 4 WAKTU PERTANYAAN-PERTANYAAN MENTERI 1. PR-1432-MQT0862 Tuan Yusuf bin Abd. Wahab [ Tanjong Manis ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan apakah status terkini pembinaan Projek Lebuh Raya Pan Borneo. Apakah justifikasi Kerajaan terdahulu membatalkan pelantikan Rakan Pelaksana Projek (Project Delivery Partner-PDP) dan kesan penamatan syarikat PDP tersebut terhadap pelaksanaan projek. 2. PR-1432-MQT0853 Puan Wong Shu Qi [ Kluang ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan sama ada semua penerbit filem wajib memohon Lesen Pengeluaran Filem serta Surat Perakuan Penggambaran, tidak kira mereka adalah agensi media arus perdana atau media individu (personal media) yang menerbitkan filem di platform media sosial atau saluran tradisi. 3. PR-1432-MQT0850 Dato' Haji Mohd Fasiah bin Haji Mohd Fakeh [ Sabak Bernam ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI MAKANAN menyatakan sejauh manakah potensi industri ikan tuna di Malaysia serta usaha-usaha Kementerian dalam mengembangkan industri perikanan tuna sebagai salah satu sumber kekayaan baharu negara bagi memperkasakan Malaysia sebagai hub ikan tuna di rantau ini, khususnya dalam era pasca COVID-19. MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT NASKAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA http://www.parlimen.gov.my HARI KHAMIS, 23 JULAI 2020, PUKUL 10.00 PAGI Bil. 9 WAKTU PERTANYAAN-PERTANYAAN MENTERI PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN 1. PR-1432-L09627 Tuan Che Alias bin Hamid [ Kemaman ] minta MENTERI ALAM SEKITAR DAN AIR menyatakan langkah-langkah strategik yang diambil oleh pihak Kementerian bagi mengelakkan projek tambak laut (Penang South Reclamation) di Pulau Pinang yang memberi impak besar terhadap alam sekitar tidak diteruskan.
    [Show full text]
  • Penyata Rasmi Parlimen Dewan Rakyat Parlimen Keempat Belas Penggal Ketiga Mesyuarat Kedua
    Naskhah belum disemak PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL KETIGA MESYUARAT KEDUA Bil. 16 Khamis 6 Ogos 2020 K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN MENTERI BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 12) RANG UNDANG-UNDANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT (Halaman 51) USUL-USUL: Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 50) Usul Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong (Halaman 51) DR.6.8.2020 1 MALAYSIA DEWAN RAKYAT PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL KETIGA MESYUARAT KEDUA Khamis, 6 Ogos 2020 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] JAWAPAN-JAWAPAN MENTERI BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN 1. Dato' Sri Hasan bin Arifin [Rompin] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan bahawa di dalam seksyen 23 Akta Kerajaan Tempatan 1976 memperuntukkan semua mesyuarat pihak berkuasa tempatan hendaklah terbuka kepada orang ramai dan kepada wakil akhbar. Namun perkara ini tidak menjadi amalan biasa dalam masyarakat dan juga pihak berkuasa tempatan. Adakah pihak kementerian bercadang untuk meningkatkan hebahan tentang peruntukan ini kepada orang ramai serta menggalakkan pihak berkuasa tempatan untuk uar-uarkan dengan lebih meluas tentang notis mengenai mesyuarat kepada orang awam. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan [Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin]: Bismillahi Rahmani Rahim. Alhamdulillah. Saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Rompin kerana prihatin dari segi untuk memberdayakan, memperhebatkan lagi pihak berkuasa tempatan dan pada masa yang sama cuba mengangkatkan agenda pihak berkuasa tempatan di kalangan masyarakat setempat agar mereka menghadiri mesyuarat-mesyuarat ini agar mereka tahu perkembangan pembangunan dalam kawasan masing-masing.
    [Show full text]
  • Nombor Telefon 222 Pusat Khidmat Ahli Parlimen
    KENYATAAN MEDIA 12 Julai 2021 Bendera Putih dan Kegagalan Kerajaan: Wanita Keadilan Siap Siaga Membantu Negara merekodkan purata 2 kes bunuh diri setiap hari bagi tempoh 2019 hingga Mei 2021. Bagi tempoh lima bulan pertama dari Januari hingga Mei 2021, sebanyak 468 kes bunuh diri telah direkodkan. Data terbaru yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga mendedahkan 91.2 peratus daripada 100,000 panggilan yang diterima oleh talian bantuan sokongan dan psikososial, memerlukan sokongan emosi dan kaunseling. Kes keganasan rumahtangga juga dilaporkan mencecah 23% berbanding tahun lalu. Terkini Perintah Kawalan Pergerakan yang Diperketatkan juga tidak menampakkan hasil. Bloomberg dalam artikel terbarunya yang bertajuk “Malaysia Is Staggering Down the Road to Failed Statehood” mengisahkan bagaimana rakyat Malaysia disaat pandemik menaikkan bendera putih demi sesuap makanan atau memerlukan pertolongan dalam bentuk kewangan untuk membayar sewa rumah. Cetusan idea bendera putih telah mendapat sambutan orang ramai termasuklah disokong oleh sebahagian ahli politik. Pada masa yang sama, inisitatif ini juga dipandang enteng oleh segelintir wakil rakyat yang melihat ia sebagai satu simbol menyerah kalah dan bukanlah suatu budaya yang diterima oleh sesetengah masyarakat. Tidak kurang juga pengibar bendera putih yang diganggu oleh pihak penguatkuasa dan diugut untuk tidak diberikan bantun oleh kerajaan, MP, Adun atau agensi seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Inisiatif bendera putih kini telah diluaskan kepada aplikasi mudahalih yang dinamakan Sambal SOS. Aplikasi tersebut menolong golongan yang memerlukan dengan menyediakan lokasi ‘foodbank’ dan juga lokasi dimana bendera putih dikibarkan bagi memudahkan proses menjejaki mereka untuk menghantar bantuan yang diperlukan. Perlu diingat, bendera putih bukanlah menandakan rakyat sudah mengalah, namun merupakan tekad mereka untuk meneruskan kehidupan seharian.
    [Show full text]