Penyata Rasmi Parlimen Dewan Rakyat Parlimen Keempat Belas Penggal Ketiga Mesyuarat Ketiga

Total Page:16

File Type:pdf, Size:1020Kb

Penyata Rasmi Parlimen Dewan Rakyat Parlimen Keempat Belas Penggal Ketiga Mesyuarat Ketiga Naskhah belum disemak PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL KETIGA MESYUARAT KETIGA Bil. 47 Khamis 3 Disember 2020 K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN MENTERI BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 4) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2021 Jawatankuasa:- Jadual:- Kepala B.24 (Halaman 25) Kepala B.25 (Halaman 58) Kepala B.26 (Halaman 80) USUL-USUL: Usul Anggaran Pembangunan 2021 Jawatankuasa:- Kepala P.24 (Halaman 25) Kepala P.25 (Halaman 58) Kepala P.26 (Halaman 80) Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 79) DR. 3.12.2020 1 MALAYSIA DEWAN RAKYAT PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL KETIGA MESYUARAT KETIGA Khamis, 3 Disember 2020 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan Mesyuarat] JAWAPAN-JAWAPAN MENTERI BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN 1. Dato' Mohd. Nizar bin Haji Zakaria [Parit] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan adakah kementerian akan memberikan sedikit kelonggaran syarat permohonan lesen senjata api kepada pemilik tanaman yang ingin memiliki lesen bagi menguruskan musuh tanaman seperti babi dan monyet yang bertindak merosakkan tanaman. Menteri Dalam Negeri [Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Parit, permohonan memiliki senjata api adalah tertakluk kepada Akta Senjata 1960. Kementerian Dalam Negeri dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempunyai garis panduan yang komprehensif bagi menimbang setiap permohonan lesen atau permit senjata api ini. Kelulusan senjata api sama ada pistol, senapang atau senapang patah secara beli baharu atau pindah milik dipertimbangkan dengan berhati-hati dan ketat kerana senjata api adalah senjata yang boleh mengakibatkan kehilangan nyawa. Oleh sebab itu, hanya individu yang benar-benar memerlukan dan yang berkelayakan yang akan diluluskan pemilikan lesen atau milik senjata api. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat setiap permohonan untuk mendapatkan lesen ataupun milik senjata perlu melalui tapisan yang rapi oleh PDRM. Bagi permohonan senjata api untuk tujuan membasmi musuh tanaman permohonan hendaklah memenuhi syarat-syarat antaranya seperti berikut: (i) melepasi tapisan keselamatan dan sahsiah; (ii) memiliki fizikal dan tahap kesihatan yang baik; (iii) keterampilan diri; (iv) bergantung hidup pada hasil pertanian; (v) mempunyai tanah pertanian sendiri; (vi) menetap di kawasan berkenaan; dan (vii) mengalami kerosakan hasil tanaman yang serius. DR. 3.12.2020 2 Bagi pemilik kebun yang tidak memiliki atau yang tidak dipertimbangkan lesen atau permit senjata api, sekiranya mereka mempunyai masalah ancaman musuh tanaman, saya mencadangkan supaya mereka mendapatkan bantuan daripada pelesen senjata api setempat, Jabatan PERHILITAN ataupun anggota RELA setempat untuk membantu mengatasi masalah ancaman yang mereka hadapi. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Mohd Rashid Hasnon]: Terima kasih Yang Berhormat Menteri, minta maaf saya sebut tadi tiga minit sebenarnya selama dua minit. 2. Puan Teo Nie Ching [Kulai] minta Menteri Kewangan menyatakan butiran dan program/aktiviti di bawah Bekalan 11, Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2021 yang mana sekolah tahfiz, sekolah pondok berdaftar dan sekolah agama rakyat diperuntukkan sejumlah RM100 juta. Menteri Kewangan [YM Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Kulai, sebagaimana yang telah saya maklumkan dalam sidang Dewan yang mulia ini, kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM100 juta bagi tujuan penyelenggaraan sekolah tahfiz, sekolah pondok berdaftar dan sekolah agama rakyat. Peruntukan ini disediakan di bawah B.11 – Perkhidmatan Am Perbendaharaan di bawah Butiran 021300 – Pemberian Kemudahan Projek Khas. Untuk makluman Yang Berhormat, Butiran B.11 yang disediakan adalah sebanyak RM922 juta. Ini berdasarkan amalan digunakan untuk membiayai langkah tambahan yang diumumkan dalam ucapan Belanjawan 2021. Antara langkah-langkah ucapan belanjawan yang turut dibiayai di bawah peruntukan ini ialah keperluan tambahan sebanyak RM120 juta bagi penambahbaikan Rancangan Makanan Tambahan untuk pelajar miskin, geran padanan untuk NGO dan social enterprise. Ini sebanyak RM100 juta dan terutamanya bagi Program Peningkatan Pendapatan bagi golongan rentan menangani isu sosial seperti penderaan kanak-kanak dan gelandangan serta pelbagai langkah yang menyumbang kepada kesejahteraan rakyat, termasuk peluasan subsidi pengangkutan awam bas, geran untuk taska, pusat aktiviti warga emas serta perkhidmatan ATM bergerak bagi pedalaman terutamanya di Sabah dan Sarawak. Sekian, terima kasih. 3. Tuan Teh Kok Lim [Taiping] minta Menteri Tenaga dan Sumber Asli menyatakan langkah dan usaha yang diambil oleh kementerian untuk memastikan Zoo Taiping, Night Safari yang merupakan lambang ikon Bandar Warisan Taiping terus kekal maju. Zoo ini dijangka mengalami kerugian antara RM500,000 hingga RM600,000 dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang berkuat kuasa sehingga 6 Disember ini akibat kemerosotan hasil kutipan tiket sehingga 95 peratus. DR. 3.12.2020 3 ■1010 Menteri Tenaga dan Sumber Asli [Dato’ Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah]: Bismillaahi Rahmaani Rahiim. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Taiping, penularan pandemik COVID-19 telah memberi implikasi ke atas pendapatan pengendali zoo dan pameran tetap ZPT, termasuk Zoo Taiping. Di mana hasil kutipan tiket, jualan-jualan produk dan perkhidmatan yang menjadi sumber pendapatan utama ZPT terjejas sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Kementerian sangat prihatin dalam membantu ZPT yang terjejas. Antara bantuan jangka pendek yang telah diberikan kepada Zoo Taiping adalah seperti berikut, menyalurkan dana prihatin kebajikan hidupan liar sebanyak RM468,890.37 bagi menampung kos makanan dan ubat-ubatan hidupan liar serta kos sanitasi premis secara berperingkat bermula bulan Ogos 2020 hingga bulan November 2020. Kita juga menyalurkan peruntukan sebanyak RM1.8 juta kepada zoo berkenaan pada bulan November 2020 untuk membaik pulih fasiliti Zoo Taiping yang kritikal seperti kekurangan makanan hidupan liar, membina kurungan reptilia dan baiki bumbung bangunan kaunter tiket. Kita juga memberikan diskaun 15 peratus bil elektrik secara bulanan selama enam bulan kepada ZPT di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi. Di samping itu, kita juga menyediakan bantuan teknikal kepada ZPT, khususnya dalam pengurusan urusan yang berkaitan. Bantuan kerajaan kepada Zoo Taiping bukan sahaja dilaksanakan dalam tempoh PKP, sebaliknya kementerian telah membantu Zoo Taiping sejak beberapa tahun lalu sehingga kini, di mana Jabatan Perhilitan sendiri telah memberikan pinjaman sebanyak 125 ekor hidupan liar milik Jabatan Perhilitan kepada Zoo Taiping dengan nilai RM1.1 juta. Ia bertujuan untuk mempelbagaikan hidupan liar Zoo Taiping bagi membolehkan zoo berkenaan terus berdaya maju dan melakukan usul untuk menarik lebih ramai pelancong dan pengunjung ke zoo berkenaan. Dalam apa keadaan sekalipun, kementerian terus mengambil perhatian dan tindakan, bukan hanya kepada Zoo Taiping tetapi juga zoo-zoo lain. Bagi tindakan jangka panjang, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli melalui Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara telah mengadakan sesi libat urus dengan Malaysian Association of Zoological Parks and Aquaria (MAZPA) dan ZPT untuk mengkaji semula peraturan yang berkaitan pengendali zoo di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) dan membangunkan model baharu ZPT. Ia bertujuan untuk mengurangkan kebergantungan ZPT kepada kerajaan serta mengukuhkan operasi ZPT supaya lebih berdaya maju, pada masa yang sama, memastikan kebajikan hidupan liar sentiasa dipelihara. Zoo Taiping termasuk dalam kajian berkenaan. Terima kasih. DR. 3.12.2020 4 Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Mohd Rashid Hasnon]: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang tamatlah sesi untuk waktu pertanyaan-pertanyaan Menteri pada hari ini. Terima kasih, Ahli-ahli Yang Berhormat. [Sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri tamat] JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN 1. Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli [Dungun] minta Menteri Kesihatan menyatakan jumlah perbelanjaan kementerian dalam menangani pandemik COVID-19 daripada 18 Mac 2020 sehingga 31 Oktober 2020. Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Mohd Rashid Hasnon]: Sila Yang Berhormat Menteri Kesihatan atau Timbalannya untuk menjawab. Tempoh masa tiga minit. Timbalan Menteri Kesihatan II [Datuk Aaron Ago Dagang]: Terima kasih Yang Berhormat Dungun. Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Kesihatan Malaysia telah meluluskan peruntukan sebanyak RM1 bilion oleh Kementerian Kewangan bagi menangani wabak COVID-19. Sehingga 31 Oktober 2020, Kementerian Kesihatan telah membelanjakan sebanyak RM1.17 bilion yang turut termasuk peruntukan sedia ada kementerian bagi pembelian peralatan, bekalan perubatan, barangan pakai habis (consumables), kelengkapan perlindungan diri (PPE), reagent test kit serta lain-lain perkhidmatan dalam usaha mengawal wabak COVID-19. Peruntukan tersebut digunakan untuk kesemua fasiliti Kementerian Kesihatan, termasuk hospital, klinik kesihatan dan klinik pergigian. Sebahagian besar daripada perbelanjaan tersebut, adalah untuk bayaran elaun khas COVID-19 kepada petugas barisan hadapan Kementerian Kesihatan yang berjumlah RM275 juta. Kedua, pembelian kelengkapan perlindungan (PPE) berjumlah
Recommended publications
  • The Fall of Warisan in Sabah's Election
    ISSUE: 2021 No. 8 ISSN 2335-6677 RESEARCHERS AT ISEAS – YUSOF ISHAK INSTITUTE ANALYSE CURRENT EVENTS Singapore | 29 January 2021 The Fall of Warisan in Sabah’s Election: Telltale Signs, Causes and Salient Issues Arnold Puyok* President of the Sabah Heritage Party (Warisan) Shafie Apdal (centre), shows his inked finger after casting his vote at a polling station during state elections in Semporna, a town in Malaysia's Sabah state on Borneo island, on September 26, 2020. Photo: AFP * Arnold Puyok is Senior Lecturer in Politics and Government Studies at the Faculty of Social Sciences and Humanities, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). 1 ISSUE: 2021 No. 8 ISSN 2335-6677 EXECUTIVE SUMMARY • Public opinion polls conducted prior to the 16th Sabah state election provided telltale signs of Warisan’s loss of support and impending electoral defeat. • Warisan’s fall from power was mostly due to the party’s inability to address the priority needs of the largely rural Muslim Bumiputera and Kadazandusun voters. • Research fieldwork during the election campaign and post-election analysis reveal that rural Sabah voters are more concerned with bread-and-butter issues, while their partisan loyalties are not steadfast. They are willing to trade their political support for programmes and policies that yield tangible benefits. • The new state government led by Gabungan Rakyat Sabah (GRS) will face the twin challenges of appeasing increasingly demanding voters and delivering public goods effectively. • As GRS navigates these politically uncertain times, its future in Sabah looks unpromising. 2 ISSUE: 2021 No. 8 ISSN 2335-6677 INTRODUCTION In the recent Sabah state election, GRS (Gabungan Rakyat Sabah), comprising BN (Barisan Nasional), PN (Perikatan Nasional) and PBS (Parti Bersatu Sabah), won 38 seats in the state legislative assembly, prevailing over a Warisan-led coalition by a six-seat margin.
    [Show full text]
  • Penyata Rasmi Parlimen Dewan Rakyat Parlimen Keempat Belas Penggal Ketiga Mesyuarat Ketiga
    Naskhah belum disemak PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL KETIGA MESYUARAT KETIGA Bil. 35 Khamis 12 November 2020 K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN MENTERI BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 3) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Halaman 22) USUL: Usul Anggaran Pembangunan 2021 (Halaman 22) DR. 12.11.2020 1 MALAYSIA DEWAN RAKYAT PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL KETIGA MESYUARAT KETIGA Khamis, 12 November 2020 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Tuan Yang di-Pertua: Assalamualaikum semua, selamat sejahtera dan selamat pagi. Sebelum kita mula pada hari ini, saya ada sedikit makluman mengenai ujian COVID-19. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya telah mendapat permohonan daripada ramai juga di kalangan Ahli-ahli Yang Berhormat agar pegawai-pegawai pengiring Ahli-ahli Yang Berhormat turut membuat ujian COVID-19 menggunakan kaedah RT-PCR di Parlimen Malaysia. Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan bahawa pihak Pentadbiran Parlimen Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah bersetuju menyediakan kemudahan saringan ujian COVID-19 kepada pegawai-pegawai pengiring Ahli-ahli Yang Berhormat di Dewan Serbaguna Parlimen Malaysia pada hari ini, jam 9.00 pagi hingga 2.00 petang. Untuk tujuan ini, hanya seramai tiga orang pegawai pengiring setiap Ahli-ahli Yang Berhormat dibenarkan membuat ujian COVID-19 tersebut. Sekian, terima kasih. Tuan Karupaiya a/l Mutusami [Padang Serai]: Tuan Yang di-Pertua, pertanyaan. Tuan Yang di-Pertua: Saya. Tuan Karupaiya a/l Mutusami [Padang Serai]: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya ingin mencadangkan pada masa-masa akan datang, panjangkan cuti sedikit untuk Deepavali.
    [Show full text]
  • Dewan Rakyat Parlimen Ketiga Belas Penggal Pertama Mesyuarat Pertama
    Naskhah belum disemak DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL PERTAMA MESYUARAT PERTAMA Bil. 9 Isnin 8 Julai 2013 K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT (Halaman 27) USUL-USUL: Menarik Balik Rang Undang-undang Di Bawah P.M. 62 (Halaman 1) Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 27) Menjunjung Kasih Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong - Dato’ Shamsul Anuar bin Haji Nasarah (Lenggong) (Halaman 28) DR 8.7.2013 1 MALAYSIA DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL PERTAMA MESYUARAT PERTAMA Isnin, 8 Julai 2013 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) mempengerusikan Mesyuarat ] USUL MENARIK BALIK RANG UNDANG-UNDANG DI BAWAH P.M. 62 10.04 pg. Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Mejar Jeneral (B) Dato' Seri Jamil Khir bin Baharum]: Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh , salam sejahtera, salam 1Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, bahawa menurut Peraturan Mesyuarat 62, saya mohon untuk menarik balik (DR1/2013) Rang Undang-undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2013, (DR3/2013) Rang Undang-undang Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2013 dan (DR2/2013) Rang Undang-undang Tatacara Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2013 yang dijadualkan di nombor dua, tiga dan empat dalam Aturan Urusan Mesyuarat hari ini. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Baiklah. JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN 1. Tuan Liang Teck Meng [Simpang Renggam] minta Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air menyatakan bilakah mekanisme "Fuel Cost Pass-Through" akan dilaksanakan oleh TNB dalam usaha mencerminkan keadaan sebenar kos bahan api.
    [Show full text]
  • BERNAMA.COM :: General Election 2013
    JOHOR | KEDAH | KELANTAN | MELAKA | NEGERI SEMBILAN | PAHANG | PULAU PINANG | PERAK | PERLIS | SELANGOR | TERENGGANU | SABAH | SARAWAK | W.P. KUALA LUMPUR | W.P. LABUAN | W.P. PUTRAJAYA KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM 2013 - JOHOR GENERAL ELECTION 2013 RESULTS - JOHOR KAWASAN PILIHANRAYA PARLIMEN PERATUS UNDI NAMA-NAMA CALON DAN PARTI UNDI YANG STATUS MAJORITI & DEWAN UNDANGAN NEGERI UNDI DITOLAK DIPEROLEHI Names Of Candidates And Party Status Majority Parliament & State Constituencies Voting Votes Votes Polled Percentage Rejected 1. SUBRAMANIAM A/L K.V P140SEGAMAT 84.9 950 20037 MNG 1217 SATHASIVAM (BN) 2. DATO CHUA JUI MENG (PKR) 18820 KLH N14001 - BULOH KASAP 85.5 497 1. FIRDAUS BIN MASOD (PAS) 6078 KLH 2. NORSHIDA BINTI IBRAHIM (BN) 9448 MNG 3370 N14002 - JEMENTAH 84.4 428 1. LEE HONG TEE (BN) 10585 KLH 2. TAN CHEN CHOON (DAP) 12781 MNG 2196 P141 SEKIJANG 87.1 587 1. JULAILEY BIN JEMADI (PKR) 16927 KLH 2. ANUAR BIN ABD. MANAP (BN) 19934 MNG 3007 N14103 - PEMANIS 87 365 1. LAU CHIN HOON (BN) 10305 MNG 1329 2. NORMALA BINTI SUDIRMAN 8976 KLH (PAS) N14104 - KEMELAH 87.2 229 1. NATRAH BINTI ISMAIL (PKR) 7657 KLH 2. AYUB BIN RAHMAT (BN) 9917 MNG 2260 1. RAMAKRISHNAN A/L SUPPIAH P142LABIS 84.9 689 15468 KLH (DAP) 2. CHUA TEE YONG (BN) 15821 MNG 353 1. MOHD AZAHAR BIN IBRAHIM N14205 - TENANG 86.3 337 7921 MNG 1586 (BN) 2. MD ZIN BIN JOHAR (PAS) 6335 KLH N14206 - BEKOK 83.8 298 1. TAN CHONG (BN) 7842 KLH 2. LIM ENG GUAN (DAP) 9243 MNG 1401 P143PAGOH 86.8 809 1.
    [Show full text]
  • Parliamentary Briefing on Legal Framework for Refugees in Malaysia Parliament of Malaysia, Kuala Lumpur 24 October 2019
    Parliamentary Briefing on Legal Framework for Refugees in Malaysia Parliament of Malaysia, Kuala Lumpur 24 October 2019 SUMMARY REPORT Background The Parliamentary Briefing on Legal Framework for Refugees in Malaysia (“the Briefing”) was jointly organized by the Asia Pacific Refugee Rights Network (APRRN) and ASEAN Parliamentarians for Human Rights (APHR), in collaboration with the office of the Speaker of the House of Representatives. The Briefing was organized to provide an overview of the situation for refugees in Malaysia, provide examples of legal framework and policies for refugees in other countries in the region, and engage members of Parliament to work towards the development of a legal framework for refugee protection in Malaysia. The one-hour briefing, held in Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur, was attended by 88 persons, including Tan Sri Dato' Mohamad Ariff bin Md Yusof, Speaker of House of Representatives; YB Datuk Mohd Rashid Hasnon, Deputy Speaker of the Dewan Rakyat; Tan Sri Dato Sri Syed Hamid Albar, former Minister of Home Affairs, Foreign Affairs, Defence and Justice and former special envoy of the OIC to Myanmar; Kasit Promiya, Former Foreign Minister of Thailand and Board Member of APHR; 20 Members of Parliament; UNHCR; representatives from the Turkish Embassy of Malaysia and Turkish Red Crescent; refugee community representatives; and civil society organisations. Lilianne Fan, the Chair of the Rohingya Working Group in APRRN, and International Director for Geutanyoe Foundation, acted as the emcee for the event. This report is a summary of the speeches, presentations and discussions during the Briefing. Welcoming Speech Speaker: H.E. Tan Sri Dato' Mohamad Ariff bin Md Yusof, Speaker of House of Representatives The welcome speech by the honourable Speaker of the House of Representatives focused on three key areas: i) a recognition of Malaysia’s historical responses to refugees in the country; ii) the shortfalls of the current legal framework; and iii) the direction envisioned for Malaysia’s approach to refugees.
    [Show full text]
  • Penyata Rasmi Parlimen Dewan Rakyat
    Bil. 34 Selasa 8 Oktober 2019 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT Diterbitkan oleh : PARLIMEN KEEMPAT BELAS SEKSYEN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA PENGGAL PERTAMA 2019 MESYUARAT KETIGA K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN MENTERI BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 9) RANG UNDANG-UNDANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT (Halaman 31) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Antiberita Tidak Benar (Pemansuhan) 2019 (Halaman 32) Diterbitkan oleh : SEKSYEN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2019 DR 8.10.2019 i AHLI-AHLI DEWAN RAKYAT 1. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Tan Sri Dato’ Mohamad Ariff bin Md Yusof 2. “ Timbalan Yang di-Pertua, Dato’ Mohd Rashid Hasnon [Batu Pahat] – PKR 3. “ Timbalan Yang di-Pertua, Tuan Nga Kor Ming [Teluk Intan] – DAP MENTERI 1. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir bin Mohamad [Langkawi] – PPBM 2. “ Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, D.P.P.N. [Pandan] – PKR 3. Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Dato’ Sri Muhyiddin bin Mohd Yassin, P.S.M., S.P.M.P., S.P.M.J., S.M.J., P.I.S., B.S.I., S.H.M.S., S.P.S.A., S.P.M.P., S.U.N.S., S.P.D.K., D.P., P.N.B.S. [Pagoh] – PPBM 4. “ Menteri Kewangan, Tuan Lim Guan Eng [Bagan] – DAP 5. “ Menteri Pertahanan, Tuan Mohamad bin Sabu [Kota Raja] – AMANAH 6. “ Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee bin Malik [Simpang Renggam] – PPBM 7.
    [Show full text]
  • The Taib Timber Mafia
    The Taib Timber Mafia Facts and Figures on Politically Exposed Persons (PEPs) from Sarawak, Malaysia 20 September 2012 Bruno Manser Fund - The Taib Timber Mafia Contents Sarawak, an environmental crime hotspot ................................................................................. 4 1. The “Stop Timber Corruption” Campaign ............................................................................... 5 2. The aim of this report .............................................................................................................. 5 3. Sources used for this report .................................................................................................... 6 4. Acknowledgements ................................................................................................................. 6 5. What is a “PEP”? ....................................................................................................................... 7 6. Specific due diligence requirements for financial service providers when dealing with PEPs ...................................................................................................................................................... 7 7. The Taib Family ....................................................................................................................... 9 8. Taib’s modus operandi ............................................................................................................ 9 9. Portraits of individual Taib family members ........................................................................
    [Show full text]
  • Khamis, 10 Disember 2020 Mesyuarat Dimulakan Pada Pukul 10.00 Pagi DOA [Tuan Yang Di-Pertua Mempengerusikan Mesyuarat]
    Naskhah belum disemak PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL KETIGA MESYUARAT KETIGA Bil. 51 Khamis 10 Disember 2020 K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN MENTERI BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 7) RANG UNDANG-UNDANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT (Halaman 21) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2021 Jawatankuasa:- Jadual:- Kepala B.45 (Halaman 23) Kepala B.46 (Halaman 52) Kepala B.47 (Halaman 101) USUL-USUL: Usul Anggaran Pembangunan 2021 Jawatankuasa:- Kepala P.45 (Halaman 23) Kepala P.46 (Halaman 52) Kepala P.47 (Halaman 101) Meminda Jadual Di Bawah P.M. 57(2) – Mengurangkan RM45 juta Daripada Peruntukan Kepala B.47 (Halaman 82) Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 83) Meminda Jadual Di Bawah P.M. 66(9) – Mengurangkan RM85,549,200 Daripada Peruntukan Kepala B.47 (Halaman 102) DR. 10.12.2020 1 MALAYSIA DEWAN RAKYAT PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL KETIGA MESYUARAT KETIGA Khamis, 10 Disember 2020 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] JAWAPAN-JAWAPAN MENTERI BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN Tuan Karupaiya a/l Mutusami [Padang Serai]: Tuan Yang di-Pertua, saya minta dua minit, saya ada masalah di kawasan saya. Dua minit. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Padang Serai ingin sampaikan masalah-masalah rakyat di kawasan, terutama sekali PKPD telah dilanjutkan di Taman Bayam, Taman Kangkung 1 dan 2, Taman Cekur Manis, Taman Sedeli Limau, Taman Bayam Indah, Taman Halia dan Taman Kubis di kawasan Paya Besar. Parlimen Padang Serai hingga 24 Disember 2020 iaitu selama empat minggu.
    [Show full text]
  • Sabah Elections 2020: Sentiments Trending on Social Media
    ISSUE: 2020 No. 106 ISSN 2335-6677 RESEARCHERS AT ISEAS – YUSOF ISHAK INSTITUTE ANALYSE CURRENT EVENTS Singapore | 23 September 2020 Sabah Elections 2020: Sentiments Trending on Social Media Benjamin Y.H. Loh and Kevin Zhang* EXECUTIVE SUMMARY • On 26 September, the East Malaysian state of Sabah heads to the polls. The state election was called following the defection of 13 assemblymen from the Warisan-led state government. • The competition is fierce, with 447 candidates from many parties contesting for the 73 state legislative assembly seats. The main battle is however being fought between Warisan Plus on one hand and Gabungan Rakyat Sabah (GRS) on the other. Warisan Plus consists of the Pakatan Harapan (PH) coalition and the Sabah-based Warisan, while GRS consists of Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN), and Parti Bersatu Sabah (PBS). • The COVID-19 pandemic has pushed much of the political campaigns and discussions to online media platforms. Our research indicates that a vigorous online discourse has emerged in Sabah, particularly since the dissolution of the state assembly on 30 July. • Three key themes can be seen in the online media discourse among Sabahans: wariness against the role of “Cybertroopers”, cynicism over party-hopping, and a deepening political divide between Sabah and Peninsular Malaysia. • Both the incumbent (Warisan) and major opposition (BN) parties have been viciously attacked. The Warisan is painted as a pro-migrant party with poor administrative ability shown during their short tenure, while the BN parties are tagged as “robbers of the state” who failed to develop Sabah despite having exploited its natural resources for decades.
    [Show full text]
  • Dewan Rakyat Parlimen Kedua Belas Penggal Kelima Mesyuarat Pertama
    Naskhah belum disemak DEWAN RAKYAT PARLIMEN KEDUA BELAS PENGGAL KELIMA MESYUARAT PERTAMA Bil. 21 Rabu 18 April 2012 K A N D U N G A N RANG UNDANG-UNDANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan)(No.2) 2012 (Halaman 2) Rang Undang-undang Keterangan (Pindaan)(No.2) 2012 (Halaman 12) Rang Undang-undang Laut Wilayah 2012 (Halaman 82) Rang Undang-undang Rukun Tetangga 2012 (Halaman 129) Rang Undang-undang Pasukan Sukarelawan Malaysia 2012 (Halaman 185) USUL-USUL: Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 1) Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 198) DR 18.4.2012 1 MALAYSIA DEWAN RAKYAT Rabu, 18 April 2012 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat ] RANG UNDANG-UNDANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT RANG UNDANG-UNDANG MESIN CETAK DAN PENERBITAN (PINDAAN) 2012 Bacaan Kali Yang Pertama Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri I [Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop]; dibaca kali yang pertama; akan dibacakan kali yang kedua pada Mesyuarat kali ini. RANG UNDANG-UNDANG PROFESION UNDANG-UNDANG (PINDAAN) 2012 Bacaan Kali Yang Pertama Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Profesion Undang- undang 1976; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Datuk Liew Vui Keong]: dibaca kali yang pertama; akan dibacakan kali yang kedua pada Mesyuarat kali ini. USUL WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT 10.06 pg.
    [Show full text]
  • CVIEW-Annualreport2008
    Country View Berhad (78320-K) Contents 2 Corporate Information 3 Group Structure 4 Notice Of 26th Annual General Meeting 5 Chairman’s Statement 7 Profile of Directors 10 Corporate Governance Statement 15 Corporate Social Responsibility Statement 17 Additional Compliance Information 18 Audit Committee Report 22 Statement on Internal Control 24 Five Years Financial Highlights 25 Analysis of Shareholdings 27 Group Properties 28 Statement of Directors’ Responsibilities 29 Financial Statements 83 Proxy Form CORPORATE INFORMATION BOARD OF DIRECTORS SECRETARIES Executive Chairman Lee Wee Hee (MAICSA 0773340) Datuk Ir. Mohamed Al Amin Bin Abdul Majid JP Hung Siow Ping (MAICSA 7039825) Executive Directors REGISTERED OFFICE Law Kit Tat Wong Chee Sean @ Wong Sean Suite 5.11 & 5.12 Wong Joon Chin 5th Floor Menara TJB 9 Jalan Syed Mohd. Mufti Non Independent Non Executive Director 80000 Johor Bahru, Johor Law Kee Kong Tel : 07 - 224 2823 Fax: 07 - 223 0229 Senior Independent Non Executive Director Choong Shiau Yoon SHARE REGISTRAR Independent Non Executive Director ShareWorks Sdn. Bhd. (229948-U) Azhar Bin Azizan @ Harun No. 10-1, Jalan Sri Hartamas 8 Sri Hartamas AUDIT COMMITTEE 50480 Kuala Lumpur Tel : 03 - 6201 1120 Chairman Fax: 03 - 6201 3121 Choong Shiau Yoon AUDTORS Members Azhar Bin Azizan @ Harun K. S Chua & Co. (AF 0255) Law Kee Kong Unit 5.10, Level 5 Plaza DNP REMUNERATION COMMITTEE No. 59, Jalan Dato' Abdullah Tahir 80250 Johor Bahru, Johor Chairman Azhar Bin Azizan @ Harun PRINCIPAL PLACE OF BUSINESS Members Unit 26-01, Mail Box 261
    [Show full text]
  • Teks Ucapan Alu-Aluan Yab Menteri Besar Perak Dato
    TEKS UCAPAN ALU-ALUAN YAB MENTERI BESAR PERAK DATO’ SERI AHMAD FAIZAL BIN DATO AZUMU SEMPENA SAMBUTAN HARI PENEROKA FELDA PERINGKAT KEBANGSAAN DI DEWAN BESAR MRSM FELDA (KAMPUS TUN ABDUL RAZAK), TROLAK SELASA 7 JULAI 2020 2 PETANG Assalamualaikum Warahmatulla Hi Taala Wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih pengacara majlis. Bismillahirrohmanirrahim Alhamdulillah Hi Robbil Alamin. Wassolatu Wassalamu ‘Ala Asyrafil Anbiya’ Iwalmursalin, Saidina Muhammadin Sallallahu Alaihi Wasallam, Wa’ala Alihi Washohbihi Ajmain. Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd Yassin Perdana Menteri Malaysia, 1 Yang Berhormat Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Yang Berhormat Saudara Khairy Jamaluddin bin Abu Bakar Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Yang Berhormat Tuan Arthur Joseph Kurup Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Yang Berhormat Dato’ Seri Haji Idris bin Jusoh Pengerusi FELDA Encik Sulong Jamil Mohamed Shariff Ketua Peneroka FELDA Kebangsaan (tambah salutation politik) Warga peneroka FELDA yang kita kasihi sekalian, Rakan-rakan media, Tuan-tuan dan puan-puan, 1. Alhamdulillah pertama sekali kita panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan kurniaNya jua kita semua dapat berkumpul di MRSM FELDA Trolak ini bagi meraikan Hari Peneroka Felda Peringkat Kebangsaan Tahun 2020. 2 2. Pada hari ini ada dua perkara yang saya sangat bersyukur. Pertama adalah kerana dapat beramah mesra dengan semua peneroka Felda yang dapat hadir. Tahniah dan syabas kepada pihak Felda di atas kejayaan penganjuran majlis kita pada hari ini. Apa khabar semua? 3. Perkara yang kedua, adalah kerana tetamu kehormat kita pada hari ini, tidak lain dan tidak bukan adalah YAB Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Yassin.
    [Show full text]