Malaysia Dewan Rakyat Aturan Urusan Mesyuarat Naskhah Sahih/Bahasa Malaysia Hari Isnin, 17 Ogos 2020
Total Page:16
File Type:pdf, Size:1020Kb
MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA http://www.parlimen.gov.my HARI ISNIN, 17 OGOS 2020, PUKUL 10.00 PAGI Bil. 21 PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN 1. PR-1432-L09523 Dato' Sri Abdul Azeez bin Abdul Rahim [ Baling ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :- (a) jumlah kes sindiket penipuan kewangan (scammers) yang bergerak aktif pada fasa PKP yang lalu ; dan (b) sejauh manakah kaedah dan tindakan Kementerian bagi mengekang sindiket ini daripada terus berleluasa pada masa hadapan. 2. PR-1432-L09083 Tuan Noor Amin bin Ahmad [ Kangar ] minta MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI menyatakan jenis-jenis pinjaman perniagaan daripada agensi Kerajaan dan apakah kemudahan bayaran balik yang diberikan kepada peminjam semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). 3. PR-1432-L09906 Dato' Seri Tiong King Sing [ Bintulu ] minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan :- (a) jumlah peruntukan yang disalurkan kepada Sarawak untuk tujuan pembinaan jalan perhubungan desa kawasan luar bandar terutamanya di kawasan Parlimen Bintulu dan apakah cara penyaluran; dan (b) apakah inisiatif dan pendekatan kerajaan jangka masa panjang untuk membantu meningkatkan sosio ekonomi di kawasan luar bandar terutamanya bagi golongan B40. 2 AUM DR 17/8/2020 4. PR-1432-L09031 Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail [ Kulim Bandar Baharu ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan langkah-langkah terperinci Kerajaan sekarang dalam menangani isu kos sara hidup rakyat. 5. PR-1432-L09691 Datuk Mohamad bin Alamin [ Kimanis ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan apakah status dan kemajuan semasa tentang Projek Pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo (Sabah) dan juga perkembangan projek Lebuh Raya Trans Borneo serta projek Sarawak Sabah Link Road yang telah diluluskan oleh Kerajaan. 6. PR-1432-L09750 Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman [ Muar ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan membentangkan rancangan bagi memberi pemahaman dan pengetahuan perihal demokrasi dan kenegaraan kepada belia yang bakal menjadi pengundi terutamanya pengundi yang akan mencecah umur 18 tahun. 7. PR-1432-L09645 Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman [ Sik ] minta MENTERI ALAM SEKITAR DAN AIR menyatakan kesiapsiagaan negara bagi menghadapi musim panas dan kemarau berpanjangan khususnya kesan kepada kawasan tadahan air dan empangan-empangan seluruh negara termasuk di daerah Sik iaitu Empangan Ulu Muda dan Empangan Beris. 8. PR-1432-L08937 Puan Hajah Natrah binti Ismail [ Sekijang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan ‘Sandard Operating Prosedure’ (SOP) yang digunakan untuk permohonan pemastautin tetap Malaysia kerana terdapat banyak permohonan yang ditolak tanpa menyatakan sebab penolakan. 9. PR-1432-L09352 Tuan Lukanisman bin Awang Sauni [ Sibuti ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah langkah yang telah diambil oleh pihak Kementerian untuk menjadikan pemasangan pili bomba dan membekal peralatan asas pemadaman api seperti hos pili bomba sebagai komponen wajib dipasang oleh pihak Kementerian untuk rumah panjang di Sarawak. AUM DR 17/8/2020 3 10. PR-1432-L08861 Tuan Pang Hok Liong [ Labis ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan :- (a) jumlah nilai yang dijana oleh industri jualan langsung (direct sales) di negara ini setahun; dan (b) apakah langkah diambil untuk mengawal industri jualan langsung memandangkan industri jualan langsung yang tidak etika pesat membangun (mushrooming) yang mencetus pelbagai masalah pengguna yang berulang-ulang dan pengguna tidak menjadi mangsa tipu helah penjual dan jumlah syarikat jualan langsung yang telah diarah tutup oleh pihak berkuasa dan alasannya. 11. PR-1432-L08790 Datuk Zakaria bin Mohd. Edris @ Tubau [ Libaran ] minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan apakah langkah untuk memperkenalkan industri baru kepada penduduk luar bandar bagi mempelbagaikan aktiviti ekonomi supaya tidak hanya bergantung kepada penanaman sawit dan getah semata-mata. 12. PR-1432-L09179 Tuan Ma'mun bin Sulaiman [ Kalabakan ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan status terkini projek Lebuh Raya Kalabakan-Serudung berserta Kompleks Kastam Imigresen Kuarantin Keselamatan (CIQS) dan perumahan Kerajaan bernilai RM600 juta yang diluluskan dalam pengumuman Belanjawan 2020 tahun lalu. 13. PR-1432-L09733 Dato' Haji Jalaluddin bin Haji Alias [ Jelebu ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan adakah terdapat isu lambakan rumah yang tidak terjual bagi tahun 2020 susulan pandemik COVID-19 yang melanda negara dan bagaimanakah pihak Kementerian menangani masalah ini. 14. PR-1432-L08996 Tuan Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien [ Julau ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan anggaran bilangan pekerja tempatan yang hilang pekerjaan di negara ini, khususnya di Sarawak, akibat penularan wabak COVID-19 dan nyatakan langkah-langkah yang diambil Kerajaan dalam mengatasi masalah mereka. 4 AUM DR 17/8/2020 15. PR-1432-L09624 Tuan Che Alias bin Hamid [ Kemaman ] minta MENTERI ALAM SEKITAR DAN AIR menyatakan mekanisme pemantauan Prosedur Operasi Standard (SOP) industri kilang bagi memastikan kualiti udara dan air terpelihara. 16. PR-1432-L09061 Puan June Leow Hsiad Hui [ Hulu Selangor ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan perkembangan mengenai cadangan penubuhan bank khusus untuk memudahkan proses pinjaman perumahan mampu milik dan kos rendah. 17. PR-1432-L08754 Dato' Hasbullah bin Osman [ Gerik ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berapa jumlah terkini pendatang tanpa izin di negara ini dan apakah langkah-langkah pihak Kerajaan bagi menangani masalah ini. 18. PR-1432-L10028 Datuk Wira Dr. Mohd Hatta bin Md. Ramli [ Lumut ] minta MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI menyatakan mengenai perancangan Kementerian untuk pulihkan industri PKS pasca COVID-19 ini. 19. PR-1432-L09705 Tuan Abdul Latiff bin Abdul Rahman [ Kuala Krai ] minta MENTERI ALAM SEKITAR DAN AIR menyatakan apakah langkah dan perancangan Kementerian untuk meningkatkan tahap perkhidmatan bekalan air yang lebih baik kepada penduduk negeri Kelantan. 20. PR-1432-L08912 Tuan William Leong Jee Keen [ Selayang ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan :- (a) mengapa proses mengisytiharkan projek-projek sebagai terbengkalai dan dimasukkan ke dalam Senarai Pemulihan mengambil masa yang panjang; dan (b) apakah status 75 projek terbengkalai di Selangor dan Wilayah Kuala Lumpur dan mengapa keutamaan tidak diberikan untuk memulihkan projek-projek ini berbanding dengan membina unit-unit baru. AUM DR 17/8/2020 5 21. PR-1432-L09465 Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan kelewatan kawalan harga barang mentah semasa perayaan baru-baru ini sehingga menyebabkan barang-barang mentah meningkat dengan teruk dan kesannya masih berlaku hingga ke hari ini. 22. PR-1432-L09372 Tuan Cha Kee Chin [ Rasah ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah status terhadap mekanisme atau SOP baru untuk mempercepatkan proses permohonan kewarganegaraan di bawah Artikel 15A Perlembagaan Persekutuan untuk kanak-kanak tanpa dokumen (stateless child), seperti mana yang telah diumumkan oleh Menteri KDN pada hujung Disember 2019. 23. PR-1432-L09041 Dato' Seri Haji Idris bin Jusoh [ Besut ] minta MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI menyatakan usaha Kementerian untuk menggalakkan lebih ramai peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) menceburi bidang keusahawanan dalam membantu mereka menambah hasil pendapatan. 24. PR-1432-L09592 Puan Nurul Izzah binti Anwar [ Permatang Pauh ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan :- (a) apakah status pindaan Akta Kerja 1955 untuk melindungi pekerja dan pemohon kerja wanita hamil dan memperkasa golongan ini; dan (b) usaha Kementerian ke arah memastikan pekerja di Sabah dan Sarawak dapat menikmati hak yang sama seperti pekerja di Semenanjung Malaysia. 25. PR-1432-L09730 Dato' Haji Jalaluddin bin Haji Alias [ Jelebu ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah perkembangan terkini terhadap penyiasatan kes pembunuhan pegawai bomba Adib, selepas Mahkamah Koroner mengesahkan kematian arwah adalah akibat perbuatan jenayah. 26. PR-1432-L09261 Tengku Zulpuri bin Raja Puji [ Raub ] minta MENTERI ALAM SEKITAR DAN AIR menyatakan apakah tindakan Kerajaan Pusat bagi membantu permasalahan air bersih di negari Pahang. 6 AUM DR 17/8/2020 27. PR-1432-L08741 Tuan Wong Hon Wai [ Bukit Bendera ] minta MENTERI ALAM SEKITAR DAN AIR menyatakan apakah status cadangan Skim Penyaluran Air Mentah Sungai Perak (Sungai Perak Raw Water Transfer Scheme - SPRWTS) untuk menjamin bekalan air yang mencukupi di utara Perak dan Pulau Pinang dan apakah usaha Majlis Air Negara dalam fasilitasi projek pemindahan air mentah antara negeri-negeri. 28. PR-1432-L09139 Dato' Haji Ahmad Nazlan bin Idris [ Jerantut ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah tangkapan yang telah dilakukan oleh Kementerian terhadap sindiket penjualan kad pengenalan palsu serta jumlah kad pengenalan palsu yang telah berjaya dijual oleh sindiket. 29. PR-1432-L08805 Tuan Yamani Hafez bin Musa [ Sipitang ] minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan adakah usaha untuk menambah bilangan lampu jalan kampung di setiap kampung dan desa. 30. PR-1432-L08985 Puan Rusnah binti Aluai [ Tangga Batu ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan bilakah Kementerian akan melaksanakan dan membina insinerator atau 'waste to energy' di negeri Melaka bagi menampung peningkatan sisa pepejal yang telah penuh dan melebihi