Penyata Rasmi Parlimen Dewan Rakyat Parlimen Keempat Belas Penggal Kedua Mesyuarat Pertama

Total Page:16

File Type:pdf, Size:1020Kb

Penyata Rasmi Parlimen Dewan Rakyat Parlimen Keempat Belas Penggal Kedua Mesyuarat Pertama Naskhah belum disemak PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL KEDUA MESYUARAT PERTAMA Bil. 15 Rabu 3 April 2019 K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT (Halaman 28) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2018) 2019 Jawatankuasa:- Jadual:- Maksud B.4, B.6 dan B.9 (Halaman 31) Maksud B.10 dan B.12 (Halaman 71) Maksud B.13 (Halaman 96) USUL-USUL: Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 30) Anggaran Pembangunan Tambahan (Bil.1) 2018 Jawatankuasa:- Maksud P. 6 (Halaman 31) Maksud P. 10 (Halaman 71) Maksud P. 15 (Halaman 119) Maksud P. 21 (Halaman 145) Maksud P. 22 (Halaman 146) Maksud P. 23 (Halaman 157) Maksud P. 27 (Halaman 174) Maksud P. 28 (Halaman 187) DR 3.4.2019 1 MALAYSIA DEWAN RAKYAT PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL KEDUA MESYUARAT PERTAMA Rabu, 3 April 2019 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan Mesyuarat] JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN 1. Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari [Pasir Mas] minta Perdana Menteri menyatakan, apakah usaha kementerian dalam membendung ancaman siber yang boleh menggugat kedaulatan negara jika tidak ada langkah-langkah proaktif dilakukan. Timbalan Perdana Menteri [Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail]: Terima kasih Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas. Kerajaan telah mengambil langkah proaktif bagi meningkatkan tahap kesiapsiagaan negara dalam menghadapi ancaman dan serangan siber melalui pembangunan dan pelaksanaan Pelan Pengurusan Krisis Siber Negara- National Cyber Crisis Management Pelan (NCCMP). Pelan ini yang dibangunkan berdasarkan kepada rangka kerja pengurusan risiko yang menggariskan strategi bagi mengurangkan kesan serangan siber dan tindak balas yang perlu dilaksanakan oleh agensi Infrastruktur Maklumat Kritikal Negara- Critical National Information Infrastructure (CNII) yang terdiri daripada pelbagai agensi awam dan swasta. Pelan ini telah diterjemahkan kepada Arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) No. 24, Dasar dan Mekanisme Pengurusan Siber Negara, serta prosedur tindak balas komunikasi dan penyelarasan krisis siber negara. Salah satu aktiviti utama yang digariskan di bawah Arahan MKN 24 ini pelaksanaan Latih Amal Krisis Siber Negara (X-MAYA) yang bertujuan untuk menguji keberkesanan prosedur dan membiasakan- familiarize agensi CNII dengan mekanisme pengendalian insiden siber serta meningkatkan tahap keupayaan dan kesiapsiagaan agensi bagi menghadapi sebarang ancaman siber. Selain itu, kerajaan telah juga menetapkan keperluan dan baseline keselamatan siber yang perlu kepada agensi-agensi CNII melalui pelaksanaan pensijilan MS ISO/IEC 27001, Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat- Information Security Management System (ISMS). Pensijilan ini menetapkan keperluan pematuhan melalui satu pendekatan yang sistematik dan DR 3.4.2019 2 pengurusan maklumat bagi menjamin keselamatan maklumat termasuk polisi, proses, prosedur dan fungsi perkakasan- hardware, serta perisian- software berkaitan. Tuan Yang di-Pertua, ancaman keselamatan siber akan terus memberi cabaran kepada pengurusan keselamatan negara apabila berlaku peningkatan kebergantungan kepada teknologi-teknologi baru yang bermanfaat tetapi pada masa yang sama mendatangkan ancaman kepada keselamatan negara. Justeru itu, kerajaan melalui Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) akan mengeluarkan Strategi Keselamatan Siber Negara pada pertengahan tahun ini bagi menangani ancaman tersebut secara komprehensif. Strategi ini akan dilaksanakan melalui penggemblengan sumber tenaga dan pembangunan prasarana yang memfokuskan kepada pembentukan National Cyber Security Workforce, dengan izin, bagi memastikan negara dapat mengoptimumkan penggunaan sumber yang sedia ada. Sekian, terima kasih. Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari [Pasir Mas]: Terima kasih Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri di atas jawapan tadi. Soalan saya ialah, saya membaca kenyataan daripada Yang Berhormat Menteri SKMM tahun lepas bahawa Malaysia telah menubuhkan Jawatankuasa Banteras Jenayah Siber selari dengan tindakan beberapa buah negara yang telah menubuhkan jawatankuasa khusus untuk menangani jenayah siber. Selain daripada serangan virus, serangan kepada protokol internet dan sebagainya, penyebaran berita palsu juga boleh dianggap salah satu daripada jenayah siber. Jadi tidakkah kerajaan merasakan bahawa pemansuhan Akta Antiberita Tidak Benar merupakan salah satu langkah mengundur ke belakang di dalam menangani jenayah siber. Terima kasih. Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail: Terima kasih kerana soalan tambahan itu. Memang kita ada langkah-langkah untuk menangani masalah cyber crime ini, dan kita meningkatkan lagi tahap kesiapsiagaan dan juga latihan. Namun apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat, Antifake News Bill itu adalah satu daripada usaha kalau kita menjalani- ada mekanisme yang boleh kita menanganinya tanpa membuatkan satu bill yang baharu. Walaupun kita- Jawatankuasa Jenayah Siber Berita Palsu ini, kita ada pindaan-pindaan kepada akta yang sedia ada sekarang ini melalui prosesnya. Kalau ada detail-nya saya akan beri kemudian dengan terperinci, secara bertulis. Terima kasih. Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew [Wangsa Maju]: Tuan Yang di-Pertua, pembangunan keupayaan merupakan elemen yang sangat penting dalam memastikan negara mempunyai kepakaran yang secukupnya. Saya hendak tahu, apakah perancangan dan tindakan kerajaan dalam membangunkan tenaga kerja serta mempertingkatkan kepakaran dalam menghadapi ancaman siber di era IR 4.0. Sekian, terima kasih. ■1010 Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Wangsa Maju. Kita ada tenaga mahir sekarang ini, sedia ada dalam DR 3.4.2019 3 keselamatan siber dan kita mahukan pengurusan keselamatan siber yang dikenakan dilaksanakan secara efektif. Adapun tetapi kalau tidak efektif, buat apa. Jadi dalam usaha kita menangani ancaman siber yang semakin kompleks sebab tahap kepakaran yang kita ada tetapi kumpulan penggodam iaitu yang hackers ini mempunyai keupayaan juga untuk mengelak daripada dikesan sentiasa menambah baik apa yang dikatakan reengineering atau merekayasa corak-corak serangan ini. Jadi, apa yang kita buat adalah dalam usaha meningkatkan bilangan tenaga kerja mahir dalam bidang keselamatan siber ini, kerajaan telah melaksanakan pelbagai program. Satunya pensijilan profesional kepada tenaga kerja sektor awam dan swasta kerana ada juga penggodaman (hacking) ini tidak memilih. Kadang-kadang dia pilih swasta juga. Jadi, setiap pensijilan mempunyai fokus yang berbeza-beza supaya dapat menambah kepelbagaian tenaga kerja mahir siber, seterusnya membentuk satu ekosistem. Bakat keselamatan siber yang menyeluruh untuk negara kita. Jadi selain itu, pengenalan dan pelaksanaan silibus berkaitan keselamatan siber dan teknologi dalam sistem pendidikan juga turut dilaksanakan sebagai langkah awal dalam mempersiapkan graduan-graduan yang berpengetahuan dan berpengalaman selaras dengan tuntutan pasaran, meningkatkan bilangan tenaga pakar keselamatan siber. Kita juga memilih mereka yang memang khusus, yang bidang mereka itu adalah dalam hobi mereka juga. Pengkhususan itu mereka duduk di situ bagi dia tools, mereka akan kerja dan melihat itu adalah salah satu caranya untuk meningkatkan keupayaan kita dan kita menarik anak-anak muda yang berminat begini. Terima kasih. 2. Dato' Sri Hasan bin Arifin [Rompin] minta Menteri Kerja Raya menyatakan berapakah kos pembinaan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS). Adakah seluruh jumlah kos pembinaannya telah selesai dibayar. Jika belum berapakah lagi baki kos pembinaan yang belum diselesaikan. Timbalan Menteri Kerja Raya [Tuan Haji Mohd. Anuar Mohd. Tahir]: Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, saya merasa terhormat untuk menjawab soalan daripada sahabat senior saya Yang Berhormat. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kos pembinaan Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) adalah berjumlah RM5,944.77 juta. Dalam erti kata lain, RM5.9 bilion. Apabila PLUS dinyahsenarai daripada Bursa Malaysia pada tahun 2011, PLUS terpaksa menerbitkan bon sukuk sebanyak RM30.6 bilion untuk membeli balik semua saham awam. Untuk makluman Yang Berhormat, sebahagian besar daripada kutipan tol disalurkan untuk membayar balik pinjaman sukuk, menampung kos operasi dan penyelenggaraan lebuh raya. Ia termasuk juga projek-projek penambahbaikan yang sesuai untuk meningkatkan tahap keselamatan serta menampung jumlah trafik yang tinggi. Tuan Yang di-Pertua, walaupun PLUS mempunyai liabiliti yang meningkat, syarikat ini tidak pernah gagal untuk membayar balik pinjaman yang telah ditetapkan. Ini dicapai menerusi DR 3.4.2019 4 pengurusan kos yang baik serta perbelanjaan berhemah tanpa mengabaikan aspek-aspek keselamatan dan kualiti seperti mana yang termaktub dalam perjanjian konsesi. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, di bawah penstrukturan semula yang telah dibuat pada tahun 2011, kesemua lebuh raya di bawah konsesi PLUS Malaysia Berhad, termasuklah Lebuhraya Utara-Selatan dilanjutkan tempoh tamat konsesi daripada tahun 2018 ke tahun 2038. Penstrukturan semula Lebuhraya PLUS melibatkan penstrukturan kadar tol yang lebih rendah. Kerja-kerja menaik taraf Lebuhraya PLUS, di mana lima persimpangan baharu dibina dan kerja pelebaran lebuh raya dilaksanakan
Recommended publications
  • Penyata Rasmi Parlimen Dewan Rakyat
    Bil. 34 Selasa 8 Oktober 2019 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT Diterbitkan oleh : PARLIMEN KEEMPAT BELAS SEKSYEN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA PENGGAL PERTAMA 2019 MESYUARAT KETIGA K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN MENTERI BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 9) RANG UNDANG-UNDANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT (Halaman 31) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Antiberita Tidak Benar (Pemansuhan) 2019 (Halaman 32) Diterbitkan oleh : SEKSYEN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2019 DR 8.10.2019 i AHLI-AHLI DEWAN RAKYAT 1. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Tan Sri Dato’ Mohamad Ariff bin Md Yusof 2. “ Timbalan Yang di-Pertua, Dato’ Mohd Rashid Hasnon [Batu Pahat] – PKR 3. “ Timbalan Yang di-Pertua, Tuan Nga Kor Ming [Teluk Intan] – DAP MENTERI 1. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir bin Mohamad [Langkawi] – PPBM 2. “ Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, D.P.P.N. [Pandan] – PKR 3. Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Dato’ Sri Muhyiddin bin Mohd Yassin, P.S.M., S.P.M.P., S.P.M.J., S.M.J., P.I.S., B.S.I., S.H.M.S., S.P.S.A., S.P.M.P., S.U.N.S., S.P.D.K., D.P., P.N.B.S. [Pagoh] – PPBM 4. “ Menteri Kewangan, Tuan Lim Guan Eng [Bagan] – DAP 5. “ Menteri Pertahanan, Tuan Mohamad bin Sabu [Kota Raja] – AMANAH 6. “ Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee bin Malik [Simpang Renggam] – PPBM 7.
    [Show full text]
  • Siaran Akhbar Untuk Siaran Segera 100 Keluarga Dari
    SIARAN AKHBAR UNTUK SIARAN SEGERA 100 KELUARGA DARI KOMUNITI LANCHANG DIRAI MENERUSI IBADAH KORBAN Bentong, 12 Ogos 2019 – Kira-kira 100 keluarga dari komuniti Taman Lanchang Permai, Lanchang dekat sini, diraikan ANIH Berhad menerusi ibadah korban bersempena sambutan Aidiladha. Program tersebut dilaksanakan menerusi inisiatif Korban Perdana hasil kerjasama antara ANIH Berhad dan Ahli Parlimen Temerloh merangkap Timbalan Menteri Kerja Raya, Yang Berhormat Tuan Haji Mohd Anuar Mohd Tahir dengan kerjasama Pengurusan Surau Taman Lanchang. Pengarah Eksekutif ANIH Berhad, Dato’ Nik Fauzi Tan Sri Nik Hussein berkata, selain meneruskan amalan sempena Hari Raya Aidiladha, ibadah korban itu merupakan landasan terbaik mengukuhkan hubungan silaturahim sesama ummah terutama antara syarikat dan kalangan masyarakat Lanchang di sini. “Tujuan utama adalah memastikan umat Islam di Lanchang bersatu dan menjadikan amalan bergotong-royong sebagai budaya hidup. Di samping itu, daging korban juga disedekahkan kepada golongan miskin supaya mereka turut menikmati limpahan rezeki daripada jajaran Lebuhraya Pantai Timur (LPT). Kami semua amat berterima kasih, semoga Allah SWT membalas jasa semua pihak terlibat," katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam. Dalam program berkenaan, dua ekor lembu telah disumbangkan oleh ANIH Berhad untuk dikorbankan dan dagingnya diagihkan kepada penduduk dan keluarga asnaf di kawasan berdekatan sebagai tanda keprihatinan pemegang konsesi LPT yang merangkumi komponen Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT 1) dalam melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) kepada masyarakat. YB Haji Anuar turut turun padang bersama komuniti Lanchang untuk memantau proses penyembelihan selain memeriahkan program ibadah korban. Program berkenaan turut disertai kakitangan surau dan masyarakat setempat yang bergabung tenaga seawal jam 9 pagi.
    [Show full text]
  • Penyata Rasmi Parlimen Dewan Rakyat Parlimen Keempat Belas Penggal Kedua Mesyuarat Kedua
    Naskhah belum disemak PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL KEDUA MESYUARAT KEDUA Bil. 27 Rabu 10 Julai 2019 K A N D U N G A N USUL MENARIK BALIK RANG UNDANG-UNDANG DI BAWAH P.M.62 (Halaman 1) PEMASYHURAN DARIPADA TUAN YANG DI-PERTUA: - Ucapan Selamat Hari Ulang Tahun Kelahiran Kepada Perdana Menteri (Halaman 2) JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 2) USUL: Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 34) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perikanan Pindaan) 2019 (Halaman 34) DR. 10.7.2019 1 MALAYSIA DEWAN RAKYAT PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL KEDUA MESYUARAT KEDUA Rabu, 10 Julai 2019 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] USUL MENARIK BALIK RANG UNDANG-UNDANG DI BAWAH P.M. 62 RANG UNDANG-UNDANG PERLEMBAGAAN (PINDAAN) 2019 Menteri Belia dan Sukan [Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan: “Bahawa menurut Peraturan Mesyuarat 62, saya mohon untuk menarik balik Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 2019 seperti yang tertera di nombor 4 dalam Aturan Urusan Mesyuarat pada hari ini”. Tuan Yang di-Pertua: Baiklah. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin]: Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong. RANG UNDANG-UNDANG MAJLIS KESELAMATAN NEGARA (PINDAAN) 2019 Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan: “Bahawa menurut Peraturan Mesyuarat 62, saya memohon untuk menarik balik DR 9/2019, Rang Undang-undang Majlis Keselamatan Negara (Pindaan) 2019 seperti yang tertera di nombor 5 dalam Aturan Urusan Mesyuarat pada hari ini”.
    [Show full text]
  • Laluan Fasa Satu Berjaya
    LALUAN FASA SATU BERJAYA JULAI - DISEMBER DISIAPKAN LALUAN FASA SATU BERJAYA DISIAPKAN 04 MRT CORP MEMENANGI ANUGERAH GLOBAL GIS 15 Dato’ Najmuddin INTERCHANGE • JANUARI-JUN 2019 Abdullah DALAM ISU INI PENGARANG RENCANA 04 LALUAN FASA SATU BERJAYA DISIAPKAN 07 PIHAK BERKUASA TEMPATAN MELAWAT KEMUDAHAN STESEN MRT Leong Shen-Li Ean Yaacob 08 PLANMALAYSIA MELAWAT STESEN-STESEN MRT SBK DAN SSP RM252.7 JUTA DIANUGERAHKAN KEPADA KONTRAKTOR BUMIPUTERA 09 SEMINAR KESELAMATAN DAN KUARTERS PEKERJA 2019 Wallace Soh Chun Hwei Khairul Azlee 10 SESI PERKONGSIAN ILMU MRT CORP BERSAMA PETRONAS MRT CORP MENJADI TUAN RUMAH KEPADA PARA PELAJAR UNITEN 11 LAWATAN KAJIAN PROJEK MRT OLEH PEGAWAI KERAJAAN HONG KONG Nur Amalina Ezreen Siti Juliana 12 SEOUL METRO MELAWAT MRT CORP DELEGASI TAIWAN MELAWAT MRT CORP PENULIS 13 DELEGASI TANZANIA MELAWAT STESEN MRT BANDAR MALAYSIA UTARA 14 PENEMBUSAN KESEMBILAN LALUAN SSP Suzy Kubong Fakhrurrazi 15 MRT CORP MEMENANGI ANUGERAH GLOBAL GIS 18 PROJEK MRT LEMBAH KLANG MEMENANGI ANUGERAH PROJEK TERBAIK MRT CORP MEMENANGI ANUGERAH PERAK KECEMERLANGAN MAJIKAN Puteri Nur Mia Atika Dayana Haziqah KEMAJUAN PROJEK 16 MRT LALUAN SUNGAI BULOH-SERDANG-PUTRAJAYA (SSP) PERISTIWA Wan Aznoor Johan 19 Hazwan Irina Yasmin FOTOGRAFI PENERBIT & REKA BENTUK Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd Tingkat 5, Menara I & P 1, No. 46, Jalan Dungun Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur PUSAT INFORMASI MRT PUSAT INFORMASI MRT BANDAR MALAYSIA UTARA Tapak pembinaan MRT Bandar Malaysia Utara Lot 256, Lebuhraya KL-Seremban 50461 Kuala Lumpur Isnin - Jumaat: 9:00pagi - 6:00petang Hari Minggu & Cuti Umum: TUTUP IBU PEJABAT KORPORAT MRT MASS RAPID TRANSIT CORPORATION SDN BHD (902884-V) Tingkat 5, Menara I & P1, No.
    [Show full text]
  • BN Will Have to Look Into Reduced Victory Margins (NST 01/12/1999)
    01/12/1999 BN will have to look into reduced victory margins Lokman Mansor BARISAN Nasional (BN) has secured the more than two-thirds majority in Parliament that it was aiming for, but one issue that needs to be addressed in the party's post-mortem for the 10th general elections is the reduced margins by which BN candidates had won. Prime Minister and BN chairman Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad, when asked about this at a press conference early Tuesday morning, said: "We promised to get more than two-thirds. We didn't promise anything about the margin". As the election results were flashed on a big screen at the Putra World Trade Centre in Kuala Lumpur that night, BN supporters and the press were clearly taken aback by how close many of the contests were. With the exception of a handful of seats, particularly in Sabah and Sarawak, most of the BN candidates saw their majorities reduced compared to the 1995 elections, some quite significantly. In Pahang, Education Minister Datuk Seri Najib Razak retained his Pekan parliamentary seat by only 241 votes against his previous convincing majority of 10,793 votes in the 1995 elections. Also in the state, Wan Mohamad Razali Wan Mahussin defeated his opponent from Keadilan, Mohd Jafri Ab Rashid, by the slimmest margin in the elections of only 5 votes. Wan Mohamad Razali won the Cini state seat in 1995 by a majority of 3,191. In Perak, Deputy International Trade and Industry Minister Datuk Kerk Choo Ting retained his seat by a majority of 637 votes.
    [Show full text]
  • Dewan Negara Parlimen Keempat Belas Penggal Pertama Mesyuarat Kedua
    Naskhah belum semak DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL PERTAMA MESYUARAT KEDUA Bil. 21 Selasa 18 Disember 2018 K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) UCAPAN TAKZIAH Ucapan Takziah Kepada Keluarga Allahyarham Muhammad Adib bin Mohd Kassim (Halaman 29) USUL: Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 30) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2019 (Halaman 30) DN 18.12.2018 1 MALAYSIA DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL PERTAMA MESYUARAT KEDUA Selasa, 18 Disember 2018 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN Timbalan Yang di-Pertua: Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh, salam sejahtera, salam sehati sejiwa. Bersyukur saya dapat berjumpa dengan keluarga saya, Ahli Yang Berhormat. Semalam kita berjuang sampai pukul 10.30 malam. Tahniah... [Tepuk] Dan saya nampak wajah-wajah Ahli Yang Berhormat saya pagi ini masih segar lagi. Jiwa dia itu, jiwa orang berjuang ini selalu segar. Jadi orang dari Sabah, Sarawak, ada termasuk kita punya Yang Berhormat Senator Dato’ Haji Mohd Suhaimi bin Abdullah, ada lagi, ramai lagi. So saya mengucapkan terima kasih banyak dan syabas, dan tahniah sekali lagi... [Tepuk] Saya hendak mulakan hari ini dengan pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan ya. Saya minta Yang Berhormat Senator Tuan Adrian Banie Lasimbang, dipersilakan. 1. Tuan Adrian Banie Lasimbang minta Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim menyatakan, apakah status kadar pelepas Gas Rumah Hijau terkini dan apakah program yang dilaksanakan oleh kementerian untuk memastikan komitmen Malaysia di United Nations Framework Convention on Climate Change (UNFCCC) dipenuhi dalam mengurangkan pelepasan Gas Rumah Hijau ini.
    [Show full text]
  • Malaysia Dewan Rakyat Aturan Urusan Mesyuarat Naskhah Sahih/Bahasa Malaysia Hari Isnin, 17 Ogos 2020
    MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA http://www.parlimen.gov.my HARI ISNIN, 17 OGOS 2020, PUKUL 10.00 PAGI Bil. 21 PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN 1. PR-1432-L09523 Dato' Sri Abdul Azeez bin Abdul Rahim [ Baling ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :- (a) jumlah kes sindiket penipuan kewangan (scammers) yang bergerak aktif pada fasa PKP yang lalu ; dan (b) sejauh manakah kaedah dan tindakan Kementerian bagi mengekang sindiket ini daripada terus berleluasa pada masa hadapan. 2. PR-1432-L09083 Tuan Noor Amin bin Ahmad [ Kangar ] minta MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI menyatakan jenis-jenis pinjaman perniagaan daripada agensi Kerajaan dan apakah kemudahan bayaran balik yang diberikan kepada peminjam semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). 3. PR-1432-L09906 Dato' Seri Tiong King Sing [ Bintulu ] minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan :- (a) jumlah peruntukan yang disalurkan kepada Sarawak untuk tujuan pembinaan jalan perhubungan desa kawasan luar bandar terutamanya di kawasan Parlimen Bintulu dan apakah cara penyaluran; dan (b) apakah inisiatif dan pendekatan kerajaan jangka masa panjang untuk membantu meningkatkan sosio ekonomi di kawasan luar bandar terutamanya bagi golongan B40. 2 AUM DR 17/8/2020 4. PR-1432-L09031 Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail [ Kulim Bandar Baharu ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan langkah-langkah terperinci Kerajaan sekarang dalam menangani isu kos sara hidup rakyat. 5. PR-1432-L09691 Datuk Mohamad bin Alamin [ Kimanis ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan apakah status dan kemajuan semasa tentang Projek Pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo (Sabah) dan juga perkembangan projek Lebuh Raya Trans Borneo serta projek Sarawak Sabah Link Road yang telah diluluskan oleh Kerajaan.
    [Show full text]
  • Dewan Rakyat
    Bil. 1 Isnin 16 Julai 2018 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT PARLIMEN KEEMPAT BELAS ________________________________________________________________________________________________________PENGGAL PERTAMA Diterbitkan oleh: SEKSYEN PENYATA RASMI MESYUARAT PERTAMA PARLIMEN MALAYSIA 2018 K A N D U N G A N PROKLAMASI MEMANGGIL PARLIMEN BERMESYUARAT (Halaman 1) MEMILIH TUAN YANG DI-PERTUA (Halaman 2) TUAN YANG DI-PERTUA MENGANGKAT SUMPAH (Halaman 4) AHLI-AHLI MENGANGKAT SUMPAH (Halaman 5) MEMILIH DUA ORANG TIMBALAN YANG DI-PERTUA (Halaman 11) USUL: Jalan-Jalan Masuk Ke Parlimen (Halaman 13) ________________________________________________________________________________________________________ Diterbitkan oleh: SEKSYEN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2018 DR.16.7.2018 i AHLI-AHLI DEWAN RAKYAT 1. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Dato’ Mohamad Ariff bin Md Yusof 2. “ Timbalan Yang di-Pertua, Dato’ Mohd Rashid Hasnon [Batu Pahat] – PKR 3. “ Timbalan Yang di-Pertua, Tuan Nga Kor Ming [Teluk Intan] – DAP MENTERI 1. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir bin Mohamad [Langkawi] – PPBM 2. “ Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, D.P.P.N. [Pandan] – PKR 3. Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Mohd Yassin, P.S.M., S.P.M.P., S.P.M.J., S.M.J., P.I.S., B.S.I., S.H.M.S., S.P.S.A., S.P.M.P., S.U.N.S., S.P.D.K., D.P., P.N.B.S. [Pagoh] – PPBM 4. “ Menteri Kewangan, Tuan Lim Guan Eng [Bagan] – DAP 5. “ Menteri Pertahanan, Tuan Mohamad bin Sabu [Kota Raja] – AMANAH 6. “ Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee bin Malik [Simpang Renggam] – PPBM 7.
    [Show full text]
  • Penyata Rasmi Parlimen Dewan Rakyat Parlimen Keempat Belas Penggal Ketiga Mesyuarat Ketiga
    Naskhah belum disemak PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL KETIGA MESYUARAT KETIGA Bil. 52 Isnin 14 Disember 2020 K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2021 Jawatankuasa:- Jadual:- Kepala B.32 (Halaman 25) Kepala B.60 (Halaman 67) Kepala B.62 (Halaman 96) USUL-USUL: Usul Anggaran Pembangunan 2021 Jawatankuasa:- Kepala P.32 (Halaman 25) Kepala P.60 (Halaman 67) Kepala P.62 (Halaman 96) Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 69) DR.14.12.2020 1 MALAYSIA DEWAN RAKYAT PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL KETIGA MESYUARAT KETIGA Isnin, 14 Disember 2020 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Sri Azalina Othman Said] mempengerusikan Mesyuarat] JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Sri Azalina Othman Said]: Bismillaahi Rahmaani Rahiim. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Yang Berhormat Dato’ Haji Ahmad Nazlan bin Idris. Dato’ Haji Ahmad Nazlan bin Idris [Jerantut]: Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Izinkan saya menyampai serangkap pantun pada pagi ini. Soalan Jerantut nombor satu dalam barisan, Terima kasih Tuan Yang di-Pertua bijak dalam penyelesaian, Yang Berhormat Menteri, soalan saya pohon penjelasan, Semoga kekhilafan dapat penyelesaian. Terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Sri Azalina Othman Said]: Yang Berhormat Menteri. 1. Dato' Haji Ahmad Nazlan bin Idris [Jerantut] minta Perdana Menteri menyatakan pelan perancangan kerajaan bagi memulihkan kembali aliran tunai dan juga hutang korporat FELDA. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) [Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed]: Bismillaahi Rahmaani Rahiim.
    [Show full text]
  • Penyata Rasmi Parlimen Kamar Khas
    Bil. 32 Rabu 14 November 2018 M A L A Y S I A PENYATA RASMI PARLIMEN Parliamentary Debates KAMAR KHAS Special Chamber PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL PERTAMA MESYUARAT KEDUA KANDUNGAN UCAPAN DI BAWAH USUL BERKENAAN PERKARA TADBIR KERAJAAN [P.M.17]: o Isu Pembinaan Menggantikan Jambatan Sungai Mabuk ke FELDA Bukit Kuantan, Kuantan (FT 1846) Pahang - YB. Tuan Mohd Shahar bin Abdullah (Paya Besar) [Halaman 1] o Prasarana Kawasan FELDA - YB. Datuk Halimah binti Mohamed Sadique (Kota Tinggi) [Halaman 3] KKDR.14.11.2018 1 MALAYSIA KAMAR KHAS PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL PERTAMA MESYUARAT KEDUA Rabu, 14 November 2018 Mesyuarat dimulakan pada pukul 2.30 petang DOA [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan Mesyuarat] UCAPAN DI BAWAH USUL BERKENAAN PERKARA TADBIR KERAJAAN (P.M. 17) Isu Pembinaan Menggantikan Jambatan Sungai Mabuk ke FELDA Bukit Kuantan, Kuantan (FT 1846) Pahang 2.34 ptg. Tuan Mohd Shahar bin Abdullah [Paya Besar]: Tuan Yang di-pertua, Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warrahmatullahi wabarakatuh. Saya ingin membangkitkan isu pembinaan bagi menggantikan Jambatan Sungai Mabuk ke FELDA Bukit Kuantan, Kuantan Pahang. Isu setempat yang saya bangkitkan ini berhubung kait dengan kemudahan infrastruktur harian rakyat Paya Besar khususnya masyarakat di Dewan Undangan Negeri kawasan Sungai Lembing. Untuk makluman, Jambatan Sungai Mabuk yang sedia ada merupakan jalan perhubungan utama bagi penduduk di Kawasan Sungai Lembing. Antara kawasan-kawasan tumpuan merangkumi FELDA Bukit Goh, FELDA Bukit Kuantan dan FELDA Bukit Sagu meliputi populasi keseluruhan seramai 25,000 orang penduduk. Tuan Yang di-Pertua, selain itu, Jambatan Sungai Mabuk berperanan sebagai penghubung utama Daerah Kuantan dari Kawasan Sungai Lembing.
    [Show full text]
  • Laporan Penyata Rasmi Dewan Negara Parlimen Keempat Belas Penggal Kedua Mesyuarat Kedua
    Naskhah belum semak LAPORAN PENYATA RASMI DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL KEDUA MESYUARAT KEDUA Bil. 13 Selasa 23 Julai 2019 K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Cap Dagangan 2019 (Halaman 30) Rang Undang-undang Perihal Dagangan (Pindaan) 2019 (Halaman 63) Rang Undang-undang Perlindungan Pengguna (Pindaan) 2019 (Halaman 66) USUL Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 78) DN 23.7.2019 1 MALAYSIA DEWAN NEGARA PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL KEDUA MESYUARAT KEDUA Selasa, 23 Julai 2019 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua: Bismillahi Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Ahli Yang Berhormat yang bijaksana dan pejuang-pejuang kita yang ada di dalam Dewan ini, hari ini kita bermesyuarat hari kedua. Saya hendak mulakan dengan ini iaitu pertama sekali, silakan. JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN 1. Dr. Yaakob bin Sapari minta Menteri Kerja Raya menyatakan, perlaksanaan pembangunan Lebuhraya Pantai Barat. Berapa peratus kerja-kerja tersebut telah siap dilaksanakan terutama bahagian negeri Selangor. Bilakah jangkaan lebuh raya ini dapat disiapkan. Timbalan Menteri Kerja Raya [Tuan Haji Mohd. Anuar Mohd. Tahir]: Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Dewan sekalian. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera dan selamat pagi. Saya bangun untuk menjawab pertanyaan Yang Berhormat Senator Dr. Yaakob bin Sapari mengenai pelaksanaan pembangunan Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat Senator, jajaran Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) ini, merentasi dua buah negeri iaitu Selangor dan negeri Perak, sejauh 315.5 kilometer.
    [Show full text]
  • Penyata Rasmi Parlimen Dewan Rakyat Parlimen Keempat Belas Penggal Pertama Mesyuarat Kedua
    Naskhah belum disemak PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL PERTAMA MESYUARAT KEDUA Bil. 46 Selasa 4 Disember 2018 K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN MENTERI BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 7) RANG UNDANG-UNDANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT (Halaman 34) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2019 Jawatankuasa:- Jadual:- Maksud B.43 (Halaman 35) Maksud B.42 (Halaman 113) Maksud B.45 (Halaman 187) USUL-USUL: Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 34) Usul Anggaran Pembangunan 2019 Jawatankuasa:- Maksud P.43 (Halaman 35) Maksud P.42 (Halaman 113) Maksud P.45 (Halaman 187) DR.4.12.2018 1 MALAYSIA DEWAN RAKYAT PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL PERTAMA MESYUARAT KEDUA Selasa, 4 Disember 2018 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] JAWAPAN-JAWAPAN MENTERI BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN 1. Tuan Hassan bin Abdul Karim [Pasir Gudang] minta Menteri Pengangkutan menyatakan apakah pembangunan di sekitar kawasan Pasir Gudang, Johor termasuk kepentingan Pelabuhan Johor akan tergugat susulan daripada keinginan Singapura untuk merancakkan lagi operasi penerbangan komersial di Lapangan Terbang Seletar yang terletak hanya dua kilometer dari sempadan negara dan bilakah kerajaan akan mengambil balik 'delegated airspace' kami di selatan Johor dari Singapura demi kepentingan negara. Menteri Pengangkutan [Tuan Loke Siew Fook]: Salam sejahtera dan selamat pagi Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat. Terlebih dahulu saya hendak merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Pasir Gudang kerana membangkitkan persoalan yang cukup penting untuk negara kita. Bagi tujuan penaiktarafan sistem dan prosedur pendaratan Lapangan Terbang Seletar adalah menjadi keperluan kepada Singapura untuk menyiarkan tatacara instrument learning system ataupun ILS baharu untuk lapangan terbang tersebut.
    [Show full text]