Penyata Rasmi Parlimen Dewan Rakyat Parlimen Keempat Belas Penggal Ketiga Mesyuarat Kedua
Total Page:16
File Type:pdf, Size:1020Kb
Naskhah belum disemak PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL KETIGA MESYUARAT KEDUA Bil. 16 Khamis 6 Ogos 2020 K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN MENTERI BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 12) RANG UNDANG-UNDANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT (Halaman 51) USUL-USUL: Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 50) Usul Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong (Halaman 51) DR.6.8.2020 1 MALAYSIA DEWAN RAKYAT PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL KETIGA MESYUARAT KEDUA Khamis, 6 Ogos 2020 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] JAWAPAN-JAWAPAN MENTERI BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN 1. Dato' Sri Hasan bin Arifin [Rompin] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan bahawa di dalam seksyen 23 Akta Kerajaan Tempatan 1976 memperuntukkan semua mesyuarat pihak berkuasa tempatan hendaklah terbuka kepada orang ramai dan kepada wakil akhbar. Namun perkara ini tidak menjadi amalan biasa dalam masyarakat dan juga pihak berkuasa tempatan. Adakah pihak kementerian bercadang untuk meningkatkan hebahan tentang peruntukan ini kepada orang ramai serta menggalakkan pihak berkuasa tempatan untuk uar-uarkan dengan lebih meluas tentang notis mengenai mesyuarat kepada orang awam. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan [Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin]: Bismillahi Rahmani Rahim. Alhamdulillah. Saya ucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Rompin kerana prihatin dari segi untuk memberdayakan, memperhebatkan lagi pihak berkuasa tempatan dan pada masa yang sama cuba mengangkatkan agenda pihak berkuasa tempatan di kalangan masyarakat setempat agar mereka menghadiri mesyuarat-mesyuarat ini agar mereka tahu perkembangan pembangunan dalam kawasan masing-masing. Untuk pengetahuan Yang Berhormat Rompin, ketika ini KPKT telah menggalakkan PBT-PBT untuk mengadakan mesyuarat-mesyuarat council ini secara terbuka. Namun demikian, pada tahun 2017 sehingga 2020, ada sebanyak 16 PBT sahaja yang telah mengamalkan live streaming ini kepada masyarakat untuk menonton atau menyaksikan mesyuarat full council di PBT masing-masing. Jadi, di antara 16 PBT ini adalah termasuk dari Johor ada empat PBT, Kedah satu PBT, Kelantan dua PBT, Melaka dua PBT, Pahang dua PBT, Perak satu, Perlis satu, Pulau Pinang satu dan Terengganu dua. DR.6.8.2020 2 So, untuk menyediakan live steaming ini, KPKT harus mengeluarkan perbelanjaan kepada semua PBT. So, untuk fasa pertama, kita memulakan dengan enam PBT, fasa kedua 10 PBT. Pada puratanya, setiap PBT kita perlukan belanja sebanyak RM80,000 untuk membuat setup for this live streaming. Jadi sebaiknya, memandangkan bahawa local government is the third level government, kita sepatutnya mengadakan mesyuarat council itu seperti kita ada sitting dalam Parlimen ini yang mana dibuka ke televisyen dan orang ramai boleh datang, boleh lihat dan boleh menyaksikan perbahasan. Jadi, ini satu langkah yang, insya-Allah, kami akan ambil kaedah ini untuk memasyarakatkan mesyuarat-mesyuarat council agar rakyat setempat tahu apa PBT itu laksanakan dan apa perkembangan dalam kawasan mereka, apa pembangunan yang harus mereka perhatikan dan memberi komen dan sebagainya. Jadi, ini antara langkah-langkah yang kita boleh laksanakan. Namun demikian, walaupun kalau KPKT juga mewajibkan PBT untuk mengadakan mesyuarat ini secara terbuka, ia juga tertakluk kepada pihak berkuasa negeri untuk memberikan kelulusan kepada PBT sama ada hendak melaksanakan mesyuarat ini secara terbuka dan menjemput rakyat biasa dan juga media untuk turut hadir. Saya lihat ada beberapa PBT yang mengamalkannya. Akan tetapi, kerana dewan mesyuarat itu kecil, agak sempit, maka kadang-kadang tidak boleh memuatkan pemberita untuk hadir dalam dewan itu. Jadi, ini perlukan satu reformasi yang, insya-Allah, kita akan ambil selepas ini untuk memperhebatkan lagi pihak berkuasa tempatan dari segi keberkesanan mereka melaksanakan kerja dan dari segi menguar-uarkan dan memberi pengetahuan dan maklumat kepada rakyat setempat. Terima kasih. Dato’ Sri Hasan bin Arifin [Rompin]: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Bagi majlis bandar raya, majlis perbandaran yang mempunyai kemampuan bagi menyemarakkan lagi sistem demokrasi dalam negara, seharusnya majlis bandar raya, majlis perbandaran yang berkemampuan harus membina satu dewan khusus untuk persidangan mereka sebagai lambang menyuburkan, memperkasakan sistem demokrasi juga di peringkat-peringkat ini. Mungkin langkah pertama kita boleh menjemput persatuan-persatuan peniaga kecil, persatuan-persatuan teksi, persatuan kontraktor, persatuan pengguna sebagai pemerhati-pemerhati. Digilirkan pemerhati- pemerhati untuk menghadiri mesyuarat majlis perbandaran, majlis bandar raya mahupun majlis kerajaan tempatan. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin: Terima kasih Yang Berhormat Rompin. Satu cadangan yang baik yang, insya-Allah, dalam langkah-langkah kecil yang KPKT DR.6.8.2020 3 akan ambil dalam meningkatkan pendemokrasian di peringkat PBT memandangkan bahawa Kerajaan Perikatan Nasional tidak akan melaksanakan local government election yang saya juga lihat satu perkara yang drastik memandangkan masyarakat dan PBT kita tidak bersedia untuk melaksanakan local government election. Maka, KPKT akan mengambil langkah-langkah kecil untuk meminda Akta 171 agar membolehkan PBT melaksanakan perkara-perkara pindaan ini ataupun polisi-polisi yang diangkat oleh KPKT dan harus di-endorse oleh pihak berkuasa negeri di Mesyuarat Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan (MNKT) yang mana dihadiri oleh Menteri-menteri Besar dan CM. ■1010 Jadi, kalau di dalam mesyuarat MNKT yang dihadiri oleh Yang Amat Berhormat Menteri-menteri Besar, mereka meluluskan cadangan-cadangan sedemikian dan mereka harus gazet, endorse ataupun adopt dan maka mereka wajib untuk melaksanakan. Namun demikian, ada juga most of the time, mereka tidak dapat melaksanakannya atau mereka tidak ada political will untuk melaksanakannya. Jadi, ini menyulitkan kerajaan tempatan dan KPKT untuk melaksanakan pindaan-pindaan yang kita hendak buat. Contohnya, ada dua perkara yang besar yang saya hendak bawa di sini. Pertama, perkara melantik Ahli Majlis. Saya melihat pergi ke luar negara iaitu negara- negara Southern Africa yang third world countries iaitu Rwanda dan Uganda. Mereka telah melaksanakan local government elections pada 20 tahun yang lalu. Akan tetapi, I’m not saying that kita have to follow their model. But what I’m trying to say is that, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, when there is a local government election, the Counselor’s standard yang saya lihat adalah standard seorang Yang Berhormat Menteri yang boleh berhujah dalam forum-forum international. Akan tetapi, kalau saya bandingkan dengan pelantikan ahli majlis yang ada sekarang ini dalam parti-parti politik dalam negara kita, saya ingat tidak sampai 10 percent daripada seramai 3,000 orang Ahli Majlis yang mempunyai kualiti yang sedemikian. Jadi, dari segi lantikan juga itu, KPKT meletakkan syarat-syarat bagaimana mesti penduduk setempat, mesti ada qualifications dan sebagainya. Ini pun tidak mampu untuk mereka melaksanakannya― untuk menaikkan taraf memperhebatkan atau memperdayakan kerajaan tempatan. Perkara kedua yang menjadi isu juga adalah cukai taksiran, yang mana kerajaan tempatan tidak dapat menaikkan cukai taksiran kerana tertakluk pada keputusan kerajaan negeri. Jadi, bila tidak ada duit, kerajaan negeri tidak akan menampung dan DR.6.8.2020 4 mereka akan berharap dengan Kerajaan Persekutuan. Kadang-kadang ada kerajaan negeri yang meminjamkan duit kepada kerajaan tempatan dan harus dibayar dengan interest lagi. Kita lihat contohnya; di Ipoh, Majlis Bandaraya Ipoh kali terakhir menaikkan cukai adalah pada 38 tahun dahulu iaitu pada tahun 1982. Terengganu pada 35 tahun dahulu iaitu Majlis Bandaraya Kuala Terengganu pada 35 tahun yang lalu. Kalau saya lihat rata-rata seluruh negara, PBT-PBT ini tidak menaikkan cukai mereka hampir 20 tahun ke bawah. Jadi, bagaimana PBT hendak berdikari untuk melaksanakan kerja-kerja mereka? Sikit lagi Tuan Yang di-Pertua, saya hendak beri contoh iaitu Majlis Bandaraya Shah Alam. Ketika mereka membuat penilaian kepada harta dalam kawasan mereka yakni pegangan dalam kawasan mereka didapati pada tahun 2006 dengan sejumlah 263,000 pegangan, mereka mampu menaikkan pendapatan mereka sebanyak RM34 juta. Begitu juga, Majlis Perbandaran Kulai pada tahun 2008. Kali terakhir mereka naikkan cukainya, mereka dapat meningkatkan pendapatan sebanyak RM8.7 juta. Majlis Daerah Kuala Pilah pada tahun 1985 kali terakhir menaikkan cukai mampu untuk meningkatkan pendapatan sebanyak RM3 juta. Just imagine, dengan izin― Kalau mereka dapat melaksanakannya dalam lima tahun sekali seperti apa yang tertera dalam akta, maka PBT-PBT ini akan lebih mampu untuk membuat pembangunan dalam kawasan masing-masing dan membuat keputusan dalam kawasan masing-masing. Terima kasih. Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus [Hulu Langat]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ingin membawa perbincangan kita kembali kepada menyiarkan lintas langsung atau live streaming mesyuarat PBT ini. Kalau kerana alasan dewan sempit ia merupakan jawapan yang saya rasa tidak memberangsangkan. Ini kerana, kita pada hari ini mempunyai pelbagai teknologi media untuk menyiarkan perjalanan perbincangan mesyuarat PBT di lokasi- lokasi mereka. Apakah Yang Berhormat Menteri perasan? Apakah di sana ada alasan- alasan lain kenapa