Penyata Rasmi Parlimen Dewan Rakyat Parlimen Keempat Belas Penggal Ketiga Mesyuarat Kedua
Total Page:16
File Type:pdf, Size:1020Kb
Naskhah belum disemak PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL KETIGA MESYUARAT KEDUA Bil. 10 Isnin 27 Julai 2020 K A N D U N G A N PEMASYHURAN DARIPADA TUAN YANG DI-PERTUA: - Perubahan Tempat Duduk Ahli-ahli (Halaman 1) JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 2) RANG UNDANG-UNDANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT (Halaman 29) USUL-USUL: Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 30) Usul Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong (Halaman 30) DR. 27.7.2020 1 MALAYSIA DEWAN RAKYAT PARLIMEN KEEMPAT BELAS PENGGAL KETIGA MESYUARAT KEDUA Isnin, 27 Julai 2020 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Mohd Rashid Hasnon) mempengerusikan Mesyuarat] ____________________________________________________________________ PEMASYHURAN DARIPADA TUAN YANG DI-PERTUA PERUBAHAN TEMPAT DUDUK AHLI Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Mohd Rashid Hasnon]: Ahli-ahli Yang Berhormat, untuk makluman, terdapat perubahan tempat duduk di mana Ahli-ahli Yang Berhormat daripada Galeri Awam telah dipindahkan semula ke tempat duduk pegawai di sebelah kiri saya. [Tepuk] Ini permintaan daripada Ahli Yang Berhormat juga. Beberapa mikrofon dipasang di tempat duduk pegawai di sebelah kiri dan dua rostrum diletakkan di sebelah blok E Dewan, bagi memberi kemudahan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat mengajukan pertanyaan atau terlibat dengan perbahasan. Bagi melancarkan lagi urusan persidangan, mohon kerjasama Ahli-ahli Yang Berhormat yang berada di tempat duduk pegawai di sebelah kiri untuk menyebut nama kawasan masing- masing sebelum memulakan sesuatu pertanyaan ataupun perbahasan. Ini untuk memudahkan urusan merekodkan untuk penyediaan Penyata Rasmi. Terdapat beberapa blind spot yang terlindung daripada pandangan Pengerusi, dipohon Ahli-ahli Yang Berhormat berdiri memandang ke arah Pengerusi agar Pengerusi dapat melihat kedudukan Ahli-ahli Yang Berhormat. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, usaha sedang diambil untuk memasang pengadang lut sinar di antara tempat duduk Ahli-ahli Dewan bagi membolehkan semua Ahli Yang Berhormat dapat duduk di dalam blok utama Dewan Rakyat seperti sebelum ini. Maksudnya semua boleh duduk dalam Dewan seperti biasa. Walau bagaimanapun, perkara ini mengambil masa untuk dilaksanakan. Oleh yang demikian, saya memohon kesabaran Ahli-ahli Yang Berhormat bagi menjayakan pemasangan lut sinar ini. Ahli Yang Berhormat, saya juga menasihatkan semua Ahli Yang Berhormat untuk sentiasa patuh kepada Prosedur Operasi Standard Fasa Pemulihan sepanjang berada di Parlimen Malaysia agar kita dapat mengekang penularan wabak COVID-19 ini. Sekian, terima kasih. DR. 27.7.2020 2 JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN 1. Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari [Pasir Mas] minta Menteri Pertanian dan Industri Makanan menyatakan apakah perancangan kementerian bagi tujuan menarik minat belia dalam sektor pertanian dan industri pembuatan makanan. Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II [Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Pasir Mas yang membangkitkan soalan yang baik mengenai usaha-usaha untuk menarik penglibatan belia dalam sektor pertanian. Ternyatalah Yang Berhormat Pasir Mas ini merupakan pejuang belia Malaysia masa kini. [Tepuk] Untuk makluman Yang Berhormat, kementerian telah membuat pelbagai usaha dan perancangan untuk menarik minat belia dalam sektor pertanian dan industri pembuatan makanan. Golongan belia sangat diberi keutamaan dalam semua perancangan dan program kerajaan dalam menjadikan pertanian sebagai satu sumber pendapatan yang mampan dan kukuh serta menguntungkan petani, penternak, nelayan dan juga usahawan industri makanan. Ini adalah di atas keyakinan bahawa dalam usaha untuk mempertingkatkan sektor pertanian, penyertaan dan penglibatan anak muda adalah sangat kritikal. Dalam erti kata lain, sektor pertanian perlu diremajakan. Keseriusan kerajaan ini dibuktikan dengan penubuhan Unit Agropreneur Muda bagi menyelaras hala tuju dan agenda pembangunan belia dalam sektor agromakanan. Program Agropreneur Muda telah diperkenalkan di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 dengan sasaran 5,000 orang agropreneur muda yang berumur antara 18 tahun hingga 40 tahun menjelang 2020. Program Agropreneur Muda ini merupakan satu pendekatan kerajaan bagi meningkatkan penglibatan anak muda dalam bidang pertanian, perikanan, penternakan serta agromakanan. Secara ringkasnya, Program Agropreneur Muda menawarkan tiga perkhidmatan utama iaitu: (i) menyediakan geran Agropreneur Muda yang berbentuk barangan, (ii) menyediakan bantuan modal untuk pakej pembiayaan khas melalui Agrobank dan juga TEKUN Nasional; dan (iii) menyediakan kursus jangka pendek dan khidmat nasihat teknikal dan kewangan melalui jabatan-jabatan dan agensi-agensi yang berkaitan di bawah kementerian. Tuan Yang di-Pertua, kementerian juga melaksanakan program-program lain yang melibatkan belia-belia. Antaranya Program Mobiliti Tenaga Kerja dalam sektor agromakanan ataupun MyFutureAgro, di mana di bawah PENJANA, kementerian telah diluluskan peruntukan sebanyak RM40 juta untuk melaksanakan Program Mobiliti Tenaga Kerja dalam sektor agromakanan ataupun MyFutureAgro bagi tahun 2020 sehingga 2021. Kerajaan juga telah mengadakan Program Latihan Kemahiran Pertanian Kebangsaan yang melibatkan belia dilaksanakan di bawah Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional kepada semua generasi belia berumur di antara 18 tahun hingga 25 tahun yang berkelayakan. Program ini menawarkan pembelajaran di peringkat Sijil Kemahiran Malaysia dan Diploma DR. 27.7.2020 3 Kemahiran dan diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia (KSM). ■1010 Oleh kerana masa telah habis, saya cuba mempercepatkan. Program-program ataupun perancangan yang telah dibuat oleh kerajaan bagi menarik anak muda, seterusnya Program Geran Pemadanan ataupun Pembiayaan Modal yang mana Program High Impact Products dan Program Change Upgrade Products merupakan bantuan peruntukan yang disalurkan dalam bentuk geran pemadanan (matching grant). Seterusnya, Program Pembangunan Modal Insan yang turut dirangka bagi menarik minat belia dalam sektor pertanian. Program ini adalah merupakan Program Pembangunan Latihan Usahawan Industri Makanan bertujuan bagi memantapkan pengetahuan dan kemahiran keusahawanan. Bagi memperkukuhkan lagi penglibatan belia dalam sektor ini, kementerian selepas pembentukan kerajaan baharu pada Mac 2020 yang lalu, giat mengadakan sesi engagement bersama beberapa kementerian seperti Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Pengajian Tinggi dan juga Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi untuk menjalinkan kerjasama strategik yang merentas kementerian demi menarik lebih ramai belia menyertai sektor pertanian dan mungkin beberapa kementerian lagi yang ada kepentingan anak-anak muda akan kita adakan sesi engagement ini. Sekian, terima kasih. Tuan Ahmad Fadhli bin Shaari [Pasir Mas]: Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri di atas jawapan yang diberikan tadi. Tuan Yang di-Pertua, kita tahu bahawa sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan dikenakan, dilaksanakan di dalam negara kita ini, bidang pertanian menjadi satu bidang yang diminati semula oleh rakyat Malaysia. Ini kerana semua orang tahu bahawa industri makanan ialah merupakan industri yang tidak akan mati. Jadi, soalan saya ialah bagaimanakah kejayaan atau setakat manakah pencapaian pihak kerajaan di dalam menarik semula anak-anak muda yang di bandar untuk balik ke kampung untuk mengusahakan tanaman- tanaman yang ada di tanah-tanah terbiar dan kosong yang ada? Bolehkah Yang Berhormat Timbalan Menteri berikan perincian terhadap kejayaan program tersebut? Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih di atas soalan tambahan itu tadi. Pada dasarnya, di Kementerian Pertanian dan Industri Makanan yang merupakan satu kementerian yang sangat kritikal dalam memastikan bekalan makanan walaupun dalam suasana COVID-19 baru-baru ini. Makna, kementerian ini terus berjalan semua kerja atau perancangan-perancangan yang dibuat dalam kementerian ini, kita teruskan. Bahkan, kementerian telah pun menubuhkan ataupun telah mengadakan atau membuka bilik gerakan di sepanjang masa PKP ini untuk memastikan bahawa semua perjalanan operasi pada setiap rantaian perbekalan makanan itu berjalan seperti biasa. Dalam menjawab soalan, apakah program-program yang telah dibuat oleh kementerian untuk meneruskan menarik anak-anak muda ini, saya― perinciannya suka saya sebut bahawa sejak Program Agropreneur Muda dilaksanakan, seramai 6,005 orang agropreneur muda telah berjaya mendapat kelulusan Geran DR. 27.7.2020 4 Agropreneur Muda. Bantuan geran yang diberikan oleh pihak kementerian ini adalah berbentuk barangan yang meliputi enam bidang utama iaitu: (i) tanaman, (ii) ternakan, (iii) perikanan, (iv) pemprosesan makanan, (v) pemasaran; dan (vi) agropelancongan. Kerajaan juga terus membuka lagi kepada agroteknologi dan sebagainya. Jadi, ini adalah merupakan usaha-usaha yang dibuat oleh kerajaan untuk menarik anak-anak muda menyertai sektor pertanian ini. Di sinilah kita mengharapkan dengan program yang ditawarkan ini, anak- anak muda boleh mengambil kesempatan untuk mengusahakan tanah terbiar dan apa sahaja projek-projek pertanian. Terima kasih. Beberapa Ahli: [Bangun] Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Mohd Rashid Hasnon]: Baik. Saya lihat ada lima hingga enam orang yang bangun. Saya lihat Yang Berhormat Kulim-Bandar Baharu dahulu, sila. Soalan tambahan kedua. Datuk Seri Saifuddin