MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT BELAS 2020

2 SEPTEMBER HINGGA 23 SEPTEMBER 2020 SOALAN NO. 1 HINGGA 143 NO SOALAN: 1

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN DARIPADA : YB DATUK LIM PAY HEN

Datuk Lim Pay Hen minta MENTERI KEWANGAN menyatakan statistik caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja di antara pekerja warganegara dengan warganegara asing bagi tahun bagi tahun 2015, 2016, 2017, 2018, 2019 dan 2020 mengikut setiap sektor ekonomi (perkilangan, pembinaan, perladangan, pertanian dan perkhidmatan).

NO SOALAN: 1

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kadar caruman berkanun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi pekerja Warganegara Malaysia dan Bukan Warganegara adalah seperti Jadual 1 berikut:

Jadual 1: Kadar Caruman KWSP Mengikut Umur dan Gaji

Caruman Berkanun Status Umur Gaji (RM) Semasa Warganegara Pekerja Majikan RM5,000 dan ke 7%* 13% bawah Bawah 60 tahun Warganegara Lebih daripada 7%* 12% Malaysia RM5,000 60 tahun dan ke Semua julat gaji 0% 4% atas Bawah 60 tahun Semua julat gaji 7%* RM5 Bukan 60 tahun dan ke Warganegara Semua julat gaji 5.5% RM5 atas *Nota: Kadar caruman bagi April-Disember 2020. Bermula Januari 2021, kadar caruman berkanun syer pekerja adalah 11%.

NO SOALAN: 1

2. Pekerja Bukan Warganegara tidak diwajibkan untuk mencarum dengan KWSP. Walau bagaimanapun, golongan ini boleh memilih untuk mencarum ke dalam KWSP.

3. Setelah seseorang pekerja Bukan Warganegara memilih untuk mencarum dengan KWSP, maka pekerja dan majikan pekerja berkenaan wajib mencarum sehingga pekerja berkenaan meninggalkan negara. Kadar caruman yang terpakai bagi pekerja dan majikan adalah seperti di Jadual 1. Selain itu, ahli juga boleh memilih untuk menambah peratus kadar caruman melebihi kadar caruman berkanun semasa yang ditetapkan.

4. Statistik caruman KWSP bagi pekerja Warganegara Malaysia dan Bukan Warganegara daripada tahun 2016 hingga 2020 adalah seperti Jadual 2 di bawah:

NO SOALAN: 1

Jadual 2: Statistik Caruman KWSP bagi pekerja Warganegara dan Bukan Warganegara

Warganegara Bukan Jumlah Warganegara Sektor Industri Amaun Amaun Amaun Tahun Bil. Bil. Bil. Majikan Caruman Caruman Caruman Ahli Ahli Ahli (RM (RM (RM ('000) ('000) ('000) Juta) Juta) Juta) Pembinaan 209 1,784 2 14 211 1,797 Perkilangan 848 6,641 6 99 854 6,740 Pertanian 197 1,865 2 17 199 1,882 Perkhidmatan 3,761 29,258 35 431 3,796 29,689 Perkhidmatan 426 4,910 3 56 428 4,966 Kewangan dan 2016 Perniagaan Pengangkutan 352 3,184 3 38 355 3,223 dan Komunikasi Kerajaan 488 4,348 1 10 488 4,358 Lain-lain 566 5,075 5 52 571 5,127 Jumlah 6,847 57,064 56 717 6,903 57,782 Pembinaan 217 1,885 2 14 219 1,899 Perkilangan 889 6,960 6 111 895 7,071 Pertanian 203 1,949 2 18 205 1,967 2017 Perkhidmatan 3,908 30,499 36 464 3,944 30,963 Perkhidmatan 435 5,120 3 62 438 5,182 Kewangan dan Perniagaan NO SOALAN: 1

Pengangkutan 360 3,377 3 45 363 3,421 dan Komunikasi Kerajaan 471 4,266 1 7 472 4,273 Lain-lain 570 5,093 5 58 574 5,151 Jumlah 7,053 59,149 58 778 7,111 59,927 Pembinaan 224 2,044 2 15 226 2,059 Perkilangan 923 7,614 6 121 929 7,735 Pertanian 208 2,262 2 20 210 2,281 Perkhidmatan 4,047 33,208 37 530 4,084 33,738 Perkhidmatan 443 5,628 3 71 446 5,698 Kewangan dan 2018 Perniagaan Pengangkutan 369 3,624 3 51 373 3,676 dan Komunikasi Kerajaan 467 4,533 1 8 467 4,542 Lain-lain 620 5,390 5 66 625 5,456 Jumlah 7,301 64,302 59 882 7,360 65,184 Pembinaan 223 2,057 2 16 225 2,073 Perkilangan 964 8,151 7 112 971 8,262 Pertanian 210 2,332 2 20 212 2,352 Perkhidmatan 4,188 35,142 37 587 4,225 35,729 2019 Perkhidmatan 450 5,965 3 80 453 6,045 Kewangan dan Perniagaan Pengangkutan 384 3,866 3 61 387 3,927 dan Komunikasi Kerajaan 460 4,538 1 9 461 4,547 NO SOALAN: 1

Lain-lain 687 5,444 5 74 692 5,518

Jumlah 7,566 67,495 60 958 7,626 68,453

Pembinaan 217 1,283 2 10 219 1,293 Perkilangan 962 5,460 6 80 969 5,540 Pertanian 207 1,605 2 14 209 1,619 Perkhidmatan 4,139 23,019 37 406 4,175 23,425 2020 Perkhidmatan 450 4,109 3 58 453 4,167 (Setakat Kewangan dan Julai Perniagaan 2020) Pengangkutan 379 2,450 3 38 382 2,488 dan Komunikasi Kerajaan 458 3,039 1 6 459 3,045 Lain-lain 651 3,645 5 54 656 3,699 Jumlah 7,463 44,609 59 667 7,522 45,276

5. Berdasarkan statistik di Jadual 2, ahli Bukan Warganegara yang mencarum setakat Julai 2020 adalah sebanyak 1% daripada jumlah ahli KWSP yang mencarum.

6. Bagi ahli Bukan Warganegara, kelayakan untuk membuat pengeluaran pra-persaraan adalah sama seperti ahli Warganegara Malaysia. Namun begitu, ahli Bukan Warganegara tidak boleh membuat penamaan bagi simpanan KWSP mereka.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 2

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISANDEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN DARIPADA : YB DATUK LIM PAY HEN

Datuk Lim Pay Hen minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan statistik kes pembanterasan pemerdagangan dan penyeludupan warganegara asing oleh Kementerian mengikut lokasi kawalan atau kemasukan sempadan seluruh negara, warganegara migran dan jantina bagi tahun 2015, 2016, 2017, 2018, 2019 dan 2020. NO SOALAN: 2

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Daripada tahun 2015 sehingga 31 Julai 2020, terdapat sejumlah 943 kes penyeludupan migran melibatkan 9,485 orang migran yang diseludup dan 1,476 orang penyeludup yang ditangkap seperti jadual di bawah.

2020 Bil Perkara 2015 2016 2017 2018 2019 (sehingga Jumlah 31 Julai) Jumlah 1 159 142 210 128 184 120 943 Kes Jumlah Migran 2 1,823 1,787 1,589 1,206 1,886 1,194 9,485 Yang Diseludup Jumlah 3 206 168 282 225 348 247 1,476 Tangkapan

Perincian migran yang diseludup mengikut warganegara dan jantina di seluruh negara adalah seperti berikut:

NO SOALAN: 2

Pecahan Migran Yang Diseludup

2015 2016 2017 2018 2019 2020 (sehingga 31 Julai 2020) Jumlah Bil Warganegara Keseluruhan P L P L P L P L P L Jum P L Jum Jum Jum Jum Jum DW BU DW BU DW BU DW BU DW BU DW BU DW BU DW BU

1 INDONESIA 239 762 1,001 269 1,023 1,292 225 86 521 42 874 124 19 294 14 451 306 29 689 32 1,056 172 6 562 7 747 7,042

2 MYANMAR 97 488 585 43 233 276 55 8 202 17 282 62 3 273 5 343 55 10 267 23 355 67 36 170 24 297 2,717

3 BANGLADESH 0 116 116 0 172 172 0 0 64 0 64 4 0 178 0 182 0 0 136 0 136 0 0 14 0 14 762

4 FILIPINA 9 30 39 20 13 33 84 36 135 56 311 54 10 77 26 167 126 22 152 24 324 18 3 23 1 45 1,275

5 THAILAND 2 10 12 0 0 0 8 0 0 0 8 2 0 1 0 3 1 0 1 0 2 8 0 13 1 22 77

6 VIETNAM 5 9 14 2 2 4 6 0 0 0 6 0 0 33 0 33 0 0 3 0 3 3 0 1 0 4 74

7 LAOS 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 2 0 2 4

8 KEMBOJA 4 11 15 1 5 6 2 0 18 0 20 4 1 8 0 13 1 0 1 0 2 2 0 23 2 27 130

9 MALAYSIA 0 0 0 1 1 2 4 0 8 0 12 0 0 4 0 4 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 30

10 SRI LANKA 1 3 4 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 3 0 3 0 0 0 0 0 7

11 PAKISTAN 0 11 11 0 0 0 0 0 1 0 1 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 11 0 11 35

12 INDIA 0 3 3 0 1 1 0 0 5 0 5 0 0 1 0 1 0 0 4 0 4 0 0 23 0 23 65

13 CHINA 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 9 0 9 0 0 1 0 1 0 0 0 0 0 10

14 SOMALIA 5 11 16 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 16

15 NEPAL 0 2 2 0 1 1 1 0 4 0 5 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 13

16 SUDAN 0 1 1 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 1

17 ETHIOPIA 2 2 4 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 4

18 SYRIA 0 0 0 0 0 0 0 0 1 0 1 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 2

19 TAIWAN 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 2 0 2 4

JUMLAH 364 1,459 1,823 336 1,451 1,787 385 130 959 115 1,589 250 33 878 45 1,206 489 61 1,257 79 1,886 270 45 842 35 1,194 9,485 Petunjuk : P - Perempuan L - Lelaki DW - Dew asa BU - Baw ah Umur NO SOALAN: 3

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN DARIPADA : DATUK LIM PAY HEN

Datuk Lim Pay Hen minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) yang telah dikeluarkan oleh Kementerian bagi tahun 2015, 2016, 2017, 2018, 2019 dan 2020 mengikut :- a) warganegara dan jantina pekerja asing di setiap negeri Malaysia; dan b) statistik penglibatan pekerja asing di setiap sektor ekonomi (perkilangan, pembinaan, perladangan, pertanian, perkhidmatan termasuk sektor kawalan keselamatan dan pembantu rumah) di setiap negeri Malaysia. NO SOALAN: 3

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menetapkan supaya semua pekerja asing yang bekerja di Malaysia untuk mempunyai Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) yang sah selaras dengan Peraturan 11, Peraturan-Peraturan Imigresen 1963. Pekerja asing dibenarkan bekerja di sektor Perkilangan, Pembinaan, Perladangan, Perkhidmatan, Pertanian serta Perlombongan dan Kuari di bawah kelulusan kuota yang ditetapkan.

Jumlah pekerja asing berstatus aktif yang telah dikeluarkan dengan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) oleh JIM dari tahun 2016 sehingga 31 Julai 2020 adalah seperti berikut:

Tahun Jumlah (orang) 2016 1,866,360 2017 1,797,377 2018 2,015,760 2019 1,999,559 2020 (Sehingga 31 Julai 2020) 1,708,129

Manakala pecahan jumlah pekerja asing aktif mengikut sektor dan negeri sehingga 31 Julai 2020 adalah seperti berikut:

NO SOALAN: 3

SEKTOR JUMLAH BIL NEGERI PERKILANGAN PEMBINAAN PERLADANGAN PERKHIDMATAN PERTANIAN PRA P&P

L P L P L P L P L P L P L L P

1 177,718 24,031 125,456 4,239 25,497 433 96,473 7,704 16,246 1,548 222 49,548 36 441,648 87,503

2 130,269 29,783 38,928 1,064 16,467 635 23,169 2,416 27,357 1,680 16 12,325 0 236,206 47,903 WP KUALA 3 13,600 1,066 107,556 3,046 35,398 380 58,988 4,986 8,067 517 230 26,327 0 223,839 36,322 LUMPUR

4 PULAU PINANG 43,850 34,527 16,319 418 380 17 13,879 1,297 2,511 53 6 6,566 0 76,945 42,878

5 6,202 2,898 4,706 94 43,564 10,246 4,198 1,814 17,408 15,430 12 7,486 0 76,090 37,968

6 17,390 4,246 17,760 889 34,277 14,668 5,082 3,925 4,850 660 12 2,395 1 79,372 26,783

7 33,092 7,363 5,301 321 14,646 208 7,373 626 6,599 365 13 4,284 49 67,073 13,167

8 MELAKA 17,482 5,701 14,794 288 1,956 66 5,709 714 6,461 193 6 2,818 0 46,408 9,780 NEGERI 9 21,139 3,773 6,933 251 4,411 172 9,959 595 3,709 202 18 2,551 1 46,170 7,544 SEMBILAN

10 5,387 262 3,144 225 12,926 391 4,091 433 11,363 480 50 1,764 0 36,961 3,555

11 17,388 2,965 6,698 116 1,198 50 4,768 609 1,224 212 8 1,872 0 31,284 5,824

12 1,283 10 1,373 19 3,771 12 1,343 223 108 23 2 714 0 7,880 1,001

13 1,697 447 1,399 11 2,611 105 559 97 396 18 11 783 7 6,680 1,461 WP 14 4 0 431 13 4,095 39 926 44 156 1 5 512 0 5,617 609 15 WP LABUAN 9 6 328 10 0 0 609 161 272 51 0 589 0 1,218 817 16 189 299 143 3 100 49 281 124 202 67 1 165 0 916 707

486,699 117,377 351,269 11,007 201,297 27,471 237,407 25,768 106,929 21,500 612 120,699 94 1,384,307 323,822

JUMLAH 604,076 362,276 228,768 263,175 128,429 121,311 94 1,708,129 KESELURUHAN

Petunjuk: PRA - Pembantu Rumah Asing P & P - Perlombongan dan Pengkuarian L - Lelaki P - Perempuan NO SOALAN: 3 Semua pekerja asing yang sah bekerja di Malaysia adalah tertakluk kepada peraturan dan undang-undang perburuhan serta keimigresenan yang ketat. Peruntukan undang-undang yang berkaitan juga turut merangkumi tanggungjawab majikan bagi memastikan hak golongan pekerja adalah terjamin dan tidak berisiko untuk dieksploitasi sehingga menjadi PATI.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 4

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN DARIPADA : YB DATUK LIM PAY HEN

Datuk Lim Pay Hen minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan :- a) Statistik majikan yang menyalahguna peruntukan telah diberi di bawah Program Subsidi Upah mengikut kategori industri di setiap negeri Malaysia; dan

b) Adakah Kementerian akan senarai hitam majikan daripada sebarang bantuan Kerajaan selepas ini.

NO SOALAN: 4

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Ahli-Ahli Dewan Yang Mulia ini, sebanyak 243 kes aduan yang telah direkodkan di bawah Program Pengekalan Pekerjaan (ERP) dan Program Subsidi Upah (PSU) terhadap majikan yang mengingkari terma dan syarat ERP/PSU kerana tidak menyalurkan bantuan yang diterima kepada pekerja yang layak di bawah program ini.

2. Bagi permohonan yang telah diberi kelulusan dan dibuat pembayaran, senarai nama majikan akan dipaparkan di laman web PERKESO untuk tujuan semakan para pekerja dan untuk membolehkan mereka membuat aduan sekiranya tidak berpuas hati terhadap majikan mereka.

3. Sehubungan dengan itu, sekiranya aduan diterima, tindakan yang boleh diambil oleh Kementerian saya melalui PERKESO adalah seperti berikut: i. Menyenarai hitamkan majikan tersebut; ii. Proses pembayaran untuk bulan berikutnya akan dihentikan; iii. Pengesahan aduan dan laporan polis akan dibuat bagi kes penyalahgunaan Program Subsidi Upah.

4. PERKESO berhak untuk menggantung bayaran dan menuntut semula bayaran yang telah diterima dan tindakan undang-undang akan diambil terhadap majikan yang gagal memenuhi syarat yang telah ditetapkan. NO SOALAN: 4

5. Selain itu, saluran Kaunter Khidmat Pelanggan serta Talian Khas berkenaan PSU dan ERP turut diwujudkan bagi menyediakan perkhidmatan serta menangani urusan berkaitan permohonan dan aduan. PERKESO turut mewujudkan task force khas untuk mengawal selia semua permohonan dan aduan-aduan berkaitan bagi memastikan pematuhan majikan-majikan yang menerima subsidi ini memenuhi terma dan syarat yang ditetapkan. PERKESO telah menghubungi majikan yang mengingkari terma dan syarat terbabit dan akan mengambil tindakan susulan ke atas kesemua majikan tersebut.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 5

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN DARIPADA : YB DATUK LIM PAY HEN

Datuk Lim Pay Hen minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan statistik kategori “C” agensi pekerjaan swasta yang membuat penggajian pekerja asing kepada majikan di Malaysia bagi tahun 2015, 2016, 2017, 2018, 2019 dan 2020 mengikut :-

a) Warganegara dan jantina pekerja asing di setiap negeri Malaysia; dan

b) Bilangan pengajian pekerja asing di setiap sektor ekonomi (perkilangan, pembinaan, perladangan, pertanian, perkhidmatan termasuk sector kawalan keselamatan dan pembantu rumah) di setiap negeri Malaysia.

NO SOALAN: 5

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

1. Akta Agensi Pekerjaan Swasta 1981 telah dipinda bagi memperkemaskan peruntukan mengenai pelesenan dan pengawalseliaan agensi pekerjaan swasta (APS). Akta ini telah mula dikuatkuasakan pada 1 Februari 2018. Lesen jenis C APS ini dipohon oleh agensi yang ingin menjalankan aktiviti merekrut dan menempatkan pekerja tempatan di dalam dan luar negara serta menempatkan pekerja asing termasuk pekhidmat domestik asing kepada majikan di seluruh Malaysia.

2. Tujuan pelesenan ini untuk mengawal selia penempatan pekerja bukan warganegara. Ejen yang tidak berlesen di bawah akta ini tidak dibenarkan menjalankan aktiviti menempatkan pekerja bukan warganegara kepada mana-mana majikan. Peruntukan ini dapat mengatasi lambakan pekerja asing tanpa majikan sebenar, dan mengelakkan eksploitasi serta mencegah aktiviti permerdagangan orang.

Untuk makluman Dewan yang mulia,

3. Jabatan Tenaga Kerja (JTK) yang mengawal selia pemberian lesen ini tidak mempunyai data-data berhubung jantina dan warganegara serta bilangan penggajian pekerja asing mengikut pecahan negeri dan tahun. Ini adalah kerana kemasukan pekerja asing ke dalam negara ini dikawal NO SOALAN: 5 selia oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Kementerian Dalam Negeri (KDN).

4. Mengikut data JIM, sehingga Jun 2020, seramai 1,545,101 pekerja asing dilapor bekerja menggunakan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS). Daripada jumlah ini warganegara paling ramai adalah warganegara Indonesia iaitu 519,219 atau 33.6% orang dan warganegara paling sedikit adalah wargenegara Kazakhstan iaitu 1 atau 0.0% orang. Manakala jantina paling ramai adalah lelaki iaitu 1,276,986 atau 82.6% orang dan jantina wanita pula adalah seramai 268,115 atau 17.4% orang. Selanjutnya sektor yang paling ramai pekerja asing ialah sektor perkilangan iaitu seramai 541,608 atau 35.1% orang dan sektor paling sedikit ialah sektor perlombongan dan pengkuarian seramai 93 atau 0.01% orang. Manakal negeri yang paling ramai pekerja asing adalah negeri Selangor iaitu seramai 478,429 atau 30.9% orang dan negeri paling sedikit pekerja asing adalah negeri Perlis iaitu seramai 1,669 atau 0.11% orang.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 6

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN DARIPADA : YB TUAN LIEW CHIN TONG

Tuan Liew Chin Tong minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan :-

a) Jumlah majikan yang telah memohon Pakej Inisiatif Pengambilan Kerja (Penjana Kerjaya) mengikut sector, permohonan yang telah diluluskan dan tidak diluluskan hingga 31 Ogos 2020; dan

b) Jumlah permohonan diterima bekerja melalui Penjana Kerjaya mengikut sektor dan kategori pekerjaan.

NO SOALAN: 6

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Ahli-Ahli Dewan Yang Mulia ini, jumlah majikan yang telah memohon Program Insentif Pengambilan Pekerja (Hiring Incentives) sehingga 17 Ogos 2020 adalah sebanyak 4,926 dengan jumlah pekerja sebanyak 18,368. Jumlah majikan mengikut sektor yang telah memohon insentif ini adalah seperti berikut:

a) Bagi sektor Pertanian, Perhutanan dan Perikanan adalah sebanyak 73 majikan; b) Sektor Perlombongan dan Pengkuarian adalah 10 majikan; c) Sektor Pembuatan sebanyak 739 majikan; d) Sektor Bekalan Elektrik, Gas, Wap dan Pendingin Udara adalah 77 majikan; e) Sektor Bekalan Air, Pembentungan, Pengurusan Sisa dan Aktiviti Pemulihan sebanyak 16 majikan; f) Sektor Pembinaan adalah 358 majikan; g) Sektor Perdagangan borong dan runcit, pembaikan kenderaan bermotor dan motosikal adalah sebanyak 676 majikan; h) Sektor Pengangkutan dan Penyimpanan adalah 138 majikan; i) Sektor Penginapan dan Aktiviti Perkhidmatan Makanan dan Minuman sebanyak 375 majikan; j) Sektor Maklumat dan Komunikasi sebanyak 168 majikan; k) Sektor Aktiviti Kewangan dan Insurans/Takaful sebanyak 108 majikan: l) Sektor Aktiviti Hartanah sebanyak 45 majikan; m) Sektor Aktiviti Professional, Saintifik dan Teknikal sebanyak 309 majikan; NO SOALAN: 6

n) Sektor Aktiviti Pentadbiran dan Khidmat Sokongan sebanyak 84 majikan; o) Sektor Pentadbiran Awam dan pertahanan; aktiviti sosial wajib sebanyak 9 majikan, p) Sektor Pendidikan 359 majikan; q) Sektor Aktiviti Kesihatan Kemanusiaan dan Kerja Sosial sebanyak 123 majikan; r) Sektor Kesenian, Hiburan dan Rekreasi sebanyak 59 majikan; s) Sektor Aktiviti Perkhidmatan Lain sebanyak 1174 majikan; dan t) Sektor aktiviti Isi Rumah sebagai majikan, Aktiviti Mengeluarkan Barangan dan Perkhidmatan yang tidak dapat dibezakan oleh isi rumah sebanyak 26 majikan.

2. Jumlah permohonan pekerja yang telah dihantar untuk kelulusan bagi permohonan Insentif Pengambilan Pekerja adalah sebanyak 15,891 pekerja. Jumlah permohonan pekerja yang telah diluluskan adalah sebanyak 7,630 dan jumlah pekerja yang tidak diluluskan adalah sebanyak 803 pekerja, manakala baki daripada jumlah tersebut adalah dalam proses kelulusan.

3. Manakala, permohonan majikan yang diterima bekerja melalui Penjana Kerjaya mengikut sektor dan kategori pekerjaan adalah seperti berikut; a) Sektor Pertanian, Perhutanan dan Perikanan adalah sebanyak 72 majikan, b) Sektor Perlombongan dan Pengkuarian adalah 9 majikan, c) Sektor Pembuatan sebanyak 708 majikan, d) Sektor Bekalan Elektrik, Gas, Wap dan Pendingin Udara adalah 75 majikan, NO SOALAN: 6

e) Sektor Bekalan Air, Pembentungan, Pengurusan Sisa dan Aktiviti Pemulihan sebanyak 16 majikan, f) Sektor Pembinaan adalah 344 majikan, g) Sektor Perdagangan borong dan runcit, pembaikan kenderaan bermotor dan motosikal adalah sebanyak 645 majikan, h) Sektor Pengangkutan dan Penyimpanan adalah 124 majikan, i) Sektor Penginapan dan Aktiviti Perkhidmatan Makanan dan Minuman sebanyak 358, j) Sektor Maklumat dan Komunikasi sebanyak161 majikan, k) Sektor Aktiviti Kewangan dan Insurans/Takaful sebanyak 108 majikan, l) Sektor Aktiviti Hartanah sebanyak 44 majikan, m) Sektor Aktiviti Professional, Saintifik dan Teknikal sebanyak 301 majikan, n) Sektor Aktiviti Pentadbiran dan Khidmat Sokongan sebanyak 78 majikan, o) Sektor Pentadbiran Awam dan pertahanan; aktiviti sosial wajib sebanyak 9, p) Sektor Pendidikan sebanyak 342, q) Sektor Aktiviti Kesihatan Kemanusiaan dan Kerja Sosial sebanyak 116 majikan, r) Sektor Kesenian, Hiburan dan Rekreasi sebanyak 55 majikan, s) Sektor Aktiviti Perkhidmatan Lain sebanyak 1122 majikan; dan t) Sektor aktiviti Isi Rumah sebagai majikan, Aktiviti Mengeluarkan Barangan dan Perkhidmatan yang tidak dapat dibezakan oleh isi rumah sebanyak 26 majikan.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 7

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN DARIPADA : YB TUAN LIEW CHIN TONG

Tuan Liew Chin Tong minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :-

a) statistik jumlah pendatang asing yang telah ditahan ketika PKP mengikut pecahan negara asal, jantina, umur, sektor pekerjaan; dan

b) berapakah kos pengurusan dan jumlah sebenar pendatang asing yang telah dihantar pulang sehingga 31 Ogos 2020. NO SOALAN: 7

JAWAPAN

Tuan Yang Di Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) melaksanakan operasi penguatkuasaan secara berterusan bagi menangani isu keberadaan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di negara ini, termasuk sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuatkuasa mulai 18 Mac 2020. Bagi tempoh dari 18 Mac 2020 sehingga 13 Ogos 2020, JIM telah menjalankan sebanyak 701 operasi dan telah memeriksa seramai 19,478 warga asing. Daripada jumlah pemeriksaan tersebut, seramai 3,599 orang PATI dan 19 orang majikan telah ditangkap atas pelbagai kesalahan imigresen.

Manakala jumlah penghantaran pulang tahanan yang berada di Depot Tahanan Imigresen pada tahun 2020 iaitu sehingga 24 Ogos 2020 adalah seramai 22,486 orang. Pecahan tahanan yang dihantar pulang mengikut warganegara adalah seperti berikut : Bil. Warganegara Jumlah (orang) 1. Indonesia 10,029 2. Bangladesh 2,786 3. Myanmar 1,891 4. Thailand 1,746 5. India 1,590 6. China 1,425 7. Pakistan 1,033 8. Vietnam 646 9. Nepal 314 10. Kemboja 271 NO SOALAN: 7

11. Lain-lain 755 JUMLAH 22,486 Proses penghantaran tahanan ke negara asal yang dikendalikan oleh JIM turut merangkumi kerjasama dengan pihak Perwakilan Asing. Ini termasuklah urusan pengesahan warganegara, penyediaan dokumen perjalanan dan pembiayaan kewangan bagi menampung kos penghantaran pulang tahanan ke negara asal. Sekiranya Perwakilan Asing tidak dapat membiayai kos penghantaran pulang, maka kos tersebut akan ditanggung oleh majikan atau tahanan itu sendiri. Kerajaan hanya membiayai kos pengangkutan darat sahaja yang mana pada tahun 2020 sehingga 31 Mei 2020, JIM telah membelanjakan sebanyak RM185,840.00 bagi tujuan tersebut.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 8

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN DARIPADA : YB TUAN LIEW CHIN TONG

Tuan Liew Chin Tong minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan:-

a) statistik terkini jumlah tahanan di setiap pusat penjara berdasarkan kaum, umur, jantina, jenis kesalahan, warganegara dan bukan warganegara; dan

b) perancangan pihak Kementerian untuk mengatasi kesesakan penjara bagi membendung penularan pandemik COVID-19 dalam kalangan tahanan. NO SOALAN: 8

JAWAPAN

Tuan Yang di Pertua,

Untuk makluman Ahli yang Berhormat,

(a) Statistik Jabatan Penjara Malaysia sehingga 17 Ogos 2020, menunjukkan terdapat seramai 68,730 penghuni yang sedang menjalani hukuman atau ditahan di seluruh institusi penjara. Daripada jumlah tersebut seramai 39,846 adalah banduan sabitan, 24,578 adalah banduan reman, 2,758 adalah tahanan di bawah Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985 (LLPK), Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959 dan Akta Pencegahan Keganasan 2015 (POTA). Manakala 1,548 adalah penghuni Sekolah Henry Gurney.

Bagi pecahan warganegara pula, seramai 54,632 adalah warga Malaysia iaitu 37,332 Melayu, 4,828 Cina, 6,714 India dan 5,758 lain- lain bangsa. Manakala 14,098 lagi adalah penghuni warga negara asing. Daripada jumlah ini, seramai 64,844 adalah lelaki manakala 3,886 adalah wanita.

Bagi kategori umur pula, seramai 65,194 orang adalah penghuni dewasa iaitu berumur 21 tahun ke atas, manakala seramai 3,536 orang adalah penghuni muda yang berumur 21 tahun ke bawah.

NO SOALAN: 8

(b) Bagi menangani masalah kesesakan, Jabatan Penjara Malaysia telah mengambil pelbagai langkah yang melibatkan seperti peluasan pemulihan di luar penjara, pemindahan banduan, penambahbaikan pemulihan, pengubahsuaian fasiliti dan kajian terhadap lain-lain alternatif pemenjaraan. Selain itu, dalam situasi kesesakan, Jabatan Penjara Malaysia juga telah mengambil tindakan tegas terutamanya dalam membendung penularan pandemik COVID-19 di dalam institusi penjara. Di antaranya adalah:

i. semua kakitangan dan penghuni yang masuk ke dalam penjara perlu dibuat pemeriksaan suhu badan. Kakitangan dan banduan yang mempunyai suhu badan 37.5° dan ke atas perlu dirujuk kepada pegawai perubatan untuk tindakan susulan;

ii. institusi penjara melaksanakan kuarantin bagi penghuni yang baru masuk serta mengasingkan penghuni yang disyaki mempunyai simptom-simptom awal virus tersebut;

iii. penugasan khusus pegawai penjara yang terpilih bagi tujuan pengiringan ke hospital dan kawalan penghuni di wad hospital;

iv. bagi penghuni yang mempunyai ORDER TO PRODUCE (OTP) Mahkamah dan temujanji rawatan, pihak institusi penjara hendaklah menghubungi Agensi berkenaan terlebih dahulu untuk memastikan sama ada perlu diteruskan atau sebaliknya;

NO SOALAN: 8 v. semua aktiviti penghuni dikurangkan seminima yang boleh; vi. kawalan pergerakan keluar masuk kakitangan dan penghuni dipertingkatkan; vii. mengehadkan kemasukan reman terutama yang melibatkan Reman Mahkamah Rendah; viii. cadangan penggunaan katil double decker bagi membolehkan penjarakan sosial dilaksanakan sepenuhnya ke atas semua penghuni penjara; ix. mewujudkan 35 buah pusat kuarantin dan rawatan di institusi penjara yang terpilih; x. melaksanakan saringan berkala ke atas penghuni untuk mengesan sekiranya berlaku penularan Covid-19 dalam penjara sewaktu penahanan; xi. proses sanitasi secara berkala ke atas fasiliti penjara oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT); dan xii. mewujudkan 11 penjara sementara bagi kemasukan penghuni baru yang melakukan kesalahan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

NO SOALAN: 8

Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Penjara Malaysia bersama- sama dengan Agensi kerajaan lain yang berkaitan, sentiasa komited dan bekerjasama dalam memastikan tindakan-tindakan untuk membendung penularan pandemik COVID-19 dalam kalangan penghuni. Hasil tindakan tegas tersebut setakat ini pandemik COVID-

19 tidak merebak di dalam penjara.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 9

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN DARIPADA : TUAN LIEW CHIN TONG

Tuan Liew Chin Tong minta MENTERI KESIHATAN menyatakan statistik jumlah ujian sampel COVID-19 yang telah dilakukan oleh KKM hingga 31 Ogos 2020 mengikut negeri dan apakah strategi Kerajaan untuk meningkatkan ujian sampel COVID-19 dalam sehari sebagai persediaan menempuh gelombang COVID-19 seterusnya.

NO SOALAN: 9

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

1. Sehingga 3 September 2020, seramai 1,280,878 individu telah disampel untuk COVID-19 di Malaysia. Dalam tempoh yang sama, jumlah ujian yang telah dijalankan di Malaysia adalah sebanyak 1,353,082 ujian (rt-PCR dan RTK-Antigen), termasuk 161,216 ujian yang dijalankan oleh makmal swasta dari bulan April 2020. Perbezaan individu telah disampel dan bilangan ujian yang dijalankan adalah kerana terdapat individu yang memerlukan ujian ulangan.

2. Kerajaan sentiasa mengambil berat terhadap keupayaan dan kesediaan untuk menempuh gelombang COVID-19 seterusnya. Pelbagai strategi telah dirancang dan dijalankan untuk meningkatkan bilangan ujian COVID-19 dalam sehari, di antaranya meningkatkan bilangan makmal yang boleh menjalankan ujian rt-PCR COVID- 19 sama ada di kemudahan makmal kerajaan atau swast. Selain meningkatkan bilangan makmal, kerajaan juga telah berusaha untuk meningkatkan kapasiti bilangan ujian bagi setiap makmal dan memperkembangkan kaedah ujian selain rt-PCR COVID-19, ujian RTK-Ag (sebagai ujian saringan) dan ujian rapid PCR COVID-19 di beberapa makmal yang dikenalpasti.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN NO: 10

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN DARIPADA : YB TUAN LIEW CHIN TONG

Tuan Liew Chin Tong minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan :-

(a) statistik jumlah pekerja sendiri di Malaysia mengikut negeri, umur, jantina, bandar dan luar bandar; dan

(b) jumlah pekerja sendiri yang telah mencarum Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri sehingga 31 Ogos 2020.

NO SOALAN NO: 10

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

1. Survei Tenaga Buruh (STB) oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) merupakan laporan statistik yang diterbitkan secara tahunan. Data terkini yang dikeluarkan setakat tahun 2019 sahaja.

2. STB 2019 oleh DOSM melaporkan statistik bekerja sendiri berdasarkan kategori seperti berikut:

NO SOALAN NO: 10

(a) negeri Negeri Bilangan ('000) Johor 294.7 Kedah 235.2 Kelantan 206.5 Melaka 60.8 N. Sembilan 71.4 Pahang 147.1 P. Pinang 92.5 Perak 198.0 Perlis 26.0 Selangor 525.4 Terengganu 100.3 Sabah 414.5 Sarawak 223.9 WPKL 120.4 WP Labuan 5.0 WP Putrajaya 2.6

NO SOALAN NO: 10

(b) umur

Umur Bilangan ('000)

15–19 70.2

20–24 242.5

25–29 324.1

30–34 355.1 35–39 331.8 40–44 302.1 45–49 314.3 50– 54 323.5 55–59 275.0 60–64 185.5 Jumlah 2,724.2

(c) jantina Lelaki Perempuan Jumlah ('000) 2,724.2 1,684.3 1,039.9

(d) strata

Bandar Luar bandar ('000) 1,908.9 815.2

NO SOALAN NO: 10

Tuan Yang di Pertua,

3. Berdasarkan statistik PERKESO sehingga 31 Ogos 2020, bilangan pekerja sendiri yang berdaftar dan mencarum Skim Keselamatan Sosial adalah seramai 44,234 orang iaitu 37,669 orang lelaki dan 6,565 orang perempuan.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 11

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN DARIPADA : YB TUAN ROBERT LAU HUI YEW

Tuan Robert Lau Hui Yew minta MENTERI KESIHATAN menyatakan jumlah peruntukan yang telah diluluskan dan disalurkan ke Hospital Sibu di bawah Rancangan Malaysia ke-11, dan apakah projek-projek yang telah dilaksanakan.

NO SOALAN: 11

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

1. Hospital Sibu merupakan Hospital Pakar Major dan Hospital Lead Kluster. Di bawah Rolling Plan Ke-3 (RP3) Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11), Projek Naik Taraf Sistem Lif Serta Kerja- Kerja Lain Berkaitan di Hospital Sibu, Sarawak telah diluluskan oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (UPE, JPM) dengan kos keseluruhan berjumlah RM603,880.00. Projek ini dilaksanakan oleh Syaz Global Industries Sdn. Bhd. dan Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan (BPKj), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) selaku agensi pelaksana. Projek ini telah bermula pada 27 Mac 2019 dan telah siap sepenuhnya pada 15 Julai 2020.

2. Selain itu, satu lagi projek yang akan dilaksanakan iaitu Projek Naiktaraf Unit Rawatan Rapi Hospital Sibu, Sarawak. Projek ini telah diluluskan oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (UPE, JPM) di bawah Rancangan Malaysia Ke-Sepuluh (RMKe-10) dan kini berada di dalam Fasa Rekabentuk dan dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya Sarawak (JKRS). Projek ini dijangka akan ditender pada bulan Oktober 2020.

3. Sepanjang tempoh RMK-11 (2016-2020), terdapat pelbagai kerja naik taraf berskala kecil yang telah dilaksanakan di Hospital Sibu berjumlah RM2,226,253.00. Perinciannya adalah seperti berikut:

NO SOALAN: 11 i. Kerja-kerja menaiktaraf bilik seminar tingkat 3 kepada Ruang Bed Bay untuk Paediatric Ward, Hospital Sibu dengan kos projek RM26,000.00; ii. Mengubahsuai dan menaik taraf Klinik Pakar Pergigian, Hospital Sibu dengan kos projek RM220,000.00; iii. Kerja-Kerja pemasangan SR200 Fire Suppression System At Surgical Store 1 & 2 and General Receiving Storage di Hospital Sibu, Sarawak dengan kos projek RM185,500.00; iv. Kerja- Kerja Pemasangan SR200 Fire Suppression System at Medical Store 1, 2 & 3 di Hospital Sibu, Sarawak dengan kos projek RM186,560.00; v. Kerja- Kerja Pemasangan SR200 fire suppression system at inpatient pharmacy store di Hospital Sibu, Sarawak dengan kos projek RM164,300.00; vi. Kerja- Kerja Pemasangan SR200 fire suppression system at medical record room di Hospital Sibu, Sarawak dengan kos projek RM177,200.00; vii. Kerja-kerja Menaiktaraf dan Mengubahsuai Wad 20 Kepada High Dependency Ward di Hospital Sibu, Sarawak dengan kos projek RM30,000.00;

NO SOALAN: 11 viii. Kerja-kerja Penambahan dan Pemasangan Sistem Mediaval Gas di Wad 20 Hospital Sibu, Sarawak dengan kos projek RM190,000.00; ix. Kerja-kerja Pemasangan Sistem Elektrik dan Sistem UPS serta Penambahan Soket Jenis UPS dan Genset untuk Wad 20 di Hospital Sibu, Sarawak dengan kos projek RM110,000.00; x. Kerja-kerja Pemasangan Sistem Penghawa Dingin serta Vertilation untuk cubicle dan dua Bilik rawatan Wad 20 di Hospital Sibu, Sarawak dengan kos projek RM165,000.00; xi. Kerja-kerja Menaiktaraf Wad 30 (Fasa 2) di Hospital Sibu, Sarawak (Peruntukan Tambahan) dengan kos projek RM 399,000.00; xii. Menaiktaraf sistem sedia ada di Farmasi Pesakit Dalam supaya diperluaskan kepada 4 unit peti sejuk farmaseutikal di Unit CDR & TPN serta 3 unit peti sejuk di Farmasi Klinik Pakar dengan kos projek RM25,000.00; xiii. Upgrading existing UPS with new battery bank backup time di Hospital Sibu, upgrading public announcement system with new cable in high impact piping existing di Hospital Sibu dan Pemasangan Sistem Pemantauan Kebakaran Automatik (SPKA) di Hospital Sibu dengan kos projek RM241,150.00; xiv. Lay new hardware floor tiles at kitchen cooking area Hospital Sibu dengan kos projek RM7,200.00; NO SOALAN: 11

xv. Scrap floor paint at butcher area Hospital Sibu dengan kos projek RM3,557.00;

xvi. Scrap floor paint at washing area Hospital Sibu dengan kos projek RM4,641.00;

xvii. Kerja-kerja menaiktaraf Bilik Stor Patologi untuk kegunaan Molekular Lab di Jabatan Patologi Hospital Sibu, Sarawak dengan kos projek RM77,000.00; dan

xviii. Kerja-kerja menaiktaraf laluan pintu belakang untuk menghantar pesakit COVID-19 ke wad terlibat dengan kos projek RM14,145.00.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 12

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN DARIPADA : YB TUAN ROBERT LAU HUI YEW

Tuan Robert Lau Hui Yew minta MENTERI KESIHATAN menyatakan sekiranya kerajaan bercadang untuk menubuhkan sebuah Pusat Jantung di Hospital Sibu di bawah Rancangan Malaysia Ke-12, memandangkan Sibu merupakan pusat rawatan bagi Zon Tengah Sarawak.

NO SOALAN: 12

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

1. Kementerian Kesihatan secara amnya mempunyai perancangan untuk mewujudkan Pusat Jantung di Hospital Sibu Sarawak bagi meningkatkan akses kepada rawatan kecemasan jantung untuk pesakit jantung dari Zon Utara dan Zon Tengah di Sarawak.

2. Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak telah mengemukakan permohonan penubuhan Pusat Jantung di Hospital Sibu bagi Rancangan Malaysia ke-12:

• Projek ini tersenarai sebagai projek keutamaan ke-7 daripada 10 permohonan projek dari Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak.

• Cadangan projek ini merangkumi pembinaan Makmal Invasif Kardiologi (ICL) bagi rawatan invasif kardiologi dan hybrid operating theatre (OT) bagi rawatan pembedahan kardiotorasik kecemasan.

• Namun begitu, projek ini tidak disenarai pendek sebagai keutamaan semasa dibawa ke EPU memandangkan terdapat projek-projek lain yang lebih tinggi keutamaannya.

NO SOALAN: 12

3. Penubuhan pusat jantung memerlukan kos yang tinggi dan sumber tenaga kerja terlatih yang terdiri daripada Pakar Kardiologi, Pakar Bedah Kardiotorasik, jururawat, penolong pegawai perubatan dan anggota sokongan yang terlatih khusus dalam bidang ini. Pembangunan dari segi infrastruktur haruslah selari dengan pembangunan sumber tenaga kerja yang diperlukan bagi memastikan perkhidmatan dapat dijalankan secara berterusan dan mampan. Penglibatan tenaga kerja dari kalangan penduduk tempatan adalah amat dialukan. Buat masa ini, Pusat Jantung Sarawak juga masih memerlukan pertambahan Pakar dan anggota terlatih. Secara amnya, bilangan pakar dan juga anggota sokongan dalam bidang perkhidmatan jantung secara amnya adalah terhad di seluruh Malaysia.

4. Perkhidmatan rawatan jantung disediakan dalam pelbagai peringkat yang terdiri dari peringkat primer, sekunder dan juga tertiari. Di peringkat primer ia disediakan oleh pakar kesihatan keluarga di klinik kesihatan, di peringkat sekunder oleh pakar perubatan di hospital daerah dan negeri, manakala di peringkat tertiari disediakan oleh pakar kardiologi di pusat jantung KKM.

5. Di kawasan sekitar Sibu dan zon tengah Sarawak, pesakit yang mengalami kecemasan jantung diberikan rawatan awal yang disediakan di Hospital Sibu oleh pakar perubatan kecemasan dan pakar perubatan am. Pesakit yang memerlukan rawatan susulan atau prosedur invasif tertentu seperti Percutaneous Coronary Intervention, (PCI) atau Coronary Artery By Pass Graft (CABG), dirujuk ke Pusat Jantung Sarawak bagi rawatan definitif apabila keadaan klinikal pesakit stabil. Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 12

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 13

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN DARIPADA : YB TUAN ROBERT LAU HUI YEW

Tuan Robert Lau Hui Yew minta MENTERI ALAM SEKITAR DAN AIR menyatakan status terkini perlaksanaan Projek Tebatan Banjir Fasa III bagi Sibu, Sarawak. NO SOALAN: 13

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

1. Projek Rancangan Tebatan Banjir Sibu Fasa 3, Lembangan Sungai Rajang, Sarawak telah diluluskan dalam Rancangan Malaysia Ke Sebelas (RMKe-11) dengan kos projek berjumlah RM100 juta.

2. Projek ini dalam peringkat perlaksanaan yang telah bermula pada 7 Mei 2018 dan dijangka siap pada 6 Mac 2022 dengan status kemajuan kerja fizikal semasa di tapak adalah 30.18% setakat 24 Ogos 2020.

3. Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) melalui JPS juga telah memohon peruntukan bagi projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sibu Fasa 4 berjumlah RM395 juta dalam RMKe-12.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 14

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN DARIPADA : YB TUAN ROBERT LAU HUI YEW

Tuan Robert Lau Hui Yew minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan apakah cadangan kementerian bagi menaik taraf Kompleks Sukan Bintangor, Sarawak yang dalam keadaan amat daif.

NO SOALAN: 14

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan sentiasa komited dalam memastikan kemudahan sukan di seluruh negara berada pada tahap terbaik. Pada masa ini pelbagai kemudahan sukan kini sedang dan akan dinaik taraf berdasarkan kepada keperluan dan permohonan yang diterima. Berhubung dengan naik taraf Kompleks Sukan Bintangor ini, Kerajaan melalui Kementerian Belia dan Sukan bersedia untuk mempertimbangkan permohonan daripada pihak Majlis Daerah Meradong dan Julau bagi pelaksanaan dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK-12).

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 15

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN DARIPADA : TUAN ROBERT LAU HUI YEW

Tuan Robert Lau Hui Yew minta MENTERI KESIHATAN menyatakan strategi untuk mengurangkan kesesakan di Klinik Kesihatan Jalan Oya di Sibu, sebagai contoh, menyewa 2 lot kedai untuk dijadikan Klinik Kesihatan Satelit dan membina sebuah Klinik Kesihatan tambahan di Teku. Cadangan kedua-dua projek tersebut telah pun dibentangkan kepada Kementerian oleh Jabatan Kesihatan Sibu.

NO SOALAN: 15

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahi Yang Berhormat,

1. Projek dan kertas cadangan Klinik Satelit KK Jalan Oya untuk penyewaan dua (2) lot kedai telahpun mendapat maklumbalas daripada Kementerian Kewangan Malaysia melalui surat rujukan MOF.NBO.600-9/14/6 JLD.3(1) yang bertarikh 4 Ogos 2020 dengan kelulusan penyewaan sebanyak RM4,000.00 sebulan dan had kos pengubahsuaian adalah maksimum RM250,000.00.

2. Selain itu, antara langkah yang diambil untuk mengurangkan kesesakan pesakit di Klinik Kesihatan Jalan Oya adalah melalui pelaksanaan sistem temujanji berperingkat bagi mengurangkan bilangan pesakit yang menunggu dan memendekkan masa menunggu pesakit yang hadir.

3. Klinik Kesihatan Jalan Oya juga telah menyediakan perkhidmatan nilai tambah (Value Added Services – VAS) bagi memudahkan pesakit mendapatkan bekalan ubat susulan, termasuk perkhidmatan farmasi pandu-lalu dan perkhidmatan farmasi satelit yang beroperasi di Klinik Komuniti Taman Rejang.

4. Bagi projek Klinik Kesihatan Jalan Teku Jenis 2, lawatan tapak tanah telah dilakukan dan Jabatan Tanah dan Survei Sarawak melalui surat bertarikh 22 Mei 2020 telah memaklumkan Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) Persekutuan bahawa NO SOALAN: 15

Permohonan Tukar Guna Tapak Kementerian Pendidikan Malaysia Kepada Tapak Cadangan Klinik Kesihatan Jenis 2 Jalan Teku telah dimajukan untuk tindakan seterusnya.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 16

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN DARIPADA : YB DATUK HAJI ISMAIL BIN IBRAHIM

Datuk Haji Ismail Bin Ibrahim minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah sebenar bagi penerima bantuan :-

(a) Bantuan Prihatin Nasional di seluruh negara mengikut negeri-negeri; dan

(b) penerima bantuan RM3000 Geran Khas Prihatin bagi peniaga kecil dan sederhana. NO SOALAN: 16

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Bantuan Prihatin Nasional

Bantuan Prihatin Nasional atau BPN merupakan salah satu bantuan yang disediakan oleh Kerajaan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang diberikan secara one-off kepada golongan B40 dan M40. Pemberian BPN bagi golongan B40 adalah berdasarkan pangkalan data Bantuan Sara Hidup. Manakala BPN bagi golongan M40 adalah berdasarkan data percukaian Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

Pembayaran BPN dibuat secara pengkreditan terus ke akaun bank penerima secara berfasa mulai 6 April 2020. Bagi penerima BPN di bawah kategori yang tidak mempunyai akaun bank atau gagal kredit ke akaun yang didaftarkan, pembayaran dibuat secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional mulai 15 Mei 2020 dan tempoh sah penunaian adalah sehingga 31 Disember 2020.

Permohonan baharu sekiranya tidak tersenarai sebagai penerima BPN dibuka mulai 1 April 2020 sehingga 30 April 2020. Manakala permohonan rayuan BPN pula dibuka mulai 11 Mei 2020 sehingga 31 Mei 2020. Hasil NO SOALAN: 16 daripada ini, sebanyak 160,000 permohonan rayuan telah layak untuk menerima BPN.

Secara keseluruhan, sejumlah RM11.14 bilion telah disalurkan kepada 10.6 juta penerima di bawah BPN. Data pecahan penerima BPN mengikut Negeri dalam peratusan adalah seperti berikut:

% kepada

jumlah Negeri penerima Selangor 15% Johor 13% Sarawak 10% Perak 9% Sabah 9% Kedah 8% Wilayah Persekutuan 7% Kelantan 6% 6% Pahang 5% Terengganu 4% 4% Melaka 3% Perlis 1%

NO SOALAN: 16

Geran Khas Prihatin

Geran Khas Prihatin atau GKP merupakan salah satu usaha pihak Kerajaan untuk membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mikro yang terkesan akibat penularan wabak COVID-19. Melalui GKP, setiap PKS mikro yang berkelayakan akan diberi bantuan kewangan tunai secara one-off sebanyak RM3,000. Permohonan GKP dilakukan secara atas talian bermula dari 1 Mei 2020 hingga 15 Mei 2020.

Syarat kelayakan bagi permohonan GKP adalah seperti berikut:

i. Pemohon mestilah berstatus warganegara Malaysia; ii. Pemohon menjalankan PKS mikro dengan jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000 dan jumlah pekerja kurang daripada 5 orang, tidak termasuk pemilik; iii. Berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum atau pada 31 Disember 2019; iv. Masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat; dan v. Semakan silang data dengan agensi yang dilantik Kementerian Kewangan.

Sejumlah 677,000 permohonan telah diterima. Tempoh rayuan bagi pemohon yang tidak lulus dibuka mulai 3 Jun 2020 hingga 15 Jun 2020. Sebanyak 545,000 permohonan berjumlah RM1.63 billion telah diluluskan dan pembayaran kepada penerima GKP dibuat mulai 15 Jun 2020. NO SOALAN: 16

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 17

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN DARIPADA : YB DATUK HAJI ISMAIL BIN IBRAHIM

Datuk Haji Ismail bin Ibrahim minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bilangan sebenar kes-kes Jenayah Komersial di bawah Kanun Keseksaan dan AMLATFA 2001 (mengikut negeri) yang di beku siasatan dari tahun 2013 dengan mengambil kira :- bilangan kes yang gagal di muktamad siasatan dan di bawa ke Mahkamah sebagaimana gesaan KPN pada Julai 2020; dan bilangan kes yang sedang di bicara dan berlaku penangguhan prosiding kerana kegagalan Pegawai Penyiasat Jenayah Komersial menghadiri Perbicaraan serta telah dikeluarkan waran tangkap oleh Mahkamah. NO SOALAN: 17

JAWAPAN

Tuan Yang di Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Polis Diraja Malaysia amat memandang serius dalam usaha untuk membanteras jenayah komersil di negara ini. Namun begitu, terdapat sedikit perbezaan pendekatan dalam penyiasatan kes-kes jenayah komersil berbanding dengan kes-kes jenayah lain. Siasatan bagi kes jenayah komersil memerlukan keterangan saksi- saksi yang ramai dan juga pelbagai dokumen sebagai pembuktian dalam setiap kes. Kerjasama dari agensi-agensi lain seperti institusi perbankan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Bank Negara Malaysia (BNM), Jabatan Kimia dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sangat diperlukan untuk melancarkan proses siasatan.

Kes-kes yang dibeku siasatan ataupun kertas siasatan terbengkalai adalah kes-kes yang masih dalam siasatan tetapi tidak dibuat pergerakan oleh Pegawai Penyiasat yang mengendalikan siasatan tersebut lebih dari tempoh tiga (3) bulan. Jabatan Siasatan Jenayah Komersi (JSJK) tidak mempunyai sebarang kes terbengkalai sepanjang tahun 2013 hingga kini bagi kes-kes jenayah komersil mahupun kes di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (Anti-Money Laundering, Anti-Terrorism Financing and Proceeds of Unlawful Activities Act, AMLATFAPUAA) 2001.

NO SOALAN: 17

Pada tahun 2013 sehingga 31 Julai 2020 sebanyak 36,742 kertas siasatan bagi kes komersil telah dibuka dan terdapat 313 kertas siasatan melibatkan AMLA masih dalam siasatan dan tindakan JSJK.

Tuan Yang di Pertua,

Bagi kes yang sedang dibicara dan berlaku penangguhan prosiding kerana kegagalan Pegawai Penyiasat Jenayah Komersil menghadiri perbicaraan, hanya dua (2) kertas siasatan sahaja masih dalam perbicaraan iaitu masing-masing satu (1) kes dalam tahun 2017 dan satu (1) dalam tahun 2019 di Pulau Pinang bagi kes jenayah komersil. Manakala tiada kes yang sedang dibicara dan berlaku penangguhan prosiding kerana kegagalan Pegawai Penyiasat Jenayah Komersil menghadiri perbicaraan bagi kes AMLA.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 18

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN DARIPADA : YB DATUK HAJI ISMAIL BIN IBRAHIM

Datuk Haji Ismail bin Ibrahim minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan bilangan anggota dan Pegawai ATM yang terlibat dalam urusan kawalan semasa PKP, PKPD, PKPB dan PKPP serta berapakah perbelanjaan mengurus dan pembelian alatan PPE, sanitiser dan bahan ubat-ubatan yang terlibat sejak Mac 2020. NO SOALAN: 18

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Sejak pelaksanaan Operasi PENAWAR pada 22 Mac 2020, seramai 7,500 orang Pegawai dan Anggota ATM telah terlibat terutamanya semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa 2 iaitu semasa pengisytiharan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD). Namun kekuatan Pegawai dan Anggota yang terlibat dengan Operasi PENAWAR telah dikurangkan secara berperingkat, selepas pengisytiharan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Setelah Sekatan Jalan Raya (SJR) ditamatkan, Pegawai dan Anggota ATM yang terlibat telah ditarik semula ke pasukan bagi menumpukan kepada penugasan memperkukuhkan kawalan sempadan. Namun begitu, ATM sentiasa bersedia untuk diaturgerakan semula sekiranya diarahkan bagi membantu pihak PDRM dalam menguatkuasakan pelaksanaan PKP pada masa akan datang.

Sehingga kini, jumlah perbelanjaan bagi Personal Protective Equipment (PPE) untuk memenuhi keperluan Operasi PENAWAR mulai 20 Mac hingga 14 Ogos 2020 adalah sebanyak RM11.82 juta. Perbelanjaan ini melibatkan perolehan pelitup muka berjumlah RM4.99 juta, sarung tangan getah berjumlah RM1.06 juta dan Hand Sanitiser berjumlah RM5.76 juta. Peralatan PPE ini telah digunakan oleh Anggota ATM bagi mencegah dan mengawal penularan Wabak COVID-19 semasa melaksanakan tugas termasuk bagi penugasan Operasi BENTENG.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 19

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN DARIPADA : YB DATUK HAJI ISMAIL BIN IBRAHIM

Datuk Haji Ismail Bin Ibrahim minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah sebenar pendaftar pemilih yang berumur 18 tahun ke atas pada 2019 / 2020 yang telah didaftarkan SPR dan sejauh mana persediaan SPR menghadapi Pilihanraya ke 15 yang bakal diadakan pada bila-bila masa dari sekarang.

NO SOALAN: 19

JAWAPAN

[YB DATO’ TAKIYUDDIN BIN HASSAN, MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (PARLIMEN DAN UDANG-UNDANG)]

Tuan Yang di Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sentiasa bersedia bagi menghadapi berlakunya Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15. Ini adalah penting bagi memastikan pengendalian penjalanan pilihan raya tersebut berjalan dengan lancar dan sempurna terutamanya dalam tempoh pasca COVID-19.

SPR telah membuat persediaan dan perancangan yang menyeluruh meliputi aspek seperti keperluan bajet pilihan raya, peralatan, logistik, pembangunan sistem, pengurusan sumber manusia dan latihan kepada petugas. Antaranya adalah seperti berikut:-

(i) SPR telah mengadakan engagement dengan jabatan dan agensi kerajaan yang berkaitan dalam membantu melancarkan lagi proses pilihan raya.

(ii) SPR akan mewujudkan lebih banyak pusat mengundi tambahan ke atas daerah mengundi yang mempunyai bilangan pemilih yang tinggi. Urusan Pengemaskinian Daerah Mengundi ini akan dilaksanakan oleh SPR dari semasa ke semasa selaras dengan Seksyen 7 (2) Akta Pilihan Raya 1958. SPR akan memastikan pewujudan pusat-pusat NO SOALAN: 19

mengundi baharu ini akan memudahkan pemilih untuk keluar mengundi pada masa hadapan.

(iii) SPR juga menjalankan urusan pengemaskinian daftar pemilih dari semasa ke semasa berdasarkan kepada Peraturan 10 dan Peraturan 25, Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002. Ini termasuklah memotong nama pemilih yang telah disahkan meninggal dunia dan memotong nama pemilih yang telah disahkan melepaskan atau dilucutkan hak kewarganegaraan.

Bagi memastikan pilihan raya dilaksanakan dengan adil dan telus, SPR akan meneruskan pelaksanaan penambahbaikan terhadap proses penjalanan pilihan raya seperti yang telah dilaksanakan dalam Pilihan Raya Kecil selepas PRU Ke-14. Pada masa ini, semua proses penjalanan pilihan raya akan disesuaikan mengikut Garis Panduan Pencegahan Covid-19 selaras dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di bawah Akta 342 yang telah dikuatkuasakan oleh pihak Kerajaan seperti yang telah dilaksanakan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N.23 Chini dan N.58 Slim.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 20

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN DARIPADA : YB PUAN RAS ADIBA BINTI MOHD RADZI

Puan Ras Adiba Binti Mohd Radzi minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan berapakah jumlah geran penyelidikan berkenaan pembangunan dan kesejahteraan OKU yang telah diluluskan oleh Kementerian seperti dinyatakan dalam Pelan Tindakan OKU 2016-2022 serta apakah inisiatif Kementerian terutamanya buat golongan OKU.

NO SOALAN: 20

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

1. Bermula RMK-10, MOSTI telah menawarkan pelbagai skim dana pembiayaan untuk pembangunan dan kesejahteraan OKU. Antara skim dana yang ditawarkan adalah skim Innovation Fund (Innofund), program Flagship, Program Malaysia Social Innovation (MySI), inisiatif Tahun Pengkomersialan Malaysia (MCY) dan Social Impact Matching Grant (SIM).

2. Skim Innofund bertujuan menggalakkan penghasilan produk- produk inovasi oleh pengusaha industri mikro, kecil dan sederhana serta komuniti. Skim ini terdiri daripada Enterprise Innofund (EIF) dan Community Innofund (CIF).

3. Di bawah skim CIF, MOSTI telah membiayai dua (2) projek dengan jumlah nilai sebanyak RM 450,000.00 yang telah memberi manfaat kepada golongan OKU sepanjang tempoh RMK-10 iaitu:

a. Projek Pembuatan dan Pemulihan Kerusi Roda khusus kanak-kanak spastik secara tailor-made;

Projek ini melibatkan pembinaan, pembaik pulihan dalam usaha untuk pengurangan kos pembelian kerusi roda khas untuk kanak-kanak OKU bagi membantu rehabilitasi kanak-kanak. Projek dilaksanakan oleh Persatuan Alumni Pandang ke Timur NO SOALAN: 20

(ALEPS) dengan usahasama Jabatan Kebajikan Masyarakat dengan kos pelaksanaan sebanyak RM200,000.00

b. Community Empowerment for Dyslexia Through Use of Optometric Assistive Technology Aids, Interactive Website Delivery and Teacher and Parent Education Program.

Projek ini dilaksanakan oleh Persatuan Dyslexia Negeri Sarawak yang menumpu kepada pelaksanaan bengkel kesedaran disleksia, pembangunan laman web interaktif untuk kanak-kanak disleksia dan pembangunan peralatan optometric assistive technology aid untuk membantu kanak-kanak disleksia untuk membaca dengan kos pelaksanaan sebanyak RM250,000.00.

4. Manakala program Flagship adalah untuk membiayai penyelidikan dalam bidang yang dikenal pasti memberi impak ke atas pembangunan STI dan sejajar dengan Model Ekonomi Baru (NEM).

5. Di bawah program Flagship, MOSTI telah membiayai satu (1) projek dengan jumlah nilai sebanyak RM 2.8 juta yang memberi manfaat kepada golongan OKU iaitu:

a. To Develop A Pre-Commercial Prototype Of A Brain- Computer Interface (BCI) Wheelchair

Projek ini dilaksanakan oleh Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) untuk menaik taraf kerusi roda prototaip komersial Brain- Computer Interface (BCI) yang akan membolehkan pesakit yang lumpuh bergerak dan berkomunikasi dengan orang lain. Dengan NO SOALAN: 20

cara ini, ia akan meningkatkan kualiti hidup dua kumpulan pesakit - pesakit Motor Neuron Disease (MND) dan strok.

6. Program MySI merupakan satu inisiatif MOSTI bagi merakyatkan inovasi melalui penggunaan teknologi berinovatif yang telah dibangun dan tersedia untuk memenuhi keperluan sosial komuniti.

7. Di bawah program MySI, daripada 133 projek yang telah dilaksanakan daripada tahun 2016 sehingga 2019, sebanyak lapan (8) projek MySI telah berjaya dilaksanakan dengan tujuan mencipta peralatan bantuan yang boleh digunakan dalam kehidupan untuk membantu golongan OKU seperti berikut:

a. Projek Papan Pengatur Huruf Braille di ; b. Projek Siasitok Flashcard for Deaf di Melaka; c. Projek Sensori Mutiara Borneo di Sabah; d. Projek Sensori Mutiara di Kuala Lumpur dan Melaka; dan e. Projek Stance Wheel di Perlis; f. Bantuan Origami Corner Chair Kepada Kanak-Kanak Cerebral Palsy; g. MyB Orthopaedic Innovation-An Idea to Reality; dan h. Pembuatan Soket Prostesis Menggunakan Teknologi Pencetakan 3D

Tuan Yang di-Pertua,

8. MOSTI telah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk meningkatkan hasil pengkomersialan R&D. Antaranya pelaksanaan inisiatif Tahun Pengkomersialan Malaysia (MCY) dengan mengadakan sesi NO SOALAN: 20

engagement bersama stakeholders, pitching, business matching dan pembangunan upaya. MCY merupakan platform untuk pemindahan teknologi dan pengkomersialan produk atau hasil R&D yang dihasilkan oleh agensi, universiti dan swasta.

9. Bagi produk MCY pula, antara produk/teknologi yang dihasilkan yang melibatkan golongan OKU adalah F1 Wheel Chair, Standard Wheel Chair, Service to Establishing Digital Makerspace, Remdii Sensitive Intensive Moisturising Cream dan Multi Sensory Smart Room.

10. Selain itu juga, Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) iaitu sebuah agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi, dan Inovasi (MOSTI) telah diamanahkan untuk melaksanakan pelbagai bentuk program dan aktiviti. Antaranya ialah Program Mengarusperdanakan Inovasi Akar Umbi (MaGRIs) dan Program Berimpak Tinggi 6 (HIP6) – Inovasi Inklusif.

11. Pelaksanaan program ini merangkumi semua lapisan golongan sasaran khususnya menfokuskan kepada inovasi yang membantu Kumpulan B40, belia, ibu tunggal dan orang kelainan upaya (OKU), seterusnya merapatkan jurang akses dari segi pendidikan, kesihatan, utiliti dan produktiviti.

12. Bagi membantu golongan OKU dalam menjana pendapatan dan kehidupan seharian mereka, sebanyak 11 produk inovasi telah dibangunkan di bawah Program HIP6 seperti berikut:

a. Affordable Wheelchair ; b. TremorX ; NO SOALAN: 20

c. EYENAVI - Blind Navigation Device ; d. Qfinder ; e. Medi Bike Exerciser ; f. Smart Walking Frame ; g. KESOKU - Kerusi Solat Kurang Upaya ; h. Eartistic ; i. Mobile Learning Platform for OKU Students (DID MY iLEARN Ace) ; j. Learning Tools for Deaf ; dan k. PISMO - Braille Learning Machine.

13. Dengan jumlah dana sebanyak RM15 juta yang diterima dari 2015 - 2020 bagi pembangunan inovator usahawan akar umbi, secara keseluruhannya kedua-dua program ini telah berjaya memberi manfaat kepada 62,000 orang merangkumi pelajar-pelajar sekolah, pekebun-pekebun, usahawan-usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di samping tidak ketinggalan ibu-ibu tunggal dan golongan OKU.

Tuan Yang di-Pertua,

14. Kementerian melalui agensi di bawahnya, Malaysian Global Innovation and Creativity Centre (MaGIC) juga mempunyai program pembangunan usahawan atau startups yang mensasarkan golongan B40, M40, golongan belia, ibu tunggal, orang asli dan OKU bagi meningkatkan taraf hidup mereka melalui penglibatan dalam perusahaan sosial iaitu pemberian Social Impact Matching Grant (SIM).

NO SOALAN: 20

15. Pemberian geran SIM berjumlah RM10 juta di bawah inisiatif Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) melalui MaGIC juga bertujuan untuk menyokong perusahaan sosial tempatan dan perniagaan berimpak sosial untuk menyemai dan memajukan inisiatif dan program mereka.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 21

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN DARIPADA : YB PUAN RAS ADIBA BINTI MOHD RADZI

Puan Ras Adiba binti Mohd Radzi minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah tindakan dan usaha pihak Kementerian dalam mengenal pasti golongan Orang Kurang Upaya (OKU) yang tidak berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat serta apakah persediaan Kerajaan dalam berhadapan dengan penambahan jumlah OKU pada masa akan datang.

NO SOALAN: 21

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Permohonan Pendaftaran Orang Kurang Upaya (OKU) dilaksanakan menurut Seksyen 22(1) Akta Orang Kurang Upaya 2008. Garis Panduan Pendaftaran OKU menetapkan bahawa pendaftaran OKU dilakukan secara permohonan atas dasar sukarela dan hanya untuk warganegara Malaysia. Agensi yang terlibat dalam pendaftaran OKU adalah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Untuk mengenal pasti golongan OKU yang tidak berdaftar dengan JKM, pendaftaran OKU dilaksanakan di setiap Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah dan terbuka kepada OKU di semua kawasan termasuk kawasan bandar, luar bandar, setinggan, kampung, ladang, perkampungan orang asli dan sebagainya. JKM telah menggunakan beberapa kaedah untuk meningkatkan kesedaran tentang pendaftaran kepada OKU yang belum berdaftar melalui pelbagai program outreach seperti:

i. Penerangan tentang ketidakupayaan semasa Kempen Pendaftaran OKU; ii. Khidmat nasihat kepada ibu bapa yang memerlukan di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah; iii. Rujukan kes kepada pakar / pegawai perubatan di daerah atau klinik kesihatan untuk pengesahan dan cadangan pemulihan; NO SOALAN: 21

iv. Penerangan oleh pihak Pertubuhan Sukarela Kebajikan yang berdaftar di bawah JKM; v. Penerangan tentang pendaftaran OKU semasa temu bual di media cetak atau elektronik; dan vi. Mengedarkan risalah pendaftaran OKU kepada orang awam.

Selain itu, KKM juga menyalurkan pelbagai maklumat dan informasi tentang OKU. Borang Permohonan Pendaftaran OKU diedarkan di semua hospital dan klinik kesihatan agar pegawai perubatan dapat menasihatkan ibu bapa untuk mendaftar kanak-kanak yang telah dikenal pasti sebagai OKU untuk berdaftar dengan segera agar langkah intervensi yang sesuai dapat disediakan kepada kanak-kanak berkenaan.

Kerajaan sentiasa bersedia untuk menghadapi pertambahan jumlah OKU pada masa akan datang dengan menyediakan pelbagai kemudahan dan keistimewaan yang sering ditambah baik. Walau bagaimanapun, Kerajaan menyeru agar OKU yang belum berdaftar perlu berbuat demikian untuk mengetahui bilangan, taburan dan kategori OKU di negara ini bagi maksud merancang program dan perkhidmatan berkaitan dengan pencegahan, pendidikan, habilitasi dan rehabilitasi serta latihan.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 22

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN DARIPADA : YB PUAN RAS ADIBA BINTI MOHD RADZI

Puan Ras Adiba binti Mohd Radzi minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan jumlah bilangan OKU B40 di negara ini serta apakah inisiatif dan usaha yang telah diambil untuk mengurangkan tahap kemiskinan OKU.

NO SOALAN: 22

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Berdasarkan statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sehingga Julai 2020, jumlah OKU yang berdaftar dengan JKM melalui Sistem Maklumat Orang Kurang Upaya (SMOKU) adalah seramai 567,435 orang.

Pelbagai inisiatif dan usaha bagi mengurangkan tahap kemiskinan OKU bukan sahaja dari segi bantuan meliputi kerjasama Kementerian/ Jabatan/ Agensi yang diselaraskan di bawah Pelan Tindakan OKU 2016-2022 atau dasar berkaitan OKU sebagai contoh Dasar Satu Peratus (1%) Peluang Pekerjaan kepada OKU di Sektor Awam, Program Jabatan Tenaga Kerja Skim Bantuan Galakan Perniagaan (SPGB).

JKM menyalurkan bantuan kepada kumpulan sasar yang layak termasuk golongan OKU. Terdapat beberapa skim Bantuan Kewangan Bulanan dan Bantuan Sekaligus yang boleh memberi manfaat kepada golongan OKU yang layak, iaitu:

1. Bantuan Kewangan Bulanan 1.1 Elaun Pekerja Cacat (EPC) dengan kadar RM400 sebulan; 1.2 Bantuan OKU Tidak Bekerja (BTB) dengan kadar RM250 sebulan; dan 1.3 Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/Pesakit Kronik Terlantar (BPT) dengan kadar RM350 sebulan. NO SOALAN: 22

Sehingga bulan Jun 2020 seramai 190,000 penerima bantuan di bawah Skim Bantuan OKU dan sebanyak RM371.8 juta telah disalurkan kepada golongan OKU yang layak.

2. Bantuan Sekaligus 2.1 Bantuan Alat Tiruan dan Sokongan (BAT), kadar mengikut harga BAT sebenar. Sehingga bulan Jun 2020 seramai 594 OKU layak menerima BAT dan sebanyak RM1.08 juta telah disalurkan kepada golongan OKU yang layak dan memerlukan bantuan alat tiruan dan sokongan.

2.2 Program 2 Years Exit (2YEP) bagi memperkasakan OKU ke arah berdikari dan menceburi bidang keusahawanan melalui pemberian modal dan bimbingan untuk memulakan perniagaan. Sehingga kini terdapat 1,882 orang OKU telah diluluskan bantuan geran pelancaran di bawah 2YEP dengan jumlah peruntukan sebanyak RM5.08 juta.

3. Bantuan Khas Orang Kurang Upaya PENJANA Berdasarkan statistik Sistem Pengurusan Bantuan Kebajikan (eBantuanJKM) sehingga Julai 2020, seramai 190,000 OKU layak menerima Bantuan Khas Orang Kurang Upaya PENJANA. Kadar Bantuan Khas ini adalah sebanyak RM300 secara one-off.

Bagi melaksanakan tanggungjawab ini Kementerian Kewangan telah menyediakan peruntukan sebanyak RM57 juta. Bantuan Khas ini merupakan bantuan bersasar yang dikhususkan kepada penerima bantuan di bawah skim Bantuan Kewangan Bulanan OKU iaitu Elaun Pekerja Cacat (EPC), Bantuan Orang Kurang Upaya NO SOALAN: 22

Tidak Bekerja (BTB) dan Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/Pesakit Kronik Terlantar (BPT).

Sehingga 5 Ogos 2020, bagi fasa 1, seramai 185,770 orang (97%) telah menerima Bantuan Khas ini dengan jumlah peruntukan yang telah disalurkan sebanyak RM55.7 juta. JKM kini sedang memproses bagi pembayaran fasa 2 kepada seramai 4,230 penerima baru bagi bulan Jun, Julai dan Ogos 2020 dengan peruntukan sebanyak RM1.3 juta. Bayaran akan diterima selewat- lewatnya pada 31 Ogos 2020.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 23

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN DARIPADA : YB PUAN RAS ADIBA BT MOHD RADZI

Puan Ras Adiba binti Mohd Radzi minta MENTERI SUMBER MANUSIA minta Kementerian Sumber Manusia menyatakan kadar pengangguran dalam kalangan belia OKU yang terdiri daripada graduan, berkemahiran dan tidak berkemahiran serta apakah usaha Kementerian untuk mengatasi masalah pengangguran dalam kalangan OKU.

NO SOALAN: 23

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

1. Pengumpulan data bagi taraf ketidakupayaan Orang Kurang Upaya (OKU) di dalam Survei Tenaga Buruh (STB) oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) buat pertama kalinya dilaksanakan pada tahun 2019. Berdasarkan STB tahun 2019, kadar pengangguran belia yang berumur 15 hingga 30 tahun adalah 6.7 peratus manakala dalam kalangan belia OKU pula adalah 3.8 peratus. Walau bagaimana pun tiada data dalam kajian berkenaan berhubung pengangguran belia OKU yang terdiri daripada graduan, berkemahiran dan tidak berkemahiran.

Untuk makluman Dewan yang mulia,

2. Kementerian Sumber Manusia (KSM), melalui Jabatan Tenaga Kerja (JTK) telah merangka pelbagai program dan telah dilaksanakan untuk membantu para pencari kerja termasuklah golongan OKU. Antara program-program yang telah dilaksanakan ialah penganjuran temu duga terbuka mengikut standard prosedur norma baharu yang telah ditetapkan. Ia bertujuan sebagai platform bagi para pencari kerja dan majikan untuk bertemu dan mendapatkan pekerjaan dan calon pekerja yang sesuai dengan kehendak mereka. Pada tahun 2019, seramai 718 orang pencari kerja OKU berjaya ditempatkan. Manakala sehingga 31 Julai 2020, seramai 81 orang pencari kerja OKU berjaya ditempatkan.

NO SOALAN: 23

3. Selain program-program penjodohan dan penempatan pekerjaan golongan OKU ini, KSM turut menggalakkan golongan ini bekerja sendiri melalui Skim Bantuan Galakan Perniagaan Orang Kurang Upaya (SBGP- OKU). Sejak skim ini diperkenalkan seramai 1,147 OKU telah menerima geran ini dan membuka perniagaan sendiri. Manakala sebanyak RM 3,270,505.65 telah diluluskan untuk golongan ini berniaga.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 24

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN DARIPADA : YB PUAN RAS ADIBA BINTI MOHD RADZI

Puan Ras Adiba binti Mohd Radzi minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah tindakan pihak Kementerian dalam memperkasakan Akta 685 bagi menentukan wakil OKU di dalam PBT.

NO SOALAN: 24

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Behrormat,

Dalam usaha memperkasakan Akta Orang Kurang Upaya 2008 [Akta 685], Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah mengemukakan Memorandum Jemaah Menteri (MJM) Pelan Tindakan Aksesibiliti Orang Kurang Upaya di bawah Aspek Persekitaran Fizikal bagi Panduan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang mencadangkan supaya Orang Kurang Upaya (OKU) atau wakil dilibatkan dalam mekanisme perancangan dan pembangunan di PBT dan unit atau pasukan audit akses ditubuhkan di PBT.

Walau bagaimanapun, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) berpandangan bahawa tiada keperluan melantik OKU atau wakil dalam Jawatankuasa Teknikal di peringkat perancangan dan pembangunan di PBT. Sebaliknya wakil OKU akan dilibatkan semasa proses pembangunan dasar di peringkat Kementerian. Selain itu, beberapa piawaian Standards Malaysia telah disediakan oleh SIRIM bagi memastikan keperluan OKU diambil kira.

KPWKM telah menyediakan manual dan senarai semak audit akses bagi tujuan penarafan bintang dan membantu PBT di setiap negeri menjalankan audit akses di bawah aspek persekitaran fizikal. Satu MJM berkenaan manual dan senarai semak audit akses akan dikemukakan untuk pertimbangan Jemaah Menteri sebelum diangkat ke Mesyuarat Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan (MNKT). NO SOALAN: 24

Adalah diharapkan dengan pelaksanaan audit akses ini, penglibatan OKU dalam mekanisme perancangan dan pembangunan di peringkat PBT dapat diperluaskan.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 25

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN DARIPADA : YB PUAN SUSAN CHEMERAI ANDING

Puan Susan Chemerai Anding minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan jumlah peluang pekerjaan yang bakal dicipta di Sarawak daripada inisiatif PENJANA HRDF, tempoh masa untuk pencapaian tersebut dan langkah-langkah Kementerian untuk memastikan sasaran yang ditetapkan dapat tercapai.

NO SOALAN: 25

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

1. Melalui Inisiatif PENJANA HRDF, Kementerian Sumber Manusia menerusi Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) komited dalam memastikan setiap individu yang kehilangan pekerjaan dan punca pendapatan disebabkan oleh COVID-19 mendapat jaminan pekerjaan dan peluang menjana pendapatan bagi meneruskan kelangsungan hidup yang lebih baik dan sejahtera. Inisiatif ini memberi manfaat kepada rakyat Malaysia di seluruh Negeri di Semenanjung Malaysia termasuklah Sabah dan Sarawak.

2. Salah satu skim yang ditawarkan di bawah inisiatif PENJANA HRDF adalah Place & Train yang memberi jaminan peluang pekerjaan kepada pelatih sejurus tamat latihan. Berdasarkan kepada kertas cadangan yang diterima oleh PSMB, bagi Negeri Sarawak, PSMB telah menerima sebanyak 40 kertas cadangan bagi skim Place & Train daripada 20 penyedia latihan yang menawarkan 1,981 peluang pekerjaaan.di bawah skim ini.

3. Setakat 18 Ogos 2020, sebanyak 9 kertas cadangan daripada 3 penyedia latihan telah diluluskan oleh PSMB dan seramai 526 orang telah berjaya mendapat penempatan pekerjaan. Jumlah ini akan bertambah dari semasa ke semasa.

NO SOALAN: 25

4. Dengan perlaksanaan inisiatif PENJANA HRDF ini, PSMB sentiasa komited di dalam memastikan inisiatif yang dilaksanakan ini mencapai objektif yang ditetapkan dan menghasilkan outcome yang dapat membantu rakyat Malaysia menikmati kehidupan yang lebih baik.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 26

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN DARIPADA : YB DATUK LEE TIAN SING

Datuk Lee Tian Sing minta MENTERI KEWANGAN menyatakan bilangan permohonan baru untuk khidmat penyusunan semula kredit di bawah Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) sejak perlaksanaan PKP mengikut negeri dan kaum.

NO SOALAN: 26

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, jumlah pelanggan yang mendapat manfaat daripada perkhidmatan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah seperti berikut:

Jumlah Pelanggan Bil. Perkhidmatan (April – Julai 2020) i. Khidmat nasihat dan kaunseling kewangan 35,462 ii. Program Pengurusan Kredit 4,683 iii. Pendidikan kewangan 440,458

NO SOALAN: 26

2. Jumlah pelanggan yang mendapat khidmat Program Pengurusan Kredit dalam tempoh pelaksanaan PKP mengikut negeri adalah seperti berikut:

Negeri Jumlah 1. Johor 643 2. Kedah 211 3. Kelantan 43 4. Melaka 131 5. Negeri Sembilan 176 6. Pahang 170 7. Perak 233 8. Perlis 16 9. Pulau Pinang 310 10. Sabah 184 11. Sarawak 172 12. Selangor 1,593 13. Terengganu 70 14. Wilayah 731 Persekutuan Jumlah Keseluruhan 4,683

3. Untuk makluman Ahli yang Berhormat juga, AKPK tidak merekodkan statistik berdasarkan kaum yang mendapatkan khidmat yang disediakan.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 27

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN DARIPADA : DATUK LEE TIAN SING

Datuk Lee Tian Sing minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan:- a) bilangan dan nilai pelaburan langsung asing (FDI) yang telah diluluskan di antara tahun 2018 sehingga Disember 2019 berapa daripada bilangan tersebut telah terlaksana atau disempurnakan; dan b) mengapa yang lain belum dilaksana atau disempurnakan. NO SOALAN: 27

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli YAng Berhormat,

1. Bagi tempoh 2018 sehingga Disember 2019, sejumlah 1,709 projek telah diluluskan dalam sektor perkilangan dengan nilai pelaburan sebanyak RM170.1 bilion. Daripada jumlah ini, sejumlah RM111.9 bilion (65.8%) adalah terdiri daripada pelaburan asing (FDI).

2. Berdasarkan kaji selidik tahunan yang dilaksanakan oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) sehingga Disember 2019 terhadap status pelaksanaan bagi projek-projek yang diluluskan tersebut, didapati sebanyak 1,011 projek (59.2%) daripada projek-projek adalah di peringkat pelaksanaan yang melibatkan nilai pelaburan keseluruhan sebanyak RM73.6 bilion. Daripada jumlah ini sebanyak RM49.6 bilion (67.4%) merupakan pelaburan langsung asing (FDI).

3. Sementara itu, sebanyak 641 projek (37.5%) dengan nilai pelaburan keseluruhan sebanyak RM89.4 bilion lagi adalah di peringkat awal pelaksanaan yang melibatkan perolehan tapak perkilangan dan perancangan aktif. Daripada jumlah ini, sebanyak RM57.0 bilion (63.8%) adalah pelaburan langsung asing (FDI).

4. Berdasarkan kaji selidik yang sama, sebanyak 57 projek (3.3%) daripada jumlah projek keseluruhan yang diluluskan didapati belum dilaksanakan atau disempurnakan, melibatkan pelaburan sebanyak RM7.2 bilion. Daripada jumlah ini, status pelaksanaan bagi 22 projek NO SOALAN: 27 adalah tertangguh buat sementara waktu berikutan keadaan ekonomi tidak menentu, manakala 24 projek tergendala atas sebab-sebab dalaman syarikat. Selain itu, sebanyak 8 projek didapati masih belum diambil sebarang tindakan dan 3 lagi projek didapati telah menarik balik atau menutup operasi atas faktor-faktor dalaman dan luaran perniagaan.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 28

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN DARIPADA : YB DATUK LEE TIAN SING

Datuk Lee Tian Sing minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan apakah initiatif dan pendekatan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) untuk membantu para graduan yang terkesan daripada keadaan ekonomi dan pasaran kerja yang tidak memberangsangkan berikutan penularan wabak COVID-19.

NO SOALAN: 28

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Atas keprihatinan kerajaan untuk membantu peminjam PTPTN yang terkesan akibat pandemik COVID-19, YB Menteri Pengajian Tinggi semasa sesi penggulungan Perbahasan Titah Diraja di pada 4 Ogos 2020, telah mengumumkan pelanjutan tempoh moratorium kepada semua peminjam PTPTN bermula daripada Oktober sehingga Disember 2020. Sebelum ini kerajaan juga telah memberi penangguhan bayaran balik selama enam (6) bulan mulai 19 Mac 2020 sehingga 30 September 2020. Kedua-dua penangguhan ini memanfaatkan 1.5 juta peminjam dengan anggaran kutipan bayaran balik yang ditangguhkan sebanyak RM1.125 billion.

Selain itu, bagi membantu meringankan bebanan bayaran balik peminjam, beberapa inisiatif juga telah diperkenalkan antaranya: a. Penganjuran 'Virtual Mini Job Hunt for PTPTN Borrowers' secara dalam talian dengan kerjasama PERKESO bagi membantu peminjam mendapatkan peluang pekerjaan, seterusnya berupaya membuat bayaran balik pinjaman mereka; b. Membantu mengurangkan bebanan atau komitmen bayaran balik pinjaman dengan sentiasa terbuka untuk membuat rundingan bagi: i. menstrukturkan semula bayaran balik pinjaman sehingga umur 60 tahun; dan ii. menangguhkan bayaran balik pinjaman sehingga maksimum 24 bulan. NO SOALAN: 28

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 29

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN DARIPADA : YB DATUK LEE TIAN SING

Datuk Lee Tian Sing minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan:- a) strategi Kementerian untuk memastikan “availability dan access” kepada vaksin COVID-19 di Malaysia dan kita tidak akan dibebankan dengan harga vaksin yang terlalu tinggi; dan b) adakah Kementerian sedang berunding dengan mana-mana pihak untuk memastikan ketersediaan vaksin tersebut di pasaran Malaysia.

NO SOALAN: 29

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

1. Bagi memastikan negara mendapat bekalan vaksin COVID-19 yang diperlukan, MOSTI telah membentuk kerjasama strategik di antara Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Kementerian Kesihatan (KKM) dan Kementerian Luar Negeri (MOFA) bagi mencari peluang untuk mewujudkan kerjasama strategik yang melibatkan badan-badan antarabangsa, agensi dan syarikat tempatan bagi membolehkan Malaysia memperoleh kemudahan untuk pembangunan vaksin dan perubatan mencegah COVID-19. 2. MOSTI juga telah mengambil inisiatif untuk terlibat dalam pertubuhan Coalition for Epidemic Preparedness Innovations (CEPI). Penyertaan Malaysia sebagai ahli CEPI membolehkan Malaysia mendapat akses kepada pembangunan vaksin, pemindahan teknologi dan kepakaran baharu kepada penyelidik tempatan. 3. Malaysia juga telah menyatakan hasrat untuk bekerjasama dengan Kerajaan China dan agensi berkaitan seperti SINOVAC Biotech Ltd dan Sinopharm. Walau bagaimanapun, memandangkan jangkitan COVID-19 Malaysia semakin berkurangan, kedua-dua syarikat tersebut kurang berminat melaksanakan Ujian Klinikal Fasa 3 di Malaysia. Hasil perbincangan saya melalui video conferencing bersama Menteri Sains dan Teknologi (MOST), Republik Rakyat China pada 29 Julai 2020, salah satu tindakan susulannya Kerajaan Malaysia akan mengadakan perjanjian persefahaman (MoU) NO SOALAN: 29

bersama dengan pihak Menteri Sains dan Teknologi (MOST), Republik Rakyat China agar Malaysia berada dalam kalangan negara terawal mendapat bekalan vaksin COVID-19 apabila vaksin ianya diluluskan. Selain daripada itu, perbincangan turut diadakan bersama National Vaccine Institute (NVI) Thailand dalam usaha sama pembangunan vaksin.

4. Kolaborasi ini penting dalam menggerakkan hubungan diplomatik negara bagi memastikan Malaysia diberi keutamaan serta dilibat sama dalam proses penghasilan vaksin. Diplomasi sains melalui jaringan antarabangsa ini diharap dapat mengurangkan tempoh menunggu bagi Malaysia mendapatkan vaksin.

5. Bagi memastikan harga vaksin COVID-19 yang tidak berlalu tinggi dan membebankan rakyat, MOSTI kini sedang dalam usaha menyediakan Roadmap Pembangunan Vaksin Negara dan elemen ini akan dimasukkan dalam kajian roadmap tersebut. Selain daripada itu, MOSTI turut mengkaji model yang paling sesuai dengan menggunakan kaedah Perkongsian Awam-Swasta (PPP); iaitu dengan mengambil kira status semasa penyelidikan dan pembangunan dalam kalangan penyelidikan tempatan, status penyelidikan klinikal yang dilaksanakan di Malaysia pada ketika ini dan kemampuan sedia ada industri-industri di Malaysia untuk melaksanakan penghasilan vaksin tempatan negara. Kemampuan Industri Pembuatan Vaksin dilihat boleh dilakukan PPP dalam bentuk konsortium yang mengandungi tiga (3) fasa, iaitu:

NO SOALAN: 29

(i) Fasa 1: Fill and Finish; (ii) Fasa 2: Pilot facility dan Makmal; dan (iii) Fasa 3: Pengkomersialan secara pukal.

Fill and finish dijangka akan dapat dijalankan dengan kadar segera apabila Malaysia mendapat akses kepada vaksin COVID-19.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 30

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPATBELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN DARIPADA : YB DATUK LEE TIAN SING

Datuk Lee Tian Sing minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bilangan pasangan (spouse) kepada warganegara Malaysia yang telah memohon status pemastautin tetap dan juga status warganegara tetapi belum diluluskan dan apakah sebab-sebab permohonan mereka tidak dapat diproses atau diluluskan.

NO SOALAN: 30

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Pemerolehan kewarganegaraan bagi isteri bertaraf warga asing kepada lelaki bertaraf warganegara Malaysia adalah tertakluk di bawah Perkara 15(1) Perlembagaan Persekutuan. Berdasarkan rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi tempoh dari tahun 2015 hingga 31 Julai 2020, sebanyak 14,005 permohonan kewarganegaraan di bawah Perkara 15(1) Perlembagaan Persekutuan telah diterima. Daripada jumlah permohonan berkenaan, sebanyak 5,740 permohonan sedang diproses.

Seterusnya, bagi urusan pertimbangan permohonan, syarat-syarat permohonan kewarganegaraan di bawah Perkara 15(1) Perlembagaan Persekutuan seperti mana berikut hendaklah dipenuhi:- a. Perkahwinan yang didaftarkan mengikut perundangan bertulis di Malaysia; b. Suami kepada wanita warga asing berkenaan bertaraf warganegara Malaysia; c. Perkahwinan masih wujud dan berterusan; d. Pemohon telah memenuhi tempoh kemastautinan melebihi dua (2) tahun, yang dikira daripada pegangan Kad Pengenalan Pemastautin Tetap (MyPR) sebelum tarikh permohonan dibuat; dan e. Berkelakuan baik yang dinilai melalui tapisan keselamatan oleh Polis DiRaja Malaysia (PDRM).

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 31

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN DARIPADA : YB DATO’ ISA BIN AB. HAMID

Dato' Isa Bin Ab. Hamid minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan penyahwartaan Hutan Simpan Kuala Langat Utara seluas menyebabkan gangguan bekalan sumber air mentah dan sumber khazanah alam sekitar bagi hampir 2000 Komuniti Orang Asli di sekitar Kuala Langat.

NO SOALAN: 31

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

1. Kementerian Tenaga dan Sumber Asli mengambil perhatian serius dan masih mengekalkan pendirian untuk tidak menyokong cadangan pemansuhan Hutan Simpan Kuala Langat Utara (HSKLU) berkeluasan 930.93 hektar bagi tujuan pembangunan bercampur oleh Kerajaan Negeri Selangor.

2. Pewartaan keluar kawasan Hutan Simpan tersebut akan menyebabkan kehilangan spesies flora berharga seperti spesies Meranti bunga dan Meranti bakau yang masing-masing disenaraikan sebagai Critically Endangered Endangered di bawah “Malaysia Plant Red List – Peninsular Malaysian Dipterocarpaceae”.

3. Hutan Simpan tersebut juga mempunyai pelbagai spesies fauna termasuk spesies yang dilindungi sepenuhnya antara lainnya spesies burung liar yang terdapat lebih kurang 68 spesies burung di bawah Kategori Spesies Dilindungi Sepenuhnya seperti spesies Burung Helang dan Burung Tukang. Manakala untuk spesies mamalia, terdapat sembilan (9) spesies di bawah Kategori Spesies Dilindungi Sepenuhnya seperti spesies Kubung, Kongkang, Tenggiling, Tupai Kerawak Hitam, Tupai Gading, Kucing Batu, Bambun Ekor Pendek, Memerang Licin dan Tapir Malaya.

NO SOALAN: 31

4. Cadangan pewartaan keluar kawasan Hutan Simpan tersebut juga amat membimbangkan Kementerian ini, memandangkan tindakan ini akan turut menjejaskan komitmen Malaysia untuk memastikan sekurang-kurangnya 50% daripada keluasan tanah negara dilitupi kawasan berhutan dan pokok-pokok seperti yang dinyatakan semasa Sidang Kemuncak Bumi di Rio de Janeiro pada tahun 1992.

5. Tambahan pula, HSKLU merupakan Hutan Paya Gambut yang merupakan satu ekosistem yang unik dan istimewa kerana peranannya sebagai penyimpan karbon yang signifikan serta mengawal sumber air persekitaran. Walaupun kawasan HSKLU digantikan dengan mana-mana tanah yang lain sebagai Hutan Simpanan Kekal (HSK), jenis hutan atau kualiti dirian hutan di kawasan yang bakal digantikan adalah tidak setanding dengan dirian hutan kawasan yang diwarta keluar.

6. Oleh yang demikian, Kementerian amat berharap agar Kerajaan Negeri Selangor dapat mempertimbangkan semula cadangan pewartaan keluar kawasan HSKLU demi memelihara dan memulihara kepelbagaian biologi di negara ini dan kesejahteraan rakyat Negeri Selangor khususnya Orang Asli yang mendiami kawasan sekitar hutan tersebut.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 32

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN DARIPADA : YB DATO’ ISA BIN AB. HAMID

Dato’ Isa Bin Ab. Hamid minta MENTERI PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA menyatakan menyatakan sejauh manakah terjejasnya industri pelancongan Tahun Melawat Malaysia 2020 akibat corona virus dan langkah yang diambil untuk menangani virus tersebut. NO SOALAN: 32

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

1. Berikutan pengisytiharan dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac 2020, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) telah mengumumkan pembatalan kempen Tahun Melawat Malaysia 2020 dengan serta-merta.

2. Kerajaan sedar bahawa pihak dalam industri ini sedang menghadapi kesukaran yang berat pada saat ini. Justeru, Kerajaan melalui Kementerian ini telah merancang pelaksanaan Pelan Pemulihan Pelancongan dan Kebudayaan dalam usaha membantu industri ini untuk bangkit semula. Usaha ini merangkumi pelan jangka pendek, sederhana dan jangka panjang iaitu:

i. memulihkan kembali keyakinan orang awam untuk kembali melancong melalui Kempen Malaysia Bersih dan Selamat. Malaysia menjadi perhatian dan mendapat pujian masyarakat antarabangsa dalam menangani penularan wabak COVID-19. Melalui penyediaan SOP dalam pelbagai aktiviti, pelancong dari dalam dan luar negara boleh yakin dan tidak perlu berasa khuatir untuk melancong di dalam Malaysia;

ii. merancakkan semula pelancongan domestik. Meskipun sempadan negara masih belum dibuka, perjalanan rentas NO SOALAN: 32

negeri di dalam negara telah pun dibenarkan. MOTAC yakin bahawa pelancongan domestik mampu menjadi pemangkin untuk membantu industri ini bangkit semula dan memainkan peranan penting menyumbang kepada fasa pemulihan ekonomi negara ini;

iii. meneroka potensi ketibaan pelancong asing dari pasaran jarak dekat seperti negara ASEAN terutamanya melalui pelancongan rentas sempadan atau cross border tourism seperti mengadakan gelembung perjalanan pelancongan atau tourism bubble dengan negara-negara jiran atau negara-negara zon hijau yang telah dikenalpasti hasil kerjasama dengan Kementerian Kesihatan, Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Luar Negeri; dan

iv. memberi keutamaan kepada segmen yang telah dibenarkan oleh Kerajaan seperti pelancongan kesihatan, taman tema dan segmen Meetings, Incentives, Conferences and Exhibitions (MICE).

3. Setelah menilai pelbagai faktor, Kerajaan telah bersetuju membenarkan sektor pelancongan domestik untuk beroperasi semula bermula pada 10 Jun 2020. Ini membolehkan penggiat industri pelancongan domestik seperti industri perhotelan, homestay dan pemandu pelancong merancakkan semula aktiviti pelancongan yang terhenti sebelum ini.

4. Inisiatif Kerajaan dalam membenarkan pelepasan khas cukai individu sehingga RM1,000 untuk perbelanjaan pelancongan domestik NO SOALAN: 32 juga menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia untuk melancong dalam negara.

5. Bagi mengembalikan keyakinan dan menggalakkan lebih ramai rakyat untuk melancong dalam negara, premis-premis pelancongan perlu komited dalam mengamalkan pembudayaan baru dengan mematuhi prosedur operasi standard atau SOP-SOP yang telah ditetapkan sebagai norma baharu aktiviti pelancongan di Malaysia iaitu:

i. Mengamalkan langkah-langkah saringan kesihatan;

ii. Menggalakkan amalan kebersihan yang tinggi seperti pembersihan tangan yang kerap;

iii. Mengamalkan amalan-amalan pencegahan jangkitan seperti penjarakan sosial, pemakaian pelitup muka dan mengelakkan aktiviti sentuhan (close contact); dan

iv. Meminimumkan had bilangan yang mampu dikawal oleh premis pelancongan atau penganjur bagi sebarang perhimpunan yang melibatkan orang awam

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 33

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN DARIPADA : YB DR. AHMAD AZAM BIN HAMZAH

Dr. Ahmad Azam Bin Hamzah minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI MAKANAN menyatakan apakah kejayaan dan kesan positif yang telah dicapai oleh nelayan selepas Kerajaan melancarkan Pasar Nelayan.

NO SOALAN: 33

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Program Pasar Nelayan telah dilancarkan pada tahun 2006 sebagai alternatif untuk membantu nelayan tradisional tempatan memasarkan hasil tangkapan mereka secara terus kepada pelbagai peringkat pengguna tanpa melalui orang tengah. Sehingga kini, terdapat 132 buah Pasar Nelayan di seluruh negara yang melibatkan seramai 488 orang peserta.

2. Kesan positif daripada program ini dapat dilihat melalui peningkatan bilangan peserta, peningkatan nilai urus niaga serta peningkatan pendapatan nelayan. Data tahun 2019 berbanding tahun 2009 menunjukkan bilangan peserta Pasar Nelayan telah meningkat daripada 148 orang kepada 488 orang, nilai urusniaga meningkat daripada RM11 juta kepada RM50.51 juta dan purata pendapatan peserta meningkat daripada RM1,858.11 kepada RM2,587.50 sebulan.

3. Selain itu, Pasar Nelayan juga memainkan peranan penting dalam membantu nelayan memasarkan hasil tangkapan mereka sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Dalam tempoh tersebut, sebanyak 66 buah Pasar Nelayan Terkawal (PNT) yang melibatkan 371 orang peserta telah beroperasi dengan nilai urus niaga sebanyak RM24.7 juta.

Sekian, terima kasih NO SOALAN: 34

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN DARIPADA : DR. AHMAD AZAM BIN HAMZAH

Dr. Ahmad Azam bin Hamzah minta MENTERI ALAM SEKITAR DAN AIR menyatakan mengenai UNFCCC (United Nations Framework Convention on Climate Change) - laporan tahunan daripada Global Warming setiap 10 tahun, kadar kenaikan suhu 0.19 darjah Celsius. Apakah tindakan yang berkesan telah dibuat untuk mengurangkan kesan perubahan suhu di Malaysia.

NO SOALAN: 34

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

1. Pertama sekali, terima kasih diucapkan kepada Ahli Yang Berhormat di atas keprihatinan ke atas isu-isu berkaitan perubahan iklim dan pemanasan global. Semakan Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) kepada soalan oleh Yang Berhormat mendapati maklumat tersebut adalah diambil dari laporan atas talian Berkeley Earth bertajuk Global Temperature Report for 2019. Menurut laporan tersebut, pola jangka masa panjang peningkatan suhu purata bumi adalah sebanyak 0.19 darjah Celcius bagi setiap dekad (10 tahun). Menurut laporan tersebut lagi, dijangka peningkatan suhu purata bumi akan mencapai 1.5 darjah Celcius di atas tahap pra-industri pada tahun 2035 dan 2 darjah Celcius di atas tahap pra-industri pada tahun 2065.

2. Secara umumnya dapatan ini adalah selari dengan penemuan laporan Panel Antarabangsa Mengenai Perubahan Iklim (Intergovernmental Panel on Climate Change – IPCC) melalui IPCC Special Report on Global Warming of 1.5 degree Celcius yang menyatakan bahawa dengan kadar pelepasan GHG global semasa, peningkatan suhu purata global akan mencapai 1.5 darjah Celcius diantara tahun 2030 hingga 2050. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, data dan maklumat saintifik berkaitan perubahan iklim perlulah dirujuk kepada laporan dan penerbitan IPCC kerana dikhuatiri sumber-sumber lain akan memberi maklumat yang kurang tepat. Laporan IPCC boleh diakses melalui laman sesawang https://www.ipcc.ch/ NO SOALAN: 34

3. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Paris Agreement yang dipersetujui oleh semua negara ahli kepada UNFCCC pada tahun 2015 mempunyai matlamat utama iaitu mengekalkan purata peningkatan suhu global abad ini supaya tidak melebihi 2 darjah Celsius berbanding tahap era pra-industri dan dalam jangka masa panjang meningkatkan usaha untuk menghadkan peningkatan suhu purata global supaya tidak melebihi 1.5 darjah Celsius berbanding tahap era pra-industri. Bagi tujuan ini, semua negara ahli kepada UNFCCC dan Paris Agreement mempunyai komitmen untuk menyediakan dan mengemukakan pelan pengurangan pelepasan gas rumah kaca (greenhouse gases – GHG) yang dikenali sebagai Nationally Determined Contributions (NDC) setiap 5 tahun sekali. Secara umumnya, NDC merupakan tindakan mitigasi secara kolektif di peringkat global yang dapat menyumbang secara langsung kepada pencapaian matlamat Paris Agreement.

4. Malaysia menzahirkan komitmen kepada Paris Agreement dengan mengemukakan NDC pertama negara pada tahun 2016. Menurut NDC tersebut, Malaysia berhasrat untuk mengurangkan intensiti pelepasan GHG berdasarkan Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) sebanyak 45% berbanding intensiti pelepasan pada tahun 2005 menjelang tahun 2030. Daripada keseluruhan sasaran pengurangan ini, 35% akan dilaksanakan tanpa syarat (unconditional) manakala baki 10% lagi adalah bersyarat (conditional), iaitu tertakluk kepada penerimaan peruntukan kewangan, pemindahan teknologi, dan pembangunan kapasiti daripada negara maju.

5. Bagi memenuhi komitmen perubahan iklim di bawah Paris Agreement, Kerajaan Malaysia melalui Kementerian dan Agensi di bawahnya telah melaksanakan pelbagai program dan inisiatif mitigasi pelepasan GHG di bawah sektor-sektor utama negara seperti sektor NO SOALAN: 34 tenaga, pengangkutan, sisa pepejal, proses industri dan pertanian seperti berikut:

i. Menggalakkan penjanaan tenaga boleh baharu melalui mekanisme Feed-in Tariff (FIT);

ii. Menggalakkan penjanaan tenaga elektrik boleh diperbaharui di luar mekanisme FIT;

iii. Menggalakkan pembangunan loji biogas;

iv. Menggalakkan aktiviti kitaran semula bagi mengelakkan penjanaan dan pelepasan gas metana akibat daripada pembuangan sisa organik di dalam tapak pelupusan;

v. Mempertingkatkan kawasan hutan simpan yang mampu menyerap gas rumah kaca;

vi. Membangunkan sistem pengangkutan awam darat berunsurkan rel;

vii. Menggalakkan penggunaan gas asli sebagai bahan api kenderaan pengangkutan awam;

viii. Membangunkan program bio-diesel;

ix. Mewujudkan dan menggalakkan penggunaan sistem pengiktirafan kecekapan bangunan;

NO SOALAN: 34

x. Menggalakkan penggunaan kenderaan cekap tenaga (Energy Efficient Vehicles – EEVs);

xi. Menetapkan sasaran pengurangan penggunaan tenaga dari bangunan-bangunan kerajaan, dan

xii. Menggalakkan penggunaan teknologi hijau menerusi program (Green Technology Financing Scheme – GTFS).

6. Kerajaan juga telah mengenalpasti langkah-langkah mitigasi tambahan yang berpotensi untuk dilaksanakan seperti berikut:

i. Pelaksanaan Pelan Tindakan Kecekapan Tenaga (National Energy Efficiency Action Plan - NEEAP);

ii. Pelaksanaan program Large Scale Solar (LSS) secara berfasa;

iii. Pelaksanaan program Low Carbon City Framework (LCCF);

iv. Pelaksanaan program Low Carbon Mobility Blueprint (LCMB);

v. Pelaksanaan program ekonomi kitaran (circular economy) bagi sisa plastik sekali guna (single-use plastic) di bawah Malaysia’s Roadmap Towards Single-Use Plastic 2018-2030; dan

vi. Pelaksanaan program pengurusan hutan lestari (Sustainable Forest Management - SFM) di bawah mekanisme REDD Plus.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 35

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN DARIPADA : YB DR. AHAMD AZAM BIN HAMZAH

Dr. Ahmad Azam bin Hamzah minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah bayaran penalti yang dikenakan kepada peminjam oleh pemaju di atas kelewatan bayaran berperingkat di pihak bank, dibenarkan oleh Kementerian, sedangkan kelewatan itu disebabkan oleh pembiaya. NO SOALAN: 35

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Yang Berhormat, perkara ini merupakan obligasi yang ditetapkan di dalam Perjanjian Jual Beli yang ditandatangani oleh pihak pembeli dan pemaju.

Peruntukan di dalam Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 [Akta 118], di bawah perkara 10 (1) Perjanjian Jual Beli; Caj Pembayaran Lewat, yang menyatakan:

“Tanpa menjejaskan hak Pemaju di bawah fasal 11 dan tertakluk kepada subfasal (3), sekiranya mana-mana ansuran yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga masih tidak dibayar oleh Pembeli apabila habis tempoh tiga puluh (30) hari sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga, maka caj pembayaran lewat yang dikenakan ke atas ansuran yang tidak berbayar itu hendaklah bermula sebaik selepas itu dan adalah kena dibayar oleh pembeli dan caj itu hendaklah dikira dari hari ke hari pada kadar sepuluh peratus (10%) setahun”

2. Berdasarkan maklumat daripada pihak Bank Negara Malaysia (BNM), secara umumnya, terdapat pelbagai punca yang boleh mengakibatkan bayaran penalti dikenakan oleh pemaju, antaranya termasuklah:

i) kelewatan pembeli mendapatkan pinjaman;

NO SOALAN: 35

ii) kelewatan oleh pembeli, peguam dan pihak bank menyempurnakan dokumentasi pinjaman/cagaran; dan

iii) dokumentasi yang tidak lengkap/salah yang dikemukakan oleh pemaju/arkitek dan sebagainya.

3. Sekiranya terdapat kes-kes khusus yang melibatkan kelewatan yang disebabkan oleh pihak bank, kemusykilan boleh diajukan terus kepada pihak BNM untuk semakan, bersama maklumat terperinci yang membuktikan punca kelewatan pembayaran adalah disebabkan oleh ketidakcekapan atau kecuaian pihak bank.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 36

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN DARIPADA : YB DR. AHMAD AZAM BIN HAMZAH

Dr. Ahmad Azam bin Hamzah minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan berapa peratuskah masalah Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) seperti naik taraf dan pembaikan yang telah diselesaikan. NO SOALAN: 36

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Sehingga Ogos 2020, sejumlah lebih 9,600 unit Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) terlibat dalam kerja-kerja senggaraan dan naik taraf di bawah peruntukan tahun 2019 dan 2020. Daripada jumlah tersebut, sejumlah anggaran 1,300 unit rumah iaitu 13.5 peratus telah selesai dan bakinya sedang dalam pelaksanaan. Ini adalah disebabkan oleh pelaksanaan kontrak yang terbatas pada musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula pada 18 Mac 2020 dan disusuli dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sehingga 9 Jun 2020.

Manakala di bawah peruntukan Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) sebanyak 1,643 unit RKAT terlibat dan kerja-kerja senggaraan sedang dilaksanakan. Projek-projek senggaraan RKAT di bawah PRE dijangka selesai akhir tahun 2020.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 37

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN DARIPADA : YB DR. AHMAD AZAM BIN HAMZAH

Dr. Ahmad Azam Bin Hamzah minta MENTERI KESIHATAN menyatakan adakah penguatkuasaan akta larangan merokok di premis makanan dan di tempat awam, masih lagi dilaksanakan.

NO SOALAN: 37

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli yang Berhormat,

1. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih meneruskan dan melaksanakan penguatkuasaan larangan merokok di premis makanan (restoran) dan tempat awam di bawah Peraturan 11(1), Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 pindaan 2018. Pewartaan ini adalah selaras dengan komitmen Malaysia kepada Artikel 8, WHO Framework Convention on Tobacco Control (WHO FCTC) bertujuan melindungi orang awam daripada bahaya asap rokok dan produk merokok yang lain.

2. Penguatkuasaan larangan merokok di bawah Peraturan 11(1) ini dijalankan melalui penguatkuasaan bertema iaitu penguatkuasaan E-blast bagi memastikan pematuhan larangan merokok di kesemua 23 tempat yang diwartakan. Selain itu, penguatkuasaan secara rutin juga dijalankan oleh 1,000 orang pegawai penguatkuasa KKM.

3. Pada tahun 2019, sebanyak 39,419 notis kesalahan merokok telah dikeluarkan dengan nilai kompaun sebanyak RM 9.85 juta. Notis kesalahan paling tinggi dikeluarkan adalah di kompleks membeli-belah iaitu sebanyak 15,746 notis diikuti dengan hentian pengangkutan awam sebanyak 7,519 notis dan lapangan terbang iaitu sebanyak 7,037 notis.

NO SOALAN: 37

4. Bermula pada 1 Januari 2020, penguatkuasaan larangan merokok penuh adalah ditumpukan kepada premis makanan memandangkan pihak KKM telah memberikan tempoh penguatkuasaan pendidikan selama setahun semenjak pindaan pewartaan pada 2018. Bermula 1 Januari 2020 hingga 31 Julai 2020, sebanyak 130,824 premis makanan telah diperiksa dengan 13,571 notis kesalahan telah dikeluarkan bernilai RM3.2 juta. Walau bagaimanapun, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan bermula 18 Mac 2020 akibat pandemik COVID-19, aktiviti penguatkuasaan tidak dilaksanakan berikutan semua premis makanan tidak beroperasi. Namun begitu, kerajaan telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula 4 Mei 2020 dan seterusnya Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang mana premis makanan telah kembali beroperasi dan dalam tempoh ini, sebanyak 16,769 premis tempat makan telah diperiksa dengan 1,997 notis dikeluarkan bernilai RM 482,450.

5. Selain itu, perkhidmatan berhenti merokok juga telah disesuaikan dengan situasi semasa pandemik COVID-19 di mana laman sesawang jomquit.moh.gov.my telah dikemaskini bagi menyampaikan maklumat tentang kepentingan berhenti merokok dan seterusnya mendapatkan khidmat berhenti merokok. Sepanjang tempoh ini, seramai 59,924 orang melayari informasi melalui laman sesawang tersebut dengan 2,026 orang berdaftar untuk mendapatkan maklumat lanjut dan 842 orang bersetuju untuk menyertai rawatan berhenti merokok.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 38

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN DARIPADA : YB TUAN ZAIEDI SUHAILI

Tuan Zaiedi Suhaili minta MENTERI KEWANGAN menyatakan prospek fiskal Kerajaan Persekutuan pada 2021 dan bagaimana usaha lebih giat Kerajaan menangani masalah kegawatan ekonomi serantau akibat COVID19.

NO SOALAN: 38

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

1. Kerajaan telah melaksanakan dasar fiskal mengembang dengan memperkenalkan pakej rangsangan dan pemulihan ekonomi komprehensif bernilai RM295 bilion atau 20% daripada KDNK bagi mengekang kesan penularan pandemik COVID-19. Dasar fiskal ini melibatkan suntikan langsung fiskal berjumlah RM45 bilion atau 3% KDNK. Setelah mengambil kira pengurangan hasil berikutan unjuran Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) yang lebih rendah dan kejatuhan harga minyak mentah dunia serta pertambahan perbelanjaan, defisit fiskal pada tahun 2020 dijangka meningkat sekitar 5.8% hingga 6.0% berbanding 3.2% daripada KDNK seperti disasarkan dalam Belanjawan 2020. Semua langkah yang telah diumumkan dalam pakej rangsangan dan pemulihan ekonomi tersebut adalah bersifat one-off dan tidak akan terus membebankan kewangan Kerajaan Persekutuan dalam jangka masa sederhana dan panjang.

2. Pada Jun 2020, IMF mengunjurkan ekonomi global mengalami kemelesetan pada kadar 4.9% pada tahun 2020 namun dijangka pulih pada kadar 5.4% pada tahun 2021. Pertumbuhan ekonomi Malaysia pada tahun 2020 telah disemak semula dan diunjur menguncup antara -5.5% hingga -3.5% seperti yang telah diumumkan oleh Bank Negara Malaysia pada 14 Ogos 2020. Walau bagaimanapun, pada tahun 2021, pertumbuhan ekonomi NO SOALAN: 38

Malaysia dijangka kembali pulih dan berkembang antara 5.5% hingga 8%. Dalam mendepani ekonomi pasca pandemik COVID- 19, Kerajaan terus fokus kepada pelaksanaan strategi 6R (Ketegasan, Ketahanan, Menjana Semula, Pemulihan, Pemerkasaan dan Menyusun Semula) untuk memacu ekonomi ke arah pemulihan. Negara kini berada dalam fasa Pemulihan dan sedang dalam persiapan untuk ke fasa yang seterusnya iaitu Pemerkasaan dan Menyusun Semula.

Tuan Yang di-Pertua,

3. Berdasarkan prospek pemulihan ekonomi domestik dan global serta jangkaan harga minyak mentah Brent yang lebih tinggi pada tahun 2021, kedudukan fiskal Kerajaan Persekutuan dijangka dalam posisi yang lebih baik berbanding tahun 2020. Perincian anggaran hasil dan perbelanjaan Kerajaan Persekutuan tahun 2020 yang disemak semula akan dibentangkan bersekali dengan anggaran kedudukan kewangan tahun 2021 dalam Belanjawan 2021 yang dijadualkan pada 6 November 2020.

4. Kerajaan akan kembali melaksanakan langkah konsolidasi fiskal pada 2021 bagi mengurangkan paras defisit fiskal dalam jangka masa sederhana melalui inisiatif mengukuhkan pentadbiran dan pematuhan cukai, mengurangkan ketirisan serta peningkatan kecekapan perbelanjaan. Langkah ini penting bagi mewujudkan ruang fiskal bagi menghadapi krisis luar jangka pada masa hadapan. Kerajaan akan terus memantau perubahan persekitaran global dari masa ke semasa yang boleh memberi NO SOALAN: 38

kesan kepada ekonomi domestik serta kedudukan kewangan negara.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 39

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN DARIPADA : YB TUAN ZAIEDI SUHAILI

Tuan Zaiedi Suhaili minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan prestasi kawalan sempadan Kalimantan dan Sarawak dan sejauh mana usaha membendung semua aktiviti penyeludupan barangan atau manusia yang ditangani dengan cekap dan tidak bolos.

NO SOALAN: 39

JAWAPAN

Tuan Yang di-pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Kerajaan telah mengambil pelbagai langkah bagi memperkukuhkan lagi sempadan negara termasuk Kalimantan dan Sarawak dalam membendung semua aktiviti jenayah rentas sempadan termasuk penyeludupan barangan atau manusia. Penugasan kawalan keselamatan sempadan di Sarawak telah dipertanggungjawabkan kepada PDRM melalui Pasukan Gerakan AM (PGA) Briged Sarawak yang terdiri daripada 3 Batalion utama iaitu Batalion 10 Sibu, Batalion 11 Batu Kawa, Kuching dan Batalion 12 Miri dengan kekuatan seramai 2248 anggota. Daripada jumlah ini, seramai 534 anggota ditugaskan di 11 pos kawalan sepanjang sempadan Malaysia dan Kalimantan (Indonesia). Penugasan ini turut dijalankan secara bersama antara PGA, PDRM dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Pada masa ini, kawalan keselamatan sempadan negara telah dipertingkatkan melalui perlaksanaan Op Benteng. Melalui Op Benteng, kekerapan bagi rondaan berkenderaan telah dipertingkatkan di beberapa lokasi yang telah dikenalpasti dan sektor tanggungjawab juga turut diperluaskan dengan penambahan beberapa pos sementara yang tidak statik.

Hubungan diplomasi strategik antara Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Polisi Republik Indonesia (POLRI) telah turut dipertingkatkan bagi mengenal pasti lokasi-lokasi yang berisiko tinggi berlakunya kegiatan NO SOALAN: 39 penyeludupan yang melibatkan kedua-dua negara. Kerjasama ini adalah sangat penting bagi jangkamasa panjang dalam menangani pelbagai isu terutamanya yang melibatkan penguatkuasaan dan kawalan keselamatan sempadan negara terutama Kalimantan dan Sarawak.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 40

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN DARIPADA : YB TUAN ZAIEDI SUHAILI

Tuan Zaiedi Suhaili minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan sejauh manakah sasaran kerajaan untuk menarik minat warga Sarawak menyertai Perkhidmatan Askar Wataniah ATM. NO SOALAN: 40

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Perkhidmatan Askar Wataniah (AW) adalah terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 18 hingga 45 tahun dan disahkan sihat tubuh badan oleh Pegawai Perubatan ATM. Tahap akademik minimum yang ditetapkan adalah Sijil Rendah Pelajaran (SRP) atau Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia.

Bagi menarik minat calon-calon dari Sarawak dan Sabah, anggota Askar Wataniah kelahiran Sarawak dan Sabah adalah layak menerima Bayaran Insentif Sabah/Sarawak (BISS) sekiranya menghadiri Latihan Berterusan (lebih daripada 3 hari) dalam negeri masing-masing dan Bayaran Insentif Semenanjung Malaysia (BISM) sekiranya menjalani Latihan Berterusan di pasukan masing-masing dalam semenanjung mengikut kadar sama seperti anggota tetap ATM.

Pasukan yang bertanggungjawab dalam pengambilan Askar Wataniah di negeri Sarawak ialah Rejimen Ke 510 (Askar Wataniah) yang berpangkalan di Sibu dan Rejimen Ke 511 (Askar Wataniah) yang berpangkalan di Kuching. Penempatan lain untuk latihan Askar Wataniah ialah di Sematan, Sri Aman, Miri dan Bintulu. Sehingga kini, negeri Sarawak merupakan antara penyumbang tertinggi pengambilan tahunan dan mempunyai seramai lebih 4,000 orang Pegawai dan anggota Askar Wataniah yang berdaftar. NO SOALAN: 40

Dalam usaha mengekalkan minat dan penglibatan warga Sarawak menyertai Askar Wataniah, Tentera Darat telah menetapkan sasaran minimum pengambilan tahunan seramai 700 orang keseluruhannya melalui 40 siri promosi pengambilan tahunan di seluruh negeri Sarawak sebagai Key Performance Indicator (KPI) yang mesti dicapai oleh pasukan yang bertanggungjawab iaitu Rejimen Ke 510 (Askar Wataniah) dan Rejimen Ke 511 (Askar Wataniah). Sehingga kini, pengambilan tahun 2020 bagi negeri Sarawak adalah berjumlah 225 orang.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 41

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN DARIPADA : YB TUAN ZAIEDI SUHAILI

Tuan Zaiedi Suhaili minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah sebenar Ketua Jabatan (individu berasal semenanjung) yang mengetuai pelbagai Jabatan dan Agensi Persekutuan dan berapa bilangan mereka yang tidak bermastautin di Sarawak sehingga menyebabkan mereka terkandas semasa Tempoh PKP, PKPB, PKPP dan Pengukuhan SOP PKPP sejak 25 Julai 2020 di Sarawak. NO SOALAN: 41

JAWAPAN

[YB DATO’ TAKIYUDDIN BIN HASSAN, MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI(PARLIMEN DAN UNDANG-UNDANG)]

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, jumlah keseluruhan Jabatan/Agensi Persekutuan di Sarawak adalah sebanyak 174 jabatan. Daripada jumlah tersebut seramai 49 orang diketuai oleh ketua jabatan/ agensi yang berasal dari semenanjung iaitu sebanyak 28 peratus dan didapati hanya seramai empat (4) orang sahaja Ketua Jabatan/Agensi yang terkandas semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan Pengukuhan Prosedur Operasi Standard (Standard Operating Procedure - SOP) PKPP sejak 25 Julai 2020 di Sarawak iaitu sebanyak 2.3 peratus.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 42

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN DARIPADA : YB DR. NUING JELUING

Dr. Nuing Jeluing minta MENTERI KESIHATAN menyatakan adakah ujian rt-PCR untuk COVID-19 boleh dipercayai. Adakah hasil ujian itu tertakluk kepada cara mengambil sampel atau bahan reagen yang diguna pakai. Ada beberapa kes yang negatif apabila ujian dibuat di KLIA dan jadi positif beberapa hari selepas apabila ujian dibuat di Kuching, Sarawak. Adakah benar bahawa reagen yang diguna pakai oleh Kerajaan adalah derma dari China. Ada kemungkinan bahawa reagen itu tidak tepat dan masih dalam tahap pengujian.

NO SOALAN: 42

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

1. Ujian reverse transcription polymerase chain reaction (RT-PCR) adalah ujian kualitatif untuk mengesan asid nukleik dari SARS-CoV- 2 (COVID-19) pada spesimen pernafasan atas dan bawah (seperti sapuan nasofaring atau orofaring, kahak, aspirasi saluran pernafasan bawah, lavage bronchoalveolar dan aspirasi nasofaring) yang diambil daripada individu yang disyaki COVID 19 atau dari individu tanpa gejala tetapi mempunyai kaitan risiko atau sebab lain untuk mengesyaki COVID-19 jangkitan.

2. RT-PCR melibatkan teknik ujian molekular dan amplifikasi virus yang mana jangkitan COVID-19 boleh dikesan walaupun dengan jumlah viral copies yang rendah. Ujian RT-PCR bagi COVID-19 mempunyai sensitivity dan specificity hampir 100% dan merupakan ujian gold standard bagi COVID-19. Walau bagaimanapun, ujian ini bergantung kepada teknik pengambilan sampel yang betul oleh anggota yang terlatih, jenis sampel yang diambil, penyimpanan sampel dalam suhu 2-8oC semasa penghantaran ke makmal, kemudahan fasiliti makmal yang baik dan interpretasi keputusan yang tepat.

3. Terdapat beberapa kes didapati negatif ujian RTK Antigen (RTK-Ag) COVID-19 yang dijalankan di KLIA dan selepas beberapa hari menjadi positif ujian RT-PCR COVID-19 yang dijalankan di NO SOALAN: 42

Kuching, Sarawak. Ini adalah kerana ujian RTK-Ag mempunyai sensitivity sebanyak 90%, yang mana daripada 100 orang yang disaring, mungkin terdapat keputusan false negative bagi 10 orang dan ianya merupakan satu kekangan bagi ujian ini.

4. Walaupun RTK-Ag ini mempunyai kekangan, ia dapat digunakan sebagai langkah awal dan pantas untuk menyaring 90% pesakit COVID-19. Tempoh pengujian RTK-Ag mengambil masa sekurang-kurangnya 45 minit ke satu (1) jam berbanding 6 - 8 jam bagi satu ujian RT-PCR tidak termasuk proses-proses lain seperti sorting dan verifikasi keputusan. Mengikut standard WHO, Lab Turn Around Time (LTAT) untuk ujian RT-PCR COVID19 adalah 24 – 48 jam.

5. Berdasarkan siasatan yang telah dijalankan, kemungkinan besar individu yang mendapat keputusan false negative berada dalam tempoh inkubasi di mana kandungan bilangan virus (viral load) adalah rendah untuk dikesan dengan ujian RTK-Ag. Justeru, setiap individu yang disaring dengan keputusan RTK-Ag negative masih perlu menjalani tempoh 14 hari kuarantin seperti yang ditetapkan di dalam polisi pengurusan COVID-19. Ujian pertama kali dengan keputusan negatif samada menggunakan kaedah RTK-Ag atau RT- PCR tidak bermaksud individu tersebut bebas daripada jangkitan COVID-19.

6. Perolehan reagen yang digunakan untuk ujian COVID-19 adalah dari pelbagai negara termasuk United States, Germany, Korea dan China. Semua reagen yang digunakan telah dibuat penilaian kit NO SOALAN: 42

(kit evaluation) samada oleh Institute for Medical Research (IMR) atau Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK).

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 43

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN DARIPADA : YB DR. NUING JELUING

Dr. Nuing Jeluing minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan langkah-langkah untuk mengurangkan jurang bekalan elektrik di bandar dan luar bandar. Apakah rancangan yang sedia ada dan yang akan dilaksanakan untuk mencapai seratus peratus (100%) liputan khasnya di Sarawak dan luar bandar menjelang tahun 2025. NO SOALAN: 43

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Yang Berhormat Senator, Kementerian melaksanakan Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) bertujuan untuk menyediakan kemudahan bekalan elektrik 24 jam kepada kawasan perkampungan luar bandar. Projek ini dilaksanakan menggunakan dua (2) kaedah iaitu penyambungan bekalan elektrik secara talian grid dan sistem alternatif seperti solar, solar hibrid serta mikro hidro. Kaedah alternatif ini digunakan apabila lokasi projek adalah jauh dari lokasi talian grid dan tidak ekonomi untuk dilaksanakan secara talian grid.

Pelaksanaan projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) adalah bergantung kepada senarai keutamaan yang dipohon oleh pihak Unit Perancang Ekonomi Negeri Sarawak (SPU). Dalam memastikan penduduk luar bandar menikmati kemudahan bekalan elektrik dan seterusnya mengurangkan jurang bekalan elektrik di bandar dan luar bandar, Kementerian sentiasa mengadakan sesi libat urus dengan pihak Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) bagi menyelaras dan membuat semak silang ke atas senarai projek-projek sebelum ianya dimajukan ke Unit Perancang Ekonomi (EPU) untuk kelulusan peruntukan.

Kementerian dalam peringkat pelantikan Perunding bagi empat (4) projek BELB secara solar hibrid dan satu (1) projek BELB secara mini hidro. Projek-projek ini dijangka tender pada tahun 2021 dan sebanyak 1,330 buah rumah dijangka menerima manfaat bekalan elektrik apabila projek siap kelak.

NO SOALAN: 43

Kementerian juga dalam proses rundingan terus untuk melantik Sarawak Energy Berhad (SEB) selaku Pihak Berkuasa Elektrik Negeri (PBEN) untuk melaksanakan Projek Sarawak Alternative Rural Electrification Scheme (SARES). Projek ini dijangka dimulakan pada bulan Oktober 2020 dengan melibatkan 160 buah kampung dan 3,308 buah rumah dijangka menerima manfaat bekalan elektrik.

Kementerian juga dalam proses untuk melantik Sarawak Energy Berhad (SEB) untuk melaksanakan Projek BELB Late Applicant Negeri Sarawak. Projek ini bertujuan untuk menyediakan kemudahan bekalan elektrik bagi rumah-rumah tambahan / tertinggal setelah projek BELB siap dilaksanakan. Projek BELB Late Applicant ini dijangka mula pada bulan November 2020 dan memberi manfaat bekalan elektrik kepada 600 buah rumah.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 44

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN DARIPADA : YB TUAN MANOLAN BIN MOHAMAD

Tuan Manolan bin Mohamad minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan berapakah jumlah pelajar Orang Asli yang sedang mengikuti kursus di dalam TVET seluruh negara dan berapakah bilangan pelajar yang sudah tamat kursus dan yang telah mendapat pekerjaan mengikut kursus yang telah diambil.

NO SOALAN: 44

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

1. Kementerian melalui Jabatan Tenaga Manusia (JTM) menawarkan ruang dan peluang kepada pemegang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan pekerja industri sedia ada untuk mengikuti kursus-kursus berasaskan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang dijalankan di 32 buah Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia di seluruh negara.

2. JTM tanpa mengira kaum membuka ruang seluas-luasnya kepada semua lapisan masyarakat yang berminat untuk mengikuti kursus TVET di ILJTM menerusi pengambilan 2 kali setahun untuk Kursus Jangka Panjang.

3. Statistik jumlah pengambilan pelajar Orang Asli bagi keseluruhan ILJTM pada tahun 2019 dan 2020 adalah seramai Empat Puluh Enam (46) orang. Bilangan pelajar yang telah tamat kursus pada tahun 2018 adalah seramai 5 orang di peringkat Sijil, manakala pada tahun 2019 terdapat 1 orang di peringkat Diploma dan semua telah mendapat pekerjaan sesuai dengan kursus yang mereka ambil semasa di latih di ILJTM.

Sekian, terima kasih NO SOALAN: 45

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN DARIPADA : YB TUAN MANOLAN BIN MOHAMAD

Tuan Manolan Bin Mohamad minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan secara terperinci jumlah bantuan bakul makanan kepada Masyarakat Orang Asli sepanjang Tempoh Kawalan Pergerakan (PKP) :-

(a) jumlah penerima dan kos yang dibelanjakan mengikut negeri; dan

(b) bantuan yang diberikan dan peruntukan yang diguna pakai, adakah peruntukan khas PKP atau peruntukan daripada JAKOA sendiri. NO SOALAN: 45

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Yang Berhormat Senator, peruntukan yang telah dibelanjakan oleh Jabatan Kemajuan Orang Asli bagi tujuan pembekalan bantuan bakul makanan kepada masyarakat Orang Asli yang terjejas semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan akibat penularan pandemik Covid-19 adalah sebanyak RM18.8 juta. Jumlah ini melibatkan seramai 165,087 orang Ketua Isi Rumah sebagai penerima manfaat. Perincian jumlah yang telah dibelanjakan ini adalah seperti pecahan berikut :

Jumlah Jumlah Keseluruhan Bil Negeri Keseluruhan Penerima (RM) (Orang)

1 Johor 12,547 1,429,920.00 2 Kelantan 11,185 1,273,980.00 3 Terengganu 961 109,800.00 4 N.Sembilan 10,062 1,145,000.00 5 Melaka 1,498 169,400.00 6 Pahang 63,425 7,229,020.00 7 Perak 47,949 5,474,900.00 8 Kedah 284 32,400.00 9 Selangor 17,176 1,952,620.00 Jumlah 165,087 18,817,040.00

NO SOALAN: 45

Untuk makluman Yang Berhormat Senator selanjutnya, bantuan yang telah disalurkan kepada masyarakat Orang Asli yang terjejas semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan akibat penularan pandemik Covid-19 adalah merangkumi bantuan asas bakul makanan dan sabun antibakteria bagi setiap keluarga, susu tepung kepada anak-anak Orang Asli, serta pelitup muka dan cecair sanitasi kepada Tok Batin dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Orang Asli (JPKKOA) yang terlibat dengan pengagihan bantuan bagi mencegah penularan Covid-19. Keseluruhan jumlah bantuan ini adalah sebanyak RM20.9juta. Jumlah ini melibatkan seramai 275,940 orang Ketua Isi Rumah Tok Batin serta Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Orang Asli sebagai penerima manfaat.

Keseluruhan peruntukan yang diguna pakai bagi menyalurkan bantuan kepada masyarakat Orang Asli yang terjejas semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan akibat penularan pandemik Covid-19 adalah menggunakan peruntukan khas daripada Jabatan Perdana Menteri (JPM) bagi Fasa 1, Peruntukan Khas daripada Kementerian Kewangan (MoF) bagi Fasa 2, peruntukan sediaada Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) bagi Fasa 3 serta tambahan peruntukan daripada Kementerian ini bagi menampung Kos Logistik dan Pengangkutan.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 46

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN DARIPADA : YB TUAN MANOLAN BIN MOHAMAD

Tuan Manolan Bin Mohamad minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah hasil dan saranan atau syor-syor yang telah dicadangkan di dalam Kajian Dasar Pendidikan Negara yang ditubuhkan pada 6hb Jun 2018 khususnya bagi Masyarakat Orang Asli. Adakah syor yang dicadangkan akan digunakan pakai dan bila akan dilaksanakan.

NO SOALAN: 46

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Laporan Jawatankuasa Dasar Pendidikan Negara (JKDPN) telah diserahkan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada 2 Mei 2019 yang mengandungi sebanyak 310 syor. Daripada 310 syor yang disenaraikan tersebut, sebanyak lima (5) syor adalah berkaitan dengan pendidikan Orang Asli iaitu;

1. membangunkan Blueprint Pendidikan Untuk Orang Asal; 2. memperkenalkan Pendidikan Orang Asal Berteraskan Ilmu Watan dan Budaya Tempatan Pelajar; 3. mewujudkan Pusat Kebangsaan Kecemerlangan Orang Asal; 4. pelaksanaan Umur Persekolahan Orang Asal yang fleksibel; dan 5. mewujudkan Perwakilan Komuniti Orang Asal Dalam Organisasi Pendidikan.

Sebahagian daripada syor yang berkaitan dengan Orang Asli ini juga telahpun terdapat dalam Pelan Hala Tuju Pendidikan Murid Orang Asli (2017-2025). Pelan ini disediakan bagi memastikan semua murid Orang Asli dapat menikmati akses dan kesamarataan dalam pendidikan serta peluang pendidikan yang relevan dan berkualiti selari dengan perkembangan pendidikan arus perdana. Pelan Hala Tuju Pendidikan Orang Asli 2017 – 2025 merangkumi empat (4) skop iaitu;

NO SOALAN: 46

1. suasana pembelajaran positif di sekolah; 2. sistem persekolahan dan tenaga mahir; 3. laluan pendidikan dan kerjaya; dan 4. penglibatan ibu bapa, komuniti dan swasta.

Antara aktiviti yang telah dilaksanakan adalah Program Pengukuhan Pedagogi Pendidikan Murid Orang Asli (MOA) dan Program Intervensi Khas Asli Peribumi (PIKAP) untuk mengurangkan jurang pemahaman kurikulum arus perdana. Selain itu, KPM juga menyediakan infrastruktur asas yang mencukupi bagi sekolah rendah yang telah dikenal pasti untuk dinaik taraf sebagai Sekolah Model Khas Komprehensif (K9) bagi menangani isu keciciran murid sewaktu transisi dari Tahun Enam ke Tingkatan Satu.

Pada masa akan datang, KPM berhasrat untuk memperluaskan Program Jom Belajar bagi mengurangkan kadar keciciran dan memberi akses pendidikan kepada murid Orang Asli dan pedalaman.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 47

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN DARIPADA : YB TUAN MANOLAN BIN MOHAMAD

Tuan Manolan Bin Mohamad minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan berapakah jumlah kampung dan kawasan Orang Asli dari tahun 2017 sehingga 2020 mengikut nama kampung, negeri dan daerah tanah yang telah diwartakan sebagai Rizab Orang Asli, jumlah permohonan yang dihantar ke Kerajaan Negeri untuk diwartakan, jumlah yang telah selesai pengukuran tetapi belum dihantar permohonan ke Kerajaan Negeri dan jumlah masih dalam proses pengukuran. NO SOALAN: 47

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Yang Berhormat Senator, sebanyak 2 buah kampung Orang Asli telah diwartakan sepanjang tempoh 2017 hingga 2020: a) KOA Sungai Dipang, Kampar, Perak b) KOA Sungai Rias, Kampar, Perak

Bagi jumlah permohonan yang dihantar ke Kerajaan Negeri untuk diwartakan, jumlah anggaran keluasan yang telah diangkat ialah sebanyak 4,058.03 hektar.

Kerja-kerja pengukuran tanah di kawasan penempatan Orang Asli Semenanjung Malaysia hanya melibatkan 853 kampung yang diiktiraf sahaja. Dari tahun 2017 hingga 2020, pelaksanaan kerja ukur tanah melibatkan 57 kampung dengan keluasan tanah 12,233.75 hektar dengan pecahan berikut; a) Kerja ukur kejuruteraan (perimeter) sebanyak 36 kampung dengan keluasan 9,659.14 hektar bagi tujuan proses permohonan pewartaan b) Kerja ukur halus melibatkan sebanyak 21 kampung dengan keluasan tanah 2,574.61 hektar bagi tujuan pewartaan.

NO SOALAN: 47

Sebanyak 10 buah kampung dengan keluasan 605.90 hektar bagi penempatan Kampung Orang Asli telah selesai diukur tetapi belum dihantar permohonan ke Kerajaan Negeri. Mengikut perancangan RMK- 12, baki kawasan penempatan yang belum diukur adalah sebanyak 114 lokasi dengan jumlah keluasan 29,634 hektar.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 48

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPATBELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN DARIPADA : YB DATUK DONALD PETER MOJUNTIN

Datuk Donald Peter Mojuntin minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan adakah kuasa Kementerian atau Perdana Menteri untuk meluluskan permohonan status kewarganegaraan Malaysia kepada warga asing secara langsung dan jika ada, di manakah kuasa ini diperuntukkan dalam Perlembagaan Malaysia.

NO SOALAN: 48

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Berhubung dengan urusan penganugerahan kewarganegaraan Malaysia kepada warga asing secara langsung seperti yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat, ia dilaksanakan melalui kaedah penaturalisasian di bawah Perkara 19 Bahagian III Perlembagaan Persekutuan dan pertimbangan ke atas permohonan kewarganegaraan Malaysia dilakukan secara case-by-case.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pertimbangan dan keputusan sesuatu permohonan kewarganegaraan adalah di bawah bidang kuasa YB Menteri Dalam Negeri selaras dengan ketetapan dalam Seksyen 1 Bahagian III Jadual Kedua Perlembagaan Persekutuan.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 49

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN DARIPADA : YB DATUK DONALD PETER MOJUNTIN

Datuk Donald Peter Mojuntin minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah penduduk negeri Sabah pada tahun 1970, tahun 1980, tahun 1990, tahun 2000 dan 2010 mengikut bancian Jabatan Statistik Malaysia pada tahun-tahun tersebut.

NO SOALAN: 49

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua

1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Banci Penduduk dilaksanakan setiap 10 tahun mulai tahun 1970. Setakat ini, lima Banci penduduk telah dijalankan. Jumlah penduduk bagi negeri Sabah bagi setiap Banci tersebut adalah seperti berikut: • 1970: 653,604 orang; • 1980: 955,712 orang; • 1991: 1,734,685 orang; • 2000: 2,468,246 orang; dan • 2010: 3,117,405 orang.

2. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Banci penduduk tidak dilaksanakan pada tahun 1990 berikutan Pilihan Raya Umum pada tahun yang sama. Oleh itu, Banci penduduk telah dilaksanakan pada tahun 1991.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 50

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN DARIPADA : YB DATUK DONALD PETER MOJUTIN

Datuk Donald Peter Mojutin minta PERDANA MENTERI menyatakan mengikut kenyataan rasmi jurucakap Presiden Filipina, Secretary Harry Rogue bahawa Presiden Rodrigo Duterte telah bersetuju dan mengarah Zambonga City untuk membuka pintunya untuk menerima pendatang asing tanpa izin (PATI) Filipina yang dihantar balik dari Sabah pada bulan Jun 2020, apakah perkembangan perkara ini dan berapakah jumlah PATI tersebut yang telah dihantar balik setakat ini.

NO SOALAN: 50

JAWAPAN

[YB DATUK SERI MOHD REDZUAN BIN MD. YUSOF, MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (TUGAS-TUGAS KHAS)]

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

1. Penghantaran pulang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) Filipina yang telah tertangguh pada Mac 2020 akibat penutupan pintu masuk di Filipina telah berjaya dilaksanakan semula pada Julai 2020. Penghantaran pulang ini dilaksanakan dengan beberapa syarat yang ditetapkan oleh Kerajaan Filipina iaitu:

i. Semua tahanan menjalani saring bebas COVID-19 dengan kos ditanggung Kerajaan Filipina;

ii. Bilangan PATI yang diusir dihadkan kepada 400 setiap siri untuk mematuhi penjarakan fizikal; dan

iii. Pengusiran dilaksanakan dengan jarak 15 hari setiap siri bagi memberi ruang pada pusat kuarantin Filipina menerima tahanan baru.

2. Sejak 3 Julai 2020 hingga 24 Ogos 2020 , sebanyak 3 siri penghantaran pulang telah dilaksanakan melibatkan PATI Filipina seramai 1,573 orang. Jumlah keseluruhan penghantaran pulang NO SOALAN: 50

PATI dari Sabah ke negara-negara asal pada tahun 2020 (sehingga pada 24 Ogos 2020) ialah sebanyak 6,033 orang.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 51

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPATBELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN DARIPADA : YB DATUK DONALD PETER MOJUNTIN

Datuk Donald Peter Mojuntin minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah kelahiran hidup yang didaftarkan di negeri Sabah dalam tempoh 1963-1970, 1971-1980, 1981-1990, 1991-2000 dan 2001- 2010.

NO SOALAN: 51

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Selaras dengan peruntukan dalam Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 (Akta 299) bagi Semenanjung Malaysia, Ordinan Pendaftaran Kelahiran dan Kematian (Sabah Cap. 123) 1948 bagi negeri Sabah, dan Ordinan Pendaftaran Kelahiran dan Kematian (Sarawak Cap.10) 1951 bagi negeri Sarawak, kelahiran setiap individu di Malaysia sama ada bertaraf warganegara Malaysia atau Bukan Warganegara, hendaklah didaftarkan oleh Pendaftar bagi kawasan pendaftaran di mana individu itu dilahirkan dengan butir-butir kelahirannya.

Berdasarkan rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dari tahun 1963 hingga tahun 2010, sebanyak 1,992,121 kelahiran hidup yang didaftarkan di negeri Sabah. Perincian jumlah kelahiran berkenaan mengikut tahun adalah seperti mana berikut:- a. Tahun 1963 hingga tahun 1970: 92,742 orang; b. Tahun 1971 hingga tahun 1980: 216,072 orang; c. Tahun 1981 hingga tahun 1990: 502,586 orang; d. Tahun 1991 hingga tahun 2000: 636,121 orang; dan e. Tahun 2001 hingga tahun 2010: 544,600 orang.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 52

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN DARIPADA : YB TUAN MOHD YUSMADI BIN MOHD YUSOFF

Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff minta PERDANA MENTERI menyatakan pendirian Kerajaan terhadap aktiviti lompat parti dan keperluan undang-undang untuk menghalang perkara tersebut daripada berlaku.

NO SOALAN: 52

JAWAPAN

[YB DATO’ TAKIYUDDIN BIN HASSAN, MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI(PARLIMEN DAN UNDANG-UNDANG)]

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada masa ini Kerajaan berpandangan bahawa setiap warganegara masih dijamin hak untuk bebas berpersatuan yang selaras dengan Perkara 10(1)(C) Perlembagaan Persekutuan. Hak untuk bebas berpersatuan ini turut telah dibincangkan dalam keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Dewan Undangan Negeri Kelantan & Anor v Nordin bin Salleh & Anor [1992] 1 CLJ 343.

Namun, sekiranya Kerajaan berpandangan terdapat keperluan untuk menggubal undang-undang lompat parti ini pada masa akan datang, kajian terperinci akan dilakukan termasuklah dengan mengadakan perbandingan best practices dengan negara-negara lain;

Kajian secara terperinci ini perlu dilakukan memandangkan perkara ini bercanggah dengan Perkara 10(1)(C) Perlembagaan Persekutuan iaitu hak membentuk persatuan dengan syarat ia tidak membabitkan soal keselamatan, ketenteraman awam atau prinsip moral. Pihak Kerajaan juga perlu mengadakan konsultasi dengan pelbagai pihak lain termasuklah badan bukan Kerajaan dan parti politik jika ianya hendak digubal kelak.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 53

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN DARIPADA : YB TUAN MOHD YUSMADI BIN MOHD YUSOFF

Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff minta PERDANA MENTERI menyatakan bila pengenalan semula Akta Perkhidmatan Parlimen akan dibuat.

1

NO SOALAN: 53

JAWAPAN

[YB DATO’ TAKIYUDDIN BIN HASSAN,MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI(PARLIMEN DAN UNDANG-UNDANG)]

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, draf Rang Undang-undang Perkhidmatan Parlimen telah disediakan. Pada masa sekarang, Kerajaan sedang memperhalusi dan mengkaji penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan Parlimen Malaysia.

Sekian, terima kasih.

2

NO SOALAN: 54

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN DARIPADA : YB TUAN MOHD YUSMADI BIN MOHD YUSOFF

Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff minta PERDANA MENTERI menyatakan perkembangan dasar dan undang-undang berkaitan dana kempen pilihan raya.

NO SOALAN: 54

JAWAPAN

[YB DATO’ TAKIYUDDIN BIN HASSAN, MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI(PARLIMEN DAN UNDANG-UNDANG)]

Tuan Yang di-Pertua,

Sesungguhnya Kerajaan sentiasa terbuka terhadap cadangan penambahbaikan berkaitan penggubalan dan pindaan undang-undang daripada pelbagai pihak. Berhubung dengan undang-undang berkaitan dana kempen pilihan raya, ia masih dalam peringkat perbincangan di mana diselaraskan oleh Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC) serta dibantu oleh jabatan/agensi lain yang berkaitan.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 55

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN DARIPADA : YB TUAN MOHD YUSMADI BIN MOHD YUSOFF

Tuan Mohd Yusmadi Bin Mohd Yusoff minta MENTERI KESIHATAN menyatakan perkembangan penyelidikan penggunaan "stem cell" untuk tujuan kesihatan dan keperluan untuk mengadakan dasar dan undang- undang berkaitan "stem cell" di negara.

NO SOALAN: 55

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

1. Semenjak tahun 2006, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) telah menjalankan penyelidikan penggunaan sel stem untuk tujuan kesihatan iaitu:

i. Penyelidikan sel stem mesenkima yang diperolehi daripada sum-sum tulang, darah dan bendalir tali pusat (Wharton Jelly) dan pulpa gigi yang menunjukkan sel-sel tersebut mempunyai pelbagai potensi (multipotent) walaupun dikembangbiak dan disimpan dalam tempoh yang lama.

ii. Kajian praklinikal terhadap keberkesanan sel stem mesenkima untuk merawat penyakit sirosis hati pada model tikus.

iii. Kajian terapi untuk menghasilkan sel stem mesenkima untuk rawatan kanser paru-paru.

iv. Penyelidikan model penyakit berasaskan sel jantung (cardiomyocytes).

2. Di samping itu, KKM juga berkolaborasi dengan beberapa institusi awam dan swasta seperti Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Malaya, Universiti Putra Malaysia, Universiti Sains Malaysia dan Universiti Tunku Abdul Rahman serta NO SOALAN: 55

Stempeutics Research Malaysia Sdn. Bhd untuk menjalankan beberapa penyelidikan berikut:

i. Penyelidikan klinikal ke atas penggunaan sel mesenkima dalam merawat pelbagai penyakit seperti kecederaan saraf tunjang, penyakit kornea dan kanser paru-paru.

ii. Penyelidikan klinikal untuk transplantasi epitelia kornea dari sel stem limbal untuk penyakit mata dengan kadar sukses 71.4%.

Tuan Yang di-Pertua,

3. Buat masa ini, KKM masih belum mempunyai undang-undang atau akta berkenaan penyelidikan dan terapi sel stem di Malaysia. Walau bagaimanapun, bagi memantau dan memastikan pematuhan kepada keperluan moral dan etika penyelidikan dan terapi sel stem di Malaysia, KKM telah menubuhkan National Stem Cell Research and Ethics Subcommitee (NSCERT). Semua penyelidikan berkaitan sel stem juga perlu dikemukakan kepada Jawatankuasa Etika Penyelidikan Perubatan KKM (MREC) dan berdaftar dengan National Medical Research Register (NMRR).

4. Bagi tujuan pengeluaran entiti sel stem bagi tujuan klinikal, ianya perlulah dikeluarkan oleh fasiliti yang mempunyai lesen Good Manufacturing Practice (GMP) yang diperiksa oleh National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA). Selain itu, pihak KKM juga telah menyediakan beberapa kertas dasar serta garis panduan bagi penyelidikan berkenaan sel stem dan terapi di Malaysia seperti berikut: NO SOALAN: 55 i. Pekeliling Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Bilangan 7/2011: Checklist for Research on Stem Cell and Cell-based Therapies (2011) yang disediakan oleh Jawatankuasa Kebangsaan Etika Penyelidikan dan terapi Stem Cell (NSCERT) bagi prosedur penyelidikan berkaitan sel stem khususnya kajian yang melibatkan subjek manusia. ii. National Standards for Stem Cell Transplantation: Collection, Processing, Storage and Infusion of Hematopoietic Stem Cells and Therapeutic Cells 2nd Edition (2018) yang disediakan oleh Bahagian Perkembangan Perubatan, KKM untuk memantau pengumpulan darah tali pusat, pemprosesan, ‘pembekuan’ dan transplantasi sel stem yang diekstrak dari salur darah/ uri, tulang sum sum dan lain- lain. iii. National Standards for Cord Blood Banking and Transplantation (2008) yand disediakan oleh KKM untuk memantau perbankan swasta dan awam bagi darah tali pusat

untuk tujuan transplantasi. iv. Malaysian Guidelines for Stem Cell Research and Therapy (2009) yang disediakan oleh Bahagian Perkembangan Perubatan, KKM untuk memantau penyelidikan dan transplantasi sel stem darah dan sel stem bukan darah, termasuk derivasi sel stem dari sel soma dan sel embrio.

NO SOALAN: 55

v. National Guidelines for Hematopoietic Stem Cell Therapy (2009) yang disediakan oleh Bahagian Perkembangan Perubatan, KKM untuk memantau transplantasi sel stem darah.

vi. Guidance Document and Guidelines for Registration of Cell and Gene Therapy Products (CGTPs) in Malaysia (2016) yang telah disediakan oleh Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, KKM untuk memantau pendaftaran produk sel dan gene terapi di Malaysia.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 56

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020 , PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN DARIPADA : YB TUAN MOHD YUSMADI BIN MOHD YUSOFF

Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff minta PERDANA MENTERI menyatakan perkembangan Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional selepas ianya diluluskan.

NO SOALAN: 56

JAWAPAN

[YB DATO’ TAKIYUDDIN BIN HASSAN,MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI(PARLIMEN DAN UNDANG-UNDANG

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Rang Undang-Undang Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional 2019 (D.R. 28/2019) telah dibahaskan dan diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 10 Oktober 2019 dan seterusnya di Dewan Negara pada 19 Disember 2019. Setelah diluluskan dan mendapat perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 30 Disember 2019, Akta Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan 2019 [Akta 822] telah disiarkan dalam Warta pada 31 Disember 2019 dan mula berkuat kuasa pada 2 Januari 2020 melalui suatu Pemberitahuan [P.U. (B) 644/2019].

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 57

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN DARIPADA : YB PUAN HAJAH SABANI BINTI MAT

Puan Hajah Sabani Binti Mat minta MENTERI KESIHATAN menyatakan berapa jumlah kanak-kanak yang telah menerima vaksin pneumococcal dan berapa jumlah yang telah dibayar oleh Kerajaan.

NO SOALAN: 57

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

1. Pada masa kini, terdapat tiga (3) jenis vaksin pneumokokal konjugat (Pneumococcal Conjugate Vaccine PCV) yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah. Dua (2) jenis vaksin pneumokokal konjugat kini terdapat di fasiliti kesihatan swasta, iaitu PCV-10 (melindungi terhadap 10 serotype pneumokokus jenis 1, 4, 5, 6B, 7F, 9V, 14, 18C, 19F dan 23F) dan PCV-13 (melindungi terhadap 13 serotype pneumokokus jenis 1, 4, 5, 6B, 7F, 9V, 14, 18C, 19F, 23F dan tambahan tiga serotype lagi iaitu 3, 6A dan 19B). Anggaran bilangan kanak-kanak yang telah mendapat suntikan vaksin PCV-10 dan PCV-13 tersebut di fasiliti kesihatan swasta adalah seramai 72,000 pada tahun 2018 dan meningkat kepada 83,000 pada tahun 2019. Satu (1) lagi produk vaksin penumokokal konjugat baru diluluskan pendaftaran dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah pada 9 Julai 2020 (iaitu untuk melindungi terhadap 10 serotype pneumokokus jenis 1, 5, 6A, 6B, 7F, 9V, 14, 19A, 19F dan 23F).

2. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tetap komited dalam usaha untuk menurunkan morbiditi dan mortaliti akibat jangkitan bakteria pneumokokus di kalangan kanak-kanak. Untuk makluman, KKM sedang dalam proses menyediakan bekalan vaksin pneumokokal konjugat (Pneumococcal Conjugate Vaccine PCV) di semua Klinik Kesihatan. Proses perolehan secara tender terbuka vaksin NO SOALAN: 57

tersebut telah tertangguh susulan kejadian pandemik COVID- 19, dan kini berada di peringkat mendapatkan kelulusan dari Kementerian Kewangan.

3. Pemberian suntikan vaksin pneumokokal melalui “Program Imunisasi Pneumokokal” di bawah “Program Imunisasi Kanak- kanak Kebangsaan” dianggarkan akan memberi manfaat kepada lebih kurang 500,000 kanak-kanak yang layak setiap tahun setelah ianya dilaksanakan.

4. Dalam masa yang sama, KKM sedang meningkatkan usaha untuk meningkatkan liputan imunisasi bagi vaksin-vaksin yang telah sedia ada dalam Jadual Imunisasi Kanak-Kanak Kebangsaan. Kejadian pandemik COVID-19 dan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah memberi kesan kepada penerimaan vaksin secara keseluruhan dan ini meningkatkan risiko kepada berlakunya wabak penyakit cegahan vaksin sekiranya ia berterusan. Justeru, anggota kesihatan sedang menjalankan usaha untuk mengesan kanak-kanak yang telah tercicir imunisasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan agar penjadualan semula suntikan vaksin dapat dibuat.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 58

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA, MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN DARIPADA : YB PUAN HAJAH SABANI BINTI MAT

Puan Hajah Sabani Binti Mat minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan apakah faktor penghalang pelaksanaan Program Subsidi Petrol (PSP) yang sepatutnya dijadualkan dilaksanakan pada Januari lalu dan apakah jaminan Kementerian bahawa kenaikan harga barang tidak akan berlaku sekiranya program ini dilaksanakan kelak.

NO SOALAN: 58

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

KPDNHEP bersama Kementerian Kewangan pada 9 Julai 2020 telah bersetuju agar bantuan bersasar kepada golongan B40 bagi menampung kenaikan harga petrol RON95 melalui Program Subsidi Petrol (PSP) tidak diteruskan dan cadangan ini akan dimuktamadkan melalui pembentangan Memorandum Jemaah Menteri oleh Kementerian Kewangan.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 59

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN DARIPADA : YB PUAN HAJAH SABANI BINTI MAT

Puan Hajah Sabani binti Mat minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan tahap capaian internet jalur lebar mengikut negeri, serta cabaran-cabaran yang dihadapi untuk membolehkan lebih ramai penduduk menikmati internet jalur lebar. NO SOALAN: 59

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, statistik terkini liputan perkhidmatan jalur lebar mudah alih 3G dan 4G di kawasan berpenduduk bagi setiap negeri sehingga suku pertama 2020 adalah seperti berikut:

3G (%) 4G (%) Malaysia 95.32 88.96 Johor 98.93 94.18 Kedah 97.63 89.10 Kelantan 95.98 87.52 Melaka 99.80 95.50 Negeri Sembilan 97.92 89.96 Pahang 92.57 80.38 Perak 96.30 90.32 Perlis 99.46 93.29 Pulau Pinang 99.78 98.90 Sabah 84.07 71.70 Sarawak 84.62 71.10 Selangor 99.69 98.51 Terengganu 95.52 87.68 WP Kuala Lumpur 100.00 99.97 WP Labuan 98.00 97.40 WP Putrajaya 100.00 100.00

2. Walau bagaimanapun, usaha bagi meningkatkan liputan dan kualiti perkhidmatan jalur lebar di seluruh negara bagi merapatkan jurang digital di antara kawasan bandar dan luar bandar bukan NO SOALAN: 59

sahaja melibatkan kerajaan persekutuan malah memerlukan kerjasama pelbagai pihak, termasuk di peringkat Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan untuk pemudahcaraan proses- proses perolehan dan kelulusan tapak yang terlibat.

3. Selain itu, bentuk muka bumi yang berbukit-bukau, laluan masuk yang sukar dan masalah ketiadaan bekalan elektrik juga menjadi cabaran kepada syarikat pemberi perkhidmatan untuk menyediakan infrastruktur komunikasi di kawasan seperti ini. Antara kaedah alternatif yang diguna pakai bagi mengatasi masalah ini adalah menerusi penggunaan teknologi satelit dan bekalan kuasa alternatif seperti genset namun begitu perkhidmatannya adalah kurang stabil.

4. Pada masa yang sama, SKMM juga telah bekerjasama dengan pihak industri dan penyedia perkhidmatan telekomunikasi untuk membangunkan satu pelan infrastruktur digital yang dikenali sebagai JENDELA (Jalinan Digital Negara) bagi memantapkan kualiti dan liputan perkhidmatan di seluruh negara dengan menggunakan pelbagai teknologi. Melalui pelan ini, semua perancangan dan pembinaan infrastruktur digital dimudahcara oleh pelbagai kementerian dan agensi terbabit termasuklah di peringkat negeri.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 60

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN DARIPADA : YB PUAN HAJAH SABANI BINTI MAT

Puan Hajah Sabani binti Mat minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan berapakah agihan bantuan menerusi Tabung Prihatin YKN-JKM yang dilancarkan Februari lalu selepas bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehinggalah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

NO SOALAN: 60

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Tabung Prihatin YKN-JKM telah dilancarkan pada 17 Februari 2020 dan merupakan tabung khas dalam menyelaras sumbangan kewangan yang diterima daripada pihak korporat, swasta, masyarakat dan orang perseorangan untuk disalurkan kepada rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan segera dalam keadaan terdesak berdasarkan maklumat yang diperakukan oleh kedua-dua agensi iaitu Yayasan Kebajikan Negara (YKN) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Kategori bantuan yang dipertimbangkan bagi penyaluran melalui Tabung Prihatin YKN-JKM adalah bantuan serta merta yang bersifat sekali gus (one-off), bantuan segera melalui aktiviti pendampingan sosial, mangsa bencana kecil/ kes terpencil dan juga kes terdampar.

Berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah diumumkan pada 18 Mac 2020 akibat penularan wabak COVID-19, Tabung Prihatin YKN-JKM telah diperluaskan fungsinya sebagai platform kepada syarikat korporat dan orang ramai untuk menderma kepada rakyat Malaysia yang terputus bekalan makanan dan terjejas sumber pendapatan sepanjang tempoh PKP sehingga Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Inisiatif yang berterusan melalui penubuhan tabung ini telah menarik minat syarikat korporat dan orang ramai untuk menderma dan membantu kumpulan sasar yang terjejas semasa tempoh PKP. Sepanjang tempoh NO SOALAN: 60

PKP hingga ke PKPP, Tabung Prihatin YKN-JKM telah mengumpul sebanyak RM540 ribu melalui sumbangan pihak korporat, swasta dan orang perseorangan dan telah diagihkan kepada 8,262 orang yang terputus bekalan makanan dan terjejas punca pendapatan. Agihan bantuan ini telah disalurkan kepada penerima dalam bentuk bakul makanan dan disampaikan mengikut prosedur operasi standard yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 61

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN DARIPADA : YB TUAN WAYTHA MOORTHY A/L PONNUSAMY

Tuan Waytha Moorthy a/l Ponnusamy minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan sama ada Kerajaan akan memperuntukkan suatu kuota khas bagi pengambilan pelajar-pelajar daripada masyarakat terpinggir seperti masyarakat India, Orang Asli/Asal, OKU dan sebagainya di IPTA untuk sesi pengambilan tahun 2020 dan sekiranya tiada peruntukan tersebut, apakah rasionalnya.

NO SOALAN: 61

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Kementerian Pengajian Tinggi mengamalkan prinsip meritokrasi dalam pemprosesan pengambilan pelajar ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA). Berdasarkan prinsip ini, semua calon yang layak dengan markah merit tertinggi diberi peluang yang saksama tanpa mengira kaum, agama, negeri, taraf hidup dan tempat tinggal untuk mengikuti pengajian di institusi pengajian tinggi.

Bagi membantu kelompok calon tertentu mendapat peluang yang lebih tinggi untuk menyambung pengajian, kementerian telah menyediakan laluan khas kepada 4 kategori calon semasa proses pemilihan kemasukan ke universiti awam iaitu:

i) Laluan Khas bagi kategori Orang Kurang Upaya (OKU); ii) Laluan Khas bagi kategori B40; iii) Laluan Khas bagi kategori Orang Asli; dan iv) Laluan Khas bagi kategori Atlet Sukan.

Calon-calon yang mengemukakan permohonan menerusi laluan ini hanya perlu melepasi syarat am dan syarat khas program seperti yang ditetapkan oleh Universiti yang dipilih. Calon akan ditawarkan tempat berdasarkan kesesuaian program yang dipilih dengan kelulusan Senat Universiti.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 62

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN DARIPADA : YB TUAN WAYTHA MOOTHY A/L PONNUSAMY

Tuan Waytha Moothy a/l minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI MAKANAN menyatakan apakah usaha-usaha kerajaan menggalakkan pekerja-pekerja estet Masyarakat India yang kehilangan pekerjaan sejak tahun 1970an untuk mencebur diri dalam bidang pertanian dan sekiranya tiada usaha, maka adakah Kerajaan sanggup menyediakan kemudahan dan insentif khas kepada masyarakat India untuk menceburkan diri dalam bidang pertanian.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Kementerian Pertanian dan Industri Makanan telah menyedia dan memperuntukkan pelbagai insentif dan bantuan untuk menarik minat masyarakat untuk terlibat dalam bidang pertanian tanpa mengira kaum. Jabatan dan Agensi di bawah Kementerian turut menawarkan khidmat nasihat teknikal kepada golongan sasar yang berminat untuk menceburkan diri dalam bidang pertanian.

2. Antara insentif yang ditawarkan kepada golongan sasar yang berpengalaman dan berkelayakan seperti:

Bidang Tanaman

Bagi sektor tanaman, Kementerian menyediakan bantuan insentif seperti berikut:

i. benih, baja dan racun; ii. penyediaan kawasan; iii. pembinaan pusat pengumpulan dan pemprosesan serta stor; iv. insentif hasil; atau v. insentif geran pemadanan pembiayaan.

Bidang Penternakan

3. Bagi sektor ternakan pula, Kementerian menyediakan bantuan insentif seperti berikut: i. bantuan induk dan penjantan bagi pembiakbakaan serta lembu tenusu bunting untuk pengeluaran susu; ii. bantuan peralatan susu; iii. bantuan penanaman napier; atau iv. bantuan input ternakan dan pembinaan kendang/reban. Bidang Perikanan

4. Bagi menarik penyertaan dalam industri perikanan, strategi yang telah dilaksanakan adalah seperti berikut:

i. bantuan geran dalam bentuk in-kind bagi perolehan bot nelayan pantai dan projek pengembangan seperti enjin bot dan peralatan penangkapan ikan; dan ii. projek-projek ekonomi seperti agro-pelancongan, perikanan rekreasi dan akuakultur.

5. Untuk mendapatkan maklumat lengkap berhubung khidmat nasihat serta insentif-insentif yang terdapat di bawah Jabatan dan Agensi di Kementerian, pemohon yang berminat boleh hadir secara terus ke pejabat-pejabat Jabatan dan Agensi yang terdapat di negeri dan daerah. Insentif-insentif yang ditawarkan adalah tertakluk kepada pelaksanaan projek dan program semasa.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 63

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN DARIPADA : YB TUAN WAYTHA MOORTHY A/L PONNUSAMY

Tuan Waytha Moorthy a/l Ponnusamy minta MENTERI PERPADUAN NEGARA menyatakan:-

(a) Kerajaan akan meneruskan dengan polisi ketelusan Kerajaan terdahulu dengan memaparkan dalam laman web Unit Transformasi India Malaysia (MITRA) jumlah dana dan nama penerima dana untuk menjalankan projek pembangunan sosio ekonomi :-

(b) Adakah Kerajaan akan menyenaraihitamkan (blacklist) penerima- penerima dari masa Unit Khas bagi Program Pembangunan Sosioekonomi (SEDIC) yang menerima teguran Jabatan Audit Negara.

NO SOALAN: 63

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Behrormat,

Maklumat Dana dan Penerima Dana Dipaparkan Dalam Laman Web MITRA

• Maklumat mengenai program-program yang diluluskan oleh Kementerian Perpaduan Negara adalah dipaparkan dalam laman web Unit Transformasi India Malaysia (MITRA).

• Maklumat yang disediakan adalah nama dan ringkasan setiap program, status pelaksanaan program dan juga link untuk menyertai program yang ditawarkan oleh MITRA.

• Maklumat seperti jumlah dan penerima dana tidak dipaparkan di laman web untuk hebahan umum dengan mengambil kira pendekatan yang diambil oleh agensi Kerajaan lain seperti Kementerian Kewangan (bantuan sara hidup), ICU (bantuan eKasih), Jabatan Kebajikan Masyarakat (semua jenis bantuan bulanan, bantuan sekaligus dan keusahawanan sosial).

NO SOALAN: 63

Laporan Ketua Audit Negara Siri 1/2018

• Hasil daripada Laporan Ketua Audit Negara Siri 1/2018, terdapat 8 isu utama yang telah dibangkitkan seperti berikut:

i. Pembayaran Tanpa Dokumen Sokongan Yang Lengkap ii. Tiada Pemantauan Program iii. Baki Dana Yang Tidak Dipulangkan iv. Akaun Bank Tidak Dibuka Secara Berasingan Bagi Dana Yang Diterima v. Perbelanjaan Di Luar Skop vi. Proses Penilaian Permohonan NGO Tidak Mematuhi Prosedur vii. Kelemahan Pengurusan Dana Untuk Masyarakat India oleh ICU bagi Program Pra Sekolah viii. Perbelanjaan Dana Oleh NGO dan Butiran Perbelanjaan Tidak Dibayar

• Tujuh daripada lapan isu yang dibangkitkan oleh Audit telah diselesaikan;

• Hanya satu isu sahaja, iaitu isu pemulangan dana yang kini dalam proses pembayaran semula oleh satu NGO yang berkaitan. Perkara ini dijangka akan diselesaikan dalam masa terdekat;

NO SOALAN: 63

• Antara tindakan yang telah diambil bagi menyelesaikan isu ini adalah seperti berikut:

i. mengeluarkan surat peringatan bagi pemulangan dana ii. membuat laporan polis terhadap NGO yang berkaitan iii. menyenarai hitam NGO yang terlibat

Langkah Penambahbaikan oleh KPN • Untuk makluman, mulai 17 April 2020 pengurusan MITRA diletakkan di bawah seliaan Kementerian Perpaduan Negara;

• Semua program-program pembangunan sosioekonomi di bawah Kementerian adalah dinilai dan dipertimbangkan kelulusannya melalui sebuah Jawatankuasa Penilaian Program. Seterusnya, pelaksanaan semua program ini dipantau melalui sebuah Jawatankuasa Pemantauan Program;

• Kedua-dua Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha KPN. Ahli Jawatankuasa terdiri daripada Penasihat Undang-undang, Bahagian Audit Dalam, Unit Integriti, Bahagian Dasar dan Bahagian Khidmat Pengurusan Kementerian;

NO SOALAN: 63

MAKLUMAT TAMBAHAN ISU LKAN SIRI 2018

ISU TINDAKAN STATUS 1. PENGURUSAN DANA • MITRA mengadakan pemantauan SELESAI UNTUK MASYARAKAT tanpa bernotis dan program INDIA OLEH ICU, JPM dilaksanakan seperti yang – PRASEKOLAH dijadualkan dan pembayaran • Tiada sebarang telah dilakukan. pemantauan dilakukan oleh SEDIC ataupun ICU, JPM bagi mengesahkan pelaksanaan program dan pembayaran 2. AKAUN BANK TIDAK • Langkah penambahbaikan oleh SELESAI DIBUKA SECARA MITRA adalah seperti berikut: BERASINGAN BAGI a) merangka Garis Panduan Bagi DANA YANG DITERIMA Permohonan Geran Kewangan • 35 NGO yang MITRA yang jelas menerima dana menerangkan syarat berjumlah RM55.84 pembukaan akaun berasingan juta dan kesemua ini sebagai syarat yang penting empat (4) ILKS yang harus dipatuhi oleh entiti dengan dana yang yang diluluskan geran. diterima berjumlah b) melaksanakan kaedah “legally RM5.31 juta, tidak binding agreement ” yang menyimpan dana memberi perincian mengenai yang diterima dalam NO SOALAN: 63

akaun yang tatacara pengurusan dana dan berasingan. implikasi undang undang sekiranya penerima geran tidak mematuhi terma dan syarat yang dipersetujui. c) melaksanakan sesi taklimat dan latihan kepada semua penerima geran mengenai perisian aplikasi GMS dan tatacara pengurusan dana. 3. PERBELANJAAN DI • Ketiga-tiga NGO ini telah SELESAI LUAR SKOP UNJURAN membuat pulangan bernilai • Sebanyak 15 NGO RM11,988 seperti berikut kepada dan satu (1) ILKS MITRA iaitu: telah membelanjakan a) Pencetak Canon G4010 - dana Kerajaan di luar pembayaran sebanyak RM skop berjumlah 1,011 telah dibuat kepada RM2.77 juta. Akuantan Negara Malaysia • Aset bernilai pada 31 Mei 2019 RM11,988 yang dibeli b) 2 unit kamera berserta oleh tiga (3) NGO aksesori - NGO telah tidak dapat memulangkan aset kepada dikemukakan kepada MITRA pada 12 Jun 2019 pihak Audit semasa c) LED projektor - pembayaran lawatan. sebanyak RM 1,285 telah dibuat kepada Akuantan Negara Malaysia pada 15 Mei 2019 NO SOALAN: 63

• Aset berada dalam simpanan MITRA kini. 4. BUTIRAN • MITRA telah mendapatkan SELESAI PERBELANJAAN maklumbalas terkini daripada TIDAK NGO-NGO tersebut. DIBELANJAKAN • MITRA melaksanakan beberapa • 9 NGO yang tindakan pencegahan dan menerima dana langkah penambahbaikan dengan butiran terhadap isu ini. Antaranya perbelanjaan seperti adalah: elaun peserta; sewa a) merangka Garis Panduan Bagi premis; insurans Permohonan Geran Kewangan peserta; peralatan MITRA. teknikal; dan kit b) melaksanakan kaedah “legally peserta telah tidak binding agreement ” . dibelanjakan dengan c) melaksanakan sesi taklimat nilai bagi butiran dan latihan kepada semua tersebut berjumlah penerima geran mengenai RM1.89 juta (Jadual perisian aplikasi GMS dan 18) Laporan Ketua tatacara pengurusan dana. Audit Negara Tahun • MITRA membuat pemantauan 2018 Siri 1. berkala. • Berdasarkan temu • Pihak MITRA mengeluarkan surat bual dengan NGO, tunjuk sebab kepada penerima didapati mereka geran sekiranya laporan tersebut terlepas pandang tidak memuaskan. perkara ini atau tiada • Penyaluran hanya akan disokong keperluan untuk untuk dibayar oleh Bahagian NO SOALAN: 63

membuat Pembangunan JPM setelah perbelanjaan tersebut penjelasan yang munasabah apabila program diterima oleh MITRA. dilaksanakan. • Penyaluran dana secara berfasa • Butiran perbelanjaan ini akan disekat sekiranya yang tidak dibuat ini didapati entiti tidak mematuhi tidak dipulangkan syarat perjanjian yang telah kepada SEDIC. ditetapkan serta sekiranya dokumen sokongan berkaitan pembayaran tidak dikemukakan. • Sekiranya NGO tidak membuat perbelanjaan berdasarkan skop yang dipersetujui, penyaluran geran akan disekat. 5. PEMBAYARAN TANPA • MITRA mengadakan SELESAI DOKUMEN perbincangan dengan Pejabat SOKONGAN YANG Penasihat Undang-Undang, LENGKAP Jabatan Perdana Menteri (En. • 18 NGO tidak dapat Nazir Amir Johari) pada 15 mengemukakan Oktober 2019 dan Pihak PUU dokumen sokongan JPM merangka tindakan selain daripada baucar selanjutnya yang perlu diambil ke bayaran bagi atas NGO-NGO yang tidak dapat membuktikan dihubungi serta tidak perbelanjaan sejumlah mengemukakan dokumen RM8.13 juta dibuat sokongan ini. untuk melaksanakan • MITRA kini melaksanakan program. beberapa tindakan pencegahan NO SOALAN: 63

• Tiada maklumat lengkap seperti berikut untuk memastikan mengenai perincian penerima geran mengemukakan perkhidmatan dalam maklumat dan dokumen baucar bayaran seperti pembayaran yang benar dan jumlah unit, harga tepat. Antara langkah-langkah seunit, terma bayaran, tersebut adalah: tarikh menyempurnakan a) merangka Garis Panduan Bagi (delivery) perkhidmatan, Permohonan Geran Kewangan maklumat penerima MITRA. bayaran dan maklumat b) memperkenalkan kaedah perakuan telah bayar. penyaluran dana secara 3 peringkat iaitu 50%, 40%, dan 10%. c) melaksanakan kaedah “legally binding agreement ”. d) melaksanakan sesi taklimat dan latihan kepada semua penerima geran mengenai perisian aplikasi GMS dan tatacara pengurusan dana. 6. PEMANTAUAN • MITRA telah membuat SELESAI Semakan Audit terhadap penambahbaikan dari segi 98 fail NGO/ILKS kawalan pemantauan tanpa melibatkan 124 program bernotis terhadap pelaksanaan mendapati: program oleh entiti yang Pemantauan Tanpa Notis menerima geran daripada MITRA • Sebanyak 124 program melalui dua (2) fasa seperti diambil kira sebagai berikut: NO SOALAN: 63

sampel untuk diaudit a) Fasa I – Pemantauan bagi laporan dilakukan oleh kakitangan pemantauan tanpa notis MITRA sendiri bagi yang dilaksanakan oleh memastikan bahawa program SEDIC. benar-benar dilaksanakan • Sebanyak 73 (58.9%) berdasarkan kepada terma program telah dibuat dan syarat yang ditetapkan pemantauan tanpa notis dalam Perjanjian. (pemeriksaan mengejut) b) Fasa II – Pemantauan lebih oleh SEDIC manakala, sistematik dan mengikut bakinya 51 (41.1%) kepiawaian perakauan tiada bukti pemantauan dilakukan oleh pihak bebas tanpa notis dibuat oleh yang dilantik oleh MITRA. SEDIC. Pemantauan ini bertujuan untuk memastikan bahawa Pemantauan Berkala program-program MITRA • Jumlah keseluruhan dilaksanakan dengan teratur, laporan berkala yang serta untuk mendorong sepatutnya diterima pembangunan sahsiah di adalah sebanyak 413 kalangan penerima geran agar laporan. pengurusan geran adalah • Hanya 49 (11.9%) dilakukan secara berhemah laporan berkala diterima dan bagi menambahbaik oleh SEDIC dan bakinya tatacara pengurusan geran di sebanyak 364 (88.1%) kalangan penerima geran. laporan berkala tiada bukti penerimaan oleh • MITRA membuat pemantauan SEDIC. berkala melalui Laporan Berkala NO SOALAN: 63

• Semakan lanjut ke atas dan Laporan Akhir yang diterima laporan berkala yang daripada setiap NGO bagi tujuan diterima mendapati tiada penyaluran peruntukan sebanyak bukti penyemakan oleh 40% dan 10%. Sekiranya laporan SEDIC. tersebut tidak memuaskan, pihak MITRA akan mengeluarkan surat Laporan Akhir tunjuk sebab kepada penerima • Jumlah keseluruhan geran tersebut. Penyaluran hanya laporan akhir yang akan disokong untuk dibayar oleh sepatutnya diterima Bahagian Pembangunan JPM adalah sebanyak 124 setelah penjelasan yang laporan munasabah diterima oleh MITRA. • Hanya 33 (26.6%) laporan akhir yang diterima oleh SEDIC dan baki sebanyak 91 (73.4%) laporan akhir tiada bukti penerimaannya oleh SEDIC. • Semakan lanjut mendapati SEDIC hanya mengeluarkan lapan (8) (8.8%) surat amaran walaupun terdapat 91 laporan akhir yang tidak dikemukakan setakat NO SOALAN: 63

Februari 2019. 7. PROSES PENILAIAN • MITRA melaksanakan beberapa SELESAI PERMOHONAN NGO tindakan pencegahan agar TIDAK MEMATUHI perkara yang sama tidak berulang PROSEDUR kembali. Antaranya adalah: • Proses penilaian bagi a) merombak proses penilaian tahun 2014 hingga yang diamalkan oleh SEDIC 2016 tidak dapat dan melaksana Proses dikenal pasti kerana Penilaian Permohonan NGO tiada dokumen baharu seperti berikut: lengkap disimpan i. Peringkat 1: Pendaftaran dalam fail NGO dan di sistem online – MITRA Standard Operating Grant Management Procedure System. (SOP)/Panduan ii. Peringkat 2: Mengisi Proses Penilaian Borang Sistem tidak dapat Pengurusan Geran dikemukakan oleh dalam MITRA Grant SEDIC. Management System. • Semakan Audit iii. Peringkat 3: Proses terhadap 136 fail Penilaian:- NGO yang menerima iv. Proses pengesahan dana mendapati: kesahihan borang oleh i. Penilaian Peringkat I: Penolong Pengarah 34 NGO tidak Seksyen melepasi markah v. Penilaian oleh Pegawai 70% ke atas dan 10 Penilai Pertama NGO ke peringkat II. (Pengarah & Timbalan NO SOALAN: 63 ii. Penilaian Peringkat Pengarah Seksyen) II: 49 NGO tidak vi. Penilaian oleh Timbalan melepasi markah Ketua Pengarah 80% atau tiada vii. Penilaian dan markah penilaian pengesyoran / kelulusan atau tiada maklumat di Mesyuarat Panel penilaian tetapi telah Ketua Pengarah diluluskan viii. Peringkat 4: Kelulusan penerimaan dana Pegawai Pengawal berjumlah RM18.91 ix. Kelulusan di peringkat juta Ketua Pengarah bagi permohonan yang tidak melebihi RM1,000,000.00 x. Kelulusan TKSUK bagi permohonan yang melebihi RM1,000,000.00

b) antara kriteria / perkara yang diteliti semasa penilaian permohonan adalah seperti berikut: i. Pendaftaran pertubuhan dan ahli jawatankuasa organisasi ii. Pernyataan masalah, program dan kumpulan NO SOALAN: 63

sasaran iii. Modul program, metadologi dan kaedah penilaian oleh organisasi iv. Peserta dan lokasi v. Output dan hasil program vi. Program jangka panjang dan pembangunan mampan vii. Kekuatan tenaga pengajar viii. Kekuatan fasilitator / sukarelawan ix. Perincian kos program c) Semasa penilaian pertama dan kedua, penilai akan memberikan ulasan, syor dan skala yang ditetapkan terhadap setiap permohonan. Jumlah markah yang kurang daripada 20% adalah ditolak permohonannya. d) Selain itu, Sistem Grant Management telah dibangunkan bermula 30 Januari 2019 dan pindaan terkini pada garis panduan sistem ini telah dikemukakan kepada NO SOALAN: 63

Kementerian Kewangan melalui Bahagian Pembangunan Jabatan Perdana Menteri untuk kelulusan pada 30 September 2019. e) MITRA melaksanakan pengauditan dalaman terhadap dokumen-dokumen permohonan geran berdasarkan templat senarai semak yang disediakan oleh MITRA. f) MITRA memohon Bahagian Audit Dalam Jabatan Perdana Menteri untuk melaksanakan pengauditan terhadap pengurusan kewangan dan tadbir urus MITRA. Justeru, MITRA telah mengadakan taklimat berkaitan tatacara dan proses kewangan pada 25 November 2019 kepada pihak Audit Dalam. 8. BAKI DANA YANG a) 5 NGO dan 1 ILKS seperti berikut DALAM TIDAK DIPULANGKAN telah menerima dana daripada TINDAKAN • Penyata bank dan SEDIC dan mempunyai baki penyata perbelanjaan berjumlah RM2,863.346.00 yang mendapati lima (5) NGO belum dipulangkan: dan satu (1) ILKS tidak ➢ Persatuan Sukarelawan memulangkan lebihan Pendidikan dan Sosial Negeri dana berjumlah RM2.86 Selangor NO SOALAN: 63

juta yang tidak ➢ Pertubuhan Belia Hindu dibelanjakan atau tiada Pelabuhan Klang, Selangor pelanjutan tempoh yang ➢ Gabungan Dewan Perniagaan dimohon. dan Perindustrian India • Bagi dana yang tidak Malaysia, Kuala Lumpur dipulangkan untuk ➢ Persatuan Guru-guru program Penataran Teks Kesusasteraan Tamil, Negeri dan Perbengkelan Sembilan Format Kesusasteraan ➢ Persatuan Peniaga-peniaga Tamil SPM berjumlah Kecil India, Negeri Sembilan RM0.12 juta, NGO ➢ Perkhidmatan Teknikal Bayu tersebut telah membuat Sdn. Bhd. surat kepada SEDIC bertarikh 28 Januari b) Berikut adalah status terkini 2019 iaitu selepas berkaitan dengan 6 entiti tersebut: lawatan Audit untuk • Terdapat 5 NGO dan 1 ILKS memohon pelanjutan yang telah menerima dana masa dan daripada SEDIC dan menggunakan baki yang mempunyai baki dana yang ada untuk belum dipulangkan. Berkaitan melaksanakan program itu, sehingga 28 Ogos 2020, yang sama. berikut adalah status terkini Bagaimanapun, tiada berkaitan isu pemulangan sebarang maklum balas dana : diterima daripada pihak SEDIC. • Telah selesai: • Bagi Program ➢ Persatuan Guru-Guru Peningkatan Kapasiti Kesusasteraan Tamil NS NO SOALAN: 63 dan Kapabiliti Malaysia - NGO telah Kumpulan, pihak NGO melaksanakan program dan telah membuat pemulangan dana permohonan kepada sebanyak RM24,551.10 SEDIC untuk telah dilakukan pada 15 menggunakan baki Julai 2020. Isu ini telah berjumlah RM0.94 juta selesai; untuk melaksanakan ➢ Pertubuhan Belia Hindu Program Kepimpinan Pelabuhan Klang, Selangor Mahasiswa Institut - Program telah Pengajian Tinggi dan dilaksanakan dan baki dana telah diluluskan. berjumlah RM9,477.03 Bagaimanapun, telah dipulangkan pada 7 berdasarkan dokumen Julai 2020. Isu ini telah yang dikemukakan oleh selesai. Pengerusi NGO, ➢ Persatuan Peniaga-Peniaga didapati program yang Kecil India, NS - dilaksanakan tidak pemulangan dana melibatkan program berjumlah RM28,074.60 yang diluluskan. telah dilakukan pada 16 Mei 2019.Isu ini telah selesai. ➢ Perkhidmatan Teknikal Bayu Sdn. Bhd - pemulangan dana berjumlah RM156,000.00 telah dilakukan pada 10 Jun 2019. Isu ini telah selesai. ➢ Persatuan Sukarelawan NO SOALAN: 63

Pendidikan dan Sosial Negeri Selangor

• Masih dalam Tindakan susulan oleh MITRA: ➢ Gabungan Dewan Perniagaan Dan Perindustrian India Malaysia : Kemaskini status setakat 20 September 2020 oleh MITRA – NGO ini akan menyerahkan dana yang tidak dibelanjakan pada minggu terakhir September 2020.

NO SOALAN: 64

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN DARIPADA : YB TUAN WAYTHA MOORTHY A/L PONNUSAMY

Tuan Waytha Moorthy a/l Ponnusamy minta MENTERI PERPADUAN NEGARA menyatakan sama ada Kerajaan akan meneruskan dengan polisi memperkasakan masyarakat India daripada golongan B40 dan remaja keciciran sekolah untuk melibatkan diri dalam program IR 4.0 seperti mana yang dilaksanakan dalam tahun 2019 dan apakah jumlah penglibatan peserta dalam program IR 4.0 bagi tahun 2020 berbanding dengan 2019.

NO SOALAN: 64

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Pendahuluan • Kerajaan melalui Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA), Kementerian Perpaduan Negara (KPN) mengutamakan golongan belia terutamanya yang berhadapan dengan isu kemiskinan dan keciciran sekolah dalam perancangan / pelaksanaan program pembangunan sosioekonomi;

• Pada tahun 2019, 50% daripada jumlah keseluruhan peserta program MITRA merupakan golongan belia iaitu seramai 58,714 orang. Peserta ini terlibat dalam pelbagai program-program latihan kemahiran dan persijilan profesional;

Program MITRA di bawah JPM

• Pelaksanaan program MITRA di bawah Jabatan Perdana Menteri pada tahun 2019 lebih berfokus kepada bidang pendidikan dan pembangunan kerohanian.

Program MITRA di bawah KPN

• Di bawah KPN, MITRA lebih berfokus kepada aspek peningkatan kekayaan dan ekonomi melalui pendekatan dalam bidang manufacturing, keusahawanan sosial dan juga revolusi industri 4.0 (IR 4.0);

NO SOALAN: 64

• Pendekatan ini adalah dibuat dengan berdasarkan kepada kepelbagaian bidang dan niche areas yang boleh dipelopori oleh masyarakat India, terutamanya di kalangan belia;

Jumlah program dan peserta yang terlibat dalam bidang IR 4.0 pada tahun 2019 dan 2020

• 2019: 12 program latihan kemahiran dan persijilan profesional yang melibatkan 1965 orang • 2020 : 4 program latihan kemahiran dan persijilan profesional yang melibatkan 775 orang (sehingga September 2020)

Sekian, terima kasih

NO SOALAN: 64

MAKLUMAT TAMBAHAN

ANALISIS KEBERKESANAN BAGI LIMA PROGRAM PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN DAN KERJAYA MASYARAKAT INDIA

Pendahuluan Program Train & Place merangkumi program-program yang menjanjikan penempatan kerja selepas menamatkan program persijilan professional / antarabangsa / industri revolusi yang berkaitan seperti bidang ICT. Peserta program akan dipilih berdasarkan kriteria yang ditetapkan oleh penyedia latihan. Peserta diwajibkan untuk menjalani latihan dan hanya akan ditauliahkan persijilan setelah lulus peperiksaan program. Penyedia latihan juga wajib memberi penempatan kerja kepada setiap peserta yang lulus peperiksaan yang menjanjikan pendapatan yang sesuai dengan persijilan / pekerjaan tersebut. 1. Program Train and Place – Cybersecurity Professional Certificates for Graduates Penyedia Latihan - Intellize Tech Services Program ini dikhususkan untuk mengenal pasti, melatih dan menempatkan 100 calon india yang telah menamatkan diploma atau ijazah dalam teknologi maklumat dan mencari peluang kerjaya baru dalam pengkhususan keselamatan siber dan meningkatkan kebolehpasaran graduan yang menganggur menerusi program pensijilan peningkatan yang dirancang untuk mengubah graduan menjadi eksekutif yang berpengalaman. Hasil program kini 60% peserta yang menyertai program ini sudah pun mendapat penempatan kerja dalam bidang keselamatan siber. 12.63% peserta kini melanjutkan pelajaran dan 8.42% peserta penempatan kerjanya dalam proses. Penempatan kerja akan NO SOALAN: 64

menjanjikan pendapatan minima sebanyak RM1,500 dan boleh mencecah sehingga RM5,500.

2. Program Train and Place – Professional Certificate in Huawei Certified ICT Associate & Huawei Networking Technology and Device

Penyedia Latihan - Luminous Systems Sdn Bhd Program ini mencadangkan untuk memberi latihan kepada graduan india berkenaan huawei networking technology and device yang mana peserta dapat menambahkan pengetahuan mereka dalam perkara ini serta pada masa yang sama juga dapat melahirkan usahawan-usahawan baru dalam bidang ini. 83% peserta yang menyertai program ini kini telahpun mendapat penempatan kerja, 16% masih menunggu untuk penempatan kerja dan 1% telahpun menyambung belajar. Penempatan kerja akan menjanjikan pendapatan minima sebanyak RM1,800 dan boleh mencecah sehingga RM2,500.

3. Train And Place: Certified Telecommunication Engineering For Graduates

Penyedia Latihan - Asaascom Engineering Sdn Bhd

Program ini dicadangkan bagi memenuhi permintaan tinggi dalam bidang kejuruteraan telekomunikasi yang memerlukan pakar kerja yang mempunyai kelayakan sijil-sijil industri. Dengan persijilan program ini, peserta dapat meningkatkan daya saing dan mampu melonjakkan pendapatan serta karier. Program ini merupakan program holistik yang dapat menyedikan peserta untuk melangkah NO SOALAN: 64

ke alam pekerjaan dalam bidang ini. Peserta program ini akan mendapat persijilan berikut Bil. Senarai Sijil Catatan 1. Sijil Pencapaian Pensijilan Kejuruteraan TEC Telekomunikasi Bertauliah 2. Sijil Penyertaan Pensijilan Kejuruteraan MITRA Telekomunikasi Bertauliah 3. Sijil Kecekapan - 1(C) - Premis Pelanggan Optik Gentian - Pemasangan, CA1C Penyambungan, Ujian Dan Penyenggaraan 4 Sijil Kecekapan - 2(C) – Rangkaian Optik Gentian - Pemasangan, CA2C Penyambungan, Ujian Dan Penyenggaraan Aerial Dan Di Bawah Tanah 5. Sijil Kecekapan - 2(A) – Rangkaian Pasangan Kuprum - Pemasangan, CA2A Penyambungan, Ujian Dan Penyenggaraan Aerial Dan Di Bawah Tanah 6. NTMSP – NIOSH - TM Safety Passport TM NIOSH 7. Kad Pendaftaran Personel Binaan CIDB CIDB Green Card 8. Health Fitness Certificate For The Purposes CSME Of Permission To Work In Confined Space 9. Certificate Of Achievement Basic Occupational First Aid And CPR BOFA Programme 10. Certificate Of Safety – Working At Height Telecommunication Tower Aerial Rigger – WAH Level 1 11. Kad Perakuan Latihan – Authorized Entrant TM And Standby Person For Confined Space For AESP Telekom Malaysia 12. Sijil Penyertaan Kursus Rangkaian TEC Kejuruteraan Radio Penempatan kerja akan menjanjikan pendapatan minima sebanyak RM1,300 dan boleh mencecah sehingga RM3,000.

NO SOALAN: 64

4. Program Train & Place: Diploma In Directing & Cinematography

Penyedia Latihan - Koperasi Pembangunan Pendidikan Berhad

Program ini memberi kemahiran dalam teknik perfileman kepada graduan india yang berminat serta untuk meningkatkan tahap kompetensi dan penilaian mutu kerja di peringkat antarabangsa. 80% penempatan kerja untuk para peserta program telahpun dapat penempatan dalam industri yang relevan dan menggalakkan peserta untuk membuka syarikat sendiri dengan sokongan Koperasi Pembangunan Pendidikan Berhad. 20% peserta masih menunggu untuk penempatan kerja. Projek yang akan diceburi akan menjanjikan pendapatan minima sebanyak RM5,000 dan boleh mencecah sehingga RM10,500 bagi setiap projek.

5. Program Train & Place : Cruise Crew Penyedia Latihan – Sukses Dinamik Enterprise Program ini menggunapakai konsep ‘train & place’ bermaksud setiap peserta yang mengikuti latihan ini akan ditempatkan di mana-mana syarikat yag berkaitan untuk bekerja sebagai kru kapal. Seiring dengan objektif utama Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) untuk membangunkan tahap sosioekonomi masyaraka India Malaysia yang dikategorikan sebagai B40, program ini memberi peluang kepada 50 orang belia India dalam kategori yang sama dalam lingkungan umur 18 hingga 30. Sejurus selepas menamatkan latihan selama 13 bulan, penempatan kerja kepada kesemua peserta tersebut adalah terjamin di beberapa buah syarikat perkapalan antarabangsa yang terpilih dengan gaji minimum USD850 - USD1,200. Dengan pendapatan ini serta peluang pekerjaan di serata dunia, taraf sosio-ekonomi peserta tersebut dapat ditingkatkan.

NO SOALAN: 64

Sekian terima kasih. NO SOALAN: 65

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN DARIPADA : YB TUAN WAYTHA MOORTHY A/L PONNUSAMY

Tuan Waytha Moorthy a/l Ponnusamy minta MENTERI PERPADUAN NEGARA menyatakan apakah status Pelan Tindakan Perpaduan Negara (PTPN) dan inisiatif-inisiatifnya termasuk membangunkan Indeks Perpaduan Nasional sebagai instrument pemantauan, menggalakkan usaha-usaha pendamaian bagi menyelesaikan sebarang pertikaian yang boleh menggugat keharmonian masyarakat dan menubuhkan suatu suruhanjaya bebas bagi memperkukuhkan agenda perpaduan.

NO SOALAN: 65

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Behrormat,

Pelan Tindakan Perpaduan Negara 2021-2025

KPN sedang membangunkan Pelan Tindakan Perpaduan Negara (PTPN) 2021-2025. PTPN merupakan rangka kerja yang perlu dilaksanakan dalam tempoh 5 tahun (2021-2025) dan berteraskan kepada dalam mengukuhkan perpaduan masyarakat Malaysia. Sesi Maklum Balas Rakyat sedang dilaksanakan di seluruh negara sepanjang bulan Ogos dan September 2020 dengan kerjasama dan komitmen semua Kerajaan Negeri agar pelan ini benar-benar mewakili suara rakyat di akar umbi. Dapatan daripada Sesi Maklumbalas Rakyat ini akan dimasukkan dalam PTPN 2021-2025. Pelan ini akan dilancarkan pada Januari 2021 dan dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Indeks Perpaduan Nasional 2.0

Indeks Perpaduan Nasional (IPNas) telah dibangunkan oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) bersama Institut Kajian Etnik (KITA), UKM pada tahun 2018. Kini Kementerian sedang menambah baik IPNas bagi melihat trend perubahan tahap kesepaduan nasional bersesuaian dengan isu semasa dan perubahan masyarakat. Ia juga bertujuan memantau pencapaian tahap perpaduan di negara ini berbanding tahun 2018. NO SOALAN: 65

Usaha-usaha pendamaian bagi menyelesaikan pertikaian

Kerajaan telah membuat penjenamaan semula Jawatankuasa Keharmonian Antara Penganut Agama (HARMONI) pada 14 Ogos 2020 untuk meningkatkan fahaman masyarakat mengenai kepelbagaian agama, budaya dan adat resam yang telah wujud sekian lama di negara ini. Selain itu, Jawatankuasa HARMONI yang terdiri daripada wakil badan agama Islam dan bukan Islam ini juga berusaha untuk menyelesaikan isu-isu salah faham agama yang berlaku di pelbagai peringkat.

Peranan Jawatankuasa HARMONI ini berupaya membendung pengaruh Islamofobia daripada tular ke dalam pemikiran masyarakat Malaysia. Program-program keharmonian antara penganut agama diperbanyakkan dan dianjurkan untuk menerapkan semangat muhibah, rasa kasih sayang, hormat menghormati serta menerapkan nilai-nilai ajaran agama yang baik kepada rakyat.

Suruhanjaya Bebas bagi memperkukuhkan agenda perpaduan

Kerajaan memutuskan untuk tidak meneruskan Rang Undang-Undang Suruhanjaya Keharmonian dan Rekonsiliasi Nasional kerana undang- undang sedia ada telah mencukupi untuk menjaga keharmonian antara kaum dan agama. Mereka yang sengaja memecahbelahkan perpaduan dan keharmonian boleh disiasat dan didakwa di bawah undang-undng yang sedang berkuatkuasa.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 65

MAKLUMAT TAMBAHAN

KAJIAN PEMBANGUNAN INDEKS PERPADUAN NASIONAL (IPNas) 2018

LATAR BELAKANG

• Jabatan Perpaduan Negara dan lntegrasi Nasional (JPNIN) dengan kerjasama Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri telah membangunkan satu lndeks Perpaduan Nasional menerusi pelaksanaan Kajian Pembangunan lndeks Perpaduan Nasional pada tahun 2018 (IPNas 2018). Sementara itu, Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah dilantik sebagai perunding kajian ini.

• Keperluan mewujudkan satu instrumen indeks bagi mengukur tahap perpaduan negara telah ditimbulkan buat pertama kalinya di dalam sidang Dewan Rakyat pada bulan Mei 2015. Indeks ini dicadangkan untuk mengambil kira indikator-indikator yang berkait rapat dengan perpaduan melalui pengukuran pelbagai komponen dan konstruk perpaduan yang bersesuaian. Langkah ini bagi membolehkan Malaysia mempunyai satu kaedah pengukuran secara saintifik dan bersistematik untuk menilai tahap perpaduan nasional dari semasa ke semasa.

OBJEKTIF UTAMA IPNas

NO SOALAN: 65

• Objektif utama kajian ini ialah untuk membangunkan Indeks Perpaduan Nasional yang akan menggambarkan tahap perpaduan dan keadaan hubungan masyarakat pelbagai etnik di Malaysia. Indeks Perpaduan Nasional atau nama ringkasnya IPNas adalah sebuah model komprehensif pengukuran di peringkat nasional dengan menggunakan kaedah empirikal dan sistematik bagi memahami dan menjelaskan kedinamikan masyarakat di Malaysia.

ASAS MEMBANGUNKAN IPNas

(i) Tiga Asas Memahami Masyarakat - Struktur, Sejarah dan Biografi

• Indeks ini dibina berdasarkan tiga konsep asas yang mendukung sesebuah masyarakat iaitu struktur, sejarah, dan biografi. Jalinan struktur sosial dan sejarah menghasilkan biografi individu, keluarga dan komuniti dalam masyarakat pelbagai etnik.

• Setiap individu hidup dalam struktur sosial dan mengalami latar belakang sejarah tersendiri yang akan membentuk dan mentakrif biografi masing-masing. Struktur sosial ini mengandungi tiga elemen teras, iaitu masyarakat, negara, dan pasaran, yang akan mempengaruhi individu, institusi, dan masyarakat secara langsung dan tidak langsung. Tambahan pula, elemen sejarah akan tersulam erat dalam struktur sosial yang saling menghubungkait setiap elemen secara timbal balik.

NO SOALAN: 65

(ii) Tiga Konsep Teras - Perpaduan, Kesepaduan dan Penyatupaduan

• Kepelbagaian etnik masyarakat di Malaysia lebih tepat dikaji secara mendalam dan meluas dengan menggunakan tiga konsep teras, iaitu perpaduan, kesepaduan dan penyatupaduan. Aplikasi tiga konsep ini akan mempertingkatkan lagi kefahaman terhadap masyarakat Malaysia.

• Perpaduan adalah kesatuan masyarakat yang masih diidamkan dan merupakan matlamat akhir negara Malaysia yang berbilang etnik. Kesepaduan Sosial ialah keadaan aman, stabil, makmur dan sejahtera yang wujud dalam sesebuah masyarakat, khususnya yang berbilang etnik, kerana wujudnya kesepakatan sosial yang kuat dan terbina untuk sekian lamanya. Manakala, Penyatupaduan ialah usaha atau proses berterusan di semua peringkat lapisan masyarakat, bukan sahaja sebelum merdeka tetapi terus dilaksanakan hingga kini melalui pelbagai siri Tapak Integrasi yang akan melibatkan proses Tawar-menawar (bargaining), Perundingan (negotiation) dan Mediasi (mediation)

(iii) Mengenal Pasti Defisit Sosial

• Dalam kesepaduan sosial yang dialami ini, wujud lompang- lompang atau perbezaan sosial yang dinamakan sebagai defisit sosial. Ia bermaksud, masih terdapat beberapa persoalan besar dan kecil yang belum terurus dalam ruang-ruang berikut - Etnisiti, Agama, Kelas Sosial, Pendidikan, Bahasa, Jurang Generasi, NO SOALAN: 65

Gender, Politik Federalisme, Ruang Bandar-Desa, dan Media. Defisit Sosial wujud sebagai penggugat kepada kesepaduan sosial. Untuk menguruskan hal-hal berkenaan, tindakan Penyatupaduan perlu diusahakan melalui Tadbir Urus dan Pembangunan negara secara adil dan terangkum, dan memberi fokus utama kepada isu-isu tertentu dari masa ke semasa.

METODOLOGI IPNas

(i) Kajian Tinjauan Peringkat Nasional Tahun 2018

• Kajian peringkat nasional telah dilaksanakan pada tahun 2018 bagi mendapatkan data primer sebagai pasak IPNas. Kaedah persampelan diperoleh daripada kawasan kejiranan di setiap Negeri dan Wilayah Persekutuan di Malaysia.

(ii) Kaedah Pengumpulan Data

• Sejumlah 5,275 responden telah melengkapkan soal selidik atas talian menggunakan aplikasi SurveyMonkey yang ditadbir sendiri oleh pegawai Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional dan enumerator yang dilantik.

(iii) Batasan Kajian

• Kajian ini hanya mengukur pada tahap nasional sahaja. Data yang dikutip bertujuan untuk menentukan suatu tahap pencapaian perpaduan masyarakat di Malaysia. Ia tidak bertujuan untuk NO SOALAN: 65

membuat perbandingan di antara negeri atau ciri-ciri demografi tertentu.

(iv) Konstruk-konstruk IPNas 2018

• Instrumen IPNas terdiri daripada tujuh konstruk analitikal seperti berikut: (i) Tahap Keetnikan (ii) Batas Etnik (iii) Halangan Sosial Rentas Etnik (iv) Tadbir Urus dan Pembangunan (v) Etos Bangsa (vi) Kesepaduan Sosial (vii) Detik Perpaduan

(v) Kesahan dan kebolehpercayaan Konstruk

• Secara teknikal, kesemua konstruk telah mencapai tahap kesahan konvergen dan diskriminan serta kebolehpercayaan Alpha Cronbach.

(iv) Penganalisisan Data

• Data dianalisis menggunakan Partial-Least Square Structural Equation Modelling (PLS-SEM) bagi membina model indeks ini. Kesemua konstruk digabungkan ke dalam model hipotesis struktural bagi membina hubungan antara sebab-akibat bagi menilai perubahan konteks kesepaduan sosial yang dipengaruhi oleh beberapa faktor yang telah dipilih. Analisis Pemodelan NO SOALAN: 65

Persamaan Struktur digunakan untuk menganggarkan model hipotesis kajian, akan membolehkan satu nilai akhir indeks diperolehi berdasarkan nilai varian Pekali Penentuan (R2). Tambahan lagi, Analisis Pemetaan Importance-Performance telah digunakan bagi mengenal pasti tahap kemustahakan dan pencapaian setiap konstruk Kesepaduan Sosial sebagai formula untuk membina kerangka dasar dan program intervensi.

(vi) Model Struktur IPNas

• Model struktur IPNas menunjukkan jalinan konstruk Tahap Keetnikan, Batas Etnik, Hubungan Sosial Rentas Etnik, Tadbir Urus dan Pembangunan, Etos Bangsa, Kesepaduan Sosial dan Detik Perpaduan dalam satu model. Dapatan kajian ini menunjukkan pengaruh utama dalam membina hubungan etnik dan Kesepaduan Nasional adalah Tadbir Urus dan Pembangunan, dan juga Hubungan Sosial Rentas Etnik. Batas Etnik dan Etos Bangsa juga boleh, masing-masing, mempengaruhi Detik Perpaduan (Perbezaan Semantik) dan Kesepaduan Sosial.

NILAI SKOR IPNas 2018

• Nilai IPNas 2018 adalah berdasarkan kepada nilai varian keseluruhan yang terkumpul dalam konstruk Kesepaduan Sosial yang disebabkan oleh pengaruh 5 faktor iaitu Tahap Keetnikan, Batas Etnik, Hubungan Sosial Rentas Etnik, Tadbir Urus dan Pembangunan dan Etos Bangsa. Nilai ini juga boleh dipanggil sebagai nilai Kesepaduan Nasional kerana perubahan nilai Kesepaduan Sosial adalah hasil pengaruh Etos Bangsa. NO SOALAN: 65

• Nilai IPNas yang dihasilkan buat pertama kali ini ialah 0.567. Nilai ini adalah tinggi berdasarkan kepada skala di antara 0 hingga 1 yang dinyatakan oleh Cohen (1988) sebagai petunjuk yang sesuai bagi kajian sains tingkah laku manusia. Skala pengukuran Cohen adalah dalam julat 0 hingga 1 dan dibahagikan kepada 3 kategori ukuran seperti di Jadual:

Jadual: Skala Pengukuran Cohen NILAI UKURAN 0.26 hingga 1.00 Tinggi 0.13 hingga 0.25 Sederhana 0.02 hingga 0.12 Rendah

• Dapatan ini memberi gambaran bahawa tahap perpaduan yang diukur melalui IPNas adalah kuat dan kukuh walaupun faktor- faktor yang dikenalpasti sebagai defisit sosial masih berterusan ataupun muncul sekali-sekala.

KEPENTINGAN IPNas

Kepentingan IPNas adalah seperti berikut :

(i) menjadi penanda aras dalam mengukur pencapaian tahap perpaduan dan keharmonian di Malaysia; (ii) mewujudkan konstruk yang komprehensif dalam mengukur tahap kesepaduan sosial dan perpaduan nasional di Malaysia; (iii) mengukur tahap perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai etnik di Malaysia bagi melihat trend perubahan bersesuaian dengan isu semasa dan perubahan masyarakat; NO SOALAN: 65

(iv) memandu pembentukan pelan tindakan bagi meningkatkan tahap perpaduan dan hubungan masyarakat pelbagai etnik di Malaysia; (v) menyediakan input bagi perancangan dan pelaksanaan program perpaduan / integrasi nasional berdasarkan data empirikal; dan (vi) menjadikan Malaysia negara pertama yang mempunyai mekanisme pengukuran pencapaian tahap perpaduan negara.

KESIMPULAN

Usaha pembentukan IPNas adalah berasaskan buah fikiran dalam bentuk teori dan konsep dan juga indeks lain yang pernah dibentuk dan diasaskan di dalam dan di luar negera. Kewujudan indeks ini sebagai sebuah model pengukuran komprehensif dan sistematik di peringkat nasional ini adalah usaha julung kali untuk memahami dan menjelaskan kedinamikan masyarakat di Malaysia.

SOALAN-SOALAN BERKAITAN INDEKS PERPADUAN NASIONAL (IPNas)

1. Apakah itu IPNas? Indeks Perpaduan Nasional atau nama ringkasnya IPNas adalah sebuah model komprehensif pengukuran di peringkat nasional dengan menggunakan kaedah empirikal dan sistematik bagi memahami dan menjelaskan kedinamikan masyarakat di Malaysia.

2. Bilakah IPNas dibangunkan oleh Kementerian Perpaduan Negara? NO SOALAN: 65

lndeks Perpaduan Nasional (IPNas) dibangunkan pada tahun 2018

3. Mengapa IPNas diperlukan? IPNas diperlukan bagi membolehkan Malaysia mempunyai satu kaedah pengukuran secara saintifik dan bersistematik untuk menilai tahap perpaduan nasional dari semasa ke semasa. Ukuran nilai indeks tersebut akan menggambarkan tahap perpaduan nasional untuk satu jangka masa tertentu bagi membolehkan Kerajaan mengenal pasti dan merancang usaha-usaha dan program-program intervensi berkaitan.

4. Apakah maksud tiga (3) konsep IPNas yang merujuk kepada Perpaduan, Kesepaduan Sosial dan Penyatupaduan

• Perpaduan adalah kesatuan masyarakat yang masih diidamkan dan merupakan matlamat akhir negara Malaysia yang berbilang etnik.

• Kesepaduan Sosial ialah keadaan aman, stabil, makmur dan sejahtera yang wujud dalam sesebuah masyarakat, khususnya yang berbilang etnik, kerana wujudnya kesepakatan sosial yang kuat dan terbina untuk sekian lamanya. Manakala,

• Penyatupaduan ialah usaha atau proses berterusan di semua peringkat lapisan masyarakat, bukan sahaja sebelum merdeka tetapi terus dilaksanakan hingga kini melalui pelbagai siri Tapak Integrasi yang akan melibatkan proses NO SOALAN: 65

Tawar-menawar (bargaining), Perundingan (negotiation) dan Mediasi (mediation)

5. Apakah kepentingan IPNas? Kepentingan IPNas adalah seperti berikut:-

a) Menjadi penanda aras dalam mengukur pencapaian tahap perpaduan dan keharmonian di Malaysia; mewujudkan konstruk yang komprehensif dalam mengukur tahap kesepaduan sosial dan perpaduan nasional di Malaysia;

b) Mengukur tahap perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai etnik di Malaysia bagi melihat trend perubahan bersesuaian dengan isu semasa dan perubahan masyarakat;

c) Memandu pembentukan pelan tindakan bagi meningkatkan tahap perpaduan dan hubungan masyarakat pelbagai etnik di Malaysia;

d) Menyediakan input bagi perancangan dan pelaksanaan program perpaduan / integrasi nasionalberdasarkan data empirikal; dan

e) Menjadikan Malaysia negara pertama yang mempunyai mekanisme pengukuran pencapaian tahap perpaduan negara.

Sekian, terima kasih NO SOALAN: 66

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN DARIPADA : YB DATUK TEO ENG TEE @ TEO KOK CHEE

Datuk Teo Eng Tee @ Teo Kok Chee minta MENTERI KEWANGAN menyatakan berapakah jumlah hutang keseluruhan Kerajaan terkini, berapakah peningkatan hutang dari Mei 2018 hingga Julai 2020 dan jumlah aset negara yang telah dijual bagi tempoh yang sama. NO SOALAN: 66

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

1. Bagi tahun 2018, hutang Kerajaan Persekutuan mencatat RM741 bilion atau 51.2% daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK). Kedudukan ini adalah selepas mengambil kira jumlah pinjaman kasar sebanyak RM131.6 bilion iaitu untuk membiayai semula hutang yang matang sebanyak RM77.5 bilion, manakala baki pinjaman sebanyak RM54.1 bilion adalah bagi membiayai defisit untuk tahun tersebut.

2. Bagi tahun 2019 pula, hutang Kerajaan Persekutuan meningkat kepada RM793 bilion atau 52.5% daripada KDNK. Peningkatan hutang ini adalah selepas mengambil kira pinjaman kasar berjumlah RM 134.8 bilion yang digunakan untuk membiayai semula hutang yang matang berjumlah RM83 bilion, manakala baki pinjaman sebanyak RM51.8 bilion adalah bagi membiayai defisit tahun tersebut.

3. Namun begitu, berdasarkan pengiraan had statutori, nisbah hutang terkumpul Kerajaan Persekutuan kepada KDNK pada akhir 2018 adalah 47.5%, akhir-2019 sebanyak 48.7% dan akhir- Jun 2020 sebanyak 53.2%,iaitu masih di bawah had 55% KDNK yang ditetapkan.

NO SOALAN: 66

4. Secara amnya, hutang Kerajaan Persekutuan akan meningkat setiap tahun selagi kedudukan kewangan keseluruhan mengalami defisit. Berikutan kedudukan kewangan Kerajaan yang masih mengalami defisit, Kerajaan akan terus membuat pinjaman baharu setiap tahun bagi membiayai semula kertas hutang yang matang serta defisit tahun semasa.

Tuan Yang di-Pertua,

5. Semua langkah yang telah diumumkan dalam pakej rangsangan dan pemulihan ekonomi adalah bersifat one-off dan tidak akan terus membebankan kewangan Kerajaan Persekutuan dalam jangka masa sederhana dan panjang. Ini adalah antara strategi Kerajaan bagi mengurangkan defisit fiskal dalam jangka masa sederhana secara berperingkat seterusnya memastikan kedudukan fiskal dan hutang Kerajaan Persekutuan kekal pada paras terkawal.

6. Kerajaan akan meneruskan langkah konsolidasi fiskal dengan memberi tumpuan kepada usaha untuk meningkatkan kutipan hasil dan kecekapan perbelanjaan bagi mengukuhkan lagi kedudukan kewangan serta memastikan paras hutang Kerajaan terkawal. Pada masa ini, Kerajaan mengguna pakai Kerangka Fiskal Jangka Sederhana atau dengan izin, Medium Term Fiscal Framework (MTFF), sebagai panduan dalam menggubal strategi ke arah konsolidasi fiskal untuk jangka masa sederhana (3 hingga 5 tahun) di samping selari dengan rangka dasar Rancangan Malaysia jangka panjang. Kerajaan juga dalam proses merangka Akta Tanggungjawab Fiskal (FRA) yang NO SOALAN: 66

dijangka akan dibentangkan pada 2021 untuk mengukuhkan tadbir urus, ketelusan dan akauntabiliti dalam pengurusan fiskal. Dalam masa yang sama, Kerajaan mengutamakan pinjaman dalam negeri bagi memastikan risiko tukaran wang asing dan kos pinjaman yang lebih rendah. Pematuhan kepada disiplin fiskal ini adalah penting bagi memastikan kedudukan kewangan negara kekal kukuh serta meningkatkan ruang fiskal pada masa hadapan.

7. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, tiada sebarang penjualan atau pelupusan tanah milik Kerajaan Persekutuan dibuat selepas 9 Mei 2018 sehingga kini.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 67

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN DARIPADA : YB DARUK TEO EN TEE @ TEO KOK CHEE

Datuk Teo Eng Tee @ Teo Kok Chee minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan apakah langkah dan pelan yang telah diambil oleh Kementerian dalam memperbaiki hubungan perdagangan Malaysia dengan Republik India. NO SOALAN: 67

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

1. Sebagai sebuah negara yang bergantung kepada perdagangan antarabangsa, dan sebagai salah satu usaha dalam menjana ekonomi negara, Malaysia sentiasa komited dalam menjalin hubungan perdagangan yang baik dengan kesemua rakan dagang utama negara, termasuk India.

2. Sejak tahun 2015, India merupakan rakan dagang ke-sepuluh terbesar bagi Malaysia. Dengan jumlah populasi kedua terbesar di dunia iaitu melebihi 1.3 bilion, India merupakan sebuah pasaran yang utama bagi destinasi eksport Malaysia.

3. Sehubungan itu, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) sentiasa berusaha untuk mengekalkan hubungan perdagangan dua hala yang erat antara Malaysia dan India. Antara langkah yang diambil adalah dengan mengadakan pertemuan dan perbincangan bersama Pejabat Pesuruhjaya Tinggi India di Malaysia bagi membincangkan isu-isu dua hala di antara kedua-dua negara, dari semasa ke semasa. Usaha serupa turut dilaksanakan oleh Pejabat Perwakilan MITI di New Delhi dengan badan-badan Kerajaan di India dalam memastikan hubungan erat antara kedua-dua negara kekal terjalin.

NO SOALAN: 67

4. Selain Pejabat Perwakilan MITI, Pejabat Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) di India juga komited dalam menyertai program-program yang dianjurkan oleh pihak India sama ada oleh agensi Kerajaan mahu pun pihak swasta dalam usaha mengekalkan momentum hubungan baik antara kedua-dua negara. Antaranya, adalah:

i. The 6th ASEAN-India Network of Think Tanks (AINTT) anjuran Kementerian Hal Ehwal Luar India pada 20-21 Ogos 2020; ii. Indo-ASEAN Oceanic Business Summit & Expo anjuran Confederation of Indian Industry (CII) pada 4-6 Ogos 2020; dan iii. India International Halal Expo 2020 anjuran ATOBA Business Network Pvt Ltd pada 17-19 Januari 2020.

5. MITI juga menyedari kepentingan mengekalkan hubungan erat antara komuniti perniagaan kedua-dua negara. Sehubungan itu, MITI sentiasa menggalakkan pendekatan secara business-to-business melalui penglibatan persatuan-persatuan perniagaan yang berkepentingan bagi membantu dalam memperbaiki dan meningkatkan hubungan perdagangan antara Malaysia dan India.

6. Bagi tujuan ini, MITI dan MATRADE sentiasa bekerjasama rapat dengan persatuan-persatuan perniagaan di Malaysia seperti ASEAN-Indian Business Council (AIBC), Malaysia-India Business Council (MIBC) dan juga Malaysian Associated Indian Chambers of Commerce and Industry (MAICCI) dalam memastikan hubungan erat komuniti perniagaan dan sektor swasta kedua-dua negara dapat terus dikekalkan. MATRADE juga NO SOALAN: 67 turut bekerjasama dengan persatuan-persatuan perniagaan di India seperti Kongu Business Network (KBN), Federation of Karnataka Chamber of Commerce and Industry (FKCCI) dan Southern India Chamber of Commerce and Industry (SICCI) dalam mencari peluang pasaran untuk produk-produk Malaysia.

7. MITI turut melaksanakan usaha berterusan bagi menarik pelaburan asing dari India untuk datang ke Malaysia. MIDA melalui pejabatnya di Mumbai sering mengadakan sesi libat urus dengan pemegang-pemegang taruh di India seperti Confederation of Indian Industry (CII), Federation of Indian Chambers of Commerce and Industry (FICCI) dan Associated Chambers of Commerce of India (ASSOCHAM) bagi memberi penerangan kepada mereka mengenai peluang-peluang pelaburan di Malaysia. MIDA turut menganjurkan beberapa sesi taklimat kepada persatuan-persatuan industri serantau bagi meningkatkan pengetahuan mereka terhadap peluang-peluang pelaburan di Malaysia, di samping memainkan peranan sebagai pemudah cara kepada syarikat-syarikat India di Malaysia.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 68

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN DARIPADA : YB DATUK TEO ENG TEE @ TEO KOK CHEE

Datuk Teo Eng Tee @ Teo Kok Chee minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan apakah langkah yang diambil oleh Kementerian untuk mengurangkan kebergantungan tenaga buruh luar negara dan pembangunan sumber manusia berasaskan IR 4.0.

NO SOALAN: 68

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

1. Kerajaan sentiasa memastikan jumlah pekerja asing tidak melebihi lima belas peratus (15%) daripada jumlah tenaga kerja seperti yang digariskan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11). Sehingga Julai 2020, jumlah pekerja asing adalah sebanyak sebelas perpuluhan empat peratus (11.4%). Antara langkah-langkah yang dilaksanakan oleh Kerajaan untuk mengurangkan kebergantungan terhadap tenaga buruh luar negara adalah seperti berikut:

(i) menggalakkan sektor-sektor yang berintensifkan buruh beralih kepada penggunaan mekanisasi dan automasi bagi mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing;

(ii) mempromosi peluang pekerjaan dan memudahcara penempatan pencari kerja tempatan melalui program penempatan pekerjaan yang dilaksanakan menerusi aktiviti temuduga terbuka semasa karnival pekerjaan Jabatan/Agensi di bawah KSM seperti JTK, PSMB, PERKESO dan TalentCorp;

(iii) melaksanakan program train and replace iaitu melatih pekerja tempatan untuk menggantikan pekerja asing yang mahir; dan

NO SOALAN: 68

(iv) meningkatkan aktiviti pemeriksaan berkanun terhadap majikan dan menambah baik sistem pengurusan pekerja asing sedia ada bagi tujuan pemantauan penggajian pekerja asing di semua sektor melibatkan semua agensi Kerajaan yang berkaitan agar pemantauan yang lebih berkesan dapat dijalankan.

2. Langkah-langkah yang diambil oleh pihak Kerajaan setakat ini bagi memastikan peningkatan penglibatan warga tempatan dalam pasaran tenaga kerja adalah seperti berikut:

(i) menyediakan portal perkhidmatan pekerjaan MYFutureJobs dan JobsMalaysia yang memberi kemudahan kepada pencari kerja untuk mendapatkan kerja yang bersesuaian melalui pendekatan pemadanan kerja;

(ii) menganjurkan Program Penempatan Pekerjaan yang merangkumi Karnival Kerjaya, penempatan melalui Client Account, Temuduga Terbuka, Program Kerjasama Antara Agensi, Holiday Placement For Students (HOPS), Program Penempatan Golongan Khas serta Program Penyesuaian Kerjaya (2PK). Program-program ini diadakan dari semasa ke semasa bagi menemukan pencari kerja dengan majikan yang sepadan;

(iii) pelaksanaan Graduate Enhancement Programme For Employability 2.0 (GENERATE2.0) oleh PSMB di bawah Skim Inisiatif Strategik dalam meningkatkan kemahiran dan kebolehpasaran dalam kalangan graduan yang menganggur NO SOALAN: 68

sekurang-kurangnya 3 bulan atau lebih selepas tamat pengajian. Melalui program ini, graduan dilatih dengan kemahiran dan pengetahuan yang relevan berdasarkan keperluan industri dan seterusnya akan mendapat jaminan penempatan pekerjaan;

(iv) mengukuhkan dan memperkasakan kerjasama dalam pelaksanaan Program Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) bagi mengurangkan jurang ketidakpadanan kemahiran dengan keperluan industri. Program SLDN menawarkan latihan berasaskan industri dengan 70% latihan praktikal di syarikat dan 30% teori di institusi latihan; dan

(v) melaksanakan program Structured Internship Programme (SIP) yang diterajui Talent Corporation dengan kerjasama KPT. Di bawah SIP, graduan akan mendapat pendedahan awal kepada dunia pekerjaan sebelum menamatkan pengajian supaya mereka lebih berdaya saing dan memiliki kemahiran yang memenuhi keperluan industri.

Sekian, terima kasih NO SOALAN: 69

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN DARIPADA : YB DATUK TEO ENG TEE @ TEO KOK CHEE

Datuk Teo Eng Tee @ Teo Kok Chee minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah jumlah peruntukan yang diberikan kepada Unit Transformasi India Malaysia (MITRA), berapa banyak daripada jumlah tersebut telah disalurkan kepada orang ramai dan apakah mekanisme yang diguna pakai oleh Kementerian dalam mengkaji keberkesanan peruntukan tersebut.

NO SOALAN: 69

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) telah beroperasi di bawah Jabatan Perdana Menteri bermula November 2018. MITRA dipindahkan daripada Jabatan Perdana Menteri (JPM) kepada Kementerian Perpaduan Negara (KPN) mulai 10 Mac 2020.

Peruntukan Pembangunan MITRA Bermula Januari hingga Mac 2020 di bawah Jabatan Perdana Menteri [JPM] • Pada tahun 2020, MITRA menerima peruntukan pembangunan sebanyak RM100 juta daripada Kerajaan; • Bermula Januari sehingga Mac 2020, MITRA masih di bawah Jabatan Perdana Menteri; dan • Peruntukan sebanyak RM19 juta telah disalurkan bagi pelaksanaan 62 program yang telah memberi manfaat kepada 52,749 orang.

Peruntukan Pembangunan MITRA Bermula 17 April hingga 21 Ogos 2020 di bawah Kementerian Perpaduan Negara [KPN] • Bermula 17 April 2020, pengurusan MITRA diletakkan di bawah seliaan Kementerian Perpaduan Negara; • MITRA melalui Kementerian Perpaduan Negara bermula 17 April hingga 21 Ogos 2020 telah meluluskan 15 buah program yang berjumlah sebanyak RM30.1 juta. Program ini dijangka akan memberi manfaat kepada 709,624 orang; NO SOALAN: 69

• Program-program ini akan bermula pada akhir bulan Julai 2020 dan dijangka selesai pada bulan November 2020;

Mekanisme Keberkesanan Pelaksanaan Program di bawah KPN • Sebagai Kementerian yang baharu, Kementerian sedang menggubal hala tuju dan teras strategik yang lebih komprehensif bagi memantapkan sistem penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat India; • Semua program-program pembangunan sosioekonomi di bawah Kementerian adalah diluluskan melalui sebuah Jawatankuasa Penilaian Program dan seterusnya dipantau melalui sebuah Jawatankuasa Pemantauan Program yang dipengerusi oleh Ketua Setiausaha. Ahli Jawatankuasa terdiri daripada Penasihat Undang-undang, Bahagian Audit Dalam, Unit Integriti, Bahagian Dasar dan Bahagian Khidmat Pengurusan Kementerian; • Pelaksanaan program-program MITRA juga turut diaudit dari segi pengurusan penyaluran dana dan prestasi pelaksanaan program bagi memastikan objektif program iaitu bagi meningkatkan taraf kehidupan masyarakat India adalah tercapai.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 69

MAKLUMAT TAMBAHAN

Jumlah peruntukan, jumlah perbelanjaan dan baki yang tidak dibelanjakan daripada tahun 2016 hingga 2020 adalah seperti berikut:

Peruntukan Perbelanjaan Baki Peruntukan Tahun (RM) (RM) (RM) SEDIC

2016 100,000,000.00 35,044,317.48 64,955,682.52

2017 100,000,000.00 57,027,851.00 42,972,149.00

2018 100,000,000.00 1,165,130.00 98,834,870.00

MITRA

2019 100,000,000.00 58,090,797.09 41,909,202.91

2020 (sehingga 100,000,000.00 29,124,355.29 70,875,644.71 Ogos 2020)

Jumlah 500,000,000.00 180,452,450.86 319,547,549.14

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 70

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN DARIPADA : YB DATUK TEO ENG TEE @ TEO KOK CHEE

Datuk Teo Eng Tee @ Teo Kok Chee minta PERDANA MENTERI menyatakan pendirian Kerajaan berhubung dengan cadangan pemansuhan hukuman mati mandatori di Malaysia.

NO SOALAN: 70

JAWAPAN

[YB DATO’ TAKIYUDDIN BIN HASSAN, MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI(PARLIMEN DAN UNDANG-UNDANG)]

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Cadangan untuk memansuhkan hukuman mati mandatori memerlukan penelitian dan kajian mendalam sebelum apa-apa keputusan muktamad dibuat. Dalam hal ini, suatu Jawatankuasa Khas yang terdiri daripada pakar perundangan dan kehakiman telah dilantik bagi mengkaji Hukuman Gantian Terhadap Hukuman Mati Mandatori bermula dari 20 September 2019 sehingga 31 Januari 2020. Bagi tujuan kajian tersebut, Jawatankuasa Khas telah mengadakan sesi libat urus dengan semua pihak berkepentingan termasuk agensi-agensi kerajaan yang berkenaan, badan bukan kerajaan dan masyarakat umum.

Skop kajian merangkumi polisi penghukuman bagi menggantikan hukuman mati mandatori dengan hukuman yang lebih wajar, tertakluk kepada budi bicara Mahkamah. Selain daripada cadangan hukuman alternatif terhadap hukuman mati mandatori, Jawatankuasa Khas turut mengemukakan syor penambahbaikan terhadap sistem keadilan di Malaysia yang merangkumi syor jangka masa pendek dan jangka masa panjang bertujuan untuk memastikan sistem keadilan negara berada pada tahap terbaik.

NO SOALAN: 70

Kerajaan maklum bahawa Malaysia merupakan salah sebuah negara yang masih mengekalkan hukuman gantung sampai mati sebagai satu bentuk hukuman mandatori bagi kesalahan-kesalahan tertentu. Oleh itu, syor yang dikemukakan menerusi kajian ini sedang dalam penelitian lebih lanjut oleh Kerajaan. Justeru itu, sebarang perubahan dasar berhubung dengan hukuman mati mandatori akan mengambilkira kepentingan dan kemaslahatan rakyat secara keseluruhannya. Ini termasuklah aspek berkaitan pencegahan jenayah, kesan yang dialami oleh keluarga mangsa serta kesedaran kepada khalayak umum.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 71

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA, MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN DARIPADA : YB DATO’ HAJI HUSAIN BIN AWANG

Dato’ Haji Husain Bin Awang minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan :-

(a) jumlah golongan isi rumah yang menerima bantuan program "Food Bank" sehingga bulan tempoh PKP; dan

(b) sejauh manakah perlaksanaan dan perancangan yang dilakukan oleh Kerajaan untuk meningkatkan program "Food Bank Malaysia" ini agar terus membantu golongan yang disasarkan.

NO SOALAN: 71

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli yang Berhormat, a) Program Food Bank Malaysia (PFBM) telah diperkenalkan sebagai salah satu inisiatif peduli rakyat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) membantu golongan kurang berkemampuan untuk mendapatkan makanan yang mana secara tidak langsung dapat meringankan kos sara hidup golongan tersebut.

Jumlah golongan isi rumah yang menerima bantuan program Food Bank adalah seramai 622,726 sehingga tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Secara tidak langsung, ianya telah berjaya memanfaatkan sebanyak 2,301 metrik tan lebihan makanan bersamaan dengan anggaran RM 11.51 juta nilai lebihan makanan telah berjaya diselamatkan.

Selain itu, lebih 60,000 pelajar di 181 Institut Pengajian Tinggi (IPT) di seluruh Malaysia juga telah menerima bantuan Food Bank sepanjang tempoh PKP. Bantuan makanan kering dan penjagaan diri telah diberikan kepada pelajar-pelajar yang terkandas di kampus memandangkan mereka mempunyai pergerakan yang terhad sepanjang tempoh tersebut. b) Sepanjang tempoh pelaksanaan Program Food Bank Malaysia, Kementerian telah giat membuat perancangan untuk meningkatkan lagi program ini agar terus membantu golongan yang disasarkan. Antaranya adalah pembelian empat belas (14) unit lori yang dilengkapi pendingin. Ini NO SOALAN: 71 adalah bagi meningkatkan kecekapan aspek logistik di negeri-negeri disamping dapat meningkatkan kutipan sumbangan makanan daripada penyumbang selaras dengan pelaksanaan program ini diseluruh Malaysia.

Selain itu, Kementerian juga sedang membuat perancangan untuk mengadakan advokasi berkaitan Akta Perlindungan Penderma Makanan 2020 kepada penyumbang serta pihak-pihak yang berkaitan. Akta ini merupakan satu peruntukan bagi perlindungan daripada liabiliti sivil kepada mana-maan pihak yang menderma atau mengedarkan makanan. Kuwujudan Akta ini akan meningkatkan keyakinan penyumbang agar tidak berasa ragu-ragu serta takut untuk menyumbang kepada program ini.

Bagi menjamin kelangsungan bekalan sumbangan, Kementerian juga sedang giat menjalinkan kerjasama bersama Rakan Strategik Utama, penyumbang serta pihak-pihak yang berminat untuk menyertai Program Food Bank Malaysia. Sehingga Ogos 2020, terdapat tiga (3) Rakan Strategik Utama iaitu Food Aid Foundation, Kechara Soup Kitchen dan Mutiara Food Bank serta 137 penyumbang yang telah menjalinkan kerjasama dengan Program Food Bank Malaysia.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 72

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BERTULIS DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN DARIPADA : YB DATO’ HAJI HUSAIN BIN AWANG

Dato' Haji Husain Bin Awang minta MENTERI KEWANGAN menyatakan langkah yang diambil Kerajaan bagi meningkatkan semula nilai Ringgit.

NO SOALAN: 72

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

1. Sehingga 10 September 2020, nilai ringgit telah menyusut sebanyak 1.7 peratus. Penyusutan nilai ringgit disebabkan oleh ketidaktentuan berkaitan perkembangan geopolitik, kemerosotan sentimen pelabur dalam pasaran kewangan dunia berikutan kebimbangan ketara membabitkan penularan COVID-19 dan kejatuhan harga minyak global. Prestasi ringgit adalah sejajar dengan pergerakan kebanyakan mata wang serantau lain yang telah berubah nilai dalam lingkungan -6.7 peratus dan -1.7 peratus berbanding dolar Amerika Syarikat (AS). Namum demikian, memandangkan negara masih merupakan pengeksport bersih, mata wang ringgit yang rendah mempunyai kelebihan secara amnya.

2. Dalam persekitaran global yang mencabar serta pasaran kewangan dunia yang tidak menentu, kadar pertukaran ringgit yang fleksibel memainkan peranan penting sebagai penyerap kejutan terhadap keadaan luaran yang berubah-ubah tanpa menjejaskan aktiviti ekonomi domestik. Namun begitu, volatiliti ringgit yang ketara boleh meningkatkan ketidaktentuan dan menjejaskan aktiviti ekonomi berikutan kesukaran sektor perniagaan dan perindustrian merancang strategi serta mengambil keputusan yang wajar. Dalam hal ini, Kerajaan melalui Bank Negara Malaysia (BNM) akan

NO SOALAN: 72

sentiasa memastikan keadaan pasaran kewangan lebih teratur dan lancar. BNM juga komited dalam memperkenalkan langkah untuk memastikan kecairan ringgit mencukupi, pasaran terus kekal berdaya tahan dan aktiviti spekulasi dalam pasaran dikurangkan.

3. Langkah ini termasuk menetapkan syarat supaya sebahagian besar daripada hasil eksport dalam mata wang asing ditukarkan kepada ringgit bagi meningkatkan mudah tunai wang asing dalam pasaran dalam negeri dan meningkatkan penguatkuasaan ke atas peraturan pertukaran asing sedia ada bagi mencegah aktiviti spekulasi mata wang ringgit diniagakan di luar pesisir. Pada masa sama, BNM telah memperkenalkan instrumen pelindung nilai (hedging instruments) dan menyediakan fleksibiliti agar peserta pasaran kewangan dan sektor perniagaan boleh melaksanakan pengurusan risiko pendedahan mata wang asing dengan lebih baik.

4. Dalam jangka masa panjang, nilai ringgit akan didorong terutamanya oleh kekuatan asas ekonomi negara. Oleh yang demikian, Kerajaan akan terus menumpukan usaha bagi meningkatkan daya tahan ekonomi dengan mempelbagaikan sumber pertumbuhan, memperkukuh daya saing dan kedudukan fiskal negara. Sektor perniagaan juga tidak seharusnya bergantung kepada nilai ringgit semata-mata untuk meningkatkan daya saing, malah patut menumpukan kepada peningkatan produktiviti dan inovasi serta pengurangan kos.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 74

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BERTULIS DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN DARIPADA : YB DATO’ HAJI HUSAIN BIN AWANG

Dato' Haji Husain Bin Awang minta MENTERI KEWANGAN menyatakan cadangan perlaksanaan kajian impak terhadap pelaksanaan cukai gula pada tahun lepas.

NO SOALAN: 74

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pengenaan duti eksais ke atas minuman bergula sedia diminum baharu sahaja dilaksanakan mulai 1 Julai 2019 sebagai salah satu usaha Kerajaan untuk mencegah pengambilan minuman bergula tinggi yang boleh menyebabkan masalah kesihatan dan penyakit tidak berjangkit berkaitan pemakanan di kalangan rakyat di negara ini. Kadar duti eksais yang dikenakan ke atas minuman bergula adalah sebanyak 40 sen per liter.

Berdasarkan maklumat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia, keberkesanan pelaksanaan pengenaan duti eksais terhadap minuman bergula ini akan dapat dilihat melalui satu kajian impak yang dicadang untuk dijalankan pada tahun 2021, iaitu selepas 2 tahun pelaksanaannya, dengan kerjasama World Health Organization (WHO). Sungguhpun begitu, sejak pengenaan duti eksais ke atas minuman bergula ini dilaksanakan, banyak syarikat pengeluar minuman bergula telah melaksanakan reformulasi kandungan gula dalam produk minuman yang dikeluarkan. Data terkini Kementerian Kesihatan Malaysia menunjukkan sebanyak 31 syarikat pengeluar minuman telah membuat reformulasi yang melibatkan 199 jenis produk minuman bergula. Secara tidak langsung, langkah ini dijangka akan mengubah trend pengambilan minuman ke arah pilihan yang lebih sihat. Ia juga akan menggalakkan industri untuk menghasilkan lebih banyak produk minuman sihat, seterusnya dapat mengurangkan prevalen obesiti dan penyakit tidak berjangkit berkaitan pemakanan di kalangan masyarakat.

NO SOALAN: 74

Pengenaan duti eksais ke atas minuman bergula ini juga adalah selaras dengan amalan percukaian di peringkat antarabangsa iaitu untuk tidak menggalakkan penggunaan produk yang dikategorikan sebagai demerit goods yang dikenakan sin tax seperti rokok dan minuman keras.

Sekian, terima kasih NO SOALAN: 75

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN DARIPADA : YB DATO’ HAJI HUSAIN BIN AWANG

Dato’ Haji Husain Bin Awang minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan perancangan pihak Kerajaan terhadap cadangan untuk mewujudkan garis panduan yang jelas berhubung kaedah memohon lesen Kenderaan Pengangkutan Awam (PSV) kepada para pemandu e- hailing. NO SOALAN: 75

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Yang Berhormat Senator, Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pemandu kenderaan perkhidmatan e-hailing adalah termasuk di bawah kategori pemandu kenderaan perkhidmatan awam. Sehubungan itu, mana-mana pemandu atau bakal pemandu kenderan perkhidmatan e-hailing adalah diwajibkan memiliki Lesen Vokasional (PSV bagi pemandu kenderaan perkhidmatan awam) seperti mana yang diperuntukan di bawah Seksyen 56, Akta Pengangkutan Jalan 1987.

2. Berkaitan dengan proses permohonan mendapatkan Lesen Vokasional ini, Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) telah pun mewujudkan garis panduan yang jelas berhubung kaedah memohon dan mendapatkannya termasuk kepada para pemandu e-hailing. Garis panduan ini juga telah dimuatnaik dalam laman sesawang rasmi JPJ untuk rujukan dan panduan kepada orang awam.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 76

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS 2020

PERTANYAAN : BUKAN LISAN DARIPADA : YB TUAN BALASUBRAMANIAM A/L NACHIAPPAN

Tuan Balasubramaniam a/l Nachiappan minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan semua jenis bantuan yang disalurkan oleh Kerajaan untuk membantu mangsa tragedi letupan di Beirut, Lubnan.

NO SOALAN: 76

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat Senator Tuan Balasubramaniam a/l Nachiappan di atas soalan yang beliau kemukakan.

Tuan Yang di-Pertua,

2. Kerajaan Malaysia telah menzahirkan rasa dukacita dan simpati terhadap tragedi letupan besar di Pelabuhan Beirut, Lubnan yang telah berlaku pada 4 Ogos 2020. Saya telah menyampaikan ucapan takziah kepada rakan sejawat saya, TYT Charbel Wehbe pada 7 Ogos 2020. Pemimpin tertinggi negara yang lain turut mengutuskan perutusan takziah kepada Lubnan, antaranya ialah:

i. Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong kepada Presiden Lubnan;dan ii. YAB Perdana Menteri kepada Perdana Menteri Lubnan.

3. Jumlah kematian yang dilaporkan setakat ini telah mencecah sehingga lebih 170 orang manakala jumlah yang tercedera adalah seramai 6,000 orang, 30 orang masih hilang dan sebanyak 300,000 orang kehilangan tempat tinggal.

4. Kerajaan juga telah membuat sumbangan kewangan berjumlah RM1 juta kepada Lubnan melalui Lebanese Red Cross (LRC). Sumbangan tersebut adalah bagi membantu menyediakan keperluan asas kepada mangsa-mangsa tragedi. NO SOALAN: 76

5. Sumbangan tersebut menggunakan peruntukan Tabung Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara (KWABBN) dan disalurkan oleh Kementerian Luar Negeri kepada LRC melalui Kedutaan Besar Malaysia di Beirut.

6. Selain itu, terdapat pelbagai badan bukan kerajaan yang telah turut menyumbang kepada Lubnan melalui saluran masing-masing di Lubnan.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 77

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB TUAN BALASUBRAMANIAM A/L NACHIAPPAN

Tuan Balasubramaniam a/l Nachiappan minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah inisiatif yang telah dilaksanakan bagi program restorasi hutan.

NO SOALAN: 77

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli yang Berhormat,

1. Antara inisiatif Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), Jabatan Perhutanan Sabah dan Jabatan Hutan Sarawak dalam melaksanakan program restorasi hutan adalah melalui pelaksanaan projek seperti berikut:

(a) Projek Restorasi, Tebus Guna dan Pemulihan Kawasan Hutan Terosot di Semenanjung; (b) Projek Restorasi Sumber Hutan Melalui Perhutanan Sosial dan Projek Heart of Borneo Negeri Sarawak (Fasa II) di Sarawak; dan (c) Projek Pembangunan dan Pengurusan Mampan Kawasan Tanah Gambut Semenanjung Klias, Projek Pembangunan Tapak Ramsar Lower Kinabatangan – Segama – Wetlands, Kinabatangan Sabah (Fasa II) dan Projek Heart of Borneo (Fasa II) di Sabah. Kesemua projek ini dibiayai di bawah peruntukan Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11)

2. Di bawah Projek Restorasi, Tebus Guna dan Pemulihan Kawasan Hutan Terosot di Semenanjung, kawasan hutan terosot seluas 1,640 hektar telah dikenalpasti untuk dilaksanakan aktiviti pemulihan. Sehingga tahun 2019, kawasan seluas 459.93 hektar NO SOALAN: 77

telah dipulihkan melibatkan penanaman sebanyak 277,092 pokok daripada pelbagai spesies di Semenanjung. Di Sarawak pula, sehingga tahun 2019, kawasan seluas 172.88 hektar telah dipulihkan melibatkan sebanyak 99,606 penanaman pokok. Manakala di Sabah, sehingga tahun 2019, kawasan seluas 549.63 hektar telah dipulihkan melibatkan sebanyak 16,470 penanaman pokok. Pada masa ini, perancangan telah dibuat bagi meneruskan program ini di dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12).

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 78

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN DARIPADA : YB TUAN BALASUBRAMANIAM A/L NACHIAPPAN

Tuan Balasubramaniam a/l Nachiappan minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan justifikasi dan kadar pengurangan levi pekerja asing mengikut sektor pada tahun 2020.

NO SOALAN: 78

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

1. Bagi mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia yang kehilangan pekerjaan akibat COVID-19, beberapa inisiatif sedang dan akan dilaksanakan oleh Kerajaan. Antaranya adalah:

(i) meningkatkan pelaburan nilai tinggi melalui foreign direct investment (FDI) dan domestic direct investment (DDI) bagi meningkatkan penghasilan pekerjaan yang bersifat high value jobs dan knowledge worker (k-worker) agar kadar upah yang tinggi dapat dinikmati oleh golongan ini;

(ii) melaksanakan latihan-latihan kemahiran yang bersifat internship seperti Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) untuk meningkatkan kebolehpasaran pelajar;

(iii) menyediakan insentif-insentif untuk syarikat bagi memperbanyakkan elemen-elemen berteknologi tinggi yang dijangka akan meningkatkan jumlah peluang pekerjaan berkemahiran tinggi; dan

(iv) mengadakan sesi libat urus bersama industri bagi membincangkan isu sekaligus mengambil langkah-langkah untuk mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing. NO SOALAN: 78

2. Bagi menyokong usaha-usaha di atas, Kerajaan harus menyediakan pekerja-pekerja berkemahiran yang memenuhi keperluan industri. Sehubungan itu, beberapa langkah sedang diambil oleh Kementerian, antaranya:

(i) program upskilling dan reskilling disediakan kepada golongan pekerja bagi mempertingkatkan kemahiran mereka bagi menyesuaikan diri dengan perubahan keperluan kerja masa hadapan serta persekitaran global yang semakin kompetitif dan dinamik. Program upskilling dan reskilling dilaksanakan secara berterusan supaya kemahiran yang diperolehi sentiasa bersesuaian dengan keperluan industri semasa;

(ii) Kementerian Sumber Manusia (KSM) melalui Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), telah membangunkan National Occupational Skills Standard (NOSS) bagi 21 sektor ekonomi. NOSS ini telah menjadi rujukan dalam pembangunan program latihan di institusi-institusi latihan awam dan swasta mengikut tahap kemahiran yang diperlukan. NOSS yang dibangunkan dan dipantau secara bersama dengan Industry Lead Body (ILB) adalah mengikut keperluan industri dan teknologi terkini;

(iii) memperluaskan akses kepada warganegara untuk mendapat Latihan dan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET). Sehingga kini, terdapat lima ratus enam puluh dua (562) buah Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) yang telah ditubuhkan di seluruh negara dengan pelbagai kursus kemahiran ditawarkan mengikut keperluan industri; dan NO SOALAN: 78

(iv) KSM dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah diberikan peranan sebagai Pengerusi bersama bagi menerajui Jawatankuasa Kerja Pembangunan Kemahiran dan Bakat (TWG-S) Industry4WRD. Jawatankuasa ini berperanan mengenal pasti keperluan pasaran buruh dan kemahiran yang diperlukan serta menyelaras dan melaksanakan usaha-usaha dalam memperkukuhkan kompetensi sumber manusia bagi menghadapi Industri 4.0. Usaha ini dapat dilakukan melalui program upskilling dan reskilling yang disediakan kepada golongan pelajar kemahiran dan pekerja bagi mempertingkatkan kemajuan kendiri dalam menyesuaikan diri dengan perubahan keperluan kerja masa hadapan (future jobs) serta persekitaran global yang semakin kompetitif dan dinamik.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 79

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS 2020

PERTANYAAN : BUKAN LISAN DARIPADA : YB TUAN BALASUBRAMANIAM A/L NACHIAPPAN

Tuan Balasubramaniam a/l Nachiappan minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan perkembangan usaha sama blok ASEAN ketika ini dalam menangani isu tuntutan di Laut China Selatan.

NO SOALAN: 79

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat Senator Tuan Balasubramaniam a/l Nachiappan di atas soalan yang dikemukakan.

2. Isu berkaitan Laut China Selatan merupakan isu serantau yang kompleks, sensitif dan melibatkan hubungan antara negara berikutan tuntutan-tuntutan bertindih oleh negara-negara penuntut. Oleh yang demikian, isu ini perlu dikendalikan secara menyeluruh dan setiap tindakan yang diambil oleh Kerajaan adalah berdasarkan pertimbangan yang komprehensif.

3. Namun begitu, di dalam mengendalikan isu Laut China Selatan, kepentingan negara sentiasa menjadi teras di dalam menentukan pendirian dan tindakan yang akan diambil. Adalah ditegaskan bahawa Kerajaan tidak akan sesekali berkompromi di dalam perkara yang boleh menjejaskan keutuhan wilayah, kedaulatan, hak kedaulatan dan kepentingan negara.

4. Bagi memastikan keamanan, kestabilan dan mengelakkan ketegangan di Laut China Selatan, negara–negara ASEAN dan China telah menandatangani Deklarasi Tatalaku Pihak–pihak Berkepentingan di Laut China Selatan, atau dengan izin, Declaration on the Conduct of Parties in the South China Sea (DOC) pada 4 November 2002.

5. Melalui DOC tersebut, negara-negara ASEAN dan China bertekad untuk melaksanakan program-program yang bertujuan untuk NO SOALAN: 79 pembangunan kapasiti, keupayaan dan membina kesalingpercayaan, atau dengan izin, confidence-building, serta menangani sebarang perbezaan secara aman.

6. Negara-negara ASEAN dan China juga sedang merunding Kod Tatalaku di Laut China Selatan, atau dengan izin, Code of Conduct in the South China Sea (COC). COC dilihat sebagai satu usaha untuk memastikan pihak-pihak di Laut China Selatan mengelakkan konflik antara satu sama lain.

7. Dalam melaksanakan rundingan COC tersebut, Malaysia akan sentiasa memastikan bahawa COC yang akan dimuktamadkan kelak adalah berkesan dalam memastikan kedaulatan dan hak kedaulatan negara terus kekal terpelihara.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 80

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN DARIPADA : YB TUAN BALASUBRAMANIAM A/L NACHIAPPAN

Tuan Balasubramaniam a/l Nachiappan minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan faktor lambakan pekerja asing yang menjalankan perniagaan secara tidak sah dalam negara. NO SOALAN: 80

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, buat masa ini, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) tidak melaksanakan sebarang kajian khusus mengenai faktor lambakan warga asing yang menjalankan perniagaan secara haram. Walau bagaimanapun, berdasarkan maklumat daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) yang diperolehi hasil tindakan penguatkuasaan yang dijalankan, faktor lambakan ini adalah berpunca daripada beberapa faktor iaitu:

(a) Warga asing menjalankan perniagaan tanpa lesen yang sah;

(b) Lesen perniagaan yang dimiliki oleh warga tempatan yang diserah milik, dijual, disewa, dipajak kecil (dialibabakan) kepada warganegara asing tanpa kelulusan PBT;

(c) Kedudukan geografi negeri yang bersempadan dengan negara jiran seperti Thailand, Filipina, Singapura dan Indonesia yang mendorong kehadiran warga asing untuk menjalankan aktiviti perniagaan di negeri yang bersempadan seperti Perlis, Kedah, Perak, Kelantan, Johor, Sabah dan Sarawak;

(d) Lesen perniagaan warga tempatan yang berkahwin dengan warga asing. Pasangan warga asing yang bekerja dan NO SOALAN: 80

menguruskan premis perniagaan. Persepsi masyarakat bahawa premis perniagaan tersebut dimiliki oleh warga asing;

(e) Permintaan yang tinggi terhadap masakan panas yang diusahakan oleh warga asing seperti Pattani, Thailand menyebabkan banyak kedai-kedai makanan laut (seafood) dibuka dan memberi peluang kepada warga asing untuk terlibat dalam perniagaan kedai makan;

(f) Wujud permintaan yang tinggi dari warga tempatan terhadap barangan keperluan dari negara asing seperti beras, sayur- sayuran, buah-buahan, baja, rokok, barangan kulit dan lain-lain yang dibawa masuk tanpa melalui permit atau cukai yang sah;

(g) Etnik Rohingya yang memegang kad UNCHR menjalankan perniagaan tanpa lesen tidak dikenakan tindakan di bawah Akta Imigresen 1959 walaupun Malaysia mempunyai perjanjian tidak rasmi dengan Pesuruhjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) untuk tidak meletakkan pelarian yang memegang kad UNHCR di depoh tahanan imigresen;

(h) Warga asing meniaga menggunakan motosikal di kawasan perumahan / taman permainan supaya aktiviti perniagaan mereka tidak dapat dikesan oleh Pegawai Penguat kuasa PBT;

NO SOALAN: 80

(i) Pekerja warga asing diambil bekerja sebagai pembantu di premis perniagaan tanpa permit kerja yang sah untuk membantu penjaja menjalankan aktiviti penjajaan bagi pihak majikan mereka; dan

(j) Kadar kompaun dan denda yang dikenakan kepada pemilik lesen yang rendah menyebabkan mereka mengulangi kesalahan yang sama.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 81

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA : YB DATO’ KESAVADAS A/L A.ACHYUTHAN NAIR

Dato' Kesavadas a/l A.Achyuthan Nair minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah peranan yang dimainkan oleh Kementerian Kesihatan bagi menanam tabiat makan dan gaya hidup yang sihat dalam kalangan kanak-kanak sekolah kerana ramai orang muda, sesetengahnya berusia 7 tahun, menghadapi Diabetes Type 2 (T2D), penyakit yang secara amnya menyerang mereka yang berumur 50an.

NO SOALAN: 81

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

1. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sentiasa memandang serius terhadap kesihatan rakyat termasuklah kanak-kanak sekolah. Antara inisiatif KKM adalah melalui tabiat pemakanan dan gaya hidup sihat yang perlu dipupuk sejak kecil lagi agar ianya menjadi amalan apabila kanak-kanak ini meningkat dewasa kelak.

2. Justeru, pelbagai usaha telah dan sedang giat dijalankan bagi menangani masalah malpemakanan dalam kalangan kanak-kanak. Semenjak tahun 2012, KKM telah bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam memastikan kebolehdapatan lebih banyak makanan dan minuman yang berkhasiat di sekolah. Bimbingan sentiasa diberikan kepada pihak pentadbir sekolah dan pengusaha kantin dalam penyediaan makanan dan minuman yang dijual kepada murid dan warga sekolah.

3. Selain itu, satu inisiatif iaitu Program Hidangan Berkhasiat di Sekolah (HiTS) diperkenalkan di sekolah bagi mendidik amalan pemakanan sihat. HiTS merupakan satu set hidangan makanan lengkap untuk murid yang dapat memenuhi keperluan tenaga dan nutrien yang diperlukan oleh murid, di samping dapat memastikan pengambilan kesemua kumpulan makanan. Sehingga Jun 2020, terdapat 62 buah sekolah di seluruh negara yang telah NO SOALAN: 81

menjalankan program ini. Kebanyakan sekolah yang terlibat tidak menjual makanan dan minuman lain di kantin sekolah seterusnya dapat mengawal kebolehdapatan makanan dan minuman yang tidak berkhasiat.

4. Dalam masa yang sama, penyajian makanan yang seimbang dan berkhasiat turut diperkenalkan sejak di peringkat prasekolah yang melibatkan semua prasekolah/ tabika di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian Perpaduan Negara dan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS). Di samping itu, komponen pemakanan sihat turut dimasukkan ke dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) dan kurikulum sekolah rendah dan menengah khususnya di dalam mata pelajaran Pendidikan Kesihatan dalam usaha membudayakan pemakanan sihat dan seimbang sejak di bangku sekolah lagi.

5. Pendidikan tentang pemakanan sihat juga disampaikan menerusi Program Doktor Muda di peringkat prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah. Murid-murid yang terpilih sebagai ‘Doktor Muda’ dilantik sebagai ‘agen’ dalam menyampaikan maklumat berkaitan kesihatan termasuk berkaitan pemakanan sihat yang meliputi pemilihan makanan yang sihat dan selamat, fahami label makanan serta kepentingan sarapan pagi. Program ini juga memberi fokus kepada aktiviti Pengurusan Berat Badan dengan melatih ahli-ahli Kelab Doktor Muda dalam aktiviti fizikal bagi membolehkan mereka melaksanakan aktiviti yang sesuai kepada rakan sebaya dengan bimbingan guru dalam menangani masalah obesiti di sekolah.

NO SOALAN: 81

6. Bagi meningkatkan keprihatinan murid sekolah terhadap status berat badan mereka, Saringan Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK) yang dilaksanakan di sekolah-sekolah bagi memantau Indeks Jisim Tubuh (IJT) atau Body Mass Index (BMI) murid secara berkala. Untuk itu, pengambilan berat badan murid telah dimasukkan sebagai salah satu indikator dalam ujian kecergasan di dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani.

7. Ibu bapa merupakan contoh yang baik dalam mencorak amalan pemakanan anak-anak. Oleh itu, dalam usaha untuk membentuk murid yang sihat dan produktif melalui pembudayaan amalan pemakanan dan gaya hidup sihat, Inisiatif Pemerkasaan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Bagi Menangani Masalah Obesiti di Sekolah (C-HAT) telah dilaksanakan sejak tahun 2016. Inisiatif ini memperkasa PIBG yang dilatih sebagai duta atau agen perubahan untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti ke arah amalan pemakanan dan gaya hidup sihat sebagai satu usaha menangani masalah obesiti di sekolah. Seramai 17,062 ahli PIBG telah dilatih bagi pelaksanaan aktiviti pemakanan dan gaya hidup sihat yang melibatkan 8,426 buah sekolah di seluruh Malaysia.

8. Sementara itu, bagi kanak-kanak 6 tahun dan ke bawah, pemeriksaan berkala di klinik kesihatan mengikut tarikh temu janji yang telah ditetapkan merupakan salah satu usaha dalam memastikan kesihatan kanak-kanak kecil pada tahap yang optimum. Pemeriksaan ini turut merangkumi pemantauan pertumbuhan melalui pemeriksaan berat dan tinggi serta perkiraan Body Mass Index (BMI). Anggota kesihatan akan memberi nasihat kepada ibu bapa berkaitan pemakanan yang sesuai mengikut umur NO SOALAN: 81

anak. Bagi kanak-kanak yang didapati terdapat peningkatan berat berlebihan, anggota kesihatan akan merujuk anak tersebut kepada Pegawai Sains (Pemakanan) bagi nasihat pemakanan yang spesifik dalam mengawal peningkatan berat badan.

9. Dalam memastikan kelangsungan usaha dalam menyediakan persekitaran yang menyokong amalan pemakanan sihat, KKM telah bekerjasama dengan pelbagai kementerian dan pihak bukan kerajaan dalam melaksanakan pelbagai program pemakanan dan pencegahan penyakit-penyakit NCD seperti diabetes mellitus kepada setiap lapisan rakyat termasuklah kanak-kanak. Ini dilakukan melalui strategi yang telah digariskan di dalam Pelan Tindakan Pemakanan Kebangsaan Malaysia III (20016-2025), Pelan Strategik Aktiviti Fizikal Kebangsaan (2016-2025) serta Pelan Strategik Kebangsaan untuk Penyakit Tidak Berjangkit (2016- 2025).

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 82

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN DARIPADA : YB DATO' KESAVADAS A/L A.ACHYUTHAN NAIR

Dato' Kesavadas A/L A.Achyuthan Nair minta MENTERI ALAM SEKITAR DAN AIR menyatakan memandangkan banyak kenderaan (persendirian dan komersial) di jalan raja berumur lebih daripada 5 tahun, adakah mereka diwajibkan memperoleh persijilan PUC (Sijil Pencemaran Bawah) yang sah. Jika ya, apakah langkah diambil untuk menguatkuasakan perkara ini.

NO SOALAN: 82

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat

1. Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA), melalui Jabatan Alam Sekitar (JAS) tidak melaksanakan PUC atau dengan kata lain "Pollution Under Control Certificate" di Malaysia bagi kenderaan persendirian dan komersial sepertimana dilaksanakan oleh negara India dan Certificate of Entitlement (COE) seperti yang dilaksanakan di Singapura bagi mengawal pemilikan kenderaan serta sebagai kawalan pencemaran pelepasan dari kenderaan.

2. KASA melalui JAS buat masa ini tidak mewajibkan kenderaan persendirian untuk menjalankan pengujian pelepasan daripada ekzos kenderaan bermotor. Walau bagaimanapun, JAS sebagai agensi penguatkuasa melaksanakan Operasi Kawalan Pelepasan daripada Kenderaan Bermotor yang merangkumi Ops Gerak secara bersepadu dengan agensi-agensi penguatkuasa lain seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Pasukan Polis Trafik untuk memeriksa dan menguji kenderaan yang didapati melepaskan asap berlebihan di tepi jalan raya atau dengan izin “curbside”.

3. Selain itu, Operasi Kawalan Pelepasan daripada Kenderaan Bermotor juga merangkumi Ops Catat dan Kamera Video bagi merakam gambar kenderaan-kenderaan motor yang didapati secara visualnya melepaskan asap berlebihan dan nombor pendaftaran kenderaan dicatat seterusnya diarahkan melalui Notis Arahan secara bertulis kepada pemilik NO SOALAN: 82 kenderaan untuk menjalankan pengujian semula di cawangan PUSPAKOM.

Yang Berhormat,

4. Manakala di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang dikuatkuasakan oleh JPJ, semua kenderaan perdagangan adalah diwajibkan untuk menjalankan pemeriksaan dan pengujian kenderaan secara berkala sebanyak sekali dalam setiap 6 bulan.

5. Kenderaan-kenderaan motor yang tidak mematuhi had pelepasan ekzos yang ditetapkan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, akan diambil tindakan undang-undang. Sepanjang tempoh bulan Januari hingga Ogos 2020, JAS telah melaksanakan sebanyak 1,250 operasi kawalan pelepasan daripada kenderaan motor di seluruh Malaysia dan sebanyak 147,928 kenderaan motor telah diperiksa. Dari bulan Januari hingga Ogos 2020, JAS telah mengeluarkan sebanyak 455 kompaun, 545 notis arahan, 107 perintah larangan dan 1 kertas siasatan untuk tindakan undang-undang dalam operasi kawalan pelepasan daripada kenderaan motor.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 83

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN DARIPADA : YB DATO’ KESAVADAS A/L A.ACHYUTHAN NAIR

Dato' Kesavadas A/L A.Achyuthan Nair minta PERDANA MENTERI menyatakan sekiranya elaun kritikal dihapuskan, apakah insentif lain yang akan diberikan kepada kakitangan baru untuk mengekalkan mereka dalam perkhidmatan Kerajaan.

NO SOALAN: 83

JAWAPAN

[YB DATO’ TAKIYUDDIN BIN HASSAN,MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI(PARLIMEN DAN UNDANG-UNDANG)]

Tuan yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, elaun kritikal tiada dalam senarai elaun yang dibayar oleh Kerajaan kecuali Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK). BIPK diberi kepada skim-skim perkhidmatan yang ditetapkan sebagai Perkhidmatan Kritikal. Tahap kritikalnya sesuatu perkhidmatan akan berubah mengikut keadaan atau keperluan semasa.

Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal berdasarkan kepada empat (4) kriteria yang telah ditetapkan iaitu:

a) peranan dan sumbangan perkhidmatan ke arah pertumbuhan dan perkembangan ekonomi negara berdasarkan bidang-bidang yang telah diberi keutamaan di bawah rancangan-rancangan pembangunan negara;

b) kedudukan persaingan dalam pasaran buruh bagi tenaga anggota terlatih yang diperlukan, meliputi pertimbangan ke atas faktor-faktor seperti kedudukan penawaran dan permintaan, kadar pusing ganti dan kadar saraan di pasaran bagi kategori tenaga kerja berkenaan;

NO SOALAN: 83

c) kelayakan dan kebolehan yang perlu ada pada perkhidmatan iaitu dari segi kelayakan dan latihan, pengalaman, kepakaran, kemahiran dan bakat; dan

d) keadaan persekitaran tempat kerja yang dilihat dari segi kesan- kesan kepada kesihatan, pendedahan kepada risiko-risiko kemalangan dan sistem waktu kerja yang digunakan.

Pemberian elaun Kerajaan adalah berdasarkan Sistem Saraan Malaysia di mana pelaksanaan pemberian elaun adalah berdasarkan empat prinsip iaitu:

a) prinsip tidak sejagat (non-universal) membolehkan elaun diberikan secara khusus kepada kumpulan atau perkhidmatan tertentu. Elaun diberi berdasarkan keunikan sesuatu perkhidmatan, kumpulan atau tugasan;

b) prinsip tidak biasa (non-regular) menetapkan elaun hanya diberi dalam keadaan-keadaan tertentu sahaja. Elaun diberi berdasarkan tugas yang dilaksanakan di luar kebiasaan sesuatu perkhidmatan, kumpulan, organisasi dan seumpamanya;

c) prinsip tidak kekal (non-permanent) menentukan bahawa elaun diberi secara sementara. Elaun boleh ditarik balik, diberhentikan bayarannya atau dimansuhkan sekiranya sesuatu elaun itu tidak lagi relevan atau tidak lagi menepati kriteria tertentu pemberian elaun tersebut. Prinsip ini juga menentukan elaun boleh diberi mengikut suatu tempoh tertentu.

NO SOALAN: 83

d) prinsip kesaksamaan (fairness) membolehkan pemberian elaun dipanjangkan kepada perkhidmatan, kumpulan atau gred-gred tertentu yang layak dan memenuhi kriteria sesuatu elaun.

Pada masa ini, Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) masih dibayar kepada pegawai sedia ada yang berkenaan, termasuk pegawai lantikan baharu, seiring dengan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 10 Tahun 2019 “Pengukuhan Pelaksanaan Pemberian Elaun Dalam Perkhidmatan Awam” yang berkuatkuasa pada 1 Januari 2020. Pada masa yang sama, kajian semula mengenai keseluruhan elaun perkhidmatan awam sedang dilaksanakan termasuklah BIPK. Ini adalah untuk memastikan pemberian elaun itu dapat mendorong pegawai untuk meningkatkan tahap kualiti dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan awam bagi menjaga kebajikan rakyat.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 84

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN DARIPADA : YB DATO’ KESAVADAS A/L A.ACHYUYHAN NAIR

Dato' Kesavadas a/l A.Achyuthan Nair minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan apakah langkah- langkah yang diambil untuk menjadikan saluran TV BERNAMA lebih menarik kepada penonton sedangkan Kementerian pernah mencadangkan digabungkan operasi Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan juga pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) untuk menjimatkan serta menjana berita dan kandungan media yang lebih baik.

NO SOALAN: 84

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Senator, Kementerian melalui Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) merupakan agensi berita negara yang sentiasa berusaha untuk menghasilkan dan menyebarkan berita dan maklumat dengan tepat, cepat, adil serta mencapai objektif kepentingan negara bagi membentuk masyarakat yang berpengetahuan selaras dengan kemajuan Negara.

2. BERNAMA telah mengambil beberapa langkah bagi menjadikan kandungan BERNAMA TV lebih menarik dan lebih baik agar setiap dasar dan usaha kerajaan dapat disampaikan kepada rakyat secara efektif dan efisien. Antara langkah yang diambil agar mampu meningkatkan jumlah serta menarik perhatian penonton ialah dengan memperkenalkan program-program yang lebih segar dengan persembahan berita yang lebih semasa serta analitik.

3. Antara usaha ini termasuk meningkatkan program-program yang memfokuskan kepada isu-isu rakyat, pemerkasaan golongan

wanita dan anak muda, berita kampus dan sukan. Penekanan juga diberikan kepada media sosial agar dapat menarik perhatian generasi muda.

4. BERNAMA TV juga telah memperkenalkan lebih banyak produk yang memberi peluang kepada golongan pemikir berkongsi pandangan dan idea, antaranya menerusi program 'Suara NO SOALAN: 84

Profesor Negara' satu-satunya program TV yang memberi ruang kepada peneraju universiti di negara ini sama ada dari sektor awam atau swasta untuk berkongsi idea dalam usaha membantu pembangunan negara.

5. Dalam usaha untuk memastikan penjimatan kos operasi, BERNAMA TV lebih banyak menyediakan program dan kandungan berlandaskan platform digital yang dilaksanakan untuk keperluan TV. Platform digital memerlukan kos operasi yang lebih rendah kerana melibatkan jumlah petugas yang lebih kecil.

6. Walaupun BERNAMA dan RTM mempunyai unsur komersil, namun perbezaan utama ialah dari segi fungsi sebenar penubuhan kedua-dua agensi ini. BERNAMA merupakan agensi berita negara manakala RTM pula adalah agensi penyiaran negara, dan ini termaktub dalam Akta penubuhan agensi masing - masing. BERNAMA ialah titik fokal berita mengenai kerajaan selain dari memberi tumpuan kepada isu - isu berkaitan isu semasa dan ekonomi manakala RTM mempunyai skop yang lebih luas meliputi kandungan kreatif termasuk drama serta muzik, dokumentari pendidikan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan selain dari berita semasa.

7. Kementerian telah meneliti cadangan penggabungan operasi RTM dan BERNAMA, namun mendapati banyak aspek yang perlu diberi perhatian. Ini termasuklah melihat dari sudut aspek perundangan, implikasi kewangan, pelaksanaan dasar sedia ada, dan status kontrak-kontrak yang masih lagi berjalan di kedua - dua pihak RTM mahu pun BERNAMA. NO SOALAN: 84

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 85

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN DARIPADA : YB DATO' KESAVADAS A/L A.ACHYUTHAN NAIR

Dato' Kesavadas a/l A.Achyuthan Nair minta MENTERI KESIHATAN menyatakan adakah terdapat sebarang rancangan untuk mengenakan bayaran yang lebih tinggi bagi ubat-ubatan dan perkhidmatan di Hospital Kerajaan memandangkan kos perkhidmatan sebanyak RM1.00 pada masa sekarang telah menyebabkan rasa kekurangan tanggungjawab terhadap penjagaan kesihatan rakyat dan juga menjadi bebanan kewangan kepada sistem kesihatan.

NO SOALAN: 85

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

1. Caj RM1 sepertimana terkandung dalam Perintah Fi (Perubatan) 1982 merupakan caj yang dikenakan di Jabatan Pesakit Luar Am, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kepada warganegara Malaysia. Caj RM1 tersebut merangkumi caj pendaftaran, perundingan, ubat-ubatan dan siasatan (x-ray, ujian makmal). Manakala, pesakit yang menerima rawatan pesakit dalam akan dikenakan caj berdasarkan kelas yang diduduki iaitu sama ada kelas 1, kelas 2 atau kelas 3. Caj perkhidmatan kesihatan di kelas 3 adalah sangat berpatutan dan dapat memastikan golongan kurang berkemampuan mendapat akses kepada perkhidmatan kesihatan dengan kadar caj yang murah.

2. Untuk makluman, Kerajaan telah pun mengemaskini caj perubatan bagi warganegara iaitu sepertimana yang terkandung di dalam Perintah Fi (Perubatan) (Pindaan) 2017. Pengemaskinian ini melibatkan kenaikan kadar caj kelas 1 sebanyak 50% yang merangkumi caj wad, rawatan, siasatan dan pembedahan, kenaikan kadar caj wad sahaja bagi kelas 2 sebanyak 25% termasuklah tambahan dan pengemaskinian prosedur. Kadar caj bagi kelas 3 pula adalah dikekalkan sebagaimana Perintah Fi (Perubatan) 1982. NO SOALAN: 85

3. Pada masa ini, Kerajaan masih mengekalkan caj pesakit luar sedia ada sebanyak RM1 untuk memastikan semua rakyat Malaysia mempunyai peluang menikmati kemudahan kesihatan yang disediakan oleh Kerajaan. Di samping itu, Kerajaan juga akan melaksanakan kajian dari semasa ke semasa agar pengenaan caj sedia ada di fasiliti KKM mampu menampung kos bebanan perkhidmatan perubatan yang diberikan kepada rakyat.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 86

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN DARIPADA : YB TUAN HAJI IDRIS BIN AHMAD

Tuan Haji Idris Bin Ahmad minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan tempoh minimum dan maksimum (dalam bentuk jam) seseorang pensyarah untuk mengajar supaya membolehkan masa mereka membuat penyelidikan dan penulisan seiring dengan hasrat Kerajaan untuk menjadikan universiti awam setaraf dengan universiti terkemuka dunia terutama dalam bidang penyelidikan.

NO SOALAN: 86

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Kementerian Pengajian Tinggi amat menggalakkan staf akademik di universiti awam terlibat dengan aktiviti-aktiviti penyelidikan; konsultasi; serta penerbitan jurnal-jurnal ilmiah agar aktiviti ini dapat diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Sebagai usaha untuk memastikan aktiviti-aktiviti penyelidikan; konsultasi; serta penerbitan jurnal-jurnal ilmiah dapat dilaksanakan dengan teratur, Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) telah menyediakan Garis Panduan Beban Staf Akademik sebagai rujukan kepada universiti awam untuk menentukan jumlah jam mengajar yang bersesuaian bagi staf akademik. Secara amnya, pengajaran formal setiap minggu adalah tidak melebihi 18 jam kontak dan jumlah ini perlu diselaras semula sekiranya staf akademik tersebut terlibat dalam tugas-tugas berkaitan dengan aktiviti ilmiah (scholarly activities), penyelidikan, khidmat perundingan serta tugas-tugas pentadbiran yang lain. Beban mengajar juga tertakluk kepada standard dan kriteria bidang serta keperluan badan profesional yang berkaitan.

Universiti awam juga bertanggungjawab untuk menyediakan sokongan kepada staf akademik yang terlibat dalam aktiviti ilmiah dari aspek agihan beban mengajar; pelepasan cuti untuk menjalankan penyelidikan; sabatikal; dan penajaan. Perkara ini selaras dengan ketetapan standard NO SOALAN: 86 dalam Kod Amalan Akreditasi Program (Code of Practice for Programme Accreditation, COPPA) perkara 4.2.6.

Universiti awam turut diwajibkan untuk mengisytiharkan data dan pencapaian dalam penyelidikan, pembangunan, pengkomersilan dan inovasi (RDC&I) berdasarkan kriteria yang ditetapkan dalam instrumen Malaysia Research Assessment (MyRA®) pada setiap tahun. Berdasarkan instrumen tersebut, pelbagai tanda aras atau dengan izin benchmark dan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) berkaitan penyelidikan telah ditetapkan. Sebagai contoh, tanda aras (benchmark) ideal yang ditetapkan untuk penerbitan artikel dalam Jurnal Berindeks SCOPUS/WOS/ERA adalah sebanyak dua (2) buah artikel bagi setiap staf akademik untuk setiap tahun. Tanda aras tersebut merupakan panduan untuk setiap Universiti Awam merancang dan menjalankan aktiviti penyelidikan masing-masing selaras dengan kuasa autonomi dan kapasiti dana penyelidikan bagi universiti berkenaan ke arah menjadi universiti terkemuka dunia terutamanya dalam bidang penyelidikan.

Berdasarkan tanda aras ini juga, universiti awam boleh merancang untuk mengimbangi waktu jam mengajar staf akademik serta masa menjalankan penyelidikan dan penulisan. Ini sekali gus bagi menjamin kualiti penyelidikan dan penulisan di Universiti Awam setaraf dan standing dengan universiti terkemuka dunia.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 87

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN DARIPADA : YB TUAN HAJI IDRIS BIN AHMAD

Tuan Haji Idris bin Ahmad minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan data berkenaan permohonan Bantuan Khas Ibu Tunggal (BKIT) yang telah diluluskan Kementerian sepanjang tahun ini dari Januari sehingga Ogos.

NO SOALAN: 87

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli yang Behormat,

Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang telah diumumkan pada 5 Jun 2020 oleh YAB Perdana Menteri Malaysia adalah salah satu pendekatan inklusif dan holistik oleh Kerajaan dalam usaha memulihkan ekonomi Malaysia. Di bawah PENJANA, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) diperuntukkan sebanyak RM45 juta bantuan sosial kepada ibu tunggal bagi meringankan beban mereka.

Bantuan kewangan yang dikenali sebagai Bantuan Khas Ibu Tunggal (BKIT) ini dikendalikan oleh Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).

BKIT merupakan bantuan kewangan berjumlah RM300.00 yang dibayar secara one-off kepada ibu tunggal yang layak. Sebanyak 22,390 permohonan telah diluluskan sehingga 17 Ogos 2020.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 88

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN DARIPADA : YB TUAN HAJI IDRIS BIN AHMAD

Tuan Haji Idris bin Ahmad minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan statistik perceraian rumah tangga yang berlaku sepanjang PKP dilaksanakan dan punca- puncanya.

NO SOALAN: 88

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Yang Berhormat Senator, agensi Kerajaan yang bertanggungjawab untuk mendaftarkan perkahwinan dan perceraian bagi pasangan beragama bukan Islam ialah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Kementerian Dalam Negeri. Manakala statistik bagi pendaftaran kes cerai bagi orang Islam adalah di bawah bidang kuasa Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dan statistik kes cerai bagi orang Islam pula di bawah pengurusan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Negeri masing-masing.

JPN turut mengemas kini suatu rekod perkahwinan melalui sesuatu dikri perceraian atau pembatalan perkahwinan yang dikeluarkan oleh pihak Mahkamah selaras dengan peruntukan di bawah Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 [Akta 164]. Untuk makluman, JPN menerima dan mendaftarkan perceraian pasangan beragama bukan Islam sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mulai 18 Mac 2020 hingga 24 Ogos 2020, sebanyak 4,238 perceraian pasangan beragama bukan Islam telah didaftarkan.

Kes-kes cerai yang didaftarkan oleh JKSM sepanjang tempoh PKP adalah meliputi kes Tuntutan Fasakh, Tuntutan Pengesahan Lafaz Cerai, Tuntutan Perceraian, Tuntutan Khuluk/Tebus Talaq dan Tuntutan Pengesahan Cerai Taklik. Pendaftaran kes cerai di mahkamah syariah seluruh negara sepanjang tempoh PKP (18 Mac 2020 hingga 3 Mei 2020) adalah sebanyak 11 kes sahaja. Manakala dalam tempoh PKPB (4 Mei NO SOALAN: 88

2020 hingga 9 Jun 2020) pula kes cerai di mahkamah syariah seluruh negara yang didaftarkan adalah sebanyak 3,708 kes.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 89

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN DARIPADA : YB TUAN HAJI IDRIS BIN AHMAD

Tuan Haji Idris bin Ahmad minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan sejauh mana gangguan kesejahteraan psikologi berlaku dalam kalangan warga emas dan statistik kes kematian warga emas akibat bunuh diri.

NO SOALAN: 89

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Gangguan kesejahteraan psikologi dalam kalangan warga emas adalah keadaan ketidakmampuan individu menghadapi tekanan kehidupan dan merasakan diri mereka disisihkan, berasa sunyi dan tidak dipedulikan, kecewa, masalah kemurungan dan kehidupan adalah penuh dengan kesengsaraan.

Berdasarkan statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sehingga Jun 2020, terdapat seramai 2,320 orang warga emas yang mengalami gangguan dalam kesejahteraan psikologi, diberi perlindungan di institusi JKM iaitu di Rumah Seri Kenangan dan Rumah Ehsan. Sehingga Jun 2020, seramai 566 warga emas mendapatkan perkhidmatan intervensi kaunseling dari JKM dengan bulan April 2020 mencatatkan bilangan tertinggi iaitu seramai 257 orang yang membabitkan masalah kewangan.

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui JKM menyediakan perkhidmatan intervensi iaitu intervensi kaunseling termasuk telekaunseling, intervensi psikopendidikan / psikoterapi, intervensi krisis dan sokongan psikologi serta bimbingan dan konsultasi bagi menangani gangguan kesejahteraan psikologi kepada komuniti dan kumpulan sasar termasuk warga emas.

Berdasarkan statistik oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) seperti yang dilaporkan ke Pusat Informatik Kesihatan KKM, bilangan NO SOALAN: 89 kematian warga emas yang berumur 60 tahun dan ke atas akibat mencederakan diri sendiri dari tahun 2014 hingga 2019 adalah sebanyak 47 kes.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 90

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN DARIPADA : YB TUAN HAJI IDRIS BIN AHMAD

Tuan Haji Idris bin Ahmad minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah usaha pihak Kementerian dalam memastikan setiap rakyat yang sudah berkeluarga memiliki rumah sendiri. NO SOALAN: 90

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Yang Berhormat, antara usaha pihak Kementerian bagi memastikan setiap rakyat yang telah berkeluarga memiliki rumah adalah melalui penyediaan rumah di bawah program dan skim perumahan seperti berikut:

i) Program Perumahan Rakyat (PPR) Dimiliki yang menawarkan rumah PPR berharga RM35,000 seunit di Semenanjung Malaysia dan RM42,000 seunit di Sabah/Sarawak kepada pembeli rumah pertama dari golongan B40 berpendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan;

ii) Skim Perumahan Mampu Milik Swasta (MyHome) yang menawarkan insentif RM30,000 bagi pembeli rumah pertama dari kalangan B40 dan M40 yang berpendapatan isi rumah di bawah RM10,000 sebulan;

iii) Rumah Mesra Rakyat di bawah Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) di mana pemohon yang berkelayakan dan memiliki tanah sendiri boleh memohon program Rumah Mesra Rakyat (RMR) untuk membina rumah dengan harga RM75,000 hingga RM106,500 serta subsidi Kerajaan berjumlah RM20,000 manakala baki RM55,000 hingga RM86,500 dibiayai melalui NO SOALAN: 90

pinjaman yang ditawarkan oleh SPNB dengan bayaran balik ansuran yang lebih rendah;

iv) Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) yang merupakan program khusus kepada penjawat awam dalam kalangan B40 dan M40 untuk memiliki rumah yang lebih rendah dari harga pasaran; dan

v) Perumahan PR1MA yang menawarkan perumahan kepada golongan B40 dan M40 berpendapatan isi rumah di bawah RM15,000 sebulan untuk memiliki rumah.

2. Kerajaan juga kekal komited memastikan aksesibiliti rakyat untuk memiliki rumah melalui inisiatif pembiayaan perumahan seperti berikut:

i) Skim pembiayaan kewangan fleksi yang menawarkan pakej pinjaman menyeluruh merangkumi pembayaran berperingkat dan pembeli yang layak boleh membayar ansuran bulanan pinjaman rumah yang lebih rendah daripada pinjaman biasa. Antara syarat permohonan skim ini adalah pendapatan isi rumah di bawah RM5,000 manakala nilai hartanah di bawah RM300,000;

ii) Pemanjangan tempoh pembiayaan perumahan sektor awam di bawah Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) di mana tempoh pembiayaan pertama daripada 30 NO SOALAN: 90

tahun kepada 35 tahun dan tempoh pembiayaan kedua daripada 25 tahun kepada 30 tahun; dan

iii) Jaminan Cagamas SRP Berhad untuk membantu golongan muda yang berpendapatan RM3,000 sebulan dan ke bawah untuk memiliki rumah. Cagamas SRP akan menjamin 10% daripada pembiayaan berkenaan;

3. Selain itu, antara inisiatif baharu yang dilaksanakan kerajaan adalah melalui Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) 2020. Pelan ini menggalakkan pemilikan kediaman dalam kalangan rakyat melalui Kempen Pemilikan Rumah / Home Ownership Campaign (HOC) 2020. Insentif oleh Kerajaan diberikan melalui pengecualian duti setem dan insentif oleh pemaju perumahan pula melalui diskaun harga jualan sekurang-kurangnya sebanyak 10%.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 91

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN DARIPADA : YB PUAN HAJAH NURIDAH BINTI MOHD SALLEH

Puan ajah Nuridah binti Mohd Salleh minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sama ada wujud lambakan prosiding kes perceraian susulan pelaksanaan SOP sepanjang tempoh PKP.

NO SOALAN: 91

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bertanggungjawab mendaftarkan perkahwinan dan perceraian bagi pasangan beragama Bukan Islam termasuklah mengemaskini suatu rekod perkahwinan melalui sesuatu dikri perceraian atau pembatalan perkahwinan yang dikeluarkan oleh pihak Mahkamah selaras dengan peruntukan di bawah Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 (Akta 164). Dalam hal ini, urusan berkaitan prosiding kes perceraian pasangan beragama Bukan Islam adalah di bawah bidang kuasa pihak Mahkamah.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, JPN menerima dan mendaftarkan perceraian pasangan beragama Bukan Islam sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mulai 18 Mac 2020. Berdasarkan rekod JPN bagi tempoh 18 Mac 2020 hingga 24 Ogos 2020, sebanyak 4,238 perceraian pasangan beragama Bukan Islam telah didaftarkan.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 92

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN DARIPADA : YB PUAN HAJAH NURIDAH BINTI MOHD SALLEH

Puan Hajah Nuridah binti Mohd Salleh minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan sama ada Kerajaan berhasrat membina lebih banyak premis perlindungan untuk wanita yang menjadi mangsa dalam keganasan rumah tangga.

NO SOALAN: 92

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli yang Berhormat,

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) telah melaksanakan projek rintis untuk memperluas perkhidmatan dengan menjadikan dua (2) buah Rumah Perlindungan Wanita ATIPSOM sebagai Rumah Transit Sementara bagi mangsa kes Keganasan Rumah Tangga di bawah Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 [Akta 521] dengan kerjasama semua agensi di bawah penguatkuasaan KPWKM serta Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) terlibat.

Dua (2) buah rumah tersebut terletak di Kelantan dan Kota Kinabalu, Sabah bermula Julai 2020 yang lalu. Sesi libat urus dengan agensi serta NGO terlibat juga telah dilaksanakan pada 29 Jun 2020 (Kelantan) dan 9 Julai 2020 (Kota Kinabalu).

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 93

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN DARIPADA : YB PUAN HAJAH NURIDAH BINTI MOHD SALLEH

Puan Nuridah binti Mohd Salleh minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan status cadangan pelaksanaan pengasingan bilik kanak-kanak berlainan jantina seawal tujuh tahun bagi mengelakkan berlakunya kes sumbang mahram.

NO SOALAN: 93

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Sumbang mahram merupakan satu gejala yang semakin serius yang bukan sahaja mendapat perhatian masyarakat, malahan pihak kerajaan pada masa kini. Kes sumbang mahram ini sangat membimbangkan apabila ianya terjadi dalam institusi kekeluargaan itu sendiri. Walhal, keluarga merupakan institusi yang paling selamat kepada anak-anak untuk mendapatkan pemeliharaan dan perlindungan.

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) memandang serius berkenaan perkara ini dan tegas berpendirian bahawa perlunya pengasingan bilik kanak-kanak yang berlainan jantina apabila telah mencapai usia 7 hingga 10 tahun. KPWKM turut berpandangan bahawa pengasingan bilik kanak-kanak juga merupakan asas yang penting dalam pendidikan dan pengurusan seksual anak-anak.

Dalam hal ini, Dasar Perumahan Negara (2018-2025) di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah menggariskan berkenaan keperluan kepada perumahan yang berkualiti untuk semua. Tambahan pula, Standard Industri Pembinaan yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Kerja Raya (KKR) juga telah menetapkan bilangan bilik tidur bagi setiap unit kediaman hendaklah tidak kurang daripada tiga (3) buah bilik.

NO SOALAN: 93

Ini menunjukkan Kerajaan peka akan keperluan asas bagi menjamin kesejahteraan sesebuah keluarga. Oleh itu, pembinaan rumah kos rendah yang hanya memiliki dua (2) buah bilik hendaklah diperhalusi semula bagi menangani masalah sosial seperti sumbang mahram yang kebanyakannya melibatkan keluarga yang mempunyai tahap ekonomi yang rendah.

Dengan adanya usaha-usaha berterusan seperti ini, bukan sahaja kita dapat memastikan rakyat hidup dalam keadaan yang selesa, malahan dapat membendung salah laku seksual ke atas kanak-kanak di negara ini.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 94

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN DARIPADA : YB PUAN HAJAH NURIDAH BINTI MOHD SALLEH

Puan Hajah Nuridah binti Mohd Salleh minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) dan apakah yang menyebabkan sesebuah permohonan untuk berdaftar di bawah ROS ditolak.

NO SOALAN: 94

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Berdasarkan rekod Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) sehingga 18 Ogos 2020, sebanyak 213,457 pertubuhan induk dan cawangan Badan Bukan Kerajaan (NGO) di seluruh negara telah didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335). Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Seksyen 7 Akta 335 memperuntukkan alasan penolakan pendaftaran sesebuah pertubuhan seperti berikut:- a. Cawangan kepada sesebuah pertubuhan yang pendaftarannya dibatalkan di bawah Seksyen 13(1)(c) Akta 335; b. Berlaku pertikaian di antara Ahli-Ahli pertubuhan itu; c. Sesebuah pertubuhan itu melanggar peruntukan di bawah Akta 335 dan memudaratkan keselamatan awam; d. Sesebuah pertubuhan itu diisytiharkan menyalahi undang-undang di bawah Seksyen 5 Akta 335; e. Sesebuah pertubuhan itu didapati tidak wujud; atau f. Nama dan visi penubuhan sesebuah pertubuhan itu didapati mengelirukan atau serupa dengan pertubuhan sedia ada yang telah didaftarkan.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 95

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN DARIPADA : YB PUAN HAJJAH NURIDAH BINI MOHD SALLEH

Puan Hajjah Nuridah binti Mohd Salleh minta PERDANA MENTERI menyatakan status terkini bantuan Musa'adah COVID-19 berserta jumlah bantuan yang telah disalurkan dan berapa ramai yang telah mendapat manfaat daripada bantuan tersebut. NO SOALAN: 95

JAWAPAN

[YB SENATOR DATUK DR. HAJI ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI, MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA)]

Tuan Yang di-Pertua,

1 Sebagaimana Ahli Yang Berhormat sedia maklum, program Musa’adah Covid-19 merupakan suatu inisiatif yang telah digerakkan oleh agensi-agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) seawal 18 Mac 2020 dan masih berterusan hingga kini. Matlamat utama pelaksanaan program ini adalah bagi membantu kumpulan sasar yang terjejas susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

2. Pelbagai bentuk bantuan telah diberikan oleh setiap agensi berdasarkan kapasiti masing-masing. Untuk pengetahuan sidang dewan yang mulia, sehingga 31 Julai 2020, nilai bantuan yang dibelanjakan di bawah program Musa’adah Covid-19 telah mencecah RM348,415,042.90. Ia telah memberi manfaat kepada sekurang-kurangnya 700 ribu individu di seluruh Malaysia merangkumi golongan asnaf fakir dan miskin, golongan B40, gelandangan, golongan kelainan upaya (OKU), masyarakat orang Asli, para pelajar serta petugas barisan hadapan termasuk kepada komuniti bukan Muslim.

3. Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) melalui agensinya seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Lembaga Tabung Haji, Institut Kefahaman Islam NO SOALAN: 95

Malaysia (IKIM), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) dan AlHijrah Media Corporation (TV AlHijrah) telah menyalurkan bantuan yang memberikan manfaat secara langsung kepada kumpulan sasar yang telah dinyatakan dalam bentuk bantuan wang tunai secara one off, barangan keperluan asas dan pek makanan harian.

4. Dalam mendepani penularan Covid-19, aspek pendidikan turut diberikan perhatian apabila pengecualian bayaran tadika dan taska di bawah kelolaan MAIWP bernilai RM0.88 juta diberikan kepada para ibu bapa bagi bulan April hingga Jun 2020. Selain itu, bantuan one-off sebanyak RM21 juta turut diberikan kepada tahfiz swasta, pondok, sekolah agama rakyat dan sekolah agama swasta yang berdaftar dengan pihak berwajib di seluruh negara.

5. Tambahan itu, seramai 240 orang penyewa premis milik MAIWP turut mendapat manfaat apabila diberikan pengecualian dan pengurangan bayaran sewa premis selama tiga bulan.

6. Sebagai menghargai usaha Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam menangani wabak Covid-19, MAIWP telah menyumbang sebanyak RM3.3 juta kepada 7 buah hospital bagi tujuan pembelian peralatan pernafasan. Selain itu, MAIWP turut menyalurkan RM4.8 juta kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bagi tujuan pembelian keperluan perubatan seperti pelitup muka, thermometer dan pensanitasi tangan.

Tuan Yang di-Pertua,

NO SOALAN: 95

7. Selain sumbangan berbentuk material, JAKIM telah mengambil langkah proaktif dengan menubuhkan Bilik Gerakan MyCareCoV19. Modus operandi Bilik Gerakan MyCareCoV19 ini ialah sedaya upaya untuk memeluk emosi golongan yang terjejas akibat PKP tanpa mengira kaum dan agama melalui khidmat nasihat dan bimbingan yang diberikan kepada mereka. Inisiatif ini juga mendapat sokongan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP). Selain itu langkah proaktif yang dilakukan oleh MyCareCoV19 ini ialah dengan menghubungi kumpulan sasar yang dicadangkan oleh KPWKM, KPKT, KBS dan KWP.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 96

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN DARIPADA : YB PUAN ASMAK BINTI HUSIN

Puan Asmak Binti Husin minta PERDANA MENTERI menyatakan senarai penambahbaikan bagi memperkasa hak wanita melalui peruntukan dan pelaksanaan Akta dan Enakmen berkaitan keluarga Islam sejak dari 1984-2020.

NO SOALAN: 96

JAWAPAN

[YB SENATOR DATUK DR. HAJI ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI, MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA)]

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 [Akta 303] telah mula berkuat kuasa pada 29 April 1987. Sejak Akta ini mula berkuat kuasa, Akta ini telah dipinda sebanyak empat kali seperti yang berikut:

(i) Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 1992 [Akta A828];

(ii) Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 1994 [Akta A902];

(iii) Perintah Wilayah Persekutuan Putrajaya (Pemerluasan dan Ubah Suaian Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984) 2002 [P.U.(A) 247/2002]; dan

(iv) Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2006 [Akta A1261].

Antara pindaan-pindaan yang telah dibuat bagi memperkasa dan menjamin hak atau kepentingan wanita di bawah Akta 303 adalah NO SOALAN: 96 pindaan kepada seksyen 12 melalui Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 1994 [Akta A902].

Peruntukan asal seksyen 12 memperuntukan bahawa semua perkahwinan yang bersalahan dengan Akta 303 tidak boleh didaftarkan. Namun, bagi menjamin hak wanita sentiasa dilindungi, seksyen 12 telah dipinda dengan membenarkan suatu perkahwinan yang telah diupacarakan berIawanan dengan mana-mana peruntukan Akta ini tetapi sebaIiknya sah mengikut Hukum Syara' boleh didaftarkan di bawah Akta ini dengan perintah daripada Mahkamah Syariah.

Walaupun wanita tersebut telah berkahwin tanpa kebenaran, pindaan ini melindungi hak-hak wanita tersebut dan mengelakkan wanita tersebut dizalimi atau diabaikan oleh suami khususnya berkaitan hak terhadap nafkah, harta sepencarian dan harta pusaka suaminya.

Seterusnya, berdasarkan peruntukan asal seksyen 13, seorang wanita tidak boleh berkahwin selagi mana wali bagi wanita tersebut tidak dapat ditemui atau jika wali enggan memberikan persetujuannya tanpa sebab yang mencukupi.

Bagi mengelakkan wanita tersebut terus dinafikan haknya untuk berkahwin, seksyen 13 tersebut telah dipinda melalui Akta Undang- Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 1994 [Akta A902].

Melalui pindaan tersebut, wanita yang tidak dapat menemui walinya atau walinya enggan untuk memberikan persetujuan, boleh mendapatkan kebenaran untuk berkahwin melalui wali Raja. NO SOALAN: 96

Bagi mengelakkan seseorang suami sewenang-wenangnya menafikan anak yang terhasil daripada perkahwinan yang sah, Akta A902 telah memasukkan peruntukan seksyen 50A yang membenarkan perceraian secara li’an.

Peruntukan ini secara langsung menjaga maruah seorang wanita yang dituduh berzina oleh suaminya dan menghalang suami tersebut untuk mengelak daripada kewajipan menanggung nafkah anak itu.

Selain daripada pindaan seksyen 12, 13 dan 50A tersebut, seksyen 107A turut dipinda melalui Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah- Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2006 [Akta A1261].

Pindaan ini bertujuan untuk membolehkan Mahkamah Syariah membuat suatu perintah larangan terhadap pelupusan harta sepencarian oleh isteri atau suami jika apa-apa prosiding hal ehwal suami isteri masih belum selesai di Mahkamah Syariah. Hal ini bagi menjamin hak wanita terhadap suatu harta yang diperolehi semasa tempoh perkahwinan itu dilindungi daripada apa-apa usaha untuk menafikan hak wanita tersebut.

Pindaan-pindaan ini dibuat bagi menjamin peruntukan undang-undang tersebut selaras dengan Hukum Syarak dan relevan dengan situasi semasa.

Selain daripada pindaan-pindaan yang telah dibuat, Kerajaan juga dari semasa ke semasa sentiasa menjalankan kajian bagi menambahbaik peruntukan undang-undang di bawah Akta ini.

NO SOALAN: 96

Antara peruntukan yang sedang dalam peringkat kajian adalah seperti yang berikut:

(i) menambahbaik peruntukan berkaitan tatacara permohonan untuk mendapatkan kebenaran berkahwin di bawah umur minimum bagi menjamin hak wanita tersebut selepas daripada perkahwinan yang dicadangkan itu terjamin;

(ii) meningkatkan hukuman bagi kesalahan-kesalahan yang diperuntukkan di bawah Akta 303. Sebagai contoh:

(a) kesalahan bagi poligami tanpa kebenaran Mahkamah Syariah di bawah seksyen 123 Akta 303:

Peruntukan ini hanya memberi kuasa kepada Mahkamah Syariah menghukum mana-mana lelaki yang melakukan poligami tanpa mendapat kebenaran secara bertulis terlebih dahulu dari Mahkamah didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Oleh itu, terdapat cadangan untuk meningkatkan hukuman terhadap kesalahan ini bagi mengelakkan seseorang lelaki melakukan poligami tanpa kebenaran Mahkamah Syariah. Hal ini secara langsung akan menjaga hak-hak isteri yang sedia ada dan bakal isteri yang akan dikahwini oleh lelaki itu.

NO SOALAN: 96

(b) Kesalahan perceraian di luar Mahkamah Syariah dan tanpa kebenaran Mahkamah Syariah di bawah seksyen 124 Akta 303:

Bagi mengelakkan seorang suami sewenang- wenangnya menceraikan isterinya tanpa kebenaran Mahkamah Syariah, Kerajaan telah memperuntukkan kesalahan perceraian di luar Mahkamah Syariah dan tanpa kebenaran Mahkamah Syariah di bawah seksyen ini. Namun, hukuman yang diperuntukkan di bawah seksyen ini hanyalah denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Terdapat keadaan di mana seorang suami bertindak menceraikan isterinya di luar Mahkamah Syariah dan tanpa kebenaran Mahkamah Syariah. Seterusnya tidak memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak isteri semasa isteri tersebut membuat permohonan untuk mengesahkan perceraian itu di Mahkamah Syariah.

Bagi menghalang perkara ini dari terus berlaku, adalah wajar hukuman bagi kesalahan ini ditingkatkan seterusnya mengelakkan mana-mana suami menceraikan isterinya tanpa kebenaran Mahkamah Syariah.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 97

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAN : BUKAN LISAN DARIPADA : YB PUAN ASMAK BINTI HUSIN

Puan Asmak Binti Husin minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan statistik kes perceraian melibatkan Islam dan bukan Islam dari tahun 2010-2020 dan faktor utama yang menyumbang kepada isu tersebut.

NO SOALAN: 97

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Pembubaran perkahwinan menerusi perceraian merupakan isu yang mendapat sering menjadi perhatian banyak pihak di negara ini. Jabatan Perangkaan Malaysia selaku agensi bertanggungjawab dalam mengumpul data perkahwinan dan penceraian orang Islam dan bukan Islam telah melaporkan bilangan perceraian secara keseluruhan telah mencatatkan penurunan sebanyak 3.2 peratus daripada 51,642 (bagi tahun 2016) kepada 49,965 (bagi tahun 2017).

Walau bagaimanapun, statistik terkini penerbitan Perangkaan Perkahwinan dan Perceraian Malaysia 2019 mendapati bilangan perceraian meningkat sedikit 0.1 peratus daripada 50,314 (bagi tahun 2017) kepada 50,356 (bagi tahun 2018). Daripada jumlah tersebut, pecahan bilangan perceraian orang Islam yang direkodkan pada tahun 2017 adalah 39,709, iaitu penurunan 3.2 peratus berbanding 41,030 pada tahun 2016 sebelum meningkat sedikit 1.4 peratus pada tahun 2018 kepada 40,269.

Bagi orang bukan Islam pula, kadar penceraian menurun 3.4 peratus daripada 10,612 (bagi tahun 2016) kepada 10,256 (bagi tahun 2017) dan terus menurun 4.9 peratus kepada 10,087 pada tahun 2018.

NO SOALAN: 97

Jadual 1: Bilangan Perceraian dan Kadar Perceraian Kasar (CDR), Malaysia, (2016 – 2018) Tahun Bilangan penceraian Kadar (bagi setiap 1,000 penduduk) Malaysia Orang Orang Malaysia Orang Orang Islam Bukan Islam Bukan Islam Islam 2016 51,642 41,030 10,612 1.6 2.1 0.9 2017 50,314 39,709 10,605 1.6 2.0 0.9 2018 50,356 40,269 10,087 1.6 2.0 0.8

NO SOALAN: 97

Faktor Utama Penceraian Dapatan Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia Kelima (KPKM-5) oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) pada tahun 2014 mendapati lebih separuh (56.2%) lelaki menyatakan punca utama mereka bercerai/berpisah adalah kerana tiada persefahaman. Ini diikuti dengan isteri curang (11.8%) dan campur tangan mentua/ ipar-duai (10.0%). Manakala bagi wanita pula, lebih satu pertiga (38.0%) menyatakan punca utama mereka bercerai/berpisah adalah kerana tiada persefahaman. Ini diikuti dengan suami curang (20.5%) dan suami tidak bertanggungjawab (15.2%).

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 98

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN DARIPADA : YB PUAN ASMAK BINTI HUSIN

Puan Asmak Binti Husin minta PERDANA MENTERI menyatakan statistik kes di mahkamah syariah mengikut jenis dari tahun 2010-2020. Adakah benar kes melibatkan tuntutan nafkah adalah yang paling tinggi.

NO SOALAN: 98

JAWAPAN

[YB SENATOR DATUK DR. HAJI ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI, MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA)]

Tuan Yang di-Pertua,

Berdasarkan statistik kes mahkamah syariah yang dijana melalui sistem E-Syariah mengikut jenis dari tahun 2010-2020, didapati bahawa perincian kes tuntutan nafkah adalah seperti berikut;-

1. Nafkah isteri - 3,077 kes 2. Nafkah anak - 31,351 kes 3. Nafkah iddah - 13,571 kes 4. Tunggakan nafkah - 3,996 kes 5. Mutáh - 14,875 kes

Kes yang paling banyak direkodkan bagi tempoh tersebut adalah kes tuntutan perceraian sebanyak 275,570 kes, tuntutan pengesahan lafaz cerai sebanyak 191,728 kes dan permohonan Sijil Faraid/Akuan Pusaka sebanyak 157,327 kes.

Statistik kes mal di mahkamah syariah mengikut jenis dari tahun 2010- 2020 adalah seperti di Lampiran A.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN: 98

Lampiran A Statistik Kes Mal Di Mahkamah Syariah Mengikut Jenis Dari Tahun 2010-2020 Kod Jenis Kes Kod Nama Jumlah Kes 001 001 - Rayuan 357 002 002 - Permohonan Kebenaran Merayu 231 003 003 - Semakan 2,040 004 004 - Permohonan Tegahan/Injunksi Membawa Anak Keluar 150 Malaysia 005 005 - Permohonan Tegahan/Injunksi Terhadap Gangguan 1,328 006 006 - Permohonan Pengesahantarafan Anak 6,402 007 007 - Tuntutan Pengesahan Waqaf 43 009 009 - Tuntutan Gantirugi Pertunangan 172 010 010 - Permohonan Pengesahan/Perintah Nikah 56,307 011 011 - Permohonan/Tuntutan Kebenaran Poligami 18,889 012 012 - Permohonan Perintah Daftar Nikah Poligami 21,531 013 013 - Tuntutan Perisytiharan Pembubaran Perkahwinan Sebab 1,249 Pertukaran Agama 014 014 - Tuntutan Fasakh 75,546 015 015 - Permohonan Anggapan Mati 93 016 016 - Tuntutan Muta'ah 14,875 017 017 - Tuntutan Harta Sepencarian 14,912 018 018 - Tuntutan Nafkah Isteri 3,077 019 019 - Tuntutan Nafkah Kepada Pihak Tak Upaya 5 020 020 - Tuntutan Cagaran Nafkah 4 021 021 - Tuntutan Nafkah Eddah 13,571 022 022 - Tuntutan Mengubah Perintah Nafkah Anak/Isteri/Lain-lain 5,299 023 023 - Tuntutan Tunggakan anak/isteri/lain-lain 3,996 024 024 - Tuntutan Nafkah Anak 31,351 025 025 - Tuntutan Mengubah Perintah Hak Jagaan Anak/Nafkah 3,051 Anak NO SOALAN: 98

026 026 - Tuntutan Mengubah Perjanjian Hak Jagaan Anak/Nafkah 1,084 Anak 027 027 - Tuntutan Membatalkan Perintah Nafkah anak/isteri/lain- 915 lain 028 028 - Tuntutan Hadhanah 41,206 029 029 - Tuntutan Pemecatan Penjagaan Anak 6 030 030 - Permohonan Perintah Larangan Berkaitan Harta Anak 3 Yang Belum Dewasa 031 031 - Permohonan Penjaga Diri/Harta/Anak Yatim 2,656 032 032 - Permohonan Pembekuan Transaksi Harta 506 033 033 - Permohonan Penguatkuasa Perintah Nafkah 926 034 034 - Permohonan Perlaksanaan Perintah Mahkamah 1,655 035 035 - Tuntutan Ganishment/Hiwalah 13 036 036 - Permohonan Perintah Menghina Mahkamah 421 037 037 - Tuntutan Penghutang Penghakiman 7,895 038 038 - Permohonan Perintah Interim 7,531 039 039 - Permohonan Pengesahan Wasiat 577 040 040 - Permohonan Sijil Faraid/Akuan Pusaka 157,237 041 041 - Permohonan Interlokutori 2,857 042 042 - Permohonan Faraq Nikah 1,584 043 043 - Permohonan Pengisytiharan Status Agama 2,000 044 044 - Permohonan Pengesahan Hibah 5,468 045 045 - Permohonan Pengesahan Hibah Semasa Maradul Maut 6 046 046 - Tuntutan Pengesahan Sabitan Nasab/Ahli Waris 1,258 047 047 - Permohonan Mendakwa/Membela Sebagai Orang Miskin 24 049 049 - Tuntutan Gantirugi Perkahwinan/Hutang Perkahwinan 1,053 050 050 - Permohonan Kebenaran Nikah Bawah Umur 10,810 051 051 - Permohonan Wali Hakim/Am 93,981 052 052 - Tuntutan Wali Enggan/Engkar 4,879 053 053 - Permohonan Kebenaran Bernikah Perempuan Yang 16 Bercerai Tanpa Eddah/Janda Berhias 054 054 - Tuntutan Pengesahan Lafaz Cerai 191,728 NO SOALAN: 98

055 055 - Tuntutan Perceraian 275,550 056 056 - Tuntutan Khuluk/Tebus Talaq 1,575 057 057 - Tuntutan Pengesahan Cerai Taklik 32,150 058 058 - Tuntutan Sabitan Nusyuz 3,925 059 059 - Tuntutan Hak Tempat Tinggal 15 060 060 - Tuntutan Perintah Supaya Suami Tinggal Bersama 59 Semula 061 061 - Permohonan Pengesahan Rujuk 10,905 062 062 - Tuntutan Isteri Kembali Taat 3,227 063 063 - Tuntutan Mas Kahwin 95 064 064 - Tuntutan/Permohonan Menangguhkan Perlaksanaan 673 Perintah 065 065 - Notis Permohonan Peguam Syarie 1,981 066 066 - Permohonan Perubahan Perintah Harta Pusaka 963 067 067 - Tuntutan Ila' 3 068 068 - Tuntutan Zihar 9 069 069 - Tuntutan Li’an 40 070 070 - Permohonan Menghidupkan Semula Kes 1,460 071 071 - Perlantikan Pentadbir Harta 7,126 072 072 - Tuntutan/Permohonan penyelesaian/penjelasan hutang si 40 mati 073 073 - Perintah Penyitaan Dan Penjualan 17 074 074 - Perintah Pengkomitan-Pelaksanaan Peghakiman Bagi 270 Penyerahan Anak 075 075 - Perintah Pengkomitan - Penguatkuasaan Penghakiman 443 Untuk Menahan Diri Dari Melakukan Sesuatu Perbuatan 076 076 - Notis Penghakiman 960 077 077 - Permohonan Melanjutkan Tempoh Rayuan 1,100 078 078 - Permohonan Notis Tunjuk Sebab 392 079 079 - Permohonan Pengesahan Eddah 10 080 080 - Permohonan Memulakan Proseding Baru Bagi Kes-kes 365 Yang Ditarik Balik 081 081 - Permohonan Pentaksiran Kos 68 NO SOALAN: 98

082 082 - Permohonan Perintah Bersaling 153 083 083 - Tuntutan Hak Jagaan Anak Tak Sah Taraf 395 084 084 - Tuntutan Nafkah Anak Tak Sah Taraf 96 085 085 - Faraq Nikah 108 099 099 - Lain-lain 10,021

NO SOALAN: 99

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN DARIPADA : YB PUAN ASMAK BINTI HUSIN

Puan Asmak Binti Husin minta PERDANA MENTERI menyatakan statistik pasangan yang diberi proses intervensi: sulh, hakam, kaunseling dari tahun 2015-2020 sebelum dimuktamadkan perceraian di mahkamah.

NO SOALAN: 99

JAWAPAN

[YB SENATOR DATUK DR. HAJI ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI, MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA)]

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Proses intervensi yang melibatkan sulh dan hakam dilaksanakan di premis mahkamah Syariah oleh pegawai yang dilantik. Sebaliknya proses intervensi berbentuk kaunseling tidak dilaksanakan di premis mahkamah Syariah, sebaliknya dikendalikan oleh Jabatan Agama Islam Negeri melalui Pejabat Agama Islam Daerah (PAID).

Berkaitan dengan proses sulh di mahkamah Syariah, Arahan Amalan No.1 Tahun 2010 menetapkan bahawa hanya 18 jenis kes yang perlu ditetapkan untuk proses sulh semasa pendaftaran kes dan ianya tidaklah termasuk kes perceraian. Proses sulh di mahkamah Syariah adalah bagi kes-kes yang melibatkan tuntutan-tuntutan harta dan hak penjagaan anak (hadanah) sahaja. Oleh yang demikian, tiada sebarang statistik berkaitan sulh di dalam kes-kes perceraian telah direkodkan.

Berkaitan dengan intervensi Hakam, biasanya akan melibatkan kes-kes permohonan perceraian yang dibuat oleh pihak isteri di mana pihak suami tidak bersetuju atau menentang permohonan tersebut. Kes-kes yang melalui intervensi secara Hakam ada yang berakhir dengan perceraian secara talak atau tebus talak dan ada juga sebahagian kes yang selesai dengan perdamaian antara pihak-pihak. Dalam melaksanakan intervensi NO SOALAN: 99

Hakam, kebanyakan negeri-negeri di Malaysia tidak mempunyai satu kaedah khusus berkaitan tatacara Hakam kecuali di Negeri Selangor. Walaubagaimanapun, JKSM sebagai agensi penyelaras telahpun memulakan usaha ke arah mewujudkan kaedah khusus Hakam di semua negeri.

Berdasarkan statistik yang dijana melalui sistem E-Syariah, terdapat sebanyak 2,333 kes telah direkodkan dari tahun 2015-2020 (setakat 19 Ogos 2020) yang telah diselesaikan melalui intervensi Hakam.

Intervensi berbentuk kaunseling bagi kes perceraian pula, tiada peruntukan undang-undang secara khusus yang mewajibkan pasangan Islam untuk hadir ke sesi kaunseling sebelum memfailkan perceraian di mahkamah Syariah. Kaunseling pada peringkat ini adalah bersifat pilihan dan boleh didapati di pejabat agama Islam daerah (PAID).

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 100

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN DARIPADA : YB DATUK PAUL IGAI

Datuk Paul Igai minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan senarai dan jumlah peruntukan kepada sekolah-sekolah Mubaligh di Sarawak dalam Bajet 2020 dan adakah peruntukan seperti ini akan diteruskan dalam Bajet 2021 nanti dan bagaimanakah peruntukan itu ditentukan dan disalurkan kemudian. NO SOALAN: 100

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menyalurkan peruntukan penyelenggaraan sebanyak RM50 juta pada tahun 2020 kepada 396 buah sekolah mubaligh di seluruh negara.

KPM telah menerima permohonan dari 16 buah sekolah mubaligh di Negeri Sarawak dengan peruntukan berjumlah RM2.15 juta sepertimana perincian seperti berikut:

Peruntukan (RM) Bil Nama Sekolah Dipohon Diagihkan Sekolah Kebangsaan St. Stephen 1 188,100.00 188,100.00 (M) 2 Sekolah Kebangsaan Kg. Gayu 151,977.00 151,977.00 3 Sekolah Kebangsaan St. Elizabeth 141,664.00 - Sekolah Kebangsaan Pangkalan 4 126,308.00 - Kuud Sekolah Kebangsaan Sira 5 115,000.00 - Padawan 6 Sekolah Kebangsaan St. Philip 140,000.00 - Sekolah Kebangsaan St. James 7 13,500.00 - Quop 8 Sekolah Kebangsaan St. Lawrence 264,000.00 - 9 Sekolah Kebangsaan St. Dunstan 70,000.00 - Sekolah Kebangsaan St. Michael 10 100,000.00 - Plassu 11 Sekolah Kebangsaan St. Patrick 45,750.00 - 12 Sekolah Kebangsaan St. Augustine 140,500.00 - NO SOALAN: 100

Peruntukan (RM) Bil Nama Sekolah Dipohon Diagihkan 13 Sekolah Kebangsaan Sg. Amang 190,000.00 - Sekolah Kebangsaan St. John 14 21,350.00 - Mantung Sekolah Kebangsaan St. Norbert 15 92,500.00 - Paun Gahat Sekolah Menengah Kebangsaan 16 350,000.00 - St. Mary JUMLAH 2,150,649.00 340,077.00

Sehingga Ogos 2020, sebanyak RM340,077 telah disalurkan kepada dua (2) buah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan St. Stephen (M) (RM188,100.00) dan Sekolah Kebangsaan Kg. Gayu (RM151,977.00) melalui Lembaga Pengelola Sekolah (LPS) masing-masing. Manakala penyaluran kepada 14 buah sekolah yang memohon akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat setelah dokumen yang lengkap diserahkan kepada KPM.

Bagi peruntukan tahun 2021, bantuan kepada sekolah mubaligh adalah bergantung kepada kelulusan peruntukan yang diterima daripada Kementerian Kewangan. Agihan peruntukan tersebut adalah berdasarkan kepada permohonan dari sekolah dan akan disalurkan melalui Lembaga Pengelola Sekolah berdasarkan garis panduan yang akan ditetapkan.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 101

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN DARIPADA : YB PUAN ASMAK BINTI HUSIN

Puan Asmak Binti Husin minta PERDANA MENTERI menyatakan inisiatif yang telah dijalankan oleh (9) kluster di bawah NADMA bagi menangani bencana wabak COVID-19.

NO SOALAN: 101

JAWAPAN

[YB DATUK SERI MOHD REDZUAN YUSOF, MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (TUGAS-TUGAS KHAS)]

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

1. Di sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), termasuk di kawasan-kawasan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), terdapat 3 kluster yang aktif dalam membantu Kerajaan dan masyarakat awam menghadapi pandemik COVID-19 iaitu Kluster Kesihatan, Kluster Makanan dan Kluster Pendidikan.

2. Kluster Kesihatan diterajui oleh Kementerian Kesihatan Malaysia telah disokong oleh Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) seperti Imam Response & Relief Team (IMARET), MERCY Malaysia, Bulan Sabit Merah Malaysia, Malaysia Relief Agency (MRA), Islamic Relief Malaysia (IRM), Yayasan Tzu Chi dan lain-lain NGO yang telah membantu mengkoordinasikan bantuan kesihatan kepada petugas kesihatan, barisan hadapan dan orang awam. Bantuan terdiri daripada peralatan seperti Personal Protective Equipment (PPE), khidmat kaunseling kepada para petugas dan orang awam dan lain- lain bantuan bersifat perubatan dan kesihatan.

NO SOALAN: 101

3. Kluster Makanan yang diterajui oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat pula telah dipertanggungjawabkan mengkoordinasikan bantuan makanan dan keperluan asas kepada stesen-stesen kuarantin dan orang awam yang terjejas semasa PKP dilaksanakan. Sepanjang PKP berlangsung, pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah dan Negeri telah menjadi Pusat Sehenti (one stop centre) dalam menyelaras dan menguruskan bantuan-bantuan oleh pelbagai pihak termasuk NGO, syarikat swasta dan orang awam.

4. Di peringkat PKP Pemulihan dan seterusnya sehingga Disember 2020, NADMA juga menggerakkan Kluster Pendidikan bersama rakan-rakan NGO untuk membantu memupuk Kempen Pembudayaan Norma Baharu bagi mewujudkan pelaziman minda (mind conditioning) masyarakat terhadap budaya baharu yang harus diamalkan bagi memutuskan rantaian COVID-19 di Malaysia. Sebanyak 20 buah NGO terlibat dalam menjayakan kempen ini kepada golongan sasaran masing-masing. Kluster ini akan membantu menyebarluaskan aspek Pembudayaan Norma Baharu dalam kalangan ahli masyarakat dalam setiap program yang akan dilaksanakan oleh NGO yang berkaitan.

5. Selain daripada kluster-kluster yang disenaraikan di atas, terdapat juga 6 kluster lain yang diwujudkan sebagai pendekatan pengurusan bencana secara berfokus iaitu Kluster Pusat Pemindahan, Kluster Keselamatan, Kluster Logistik, Kluster Komunikasi Kecemasan, Kluster Water, Sanitation and Hygiene (WASH) dan Kluster Perlindungan Sosial.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 102

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN DARIPADA : YB DATUK PAUL IGAI

Datuk Paul Igai minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bagaimana kejayaan hasrat Kerajaan mulai tahun 2015 untuk mengambil sejumlah 5000 orang rekrut memasuki PDRM dari kaum Cina dan adakah Kementerian berhasrat juga untuk menjalankan latihan pengambilan rekrut di kawasan pendalaman khasnya daripada kaum Dayak dan juga kaum orang Asli di Semenanjung. Nyatakan juga senarai jumlah anggota PDRM mengikut kaum dan negeri. NO SOALAN: 102

JAWAPAN

Tuan Yang di Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Daripada statistik PDRM, jumlah pengambilan yang layak daripada kaum cina mulai tahun 2015 hingga tahun 2019 adalah seperti di dalam jadual berikut;

TAHUN PENGAMBILAN JUMLAH INSPEKTOR PRP/KONS 2015 71(L)/34 (W) 129 (L)/ 291 (W) 525 2016 29 (L)/10 (W) 26 (L)/ 5 (W) 70 2017 7 (L)/ 1 (W) 18 (L)/ 12 (W) 38 2018 29 (L)/5 (W) 25 (L)/ 2 (W) 61 2019 13 (L)/1 (W) 43 (L)/ 4 (W) 61 JUMLAH 200 555 755 KESELURUHAN

JADUAL 1: Statistik Pengambilan Yang Layak bagi Inspektor Dan Pegawai Rendah Polis (PRP) & Konstabel (KONS) Kaum Cina.

Bagi pengambilan di Kawasan pendalaman, kaedah sedia ada diguna pakai di mana Kaum Dayak adalah sama dikategorikan di bawah kaum bumiputera yang lain. Manakala bagi pengambilan Orang Asli dibuat di bawah Skim Perkhidmatan Khas untuk Orang Asli iaitu Pegawai Rendah Polis dan Konstabel Orang Asli dengan Gred YP1. NO SOALAN: 102

Kekuatan terkini PDRM mengikut pecahan bangsa dan Kontinjen adalah;

BIL KONTINJEN/ MELAYU CINA INDIA PUNJABI LAIN- JUMLAH NEGERI LAIN BANGSA 1 BUKIT AMAN 25,504 696 793 104 6,175 33,272 2 JOHOR 7,318 160 270 8 1,319 9,075 3 KEDAH 4,658 53 175 6 289 5,181 4 KELANTAN 3,684 36 43 2 257 4,022 5 KUALA 7,366 145 399 15 900 8,825 LUMPUR 6 MELAKA 2,257 32 81 1 27 2,498 7 NEGERI 3,782 45 175 1 271 4,274 SEMBILAN 8 PULAU 4,749 100 287 6 458 5,600 PINANG 9 PAHANG 4,823 46 126 1 302 5,298 10 PERAK 6,815 108 347 13 548 7,831 11 PERLIS 1,363 9 17 1 99 1,762 12 SABAH 2,804 149 93 2 4,033 7,081 13 SARAWAK 2,819 247 65 0 3,450 6,581 14 SELANGOR 11,701 198 604 22 1,521 14,046 15 TERENGGANU 2,952 12 21 0 142 3,127 JUMLAH 92,868 2,036 3,496 182 19,891 118,473 KESELURUHAN

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 103

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN DARIPADA : YB DATUK PAUL IGAI

Datuk Paul Igai minta MENTERI KERJA RAYAmenyatakan projek di bawah Kementerian, khasnya di Sarawak seperti senarai projek dan nilai yang telah diluluskan dalam RMK11, senarai projek yang lulus di RMK11 dan di batal kemudian hingga bulan Februari 2020, senarai projek dan nilai projek yang telah dibatalkan dan akan dilaksanakan kemudian, senarai projek dan nilai yang sedang dilaksanakan.

NO SOALAN: 103

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Senator, secara amnya projek pembangunan yang dijalankan di Sarawak dapat dibahagikan kepada dua

(2) iaitu Projek Lebuh Raya Pan Borneo dan projek pembangunan di bawah peruntukan Pembangunan P27 Kementerian Kerja Raya. Bagi projek Lebuh Raya Pan Borneo dengan kos pembinaan berjumlah RM16.117 bilion, keseluruhan 11 pakej kerja dari Telok Melano ke Miri sedang dilaksanakan menggunakan peruntukan Dana Infra dan Peruntukan Pembangunan.

Bagi projek pembangunan di bawah peruntukan Pembangunan P27 Kementerian Kerja Raya pula, terdapat 21 projek telah diluluskan, dengan tiga (3) daripadanya telah dibatalkan dan digantikan dengan satu projek baharu. Ini menjadikan jumlah terkini adalah sebanyak 19 projek dengan kos keseluruhan sebanyak RM13.2 bilion. Status bagi 19 projek tersebut adalah 14 telah siap sepenuhnya dan lima (5) sedang dalam pelaksanaan.

Lima (5) projek yang sedang dalam pelaksanaan tersebut ialah:

1. Projek Sarawak-Sabah Link Road dengan kos sebanyak RM1.2 bilion;

NO SOALAN: 103

2. Menaiktaraf Laluan 8101 Jalan Datuk Musa Dari KM8 ke Bulatan G3, Kota Samarahan, Sarawak dengan kos sebanyak RM229 juta;

3. Membina 27 lorong memotong di Jalan Persekutuan Utama Negeri Sarawak dengan kos sebanyak RM220 juta;

4. Projek Pembinaan Jalan Akses Ke Kawasan Selatan Ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Sarawak dengan kos sebanyak RM129 juta; dan

5. Membina Flyover Medan Jaya-Jalan Tun Hussein Onn, Bintulu dengan kos sebanyak RM153 juta.

Sementara itu, terdapat satu (1) projek bawah Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak dan tiga (3) projek pembangunan P27 Kementerian Kerja Raya telah dibatalkan butiran dan digantikan dengan projek baharu iaitu Sarawak-Sabah Link Road Fasa I (Lawas ke Kampung Pa’ Berunut) sepanjang 90km dengan kos sebanyak RM1.2bilion. Projek- projek yang telah dibatalkan ialah:

1. Projek Pan Borneo Fasa II (Jajaran Limbang-Lawas) dengan kos RM5.4 bilion;

2. Membina Jambatan Batang Lupar, Bahagian Samarahan dengan kos RM1.0 bilion;

3. Membina Jambatan Batang Igan dengan kos RM310.8 juta; dan

NO SOALAN: 103

4. Membina Jambatan Batang Rambungan, Matang, Kuching dengan kos RM142.2 juta.

Bagi projek (2), (3) dan (4), Kerajaan Persekutuan mengambil maklum bahawa pelaksanaan telah diteruskan oleh Kerajaan Negeri Sarawak.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 104

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISANDEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN DARIPADA : YB DATUK PAUL IGAI

Datuk Paul Igai minta PERDANA MENTERI menyatakan berapa ramai calon yang telah dipanggil untuk menghadiri temuduga daripada pihak SPA yang telah lulus dalam peperiksaan fizikal dan kelayakan akademik dan gagal dalam peperiksaan ujian bertulis (Ujian Psikometrik) mengikut kaum dan negeri. NO SOALAN: 104

JAWAPAN

[YB DATO’ TAKIYUDDIN BIN HASSAN, MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (PARLIMEN DAN UNDANG-UNDANG)

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah melaksanakan sebanyak 57 urusan peperiksaan online atau lebih dikenali sebagai Public Service Entry Exam (PSEE) bagi tempoh Januari sehingga Jun 2020. Komponen penilaian yang digunakan dalam PSEE adalah meliputi ujian psikometrik dan ujian aptitud. Ujian psikometrik mengukur aspek personaliti, sikap, minat kerjaya, kompetensi dan lain-lain. Manakala ujian aptitud pula menilai sikap terhadap kenegaraan, pengetahuan am, kesedaran organisasi, pengetahuan bidang kerja dan kebolehan berfikir. Calon-calon yang dipanggil menduduki PSEE merupakan calon yang telah melepasi tapisan kelayakan akademik.

Statistik calon yang dipanggil, hadir, melepasi dan tidak melepasi PSEE mengikut kaum dan negeri bagi tempoh Januari sehingga Jun tahun 2020 adalah seperti berikut:

NO SOALAN: 104

Ujian Psikometrik (Mengikut Kaum)

Kaum Bil. Bil. Calon Bil. Bil. Bil. Permohonan Dipanggil Calon Calon Calon Hadir Melepasi Tidak Melepasi

Melayu 1,434,882 41,661 25,110 6,435 18,675

Cina 14,628 478 263 84 179

India 38,756 1,661 832 188 644

Bumiputera 168,166 5,400 3,539 817 2,722 Sabah Bumiputera 102,955 3,752 2,531 789 1,742 Sarawak

Orang Asli 5,236 89 52 7 45

Lain-lain 40,259 1,178 776 186 590

JUMLAH 1,804,882 54,219 33,103 8,506 24,597

NO SOALAN: 104

Ujian Aptitud (Mengikut Kaum)

Kaum Bil. Bil. Bil. Bil. Bil. Permohona Calon Calon Calon Calon n Dipanggi Hadir Melepas Tidak l i Melepas i

Melayu 1,347,307 248,768 133,09 27,523 105,57 5 2

Cina 11,609 3,279 1,738 211 1,527

India 34,097 4,811 2,191 403 1,788

Bumiputer 158,712 54,543 35,864 4,630 31,234 a Sabah Bumiputer 94,292 31,322 20,277 2,352 17,925 a Sarawak

Orang Asli 4,946 816 338 50 288

Lain-lain 37,750 11,902 7,631 950 6,681

JUMLAH 1,688,713 355,441 201,13 36,119 165,01 4 5

NO SOALAN: 104

Ujian Aptitud (Mengikut Negeri)

Negeri Bil. Bil. Bil. Bil. Bil. Permohona Calon Calon Calon Calon n Dipanggi Hadir Melepas Tidak l i Melepas i

Johor 150,377 25,465 12,343 2,570 9,773

Kedah 153,341 26,365 13,765 3,050 10,715

Kelantan 212,996 39,516 20,741 4,982 15,759

Melaka 52,785 8,596 4,287 898 3,389

Negeri 61,191 9,881 4,997 1,043 3,954 Sembilan Pahang 102,617 17,243 8,851 1,946 6,905

Pulau 60,033 9,835 4,781 974 3,807 Pinang Perak 162,754 26,674 13,990 3,065 10,925

Perlis 25,466 4,347 2,351 518 1,833

Selangor 85,047 13,529 6,750 1,447 5,303

Terenggan 96,628 17,118 8,892 2,152 6,740 u Sabah 247,178 84,292 54,681 6,946 47,735

Sarawak 166,257 54,333 35,082 3,498 31,584

WP Kuala 102,676 15,778 8,139 1,759 6,380 Lumpur WP Labuan 6,776 2,093 1,294 1,219 75

WP 37 4 1 0 1 Putrajaya

Luar 2,554 372 189 52 137 Negara

JUMLAH 1,688,713 355,441 201,13 36,119 165,01 4 5 NO SOALAN: 104

SPA juga telah melaksanakan tiga (3) urusan ujian pemeriksaan fizikal sepanjang tempoh Januari sehingga Jun 2020. Calon yang menjalani ujian ini adalah calon yang telah melepasi ujian PSEE dan hanya untuk skim tertentu yang mensyaratkan pemeriksaan fizikal. Berikut merupakan statistik ujian pemeriksaan fizikal mengikut kaum:

Ujian Pemeriksaan Fizikal (Mengikut Kaum) Kaum Bil. Calon Bil. Bil. Calon Bil. Calon Dipanggil Calon Melepasi Tidak Hadir Melepasi

Melayu 3,836 2,005 844 1,161

Cina 19 6 4 2

India 130 79 27 52

Bumiputera 269 151 47 104 Sabah Bumiputera 113 64 18 46 Sarawak Orang Asli 2 1 1 0

Lain-lain 77 43 19 24

JUMLAH 4,446 2,349 960 1,389

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 105

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN DARIPADA : YB DATUK MOHAN A/L THANGARASU

Datuk Mohan a/l Thangarasu minta MENTERI PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA menyatakan rancangan Kerajaan dalam membantu industri perhotelan negara pasca pandemik COVID-19 yang terjejas teruk berikutan pengumuman Kerajaan untuk menutup sempadan negara. NO SOALAN: 105

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Sebagaimana Ahli Yang Berhormat sedia maklum, pembukaan pengoperasian semula sektor pelancongan domestik pada 10 Jun 2020 telah membolehkan penggiat industri pelancongan domestik seperti industri perhotelan, homestay dan pemandu pelancong kembali aktif untuk merancakkan semula aktiviti pelancongan yang terhenti sebelum ini.

2. Bagi membantu industri pelancongan untuk bangkit semula, Kerajaan telah menyediakan pelbagai insentif dan bantuan menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN), PRIHATIN PKS TAMBAHAN dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang boleh dimanfaatkan oleh pemain industri pelancongan dan kebudayaan tempatan di seluruh negara. Bantuan ini bukan sahaja bagi meneruskan kelangsungan aktiviti sedia ada malah boleh turut digunakan untuk menambahbaik produk industri ini.

3. Antara insentif yang diperkenalkan oleh Kerajaan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi bagi membantu meringankan beban penggiat industri pelancongan termasuk industri perhotelan adalah:

i. Skim Pembiayaan Pelancongan PENJANA sebanyak RM1 bilion bagi PKS sektor pelancongan;

ii. Pengecualian cukai pelancongan sepenuhnya bagi tempoh mulai 1 Julai 2020 hingga 30 Jun 2021; NO SOALAN: 105

iii. Pelanjutan pengecualian cukai perkhidmatan ke atas perkhidmatan penginapan mulai 1 September 2020 hingga 30 Jun 2021;

iv. Program Subsidi Upah di mana bayaran RM600 sebulan bagi setiap pekerja sehingga 30 September 2020;

v. Inisiatif bantuan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) seperti kempen Mikro dan PKS E-Dagang, Skim Pembiayaan PKS PENJANA, Program Pembiayaan Mikro PENJANA dan Geran Padanan Pendigitalan PKS;

vi. Potongan cukai untuk perbelanjaan berkaitan COVID-19 seperti pembelian PPE/ pengimbas suhu dan kos ujian saringan;

vii. Penawaran penangguhan atau moratorium bayaran pinjaman selama 6 bulan; dan

viii. Menggalakkan agensi-agensi kerajaan untuk mengadakan latihan, kursus atau seminar kepada kakitangan secara fizikal di hotel-hotel bagi membantu kelangsungan industri perhotelan tempatan.

4. Pada masa yang sama, bagi membantu industri perhotelan semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) telah bekerjasama dengan NO SOALAN: 105

Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan untuk menggunakan hotel-hotel sebagai pusat kuarantin bagi rakyat Malaysia yang kembali ke negara ini. Sehingga minggu pertama bulan September 2020, lebih daripada 360 buah hotel di seluruh negara telah diisytiharkan sebagai pusat kuarantin dengan anggaran nilai pendapatan melebihi RM80 juta.

5. Di samping itu, MOTAC juga meningkatkan usaha-usaha promosi pelancongan domestik bagi membantu hotel-hotel tempatan sementara menunggu sempadan negara dibuka semula bagi menerima ketibaan pelancong antarabangsa. Di antara inisiatif promosi pelancongan domestik tersebut termasuklah:

i. kerjasama dengan Kerajaan Negeri dan Persatuan Hotel Malaysia (MAH) dan Persatuan Hotel Bajet Malaysia (MyBHA) dalam mengadakan latihan berkaitan keselamatan kepada penggiat industri perhotelan, contohnya penganjuran Johor Tourism Safety Standard Workshop (JTSS) For Hotel Sectors pada 19 dan 27 Ogos 2020;

ii. kerjasama dengan MAH, syarikat penerbangan dalam negara, Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) dan Persatuan Syarikat Pengendalian Pelancongan Bumiputera Malaysia (BUMITRA) bagi menawarkan kadar istimewa untuk pakej- pakej percutian termasuk tiket penerbangan domestik dan penginapan di hotel-hotel tempatan;

NO SOALAN: 105

iii. menyediakan platform kepada semua penggiat industri pelancongan, kesenian dan kebudayaan termasuk perhotelan untuk mempromosi tawaran pakej istimewa dan diskaun menarik pelancongan domestik terkini secara percuma pada laman sesawang Tourism Malaysia iaitu www.malaysia.travel;

iv. mengadakan seminar dan pelbagai program webinar berkenaan pelancongan domestik bagi membantu penggiat- penggiat industri pelancongan tempatan termasuk perhotelan untuk kekal aktif dan releven; dan

v. membangunkan pakej-pakej tertentu seperti pakej khas untuk penjawat awam sempena kempen Cuti-Cuti Malaysia dengan kerjasama Kesatuan Pekerja-Pekerja Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia dan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS). Pakej ini dibangunkan bersama agensi pelancongan, hotel serta operator pelancongan yang memberi tumpuan kepada produk-produk pelancongan sekitar ibu kota.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 106

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN DARIPADA : YB DATUK MOHAN A/L THANGARASU

Datuk Mohan a/l Thangarasu minta MENTERI KESIHATAN menyatakan usaha Kerajaan dalam mewujudkan perkhidmatan doktor pakar serta membina bangunan hospital baru di Hospital Kuala Kubu Baru seperti yang diperuntukkan dalam Rancangan Malaysia Ke-Lima dan status pembinaan projek Klinik Kesihatan Bukit Sentosa yang telah diwartakan tapak pada awal 2019.

NO SOALAN: 106

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

1. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sentiasa memantau dan berusaha menambahbaik keperluan Hospital Kuala Kubu Bharu untuk memastikan perkhidmatan kesihatan dapat diberikan dengan lebih baik.

2. Di dalam usaha meningkatkan akses perkhidmatan kepakaran di Hospital Kuala Kubu Bharu, KKM melaksanakan inisiatif hospital kluster di mana perkhidmatan kepakaran disediakan oleh Hospital Selayang. Melalui pelaksanaan hospital kluster ini, Hospital Selayang merupakan Hospital Lead bagi Hospital Kluster Selangor Timur yang mana Hospital Kuala Kubu Baru dan Hospital Orang Asli, Gombak adalah merupakan Hospital Non Lead bagi kluster ini.

3. Hospital Kuala Kubu Bharu memulakan inisiatif Hospital Kluster pada tahun 2020, yang mana selain daripada berkongsi perkhidmatan kepakaran dari Hospital Selayang, pengurusan aliran pesakit di antara kedua-dua hospital ini juga dapat ditambahbaik.

4. Dalam masa yang sama, KKM akan terus berusaha memperluaskan perkhidmatan kepakaran di hospital-hospital KKM dengan melatih lebih ramai doktor untuk menjadi doktor pakar serta mengekalkan mereka di dalam sektor perkhidmatan awam.

NO SOALAN: 106

5. Selain itu, KKM juga mempunyai perancangan jangka panjang untuk menaiktaraf kemudahan yang terdapat di Hospital Kuala Kubu Bharu bagi memastikan perkhidmatan kesihatan yang baik dapat diberi kepada penduduk setempat. Antara kemudahan yang dirancang adalah untuk menaaiktaraf Unit Kecemasan dan Unit Hemodialisis serta infrastruktur termasuk pendawaian elektrik, bekalan air, sistem kebakaran, sistem IT serta sistem gas perubatan yang mana akan dimohon dalam Rolling Plan RMK-12 akan datang.

6. KKM sedia maklum akan keperluan untuk membina sebuah klinik kesihatan di kawasan Bukit Sentosa bagi menampung keperluan penduduk sekitarnya. Untuk makluman, Kementerian ini telah membuat perolehan sebidang tanah seluas 6.88 ekar di Jalan Bunga Kertas 2, Seksyen 20, Bukit Sentosa bagi tujuan ini. Sehubungan dengan itu, Kementerian Kesihatan Malaysia juga akan memohon pelaksanaan projek ini di dalam Rolling Plan RMK- 12 akan datang.

Sekian,terima kasih. NO SOALAN: 107

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN DARIPADA : YB DATUK MOHAN A/L THANGARASU

Datuk Mohan A/L Thangarasu minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan status terkini penglibatan Malaysia dalam usaha penemuan vaksin bagi wabak COVID-19 di peringkat serantau dan juga di peringkat antarabangsa.

NO SOALAN: 107

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

1. Kementerian MOSTI sedang dalam proses bekerjasama dengan beberapa negara dan agensi di antaranya dengan China, Thailand, Rusia, Cuba dan Coalition for Epidemic Preparedness Innovations (CEPI). Malaysia telah menyatakan hasrat untuk bekerjasama dengan Kerajaan China dan agensi berkaitan seperti SINOVAC Biotech Ltd dan Sinopharm. Walau bagaimanapun, memandangkan jangkitan COVID-19 Malaysia semakin berkurangan, kedua-dua syarikat tersebut kurang berminat melaksanakan Ujian Klinikal Fasa 3 di Malaysia. Selain daripada itu, hasil perbincangan saya melalui video conferencing bersama Menteri Sains dan Teknologi (MOST), Republik Rakyat China pada 29 Julai 2020 telah membincangkan mengenai vaksin COVID-19. Salah satu tindakan susulan daripada mesyuarat tersebut adalah Kerajaan Malaysia akan mengadakan perjanjian kerjasama (MoA) bersama dengan pihak Menteri Sains dan Teknologi (MOST), Republik Rakyat China agar Malaysia dalam kalangan negara terawal mendapat bekalan vaksin COVID- 19 apabila vaksin tersebut diluluskan. Selain daripada itu, perbincangan turut diadakan bersama National Vaccine Institute (NVI) Thailand dalam usaha sama pembangunan vaksin.

2. MOSTI melalui agensi di bawahnya iaitu NIBM telah menandatangani Letter of Intent (LOI) dengan Kedutaan Rusia di Malaysia untuk mendapat maklumat lanjut mengenai vaksin. NO SOALAN: 107

Terbaharu, Russian Direct Investment Fund (RDIF) telah memperoleh hak eksklusif sebagai pembekal vaksin Sputnik V ke seluruh dunia. Sputnik V merupakan vaksin yang dibangunkan oleh Gamaleya National Research Centre of Epidemiology and Microbiology, iaitu agensi yang sama yang telah membangunkan vaksin virus Ebola dan virus Middle East Respiratory Syndrome (MERS). Ujian Klinikal fasa 3 Sputnik V dijangka melibatkan seramai 40,000 peserta di seluruh dunia. Perbincangan lanjut akan diadakan dengan Kedutaan Rusia dalam masa terdekat.

3. Seterusnya, MOSTI melalui NIBM telah menandatangi LOI dengan Kedutaan Cuba di Malaysia dan telah menyatakan hasrat untuk berkolaborasi dengan Finlay Vaccine Institute (BioCubaFarma) dan Centre of Genetic Engineering and Biotechnology (CIGB), Cuba bagi mendapat akses kepada vaksin COVID-19 yang sedang dalam pembangunan.

4. MOSTI telah menjalankan satu perbincangan bersama Imperial College London berhubung potensi kolaborasi ujian klinikal Fasa 3 vaksin COVID-19. Perjanjian Pembayaran Pendahuluan (Advanced Purchase Agreement) di antara Imperial College London (VaEquity Global Health) dan Kerajaan Malaysia diperlukan sekiranya Malaysia bersetuju untuk mendapatkan akses vaksin yang dibangunkan oleh mereka.

5. MOSTI juga telah mengambil inisiatif untuk terlibat dalam pertubuhan Coalition for Epidemic Preparedness Innovations (CEPI). Penyertaan Malaysia sebagai ahli CEPI akan membolehkan Malaysia mendapat akses kepada pembangunan vaksin, NO SOALAN: 107

pemindahan teknologi dan kepakaran baharu kepada penyelidik tempatan. Jemaah Menteri telah bersetuju untuk Malaysia menyertai inisiatif Malaysia-CEPI Joint Program for Capacity Building & Technology Transfer dalam bidang R&D, ujian klinikal di Malaysia ke atas calon vaksin COVID-19 yang dibangunkan oleh CEPI dan pengujian calon vaksin tempatan ke atas COVID-19. Kuantum dan terma sumbangan dan penyertaan Malaysia dalam CEPI akan diperhalusi menerusi perjanjian Bilateral Investor Agreement yang dicadang dimeterai di antara kedua-dua pihak. Faedah yang diperolehi oleh Malaysia dengan menyertai platform CEPI adalah:

(i) Pertama, keutamaan diberikan kepada negara-negara anggota CEPI untuk menyertai ujian pra-klinikal dan ujian klinikal vaksin baharu terutamanya apabila berlakunya sesuatu wabak;

(ii) Kedua, akses kepada data-data penyelidikan R&D berkaitan penghasilan vaksin yang dibiayai oleh CEPI (sebagai contoh penyelidikan vaksin kumpulan penyelidik Universiti Oxford); dan

(iii) Ketiga, peluang berinteraksi bersama pakar-pakar penyelidikan pembangunan vaksin daripada seluruh dunia.

6. Kolaborasi sebegini penting dalam menggerakkan hubungan diplomatik negara bagi memastikan Malaysia diberi keutamaan serta dilibat sama dalam proses penghasilan vaksin. Diplomasi sains melalui jaringan antarabangsa ini diharap dapat NO SOALAN: 107

mengurangkan tempoh menunggu bagi Malaysia mendapatkan vaksin.

7. Selaras dengan keputusan Mesyuarat Sains Negara Bil.2 Tahun 2020 yang telah dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri pada 14 Julai 2020, MOSTI dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia sedang menyediakan Roadmap Pembangunan Vaksin Negara. Ianya bertujuan untuk mengkaji keperluan vaksin untuk rakyat negara ini selain daripada vaksin COVID-19 yang amat diperlukan sekarang. Penyediaan Roadmap Pembangunan Vaksin Negara akan menyelaras gerak kerja di antara Kerajaan, saintis, pengamal perubatan dan pemain industri melalui:

(i) Ekosistem tadbir urus dan pendekatan strategik untuk menyediakan sistem kolaborasi di antara Kementerian- Kementerian yang terlibat, pelbagai agensi, pengeluar di peringkat nasional, serantau dan antarabangsa;

(ii) Keutamaan pembangunan dan penyelidikan vaksin diperlukan untuk menyokong pembangunan penyelidikan mampan dan kesiapsiagaan kepada ancaman penyakit dan pendemik. Jenis-jenis vaksin yang diperlukan oleh negara selain daripada vaksin COVID-19 juga perlu diperhalusi. Ianya akan mengutamakan keperluan mendesak kepada golongan yang memerlukan. Teknologi termaju dan keperluan infrastruktur penghasilan vaksin di dalam negara juga memerlukan penilaian yang teliti; (iii) Fasiliti untuk menjalankan ujian klinikal. Selain kemudahan penghasilan vaksin manusia, negara juga perlu menaiktaraf NO SOALAN: 107

fasiliti untuk menjalankan ujian pra-klinikal dan klinikal Fasa 1,2 dan 3. Tenaga pakar yang terlatih diperlukan untuk mengendalikan ujian klinikal dan perlu mematuhi garis panduan yang ditetapkan oleh World Health Organisation (WHO); dan

(iv) Pengilangan dan penghasilan vaksin manusia di Malaysia. Model strategik perkongsian awam-swasta (PPP) sedang diperhalusi dengan mengambil kira status semasa penyelidikan dan pembangunan dalam kalangan penyelidikan tempatan, status penyelidikan klinikal yang dilaksanakan di Malaysia dan kemampuan sedia ada industri-industri di Malaysia untuk melaksanakan penghasilan vaksin dalam negara.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 108

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN DARIPADA : YB DATUK MOHAN A/L THANGARASU

Datuk Mohan a/l Thangarasu minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan jumlah lesen menjual minuman keras yang telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan di setiap negeri bermula tahun 2017, 2018, 2019 dan 2020. NO SOALAN: 108

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) hanya mengeluarkan lesen premis perniagaan di bawah Undang-undang Kecil Tred, Perniagaan dan Perindustrian selepas permohonan lesen penjualan arak memenuhi syarat yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri, Pejabat Daerah, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

2. Melalui data yang diperolehi daripada Kerajaan Negeri dan Wilayah Persekutuan, terdapat sebanyak 25,729 lesen menjual minuman keras telah dikeluarkan bagi tahun 2017, 2018, 2019 dan 2020 seperti di Jadual 1.

Jadual 1: Jumlah Lesen Arak Kelas Runcit Mengikut Negeri

Bil. Negeri Jumlah Lesen Mengikut Negeri Tahun Tahun Tahun Tahun Jumlah 2017 2018 2019 2020 Keseluruhan 1. Selangor 1,601 1,726 1,617 1,266 6,210 2. Johor 1,142 1,293 1,249 1,201 4,885 3. Sabah 1,188 1,025 1,144 1,044 4,410 4. Pulau 729 717 743 348 2,537 Pinang 5. Wilayah 100 1,756 432 106 2,394 Persekutuan 6. Sarawak 347 365 426 275 1,413 NO SOALAN: 108

Bil. Negeri Jumlah Lesen Mengikut Negeri Tahun Tahun Tahun Tahun Jumlah 2017 2018 2019 2020 Keseluruhan 7. Kedah 343 356 319 317 1,335 8. Pahang 337 317 304 251 1,209 9. Negeri 295 294 290 280 1,159 Sembilan 10. Kelantan 16 14 15 15 60 11. Terengganu 13 13 13 13 52 12. Melaka 10 17 9 2 38 13. Perlis 7 7 10 12 36 JUMLAH 6,128 7,900 6,571 5,130 25,729

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 109

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN DARIPADA : YB PUAN SITI FATIMAH BINTI YAHAYA

Puan Siti Fatimah Binti Yahaya minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah Kerajaan akan mempertimbangkan untuk melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) untuk meningkatkan hasil negara terutamanya bagi menampung perbelanjaan Kerajaan yang meningkat kesan Wabak COVID-19 dan untuk menampung kos pakej-pakej rangsangan ekonomi yang telah diumumkan sebelum ini. NO SOALAN: 109

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan bersedia untuk mendapatkan pandangan orang ramai termasuk perniagaan mengenai kesesuaian apa-apa model cukai kepenggunaan yang lain dengan mengambil kira semua aspek termasuk kelemahan cukai jualan dan cukai perkhidmatan sedia ada serta kelemahan model GST 2014. Sebarang pertimbangan perlu meliputi kesan ke atas ekonomi, kos sara hidup, mengambil kira kesan cukai ke atas harga barang serta keupayaan menangani kegiatan ekonomi gelap, bersifat mudah ditadbir dan tidak meningkatkan kos perniagaan.

Berhubung perbelanjaan Kerajaan untuk menampung kos pakej rangsangan dan pelan pemulihan ekonomi susulan penularan pandemik COVID-19 bernilai RM295 billion, ianya hanya melibatkan suntikan langsung fiskal berjumlah RM45 bilion yang dibiayai sepenuhnya menerusi pinjaman domestik. Semua langkah yang telah diumumkan dalam pakej rangsangan dan pelan pemulihan ekonomi tersebut adalah bersifat one-off dan tidak akan terus membebankan kewangan Kerajaan Persekutuan dalam jangka masa sederhana dan panjang. Kerajaan akan meneruskan langkah konsolidasi fiskal dengan memberi tumpuan kepada usaha untuk meningkatkan kutipan hasil dan kecekapan perbelanjaan bagi mengukuhkan lagi kedudukan kewangan serta memastikan paras hutang Kerajaan adalah terkawal.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 110

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN DARIPADA : YB PUAN SITI FATIMAH BINTI YAHYA

Puan Siti Fatimah Binti Yahya minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah Kerajaan akan mempertimbangkan permintaan Kerajaan Negeri Pahang untuk mengembalikan semula jajaran asal dalam projek Keretapi Laju Pantai Timur (ECRL) bagi memastikan projek itu mencapai matlamat asal pelaksanaannya. NO SOALAN: 110

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Yang Berhormat Senator, jajaran projek ECRL ini telah dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu Seksyen A (jajaran dari Kota Bharu – Dungun), Seksyen B (jajaran dari Dungun – Mentakab) dan Seksyen C (jajaran dari Mentakab – Pelabuhan Klang).

2. Bagi jajaran Seksyen C (Mentakab – Pelabuhan Klang), Kerajaan sedang mempertimbangkan jajaran asal melalui Bentong, Gombak dan seterusnya ke Pelabuhan Klang di mana ianya telah dibincangkan di dalam Mesyuarat Majlis Perancangan Fizikal Negara (MPFN) yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri pada 11 Jun 2020.

3. Berdasarkan hasil mesyuarat tersebut, beberapa siri perbincangan dan mesyuarat susulan telah dilaksanakan oleh Kementerian Pengangkutan dengan kerajaan-kerajaan negeri yang terlibat bagi membincangkan pindaan jajaran oleh Kerajaan Negeri Pahang.

4. Pada masa yang sama satu kajian sedang dijalankan oleh Kementerian Pengangkutan bagi memperhalusi cadangan mengembalikan jajaran Seksyen C kepada jajaran asal melalui Bentong dan Serendah. Proses ini perlu dijalankan untuk Kerajaan mengambil kira beberapa faktor seperti viability of project, kesalinghubungan rel dan juga implikasi kewangan sebelum kelulusan diberikan bagi jajaran ini.

5. Seterusnya, pihak Kerajaan akan berunding semula dengan pihak Kerajaan China dan kontraktor utama projek bagi mendapatkan kepastian NO SOALAN: 110 mengenai implikasi kos dan jadual pelaksanaan projek. Hasil rundingan ini akan dibentangkan kepada Kerajaan bagi keputusan muktamad mengenai jajaran Seksyen C (Mentakab – Pelabuhan Klang) projek ECRL.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 111

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN DARIPADA : YB PUAN SITI FATIMAH BINTI YAHAYA

Puan Siti Fatimah Binti Yahaya minta MENTERI KESIHATAN menyatakan:-

(a) Kos yang ditanggung pihak Kerajaan setakat ini untuk merawat pesakit COVID-19; dan

(b) Peruntukan yang diperlukan dalam Bajet 2021 untuk melaksanakan perancangan Kementerian Kesihatan bagi meningkatkan kesiapsiagaan negara menghadapi ancaman wabak seumpama ini di masa hadapan.

NO SOALAN: 111

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

1. Sehingga kini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah membelanjakan sebanyak RM720 juta bagi pembelian peralatan, bekalan perubatan, barangan guna pakai (consumables)/ PPE, test kit dan lain-lain perkhidmatan dalam usaha mengawal wabak COVID-19.

2. Pecahan perbelanjaan sehingga 7 Ogos 2020 adalah seperti berikut:

2.1 Aset Perubatan (contoh : ventilator, peralatan ICU dan lain- lain) sebanyak RM 80.32 juta;

2.2 Aset Bukan Perubatan Perubatan (contoh : Thermal scanner, peralatan makmal di hospital, IMR dan MKA, perabot dan peralatan ICT bagi menaiktaraf CPRC Kebangsaan dan negeri dan lain-lain) sebanyak RM 35.54 juta;

2.3 Bekalan Perubatan sebanyak RM 31.96 juta iaitu perbelanjaan ubat disebabkan wabak COVID-19 yang melibatkan:

(a) Item ubat di bawah Kontrak Pusat KKM, Konsesi APPL dan Pembelian Terus oleh PTJ; NO SOALAN: 111

(b) Pembekalan Produk Alternatif Disposable Mask Surgical N95, Disposable Mask Surgical 3-Ply dan Hand Sanitizer di bawah Konsesi APPL; dan

(c) Item Luar Kontak Pusat seperti Hydroxychloroquine Sulphate 200mg Tablet (PLAQUENIL) dan Lopinavir 200mg & Ritonavir 50mg Tablet/Kapsul (KALETRA).

2.4 Reagen dan Test Kit sebanyak RM 107.14 juta;

2.5 Consumables sebanyak RM 50.25 juta;

2.6 PPE (18 item) sebanyak RM 191.70 juta;

2.7 Lain-lain (contoh: outsource ujian makmal, home surveillance, negative pressure room dan lain-lain) sebanyak RM 15.57 juta;

2.8 Elaun COVID-19 sebanyak RM 167.78 juta; dan

2.9 Pelantikan Kakitangan Kontrak sebanyak RM 40.07 juta.

3. Bagi tahun 2021 juga, Kerajaan akan sentiasa memastikan peruntukan yang mencukupi dalam memastikan wabak COVID-19 dapat diuruskan dengan baik dan terkawal.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 112

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN DARIPADA : YB PUAN SITI FATIMAH BINTI YAHAYA

Puan Siti Fatimah Binti Yahaya minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah Kerajaan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang terlibat dengan "Skandal Forex" pada tahun 90an sebagaimana hasil siasatan Suruhanjaya Siasatan Diraja yang telah ditubuhkan sebelum ini.

NO SOALAN: 112

JAWAPAN

[YB DATO’ TAKIYUDDIN BIN HASSAN, MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI(PARLIMEN DAN UNDANG-UNDANG)]

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

RCI bagi kes ini telah ditubuhkan pada 15 Julai 2017 bagi menyiasat mengenai dakwaan kerugian yang dialami oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Laporan RCI mengesahkan bahawa BNM telah mengalami kerugian berjumlah RM 31.5 Billion akibat urusniaga tukaran wang asing (forex) pada tahun 1992 hingga 1994. Laporan polis telah dibuat pada 30 November 2017 sebagaimana yang disyorkan oleh RCI dan kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan (Pecah Amanah Jenayah).

Semasa kes ini masih dalam siasatan, pada 28 Mei 2018, pengadu telah membuat laporan polis untuk menarik semula laporan polis yang dibuat sebelum ini. Memandangkan dokumen-dokumen urusniaga yang diperlukan untuk tujuan siasatan tidak dapat dikemukakan oleh BNM serta laporan polis menarik semula repot telah dibuat, kertas siasatan berkenaan telah dimajukan kepada Timbalan Pendakwaraya pada 19 Julai 2018 untuk tindakan lanjut.

Siasatan oleh pihak PDRM telah selesai dilaksanakan dan kes telah di NFA (No Further Action) oleh Timbalan Pendakwaraya pada 07 Mei 2019.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 113

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN DARIPADA : YB LAKSAMANA PERTAMA (B) HAJI MOHAMAD IMRAN BIN ABD HAMID

Laksamana Pertama (B) Haji Mohamad Imran Bin Abd Hamid minta PERDANA MENTERI menyatakan bilakah RUU 355 akan dibentang. NO SOALAN: 113

JAWAPAN

[YB SENATOR DATUK DR. HAJI ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI, MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA)]

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan sentiasa meletakkan prioriti kepada pemerkasaan Mahkamah Syariah, bagi memartabatkan institusi perundangan Syariah di Malaysia. Sebagaimana yang telah dimaklumkan ketika penggulungan perbahasan Titah Diraja pada 10 Ogos 2020 di Dewan Rakyat, pindaan bagi Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 akan dilakukan selepas beberapa proses penting dilaksanakan terlebih dahulu. Ini penting agar Akta ini dapat dipinda dan dibentangkan mengikut tertib dan teratur mengikut lunas Perlembagaan Persekutuan

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 114

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN DARIPADA : YB LAKSAMANA PERTAMA (B) HAJI MOHAMAD IMRAN BIN ABD HAMID

Laksamana Pertama (B) Haji Mohamad Imran bin Abd Hamid minta PERDANA MENTERI menyatakan mengenai isu yang tersebar di media sosial seorang Ahli Parlimen dilihat menghisap vape di dalam dewan rakyat ketika sesi persidangan berlangsung. Adakah cukup dengan sekadar memohon maaf secara terbuka dan membayar denda sahaja.

NO SOALAN: 114

JAWAPAN

[YB DATO’ TAKIYUDDIN BIN HASSAN,MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI(PARLIMEN DAN UNDANG-UNDANG)]

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada 10 Ogos 2020 (Isnin), Ahli Parlimen Sembrong telah membuat permohonan maaf mengenai perkara ini di dalam Dewan Rakyat. Beliau juga telah memaklumkan telah dikompaun atas perkara tersebut.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 115

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN DARIPADA : YB LAKSAMANA PERTAMA (B) HAJI MOHAMAD IMRAN BIN ABD HAMID

Laksamana Pertama (B) Haji Mohamad Imran bin Abd Hamid minta PERDANA MENTERI menyatakan penelitian terhadap pengurusan belanjawan semasa sesi persidangan Dewan Rakyat dan Dewan Negara agar tidak berlaku pembaziran dan menjadi satu isu yang boleh dipolitikkan.

NO SOALAN: 115

JAWAPAN

[YB DATO’ TAKIYUDDIN BIN HASSAN,MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI(PARLIMEN DAN UNDANG-UNDANG)]

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, perbelanjaan Parlimen Malaysia adalah berdasarkan kepada permohonan dan keperluan operasi harian Parlimen. Perbelanjaan adalah mengikut peruntukan yang telah diluluskan oleh Kementerian Kewangan.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 116

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA MESTYARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN DARIPADA : YB LAKSAMANA PERTAMA (B) HAJI MOHAMAD IMRAN BIN ABD HAMID

Laksamana Pertama (B) Haji Mohamad Imran bin Abd Hamid minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan adalah lantikan penyelaras kepenggunaan untuk melaksanakan program kepenggunaan dan melaporkan setiap aduan masyarakat kepada KPDNHEP untuk tindakan susulan yang mula diperkenalkan pada zaman Kerajaan PH masih diteruskan oleh Kerajaan kini. NO SOALAN: 116

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Pelantikan Penyelaras Kepenggunaan Parlimen (PKP) masih diteruskan oleh Kerajaan. PKP yang dilantik membantu kementerian dengan menjadi pengantara di antara Kementerian dan komuniti serta membantu pelaksanaan program dan aktiviti kepenggunaan. PKP ini juga bertindak sebagai “mata dan telinga” kerajaan dalam melaporkan isu-isu kepenggunaan di peringkat parlimen.

Calon-calon yang dilantik sebagai PKP perlulah memenuhi syarat- syarat yang telah ditetapkan oleh Kementerian. Selain daripada itu, PKP juga tertakluk kepada Terma dan Syarat Pelantikan. Antara bidang tugas yang diamanahkan kepada PKP adalah seperti berikut: a) mengumpul maklumat mengenai isu dan masalah kepenggunaan di kawasan Parlimen untuk dipanjangkan ke Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP); b) membantu KPDNHEP melaksanakan aktiviti-aktiviti kepenggunaan di kawasan Parlimen masing-masing; c) merancang dan melaksanakan ceramah kepenggunaan kepada masyarakat;

NO SOALAN: 116 d) menghadiri seminar, taklimat, bengkel yang dianjurkan oleh KPDNHEP; e) Menyertai sesi jerayawara atau pembukaan tapak pameran di kawasan Parlimen dan membantu menyebarkan risalah, poster, buku-buku serta lain-lain maklumat yang berkaitan dengan kepenggunaan kepada masyarakat setempat; f) memberi panduan dan membantu ahli masyarakat membuat aduan berkaitan kepenggunaan termasuk pemfailan kepada Tribunal Tuntutan Pengguna; g) menghadiri mesyuarat bersama KPDNHEP Negeri / Cawangan bagi membincangkan isu-isu dan permasalahan di peringkat Parlimen; dan h) menjalin hubungan dengan pemimpin masyarakat bagi mendapatkan isu-isu kepenggunaan semasa.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 117

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN DARIPADA : YB PUAN LIM HUI YING

Puan Lim Hui Ying minta MENTERI ALAM SEKITAR DAN AIR menyatakan senaraikan projek-projek tambakan laut di setiap negeri yang diluluskan laporan AIA dari tahun 2013 sehingga 2018.

NO SOALAN: 117

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Bagi tahun 2013 hingga 2018, Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah meluluskan sebanyak 13 laporan Environmental Impact Assessment (EIA) bagi aktiviti penambakan iaitu sebanyak 7 laporan di Negeri Johor, 3 di Negeri Melaka, 1 di Negeri Pahang, 1 di negeri Perak dan 1 di Wilayah Persekutuan Labuan. Tiada projek penambakan di negeri-negeri lain yang diluluskan bagi tahun 2013 hingga 2018.

2. Bilangan laporan EIA yang telah diluluskan oleh JAS bagi aktiviti penambakan bagi tahun 2013 hingga 2018 adalah seperti berikut:

BIL. EIA BIL. EIA BIL NEGERI JADUAL JADUAL JUMLAH KEDUA PERTAMA 1 Johor 6 1 7 2 Melaka 1 2 3 3 Pahang 1 0 1 4 Perak 1 0 1 5 Labuan 1 0 1 Jumlah keseluruhan 13

NO SOALAN: 117

3. Senarai laporan EIA yang telah diluluskan bagi aktiviti penambakan di Negeri Johor bagi tahun 2013 hingga 2018 adalah seperti berikut:

TARIKH BIL NAMA PROJEK KELULUSAN EIA The Proposed Reclamation On Lot PTD 220207 (238 acres) and Part Of Lots PTD 194792, PTD 1. 7/1/2016 194794-PTD 194797 (149 acres) Mukim Plentong, District Of Johor Bahru, Johor Darul Takzim Proposed Reclamation and Development of 2. Pengerang Maritime Industrial Park at Teluk 1/7/2016 Ramunia, Johor, Malaysia (TOR For 3rd Report) Detailed Environmental Impact Assessment (DEIA) For The Proposed Development Of An Integrated 3. 23/1//2015 Hub And Maritime Industrial Park Including Reclamation At Tg.Piai, Johor, Malaysia The Proposed Reclamation Of R&F Tanjung Puteri, 4. 13/1/2015 Johor Proposed Forest City Island Reclamation And 5. 9/1/2015 Mixed Development, Johor Darul Takzim Detailed Environmental Impact Assessment (DEIA) 6. For Phase III Dredging And Reclamation Works At 9/6/2014 Pelabuhan Tanjung Pelepas, Johor Darul Takzim The Proposed Capital Dredging, Reclamation & 7. Construction Of New Jetty At Tanjung Langsat, 8/10/2017 Johor

NO SOALAN: 117

4. Senarai laporan EIA yang diluluskan bagi aktiviti penambakan di Negeri Melaka bagi tahun 2013 hingga 2018 adalah seperti berikut:

TARIKH BIL NAMA PROJEK KELULUSAN EIA The Proposed 120 Acres Of Coastal Reclamation 1. At Pekan Klebang Section III, Mukim Klebang 29/3/2018 Besar, Daerah Melaka Tengah, Melaka Proposed 3.3 Acres Reclamation At Pulau Melaka, Kawasan Bandar XLIII, Daerah Melaka Tengah, 2. 28/11/2016 Melaka; Untuk Tetuan Seaview Landmark Sdn. Bhd. The Proposed Hotel, Serviced Apartments And Commercial Development On Lot Pt842 And Part 3. 27/12/2013 Of The State Land At The Reclamation Area In Town Area XLIII, Melaka Tengah, Melaka

5. Laporan EIA bagi aktiviti penambakan yang diluluskan di Negeri Pahang bagi tahun 2013 hingga 2018 adalah seperti berikut:

TARIKH BIL NAMA PROJEK KELULUSAN EIA Detailed Environmental Impact Assessment (DEIA) 1. for the Proposed Land Reclamation of Kuantan 10/3/2017 Waterfront Resort City (KWRC) Kuantan, Pahang

NO SOALAN: 117

6. Laporan EIA yang telah diluluskan bagi aktiviti penambakan di Negeri Perak bagi tahun 2013 hingga 2018 adalah seperti berikut:

TARIKH BIL NAMA PROJEK KELULUSAN EIA The Proposed Reclamation Works for Perak Heavy 1. Industries Park (PHIP) At Bagan Datoh, Perak Oleh 23/5/2016 Perbadanan Kemajuan Negeri Perak

7. Laporan EIA bagi aktiviti penambakan yang diluluskan di Wilayah Perekutuan Labuan bagi tahun 2013 hingga 2018 adalah seperti berikut:

TARIKH BIL NAMA PROJEK KELULUSAN EIA The Detailed Environmental Impact Assessment (DEIA) For Proposed Reclamation For The 1. 3/9/2014 Development Of Oil And Gas Industrial Base At Kg. Rancha-Rancha, WP Labuan, F.T., Malaysia

8. Bagi aktiviti penambakan ini, EIA hendaklah dikemukakan di bawah Seksyen 34A, Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974, iaitu aktiviti yang ditetapkan didalam Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti yang Ditetapkan)(Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling) 2015 iaitu:

Jadual Pertama - Aktiviti 7. PENEBUSGUNAAN TANAH:

Penebusgunaan kawasan pantai atau penebusgunaan tanah sepanjang tebing sungai yang melibatkan kawasan kurang daripada 50 hektar.

NO SOALAN: 117

Jadual Kedua - Aktiviti 7. PENEBUSGUNAAN TANAH:

(a) Penebusgunaan kawasan pantai atau penebusgunaan tanah sepanjang tebing sungai yang melibatkan kawasan seluas 50 hektar atau lebih.

(b) Penebusgunaan kawasan pantai atau penebusgunaan tanah sepanjang tebing sungai di dalam atau bersebelahan atau berdekatan dengan kawasan sensitif alam sekitar dan sensitif reseptor.

(c) Penebusgunaan bagi pulau buatan manusia.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 118

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN DARIPADA : YB PUAN LIM HUI YING

Puan Lim Hui Ying minta PERDANA MENTERI menyatakan senaraikan projek-projek pembinaan pelantar minyak di setiap negeri yang diluluskan dari tahun 2013 sehingga Julai 2020.

NO SOALAN: 118

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

1. Berdasarkan rekod PETRONAS, terdapat sejumlah 38 projek- projek pembinaan pelantar minyak di seluruh Malaysia yang telah diluluskan dari tahun 2013 sehingga Julai 2020.

2. Pecahan mengikut kawasan dan tahunan adalah seperti berikut:

Tahun Pecahan Mengikut Kawasan Jumlah Projek-Projek Semenanjung Sabah Sarawak Pembinaan Pelantar Malaysia Minyak di Seluruh Malaysia 2013 1 1 3 5 2014 3 1 5 9 2015 2 1 2 5 2016 - - 1 1 2017 1 - 5 6 2018 2 - 2 4 2019 4 - 3 7 2020* - - 1 1 Jumlah 13 3 22 38 Nota: *sehingga Julai 2020

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 119

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN DARIPADA : YB PUAN LIM HUI YING

Puan Lim Hui Ying minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan usaha Kerajaan Perikatan Nasional untuk meningkatkan lagi daya saing Negeri Pulau Pinang yang merupakan negeri yang mencatat pelaburan asing terus (foreign direct investment) yang tertinggi di suku pertama, 2020.

NO SOALAN: 119

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, dalam tempoh Januari hingga Jun 2020, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) telah meluluskan sejumlah 398 projek pelaburan yang bernilai RM35.7 bilion di dalam sektor pembuatan dengan 26,940 peluang pekerjaan. Daripada jumlah ini, projek pelaburan asing adalah sebanyak RM17.8 bilion.

2. Bagi tempoh yang sama, sebanyak RM9.1 bilion pelaburan daripada 61 buah projek di dalam sektor pembuatan telah diluluskan di Pulau Pinang. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM8.4 bilion (92.4%) adalah merupakan pelaburan langsung asing yang mana dijangka akan menjana 6,971 peluang pekerjaan, sekaligus meletakkan Pulau Pinang sebagai negeri yang menerima pelaburan kedua tertinggi. Antara industri utama yang diluluskan adalah industri jentera dan kelengkapan, elektronik dan elektrikal, peralatan pengukuran dan saintifik, pengilangan makanan, dan produk plastik.

3. Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) melalui MIDA sentiasa bekerjasama dengan pihak kerajaan tempatan termasuk Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan agensi-agensi berkaitan seperti Invest Penang Berhad serta Pihak Berkuasa Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan Utara (NCER) dalam menarik pelaburan langsung asing dan tempatan dalam pelbagai sektor. Di antara usaha- usaha yang dijalankan di peringkat nasional bagi menarik pelaburan termasuk ke Pulau Pinang adalah seperti berikut: NO SOALAN: 119 i. Menggalakkan pelaburan berkualiti, iaitu projek-projek yang berteknologi tinggi; nilai ditambah yang tinggi; berintensifkan pengetahuan, kemahiran, eksport dan modal, reka bentuk, penyelidikan dan pembangunan serta projek-projek yang melengkapkan ekosistem industri tempatan; ii. Membangunkan ekosistem rantaian bekalan tempatan dengan menganjurkan Seminar Rantaian Bekalan (Supply Chain Seminar) bertujuan untuk mengukuhkan ekosistem rantaian bekalan di antara syarikat-syarikat tempatan dan syarikat multinasional agar syarikat- syarikat tempatan terus mendapat peluang perniagaan dan pembekalan daripada projek-projek pelaburan syarikat-syarikat multinasional; iii. Menawarkan insentif galakan pelaburan berbentuk fiskal dan bukan fiskal secara selektif dalam mempromosikan industri strategik yang disasarkan di dalam Rancangan Malaysia ke Sebelas (RMK-11) iaitu tiga subsektor pemangkin iaitu kimia, elektrik dan elektronik (E&E), serta mesin dan peralatan, dan dua sektor berpotensi tinggi iaitu peranti perubatan dan aeroangkasa. Secara tidak langsung, insentif sedia ada termasuk Galakan Taraf Perintis, Elaun Cukai Pelaburan dan Skim Galakan Istimewa (Prepackaged Incentive) serta insentif-insentif cukai baharu dan elaun cukai pelaburan khas yang diumumkan dalam Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) terus mengukuhkan kedudukan Pulau Pinang sebagai hab E&E di Malaysia dan di rantau ini;

NO SOALAN: 119

iv. MITI bersama MIDA telah mengadakan siri jelajah ke seluruh Malaysia termasuk Pulau Pinang bagi meningkatkan kesedaran industri terhadap program dan insentif seperti Penilaian Kesediaan (Readiness Assessment), Dana Intervensi, Dana Strategik Pelaburan Domestik dan Elaun Modal Automasi dalam usaha untuk mentransformasikan sektor pembuatan dan perkhidmatan di dalam negara. Inisiatif-inisiatif yang dilaksanakan ini juga bertujuan untuk menjadikan Malaysia sebagai rakan strategik untuk pembuatan pintar dan perkhidmatan berkaitan di rantau Asia Pasifik, destinasi utama untuk pelaburan industri berteknologi tinggi serta penyedia penyelesaian menyeluruh (total solutions provider) untuk teknologi termaju;

v. Menganjurkan sesi dialog dengan dewan perniagaan, komuniti perniagaan antarabangsa serta kedutaan asing bagi mencari penyelesaian kepada cabaran dan halangan yang dihadapi oleh pelabur dalam melaksanakan projek-projek mereka; dan

vi. Penubuhan Project Acceleration and Coordination Unit (PACU) bagi membantu dan mempercepatkan pelaksanaan projek-projek pelaburan yang telah diluluskan di peringkat Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.

4. Di dalam Laporan Doing Business 2020 oleh Bank Dunia, Malaysia berada di kedudukan ke-12 terbaik dari kalangan 190 buah ekonomi. Bagi meningkatkan lagi daya saing negara, Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) dengan kerjasama Bank Dunia juga telah menerbitkan Laporan Subnational Doing Business in Malaysia pada bulan April 2020 di mana laporan ini mengukur prestasi beberapa buah negeri di Malaysia termasuk NO SOALAN: 119

Pulau Pinang. Kajian ini menggunakan metodologi Ease of Doing Business dan indikator yang terlibat adalah Pendaftaran Hartanah, Urusan Mendapatkan Permit Pembinaan dan Perdagangan Rentas Sempadan.

5. Melalui laporan ini, beberapa penambahbaikan telah disarankan oleh Bank Dunia untuk dilaksanakan oleh pihak yang terlibat termasuklah Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Pulau Pinang, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Pelabuhan Pulau Pinang (Penang Port) bagi memastikan Pulau Pinang menjadi negeri yang berdaya saing dan produktif. Antara saranan tersebut adalah:

i. Mempertingkatkan penggunaan platfom digital seperti e-Tanah dalam proses pendaftaran hartanah;

ii. Memperkenalkan platfom elektronik secara single window untuk meningkatkan kecekapan perdagangan rentas sempadan (import dan eksport) serta memperkukuhkan Sistem Maklumat Kastam (SMK); dan

iii. Mempertingkatkan kecekapan Pusat Setempat (OSC) bagi memudahkan urusan mendapatkan permit pembinaan melalui pengurangan bilangan prosedur dan masa yang diambil.

6. Selain daripada itu, MPC Wilayah Utara juga telah memperkenalkan program ‘Penang Produktif’. Program ini melibatkan pelbagai inisiatif produktiviti bagi merangsangkan pelaburan, ekonomi dan pendapatan negeri agar lebih berdaya saing. Program ini juga adalah seiring dengan NO SOALAN: 119 hasrat Negeri untuk merealisasikan Wawasan Pembangunan Negeri Pulau Pinang (Penang 2030).

7. Antara inisiatif-inisiatif yang telah dilaksanakan oleh MPC Wilayah Utara di bawah Program ‘Penang Produktif’ adalah seperti berikut:

i. Membuat semakan semula dan menambahbaik Dasar Peraturan Negeri melalui program Amalan Baik Peraturan (Good Regulatory Practice (GRP);

ii. Mempertingkatkan penggunaan teknologi digital seperti khidmat nasihat kepada peniaga secara atas talian melalui program Business Virtual Advisory Clinic (BVAC) serta melaksanakan promosi dan seminar kepada industri secara atas talian melalui webinar berkaitan topik Industry 4.0, peningkatan produktiviti dan daya saing; dan

iii. Meningkatkan produktiviti industri kecil dan sederhana (IKS) dan sektor awam di Pulau Pinang melalui program latihan seperti Skim Peningkatan Produktiviti Enterpris (2017-2020), Program Pembangunan Pengukuran Produktiviti, Sistem Pengurusan Kewangan Produktif (ProKIRA), Program Latihan Productivity Change Agent dan Khidmat Nasihat Pensijilan Persekitaran Berkualiti untuk syarikat-syarikat dan organisasi-organisasi di Pulau Pinang.

8. Usaha-usaha yang dilaksanakan di peringkat nasional ini mempunyai limpahan kesan yang dapat dirasai dan dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua pihak dalam merencanakan pembangunan NO SOALAN: 119

Negeri Pulau Pinang yang semakin kompetitif. Inisiatif-inisiatif yang dinyatakan ini dijangka akan menjadikan Pulau Pinang lebih berdaya saing dan produktif serta menjadi destinasi pelaburan utama bagi pelabur luar dan dalam negara.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 120

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN PERTANYAAN : YB PUAN LIM HUI YIN

Puan Lim Hui Ling minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan usaha Kerajaan Perikatan Nasional untuk meningkatkan kemampuan rakyat memiliki perumahan mampu milik. Sila senaraikan projek perumahan mampu milik yang telah disiapkan sejak tahun 2018 sehingga kini mengikut Negeri dan harga jualan bagi unit-unit tersebut. NO SOALAN: 120

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Yang Berhormat, antara usaha pihak Kerajaan melalui Kementerian untuk meningkatkan kemampuan rakyat memiliki perumahan mampu milik adalah melalui pelaksanaan program dan skim perumahan seperti berikut:

i) Program Perumahan Rakyat (PPR) yang menawarkan rumah PPR Dimiliki berharga RM35,000 seunit di Semenanjung Malaysia dan RM42,000 seunit di Sabah/Sarawak kepada pembeli rumah pertama dari golongan B40 berpendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan;

ii) Skim Perumahan Mampu Milik Swasta (MyHome) yang menawarkan insentif RM30,000 bagi pembeli rumah pertama dari kalangan B40 dan M40 yang berpendapatan isi rumah di bawah RM10,000 sebulan;

iii) Rumah Mesra Rakyat di bawah Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) - individu yang berkelayakan dan memiliki tanah sendiri boleh memohon program Rumah Mesra Rakyat (RMR) untuk membina rumah dengan harga RM75,000 hingga RM106,500 dengan subsidi Kerajaan berjumlah RM20,000. Manakala baki RM55,000 hingga RM86,500 dibiayai melalui NO SOALAN: 120

pinjaman yang ditawarkan oleh SPNB dengan bayaran balik ansuran yang lebih rendah;

iv) Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) yang merupakan program khusus kepada penjawat awam dari kalangan B40 dan M40 untuk memiliki rumah yang lebih rendah dari harga pasaran; dan

v) Perumahan PR1MA yang menawarkan perumahan kepada golongan B40 dan M40 berpendapatan isi rumah di bawah RM15,000 sebulan untuk memiliki rumah.

2. Kerajaan juga kekal komited untuk memastikan aksesibiliti rakyat untuk memiliki rumah pertama melalui inisiatif pembiayaan perumahan seperti berikut:

i) Skim pembiayaan kewangan fleksi yang menawarkan pakej pinjaman menyeluruh merangkumi pembayaran berperingkat dan bayaran ansuran bulanan pinjaman rumah yang lebih rendah daripada pinjaman biasa kepada pembeli yang layak. Antara syarat permohonan skim ini adalah pendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah serta bagi hartanah bernilai sehingga RM300,000;

ii) Pemanjangan tempoh pembiayaan perumahan sektor awam di bawah Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam NO SOALAN: 120

(LPPSA) di mana tempoh pembiayaan pertama dilanjutkan daripada 30 tahun kepada 35 tahun; dan

iii) Jaminan Cagamas SRP Berhad untuk membantu golongan muda yang berpendapatan RM3,000 sebulan dan ke bawah untuk memiliki rumah. Cagamas SRP akan menjamin 10% daripada pembiayaan berkenaan.

3. Selain itu, antara inisiatif baharu yang dilaksanakan kerajaan adalah melalui Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) 2020 untuk menggalakkan pemilikan kediaman dalam kalangan rakyat adalah melalui Kempen Pemilikan Rumah / Home Ownership Campaign (HOC) 2020. Insentif oleh Kerajaan diberikan melalui pengecualian duti setem dan insentif oleh pemaju perumahan diberikan melalui diskaun harga jualan sekurang-kurangnya 10%.

4. Senarai projek rumah mampu milik di bawah Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang disiapkan sejak Julai 2018 hingga kini berdasarkan data oleh agensi bagi penyelarasan maklumat pelaksanaan Rumah Mampu Milik sehingga 31 Mac 2020 adalah seperti berikut:

NO SOALAN: 120 i) Perumahan PR1MA

NEGERI NAMA PROJEK BILANGAN TARIKH HARGA UNIT SIAP JUALAN RUMAH SEUNIT SIAP (RM) WP. Kuala Residensi Jalan 543 10-Dec-19 344,553 Lumpur Jubilee Perak Residensi Lumut 285 19-Dec-19 200,044 Phase 1 Sabah Residensi Kota Marudu 360 15-Aug-19 153,619 Sarawak Residensi Matang 912 28-Jan-19 207,436 Sarawak Residensi Bintawa 1,320 3-Jan-20 268,707 Riverfront Selangor Residensi Cyberjaya 469 17-Dec-19 250,000 Phase 2 Selangor Residensi Cyberjaya 1,932 6-Jul-20 285,000 Lakefront Pahang Residensi Gambang 1 317 20-Jul-20 171,476 Phase 1A ii) Program Perumahan SPNB

NEGERI PROGRAM NAMA PROJEK BILANGAN TARIKH UNIT SIAP RUMAH SIAP Johor Rumah Rumah sesebuah di 481 Pelbagai Mesra Rakyat atas tanah sendiri Johor Rumah 2 Pelbagai Mesra Rakyat Plus Kedah Aspirasi Taman Permai Utama, 284 11/2/2018 Mukim Gurun (Fasa 2a) Kedah Rumah 201 Pelbagai Mesra Rakyat Kelantan Rumah 535 Pelbagai Mesra Rakyat NO SOALAN: 120

NEGERI PROGRAM NAMA PROJEK BILANGAN TARIKH UNIT SIAP RUMAH SIAP Melaka Aspirasi Taman Sutera Wangi 178 31/12/2018 (Fasa 3) Melaka Idaman Taman Kelubi Idaman 185 29/11/2019 Pembangunan Bercampur Di Atas Lot Pt 2447 (Hsd 10307), Mukim Kesang, Jasin (Pakej 1) Melaka Rumah 98 Pelbagai Mesra Rakyat Melaka Rumah 1 Pelbagai Mesra Rakyat Plus Negeri Rumah 211 Pelbagai Sembilan Mesra Rakyat Negeri Rumah 1 Pelbagai Sembilan Mesra Rakyat Plus Pahang Aspirasi Taman Nusa Puteri, 312 22/4/2019 Rompin (Fasa 2) Pahang Rumah 366 Pelbagai Mesra Rakyat Perak Rumah 350 Pelbagai Mesra Rakyat Perlis Rumah 150 Pelbagai Mesra Rakyat Pulau Rumah 55 Pelbagai Pinang Mesra Rakyat Sabah Aspirasi Apartment Tuaran 256 29/7/2019 Impian, Km 24, Jalan Tuaran, Telipok (Fasa 2a) Sabah Rumah 65 Pelbagai Mesra Rakyat Sarawak Aspirasi Vista Perdana, Desa 789 19/10/2018 Bahagia, Miri (Fasa 2) NO SOALAN: 120

NEGERI PROGRAM NAMA PROJEK BILANGAN TARIKH UNIT SIAP RUMAH SIAP Sarawak Rumah 167 Pelbagai Mesra Rakyat Selangor Aspirasi Laguna Biru, Kuang, 1224 12/4/2019 Selangor (Fasa 2) Selangor Rumah 114 Pelbagai Mesra Rakyat Selangor Rumah 2 Pelbagai Mesra Rakyat Plus Terengganu Rumah 410 Pelbagai Mesra Rakyat

iii) Perumahan Penjawat Awam (PPAM)

NEGERI NAMA PROJEK HARGA BILANGAN TARIKH JUALAN UNIT SIAP SEUNIT RUMAH (RM) SIAP Johor PPAM Bandar Baru 264,000 23 17/7/2018 Tangkak 1, Segamat Kedah PPAM Residensi Bidara, 169,798 191 17/12/2018 Pendang, Kedah (Fasa 2) Kedah PPAM Anak Bukit Projek 277,162 20 3/10/2018 1, Kedah (Fasa 3) Kedah PPAM Taman Laman 183,600 86 17/7/2019 Kuda Projek 2 (Fasa 4), Anak Bukit Kedah PPAM Taman Gunung 268,800 26 5/9/2018 Emas Kedah PPAM Taman Lelasari 276,626 32 30/9/2019 (Fasa 4), Jalan Langgar, Kedah PPAM Shahab Perdana 299,205 41 26/5/2019 NO SOALAN: 120

NEGERI NAMA PROJEK HARGA BILANGAN TARIKH JUALAN UNIT SIAP SEUNIT RUMAH (RM) SIAP Kedah PPAM Kulim Utama 299,727 114 30/8/2019 (Fasa 2), Kulim Kedah PPAM Mutiara 220,000 55 27/3/2019 Residence, Jitra Kedah PPAM Taman Serai 189,895 332 27/11/2019 Wangi (Projek 1) Kedah PPAM Taman Nautika 284,540 78 12/2/2019 Fasa 1 @ Kuala Kedah Kedah PPAM Taman Nautika 284,540 14 12/2/2019 Fasa 2 @ Kuala Kedah Kedah PPAM Taman Keriang 218,000 40 1/10/2019 Permai, Kubang Pasu Kedah PPAM Taman Sri Permai, 291,060 12 1/7/2019 Kota Setar Kedah PPAM Casa Ruby Bandar 273,980 131 7/10/2019 Mutiara, Sg Petani (Projek 1) Kedah PPAM Casa Ruby Bandar 204,800 115 7/10/2019 Mutiara, Sg Petani (Projek 2) Kedah PPAM Casa Ruby Bandar 273,980 68 7/10/2019 Mutiara, Sg Petani (Projek 3) Kedah PPAM Taman Mahkota, 256,869 19 7/10/2019 Jitra, Kedah (Fasa 2) Kelantan PPAM Taman Wangsa 193,280 27 28/1/2019 Elite, Gua Musang Kelantan PPAM Desa Green 150,000 135 26/5/2019 Mutiara, Kuala Krai Kelantan PPAM Rantau Panjang 236,000 43 16/10/2019

Kelantan PPAM Denai Melawi 226,620 16 2/1/2019 Bachok NO SOALAN: 120

NEGERI NAMA PROJEK HARGA BILANGAN TARIKH JUALAN UNIT SIAP SEUNIT RUMAH (RM) SIAP Melaka PPAM Taman Cheng 189,400 95 18/9/2018 Indah, Tanjung Minyak Melaka PPAM Taman Bertam 149,500 153 31/12/2018 Impian, Tanjung Minyak Melaka PPAM Taman Angkasa 184,565 74 8/10/2018 Nuri (Fasa 1), Durian Tunggal Negeri PPAM Taman Marikh 282,500 28 17/7/2018 Sembilan (Fasa 4) Negeri PPAM Taman Bintang 277,980 24 29/3/2019 Sembilan (Fasa 2) Negeri PPAM Panchor 8, Taman 271,500 23 29/5/2019 Sembilan Panchor Jaya Negeri PPAM Taman Armani 300,000 25 17/10/2018 Sembilan Negeri PPAM Puncak Jati 217,500 168 14/10/2019 Sembilan Pahang PPAM Taman Saujana 199,000 22 4/4/2019 Indah 1 Pahang PPAM Taman Saujana 199,000 41 4/4/2019 Indah 2 Pahang PPAM Taman Kampung 197,000 18 1/11/2018 Kolam Jaya Pahang PPAM Desa Bangau 241,743 19 22/8/2019 Parit, Temerloh Pahang PPAM Taman Chenor 243,500 47 7/2/2020 Indah Pahang PPAM Indera Sempurna 165,000 252 17/9/2019

Pahang PPAM Taman Seri 204,000 17 3/7/2018 Mahkota Damai 1 Pahang PPAM Taman Seri 210,000 22 2/7/2019 Mahkota Damai 2 Pahang PPAM Taman Seri 180,000 22 25/2/2020 Mahkota Damai 3 NO SOALAN: 120

NEGERI NAMA PROJEK HARGA BILANGAN TARIKH JUALAN UNIT SIAP SEUNIT RUMAH (RM) SIAP Pahang PPAM Taman Damai 295,000 12 3/1/2019 Impian 2, Kuala Lipis Perak PPAM Taman Kamunting 238,500 28 295,000 Aman, Kamunting 2 Perak PPAM Taman Akasia, 194,320 9 28/8/2019 Gerik Perak PPAM Taman Kerian 174,234 89 15/1/2019 Indah, Kerian Perak PPAM Elemen @ 18, 220,000 38 25/9/2019 Pengkalan Hulu Kinta Perlis PPAM Taman Desa 299,500 36 11/2/2020 Saujana, (Fasa 2) Arau Pulau PPAM One Foresta, 293,400 200 8/3/2019 Pinang Bayan Lepas, Pulau Pinang Sabah PPAM Puncak Gloxinia, 300,000 648 2020 Kinarut Sarawak PPAM Melia Residences 300,000 204 22/1/2020 @ Parkcity Eastwood Selangor PPAM LBS Alam Perdana 260,000 120 28/1/2020

Selangor PPAM Taman Bayu 300,000 13 30/8/2019 Malawati Terengganu PPAM Taman D'putra, 249,500 10 1/7/2018 Besut Terengganu PPAM Tiara Paka 190,000 57 14/5/2019

Terengganu PPAM Laman De Sura, 294,100 26 15/9/2019 Dungun Terengganu PPAM Taman Warisan 152,500 34 4/11/2018 Kelulut, Marang WP. Kuala PPAM Residensi Bayu 300,000 673 15/1/2020 Lumpur Andaman, Sentul WP. PPAM Jintan 260,000 517 22/4/2019 Putrajaya NO SOALAN: 120

NEGERI NAMA PROJEK HARGA BILANGAN TARIKH JUALAN UNIT SIAP SEUNIT RUMAH (RM) SIAP WP. PPAM Melinjau, Presint 260,000 650 5/7/2019 Putrajaya 11 WP. PPAM Seruling 260,000 1062 30/4/2019 Putrajaya

iv) Program Perumahan Rakyat (PPR)

NEGERI NAMA PROJEK BILANGAN TARIKH SIAP UNIT RUMAH SIAP

Johor PPR Taman Uda Utama 500 27.9.2018 Johor PPR Perling, Johor Baharu 525 20.8.2019 Johor PPR Taman Pelangi Indah 442 21.10.2019 Kedah PPR Ayer Hitam, Kubang Pasu 630 15.8.2019 Kedah PPR Kota Setar 500 31.3.2019 Kedah PPR Kuala Nerang, Padang 286 28.10.2019 Terap Kelantan PPR Batang Merbau 150 10.10.2018 Kelantan PPR Machang 418 13.11.2019 Negeri PPR Rantau 100 24.1.2018 Sembilan Sabah PPR Merotai, Tawau 470 3.10.2018 Sabah PPR Gayang, Tuaran 418 14.10.2018 Sabah PPR Batu Putih, Sandakan 900 18.10.2019 Sarawak PPR Sg. Tengah 439 6.7.2018

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 121

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020,PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN DARIPADA : YB PUAN LIM HUI YING

Puan Lim Hui Ling minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan perancangan untuk menghentikan pembuangan sampah haram untuk setiap negeri. NO SOALAN: 121

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pelaksanaan penguatkuasaan sampah haram atau pembuangan sisa pepejal di tempat yang tidak dibenarkan telah bermula pada 1 Januari 2014 secara serentak di tujuh buah negeri yang menerima pakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 [Akta 672] iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Kedah dan Perlis. Manakala pengurusan sisa pepejal di negeri yang tidak menerima Akta 672 pula adalah tertakluk kepada bidang kuasa dan peraturan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) masing- masing.

2. Kementerian melalui Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) telah menyediakan Pelan Tindakan Menangani Isu Pembuangan Sisa Pepejal Di Lokasi Yang Tidak Dibenarkan (Sampah Haram) di tujuh negeri yang menerima pakai Akta 672 yang mana telah menggariskan beberapa langkah penting untuk mengawal pembuangan sampah oleh pihak yang tidak bertanggungjawab di antaranya :

i. Pelaksanaan terhadap kawalan bagi pembuangan sampah secara haram di lokasi yang tidak dibenarkan dilakukan secara proaktif dan show of presense oleh anggota penguatkuasa SWCorp melalui pemantauan berkala di dalam kawasan perkhidmatan dan NO SOALAN: 121

hot spot haram; ii. Membersihkan lokasi sampah haram yang telah dikenalpasti; iii. Memasang papan tanda serta barrier tape bagi kawasan yang telah dibersihkan dan berpotensi menjadi lokasi pembuangan sisa haram; iv. Memantau secara bersepadu antara SWCorp dengan agensi penguatkuasaan yang berkaitan serta masyarakat setempat dalam memastikan pembuangan sampah haram tidak berlaku; v. Melaksanakan program libat urus bersama penduduk setempat dengan pengedaran risalah berkaitan kesalahan-kesalahan serta hukuman yang dikenakan di bawah Akta 672; vi. Menjalankan “Operasi Intip dan Cekup” bagi mengenal pasti mereka yang tidak bertanggungjawab melanggar undang-undang membuang sampah di lokasi yang tidak dibenarkan; dan vii. Melaksanakan tindakan ke atas pelaku kesalahan yang membuang sisa secara haram mengikut Seksyen 71, Akta 672. Jika disabitkan kesalahan, denda boleh dikenakan tidak kurang daripada RM10,000 dan tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak kurang daripada enam bulan dan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

NO SOALAN: 121

3. Persekitaran bebas dari masalah sampah haram merupakan tanggungjawab bersama dan penglibatan orang awam perlu supaya lebih bertanggungjawab dengan tidak membuang sampah di tempat yang tidak dibenarkan. Masyarakat di 7 buah negeri yang menerima pakai Akta 672 boleh melaporkan kepada SWCorp di talian Indahkan Malaysia 1-800-88-7472 sekiranya terdapat maklumat mengenai pembuangan sampah haram. Manakala bagi lain-lain negeri, aduan pembuangan sampah haram boleh disalurkan melalui aplikasi i-Tegur.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 122

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN DARIPADA : YB DATUK PAUL IGAI

Datuk Paul Igai minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah bentuk kes jenayah berjumlah 22,575 yang belum diselesaikan sejak 20 tahun dahulu dan apakah cabaran yang dihadapi oleh PDRM dalam penyelesaian kes tersebut memandangkan kes baru pada tahun ini adalah sudah hampir 14,000 kes.

NO SOALAN: 122

JAWAPAN

Tuan Yang di Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Berdasarkan kenyataan media Ketua Polis Negara pada 7 Ogos 2020, sebanyak 73,425 kes jenayah komersial telah dilaporkan bagi tempoh tahun 2005 hingga 2019. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 50,853 kes telah berjaya diselesaikan, manakala sebanyak 22,572 dan bukan 22,575 kes masih belum diselesaikan. Berdasarkan statistik tersebut, baki kertas siasatan yang masih tertunggak hanya melibatkan kes pada tahun 2010 hingga 2019.

Antara kes – kes yang tertunggak ini antaranya melibatkan kesalahan penipuan, pecah amanah jenayah, ah long, jenayah siber, pemalsuan, salah guna harta, VCD/DVD haram dan wang palsu.

Proses siasatan kes-kes jenayah komersial adalah berbeza dengan kes-kes jenayah lain. Siasatan bagi kes jenayah komersial melibatkan keterangan saksi-saksi yang ramai dan memerlukan dokumen – dokumen untuk membuktikan kes. Dokumen-dokumen ini bukan sahaja diperolehi daripada pengadu, saksi atau suspek tetapi juga daripada agensi-agensi kerajaan, swasta atau badan berkanun.

Hal ini menyebabkan proses menyediakan kertas siasatan menjadi lambat dan sukar di bawa ke muka pengadilan dengan kadar segera kerana NO SOALAN: 122 kelewatan dokumen yang diterima dan terdapat juga dokumen-dokumen yang penting gagal dikemukakan oleh saksi-saksi. Dalam usaha memastikan siasatan kes-kes jenayah komersial dapat diperkasakan, jabatan ini turut memberi penekanan untuk menyegerakan tangkapan terhadap suspek-suspek yang disenaraikan sebagai dikehendaki serta melaksanakan beberapa usaha seperti ops mule bagi mengekang jenayah ini.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 123

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN DARIPADA : YB TUAN ALAN LING SIE KIONG

Tuan Alan Ling Sie Kiong minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan:-

(a) Statistik kes keganasan rumahtangga yang dicatatkan di seluruh negara sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan jumlah kes yang dituduh dan dijatuhkan hukuman oleh mahkamah; dan

(b) Apakah langkah-langkah proaktif yang diambil oleh Kementerian bagi memastikan masalah penderaan rumahtangga dapat ditangani dengan lebih efektif.

NO SOALAN: 123

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Berdasarkan statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), semenjak pelaksanaan PKP 1 hingga PKP 5 bermula 18 Mac hingga 28 Jun 2020, sebanyak 288 kes aduan mengenai keganasan rumah tangga telah dilayan oleh JKM di seluruh negara. Pecahan kes mengikut negeri adalah seperti berikut: Bil. Negeri Kes 1. Selangor : 105 kes 2. W. P. Kuala Lumpur : 30 kes 3. Johor : 29 kes 4. Pulau Pinang : 24 kes 5. Pahang : 19 kes 6. Kedah : 17 kes 7. Perak : 15 kes 8. Sabah : 15 kes 9. Negeri Sembilan : 14 kes 10. Kelantan : 9 kes 11 Melaka : 7 kes 12. Terengganu : 3 kes 13. Sarawak : 1 kes 14. Perlis : Tiada kes 15. W.P. Labuan : Tiada kes Jumlah 288 kes

Beberapa langkah telah diambil oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dalam menangani isu keganasan rumah tangga seperti: NO SOALAN: 123 a) menyediakan material advokasi bagi meningkatkan kefahaman mengenai tindakan, hak serta perkhidmatan dan perlindungan yang boleh diakses oleh mangsa keganasan rumah tangga; b) memperluaskan hebahan mengenai bantuan dan perkhidmatan sedia ada dengan kerjasama rapat bersama badan-badan bukan kerajaan agar mangsa dan orang ramai melaporkan kes keganasan rumah tangga yang turut diuar-uarkan melalui sistem pesanan ringkas Majlis Keselamatan Negara; c) membantu memastikan permohonan perlindungan melalui Emergency Protection Order (EPO), Interim Protection Order (IPO) dan Protection Order (PO) dapat diakses oleh mangsa sepanjang tempoh PKP termasuk mendapatkan kerjasama PDRM untuk memudahkan pergerakan mangsa untuk membuat laporan dan aduan; dan d) menyediakan khidmat kaunseling yang boleh diakses sama ada secara bersemuka ataupun secara atas talian dengan menghubungi Talian Kasih 15999.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 124

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN DARIPADA : YB TUAN ALAN LING SIE KIONG

Tuan Alan Ling Sie Kiong minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan:

(a) Jumlah kemalangan yang melibatkan pemandu yang mabuk dari Januari sehingga Ogos 2020 di setiap negeri dan Wilayah Persekutuan dan jumlah kes yang berjaya didakwa dan dijatuhkan hukuman oleh mahkamah dari Januari sehingga Ogos 2020 mengikut negeri; dan

(b) Apakah langkah-langkah proaktif yang diambil oleh Kementerian untuk mengawal kes kemalangan terutamanya melibatkan pemandu mabuk.

NO SOALAN: 124

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Yang Berhormat Senator, berdasarkan kepada rekod yang diterima daripada Polis DiRaja malaysia (PDRM), jumlah kertas siasatan yang telah dibuka ke atas kemalangan yang melibatkan pemandu mabuk dari bulan Januari hingga 15 Ogos 2020 adalah sebanyak 240 kes. Perincian kertas siasatan yang dibuka mengikut seksyen di bawah Akta 333 adalah seperti di bawah:-

Peruntukkan Seksyen Di Bawah Akta Jumlah Pengangkutan Jalan 1987 [Akta 333] Di Kemalangan Mana Kertas Siasatan Dibuka Seksyen 44 APJ 1987 44 Seksyen 45 APJ 1987 196 JUMLAH 240

2. Jumlah kes yang berjaya didakwa dan dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah dari bulan Januari hingga 15 ogos 2020 adalah berjumlah 126 kes. Perincian kes seperti berikut:-

Peruntukkan Seksyen Di Bawah Akta Jumlah Kes Pengangkutan Jalan 1987 [Akta 333] Di Berjaya Didakwa Di Mana Kertas Siasatan Dibuka Mahkamah Seksyen 44 APJ 1987 4 Seksyen 45 APJ 1987 122 JUMLAH 126

NO SOALAN: 124

3. Untuk makluman, isu kemalangan maut yang disebabkan oleh pemandu yang memandu di bawah pengaruh alkohol adalah merupakan satu perkara yang amat dipandang serius oleh Kerajaan khususnya Kementerian Pengangkutan. Dalam usaha menangani isu ini serta aspek keselamatan jalan raya secara amnya, pendekatan dan strategi yang holistik adalah diperlukan bagi memastikan usaha ini berjaya dan mencapai objektifnya.

4. Antara langkah proaktif yang telah diambil oleh Kementerian Pengangkutan termasuklah secara berterusan melaksanakan program- program dan kerjasama berkaitan kempen, advokasi dan kesedaran keselamatan jalan raya di Malaysia secara keseluruhannya termasuklah berkaitan dengan aspek memandu di bawah pengaruh alkohol.

5. Salah satu program utama yang telah dilaksanakan adalah program Tiada Minggu Tanpa Advokasi (atau TMTA). Berdasarkan rekod, sehingga kini, sejumlah 1,866 Program TMTA telah dilaksanakan yang merangkumi seluruh kategori advokasi kempen keselamatan jalan raya.

6. Antara aktiviti utama di bawah TMTA adalah mengadakan sesi libat urus dan kerjasama dengan pihak premis jualan makanan, pengilang dan pusat hiburan bagi meningkatkan kesedaran berkaitan tanggungjawab dan tindakan pihak berkenaan termasuk dalam meningkatkan kesedaran berkaitan kesalahan memandu dalam keadaan mabuk. Program advokasi khas keselamatan jalan raya berkenaan bahaya memandu di bawah pengaruh alkohol juga telah diadakan di restoran-restoran dan bar di sekitar lembah kelang pada setiap minggu, yang dilaksanakan berselang seli dengan program keselamatan jalan raya yang lain seperti kepentingan menggunakan tali pinggang keledar dan sebagainya. NO SOALAN: 124

7. Program kempen don’t drink and drive juga telah diadakan baru- baru ini pada 17 Julai 2020 mulai pukul 5 hingga 11 malam di premis restoran dan premis menjual minuman keras di sekitar bandar Kajang dan Semenyih, dan Puchong. Program yang sama juga secara berterusan diadakan di seluruh negara termasuk di Pulau Pinang, Kuching dan Kota Kinabalu.

8. Selain itu, pihak Kementerian juga telah mengadakan sesi libat urus dengan pihak penyedia kenderaan perkhidmatan awam e-hailing bagi menyediakan perkhidmatan kepada individu yang telah mengambil minuman beralkohol. Perkara ini bertujuan mengubah minda individu berkenaan untuk tidak memandu selepas mengambil minuman beralkohol, sebaliknya menggunakan kenderaan perkhidmatan awam.

9. Selain itu, sebagai salah satu strategi utama dalam usaha mencegah dan menjadi deterrence kepada orang ramai daripada memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah, Akta Pengangkutan Jalan 1987 [Akta 333] juga telah dipinda bagi meningkatkan hukuman- hukuman berkaitan kesalahan memandu dengan tidak mematuhi peraturan jalan raya termasuk memandu dalam keadaan mabuk. Bacaan pertama Rang Undang-Undang ini telah pun dilaksanakan pada sesi parlimen pada 27 Julai 2020 yang lalu. Bacaan kali kedua dan ketiga turut dijadualkan dalam sesi parlimen kali ini. Untuk makluman dewan yang mulia ini, RUU ini telah dibentangkan, dibahsakan dan diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 26 Ogos 2020.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 125

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN DARIPADA : YB TUAN ALAN LING SIE KIONG

Tuan Alan Ling Sie Kiong minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan :-

(a) jumlah keseluruhan rampasan di setiap negeri atas kesalahan menjual penutup hidung dan mulut yang melebihi kawalan harga maksimum setakat Ogos 2020 dan berapakah bilangan kes penipuan penjualan penutup hidung dan mulut yang telah dikesan secara atas talian setakat Ogos 2020 di seluruh negara; dan

(b) apakah tindakan dan langkah-langkah pencegahan yang diambil oleh Kementerian untuk mengawal penjualan penutup hidung dan mulut bagi melindungi hak pengguna. NO SOALAN: 125

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Bermula 29 Januari 2020 sehingga 17 Ogos 2020, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna telah melaksanakan sebanyak 49,225 pemeriksaan dan penguatkuasaan ke atas pelitup muka. Tindakan penguatkuasaan adalah seperti berikut:

i. Tindakan kes yang telah diambil di bawah Sek.11 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 iaitu kesalahan menjual melebihi harga maksimum adalah sebanyak 42 kes dengan jumlah sitaan bernilai RM 489,022.10.

ii. Manakala bilangan kes penipuan penjualan yang telah dikesan secara atas talian setakat Ogos 2020 adalah sebanyak 3 kes di seluruh negara.

Antara tindakan dan langkah-langkah pencegahan yang diambil oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna untuk mengawal penjualan penutup hidung dan mulut adalah:

i. menguatkuasakan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 bagi memastikan peniaga menjual sepertimana harga yang telah diwartakan; ii. menguatkuasakan Perintah Kawalan Harga (Penandaan Harga oleh Penjual Runcit) 1993 bagi mewajibkan peniaga NO SOALAN: 125

meletak tanda harga ke atas barangan yang dijual atau mempamerkan senarai harga; dan iii. menguatkuasakan Akta Kawalan Bekalan 1961 bagi memastikan bekalan berada di pasaran.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 128

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN DARIPADA : YB DATUK HAJI YAKUBAH KHAN

Datuk Haji Yakubah Khan minta MENTERI PENDIDIKAN apakah penekanan yang akan diberikan oleh Kementerian di dalam mengkaji silibus Rukun Negara yang bercirikan sivik dan tatanegara dalam sistem pendidikan negara dan adakah pihak Kementerian akan mempertimbangkan cadangan untuk memberikan tekanan terhadap asas pendidikan perlembagaan.

NO SOALAN: 128

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Kurikulum mata pelajaran Sejarah dan pendidikan Sivik memberi fokus kepada pengetahuan, kemahiran dan nilai tentang sejarah penggubalan, matlamat dan prinsip Rukun Negara. Komponen tersebut disusun berdasarkan tajuk khusus dan juga sisipan dalam tajuk-tajuk yang berkaitan dengan Rukun Negara.

Di peringkat sekolah rendah, Rukun Negara dipelajari dalam mata pelajaran Sejarah sebagai tajuk khusus yang menghuraikan tentang prinsip dan matlamat Rukun Negara yang perlu difahami dan dihayati oleh murid. Pelaksanaannya melalui pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah dengan melaksanakan pelbagai aktiviti pembelajaran disokong dengan aktiviti kokurikulum di luar bilik darjah. Di peringkat sekolah menengah, Rukun Negara dihuraikan secara khusus di bawah tajuk Cabaran Selepas Pembentukan Malaysia dan Ke Arah Kesejahteraan Negara. Melalui tajuk ini, murid memahami tentang kepentingan beragama dan kepercayaan, menghormati raja berpelembagaan, mendokong prinsip negara demokrasi, dan hidup harmoni dalam masyarakat berbilang kaum.

Untuk mengukuhkan lagi pengetahuan dan penghayatan murid berkaitan Rukun Negara, KPM telah membangunkan modul Pendidikan Sivik (2019) untuk dilaksanakan melalui mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Moral dan Pendidikan Islam bagi sekolah NO SOALAN: 128 rendah dan sekolah menengah. Modul tersebut dilaksanakan di sekolah rendah dan menengah melalui aktiviti di bilik darjah dan kegiatan kokurikulum. Pendidikan Sivik membolehkan murid membentuk karakter yang positif dan bertanggungjawab.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 129

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN DARIPADA : YB DATUK HAJI YAKUBAH KHAN

Datuk Haji Yakubah Khan minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan statistik terkini individu yang kehilangan pekerjaan dalam tempoh perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan statistik laporan pekerja terhadap majikan yang gagal mematuhi syarat penerima dana program Pengekalan Pekerja (ERP) serta apakah tindakan yang diambil oleh Kementerian bagi mengatasi masalah ini. NO SOALAN: 129

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Ahli-Ahli Dewan Yang Mulia ini, berdasarkan kepada rekod Kehilangan Pekerjaan di bawah SIP PERKESO, dari Mac sehingga 14 Ogos 2020 adalah sebanyak 62,383 pekerja. Manakala jumlah keseluruhan pemberhentian pekerja dari Januari sehingga 14 Ogos 2020 sebanyak 72,723 pekerja.

2. Untuk makluman Ahli-Ahli Dewan Yang Mulia ini, sebanyak 243 kes aduan yang telah direkodkan di bawah Program Pengekalan Pekerjaan (ERP) dan Program Subsidi Upah (PSU) terhadap majikan yang mengingkari terma dan syarat ERP/PSU kerana tidak menyalurkan bantuan yang diterima kepada pekerja yang layak di bawah program ini.

3. Bagi permohonan yang telah diberi kelulusan dan dibuat pembayaran, senarai nama majikan akan dipaparkan di laman web PERKESO untuk tujuan semakan para pekerja dan untuk membolehkan mereka membuat aduan sekiranya tidak berpuas hati terhadap majikan mereka.

4. Sehubungan dengan itu, sekiranya aduan diterima, tindakan yang diambil oleh Kementerian saya melalui PERKESO adalah seperti berikut:

i. Menyenarai hitamkan majikan tersebut; ii. Proses pembayaran untuk bulan berikutnya akan dihentikan; NO SOALAN: 129

iii. Pengesahan aduan dan laporan polis akan dibuat bagi kes penyalahgunaan Program Subsidi Upah.

5. PERKESO berhak untuk menggantung bayaran dan menuntut semula bayaran yang telah diterima dan tindakan undang-undang akan diambil terhadap majikan yang gagal memenuhi syarat yang telah ditetapkan.

6. Selain itu, saluran Kaunter Khidmat Pelanggan serta Talian Khas berkenaan PSU dan ERP turut diwujudkan bagi menyediakan perkhidmatan serta menangani urusan berkaitan permohonan dan aduan. PERKESO turut mewujudkan task force khas untuk mengawal selia semua permohonan dan aduan-aduan berkaitan bagi memastikan pematuhan majikan-majikan yang menerima subsidi ini memenuhi terma dan syarat yang ditetapkan.

7. PERKESO telah menghubungi majikan yang mengingkari terma dan syarat terbabit dan akan mengambil tindakan susulan ke atas kesemua majikan tersebut.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 138

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN DARIPADA : YB DATUK YAKUBAH KHAN

Datuk Haji Yakubah Khan minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan sejauh manakah ketegangan perdagangan di antara Amerika dan China ditambah pula dengan penularan COVID-19 berupaya mengehadkan eksport jualan komoditi sawit serta apakah usaha Kementerian untuk mewujudkan eko sistem perdagangan yang lebih baik bagi mengatasi masalah ini.

NO SOALAN: 138

JAWAPAN

Tuan yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Behrormat,

Ekonomi dunia mengalami pertumbuhan kurang memberangsangkan pada tahun 2020 akibat penularan wabak Covid-19 yang menjejaskan aktiviti-aktiviti ekonomi global. Kesan langsung keadaan ini terhadap prestasi eksport minyak sawit dan produk berasaskan sawit negara amat ketara kerana semua negara pengimport utama mengalami kejatuhan ekonomi yang mendadak. Walau bagaimanapun, permintaan bagi minyak sawit dijangka pulih apabila perintah berkurung di seluruh dunia mula dilonggarkan termasuk negara pengimport utama seperti India dan China yang dijangka akan meningkatkan pembelian untuk mengisi semula stok.

Selain itu, ketegangan perdagangan di antara Amerika Syarikat dan China juga telah memberi kesan negatif terhadap ekonomi dunia dan perdagangan antarabangsa termasuk pasaran komoditi khususnya minyak sawit. China merupakan pengimport terbesar kacang soya Amerika Syarikat sebelum ini dan China juga adalah pasaran terbesar dunia bagi kacang soya. Pengurangan pembelian kacang soya dari Amerika Syarikat oleh China berikutan ketegangan perdagangan antara mereka telah mengakibatkan perubahan keseimbangan penawaran dan permintaan bagi pasaran kacang soya dunia. Keadaan ini juga memberi kesan secara langsung terhadap pasaran minyak sawit dunia kerana minyak sawit adalah barang pengganti kepada minyak kacang soya.

NO SOALAN: 138

Namun begitu, keadaan ini telah menyumbang kepada peningkatan eksport minyak sawit Malaysia ke China. Berdasarkan statistik dari Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), bagi tempoh Januari hingga Jun 2020, eksport minyak sawit dan produk berasaskan sawit Malaysia ke China telah meningkat 6.6% atau 111,558 tan kepada 1.80 juta tan berbanding 1.68 juta tan bagi tempoh yang sama tahun 2019. Harga minyak sawit Malaysia yang lebih kompetitif berbanding minyak kacang soya juga turut menyumbang kepada peningkatan eksport tersebut. Di samping itu, peningkatan eksport ini juga berikutan pembukaan serta pemulihan semula sektor ekonomi di negara China selepas penularan wabak COVID-19.

Bagi mewujudkan ekosistem perdagangan yang lebih baik untuk mengatasi masalah ini serta meningkatkan permintaan minyak sawit dalam tempoh jangka pendek, Kerajaan telah memberikan pengecualian duti eksport minyak sawit mentah (CPO), minyak isirong sawit mentah (CPKO) dan minyak isirong sawit diproses (RBDPKO) bermula pada 1 Julai hingga 31 Disember 2020. Melalui pengecualian ini, permintaan minyak sawit Malaysia dijangka akan meningkat.

Kerajaan juga secara berterusan berusaha meningkatkan eksport minyak sawit Malaysia ke seluruh dunia melalui usaha-usaha berikut:

i. Memperkukuhkan pasaran eksport utama sedia ada terutamanya negara India, China, Pakistan, dan Amerika Syarikat serta mempromosi produk-produk sawit dengan lebih agresif bagi menembusi pasaran-pasaran baharu seperti di benua Afrika dan Asia Tengah;

NO SOALAN: 138

ii. Meningkatkan aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam penghasilan produk-produk baharu serta memberi nilai tambah kepada produk hiliran komoditi;

iii. Meningkatkan akses pasaran yang lebih baik melalui perundingan perjanjian perdagangan bebas (FTA) dua hala dan perundingan pelbagai hala atau serantau;

iv. Mengadakan kerjasama strategik bersama Indonesia menerusi Majlis Negara-Negara Pengeluar Minyak Sawit (Council of Palm Oil Producing Countries atau CPOPC) untuk memantapkan lagi amalan persekitaran mampan, pengurusan bekalan, aktiviti promosi dan pembangunan pekebun-pekebun kecil. Dalam hal ini, Kerajaan telah merangka beberapa strategi bersama Indonesia untuk mencari kaedah-kaedah yang bersesuaian untuk menangani isu-isu semasa industri sawit; dan

v. Melaksanakan Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) yang telah dijadikan mandatori bermula 1 Januari 2020 sebagai langkah menjenamakan minyak sawit Malaysia yang mampan dan berkualiti. Pensijilan MSPO dijangka akan membuka akses pasaran yang lebih luas untuk pasaran minyak sawit negara di negara-negara pengimport. Pada masa ini, pensijilan MSPO telah diterima oleh Negara Jepun bagi Sukan Olimpik 2020.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 131

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN DARIPADA : YB DATUK HAJI YAKUBAH KHAN

Datuk Haji Yakubah Khan minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah mekanisme Kerajaan bagi menguruskan kedudukan defisit negara yang dijangkakan akan meningkat kepada 5.8 hingga 6.0 peratus dan menurunkan nisbah hutang berbanding Keluaran Negara Kasar (KNK) atau "Debt-to-GDP Ratio" dijangka akan turut meningkat susulan daripada pandemik COVID-19. NO SOALAN: 131

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

1. Berdasarkan pengiraan had statutori, nisbah hutang terkumpul Kerajaan Persekutuan kepada KDNK pada akhir-Jun 2020 adalah 53.2%, masih di bawah had 55% KDNK yang ditetapkan.

2. Secara amnya, hutang Kerajaan Persekutuan akan meningkat setiap tahun selagi kedudukan kewangan mengalami defisit. Berikutan kedudukan kewangan Kerajaan yang masih mengalami defisit, Kerajaan akan terus membuat pinjaman baharu setiap tahun bagi membiayai semula kertas hutang yang matang serta defisit tahun semasa.

Tuan Yang di-Pertua,

3. Semua langkah yang telah diumumkan dalam pakej rangsangan dan pemulihan ekonomi tersebut adalah bersifat one-off dan tidak akan terus membebankan kewangan Kerajaan Persekutuan dalam jangka masa sederhana dan panjang. Ini adalah antara strategi Kerajaan bagi mengurangkan defisit fiskal dalam jangka masa sederhana secara berperingkat seterusnya memastikan kedudukan fiskal dan hutang Kerajaan Persekutuan kekal pada paras terkawal.

NO SOALAN: 131

4. Kerajaan akan meneruskan langkah konsolidasi fiskal dengan memberi tumpuan kepada usaha untuk meningkatkan kutipan hasil dan kecekapan perbelanjaan bagi mengukuhkan lagi kedudukan kewangan serta memastikan paras hutang Kerajaan terkawal. Pada masa ini, Kerajaan mengguna pakai Kerangka Fiskal Jangka Sederhana atau dengan izin, Medium Term Fiscal Framework (MTFF) sebagai panduan dalam menggubal strategi ke arah konsolidasi fiskal untuk jangka masa sederhana (3 hingga 5 tahun) di samping selari dengan Rancangan Malaysia jangka panjang. Kerajaan juga dalam proses merangka Akta Tanggungjawab Fiskal (FRA) yang dijangka akan dibentangkan pada 2021 untuk mengukuhkan tadbir urus, ketelusan dan akauntabiliti dalam pengurusan fiskal. Dalam masa yang sama, Kerajaan mengutamakan pinjaman dalam negeri bagi memastikan risiko tukaran wang asing dan kos pinjaman yang lebih rendah. Pematuhan kepada disiplin fiskal ini adalah penting bagi memastikan kedudukan kewangan negara kekal kukuh serta meningkatkan ruang fiskal pada masa hadapan.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 132

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS 2020

PERTANYAAN : BUKAN LISAN DARIPADA : YB DATUK HAJI YAKUBAH KHAN

Datuk Haji Yakubah Khan [Sepanggar] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan apakah respon dan pendirian Malaysia terhadap pelan damai tajaan Amerika Syarikat iaitu "Deal of the Century" yang dikatakan sebagai jalan penyelesaian terhadap konflik Palestin-Israel namun ianya merupakan perjanjian yang berat sebelah dan terus menindas hak kebebasan dan pemilikan negara Palestin. NO SOALAN: 132

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Senator Datuk Haji Yakubah Khan di atas pertanyaan yang dikemukakan.

Tuan Yang di-Pertua,

2. Izinkan saya memaklumkan Dewan yang mulia ini bahawa pendirian Kerajaan Malaysia mengenai isu-isu yang melibatkan Palestin adalah konsisten sejak dahulu lagi. Kerajaan Malaysia sentiasa memberi sokongan padu kepada Palestin dan perjuangan rakyatnya sama ada dari segi politik, ekonomi, dan moral.

3. Kementerian Luar Negeri pada 30 Januari 2020 telah mengeluarkan kenyataan mengutuk dan menolak keras cadangan Pelan Damai Amerika Syarikat yang digelar “Deal of the Century” itu. Kementerian juga menyifatkannya amat tidak adil dan berat sebelah kerana tidak melibatkan Palestin dalam sebarang perbincangan. Malaysia melihat cadangan Pelan Damai tersebut sebagai penindasan terhadap rakyat Palestin.

4. Malaysia terus berpegang kepada pendirian bahawa Penyelesaian Dua Negara (Two-States solution) berdasarkan garis sempadan 1967 dengan Baitulmaqdis sebagai ibu kota Palestin, adalah satu-satunya jalan penyelesaian terhadap konflik Palestin dan Israel.

NO SOALAN: 132

5. Pendirian ini turut dizahirkan menerusi pelbagai platform antarabangsa, terutamanya di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Kerjasama Islam Antarabangsa (OIC) dan Sidang Kemuncak Negara-Negara Berkecuali (NAM). Semasa menjadi ahli tidak tetap Majlis Keselamatan PBB bagi penggal 2015/2016, Malaysia lantang mengetengahkan pendiriannya menyokong aspirasi rakyat Palestin untuk mewujudkan sebuah negara Palestin yang merdeka dan berdaulat. Hasil daripada usaha ini, Resolusi 2334 mengenai penempatan haram Israel telah diterimapakai oleh Majlis Keselamatan PBB.

6. Sebagai tanda sokongan yang berterusan kepada Palestin, Wisma Putra dengan kerjasama Parlimen Malaysia telah melancarkan kempen Unite for Palestine pada 27 Julai hingga 6 Ogos 2020. Kempen ini juga bertujuan memberi pendedahan kepada ahli-ahli Parlimen mengenai isu Palestin terutamanya peranan serta langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan, serta menyatakan pendirian Malaysia yang menolak sekeras-kerasnya tindakan Israel untuk mengilhak (annex) tanah-tanah Tebing Barat milik Palestin.

7. Malaysia tidak akan berganjak dari keputusan untuk menyokong sebarang usaha jujur dan konkrit untuk mencari jalan penyelesaian yang adil dan berkekalan bagi konflik Israel-Palestin ini, berdasarkan peruntukan undang-undang antarabangsa dan resolusi-resolusi PBB yang berkaitan melalui rundingan yang melibatkan pihak-pihak berkepentingan.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 133

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN DARIPADA : YB TUAN KAMARUDIN BIN ABDUN

Tuan Kamarudin Bin Abdun minta MENTERI KESIHATAN menyatakan adakah Hospital Padang Besar, di Negeri Perlis yang telah diluluskan oleh Kerajaan terdahulu dari tahun 2012 terus dibatalkan atau akan dibina semula dalam masa terdekat bagi menampung kesesakan rakyat Negeri Perlis untuk mendapat rawatan di hospital Kerajaan.

NO SOALAN: 133

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

1. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah dimaklumkan melalui surat daripada Kementerian Hal Ehwal Ekonomi bertarikh 24 Oktober 2018 bahawa status terkini pembinaan Hospital Padang Besar, Perlis telah dibatalkan oleh Kerajaan. KKM akan mempertimbangkan pembinaan Hospital Padang Besar pada masa akan datang berdasarkan keperluan keutamaan serta kedudukan kewangan semasa Kerajaan.

2. Kerajaan amat prihatin dengan kebajikan dan keperluan perkhidmatan kesihatan penduduk di Padang Besar. Untuk makluman, Kerajaan telah meluluskan pembinaan sebuah klinik kesihatan jenis 3 di Padang Besar di bawah Rancangan Malaysia Ke-Sepuluh (RMK10), Rolling Plan 4 (RP4). Klinik ini dijangka akan siap pada bulan Mei 2022 dan akan menawarkan perkhidmatan seperti seperti Rawatan Pesakit Luar, Kesihatan Ibu dan Anak, Pergigian, Rawatan Kecemasan, Farmasi, Pengimejan dan Makmal.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 134

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN DARIPADA : YB TUAN KAMARUDIN BIN ABDUN

Tuan Kamarudin Bin Abdun minta MENTERI KESIHATAN menyatakan adakah pihak Kementerian Kesihatan bercadang mengenakan kompaun atau denda yang tinggi kepada individu yang melanggar arahan pihak Kementerian sebagai Kluster Sivagangga yang baru pulang dari luar negara. NO SOALAN: 134

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

1. Kesalahan-kesalahan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (No. 7) 2020 [P.U. (A) 181/2020] boleh dikenakan kompaun. Kadar kompaun yang diperuntukkan ini adalah RM1,000 merupakan kadar maksimum denda dan ia juga terpakai bagi kesalahan-kesalahan lain di bawah Akta 342 ini.

2. Kompaun adalah salah satu tindakan awal prosiding jenayah di mana kegagalan untuk membayar kompaun yang dikenakan akan menyebabkan suatu tindakan pendakwaan dimulakan di mahkamah. Sekiranya disabitkan kesalahan, maka penalti dan hukuman bagi kesalahan tersebut adalah seperti yang dinyatakan dalam seksyen 24 Akta 342, iaitu:

“24. Mana-mana orang yang melakukan sesuatu kesalahan di bawah akta ini, yang baginya tiada penalti tertentu diperuntukkan, apabila disabitkan- (a) berkenaan dengan kesalahan pertama, boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau didenda atau kedua-duanya. NO SOALAN: 134

(b) berkenaan dengan kesalahan kedua atau kesalahan berikutnya, boleh dipenjarakan tidak melebihi lima tahun atau didenda atau kedua-duanya.

(c) Berkenaan dengan kesalahan yang berterusan didenda selanjutnya tidak melebihi 200 ringgit bagi tiap-tiap hari kesalahan itu berterusan.”

3. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang meneliti untuk meminda Akta 342 termasuk penalti dan kompaun seperti yang termaktub dalam seksyen 24 dan seksyen 25 Akta 342. Sementara menunggu Akta 342 dibuat pindaan, bagi yang melakukan kesalahan di bawah Akta 342 boleh ditawarkan kompaun maksima sebanyak RM 1,000.00.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 135

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN DARIPADA : YB TUAN KAMARUDIN BIN ABDUN

Tuan Kamarudin bin Abdun minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat meneliti semula peruntukkan makanan kepada rumah anak-anak yatim yang berdaftar di bawah JKM dari RM8.00 adalah tidak mencukupi. Peruntukkan sekarang adalah RM8.00 sehari untuk 5 kali makan adalah tidak memadai dan memohon pihak JKM menaikkan kepada RM16.00 sehari.

NO SOALAN: 135

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli yang Berhormat,

Kerajaan telah menyediakan Bantuan Kewangan kepada kepada Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK) yang memberikan perkhidmatan jagaan, perlindungan dan pemulihan kepada kumpulan sasar JKM meliputi warga emas, orang kurang upaya dan kanak-kanak.

Kerajaan bersedia mempertimbangkan pemberian Geran Rangsum yang bertujuan untuk menampung sebahagian kos perbelanjaan dan penyediaan makan dan minum penghuni yang tinggal berkediaman atau datang secara harian ke Pusat Jagaan PSK tersebut.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Senator, pemberian ini adalah tertakluk kepada syarat kelayakan dan kaedah yang telah ditetapkan di dalam Garis Panduan Pemberian Bantuan Kewangan Kerajaan Kepada PSK.

Pada masa ini, di bawah peruntukan JKM, bantuan yang disalurkan masih sebanyak RM8.00 sehari kepada penghuni yang tinggal berkediaman, manakala sebanyak RM4.00 sehari kepada penghuni yang datang secara harian.

Sebagai menyokong usaha Kerajaan, PSK wajar mengambil inisiatif untuk mendapatkan dana lain bagi menampung kos tambahan makan dan minum penghuni mengikut keperluan. NO SOALAN: 135

Pengiraan bantuan kewangan yang disalurkan juga akan mengambil kira prestasi kewangan semasa PSK tersebut. Ini adalah selaras dengan prinsip kebajikan tanggungjawab bersama melalui kerjasama strategik antara kerajaan dan PSK.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 136

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN DARIPADA : YB TUAN KAMARUDIN BIN ABDUN

Tuan Kamarudin bin Abdun minta MENTERI PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA menyatakan :-

(a) adakah Kementerian boleh membantu memberikan sejumlah dana khas untuk Negeri Perlis bagi persiapan sempena Tahun Melawat Perlis 2021; dan

(b) adakah pihak Kementerian Pelancongan bercadang membina sebuah mini taman tema di Negeri Perlis seperti Negeri Kedah dan Perak. NO SOALAN: 136

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Yang Berhormat Senator, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) tidak memperuntukkan dana khas untuk mana-mana negeri menjalankan promosi Tahun Melawat Negeri masing-masing. Namun, MOTAC konsisten dalam melaksanakan pelbagai program pelancongan seperti projek penyediaan kemudahan pelancongan dan sebagainya di semua negeri.

2. Kementerian amat menghargai cadangan dan usaha pihak Yang Berhormat Senator untuk merancakkan industri pelancongan negara khususnya di Negeri Perlis. MOTAC ada menyediakan kemudahan pembiayaan berbentuk pinjaman iaitu Tabung Infrastruktur Pelancongan (TIP) yang dikendalikan oleh Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB). Walau bagaimanapun, MOTAC tidak menyediakan peruntukan khusus bagi membiayai projek seperti yang dinyartakan oleh Yang Berhormat Senator. Oleh kerana ia bersifat komersial dan berasaskan keuntungan (profit oriented), maka ia sesuai dilaksanakan dengan kerjasama pihak swasta.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 137

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN DARIPADA : YB TUAN KAMARUDIN BIN ABDUN

Tuan Kamarudin Bin Abdun minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan bilakah pihak Kementerian Pengangkutan akan membina lif dan membuat selenggara setiap bulan di setiap stesen-stesen keretapi terutamanya di Negeri Perlis sebagai contoh Stesen Bandar Diraja Arau, Stesen Bukit Keteri dan Stesen Padang Besar untuk memudahkan warga emas dan warga OKU menikmati kemudahan yang telah disediakan NO SOALAN: 137

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Yang Berhormat Senator, pada masa ini kemudahan lif di Negeri Perlis adalah seperti berikut:-

a. Stesen Arau :- Stesen ini telah dilengkapi dengan tiga (3) unit lif untuk kegunaan semua para penumpang tren termasuk warga emas dan OKU. Ianya telah disediakan semasa pembinaan stesen ini di bawah Projek Landasan berkembar Ipoh – Padang Besar dan telah siap beroperasi sejak tahun 2016.

b. Stesen Padang Besar :- Stesen ini tidak mendapat peruntukan untuk pembinaan lif di bawah Projek Landasan berkembar Ipoh – Padang Besar. Walau bagaimanapun stesen ini telah dilengkapi dengan satu (1) unit lif KHAS sedia ada untuk kegunaan OKU sahaja.

c. Stesen Bukit Keteri :- Stesen ini tiada kemudahan lif pada masa ini. Pihak Kementerian bersama KTMB/RAC akan melihat isu ini dan mengkaji keperluan pembinaan lif untuk kegunaan warga emas dan OKU supaya pelaburan Kerajaan tersebut adalah benar-benar value for money.

NO SOALAN: 137

2. Selain itu, pihak KTMB bertanggungjawab untuk menjalankan aktiviti-aktiviti selenggaraan lif di semua stesen dan mematuhi segala aspek keselamatan yang telah di tetapkan oleh Jabatan Keselamatan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) termasuk:-

a. Melantik syarikat penyelenggaraan lif yang kompeten dan disahkan oleh pihak JKKP. KTMB telah melantik Syarikat MS Elevator Sdn. Bhd untuk melaksanakan kerja pemeriksaan dan selenggaraan lif di stesen-stesen di Negeri Perlis pada setiap bulan.

b. Syarikat MS Elevator juga bertanggungjawab untuk melaksanakan kerja-kerja baik pulih segera jika berlaku sebarang kerosakan pada lif serta memberi bantuan segera kepada para pengguna jika berlaku sebarang kes pengguna terperangkap di dalam lif.

c. Memastikan pihak JKKP membuat lawatan dan pemeriksaan untuk memperbaharui Permit Mesin Angkat (PMA) bagi Lif berkenaan sebagaimana yang diwajibkan oleh pihak JKKP.

3. Diharapkan dengan langkah yang diambil oleh Kerajaan dengan menambahbaik fasiliti di stesen-stesen kereta api akan menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam terutamanya rel untuk ke destinasi masing-masing.

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 138

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN DARIPADA : YB TUAN ZAIEDI SUHAILI

Tuan Zaiedi Suhaili minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan perincian dan senarai projek-projek jalan luar bandar, bekalan elektrik dan air luar bandar di Sarawak pada tahun 2020 dan 2021 serta bagaimana usaha Kerajaan memastikan pendapatan isi rumah di luar bandar Sarawak berada di atas tahap pendapatan garis kemiskinan baru (RM 2208) 2020. NO SOALAN: 138

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untukmakluman Ahli Yang Berhormat,

Dalam usaha menyasarkan pendapatan isi rumah di atas paras kemiskinan baru, Kementerian telahpun meletakkan keutamaan ke atas program-program di luar bandar Sarawak berdasarkan peruntukan yang telah diluluskan kepada Kementerian bagi fasa terakhir Rancangan Malaysia Ke-11 (RMKe-11) pada tahun 2020.

Keutamaan pelaksanaan ini akan menumpukan kepada program/projek KPLB yang berbentuk pembangunan fizikal, ekonomi dan modal insan yang boleh meningkatkan kesejahteraan penduduk dan seterusnya meningkatkan pendapatan purata bulanan isi rumah khasnya di daerah- daerah termiskin sekaligus mengurangkan jurang daerah-daerah terpinggir tersebut dengan daerah-daerah yang lain. Antara program-program yang dicadang untuk dilaksanakan adalah seperti:

1) Projek-projek Prasarana seperti Jalan Luar Bandar, Bekalan Air Luar Bandar, Bekalan Elektrik Luar Bandar, Jalan Perhubungan Desa, Program Ameniti Sosial, Program Perumahan Rakyat Termiskin, Projek Pemajuan Kawasan;

2) Program Ekonomi dan Keusahawanan seperti Program Peningkatan Pendapatan, Skim Pembiayaan Ekonomi Desa, Program Desa Lestari, program-program di bawah MARA dan Agensi; dan

NO SOALAN: 138

3) Pembangunan Modal Insan seperti Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya, program-program di bawah KEMAS dan INFRA.

Di samping itu juga, pembangunan secara menyeluruh juga akan dilaksanakan melalui strategi pelaksanaan yang akan dirancang oleh Kementerian di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) yang akan mula dilaksanakan pada tahun 2021 hingga tahun 2025. Perancangan pembangunan ini akan dibuat secara holistik dan mengambil kira semua aspek agar dapat memberi kesan yang optimum kepada kumpulan sasaran di luar bandar Sarawak.

Bagi projek jalan luar bandar, bekalan elektrik dan air luar bandar Sarawak bagi tahun 2020 adalah seperti berikut:

BIL. SILING 2020 NEGERI PROGRAM PROJEK (RM) Bekalan Air Luar Bandar (BALB) 7 120,000,000 Bekalan Elektrik Luar Bandar Sarawak 19 291,165,100 (BELB) Jalan Luar Bandar (JALB) 68 189,800,000 JUMLAH 94 600,965,100

NO SOALAN: 138

Manakala bagi projek BALB, BELB dan JALB Negeri Sarawak (Cadangan Permohonan Baru Dalam RMK-12 Tahun 2021) adalah seperti berikut:

BARU NEGERI PROGRAM BIL. SILING 2021 PROJEK (RM) Bekalan Air Luar Bandar (BALB) 42 168,200,000 Bekalan Elektrik Luar Bandar Sarawak 2 80,000 (BELB) Jalan Luar Bandar (JALB) 27 8,300,000 JUMLAH 71 176,580,000

Bagi mencapai hasrat tersebut, pihak Kementerian sentiasa mengadakan pertemuan dan sesi libat urus bersama pihak Kerajaan Negeri yang terlibat seperti EXCO Luar Bandar Negeri, UPEN, dan Pejabat Daerah bagi mendapatkan maklum balas, isu, cadangan serta keperluan daripada pihak Kerajaan Negeri mengenai keperluan pembangunan luar bandar. Maklum balas daripada pihak-pihak berkepentingan tersebut menyumbang kepada pelaksanaan program-program pembangunan di luar bandar Sarawak sekaligus dijadikan sebagai salah satu strategi di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12).

Sekian, terima kasih. NO SOALAN: 139

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA MESYUARAT KEDUA 2020, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS

PERTANYAAN : BUKAN LISAN DARIPADA : YB DATUK HAJI ISMAIL BIN IBRAHIM

Datuk Haji Ismail Bin Ibrahim minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR menyatakan perincian dan komposisi Jawatan Pengurusan Kanan dan Tertinggi yang mengetuai Pusat-pusat MARA di Majlis Amanah Rakyat serta sejauh mana komposisi lantikan mengikut kumpulan Penjawat Awam DG, J atau E (dari Gred 54 ke Turus III) ini membawa realiti aspirasi yang tersurat dan tersirat dalam Akta MARA 1966 serta peranan mara meningkatkan kelangsungan ekonomi bumiputera. NO SOALAN: 139

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Yang Berhormat Senator, penubuhan MARA adalah bertunjangkan kepada perjuangan bagi mengangkat ekonomi masyarakat bumiputera luar bandar dengan menggalakkan kegiatan perdagangan dan perusahaan.

Jawatan Pengurusan Tertinggi terdiri daripada Ketua Pengarah yang dibantu oleh Timbalan Ketua Pengarah mengikut sektor iaitu Keusahawanan, Pendidikan dan Khidmat Pengurusan serta Pelaburan masing-masing diisi oleh pegawai daripada Skim Pegawai Ehwal Ekonomi (E), dan sektor Pendidikan pula disandang oleh pegawai daripada kalangan Skim Pegawai Latihan Vokasional (DV).

Setiap pusat pentadbiran MARA diketuai oleh seorang ketua dengan gelaran samada Pengarah, Pengetua atau Ketua Unit dengan skim yang berbeza mengikut norma kerja serta kompleksiti jawatan terbabit. Peratusan pengisian kumpulan pengurusan mengikut skim di MARA adalah seperti berikut: Bil Skim Peratus (%) 1. E 31 2. DV 14 3. DG 53 4. WA 1 5. L 1 Jumlah 100% NO SOALAN: 139

Bagi jawatan bersifat pembangunan seperti penggubalan dasar serta perancangan, jawatan tersebut diisi dalam kalangan pegawai Skim Pegawai Ehwal Ekonomi (E). Manakala bagi jawatan di Institut Pendidikan MARA atau singkatannya IPMa, yang berteraskan pembangunan pelajar serta pengurusan akademik, kebanyakan pengisian adalah dalam kalangan skim Pendidikan sama ada DG dan DV.

Komposisi dan kepelbagaian skim perkhidmatan di MARA ini disusun bagi memastikan usaha dalam menggembleng tenaga untuk membawa aspirasi MARA dalam meningkatkan kelangsungan ekonomi bumiputera sentiasa terbela.

Sekian, terima kasih.