Dewan Rakyat Parlimen Kedua Belas Penggal Ketiga Mesyuarat Ketiga

Total Page:16

File Type:pdf, Size:1020Kb

Dewan Rakyat Parlimen Kedua Belas Penggal Ketiga Mesyuarat Ketiga Naskhah belum disemak DEWAN RAKYAT PARLIMEN KEDUA BELAS PENGGAL KETIGA MESYUARAT KETIGA Bil. 78 8 Disember 2010 Rabu K A N D U N G A N PEMASYHURAN OLEH TUAN YANG DI-PERTUA: - Mesyuarat Dewan Rakyat Ditambah Dua Hari (Halaman 1) JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) PENERANGAN DARIPADA MENTERI PERTAHANAN: - Menteri Tidak Mempertikai Semangat Patriotisme Rakyat Bukan Bumiputera (Halaman 25) UCAPAN TAKZIAH ATAS PEMERGIAN TUAN FAN YEW TENG, MANTAN AHLI PARLIMEN (Halaman 26) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2011 Jawatankuasa:- Jadual:- Maksud B.42 (Halaman 52) Maksud B.45 (Halaman 65) Maksud B.46 (Halaman 66) Maksud B.30 (Halaman 68) Maksud B.48 (Halaman 86) DR. 8.12.2010 ii USUL-USUL: Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 27) Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 67) Usul Anggaran Pembangunan 2011 Jawatankuasa:- Maksud P.42 (Halaman 52) Maksud P.45 (Halaman 65) Maksud P.46 (Halaman 66) Maksud P.30 (Halaman 68) Maksud P.48 (Halaman 86) Meminda Jadual Di Bawah P.M. 66(9) – Memotong RM100 Gaji Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (Halaman 86) DR. 8.12.2010 1 MALAYSIA DEWAN RAKYAT Isnin, 8 Disember 2010 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat ] PEMASYHURAN TUAN YANG DI-PERTUA MESYUARAT DEWAN RAKYAT DITAMBAH SATU HARI Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Ahli-ahli Yang Berhormat, saya telah menerima satu perutusan daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selaku Ketua Majlis memaklumkan bahawa kerajaan telah memutuskan supaya Mesyuarat Dewan Rakyat yang sedang bersidang dan akan berakhir pada 15 Disember 2010 ditambah satu hari lagi iaitu pada hari Khamis, 16 Disember 2010. Tambahan ini diperlukan bagi membolehkan rang undang- undang dan urusan-urusan kerajaan yang lain dapat diselesaikan. Permohonan ini adalah selaras dengan Peraturan Mesyuarat 11(2) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat. JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN 1. Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman [Lipis] minta Perdana Menteri menyatakan jumlah khatib bertauliah yang dilantik oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di seluruh Malaysia. Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir Baharum]: Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Lipis, sebagaimana Yang Berhormat sedia maklum, yang mana kuasa bagi melantik imam adalah merupakan kuasa daripada kerajaan negeri. Bagi pelantikan imam pada masa sekarang ialah sebanyak 15,104 orang khatib dan imam yang bertauliah di seluruh negara. Bagi masjid-masjid yang diuruskan secara langsung oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) iaitu sebanyak tiga buah; Masjid Negara, Masjid Putra; dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya yang mempunyai seramai 18 orang imam. Terima kasih. DR. 8.12.2010 2 Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman [Lipis]: Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Menteri. Jadi kalau kita lihat jawatan-jawatan ini dilantik oleh pihak negeri dan ada juga yang dilantik oleh JAKIM, difahamkan tadi ada tiga buah masjid. Jadi kadang-kadang kita melihat ada bagi masjid peringkat negeri dan daerah, pelantikan khatib dan imam ini adalah berdasarkan pada kelayakan dan sijil serta kursus. Namun di peringkat kawasan kampung pula kadang- kadang, di masjid-masjid kampung dan sebagainya dilantik mungkin secara bersendirian dan macam-macam lagi. Jadi apakah peranan JAKIM dalam kerjasamanya dengan kerajaan-kerajaan negeri dalam menggalakkan golongan muda untuk menjadi imam atau khatib? Ini memandangkan ia diisi oleh kumpulan. Kalau kita lihat di kampung-kampung sekarang banyak yang sudah berusia umurnya. Apakah peranan JAKIM sendiri dalam bekerjasama dengan kerajaan negeri tadi untuk melihat atau memantau masjid-masjid yang kadangkala menggunakan teks-teksnya sendiri dan terlalu mendorong pada ke arah sesuatu parti dan sebagainya? Terima kasih. Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir Baharum: Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Lipis. Kita sedia maklum bahawa sebagaimana yang telah saya jelaskan sebentar tadi, pelantikan di negeri-negeri adalah berdasarkan pada peraturan dan juga enakmen negeri masing-masing. Saya katakan tadi hanya tiga buah masjid sahaja yang dilantik oleh JAKIM sendiri iaitu seramai 18 orang; Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Masjid Putra, dan Masjid Negara. Saya sebutkan juga bahawa di peringkat negeri-negeri, kriteria-kriteria pelantikan imam- imam ini telah pun ditentukan. Memang menjadi tradisi dalam masyarakat Melayu Islam, pelantikan imam ini banyak daripada kalangan yang dikira berumur, yang dikira agak tua kerana kematangan memimpin masyarakat sebab mereka adalah merupakan pemimpin setempat yang dianggap tertinggi. Maka disebabkan itu lingkungan umur itu mengambil peranan yang penting mengikut enakmen negeri. Akan tetapi dalam masa yang sama sebagaimana Yang Berhormat Lipis sebutkan tadi, kita memahami bahawa golongan muda perlu diketengahkan juga dan inilah proses yang berlaku. Oleh sebab itu, pelantikan imam kita beri kepada tiga orang. Walaupun elaun itu dibayar oleh JAKIM tetapi dilantik oleh negeri, kita berikan tiga orang dengan harapan - selalu kita adakan perjumpaan bersama dengan pengerusi-pengerusi majlis agama supaya mereka melantik yang muda ini sebagai pelapis. Daripada tiga orang mungkin diberikan satu. Itu satu hal. Hal yang lain pula ialah berkaitan dengan bukan kerana faktor umur dan bukan kerana faktor tua ataupun muda, ada khutbah-khutbah yang dibaca berdasarkan pada bukan teks yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam. Ini kadang-kadang ada kena-mengena khatib-khatib jemputan. Ia ada juga kadang-kadang ada kena-mengena dengan khatib setempat itu sendiri tetapi ia lebih memilih. Kadang-kadang itu mungkin kerana faktor perbezaan parti politik dan sebagainya - ada perasaan yang ingin disampaikan kepada masyarakat yang tidak ada dalam DR. 8.12.2010 3 teks itu. Maka ia menggunakan kesempatan khutbah kerana perhimpunan ramai umat Islam lelaki di masjid, maka ia gunakan untuk menyampaikan pemikiran sendiri di dalam khutbah tersebut. ■1010 Ini sebenarnya dikawal oleh enakmen negeri masing-masing kerana khutbah tidak dibenarkan keluar daripada teks ataupun keluar daripada bahan khutbah yang telah disediakan. Sebenarnya juga Majlis Agama Islam Negeri boleh mengambil tindakan berdasarkan peraturan dan enakmen yang telah ada pada negeri masing-masing bagi khatib yang membaca khutbah tanpa menggunakan teks ataupun tidak berdasarkan teks ataupun menimbulkan sensitiviti di dalam khutbah tersebut. Terima kasih. 2. Dato’ Johari Abdul [Sungai Petani] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan kementerian telah mengumumkan pada tahun 2009 di mana kerajaan menyasarkan sejumlah 2.5 juta anggota RELA dalam tempoh tiga tahun:- (a) apakah jenis latihan yang akan diberikan kepada mereka; dan (b) di manakah mereka ini akan ditempatkan dan apakah faedah-faedah yang akan mereka peroleh jika mereka ditimpa kemalangan semasa bertugas. Menteri Dalam Negeri [Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein]: Tuan Yang di- Pertua untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini, setakat 31 Oktober 2010 jumlah anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia ataupun RELA adalah seramai 2,042,215 orang. Buat masa kini RELA sedang menggiatkan usaha bagi menambahkan keanggotaan untuk mencapai 2.5 juta orang menjelang akhir tahun depan. Sehubungan dengan kursus-kursus yang diberi kepada anggota-anggota RELA, pada peringkat awal mereka akan diberi kursus pengenalan di peringkat daerah yang biasanya akan dilaksanakan di balai-balai raya, sekolah dan sebagainya bagi mendedahkan secara ringkas peranan sebagai anggota pasukan RELA. Pada masa yang sama selepas kursus pengenalan anggota-anggota RELA yang juga akan diberikan kursus asas selama tujuh hari yang dikendalikan di pusat-pusat latihan RELA seluruh negara. Kursus asas ini merangkumi latihan jasmani, kawad, jati diri serta latihan ilmiah mengenai peranan dan tanggungjawab sebagai seorang anggota RELA. Setelah anggota RELA melalui kursus pengenalan sehari dan kursus ini, pihak RELA juga turut menganjurkan kursus- kursus lanjutan kepada mereka iaitu Kursus Ketua Platun RELA, Kursus Ketua Perhubungan RELA Mukim, Kursus Pengurusan Senjata Api dan lain-lain kursus tambahan yang diperlukan dari semasa ke semasa. Apabila anggota RELA tamat mengikuti kursus tersebut, mereka akan pulang ke tempat tinggal masing-masing dan berkhidmat sebagai anggota RELA bagi melaksanakan tugasan- DR. 8.12.2010 4 tugasan apabila perlu, yang diarahkan dari semasa ke semasa oleh pegawai RELA daerah. Selain dari kursus-kursus di atas, bagi mereka yang diperlukan bagi menjalankan tugas-tugas khusus setelah menghadiri kursus-kursus yang diperlukan, anggota-anggota ini akan ditempatkan untuk menjalankan tugas-tugas seperti: (i) membantu mencegah jenayah bersama PDRM; (ii) menjadi anggota sukarelawan polis, membuat rondaan cegah jenayah melalui inisiatif NKRA, mengurangkan jenayah; (iii) menjaga dan mengawal depoh-depoh tahanan; (iv) menjaga dan mengawal rumah perlindungan anti-pemerdagangan orang di Tanjong Kling, Melaka dan; (v) menyertai operasi bersepadu bersama Jabatan Imigresen dan PDRM serta lain-lain agensi penguat kuasa. Anggota-anggota RELA juga ditugaskan mengawal jeti-jeti awam di seluruh negara. Menjaga dan mengawal lapangan terbang di Sabah dan Sarawak serta membantu unit pencegah penyeludupan. Membanteras penyeludupan di kawasan-kawasan sempadan
Recommended publications
  • Dewan Rakyat Parlimen Kedua Belas Penggal Kelima Mesyuarat Pertama
    Naskhah belum disemak DEWAN RAKYAT PARLIMEN KEDUA BELAS PENGGAL KELIMA MESYUARAT PERTAMA Bil. 21 Rabu 18 April 2012 K A N D U N G A N RANG UNDANG-UNDANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan)(No.2) 2012 (Halaman 2) Rang Undang-undang Keterangan (Pindaan)(No.2) 2012 (Halaman 12) Rang Undang-undang Laut Wilayah 2012 (Halaman 82) Rang Undang-undang Rukun Tetangga 2012 (Halaman 129) Rang Undang-undang Pasukan Sukarelawan Malaysia 2012 (Halaman 185) USUL-USUL: Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 1) Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 198) DR 18.4.2012 1 MALAYSIA DEWAN RAKYAT Rabu, 18 April 2012 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat ] RANG UNDANG-UNDANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT RANG UNDANG-UNDANG MESIN CETAK DAN PENERBITAN (PINDAAN) 2012 Bacaan Kali Yang Pertama Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri I [Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop]; dibaca kali yang pertama; akan dibacakan kali yang kedua pada Mesyuarat kali ini. RANG UNDANG-UNDANG PROFESION UNDANG-UNDANG (PINDAAN) 2012 Bacaan Kali Yang Pertama Rang undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Profesion Undang- undang 1976; dibawa ke dalam Mesyuarat oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Datuk Liew Vui Keong]: dibaca kali yang pertama; akan dibacakan kali yang kedua pada Mesyuarat kali ini. USUL WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN DARIPADA PERATURAN MESYUARAT 10.06 pg.
    [Show full text]
  • Penyata Rasmi Parlimen Dewan Rakyat
    Bil. 12 Khamis 1 April 2010 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT PARLIMEN KEDUA BELAS PENGGAL KETIGA MESYUARAT PERTAMA K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT (Halaman 25) USUL-USUL: Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 25) Menjunjung Kasih Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong – YB. Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said (Kuala Krau) (Halaman 26) Diterbitkan Oleh: CAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2010 DR.1.4.2010 i AHLI-AHLI DEWAN RAKYAT 1. Yang Berbahagia Tuan Yang di-Pertua, Tan Sri Datuk Seri Utama Pandikar Amin Haji Mulia, S.U.M.W., P.G.D.K., P.S.M., J.S.M., J.P. 2. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar, P.J.N., P.B.S. J.B.S., J.S.M. (Santubong) – PBB 3. “ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Ronald Kiandee, A.S.D.K., P.G.D.K. (Beluran) – UMNO MENTERI 1. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak, D.U.P.N., S.S.A.P, S.I.M.P., D.P.M.S., D.S.A.P., P.N.B.S., D.U.B.C.(T). (Pekan) – UMNO 2. “ Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran, Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin, S.P.M.P., S.P.M.J., P.S.M., S.M.J., P.I.S., B.S.I.
    [Show full text]
  • Naskhah Belum Disemak
    Bil. 27 Isnin 18 Jun 2012 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT PARLIMEN KEDUA BELAS PENGGAL KELIMA MESYUARAT KEDUA K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perubatan (Pindaan) 2012 (Halaman 18) Rang Undang-undang Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2012 (Halaman 41) USUL-USUL: Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 17) Menangguhkan Mesyuarat Di Bawah P.M. 16(3) (Halaman 87) UCAPAN-UCAPAN PENANGGUHAN: ■ Penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja Berhubung PATI Di Sabah – Y.B. Datuk Chua Soon Bui (Tawau) (Halaman 87) ■ Polis Gerakan Marin dan Polis Gerakan Am – Y.B. Tuan Er Teck Hwa (Bakri) (Halaman 88) Diterbitkan Oleh: CAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2012 DR.18.6.2012 i AHLI-AHLI DEWAN RAKYAT 1. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin Haji Mulia, P.S.M., S.P.D.K., S.U.M.W., P.G.D.K., J.S.M., J.P. 2. “ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, P.J.N., P.B.S. J.B.S., J.S.M. (Santubong) – PBB 3. “ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Ronald Kiandee, A.S.D.K., P.G.D.K. (Beluran) – UMNO MENTERI 1. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak, D.U.P.N., S.S.A.P, S.I.M.P., D.P.M.S., D.S.A.P., P.N.B.S., D.U.B.C.(T). (Pekan) – UMNO 2.
    [Show full text]
  • Dewan Rakyat
    Bil. 17 Rabu 28 Mei 2008 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT PARLIMEN KEDUA BELAS PENGGAL PERTAMA MESYUARAT PERTAMA K A N D U N G A N RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2007) 2008 Jawatankuasa:- Jadual:- Maksud B.1, B.7 (Halaman 1) Maksud B.12 (Halaman 7) Maksud B.13 (Halaman 32) Maksud B.21 (Halaman 76) Maksud B.25 (Halaman 92) USUL-USUL: Anggaran Pembangunan (Tamb.)(Bil.2) 2007 (Halaman 1) Jawatankuasa :- Maksud P.6 (Halaman 1) Maksud P.10 (Halaman 7) Maksud P.13 (Halaman 32) Maksud P.20 (Halaman 76) Maksud P.23 (Halaman 91) Maksud P.26 (Halaman 102) Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 44) Diterbitkan Oleh: CAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2008 DR.28.5.2008 i AHLI-AHLI DEWAN RAKYAT 1. Yang Berbahagia Tuan Yang di-Pertua, Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia P.G.D.K., P.S.M., J.S.M., J.P. 2. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar, P.J.N., P.B.S. J.B.S., J.S.M. (Santubong) – PBB 3. “ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Ronald Kiandee, A.S.D.K., P.G.D.K. (Beluran) – UMNO MENTERI 1. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Dato’ Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, S.U.M.Z., D.K.1(Johor), S.P.M.S., S.S.S.J., S.P.S.A., S.S.A.P., S.P.D.K., D.U.N.M., D.P., S.P.N.S., D.G.P.N., D.S.S.A., D.M.P.N., D.J.N., K.M.N., A.M.N.
    [Show full text]
  • For Review Purposes Only
    ONLY PURPOSES REVIEW FOR Understanding the Dewan Rakyat Copyright © Konrad-Adenauer-Stiftung & Insight News Sdn Bhd. 2011 All rights reserved. No part of this book may be used or reproduced in any manner whatsoever without written permission from the Publisher except in case of brief quotations embodied in critical articles and reviews. Earlier versions of MP Watch: Eye on Parliament reports have appeared in The Nut Graph website exclusively. Images contained in this volume are courtesy and property of The Nut Graph, the interviewees and/or other sources respectively. Permission to reproduce the aforementioned and previously published material is gratefully ONLY acknowledged. FIRST EDITION: March 2011 Published by B-2-19, Merchant Square, Jalan Tropicana Selatan 1, PJU 3, 47410 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia E-mail: [email protected] Website: www.zipublications.com.my ISBN 978-967-5266-18-8 Layout & cover design by creativetrees.blogspot.com /REVIEW [email protected] Perpustakaan Negara Malaysia Cataloguing-in-Publication Data Understanding the Dewan Rakyat / The Nut Graph FOR ISBN 978-967-5266-18-8 1. Malaysia – Politics and government. I. Title. 344.07409595 Printed in Malaysia by Vinlin Press Sdn. Bhd. No. 2, Jalan Meranti Permai 1, Meranti Permai Industrial Park, Batu 15, Jalan Puchong, 47100 Puchong, Selangor, Malaysia Contents West Malaysia Constituencies Map 10 East Malaysia Constituencies Map 12 Foreword 14 Introduction 16 ONLY Part I Knowing Malaysia’s Parliamentary Democracy 20 System of governance and the role of Parliament 21 Malaysia’s electoral system 24 The work of an MP 30 Funding our MPs 38 The speaker: Functions and powers 42 PURPOSES Part II Knowing Malaysia’s MPs 54 MP Watch: who replied, who didn’t, and why 55 MPs and the ISA 63 MPs and the Islamic state issue 68 MPs and freedom of information 72 MPsREVIEW and separation of powers 77 The challenges of being an MP 81 MPs and lawmaking 88 FORStr engthening parliamentary democracy 93 Part III 222 MP Profiles 100 Perlis P.
    [Show full text]
  • Dewan Rakyat Parlimen Kedua Belas Penggal Kelima Mesyuarat Ketiga
    Naskhah belum disemak DEWAN RAKYAT PARLIMEN KEDUA BELAS PENGGAL KELIMA MESYUARAT KETIGA Bil. 53 Selasa 23 Oktober 2012 K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2013 Jawatankuasa:- Jadual:- Maksud B.10, B.11 dan B.12 (Halaman 27) USUL-USUL: Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 24) Usul Anggaran Pembangunan 2013 Jawatankuasa:- Maksud P.10 dan P.70 (Halaman 27) DR 23.10.2012 1 MALAYSIA DEWAN RAKYAT Selasa, 23 Oktober 2012 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat ] JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN 1. Dato’ Ismail bin Abd. Muttalib [Maran] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menyatakan berapakah jumlah produk yang telah ditarik balik daripada pengeluaran sejak lima tahun lepas dan mengapakah makluman tentang produk- produk yang tidak selamat dan yang telah dikeluarkan arahan penarikan balik daripada pasaran oleh agensi-agensi kerajaan yang berkaitan tidak didedahkan kepada pengguna secara berterusan. Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan I [Dato’ Tan Lian Hoe]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat bahawa kementerian ini melalui Perintah Perlindungan Pengguna (Larangan Terhadap Barang Yang Tidak Selamat) 2011 yang dikuatkuasakan pada 26 Ogos 2011 telah membuat larangan pembekalan ke atas barang pengguna yang dinamakan seven colors crystal ball dan apa-apa barang yang mempunyai ciri-ciri yang sama dengannya sebagai tidak selamat di mana barang ini telah menyebabkan kecederaan kepada kanak-kanak. Hebahan juga telah dibuat melalui notis pemberitahuan di surat khabar dan media massa umum agar pihak pembekal berkaitan menarik balik barang tersebut daripada pasaran dalam tempoh satu bulan dari tarikh kuat kuasa perintah berkaitan dengan menggunakan perbelanjaan pembekal itu sendiri.
    [Show full text]
  • Naskhah Belum Disemak]
    [NASKHAH BELUM DISEMAK] PARLIMEN KEDUA BELAS PENGGAL KEDUA MESYUARAT PERTAMA Bil. 7 Rabu 25 Februari 2009 K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) USUL-USUL: Menjunjung Kasih Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong - Y.B. Dato’ Razali bin Haji Ibrahim (Muar) (Halaman 30) Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 55) DR. 25.2.2009 i 16 Februari 2009 AHLI-AHLI DEWAN RAKYAT 1. Yang Berbahagia Tuan Yang di-Pertua, Tan Sri Datuk Seri Utama Pandikar Amin Haji Mulia, S.U.M.W., P.G.D.K., P.S.M., J.S.M., J.P. 2. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar, P.J.N., P.B.S. J.B.S., J.S.M. (Santubong) – PBB 3. “ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Ronald Kiandee, A.S.D.K., P.G.D.K. (Beluran) – UMNO MENTERI 1. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, S.U.M.Z., D.K.1(Johor), S.P.M.S., S.S.S.J., S.P.S.A., S.S.A.P., S.P.D.K., D.U.N.M., D.P., S.P.N.S., D.G.P.N., D.S.S.A., D.M.P.N., D.J.N., K.M.N., A.M.N. (Kepala Batas) – UMNO 2. “ Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Dato’ Sri Haji Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak, S.S.A.P, S.I.M.P., D.P.M.S., D.S.A.P., P.N.B.S., D.U.B.C.(T).
    [Show full text]
  • Naskhah Belum Disemak
    Bil. 25 Rabu 13 Jun 2012 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT PARLIMEN KEDUA BELAS PENGGAL KELIMA MESYUARAT KEDUA K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT: Rang Undang-undang Umur Persaraan Minimum 2012 (Halaman 23) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Profesion Undang-undang (Pindaan) 2012 (Halaman 24) Rang Undang-undang Perubatan (Pindaan) 2012 (Halaman 61) USUL: Menangguhkan Mesyuarat Di Bawah P.M. 16(3) (Halaman 74) UCAPAN-UCAPAN PENANGGUHAN: ■ Wang RM10 Juta Dihantar Menteri Besar Negeri Sembilan Melalui Money Changer – Y.B. Tuan John Fernandez (Seremban) (Halaman 74) ■ MRT Corp. Perlu Mengekalkan Bangunan-bangunan Lama di Jalan Sultan – Y.B. Tuan Fong Kui Lun (Bukit Bintang) (Halaman 75) Diterbitkan Oleh: CAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2012 DR.13.06.2012 i AHLI-AHLI DEWAN RAKYAT 1. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin Haji Mulia, P.S.M., S.P.D.K., S.U.M.W., P.G.D.K., J.S.M., J.P. 2. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, P.J.N., P.B.S. J.B.S., J.S.M. (Santubong) – PBB 3. “ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Ronald Kiandee, A.S.D.K., P.G.D.K. (Beluran) – UMNO MENTERI 1. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak, D.U.P.N., S.S.A.P, S.I.M.P., D.P.M.S., D.S.A.P., P.N.B.S., D.U.B.C.(T).
    [Show full text]
  • 3 Oktober 2012
    Bil. 42 Rabu 3 Oktober 2012 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT PARLIMEN KEDUA BELAS PENGGAL KELIMA MESYUARAT KETIGA K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2013 (Halaman 19) USUL-USUL: Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 18) Usul Anggaran Pembangunan 2013 (Halaman 19) Diterbitkan Oleh: CAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2012 DR.3.10.2012 i AHLI-AHLI DEWAN RAKYAT 1. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin Haji Mulia, P.S.M., S.P.D.K., S.U.M.W., P.G.D.K., J.S.M., J.P. 2. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, P.J.N., P.B.S. J.B.S., J.S.M. (Santubong) – PBB 3. “ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Ronald Kiandee, A.S.D.K., P.G.D.K. (Beluran) – UMNO MENTERI 1. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak, D.U.P.N., S.S.A.P, S.I.M.P., D.P.M.S., D.S.A.P., P.N.B.S., D.U.B.C.(T). (Pekan) – UMNO 2. “ Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran, Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Mohd. Yassin, P.S.M., S.P.M.P., S.P.M.J., S.M.J., P.I.S., B.S.I. (Pagoh) – UMNO 3. Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr.
    [Show full text]
  • Dewan Rakyat Parlimen Kedua Belas Penggal Keempat Mesyuarat Pertama
    Naskhah belum disemak DEWAN RAKYAT PARLIMEN KEDUA BELAS PENGGAL KEEMPAT MESYUARAT PERTAMA Bil. 14 Selasa 29 Mac 2011 K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2010) 2011 (Halaman 28) Jawatankuasa:- Jadual:- Maksud B.1 hingga B.9 (Halaman 85) Maksud B.12 (Halaman 146) Maksud B.20 (Halaman 161) USUL-USUL: Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 27) Anggaran Pembangunan Tambahan Kedua 2010 (Halaman 28) Jawatankuasa:- Maksud P.6 (Halaman 85) Maksud P.10 (Halaman 146) Maksud P.13 (Halaman 158) DR. 29.3.2011 1 MALAYSIA DEWAN RAKYAT Selasa, 29 Mac 2011 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat ] JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN 1. Datuk Md. Sirat Abu [Bukit Katil] minta Perdana Menteri menyatakan berapakah kos yang terpaksa dibelanjakan untuk sesuatu pilihan raya kecil semenjak Pilihan Raya Umum ke-12. Adakah kerajaan bercadang untuk tidak mengadakan pilihan raya kecil, sebaliknya menggantikannya dengan kaedah lain. Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz]: Tuan Yang di-Pertua, anggaran kos yang digunakan bagi menjalankan pilihan raya kecil (PRK) adalah di antara RM318,000 hingga RM1,290,000 bergantung kepada kawasan pilihan raya yang terlibat dalam pilihan raya tersebut. Perincian jumlah keseluruhan perbelanjaan PRK sejak Pilihan Raya Umum ke-12 diadakan adalah seperti berikut: Kawasan Pilihan Raya Kecil Anggaran Perbelanjaan (RM) Permatang Pauh 409,000 Kuala Terengganu 325,416 Bukit Gantang 460,971 Bukit Selambau 318,000 Batang Ai 391,700 Penanti 514,600 Manek Urai 548,003 Permatang Pasir 461,367.93 Bagan Pinang 449,485 Hulu Selangor 1,200,000 Sibu 1,000,000 Batu Sapi 1,290,000 Galas 1,047,000 Tenang 1,100,000 Merlimau 755,000 Kerdau 915,000 Jumlah besar campur sendirilah, ya.
    [Show full text]
  • Dewan Rakyat Parlimen Kedua Belas Penggal Ketiga Mesyuarat Pertama
    Naskhah belum disemak DEWAN RAKYAT PARLIMEN KEDUA BELAS PENGGAL KETIGA MESYUARAT PERTAMA Bil. 4 Khamis 18 Mac 2010 K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) USUL: Menjunjung Kasih Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong – YB. Dato’ Haji Ismail bin Haji Mohamed Said (Kuala Krau) (Halaman 32) DR. 18.3.2010 1 MALAYSIA DEWAN RAKYAT Khamis, 18 Mac 2010 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat ] JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN 1. Dato’ Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib [Maran] minta Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan menyatakan berapakah jumlah tindakan yang telah diambil oleh kerajaan terhadap “ bloggers ” yang sering menyebarkan isu-isu yang boleh menjejaskan perpaduan dan keharmonian negara dan apakah tindakan berterusan kerajaan dalam menangani masalah ini. Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan [Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim]: Tuan Yang di-Pertua, saya pohon untuk menjawab pertanyaan ini bersekali dengan pertanyaan daripada Yang Berhormat Libaran bertarikh 1 April 2010 kerana ia menyentuh isu yang sama iaitu tindakan terhadap “ bloggers” yang menyebarkan isu yang menjejaskan perpaduan. Tuan Yang di-Pertua, diucapkan terima kasih sekali lagi. Bagi tempoh Januari hingga 23 Februari tahun ini, pihak SKMM telah menerima sebanyak 101 aduan berhubung kandungan laman web atau blog di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Sebanyak 58 aduan adalah bagi kandungan lucah manakala 43 aduan bagi kandungan mengancam dan jelik termasuklah laman web yang menghina Sultan. Dari jumlah ini, 15 kes aduan sedang disiasat di bawah seksyen 211 dan 233 (1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 manakala 63 kes lagi disiasat kerana kesalahan melanggar pelbagai akta.
    [Show full text]
  • Dewan Rakyat Parlimen Keduabelas Penggal Pertama Mesyuarat Ketiga
    [Dokumen ini belum disemak] DEWAN RAKYAT PARLIMEN KEDUABELAS PENGGAL PERTAMA MESYUARAT KETIGA Bil. 66 24 November 2008 Isnin K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH P.M. 18(1): ■ Pengaliran Keluar FDI Secara Besaran - Y.B. Datuk Seri Anwar Ibrahim (Permatang Pauh) (Halaman 27) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2009 Jawatankuasa:- Jadual:- Maksud B.26 (Halaman 30) Maksud B.27 (Halaman 64) Maksud B.28 (Halaman 139) USUL: Usul Anggaran Pembangunan 2009 Jawatankuasa:- Maksud P.26 (Halaman 30) Maksud P.27 (Halaman 64) Maksud P.28 (Halaman 139) Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 57) DR. 24.11.2008 1 MALAYSIA DEWAN RAKYAT Isnin, 24 November 2008 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat] JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN 1. Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman [Lipis] minta Menteri Pengajian Tinggi menyatakan tentang penguasaan bahasa Inggeris yang kurang memberangsangkan di kalangan pelajar-pelajar Melayu walaupun institusi-institusi pengajian tinggi terutamanya UiTM yang mengajar dalam bahasa Inggeris. Timbalan Menteri Pengajian Tinggi II [Dr. Hou Kok Chung]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon untuk menjawab pertanyaan ini bersekali dengan pertanyaan nombor 16 daripada Yang Berhormat Libaran yang dijadualkan pada hari ini juga kerana ia menyentuh isu yang sama. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Baik. Dr. Hou Kok Chung: Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Kementerian Pengajian Tinggi sentiasa menitikberatkan kepentingan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan graduan universiti tempatan tanpa mengira kaum.
    [Show full text]