Adat Mengulum Bahasa.Pdf.Pdf
Total Page:16
File Type:pdf, Size:1020Kb
DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA BRUNEI KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIADAN SUKAN Diterbitkan oleh Dewan Bahasa dun Pustaka Kementerian Kebudayaan, Belia dun Sukan Lapangan Terbang Lama Berakas BB35lO Negara Brunei Darussalam O Yura Halim, 1993 Cetakan Pertama 1993 Cetakan Kedua 2006 Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-rnana bahagian artikel, ilustrasi, dun isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dun dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau cara lain sebelum mendapat kin bertulis daripada Pengarah Dewan Bahasa dun Pustaka, Brunei Darussalam. Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei Pengkatalogan Data-dalamqenerbitan Yura Halim Adat mengulum bahasnura Halim. - Bandar Seri Begawan : Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei, 2006. 83 p. ISBN 999 17-0-438-8 1. Brunei Darussalam - Social life and customs. I. Title 390.095955 (DDC 20) Reka Bentuk Hiasan Kulit Abdull Rahman Ahmad Editor Penyeleng'gara Hajah Hasimah Haji Hanafi Tim Penerbitan Nor Hani Mohd. Daud, Hajah Norfulziah Haji Ismail, Hajah Ramlah Haji Abd. Rahman, dan Rosiah Haji Jaludin Rupa Taip Teks: Times, 11/13 poin Atur Huruf oleh Dewan Bahasa dun Pustaka, Brunei Darussalam Dicetak oleh Pencetak Brunei, Brunei Darussalam Kandungan Prakata vii Prakata (Dipetik dari cetakan pertarna) ix Pendahuluan xi 1 Adat Istiadat Brunei Pengenalan Adat dan Hubungannya dengan Puak di Brunei Darussalam Penghormatan Terhadap Adat Istiadat Diraja Corak Pentadbiran Brunei Menurut Adat Corak Pemerintahan Adat yang Ada Sekarang Pengganti Raja 2 Sopan Santun di Majlis Beradat Pengenalan Aluan Sembah Menjunjung Anugeraha Susunan Duduk di Majlis Beradat Menganugerahi Geiaran 3 Adat Mengulum Bahasa Pengenalan Patik dan Tuan Patik Patik, Hamba Kebawah Duli Tuan Patik dan Kebawah DuJi Tuan Patik Tuanku dan Hamba Duli Tuanku atau Duli Tuanku dan Hamba Duli Tuanku Peramba dan Tuan Peramba Nenda, Ayahanda, Bonda, Kekanda, Adinda, Anakanda dan Cucunda Kawang dan Kedayang Kaola dan Tuan Kaola Kaola Pengian Tuan Kaola Babu Dato dan Datu Bahasa Dalam Ti tah Sabda Terasul pada Gelaran Salam dan Ziarah Glosari Indeks ADAT MENG ULUM Bahasa diterbi tkan julung kali lebih sedekad yang lalu. Kini Jabatan Dewan Bahasa dan Pustaka mencetak ulang buku ini atas permintaan orang ramai dan mahasiswa Universiti Brunei Darussalam. Sekali lagi ucapan setinggi pengfiargaan dan syabas kepada penyusun buku iaitu Yura Halim atas usaha mengetengman adat istiadat diraja, dan adat serta budaya orang katani Brunei yang kekal turun- temurun. Tidak dinafikan kemantapan adat merupakan asas yang mustahak lebih-lebih lagi untuk perpaduan dan keteguhan bangsa yang dihormati. Di negara kita, kepercayaan serta penghorrnatan kepada adat serta taat setia yang ikhlas anak negeri ini telah merealisasikan negara kita kekal dengan konsep Melayu Islam Beraja. Semoga Adat Mengulum Bahasa ini dapat dimanfaatkan oleh orang katani khasnya bukan sahaja sebagai bangsa yang prihatin dan berpengetahuan bahkan sebagai bangsa yang berbangga kerana mempunyai adat dan budaya bangsanya sendiri. - Dr. Mataim bin Bakar Pemangku Pengarah Prakata (Dipetik dari cetakan pertama) NAMA YURA Halim cukup dikenali dalam dunia sastera di rantau ini. Beliau adalah seorang tokoh penulis yang pernah menghasilkan novelet Mahkota Berdarah, Sekayu Tiga Bangsi dan Loyang Tua Balan Berkias (koleksi sajak). Sajak-sajak beliau juga pernah terbit dalam antologi sajak bersama penulis lain. Ketokohan beliau dalam dunia sastera dibuktikan dengan pengiktirafan beliau diangkat sebagai tokoh dalarn Tamu Penulis anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka dan Pemenang Anugerah Kebudayaan ASEAN (bahagian sastera) dalam tahun 1987 di Bangkok. Yura Halim sendiri pernah memegang pelbagai jawatan dalam pentadbiran awam. Pendidikan beliau di dalam dan luar negeri memberikan beliau pengalaman yang amat berguna. Jawatan Menteri Besar iaitu jawatan terakhir yang beliau pegang sebelum bersara adalah jawatan yang tinggi dalam pentadbiran awam di Negara Brunei Darussalam ketika itu. Malah beliau adalah 'orang dalam' dalam institusi beraja Negara Brunei Darussalam dengan penganugerahan gelaran Yang Amat Mulia Pengiran Setia Negara dari Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussaiam. Sebagai 'orang dalam' beliau amat matang lagi 'arif' dalam Adat Istiadat Diraja. Kesungguhan dan minat beliau dalam adat istiadat Brunei Darussalam dapat dibuktikan dengan penyusunan bukunya yang pertama mengenai adat istiadat yang berjudul Adat Istiadat Diraja Brunei (1958) di samping kemampuan menyediakan dan membentangkan kertas kerja dalam seminar yang krhubung dengan adat istiadat seperti Seminar Kebudayaan anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka. Dengan penerbitan buku ini, sekali lagi membuktikan minat dan perhatian beliau yang mendalam tentang adat istiadat Brunei Darussalam yang kekal turun-temurun. Ini adalah usaha yang murni dan patut dicontohi oleh tokoh lain dalam memberikan sumbangan di bidang kebudayaan Brunei untuk tatapan generasi akan datang. Dengan cara ini kita dapat mengenal dan mengekalkan adat istiadat dan kebudayaan Melayu Brunei demi menegak dan mengukuhkan sistem Melayu Islam Beraja di Negara Brunei Darussalam ini. - Dato Paduka Haji Mahmud bin Haji Bakyr Pengarah Pendahuluan KELAHIRAN BUKU Adat Mengulum Bahasa yang ringkas ini adalah umpama bertimpuh di hujung jungkar sambil menyusun jari di hadapan pembaca. Buku ini hanyalah membisikkan secebis ristaan untuk pembaca yang ingin menjangangkan telinga dan mengesat mata, kalau-kalaulah ada antara yang ketinggalan atau terlupa. Semoga setitik percikan ristaan daripada purih yang tercicir ini akan dapat menjadi tali penyambung ristaan warisan bangsa, penyulai bahasa, penyantun rasa dalam usaha kita bersama membangun, mengusai bangsa dan negara yang bersulamkan keindahan adat bahasa dan resam Brunei Darussalam. Tidak ada gading yang tidak retak, tak ada bumi yang tidak ditimpa hujan, tidak ada tubuh yang tidak calar, demikian jugalah keadaan buku ini tidak terkecuali daripada kekurangan dan kelemahan serta kealpaan. Sesungguhnya buku ini hanyalah rantis yang ditebas dengan pemarang tumpul, maka kita penuh berharap ia dimaafkan. Mudah-mudahan rantis pemarang turnpul ini akan diusai dan dibisaikan oleh ahli yang memedulikan adat budaya bangsa, semoga Allah memberkatin y a. Prakata yang penuh berhikmah dari Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei Darussalam dalam mengalu-alukan penampilan buku ini adalah satu penghargaan dan penghorrnatan yang amat bemakna. Semoga ingatan muhibah sedemikian akan terkumpul di dalam rahmat Allah jua. Teratak Yura - Yura Halim 2 Mei 1992 29 Syawal 1412 BAB I Adat Istiadat Brunei Pengenalan NEGARA BRUNEI Darussalam adalah sebuah negara yang merdeka dan penuh berdaulat. Sebagai sebuah negara, luta mempunyai kebudayaan dan peradaban seperti juga negara lain di dunia ini. Pagertian kebudayaan atau istilah kebudayaan itu amat lumrah dianalisis oleh ahli fikir sebagai satu cara hidup manusia, ia mengandungi nilai yang tercipta daripada hasil budi yang digemari, disenangi, diamalkan dan dihormati serta dipercayai oleh masyarakat yang mewujudkan peradaban itu yang biasa disebut dalarn bahasa Inggeris sebagai civilization. Peradaban ini mempunyai banyak kaitannya dengan adat yang dicipta oleh masyarakat itu sendiri. Apabila satu pengolahan kebaikan peradaban yang merupakan bentuk peraturan yang disukai, disenangi, diamalkan dan dihormati serta dipercayai oleh sesuatu masyarakat dan kekal diikuti dan dihormati maka terjadilah ia seba.gai peraturan yang sempurna bagi ikutan orang ramai. Bentuk peradaban yang teratur, tersusun rapi, yang digemari, sesuai dan disenangi, dipercayai, dihormati serta dipraktikkan oleh masyarakat yang berkenaan dan menjadi warisan turun-temurun biasanya diakui sebagai adat bagi masyarakat atau bangsa itu. Adat merupakan warisan yang dihormati oleh masyarakat, baik yang lama ataupun baru. Adat yang diubahsuai atau dibisai itu kebiasaannya banyak dipengaruhi oleh kepercayaan, ADAT MENGULUM BAHASA corak hidup dan agama. Adat adalah peraturan hidup atau sukat-sukat sebagai garis pandu keperibadian yang mengawal kebaikan dan kesempurnaan sesuatu masyarakat. Adat adalah sebagai satu faktor hidup yang dapat kita sifatkan sebagai pengawal keperibadian dan kebudayaan bangsa. Peribahasa 'Hidup dikandung adat, adat dikandung adab' tumbuh daripada kekuatan budi yang mempunyai nilai hidup bermasyarakat. Mengasuh keperibadian yang mereka percayai dan hormati dalam pergaulan hidup sehari-hari. Manusia yang tidak mempunyai adat, hidupnya tidak teratur, kasar dan dikatakan biadab - tidaklah ada bezanya dengan hidup haiwan. Manusia adalah makhluk yang Allah kurniakan dengan aka1 dan fikiran. Dengan teguhnya adat, maka lahirlah masyarakat yang beradab yang penuh sopan santun dan bahasa yang beradat mengandung adab. Masyarakat manusia yang mengakui berperibadi dan mengenali diri tidak dapat menghindarkan diri daripada adat yang mengandung adab. Betapa teguhnya kita hidup dengan adat dapat diperhatikan daripada peribahasa 'Biar mati anak jangan mati adat.' Sesungguhnya peribahasa ini menitikberatkan kepada adat melebihi daripada yang lain-lain. i Dengan memandang pada keadaan masyarakat, kita ikuti I t 1 bahawa perkembangan hidup manusia adalah menurut kebiasaan alam semula jadi iaitu melalui proses kelahiran, birth, membesar atau tumbuh, growth, dan perkembangan, development. Proses ini adalah proses alam semula jadi. Kita manusia juga demikian; secara lojiknya kita tidak dapat meng- hindarkan kenyataan, bahawa kelahiran dan perkembangan