06/05/2019, 341 PM Page 1 of 1

"

HUJUNG MINGGU » Santai ! Isnin, 19 March 2018 | 9:55pm

GALERI Diraja Sultan Abdul Aziz antara lokasi yang menjadi tumpuan orang ramai serta pelancong dalam Jejak Warisan di sekitar Bandar Klang. - Foto Faiz Anuar

BALAI Bomba dan Penyelamat Kota Raja antara lokasi kegemaran orang ramai serta pelancong dalam Jejak Warisan Klang di sekitar Bandar Klang. - Foto Faiz Anuar

GEDUNG Raja Abdullah antara lokasi yang menjadi tumpuan orang ramai serta pelancong dalam Jejak Warisan Klang di sekitar Bandar Klang. - Foto Faiz Anuar

18 'hentian' khazanah Jejak Warisan Klang

Oleh Norzamira Che Noh [email protected]

KLANG: Sebut sahaja nama Klang, pasti ramai terbayangkan Pelabuhan Klang dan Jalan Tengku Kelana yang terkenal khususnya menjelang perayaan Deepavali dan Tahun Baharu Cina.

Menjadi pusat penempatan sejak 4,500 tahun dahulu, pusat pemerintahan kerajaan ini turut dikenali sebagai Bandar Diraja, sebelum yang menjadi ibu negeri.

Sebagai pusat pemerintahan, pelbagai lakaran sejarah terukir di daerah ini yang rata-rata tidak diketahui umum khususnya di bahagian selatan bandar.

Atas sebab itu inisiatif Jejak Warisan Klang (JWK) diwujudkan meliputi 18 lokasi unik di sekitar bandar ini, yang mana setiap satu daripadanya mempunyai nilai sejarah tersendiri yang cukup tinggi.

Penyelidik Sejarah Selangor, Faisal Surani, berkata inisiatif itu dimulakan sejak 2010 dengan lebih 20 lokasi dikenal pasti pada peringkat awal, sebelum 18 daripadanya disenarai sebagai tarikan dalam JWK.

Beliau yang turut bertanggungjawab dalam mengenal pasti tempat unik serta mempunyai nilai sejarah tinggi itu, berkata beberapa elemen diambil kira dalam menentukan kesesuaian lokasi tarikan JWK.

PENYELIDIK Sejarah Selangor, Faisal Surani menunjukkan peta Jejak Warisan Klang untuk kemudahan orang ramai serta pelancong luar negara mengenali lebih dekat lokasi bersejarah yang terdapat di sekitar Bandar Klang. - Foto Faiz Anuar

"Klang terbahagi kepada dua iaitu Klang Selatan dan Klang Utara...bandar ini dipercayai mula berkembang di bahagian selatan, menyebabkan tempat atau binaan sejarah juga terletak di bahagian sama.

"Dalam menentukan lokasi bersesuaian, elemen diambil kira termasuklah status nilai sejarah tinggi, selain jarak sesuatu lokasi tarikan itu yang berdekatan antara satu sama lain dan bersesuaian untuk pejalan kaki," katanya.

Jelajah bermula di Stesen Kereta Api Klang

Mengulas lokasi JWK, katanya ia termasuk Stesen Kereta Api (KTM), Gedung Raja Abdullah, Kota Raja Mahadi, Jambatan Kota, Jalan Tengku Kelana, Masjid Diraja Sultan Suleiman, Istana Alam Shah, Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz, Stesen Keretapi Klang dan Balai Bomba dan Penyelamat Klang Selatan.

Lokasi lain turut disenarai ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Convent Klang, Old Chartered Bank Building, Pejabat Agama Islam, Sekolah Kebangsaan (SK) Klang, Kolej Islam Sultan Alam Shah dan rumah kedai sebelum dan selepas perang," katanya.

"JWK bermula di Stesen Kereta Api Klang kerana mengambil kira kemudahan untuk pelancong yang tinggal di luar daerah ini.

"Tempoh kira-kira tiga jam diperlukan untuk melengkapi 18 tarikan disenarai melalui JWK, dengan jarak antara satu lokasi dengan lokasi lain antara seminit hingga 20 minit berjalan kaki," katanya.

ANTARA pameran mengenai sejarah Sultan Selangor yang terdapat di dalam Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz yang juga antara lokasi yang menjadi tumpuan orang ramai serta pelancong dalam Jejak Warisan Klang di sekitar Bandar Klang. - Foto Faiz Anuar

JAMBATAN Kota antara lokasi yang menjadi tumpuan orang ramai serta pelancong dalam Jejak Warisan Klang di sekitar Bandar Klang. - Foto Faiz Anuar

Faisal berkata, Gedung Raja Abdullah antara tarikan utama JWK kerana ia bekas kediaman dan gudang milik Raja Abdullah Raja Jaafar, yang dilantik Sultan Selangor pada 1854, sebelum pihak British menjadikannya pejabat kerajaan mereka 20 tahun kemudian.

Katanya, pada 1895 gedung itu dijadikan muzium yang banyak menyimpan khazanah lama dan digunakan untuk menyimpan bijih timah serta hasil dagangan lain yang diangkut melalui Pangkalan Batu di pinggir Sungai Klang.

Nilai estetika sejarah setiap tarikan

"Kota Raja Mahadi pula dibina pada 1866 oleh Raja Mahadi Raja Sulaiman iaitu cucunda kepada Sultan Muhammad Selangor ke-3 dan dijadikan kubu ketika Perang Klang yang pertama pada 1866.

"Selain itu Jambatan Kota Klang yang dibina pada Mei 1957 turut mempunyai nilai sejarah tersendiri sebagai jambatan dua tingkat pertama di Asia Tenggara.

"Tingkat atas jambatan adalah untuk laluan kenderaan berat, manakala tingkat bawah pula untuk laluan pejalan kaki serta motosikal sebelum ia sudah ditutup sekitar 1980-an," katanya

Faisal berkata setiap satu bangunan tinggalan sejarah yang disenarai melalui JWK mempunyai nilai estetika tersendiri dan mampu menjadi tarikan terbaharu bagi pelancong asing ke Klang, di samping menjadi titik permulaan kegemilangan pelancongan di Bandar Diraja itu.

Tambahan pula, katanya beberapa lokasi seperti Jambatan Kota, Gedung Raja Abdullah, Masjid Diraja Sultan Suleiman, Kota Raja Mahadi dan Galeri Diraja, sudah diwartakan Jabatan Warisan Negara sebagai warisan.

KOTA Raja Mahadi antara lokasi yang menjadi tumpuan orang ramai serta pelancong dalam Jejak Warisan Klang di sekitar Bandar Klang. - Foto Faiz Anuar

INFO: Klang

Menjadi pusat penempatan sejak 4,500 tahun dahulu, iaitu pada zaman logam berdasarkan penemuan artifak logam dan gangsa.

Pusat pemerintahan Selangor selepas pentadbiran negeri berpindah dari Kuala Selangor

Turut dikenali sebagai Bandar Diraja

Usaha kenal pasti tarikan JWK dilakukan Majlis Perbandaran Klang (MPK), Pejabat Daerah dan Tanah Klang, Tourism Selangor, Persatuan Sejarah

Berminat menyusuri JWK boleh hubungi Bahagian Pelancongan, Jabatan Kemasyarakatan MPK di talian 03-3375 5555

Berita Berkaitan

Klang pilihan pelancong KCR anjur Pesta Budaya Klang 2.0

Sejarah Selangor Sultan Selangor rasmi terbengkalai Jambatan Ketiga Klang

Peti besi misteri tarikan Larian perpaduan galeri bomba sempena Ulang Tahun Keputeraan Sultan Selangor

Klang ke arah bandar raya Gangguan bekalan air di Diraja pertama di Klang, Shah Alam, Kuala Malaysia Langat

Disyorkan

Popular

Derita Che Awadi berakhir

Wan Kelly meninggal dunia ketika ujian suara

Ada penjawat awam tidak mahu kerajaan PH diteruskan - PM

Nasir Search selamat diijab kabul

Budak perempuan 12 tahun dirogol rakan bapa

Ramadan 6 beradik suram tanpa ibu bapa

Brunei batal laksana hukuman mati kes homoseks

Man United kempunan lagi

Zionis terus sembelih penduduk Palestin di awal Ramadan

41 dikhuatiri maut pesawat Russia mendarat cemas

© 2018 BH, New Straits Times Press (M) Bhd. A part of Media Prima Group.