MALAYSIA

DEWAN RAKYAT

ATURAN URUSAN MESYUARAT NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA

http://www.parlimen.gov.my

HARI SELASA, 26 APRIL 2005, PUKUL 10.00 PAGI

Bil. 21

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

1. 37-100602 Datuk Haji Rosli Bin Mat Hasan [ Dungun ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan bilangan Lesen Laut Dalam yang dikeluarkan setiap negeri dan benarkah dakwaan yang menyatakan satu pertiga lesen tersebut dipajakkan kepada warga asing dan nyatakan kerugian hasil tangkapan negara dari pajakkan tersebut.

2. 220-100314 Dato’ Haji Che Min bin Che Ahmad [ Pasir Puteh ] minta MENTERI PELANCONGAN menyatakan bagaimanakah perkembangan Tok Bali sebagai pusat pelancongan yang menarik dapat dimajukan dengan prasarana yang lengkap.

3. 69-100604 Dato’ Liow Tiong Lai [ Bentong ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan:-

(a) tahap keselamatan dan kadar kemalangan di Lebuh Raya Pantai Timur dari KL-Kuantan; dan

(b) apakah langkah-langkah yang akan diambil untuk mengurangkan kemalangan jalan raya dan meningkatkan keselamatan pengguna lebuh raya.

4. 93-100723 Dr. Rozaidah Binti Talib [ Ampang ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan bagaimanakah pihak Kementerian dapat membantu hasrat melahirkan lebih ramai jururawat terlatih di negara ini memandangkan hanya sebahagian kecil daripada kursus kejururawatan di IPTS mendapat pengiktirafan Lembaga Akreditasi Negara.

2 AUM DR 26/04/2005

5. 145-100862 Puan Tan Ah Eng [ Gelang Patah ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan tindakan kawal selia terhadap bank-bank komersial yang mencari jalan untuk mengenakan bayaran ke atas pelbagai jenis perkhidmatan, memandangkan tidak ada bayaran dikenakan ke atas perkhidmatan yang berkenaan sebelum proses penggabungan diadakan.

6. 68-100861 Dato’ Mohd Sarit Bin Haji Yusoh [ Temerloh ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan adakah Kementerian sedar kegiatan berpersatuan dipercayai dapat mengelakkan belia daripada terjerumus dalam masalah sosial. Tetapi, 70 peratus daripada belia tidak menjadi ahli mana-mana persatuan, termasuk persatuan belia. Apakah perancangan dan tindakan Kerajaan terhadap belia yang tidak berpersatuan ini.

7. 161-100047 Datuk Abdul Rahim Bin Bakri [ Kudat ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan apakah Kerajaan bercadang memperluaskan penggunaan HDNR (High Damping Natural Rubber Bearing) untuk melindungi bangunan daripada kerosakan akibat gempa bumi. Berapa peratus yang telah menggunakannya dan setakat manakah persediaan sistem amaran awal (EWS) untuk melindungi penduduk dari gejala tsunami.

8. 22-101018 Ir. Shaari Bin Hassan [Tanah Merah] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah Kementerian mempunyai perancangan khusus untuk menyelenggarakan sekolah-sekolah lama khususnya di luar bandar dan memastikan bekalan air bersih ke sekolah-sekolah dapat diselesaikan.

9. 142-100408 Tuan Teng Boon Soon [ Tebrau ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan adakah Kerajaan bercadang menubuhkan Jawatankuasa Pemantau Alam Sekitar yang dianggotai juga oleh wakil NGO yang berwibawa di setiap negeri untuk membantu menjayakan Rancangan Fizikal Negara (RFN).

10. 76-100370 Datuk Ismail Sabri Bin Yaakob [Bera] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah jumlah syarikat FELDA dan anak-anak syarikat FELDA dan berapakah pendapatannya setiap tahun dan berapakah jumlah yang diperuntukkan bagi projek prasarana dan kebajikan peneroka di rancangan-rancangan FELDA di seluruh negara setiap tahun.

11. 139-100469 Ir. Dr. Wee Ka Siong [ Ayer Hitam ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan 5 buah syarikat yang paling banyak berhutang dengan Telekom Malaysia. Apakah tindakan yang diambil terhadap syarikat yang berhutang tersebut.

3 AUM DR 26/04/2005

12. 11-101047 Dato’ Haji Ghazali Bin Ibrahim [ Padang Terap ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan:-

(a) jumlah industri asas tani yang dirancang akan dilaksanakan dan jenis industri berkenaan; dan

(b) apakah perancangan Kerajaan bagi memastikan industri ini dapat dilaksanakan.

13. 74-100563 Tuan Haji Ismail Bin Abd Mutalib [ Maran ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan apakah pihak Kerajaan akan meneruskan cadangan untuk memberikan taraf berpencen kepada atlet-atlet negara dan apakah syarat-syarat yang telah ditetapkan untuk pemberian tersebut.

14. 62-101180 Brig Jen (B) Datuk Seri Abd Hamid Ngah @ Zainal Abidin [ Parit Buntar ] minta PERDANA MENTERI menyatakan cadangan bagi menambahbaikkan Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang sering mendapat kritikan pelbagai pihak.

15. 195-101157 Tuan Jelaing Mersat [ Saratok ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan usaha-usaha Kementerian untuk menambah kemudahan- kemudahan di kampung-kampung untuk permainan dan sukan lebih-lebih lagi di kawasan pedalaman.

16. 189-101254 Datuk Seri Tiong King Sing [ Bintulu ] minta MENTERI HAL EHWAL DALAM NEGERI menyatakan sejauh manakah hasil usaha Kerajaan di dalam menjalankan Pendaftaran Lewat Sijil Kelahiran dan Pendaftaran Kad Pengenalan Secara Bergerak di Negeri terutama di Bintulu yang dijalankan baru-baru ini.

17. 200-100589 Tuan Haji Ismail Bin Noh [ Pasir Mas ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah tindakan Kerajaan bagi mengatasi import bekalan beras dan bekalan lain dari negara jiran memandangkan krisis di selatan negara tersebut semakin meningkat yang membawa kepada terjejasnya kemasukan bahan-bahan penting itu ke negara kita.

4 AUM DR 26/04/2005

18. 21-101140 Tuan Haji Md. Alwi Bin Che Ahmad [ Ketereh ] minta PERDANA MENTERI menyatakan pendirian Kerajaan terhadap cadangan penubuhan Suruhanjaya Antara Agama Malaysia (Inter-Faith Commission) yang bukan sahaja mencabar perlembagaan negara dan menyentuh sentimen umat Islam tetapi menjadi tanda tanya Islam Hadhari yang ingin negara tonjolkan. Apakah tindakan Kerajaan bagi mendapatkan kembali kepercayaan umat Islam bahawa negara ini adalah negara Islam.

19. 100-100214 Dato’ Dr. Tan Kee Kwong [ Segambut ] minta MENTERI HAL EHWAL DALAM NEGERI menyatakan tentang sindiket penjualan MyKad, jumlah kes dilaporkan pada tahun 2004. Apakah langkah yang telah diambil untuk mengatasi perkara ini.

20. 167-100728 Tuan Raime Bin Unggi [ Tenom ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan sejauh manakah usaha-usaha pihak Kementerian dalam mencantikkan dan menceriakan kawasan bandar-bandar dan pekan-pekan bagi merealisasikan hasrat Kerajaan iaitu konsep "Bandar Dalam Taman".

21. 218-100218 Tuan Chong Hon Min [ Sandakan ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah projek-projek pembangunan yang telah dan akan dilaksanakan di kawasan Parlimen Sandakan bagi tahun 2003, 2004 dan 2005 dengan maklumat terperinci setiap projek dan kos yang terlibat.

22. 34-100316 Dato’ Razali Bin Ismail [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan perkembangan terkini untuk membina IPTA yang baru di negeri Terengganu.

23. 193-100709 Tuan Haji Fadillah Bin Yusof [ Petra Jaya ] minta MENTERI HAL EHWAL DALAM NEGERI menyatakan status pengampunan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di negara ini dan langkah-langkah yang diambil bagi mengawal kemasukan PATI di masa hadapan.

24. 180-100919 Tuan Jawah Anak Gerang [ Lubok Antu ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan langkah-langkah yang lebih menyeluruh dan berkesan yang diambil oleh Kerajaan bagi mengatasi keadaan Universiti- universiti di Malaysia begitu sunyi dan kurang menganjurkan seminar dan kongres atau majlis ceramah.

5 AUM DR 26/04/2005

25. 197-100151 Tuan Aaron Ago Anak Dagang [ Kanowit ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan punca dan kesan masalah kekurangan minyak "diesel" di Sabah dan Sarawak baru-baru ini.

26. 121-100225 Datuk Haji Mohd Said bin Haji Yusof [ Jasin ] minta MENTERI KESELAMATAN DALAM NEGERI menyatakan langkah-langkah untuk meningkatkan kawalan penyeludupan mercun dan bunga api yang berleluasa semasa Perayaan Tahun Baru Cina baru-baru ini.

27. 81-100634 Dato’ Yap Pian Hon [ Serdang ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan:-

(a) berapakah jumlah kutipan Tol di Lebuh raya Damansara- Puchong, Lebuh raya Sg. Besi, Lebuh raya Kajang-Cheras dan Lebuh raya Shah Alam pada tahun 2003 dan 2004; dan

(b) bilakah kutipan tol syarikat konsesi lebuh raya-lebuh raya akan tamat tempohnya.

28. 177-100915 Tuan Richard Riot Jaem [ Serian ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan rancangan-rancangannya untuk menaik taraf (Permix) jalan-jalan kampung di negeri Sarawak yang kebanyakannya masih dihubungkan dengan jalan tanah dan kerikil.

29. 33-100513 Tuan Che Azmi Bin Haji Abdul Rahman [ Kuala Nerus ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan bilangan dan anggaran kos projek runding terus di negeri Terengganu di bawah pembiayaan Dana Khas Kerajaan Persekutuan yang telah mendapat surat niat dan telah selesai runding harga tetapi masih belum dikeluarkan LA atau 'Letter of Acceptance'. Nyatakan projek-projek berkenaan yang akan diteruskan dan projek-projek yang akan dibatalkan. Bilakah projek-projek yang akan diteruskan ini akan dikeluarkan LA.

30. 184-101098 Tuan Tiong Thai King [ Lanang ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan:-

(a) angka terkini bagi pembawa AIDS mengikut kaum di negara kita; dan

(b) sehingga kini, bilangan orang yang meninggal dunia akibat penyakit ini.

6 AUM DR 26/04/2005

31. 134-100999 Tuan Baharum Bin Mohamed [ Sekijang ] minta MENTERI HAL EHWAL DALAM NEGERI menyatakan apakah skim perkhidmatan yang digunakan untuk melantik Pengarah Rela Negeri dan Pegawai Rela Daerah yang mengakibatkan mereka menerima gaji yang terendah berbanding dengan perkhidmatan lain.

32. 118-101330 Tuan Haji Idris Bin Haron [ Tangga Batu ] minta MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI menyatakan berapakah bilangan pusat Giat MARA yang terdapat di seluruh negara mengikut negeri-negeri dan apakah graduan-graduan pusat-pusat GIAT ini mencapai aspirasi penubuhannya.

33. 38-100194 Tuan Ahmad Shabery Bin Cheek [ Kemaman ] minta MENTERI KESELAMATAN DALAM NEGERI menyatakan apakah mekanisme Kementerian dalam memantau dan mengatasi kekeliruan orang ramai terhadap tulisan-tulisan yang mendewakan perjuangan komunisme di negara ini.

34. 5-101263 Dato’ [ Alor Star ] minta MENTERI HAL EHWAL DALAM NEGERI menyatakan sama ada Kerajaan tidak akan mengubah keputusan mengenai tarikh pengampunan dan pengusiran ke negara asal pekerja tanpa izin yang masih berada di negara kita memandangkan perubahan tarikh telah berlaku sebanyak dua (2) kali. Apakah jaminan bahawa pekerja-pekerja asing yang akan bekerja di negara ini kelak adalah pekerja yang sah.

35. 210-101125 Tuan Tan Kok Wai [ Cheras ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan adakah benar Pejabat Kedutaan Malaysia di Nepal melantik panel doktor yang tidak diiktiraf oleh Kerajaan Nepal untuk melakukan pemeriksaan kesihatan ke atas pekerja-pekerja Nepal yang diambil untuk berkhidmat di Malaysia seperti yang dikritik oleh akhbar-akhbar utama Nepal. Jika benar, mengapakah perkara ini boleh berlaku dan langkah untuk memperbetulkannya.

36. 203-100703 Datin Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail [ Permatang Pauh ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan adakah pihak Kerajaan telah mengambil peranan sebagai pengantara (mediator) di dalam kemelut pentadbiran yang berlaku di Proton Holding Berhad sehingga perletakan jawatan Pengerusinya Datuk Abu Hassan Kendut.

7 AUM DR 26/04/2005

37. 187-100654 Tuan Alexander Nanta Linggi [Kapit] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan apakah strategi-strategi yang telah atau akan diambil oleh Kementerian untuk melaksanakan dasar-dasar pengajian yang menekankan aspek kecemerlangan di dalam bidang pelajaran atau pengajian tinggi, khususnya kepada pelajar bumiputera dalam usaha Kerajaan yang ingin mempertingkatkan mutu pencapaian akademik mereka.

38. 96-100289 Tuan Loh Seng Kok [Kelana Jaya] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan metodologi pengukuran dan kadar celik huruf negara keseluruhan mengikut negeri. Sejauh manakah usaha penterjemahan bahan bacaan terpilih ke dalam pelbagai bahasa dijalan untuk pembacaan setiap golongan masyarakat bagi menzahirkan budaya berilmu serta menambah baik kadar celik huruf.

39. 15-100965 Dato’ Dr. Wan Azmi Bin Wan Ariffin [Sik] minta MENTERI TENAGA, AIR DAN KOMUNIKASI menyatakan jumlah manfaat yang diperolehi oleh pemborong bumiputera dalam program Vendor yang dilaksanakan oleh TNB dan STMB dalam tempoh RMK-8.

40. 25-100036 Tuan Mohd. Razali Bin Che Mamat [Kuala Krai] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan sejauh manakah keberkesanan Dasar Buku Negara dalam memupuk budaya membaca di kalangan rakyat negara ini yang membaca hanya 2 buah buku setahun khususnya di kalangan kaum Melayu. Apakah langkah-langkah proaktif yang sedang dan akan diambil oleh Kementerian berhubung perkara ini bagi mencapai status negara maju menjelang 2020.

41. 202-101278 Tuan Lim Hock Seng [ Bagan ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan sama ada Kementerian sedar banyak Pihak Berkuasa Tempatan kini disifatkan sebagai 'decay'. Apakah sistem perlantikan ahli majlis dari parti komponen menjadi satu sebabnya kemerosotan PBT dan cara membetulkan keadaan.

8 AUM DR 26/04/2005

PADA PERMULAAN URUSAN MESYUARAT MENGEMUKAKAN RANG UNDANG-UNDANG KERAJAAN UNTUK BACAAN KALI YANG PERTAMA

1. Menteri Pengangkutan

* Rang Undang-undang Pendaftaran Kapal Layar Antarabangsa Langkawi (Pindaan) 2005.

2. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

Rang Undang-undang Syarikat Kapal Layar Antarabangsa Langkawi 2005.

_ * Menandakan bahawa Rang Undang-undang ini akan dibawa pada semua peringkat di mesyuarat ini.

9 AUM DR 26/04/2005

ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL

1. (D.R. 6/2005) Rang Undang-undang Ahli Parlimen Bacaan Kali (Saraan) (Pindaan) 2005 Yang Kedua

2. (D.R. 2/2005) Rang Undang-undang Pelaburan Kerajaan “ (Pindaan) 2005

3. (D.R. 8/2005) Rang Undang-undang Eksais (Pindaan) “ 2005

4. (D.R.10/2005) Rang Undang-undang Perkapalan “ Saudagar (Pencemaran Minyak)(Pindaan) 2005

5. (D.R. 9/2005) Rang Undang-undang Agensi Pekerjaan “ Swasta (Pindaan) 2005

6. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-

“Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 10 (4) (a) Akta Tatacara Kewangan 1957 (Semakan 1972), membuat ketetapan bersetuju supaya Jadual Kedua Akta tersebut dipinda dengan menambah kepadanya butiran baru seperti berikut:-

“ Kumpulan Wang Amanah Pendidikan, Perundingan dan Penyelidikan, Institut Penilaian Negara ”

7. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-

“ Bahawa Dewan ini mengikut peruntukan di bawah Seksyen 10 (4) (a) Akta Tatacara Kewangan 1957 (Semakan 1972), membuat ketetapan bersetuju supaya Jadual Kedua Akta tersebut dipinda dengan menambah kepadanya butiran baru seperti berikut:-

“ Kumpulan Wang Amanah Pengurusan Perolehan Setem Cukai (Banderol) untuk Rokok dan Minuman Keras, Jabatan Kastam Diraja Malaysia ”.

10 AUM DR 26/04/2005

8. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-

“ Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 10(4) (a) Akta Tatacara Kewangan 1957 (Semakan 1972), membuat ketetapan bersetuju supaya Jadual Kedua Akta tersebut dipinda dengan menambah kepadanya butiran baru seperti berikut:-

‘ Kumpulan Wang Amanah Tabung Bantuan Perubatan (TBP)’

9. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-

“ Bahawa Dewan ini, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 10(4) (a) Akta Tatacara Kewangan 1957 (Semakan 1972), membuat ketetapan bersetuju supaya Jadual Kedua Akta tersebut dipinda dengan menambah kepadanya butiran baru seperti berikut:-

‘ Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara (KWABBN)’

10. 19-100161 Datuk Mohd Zaid Bin Ibrahim [ Kota Bharu ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil maklum Myanmar akan mengambil alih sebagai Pengerusi Asean untuk tahun 2006.

Mengambil maklum kepimpinan Myanmar hari ini masih enggan mengotakan janji untuk mengembalikan proses Demokrasi di negara tersebut dan masih enggan membebaskan Aung San Suu Kyi.

Dewan ini mengambil ketetapan bahawa demi menjaga kepentingan ekonomi dan kesejahteraan Asean, mendesak supaya Myanmar dilucutkan gilirannya untuk menjadi Pengerusi Asean sehingga Kerajaan Myanmar membebaskan kesemua tahanan politik termasuk Aung San Suu Kyi dan benar-benar membuka ruang untuk pemulihan demokrasi di negara itu".

11. 207-100686 Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ] akan mencadangkan:-

“Bahawa Dewan ini memperbahaskan dasar pekerja dan pelajar asing sesuai dengan keadaan semasa. Bahawa Dewan ini adalah berasa bimbang dengan bilangan Pekerja Asing Tanpa Izin (PATI), kelonggaran dan kelemahan penguatkuasaan undang-undang, kelemahan kawalan pinggir laut yang begitu panjang serta kekurangan kerjasama negara- negara asal PATI.”

11 AUM DR 26/04/2005

12. 209-101375 Puan Teresa Kok Suh Sim [ Seputeh ] akan mencadangkan:- "Bahawa dewan ini mendesak Kerajaan untuk melaksanakan kempen kitar-semula dan kempen pengurangan penggunaan plastik dengan lebih gigih demi memelihara alam sekitar".

13. 214-100437 Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] akan mencadangkan:-

“Bahawa Dewan ini menyokong cadangan Presiden Institut Integriti Malaysia (IMM), Datuk Dr. Sulaiman Mahbob supaya Badan Pencegah Rasuah (BPR) diletakkan di bawah bidang kuasa Parlimen bagi menjamin kebebasan badan tersebut sekaligus mengurangkan campur tangan politik dalam badan tersebut. Selama ini kredibiliti BPR sering dipertikaikan oleh pelbagai pihak kerana berlakunya campur tangan pemimpin Kerajaan.”

14. 50-100674 Tuan Wilfred Madius Tangau [ Tuaran ] akan mencadangkan:-

“Bahawa Dewan ini menerima hakikat bahawa penyakit berjangkit seperti Kusta, TB, Malaria dan Typhoid semakin meningkat di Sabah sedangkan pada suatu ketika dulu penyakit tersebut hampir dapat dihapuskan. Dan memperakui bahawa mereka yang telah disahkan sebagai positif HIV semakin meningkat di negeri Sabah. Dan kedua-dua keadaan ini dikaitkan dengan kehadiran pendatang asing di Sabah.

Dan menerima keprihatinan YAB Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman, terhadap 100% peningkatan penagih dadah di Sabah iaitu 5,367 orang pada tahun 2004 berbanding 2,393 orang pada tahun 2003, justeru memerlukan pembinaan 2 buah lagi Pusat Serenti iaitu satu di Sandakan dan satu di Tawau.

Dan memperakui hakikat bahawa syabu (methamphetamine) telah diperkenalkan oleh pendatang asing Filipina ke Sabah pada tahun 80an dan sejak itu telah mengatasi codeine dan ecstasy pil.

Dan menerima hakikat bahawa kesemua penempatan pelarian Filipina di Sabah telah menjadi pusat kegiatan jenayah termasuklah pengedaran dadah dan pemalsuan dokumen kewarganegaraan.

12 AUM DR 26/04/2005

Dan memperakui laporan dari Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri bahawa sejumlah 62,206 orang pelarian Filipina berada di Sabah sejak tahun 70an sehingga sekarang yang mempunyai kadar pertumbuhan penduduk hampir 20% setahun, akan terus berada di Sabah selagi mereka sesuka hati ingin berada di Sabah dan Kerajaan akan terus mengizinkan mereka tinggal di Sabah dengan memberi dokumen IMM13 atau melayan dan meluluskan permohonan taraf pemastautin tetap mereka.

Dan menerima hakikat bahawa kehadiran mereka telah menyumbang kepada maslah "Street Children" di pusat-pusat Bandar di Sabah.

Dan menerima hakikat bahawa masih ada pihak-pihak berkepentingan di Republik Filipina yang terus menuntut hak ke atas Sabah (The Sabah Claim).

Dan mengambil iktibar bahawa kewujudan mereka di Sabah adalah merupakan TIME BOMB yang berpotensi menjadi satu masalah sosial, ekonomi dan politik yang lebih buruk dimasa akan datang.

Maka dengan ini Dewan Yang Mulia ini mengambil ketetapan; Untuk menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas Pelbagai Parti Pelarian Filipina Di Sabah yang dianggotai setiap parti politik yang mempunyai Ahli Parlimen di untuk mengkaji dasar-dasar, strategi-strategi pengurusan, program-program pembangunan dan kebajikan perundangan antarabangsa khususnya United Nation Protocol on Refugees 1952" dan perundangan negara dan antarabangsa yang berkaitan demi mencari penyelesaian muktamad terhadap kehadiran pelarian Filipina di Sabah yang sudahpun berada di sini lebih 30 tahun dan tidak berkesudahan.”

15. 162-100449 Tuan Eric Enchin Majimbun [ Sepanggar ] akan mencadangkan:-

Bahawa Dewan ini memandang serius terhadap pengawalan keselamatan di sempadan perairan negara kita khasnya negeri Sabah demi untuk menyekat kedatangan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dan kegiatan penyeludupan dari negara asing".

16. 214-100426 Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] akan mencadangkan:-

“Bahawa Dewan ini menggesa Kerajaan supaya menangguhkan kenaikan tarif elektrik untuk tempoh tiga tahun memandangkan keadaan inflasi terus meningkat, terutama setelah berlakunya kenaikan tol dan harga petrol pada awal tahun ini. Sebarang kenaikan tarif elektrik akan memberi kesan besar kepada harga pengguna pelbagai barangan keperluan harian, yang sekaligus memberi kesan ekonomi rumah tangga rakyat.” 13 AUM DR 26/04/2005

17. 150-100595 Tuan Wilfred Madius Tangau [ Tuaran ] akan mencadangkan:-

“Bahawa Dewan ini memperakui jawapan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah kepada Ahli Parlimen Tuaran dalam persidangan Parlimen Julai 2004 bahawa di Semenanjung Malaysia liputan Bekalan Air Luar Bandar (BALB) adalah 97%, Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) 98% dan Projek Jalan Kampung (PJK) sejauh 204,386km berbanding Sabah iaitu; BALB 63%, BELB 69.8% dan hanya 1,325.8 km PJK dan Sarawak iaitu; BALB 65%, BELB 77.3% dan hanya 1,109.8 km PJK.

Dan memperakui jawapan bertulis YAB Perdana Menteri kepada Ahli Parlimen Tuaran dalam persidangan pada 6.10.2004 bahawa Sabah merupakan negeri yang mempunyai kadar kemiskinan yang tertinggi iaitu 16% berbanding dengan kadar kemiskinan keseluruhan negara sebanyak 5.1%.

Dan menerima hakikat bahawa di antara penyebab kadar kemiskinan yang tinggi di negeri Sabah iaitu;

i. Penglibatan isi rumah dalam aktiviti yang tidak memberikan pendapatan yang lebih tinggi;

ii. Tahap pendidikan dan kemahiran yang rendah; dan

iii. Lokasi golongan miskin yang bertaburan jauh di pedalaman menyebabkan pelaksanaan program tidak sampai kepada kumpulan sasaran.

Dan menerima hakikat bahawa negara kita hanya mempunyai 15 tahun lagi untuk mengatasi 9 cabaran strategik Wawasan 2020, yakni menjadikan Malaysia berstatus negara maju.

Dan menerima hakikat bahawa Sabah dan Sarawak berkedudukan yang unik daripada segi kependudukan yang majmuk.

Dan memperakui bahawa hampir 70% daripada keseluruhan tanah negara Persekutuan Malaysia adalah di Sabah dan Sarawak.

Dan mengambil iktibar bahawa Kerajaan sedang merumuskan program- program dan projek-projek untuk Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK-9) yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada bulan Mac, 2006.

Dan mengambil ikhtibar terhadap pelbagai cabaran, halangan dan karenah birokrasi melaksanakan perakuan-perakuan serta dasar pembasmian kemiskinan, penyusunan semula masyarakat dan pembangunan wilayah dalam Rangka Jangka Panjang Ketiga (RRJP3) yang telah menghambat keberkesanannya sepanjang perlaksanaan RMK- 8

14 AUM DR 26/04/2005

Maka dengan itu, Dewan membuat ketetapan;

Bahawa Dewan yang mulia ini hendaklah menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas Pembangunan Wilayah. Secara khusus Jawatankuasa Pilihan Khas ini akan mengkaji dan menilai tahap pembangunan ekonomi dan sosial Sabah dan Sarawak serta negeri-negeri kurang maju khususnya dasar-dasar, strategi-strategi, program-program dan sistem penyampaian Kerajaan terutama sekali berhubung dengan agensi pembangunan wilayah serta perhubungan JPA Negeri dan Persekutuan dan juga perundangan-perundangan dan peraturan-peraturan yang berkaitan dengan perlaksanaan program dan projek pembangunan di negara ini dengan tujuan merapatkan lagi jurang pembangunan wilayah. “

18. 214-100430 Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] akan mencadangkan:-

“Bahawa Dewan ini menggesa supaya Kerajaan menyediakan satu kertas putih bagi menjelaskan masalah pemalsuan kad pengenalan yang semakin ketara pada hari ini. Isu pemalsuan kad pengenalan ini telah menyebabkan nilai kedaulatan negara terjejas dengan dengan teruk. Dewan ini melihat beberapa isu seperti pemalsuan kad pengenalan ketika musim pilihan raya, pemalsuan kad pengenalan kepada PATI dan penangkapan beberapa kakitangan Jabatan Pendadtaran Negara (JPN) sebagai satu kes yang sangat serius dan memerlukan satu suruhanjaya penyiasat. Dewan ini mencadangkan supaya satu kertas putih dibentangkan oleh Kerajaan bagi menjelaskan isu tersebut.”

19. 163-100804 Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [ Putatan ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa keruntuhan moral dan masalah sosial seperti penyalahgunaan dadah dan kegiatan jenayah telah menjadi masalah negara, maka satu pelan tindakan untuk menangani gejala ini haruslah diambil dengan serta merta.

Dan mengambil maklum bahawa selaras dengan dasar Kerajaan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berbudi Bahasa dan penyayang, nilai- nilai moral haruslah ditekankan.

Maka dengan ini Dewan hendaklah membuat ketetapan supaya mata pelajaran pendidikan moral bagi murid-murid bukan beragama Islam dapat diperkenalkan semula dalam korikulum pendidikan negara".

15 AUM DR 26/04/2005

20. 163-100801 Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [ Putatan ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa keruntuhan budi bahasa dan nilai-nilai murni rakyat Malaysia mulai tercemar di mana penggunaan bahasa kesat sering kita dengar, jiran tidak mengenali antara satu sama lain, sikap tidak peduli, sikap pentingkan diri sendiri, keharmonian negara diabaikan dan lain-lain lagi.

Maka dengan ini Dewan hendaklah mengambil ketetapan untuk meminta Kerajaan untuk memanjangkan kempen "Budi Bahasa, Budaya Kita" keseluruh peringkat kawasan Parlimen, Dewan Undangan Negeri, Daerah dan Kampung supaya sifat-sifat berbudi bahasa dapat dibudayakan semula".

21. 214-100423 Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] akan mencadangkan:-

“Bahawa Dewan ini memandang serius keputusan Kerajaan yang membenarkan penggunaan ruang udara oleh tentera Singapura semata- mata untuk mendapatkan semula wang simpanan pekerja (CPF). Dewan ini berpandangan bahawa kebenaran kepada tentera Singapura menggunakan ruang udara Malaysia akan mendedahkan pertahanan negara kepada ancaman dan pencerobohan asing. Nilai kedaulatan negara adalah lebih besar berbanding wang CPF tersebut.”

22. 50-100681 Tuan Wilfred Madius Tangau [ Tuaran ] akan mencadangkan:-

“Bahawa Dewan ini menerima hakikat bahawa kewujudan PASARAN komoditi hasil pertanian luar bandar dan kehebatan perlaksanaan strategi- strategi pemasaran adalah merupakan instrument yang penting untuk memangkinkan transformasi pertanian daripada pertanian sara diri kepada pertanian komersial seterusnya mewujudkan komuniti peniaga tani yang vibrant.

Dan memperakui hakikat bahawa, khusus bagi negeri Sabah walaupun Federal Marketing Authority (FAMA) sudah beroperasi selama hampir 30 tahun tetapi kakitangannya hanyalah 60 orang dan beroperasi dihanya 8 daerah dengan masing-masing 4 orang kakitangan satu daerah. “

Dan memandangkan masih terdapat lebih 77,000 isi rumah petani tradisi yakni perusahaan padi bukit yang wujud di negeri Sabah dan juga amat dahagakan pembelaan, bimbingan dan bantuan daripada Kerajaan. “

16 AUM DR 26/04/2005

Dan memandangkan Sabah masih lagi negeri yang mempunyai kadar kemiskinan yang tertinggi di Malaysia pada kadar 16% berbanding 5% kadar kemiskinan kebangsaan yang berkait rapat dengan para petani luar bandar.

Dan menerima hakikat bahawa PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI adalah agenda pembangunan yang amat penting negara di bawah kepimpinan Perdana Menteri YAB Datuk Seri serta diambil pula sebagai halatuju pembanguan ekonomi terpenting bagi negeri Sabah di bawah kepimpinan Ketua Menteri YAB Datuk Seri Musa Hj. Aman.

Maka Dewan ini membuat ketetapan mendesak Kerajaan;

Menyusun semula organisasi FAMA Negeri Sabah dengan memberi peruntukan yang besar dan mencukupi dalam RMK-9 untuk membiayai program-program Pemasaran yang melibatkan komoditi hasil pertanian luar bandar sama ada sebagai bahan mentah ataupun diproses yang berpotensi dan yang mempunyai pasaran domestik, nasional dan antarabangsa dan seterusnya melipatgandakan bilangan kakitangan FAMA Negeri Sabah daripada yang ada sekarang untuk mengurus program-program pemasaran yang strategik dan kritikal termasuklah menjalankan MARKET RESEARCH AND SURVEY seterusnya membolehkan FAMA beroperasi disetiap daerah di Sabah.

Memperkukuhkan cabang Pemasaran dengan cara menyusun semula organisasi Pertubuhan Peladang Negeri Sabah seterusnya Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) supaya agensi ini lebih aktif dan perkasa dalam aktiviti pemasaran hasil pertanian luar bandar sehinggalah kita setaraf dengan Pertubuhan Peladang Taiwan.”

23. 214-100695 Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] akan mencadangkan:-

“Bahawa Dewan ini mendesak Peguam Negara bertanggungjawab sepenuhnya di atas tindakannya yang melampaui batasan undang- undang dan bidang kuasa yang dibenarkan sehingga mencampuri bidang kuasa pihak berkuasa majlis agama dan mendesak pegawai-pegawai JAWI menggugurkan pendakwaan terhadap para pelaku-pelaku yang termasuk anak orang kenamaan yang melanggar peraturan jenayah syariah ekoran mereka ditangkap berikutan serbuan di kelab malam. Justeru itu, Dewan ini mendesak Kerajaan menggantung jawatan beliau sementara menunggu keputusan suatu penyiasatan sepenuhnya dijalankan terhadap tingkah laku beliau berkenaan. Dewan ini memandang serius di atas tingkah laku beliau yang cuba mencemar dan menjejaskan kewibawaan pihak berkuasa agama dan pegawai-pegawai JAWI berkenaan.”

17 AUM DR 26/04/2005

24. 163-100809 Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [ Putatan ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa pengajaran bahasa Kadazandusun di sekolah-sekolah di negeri Sabah adalah agak terbatas kerana kekurangan tenaga pelajar.

Maka Dengan ini Dewan hendaklah mengambil ketetapan untuk meminta Kerajaan untuk membenarkan supaya bahasa Kadazandusun dapat diajar di Maktab-maktab penguruan yang terdapat di negeri Sabah bagi melahirkan banyak lagi guru-guru dalam mata pelajaran ini.

25. 09-101373 Puan Teresa Kok Suh Sim [ Seputeh ] akan mencadangkan:-

"Bahawa dewan ini mengambil keputusan untuk membenarkan stesyen televisyen untuk mengadakan siaran langsung sidang Dewan Rakyat supaya rakyat boleh mengetahui ucapan para Ahli Berhormat dan proses Dewan Rakyat membuat keputusan terhadap dasar dan undang-undang"

26. 217-101221 Tuan Kula Segaran A/L Murugeson [ Ipoh Barat ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil satu ketetapan untuk mengarahkan Kementerian Luar Negeri untuk mengkaji semula dasar Kerajaan dan keengganan Kerajaan menjadi anggota Mahkamah Jenayah Antarabangsa.”

27. 207-100393 Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ] akan mencadangkan:-

“Bahawa Dewan ini hendak memperbincangkan tahap profesionalisme di dalam sistem-sistem tender, pelaksanaan dan pemantauan projek-projek termasuk Projek Lebuh raya Pantai Timur, MMR2 Kepong, PORR Pulau Pinang dan Pembinaan Lorong Ketiga PLUS.

Bahawa Dewan hendak mengetahui mengapa dan bagaimana kos projek melambung naik dengan begitu banyak dan standard pembinaan menurun.”

18 AUM DR 26/04/2005

28. 214-100420 Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] akan mencadangkan:-

“Bahawa Dewan ini mengambil berat masalah kegagalan majikan membayar gaji kepada pendatang tanpa izin sehingga menjejaskan nama baik negara. Oleh itu, Dewan ini mendesak;

i. Satu Suruhanjaya Bebas ditubuhkan untuk menyiasat dakwaan bahawa terdapat banyak majikan yang mengambil kesempatan di atas kelemahan PATI;

iii. Kerajaan hendaklah mengambil tindakan tegas terhadap majikan yang berbuat demikian termasuk memaksa mereka membayar semua gaji tertunggak PATI;

iii. Tindakan undang-undang hendaklah diambil ke atas majikan yang bersikap tamak dengan menggaji pekerja asing tanpa permit yang menjadi faktor penggalak kepada masalah PATI.”

29. 162-100447 Tuan Eric Enchin Majimbun [ Sepanggar ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini memandang serius terhadap pegawai-pegawai yang mempunyai kelayakan dari Sabah dan Sarawak diberi peluang menjawat jawatan sebagai Pegawai Kanan di jabatan-jabatan Kerajaan Persekutuan di negeri masing-masing".

30. 163-100807 Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [ Putatan ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa, dengan pemilikan ekuiti 1% dalam perniagaan dan perindustrian dikalangan bumiputera minoriti Sabah dan Sarawak, sasaran pemilikan ekuiti bumiputera oleh pihak Kerajaan masih jauh untuk dicapai.

Maka dengan ini Dewan hendaklah mengambil ketetapan untuk mendesak Kerajaan bagi memberikan perhatian khusus/diskriminasi positif kepada golongan bumiputera minoriti di Sabah dan Sarawak supaya mereka ini dapat turut menyumbang kepada pembangunan negara serta memastikan hasrat Kerajaan untuk menghasilkan masyarakat perniagaan dan perindustrian bumiputera (MPPB) tercapai".

19 AUM DR 26/04/2005

31. 214-100433 Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] akan mencadangkan:-

“Bahawa Dewan ini menyokong cadangan untuk menubuhkan sebuah universiti awam di Kelantan dan Terengganu dalam RMK-9 tanpa mengambil kira pendirian politik pihak-pihak yang mencadang. Sebagai dua buah negeri majoriti Melayu, Kerajaan harus mempertimbangkan peluang untuk rakyat kedua-dua buah negeri memiliki universiti awam yang boleh membantu meningkatkan pertumbuhan ekonomi kedua-dua buah negeri.”

32. 163-100802 Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [ Putatan ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa masalah pembuangan sampah secara diskriminasi berlaku dengan berleluasa di mana orang ramai tidak lagi mengendahkan kebersihan dan keindahan alam sekeliling.

Maka Dewan ini hendaklah mengambil ketetapan bahawa hendaklah ditubuhkan kelab-kelab atau persatuan-persatuan anti sampah di semua peringkat pentadbiran, yakni kawasan Parlimen, Dewan Undangan Negeri dan Daerah.

Dewan ini hendaklah juga mengambil ketetapan bahawa keahlian bagi kelab-kelab atau persatuan-persatuan ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang cintakan kebersihan dan mereka diberikan kad kuasa oleh pihak Kerajaan atau pihak berkuasa tempatan untuk menegur mana-mana pembuang sampah".

20 AUM DR 26/04/2005

33. 214-100694 Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] akan mencadangkan:-

“Bahawa Dewan ini memutuskan dan mendesak Kerajaan mewujudkan Majlis Pemantau Kos Pembangunan Projek Awam yang terletak di bawah kuasa dan bertanggungjawab terus kepada Parlimen. Majlis ini amat penting dan wajar berdasarkan keperluan dan suatu kemestian Kerajaan melindungi rakyat atau pengguna daripada beban eksploitasi 'mafia politik peringkat tinggi' yang mengambil kesempatan menindas rakyat demi memperkaya kroni dan mengekalkan cengkaman kuasa politik dan kepentingan pihak tertentu. Majlis ini malah amat penting bagi pembasmian pelbagai salah guna kuasa dan rasuah peringkat tinggi yang sekarang terselindung oleh 'loopholes' dan kemungkinan kekebalan akibat tidak termasuk dalam istilah rasuah secara nyata dalam peruntukan undang-undang. Majlis ini penting mendesak Kerajaan bagi memastikan wujudnya ketelusan dalam penentuan harga atau kos pembangunan projek awam terutama bagi menghadapi RMK-9.”

34. 209-101374 Puan Teresa Kok Suh Sim [ Seputeh ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mangambil keputusan untuk memulihkan pilihan raya Kerajaan Tempatan demi menjadikan perkhidmatan Kerajaan Tempatan di negara kita lebih berkesan di samping memulangkan hak kepada rakyat untuk memilih Datuk Bandar dan Ahli Majlis Kerajaan Tempatan".

21 AUM DR 26/04/2005

RISALAT-RISALAT YANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT

TAHUN TARIKH 2005 RISALAT/DOKUMEN DIBENTANGKAN

ST.16 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Lembaga 26 April 2005 Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Bagi Tahun 2003 (Telah Diaudit).

ST.38 Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Suruhanjaya 26 April 2005 Sekuriti Bagi Tahun 2004 (Telah Diaudit) .

ST.41 Laporan Tahunan Suruhanjaya Komunikasi dan 26 April 2005 Multimedia Malaysia (SKMM) Tahun 2003.