HARI SELASA, 12 APRIL 2005, PUKUL 10.00 PAGI Bil.14

Total Page:16

File Type:pdf, Size:1020Kb

HARI SELASA, 12 APRIL 2005, PUKUL 10.00 PAGI Bil.14 MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUAN MESYUARAT NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA http://www.parlimen.gov.my HARI SELASA, 12 APRIL 2005, PUKUL 10.00 PAGI Bil.14 PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN 1. 9-101001 Dato’ Haji Abdul Rahman Bin Ariffin [ Jerlun ] minta MENTERI KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN WARISAN menyatakan adakah Kementerian telah merangka satu pelan tindakan (action plan) bagi memastikan semua jabatan Kerajaan melaksanakan Kempen Mesra dan nilai-nilai murni seperti mana yang dihasratkan oleh YAB. Perdana Menteri. 2. 32-100977 Tuan Mohamed Yusop Bin Majid [ Setiu ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan jumlah dan statistik peningkatan ibu tunggal dalam negara secara terperinci dan masalah-masalah mereka serta langkah positif yang berkesan telah dilaksanakan oleh Kementerian bagi membantu serta meringankan beban mereka. 3. 92-100338 Datuk Dr. Rahman Bin Ismail [ Gombak ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah persediaan Malaysia di dalam menghadapi wabak besar (Pandemik) selesema burung yang mana telah terbukti dapat disebarkan dari seorang manusia kepada manusia yang lain (ini telah disahkan oleh Kementerian Kesihatan Thailand dan US Center of Disease Control). 2 AUM DR 12/04/2005 4. 81-100610 Dato’ Yap Pian Hon [ Serdang ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan:- (a) berapakah tempat berteduh yang dibina untuk penunggang motorsikal di Lebuh raya Sg. Besi, Lebuh raya Cheras- Kajang dan Lebuh raya SILK; dan (b) berapakah jumlah kos setiap tempat berteduh dan di mana lokasinya. 5. 5-101250 Dato’ Chor Chee Heung [ Alor Star ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah dasar-dasar Kerajaan terhadap institusi-institusi perbankan negara ini dari segi menghadapi persaingan hebat daripada bank-bank asing gergasi apabila kesan WTO dirasai sepenuhnya dan adakah institusi-institusi perbankan akan terus diwajibkan digabung. Jika ya, berapakah bilangan institusi perbankan yang paling sesuai bagi mengatasi persaingan daripada Institusi Perbankan Antarabangsa Asing. 6. 184-101107 Tuan Tiong Thai King [ Lanang ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan memandangkan kebanyakan kawasan pedalaman dan luar bandar di negeri Sarawak khasnya kawasan Lanang belum mempunyai infrastruktur asas seperti bekalan air, elektrik dan jalan tar, bagaimanakah Kementerian menyediakan infrastruktur asas ini supaya dapat disiapkan bawah Rancangan Malaysia Ke-9. 7. 191-100528 Dato’ Jacob Dungau Sagan [ Baram ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan bilakah Jalan Sg. Teru-Long Lama dijangka akan siap dan adakah Kementerian bercadang untuk membina sebuah jambatan melintas Sungai Baram di Long Lama. 8. 204-101297 Puan Chong Eng [ Bukit Mertajam ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan:- (a) apakah sebabnya pelajar darjah empat dikehendaki belajar mata pelajaran Pendidikan Moral dan Sivik. Apakah perbezaan kandungan dua mata pelajaran ini; dan (b) mengapakah penilaian praktikal guru latihan aliran Mandarin dan Tamil di jalankan oleh pensyarah yang tidak tahu langsung bahasa Mandarin dan Tamil. 3 AUM DR 12/04/2005 9. 167-100726 Tuan Raime Bin Unggi [ Tenom ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan apakah peranan Kerajaan untuk membantu pekebun-pekebun kecil getah bagi meningkatkan pengeluaran mereka di negeri Sabah amnya dan kawasan Tenom. 10. 168-100646 Tuan Bernard S. Maraat [ Pensiangan ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan sama ada Kerajaan berhasrat untuk mewujudkan farmasi Kerajaan yang boleh membekal ubat-ubatan kepada rakyat yang kurang berkemampuan khusus rakyat miskin dan miskin tegar. 11. 14-100275 Dato’ Paduka Haji Badruddin Bin Amiruldin [ Jerai ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan akan mengkaji semula pinjaman dan juga biasiswa bagi pelajar kita yang menuntut di luar negara memandangkan kos saraan hidup yang meningkat dan pertukaran wang asing juga meningkat. 12. 155-100926 Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Bin Kitingan [ Keningau ] minta MENTERI HAL EHWAL DALAM NEGERI menyatakan sama ada Kementerian sedar bahawa ramai PATI (Pendatang Asing Tanpa Izin) telah memiliki kad pengenalan mahupun MyKad secara haram melalui sindiket-sindiket haram, dan apakah tindakan-tindakan yang diambil oleh Kementerian untuk menghapuskan kegiatan haram ini. 13. 169-101341 Ir. Edmund Chong Ket Wah [ Batu Sapi ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan mengapa lapangan-lapangan terbang di Sabah kecuali Kota Kinabalu tidak disediakan 'Golden Lounge' sedangkan pesawat Boeing membuat pendaratan di sana dan MAS pula ada menjual tiket 'Business Class' di lapangan terbang tersebut. 14. 13-101087 Tuan Hashim Bin Jahaya [ Kuala Kedah ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan apakah langkah-langkah yang telah dan akan diambil oleh Kementerian bagi melengkapkan frasarana, ameniti dan utiliti sosial di kawasan-kawasan luar bandar seluruh Malaysia dalam RMK-9. 15. 216-100560 Tuan Chow Kon Yeow [ Tanjong ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan apakah sebabnya terdapat penurunan bilangan pelajar asing di IPTA dan apakah Lembaga Akreditasi Negara (L.A.N) akan dirombak semula untuk menyahut cabaran terkini. 4 AUM DR 12/04/2005 16. 75-100766 Tuan Haji Ismail Bin Haji Mohamed Said [ Kuala Krau ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah syarat-syarat sebuah sekolah kebangsaan dan sekolah menengah supaya ditempatkan guru kaunseling di sekolah tersebut. 17. 58-101196 Dato’ Dr. Wan Hashim Bin Wan Teh [ Gerik ] minta MENTERI PELANCONGAN menyatakan sudahkah dibuat satu perancangan untuk memajukan Tasik Banding di Hulu Perak sebagai destinasi penting bagi eko-pelancongan. 18. 127-100178 Datuk Haji Mohamad Bin Haji Aziz [ Sri Gading ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan apakah pihak Kementerian bercadang untuk mengkaji elaun dan bayaran gaji pemaju masyarakat (KEMAS). 19. 195-101163 Tuan Jelaing Mersat [ Saratok ] minta MENTERI KESELAMATAN DALAM NEGERI menyatakan jumlah kereta, motosikal dan jentera- jentera lain yang dilaporkan hilang dan dikesan daripada negara jiran, Indonesia. 20. 214-100395 Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan anggaran kos tambahan yang akan ditanggung oleh Kerajaan setelah diperkenalkan skim pencen kepada pemenang pingat Sukan Olimpik. 21. 139-100456 Ir. Dr. Wee Ka Siong [ Ayer Hitam ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan sama ada KDPM dan LPBS untuk melatih guru-guru di SJKC akan dianjurkan pada tahun 2005. Berapakah jumlah pengambilan untuk kursus-kursus perguruan tersebut dan bilakah pengambilan akan dilakukan memandangkan 2,550 orang guru sandaran (bukan siswazah) di Malaysia berhajat untuk menyertai profesion perguruan. 22. 140-101229 Dr. Junaidy Bin Abdul Wahab [ Batu Pahat ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan secara terperinci mengenai usaha-usaha Malaysia selaku pengerusi OIC mengukuhkan perpaduan serta merapatkan jurang perbezaan pendapat di kalangan negara-negara Islam khususnya dari aspek politik, keselamatan, ekonomi dan pendidikan. 5 AUM DR 12/04/2005 23. 3-100946 Dato’ Seri DiRaja Syed Razlan Ibni Syed Putra Jamalullail [ Arau ] minta MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan adakah Kementerian sudah membuat satu kajian pemasaran atas makanan dari umbut kelapa sawit seperti jeruk berperisa dan lain- lain. Ini kerana setiap tahun kita menanam semula kelapa sawit yang begitu luas dan kaedah ini akan menambahkan pendapatan pengusaha ladang. 24. 193-100702 Tuan Haji Fadillah Bin Yusof [ Petra Jaya ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah langkah-langkah atau mekanisme yang telah ataupun yang akan dijalankan untuk mengemas kini data-data kemiskinan dan bagaimanakah ianya dapat memastikan data-data tersebut sentiasa dikemaskinikan pada masa akan datang. 25. 55-100838 Tuan Huan Cheng Guan [ Batu Kawan ] minta MENTERI TENAGA, AIR DAN KOMUNIKASI menyatakan:- (a) sehingga kini terdapat beberapa kilang, syarikat multi nasional dan rumah pangsa yang telah dipotong bekalan elektrik di negeri Pulau Pinang; dan (b) sila juga nyatakan beberapa jumlah yang mereka hutang dengan Tenaga Nasional Berhad mengikut pecahan. 26. 59-101151 Puan Tan Lian Hoe [ Bukit Gantang ] minta MENTERI HAL EHWAL DALAM NEGERI menyatakan bilangan ahli Relawati di negara kita mengikut pecahan kaum dan apakah tindakan Kementerian dalam menggalakkan kaum wanita melibatkan diri dalam pasukan RELA. 27. 161-100045 Datuk Abdul Rahim Bin Bakri [ Kudat ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan setakat manakah pilihan raya umum Iraq memiliki kewibawaan dan adakah Malaysia dan negara-negara OIC mengiktiraf Kerajaan baru Iraq dan apakah langkah-langkah yang diambil oleh OIC dalam membantu menstabilkan dan membolehkan Iraq berdikari setakat ini. 28. 34-100328 Dato’ Razali Bin Ismail [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan perancangan naik taraf perkhidmatan di Hospital Besar Kuala Terengganu khususnya pengimejan diagnostik seperti MRI, High-End Ultrasound, mammogram, angiogram, dan multi- scale computed tommography yang terbengkalai dan tidak mencukupi. 6 AUM DR 12/04/2005 29. 19-100146 Datuk Mohd Zaid Bin Ibrahim [ Kota Bharu ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan apakah langkah yang akan diambil oleh Kerajaan bagi memastikan Kerajaan Myanmar mengotakan janjinya untuk mengembalikan demokrasi di negara tersebut dan membebaskan Aung San Suu Kyi daripada tahanan politik. Apakah Malaysia bersedia untuk menerima Myanmar sebagai pengerusi Asean 2006. 30. 68-100866 Dato’ Mohd Sarit Bin Haji Yusoh [ Temerloh ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan adakah Kerajaan akan merancang satu kaedah yang lebih sistematik dan berkesinambungan
Recommended publications
  • Five SPDP Supreme Council Members to Face Disciplinary Action Bernama September 13, 2011 KUCHING, Sept 13 (Bernama) -- Five Sara
    Five SPDP Supreme Council Members To Face Disciplinary Action Bernama September 13, 2011 KUCHING, Sept 13 (Bernama) -- Five Sarawak Progressive Democratic Party (SPDP) Supreme Council members will face a disciplinary action for allegedly failing to adhere to party's rules. They are senior vice-president Datuk Peter Nansian who is also Tasik Biru assemblyman, Marudi assemblyman Sylvester Entri Muran, Bekenu assemblyman Rosey Yunus, Danau assemblyman Paulus Palu Gumbang and Member of Parliament for Mas Gading Datuk Dr Tiki Lafe. "Other Supreme Council members and I have been patience enough for the past two years and it is up to the disciplinary committee to determine the punishment for them," SPDP president Datuk Seri William Mawan Ikom told reporters after chairing the party's supreme council meeting here today. Mawan, who is also State Minister of Social Development and Urbanisation, said he was awaiting a report from the disciplinary committee chaired by Prof Dr Shafiq Abdullah before pursuing the matter with the state and central Barisan Nasional (BN) leaders. On SPDP's preparations for the next general election, Mawan said three incumbents, namely MP for Baram Datuk Jacob Dungau Sangan (deputy international trade and industry minister), MP for Saratok Jelaing Mersat (deputy transport minister) and MP for Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing would defend their seats. On Mas Gading parliamentary seat, Mawan said Tiki had yet to inform him whether he wanted to defend the seat. --BERNAMA Copyright © 2011 BERNAMA Source:http://www.bernama.com/bernama/v5/newspolitic.php?id=613213 .
    [Show full text]
  • For Review Purposes Only
    ONLY PURPOSES REVIEW FOR Understanding the Dewan Rakyat Copyright © Konrad-Adenauer-Stiftung & Insight News Sdn Bhd. 2011 All rights reserved. No part of this book may be used or reproduced in any manner whatsoever without written permission from the Publisher except in case of brief quotations embodied in critical articles and reviews. Earlier versions of MP Watch: Eye on Parliament reports have appeared in The Nut Graph website exclusively. Images contained in this volume are courtesy and property of The Nut Graph, the interviewees and/or other sources respectively. Permission to reproduce the aforementioned and previously published material is gratefully ONLY acknowledged. FIRST EDITION: March 2011 Published by B-2-19, Merchant Square, Jalan Tropicana Selatan 1, PJU 3, 47410 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia E-mail: [email protected] Website: www.zipublications.com.my ISBN 978-967-5266-18-8 Layout & cover design by creativetrees.blogspot.com /REVIEW [email protected] Perpustakaan Negara Malaysia Cataloguing-in-Publication Data Understanding the Dewan Rakyat / The Nut Graph FOR ISBN 978-967-5266-18-8 1. Malaysia – Politics and government. I. Title. 344.07409595 Printed in Malaysia by Vinlin Press Sdn. Bhd. No. 2, Jalan Meranti Permai 1, Meranti Permai Industrial Park, Batu 15, Jalan Puchong, 47100 Puchong, Selangor, Malaysia Contents West Malaysia Constituencies Map 10 East Malaysia Constituencies Map 12 Foreword 14 Introduction 16 ONLY Part I Knowing Malaysia’s Parliamentary Democracy 20 System of governance and the role of Parliament 21 Malaysia’s electoral system 24 The work of an MP 30 Funding our MPs 38 The speaker: Functions and powers 42 PURPOSES Part II Knowing Malaysia’s MPs 54 MP Watch: who replied, who didn’t, and why 55 MPs and the ISA 63 MPs and the Islamic state issue 68 MPs and freedom of information 72 MPsREVIEW and separation of powers 77 The challenges of being an MP 81 MPs and lawmaking 88 FORStr engthening parliamentary democracy 93 Part III 222 MP Profiles 100 Perlis P.
    [Show full text]
  • 11 April 2005
    Bil . 12 Isnin 11 April 2005 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT PARLIMEN KESEBELAS PENGGAL KEDUA MESYUARAT PERTAMA K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT (Halaman 15) USUL-USUL: Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 15) Menjunjung Kasih Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong (Halaman 16) Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 162) Diterbitkan Oleh: CAWANGAN DOKUMENTASI PARLIMEN MALAYSIA 2005 DR 11.4.2005 i AHLI-AHLI DEWAN RAKYAT Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Tan Sri Dato’ Seri Diraja Ramli bin Ngah Talib, PSM., SPCM., AMN., JP. (Pasir Salak) - UMNO “ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Lim Si Cheng, PJN., PIS. (Kulai) - MCA “ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Dr. Yusof bin Yacob, PGDK., ADK. (Sipitang) - UMNO MENTERI 1. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Dato’ Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, S.P.M.S., S.S.S.J., S.P.S.A., S.S.A.P., S.P.D.K., D.P., S.P.N.S., D.G.P.N., D.S.S.A., D.M.P.N., D.J.N., K.M.N., A.M.N. (Kepala Batas) - UMNO 2. “ Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan, Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak, S.S.A.P, S.I.M.P., D.P.M.S., D.S.A.P., P.N.B.S., D.U.B.C.(T). (Pekan) - UMNO 3. Yang Berhormat Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Dato’ Seri Ong Ka Ting, S.P.M.P., D.P.M.P.
    [Show full text]
  • The Outcome of the 12Th Malaysia General Election for the State of Sarawak
    Journal of Administrative Science Vol. 8, Issue 1, 87-100, 2011 The Largest Contributors, the Least Beneficiaries: The Outcome of the 12th Malaysia General Election for the State of Sarawak Shaharuddin Badaruddin Suseela Devi Chandran ABSTRACT 12th Malaysian Election 2008 has given a new perspective in Malaysian politics. The achievement of the opposition party in denying two-third majority of the ruling party, the Barisan Nasional (National Front) in the Malaysian parliament has open up the new dimensions in the Malaysian political system. Among the outstanding states that helped the National Front (Barisan Nasional) to maintain the federal government were Sabah and Sarawak. Sabah and Sarawak can be considered as the biggest cash depositors in providing enough seats for the Barisan Nasional to control the federal government. Knowing well that Sabah and Sarawak states had ‘saved’ the National Front from possibly the first ever defeat since independence in 1957, the federal government is very much indebted to these two states. Using this opportunity, these two states have ‘demanded’ more attention from the federal government. The most important issues for these two states have always been the issue of development. However, the outcome is far from expectation. Winning 31 out of 32 seats does not give Sarawak the advantage in getting more post in the cabinet in compare to other states. This paper will provide a great deal of discussions on the issues that arises after the 12th General Election and the possibilities of political maneuvering in the near future. ISSN 1675-1302 © 2011 Faculty of Administrative Science and Policy Studies, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Malaysia 87 Chapter 6.pmd 87 2/23/2011, 4:02 PM Journal of Administrative Science Keywords: General election, Malaysia, politics, government, democracy Introduction The twelfth general election in Malaysia’s history, concluded on 8th March 2008, has changed the political landscape of Malaysia.
    [Show full text]
  • Malaysia Dewan Rakyat Aturan Urusan Mesyuarat
    MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA http://www.parlimen.gov.my HARI ISNIN, 14 NOVEMBER 2005, PUKUL 10.00 PAGI Bil. 63 _____ PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN 1. 195-100493 Tuan Jelaing Mersat [ Saratok ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan adakah Kementerian bercadang untuk menempatkan jururawat atau jururawat masyarakat di klinik desa di mana ramai pesakit memerlukan rawatan. 2. 160-100981 Tuan Shim Paw Fatt [ Tawau ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan "breakdown" jumlah kerugian sebelum cukai bagi suku pertama tahun 2005 yang dilaporkan sebanyak Ringgit Malaysia Dua Ratus Lapan Puluh Juta oleh Sistem Penerbangan Malaysia baru-baru ini. 3. 156-100269 Datuk Ronald Kiandee [ Beluran ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan sambutan negara-negara ASEAN terhadap tujuh inisiatif yang digariskan oleh Perdana Menteri untuk mengukuhkan institusi ASEAN seperti dalam ucapannya sempena menyambut Hari ASEAN baru-baru ini. Apakah kesungguhan negara anggota terhadap pewujudan komuniti ekonomi ASEAN. 4. 202-100230 Tuan Lim Hock Seng [ Bagan ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan bilakah tempoh konsesi Jambatan Pulau Pinang akan tamat. Berikutan dengan pelebaran jambatan adakah tempoh konsesi akan dilanjutkan lagi. 5. 169-101410 Ir. Edmund Chong Ket Wah [ Batu Sapi ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan adakah benar laporan yang menyatakan bahawa peratusan guru-guru yang mengidap sakit mental adalah tinggi seperti yang dinyatakan oleh Kesatuan Sekerja Profesion Pendidikan (NUTP). Adakah kajian menyeluruh telah dibuat bagi mengenal pasti kesahihan bahawa guru-guru menanggung beban kerja yang melampau sehingga menyebabkan ramai guru yang menghidap tekanan mental. 2 AUM DR 14/11/2005 6. 157-100888 Datuk Juslie Ajirol [ Libaran ] minta MENTERI HAL EHWAL DALAM NEGERI menyatakan apakah Kerajaan masih bergantung kepada buruh asing untuk sektor perladangan.
    [Show full text]
  • Malaysia Dewan Rakyat Aturan Urusan
    MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA http://www.parlimen.gov.my HARI SELASA, 26 APRIL 2005, PUKUL 10.00 PAGI Bil. 21 PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN 1. 37-100602 Datuk Haji Rosli Bin Mat Hasan [ Dungun ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan bilangan Lesen Laut Dalam yang dikeluarkan setiap negeri dan benarkah dakwaan yang menyatakan satu pertiga lesen tersebut dipajakkan kepada warga asing dan nyatakan kerugian hasil tangkapan negara dari pajakkan tersebut. 2. 220-100314 Dato’ Haji Che Min bin Che Ahmad [ Pasir Puteh ] minta MENTERI PELANCONGAN menyatakan bagaimanakah perkembangan Tok Bali sebagai pusat pelancongan yang menarik dapat dimajukan dengan prasarana yang lengkap. 3. 69-100604 Dato’ Liow Tiong Lai [ Bentong ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan:- (a) tahap keselamatan dan kadar kemalangan di Lebuh Raya Pantai Timur dari KL-Kuantan; dan (b) apakah langkah-langkah yang akan diambil untuk mengurangkan kemalangan jalan raya dan meningkatkan keselamatan pengguna lebuh raya. 4. 93-100723 Dr. Rozaidah Binti Talib [ Ampang ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan bagaimanakah pihak Kementerian dapat membantu hasrat melahirkan lebih ramai jururawat terlatih di negara ini memandangkan hanya sebahagian kecil daripada kursus kejururawatan di IPTS mendapat pengiktirafan Lembaga Akreditasi Negara. 2 AUM DR 26/04/2005 5. 145-100862 Puan Tan Ah Eng [ Gelang Patah ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan tindakan kawal selia terhadap bank-bank komersial yang mencari jalan untuk mengenakan bayaran ke atas pelbagai jenis perkhidmatan, memandangkan tidak ada bayaran dikenakan ke atas perkhidmatan yang berkenaan sebelum proses penggabungan diadakan. 6. 68-100861 Dato’ Mohd Sarit Bin Haji Yusoh [ Temerloh ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan adakah Kementerian sedar kegiatan berpersatuan dipercayai dapat mengelakkan belia daripada terjerumus dalam masalah sosial.
    [Show full text]
  • Dewan Rakyat
    Bil. 26 Khamis 14 Jun 2012 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT PARLIMEN KEDUA BELAS PENGGAL KELIMA MESYUARAT KEDUA K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT: Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2012) 2012 (Halaman 16) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perubatan (Pindaan) 2012 (Halaman 16) USUL: Menangguhkan Mesyuarat Di Bawah P.M. 16(3) (Halaman 67) UCAPAN-UCAPAN PENANGGUHAN: ■ Membantah Pembinaan Loji Janakuasa Turbin Gas 64 Megawatt – Y.B. Datuk Chua Soon Bui (Tawau) (Halaman 68) ■ Impak Projek Petrokimia Rapid Terhadap Sosioekonomi Sekitar Pengerang – Y.B. Tuan Er Teck Hwa (Bakri) (Halaman 71) Diterbitkan Oleh: CAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2012 DR.14.6.2012 i AHLI-AHLI DEWAN RAKYAT 1. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin Haji Mulia, P.S.M., S.P.D.K., S.U.M.W., P.G.D.K., J.S.M., J.P. 2. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, P.J.N., P.B.S. J.B.S., J.S.M. (Santubong) – PBB 3. “ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Ronald Kiandee, A.S.D.K., P.G.D.K. (Beluran) – UMNO MENTERI 1. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak, D.U.P.N., S.S.A.P, S.I.M.P., D.P.M.S., D.S.A.P., P.N.B.S., D.U.B.C.(T). (Pekan) – UMNO 2.
    [Show full text]
  • Dewan Rakyat
    Bil. 10 Selasa 27 Mac 2012 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT PARLIMEN KEDUA BELAS PENGGAL KELIMA MESYUARAT PERTAMA KANDUNGAN JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT (Halaman 17) USUL-USUL: Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 18) Menjunjung Kasih Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong – Dato’ Lilah bin Yasin (Jempol) (Halaman 18) Diterbitkan Oleh: CAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2012 DR 27.3.2012 i AHLI-AHLI DEWAN RAKYAT 1. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin Haji Mulia, P.S.M., S.P.D.K., S.U.M.W., P.G.D.K., J.S.M., J.P. 2. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, P.J.N., P.B.S. J.B.S., J.S.M. (Santubong) – PBB 3. “ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Ronald Kiandee, A.S.D.K., P.G.D.K. (Beluran) – UMNO MENTERI 1. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak, D.U.P.N., S.S.A.P, S.I.M.P., D.P.M.S., D.S.A.P., P.N.B.S., D.U.B.C.(T). (Pekan) – UMNO 2. “ Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran, Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Mohd. Yassin, P.S.M., S.P.M.P., S.P.M.J., S.M.J., P.I.S., B.S.I. (Pagoh) – UMNO 3. Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr.
    [Show full text]
  • KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR) Latar Belakang
    (A). KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR) Latar Belakang 1. Gagasan ke 3 Ucapan Dasar Y.A.B. Perdana Menteri dalam Perhimpunan Agung UMNO 2006 – menuntut supaya pendidikan Negara memberi penekanan kepada : • Pembangunan modal insan • Penghasilan pelajar celik minda • Pembentukan warganegara yang menguasai ilmu, kemahiran dan maklumat • Program yang membangunkan akal manusia dalam melahirkan insan Ulul al-bab. 2. Teras ke 2 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan: • Dasar – membangunkan modal insan yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran serta menghayati nilai-nilai murni. • Matlamat – memastikan anak bangsa Malaysia dipupuk semangat menguasai ilmu pengetahuan, kemahiran dan kompetensi, menerap nilai 3. Oleh itu, kurikulum kebangsaan perlu dikaji semula bagi memastikan kurikulum yang holistik dan sentiasa releven bagi melahirkan modal insan yang seimbang yang dapat menangani cabaran semasa dan masa depan. Sejarah Kurikulum Sekolah Rendah 1983 - Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) 1993 - Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) 2003 - KBSR (semakan) 2011 - Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Transformasi Kurikulum Proses melakukan satu bentuk perubahan yang holistik kepada kurikulum persekolahan sedia ada yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah. BENT BAHA UK ORGANIS N ASI PENGURUSA KSS KANDUNG N AN KURIKULUM R PENTAKSIR PERUNTUKA AN PEDAGO N MASA GI Hasrat Pendidikan - Falsafah Pendidikan Kebangsaan - Cabaran Abad Ke-21 - Dasar
    [Show full text]
  • Arrangement Proposed for Ex-SNAP Reps (NST 07/11/2002)
    07/11/2002 Arrangement proposed for ex-SNAP reps Sulok Tawie KUCHING, Wed. - The elected representatives of the deregistered Sarawak National Party (SNAP) may choose to "park themselves temporarily" in any of the other State Barisan Nasional component parties until a permanent solution is found. State BN chairman Tan Sri Abdul Taib Mahmud, who is also the Chief Minister, told reporters today that the arrangement would "enable them to continue to serve the State BN and their constituents uninterrupted". "The temporary parking is also to maintain the present balance of power within the State BN," he said after chairing a special meeting of the State BN. Taib said the State BN had to make such a provision for them be cause, despite being members of the now deregistered SNAP, they had been elected on a BN ticket. He said he had been informed that Environment and Public Health Minister Datuk William Mawan Ikom and eight others wanted to continue serving as elected representatives of the State BN. Apart from Mawan, who is the State Assemblyman for Pakan, the others are Nyarok Entrie (Krian), Assistant Infrastructur Development and Communications Minister Dr Judson Sakai Tagal, Peter Nansian Ngusie (Tasik Biru) and Sylvester Entrie Muran (Marudi). The MPs are Datuk Seri Peter Tinggom Kamarau (Saratok), Datuk Seri Tiong King Sing (Bintulu), Dr Tiki Lafe (Mas Gading) and Jacob Sagan Dugau (Baram). Taib said Limbang State Assemblyman Richard Wong had yet to indicate his position. "However, we are inviting him to temporarily park himself in any of the three component parties." The 90-minute meeting, which was called following the deregistration of SNAP yesterday by the Registrar of Societies, Datuk Ismail Dolah Harun, for its failure to resolve its leadership crisis, was attended by the leaders of Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Sarawak United People's Party (SUPP) and Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS).
    [Show full text]
  • 29 September 2004
    Bil. 45 Rabu 29 September 2004 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT PARLIMEN KESEBELAS PENGGAL PERTAMA MESYUARAT KEEMPAT K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2005 (Halaman 15) USUL: Usul Anggaran Pembangunan 2005 (Halaman 15) Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 73) Diterbitkan Oleh: CAWANGAN DOKUMENTASI PARLIMEN MALAYSIA 2004 DR.29.09.2004 i AHLI-AHLI DEWAN RAKYAT Yang Amat Berbahagia Tuan Yang di-Pertua, Tun Dato’ Seri Dr. Mohamed Zahir bin Haji Ismail, S.S.M., P.M.N., S.S.D.K., S.P.M.K., D.S.D.K., J.M.N. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Lim Si Cheng (Kulai) - MCA Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Dr. Yusof bin Yacob (Sipitang) - UMNO MENTERI Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Dato’ Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, S.P.M.S., S.S.S.J., S.P.S.A., S.S.A.P., S.P.D.K., D.P., S.P.N.S., D.G.P.N., D.S.S.A., D.M.P.N., D.J.N., K.M.N., A.M.N. (Kepala Batas) – UMNO 2. “ Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan, Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak, S.S.A.P, S.I.M.P., D.P.M.S., D.S.A.P., P.N.B.S., D.U.B.C.(T). (Pekan) – UMNO 3. Yang Berhormat Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Dato’ Seri Ong Ka Ting, S.P.M.P., D.P.M.P.
    [Show full text]
  • Dewan Rakyat
    Bil. 50 Khamis 7 Oktober 2004 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT PARLIMEN KESEBELAS PENGGAL PERTAMA MESYUARAT KETIGA K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT (Halaman 13) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2005 Jawatankuasa:- Jadual:- Maksud B.21 (Halaman 13) Maksud B.22 (Halaman 47) USUL: Usul Anggaran Pembangunan 2005 Jawatankuasa:- Maksud P.21 (Halaman 13) Maksud P.22 (Halaman 47) Diterbit Oleh: CAWANGAN DOKUMENTASI PARLIMEN MALAYSIA 2004 DR.7/10/2004 i AHLI-AHLI DEWAN RAKYAT Yang Amat Berbahagia Tuan Yang di-Pertua, Tun Dato Seri Dr. Mohamed Zahir bin Haji Ismail, S.S.M., P.M.N., S.S.D.K., S.P.M.K., D.S.D.K., J.M.N. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Lim Si Cheng (Kulai) - MCA Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Dr. Yusof bin Yacob (Sipitang) - UMNO MENTERI 1. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Dato’ Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, S.P.M.S., S.S.S.J., S.P.S.A., S.S.A.P., S.P.D.K., D.P., S.P.N.S., D.G.P.N., D.S.S.A., D.M.P.N., D.J.N., K.M.N., A.M.N. (Kepala Batas) - UMNO 2. “ Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan, Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak, S.S.A.P, S.I.M.P., D.P.M.S., D.S.A.P., P.N.B.S., D.U.B.C.(T).
    [Show full text]