MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA http://www.parlimen.gov.my HARI SELASA, 26 APRIL 2005, PUKUL 10.00 PAGI Bil. 21 PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN 1. 37-100602 Datuk Haji Rosli Bin Mat Hasan [ Dungun ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan bilangan Lesen Laut Dalam yang dikeluarkan setiap negeri dan benarkah dakwaan yang menyatakan satu pertiga lesen tersebut dipajakkan kepada warga asing dan nyatakan kerugian hasil tangkapan negara dari pajakkan tersebut. 2. 220-100314 Dato’ Haji Che Min bin Che Ahmad [ Pasir Puteh ] minta MENTERI PELANCONGAN menyatakan bagaimanakah perkembangan Tok Bali sebagai pusat pelancongan yang menarik dapat dimajukan dengan prasarana yang lengkap. 3. 69-100604 Dato’ Liow Tiong Lai [ Bentong ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan:- (a) tahap keselamatan dan kadar kemalangan di Lebuh Raya Pantai Timur dari KL-Kuantan; dan (b) apakah langkah-langkah yang akan diambil untuk mengurangkan kemalangan jalan raya dan meningkatkan keselamatan pengguna lebuh raya. 4. 93-100723 Dr. Rozaidah Binti Talib [ Ampang ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan bagaimanakah pihak Kementerian dapat membantu hasrat melahirkan lebih ramai jururawat terlatih di negara ini memandangkan hanya sebahagian kecil daripada kursus kejururawatan di IPTS mendapat pengiktirafan Lembaga Akreditasi Negara. 2 AUM DR 26/04/2005 5. 145-100862 Puan Tan Ah Eng [ Gelang Patah ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan tindakan kawal selia terhadap bank-bank komersial yang mencari jalan untuk mengenakan bayaran ke atas pelbagai jenis perkhidmatan, memandangkan tidak ada bayaran dikenakan ke atas perkhidmatan yang berkenaan sebelum proses penggabungan diadakan. 6. 68-100861 Dato’ Mohd Sarit Bin Haji Yusoh [ Temerloh ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan adakah Kementerian sedar kegiatan berpersatuan dipercayai dapat mengelakkan belia daripada terjerumus dalam masalah sosial. Tetapi, 70 peratus daripada belia tidak menjadi ahli mana-mana persatuan, termasuk persatuan belia. Apakah perancangan dan tindakan Kerajaan terhadap belia yang tidak berpersatuan ini. 7. 161-100047 Datuk Abdul Rahim Bin Bakri [ Kudat ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan apakah Kerajaan bercadang memperluaskan penggunaan HDNR (High Damping Natural Rubber Bearing) untuk melindungi bangunan daripada kerosakan akibat gempa bumi. Berapa peratus yang telah menggunakannya dan setakat manakah persediaan sistem amaran awal (EWS) untuk melindungi penduduk dari gejala tsunami. 8. 22-101018 Ir. Shaari Bin Hassan [Tanah Merah] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah Kementerian mempunyai perancangan khusus untuk menyelenggarakan sekolah-sekolah lama khususnya di luar bandar dan memastikan bekalan air bersih ke sekolah-sekolah dapat diselesaikan. 9. 142-100408 Tuan Teng Boon Soon [ Tebrau ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan adakah Kerajaan bercadang menubuhkan Jawatankuasa Pemantau Alam Sekitar yang dianggotai juga oleh wakil NGO yang berwibawa di setiap negeri untuk membantu menjayakan Rancangan Fizikal Negara (RFN). 10. 76-100370 Datuk Ismail Sabri Bin Yaakob [Bera] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah jumlah syarikat FELDA dan anak-anak syarikat FELDA dan berapakah pendapatannya setiap tahun dan berapakah jumlah yang diperuntukkan bagi projek prasarana dan kebajikan peneroka di rancangan-rancangan FELDA di seluruh negara setiap tahun. 11. 139-100469 Ir. Dr. Wee Ka Siong [ Ayer Hitam ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan 5 buah syarikat yang paling banyak berhutang dengan Telekom Malaysia. Apakah tindakan yang diambil terhadap syarikat yang berhutang tersebut. 3 AUM DR 26/04/2005 12. 11-101047 Dato’ Haji Ghazali Bin Ibrahim [ Padang Terap ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan:- (a) jumlah industri asas tani yang dirancang akan dilaksanakan dan jenis industri berkenaan; dan (b) apakah perancangan Kerajaan bagi memastikan industri ini dapat dilaksanakan. 13. 74-100563 Tuan Haji Ismail Bin Abd Mutalib [ Maran ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan apakah pihak Kerajaan akan meneruskan cadangan untuk memberikan taraf berpencen kepada atlet-atlet negara dan apakah syarat-syarat yang telah ditetapkan untuk pemberian tersebut. 14. 62-101180 Brig Jen (B) Datuk Seri Abd Hamid Ngah @ Zainal Abidin [ Parit Buntar ] minta PERDANA MENTERI menyatakan cadangan bagi menambahbaikkan Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang sering mendapat kritikan pelbagai pihak. 15. 195-101157 Tuan Jelaing Mersat [ Saratok ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan usaha-usaha Kementerian untuk menambah kemudahan- kemudahan di kampung-kampung untuk permainan dan sukan lebih-lebih lagi di kawasan pedalaman. 16. 189-101254 Datuk Seri Tiong King Sing [ Bintulu ] minta MENTERI HAL EHWAL DALAM NEGERI menyatakan sejauh manakah hasil usaha Kerajaan di dalam menjalankan Pendaftaran Lewat Sijil Kelahiran dan Pendaftaran Kad Pengenalan Secara Bergerak di Negeri Sarawak terutama di Bintulu yang dijalankan baru-baru ini. 17. 200-100589 Tuan Haji Ismail Bin Noh [ Pasir Mas ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah tindakan Kerajaan bagi mengatasi import bekalan beras dan bekalan lain dari negara jiran memandangkan krisis di selatan negara tersebut semakin meningkat yang membawa kepada terjejasnya kemasukan bahan-bahan penting itu ke negara kita. 4 AUM DR 26/04/2005 18. 21-101140 Tuan Haji Md. Alwi Bin Che Ahmad [ Ketereh ] minta PERDANA MENTERI menyatakan pendirian Kerajaan terhadap cadangan penubuhan Suruhanjaya Antara Agama Malaysia (Inter-Faith Commission) yang bukan sahaja mencabar perlembagaan negara dan menyentuh sentimen umat Islam tetapi menjadi tanda tanya Islam Hadhari yang ingin negara tonjolkan. Apakah tindakan Kerajaan bagi mendapatkan kembali kepercayaan umat Islam bahawa negara ini adalah negara Islam. 19. 100-100214 Dato’ Dr. Tan Kee Kwong [ Segambut ] minta MENTERI HAL EHWAL DALAM NEGERI menyatakan tentang sindiket penjualan MyKad, jumlah kes dilaporkan pada tahun 2004. Apakah langkah yang telah diambil untuk mengatasi perkara ini. 20. 167-100728 Tuan Raime Bin Unggi [ Tenom ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan sejauh manakah usaha-usaha pihak Kementerian dalam mencantikkan dan menceriakan kawasan bandar-bandar dan pekan-pekan bagi merealisasikan hasrat Kerajaan iaitu konsep "Bandar Dalam Taman". 21. 218-100218 Tuan Chong Hon Min [ Sandakan ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah projek-projek pembangunan yang telah dan akan dilaksanakan di kawasan Parlimen Sandakan bagi tahun 2003, 2004 dan 2005 dengan maklumat terperinci setiap projek dan kos yang terlibat. 22. 34-100316 Dato’ Razali Bin Ismail [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan perkembangan terkini untuk membina IPTA yang baru di negeri Terengganu. 23. 193-100709 Tuan Haji Fadillah Bin Yusof [ Petra Jaya ] minta MENTERI HAL EHWAL DALAM NEGERI menyatakan status pengampunan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di negara ini dan langkah-langkah yang diambil bagi mengawal kemasukan PATI di masa hadapan. 24. 180-100919 Tuan Jawah Anak Gerang [ Lubok Antu ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan langkah-langkah yang lebih menyeluruh dan berkesan yang diambil oleh Kerajaan bagi mengatasi keadaan Universiti- universiti di Malaysia begitu sunyi dan kurang menganjurkan seminar dan kongres atau majlis ceramah. 5 AUM DR 26/04/2005 25. 197-100151 Tuan Aaron Ago Anak Dagang [ Kanowit ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan punca dan kesan masalah kekurangan minyak "diesel" di Sabah dan Sarawak baru-baru ini. 26. 121-100225 Datuk Haji Mohd Said bin Haji Yusof [ Jasin ] minta MENTERI KESELAMATAN DALAM NEGERI menyatakan langkah-langkah untuk meningkatkan kawalan penyeludupan mercun dan bunga api yang berleluasa semasa Perayaan Tahun Baru Cina baru-baru ini. 27. 81-100634 Dato’ Yap Pian Hon [ Serdang ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan:- (a) berapakah jumlah kutipan Tol di Lebuh raya Damansara- Puchong, Lebuh raya Sg. Besi, Lebuh raya Kajang-Cheras dan Lebuh raya Shah Alam pada tahun 2003 dan 2004; dan (b) bilakah kutipan tol syarikat konsesi lebuh raya-lebuh raya akan tamat tempohnya. 28. 177-100915 Tuan Richard Riot Jaem [ Serian ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan rancangan-rancangannya untuk menaik taraf (Permix) jalan-jalan kampung di negeri Sarawak yang kebanyakannya masih dihubungkan dengan jalan tanah dan kerikil. 29. 33-100513 Tuan Che Azmi Bin Haji Abdul Rahman [ Kuala Nerus ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan bilangan dan anggaran kos projek runding terus di negeri Terengganu di bawah pembiayaan Dana Khas Kerajaan Persekutuan yang telah mendapat surat niat dan telah selesai runding harga tetapi masih belum dikeluarkan LA atau 'Letter of Acceptance'. Nyatakan projek-projek berkenaan yang akan diteruskan dan projek-projek yang akan dibatalkan. Bilakah projek-projek yang akan diteruskan ini akan dikeluarkan LA. 30. 184-101098 Tuan Tiong Thai King [ Lanang ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan:- (a) angka terkini bagi pembawa AIDS mengikut kaum di negara kita; dan (b) sehingga kini, bilangan orang yang meninggal dunia akibat penyakit ini. 6 AUM DR 26/04/2005 31. 134-100999 Tuan Baharum Bin Mohamed [ Sekijang ] minta MENTERI HAL EHWAL DALAM NEGERI menyatakan apakah skim perkhidmatan yang digunakan untuk melantik Pengarah Rela Negeri dan Pegawai Rela Daerah yang mengakibatkan mereka menerima gaji yang terendah berbanding dengan perkhidmatan lain. 32. 118-101330 Tuan Haji Idris Bin Haron [ Tangga Batu ] minta MENTERI
Details
-
File Typepdf
-
Upload Time-
-
Content LanguagesEnglish
-
Upload UserAnonymous/Not logged-in
-
File Pages21 Page
-
File Size-