Advokasi Keselamatan Lebuh Raya
Total Page:16
File Type:pdf, Size:1020Kb
Buletin LEMBAGA LEBUHRAYA MALAYSIA EDISI 1 JANUARI - JUN 2019 Kempen Advokasi Keselamatan Lebuh Raya LAWATAN KERJA MENTERI MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN KERJA RAYA KE PEJABAT DAN SEMARAK RAMADHAN 03 WILAYAH UTARA LLM 12 MAJLIS PERASMIAN SISTEM SOLAR PEMBUKAAN JAJARAN FOTOVOLTA YANG PERTAMA SEKSYEN 8, LEBUHRAYA 08 DI KAWASAN REHAT DAN RAWAT 14 PESISIRAN PANTAI BARAT www.llm.gov.my Kandungan LAWATAN KERJA MENTERI KERJA 03 RAYA KE PEJABAT WILAYAH UTARA LLM Dari Meja KEMPEN ADVOKASI KESELAMATAN 04 LEBUH RAYA SEMPENA PERAYAAN Pengarang TAHUN BARU CINA LAWATAN TIMBALAN MENTERI 05 KERJA RAYA KE JAJARAN HUTAN Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera. MELINTANG-TELUK INTAN Alhamdulilllah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan PROGRAM CSR PENYAMPAIAN kehadrat Ilahi kerana dengan kurniaan nikmat dan SUMBANGAN KEPADA PERSATUAN rahmat Nya kita berada dalam keadaan sihat dan 06 BEKAS POLIS MALAYSIA sejahtera sehingga diberikan peluang untuk bertemu dalam keluaran Edisi 1/2019 Buletin Lebuh Raya. PROGRAM CSR PENYERAHAN ASET Terbitan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) ini adalah 07 PERALATAN ICT TERPAKAI bagi tahun 2019 yang menyajikan perkongsian ilmu dan maklumat sepanjang bulan Januari hingga Jun 2019. MAJLIS PERASMIAN SISTEM SOLAR 08 FOTOVOLTA YANG PERTAMA Tahun 2019 menyingkap tirainya dengan kecemerlangan DI KAWASAN REHAT DAN RAWAT LLM dengan pembukaan Jajaran Seksyen 8, Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) daripada Persimpangan MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN Hutan Melintang ke Persimpangan Teluk Intan yang 09 CEMERLANG KKR dibuka secara rasmi oleh YB Tuan Haji Mohd Anuar Bin Mohd Tahir, Timbalan Menteri Kerja Raya. Lebuhraya MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN WCE ini bakal menjadi satu sistem penyuraian trafik 12 DAN SEMARAK RAMADHAN dan laluan alternatif kepada Lebuhraya Utara-Selatan. Kejayaan ini diteruskan lagi dengan perasmian Sistem KEMPEN ADVOKASI KESELAMATAN 13 LEBUH RAYA SEMPENA PERAYAAN Solar Fotovolta yang pertama di kawasan Rehat dan HARI RAYA AIDILFITRI Rawat Machap (Arah Utara) di Lebuhraya Utara- Selatan oleh YB Tuan Baru Bian, Menteri Kerja Raya. PEMBUKAAN JAJARAN SEKSYEN 8, Penggunaan sistem ini sebagai salah satu inisiatif untuk 14 LEBUHRAYA PESISIRAN PANTAI BARAT menjimatkan penggunaan tenaga elektrik. SUDUT LENSA Di samping itu, edisi kali ini juga memaparkan artikel 15 Kempen Dekad Membaca Kebangsaan yang bertepatan IKATAN JANJI dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia untuk 20 menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara membaca dalam tempoh 10 tahun iaitu dari tahun 2021 sehingga SIDANG REDAKSI 2030. Justeru itu, LLM telah mengambil inisiatif PENAUNG: untuk merancang program-program berkaitan bagi YBhg. Dato’ Sr. Aziz Bin Abdullah menjayakan Dekad Membaca Kebangsaan. PENASIHAT: Akhir kata, diharap informasi dan pengisian dalam edisi Pn. Zuraida Binti Shaharudin kali ini dapat menjadi wadah untuk menyuntik semangat KETUA EDITOR: dan inspirasi kepada warga LLM khususnya dalam Pn. Nor Adibah Binti Ramli menjalankan amanah yang diberikan dan terus menerus melakar kegemilangan pada masa akan datang. EDITOR: Cik Shuhana Binti Hashim Selamat membaca dan bertemu lagi di edisi yang akan Cik Nithiyaa a/p Moorthy datang. Pn. Jamalliah Binti Md. Sarip En. Muhammad Asyraf Bin Mohd Nor Pengarang FOTOGRAFI: En. Mohamed Saiful Bin Mohamad Shapri Buletin LAWATAN KERJA MENTERI KERJA RAYA KE PEJABAT WILAYAH UTARA LLM PULAU PINANG, 4 Januari YB Tuan Baru Bian, Menteri Kerja Raya buat pengguna sentiasa terjamin. YB Menteri telah julung kalinya mengadakan lawatan ke Pejabat dibawa melawat ke Jambatan Pulau Pinang dan Wilayah Utara, Lembaga Lebuhraya Malaysia Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (LLM) untuk melihat dengan lebih dekat aspek (JSAHMS) untuk melihat sendiri bagaimana keselamatan operasi dan penyenggaraan yang pergerakan trafik di pantau di sepanjang jajaran dilaksanakan oleh Pejabat Wilayah tersebut. kedua-dua jambatan ini. Semasa sesi lawatan, delegasi telah diberikan YB Menteri turut mengambil kesempatan untuk taklimat oleh YBhg. Dato’ Sr. Aziz Bin Abdullah, meninjau perjalanan operasi tol di lorong-lorong Ketua Pengarah LLM berkaitan pelaksanaan motosikal di Plaza Tol JSAHMS dan Plaza Tol operasi dan penyenggaraan lebuh raya dalam Jambatan Pulau Pinang sejak pemansuhan tol memastikan keselamatan dan keselesaan bagi motosikal bermula 1 Januari 2019 yang lalu. 3 Buletin KEMPEN KESELAMATAN LEBUH RAYA SEMPENA PERAYAAN TAHUN BARU CINA KUALA LUMPUR, 29 Januari LLM dan Persatuan Syarikat Konsesi Lebuhraya Malaysia (PSKLM) telah menganjurkan Kempen Advokasi Keselamatan Lebuhraya menjelang perayaan Tahun Baru Cina 2019. Kempen #Respeklabro tersebut telah dilancarkan oleh YB Tuan Baru Bian, Menteri Kerja Raya dengan sokongan Kementerian Kerja Raya (KKR), Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Pengangkutan Jalan di Plaza Tol Gombak, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak. Sempena pelancaran kempen advokasi ini, turut dilancarkan sebuah video pendek #BukaMindaHatiTerbuka untuk mendidik dan menyedarkan pengguna lebuh raya supaya sentiasa tertib dan sopan ketika menggunakan lebuh raya, khususnya pada musim perayaan. 4 Buletin LAWATAN TIMBALAN MENTERI KERJA RAYA KE JAJARAN HUTAN MELINTANG-TELUK INTAN HUTAN MELINTANG, 21 Februari Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat atau West Coast Expressway (WCE), adalah sebuah projek penswastaan lebuh raya yang mendapat sokongan penuh pihak Kerajaan Malaysia. Bagi melihat kemajuan projek, satu lawatan kerja telah dihadiri YB Tuan Haji Mohd Anuar Bin Mohd Tahir, Timbalan Menteri Kerja Raya di tapak pembinaan projek Lebuhraya WCE, Plaza Tol Hutan Melintang, Seksyen 8, Perak Darul Ridzuan. Lawatan ini juga turut dihadiri oleh Pegawai-pegawai Kerajaan Negeri Perak dan juga agensi-agensi kerajaan lain. Lebuhraya WCE akan menjadi laluan alternatif kepada Lebuhraya Utara-Selatan. Selain itu, ia juga akan menjadi laluan pintasan kepada kawasan-kawasan utama di negeri Perak antaranya di Teluk Intan, Kampung Lekir, Sitiawan, Changkat Cermin, Beruas dan sebagainya. Lebuhraya WCE bukan sahaja dibina untuk memudahkan akses pengguna lebuh raya, malah ia juga dijangka akan mewujudkan peluang pekerjaan dan perniagaan di samping pemangkin pembangunan di kawasan pantai barat negeri Selangor dan Perak. 5 Buletin Program CSR PENYAMPAIAN SUMBANGAN KEPADA PERSATUAN BEKAS POLIS MALAYSIA KUALA LUMPUR, 12 Mac Program Tanggungjawab Sosial dan Korporat (CSR) merupakan agenda tetap tahunan bagi LLM dan PSKLM. Kali ini dengan kerjasama Besraya Sdn. Bhd, LLM dan PSKLM telah menyampaikan sumbangan kepada Persatuan Bekas Polis Malaysia. Antara bentuk barangan sumbangan yang telah disampaikan adalah kerusi roda, batang tongkat, susu nutri fibre diabetic dan lampin dewasa. Diharapkan dengan sumbangan ini, sedikit sebanyak dapat membantu ahli-ahli persatuan yang memerlukan bantuan sokongan untuk pergerakan aktiviti harian mereka. 6 Buletin PROGRAM CSR PENYERAHAN ASET PERALATAN ICT TERPAKAI BERANANG, 18 April LLM telah menyerahkan sumbangan berupa aset peralatan ICT terpakai melalui Program CSR kepada Sekolah Kebangsaan Beranang, Selangor. Aset peralatan ICT terpakai berupa 12 unit komputer desktop, 2 unit komputer riba dan 6 unit tablet telah disampaikan oleh YBrs. Ir Abdullah Bin Hashim, Timbalan Ketua Pengarah (Bisnes). Dengan sumbangan ini, diharapkan ia dapat dimanfaatkan oleh pelajar bagi menambah ilmu pengetahuan dalam bidang pengkomputeran di samping menambah fasiliti ICT di sekolah berkenaan. 7 Buletin MAJLIS PERASMIAN SISTEM SOLAR FOTOVOLTA YANG PERTAMA DI KAWASAN REHAT DAN RAWAT MACHAP, 25 April Kawasan Rehat dan Rawat Machap (Arah Utara) di Lebuhraya Utara-Selatan menjadi R&R pertama di Malaysia yang menggunakan Sistem Solar FotoVolta sebagai salah satu inisiatif untuk menjimatkan penggunaan tenaga elektrik selain memperluas Agenda Hijau Negara. Ia merupakan satu lagi pendekatan dan inovasi memperluaskan teknologi hijau dalam usaha memulihara alam sekitar. YB Tuan Baru Bian, Menteri Kerja Raya telah hadir bagi merasmikan majlis ini di Kawasan Rehat dan Rawat Machap (Arah Utara). Penggunaan sistem solar fotovolta ini juga dirancang untuk diperluaskan di kawasan rehat dan rawat yang lain dalam tempoh 5 tahun yang akan datang. 8 Buletin Majlis Anugerah PERKHIDMATAN CEMERLANG KKR KUALA LUMPUR, 30 April Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) anugerah tersebut kepada warga Kerja Raya. Kementerian Kerja Raya 2018 telah diadakan Majlis ini diadakan bertujuan untuk menghargai bertempat di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid, dan mengiktiraf kualiti serta kuantiti sumbangan Kompleks Kerja Raya. Seramai 867 orang warga warga Kementerian dan Agensi yang melebihi Kementerian dan Agensi di bawahnya telah dipilih daripada keperluan tanggungjawab biasa bagi sebagai penerima APC 2018, di mana seramai 28 jawatannya. Penghargaan ini juga bertujuan orang daripadanya adalah warga LLM. menjadikan anggota berkenaan sebagai contoh dan semangat kepada lain-lain anggota Majlis yang bertemakan ‘Mengupaya Potensi, untuk sama-sama meningkatkan lagi taraf Memperkasa Organisasi’ ini dirasmikan oleh YB perkhidmatan demi mencapai matlamat Tuan Haji Mohd Anuar Bin Mohd Tahir, Timbalan organisasi. Menteri Kerja Raya yang turut menyampaikan 9 Buletin DEKAD MEMBAA KEBANSAAN #MALAYSIAMEMBACA PENDEKATAN BAHARU DAN LEBIH MANTAP SERTA AGRESIF DIRANGKA DAN DILAKSANAKAN BAGI MENARIK LEBIH RAMAI MASYARAKAT UNTUK MENCINTAI DUNIA PEMBACAAN DAN MEMUPUK PEMBUDAYAAN MEMBACA PRASEKLAH TERMASUK BAYI MEMEPERKENALKAN BAHAN DAN PEMBACAAN AWAL SEKLAH RENDAH MEMEPERKENALKAN TEKNIK SEKLAH MENENAH MEMBACA DAN MENGANALISIS MEMBACA UNTUK PENGETAHUAN UNIERSITI MASYARAKAT MEMBACA UNTUK UMUM PENGETAHUAN,