Tasik Kenyir Jeti Pengkalan Gawi
Total Page:16
File Type:pdf, Size:1020Kb
SEPINTAS LALU Tasik Kenyir merupakan tasik buatan manusia yang terbesar di Asia Tenggara. Terletak Tasik Kenyir di tengah-tengah Negeri Terengganu, iainya merangkumi kawasan seluas 209,199 hektar. Tasik yang indah ini di kelilingi oleh hutan hujan tropika yang tertua di dunia. Dengan keluasannya yang besar sehingga ke bahagian barat Kelantan dan juga selatan Pahang, ia menjadikan Tasik kenyir sebagai pintu alternatif untuk ke Taman Negara. Di tasik ini, terdapat lebih daripada 340 buah pulau yang pada asalnya merupakan kemuncak bukit dan tanah tinggi. Keindahan alam semulajadinya membuatkan Tasik Kenyir sebagai habitat dan juga tempat perlindungan untuk beraneka spesis ikan air tawar dan hidupan liar yang unik dan tempat terletaknya lebih daripada 14 air terjun, jeram dan sungai yang pasti menjanjikan kedinginan airnya. Flora dan fauna yang hidup di dalam lanskap yang luas ini diibaratkan sebagai penemuan harta karun yang bermakna bagi pencinta alam semulajadi. Jeti Pengkalan Gawi adalah pelabuhan utama untuk ke Tasik Kenyir sejak tahun 1991. Jeti Pelancong yang menaiki bot dapat menikmati kepelbagaian tempat peranginan, chalet, tapak perkhemahan dan resort terapung yang terletak jauh ke dalam kawasan Pengkalan Tasik Kenyir. Jeti ini juga berfungsi sebagai pusat akses yang paling hampir dengan Taman Negara melalui Tanjung Mentong di mana pas kemasukan dan permit untuk Gawi memancing mesti diperolehi daripada Jabatan Hidupan Liar. Negeri Cantik, Budaya Menarik Pulau & Gunung Pusat Santuari Air Terjun Taman Negara Taman-Taman Gua TARIKAN UTAMA TEMPAT-TEMPAT YANG WAJIB DILAWATI Tasik Kenyir merupakan syurga dunia bagi pencinta alam semulajadi. Ia merupakan tempat tumpuan yang terkenal di kalangan pemancing ikan air tawar, pengembara hutan, pendaki gunung, pemerhati burung, penyelidik dan juga penghuni kota yang rindukan kedamaian dan ingin lari dari hirup-pikuk kota. Setelah siap pembinaan Stesen Janakuasa Hidroelektrik Sultan Mahmud pada tahun 1985, tadahan air di kawasan pedalaman Terengganu meningkat. Ia telah mengubah kemuncak bukit dan tanah tinggi menjadi 340 buah pulau. Tasik Kenyir membongkarkan ribuan khazanah tropika semulajadi yang paling berharga termasuklah air terjun, gua, pulau, gunung, taman-taman yang indah dan juga tempat perlingungan haiwan liar. 4 LAKE KENYIR AIR TERJUN Terdapat banyak air terjun di Tasik Kenyir yang terkenal di kalangan pengunjung yang gemarkan perkelahan yang santai sambil menikmati kecantikan alam semulajadi. Jika sudah menjejakkan kaki ke Tasik Kenyir, pasti terasa rugi jika tidak mengambil peluang untuk berkelah di salah satu lokasi air terjun di sini. Kemudahan asas yang mesra pengguna juga turut disediakan seperti tandas, tempat persalinan pakaian dan kawasan rehat. Antara lokasi air terjun yang harus dilawati termasuklah Petang, Leban Terengganu, Lata Terap, Sungai Buweh, Sungai Lawit dan Air Terjun Petuang. 5 AIR TERJUN LASIR Air Terjun Lasir terletak 16 km dari Jeti Pengkalan Gawi. Perjalanan dengan bot mengambil masa 30 minit dari jeti di mana pelancong disambut dengan deruan air terjun setinggi 500 kaki yang menambah kedinginan suasana sekitar air terjun. Dasar Air Terjun Lasir dilitupi dengan kehijauan daun hutan hujan tropika yang membuatkan lokasi ini menjadi tempat yang ideal untuk beristirehat. AIR TERJUN SAOK Dari Jeti Pengkalan Gawi, ia mengambil masa sekitar 15 minit dengan menaiki bot untuk sampai ke Air Terjun Saok. Kaki air terjun yang rata dan berpasir membuatkan ianya menjadi lokasi yang strategik untuk perkelahan. Airnya yang dingin mampu memberi kenangan yang indah sepanjang percutian bersama keluarga dan juga rakan-rakan. AIR TERJUN TEMBAT Air Terjun Tembat terletak kira-kira satu jam perjalanan menaiki bot dari Jeti Pengkalan Gawi. Air Terjun Tembat memiliki keistimewaannya yang tersendiri berbanding air terjun yang lain kerana ianya terdiri daripada lima jeram air terjun yang deras airnya. Keunikan Air Terjun Tembat menjadikan ia lokasi kegemaran di kalangan pengunjung yang sukakan aktiviti perkhemahan. Kawasan perkhemahannya yang luas juga dilengkapi dengan laluan yang menghubungkan pendaki ke bahagian atas air terjun. Dari sini, pendaki dapat menyaksikan pemandangan dan persekitaran air terjun yang sangat memukau. 6 LAKE KENYIR GUA Bukit batu kapur yang tinggi di Tasik Kenyir terdiri daripada dua gua terpencil. Pemandangannya yang penuh misteri dan sering diselubungi dengan kabus menjanjikan panorama yang sangat menakjubkan. 7 GUA BEWAH Gua Bewah terletak di Bukit Bewah dan merupakan habitat bagi spesis haiwan nokturnal dan serangga yang mendiami gua. Ia merupakan gua terbesar di Tasik Kenyir dengan pintu masuk melengkung 40 meter di atas paras air. Padan tahun 1970 an, ahli arkeologi menjumpai satu penemuan yang menarik di dalam gua iaitu rangka seorang manusia pra-sejarah dan artifak primitif yang digunakan semasa Zaman Batu seperti periuk, kapak dan alatan dapur. Selain itu, terdapat rangka seorang manusia pra-sejarah yang baru dijumpai di kawasan itu yang GUA TAAT dianggarkan berusia 16,000 tahun. Ianya digelar sebagai “Bewah Man” dan dipercayai rangka tertua pernah ditemui Gua Taat terkenal dengan rahsianya pada masa lalu. Ianya dalam negara. dahulu meliputi tiga buah gua kecil dan gua yang terkecil iaitu Gua Tok Bidan telah lama tenggelam setelah siapnya Selain merungkai kesan-kesan peninggalan sejarah dari empangan di Tasik Kenyir. Apabila paras air meningkat, penduduk zaman Paleolitik dan Mesolitik dan misteri Gua Taat juga akan tenggelam dan tidak boleh dilawati. legenda Bewah, peneroka juga mendapat peluang untuk menyaksikan pelbagai saiz dan aneka rupa stalaktit dan Tempat ini juga popular dengan kepelbagaian bentuk stalagmit yang terbentuk secara alami. Terowong yang dan saiz stalaktit dan stalagmitnya yang kelihatan seperti terdapat di dalam gua ini menjadikan pengembaraan marmar yang terukir indah dan diibaratkan sebagai galeri lebih menarik kerana pengunjung berkesempatan untuk seni yang diukir dengan penuh kesenian oleh alam melihat pelbagai jenis kelawar dan serangga yang tinggal semulajadi. Pelancong boleh ke Gua Taat dengan menaiki di habitat semulajadi mereka. Penemuan bilik bawah tanah bot dari Jeti Pengkalan Gawi yang memakan masa lebih yang belum diterokai di Gua Bewah semestinya juga akan kurang 2 jam. Pelancong juga boleh mencungkil rahsia menarik minat pengembara tegar untuk menjadi antara misteri gua dan menikmati keajaiban alam semulajadi di yang terawal sampai ke kawasan misteri ini yang pastinya Gua Taat. menjanjikan pengalaman yang berbeza. 8 LAKE KENYIR 9 PULAU & GUNUNG Tasik Kenyir pada asalnya dinamakan sempena Sungai Kenyir, salah satu daripada sungai di Terengganu yang parasnya naik kerana pembinaan Empangan Jenagor. Apabila paras sungai meningkat, gunung dan bukit akhirnya ditenggelami air dan menjadi 340 buah pulau yang kecil. Kawasan pergunungan Tasik Kenyir adalah kawasan hutan tropika yang belum dijejaki dan dianggarkan berusia berjuta-juta tahun. Puncak tertinggi yang berada di tengah-tengah tasik dikenali sebagai Gunung Chergau di Pulau Chergau, iaitu pulau terbesar di Tasik Kenyir. Selain itu, pulau- pulau lain seperti Bayas, Sumas, Jelatang, Batu Pipit dan sebagainya juga mengelilingi Tasik Kenyir. Gunung Gagau adalah puncak yang kedua tertinggi di dalam kawasan Tasik Kenyir dan dianggarkan setinggi 1,376 meter di atas paras laut, manakala Gunung Lawit pula berketinggian 1,519 meter dan disahkan sebagai puncak tertinggi di Taman Negara Terengganu. Antara puncak lain termasuklah Gunung Bongsu, Tembat, Raung, Kachang dan Gajah Terom. Setiap puncak gunung di Tasik Kenyir menawarkan cabaran yang berbeza-beza. Buat para pendaki gunung yang ingin menguji daya ketahanan dan stamina mereka, bolehlah mencuba untuk menakluk gunung-gunung yang ada di Tasik Kenyir. Pendaki pastinya akan dihadiahkan dan teruja dengan pemandangan indah dan panorama yang luar biasa dari puncak gunung. 10 LAKE KENYIR TAMAN- TAMAN TAMAN BURUNG KEAJAIBAN Kira-kira 15 minit dari Jeti Pengkalan Gawi, di Pulau Terengganu Mati, terdapat Taman Burung tropika yang merupakan rumah kepada 153 pelbagai jenis burung TASIK KENYIR dan 17 spesis daripadanya terbang dengan bebas. Selebihnya ditempatkan di YANG TERSENDIRI dalam kawasan besar yang berpagar dan menyerupai persekitaran semulajadi burung yang mampu memberi ruang kepada pengujung untuk mengenal dan melihat burung-burung dengan lebih dekat. Taman Burung ini bertujuan memastikan pemeliharaan ekosistem semulajadi hutan tujan tropika bagi mengimbangi keperluan alam sekitar flora dan fauna. TAMAN RAMA-RAMA Taman Rama-Rama terletak di Pulau Lubuk Geras, kira-kira 5 minit dari Jeti Pengkalan Gawi. Pulau ini diabdikan sebagai sebuah tempat perlindungan kepada beribu-ribu spesis rama-rama yang dipelihara. Dipenuhi dengan lebih daripada 100 jenis bunga-bungaan dan pokok-pokok renek, Taman Rama-Rama adalah lokasi ideal buat pengujung yang gemar berfoto. Taman Rama-Rama ini juga menjadi tempat pembiakan bagi sesetengah spesis rama-rama yang unik dan jarang ditemui seperti Rajah Brooks dan Golden Birdwings. Di sini, terdapat sebuah muzium interaktif dan penuh informasi mengenai rama-rama dan pastinya mampu menarik minat pengunjung-pengujung cilik untuk belajar dan mendapatkan maklumat mengenai serangga yang berwarna-warni ini. 11 TAMAN HERBA TAMAN ORKID TAMAN TROPIKA Taman Herba Tasik Kenyir terletak Taman Orkid merangkumi Pulau Hulu Taman Tropika terletak di 2 pulau iaitu di Pulau Sah Kecil, kira-kira 10 minit Selimbar, Pulau Hilir Selimbar dan Pulau Tekak Besar dan Pulau Sungai dari Jeti Pengkalan Gawi. Terdapat