K A N D U N G A N

JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN- PERTANYAAN (Halaman 1)

RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2003 Jawatankuasa:- Jadual:- Maksud B.35 (Halaman 13) Maksud B.36 (Halaman 42)

USUL: Usul Anggaran Pembangunan 2003 Jawatankuasa:- Maksud P.35 (Halaman 13) Maksud P.36 (Halaman 42)

Diterbitkan Oleh: CAWANGAN DOKUMENTASI PARLIMEN 2002

DR.24.10.2002 i

AHLI-AHLI

Yang Amat Berbahagia Tuan Yang di-Pertua, Tun Dato Seri Dr. Mohamed Zahir bin Haji Ismail, S.S.M., P.M.N., S.S.D.K., S.P.M.K., D.S.D.K. J.M.N. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Dato Seri Dr. Mahathir bin Mohamad, D.K.(Brunei), D.K.(), D.K.(Johor), D.U.K., S.S.D.K., S.S.A.P., S.P.M.S., S.P.M.J., D.P. (), D.U.P.N., S.P.N.S., S.P.D.K., S.P.C.M., S.S.M.T., D.U.M.N., P.I.S. (Kubang Pasu) “ Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, D.G.P.N., D.S.S.A., D.M.P.N., D.J.N., K.M.N., A.M.N., S.P.M.S. (Kepala Batas) Yang Berhormat Menteri Pengangkutan, Dato’ Seri Dr. Ling Liong Sik, S.P.M.P., D.G.S.M., D.P.M.P. D.P.M.S. (Labis) “ Menteri Kerja Raya, Dato’ Seri S. , S.P.M.J., S.P.M.P., D.P.M.S., P.C.M., A.M.N. (Sungai Siput) “ Menteri Perusahaan Utama, Dato’ Seri Dr. , S.P.M.P., D.G.P.N, D.P.C.M. (Beruas) “ Menteri Tenaga, Komunikasi dan Multimedia, Datuk Amar Leo Moggie anak Irok, D.A., P.N.B.S. (Kanowit) “ Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato’ Seri , S.P.M.P., S.P.M.T., D.P.M.S., A.M.N. (Kuala Kangsar) “ Menteri Pertahanan, Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak, S.S.A.P, S.I.M.P., D.S.A.P., D.P.M.S., P.N.B.S., D.U.B.C.(T). (Pekan) “ Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar, Dato’ Seri Law Hieng Ding, P.N.B.S., K.M.N., P.B.S., P.B.J. (Sarikei) “ Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar, S.P.M.J., S.P.D.K., D.P.M.J., S.M.J., A.M.N. (Kota Tinggi) “ Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin, P.I.S., B.S.I., S.M.J., P.S.M., S.P.M.J. (Pagoh) “ Menteri Kesihatan, Datuk Chua Jui Meng, D.I.M.P., S.I.M.P, S.M.J, P.I.S. (Bakri) " Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat, Dato’ Dr. Siti Zaharah binti Sulaiman, S.I.M.P., D.S.A.P., D.I.M.P. (Paya Besar) " Menteri Penerangan, Tan Sri Dato’ Seri Mohd. Khalil bin Yaakob, P.S.M., S.S.A.P., S.I.M.P., D.S.A.P., J.S.M., S.M.P. (Kuantan) “ Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Datuk Paduka Abdul Kadir bin Haji Sheikh Fadzir, P.G.D.K., D.S.D.K., A.M.K. (Kulim-Bandar Baharu) “ Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. , D.M.S.M. (Selandar) “ Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Dato’ Seri , D.P.M.P. (Pontian)

ii DR.24.10.2002

Yang Berhormat Menteri Pembangunan Usahawan, Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz, D.M.S.M., A.M.P., B.K.T. (Chenderoh) “ Menteri Pembangunan Luar Bandar, Dato’ Haji Azmi bin Khalid, D.P.M.P., S.M.P., P.J.K. (Padang Besar) “ Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Hishammuddin bin Tun Hussein, D.S.A.P., D.P.M.J. (Tenggara) “ Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri (Kinabalu) “ Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Utama Dr. Rais bin Yatim, S.P.N.S., D.S.N.S. (Jelebu) “ Menteri Pertanian, Datuk (Dr.) , SIMP., PGBK., DPMS., JSM., JBS., KMN., PPB. (Kuala Rajang) “ Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga, Dato’ Seri Hajah Shahrizat binti Abdul Jalil, DGPN., D.I.M.P. (Lembah Pantai) “ Timbalan Yang di-Pertua, Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah, D.I.M.P., S.M.P., P.J.K. (Maran) “ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Lim Si Cheng, P.I.S. (Senai) “ Timbalan Menteri Penerangan Dato’ Haji Mohd. Khalid bin Mohd. Yunus, D.S.N.S. (Jempol) “ Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Dr. Leo Michael Toyad, P.G.D.K., J.B.S. (Mukah) “ Timbalan Menteri Kesihatan, Dato' Seri Dr. Suleiman bin Mohamed D.P.M.S., S.S.S.A(Titiwangsa) “ Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk , P.G.B.K. (Miri) “ Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato’ Kerk Choo Ting, D.P.M.P., D.G.P.N.(Taiping) “ Timbalan Menteri Kewangan, Dato’ , D.S.A.P., D.P.M.S. (Selayang) " Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato’ S. Subramaniam, D.P.M.J., D.S.N.S., S.M.J. (Segamat) " Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal, P.G.D.K. (Semporna) “ Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk , P.G.B..K., P.B.S., A.B.S., A.M.N. (Betong) “ Timbalan Menteri Kewangan, Dato’ Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh, D.S.S.A., S.M.S., S.S.A., K.M.N. (Kuala Langat) “ Timbalan Menteri Dalam Negeri, Dato’ Chor Chee Heung, D.S.D.K., A.M.N., J.P. () “ Timbalan Menteri Tenaga, Komunikasi dan Multimedia, Datuk , P.J.N., K.M.N., A.M.N. (Bandar Tun Razak) “ Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Dato’ G. Palanivel, D.S.S.A., S.S.A., P.J.K. (Hulu Selangor) “ Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk , P.J.N., S.M.S. (Ampang Jaya)

DR.24.10.2002 iii

Yang Berhormat Timbalan Menteri Pengangkutan, Tan Sri Dato’ Seri DiRaja Ramli bin Ngah Talib, P.C.M., S.P.C.M., A.M.N., J.P. (Pasir Salak) “ Timbalan Menteri Pertanian, Dato’ Seri Mohd. Shariff bin Haji Omar, D.G.P.N., D.M.P.N., P.P.T. (Tasek Gelugor) “ Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar, Dato’ Zainal bin Dahalan, P.J.K., K.M.N., J.S.M., D.P.M.S. (Sabak Bernam) “ Timbalan Menteri Dalam Negeri, Dato’ Zainal Abidin bin Zin, D.P.M.P., P.M.P. (Bagan Serai) “ Mulia Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tengku Dato’ Seri Azlan ibni Sultan Abu Bakar, S.P.T.J., D.S.A.S. (Jerantut) “ Timbalan Menteri Kerja Raya, Dato’ Mohamed Khaled bin Haji Nordin, DSPN., P.I.S. (Johor Bahru) “ Timbalan Menteri Perusahaan Utama, Datuk (Beaufort) “ Timbalan Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi, Dr. Tan Kee Kwong (Segambut) “ Timbalan Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat, Dr. Tiki anak Lafe (Mas Gading) " Timbalan Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Dato’ Dr. (Raub) “ Timbalan Menteri Sumber Manusia, Dr. Abdul Latiff bin Ahmad (Mersing) " Timbalan Menteri Pendidikan, Dato’ Hon Choon Kim, D.S.N.S. (Seremban) “ Setiausaha Parlimen Kementerian Pertanian, Dato’ Abu Bakar bin Taib, D.S.D.K., S.D.K., B.C.K., K.M.N., P.J.K. (Langkawi) “ Setiausaha Parlimen Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Abu Zahar bin Isnin, D.G.S.M., D.M.S.M., A.M.N. (Jasin) “ Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Hajah Khamsiyah binti Yeop, P.P.T., A.M.N., A.M.P., P.M.P. (Gerik) “ Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Haji Noh bin Haji Omar, D.P.M.S., D.M.S.M., K.M.N., A.S.A., P.J.K., J.P. (Tanjong Karang) “ Setiausaha Parlimen Kementerian Pengangkutan, Tuan Ir. Donald Lim Siang Chai (Petaling Jaya Selatan) “ Setiausaha Parlimen Kementerian Kerja Raya, Datuk Yong Khoon Seng, D.S.P.N., K.M.N. (Stampin) “ Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Tuan Hashim bin Ismail, P.P.N., P.I.S. (Ledang) “ Setiausaha Parlimen Kementerian Tenaga, Komunikasi dan Multimedia, Tuan Chia Kwang Chye (Bukit Bendera) “ Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Tuan Wong Kam Hoong, K.M.N. (Bayan Baru) “ Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan, Tuan S. G. Sothinathan (Telok Kemang)

iv DR.24.10.2002

Yang Berhormat Setiausaha Parlimen Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi, Dr. Robia binti Dato’ Kosai (Muar) “ Setiausaha Parlimen Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat, Dato’ S. Veerasingam, P.M.P., A.M.P, A.M.N. (Tapah) “ Setiausaha Parlimen Kementerian Pembangunan Usahawan, Datuk Rizalman bin Abdullah, P.G.D.K., J.P. (Tenom) “ Setiausaha Parlimen Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Datuk Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim, P.B.S., P.P.B., (Santubong) “ Setiausaha Parlimen Kementerian Pendidikan, Dato’ Mahadzir bin Mohd. Khir (Sungai Petani) " Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Fu Ah Kiow, D.I.M.P. (Mentakab) " Drs. Haji Abu Bakar bin Othman (Jerlun) “ Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji Haron, S.M.K. (Rantau Panjang) " Tun Abdul Ghafar bin Baba, S.S.M. (Batu Berendam) “ Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Haji Awang, D.S.S.S.M.T. (Marang) “ Datuk Haji Abdul Hamid bin Abdul Rahman, P.J.N.(Sungai Benut) “ Tan Sri Dato' Seri Dr. Abdul Hamid Pawanteh, P.S.M., S.P.M.P. (Kangar) “ Dato’ Haji Abdul Kadir bin Annuar, S.P.M.J., K.M.N., P.I.S., B.S.I., A.M.N. (Pulai) “ Tuan Abd. Rahman bin Yusof (Kemaman) “ Tan Sri Datuk Patinggi Abdul Taib Mahmud, S.P.M.J., S.P.M.T., S.S.S.A, S.S.A.P., S.S.D.K., P.S.M., S.P.M.B., D.G.S.M., P.K.C, D.P. (Kota Samarahan) “ Dato’ Dr. Abdullah Fadzil bin Che Wan, D.P.C.M., P.C.M. (Bukit Gantang) “ Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop, B.K.T., J.P., D.M.S.M., K.M.N., D.C.S.M. (Alor Gajah) “ Dato’ Haji Ahmad Husni bin Mohd. Hanadzlah, P.P.T., A.M.P. (Tambun) “ Datuk Ahmad Zahid bin Hamidi, D.M.S.M., P.P.T., P.J.K. (Bagan Datok) “ Raja Dato’ Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar, D.S.A.P. (Larut) “ Tuan Alexander Nanta Linggi, A.B.S. (Kapit) “ Tuan Alwi bin Jusoh (Pasir Puteh) “ Tuan Haji Amihamzah bin Ahmad (Lipis) “ Datu Amirkahar bin Tun Datu Haji Mustapha (Marudu) “ Dato' Haji Badrul Hisham bin Abdul Aziz, D.P.M.S., A.S.A. (Hulu Langat) “ Tuan Billy Abit Joo, K.M.N. (Hulu Rajang)

DR.24.10.2002 v

Yang Berhormat Datuk Bung Moktar bin Radin, P.G.D.K., A.D.K., A.S.D.K. (Kinabatangan) “ Tuan Chang See Ten, P.I.S. (Gelang Patah) “ Tuan Haji Che Ghani bin Che Ambak, P.J.K. (Setiu) “ Puan Chew Mei Fun (Petaling Jaya Utara) “ Puan Chong Eng (Bukit Mertajam) “ Tuan Chow Kon Yeow (Tanjong) “ Tun Dato’ Daim Zainuddin, D.G.S.M., S.S.M., S.P.M.S., D.H.M.S., S.S.A.P. (Merbok) “ Fong Kui Lun (Bukit Bintang) " Puan Fong Po Kuan (Batu Gajah) " Tuan Goh Kheng Huat (Nibong Tebal) " Dato Goh Siow Huat (Rasah) “ Dato’ Dr. Hasan bin Haji Mohamed Ali, D.I.M.P., S.M.S. (Parit Buntar) “ Tuan Hassan bin Mohamed (Besut) “ Tuan Henry Sum Agong, A.K. (Bukit Mas) “ Tan Sri Dato’ Hew See Tong, P.S.M., D.P.M.P., J.P. (Kampar) “ Dato’ Ho Cheong Sing, P.M.P., A.M.N. (Ipoh Barat) “ Tuan Hoo Seong Chang (Kluang) “ Tuan Husam bin Haji Musa (Kubang Kerian) “ Tuan Haji Ismail bin Noh (Pasir Mas) “ Tuan Jacob Dungau Sagan, J.B.S., K.M.N., P.P.B. (Baram) “ Dato’ Dr. Haji Jamaludin bin Dato’ Mohd. Jarjis, S.I.M.P., D.I.M.P. (Rompin) “ Dr. James Dawos Mamit, P.P.B., P.P.S. (Mambong) “ Tuan Jawah anak Gerang (Lubok Antu) “ Tuan Jimmy Lim Donald (Sri Aman) “ Tuan Joseph Mauh anak Ikeh (Selangau) “ Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan, P.G.D.K., P.N.B.S., S.S.A.P., S.P.D.K. (Keningau) “ Tuan Joseph Salang anak Gandum (Julau) “ Datuk Juslie bin Ajirol, A.S.D.K. (Libaran) “ Dato’ Kamarudin bin Jaffar, B.C.M, D.S.N.S. (Tumpat) “ Tuan Kerk Kim Hock (Kota Melaka) “ Tan Sri Dato' Dr. K.S. Nijhar, P.S.M., S.P.M.J., J.M.N. (Subang) “ Tuan (Lumut) “ Datuk Lau Ngan Siew, A.D.K., K.M.N., P.G.D.K. (Sandakan) “ Tuan Lee Kah Choon (Jelutong) “ Puan Lim Bee Kau, A.M.K., B.K.M., P.J.K. (Padang Serai)

vi DR.24.10.2002

Yang Berhormat Tuan Lim Hock Seng (Bagan) " Tuan , S.M.P. (Bentong) " Dato’ Loke Yuen Yow, D.P.M.P., A.M.P. (Tanjong Malim) " Tuan Mah Siew Keong (Teluk Intan) " Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar (Pokok Sena) “ Puan Hajah Mastika Junaidah binti Husin (Arau) “ Tuan Haji Mat Basir bin Rahmat (Parit) “ Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili, A.S.D.K., J.P. (Bandau) “ Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz, P.N.J., S.M.J., K.M.N., P.I.S., B.S.I., A.M.N., P.P.N. (Sri Gading) " Tuan Mohamad bin Sabu (Kuala ) “ Tuan Mohamed Nasir bin Che Daud (Kuala Krai) “ Tuan Mohamed Sayuti bin Said, P.P.T., P.J.K., P.P.N. (Kuala Selangor) “ Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan, P.J.N., S.M.J., K.M.N., P.I.S., A.M.N., P.P.N. (Tebrau) “ Tuan Mohd. Amar bin Abdullah (Pengkalan Chepa) “ Tuan Mohd. Apandi bin Haji Mohamad (Jeli) “ Datuk Seri Panglima Mohd. Salleh bin Tun Md. Said, P.G.D.K. (Kota Belud) “ Datuk Mohd. Sarit bin Haji Yusoh (Temerloh) “ Tuan Mohd. Yusoff bin Mohd. Nor, P.P.N., J.M.N. (Machang) “ Dato’ Mohd. Zain bin Omar, D.S.P.N., K.M.N., P.J.K, P.J.M., (Balik Pulau) “ Dato’ Ir. Mohd. Zin bin Mohamed, D.P.T.J., J.P. (Shah Alam) “ Tuan M. Shukrimun bin Shamsudin (Kuala Nerus) “ Tuan Muhamad bin Mustafa (Peringat) “ Tuan Haji Muhyidin bin Haji Abd. Rashid (Hulu Terengganu) “ Dato' Mustafa bin Ali, D.P.M.T. (Dungun) “ Datuk Napsiah binti Omar (Kuala Pilah) “ Tuan Nasharudin bin Mat Isa (Yan) “ Tuan Ng Lip Yong (Batu) “ Datuk Osu bin Sukam, S.P.D.K., P.G.D.K., D.A. (Papar) “ Dato’ Othman bin Abdul (Pendang) " Datuk Peter Tinggom anak Kamarau, P.P.B., P.P.C., K.M.N., P.N.B.S., J.B.S., A.M.N., P.B.S. (Saratok) “ Tuan Philip Benedict Lasimbang, A.S.D.K. (Penampang) " Puan P. Komala Devi, P.P.T. (Kapar) " Datuk Railey bin Haji Jeffrey, P.G.D.K., J.M.N. (Silam) " Tuan Ramli bin Ibrahim (Kota Bharu)

DR.24.10.2002 vii

Yang Berhormat Mulia Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah, D.K., P.S.M., S.P.M.K., S.S.A.P., S.P.M.S. (Gua Musang) “ Tuan Richard Riot anak Jaem (Serian) “ Datuk Robert Lau Hoi Chew, J.B.S., (Sibu) “ Tuan Ronald Kiandee, A.S.D.K. (Beluran) “ Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad, D.M.S.M., P.I.S. (Parit Sulong) “ Tuan Saupi bin Daud (Tanah Merah) “ Datin Paduka Hajah Seripah Noli binti Syed Hussin, D.S.S.A (Sepang) “ Dato’ Shahnon bin Ahmad, D.S.D.K., K.M.N. (Sik) “ Dato’ Shaziman bin Abu Mansor, A.N.S. (Tampin) “ Tuan Shim Paw Fatt, J.P. (Tawau) " Tuan Haji Siam bin Haji Kasrin, K.M.N., P.I.S. (Batu Pahat) “ Datuk Song Swee Guan, P.G.B.S. (Bandar Kuching) “ Dato’ Suhaili bin Abdul Rahman, D.I.M.P., A.S.D.K. (Labuan) “ Puan Sukinam Domo (Batang Sadong) “ Tan Sri Datuk Seri Amar Dr. Haji Sulaiman bin Haji Daud, S.I.M.P., D.A., D.S.S.A., P.N.B.S., J.B.S. (Petra Jaya) “ Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawi (Kuala Terengganu) “ Tuan Taib Azamudden bin Md. Taib, J.B.S., A.M.N. (Baling) “ Tuan Tan Kok Wai (Cheras) “ Dr. Tan Seng Giaw (Kepong) “ Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew, D.S.S.A (Kelang) “ Puan Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) “ Tuan Thong Fah Chong (Ipoh Timur) “ Dato’ Dr. Ting Chew Peh, D.P.M.S., D.P.M.P. (Gopeng) “ Dato’ Seri Tiong King Sing, D.S.S.A., J.P. (Bintulu) " Dato’ Tiong Thai King, (Lanang) " Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail (Permatang Pauh) “ Tuan Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, J.B.S., P.B.S. (Batang Lupar) " Tuan Wan Nik bin Wan Yussof (Bachok) " Tuan Wilfred Madius Tangau, J.P., A.D.K. (Tuaran) " Dato’ Yap Pian Hon, D.P.M.S., A.M.N., P.J.K. (Serdang) “ Dr. Yee Moh Chai (Tanjong Aru) “ Datuk Dr. Haji Yusof bin Haji Yacob, P.G.D.K., A.D.K. (Sipitang) “ Datin Paduka Seri Hajah Zaleha binti Ismail, S.S.S.A., D.P.M.S., S.M.S, K.M.N (Gombak) “ Tuan Zawawi bin Haji Ahmad (Padang Terap) “ Dato’ Zulhasnan bin Rafique, D.I.M.P., A.M.N. (Wangsa Maju)

viii DR.24.10.2002

MENTERI/TIMBALAN MENTERI (SENATOR)

“ Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Brig. Jen. (B) Datuk Abdul Hamid bin Haji Zainal Abidin, K.M.N., P.A.T., D.P.M.P., J.S.M., P.J.N. “ Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi, Tan Sri Datuk Kasitah Gaddam, P.S.M., P.G.D.K., J.S.M. “ Menteri Pendidikan, Tan Sri Dato’ Seri Musa bin Mohamad, P.S.M., D.P.M.N., D.P.C.M. “ Timbalan Menteri Pendidikan, Dato’ Abdul Aziz bin Shamsuddin, D.M.S.M., D.P.M.S. “ Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tengku Dato' Adnan bin Tengku Mansor, K.M.N., D.S.D.K., D.I.M.P., D.S.A.P., P.J.N. " Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk M Kayveas, P.J.N. " Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan, Datuk Zainudin bin Maidin, P.J.N., J.M.N., S.M.S., A.M.K.

DR.24.10.2002 ix

DEWAN RAKYAT

PEGAWAI-PEGAWAI KANAN

Setiausaha Dewan Rakyat Datuk Mohd. Salleh bin Haji Hassan

Ketua Penolong Setiausaha Roosme binti Hamzah Zamani bin Haji Sulaiman Haji Mustakin bin Salamat Shahrom bin Haji Hasan

Penolong Setiausaha Ruhana binti Abdullah Riduan bin Rahmat Muhd Sujairi bin Abdullah

PETUGAS-PETUGAS CAWANGAN JURUBAHASA SERENTAK DOKUMENTASI Ungku Fauzie bin Ungku A. Rahman Azhari bin Hamzah Mazidah binti Mohamed Monarita binti Mohd. Hassan Hajah Paizah binti Haji Salehuddin Hajah Shamsiah binti Mohd. Yusop Hajah Supiah binti Dewak BENTARA MESYUARAT Mohamed bin Osman Mejar (B) Zakaria bin Salleh Hajah Norishah binti Mohd. Thani Mejar (B) Kamaruddin bin Abdullah Zaiton binti Yaacob Lt Kol (B) Mohamed Nor bin Mohd. Darus Abd. Talip bin Hasim Noorhazmah binti Hamzah PETUGAS-PETUGAS CAWANGAN Jamilah Intan binti Haji Bohari KOMPUTER Syed Azuddin bin Syed Othman Mohd Shah bin Rahman Nurziana binti Ismail Sulaiman bin Sirad Noor Effarizan binti Mat Satib Azzahar bin Hashim Taharah binti Mohamed Nik Elyana binti Ahyat PETUGAS-PETUGAS CAWANGAN Marzila binti Muslim PERUNDANGAN Habibunisah Mohd. Azir Mohd. Shariff bin Hussein Abu Bakar bin Hasan Azmi bin Othman Zafniza binti Zakaria PETUGAS-PETUGAS CAWANGAN Mohd. Sidek bin Mohd. Sani MESIN CETAK Mazlina binti Ali Kamal bin Oyub Norlaila binti Abdullah Sidi Haji Latif bin Ismail Ropiah binti Tambi Kamaroddin bin Mohd. Yusof Alias bin Mohd. Nor

DR.24.10.2002 1

MALAYSIA DEWAN RAKYAT Khamis, 24 Oktober 2002 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

1. Dr. James Dawos Mamit [Mambong] minta Menteri Pendidikan menyatakan peratusan pelajar-pelajar yang mengikuti program matrikulasi di IPTS pada tahun-tahun 2000, 2001 dan 2002 yang berjaya meneruskan pengajian mereka ke IPTA. Setiausaha Parlimen Kementerian Pendidikan [Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir]: Tuan Yang di-Pertua, program matrikulasi mula diambil alih oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sepenuhnya pada sesi akademik 2001, 2002. Pada sesi tersebut seramai 6,093 orang pelajar iaitu 81.3% yang mengikuti program matrikulasi di IPTS telah diterima masuk ke IPTA, manakala bagi sesi akademik 2002, 2003 pula seramai 7,806 orang pelajar atau 98.3% berjaya melanjutkan pengajian di IPTA. Dr. James Dawos Mamit: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Setiausaha Parlimen atas jawapan itu tadi. Yang berjaya melanjutkan pelajaran ke IPTA itu dan memandangkan kalau dilihat daripada peratusan tahun 2001, 2002 ini bermakna bahawa lebih kurang 19% tidak berjaya dan pada 2002, 2003 2% yang tidak berjaya melanjutkan pelajaran ke IPTA. Apakah sebab-sebab mereka ini tidak berjaya memasuki ke IPTA, adakah mereka ini gagal ataupun mereka ini memilih IPTS untuk melanjutkan pelajaran mereka. Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir: Yang Berhormat, kalau sekiranya kita lihat seperti mana yang telah saya sebutkan tadi, seramai 98.3% daripada angka yang telah saya beri itu berjaya memasuki ke IPTA. Ini memanglah seperti mana yang saya katakan pada masa yang lampau apabila mereka menduduki peperiksaan, ada yang gagal dan ada yang lulus, tetapi daripada segi pencapaian itu kalau kita lihat amat membanggakan. Walau bagaimanapun, mereka yang tidak lulus itu biasanya kita akan beri peluang. Ada kes-kes tertentu kerana mungkin pada hari peperiksaan mereka menghadapi masalah kesihatan dan sebagainya. Begitu juga bagi mereka yang katakanlah tidak mencukupi untuk dapat markah untuk memasuki IPTA, itu juga kita beri peluang kadangkala. Terima kasih. Tuan Chow Kon Yeow: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Bolehkah Yang Berhormat Setiausaha Parlimen memaklumkan kepada Dewan ini kemasukan ke IPTA ini apakah peratusan yang terdiri daripada pelajar-pelajar yang mengikuti program matrikulasi dari jumlah IPTA, admission dan sama ada kemasukan ini mengikut dasar meritokrasi yang pada satu ketika dikatakan akan dilaksanakan oleh kementerian. Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir: Terima kasih Yang Berhormat. Kalau saya ambil contoh, pada lulusan STPM dan matrikulasi kita lihat di sini kita dapati bilangan lepasan STPM, ini contoh ya saya beri, pada 2002 dan 2003 misalnya kita dapati terdapat 15,488, manakala lepasan matrikulasi ialah 17,254. Jadi, biasanya kita ambil berdasarkan kepada kriteria-kriteria tertentu untuk STPM dan matrikulasi. Walau bagaimanapun, kedua-dua kelulusan ini kita katakan equivalent, kedua-dua itu ditimbangkan sama ataupun saksama,

2 DR.24.10.2002 tidak ada diskriminasi bahawa ramai yang berpendapat kelulusan STPM lebih tinggi daripada matrikulasi. Itu tidak timbul sama sekali. Saya telah katakan dahulu juga bahawa peperiksaan STPM dan matrikulasi adalah boleh dikatakan ada keseimbangan, tidak ada yang ini lebih rendah, kalau dibandingkan matrikulasi itu rendah, itu tidak timbul. Jadi saya berharaplah penjelasan yang saya buat ini tidak akan timbul lagi di mana tidak ada diskriminasi terhadap STPM untuk kemasukan ke universiti.

2. Tuan Wilfred Madius Tangau [Tuaran] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan berapakah bilangan banduan yang telah dipenjarakan di seluruh penjara Malaysia pada bulan Januari, Februari, Mac. April, Mei, Jun dan Julai tahun 2002 atas kesalahan memiliki kad pengenalan palsu dan apakah langkah-langkah yang telah diambil untuk menangani gejala pemalsuan kad pengenalan di negara ini. Timbalan Menteri Dalam Negeri [Dato' Chor Chee Heung]: Tuan Yang di- Pertua, berdasarkan statistik Jabatan Penjara Malaysia semenjak Januari 2002 hingga Julai 2002 terdapat seramai 631 orang banduan yang telah pun ditahan dan menjalani hukuman di seluruh institusi penjara kerana terlibat dengan kesalahan kad pengenalan palsu. Statistik ini terperinci adalah seperti berikut:

Bulan Bil. Banduan Januari 71 Februari 78 Mac 109 April 91 Mei 97 Jun 83 Julai 102 Jumlah: 631

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan memang memandang serius terhadap kegiatan pemalsuan dokumen pengenalan dan perjalanan Malaysia seperti kad pengenalan dan resit pengenalan sementara yang lain. Dan di antara usaha-usaha yang telah diambil oleh pihak kerajaan bagi menangani masalah tersebut ialah: (i) pihak polis dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Imigresen Malaysia telah pun melancarkan operasi bersepadu sejak tahun 1976 lagi. Sebagai contohnya, pada tahun 2000 sahaja sejumlah 35 sindiket telah berjaya ditumpaskan dan seramai 130 orang ahli sindiket telah ditangkap. Bagi tempoh Januari hingga Mac 2001 sejumlah enam sindiket telah pun ditumpaskan dengan tertangkapnya seramai 22 orang ahli sindiket; (ii) langkahnya ialah mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang terlibat dalam kegiatan pemalsuan dokumen- dokumen pengenalan. Mereka boleh diambil tindakan undang- undang mengikut Akta Imigresen 1999, Akta Pasport 1996, Akta Pendaftaran Negara 1959 dan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960;

DR.24.10.2002 3

(iii) kerajaan juga memperkenalkan dan mempertingkatkan sistem pengkomputeran secara terus ataupun on-line, dengan izin, di Jabatan Pendaftaran Negara dan cawangan-cawangan pejabatnya bagi mempermudahkan mengesan penyelewengan dan pemalsuan; (iv) meningkatkan lagi hukuman kepada pesalah-pesalah kad pengenalan melalui Akta Pendaftaran Negara 1959 yang akan dilakukan tidak lama lagi. Sekian terima kasih. Tuan Wilfred Madius Tangau: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Timbalan Menteri atas jawapan yang terperinci tadi. Dokumen kad pengenalan ini adalah satu dokumen yang amat penting di negara kita. Ini boleh menentukan sama ada kita ini warganegara ataupun tidak. Oleh sebab itu, bilangan yang telah dinyatakan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi adalah sebenarnya bilangan yang besar. Ini bererti bahawa setiap hari ada yang disabitkan kesalahan mempunyai kad pengenalan palsu. Di negeri Sabah misalnya, kita boleh lihat, baca di surat khabar tiap-tiap hari ada sahaja yang disabit kesalahan di mahkamah yang mempunyai kad pengenalan palsu ini. Persoalan saya di sini, Tuan Yang di-Pertua, setakat ini kita belum dengar lagi mana-mana sindiket yang disentuh oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi yang disabit kesalahan, sebab sindiket ini dia bersalah daripada segi undang-undang tetapi tidak pernah dengar yang adanya sindiket ini dimasukkan ke penjara disabit kesalahan atas kegiatan ini. Persoalan di sini ialah setelah pihak polis ataupun kerajaan tahu yang adanya pemalsuan ini, adakah pihak kerajaan atau polis menyiasat bagaimana orang ini dapat dia punya kad pengenalan, apa modus operandi orang yang dapat kad pengenalan palsu ini. Terima kasih. Dato' Chor Chee Heung: Terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat. Memang benar kad pengenalan merupakan salah satu jenis dokumen sekuriti yang cukup penting bagi seseorang sebab dokumen ini juga merupakan satu bukti bahawa pemegang itu adalah sama ada seorang rakyat Malaysia ataupun penduduk tetap Malaysia ataupun penduduk sementara Malaysia ataupun kad-kad seperti kad pengenalan bagi pekerja asing yang boleh berada di Malaysia buat sementara ini. Walaupun terdapat begitu banyak sindiket dan penjenayah-penjenayah yang memalsukan dokumen ini dan polis telah pun banyak mengesan bahawa sindiket-sindiket ini adalah sindiket tempatan dan oleh kerana begitu ramai pendatang tanpa izin tidak mempunyai kad pengenalan sebagai dokumen, maka sindiket telah pun banyak terlibat dengan kegiatan-kegiatan jenayah ini. Memang kita juga tahu mengikut risikan polis bahawa begitu banyak kad pengenalan yang mudah diperolehi sebab ramai orang tidak dapat menjaga kad pengenalan mereka dan dengan kad pengenalan yang sedia ini lebih mudah untuk dipalsukan. Tetapi untuk makluman Dewan yang mulia ini, oleh kerana kerajaan pada dua tahun ini telah pun memperkenalkan kad pengenalan yang dikenali sebagai MyKad yang mempunyai ciri-ciri keselamatan yang begitu canggih, teknologi bercip yang begitu canggih maka tidak lama lagi, bermaksud yang awal sekali 2005 bila semua rakyat Malaysia di negara ini dibekalkan dengan MyKad, maka jenayah-jenayah pemalsuan kad pengenalan akan menjadi satu perkara yang tidak akan berlaku lagi, sebab dengan ciri-ciri keselamatan yang didapati di MyKad maka senang sahaja bagi pihak berkuasa dapat mengesan sama ada pemegang itu rakyat atau tidak, dan kad MyKad buat setakat ini mengikut kajian kerajaan memang hampir mustahil dipalsukan. Terima kasih. Tuan Wan Nik bin Wan Yussof: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pemalsuan kepada identiti seseorang ataupun menerusi kad pengenalan ini suatu perkara yang tidak patut dibiar oleh pihak kerajaan dan sepatutnya pesalah dihukum lebih berat lagi. Soalan tambahan saya adakah pihak pesalah yang memiliki ataupun yang memproses kad pengenalan palsu ini ada dikenakan hukuman buang daerah di bawah Akta Kediaman Terhad 1933, dan adakah pihak Yang Berhormat khususnya atau pihak kementerian sedar betapa ada kes-kes buang daerah ini telah ditempatkan lebih daripada tiga orang di satu rumah dalam satu kampung yang memberi satu kesan psychosocial yang tidak baik kepada penduduk tempatan. Terima kasih.

4 DR.24.10.2002

Dato' Chor Chee Heung: Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya hukuman buang daerah ataupun kediaman terhad ini merupakan satu jenis langkah pencegahan yang dikenakan kepada pesalah-pesalah. Tetapi pada pendapat Kementerian Dalam Negeri bagi pihak-pihak ataupun penjenayah-penjenayah yang terlibat dengan pemalsuan dokumen seperti kad pengenalan memang tidak padan kalau kerajaan hanya melalui langkah pencegahan mengenakan hukuman buang daerah ataupun kediaman terhad terhadap penjenayah-penjenayah seumpama ini. Jika terdapat bukti yang kukuh mereka ini akan dihadap ke mahkamah dan selepas hukuman mahkamah dijatuhkan, mereka ini akan dipenjarakan. Jika mengikut risikan pihak polis, bagi penjenayah-penjenayah yang terlibat dalam pemalsuan dokumen seperti kad pengenalan tetapi tidak mempunyai bukti yang kukuh di mana mereka boleh dihadap ke mahkamah, mereka ini akan diambil tindakan di bawah ISA. Ini adalah satu langkah yang cukup berkesan sekali, sebab di bawah ISA mereka ini akan ditahan oleh kerajaan dalam satu tempoh masa yang ditetapkan oleh kerajaan. Melalui cara ini bukan sahaja mereka ini akan menerima satu pengajaran dan pada masa yang sama juga mereka ini akan diasingkan ataupun dipisahkan dengan penjenayah- penjenayah yang lain. Ini adalah lebih berkesan. Sekian, terima kasih.

3. Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji Haron [Rantau Panjang] minta Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar menyatakan kenapakah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar begitu lemah untuk mengatasi masalah harimau yang mengganas sehingga menakutkan penduduk di Jajahan Jeli, dan kenapakah kerajaan tidak meminda Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972 supaya harimau tidak lagi terletak di bawah binatang yang dilindungi sepenuhnya. Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar [Dato' Zainal bin Dahalan]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon izin untuk menjawab soalan Ahli Yang Berhormat bagi Rantau Panjang bersekali dengan soalan Yang Berhormat bagi Machang bertarikh 12 November 2002 serentak pada hari ini kerana kedua-dua soalan ini saling berkaitan dan mengenai perkara yang sama. Tuan Yang di-Pertua: Baik. Dato' Zainal bin Dahalan: Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, adalah tidak benar bahawa Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara lemah dalam mengatasi masalah harimau mengganas di Jajahan Jeli. Sebenarnya jabatan sejak tahun 2001 telah mengambil tindakan-tindakan dengan menjalankan rondaan, kawalan dan memasang perangkap. Walau bagaimanapun, hanya kini sahaja harimau tersebut telah dapat diperangkap. Selain daripada itu penduduk-penduduk tempatan telah dinasihati supaya lebih berwaspada ketika memasuki kawasan-kawasan semak samun dan kebun- kebun mereka yang terpencil. Berdasarkan aduan-aduan yang diterima mengenai harimau di Daerah Jeli, Jabatan PERHILITAN telah mengambil tindakan segera dengan memasang tujuh perangkap di beberapa kawasan strategik di daerah tersebut. Di samping itu rondaan kawalan juga dijalankan oleh kakitangan Jabatan dari semasa ke semasa. Usaha-usaha ini diteruskan hingga akhirnya seekor harimau yang dianggap sebagai ‘man-eater’ dengan izin telah dapat diperangkap baru-baru ini. Walaupun kesan tapak kaki harimau yang baru masih dikesan, namun tiada lagi kes gangguan harimau dilaporkan di Jeli. Bagi mengatasi masalah serangan harimau, Jabatan PERHILITAN sedang dan akan mengambil beberapa pendekatan jangka masa panjang dan pendek. Selain daripada memasang perangkap, jabatan akan menjalankan kajian untuk mengetahui dengan tepat populasi harimau liar dan kesesuaian habitat untuk mengurangkan konflik di antara manusia dan harimau. Kakitangan juga akan terus menjalankan rondaan kawalan di kawasan yang terdapat gangguan harimau di samping pemasangan perangkap. Perangkap kamera juga akan dipasang untuk mengenal pasti harimau yang berada di kawasan terlibat. Walau

DR.24.10.2002 5

bagaimanapun, peranan dan kerjasama penduduk tempatan penting untuk mengatasi masalah ini. Kawasan kebun mereka perlu dibersihkan dari semak samun agar kelihatan lebih terang. Jabatan juga akan mengadakan ceramah kepada penduduk yang tinggal berdekatan dengan habitat harimau untuk mendidik dan memberi kesedaran awam mengenai konservasi harimau. Seterusnya untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan tidak bercadang meminda Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972 untuk menurunkan status perlindungan harimau kerana harimau menghadapi bahaya kepupusan. Sebagai salah satu negara ahli kepada ‘World Conference To World Heritage’, spesies harimau Malaysia telah disenaraikan sebagai warisan dunia. Kini populasi harimau liar di Malaysia dianggarkan di antara 500 hingga 550 ekor sahaja dibandingkan dengan 3,000 ekor pada tahun 1955. Sekiranya tidak dilindungi, harimau liar akan pupus dan negara akan kehilangan satu lagi jenis makhluk ciptaan Allah S.W.T. buat selama-lamanya. Selain daripada harimau, spesies lain seperti babi hutan, rusa dan kijang juga diperlindungi sebagai warisan negara. Untuk makluman Dewan juga bahawa Jabatan PERHILITAN Kelantan mempunyai seramai 38 orang kakitangan pada masa ini. Mereka ditempatkan di beberapa daerah termasuk Jeli yang mempunyai lima orang kakitangan. Kakitangan Jabatan PERHILITAN adalah terlatih untuk menjalankan berbagai tugas meliputi penguatkuasaan dan kawalan gangguan hidupan liar. Terima kasih. Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji Haron: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan juga Timbalan Menteri. Tahukah Yang Berhormat sekarang ini phobia harimau telah melanda penduduk di Jajahan Jeli termasuk bekas menteri yang tewas di tangan ‘giant killer’ Jeli sekarang ini nampak kena phobia harimau. Selalu biasanya mereka ini berjalan malam untuk berkempen tetapi oleh kerana takutkan harimau, sekarang sudah tidak turun ke bawah, turun ke Jeli sekarang ini. Adakah kerajaan sedar bahawasanya sebahagian besar penduduk di Jeli mengatakan harimau ini didapati bertanda, ada tindik telinga yang dianggap harimau ini bukan berasal daripada Jeli, mestilah berasal daripada mana-mana zoo yang dikira pihak zoo tidak mampu lagi untuk memelihara harimau ini di mana Zoo Melaka dan pernah dahulu zoo yang persendirian juga telah pun ditutup di Johor dahulu. Rakyat mengatakan bahawa harimau-harimau itulah diletakkan di Jeli di waktu malam. [Ketawa]. Habitat harimau asal di situ tidak pernah makan manusia sehingga tujuh orang yang telah menjadi mangsa meninggal dunia. Jadi harimau asalnya memang habitat dia memang tidak makan manusia. Dia makan binatang-binatang di dalam hutan. Harimau daripada Bachok pun sekarang tidak bertaring hak mari di Jeli sekarang ini. Minta pandangan sedikit? Dato' Zainal bin Dahalan: Tuan Yang di-Pertua, sekiranya harimau ini lepas daripada zoo di kawasan atau dalam negara kita, dia ada rekod, apatah lagi kalau harimau ini ada bertanda. Tetapi kalau harimau itu masuk daripada Siam, kita pun tak dapat lagi hendak memastikan sehingga ...... [Ketawa] sehingga Jabatan PERHILITAN mungkin dapat mengesan ataupun memerangkap ataupun sebagai pilihan terakhir membunuh harimau tersebut. Jadi apa yang perlu dibuat ialah supaya setiap orang berwaspada dan dapat segera memberi laporan kepada pihak Jabatan PERHILITAN sekiranya terdapat tanda- tanda ataupun kesan-kesan bahawa terdapatnya binatang liar ini di kawasan tersebut. Tuan Mohd. Apandi bin Haji Mohamad: [Ketawa] Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Masalahnya sebelum daripada 1996, tidak pernah kedengaran harimau ini membaham mangsa terdiri daripada manusia. Cuma akhir- akhir ini, kita kedengaran banyak penoreh-penoreh getah yang menjadi mangsa. Dan untuk makluman Yang Berhormat Timbalan Menteri, kami beberapa kali cuba mengajak Jabatan PERHILITAN Negeri untuk berdialog dengan penduduk-penduduk kampung, tetapi dalam dua, tiga bulan kebelakangan ini baru sahaja mereka bersetuju untuk berdialog dengan orang-orang kampung.

6 DR.24.10.2002

Jadi saya hendak minta penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri, oleh kerana harimau makanan aslinya adalah babi hutan, rusa dan sebagainya dan bukan kebiasaan harimau untuk menjadikan manusia sebagai mangsa. Apakah Yang Berhormat Timbalan Menteri sedar bahawa sekarang ini makanan asli harimau seperti babi hutan, rusa dan sebagainya tidak dikawal di mana banyak kita lihat pemburu-pemburu daripada luar kawasan Jeli yang datang memburu terutama babi hutan menyebabkan harimau sudah kehilangan makanan asli. Bagaimana pihak Jabatan ingin memantau supaya jangan hanya untuk memerangkap harimau tetapi memastikan makanan asli dia masih banyak seperti mana yang berlaku di safari park dan sebagainya di negara-negara di Benua Afrika. Bagaimana cadangan untuk memastikan babi-babi hutan ini masih tidak diburu secara haram oleh pemburu-pemburu haram memandangkan babi hutan juga adalah binatang yang dikawal oleh pihak kerajaan. Minta penjelasan. Dato' Zainal bin Dahalan: Tuan Yang di-Pertua, saya sangat bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat bahawa di antara salah satu sebab mengapa harimau yang biasa makan binatang-binatang liar ini sekarang mengalih selera kepada makan manusia. Pertama kerana kekurangan bilangan binatang-binatang liar seperti yang telah disebutkan seperti babi hutan, rusa, kijang dan sebagainya. Sebab itulah babi hutan, rusa dan kijang juga dilindungi sebagai sebahagian daripada haiwan yang dilindungi di bawah undang-undang PERHILITAN kita. Namun kegiatan pemburu-pemburu haram ini satu masalah mungkin yang kita perlu mendapat kerjasama kerana sama ada mereka datang daripada kawasan di Kelantan sendiri ataupun mereka masuk daripada sempadan negara jiran dan sebagainya. Ini satu perkara yang mungkin kita dapat kerjasama daripada pihak Kementerian Dalam Negeri dan sebagainya. Ini tidak dinafikan kerana memang terdapat kadang-kadang mereka yang suka mengambil kesempatan untuk mencuri-curi menembak haiwan-haiwan liar ini seperti rusa, kijang dan termasuk babi hutan bahkan kita dapati ular juga banyak ditangkap untuk diseludup keluar negara. Selain daripada itu, seperkara lagi yang tidak dapat dinafikan ialah apabila terdapat pembukaan kawasan hutan termasuklah di Kelantan dan Terengganu dan sebagainya sama ada secara illegal logging ataupun secara legal. Ini juga menunjukkan kawasan-kawasan yang menjadi kawasan perlindungan kepada harimau selama ini dan juga kawasan biaknya binatang-binatang yang lain telah terjejas. Jadi inilah di antara perkara-perkara yang kita dapati sebagai punca atau penyebab bagaimana harimau-harimau sekarang ini telah kesuntukan ataupun tidak mendapatkan bekalan makanan lagi daripada haiwan-haiwan yang lain maka apa yang dia jumpa terpaksa dia bahamlah. Ditambah pula, kadang-kadang kawasan kebun getah yang bersemak dan bila penoreh getah ini sedang bongkok-bongkok menoreh, dia tengok macam binatang juga, jadi dia terkam, agaknya macam itulah. Terima kasih [Ketawa]

4. Tuan Haji Amihamzah bin Ahmad [Lipis] minta Menteri Pertanian menyatakan, program-program pertanian komersial yang diusahakan secara besar-besaran (estate) yang melibatkan pekebun-pekebun kecil. Timbalan Menteri Pertanian [Dato' Seri Mohd Shariff bin Haji Omar]: Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pertanian telah melaksanakan beberapa program pertanian komersial yang melibatkan pekebun-pekebun kecil. Di antara program-program tersebut temasuklah; (i) penyatuan tanah sawah yang bertujuan untuk mewujudkan kawasan sawah yang ekonomik dan mempunyai pengurusan secara komersial supaya produktiviti dan daya saing dapat dipertingkatkan; (ii) integrasi sawah luar jelapang yang bertujuan meningkatkan daya pengeluaran sawah di luar jelapang padi yang hanya diusahakan dengan padi sekali setahun. Program ini melibatkan sistem tanaman padi dengan tanaman kontan dan ternakan;

DR.24.10.2002 7

(iii) pembangunan dusun komersial yang bertujuan untuk mewujudkan dusun yang mempunyai penanaman tersusun dan tahap pengurusan yang tinggi. Penanaman ditumpukan khusus kepada buah-buah tidak bermusim dan mempunyai, dengan izin gestation period yang pendek seperti tembikai, nanas, pisang, betik, limau, jambu, ciku, nangka dan mangga; (iv) projek sayur-sayuran dan tanaman ladang komersial yang bertujuan meningkatkan sistem pengurusan supaya berdaya maju dan memberi hasil pengeluaran yang tinggi; (v) pembangunan tanaman kekal, pengeluaran makanan yang bertujuan untuk mengekalkan kawasan pengeluaran makanan serta menggalakkan penyertaan sektor swasta dalam pengeluaran makanan. Program ini bertujuan mewujudkan zon pengeluaran yang kekal, melibatkan kerjasama antara Kerajaan Persekutuan yang akan menyediakan peruntukan pembangunan dan kerajaan-kerajaan negeri yang akan merizabkan tanah negeri untuk tanaman makanan dan dipajakkan kepada usahawan swasta; dan (vi) penanaman semula dan pemulihan kawasan kelapa bertujuan untuk meningkatkan hasil pengeluaran kelapa. Petani juga digalakkan untuk menanam tanaman selingan dengan buah- buah dan tanaman jangka pendek. Tuan Yang di-Pertua, program-program ini pada dasarnya bertujuan mewujudkan kawasan tanaman yang ekonomik dengan penyediaan kemudahan infrastruktur di mana mekanisasi dan pakej teknologi dapat diamalkan dan kos pengeluaran dapat dikurangkan. Para peserta juga akan mendapat faedah daripada segi pengeluaran input bermutu dan lain-lain khidmat pengembangan serta bantuan dari segi pemasaran. Tuan Haji Amihamzah bin Ahmad: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Timbalan Menteri. Saya amat berbangga dengan jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri, yang mana menekankan tentang pengurusan yang cekap supaya hasil-hasil tanaman kita ini dapat dipasarkan dengan sempurna dan memberikan nilai yang tinggi kepada petani-petani kita. Dari pengalaman-pengalaman yang kita dapati selama ini kita dapati bahawa perbandingan antara pengurusan estate, antara swasta dan juga yang telah diuruskan oleh kerajaan ataupun secara berkelompok oleh petani-petani, kita dapati bahawa hasil daripada pengeluaran ini tentulah akan memberi pendapatan tetapi kita dapati dari segi perbandingannya bahawa apa yang telah diuruskan oleh agensi kerajaan setengah- tengahnya seperti FELCRA umpamanya, kita dapati begitu rendah iaitu dia punya produktiviti ataupun kos pengurusannya yang tinggi dengan itu ia effect atau memberi kesan kepada pendapatan. Sehubungan dengan ini Tuan Yang di-Pertua, saya minta penjelasan yang lebih lanjutlah daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri, apakah kaedah-kaedah pengurusan yang akan dibawa atau seperti mana yang telah dikatakan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi daripada segi teknologi. Kita telah lama mendengar teknologi baru, memodenkan pertanian dengan mekanisasi, menggunakan mesin, pengurangan buruh dan sebagainya tetapi kesannya kepada masyarakat kampung, petani-petani kita dapati bahawa masih tidak begitu menggalakkan. Jadi saya mintalah penerangan yang lebih lanjut lagi daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri berhubung dengan pengurusannya yang juga memodenkan ekonomi desa kita ini. Terima kasih. Dato' Seri Mohd Shariff bin Haji Omar: Tuan Yang di-Pertua terima kasih kepada sahabat saya Yang Berhormat bagi Lipis. Tuan Yang di-Pertua, hasrat Kementerian Pertanian ingin membuat satu transformasi di sektor pertanian di negara kita daripada cara

8 DR.24.10.2002 yang tradisional kepada cara moden. Itu matlamat utama kementerian. Kita hendak buat satu transformasi. Dalam kita hendak menjayakan transformasi di sektor pertanian ini sudah tentu kita hendak kena bagi latihan, kita perlu minta kerjasama daripada para petani dan dalam masa yang sama, bukan sahaja, petani-petani tetapi juga kita ingin melihat penyertaan pihak swasta. Petani dan swasta terlibat sama-sama untuk hendak memodenkan sektor pertanian di dalam negara kita, ia akan mengambil masa kerana kita perlu mendapat kerjasama daripada petani-petani. Seperti mana saya sebut dalam ucapan jawapan tadi, bahawa kita ingin menyediakan prasarana yang cukup, kita ingin memberi latihan kepada petani-petani. Setelah kita menjalankan kegiatan-kegiatan ini sudah nampak ada kejayaan, ada projek- projek yang boleh saya sebut sebagai projek flagship yang melibatkan projek-projek seperti di Sungai Manik, di Seberang Perak umpamanya dalam soal penanaman padi secara estate, di mana kita telah menanam padi secara besar-besaran, menggabungkan sawah- sawah petani hasil pendekatan secara perladangan ini, kita telah membawa prasarana dan teknologi dan hasil padi di kawasan tersebut telah dapat kita tingkatkan kerana matlamat kita, harapan kita supaya petani-petani di Malaysia ini dapat pendapatan melebihi daripada RM1000. Suka saya tekan di sini dalam hasrat kita, ataupun sasaran kita untuk para petani dapat RM1000 kita tidak boleh bergantung hanya pada satu sumber pendapatan sahaja, bukan sahaja daripada tanaman padi, perlu ada kegiatan lain, seperti kegiatan ternakan, ya, sama ada ternakan air, ternakan ayam, ternakan kambing, lembu kemudian ada kegiatan- kegiatan seperti penanaman sayur-sayuran, kegiatan-kegiatan industri kecil dan sebagainya. Ini di antara langkah-langkah yang telah dibuat oleh kementerian. Kita telah mendapat kerjasama yang menggalakkan dan saya yakin kita akan memperluaskannya ke seluruh negara. Jadi penekanan yang kita buat sekarang sudah secara berkelompok. Kita akan perbanyakan kelompok-kelompok ini di seluruh negara bagi tujuan untuk memudahkan urusan kita dan yang keduanya memudahkan kita mengeluarkan peruntukan bagi menyediakan infrastruktur. Bila ada infrastruktur yang baik kemudian dari segi pengurusannya baik dan kita boleh pindahkan teknologi, dengan cara ini para petani kita akan dapat pendapatan yang lebih tinggi, hasilnya dapat meningkat dan pendapatan mereka akan bertambah. Tuan Jacob Dungau Sagan: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Saya ucapkan tahniah kepada kerajaan khasnya Kementerian Pertanian kerana sentiasa berusaha untuk memperbaiki pendapatan pekebun-pekebun kecil kita di seluruh negara menerusi pembangunan secara estet ini. Saya nampak pendekatan yang diambil oleh kementerian bagi mengusahakan tanah pekebun-pekebun kecil secara besar-besaran, ini adalah amat baik sekali kerana usaha ini akan mengurangkan kos dari segi economy of scale, pembekalan input, pasaran, kegunaan jentera, pengurusan lain-lain lagi. Saya ingin bertanya, apakah masalah-masalah yang dihadapi oleh kementerian untuk menggalakkan pihak pekebun-pekebun kecil ini menyatupadukan tanah mereka untuk dibangun secara komersial kerana dari pengalaman saya salah satu masalah yang dihadapi untuk membangunkan tanah pekebun-pekebun kecil ini secara komersial adalah kerana pekebun kecil ini enggan bekerjasama dan enggan menyerahkan tanah mereka kepada pihak yang membangunkan kawasan tersebut, mungkin tidak mempunyai keyakinan kepada mereka yang menjalankan projek ini. Apakah……… [Gangguan kepada sistem rakaman selama satu minit] Dato' Seri Mohd. Shariff bin Haji Omar: Tuan Yang di-Pertua …….Tuan tanah ini dia tidak ada di kawasan, dia duduk di Kuala Lumpur sudah, tanah ada di kampung tetapi dia telah pindah ke Kuala Lumpur. Kita akan mencari jalan macam mana untuk dapat persetujuan daripada tuan tanah yang ramai ini dan begitu juga kita hendak kena cari tuan tanah yang duduk di Kuala Lumpur, sebab ia sudah berhijrah ke Kuala Lumpur, macam Yang Berhormat duduk di Kuala Lumpur, tanah di Sarawak tak bagi orang kampung hendak usahakan.

DR.24.10.2002 9

Di antara pendekatan yang kita buat untuk hendak menarik orang yang ada di Kuala Lumpur benarkan tanah dia kita usahakan supaya ia tidak terbiar, supaya ia tidak jadi sarang kepada musuh yang boleh menjejaskan tuan tanah di sekitar, satu caranya kita hendak buat kaedah, kita kongsi hasil itu, bukan sahaja kita bayar sewa tanah kepada tuan empunya tanah, tetapi hasil daripada projek mini estet itu setelah kita tolak kos hasil bersih itu, akan kita bahagi, mungkin ada peratus-peratus yang tertentu kepada tuan tanah. Bukan sahaja tuan tanah itu mendapat hasil daripada sewaan, kalau dia bekerja di atas tanah yang berkenaan, dia akan dapat pula upah, tetapi satu lagi unsur yang akan kita perkenalkan adalah mereka akan diberi saham, keuntungan itu akan dibahagi mungkin 60:40 atau 70:30, ini cara-cara yang kita buat dalam usaha kita hendak minta dia beri. Kalau dia tidak benarkan, Yang Berhormat, kita tidak boleh hendak usahakan. Ada juga di kampung-kampung ini, orang semua hendak bagi tetapi tanah dia duduk di tengah-tengah, ia akan menjejaskan projek kelompok. Macam hak di Rantau Panjang, dia selalu tidak mahu memberi kerjasama. [Ketawa]

5. Tuan Shim Paw Fatt [Tawau] minta Menteri Kesihatan menyatakan sama ada kerajaan bercadang menempatkan pakar-pakar perubatan seperti pakar telinga, hidung dan tekak dan gastroenterologist di Hospital Besar Tawau memandangkan pakar-pakar tersebut tidak terdapat di mana-mana klinik persendirian di Tawau. Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan [Tuan S. G. Sothinathan]: Tuan Yang di-Pertua, dasar Kementerian Kesihatan adalah untuk menempatkan sekurang- kurangnya 12 bidang kepakaran di setiap hospital pakar. Disebabkan kekurangan doktor pakar, maka pengisian jawatan di Hospital Tawau tidak dapat disempurnakan buat masa kini. Walau bagaimanapun, kementerian akan berusaha untuk menempatkan seorang pakar telinga, hidung dan tekak di Hospital Tawau berikutan pengambilan pakar kontrak pada penghujung tahun ini. Pakar dalam bidang gastroenterology amat terhad pada masa kini dan merupakan bidang sub-kepakaran yang ditempatkan hanya di hospital yang mempunyai perkhidmatan kepakaran tertiary. Sekiranya pesakit memerlukan perkhidmatan pakar gastroenterology, maka pesakit harus dirujuk ke Hospital Queen Elizabeth. Tuan Shim Pau Fatt: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Setiausaha Parlimen atas jawapan. Hospital Besar Tawau adalah sebuah referral hospital untuk semua hospital daerah di bandar-bandar dekat Tawau iaitu Lahad Datu, Semporna dan Kunak. Baru-baru ini sebuah hospital besar yang baru telah mula beroperasi di Lahad Datu, dan hospital baru ini saya diberitahu dirancang sebagai sebuah hospital referral juga. Jadi soalan saya adalah sama ada kerajaan akan mengekalkan pakar-pakar perubatan sedang berkhidmat di Hospital Tawau dan melantik pakar-pakar baru untuk mengisikan jawatan-jawatan di Hospital Lahad Datu atau sebahagian pakar-pakar ini dari Tawau akan dipindah ke Hospital Lahad Datu. Terima kasih. Tuan S. G. Sothinathan: Tuan Yang di-Pertua, anggota-anggota yang berada di Hospital Tawau itu tetap akan dikekalkan, dan seperti yang saya maklumkan tadi kita juga akan menempatkan pakar ENT semungkin pada akhir tahun ini, jadi Ahli Yang Berhormat tidak perlu bimbang tentang Hospital Tawau. Hospital Lahad Datu itu adalah sebuah hospital yang baru dan kita akan berperingkat-peringkat mengisikan semua kekosongan jawatan. [Masalah rakaman selama seminit setengah]

6. Tuan Mohd. Amar bin Haji Nik Abdullah [Pengkalan Chepa] minta Menteri Pertanian menyatakan bilakah projek menambak bagi mengatasi masalah hakisan Pantai Sabak, Kelantan akan dilaksanakan. Timbalan Menteri Pertanian [Dato' Seri Mohd. Shariff bin Haji Omar]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, tindakan sedang diambil untuk menjalankan kajian dan reka bentuk bagi melaksanakan Projek Penambakan Semula Pantai Sabak di Kelantan. Dalam hubungan ini, kerja-kerja pembinaan dijangka bermula pada tahun 2004.

10 DR.24.10.2002

Tuan Mohd. Apandi bin Haji Mohamad: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih dan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Oleh kerana kita perhatikan bahawa sudah sekian lama, Pantai Sabak ini menghadapi suasana di mana sebahagian daripada lot-lot milik individu telah berada di dalam laut. Jadi, apakah pihak kementerian ada membuat kajian bahawa kesan hakisan begitu mendadak besar berlaku bilai mana disiapkan break water di Sungai Kemasin menyebabkan tenaga arus tertumpu kepada pantai-pantai yang tidak mempunyai break water. Jadi, apakah pihak kementerian sudah mengkaji berkenaan pembinaan- pembinaan break water ini tentang jumlah ataupun kadar hakisan yang berlaku disebabkan pembinaan-pembinaan break water bukan hanya di Sabak, di pantai-pantai di Semenanjung negara, kadar hakisan yang berlaku kerana pembinaan break water tersebut. Minta penjelasan. Dato' Seri Mohd. Shariff bin Haji Omar: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat bagi Jeli. Dia surveyor dia tahulah tanah masuk dalam laut. Tuan Yang di-Pertua, saya bersetuju dengan pandangan Ahli Yang Berhormat tadi, ekoran daripada tindakan kita membina dengan izin, break water di kawasan tertentu, kemudian hakisan akan terjadi di tempat-tempat yang lain. Oleh kerana itu, sekarang ini pihak JPS untuk jangka panjang, bagi tujuan pengawalan hakisan pantai, bukan sahaja di Kelantan, kita faham di Kelantan, kasihan juga. Kita akan buat satu pelan pengurusan pesisiran pantai bersepadu, dengan izin, integrated shore line management plant, untuk pesisiran pantai dari Kuala Kemasin hingga ke sempadan Thai. Sebenarnya, pelan pengurusan pesisiran pantai bersepadu, merupakan suatu pelan induk untuk mengawal dan mencegah kejadian hakisan pantai. Melalui pelan tersebut, kaedah mencegah hakisan pantai dan jenis struktur perlindungan yang paling seusai dan efektif dapat dikenal pasti. Di samping itu, pembangunan yang mampan disepanjang pesisiran pantai yang berkenaan akan dapat dijamin. Dalam hubungan ini, Tuan Yang di-Pertua, JPS sedang menguruskan perlantikan juru perunding bagi perlaksanaan kajian pelan pengurusan pesisiran pantai bersepadu. Jadi, reka bentuk terperinci bagi projek mencegah hakisan pantai dan dari Sungai Pengkalan Datu hingga ke Kampung Peritam khususnya bagi negeri Kelantan ini, dijangka akan dapat disiapkan pada bulan September 2003.

7 Datuk Railey bin Haji Jeffrey [Silam] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan:- (a) sehingga 31.7.2002 berapa ramaikah jumlah pendatang tanpa izin (PTI) yang telah dihantar pulang ke negara asal di bawah Program Pengampunan PTI; dan (b) berapa ramaikah bilangan PTI dijangka masih berada di Malaysia apabila tamatnya tempoh pengampunan pada 31.7.2002 dan apakah tindakan yang akan diambil seterusnya. Timbalan Menteri Dalam Negeri [Dato’ Chor Chee Heung]: Tuan Yang di- Pertua, untuk makluman Dewan yang mulia ini, bilangan pendatang tanpa izin (PTI) yang telah pulang ke negara asal melalui program pengampunan yang berakhir pada 31 Julai 2002, adalah seramai 322,180 orang. Pecahan mengikut warga negara adalah Indonesia seramai 273,244 orang, dari India – 20,105 orang dari Bangladesh – 17,637 orang, dari Myanmar – 3,084 orang, dari Filipina – 2,280, dari Pakistan – 2,199, dari Negeri China – 1,655 orang, Nepals – 1,139 orang, Sri Lanka – 355 orang, Kampuchea – 142 dan lain-lain warga negara seramai 340 orang. Bilangan sebenar PTI yang masih berada di negara ini, selepas program pengampunan tamat tidak diketahui oleh kerana mereka masuk ke negara ini secara tidak sah atau masuk secara sah dan kemudian tinggal lebih masa serta melanggar syarat-syarat kemasukan.

DR.24.10.2002 11

Operasi mengesan, menangkap, mendakwa PTI akan terus berjalan dan dipertingkatkan lagi dari semasa ke semasa. Sekian, terima kasih. Puan Chong Eng: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Bolehkah Timbalan Menteri menjelaskan atau memberitahu Dewan ini, di antara mereka yang dihantar balik, berapakah mereka adalah wanita dan berapakah adakah wanita di bawah 18 tahun dan berapa orangkah seperti yang kita menghantar balik menghantar ke Filipina yang sebenarnya adalah warga negara kita sendiri. Berapa orang? Terima kasih. Dato' Chor Chee Heung: Terima kasih Yang Berhormat. Mungkin Yang Berhormat tidak begitu senior dalam Dewan ini, maka angka-angka yang diperolehi tidak dapat saya hendak beri dengan serta-merta. Tetapi untuk makluman Yang Berhormat, peratusan yang diusir balik ke negara asal bilangan peratusan wanitanya agak tinggi juga tetapi saya tidak dapat bagi tahu sekarang sebab this is too sudden - specific. Yang Berhormat tahu atau tidak, ini spesific. Puan Chong Eng: [Bangun dan membantah] Tuan Yang di-Pertua: Bukit Mertajam, Bukit Mertajam. Dato' Chor Chee Heung: Dan………. Tuan Yang di-Pertua: Jangan bercakap macam itu daripada tempat duduk ya. Dato' Chor Chee Heung: ….dan warganegara negara asing….. Tuan Yang di-Pertua: Eh, janganlah. Yang Berhormat, Yang Berhormat, apa yang Yang Berhormat buat itu tidak kena. Dato' Chor Chee Heung: Tidak apa, saya bagi secara bertulis. Puan Chong Eng: [Bercakap tanpa pembesar suara] Tuan Yang di-Pertua: Tidak boleh! Puan Chong Eng: [Bercakap tanpa pembesar suara] Tuan Yang di-Pertua: Tidak boleh! Dia tidak boleh bagi jawapan oleh kerana pertanyaan itu pertanyaan spesifik. Ya, cukuplah Yang Berhormat, cukuplah! Puan Chong Eng: [Masih membantah dan bercakap tanpa pembesar suara] Beberapa Ahli: [Bangun] Tuan Yang di-Pertua: Larut. Puan Chong Eng: [Masih membantah dan bercakap tanpa pembesar suara] Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, Yang Berhormat Bukit Mertajam, sudah! Raja Dato' Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Soalan tambahan. Seorang Ahli: Kurang ajar. Raja Dato' Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar: Baru-baru ini, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ada mengumumkan bahawa pendatang tanpa izin yang tinggal lebih daripada 30 tahun di Sabah terutama daripada negara Filipina akan dikecualikan. Ini sudah tentu satu berita yang baik kepada PTI khususnya di Sabah. Begitu pun kemungkinan ada di kalangan PTI ini akan mengambil kesempatan iaitu untuk memohon menangguhkan kepulangan mereka yang tidak ada dokumen daripada dihantar balik. Oleh itu kita ingin tahu apakah langkah Kementerian Dalam Negeri bagi mengatasi masalah ini supaya penghantaran pulang pendatang tanpa izin ini termasuk yang perempuan akan dilakukan. Minta sedikit penjelasan. Dato' Chor Chee Heung: Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya apa Yang Berhormat kata tadi memang benar. Sebenarnya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita telah pun mengumumkan melalui surat khabar bahawa ada sekumpulan pelarian

12 DR.24.10.2002

Filipina yang telah pun lama menetap di negeri Sabah melebihi 30 tahun dan mereka ini bukan merupakan pendatang tanpa izin, sebab mereka sejak mula menetap di negeri Sabah telah pun pada 30 tahun yang lepas ini diberikan dokumen yang dikenali sebagai dokumen IMM, dan ini bermaksud bahawa mereka ini boleh menetap di Sabah walaupun mereka ini bukan rakyat Malaysia. Pada 30 tahun lepas itu, dasar kerajaan pada masa itu telah pun diputuskan bahawa mereka yang lari dari Filipina oleh kerana keadaan pada masa itu agak berlainan sedikit, maka mereka ini dibenarkan untuk menetap di Sabah dan mereka ini semua memegang dokumen yang sah tetapi bukan dokumen kerakyatan. Baru-baru ini Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah pun bersetuju bahawa oleh kerana mereka ini telah lama menetap di sini, mereka berhak membuat permohonan untuk terus menduduki Malaysia ini selama-lamanya, sama ada mereka ini pada akhirnya jadi rakyat atau tidak, itu soal lain, tetapi mereka harus menepati semua syarat-syarat. Sama juga seperti yang sentiasa diadu oleh Yang Berhormat bagi Seputeh. Bagi orang lain juga macam penduduk tetap di Malaysia datang dari pelbagai kaum termasuk kaum Cina masih belum mendapat status kerakyatan sebab mereka ini semua harus menepati syarat-syarat tertentu sebelum mereka ini dapat membuat permohonan dan sama ada mereka ini diberikan kerakyatan, adalah satu pertimbangan, keistimewaan oleh kerajaan sebab status kerakyatan ini bukan satu hak yang boleh dituntut oleh sesiapa kecuali orang yang betul-betul lahir di Malaysia ini dan menepati syarat-syarat. Ini adalah satu keistimewaan, dan pertimbangan akan diberikan kepada semua bukan sahaja kepada kumpulan pelarian Filipina ini dan kumpulan ini adalah kumpulan yang besar juga sebab saya difahamkan ada satu kampung di mana lebih kurang 50,000 orang yang mempunyai dokumen IMM ini. Bagi orang Filipina yang tidak mempunyai dokumen IMM ini, tidak kira sama ada berapa lama mereka menetap di sini harus juga diusir balik ke Filipina. Sekian.

8. Tuan Tan Kok Wai [Cheras] minta Perdana Menteri menyatakan perkembangan terkini tanah perkuburan di Semenyih, Selangor seluas 436.25 ekar yang diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 22.7.1999 di bawah Anggaran Perbelanjaan Tambahan Kedua 1999 berjumlah RM53 juta. Adakah tapak itu akan dijadikan tanah perkuburan baru bagi Kuala Lumpur setelah perkuburan masa kini di Jalan Sungai Besi/Jalan Lapangan Terbang /Jalan Loke Yew, Kuala Lumpur penuh. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Tengku Dato' Seri Azlan ibni Sultan Abu Bakar]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat bagi Cheras yang telah mengemukakan soalan ini. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, tujuan asal pengambilan tanah Lot 1147 di Semenyih, Selangor seluas 436.25 ekar adalah untuk menempatkan semula semua kubur di Jalan Sungai Besi/Jalan Lapangan Terbang/Jalan Loke Yew, Kuala Lumpur yang akan dibangunkan secara penswastaan. Walau bagaimanapun, kerajaan kemudiannya telah membuat keputusan supaya semua kubur di Jalan Sungai Besi/Jalan Lapangan Terbang/Jalan Loke Yew, Kuala Lumpur dikekalkan. Sehubungan dengan itu, isu untuk menjadikan tanah Lot 1147 di Semenyih sebagai tapak perkuburan baru bagi Kuala Lumpur setelah perkuburan masa kini di Jalan Sungai Besi/Jalan Lapangan Terbang/Jalan Loke Yew, Kuala Lumpur penuh, tidak timbul. Lagipun memandangkan kerajaan telah memutuskan supaya projek tersebut dibatalkan. Tanah Lot 1147 di Semenyih akan digunakan oleh kerajaan untuk pembangunan projek- projek awam pada masa hadapan dan berkemungkinan sebahagiannya akan dibangunkan sebagai tapak perkuburan. Terima kasih. Tuan Tan Kok Wai: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ekoran kelulusan Jemaah Menteri supaya perkuburan-perkuburan di Jalan Sungai Besi/Jalan Lapangan Terbang/Jalan Loke Yew, Kuala Lumpur ini tidak perlu dipindahkan, maka keputusan baru adalah perkuburan yang dibeli oleh Kerajaan Persekutuan di Semenyih dibatalkan untuk dijadikan perkuburan. Tetapi soalan saya ialah apabila perkuburan-perkuburan di Kuala Lumpur itu penuh, apa terjadi kepada keperluan untuk tanah-tanah perkuburan baru. Sepatutnya tapak yang diperolehi oleh kerajaan di Semenyih adalah tanah perkuburan yang

DR.24.10.2002 13

paling sesuai (ideal) untuk memenuhi keperluan baru sebaik sahaja perkuburan lama di Kuala Lumpur ini penuh. Maka macam mana masalah kekurangan atau ketiadaan tanah perkuburan di Kuala Lumpur ini menjadikan satu masalah? Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat….. Tuan Tan Kok Wai: Macam mana ia dapat diselesaikan? Tuan Yang di-Pertua: Ya, cukuplah Yang Berhormat. Tengku Dato' Seri Azlan ibni Sultan Abu Bakar: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih Yang Berhormat. Izinkan saya memberi sedikit sejarah kepada projek ini. Sepatutnya perbelanjaan kepada pengambilan tanah Lot 147 adalah RM52 juta dan syarikat yang terlibat dalam projek penswastaan yang dibatalkan itu adalah Pribena Construction Sdn. Bhd. Berikutan dengan pembatalan projek penswastaan tersebut, Pribena telah mengemukakan tuntutan perbelanjaan sebanyak RM23 juta kepada pihak kerajaan bagi kerja-kerja awalan ke atas tanah seluas enam ekar di Semenyih serta perbelanjaan yang telah dibuat oleh pihak syarikat berkaitan dengan tanah kubur di Jalan Sungai Besi/Jalan Lapangan Terbang/Jalan Loke Yew, Kuala Lumpur. Sebagai alternatif kepada tuntutan perbelanjaan berkenaan, pihak kerajaan sedang mengadakan perundingan dengan Pribena untuk menyerahkan sebahagian daripada tanah Lot 1147 di Semenyih seluas lebih kurang 100 ekar untuk dimajukan dengan projek perkuburan dan Pribena dikehendaki membayar balik kos pengambilan tanah bagi tanah yang akan diserahkan kepada pihak syarikat. Bagi tanah seluas lebih kurang 336 ekar, tidak akan dibangunkan sebagai tapak perkuburan sebaliknya akan digunakan oleh pihak kerajaan untuk pembangunan projek-projek awam di masa depan. Memang ada dalam pemikiran pihak kerajaan iaitu kalau diperlukan satu ketika nanti, kemungkinan kita akan memajukan satu kawasan lebih kurang 100 ekar untuk dibangunkan dan khusus untuk tanah perkuburan. Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua: Masa untuk pertanyaan sudah cukup. [Masa untuk Pertanyaan bagi Jawab Lisan telah tamat]

RANG UNDANG-UNDANG RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2003 DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2003 Jawatankuasa Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semua pertimbangan atas “Rang Undang-undang Perbekalan 2003 dan Anggaran Pembangunan 2003 dalam Jawatankuasa sebuah-buah Majlis.” [Hari Kesembilan] Majlis bersidang dalam Jawatankuasa. [Tuan Pengerusi mempengerusikan Jawatankuasa]

Maksud B.35 [Jadual] – Maksud P.35 [Anggaran Pembangunan 2003] – Tuan Pengerusi: Kepala Bekalan B.35 dan Kepala Pembangunan P.35 di bawah Kementerian Dalam Negeri terbuka semula untuk dibahas. Saya minta Yang Berhormat bagi Batu Gajah untuk menyambung ucapan. Yang Berhormat ada 7 minit lagi. Puan Fong Po Kuan: Berapa minit?

14 DR.24.10.2002

Tuan Pengerusi: 7 minit.

11.03 pagi. Puan Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyambung ucapan saya berkenaan Butiran 13000 – Pusat Latihan Polis Diraja Malaysia. Semalam saya telah menyatakan bahawa terdapat banyak kes di mana isteri-isteri yang dipukul oleh suami ketika mereka membuat aduan di balai polis, pegawai polis kurang sensitif, kurang peka kepada mereka dan membuat pertanyaan seperti apa sebab kamu dipukul, apa yang kau buat, menjadikan kamu dipukul, seolah-olah isteri-isteri ini mempunyai alasannya - justified reason untuk dipukul dengan izin, Tuan Pengerusi. Satu perkara lagi adalah reaksi pegawai polis yang kurang menggalakkan mereka untuk membuat laporan polis kerana pada pendapat pegawai polis, ini adalah hal keluarga atau lepas membuat aduan mereka akan berbaik-baik semula. Oleh itu saya cadangkan satu kursus atau syllabus peka gender – Gender Sensitization harus diadakan di Pusat Latihan Polis Diraja Malaysia. Pada masa itu saya haraplah kalau boleh jemputlah semua setiausaha parlimen atau menteri-menteri [Tepuk], untuk hadir bersama bagi mengikuti kursus gender peka ini. Satu perkara lagi yang saya percaya amat penting adalah pendidikan hak asasi manusia haruslan dijadikan satu subjek…. Puan Chong Eng: [Bangun] Puan Fong Po Kuan: Ya. Puan Chong Eng: Adakah Yang Berhormat Batu Gajah bersetuju bahawa pihak Kementerian Dalam Negeri yang sasaran khidmatnya juga separuh penduduk di dalam negara ini iaitu wanita. Jadi dasar kerajaan pun mengatakan bahawa semua data perlu diadakan dalam pecahan gender yang mesti ada lelaki dan perempuan. Umpamanya, berapa orang dihantar balik ke negara asalnya dia perlu ada di dalam tangannya berapa orang wanita yang dihantar balik, berapa orang lelaki dihantar balik tetapi dikatakan beliau tidak ada dan ini menunjukkan bahawa seluruh ….. Tuan Pengerusi: Yang Berhormat, Yang Berhormat, buat pertanyaankah ataupun membuat tuduhan? Puan Chong Eng: Bukan tuduhan, ini untuk menunjukkan bahawa mereka ini di dalam ….. Tuan Pengerusi: Yang Berhormat minta penjelasan daripada Yang Berhormat Batu Gajah. Puan Chong Eng: Ya, jelaslah. Ya, sama ada ini menunjukkan bahawa kementerian ini, pegawai-pegawainya, Menteri, Timbalan Menterinya ada peka gender. Puan Fong Po Kuan: Saya setuju dengan apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat bagi Bukit Mertajam. Haraplah menteri-menteri kita jadi contoh yang baik dan adakan kursus ini kepada Pegawai Polis Diraja Malaysia. Tadi saya ada katakan pendidikan hak asasi manusia yang saya percaya satu subjek yang amat penting yang harus diberi kepada semua pegawai di bawah latihannya. Pada bulan 11 hingga 12 Jun yang lalu, SUHAKAM telah mengadakan satu workshop iaitu Human Right Workshop for Police, saya mengalu-alukannya, saya menggalakkan workshop sedemikian diadakan selalu bagi memastikan pegawai polis mengetahui perkembangan yang terbaharu mengenai isu-isu semasa dalam negeri dan antarabangsa atau luar negeri yang melibatkan pencabulan hak asasi manusia. Pusat ini sepatutnya diadakan bukan untuk satu jangka masa pendek sahaja tetapi sepanjang masa. Pengetahuan hak asasi manusia yang asas pada pendapat saya juga harus diajar kepada pegawai polis semasa dalam latihan dan juga harus mengajar mereka supaya mereka mengetahui apa itu hak asasi manusia, kena ajar mereka menghormati hak asasi manusia kerana menurut SUHAKAM yang terbaru, hak tahanan reman telah membuktikan

DR.24.10.2002 15

betapa ceteknya pengetahuan atau kurang penghormatan kepada hak asasi manusia oleh pegawai polis di mana laporan ini saya ingin tahu mengapa masih belum dikemukakan kepada Ahli-ahli Parlimen sehingga hari ini? Kalau kita membaca laporan ini, saya merasa sangat kesal kerana terdapat segelintir pegawai polis yang telah merosakkan imej Polis Diraja Malaysia kerana menurut laporan ini, undang-undang tertinggi Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan seseorang yang di bawah tahanan perlu dimaklumkan sebab-sebab penangkapan, mereka tidak langsung dimaklumkan, satu. Yang kedua ialah hak-hak seorang juvana di bawah Akta Mahkamah Juvana. Pegawai polis tidak endahkan untuk memaklumkan ahli keluarga mereka ada isu-isu rasuah juga dibangkitkan dalam laporan ini. Kalau juvana minta pegawai polis telefon, pegawai polis kata, "Oh, boleh minta RM40 dahulu". Ini bukan saya menuduh, ini laporan dalam SUHAKAM. Saya ingin tahu apa tindakan yang akan diambil oleh Kementerian Dalam Negeri. Satu perkara lagi adalah Kempen ‘No Two Nine Two Nine,’ No Two Nine One One, ‘yes 2957’ kempen DAP yang mana kempen ini ialah untuk mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, sosial kontrak, Perjanjian Malaysia 1963. Pengalaman saya sendiri Tuan Pengerusi saya terkejut, pegawai polis datang macam itu lepas itu dia kata, “tangkap semua, bawa balik balai.” Apabila saya tanya, mengapa? Apa kesalahan? Am I under arrest? If yes, under what law? Ini adalah yang paling asas apabila seseorang itu ditangkap, pegawai polis harus jawab, pegawai polis tidak endahkan. Pegawai tertinggi diarahkan, "Awak bawa balik dahulu semua ke balai, guna gari tangan bawa balik". Lepas itu bila kita tekan lagi, under what law? Pegawai polis kata “under Malaysian Law”. Bayangkan under Malaysia Law! Saya merasa sangat malu pada ketika itu kerana imej pegawai polis jatuh sampai ke tahap ini. Tidak boleh jawab, diperhatikan oleh orang ramai, inilah yang berlaku pada 4 Ogos di Ketari, Bentong dan Yang Berhormat telah memberikan satu jawapan di dalam Dewan ini bahawa kempen kami adalah tidak berunsur hasutan, mengapakah masih lagi berlaku penangkapan semalam dan dua hari yang lalu. Ini saya rasa kerana kredibiliti Yang Berhormat dalam Dewan ini telah jatuh. Apa Yang Berhormat kata dalam Dewan ini tidak diikuti oleh orang bawahan. Saya pohon satu jawapan, ini saya rasa kalau macam itu lain yang dikata dalam Dewan, lain yang dibuat oleh orang bawah kementerian Yang Berhormat, saya rasa ini menunjukkan tiada penghormatan lagi kepada Dewan Parlimen ini sebab apa yang dikata ini tiada authority langsung. Oleh itu saya pohon satu jawapannya kerana saya telah dibebaskan, pihak polis kata no case! Tuan Kerk Kim Hock: [Bangun] Tuan Pengerusi: Minta gulung Yang Berhormat, masa dia sudah cukup. Kota Melaka, masa dia sudah tidak cukup, sudah habis. Sila gulung, minta gulung ya. Puan Fong Po Kuan: Oleh itu saya ingin gulung Tuan Pengerusi, saya harap pohon satu jawapan teliti, saya kesal dengan SUHAKAM yang berdiam diri sahaja, saya harap imej polis diperbaiki semula, isu rasuah saya hendak kata budaya "kau tim". Semua orang tahu tengok polis jalankan tugas, orang ramai kata, "Oh, ini polis sedang cari makan" kerana segelintir pegawai polis yang tidak bertanggungjawab, budaya "kau tim" apa pun boleh "kau tim", pelajar pun tahu guna perkataan ini, tidak payah takut kalau kena tangkap, langgar peraturan dan undang-undang, boleh "kau tim" dia kata. Oleh itu saya harap semua perkara ini diambil perhatian dan juga berkenaan status penduduk tetap yang dipohon oleh isteri-isteri asing ini harus dipercepatkan, saya akan kemukakan semua dokumen kepada Yang Berhormat, harap diberi perhatian, sekian terima kasih. Tuan Pengerusi: Batang Lupar. 11.15 pagi.

16 DR.24.10.2002

Tuan Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [Batang Lupar]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya menyentuh 01000 - Pengurusan Dasar Perkhidmatan Keselamatan Dalam Negeri mirip kepada persoalan polis. Tuan Pengerusi, Polis Diraja Malaysia telah menjadi benteng keselamatan negara, benteng kepada kegiatan sosial negara, kepada ekonomi negara dan kestabilan politik negara. Ini telah ditunjukkan jabatan yang banyak mempunyai kredibiliti dan boleh menjalankan prestasi yang amat tinggi sekali untuk menjaga keadaan-keadaan yang sebaik mungkin untuk keselamatan negara keseluruhannya. Walaupun saya tidak menafikan apa tuduhan yang dibuat oleh Batu Gajah - sebab di Sarawak tidak ada gajah yang jadi batu, juga diambil perhatian oleh kerana kredibiliti polis selama hampir beberapa puluh tahun kemerdekaan telah menjadi satu benteng untuk memastikan keselamatan negara ini berterusan. Jadi walaupun ada segelintir yang tidak baik dan telah mendatangkan nama yang tidak baik kepada polis, ini umpamanya seekor kerbau membawa lumpur semua terpalit. Jadi saya berharap pihak polis mengambil perhatian supaya perkara ini tidak memburukkan nama polis yang begitu cemerlang itu. [Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Muhamad bin Abdullah) mempengerusikan Jawatankuasa] Tuan Pengerusi, saya menyentuh satu dua perkara yang lain. Saya ingin bertanya daripada kementerian bahawa pada satu ketika dahulu iaitu hampir 20 tahun dahulu jabatan polis kalau dibandingkan dengan askar, dibandingkan dengan penjara dan digandingkan dengan kastam dan imigresen jauh lebih tinggi gajinya dan jauh lebih baik dari segi syarat perkhidmatan mereka. Tetapi kebelakangan ini nampaknya polis telah jauh mengiring di belakang. Ini amat menyedihkan oleh kerana sebagaimana yang telah saya sebutkan tadi bahawa jabatan ini memastikan, bukan saya mengatakan jabatan-jabatan lain tidak memberi perkhidmatan yang baik atau kepentingan kepada negara tetapi jabatan polis ini janganlah diketepikan. Lihatlah syarat perkhidmatan mereka, lihatlah gaji mereka dan lihatlah prasarana-prasarana asas untuk jabatan polis terutama sekali yang berkhidmat di luar bandar oleh kerana kita bimbang prasarana yang tidak sempurna dan tidak memuaskan ini akan menjatuhkan moral dan daya perkhidmatan pegawai-pegawai polis. Jadi gaji juga ada hubung kait dengan kecemerlangan perkhidmatan. Saya bermohon supaya pihak kementerian melihat semula terutama sekali dari segi disiplin kerana pada masa sekarang, masyarakat Malaysia telah berubah dan beralih membuat satu paradigm shift yang begitu ketara daripada satu keadaan kepada satu keadaan. Dulunya keadaan disiplin dalam jabatan polis adalah dibuat ala regimentation, ala militari yang kita warisi daripada pihak British. Tetapi adakah kementerian telah membuat penyelidikan bagaimana untuk menyesuaikan pentadbiran disiplin polis ini dengan cara baru, dalam keadaan minda dan pandangan manusia yang baru dalam dunia yang moden ini. Jadi apa yang dikatakan organizational behavior, manusia ini berubah. Perubahan itu jangan didorong oleh pihak dalaman sahaja, kementerian sendiri mestilah mengambil tindakan yang positif supaya jangan menekankan soal disiplin dengan punishment. Sepatutnya kita award orang yang buat kecemerlangan dengan pendapat yang besar daripada memberi punishment. Jadi setiap kali kita buka mulut, kalau salah, bagi punishment, kalau salah buat punishment, kita nampaknya negatif. Kita nampaknya negatif. Kenapa pula kita tidak bersikap positif supaya siapa yang membuat kecemerlangan kita mendapat ganjaran daripada naik pangkat, daripada anugerah- anugerah yang lain. Jadi, ini patut dipertimbangkan kerana paradigm shift ini telah berubah, manusia ini telah berubah, anak-anak di sekolah telah berubah tetapi kalau Jabatan Polis itu sendiri tidak berubah, nescaya kita telah, kata orang Sarawak, ‘menyukul air yang deras’, kita go against the current. Jadi, ini perlu dilihat semula dari segi psikologi dan pandangan orang- orang yang masuk Jabatan Polis. Tuan Pengerusi, saya berpindah kepada 020000 – Polis Diraja Malaysia berhubung dengan latihan, perkhidmatan dan sebagainya. Sekarang kita melihat soal jenayah. Semalam telah disentuh oleh beberapa Ahli Yang Berhormat. Kita mesti peka

DR.24.10.2002 17

bahawa keadaan jenayah sekarang telah bertukar wajah. Dahulunya, orang menggunakan benda-benda yang boleh dilihat dengan mata, boleh didengar dengan telinga dan sebagainya. Tetapi sekarang banyak kecanggihan dan perubahan yang telah berlaku. Macam mana jenayah itu berlaku? Persoalannya bagaimana latihan polis ini untuk mempertingkatkan profesionalisme mereka, untuk mempertingkatkan prestasi, untuk mempertingkatkan kemampuan mereka mengatasi sesuatu masalah. Umpamanya kesalahan-kesalahan yang dibuat oleh pihak korporat. Apakah latihan-latihan tertentu telah dibuat untuk mengatasi masalah ini? Umpamanya masalah penyelewengan ataupun penipuan dalam syarikat - fraudulent, embezzlement, cheating dan sebagainya dalam syarikat-syarikat yang tertentu. Kalau perkara macam ini dilakukan penyelidikan oleh pihak polis, berkemampuankah pihak polis menyelenggarakan perkara ini dengan sebaik mungkin kerana pihak polis mesti mengetahui soal kewangan, soal accounting procedure, accounting strategy dan apa lagi yang boleh dibuat untuk penipuan dalam syarikat. Kalau kita baca banyak keluaran yang ada pada masa sekarang berhubung dengan Enron, WorldCom dan sebagainya, ini ada melibatkan commercial crime dalam bidang kuasa Jabatan Polis. Tetapi berkemampuankah pihak polis mengetahui, apakah falsafah-falsafah yang kita guna di Malaysia ini daripada segi laporan-laporan kewangan dalam syarikat. Tahukah pihak polis bahawa dalam dunia ini kita mempunyai dua, tiga standard yang tertentu untuk accounting procedure, sama ada kita mengikut seperti di Amerika ataupun di Eropah ataupun kita sendiri ada international accounting standard. Semua perkara ini boleh digunakan untuk menipu dan menganiaya orang ramai. Jadi, kalau perkara ini sampai kepada pihak polis, persoalannya, berupayakah pihak polis menangani masalah ini. Yang keduanya, soal digital detective. Ini juga satu perkara penting yang perlu diketahui. Maknanya, polis mesti mempunyai expert ataupun profesional yang cukup tinggi latihannya untuk menangan masalah-masalah mengenai soal jenayah digital. Saya pernah menyebut dan menyebut sekali lagi, Tuan Pengerusi, soal forensic science ini. Saya mempelajari forensic science 20 tahun yang lalu. Jadi, forensic science pada ketika itu belum melibatkan benda yang moden, terutamanya DNA dan sebagainya. Adakah kita mempelopori bidang ini? Berapa banyakkah latihan yang kita telah buat? Adakah tiap-tiap negeri mempunyai pegawai dan expert yang memberi latihan yang sedemikian? Apakah ada pegawai-pegawai kita dihantar ke universiti-negeri untuk membuat penkajian dan apakah insentif diberi kepada pegawai ini apabila kembalinya mereka nanti, adakah mereka ini akan diketepikan oleh kerana mereka profesional dan tidak berkemungkinan naik ke satu peringkat yang tinggi. Jadi, kalau insentif ini tidak diberi, nescaya orang tidak akan menerima cadangan ataupun dorongan daripada kerajaan. Saya berharap pihak kementerian mesti melihat apa berlaku di sekeliling kita dengan mengatasi masalah dengan latihan yang sempurna Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Masa Yang Berhormat sudah lewat. Tuan Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Yang akhir sekali, Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Masa sudah cukup, Yang Berhormat. Tuan Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: yang akhir sekali ialah dalam bidang 020400 – Risikan Keselamatan. Saya sekali lagi menyebut, selepas komunis menyerah diri di Malaysia…. Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Masa Yang Berhormat sudah cukup, Yang Berhormat. Tuan Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: …dan juga di Sarawak. Saya habiskan sentence ini, Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Soal terus sahajalah Yang Berhormat.

18 DR.24.10.2002

Tuan Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Special branch diturun tahap dan apakah tindakan kerajaan…. Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya. Tuan Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: …. untuk menaikkan semula tahap special branch di Malaysia ini untuk menghadapi masalah-masalah yang sedang berlaku di seluruh dunia terutamanya, termasuk Malaysia dalam soal international terrorism ini dan sebagainya. Terima kasih. Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ha, sedang elok. Jeli dahulu. 11.24 pagi. Tuan Mohd. Apandi bin Haji Mohamad [Jeli]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera Tuan Pengerusi dan Ahli-ahli Dewan sekalian. Menyentuh tentang Butiran 010000 – Pengurusan Dasar Keselamatan Dalam Negeri, 010100 – Pentadbiran Keselamatan, 010200 – Pengurusan Keselamatan. Tuan Pengerusi, sekarang ini di Parlimen Jeli ada satu pusat serenti yang menempatkan penagih-penagih tegar yakni hardcore addict di mana pihak polis telah menerima berpuluh-puluh laporan tentang jenayah yang dilakukan oleh pihak penagih yang terlepas daripada kem serenti ini. Yang menjadi persoalan ialah kenapakah pusat serenti yang melibatkan dengan izin, hardcore addict ini, penagih-penagih tegar ini, kawalannya begitu longgar sekali di mana kalau kita membuat siasatan dan juga membuat semakan di padang, kita dapati banyak pagar yang tidak sesuai dijadikan pagar untuk penagih-penagih tegar. Sepatutnya pagar itu, biarlah pagar yang lebih mahal daripada pagar-pagar sekolah yang dibina sekarang ini sehingga menyebabkan kes penagih-penagih tegar ini melepaskan diri secara acap kali dan kerap kali. Bila mana mereka melepaskan diri secara kerap kali dan acap kali, ini mengancam keselamatan penduduk-penduduk di sekitarnya terutama ibu-ibu tunggal, gadis-gadis dan juga isteri-isteri di mana suaminya bekerja di luar ataupun bekerja di kebun-kebun. Termasuk juga berlaku ugutan-ugutan kepada penghuni-penghuni berdekatan dengan pusat serenti ini di mana anak-anak mereka sering kali berada dalam ketakutan kerana melihat kepada penagih-penagih tegar ini dapat bebas dengan begitu berleluasa sekali terutama di Pusat Serenti Jeli. Dalam keadaan sebegitu rupa sekalipun, saya memohon supaya pihak kerajaan supaya menutup terus cadangan untuk membuka satu lagi pusat serenti dan pusat tahanan penagih yang dikatakan, yang dimaklumkan kepada kami di Parlimen Jeli, pusat penahanan penagih yang paling tegar akan dibuka di Jeli. Ini cukup-cukup tidak menggembirakan dan penduduk-penduduk di Jeli sememangnya membantah sekiranya satu lagi pusat serenti yang paling tegar dibina di Parlimen Jeli memandangkan, bagi negeri Kelantan, Jeli merupakan sempadan yang paling panjang dengan negara Thailand di mana sempadan antara Jeli bagi Malaysia dan Thailand, bagi kawasan Sukirin, tidak ada sempadan yang jelas kerana kita kena ingat sekarang ini kawasan yang masih belum diukur sekitar lebih kurang 10 kilometer adalah di kawasan Parlimen Jeli kerana tidak ada satu sempadan yang jelas sama ada sungai, gunung dan sebagainya. Jadi, bayangkanlah, maknanya sumber dadah boleh transit atau boleh transfer daripada sempadan Thailand ke sempadan Malaysia secara berleluasa. Sebab itulah penduduk Jeli sama sekali tidak mahu pihak kerajaan meneruskan rancangan untuk membuka satu lagi pusat serenti yang paling tegar dalam negara kita, bahkan yang sedia ada pun, pihak penduduk Jeli memohon supaya kerajaan menutup pusat serenti tersebut dan dipindahkan ke negeri-negeri yang lain. Tuan Pengerusi, bagi Butiran 020000 – Polis Diraja Malaysia. Perbelanjaan mengurus ialah lebih kurang RM2.53 bilion yang melibatkan 93 ribu anggota. Saya agak sedikit pelik dan hairan bila mana melihat anggota bagi tahun 2002 dan 2003 tidak berubah, seolah-olah kita tidak perlu kepada penambahan anggota pasukan polis. Dalam kes jenayah kita yang saban hari keluar dalam akhbar tidak kurang daripada lima rompakan dan

DR.24.10.2002 19

pembunuhan. Hari-hari kita tengok dalam akhbar, sebuah negara yang aman ini tidak kurang daripada lima atau enam rompakan dan pembunuhan. Saya tidak pernah terfikir di Mid Valley satu daring act oleh kumpulan perompak boleh buat secara open, satu rompakan di Mid Valley di mana Mid Valley merupakan tempat pelancongan yang paling besar sekarang ini sebagai shopping center. Sebab itu saya memohon dengan anggota seramai 93 ribu orang dan dengan kes-kes jenayah yang bertambah ini, saya mencadangkan supaya pihak polis menubuhkan satu kor ataupun unit atau department agama seperti mana yang berlaku dalam Angkatan Tentera Malaysia, di mana kita perhatikan Angkatan Tentera Malaysia sekarang ini bila mana mereka menubuhkan Kor Agama, kita lihat disiplin dan juga ciri-ciri peribadi anggota-anggota tentera ini mereka lebih rapat dengan agama. Mereka menggunakan apa-apa dengan menggunakan kaedah agama. Sebab itu oleh kerana ada Kor Agama inilah maka kita melihat anggota Angkatan Tentera Malaysia lebih berdisiplin di mana akhirnya kita lihat baru-baru ini yang menjadi menteri agama di Jabatan Perdana Menteri juga adalah daripada Kor Agama Angkatan Tentera Malaysia.. Sebab itu saya memohon pasukan polis terutamanya menubuhkan Kor Agama kerana pasukan polislah yang paling terdedah kepada jenayah-jenayah itu sendiri Kerana di stigma pemikiran masyarakat Malaysia kalau polis sudah faham, trafik, yang menjaga jenayah, mereka sudah tahu stigmanya, stigma fulus dengan izin. Maknanya dalam sabda Nabi yang berbunyi [Membaca sepotong hadis dalam bahasa Arab] Pemberi rasuah dan penerima rasuah dua-dua dalam api neraka. Tetapi pasukan polis ini menjadi satu stigma dalam pemikiran masyarakat Malaysia, yang mana polis ini tidak boleh lari perkara-perkara semacam itu. Sebab itu kita lihat penagih-penagih dadah boleh terlepas dari tahanan- tahanannya. Kalau kita fikir logik macam mana penagih-penagih yang sudah ada di dalam van polis, yang sudah ada dalam lokap polis boleh terlepas, kalau tidak ada elemen- elemen yang saya katakan tadi…[Membacakan sepotong hadis dalam bahasa Arab] Saya mencadangkan supaya pasukan polis kalau ada Kor Agama seperti mana Angkatan Tentera Malaysia, mungkin polis ini lebih terdidik dengan pendidikan-pendidikan agama. Kalau dahulu saya difahamkan mereka ada satu kertas peperiksaan yang dicadangkan oleh bekas Ketua Polis Negara dahulu, yang juga dicadangkan oleh salah seorang ulama negara kita Dato’ Dr Harun Din dan mereka perlu lulus peperiksaan tersebut untuk kenaikan pangkat. Tetapi sekarang ini kita sudah tidak kedengaran lagi, sebab itulah imej ini hendaklah dipulihkan. Kerana kita tidak mahu umpamanya mereka yang kurang gemar anak mereka untuk menjadi polis. Seolah-olah anggota polis ini merupakan last position dengan izin, untuk anak-anak mereka. Kerana apa? Kerana imej polis telah dicemari dengan stigma-stigma rasuahnya, terlibat dengan perkara-perkara yang pelik-pelik. Sebab itu saya memohon benar-benar jasa baik supaya difikirkan, ditubuhkan unit Kor Agama di samping memberi peluang kepada mereka lepasan-lepasan agama untuk membentuk dan mendidik anggota-anggota polis dan memberi peluang-peluang pekerjaan kepada mereka yang berkelulusan agama…. Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Masa Yang Berhormat sudah cukup Yang Berhormat. Tuan Mohd. Apandi bin Haji Mohamad: Sebab itu saya.. satu minit Tuan Pengerusi, yang dadah ini kenapa sampai sekarang tidak selesai. Saya fikir kita kena belajar dengan MCA sedikitlah ecstasy nya. Dia boleh selesai sedikit sebanyak pil ecstasy.. Puan Chong Eng: Tidak selesai. Tuan Mohd. Apandi bin Haji Mohamad: .. Lebih kurang selesailah. Tetapi kenapa kita semakin hari semakin banyak sehingga Agensi Dadah Kebangsaan mengatakan tiap-tiap, 33 minit akan ada satu penagih dadah baru... Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Masa Yang Berhormat sudah habis Yang Berhormat. Tuan Mohd. Apandi bin Haji Mohamad:.. Sekian, terima kasih.

20 DR.24.10.2002

Tuan Kerk Kim Hock: [Bangun] Tuan Joseph Mauh anak Ikeh: [Bangun] Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Saya terpaksa mengehadkan dua orang lagi bercakap. Saya tidak tahulah lima minit menjadi empat orang. Saya hendak dua orang sahaja lagi bercakap. Kita mahu menghabiskan lagi dua kementerian selain daripada yang ini. Saya tidak tahu Yang Berhormat bagi Kota Melaka dalam jawatankuasa sama ada boleh bercakap dua kali. Puan Chong Eng: [Menyampuk] Tuan Kerk Kim Hock: [Menyampuk] Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Tidak, sepatutnya semalam sudah Kementerian Dalam Negeri sepatutnya 23 kita habis. Sepatutnya kita habis semalam tetapi kita sambung hari ini. Jadi saya ada dua orang lagi, saya kira selepas dua orang ini diminta Timbalan Menteri menjawab. Saya beri Yang Berhormat bagi Selangau dahulu selepas itu Yang Berhormat bagi Kota Melaka dan selepas itu Timbalan Menteri menjawab. Minta maaf ya! 11.35 pagi. Tuan Joseph Mauh anak Ikeh [Selangau]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya tidak ingin mengambil masa yang panjang hanya menyentuh Maksud Bekalan 35 Kementerian Dalam Negeri berkenaan dengan Butiran 090600 iaitu Operasi Pendaftaran Penduduk Pedalaman Luar Bandar Sarawak. Tuan Pengerusi, saya telah mengemukakan perkara berkenan dengan surat beranak dan kad pengenalan di Dewan yang mulia ini beberapa kali. Memandangkan masih ramai rakyat Malaysia di Sarawak terutamanya di luar bandar yang belum mempunyai dokumen tersebut. Jadi saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada kementerian kerana telah membekalkan peruntukan pada bajet tahun 2003 ini sebanyak RM2.2 juta bagi operasi pendaftaran penduduk pedalaman di negeri Sarawak. Tuan Pengerusi, dengan peruntukan yang sebanyak itu saya berharap pegawai daripada Pejabat Pendaftaran Sarawak dapat turun ke padang untuk datang ke rumah- rumah panjang dan kampung-kampung. Kita telah mengetahui bahawa lebih 6,000 buah kampung dan rumah panjang di merata-rata tempat di negeri Sarawak dan saya berharap para pegawai yang berkenaan datang ke tempat-tempat tertentu supaya mendaftarkan penduduk-penduduk yang tidak ada kad pengenalan dan surat beranak. Tuan Pengerusi, saya sekali lagi mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada pegawai pendaftaran negeri Sarawak kerana dalam tahun 1999 mereka telah pergi ke kawasan Parlimen saya di Selangau, di Nanga Sangan di mana saya telah diberitahu lebih 1,200 orang dalam kawasan daerah Tatau itu pergi ke tempat mendaftar diri iaitu untuk mendapatkan surat beranak dan kad pengenalan. Saya ingin bertanya kepada kementerian yang berkenaan setakat ini berapakah telah diluluskan atau berapakah yang belum mendapat kelulusan daripada pihak yang berkenaan. Kerana saya telah melawat kawasan Nanga Sangan itu baru-baru ini, saya ada diberitahu bahawa masih ramai yang belum mendapat kelulusan daripada pihak pegawai pendaftaran berkenaan dengan surat beranak mereka. Kita lebih tahu oleh kerana undang-undang persekolahan wajib telah dijalankan atau dibuat pada tahun akan datang menggunakan di mana bahawa bila dia ingin memasuki tadika atau ke sekolah Tahun Satu mereka mesti mengemukakan atau mesti mempunyai surat beranak. Kalau tidak, permohonan mereka akan ditolak. Jadi, saya berharap kepada kementerian pada tahun akan datang diharap pegawai akan turun ke padang atau datang ke setiap kawasan Parlimen di negeri Sarawak terutamanya kawasan-kawasan luar bandar sama ada di Kapit atau di Lubuk Antu, di Baram dan sebagainya.

DR.24.10.2002 21

Oleh kerana itu tidak gunalah kita merdeka sudah 40 lebih tahun bagi Semenanjung dan 39 tahun bagi negeri Sarawak kalau anak bangsa kita Malaysia belum mempunyai surat kerakyatan tersebut. Jadi kita selalu bercakap dengan globalisasi dan sebagainya kalau bangsa kita belum mempunyai kad pengenalan dan sebagainya, jadi saya berharap perkara-perkara yang seperti ini mesti dibuat dahulu. Saya tidak ingin mengambil masa yang panjang dan saya berharap apa yang saya telah kemukakan pada hari ini dapat diambil tindakan dengan secepat mungkin. Sekian, terima kasih. Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, Yang Berhormat bagi Kota Melaka. Selepas itu Timbalan Menteri menjawab. 11.39 pagi. Tuan Kerk Kim Hock [Kota Melaka]: Terima kasih Tuan Pengerusi, saya merujuk kepada Butiran 020000 Polis Diraja Malaysia . Berkenaan dengan isu saman ekor Tuan Pengerusi. Timbalan Menteri Dalam Negeri, ‘Dato' Chor Chee Heung’ pernah mengesahkan di dalam Dewan ini bahawa sebelum 2 Ogos 2000 polis telah mengeluarkan notis 170A. Mengikut kiraan saya 3.2 juta telah dikeluarkan tanpa melalui pos berdaftar. Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ini mengikut peraturan Yang Berhormat jangan sebut nama. Yang Berhormat ada menyebut nama tadi? Tuan Kerk Kim Hock: Oh.. Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ha, sebut kawasan. Tuan Kerk Kim Hock: Okey, maaf! Yang Berhormat bagi bagi Alor Setar. Walaupun saya telah mengatakan bahawa mengikut Seksyen 118, Road Transport Act 1997 di mana polis dikehendaki untuk mengeluarkan melalui pos berdaftar. Oleh kerana saya tidak dapat jawapan yang memuaskan, saya tulis kepada Jabatan Peguam Negara selepas 3 bulan atau 4 bulan saya dapat jawapan. Di mana Jabatan Peguam Negara, Encik Mohd Yusof bin Haji Zainal Abidin mengatakan bahawa Seksyen 118 menggunakan perkataan ‘may’ jadi ini tidak bermakna bahawa polis semestinya mengeluarkan melalui pos daftar. Saya bukan pakar undang-undang tetapi saya khuatir oleh kerana saya tengok Federal Constitution, artikel tiga, religion and the federation dengan izin. “Islam is the religion of the federation but other religions may be practiced”. Jadi kalau kita buat tafsiran sedemikian, saya takut apakah jaminan yang kita ada tapi saya tidak hendak pertikaikan, saya bukan pakar peguam. Tapi saya tahu semasa Ops Warta II dijalankan polis tidak kenakan saman yang maksimum ke atas mereka yang di mana saman telah dikeluarkan sebelum tarikh ini. Ini pada saya adalah satu admission bahawa polis memang mengambil liability, kalau tidak semestinya semua orang yang tidak bayar dan tidak jelaskan notis dikenakan maksimum termasuk mengeluarkan Seksyen 115 supaya ditambah menjadi RM600. Jadi walaupun ini adalah arguement yang telah dibahagikan tetapi saya rasa pengurangan atau tawaran yang khas yang terus dibahagikan kepada orang ini RM3.2 juta. Bermakna bahawa polis sendiri mengaku ada liability jadi walaupun saya telah tegaskan bahawa notis-notis ini yang tidak mengikuti kehendak 118 hendak dibatalkan, polis atau pihak kerajaan tidak ingin, saya minta apakah penjelasan. Perkara yang kedua ialah berkenaan dengan apa yang saya telah banyak kali timbulkan, bagi kali yang akhir, saman 115 iaitu untuk rekod sebelum saya akan tulis surat kepada Perdana Menteri seperti dicadangkan kepada saya oleh Ahli-ahli Parlimen daripada pihak kerajaan yang tidak boleh sokong saya secara terbuka tapi saya akan ambil cadangannya pada 19 Jun tahun ini. Saya telah cabar kesahihan saman-saman atau POL 257 yang dikeluarkan oleh polis dan pada awal bulan Julai saya telah mengumumkan bahawa pembatalan automatik telah dilaksanakan dan saya telah faks statement saya kepada IGP, kepada Menteri Dalam Negeri, tiada jawapan. Saya minta satu pengesahan di buat. Tidak ada dibuat. Kemudian

22 DR.24.10.2002 pada 11 September tahun ini Yang Berhormat yang ada di sana, Timbalan Menteri mengatakan bahawa pembatalan sememangnya dilakukan tetapi atas sebab termasuk faktor bahawa surat notis tidak boleh sampai, saya tidak sangka bahawa ini tidak benar oleh kerana tidak ada notis terlibat. Ini adalah saman POL 257 dan pada 24 September tahun ini ketua trafik Dato’ Ahmad Baharin telah menafikan dengan begitu besar sekali dalam surat khabar Cina bahawa polis tidak pernah langsung membuat pembatalan. Ini tidaklah sangka dengan apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri sendiri dan melalui perbahasan bajet saya juga telah membangkitkan perkara ini dan 7 September ini, Yang Berhormat Timbalan Menteri yang lain pula mengatakan bahawa pembatalan memang dibuat oleh kerana atas rayuan. Saya juga kata ini tidak benar langsung oleh kerana banyak pengundi saya telah pergi ke balai polis dan telah diberitahu bahawa automatik dilakukan. Jadi Yang Berhormat Timbalan Menteri mungkin Bagan Serai dan Timbalan Menteri yang lain mengatakan bahawa AG melalui satu statement pada awal bulan Mei telah mengatakan bahawa semua apa yang dilakukan oleh polis adalah beres. Saya juga sangkal semalam Yang Berhormat Kluang kata AG memang pernah kata, AG tidak pernah kata. Yang AG kata ialah POL 257 saman itu yang telah dikeluarkan dahulu oleh kerana Ops Warta itu belum dilaksanakan. Jadi POL 257 penalti tambahan di bawah Seksyen 115 itu belum berlaku apabila AG membuat kenyataan. Jadi kita jangan heretkan nama AG masuk dalam isu ini. Dan semalam, saya tahu Yang Berhormat Timbalan Menteri tidak jawab, dia duduk sana dan saya dengar ada orang yang nampak di luar bahawa ucapan Yang Berhormat Kluang disediakan oleh Yang Amat Timbalan Menteri. Kalau benar, saya khuatir oleh kerana apabila Yang Berhormat Kluang berucap dia kata sekarang isu ini menjadi no further action, ini lagi teruk. Saya assume isu ini oleh kerana saya kata memang ada satu kesalahan yang menyebabkan dan pembatalan automatik maka kalau mengakulah kesalahan dan membalikkan wang kepada orang-orang yang telah bayar. Kalau pembatalan, kita ada peluang untuk mendapatkan wang kalau NFA lagi teruk, ini lagi hendak elak daripada bertanggungjawab untuk memulangkan wang kepada mereka yang telah bayar. Jadi saya tidak tahu macam mana saya boleh menegakkan keadilan untuk orang-orang yang telah bayar. Saya hendak menegakkan di sini jangan putar belit apa yang sentiasa dikatakan oleh pihak DAP. Batu Gajah kah Seputeh kah, walaupun saya pun bila kata polis maksud kita mengehadkan kepada satu insiden atau kepada sesiapa pegawai yang terlibat. Saya begitu kecewa sekali semalam apabila orang kata kita challenge integrity of the police. New Straits Times keluar besar-besar, saya betul kata saya kecewa. Ini memang bukan apa yang sebenarnya berlaku dalam Dewan yang mulia ini, saya hendak tegur kawan saya tadi, Batu Gajah. Cakap dengan spesifik jangan hari ini diputarbelitkan. Jadi apa yang saya buat Tuan Pengerusi, saya pursue oleh kerana kalau bukan oleh kerana ada orang dalam pihak polis yang ada kesian kepada rakyat yang menderita, ada orang yang sense of justice takkanlah saya begitu yakin sekali dengan fakta saya, I admit here. Bukan sahaja di Melaka, di Ipoh di Pulau Pinang. Kawan-kawan saya dapat maklumat yang begitu tepat sekali tetapi untuk menjaga apa pun saya tidak faham. Saya kata saya pernah bawa banyak isu, saya tahu ada orang ada rasional, macam Tengku Adnan Setiausaha Kerja UMNO. Saya cakap dengan dia turunkan satu artikel yang begitu menyakitkan hati rakyat Cina. Apa salahnya turunkan? Lepas itu saya tidak bantai, saya puji dia, Menteri Pertanian, Datuk Effendi enggan memulangkan wang sebanyak RM17.6 juta kepada para penternak khinzir. Selepas itu saya mengikuti menggunakan cara saya, akhirnya perkara ditimbul dalam Kabinet. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri putuskan untuk memulangkan wang baki itu. Saya tidak bantai kemudian, saya ucapkan syabas kepada menteri, itu yang saya mahu Tuan Pengerusi. Untuk mendapatkan keadilan dan saya tahu begitu ramai orang dalam Dewan yang mulia ini sama ada Ahli Parlimen, sama ada pegawai kerajaan. Sentiasa memberitahu saya, what you say is right. Tidak pernah saya menggunakan perkataan ‘pembohong’ begitu banyak kali dalam Dewan yang mulia ini. Tidak pernah satu kali saya nampak sesiapa yang mencabar saya, what is wrong? Something is wrong? Tidak pernah saya pursue satu isu dengan fakta yang

DR.24.10.2002 23

begitu jelas sekali tidak pernah, semalam kalau kita ikut Hansard tidak ada sesiapa benar- benarnya mencabar fakta yang saya timbulkan. Maka saya rayu sahaja supaya mengaku kesalahan pulangkan wang itu sahaja kepada sesiapa yang telah bayar, tidak banyak. RM840,000 kerajaan boleh bayar. RM2 itu di mana polis enggan bayar saya tidak boleh buat apalah tetapi dengan fakta yang saya telah sampaikan Tuan Pengerusi, begitu jelas sekali semua rakyat yang dengar fakta saya setuju dengan saya tetapi ada orang dalam Kementerian Dalam Negeri enggan mengambil tanggungjawab, itulah masalahnya. Akhir sekali, saya tahu perkara ini belum selesai oleh kerana kalau kita baca dalam surat khabar, macam Star ada buat laporan besar, “summons to be reissued”, kata Dato’ Chor Chee Heung. Tetapi apabila saya bawa isu pembatalan disahkan tidak ada report. Saya menghadapi masalah, rakyat telefon saya apakah sebenarnya keadaan, jadi saya minta buat satu kenyataan rasmi di luar. Apakah sebenarnya? If no FA…. Tuan Pengerusi [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Masa Yang Berhormat cukup. Tuan Kerk Kim Hock: Tidak apa, nanti ya….kalau NFA atau pembatalankah, cakap dengan rakyat supaya orang tahu apakah sebenarnya itu, saya akan tulis surat kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan supaya mendapatkan keadilan untuk mangsa-mangsa. Tuan Pengerusi [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, Terima kasih. Sekarang saya persilakan Timbalan Menteri menjawab. 11.51 pagi Timbalan Menteri Dalam Negeri [Dato' Chor Chee Heung]: Tuan Pengerusi, pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada 10 orang Ahli Parlimen yang telah pun berucap di peringkat Jawatankuasa bajet Kementerian Dalam Negeri. Mereka adalah terdiri daripada Ahli-ahli Yang Berhormat bagi Bukit Bintang, Batu Pahat, Tambun, Pokok Sena, Mambong, Batu Gajah, Batang Lupar, Jeli, Selangau dan juga Kota Melaka. Sebenarnya saya mengucapkan terima kasih kepada mereka semua ini sebab mereka begitu prihatin terhadap bidang tugas di bawah Kementerian Dalam Negeri. Yang pertama, Yang Berhormat bagi Bukit Bintang telah pun membangkitkan beberapa perkara. Di antaranya, perkara pertama ialah mengenai ancaman dadah di negara kita. Memang kita semua mengakui bahawa ini merupakan satu ancaman yang agak serius dan fenomena ini bukan sahaja fenomena di rantau Asia bahkan di seluruh dunia, dan semua negara tidak terkecuali dari ancaman ini. Walau bagaimanapun, pihak kerajaan telah pun banyak berusaha walaupun setakat ini kita masih harus membuat kerja dengan lebih banyak, lebih teliti kalau kita betul-betul hendak tengok Malaysia ini tidak lama lagi menjadi salah sebuah negara di rantau ini yang bebas daripada dadah. Sebenarnya kerajaan telah pun menetapkan satu matlamat, iaitu pada tahun 2015, Malaysia akan dibebaskan dari ancaman dadah sama sekali Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat bagi Bukit Bintang juga membangkitkan mengenai penagih yang masih ramai berkeliaran di kawasan Bukit Bintang, Pudu, dan Imbi, Kuala Lumpur. Dalam hubungan ini, polis sentiasa mengambil langkah seperti mengadakan operasi ke atas penagih dadah di Kuala Lumpur, khasnya di kawasan yang menjadi tumpuan penagih termasuk Bukit Bintang. Sepanjang tempoh Januari hingga September 2002 ini, sebanyak 105 serbuan dijalankan dengan jumlah tangkapan seramai 908 orang. Kawasan tumpuan ialah Pudu dan Bukit Bintang. Namun begitu penagih masih lagi dilihat di kawasan tersebut kerana mereka ini mobile dan floating, dengan izin, ramai di antara mereka ini telah pun diambil tindakan di bawah pengawasan polis. Jabatan Narkotik Kuala Lumpur juga terus melaksanakan, mempertingkatkan lagi operasi bagi mengeluarkan penagih ini dari ... [Terbatuk] minta maaf Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Batuk ya?

24 DR.24.10.2002

Dato' Chor Chee Heung: Ya. Langkah akan diteruskan oleh pihak polis supaya kita akan mencapai satu tahap di mana penagih-penagih dadah di seluruh Kuala Lumpur tidak begitu nampak sekali, dan jika boleh, kita dapat menahan mereka di pusat-pusat di mana mereka ini dapat menerima rawatan. Yang kedua, Jabatan Imigresen Malaysia juga mengakui apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat bagi Bukit Bintang iaitu kesesakan di Bahagian Pekerja Asing. Ini tidak dapat dinafikan, tetapi ingin kita menjelaskan di sini bahawa kerana pertambahan bilangan permohonan daripada majikan, terutama selepas pelaksanaan Akta Imigresen yang dipinda tahun ini, maka tiba-tiba kita menerima begitu banyak permohonan daripada majikan-majikan, dan dalam masa yang sama juga kita harus membuat kerja untuk memberi kelulusan kepada majikan-majikan dan kalau kita terlalu cepat hendak memberi kelulusan itu maka kesesakan akan menjadi satu masalah yang tidak dapat dielakkan. Walau bagaimanapun, pihak Imigresen telah pun dengan sedaya upaya bekerja bertungkus-lumus supaya kesesakan ini dapat dikurangkan. Satu contoh ialah seramai 36 orang kakitangan sementara telah pun diambil mulai 1 Oktober ini bagi memproses permohonan mendapatkan kemudahan imigresen supaya 36 kakitangan ini dapat key-in dengan izin, nama pekerja-pekerja yang telah pun diberi kelulusan untuk mendapat calling visa dan lain-lain dokumen. Jabatan Imigresen Malaysia juga mengakui bahawa kesesakan ini juga datang dari satu punca yang lain, iaitu oleh kerana Jabatan Imigresen tidak menetapkan dengan secara sekeras-kerasnya tentang orang-orang yang berurusan dengan Jabatan Imigresen bagi mendapat pekerja asing. Oleh kerana begitu ramai majikan telah pun membuat aduan kepada Jabatan Imigresen bahawa terdapat begitu banyak masalah, khususnya penyelewengan dan masalah rasuah, maka Jabatan Imigresen harus bertindak. Bertindak, maksudnya, sekarang ini hanya majikan ataupun orang-orang yang mempunyai nama tertera dalam Form 49 – borang syarikat itu, baru boleh datang ke Jabatan Imigresen. Maksudnya, dalam perkataan lain, salah seorang lembaga pengarah di syarikat itu boleh berurusan dengan Jabatan Imigresen. Tetapi oleh kerana baru-baru ini terdapat begitu banyak kompelin juga lagi, maka Jabatan Imigresen telah pun membuat keputusan iaitu kita melonggarkan keperluan ini, kehendak ini supaya wakil-wakil syarikat yang telah mendapat kelulusan, harus membawa surat yang ditandatangani oleh salah seorang yang mempunyai nama tertera dalam Borang 49. Maksudnya, salah seorang director boleh sign surat itu atau lebih baik lagi, kalau lembaga pengarah syarikat itu boleh menandatangani surat perwakilan itu, wakil yang datang membawa surat itu untuk mewakili syarikat itu maka beliau itu akan diiktiraf sebagai wakil syarikat itu. Dengan cara ini, majikan sendiri tidak payah datang dan dia boleh buat kerja sendiri, kerja syarikat dia, dan pada masa yang sama juga, wakil dia bolehlah datang, dan jika harus menunggu sedikit masa di situ pun tidak mengapa juga. Kita melalui cara ini dapat menyenangkan supaya majikan-majikan bolehlah berurusan dengan Jabatan Imigresen, Bahagian Pekerja Asing. Tuan Saupi bin Daud: [Bangun] Dato' Chor Chee Heung: Yang Berhormat bagi Bukit Bintang juga menyentuh tentang RELA, NGO dan juga ... Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, ada yang berdiri Yang Berhormat meminta penjelasan. Boleh bagi jalan? Sila Yang Berhormat bagi Tanah Merah. Tuan Saupi bin Daud: Terima kasih Tuan Pengerusi dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Menyentuh mengenai pekerja asing tadi, kita lihat sekarang kerajaan telah mengadakan mungkin kawalan yang lebih ketat. Tetapi dahulu kita bermasalah dengan pekerja-pekerja asing ini yang masuknya tanpa izin, dan tindakan tegas telah diambil oleh kerajaan. Yang Berhormat ada menyatakan tadi kemungkinan kerjasama Jabatan Polis dengan Imigresen, di mana mungkin juga berlaku penyelewengan dan juga termasuklah rasuah, mungkin pada waktu dahulu.

DR.24.10.2002 25

Saya ingin mendapat penjelasan Yang Berhormat, kerana dilaporkan juga bahawa masalah pengawalan pantai yang menyebabkan pendatang-pendatang tanpa izin ini senang memasuki perairan Malaysia ialah kerana ketidakcukupan pegawai. Yang dimaksudkan ialah terutama sekali Polis Marin, di mana dikatakan bahawa empat atau lima orang mengawal kawasan sepanjang lebih kurang 10 kilometer. Jadi dari segi kapasiti pengawalan itu adalah tidak mencukupi. Adakah pihak kementerian bercadang untuk meningkatkan lagi usaha menambah pegawai atau kakitangan ini? Yang kedua, saya ingin mendapat penjelasan mengenai kenyataan yang dibuat oleh salah seorang pemimpin Singapura yang mengatakan kemasukan pendatang tanpa izin ini ke Malaysia kalau dibandingkan dengan Singapura mengapa Singapura tidak masuk pendatang tanpa izin, kerana di Singapura tidak berlakunya rasuah di kalangan pegawai. Jadi, saya minta penjelasan. Ini yang Singapura dakwa bukan yang saya kata. Tuan Pengerusi [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Ha, terus Yang Berhormat. Dato’ Chor Chee Heung: Terima kasih Yang Berhormat. Saya bersetuju dengan Yang Berhormat iaitu memandangkan Semenanjung Malaysia ini mempunyai pantai yang begitu panjang sekali dan tambah pula kita tidak mencukupi penguat kuasa dari Jabatan Polis Marin. Ini memang salah satu faktor di mana pendatang tanpa izin lebih senang memasuki negara kita. Tetapi jangan kita lupa ada terdapat faktor lain lagi. Selain daripada pantai yang begitu panjang, negara jiran begitu dekat sekali dengan negara kita, maka mereka ini lebih senang hanya menaiki bot boleh turun di mana-mana tempat di mana tidak mempunyai penguatkuasaan, sebab kita tidak mungkin mempunyai penguat kuasa di setiap kilometer sepanjang pantai kita. Ini adalah perkara mustahil. Walau bagaimanapun, oleh kerana kita telah pun mempunyai Akta Imigresen yang baru di mana hukuman begitu berat sekali, saya berpendapat mulai dari sekarang pendatang tanpa izin yang memasuki negara kita pun mereka ini akan berhati-hati, kalau tidak mereka ini akan takut sebab kalau kena tangkap tahan, bila hukuman dijatuhkan mereka ini akan kena sebatan. [Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng] mempengerusikan Jawatankuasa] Selain daripada itu juga kerajaan sedang dalam proses untuk menubuhkan satu pasukan post guard untuk mengambil alih bidang tugas polis marin. Walaupun … Puan Hajah Mastika Junaidah binti Husin: [Bangun] Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang Berhormat bagi Arau bangun. Dato’ Chor Chee Heung: Nanti sat Yang Berhormat, tunggu habis dulu. Apabila pasukan post guard ini ditubuhkan ia akan menerapkan polis marin, kemungkinan jabatan perikanan dan pihak kastam pun menjadi satu pasukan yang cukup kuat di mana dari segi penguatkuasaan pun akan jadi lebih berkesan sebab mempunyai begitu banyak bot tambahan sebab bot dari perikanan, bot dari kastam pun kemungkinan, saya tidak kata ini pasti. Tetapi Kementerian Dalam Negeri sedang mengadakan satu kajian menyeluruh macam mana kita boleh tubuhkan satu pasukan post guard yang agak berkesan dalam tugas penguatkuasaan. Saya memang tidak setuju bahawa oleh kerana ketiadaan rasuah di Singapura maka Singapura tidak mempunyai masalah pendatang tanpa izin yang serius. Tuan Nasharudin bin Mat Isa: [Bangun] Tuan Fong Po Kuan: [Bangun] Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: [Bangun] Puan Hajah Mastika Junaidah binti Husin: [Bangun] Dato’ Chor Chee Heung: Begitu ramai berdiri tunggu sekejap saya habiskan dulu, saya habis dulu. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Saya hendak….

26 DR.24.10.2002

Dato’ Chor Chee Heung: Jangan kita lupa, Singapura adalah sebuah negara – negara ini begitu kecil. Sebenarnya kalau kita hendak bandingkan Singapura ini kemungkinan lebih kurang besarnya dengan Wilayah Persekutuan itu sahaja. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: [Bangun] Puan Hajah Mastika Junaidah binti Husin: [Bangun] Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Jemput duduk. Dato’ Chor Chee Heung: Singapura juga merupakan sebuah pulau. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: [Bangun] Puan Hajah Mastika Junaidah binti Husin: [Bangun] Dato’ Chor Chee Heung: Sekejap Yang Berhormat, sekejap. Kalau pendatang tanpa izin terlalu ramai masuk ke Singapura pun dia orang senanglah boleh tahu, senang sahaja dia boleh dikesan. Tidak payah kata kita mempunyai post guard semua ini. Kalau seorang Indonesia, seorang Myanmarkah, yang masuk Singapura tanpa izin terus polis boleh dapat mengesan dia. So, Malaysia ini berlainan sedikit, negara lebih besar begitu banyak kali ganda saiz Singapura termasuk pula kita ada mempunyai hutan, kita mempunyai estet, senang bagi mereka ini sembunyi di tempat-tempat seumpama ini. Ini kita harus meneliti perbezaan di antara Singapura dan Malaysia, itu berlainan juga. Untuk makluman Yang Berhormat, Singapura telah pun mengadakan hukuman sebatan dalam Akta Imigresen mereka sudah begitu lama. Sekarang kita baru hendak mula sebab kita pun kalau boleh kita tidak payahlah hendak kenakan sebatan kepada pendatang tanpa izin, tetapi oleh kerana begitu ramai kita tidak boleh buat apa. Singapura kita tidak kira, dia buat mesti dia buat. So, sudah lama dia mempunyai peruntukan ini di sisi undang-undang dia. So, begitu berkesan sekalilah. Tuan Nasharudin bin Mat Isa: [Bangun] Tuan Fong Po Kuan: [Bangun] Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: [Bangun] Puan Hajah Mastika Junaidah binti Husin: [Bangun] Dato’ Chor Chee Heung: Yang Berhormat, bagi kepada Yang Berhormat bagi Arau sebab dia lama berdiri itu. Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat bagi Arau. Puan Hajah Mastika Junaidah binti Husin: Terima kasih Tuan Pengerusi dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri yang memang dedikasi turun ke serata seluruh akar umbi untuk menentukan keselamatan kita semua terjamin dan polis bertugas dengan sebaik-baiknya. Yang Berhormat, kehadiran buruh asing sama ada dengan izin atau tidak berizin memang menjadi masalah kepada negara kita. Saya hendak bertanya mengenai sistem kemasukan kerana kemungkinan kelemahan dalam sistem pengurusan kemasukan mereka ini menimbulkan masalah dan kadang-kadang menimbulkan imej yang tidak baik kepada negara. Baru-baru ini saya mewakili negara dan Ahli Parlimen di New York selama 25 hari. Saya berjumpa dengan rakyat Bangladesh yang pernah datang ke Malaysia. Kebanyakan mereka mengatakan Malaysia is very nice country dia kata but the police take money. I don’t think so, dengan izin, kerana ini kenyataan yang dibuat oleh mereka. Saya rasa kita kena ambil serius dengan kenyataan ini. Tetapi saya hendak dapat penjelasan daripada Yang Berhormat, bagi saya, saya rasa tidak. Adakah kemungkinan semasa pengurusan masuk buruh-buruh ke negara kita, ada pihak ketiga yang mengambil kesempatan. Biasalah macam pembangkang juga apa pun ditohmah kerajaan, apa pun disebut pemimpin padahal ada orang lain yang ambil kesempatan mengambil wang. Tetapi yang jelasnya..

DR.24.10.2002 27

Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang Berhormat jangan berucap. Puan Hajah Mastika Junaidah binti Husin: ..bila buruh… Tuan Pengerusi, cuma satu ayat lagi saya hendak habiskan pertanyaan saya ini. Ada atau tidak kemungkinan orang tengah atau adakah kerajaan mengesan orang tengah yang mengambil kesempatan mengambi wang begitu besar yang disebut nilainya besar yang merosakkan imej negara di mata dunia ini. Terima kasih. Dato’ Chor Chee Heung: Terima kasih Yang Berhormat bagi Arau. Memang benar pada suatu ketika, oleh kerana negara kita begitu pesat membangun mendapat begitu banyak sekali projek di seluruh negara yang harus disiapkan dalam satu tempoh masa yang ditetapkan, maka kerajaan pun lebih leka terhadap penguatkuasaan dan kita dengan secara tidak langsung juga membenarkan begitu ramai pekerja asing yang datang dari pelbagai negara dalam rantau ini untuk bekerja di sini. Pada masa itu memang tidak ada satu ruling atau peraturan bahawa sesiapa boleh bawa masuk pekerja asing khususnya kerajaan juga membenarkan. Bukan membenarkan - sebenarnya kita tidak melarang wakil- wakil, syarikat-syarikat dan wakil-wakil ini kebanyakan orang tengah dan ejen-ejen yang tidak rasmi. Oleh kerana kerajaan hendak tolong syarikat-syarikat untuk mendapat pekerja asing kita tidak melarang bahawa orang tengah dapat berurusan dengan Jabatan Imigresen. Saya percaya dalam masa itulah ramai ejen dan orang tengah telah pun memainkan peranan tetapi dapat juga upah-upahan dari syarikat-syarikat. Lama- kelamaan.. Tuan Nasharudin bin Mat Isa: [Bangun] Tuan Fong Po Kuan: [Bangun] Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Ada dua Ahli Yang Berhormat bangun. Dato’ Chor Chee Heung: Saya pun tidak habis hendak jawab lagi yang berdiri. Tunggu sekejap ya. Lama-kelamaan ini menjadikan satu budaya yang tidak sihat. Saya tidak setuju kalau kita kata semua polis di Malaysia ini take money. Ini saya tidak setuju. Tetapi tidak dapat dinafikan juga ada segelintir ataupun peratusan yang cukup kecil terlibat dengan kegiatan rasuah. Ini saya tidak nafi. Oleh sebab itulah.. Puan Hajah Mastika Junaidah binti Husin: Point saya, ada pihak mengambil wang dan diberitahu kepada orang-orang asing ini bahawa polis hendakkan wang ini. Itu saya punya point tadi. Dato’ Chor Chee Heung: Segelintir peratusan kecil anggota polis mungkin terlibat. Tetapi kita dapat dengar seolah-olah kebanyakan ataupun ramai polis take money ataupun terlibat dengan rasuah oleh kerana kemungkinan ejen ini. Ya, Yang Berhormat memang betul. Dia terima dia kata oh, orang atasan mahu, anggota polis mahu - senang sahaja. Tuan Abd. Rahman bin Yusof: Menteri mahu. Dato’ Chor Chee Heung: Kadang-kadang dia orang kata menteri mahu juga. [Ketawa] Betul ini saya tidak nafi langsung. Ada ramai orang buat macam itu. Itulah sebab orang itulah yang memfitnah …ialah memang satu fitnah yang cukup tidak baik, tidak sihat. Kadang-kadang pihak pembangkang pun dia cakap macam itu tanpa mempunyai bukti, tanpa berasas, menteri rasuah, ini rasuah. Betul tidak? Tuan Mohd. Apandi bin Haji Mohamad: [Bangun] Tuan Nasharudin bin Mat Isa: [Bangun] Dato’ Chor Chee Heung: Yang Berhormat. Tuan Nasharudin bin Mat Isa: Terima kasih Tuan Pengerusi dan terima kasih Timbalan Menteri. Saya ingin mendapat sedikit penjelasan tentang adakah satu dasar baru telah dibuat oleh kerajaan tentang membawa pekerja asing daripada luar sebab apa yang kita lihat di pasaran sekarang ini, pekerja daripada Bangladesh berkurangan nampaknya.

28 DR.24.10.2002

Begitu juga Indonesia masih ramai. Tetapi, yang ramai sekarang ini, di hotel, di industri- industri lain saya lihat dan perhatikan ramai pekerja dari Nepal. Dari Nepal ini, selain daripada menghadapi masalah bahasa untuk berkomunikasi dengan kita, apatah lagi berkomunikasi dengan orang asing yang datang ke sini. Saya ingin tahu, apakah dasar baru telah digubal untuk membanyakkan dan meramaikan orang daripada Nepal dan apakah sebabnya Nepal menjadi pilihan? Terima kasih. Dato' Chor Chee Heung: Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya bukan hanya di Nepal. Kita mempunyai 13 negara sumber di mana majikan-majikan, syarikat- syarikat negara kita boleh membuat permohonan untuk mendapat pekerja asing dan Nepal memang salah sebuah negara. Sekarang kita juga dapat melihat satu trend dengan izin, di mana dalam sektor pembinaan, memang orang kita cukup harap dapat buruh atau pekerja asing dari Indonesia. Dalam sektor lain, macam hotel-hotel itu, mereka ini cukup minat dengan Mynmar dan Nepal oleh kerana pekerja asing daripada kedua-dua negara ini boleh bertutur dalam bahasa Inggeris. Ini senang sikit. Memanglah bukan semua, tetapi peratusan tinggi juga daripada mereka yang boleh bertutur dalam bahasa Inggeris, maka dalam sektor hotel atau perhotelan ini, memang sesuailah. Dari negara lain macam Vietnam, walaupun kita benarkan tetapi majikan di sini tidak begitu suka hendak upah mereka sebab yang pertama, daripada segi bahasa masalah. Yang kedua, daripada segi kebudayaan pun bermasalah dan mereka ini tidak boleh disesuaikan dalam semua sektor. Oleh yang demikian, tidak begitu ramailah yang datang dari Vietnam...... Dato' Haji Ahmad Husni bin Mohd. Hanadzlah: [Bangun] Tuan Chang See Ten: [Bangun] Tuan Mohd. Apandi bin Haji Mohamad: [Bangun] Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, beberapa Ahli Yang Berhormat bangun. Dato' Chor Chee Heung: Saya ingat Yang Berhormat, buat masa ini kita berhenti sekejap. Bagi saya jawab sikit dulu, lepas itu I bagi pula ya. Boleh tidak? Sebab apa, terlalu tebal itu I punya jawapan. Terima kasihlah kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat. Bagi pertanyaan Ahli Yang Berhormat bagi Bukit Bintang, saya tidak habis lagi ini. NGO, RELA, PEMADAM tidak mempunyai kuasa menangkap penagih di bawah Akta Penagih Dadah. Kuasa diberikan kepada polis dan pegawai pemulihan sahaja. Namun, RELA juga membantu pihak penguat kuasa dalam menjalankan operasi. Ini adalah satu tanda yang cukup baik. Ini menunjukkan dengan jelasnya bahawa NGO khususnya RELA telah pun begitu relanya tampil ke hadapan untuk membantu kerajaan dalam menangani kes-kes ancaman dadah. Yang Berhormat bagi Batu Pahat telah bertanya mengenai perumahan PDRM di Batu Pahat sebab isunya ialah perumahan ini telah pun menjadi satu masalah belum...... Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji Harun: [Bangun] Tuan Chang See Ten: [Bangun] Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, ada dua orang Ahli Yang Berhormat bangun lagi. Mana satu? Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji Harun: Terima kasih Timbalan Menteri. Berkaitan dengan RELA ini, Yang Berhormat mengucapkan terima kasih tadi kepada NGO seperti RELA ini kerana membantunya. Tetapi, sewaktu menjawab dalam peringkat dasar baru-baru ini, Timbalan Menteri Dalam Negeri yang di belakang itu, yang bermisai, dalam jawapan dia seolah-olah mahu meringankan ataupun memperkecilkan peranan RELA ini, sedangkan RELA sebenarnya kalau dilihat di Kelantan khususnya di sempadan Malaysia- Thai ini, RELA bersama-sama bekerjasama dengan PJA ini, kita tengok RELA lebih ke depan lagi kalau hendak dibandingkan dengan PJA. Dengan menggunakan senjata yang lama, yang lapuk tetapi mereka memberanikan diri dalam menangani masalah

DR.24.10.2002 29

penyeludupan yang berlaku di sempadan Malaysia-Thai. Boleh Yang Berhormat komen sikit? Dato' Chor Chee Heung: Saya ingat percakapan Yang Berhormat tidak begitu tepat dan betul. Pada bila masa Yang Berhormat yang duduk belakang saya ini pernah memperkecil-kecilkan peranan RELA? Tidak pernah. Sebenarnya kita semua, khususnya semua Timbalan Menteri dalam KDN termasuk dengan Setiausaha Parlimen, senantiasa menggalakkan mereka supaya anggota-anggota RELA yang melebihi 230,000 di seluruh negara dapat memainkan peranan lagi. Tuan Chang See Ten: [Bangun] Dato' Chor Chee Heung: Yang Berhormat dari apa ini? Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Gelang Patah. Tuan Chang See Ten: Tuan Pengerusi, sebelum Yang Berhormat Timbalan Menteri pergi jauh daripada hal pekerja asing, saya tadi memang hendak tanya tentang gejala sosial ini, rasuah, gejala sosial negatif yang timbul. Ini bukan perkara yang sembunyi. Boleh dikatakan kira open secret yang mana selalu orang menuduh kepada pegawai kerajaan yang polis atau imigresen yang mahu duit itu kerana untuk mendapatkan kelulusan. Bolehkah Yang Berhormat Timbalan Menteri menerangkan, oleh kerana saya pun dapat baca daripada surat khabar bahawa seorang menteri pun sendiri kata selama ini polisi pengambilan pekerja asing di negara kita ini, yang diamalkan - dia sebut dalam bahasa Inggeris, dalam surat khabar New Straits Times, unclear keep on changing. Ini satu punca yang mana mendatangkan banyak masalah. Kalau kita ada polisi atau ada piawaian yang tertentu, yang telus, clear dan tidak selalu tukar kita punya polisi, kemungkinan kita akan dapat mengurangkan gejala sosial negatif rasuah ini. Baru-baru ini, pihak kementerian ada melakukan green lane dan pada masa sekarang, sudah lebih kurang dua bulan, masih ada banyak rungutan terutama mereka yang ingin dapat pekerja asing kurang daripada 100 orang, permohonan mereka sedang ditangguhkan. Apa jawapan terkini tentang ini, kerana mereka masih sabar menunggu kes ini dan kawan mereka yang ambil lebih 100 orang, semua sudah dapat kelulusan. Ini yang kurang, yang subkontraktor-subkontraktor ini, yang tunggak kepada bidang pembinaan ini, kalau mereka tidak dapat, tetapi yang kontraktor utama mereka dapat, tidak guna, kerana ini adalah...... Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Tidak apalah, cukuplah Yang Berhormat. Tuan Chang See Ten: ...... chain-link reaction. Saya harap dapat penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sekian, terima kasih. Dato' Chor Chee Heung: Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya dasar- dasar, peraturan-peraturan mengenai pengambilan pekerja asing cukup clear dan telah pun diputuskan dan pihak umum pun sudah tahu apakah kehendak-kehendak ataupun syarat- syarat supaya syarikat-syarikat dan majikan-majikan dapat membuat permohonan untuk mendapat pekerja asing. Tetapi, peraturan yang ditetapkan juga harus diubah mengikut peredaran masa. Kita tidak boleh kata bahawa peraturan telah ditetapkan macam itu, sampai bila-bila pun peraturan itu diguna pakai. Ini tidak betul. Kalau betul-betul kita mengikut peredaran masa, perubahan, kita harus mengikut itu, tetapi bukan sewenang- wenangnya kita tukar syarat, tukar dasar-dasar, tidak adalah itu, memang tidak ada. Yang kedua Tuan Pengerusi ialah mengenai pemohon-pemohon yang membuat permohonan untuk mendapat pekerja asing. Sejak 1 Ogos tahun ini, Kementerian Dalam Negeri telah pun menerima begitu banyak permohonan untuk mendapat pekerja asing. Permohonan-permohonan itu beribu-ribu. Bukan sahaja 50, 60, 300, 900 tetapi beribu-ribu. Maka, dalam masa yang singkat itu, Jabatan Imigresen, Kementerian Dalam Negeri, Bahagian Pekerja Asing haruslah bekerja dan kerja hingga overtime dengan izin, supaya kita dapat memproses permohonan-permohonan..... Tuan Haji Che Ghani bin Che Ambak: [Bangun]

30 DR.24.10.2002

Dato Ir. Mohd. Zin bin Mohamed: [Bangun] Dato' Haji Ahmad Husni bin Mohd. Hanadzlah: [Bangun] Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, tiga...... Dato' Chor Chee Heung: Yang Berhormat, saya tidak bagilah, saya tidak bagi sekarang, ya. Kita harus memproses semua permohonan dan sejak 1 Ogos ini kita telah pun membenarkan 70,000 orang ...... Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Setiu Sila duduk ya. Dato' Chor Chee Heung: …Masuk ke negara ini dan tambah lagi dengan yang sedia ada. Kita harus menjalankan tugas kita dengan sebaik-baiknya. Kalau tidak nanti pihak pembangkang akan kacau lagi, kata tiba-tiba begitu ramai sebab apa begitu banyak masalah. Kerajaanlah yang menyebabkan masalah sosial di negara ini. Kita pun tidak mahu lihat pekerja asing sampai satu tahap dua, tiga juta dan lama kelamaan begitu ramai di negara kita sebagai pekerja asing. Ini memang tidak sihat sekali. Kita kena tengok sektor mana, perindustrian mana yang benar-benar perlu tenaga pekerja asing…. Tuan Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: [Bangun] Dato' Chor Chee Heung: Saya pun tidak tahulah Tuan Pengerusi… Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Terpulang kepada Yang Berhormat. Dato' Chor Chee Heung: Mungkin saya habiskan dahulu, ya? Saya habiskan dahulu. Tuan Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: [Bangun] Dato' Chor Chee Heung: Nanti, nanti tak apa. Nanti, nanti. Nanti dahulu. Yang Berhormat bagi Batu Pahat pun membangkitkan isu perumahan yang masih belum didiami walaupun telah siap pada tahun yang lepas. Kontrak asal sejumlah 242 unit telah pun bersetuju dengan KDN dan pemaju telah pun menyiapkan 170 unit sahaja disebabkan tapak cadangan bagi 70 unit kediaman terletak di atas tanah berbatuan dan memerlukan kos yang sangat tinggi untuk dilaksanakan. Pemaju menghadapi masalah kewangan untuk membayar sumbangan kepada Syarikat Air Johor dan juga sistem pembetungan. Maka KDN telah menulis surat kepada Kementerian Kewangan bagi mendapatkan kelulusan membuat pembayaran kepada Syarikat Air Johor dan High Clean System berjumlah RM435,000 dan CF buat masa ini belum diperoleh oleh kerana pemaju gagal memenuhi syarikat CF iaitu sumbangan yang dikehendaki untuk dibayar tetapi pemaju tidak bayar. Walau bagaimanapun, kita sedang berusaha supaya kita dapat memastikan rumah-rumah yang telah siap dibina itu dapat didiami oleh anggota polis di Batu Pahat ini. Yang Berhormat bagi Batu Pahat juga membangkitkan mengenai Pangkalan Marin di situ. Beliau juga minta supaya satu pangkalan yang baru dibina oleh kerana yang sedia ada itu tidak sesuai lagi dan dalam keadaan yang tidak begitu baik. Sebagai jawapan, pihak KDN telah pun mendapat satu tapak yang sesuai dan projek pembinaan pangkalan marin yang baru di Batu Pahat akan dilaksanakan pada akhir tahun 2003. Selain daripada itu juga, pembinaan IPD Batu Pahat yang baru akan dilaksanakan dan untuk makluman Yang Berhormat, projek ini telah pun dimasukkan dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kelapan ini. Selain daripada itu juga Yang Berhormat bagi Tambun dan Batang Lupar telah pun melahirkan kebimbangan mengenai jenayah-jenayah di abad baru ini. Memang kita semua setuju. Kementerian Dalam Negeri juga amat berhati-hati sebab dalam abad digital ini memang jenayah telah pun bertukar corak dan Polis Diraja Malaysia haruslah sentiasa mengikuti perkembangan semasa dan sentiasa diberikan latihan dan supaya berbagai-

DR.24.10.2002 31

bagai jenis jenayah baru yang melibatkan komputer, kad kredit dan lain-lain akan dapat dibendung. Jenayah korporat ada juga berlaku di negara kita dan kadang kala memang pihak polis mempunyai masalah untuk menyiasat dan menyelesaikan kes ini. Itu kita tidak nafikan. Sebab apa kita lambat siasat dan sebab apa banyak yang tidak selesai, untuk makluman Dewan yang mulia ini, jenayah korporat memerlukan bukti yang kukuh untuk memudahkan seseorang yang disyaki bersalah kerana seseorang itu seharusnya dizalimi tanpa bukti yang kukuh. Selain daripada itu juga jenayah korporat kebiasaannya dilaporkan setelah sekian lama kejadian itu berlaku. Maka bukti yang dicari amatlah sukar untuk diperolehi. Keterangan-keterangan dari dokumen-dokumen juga susah dapat diperolehi. Saksi-saksi kadang-kadang dicari tidak ada. Ada yang berpindah ke luar negara dan kadang-kadang kala juga saksi dan dokumen yang diperlukan berada di luar negara di mana ini menyebabkan siasatan sukar dapat mencapai hasil-hasil. Perlu latihan khusus dalam bidang jenayah korporat itu memang kita setuju dan pegawai-pegawai penyiasat di PDRM memang berkelayakan tinggi sebab kita telah pun menyiapkan diri untuk berhadapan dengan cabaran-cabaran dalam abad ini. Ramai daripada anggota pangkat tinggi yang mengetuai unit menyiasat jenayah korporat di PDRM mempunyai kelayakan tinggi seperti Masters in Criminology, Master in Business Administration , Accounting, Bachelors of Law dan lain-lain kelayakan. Yang Berhormat bagi Batang Lupar telah pun bangkit tentang Unit Forensik Sains. Saya dengan sukacitanya memberitahu Yang Berhormat iaitu PDRM sekarang mempunyai satu Unit Forensik Sains sendiri. Dahulu kita harus membawa bukti-bukti yang melibatkan alat-alat forensik sains ini ke universiti-universiti tetapi sekarang tidak payah lagi sebab kita mempunyai sebuah bangunan dengan alat-alat yang canggih dan juga pegawai-pegawai kita telah pun dihantar ke luar negara khususnya Amerika Syarikat untuk menerima latihan- latihan…. Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Bachok bangun. Dato' Chor Chee Heung: …Hingga kita boleh mengesan bukti melalui DNA pun kita boleh buat. Terima kasih Yang Berhormat, dia sudah berdiri itu. Tuan Wan Nik bin Wan Yussof: Terima kasih. Undur balik kepada tajuk jenayah korporat tadi. Yang Berhormat laju sangat tadi. Yang berbangkit ialah sebagaimana yang disebut oleh Yang Berhormat tadi ada kes-kes yang disiasat ini, bukti-buktinya berada di luar negeri dan saya yakin di antara kes yang dirujukkan itu ialah penyelewengan dalam PERWAJA, kes penyelewengan ataupun yang melibatkan urusan tadbir urus PERWAJA. Saya hendak kaitkan juga dengan komentar yang dibuat oleh pihak yang terlibat dalam kes-kes korporat macam ini didapati walaupun Yang Berhormat mendakwa pihak polis mempunyai kepakaran yang tinggi dalam bidang-bidang ini tetapi dengan kelewatan dan kegagalan untuk membawa kes ini segera ke mahkamah membuktikan bahawa kelemahan dan juga ketidakmahiran itu memang wujud dalam pasukan penyiasatan pihak jenayah korporat ini. Jadi adakah pihak Yang Berhormat boleh melaporkan perkembangan terkini seperti mana kes PERWAJA dan tahap penyiasatan setakat mana. Terima kasih. Dato' Chor Chee Heung: Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya dalam kes- kes jenayah korporat ini macam saya sudah katakan kita memerlukan masa yang agak panjang untuk mendapatkan bukti-bukti yang kukuh. Bagi kes PERWAJA, saya ingin melaporkan kepada Dewan yang mulia ini bahawa siasatan ini dibahagikan kepada dua. Satu dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia, satu lagi dijalankan oleh BPR atau Badan Pencegah Rasuah. Bagi pihak Polis Diraja Malaysia baru saja saya difahamkan, saya diberitahu oleh pihak polis bahawa siasatan dari pihak polis ini baru siap, sebab siasatan ini mengandungi begitu banyak dokumen sekali dan mereka harus meneliti dokumen demi dokumen dan baru siap siasatan dan siasatan ini akan dikemas kini dan akan bila satu rumusan dibuat ianya akan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara. Dari segi BPR pun saya difahamkan mereka ini sedang menyiasat sebab dari sudut berlainan, ya, sudut berlainan, dari pihak polis baru siap, dari BPR saya tidak dapat

32 DR.24.10.2002 jawab kemungkinan dia masih berjalan dengan lancar. Sekian, terima kasih. Ya Tuan Pengerusi Batang Lupar dahulu. Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Ya, Batang Lupar. Tuan Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar [Batang Lupar]: Tuan Pengerusi, tadi saya satu soalan tapi sekarang sudah jadi dua soalan saya sudah. Soalan commercial crime, pada masa sekarang kerajaan telah membuat satu seminar di seluruh negara, barang siapa hendak jadi pengarah syarikat diberi seminar dan selepas mendapat certificate baru dibolehkan jadi pengarah syarikat. Tapi dalam konteks commercial crime saya diberi maklumat bahawa seminar ini tidak ada satu pun soalan commercial crime itu dibangkitkan. Semua lepas soalan, lepas soalan hanya satu saja iaitu pegawai kerajaan yang diberi rasuah, pengarah yang merasuahkan. Ini saja yang disebut. Jadi saya melihat bahawa apa yang kita sebut tidak disusulkan sampai ke bawah, bahkan orang yang menjadi pengarah ini, semua orang yang mungkin boleh mencetuskan apa saja budaya dalam syarikat, umpamanya commercial crime ini tadi, saya hendak sebut soalan accounting standard. Saya menerima baik kalau jabatan polis sudah mempunyai semua akauntan MBA dalam business administration dan sebagainya dan berbagai-bagai lagi. Mereka mengetahui bahawa ada accounting standard yang mana satu yang digunakan oleh kita. Kalau Tuan Pengerusi lihat, semua, enam, tujuh buah syarikat yang telah terlibat dalam satu masalah penipuan yang besar di Amerika daripada WorldCom sampai kepada Enron ialah oleh kerana laporan syarikat itu yang disebutkan ‘pro forma’. Pro forma reporting ini digunakan untuk menipu masyarakat umum. Jadi adakah perkara ini juga diberitahu kepada pengarah-pengarah ini supaya sistem ini sepatutnya jangan digunakan, kalau digunakan mesti mendapat accounting standard tertentu yang kita gunakan di negara kita, ini yang pertamanya. Yang kedua, soalan DNA, saya menerima baik juga kerana kita sudah ada unit DNA tapi soalan unit DNA itu, satu penilaian ataupun analisa DNA di tempat unit ini tapi pengumpulan data untuk dianalisakan kepada unit ini nanti adakah kepakaran kita di seluruh negara. Jadi ini amat penting sekali, jangan diadakan di Kuala Lumpur. Kalau di Sarawak, di Sabah di Johor dan di Pulau Pinang dan di Kelantan di Kota Bharu tidak ada, jadi pengumpulan dana ini adakah cukup latihan diberi kepada pegawai-pegawai penyiasat kita.. Yang ketiga Tuan Pengerusi, minta maaf sikit sahaja, satu, dalam negara kita mempunyai hampir 40 etnik manusia, adakah kita membuat satu DNA profiling untuk semua orang, menyenangkan penyelidikan, supaya kalau ini orang Melayu melakukan kesalahan dan boleh menunjukkan ini kesalahan telah dibuat oleh orang Melayu menunjukkan daripada DNA. Jadi kalau orang ini dilakukan oleh orang Bidayuh ini DNA profiling dia menunjukkan inilah dia orang dan senang kita menumpu dan fokus kepada orang yang tertentu. Terima kasih. Dato' Chor Chee Heung: Terima kasih Yang Berhormat Batang Lupar. Bagi soalan yang pertama iaitu mengenai ahli-ahli pengarah syarikat-syarikat sama ada mereka ini akan didedahkan dengan maklumat mengenai commercial crime dengan kesalahan- kesalahan ini adalah satu cadangan yang baik dan pihak polis tidak berhak untuk mencadang sebab ini di luar bidang tugas kita. Saya berharap Yang Berhormat juga dapat memberi pendapat ini kepada Pendaftar Syarikat, kemungkinan mereka akan dapat memberi pertimbangan atas cadangan ini. Saya bukan seorang pakar kimia… Tuan Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Tuan Pengerusi, saya mencelah, minta maaf Tuan Pengerusi, ini Jawatankuasa saya boleh mencelah, tapi sebenarnya Tuan Pengerusi apabila kursus ataupun seminar diadakan kepada pengarah, pegawai polis kanan dijemput, pegawai BPR dijemput, jadi kenapa mereka tidak menyampaikan perkara ini. Bukan soalan organizer, soalannya penyampaian itu, atau penyampai tidak cukup skop mereka.

DR.24.10.2002 33

Dato' Chor Chee Heung: Baiklah Yang Berhormat. Mungkin ini akan saya bagi maklum balas baik tetapi saya difahamkan Pendaftar Syarikat juga sentiasa menjemput pihak polis untuk memberi ceramah mengenai aspek-aspek commercial crime di kursus- kursus yang dijalankan oleh Pendaftar Syarikat, ada, suruhanjaya syarikat pun dia pun selalu jemput dan pihak polis memberilah input-input kepada mereka. Saya bukan seorang pakar kimia ataupun mengenai forensic science tetapi buat masa ini kita tidak dapat menyediakan supaya seluruh negara mempunyai di pusat pusat forensic science. Ya, buat masa ini kita baru mula di ibu kota dan selepas itu mungkin akan berkembang hingga di setiap kota besar di Malaysia ini mempunyai satu unit .. Dato' Haji Ahmad Husni bin Mohd Hanadzlah: [Bangun] Puan Teresa Kok Suh Shim: [Bangun]. Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang Berhormat Tambun dan Seputeh bangun. Dato' Haji Ahmad Husni bin Mohd Hanadzlah: Mengenai dengan jenayah korporat ini, tadi Yang Berhormat memberi jawapan bahawa ianya sukar dan berbagai- bagai perkaralah hendak check dokumen dan Yang Berhormat menyatakan bahawa pihak Polis Diraja Malaysia mempunyai pakar-pakar dalam bidang masters of business administration, accountancy dan sebagainya. Saya ingin menyentuh dan ingin mendapat penjelasan Tuan Pengerusi ya, specialists kalau dia belajar sahaja dan dia mempunyai machine knowledge dengan orang yang mempunyai tacit knowledge berbeza. Orang yang terlibat itu mempunyai machine knowledge. Mempunyai machine knowledge tidak cukup. Jadi soalan saya pertama, oleh kerana jenayah korporat ini agak perkara baru dalam sistem kita dan dalam negara kita, siapakah sebenarnya membuat penilaian ke atas kerja-kerja yang dilakukan oleh pihak polis ini dan membuat kesimpulan sama ada kerja itu sebenarnya sukar ataupun kerana tidak ada kepakaran. Itu pertama. Kedua, adakah kita akan mengubah sistem investigation kita kerana saya lihat dalam kes di Amerika bila berlaku kes Enron, sistem investigation mereka, akan dipanggil oleh suatu committee dan semua ahli lembaga pengarah diminta untuk bentangkan kes masing-masing, daripada situ barulah beberapa kesimpulan dibuat dan kes tersebut pergi ke peringkat akhirnya ke peringkat pergi ke mahkamah. Ada kemungkinan sistem yang kita buat sekarang ini iaitu membuat penyiasatan ke atas kes jenayah korporat dengan jenayah biasa sama saja sistemnya dengan itu proses itu akan memakan masa yang begitu lama, terima kasih. Dato' Chor Chee Heung: Untuk makluman Yang Berhormat, bagi jenayah- jenayah korporat ini dia berlainan dengan jenayah-jenayah yang lain sebab jenayah korporat ini kita memerlukan kerjasama dari berbagai pihak. PDRM melalui unit commercial crime ini jika berlakunya commercial crime ataupun jenayah korporat maka unit PDRM akan bekerjasama rapat dengan Suruhanjaya Sekuriti jika melibatkan syarikat-syarikat yang tersenarai di BSKL dan juga kita bekerjasama rapat dengan AG Chambers, Jabatan Peguam Negara dari segi memperolehi saksi-saksi, dari segi memperolehi dokumen- dokumen sebagai bukti-bukti dan pihak commercial crime tidak boleh membuat keputusan muktamad, sama ada kes itu akan diteruskan atau tidak sebab tiga-tiga jabatan ini, ya, termasuk dengan jabatan-jabatan yang lain jika perlu akan membincang dan ini akan mengadakan satu keputusan macam mana kita hendak proceed dengan kes-kes siasatan. Bukan sahaja polis kata, oh, susah hendak dapat bukti ataupun dokumen-dokumen maka kita berhenti siasatan, tidak. Ini melibatkan semua jabatan kerajaan yang lain. Puan Teresa Kok Suh Shim: Saya minta penjelasan, terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tadi Timbalan Menteri menyebut tentang kepakaran ICT dengan polis, saya sebenarnya ingin tanya adakah polis bawahan, peringkat bawahan mereka mempunyai pendidikan tentang macam mana menangani laporan mengenai masalah ICT kerana saya masih ingat iaitu pada tahun lepas di mana dua kes telah pun dilapor, satu ialah dibuat oleh seorang pensyarah Universiti Malaya Doktor Particia Martinius di mana ada orang menggunakan namanya dan juga e-

34 DR.24.10.2002 mailnya untuk menghantar satu posting ke semua website mengenai Malaysia adalah sebuah negara kristian dan bila dia buat laporan polis di Balai Polis Petaling Jaya, polis enggan menerima laporannya dan tanya bila dan dimanakah dia dapat tahu tentang posting itu disiarkan dalam semua laman web. Dia kata di Port Dickson dan polis suruh dia pergi ke Port Dickson untuk membuat laporan polis dan lepas itu tidak ada apa-apa berlaku. Seminggu selepas itu Pengerusi DAP Lim Kit Siang yang orang guna namanya untuk mengeluarkan satu kenyataan yang bukan yang dihantar ke semua laman web, beliau juga telah buat laporan polis tapi juga tidak ada apa-apa berlaku selepas itu, tapi saya ingat pada tahun 1998 dan selepas bekas Timbalan Perdana Menteri dipecat, ada orang yang menghantar e-mail yang mengatakan orang Indonesia di sini ambil parang untuk membunuh orang Cina, lepas itu polis mengambil tindakan yang cepat dan telah mampu tangkap beberapa orang pemuda yang buat perkara ini. Jadi saya ingin tanya adakah para pegawai polis di peringkat bawahan mereka dilatih mengenai macam mana menangani laporan seperti ini dan apakah siasatan terhadap kedua-dua kes yang saya bangkitkan. Dato' Chor Chee Heung: Terima kasih Yang Berhormat, yang pertama kes-kes yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat adalah kes spesifik maka saya tidak mempunyai maklumat sekarang tapi kalau Yang Berhormat dapat menghantarkan sepucuk surat kepada saya, saya akan cuba dapat maklum balas dari pihak polis, lepas itu saya akan menulis balik kepada Yang Berhormat. Mengenai latihan ICT memang pengetahuan ICT ini buat masa ini agak kompleks sikit, negara kita sejak beberapa tahun kebelakangan ini selepas Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dengan begitu gigihnya melancarkan [Disampuk], Yang Berhormat saya belum jawab lagi ini… Dato' Haji Ahmad Husni bin Mohd Hanadzlah: Soalan saya belum dijawab lagi tadi Yang Berhormat. Dato' Chor Chee Heung: ..banyak majlis-majlis, ya? Dato' Haji Ahmad Husni bin Mohd Hanadzlah: Saya tanya lebih awal daripada Yang Berhormat Seputeh, soalan kedua Yang Berhormat belum jawab lagi. Dato' Chor Chee Heung: Tidak apalah, kita jawab sama juga. Dato' Haji Ahmad Husni bin Mohd Hanadzlah: Ini isu lain. Dato' Chor Chee Heung: Biar saya jawab Yang Berhormat dulu. Sejak Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita begitu kuatnya menggalak supaya rakyat Malaysia mengetahui tentang pengetahuan ICT, menguasai penggunaan komputer maka pihak polis pun sama juga mengikut peredaran masa memperkenalkan komputer kepada semua peringkat, semua pangkat anggota polis tapi pada keseluruhannya anggota polis yang mempunyai pangkat yang agak bawah-bawah kemungkinan konstabel hingga sarjan masih terdapat peratusan yang tinggi, yang tidak begitu cekap tentang ICT tetapi ini tidak bermaksud pihak Polis Diraja Malaysia tidak buat apa-apa, sedang memberi mereka latihan tetapi dalam masa singkat tidak mungkin mereka ini akan dapat menguasai ICT ini, so kita selain daripada menggalak kita menyediakan infrastruktur, menyediakan tempat-tempat dan memberikan peluang kepada mereka ini menerima latihan batches by batches dengan izin. Dato' Haji Ahmad Husni bin Mohd. Hanadzlah: Saya hendak tanya Yang Berhormat, saya tanya dua soalan tadi, soalan yang kedua Yang Berhormat belum jawab lagi. Mengenai dengan jenayah korporat, saya menyatakan di dalam kes di Amerika Syarikat kes Enron umpamanya, saya lihat dalam televisyen, cara penyiasatannya berbeza dengan cara yang kita buat, apabila ada tuduhan dipanggil semua ahli lembaga pengarah untuk defend kes tersebut, daripada defend itulah mereka membuat penyiasatan, apakah kes yang boleh dibawa ke mahkamah atau tidak. Dari segi kita, penyiasatan dilakukan macam jenayah biasa, yang mungkin tidak sesuai untuk jenayah korporat ini kerana jenayah korporat lebih kompleks lagi daripada kes pembunuhan, rogol dan sebagainya.

DR.24.10.2002 35

Dato’ Chor Chee Heung: Yang Berhormat, saya bukan pakar dalam kes-kes siasatan, saya mungkin tidak dapat menjawablah soalan yang ditanya oleh Yang Berhormat, tetapi saya ingin memberitahu bahawa pihak Polis Diraja Malaysia ini mempunyai cara siasatan tersendiri, begitu lama pihak polis telah pun menyumbang tenaga dan juga sumbangan mereka ke negara ini, tidak mungkin mereka tidak tahu macam mana hendak menyiasat. Kemungkinan oleh kerana kecanggihan jenayah yang agak berubah coraknya dalam abad ini, pihak polis akan dengan tidak berhenti-henti menghantar pegawai-pegawai untuk menerima latihan. Siasatan yang dijalankan, apa lagi harus dibuat untuk mencapai hasil dalam siasatan. Jadi, saya tidak dapat menjawab sama ada cara siasatan kita adalah sama atau berbeza dengan Amerika Syarikat. Amerika Syarikat ini mungkin dia ada cara dia sendiri, saya tidak tahu sama ada cara itu tepat atau bagus untuk kegunaan kita, saya tidak tahu. Walau bagaimanapun, jika pegawai polis berada di sini dan kemungkinan ini akan dibawa balik sebagai bahan untuk melihat sama ada cara siasatan kita adalah berbeza atau tidak, kalau berbeza sama ada cara yang diamalkan oleh Amerika Syarikat, lebih bagus untuk mendapat hasil atau tidak atau sebaliknya. Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, banyakkah lagi Yang Berhormat? Dato’ Chor Chee Heung: Tuan Pengerusi, panjang lagi. Tidak apalah, nanti- nanti, biar saya habis ini dahulu. Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Masa Yang Berhormat. Dato’ Chor Chee Heung: Ahli Yang Berhormat bagi Tambun telah pun menyentuh tentang aspek menaikkan pangkat di Polis Diraja Malaysia, memang bergantung kepada merit, dengan izin, dan bergantung kepada penilaian prestasi baik atau buruk laporannya, sama ada seseorang anggota polis ini bebas dari rekod tatatertib ataupun beliau berjaya mendapat prestasi yang baik semasa ditemu duga oleh lembaga temu duga. Walau bagaimanapun, pada lazimnya seorang konstabel harus mencari kenaikan pangkat hingga ke lans koperal, beliau harus berkhidmat selama lima tahun dan dari lans koperal ke pangkat koperal tiga tahun dan selepas itu dua tahun ke pangkat sarjan. Dan ini semua adalah bergantung juga sama ada seseorang calon kalau hendak minta naik pangkat itu, sama ada beliau bersetia kepada organisasi, komitmen semua inilah, lebih kurang semua ini adalah terkandung dalam satu sukatan yang diberitahu kepada semua anggota polis. Pada keseluruhannya masih bergantung kepada merit seseorang anggota polis dan bukan oleh kerana beliau telah pun begitu kanan, memegang jawatan kanan begitu lama, maka beliau itulah diberikan kenaikan pangkat dahulu, tidak macam itu. Berapa lama kekananan dan juga prestasi dan merit seseorang anggota polis. Selain daripada itu juga, Ahli Yang Berhormat bagi Tambun meminta supaya kerajaan mengada, memberi dan membekalkan pakaian seragam anggota RELA. Sebagai jawapan, adalah menjadi hasrat untuk RELA dibekalkan pakaian seragam untuk semua anggota. Tadi, saya sebut jumlah anggota RELA di seluruh negara 230,000, ini salah, sebenarnya ialah 320,000, tetapi memandangkan peruntukan yang tidak mencukupi, kadangkala kita tidak dapat memenuhi permintaan RELA. Walau bagaimanapun, Kementerian Dalam Negeri, sentiasa mencari peluang jika terdapat peruntukan yang lebih, mereka ini akan diberikan lebih banyak kemudahan, selain daripada pakaian seragam mungkin kemudahan yang lain. Ahli Yang Berhormat bagi Pokok Sena telah pun membangkit isu Malaysia terdedah kepada kegiatan pengintipan negara asing khususnya dari pihak perisikan CIA ataupun FBI. Dalam perkara ini, saya ingin memberitahu bahawa Pihak Berkuasa Keselamatan Malaysia mempunyai hubungan kerajaan dengan pihak CIA dan mempunyai hubungan kerjasama dengan pihak CIA dan FBI. Hubungan dan kerjasama ini telah pun terjalin sejak tahun 1972.

36 DR.24.10.2002

Ini melibatkan pertukaran maklumat mengenai aktiviti pengganas dan kes-kes jenayah trans border, dengan izin, dan kita sedar dan kita juga ingin memperingati semua pihak di negara kita iaitu kerahsiaan kerajaan harus dilindungi dengan baik bukan sahaja tanggungjawab ini diletakkan ke atas bahu pihak kerajaan, pihak pembangkang harus juga memainkan …. [Masalah sistem rakaman] Manfaat yang diperolehi dapat diperlihatkan daripada segi pertukaran maklumat antara agensi perisikan negara kita dan Amerika Syarikat dan ini secara tidak langsung berjaya mengesan dan supaya kita dapat mengesan begitu banyak aktiviti pengganas di antarabangsa yang bergerak membatasi sempadan negara. Kita juga ingin memperingati semua pihak di negara kita iaitu kerahsiaan kerajaan harus dilindungi dengan baik, bukan sahaja tanggungjawab ini diletakkan ke atas bahu pihak kerajaan, pihak pembangkang harus juga memainkan peranan ini sebab baru-baru ini, saya sentiasa dengar bahawa ada setengah pihak yang tidak bertanggungjawab dari pihak pembangkang telah pun memasukkan begitu banyak dokumen yang mengandungi rahsia-rahsia kerajaan. Oleh kerana ada setengah pihak yang tidak suka pihak kerajaan, maka mereka sengaja memasukkan dokumen ini dalam internet dan ini secara tidak langsung akan diintip atau dipick-up dengan izin, oleh pihak-pihak risikan negara lain. Kita juga khuatir juga bahawa musuh negara kita dapat dokumen ini dan mereka ini akan membawa masalah kepada keselamatan negara kita. Tuan Lim Hock Seng: [Bangun] Datuk Napsiah binti Omar: [Bangun] Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Ada dua Yang Berhormat, Bagan dahulu. Tuan Lim Hock Seng: Terima kasih Tuan Pengerusi. Berkenaan dengan merahsiakan maklumat-maklumat iaitu berkenaan dengan OSA. Yang Berhormat, saya agak ramai pegawai kerajaan, mereka salah tafsirkan OSA. Apabila saya pergi ke pejabat kerajaan tempatan hanya hendak menanya satu, dua perkara, misalnya kerja-kerjakah, projek-projekkah, mereka tidak mahu beritahu kepada saya, mereka kata ini OSA. Jadi macam mana kita sebagai seorang wakil rakyat hendak meminta satu atau dua maklumat berkenaan dengan kerajaan tempatan kita, mereka kata ini OSA. Jadi saya haraplah ini adalah tanggungjawab kerajaan untuk memberitahu pegawai-pegawai kerajaan apa yang betul-betul itu dilarang diberitahu kepada orang awam dan apa yang patut diberitahu kepada orang awam khasnya wakil rakyat. Dato' Chor Chee Heung: Terima kasih kepada Yang Berhormat. Saya setujulah, kalau hendak dapat sedikit sebanyak butir-butir pun dijawab dengan mengatakan ini adalah dalam OSA, itu tidak betullah, tetapi kadang kala ada butir-butir kemungkinan diklasifikasikan di bawah OSA, kita tidak tahu. Tetapi kalau hendak tahu sahaja tentang status kedudukan projek-projek di kawasan Yang Berhormat, memang tidak salah. Saya akan cuba tengok untuk membantu Yang Berhormat. Jika ada masalah macam itu, kita minta pegawai kita beritahulah. Mereka juga takut, mungkin mereka tidak tahu ada OSA atau tidak, dia takut, dia tidak berani bagi. Itu adalah satu tanda yang baik, maksudnya pegawai kerajaan pun berhati-hati juga tentang dokumen rasmi kerajaan. Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Kuala Pilah. Datuk Napsiah binti Omar: Terima kasih Yang Berhormat. Tadi Yang Berhormat ada membincangkan berkenaan dengan kerjasama kita dengan negara-negara yang lain dalam bidang merisik rahsia-rahsia seperti ada kerjasama kita dengan FBI misalnya. Kalau kita ada kerjasama yang baik dengan agensi-agensi seperti ini, kenapakah masih hari ini terdapat dalam media asing dan juga tuduhan sesetengah pihak yang mengatakan Malaysia ini melindungi, harbouring the terrorist ataupun melindungi pihak pengganas ini, walhal kita berpuluh tahun memerangi pengganas ini. We are a peace loving country, kita

DR.24.10.2002 37

cintai keamanan. Kenapakah kita dituduh begitu? Adakah tujuan-tujuan yang lain di sebalik berita-berita begini, untuk memburukkan kita, menjatuhkan ekonomi kita? Saya minta penjelasan Yang Berhormat. Terima kasih. Dato' Chor Chee Heung: Terima kasih Yang Berhormat bagi Kuala Pilah. Kadang-kadang saya pun rasa hairan juga, saya pun pernah tanya diri sendiri sedangkan kita mempunyai perhubungan yang begitu baik sekali dengan Amerika Syarikat dan begitu banyak syarikat daripada Amerika Syarikat juga melabur dengan modal begitu besar di negara kita, sebab apa, seolah-olah nampaknya Kerajaan Amerika Syarikat mempunyai satu agenda terhadap Malaysia ini. Saya juga tanya diri saya sendiri dan Yang Berhormat memang betul juga bertanya sebab apa? Kita mempunyai hubungan yang baik di antara polis kita dengan FBI dan CIA. Sebab apa? Nampaknya macam mereka ini masih mempunyai agenda yang tidak baik terhadap Malaysia. Saya percaya ini adalah akibat dari cita-cita setengah-setengah ahli politik di Amerika Syarikat, sebab mereka ini mengharapkan melalui dasar mereka di rantau Asia ini, mereka dapat memainkan peranan yang lebih daripada apa yang ada pada masa sekarang ini. Mereka ini berharap cuba menguasai supaya ekonomi rantau Asia ini harus bergantung kepada Amerika Syarikat. Kemungkinan ini adalah salah satu sebabnya dan walaupun demikian, kita merasa amat bertuah oleh kerana negara kita mempunyai pemimpin yang begitu kuat dan begitu popular dan berani berdiri sama tinggi dengan mereka dan duduk sama rendah dengan mereka dan tidak dengar telunjuk mereka ini. Walau bagaimanapun, perhubungan di antara CIA, FBI dan Polis Diraja Malaysia harus dikekalkan sebab kita juga berharap supaya mereka ini membantu kita daripada segi teknologi yang canggih dan kita bertukar-tukar informasi (information) supaya kita dapat memelihara keamanan di rantau ini. Sama ada mereka hendak mencari peluang untuk mengintip kerahsiaan kita ini, kita harus berhati-hati sebab dalam dunia ini kita harus mempunyai sikap safe-guard terhadap apa sahaja. Ya, apa sahaja. Baiklah terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat bagi Pokok Sena juga meminta supaya hubungan dan kerjasama di antara Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Pertahanan dipertingkatkan. Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang Berhormat boleh rehat untuk makan tengah hari dan balik semula selepas ini. Dato' Chor Chee Heung: Terima kasih Tuan Pengerusi. Majlis Mesyuarat bersidang semula. [Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng] mempengerusikan Mesyuarat] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Ahli-ahli Yang Berhormat, Dewan yang mulia ini ditangguhkan sekarang sehingga jam 2.30 petang. Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 tengah hari. Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang. Majlis bersidang dalam Jawatankuasa [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa] Tuan Pengerusi: Ahli-ahli Yang Berhormat, Jawatankuasa disambungkan. Dijemput Yang Berhormat Timbalan Menteri Dalam Negeri menyambung jawapan. 2.31 ptg. Dato' Chor Chee Heung: Terima kasih Tuan Pengerusi, memandangkan bahawa terdapat begitu banyak kementerian lagi yang masih belum dibahaskan di peringkat Jawatankuasa maka saya ingin mendapat kebenaran daripada Tuan Pengerusi supaya saya tidak bagi jalan kepada sesiapa pun selepas ini. Tuan Pengerusi, pertanyaan Yang Berhormat bagi Pokok Sena mengenai hubungan dan kerjasama di antara Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian

38 DR.24.10.2002

Pertahanan, saya ingin memberitahu bahawa Majlis Keselamatan Negara membentuk beberapa jawatankuasa melalui arahan MKN No. 11, 12 dan 18 di mana kerjasama di kalangan beberapa kementerian itu terjalin. Kementerian-kementerian berkenaan termasuk Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Pertahanan juga terlibat dalam jawatankuasa ini. Beberapa jawatankuasa berkenaan telah pun dilahirkan seperti Jawatankuasa Perisikan Negara, Jawatankuasa Perancangan Gerakan, Jawatankuasa Saraf dan Perang Saraf, Jawatankuasa Am Sempadan Malaysia-Thailand, Jawatankuasa Am Sempadan Malaysia dan Indonesia. Melalui jawatankuasa-jawatankuasa ini kerjasama dan penyertaan mengenai perkara-perkara keselamatan itu terjalin erat. Jawatankuasa ini wujud sehingga di peringkat negeri dan daerah. Di samping itu Bahagian Keselamatan Negara atau BKN wujud sebagai agensi koordinasi mengeratkan lagi kerjasama ini. Mesyuarat-mesyuarat kerap diadakan di dalam membincangkan perkara-perkara keselamatan negara. Tuan Pengerusi mengenai isu penyerahan balik seorang rakyat Amerika setelah dokumen perjalanannya ditarik balik. Untuk makluman Dewan yang mulia ini pada 3 Oktober 2002, pihak Berkuasa Keselamatan Malaysia dimaklumkan bahawa seorang warganegara Amerika Syarikat yang Ahmad Ibrahim bin Bilal yang didakwa bersubahat dengan Kumpulan Al-Qaeda untuk melancarkan perang terhadap Amerika Syarikat berada di negara kita. Waran tangkap ke atasnya telah pun dikeluarkan oleh Mahkamah Daerah Oregon, Portland, Amerika Syarikat. Kedutaan Amerika Syarikat telah pun memaklumkan mengenai revocation dengan izin, ke atas pasport Ahmad Ibrahim bin Bilal dan memohon dia dihantar kembali ke Amerika Syarikat melalui proses deportation bagi menghadapi perbicaraan di negara berkenaan. Pada 6 Oktober 2002, pihak berkuasa Malaysia berjaya mengesan dan seterusnya menahan orang tersebut di bawah Seksyen 35 Akta Imigresen 1959. Melalui beberapa proses perundangan, dia telah pun dihantar pulang ke Amerika Syarikat pada 11 Oktober 2002. Ini bukanlah kali pertama pihak berkuasa negara ini menghantar pulang individu yang dikehendaki oleh negara asal atas pelbagai tuduhan di bawah undang-undang negara berkenaan. Pihak berkuasa pernah menghantar pulang beberapa individu yang terlibat dengan aktiviti keagamaan di peringkat global dan negara masing-masing untuk tindakan undang-undang negara tersebut. Komitmen kita mengenai isu ini adalah selaras dan mematuhi Usul Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu sebagai satu langkah untuk menangani kegiatan keganasan antarabangsa. Selain daripada itu dari sudut pihak imigresen Malaysia dalam kes ini, kemasukan Ahmad Ibrahim bin Bilal adalah sah sebagai seorang pemegang Pas Pelajar. Walau bagaimanapun setelah pasport beliau dibatalkan oleh Kerajaan Amerika Syarikat, kehadiran beliau adalah melanggar syarat-syarat dalam Akta Pasport dan Akta Imigresen. Kerajaan berpandangan tindakan yang paling wajar adalah menghantar pulang beliau ke negara asal. Tindakan untuk mendakwa beliau boleh dianggap keterlaluan kerana pada masa kemasukan beliau ke Malaysia, beliau mempunyai dokumen-dokumen yang mencukupi dan beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan imigresen. Setelah pasport beliau dibatalkan, beliau telah tidak memenuhi syarat yang membolehkan untuk beliau berada di Malaysia dan tindakan menghantar beliau pulang ke negara asal adalah merupakan satu tindakan yang wajar. Tuan Pengerusi, Yang Berhormat bagi Mambong telah pun menyentuh tentang pembinaan projek penjara baru di Kuching dan beliau juga bertanya jumlah yang telah dibelanjakan sama ada projek tersebut akan diteruskan atau tidak dan bilakah projek ini akan disiapkan ataupun akan dimulakan pembinaan? Projek tersebut telah pun dimulakan pada 30 Mei 1997 dengan kos RM165 juta. Projek ini dimajukan oleh sebuah syarikat yang bernama WMM Holding Sdn. Bhd. Setakat ini kemajuan kerja yang telah dicapai adalah 88.16%, berbanding jadual yang dirancang 100% iaitu kelewatan ini ialah 11.82%. Projek ini telah pun terhenti kerana beberapa masalah dalaman pihak kontraktor sendiri. Notis penamatan telah pun dikeluarkan kepada syarikat berkenaan pada 12 Julai tahun ini. Walau bagaimanapun projek tersebut akan diteruskan. Pihak perunding yang dilantik oleh Kementerian Kewangan telah membuat lawatan tapak pada September tahun ini dan akan mengemukakan laporan pada masa yang terdekat.

DR.24.10.2002 39

Maklumat pelantikan perunding telah pun dikemukakan oleh pihak Jabatan Penjara Malaysia kepada Kementerian Dalam Negeri pada awal bulan Oktober untuk semakan dan tindakan selanjutnya. Projek tersebut akan dimulakan secepat mungkin dan buat masa ini kawalan keselamatan projek tersebut dikendalikan oleh anggota Jabatan Penjara 24 jam sehari Tuan Pengerusi. Yang Berhormat bagi Mambong juga membangkitkan mengenai Unit Udara Polis sama ada peruntukan mencukupi atau tidak? Untuk makluman Dewan yang mulia ini, peruntukan sebanyak RM1,000 adalah tidak mencukupi. Jumlah yang dipohon dalam bajet, yang dipohon oleh Kementerian Dalam Negeri ialah sebanyak RM120 juta. Walau bagaimanapun, Unit Udara Polis boleh menggunakan peruntukan di bawah program Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Polis Diraja Malaysia. Mengenai jumlah sebanyak RM44 juta yang diperuntukkan untuk pembelian dua buah helikopter baru, ingin saya memberitahu bahawa pembelian dua buah helikopter baru jenis MI171 buatan Rusia untuk Unit Udara Polis Diraja Malaysia adalah di bawah kod 34000 yang diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Ke-8 dan ini adalah dianggarkan menelan belanja sebanyak RM60 juta. Peruntukan sebanyak RM17.1 juta telah pun diluluskan pada tahun 2002 iaitu tahun ini. Dianggarkan sebanyak RM30 juta lagi akan diperuntukkan bagi membiayai pembelian tersebut bagi tahun 2003. Helikopter ini dijangka diperolehi pada tahun 2003 setelah mendapat kelulusan pendaftaran dan memenuhi prosedur Jabatan Penerbangan Awam ataupun Department of Civil Aviation. Tuan Pengerusi, Yang Berhormat bagi Batang Lupar telah pun berbahas dan bertanya tentang tahap kecekapan Special Branch selepas tamatnya ancaman komunis di negara kita. Walaupun Special Branch dalam PDRM tidak lagi menghadapi ancaman daripada elemen-elemen komunis, asas teknik yang diperolehi, risikan dan semasa menentang dengan ancaman komunis telah pun menjadi satu pengalaman yang cukup baik dan dalam 50 tahun ini, Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia telah pun mencapai prestasi yang cukup baik mengenai bidang tugas mereka, khususnya dari segi risikan, dari segi menjalankan tugas secara senyap-senyap dan tugas-tugas ini adalah amat membanggakan. Selain daripada itu juga, mereka ini melalui usaha mereka, maka Kumpulan Militan Malaysia telah pun dapat ditahan dan ditangkap oleh kerajaan. Mengenai isu Kor Agama Polis Diraja Malaysia, walaupun Jabatan Polis Diraja Malaysia tidak ada kor agama, namun demikian di dalam kos latihan yang dianjurkan oleh Polis Diraja Malaysia, aspek agama dan nilai-nilai etika murni dimasukkan dalam program latihan. Adalah didapati program latihan ini adalah memadai. Pandangan Yang Berhormat bagi Jeli, kita juga mengambil kira dan ini merupakan satu bahan sebagai maklum balas dan saya percaya Polis Diraja Malaysia akan mengambil kira dan dalam rancangan untuk mengadakan latihan-latihan, pandangan ini akan diguna pakai. Tuan Pengerusi, selain daripada itu, Yang Berhormat bagi Jeli juga bertanya mengapa kawalan keselamatan di pusat serenti tegar, khususnya di Jeli, longgar dan ini mendatangkan ancaman kepada penduduk-penduduk setempat dan beliau juga tidak bersetuju bahawa pusat serenti untuk penagih yang paling tegar yang baru akan dibina di Jeli. Saya ingin memberitahu Kementerian Dalam Negeri telah pun mengambil langkah untuk meningkatkan lagi pagar-pagar keselamatan pusat serenti dari semua aspeknya dan pada tahun ini, kerajaan telah pun membelanjakan sebanyak RM200 juta untuk memperbaiki pagar keselamatan pusat serenti di Jeli. Satu sistem keselamatan yang agak menyeluruh akan diadakan dan sedang dirancang di mana pusat serenti di seluruh negara apabila mendapat kelulusan, akan melibatkan perbelanjaan dengan jumlah RM69 juta, di mana aspek-aspek keselamatan akan diberi tumpuan dalam rancangan ini. Yang Berhormat bagi Selangau juga minta supaya sijil kelahiran dan kad pengenalan dapat dikeluarkan kepada penduduk-penduduk ataupun orang-orang Asli di tempat-tempat terpencil di negeri Sarawak. Semenjak tahun 1990 hingga 13 Disember

40 DR.24.10.2002 tahun lepas, seramai 160,000 orang yang duduk di luar kawasan bandar ataupun di kawasan pedalaman telah pun mendapat faedah dan kemudahan yang dikendalikan oleh pihak kerajaan. Lawatan pada tahun ini juga dapat kita menyaksikan di kampung-kampung Kapit, Kuala Siputi, Belanga dan Long Lama, jumlahnya 515 sijil kelahiran telah pun dikeluarkan dan bagi kad pengenalan, 627 telah pun dikeluarkan. Kita mempunyai program-program di mana pegawai-pegawai dari Jabatan Pendaftaran Negara akan terus masuk dan turun ke padang, pergi berjumpa dengan penduduk-penduduk di kampung-kampung, di luar bandar di negeri Sarawak dan negeri Sabah, supaya mereka ini dapat didaftarkan. Yang Berhormat bagi Batu Gajah telah pun menyoal tentang gender sensitization, dengan izin, terhadap pegawai-pegawai dan anggota-anggota polis yang bertugas di balai- balai polis. Beliau juga mengatakan bahawa apabila terjadi pergaduhan domestik di mana wanita dan isteri-isterinya dipukul oleh suami bila hendak dibuat report di balai polis juga menghadapi begitu banyak masalah dengan begitu banyak soalan yang ditanya. Saya suka memberitahu Dewan yang mulia ini bahawa pihak polis memang peka terhadap kehendak masyarakat dan keperluan undang-undang untuk menangani kes keganasan rumah tangga dan serangan seksual. Ke arah itu, pihak polis telah pun mengambil tindakan-tindakan berikut: Pertama – latihan-latihan khas dan tertentu telah diberikan kepada pegawai- pegawai penyiasat ini supaya mereka dapat melayani mangsa dengan sempurna, mengambil kira bahawa mangsa ini sudah mengalami dan merasai kejadian jenayah, mencabul kehormatan mereka. Yang kedua – adalah satu keperluan di peringkat penyiasatan bahawa seorang pegawai wanita akan menjalankan siasatan dalam kes-kes seumpama ini. Ini berdasarkan kesedaran bahawa kebanyakan mangsa keganasan rumah tangga dan serangan seksual adalah kaum wanita. Oleh itu, perlu seorang wanita berurusan dengan mangsa-mangsa tersebut. Yang ketiga – begitu juga cadangan supaya satu one stop center yang dibuat di ibu pejabat daerah polis untuk melayani atau menangani mangsa-mangsa kes serangan seksual ini sedang dalam peringkat pelaksanaan supaya mangsa-mangsa keganasan rumah tangga dan serangan seksual ini dapat diberikan layanan yang sempurna dan terlindung dari kesibukan di balai-balai. Selain daripada itu, mangsa-mangsa ini dapat dihindarkan dari pendedahan kepada orang ramai yang berurusan di balai-balai dan sifat privacy case juga tidak dapat dilindungi. Untuk makluman Yang Berhormat bagi Batu Gajah, saya difahamkan walaupun banyak report telah pada satu ketika dibuat oleh mangsa-mangsa, khususnya dari isteri- isteri yang kena pukul. Satu perkara yang cukup malang ialah balai-balai polis selepas menerima report, buat report, bantu mangsa-mangsa membuat report. Pagi buat report, petang pula mereka ini datang balik minta taip balik report sebab kemungkinan suami mereka ini telah buat baik dengan mereka, macam mana, mungkin sudah dapat hadiah,cincin baru, cincin permata, selepas itu datang balik ke balai polis, tarik balik report. Oleh yang demikian, pihak polis tidak ada pilihan yang lain bila mereka dijumpai ataupun bila isteri-isteri yang kononnya kena pukul datang ke balai meminta hendak membuat report, pihak polis ataupun pegawai yang bertugas pada masa itu haruslah bertanya dengan betul-betul sama ada betul atau tidak, kita hanya hendak memastikan bahawa jangan membuat report sewenang-wenangnya - bila suka kita buat, tidak suka kita tarik balik. Ini bukan sahaja akan membuang masa orang-orang yang berkenaan tetapi dengan menarik balik laporan ini menjadi satu masalah bagi polis untuk mengemaskini laporan-laporan. Tuan Pengerusi, tadi dalam jawapan saya pada Yang Berhormat bagi Jeli itu, saya sudah tersalah cakap sedikit iaitu perbelanjaan membina pagar keselamatan Pusat Serenti di Jeli ialah RM200 ribu bukan RM200 juta. Ini jauh perbezaannya, so saya berharap Yang Berhormat bagi Jeli kalau dia ada ambil perhatian mengenai perkara ini iaitu RM200 ribu bukan RM200 juta ribu. Terima kasih.

DR.24.10.2002 41

Tuan Pengerusi, selain daripada itu juga saya ingin memberitahu Dewan yang mulia ini kerajaan sentiasa mengambil kira pandangan-pandangan SUHAKAM dari isu hak asasi manusia dan seboleh-bolehnya kerajaan akan mengikut pandangan yang diberikan oleh SUHAKAM. Tetapi ini tidak bermaksud bahawa kerajaan harus mengikuti apa yang dicadangkan oleh pihak SUHAKAM. Mengenai pemberian membekalkan risalah No.2929 yang sentiasa dilakukan oleh pihak pemimpin DAP, saya ingin sekali lagi memberitahu Yang Berhormat berkenaan bahawa tindakan yang diambil oleh pihak polis ialah untuk menjaga keamanan dan keselamatan. Pihak polis bukan sengaja hendak menyusahkan pemimpin-pemimpin tidak kira sama ada dari pihak pembangkang ataupun dari kerajaan. Kalau apa yang dibekalkan kemungkinan akan membawa aspek negatif kepada masyarakat kita, sebab masyarakat kita adalah sebuah masyarakat majmuk pelbagai agama, pelbagai kebudayaan,pelbagai kaum, maka kita tidak boleh memandang ringan terhadap perbuatan ini. Puan Fong Po Kuan: [Bangun] Dato' Chor Chee Heung: Yang Berhormat saya tahu sudah, Yang Berhormat pernah membangkitkan perkara ini, saya percaya tidak payah saya hendak menjawab panjang, cuma dengar sahaja. I am just giving explanation dan every case harus ditengok dari aspek kesnya sendiri, that means we look at every case on his own. One case that happened with the same fact does not mean that dia tidak akan menimbulkan masalah lain. Katalah No. 2929 tangkapan pertama kali kemungkinan tidak mempunyai unsur- unsur hasutan tetapi kita tidak boleh memberi jaminan bahawa kali yang kedua, kali yang ketiga itu agak sama juga kan? Sebab tempat berlainan. Tuan Pengerusi, selain daripada itu Yang Berhormat dari mana ini? Tuan Pengerusi: Kota Melaka. Dato' Chor Chee Heung: Yang Berhormat bagi Kota Melaka - terima kasih Tuan Pengerusi. .. telah pun membangkitkan sekali lagi mengenai saman yang dikeluarkan oleh Bahagian Trafik Polis Diraja Malaysia. Saya percaya saya telah pun menjawab soalan beliau beberapa kali di Dewan ini dan rakan saya, Yang Berhormat bagi Bagan Serai selaku Timbalan Menteri juga dalam Kementerian Dalam Negeri telah pun menjawab beberapa kali semasa beliau menggulung di peringkat dasar. Semalam pula Yang Berhormat hendak mencuba memasukkan usul, hendak memotong gaji RM10.00. Beliau sempat untuk menjawab. Maka oleh yang demikian apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat bagi Kota Melaka pagi tadi tidak ada apa-apa fakta yang baru. Saya percaya tidak ingin membuangkan masa Dewan yang mulia ini, cuma saya ingin memperingatkan Yang Berhormat Kota Melaka bahawa tindakan selama ini oleh Bahagian Trafik, Polis Diraja Malaysia adalah untuk kebaikan rakyat kita. Tindakan-tindakan yang diambil bukan semata-mata hendak menyusahkan rakyat kita khususnya pemandu-pemandu kenderaan. Apa yang kita buat kita dapat mempertahankan, dan jika Yang Berhormat ingin meminta supaya 29,000 saman di bawah 115 Akta Pengangkutan Jalan ini dapat dikeluarkan untuk orang-orang yang telah pun diberi peluang NFA, pihak polis akan memberi pertimbangan dan kalau Yang Berhormat kata tidak, saya tidak, saya berharap yang NFA tidak payah diambil tindakan. Selepas itu kita akan juga memberi pertimbangan supaya kita tidak mengambil tindakan. Tuan Pengerusi, sekali lagi saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat Tuan Kerk Kim Hock: [Bangun] Tuan Pengerusi: Dia tidak beri jalan Yang Berhormat. Dato' Chor Chee Heung:.. kepada semua-semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah berucap dan pegawai-pegawai saya yang bertugas.. Tuan Kerk Kim Hock: [Menyampuk] Tuan Pengerusi: Dia tidak beri jalan Yang Berhormat.

42 DR.24.10.2002

Tuan Kerk Kim Hock: [Bangun bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] Dato' Chor Chee Heung: …..di Dewan pada pagi ini sedia ataupun telah mengambil nota-nota dan saya tidak sempat menjawab, mereka ini akan bertindak. Sekian, terima kasih, Tuan Pengerusi. Tuan Kerk Kim Hock: Kaki putar belit, kaki putar belit! Tuan Pengerusi: Yang Berhormat cukuplah. Tuan Kerk Kim Hock: Dia tidak beri bercakap langsung,dia pengecut! Puan Fong Po Kuan: Langsung tidak memberi laluan. Tuan Pengerusi: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM3,924,354,800 untuk Maksud B.35 di bawah Kementerian Dalam Negeri jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan. Wang sejumlah RM3,924,354,800 untuk Maksud B.35 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual. Tuan Pengerusi: Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM907,121,820 untuk Maksud P.35 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan bagi tahun 2003 hendaklah diluluskan. Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan. Wang sebanyak RM907,121,820 untuk Maksud P.35 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan 2003.

Maksud B.36 [Jadual] – Maksud P.36 [Anggaran Pembangunan 2003] – Tuan Pengerusi: Ahli-ahli Yang Berhormat Kepala Bekalan B.36 dan Kepala Pembangunan P.36 di bawah Kementerian Luar Negeri terbuka untuk dibahas. Ya, Yang Berhormat bagi Sri Gading. 3.00 ptg. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Pengerusi kerana mengizinkan saya untuk bersama-sama untuk membahaskan mengenai Kementerian Luar Negeri. B.36 saya hendak bercakap terus kepada 030100 – Pertubuhan Serantau Kerjasama ASEAN dan juga 030200 – Hubungan Ekonomi dan Pelbagai Hala. Malaysia ialah sebuah negara yang sentiasa dan terus mengamalkan sikap menghormati seluruh negara-negara di dunia. Sikap kita yang mesra yang menginginkan keamanan dan kedamaian ini memang menjadi sebahagian daripada dasar. Sebenarnya cara hidup yang telah diamalkan oleh pemimpin-pemimpin dan rakyat negara ini. Saya berharap dasar ini akan terus kita pertahankan dan kita perkekalkan demi untuk menyumbangkan kebaikan kepada dunia sejagat. Dalam hubungan ini kita lebih lagi memberikan perhatian kepada negara-negara serantau dan negara-negara jiran. Tetapi malangnya Tuan Pengerusi, hubungan kita dengan Singapura ini walaupun memang kita sentiasa mengamalkan sikap berbaik-baik, hormat-menghormati dan memang menginginkan supaya hubungan ini terus mesra tetapi nampaknya sikap Singapura yang membalas sikap baik kita itu tidak sebagaimana yang kita harap-harapkan. Dalam perkara-perkara yang sedang kita rundingkan ataupun yang sedang kita perbahaskan dengan Singapura. Antaranya perkara-perkara yang berkaitan dengan CPF, tanah KTM, pusat pemeriksaan imigresen dan kastam, ruang udara dan masalah air. Pagi ini saya amat terperanjat apabila Singapura kata hendak membayar 12 sen pula. Sedikit masa dahulu 40 hingga 45 sen dan sekarang ini sudah 12 sen pula. Saya nampak Singapura sentiasa membuat berbagai-bagai muslihat dan membuat berbagai-

DR.24.10.2002 43

bagai dalih supaya perundingan tentang harga air ini tidak akan menemui penyelesaian. Ini yang saya lihat tindak-tanduk Singapura terhadap kita. Saya amat dukacita Singapura yang sudah moden yang sudah maju yang sudah menjadi negara yang boleh dikatakan taraf kehidupannya, taraf pemikirannya dan pemodenannya begitu tinggi masih mengamalkan sikap-sikap yang tidak munasabah dan tidak masuk akal dalam isu tentang menetapkan harga air. Saya tidak tahu Kementerian Luar Negeri dalam perundingan dengan Singapura, mengikut beberapa pihak saya di Johor, mereka berkata bahawa perundingan ini harus agaknya mengambil kira apabila kita menetapkan air untuk diterima pakai dalam perundingan ini sekurang-kurangnya ada tiga empat perkara harus menjadi rujukan supaya nilai harga air yang kita tetapkan itu boleh diterima oleh Singapura dan Singapura menerima ketetapan itu secara munasabah kerana perbezaan perjanjian 1961 dan 1962 dengan keadaan tahun 1961 dan 1962 dengan keadaan hari ini memang jauh berbeza. Jadi, ada beberapa perkara yang agaknya diberikan perhatian sebagai perbandingan. Dalam menentukan harga air ini kuasa beli wang harus dijadikan perkiraan, upah buruh ataupun upah tenaga harus dijadikan perkiraan. Begitu juga dengan harga bahan- bahan dan juga harga tapak. Apabila kita hendak membuat perkiraan supaya dapat satu jumlah yang munasabah yang sesuai dengan masa sekarang. Seperti kuasa beli. Kalau kita ambil contoh nasi lemak dulu 10 sen sebungkus, hari ini sudah RM1.50. Maknanya sudah 15 kali ganda. Jadi, kalau 3 sen itu dikalikan 15 sudah jadi 45 sen. Upah buruh dulu RM90 hingga RM100 tetapi hari ini RM1000 hingga RM1,500 sudah sepuluh kali ganda. Jadi, harus agaknya dikalikan sepuluh kali gandalah. Jadi, kalau sudah dikalikan dengan sepuluh sudah 30 sen pula. Harga bahan, dulu simen sekampit RM1.50 sekarang sudah RM14 hingga RM15. Ini perbezaan tahun 1960 dengan tahun 2002. Maknanya sudah sepuluh kali ganda. Kalau kalikan harga bahan ini sudah sepuluh kali juga. Sudah lagi 30 sen. Umpamanya harga elektrik, dulu satu unit 3 sen. Sekarang sudah 30 sen, 27 sen, 30 sudah kali sepuluh juga. Tapak yang dijadikan tadahan air ini dulu RM500 sahaja satu ekar tetapi sekarang sudah RM20,000 sudah 40 kali ganda. So, kalau kita semak harga antara tahun 1960 dengan tahun 2002 ini sudah berganda-ganda. Kalau ikut perkiraan saya sekurang-kurangnya 1000 gelen ini RM2.22 sen. Bukan 45 sen, bukan 60 sen seperti mana yang ditawarkan di peringkat mula-mula sudah RM2.22 sen. Saya suka hendak menyatakan di sini bahawa air dulu yang dijual ke kapal-kapal oleh Singapura antara RM1.80 sen ke RM2.00 untuk seribu gelen. Itu ringgit waktu Singapura tidak ada sempadan dengan Malaysia. Singapura sebahagian daripada Tanah Melayu ketika itu ataupun dalam Malaysia. Sekarang lebih daripada US$20. Maknanya sudah berpuluh kali ganda juga. Kalau diambil kira seperti ini Singapura yang memang pandai tentang kira-kira ini tahu bahawa harga yang ditetapkan oleh mereka sen 12 yang saya baca di akhbar hari ini memang jauh daripada munasabah. Singapura faham tetapi kenapa Singapura tidak mahu mempertimbangkan untuk menjaga hubungan baik kita dengan Singapura ini Singapura mengikut apa yang sepatutnya yang kita tawar yang tidak terkeluar daripada kemunasabahan mengikut perkiraan perbezaan harga-harga yang saya sebutkan tadi dalam tahun 1960-an dengan tahun 2002. Abad yang ke-20 dengan abad yang ke-21. Mana mungkin Tuan Pengerusi, harga dalam abad ke-20 masih hendak dipertahankan oleh Singapura yang pada saya dalam perkara hubungan air ini Singapura sebenarnya cuba menipu Malaysia tegak-tegak. Tidak ada perkataan yang lain yang boleh saya hamburkan di Dewan yang mulia ini bahawa Singapura memang sengaja hendak menipu tegak-tegak Malaysia dan memaksa Malaysia supaya menerima ketetapan yang mereka tetapkan. Apa yang saya pelik air ini kita punya, air kita punya, udara kita punya, tanah kita punya segala-galanya kita yang punya kenapa Singapura pula sewenang-wenang menolak apa yang kita tawarkan dan tawaran yang kita kenakan kepada Singapura ialah tawaran yang munasabah yang sesuai dengan masa. Tentang perjanjian – dalam perjanjian tersebut menyatakan bahawa selepas 25 tahun harga ataupun ketetapan harga ini boleh dirundingkan semula. Dalam hubungan ini Singapura pula nampaknya berdalih mengelak bahawa seolah-olah kita sudah tidak ada ruang atau tidak ada kemunasabahan hendak merundingkan semula hal air. Dia bukan kata mesti ditimbangkan pada 25 tahun, tidak. Dia kata selepas 25 tahun. Selepas 25

44 DR.24.10.2002 tahun, tahun 1961 selepas 25 tahun kita boleh memang mempunyai bahkan tahun 1985, 1986, 1987, selepas. Maknanya walaupun kita tidak mempertimbangkan ataupun tidak berunding dalam tahun 1986, 1987 tetapi ayat kata selepas 25 tahun waktu hari ini masih selepas 25 tahun. Maka sudah sewajarnya Singapura mesti duduk berunding dengan yang tuan punya. Tuan punya dalam hubungan ini ialah air itu kepunyaan Malaysia. Datuk Ahmad Zahid bin Hamidi: [Bangun] Tuan Pengerusi: ya, masa Yang Berhormat hendak cukup sudah itu. Satu minit lagi Yang Berhormat ya. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Oh, minta maaf Datuk, saya tidak ada masa. Tuan Pengerusi: Ya, sila, sila terus. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Jadi, saya berharap Singapura jadilah jiran yang baik yang dapat menerima ketetapan yang dibuat oleh Malaysia tentang harga air ini dan ketetapan harga air yang dikemukakan oleh Malaysia yang menjadi tuan punya. Itu belum termasuk lagi kos bagaimana Johor dan Malaysia terpaksa menjaga keselamatan kolam-kolam air, keselamatan, punca-punca air yang menjadi punca kepada Singapura, itu tanggungjawab Johor dan Malaysia, kita tanggung keselamatan. Selama ini Singapura tidak pernah pun teracun minum air daripada Johor. Kami jaga keselamatan - kita bertanggungjawab. Apakah Singapura tidak ada perasaan bagaimana kita, Malaysia yang begitu baik kepada mereka, menjaga keselamatan punca-punca air ini dan mereka minum, minum dengan sepuas-puasnya dengan harga yang murah dan mereka mendapat keuntungan yang berlipat ganda dan dengan itu mereka agaknya memang jenis yang tidak mengenang budi, Tuan Pengerusi. Dalam hubungan ini, saya jelas menyatakan bahawa Singapura ialah sebuah negara yang tidak pandai menghormati jirannya, tidak pernah mengenang budi kebaikan orang dan balasan yang dikemukakan oleh mereka begitu mengecewakan dan kita tidak boleh terima segala hujah yang dibuat oleh Singapura kerana kita selama ini, berpuluh-puluh tahun dalam keadaan mengalah dan memberikan kebaikan kepada mereka. Saya harap Kementerian Luar Negeri dan pegawai-pegawainya dan sampailah ke pihak yang atas, tidak lagi bertolak ansur tentang harga yang telah kita tetapkan dan Singapura tidak ada pilihan lain, melainkan menghormati dan mengikut apa yang telah kita tetapkan demi menjaga kebaikan yang telah pun kita hulurkan kepada mereka selama ini. Tuan Pengerusi, saya menyokong. Beberapa Ahli: [Bangun] Tuan Pengerusi: Ya, Tanjong. 3.11 ptg. Tuan Chow Kon Yeow [Tanjong]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh tentang Butiran 030300 – Perhubungan Antarabangsa. Sebelum itu, saya merasa pelik mengapa isu air dengan sebuah negara pulau yang begitu kecil masih belum dapat diatasi oleh negara ini dan berlarutan sejak bertahun- tahun. Yang Berhormat bagi Balik Pulau mengesyorkan perang, saya tidak setuju dengan cadangan itu. Tuan Pengerusi, pentadbiran Amerika Syarikat telah meletakkan Malaysia dalam senarai 15 buah negara yang berisiko pengganas mulai 1 Oktober. Walaupun Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri kita telah bertemu dengan Naib Presiden Amerika Syarikat pada pertengahan bulan September yang lalu, Timbalan Perdana Menteri telah menyatakan pendirian negara Malaysia tidak mahu dinamakan sebagai sebuah negara pengganas ataupun mempunyai pertalian dengan jalinan keganasan tetapi masih gagal meyakinkan pihak Amerika Syarikat dan mereka terus mengeluarkan senarai yang membabitkan nama negara Malaysia. Rakyat Malaysia berhak tahu apakah asas yang digunakan dan mengapa Malaysia dinamakan negara pengganas yang disenaraihitamkan oleh U.S. Justice

DR.24.10.2002 45

Department. Adakah Malaysia disenaraihitamkan kerana kita tidak menunjukkan kerjasama kepada Amerika Syarikat dalam peperangan menentang keganasan kerana setakat ini pihak berkuasa Malaysia masih belum menafikan wujudnya sel dan jalinan Al-Qaeda di Malaysia. Tuan Pengerusi, saya ingin tahu, apakah usaha yang telah diambil oleh Kementerian Luar Negeri? Apakah pendirian rasmi terhadap penyenaraian hitam ini dan bagaimana Kementerian Luar Negeri ingin memastikan nama Malaysia dikeluarkan daripada senarai Amerika Syarikat itu. Nampaknya Malaysia telah menjadi sasaran pihak- pihak tertentu dalam isu keganasan, khususnya selepas kejadian 11 September dan insiden pengeboman di Bali. Kita ingin tahu, apakah pendekatan yang akan diambil oleh kerajaan dan kementerian dalam menghadapi kempen antarabangsa terhadap Malaysia ini. Saya berharap pihak kerajaan dapat memainkan peranan yang aktif dalam usaha antarabangsa menentang keganasan. Walaupun kita sukar ataupun tidak mahu mendengar opinion antarabangsa yang sering mengaitkan keganasan dengan agama Islam, yang sememangnya, Tuan Pengerusi, sungguh tidak adil tetapi kita tidak harap melihat kerajaan mengambil sikap denial syndrome ataupun menjadi apologist. Sememangnya kita harus tahu bahawa denial syndrome itu tidak dapat membantu negara kita menghadapi dan mengubah opinion antarabangsa yang bias terhadap negara Malaysia. Kita seharusnya mengambil sikap yang berani dan terbuka untuk menyiasat sebarang dakwaan yang dilemparkan kepada kita. Sehubungan itu, Tuan Pengerusi, saya merasa selesa membaca bahawa Perdana Menteri kita hari ini telah mengakui wujudnya pertalian antara BN dan MILF kerana ada kaitan dari segi membantu Kerajaan Filipina menyelesaikan masalah di selatan Filipina. Memang menjadi dasar luar negara selama ini untuk mengadakan constructive engagement, seperti apa yang berlaku di Myanmar. Jadi, saya ingin tahu, apakah kerajaan berhasrat untuk mengadakan constructive engagement dengan pertubuhan-pertubuhan ini, untuk memberitahu mereka hasrat ataupun menjadikan mereka faham tentang hasrat Malaysia untuk menentang keganasan di rantau ini. Sekarang kita lihat sebahagian besar rantau Asia Tenggara ini telah menjadi hot bed kepada aktiviti keganasan atau pun menjadi tapak melancarkan kegiatan keganasan. Saya ingin tahu, apakah peranan ASEAN dalam menghadapi cabaran yang amat serius ini dan menunjukkan ASEAN adalah bersatu padu dalam menghadapi isu ini sebagai satu pertubuhan serantau atau satu blok dan bukan dilihat sebagai mengambil tindakan yang berasingan. Baru-baru ini, Tuan Pengerusi, selepas insiden di Bali, satu kempen global dilancarkan untuk memanggil Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengisytiharkan Jemaah Islamiyah sebagai kumpulan pengganas. Apakah peranan yang akan dimainkan oleh Malaysia, sama ada secara bersendirian ataupun menerusi ASEAN? Adakah Malaysia mahu memainkan leading role dalam menangani isu keganasan di Asia Tenggara ini. Kementerian Luar Negeri harus mengambil tindakan yang wajar untuk membersihkan nama dan memulihkan imej negara yang terjejas kerana faktor-faktor geopolitik yang menempatkan Malaysia dalam rangkaian keganasan di rantau ini. Seterusnya, saya ingin menarik perhatian kementerian terhadap Suruhanjaya Hak Asasi Manusia atau SUHAKAM, di mana SUHAKAM pertama yang telah tamat tempoh perkhidmatan, telah mengemukakan dua perkara yang penting kepada kerajaan untuk pertimbangan. Pertamanya, adalah satu laporan yang mengandungi syor-syor untuk meminda Akta SUHAKAM 1999, kerana dalam menjalankan kerjanya, SUHAKAM telah mendapati wujudnya batasan-batasan dalam akta yang sedia ada dan menurut SUHAKAM, kerajaan harus bertindak untuk menjelaskan peruntukan undang-undang yang masih ragu- ragu, yang menyulitkan aplikasi undang-undang. Keduanya dan penting sekali mengikut SUHAKAM adalah mengenai cadangan kepada kerajaan untuk menggubal pelan tindakan kebangsaan mengenai hak-hak asasi. Amat dikesali kerana kerajaan masih belum mengambil tindakan untuk melaksanakan apa yang dicadangkan oleh pihak SUHAKAM. Bukan itu sahaja, Tuan Pengerusi, pihak

46 DR.24.10.2002 kerajaan pun tidak pernah mengumumkan apakah yang ingin dipinda dalam Akta SUHAKAM. Saya sudah beberapa kali membuat teguran ataupun menganggap bahawa SUHAKAM dijadikan decorative show-piece for human rights, dengan izin, kerana kerajaan tidak menganggap penting apa yang dicadangkan dan cuma memberi sedikit sahaja tindak balas kepada cadangan yang dikemukakan oleh SUHAKAM. Lebih-lebih lagi, laporan tahunan yang dibentangkan dalam Parlimen oleh SUHAKAM dan sudah dua laporan dibentangkan tetapi kerajaan tidak mahu memberi peluang ataupun membuat ketetapan bahawa Laporan Tahunan SUHAKAM yang begitu penting mengenai amalan dan practice hak asasi manusia di Malaysia ini, dibahaskan dalam Dewan yang mulia ini. Lebih teruk lagi pada tahun ini, Tuan Pengerusi, Menteri Luar Negeri perlu endorse Laporan Tahunan SUHAKAM sebelum ia boleh dibentangkan dalam bulan April yang lalu. Saya juga memerhatikan bahawa dalam laporan SUHAKAM tahun 2001 pandangan mengenai hak untuk berhimpun dan juga mengenai penahanan tanpa dibicarakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri, di mana SUHAKAM telah menyeru supaya ada perlunya dikaji semula Akta Keselamatan Dalam Negeri ini tidak dapat perhatian serius oleh pihak kerajaan. TuanPengerusi: Yang Berhormat, masa Yang Berhormat sudah cukup. Tuan Chow Kon Yeow: Yang akhirnya saya berharap kerajaan dan khususnya kementerian akan memberi komitmen bahawa human rights, ataupun hak asasi Malaysia ini tidak dikongkong dalam usaha kita menentang keganasan di negara ini, sekian terima kasih. TuanPengerusi: Shah Alam. 3.21 ptg. Dato’ Ir. Mohd. Zin bin Mohamed [Shah Alam]: Terima kasih Tuan Pengerusi, saya ingin turut serta menyentuh kepala B.36, Butiran 030100, 030200, 030300. Tuan Pengerusi, sebagaimana yang kita sedia maklum dalam pertubuhan serantau kerjasama ASEAN yang boleh kita namakan dengan izin region kita ini, sebagai pertubuhan kerjasama serantau ataupun lebih tepat dengan multi-lateral kerjasama, tentulah kita menginginkan bahawa di rantau ini sebagai satu zon yang bebas, selamat dalam kita menghadapi cabaran globalisasi ini supaya ada peningkatan di dalam hubungan ekonomi pelbagai hala. Sebagaimana yang Sri Gading sebut tadi dalam menyentuh perhubungan bilateral di antara Malaysia dengan Singapura yang hangat kita hadapi isu pada masa ini adalah bagaimana untuk kita mengadakan satu perundingan yang memberikan keuntungan kepada dua-dua pihak dengan izin, win win situation supaya perhubungan bilateral ini dapat berjalan dengan baik dan akhirnya memberikan keuntungan kepada semua pihak, sebagaimana falsafah kita juga ingin mempertingkatkan kerjasama dua hala ini memberikan kebaikan kepada semua pihak. Dalam perhubungan ini saya fikir bahawa Kementerian Luar Negeri saya ucapkan tahniahlah kerana telah pun menjalankan tugas yang baik terutama di dalam usaha untuk membawa negara Myanmar ke dalam arus pembangunan yang berlaku pada hari ini, walaupun menghadapi berbagai rintangan dan halangan, tetapi seperkara yang menyedihkan saya Tuan Pengerusi bahawa dalam usaha untuk membawa Myanmar ini ke dalam rantau ASEAN nampaknya segala usaha yang dijalankan oleh kerajaan terutama secara peribadi Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang begitu bersungguh-sungguh ingin menyelesaikan masalah ini dan baru-baru ini dalam lawatan beliau ke sana permintaan pihak Wisma Putra untuk mengadakan pertemuan dengan pemimpin demokrat Aung San Suu Kyi telah pun tidak diizinkan oleh Junta di Burma. Ini adalah merupakan satu tindakan yang saya ingat tidak mengucapkan terima kasih, tetapi yang menghairankan saya bagaimana ada permintaan daripada Kerajaan Jepun dan juga dari Eropah telah pun diberikan keizinan, jadi kita mainkan peranan nampaknya ‘susu punya lembu sapi dapat nama’. Saya harap supaya pihak Wisma Putra dapat menentukan bahawa segala usaha yang dimainkan oleh kita ini akan dapat memberikan manfaat kedua pihak.

DR.24.10.2002 47

Di dalam perhubungan di antara kita dengan Singapura saya tidak mahu membangkitkan lagi beberapa perkara yang menyentuh emosi dan perasaan kerana kita sedar bahawa banyak perkara yang berhubung kait dengan tuntutan dan juga perundingan, seolah-olah kita ini dengan izinlah berada dalam keadaan yang lemah. Dan saya rasa bahawa sebagai sebuah negara yang berdaya maju dan berdaya tahan di dalam kita mengaturkan perundingan seharusnya kita mempunyai satu pendirian yang tegas dan tidak ada dolak-dalik dalam kita mengutarakan pandangan. Jadi dalam isu berhubung kait tentang perundingan hari ini, i saya minta supaya Wisma Putra menggunakan segala kebijaksanaan supaya menentukan segala matlamat dan hasrat apa yang kita inginkan akhirnya memberikan keuntungan kepada kita. Tuan Pengerusi, saya juga ingin menyentuh perkara yang berhubung kait dengan perhubungan antarabangsa, sebagaimana yang kita sedia maklum bahawa Malaysia akan menjadi tuan rumah kepada persidangan OIC yang akan dijangkakan pada bulan Oktober tahun 2003. Kita bersyukur bahawa negara Malaysia akan menjadi tuan rumah kepada Persidangan Negara-negara Islam dan saya yakin dalam cabaran dunia pada hari ini terutama dalam perkara-perkara yang melabelkan dan mengkaitkan dengan peperangan memerangi keganasan ini, melabelkan Islam sebagai pengganas, saya harap supaya peluang keemasan ini akan dapat digunakan bagi Malaysia mengambil langkah utama, tidak payah kita hendak tunggu persidangan OIC dalam bulan Oktober yang akan datang. Saya yakin bahawa usaha yang dijalankan oleh Wisma Putra untuk meminta dan mengadakan berbagai forum, seminar, simposium untuk pertama mendefinisikan apa itu pengganas, yang kedua apa punca keganasan itu dan yang ketiga apakah formula bagi memerangi dan menangani masalah keganasan. Sebagaimana yang kita sedia maklum bahawa dalam perhubungan antarabangsa juga kita ingin mencari kekuatan supaya dalam cabaran dunia globalisasi ini, walaupun dengan izin Tuan Pengerusi, banyak cendekiawan sekarang ini menulis buku membicarakan bahawa globalisasi itu ada dia punya discontent ada juga dia punya kelemahan. Tetapi sesungguhnya dengan kemajuan ICMT ini, Information Communication Multimedia Technology kita tidak dapat menolak globalisasi. Dia akan berada di hadapan kita dan ianya akan terus menjadi cabaran kepada kita, justeru kerana itu saya ingin mencadangkan kepada pihak kerajaan supaya dalam kita untuk menjadi tuan rumah kepada persidangan OIC yang akan memberikan kesan kita mesti melihat apakah pendekatan untuk membina kekuatan yang lain di dalam OIC ini sebagai contoh, mungkin kerajaan boleh mengambil langkah ke hadapan ataupun memainkan peranan yang utama untuk merealisasikan dengan izin, sub-regional OIC ini yang melibatkan negara Islam di rantau ini sebagai contoh Malaysia, Indonesia, Brunei dan juga Bangladesh. Kalau saya kira-kira dari segi jumlah penduduk ini akan mempunyai penduduk di sekitar 500 ke 600 juta dan sebagaimana AFTA juga ASEAN Free Trade Agreement dalam perhubungan serantau kerjasama ASEAN yang kita akan sama-sama melalui pada 2005 ini, memberikan kedudukan dan peluang untuk merebut pembangunan ekonomi dalam realisasi AFTA ini dan perhubungan sub-regional OIC yang melibatkan Bangladesh, melibatkan Malaysia, melibatkan ….. Tuan Pengerusi [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, masa Yang Berhormat sudah cukup….. Dato’ Ir. Mohd. Zin bin Mohamed: Ya, sekejap lagi satu minit, yang melibatkan Indonesia dan akan memberikan kekuatan kepada kita jadi Tuan Pengerusi, saya akur. Sekian Terima kasih. Tuan Pengerusi [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Saya bagi Bagan Datok dahulu, Bagan Datok. 3.30 ptg. Datuk Ahmad Zahid bin Hamidi [Bagan Datok]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya juga turut terpanggil untuk melontarkan pandangan saya dalam memperbincangkan peruntukan atau perkara B.36 yang menyentuh mengenai Kementerian Luar Negeri. Saya ingin menyanggah sedikit pendapat yang telah dinyatakan oleh Yang Berhormat bagi Kota Melaka dan oleh wakil Tanjong sebentar tadi mengenai denial syndrome yang kononnya

48 DR.24.10.2002 diamalkan oleh kerajaan Malaysia berhubung dengan soal keganasan. Umum mengetahui bahawa langkah-langkah positif dan proaktif telah dilakukan oleh kerajaan Malaysia bagi menangani permasalahan keganasan. Bukan sahaja di waktu Al-Qaeda ini timbul, tetapi lebih lama daripada itu, kita tahu Akta Darurat 1948 dan pelaksanaan sistem keselamatan yang begitu ketat memperlihatkan bahawa dasar-dasar bagi menentukan tidak berlakunya keganasan sama ada ianya mempunyai hubungan dengan luar negeri ataupun keganasan dalam negeri, sama ada keganasan daripada segi pelampau agama atau ekonomi, atau bangsa atau bahasa sekali pun dilakukan dengan begitu baik sekali oleh pihak kerajaan. Dalam perkara ini, langkah yang dilakukan adalah merupakan langkah yang bukan denial syndrome sebagaimana yang disebutkan oleh DAP. Dalam perkara ini, saya ingin menyebut beberapa perkara di mana keterbukaan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang menyebutkan bahawa secara rasmi atau tidak secara rasmi, kita tidak mempunyai hubungan dengan rangkaian keganasan di luar negeri. Bukan satu penafian tetapi satu kenyataan yang dibuat dengan begitu ikhlas. Walaupun Yang Berhormat DAP tadi menyebutkan ada hubungan dengan MILF, harus diingat bahawa hubungan itu hanyalah hubungan bagi mencapai keamanan di kawasan Mindanao. Ini kerana, mereka bukan sahaja sebagai orang Islam, tetapi juga kita harus prosper thy neighbour, ertinya kita memberikan kesejahteraan kepada jiran kita. Kita tahu bahawa kita tidak ada hubungan dengan MILF daripada segi memberikan persenjataan kepada mereka. Tetapi, kita bertanggungjawab untuk menjadi orang tengah, menyaksikan dan mengimplementasikan perjanjian yang dibuat oleh MILF dengan kerajaan Filipina. Langkah itu harus disokong, bukan sahaja oleh negara-negara jiran tetapi pembangkang sekalipun harus melihat perkara itu dengan positif. Langkah yang dilakukan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri merupakan satu langkah yang harus dialu-alukan oleh semua pihak. Begitu juga langkah yang kita lakukan atau kerajaan lakukan berhubung dengan KMM. Apabila kita dapat senarai daripada sumber-sumber perisikan yang mendapati bukan sahaja orang Malaysia ini, tetapi orang luar yang berada di sini, yang secara langsung atau tidak mempunyai hubungan dengan rangkaian keganasan di luar. Pihak kerajaan telah melakukan tindakan yang cukup baik dan saya fikir sekali lagi ini bukan satu denial syndrome yang disebut oleh Yang Berhormat bagi Kota Melaka pada suatu ketika dahulu. Saya juga ingin menyentuh mengenai ASEAN + 3. Kita tahu bahawa ada pandangan daripada Perdana Menteri Singapura baru-baru ini apabila diadakan persidangan antarabangsa di sini, beliau tidak bersetuju dengan adanya sekretariat ASEAN + 3 di Malaysia kononnya ia akan menyebabkan berlakunya satu perlindungan kononnya, sekretariat ASEAN yang telah sedia ada di Jakarta. Sebenarnya, apa yang mahu dilontarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ialah - ini mungkin dipersetujui oleh Timbalan Menteri Luar Negeri, ialah bagi mahu merealisasikan peranan ASEAN + 3 dengan negara-negara ASEAN. Ini kerana, kita ketahui bahawa Singapura kerap kali mensabotaj rancangan-rancangan perikatan perjanjian antarabangsa antara Malaysia, antara negara-negara ASEAN dengan negara-negara lain. Kita tahu bahawa, walaupun Singapura tidak bersetuju ASEAN + 3 diwujudkan di Kuala Lumpur, tetapi pada waktu yang sama, Singapura mengadakan perjanjian secara langsung dengan negara-negara + 3 ini dan ini satu sikap yang saya fikir tidak harus dialu- alukan oleh mana-mana negara ASEAN. Kita lihat juga bahawa sikap ‘kiasu’ yang diamalkan bukan sahaja oleh rakyat Singapura tetapi digambarkan oleh kepimpinan Singapura memperlihatkan sikap tidak langsung menghiraukan pandangan-pandangan pemimpin dan rakyat negara jiran. Dalam soal air umpamanya, dalam soal perjanjian udara umpamanya, memang seolah-olah mereka berasa kepentingan mereka itu lebih daripada kepentingan-kepentingan yang harus juga diperhatikan untuk negara-negara jiran. Pada hemat saya, Kementerian Luar dalam perkara ini, harus lebih tegas apabila mengadakan perundingan dengan Singapura, apa bentuk sekalipun. Memang daripada segi hubungan diplomatik, kita harus bercakap dengan baik tetapi kita tahu bahawa kumpulan penyelidik Kementerian Luar Negeri Singapura memperlihatkan sikap prasangka yang cukup buruk terhadap Malaysia. Di peringkat serantau, di peringkat antarabangsa, mereka lebih rapat dengan negara-negara lain, berbanding dengan negara Malaysia.

DR.24.10.2002 49

Mereka kerap kali memandang pendapat yang dilontarkan oleh pegawai-pegawai Malaysia adalah satu pendapat yang secondary. Saya fikir, sebagai negara jiran yang paling terdekat, sikap ini tidak harus dilakukan oleh mereka. Saya juga ingin mencadangkan pihak Kementerian Luar, oleh kerana kita menghadapi beberapa masalah daripada segi komunikasi dengan negara- negara tertentu, saya harapkan Kementerian Luar, tiba waktu yang sesuai untuk melantik press officers ataupun pegawai-pegawai komunikasi yang akan menjaga khusus mengenai berita-berita negatif yang keluar tentang Malaysia dan saya fikir kawan-kawan kita daripada media cetak atau media elektronik, ambil mereka sebagai secondment officer untuk membantu negara kita, memberikan gambaran yang sebenar, diletakkan di kedutaan- kedutaan kita ataupun di pejabat-pejabat pesuruhjaya tinggi kita di luar negeri untuk memberikan gambaran yang sebenar. Kita bukan mahu jadi seperti Singapura melantik sebuah agensi yang menjadi konsultan untuk memberikan gambaran yang terlalu positif mengenai negara berkenaan. Tetapi, memadailah jika pihak Kementerian Luar bersikap proaktif, “jangan sudah terhantuk, baru terngadah” untuk meletakkan pegawai-pegawai berkenaan. Saya fikir jawatan ini pernah diwujudkan dulu dan jawatan seperti ini mungkin tidak ada peruntukan sekarang ini, tetapi saya fikir sesuai dengan ketika ini, pegawai-pegawai berkenaan harus diwujudkan. Kita harus memberikan garis panduan tertentu kepada press officers ini, apakah skop ataupun bidang tugas yang harus dilakukan, bukan sekadar memberikan gambaran yang sebenar tetapi harus juga memasarkan nama baik Malaysia di luar negara. Tuan Pengerusi, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan juga sahabat saya Yang Berhormat Menteri Luar Negeri yang telah memainkan peranan yang cukup banyak di dalam memberikan gambaran yang cukup baik tentang Malaysia. Begitu juga Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri yang sekarang ini berada di Mexico yang mewakili Malaysia dan telah memainkan peranan untuk memperlihatkan bahawa Malaysia memainkan peranan yang aktif di luar negara. Kita mengetahui bahawa suara lantang Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sekarang ini didengar dengan cukup teliti dan cukup baik walaupun sebagai sebuah negara kecil tetapi suara kita dan fakta yang kita kemukakan diterima dengan baik kerana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan pemimpin-pemimpin kita menyatakan soal kebenaran di luar negeri, membela negara-negara Dunia Ketiga, membina negara-negara mundur dan peranan ini harus juga dikongsi sama dipersetujui oleh rakan-rakan kita di pihak pembangkang walaupun mungkin di Dewan yang mulia ini mereka tidak bersetuju tetapi apabila mereka di luar negeri mereka harus menyatakan sesuatu yang baik tentang negara kita. Barulah semangat patriotisme dapat diterjemahkan dengan sebenar-benarnya. Dengan ini saya mohon menyokong. Tuan Pengerusi [Dato’ Haji Mohamad bin Abdullah]: Saya bagi Seputeh dahulu. 3.42 ptg. Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin membangkitkan dua isu berkenaan dengan dua negara dalam perbahasan saya. Pertama ialah Butiran 020000 – Hubungan Dua Hala dan Perancangan Dasar. Saya ingin bangkitkan hubungan negara kita dengan Vatikan. Sejak Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengunjungi Pope John Paul II dalam bulan Jun tahun ini, DAP pun telah menyeru kerajaan supaya mengadakan hubungan diplomatik dengan Vatikan. Saya juga telah meletakkan usul yang menyeru kerajaan mengadakan hubungan diplomatik dengan Vatikan dalam dua sidang di Dewan ini dan telah pun menanyakan Soalan Lisan di Dewan yang mulia ini. Yang Berhormat Menteri Luar Negeri menjawab soalan saya dengan mengatakan kerajaan mengekalkan hubungan rapat dengan Vatikan walaupun Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Vatikan. Lawatan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ke Vatikan adalah satu kenyataan jelas terhadap hubungan baik yang sedia wujud di antara Malaysia dan Vatikan. Memandangkan hubungan dua hala yang sedia antara

50 DR.24.10.2002

Malaysia dengan Vatikan adalah pada tahap yang memuaskan maka soal mengenai mengadakan hubungan diplomatik secara rasmi tidak timbul pada masa ini. Ini adalah jawapan yang saya dapat daripada Yang Berhormat Menteri Luar Negeri. Walau bagaimanapun, jawapan ini memang tidak memuaskan pada saya. Saya ingin tahu, apa yang menghindarkan kerajaan untuk mengadakan hubungan diplomatik dengan Vatikan iaitu dengan saling menghantar diplomatik ke ibu kota kedua-dua negara. Kita tahu kebanyakan negara di dunia ini mempunyai hubungan diplomatik dengan Vatikan termasuk banyak negara Islam dan juga negara yang mempunyai ramai penduduk muslim kecuali Saudi Arabia, Brunei dan Malaysia sahaja. Sekiranya banyak negara yang kebanyakan penduduknya beragama Islam di dunia ini seperti Indonesia, Egypt, Iran dan lain-lain boleh mempunyai hubungan diplomatik dengan Vatikan, saya tidak lihat kenapakah Malaysia sebagai sebuah negara majmuk yang mempunyai pelbagai agama dan kaum tidak boleh mengadakan hubungan diplomatik dengan Vatikan. Dalam lawatan high profile yang ditunjukkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dengan Pope John Paul II, Perdana Menteri ditonjolkan sebagai tokoh Islam yang moderate oleh media kita dan kerajaan dikatakan berkeinginan untuk menjadikan Malaysia sebagai contoh kepada negara-negara muslim yang lain. Sekiranya ini adalah ikhtiar kerajaan maka kerajaan mempunyai lebih alasan untuk mendirikan hubungan diplomatik dengan Vatikan demi mencapai tujuan ini. Selain itu, hubungan diplomatik dengan Vatikan juga secara tidak langsung memupuk persefahaman di antara penganut Islam dan penganut Kristian di negara kita dan ini adalah penting pada saat di mana Malaysia ditandakan dan disenaraihitamkan oleh beberapa negara Barat di dunia ini, termasuk Amerika Syarikat, Kanada, New Zealand dan Australia sebagai negara yang berisiko tinggi. Tuan Pengerusi, sebenarnya pengumuman Malaysia sebagai negara Islam oleh Perdana Menteri adalah amat tidak munasabah. Ia bukan sahaja tidak sejajar dengan Perlembagaan Persekutuan negara kita tetapi ia telah mendatangkan masalah yang sebenarnya boleh dielakkan. Seperti disenaraikan sebagai high risks country oleh sesetengah negara. Adalah jelas bahawa pengumuman Malaysia sebagai sebuah negara Islam adalah amat tidak munasabah khususnya pada saat di mana masyarakat dunia merasa bimbang terhadap negara Islam dan terrorism selepas 11 September dan pengeboman di Bali. Pengumuman PM ini sepatutnya ditarik balik demi nama baik Malaysia di masyarakat dunia dan juga demi ekonomi kita yang amat bergantung kepada ekonomi dunia. Saya ingin juga merujuk kepada Butiran 030100 mengenai hubungan kita dengan negara Myanmar. Ramai pejuang demokrasi yang prihatin terhadap politik di Myanmar berasa kecewa kerana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tidak melawat pemimpin NLD, Aung San Suu Kyi dalam lawatan beliau pada 18 hingga 19 Ogos tahun ini. Walaupun Aung San Suu Kyi telah mengeluarkan kenyataan di mana beliau berharap dapat berjumpa dengan Perdana Menteri semasa lawatannya ke Myanmar. Dalam jawapan lisan yang diberi oleh Menteri Luar Negeri kepada saya pada 30 September dalam sidang ini, Menteri memberi alasan bahawa Perdana Menteri tidak ada masa untuk berjumpa dengan Aung San Suu Kyi kerana jadualnya penuh. Saya berasa sukar untuk menerima alasan ini kerana ramai pemerhati politik Myanmar ingin melihat perjumpaan di antara Perdana Menteri dengan Aung San Suu Kyi, mereka melihat ini adalah penting sekiranya Malaysia benar-benar ingin mempraktikkan penglibatan constructive ataupun constructive engagement dengan Myanmar. Lawatan Perdana Menteri kepada Aung San Suu Kyi yang telah pun dibebaskan daripada tahanan rumahnya akan dilihat sebagai dorongan terhadap proses pendemokrasian di Myanmar. Perdana Menteri sebenarnya telah menghampakan ramai orang Myanmar dan di merata-rata tempat di dunia yang telah lama menunggu perubahan politik di negara mereka.

DR.24.10.2002 51

Saya menyeru kerajaan akan memainkan peranan yang lebih gigih dan dalam usaha perdamaian di antara konflik politik antara Kerajaan Military SPDC dan NLD untuk menunaikan objektif constructive engagement yang dipelopori oleh kerajaan selama ini, di samping kedamaian demi kedamaian di rantau ini. Sehubungan dengan itu, saya pernah berjumpa dengan beberapa bekas pekerja Myanmar keturunan Rohingya pada bulan lepas. Golongan ini datang ke Malaysia dan menjadi pekerja asing di sini. Pada awal tahun ini kerajaan menjalankan operasi untuk menghalau semua pekerja asing dari Malaysia. Mereka terpaksa berhenti kerja. Mereka tidak ingin balik ke Myanmar kerana mereka menjangka mereka akan menghadapi penindasan politik dan juga hukuman daripada Kerajaan Military SPDC. Mereka pernah menghantar memorandum kepada Timbalan Perdana Menteri mengenai keadaan mereka dan mereka merayu Kerajaan Malaysia bersimpati kepada keadaan mereka dan membenarkan mereka untuk terus berada di Malaysia. Saya berharap kerajaan akan menimbangkan rayuan mereka dan membenarkan mereka terus berada di Malaysia. Akhirnya, saya juga ingin menarik perhatian Yang Berhormat Timbalan Menteri terhadap seorang rakyat Malaysia yang bernama Tham King Seng, nombor pasport A10316152 yang dipenjarakan di Kaw Thung di selatan Myanmar atas kesalahan CBT. Walau bagaimanapun Encik Tham menegaskan bahawa beliau tidak bersalah dan beliau mampu menjawab semua tuduhan yang dilemparkan kepadanya dan beliau mampu menjawab semua soalan berkenaan dengan buku lejar syarikat yang beliau bekerja sebelum itu. Encik Tham dituduh di bawah seksyen 409 Penal Code dan Akta Imigresen Myanmar. Tetapi seksyen 409 Penal Code di Myanmar adalah digunakan untuk kakitangan kerajaan dan juga hukuman yang dijatuhkan kepada beliau di bawah Akta Imigresen ini selama satu tahun itu adalah kerana beliau over stay. Tentang tuduhan ini, beliau mendakwa bahawa kerana pasportnya disimpan oleh majikannya dan beliau tidak dapat meninggalkan Myanmar. Mengenai perkara ini, isterinya pernah berjumpa dengan dua orang pegawai di Kementerian Luar Negeri pada Februari tahun ini dan mereka juga berterima kasih kepada Kementerian Luar Negeri kerana sudi menulis satu surat yang membuktikan Encik Tham ini mempunyai perangai yang baik. Walau bagaimanapun memandangkan Encik Tham telah pun dijatuhkan hukuman selama tujuh tahun penjara di Myanmar atas perkara yang beliau tidak bersalah, saya ingin minta Yang Berhormat Timbalan Menteri supaya menolong beliau dalam perkara ini kerana cara pengadilan di mahkamah di Myanmar itu adalah penuh dengan persoalan dan isterinya kata memang tidak adil. Saya berharap kerajaan akan menggunakan saluran diplomatik untuk menyelamatkan Encik Tham daripada dipenjarakan. Terima kasih. Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Sila bagi Yang Berhormat Tambun. 3.51 ptg. Dato' Haji Ahmad Husni bin Mohd Hanadzlah [Tambun]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh di bawah tajuk hubungan dua hala dan perancangan dasar serta perhubungan pelbagai hala, dan saya ingin mendapat penjelasan daripada Timbalan Menteri Luar Negeri mengenai dengan perkara-perkara yang akan saya bangkitkan. Kita sedar bahawa dunia berhadapan dengan dunia unipolar selama lebih kurang satu dekat sekarang, di mana Amerika Syarikat mempunyai kuasa politik, ekonomi dan ketenteraan yang begitu kuat. Kemudian kita dapati di abad ke-21, konflik bertambah hebat lagi dari segi ketegangan ras, agama dan politik, ekonomi dan termasuk keganasan. Dalam suasana yang berubah ini Amerika menjadi lebih kuat. Kita tahu Amerika akan menjalankan apa sahaja untuk mengekalkan kedudukannya malah sekarang ini lebih kuat lagi. Kita dapat lihat di Eropah, Timur Eropah, di Asia, Latin Amerika, Amerika menjadi lebih kuat lagi.

52 DR.24.10.2002

Kemudian dalam menjaga kepentingan minyak kita dapati Amerika sedang memperkukuhkan kedudukan di Asia Tengah, Asia Barat dan negara-negara Caspian. Dari segi kajian bahawa rizab minyak di Timur Tengah akan mula merosot pada tahun 2015. Jadi kita dapati Amerika akan mengeksploitasi hubungan dua hala, pelbagai hala, dari segi kuasa, dari segi badan-badan antarabangsa dan juga melalui kerjasama sosioekonomi. Dalam suasana itu tentulah orientasi kita, keutamaan, vision serta equation kita itu perlu berubah dari segi dasar luar. Kita tahu dari segi dasar kita adalah untuk mempertahankan sempadan negara dari segi sovereignty, dan di samping itu untuk menjaga kepentingan kita dalam negara dan luar dari segi kekuatan ekonomi yang melibatkan FDI, teknologi eksport dan share kita dalam pasaran antarabangsa. Jadi penjelasan yang ingin saya mohon dalam suasana yang berubah ini, macam manakah dasar kita sekarang ini. Hubungan kita dengan Amerika Syarikat yang menjadi kuasa cukup besar, kedudukan kita dalam ASEAN, dalam OIC, dalam NAM dan semua hubungan pelbagai hala. Kalau kita lihat dari pelbagai sudut ASEAN umpamanya, saya percaya segala masalah yang timbul oleh kerana suasana dunia pada masa dahulu block- block regional ini boleh wujud atas block regional per se, tetapi sekarang dengan perubahan dunia, block regional ini sempadannya sudah tidak begitu kuat kerana masing- masing mempunyai hubungan bilateral dengan Amerika Syarikat dan mereka menjadi begitu kuat. Saya berpendapat bahawa walau apa pun terjadi, yang utama bagi kita adalah untuk menjaga hubungan kita dengan jiran kita ASEAN dan termasuk ASEAN plus 3, yang mana telah kita bina begitu lama beberapa dekad lalu, tetapi sekarang ini kita lihat hubungan ini sudah tidak begitu elok lagi, mungkin kita dengan Thailand tidak ada masalah termasuklah dengan Vietnam dan Myanmar. Tapi kita dapati dengan Indonesia, dengan Singapura dengan Filipina kita mempunyai masalah tidak seperti dahulu macam jiran satu keluarga. Tapi sekarang nampak seolah-olah bermusuhan dan terutama apabila kejatuhan ekonomi berlaku dan baru-baru ini berlaku kes di Bali, kita dapati campur tangan Amerika Syarikat, Australia dan badan luar di Indonesia lebih kukuh lagi, jadi di sini loyalty negara- negara ASEAN saya lihat tidak begitu kuat lagi. Jadi sehubungan itu apakah yang harus kita lakukan. Saya lihat dari segi ASEAN, kita ada ASEAN Free Trade Area. Kita bercakap tentang penduduk seramai 450 juta. Daripada 450 juta yang menjadi pasaran 220 juta duduk di Indonesia, lebih kurang 45% dan kita dapati hubungan di antara kita dengan Indonesia, berbanding Singapura dengan Indonesia lebih rapat lagi, walaupun kita rasa Indonesia dengan Malaysia sebagai satu rumpun. Saya lihat dari sudut China dengan Taiwan. China dengan Taiwan merupakan dua negara sovereign. Walau bagaimanapun China menganggap bahawa Taiwan adalah sebahagian daripada negaranya dan mereka bermusuh daripada satu sudut, tapi dengan perubahan dunia Taiwan sudah membuka pintu kepada China dan China kepada Taiwan dan mereka berbaik-baik. Saya lihat dari segi kedudukan kita dengan Indonesia, saya tidak nampak mengapa kita tidak boleh menjalinkan hubungan baik, terutama Indonesia memerlukan pertolongan ekonomi. Kita dapati bahawa Singapura mendahului kita dari segi untuk mengadakan hubungan ekonomi, pelaburan dan sebagainya dilakukan oleh orang Singapura dan tidak oleh kita. Jadi akhirnya kita dapati bahawa kita seolah-olah tidak ada sahabat lagi di kawasan ASEAN ini. Dalam konteks untuk memperkukuhkan kualiti hubungan ASEAN saya berharap kerajaan akan melihat daripada semua sudut, bukan cultural dan political semata-mata, kita lihat dari sudut kekuatan ekonomi di mana boleh kita gunakan. Di samping itu dari segi kekuatan tentera saya ingat mempunyai peranan besar dari segi hubungan multilateral terutama di ASEAN. Saya lihat dari segi kekuatan tentera kita tidak begitu kuat. Mungkin itu salah satu faktor orang melihat kita tidak begitu hebat. Saya rasa dari segi dasar luar kita perlu melihat

DR.24.10.2002 53

kekuatan tentera kita, macam Amerika Syarikat oleh kerana kekuatan tenteranya, semua orang takut. Walaupun kalau kita berperang dengan mana-mana negara jiran campur tangan Amerika dan sebagainya akan membuat balance of power itu tidak memihak kepada kita, tapi saya rasa sekiranya kita mempunyai kekuatan tentera, respect mereka kepada kita itu lebih tinggi dan hubungan dasar luar kita akan menjadi lebih baik lagi. Di samping itu macam mana hubungan kita dengan OIC. Kita akan menganjurkan persidangan OIC dan NAM pada tahun hadapan. Bagaimanakah faedah yang akan kita perolehi kerana saya lihat dari segi hubungan kita dengan OIC, kita sedia maklum OIC bukan merupakan satu blok yang mempunyai apa-apa kuasa malah negara-negara OIC sendiri sebahagian besarnya tunduk kepada Amerika Syarikat dan bergantung kepada Amerika Syarikat. Persidangan OIC lebih macam satu jendela untuk menunjukkan seolah-olah ada blok Islam, padahal tidak ada kuasa di situ dan apabila kita mengadakan persidangan tersebut apakah ini akan mendatangkan keuntungan kepada negara kita. Begitu juga dari segi NAM, kita dapati sebahagian besar daripada ahli-ahli daripada negara-negara Afrika, cakap banyak tapi bukan negara yang maju, setengahnya bermusuh dengan Amerika Syarikat dan kita berbaik dengan mereka dan dunia barat akhirnya memandang serong kepada kita bukan kerana kita, tapi kerana mempunyai hubungan baik dengan negara-negara yang tidak disukai oleh negara-negara Amerika Syarikat dan juga negara-negara dari Eropah. Di samping itu Tuan Pengerusi, saya ingin bertanya kepada kementerian status kita sebagai sebuah negara yang pragmatik Islam dan juga sebagai, antaranya negara yang dihormati oleh negara-negara membangun. Apakah kita tidak boleh gunakan ini sebagai leverage untuk kita memainkan diplomasi antarabangsa. Walaupun Amerika hendak berperang dengan banyak negara, tapi akhirnya saya rasa orang Amerika pun tidak suka berperang tetapi bila berhadapan dengan satu situasi tidak boleh keluar daripada keadaan berperang ini, mereka memerlukan negara-negara dan individu-individu tertentu untuk membantu mewujudkan diplomasi. Tidakkah Malaysia boleh memainkan peranan tersebut sebagai sebuah negara yang begitu pragmatik. Akhir sekali saya ingin bertanya kepada Kementerian Luar Negeri, saya dapati dalam lawatan Perdana Menteri baru-baru ini ke beberapa negara, banyak negara yang bercakap tentang sesudah bersara apakah yang harus dimainkan oleh Perdana Menteri. Ada negara-negara Islam kata, mesti main peranan sebagai jurucakap negara Islam, ada yang negara membangun berkata menjadi jurucakap negara membangun dan macam-macam.. Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Masa Yang Berhormat sudah cukup Yang Berhormat. Dato' Haji Ahmad Husni bin Mohd Hanadzlah: Ya, saya tutup. Jadi saya ingin mendapat penjelasan dari Timbalan Menteri tidakkah kita mempunyai perancangan untuk Perdana Menteri apabila bersara nanti untuk memainkan peranan di peringkat antarabangsa supaya dengan beliau memainkan peranan tersebut akhirnya keuntungannya dapat kepada negara kita. Terima kasih. Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Saya bagi Tuaran. 4.00 ptg. Tuan Wilfred Madius Tangau [Tuaran]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin mengambil bahagian dalam perbahasan bagi Maksud Bekalan 36, Butiran 020000 iaitu Hubungan Dua Hala dan Rancangan Dasar. Tuan Pengerusi, saya ingin berbahas berhubung dengan hubungan Malaysia dengan Kerajaan Filipina. Semasa Presiden Ramos memerintah di negara Filipina, hubungan negara kita dengan Filipina telah bertambah begitu baik terutama sekali apabila kita telah memulakan Brunei-Indonesia-Malaysia-Philippine East Asia Growth Area ataupun BIMP-EAGA.

54 DR.24.10.2002

Setelah ditubuhkan kerjasama ini, banyak perkembangan program yang baik yang telah dilaksanakan sehinggalah perhubungan di antara Sabah dan Filipina, sebagai contoh kita mempunyai feri dari Sandakan ke Zhamboanga dan sebagainya. Banyak juga syarikat dari Malaysia yang telah melabur di selatan Filipina. Selain daripada itu, pada ketika itu juga terdapat petanda-petanda baik di mana negara Filipina bersetuju untuk menubuhkan konsulat di Kota Kinabalu dan sebagainya. Apabila dalam keadaan demikian, kita berharap perhubungan itu akan bertambah baik. Malah dalam pemerintahan Ramos juga, kerjasama dari segi joint border petrol telah dipertingkatkan. Walau bagaimanapun, Tuan Pengerusi, apabila kes Ligitan-Sipidan telah dibawa ke International Court of Justice, tiba-tiba pula Filipina telah campur tangan dengan menyatakan bahawa mereka harus terlibat oleh kerana mereka ini juga mempunyai tuntutan ke atas negeri Sabah. Selepas daripada itu, kita lihat seterusnya apabila kerajaan kita telah menguatkuasakan undang-undang pindaan imigresen baru-baru ini di mana kita telah mengenakan tindakan undang-undang terhadap pendatang-pendatang tanpa izin di negara kita, maka tiba-tiba pula negara Filipina mengubah sikap dan melihat bagaimana sikap mereka sehinggakan rakyat Filipina telah membakar bendera kita dan sebagainya dan di situlah kita lihat bagaimana biadabnya rakyat Filipina ini terhadap kita. Tiba-tiba kita melihat bahawa mereka ini selama ini tidak berterima kasih bahawa kerajaan kita Malaysia ini telah memberi tempat kepada beribu-ribu rakyat mereka di Malaysia, khususnya di Sabah, kita telah memberi makan kepada mereka, kita telah memberi kemudahan hospital untuk kesihatan dan sebagainya Tuan Pengerusi, kesemuanya ini berlaku, pada pendapat saya adalah oleh kerana tuntutan Kerajaan Negara Filipina terhadap Sabah ini mempunyai sejarahnya yang tertentu dan dalam konteks itu ada beberapa perkara yang belum lagi diselesaikan iaitu sehingga pada hari ini, Kerajaan Negeri Sabah masih lagi membayar apa yang dikatakan sebagai sewa kepada Sultan Sulu iaitu sebanyak RM5,000 setahun sehingga sampai bila-bila masa. Tuan Pengerusi, baru-baru ini apabila Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berada di Brunei, beliau telah mengumumkan bahawa kerajaan boleh mempertimbangkan untuk memberi kewarganegaraan kepada rakyat Filipina yang telah dianggap sebagai telah memberi sumbangan terhadap pembangunan negara kita. Saya fikir Yang Amat Berhormat merujuk kepada seramai 57,179 orang pelarian Filipina yang berada di negeri Sabah sejak tahun 1972 iaitu mereka telah lari ke negeri Sabah, Malaysia ini apabila adanya perang saudara di selatan Filipina pada ketika itu. Sekarang ini mereka sudah berada di negeri Sabah, di negara kita ini hampir 30 tahun. Dalam beberapa sesi Parlimen yang lepas, saya sering bertanya tentang apakah sebenarnya dasar kerajaan tentang kumpulan Filipina ini. Apakah dasar kita? Adakah kita hantar mereka ke negara asal mereka ataupun hantar mereka ke negara yang ketiga ataupun terima mereka sebagai warganegara? Pada hari ini, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah menyatakan pendirian dan saya fikir ini sudah menjadi satu dasar kerajaan yang baru berhubung dengan bilangan yang begitu besar. Tuan Pengerusi, kita tidak tahu sebenarnya, sama ada betul-betul bilangan ini, 57,179 orang ini, tetapi saya difahamkan bahawa di negeri Sabah, senarai nama-nama orang ini dan di mana mereka tinggal pihak kerajaan tahu. Persoalannya di sini ialah apabila katakanlah kita akan memberi kewarganegaraan kepada mereka secara automatik, apa akan jadi. Apakah kita tidak akan selective? Apakah kita tidak akan memilih siapa orang-orang ini? Apa akan jadi nanti di kalangan orang-orang ini mempunyai rekod pengganas, selepas itu menjadi rakyat Malaysia dan selepas itu kita akan dituduh lagi bahawa orang ini adalah pengganas dan sebagainya. Dan apakah pula kita tidak ambil kira penglibatan mereka di masa yang lampau? Misalnya mereka mungkin sebahagian daripada pejuang-pejuang MILF, MNLF dan apa juga kumpulan-kumpulan di selatan Filipina. Untuk ini, Tuan Pengerusi, saya mencadangkan supaya kerajaan menubuhkan satu jawatankuasa pelbagai parti ataupun all party committee untuk menangani masalah ini.

DR.24.10.2002 55

Saya fikir kumpulan pelarian Filipina ini tidak boleh diproses sebagai warganegara Malaysia seperti permohonan-permohonan biasa. Sebab ini mempunyai satu konteks, mempunyai latar belakang yang amat berbeza dan mempunyai implikasi yang berbeza daripada permohonan biasa. Kita juga perlu ambil kira dalam konteks tuntutan Filipina ke atas Sabah. Kalau kita jadikan mereka sebagai warganegara, bagaimana pula dengan kesetiaan mereka? bagaimana pula dengan patriotisme mereka terhadap negara kita, Malaysia? Apakah tidak satu ketika nanti bilangan yang begitu besar ini, tiba-tiba mereka mengatakan bahawa this my homeland. “Kamu orang ini hanya sewa, boleh kamu lari?” Dan mereka ambil alih dari dalam. Semua perkara yang amat sensitif ini perlu diambil kira dan oleh itu, saya ingin mencadangkan di Dewan yang mulia ini supaya kerajaan menubuhkan jawatankuasa pelbagai parti politik dan kita libatkan parti-parti politik pembangkang dalam jawatankuasa ini supaya ia dapat telus, supaya kita tidak kelihatan untuk melindungi apa-apa. Saya fikir pihak Kerajaan , kita tidak ada apa-apa yang dilindungi. Selama ini pun pihak kerajaan telah mengambil pelarian Filipina ini dan menetapkan di negeri Sabah, memberi pekerjaan, memberi makanan dan menjaga kesihatan mereka, atas sikap kita yang prihatin terhadap kemanusiaan. Oleh itu, saya ingat apabila mereka ini diberi taraf kewarganegaraan, harus kita berhati-hati dan oleh sebab itu sekali lagi saya mencadangkan supaya jawatankuasa pelbagai parti ini ditubuhkan. Tuan Pengerusi, saya ingin juga mencadangkan supaya BIMP-EAGA ini dipertingkatkan dan dihidupkan kembali. Saya fikir untuk menyelesaikan masalah kebanjiran pendatang tanpa izin dari Filipina ke negeri Sabah dan juga dari Indonesia ke negeri Sabah ini, BIMP-EAGA ini sebenarnya mempunyai peranan. Syarikat-syarikat dari Malaysia boleh melabur di selatan Filipina ataupun di Kalimantan ataupun di Sulawesi dan sebagainya. Tetapi kita lihat pada hari ini, di bawah BIMP-EAGA tidak lagi begitu aktif, agak lesu. Kita tidak dengar apa-apa. Satu ketika dahulu, kita dengar banyak simposium persidangan antarabangsa sama ada di…. Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Masa Yang Berhormat sudah cukup Yang Berhormat. Tuan Wilfred Madius Tangau: ….Brunei ataupun di Kota Kinabalu. Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Masa cukup Yang Berhormat. Tuan Wilfred Madius Tangau: Ya, saya gulung. Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Masa cukup. Tuan Wilfred Madius Tangau: Tetapi hari ini kita tidak mendengar lagi. Dengan ini, Tuan Pengerusi, saya berharap pihak kementerian dan pihak kerajaan akan mengambil sikap yang serius untuk melihat perkembangan hubungan dua hala di antara Kerajaan Malaysia dan Filipina ini sebagai satu yang serius sebab saya bersetuju dengan Yang Berhormat bagi Tambun bahawa jika sekiranya soal-soal seperti ini dengan jiran kita tidak diselesaikan,cadangan-cadangan Malaysia seperti ASEAN + 3 dan sebagainya…. Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Cukup Yang Berhormat. Tuan Wilfred Madius Tangau: ….Malaysia tidak akan mendapat sokongan. Dengan kata-kata ini, saya menyokong. Terima kasih. Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya. Tuan Kerk Kim Hock: [Bangun] Dato' Yap Pian Hon: [Bangun]

56 DR.24.10.2002

Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Bangun betul-betullah Yang Berhormat. Saya susah hendak bagi kalau bangun tidak betul. Kalau tiga orang ini, mula-mula saya bagi Kota Melaka, selepas itu Batang Lupar, selepas itu Serdang dan kemudian Timbalan Menteri menjawab. Sila. Tuan Kerk Kim Hock: Tidak cukup dengan masa lah Tuan Pengerusi, bagi semualah, tiga orang sahaja, tidak apalah. Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, sila, sila. 4.11 ptg. Tuan Kerk Kim Hock [Kota Melaka]: Saya masuk Butiran 010000 – Pentadbiran Ibu Pejabat dan Perkhidmatan Sokongan. Saya ingin menyeru kerajaan supaya mengambil langkah-langkah yang perlu untuk membantu SUHAKAM bagi meningkatkan prestasi dan juga menguatkan autoriti SUHAKAM supaya SUHAKAM sebagai satu badan untuk meningkatkan hak asasi di negara kita dapat memainkan peranan dengan efektif. Sebelum saya masuk ke perkara itu, saya ingin membawa satu perkara yang telah saya bawa pada 30 September ini tetapi oleh kerana saya digantung daripada menghadiri mesyuarat dan hujah saya telah pun digantung, tidak dijawab iaitu berkenaan satu isu di mana saya telah sebut pada 14 September tahun lalu, tahun 2001, saya telah buat satu rayuan rasmi kepada SUHAKAM untuk campur tangan dan menyiasat kes Tan Seng Heng, seorang penduduk Sarawak yang telah dihalau keluar dari negeri tersebut secara tidak adil walaupun beliau telah bermastautin di sana lebih daripada 20 tahun. Setelah gagal memperoleh apa-apa jawapan daripada SUHAKAM selama hampir 9 bulan, saya mengutus surat kepada SUHAKAM pada 3 Jun tahun ini. Kini sudah lebih daripada setahun sejak kali pertama saya membuat rayuan kepada SUHAKAM tetapi tidak seorang pun yang mengambil peduli untuk memberitahu saya jawapan mengenai status terbaharu atau sama ada apa-apa siasatan telah dijalankan. Saya tidak faham, apakah sebabnya Pengerusi SUHAKAM yang lalu dan juga yang sekarang tidak dapat memberitahu saya apakah status yang baru tetapi saya sekarang syak bahawa memang SUHAKAM menghadapi masalah hendak menjalankan siasatan. Saya bawa satu kes di sini di mana DAP telah membuat aduan kepada SUHAKAM kerana SUHAKAM telah memberitahu kita bahawa pemimpin DAP termasuk.., seperti diberitahu oleh Yang Berhormat bagi Batu Gajah yang telah ditangkap di Bentong pada 4 Ogos oleh kerana telah menyebarkan risalah kempen No. 2929 tidak akan di caj oleh kerana satu persetujuan telah diperoleh di antara SUHAKAM dengan polis. Dan sememangnya beliau dan rakan-rakan lain, caj telah digugurkan, risalah-risalah dan juga pump balloon semua telah dikembalikan kepada DAP pada 4 Oktober. Ini bagus tetapi semalam dan juga dua hari lalu pemimpin DAP lain pula ditangkap di bawah tuduhan yang sama iaitu Sedition Act 4(1). Walaupun Saudara Kit Siang, Pengerusi Kebangsaan DAP, yang juga telah ditahan untuk siasatan di bawah tuduhan yang sama di Ipoh, juga telah diberitahu bahawa tidak ada kes. Dua tempat OCPD kata tidak ada kes tetapi semalam pula di Ipoh juga ditangkap. Jadi bagaimana kita boleh mempertahankan kewibawaan SUHAKAM sekiranya polis boleh bebas melakukan apa yang dianggap sebagai tidak sah. Lagipun pada 23 September ini, Yang Berhormat Timbalan Menteri Yang Berhormat bagi Alor Setar telah mengesahkan bahawa risalah yang disebarkan oleh DAP tidak mempunyai unsur hasutan tetapi tadi dia kata, case by case, kita lihat tempat. Apa jawapan ini? Saya tidak pernah dengar bahawa kalau ditangkap di bawah ISA berlainan tempat, akan jadi satu faktor pertimbangan. Kalau tuduhan ialah 4(1) tidak kira tempat. Tidak pernah saya dengar Tuan Pengerusi, jawapan yang tidak bertanggungjawab langsung oleh seorang Timbalan Menteri. Saya menyesalilah, saya cuma kemukakan satu usul potongan sepuluh ringgit. Saya akan mengutuskan surat kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri supaya pecat dia terus. In my politic

DR.24.10.2002 57

carrier, I have never seen the worst politician like him, despicable! Cuba tadi memutarbelitkan apa yang saya kata... Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Tidak payahlah Yang Berhormat, itu Menteri Dalam Negeri itu Yang Berhormat. Tuan Kerk Kim Hock: Tadi dia tidak bagi peluang saya bercakap langsung, itu sebab saya gunakan ….. Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Termasuk Menteri Luar Yang Berhormat. Tuan Kerk Kim Hock: Jadi tidak apa, ini …, tahulah saya ambil peluang pun tetapi kadang-kadang saya tidak ada pilihan Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi kadang- kadang pun tahulah, saya susah. Saya bukan kata saya hendak api-apikan, orang yang telah pinjam daripada ’Along’ untuk bayar saman hendak bagi balik wang saya bagi pihak mereka pun tidak boleh. Gunakan taktik untuk frustrate my attempt. Inilah perasaan saya sebagai seorang wakil rakyat tetapi kalau SUHAKAM sebagai satu badan yang hendak memainkan peranan efektifnya, perjanjian yang telah diperoleh di antara SUHAKAM dengan polis tidak dapat diteruskan. Saya khuatir bagaimana kewibawaannya boleh dipertahankan. Saya tidak tahulah sama ada rakan-rakan saya di DAP masih mempunyai keyakinan untuk membuat aduan kepada SUHAKAM tetapi bagaimanapun, saya harap kementerian dapat memberikan mesej kepada semua agensi kerajaan terutama sekali enforcement agency seperti polis, betul-betul memberikan kerjasama kepada SUHAKAM. Akhir sekali satu perkara yang berkenaan dengan tuduhan yang dibuat oleh laporan UN. Saya telah berkata bahawa saya anggap tuduhan yang telah dibuat oleh laporan UN bukan kerana bahawa BN ada kaitan dengan terrorist organization. Saya kata tidak masuk akal. Ada orang tanya saya, mengapa DAP hendak membela UN? Saya kata Tuan Pengerusi, sayalah orang pertama pembangkang yang mengatakan bahawa insiden Sauk bukan satu sandiwara, bukan oleh kerana saya tahu apakah fakta yang telah berlaku. Oleh kerana atas kepercayaan tidak ada manusia akan melakukan pembunuhan dengan tidak ada sebab dan saya kata, saya berani mempertahankan Barisan Nasional oleh kerana saya percaya satu organisasi BN tidak akan adakan hubungan itu tetapi tidak apa, itu saya hendak jelaskan. What I believe right, I say it tetapi nampaknya kadang-kadang ada juga tuduhan bahawa ada individu dalam Barisan Nasional yang telah menghubungi MILF, jadi saya haraplah bahawa saya tidak percaya langsung laporan UN mengaitkan BN itu betul tetapi nampaknya tuduhan spesifik telah dibuat oleh Dr. Rohan Gunaratna itu, saya mintalah supaya kerajaan juga mengambil satu langkah untuk menyiasat dengan sepenuhnya tuduhan itu dan janganlah kita ban buku itu, lagi baik kita minta dia datang ke Malaysia supaya orang-orang awam boleh tanya dia, bagaimana dia dapat sumber dia – dia kata daripada polis, Filipina, tidak apa, kita minta tindakan pengesahan. Lagi baik saya kata, kita tubuhkan satu jawatankuasa khas untuk mengadakan siasatan yang sedalam-dalamnya. Oleh kerana saya kata walaupun Malaysia buat protes, kadang-kadang foreign media dia tidak akan puas hati dan mereka akan kejar atau pursue isu ini. Jadi kalau kita hendak adakan re-barter yang efektif sekali, pada saya, jawapan yang senang sahaja ialah to be open, totally open about the situation in Malaysia dan ini termasuk kesanggupan Barisan Nasional untuk menyiasat sedalam-dalamnya semua tuduhan spesifik yang telah dikatakan dalam buku Dr. Rohan Gunaratna. Tidak semestinya dimasukkan dalam laporan UN tetapi yang dikandung dalam buku itu. Itu sahaja. Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, saya rasa masa sudah cukup. Ha, Batang Lupar dahulu. Selepas itu Serdang, selepas itu Timbalan Menteri menjawab. Tuan Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Terima kasih Tuan Pengerusi, sudah setengah jam Dato’. Di bawah Butiran 01000, saya ingin bertanya dengan kementerian, negara Malaysia sebagaimana yang telah kita terima hakikatnya bahawa berlandaskan Perlembagaan Malaysia dan penerapan nilai Islam dalam pentadbiran

58 DR.24.10.2002 kerajaan Malaysia dan prasarana bercorak Islam yang telah kita laksanakan seluruh negara dan kita mengakui bahawa negara kita adalah negara Islam, tetapi dalam masa yang sama ini nampaknya kita telah juga rasa terjerumus dalam satu-satu situasi yang mana Islam telah mendatangkan satu persepsi yang amat negatif di seluruh dunia. Dalam keadaan yang sedemikian, saya ingin bertanya dengan pihak kementerian di dalam negara kita ini kita telah nampaknya terikut-ikut dengan the game plan PAS, jadi ini kita telah terjatuh sedikit. Daripada luar negara, apakah tindakan kementerian supaya kita boleh mempengaruhi negara-negara Islam lain supaya boleh kita mencerminkan bahawa apa sebenarnya Islam? Bagaimana coraknya Islam? Apa itu Islam sebenarnya? Adakah Islam ala Taliban, Mujahidin dan pelbagai lagi Islam yang dianggap mengganas. Adakah Islam al-Qaeda dan sebagainya dan sejauh manakah kita boleh memperjuangkan Islam itu bukan corak ini tetapi adalah sebagaimana yang kita tadbirkan negara kita ini. saya berharap pihak kementerian boleh memberi jawapan yang khusus dalam perkara yang amat penting ini kepada negara kita. Saya pindah ke perkara yang lain Datuk iaitu 03000 - Perhubungan Pelbagai Hala. Kita sekarang dalam negara ASEAN, tadi dalam ASEAN sebagaimana Yang Berhormat bagi Tambun telah sebutkan tadi nampaknya satu persatu kawan kita yang jatuh dari senarai kawan yang kita katakan kawan dahulu. Jadi maknanya tidak lama lagi kita akan kehilangan semua kawan dalam ASEAN, tetapi semangat ASEAN itu ialah untuk mewujudkan persahabatan serantau untuk mengatasi masalah serantau dan berbagai- bagai lagi. Bahkan walaupun kita pada masa sekarang belum menjadi sebagai satu kuasa NATO dan sebagainya, ketenteraan serantau tetapi ada berkemungkinan pada satu ketika nanti, ini juga akan berlaku untuk mempertahankan dasar dan matlamat serta tujuan ASEAN serantau. Tetapi dalam masa yang sama kita masih banyak masalah perhubungan dua hala dengan negara-negara jiran. Jadi kita mempunyai masalah dengan Singapura, bukan persoalan air tetapi tuntutan yang bertindih antara Singapura dan Malaysia, persoalan tuntutan bertindih di antara kita dengan Indonesia dan banyak lagi tuntutan-tuntutan yang bertindih. Jadi masih menjadi satu persoalan yang belum dapat jawapan yang tertentu. Selain daripada itu, yang lebih besar lagi ialah tuntutan Filipina ke atas Sabah sampai sekarang pun belum dapat kita selesai. Jadi soalan saya apakah tindakan yang boleh kita pelopori kepada ASEAN ini supaya semua masalah yang telah menjadi satu ‘duri dalam daging’ di dalam perhubungan negara-negara ASEAN ini dapat diselesaikan secara muktamad dan tidak lagi menjadi satu masalah di antara perhubungan kita. Jadi Tuan Pengerusi, saya berpindah kepada Butiran 030100 - Pertubuhan Serantau Kerjasama ASEAN, ini juga tentang ASEAN. Baru-baru ini kita mendengar bahawa ada ura-ura hendak menubuhkan Parlimen ASEAN dan apakah pendirian kita berhubung dengan cadangan ini? Dan kalau ini juga menjadi satu lagi persoalan yang bakal berbangkit dalam ASEAN, saya tidak tahu ke mana ASEAN itu akan tuju? Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad: [Bangun] Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, ada yang berdiri Yang Berhormat. Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad: Tuan Pengerusi, saya hendak bertanya sahabat saya bagi Batang Lupar, adakah beliau sedar bahawa proposal, cadangan mewujudkan ASEAN Parliament telah pun ditolak oleh Mesyuarat AIPO di Vietnam baru-baru ini? Terima kasih. Tuan Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Tuan Pengerusi, maknanya kita telah berhadapan dengan banyak masalah. Umpamanya masalah yang pertama apabila Malaysia mencadangkan ASEAN + 3 diadakan ibu pejabatnya atau sekretariat di Kuala Lumpur telah ditolak oleh pihak Indonesia dan Singapura dan begitu juga Parlimen ASEAN ini juga telah ditolak, tetapi dalam keadaan yang sedemikian banyak masalah yang dianggap kecil ini tetapi menjadi satu duri dalam daging perhubungan ASEAN di rantau ini. Jadi apakah penyelesaian supaya masalah-masalah ini tidak menjejaskan matlamat asal ASEAN itu sendiri dan tidak menjejaskan perhubungan secara G to G bilateral di antara kerajaan-kerajaan yang berdekatan kerana kita tidak mahu pada satu ketika nanti kita tidak

DR.24.10.2002 59

lagi berhadapan dengan musuh di luar ASEAN tetapi berhadapan dengan musuh dalam ASEAN itu sendiri. Ini akan menyulitkan lagi keadaan dalam keadaan yang mana disebut oleh Yang Berhormat bagi Tambun tadi, pengagihan sumber kita untuk tentera, saya sendiri telah menyebutkan hanya 8% pada persidangan in. Maknanya ini adalah amat kecil sekali. Walaupun kita faham bahawa kita tidak hendak berperang dengan orang, tetapi dalam masa yang sama pada ketika dahulu, ada orang Amerika mengatakan kalau you want peace, you must be prepared for war, kalau tidak orang ganyang kita. Jadi dalam keadaan yang sedemikian banyak persoalan yang menunjukkan bahawa kita tidak mengambil tindakan yang positif untuk menjaga kita sendiri daripada duduk di tempat yang lemah. Akhir sekali Tuan Pengerusi, saya berpindah kepada satu persoalan. Kita di Parlimen Malaysia ini mempunyai beberapa badan yang ada hubung kait dengan Parlimen dan badan ini juga ada hubung kait dengan Kementerian Luar Negeri iaitu IPU, CPA dan AIPO dan juga APPF. Jadi badan ini nampaknya wujud macam itu sahaja dan dikendalikan oleh beberapa pegawai dalam Parlimen ini. kemudahan-kemudahan semuanya tidak mencukupi. Bahkan apabila wakil kita dari Malaysia pergi ke negara lain, kita ini macam anak tiri tiada bapa. Dato' Haji Ahmad Husni bin Mohd. Hanadzlah: [Bangun] Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, ya Tambun. Dato' Haji Ahmad Husni bin Mohd. Hanadzlah: Tuan Pengerusi, berkaitan dengan perkara ini, saya dapat buat perbandingan dengan negara lain. Apabila Ahli-ahli Parlimen daripada negara lain mewakili IPU terutamanya pergi ke persidangan di Jordan atau mana-mana tempat, mereka akan dapat kemudahan daripada kerajaan mereka dari segi kereta, pegawai dan sebagainya, manakala dari segi kita sendiri, kalau duta di tempat itu baik, dia bagi tolong, kalau tidak kita sendiri sahaja. Jadi Tidakkah patut kementerian melihat kepada perkara ini? Minta penjelasan Yang Berhormat. Tuan Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Terima kasih Yang Berhormat bagi Tambun. Sebenarnya air drop daripada atas supaya dapat sampai ke pokok lebih awal daripada saya. Sebenarnya saya hendak memanjat daripada bawah untuk sampai ke situ juga. Jadi persoalannya memang, apakah tindakan Kementerian Luar Negeri untuk memperuntukkan bukan sahaja dari segi sumber bantuan kepada Ahli-ahli Parlimen kita, pegawai-pegawai kita yang pergi mewakili negara ini dalam badan yang begitu besar. IPU umpamanya, badan yang mewakili sebesar United Nation juga tetapi apabila kita sampai ke negara yang mana persidangan diadakan nampaknya sebagaimana Yang Berhormat bagi Tambun sebut kalau wakil negara Malaysia ada di sana, ambassador tidak ada komitmen lain, tidak ada tea ataupun luncheon, dinner dan sebagainya adalah memberi layanan kepada kita, bukan dia tidak hendak tetapi masalahnya ini bukan dalam garis panduan, bidang tugas dan tanggungjawabnya. Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Masa Yang Berhormat sudah cukup ya. Tuan Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Jadi saya mencadangkan Tuan Pengerusi supaya kementerian melihat keperluan IPU, CPA dan AIPO dan badan-badan lain yang kita ada di Malaysia ini semasa berada di luar negara. Terima kasih Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, Serdang. 4.30 ptg. Dato’ Yap Pian Hon [Serdang]: Tuan Pengerusi, …. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Lim Si Cheng) mempengerusikan Jawatankuasa] Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Selepas Serdang, Yang Berhormat Timbalan Menteri menjawab.

60 DR.24.10.2002

Dato’ Yap Pian Hon: Tuan Pengerusi, Butiran 020100 – Hubungan Dua Hala Politik dan Ekonomi. Butiran 020200 – Pera ncangan Dasar dan Butiran 020300 – Penerangan Luar Negeri. Tuan Pengerusi, rakyat Malaysia terkejut terhadap Kanada yang menggunakan alasan keselamatan mengumumkan peraturan visa bagi rakyat Malaysia. Menteri Imigresen Kanada menyifatkan pasport Malaysia dan sistem pengeluaran pasport oleh Jabatan Imigresen Malaysia mudah disalahgunakan. Kenyataan ini memberi gambaran pasport negara kita tidak boleh dipercayai, ini satu kenyataan, satu keputusan yang telah menyinggung hati rakyat Malaysia yang juga bersifat menghina kepada rakyat Malaysia dan juga pentadbiran di negara kita ini. Tuan Pengerusi, apa yang saya hairankan bahawa kebanyakan anggota Komanwel termasuk negara kita sebelum ini tidak mengenakan syarat visa. Ini menunjukkan bahawa Kanada telah mengamalkan dasar diskriminasi terhadap negara kita, memang nyata risiko menjejaskan tali persahabatan antara dua negara ini tidak mengambil kira. Saya bertanya apa makna negara kita terus bekerjasama sebagai anggota Komanwel? Apa gunanya lagi kalau salah satu negara anggota Komanwel boleh berbuat demikian tanpa alasan yang cukup, saya minta pandangan daripada kementerian sama ada keputusan sebelum ini dibuat, adakah dasar ini dapat menyelesaikan sistem pengeluaran pasport negara kita sama ada setanding dengan standard and quality international. Sama ada mudah disalahgunakan. Mungkin ini salah satu alasan untuk menjejaskan hubungan antara dua negara, dengan demikian itu, adakah pihak kementerian meminta alasan lebih lanjut lagi daripada pihak negara Kanada berkaitan dengan tindakan syarat visa ini, ini tidak munasabah kepada negara kita, berbandingkan sepanjang masa hubungan antara kedua negara ini, bukan sahaja daripada perdagangan dan juga pelajar- pelajar yang sedang menuntut di negara itu. Dari persahabatan yang begitu erat pada satu ketika dahulu merupakan sebagai anggota Komanwel, jadi syarat yang dikenakan visa kepada rakyat Malaysia ini mungkin menjadikan satu perkara yang penting, cara mana untuk menjejaskan hubungan kedua negara ini. Jadi, apa tindakan yang sewajarnya daripada kerajaan untuk menyelesaikan masalah ini supaya keputusan yang dikenakan itu begitu memburukkan negara kita ini. Tuan Pengerusi, satu perkara yang menarik hati saya, iaitu satu tajuk yang telah dikeluarkan satu laporan yang dibentangkan bertajuk, dengan izin, The Role and Function of the Malay studies academic in developing the usage of bahasa Melayu as a Malaysian National Language. Laporan dibentangkan dalam The Third International Council for Malays Conference yang diadakan baru-baru ini, pengerusi ICM, Dato’ Abdul Aziz pernah mengatakan, dengan izin, The Malays language have a capacity for being accepted as one of an official languages at the United Nations conference. Dia terus katakan, and I hope they will be the point of view among the leadership in the region to help achieve this target in the 21st century. Ini satu perkara yang menarik hati rakyat Malaysia bahawa Malay language, Bahasa Kebangsaan yang digunakan begitu luas, laporan yang dibentangkan digunakan dalam Bahasa Kebangsaan ini, dalam dunia ini dalam taraf empat iaitu sebanyak 250 juta rakyat menggunakan bahasa Melayu. Jadi, adakah pihak kementerian mengambil peluang ini untuk mengemukakan kepada Bangsa-Bangsa Bersatu melalui perwakilan tetap Malaysia dalam forum-forum yang tertentu supaya bahasa Malaysia dapat digunakan sebagai official language di Bangsa- Bangsa Bersatu. Ini hasrat rakyat. Kalau bahasa Malaysia dapat digunakan sebagai salah satu official language di dalam Bangsa-Bangsa Bersatu inilah imej negara yang boleh didapat dihormati di pentas dunia. Tuan Pengerusi, satu perkara lagi, rakyat Malaysia sering mendapati bahawa publisiti negatif daripada radio, TV, majalah seluruh dunia terutama dari negara-negara

DR.24.10.2002 61

Barat terhadap imej Malaysia, sentiasa memburuk-burukkan negara kita ini dan pihak kementerian sentiasa mengatakan publisiti atau jawapan sentiasa melalui kedutaan- kedutaan kita atau perwakilan luar di negara-negara tertentu untuk menerangkan dasar- dasar kerajaan, dasar-dasar Malaysia kepada negara itu. Tetapi sehingga kini masih banyak publisiti negatif diteruskan di dunia untuk memburuk-burukkan imej Malaysia. Salah satunya, Tuan Pengerusi, saya difahamkan bahawa Reader's Digest, majalah popular di dunia pernah menyentuh tentang wabak denggi di Malaysia, dalam keluaran Mei tahun ini. Reader's Digest sebuah majalah begitu popular tetapi ia menggunakan isu wabak denggi ini untuk menjadikan isu, tentulah publisiti negatif yang dipaparkan memberikan imej buruk kepada negara kita. Barangkali juga akan menjejaskan industri pelancongan negara kita. Kalau tidak ada balasan, tidak ada jawapan balik, pelancong-pelancong asing daripada negara-negara lain akan takut datang ke negara kita kerana takut demam denggi. Jadi, tanggungjawab begitu berat yang dimainkan oleh kedutaan-kedutaan atau pegawai- pegawai luar di dalam Kementerian Luar Negeri untuk memberi penerangan yang lebih agresif, yang lebih agresif untuk membanteraskan publisiti yang begitu negatif terhadap negara kita ini. Langkah yang berkesan perlu diambil. Saya minta penjelasan, cara mana sepanjang masa ini, apa sebab atau apa peranan melalui Kementerian Luar Negeri itu masih tidak berkesan, masih diteruskan mendapat publisiti negatif demikian terhadap negara kita ini. Inilah tanggungjawab dan tugas yang dimainkan oleh Kementerian Luar Negeri terutama sekali pegawai-pegawai yang terlatih begitu baik untuk memberi gambaran positif kepada luar negeri. Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, masa cukup. Dato’ Yap Pian Hon: Jadi, inilah satu perkara yang saya minta penjelasan. Terima kasih. Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat Timbalan Menteri diminta menjawab. 4.40 ptg. Timbalan Menteri Luar Negeri [Datuk Dr. Leo Michael Toyad]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Sebelum saya mengulas perbahasan Peringkat Jawatankuasa untuk Kementerian Luar Negeri izinkan saya menyatakan terima kasih atas dorongan dan sokongan Ahli-ahli Yang Berhormat bagi Sri Gading, Tanjong, Shah Alam, Bagan Datok, Seputeh, Tambun, Tuaran, Kota Melaka, Batang Lupar dan Serdang yang telah mengambil kesempatan ini untuk memberikan pandangan-pandangan mereka dan juga cadangan- cadangan kepada Kementerian Luar Negeri dalam usaha kita bersama untuk meningkatkan lagi perhubungan dua hala dan pelbagai hala kita supaya peranan kita dalam peringkat antarabangsa berkesan dan kita juga dapat manfaat dalam usaha kita sebagai sebuah negara yang masih membangun dan sebagai sebuah negara dengan dasar perdagangan. Mengenai perkara yang telah ditimbulkan oleh Yang Berhormat bagi Sri Gading berhubung dengan hubungan dua hala Malaysia dengan Singapura. Ingin saya menyatakan di sini bahawa usaha kita akan berterusan untuk mencapai persefahaman khususnya dalam menyelesaikan isu-isu ini, khususnya isu harga air dahulu. Kita telah pun mengadakan mesyuarat peringkat pegawai di Johor Bharu pada 16 dan 17 Oktober yang lalu dan kita masih menetapkan pendirian kita dan berhak untuk mengkaji semula harga- harga air ini dan juga akan terus mengambil kira faktor komersial dan competitive price ini. Tindakan susulan akan diambil sama ada akan diteruskan ataupun seperti mana yang kita jelaskan dengan adanya syarat diberikan dalam perjanjian tahun 1961 dan 1962 untuk kita membawa ke Timbang Tara kalau tidak dapat diselesaikan. Yang Berhormat bagi Tanjong juga telah membangkitkan perkara bahawa Malaysia telah diletakkan dalam 15 negara yang berisiko tinggi dan juga menyatakan bahawa kita adalah dalam peringkat denial. Saya sama sekali berasa sedih di atas kenyataan ini. Sebenarnya Kerajaan Amerika Syarikat telah menyenaraikan beberapa

62 DR.24.10.2002 negara termasuk negara kita dalam senarai negara yang dikenakan beberapa prosedur visa yang ketat, bukan sebagai sebuah tempat pengganas wujud atau sebuah negara yang seperti mana yang dikatakan oleh Yang Berhormat tadi. Amerika Syarikat memang memasukkan nama Malaysia di dalam negara yang disenaraikan itu dan pendirian kita mengenai keganasan adalah amat jelas dan terus diberi perhatian oleh negara-negara khususnya negara Amerika juga dan mereka telah menyatakan kerjasama itu memang mereka terima dengan baik dan usaha-usaha kita di rantau ini dalam peranan kita dengan negara-negara serantau ini dalam menangani keganasan dan kerjasama yang rapat antara pemimpin-pemimpin di negara ASEAN ini dan juga dengan pemimpin-pemimpin Amerika Syarikat khususnya semasa lawatan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita ke Amerika Syarikat dan juga Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri. Jadi, .. Tuan Mohd. Apandi bin Haji Mohamad: [Bangun] Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Jeli bangun. Tuan Chow Kon Yeow: [Bangun] Datuk Dr. Leo Michael Toyad: Ya. Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Jeli bangun. Datuk Dr. Leo Michael Toyad: Tidak beri jalan dahulu, nanti saya beri. Yang Berhormat tidak memberi ucapan tadi. Saya jawab soalan orang yang memberi ucapan dahulu. Tuan Chow Kon Yeow: Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih Timbalan Menteri. Saya ingin tahu sama ada Kerajaan Malaysia ataupun Kementerian Luar Negeri telah diberi alasan yang dipakai oleh Amerika Syarikat untuk membuat senarai yang membabitkan Malaysia dalam senarai itu. Has Malaysian been informed, mengapa Malaysia perlu diletakkan dalam senarai itu. Datuk Dr. Leo Michael Toyad: Untuk makluman Yang Berhormat inilah satu tindakan oleh Kerajaan Amerika Syarikat dan ini adalah keputusan mereka untuk meletakkan walaupun kita telah memberikan jaminan bahawa usaha-usaha kita dan kita memberi sokongan dalam kerjasama menerusi perhubungan antarabangsa dan kita juga terus mengadakan perjanjian untuk bekerjasama dalam usaha membanteras keganasan di rantau ini secara keseluruhannya. Jadi, inilah satu perkara yang kita masih bincangkan dengan mereka dan pihak Amerika telah memberikan jaminan bahawa mereka akan mempertingkatkan lagi cara untuk mengatasi masalah ini daripada segi pengeluaran visa khususnya untuk negara- negara terbabit. Yang Berhormat juga telah membawa isu mengenai hubung kait dalam laporan kedua kepada Monitoring Group for the Sanction of Afghanistan. Izinkan saya menerangkan di sini bahawa sebenarnya Yang Amat Berhormat telah menyatakan bahawa kita dijemput oleh Kerajaan Filipina untuk mengambil bahagian dalam usaha untuk mencari cara perdamaian di Selatan Filipina itu dan tidak sama sekali kita dengan secara sendiri mengambil bahagian secara constructive engagement. Jadi, inilah cara kita berusaha di mana penglibatan kita itu adalah atas jemputan Kerajaan Filipina. Perkara yang kedua, Yang Berhormat juga telah menyatakan bahawa memang kita akan terus berusaha untuk mendapat kerjasama dengan negara jiran kita dan seterusnya menerusi ASEAN yang juga telah mendapat perjanjian bersama dengan Amerika Syarikat dalam usaha untuk membanteras kegiatan keganasan di rantau ini. Mengenai SUHAKAM, cadangan pelan tindakan terhadap hak asasi dan sebagainya dan Yang Berhormat telah menyatakan, adakah ini satu show case for human right. Yang Berhormat bagi Tanjong saya ingin menjelaskan di sini, kita telah membentuk SUHAKAM untuk memberi peluang supaya satu forum tempat rakyat kita

DR.24.10.2002 63

dapat mengadukan mana perkara-perkara yang melibatkan hak asasi manusia. Dalam penubuhan itu, saya ingin mengingatkan bahawa SUHAKAM itu adalah sebuah badan yang independent dan juga kita cuma meletakkan ia di bawah jagaan Kementerian Luar Negeri kerana perkara-perkara hak asasi manusia ini adalah juga melibatkan peringkat antarabangsa. Jadi, itulah sebabnya dan satunya, SUHAKAM dapat memberi pandangan, dan ianya terserah kepada kerajaan secara keseluruhannya untuk menerima atau menolakkan cadangan-cadangan itu. Disini adalah diberi ruang untuk kita menimbangkan semula cadangan itu, adakah kita menerima atau tidak itu, terserah kepada kerajaan… Dr. Tan Seng Giaw: [Bangun] Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Kepong bangun. Datuk Dr. Leo Michael Toyad: Sabar dahulu, saya menjawab soalan orang yang telah memberi ucapan dahulu. Nanti saya beri. Yang Berhormat juga telah menyatakan laporan itu telah diendorsekan oleh Kementerian, tetapi sebenarnya ia harus juga dikemukakan kepada menteri yang berhak untuk mendapatkan gambaran laporan mereka juga sebelum dikemukakan di Parlimen. Kementerian Luar Negeri atau Menteri Luar Negeri adalah menteri yang bertanggungjawab dalam Parlimen untuk perkara ini. Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat Kepong. Datuk Dr. Leo Michael Toyad: Biarkan saya habis dengan jawapan ini dahulu. Ini mengenai perkara yang bergantung kepada SUHAKAM. Tadi saya tidak bagi Yang Berhormat bagi Jeli. [Ketawa] Nanti kemudian boleh. Siapa lagi tadi? Yang Berhormat bagi Shah Alam telah membangkitkan perkara mengenai peranan kita dalam kerjasama antara pelbagai hala dan dua hala, dan terima kasih atas sokongan dan dorongan beliau. Kita berharap kita dapat terus akan berusaha khususnya dalam usaha kita mendapatkan persetujuan dalam perundingan kita, dengan negara Singapura untuk mendapatkan apa yang dicadangkan oleh beliau ‘win-win situation’. Kita terima kasih atas ucapan beliau, sokongan kepadanya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita yang sentiasa berusaha untuk menyuarakan pandangan-pandangan kita dan pendirian-pendirian kita di peringkat antarabangsa bersama dengan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri kita. Mengenai perkara yang telah disebutkan bersama oleh Yang Berhormat bagi Seputeh dan Yang Berhormat bagi Shah Alam tadi bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tidak berkesempatan untuk bertemu dengan Aung San Suu Kyi di masa lawatan ke Myanmar, saya telah nyatakan dalam Dewan ini bahawa itu adalah lawatan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selama dua hari atas jemputan kerajaan Mynmar, dan juga beliau adalah terlibat dengan urusan tetap untuk memberi ucaptama di peringkat Mesyuarat Teknologi Antarabangsa dan pihak mereka akan mempertimbangkan permohonan ini, walaupun masa itu Yang Amat Berhormat tidak berkesempatan untuk mendapatkan jemputan itu dan kita katakan ialah atas tanggungjawab pihak tuan rumah. Dato' Ir. Mohd. Zin bin Mohamed: [Bangun] Puan Teresa Kok Suh Sim: [Bangun] Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Ya. dua yang bangun. Dato' Ir. Mohd. Zin bin Mohamed: Terima kasih. Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Sila Yang Berhormat. Dato' Ir. Mohd. Zin bin Mohamed: Timbalan Menteri ya, saya, saya. Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Shah Alam. Dato' Ir. Mohd. Zin bin Mohamed: Duduklah.

64 DR.24.10.2002

Puan Teresa Kok Suh Sim: Apa ini tidak gentlemen bagi saya itu. [Ketawa] Dato' Ir. Mohd. Zin bin Mohamed: Dia bagi laluan kepada saya. Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Kalau hendak gaduh, dua, dua keluar tak payah tanyalah [Ketawa] Dato' Ir. Mohd. Zin bin Mohamed: [Ketawa] Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya bangkitkan persoalan ini kerana dalam usaha yang dijalankan oleh kerajaan Malaysia terutama Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah pun berusaha untuk membawa Myanmar dalam ASEAN walaupun banyak penentangan yang telah pun dibuat terhadap Myanmar dan kita tahu sehingga ke hari ini pun sekatan perdagangan dikenakan kepada Myanmar. Memang dalam usaha ini, kerajaan mengambil langkah proaktif supaya Myanmar dapat dijadikan sebagai sebuah negara yang demokrasi. Tetapi bila Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pergi ke sana dan selepas usaha yang dijalankan oleh Duta Bangsa- Bangsa bersatu, Tan Sri Razali dan perkara ini dapat direalisasikan. Tetapi dalam lawatan rasmi walaupun dijemput oleh kerajaan Myanmar tetapi kalau ada permintaan untuk berjumpa dengan pemimpin Aung San Suu Kyi ini tidak diizinkan, ini tidak melambangkan perasaan terima kasih terhadap usaha itu kerana kalau dengan izin media antarabangsa melihat seolah-olah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri memang sengaja tidak hendak berjumpa dengan pemimpin tersebut. Yang itu mesej yang harus dijelaskan kerana dalam masa yang sama kalau ada pemimpin daripada Jepun atau Eropah untuk jumpa, diizinkan. Persoalannya mengapa permintaan daripada pemimpin Kerajaan Malaysia yang menolong dan membantu negara itu masuk ke ASEAN tidak diberikan keizinan. Itu yang saya bangkitkan perkara ini. Datuk Dr. Leo Michael Toyad: Ya, saya faham Yang Berhormat bagi Shah Alam. Saya telah nyatakan tadi, ini adalah atas jemputan dan urusan dan keputusan dibuat oleh tuan rumah. Kita akan mencari kesempatan untuk bertemu khususnya Menteri Luar kita untuk bertemu dengan Aung San Suu Kyi di masa perlu, yang dapat kita dapat rundingkan dengan pihak kerajaan Myanmar. Puan Teresa Kok Suh Sim: [Bangun] Dr. Tan Seng Giaw: [Bangun] Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Seputeh. Yang Berhormat. Datuk Dr. Leo Michael Toyad: Memang kita sedih juga asalkan bahawa dari segi pandangan Yang Berhormat tadi ialah bahawa semata-mata Yang Amat Berhormat kita telah datang dan tidak diberi peluang untuk berjumpa dan bertemu dengan Aung San Suu Kyi. Saya katakan tadi seperti mana yang saya jelaskan ialah dalam program itu dan urusan Yang Amat Berhormat masa itu pun tidak mengizinkan beliau. Puan Teresa Kok Suh Sim: Terima kasih Tuan Pengerusi. Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Sebenarnya kalau saya tidak silap bila Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri memegang jawatan sebagai Menteri Luar, beliau dalam lawatannya ke Myanmar pernah berjumpa dengan Aung San Suu Kyi secara sulit. Itu yang saya diberitahu. Jadi saya rasa seperti apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat bagi Shah Alam tadi, sebenarnya kami berasa Perdana Menteri harus berjumpa dengan Aung San Suu Kyi kerana ini adalah usaha kita untuk menunjukkan kepada masyarakat dunia bahawa negara kita adalah jujur dan juga ikhlas dari segi memupuk perdamaian di antara Military Junta SPDC dan NLD. Bagi saya, saya rasa kalau Perdana Menteri betul-betul tidak ada masa, beliau juga harus memberi satu kenyataan sama ada surat ataupun hantar wakil seperti Yang Berhormat Timbalan Menteri untuk melawat Aung San Suu Kyi. Ini adalah satu tanda kepada masyarakat dunia dan bukan dengan tujuan untuk memarahkan kerajaan SPCD. Saya selalu diberitahu Dewan ini bahawa Kerajaan SPDC amat menyanjung tinggi keadaan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Itulah sebabnya saya memberi pandangan yang sama dengan Yang Berhormat bagi Shah Alam demi negara Myanmar

DR.24.10.2002 65

dan juga demi nama baik Kerajaan Malaysia. Kita harus mencari jalan untuk memupuk perdamaian di antara dua pihak. Datuk Dr. Leo Michael Toyad: Yang Berhormat bagi Seputeh, saya kira Yang Berhormat bagi Seputeh silap. Saya sendiri pun tidak tahu ada atau tidak Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri semasa itu berjumpa secara sulit. Saya tidak tahu. Mungkin Yang Berhormat pun silap juga ya. Walau bagaimanapun, Yang Berhormat ‘let us focus’. Tadi Yang Berhormat bagi Seputeh telah menyatakan bahawa kita mengambil kira terlalu berat atas pandangan-pandangan di peringkat antarabangsa dalam hubungan kita dengan Myanmar. Ingatkan mula sekali semasa kita mulai mengadakan dasar ‘Constructive Engagement’ dengan kerajaan atau dengan badan Skate Peace and Development Council Myanmar itu kita berusaha untuk mendekati mereka supaya dapat memahami dan juga sama-sama dapat mencari jalan sesuai untuk memulihkan keadaan supaya apa yang dikehendaki oleh rakyat Myanmar itu dapat menjadi realiti. Usaha kita bukan semata-mata perhubungan kita dengan Aung San Suu Kyi sahaja. Hubungan kita dengan pemerintah Myanmar itu adalah begitu penting juga dan di mana fokus kita untuk meningkatkan perhubungan perdagangan, perhubungan dua hala dan usaha untuk membangunkan negara itu supaya dari segi perhubungan itu dapat dipereratkan dan keyakinan kerajaan itu untuk membukakan ruang perundingan, dan juga perhubungan dengan pihak Aung San Suu Kyi dan pihak-pihak dalaman dan seterusnya isu-isu lain seperti menyatupadukan rakyat mereka di Myanmar itu khususnya yang pelbagai. Ini bermakna seperti Yang Berhormat telah menyatakan pihak Rohingya dari Myanmar (itu bukan Burma ya), dari Myanmar yang telah datang ke sini untuk mendapatkan kedudukan atau tempat bekerja di negara sendiri. Tetapi untuk perkara seperti ini kita harus lalui atau menerusi forum-forum seperti ini kerana ia juga ada batasannya sebagai isu dalaman dan isu yang kita tidak dapat campur tangan, mengikut perjanjian kita sebagai sebuah negara ASEAN. Yang Berhormat bagi Shah Alam telah menyatakan, nampaknya kita lemah dalam perundingan dengan isu air, dalam hubungan dua hala kita. Ingin saya nyatakan di sini walaupun kemungkinan nampaknya kita lemah kerana kita belum dapat mencapai keputusan dan kita tidak begitu agresif menyuarakan daripada segi itu tetapi saya ingin menyatakan di sini Yang Berhormat, kita akan terus mempertahankan negara kita dalam isu ini dan juga mempertahankan pendirian kita seperti mana Yang Berhormat Menteri kita telah menyatakan, kita mahu Singapura menerima prinsip yang harga air itu kita layak untuk menyemak walaupun mereka masih belum menerima kelayakan kita seperti yang terkandung dalam perjanjian itu. Begitu juga kita akan terus mempertahankan supaya harta kita itu atau hak kita itu dipertahankan dan tidak membawa kerugian kepada kita pada masa yang akan datang dan khususnya kepada generasi masa depan dan saya akan terus menyatakan kepada Yang Berhormat bagi Shah Alam, kita akan terus membawakan secara tegas dalam perjanjian ini…. Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Shah Alam bangun. Dato' Ir. Mohd Zin bin Mohamed: Terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri kerana respons kepada pertanyaan saya itu. Saya mengambil satu sikap yang terbuka dan kita telah pun banyak kali dalam Dewan yang mulia ini membahaskan isu yang berhubung kait tentang masalah air di antara hubungan bilateral kita dengan Singapura dan sekarang ini kita dalam peringkat perundingan. Saya sebut supaya ternampak dalam perundingan tersebut yang kita berada dalam, agaknya kedudukan yang lemah. Ini bukan bermakna kita berada dalam keadaan yang orang kata dengan izin, desperate kerana saya telah beberapa kali membangkitkan bahawa dalam kita berunding, adalah lebih baik berunding di dalam position off strength dengan izin.

66 DR.24.10.2002

Justeru kerana itu saya minta supaya pihak Wisma Putra jangan sedikit pun berundur daripada kita punya tuntutan kerana pada kita, tuntutan ini adalah amat munasabah dan saya beberapa kali sebut Senior Minister, Encik Lee Kwan Yew sendiri pun apabila dia datang ke Malaysia berjumpa dengan pemimpin-pemimpin kita, termasuk Ahli- Ahli Parlimen, dia kata falsafah dalam perhubungan bilateral ini ialah dengan izin, prosper thy neighbor. Jadi dalam perhubungan antara Malaysia dengan Singapura ini yang sebagai jiran yang terdekat, kita tahu betapa peri mustahaknya ikatan kerja sama ini. Jadi kalau masalah air ini masih menghantui kita, saya rasa satu kedudukan yang lemah, saya tidak hendak supaya dalam perundingan.., sebagai contoh Yang Berhormat ya, macam kes Pulau Batu Putih sampai terpaksa hendak pergi kepada hague punya court untuk kita selesaikan... Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat ada muzik, ada muzik sikitlah [Kedengaran bunyi seperti mengetuk-ngetuk meja] Dato' Ir. Mohd Zin bin Mohamed: Minta maaf, tidak dengar. Oh! ini sensitif sikit. Jadi saya bukan bermaksud bahawa kerajaan berada dalam keadaan yang lemah, jangan melemahkan perundingan. Saya hendak bercakap dalam Dewan ini supaya untuk memberi kekuatan kepada Wisma Putra berunding dengan pihak Singapura bahawa dengan izin, ‘we really mean business dalam negotiation’ kita ini kerana tidak mahu bahawa soal air ini akan menghantui kita di masa hadapan. Datuk Dr. Leo Michael Toyad: Terima kasih Yang Berhormat bagi Shah Alam di atas sokongan itu dan saya telah nyatakan tadi kita akan terus berusaha untuk menegaskan pendirian kita dan tidak akan.., kerana ini adalah perkara yang selama ini harus kita tangani dan juga diberi keutamaan. Cadangan Yang Berhormat juga untuk minta supaya kita mendapatkan kerjasama sub-regional badan-badan di bawah OIC, izinkan saya nyatakan di sini pada masa kini masih ada badan-badan atau agensi-agensi yang tertentu di bawah OIC untuk mencapai hasrat atau matlamat untuk menggerakkan lagi OIC. Kita berharap dengan usaha untuk kita memimpin OIC selepas tahun 2003, kita berharap kita dapat meningkatkan lagi prestasi dan cadangan Yang Berhormat ini boleh kita ambil kira dan akan diambil nota dalam perbincangan kita. Yang Berhormat bagi Bagan Datok telah menyentuh banyak perkara mengenai keganasan dan saya mengucapkan terima kasih atas sokongan beliau dalam usaha kerajaan dan pemimpin kita, untuk terus memperjelas pendirian kita usaha-usaha kita dalam membanteras keganasan dan juga ekstremis di mana-mana tempat dan lebih-lebih lagi di dalam negara kita. Jadi kita juga merasakan perasaan rakyat Malaysia dan juga Ahli-ahli Yang Berhormat yang menyatakan tindakan-tindakan negara dalam ASEAN ini nampaknya kadang-kadang tidak memberi gambaran adanya perhubungan yang begitu baik. Dan ada juga yang menyatakan, rasa-rasa kita hilang kawan, tetapi ini dari segi pandangan sebenarnya Yang Berhormat yang telah menyentuh perkara ini seperti Yang Berhormat bagi Shah Alam, Batang Lupar, Bagan Datok. Izinkan saya menyatakan di sini, ini adalah perkara-perkara isu semasa, nampaknya kadang-kadang kita tidak mendapat persetujuan, tentu kebanyakan adalah disebabkan perkembangan politik semasa dalam negeri masing- masing atau mengikutkan ‘climate’ dalam negara-negara tertentu dan bahawa ini kita mengambil kira. Walaubagaimana pun sejauh mana kita dapat, dalam perkara-perkara ini, yang di mana kita dapat ada kesempatan dan masa untuk berbincang dalam masa singkat, khususnya dalam perkara ekonomi dan kerjasama rantau dan juga dalam isu yang lebih luas seperti keganasan, kita dapat juga berpeluang untuk membawa ke peringkat kerjasama ASEAN. Tuan Pengerusi sebenarnya, izinkan saya menyatakan di sini bahawa peranan ASEAN tidak kurang daripada yang dahulu dan ini adalah satu perkara yang masih atau boleh kita katakan gelombang-gelombang yang ‘like ripples on water, or waves in the ocean’, dalam perhubungan kita di antara negara-negara ASEAN. Tetapi ini tidak sama

DR.24.10.2002 67

sekali menyatakan bahawa perhubungan kita atau pendirian kita dalam ASEAN adalah tidak begitu kuat dan telah menurun di antara pihak ahli-ahli anggota ASEAN. Ingin saya nyatakan di sini bahawa kita akan terus mengadakan perbincangan di peringkat ASEAN pada bulan November ini dalam beberapa perkara yang telah timbul semasa, perhubungan antara rantau ini, dan kita berharap kita mendapatkan pandangan atau pendirian lebih bersatu padu dalam perkara-perkara yang melibatkan rantau ini khususnya daripada segi ekonomi dan keselamatan. Yang Berhormat bagi Seputeh juga telah menimbulkan satu perkara di sini iaitu mengenai penubuhan hubungan diplomatik di antara Malaysia dengan Vatican, saya sendiri telah menjawab bahawa pada masa ini keperluan kita masih ada hubungan yang baik dan telus belum ada wujudnya keperluan untuk kita mengadakan hubungan diplomatik secara rasmi. Ingin saya nyatakan di sini kepada Ahli Yang Berhormat bagi Seputeh banyak faktor dalam pertimbangan mengadakan hubungan diplomatik. Khususnya kerajaan sedang menimbangkan semua faktor-faktor yang berkaitan iaitu daripada segi faktor penglibatan kita di antarabangsa dan keutamaan kita dalam menubuhkan kedutaan kita dan ‘mission kita’ lebih-lebih lagi mengikutkan pertimbangan keadaan semasa dan keperluan sebagai sebuah negara perdagangan, dan juga sebuah negara yang membangun dan ada isu-isu keutamaan yang perlu kita utamankan. Dan kerajaan belum membuat mana-mana keputusan mengenai penubuhan hubungan diplomatik dengan Vatikan. Walau bagaimanapun, tahap hubungan dua hala dengan Vatikan sedia ada adalah rapat mesra dan memuaskan dan Vatican masih juga merangkumi kawasan kita dari pejabat mereka di Bangkok. Ya, sila. Puan Teresa Kok Suh Sim: Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Bolehkah Yang Berhormat Timbalan Menteri memberitahu Dewan ini, apakah faktor-faktor yang tadi dibangkitkan itu tentang pertimbangan kerajaan. Bagi saya, soalan saya adalah, apakah yang menghindarkan kerajaan yang menjadi halangan kepada kerajaan untuk menubuhkan pejabat dan adakah hubungan diplomatik secara formal dengan Vatikan. ` Kerana kalau Indonesia, negara yang begitu besar yang lebih 90% daripada penduduknya beragama Islam dan juga negara-negara Islam lain di dunia boleh mengadakan hubungan diplomatik, apa salahnya bagi kerajaan untuk adakan hubungan diplomatik dengan Vatikan, khususnya pada saat ini selepas Perdana Menteri mengumumkan negara ini adalah sebagai negara Islam dan juga kita disenaraihitamkan oleh beberapa negara di dunia ini, langkah seperti ini akan dapat dilute ataupun neutralized, imej buruk negara kita di kaca mata sesetengah negara dan saya rasa ini juga akan memupuk persefahaman di antara penganut agama Islam dan juga Kristian. Saya hanya lihat, lebih kebaikan dan saya lihat tidak ada apa-apa keburukan tentang langkah diplomatik ini. Jadi apakah yang menghindarkan kerajaan untuk mengadakan satu langkah lebih untuk memupuk hubungan diplomatik. Datuk Dr. Leo Michael Toyad: Tuan Pengerusi, terima kasih Ahli Yang Berhormat bagi Seputeh. Mungkin bahasa saya tidak begitu jelas tadi, saya telah nyatakan faktor- faktor yang kita timbangkan ialah faktor ekonomi, faktor keutamaan kita dalam dasar-dasar semasa kita dalam merancang dasar luar kita dan strategi kita dalam pergerakan strategi kerana setiap perhubungan diplomatik, kita adalah bertanggungjawab terus untuk kita harus membina satu mission atau satu kedutaan dan seterusnya merealisasikan perjanjian itu. Kita tidak mahu membuat perjanjian tanpa terus dapat menguruskan perkara itu. Jadi, saya harapkan Yang Berhormat dapat faham bahawa kita masih banyak perkara-perkara yang dipertimbangkan dan pada masa kini pun nampaknya, saya katakan tadi, hubungan itu masih rapat dan juga memuaskan sampai Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita dan dua menteri kita juga dapat bertemu dengan Pope John Paul II di Vatikan juga. Ahli Yang Berhormat bagi Bagan Datok juga telah menyentuh perkara ASEAN + 3 ini. Izinkan saya menyatakan di sini memang ada sebab-sebab negara Singapura dan juga

68 DR.24.10.2002 dua, tiga negara yang lain belum dapat memberi persetujuan atas penubuhan ASEAN + 3, Sekretariat di Kuala Lumpur atas sebab mereka ingin mengkaji semula dan walau bagaimanapun, kita akan terus berusaha mendapatkan konsensus ini di peringkat ASEAN dan juga di kalangan ahli-ahli ASEAN. Izinkan saya menyatakan di sini, memang benar Yang Berhormat telah menyatakan ini adalah usaha untuk memperkuat lagi kerjasama di rantau ini khususnya dalam bidang ekonomi dan memberi keyakinan dalam pasaran dan juga perdagangan antara ASEAN dan tiga ekonomi yang besar di kawasan ini iaitu Jepun, China dan Korea. Cadangan Yang Berhormat atas pelantikan Press Officers. Memang kita menyedari keperluan ini dan kita telah berusaha selama ini untuk mempertingkatkan lagi bahagian maklumat kita dan juga kita telah juga mempertingkatkan kemudahan infrastruktur kita, prasarana untuk perhubungan antara perwakilan-perwakilan daripada segi perhubungan berita dan juga mengemaskinikan berita-berita di antara negara kita dan juga negara luar dan begitu juga kita telah siap menyediakan Internet atau networking antara mission dan kedutaan negara kita di seluruh dunia. Dan di mana tempat kita berada kita telah meningkatkan pengambilan pegawai- pegawai yang terlatih dalam bidang ini, khususnya communication and relation dan sebagainya, yang dapat memberikan perkhidmatan sokongan khususnya dalam kita memberi gambaran dan pembetulan imej negara kita yang sentiasa dicabar oleh pihak- pihak tertentu. Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Rakyat pada hari ini, saya ingin nyatakan tanggungjawab untuk memberikan imej atau memberi imej negara kita, buruk atau baik itu tidak semata-mata bergantung kepada Kementerian Luar Negeri sahaja tetapi juga bergantung kepada sikap rakyat kita yang ada di luar negara, khususnya dalam bidang industri atau perdagangan dan juga membuat perjanjian dan sebagainya dalam hubungan perdagangan dan sebagainya dan juga kita berharap bahawa usaha-usaha seperti ini juga kita dapat tingkatkan hubungan antara media-media antarabangsa untuk dapat menjalin hubungan dan membawa mereka melawat negara kita untuk mendapatkan gambaran- gambaran yang betul, gambaran yang sebenarnya di negara kita ini. Inilah juga usaha-usaha kita untuk mempertingkatkan usaha untuk meningkatkan atau membetulkan imej-imej negara kita di luar negara yang salah atau gambaran yang sengaja dibuat menerusi media-media yang tertentu, yang ada agenda-agenda tertentu kemungkinannya untuk mencemarkan nama baik atau gambaran khususnya dalam bidang pelaburan atau dalam perhubungan politik… Tuan Mohd. Apandi bin Haji Mohamad: [Bangun] Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat. Datuk Dr. Leo Michael Toyad: Minta maaf Yang Berhormat, saya menjawab Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membahaskan tadi. Dan saya telah terlanjur tidak memberikan peluang kepada Ahli Yang Berhormat bagi Jeli dan Kepong tadi dan saya tidak mahu membolehkan, minta maaf Yang Berhormat. Saya terlanjur tadi. Yang Berhormat bagi Seputeh telah menyebut perkara yang tertentu iaitu mengenai seorang yang tertuduh di Myanmar, kita akan mengambil perhatian dan ini terlalu spesifik untuk saya menjawab di sini ya dan saya akan mengambil perhatian. Yang Berhormat bagi Tambun telah membahaskan mengenai dasar Amerika Syarikat dalam ekonomi, pasaran minyak dan tindakan-tindakan di rantau ini dan juga keseluruhannya. Izinkan saya nyatakan di sini Yang Berhormat bahawa ini adalah perkara-perkara yang telah dijawab oleh Menteri dalam menggulung perbahasan dasar dan izinkan saya juga menyatakan terima kasih atas cadangan-cadangan Yang Berhormat itu iaitu mengenai usaha untuk memperkukuh lagi hubungan kita di antara negara-negara ASEAN dalam pelbagai bidang dan juga seterusnya untuk menguatkan lagi kedudukan bersama dalam isu-isu yang mencabar kita pada masa kini khususnya di rantau ini.

DR.24.10.2002 69

Kita juga mengambil kira di mana sokongan Yang Berhormat atas ASEAN + 3 ini dan saya telah menjawab serentak tadi bahawa kementerian akan terus berusaha untuk mendapatkan sokongan. Dan kita merasakan pada masa kini mekanisme dan perjalanan antara forum ini iaitu ASEAN + 3 telah terus bergerak dan juga walaupun belum dapat institusi yang tetap seperti sekretariat itu, kita juga sedang melaksanakan usaha supaya perjalanan kita dalam ASEAN + 3 ini tidak terganggu kerana isu-isu seperti ini. Walau bagaimanapun, kita berharap pihak-pihak ahli-ahli ASEAN yang lain akan terus menyedari peranan-peranan ASEAN + 3 ini dan juga mengadakan sekretariatnya di Kuala Lumpur. Yang Berhormat bagi Tuaran juga telah mengambil bahagian mengenai isu penglibatan dua hala kita iaitu ASEAN dengan Filipina. Izinkan saya menyatakan di sini memang kita akan mengambil perhatian dengan mempergiatkan lagi kegiatan-kegiatan BIMMPG di kawasan itu, memang kerana inilah satu usaha untuk mencapai kegiatan yang akan menggalakkan perhubungan yang baik antara jiran dan juga menguatkan lagi keyakinan dalam membangunkan rantau yang damai dan juga ekonomi yang kuat, kita akan mengambil kira dan terus berusaha untuk mempergiatkan lagi kegiatan ekonomi seperti itu. Mengenai tindakan kita terhadap rakyat Filipina dan respons mereka kepada kita, memang kita sama-sama merasa sedih bahawa perkara ini terjadi walaupun kita mengharapkan negara atau Kerajaan Filipina akan terus memahami keadaan di mana kita menjalankan tugas ini untuk mempertahankan dasar kita khususnya kepentingan rakyat kita dan juga keperluan rakyat kita khususnya rakyat Malaysia di Sabah dan juga keseluruhan rakyat di Malaysia. Kita berharap mereka ini memahami usaha-usaha seperti ini dan juga kita akan terus berusaha untuk memperbaiki dan menguatkan hubungan dua hala kita dan mengambil bahagian dalam usaha untuk terus memperbaiki atau menangani isu-isu rantau ini seperti keganasan dan juga ekonomi. Cadangan Yang Berhormat untuk mengadakan an all party committee, kita akan ambil kira dan kita akan kemukakan kepada pihak-pihak yang tertentu. Juga di sini mengenai tuntutan ke atas Sabah. Sebenarnya untuk makluman Ahli Yang Berhormat, hubungan kita semasa Presiden Ramos dan Presiden masa kini memang kerajaan kita tidak pernah mengiktiraf tuntutan Filipina ke atas Sabah. Bagi Filipina mengaitkan kehadiran rakyat mereka di Sabah kepada tuntutan ke atas Sabah adalah sia- sia sahaja. Ini tidak dapat dihubungkaitkan kerana perkara seperti ini tidak begitu senang untuk kita membuatkan rumusan begitu sahaja. Walau bagaimanapun, isu yang menyatakan atau membetulkan isu bayaran kepada Sultan Sulu ini, ini isu lain Yang Berhormat, sama sekali tidak ada hubungan dengan isu tuntutan. Ini adalah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Borneo Utara pada tahun1939 atas pampasan harta sahaja bukan tuntutan… Tuan Wilfred Madius Tangau: [Bangun] Datuk Dr. Leo Michael Toyad: Yang Berhormat bagi Kota Melaka telah membawa isu mengenai SUHAKAM. Memang kita mengambil kira akan pandangan…. Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang Berhormat bagi Tuaran bangun. Datuk Dr. Leo Michael Toyad: Oh, ya. Tuan Wilfred Madius Tangau: Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan tadi. Bagaimana pula kedudukan Konsulat Filipina di Kota Kinabalu? Apakah langkah yang telah diambil oleh pihak kerajaan kita untuk merealisasikan konsulat ini? Datuk Dr. Leo Michael Toyad: Yang Berhormat, ingin saya nyatakan di sini bahawa kita telah mengadakan konsulat kita di Filipina Selatan dan kita masih menunggu mereka untuk membina atau mendirikan konsulat mereka di Sabah, kita masih menunggu tetapi kita telah mengambil tindakan bagi pihak kita dengan mengadakan konsulat di Filipina Selatan. Tujuan kita iaitu untuk mengendalikan isu-isu semasa lebih-lebih lagi hubungan antara negeri Sabah dan juga jiran kita di Filipina Selatan.

70 DR.24.10.2002

Saya mengucapkan terima kasih atas sokongan Yang Berhormat bagi Kota Melaka yang menyatakan beliau memang yakin tidak ada penglibatan dengan Al-Qaeda yang telah saya jelaskan tadi juga kepada Yang Berhormat bagi Tanjong, di mana kita ada kaitan dengan usaha untuk membebaskan dan menyelesaikan kedamaian di Filipina Selatan sahaja. Masa itulah kita terlibat dengan MILF. Yang Berhormat bagi Batang Lupar telah menyebut memang kita akan terus menggunakan forum antarabangsa kita dan juga memperkuat peranan kita dalam OIC dan kita telah mengadakan mesyuarat-mesyuarat di bawah OIC mengenai keganasan dan juga ekonomi dan juga Yang Amat Berhormat Perdana Menteri terus menggambarkan bahawa negara Malaysia sebagai sebuah negara Islam dapat terus membangun dan memperkuat ekonomi dan juga dapat mengambil bahagian serta menyuarakan supaya membetulkan persepsi-persepsi yang tidak betul, yang telah memberikan gambaran mengaitkan Islam dengan pengganas. Kementerian juga dalam perhubungan kita dengan pihak-pihak bilateral terus mengingatkan pihak-pihak tertentu seperti negara Amerika Syarikat dan juga Kanada dalam peranan mereka menyekat visa, kita telah memberikan gambaran kepada mereka bahawa inilah persepsi kita, bahawa inilah ‘singling out the Islamic countries’ dalam mengadakan peraturan-peraturan yang ketat seperti ini… Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat banyak lagi Yang Berhormat? Datuk Dr. Leo Michael Toyad: Sikit sahaja lagi, boleh ya? Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Okey, baik, baik, baik. Datuk Dr. Leo Michael Toyad: Boleh ya? Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Teruskan, terus, boleh. Datuk Dr. Leo Michael Toyad: Bagikan tiga, empat minit lagi. Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Boleh, boleh. Datuk Dr. Leo Michael Toyad: Dan ingin saya nyatakan juga memang saya telah jawab mengenai semangat ASEAN dan hubungan dua hala kita dan atas cadangan untuk kemudahan-kemudahan Ahli-ahli Parlimen kita di luar negara, izinkan saya nyatakan di sini, memang Kementerian Luar Negeri sentiasa bersedia kalau diberi cukup masa dan juga jemputan untuk mengadakan bersama, menyediakan mesyuarat dan saya pernah juga terlibat dahulu. Tetapi kemungkinannya ada komunikasi yang tidak begitu lancar, tetapi saya berharap kita akan terus memberi sumbangan kerjasama dengan CPA, IPU atau AIPO. Untuk makluman Yang Berhormat tadi, bahawa kemudahan kereta adalah tidak disediakan oleh kedutaan kita di luar negara tetapi mereka boleh menolong untuk menyediakan kemudahan ini. Tetapi kereta kedutaan adalah terhad dan kadang-kadang Menteri atau Timbalan Menteri juga terpaksa menyewa kereta untuk dipakai, bukan kereta kedutaan. Tetapi yang saya tersinggung sedikit tadi, Ahli Yang Berhormat bagi Batang Lupar dengan secara senyum, beliau menyatakan bahawa pegawai kedutaan kita kadang- kadang ada yang datang dan ada yang tidak datang kerana mereka kalau tidak ada tea atau luncheon atau dinner, minta maaflah Yang Berhormat, jangan sekali lagi menyebut dalam Dewan ini perkara seperti ini kerana tea, luncheon atau dinner itu adalah perkara yang lama, yang sentiasa dilemparkan dengan hebat kepada pegawai-pegawai kita dan kita harus memberi sokongan moral yang tinggi kepada mereka bahawa penglibatan mereka dalam kegiatan seperti ini adalah …. Tuan Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: [Bangun] Datuk Dr. Leo Michael Toyad: Sebenarnya usaha-usaha untuk mendapat perhubungan yang lebih luas di peringkat perhubungan kita di negara mana mereka bekerja. Jadi walau bagaimanapun, saya berharap …… Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Batang Lupar bangun.

DR.24.10.2002 71

Datuk Dr. Leo Michael Toyad: Ha? Okey. Tuan Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Tuan Pengerusi sebenarnya tujuan saya, luncheon, dinner ataupun tea kepada ambassador ini ataupun pegawai-pegawai wakil di luar negara ini memang satu tugas. Saya pernah masa perbincangan di United Nation di mana saya menghadiri luncheon, dinner dan tea bersama wakilNAM, wakil South South Group dan berbagai lagi, ini memang tugas dia tetapi persoalan saya tadi kalaulah perkara ini tidak berlaku baru peluang diberi pada AIPO dan delegate kita, tapi kalau ada peruntukan berasingan diadakan perkara ini tidak berbangkit, memang tugas-tugas pegawai yang berkhidmat di luar negara mengadakan luncheon, dinner and tea untuk membincangkan perkara-perkara serius kerajaan. Ini saya menerima hakikat, jadi tujuan saya tadi bukanlah hendak menyinggung soalan luncheon, tea dan dinner ini kerana macam main golf juga ini menyelesaikan masalah yang besar, betul tidak? Datuk Dr. Leo Micheal Toyad: Terima kasih Yang Berhormat mungkin kita ingin menjelaskan bahawa usaha-usaha ini - tetapi untuk peruntukan mengadakan luncheon dan tea untuk wakil-wakil kita, memang kita sedia ada dan di mana itu, harusnya di bawah jagaan kedutaan dan saya berharap mana-mana tempat yang perlu kita tambahkan, kita akan sediakan kemudahan seperti ini. Tapi kereta dan lain-lainnya memang tidak ada kemudahan dari kedutaan. Yang Berhormat bagi Serdang juga telah menyatakan dan menyuarakan kebimbangan kita atas pandangan bahawa kita juga sebuah negara Komanwel dan ini kita telah beri perhatian kepada mereka dan kita telah kemukakan dan Menteri Luar Negeri kita telah berbincang dengan mereka. Walaupun dengan perbincangan itu mereka masih melanjutkan tindakan ini dan kita akan terus melanjutkan bantahan kita dan pandangan kita atas pendekatan ini, dan setakat ini kita tidak ada rancangan untuk bertindak balas dan dengan itu….. Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat Serdang bangun. Dato’ Yap Pian Hon: Tuan Pengerusi minta penjelasan kalau tidak ada tindakan selanjutnya ertinya kita terima hakikat yang telah diberi oleh Kanada. Ertinya memang ada pasport kita boleh disalahgunakan ertinya kita kena terima hakikat itu, kalau tiada tindakan diambil ini memang kita terima ertinya kita serah diri. Jadi bolehkah Yang Berhormat atau pihak kerajaan untuk timbangkan semasa persidangan Komanwel akan membangkitkan perkara ini di mana dasar diskriminasi ini telah berlaku kepada anggota-anggota Komanwel di mana tidak ada syarat untuk mengenakan visa, sebenarnya berlaku? Dato’ Ir. Mohd. Zin bin Mohamed: Apa guna jadi Komanwel? Datuk Dr. Leo Micheal Toyad: Ya, Yang Berhormat bagi Serdang memang saya telah nyatakan tadi, kita telah nyatakan ini adalah satu perkara nampaknya ada suatu diskriminasi kepada kita sebagai ahli negara Komanwel dan juga seperti mana Yang Berhormat katakan tadi dan bukanlah kita menyerahkan alasan-alasan bahawa pasport Malaysia disalahgunakan. Memang itu tidak benar sama sekali, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan juga kerajaan kita telah menyatakan alasan ini memang tidak dapat kita terima, itu masih kita nyatakan kita tidak dapat terima alasan sebenarnya kita tidak tahulah. Walau bagaimanapun kita dapat spekulasi sahaja tetapi kita harapkan perkara ini dapat dipertimbangkan semula oleh pihak Kanada untuk rakyat negara Malaysia. Dengan itu saya mengucapkan terima kasih, sekian. Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa wang sejumlah RM461,313,000 untuk Maksud B.36 di bawah Kementerian Luar Negeri jadi sebahagian daripada Jadual hendaklah disetujukan. Masalah dikemukan bagi diputuskan, dan disetujukan. Wang sebanyak RM461,313,000 untuk Maksud B.36 diperintahkan jadi sebahagian daripada Jadual. Tuan Pengerusi [Datuk Lim Si Cheng]: Masalahnya ialah bahawa perbelanjaan sebanyak RM101,310,730 untuk Maksud P.36 yang disebutkan dalam Anggaran Pembangunan bagi tahun 2003 hendaklah diluluskan.

72 DR.24.10.2002

Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan. Wang sebanyak RM101,310,730 untuk Maksud P.36 diluluskan jadi sebahagian daripada Anggaran Pembangunan 2003. Majlis Mesyuarat bersidang semula Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Ahli-ahli Yang Berhormat Dewan yang mulia ini ditangguhkan sekarang sehingga jam 10.00 pagi hari Isnin minggu depan iaitu 20 Oktober. Dewan ditangguhkan pada pukul 5.40 petang.