Malaysia Dewan Rakyat Aturan Urusan Mesyuarat

Total Page:16

File Type:pdf, Size:1020Kb

Malaysia Dewan Rakyat Aturan Urusan Mesyuarat MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT NASKAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA http://www.parlimen.gov.my HARI KHAMIS, 30 NOVEMBER 2017, PUKUL 10.00 PAGI Bil. 12 WAKTU PERTANYAAN-PERTANYAAN MENTERI 1. PR-1353-MQT0227 Puan Rubiah Binti Haji Wang [ Kota Samarahan ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan tindakan Kementerian bagi menangani fenomena banjir yang kerap berlaku di Kota Samarahan yang ada kaitan dengan keupayaan sistem saliran di Jalan Kuching Samarahan Expressway, rancangan tebatan banjir Sungai Stakan dan sistem saliran di Sekolah Kebangsaan Jalan Muara Tuang. 2. PR-1353-MQT0228 Tuan Hee Loy Sian [ Petaling Jaya Selatan ] minta MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan faktor pelantikan dan bayaran nilai kontrak kepada pemain bola sepak Barcelona, Luis Suarez sebagai Duta Pelancongan Malaysia. 3. PR-1353-MQT0234 Datuk Liang Teck Meng [ Simpang Renggam ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan mengikut data Kementerian, berapakah jumlah permohonan pembangunan atas tanah bukit di Pulau Pinang telah diluluskan antara 2001 - 2017 dan adakah Kerajaan Pulau Pinang mengguna pakai garis panduan yang telah disediakan oleh Kementerian. MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT NASKAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA http://www.parlimen.gov.my HARI KHAMIS, 30 NOVEMBER 2017, PUKUL 10.00 PAGI Bil. 57 WAKTU PERTANYAAN-PERTANYAAN MENTERI PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN 1. PR-1353-L03107 Dato' Sri Abdul Manan Bin Ismail [ Paya Besar ] minta PERDANA MENTERI menyatakan hala tuju pendidikan dan kurikulum pusat-pusat tahfiz di negara ini, serta langkah Kerajaan dalam mewajibkan piawaian keselamatan bagi pusat tahfiz yang beroperasi di negara ini dipatuhi sepenuhnya tanpa sebarang kompromi. 2. PR-1353-L03268 Tan Sri Dato' Seri Abd Khalid Bin Ibrahim [ Bandar Tun Razak ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah butiran terperinci mengenai Jabatan Intergriti dan Tadbir urus negara (JITN), kos penubuhan dan operasi di samping risiko campurtangan eksekutif dan kebebasan terhakis dalam usaha membanteras rasuah, penyelewengan serta penyalahgunaan sumber, dana dan kuasa. 3. PR-1353-L03386 Dato' Haji Ahmad Nazlan Bin Idris [ Jerantut ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan sejauh manakah usaha yang dilakukan Kerajaan dalam memulihkan kawasan hutan yang telah gondol akibat aktiviti pembalakan dan penerokaan hutan. AUM DR 30/11/2017 2 4. PR-1353-L04101 Tuan Sim Tong Him [ Kota Melaka ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan :- (a) jumlah pengeluaran pengilangan negara Malaysia sehingga bulan September tahun ini dan dibandingkan dengan tahun lepas ; dan (b) apakah jenis insentif dan program-program Kementerian untuk menggalakkan industri pengilangan. 5. PR-1353-L02780 Tan Sri Dr. Muhammad Leo Michael Toyad Abdullah [ Mukah ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan apakah inisiatif Kementerian dalam merancakkan penggunaan Sistem Bangunan Industri (IBS) terutamanya pemaju sektor swasta untuk menjayakan dasar pembangunan negara serta apakah tindakan yang akan dikenakan sekiranya pemaju gagal mengguna pakai sistem ini. 6. PR-1353-L03762 Tuan Sivarasa A/L K. Rasiah [ Subang ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan setakat ini usaha pihak Kementerian untuk memindah atau menggabungkan atau membuka sekolah baru Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) untuk menepati permintaan masyarakat India. 7. PR-1353-L03182 Dr. Mansor Bin Abdul Rahman [ Sik ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan apakah langkah yang diambil untuk membaik pulih 21 jambatan yang dikenal pasti berisiko tinggi di seluruh Malaysia, adakah kerja-kerja baik pulih akan dilakukan secepat mungkin. 8. PR-1353-L03143 Dato' Dr. Nik Mazian Bin Nik Mohamad [ Pasir Puteh ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan laporan daripada media sosial menyatakan penyakit kusta telah menular kembali ke negara kita Malaysia kesan daripada penghijrahan pendatang warga asing daripada India, Bangladesh dan lain- lain yang tidak terkawal daripada 2013 sehingga sekarang. Adakah Kementerian dapat mengesahkan kenyataan ini dan melaporkan secara terperinci berapakah kes kusta yang telah ditemui daripada tahun 2013 hingga sekarang. 3 AUM DR 30/11/2017 9. PR-1353-L03032 Tuan Anuar Bin Abd Manap [ Sekijang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah jumlah keseluruhan jemaah haji bagi tahun ini dan nyatakan jumlah subsidi yang telah ditanggung Tabung Haji bagi musim haji baru-baru ini.. 10. PR-1353-L04114 Tuan Manivannan A/L Gowindasamy [ Kapar ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :- (a) inisiatif yang telah diambil oleh Kerajaan untuk membangunkan masyarakat India di bawah Pelan Tindakan Masyarakat India Malaysia (MIB) dan keberkesanannya setakat ini dalam meningkatkan taraf hidup masyarakat India; dan (b) apakah faktor-faktor yang menyebabkan Pelan Tindakan Masyarakat India Malaysia (MIB) TIDAK dibawa ke Parlimen untuk dimeteraikan sebagai satu dasar seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB). 11. PR-1353-L03313 Datuk Che Mohamad Zulkifly Bin Jusoh [ Setiu ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sama ada terdapat peningkatan berhubung tahap kesedaran orang ramai mengenai penulisan wasiat dan pengurusan harta bagi mengelakkan masalah harta yang tidak dituntut serta tindakan Kerajaan dalam meningkatkan kesedaran rakyat terhadap perihal tersebut. 12. PR-1353-L02947 Dr. Che Rosli Bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta PERDANA MENTERI menyatakan dapatan hasil kajian pendapat umum rakyat Malaysia dalam penjanaan tenaga nuklear dan kesan terhadap ekonomi Malaysia. 13. PR-1353-L03274 Dato' Haji Mohd Zaim Bin Abu Hasan [ Parit ] minta MENTERI PENDIDIKAN TINGGI menyatakan sejauh mana pencapaian universiti- universiti awam di Malaysia dalam rangking dunia dan apakah langkah diambil untuk meningkatkan pencapaian menjelang tahun 2025. AUM DR 30/11/2017 4 14. PR-1353-L03535 Datuk Mohd Idris Bin Jusi [ Batu Pahat ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan keberkesanan Pertubuhan Peladang kawasan berjaya ''menggalak, mempergiat, memudah dan mengusaha kemajuan ekonomi dan sosial'' peladang dan pertubuhan peladang. Setakat mana penglibatan orang-orang politik setempat dapat membantu tercapainya matlamat tersebut . 15. PR-1353-L03573 Datuk Zahidi Bin Zainul Abidin [ Padang Besar ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan :- (a) apakah program yang disediakan oleh Kementerian kepada usahawan mikro dari segi aspek pengurusan alam sekitar dan pembangunan perniagaan; dan (b) apakah program kesedaran kebersihan, keceriaan dan perundangan yang boleh dilaksanakan oleh Kementerian supaya para usahawan mikro tidak terjebak kepada pinjaman kewangan dengan ah long. 16. PR-1353-L03877 Puan Hajah Siti Zailah Binti Mohd Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan adakah Kementerian bersedia menerima cadangan penubuhan satu Institut Pendidikan Guru ( IPG) bagi setiap negeri untuk kemudahan warga pendidik. 17. PR-1353-L02982 Datuk Joseph Salang Gandum [ Julau ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan faktor-faktor yang menyebabkan kemerosotan kualiti perkhidmatan telekomunikasi di luar bandar. 18. PR-1353-L03943 Dato' Dr. Mujahid Bin Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan berapakah jumlah peruntukan pembangunan sukan seni mempertahankan diri yang diberikan oleh Kerajaan dari tahun 2015 hingga 2017. 19. PR-1353-L03116 Datuk Noor Ehsanuddin Bin Mohd Harun Narrashid [ Kota Tinggi ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan pandangan Kerajaan dalam penggunaan Bitcoin sebagai mata wang digital sebagai transaksi kewangan yang kini sudah menjadi trend pilihan dalam urus niaga pelaburan di dalam internet. 5 AUM DR 30/11/2017 20. PR-1353-L03806 Tuan Haji Wan Hassan Bin Mohd Ramli [ Dungun ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan jumlah perbelanjaan Sukan SEA ke 29 dan kesan kepada hala tuju pembangunan sukan negara. 21. PR-1353-L02833 Datuk Khoo Soo Seang [ Tebrau ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan keberkesanan dan kelemahan mekanisme pungutan GST. Apakah usaha Kerajaan untuk sentiasa memperbaiki lagi mekanisme tersebut agar ia menjadi lebih cekap dan mesra pembayar. 22. PR-1353-L03887 Tuan Mohamed Hanipa Bin Maidin [ Sepang ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan :- (a) berapakah jumlah wang yang Kerajaan telah dan/atau akan belanjakan bagi membantu Kerajaan Amerika Syarikat bagi mengukuhkan ekonomi Amerika Syarikat sepertimana yang diumumkan oleh Perdana Menteri di hadapan Presiden Amerika Syarikat baru-baru ini; dan (b) berapakah jumlah sebenar perbelanjaan lawatan Perdana Menteri dan rombongan ke Amerika Syarikat dan Britain baru-baru ini. Maklum terperinci butir-butir perbelanjaan tersebut. 23. PR-1353-L02867 Datuk Abd Rahim Bin Bakri [ Kudat ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan bilakah Kerajaan menyediakan "full pledged'' perkhidmatan bank di Daerah Pitas memandangkan daerah ini semakin berkembang ekonominya dan perlu disokong oleh kewujudan perkhidmatan bank untuk memberi perkhidmatan kepada pengguna dan peniaga tempatan memandangkan mereka terpaksa ke perkhidmatan terdekat di Kota Marudu hampir 70 kilometer jauhnya. 24. PR-1353-L03675 Ust. Dato' Dr. Mohd Khairuddin Bin Aman Razali [ Kuala Nerus ] minta PERDANA MENTERI menyatakan keputusan berhubung cadangan menubuhkan Jabatan Integriti dan Tadbir Urus Negara (JITN). 25. PR-1353-L03244 Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan [ Keningau ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan bilakah sekolah SMK Desa Wawasan di Tambunan yang telah diluluskan cadangannya oleh pihak Kerajaan dua tahun yang lalu dapat dilaksanakan.
Recommended publications
  • RTF Document
    MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT ATURAN URUSAN MESYUARAT NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA http://www.parlimen.gov.my HARI RABU, 25 NOVEMBER 2015, PUKUL 10.00 PAGI Bil. 56 PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN 1. PR-1333-L71568 Tuan Haji Mohd Fasiah bin Haji Mohd Fakeh [ Sabak Bernam ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan apakah langkah Kerajaan bagi meningkatkan jumlah kapasiti tenaga boleh diperbaharui dalam penjanaan dan nyatakan sejauh manakah komitmen sektor awam dan swasta serta industri dan orang awam dalam meningkatkan jumlah tenaga boleh diperbaharui. 2. PR-1333-L71413 Tuan Ahmad Baihaki bin Atiqullah [ Kubang Kerian ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan berapakah kos menyewa dan menyara hidup sepasang panda Fu Wa dan Feng Yi semenjak ia didatangkan daripada Negara China, sehingga lahirnya anak yang baru, dan apakah faedah langsung yang diperoleh oleh rakyat Malaysia. 3. PR-1333-L69566 Datuk Sapawi bin Ahmad Wasali [ Sipitang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan langkah jangka panjang membanteras kegiatan perjudian haram, termasuk menerusi online dan kafe siber bagi mengelak generasi muda terjebak kegiatan tersebut. 4. PR-1333-L69776 Puan Siti Zailah binti Mohd Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan secara terperinci kedudukan terkini isu 1MDB dan apakah penyelesaian jangka pendek dan jangka panjang supaya hutang 1MDB tidak terus membebankan negara. 2 AUM DR 25/11/2015 5. PR-1333-L70314 Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh [ Setiu ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan sejauh manakah dakwaan terdapat pengusaha TASKA yang mengambil warga asing sebagai pengasuh di negara ini, serta adakah terdapat tindakan undang-undang yang diambil terhadap pengusaha TASKA berhubung isu tersebut.
    [Show full text]
  • Strategic Plan 2009-2015
    MINISTRY OF FOREIGN AFFAIRS STRATEGIC PLAN 2009-2015 Published By MINISTRY OF FOREIGN AFFAIRS Wisma Putra Jalan Wisma Putra, Precinct 2, 62602 Putrajaya, Malaysia. NEGARAKU Negaraku Tanah tumpahnya darahku Rakyat hidup Bersatu dan maju Rahmat bahagia Tuhan kurniakan Raja kita Selamat bertakhta Rahmat bahagia Tuhan kurniakan Raja kita Selamat bertakhta WISMA PUTRA MUSICAL SCORE WISMA PUTRA Wisma Putra, Wadah Negara Suaramu Di Persada Dunia Mengungkap Bahasa Mencipta Adil Serta Saksama Wisma Putra Di Sejagat Raya Perjuangkan Kemanusiaan Meneroka Kesepakatan Mencipta Kesejahteraan Wisma Putra, Suara Malaysia Wisma Putra, Di Persada Dunia Berkibar Selamanya, Bendera Wisma Putra Demimu Malaysia, Negaraku Yang Tercinta Wisma Putra Mengisi Harapan Berjuang Untuk Umat Manusia Satu Nada Satu Suara Berdaulat Serta Merdeka Wisma Putra, Suara Malaysia Wisma Putra, Di Persada Dunia Berkibar Selamanya, Bendera Wisma Putra Demimu Malaysia, Negaraku Yang Tercinta Berkibar Selamanya, Bendera Wisma Putra Demimu Malaysia, Negaraku Yang Tercinta Senikata : YB Dato’ Seri Syed Hamid Albar Senilagu : Sha’aban Yahya FOREWORD BY Y.B. DATO’ SERI UTAMA DR. RAIS YATIM MINISTER OF FOREIGN AFFAIRS, MALAYSIA “..it is vital that Malaysia’s foreign policy continues to be guided by the fundamental principles of promoting and protecting the national interest while responsibly and effectively contributing towards the building of a fair and just world.” Wisma Putra, Malaysia’s Ministry of Foreign Affairs, is the custodian of the country’s international relations and foreign policy. In shouldering this responsibility, we have geared the country’s foreign policy towards fostering better relations with our neighbours and trading partners. We have worked collectively with our partners to secure an environment that is conducive to national development.
    [Show full text]
  • KEEPING the FAITH: PM Puts Reputation on the Line Brendan Pereira February 15, 2006 New Straits Times
    KEEPING THE FAITH: PM puts reputation on the line Brendan Pereira February 15, 2006 New Straits Times Feb 14: YESTERDAY was not about the ebullient Datuk Effendi Norwawi being hoisted onto the political mainstage once again, two years after his health scare. It was not about International Trade and Industry Minister Datuk Seri Rafidah Aziz proving that there is life after the Approved Permits fiasco. It was not about Tengku Adnan Tengku Mansor showing that there is no such thing as political oblivion in Malaysian politics. It was about Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi putting his reputation on the line and banking on 33 ministers and 39 deputy ministers to deliver big over the next two years. The stakes are high for the ruling coalition, and for the man who currently occupies the top job in the country. Fail, and the consequences will be grave. He knows that the reservoir of goodwill which followed the Barisan Nasional’s grand election victory in 2004 is emptying. He knows that after the pundits and armchair critics have exhausted all their arguments in coffee houses, the only thing that would really matter in Malaysia is this — whether the economy is humming. He is aware that the next 24 months will define how well he is judged and how well the BN fares in the next election. There will be little wiggle room for Abdullah and his band of ministers. Day One of their task will be on March 31 — the day the Ninth Malaysia Plan is tabled. Privately, Abdullah likes to use this analogy when describing the challenge that lies ahead for him and his team.
    [Show full text]
  • Penyata Rasmi Parlimen Parliamentary Debates
    Jilid I Hari Rabu Bil.2 5bb Disember, 1990 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN RAKYAT House of Representatives PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL PERTAMA First Session KANDUNGAN PEMASYHURAN TUAN YANG DI-PERTUA: Titah Ucapan D.Y.M.M. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong [Ruangan 53] Memperkenankan Akta-akta [Ruangan 79] Perutusan daripada Dewan Negara [Ruangan 80] JAWAPAN-JAWAPAN MULUT BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN [Ruangan 82] RANG UNDANG-UNDANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT [Ruangan 132] USUL-USUL: Jalan-jalan Masuk ke Parlimen [Ruangan 134] Memilih Timbalan-timbalan Yang di-Pertua: Y.B. Tuan Ong Tee Keat [Ruangan 136] Y.B. Tuan Haji Juhar bin Haji Mahiruddin [Ruangan 136] KANDUNGAN—(samb.) Jawatankuasa Pemilih—Lantikan Ahli-ahli: (1) Y.B. Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat (Pengerusi) [Ruangan 137] (2) Y.A.B. Tuan Abdul Ghafar bin Baba [Ruangan 137] (3) Y.B. Dato' Seri Ling Liong Sik [Ruangan 137] (4) Y.B. Dato' Seri S. Samy Vellu [Ruangan 137] (5) Y.B. Datuk Leo Moggie anak Irok [Ruangan 137] (6) Y.B. Tan Sri Datuk Haji Sakaran bin Dandai [Ruangan 137] (7) Y.B. Ketua Pembangkang [Ruangan 137] Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara—Lantikan Pengerusi dan Naib Pengerusi: Y.B. Dato' Dr Affifuddin bin Haji Omar [Ruanganl38] Y.B. Tuan Haji Mohd. Zihin bin Haji Mohd. Hassan [Ruanganl38] Jawatankuasa Pertubuhan Antara Parlimen-Parlimen ASEAN (AIPO) Malaysia—Lantikan Presiden dan Ahli-ahli: (1) Y.B. Tan Sri Dato' Mohamed Zahir bin Haji Ismail (Pengerusi) [Ruangan 139] (2) Y.B. Dato' Dr Siti Zaharah binti Haji Sulaiman [Ruangan 139] (3) Y.B.
    [Show full text]
  • KABINET-SENARAI (Bernama 20/05/1999)
    20 MAY 1999 KABINET-SENARAI KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) -- Berikut adalah senarai lengkap barisan Jemaah Menteri pada 20 Mei, 1999: PERDANA MENTERI: DATUK SERI DR MAHATHIR MOHAMAD (Kubang Pasu) TIMBALAN PERDANA MENTERI: DATUK SERI ABDULLAH AHMAD BADAWI (Kepala Batas) JABATAN PERDANA MENTERI ----------------------- MENTERI: 1) DATUK PADUKA DR ABDUL HAMID OTHMAN (Sik) 2) DATUK MOHD TAJOL ROSLI GHAZALI (Gerik) 3) DATUK DR SITI ZAHARAH SULAIMAN (Paya Besar) 4) DATUK PANDIKAR AMIN MULIA (Akar-senator) TIMBALAN MENTERI: 1) DATUK FAUZI ABDUL RAHMAN (Kuantan) 2) DATUK PADUKA IBRAHIM ALI (Pasir Mas-Senator) SETIAUSAHA PARLIMEN: 1) DATUK HAJI MOHAMED ABDULLAH (Maran) 2) DATUK OTHMAN ABDUL (Pendang) KEMENTERIAN KEWANGAN -------------------- MENTERI PERTAMA: TUN DAIM ZAINUDDIN (MENTERI TUGAS-TUGAS KHAS) (Merbok) MENTERI KEDUA: DATUK MUSTAPA MOHAMED (Jeli) TIMBALAN MENTERI: 1) DATUK WONG SEE WAH (MCA-Rasah) . 2) DATUK MOHAMED NAZRI ABDUL AZIZ (Chenderoh) SETIAUSAHA PARLIMEN: DR HAJI SHAFIE MOHD SALLEH (Kuala Langat) KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA -------------------------- MENTERI: DATUK LIM AH LEK (MCA-Bentong) TIMBALAN MENTERI: DATUK DR AFFIFUDDIN OMAR (Padang Terap) KEMENTERIAN DALAM NEGERI ------------------------ MENTERI: DATUK SERI ABDULLAH AHMAD BADAWI (Kepala Batas) TIMBALAN MENTERI: 1) DATUK HAJI AZMI KHALID (Padang Besar) . 2) DATUK ONG KA TING (MCA-Pontian) KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN --------------------------- MENTERI: TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN (Pagoh) TIMBALAN MENTERI: DATUK LOKE YUEN YOW (MCA-Tanjong Malim) SETIAUSAHA PARLIMEN: DATUK SHAHRIZAT
    [Show full text]
  • K a N D U N G a N
    K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT (Halaman 15) USUL: Menarik Balik Rang Undang-undang Di Bawah Peraturan Mesyuarat 62 (Halaman 15) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 2002 (Halaman 15) Diterbit Oleh: CAWANGAN DOKUMENTASI PARLIMEN MALAYSIA 2002 DR.11.09.2002 i AHLI-AHLI DEWAN RAKYAT Yang Amat Berbahagia Tuan Yang di-Pertua, Tun Dato Seri Dr. Mohamed Zahir bin Haji Ismail, S.S.M., P.M.N., S.S.D.K., S.P.M.K., D.S.D.K. J.M.N. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Dato Seri Dr. Mahathir bin Mohamad, D.K.(Brunei), D.K.(Perlis), D.K.(Johor), D.U.K., S.S.D.K., S.S.A.P., S.P.M.S., S.P.M.J., D.P. (Sarawak), D.U.P.N., S.P.N.S., S.P.D.K., S.P.C.M., S.S.M.T., D.U.M.N., P.I.S. (Kubang Pasu) “ Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, D.G.P.N., D.S.S.A., D.M.P.N., D.J.N., K.M.N., A.M.N., S.P.M.S. (Kepala Batas) Yang Berhormat Menteri Pengangkutan, Dato’ Seri Dr. Ling Liong Sik, S.P.M.P., D.G.S.M., D.P.M.P. D.P.M.S. (Labis) “ Menteri Kerja Raya, Dato’ Seri S. Samy Vellu, S.P.M.J., S.P.M.P., D.P.M.S., P.C.M., A.M.N.
    [Show full text]
  • Malaysian News: ITS for Tourists, KL Congestion, Port Workers, Safety, Smart Cards, Ports October 12, 2004
    Malaysian News: ITS for tourists, KL congestion, port workers, safety, smart cards, ports October 12, 2004 1. New e-portals to give tourists real time information about Malaysia to be implemented next year. It is unclear where e-portals would be located and exactly what will be offered as information. 2. Opinion piece on status of KL congestion and what should be done about it - obviously the writer does not believe in induced demand! 3. Dock workers have been associated with working with syndicated groups engaged in hijacking, as a systemic problem. 4. New "Safe City COncept" officially adopted. Aim is to improve city safety at local level with specific initiatives, some which are listed in article and are transportation related. 5. Smart card usage up but company operating smart card system has flat earnings growth, due to renegotiated commissions at a lower rate 6. Stats for througput at Port Tanjug Pelepas (this is a new port very near Port Johor 7. Stats for future growth of Port Johor ******************************************************************* ***1. E-portals to give tourists real time information by next year*** ******************************************************************* http://www.bernama.com/ Real Time Information On Malaysia For Tourists By Mid-2005 Datuk Dr Leo Michael Toyad KUALA LUMPUR, Oct 11 (Bernama) -- Foreign tourists would be able to access real time information on Malaysia by the middle of next year, Tourism Minister Datuk Dr Leo Michael Toyad said Monday. He said Tourism Malaysia is setting up an e-portal for tourists to access information on Malaysia which has been one of the requests made by many of them.
    [Show full text]
  • With Compliments
    No. 169 The Implementation of Islamic Law In Contemporary Malaysia: Prospects and Problems Ahmad Fauzi Abdul Hamid S. Rajaratnam School of International Studies Singapore 29 January 2009 With Compliments This Working Paper series presents papers in a preliminary form and serves to stimulate comment and discussion. The views expressed are entirely the author’s own and not that of the S. Rajaratnam School of International Studies. The S. Rajaratnam School of International Studies (RSIS) was established in January 2007 as an autonomous School within the Nanyang Technological University. RSIS’ mission is to be a leading research and graduate teaching institution in strategic and international affairs in the Asia-Pacific. To accomplish this mission, RSIS will: • Provide a rigorous professional graduate education in international affairs with a strong practical and area emphasis • Conduct policy-relevant research in national security, defence and strategic studies, diplomacy and international relations • Collaborate with like-minded schools of international affairs to form a global network of excellence Graduate Training in International Affairs RSIS offers an exacting graduate education in international affairs, taught by an international faculty of leading thinkers and practitioners. The teaching programme consists of the Master of Science (MSc) degrees in Strategic Studies, International Relations, International Political Economy and Asian Studies as well as The Nanyang MBA (International Studies) offered jointly with the Nanyang Business School. The graduate teaching is distinguished by their focus on the Asia-Pacific region, the professional practice of international affairs and the cultivation of academic depth. Over 150 students, the majority from abroad, are enrolled with the School. A small and select Ph.D.
    [Show full text]
  • MUKAH KAUL 1999 and IT's SI6NIACANCE by Bonaventul'tl Hamdan 8U)Un
    \/ " , . "'~ - , / , ,. , , .. JAB'" TAN KETU" MENTERI , .' . .' , , " " ,, ~------;.. , . ., ' .. .,.... , .. ~' by co. " '/ " I ,'_I" ...- 0\:2 , J;?9· ,lb~,~r. .....: , ", MUKAH KAUL 1999 AND IT'S SI6NIACANCE by Bonaventul'tl Hamdan 8u)un "KBul berer\inyajanji yang diikrarkan sungguh-sungguh lliat, nazar,janji da1am hati." .).I.,'" 2."",1.AM.. 3.f.n-. p, . ....,.A...t.,..;. B.J... .J(J.., .... 1996 It means a vow that must be fulfilled, a wish, a desire that must be accomplished. Coincidentally the Melanau tenn, "Kaul" is not so much of a difference from that of "Bahasa Klasik". BP: 1991. It's a desire to celebrate, as an appreciation of the popu1ace, after enduring long months of hardship i.e. November to February which occurred during the North East Monsoon. In the past it was really a time of privation, where lack of necessities of life for the coastal inhabitants could not go anywhere looking for food and other daily needs The sea was rough and. the areas along the villa,ges were flooded. The Me1anaus, within these areas were affected by these hardships. Therefore, due to the change of the climatic conditions, when fine weather and. no floods appeared, they then organised a "kaul". It's orisinal purpose was aimed to cleanse the village, to appease the envirorunent both for their health and their wealth. This year, according to Sapa Kaul 1999, Penghulu Brahim Jack bin Maya of Kampung Tellian TenzahlTellian VIu, Pesta Kaul started off at 6.30 am on 18.4.1999 with the journey by boat bc~ from Kampung Tellian Tengah, with all the relevant items ready for the occasion.
    [Show full text]
  • Penyata Rasmi Parlimen Parliamentary Debates
    Jilid I Hari Selasa Bil. 98 l0hb Disember, 1991 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN RAKYAT House of Representatives PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL PERTAMA First Session KANDUNGAN JAWAPAN-JAWAPAN MULUT BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN [Ruangan 15859] RANG UNDANG-UNDANG DIB AWA KE DALAM MESYUARAT [Ruangan 15899] RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 1992: Jawatankuasa— Jadual: Maksud B. 33 [Ruangan 15901] Maksud B. 34 [Ruangan 15945) USUL: Anggaran Pembangunan 1992: Jawatankuasa— Maksud P. 33 [Ruangan 15901] Maksud P. 34 [Ruangan 15945] DICETAK OLEH JABATAN PERCETAKAN NEGARA. KUALA LUMPUR GHAZAL1 BIN JANl. J.S.D.. K.M.N., A.M.P.. P.P.T., KETUA PENGARAII PERCETAKAN NEGARA. MALAYSIA 1992 MALAYSIA DEWAN RAKYAT YANG KELAPAN Penyata Rasmi Parlimen PENGGAL YANG PERTAMA AHLI-AHLI DEWAN RAKYAT Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, TAN SRI DATO' MOHAMED ZAHIR BIN HAJI ISMAIL, P.M.N., S.P.M.K., D.S.D.K., J.M.N. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri, DATO' SERI DR MAHATHIR BIN MOHAMAD, D.K.1., D.U.K., S.S.D.K., S.S.A.P., S.P.M.S., S.P.M.J., D.P., D.U.P.N., S.P.N.S., S.P.D.K., S.P.C.M., S.S.M.T., D.U.N.M., P.I.S. (Kubang Pasu). Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pembangunan Luar Bandar, TUAN ABDUL GHAPAR UIN BABA (Jasin). Yang Berhormat Menteri Pengangkutan, DATO' SERI DR LING LIONG SIK, S.P.M.P., D.P.M.P. (Labis), Menteri Tenaga, Telekom dan Pos, DATO' SERI S.
    [Show full text]
  • FULL CABINET LINE-UP (Bernama 20/05/1999)
    20 MAY 1999 Cabinet-Lineup FULL CABINET LINE-UP KUALA LUMPUR, May 20 (Bernama) -- Following is the full Cabinet line-up: PRIME MINISTER: DATUK SERI DR MAHATHIR MOHAMAD (Kubang Pasu) DEPUTY PRIME MINISTER: DATUK SERI ABDULLAH AHMAD BADAWI (Kepala Batas) PRIME MINISTER'S DEPARTMENT --------------------------- MINISTERS: 1) DATUK PADUKA DR ABDUL HAMID OTHMAN (Sik) 2) DATUK MOHAMED TAJOL ROSLI GHAZALI (Gerik) 3) DATUK DR SITI ZAHARAH SULAIMAN (Paya Besar) 4) DATUK PANDIKAR AMIN MULIA (Akar-Senator) DEPUTY MINISTERS: 1) DATUK FAUZI ABDUL RAHMAN (Kuantan) 2) DATUK PADUKA IBRAHIM ALI (Pasir Mas-Senator) PARLIAMENTARY SECRETARIES: 1) DATUK MOHAMED ABDULLAH (Maran) 2) DATUK OTHMAN ABDUL (Pendang) MINISTRY OF FINANCE -------------------- FIRST MINISTER: TUN DAIM ZAINUDDIN (SPECIAL FUNCTIONS MINISTER) (Merbok) SECOND MINISTER: DATUK MUSTAPA MOHAMED (Jeli) DEPUTY MINISTERS: 1) DATUK WONG SEE WAH (MCA-Rasah) 2) DATUK MOHAMED NAZRI ABDUL AZIZ (Chenderoh) PARLIAMENTARY SECRETARY: DR SHAFIE MOHAMED SALLEH (Kuala Langat) MINISTRY OF HUMAN RESOURCES ---------------------------- MINISTER: DATUK LIM AH LEK (MCA-Bentong) DEPUTY MINISTER: DATUK DR AFFIFUDDIN OMAR (Padang Terap) MINISTRY OF HOME AFFAIRS ------------------------- MINISTERS: DATUK SERI ABDULLAH AHMAD BADAWI (Kepala Batas) DEPUTY MINISTERS: 1) DATUK AZMI KHALID (Padang Besar) 2) DATUK ONG KA TING (MCA-Pontian) MINISTRY OF YOUTH AND SPORTS ---------------------------- MINISTER: TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN (Pagoh) DEPUTY MINISTER: DATUK LOKE YUEN YOW (MCA-Tanjong Malim) PARLIAMENTARY SECRETARY: DATUK
    [Show full text]
  • K a N D U N G a N
    K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN- PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2003 Jawatankuasa:- Jadual:- Maksud B.35 (Halaman 13) Maksud B.36 (Halaman 42) USUL: Usul Anggaran Pembangunan 2003 Jawatankuasa:- Maksud P.35 (Halaman 13) Maksud P.36 (Halaman 42) Diterbitkan Oleh: CAWANGAN DOKUMENTASI PARLIMEN MALAYSIA 2002 DR.24.10.2002 i AHLI-AHLI DEWAN RAKYAT Yang Amat Berbahagia Tuan Yang di-Pertua, Tun Dato Seri Dr. Mohamed Zahir bin Haji Ismail, S.S.M., P.M.N., S.S.D.K., S.P.M.K., D.S.D.K. J.M.N. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Dato Seri Dr. Mahathir bin Mohamad, D.K.(Brunei), D.K.(Perlis), D.K.(Johor), D.U.K., S.S.D.K., S.S.A.P., S.P.M.S., S.P.M.J., D.P. (Sarawak), D.U.P.N., S.P.N.S., S.P.D.K., S.P.C.M., S.S.M.T., D.U.M.N., P.I.S. (Kubang Pasu) “ Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, D.G.P.N., D.S.S.A., D.M.P.N., D.J.N., K.M.N., A.M.N., S.P.M.S. (Kepala Batas) Yang Berhormat Menteri Pengangkutan, Dato’ Seri Dr. Ling Liong Sik, S.P.M.P., D.G.S.M., D.P.M.P. D.P.M.S. (Labis) “ Menteri Kerja Raya, Dato’ Seri S. Samy Vellu, S.P.M.J., S.P.M.P., D.P.M.S., P.C.M., A.M.N.
    [Show full text]