MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT NASKAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA http://www.parlimen.gov.my HARI KHAMIS, 30 NOVEMBER 2017, PUKUL 10.00 PAGI Bil. 12 WAKTU PERTANYAAN-PERTANYAAN MENTERI 1. PR-1353-MQT0227 Puan Rubiah Binti Haji Wang [ Kota Samarahan ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan tindakan Kementerian bagi menangani fenomena banjir yang kerap berlaku di Kota Samarahan yang ada kaitan dengan keupayaan sistem saliran di Jalan Kuching Samarahan Expressway, rancangan tebatan banjir Sungai Stakan dan sistem saliran di Sekolah Kebangsaan Jalan Muara Tuang. 2. PR-1353-MQT0228 Tuan Hee Loy Sian [ Petaling Jaya Selatan ] minta MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan faktor pelantikan dan bayaran nilai kontrak kepada pemain bola sepak Barcelona, Luis Suarez sebagai Duta Pelancongan Malaysia. 3. PR-1353-MQT0234 Datuk Liang Teck Meng [ Simpang Renggam ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan mengikut data Kementerian, berapakah jumlah permohonan pembangunan atas tanah bukit di Pulau Pinang telah diluluskan antara 2001 - 2017 dan adakah Kerajaan Pulau Pinang mengguna pakai garis panduan yang telah disediakan oleh Kementerian. MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT NASKAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA http://www.parlimen.gov.my HARI KHAMIS, 30 NOVEMBER 2017, PUKUL 10.00 PAGI Bil. 57 WAKTU PERTANYAAN-PERTANYAAN MENTERI PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN 1. PR-1353-L03107 Dato' Sri Abdul Manan Bin Ismail [ Paya Besar ] minta PERDANA MENTERI menyatakan hala tuju pendidikan dan kurikulum pusat-pusat tahfiz di negara ini, serta langkah Kerajaan dalam mewajibkan piawaian keselamatan bagi pusat tahfiz yang beroperasi di negara ini dipatuhi sepenuhnya tanpa sebarang kompromi. 2. PR-1353-L03268 Tan Sri Dato' Seri Abd Khalid Bin Ibrahim [ Bandar Tun Razak ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah butiran terperinci mengenai Jabatan Intergriti dan Tadbir urus negara (JITN), kos penubuhan dan operasi di samping risiko campurtangan eksekutif dan kebebasan terhakis dalam usaha membanteras rasuah, penyelewengan serta penyalahgunaan sumber, dana dan kuasa. 3. PR-1353-L03386 Dato' Haji Ahmad Nazlan Bin Idris [ Jerantut ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan sejauh manakah usaha yang dilakukan Kerajaan dalam memulihkan kawasan hutan yang telah gondol akibat aktiviti pembalakan dan penerokaan hutan. AUM DR 30/11/2017 2 4. PR-1353-L04101 Tuan Sim Tong Him [ Kota Melaka ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan :- (a) jumlah pengeluaran pengilangan negara Malaysia sehingga bulan September tahun ini dan dibandingkan dengan tahun lepas ; dan (b) apakah jenis insentif dan program-program Kementerian untuk menggalakkan industri pengilangan. 5. PR-1353-L02780 Tan Sri Dr. Muhammad Leo Michael Toyad Abdullah [ Mukah ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan apakah inisiatif Kementerian dalam merancakkan penggunaan Sistem Bangunan Industri (IBS) terutamanya pemaju sektor swasta untuk menjayakan dasar pembangunan negara serta apakah tindakan yang akan dikenakan sekiranya pemaju gagal mengguna pakai sistem ini. 6. PR-1353-L03762 Tuan Sivarasa A/L K. Rasiah [ Subang ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan setakat ini usaha pihak Kementerian untuk memindah atau menggabungkan atau membuka sekolah baru Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) untuk menepati permintaan masyarakat India. 7. PR-1353-L03182 Dr. Mansor Bin Abdul Rahman [ Sik ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan apakah langkah yang diambil untuk membaik pulih 21 jambatan yang dikenal pasti berisiko tinggi di seluruh Malaysia, adakah kerja-kerja baik pulih akan dilakukan secepat mungkin. 8. PR-1353-L03143 Dato' Dr. Nik Mazian Bin Nik Mohamad [ Pasir Puteh ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan laporan daripada media sosial menyatakan penyakit kusta telah menular kembali ke negara kita Malaysia kesan daripada penghijrahan pendatang warga asing daripada India, Bangladesh dan lain- lain yang tidak terkawal daripada 2013 sehingga sekarang. Adakah Kementerian dapat mengesahkan kenyataan ini dan melaporkan secara terperinci berapakah kes kusta yang telah ditemui daripada tahun 2013 hingga sekarang. 3 AUM DR 30/11/2017 9. PR-1353-L03032 Tuan Anuar Bin Abd Manap [ Sekijang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah jumlah keseluruhan jemaah haji bagi tahun ini dan nyatakan jumlah subsidi yang telah ditanggung Tabung Haji bagi musim haji baru-baru ini.. 10. PR-1353-L04114 Tuan Manivannan A/L Gowindasamy [ Kapar ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :- (a) inisiatif yang telah diambil oleh Kerajaan untuk membangunkan masyarakat India di bawah Pelan Tindakan Masyarakat India Malaysia (MIB) dan keberkesanannya setakat ini dalam meningkatkan taraf hidup masyarakat India; dan (b) apakah faktor-faktor yang menyebabkan Pelan Tindakan Masyarakat India Malaysia (MIB) TIDAK dibawa ke Parlimen untuk dimeteraikan sebagai satu dasar seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB). 11. PR-1353-L03313 Datuk Che Mohamad Zulkifly Bin Jusoh [ Setiu ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sama ada terdapat peningkatan berhubung tahap kesedaran orang ramai mengenai penulisan wasiat dan pengurusan harta bagi mengelakkan masalah harta yang tidak dituntut serta tindakan Kerajaan dalam meningkatkan kesedaran rakyat terhadap perihal tersebut. 12. PR-1353-L02947 Dr. Che Rosli Bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta PERDANA MENTERI menyatakan dapatan hasil kajian pendapat umum rakyat Malaysia dalam penjanaan tenaga nuklear dan kesan terhadap ekonomi Malaysia. 13. PR-1353-L03274 Dato' Haji Mohd Zaim Bin Abu Hasan [ Parit ] minta MENTERI PENDIDIKAN TINGGI menyatakan sejauh mana pencapaian universiti- universiti awam di Malaysia dalam rangking dunia dan apakah langkah diambil untuk meningkatkan pencapaian menjelang tahun 2025. AUM DR 30/11/2017 4 14. PR-1353-L03535 Datuk Mohd Idris Bin Jusi [ Batu Pahat ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan keberkesanan Pertubuhan Peladang kawasan berjaya ''menggalak, mempergiat, memudah dan mengusaha kemajuan ekonomi dan sosial'' peladang dan pertubuhan peladang. Setakat mana penglibatan orang-orang politik setempat dapat membantu tercapainya matlamat tersebut . 15. PR-1353-L03573 Datuk Zahidi Bin Zainul Abidin [ Padang Besar ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan :- (a) apakah program yang disediakan oleh Kementerian kepada usahawan mikro dari segi aspek pengurusan alam sekitar dan pembangunan perniagaan; dan (b) apakah program kesedaran kebersihan, keceriaan dan perundangan yang boleh dilaksanakan oleh Kementerian supaya para usahawan mikro tidak terjebak kepada pinjaman kewangan dengan ah long. 16. PR-1353-L03877 Puan Hajah Siti Zailah Binti Mohd Yusoff [ Rantau Panjang ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan adakah Kementerian bersedia menerima cadangan penubuhan satu Institut Pendidikan Guru ( IPG) bagi setiap negeri untuk kemudahan warga pendidik. 17. PR-1353-L02982 Datuk Joseph Salang Gandum [ Julau ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan faktor-faktor yang menyebabkan kemerosotan kualiti perkhidmatan telekomunikasi di luar bandar. 18. PR-1353-L03943 Dato' Dr. Mujahid Bin Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan berapakah jumlah peruntukan pembangunan sukan seni mempertahankan diri yang diberikan oleh Kerajaan dari tahun 2015 hingga 2017. 19. PR-1353-L03116 Datuk Noor Ehsanuddin Bin Mohd Harun Narrashid [ Kota Tinggi ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan pandangan Kerajaan dalam penggunaan Bitcoin sebagai mata wang digital sebagai transaksi kewangan yang kini sudah menjadi trend pilihan dalam urus niaga pelaburan di dalam internet. 5 AUM DR 30/11/2017 20. PR-1353-L03806 Tuan Haji Wan Hassan Bin Mohd Ramli [ Dungun ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan jumlah perbelanjaan Sukan SEA ke 29 dan kesan kepada hala tuju pembangunan sukan negara. 21. PR-1353-L02833 Datuk Khoo Soo Seang [ Tebrau ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan keberkesanan dan kelemahan mekanisme pungutan GST. Apakah usaha Kerajaan untuk sentiasa memperbaiki lagi mekanisme tersebut agar ia menjadi lebih cekap dan mesra pembayar. 22. PR-1353-L03887 Tuan Mohamed Hanipa Bin Maidin [ Sepang ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan :- (a) berapakah jumlah wang yang Kerajaan telah dan/atau akan belanjakan bagi membantu Kerajaan Amerika Syarikat bagi mengukuhkan ekonomi Amerika Syarikat sepertimana yang diumumkan oleh Perdana Menteri di hadapan Presiden Amerika Syarikat baru-baru ini; dan (b) berapakah jumlah sebenar perbelanjaan lawatan Perdana Menteri dan rombongan ke Amerika Syarikat dan Britain baru-baru ini. Maklum terperinci butir-butir perbelanjaan tersebut. 23. PR-1353-L02867 Datuk Abd Rahim Bin Bakri [ Kudat ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan bilakah Kerajaan menyediakan "full pledged'' perkhidmatan bank di Daerah Pitas memandangkan daerah ini semakin berkembang ekonominya dan perlu disokong oleh kewujudan perkhidmatan bank untuk memberi perkhidmatan kepada pengguna dan peniaga tempatan memandangkan mereka terpaksa ke perkhidmatan terdekat di Kota Marudu hampir 70 kilometer jauhnya. 24. PR-1353-L03675 Ust. Dato' Dr. Mohd Khairuddin Bin Aman Razali [ Kuala Nerus ] minta PERDANA MENTERI menyatakan keputusan berhubung cadangan menubuhkan Jabatan Integriti dan Tadbir Urus Negara (JITN). 25. PR-1353-L03244 Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan [ Keningau ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan bilakah sekolah SMK Desa Wawasan di Tambunan yang telah diluluskan cadangannya oleh pihak Kerajaan dua tahun yang lalu dapat dilaksanakan.
Details
-
File Typepdf
-
Upload Time-
-
Content LanguagesEnglish
-
Upload UserAnonymous/Not logged-in
-
File Pages25 Page
-
File Size-