K A N D U N G A N

JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1)

RANG UNDANG-UNDANG:

Rang Undang-undang Perbekalan 2003 (Halaman 13)

USUL:

Usul Anggaran Pembangunan 2003 (Halaman 13)

Diterbit Oleh: CAWANGAN DOKUMENTASI PARLIMEN 2002

DR.2.10.2002 i

AHLI-AHLI DEWAN RAKYAT

Yang Amat Berbahagia Tuan Yang di-Pertua, Tun Dato Seri Dr. Mohamed Zahir bin Haji Ismail, S.S.M., P.M.N., S.S.D.K., S.P.M.K., D.S.D.K. J.M.N. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Dato Seri Dr. Mahathir bin Mohamad, D.K.(Brunei), D.K.(Perlis), D.K.(Johor), D.U.K., S.S.D.K., S.S.A.P., S.P.M.S., S.P.M.J., D.P. (Sarawak), D.U.P.N., S.P.N.S., S.P.D.K., S.P.C.M., S.S.M.T., D.U.M.N., P.I.S. (Kubang Pasu) “ Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, D.G.P.N., D.S.S.A., D.M.P.N., D.J.N., K.M.N., A.M.N., S.P.M.S. (Kepala Batas) Yang Berhormat Menteri Pengangkutan, Dato’ Seri Dr. , S.P.M.P., D.G.S.M., D.P.M.P. D.P.M.S. (Labis) “ Menteri Kerja Raya, Dato’ Seri S. , S.P.M.J., S.P.M.P., D.P.M.S., P.C.M., A.M.N. (Sungai Siput) “ Menteri Perusahaan Utama, Dato’ Seri Dr. Lim Keng Yaik, S.P.M.P., D.G.P.N, D.P.C.M. (Beruas) “ Menteri Tenaga, Komunikasi dan Multimedia, Datuk Amar anak Irok, D.A., P.N.B.S. (Kanowit) “ Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato’ Seri , S.P.M.P., S.P.M.T., D.P.M.S., A.M.N. (Kuala Kangsar) “ Menteri Pertahanan, Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak, S.S.A.P, S.I.M.P., D.S.A.P., D.P.M.S., P.N.B.S., D.U.B.C.(T). (Pekan) “ Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar, Dato’ Seri Law Hieng Ding, P.N.B.S., K.M.N., P.B.S., P.B.J. (Sarikei) “ Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar, S.P.M.J., S.P.D.K., D.P.M.J., S.M.J., A.M.N. (Kota Tinggi) “ Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin, P.I.S., B.S.I., S.M.J., P.S.M., S.P.M.J. (Pagoh) “ Menteri Kesihatan, Datuk Chua Jui Meng, D.I.M.P., S.I.M.P, S.M.J, P.I.S. (Bakri) " Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat, Dato’ Dr. Siti Zaharah binti Sulaiman, S.I.M.P., D.S.A.P., D.I.M.P. (Paya Besar)

" Menteri Penerangan, Tan Sri Dato’ Seri Mohd. Khalil bin Yaakob, P.S.M., S.S.A.P., S.I.M.P., D.S.A.P., J.S.M., S.M.P. (Kuantan) “ Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Datuk Paduka Abdul Kadir bin Haji Sheikh Fadzir, P.G.D.K., D.S.D.K., A.M.K. (Kulim-Bandar Baharu) “ Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. Fong Chan Onn, D.M.S.M. (Selandar) “ Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Dato’ Seri Ong Ka Ting, D.P.M.P. (Pontian)

ii DR.2.10.2002

Yang Berhormat Menteri Pembangunan Usahawan, Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz, D.M.S.M., A.M.P., B.K.T. (Chenderoh) “ Menteri Pembangunan Luar Bandar, Dato’ Haji Azmi bin Khalid, D.P.M.P., S.M.P., P.J.K. (Padang Besar)

“ Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Hishammuddin bin Tun Hussein, D.S.A.P., D.P.M.J. (Tenggara)

“ Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Bernard Giluk Dompok (Kinabalu) “ Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Utama Dr. Rais bin Yatim, S.P.N.S., D.S.N.S. (Jelebu) “ Menteri Pertanian, Datuk (Dr.) Mohd Effendi Norwawi, SIMP., PGBK., DPMS., JSM., JBS., KMN., PPB. (Kuala Rajang) “ Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga, Dato’ Seri Hajah Shahrizat binti Abdul Jalil, DGPN., D.I.M.P. (Lembah Pantai) “ Timbalan Yang di-Pertua, Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah, D.I.M.P., S.M.P., P.J.K. (Maran) “ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Lim Si Cheng, P.I.S. (Senai) “ Timbalan Menteri Penerangan Dato’ Haji Mohd. Khalid bin Mohd. Yunus, D.S.N.S. (Jempol) “ Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Dr. Leo Michael Toyad, P.G.D.K., J.B.S. (Mukah) “ Timbalan Menteri Kesihatan, Dato' Seri Dr. Suleiman bin Mohamed D.P.M.S., S.S.S.A(Titiwangsa) “ Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Peter Chin Fah Kui, P.G.B.K. (Miri) “ Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato’ Kerk Choo Ting, D.P.M.P., D.G.P.N.(Taiping) “ Timbalan Menteri Kewangan, Dato’ Chan Kong Choy, D.S.A.P., D.P.M.S. (Selayang) " Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato’ S. Subramaniam, D.P.M.J., D.S.N.S., S.M.J. (Segamat) " Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal, P.G.D.K. (Semporna) “ Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Douglas Uggah Embas, P.G.B..K., P.B.S., A.B.S., A.M.N. (Betong) “ Timbalan Menteri Kewangan, Dato’ Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh, D.S.S.A., S.M.S., S.S.A., K.M.N. (Kuala Langat) “ Timbalan Menteri Dalam Negeri, Dato’ Chor Chee Heung, D.S.D.K., A.M.N., J.P. (Alor Setar) “ Timbalan Menteri Tenaga, Komunikasi dan Multimedia, Datuk Tan Chai Ho, P.J.N., K.M.N., A.M.N. (Bandar Tun Razak) “ Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Dato’ G. Palanivel, D.S.S.A., S.S.A., P.J.K. (Hulu Selangor) “ Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ong Tee Keat, P.J.N., S.M.S. (Ampang Jaya) “ Timbalan Menteri Pengangkutan, Tan Sri Dato’ Seri DiRaja Ramli bin Ngah Talib, P.C.M., S.P.C.M., A.M.N., J.P. (Pasir Salak)

DR.2.10.2002 iii

Yang Berhormat Timbalan Menteri Pertanian, Dato’ Seri Mohd. Shariff bin Haji Omar, D.G.P.N., D.M.P.N., P.P.T. (Tasek Gelugor) “ Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar, Dato’ Zainal bin Dahalan, P.J.K., K.M.N., J.S.M., D.P.M.S. (Sabak Bernam) “ Timbalan Menteri Dalam Negeri, Dato’ Zainal Abidin bin Zin, D.P.M.P., P.M.P. (Bagan Serai) “ Mulia Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tengku Dato’ Seri Azlan ibni Sultan Abu Bakar, S.P.T.J., D.S.A.S. (Jerantut) “ Timbalan Menteri Kerja Raya, Dato’ Mohamed Khaled bin Haji Nordin, DSPN., P.I.S. (Johor Bahru) “ Timbalan Menteri Perusahaan Utama, Datuk Anifah Aman (Beaufort) “ Timbalan Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi, Dr. Tan Kee Kwong (Segambut) “ Timbalan Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat, Dr. Tiki anak Lafe (Mas Gading) " Timbalan Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Dato’ Dr. Ng Yen Yen (Raub) “ Timbalan Menteri Sumber Manusia, Dr. Abdul Latiff bin Ahmad (Mersing) " Timbalan Menteri Pendidikan, Dato’ Hon Choon Kim, D.S.N.S. (Seremban) “ Setiausaha Parlimen Kementerian Pertanian, Dato’ Abu Bakar bin Taib, D.S.D.K., S.D.K., B.C.K., K.M.N., P.J.K. (Langkawi) “ Setiausaha Parlimen Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Abu Zahar bin Isnin, D.G.S.M., D.M.S.M., A.M.N. (Jasin) “ Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Hajah Khamsiyah binti Yeop, P.P.T., A.M.N., A.M.P., P.M.P. (Gerik) “ Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Haji Noh bin Haji Omar, D.P.M.S., D.M.S.M., K.M.N., A.S.A., P.J.K., J.P. (Tanjong Karang) “ Setiausaha Parlimen Kementerian Pengangkutan, Tuan Ir. Donald Lim Siang Chai (Petaling Jaya Selatan) “ Setiausaha Parlimen Kementerian Kerja Raya, Datuk Yong Khoon Seng, D.S.P.N., K.M.N. (Stampin) “ Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Tuan Hashim bin Ismail, P.P.N., P.I.S. (Ledang) “ Setiausaha Parlimen Kementerian Tenaga, Komunikasi dan Multimedia, Tuan Chia Kwang Chye (Bukit Bendera) “ Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Tuan Wong Kam Hoong, K.M.N. (Bayan Baru) “ Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan, Tuan S. G. Sothinathan (Telok Kemang) “ Setiausaha Parlimen Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi, Dr. Robia binti Dato’ Kosai (Muar) “ Setiausaha Parlimen Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat, Dato’ S. Veerasingam, P.M.P., A.M.P, A.M.N. (Tapah)

iv DR.2.10.2002

Yang Berhormat Setiausaha Parlimen Kementerian Pembangunan Usahawan, Datuk Rizalman bin Abdullah, P.G.D.K., J.P. (Tenom) “ Setiausaha Parlimen Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Puan Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim, P.B.S., P.P.B., (Santubong) “ Setiausaha Parlimen Kementerian Pendidikan, Dato’ Mahadzir bin Mohd. Khir (Sungai Petani) " Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Fu Ah Kiow, D.I.M.P. (Mentakab) " Drs. Haji Abu Bakar bin Othman (Jerlun) “ Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji Haron, S.M.K. (Rantau Panjang) " Tun Abdul Ghafar bin Baba, S.S.M. (Batu Berendam) “ Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Haji Awang, D.S.S.S.M.T. (Marang) “ Datuk Haji Abdul Hamid bin Abdul Rahman, P.J.N.(Sungai Benut) “ Tan Sri Dato' Seri Dr. Abdul Hamid Pawanteh, P.S.M., S.P.M.P. (Kangar) “ Dato’ Haji Abdul Kadir bin Annuar, S.P.M.J., K.M.N., P.I.S., B.S.I., A.M.N. (Pulai) “ Tuan Abd. Rahman bin Yusof (Kemaman) “ Tan Sri Datuk Patinggi , S.P.M.J., S.P.M.T., S.S.S.A, S.S.A.P., S.S.D.K., P.S.M., S.P.M.B., D.G.S.M., P.K.C, D.P. (Kota Samarahan) “ Dato’ Dr. Abdullah Fadzil bin Che Wan, D.P.C.M., P.C.M. (Bukit Gantang) “ Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop, B.K.T., J.P., D.M.S.M., K.M.N., D.C.S.M. (Alor Gajah) “ Dato’ Haji Ahmad Husni bin Mohd. Hanadzlah, P.P.T., A.M.P. (Tambun) “ Datuk Ahmad Zahid bin Hamidi, D.M.S.M., P.P.T., P.J.K. (Bagan Datok) “ Raja Dato’ Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar, D.S.A.P. (Larut) “ Tuan Alexander Nanta Linggi, A.B.S. (Kapit) “ Tuan Alwi bin Jusoh (Pasir Puteh) “ Tuan Haji Amihamzah bin Ahmad (Lipis) “ Datu Amirkahar bin Tun Datu Haji Mustapha (Marudu) “ Dato' Haji Badrul Hisham bin Abdul Aziz, D.P.M.S., A.S.A. (Hulu Langat) “ Tuan Billy Abit Joo, K.M.N. (Hulu Rajang) “ Datuk Bung Moktar bin Radin, P.G.D.K., A.D.K., A.S.D.K. (Kinabatangan) “ Tuan Chang See Ten, P.I.S. (Gelang Patah) “ Tuan Haji Che Ghani bin Che Ambak, P.J.K. (Setiu) “ Puan Chew Mei Fun (Petaling Jaya Utara) “ Puan Chong Eng (Bukit Mertajam)

DR.2.10.2002 v

Yang Berhormat Tuan Chow Kon Yeow (Tanjong) “ Tun Dato’ , D.G.S.M., S.S.M., S.P.M.S., D.H.M.S., S.S.A.P. (Merbok) “ Fong Kui Lun (Bukit Bintang) " Puan Fong Po Kuan (Batu Gajah) " Tuan Goh Kheng Huat (Nibong Tebal) " Dato Goh Siow Huat (Rasah) “ Dato’ Dr. Hasan bin Haji Mohamed Ali, D.I.M.P., S.M.S. (Parit Buntar) “ Tuan Hassan bin Mohamed (Besut) “ Tuan Henry Sum Agong, A.K. (Bukit Mas) “ Tan Sri Dato’ Hew See Tong, P.S.M., D.P.M.P., J.P. (Kampar) “ Dato’ Ho Cheong Sing, P.M.P., A.M.N. (Ipoh Barat) “ Tuan Hoo Seong Chang (Kluang) “ Tuan Husam bin Haji Musa (Kubang Kerian) “ Tuan Haji Ismail bin Noh (Pasir Mas) “ Tuan Jacob Dungau Sagan, J.B.S., K.M.N., P.P.B. (Baram) “ Dato’ Dr. Haji Jamaludin bin Dato’ Mohd. Jarjis, S.I.M.P., D.I.M.P. (Rompin) “ Dr. James Dawos Mamit, P.P.B., P.P.S. (Mambong) “ Tuan Jawah anak Gerang (Lubok Antu) “ Tuan Jimmy Lim Donald (Sri Aman) “ Tuan Joseph Mauh anak Ikeh (Selangau) “ Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan, P.G.D.K., P.N.B.S., S.S.A.P., S.P.D.K. (Keningau) “ Tuan Joseph Salang anak Gandum (Julau) “ Tuan Juslie bin Ajirol, A.S.D.K. (Libaran) “ Dato’ Kamarudin bin Jaffar, B.C.M, D.S.N.S. (Tumpat) “ Tuan Kerk Kim Hock (Kota Melaka) “ Tan Sri Dato' Dr. K.S. Nijhar, P.S.M., S.P.M.J., J.M.N. (Subang) “ Tuan Kong Cho Ha (Lumut) “ Datuk Lau Ngan Siew, A.D.K., K.M.N., P.G.D.K. (Sandakan) “ Tuan Lee Kah Choon (Jelutong) “ Puan Lim Bee Kau, A.M.K., B.K.M., P.J.K. (Padang Serai) " Tuan Lim Hock Seng (Bagan) " Tuan Liow Tiong Lai, S.M.P. (Bentong) " Dato’ Loke Yuen Yow, D.P.M.P., A.M.P. (Tanjong Malim) " Tuan Mah Siew Keong (Teluk Intan) " Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar (Pokok Sena) “ Puan Hajah Mastika Junaidah binti Husin (Arau) “ Tuan Haji Mat Basir bin Rahmat (Parit) “ Dr. Maximus Johnity Ongkili, A.S.D.K., J.P. (Bandau)

vi DR.2.10.2002

Yang Berhormat Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz, P.N.J., S.M.J., K.M.N., P.I.S., B.S.I., A.M.N., P.P.N. (Sri Gading) " Tuan Mohamad bin Sabu (Kuala Kedah) “ Tuan Mohamed Nasir bin Che Daud (Kuala Krai) “ Tuan Mohamed Sayuti bin Said, P.P.T., P.J.K., P.P.N. (Kuala Selangor) “ Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan, P.J.N., S.M.J., K.M.N., P.I.S., A.M.N., P.P.N. (Tebrau) “ Tuan Mohd. Amar bin Abdullah (Pengkalan Chepa) “ Tuan Mohd. Apandi bin Haji Mohamad (Jeli) “ Datuk Seri Panglima Mohd. Salleh bin Tun Md. Said, P.G.D.K. (Kota Belud) “ Datuk Mohd. Sarit bin Haji Yusoh (Temerloh) “ Tuan Mohd. Yusoff bin Mohd. Nor, P.P.N., J.M.N. (Machang) “ Dato’ Mohd. Zain bin Omar, D.S.P.N., K.M.N., P.J.K, P.J.M., (Balik Pulau) “ Dato’ Ir. Mohd. Zin bin Mohamed, D.P.T.J., J.P. (Shah Alam) “ Tuan M. Shukrimun bin Shamsudin (Kuala Nerus) “ Tuan Muhamad bin Mustafa (Peringat) “ Tuan Haji Muhyidin bin Haji Abd. Rashid (Hulu Terengganu) “ Dato' Mustafa bin Ali, D.P.M.T. (Dungun) “ Datuk Napsiah binti Omar (Kuala Pilah) “ Tuan Nasharudin bin Mat Isa (Yan) “ Tuan Ng Lip Yong (Batu) “ Datuk Osu bin Sukam, S.P.D.K., P.G.D.K., D.A. (Papar) “ Dato’ Othman bin Abdul (Pendang) " Datuk Peter Tinggom anak Kamarau, P.P.B., P.P.C., K.M.N., P.N.B.S., J.B.S., A.M.N., P.B.S. (Saratok) “ Tuan Philip Benedict Lasimbang, A.S.D.K. (Penampang) " Puan P. Komala Devi, P.P.T. (Kapar) " Datuk Railey bin Haji Jeffrey, P.G.D.K., J.M.N. (Silam) " Tuan Ramli bin Ibrahim () “ Mulia Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah, D.K., P.S.M., S.P.M.K., S.S.A.P., S.P.M.S. (Gua Musang) “ Tuan Richard Riot anak Jaem (Serian) “ Tuan Robert Lau Hoi Chew, J.B.S., (Sibu) “ Tuan Ronald Kiandee, A.S.D.K. (Beluran) “ Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad, D.M.S.M., P.I.S. (Parit Sulong) “ Tuan Saupi bin Daud (Tanah Merah) “ Datin Paduka Hajah Seripah Noli binti Syed Hussin, D.S.S.A (Sepang) “ Dato’ Shahnon bin Ahmad, D.S.D.K., K.M.N. (Sik) “ Dato’ Shaziman bin Abu Mansor, A.N.S. (Tampin) “ Tuan Shim Paw Fatt, J.P. (Tawau) " Tuan Haji Siam bin Haji Kasrin, K.M.N., P.I.S. (Batu Pahat) “ Datuk Song Swee Guan, P.G.B.S. (Bandar Kuching)

DR.2.10.2002 vii

Yang Berhormat Dato’ Suhaili bin Abdul Rahman, D.I.M.P., A.S.D.K. (Labuan) “ Puan Sukinam Domo (Batang Sadong) “ Tan Sri Datuk Seri Amar Dr. Haji Sulaiman bin Haji Daud, S.I.M.P., D.A., D.S.S.A., P.N.B.S., J.B.S. (Petra Jaya) “ Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawi (Kuala Terengganu) “ Tuan Taib Azamudden bin Md. Taib, J.B.S., A.M.N. (Baling) “ Tuan Tan Kok Wai (Cheras) “ Dr. Tan Seng Giaw (Kepong) “ Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew, D.S.S.A (Kelang) “ Puan Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) “ Tuan Thong Fah Chong (Ipoh Timur) “ Dato’ Dr. Ting Chew Peh, D.P.M.S., D.P.M.P. (Gopeng) “ Dato’ Seri Tiong King Sing, D.S.S.A., J.P. (Bintulu) " Dato’ Tiong Thai King, (Lanang) “ Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail (Permatang Pauh) “ Tuan Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, J.B.S., P.B.S. (Batang Lupar) " Tuan Wan Nik bin Wan Yussof (Bachok) " Tuan Wilfred Madius Tangau, J.P., A.D.K. (Tuaran) " Dato’ Yap Pian Hon, D.P.M.S., A.M.N., P.J.K. (Serdang) “ Dr. Yee Moh Chai (Tanjong Aru) “ Datuk Dr. Haji Yusof bin Haji Yacob, P.G.D.K., A.D.K. (Sipitang) “ Datin Paduka Seri Hajah Zaleha binti Ismail, S.S.S.A., D.P.M.S., S.M.S, K.M.N (Gombak) “ Tuan Zawawi bin Haji Ahmad (Padang Terap) “ Dato’ Zulhasnan bin Rafique, D.I.M.P., A.M.N. (Wangsa Maju)

MENTERI/TIMBALAN MENTERI (SENATOR) “ Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Brig. Jen. (B) Datuk Abdul Hamid bin Haji Zainal Abidin, K.M.N., P.A.T., D.P.M.P., J.S.M., P.J.N. “ Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi, Tan Sri Datuk Kasitah Gaddam, P.S.M., P.G.D.K., J.S.M. “ Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Pandikar Amin Haji Mulia “ Menteri Pendidikan, Tan Sri Dato’ Seri Musa bin Mohamad, P.S.M., D.P.M.N., D.P.C.M. “ Timbalan Menteri Pendidikan, Dato’ Abdul Aziz bin Shamsuddin, D.M.S.M., D.P.M.S. “ Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tengku Dato' Adnan bin Tengku Mansor, K.M.N., D.S.D.K., D.I.M.P., D.S.A.P., P.J.N. " Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk M Kayveas, P.J.N. " Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan, Datuk Zainudin bin Maidin, P.J.N., J.M.N., S.M.S., A.M.K.

viii DR.2.10.2002

DEWAN RAKYAT

PEGAWAI-PEGAWAI KANAN

Setiausaha Dewan Rakyat Datuk Mohd. Salleh bin Haji Hassan

Ketua Penolong Setiausaha Roosme binti Hamzah Zamani bin Haji Sulaiman Haji Mustakin bin Salamat Shahrom bin Haji Hasan

Penolong Setiausaha Ruhana binti Abdullah Riduan bin Rahmat Muhd Sujairi bin Abdullah

PETUGAS-PETUGAS CAWANGAN JURUBAHASA SERENTAK DOKUMENTASI Ungku Fauzie bin Ungku A. Rahman Azhari bin Hamzah Mazidah binti Mohamed Monarita binti Mohd. Hassan Hajah Paizah binti Haji Salehuddin Hajah Shamsiah binti Mohd. Yusop

Hajah Supiah binti Dewak Mohamed bin Osman BENTARA MESYUARAT Hajah Norishah binti Mohd. Thani Mejar (B) Zakaria bin Salleh Zaiton binti Yaacob Mejar (B) Kamaruddin bin Abdullah Abd. Talip bin Hasim Lt Kol (B) Mohamed Nor bin Mohd. Darus Noorhazmah binti Hamzah

Jamilah Intan binti Haji Bohari PETUGAS-PETUGAS CAWANGAN Syed Azuddin bin Syed Othman KOMPUTER Nurziana binti Ismail Mohd Shah bin Rahman Noor Effarizan binti Mat Satib Sulaiman bin Sirad Taharah binti Mohamed Azzahar bin Hashim Nik Elyana binti Ahyat Marzila binti Muslim Habibunisah Mohd. Azir PETUGAS-PETUGAS CAWANGAN Abu Bakar bin Hasan PERUNDANGAN Mohd. Shariff bin Hussein PETUGAS-PETUGAS CAWANGAN Azmi bin Othman MESIN CETAK Zafniza binti Zakaria Kamal bin Oyub Mohd. Sidek bin Mohd. Sani Haji Latif bin Ismail Mazlina binti Ali Kamaroddin bin Mohd. Yusof Norlaila binti Abdullah Sidi Ropiah binti Tambi Alias bin Mohd. Nor

DR.2.10.2002 1

MALAYSIA

DEWAN RAKYAT Rabu, 2 Oktober 2002 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN 1. Dato' Suhaili bin Abdul Rahman [Labuan] minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan, apakah langkah pihaknya untuk memperhebat mutu sukan air negara.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan [Datuk Ong Tee Keat]: Tuan Yang di- Pertua, sukan air merupakan satu jenis sukan yang masih baru di negara kita jika dibandingkan dengan sukan-sukan lain seperti bola sepak, badminton dan sebagainya. Sukan air yang dimaksudkan ini merangkumi canoe, mendayung atau rowing with boarding, jet ski dan power boat, dengan izin. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, sukan air negara dibangunkan sebagai aktiviti sukan dan rekreasi dan ianya bermatlamat untuk memberi peluang penyertaan ramai sesuai dengan konsep “Sukan Untuk Semua.” Di samping itu, sukan air juga dibangunkan sebagai sukan pertandingan. Untuk membangunkan sukan ini, kementerian telah dan akan melaksanakan beberapa strategi seperti berikut: (i) menyediakan dan mengenal pasti kemudahan dan peralatan sukan air berasaskan laut, tasik, kolam renang dan sungai. Dalam Rancangan Malaysia Kelapan, satu pusat sukan air kebangsaan juga akan ditubuhkan; (ii) menyediakan program pembangunan pemimpin, penggerak, jurulatih dan pengadil; (iii) mengadakan pertandingan di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa bagi mempromosikan dan mempopularkan sukan air di kalangan rakyat negara kita; (iv) menjalin dan mengeratkan hubungan dengan rakan kongsi dalam hal pembangunan sukan air; dan (v) penubuhan persatuan sukan air di bawah naungan Majlis Sukan Air Kebangsaan. Usaha untuk membangun dan mempopularkan sukan air di kalangan rakyat kita merupakan satu misi yang cukup mencabar dan ianya memerlukan usaha yang berterusan serta kerjasama daripada semua pihak khususnya kerajaan, pihak penggerak, penaja dan juga peminat. Dato' Suhaili bin Abdul Rahman: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri atas jawapan yang diberikan. Mendengar jawapan yang diberikan saya melihat bahawa sukan air seolah-olah cuma ditumpukan kepada warga tempatan. Saya ingin menarik perhatian Yang Berhormat Timbalan Menteri bahawa pada awal tahun 2002, Labuan telah menganjurkan International Sports Challenge di Labuan di mana melalui sukan jet ski kita mampu menarik sebanyak 20 peserta daripada Thailand dan merupakan juara jet ski dunia yang dipertandingkan di Amerika. Apa yang ingin saya tanyakan kepada pihak kementerian ialah sumbangan pihak kementerian dalam mempertingkatkan sukan air sekali gus meningkatkan kadar kedatangan pelancong asing.

2 DR.2.10.2002

Sebagai contoh, apakah kementerian telah mengkaji kedudukan geografi Labuan yang berdekatan dengan negara jiran Brunei Darussalam dan jarak yang strategi dengan negeri Sabah dan berjiran pula dengan sahabat saya Sipitang mempunyai perairan yang cukup cantik dan strategik digunakan untuk apa juga sukan laut yang akan diadakan bagi negara ini. Kedua, apakah kementerian tidak mengambil kira kemudahan asas yang telah diberikan oleh kerajaan seperti Water Sport Complex bertaraf antarabangsa di Labuan yang bernilai hampir RM40 juta diguna pakai untuk dijadikan official venue untuk semua aktiviti sukan air bagi negara Malaysia yang sekali gus boleh mempromosikan Malaysia sebagai pusat sukan air yang terunggul di rantau Asia. Datuk Ong Tee Keat: Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih kepada cadangan dan pandangan Yang Berhormat bagi Labuan tadi. Seperti mana yang saya sebut tadi dalam jawapan saya, dalam pembangunan sukan air baik daripada segi infrastruktur dan prasarana mahupun daripada segi software dengan izin, ataupun daripada segi kejurulatihan, pihak kementerian tetap perlu mengambil kira bukan sahaja kemudahan yang sedia ada tetapi juga mengambil kira apa yang boleh ditawarkan oleh pihak berkuasa tempatan misalnya dan juga pihak-pihak yang berkenaan termasuk juga pihak swasta. Dalam hubungan ini, Tuan Yang di-Pertua, suka saya memaklumkan Dewan yang mulia ini bahawa setakat ini walaupun beberapa lokasi telah pun dikenal pasti dan ianya juga akan didirikan sebagai satu pusat sukan air, antara lain termasuk Empangan Batu, Tasik Putrajaya, Pusat Rekreasi Tasik Banding, Pusat Rekreasi Pulau Suka- Suka, Perak dan juga Pusat Rekreasi Tasik Kenyir. Berhubung dengan cadangan Yang Berhormat bagi Labuan, sukalah saya meminta Yang Berhormat supaya dapat memberikan butir-butir secara terperinci tentang kemudahan yang ada, keindahan yang sedia ada. Ini pun merupakan satu-satunya daya saing yang ada pada Labuan kepada pihak kementerian supaya Labuan juga akan terangkum dalam program seperti ini. Sekian. Tuan Wan Nik bin Wan Yussof: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Timbalan Menteri. Tadinya pihak Timbalan Menteri telah menyebut beberapa lokasi untuk sukan air ini. Saya ingat pihak kementerian perlu mengenal pasti daripada segi lokasi dan strategi dan jenis sukan air yang sesuai bagi masing-masing tempat. Soalan tambahan saya ialah, apakah pihak kementerian telah menetapkan satu kalender tahunan untuk kejohanan sukan air di peringkat nasional sebagaimana pihak Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan menetapkan kalender tahunannya bagi mempopularkan sesuatu produk pelancongan. Jadi, saya berpandangan bahawa perlunya pihak Kementerian Belia dan Sukan mengenal pasti jenis sukan dan lokasi yang strategi bagi setiap jenis sukan serta kalender tahunannya sekali. Minta pandangan. Datuk Ong Tee Keat: Tuan Yang di-Pertua, saya mengalu-alukan saranan Yang Berhormat bagi Bachok tadi. Untuk makluman Yang Berhormat, setakat ini jenis sukan air yang dimaksudkan itu telah pun dikenal pasti seperti mana yang saya sebut tadi. Berhubungan dengan cadangan supaya pertandingan-pertandingan di peringkat negeri, kebangsaan ataupun di peringkat antarabangsa ianya pernah dan akan terus diadakan di negara kita. Antara lain termasuk Kejohanan Canoe Jemputan Asia Tenggara mulai tahun 2001 dan 2002 dan Carnival Canoe Putrajaya setiap tahun sejak tahun 1999, kejohanan canoe di peringkat negeri misalnya setiap tahun sejak tahun 1995, pertandingan canoe di peringkat kebangsaan setiap tahun sejak tahun 2000, dan baru-baru ini F1 Power Boat, dengan izin, yang bermula pada tahun 2001 dan tahun ini ianya juga berlangsung di Selangor. Sekian.

2. Tuan Haji Muhyidin bin Haji Abd. Rashid [Hulu Terengganu] minta Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan menyatakan, apakah usaha yang telah dibuat untuk menarik semula minat pelancong Barat dan Eropah ke Malaysia selepas serangan 11 September 2001.

DR.2.10.2002 3

Timbalan Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan [Dato' Dr. Ng Yen Yen]: Tuan Yang di-Pertua, peristiwa tragedi World Trade Centre, New York pada 11 September 2001 atau Peristiwa 911 yang lalu telah menjejaskan prestasi ketibaan pelancong secara global dan turut melanda Malaysia. Mengikut strategi ketibaan pelancong dari Barat dan Eropah telah turun daripada 1,156,917 orang pelancong ke 803,041 orang pelancong dalam tempoh September hingga Disember 2001. Kementerian telah mengambil beberapa langkah untuk menggalakkan kedatangan pelancong asing. Ini bermakna bukan sahaja pelancong dari Eropah malah seluruh dunia. Di antara langkah-langkah yang diambil adalah menubuhkan jawatankuasa pelancongan. Jawatankuasa pelancongan telah ditubuhkan di beberapa buah negara, antaranya di UK, German, Australia yang terdiri daripada wakil-wakil agensi Malaysia seperti Tourism Malaysia, MAS, kedutaan dan penasihat asing. Tujuan utama jawatankuasa adalah untuk memastikan segala usaha-usaha promosi pelancongan dilakukan dengan licin, teratur dan berkesan terutama selepas Peristiwa 911. Kementerian juga telah menyertai pameran yang ditunjukkan kepada pihak peniaga, pengguna di seluruh dunia. Di antara pameran pelancongan terbesar di dunia yang telah disertai adalah seperti World Travel Mart di London pada 12 hingga 15 November 2001 dan International Tourism Berlin pada 16 hingga 20 Mac 2002. Antara pameran pengguna yang telah dihadiri adalah Interhall, Chaterham di UK pada 5 dan 6 Januari 2002, The Holiday Travel Show Glasgow, Scotland pada 18 hingga 20 Januari 2002, Spring Vacation Leisure and Outdoor Show, Houston, Texas, USA pada 12 Februari 2002 dan banyak lagi pameran consumer yang telah dihadiri oleh pejabat-pejabat tourism Malaysia di luar negeri. Misi galakan pelancongan juga telah diadakan dalam meyakinkan semula pelancong Barat dan Eropah untuk melawat Malaysia. Antara misi galakan pelancongan yang telah dijalankan adalah ke United Kingdom dan Ireland pada 31 Oktober hingga 13 November 2001, ke Republik Czech, Poland, Jerman dan Austria pada 14 Mac hingga 2 April 2002. Misi galakan pelancongan merupakan program yang berterusan untuk menambah dan mengukuhkan lagi keyakinan semula agensi-agensi pelancongan asing atau agensi pengembaraan Barat di Eropah dan para pelancong amnya bahawa Malaysia adalah sebuah negara selamat untuk dilawati. Yang Berhormat Menteri juga sendiri dalam misi ini berjumpa dengan CEO syarikat-syarikat pelancongan, syarikat penerbangan, chartered flight terbesar seperti LTU, TUI, Luther Air, Aero World, FTI dan Mears Wealth Rison dan meyakinkan dalam menjalin kerjasama dalam mengakan program chartered flight ke Malaysia. Kementerian juga telah membuat pengiklanan dalam majalah Trade dan juga Consumer di dalam negara ini. Antara media atau pun surat khabar yang telah dimuatkan adalah Sunday Times, Daily Mail On Sunday di pasaran UK; Frankforta, Argamanizeti di pasaran Jerman. Pengiklanan juga telah dicetak di majalah-majalah seperti Mail On Sunday, Code Mas Traveller, Food and Travel di pasaran UK, majalah-majalah yang ditempatkan pengiklanan di pasaran Jerman adalah seperti Jells pe-Jells, Manager Magazine, Focus dan Global. Kementerian juga telah membuat promosi melalui televisyen iaitu melalui CNN International. Dalam bulan Oktober 2000 hingga bulan Februari 2002 sejumlah 1,161 sports telah dipromosikan di CNN International. Saya yakin Yang Berhormat telah menyaksikan promosi pelancongan di kaca-kaca TV dalam bilik hotel semasa Yang Berhormat-Yang Berhormat membuat lawatan ke Eropah dan lain-lain negara. Program lawatan suai kenal atau Mega Form juga adalah satu strategi pemasaran yang efektif selepas peristiwa 911. Program Mega Form yang dijalankan adalah ditunjukkan kepada pengusaha-pengusaha pelancongan, wakil-wakil media, crew perfileman, penganjur lawatan insentif dan penganjur konvensyen. Tuan Yang di-Pertua, antara acara-acara yang disertai oleh peserta Mega Form ialah Rumah Terbuka Deepavali, Rumah Terbuka Hari Raya, Rumah Terbuka Hari Natal, Rumah Terbuka Tahun Baru Cina, Citrawarna dan Hari Kemerdekaan. Jumlah persatuan Mega Form selepas peristiwa 911 dari seluruh dunia adalah 3,310 orang.

4 DR.2.10.2002

Pecahan peserta dari Australia dan Oceana adalah 105 orang. Negara Eropah 632 orang dan dari Amerika adalah 163 orang. Ini bermakna jumlah peserta dari negara Barat dan Eropah adalah seramai 901 orang dan semuanya 28 buah stesen televisyen dari negara Barat dan Eropah juga telah menyertai program Mega Form. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, panjang lagikah? Dato' Dr. Ng Yen Yen: Bagi penuh sedikitlah. Tuan Yang di-Pertua: Ya. Dato' Dr. Ng Yen Yen: Ini last pula, habislah. Tuan Yang di-Pertua: Ya. Dato' Dr. Ng Yen Yen: Tuan Yang di-Pertua, prestasi ketibaan pelancongan ke Malaysia telah mula menunjukkan pemulihan sejak Mac 2002 di mana angka ketibaan telah melepasi angka satu juta setiap bulan. Sekian. Tuan Haji Muhyidin bin Haji Abdul Rashid: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya sangat bersimpati dengan kementerian terutamanya Timbalan Menteri yang comel lote itu juga Menteri Pelancongan kerana telah berusaha keras mempromosikan negara kita di luar negara untuk menarik pelancong-pelancong terutama Barat ke negara kita. Tetapi apa yang menyedihkan kita, usaha yang sangat baik ini tidak mendapat simpati langsung daripada Perdana Menteri sendiri malah yang lebih kita rasa sedih telah disabotaj oleh Perdana Menteri kita sendiri apabila beliau menggambarkan bahawa negara kita berada dalam keadaan bahaya dengan banyaknya unsur keganasan dan yang terbaru apabila dibuat tangkapan terhadap KMM walaupun tidak dapat dibuktikan dan perkara ini menjejaskan sebenarnya pandangan umum kepada negara kita. Soalan saya, baru-baru ini Yang Berhormat Menteri ada membuat kenyataan bahawa negara memberi tumpuan kepada pelancong-pelancong Asia termasuk Cina, termasuk India, termasuk Timur Tengah kerana kesan daripada serangan 11 September yang mana pelancong Barat mula kurang datang ke negara kita. Soalannya, adakah kementerian berpuas hati ataupun telah membuat kajian setelah kita melabur beratus-ratus juta di luar negeri dengan promosi yang telah disebut sejak beberapa tahun dahulu lagi, tiba-tiba kementerian membuat keputusan untuk mengalih sasaran kita ke negara-negara Asia ini yang juga akan melibatkan kos yang sangat besar. Adakah kerajaan telah membuat kajian dan berpuas hati bahawa pulangan yang diterima daripada Barat telah memadai dan kita buat pelaburan baru ke negara-negara Asia. Tuan Yang di-Pertua: Ya, Yang Amat Berhormat. Cukuplah, cukuplah itu. Tuan Haji Muhyidin bin Haji Abdul Rashid: Begitu juga saya melihat .... Tuan Yang di-Pertua: Soalan sudah penuh dah itu. Tuan Haji Muhyidin bin Haji Abdul Rashid: Sedikit sahaja. Tuan Yang di-Pertua: Soalan dah penuh dah. Tuan Haji Muhyidin bin Haji Abdul Rashid: Fasal jawapan pun panjang, Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua: Dia panjang, kita pun panjang, semua panjang teruklah kita. Ya, cukuplah. Soalan Yang Berhormat itu cukuplah itu. Penuh dah. Ya, adakah buat kajian, ya. Dato' Dr. Ng Yen Yen: Tuan Yang di-Pertua, pada tahun 2001, sejumlah hasil dari industri pelancongan ke Malaysia adalah RM39 bilion. Ini adalah satu jumlah yang terbesar. [Tepuk] Tidak pernah dalam sejarah Malaysia ada industri pelancongan yang membawa begitu banyak hasil dan juga hard cash, Tuan Yang di-Pertua. Kita tak payah membina apa-apa bangunan untuk industri ini. Ini adalah satu industri 21st Century. Jadi kita sendiri ada buat kajian dalam kementerian. Kita sekarang sangat puas hati dengan apa yang kita dapat dari industri pelancongan ke Malaysia.

DR.2.10.2002 5

Raja Dato' Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Soalan tambahan saya, tak mengapalah kalau pelancong Barat tak mahu datang ke sini. Pelancong Amerika tak datang pun tak apa sekiranya gambaran yang dibuat oleh parti pembangkang. Soalan saya, sejauh mana berkesannya Kementerian Pelancongan menggunakan media- media Barat seperti CNN ataupun Sky-TV yang merupakan rangkaian stesen yang terbesar di dunia selain kementerian mengadakan program bersama dengan Kementerian Belia dan Sukan terutamanya dalam pertandingan kejohanan sukan yang besar umpamanya di Piala Dunia, saya tidak nampaklah pihak Kementerian Pelancongan mengambil kesempatan. Kita sudah lepas tidak mengapa, Piala Eropah tidak lama lagi. Kenapa pihak Kementerian Pelancongan tidak beriring sama dengan Kementerian Belia dan Sukan supaya dapat mengurangkan kos. Di Manchester baru-baru ini, saya berada di sana. Jadi saya minta supaya….. [Dewan riuh] Beberapa Ahli: Bola sepak. Raja Dato' Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar: Tak ada bola sepak, jangan silap. Saya pergi ke sana bukan kerana bola sepak. Jadi saya mintalah, saya mencadangkan Kementerian Pelancongan kalau boleh memasukkan ke dalam kalendar-kalender kejohanan yang terbesar kerana kita tahu pelancong-pelancong Barat menggemari kejohanan sukan di bawah program sukan melancong seperti yang kita adakan Formula One. Walaupun PAS tak suka tengok tetapi dia tengok televisyen. Tuan Yang di-Pertua: Cukup. Cukuplah Yang Berhormat, cukuplah. Raja Dato' Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar: Itu sahaja soalan saya, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih. Dato' Dr. Ng Yen Yen: Tuan Yang di-Pertua, masa kita hendak menjadikan satu peromosi yang sangat efektif, kita mesti fokus kepada sesuatu tema. Jadi sejarah kita tidak ada satu tema untuk menentukan position Malaysia di seluruh dunia. Jadi sekarang kita guna tema Malaysia Truly Asia. Jadi kita tidak hendak ada lagi lebih lain message di situ. Jadi kita pastikan branding new di seluruh dunia dalam dua, tiga tahun ini sudah ada. Lain kali kalau mereka akan ke Malaysia - Truly Asia. Jadi kita sudah berjayalah dalam message ini. Di dalam cadangan bekerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan, kita akan ambil perhatian. Sekian.

3. Tuan Mah Siew Keong [Telok Intan] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan, apakah status tapak bangunan Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak yang sedia ada selepas tapak baru dibina dan apakah langkah-langkah yang diambil untuk mengurangkan masalah jenayah di kawasan Telok Intan.

Timbalan Menteri Dalam Negeri [Dato' Zainal Abidin bin Zin]: Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat, status tapak bangunan IPD yang sedia ada dan bangunan IPD Hilir Perak yang sedia ada akan dikekalkan dan akan beroperasi sepenuhnya sebagai Balai Polis Telok Intan. Sebagaimana biasa bagi memberi perkhidmatan dan kemudahan kepada penduduk di kawasan tersebut, kemudahannya di tengah-tengah pekan adalah strategik dan sesuai dalam memberikan perkhidmatan kepada orang ramai dengan lebih efisien. Bangunan baru yang sedang dan dalam pembinaan di Lot 16155 Telok Intan, Hilir Perak akan beroperasi sebagai Ibu Pejabat Polis Daerah yang baru. Kompleks IPD baru dibina bertujuan untuk menyediakan kemudahan perumahan yang lebih selesa dengan tiga bilik dan dua balik air bagi menggantikan perumahan sedia ada yang tidak lagi selamat didiami dan juga akan beroperasi sebagai Pusat Pentadbiran Daerah IPD yang baru dan dapat menampung pertambahan pegawai dan anggota yang diarah ataupun yang diarah bertugas di daerah Hilir Perak. Langkah-langkah yang diambil untuk mengurangkan masalah jenayah di kawasan Telok Intan terbahagi kepada tiga iaitu Pelan Jangka Pendek, Pelan Jangka

6 DR.2.10.2002

Pertengahan dan Pelan Jangka Panjang. Semua persediaan ini disusun mengikut jadual dan tindakan-tindakan, gerakan yang dibuat oleh pihak polis adalah dirangkumkan sekali dengan program kerjasama rakyat dan badan-badan sukarela yang lain termasuk seperti JKKK, RELA dan Rukun Tetangga. Dengan adanya kerjasama ini termasuk dalam rancangan polis untuk mendekatkan rakyat dengan polis di mana satu gerakan dipanggil ‘Gerakan Kepolisian’ di mana seluruh rakyat akan melibatkan diri bagi mengurangkan jenayah kalau tidak pun untuk menghapuskan sekali perkara yang terlibat. Terima kasih. Tuan Mah Siew Keong: Terima kasih ke atas jawapan. Soalan tambahan, ini juga berkaitan dengan keselamatan dalam negeri. Saya berasa kecewa apabila baca bahawa Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri kita apabila dia di US dia dipaksa body search hendak ambil keluar kasut dan tanggal belt...... Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, Yang Berhormat, tidak termasuk itu. Tuan Mah Siew Keong: Saya hendak tanya, bila pegawai-pegawai tinggi USA datang ke negara kita untuk keselamatan negara, adakah mereka akan dipanggil juga tanggal belt dan kasut untuk keselamatan negeri. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, tidak kena mengena dengan soalan asal Yang Berhormat. Dato' Zainal Abidin bin Zin: [Bangun] Tuan Yang di-Pertua: Hendak jawab ya? Tak usah jawablah. Dato' Zainal Abidin bin Zin: Hendak bagi tahu, itu bukan soalan Telok Intan. Tuan Yang di-Pertua: Baik, baik.

4. Tuan Jimmy Donald [Sri Aman] minta Menteri Pendidikan menyatakan, jumlah sekolah menengah dan rendah di Sarawak dan Sabah yang masih belum dibekalkan dengan elektrik. Daripada jumlah itu berapakah jumlah yang masih menggunakan generators.

Setiausaha Parlimen Kementerian Pendidikan [Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir]: Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pendidikan memang menyedari terdapat sekolah-sekolah di negeri Sarawak dan Sabah yang masih belum mendapat bekalan elektrik yang sempurna. Sehubungan itu, kementerian sedang mengambil usaha-usaha bagi memastikan sekolah-sekolah tersebut mendapat bekalan elektrik. Di bawah program pembangunan pendidikan luar bandar Sabah dan Sarawak sebanyak 463 buah sekolah di negeri Sarawak dan 393 sekolah di negeri Sabah akan diberi kemudahan bekalan elektrik khususnya melalui pembekalan janakuasa. Sehingga bulan Ogos 2002, di negeri Sarawak, sebanyak 37 buah sekolah telah diberi bekalan elektrik awam dan 117 buah telah diberi kemudahan janakuasa manakala 309 buah sekolah lagi dalam pelaksanaan. Bagi negeri Sabah pula, sebanyak 29 buah sekolah telah diberi kemudahan janakuasa dan 364 buah sekolah dalam pelaksanaan. Tuan Jimmy Lim Donald: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Setiausaha Parlimen. Kita mengucapkan terima kasih kepada kementerian kerana akan membekalkan komputer, over-head projector dan note book computers untuk pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris dan Sains pada tahun yang akan datang. Jadi, saya ingin tahu macam mana kita menentukan murid-murid di Sabah dan Sarawak di sekolah yang disebut oleh Yang Berhormat Setiausaha Parlimen yang di pendalaman, tidak ketinggalan di sekolah yang tidak ada generator dan adakah kementerian akan menyediakan generator yang tahan lasak untuk digunakan semasa waktu sekolah dan juga waktu malam, dan adakah kementerian akan mengadakan voltage generator untuk semua komputer dan note book supaya tidak rosak oleh kerana power generator ini Tuan Yang di-Pertua, tidak steady dan memang memerlukan voltage generator. Sekian.

DR.2.10.2002 7

Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir: Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya, dalam rancangan kita membuat bekalan elektrik tadi, pertama sekali ialah mengenai dengan makmal komputer. Buat masa ini, kita belum ada lagi cadangan untuk membina makmal komputer di sekolah-sekolah yang tidak ada bekalan elektrik. Walau bagaimanapun, kita akan mencari jalan dan sekarang diusahakan oleh pegawai- pegawai kementerian untuk memastikan bahawa komputer itu menggunakan kaedah yang lain seperti wireless. Umpamanya di Sarawak, kita dapati 200 buah sekolah dan begitu juga di Sabah, 200 buah sekolah dibina makmal komputer. Kita dapat memahami bahawa di Sarawak kita mempunyai 154 buah sekolah menengah dan sekolah rendah 1,250. Jadi bagi sekolah-sekolah ini tadi, kekuatan power generator, dengan izin, kita berikan 5 kv. dan bagi kita adalah mencukupi untuk mendapat kuasa elektrik. Begitu juga kita sedang berusaha kalau boleh dengan pihak swasta dan juga kerajaan negeri bagi memastikan sekolah-sekolah yang belum mendapat kuasa elektrik tadi dihubungi dengan kuasa elektrik. Terima kasih. Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Setiausaha Parlimen, soalan tambahan. Daripada jumlah yang disebut tadi tentang banyaknya sekolah yang masih belum ataupun dalam persiapan untuk bekalan elektrik dan generator ini, ini menunjukkan lebih teruk daripada gerhana lagilah. Ini gelap-gelita, kelam-gelemat, orang Kedah kata [Ketawa]. Cuma saya hendak sebut di sini, hendak mendapatkan penjelasan dari Yang Berhormat, tidakkah sepatutnya kalau kita tidak melaksanakan matematik dan sains dalam bahasa Inggeris yang memakan belanja sampai RM5 bilion, kalau kita tidak laksana, kita hanya pertingkatkan (up-grade) pengajaran, pedagogi dan sebagainya, tidaklah belanja sampai RM5 bilion. Jadi, lebih baiklah perbelanjaan tersebut digunakan untuk menyelesaikan masalah-masalah asas iaitu masalah elektrik, masalah makmal komputer yang tidak boleh hendak dibuat kerana tidak ada elektrik. Kalau tidak akhirnya selama-lamanya memakan masa yang agak panjang untuk di Sabah dan Sarawak ini mendapat kemudahan-kemudahan elektrik. Terima kasih. Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir: Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya yang gerhana ialah bulan gerhana. Di dan Terengganu, bulan akan gerhana, insya-Allah! Begitu juga, Yang Berhormat agak begitu keliru sedikit soal pertama, pembekalan kuasa elektrik dan satu lagi pengajaran Matematik, Sains dalam bahasa Inggeris. Ini adalah dua perkara yang berasingan. Apabila kita hendak membelanjakan wang yang sebegitu banyak untuk mempertingkatkan pengajaran Matematik dan Sains tadi, itu satu perkara yang sedang kita usahakan yang sepatutnya Yang Berhormat bagi Pokok Sena bersetuju dengan pihak kita, tetapi Yang Berhormat terus menerus menghentam kita. Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: [Cuba membantah] Tuan Yang di-Pertua: Hmm… Pokok Sena, Pokok Sena , tolonglah diam. Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir: Jadi, soal pendidikan Yang Berhormat berkali-kali saya katakan dalam Dewan ini, janganlah ia dipolitikkan, ini untuk kebaikan bersama. Macam usaha untuk membekalkan kuasa elektrik tadi, telah kita jalankan, kita usahakan, dan ini melibatkan mengenai macam saya katakan, dengan pihak swasta, dengan pihak kerajaan dalam soal pembangunan. Itu soal kuasa elektrik. Sebab itu, daripada segi pembekalan kuasa elektrik dan hubungannya tadi, macam Yang Berhormat Sri Aman bangkitkan mengenai dengan pembekalan elektrik dan penggunaan komputer di sekolah-sekolah, yang itu sepatutnya Yang Berhormat tanya. Ini Yang Berhormat tanya mengenai dengan bahasa Inggeris, ini Yang Berhormat sudah celaru. Yang Berhormat ini sejak ada apa ini kita panggil ……[Disampuk] Persempadanan baru ini, Yang Berhormat nampak celaru sedikit [Ketawa] Terima kasih. Beberapa Ahli: [Ketawa]

5. Datin Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail [Permatang Pauh] minta Menteri Kewangan menyatakan, jumlah suntikan modal dan pinjaman yang dibuat oleh

8 DR.2.10.2002 kerajaan ke dalam Khazanah Holding Berhad. Berapa nilai aset Khazanah Holding sebelum krisis kewangan Asia dan berapa nilainya sekarang.

Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan [Tuan Hashim bin Ismail]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, jumlah atau nilai suntikan modal yang dibuat oleh kerajaan ke dalam Khazanah Holding Berhad adalah berjumlah RM3.063 bilion dan tiada pinjaman yang diberikan oleh kerajaan kepada Khazanah. Nilai aset Khazanah Holding Berhad pada 31 Disember 1996 iaitu sebelum krisis kewangan Asia adalah berjumlah RM38,016.5 juta, manakala nilai aset pada masa sekarang adalah berjumlah RM33,976.2 juta. Terima kasih. Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya. Saya ingin bertanya Setiausaha Parlimen tentang senarai 20 pelaburan tertinggi Khazanah mengikut saiz kos dan apakah pasaran-pasaran atau nilai terkini untuk setiap satu, adakah nilai aset Khazanah dikira mengikut harga pasaran atau pada kos? Berapakah kerugian nilai di atas pelaburan dalam saham seperti Time dotCom, UEM dan Siltera, terima kasih. Tuan Hashim bin Ismail: Terima kasih Yang Berhormat. Seperti yang ditanyakan oleh Yang Berhormat bahawa Khazanah Nasional Berhad Malaysia mempunyai pegangan saham dalam 12 buah syarikat disenaraikan dan 25 buah syarikat yang tidak disenaraikan. Saya ingin menyebut beberapa contoh seperti yang ditanya oleh Yang Berhormat bahawa dalam Tenaga Nasional Berhad, Khazanah Malaysia mempunyai 35.69% pegangan ekuiti, Telekom Malaysia Berhad - 35.32%, Time dotCom – 30%, dan lain-lain seperti Malaysia Airport Holding Berhad – 22.74%, Proton – 16.39%. Sebenarnya Yang Berhormat, saya rasa tidak perlu saya pergi kepada detail tetapi cukup kalau saya katakan bahawa saham dalam syarikat yang disenaraikan ada 12, yang saya sebut tadi ialah saham-saham utama kita - Khazanah dan saham yang tidak disenaraikan ada 25. Seterusnya tadi Yang Berhormat mengatakan bahawa kerugian yang dialami oleh Khazanah. Kalau kita lihat daripada apa yang saya bacakan di peringkat awal tadi iaitu ini pun bukan kerugian, ertinya penyusutan nilai, ia tidak dipanggil kerugian kerana ia berdasarkan kepada harga saham, kebanyakannya adalah berpunca dari harga saham. Kalau kita lihat sebelum krisis kewangan Yang Berhormat, Indeks Komposit kita ialah 1,000 lebih mata dan sekarang ini ialah 659 mata kalau tidak silap saya yang paling akhir, dan kerana itu kita mengalami sedikit pengurangan atau penyusutan nilai dan ini bukan dianggap kerugian, ia hanya sebagai paper loss. Ia hanya boleh dianggap rugi kalau kita jual keseluruhan saham itu, barulah ia dicatatkan sebagai kerugian, tetapi ini ialah sebagai paper loss dan kita adalah pelabur jangka panjang dan kita tidak ada agensi, tidak ada satu keadaan yang mendesak kita menjual saham-saham ini, maka kerana itu, ia tidak dikira sebagai kerugian. Dan kita harap sebagai pelabur jangka panjang, kita mengharapkan apabila keadaan ekonomi dunia, keadaan dunia semakin pulih dan pasaran saham semakin baik dan kita masih mampu meraih keuntungan daripada pelaburan-pelaburan Khazanah. Juga saya ingin sebut bahawa walaupun begitu, keuntungan operasi Khazanah terus dicatatkan tiap-tiap tahun. Kita hanya susut daripada segi nilai saham sahaja, tetapi keuntungan operasi Khazanah kita catatkan tiap-tiap tahun. Misalannya pada tahun 1997, keuntungan sebelum cukai ialah RM448.5 juta, tahun 1998 - RM270 juta, tahun 1999 – RM2,188.7 juta, tahun 2000 – RM374.3 juta, tahun 2001 – RM274.3 juta dan tahun 2002 hingga Jun – RM223.4 juta. Ertinya keuntungan operasi terus kita catatkan tiap-tiap tahun dan pengurangan dari susut nilai itu kerana perbezaan harga saham sebelum krisis dan selepas krisis. Terima kasih Yang Berhormat. Raja Dato' Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya, jika ekonomi negara kita bertambah baik, adakah kerajaan bercadang untuk membubarkan Khazanah Holding ini dan bila? Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Hashim bin Ismail: Terima kasih Yang Berhormat bagi Larut. Walau dalam keadaan apa pun, walau ekonomi bagus, naik dan kukuh, kita tidak akan membubarkan Khazanah kerana Khazanah adalah merupakan satu syarikat ataupun suatu investment am kerajaan dengan izin, yang bertanggungjawab untuk mengurus aset-aset Kerajaan Malaysia dan membuat pelaburan yang strategik khasnya dalam

DR.2.10.2002 9

projek-projek yang berteknologi tinggi dan ia merupakan kita punya wawasan dan matlamat. Kerana itulah maka Khazanah Malaysia ini tidak akan dibubarkan dalam apa keadaan sekalipun kerana ia merupakan suatu investment am kerajaan, dan mempunyai matlamat serta wawasan yang murni, saya ulangi, untuk membuat pelaburan yang strategik khususnya daripada segi projek-projek yang berteknologi tinggi. Terima kasih.

6. Dato' Shaziman bin Abu Mansor [Tampin] minta Menteri Perusahaan Utama menyatakan, bilangan dan nama negara-negara yang mendapatkan bantuan kepakaran Malaysia dalam melaksanakan perladangan kelapa sawit secara besar- besaran dan apakah kesan jangka panjang kepada industri kelapa sawit negara.

Timbalan Menteri Perusahaan Utama [Datuk Anifah Aman]: Tuan Yang di- Pertua, sehingga akhir tahun 2001, sebanyak 16 buah negara telah menerima khidmat kepakaran Malaysia dalam melaksanakan perladangan kelapa sawit. Negara-negara tersebut adalah Vietnam, Filipina, Tanzinia, Pakistan, Brazil, Ecuador, Mexico, Laos, Cameroon, Gabon, Guyana, Columbia, Honduras, Surinam, Bangladesh dan Venezuela. Tuan Yang di-Pertua, pemberian bantuan kepakaran Malaysia kepada negara- negara berkenaan tidak menjejaskan pertumbuhan industri kelapa sawit negara, memandangkan pembangunan industri sawit di negara-negara tersebut adalah dalam peringkat awal. Tambahan pula, industri sawit Malaysia telah berkembang maju dengan penglibatan di dalam aktiviti hiliran, serta produk nilai tambah termasuk olio kimia dan dengan itu berupaya mengekalkan peratusan pegangan dalam pasaran, market share, dengan izin, dan tidak bersaing secara langsung dengan keluaran asas produk minyak sawit negara-negara berkenaan. Sebaliknya melalui pemberian bantuan khidmat kepakaran dan teknikal sedemikian, hubungan antara Malaysia dengan negara-negara tersebut menjadi bertambah erat. Terima kasih. Dato' Shaziman bin Abu Mansor: Terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Yang Berhormat Timbalan Menteri nampak segak hari ini, ini makan minyak sawitkah atau minyak jagung, harap minyak sawit ya. Saya ucapkan tahniah kepada kementerian dan juga kerajaan kerana sanggup berkongsi ilmu dengan negara-negara lain yang membangun. Tetapi dalam masa yang sama, apakah kesediaan pihak kerajaan dalam penyelidikan industri kelapa sawit ini selain daripada penyelidikan untuk menambahkan ataupun meningkatkan pengeluaran iaitu penyelidikan di peringkat hiliran, apakah jumpaan-jumpaan baru yang boleh diketengahkan selain daripada hanya mempunyai nilai-nilai akademik, nilai-nilai komersial yang boleh diketengahkan dalam penyelidikan- penyelidikan yang baru. Selain daripada itu, saya juga ingin, saya nyatakan ini kerana kita tidak mahu seperti mana berlaku dalam industri getah pada 12, 13 tahun yang lalu, yang mana kita ketinggalan dalam penyelidikan menyebabkan lycra itu fabrik untuk kaum wanita, akhirnya menggunakan getah tiruan, sepatutnya boleh menggunakan getah asli. Oleh itu saya ingin mengetahui bagaimanakah kapasiti, keupayaan researcher penyelidik kita dan apakah kerajaan berpuas hati dengan perjumpaan-perjumpaan yang kita temui pada hari ini. Terima kasih. Datuk Anifah Aman: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat, sebenarnya saya pun juga berpendapat bahawa Ahli Yang Berhormat juga begitu segak dan maklumlah oleh kerana minyak kelapa sawit yang begitu berzat sekali. Yang Berhormat, memanglah daripada segi penyelidikan dan pembangunan, negara kita Malaysia melalui agensi di bawah Kementerian Perusahaan Utama iaitu MPOB ataupun Lembaga Minyak Sawit Negara adalah satu-satunya agensi yang terkemuka di dunia dalam segi penyelidikan dan pembangunan dalam industri minyak kelapa sawit ini dan di antara penemuan-penemuan yang sedang dan akan dilaksanakan dan akan juga dikomersilkan antaranya ialah kegunaan minyak diesel daripada minyak kelapa sawit ini dan juga di antara by product nya ialah karotena

10 DR.2.10.2002 ataupun vitamin A dan vitamin E dan pada ketika ini beberapa syarikat termasuk Petronas dan enam buah syarikat yang terkemuka di negara kita, akan menghasilkan investment yang agak besar iaitu di lingkungan RM500 juta dan ia secara langsung akan mempelbagaikan kegunaan minyak sawit di negara kita. Dan banyak lagi pertemuan yang telah pun diedarkan kepada syarikat-syarikat komersial untuk kita diketengahkan, di antaranya juga biomass juga menggunakan untuk tenaga dan juga kita dapati baru-baru ini bahawa apabila Yang Berhormat Menteri pergi ke China, bahawa kita juga boleh mengikut kepakaran yang ada kepada negara China, bahawa kita gunakan pulp and paper daripada empty fruit bunch dan ini akan mempelbagaikan kegunaan dan inilah hasrat kementerian melalui agensi kita supaya ianya menghadapi ataupun mendapati zero waste untuk kegunaan minyak sawit ini. Terima kasih. Tuan Abd. Rahman bin Yusof: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Saya ingin tanya status pelaburan Tabung Haji dalam pembukaan ladang kelapa sawit di Sumatera yang melibatkan pelaburan lebih daripada RM2 bilion dan kedudukan status tanah yang mempunyai hanya lease hold 30 tahun, adakah pelaburan tersebut akan memberi pulangan yang menguntungkan kepada Tabung Haji dan juga kedudukan pelaburan syarikat-syarikat Malaysia di Selatan Filipina yang banyak dibuka atas galakan kerajaan dan dalam keadaan kegawatan yang berlaku di Filipina sekarang, hubungan dengan Filipina, apa yang berlaku dengan pelaburan-pelaburan dalam pembukaan ladang kelapa sawit di Selatan Filipina? Datuk Anifah Aman: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat, sebenarnya daripada segi pelaburan Kementerian Perusahaan Utama tidak begitu terlibat secara langsung. Bagi kementerian, kita cuma beri khidmat kepakaran dan daripada segi pelaburan, terpulanglah kepada syarikat masing-masing untuk menentukan. Jadi pada ketika ini kita tidak ada statistik tentang pelaburan,dan terutama sekali di Filipina. Walau bagaimanapun, kita cuma memberi khidmat nasihat daripada segi sama ada ianya sesuai ataupun sebaliknya. Terima kasih.

[Soalan No. 7 – Y.B. Tuan Mohd. Apandi bin Haji Mohamad [Jeli] tidak hadir]

8. Tuan Ramli bin Ibrahim [Kota Bahru] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan,sehingga setakat ini, berapakah jumlah aduan yang diterima dari pembeli rumah, kerana rumah yang dibeli tidak menepati masa dan spesifikasi yang diiklankan. Dan, bagi melindungi kepentingan pembeli rumah, pada masa akan datang, adakah kerajaan bercadang untuk menyemak semua Akta Pemaju Perumahan 1961.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan [Datuk Peter Chin Fah Kui]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, berkenaan aduan pembeli-pembeli rumah di bawah kategori rumah yang dibeli tidak menepati masa dan spesifikasi yang diiklankan dalam tempoh sepuluh tahun, iaitu sejak tahun 1992 hingga 2001 ialah sebanyak 2,413 aduan. Bagi melindungi hak dan kepentingan pembeli, kerajaan telah pun meminda Akta Pemaju Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) tahun 1996 dan telah diwartakan pada 31 Januari 2002 yang lalu. Bagi memastikan hanya pemaju yang berwibawa dijalankan di sesuatu projek perumahan, pindaan akta tersebut membolehkan kementerian mengambil tindakan yang lebih tegas ke atas pemaju yang tidak bertanggungjawab dan kadar deposit dinaikkan. Di samping itu, penubuhan tribunal aduan pembeli rumah juga akan dapat menyelesaikan pertikaian dan tuntutan antara pembeli dengan pihak pemaju perumahan secara adil dan saksama. Sekian. Tuan Ramli bin Ibrahim: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Saya ingin merujuk kepada beberapa cadangan yang dikemukakan oleh FOMCA mengenai aduan oleh pembeli-pembeli rumah di Malaysia kerana mengikut aduan yang diterima oleh persatuan pengguna ini, pembeli rumah terpaksa menanggung risiko yang lebih besar

DR.2.10.2002 11

jika dibandingkan dengan developer, adakah kerajaan bercadang supaya aduan-aduan pembeli rumah ini diberi ganti rugi atas kelemahan-kelemahan yang terjadi disebabkan oleh kecuaian developer ini. Terima kasih. Datuk Peter Chin Fah Kui: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pindaan yang kita telah buat atas Akta Pemaju Perumahan yang saya sebut tadi ialah atas pelbagai cadangan dan pandangan yang kita dapati daripada pihak agensi-agensi kerajaan dan juga pihak NGO termasuk FOMCA ini dan kita rasa perbincangan dengan pihak-pihak yang memberi pandangan supaya kita boleh meminda Akta Perumahan itu telah dipersetujui oleh semua pihak daripada siri perbincangan itu saya rasa pihak FOMCA pun rasa puas hati, kalau pun tidak kesemuanya tetapi boleh dijadikan sebagai asas yang mereka merasa puas hati. Kita akan terus memantau segala aduan yang kita terima dan kalau perlu, akta ini akan dipinda lagi di masa yang akan datang jikalau sesuai untuk memantapkan lagi proses pembinaan perumahan dan pemantauan pembinaan itu. Sekian. Datuk Ahmad Zahid bin Hamidi: Tuan Yang di-Pertua, mungkin Ahli Yang Berhormat bagi Kota Bahru terlepas pandang ataupun tidak mengikuti perbahasan di Dewan yang mulia ini, apabila Akta Pemaju Perumahan sendiri ini telah dibentangkan di Dewan ini. Soalan saya, Tuan Yang di-Pertua, berapa jumlah aduan yang telah dibawa ke tribunal yang berkenaan dan sejauh mana keberkesanan tribunal ini dalam penyelesaian aduan-aduan yang dibuat oleh pembeli-pembeli terhadap pemaju-pemaju perumahan. Datuk Peter Chin Fah Kui: Terima kasih Yang Berhormat. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, tribunal ini masih dalam peringkat perwujudan kerana kita perlu mengadakan syarat-syarat atau by law, dengan izin, yang digunakan oleh pihak tribunal. Selain itu, kita baru-baru ini menerima persetujuan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk mewujudkan pegawai-pegawai tribunal ini yang kita perlu kerana tanpa pegawai-pegawai ini, maka tribunal ini tidak boleh berfungsi dan kita haraplah dalam akhir tahun ini, tribunal ini boleh berfungsi dan boleh memulakan untuk menerima aduan-aduan untuk diselesaikan oleh tribunal tersebut.

9. Dato’ Mohd. Zain bin Omar [Balik Pulau] minta Menteri Pendidikan menyatakan, tarikh pembinaan Politeknik Balik Pulau, jumlah kos, jumlah sasaran pelajar dan tenaga pengajar serta kakitangan.

Setiausaha Parlimen Kementerian Pendidikan [Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir]: Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pendidikan telah merancang untuk membina Politeknik Balik Pulau pada hujung tahun 2002. Anggaran jumlah kos pembinaan projek ini ialah RM150 juta. Apabila projek ini siap, ia akan menawarkan tempat untuk 3,600 orang pelajar dan dijangka sebanyak 340 jawatan untuk tenaga pengajar dan kakitangan akan diwujudkan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, nama projek itu ialah Politeknik Pulau Pinang, nama perunding pun sudah kita sediakan dan pelaksanaannya ialah Tender Terhad dan telah diputuskan oleh Kementerian Kewangan dan senarai kontraktor juga telah dilakukan, begitu juga tarikh mula ialah pada Oktober 2002 dan tarikh siap dijangka pada 2005. Bagi butir-butir tapak ialah diperoleh secara pengambilan balik tapak di Nombor Lot 437, Mukim E, Kampung Titi Terus dan daerah Barat Daya, kelulusan 83.491 ekar. Terima kasih.

10. Tuan Haji Siam bin Haji Kasrin [Batu Pahat] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menyatakan, bilakah kawalan harga ke atas perkhidmatan dobi, salun kecantikan dan hartanah akan dikuatkuasakan seperti yang dilaksanakan ke atas alat ganti kenderaan baru-baru ini.

12 DR.2.10.2002

Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna [Tuan Wong Kam Hoong]: Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna sedar bahawa terdapat rungutan daripada pihak awam berhubung dengan amalan yang tidak beretika yang dilakukan oleh pengusaha-pengusaha kedai dobi dan juga salun kecantikan. Justeru itu, kementerian ini sedang membuat kajian berhubung dengan kedudukan kedua-dua industri yang disebut. Kementerian ini juga sedang dalam proses melantik juruperunding bagi menjalankan kajian yang dimaksudkan itu. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memaklumkan di sini bahawa bukanlah menjadi hasrat kementerian ini untuk mengawal harga perkhidmatan kedai dobi, salun kecantikan dan juga bengkel kenderaan bermotor. Apa yang sedang dan akan dilakukan oleh kementerian ini berhubung dengan perkara yang berbangkit hanyalah untuk memastikan bahawa pengusaha perkhidmatan dobi, salun kecantikan dan bengkel kenderaan bermotor, menjalankan perniagaan secara beretika dan tidak menyusahkan pengguna. Tindakan untuk mengawal harga perkhidmatan di ketiga- ketiga sektor ini hanya akan dibuat as a last resort, sekiranya pihak-pihak yang berkenaan tidak memberi kerjasama yang diharapkan dalam mewujudkan suasana perniagaan yang beretika di dalam industri masing-masing. Berhubung dengan isu pengawalan penjualan dan perkhidmatan harta tanah, ianya terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi. Sekian. Tuan Yang di-Pertua: Ya, Batu Pahat. Tuan Haji Siam bin Haji Kasrin Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, adakah Kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna begitu prihatin dengan kepentingan kepenggunaan masyarakat di negara ini kerana dari masa ke semasa sentiasa memikirkan supaya pengguna di negara ini tidak tertipu oleh peniaga-peniaga berbanding dengan negara-negara lain. Terima kasih. Tuan Wong Kam Hoong: Tuan Yang di-Pertua, kementerian saya selalu prihatin kepada hal ehwal pengguna iaitu kepentingan pengguna-pengguna di negara kita dan dari masa ke semasa kementerian saya mengkaji keadaan di perniagaan suasana di pasaran dan kalau ada peniaga-peniaga dari negara asing yang niat menipu pengguna-pengguna negara kita, kita akan menjalankan tugas kita dengan lebih ketat dan tegas. Sekian, terima kasih.

11. Tuan Taib Azamudden bin Md. Taib [Baling] minta Menteri Pembangunan Luar Bandar menyatakan, keadaan sebenar dan mutakhir Tabung Atta’awun anjuran Amanah Ikhtiar Malaysia yang melibatkan kepentingan lebih dari 60,000 ahli AIM itu.

Setiausaha Parlimen Kementerian Pembangunan Luar Bandar [Datuk Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim]: Tuan Yang di-Pertua, Dana Atta’awun adalah merupakan sebuah dana yang dikendalikan sendiri oleh Amanah Ikhtiar Malaysia. Dana ini berkonsepkan simpanan dan sedekah yang mana dana ini merupakan satu jaminan terhadap sebarang risiko yang akan dialami oleh ahli atau sahabat dan keluarga sahabat. Antara manfaat yang diberikan oleh dana ini adalah seperti bantuan bencana alam, khairat kematian dan bantuan kewangan bagi ahli atau sahabat dan keluarga yang menghidap penyakit kritikal. Dana ini telah dilancarkan pada Julai 2001 dan sehingga 31 Julai 2002, dana ini telah berjaya mengumpulkan sejumlah RM637,474 dan telah mengeluarkan pampasan kepada ahli-ahli Amanah Ikhtiar Malaysia sejumlah RM273,545.00. Oleh itu baki Dana Atta’awun sehingga 31 Julai 2002 adalah sejumlah RM363,929.00. Pada ketika ini operasi Dana Atta’wun ditangguhkan sementara waktu bagi membolehkan Amanah Ikhtiar Malaysia mendapatkan kelulusan pelaksanaan daripada Bank Negara. Walau bagaimanapun, penangguhan tidak menjejaskan pemberian pampasan kepada ahli-ahli Amanah Ikhtiar Malaysia yang menyertai dana ini. Terima kasih.

DR.2.10.2002 13

Tuan Yang di-Pertua: Sila Yang Berhormat bagi Baling Tuan Taib Azamudden bin Md. Taib: Ya, terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Setiausaha Parlimen yang telah memberikan jawapan. Penglibatan pencarum di dalam Amanah Ikhtiar Malaysia ini adalah terdiri daripada pencarum-pencarum yang rata-ratanya berpendapatan rendah dan saya difahamkan sekurang-kurangnya caruman ini hendaklah dikenakan sebanyak RM15.00 seorang pada peringkat awal dan kalau 60,000 ahli, jumlahnya hampir RM8 juta sebenarnya duit itu terkumpul. Baru-baru ini oleh kerana operasi ini ditangguhkan maka pihak ahli pencarum atau Amanah Ikhtiar Malaysia menerima maklumat bahawa mereka akan dipulangkan balik wang itu hanya tidak sampai RM1 seorang. Jadi, kalau sekiranya keadaan ini berlaku maka rancangan dan hasrat sebenar pihak AIM seperti mana yang dimaklumkan oleh kementerian tadi adalah tidak benar. Jadi, apakah hakikat sebenarnya daripada apa yang saya terima ini dan kadang-kadang kita bimbang sekarang ini kerana banyak perkara yang berkaitan dengan amanah rakyat disalahgunakan. PPRT disalahgunakan, Tabung Haji, semua bentuk amanah rakyat, yang melibatkan rakyat ramai ini, seolah-olah macam berlaku pecah amanah dan saya tanya ini kerana kita sayang Amanah Ikhtiar Malaysia dan minta supaya Setiausaha Parlimen kementerian ini memberi jawapan. Terima kasih. Datuk Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim: Terima kasih Yang Berhormat. Untuk makluman Yang Berhormat mungkin saya hendak membetulkan sedikit fakta Yang Berhormat mengenai dana ini. Dana ini yang dikendalikan adalah dikumpulkan hasil kutipan RM1, seorang setiap bulan daripada setiap ahli sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia. Jadi yang RM15 itu berkemungkinan dia masuk dengan kos-kos lain tetapi sebenarnya dana ini adalah hanya RM1. Sebab itulah dipulangkan RM1. Sebab itulah untuk dana ini, sebab Yang Berhormat tanya dana ini, saya jawab bab dana ini. Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua: Masa untuk pertanyaan lisan selesai. [Masa untuk Pertanyaan Jawab Lisan telah selesai]

RANG UNDANG-UNDANG

RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2003

Bacaan Kali Yang Kedua

DAN USUL ANGGARAN PEMBANGUNAN 2003

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang Perbekalan 2003 dibacakan kali yang kedua sekarang” dan “Bahawa Usul yang berikut ini dirujuk kepada Jawatankuasa sebuah-buah Majlis”. “Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4 (3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan iaitu satu jumlah wang sebanyak tidak lebih tiga puluh enam bilion sembilan ratus enam puluh dua juta tujuh ratus tiga puluh tujuh ribu tujuh ratus ringgit (RM36,962,737,700) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2003, bagi tujuan-tujuan dan butiran- butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Belanjawan Persekutuan, 2003 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 15 Tahun 2002 adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang

14 DR.2.10.2002

berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran- butiran itu di ruangan lapan dan sembilan senarai tersebut, hendaklah disahkan.” [1 Oktober 2002]

Tuan Yang di-Pertua: Seperti yang telah diputuskan semalam seorang ahli dibenarkan berucap selama 20 minit. Yang Berhormat dari Parit. 11.06 pagi Tuan Haji Mat Basir bin Rahmat [Parit]: Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana mengizinkan saya sama-sama membahaskan Bajet 2003. Tuan Yang di-Pertua: Ya, Besut bangun buat apa? Ya, silakan. Tuan Haji Mat Basir bin Rahmat: Bajet yang dibentangkan pada 20 September lalu dalam keadaan suasana persekitaran ekonomi global tidak menentu. Dalam pada itu kita masih dibuai dengan retorik bahawa ekonomi negara telah pulih sepenuhnya. Daripada semasa ke semasa kita dihidangkan dengan angka-angka positif tentang kadar pertumbuhan ekonomi, eksport yang meningkat, kadar inflasi yang rendah dan jumlah rizab yang semakin tinggi. Namun demikian, memadaikah semua statistik itu untuk mencerminkan apa yang sebenarnya berlaku dalam ekonomi negara dan global sedangkan kita belum sempat terlepas daripada cengkaman krisis ekonomi Asia, kini ancaman baru ekoran daripada kelembapan ekonomi Amerika pula menjengah serangan Amerika Syarikat ke atas Iraq, krisis India-Pakistan dan krisis Israel-Palestin menambahkan ketidaktentuan ekonomi global akan datang. Tuan Yang di-Pertua, sebelum krisis ekonomi 1997 kerajaan mencanangkan kejayaan dasar penswastaan negara, namun demikian bagaikan kata pepatah langit tidak selalunya cerah. Begitu juga dengan program penswastaan kerajaan, bila ribut ekonomi melanda pada Julai 1997 program penswastaan turut terpukul hinggakan ada di antaranya terpukul menyembah bumi. Antara projek penswastaan yang terjejas teruk oleh krisis ekonomi itu ialah syarikat penerbangan MAS, syarikat telekomunikasi, Time dot.Com, syarikat pembetungan nasional Indah Water Consortium, syarikat besi Perwaja Steel dan sistem pengangkutan canggih dalam bandar LRT iaitu Putra dan Star. Penswastaan yang sepatutnya meringankan beban kerajaan kini menjadi batu terlalu berat untuk digalas. Ia bertukar menjadi masalah besar yang bukan sahaja menjejaskan nasib pekerja, syarikat atau agensi berkenaan malah menjatuhkan imej kerajaan, kegagalan beberapa projek penswastaan hingga ada antaranya terpaksa diambil alih semula atau diselamatkan telah meletakkan kerajaan di dalam dilema. Gejala yang melanda MAS, IWK dan LRT-Putra sepatutnya mengajar kita lebih berwaspada dalam melaksanakan program penswastaan, janganlah terlalu ghairah menswastakan sesuatu projek atau terlalu mendesak kerajaan menswastakan sesuatu projek kepada rakyat tanpa menjalankan kemungkinan yang tepat. Kerajaan perlu muhasabah diri dan mendengar pandangan rakyat, berikan peluang rakyat meluahkan isi hati mereka, kalau tidak rakyat akan meluahkan isi hati mereka melalui pilihan raya. Dalam kerancakan program penswastaan bidang perkhidmatan terutamanya kesihatan dan pendidikan, janganlah sampai mengaut keuntungan berlipat ganda dan mengabaikan tanggungjawab sosial mereka. Kita berasa amat sedih dengan amalan mengabaikan, dengan amalan hospital swasta yang meletakkan pertimbangan material lebih tinggi daripada kemanusiaan seolah-olah mengambil kesempatan daripada masalah kesihatan yang dialami oleh rakyat. Begitu juga dalam bidang pendidikan, kewujudan IPTS yang diuruskan oleh syarikat swasta dan korporat yang meletakkan nilai komersial dan keuntungan sebagai matlamatnya yang utama, kos untuk belajar di IPTS didapati jauh lebih tinggi jika dibandingkan dengan yuran pengajian yang dikenakan oleh IPTS. Hal ini sudah tentu menyukarkan pelajar-pelajar yang miskin dan kurang berada untuk melanjutkan pelajaran ke IPTS, sebaliknya pelajar daripada golongan yang berada ditawarkan kursus ke IPTS walaupun kelayakan akademik mereka tidak memuaskan.

DR.2.10.2002 15

Sekiranya keadaan ini dibiarkan berlaku, maka dikhuatiri IPTS hanya melahirkan graduan ramai tetapi gagal memenuhi spesifikasi pencapaian akademik yang ditetapkan. Tidak ada gunanya negara mempunyai kuantiti graduan yang banyak, kalau graduan yang ada tidak mempunyai kualiti yang boleh disumbangkan untuk kemajuan bangsa dan negara di sebalik usaha IPTS mengejar keuntungan dan menambah bilangan pelajar. Persoalan yang berkaitan dengan kualiti pelajar dan mutu pendidikan tidak sepatutnya diabaikan. Pihak kerajaan dan Kementerian Pendidikan perlu menyediakan satu garis panduan yang jelas kepada IPTS supaya mereka tidak memperdagangkan dan memperniagakan pendidikan untuk mendapat keuntungan yang maksimum semata-mata . Ketidaktentuan ekonomi ini dalam negara disulitkan lagi oleh pencabulan hak asasi yang perlu dimiliki rakyat hari ini. Kita mendengar pemimpin UMNO mengaku dirinya menuruti prinsip-prinsip demokrasi tetapi apa yang sebenarnya berlaku ialah polisi-polisi pemerintahan yang digariskan oleh segelintir manusia tertentu yang berkepentingan. Ahli Falsafah Barat Rousseau terpaksa mengakui bahawa apa yang diungkap sebagai general will itu against dengan the will of people. Justeru itu apa yang dilaungkan sebagai people sovereignty, kedaulatan rakyat dan kesemuanya tidak lain dari sovereignty of the effective section of the people lantaran itu terbuktilah kepada kita bahawa demokrasi itu sebenarnya adalah suatu utopia yang tidak mungkin terlaksana di mana-mana dan bila-bila pun jua. [Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Muhamad bin Abdullah) mempengerusikan Mesyuarat] Bagi pemimpin-pemimpin pemerintah mendabik dada selaku penganut demokrasi yang paling setia, sebenarnya sedang berlaku penindasan yang jarang sekali diperhatikan hatta oleh manusia-manusia yang mengaku menjadi pejuang- pejuang hak-hak asasi manusia sekali pun..…. Dato' Haji Mohamad bin Haji Aziz: [Bangun] Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ada yang berdiri Yang Berhormat. Hendak bagi? Tuan Haji Mat Basir bin Rahmat: Masa sudah tidak ada. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Cakap, kalau tidak bagi, tidak bagilah. Tuan Haji Mat Basir bin Rahmat: Hah, tidak bagi. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Dia tidak bagi Yang Berhormat Dato' Haji Mohamad bin Haji Aziz: [Menyampuk] Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Dia tidak bagi, Yang Berhormat. Ya, sila duduk. Dia tidak bagi, Yang Berhormat. Tuan Haji Mat Basir bin Rahmat: Hilang, Tuan Yang di-Pertua. Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Ha. [Ketawa] Tuan Haji Mat Basir bin Rahmat: Bagi pemimpin-pemimpin pemerintah yang mendabik dada selaku penganut demokrasi yang paling setia sebenarnya sedang melakukan satu penindasan yang jarang sekali diperhatikan, hatta oleh manusia yang mengaku menjadi pejuang-pejuang hak asasi sekalipun. Bahkan di sesetengah negara merekalah yang menjuarai kekejaman itu. Hal yang sama berlaku di negara kita, kebebasan bersuara disekat, kebebasan akhbar dirampas dan rakyat dijadikan objek yang bakal diarah ke mana sahaja. Institusi-institusi yang didirikan atas nama demokrasi dijadikan rubber stamp buat mengesahkan apa sahaja yang mereka suka. Golongan massa menjadi golongan ‘musthad affin’ yang harus memikul beban negara, sebaliknya kelompok ningrat yang minoriti bermaharajalela menindas golongan ‘al- malak’ juga punya kepentingan. Lantaran itu mereka bersubahat dalam meneruskan penindasan untuk memastikan mereka terus survival di tengah-tengah suara-suara yang kian lantang mahukan hak-hak asasi rakyat ramai dikembalikan.

16 DR.2.10.2002

Firman Allah S.W.T. yang berbunyi [Membacakan sepotong ayat al-Quran] Bermaksud “Janganlah kamu menganiaya dan janganlah kamu teraniaya”. Allah berfirman menerangkan setiap orang mempunyai hak untuk hidup. Seseorang mempunyai hak untuk memiliki harta, bercakap, berjalan, beribadat dan lain-lain semuanya diterangkan dalam al-Quran dan Sunnah Rasul-Nya. Walau bagaimanapun, hak ini akan musnah sekiranya tidak ada suatu sistem yang menjaganya. Sudah menjadi lumrah alam yang kuat merebut hak yang lemah dan yang atas menindas yang di bawah, yang besar merampas hak yang kecil dan orang yang berkuasa akan merampas hak orang yang tidak mempunyai kuasa. Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan: [Bangun] Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Ada yang berdiri Yang Berhormat. Hendak beri jalan? Tebrau. Tuan Haji Mat Basir bin Rahmat: Tidak payahlah. Saya pun tidak pernah minta pun dahulu. Kalau Yang Berhormat bercakap pun saya pernah bangun minta. Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Cakap bagi tidak bagi Yang Berhormat. Tuan Haji Mat Basir bin Rahmat: Tidak bagi. Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Ha, dia tidak bagi Yang Berhormat. Cakap panjang begitu susahlah saya. Tuan Haji Mat Basir bin Rahmat: Orang yang lemah tidak mampu mempertahankan haknya. Dialah orang yang selalu hilang harta, hilang hak bercakap, hilang mengeluarkan pendapat malah hilang nyawa. Mereka selama-lamanya akan hilang hak itu andainya pemerintahan negara itu tidak mementingkan keadilan asasi natural justice di Malaysia, keadilan asasi ini kononnya diterima sebagai prinsip keadilan. Setiap orang diberi hak asasinya dalam perlembagaan. Mereka boleh bercakap, berkumpul, berjalan, tinggal, bebas memilih agama dan lain-lain. Setiap orang diberi perlindungan undang-undang. Umpamanya seseorang tidak boleh ditahan selama 24 jam, dia mesti dihadapkan kepada seorang hakim, seseorang tidak boleh dipenjarakan tanpa perbicaraan yang bebas dan sebagainya. Pada teorinya memang begitu tetapi praktik agak lain dengan alasan kepentingan negara tetapi yang sebenarnya kepentingan individu dalam pemerintahan. Keadilan asasi ini dicabul. Tuan Yang di-Pertua, di Malaysia Seksyen 73(1) ISA 1960 – pemerintah mengamalkan dasar dan tindakan yang bertentangan dengan konsep keadilan asasi. Di bawah seksyen ini kuasa diberikan kepada Menteri Dalam Negeri untuk menahan seseorang tanpa diberi hak untuk didengar. Kalau benarlah Malaysia sebagai sebuah negara Islam, tentulah kerajaan yang ada tidak melaksanakan undang-undang ISA. Dalam undang-undang Islam ada amalan keadilan asasi ini. Menurut Islam seseorang yang didakwa mestilah diberi hak berfikir dan didengar dengan saksama segala kenyataannya oleh hakim. Seseorang tidaklah boleh dimasukkan ke dalam penjara tanpa dia diberi peluang yang cukup untuk berfikir dan menjawab soalan. Dalam sebuah hadis Nabi bersabda, “Apabila kamu menghakimi dua orang maka janganlah kamu menjatuhkan hukuman sebelum kamu mendengar kenyataan orang yang didakwa. Kamu tidak boleh menjatuhkan hukuman sebelum orang yang terdakwa menerangkan kedudukannya dengan bebas. Sekiranya kamu jatuhkan maka hukuman itu tidak sah dan batil ataupun batal. Sekiranya orang yang tidak terdakwa enggan menjawab, maka hakim harus menangguhkan hukuman itu dahulu.” Prinsip-prinsip perundangan Islam ini barangkali tidak dinyatakan oleh penasihat agama ataupun alim ulama pemerintah. Adalah menjadi kewajipan penasihat agama pemerintah memberi nasihat mengenai penyalahgunaan kuasa atau penyelewengan terhadap jalan Allah. Mereka mengetahui sesuatu perkara yang tidak baik telah berlaku di dalam pemerintahan negara tetapi sengaja membisu seribu bahasa, takut-takut mereka akan kehilangan jawatan, dipecat atau dimurkai. Mereka ini lebih mementingkan jawatan atau gaji lumayan daripada menegakkan jalan Allah. Orang yang bertanggungjawab kepada Allah di Yaumil Mahsyar nanti ialah alim ulama yang tugasnya memberi nasihat yang benar kepada pemerintah tetapi gagal menjalankan tugasnya dan gagal melaksanakan tanggungjawabnya semata-mata kerana gaji dan kedudukan. Sejarah membuktikan kejatuhan sesebuah kerajaan adalah hasil dari salah nasihat yang diberi oleh penasihat pemerintah yang tidak

DR.2.10.2002 17

bertanggungjawab kepada rakyat. Ada sesetengah golongan manusia lebih takut kepada manusia daripada takut kepada Allah S.W.T. Jadi setakat ini sahaja dan terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Yang Berhormat bagi Sipitang. 11.22 pagi Datuk Dr. Haji Yusof bin Haji Yacob [Sipitang]: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya dan seluruh rakyat bagi kawasan Sipitang yang saya wakili mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Menteri Kewangan atas pembentangan Bajet 2003 pada 20 September yang lalu. Bajet ini merupakan bajet mesra rakyat dan disambut baik di seluruh negara. Cuma orang-orang yang tidak tahu bersyukur dan bongkak sahaja tidak berterima kasih. Bajet yang baik dan lengkap ini telah mengambil kira pendapat sebahagian pelbagai golongan melalui beberapa pertemuan dan perbincangan. Kemudian ia disusun oleh pakar-pakar, pegawai-pegawai yang berpengalaman dan disusun untuk menjadi satu belanjawan yang baik. Cuma suara pembangkang sahaja yang tidak bersetuju dan tidak mengakui bahawa bajet ini adalah bajet yang baik. Sebenarnya dalam hati kecil mereka tentu juga bersetuju dengan bajet kerajaan ini. Apa yang menyebabkan pembangkang tidak setuju ialah mereka takut kerajaan ini terus disokong oleh rakyat. Saya mendapati pembahas pembangkang tidak mempertahankan bajet tiruan mereka kerana mereka tahu bajet tiruan itu tidak berkualiti dan cuma bajet mimpi dan cuma akan membuang masa kalau rakyat membaca dan memikirkan bajet mereka itu. Setakat ini tiada rakyat yang berminat bercakap mengenainya kecuali sebilangan kecil pemimpin pembangkang. Dalam dunia moden dan mencabar ini rakyat tidak perlu lagi macam dahulu suka dibuai mimpi. Malangnya ada lagi pemimpin yang bermimpi. Tetapi zaman ini adalah zaman realiti. Untuk pembangkang, bentanglah bajet yang baik untuk membangun Kelantan dan Terengganu. Tuan Yang di-Pertua, kita rakyat Malaysia berasa bertuah dan bangga di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Dato Seri Dr. Mahathir bin Mohamad dan barisan pemimpin Barisan Nasional. Malaysia dikenali kerana suara Malaysia mendapat tempat di pentas dunia. Juga tidak kurang bilangan negara khususnya negara-negara ketiga turut menumpang untuk dibela melalui buah fikiran dan pandangan Yang Amat Berhormat Dato Seri Dr. Mahathir bin Mohamad walaupun pendirian dan tindakan kita tidak disenangi oleh pemimpin dunia. Namun demikian, perjuangan dan pandangan yang betul untuk kepentingan dunia sejagat perlu diteruskan dan kita rakyat Malaysia mesti menyokong pandangan ini. Tuan Yang di-Pertua, kita mesti mempastikan dunia ini aman. Memang betul seperti kata Yang Amat Berhormat Dato Seri Perdana Menteri bahawa manusia belajar sejarah tetapi tidak dapat apa-apa pengajaran daripadanya. Ertinya tidak ramai manusia dan pemimpin dunia yang mendapat iktibar dari peristiwa sejarah. Tidak ramai pemimpin yang cuba mengelak dari berlaku semula atau berulang perkara- perkara buruk yang pernah berlaku sebelum ini. Perang Dunia Pertama, Perang Dunia Kedua, beberapa siri perang saudara di negara-negara tertentu, pencerobohan, sengketa perkauman, sengketa keagamaan dan banyak lagi bentuk perkelahian dan sengketa di dunia ini yang tidak putus-putus. Akibat dari peperangan dan pergaduhan ini adalah kesengsaraan yang melibatkan semua pihak. Kumpulan yang pertama akan menjadi mangsa ialah mereka yang diserang. Tidak juga ketinggalan yang menyerang kerana yang menyerang juga menerima tentangan balas akan diserang kembali, kedua-dua pihak akan terlibat. Akibatnya adalah kematian, kemusnahan harta benda, penderitaan rakyat yang tidak berdosa, pelarian, kebuluran, penyakit berjangkit dan masalah sosial yang lain. Tuan Yang di-Pertua, kesengsaraan akibat peperangan ini bukan teori atau khayalan tetapi ia kenyataan dan dapat dibuktikan pada hari ini. Konflik Kashmir di antara India dan Pakistan yang telah berterusan begitu lama, konflik Tamil Eelam dengan Kerajaan Sri Lanka dan yang terkini serangan Amerika terhadap Afghanistan dan akhir-akhir ini keghairahan Amerika dan Britain untuk menyerang Iraq. Perbuatan ini perlu dikutuk dan disekat. Sepatutnya sebagai negara besar seperti Amerika dan

18 DR.2.10.2002

Britain menghormati keputusan dan resolusi Bangsa-bangsa Bersatu. Mereka sepatutnya menjadi contoh kepada negara lain jikalau mereka melabel diri sebagai negara yang mengamalkan demokrasi dan pembela hak asasi manusia. Semestinya Amerika dan Britain menghormati resolusi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Persoalannya ialah mengapa Amerika suka sangat berperang atau memerangi sesebuah negara lain. Mereka mencari helah dan mencari pelbagai alasan untuk berperang atau menyerang sesebuah negara secara selektif, bukan atas alasan yang kukuh atau yang mendapat restu daripada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu atau dengan tujuan lain untuk menyelamatkan seperti yang dilaung-laungkan. Tuan Yang di-Pertua, serangan ke atas Iraq begitu penting bagi Amerika dan Britain sebenarnya kerana Saddam Hussin dipercayai sebagai pengganas dan memiliki senjata berbahaya. Tetapi melalui siasatan, ini tidak betul dan negara-negara lain juga tidak bersetuju dengan dakwaan Amerika dan Britain itu. Tetapi tidak pula Amerika dan Britain bertindak terhadap Israel yang jelas sebagai pengganas. Bagaimana sebuah negara yang berdaulat, askar orang lain masuk sesuka hati meruntuhkan rumah, sesuka hati membunuh rakyat yang tidak berdosa, mengepung pejabat Presiden dan sebagainya. Ini jelas Israel memasuki Palestin dengan niat untuk merosakkan dan menceroboh kewibawaan sesebuah negara. Dan jelas juga Israel begitu garang kerana mereka tidak dapat ditegur dan mereka tahu mereka dapat perlindungan daripada Amerika dan memiliki senjata yang berbahaya lebih berbahaya daripada senjata yang dimiliki oleh Iraq seperti yang didakwa. Tuan Yang di-Pertua, tujuan Amerika untuk menyerang Iraq ialah lebih kepada strategi untuk kepentingan Amerika sendiri iaitu untuk mengawal ataupun untuk menakluki rantau yang kaya dengan minyak. Tujuan mereka yang pertama ialah menakut-nakutkan negara Arab yang lain supaya tunduk kepada Amerika. Jikalau tidak pro Amerika maka Iraqlah sebagai contoh dan teladan yang akan mengalami kerosakan dan ini menakutkan negara-negara lain di Teluk tersebut. Yang kedua Amerika ingin mengawal ekonomi negara-negara Arab yang lain khususnya minyak yang banyak di negara Arab seperti yang terdapat di Arab Saudi. Yang ketiga, Amerika dan sekutunya akan merosakkan negara tersebut ataupun negara yang diserang dan apabila mengalami kerosakan, ia akan berpura-pura datang membantu untuk membangunkan semula negara tersebut dan badan-badan dunia seperti IMF, Bank Dunia yang akhirnya di bawah telunjuk Amerika dan negara- negara ini akan berasa terhutang budi ditambah pula dengan bantuan kemanusiaan yang lain seperti makanan, perubatan yang akan menambah lagi pengaruh Amerika kepada negara ini. Yang keempat, mereka mengadakan perang merupakan satu peluang dan strategi untuk menggunakan senjata baru sebagai ujian kepada peluru-peluru berpandu baru dan memastikan industri membuat senjata di negara mereka akan terus hidup dan mendapat sokongan daripada pembeli-pembeli senjata terutama sekali tentera Amerika. Namun demikian, Amerika dan Britain jangan lupa walaupun Iraq akan musnah seperti musnahnya Afghanistan, Saddam akan lari ataupun mati tetapi tidak ada jaminan bahawa keganasan tidak akan berlaku tetapi mungkin sebaliknya dan keganasan akan semakin berleluasa, menyebabkan dunia ini tidak akan stabil. Tuan Yang di-Pertua, kita mesti mengembalikan martabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah ditubuhkan dalam tahun 1967 selepas tamat Perang Dunia Kedua sebagai badan dunia yang berwibawa dan memastikan dunia ini aman. Namun demikian, sejak akhir-akhir ini Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu seakan-akan tidak dihormati dan peranannya sebagai badan yang mentadbirkan dunia ini semakin pudar. Sebagai bukti, banyak konflik dan peperangan tidak dapat diselesaikan sejak bertahun-tahun lamanya seperti konflik India-Pakistan, Palestin-Israel dan berbagai-bagai konflik lagi di dunia ini. Banyak pencerobohan baru yang dibuat oleh negara yang tertentu tanpa ada tindakan. Banyak resolusi demi resolusi yang dibuat cuma sebagai rekod di atas kertas yang tidak ada ertinya. Saya minta penjelasan kalau boleh daripada Kementerian Luar, apakah peranan Malaysia dan negara-negara lain yang bersependapat dengan Malaysia supaya kecemerlangan dan ketegasan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ini

DR.2.10.2002 19

dihormati seperti dahulu. Apakah peranan kita supaya menjadikan dunia ini sebagai pentas yang aman untuk didiami oleh manusia sejagat. Apakah usaha diatur dan dibuat agar peperangan dapat dielakkan dan sebarang masalah, konflik antara negara dapat diselesaikan secara politik dan juga penyusunan ekonomi atas semangat persefahaman dan toleransi. Negara-negara Arab dan aktiviti ekonomi Amerika sendiri seperti industri pelancongan akan lebih tenat. Kelembapan ekonomi Amerika akan berkait dengan ekonomi Eropah, Jepun dan Korea dan juga negara-negara lain yang ada perdagangan dengan Amerika. Oleh yang demikian, pemimpin-pemimpin pakatan Eropah, Jepun, Korea mestilah mendesak Amerika supaya menjurus pemikiran terhadap keamanan dunia dan meningkatkan pertumbuhan ekonomi dunia, bukan untuk menjatuhkan ekonomi dunia. Ini bertujuan supaya seluruh penduduk dunia ini akan lebih sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, sejak akhir-akhir ini saya katakan tadi, kewibawaan PBB amatlah rendah. PBB tidak lagi dapat menjadi badan yang berkesan. Persidangan cuma sebagai forum bercakap dan alasan untuk membelanjakan wang yang diberi kepada PBB. Oleh itu usaha untuk menaikkan semula kegemilangan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu perlu dibuat. PBB mesti menjadi badan yang berkesan dan dapat bertindak untuk melindungi dunia ini. Sepatutnya PBB lah yang bertindak sebagai polis dunia bukan Amerika bersendirian. Tuan Yang di-Pertua, saya berharap pemimpin-pemimpin dunia seperti George Bush, Tony Blair, Saddam Hussein, Fidel Castro, Vladimir Putin, Jacques Chirac, Sholder, John Howard dan sebagainya mestilah bertanggungjawab kepada rakyat yang mereka jaga dan negara-negara lain. Pemimpin selaku ketua negara mesti berfikir untuk menyediakan keselesaan kepada rakyat mereka supaya rakyat negara mereka mendapat pembelaan daripada segi ekonomi dan kesejahteraan. Memang pemimpin selalunya dalam keadaan selesa kerana mendapat pelbagai kemudahan, macam pemimpin PAS di Kelantan dan Terengganu. Mereka senang tetapi rakyat mereka susah. Jadi kita mahu pemimpin dunia juga memikirkan bahawa jikalau berlaku peperangan ataupun masalah ekonomi dunia bahawa seluruh penduduk dunia ini akan terlibat. Sepatutnya semua pemimpin dari seluruh dunia faham dan tahu akan akibat ketidakstabilan dunia dan peperangan dan memberikan kesan yang terus kepada ekonomi dunia, ekonomi serantau dan negara mereka. Tuan Yang di-Pertua, kita berharap semua pemimpin menjurus ke arah satu matlamat iaitu menjadikan dunia ini dunia yang stabil dan sesuai untuk didiami dan tidak ada badan lain cuma Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu tempat kita untuk menyelesaikan konflik seluruh dunia ini. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin beralih kepada mempercepat pertumbuhan ekonomi luar bandar. Oleh kerana keadaan pasaran dan ekonomi dunia yang tidak menentu, maka tindakan untuk menaikkan aktiviti ekonomi domestik amatlah dialu- alukan. Kesungguhan kerajaan untuk menambahkan aktiviti ekonomi dan pembangunan luar bandar perlu disokong. Berbagai-bagai jenis program dan bantuan telah dilaksanakan sebelum ini. Ini termasuklah bantuan modal, mesin dan latihan untuk pertumbuhan industri luar bandar. Program bantuan ternakan haiwan seperti lembu, kambing, ayam, itik, bantuan ternakan ikan kolam, sangkar, udang dan bermacam-macam lagi bantuan telah pun diberikan. Namun demikian pencapaian dan kesinambungan peserta dan bilangan yang berjaya adalah amat rendah. Saya minta penjelasan, kalau boleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Kementerian Pertanian, kepada berapa ramaikah bantuan ini telah diberikan dan berapa ramaikah mereka atau program ini yang berjaya? Berapa banyak wang yang terlibat sejak lima tahun yang lalu iaitu 1996 sehingga tahun 2000 dan daripada tahun 2000 hingga tahun 2005. Kerajaan telah memberi bantuan dalam berbagai-bagai bentuk pemberian dan subsidi. Pada pandangan saya, banyak bantuan ini yang tidak mencapai matlamatnya dan banyak pembaziran kerana tiada pemantauan atau tindakan susulan. Saya ingin mencadangkan, satu sistem pemantauan dan tindakan susulan perlu dilaksanakan. Kita telah mengeluarkan banyak bantuan jadi sewajarnya kita mempastikan kejayaannya. Tidak rugi kita melantik ramai pegawai untuk tujuan ini kerana aktiviti yang dibuat ialah untuk kebaikan rakyat dan untuk memperbaiki ekonomi rakyat dan negara ini.

20 DR.2.10.2002

Jadi saya mencadangkan supaya Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Kementerian Pertanian dan Jabatan Perikanan memperbanyakkan lagi pegawai khususnya yang bertanggungjawab untuk mengembangkan ekonomi penduduk luar bandar supaya tunjuk ajar bantuan ini dapat diperhebatkan, supaya tidak tinggi kegagalan atau pembaziran wang yang diberi kepada rakyat sebagai bantuan atau subsidi. Jikalau projek ini atau program ini berjaya sudah tentu akan menyenangkan khususnya penduduk luar bandar dan juga memperbaiki ekonomi mereka dan sekali gus memperbaiki ekonomi negara. Tuan Yang di-Pertua, untuk kesinambungan program tersebut, infrastruktur luar bandar perlu dipertingkatkan. Walaupun kemudahan infrastruktur seperti sistem lebuh raya, bekalan elektrik dan air begitu baik dan bertaraf dunia di bandar besar tetapi di luar bandar agak ketinggalan. Oleh yang demikian kemudahan infrastruktur ini perlu diperluas di seluruh negara khususnya di daerah-daerah dan juga pekan-pekan kecil dan luar bandar. Kelantan diamlah, dia memang kurang maju sedikit sebab itu kita bantu juga. Kita mohon dan menyokong supaya perkara ini diselesaikan segera. Perancang-perancang ekonomi mestilah melihat akan keperluan meningkatkan infrastruktur di luar bandar ini khususnya di daerah-daerah. Kita mesti pastikan tidak ada daerah yang tertinggal. Kita mesti pastikan hubungan di antara kampung-kampung dengan pekan mestilah baik khususnya jalan-jalan di luar bandar terutama sekali di Sabah. Sekalipun memperuntukkan belanjawan yang besar untuk tujuan ini kita tolong juga Kelantan. Sekalipun kita berbelanja besar untuk tujuan memperbaiki infrastruktur kampung dan luar bandar ini tinggi, kita terpaksa berbelanja kerana di sinilah bermulanya pertumbuhan ekonomi luar bandar. Pada masa ini masih banyak kampung yang terletak jauh dari pekan, tidak mempunyai jalan yang baik untuk menghubungkan dengan pekan. Masalahnya ialah apabila jalan ini tidak ada, pertumbuhan ekonomi agak lembap. Pelabur-pelabur akan sukar untuk melabur dan kemudian hasil-hasil pertanian dan perikanan sukar untuk dihantar ke pekan atau dipasarkan... Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Jangan bising Yang Berhormat.. [Memberi arahan kepada beberapa orang Ahli Pembangkang supaya diam] Datuk Dr. Haji Yusof bin Haji Yacob: Dan ini melambatkan proses pembangunan ekonomi. Jikalau infrastruktur ini baik, ekonomi itu akan tumbuh dengan sendirinya, pelabur akan membuat pelaburan dan perniagaan akan berkembang dengan sendirinya. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Masa Yang Berhormat sudah habis Yang Berhormat. Datuk Dr. Haji Yusof bin Haji Yacob: Saya gulung. Untuk itu saya minta yang pertama, masalah bekalan air di seluruh daerah khususnya di Sabah dan Sarawak kita selesaikan. Kedua, bekalan elektrik yang mencukupi dan tidak mengalami gangguan mesti dibekalkan. Ketiga, rangkaian jalan luar bandar mesti diselesaikan dan spesifikasi Kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri mestilah diselaraskan. Tuan Yang di-Pertua, dengan kata-kata itu saya menyokong. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Saya bagi Sandakan dahulu. 11.43 pagi. Datuk Lau Ngan Siew [Sandakan]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk membahaskan Belanjawan 2003 pada hari ini di Dewan yang mulia ini. Tuan Yang di-Pertua, pertama sekali tahniah saya ucapkan di atas perancangan Belanjawan 2003 pada tahun ini yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri kita, Yang Amat Berhormat Dato Seri Dr. juga merangkap Menteri Kewangan Malaysia. Beliau juga telah menyifatkan Belanjawan 2003 ini sebagai mesra rakyat. Saya percaya Belanjawan 2003 pada kali ini akan merangsang

DR.2.10.2002 21

ekonomi negara dan menggalakkan negara supaya lebih kompetitif dalam ekonomi global. Pada pandangan saya, belanjawan pada tahun ini memberi manfaat kepada semua rakyat kerana tiada kenaikan cukai dan cukai baru yang diperkenalkan. Di samping itu belanjawan pada tahun ini telah memperuntukkan sebanyak RM70.44 bilion bagi belanjawan Mengurus dan RM36.96 bilion bagi anggaran Pembangunan. Peristiwa tahun 1997 krisis ekonomi dan serangan 11 September 2001 telah banyak meninggalkan kesan terhadap pertumbuhan ekonomi negara kita di mana negara kita menghadapi kemelesetan dan pertumbuhan ekonomi akibat daripada peristiwa berkenaan. Oleh yang demikian, sudah tepat pada masanya bagi kerajaan melaksanakan suatu strategi yang tegas, iaitu strategi serampang empat mata dalam Belanjawan 2003, untuk mempertingkatkan lagi potensi pertumbuhan dinamik ekonomi Malaysia dalam menghadapi suasana persaingan yang sengit di luar negara, ketika dunia menghadapi globalisasi. Antara strategi-strategi serampang empat mata yang diperkenalkan itu ialah, pertama, meningkatkan pelaburan domestik dalam semua sektor dengan potensi pertumbuhan. Kedua, mengenal pasti dan menerokai bidang niche dalam sektor-sektor perkhidmatan, pertanian dan pembuatan. Ketiga, memperkukuh kewangan sektor awam dan mempertingkatkan kecekapan kakitangan awam, dan yang keempat, memupuk masyarakat yang progresif dan harmoni dengan nilai moral yang tinggi dan menjamin kesejahteraan rakyat, terutamanya di kawasan luar bandar. Pada pandangan saya, kerajaan haruslah memberi galakan terhadap pertumbuhan perniagaan dan persekitaran agar bersesuaian dengan industri sektor swasta. Mengikut statistik, Amerika Syarikat adalah merupakan negara pengimport yang terbesar kepada Malaysia, dan sekali gus merupakan rakan kongsi perdagangan bagi negara Malaysia. Oleh kerana negara Amerika Syarikat menghadapi gangguan terhadap pertumbuhan ekonomi negara, maka sehubungan dengan itu, kita haruslah bijak dan mencari peluang berurus niaga dengan negara pengimport di negara-negara yang lain untuk memastikan kestabilan ekonomi negara kita akan dapat dikekalkan. Saya percaya dan yakin, strategi-strategi yang diperkenalkan oleh kerajaan adalah amat sesuai untuk mengembangkan senario ekonomi di negara kita ketika ini. Pembentangan Belanjawan 2003 banyak memberi faedah dan keadilan kepada ahli- ahli perniagaan agar mereka menjadi lebih yakin untuk giat memajukan ekonomi negara. Sektor-sektor awam dan swasta juga mendapat kebaikan daripada belanjawan pada tahun ini, di mana kedua-dua sektor berkenaan akan dapat mempertingkatkan perkhidmatan mereka menjadi lebih cekap dan efisien. Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya mengemukakan beberapa cadangan dan masalah-masalah yang masih wujud di Sabah dan Sandakan khasnya. Pertama sekali, terima kasih saya ucapkan kepada Kerajaan Barisan Nasional di atas keprihatinan dan komitmen yang diberikan untuk membangunkan sistem jalan raya di bandar Sandakan. Seluruh rakyat amat berterima kasih kepada Kerajaan Barisan Nasional dan amat mengalu-alukan projek pembangunan dan menaik taraf jalan raya di Sandakan. Banyak peruntukan-peruntukan untuk pembinaan jalan raya telah diagihkan untuk pembangunan Sabah dan Sandakan khususnya. Dalam Rancangan Malaysia Kelapan, dua buah projek besar pembinaan jalan raya – Labuk Bypass dan Sibuga Bypass, telah diluluskan, dan kedua-dua jalan raya ini dijangka akan siap pada bulan September atau Oktober, dan Disember tahun ini. Begitu juga dengan jalan raya Southern Ring Road Phase I telah banyak menyumbang kepada kekurangan kesesakan jalan raya di bandar Sandakan. Walaupun begitu, saya berpendapat, adalah amat baik sekiranya pembinaan Phase II dapat dilanjutkan. Saya percaya, sekiranya pembinaan Phase II ini dapat diteruskan, segala masalah kesesakan yang dihadapi oleh penduduk di Sandakan akan dapat diatasi. Jalan raya Northern Ring juga telah diluluskan dalam Rancangan Malaysia Ke Lapan, dan banyak menyumbang kepada keselesaan dan kekurangan kesesakan lalu lintas di Sandakan.

22 DR.2.10.2002

Di sini juga, ingin saya mengambil kesempatan agar Mid-Term Review dapat dibuat terhadap cadangan projek Southern Ring Road Phase II dan Coastal Road Phase II. Saya juga berharap agar EPU dapat menyalurkan peruntukan-peruntukan terhadap projek jalan raya di Sandakan secepat yang mungkin. Ini adalah kerana, terdahulu terdapat satu kes dalam Rancangan Malaysia Keenam, di mana peruntukan untuk menjalankan projek jalan raya tidak diagihkan sehingga dalam Rancangan Malaysia Ketujuh. Oleh itu, saya berharap agar kelewatan seperti ini tidak berlaku lagi, dan persediaan perlulah ada bagi membekalkan peruntukan tersebut agar dapat disalurkan kepada negeri Sabah bagi menjalankan projek jalan raya berkenaan secepat yang mungkin. Saya percaya dengan adanya sistem perhubungan jalan raya ini, segala masalah kesesakan di bandar Sandakan, akan dapat diatasi. Di samping itu, keadaan trafik jalan raya di Sandakan akan menjadi bertambah baik dan lebih efisien. Tuan Yang di-Pertua, kini Hospital ‘Duchess of Kent’, Sandakan telah pun dipertingkatkan dengan kemudahan surgery ward. Dengan adanya kedua-dua kemudahan ini, khidmat dan teknik rawatan di Hospital Duchess of Kent, Sandakan juga semakin dipertingkatkan. Begitu juga dengan khidmat jururawat-jururawat terlatih dan doktor-doktor di Hospital Sandakan juga semakin bertambah. Ingin saya mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan terima kasih kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia kerana telah memberi keutamaan terhadap masalah C.T. Scan, yang masih lagi belum disediakan di Hospital Kent, Sandakan. Ini adalah satu lagi berita yang baik buat seluruh penduduk di Sandakan. Saya telah pun difahamkan bahawa pihak kementerian kini sedang dalam proses untuk mendapatkan peralatan tersebut melalui pinjaman daripada Bank Pembangunan Malaysia. Walau bagaimanapun, masih terdapat kekurangan dari segi perkhidmatan pakar-pakar dalam bidang makmal patologist. Pihak hospital amat memerlukan pakar- pakar dalam bidang makmal patologist, yang dapat berkhidmat dalam tempoh masa yang panjang, bagi mengisi kekurangan yang ada. Oleh itu, adalah menjadi harapan kami seluruh penduduk di Sandakan, agar masalah ini mendapat perhatian daripada pihak kementerian untuk menyelesaikannya. Seperkara lagi, saya juga ada difahamkan bahawa peralatan C.T. Scan juga masih belum disediakan di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu. Oleh yang demikian, para pesakit telah dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan tersebut di klinik swasta, Sabah Medical Centre (SMC), Kota Kinabalu. Masalah ini tidaklah boleh dibiarkan berlarutan. Tindakan perlu diambil untuk mengatasinya. Saya berharap pihak kementerian akan membekalkan peruntukan untuk penyediaan C.T. Scan berkenaan secepat yang mungkin. Saya juga telah difahamkan bahawa peralatan inkubator di Wad Kanak-kanak masih lagi menghadapi kekurangan. Oleh yang demikian, saya berharap masalah ini mendapat perhatian serius daripada Kerajaan Pusat untuk membantu mengatasinya. Seperkara lagi yang ingin saya kemukakan di sini adalah berkenaan dengan kekurangan mesin hemodialisis untuk pusat pesakit-pesakit buah pinggang, yang semakin bertambah di Sandakan. Kerosakan mesin-mesin ini juga sering berlaku, dan mengakibatkan bertambahnya perbelanjaan pesakit-pesakit untuk mendapatkan rawatan di klinik-klinik swasta. Oleh yang demikian, saya berharap pihak kementerian akan menambah sejumlah peruntukan yang besar untuk pusat berkenaan. Tuan Yang di-Pertua, kini sistem perkhidmatan bekalan elektrik di Sandakan juga turut dipertingkatkan. Sandakan kini mempunyai dua buah loji jana kuasa IPP, yang telah dipertingkatkan dengan kuasa kapasiti 93 kilowatt di Seguntor dan Batu Sapi, Sandakan. Dengan bertambahnya kuasa kapasiti bekalan elektrik di Sandakan, masalah kekurangan bekalan elektrik tidak lagi dihadapi. Namun masalah masih wujud terhadap gangguan bekalan elektrik yang sering terputus-putus sehingga sejam-dua. Baru-baru ini, saya telah difahamkan oleh pihak kementerian bahawa masalah yang wujud ini adalah disebabkan oleh kehilangan elektrik yang dijana oleh jana kuasa apabila berlakunya tripping ke atas set-set jana kuasa, gangguan pada talian 11 kv. dan gangguan elektrik secara terancang apabila talian dan pencawang elektrik perlu dipindahkan. Walau bagaimanapun, saya mengucapkan terima kasih kepada pihak SESB kerana memandang serius terhadap

DR.2.10.2002 23

masalah ini, dan sentiasa mengambil tindakan-tindakan untuk mengurangkan gangguan bekalan elektrik, serta memastikan pemulihan bekalan akan dibuat dalam masa yang sesingkat mungkin. Satu lagi berita baik kepada seluruh penduduk di Sandakan, ialah di bawah Rancangan Malaysia Kelapan, SESB akan membelanjakan sejumlah RM29 juta untuk memperkukuhkan lagi sistem penghantaran, dan pembahagian di kawasan Sandakan. Ini adalah berita yang amat dialu-alukan oleh seluruh penduduk di Sandakan, dan saya berharap pihak SESB akan dapat mengagihkan peruntukan tersebut kepada Sandakan secepat yang mungkin, bagi mengatasi masalah berkenaan. Tuan Yang di-Pertua, mengenai isu pendatang tanpa izin atau PTI di Sabah, saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri, juga kepada pihak polis, PGA dan anggota pasukan keselamatan yang lain, di atas kejayaan mereka melaksanakan misi Ops Nyah II Bersepadu, yang diadakan secara serentak baru-baru ini di Sabah. Terdapat sejumlah bilangan yang ramai PTI yang telah dihantar pulang, dan rumah-rumah setinggan yang telah dirobohkan dalam operasi berkenaan. Walau bagaimanapun, saya difahamkan masih terdapat anggaran seramai 60,000 orang PTI yang masih lagi berada dan bersembunyi di sekitar daerah seluruh Sabah. Oleh yang demikian, saya berharap masalah ini mendapat perhatian serius daripada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri untuk menyelesaikannya, sekali gus untuk mencapai matlamat zero PTI di Negeri Sabah. Saya juga berharap agar peruntukan yang besar dapat diberikan kepada pihak polis secepat yang mungkin, supaya operasi berkenaan boleh dijalankan secara terperinci. Tuan Yang di-Pertua, pelancongan di Negeri Sabah adalah mempunyai potensi yang amat menggalakkan. Kini, perkhidmatan penerbangan secara charter flight ada disediakan. Namun ianya masih tidak dapat memenuhi permintaan- permintaan para pelancong dari luar negara, kerana para pelancong dari luar negara seperti negara China, Jepun, Australia, Eropah dan negara-negara lain, lebih memerlukan penerbangan secara direct flight, untuk sampai ke destinasi pelancongan Sabah. Saya percaya, dengan adanya penerbangan berjadual secara direct flight ke Sabah, sudah pasti akan lebih ramai pelancong luar negara yang berminat datang singgah, berkunjung ke destinasi pelancongan Sabah. Di samping itu, perkhidmatan ini akan dapat menjimatkan masa penerbangan para pelancong. [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Lim Si Cheng) mempengerusikan Mesyuarat] Seperkara lagi, saya mencadangkan bahawa sebuah regional hub, yang kedua, di Malaysia akan dibina di Lapangan Terbang Antarabangsa, Kota Kinabalu. Tujuan pembinaan ini adalah untuk menarik minat pengangkutan-pengangkutan udara dari negara luar untuk datang ke Malaysia dan Sabah khususnya. Saya percaya, sekiranya kerajaan Malaysia mengamalkan dasar Open Sky, ini akan membantu kepada pembangunan industri pelancongan dan juga sumber pendapatan negara. Ingin saya mengambil kesempatan di sini, untuk menyatakan sekiranya regional hub ini ditubuhkan di Kota Kinabalu… Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat masa sudah cukup. Datuk Lau Ngan Siew: Ya, saya gulung di sini. Kerana saya telah difahamkan bahawa bayaran cukai untuk meletak pengangkutan kapal terbang di KLIA telah dikurangkan. Saya percaya, jika Kerajaan Malaysia mengadakan satu dasar Open Sky sudah pasti industri pelancongan dan sumber pendapatan negara akan bertambah. Oleh yang demikian, saya berharap agar kementerian akan mengambil perhatian serius terhadap pembangunan industri pelancongan di Sabah. Akhirnya saya menyokong penuh Belanjawan 2003. Sekian, terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat bagi Kuala Terengganu.

24 DR.2.10.2002

12.02 tgh. Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawi [Kuala Terengganu]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, kerana memberi peluang kepada saya untuk membahaskan sedikit tentang belanjawan yang telah dibentangkan tempoh hari. Cuma dalam suasana kita membincangkan belanjawan ini kita sedang menghadapi satu gerhana politik dan penyempitan ruang demokrasi dan kebebasan yang semakin terhakis untuk berbahas secara dengan izin, knowledgeable dan inform di mana kita dapat melihat akhir-akhir ini terlalu banyak ugutan-ugutan sama ada dalam bentuk ISA dan OSA terus digunakan bagi menyekat dan menakutkan segala suara bangkangan dan kritikan yang telah diberikan oleh parti-parti pembangkang dan juga pemimpin parti pembangkang. Apa yang menyedihkan laporan-laporan polis yang terus menerus dibuat terhadap pemimpin parti pembangkang. Terus pihak polis menyiasat dan membuat soal siasat kepada pemimpin-pemimpin terutamanya terhadap Yang Amat Berhormat Tuan Guru Menteri Besar Negeri Kelantan dan juga Yang Amat Berhormat Tuan Guru Menteri Besar Negeri Terengganu. Tidak sampai sebulan ataupun dua minggu sahaja laporan polis dibuat, terus diadakan siasatan. Ini adalah suatu yang amat menyedihkan kerana laporan-laporan polis mungkin beratus-ratus laporan polis yang telah kami daripada parti Barisan Alternatif membuat sama ada daripada sudut isu rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa yang dilakukan oleh pemimpin UMNO dan Barisan Nasional sehingga kini tidak ada satu pun yang telah dibawa ke atas untuk dibuat siasatan yang lebih rapi. Yang lebih malang sebagaimana yang telah kita sebut di Dewan yang mulia ini adalah apa yang berlaku kepada saudara Ezam Mohamad Noor yang telah membuat laporan polis, mungkin lebih daripada 30 laporan polis terhadap salah laku, penyelewengan dan rasuah yang dilakukan oleh seorang Menteri dan juga seorang bekas Ketua Menteri, di mana apa yang berlaku orang yang membuat laporan polis iaitu saudara Ezam Mohamad Noor dikenakan hukuman penjara tetapi Menteri dan juga bekas Ketua Menteri bebas sehingga sekarang walaupun dokumen-dokumen yang dikemukakan adalah cukup dan lengkap tetapi dia menjadi mangsa kepada kekejaman dan kezaliman UMNO dan Barisan Nasional. Tuan Yang di-Pertua, belanjawan yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan, kita dapat melihat disambut muram oleh pasaran saham di negara kita yang selama ini dianggap sebagai indicator kepada keutuhan dan kejayaan ekonomi negara. Kita dapat melihat bagaimana kini hutang luar negara berjumlah lebih daripada RM170 bilion. Hutang luar negara Kerajaan Persekutuan berjumlah RM24 bilion dan hutang- hutang perbadanan awam bukan bank, milik kerajaan berjumlah RM67 bilion. Kita dapat melihat kilang-kilang yang ada kebanyakannya milik orang asing. Hartanah dijual kepada orang asing. Pemilikan asing dalam sektor korporat Malaysia melebihi 30%. Pelabur-pelabur asing datang membina kilang, melabur dalam industri dan memperkenalkan pelbagai produk tetapi wang yang ada dibuat projek-projek yang dianggap sebagai mega dan serba kemewahan. Rakyat yang miskin begitu ramai ataupun masih ramai dalam negara kita, yang hidup di bawah garis kemiskinan. Bilangan isi rumah yang miskin dalam negara kita berjumlah 71,100 orang pada tahun 1999 dan kalau purata isi rumah berjumlah tujuh ahli keluarga bermakna ada lebih daripada setengah juta orang rakyat kita yang masih miskin. Begitu juga kemiskinan di luar bandar, jauh masih tinggi, lebih daripada 55,000 kemiskinan bandar iaitu 15,000. Di sektor awam juga kita dapat melihat walaupun setiap anggota kerajaan disajikan dengan sebulan bonus dan kadar minimum RM1,200.00, namun apa ertinya bonus sebulan kalau pegawai-pegawai dan anggota kerajaan terus diugut dengan Aku Janji merupakan satu bentuk peras ugut bagi memaksa rakyat tunduk dan patuh kepada apa yang selalu diwarwarkan sebagai government of the day walaupun ianya penuh dengan kerakusan, penyelewengan dan salah guna kuasa. Dalam hal ini Tuan Yang di- Pertua, apa bezanya kita dengan diktator Hitler yang pernah memaksa seluruh pegawai-pegawai dan anggota kerajaan untuk tunduk kepada Hitler dengan paksaan tanda tangan taat setia kepadanya bagi meluaskan kuasa serta faham Nazinya.

Tuan Yang di-Pertua, negara kita amat terhutang budi kepada Almarhum Tunku Abdul Rahman yang telah berjaya membina landasan kemakmuran dan mencipta kerjasama istimewa antara kaum di negara kita sehingga membawa kepada

DR.2.10.2002 25

keamanan yang berkekalan. Namun apa yang menyedihkan, Almarhum kembali dalam keadaan di mana beliau menyaksikan bagaimana kerakusan, kebiadaban pemimpin untuk berkuasa dan terus berkuasa yang menyebabkan negara dan orang- orang Melayu khususnya akan dengan izin, apa yang disebut oleh Almarhum sebagai ”mampuih”. “Mampus” dalam erti kata Almarhum apabila pemimpin sudah tidak lagi menghormati keluhuran perlembagaan dan demokrasi dan tidak langsung menghiraukan suara-suara rakyat terbanyak yang mahu perubahan ke arah keadilan dan kesaksamaan. Ini ditambah dengan mereka yang di sekeliling pemimpin-pemimpin ini yang tunduk kepada kezaliman dan juga segala penyelewengan dan sanggup menjadi kembiri politik tanpa mengira harga sebuah maruah yang disanjung selama ini. Tuan Yang di-Pertua, walaupun kita telah melangkah dalam pembentangan ini, dalam Belanjawan 2003 namun terlalu banyak pengajaran yang perlu kita ambil setelah kita melihat serta menilai keberkesanan belanjawan yang lepas. Kita mengambil contoh Dasar Ekonomi Baru sebagai contohnya yang diimpikan akan menjadi pemangkin kepada ketuanan Melayu, kini hanya menjadi impian dan tinggal impian. Kedudukan ketuanan Melayu yang berpaksikan bukan sahaja kepada kekuatan politik dan ekonomi tetapi juga kepada budaya dan tatasusila kini semakin tergugat akibat daripada kerakusan segelintir pemimpin-pemimpin yang mahu berdiri di atas takhta kekuasaan tanpa mengira pandangan orang lain. Saya ingin merakamkan pada hari ini pandangan dan juga sikap yang diberikan oleh rakan-rakan saya di kalangan academia yang telah menghubungi saya tentang keputusan yang dibuat oleh kerajaan mengenai penggunaan bahasa Inggeris di dalam mata pelajaran Matematik dan Sains. Mereka mengatakan hari ini merupakan titik hitam kepada kedaulatan bahasa Melayu dan juga budaya dan juga masa depan orang Melayu. Mereka menganggap ini merupakan satu pengkhianatan yang besar yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin UMNO dan Barisan Nasional [Tepuk] Ini khususnya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengambil kata-kata pemimpin-pemimpin dan juga golongan academia Melayu yang berpengaruh seperti kata Sasterawan Negara Profesor Mohamad Haji Salleh dengan izin, dia berkata, “Saya tidak nampak kenapa bahasa Melayu tidak boleh dikaitkan dengan kemajuan ataupun ilmu kerana ia mempunyai istilah-istilah yang merangkumi semua bidang termasuk sains dan teknologi” Beliau menambah lagi, “Bagi saya perubahan ini merupakan satu pukulan teruk kepada bahasa Melayu yang sepatutnya terus diperkembangkan selari dengan kemajuan dunia” Beliau menambah lagi, ”Sekiranya Sains dan Matematik diajar dalam bahasa Inggeris, saya percaya…”, Saya ulang, “…saya percaya pelajar- pelajar di luar bandarlah yang akan menjadi mangsa kepada dasar tersebut”. Apakah kerajaan mahu mendengar bantahan daripada kelompok intelek Melayu ini, yang digambarkan di media saban hari adalah penentangan daripada kelompok yang dilabelkan sebagai ekstremis Cina seolah-olah semua orang Melayu menyokong tindakan kerajaan memperkenalkan Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris. Sedangkan lebih daripada 20 badan NGO Melayu seperti GAPENA, Persatuan Penulis Nasional Malaysia atau PENA, Persatuan Suluh Budiman, Persatuan Penterjemah Malaysia, Persatuan Pekerja Dewan Bahasa dan Pustaka, kesemuanya menentang dengan keras langkah terburu-buru yang diambil oleh pemimpin-pemimpin UMNO. Tuan Yang di-Pertua, mungkin benar seperti yang dikatakan oleh Ketua Jabatan Bahasa Melayu UKM, Datuk Dr. Nik Safiah Karim dengan izin, ”Pemuda UMNO macam ayam yang hanya tahu mengangguk tanda setuju.. [Tepuk] Orang UMNO harus tahu seandainya cadangan ini tetap dijalankan bermakna impian melihat perpaduan orang Melayu akan lenyap sekali gus menghapuskan identiti bangsa Melayu” Tuan Yang di-Pertua, pemimpin UMNO lah yang sepatutnya digelar sebagai pelampau kerana cuba meminggirkan identiti dan kebolehan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu [Tepuk] Namun selagi kita tidak dapat membebaskan diri kita daripada cengkaman politik ala kuku besi ditambah dengan penerusan amalan korupsi, kronism dan nepotisme, pencapaian apa yang ingin kita laksanakan ini akan tinggal impian semata-mata.

26 DR.2.10.2002

Tuan Yang di-Pertua, rakyat sebenarnya amat dahagakan maklumat dan terus menerus menilai tingkah laku pemimpin negara. Seiring dengan setiap belanjawan yang dibentangkan di Dewan yang mulia ini. Lebih parah lagi setiap ruang maklumat dan berita terus dikongkong dan disekat tanpa mengira implikasi buruk yang berlaku kepada negara. Namun apakan daya apabila kita melihat kembiri-kembiri politik terus mengangguk kepada pemimpin politik yang melakukan penyelewengan, salah guna kuasa dan menggunakan kuasa yang ada pada beliau untuk terus melaksanakan program-program yang bertentangan daripada sudut masa depan rakyat dan orang Melayu khususnya di negara kita. Tuan Yang di-Pertua, realitinya kepimpinan negara sedang menghadapi krisis keyakinan yang mereka tidak mahu menerima hakikat. Apa yang diungkap oleh pemimpin negara adalah merupakan suatu sifat yang hipokrit, omongan kosong dan sebilangan rakyat melihat bahawa sesungguhnya keyakinan yang ada di kalangan rakyat terhadap pemimpin-pemimpin UMNO khususnya telah hilang. The level of trust and confidence di kalangan rakyat terhadap pemimpin negara kini adalah dengan izin, at the lowest act. Kajian survey of confidence yang disiapkan mendapati bahawa the level confidence terhadap kerajaan dan institusi seperti kehakiman, media dan Parlimen sendiri adalah amat rendah, hanya dengan izin, two out of ten. Bayangkanlah, Tuan Yang di-Pertua, kita rakyat lebih percaya kepada berita- berita antarabangsa dan daripada internet dari kebanyakan akhbar-akhbar perdana sama ada RTM ataupun TV3, kerana mereka cuba disogokkan dengan berita-berita dan propaganda-propaganda yang buruk. Lebih parah lagi apabila terlantiknya seorang dengan izin, gobel Malaysia yang berperanan di RTM untuk menjalankan konspirasi jahatnya. [Tepuk] Menyebut ‘barua’ dianggap macam suatu kesalahan yang besar tetapi beramal dengan amalan barua tidak disalahkan [Tepuk] Mengerjakan pekerjaan barua, menjadi barua kepada musuh-musuh Islam, musuh kepada rakyat, ini semua tidak disalahkan tetapi menyebut perkataan ‘barua’ dianggap sebagai salah. Gambaran gerhana di Kelantan disiarkan saban hari, mengapa tidak siarkan juga gerhana di Pulau Pinang, tempat Timbalan Perdana Menteri, di mana orang-orang Melayu terpaksa merempat menjadi warga kelas kedua, hidup merempat sehingga ada usaha untuk menghalang azan dikumandangkan di surau-surau dan di masjid-masjid di Pulau Pinang. Di kalangan EXCO Barisan Nasional sendiri, mengapakah ‘gobel’ Malaysia tidak menyiarkan berita ini, mengapa juga tidak disiarkan juga penderitaan orang-orang Melayu di negeri Perdana Menteri sendiri, penoreh getah di Sik, di Baling, petani di Pendang dan Padang Terap yang merempat di negeri Perdana Menteri sendiri. Pemimpin tinggal di mahligai lebih daripada RM200 juta, rakyat dibiarkan merempat, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang [Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, inilah realiti yang ada di negara kita sekarang ini. Kita dapat lihat apa yang ada ini merupakan sebahagian daripada gerhana yang wujud dalam negara kita. Begitulah juga gerhana yang wujud di mana hampir 40 tahun UMNO memerintah negeri Terengganu. Walaupun negeri kaya tetapi rakyatnya miskin, papa kedana dek angkara pemimpin-pemimpin UMNO dan Barisan Nasional. Di manakah kamu ‘gobel’? Butakah kamu tidak dapat melihat penderitaan rakyat Terengganu berpuluh-puluh tahun di bawah UMNO dan Barisan Nasional? Begitulah juga, Tuan Yang di-Pertua, dengan isu londeh-melondeh. Bermula dari londeh-melondeh di Pendang dan Anak Bukit, membawa kepada londeh-melondeh dalam pembikinan filem Embun yang ditaja oleh FINAS dan kini kita disajikan pula persoalan londeh-melondeh di dalam Puteri UMNO di antara kumpulan yang dikatakan kumpulan lesbian dengan kumpulan 6 Jahanam di dalam Puteri UMNO. [Tepuk] Di manakah kamu ‘gobel-gobel’ Malaysia dalam persoalan yang sedang wujud di dalam Puteri UMNO sendiri. Apa yang nyata, Tuan Yang di-Pertua, di kalangan penulis-penulis ataupun ‘gobel-gobel’ ini, mereka telah diberikan habuan yang lumayan sehingga ada yang menjadi senator, ada yang menjadi Setiausaha Parlimen dan mungkin menjadi Timbalan Menteri. Sedangkan akhbar dan penerbitan pembangkang terus dikekang dengan berselindung di sebalik Akta Penerbitan dan Mesin Cetak. Pokoknya, rakyat sudah tidak boleh diperbodoh lagi dengan propaganda murahan yang dilakukan oleh UMNO dan Barisan Nasional.

DR.2.10.2002 27

Tuan Yang di-Pertua, dalam suasana denial yang dilakukan oleh UMNO dan Barisan Nasional ini, kita dapat melihat satu kajian yang dibuat mengenai FDI Confidence Index yang telah dilakukan oleh A.T. Curney, sebuah syarikat Global Information Technology, mereka mengkaji impak politik, ekonomi dan juga regulatory changers dalam FDI dari sudut intention dan preferences of the leaders of the world largest cooperation. Mereka mendapati bahawa Malaysia telah terkeluar daripada senarai top 25 destination dari segi country ranking bagi FDI daripada kedudukan yang sebelum ini merupakan kedudukan yang ke 22. Tiga sebab utama yang diberikan dalam kajian ini kenapa pelabur-pelabur asing tidak lagi melabur di Malaysia: (i) uncertainty, dari sudut transisi kepimpinan negara; (ii) Kebimbangan apa yang disebut terhadap terrorism; dan (iii) complex relationship between politics and business yang ada di negara kita. Inilah, Tuan Yang di-Pertua, kalau kita dapat melihat apa yang berlaku, yang nyata polisi yang dilakukan oleh UMNO dan Barisan Nasional yang dikatakan untuk membela rakyat, untuk membela bumiputera telah bertukar kepada membela ‘UMNO Putera’, penguasaan ataupun polisi 3 parti terbesar Barisan Nasional iaitu UMNO, MCA dan MIC. Bukan hanya setakat power sharing tetapi sharing of the countries wells. Yang mendapat keuntungan besar dan kaya raya hanyalah mereka yang rapat dengan pemimpin ketiga-tiga parti ini. Inilah yang membuahkan istilah seperti ekonomi untuk kroni dan lahirnya manusia-manusia yang dilindungi sehingga sekarang seperti Tajuddin Ramli, Halim Saad, Ananda Krishna, Arumugam, Vincent Tan, T.K. Lim, William Cheng dan Ting Ket Ping. Tuan Yang di-Pertua, apakah benar dalam suasana yang ada ini kita dapat melihat bagaimana penstrukturan yang dilakukan oleh kerajaan. Program penstrukturan yang dilakukan oleh kerajaan ….. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, sila gulung. Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawi: Dan, kalau kita melihat kepada apa yang dilakukan ini dari segi belanjawan tahunan ini telah menjadi less significance sejak akhir-akhir ini kerana dengan izin, major physical commitment had been made between budget, huge increase dalam off budget activities dari segi finance dark buy Petronas, EPF dan juga Khazanah Nasional telah dilakukan oleh pemimpin-pemimpin UMNO dan Barisan Nasional. Tuan Yang di-Pertua, terlalu banyak persoalan-persoalan yang ada dalam masa depan negara dan persoalan bajet di negara kita tetapi tumpuan yang insya-Allah akan saya berikan di peringkat jawatankuasa adalah yang pertamanya dari sudut penyelewengan yang berlaku dalam projek MSC, kerugian yang dialami oleh MDC lebih daripada RM100 juta. Kerugian yang dilaksanakan dalam projek-projek MSC ini telah dikaburkan … Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, masa telah cukup. Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawi: …Oleh pemimpin-pemimpin UMNO dan Barisan Nasional. Dan, akhirnya Tuan Yang di-Pertua, kita juga dalam suasana pembentangan bajet ini, kita mengharapkan supaya kerajaan lebih telus dalam melaksanakan program-program pembangunan khususnya dalam program pembelian senjata yang ada di negara kita kerana telah terkeluar berita-berita dan maklumat- maklumat bahawa sesungguhnya berlaku penyelewengan dalam pembelian senjata yang ada di negara kita yang pada tahun ini sahaja kerajaan membelanjakan lebih daripada RM7.8 bilion. Sekian, terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat bagi Lumut.

28 DR.2.10.2002

12.22 tgh. Tuan Kong Cho Ha [Lumut]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, kerana memberi peluang kepada saya untuk membahaskan Bajet 2003. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan kerana membentangkan suatu bajet yang mesra rakyat, yang prihatin kepada penduduk kawasan luar bandar dan golongan pendapatan rendah di negara kita. Satu bajet yang menggalakkan pelaburan di dalam negara dan insentif untuk melabur semula dalam negara. Tuan Yang di-Pertua, negara kita telah menikmati keamanan, keharmonian dan pembangunan sejak kemerdekaan selama 45 tahun. Untuk mencapai taraf dan tahap pembangunan dan kemewahan negara kita selama ini dan menjamin bahawa negara kita terus mengekalkan demokrasi berparlimen, kemerdekaan dan kedaulatan. Jasa dan sumbangan anggota tentera Malaysia perlu dihargai dan tidak boleh dipertikaikan. Rakyat dan kerajaan perlu menghormati usaha dan pengorbanan ATM dalam perjuangan dan mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan tanah air kita dari mula hingga sekarang. Tanpa kesetiaan ATM senario sosial politik negara kita mungkin tidak serupa yang ada sekarang. Oleh itu, saya bercadang kerajaan mewujudkan satu tabung, matching grant, dollar for dollar, dengan izin, untuk anggota bekas tentera untuk membantu mereka dan pada masa yang sama sebagai satu tanda penghargaan atas kesetiaan mereka selama ini. Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya kebanyakan anggota ATM pencen pada umur 40 tahun hingga 45 tahun. Pada umur itu mereka menghadapi tanggungan berat untuk menampung perbelanjaan keluarga seperti pendidikan anak-anak mereka yang masih bersekolah atau sedang mengikuti pengajian tinggi, membayar installment untuk pinjaman rumah dan kereta dan untuk mereka memulakan kerjaya baru amat tidak menentu sekali khasnya pada keadaan ekonomi yang tidak ceria sekarang. Oleh itu saya juga mencadangkan bahawa untuk ATM yang pencen sebelum umur 56 tahun elaun perumahan mereka diteruskan hingga ke umur 56 tahun. Ini akan meringankan bebanan mereka semasa mereka menyesuaikan diri dalam masyarakat umum. Tuan Yang di-Pertua, untuk mewujudkan gaya hidup sihat untuk semua seperti yang dikatakan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan dalam pembentangan Bajet 2003, kita perlu ada kemudahan sukan yang mencukupi untuk rakyat. Saya percaya bahawa badan yang sihat juga akan mengurangkan perbelanjaan perubatan oleh rakyat dan kerajaan, ia juga akan menambahkan produktiviti pekerja dengan mengurangkan cuti sakit dan sebagainya. Kos bersukan amat tinggi sekali khasnya di bandar-bandar besar seperti di Kuala Lumpur, di Petaling Jaya dan di Pulau Pinang. Di Kuala Lumpur dan di Petaling Jaya warga muda tidak mampu bersenam dan bermain permainan bola kerana tidak ada padang dan gelanggang yang percuma disediakan [Disampuk] Untuk menyertai gimnasium swasta memerlukan yuran masuk sebanyak RM1,000 dan bayaran bulanan RM50. Sebagai contoh di Petaling Jaya, street football atas gelanggang simen berukuran saiz gelanggang itu seperti saiz gelanggang bola keranjang ….. Raja Dato’ Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar: [Bangun] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang Berhormat bagi Larut bangun. [Disampuk] [Ketawa] Raja Dato’ Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar: Terima kasih Yang Berhormat bagi Lumut, cuma Yang Berhormat bagi Lumut tadi kata tidak ada stadium bola? Stadium Lumut itu bukan stadium bola? Tuan Kong Cho Ha: Bukan Lumut, Petaling Jaya. Raja Dato’ Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar: Petaling Jaya [Disampuk] MPPJ itu stadium bola, Kelana Jaya stadium bola, Subang K3 stadium bola.

DR.2.10.2002 29

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, ada soalan kah? Raja Dato’ Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar: Saya tanya itulah, yang kata tidak ada itu. Terima kasih. Tuan Kong Cho Ha: Padang bola ada tetapi tidak cukup. [Ketawa] Tetapi di kawasan luar bandar seperti di kawasan saya. Saya baru-baru ini merasmikan satu pertandingan liga …. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, itu minta Persatuan Bola Sepak tolong jugalah. [Disampuk] Tuan Kong Cho Ha: Liga Bola Sepak Daerah Manjong yang disertai oleh 36 pasukan iaitu satu prestasi yang begitu bagus sekali tetapi di kawasan luar bandar memang kemudahan yang percuma ada tetapi di bandar-bandar besar mungkin tidak cukup. Puan Chew Mei Fun: [Bangun] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang Berhormat bagi Petaling Jaya Utara hendak tanya. Tuan Kong Cho Ha: Yang Berhormat bagi Petaling Jaya Utara boleh tanya tetapi Tuan Yang di-Pertua sanggup bagi masa tambahan untuk saya? Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Ini terpulang kepada Yang Berhormat. Masa 20 sudah tentu, ditetapkan. [Disampuk] Tuan Kong Cho Ha: Okay, saya sebut tadi berkenaan dengan street football, dan saiz gelanggang street football itu ukurannya seperti gelanggang bola keranjang sahaja dan itu pun mengenakan bayaran RM50 sejam kadar sewanya. [Disampuk] Apa lagi kalau hendak bermain badminton, tenis dan permainan yang lain, bagaimana hendak meningkatkan standard bola sepak kalau padang bola sepak untuk rakyat jelata pun tidak mencukupi. Selain daripada menggalakkan rakyat bersukan, ia juga akan mengurangkan aktiviti-aktiviti yang tidak sihat khasnya di kalangan warga muda. Aktiviti seperti melepak, bohsia, melayari Internet di cyber cafe dan menonton bahan- bahan yang tidak membina. Pada masa sekarang, terdapat beberapa tempat di mana tanah lapang dan taman rekreasi di bangunkan dan ditukar kepada tapak komersial dan kediaman… Puan Fong Po Kuan: Ya laa!! Tuan Kong Cho Ha: Terdapat juga pokok-pokok besar di taman rekreasi ditebang dan dibina hards ‘cape’ konkrit. Apakah dasar kita menghijaukan negara wujud lagi? [Dewan gamat seketika] Projek-projek landscaping di mana tanaman bunga dan hards ‘cape’ begitu padat sekali sampai tidak ada ruang untuk budak-budak bermain lagi… Beberapa Ahli Pembangkang: Ya! [Tepuk] Puan Fong Po Kuan: [Menyampuk] Tuan Kong Cho Ha: Tuan Yang di-Pertua, kerajaan telah banyak belanja untuk pendidikan. Tiap-tiap tahun sebahagian yang paling besar diperuntukkan untuk pendidikan. Hasrat kerajaan untuk mewujudkan negara kita sebagai pusat pendidikan cemerlang di rantau ini adalah bernas dan tulen dan usaha itu juga penting daripada segi komersial dan menguntungkan daripada segi tukaran wang asing. Tetapi, satu masalah besar yang saya nampak dalam sistem pendidikan kita ialah di peringkat prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah iaitu kekurangan guru-guru lelaki… [Dewan gamat seketika] Boleh dikatakan pada masa sekarang 80% guru-guru adalah wanita dan hanya 20% adalah lelaki. Di negeri Perak terdapat 132 buah tadika di bawah Jabatan Perpaduan dan semua guru-guru itu adalah wanita. Saya percaya keadaan itu juga sama...... Tuan Saupi bin Daud: [Bangun] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang Berhormat......

30 DR.2.10.2002

Tuan Kong Cho Ha: .....Untuk semua. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Tanah Merah bangun. Tuan Kong Cho Ha: Sila. Tuan Saupi bin Daud: Terima kasih Yang Berhormat. Saya cukup tertariklah dengan ucapan Yang Berhormat bagi Lumut. Mungkinlah kerana terlalu jarang diberi peluang untuk bercakap kerana itu dia boleh hentam. Jadi, saya hendak bertanya sikit, Yang Berhormat tidak takutkah Yang Berhormat hentam kerajaan dalam Parlimen ini? Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Tidak ada. Tidak takut. Puan Fong Po Kuan: Tentang apa? Tuan Saupi bin Daud: Nanti, keluar tahun depan, Yang Berhormat tidak payah bertanding lagi. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Tidak ada hal. Tuan Kong Cho Ha: Itu terpulang kepada Barisan Nasional [Ketawa] [Tepuk] Ini kerana saya ingat cadangan saya itu adalah cadangan membina. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Ya! [Tepuk] [Dewan gamat seketika] Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan: Yah!! Tuan Kong Cho Ha: Saya percaya bahawa keadaan itu juga sama untuk semua tadika yang lain dan di semua tempat. Di kawasan saya, terdapat sebuah sekolah rendah, jumlah guru adalah 19 orang dan hanya seorang sahaja guru lelaki. Beberapa Ahli: [Mengeluh] Tuan Kong Cho Ha: Ketidakseimbangan ini juga berlaku di semua tempat dan di semua sekolah. Guru wanita bagus. Saya tidak mempertikaikan kebolehan guru wanita untuk menyampaikan pendidikan yang sempurna tetapi ketidakseimbangan bilangan guru lelaki akan mengakibatkan masalah yang lain. Pada masa ini, terdapat ketidakseimbangan bilangan pelajar wanita dan lelaki di peringkat IPT. Banyak pelajar lelaki berhenti sekolah dan kurang berjaya di peringkat sekolah menengah dan seterusnya bilangan pelajar lelaki di IPT itu turun. Apa yang saya mempersoalkan ialah, adakah ketidakseimbangan bilangan guru lelaki dan guru wanita itu menyebabkan pelajar lelaki kurang minat belajar dan seterusnya kurang maju dan kurang berjaya. Di sekolah, pelajar lelaki segan memberitahu masalah mereka kepada guru kaunselor wanita. Bagaimana guru wanita akan menjalankan latihan seperti bola sepak, ragbi dan aktiviti lain untuk pelajar lelaki? Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, padang bola sepak pun tidak ada, jadi macam mana ada sukan itu. [Ketawa] Tuan Kong Cho Ha: Padang sekolah adalah… [Ketawa] Kementerian Pendidikan perlu mengambil langkah-langkah untuk menangani masalah ini sebelum ia menjadi satu masalah yang lebih besar dan tidak terkawal. Ini akan mengakibatkan pertukaran sistem masyarakat pada jangka masa panjang. Mengikut kata bahasa Inggeris, the weaker sexs dan pada masa sekarang, di sistem pendidikan kita, siapa adalah the weaker sexs, wanita atau lelaki? Saya harap Kementerian Pendidikan...... Tuan Jimmy Lim Donald: [Bangun] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang Berhormat, Sri Aman bangun. Tuan Kong Cho Ha: Sila. [Ketawa] Tuan Jimmy Lim Donald: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya selalu dijemput ke majlis penyampaian hadiah di banyak sekolah dan saya nampak kedudukan nombor 1 hingga 20 selalunya perempuan dan juga, kalau di Tingkatan 1A hingga 1M misalnya pun, nombor 1 hingga 40 selalunya perempuan. Kalau macam ini, bagaimana cadangan Yang Berhormat, bolehkah kita mencadangkan kementerian khas untuk menjaga masa depan lelaki kerana nampaknya perempuan akan menjadi gender yang lebih kuat dan kontrol negara kita ini. Apa pendapat Yang Berhormat?

DR.2.10.2002 31

Tuan Kong Cho Ha: Terima kasih Yang Berhormat bagi Sri Aman. Timbalan Menteri Pendidikan ada dalam Dewan pada masa ini. Saya harap ini adalah satu-satu masalah yang kita perlu menangani bersama. Semua rakyat dan kerajaan perlu bersama-sama menangani masalah ini dan kemungkinan ucapan saya selepas ini ada sedikit menyentuh tentang masalah ini… Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew: [Bangun] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat...... Tuan Kong Cho Ha: Ya. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Klang bangun. Tuan Kong Cho Ha: [Ketawa] Ya, sila. Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew: Terima kasih. Saya ingin tahu, pada suatu masa ketika hampir semua pelajar di universiti-universiti adalah daripada kaum lelaki. Pada suatu masa juga, hampir semua guru adalah daripada kaum lelaki. Pada masa itu, memang tidak ada orang yang kata ada masalah tetapi bila bilangan pelajar wanita di universiti ini bertambah dan juga bilangan guru-guru wanita bertambah, ramai orang kata ada masalah... Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Memang problem. Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew: Ya [Ketawa]. Jadi, saya ingin tahu, bolehkah Yang Berhormat menjelaskan, apakah dia masalah itu? Ya, ini sahaja. Terima kasih. Tuan Kong Cho Ha: Terima kasih Yang Berhormat bagi Klang. Sebenarnya, saya hendak mencadangkan bahawa Kementerian Pendidikan buat satu kajian berkenaan dengan masalah ini dan shift daripada kebanyakan pelajar lelaki kepada pelajar wanita itu memang ketara sekali. Oleh kerana itu, semua orang nampak ada macam satu keadaan yang mungkin tidak seimbang yang berlaku. Jadi, kita harap macam mana kita boleh menangani dan mengatasi masalah ini… Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan: [Bangun] Puan Fong Po Kuan: [Bangun] Datuk Seri Amar Dr. Haji Sulaiman bin Haji Daud: [Bangun] Dato' Hon Choon Kim: [Bangun] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, ada tiga Ahli Yang Berhormat bangun. Tuan Kong Cho Ha: Saya rasa, baik saya fikir lagi. [Dewan gamat seketika] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Empat. Seorang Ahli: Boleh saya...... Tuan Kong Cho Ha: Saya bagi Batu Gajah sebab dia selalu kalau tidak diberi peluang pun, dia menjerit sahaja [Tepuk] [Dewan gamat seketika] Puan Fong Po Kuan: Terima kasih Yang Berhormat bagi Lumut. Saya ingin tahu, apakah Yang Berhormat bagi Lumut akan cadangkan atau suarakan masalah yang dihadapi oleh wanita di dalam bidang-bidang yang lain seperti pangkat-pangkat yang tinggi tidak dipegang oleh wanita. Tetapi oleh kerana bidang pendidikan, wanita lebih banyak jadi guru, Yang Berhormat bangkitkan ini. Minta seimbangkan. Bagaimana pula dengan cadangan lantikan lebih wanita bagi pangkat tinggi, sebab saya percaya ramai wanita juga undi Yang Berhormat bagi Lumutlah. Tuan Kong Cho Ha: Perbahasan saya ini adalah satu perbahasan membina. [Dewan gamat seketika] Apa yang saya katakan tadi, saya tidak mempertikaikan bahawa guru wanita adalah yang lebih baik. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang Berhormat, adakah Yang Berhormat sayang sama wanita [Dewan gamat seketika] Tuan Kong Cho Ha: Memang kita semua lelaki sayangkan wanita [Tepuk] [Dewan gamat seketika] Tetapi, kita kata bahawa......

32 DR.2.10.2002

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang Berhormat, saya kata saya sayang. Tuan Kong Cho Ha: .....Wanita tidak boleh maju. Jadi, jangan salah faham saya. Dato' Hon Choon Kim: [Bangun] Datuk Seri Amar Dr. Haji Sulaiman bin Haji Daud: [Bangun] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Haa, Timbalan Menteri. Tuan Kong Cho Ha: Timbalan Menteri hendak jawab. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Juga bekas Menteri Pendidikan. Mana satu? [Ketawa] Tuan Kong Cho Ha: Timbalan Menteri Pendidikan. Datuk Seri Amar Dr. Haji Sulaiman bin Haji Daud: Tanya dulu, Timbalan Menterikah, bekas menteri? [Ketawa] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Dia kata Timbalan Menteri dulu, nanti bekas menteri. Dato' Hon Choon Kim: Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat kerana memberi peluang kepada saya. Saya cukup tertariklah. Saya ucapkan syabas dan tahniah kepada cara Yang Berhormat berucap. Memang cadangan-cadangan yang terbaik saya dengar kalau dibandingkan dengan kawan-kawan yang di sebelah sana itu. Beberapa Ahli Pembangkang: Eleh...... !! [Nada Mengejek] Dato' Hon Choon Kim: Tetapi, yang saya dengar tadi ucapan Yang Berhormat menunjukkan bahawa bilangan wanita begitu banyak kalau dibandingkan dengan kaum lelaki, bukankah ini menunjukkan bahawa kerajaan tidak diskriminasi terhadap kaum wanita tetapi di masa yang sama, saya baca surat khabar bahawa di Kelantan dan di Terengganu, diskriminasi telah diamalkan terhadap wanita. Jadi, apa pandangan Yang Berhormat. Beberapa Ahli Pembangkang: [Membuat bising] Tuan Kong Cho Ha: Memang Kerajaan Barisan Nasional tidak mendiskriminasikan jantina tetapi, apa yang saya cadangkan adalah bagus dan saya katakan tadi bahawa guru wanita bagus dan guru wanita, kebolehan mereka tidak boleh dipertikaikan. Beberapa Ahli: Ya. Tuan Kong Cho Ha: Yang saya khuatir adalah saya hendak menyampaikan satu kesedaran kepada kita semua bahawa ada keadaan yang tidak keseimbangan itu berlaku di masyarakat dan di sistem pendidikan kita… Datuk Seri Amar Dr. Haji Sulaiman bin Haji Daud: [Bangun] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Petra jaya, bekas Menteri Pendidikan bangun. Beberapa Ahli: Bagi, bagi. Tuan Kong Cho Ha: Kita hormat bekas Menteri Pendidikan.. [Ketawa] [Tepuk] Datuk Seri Amar Dr. Haji Sulaiman bin Haji Daud: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya tidak tahu sama ada hendak menjelaskan atau hendak bertanya. Walau bagaimanapun, adakah Yang Berhormat sedar bahawa salah satu daripada sebab mengapa begitu ramai guru-guru terdiri daripada wanita, oleh kerana mereka mempunyai kelayakan dan kepakaran yang lebih daripada lelaki. Ini kerana, dalam melatih guru-guru, kita advertise dahulu. Kita melihat daripada segi kelayakan mereka dan didapati bahawa tidak kurang 70% daripada mereka yang lebih layak itu terdiri daripada wanita. Selepas itu, mereka itu di interview pula. Keputusan itu membuktikan bahawa mereka lebih sesuai, lebih cekap. Sebab itulah, minta maaf kalau saya hendak cerita sikit hal ini. Masa saya jadi Menteri Pendidikan......

DR.2.10.2002 33

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, saya hanya takut masa. Datuk Seri Amar Dr. Haji Sulaiman bin Haji Daud: Ya? Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Masa tidak akan mengizinkan kita. Datuk Seri Amar Dr. Haji Sulaiman bin Haji Daud: Sekejap sahaja. Datuk Seri Amar Dr. Haji Sulaiman bin Haji Daud: Jadi, masa saya jadi Menteri Pendidikan, memang menjadi satu kesulitan kerana kita...... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat hendak minta penjelasan daripada ...... Datuk Seri Amar Dr. Haji Sulaiman bin Haji Daud: Tidak. Saya hendak bertanya, hendak menerangkan kepada dia sama ada dia sedar ataupun tidak. [Ketawa] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Baik. Datuk Seri Amar Dr. Haji Sulaiman bin Haji Daud: Kalau dia tidak sedar, saya hendak menyedarkan... Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Ya. Datuk Seri Amar Dr. Haji Sulaiman bin Haji Daud: Jadi, masa itu kita ada dua wanita dan dua pegawai kanan dan kita dapati sekurang-kurangnya 70% daripada mereka wanita. Akhirnya, kita membuat keputusan, 60:40 in favor of the ladies. Sebab itulah, banyak wanita. Ini tidak menjadi masalah kerana mereka itu merupakan guru-guru yang baik bahkan akan berlaku juga di profesion-profesion yang lain, terutama sekali dalam bidang perubatan. Terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, sila gulung. Tuan Husam bin Haji Musa: Tuan Yang di-Pertua, panjang lagi, bagi dia lima minit lagilah. Tuan Kong Cho Ha: Tuan Yang di-Pertua, guru wanita memang tidak ada masalah untuk menyampaikan pendidikan dan pelajaran. Yang saya kata tadi adalah kegiatan dan aktiviti-aktiviti yang lain seperti sukan dan mungkin persatuan pengakap dan sebagainya. Tuan Yang di-Pertua, saya harap Kementerian Pendidikan akan menjalankan satu kajian tentang kesan psikologi mental dan sikap terhadap pelajaran oleh pelajar lelaki berkenaan dengan ketidakseimbangan guru wanita dan lelaki. Tuan Yang di-Pertua, akhir kata, saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan kerana membentangkan satu bajet yang membina dan memanfaatkan semua. Atas kata-kata itu, saya turut menyokong. Terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat bagi Larut, yang minta bola sepak, sila. Beberapa Ahli: [Mengeluh] 12.44 tgh. Raja Dato' Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar [Larut]: Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Duduklah! [Menyuruh beberapa orang Ahli Yang Berhormat yang masih berdiri supaya duduk] Pertama sekali, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dalam bajet kali ini, saya hendak bercakap pasal bola sepak kerana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan telah pun menyentuh buat pertama kalinya, Kementerian Belia dan Sukan ke arah memajukan lagi sukan tanah air. Begitu pun, saya mengambil kesempatan ini untuk menyatakan sokongan di atas Bajet 2003 yang telah dibentangkan oleh Menteri Kewangan yang merupakan bajet yang terbaik semenjak kita mencapai kemerdekaan. [Tepuk] Maka sebab itu......

34 DR.2.10.2002

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Sri Gading, kenapa bangun? Seorang Ahli: Sila duduk. Raja Dato' Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar: Sebab itu, PAS terutamanya Ketua Pembangkang, amat mencemburui bajet yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat bagi Larut, Sri Gading bangun. Seorang Ahli: Sri Gading, bolehkah tidak boleh? Raja Dato' Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar: Sri Gading hendak tanya apa ini? Belum masuk lagi, baru mukadimah. [Dewan gamat seketika] Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: La.....!! Tidak masuk? [Ketawa] Terima kasih sahabat saya, memang lama sudah orang memperkatakan tentang kemerosotan, mutu bola sepak ataupun permainan bola sepak di negara ini… [Ketawa] Lama sudah tetapi apabila Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menyentuh dalam ucapan bajetnya ianya sudah amat serius. Jadi saya hendak bertanya kepada Yang Berhormat sahabat saya, Larut apa punca utama yang menyebabkan kemerosotan mutu permainan bola sepak di negara kita dan macam mana cara hendak mengatasinya? Terima kasih. Raja Dato' Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar: Terima kasih, sebelum saya hendak jawab saya hendak sentuh pertama sekali berhubung dengan bajet ini mengenai… Datuk Haji Mohd Ali bin Haji Hassan: Bola sepak….bola sepak… Raja Dato' Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar: Voucher tuisyen kepada anak-anak keluarga miskin yang bagi memudahkan mereka mendapat tuisyen daripada guru-guru yang sanggup memberi tuisyen khas….. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Ini bukan bola sepak! Raja Dato' Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar: Saya akan masuk, ia ada kena-mengena dengan pelajaran, [Ketawa] supaya saya tidak lupa Tuan Yang di- Pertua, sebab masa 20 minit, saya cuba hendak berucap daripada hari Selasa hari itu, kalau boleh saya hendak bercakap pasal bola sepak ini selama lima jam, sebab tidak ada masa. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Kalau masa tidak cukup, jangan cakap banyak Yang Berhormat. [Ketawa] Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: Hentam sahajalah labu! Raja Dato' Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar: Guru-guru yang sanggup memberi tiusyen khas di luar waktu sekolah. Kita berharap voucher ini digunakan secara sebaik-baiknya oleh ibu bapa untuk tujuan memajukan pendidikan anak-anak mereka. Selain itu kita berharap guru-guru tidak menggunakan peluang ini untuk mengaut keuntungan semata-mata kerana jika program ini disalahgunakan ia akan menyebabkan kerajaan mungkin menarik balik kemudahan ini. Saya yakin guru-guru yang rajin, bukan sahaja akan mendapat pendapatan tambahan, sebaliknya juga akan mencurahkan pengalaman dan pengetahuan mereka sebagai bakti mulia untuk anak bangsa. Mengenai bola sepak, pertama sekali saya hendak menegur Timbalan Menteri Belia dan Sukan yang telah menjawab soalan daripada Tampin semalam, saya ingin menegur kerana tidak benar bahawa pasukan bola sepak kita tidak ada team-team pasukan yang hendak bermain. Lupakah kita semua Brazil sendiri menumpang tuah sebelum mereka pergi ke Piala Dunia sewaktu bermain dengan pasukan Malaysia? Lupakah kita pasukan-pasukan seperti Bahrain yang boleh saya sebut, Kelab Manchester, Kelab Elite yang pernah menjuarai piala Eropah di antara kelab dan pasukan Arab. Itu saya hendak betulkan dulu supaya kita faham, jadi saya menafikan. Tentang Sri Gading bertanya tadi, sebenarnya kita kena lihat selepas kita berjaya dan pernah mengaibkan Korea, tetapi sebelum itu saya ingin juga menyentuh di sini bahawa Perdana Menteri sebenarnya bertanya tidak mengkritik, yang beliau

DR.2.10.2002 35

mengkritik ialah perbalahan ke atas badan-badan sukan. Ini pun saya akan sentuh dalam ucapan saya ke atas Majlis Sukan Negara terutamanya pesuruhjaya sukan. Datuk Haji Mohd Ali bin Haji Hassan: [Bangun] Raja Dato' Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar: Nantilah dulu saya belum habis jawab lagi macam mana Yang Berhormat hendak tanya! [Ketawa] Pertama sekali, saya sendiri terutamanya yang bertanggungjawab berbincang dengan bekas-bekas pemain di antaranya Soh Chin Aun sekarang bergelar Dato’, beliau mengatakan pemain kita sekarang ini tidak ada semangat hendak menang seperti mereka dahulu. Mereka dahulu cukup malu kalau kalah… Tuan Saupi bin Daud: [Bangun] Raja Dato' Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar: Mereka berlatih sejak pukul 5 pagi, tetapi pemain-pemain sekarang sudahlah tidak ada sikap sedemikian, fitness dia kurang dengan izin, permainannya tidak begitu ada toughness seperti pemain Korea. Pemain Korea bila dia masuk padang, dia tahu dia hendak menang. Singgunglah macam mana pun, setakat singgung PAS melayang, ini sebagai contoh saya hendak beritahu, bergurau-bergurau juga, kita tidak ada…… Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat Tanah Merah bangun… Raja Dato' Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar: Dengar saya bagi penjelasan dahulu, Yang Berhormat tidak tengok bola, saya tahu, [Ketawa].tidak pernah pergi stadium pun saya tahulah, sebab itu kalau saya hendak tegur saya tegur, sebab itu saya pernah tegur Menteri Belia dan Sukan, Timbalan Menteri Belia dan Sukan. Piala Malaysia satu grand finally, kenapa tidak datang? Sewaktu pertandingan berlawan dengan Brazil muka mereka tidak ada! [Tepuk] Apa salahnya, sambil memberi kritikan terutama kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia untuk memperbaiki mutu bola sepak kita, kita juga sama-sama kena turun ke padang. Tetapi hari ini, apabila badan-badan sukan diletakkan di bawah Pesuruhjaya Sukan yang dipisahkan daripada Akta Pertubuhan, seolah-olah menggambarkan mereka lebih suka menjadi prosecuting officer, dengan izin, bukan sebagai penasihat. Kita rasa mengaibkan, tidak ada badan sukan yang tidak menghadapi masalah kerana ini merupakan sukarela. Saya hendak tanya pada Ahli-ahli Yang Berhormat yang sanggup menubuhkan pasukan bola sepak di tiap-tiap kawasan Parlimen, itu dahulu yang hendak tanya. Maka sebab itu, saya berharap kepada Majlis Sukan Negara khususnya sukan melihat perkara ini, turun ke padang, kotor sangat ke tangan turun ke padang? Masalah yang dihadapi oleh badan-badan sukan mengapa hendak didedahkan kepada umum hinggakan persatuan hoki umpamanya seolah-olah menjadi bahan lelongan, calon-calon yang hendak bertanding. Tuan Saupi bin Daud: [Bangun] Dato' Mohd. Zain bin Omar: [Bangun] Raja Dato' Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar: Sedangkan perkara ini tidak pernah berlaku suatu ketika dahulu, itu sebagai contoh. Sebaliknya masalah ini telah berlaku sejak kemelut persatuan badminton lagi, tidak habis setakat persatuan badminton, persatuan olahraga, kini timbul pula sepak takraw…… Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat Tanah Merah. Raja Dato' Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar: Semalam dengar berita - tidak habis lagi - tentang sepak takraw, sepak raga ini pula orang sudah mula melenting, kita kena lihat kekalahan kita di Busan... Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Balik Pulau, Tanah Merah bangun. Raja Dato' Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar: …kerana sepak raga tidak dipromosikan…..Balik Pulau, pasal dia tahu lebih bola sepak daripada orang lain. Dato' Mohd. Zain bin Omar: Tuan Yang di-Pertua, ramai orang Malaysia ini dia tidak berapa faham kegiatan bola sepak, dia cuma hendak tengok menang kalah. Dia tidak kisah, Sri Gading pun kawan saya, dia pun tidak nampak. Saya hendak

36 DR.2.10.2002 tanya, Yang Berhormat Larut, dia sedar tidak Johor pun tercorot, tetapi tidak ada siapa yang ambil tahu, macam mana hendak bagi naik balik? Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Itu saya tanya tadi. Dato' Mohd. Zain bin Omar: Kelmarin, Tampin dia cakap, sekarang Negeri Sembilan tercorot, duduk di bawah turun second division, sedar tidak macam mana patut kita buat, kita buat. Kita yang duduk di negeri masing-masing ini macam di Kelantan, di Johor di Tampin di mana-manalah, cari jalan macam mana hendak memperbaiki supaya minat daripada kalangan anak muda kita ini tertumpu kepada bola sepak untuk naikkan balik semangat yang sudah menurun. Raja Dato' Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar: Terima kasih Balik Pulau, tahniah kerana memenangi Piala FA setelah sekian lama mencuba selepas tahun 1974 memenangi Piala Malaysia, itu cara bertanya. Saya tidak tahulah kalau Johor, kalau Johor bertanyakan saya jangan marah. Johor ada Menteri Belia dan Sukan ada empat di sini sejak daripada Allahyarham Dato’ Ali Ahmad lagi dan sampailah kepada Menteri Belia dan Sukan yang ada sekarang ini. Sebenarnya kita tidak boleh salahkan sesiapa, kita kena lihat kekurangan yang ada… Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: [Bangun].. Raja Dato' Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar: …saya belum habis lagi. [Ketawa] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat Sri Gading…. Raja Dato' Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar: Semalam Tampin bertanya seolah-olah menggambarkan bahawa teruk sangat pasukan Malaysia ini… Datuk Haji Mohd Ali bin Haji Hassan: [Bangun] Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: [Bangun] Datuk Bung Moktar bin Radin: [Bangun] Tuan Thong Fah Chong: [Bangun] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat! Raja Dato' Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar [Larut]: ….sehingga menggambarkan - tidak bagi lagi, duduk dahulu, bagilah saya bagi jelaskan. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat Tebrau bangun. Datuk Haji Mohd Ali bin Haji Hassan: Bagi saya dulu… Raja Dato' Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar: Saya belum habis menjelaskan lagi,….seolah-olah menggambarkan lawan kita Maldives ini tidak ada padang bola, hina sangat. Kalau saya hendak tanyalah kepada rakan-rakan kita di sini biar kita secara transparent, Tampin. Saya tidak tahulah Tampin bertanyakan bola sepak… Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat hendak berikan laluan atau tidak? Raja Dato' Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar: Belum lagi, belum lagi, saya tidak bagi!. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Minta mereka turun ke padang dan bertanya. [Ketawa] Raja Dato' Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar: Ini semua tidak pernah tengok bola…. Beberapa Ahli Yang Berhormat: Hey, hey, hey….. Datuk Bung Moktar bin Radin: Ini semua tengok bola ini….

DR.2.10.2002 37

Raja Dato' Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar: Tampin semalam bertanyakan kenapa, Timbalan Menteri sudah memberi jawapan, saya boleh tanya kalau hendak tanya jawapan daripada Balik Pulau tadi, betul, Negeri Sembilan…. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang Berhormat sila duduklah, dia tidak bagi. Raja Dato' Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar: Tahun depan kalau ikut format yang ada, tahun division dua, Johor memang kekal division dua…sebab itu Menteri Besar dia sendiri pun memang mengelakkan diri menerajui Persatuan Bola Sepak Johor. Tetapi saya tidak tahu yang Tampin kerana Tampin bertanyakan seolah- olah Menteri Besar Negeri Sembilan adalah presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan….. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang Berhormat, Yang Berhormat, ada peraturan mesyuarat bila Speaker cakap Yang Berhormat kena dengar. Raja Dato' Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar: Dia orang tidak hendak duduk, Tuan Yang di-Pertua, saya duduk okey. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Okey, baik duduklah, semua duduk. Yang Berhormat ini Dewan bukan padang bola sepak. [Ketawa] Raja Dato' Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar: Ini dalam bajet. Jadi mereka sudah bertanya, cuma satu saya ingin menegaskan di sini walau bagaimanapun saya amat terharu dengan teguran Perdana Menteri. Satu perkara yang tidak boleh kita lupa, kejayaan Piala Dunia baru-baru ini adalah juga kejayaan tangan orang Malaysia. Saya sebut demikian kerana Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Pahang adalah merupakan orang yang telah mencatat sejarah sebagai orang Malaysia, orang Asia yang telah berjaya membawa Piala Dunia ke Korea dan Jepun hinggakan Korea meraih kejayaan dalam kejohanan Piala Dunia baru-baru ini selaku Presiden Persekutuan Bola Sepak Asia, tetapi agak mendukacitakan kerana hari ini Baginda tidak lagi menerajui selaku Presiden AFC kerana telah bertukar tangan, bermakna sekarang ini tidak ada lagi sudah rakyat anak tempatan yang selama hari ini telah menerajui AFC, sejak Almarhum Tuanku Abdul Rahman sekarang ini telah bertukar tangan kepada seorang rakyat daripada Qatar… Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Sudah habis kah? Raja Dato' Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar: Tebrau. Datuk Haji Mohd Ali bin Haji Hassan: Allah, penat berdiri baru dapat, Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Larut. Dalam cerita bola sepak ini saya memang minat bola sepak. Masalah ini Johor corotkah, siapa yang corotkah, mainan bola sepak memang biasalah, habis kalau semua tidak corot semua johan ya. Jadi yang jadi masalah ini bila Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan menegur, dia tidak sebut cerita lain, dalam banyak-banyak ucapan dia tu bola sepak, itu cerita. Tidak ada takraw, apa tidak ada bermakna dalam banyak-banyak sukan bola sepak yang teruk sedikit. Raja Dato' Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar: Masa saya tidak ada Tuan Yang di-Pertua…. Datuk Haji Mohd Ali bin Haji Hassan: Nantilah belum tanya, jadi saya hendak…… Raja Dato' Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar: Minta duduk Yang Berhormat, masa saya …saya faham, apa yang Tebrau hendak tanya saya sudah tahu sangat sudah… Datuk Haji Mohd Ali bin Haji Hassan: Soalan boleh tidak? Raja Dato' Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar: Saya sudah tahu, duduk, duduk….saya sudah tahu.. Datuk Haji Mohd Ali bin Haji Hassan: Belum soal? Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Belum soal dia sudah tahu. [Ketawa]

38 DR.2.10.2002

Raja Dato' Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar: ‘Sudah gaharu cendana pula.’ Saya mintalah Tebrau pun sama-samalah membantu,… Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, kalau ada soalan, cepat keluarkan soalan itu. Raja Dato' Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar: …Kalau Tebrau juga jawatankuasa Persatuan Bola Sepak Johor kenapa hendak bangkit dalam Dewan yang mulia ini. Sekadar hendak meraih….. Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: Nampak bergaduh sesama sendiri. [Ketawa] Raja Dato' Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar: Jadi saya sudah katakan tadi itu di antara masalah yang kita hadapi. [Disampuk] Begitu pun kita jangan rasa malu kerana kita mesti berusaha ke arah membangunkan bola sepak negara kita kerana kita kena ingat pasukan kebangsaan England juga gagal, pasukan Sepanyol, pasukan Itali, ini di antara yang saya hendak sebut oleh kerana liga-Pro… Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang Berhormat, apa jawatan Yang Berhormat pegang dalam persatuan itu? Raja Dato' Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar: Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia… Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Wah….! Datuk Haji Mohd Ali bin Haji Hassan: Wah…! Tuan Saupi bin Daud: [Bangun] Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: [Bangun] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Adakah Yang Berhormat main peranan macam itu Yang Berhormat…. Raja Dato' Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar: ….Yang pernah menjulang beberapa piala….Tanah Merah… Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Mana satu, mana satu Yang Berhormat? Tanah Merah. Tuan Saupi bin Daud: Ya, Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, kawan pun susah hendak bagi jalan, cakap besar berdebar-debar. Saya hendak tanya, tadi Yang Berhormat kata, ini ada teguran Menteri Kewangan atau Perdana Menteri. Bagi saya bukan teguran tetapi sindiran, sindiran kepada pemimpin-pemimpin bola sepak kerana dia tahu boleh sepak menelan belanja yang besar. Jadi bersetuju tidak bagi saya sindiran itu amat pedas bagi Perdana Menteri dan kalau boleh dia suruh pemimpin- pemimpin ini letak jawatan… Raja Dato' Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar: Betul tu, sudah bagi betis dan peha, memang kerja pembangkang. Yang Berhormat, saya hendak tanya Yang Berhormat, bolehkah Yang Berhormat menerajui Pasukan Bola Sepak Tanah Merah, kawasan Yang Berhormat. Kemudian masuk melalui Persatuan Bola Sepak Kelantan, baru boleh kita sama-sama berhujah…. Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: [Menyampuk] Tuan Thong Fah Chong:Terima kasih Yang Berhormat daripada Larut, pemain bola sepak banyak tidak minat sebab kurang wang, saya ingat itu kurang insentif. Bolehkah government dengan izin, kill two birds with one stone, legalize bola sepak batting. [Ketawa] Raja Dato' Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar: Tidak boleh, saya menolak. Lain kali Yang Berhormat tanya soalan yang positif sedikit, yang itu tidak boleh, kita kena serius. Sebab itu kita kena melihat apabila kita mengadakan profesional hari ini, bagaimana ramai pemain yang telah berjaya mendapat peluang untuk bermain secara profesional. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, sekarang Yang Berhormat boleh turun ke padang.

DR.2.10.2002 39

Raja Dato' Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar: Memang hendak turun ke padang. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Sambung pada petang ini. Raja Dato' Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar: Terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Ahli-ahli Yang Berhormat, Dewan yang mulia ini ditangguhkan sekarang hingga jam 2.30 petang. Mesyuarat ditempohkan pada jam 1.00 tengahari. Mesyuarat disambung semula pada jam 2.30 petang. [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] Tuan Yang di-Pertua: Mesyuarat disambung semula. Yang Berhormat bagi Larut sila sambung semula. Yang Berhormat ada lima minit lagi. Raja Dato' Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar: Tuan Yang di-Pertua, 50 minit?. Tuan Yang di-Pertua: Lima minit. Raja Dato' Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, sedikit. Saya hendak menyambung balik tentang saranan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berhubung dengan menaikkan semula kecemerlangan sukan dengan peruntukan RM200 juta lebih. Saya ingin mencadangkan di sini kalau boleh stadium-stadium bola sepak seperti di Bukit Jalil ataupun Stadium Merdeka yang boleh dimajukan diserahkan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia dan juga negeri- negeri untuk menguruskannya dengan mencari jalan supaya tidak membebankan kemudahan stadium tersebut. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: [Bangun] Raja Dato' Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar: Saya juga ingin meminta supaya Kementerian Belia dan Sukan melihat bagaimana permasalahan yang dihadapi oleh badan-badan sukan di setiap daerah untuk sama-sama mencari jalan dari sudut peruntukan dan juga sebagainya. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: [Bangun] Tuan Yang di-Pertua: Ya, Sri Gading. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih sahabat saya Ahli Yang Berhormat bagi Larut. Bantuan oleh kementerian kadang kala tidak sampai ke peringkat persatuan negeri. Umpamanya, saya menjadi Pengerusi Badminton Melayu Negeri Johor. Cukup payah mendapat peruntukan daripada kementerian walhal peruntukan yang disediakan oleh kerajaan, ada. Saya minta bagaimanakah caranya. Kemudian, satu saya hendak tanya soal macam Bola Sepak Terengganu, saya dengar sampai ke mahkamah dan sebagainya. Ini apa hal sebenarnya Bola Sepak Terengganu ini? Cuba cerita sedikit. Raja Dato' Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar: Terima kasih Yang Berhormat. Saya pun Presiden Persatuan Badminton Melayu Perak. Kita menghadapi masalah sebenarnya. Saya melihat perkara ini supaya Majlis Sukan Negara dalam pengagihan peruntukan ini dapat melihat supaya anak-anak kampung juga dapat kita tonjolkan. Saya juga tertarik dengan saranan dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berhubung Kejohanan Sukan Asia yang sedang berlangsung pada ketika ini. Oleh itu saya ingin bertanya kalaulah Menteri tidak dapat bersama dengan kontinjen Malaysia ...... Tuan Haji Che Ghani bin Che Ambak: [Bangun] Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Larut ada seminit lagi. Raja Dato' Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar: ..Bagaimana pula dengan Timbalan Menteri Belia dan Sukan. Kenapa mereka ini tidak ada di sana pada ketika para atlet kita sedang memperjuangkan nama dan imej negara. Takkanlah

40 DR.2.10.2002 hendak bagi kepada Timbalan Menteri Penerangan selaku ketua kontinjen keseorangan di sana. Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: [Bangun] Raja Dato' Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar: Tentang Bola Sepak Terengganu ini saya amat dukacita ...... Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar: [Menyampuk] Tuan Yang di-Pertua: Dia tak bagi jalan. Raja Dato' Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar: Biar saya habis dahulu, tidak ada masa lagi. Kerana inilah kalau kita terlalu utamakan politik, tidak sepatutnya Persatuan Bola Sepak Terengganu yang menjadi Juara Piala Malaysia tahun lalu tiba- tiba menghadapi masalah dengan pembayaran gaji dan juga terpaksa pergi ke mahkamah. Inilah dia, takkanlah kalau Kerajaan PAS sekali pun tidak boleh melihat bahawa bola sepak ini sebagai satu kemajuan sukan di negeri tersebut. Jadi agak malanglah kalau Kerajaan PAS di Terengganu melihat masalah yang dihadapi oleh Persatuan Bola Sepak Terengganu ini sebagai suatu masalah kecil. Selanjutnya saya ingin menyentuh berhubung dengan masalah .... Tuan Yang di-Pertua: Masa Yang Berhormat sudah cukuplah itu. Minta gulung ya. Raja Dato' Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar: Sedikit Tuan Yang di- Pertua, yang terakhir. Saya setuju dengan cadangan bekas Menteri Belia dan Sukan yang kini menjadi Menteri Besar Johor agar Kementerian Belia dan Sukan melihat kembali tentang matlamat Sukan Malaysia (SUKMA) yang pada matlamat asalnya adalah untuk mencungkil bakat-bakat baru dan saya berharap pihak berkenaan dapat melihat perkara ini dengan lebih serius supaya kita dapat melahirkan lebih ramai para atlet tidak kira dalam bidang sukan apa sekali pun yang mereka ceburi untuk kita ketengahkan di masa-masa yang akan datang. Tuan Yang di-Pertua, sudah habis masa? Tuan Yang di-Pertua: Ya, dah habis dah. Raja Dato' Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar: Maka dengan itu saya menyokong Bajet 2003 yang merupakan bajet yang terbaik sepanjang kita mencapai kemerdekaan pada hari ini. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya menyokong. Tuan Yang di-Pertua: Bukit Bintang. 2.35 ptg. Tuan Fong Kui Lun [Bukit Bintang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2003. Tuan Yang di-Pertua, tahun ini tahun keenam bajet kita ialah bajet defisit. Enam tahun berturut-turut kerajaan perlu meminjam wang untuk menguruskan pentadbiran negara. Kerajaan terpaksa meminjam, adakah ini satu kejayaan negara? Sedangkan selama ini Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berkata, tidak suka meminjam wang daripada mana-mana pihak seperti IMF dan Bank Dunia. Defisit sebanyak RM20 bilion adakah satu kejayaan kepada Kerajaan Barisan Nasional? Tuan Yang di-Pertua, Bajet 2003 menyatakan bahawa hasil negara ialah RM89.79 bilion manakala perbelanjaan negara ialah RM109.8 bilion. Maknanya kerajaan perlu berhutang sebanyak RM20 bilion lagi bagi membolehkan ekonomi negara bergerak. Berbelanja kurang dari jumlah pendapatan, ini tanda bijaksana dan berhemah tetapi jika belanja berlebihan dari jumlah pendapatan yang diterima itu tanda kerajaan boros. Setiap tahun kerajaan sentiasa membuat hutang baru dan kini hutang negara setakat tahun 2002 berjumlah RM183.9 juta tetapi kerajaan tidak berusaha untuk berjimat untuk memberhentikan amalan berbelanja yang tidak perlu. Tuan Yang di-Pertua, tahun depan kerajaan akan kehilangan hasil cukai sebanyak RM270 juta. Namun demikian, sasaran Lembaga Hasil Dalam Negeri ialah untuk mengutip sebanyak RM48 bilion cukai pendapatan, lebih tinggi dari tahun 2002

DR.2.10.2002 41

sebanyak RM43 bilion. Saya difahamkan LHDN mengejar pembayar cukai yang mengelak diri dari membayar cukai. Seramai 4 juta pembayar cukai termasuk syarikat terdedah kepada tindakan LHDN. Bak kata pepatah, tidak dapat tanduk, telinga dipulas. Mereka akan melakukan apa sahaja asalkan sasaran LHDN tercapai. Soalnya, wajarkah mereka yang mengelakkan diri membayar cukai dianggap kesalahan jenayah? Secara paksa rakyat terpaksa menerima hakikat bahawa mereka dianggap penjenayah jika tidak membayar cukai pendapatan. Tuan Yang di-Pertua, saya menyambut baik peruntukan khas bagi setiap kawasan Parlimen seluruh negara yang mana kawasan luar bandar mendapat RM7 juta, sub-urban RM5 juta dan kawasan bandar RM3 juta. Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional beruntung baik mendapat sendiri peruntukan untuk membangunkan projek yang mereka boleh menentukan sendiri. Tetapi bagi Ahli Parlimen pembangkang tidak ada peluang berbuat demikian kerana peruntukan akan disalurkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan atau DBKL. Sudah pasti peruntukan untuk Ahli Parlimen ini khususnya wakil pembangkang tidak akan merasai kemudahan ini. Pihak PBT dan DBKL akan lebih senang berurusan dengan wakil-wakil parti komponen Barisan Nasional dalam satu-satu kawasan bagi memohon bantuan tersebut dan mengetepikan permohonan wakil rakyat pembangkang itu sendiri. Saya minta pihak Pihak Berkuasa Tempatan dan DBKL hendaklah berlaku adil dan saksama. Jika peruntukan khas untuk memanfaatkan kepada rakyat menerusi wakil rakyat mereka dan bukan atas nama parti maka tindakan adil hendaklah dilaksanakan. Jangan pula berlaku dalam kawasan dimenangi Barisan Nasional, Ahli Parlimen mendapat peluang menggunakan peruntukan wakil-wakil parti pembangkang dalam kawasan tersebut tidak berpeluang memohon. Sebaliknya dalam kawasan Parlimen pembangkang, bukan Ahli Parlimen pembangkang yang diberi keutamaan untuk mendapatkan peruntukan, sebaliknya wakil-wakil parti Barisan Nasional. Saya minta supaya wakil rakyat pembangkang diberi peluang menentukan sendiri projek yang hendak dibuat oleh Pihak Berkuasa Tempatan atau DBKL. Jika tidak, ini satu diskriminasi politik yang dinafikan hak rakyat yang memilih wakil rakyat pembangkang sebagai Ahli Parlimen untuk mendapat bantuan kerajaan kerana bantuan tersebut adalah wang rakyat sendiri. Tetapi kenapa membeza-bezakan. Pihak Berkuasa Tempatan dan DBKL hendaklah menjemput wakil rakyat pembangkang untuk mengemukakan permohonan mereka. Tuan Yang di-Pertua, saya menyambut baik rangka kerajaan untuk melaksanakan projek pengindahan dalam ibu negara Kuala Lumpur yang menjadikan salah satu destinasi terbesar pelancong asing di rantau ini. Salah satu daripadanya ialah projek pengindahan Jalan Petaling, Kuala Lumpur yang merupakan kawasan China Town sejak berdekad-dekad lalu. Projek pengindahan Jalan Petaling, Kuala Lumpur yang dikendalikan oleh DBKL telah menimbulkan kontroversi kerana impak projek kepada masyarakat peniaga yang sudah lama bertapak di situ. DBKL menyedari hakikat bahawa Jalan Petaling telah berjaya menarik ramai pelancong asing untuk berkunjung dan membeli belah, menghasilkan banyak keuntungan wang asing untuk negara. Ia juga menjadi sumber pendapatan para peniaga dan penjaja selama ini dan sebarang usaha untuk menamatkan atau menutup perniagaan di situ, ia akan menjejaskan kehidupan sebilangan besar para peniaga dan penjaja di situ. Para penjaja faham bahawa apabila projek menaik taraf jalan dan longkang di persekitaran dimulakan, para penjaja tidak boleh berniaga di situ lagi. Mereka terpaksa menutup perniagaan, mereka tidak ada lagi sumber pendapatan untuk tempoh yang panjang. Oleh itu usaha mengindahkan jalan tersebut jangan sampai mengundang padah dan parah. Penjaja hendaklah ditempatkan buat sementara di jalan-jalan berhampiran untuk membolehkan mereka menguruskan perniagaan seperti Jalan Panggong, Jalan Polis dan lain-lain selama kerja-kerja projek berjalan. Sungguhpun mereka tidak ada yang lain untuk meneruskan berniaga tetapi usaha untuk membuka tapak sementara dianggap langkah wajar untuk membantu mereka yang terlibat. Kos yang menelan belanja sebanyak RM26 juta pada dasarnya kini telah dikurangkan kepada RM11.6 juta. Saya ingin bertanya mengapa perlu kos ini

42 DR.2.10.2002 dikurangkan. Apakah aspek-aspek projek yang telah ditarik balik bagi mengecilkan kos. Tuan Yang di-Pertua, projek menaik taraf jalan dan mengindahkan Jalan Petaling agak rumit kerana ia akan melibatkan optic fiber yang banyak tertanam di sepanjang Jalan Petaling. Dengan sebab itu, projek ini hendaklah dijalankan secara berhati-hati, jangan sampai merosakkan sistem komunikasi dan tenaga di situ. Yang menjadi kontroversi selama ini ialah bagaimanakah kontraktor UH Engineering Kuala Lumpur Sdn Bhd yang sebelum ini didaftarkan atas nama UH Services Kuala Lumpur Sdn Bhd mendapat kontrak RM11.6 juta ini, sedangkan UH Engineering Kuala Lumpur Sdn Bhd ialah satu syarikat dorman bernilai saham RM2 sahaja dan kini baru disuntik modal berbayar RM1 juta dan modal dibenarkan juga RM1 juta. Saham syarikat dipegang oleh dua orang iaitu Khairul Ashikin binti Mohd Nor – saham bernilai RM400 juta dan Mohd. Hanifa bin Sheikh Mohamad - saham bernilai RM600 juta. Lembaga pengarah selain daripada nama di atas, seorang lagi ialah Azmi bin Mohamad. Pendeknya syarikat ini tiada sebarang akaun dikemukakan kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia, tidak ada sejak didaftarkan pada 2 Julai 1999, dan ditukar nama pada 22 Julai 2002. Berasaskan faktor ini saya ingin bertanya, apakah kriteria syarikat ini sehingga boleh berjaya mendapat kontrak, apakah kontrak ini dibuat secara rundingan atau tender terbuka? Jika tender terbuka, tidakkah ada syarikat lain yang lebih berkemampuan yang memohon dan dipertimbangkan? Apakah kelebihan syarikat ini dan apakah kekurangan syarikat-syarikat lain? Walau apa pun, para penjaja mahu projek ini dijalankan secara berperingkat-peringkat, bukan diarah tutup, oleh itu semua ini dapat mengelakkan penjaja menunggu terlalu lama. Sebahagian penjaja menutup perniagaan, manakala sebahagian lagi peniaga seperti biasa secara bergilir-gilir sehingga projek siap. Mereka memohon supaya projek pengindahan Jalan Petaling ini patut dimulakan selepas Tahun Baru Cina pada tahun 2003 supaya para pelanggan yang merayakan pelbagai musim perayaan seperti Deepavali, Hari Raya Puasa, Krismas dan Tahun Baru Cina dapat membeli belah terlebih dahulu. Tuan Yang di-Pertua, yang terpenting sekali dalam melaksanakan projek mengindahkan Jalan Petaling ialah semua warisan atau heritage keturunan Cina hendaklah dikekalkan kerana di situ terletak nilai sejarah dan selepas siap, para penjaja terbabit hendaklah dibenarkan berniaga di tapak asal seperti biasa. Tuan Yang di-Pertua, sudah banyak kali saya memperkatakan soal Kuala Lumpur dilanda banjir kilat selama berada di dalam Dewan yang mulia ini dan kita pun tahu serta sedar bahawa dalam lingkungan April dan Mei serta September dan Oktober, kebiasaannya Lembah Klang termasuk Kuala Lumpur dilanda banjir teruk. Setiap kali banjir melanda, setiap kalilah publisiti meluas disiarkan, tetapi saya berdukacita mendapati dalam Bajet 2003, tidak pun disentuh masalah mengatasi banjir kilat dalam Kuala Lumpur dan kawasan sepanjang tepi Sungai Klang dan lain-lain. Apa yang terdapat dalam buku bajet ialah peruntukan untuk projek perparitan dan tebatan banjir sebanyak RM465.6 juta, ini pun akan diagih-agihkan dengan negeri-negeri lain. Berapa yang tinggal untuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur? Kerajaan nampaknya tidak serius, tidak peka untuk mengatasi dengan segera masalah ancaman banjir kilat yang setiap tahun melanda Kuala Lumpur. Jika serius, mengapakah projek tebatan banjir tidak dipercepat dan peruntukan ditambah berlipat ganda tidak diperuntukkan. Penduduk Kuala Lumpur terutama kawasan pusat bandar dan berdekatan sungai sudah mendapat penyakit fobia banjir bila hujan turun. Masing- masing bila hujan dan mendapat tahu berlaku banjir di sesuatu tempat, cepat-cepat melarikan diri, balik ke rumah tetapi masih ada juga tidak selamat seperti rumah setinggan, kenderaan, kedai-kedai dan sebagainya yang terpaksa menerima landaan banjir. Teksi enggan menghantar jauh bila hujan lebat takut terperangkap dalam banjir dan kesesakan jalan raya. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan berjanji untuk melaksanakan segera sistem amaran ancaman banjir tetapi sehingga hari ini masih belum berfungsi lagi. Banjir kilat ialah bencana dalam alam buatan manusia. Apabila kawasan hutan di hulu sungai ditebang untuk projek pembangunan dan semua muatan air dibawa terus ke sungai bersama muatan lain. Sistem perparitan tersumbat yang tidak dapat memuatkan

DR.2.10.2002 43

lebihan air terus menyerang secara senyap kawasan rendah dalam bandar dan kampung menyebabkan penduduk-penduduk terperanjat dan tidak tahu berbuat apa- apa. Mereka tidak berdaya menahan bencana yang datang dan melihat dengan putih mata segala barang-barang mereka ditenggelami air. Saya tidak mendengar mana-mana penduduk dan peniaga mendapat pampasan daripada perlindungan flood Insurance. Syarikat insurans pun sukar untuk memberi ganti rugi akibat banjir dan bukan semua penduduk serta peniaga mendapat perlindungan ini, hanya segelintir sahaja. Contohnya kerugian yang dialami oleh seseorang pekedai bukan sedikit dan setiap kali banjir mereka menghadapi kerugian dan memaki hamun pihak kerajaan dan DBKL. Apakah pertolongan yang kerajaan dan pihak berkuasa tempatan serta DBKL boleh hulurkan dalam keadaan sedemikian? Tuan Yang di-Pertua, oleh itu saya ingin mencadangkan supaya satu Tabung Bencana Alam Negara diperluas meliputi memberi bantuan kepada penduduk- penduduk Lembah Klang dan Kuala Lumpur dan membuka laluan kepada mana-mana mangsa untuk menuntut pampasan dan bantuan. Bantuan yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat tidak mencukupi, sudah ada pihak yang mendapat bantuan khas bencana di setengah tempat, tetapi di tempat lain tidak diberikan bantuan. Tuan Yang di-Pertua, bagi penduduk-penduduk yang mendiami kawasan rendah seperti kawasan Tiongnam yang mana rumah mereka dibina setingkat dan bila banjir mereka terpaksa melarikan diri dan meninggalkan barang-barang dalam rumah sebelum dapat diselamatkan. Kawasan-kawasan seperti ini, pihak DBKL hendaklah membenarkan pemilik rumah meninggikan rumah mereka menjadi setingkat lagi tanpa perlu melalui proses permohonan yang susah supaya mereka dapat mengangkut barang-barang di tingkat bawah ke tingkat satu dengan mudah dan dapat mengelakkan kerosakan banjir. Mana-mana setinggan yang berada dalam kawasan tanah persendirian terletak di tepi sungai, wajarlah dipindahkan segera tanpa menunggu terlalu lama seperti kawasan di Brickfields. Tuan Yang di-Pertua: Ya, minta gulung. Tuan Fong Kui Lun: Saya akan gulung. Tuan Yang di-Pertua, Bajet 2003 tidak juga memberi apa-apa insentif kepada pembeli-pembeli rumah seperti tahun sebelum kerajaan mengecualikan duti setem ke atas perjanjian jual beli rumah, tetapi kali ini tidak ada. Selain daripada mengadakan peruntukan sebanyak RM700.6 juta bagi melaksanakan 51 projek sambungan dan 13 projek baru yang melibatkan pembinaan 65,778 unit rumah untuk disewa kepada penduduk setinggan dalam Kuala Lumpur dan bandar utama yang lain dari peruntukan RM1 bilion untuk PAKR. Sementara menunggu 2005, tahun setinggan sifar penduduk-penduduk setinggan serta pemohon-pemohon biasa untuk rumah kos rendah diutamakan menduduki unit-unit BPR. Kerajaan hanya mengutamakan pemindahan setinggan selama ini, tetapi mengabaikan rakyat yang terpaksa menyewa, menumpang rumah keluarga lain untuk ditawarkan rumah. Pemohon-pemohon baru semakin bertambah setiap tahun tetapi proses peruntukan sangat lembap. Bagi rumah yang siap diduduki seperti kondominium Palm Court Brickfields dalam kawasan saya, sungguhpun sudah bertahun-tahun dan membeli dan mendiami rumah, sebanyak 676 unit rumah yang diduduki sejak 12 tahun lalu masih belum mempunyai sijil hak milik strata untuk pemiliknya. Walaupun pertemuan demi pertemuan telah diadakan dengan pemaju dan Timbalan Menteri, namun pemaju masih enggan memohon surat hak milik strata dan memberi pelbagai alasan dan pihak kementerian pun belum menjalankan penguatkuasaan dan tindakan saman ke atas pemaju. Kerajaan hendak bertindak tegas ke atas para pemaju dan enggan dan lembap dalam memohon sijil hak milik strata atas kepentingan mereka sendiri …... Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, Yang Berhormat, masa Yang Berhormat sudah cukup. Tuan Fong Kui Lun: Habis, saya habis. Tuan Yang di-Pertua: Ya. Tuan Fong Kui Lun: ….Membiarkan para pembeli menunggu bertahun-tahun. Sekian, terima kasih.

44 DR.2.10.2002

Beberapa Ahli: [Bangun] Tuan Yang di-Pertua: Silam. 2.57 ptg. Datuk Railey bin Haji Jeffrey [Silam]: Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan syabas di atas ucapan belanjawan yang telah disampaikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan yang merupakan belanjawan atau bajet mesra rakyat yang amat prihatin. Dengan peratusan defisit yang menyusut daripada 4.7% pada tahun 2002 kepada 3.9% pada tahun 2003, ini jelas menunjukkan perubahan dan perkembangan yang amat positif ke arah pemulihan ekonomi Malaysia yang vibrant. Pertambahan 9.2% kepada Bajet 2003, sebanyak RM109.8 bilion berbanding dengan tahun 2002, adalah jelas menunjukkan ekonomi negara sedang menuju ke arah pemulihan sepenuhnya. Manakala kerajaan sedang sibuk menguruskan pemulihan semula ekonomi negara dan melaksanakan projek-projek pembinaan prasarana untuk kesejahteraan rakyat, keadaan keselamatan negara dan kestabilan politik tidak harus diabaikan kerana tanpa keamanan dan kestabilan, kita tidak mungkin dapat meneruskan dengan agenda-agenda pembangunan negara dan rakyat yang sedang kita kecapi. Berbilion ringgit diperuntukkan kepada pelbagai sektor kerajaan dalam Bajet 2003 sama ada yang boleh mendatangkan pulangan secara langsung ataupun tidak langsung. Namun, keupayaan kerajaan mentadbirkan dan menguruskan ekonomi negara yang mengutamakan perkhidmatan dan kesejahteraan rakyat harus diberikan pujian. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh berkenaan sekolah satu sesi. Usaha kerajaan untuk melaksanakan sekolah satu sesi harus diberikan sanjungan yang tinggi, kerana selain bertujuan untuk memberikan pelajar lebih masa di sekolah untuk pembelajaran dan kegiatan kokurikulum, ianya juga bertujuan untuk memerangi gejala negatif yang masih menghantui ramai kalangan remaja dan muda mudi kita pada hari ini. Namun, sebanyak RM850 juta peruntukan disediakan untuk tujuan membina lebih banyak sekolah rendah dan menengah, usaha ini tidak mungkin akan dapat mencapai kejayaan sepenuhnya jika tidak ada pemantuan yang dilakukan ke atas perkara ini. Saya berharap dengan adanya usaha ini, para ibu bapa tidak akan menganggap tugas mereka di segi penjagaan anak-anak mereka sudah selesai, manakala beban kepada guru-guru semakin bertambah. Sebaliknya para ibu bapa harus melipatgandakan usaha mereka dan memberikan kerjasama kepada para guru sama ada melalui persatuan PIBG atau lain-lain forum untuk terus sama-sama memerangi gejala negatif yang mengancam anak-anak mereka. Saya percaya kejayaan usaha ini akan menjurus kepada matlamat kecemerlangan pendidikan negara di masa hadapan. Seterusnya saya ingin menyentuh sedikit-sebanyak tentang sektor pelancongan. Seperti mana yang diunjurkan bahawa kerajaan meramalkan seramai lebih daripada 15 juta orang pelancong akan melawat Malaysia pada tahun 2003. Pada pagi tadi kita mendengar jawapan lisan daripada Timbalan Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan bahawa pelancong daripada Barat agak berkurang setiap tahun, yang tidak memungkinkan jumlah ini dicapai, tetapi saya difahamkan oleh kerana pelawat-pelawat atau pelancong-pelancong daripada Timur Tengah khususnya negara Arab akan menggantikan bilangan ini untuk menjadikan unjuran kerajaan itu sebagai suatu kenyataan. Tuan Yang di-Pertua, sebagai suatu langkah promosi menarik pelancong adalah sewajarnya Bandaraya Kuala Lumpur diberikan perhatian sebagai destinasi dan pusat membeli belah yang mampu mendatangkan pulangan yang positif kepada peniaga dan juga kerajaan. Sehubungan dengan ini, saya berharap destinasi-destinasi lain di seluruh negara juga dapat dimajukan sama supaya mereka juga turut menikmati hasil daripada perkembangan pelancongan di negara ini. Satu lagi aspek pelancongan yang menarik perhatian saya ialah sports tourism, seperti Le Tour De Langkawi, perlumbaan kereta laju Fl Sepang dan yang terbaru perlumbaan Power Boat Formula One. Sebagai pertandingan yang berprestij, event ini bukan sahaja mampu menaikkan nama negara di peringkat antarabangsa,

DR.2.10.2002 45

tetapi mampu mendatangkan pulangan yang baik daripada segi pelancongan kepada kerajaan. Sehubungan dengan ini saya ingin mencadangkan supaya event lain seperti Mount Kinabalu Climbathon dan Hang Gliding yang sering diadakan di Gunung Kinabalu dijadikan event tahunan kebangsaan yang boleh disertai oleh para peserta antarabangsa. Dengan yang demikian, ianya akan membantu menambahkan lagi pendapatan negara daripada segi aspek pelancongan. Tuan Yang di-Pertua, pada awal tahun 90an kerajaan melalui Kementerian Penerangan telah bercadang untuk mewujudkan sebuah filem village atau perkampungan filem, lokasi yang dipilih pada waktu itu ialah di kawasan hutan di Janda Baik di negeri Pahang. Saya difahamkan pada waktu itu kawasan hutan seluas 100 ekar telah pun dianugerahkan kepada Kerajaan Pusat oleh Kerajaan Negeri Pahang untuk tujuan dan maksud yang disebut. Kalau tidak silap saya pada waktu itu, Yang Berhormat Menteri Penerangan adalah Menteri Besar Negeri Pahang. Sehubungan dengan ini, saya ingin tahu apakah perkembangan perkara ini sama ada cadangan ini masih wujud ataupun tidak. Walaupun sekarang ada e-village, tetapi saya yakin dan percaya, kewujudan perkampungan perfileman ini masih relevan. Kerana bukan sahaja ianya dapat memanfaatkan para pengusaha filem tempatan tetapi ianya juga boleh digunakan dan disewakan kepada pengeluar-pengeluar filem atau pengusaha-pengusaha filem asing seperti Hollywood, Bollywood, filem Hong Kong dan lain-lain. Umpamanya baru-baru ini, kita ambillah contoh filem Embun, ia menjadi kontroversi berkenaan harga yang begitu mahal sampai RM3 juta untuk mengeluarkan sebuah filem tempatan. Ini mungkin disebabkan oleh kerana lokasi-lokasi yang berjauhan. Tetapi kalau kita ambil kira, daripada segi perwujudan perkampungan perfileman ini yang menyediakan kemudahan yang diperlukan sebagai lokasi dalam tempat yang sama, mungkin perbelanjaan dapat dikurangkan. Inilah maksud saya apakah kedudukan cadangan untuk mengadakan perkampungan filem yang telah diutarakan pada awal tahun 90an itu. Seterusnya, saya juga ingin mengambil kesempatan untuk menimbulkan semula seperkara lagi yang pernah saya sebut dalam Dewan ini iaitu berkenaan dengan penyambungan Lapangan Terbang Lahad Datu dalam soalan lisan saya pada 11 September yang mana telah menerima jawapan daripada Timbalan Menteri Pengangkutan yang mengatakan bahawa kerajaan tidak bercadang untuk membesarkan Lapangan Terbang Lahad Datu oleh kerana sebab-sebab tertentu. Saya ingin memberikan pendapat di sini, walaupun lapangan terbang ini tidak ada rancangan untuk disambung, tetapi sekurang-kurangnya bangunan terminalnya harus dibaiki kerana bangunan terminal Lapangan Terbang Lahad Datu yang telah dibina sebelum merdeka, pada hari ini kita dapati bahawa bangunan ini begitu usang sekali, bocor di sana, bocor di sini, reput di sana, reput di sini. Saya difahamkan waktu apabila bangunan itu diserahkan kepada MAB pada Oktober 2000, MAB bercadang untuk merobohkan dan membina semula bangunan baru. Tetapi hingga ke hari ini sudah dua tahun lebih, belum ada tanda-tanda untuk dibina semula, malah dicat semula ada. Ia dicat semula menjadikannya nampak cantik tetapi di dalam buruk, oleh kerana itulah keadaannya begitu sempit, di situ juga check in, di situ juga kafeterianya, di situ juga departure, di situ juga ketibaan, sudah menjadi macam rojak. Jadi, kalau boleh saya mintalah, ini bukan mengkritik, tetapi menegur, kerana selaku wakil rakyat yang prihatin, saya selalu ditanya apa sudah jadi dengan rancangan airport baru kerana orang kata, seperti saya katakan ada rancangan hendak dibesarkan, tetapi kalau tidak dibesarkan sekurang-kurangnya bangunan terminalnya dibina semula. Itulah mudah-mudahan pihak MAB akan mengambil perhatian di atas perkara ini. Akhir sekali saya ingin menyentuh berkenaan dengan cadangan kerajaan untuk menjadikan Labuan sebagai sebuah pusat pendaftaran kapal antarabangsa seperti Panama, Singapura, Rotterdam dan lain-lain. Saya berharap dengan berlakunya perkara ini, saya berharap negeri Sabah yang tidak terlibat secara langsung akan mendapat bahang keuntungannya daripada proses perkara ini. Dengan itu saya menyokong. Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua: Tuaran.

46 DR.2.10.2002

3.06 ptg. Tuan Wilfred Madius Tangau [Tuaran]: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Saya juga ingin turut mengambil bahagian dalam perbahasan Bajet 2003 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Teras utama Bajet 2003 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ialah bahawa pembangunan ekonomi Malaysia seterusnya mulai tahun 2003 ini akan dijana oleh pelaburan dan aktiviti perniagaan tempatan. Teras ini disifatkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebagai satu lagi permulaan baru bagi Malaysia. Ini adalah permulaan baru sebab Malaysia akan membangun tanpa terlalu bergantung kepada FDI sebagai penjana ekonomi. Teras Bajet 2003 ini juga memperkenalkan empat strategi dan 24 program perlaksanaan dan kita berharap kita akan berjaya menjana pertumbuhan ekonomi dengan kekuatan pelaburan dan aktiviti perniagaan tempatan. Walaupun strategi-strategi dan program-program yang diperkenalkan dalam Bajet 2003 ini telah dihuraikan dengan panjang lebar, dengan begitu jelas, tetapi pihak pembangkang masih lagi berpura-pura tidak faham dengan teras baru kerajaan ini. Mereka terus mengheboh-hebohkan penurunan Malaysia daripada tahap 2 kepada 25, dalam FDI confidence index Amerika. Sebenarnya langkah kerajaan untuk memperkenalkan teras baru dalam pembangunan ekonomi Malaysia ini telah mengambil kira persekitaran ekonomi dunia yang tidak menentu termasuklah dalam soal daya saing negara kita dalam menarik pelaburan FDI. Kita harus menerima hakikat bahawa we are not in control of what others might perceive us to be, and we are not in control of world event, dengan izin. Sebab itulah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menjelaskan bahawa kita kena teruskan kesinambungan kemakmuran ekonomi negara kita dengan kekuatan pelaburan dan kegiatan perniagaan tempatan. Sistem penyampaian kerajaan serta keseluruhan institusi dan organisasi sektor swasta mempunyai peranan yang amat penting untuk memastikan kejayaan strategi-strategi dan program-program baru yang diperkenalkan ini. Teras baru pembangunan ekonomi Malaysia ini juga memerlukan sokongan yang padu daripada setiap lapisan rakyat Malaysia dan rakyat harus menghindari diri mereka daripada dihasut oleh pihak-pihak yang berkepentingan sendiri. Aset terpenting negara ialah kekuatan sumber manusia. Dan kejayaan teras baru dalam pengurusan ekonomi makro Malaysia ini bergantung kepada keupayaan dan keterampilan setiap lapisan masyarakat Malaysia tidak kira di bandar ataupun di desa. Keprihatinan kerajaan dalam soal ini terbukti dengan peruntukan sebanyak 27% daripada keseluruhan peruntukan pembangunan yang diberikan kepada Kementerian Pendidikan. RM621 juta kepada Kementerian Sumber Manusia, RM410 juta untuk tujuan latihan kepada Kementerian Belia dan Sukan dan RM325 juta untuk tujuan latihan dan kemahiran kepada Kementerian Pembangunan Usahawan. Tuan Yang di-Pertua, golongan yang perlu diperkasakan dalam penjanaan pertumbuhan ekonomi negara kita ialah usahawan-usahawan dan peniaga-peniaga kecil dan sederhana. Untuk itu kerajaan telah memberi insentif cukai dan penurunan cukai korporat sebanyak 8% untuk industri kecil dan sederhana dan kita mengalu- alukan langkah kerajaan ini. Untuk memperkasakan lagi usahawan-usahawan dan para peniaga kecil dan sederhana ini, saya ingin mencadangkan supaya kerajaan mempertimbangkan untuk mewujudkan tabung khidmat runding cara perniagaan ataupun business consultancy services, dengan izin, di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan untuk tujuan berkhidmat runding cara dan nasihat perniagaan kepada para usahawan dan peniaga kecil dan sederhana bumiputera. Kalau kerajaan boleh mengadakan pinjaman modal serta program latihan kepada para peniaga bumiputera, barangkali masa sudah tiba untuk kerajaan memberi pula bimbingan kepada usahawan dan peniaga kecil bumiputera daripada segi idea, pengurusan keusahawanan dan ilmu perniagaan dan perdagangan. Tuan Yang di-Pertua, seperti juga dalam bidang sukan, di mana para atlet memerlukan jurulatih, malah atlet yang terbaik pun memerlukan juru latih, maka saya fikir para pemain ekonomi seperti usahawan dan peniaga juga memerlukan jurulatih

DR.2.10.2002 47

ataupun pembimbing. Saya difahamkan bahawa kalangan bumiputera yang tidak berjaya dalam perniagaan adalah mereka yang tidak mempunyai pelan perniagaan dan pelan pemasaran. Kerajaan boleh membantu golongan ini dengan melantik syarikat- syarikat perunding swasta yang berpengalaman untuk membantu usahawan dan peniaga kecil dan sederhana bumiputera untuk bersama-sama menyediakan pelan perniagaan dan pelan pemasaran dan sebagainya. Kita bersetuju dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bahawa lambat laun “tongkat” yang diberikan kepada bumiputera dalam bentuk bantuan dan subsidi akhirnya akan dibuang barangkali setibanya tahun 2020. Walau bagaimanapun, oleh kerana kita ini adalah pemain baru dalam arena perniagaan dan perindustrian, maka kita masih memerlukan handicap. Justeru itu, kita memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar. Sebab itulah kita memerlukan khidmat runding cara perniagaan. Kita akui bahawa mahaguru perniagaan yang terbaik ialah pengalaman berniaga. Tetapi untuk memulakan dan meneruskan perniagaan secara berwibawa, kita perlukan peluang dan bimbingan untuk menyediakan pelan perniagaan dan pelan pemasaran serta memupuk nilai-nilai budaya niaga yang positif. Dengan ini barulah bumiputera dapat memanfaatkan modal teroka yang disediakan oleh kerajaan dengan sepenuhnya. Tuan Yang di-Pertua, semasa Bengkel OPP3 dan Rancangan Malaysia Kelapan anjuran Institute for Indigenous Economy Progress Sabah (Indep) dan kerjasama Dayak Graduate Association yang diadakan di Kuala Lumpur pada bulan Jun tahun ini, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah memberi nasihat kepada masyarakat bumiputera Sabah dan Sarawak bahawa “You have to help yourselves in order for the government to help you,” dengan izin. Beliau juga telah menyatakan komitmen Kerajaan Barisan Nasional untuk memberi special attention kepada bumiputera Sabah dan Sarawak dalam soal penyertaan dalam bidang perniagaan dan perindustrian dan juga dalam hal pembasmian kemiskinan. Saya berasa yakin dan percaya bahawa komitmen Yang Amat Berhormat Perdana Menteri itu terus berada di hati sanubari beliau. Kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, kami menyatakan sekali lagi a big thank you for you Sir for the commitment and we would be most greatful should the bumiputera Sabah and Sarawak be given special attention in this Buget 2003 within the spirit of OPP3 and the 8th. Malaysia Plan, dengan izin. Sebenarnya, Tuan Yang di-Pertua, bumiputera Sabah dan Sarawak bukanlah meminta layanan khas daripada kerajaan. Sebab apabila Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menyatakan cabaran yang dihadapi oleh petani tradisi dan nelayan dalam Bajet 2003, maka teringatlah kita dengan nasib masa depan para petani tradisi, suku-suku kaum bumiputera yang ada di Sabah dan Sarawak seperti Iban, Bidayuh, Bajau, Kadayan, Melanau, Murut, Kadazandusun, Rungus, Orang Sungai, Kenyah, Kelabit, Kayan, Bisayah, Lundayeh, dan sebagainya seperti mana yang disebut dan ditulis dalam dokumen OPP3 dan Rancangan Malaysia Kelapan. Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas kejayaan Kerajaan Persekutuan untuk mengurangkan kadar kemiskinan negara daripada 8.7% pada tahun 1995 kepada 6% pada tahun 2000. Kita juga mengalu-alukan pelbagai program yang dicadangkan pembasmian kemiskinan yang diperkenalkan dalam Bajet 2003 ini. Dalam kesempatan ini, Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sama ada pihak kerajaan telah memulakan penyiasatan dan penyelidikan terhadap ketermiskinan di kalangan bumiputera minoriti di Sabah dan di Sarawak seperti mana yang disarankan dalam dokumen OPP3 dan Rancangan Malaysia Kelapan. Dan apakah pula program-program khusus yang telah dan akan dilaksanakan untuk mengatasi kemiskinan di kalangan masyarakat tersebut. Tuan Yang di-Pertua, penyelidikan secara umum telah membuktikan bahawa golongan yang termiskin di Sabah dan Sarawak akhir ini adalah di kalangan petani tradisi padi bukit. Kita juga mengalu-alukan peruntukan sebanyak RM200 juta untuk pembinaan infrastruktur pendidikan di luar bandar Sabah dan Sarawak. Peruntukan ini sememangnya amat menggembirakan kepada Sabah dan Sarawak yang mempunyai keluasan hampir 60% daripada keseluruhan tanah negara kita Malaysia dan ditambah pula dengan keadaan muka bumi yang berbukit bukau dan sudah tentulah amat memerlukan peruntukan seperti mana yang dicadangkan di dalam Bajet ini.

48 DR.2.10.2002

Keterbelakangan dalam kemudahan asas di luar bandar di Sabah selama ini, adalah disebabkan oleh kerana Sabah lebih banyak berpolitik daripada memikirkan soal pembanguan luar bandar. Jadi apabila sahabat saya daripada Sipitang pada pagi ini menyatakan, keperluan-keperluan pembekalan elektrik luar bandar, bekalan air dan sebagainya, pihak pembangkang ketawa menyatakan inilah Barisan Nasional belum lagi buat dan sebagainya tetapi mereka lupa bahawa Sabah ini bukan kecil dan bolehlah lihat perangkaan yang ada dalam maklumat perangkaan Malaysia ini, bahawa negeri Sabah ini keluasan adalah 76,000 kilometer persegi dan dengan keadaan muka buminya berbukit-bukau tentulah mengambil masa untuk menyediakan kemudahan- kemudahan tersebut. Walau bagaimanapun, kita sebagai wakil rakyat yang prihatin, kita hendaklah bersedia menyatakan perkara-perkara itu di Dewan yang mulia ini. Tuan Yang di-Pertua, syukurlah sekarang di Sabah ini pembangkang sudah semakin lemah dan lesu. Apatah lagi apabila bekas pembangkang PBS telah akhirnya meyakini kebaikan-kebaikan Kerajaan Barisan Nasional dan akhirnya memasuki kita dan semalam bila Yang Berhormat daripada Bandau menyatakan bahawa selama 8 tahun beliau berhujah tentang pendaftaran memberi kad pengenalan kepada orang- orang di pedalaman dan akhirnya apabila dia masuk Barisan Nasional cuma beberapa bulan sahaja perkara itu telah diambil tindakan. Dato' Ahmad Zahid bin Hamidi: [Bangun] Tuan Wilfred Madius Tangau: Ini bererti bahawa lebih baik kita bekerjasama, berunding bersama-sama berkongsi daripada kita berteriak di luar. Ya, silakan. Dato' Ahmad Zahid bin Hamidi: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin minta penjelasan daripada sahabat saya Yang Berhormat bagi Tuaran. Kalau pembangkang telah menyedari hakikat bahawa Kerajaan Barisan Nasional di Sabah telah begitu mantap, kukuh dan mungkin tidak ada keperluan untuk mewujudkan pembangkang di Sabah. Dalam pilihan raya Gaya nanti, kalau hasrat dua parti DAP dan Keadilan mahu meletakkan calon, adakah Yang Berhormat berpendapat bahawa mereka hanya berniat untuk kacau daun sahaja atau ada niat tersembunyi yang mahu mereka lontarkan kepada orang-orang di Gaya. Tuan Wilfred Madius Tangau: Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Bagan Datok dan saya fikir mereka tidak akan membuat apa-apa impaklah, apatah lagi mereka ini sudah berpecah belah, ya. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin teruskan. Satu lagi perkara yang telah menyebabkan Sabah terkebelakang dalam pembangunan ialah kita di Sabah sibuk menangani permasalahan kewujudan kegiatan illegal di Sabah seperti illegal immigrant, illegal logging, kegiatan sindiket, pemalsuan kad pengenalan, Borang IMM13, sijil beranak, illegal gambling dan illegal fish bombing. Kerajaan telah menggunakan banyak masa, kewangan dan tenaga untuk mengatasi kegiatan illegal tersebut. Malah dalam Bajet 2003 ini kerajaan telah menambah peruntukan sebanyak RM133 juta daripada hanya RM60 juta dalam tahun 2002 untuk mengatasi masalah illegal immigrant sahaja di seluruh negara. Mudah-mudahan masalah illegal ini dalam apa juga bentuk akan dapat diatasi dalam masa yang terdekat supaya kita dapat menumpukan perhatian kita untuk membangun ekonomi negara kita. Kita juga bersyukur atas langkah kerajaan mengusir (PTI) pendatang tanpa izin daripada negara kita termasuk di negeri Sabah. Kita mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada Kerajaan Barisan Nasional atas langkah-langkah menghantar PTI tersebut. Tuan Yang di-Pertua, kita merasa amat kesal dengan tindak tanduk beberapa senator dan congressmen daripada Republik Filipina dan penggubal undang-udang daripada Republik Indonesia yang cuba memburuk-burukkan tindakan Kerajaan Malaysia tersebut. Kepada para senator dan congressmen Republik Filipina itu, kita meminta mereka semua jangan mengaitkan soal tuntutan Filipina ke atas Sabah dengan hal-hal yang berkaitan dengan penghantaran balik PTI Filipina daripada Malaysia. Kita rakyat Malaysia daripada Sabah akan menentang habis-habisan tuntutan Filipina tersebut [Tepuk] Rakyat Malaysia di Sabah tidak rela dituntut oleh sebuah negara yang tidak dapat menjaga kebajikan rakyatnya sendiri, negara yang tidak

DR.2.10.2002 49

mempunyai ketenteraman awam, negara yang tidak aman dan negara yang tidak stabil. Kita lebih jauh seribu kali bagus berada di negara kita Malaysia. [Tepuk] Namun demikian, Tuan Yang di-Pertua, kita harus mengambil iktibar ke atas perkara-perkara yang perlu dibaiki dan perlu diperhalusi. Kerajaan haruslah mengambil tindakan terhadap perkara-perkara yang boleh disalah ertikan oleh pihak-pihak tertentu terutama sekali negara jiran kita. Misalannya, Tuan Yang di-Pertua, dalam soal kewujudan sindiket pemalsuan kad pengenalan. Kerajaan perlu tangani perkara ini dengan segera dan yang lebih penting lagi ialah bagaimanakah kerajaan dapat membanteras pendatang tanpa izin yang memiliki kad pengenalan palsu daripada mendapat dokumen kewarganegaraan ini Tuan Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: [Bangun] Tuan Yang di-Pertua: Ya. Tuan Wilfred Madius Tangau: Sebentar, sebentar ya. Kita terima penjelasan Timbalan Menteri Dalam Negeri dalam hal ini, bahawa beliau berkata No Mykad is illegal, they are all genuine, dengan izin. Memang benar, barangkali memang benar, tetapi masalahnya ialah pemilik Mykad itu barangkali pendatang tanpa izin, yang dulunya memiliki kad pengenalan palsu. Tuan Yang di-Pertua, saya sendiri sebagai Ahli Parlimen telah membuat satu laporan polis tentang 73 orang yang dikenali sebagai pendatang tanpa izin di Kampung Kota, Keningau tetapi mempunyai Mykad. Perkara ini telah diketahui apabila Ops Nyah Bersepadu telah membuka kawasan setinggan dan didapati penghuni-penghuninya mempunyai Mykad. Silakan. Tuan Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Terima kasih Yang Berhormat dan Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak bertanya Yang Berhormat pada masa sekarang kerajaan masih membayar kalau tidak salah saya RM6,000 kepada Kesultanan Sulu. Adakah Yang Berhormat bersetuju oleh kerana di bawah undang- undang international law, kalau kita masih akur dengan pembayaran ini dan berterusan membayar ini kepada Kesultanan Sulu itu telah menunjukkan satu ciri-ciri yang menunjukkan bahawa kita masih ada sangkut paut dengan Kerajaan Filipina dan Sulu. Macam mana pandangan patutkah kita hapuskan pembayaran ini dan jangan bayar lagi. Tuan Wilfred Madius Tangau: Terima kasih. Saya bersetuju tetapi perkara ini sudah berada ditangan International Court of Justice dan mudah-mudahan saya difahamkan pada bulan Oktober ini keputusan International Court of Justice berhubung dengan tuntutan Indonesia terhadap Sipadan dan Ligitan di mana Kerajaan Filipina juga telah cuba-cuba menuntut Sipadan, Ligitan dengan alasan bahawa mereka ini menuntut negeri Sabah. Jadi mudah-mudahan bulan Oktober, mudah-mudahan kalau negara kita menang, bererti tuntutan habislah. Jadi apabila habis tuntutan negara Filipina itu tidak perlu lagi bayaran RM5,000 tiap-tiap bulan. Terima kasih, Sultan Sulu [Ketawa] Saya teruskan, Tuan Yang di-Pertua. Timbalan Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara Sabah dalam respons beliau terhadap Mykad yang dipunyai oleh 73 orang pendatang tanpa izin itu menyatakan Mykad itu genuine. Tapi persoalan yang berada di hadapan kita bagaimana mereka ini mendapat Mykad itu, bagaimana? Itu persoalan kita. Dalam hal ini Tuan Yang di-Pertua, seperti mana yang dinyatakan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri tempoh hari kita mempunyai keyakinan tinggi terhadap kemampuan Kementerian Dalam Negeri khususnya pihak polis untuk menyiasat dan kita berharap supaya siasatan rapi dibuat tentang perkara ini supaya kita dapat mempertingkatkan lagi keyakinan rakyat, keyakinan masyarakat antarabangsa tentang soal the rule of law, kedaulatan undang-undang di negara kita. Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, minta gulung ya. Tuan Wilfred Madius Tangau: Okey, Tuan Yang di-Pertua, satu point lagilah. Tuan Yang di-Pertua, tindakan Kanada yang tiba-tiba mengenakan visa kepada rakyat Malaysia baru-baru ini amat dikesali. Kita merasa terkilan mengapa Kanada tiba-tiba mengadakan peraturan visa kepada rakyat Malaysia. Mereka menuduh Malaysia

50 DR.2.10.2002 sebagai mempunyai sistem pengeluaran pasport yang agak longgar. Kita bersetuju dan amat bersetuju dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bahawa kalau benarlah tuduhan Kanada ini, kenapa pula baru sekarang pihak Kanada ini bertindak. Jadi, Tuan Yang di-Pertua, perkara ini juga kita kena ambil iktibar. Saya berharap pihak Kanada ini tidak mengambil contoh daripada beberapa kakitangan Jabatan Pendaftaran Negeri Sabah dan individu Sabah yang telah ditangkap di bawah ISA suatu ketika dulu kerana terlibat dalam sindiket pemalsuan kad-kad pengenalan. Kita berharap kad-kad pengenalan palsu yang telah dibuat oleh sindiket ini tidak sampai ke tahap memohon dan membuat pasport antarabangsa pula. Dalam soal ini sekali lagi Tuan Yang di-Pertua, dengan tindakan yang lebih tegas terhadap perkara–perkara seperti ini maka dapatlah kerajaan kita mempertingkatkan lagi imej negara kita di peringkat antarabangsa. Dengan kata-kata demikian, Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyokong. Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua: Jerlun. 3.27 ptg Drs. Haji Abu Bakar bin Othman [Jerlun]: Bismilaahir Rahmaanir Rahiim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih di atas kesempatan yang diberikan kepada saya untuk turut membahaskan Belanjawan 2003 atau istilah baru yang diguna pakai 'Bajet 2003' dalam keadaan Menteri Kewangan selsema. Kita takut bajet ini jadikan rakyat batuk dan demam tidak kebah. Tuan Yang di-Pertua, apabila Ketua Pembangkang mengumumkan bahawa ia akan membentangkan Bajet Alternatif bagi pihak BA, riuh rendah kecaman yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin UMNO dari bawah sampai ke atas, di mana Perdana Menteri terus memperlekehkan cadangan tersebut kerana katanya hanya Kerajaan Barisan Nasional sahajalah yang mampu memberi kemakmuran kepada rakyat. Tuan Yang di-Pertua, kita tidak mempertikaikan apa yang mereka kata tetapi mereka telah menggunakan hak mereka untuk mengkritik, walaupun cadangan tersebut masih belum dibentangkan. Sepatutnya perhatikan terlebih dahulu sehingga dibentangkan barulah kemudian dibandingkan. Apabila didapati ada yang baik maka ambillah yang terbaik sekalipun daripada pihak lawan politik. Apa yang digusarkan ialah terdapat di antara pimpinan politik Barisan Nasional sudah membuat andaian bahawa Barisan Nasional sahajalah yang mampu mentadbirkan negara ini dan dengan itu telah menggunakan kuasa mereka untuk menolak atau menghalang kritikan-kritikan atau cadangan-cadangan yang membina yang datang daripada parti ataupun daripada pihak Barisan Alternatif. Sepatutnya pimpinan UMNO open-minded, sepatutnya kita harus faham bahawa ulasan dan perbezaan pendapat menjadi sebahagian daripada peluang rakyat untuk mengikuti dan memahami masalah pentadbiran negara yang mana dengan itu barulah mereka boleh membuat ketentuan untuk membuat pilihan yang tepat dan terbaik dalam pilihan raya yang akan datang. Proses ini sepatutnya berjalan terus menerus dan bukan hanya dihadkan untuk masa kempen sahaja yang biasanya tidak pun sampai dua minggu. Tuan Yang di-Pertua, sikap pimpinan UMNO semakin hari semakin kasar terhadap suara-suara kritikan pembangkang. Mereka begitu angkuh dan bertujuan mencengkam pembangunan minda dan pemikiran rakyat terutama sekali mengenai kepincangan-kepincangan salah guna kuasa dan korupsi yang begitu lumrah berlaku sekarang ini dengan cara yang begitu canggih secanggih perkembangan dunia IT di zaman globalisasi sekarang ini. [Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah] mempengerusikan Mesyuarat] Tuan Yang di-Pertua, contoh yang baik ialah paparan bajet Barisan Alternatif yang menekankan tentang perlunya pengguna ataupun rakyat berbelanja untuk merancakkan perkembangan ekonomi yang sedang malap sekarang ini. Dengan itu penekanan dianjurkan untuk menaikkan gaji ataupun saraan hidup kepada tahap yang lebih tinggi supaya kakitangan kerajaan dapat berbelanja dan dengan itu akan juga

DR.2.10.2002 51

mempengaruhi majikan dan kakitangan swasta. Ini bukan perkara baru, bagi yang faham sistem ekonomi telah menjadikannya sebagai prinsip setelah mana melalui pengecaman dan pemerhatian di kalangan beberapa negara di dunia ini. Di antara resipi untuk merancakkan ekonomi ialah menjadikan tempat destinasi pelancongan dengan menyediakan tempat penginapan berbagai kelas dengan murah. Juga dengan terdapatnya berbagai jenis hidangan dan makanan yang menyelerakan dengan harga-harga murah, berpatutan dan bersih. Pihak berkenaan pula menyediakan tempat-tempat berniaga yang kecil cara kecil, besar cara besar dengan tempat strategik dan sewa yang murah. Dengan itu rakyat tempatan dan pelancong sama ada dari dalam atau luar negeri dapat bertemu dan berinteraksi serta ramah mesra. Jika rakyat tempatan menunjukkan sifat terbuka dan ramah mesra maka akan ramailah pelancong ingin datang dan datang lagi berkali-kali. Tuan Yang di-Pertua, inilah yang dikatakan bulan sentiasa terang benderang di Kelantan dan tidak gerhana seperti yang ditayangkan oleh televisyen dengan niat yang tidak baik terhadap negeri Kelantan. Pimpinan UMNO juga berhujah bahawa kerajaan telah berbelanja berbilion ringgit untuk membina segala keperluan dan kemudahan asas, mereka juga berpandukan kepada prinsip ekonomi bahawa di masa muram perbelanjaan sedemikian boleh menyemarakkan pertumbuhan ekonomi. Tuan Yang di-Pertua, kita tidak menafikan prinsip-prinsip tersebut tetapi masalah sebenar negara pada hari ini ialah pelaksanaan prinsip tersebut tidak dirasa kesannya oleh majoriti rakyat biasa dan ekonomi terus malap kerana peredaran wang dalam pasaran semakin hari semakin kurang kerana mungkin ditelan oleh George Soros Malaysia. Tuan Yang di-Pertua, mungkin adalah disebabkan oleh kos projek mega telah digandakan di antara tiga hingga lima kali ganda di antara kos sebenar. Jika kos satu unit berharga RM1 ianya telah digandakan sehingga menjadi RM4 dan RM5. Kos seterusnya untuk satu unit ialah RM1 itulah yang dibelanjakan di pasaran termasuk membayar upah pekerja dan pembelian bahan-bahan keperluan dan inilah menjadikan bahan yang dikejar oleh rakyat melalui pekerjaan dan swasta. Kalau tenaga kerja juga diambil pekerja asing…. Tuan Husam bin Haji Musa: [Bangun] Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, ada yang berdiri Yang Berhormat, Yang Berhormat bagi Kubang Kerian. Hendak bagi jalan. Drs. Haji Abu Bakar bin Othman: Sila. Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Ha, sila. Tuan Husam bin Haji Musa: Tumpang tanya sikit, Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat bagi Jerlun. Tadi Yang Berhormat ada sebut tentang kos pembinaan projek lebih tinggi. Adakah Yang Berhormat sedar kos untuk membina Putra LRT ialah RM150 juta satu kilometer sedangkan kos membina rel yang sama oleh KL Monorel hanyalah RM100 juta satu kilometer. Mengapakah RM50 juta satu kilometer berlaku perbezaan kos? Drs. Haji Abu Bakar bin Othman: Terima kasih di atas apa yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat bagi Kubang Kerian. Inilah yang menjadi tanda tanya majoriti rakyat. Perbezaan-perbezaan yang begitu ketara kenapa boleh terjadi demikian yang menjadikan rakyat tertanya-tanya dan hilang keyakinan terhadap kerajaan sekarang ini. Maka, dengan pembentangan belanjawan yang begitu rupa bukan tidak mungkin hal- hal yang sama terus berlaku. Perdana Menteri dok serang George Soros di luar negeri tetapi kita bimbang kalau dia dan beberapa orang konco-konconya menjadi George Soros dalam Malaysia ini. [Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, kalau tenaga kerja juga diambil pekerja asing sudah tentu upah tenaga pekerja lebih murah dan satu lagi sumber untuk membuat keuntungan atas kertas oleh majikan-majikan. Kos gandaan yang ditokok tambah akan ditarik oleh tokoh kroni yang dapat kontrak dan biasanya disalurkan ke luar negara kerana terlalu besar untuk dibelanjakan di dalam negeri. Tambahan pula apa yang diperoleh melebihi daripada apa yang diperlukan untuk saraan hidup beberapa individu sahaja. Sekarang jelas bahawa hujah yang digunakan oleh UMNO Barisan Nasional sungguh ganjil dan tidak menggambarkan yang sebenar. Mampukah kerajaan Barisan Nasional meyakinkan rakyat dengan hanya mengatakan mereka sahaja yang mampu

52 DR.2.10.2002 membawa pembangunan memajukan negara sedangkan apa yang mereka tidak beritahu ialah agenda yang tersirat mereka untuk mengaut dan menggelapkan sumber kewangan negara untuk kepentingan segelintir kroni pemimpin-pemimpin negara sahaja. Tuan Yang di-Pertua, kita daripada pihak pembangkang juga merasa bimbang dengan Bajet 2003 di mana peruntukan sebanyak RM203.1 juta yang diberikan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia yang melaksanakan program-program latihan dan pendidikan Islam, dakwah dan sebagainya akan menghadapi kegagalan kalau sekiranya program-program televisyen NTV7, Astro dan sebagainya tidak dikawal dengan sebaik-baiknya dan tidak disesuaikan dengan ajaran Islam yang sebenar sebagai mana yang diakui Malaysia adalah sebuah negara Islam tidak dikawal dengan sebaik-baiknya generasi muda kita akan menjadi mangsa, generasi muda kita akan rosak akhlak mereka. Tuan Haji Ismail bin Noh: [Bangun] Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, ada yang berdiri Yang Berhormat. Pasir Mas. Tuan Haji Ismail bin Noh: Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat. Setujukah atau tidak Yang Berhormat saya melihat perkembangan Islam di negara kita ini bukan makin hari makin berkembang tetapi makin hari makin merosot. Ramai di kalangan belia-belia kita yang tidak mengenal al-Quran ataupun masih dalam keadaan buta al-Quran dan amalan-amalan Islam tidak dilaksanakan sepenuhnya. Kita boleh lihat daripada fenomena ini maka kita dapat mengatakan bahawa perkembangan Islam dan dakwah Islamiah tidak berjalan dengan baik dan tidak dirangka dan dirancang dengan sebaik-baiknya yang sepatutnya ianya diberi keutamaan oleh pemerintah yang telah mengisytiharkan Malaysia sebagai negara Islam. Apakah Yang Berhormat bersetuju dengan pandangan saya. Drs. Haji Abu Bakar bin Othman: Terima kasih banyak kepada Yang Berhormat bagi Pasir Mas. Memang saya bersetuju malah bukan itu sahaja Malaysia yang mengakui sebagai sebuah negara Islam menganjurkan musabaqah membaca al- Quran sudah berapa puluh kali tetapi ada ahli-ahli akademik yang membuat kajian perkembangan Islam dengan beberapa program yang dijalankan oleh pihak kerajaan Malaysia ini dengan perkembangan maksiat itu nampaknya maksiat mungkar dan kerosakan akhlak di kalangan generasi muda, bohsia, bohjan, bohtua pun ada juga meningkat lebih laju daripada ajaran Islam yang hendak dikembangkan, penghayatan Islam yang hendak dicapai itu. Inilah yang menjadikan hal yang sangat malang mengatakan bahawa apa yang dilaungkan itu sebenarnya adalah merupakan pukulan tin kosong. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: [Bangun] Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Sri Gading berdiri Yang Berhormat, hendak beri jalan? Drs. Haji Abu Bakar bin Othman: Ya? Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Sri Gading berdiri. Drs. Haji Abu Bakar bin Othman: Ada masa lagi? Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Jangan tanya sayalah. Don’t ask me [Ketawa] Saya hanya bertanya Sri Gading berdiri hendak bagi jalan ataupun tidak. Drs. Haji Abu Bakar bin Othman: Kalau saya ada masa lagi saya boleh bagi laluan. Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Hendak bagi atau tidak bagi terus sahaja cakap. [Ketawa] Drs. Haji Abu Bakar bin Othman: Saya bagilah ini kawan saya baik. Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Ha, hendak bagi sila.

DR.2.10.2002 53

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat bagi Jerlun. Saya ikuti dengan penuh tenang ucapan perbahasan Bajet 2003 oleh Yang Berhormat bagi Jerlun. Tuduhan macam biasalah parti-parti pembangkang apabila atau ahli-ahli Yang Berhormat pembangkang asal bangun tuduhan, tuduhan demi tuduhan, biasalah kerana kalau tidak menuduh dan membuat pembohongan dan sebagainya bukan pula pembangkang kerana sifat yang dikenali pembangkang di Malaysia ini itulah. Rasuah dan sebagainya itu sudah jadi lumrah menuduh pemimpin UMNO, pemimpin kerajaan rasuah tetapi hendak dibuktikan tidak ada pula. Tuduhan – satu. Tentang perkembangan Islam kita bagi peruntukan untuk perkembangan Islam pun jadi salah. Kalau kita bagi peruntukan untuk mengembangkan Islam pun lagi agaknya lebih salah. Soal maksiat memang kita akuilah inilah sebabnya kita tidak berhenti-henti mendakwahkan penduduk Islam khususnya supaya kembali ke pangkal jalan, pegang kepada keimanan, membuat benda-benda yang disuruh oleh Allah, menjauhkan benda-benda yang dilarang oleh Allah. Inilah dakwah yang cuba kita terapkan kepada rakyat kita tetapi oleh sebab ialah satu macam…. Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Soalan Yang Berhormat. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Soal ini sebab kita begitu ramai dan kadang-kadang keilmuan itu berbeza-beza ini yang menyebabkan berlaku perkara- perkara di Kelantan dan Terengganu yang dikatakan negeri serambi Mekah pun tidak kurang maksiat. Walaupun PAS kata hendak menjalankan hukum Islam, hendak menjalankan cara pemerintahan Islam, membangun bersama Islam, maksiat pun menjadi-jadi. Saya dengar khabar dia punya penghisap dadah pun begitu tinggi, menakutkan. Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Soalan Yang Berhormat. Sudah panjang. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Jadi, saya ingin mendapatkan penjelasan daripada Yang Berhormat bagi Jerlun apakah Kelantan dan Terengganu boleh menunjukkan contoh kalau hendak bagi contoh-contoh yang baik. Kalau saya baca penyelewengan Kerajaan PAS di Terengganu dahsyat, lebih dahsyat lagi baru dua tahun sahaja memerintah. Drs. Haji Abu Bakar bin Othman: Terima kasih. Sebenarnya Yang Berhormat bagi Sri Gading ini dia tidak berapa celik. Baru sahaja PAS memerintah mengambil alih Kelantan tahun 1990, langkah utama ialah menutup premis judi dan arak. Cuba bagi memerintah Malaysia ini, benda-benda yang boleh merosakkan akhlak masyarakat langkah itu yang kita buat dulu. Kemudian dalam Bajet 2003 pun Perdana Menteri tidak ada sebut, Menteri Kewangan tidak ada sebut soal-soal hendak menaikkan cukai judi, arak dia tidak ada sebut, cuba perhatikan semula. Kemudian rasuah. Dalam Pilihanraya Kecil Gaya yang besok hari penamaan calon disebabkan apa? Rasuah kan? Itu yang saya kata tidak celik, ya, itu dia. Terima kasih [Ketawa] Tuan Haji Muhyidin bin Haji Abd. Rashid: [Bangun] Drs. Haji Abu Bakar bin Othman: Ada lagi? Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya masa Yang Berhormat saya beritahu ada dua minit lagi. Drs. Haji Abu Bakar bin Othman: Ya dua minit, tidak apa, saya bagi peluang sebelum saya habiskan. Tuan Haji Muhyidin bin Haji Abd. Rashid: Ya terima kasih Tuan Yang di- Pertua dan terima kasih Yang Berhormat bagi Jerlun. Saya hendak minta ulasan Yang Berhormat bagi Jerlun. Saya rasa Yang Berhormat bagi Sri Gading sudah berapa kali kita sebut, dia selalu cakap di Parlimen tidak ada fakta yang betul. Ini kenyataan Polis Diraja Malaysia Negeri Kelantan. Kadar jenayah di Kelantan turun menjunam. Di Terengganu 54% turun, di Kelantan turun tetapi setiap kali bercakap di Parlimen beritahu kadar jenayah naik.

54 DR.2.10.2002

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Yang Berhormat, bukan Yang Berhormat menjawab untuk Yang Berhormat bagi Sri Gading. Tuan Haji Muhyidin bin Haji Abd. Rashid: Ya, saya minta ulasan daripada Yang Berhormat bagi Jerlun tadi. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, jangan terkeliru Yang Berhormat [Ketawa] Sila. Drs. Haji Abu Bakar bin Othman: Terima kasih, terima kasih sahabat saya bagi Hulu Terengganu Tuan Yang di-Pertua. Dia di Terengganu, berjiran dengan Kelantan mengalami sendiri persoalan ini. Sri Gading jauh, Johor dekat dengan Singapura. Baiklah Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana masa bagi saya terhad, saya tutup dengan Hadis Nabi S.A.W yang mengatakan [Membaca sepotong Hadis] Ertinya, "Berikanlah ilmu secukupnya kepada anak-anakmu ilmu dunia dan ilmu akhirat kerana mereka dijadikan untuk hidup bukan di zaman kamu lagi" Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, tepat. Saya bagi Tampin dahulu. 3.47 ptg. Dato' Shaziman bin Abu Mansor [Tampin]: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Bismillaahir Rahmaanir Rahiim, saya ucapkan jutaan terima kasih kerana memberi saya peluang untuk turut menyumbang kepada perbahasan Bajet 2003 ini di peringkat dasar walaupun masa yang diperuntukkan cuma tinggal 20 minit. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atas pembentangan satu bajet pembangunan yang akan menukar transformasi ekonomi negara ini agar lebih menekankan kepada pembangunan permintaan dari dalam negara, satu aspek yang akan menjadikan Malaysia lebih, dengan izin, independent of outside influences, lebih-lebih lagi ketidakstabilan ekonomi dunia ekoran tindak-tanduk angkuh Amerika Syarikat dalam menangani isu keganasan dan Iraq. Malaysia baru sahaja menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke 45 pada 31 Ogos yang lalu dan walaupun tempoh ini adalah masih muda, kita sudah membuktikan kepada dunia betapa berjayanya program pembangunan kita. Malaysia kini adalah sebuah negara Islam yang membangun yang dipandang tinggi oleh dunia luar, baik dari segi kejayaan ekonominya, dasar kesamarataan pembangunannya mahupun keluhuran kita dalam dasar luar negara kita. Ini semua menjadikan Malaysia sebuah negara yang dinamik yang dijadikan contoh kejayaan kepada negara-negara yang membangun yang lain. Tuan Yang di-Pertua, kejayaan Malaysia bukanlah sahaja kejayaan dasar kerajaan. Akan tetapi adalah kejayaan semua rakyat negara ini. Ini kerana walau sebaik mana sekalipun dasar kerajaan itu jika ianya tidak disokong oleh rakyat, sudah pastinya segala dasar itu hanyalah perkhabaran yang indah sahaja tetapi kosong tidak berisi. Rakyatlah yang menentukan tenggelam timbulnya bahtera merdeka ini dan ketika itu rakyat perlulah bersatu dan berpadu tenaga dalam satu hala tuju yang sama. Faktor perpaduan inilah yang menjadikan Malaysia ini begitu unik di mana sebuah negara yang mempunyai kepelbagaian latar belakang masyarakatnya boleh membangun begitu pesat di dalam keadaan yang aman dan makmur. Selama 45 tahun kemerdekaan ini, pelbagai rintangan telah kita tempuhi dan kita telah berjaya menangani pelbagai konflik yang berbaur perkauman dengan semangat kerjasama dan setia kawan yang dipelopori oleh Kerajaan Barisan Nasional [Tepuk] Tuan Yang di-Pertua, memang kita sudah berjaya mewujudkan satu kestabilan politik yang menjana pertumbuhan ekonomi dengan begitu baik sekali di negara ini. Akan tetapi perpaduan bukanlah satu isu yang boleh kita pandang remeh sahaja. Kejadian di Kampung Medan tidak berapa lama dahulu mengingatkan kita bahawa di sebalik kejayaan mewujudkan satu bentuk perpaduan yang baik, sentimen perkauman masih ada di kalangan segelintir masyarakat kita terutama yang merasakan diri mereka tersisih oleh pembangunan pesat negara ini. Jadi wajarlah sekiranya di sini kita

DR.2.10.2002 55

mencari jalan untuk mengukuhkan lagi perpaduan dan memantapkan integrasi nasional agar mewujudkan satu generasi bangsa Malaysia yang bersatu padu di negara ini. Tuan Yang di-Pertua, ‘kalau hendak melentur buluh itu biarlah dari rebungnya.’ Pendidikan adalah satu instrumen terbaik di dalam mewujudkan perpaduan dan integrasi nasional yang telah saya sebut tadi. Ini kerana sepanjang hayat kita, kita akan melalui pendidikan baik di peringkat prasekolah, rendah, menengah dan tinggi. Keempat-empat aras pendidikan ini adalah satu medan yang bagi saya amat baik untuk kita memupuk integrasi nasional ini. Ini kerana menerusi kejituan falsafah pendidikan negara, kita akan dapat membangunkan satu generasi muda yang saling mengenali, memahami antara satu sama lain dan mewujudkan toleransi sesama rakyat. Apa tidaknya, di sekolahlah tempat di mana kita paling awal sekali berinteraksi dengan rakan sebaya kita yang mungkin datang dari rumpun kaum dan latar belakang yang sungguh berbeza dengan kita. Tuan Yang di-Pertua, kita telah pun menetapkan di dalam Dewan yang mulia ini agar pendidikan berwajib dikenakan kepada seluruh rakyat Malaysia. Ini bukanlah hanya bertujuan untuk memastikan dengan izin, a minimum education standard untuk rakyat, akan tetapi juga membolehkan rakyat bercampur gaul di antara satu sama lain dari peringkat yang paling rendah. Mengapa ini dilakukan? Kerana kerajaan sedar tanpa pendedahan kepada satu sama lain, kita tidak akan memahami latar belakang dan adat resam orang itu dan sudah tentunya tidak akan dapat menghormatinya. Ah Seng mungkin tidak tahu Ahmad tidak boleh pegang anjing dan Samy tidak makan daging. Begitu juga Ahmad mungkin tidak tahu Ah Seng tidak reti makan dengan tangan dan Samy suka makan capati. Ini hanyalah contoh-contoh mudah dan yang realistik. Sekiranya kita gagal menemukan mereka ini, bagaimanakah mereka ini hendak berkenalan dan memahami antara satu sama lain dan menghormati agama serta budaya sesuatu kaum. Saya merasakan bahawa zaman persekolahan adalah satu-satunya zaman di mana hati anak-anak kita boleh terbuka kepada konsep baru seperti pergaulan antara kaum dan toleransi. Kalau umur lebih 50 tahun baru hendak diajar macammana hendak bergaul, sudah terlambat. Maklum sahajalah rumah pun sudah suruh pergi dan kubur pun sudah kata mari. Jika dilihat negara-negara lain yang mempunyai komposisi kaum majmuk, kita dapat melihat bagaimana rapuhnya perpaduan mereka di mana akan sering berlaku pergaduhan, persengketaan dan sebagainya, realitinya masih ramai yang tidak sedar, perpaduan inilah aset utama mengapa kita ada di sini hari ini. Tanpanya Malaysia sudah lama merudum mungkin seperti Indeks Dow Jones pada hari ini. Tuan Yang di-Pertua, saya tidak faham apakah isu yang cuba dipolitikkan oleh sesetengah pihak termasuk rakan-rakan kita yang budiman dari pihak pembangkang di dalam menolak penubuhan sekolah wawasan. Mereka seolah-olah mempersoalkan kewibawaan dan kesetiaan rakyat Malaysia di dalam isu ini. Kata mereka sekolah wawasan akan menghilangkan identiti bangsa itu. Wahai kawan-kawanku, ini bukan pentas untuk berpolitik, ini adalah tempat untuk kita mencari jalan bagaimana hendak memantapkan pembangunan negara. Sebenarnya pihak pembangkanglah yang mempraktikkan polarisasi perkauman tetapi UMNO dan Barisan Nasional pula yang kena tuduh [Tepuk] Ini bukan satu penipuan dan tidak adil Tuan Yang di-Pertua, tetapi adalah satu pembohongan yang cuba mengaburi mata rakyat terhadap kegagalan mereka untuk mewujudkan satu barisan alternatif yang berwibawa. Bajet pun pakai bajet orang lain, sudah ketandusan idea, begitulah agaknya. Mereka ini mempergunakan, dengan izin, ignorance sesetengah pertubuhan seperti Dong Zhong dan Dong Jiao Zhong untuk mencapai matlamat politik anti perpaduan mereka. Bagi mereka, dasar devide and rule yang ditinggalkan kolonis Barat kepada negara ini adalah cara yang paling berkesan untuk mereka mempopularkan diri mereka. Mereka menuduh kerajaan cuba merobohkan keutuhan rakyat masyarakat Cina menerusi program sekolah wawasan ini. Apa yang hendak kita robohkan? Kita hendak bina sekolah baru yang lebih canggih, cantik dan besar dari sekolah yang ada sekarang ini, itu pun tidak baik. Adakah mereka ini hendak dibiarkan sampai ada yang cedera sebab sekolah runtuh atau roboh baru hendak buat pembaharuan? Inilah yang saya kesali terhadap politik murahan pembangkang. Di manakah bukti mereka bahawa sekolah wawasan ini akan menghilangkan identiti kaum, di mana? Lihat sahaja sekolah wawasan yang telah ditubuhkan di Subang Jaya. Adakah anak-anak yang dihantar ke sekolah itu bertukar selepas menjalani persekolahan cara

56 DR.2.10.2002 baru ini? Orang Cina tidak ada yang masuk Melayu atau tukar agama jadi Muslim. Orang Melayu tidak ada pula lupa Bahasa Melayu dan tukar agama menjadi Cina. Malah orang India juga tidak ada tiba-tiba balik rumah tidak hendak makan kecuali pakai chopstick. Semua ini menunjukkan bahawa sekolah wawasan tidak akan mengubah sesuatu kaum itu. Tuan Yang di-Pertua, inilah igauan buruk yang cuba digambarkan oleh pembangkang tetapi kita telah membuktikan sebaliknya. Malahan saya berkeyakinan menerusi sekolah wawasan ini kita dapat mempelajari kelebihan-kelebihan sistem pendidikan berbeza wujud di sekolah kebangsaan, sekolah Cina dan Tamil agar dapat memantapkan lagi sistem pendidikan negara ini. Itu kalau dituduh tidak baik, saya tidak tahu apa lagi yang baik pada kawan kita di sebelah sana. Janganlah bongkak dan sombong sampai tidak hendak dengar penjelasan sebenar tentang isu sekolah wawasan ini. Mereka ini begitu gah bermain dengan api. Ingat hendak bakar sekolah wawasan tetapi yang terbakar muka sendiri. Itulah kalau sikap kita macam ada such mentality takut kerana rasa diri kita terkepung, jadi kita sanggup gadaikan rumah kita dan membesarkannya supaya kita boleh lebih maju ke depan. Tuan Yang di-Pertua, kita ada dengar masalah penempatan di IPT terutama bagi sesetengah pelajar yang enggan berkongsi bilik dengan rakan yang bukan sebangsa atau seagama dengannya. Kata mereka haram, tidak bolehlah, kotorlah, susah hendak sembahyang dan sebagainya. Hakikatnya ialah mereka ini tidak pernah didedahkan kepada pergaulan sesama rakyat di peringkat terendah sekali. Mereka tidak diasuh dari kecil untuk menghormati kepercayaan dan pegangan kaum lain. Bagi mereka hanya cara mereka yang paling baik. Yang menghairankan bila guna tandas awam, pengangkutan awam, tempat-tempat keramaian boleh pula bersama-sama. Oleh kerana ini kita mestilah mewujudkan kesedaran dan semangat setia kawan sesama rakyat pelbagai kaum di negara ini di peringkat terawal lagi dan sekolah wawasanlah medan yang terbaik untuk melaksanakannya. Malah sekolah wawasan dapat menjimatkan kos pembangunan sekolah baru, perolehan tanah dan kawasan yang diperlukan untuk sekolah. Penjimatan ini dapat digunakan untuk memantapkan sistem pendidikan kita termasuklah menambah bilangan guru-guru di sekolah-sekolah wawasan. Tuan Yang di-Pertua, buat apa hendak gembar-gembur tolak benda yang baik. Ini kerja orang gila sahaja, gila apa saya tidak payah hendak bahas di sini. Apa yang penting ialah supaya kerajaan tidak gentar dengan pemikiran kolot golongan yang terpinggir ini. Bagi mereka kuasa dan pengaruh mereka akan hilang sekiranya rakyat dapat bersatu padu sebagai satu bangsa Malaysia, kerana pada waktu itu politik perkauman yang mereka sendiri canangkan dari dahulu sudah tidak berlaku lagi. Cheap sale pun sudah tidak ada gunanya. Saya menyokong penuh pewujudan sekolah wawasan ini sebagai pemangkin kepada perpaduan dan integrasi nasional dan menjamin pembangunan satu bangsa Malaysia yang dinamik dan bersatu hati. Janganlah tunduk kepada golongan ini. Mereka sebenarnya adalah pengkhianat kepada kemakmuran negara dan mestilah kita dedahkan agenda sebenar mereka. Tuan Yang di-Pertua, peluang pendidikan di negara ini adalah di antara yang terbaik di dalam dunia. Kita mempunyai pelbagai bidang yang boleh diceburi yang mana dapat digunakan dalam alam pekerjaan nanti. Akan tetapi saya ingin tahu apakah perancangan jangka panjang kerajaan untuk meningkatkan pengetahuan teknikal dan saintifik kita agar dapat memantapkan lagi sistem pendidikan negara ini. Dalam konteks ini, saya ingin tanyakan apakah perancangan kerajaan untuk mewujudkan biovalley di negara ini selaras dengan aspirasi kita untuk membangunkan bidang bio teknologi di Malaysia. Saya telah dimaklumkan bahawa pembangunan industri bio teknologi semakin pesat berkembang di dunia dan akan menjadi satu bidang perniagaan baru yang maju dan bernilai tinggi hingga ke ratusan bilion Dolar Amerika di dalam jangka masa lima hingga sepuluh tahun lagi. Ini kerana bidang bio teknologi ini ada kaitannya dengan kajian manusia dan alam semula jadi. Satu faktor yang senantiasa berubah dan oleh itu akan memastikan pasaran senantiasa ada. Bidang bio teknologi yang wajar kita ceburi adalah bidang pengeluaran makanan dan ubat-ubatan. Maksud saya, di dalam hal pengeluaran makanan, kita membelanjakan lebih dari RM13 bilion setahun hanya untuk mengimport makanan ke dalam negara. Alangkah baiknya jika jumlah ini kita alihkan kepada bidang kajian teknologi pemakanan supaya kita dapat meningkatkan hasil pengeluaran makanan kita dan sekali gus mengurangkan import dan pergantungan kita kepada negara asing. Ia

DR.2.10.2002 57

juga akan sekali gus membantu kita mempertingkatkan eksport makanan kita. Bio teknologi boleh membantu kita di dalam menambah pengeluaran beras, ternakan, sayuran dan ikan. Kita juga, Tuan Yang di-Pertua, boleh mempelopori bidang makanan kesihatan, iaitu dengan menambah khasiat dan vitamin ke dalam jenis-jenis makanan tertentu, dapat menyembuhkan atau menghalang penyakit seperti kanser, penyakit jantung dan darah tinggi. Banyak negara di dunia ini, terutama negara maju, sedang giat mengusahakan bidang ini, untuk kebaikan rakyat mereka. Ia juga menjadi satu sumber eksport dan pendapatan yang lumayan. Saya yakin jika bidang research and development dalam bidang bio-teknologi ini dapat kita eksploitasi sepenuhnya, kita dapat memperkasa dan memperbanyakkan hasil industri kampung yang selalunya berkisar kepada makanan dan ubatan tradisional. Ini sekali gus akan meningkatkan pendapatan mereka di samping membawa kemajuan kepada mereka agar mereka akan dapat menggunakan teknologi bagi kebaikan mereka. Saya juga menyarankan agar kajian terperinci dilaksanakan oleh kerajaan dengan menambahkan peruntukan di dalam Bajet 2003 ke atas khasiat dan potensi ubat-ubatan tradisional, yang wajar dijadikan satu sumber eksport utama. Jika kita lihat bidang perubatan tradisional Cina, ia sangatlah maju dan dieksport ke serata dunia. Tidakkah kita mahu ianya juga memanfaatkan ubatan tradisional kita? Saya berharap kerajaan akan dapat memperkemaskan bidang kajian dan penyelidikan ubatan ini, agar kita tidak perlulah lagi bergantung kepada import dari luar, yang semakin hari semakin mahal. Tambahan pula kualiti ubatan ini semakin hari semakin jatuh akibat, dengan izin, cloning dan sebagainya. Jadi, kita wajarlah menetapkan satu strategi pembangunan bio-teknologi, agar ianya bukan sahaja dapat membantu industri sedia ada, dan adalah satu bidang dengan sendirinya. Ianya juga akan meningkatkan keupayaan R&D kita dan menjadi tarikan kepada pelaburan asing dan penyelidikan luar, terutama dalam bidang pendidikan. Tuan Yang di-Pertua, pembangunan negara wajar diteruskan agar kesejahteraan rakyat akan terus dijamin. Kita wajarlah mempergunakan segala peluang yang ada untuk menguatkan lagi iltizam dan pegangan kita selaku sebuah negara membangun yang dinamik dan berdaya saing. Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya mengakhiri perbahasan ini, memandangkan saya daripada kawasan Tampin, Negeri Sembilan, saya juga ingin menanyakan kepada menteri yang berkenaan, khasnya Menteri Kerja Raya, bagaimanakah pembangunan di Negeri Sembilan, terutamanya jalan-jalan yang telah dicadangkan terlebih dahulu seperti lebuh raya antara Kuala Pilah ke Seremban yang mana mengikut kata Menteri Kerja Raya, sepatutnya bermula pada bulan Jun tahun ini, tetapi sehingga hari ini masih lagi kerja penolakan tanah belum dilakukan. Ini adalah satu kelewatan yang perlu dijelaskan. Dan diantaranya juga, saya juga ingin menyentuh dari segi program Satu Produk Satu Kampung. Saya mengharapkan supaya pihak kerajaan, terutamanya kementerian-kementerian terlibat, supaya memikirkan dari segi pemasarannya, kerana sebagaimana yang saya nyatakan, dalam ucapan sahabat saya Yang Berhormat bagi Sri Gading semalam, kadang-kadang saya merasa sedih melihat segala tanam- tanaman yang ditanam oleh masyarakat luar bandar, seperti durian, duku, langsat dan sebagainya, apabila dapat dihasilkan dengan banyak, tetapi dari segi pemasaran mereka agak gagal. Sebagaimana dinyatakan semalam, harga duku hanya 80 sen di Kuala Lumpur. Bayangkanlah harganya di tempatnya sendiri di Sri Gading. Apalah bezanya duku langsat ini kalau hendak dibandingkan dengan buah dragon dari Vietnam – lebih sedap buah duku langsat ini tetapi malangnya harganya amat jauh berbeza. Kelemahan sebenarnya terletak dari segi pemasaran. Jika pihak kerajaan berusaha, pihak FAMA khasnya berusaha bersungguh-sungguh, saya percaya segala tanam- tanaman….. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: [Bangun]

58 DR.2.10.2002

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, Yang Berhormat bagi Sri Gading berdiri, Yang Berhormat. Hendak bagi jalan? Dato’ Shaziman bin Abu Mansor: Sri Gading dukunya manis umpama tuannya. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Hendak bagi jalan? Ya, sila. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Buah-buahan kita ini jadi murah apakah pasal saiz dia kecil, atau macam mana? Cuba terangkan sedikit. [Ketawa] Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, ya. Dato’ Shaziman bin Abu Mansor: Terima kasih Yang Berhormat bagi Sri Gading. Sebenarnya bukanlah dari segi rupa bentuk, saiz, tetapi malahan saya akui kebanyakan buah-buahan yang kita tanam, ramai kadang-kadang rakan-rakan saya daripada bangsa lain yang pernah datang melawat negara ini, akui seperti buah duku langsat, buah dokong, dia kata rasanya sedap dan manggis juga rasa sedap. Tetapi dia kata tidak boleh dapat dibeli di negara lain tetapi yang sedihnya, buah-buahan seperti daripada Vietnam yang saya sebut tadi - buah dragon, yang rupanya pun agak pelik, rasanya pun boleh tahanlah, tidaklah sesedap mana sangat pun, tetapi boleh kita dapati di sini dengan harga yang agak mahal. Maknanya, cara pemasaran kita tidak teratur. Saya amat bimbang perkara ini jika tidak diambil perhatian, akan seolah-olah nanti akan melemahkan semangat mereka yang telah berusaha bersungguh-sungguh untuk memajukan industri pertanian ini. Apatah lagi kita tahu kita mengimport terlalu banyak makanan – sebanyak RM13 bilion setahun. Setidak-tidaknya jika kita mengeksport banyak buah-buahan kita dengan secara tidak langsung dapat merendahkan lagi nilai import makanan kita ke negara ini. Jadi, saya tidak berhajat untuk bercakap panjang, cuma saya sekali mengucapkan terima kasih bagi pihak masyarakat kawasan Tampin kepada Kerajaan yang ada, kerana telah banyak memberi pembangunan, terutamanya saya juga ingin menyampaikan salam terima kasih kontraktor Kelas ‘F’ kerana telah mendapat begitu banyak kerja pada tahun lepas dan juga tahun ini. Itu sahaja. Saya dengan ini menyokong ucapan Bajet 2003. Terima kasih. Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Tahniah. [Bercakap tanpa pembesar suara] Beberapa Ahli: [Bangun] Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Yang Berhormat bagi Saratok. Seorang Ahli: Yang Berhormat bagi Saratok. Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, Yang Berhormat bagi Saratok. 4.06 ptg. Datuk Peter Tinggom anak Kamarau [Saratok]: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya mohon supaya mengambil bahagian dalam perbahasan Bajet 2003 ini yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan pada 20 September yang lepas. Terlebih dahulu saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan serta kementerian beliau, kerana Bajet yang dibentangkan pada masa tersebut merupakan sesuatunya yang memfokuskan kepada kesejahteraan rakyat yang berbilang kaum. Saya sebut berbilang kaum dan juga menganut berbilang agama dan adat resam, lebih-lebih lagi kami di Sarawak dan Sabah. Walaupun adat resam yang bertentangan dengan agama Kristian telah beransur-ansur hilang, dan yang baik kami tetap simpan kerana ia suatu identiti sebagai satu-satu etnik yang sedia ada di Bumi Kenyalang dan di Negeri Di bawah Bayu. Bajet 2003 juga, Tuan Yang di-Pertua, memberi cadangan-cadangan yang begitu bernas dalam rancangan untuk memperkuat lagi sektor perdagangan dalam

DR.2.10.2002 59

ekonomi kita, dengan mengembalikan cukai ke atas berbagai pengusaha-pengusaha perniagaan, sama ada di dalam mahu pun di luar negeri. Pendidikan juga mendapat perhatian rapi pada Bajet 2003 ini oleh kerana ianya untuk menentukan waris masa depan kita boleh bersaing dalam dunia tanpa sempadan. Ini adalah merupakan satu heritage untuk cucu-cicit kita. Masa hadapan rakyat Malaysia, bukan sahaja persaingan dengan negara-negara ASEAN atau Asia tetapi negara-negara yang telah maju sekarang. Kita saksikan bagaimana kita dilanda pada tahun 1998 dan jikalau bukan kerana kebijaksanaan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang kita kasihi, besar kemungkinan kita pada hari ini dalam suatu keadaan yang sangat mengelirukan seperti yang wujud di negara-negara jiran. Gelombang globalisasi akan melanda seluruh dunia, dan sekiranya kita tidak boleh menangani ombak itu, negara kita akan diheret ke lautan. Kerajaan Barisan Nasional memperuntukkan sebahagian besar wang untuk mendapatkan kemudahan di sekolah-sekolah rendah dan menengah. Makmal komputer dan makmal bahasa Inggeris sangat perlu untuk melicinkan lagi pengajaran dan pembelajaran mata-mata pelajaran berkenaan. Kemudahan-kemudahan fizikal juga akan meningkat jumlahnya supaya sekolah-sekolah cukup bangunan untuk mengadakan satu sidang sahaja. Banyak gejala yang tidak sihat berpunca daripada keadaan dunia, pelajar- pelajar tidak cukup masa bersama guru mereka seperti pada masa dahulu. Oleh kerana pertemuan hanya semasa dalam bilik darjah murid-murid pun tidak dapat faedah yang baik sepenuhnya seperti dalam bidang sukan ataupun aktiviti luar bilik darjah yang lain. Dengan peruntukan daripada bajet ini kita menempah harapan besar bahawa keadaan persekolahan di negara kita akan beransur baik seperti yang kita ingini selama ini. Lebih-lebih lagi kami di Sarawak dan Sabah yang tinggal di merata- rata tempat di hulu sungai dan di tepi laut dan di pedalaman mengikut kehidupan dan tradisi mengikut etnik masing-masing. Pemupukan perpaduan rakyat juga mula daripada pergaulan yang positif di kalangan penduduk di negara kita. Penubuhan sekolah integrasi adalah ke arah merealisasikan kepercayaan bahawa kalau hendak melentur buluh biarlah dari rebung. Polarisasi kaum mestilah dikawal oleh kerana masa depan negara Malaysia bergantung sangat kepada perpaduan dan kewujudan harmoni di antara kaum, juga kestabilan politik negara kita harap kita berpaksikan persefahaman di antara kaum yang menganut pelbagai agama. Tuan Yang di-Pertua, usaha-usaha murni kerajaan dalam menubuhkan sekolah integrasi dipersoalkan oleh parti pembangkang, saya tidak faham apa yang mereka mempersoalkan identiti sekolah terbabit tidak hilang. Mata pelajaran yang sama diajar oleh guru-guru di sekolah masing-masing misalnya bahasa Mandarin, bahasa Tamil dan apabila sekolah integrasi akan wujud di Sarawak nanti bahasa Iban juga saya harap akan diajar. Apa salahnya jikalau anak kaum India atau anak kaum Cina hendak belajar bahasa Iban. Di Sarawak Tuan Yang di-Pertua, kita cukup liberal ada murid-murid kaum Cina atau Melayu pada satu ketika mendapat keputusan dalam bahasa Iban lebih baik daripada anak kaum Iban sendiri. Di kebanyakan tempat di Sarawak oleh kerana pemahaman bahasa-bahasa ibunda kaum-kaum tertentu agak menyeluruh kita tidak pernah merasa diri kita lonely dengan izin di banyak tempat walaupun di bandar-bandar besar. Bantahan parti pembangkang ke atas usaha kerajaan memupuk perpaduan antara kaum itu agak mengecewakan dan dikesali. Sekiranya bantahan ini untuk memancing undi pilihan raya carilah isu lain yang boleh memberi manfaat kepada rakyat. Bantahan pihak pembangkang juga dilemparkan kepada cadangan kerajaan untuk mengajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Ini tidak adil kerana tujuan pengajaran dalam bahasa Inggeris bukanlah mengetepikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Ini adalah suara usaha kerajaan untuk mempertingkatkan penguasaan satu bahasa yang digunakan secara meluas dalam pelbagai aspek pembangunan negara iaitu ekonomi sosial dan politik. Sekiranya bantahan di buat kerana hendak mencari kelemahan kerajaan biarlah dibincangkan perkara-perkara lain yang boleh membawa kesan-kesan positif demi untuk rakyat dan masa depan negara kita. Tuan Yang di-Pertua, Bajet 2003 juga suatu hadiah kepada konsep kekeluargaan di negara kita. Banyak unsur-unsur Bajet 2003 yang memberi cadangan

60 DR.2.10.2002 yang kukuh untuk membina keluarga yang baik dan menguntungkan negara pada jangka masa panjang. Ini saya rasa satu aspek yang bijak sekali kerana pembangunan sesuatu negara berpunca daripada sesuatu unit keluarga yang berharmoni, damai dan maju dari segala aspek kekeluargaan. Peruntukan-peruntukan yang tertentu mengukuhkan lagi kebertanggungjawaban para ibu bapa yang sedia ada supaya anak-anak diberi pendidikan yang baik dan juga menjamin masa depan anak-anak dalam keluarga itu. Banyak masalah sosial di negara yang sedang membangun berpunca daripada kelemahan keluarga untuk membimbing kanak-kanak. Kita tidak boleh mempertaruhkan masa depan negara kita. Bajet mesra keluarga ini adalah bajet untuk semua khasnya keluarga-keluarga miskin. Pada pendapat saya inilah asas kekuatan dan kestabilan negara. Keluarga yang sihat berpendidikan dan berjaya akan memberi hasil besar kepada pembangunan negara. Tuan Yang di-Pertua, pada Bajet 2001 iaitu pada bulan Oktober 2000 saya berbahas dengan panjang lebar berkenaan dengan latar belakang negeri Sarawak dan di antara perkara yang saya sentuh adalah keharmonian di antara kaum dalam masyarakat majmuk di Malaysia. Ada pun saya menyentuh tentang ekstremisme dengan izin, dalam apa-apa bentuk pun negara Malaysia tidak boleh mempraktikkan ekstremisme, kerana kita perlukan pelabur-pelabur asing untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi kita dan juga bersama-sama dengan pelabur tempatan menjana perkembangan industri kecil dan sederhana di Malaysia. Sekiranya sikap ekstremisme dalam apa bentuk merebak di negara kita ianya akan menghalau pelabur-pelabur luar dan menakutkan orang-orang kita sendiri daripada melabur di negara kita sendiri. Rakyat sudah faham pertama sekali di Sarawak, rakyat luar bandar merasa ketinggalan dan mereka tidak ada masa untuk mendengar dan mengikut pembangkang, mereka tahu parti pembangkang tidak akan membawa apa-apa kemajuan kepada mereka. Justeru itu pada pilihan raya negeri tahun 2001 Barisan Nasional memenangi dengan begitu baik iaitu 60 daripada 62 kerusi. Trend, Tuan Yang di-Pertua kita di Sarawak semakin sedar bahawa politik pembangkang adalah tidak bermanfaat apa-apa. Rakyat di Sarawak tetap menyokong Barisan Nasional demi keharmonian, kestabilan pembangunan dan kemajuan negara. Kestabilan politik dan kerajaan akan membawa ke hadapan rakyat daripada masyarakat yang inginkan kemajuan dalam semua bidang. Kita menyokong rancangan pendidikan, rancangan pertanian dan beberapa rancangan lain yang akan membawa semua rakyat kepada keselesaan di negara kita. Itulah yang diharapkan semua kaum lebih-lebih lagi di Sarawak dan di Sabah apabila bersetuju untuk sama- sama menubuhkan negara Malaysia pada tahun 1963. Tuan Yang di-Pertua tahun 1963 iaitu bagi kaum etnik Dayak sebab saya sendiri dari kaum Iban memang tahun 1963 belum bersedia tetapi kita mengikut kehendak British dan juga Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Petra. Jadi, oleh kerana kita mengharapkan ketua negara semacam Tunku Abdul Rahman dan kemudian diikuti oleh Tun Abdul Razak dan Tun dan sekarang Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad. Jadi kita harap, begitulah ketua negara yang kami di Sarawak mahu ikut dan mahu turut sama sebab kami di Sarawak memang semasa tahun 1963 jauh ketinggalan dari apa yang ada pada saudara kita di Semenanjung ini. Hasrat kerajaan sekarang adalah segera untuk menepati sasaran itu. Apa-apa halangan ke atas hasrat ini akan menemui tentangan. Latar belakang sejarah negeri Sarawak sangat berbeza dengan latar belakang di Semenanjung. Perbezaan ini saya telah pun tegaskan pada suatu ketika yang saya sebut tadi dan tidak perlu saya ulangi lagi. Harapan rakyat di luar bandar adalah supaya bajet ini boleh dilaksanakan rancangannya dengan cepat dan berkesan. Bagi penutup, Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana Sarawak memang jauh lagi ketinggalan di banyak aspek pembangunan, saya menyeru supaya Kerajaan Pusat memberi banyak lagi peruntukan kepada Sarawak dan Sabah dalam tahun 2004 dan selanjutnya. Lebih-lebih lagi berkenaan dengan pembangunan jana kuasa elektrik, rural electricity supply allocation (RES), dengan izin, jalan raya, feeder road supaya dapat diturap kerana feeder road di Sarawak memang kebanyakannya tidak diturap cuma dibuat dengan batu kelikir sahaja, [Disampuk] dan ini perlu untuk keselesaan rakyat dan mengurangkan peruntukan penyelenggaraan jalan raya tersebut.

DR.2.10.2002 61

Dengan ini Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong Bajet 2003 ini. Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Yang Berhormat bagi Kota Bharu. 4.22 ptg. Tuan Ramli bin Ibrahim [Kota Bharu]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Sambil memandang sambil berfikir Yang Berhormat. Sila Yang Berhormat bagi Kota Bharu, sila. Tuan Ramli bin Ibrahim: Saya akan bercakap mengenai satu isu penting, iaitu isu bagaimana kita sepatutnya memberi tumpuan yang lebih kepada pembangunan luar bandar yang tidak dibicarakan dengan serius olah penyokong- penyokong Barisan Nasional sebab dia lebih suka bercakap pasal globalisasi sehingga masalah masyarakat luar bandar tidak dibicarakan dengan mendalam. Itu bukan tuduhan, respons sahaja. Pembangunan luar bandar ini dari tahun ke tahun terus diabaikan dan nampaknya semakin tersisih dari pembangunan arus perdana kita sedangkan sektor luar bandar ini sebenarnya mempunyai potensi untuk dimajukan jika kita sungguh- sungguh ikhlas untuk memajukannya. Tuan Yang di-Pertua, untuk tujuan perbincangan ini, saya akan menyentuh mengenai peruntukan bagi pembangunan luar bandar dan perkara ini akan saya kaitkan dengan langkah-langkah untuk menggalakkan penyatuan pengurusan kebun kecil dan tanah terbiar di luar bandar. Pertanyaan saya ialah benarkah peruntukan bagi pembangunan luar bandar untuk tahun 2003 sebanyak RM2.56 bilion ini satu peruntukan yang cukup. Dan cukupkah insentif-insentif dalam bentuk pemotongan dan pengecualian cukai yang diberikan oleh belanjawan ini untuk menyatukan kebun-kebun kecil di luar bandar. Mengenai peruntukan pembangunan luar bandar ini angka RM2.56 bilion ini bukanlah angka yang besar, walau pun Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Menteri Kewangan menyebut bahawa ini sudah merupakan peningkatan 36% daripada tahun 2002. Mengapa saya katakan begitu Tuan Yang di-Pertua, kerana angka untuk tahun 2003 ini jika dibandingkan dengan jumlah seluruh belanjawan bagi tahun 2003 ini hanya merupakan 6.93% sahaja daripada perbelanjaan pembangunan. Memang benar ini merupakan peningkatan 36% daripada peruntukan tahun 2002 tetapi pada tahun 2002, peruntukan pembangunan luar bandar adalah 6.63% dari perbelanjaan untuk tahun itu. Jadi, berbanding dengan peratusan ini, tambahan peruntukan pembangunan luar bandar pada hakikatnya hanya 0.3 mata peratus sahaja, ini adalah peningkatan yang sangat-sangat kecil dan tidak ada apa yang dapat dibanggakan dari peningkatan yang kecil seperti ini. Di samping itu, kita perlu menyedari bahawa sekurang-kurangnya sejak tahun 1989 sehingga tahun 2002 iaitu selama 13 tahun berturut-turut peratusan peruntukan luar bandar berbanding dengan perbelanjaan pembangunan terus-menerus turun dari 14.8% pada tahun 1989 kepada 7.9% pada tahun 1997. Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad: [Bangun] Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Yang Berhormat bagi Parit Sulong berdiri Yang Berhormat. Tuan Ramli bin Ibrahim: Dan terus turun lagi kepada 6.63% pada tahun 2002. Saya minta maaf Yang Berhormat bagi Parit Sulong. Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Hendak bagi jalan kepada Yang Berhormat bagi Parit Sulong? Tuan Ramli bin Ibrahim: Saya bagi, saya ada masa hanya sikit sahaja. Sekejap lagi saya bagi. Kena fahamkan dahulu. Minta maaf. Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Dia tidak beri Yang Berhormat.

62 DR.2.10.2002

Tuan Ramli bin Ibrahim: Jadi, saya sukalah mencadangkan supaya peratusan peruntukan pembangunan luar bandar ini dinaikkan lebih tinggi daripada 6.93%. Berapa peratuskah peruntukan yang sesuai jika dilihat angka-angka peruntukan berapa tahun sebelum krisis kewangan Asia pada pertengahan tahun 1997, anggaran yang agak sesuai boleh dibuat oleh kerajaan jika … Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad: [Bangun] Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Yang Berhormat bagi Parit Sulong berdiri lagi Yang Berhormat. Tuan Ramli bin Ibrahim: Minta maaf saya tidak ada masa. Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad: [Menyampuk] Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Dia tidak beri Yang Berhormat, dia tidak beri. Tuan Ramli bin Ibrahim: [Disampuk][Ketawa] Dia minta beri sahajalah. Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Ha, dia beri pula. Tuan Ramli bin Ibrahim: Sikit sahaja, jangan lama sangat. Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad: Terima kasih. Apabila Yang Berhormat bagi Kota Bharu mengatakan peruntukan pembangunan luar bandar kecil berbanding dengan bajet yang dahulu, adakah saudara mengambil kira peruntukan bukan khusus untuk luar bandar, tetapi tercurah ke kawasan luar bandar, umpamanya peruntukan- peruntukan dari segi pendidikan. Kalau diambil kira perkara ini mungkin akan mendapat total yang betul. Jadi, diharap diambil kira perkara ini jangan isolate kan perkara ini. Terima kasih. Tuan Ramli bin Ibrahim: Saya hanya bercakap mengenai peruntukan luar bandar sahaja. Pada tahun 1996 peruntukan ini adalah 8.69% dari perbelanjaan pembangunan. Dan pada tahun 1997 adalah 7.9%, dan dengan mengambil nilai tengah di antara 2 peratusan ini saya mencadangkan supaya peruntukan pembangunan luar bandar dinaikkan menjadi 8.3%, saya mencadangkan supaya menjadi 8.3% [Tepuk] daripada perbelanjaan pembangunan seluruhnya. Dengan ini, negara akan mendapat tambahan peruntukan pembangunan luar bandar kira-kira RM½ bilion menjadi RM3.068 bilion, ini boleh membantu pertumbuhan luar bandar dengan lebih pesat lagi. Dengan tambahan ini lebih banyak projek pembangunan dapat dilaksanakan di luar bandar. Mengenai usaha menyatukan pekebun-pekebun kecil dan tanah yang terbiar ….. Tuan Haji Ismail bin Noh: [Bangun] Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Ada yang berdiri Yang Berhormat, Yang Berhormat bagi Pasir Masyarakat. [Disampuk] Tuan Haji Ismail bin Noh: Terima kasih, Yang Berhormat bagi Kota Bharu. Saya setuju dengan kenyataan yang telah diberi oleh Yang Berhormat bagi Kota Bharu bahawa peruntukan luar bandar makin lama makin merosot. Barangkali inilah yang disebut oleh Yang Berhormat bagi Beluran dan sekejap tadi di mana Sarawak tidak dibangunkan dengan kadar yang sepatutnya daripada merdeka sampai sekarang ini, sehingga jalan-jalan pun banyak tidak diturap, tetapi yang malangnya iaitu bulan gerhana di Kelantan tidak di Sabah. Bagaimana pandangan Yang Berhormat. Tuan Ramli bin Ibrahim: Sebenarnya Yang Berhormat bagi Pasir Mas, mereka ini membaca belanjawan ini daripada kulitnya sahaja. Dia tidak baca ke dalam. Dia nampak kulit yang cantik, terus dia puji. Saya cuba meneliti kandungan belanjawan ini dan banyak kelemahan-kelemahannya. Hari ini, saya hanya menyentuh masalah kelemahan dalam pembangunan luar bandar sahaja. Maknanya kalau diberi masa banyak lagi kelemahan yang saya boleh sentuh. Terima kasih Yang Berhormat bagi Pasir Mas. Nampaknya banyak sekali insentif dalam bentuk pemotongan dan pengecualian cukai yang diberikan melalui belanjawan ini. Banyak yang diberi tetapi pertanyaan saya ialah, apakah kekurangan insentif-insentif ini yang menyebabkan susahnya kita untuk menyatukan kebun kecil dan tanah terbiar. Saya rasa tidak. Saya

DR.2.10.2002 63

rasa ada persoalan lain yang lebih penting, yang tidak diselesaikan oleh kerajaan, yang menyebabkan susahnya, kita hendak memajukan kebun-kebun kecil dan tanah-tanah terbiar di luar bandar ini. Pada pendapat saya, kesilapan yang wujud ialah berhubung dengan dasar pertanian negara yang dilaksanakan oleh kerajaan semenjak tahun 1984. Pada dasar ini, silapnya ditunjukkan oleh banyak kalinya dasar ini disemak. Bukti kesilapan dan kelemahan dasar ini ialah kerana sudah banyak kali disemak dan disemak beberapa kali. Mula-mula kita ada Dasar Pertanian Negara untuk tahun 1984 hingga 2000. Belum sampai tahun 2000, kita telah menyemak dasar ini lalu kita lahirkan Dasar Pertanian Negara Kedua untuk tahun 1992 hingga 2010, dan 12 tahun sebelum berakhirnya dasar yang kedua ini pada tahun 1998, kita semak lagi sekali dasar ini menjadi Dasar Pertanian Negara Ketiga untuk tahun 1998 hingga 2010. Daripada pemerhatian saya Tuan Yang di-Pertua, ada dua asas pada dasar ini yang menjadikan susahnya untuk mencapai kejayaan di sektor luar bandar ini. Yang pertamanya ialah penghapusan subsidi kepada orang kampung di luar bandar. Dan satu lagi ialah meningkatkan peranan sektor swasta untuk memajukan pertanian luar bandar. Kedua-dua asas ini melahirkan hal yang tempang dalam memajukan sektor luar bandar. Menghapuskan subsidi sangat menyulitkan masyarakat orang kampung yang miskin. Ini samalah dengan sibapa tidak memberikan duit belanja kepada anak sekolah yang hendak bersekolah. Daripada manakah anak-anak ini hendak mendapatkan duit? Mengharapkan sektor swasta memajukan pertanian luar bandar adalah hal yang mustahil sama sekali kerana kampung-kampung adalah sebuah masyarakat yang di dalamnya terdapat banyak karenah-karenah dan ia bukan sebuah entiti perniagaan seperti syarikat. Kampung-kampung lebih bersifat sosial, yang kerajaan sahaja atau agensi kerajaan sahaja yang dapat mengendalikannya kerana kerajaan mempunyai banyak jenteranya yang dapat digerakkan untuk memajukan masyarakat kampung. Saya berpendapat, Tuan Yang di-Pertua, sangat sulit bagi sebuah syarikat swasta untuk memulakan usaha memajukan pertanian di luar bandar. Kesulitan ini menyebabkan susahnya untuk menggerakkan syarikat-syarikat swasta mengeluarkan modal untuk memulakan perniagaan di persekitaran seperti ini walaupun bertimbun- timbun insentif yang diberikan. Selagi syarikat swasta teragak-agak untuk mengeluarkan modal dalam memulakan perniagaan ini, maka selama itulah langkah kerajaan ini tidak dapat membuahkan hasilnya. Oleh itu, untuk tujuan menggerakkan sektor swasta ini, saya suka mencadangkan supaya pemberian subsidi seperti yang diamalkan oleh kerajaan pada tahun-tahun 1970-an dan awal tahun 1980-an diamalkan semula tetapi dengan pendekatan yang berbeza sedikit. [Tepuk] Kerajaan telah memperuntukkan subsidi sebanyak yang tertentu pada masyarakat luar bandar tetapi subsidi ini tidak disalurkan secara langsung kepada para petani sebaliknya subsidi ini disalurkan kepada syarikat yang hendak memajukan pertanian di luar bandar dan subsidi ini hendaklah ditukar menjadi suatu bentuk pinjaman kepada syarikat-syarikat itu. Syarikat-syarikat itu hendaklah membayar balik pinjaman ini dengan diadakan syarat-syarat tertentu. Saya percaya dengan cara ini, akan semakin banyak syarikat yang bersedia untuk mengikut skim ini dan rancangan memajukan luar bandar akan lebih berjaya. Tuan Yang di-Pertua, mungkin ada yang bertanya terutama Yang Berhormat bagi Parit Sulong, daripada manakah hendak mendapat pembiayaannya? [Tepuk] Seperti yang saya telah sebut terdahulu tadi, dengan cadangan meningkatkan peruntukan pembangunan luar bandar kita mempunyai peruntukan tambahan kira-kira RM½ bilion yang saya sebut tadi, tambahan peruntukan ini boleh digunakan untuk menciptakan sebuah dana khusus untuk memberikan pinjaman kepada syarikat- syarikat tersebut dalam semangat memajukan masyarakat kampung. Kerajaan kena buatlah. Kalau kerajaan Alternatif, kita buat. Kerajaan Barisan Nasional tidak buat ini, sebab perniagaan di kampung ini tidak boleh membentuk kroni-kroni. Seorang Ahli: Ya. Tuan Ramli bin Ibrahim: Perniagaan seperti ini tidak memberi keuntungan kepada kroni-kroni dan kapitalis-kapitalis besar. Memang cadangan saya ini hanya dapat dilaksanakan oleh kerajaan jika kerajaan bersedia mengubah falsafah pembangunannya dan jika kerajaan mempunyai kesungguhannya untuk memajukan

64 DR.2.10.2002 masyarakat luar bandar, sebagaimana kita perlu ingat “hendak seribu daya, dan kalau tidak hendak, seribu dalih”. [Tepuk] Isu yang kedua, masa ada berapa minit lagi? Seorang Ahli: Teruskan, teruskan. Tuan Ramli bin Ibrahim: Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dalam ucapannya menyebut peranan rule of law dan sekali gus memberi amaran kepada semua pihak supaya mematuhi dan menghormati prinsip Separation of Power. Jika tidak, maka akan runtuhlah demokrasi dan berlaku anarki. Dalam kerajaan anarki kata Perdana Menteri, tidak mungkin ekonomi negara dapat dimajukan dan kita akan menjadi seperti negara Islam dan bukan Islam yang lain yang selalu lemah ditindas dan dipermainkan oleh kuasa asing. Saya sangat dukacita dengan kenyataan ini, Tuan Yang di-Pertua, kerana...... Tuan Hassan bin Mohamed: [Bangun] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang Berhormat Besut bangun. Tuan Ramli bin Ibrahim: Sila. Tuan Hassan bin Mohamed: Terima kasih. Saya ingin memberi sedikit quote berkenaan dengan rule of law ini. Seorang Ahli: Tanya, tanya. Tuan Hassan bin Mohamed: Soalannya, bagaimana boleh diwujudkan dua pentadbiran di negeri Terengganu dengan penubuhan JKK dan hari ini ada pula Jabatan Hal Ehwal Khas di Terengganu dan Kelantan yang membuat kerja-kerja yang dilakukan oleh Kerajaan di Terengganu. Ada dua standard. Terima kasih. Tuan Ramli bin Ibrahim: Ya, itulah saya akan hurai nanti. Saya tidak setuju. Tuan Yang di-Pertua, sekali imbas, kata-kata ini seperti ucapan seorang negarawan besar seperti yang disebut oleh penyokong-penyokong Barisan Nasional. Tetapi jika kita teliti kepada sejarah, pengalaman dan tindakan-tindakan politiknya, terutama bila berhadapan dengan musuh-musuh politiknya di negara ini, kenyataan itu penuh dengan hipokrasi dan kepura-puraan. Pernah kenyataan dibuat di Dewan ini, hari ini selepas semua agenda politiknya membunuh musuh-musuh politiknya dengan menggunakan undang-undang sudah selesai. Ini bermakna, Perdana Menteri di Malaysia hari ini tidak memerintah seperti the rule of law tetapi sebaliknya rule by law. [Tepuk] Ertinya, memerintah negara ini untuk mempertahankan kuasa politiknya dengan mencipta undang-undang dan dengan undang-undang itulah untuk menekan musuh-musuh politiknya bagi melaksanakan agenda negara ini. Saya pernah bertanya Perdana Menteri dalam Dewan yang mulia ini mengenai tuduhan yang dibuat oleh Dato’ Shafie Yahya, Ketua Pengarah BPR, pada waktu itu mengenai campur tangan Perdana Menteri dalam kes pendakwaan ke atas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri seperti laporan yang dibuat oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri , dua tahun lalu. Sampai sekarang tidak ada jawapan. Walaupun dalam jawapan bertulisnya kepada saya, Perdana Menteri mengatakan masih dalam penyiasatan ataupun penyiasatan belum selesai. Tetapi nampaknya sampai sekarang, kita tidak mendengar apa-apa. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang Berhormat, ada dua minit lagi. Tuan Ramli bin Ibrahim: Okey, terima kasih. Sebaliknya, Saudara Ezam bin Mohamad Noor, Ketua Pemuda Keadilan pula meringkuk dalam penjara kerana mendedahkan dokumen yang berkaitan. Apakah ini yang dimaksudkan oleh Perdana Menteri sebagai rule of law? Sebab itu Tuan Yang di-Pertua, kenyataan ini mestilah diteliti oleh semua rakyat yang cintakan demokrasi di negara ini. Oleh itu saya minta penjelasan daripada menteri sekali lagi bilakah penyiasatan ini akan selesai? Perdana Menteri menyatakan bahawa ISA adalah undang-undang utama menyelamatkan kita dan mengatakan dunia liberal Barat mengakui akan pentingnya undang-undang pencegahan dalam memelihara keselamatan dalam negara. Atas alasan ini kerajaan telah menahan berpuluh-puluh malah ratusan tahanan tanpa dibicarakan dengan secara adil. Mereka ini adakah ini

DR.2.10.2002 65

bentuk rules of law, bagaimana sebuah kerajaan yang dianggap sebagai negara contoh bagi negara-negara Islam Tuan Yang di-Pertua boleh menahan tanpa dibicarakan, tanpa tuduhan yang spesifik tanpa perbicaraan dan dihukum dan diaibkan dan diseksa seperti apa yang berlaku beberapa tahun dalam negara kita ini. Penunjuk-penunjuk perasaan yang berhimpun secara aman suatu masa dahulu diancam dan dibelasah oleh polis. Tahanan politik diseksa, penyiasatan yang berlaku di luar batas-batas kemanusiaan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai contoh dipukul dan diseksa dengan begitu rupa semasa dalam tahanan, tuduhan palsu yang dimanipulasi oleh konspirasi politik berlaku dengan sewenang-wenang. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat masa sudah cukup. Tuan Ramli bin Ibrahim: Tuan Yang di-Pertua, akhir sekali untuk menjaga nama baik Malaysia dan perpaduan untuk semua saya menyeru kerajaan memberhentikan semua ugutan-ugutan dan manipulasi kotor ini dan sama-sama kita bersatu kembalikan negara ke atas landasan yang benar, yang betul dan menjadi sebuah negara yang dihormati, aman, makmur, adil dan demokratik seperti yang terjamin oleh Perlembagaan yang sama-sama kita dukung jadi janganlah penyokong- penyokong kerajaan menganggap kita tidak setia kepada negara ini, Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Sungai Benut. 4.44 ptg. Datuk Haji Abdul Hamid bin Abdul Rahman [Sungai Benut]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Bismillahirrahmanirrahim. Saya ingin turut membahaskan bajet tahun 2003, yang mana saya ingin memulakan perbahasan dengan menyentuh yang perkara yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri iaitu selaku Menteri Kewangan, iaitu berkaitan dengan menghayati ajaran Islam yang syumul. Tuan Yang di-Pertua, apabila Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan menyebut negara kita adalah negara Islam yang fundamentalis ia bukannya bermakna fundamentalis seperti yang diertikan oleh sarjana-sarjana orientalis yang menyamakan fundamentalis sama dengan ekstrem atau yang berlebih-lebihan. Saya amat yakin fundamentalis yang dimaksudkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ialah kita mengamalkan Islam yang tulen, yang asas bukan yang sudah diinterpretasikan oleh pihak-pihak yang tertentu untuk kepentingan sendiri dan dengan kata lain, semuanya adalah ajaran Islam yang sebenar dan yang menjadi kewajipan kepada kita semua untuk memelihara kesucian Islam iaitu dengan penuh sifat-sifat kesederhanaan. Di mana-mana negara Islam atau pemerintahan Islam atau rakyatnya majoriti Islam masalah pertelingkahan kefahaman terhadap isu-isu, fatwa dan sebagainya terus berlaku. Ini tidak dapat kita elakkan, seperti mana yang berlaku juga di negara kita, kerana kita banyak yang mendapat pendidikan berhubung dengan masalah pendidikan agama seperti di negara-negara lain seperti di India, di Arab Saudi, Mesir, Iran, Jordan dan sebagainya yang mana akhir-akhir ini di Afrika Selatan yang mana kita tidak pernah kenal satu ketika dahulu berhubung dengan tradisi Islam. Tuan Alwi bin Jusoh: [Bangun] Datuk Haji Abdul Hamid bin Abdul Rahman: Saya baru mula….biarlah saya hurai dahulu. Tuan Yang di-Pertua, kerjasama di kalangan negara-negara Islam memandangkan Islam kini menjadi polemik tempatan dan global khususnya sehinggakan ada kuasa besar yang melabelkan Islam sebagai pengganas seperti tindakan mengenakan pelbagai sekatan untuk kemasukan kita ke Amerika Syarikat seperti mana yang berlaku kepada pemimpin-pemimpin kita baru-baru ini, adalah perlu untuk kita sebagai rakyat Malaysia dan kerajaan sendiri menilai semula bentuk kerjasama sesama kita dan juga sesama negara-negara Islam khususnya. Pertama apabila kerajaan akan menyediakan peruntukan belanjawan iaitu sebanyak RM203.1 juta di bawah JAKIM bagi melaksanakan program latihan dan pendidikan Islam. Dakwah pembangunan sosial, penyelidikan dan penyebaran maklumat serta penguatkuasaan undang-undang, beberapa perkara perlu dinilai semula. Di dalam bidang latihan dan pendidikan Islam, bidang ini sebenarnya memerlukan pemikiran semula yang amat mendalam iaitu perkara yang berkaitan dengan hubungan dengan bukan Islam dan negara-negara bukan Islam. Kita tidak boleh selama-lama hanya

66 DR.2.10.2002 melihat ke dalam tetapi juga membentuk sebuah negara Islam yang kuat di mata rakyat Malaysia, serantau dan juga global khususnya. Pendidikan dan latihan bukan bermakna untuk diri semata-mata tetapi juga untuk keluarga, rakan dan masyarakat dan juga masyarakat keseluruhannya. Setelah itu ia juga penting untuk negara dan juga serantau. Begitu juga dengan menyebarkan dakwah, dakwah bukan sekadar menyebarkan Islam untuk menarik perhatian dalam ajaran Islam semata-mata tetapi dakwah adalah untuk kesefahaman antara bangsa yang mengenai Islam ia tidak semestinya mengislamkan yang bukan Islam tetapi memahamkan mengenai Islam kepada yang bukan Islam atau dengan kata lain tidak semestinya mereka memeluk Islam. Memanglah berdakwah sukar kerana nabi Noh A.S sendiri pernah mengeluh kepada Allah SWT betapa kecewanya beliau untuk berdakwah kepada kaumnya termasuk isteri dan anak-anaknya seperti mana yang berlaku peristiwa banjir besar yang menyebabkan malapetaka yang begitu hebat. Inikan pula kita manusia yang mempunyai banyak kelemahan-kelemahan dan serba kekurangan, oleh itu Tuan Yang di-Pertua, bajet yang disediakan hendaklah dimanfaatkan sepenuhnya. Umpamanya dalam soal penyelidikan dan juga penyebaran maklumat. Saya dapati usaha JAKIM sejauh ini tidak banyak berkesan, ia berlegar sekitar tindakan atau usaha yang bersifat sementara ataupun tergesa-gesa. Saya menyeru JAKIM supaya merangka program jangka panjang dan dengan kemudahan kerjasamanya dengan RTM, usaha ini boleh diperluas lagi dengan syarat bukan tertumpu sekadar soal hukum hakam dan asas Islam semata-mata. JAKIM perlu menilai semula peranannya di dalam konteks yang lebih luas. Khususnya kerjasama dengan badan-badan luar negara yang mempunyai peranan dan misi yang sama di dalam bidang latihan. Dakwah, penyelidikan dan penerangan mengenai dengan Islam. Tuan Yang di-Pertua, dalam konteks kerjasama Islam ini saya ingin mengambil peluang untuk mengajak ahli Dewan yang mulia ini merenung sejenak, berhubung dengan isu pemisahan kembar Siam antara Ahmad dan Muhammad di Arab Saudi. Kita sebenarnya berpengalaman di dalam bidang ini tetapi dengan pembedahan di Arab Saudi ini, ia sudah tentu mempunyai hikmah yang tersendiri. Kita melihat di sini bahawa kepakaran perubatan dan kedoktoran di kalangan negara Islam berkembang pesat dan setanding dengan kemudahan di Barat. Kenapa kita tidak mula meneroka untuk melakukan kerjasama antara negara Islam yang sudah tentu akan memberikan keadaan memberikan suasana yang win-win situation. Pertukaran latihan kepakaran dan pembentukan dana untuk penyakit kronik sesama negara Islam sudah pasti menterjemahkan kerjasama sebenar selain kerjasama perdagangan. Kerjasama di dalam bidang latihan dan pendidikan ini akan juga menguntungkan kita dari segi menjadikan negara kita pusat kecemerlangan pendidikan dan pelancongan pendidikan. Ini mudah untuk dilakukan di waktu ini dan juga lebih-lebih lagi di dalam suasana orang Islam kini dikenakan berbagai sekatan di Amerika Syarikat, Britain dan beberapa buah negara di Eropah. Kerjasama ini bukan sekadar dengan negara Islam di Asia Barat tetapi juga Asia Tengah yang kaya dengan teknologi tinggi. Kita perlu mengeksploitasi suasana yang terdedah sekarang sebelum ianya tertutup kembali. Tuan Yang di-Pertua, Persidangan Kemuncak OIC tahun hadapan boleh dijadikan medan penting sebagai puncak penilaian kerjasama iaitu kerjasama baru di kalangan negara-negara Islam kerana kita akan menjadi tuan rumah pada persidangan tersebut. Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad: [Bangun] Dato' Haji Abdul Hamid bin Abdul Rahman: Oleh yang demikian saya berharap keperluan yang terdedah sekarang digunakan sepenuhnya oleh kita iaitu JAKIM, kerajaan dan pihak-pihak yang tertentu supaya tradisi keagungan Islam dapat ditegakkan kembali di ketika Barat sedang tercari-cari arah sebenar hasil daripada globalisasi yang kelam kabut. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat bagi Parit Sulong. Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad: Tuan Yang di-Pertua terima kasih. Terima kasih Ahli Yang Berhormat bagi Sungai Benut. Saya hendak bertanya adakah saudara

DR.2.10.2002 67

sedar bahawa sewaktu kemuncak tamadun Islam dan ilmunya, bidang perubatan adalah satu bidang yang sebenarnya dipelopori dan diterokai oleh orang Islam. Contohnya adalah dalam bidang perubatan mengenai wanita dan juga di bidang herbal medicine. Ini dipelopori oleh Islam sehinggakan ada scholars dan cerdik pandai bukan Islam terpaksa menguasai bahasa Arab untuk menjiplak ilmu itu ditukarkan kepada bahasa Yunani. Adakah saudara sedar mengenai hal ini. Terima kasih. Dato' Haji Abdul Hamid bin Abdul Rahman: Saya amat menyedari perkara ini kerana sewaktu saya berpeluang melawat negara Iraq baru-baru ini daripada cerita yang saya dapat, banyak ilmu-ilmu yang dikaji terutamanya ilmu perubatan dan negara- negara Islam pada ketika itu membuat research ada yang tersendiri. Tetapi malangnya akibat daripada kita berpecah, negara pada ketika itu yang mana sejarah Islam yang mana tinggal sejarah. Saya difahamkan bahawa kitab-kitab ataupun buku-buku penyelidikan telah dihapuskan dan ada cerita daripada mereka yang menyatakan bahawa kitab-kitab ini dibuang di Sungai Euphrates dan Sungai Tigris yang mana sungai jernih bertukar menjadi hitam disebabkan oleh dakwat yang keluar daripada buku-buku dan kajian- kajian tersebut. Tuan Haji Ismail bin Noh [Pasir Mas]: [Bangun] Dato' Haji Abdul Hamid bin Abdul Rahman: Ini sejarah yang saya dapat, jadi kita seharusnya sebagaimana yang saya katakan tadi kita harus mengembalikan semua dan sudah tentu kita mengambil masa dan perkara ini perlu diperbincangkan di Persidangan OIC yang akan datang. Tuan Yang di-Pertua,...... Allah. Sila. Tuan Haji Ismail bin Noh: Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Ahli Yang Berhormat bagi Sungai Benut. Apakah Yang Berhormat tidak terfikir sekiranya ada hubungan di antara Malaysia dengan negara-negara Islam. Apakah Yang Berhormat tidak terfikir bahawa dengan ada hubungan yang sedemikian nanti dimarahi oleh Amerika kerana Amerika akan menjadikan Malaysia ini sebagai negara yang bersarang dalamnya golongan-golongan yang disebut terrorist. Saya bimbang takut-takut nanti bila kita ada hubungan baik dengan negara Arab, negara Islam nanti Amerika serang kita sebagaimana yang disebut oleh Ahli Yang Berhormat bagi Parit Sulong saya kira baru-baru ini. Apakah Yang Berhormat bersetuju dengan pandangan saya? Dato' Haji Abdul Hamid bin Abdul Rahman: Yang Berhormat, kita tidak perlu risaulah tentang perkara ini kerana kalau kita memikirkan perkara-perkara yang baik sudah tentu mereka juga memikirkan perkara-perkara yang baik. Kalau sekiranya kita fikir tidak baik, mereka juga akan memikirkan tidak baik. Jadi ke arah yang seperti mana yang kita hendak mempertingkatkan ilmu kita. Kerana contoh seperti mana yang berlaku kepada kembar siam yang dapat dipisahkan. Ini satu sejarah yang dilakukan oleh di kalangan pakar-pakar perubatan di kalangan orang-orang Islam. Jadi Tuan Yang di-Pertua saya ingin teruskan iaitu berhubung dengan satu perkara lagi yang disebut mesra wanita. Tuan Yang di-Pertua, Bajet 2003 adalah mesra wanita. Saya nyatakan demikian kerana walaupun lelaki mendapat beberapa keuntungan tetapi kesannya turut dirasai oleh wanita. Tambahan cuti kebapaan daripada tiga hari kepada tujuh hari bagi membantu isteri-isteri yang bersalin adalah kemudahan istimewa yang ditunggu-tunggu oleh kakitangan sektor awam khususnya. Kemudahan ini akan memesrakan lagi pasangan yang baru mendapat anak kerana bagi yang tidak mempunyai pembantu rumah atau saudara mara yang membantu isteri yang baru lepas bersalin tempoh ini adalah antara tempoh sukar di dalam suasana berumah tangga. Saya berharap cuti ini akan memberikan kesedaran kepada pihak bapa betapa sukarnya menanggung beban sewaktu mengandung sembilan bulan sepuluh hari. Selain itu, saya menyambut baik langkah kerajaan yang memberikan keutamaan kepada ibu tunggal yang berpendapatan kurang daripada RM600 sebulan untuk memiliki rumah kos rendah secara berkelompok. Tuan Hassan bin Mohamed: [Bangun]

68 DR.2.10.2002

Dato' Haji Abdul Hamid bin Abdul Rahman: Kemudahan ini amatlah dialu- alukan kerana ibu tunggal khususnya yang mempunyai anak yang ramai ..... Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat bagi Besut bangun. Dato' Haji Abdul Hamid bin Abdul Rahman: Cukuplah, saya ada banyak lagi. Berapa minit lagi ini. Cukuplah. [Ketawa] Kemudahan ini amatlah dialu-alukan kerana ibu tunggal khususnya yang mempunyai anak yang ramai dan berpendapatan kecil sukar untuk menyara dan memberikan tempat perlindungan kepada anak-anak mereka. Saya tidak pasti sama ada mereka yang memiliki pendapatan lebih daripada RM600 tidak menghadapi masalah untuk memiliki rumah kos rendah ini. Kerana itu saya menyeru kepada kerajaan supaya mengkaji semula had pendapatan yang ditetapkan itu sama ada perlu dinaikkan menjadi RM1,000. Ini kerana bagi ibu tunggal yang tinggal di kawasan bandar, RM1,000 tidaklah besar apatah lagi jika anak-anak ini sudah bersekolah. Saya juga ingin menyarankan supaya pemaju perumahan dan kalau boleh pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan supaya meletakkan asas, meletakkan syarat bahawa bagi kawasan rumah kos rendah, peruntukan dan kuota khususnya hendaklah diberikan kepada kumpulan ini agar Bajet 2003 ini menjadi titik permulaan kepada masalah mengatasi masalah mendapatkan rumah kos rendah bagi ibu-ibu tunggal. Satu perkara lagi, perkara yang menarik ialah program pembangunan keluarga yang mendapat peruntukan sebanyak RM99.1 juta kepada kementerian yang menjaga hal ehwal wanita. Saya berharap program yang dirangka menyeluruh bukan sahaja daripada segi berbagai kaum dan agama tetapi antara kawasan termasuk Sabah dan Sarawak. Pembangunan keluarga bukan sekadar menyediakan kemudahan bangunan- bangunan, perkumpulan, perpustakaan, komputer serta yang lebih bersifat fizikal. Pembangunan keluarga turut membabitkan perkara-perkara yang lebih bersifat kejiwaan dan kerohanian. Ia bukannya sekadar masak memasak, hias menghias, begitu juga sekadar menukar warna rambut dan sebagainya. Tuan Yang di-Pertua, wanita adalah kakak, ibu, nenek dan banyak lagi role yang boleh dimainkan oleh mereka. Boleh dikatakan anak-anak rapat dengan mereka dan merekalah tangan yang mengayun buaian. Juga tangan yang menggoncang dunia ini. Kerana itu apabila menyebut permohonan keluarga, mereka turut menjawab ia dalam usaha memupuk masa hadapan yang berilmu, berakhlak dan beriman. Mereka berhak mencorakkan anak-anak sama ada mereka ini akan menjadi pengunjung masjid, masuk ke universiti, perpustakaan atau mungkin masuk ke disko ataupun sebagainya. Jadi Tuan Yang di-Pertua, tanggungjawab dan amanah yang diletakkan terhadap kementerian berkenaan amat besar dan kesannya nanti boleh di lihat di dalam tempoh jangka pendek dan jangka panjang. Kita berharap program-program yang diatur menekankan aspek-aspek murni di dalam Islam dan juga yang berkekalan cirinya bukan sekadar mengatasi masalah semasa sahaja, masalah-masalah seperti remaja berpelesiran, pergaulan bebas, tidak mempunyai keyakinan diri dan gejala-gejala sosial yang boleh membawa kepada penagihan dadah, arak dan sebagainya perlu dilihat secara serius. Juga kita mengharapkan mereka dapat mencari jalan untuk mengatasi masalah yang mana perkara ini kalau tidak dijaga daripada sekarang, sudah tentu akan terus merosakkan imej negara kita. Tuan Yang di-Pertua, …… Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, ada dua minit lagi. Datuk Haji Abdul Hamid bin Abd. Rahman: Bagi penyelidikan IKS, saya menyokong usaha kerajaan untuk memperluaskan lagi rantaian di dalam semua sektor khususnya yang membabitkan pembangunan industri kecil dan sederhana. Usaha menurunkan cukai korporat bagi IKS adalah baik, walaupun sudah pasti kerajaan akan kehilangan hasil dengan anggaran lebih daripada RM270 juta. Bagaimanapun, demi

DR.2.10.2002 69

membangunkan lagi IKS, kita perlukan korbankan sedikit untuk keuntungan jangka panjang. Satu perkara yang tidak disentuh dalam Bajet 2003 ialah soal R&D. Sebenarnya masih banyak lagi industri kecil dan sederhana tempatan enggan menyediakan peruntukan bagi penyelidikan dan pembangunan (R&D). Ini berlaku mungkin kerana mereka kurang menyedari betapa pentingnya bidang ini atau tidak mempunyai peruntukan yang cukup bagi tujuan ini. Menurut Pengurus Besar Jabatan Perkhidmatan Industri Standard dan Kualiti SIRIM Berhad, syarikat IKS tidak melaksanakan R&D ialah kerana mereka belum merasai keperitan persaingan, malah mereka juga tidak mengambil berat untuk mengusahakan inovasi atau menghantar pekerja-pekerja mereka bagi mendapatkan latihan kemahiran. Walaupun soal dana bagi latihan untuk IKS tidak disebut secara jelas dalam bajet ini, saya mengesyorkan supaya keterangan mengenai dana, penyelidikan IKS diperluaskan lagi sambil mengambil kira keperluan-keperluan penyelidikan bidang baru. Ini penting kerana barangan daripada negara ASEAN di bawah kawasan perdagangan bebas ASEAN (AFTA), kini menikmati pengurangan cukai hampir 60%. Sementara industri automobil iaitu automotif dan komponen elektrik telah pun merasai kesan persaingan daripada pesaing-pesaing di kalangan negara ASEAN itu sendiri. Oleh itu Tuan Yang di-Pertua, marilah kita benar-benar sediakan payung iaitu payung yang dapat menahan hujan dan ribut hasil daripada R&D yang kita perkuatkan yang mana supaya kita mempunyai daya saing dan daya tahan yang kukuh. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong Bajet 2003 ini. Sekian, terima kasih. Beberapa Ahli: [Bangun] Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Ipoh Timur. 5.06 ptg. Tuan Thong Fah Chong [Ipoh Timur]: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk membahaskan Bajet 2003. Bajet ini telah memberi penekanan kepada usaha membantu warga miskin, membangunkan kawasan luar bandar dan pendidikan. Bagi membangunkan negara ini, kerajaan akan memberi penekanan kepada pelaburan domestik kerana sudah sampai masanya untuk sektor swasta mengambil alih peranan menggerakkan ekonomi negara. Sejak tahun 1997 sehingga tahun 2001, perbelanjaan swasta telah merosot sebanyak 83% KDNK ke 59% KDNK, iaitu daripada RM90 bilion kepada RM34.5 bilion, manakala perbelanjaan awam meningkat dari RM32 bilion pada tahun 1997 hingga RM49 bilion pada tahun 2001, iaitu peningkatan daripada 21% kepada 31%. Saya merasa gembira kerana kerajaan yakin sektor swasta tempatan dapat memainkan peranan yang penting ini dan sedar bahawa perbelanjaan swasta akan dapat menyumbang kepada pembangunan negara kita Malaysia yang tercinta ini. Saya setuju dengan Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan bahawa kita tidak boleh bergantung penuh kepada FDI dan harus meningkatkan perbelanjaan domestik dengan membangunkan industri tempatan terutama yang sektor nilai tambahan. Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya memberi beberapa cadangan dan pandangan mengenai cara-cara memastikan kejayaan membangunkan industri tempatan dan menggalakkan perbelanjaan domestik. Yang pertama dan yang paling penting, kita kena tanya apa yang diperlukan oleh pelabur dan pengusaha tempatan, apa yang menjadi halangan kepada mereka dan apakah kebaikan menjaga pelaburan dalam negeri. Tuan Yang di-Pertua, saya yakin usaha meningkatkan pelaburan domestik dan perbelanjaan swasta dapat dilaksanakan dengan lebih berjaya dengan aspek- aspek berikut:- Sektor swasta - Sektor swasta adalah tulang belakang pembangunan sebuah negara dan ia berperanan penting dalam kejayaan sebuah kerajaan. Oleh itu, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan telah memberi pengiktirafan sumbangan dan peranan sektor swasta dengan mengumumkan sekurang-kurangnya satu bulan bonus kepada kakitangan awam atau minimum bayaran RM1,200.

70 DR.2.10.2002

Sebagai wakil rakyat, izinkan saya merayu kepada semua dalam sektor awam supaya berilah kerjasama sepenuhnya kepada rakyat dan industri-industri tempatan dan asing supaya pembangunan negara dapat dilaksanakan dengan sempurna dan lancar. Peningkatan efficiency dan productivity sektor awam amat penting dan penyumbang besar kepada keberkesanan dasar kerajaan. Tambahan lagi dengan cabaran globalisasi dan liberalisasi, perdagangan, industri tempatan terpaksa bersaing dengan industri asing bukan sahaja di luar negara tetapi juga di negara kita sendiri ini. Negara kita pula terpaksa bersaing dengan negara lain yang semakin menawarkan insentif kepada pelabur-pelabur. Akan tetapi, saya percaya pelabur bukan sahaja mencari insentif cukai malah kerajaan dan sektor awam negara yang efisien, produktif dan proaktif juga menjadi kriteria kepada mereka dengan izinnya, world class civil service bukan sahaja dapat merangsangkan industri tempatan, malah ia juga dapat menarik minat dan kepercayaan pelabur asing dan tempatan terhadap ekonomi negara dan seterusnya membantu pertumbuhan ekonomi dan pendapatan per kapita rakyat Malaysia. Saya berharap Ahli-ahli Dewan yang mulia ini akan fikir dan fikir lagi, adakah negara kita mampu mewujudkan satu sektor awam yang efisien dan bebas daripada birokrasi. Sebagai seorang Ahli Dewan Rakyat saya faham dan menjadi saksi kepada usaha kerajaan kita yang menggubal dan meluluskan dasar-dasar yang amat sesuai dengan aspirasi rakyat dan memenuhi keperluan rakyat jelata. Memang benar, kita mempunyai kerajaan yang sangat proaktif dan memahami penuh apa yang diingini oleh rakyat tetapi komen yang sering kita terima ialah negara kita mempunyai polisi dan dasar yang baik, tetapi hanya ia tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna, ini salah siapa? Dasar-dasar kerajaan digubal untuk membantu pembangunan negara dan menjaga kebajikan rakyat tetapi masalah perhubungan dengan cara ialah dilaksanakan atau dengan izin, implementation telah menjadi halangan besar rakyat menikmati faedah dasar dan polisi tersebut. Tugas pelaksanaan dasar kerajaan adalah di atas bahu sektor awam, walaupun terdapat banyak perubahan dan peningkatan mutu kerja di sektor awam sejak beberapa tahun ini, tetapi sebagai wakil rakyat, aduan masih diterima dari rakyat terhadap sebahagian sektor awam termasuk sikap kakitangan yang tidak sopan, tidak memberi penjelasan yang memuaskan dan birokrasi semasa berurusan dengan pejabat kerajaan. Apabila dasar yang diluluskan tidak sama dengan implementasi, manakah tujuan sebenar kerajaan itu sudah tidak penting dan tidak berkesan. Adakah ini bermakna kita sebagai wakil yang dipilih rakyat, tidak dapat memainkan peranan dan melaksanakan mandate yang diberi oleh rakyat kepada kita. Sesetengah orang tidak faham kita dipilih oleh rakyat dan setiap lima tahun kita terpaksa berhadapan dengan mereka untuk mendapat sokongan dan undian dalam pilihan raya. Oleh yang demikian, aspirasi dan kepentingan rakyat menjadi objektif utama seorang wakil rakyat, sebaliknya lain pula bagi kakitangan kerajaan, orang Cantonese kata, dengan izinnya, kakitangan perkhidmatan awam ialah [Bercakap dalam bahasa Cantonese] Produk atau mangkuk besi yang tidak boleh dipecah. Pekerjaan di sektor awam adalah dijamin, iaitu tidak boleh pecah sudah lagi untuk mendapat pertukaran, kadang-kadang ini menjadikan sektor awam, dengan izin, less accountable kepada rakyat. Saya menggesa semua Ahli Yang Berhormat dan kakitangan sektor awam dalam Dewan ini untuk berfikir demi negara kita, demi masa depan generasi yang akan datang dan demi kemakmuran, marilah kita bersama-sama meningkatkan mutu kerja masing-masing dan tukar pemikiran yang tidak produktif, jadilah negara ini sebuah negara yang proaktif, inovatif dan dengan izin, business friendly demi membangunkan negara kita.

DR.2.10.2002 71

Percayalah apabila efficiency sektor awam bertambah baik semua golongan rakyat akan dapat menikmati faedah termasuk kakitangan awam yang akan mendapat lebih ganjaran daripada kerajaan. Keselamatan dan Ketenteraman Negara - Tuan Yang di-Pertua, dalam dua minggu yang lalu ini, terdapat tidak kurang daripada sepuluh kes jenayah rompakan, samun dan ragut beg di kawasan saya Ipoh Timur. Kebanyakan bukan di kawasan atau tempat terpencil, tetapi tempat awam seperti restoran dan majlis perkahwinan yang mana seluruh keluarga dikunci dalam bilik air, macam apa yang berlaku di Mid Valley Mega Mall beberapa hari yang lalu, penjenayah di negara kita semakin berani dan agresif, sehingga tidak takut melakukan rompakan di hadapan orang ramai dan dapat dekat dengan pondok polis. Keselamatan dan ketenteraman negara harus menjadi keutamaan kepada kerajaan kerana apa guna menggalakkan pelabur dan sektor pelancongan apabila tidak selamat bagi orang ramai berjalan atau makan di luar. Sebuah negara yang selamat dan mempunyai kawalan keselamatan yang baik menjadi satu tarikan bagi pelancong dan pelabur. Saya sedar bahawa Kementerian Dalam Negeri sedang menghadapi masalah kekurangan kakitangan, oleh itu saya cadang supaya kementerian mengintegrasikan polis sukarelawan, rukun tetangga, RELA dan badan-badan keselamatan lain agar program tertentu dapat dilaksanakan untuk memastikan tahap jenayah di negara dan terus menurun dan dikawal. Selain itu, untuk menggalakkan pelabur tempatan, saya harap kerajaan akan mempertimbangkan cadangan untuk membenarkan, dengan izin, trading losses, di pasaran saham tempatan ditolak dari pendapatan pelabur individu untuk mengurangkan beban cukai. Ini berikutan perkembangan BSKL yang tidak menentu dan indeks komposit kita yang telah merosot ke tahap dalam lingkungan 600 mata, insentif ini akan membantu mengembalikan kepercayaan dan pelaburan rakyat, terutama individu terhadap BSKL. Kita tidak mahu pelabur tempatan bergantung kepada perkembangan ‘bon’ saham luar negara, kita mahu pelabur kita melabur dalam ‘bon’ kita kerana keadaan ekonomi kita yang kukuh, insentif ini juga akan menjadi dorongan kepada mereka yang masih tidak pasti atau enggan melabur. Kebajikan warga tua - Selaras dengan dasar kerajaan untuk memupuk masyarakat penyayang, bantuan perlu diberi kepada warga tua di negara ini kerana bantuan kewangan sekarang tidak mencukupi untuk memberi, dengan izin, safety net kepada golongan ini yang tidak mampu bekerja atau tidak mempunyai saudara mara yang mampu menjaga mereka. Saya sedar bahawa kadar bantuan kewangan kepada orang tua telah dinaikkan pada tahun lepas tetapi ia masih tidak mencukupi hingga RM130 sahaja untuk memastikan warga tua di negara ini dapat menikmati kehidupan yang sempurna dan selesa, memandangkan kos kehidupan yang semakin meningkat. Oleh itu saya cadangkan supaya kerajaan mewujudkan sebuah tabung khas untuk memberi bantuan kepada warga tua kerana ini adalah satu cara baik bagi kita menghargai sumbangan warga tua yang telah membantu membangun negara pada suatu masa dahulu. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, panjang lagi? Tuan Thong Fah Chong: Pendek sahaja! Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Baik. Tuan Thong Fah Chong: Selain itu, saya juga harap kerajaan dapat membenarkan cukai dikecualikan ke atas derma kepada organisasi dan kelab warga tua di seluruh negara ini. Ini kerana semua kelab dan NGO ini adalah salah satu

72 DR.2.10.2002 institusi di mana warga tua dapat berkumpul, berekreasi dan berintegrasi antara satu sama lain, selain daripada menjalankan program khas dan bantuan kepada ahli-ahli. Tambahan pula perbelanjaan golongan ini bukan sahaja dapat membantu mereka menikmati hidup malah dapat membantu meningkatkan perbelanjaan dalam negara yang diharap oleh kerajaan. Langkah ini membolehkan lebih ramai menderma kepada NGO seperti ini khasnya mereka yang berpendapatan sederhana kerana cukai dikecualikan, ini dapat membantu meringankan beban mereka. Selain itu perniagaan dan syarikat swasta juga dapat digalakkan untuk memberi sumbangan. Tuan Yang di-Pertua, penekanan yang diberi dalam sektor pendidikan negara ini amat baik kerana pendidikan yang baik akan mencorakkan masyarakat dan generasi muda yang dinamik. Oleh yang demikian, saya menyokong bajet ini yang diberi bantuan dan membangunkan sektor pendidikan negara, kini dunia yang indah ini semakin mencabar, bukan sahaja bagi orang dewasa tetapi kanak-kanak dilatih sejak kecil untuk berdikari, berfikir agar mereka akan menjadi generasi yang dinamik dan inovatif pada masa depan, oleh itu, sistem menggredkan sekolah di negara ini perlu dipertingkatkan dengan izin, upgrade, agar ia terus relevan dengan masyarakat yang serba moden ini. Baru-baru ini, beberapa sekolah di negeri Perak, diturun gred dari gred A kepada gred B, masalahnya antara sekolah-sekolah tersebut termasuk beberapa sekolah primer di Ipoh Timur yang telah berusaha lebih 100 tahun dalam satu abad ini sekolah-sekolah tersebut telah melahirkan ramai pemimpin masyarakat. Sumbangan ini dan pencapaian akademik yang cemerlang oleh beberapa sekolah ini tidak diambil kira dan diturunkan gred kerana bilangan pelajar yang telah menurun dan kedudukan sekolah terletak di bandar. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat sila gulung. Tuan Thong Fah Chong: Satu minit. Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana pendidikan amat penting kerajaan telah membina banyak sekolah baru di sekitar dan di luar bandar. Oleh itu memang bilangan pelajar akan berkurang di sekolah primer dan bukan bermakna ia tidak memerlukan kakitangan dan kemudahan pembelajaran yang tidak dinikmati oleh sekolah gred B berbanding dengan sekolah di luar bandar, sekolah di bandar mempunyai bilangan pelajar yang jauh lebih tinggi dan tenaga guru yang diperlukan, lagipun selaras dengan perkembangan dan pertumbuhan negara, sekolah kita harus dengan izin upgraded dan bukannya down graded. Saya sokong usaha kerajaan meningkatkan taraf sekolah luar bandar tetapi tidaklah perlu untuk menurunkan gred sekolah di bandar pula. Tuan Yang di-Pertua dengan ini saya menyokong Bajet 2003. Sekian, terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Sila bagi Kubang Kerian. 5.22 ptg. Tuan Husam bin Haji Musa [Kubang Kerian]: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, mengikut kamus Dewan Bahasa ‘belanjawan’ bermakna perhitungan banyaknya wang yang akan diterima dan dikeluarkan. Sementara kamus ekonomi pada muka surat 16 memberi makna ‘belanjawan’ sebagai penyata hasil dan perbelanjaan yang dirancang oleh individu kumpulan organisasi atau kerajaan bagi suatu jangka masa tertentu yang biasanya satu tahun. Anggapan Menteri Kewangan bahawa istilah ‘belanjawan’ tidak selengkap perkataan bajet dalam bahasa Inggeris kerana ia hanya bermaksud berbelanja dan tidak meliputi pendapatan dan hasil dengan itu adalah salah dan keliru. Pengenalan kosa kata ‘b-a-j-e-t’ bagi menggantikan perkataan belanjawan adalah memperkecil bahasa Melayu sendiri. Jika peristilahan di rujuk di dalam kamus atau pakar bahasa, Menteri Kewangan boleh keliru dan cuba mengelirukan orang lain, apa jaminan beliau tidak keliru dan silap dalam isu dan perkara-perkara yang lain. Jika ‘belanjawan’ hanya bermaksud belanja dan tidak meliputi pendapatan dan hasil bagaimana kata belanjawan kurangan dan belanjawan lebihan boleh wujud. Lebih atau kurang berbanding dengan apa. Tentulah berbanding pendapatan dan belanja. Saya

DR.2.10.2002 73

berharap Yang Berhormat Menteri Kewangan dapat menyedari kesilapan beliau dan tidak berlagak sebagai pakar bahasa yang cuba meremehkan bahasa kita sendiri. Tuan Yang di-Pertua, kedudukan ekonomi dan kewangan negara yang lemah dan menurun adalah hasil salah pendekatan dan salah urus ekonomi dan sumber- sumber negara mengakibatkan kerugian besar kepada dana awam dan kebocoran ekonomi dan kewangan, hilang keyakinan para pelabur dan kegagalan dalam mengatasi beberapa isu utama rakyat jelata. Ketika negara lain sudah bersiap melangkah kepada first world economy dengan izin ekonomi kita masih kekurangan nafas dan gerak bagi menuju negara maju dan mantap dari semua segi di millennium yang baru. Kita belum selesai membasuh kencing dan najis para kroni dengan berbilion ringgit wang rakyat. Saya akan jelaskan satu perkara ini. Yang Berhormat Ketua Pembangkang telah mengetengahkan peranan Kementerian Kewangan dalam membawa Malaysia keluar dari kemelut kewangan akibat salah dan lemah urus kewangan negara menyebabkan beribu juta wang negara yang boleh digunakan untuk membawa Malaysia menapak lebih jauh, hangus menjadi ‘habaan mangsura’, debu-debu yang tidak berbekas dalam usaha menyelamatkan syarikat-syarikat yang sakit dan uzur. Jika dikatakan kita telah meningkat maju berbanding beberapa negara lain saya tegaskan dengan segala sumber yang kita ada, kita harus maju lagi jika kewangan negara kita diuruskan dengan lebih berhemah. Peranan Kementerian Kewangan adalah sangat besar dalam membina Malaysia yang mempunyai asas kewangan yang lebih kukuh, kesejahteraan rakyat yang lebih merata, ekonomi yang lebih mapan. Ini boleh dijayakan jika kepimpinan Kementerian Kewangan berpegang kepada ketertiban berikut; (a) penakhodaan kewangan unggul atau dengan izin superior stewardship dan pelaburan prudent dana awam; (b) persekitaran kewangan yang lebih conducive kepada perniagaan dan perdagangan; (c) Kementerian Kewangan sebagai teladan pengurusan beramanah dan telus kelas pertama; (d) Polisi dan rangka berpaksikan peningkatan kecemerlangan, kesejahteraan rakyat, pemeringkatan keutamaan yang betul. Dalam ucapan Yang Berhormat Ketua Pembangkang telah menggariskan perlunya segala kepincangan pengurusan kewangan masa kini dihentikan. Ini adalah asas untuk kita membina keteguhan ekonomi. Kepincangan bermakna kebocoran. Tiada ekonomi yang boleh bergerak licin dan mantap jika enjinnya diganggu oleh kebocoran berterusan. Contoh yang terus segar dan masih mengakibatkan pendarahan kepada kewangan negara kita antara lain ialah MAS. Naluri telah berjaya mencatatkan untung bersih sebanyak RM900 juta hasil daripada bayaran oleh kerajaan ke atas saham- saham yang lebih tinggi dari harga pasaran tiga tahun yang lalu. MAS diambil alih oleh kroni dengan harga yang begitu mahal tanpa sebarang penilaian rasmi, atas alasan ia memastikan ia tidak jatuh ke tangan asing. Selepas diambil alih MAS mempunyai hutang besar RM9 bilion. Kerajaan yang pemurah ini telah mengambil alih semua hutang-hutang ini, membeli semua pesawat-pesawat MAS dan menanggung penerbangan domestic yang rugi dan ketiga- tiga perkara yang merugikan itu diletakkan dalam sebuah syarikat penerbangan Malaysia baru di mana KWAP (Kumpulan Wang Amanah Pencen) dijadikan kambing hitam dengan dipaksa memiliki 40% pegangan. Saya pohon penjelasan kenapakah KWAP sekali lagi dipilih untuk memegang ekuiti dalam syarikat yang sudah tentu akan rugi untuk bertahun-tahun di masa hadapan. Adakah KWAP terpaksa menampung sebahagian kos operasi kerana kedudukannya sebagai pemegang saham dalam Syarikat Penerbangan Malaysia Berhad yang baru ditubuhkan untuk menampung segala operasi yang merugikan tersebut.

74 DR.2.10.2002

Dua tahun yang lalu KWAP telah dipaksa membeli tawaran saham Time dot.com dengan harga RM3.30 se saham. KWAP telah membeli 273 juta saham atau 40% pegangan dalam TDC dengan harga RM903 juta pada waktu itu dan berapa hari selepas pembelian di dalam tawaran awam itu KWAP mengalami kerugian 30% nilai pelaburannya apabila nilai saham-saham Time dot.com diniagakan dengan harga hanya RM2.04 se saham. Minggu lalu saham TDC ialah RM1.37sen, ini bermakna KWAP mengalami kerugian pelaburan RM429 juta. Dari dua urus niaga ini kita boleh simpulkan bahawa; (a) jika penilaian ke atas kedudukan MAS dilakukan terlebih dahulu seperti amalan sepatutnya, kerajaan tidak perlulah membayar harga yang mahal dan dengan itu beratus-ratus juta ringgit wang negara telah dapat diselamatkan. Naluri tidak akan mencatat keuntungan sedemikian besar, hasil daripada wang negara dan lebih-lebih lagi MAS yang dibeli oleh semua kerajaan penuh dakwaan salah urus, hutang dan pelbagai masalah; (b) jika dana awam tidak disalahgunakan untuk membiayai pembelian yang merugikan seperti di atas, hanya pihak yang terlibat dalam kepincangan mana-mana syarikat sahaja yang akan menanggung beban dan tidak diambil alih oleh orang awam yang tidak berdosa. Pada 25 Februari tahun ini, semasa berdialog para pelajar di London Perdana Menteri telah mendedahkan pengurusan baru penerbangan Malaysia ataupun MAS, telah mengesan penyalahgunaan wang syarikat dan aktiviti-aktiviti lain yang tidak diluluskan oleh Lembaga Pengarah tetapi Kementerian Kewangan telah pun membayar Naluri RM1.7 bilion ataupun RM8.00 se saham walaupun harga pasarannya pada waktu itu ialah hanya RM4.00 se saham. Adakah dengan ini bermakna Perdana Menteri selaku Ketua Kabinet telah melakukan keputusan yang silap dengan meluluskan pembayaran sebesar itu, ke atas pengurusan yang lalu yang menyeleweng, sebelum ianya dinilai oleh penilai bebas. Bolehkah kita katakan persekongkolan telah berlaku, Menteri sendiri telah melakukan kesalahan membayar wang yang sebegitu besar kepada syarikat yang telah diurus secara yang tidak betul. Bagi tahun kewangan yang berakhir pada 31 Mac 2001, MAS menanggung kerugian sebelum cukai sebanyak RM1.3 bilion iaitu kerugian terbesar dalam sejarah syarikat penerbangan itu. Pendedahan dan kedudukan ini membenarkan hujah kami bahawa Kementerian Kewangan begitu lemah, berat sebelah, cuai dan berniat serong ketika membuat keputusan-keputusan mengenai kewangan negara seperti yang telah saya sebut. Kami tidak sama sekali mempertikaikan kejujuran para pegawai, apa yang kami maksudkan pemimpin politik memberikan arahan yang salah oleh itu reform harus bermula dengan kepimpinan politik di Kementerian Kewangan. Inilah yang kami maksudkan penakhodaan kewangan yang unggul, ia adalah tapak pertama ke arah Malaysia yang lebih makmur. Kini MAS Catering dikatakan akan dijual kepada syarikat yang kaitan dengan adik seorang pemimpin kanan negara, bolehkah kerajaan menjelaskan apakah asas yang telah digunakan untuk menyerahkan MAS Catering kepada syarikat berkenaan. Tuan Yang di-Pertua, negara berbelanja di atas asas untuk memberikan perkhidmatan dan kesejahteraan kepada rakyat, merangsang pertumbuhan ekonomi seimbang yang memberikan nikmat yang lebih adil dan merata tanpa kenaikan harga barangan dan juga mempersiapkan negara untuk cabaran masa depan. ‘Sektor kunci’ bagi masyarakat kita tentulah penyelesaian keperluan perumahan yang selesa, pendidikan ‘glocal’, industri tani yang maju dan berdaya saing, kesihatan dan kemudahan awam yang lebih merata, semuanya dalam rangka insan berakhlak dan masyarakat sivil. Peruntukan RM300 juga untuk membayar hutang Perwaja seperti diuntukkan dalam belanjawan ini adalah salah satu contoh, salah keutamaan hasil daripada salah keputusan dan perkiraan. Peruntukan seperti ini tidak perlu dilakukan jika kerajaan melaksanakan apa yang telah dicadangkan oleh Yang Berhormat Ketua Pembangkang

DR.2.10.2002 75

iaitu kerajaan menubuhkan sebuah suruhanjaya penswastaan dan monopoli antara lain bagi memantau dengan berkesan semua syarikat-syarikat yang telah diswastakan. Kerugian kerana salah tadbir dapat dielakkan dan keuntungan berlebihan yang boleh membebankan rakyat juga dapat dihentikan. Dengan itu dividen dan bukannya kerugian akan dipungut oleh kerajaan. Pada tahun 2002 Perwaja telah diperuntukkan sebanyak RM1.3 bilion untuk menjelaskan hutangnya dijamin oleh kerajaan. Tahun 2001 RM1.1 bilion telah diberi percuma dengan tujuan yang sama. Kesemua hutang Perwaja yang ditanggung oleh kerajaan ialah RM6.9 bilion dan ini adalah satu maha pembaziran yang menjadi mercu tanda betapa lemahnya pengurusan kerajaan yang dipimpin oleh Menteri Kewangan. Selain hutang yang begitu besar dan sia-sia kerajaan juga terpaksa menanggung kerugian RM2.9 bilion dalam Perwaja jika superior stewardship wujud di Kementerian Kewangan tidak mungkin kita perlu membazirkan sebegitu banyak wang kita semua. Tidak hairanlah jika ada rakyat hidup miskin seperti ditunjukkan oleh klip RTM, jika puluhan ribu juta wang ini digunakan wang ini untuk membantu mereka, RTM tidak perlu bersusah payah menayangkan keaiban Perdana Menteri kita sendiri iaitu selepas 20 tahun beliau menjadi Perdana Menteri, kemiskinan yang begitu ketara telah ataupun masih wujud. Perdana Menteri hidup bahagia di kediamannya berharga lebih RM300 juta tetapi rakyatnya masih ada yang miskin, menderita, tentu bukan sahaja di Kelantan, tetapi di negeri-negeri lain juga jika RTM tidak menayangkan kemiskinan di negeri lain tidak bererti ia tidak wujud. Yang Berhormat Ketua Pembangkang telah juga menghuraikan cara-cara Kerajaan Pusat boleh meningkatkan hasil atau pendapatan kerajaan antara lain meningkatkan kutipan dividen dari pelaburan syarikat-syarikat kerajaan. Yang Berhormat bagi Bagan Datok telah menyebut bahawa dividen tidak boleh ditingkatkan sesuka hati. Ia bergantung kepada prestasi syarikat. Ini difahami oleh semua orang tetapi prestasi syarikat bergantung kepada apa? Ia bergantung kepada urus tadbir yang berkesan, amanah dan cekap. Urus tadbir berkesan bergantung kepada apa, ia bergantung kepada pemantauan berkesan oleh kerajaan. Pemantau yang bebas dari pilih kasih dan tidak teragak-agak untuk mengenakan punishment ke atas mana-mana urusan yang menyeleweng. Saya ingin mengajak Ahli-ahli Yang Berhormat membuka buku Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2003 bermula dari muka surat 84 di bawah tajuk Faedah Pulangan Dari Pelaburan. Bagi tahun 2003 dianggarkan pulangan faedah yang akan diperoleh dari Bank Bumiputra hanya ialah RM1,600. Beribu juta ringgit wang negara sudah dilaburkan tetapi pulangannya lebih kecil daripada pendapatan yang boleh diberikan oleh peniaga- peniaga kacang putih. Kalau RM2 bilion diberikan kepada saya insya-Allah saya berikan pulangan dua kali ganda daripada apa yang diberikan oleh Bank Bumiputera. Bagi Bank Pertanian pendapatan untuk kantung kerajaan bagi tahun 2003 kelak ialah RM5,100. Bagi Bank Pembangunan pulangan ataupun dividen yang akan diberikan kepada kerajaan hanyalah RM300. Ini dalam buku ini [Menunjukkan buku Bajet 2003] Niaga bank bagi RM300 baik bagi pak cik saya bela kambing insya-Allah boleh sekurang- kurangnya bagi RM600. Pulangan RM300 ini lebih murah daripada harga seekor kambing yang kurus sedangkan bagi Belanjawan 2003 kerajaan memperuntukkan kepada Bank Pembangunan RM1 bilion lagi. Petronas telah pun memberikan kepada Bank Pertanian RM1 bilion. Bagaimanakah syarikat-syarikat ini diuruskan? Pulangan daripada Bank Negara menurun daripada zaman Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebanyak RM5 bilion setahun dan RM1 bilion bagi tahun 2001 dan dividen untuk tahun 2003 ialah setengah bilion ringgit. Mana hilang RM4.5 bilion dividen daripada Bank Negara? Pulangan daripada Hicom RM447,000, pulangan daripada Pelabuhan Penang RM3.2 juta dan masing-masing kosong pulangan daripada Khazanah Nasional Berhad dan Felcra. Dari sejumlah 63 syarikat di mana Menteri Kewangan Diperbadankan mempunyai kepentingan secara langsung hanya beberapa buah sahaja memberikan keuntungan munasabah iaitu seperti Petronas, TNB dan Telekom serta tidak ketinggalan Institut Jantung Negara. Tahniah kepada kerajaan belah jantung orang dapat untung.

76 DR.2.10.2002

Selain itu kerajaan juga melakukan beribu juta ringgit pelaburan lagi menerusi Khazanah Nasional Berhad atau Khazanah sekurang-kurangnya 36 buah syarikat, 36 campur 63 ada 99 syarikat. Antara lain ialah STRL Sdn. Bhd., SME Industries yang telah mengalami kerugian selama tiga tahun berturut-turut, EIC Technology, EIC Micro Electronic, TimeDotcom, Malaysia Airport, YTL Power International yang telah mengeksport rasuah ke London baru-baru ini, MISC, Putrajaya Holdings, Arena Target dan lain-lain. Dengan itu terdapat lebih 100 syarikat di mana kerajaan mempunyai kepentingan secara langsung. Ini tidak mengambil kira perbadanan awam dan badan- badan berkanun yang mengendalikan beratus-ratus syarikat yang sebahagiannya mengalami kerugian. Berbalik kepada syarikat dilabur oleh Khazanah, sebahagian besarnya tidak menghasilkan pulangan kepada kerajaan melainkan kerugian-kerugian sehingga memaksa kerajaan menghulurkan pinjaman baru. Sehingga Ogos 2001 Khazanah sendiri mempunyai hutang dalam bentuk bon berjumlah RM9.7 bilion. Dalam sidang sebelum ini saya pernah meminta penjelasan mengenai Arena Target salah sebuah syarikat di mana Khazanah memberikan pinjaman sebanyak RM550,000 dalam bentuk ‘...... …. and syers’. Malangnya kerajaan tidak pernah menjelaskan apakah perniagaan syarikat ini sebenarnya, prestasinya dan justifikasi penubuhannya. Saya berharap sidang ini Menteri Kewangan tidak lupa untuk memberikan penjelasan tentang syarikat ini. Berdasarkan pendedahan ringkas di atas ternyata cadangan Ketua Pembangkang supaya ditubuhkan Suruhanjaya Penswastaan dan Monopoli adalah wajar dan tepat. Begitu juga jangkaan beliau bahawa dividen dan keuntungan dari syarikat-syarikat pelaburan kerajaan dapat ditingkatkan lagi adalah berasas dan munasabah jika pengurusan kerajaan dapat ditingkatkan. Dalam masa yang singkat memaksa saya beralih ke tajuk lain tanpa sempat menghuraikan tajuk di atas dengan lebih panjang. Saya beralih kepada strategi menggalakkan pertumbuhan menerusi sumber dalaman yang dicadangkan oleh Menteri Kewangan. Suka saya nyatakan strategi penjanaan pertumbuhan domestik yang dikemukakan adalah tidak lengkap dan tidak meyakinkan. Dari wawasan negara industri kita dicadangkan kembali kepada menternak ayam dan itik, membela burung unta, bercucuk tanam, menanam jagung dan menangkap ikan. Jika kita selama ini memberikan tumpuan kepada peningkatan industri tani dan perikanan untuk berkembang sebagai industri berteknologi tinggi, komprehensif dan moden kita tidak payah mundar-mandir seperti sekarang. Tanpa mengulas panjang topik ini saya ingin mencadangkan strategi pertumbuhan domestik negara diasaskan kepada industri gas dan petroleum menerusi pendaratan gas dan petroleum dari telaga-telaga di kawasan MTGDA ke pantai negara kita dan bukannya di Songkla di Thailand. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang Berhormat. Yang Berhormat ada dua minit lagi. Tuan Husam bin Haji Musa: Wawasan GDA memiliki simpanan gas sejumlah 9 TCF dan blok PM301, 302 di perairan Kelantan mempunyai simpanan gas sejumlah 6 TCF dan ini adalah proven yang telah dibuktikan jumpaannya dan dari segi anggaran kedua-dua kawasan ini mempunyai 20 TCF gas iaitu satu jumlah yang sangat besar. Berdasarkan harga gas UHT RM2.30 bagi tiap-tiap MM BTU nilai gas GDA sejumlah 7 TCF tadi ialah RM65.5 bilion. Nilai keseluruhan kedua-dua kawasan GDA dan Blok PM301, 302 tadi tentulah melebihi RM100 bilion. Jangka hayat pelaburan adalah panjang, pasaran adalah stabil, pelaburan adalah besar, impak ekonomi adalah berganda dan ekonomi sokongan untuk industri ini adalah besar. Justeru itu peluang pekerjaan juga besar dan ia benar-benar mampu menjanakan pertumbuhan menerusi kekuatan dalaman kita sendiri. Persoalan ialah mengapa Kerajaan Pusat tidak berminat mendaratkannya di negara kita. Mengapa kita sendiri memilih untuk mendaratkannya di Thailand. Oleh kerana masalah-masalah tertentu di Thailand pendaratan ini hingga kini tidak dapat dilakukan laluan paip yang dicadangkan dari Songkla ke Changlun dengan itu tidak dapat dibina. Atas kelewatan ini Petronas terpaksa menghabiskan jutaan ringgit pula mengikut perjanjian bagi membayar penalti bermula daripada Julai tahun ini. Saya dengan ini meminta kerajaan menjelaskan jumlah penalti yang dibayar oleh Petronas setiap bulan.

DR.2.10.2002 77

Adalah menghairankan dalam keadaan seperti itu kerajaan masih belum mengkaji semula keputusan yang ternyata amat merugikan negara. Mengapa tidak kerajaan berunding semula dengan pihak Thailand dan mencadangkan pendaratan di negara kita sendiri. Lebih-lebih lagi ia sememangnya lebih hampir dan justeru itu lebih economic untuk didaratkan di sini. Jarak telaga medan cakerawala hanyalah 140 kilometer ke Kota Bharu berbanding 270 kilometer dari Songkla ke…. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang Berhormat bagi Kubang Kerian, masa cukup. Tuan Husam bin Haji Musa: Masa cukup untuk hari ini atau sambung lagi untuk esok. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Sebab Yang Berhormat kita telah berikan kerja lebih masa. Tuan Husam bin Haji Musa: Terima kasih banyak, terima kasih. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Sudah habis ha? Ahli-ahli Yang Berhormat, Dewan yang mulia ini ditangguhkan sekarang sehingga jam 10.00 pagi hari esok.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 5.45 petang.