Dewan Rakyat Parlimen Kedua Belas Penggal Kelima Mesyuarat Ketiga

Total Page:16

File Type:pdf, Size:1020Kb

Dewan Rakyat Parlimen Kedua Belas Penggal Kelima Mesyuarat Ketiga Naskhah belum disemak DEWAN RAKYAT PARLIMEN KEDUA BELAS PENGGAL KELIMA MESYUARAT KETIGA Bil. 59 Isnin 5 November 2012 K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2013 Jawatankuasa:- Jadual:- Maksud B.48 (Halaman 25) Maksud B.23 (Halaman 38) Maksud B.30 (Halaman 98) USUL-USUL: Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 23) Usul Anggaran Pembangunan 2013 Jawatankuasa:- Maksud P.48 (Halaman 25) Maksud P.23 (Halaman 38) Maksud P.30 (Halaman 98) DR 5.11.2012 1 MALAYSIA DEWAN RAKYAT Isnin, 5 November 2012 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat ] JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN 1. Datuk Mohd. Nasir Ibrahim Fikri [Kuala Nerus] minta Menteri Pengajian Tinggi menyatakan apakah kementerian bercadang untuk menubuhkan sebuah bank data berpusat bagi rujukan ke arah menangani masalah penipuan ijazah. Timbalan Menteri Pengajian Tinggi ll [Dato’ Saifuddin bin Abdullah]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Kementerian Pengajian Tinggi telah membangunkan sistem maklumat dan pangkalan data Kementerian Pengajian Tinggi yang dikenali sebagai sistem MyMohes bagi IPTA dan sistem IFMS bagi IPTS untuk memperkemaskan proses penyaluran data dan maklumat kepada KPT bagi membantu meningkatkan kecekapan sistem pengurusan maklumat pengajian tinggi negara. Sistem ini dapat memastikan data dan maklumat yang dibekalkan sentiasa tepat, terkini, sahih dan boleh digunakan bagi tujuan perancangan penggubalan dasar dan pembangunan pengajian tinggi negara yang mampan. Walau bagaimanapun, bagi maklumat terperinci setiap individu yang menerima ijazah daripada IPTA dan IPTS, ia disimpan oleh institusi pengajian tinggi yang mengurniakan ijazah dan diploma masing-masing. Bank data terperinci bagi penerima ijazah dan diploma wujud di peringkat IPTA dan IPTS yang berkenaan. Kaedah ini adalah selaras dengan pemberian autonomi dan kebebasan kepada IPT dalam mengendalikan urusan operasi institusi. Oleh itu kementerian tidak berhasrat untuk menubuhkan bank data terperinci penerima ijazah dan diploma secara individu atau bagi setiap individu secara berpusat pada ketika ini. Sungguhpun demikian bagi mana-mana majikan, sama ada agensi kerajaan ataupun swasta, Ahli-ahli Parlimen, orang awam dan pihak-pihak yang berkepentingan yang ingin mengesahkan mana-mana ijazah dan diploma yang dikeluarkan oleh IPT tempatan, boleh mengajukannya kepada IPT berkenaan pada bila-bila masa yang sesuai. Jadi Tuan Yang di- Pertua, untuk maklumat terperinci setiap individu, maknanya setiap pelajar ataupun setiap graduan itu di peringkat IPT masing-masing. Akan tetapi di peringkat kami di KPT, kami ada pangkalan data dari segi keseluruhan pengurusan pentadbiran dan sebagainya. Terima kasih. Datuk Mohd. Nasir Ibrahim Fikri [Kuala Nerus]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Timbalan Menteri. Tuan Yang di-Pertua, saya merujuk kepada My Star online, 9 DR 5.11.2012 2 Ogos 2012. Sebuah syarikat khusus dalam pemeriksaan pra-pekerjaan mengesan purata lima permohonan dengan ijazah dan sijil palsu setiap minggu. Manakala sebuah lagi firma penyiasatan penipuan mendapati 10% hingga 15% permohonan yang diteliti menggunakan kelayakan palsu. Sebahagian daripadanya dikeluarkan oleh universiti-universiti yang tidak wujud di luar negara. Mungkin Yang Berhormat sebut universiti dalam negara. Kita juga bercakap tentang universiti di luar negara. Soalan saya Tuan Yang di-Pertua, adakah kerajaan bercadang untuk mengeluarkan pengenalan khas untuk lepasan IPT dan ia boleh dibuat secara berperingkat bermula dengan doktor falsafah untuk mengurangkan penipuan pemakaian kelulusan di semua peringkat terutama doktor falsafah ini dengan panggilan ‘Dr.’ kerana ia boleh mencemarkan imej kepakaran dan ilmu dalam negara kita. Terima kasih. Dato’ Saifuddin bin Abdullah: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih atas soalan tambahan itu tadi. Sebagaimana yang disebutkan oleh Yang Berhormat, kes-kes itu bukan datang daripada IPT yang di bawah budi bicara dan pengawasan Kementerian Pengajian Tinggi. Ada misalnya sebelum ini kes yang melibatkan nama sebuah IPTA, ijazahnya dijual oleh pihak tertentu di pasaran dan KPT sendiri membuat laporan kepada pihak polis dan kes ini dalam siasatan dan tindakan undang-undang akan diambil. Kita mempunyai beberapa undang-undang lain yang bukan di bawah budi bicara ataupun pengawasan Kementerian Pengajian Tinggi sebab ini adalah kes-kes penipuan sama seperti kes-kes penipuan yang lain yang terdapat di pasaran. Dari segi amalan keselamatan, kebanyakan IPT ada amalan-amalan keselamatan ketika mereka mengeluarkan sijil ataupun diploma atau ijazah untuk memastikan ketulenan sijil diploma ataupun ijazah yang mereka keluarkan. Contohnya ialah mereka menggunakan dengan izin, watermark pada kertas yang dikeluarkan itu dan juga nombor siri pada kertas itu. ■1010 Itu adalah amalan-amalan keselamatan yang diambil sendiri tindakannya oleh IPT-IPT yang berkaitan. Akan tetapi, untuk kita mempunyai seperti yang saya jawab awal tadi, untuk kita mempunyai suatu sistem yang begitu dengan izin, centralized, saya fikir ini belum sampai masanya. Orang awam kita selalu nasihatkan supaya memastikan ketulenan sijil itu ataupun ijazah yang dikeluarkan itu. Sebabnya memang kita tahu ada kemungkinan penipuan itu berlaku. Akan tetapi, itu di luar daripada kawalan kami di kementerian dan seperti saya katakan tadi, ada undang-undang yang boleh dikenakan kepada pesalah-pesalah tersebut. Terima kasih. Puan Siti Zailah Mohd. Yusoff [Rantau Panjang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya. Daripada pemantauan yang dibuat oleh pihak kementerian, berapakah kes setakat ini yang telah dapat dikesan yang membabitkan penipuan dan apakah tindakan undang-undang yang telah diambil sama ada yang melibatkan sijil, diploma ataupun ijazah ataupun sampai ke peringkat PhD dalam negara kita? DR 5.11.2012 3 Dato’ Saifuddin bin Abdullah: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Yang 20 IPTA, 61 IPTS bertaraf universiti dan universiti kolej dan kolej-kolej swasta yang bukan bertaraf kolej universiti ataupun universiti itu, setakat ini belum ada kes penipuan ijazah. Yang ada ialah kes penipuan iklan ketika mereka mengiklankan kursus yang mana kursus itu tidak wujud. Setakat ini, ada dua kes yang begitu. Kebanyakan kes yang lain itu, ia bukan dalam konteks ijazah ataupun kursus per se dengan izin. Masalah-masalah premis dan sebagainya. Kalau yang berlaku penipuan itu, lazimnya itu memang dilakukan oleh orang lain yang tidak ada kena mengena dengan mana-mana kolej ataupun universiti atau kolej universiti yang berdaftar dengan kita. Itu yang saya katakan tadi Tuan Yang di-Pertua. Apa yang kami boleh lakukan jika kami mendapat aduan, kami juga membuat aduan kepada pihak polis. Saya faham di luar sana ada pelbagai undang-undang yang berkaitan dengan penipuan seperti mana-mana penipuan lain yang dilakukan oleh sesiapa sahaja. Terima kasih. 2. Tuan Amran bin Ab. Ghani [Tanah Merah] minta Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi menyatakan adakah kerajaan ingin menetapkan harga minimum bagi mengawal penurunan harga getah bagi membantu para penoreh getah dan kenapakah bantuan kewangan hanya diberikan kepada golongan nelayan sahaja atas alasan musim tengkujuh, sepatutnya para peneroka dan penoreh juga diberi subsidi yang sama. Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi I [Dato’ Hamzah bin Zainudin]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, pada masa ini kerajaan tidak berhasrat untuk menetapkan harga minimum bagi mengawal penurunan harga getah. Ini adalah memandangkan harga getah ditentukan oleh beberapa faktor termasuk penawaran serta permintaan pasaran dan kadar pertumbuhan ekonomi dunia khususnya di negara-negara pengimport utama getah. Di samping itu, penetapan harga minimum juga akan melibatkan peruntukan kewangan yang besar. Bagaimanapun, kerajaan sentiasa memantau harga getah agar ia tidak menjejaskan pendapatan pengusaha tanaman getah terutamanya pekebun kecil. Pada masa ini, walaupun trend harga getah turun naik, ianya masih berada di tahap yang memberangsangkan. Sehingga Ogos 2012, pekebun kecil yang memiliki purata keluasan kebun 2.3 hektar dianggarkan mampu meraih purata pendapatan melebihi RM2,400 sebulan. Tahap ini masih merupakan satu paras pendapatan yang lumayan kepada pekebun kecil. Tuan Yang di-Pertua, bagi memperkukuhkan harga getah, Malaysia bersama-sama dengan lain-lain negara pengeluar utama getah dunia iaitu Thailand dan Indonesia sentiasa membuat pemantauan terhadap trend harga getah semasa dunia di bawah rangka kerjasama International Tripartite Rubber Council (ITRC). Ketiga-tiga negara pengeluar utama getah ini akan mengadakan rundingan dan mengambil langkah-langkah proaktif sekiranya harga getah berada di paras yang membimbangkan. Ini termasuk melaksanakan mekanisme kawalan eksport secara kolektif yang dipersetujui oleh ketiga-tiga negara. DR 5.11.2012 4 Walaupun demikian, kerajaan akan meneruskan usaha-usaha pemantauan dan sentiasa mengkaji bantuan-bantuan yang boleh dilaksanakan sekiranya harga getah jatuh ke paras yang memberi kesan negatif kepada pendapatan pekebun kecil, terima kasih. Tuan Amran bin Ab. Ghani [Tanah Merah]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada pihak kementerian. Saya bercakap bagi rakyat di Parlimen Tanah Merah iaitu terutamanya di Kampung Bukit Mas, Air Naga, Kampung Batang Bergedip dan lain-lain
Recommended publications
  • Dewan Rakyat Parlimen Kedua Belas Penggal Ketiga Mesyuarat Ketiga
    Naskhah belum disemak DEWAN RAKYAT PARLIMEN KEDUA BELAS PENGGAL KETIGA MESYUARAT KETIGA Bil. 54 Isnin 18 Oktober 2010 K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT (Halaman 32) USUL-USUL: Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 32) Usul Anggaran Pembangunan 2011 (Halaman 33) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2011 (Halaman 33) DR. 18.10.2010 1 MALAYSIA DEWAN RAKYAT Isnin, 18 Oktober 2010 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat ] JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN 1. Datuk Juslie bin Ajirol [Libaran] minta Perdana Menteri menyatakan adakah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mempunyai Jawatankuasa Penilai bagi setiap teks khutbah Jumaat sebelum diedarkan kepada semua masjid di bawah negeri yang Ketua Agamanya ialah Yang di-Pertuan Agong. Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir Baharum]: Bismillaahir Rahmaanir Rahim, Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Tuan Yang di-Pertua, untuk maklumat Yang Berhormat Libaran, Jabatan Kemajuan Islam telah mewujudkan Jawatankuasa Penilai bagi setiap teks khutbah Jumaat bagi masjid-masjid di bawah pentadbiran JAKIM sendiri iaitu Masjid Negara, Masjid Putra, Masjid Wilayah dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin. Tujuannya adalah untuk menjaga kualiti teks khutbah dari segi kandungan dan penggunaan bahasa yang bersesuaian. Jawatankuasa ini terdiri daripada panel imam empat buah masjid utama dan juga disertai oleh beberapa ahli jawatankuasa yang dilantik terdiri daripada pengarah-pengarah bahagian di JAKIM. Teks khutbah Jumaat ini boleh dilayari secara online di dalam laman web JAKIM melalui Khutbah Online.
    [Show full text]
  • Dewan Rakyat
    Bil. 33 Rabu 27 Jun 2012 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT PARLIMEN KEDUA BELAS PENGGAL KELIMA MESYUARAT KEDUA KANDUNGAN JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT (Halaman 23) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2012 (Halaman 24) Rang Undang-undang Pelindung (Pindaan) 2012 (Halaman 47) Rang Undang-undang Umur Persaraan Minimum 2012 (Halaman 49) Rang Undang-undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2012 (Halaman 129) USUL-USUL: - Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 23) - Menangguhkan Mesyuarat Di Bawah P.M. 16(3) (Halaman 141) UCAPAN-UCAPAN PENANGGUHAN: ■ Undang-undang Menganiaya Pekerja Migran – Y.B. Dr. M. Jeyakumar Deveraj (Sungai Siput) (Halaman 141) ■ Menggubal Undang-undang Kampung Persaraan Di Malaysia – Y.B. Puan Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) (Halaman 143) Diterbitkan Oleh: CAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2012 DR.27.6.2012 i AHLI-AHLI DEWAN RAKYAT 1. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin Haji Mulia, P.S.M., S.P.D.K., S.U.M.W., P.G.D.K., J.S.M., J.P. 2. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, P.J.N., P.B.S. J.B.S., J.S.M. (Santubong) – PBB 3. “ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Ronald Kiandee, A.S.D.K., P.G.D.K. (Beluran) – UMNO MENTERI 1. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak, D.U.P.N., S.S.A.P, S.I.M.P., D.P.M.S., D.S.A.P., P.N.B.S., D.U.B.C.(T).
    [Show full text]
  • Naskhah Belum Disemak
    Bil. 27 Isnin 18 Jun 2012 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT PARLIMEN KEDUA BELAS PENGGAL KELIMA MESYUARAT KEDUA K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perubatan (Pindaan) 2012 (Halaman 18) Rang Undang-undang Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2012 (Halaman 41) USUL-USUL: Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 17) Menangguhkan Mesyuarat Di Bawah P.M. 16(3) (Halaman 87) UCAPAN-UCAPAN PENANGGUHAN: ■ Penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja Berhubung PATI Di Sabah – Y.B. Datuk Chua Soon Bui (Tawau) (Halaman 87) ■ Polis Gerakan Marin dan Polis Gerakan Am – Y.B. Tuan Er Teck Hwa (Bakri) (Halaman 88) Diterbitkan Oleh: CAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2012 DR.18.6.2012 i AHLI-AHLI DEWAN RAKYAT 1. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin Haji Mulia, P.S.M., S.P.D.K., S.U.M.W., P.G.D.K., J.S.M., J.P. 2. “ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, P.J.N., P.B.S. J.B.S., J.S.M. (Santubong) – PBB 3. “ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Ronald Kiandee, A.S.D.K., P.G.D.K. (Beluran) – UMNO MENTERI 1. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak, D.U.P.N., S.S.A.P, S.I.M.P., D.P.M.S., D.S.A.P., P.N.B.S., D.U.B.C.(T). (Pekan) – UMNO 2.
    [Show full text]
  • For Review Purposes Only
    ONLY PURPOSES REVIEW FOR Understanding the Dewan Rakyat Copyright © Konrad-Adenauer-Stiftung & Insight News Sdn Bhd. 2011 All rights reserved. No part of this book may be used or reproduced in any manner whatsoever without written permission from the Publisher except in case of brief quotations embodied in critical articles and reviews. Earlier versions of MP Watch: Eye on Parliament reports have appeared in The Nut Graph website exclusively. Images contained in this volume are courtesy and property of The Nut Graph, the interviewees and/or other sources respectively. Permission to reproduce the aforementioned and previously published material is gratefully ONLY acknowledged. FIRST EDITION: March 2011 Published by B-2-19, Merchant Square, Jalan Tropicana Selatan 1, PJU 3, 47410 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia E-mail: [email protected] Website: www.zipublications.com.my ISBN 978-967-5266-18-8 Layout & cover design by creativetrees.blogspot.com /REVIEW [email protected] Perpustakaan Negara Malaysia Cataloguing-in-Publication Data Understanding the Dewan Rakyat / The Nut Graph FOR ISBN 978-967-5266-18-8 1. Malaysia – Politics and government. I. Title. 344.07409595 Printed in Malaysia by Vinlin Press Sdn. Bhd. No. 2, Jalan Meranti Permai 1, Meranti Permai Industrial Park, Batu 15, Jalan Puchong, 47100 Puchong, Selangor, Malaysia Contents West Malaysia Constituencies Map 10 East Malaysia Constituencies Map 12 Foreword 14 Introduction 16 ONLY Part I Knowing Malaysia’s Parliamentary Democracy 20 System of governance and the role of Parliament 21 Malaysia’s electoral system 24 The work of an MP 30 Funding our MPs 38 The speaker: Functions and powers 42 PURPOSES Part II Knowing Malaysia’s MPs 54 MP Watch: who replied, who didn’t, and why 55 MPs and the ISA 63 MPs and the Islamic state issue 68 MPs and freedom of information 72 MPsREVIEW and separation of powers 77 The challenges of being an MP 81 MPs and lawmaking 88 FORStr engthening parliamentary democracy 93 Part III 222 MP Profiles 100 Perlis P.
    [Show full text]
  • 17 April 2012
    Bil. 20 Selasa 17 April 2012 MALAYSIA MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT PARLIMEN KEDUA BELAS PENGGAL KELIMA MESYUARAT PERTAMA K A N D U N G A N RANG UNDANG-UNDANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT (Halaman 1) USUL: Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 2) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Halaman 3) Rang Undang-undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2012 (Halaman 64) Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) (No.2) 2012 (Halaman 126) Diterbitkan Oleh: CAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2012 DR.17.04.2012 i AHLI-AHLI DEWAN RAKYAT 1. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin Haji Mulia, P.S.M., S.P.D.K., S.U.M.W., P.G.D.K., J.S.M., J.P. 2. “ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, P.J.N., P.B.S. J.B.S., J.S.M. (Santubong) – PBB 3. “ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Ronald Kiandee, A.S.D.K., P.G.D.K. (Beluran) – UMNO MENTERI 1. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak, D.U.P.N., S.S.A.P, S.I.M.P., D.P.M.S., D.S.A.P., P.N.B.S., D.U.B.C.(T). (Pekan) – UMNO 2. “ Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran, Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Mohd. Yassin, P.S.M., S.P.M.P., S.P.M.J., S.M.J., P.I.S., B.S.I.
    [Show full text]
  • Here Dengan Izin, Tuan Yang Di-Pertua
    Bil. 60 Rabu 27 Oktober 2010 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT PARLIMEN KEDUA BELAS PENGGAL KETIGA MESYUARAT KETIGA K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2011 (Halaman 24) USUL-USUL: Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 23) Usul Anggaran Pembangunan 2011 (Halaman 24) Diterbitkan Oleh: CAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2010 DR.27.10.2010 i AHLI-AHLI DEWAN RAKYAT 1. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin Haji Mulia, S.U.M.W., P.G.D.K., P.S.M., J.S.M., J.P. 2. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, P.J.N., P.B.S. J.B.S., J.S.M. (Santubong) – PBB 3. “ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Ronald Kiandee, A.S.D.K., P.G.D.K. (Beluran) – UMNO MENTERI 1. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak, D.U.P.N., S.S.A.P, S.I.M.P., D.P.M.S., D.S.A.P., P.N.B.S., D.U.B.C.(T). (Pekan) – UMNO 2. “ Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran, Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Mohd. Yassin, S.P.M.P., S.P.M.J., P.S.M., S.M.J., P.I.S., B.S.I. (Pagoh) – UMNO 3. Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon – Senator 4.
    [Show full text]
  • Dewan Rakyat
    Bil. 76 Khamis 2 Disember 2010 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT PARLIMEN KEDUA BELAS PENGGAL KETIGA MESYUARAT KETIGA K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2011 Jawatankuasa:- Jadual:- Maksud B.41 (Halaman 23) USUL: Usul Anggaran Pembangunan 2011 Jawatankuasa:- Maksud P.41 (Halaman 23) Diterbitkan Oleh: CAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2010 DR.2.12.2010 i AHLI-AHLI DEWAN RAKYAT 1. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin Haji Mulia, P.S.M., S.P.D.K., S.U.M.W., P.G.D.K., J.S.M., J.P. 2. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, P.J.N., P.B.S. J.B.S., J.S.M. (Santubong) – PBB 3. “ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Ronald Kiandee, A.S.D.K., P.G.D.K. (Beluran) – UMNO MENTERI 1. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak, D.U.P.N., S.S.A.P, S.I.M.P., D.P.M.S., D.S.A.P., P.N.B.S., D.U.B.C.(T). (Pekan) – UMNO 2. “ Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran, Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Mohd. Yassin, P.S.M., S.P.M.P., S.P.M.J., S.M.J., P.I.S., B.S.I. (Pagoh) – UMNO 3. Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon – Senator 4.
    [Show full text]
  • Dewan Rakyat
    Bil. 61 Khamis 24 November 2011 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT PARLIMEN KEDUA BELAS PENGGAL KEEMPAT MESYUARAT KETIGA Diterbitkan Oleh: CAWANGAN PENYATA RASMI Parlimen Malaysia 2011 K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) USUL-USUL: Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 16) Usul Perdana Menteri - Pengungkaian Proklamasi-proklamasi Darurat (Halaman 17) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 (Halaman 49) Diterbitkan Oleh: CAWANGAN PENYATA RASMI Parlimen Malaysia 2011 DR 24.11.2011 i AHLI-AHLI DEWAN RAKYAT 1. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin Haji Mulia, P.S.M., S.P.D.K., S.U.M.W., P.G.D.K., J.S.M., J.P. 2. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, P.J.N., P.B.S. J.B.S., J.S.M. (Santubong) – PBB 3. “ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Ronald Kiandee, A.S.D.K., P.G.D.K. (Beluran) – UMNO MENTERI 1. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak, D.U.P.N., S.S.A.P, S.I.M.P., D.P.M.S., D.S.A.P., P.N.B.S., D.U.B.C.(T). (Pekan) – UMNO 2. “ Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran, Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Mohd. Yassin, P.S.M., S.P.M.P., S.P.M.J., S.M.J., P.I.S., B.S.I. (Pagoh) – UMNO 3.
    [Show full text]
  • Naskhah Belum Disemak
    Bil. 22 Khamis 19 April 2012 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT PARLIMEN KEDUA BELAS PENGGAL KELIMA MESYUARAT PERTAMA KANDUNGAN RANG UNDANG-UNDANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT (Halaman 2) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 2012 (Halaman 3) Rang Undang-undang Jasa Perkasa Persekutuan (Elaun Kenangan) 2012 (Halaman 106) Rang Undang-undang Pingat Tentera Udara (Elaun Kenangan) 2012 (Halaman 108) Rang Undang-undang Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2012 (Halaman 109) Rang Undang-undang Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (Pindaan) 2012 (Halaman 163) Rang Undang-undang Institusi-institusi Pelajaran (Tatatertib) (Pindaan) 2012 (Halaman 168) Rang Undang-undang Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2012 (Halaman 170) Rang Undang-undang Mesin Cetak dan Penerbitan (Pindaan) 2012 (Halaman 198) USUL-USUL: Menarik Balik dan Menangguhkan Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga Rang Undang-undang Di Bawah P.M. 62 (Halaman 1) Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 1) Merentikan Kuat Kuasa Peraturan-peraturan Mesyuarat Di Bawah P.M. 90(2) (Halaman 188) USUL-USUL MENTERI KEWANGAN: Akta Pendanaan Kerajaan 1983 [Akta 275] dan Akta Bil Perbendaharaan (Tempatan) 1946 [Akta 188] (Halaman 228) Akta Tatacara Kewangan 1957 (Semakan 1972) (Halaman 230) Akta Tatacara Kewangan 1957 (Halaman 231) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61] (Halaman 233) Akta Kastam 1967 (Halaman 235) Diterbitkan Oleh: CAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2012 DR.19.4.2012 i AHLI-AHLI DEWAN RAKYAT 1. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin Haji Mulia, P.S.M., S.P.D.K., S.U.M.W., P.G.D.K., J.S.M., J.P.
    [Show full text]
  • Dewan Rakyat Parlimen Kedua Belas Penggal Kelima Mesyuarat Ketiga
    Naskhah belum disemak DEWAN RAKYAT PARLIMEN KEDUA BELAS PENGGAL KELIMA MESYUARAT KETIGA Bil. 60 Selasa 6 November 2012 K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2013 Jawatankuasa:- Jadual:- Maksud B.31 (Halaman 27) Maksud B.32 (Halaman 105) USUL-USUL: Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 26) Usul Anggaran Pembangunan 2013 Jawatankuasa:- Maksud P.31 (Halaman 27) Maksud P.32 (Halaman 105) DR 6.11.2012 1 MALAYSIA DEWAN RAKYAT Selasa, 6 November 2012 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat] JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN [Soalan No.1 – Yang Berhormat Datuk Alexander Nanta Linggi (Kapit) tidak hadir] [Soalan No.2 – Yang Berhormat Puan Teo Nie Ching (Serdang) tidak hadir] 3. Datuk Dr. Marcus Mojigoh [Putatan] minta Perdana Menteri menyatakan: (a) sama ada penguatkuasaan ke atas penyeludupan dan kemasukan pendatang asing di perairan Sabah bertambah baik dengan adanya pesawat Amphibious APMM; dan (b) berapa unit pesawat tersebut dan kos. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan]: Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh dan salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Putatan yang menanyakan soalan. Agensi Penguatkuasaan Maritim (APMM) kini memiliki 251 buah kapal dan bot, enam helikopter, 14 radar termasuk tiga radar di Sabah dan dua pesawat Amphibious untuk mengawal perairan negara Malaysia. Sejak tahun 2007 hingga 2012, APMM telah menjalankan 83,951 pemeriksaan di laut dan menahan 5,184 bot dan kapal yang melibatkan pelbagai kes.
    [Show full text]
  • Dewan Rakyat Parlimen Kedua Belas Penggal Kelima Mesyuarat Pertama
    Naskhah belum disemak DEWAN RAKYAT PARLIMEN KEDUA BELAS PENGGAL KELIMA MESYUARAT PERTAMA Bil. 10 Selasa 27 Mac 2012 K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT (Halaman 25) USUL-USUL: Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 25) Usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong – Dato’ Lilah bin Yasin (Jempol) (Halaman 26) DR 27.3.2012 1 MALAYSIA DEWAN RAKYAT Selasa, 27 Mac 2012 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat ] JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN 1. Datuk Mohd. Nasir Ibrahim Fikri [Kuala Nerus] minta Menteri Pelajaran menyatakan berapakah nisbah guru kaunselor berbanding dengan jumlah murid di sekolah menengah kebangsaan dan sekolah kebangsaan. Timbalan Menteri Pelajaran II [Dr. Haji Mohd. Puad bin Zarkashi]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum , salam sejahtera dan salam 1Malaysia. Tuan Yang di- Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, data guru kaunseling di seluruh negara sehingga 30 Januari 2012 adalah seramai 9,713 orang. Daripada jumlah tersebut, 4,033 orang di sekolah rendah manakala 5,680 orang adalah guru kaunseling di sekolah menengah. Nisbah Guru Kaunseling Sepenuh Masa (GKSM) di sekolah menengah dan rendah adalah seperti berikut. Seorang guru kaunseling sekolah menengah bagi 500 orang murid di sekolah menengah dan seorang guru kaunseling sekolah sepenuh masa bagi 350 hingga 850 orang murid di sekolah rendah. Terima kasih. Datuk Mohd. Nasir Ibrahim Fikri [Kuala Nerus]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri.
    [Show full text]
  • Dewan Rakyat
    Bil. 36 Khamis 24 Jun 2010 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT PARLIMEN KEDUA BELAS PENGGAL KETIGA MESYUARAT KEDUA KANDUNGAN JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) USUL-USUL: Rancangan Malaysia Kesepuluh (2011-2015) (Halaman 24) Menangguhkan Mesyuarat di Bawah P.M 16(3) (Halaman 94) UCAPAN PENANGGUHAN: ■ Kuasa Menteri Membuat Peraturan Dalam Akta Pendaftaran Negara 1959 (Akta 78) – Y.B. Tuan Er Teck Hwa (Bakri) (Halaman 94) Disediakan Oleh: CAWANGN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2010 DR.24.6.2010 i AHLI-AHLI DEWAN RAKYAT 1. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Tan Sri Datuk Seri Utama Pandikar Amin Haji Mulia, S.U.M.W., P.G.D.K., P.S.M., J.S.M., J.P. 2. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, P.J.N., P.B.S. J.B.S., J.S.M. (Santubong) – PBB 3. “ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Ronald Kiandee, A.S.D.K., P.G.D.K. (Beluran) – UMNO MENTERI 1. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak, D.U.P.N., S.S.A.P, S.I.M.P., D.P.M.S., D.S.A.P., P.N.B.S., D.U.B.C.(T). (Pekan) – UMNO 2. “ Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran, Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Mohd. Yassin, S.P.M.P., S.P.M.J., P.S.M., S.M.J., P.I.S., B.S.I. (Pagoh) – UMNO 3. Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr.
    [Show full text]