Dewan Rakyat Parlimen Kedua Belas Penggal Ketiga Mesyuarat Ketiga

Total Page:16

File Type:pdf, Size:1020Kb

Dewan Rakyat Parlimen Kedua Belas Penggal Ketiga Mesyuarat Ketiga Naskhah belum disemak DEWAN RAKYAT PARLIMEN KEDUA BELAS PENGGAL KETIGA MESYUARAT KETIGA Bil. 54 Isnin 18 Oktober 2010 K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT (Halaman 32) USUL-USUL: Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 32) Usul Anggaran Pembangunan 2011 (Halaman 33) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2011 (Halaman 33) DR. 18.10.2010 1 MALAYSIA DEWAN RAKYAT Isnin, 18 Oktober 2010 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat ] JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN 1. Datuk Juslie bin Ajirol [Libaran] minta Perdana Menteri menyatakan adakah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mempunyai Jawatankuasa Penilai bagi setiap teks khutbah Jumaat sebelum diedarkan kepada semua masjid di bawah negeri yang Ketua Agamanya ialah Yang di-Pertuan Agong. Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir Baharum]: Bismillaahir Rahmaanir Rahim, Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Tuan Yang di-Pertua, untuk maklumat Yang Berhormat Libaran, Jabatan Kemajuan Islam telah mewujudkan Jawatankuasa Penilai bagi setiap teks khutbah Jumaat bagi masjid-masjid di bawah pentadbiran JAKIM sendiri iaitu Masjid Negara, Masjid Putra, Masjid Wilayah dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin. Tujuannya adalah untuk menjaga kualiti teks khutbah dari segi kandungan dan penggunaan bahasa yang bersesuaian. Jawatankuasa ini terdiri daripada panel imam empat buah masjid utama dan juga disertai oleh beberapa ahli jawatankuasa yang dilantik terdiri daripada pengarah-pengarah bahagian di JAKIM. Teks khutbah Jumaat ini boleh dilayari secara online di dalam laman web JAKIM melalui Khutbah Online. Manakala urusan hal ehwal Islam di negeri-negeri di bawah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong seperti mana Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan dan Melaka, negeri-negeri ini telah pun mempunyai jawatankuasa yang tersendiri di bawah Jabatan Agama Islam Negeri untuk menyediakan teks khutbah dan diedarkan ke seluruh masjid negeri-negeri berkenaan. Terima kasih. Datuk Juslie Ajirol [Libaran]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri di atas jawapan. Akhir-akhir ini Tuan Yang di-Pertua, atas keghairahan segelintir rakyat Malaysia, berbagai-bagai isu telah ditimbulkan termasuklah agama menjadi sandaran kumpulan yang berkepentingan tanpa mengira DR. 18.10.2010 2 ataupun melihat kepentingan pada keseluruhannya. Soalan tambahan saya, adakah pihak kementerian bercadang untuk menggubal satu akta yang boleh mengawal kegiatan seumpamanya? Ini kerana kita tidak mahu kepentingan rakyat Malaysia ini menjadi permainan oleh pihak-pihak yang berkepentingan. Terima kasih. Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir Baharum: Tuan Yang di-Pertua, saya amat bersetuju dengan Yang Berhormat Libaran sebentar tadi, di mana dalam lingkungan kebelakangan mutakhir ini, banyak pentas khutbah yang telah disalahgunakan. Sebenarnya akta ataupun enakmen yang bersesuaian telah pun diwujudkan di bawah pemerintahan ataupun di bawah negeri masing-masing. Jabatan Agama Islam Negeri mempunyai peraturan sendiri bagi mengambil tindakan terhadap khatib ataupun imam yang tidak membaca khutbah yang telah disediakan. Saya mengambil contoh di Wilayah Persekutuan Tuan Yang di-Pertua. Bahawa kita telah menyediakan pihak berkuasa agama yang menurut seksyen 9 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 559), telah jelas memperuntukkan di mana, “Mana-mana orang yang bertindak dengan cara yang menghina pihak berkuasa agama atau mengingkari, melanggar atau mempertikaikan perintah atau arahan Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Agama Islam, Majlis atau Mufti, yang dinyatakan atau diberikan melalui fatwa, adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.” Tuan Yang di-Pertua, saya merasakan bahawa tindakan oleh Jabatan Agama Islam adalah merupakan peruntukan yang diberikan kepada negeri masing-masing. Terima kasih. Tuan Salahuddin Haji Ayub [Kubang Kerian]: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Soalan tambahan saya, bagaimanakah pihak kementerian Yang Berhormat khususnya yang arif yang mempelajari secara mendalam Islam ini. Pada zaman Sayidina Umar r.a, pernah beliau ditegur sekiranya tuan menyeleweng maka pedang inilah yang akan meluruskan tuan. Jadi saya rasa di atas konsep amar makruf nahi mungkar, menegur pemerintah itu adalah salah satu kewajipan pada umat Islam. Jadi saya rasa dalam konteks menegur, mengkritik itu, adakah itu dianggap satu kesalahan dari segi Islam itu sendiri? Jadi saya rasa kita – walau apa pun akta atau enakmen yang hendak digubal, saya rasa itu perlu juga diambil kira dalam kita melihat konteks Islam itu sendiri. DR. 18.10.2010 3 Bukannya kita melihat dalam konteks sentimen ataupun isu-isu yang di manipulated ataupun yang disensasikan oleh mana-mana pihak. Terima kasih. Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir Baharum: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Kubang Kerian. Saya amat bersetuju apabila Sayidina Umar mengambil alih kepimpinan negara, di hujung ucapan Sayidina Umar, “Tolong betulkan Umar kalau Umar melakukan kesalahan”. Ada orang yang bangun untuk menyatakan, ”Wahai Umar, aku akan betulkan kamu dengan pedang ini.” Memang Sayidina Umar dalam sejarah saya melihat tidak dibetulkan. Ini Umar Al- Khattab bukan Umar Abdul Aziz – dibetulkan dengan teguran-teguran yang baik dan sebagainya. ■1010 Dalam konteks kerajaan juga tidak menjadi satu kesalahan apatah lagi apabila perkara-perkara yang salah dan silap itu diperbetulkan. Ini berjalan sebagaimana biasa tetapi apa pun dalam konteks yang berlaku di dalam pentadbiran Majlis Agama Islam Negeri-negeri bagi memberikan keadilan kepada semua pihak dan juga bagi memberikan suatu perjalanan mengurus dan mentadbir Jabatan Agama Islam dengan jalan dan cara yang betul, maka diwujudkan enakmen-enakmen dan peraturan- peraturan. Akan tetapi mungkin teguran-teguran itu dibuat pada tempat-tempat yang kena pada tempatnya. Apa pun dalam konteks khutbah ini Tuan Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat Kubang Kerian, peraturan itu ialah untuk menjaga supaya jangan ada di sana unsur-unsur provokasi dan sebagainya termasuk juga dalam menjaga kepentingan keseluruhan umat Islam yang datang berjemaah terutamanya pada hari Jumaat dalam khutbah supaya di sana terjaga kerukunan dan juga terjaga keharmonian di antara masyarakat. Oleh sebab itu diwujudkan akta-akta dan peraturan seperti ini. Terima kasih. Dato’ Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena]: Mana ada provokasi.. 2. Tuan Lim Guan Eng [Bagan] minta Perdana Menteri menyatakan apakah tindakan yang telah diambil ke atas pengetua dan guru sekolah di Kulai, Kedah dan Pulau Pinang yang menghina pelajar India sebagai anjing dan pelajar Cina balik ke China. Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon izin supaya soalan Yang Berhormat Bagan ini DR. 18.10.2010 4 dijawab bersekali dengan soalan daripada Yang Berhormat Bukit Gantang pada hari ini 18 Oktober 2010, Yang Berhormat Gombak pada 1 November 2010, Yang Berhormat Alor Gajah pada 29 November 2010 dan Yang Berhormat Taiping pada 6 Disember 2010 kerana ia berkaitan perkara yang sama. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Baiklah. Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz: Terima kasih. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan sedar bahawa sejak kebelakangan ini terdapat segelintir pegawai awam yang didakwa mengeluarkan kenyataan yang menyentuh sensitiviti kaum dan agama. Kerajaan memandang serius mengenai perkara ini dan sama sekali tidak akan bertolak ansur ke atas perbuatan tersebut walaupun bilangan terlibat amat kecil berbanding dengan 1.2 juta orang pegawai awam. Kerajaan akan berusaha membendung perbuatan tersebut yang boleh meruntuhkan kerukunan antara pelbagai kaum yang dinikmati selama ini. Kerajaan memberi jaminan akan menyiasat dan mengambil tindakan ke atas pegawai terbabit berasaskan peruntukan undang-undang dan peraturan yang berkuat kuasa. Insiden- insiden yang melibatkan segelintir pegawai itu tidak seharusnya dilihat sebagai menggambarkan pendirian kerajaan malah pihak pentadbiran kerajaan tidak pernah dan tidak akan membiarkan berlaku apa-apa tindakan dan kelakuan yang bertentangan dengan keharmonian kaum yang dipupuk selama ini terutamanya daripada pegawai awam yang merupakan golongan pelaksana dasar-dasar kerajaan. Untuk makluman Yang Berhormat, kerajaan melalui Ketua Setiausaha Negara telah mengeluarkan Surat Pekeliling Am Bilangan 3 Tahun 2010 mengenai tindakan tatatertib terhadap penjawat awam yang mengeluarkan kenyataan menyentuh sensitiviti kaum dan agama. Langkah ini adalah sebagai peringatan tegas dan serius kerajaan kepada semua penjawat awam agar tidak membuat apa-apa kenyataan yang menyentuh sensitiviti kaum dan agama dalam apa-apa keadaan sekali pun. Kerajaan juga telah memutuskan supaya mana-mana pegawai yang didapati berbuat demikian akan digantung daripada menjalankan tugasnya serta-merta sementara menunggu siasatan dijalankan. Tuan Yang di-Pertua, mengenai tindakan ke atas Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Abdul Rahman Putera, Kulai, pengetua tersebut kini dalam prosiding tatatertib berdasarkan peraturan-peraturan pegawai awam iaitu Kelakuan dan Tatatertib 1993. Tindakan ini diambil kerana pihak kerajaan mengambil kira faktor DR.
Recommended publications
  • K a N D U N G a N
    K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT (Halaman 14) USUL Y.A.B. PERDANA MENTERI DI BAWAH PERATURAN MESYUARAT 27(3): – Draf Bagi Perintah Perlembagaan Persekutuan (Persempadanan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya) (Negeri-negeri Tanah Melayu) 2003 & Draf Bagi Perintah Perlembagaan Persekutuan (Persempadanan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya) (Negeri Sabah) 2003 (Halaman 14) USUL: Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 61) Diterbitkan Oleh: CAWANGAN DOKUMENTASI PARLIMEN MALAYSIA 2003 DR.8.4.2003 i AHLI-AHLI DEWAN RAKYAT Yang Amat Berbahagia Tuan Yang di-Pertua, Tun Dato Seri Dr. Mohamed Zahir bin Haji Ismail, S.S.M., P.M.N., S.S.D.K., S.P.M.K., D.S.D.K., J.M.N. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Dato Seri Dr. Mahathir bin Mohamad, D.K.(Brunei), D.K.(Perlis), D.K.(Johor), D.U.K., S.S.D.K., S.S.A.P., S.P.M.S., S.P.M.J., D.P. (Sarawak), D.U.P.N., S.P.N.S., S.P.D.K., S.P.C.M., S.S.M.T., D.U.M.N., P.I.S. (Kubang Pasu) “ Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, D.G.P.N., D.S.S.A., D.M.P.N., D.J.N., K.M.N., A.M.N., S.P.M.S. (Kepala Batas) Yang Berhormat Menteri Pengangkutan, Dato’ Seri Dr. Ling Liong Sik, S.P.M.P., D.G.S.M., D.P.M.P., D.P.M.S.
    [Show full text]
  • Dewan Rakyat
    Bil. 33 Rabu 27 Jun 2012 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT PARLIMEN KEDUA BELAS PENGGAL KELIMA MESYUARAT KEDUA KANDUNGAN JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT (Halaman 23) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2012 (Halaman 24) Rang Undang-undang Pelindung (Pindaan) 2012 (Halaman 47) Rang Undang-undang Umur Persaraan Minimum 2012 (Halaman 49) Rang Undang-undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2012 (Halaman 129) USUL-USUL: - Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 23) - Menangguhkan Mesyuarat Di Bawah P.M. 16(3) (Halaman 141) UCAPAN-UCAPAN PENANGGUHAN: ■ Undang-undang Menganiaya Pekerja Migran – Y.B. Dr. M. Jeyakumar Deveraj (Sungai Siput) (Halaman 141) ■ Menggubal Undang-undang Kampung Persaraan Di Malaysia – Y.B. Puan Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) (Halaman 143) Diterbitkan Oleh: CAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2012 DR.27.6.2012 i AHLI-AHLI DEWAN RAKYAT 1. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin Haji Mulia, P.S.M., S.P.D.K., S.U.M.W., P.G.D.K., J.S.M., J.P. 2. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, P.J.N., P.B.S. J.B.S., J.S.M. (Santubong) – PBB 3. “ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Ronald Kiandee, A.S.D.K., P.G.D.K. (Beluran) – UMNO MENTERI 1. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak, D.U.P.N., S.S.A.P, S.I.M.P., D.P.M.S., D.S.A.P., P.N.B.S., D.U.B.C.(T).
    [Show full text]
  • Naskhah Belum Disemak
    Bil. 27 Isnin 18 Jun 2012 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT PARLIMEN KEDUA BELAS PENGGAL KELIMA MESYUARAT KEDUA K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perubatan (Pindaan) 2012 (Halaman 18) Rang Undang-undang Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2012 (Halaman 41) USUL-USUL: Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 17) Menangguhkan Mesyuarat Di Bawah P.M. 16(3) (Halaman 87) UCAPAN-UCAPAN PENANGGUHAN: ■ Penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja Berhubung PATI Di Sabah – Y.B. Datuk Chua Soon Bui (Tawau) (Halaman 87) ■ Polis Gerakan Marin dan Polis Gerakan Am – Y.B. Tuan Er Teck Hwa (Bakri) (Halaman 88) Diterbitkan Oleh: CAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2012 DR.18.6.2012 i AHLI-AHLI DEWAN RAKYAT 1. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin Haji Mulia, P.S.M., S.P.D.K., S.U.M.W., P.G.D.K., J.S.M., J.P. 2. “ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, P.J.N., P.B.S. J.B.S., J.S.M. (Santubong) – PBB 3. “ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Ronald Kiandee, A.S.D.K., P.G.D.K. (Beluran) – UMNO MENTERI 1. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak, D.U.P.N., S.S.A.P, S.I.M.P., D.P.M.S., D.S.A.P., P.N.B.S., D.U.B.C.(T). (Pekan) – UMNO 2.
    [Show full text]
  • For Review Purposes Only
    ONLY PURPOSES REVIEW FOR Understanding the Dewan Rakyat Copyright © Konrad-Adenauer-Stiftung & Insight News Sdn Bhd. 2011 All rights reserved. No part of this book may be used or reproduced in any manner whatsoever without written permission from the Publisher except in case of brief quotations embodied in critical articles and reviews. Earlier versions of MP Watch: Eye on Parliament reports have appeared in The Nut Graph website exclusively. Images contained in this volume are courtesy and property of The Nut Graph, the interviewees and/or other sources respectively. Permission to reproduce the aforementioned and previously published material is gratefully ONLY acknowledged. FIRST EDITION: March 2011 Published by B-2-19, Merchant Square, Jalan Tropicana Selatan 1, PJU 3, 47410 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia E-mail: [email protected] Website: www.zipublications.com.my ISBN 978-967-5266-18-8 Layout & cover design by creativetrees.blogspot.com /REVIEW [email protected] Perpustakaan Negara Malaysia Cataloguing-in-Publication Data Understanding the Dewan Rakyat / The Nut Graph FOR ISBN 978-967-5266-18-8 1. Malaysia – Politics and government. I. Title. 344.07409595 Printed in Malaysia by Vinlin Press Sdn. Bhd. No. 2, Jalan Meranti Permai 1, Meranti Permai Industrial Park, Batu 15, Jalan Puchong, 47100 Puchong, Selangor, Malaysia Contents West Malaysia Constituencies Map 10 East Malaysia Constituencies Map 12 Foreword 14 Introduction 16 ONLY Part I Knowing Malaysia’s Parliamentary Democracy 20 System of governance and the role of Parliament 21 Malaysia’s electoral system 24 The work of an MP 30 Funding our MPs 38 The speaker: Functions and powers 42 PURPOSES Part II Knowing Malaysia’s MPs 54 MP Watch: who replied, who didn’t, and why 55 MPs and the ISA 63 MPs and the Islamic state issue 68 MPs and freedom of information 72 MPsREVIEW and separation of powers 77 The challenges of being an MP 81 MPs and lawmaking 88 FORStr engthening parliamentary democracy 93 Part III 222 MP Profiles 100 Perlis P.
    [Show full text]
  • Penyata Rasmi Parlimen Dewan Rakyat
    Bil. 29 Rabu 3 Mei 2006 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT PARLIMEN KESEBELAS PENGGAL KETIGA MESYUARAT PERTAMA K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang undang-undang Perbekalan Tambahan (2005) 2006 (Halaman 14) Jawatankuasa:- Jadual:- Maksud B.1, B.3, B.7 dan B.40 (Halaman 31) Maksud B.12 (Halaman 85) Maksud B.13 (Halaman 91) Maksud B.22 (Halaman 112) USUL-USUL: Anggaran Pembangunan Tambahan (Bil.2) 2005 (Halaman 14) Jawatankuasa:- Maksud P.6 (Halaman 31) Maksud P.10 (Halaman 85) Maksud P.20 (Halaman 107) Maksud P.23 (Halaman 119) Maksud P.28 (Halaman 128) Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 47) Diterbitkan Oleh: CAWANGAN DOKUMENTASI PARLIMEN MALAYSIA 2006 DR 3.5.2006 i AHI-AHLI DEWAN RAKYAT 1. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Tan Sri Dato’ Seri Diraja Ramli bin Ngah Talib, PSM., SPCM., AMN., JP. (Pasir Salak) - UMNO 2. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Lim Si Cheng, PJN., PIS. (Kulai) - MCA 3. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Dr. Yusof bin Yacob, PGDK., ADK. (Sipitang) - UMNO MENTERI 1. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Dato’ Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, S.P.M.S., S.S.S.J., S.P.S.A., S.S.A.P., S.P.D.K., D.P., S.P.N.S., D.G.P.N., D.S.S.A., D.M.P.N., D.J.N., K.M.N., A.M.N.
    [Show full text]
  • K a N D U N G a N
    K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2002) 2003 Jawatankuasa: Jadual: Maksud B. 18 (Halaman 18) Maksud B. 21 (Halaman 23) Maksud B. 26 (Halaman 40) Maksud B. 28 dan B. 30 (Halaman 53) Maksud B. 34 (Halaman 70) Maksud B. 35 (Halaman 90) Maksud B. 40 (Halaman 98) Maksud B. 41 (Halaman 108) Maksud B. 45 (Halaman 112) USUL-USUL: Anggaran Pembangunan (Tamb.)( Bil. 4) 2002 Jawatankuasa: Maksud P. 18 (Halaman 18) Maksud P. 20 (Halaman 23) Maksud P. 25 (Halaman 34) Maksud P. 26 (Halaman 40) Maksud P. 28 (Halaman 53) Maksud P. 33 (Halaman 62) Maksud P. 34 (Halaman 70) Maksud P. 36 (Halaman 97) Maksud P. 38 (Halaman 98) Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 14) Diterbit Oleh: CAWANGAN DOKUMENTASI PARLIMEN MALAYSIA 2003 DR.03.04.2003 i AHLI-AHLI DEWAN RAKYAT Yang Amat Berbahagia Tuan Yang di-Pertua, Tun Dato Seri Dr. Mohamed Zahir bin Haji Ismail, S.S.M., P.M.N., S.S.D.K., S.P.M.K., D.S.D.K. J.M.N. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Dato Seri Dr. Mahathir bin Mohamad, D.K.(Brunei), D.K.(Perlis), D.K.(Johor), D.U.K., S.S.D.K., S.S.A.P., S.P.M.S., S.P.M.J., D.P. (Sarawak), D.U.P.N., S.P.N.S., S.P.D.K., S.P.C.M., S.S.M.T., D.U.M.N., P.I.S.
    [Show full text]
  • 17 April 2012
    Bil. 20 Selasa 17 April 2012 MALAYSIA MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT PARLIMEN KEDUA BELAS PENGGAL KELIMA MESYUARAT PERTAMA K A N D U N G A N RANG UNDANG-UNDANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT (Halaman 1) USUL: Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 2) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Halaman 3) Rang Undang-undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2012 (Halaman 64) Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) (No.2) 2012 (Halaman 126) Diterbitkan Oleh: CAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2012 DR.17.04.2012 i AHLI-AHLI DEWAN RAKYAT 1. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin Haji Mulia, P.S.M., S.P.D.K., S.U.M.W., P.G.D.K., J.S.M., J.P. 2. “ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, P.J.N., P.B.S. J.B.S., J.S.M. (Santubong) – PBB 3. “ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Ronald Kiandee, A.S.D.K., P.G.D.K. (Beluran) – UMNO MENTERI 1. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak, D.U.P.N., S.S.A.P, S.I.M.P., D.P.M.S., D.S.A.P., P.N.B.S., D.U.B.C.(T). (Pekan) – UMNO 2. “ Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran, Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Mohd. Yassin, P.S.M., S.P.M.P., S.P.M.J., S.M.J., P.I.S., B.S.I.
    [Show full text]
  • Dewan Rakyat
    Bil. 16 Khamis 8 April 2010 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT PARLIMEN KEDUA BELAS PENGGAL KETIGA MESYUARAT PERTAMA K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2009) 2010 Jawatankuasa:- Jadual:- Maksud B.1 hingga B.9 (Halaman 22) Maksud B.12 (Halaman 69) USUL: Anggaran Pembangunan Tambahan (Bil.2) 2009 Jawatankuasa:- Maksud P.6 (Halaman 22) Maksud P.10 (Halaman 69) Diterbitkan Oleh: CAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2010 DR.8.4.2010 i AHLI-AHLI DEWAN RAKYAT 1. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Tan Sri Datuk Seri Utama Pandikar Amin Haji Mulia, S.U.M.W., P.G.D.K., P.S.M., J.S.M., J.P. 2. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar, P.J.N., P.B.S. J.B.S., J.S.M. (Santubong) – PBB 3. “ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Ronald Kiandee, A.S.D.K., P.G.D.K. (Beluran) – UMNO MENTERI 1. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak, D.U.P.N., S.S.A.P, S.I.M.P., D.P.M.S., D.S.A.P., P.N.B.S., D.U.B.C.(T). (Pekan) – UMNO 2. “ Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran, Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin, S.P.M.P., S.P.M.J., P.S.M., S.M.J., P.I.S., B.S.I.
    [Show full text]
  • Naskhah Belum Disemak]
    [NASKHAH BELUM DISEMAK] PARLIMEN KEDUA BELAS PENGGAL KEDUA MESYUARAT PERTAMA Bil. 7 Rabu 25 Februari 2009 K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) USUL-USUL: Menjunjung Kasih Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong - Y.B. Dato’ Razali bin Haji Ibrahim (Muar) (Halaman 30) Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 55) DR. 25.2.2009 i 16 Februari 2009 AHLI-AHLI DEWAN RAKYAT 1. Yang Berbahagia Tuan Yang di-Pertua, Tan Sri Datuk Seri Utama Pandikar Amin Haji Mulia, S.U.M.W., P.G.D.K., P.S.M., J.S.M., J.P. 2. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar, P.J.N., P.B.S. J.B.S., J.S.M. (Santubong) – PBB 3. “ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Ronald Kiandee, A.S.D.K., P.G.D.K. (Beluran) – UMNO MENTERI 1. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, S.U.M.Z., D.K.1(Johor), S.P.M.S., S.S.S.J., S.P.S.A., S.S.A.P., S.P.D.K., D.U.N.M., D.P., S.P.N.S., D.G.P.N., D.S.S.A., D.M.P.N., D.J.N., K.M.N., A.M.N. (Kepala Batas) – UMNO 2. “ Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Dato’ Sri Haji Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak, S.S.A.P, S.I.M.P., D.P.M.S., D.S.A.P., P.N.B.S., D.U.B.C.(T).
    [Show full text]
  • Jawapan-Jawapan Pertanyaan Jawab Lisan Harian Yang Tidak Dapat Dijawab Dalam Dewan Rakyat Daripada Kementerian
    MALAYSIA DEWAN RAKYAT MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEEMPAT PARLIMEN KEDUABELAS 2011 L Jawapan-Jawapan Pertanyaan Jawab Lisan Harian Yang Tidak Dapat Dijawab Dalam Dewan Rakyat Daripada Kementerian HARI SELASA: 28 JUN 2011 CAWANGAN PERUNDANGAN PARLIMEN MALAYSIA. KANDUNGAN JAWAPAN-JAWAPAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN JAWAB LISAN YANG TIDAK DAPAT DIJAWAB DIDALAM DEWAN (SOALANNO. 8 HINGGA 111) NOTA: JAWAPAN-JAWAPAN BAGI SO ALAN NO. 1 HINGGA 7 [RUJUK PENYATA RASMI HARIAN (HANSARD)] SIDEKSANI CAWANGAN PERUNDANGAN PARLIMEN MALAYSIA SOALAN NO.8 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT PERTANYAAN : LISAN DARI PAD A PUAN FONG PO KUAN [ BATU GAJAH ] TARIKH 28 JUN 2011 SOALAN Puan Fong Po Kuan (Batu Gajah) minta PERDANA MENTERI menyatakan bagaimanakah kadar baru tambang ETS ini ditetapkan iaitu antara RM25 - RM45 (Ipoh ke KL Sentral) yang bergantung kepada jadual masa tertentu dan apakah objektif ETS. SOALAN NO.8 l SOALAN NO.8 JAWAPAN: YB DATO’ SERI MOHAMED NAZRI ABDUL AZIZ MENTERI PI JABATAN PERDANA MENTERI Tuan Yang Dipertua, Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, perkhidmatan Electric Train Set (ETS) telah mula dilancarkan pada 12 Ogos 2010 merangkumi sektor Kuala Lumpur Sentral - Ipoh sejauh 208 km dan Ipoh - Seremban sejauh 280 km. Untuk makluman, kadar tambang siling yang dibenarkan bagi perkhidmatan ETS di sektor Kuala Lumpur Sentral - Ipoh adalah sebanyak RM50.00 bagi setiap penumpang. Sebagai langkah mempromosikan perkhidmatan baru ini, kadar tambang perkhidmatan yang ditawarkan adalah RM30.00 bagi setiap penumpang bagi sektor Kuala Lumpur Sentral - Ipoh. Bermula 1 Mei 2011, KTMB telah memperkenalkan kadar tambang baru ETS yang terdiri daripada tiga jenis perkhidmatan iaitu: i. Super Ekspress (Platinum) - RM45.00. Perjalanan Kuala Lumpur Sentral - Ipoh mengambil masa 1 jam 58 minit.
    [Show full text]
  • Dewan Rakyat Parlimen Kedua Belas Penggal Kelima Mesyuarat Ketiga
    Naskhah belum disemak DEWAN RAKYAT PARLIMEN KEDUA BELAS PENGGAL KELIMA MESYUARAT KETIGA Bil. 59 Isnin 5 November 2012 K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2013 Jawatankuasa:- Jadual:- Maksud B.48 (Halaman 25) Maksud B.23 (Halaman 38) Maksud B.30 (Halaman 98) USUL-USUL: Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 23) Usul Anggaran Pembangunan 2013 Jawatankuasa:- Maksud P.48 (Halaman 25) Maksud P.23 (Halaman 38) Maksud P.30 (Halaman 98) DR 5.11.2012 1 MALAYSIA DEWAN RAKYAT Isnin, 5 November 2012 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat ] JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN 1. Datuk Mohd. Nasir Ibrahim Fikri [Kuala Nerus] minta Menteri Pengajian Tinggi menyatakan apakah kementerian bercadang untuk menubuhkan sebuah bank data berpusat bagi rujukan ke arah menangani masalah penipuan ijazah. Timbalan Menteri Pengajian Tinggi ll [Dato’ Saifuddin bin Abdullah]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Kementerian Pengajian Tinggi telah membangunkan sistem maklumat dan pangkalan data Kementerian Pengajian Tinggi yang dikenali sebagai sistem MyMohes bagi IPTA dan sistem IFMS bagi IPTS untuk memperkemaskan proses penyaluran data dan maklumat kepada KPT bagi membantu meningkatkan kecekapan sistem pengurusan maklumat pengajian tinggi negara. Sistem ini dapat memastikan data dan maklumat yang dibekalkan sentiasa tepat, terkini, sahih dan boleh digunakan bagi tujuan perancangan penggubalan dasar dan pembangunan pengajian tinggi negara yang mampan. Walau bagaimanapun, bagi maklumat terperinci setiap individu yang menerima ijazah daripada IPTA dan IPTS, ia disimpan oleh institusi pengajian tinggi yang mengurniakan ijazah dan diploma masing-masing.
    [Show full text]
  • Dewan Rakyat Parlimen Ketiga Belas Penggal Keempat Mesyuarat Ketiga
    Naskhah belum disemak DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL KEEMPAT MESYUARAT KETIGA Bil. 36 Rabu 26 Oktober 2016 K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) PENERANGAN DARIPADA MENTERI KESIHATAN DI BAWAH P.M. 14(1)(i): - Penjelasan Lanjut Mengenai Kebakaran Di Hospital Sultanah Aminah (Halaman 30) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2017 (Halaman 42) USUL-USUL: Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 36) Usul Anggaran Pembangunan 2017 (Halaman 42) 1 MALAYSIA DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL KEEMPAT MESYUARAT KETIGA Rabu, 26 Oktober 2016 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) mempengerusikan Mesyuarat] JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN 1. Dato' Sri Hasan bin Malek [Kuala Pilah] minta Menteri Luar Negeri menyatakan apakah fungsi, sumbangan dan pencapaian Malaysia sepanjang menjadi Anggota Tidak Tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dari tahun 2015 hingga 2016. Timbalan Menteri Luar Negeri [Dato’ Seri Reezal Merican]: Bismillahi Rahmani Rahim. Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Kuala Pilah atas soalan yang telah dikemukakan. Untuk makluman Dewan, Malaysia telah menganggotai Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu sebagai ahli tidak tetap bermula dari 1 Januari 2015 sehingga dan akan berakhir pada Disember 2016. Ini adalah kali ke-4 negara menjadi anggota tidak tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Kali pertama pada 1965 berkongsi dengan Czechoslovakia. Kali kedua pada 1989 hingga 1990. Kali ketiga pada 1999 hingga 2000. Pemilihan pada kali ini adalah merupakan satu pengiktirafan dan penghormatan kepada negara kerana dalam pemilihan ini Malaysia telah menerima 187 jumlah undi daripada 193 keseluruhan negara-negara PBB.
    [Show full text]