Dewan Rakyat Parlimen Kedua Belas Penggal Kelima Mesyuarat Ketiga
Total Page:16
File Type:pdf, Size:1020Kb
Naskhah belum disemak DEWAN RAKYAT PARLIMEN KEDUA BELAS PENGGAL KELIMA MESYUARAT KETIGA Bil. 60 Selasa 6 November 2012 K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2013 Jawatankuasa:- Jadual:- Maksud B.31 (Halaman 27) Maksud B.32 (Halaman 105) USUL-USUL: Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 26) Usul Anggaran Pembangunan 2013 Jawatankuasa:- Maksud P.31 (Halaman 27) Maksud P.32 (Halaman 105) DR 6.11.2012 1 MALAYSIA DEWAN RAKYAT Selasa, 6 November 2012 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat] JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN [Soalan No.1 – Yang Berhormat Datuk Alexander Nanta Linggi (Kapit) tidak hadir] [Soalan No.2 – Yang Berhormat Puan Teo Nie Ching (Serdang) tidak hadir] 3. Datuk Dr. Marcus Mojigoh [Putatan] minta Perdana Menteri menyatakan: (a) sama ada penguatkuasaan ke atas penyeludupan dan kemasukan pendatang asing di perairan Sabah bertambah baik dengan adanya pesawat Amphibious APMM; dan (b) berapa unit pesawat tersebut dan kos. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan]: Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh dan salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Putatan yang menanyakan soalan. Agensi Penguatkuasaan Maritim (APMM) kini memiliki 251 buah kapal dan bot, enam helikopter, 14 radar termasuk tiga radar di Sabah dan dua pesawat Amphibious untuk mengawal perairan negara Malaysia. Sejak tahun 2007 hingga 2012, APMM telah menjalankan 83,951 pemeriksaan di laut dan menahan 5,184 bot dan kapal yang melibatkan pelbagai kes. Kerajaan juga telah mewujudkan sejumlah lima daerah maritim di Sabah iaitu Tawau, Sandakan, Kudat, Labuan dan Kota Kinabalu. Manakala sebanyak enam pos dalam perancangan untuk dibangunkan bagi meningkatkan lagi keupayaan APMM dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya untuk menjaga keselamatan serta security maritim Sabah. Selain daripada itu, dua pangkalan stesen udara juga dirancang dibina di Kota Kinabalu dan Sandakan, Sabah. Tuan Yang di-Pertua, kerajaan telah mendirikan sistem pengawasan laut (SWASLA) dan sistem ini telah beroperasi sejak 14 Mac 2012. Di mana melibatkan tiga buah radar iaitu di Pulau Mantanani Kecil, Pulau Baram Bangan dan Pulau Gaya dan pusat kawalan utama adalah di Kota Kinabalu. Sistem ini mampu mengawasi lalu lintas maritim di utara Sabah yang merangkumi kawasan perairan dari Pulau Palawan di Filipina hingga ke Kota Kinabalu, Sabah. Sistem ini akan DR 6.11.2012 2 terus dimajukan dan ditambah baik dari semasa ke semasa untuk meliputi keseluruhan perairan Sabah dari Labuan hingga ke Tawau. Sehingga kini, APMM telah menempatkan sebanyak 18 buah kapal dan 23 buah bot di Sabah. Kerajaan sedang berusaha untuk melengkapkan APMM dengan kapal yang lebih besar yang dilengkapi sistem radar dan pengesan terkini serta berupaya beroperasi di laut dan mampu beroperasi melebihi tujuh hari di lautan. Selain daripada itu, apabila stesen udara di Kota Kinabalu dan Sandakan siap kelak, pesawat, helikopter dan kapal terbang Amphibious akan ditempatkan di Sabah secara tetap. Statistik penangkapan bagi kemasukan pendatang asing di perairan Sabah yang melibatkan APMM adalah seperti berikut: Tahun Jumlah Kes Jumlah Pendatang Asing Tanpa Izin 2006 1 6 2007 26 84 2008 15 203 2009 60 312 2010 105 316 2011 42 266 2012 22 126 JUMLAH 271 1,313 Terima kasih. Datuk Dr. Marcus Mojigoh [Putatan]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih atas jawapan oleh pihak Menteri yang menyatakan statistik-statistik dan angka-angka yang begitu hebat. Rakyat negeri Sabah berterima kasih atas usaha APMM. Tuan Yang di-Pertua, walaupun usaha ini amat dialu-alukan tetapi ada yang mengatakan pesawat Amphibious APMM ini hanya for show sahaja. Ia hanya datang Sabah ambil laporan dan selepas itu tidak lagi kelihatan pesawat itu beroperasi di negeri Sabah. Itu yang saya terima daripada orang ramai. Jadi, yang jawapan tadi hanya dua. Menteri tidak menjawab kosnya berapa. Kalau Menteri memberitahu kos, kita akan minta mohon daripada pihak kerajaan untuk menambahkan lagi unit-unit pesawat ini. Ditambahkan lagi supaya perairan kita dapat dijaga melalui udara walaupun sistem-sistem radar itu mungkin ada tetapi lebih baik kalau orangnya sendiri, manusianya sendiri, nampak aktiviti-aktiviti di perairan kita, termasuklah bom-bom ikan ini yang berleluasa. ■1010 Ini amat serius sekali, aktiviti seperti ini tidak ada dalam laporan APMM ini. Ini amat serius dan juga penyeludupan-penyeludupan yang tidak dibagi detil jenis-jenis kesalahan yang ditangkap walaupun sejumlah 83,000 pemeriksaan, hanya 5,184 yang ditahan. Jadi Tuan Yang di-Pertua, soalan saya, adakah pihak kementerian, pihak APMM menambah pesawat supaya lautan di Pengerang yang di mana pembuangan toksik-toksik sampah yang dilaporkan berlaku DR 6.11.2012 3 tidak dapat dikesan mana kapal yang membuang sampah dan toksik di Pengerang dan juga di Selat Melaka, kegiatan-kegiatan lanun di perairan itu, adakah perancangan kerajaan untuk menambah baik sistem-sistem pengawasan di perairan di seluruh negara. Terima kasih. Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan: Terima kasih Yang Berhormat Putatan atas soalan yang begitu baik. Memang saya tidak menyatakan kosnya, kosnya amat tinggi sebenarnya, satu Amphibious bernilai RM120 juta, dua Amphibious bernilai RM240 juta, ini yang kita sudah ada dan Amphibious ini berkeupayaan untuk mendarat di permukaan air. Saya sendiri secara peribadi telah melihat keupayaan Amphibious mengambil air daripada lautan dan kemudian memadamkan kebakaran-kebakaran yang berlaku di kapal-kapal dan juga bot-bot kecil. Ia adalah buatan Kanada, mempunyai radar infrared , berpandangan hadapan, sistem pengawalan udara maritim dengan izin maritime surveillance radar , sistem avionik serta peralatan komunikasi yang canggih dan RM120 juta ini adalah harga pasaran pada saat dan ketika ini dan kalau kita mempunyai kewangan yang lebih, tentunya kita akan mencari lagi. Tadi Yang Berhormat Putatan menyebut tentang Pengerang dan Selat Melaka, saya ingin memaklumkan di sini satu statistik yang ingin saya kongsikan dengan semua bahawa statistik pelanunan dan rompakan kapal dagang di Selat Melaka, dari tahun 2004 hingga 30 September 2012, pada tahun 2004, sebelum APMM beroperasi, terdapat 38 kes pelanunan dan rompakan kapal dagang di Selat Melaka, bermula APMM tahun 2005, kes menurun menjadi 10, tahun 2006 lapan kes, tahun 2007 empat kes, tahun 2008 dua kes. Saya ingin memaklumkan di sini pada tahun 2012, dua kes tetapi pada tahun 2009, 2010 dan 2012 tidak ada sebarang kes pelanunan di Selat Melaka. Kita hendak memaklumkan di sini terdapat 70,000 kapal dagang yang melalui Selat Melaka dicampur dengan kapal-kapal kecil menjadi 100,000 kapal dagang yang melalui Selat Melaka dan ini adalah suatu kejayaan yang cukup tinggi yang dilaksanakan oleh APMM, menyebabkan Selat Melaka menjadi kawasan yang paling selamat untuk dilalui oleh kapal-kapal dagang dari seluruh dunia. Saya kira itulah yang ingin saya nyatakan dalam soalan tambahan. Sementara itu saya juga ingin memaklumkan pos maritim yang sedang dalam pembinaan untuk Sabah selain daripada daerah maritim Labuan, Kota Kinabalu, Kudat, Sandakan dan Tawau ialah Pulau Banggi, Kota Marudu, Kota Belud, Papar, Kuala Penyu dan juga Lawas, terima kasih. Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur Salleh [Kalabakan]: Tuan Yang di-Pertua, kita memang memuji kerja-kerja APMM, di sebelah bahagian Tawau satu kawasan yang begitu besar daripada Nunukan, Indonesia hinggalah ke Semporna, memang kita nampak mungkin APMM tidak ada cukup anggota kerana saya katakan demikian, kalau kita kaji semula bahawa di kawasan yang begitu besar polis marin, APMM memang menjaga sempadan kita tetapi masalahnya pukat-pukat tunda yang masuk hingga ke sungai, saya tidak tahu siapa punya kerja, APMM atau marin? Jadi kita minta kalau boleh APMM ini kita luaskan skop kerja termasuk juga mengawal pendatang tanpa izin, penyeludupan, kerana di kawasan Tawau Tuan Yang di-Pertua, DR 6.11.2012 4 sempadan dengan Indonesia Pulau Sebatik, pendatang daripada Indonesia ia hanya lintas batas, ia boleh buat jenayah di Tawau pada malam hari dan kembali ke Indonesia pada malam yang sama. Ini banyak kes-kes yang kita dengar, jadi kalau boleh skopnya saya tidak tahu APMM boleh mencegah bot-bot tunda ini masuk ke sungai atau polis sahaja. Jadi kita minta kalau boleh mungkin Timbalan Menteri boleh menjawab boleh, kalau tidak, katakan tidak. Kalau tidak, mintalah APMM ini diluaskan kuasanya hanya sampai menjaga apa juga jenayah yang dibuat oleh pendatang, oleh pukat-pukat tunda. Jadi kalau boleh atau tidak boleh? Terima kasih. Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan: Terima kasih Yang Berhormat Kalabakan. Kita telah menjadikan APMM sebagai agensi tunggal untuk menguatkuasakan undang-undang maritim dan dalam agensi tunggal ini, penyelarasan tugas telah diberikan dan sebahagian daripada aset-aset yang dipunyai oleh Jabatan Laut, Jabatan Polis Marin, kastam telah diserahkan kepada APMM supaya dapat menjadikan APMM menjadi agensi tunggal. Namun untuk marin, kita telah menetapkan supaya marin menjaga tiga kawasan iaitu sungai, tasik dan pulau, itu adalah tugas polis marin, jika tidak akan berlaku pertindihan tugas antara APMM di kawasan perairan pantai yang tertentu hinggalah laut dalam. Tapi di kawasan sungai sebagaimana Yang Berhormat Kalabakan cadangkan tadi, itu adalah tugas polis marin dan kita tidak mahu