Dewan Rakyat Parlimen Kedua Belas Penggal Kelima Mesyuarat Pertama

Total Page:16

File Type:pdf, Size:1020Kb

Dewan Rakyat Parlimen Kedua Belas Penggal Kelima Mesyuarat Pertama Naskhah belum disemak DEWAN RAKYAT PARLIMEN KEDUA BELAS PENGGAL KELIMA MESYUARAT PERTAMA Bil. 10 Selasa 27 Mac 2012 K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT (Halaman 25) USUL-USUL: Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 25) Usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong – Dato’ Lilah bin Yasin (Jempol) (Halaman 26) DR 27.3.2012 1 MALAYSIA DEWAN RAKYAT Selasa, 27 Mac 2012 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat ] JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN 1. Datuk Mohd. Nasir Ibrahim Fikri [Kuala Nerus] minta Menteri Pelajaran menyatakan berapakah nisbah guru kaunselor berbanding dengan jumlah murid di sekolah menengah kebangsaan dan sekolah kebangsaan. Timbalan Menteri Pelajaran II [Dr. Haji Mohd. Puad bin Zarkashi]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Assalamualaikum , salam sejahtera dan salam 1Malaysia. Tuan Yang di- Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, data guru kaunseling di seluruh negara sehingga 30 Januari 2012 adalah seramai 9,713 orang. Daripada jumlah tersebut, 4,033 orang di sekolah rendah manakala 5,680 orang adalah guru kaunseling di sekolah menengah. Nisbah Guru Kaunseling Sepenuh Masa (GKSM) di sekolah menengah dan rendah adalah seperti berikut. Seorang guru kaunseling sekolah menengah bagi 500 orang murid di sekolah menengah dan seorang guru kaunseling sekolah sepenuh masa bagi 350 hingga 850 orang murid di sekolah rendah. Terima kasih. Datuk Mohd. Nasir Ibrahim Fikri [Kuala Nerus]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Kita lihat masa kini pencapaian akademik kita meningkat setiap tahun. Tahniah kepada kementerian dan juga Kerajaan Barisan Nasional. Dalam masa yang sama juga kita melihat jenayah juvana tidak berkurangan. Soalan saya, adakah kerajaan tidak bercadang untuk mengubah nisbah guru kaunseling yang kini disebut tadi satu kepada 500 pelajar di sekolah menengah dan satu kepada 350 hingga 850 di sekolah rendah, mungkin kepada yang lebih rendah iaitu satu kepada 200 atau 300 pelajar terutama dengan sistem penaksiran berasaskan sekolah (PBS) yang sedang dilaksanakan? Juga, adakah kerajaan bercadang untuk menempatkan guru-guru kaunselor ini di sekolah kurang murid (SKM) yang saya kira sekolah tersebut juga memerlukan guru-guru kaunselor? Terima kasih. DR 27.3.2012 2 Dr. Haji Mohd. Puad bin Zarkashi: Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat, saya rasa kena perbetulkan sedikit. Sebenarnya kadar peratusan masalah disiplin di sekolah telah menurun pada tahun 2012. Kalau kita lihat dari segi data, pada tahun 2007 kadar masalah disiplin ialah 2.10%. Kemudian pada tahun 2006 telah menurun kepada 2.08%. Kemudian telah menurun lagi pada 2.06% pada tahun 2009 dan 2010 dan pada tahun 2011 telah menurun kepada 2.05%. Jadi dengan kata lain bahawa kita dapat mengurangkan kadar disiplin ini dan kita berazam pada tahun 2012 ini kadar disiplin ini dapat dikurangkan lagi pada 2.04%. Mengenai dengan isu sekolah kurang murid, memang tidak ada guru kaunseling jawatan secara hakiki di sekolah kurang murid sekarang ini, tetapi apa yang berlaku ialah kita melantik guru secara pentadbiran untuk menjalankan tugas sebagai guru kaunseling. Di samping mereka ini mengajar, mereka juga diberi latihan sebagai seorang guru kaunseling. Soalan Yang Berhormat iaitu mengenai dengan isu nisbah tadi, sebenarnya Kementerian Pelajaran Malaysia memang ada cadangan untuk mengurangkan nisbah itu kepada sekurang-kurangnya satu guru kaunseling kepada 300 orang murid. Kita telah mengangkat kertas cadangan itu kepada bahagian sumber manusia tetapi belum mendapat kelulusan kerana ini melibatkan soal perjawatan dan juga faktor kewangan. Terima kasih. Dato’ Saifuddin Nasution Ismail [Machang]: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Yang Berhormat Timbalan Menteri, soalan asal sahabat saya dari Kuala Nerus tadi cuba mengaitkan soal bilangan kaunselor dengan kaitannya dengan kes disiplin pelajar. Cuma, saya ingin bertanya mengenai kaitannya keciciran pelajar dengan masalah disiplin. Saya ingin menarik perhatian Yang Berhormat Timbalan Menteri kepada data terkini oleh Bangsa-bangsa Bersatu iaitu UNDP. Ia sebut, di Malaysia kadar pendaftaran peringkat sekolah menengah itu ialah 68.7% yakni merosot 0.4% berbanding sebelumnya, tahun 2010. Kadar ini jauh lebih rendah berbanding Brunei 98%, Arab Saudi 97%, Libya 94%, Bosnia Herzegovina 91%, Israel 89%, Palestin 87%. ■1010 Sementara daripada sekolah rendah, sekolah menengah sampai universiti, kita cuma 36.5%. Maknanya sepanjang jajaran itu, berlaku banyak keciciran pelajar dan ini memberi kesan kepada indeks yang disebut human development index di man kita sekarang berada pada kedudukan 57 berbanding tahun sebelumnya 61 ya. Bagaimanakah Yang Berhormat boleh memberikan ulasan atau pandangan terhadap data-data ini yang semacam menunjukkan sedikit kemerosotan berbanding dengan negara-negara yang saya sebutkan tadi. Apakah langkah yang telah dibincangkan di peringkat kementerian? Terima kasih. Dr. Haji Mohd. Puad bin Zarkashi: Terima kasih Yang Berhormat Machang. Pertama saya ingin menjelaskan ya, tugas guru kaunseling ini yang pertama ialah pembangunan dan pengembangan sahsiah diri murid. Itu yang pertama. Kedua ialah peningkatan disiplin murid. Ketiga – yang ini yang saya hendak kaitkan dengan soalan Yang Berhormat iaitu pendidikan DR 27.3.2012 3 kerjaya murid dan yang keempat ialah psikososial dan kesejahteraan mental murid. Menyebut tentang isu keciciran tadi, sebenarnya apa yang berlaku ialah kebanyakan pelajar-pelajar kita ini dia berlaku intervensi iaitu bila sampai sekolah menengah, dia banyak keluar sama ada dia pergi ke matrikulasi dan sebagainya sebab kita melihat ini semuanya di peringkat menengah nanti. Sama ada mereka meneruskan persekolahan di peringkat menengah untuk menjawab soal keciciran. Selain daripada soal barangkali yang cuba dikaitkan oleh Yang Berhormat soal barangkali ialah tidak mampu terus ke sekolah, kemiskinan dan sebagainya tetapi apa yang berlaku ialah intervensi dari segi mereka pergi masuk ke bidang lain, sama ada mereka masuk ke pusat-pusat kemahiran, matrikulasi ataupun kolej komuniti dan sebagainya. Oleh sebab itulah peranan guru kaunseling ini juga ialah untuk memberikan kaunseling tentang kerjaya murid supaya mereka faham ke mana harus mereka pergi. Oleh kerana itulah, dari segi peranan guru kaunseling ini, kita ada KPI yang perlu dicapai iaitu meningkatkan supaya setiap guru kaunseling ini, jumlah pelajar yang dikaunseling itu meningkat dan sasaran kita untuk tahun 2012 ini ialah setiap guru, seorang guru kaunseling dapat memberikan kaunseling kepada lima murid secara individu dan kalau secara berkumpulan ialah satu kumpulan setiap minggu yang jumlahnya antara lapan hingga 10 murid untuk diberi kaunseling. Ini sebenarnya yang saya nak kait-kait itu bahawa peranan guru kaunseling ini adalah cukup besar terutamanya untuk membimbing mereka supaya mereka ini tidak tercicir ataupun mereka faham tentang kerjaya mereka. Saya cuma hendak menyimpulkan soal keciciran itu banyak faktor yang dikatakan kita berbeza dengan beberapa dengan negara lain terutamanya di negara kita ini banyak aliran yang berlaku selepas mereka nak masuk ke sekolah menengah apatah lagi sekarang ini apabila kita mengarusperdanakan pendidikan vokasional, maka sudah tentulah barangkali ramai yang akan memilih bidang teknik dan vokasional. Terima kasih. 2. Tuan Lim Guan Eng [Bagan] minta Perdana Menteri menyatakan sebab kerajaan melepaskan bekas CEO Petronas, Tan Sri Hassan Merican sehingga beliau diberikan jawatan oleh syarikat Singapura dan sama ada kehilangannya merupakan satu tamparan ke atas usaha menarik balik hampir dua juta orang berbakat yang meninggalkan Malaysia sejak merdeka. Berapa ramai orang yang ditarik balik ke Malaysia sejak Talent Corp. ditubuhkan dan nyatakan kos yang telah dibelanjakan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Tan Sri Nor Mohamed bin Yakcop]: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Bagan kerana soalan ini soalan yang menarik juga dan seperti yang kita sedia maklum Tuan Yang di-Pertua, Tan Sri Hassan Merican yang telah berkhidmat selama 21 tahun, tempoh yang lama juga, 21 tahun di Petronas dan menjadi Ketua Pegawai Eksekutif selama 15 tahun. Beliau telah berkhidmat dengan cemerlang semasa di Petronas dan beliau kini telah bersara dan beberapa DR 27.3.2012 4 pihak luar negara telah mengiktiraf bakat dan pencapaian beliau. Ini merupakan satu penghargaan - bagi saya ini memang merupakan satu penghargaan kepada beliau dan juga pada masa yang sama satu penghargaan kepada rakyat Malaysia yang harus kita banggakan. Ini menunjukkan Tuan Yang di-Pertua bahawa Malaysia mempunyai modal insan berkemahiran tinggi yang bertaraf global. Negara berbangga memandangkan seorang individu berjaya diiktiraf di persada antarabangsa. Contohnya pelantikan Tan Sri Hassan Merican sebagai Pengarah ConocoPhillips di Amerika Syarikat merupakan contoh yang baik bagi pengiktirafan modal insan Malaysia di luar negara selepas kejayaan dalam negara apabila beliau menerajui Petronas. Tuan Yang di-Pertua, memahami bahawa dunia kini tanpa sempadan, kerajaan mana- mana pun tidak dapat menghalang keinginan dan keupayaan seseorang untuk bermigrasi ke negara untuk jawatan yang lebih baik. Kerajaan kita akan terus berusaha untuk menggunakan fenomena ini untuk manfaat negara. Pendekatan ini adalah selaras dengan rumusan laporan Bank
Recommended publications
  • Dewan Rakyat Parlimen Kedua Belas Penggal Ketiga Mesyuarat Ketiga
    Naskhah belum disemak DEWAN RAKYAT PARLIMEN KEDUA BELAS PENGGAL KETIGA MESYUARAT KETIGA Bil. 54 Isnin 18 Oktober 2010 K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT (Halaman 32) USUL-USUL: Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 32) Usul Anggaran Pembangunan 2011 (Halaman 33) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2011 (Halaman 33) DR. 18.10.2010 1 MALAYSIA DEWAN RAKYAT Isnin, 18 Oktober 2010 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat ] JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN 1. Datuk Juslie bin Ajirol [Libaran] minta Perdana Menteri menyatakan adakah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mempunyai Jawatankuasa Penilai bagi setiap teks khutbah Jumaat sebelum diedarkan kepada semua masjid di bawah negeri yang Ketua Agamanya ialah Yang di-Pertuan Agong. Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir Baharum]: Bismillaahir Rahmaanir Rahim, Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Tuan Yang di-Pertua, untuk maklumat Yang Berhormat Libaran, Jabatan Kemajuan Islam telah mewujudkan Jawatankuasa Penilai bagi setiap teks khutbah Jumaat bagi masjid-masjid di bawah pentadbiran JAKIM sendiri iaitu Masjid Negara, Masjid Putra, Masjid Wilayah dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin. Tujuannya adalah untuk menjaga kualiti teks khutbah dari segi kandungan dan penggunaan bahasa yang bersesuaian. Jawatankuasa ini terdiri daripada panel imam empat buah masjid utama dan juga disertai oleh beberapa ahli jawatankuasa yang dilantik terdiri daripada pengarah-pengarah bahagian di JAKIM. Teks khutbah Jumaat ini boleh dilayari secara online di dalam laman web JAKIM melalui Khutbah Online.
    [Show full text]
  • Dewan Rakyat
    Bil. 33 Rabu 27 Jun 2012 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT PARLIMEN KEDUA BELAS PENGGAL KELIMA MESYUARAT KEDUA KANDUNGAN JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT (Halaman 23) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2012 (Halaman 24) Rang Undang-undang Pelindung (Pindaan) 2012 (Halaman 47) Rang Undang-undang Umur Persaraan Minimum 2012 (Halaman 49) Rang Undang-undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2012 (Halaman 129) USUL-USUL: - Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 23) - Menangguhkan Mesyuarat Di Bawah P.M. 16(3) (Halaman 141) UCAPAN-UCAPAN PENANGGUHAN: ■ Undang-undang Menganiaya Pekerja Migran – Y.B. Dr. M. Jeyakumar Deveraj (Sungai Siput) (Halaman 141) ■ Menggubal Undang-undang Kampung Persaraan Di Malaysia – Y.B. Puan Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) (Halaman 143) Diterbitkan Oleh: CAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2012 DR.27.6.2012 i AHLI-AHLI DEWAN RAKYAT 1. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin Haji Mulia, P.S.M., S.P.D.K., S.U.M.W., P.G.D.K., J.S.M., J.P. 2. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, P.J.N., P.B.S. J.B.S., J.S.M. (Santubong) – PBB 3. “ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Ronald Kiandee, A.S.D.K., P.G.D.K. (Beluran) – UMNO MENTERI 1. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak, D.U.P.N., S.S.A.P, S.I.M.P., D.P.M.S., D.S.A.P., P.N.B.S., D.U.B.C.(T).
    [Show full text]
  • Naskhah Belum Disemak
    Bil. 27 Isnin 18 Jun 2012 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT PARLIMEN KEDUA BELAS PENGGAL KELIMA MESYUARAT KEDUA K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perubatan (Pindaan) 2012 (Halaman 18) Rang Undang-undang Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2012 (Halaman 41) USUL-USUL: Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 17) Menangguhkan Mesyuarat Di Bawah P.M. 16(3) (Halaman 87) UCAPAN-UCAPAN PENANGGUHAN: ■ Penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja Berhubung PATI Di Sabah – Y.B. Datuk Chua Soon Bui (Tawau) (Halaman 87) ■ Polis Gerakan Marin dan Polis Gerakan Am – Y.B. Tuan Er Teck Hwa (Bakri) (Halaman 88) Diterbitkan Oleh: CAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2012 DR.18.6.2012 i AHLI-AHLI DEWAN RAKYAT 1. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin Haji Mulia, P.S.M., S.P.D.K., S.U.M.W., P.G.D.K., J.S.M., J.P. 2. “ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, P.J.N., P.B.S. J.B.S., J.S.M. (Santubong) – PBB 3. “ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Ronald Kiandee, A.S.D.K., P.G.D.K. (Beluran) – UMNO MENTERI 1. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak, D.U.P.N., S.S.A.P, S.I.M.P., D.P.M.S., D.S.A.P., P.N.B.S., D.U.B.C.(T). (Pekan) – UMNO 2.
    [Show full text]
  • For Review Purposes Only
    ONLY PURPOSES REVIEW FOR Understanding the Dewan Rakyat Copyright © Konrad-Adenauer-Stiftung & Insight News Sdn Bhd. 2011 All rights reserved. No part of this book may be used or reproduced in any manner whatsoever without written permission from the Publisher except in case of brief quotations embodied in critical articles and reviews. Earlier versions of MP Watch: Eye on Parliament reports have appeared in The Nut Graph website exclusively. Images contained in this volume are courtesy and property of The Nut Graph, the interviewees and/or other sources respectively. Permission to reproduce the aforementioned and previously published material is gratefully ONLY acknowledged. FIRST EDITION: March 2011 Published by B-2-19, Merchant Square, Jalan Tropicana Selatan 1, PJU 3, 47410 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia E-mail: [email protected] Website: www.zipublications.com.my ISBN 978-967-5266-18-8 Layout & cover design by creativetrees.blogspot.com /REVIEW [email protected] Perpustakaan Negara Malaysia Cataloguing-in-Publication Data Understanding the Dewan Rakyat / The Nut Graph FOR ISBN 978-967-5266-18-8 1. Malaysia – Politics and government. I. Title. 344.07409595 Printed in Malaysia by Vinlin Press Sdn. Bhd. No. 2, Jalan Meranti Permai 1, Meranti Permai Industrial Park, Batu 15, Jalan Puchong, 47100 Puchong, Selangor, Malaysia Contents West Malaysia Constituencies Map 10 East Malaysia Constituencies Map 12 Foreword 14 Introduction 16 ONLY Part I Knowing Malaysia’s Parliamentary Democracy 20 System of governance and the role of Parliament 21 Malaysia’s electoral system 24 The work of an MP 30 Funding our MPs 38 The speaker: Functions and powers 42 PURPOSES Part II Knowing Malaysia’s MPs 54 MP Watch: who replied, who didn’t, and why 55 MPs and the ISA 63 MPs and the Islamic state issue 68 MPs and freedom of information 72 MPsREVIEW and separation of powers 77 The challenges of being an MP 81 MPs and lawmaking 88 FORStr engthening parliamentary democracy 93 Part III 222 MP Profiles 100 Perlis P.
    [Show full text]
  • 17 April 2012
    Bil. 20 Selasa 17 April 2012 MALAYSIA MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT PARLIMEN KEDUA BELAS PENGGAL KELIMA MESYUARAT PERTAMA K A N D U N G A N RANG UNDANG-UNDANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT (Halaman 1) USUL: Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 2) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Halaman 3) Rang Undang-undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2012 (Halaman 64) Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) (No.2) 2012 (Halaman 126) Diterbitkan Oleh: CAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2012 DR.17.04.2012 i AHLI-AHLI DEWAN RAKYAT 1. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin Haji Mulia, P.S.M., S.P.D.K., S.U.M.W., P.G.D.K., J.S.M., J.P. 2. “ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, P.J.N., P.B.S. J.B.S., J.S.M. (Santubong) – PBB 3. “ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Ronald Kiandee, A.S.D.K., P.G.D.K. (Beluran) – UMNO MENTERI 1. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak, D.U.P.N., S.S.A.P, S.I.M.P., D.P.M.S., D.S.A.P., P.N.B.S., D.U.B.C.(T). (Pekan) – UMNO 2. “ Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran, Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Mohd. Yassin, P.S.M., S.P.M.P., S.P.M.J., S.M.J., P.I.S., B.S.I.
    [Show full text]
  • Dewan Rakyat Parlimen Kedua Belas Penggal Kelima Mesyuarat Ketiga
    Naskhah belum disemak DEWAN RAKYAT PARLIMEN KEDUA BELAS PENGGAL KELIMA MESYUARAT KETIGA Bil. 59 Isnin 5 November 2012 K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2013 Jawatankuasa:- Jadual:- Maksud B.48 (Halaman 25) Maksud B.23 (Halaman 38) Maksud B.30 (Halaman 98) USUL-USUL: Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 23) Usul Anggaran Pembangunan 2013 Jawatankuasa:- Maksud P.48 (Halaman 25) Maksud P.23 (Halaman 38) Maksud P.30 (Halaman 98) DR 5.11.2012 1 MALAYSIA DEWAN RAKYAT Isnin, 5 November 2012 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat ] JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN 1. Datuk Mohd. Nasir Ibrahim Fikri [Kuala Nerus] minta Menteri Pengajian Tinggi menyatakan apakah kementerian bercadang untuk menubuhkan sebuah bank data berpusat bagi rujukan ke arah menangani masalah penipuan ijazah. Timbalan Menteri Pengajian Tinggi ll [Dato’ Saifuddin bin Abdullah]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Kementerian Pengajian Tinggi telah membangunkan sistem maklumat dan pangkalan data Kementerian Pengajian Tinggi yang dikenali sebagai sistem MyMohes bagi IPTA dan sistem IFMS bagi IPTS untuk memperkemaskan proses penyaluran data dan maklumat kepada KPT bagi membantu meningkatkan kecekapan sistem pengurusan maklumat pengajian tinggi negara. Sistem ini dapat memastikan data dan maklumat yang dibekalkan sentiasa tepat, terkini, sahih dan boleh digunakan bagi tujuan perancangan penggubalan dasar dan pembangunan pengajian tinggi negara yang mampan. Walau bagaimanapun, bagi maklumat terperinci setiap individu yang menerima ijazah daripada IPTA dan IPTS, ia disimpan oleh institusi pengajian tinggi yang mengurniakan ijazah dan diploma masing-masing.
    [Show full text]
  • Here Dengan Izin, Tuan Yang Di-Pertua
    Bil. 60 Rabu 27 Oktober 2010 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT PARLIMEN KEDUA BELAS PENGGAL KETIGA MESYUARAT KETIGA K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2011 (Halaman 24) USUL-USUL: Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 23) Usul Anggaran Pembangunan 2011 (Halaman 24) Diterbitkan Oleh: CAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2010 DR.27.10.2010 i AHLI-AHLI DEWAN RAKYAT 1. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin Haji Mulia, S.U.M.W., P.G.D.K., P.S.M., J.S.M., J.P. 2. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, P.J.N., P.B.S. J.B.S., J.S.M. (Santubong) – PBB 3. “ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Ronald Kiandee, A.S.D.K., P.G.D.K. (Beluran) – UMNO MENTERI 1. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak, D.U.P.N., S.S.A.P, S.I.M.P., D.P.M.S., D.S.A.P., P.N.B.S., D.U.B.C.(T). (Pekan) – UMNO 2. “ Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran, Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Mohd. Yassin, S.P.M.P., S.P.M.J., P.S.M., S.M.J., P.I.S., B.S.I. (Pagoh) – UMNO 3. Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon – Senator 4.
    [Show full text]
  • Dewan Rakyat
    Bil. 76 Khamis 2 Disember 2010 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT PARLIMEN KEDUA BELAS PENGGAL KETIGA MESYUARAT KETIGA K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2011 Jawatankuasa:- Jadual:- Maksud B.41 (Halaman 23) USUL: Usul Anggaran Pembangunan 2011 Jawatankuasa:- Maksud P.41 (Halaman 23) Diterbitkan Oleh: CAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2010 DR.2.12.2010 i AHLI-AHLI DEWAN RAKYAT 1. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin Haji Mulia, P.S.M., S.P.D.K., S.U.M.W., P.G.D.K., J.S.M., J.P. 2. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, P.J.N., P.B.S. J.B.S., J.S.M. (Santubong) – PBB 3. “ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Ronald Kiandee, A.S.D.K., P.G.D.K. (Beluran) – UMNO MENTERI 1. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak, D.U.P.N., S.S.A.P, S.I.M.P., D.P.M.S., D.S.A.P., P.N.B.S., D.U.B.C.(T). (Pekan) – UMNO 2. “ Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran, Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Mohd. Yassin, P.S.M., S.P.M.P., S.P.M.J., S.M.J., P.I.S., B.S.I. (Pagoh) – UMNO 3. Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon – Senator 4.
    [Show full text]
  • Dewan Rakyat
    Bil. 61 Khamis 24 November 2011 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT PARLIMEN KEDUA BELAS PENGGAL KEEMPAT MESYUARAT KETIGA Diterbitkan Oleh: CAWANGAN PENYATA RASMI Parlimen Malaysia 2011 K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) USUL-USUL: Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 16) Usul Perdana Menteri - Pengungkaian Proklamasi-proklamasi Darurat (Halaman 17) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 (Halaman 49) Diterbitkan Oleh: CAWANGAN PENYATA RASMI Parlimen Malaysia 2011 DR 24.11.2011 i AHLI-AHLI DEWAN RAKYAT 1. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin Haji Mulia, P.S.M., S.P.D.K., S.U.M.W., P.G.D.K., J.S.M., J.P. 2. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, P.J.N., P.B.S. J.B.S., J.S.M. (Santubong) – PBB 3. “ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Ronald Kiandee, A.S.D.K., P.G.D.K. (Beluran) – UMNO MENTERI 1. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak, D.U.P.N., S.S.A.P, S.I.M.P., D.P.M.S., D.S.A.P., P.N.B.S., D.U.B.C.(T). (Pekan) – UMNO 2. “ Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran, Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Mohd. Yassin, P.S.M., S.P.M.P., S.P.M.J., S.M.J., P.I.S., B.S.I. (Pagoh) – UMNO 3.
    [Show full text]
  • Naskhah Belum Disemak
    Bil. 22 Khamis 19 April 2012 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT PARLIMEN KEDUA BELAS PENGGAL KELIMA MESYUARAT PERTAMA KANDUNGAN RANG UNDANG-UNDANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT (Halaman 2) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 2012 (Halaman 3) Rang Undang-undang Jasa Perkasa Persekutuan (Elaun Kenangan) 2012 (Halaman 106) Rang Undang-undang Pingat Tentera Udara (Elaun Kenangan) 2012 (Halaman 108) Rang Undang-undang Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2012 (Halaman 109) Rang Undang-undang Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (Pindaan) 2012 (Halaman 163) Rang Undang-undang Institusi-institusi Pelajaran (Tatatertib) (Pindaan) 2012 (Halaman 168) Rang Undang-undang Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2012 (Halaman 170) Rang Undang-undang Mesin Cetak dan Penerbitan (Pindaan) 2012 (Halaman 198) USUL-USUL: Menarik Balik dan Menangguhkan Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga Rang Undang-undang Di Bawah P.M. 62 (Halaman 1) Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 1) Merentikan Kuat Kuasa Peraturan-peraturan Mesyuarat Di Bawah P.M. 90(2) (Halaman 188) USUL-USUL MENTERI KEWANGAN: Akta Pendanaan Kerajaan 1983 [Akta 275] dan Akta Bil Perbendaharaan (Tempatan) 1946 [Akta 188] (Halaman 228) Akta Tatacara Kewangan 1957 (Semakan 1972) (Halaman 230) Akta Tatacara Kewangan 1957 (Halaman 231) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61] (Halaman 233) Akta Kastam 1967 (Halaman 235) Diterbitkan Oleh: CAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2012 DR.19.4.2012 i AHLI-AHLI DEWAN RAKYAT 1. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin Haji Mulia, P.S.M., S.P.D.K., S.U.M.W., P.G.D.K., J.S.M., J.P.
    [Show full text]
  • Dewan Rakyat Parlimen Kedua Belas Penggal Kelima Mesyuarat Ketiga
    Naskhah belum disemak DEWAN RAKYAT PARLIMEN KEDUA BELAS PENGGAL KELIMA MESYUARAT KETIGA Bil. 60 Selasa 6 November 2012 K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2013 Jawatankuasa:- Jadual:- Maksud B.31 (Halaman 27) Maksud B.32 (Halaman 105) USUL-USUL: Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 26) Usul Anggaran Pembangunan 2013 Jawatankuasa:- Maksud P.31 (Halaman 27) Maksud P.32 (Halaman 105) DR 6.11.2012 1 MALAYSIA DEWAN RAKYAT Selasa, 6 November 2012 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar) mempengerusikan Mesyuarat] JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN [Soalan No.1 – Yang Berhormat Datuk Alexander Nanta Linggi (Kapit) tidak hadir] [Soalan No.2 – Yang Berhormat Puan Teo Nie Ching (Serdang) tidak hadir] 3. Datuk Dr. Marcus Mojigoh [Putatan] minta Perdana Menteri menyatakan: (a) sama ada penguatkuasaan ke atas penyeludupan dan kemasukan pendatang asing di perairan Sabah bertambah baik dengan adanya pesawat Amphibious APMM; dan (b) berapa unit pesawat tersebut dan kos. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan]: Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh dan salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Putatan yang menanyakan soalan. Agensi Penguatkuasaan Maritim (APMM) kini memiliki 251 buah kapal dan bot, enam helikopter, 14 radar termasuk tiga radar di Sabah dan dua pesawat Amphibious untuk mengawal perairan negara Malaysia. Sejak tahun 2007 hingga 2012, APMM telah menjalankan 83,951 pemeriksaan di laut dan menahan 5,184 bot dan kapal yang melibatkan pelbagai kes.
    [Show full text]
  • Dewan Rakyat
    Bil. 36 Khamis 24 Jun 2010 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT PARLIMEN KEDUA BELAS PENGGAL KETIGA MESYUARAT KEDUA KANDUNGAN JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) USUL-USUL: Rancangan Malaysia Kesepuluh (2011-2015) (Halaman 24) Menangguhkan Mesyuarat di Bawah P.M 16(3) (Halaman 94) UCAPAN PENANGGUHAN: ■ Kuasa Menteri Membuat Peraturan Dalam Akta Pendaftaran Negara 1959 (Akta 78) – Y.B. Tuan Er Teck Hwa (Bakri) (Halaman 94) Disediakan Oleh: CAWANGN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2010 DR.24.6.2010 i AHLI-AHLI DEWAN RAKYAT 1. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Tan Sri Datuk Seri Utama Pandikar Amin Haji Mulia, S.U.M.W., P.G.D.K., P.S.M., J.S.M., J.P. 2. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, P.J.N., P.B.S. J.B.S., J.S.M. (Santubong) – PBB 3. “ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Ronald Kiandee, A.S.D.K., P.G.D.K. (Beluran) – UMNO MENTERI 1. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak, D.U.P.N., S.S.A.P, S.I.M.P., D.P.M.S., D.S.A.P., P.N.B.S., D.U.B.C.(T). (Pekan) – UMNO 2. “ Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran, Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Mohd. Yassin, S.P.M.P., S.P.M.J., P.S.M., S.M.J., P.I.S., B.S.I. (Pagoh) – UMNO 3. Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr.
    [Show full text]