MALAYSIA

DEWAN RAKYAT

MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEEMPAT PARLIMEN KEDUABELAS 2011 L Jawapan-Jawapan Pertanyaan Jawab Lisan Harian Yang Tidak Dapat Dijawab Dalam Daripada Kementerian

HARI SELASA: 28 JUN 2011

CAWANGAN PERUNDANGAN PARLIMEN .

KANDUNGAN

JAWAPAN-JAWAPAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN JAWAB LISAN YANG TIDAK DAPAT DIJAWAB DIDALAM DEWAN (SOALANNO. 8 HINGGA 111)

NOTA: JAWAPAN-JAWAPAN BAGI SO ALAN NO. 1 HINGGA 7 [RUJUK PENYATA RASMI HARIAN (HANSARD)]

SIDEKSANI CAWANGAN PERUNDANGAN PARLIMEN MALAYSIA

SOALAN NO.8

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PERTANYAAN : LISAN

DARI PAD A PUAN FONG PO KUAN [ BATU GAJAH ]

TARIKH 28 JUN 2011

SOALAN

Puan Fong Po Kuan (Batu Gajah) minta PERDANA MENTERI menyatakan bagaimanakah kadar baru tambang ETS ini ditetapkan iaitu antara RM25 - RM45 (Ipoh ke KL Sentral) yang bergantung kepada jadual masa tertentu dan apakah objektif ETS.

SOALAN NO.8 l

SOALAN NO.8

JAWAPAN: YB DATO’ SERI MOHAMED NAZRI ABDUL AZIZ

MENTERI PI JABATAN PERDANA MENTERI Tuan Yang Dipertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, perkhidmatan Electric Train

Set (ETS) telah mula dilancarkan pada 12 Ogos 2010 merangkumi sektor Kuala Lumpur Sentral - Ipoh sejauh 208 km dan Ipoh -

Seremban sejauh 280 km.

Untuk makluman, kadar tambang siling yang dibenarkan bagi perkhidmatan ETS di sektor Kuala Lumpur Sentral - Ipoh adalah sebanyak RM50.00 bagi setiap penumpang. Sebagai langkah mempromosikan perkhidmatan baru ini, kadar tambang perkhidmatan yang ditawarkan adalah RM30.00 bagi setiap penumpang bagi sektor

Kuala Lumpur Sentral - Ipoh.

Bermula 1 Mei 2011, KTMB telah memperkenalkan kadar tambang baru ETS yang terdiri daripada tiga jenis perkhidmatan iaitu:

i. Super Ekspress (Platinum) - RM45.00.

Perjalanan Kuala Lumpur Sentral - Ipoh mengambil masa 1 jam 58

minit. Perkhidmatan ini menawarkan sebanyak 2 perkhidmatan sehari

dengan larian hentian terhad (3 hentian) iaitu stesen Ipoh, Kuala

2

SOALAN NO.8

Lumpur dan KL Sentral.

ii. Ekspress (Gold) - RM35.00.

Perjalanan Kuala Lumpur Sentral - Ipoh mengambil masa 2 jam 16 minit. Perkhidmatan ini menawarkan sebanyak 10 perkhidmatan sehari dengan larian hentian terhad (8 hentian) iaitu stesen Ipoh, Batu

Gajah, Kampar, Slim River, Tanjung Malim, Rawang, Kuala Lumpur dan KL Sentral.

iii. Transit (Silver) - RM25.00.

Perjalanan Kuala Lumpur Sentral - Ipoh mengambil masa 2 jam 30 minit. Perkhidmatan ini menawarkan sebanyak 2 perkhidmatan sehari dengan larian henti-henti (14 hentian) iaitu stesen Ipoh, Batu Gajah,

Kampar, Tapah Road, Sungkai, Slim River, Behrang, Tanjung Malim,

Kuala Kubu Baru, Rawang, Sungai Buloh, Kepong Sentral, Kuala

Lumpur dan KL Sentral

Kadar tambang baru ETS yang ditetapkan adalah berdasarkan kadar tambang siling yang diluluskan oleh Suruhanjaya Pengangkutan

Awam Darat dan jarak kilometer antara satu destinasi ke destinasi

3

SOALAN NO.8 yang lain.

Tuan Yang Dipertua,

Perkhidmatan ETS dilancarkan adalah untuk menyediakan perkhidmatan tren pantas kepada rakyat Malaysia. Perkhidmatan ETS juga selari dengan dasar Kerajaan dalam menggalakkan penggunaan pengangkutan awam yang dapat mengurangkan kesesakan jalan raya, kemalangan dan pencemaran alam sekitar. Dengan pelaksanaan struktur baru tambang ETS, pihak KTMB dapat memberi perkhidmatan yang terbaik untuk seluruh rakyat Malaysia dengan menawarkan perkhidmatan yang dapat memenuhi kehendak mereka.

Sekian, terima kasih.

4

Soalan No :

PEMBERITAH U PERTANYAANPERTANYAALISAN

DARI PAD A N DEWAN Y.B. DATUK SERI PANGLIMA WILFRED MOJIL1P RAKYAT BUMBURING (TUARAN)

TARIKH 28.06.2011

SOALAN:

Y.B. DATUK SERI PANGLIMA WILFRED MOJILIP BUMBURING [ TUARAN ] minta Menteri Pelajaran menyatakan bilakah kerja pembinaan fizikal SMK Pekan Nabalu akan bermula dan berapa lamakah sekolah ini dijangka siap.

JAWAPAN

Tuan Yang Di Pertua,

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sedang dalam proses mengeluarkan Surat Setuju Terima kepada kontraktor yang telah diluluskan oleh Kementerian Kewangan Malaysia. Setelah selesai proses tersebut, kerja-kerja pembinaan bagi projek ini akan bermula. Memandangkan lokasi projek berada di kawasan berbukit, KPM menjangkakan tempoh siap projek ini akan mengambil masa. Walau bagaimanapun KPM mensasarkan projek dijangka siap dalam tempoh 24 bulan.

Rjm 98

SOALAN N0.10

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PERTANYAAN : LISAN DARI PAD A DR. MUJAHID BIN HAJI YUSOF RAWA

[ PARIT BUNTAR ]

TARIKH 28 JUN 2011

SOALAN

Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta PERDANA

MENTERI menyatakan tindakan yang dibuat ke atas pengusaha teksi

yang menggunakan khidmat warga asing dan apakah warga asing

layak menjadi pemandu teksi.

l JAWAPAN: YB DATO’ SERI MOHAMED NAZRI ABDUL AZIZ

SOALAN NO.10

MENTERI PI JABATAN PERDANA MENTERI

Tuan Yang Dipertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, syarat untuk memandu perkhidmatan pengangkutan awam ialah pemandu mesti mempunyai

Lesen Memandu Vokasional (Lesen PSV) yang dikeluarkan oleh

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Pihak JPJ akan mengeluarkan

Lesen PSV hanya kepada warga Malaysia dan warga asing yang telah mendapat taraf Penduduk Tetap sahaja. Oleh itu, menjawab kepada soalan yang diajukan, warga asing yang bukan bertaraf penduduk tetap dan tidak memiliki PSV adalah tidak layak menjadi pemandu teksi. Pemilik atau pengusaha teksi yang menggunakan khidmat warga asing yang bukan bertaraf penduduk tetap dan tidak memiliki PSV sebagai pemandu adalah melanggar syarat yang telah ditetapkan.

Untuk mengatasi masalah ini, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat

2

SOALAN N0.10

(SPAD) sentiasa memantau dan mempertingkatkan penguatkuasaan dari semasa ke semasa samada operasi secara berkala, operasi harian dan operasi bersepadu bersama agensi- agensi penguatkuasa yang lain. Tindakan tegas akan diambil kepada pemandu-pemandu teksi yang enggan mengikut Peraturan yang telah ditetapkan sama ada batal atau gantung lesen.

Statistik pada tahun 2011 menunjukkan sebanyak 3 kes telah dikesan membabitkan warga asing yang memandu teksi di sekitar Lembah

Kelang. SPAD telah menahan semua permit teksi yang terlibat dan kesemua Pemilik Teksi ini telah disaman dan Notis 45A telah dikeluarkan kepada Pemilik kerana membenarkan pemandu memandu tanpa Kad Pemandu. Di bawah Seksyen 27 Akta Pengangkutan Awam

Darat 2010, pemilik juga boleh dikenakan tindakan batal atau gantung lesen.

Sekian, terima kasih.

3

NO SOALAN : 11 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

LISAN PERTANYAAN :

YB TUAN DARIPADA MASIR ANAK KUJAT (SRI AMAN) 28.06.2011 TARIKH (SELASA)

SOALAN:

Minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan sama ada Kementerian mempunyai cadangan dalam RMK-10 untuk membina kem tentera tambahan di kawasan Sri Aman.

MESY KE2/DR-28.6.11 -TN MASIR [SRI AMAN] 1

JAWAPAN:

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian setakat ini tidak bercadang untuk membina kem tentera tambahan di kawasan Sri Aman dalam RMK-10. Kementerian berpendapat kem sedia ada iaitu Kem Sri Pakit, Sri Aman berkemampuan untuk menjaga keselamatan dan pertahanan negara di kawasan berkenaan.

MESY KE2/DR-28.6.11-TN MASIR [SRI AMAN] 2

M'- ix

PERTANYA

AN- PERTANYA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT AN Pertanyaan PERTANYAAN LISAN PERSIDANG DaripadaAN DEWAN Dato' Kamarul Baharin bin Abbas [ Telok Kemang ] RAKYAT 28 Jun 2011 (Selasa) TarikhMESYUARA Menjawab T KEPUA, No.^1j>^ JZ SoalanPENGGAL KEEMPAT, Dato'PARLIMEN Kamarul Baharin bin Abbas [ Telok Kemang ] minta MENTERI PERUSAHAANKE-12, 2011 PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan:

(a) implementasi cadangan menjual mandatori biofuel mulai bulan Jun 2011 (tahun ini) di bawah program B5 Kerajaan mengikut jadual; dan

(b) anggaran kurangnya tanggungan kepada fossil fuels tiap-tiap tahun dalam lima tahun akan datang.

JAWAPAN :

Tuan Yang di-Pertua,

Kerajaan telahpun melaksanakan program B5 yang melibatkan penggunaan adunan 5% biodiesel sawit dengan 95% diesel petroleum bermula di stesen-stesen minyak di Putrajaya pada Rabu,

l

PERTANYAAN-PERTANYAAN PERSIDANGAN DEWAN RAKYAT MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEEMPAT, PARLIMEN KE-12, 2011 1 Jun 2011. Susulan pelaksanaan program B5 di Putrajaya, ianya akan diperluaskan di Melaka mulai 1 Julai 2011, Negeri Sembilan pada 1 Ogos 2011, Kuala Lumpur pada 1 September 2011 dan Selangor pada 1 Oktober 2011. Bagi Iain-lain kawasan di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak, ia akan dilaksanakan secara berperingkat.

Berhubung dengan pengimbangan penggunaan minyak sawit untuk tujuan dijadikan bahan bakar, Kerajaan telah menetapkan bahawa penggunaan minyak sawit mentah sehingga 30% daripada jumlah pengeluaran minyak sawit negara akan digunakan untuk tujuan pengeluaran biobahan api. Ini adalah untuk memastikan keperluan minyak sawit untuk sektor makanan diberi keutamaan.

Tuan Yang di-Pertua,

Pelaksanaan Program B5 di Putrajaya, Melaka, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Selangor sepenuhnya mulai 1 November 2011 akan melibatkan penggunaan biodiesel sawit sebanyak 155,440 tan atau 178 juta liter setahun. Ini akan menyumbang kepada penjimatan hampir 180 juta liter diesel fosil setahun.

Adalah dijangkakan sekiranya Program B5 ini dilaksanakan sepenuhnya di seluruh negara, penggunaan biodiesel sawit adalah sebanyak 500,000 tan setahun dan penjimatan 580 juta liter diesel

2

PERTANYAAN-PERTANYAAN PERSIDANGAN DEWAN RAKYAT MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEEMPAT, PARLIMEN KE-13, 2011 fosil setahun.

2

PERTANYAAN-PERTANYAAN PERSIDANGAN DEWAN RAKYAT MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEEMPAT, PARLIMEN KE-12, 2011

Adalah dijangkakan sekiranya Program B5 ini dilaksanakan sepenuhnya di seluruh negara, penggunaan biodiesel sawit adalah sebanyak 500,000 tan setahun dan penjimatan 580 juta liter diesel fosil setahun.

SOALAN NO.

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

LISAN PERTANYAAN : Y.B. DATUK ABD. RAHMAN BIN DARI PADA BAKRI SABAK BERNAM 28 JUN 2011 KAWASAN (SELASA) TARIKH

SOALAN:

Y.B. DATUK ABD. RAHMAN BIN BAKRI (SABAK BERNAM) minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan sejauh manakah kemajuan projek Lebuh Raya LATAR Expressway dan bilakah dijangka akan dapat digunakan sepenuhnya oleh pengguna serta sejauh manakah lebuh raya ini mampu mengurangkan kesesakan di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2).

JAWAPAN

Tuan Yang Di-Pertua;

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, projek Lebuh Raya Kuala Lumpur - Kuala Selangor (KLKS) telah dibina menerusi konsep penswastaan secara bina-kendali-pindah (BOT) untuk tempoh konsesi tol selama 40 tahun. Kos keseluruhan projek ini termasuk kos pengambilan balik tanah ialah sebanyak RM1.108 bilion. Dari jumlah tersebut, kos pembinaan lebuh raya sahaja ialah sebanyak RM958 juta manakala kos pengambilan balik tanah pula adalah sebanyak RM150 juta.

Projek pembinaan Lebuh Raya KLKS ini telah dimulakan pada 28 Oktober 2008 dengan tempoh siap kerja asal ialah selama 36 bulan, iaitu sehingga 27 Oktober 2011. Namun demikian, projek tersebut telah disiapkan lebih awal dan ia baru sahaja dibuka kepada lalu lintas pada 23 Jun 2011 yang lalu. Lebuh raya sepanjang 33 kilometer ini menghubungkan trafik dari bahagian Barat ke bahagian Timur Lembah Klang, iaitu melalui Kuala Selangor - Rawang - Taman Rimba Templer di Jalan Persekutuan 1 (FT001). Terdapat 4 persimpangan bertingkat dibina di lebuh raya tersebut, iaitu di Asam Jawa, Ijok, Kuang dan Templer Park. Manakala lokasi 3 plaza tol pula terletak di Asam )awa, Kundang dan Taman Templer. Kutipan tol di lebuh raya ini menggunakan sistem tol terbuka. Untuk makluman Ahll Yang Berhormat, pembinaan lebuh raya ini merupakan antara sebahagian dari perancangan Kerajaan bagi pembinaan Jalan Lingkaran Luar Kuala Lumpur (KLORR). Dengan

2

pembukaan lebuh raya ini, masalah kesesakan lalu (intas, khususnya di Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE) dan Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) akan dapat dikurangkan, terutama trafik dari arah Lebuh Raya Utara Selatan yang tidak lagi perlu melalui pusat bandar Kuala Lumpur untuk perjalanan ke Kuala Selangor. Pembukaan lebuh raya ini dijangka dapat menjimatkan masa perjalanan, iaitu kira-kira 30 minit sahaja dari Rawang ke Kuala Selangor dan sebaliknya, berbanding kira-kira 1 jam 30 minit jika mengikuti jalan Persekutuan 54 (FT54) sedia ada.

Sekian. Terima kasih.

3

Soalan No : (4-

PEMBERITAHU

PERTANYAAN

DEWAN RAKYATLISAN PERTANYAAN

DARI PAD A Y.B. DATUK DR. MUHAMMAD LEO MICHAEL TOYAD (MUKAH) 28.06.2011 TARIKH SOALAN:

Y.B. DATUK DR. MUHAMMAD LEO MICHAEL TOYAD [ MUKAH ] minta Menteri Pelajaran rrienyatakan bilakah Kerajaan bercadang untuk membina sebuah sekolah menengah di daerah kecil Balingian dalam Bahagian Mukah.

JAWAPAN

Tuan Yang Di Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan memang prihatin akan keperluan sekolah di setiap daerah di seluruh Sarawak. Oleh yang demikian, kajian keperluan telah dibuat termasuk untuk Bahagian Mukah sebagai langkah mengurangkan kesesakan di Bahagian Mukah. Sehubungan itu, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) berpandangan keperluan untuk menyediakan sebuah sekolah menengah baru adalah tidak mendesak buat masa ini. Walau bagaimanapun, KPM telah mencadangkan projek tambahan bilik darjah di sekolah-sekolah sedia ada yang juga memenuhi keperluan Daerah Kecil Balingian. Sungguhpun demikian kelulusan cadangan adalah tertakluk kepada keutamaan dan kedudukan kewangan Kerajaan.

Rjm 96

N * : i £

JAWABPEMBERITAH LISAN UAN TUAN MOHD. NASIR BIN ZAKARIA 28 JUN 2011 PERTANYAANPERTANYAA (SELASA) DARI PAD NA DEWANNO. 15 TARIKH RAKYAT SOALAN Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang Terap ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan statistik pengambilan mahasiswa mengikut jurusan pengajian pada tahun 2010 dan 2011.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Pada tahun 2010, kemasukan pelajar ke IPTA dan IPTS adalah seramai 327,643 orang. Daripada jumlah tersebut, seramai 167,159 pelajar memasuki IPTA dan 160,484 pelajar memasuki IPTS. Jumlah ini menunjukkan peningkatan berbanding tahun 2009 dengan jumlah kemasukan ke IPTA dan IPTS adalah seramai 322,147 orang di mana seramai 153,470 pelajar memasuki IPTA dan 168,677 pelajar memasuki IPTS.

Pecahan bilangan kemasukan pelajar ke IPTA mengikut bidang pada tahun 2010 adalah seramai 11,826 pelajar mengikuti bidang pendidikan, 14,910 pelajar mengikuti bidang sastera dan kemanusian, 63,058 pelajar

I

mengikuti bidang sains sosial, perniagaandan perundangan, 23,481 pelajar mengikuti bidang sains, matematik dan komputer, 37,910 pelajar mengikuti bidang kejuruteraan, pembuatan dan pembinaan, 2,418 pelajar mengikuti bidang pertanian dan veterinar, 8,095 pelajar mengikuti bidang kesihatan dan kebajikan dan seramai 5,461 pelajar mengikuti bidang perkhidmatan.

Manakala, pecahan bilangan kemasukan pelajar ke IPTS pada tahun 2010 pula adalah seramai seramai 10,804 pelajar mengikuti bidang pendidikan, 24,537 pelajar mengikuti bidang sastera dan kemanusian, 53,617 pelajar mengikuti bidang sains sosial, perniagaandan perundangan, 21,267 pelajar mengikuti bidang sains,matematik dan komputer, 19,640 pelajar mengikuti bidang kejuruteraan, pembuatan dan pembinaan, 62 pelajar mengikuti bidang pertanian dan veterinar, 22,347 pelajar mengikuti bidang kesihatan dan kebajikan dan seramai 8,210 pelajar mengikuti bidang perkhidmatan. PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA

DARI PADA : Y.B. DATO1 DR. MOHAMAD SHAHRUM BIN OSMAN (LIPIS) PERTANYAAN : LISAN TARIKH : 28.06.2011

Y.B. DATO1 DR. MOHAMAD SHAHRUM BIN OSMAN [ LIPIS ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sejauh mana pihak Kerajaan merujuk kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dahulu sebelum melantik mana-mana individu untuk memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif di syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat milik Kerajaan (GOC).

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Yang Berhormat, pelantikan pegawai kanan syarikat-syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) termasuk Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) akan ditentukan oleh Lembaga Pengarah syarikat GLC masing-masing. Buat masa ini, Lembaga Pengarah syarikat tidak melakukan sebarang tapisan atau rujukan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas individu yang dicadangkan untuk menjadi CEO atau pegawai kanan syarikat. Untuk makluman, tiada peraturan atau peruntukan perundangan termasuk Akta Syarikat 1965 yang memerlukan rujukan ini dibuat.

2. Walau bagaimanapun, pada kebiasaannya, pelantikan CEO GLC perlu melalui proses pencalonan oleh Jawatankuasa Penamaan di peringkat Lembaga Pengarah. Di peringkat ini, calon-calon CEO akan ditapis dan dinilai dengan pelbagai kaedah antara lainnya mendapatkan laporan yang menyeluruh tentang calon daripada aspek kerjaya profesional, perwatakan dan rekod salah laku melalui pelbagai sumber yang sahih daripada industri dan agensi pencarian bakat. Setelah diteliti, ditapis dan dinilai sewajarnya, Jawatankuasa berkenaan akan mengemukakan nama calon-calon CEO untuk sokongan dan lantikan oleh Lembaga Pengarah GLC.

3. Di samping itu, terdapat juga keperluan supaya pelantikan CEO GLC mendapat kelulusan daripada Menteri Kewangan (Diperbadankan) (MKD).

Walau bagaimanapun, ia bergantung kepada hak-hak pemegang saham khas, PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT sekiranya ada termaktub dalam Tatacara & Tataurusan Syarikat ( Memorandum and Articles of Association [M&A]) syarikat.

Soalan No : : )^

PERTANYAAN LISAN

DARI PADA Y.B. TUAN LIM KIT SIANG (IPOH TIMUR) 28.06.2011 TARIKH

SOALAN:

Y.B. TUAN LIM KIT SIANG [ IPOH TIMUR ] minta Menteri Pelajaran menyatakan bilangan kes buli sekolah yang telah dilaporkan sejak tahun 2005 hingga 2010. Apakah pandangan Kementerian terhadap gejala sosial sebegitu dan langkah-langkah yang diambil untuk membantu mangsa serta pemangsa mengatasi post-trauma syndrome.

JAWAPAN

Tuan Yang Di Pertua,

Data Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) berhubung kes buli yang melibatkan murid sekolah rendah dan menengah dari tahun 2005 hingga 2010 adalah seperti berikut;

BIL TAHUN JUMLAH %

1 2005 3,814 0.07

2 2006 3,695 0.07

3 2007 4,508 0.08

4 2008 3,107 0.06

5 2009 2,889 0.05

6 2010 2,617 0.04

Untuk makluman, isu yang melibatkan buli dalam kalangan murid di sekolah merupakan perbuatan yang perlu ditangani secara serius oleh semua pihak khususnya pihak pengurusan sekolah. Perbuatan membuli boleh berlaku sama ada secara fizikal atau pun menggunakan bahasa yang boleh memberi kesan menakutkan atau menyakitkan orang yang lebih lemah. KPM memandang serius terhadap kes buli, dan telah mengeluarkan Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Bil. 8/2010 iaitu Garis Panduan Mencegah Dan Menangani Perbuatan Buli Dalam Kalangan Murid Di Sekolah. Antara langkah-langkah yang digariskan menerusi SPI tersebut termasuklah:

i. mengadakan peti aduan murid atau saluran-saluran aduan murid secara berkesan di sekolah dan asrama;

ii. peranan Jawatankuasa Disiplin Sekolah dan Asrama diaktifkan sepenuhnya;

iii. menghapuskan budaya-budaya tertentu oleh murid yang berlawanan dengan prinsip-prinsip pendidikan, akhlak dan usaha memupuk budi pekerti yang baik dalam kalangan murid sekolah;

iv. melaksanakan aktiviti orientasi atau suaikena! terhadap murid baru, yang berada di bawah kawalan guru sepenuhnya;

v. bagi sekolah-sekolah berasrama, kewujudan guru warden hendaklah dapat dirasai oleh penghuninya sepanjang masa; serta

vi. kempen dan penjelasan terhadap kesan perbuatan ala samseng, buli dan jenayah lain yang perlu dibuat secara berterusan dan melibatkan pihak luar seperti PDRM, PIBG atau pihak-pihak lain yang difikirkan berkaitan. Kesemua murid yang menjadi mangsa dan pemangsa telah diberi kaunseling di peringkat sekolah bagi mengatasi post-trauma syndrome. Sekiranya terdapat murid-murid yang masih berdegil dan didapati melanggar peraturan ini, mereka

boleh dikenakan tindakan yang keras termasuk hukuman buang sekolah.

Rjm 100 Soalan No :

PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PERTANYAAN LISAN DARI PADA Y.B. TUAN MOHSIN FADZLI BIN HAJI SAMSURI

(BAGAN SERAI)

TARIKH 28.06.2011

SOALAN:

Y.B. TUAN MOHSIN FADZLI BIN HAJI SAMSURI [ BAGAN SERAI ] minta Menteri Pelajaran menyatakan bilangan Sekolah Agama Rakyat mengikut negeri yang bersetuju menerima tawaran Kerajaan dijadikan sebagai sekolah mendapat bantuan penuh dan berapa pula jumlah guru kaunseling.

JAWAPAN

Tuan Yang Di Pertua,

Sehingga Januari 2011, bilangan Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang bersetuju menerima tawaran Kerajaan sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) di seluruh negara adalah sebanyak 86 buah. Daripada jumlah tersebut, 79 buah adalah sekolah menengah manakala 7 buah adalah merupakan sekolah rendah.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, data guru kaunseling di seluruh negara sehingga 1 Mei 2011 adalah seramai 9,252 orang. Daripada jumlah tersebut 3,944 orang di sekolah rendah manakala 5,308 orang adalah guru kaunseling di sekolah menengah.

Rjm 99

Soalan No : Y\

PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PERTANYAAN LISAN

DARI PADA Y.B. PUAN TAN AH ENG

(GELANG PATAH)

TARIKH 28.06.2011

SOALAN:

Y.B. PUAN TAN AH ENG [ GELANG PATAH ] minta Menteri Pelajaran menyatakan adakah pihak Kementerian mempunyai rancangan untuk menambah kelas pendidikan khas di kawasan Gelang Patah.

JAWAPAN

Tuan Yang Di Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bilangan Program Pendidikan Khas Integrasi di negeri Johor buat masa sekarang ini adalah sebanyak 1,009. Sementara itu, di kawasan Gelang Patah terdapat 2 Program Pendidikan Khas; peringkat rendah di SK Kompleks Sultan Abu Bakar (2 buah kelas) dan SK Nusantara (2 buah kelas) dan tiga (3) buah kelas di SMK Gelang Patah untuk peringkat menengah.

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) memang mengambil berat akan pendidikan murid berkeperluan khas ini. Walau bagaimanapun, peluasan pembukaan kelas-kelas khas ini bergantung kepada permintaan setempat berdasarkan permohonan dan peningkatan bilangan murid di kawasan berkenaan. Rjm 101

NO. SOALAN: 20 PEMBER1TAHUAN PERTANYAAN

DEWAN RAKYAT

PERTANYAAN LISAN DARIPADA YB. TUAN CHOW KON YEOW [TANJONG] TARIKH JAWAPAN 28 JUN 2011 (SELASA) DI DEWAN RAKYAT

SOALAN

Minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan sama ada

Jabatan Perkhidmatan Pembetungan akan meluaskan perkhidmatan kepada ‘Clan

Jetty’ di Pengkalan Weld, Georgetown, Pulau Pinang memandangkan ianya satu tarikan pelancongan di Tapak Warisan Dunia UNESCO.

JAWAPAN

Tuan Yang Dipertua,

Kementerian ini melalui Rancangan Malaysia Lima Tahun sentiasa merancang dan mencadangkan keperluan bagi menaik taraf sistem perkhidmatan pembetungan awam di seluruh negara termasuk di kawasan-kawasan berpotensi sebagai pusat pelancongan, pulau-pulau peranginan dan tapak-tapak warisan.

Tuan Yang Dipertua,

Selari dengan matlamat tersebut, cadangan bagi menyediakan sistem pembetungan awam bagi kawasan Clan Jetty di Pengkalan Weld juga dalam perkiraan Kementerian

ini. Namun begitu, pelaksanaan cadangan tersebut bergantung pada peruntukan yang diterima oleh Kementerian saya dan juga pemberian tanah secukupnya dan sesuai oleh kerajaan negeri bagi pembinaan loji rawatan kumbahan.

*******************************************************************

Soalan No : 3- f

PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PERTANYAAN LISAN

DARIPADA Y.B. DATUK TIONG THAI KING

(LANANG)

TARIKH 28.06.2011

SOALAN: Y.B. DATUK TIONG THAI KING [ LANANG ] minta Menteri Pelajaran menyatakan

(a) bilangan pelajar yang diterima masuk ke Maktab Perguruan dan Institut Perguruan di seluruh Malaysia amnya dan Sarawak khasnya pada tahun 2010; dan

(b) apakah syarat-syarat yang ditetapkan untuk kemasukan.

JAWAPAN

(a) dan (b)

Tuan Yang Di Pertua, Data 2010 menunjukkan, bilangan pelajar yang diterima masuk ke institut Pendidikan Perguruan (IPG) di seluruh Malaysia ialah 11,323 orang. Daripada jumlah tersebut, bilangan pelajar Sarawak yang memasuki IPG adalah seramai 1, 888 orang. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM telah mengeluarkan

syarat- syarat kemasukan ke IPG iaitu:

i) Kemasukan Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI- SR) Mod Sepenuh Masa Ambilan Jun 2010. Syarat dan Kelayakan Asas : a) Warganegara Malaysia; b) Umur tidak meiebihi 35 tahun pada 28 Jun 2010 iaitu lahir pada atau 28 Jun 1985; c) Memiliki Ijazah Sarjana Muda atau setaraf dengannya daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan atau luar negara; d) Memiliki ijazah yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia; e) Memiliki kepujian Bahasa Melayu di peringkat SPM atau SPM(V) serta lulus ujian lisan atau Prinsipal Bahasa Melayu di peringkat STPM; dan f) Lulus Bahasa Inggeris di peringkat SPM atau SPM(V).

Syarat Tambahan : a) Calon sihat fizikal dan mental; b) Calon hendaklah memiliki Ijazah Sarjana Muda dengan PNGK 2.75 ke atas diberi keutamaan; c) Calon aktif dalam kokurikulum; d) Calon yang memilki Ijazah yang bertepatan dengan bidang pengkhususan dan pengalaman mengajar akan diberi wajaran tertentu; dan e) Calon hendaklah bersedia ditempatkan di mana-mana sekolah termasuk di kawasan pedalaman.

Kemasukan Kursus Perguruan Lepas Sijil Pelajaran Malaysia Ambilan Jun 2010. Syarat dan Kelayakan Asas : a) Warganegara Malaysia; b) Umur tidak meiebihi 20 tahuan pada 28 Jun 2010 iaitu lahir pada atau selepas 28 Jun 1990;

c) Calon hendaklah sihat fizikal Dan mental; d) Calon hendaklah aktif kokurikulum;

e) Mempunyai kelayakan akademik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat cemerlang dalam mana-mana tiga mata pelajaran dan kepujian dalam tiga mata pelajaran berikut: • Bahasa Melayu • Sejarah • Satu mata pelajaran lain serta; • Lulus Bahasa Inggeris

Memenuhi syarat dan kelayakan khusus bidang pengajian yang dipohon.

Rjm 102

SOALAN NO: 22

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

DEWAN RAKYAT

PERTANYAAN : JAWAB LISAN

DARI PADA TUAN MOHAMED AZMIN BIN ALI

[GOMBAK]

TARIKH 28 JUN 2011 (SELASA)

SOALAN

Tuan Mohamed Azmin bin Ali [ Gombak ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan mengapa kedudukan Malaysia jatuh 10 anak tangga kepada 141 dalam Indeks Kebebasan Akhbar Dunia 2010.

JAWAPAN :

Tuan Yang Dipertua,

Kajian ‘Press Freedom Index’ adalah berasaskan kepada nilai-niai kebebasan akhbar yang wujud dan ianya adalah amat berbeza jika dibandingkan nilai kebebasanmedia antara satu negara dengan yang lain. Nilai kebebasan media di Malaysia adalah bersesuaian dengan peraturan serta perundangan yang diamalkan di negara ini dan

sosiobudaya rakyatnya. Persepsi pihak-pihak luaran berbeda-beda dari semasa ke semasa. Indeks yang Yang Berhormat sebutkan itu adalah dalam pemerhatian Kerajaan khususnya Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian ini.

Sebagai bukti bahawa sifat liberal dan pematuhan hak-hak asasi bersuara terlaksana dengan baik, semua parti pembangkang di Malaysia bebas menerbitkan akhbar masing-masing. Pengguna internet melebihi 17 juta orang di negara ini dan pengguna Facebook adalah yang paling ramai di negara ini mengikut nisbah pengguna dan bilangan penduduk. Ini semua mencerminkan tahap kebebasan bersuara di negara ini NO:23 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN DARIPADA DATIN LINDA TSEN THAU LIN [BATU SAPI] TARIKH 28 JUN 2011 SOALAN 23 Datin Linda Tsen Thau Lin [ Batu Sapi ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan: (a) adakah rancangan untuk memperluaskan lapangan terbang Sandakan; dan (b) adakah penerbangan antarabangsa langsung (direct flight) ke Sandakan pada masa akan datang. Jawapan: Tuan Yang Di Pertua, (a) Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Batu Sapi, Lapangan Terbang Sandakan dengan landasan sepanjang 2,133 meter yang sedia ada,

mampu menampung keperluan pesawat sehingga Airbus 320. Lapangan terbang ini juga mampu menampung keperluan sehingga 1.5 juta penumpang setahun. Bilangan pergerakan penumpang yang direkodkan pada tahun 2010 adalah sebanyak 741,674 penumpang dan telah mengalami kenaikan sebanyak 10.29% berbanding tahun 2009 (672,469 penumpang). Lapangan terbang ini masih mampu menampung trafik penumpang yang akan datang. (b) Untuk makluman Yang Berhormat Batu Sapi, Kementerian Pengangkutan telah meluluskan permohonan syarikat penerbangan Lion Air, sebuah syarikat penerbangan dari Filipina untuk memulakan penerbangan ke Sandakan melalui laluan Davao City-Kota Kinabalu-Sandakan vv dengan kekerapan sebanyak 3 kali seminggu. Lion Air juga turut diberi kelulusan untuk mengadakan penerbangan ke Sandakan dari Zamboanga dengan kekerapan sebanyak 3 kali seminggu. Walau bagaimanapun, syarikat penerbangan tersebut masih belum memulakan perkhidmatan penerbangannya sehingga kini. Kementerian ini menjangka Lion Air akan memulakan perkhidmatan penerbangannya ke Sandakan pada tahun ini.

2

SULIT

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA TUAN MUHAMMAD BIN HUSAIN [ PASIR PUTEH - PAS ]

TARIKH 28 JUN 2011 (SELASA)

SOALAN NO. 24

Tuan Muhammad bin Husain [ Pasir Puteh - PAS ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan adakah pihak Kerajaan membuat bantahan rasmi kepada Persekutuan Badminton Antarabangsa (BWF) di atas keputusan mereka melaksanakan syarat wajib pemakaian skirt kepada pemain badminton wanita.

SULIT I

SULIT

JAWAPAN

1. Untuk makluman, Mesyuarat BWF yang terbaharu pada 28 Mei 2011 di Qing Dao, China telah membincangkan semula isu mewajibkan pemakaian skirt oleh pemain badminton wanita. Beberapa negara anggota telah mempertikaikan tentang cadangan tersebut dan kebanyakan negara anggota berpendirian supaya tidak perlu diwajibkan, sebaliknya terpulang kepada keselesaan para pemain. Berdasarkan kepada maklum balas yang diterima, pihak BWF telah memutuskan agar isu ini ditangguhkan dan satu kajian terperinci dengan mengambil kira pandangan dari pemain- pemain badminton seluruh dunia melalui wakil atlet di dalam BWF akan diadakan terlebih dahulu.

2. Walau bagaimana pun, Kementerian akan memberikan pandangan melalui Persatuan Badminton Malaysia (BAM) supaya memastikan cadangan mewajibkan pemakaian skirt ini tidak diteruskan. Sebaliknya mengekalkan peraturan sedia ada yang memberi pilihan kepada pemain-pemain untuk memakai pakaian sukan mengikut keselesaan pemain.

SULIT 2

SOALAN NO.: 25

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN

RAKYAT PERTANYAAN DARIPADA LISAN KAWASAN Y.B. DATO* SRI HAJI ZULHASNAN BIN TARIKH RAFIQUE SETIAWANGSA 28 JUN 2011 (SELASA)

SOALAN:

Y.B. DATO' SRI HAJI ZULHASNAN BIN RAFIQUE (SETIAWANGSA) minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan strategi Kerajaan di dalam pembangunan penggunaan teknologi hijau di dafam mengurangkan pergantungan negara kepada bahan api konvensional seperti di dalam penggunaan "LED" bagi (ampu- lampu di jalan raya yang lebih terang dan menjimatkan penggunaan tenaga serta kos penyelenggaraan.

JAWAPAN:

Tuan Yang Di-Pertua;

Sebagaimana Ahli Yang Berhormat sedia maklum, Kerajaan telah melancarkan Dasar Teknologl Hijau Negara pada 24 Julal 2009 bertujuan untuk menyedlakan hala tuju pengurusan alam sekitar yang mapan. Melalui dasar ini, penggunaan sumber-sumber tenaga yang tidak mencemarkan alam dan boleh diperbaharui akan diperluaskan lagi dalam pembangunan infrastruktur negara, seperti pembinaan bangunan dan juga jalan raya.

Sehubungan dari itu, Kerajaan telah memberikan galakan kepada sistem penarafan Green Building Index (GBI) yang dibangunkan oleh Pertubuhan Akitek Malaysia dan Persatuan Jurutera Perunding Malaysia, bagi memberi peluang kepada pemaju dan pemilik bangunan untuk mereka bentuk dan membina bangunan hijau yang mampu menjimatkan tenaga, air dan mesra alam. Di samping itu, Kerajaan juga turut melancarkan garis panduan MS: 1525 sebagai inisiatif penggunaan teknologi hijau dalam pembinaan bangunan pejabat Kerajaan dan bangunan-bangunan komersial. Manakala bagi menjimatkan sumber air pula, Kerajaan baru-baru ini telah mewajibkan semua pemaju hartanah untuk memasang Sistem Pengumpulan Air Hujan (SPAH) sebelum pelan pembangunan mereka diluluskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan, berkuat kuasa mulai bulan September 2011. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, garis panduan aplikasi hijau dalam pembinaan jalan raya pula dilaksanakan menerusi Pekeliling Jawatankuasa Piawai dan Kos yang disediakan oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri. Ciri-ciri teknologi hijau pembinaan jalan raya ini akan mengambil kira aspek pengurusan alam sekitar, akses dan keseimbangan alam semula jadi, aktiviti dan bahan-bahan 2

pembinaan serta teknologi permukaan jalan (pavement). Dalam tempoh RMKe-10 ini, program perintis teknologi hijau akan dilaksanakan oleh kementerian ini melibatkan pembinaan beberapa projek jalan raya baru yang akan menggunakan sekurang-kurangnya 40% bahan binaan berasaskan teknologi hijau.

Ini termasuklah program penggantian lampu-lampu jalan dari jenis konvensional kepada jenis LED yang mampu mengurangkan pelepasan gas karbon dioksida dan mengeluarkan haba yang lebih rendah di samping menjimatkan tenaga (energy-efficient) melebihi 40% berbanding penggunaan lampu jenis konvensional. Untuk itu, Kementerian Kerja Raya akan melaksanakan program perintis bagi menggantikan sistem lampu jalan sedia ada kepada sistem lampu jenis LED di laluan tertentu di Lembah Klang. Sebagai permulaan, program perintis tersebut akan dilaksanakan di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2), Lebuh Raya Persekutuan dan Jalan Lapangan Terbang Lama di Subang, melibatkan jarak keseluruhan sepanjang 63 kilometer. Program perintis ini dijangka akan dimulakan selewat- lewatnya pada akhir tahun ini (2011).

Sekian. Terima kasih.

3

NO:27 DEWAN RAKYAT

PERTANYAAN PEMBERBAGI JAWAB LISAN ITAHUAN DARIPADA PERTANDATUK JUSLIE BIN AJIROL [ LIBARAN ] YAAN TARIKH 28 JUN 2011 SOALAN 27

Datuk Juslie Bin Ajirol [ Libaran ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan mengapa harga dan caj tiket kapal terbang milik Penerbangan Malaysia (MAS) boleh dinaikkan sesuka hati secara mendadak dan apakah mekanisme yang menentukan ketetapan harga dan caj tiket penerbangan yang diguna pakai sekarang.

Jawapan:

Untuk makluman Yang Berhormat Libaran, selepas Domestic Rationalisation yang dilaksanakan oleh Kerajaan pada tahun 2006, semua syarikat penerbangan Malaysia adalah bebas untuk menentukan harga tiket kapal terbang mengikut harga pasaran semasa. Ini bagi membolehkan syarikat penerbangan Malaysia bersaing dengan syarikat penerbangan asing yang beroperasi ke Malaysia dan yang beroperasi ke laluan-laluan yang sama dengan syarikat penerbangan Malaysia.

Dalam menentukan caj tiket kapal terbang, faktor-faktor yang diambil kira adalah, antara lain, termasuk kos operasi, reasonable profit dan caj oleh syarikat penerbangan asing yang beroperasi di laluan yang sama.

1

NO. SOALAN: 28

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PERTANYAAN LISAN

DARIPADA Y.B. DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM

[ PERMATANG PAUH ]

TARIKH 28 JUN 2011 (SELASA)

SOALAN

Y.B. Dato' Seri Anwar bin Ibrahim [ Permatang Pauh ] minta PERDANA MENTERI menyatakan terma-terma perjanjian kontrak perkhidmatan (service contract) petroleum yang ditandatangani di antara Petronas dan consortium Petrofac Sapura Crest dan Kencana Petroleum termasuk senarai pemegang-pemegang saham utama.

JAWAPAN :

Tuan Yang di Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, seperti yang dinyatakan di dalam Kenyataan Media PETRONAS serta laporan-laporan akhbar, Kontrak Khidmat Risiko (Risk Service Contract - RSC) Medan Berantai (Berantai Field), RSC pertama di Malaysia, telah dianugerahkan kepada Petrofac Energy Developments Sdn Bhd (Petrofac), anak syarikat kepada syarikat antarabangsa Petrofac dari United Kingdom, serta Kencana Energy Sdn. Bhd. (Kencana) dan Sapura Energy Ventures Sdn. Bhd. (Sapura) bagi aktiviti pembangunan dan pengeluaran minyak dan gas di Medan Berantai yang terletak 150 kilometer di luar pantai Terengganu.

Di bawah terma dan syarat yang ditetapkan, Petrofac akan menjadi pengendali utama medan tersebut dengan pegangan 50 peratus kepentingan ekuiti manakala baki 50 peratus dikongsi secara sama rata oleh Kencana dan Sapura. Pemilihan dua

syarikat tempatan ini dibuat oleh Petrofac sendiri berdasarkan kriteria-kriteria yang ditetapkan iaitu kepakaran teknikal huluan dan kedudukan kewangan yang mantap.

Pembangunan Medan Berantai akan dijalankan secara fast-track. Kontraktor yang terlibat bertanggungjawab untuk mendahulukan pelaburan modal penyertaan (capital investment), sementara pulangan akan diterima setelah penghasilan gas pertama dicapai.

Prestasi Kontraktor akan dinilai perdasarkan empat (4) Petunjuk Prestasi Utama (KPI), iaitu modal pelaburan, penghasilan gas pertama menepati tarikh yang ditetapkan, tarikh penyempurnaan projek dan tahap penghasilan daripada Medan tersebut.

Kadar pulangan kepada Kontraktor akan ditentukan berdasarkan prestasi Kontraktor menurut KPI tersebut, di mana bayaran perkhidmatan (service fee) akan dibayar kepada Kontraktor. Bayaran perkhidmatan ini adalah dalam bentuk insentif berdasarkan prestasi Kontraktor, manakala penalti akan dikenakan kepada Kontraktor sekiranya Kontraktor tidak mencapai prestasi yang dikehendaki.

PETRONAS ingin menekankan bahawa rizab dan hasil pengeluaran daripada sebarang medan di bawah konsep RSC adalah hak mutlak PETRONAS, dan Kontraktor hanya menerima bayaran perkhidmatan seperti yang dinyatakan di atas.

SOALAN NO: 29 PARLIMEN MALAYSIA PEMBER1TAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT PERTANYAAN DARIPADA LISAN Tan Sri Datuk Seri Dr. Fong Chan Onn (Alor Gajah) TARIKH SOALAN 28 Jun 2011 Tan Sri Datuk Seri Dr. Fong Chan Onn (Alor Gajah) minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan statistik bekalan makanan dan permintaan dalam negara dan apa tindakan telah diambil oleh Kementerian bagi memastikan bekalan dan keselamatan makanan pada masa depan.

JAWAPAN Oleh Y.B. MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI

Tuan Yang Di Pertua, Bagi bekalan makanan, pengeluaran sektor agromakanan

negara dijangka meningkat sebanyak 3.7% daripada 7.58 juta tan metrik pada tahun 2010 kepada 7.87 juta tan metrik pada tahun 2011.

Peningkatan bekalan sektor agromakanan tiga (3) subsektor-subsektor utamanya ialah:

i. subsektor tanaman seperti beras, buah-buahan dan sayur-sayuran sebanyak

3.9% daripada 4.1 juta tan metrik (2010) kepada 4.2 juta tan metrik (2011);

ii. subsektor ternakan iaitu daging lembu/kerbau, daging kambing/bebiri, daginag

ayam/itik, daging khinzir, telur dan susu sebanyak 3.3% daripada 2.19 juta tan

metrik (2010) kepada 2.26 juta tan metrik (2011); dan iii. subsektor perikanan iaitu perikanan laut dan akuakultur sebanyak 3.9% daripada

1.33 juta tan metrik (2010) kepada 1.39 juta tan metrik (2011).

Peningkatan pengeluaran sektor agromakanan negara adalah sejajar dengan peningkatan permintaan bahan makanan domestik sebanyak 2.6% daripada

11. 15 juta tan metrik pada tahun 2010 kepada 11.44 juta tan metrik pada tahun

2011 iaitu: i. permintaan untuk beras, buah-buahan dan sayur-sayuran yang meningkat

sebanyak 2.2% daripada 6.57 juta tan metrik (2010) kepada 6.71 juta tan metrik

(2011);

ii. permintaan untuk ternakan seperti daging lembu/kerbau, daging kambing/bebiri,

daging ayam/itik, daging khinzir, telur dan susu yang meningkat sebanyak 2.9%

daripada 3.27 juta tan metrik (2010) kepada 3.36 juta tan metrik (2011); dan

iii. permintaan untuk ikan yang meningkat sebanyak 3.9% daripada 1.32 juta tan

metrik (2010) kepada 1.37 juta tan metrik (2011).

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah menggubal Dasar Agromakanan bagi tempoh 2011-2020 di mana beberapa strategi dan langkah telah dikenal pasti dalam memastikan bekalan dan keselamatan makanan seperti:

(i) meneruskan pelaksanaan Projek Berimpak Besar iaitu Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM), Zon Industri Akuakultur (ZIA), Pusat Fidlot Nasional, Ladang kontrak dan Pembangunan Usahawan Asas Tani serta projek-projek di bawah NKEA Pertanian bagi meningkatkan pengeluaran sektor tanaman, ternakan dan perikanan;

(ii) membangunkan tanah pertanian secara optimum dengan tanaman selingan singkat masa;

(iii) membangunkan sistem rantaian bekalan makanan yang lebih terangkum dan kukuh dengan penglibatan Kerajaan, swasta serta petani, penternak dan nelayan;

(iv) menumpukan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) kepada pengeluaran makanan secara mampan termasuklah pembangunan varieti dan baka;dan

(v) meningkatkan penglibatan pihak swasta menerusi galakan pelaburan untuk menambah kapasiti pengeluaran dan sistem pengeluaran berteknologi tinggi. PERTANYAAN LISAN DARIPADA TUAN CHARLES ANTHONY A/L R.SANTIAGO [ KLANG ] TARIKH 28 JUN 2011 (SELASA) SOALAN

TUAN CHARLES ANTHONY A/L R.SANTIAGO [ KLANG ] minta PERDANA MENTERI menyatakan kejayaan dan langkah-langkah yang di ambil oleh Talent Corp untuk membawa balik rakyat Malaysia yang kerja di luar negara. Berapakah rakyat Malaysia telah pulang dalam lima bulan yang lalu (Jan - Mei 2011).

JAWAPAN:

Tuan Yang di-Pertua,

Kerajaan Malaysia memahami keperluan untuk menarik, membangun dan mengekalkan

SOALAN NO: 30

PEMBER1TAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

modal insan berkepakaran tinggi untuk melaksanakan aktiviti kerja bertaraf dunia bagi mentransformasi ekonomi Malaysia kepada ekonomi berpendapatan tinggi. Sehubungan ini, Talent Corporation (TalentCorp) telah ditubuhkan pada Januari 2011 dengan mandat untuk mencapai objektif tersebut.

Antara langkah yang telah diambil untuk membawa balik rakyat Malaysia yang kerja di luar negaraadalah melalui Program Pakar (Returning Expert Program - REP) telah dipindahkan ke TalentCorp pada tahun 2011. Pada bulan April 2011.YAB Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan insentif yang telah ditambahbaik. Program Pakar (Returning Expert Program - REP) yang sebelum ini dikendalikan oleh

l

Kementerian Sumber Manusia telah ditambahbaik dari segi insentif dan pengukuhan mekanisme pelaksanaan. Pencapaian REP pada tahun 2009 adalah sebanyak 215 permohonan manakala pada tahun 2010 sebanyak 160 permohonan. Sejak pengumuman insentif yang telah ditambahbaik pada 12 April 2011, jumlah permohonan REP yang diterima sangat menggalakkan dan semakin meningkat dan dijangka akan mendapat sambutan yang lebih baik berbanding tahun 2009 dan 2010.”

Bagi menarik minat para pelajar Malaysia di luar negara, TalentCorp telah mengambil bahagian dalam Career Fair di United Kingdom dan Unites States of America. Seterusnya, TalentCorp juga akan mengambil bahagian dalam Career Fair di Australia.

Objektif utama TalentCorp adalah untuk memberi gambaran yang lebih jelas dan meningkatkan kesedaran kepada modal insan berkepakaran tinggi yang berada di luar negara terhadap peluang kerjaya professional di Malaysia yang kini semakin kompetitif. TalentCorp akan bekerjasama dengan semua pihak berkaitan, termasuk awam dan swasta dalam menyumbang ke arah usaha pewujudan modal insan berkepakaran yang diperlukan untuk memacu ekonomi negara ke arah pencapaian ekonomi berpendapatan tinggi termasuk pelajar dan profesional Malaysia yang berada di luar negara.

2

SULIT

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA DATUK BILLY ABIT JOO [ HULU RAJANG - BN ]

TARIKH 28 JUN 2011 (SELASA)

SOALAN NO. 31

Datuk Billy Abit Joo [ Hulu Rajang - BN ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan

(a) apakah Malaysia boleh bersaing di peringkat antarabangsa dalam acara-acara sukan berprestij seperti bola sepak, squash dan sebagainya; dan

(b) apakah langkah-langkah yang dilakukan oleh Kerajaan untuk mencungkil bakat baru di peringkat akar umbi agar adanya pasukan pelapis yang mantap yang dapat menggantikan pemain-pemain yang merosot prestasi mereka atau bersara.

I

SULIT

SULIT

JAWAPAN

1. Atlet-atlet negara telah pun membuktikan bahawa mereka boleh bersaing dengan jaguh-jaguh dunia lain dan banyak kejayaan telah dicapai.

2. Bagi melahirkan barisan atlet pelapis negara, Kementerian telah melaksanakan Program Pelapis di Negeri, Serantau dan Kebangsaan. Program ini memberi tumpuan kepada 19 jenis sukan teras yang bertindak sebagai “kilang” dalam melahirkan atlet-atlet pelapis yang berkualiti, seterusnya berperanan sebagai ‘feeder’ kepada program latihan atlet elit. Pada tahun 2010, seramai 34 atlet dari Program Pelapis Kebangsaan telah menunjukkan pencapaian yang cemerlang dan diserap ke dalam program latihan atlet elit, dan mensasarkan lebih 30 orang atlet lagi pada tahun 2011.

3. Kementerian turut melaksanakan Program Mengenal pasti Bakat (TID) di peringkat akar umbi bagi menguji dan mengenal pasti bakat- bakat muda yang berpotensi di seluruh negara.

SULIT 2

PEMBER ITAHUAN PERTANYAAN PERTAN JAWAB LISAN DARIPADA YAAN DATO' SERI ZAHRAIN MOHAMED HASHIM TARIKH DEWAN 28 JUN 2011 (SELASA) SOALAN RAKYAT NO. 32

Dato' Seri Zahrain Mohamed Hashim [ Bayan Baru ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan apakah langkah-iangkah yang diambil bagi memartabatkan semula IPTA-IPTA di Malaysia yang dahulunya dikenali serantau (seperti UM, UKM dan UTM) dan sekarang hanya mendapat tempat tercorot daiam senarai-senarai institusi pendidikan antarabangsa.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Pada masa ini, terdapat beberapa sistem penarafan yang menilai kedudukan universiti-universiti terbaik di dunia dengan menggunakan kriteria dan pendekatan yang berbeza-beza, antaranya:

i. QS World University Rankings; ii. Times Higher Education World University Rankings; iii. The Webometrics Ranking of World Universities; iv. The Performance Ranking of Scientific Papers for World Universities ;

i

v. The Academic Ranking of World Universities, oleh Shanghai Jiao Tong University.

Sebenarnya institusi pengajian tinggi awam (IPTA) tidak berada di tempat tercorot dalam ranking dunia seperti yang dinyatakan kerana daripada belasan ribu universiti di dunia yang dikaji dalam sesuatu ranking, umpamanya QS World University Rankings 2010, Universiti Malaya (UM) berada di kedudukan ke 207, Universiti Sains Malaysia (USM) di kedudukan ke-309, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di kedudukan ke-263, Universiti Putra Malaysia (UPM) di kedudukan ke-319 dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di kedudukan ke-365. Manakala dalam QS Asian University Rankings 2011 pula, UM tergolong dalam Top 50 Universities In Asia iaitu dikedudukan ke-39, UKM pula berada di kedudukan ke-53, USM di kedudukan ke-54, UPM di kedudukan ke-57 dan UTM di kedudukan ke-76.

Kementerian telah merancang melalui Pelan Strategik Pendidikan Tinggi Negara yang menggariskan 7 teras agar institusi pendidikan tinggi negara menjadi pusat kecemerlangan pendidikan serantau dan antarabangsa. Antara langkah-langkah yang telah dan sedang diambil adalah:-

i. memastikan Universiti Penyelidikan mempercepatkan nisbah enrolmen

pelajar ijazah tinggi kepada 50% daripada keseluruhan enrolmen; ii. memastikan pihak IPTA mengamalkan pemberat yang lebih tinggi

terhadap penerbitan pensyarah dalam jurnal berimpak tinggi (high

impact journals) bagi tujuan kenaikan pangkat; iii. meningkatkan jaringan dan penerbitan bersama dengan individu yang

2

mempunyai pengiktirafan antarabangsa; iv. meningkatkan strategi pemasaran yang lebih bersasarkan peningkatan

“branding” dan “word-of-mouth v. kualiti penerbitan jurnal oleh IPT tempatan dipertingkatkan supaya

memperolehi pengiktirafan antarabangsa. Sebagai contoh, sebuah

jurnal terbitan USM iaitu Bulletin of the Malaysian Mathematical

Sciences Society telah berjaya diindekskan dan diabstrakkan ke

dalam pangkalan data Thomson ISI Web of Science; vi. menubuhkan Pusat Sitasi Negara dalam RMKe-10 yang bertujuan

untuk menjadi pusat pengumpulan dan pangkalan data bagi

penerbitan jurnal dalam negara; vii. memantapkan pengurusan dan tadbir urus IPTA; viii. memberi lebih autonomi/penurunan kuasa kepada universiti; ix. membangunkan KPI pengurusan tertinggi universiti; x. melaksanakan Academic Performance Audit (APA) dan audit

kemudahan pengajaran dan pembelajaran;

3

xi. melaksanakan Kerangka Kelayakan Malaysia (Malaysian

Qualifications Framework, MQF);

xii. mempertingkatkan bilangan pensyarah berkelayakan PhD dan

pengambilan pelajar pasca siswazah dan pasca doktoral; dan

xiii. mempertingkatkan promosi di peringkat antarabangsa melalui

kemampuan dan prestasi yang cemerlang oleh para pensyarah dan

pelajarnya dalam aspek berikut:- • penglibatan aktif dalam persidangan dan pertubuhan akademik antarabangsa;

• pelaksanaan sabatikal dan penempatan /attachment di universiti terkemuka dunia; dan

• penghantaran pelajar ke universiti terkemuka di bawah skim pertukaran pelajar dan internship.

Usaha-usaha yang diambil adalah untuk memperkukuhkan asas/ fundamental dalam pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan, jaringan kolaborasi, penerbitan serta pengurusan IPT supaya dapat bersaing di peringkat global dan melonjakkan kedudukan IPT tempatan di peringkat antarabangsa. DARIPADA : Y.B. DATO1 SERI (TANJONG MALIM) PERTANYAAN : LISAN TARIKH : 28.06.2011

Y.B. DATO1 SERI ONG KA CHUAN [ TANJONG MALIM ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan rancangan Kementerian untuk mentransformasikan Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB) supaya memainkan peranan yang lebih luas dalam menyediakan perumahan yang mencukupi kepada rakyat Malaysia terutamanya rumah mampu milik di kawasan luar bandar bagi generasi kedua di Kampung Tradisional, Kampung Baru dan di kawasan Felda.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Yang Berhormat, Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) bertanggungjawab dalam melaksanakan Program Rumah Mampu Milik (RMM) dan Program Rumah Mesra Rakyat (RMR) bagi membolehkan golongan berpendapatan rendah memiliki rumah. Bagi terus menyokong inisiatif Kerajaan untuk menyediakan perumahan kepada golongan berpendapatan rendah, SPNB dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan bekerjasama dalam menyediakan perumahan di kawasan luar bandar dan kawasan Felda. SPNB turut mengenal pasti beberapa peluang yang baru bagi pelaksanaan RMM di kawasan luar bandar. Terkini, SPNB telah pun menerima cadangan permohonan untuk menyediakan RMM bagi generasi kedua dan ketiga di Felda Palong 3, Gemas Negeri Sembilan daripada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Felda Palong 3. Cadangan permohonan ini sedang diteliti dan dalam proses penilaian mengenai kesesuaian tapak bagi pembinaan perumahan di kawasan tersebut. Selain itu, SPNB turut meneroka secara intensif cadangan-cadangan projek yang baru bagi memastikan SPNB

PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

sentiasa memenuhi keperluan rakyat dalam penyediaan perumahan di negara ini.

DEWAN RAKYAT

PERTANYAAN : BAGI JAWAB LISAN

DARIPADA Y.B. TUAN MOHD. NASIR BIN ZAKARIA

[PADANG TERAP]

TARIKH 28 JUN 2011

SOALAN Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [ Padang

Terap ] minta MENTERI LUAR NEGERI

menyatakan status terkini berkenaan

penandatanganan triti utama hak asasi

manusia seperti ICCPR, ICESCR dan CAT

dan adakah Jawatankuasa Antara

Kementerian (Inter Agency Committee)

yang diwujudkan untuk mengkaji triti-triti ini

masih berfungsi.

JAWAPAN:

Tuan Yang Di-Pertua,

Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat di atas soalan yang telah dikemukakan.

2. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, bagi sesetengah instrumen, tempoh masa untuk menandatangani dan meratifikasi sudah pun luput. Ini bermakna, Kerajaan hanya boleh menyertai atau, dengan izin, ‘accede to’ instrumen-instrumen tersebut. Instrumen ICCPR (International Covenant on Civil and Political Rights), ICESCR (International Covenant on Economic, Social and Cultural Rights), dan CAT (Convention against Torture and other Cruel, Inhuman or Degrading Treatment or Punishment) adalah tergolong dalam kategori ini. Setelah menyertai instrumen- instrumen berkenaan dan menjadi Negara Pihak (State Party) kepadanya, tarikh penguatkuasaan ke atas Malaysia boleh dianggap serta-merta.

3. Seperti Dewan yang mulia ini sedia maklum, isu berkenaan penyertaan Malaysia ke instrumen-instrumen antarabangsa mengenai hak asasi manusia seperti ICCPR, ICESCR dan CAT pernah dibangkitkan beberapa kali. Sepertimana yang telah dimaklumkan sebeium ini, Kerajaan telah mewujudkan Jawatankuasa Antara Kementerian dan Agensi untuk, antara lainnya, mengkaji dan menimbang kemungkinan Malaysia menyertai instrumen-instrumen tersebut.

2

4. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Jawatankuasa Antara Kementerian dan Agensi masih berfungsi. Namun demikian, sebelum Malaysia menyertai mana-mana instrumen antarabangsa, persediaan menyeluruh perlu dilaksanakan terutamanya dalam memastikan semua peruntukan instrumen berkenaan boleh diaplikasikan melalui rangka perundangan negara. Di samping itu, undang-undang sedia ada perlu disemak bagi memastikan ia tidak bercanggah dengan peruntukan instrumen yang disertai.

5. Sehubungan itu, Kerajaan mengambil pendekatan bahawa kajian mengenai kemungkinan Malaysia menyertai instrumen- instrumen tersebut hendaklah dilaksanakan secara teliti, mendalam dan menyeluruh. Memandangkan terdapat banyak perkara penting yang berkait dengan pelbagai undang-undang sedia ada. Kajian yang dilaksanakan sudah tentunya mengambil masa yang lama. Walau bagaimanapun, saya percaya bahawa proses ini penting untuk dilalui. Hasilnya kelak akan lebih lengkap dan akan memanfaatkan negara dan rakyat.

Sekian, terima kasih.

PEMBER1TAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PERTANYAAN LISAN DARIPADA Y.B. DATUK HAJAH NORAH BINTI ABD RAHMAN

(TANJONG MANIS)

TARIKH 28.06.2011

SOALAN:

3

Y.B. DATUK HAJAH NORAH BINTI ABD RAHMAN [ TANJONG MANIS ] minta Menteri Pelajaran menyatakan sama ada Kerajaan akan mempertimbangkan program pemeriksaan mata dan pemberian cermin mata secara percuma kepada murid-murid sekolah luar bandar dan pedalaman.

JAWAPAN

Tuan Yang Di Pertua,

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sentiasa prihatin dalam memastikan kesihatan dan kecergasan murid sentiasa di tahap yang optimum dalam memastikan murid dapat belajar dengan cemerlang. Justeru, wujud kerjasama antara KPM dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam menyediakan perkhidmatan dan kemudahan kesihatan yang asas di dalam premis sekolah.

Berkaitan dengan perkara yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat, guru- guru kelas adalah dipertanggungjawabkan untuk menjalankan pemeriksaan mata asas untuk direkodkan di dalam Buku Rekod Kesihatan Murid. Sekiranya murid berkenaan didapati menghadapi masalah penglihatan dan memerlukan pemakaian cermin mata, maka perkara ini akan direkodkan di dalam buku tersebut. Kemudian, Pasukan Kesihatan Sekolah yang ditubuhkan oleh KKM akan menjalankan pemeriksaan bagi mengesahkan bahawa murid itu mengalami masalah penglihatan. Murid ini akan dirujuk ke klinik berhampiran untuk tujuan diagnosis seterusnya. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KKM boleh mengeluarkan surat akuan atau sokongan sekiranya murid ini memerlukan dokumen sokongan bagi memohon bantuan bagi pembelian cermin mata.

Rjm 97 PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA DR. SITI MARIAH BINTI MAHMUD [ KOTA RAJA ]

NO. SOALAN : 37

TARIKH 28 JUN 2011 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN RUJUKAN 3794 DEWAN RAKYAT

SOALAN:

Dr. Siti Mariah Binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan proses pengeluaran kad pengenalan dan sijil kelahiran rakyat Malaysia, Bumiputera Sabah yang tinggal di Semenanjung. Adakah Kementerian bercadang untuk mewujudkan satu unit atau jabatan untuk membantu mereka memproses dokumen- dokumen ini tanpa perlu mereka pulang ke Sabah untuk menguruskannya.

JAWAPAN:

Tuan Yang Dipertua ,

Terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat Kota Raja yang bertanyakan soalan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kad pengenalan bagi kali pertama oleh mana-mana warganegara Malaysia termasuk rakyat Negeri Sabah yang tinggal di Semenanjung boleh dipohon selepas seseorang itu berumur di antara 12 tahun sehingga 16 tahun. Sekiranya permohonan dikemukakan melebihi umur 16 tahun, pemohon perlu melalui proses permohonan Daftar Lewat Kad Pengenalan.

Permohonan boleh dikemukakan di mana-mana Jabatan Pendaftaran Negara melalui borang permohonan kad pengenalan yang lengkap dengan mengemukakan Sijil Kelahiran Asal atau Borang W atau Sijil Pengesahan Taraf Kewarganegaraan. Seorang penganjur samada Ibu, bapa, penjaga atau waris terdekat diperlukan bagi permohonan kad pengenalan bagi kali pertama.

Pada masa ini Kementerian tidak bercadang untuk menubuhkan satu unit khas bagi membantu rakyat yang dilahirkan di Sabah yang tinggal di Semenanjung, disebabkan permohonan sijil kelahiran boleh diterima dimana-mana pejabat Jabatan Pendaftaran Negara dan seterusnya pejabat JPN yang menerima permohonan akan menghantar borang permohonan tersebut ke JPN Negeri Sabah

untuk diproses dan mendapat kelulusan Pendaftar Wilayah Negeri Sabah.

SOALAN NO: 37

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT PERTANYAAN DARIPADA LISAN TARIKH Tuan William @ Nyallau Anak Badak [ Lubok Antu ] SOALAN 28 Jun 2011 ( Selasa ) Tuan William @ Nyallau Anak Badak [ Lubok Antu ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan bahawa pada pembentangan Bajet 2011, Kerajaan telah meluluskan pelaksanaan projek akuakultur sekala besar di Empangan Batang Ai dan setakat manakah projek ini telah dilaksanakan oleh pihak Kementerian.

JAWAPAN : Oleh Y.B. MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI

Tuan Yang DiPertua,

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani melalui Jabatan Perikanan Malaysia telah menyenaraikan kawasan Batang Ai sebagai salah satu program National Key Economic Area (NKEA) di bawah Entry Point Project (EPP) 4: Ternakan Ikan Dalam Sangkar.

Dalam tahun 2011, peruntukan sejumlah RM7 juta telah diluluskan untuk kerja- kerja membaik pulih hatceri, pembinaan sangkar dan pusat pemprosesan serta pembinaan infrastruktur asas. Pembinaan jeti dan jalan akses sedang dalam proses pelaksanaan oleh pihak Jabatan Kerja Raya dan dijangka siap pada bulan Disember 2011.

NO. SOALAN : 38

LISANPEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN TUANDEWAN MANOGARAN RAKYAT AIL MARIMUTHU [ TELOK INTAN ] 28 JUN 2011 PERTANYAAN 3920 DARIPADA SOALAN: TARIKH

RUJUKAN Tuan Manogaran a/l Marimuthu [ Telok Intan ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan pada tahun 2006 Kerajaan telah menubuhkan satu jawatankuasa Kabinet (Cabinet committee) untuk mengatasi masalah pendatang tanpa izin ke Sabah. Apakah status dan penemuan (finding) jawatankuasa tersebut dan adakah masalah itu dapat diatasi.

JAWAPAN:

Tuan Yang Di-Pertua,

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat Telok Intan yang mengemukakan pertanyaan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Jemaah Menteri yang bermesyuarat pada 23 Mei 2008 telah memutuskan supaya diwujudkan satu Jawatankuasa Kabinet Khas bagi menangani isu Pendatang Asing di negeri Sabah. Jawatankuasa tersebut merupakan sebuah jawatankuasa yang khusus bagi membincangkan dan mencari jalan penyelesaian terhadap permasalahan pendatang asing di negeri Sabah.

Susulan dari itu, Operasi Bersepadu Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di Sabah telah dipersetujui untuk dilaksanakan bagi mengesan dan menangkap PATI di Sabah. Operasi Bersepadu ini dibahagikan kepada tiga fasa utama iaitu Fasa 1 melibatkan Pantai Barat Sabah, Fasa 2 melibatkan Pantai Timur Sabah dan Fasa 3 melibatkan seluruh Negeri Sabah.

Selain itu Kerajaan telah mewujudkan Makmal Pengurusan Khas Warga Asing di Sabah (MPKWAS) yang merupakan satu pendekatan holistik bagi membincangkan dan menyelesaikan masalah atau isu berkaitan warga asing di Sabah, termasuk isu PATI. Makmal berkenaan telah dilaksanakan dari 4 Mei 2010 sehingga 27 Mei 2010,

dan hasilnya telah dibentangkan kepada Kabinet Negeri Sabah pada 7 Julai 2010, kepada Y.B. Menteri Dalam Negeri serta Menteri- Menteri Kabinet dari Sabah pada 14 Oktober 2010, diberi taklimat kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah pada 8 Mac 2011 dan dibentang kepada JKKPA-PATI pada 17 Mac 2011. Salah satu cadangan yang dikemukakan adalah perubahan dasar bagi kemasukan tenaga kerja asing yang baru, dengan tidak membenarkan mereka membawa tanggungan bersama.

Tuan Yang Di-Pertua,

Usaha membanteras masalah Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) adalah satu usaha berterusan dan adalah sukar untuk menjangkakan penyelesaian sepenuhnya. Walau bagaimanapun, cadangan- cadangan hasil dari MPKWAS sedang dilaksanakan secara berperingkat, di samping pelaksanaan operasi penguatkuasaan yang berterusan dari semasa ke semasa.

Kerajaan juga akan melaksanakan Program Penyelesaian Menyeluruh Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) atau Program 6P (kecuali Program Pemutihan) di Sabah, yang bertujuan untuk mendapatkan data dan rekod mengenai keberadaan serta jumlah sebenar PATI di negeri berkenaan. Di bawah program ini, PATI dikehendaki keluar mendaftar dan diambil maklumat biometrik serta diri mereka untuk tujuan rekod dan pemantauan dan seterusnya boleh pulang ke negara asal atas kos sendiri tanpa dikenakan tindakan undang-undang. Program ini juga akan melibatkan pelaksanaan operasi penguatkuasaan bersepadu secara besar- besaran,

bagi menangkap PATI yang dikenal pasti masih melakukan kesalahan imigresen serta mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka.

SOALAN NO:39

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : DATO' HAJI ABD RAHMAN BIN DAHLAN

[ KOTA BELUD ]

TARIKH : 28 JUN 2011

SOALAN

DATO' HAJI ABD RAHMAN BIN DAHLAN [ KOTA BELUD ] minta

PERDANA MENTERI menyatakan langkah-langkah konkrit yang

telah diambil oleh Ketua Setiausaha Negara berikutan hasil siasatan-

siasatan yang dibuat oleh Ketua Audit Negara, SPRM dan PAC. JAWAPAN: YB DATO’ SERI MOHAMED NAZRI BIN ABDUL AZIZ MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

Tuan Yang di-Pertua,

Kerajaan sentiasa serius menangani isu penyelewengan yang berlaku seperti yang dicatatkan dalam Laporan Audit Negara ini dan mengambil langkah-langkah pencegahan khususnya dalam segi

4

memperketat sistem dan prosedur bagi mengelakkan perkara ini berlaku. Namun perlu dijelaskan bahawa tidak semua pendedahan dalam Laporan Ketua Audit Negara tersebut adalah berkaitan dengan perlakuan jenayah, sebaliknya terdapat pendedahan yang melibatkan kelemahan pengurusan di mana memerlukan tindakan secara pentadbiran oleh pihak-pihak yang berkaitan.

Berdasarkan rekod yang terdapat di Badan Pencegah Rasuah (BPR)/Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), BPR/SPRM telah menjalankan sejumlah 175 siasatan hasil pendedahan Laporan Ketua Audit Negara bagi tahun 2006 hingga 2009 di mana dalam tempoh berkenaan status kes berkaitan laporan tersebut adalah seperti berikut: i) Sebanyak 36 kes telah dituduh di mahkamah. ii) Sejumlah enam (6) kes dibuka Kertas Pemeriksaan Dan Perundingan untuk mengkaji kelemahan-kelemahan sistem dan prosedur kerja. iii) Sebanyak 47 kes melibatkan Laporan Badan Pencegah Rasuah (LBPR)/Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (LSPRM) kepada Ketua-Ketua Jabatan bagi tindakan tatatertib. iv) Tujuh (7) Surat Nasihat juga diberi kepada Ketua Jabatan supaya memperbaiki dan mengambil langkah sewajarnya agar salah laku dan ketidakpatuhan peraturan tidak berulang. v) Lima (5) kes masih dalam kajian Timbalan Pendakwa Raya. vi) Sejumlah 13 kes masih dalam tindakan lanjut selepas

menerima arahan daripada Timbalan Pendakwa Raya. vii) Satu (1) kes masih dalam tindakan siasatan untuk dilengkapkan. viii) Manakala 60 kes setelah diteliti hasil siasatan, pihak Timbalan Pendakwa Raya telah memutuskan kes ditutup.

Sekian, terima kasih.

/Vtrlfo

PEMBERITAH UAN

PERTANYAANPERTANYAAN : JAWAB LISAN DARIPADA DEWAN DR. MICHAEL JEYAKUMAR DEVARAJ TARIKH RAKYAT 28 JUN 2011 (SELASA) SOALAN NO. 40 Dr. Michael Jeyakumar Devaraj [ Sungai Siput ] minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan bilangan pelajar yang diterlma oleh institut-institut pengajian tinggi swasta (IPTS) dalam tahun 2010 untuk kursus jururawat, fisioterapi, teknologi makmal perubatan dan sains penjagaan kesihatan (Health Care Science). Nyatakan pecahan pelajar mengikut IPTS, kursus, dan sama ada dapat pinjaman PTPTN.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Pada tahun 2010, bilangan kemasukan pelajar ke IPTS bagi program Jururawat, Fisioterapi, Teknologi Makmal Perubatan dan Sains Penjagaan Kesihatan di peringkat Diploma dan Sarjana Muda adalah seramai 15,301 orang. Daripada jumlah tersebut seramai 11,097 pelajar mengikuti program Jururawat, 1,696 pelajar bagi program Fisioterapi, 1,419 pelajar bagi program Teknologi Makmal Perubatan dan seramai 1,089 pelajar bagi program Sains Penjagaan Kesihatan. Hampir semua pelajar yang memohon pembiayaan pinjaman PTPTN telah berjaya mendapat

I

pembiayaan. Pada tahun 2010, pembiayaan pinjaman kepada pelajar yang mengikuti program tersebut adalah melibatkan amaun keseluruhan sebanyak RM1.1 bilion. DARIPADA : Y.B. DATO'MOHD JIDIN BIN SHAFEE (SETIU) PERTANYAAN : LISAN TARIKH : 28.06.2011

Y.B. DATO' MOHD JIDIN BIN SHAFEE [ SETIU ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan berapakah jumlah pendapatan negara hasil daripada cukai pendapatan bagi tahun 2010 yang berakhir pada 31 Mei 2011 berbanding dengan tahun 2009 yang berakhir pada 31 Mei 2010 dan berapa ramaikah Ahli- ahli Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang telah membayar cukai pendapatan pada tahun tersebut.

JAWAPAN

Tuan Yang Di Pertua,

Untuk makluman Yang Berhormat, tempoh perakaunan Kerajaan Persekutuan adalah bermula pada 1 Januari dan berakhir 31 Disember pada setiap tahun. Jumlah kutipan hasil cukai pendapatan individu bagi tahun 2009 dan 2010 adalah sebanyak RM33.4 bilion iaitu RM15.6 bilion bagi tahun 2009 dan RM17.8 bilion bagi tahun 2010.

2. Untuk makluman Yang Berhormat juga, bilangan ahli Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang telah membayar cukai pendapatan individu bagi tahun 2009 adalah seramai 192 orang manakala bagi tahun 2010 adalah seramai 129 orang.

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

2

PERTANYAAN LISAN

DARIPADA DATUK ERIC ENCHIN MAJIMBUN [SEPANGGAR]

TARIKH 28 JUN 2011

SOALAN Minta Perdana Menteri menyatakan bilangan kemiskinan di setiap negeri dan jumlah peratusan mengikut suku kaum di Sabah serta bentuk tindakan Kementerian ini dalam meningkatkan matlamatnya melalui Program eKasih.

JAWAPAN

Tuan Yang Di-Pertua,

Sistem Pangkalan Data Kemiskinan Nasional atau eKasih sebenarnya bukanlah sebuah program pembasmian kemiskinan. eKasih adalah sistem maklumat yang bersepadu, dibangunkan oleh ICU JPM yang berperanan sebagai penyelaras utama program-program pembasmian kemiskinan nasional. eKasih adalah instrumen yang bertujuan untuk mengintegrasikan data dan menempatkan maklumat berkaitan dengan profil keluarga miskin dan miskin tegar di bandar dan luar bandar, mengikut kaum/etnik, jenis bantuan dan projek yang diterima oleh mereka yang terlibat. eKasih juga berkeupayaan untuk mengesan pergerakan dan status kemiskinan sesebuah isi rumah yang berdaftar.

Statistik insiden kemiskinan mengikut negeri adalah seperti pada Jadual 1.

JADUAL 1: STATISTIK ISI RUMAH MISKIN DI DALAM eKASIH MENGIKUT NEGERI (SEHINGGA 8 JUN 2011)

2

NEGERI MISKIN MISKIN MUDAH TERKELUAR JUMLAH TEGAR MISKIN

Johor 159 3,377 7,602 4,689 15,827 Kedah 403 5,803 11,703 2,892 20,801 Kelantan 1,948 13,967 20,989 6,561 43,465 Melaka 0 1,031 3,239 1,685 5,955 N.Sembilan 389 1,954 5,637 2,574 10,554 Pahang 75 2,936 8,866 1,455 13,332 918 5,858 10,722 5,746 23,244 Perlis 234 1,946 4,321 2,398 8,899 P.Pinang 18 1,555 10,469 2,203 14,245 Sabah 5,988 30,745 14,223 3,026 53,982 Sarawak 2,707 25,186 23,233 4,819 55,945 Selangor 572 3,700 7,828 1,576 13,676 Terengganu 395 7,437 21,502 10,728 40,062 W.Persekutuan 400 1,809 4,291 1,772 8,272 JUMLAH 14,206 107,304 154,625 llBlllllli 328,259

Sehingga 8 Jun 2011, seramai 328,259 isi rumah telah didaftarkan dalam eKasih berdasarkan beberapa siri Banci Isi Rumah Miskin (BIRM) yang telah dijalankan bermula tahun 2008 sehingga kini. Daripada jumlah tersebut seramai 14,206 isi rumah masih tergolong dalam status miskin tegar, 107,304 isi rumah adalah miskin, 154,625 mudah miskin dan selebihnya 52,124 isi rumah adalah terkeluar. Statistik dan peratusan insiden kemiskinan mengikut suku kaum negeri Sabah adalah seperti pada Jadual 2. JADUAL 2: STATISTIK & PERATUSAN INSIDEN KEMISKINAN MENGIKUT SUKU KAUM NEGERI SABAH (SEHINGGA 8 JUN 2011)

3

SUKU KAUM MISKIN MISKIN MUDAH TERKELUAR JUMLAH TEGAR MISKIN Bajau 1,328 7,018 3,155 727 12,228 Banjar 14 135 82 12 243 Bidayuh 0 8 4 1 13 Bisaya 119 418 257 51 845 Brunei 149 689 495 67 1,400 Cina 18 191 198 19 426 Dusun 2,167 8,273 3,885 844 15,169 Iban 13 100 49 13 175 Idahan 3 31 23 13 70 llanun 30 175 55 30 290 India (termasuk In dia 3 15 13 5 36 Muslim & Sikh) Kadazan 178 1,039 810 75 2,102 Kayan 3 13 3 0 19 Kedayan 41 216 152 29 438 Kenyah 0 0 1 1 2 Lain-lain 264 1,399 686 133 2,482 Lun Bawang 3 56 50 11 120 Melanau 0 2 3 0 5 Melayu 58 943 645 137 1,783 Murut 596 3,276 911 198 4,981 Orang Asli 0 0 1 0 1 Orang Sungei 483 3,083 976 281 4,823 Penan 0 0 1 0 1 Pulau Kokos 6 37 40 4 87 Rungus 299 2,247 959 191 3,696

4

SUKU KAUM MISKIN MISKIN MUDAH TERKELUAR JUMLAH TEGAR MISKIN Sino-Native 21 100 78 18 217 Sulu 0 1 2 0 3 Suluk 109 788 377 103 1,377 Tidong 82 492 312 63 949 Tidak diketahui 1 0 0 0 1 JUMLAH 5,988 30,745 14,223 3,026 53,982

Sebagai sistem yang bersepadu, maklumat dalam eKasih boleh dicapai oleh lebih 30 kementerian dan agensi yang bertanggungjawab melaksanakan program pembasmian kemiskinan termasuk Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar (KWPKB), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA), Kementerian Sumber Manusia (KSM) serta agensi-agensi di bawahnya di semua peringkat dan badan bukan kerajaan. Dengan lebih 3,000 pemegang ID eKasih seluruh negara, agensi tersebut akan melaksana program dan menyalurkan bantuan berpandukan eKasih sebagai bank data tunggal. Ini dapat mengelakkan pertindihan pemberian bantuan dan program di samping dapat memastikan pemberian bantuan kepada golongan sasar yang tepat. Selain itu, agensi-agensi tersebut bertanggungjawab untuk mengemaskini maklumat-maklumat ketua isi rumah (KIR) atau ahli isi rumah (AIR) yang telah diberikan bantuan atau terlibat dalam mana-mana projek yang dilaksanakan agar maklumat-maklumat didalam eKasih sentiasa terkemaskini dan releva n.

5

No. SOALAN: 43

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT PERTANYAAN Y.B. TUAN SALLEH

BIN KALBI (SILAM)

TARIKH 28 JUN 2011 ( SELASA) SOALAN Y.B. TUAN SALLEH BIN KALBI minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauh manakah penerimaan pelbagai suku kaum etnik tehadap Gagasan 1 Malaysia sejak ia dilancarkan dan keberkesanan konsep ini dalam memperkukuhkan perpaduan dan integrasi nasional antara Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak.

JAWAPAN : (YB Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon)

Gagasan 1 Malaysia yang diilhamkan dan dipacu oleh YAB Perdana Menteri adalah bertujuan untuk terus memupuk dan mempertingkatkan lagi muhibah dan perpaduan masyarakat Malaysia yang majmuk ini. Gagasan ini yang berpaksikan kepada Perlembagaan

Persekutuan dan Rukun Negara menekankan perpaduan dalam kepelbagaian ( unity in diversity ). Semua rakyat perlu menerima dan menghormati kepelbagaian budaya dan keunikan kaum-kaum yang sedia ada, serta menegakkan keadilan sosial di mana semua rakyat Malaysia akan terbela khasnya golongan- golongan yang memerlukan bantuan. YAB

Perdana Menteri juga sering menekankan dan mengutarakan konsep “kesederhanaan”

(moderation) dan “keterangkuman” (inclusiveness) serta nilai-nilai yang berkaitan dengannya.

Di samping itu, mengikut tafsiran peristilahan yang sering digunapakai oleh Jabatan

Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN), Integrasi Nasional merujuk kepada proses dinamik untuk merapatkan masyarakat di antara negeri-negeri di Wilayah Semenanjung dengan wilayah Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan

Labuan. lanya dijangka akan terus menyumbang kepada perpaduan negara pada keseluruhannya.

Sejak dilancarkan oleh Y.A.B. Perdana Menteri pada April 2009, gagasan 1 Malaysia telah secara langsung dan tidak langsung berjaya meningkatkan kesedaran dan komitmen rakyat pelbagai suku kaum etnik dari semua wilayah terhadap betapa pentingnya untuk saling menghormati dan mengeratkan perhubungan kaum di Negara ini. Ini dapat dilihat dengan jelasnya dari populariti dan penggunaan lambang 1 Malaysia itu sendiri oleh rakyat sebagai simbol perpaduan dan keazaman untuk menjayakan transformasi negara. Lebih penting lagi, ramai rakyat, terutamanya generasi muda, begitu gemar menyahut dan melaung “1 Malaysia” secara spontan, dalam apa juga majlis perayaan atau perhimpunan.

Di samping itu, telah kian muncul kesedaran bahawa apa juga program atau aktiviti, yang dianjurkan sama ada oleh sektor awam atau sektor swasta, hendaklah seboleh- bolehnya merangkumi dan melibatkan peserta pelbagai kaum dari semua wilayah supaya mencerminkan gagasan 1 Malaysia. Begitu juga dalam penetapan jawatan perkhidmatan awam dan pengagihan biasiswa dan sebagainya.

Lebih penting lagi, Gagasan 1 Malaysia dimana rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan sememangnya menegaskan supaya tidak ada mana-mana golongan akan terkecuali dari menerima manfaat arus pembangunan, termasuk masyarakat yang tinggal di

Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan. Tiga (3) daripada enam (6) Bidang

Keberhasilan Utama Nasional atau National Key Results Area (NKRA) dalam Program

Transformasi Kerajaan (GTP) sememangnya bertujuan untuk memperseimbangkan jurang di antara wilayah-wilayah dari segi infrastruktur luar bandar, taraf pendapatan supaya membasmi kemiskinan dan mutu pendidikan khasnya di peringkat pra-sekolah dan rendah.

Untuk mencapai sasaran-sasaran integrasi nasional tersebut, Kerajaan melalui JPNIN telah menganjurkan pelbagai program yang bertujuan untuk memupuk kerjasama, muhibbah dan semangat kesetiaan kepada negara, meningkatkan pengetahuan dan penghargaan terhadap adat-adat resam dan cara-cara hidup yang berbeza; bertukar-tukar pengetahuan dan pandangan mengenai hal-ehwal wilayah- wilayah, serta menyemarakkan nilai-nilai persamaan dan persaudaraan. Aktiviti-aktiviti yang dianjurkan termasuk Kursus Orientasi, Lawatan

Integrasi, Titian Integrasi, Titian Padu, Homestay Integrasi dan Kembar Padu dan Silang

Budaya, yang melibatkan pemimpin-pemimpin masyarakat, pegawai-pegawai Kerajaan serta golongan pelajar- pelajar dari kedua-dua wilayah.

Selain daripada itu, banyak program yang sedang dan akan terus dilaksanakan oleh beberapa kementerian yang lain menggalakkan interaksi dan memupuk integrasi nasional secara langsung, misalnya, Program Latihan Khidmat Negara, program- program belia dan sukan, program-program seni budaya, program-program koperasi dan kepenggunaan dan sebagainya. Begitu juga dengan pewujudan dan pertambahan penerbangan-penerbangan kos rendah (low-cost carriers) telah memudahkan perjalanan antara wilayah-wilayah ini, dengan itu, dapat merapatkan dan merancakkan lagi hubungan integrasi.

Dengan kerjasama, sokongan penuh dan usaha gigih dari semua pihak, adalah dipercayai bahawa rancangan-rancangan sosial dan ekonomi ini akan dapat dilaksanakan dengan lancar supaya perbezaan-perbezaan yang wujud dapat dikurangkan, taraf hidup ditingkatkan, hubungan antara rakyat diperkasakan dan integrasi nasional dapat dipertingkatkan.

HO . £0/H-A-V ^ PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA PUAN TERESA KOK SUH SIM [ SEPUTEH ]

TARIKH 28 JUN 2011

RUJUKAN 3801

SOALAN:

Puan Teresa Kok Suh Sim [ Seputeh ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bilangan warga asing yang mendapat kewarganegaraan Malaysia pada tahun 2007, 2008, 2009 dan 2010. Sila nyatakan negara asal pemohon yang berjaya tersebut dan nyatakan asas pertimbangan Kementerian terhadap kesemua pemohonan tersebut. JAWAPAN:

Tuan Yang Dipertua ,

Terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat Seputeh yang bertanyakan soalan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini, jumlah warga asing yang bertaraf Pemastautin Tetap dan dianugerahkan Taraf Kewarganegaraan Malaysia bagi tahun 2007 hingga 2010 adalah sebanyak 12,813 orang iaitu di bawah Perkara 15(1) dan Perkara 19(1) Perlembagaan Persekutuan.

Tuan Yang Dipertua,

Penganugerahan Taraf Kewarganegaraan Malaysia kepada warga asing adalah berdasarkan peruntukan undang-undang seperti yang termaktub di dalam Jadual Kedua, Bahagian III, Perlembagaan Persekutuan. Syarat dan kelayakan permohonan adalah bergantung kepada kategori permohonan mengikut Perkara di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Secara amnya, penganugerahan Taraf Kewarganegaraan Malaysia mengambil kira tempoh bermastautin seseorang Penduduk Tetap di Malaysia serta sejauh mana mereka telah berakar umbi di negara ini dan menyumbang kepada pembangunan dan kesejahteraan negara.

Di samping itu, berkelakuan baik dan mempunyai pengetahuan di dalam Bahasa Melayu adalah merupakan syarat kelayakan asas bagi melayakkan rakyat asing untuk memohon Taraf Kewarganegaraan Malaysia. Dalam konteks ini, berkelakuan baik adalah merujuk kepada tatakelakuan serta tindakan yang tidak mendatangkan mudarat atau ancaman kepada kesejahteraan dan keselamatan negara, mempunyai semangat cintakan negara dan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada Raja dan Negara, menghormati agama, budaya dan adat resam masyarakat berbilang kaum di Malaysia serta tidak mempunyai sebarang perlakuan negatif yang boleh menjejaskan permohonan kewarganegaraannya.

SOALAN NO: 45 PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PERTANYAAN LISAN DARIPADA Tuan Liang Teck Meng [ Simpang Renggam ] TARIKH 28 Jun 2011 ( Selasa ) SOALAN Tuan Liang Teck Meng [ Simpang Renggam ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan jumlah bilangan pemilik lesen perikanan C2 yang terlibat dengan pemotongan subsidi diesel. Apakah langkah-langkah lain yang diambil oleh Kerajaan untuk membantu golongan nelayan ini yang kehilangan bantuan subsidi selain daripada menaikkan insentif hasil tangkapan ikan.

JAWAPAN Oleh Y.B. MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI

Tuan Yang DiPertua,

Berdasarkan rekod Jabatan Perikanan Malaysia, bilangan vesel laut dalam Zon C2 yang terlibat dengan penstrukturan semula harga diesel adalah sebanyak 1,462 buah. Penstrukturan ini melibatkan pengurangan kadar subsidi diesel bagi pengusaha vesel Zon C2 sebanyak RM0.55 seliter iaitu daripada RM1.25 seliter kepada RM1.80 seliter bermula 1 Jun 2011. Berikutan pengurangan kadar subsidi bahan api ini, Kerajaan telah menaikkan kadar Insentif Hasil Tangkapan Ikan untuk pengusaha vesel Zon C2 daripada RM0.10 sekilogram kepada RM0.20 sekilogram. Pemberian insentif ini diharap akan mendorong pengusaha vesel Zon C2 meningkatkan hasil tangkapan dan menambah bekalan ikan dalam negara.

Selain daripada itu, pengusaha dan pekerja vesel warga tempatan yang bekerja di atas vesel Zon C2 masih diberikan Elaun Sara Hidup sebanyak RM200 sebulan. Berdasarkan rekod, sehingga kini sejumlah 1,028 pengusaha vesel Zon C2 dan 656 orang pekerja vesel Zon C2 warga tempatan masih menerima Elaun Sara Hidup.

NO:46

PEMBERITAHUANDEWAN RAKYAT PERTANYAAN

BAGI JAWAB LISAN

DARIPADAPERTANYAAN Dr. Hiew King Cheu [Kota Kinabalu] TARIKH 28 Jun 2011 (Selasa)

SOALAN 46

Dr. Hiew King Cheu [ Kota Kinabalu ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan mengapa pemegang lesen feri baru dari Menumbok ke Labuan tidak menggunakan feri yang sesuai tetapi menggunakan kapal pendarat untuk mengangkut lori dan kereta yang tidak sesuai dan berbahaya. Apa alasan atau syarat dan keadaan diperlukan atas lesen ini.

JAWAPAN

Tuan Yang Dipertua,

Kementerian Pengangkutan tidak pernah memberikan sebarang kelulusan kepada mana-mana syarikat yang telah diberi kebenaran untuk beroperasi di Labuan dan Menumbok untuk mengendalikan kapal pendarat (landing craft). Oleh yang demikian, keraguan yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat adalah tidak timbul.

•ttt> soAi-flrfJ : 4

NO. AUM^2f8

NpfAUP :

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA TUAN TAN TEE BENG [ NIBONG TEBAL ]

TARIKH 28 JUN 2011

RUJUKAN : 3800

SOALAN:

Tuan Tan Tee Beng [ Nibong Tebal ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah purata laporan kecurian kereta di Malaysia, terutama di kawasan Lembah Klang dan apakah strategi dalam menangani masalah sosial ini. Apakah kebarangkalian untuk mendapatkan balik kereta yang dicuri ini. JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat Nibong Tebal yang mengemukakan pertanyaan.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat dan dewan yang mulia ini, secara keseluruhannya kecurian motokar seluruh Malaysia bagi tahun 2009 hingga 2010 menunjukkan peningkatan sebanyak 1,127 kes atau 8% daripada sejumlah 15,333 kes yang telah dilaporkan pada tahun 2010 berbanding tahun 2009 sebanyak 14,206 kes. Manakala bagi sekitar Lembah Klang iaitu Kuala Lumpur khususnya, jumlah kehilangan motokar menunjukkan peningkatan sebanyak 344 kes atau 11% daripada sejumlah 3,482 kes tahun 2010 berbanding tahun 2009 sebanyak 3,138 kes.

Bagi tempoh Januari hingga April 2011 pula, jumlah kecurian motokar seluruh negara menunjukkan peningkatan sebanyak 623 kes atau 13% iaitu daripada sejumlah 5,408 yang telah dilaporkan berbanding tempoh sama pada tahun 2010 sebanyak 4,785 kes. Manakala untuk tempoh yang sama bagi kawasan Lembah Klang iaitu Kuala Lumpur pula, jumlah kecurian motokar juga menunjukkan peningkatan sebanyak 97 kes atau 9% daripada sejumlah 1,176 kes tahun 2011 berbanding tahun 2010 sebanyak 1,079 kes. Tuan Yang di-Pertua,

Bagi membendung kejadian kecurian kenderaan daripada berulang kembali, PDRM telah melaksanakan pelbagai langkah pencegahan jenayah dan mengatur strategi bagi menangani masalah jenayah

seluruh negara. Di antaranya ialah:-

• Pelaksanaan konsep “Community Policing” yang bertujuan untuk merapatkan hubungan dengan masyarakat setempat, telah memberi peluang kepada masyarakat untuk menerima polis sebagai rakan dan bersedia untuk bekerjasama mencegah jenayah dengan memberi maklumat-maklumat kejadian jenayah di persekitaran kawasan community.

• Tindakan fizikal iaitu mengadakan rondaan jalan kaki dan bermotosikal di kawasan-kawasan tumpuan orang ramai dan tindakan 'stop and talk’ adalah dilihat berkesan. Kehadiran anggota berpakaian uniform di kawasan-kawasan yang strategik bersesuaian dengan konsep “Police Omnipresence”, akan menjadi penghalang kepada penjenayah untuk melakukan jenayah.

• Rondaan kereta peronda (MPV) juga telah dipertingkatkan dan diadakan sepanjang masa di kawasan yang kerap terdedah kepada perlakuan jenayah. Sebarang laporan menggunakan Talian Hotline akan mendapat “Respond” yang cepat daripada anggota MPV yang bertugas 24 jam.

Menyelaraskan operasi secara berterusan dengan memberi tumpuan terhadap kes-kes ragut dan samun tepi jalan (Ops Rentap), curi kenderaan (Ops Lejang), pecah rumah curi (Ops Pintu) dan curi kabel logam dan tembaga (Ops Lusuh), sebagai sebahagian daripada usaha melaksanakan program NKRA di bawah inisiatif NKPI 1.1. iaitu menurunkan kadar Jenayah Indeks sebanyak 5% dan NKPI 1.2. iaitu menurunkan kadar Jenayah Jalanan sebanyak 20%.

Dalam usaha memerangi jenayah dengan menggunapakai konsep 'intelligence lead policingPDRM telah mewujudkan Unit Risikan Bersepadu (Central Intelligence Unit - CIU ) sebagai pusat pengumpulan maklumat dan risikan jenayah. Risikan dan analisis jenayah yang dijalankan akan digunakan untuk mengesan dan menangkap penjenayah atau merancang tindakan pencegahan jenayah yang lebih efektif. PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA TUAN SALAHUDDIN BIN HAJI AYUB [ KUBANG KERIAN ]

TARIKH 28 JUN 2011

RUJUKAN 3803

SOALAN:

Tuan Salahuddin Bin Haji Ayub [ Kubang Kerian ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan status program pemutihan untuk pendatang asing

NO. SOALAN : 48

tanpa izin (PATI) yang diwar-warkan pelaksanaan pada Jun 2011 dan siapakah PEMBERITAHUANagensi pelaksana dalam PERTANYAAN program pemutihan BAGI JAWAB PATI LISAN serta nyatakan syarikat yangDEWAN dilantik RAKYAT oleh Kerajaan dalam tempoh tersebut. JAWAPAN

Tuan Yang Di Pertua,

Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat Kubang Kerian yang mengemukakan pertanyaan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan sedang meneliti cadangan melaksanakan Program Penyelesaian Menyeluruh Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang bertujuan untuk mendapatkan data dan rekod mengenai keberadaan serta jumlah sebenar PATI di negara ini. Di bawah program ini, PATI yang berada dalam negara dikehendaki keluar mendaftar dan diambil maklumat biometrik serta diri mereka untuk tujuan rekod dan pemantauan.

Dalam masa yang sama Kerajaan melalui agensi kawal selia yang berkaitan, menyedari bahawa terdapat keperluan di pihak majikan untuk mengambil pekerja asing bagi memenuhi keperluan tenaga kerja dalam organisasi masing-masing. Terdapat cadangan supaya PATI ini diserapkan dalam sektor pekerjaan dengan dikeluarkan pas kerja yang sah. Namun begitu Kerajaan masih belum membuat keputusan terhadap cadangan tersebut.

Memandangkan komitmen dan tanggungjawab bersama oleh semua pihak diperlukan bagi membolehkan program ini dilaksanakan, terdapat

sebanyak 15 agensi pelaksana yang telah dikenalpasti, manakala belum ada syarikat yang dilantik untuk menjalankan program ini.

NO. SOALAN: 49

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PERTANYAAN LISAN

DARIPADA Y.B. DATUK SAPAWI BIN HAJI AHMAD

[ SIPITANG ]

TARIKH 28 JUN 2011 (SELASA)

SOALAN

Y.B. Datuk Sapawi bin Haji Ahmad [ Sipitang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sejauh manakah usahawan Bumiputera tempatan Sabah mendapat peluang dalam pelaksanaan projek Terminal Gas Minyak Sabah (SGOT) di Kimanis dan kilang Urea/Amonia Sabah di Sipitang, yang kedua-duanya membabitkan pelaburan lebih RM5 bilion menerusi Petronas.

JAWAPAN

Tuan Yang di Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, lebih daripada kira-kira RM2.47 bilion telah diberi kepada syarikat-syarikat yang berdaftar di Sabah melalui pemberian kontrak- kontrak untuk projek-projek mega seperti Sabah Oil and Gas Terminal (SOGT), Sabah- Sarawak Gas Pipeline (SSGP) dan Sabah Ammonia Urea (SAMUR). Pakej Engineering, Procurement, Construction, Commissioning (EPCC) Projek SSGP telah diberi kepada Konsortium Punj Loyd Ltd., Punj Loyd Oil & Gas (M) Sdn. Bhd., Dialog E&C Sdn. Bhd. dan Petrosab Logistik Sdn. Bhd., di mana Petrosab adalah anak syarikat Yayasan Sabah.

Selain daripada itu, sebanyak 106 kontrak telah diberi kepada syarikat-syarikat yang berdaftar di Sabah daripada tahun 2006 sehingga Februari 2011 bagi operasi PETRONAS di Sabah.

SOALAN ( 50 )

PERTANYAAN : LISAN

TARIKH : PEMBERITAHUAN28 JUN 2011 ( KHAMISPERTANYAAN ) DEWAN RAKYAT, MALAYSIA DARIPADA : Y.B. TUAN HEE LOY SIAN [PETALING JAYA SELATAN]

SOALAN

Y.B. TUAN HEE LOY SIAN [PETALING JAYA SELATAN] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan bagaimanakah Kementerian mengambil langkah penyelesaian berkenaan masalah tempat letak kereta yang penuh sesak di pangsapuri/flat kos rendah yang menyebabkan kereta bomba dan penyelamat tidak dapat masuk menjalankan tugas mereka jika berlaku kebakaran. Tuan Yang DiPertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Perumahan dan

Kerajaan Tempatan melalui Jabatan Perancangan Bandar dan Desa

Semenanjung Malaysia sedang memuktamadkan Garis Panduan

Tempat Letak Kereta yang bertujuan membantu Kerajaan Negeri, Pihak

Berkuasa Tempatan dan agensi-agensi pelaksana pembangunan dalam merancang dan menyediakan kemudahan tempat letak kereta. Ini penting bagi memastikan kemudahan tempat letak kereta yang disediakan mencukupi serta memenuhi keperluan masyarakat

I

JAWAPAN : setempat.

Selain dari kemudahan tempat letak kereta biasa, garis panduan ini juga menggalakkan penyediaan Tempat Letak Kereta Bertingkat Sistem

Mekanikal (Automated Mechanical System) yang merupakan pendekatan baru dalam rekabentuk tempat letak kereta. Sistem pasang- siap ini lebih mesra alam, menjimatkan ruang dan penggunaan sumber tenaga elektrik, dan menjamin keselamatan. Penggunaan Tempat Letak

Kereta Bertingkat Sistem Mekanikal perlu diperluaskan

terutamanya bagi mengatasi masalah ketidak-cukupan petak letak kereta di kawasan yang mempunyai keluasan terhad kerana ia dapat menjimatkan ruang seperti di kawasan pangsapuri/flat kos rendah.

Tempat letak kereta sistem mekanikal ini boleh berskala kecil, sederhana dan besar. Sistem mekanikal berskala kecil dan sederhana boleh menggantikan 2 petak tempat letak kereta biasa kepada 6 hingga

12 kereta. Manakala sistem berskala besar terdiri daripada bangunan berasingan (free standing building) yang boleh memuatkan lebih banyak tempat letak kereta.

Di bangunan-bangunan sedia ada sistem mekanikal jenis berlapis (Car

Stacking System) boleh digunakan di mana 2 buah kereta boleh diletakkan di satu petak secara susunan atas-bawah.

Garis panduan perancangan pula menetapkan penyediaan tempat letak kereta perumahan adalah mengikut lokasi dan modal split iaitu nisbah penggunaan kenderaan persendirian berbanding pengangkutan awam.

Secara umumnya, pangsapuri/flat kos rendah perlu menyediakan 1 petak kereta bagi setiap unit kediaman dengan tambahan 10% untuk

pelawat serta 10% untuk motosikal.

Dari segi laluan masuk-keluar, salah satu daripada 5 prinsip perancangan yang ditekankan ialah kemudahsampaian yang mana laluan masuk-keluar ke tempat letak kereta perlu diletakkan di lokasi strategik dan dalam jarak yang sesuai. Peletakan di persimpangan dan jalan sibuk hendaklah dielakkan bagi menjauhkan gangguan serta menghindarkan berlakunya kesesakan demi menjamin keselamatan dan memberi keselesaan kepada pengguna serta memudahkan kenderaan

Jabatan Bomba dan Penyelamat masuk-keluar untuk menjalankan tugas jika berlaku kebakaran atau kecemasan.

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Jun 2011 Ne SVA-LJfrt : Si NO. AUM.

4

r. AUP :

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA JOSEPH PAIRIN KITINGAN [ KENINGAU ]

TARIKH 28 JUN 2011

RUJUKAN 3802

SOALAN:

Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan [ Keningau ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah tindakan yang telah diambil terhadap Utusan Malaysia kerana menyiarkan berita-berita yang disifatkan sebagai menghasut dan kebenarannya dipersoalkan.

JAWAPAN:

Tuan Yang Di Pertua,

Saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat Keningau yang mengemukakan soalan.

Kementerian Dalam Negeri telah mengeluarkan surat teguran kepada akhbar Utusan Malaysia pada 12 Mei 2011 kerana menyiarkan berita yang menggemparkan fikiran orang ramai bertajuk ‘Kristian Agama

Rasmi?’ pada keluaran 7 Mei 2011.

Pada masa ini PDRM telah selesai menjalankan siasatan berkenaan laporan oleh akhbar tersebut dan hasil siasatan telah dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara untuk pandangan, nasihat dan arahan selanjutnya.

NO. SOALAN : 52

PERTANYAAN LISAN DARIPADA DATO’ SERI ABDUL HADI BIN AWANG (MARANG)

TARIKH 28 JUN 2011 (RABU)

SOALAN Dato’ Seri Abdul Hadi bin Awang [Marang] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah tindakan yang dilaksanakan oleh Kementerian mencukupi bagi menangani ancaman dan jenayah siber yang semakin meningkat dan apakah usaha Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) memperkenalkan kaedah pelaksanaan pensijilan penyerahan skop dan pelancaran MS ISO/IEC 27002:2007 (ISMS) mampu berfungsi sebagai instrumen berkesan dalam mendepani jenayah siber ini.

JAWAPAN: (oleh YB Senator Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon)

Secara umum, MS ISO/IEC 27001:2007 Information Security Management System (ISMS) merupakan satu set tindakan proaktif melalui pencegahan dengan membudayakan pengurusan sistem keselamatan maklumat, berdasarkan standard antarabangsa, ISO/IEC 27001:2005 yang telah diadaptasikan oleh Jabatan Standard Malaysia.

Standard ISMS menetapkan rangka kerja, reka bentuk, pelaksanaan, pengurusan, penyelenggaraan dan penguatkuasaan proses keselamatan maklumat dengan mengguna pakai model Plan-Do-Check-Act. Setiap proses hendaklah dirancang (Plan), dilaksana dan diselenggara (Do), dipantau, dinilai dan dikaji semula (Check) dan ditambah baik (Act).

Hingga kini, terdapat lima (5) agensi Sektor Awam telah berjaya memperolehi Pensijilan standard ISMS iaitu Agensi Remote Sensing Malaysia, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Arah Rekod Kementerian Pertahanan, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU). Dalam serangan siber oleh kumpulan ‘Anonymous’ dan ‘DragonForce’ baru-baru ini, skop di bawah pensijilan ISMS bagi agensi tersebut tidak berjaya ditembusi oleh serangan

l

NO. SOALAN : 53 kumpulanPERTANYAAN tersebut. Ini membuktikanLISAN bahawa ISMS merupakan instrumen yang berkesan dalam mendepani serangan siber.

l

Sebagai contoh, skop pensijilan ISMS di MAMPU telah melaksanakan salah satu tindakan proaktif dalam standard ISMS iaitu perlindungan dari perisian berbahaya. Tindakan ini telah mampu mengurangkan perisian berbahaya seperti e- mel spam yang berkemungkinan mengandungi perisian berbahaya memasuki sistem e-mel agensi.Statistikpemantauan perisian berbahaya menunjukkan bahawa terdapat pengurangan kemasukkan e-mel spam ke sistem e-mel PRISMA MAMPU. Sebelum pensijilan ISMS pada Januari 2011 terdapat dua (2) e-mel spam yang tidak dapat dikesan oleh perisian anti-spam PRISMA, tetapi selepas pelaksanaan ISMS mulai Februari 2011, 100% e-mel spam telah berjaya dikesan dan disekat kemasukannya ke e-mel pengguna PRISMA.

Justeru,Ketua-ketua Jabatan hendaklah bertanggungjawab untuk memastikan keselamatan aset ICT di bawah kawalannya memenuhi keperluan berdasarkan “Pekeliling Am Bilangan 3 Tahun 2000: Rangka Dasar Keselamatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Kerajaan” dengan melaksanakan MS ISO/IEC 27001:2007 (ISMS).

2

HO: 53

NO. AUM

^NO. AUP

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT

PERTANYAAN LISAN

DARIPADA TUAN KARPAL SINGH [ BUKIT GELUGOR ]

TARIKH 28 JUN 2011

RUJUKAN 3798

SOALAN:

Tuan Karpal Singh [ Bukit Gelugor ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berkenaan bilangan pemastautin tetap di dalam negara ini setakat 30.04.2011 dan bilangan mereka yang diberikan kewarganegaraan selepas Merdeka pada tahun 1957.

JAWAPAN:

Tuan Yang Dipertua ,

Terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat Bukit Gelugor yang bertanyakan soalan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bilangan Pemastautin Tetap di Malaysia sehingga 30.04.2011 adalah seramai 289,705 orang manakala bilangan penduduk yang telah dianugerahkan Taraf Kewarganegaraan Malaysia selepas Merdeka pada tahun 1957 sehingga April 2011 adalah sebanyak 2,033,857 orang. DEWAN RAKYAT PEMBERITAHUAN PERTANYAAN MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEEMPAT PARLIMEN KEDUA BELAS (2011)

PERTANYAAN : LISAN DARIPADA YB TUAN GOBIND SINGH DEO (PUCHONG) TARIKH 28 JUN 2011

SOALAN Tuan Gobind Singh Deo [ Puchong ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapa ramai suspek yang telah pun tercedera dan/atau

NO. SOALANi^f meninggal dunia semasa operasi mencegah maksiat dijalankan oleh Jabatan-jabatan berkenaan serta sama ada kajian telah pun dibuat untuk mengelak kejadian ini seterusnya berlaku serta tindakan yang akan diambil.

JAWAPAN: (YB SENATOR MEJAR JENERAL DATO’ SERI JAMIL KHIR BIN HAJI BAHAROM (B), MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI)

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Agama Islam Negeri-negeri (JAIN) sentiasa prihatin tentang pelaksanaan operasi mencegah maksiat serta memastikan segala tindakan yang dilaksanakan adalah mematuhi tatacara dan peraturan-peraturan yang ditetapkan berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada yang berkuatkuasa di negeri-negeri.

Berdasarkan rekod yang diperolehi daripada negeri-negeri, kejadian- kejadian yang berlaku disebabkan oleh kemalangan semasa percubaan suspek untuk melarikan diri daripada ditangkap Pegawai Penguatkuasa Agama. Setakat kini, terdapat 8 kes yang melibatkan kematian berlaku di seluruh negara semasa operasi mencegah maksiat dijalankan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kajian berhubung perkara ini telah

l

pun dijalankan dan Kerajaan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang telah menerbitkan Arahan Tetap Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri 2007 dan Kod Etika Pegawai Penguatkuasa Agama Jabatan Agama Islam Negeri 2008 untuk dijadikan garis panduan bagi digunapakai agar selaras dan seragam di seluruh Malaysia

Sekian, terima kasih.

3

NO SOALAN : 55

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT PERTANYAAN LISAN DARIPADA DATO’ SERI TIONG KING SING [BINTULU] TARIKH 28 JUN 2011

SOALAN :

DATO’ SERI TIONG KING SING [BINTULU] minta PERDANA MENTERI menyatakan: a) jumlah pelajar tajaan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang kembali berkhidmat dengan negara selepas tamat pengajian sama ada di dalam atau luar negara semenjak tahun 2004; dan b) apakah sebab Kerajaan tidak menguatkuasakan supaya semua penerima biasiswa JPA wajib terus dipanggil dan diserap untuk berkhidmat dengan Kerajaan selama 6 atau 7 tahun seperti yang terikat dalam syarat biasiswa JPA bagi mengatasi masalah kekurangan tenaga mahir berbakat di negara ini.

NO SOALAN : 55

JAWAPAN: YB DATO’ SERI MOHAMED NAZRI BIN ABDUL AZIZ MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

Tuan Yang di-Pertua, a) Sejak tahun 2004 hingga 2010, seramai 35,093 pelajar tajaan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang telah melapor diri kembali berkhidmat di Malaysia selepas menamatkan pengajian di dalam dan luar negara; dan b) Perjanjian Biasiswa Persekutuan yang diguna pakai pada masa ini telah mensyaratkan semua pemegang biasiswa JPA di dalam dan luar negara untuk pulang melapor diri di Malaysia setelah menamatkan pengajian dan berkhidmat dengan Kerajaan atau Kerajaan Negeri atau mana-mana badan lain sebagaimana yang diarah atau dipersetujui oleh Kerajaan bagi satu tempoh yang telah ditetapkan. Selain itu, dasar sedia ada menerusi Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2010 turut tidak membenarkan pelajar-pelajar di dalam kesemua bidang pengajian yang ditaja dengan biasiswa untuk membuat sebarang penangguhan balik di atas apa jua alasan sekalipun bagi mengatasi masalah kekurangan tenaga mahir berbakat di negara ini.

Sekian, terima kasih.

H0'^>

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT PERTANYAAN LISAN

TUAN CHARLES ANTHONY A/L R.SANTIAGO [ KLANG ]

28 JUN 2011

DARIPADA 3804

TARIKH SOALAN:

RUJUKAN Tuan Charles Anthony A/L R.Santiago [ Klang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah Sijil Kewarganegaraan dan MyKad yang di keluarkan kepada pemohan- pemohan India melalui program My Daftar.

JAWAPAN:

Tuan Yang Dipertua ,

Terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat Klang yang bertanyakan soalan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini, permohonan Taraf Kewarganegaraan Malaysia yang diterima melalui Program MyDaftar dari 19 hingga 26 Februari 2011 adalah berjumlah 6,541 permohonan.

Sehingga ke hari ini, belum ada Sijil Kewarganegaraan atau MyKad yang dikeluarkan disebabkan kesemua permohonan itu sedang diproses dan dijangka keputusannya akan dikeluarkan pada tahun ini. hll). 5"? NO. AUMj^

NOr^UP :

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA DR. HAJI DZULKEFLY BIN AHMAD

[ KUALA SELANGOR ]

TARIKH 28 JUN 2011

RUJUKAN 3897

SOALAN:

Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad [ Kuala Selangor ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan memohon penjelasan dari Perdana Menteri, dengan tidak menggunakan peruntukan ISA dan Akta Hasutan, apakah langkah- langkah yang telah difikirkan Kerajaan bagi menangani kegiatan jahat yang sengaja mengapi-api pertentangan kaum dan agama di negara ini.

JAWAPAN:

Tuan Yang Dipertua,

Saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat Kuala Selangor yang mengemukakan pertanyaan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini, ISA hanya digunakan sekiranya sesuatu tindakan oleh mana-mana pihak telah sampai ke tahap kritikal yang boleh menggugat keselamatan negara. Sebelum itu, Kementerian Dalam Negeri melalui PDRM akan menggunakan saluran mahkamah bagi tujuan pendakwaan dibawah Kanun Kesikssaan untuk kes-kes perkauman dan agama yang telah melibatkan kekerasan dan jenayah.

Selain daripada ISA, masih terdapat lagi undang-undang pencegahan lain yang boleh digunapakai untuk mengekalkan ketenteraman awam iaitu Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Mencegah Jenayah) 1969.

Tuan Yang Dipertua,

Sebagai langkah-langkah pencegahan dan pemantauan, Kerajaan khususnya melalui agensi penguatkuasa keselamatan seperti PDRM dengan kerjasama agansi-agensi seperti JAKIM dan SKMM sentiasa memantau aktiviti-aktiviti yang boleh membangkitkan isu-isu hasutan di antara kaum dan agama. Selain itu, pemantauan juga dibuat berasaskan kepada penyebaran sebarang bentuk ideologi atau kefahaman yang

menjurus kepada tindakan keganasan dan kefanatikan agama yang mana ianya tidak sesuai diamalkan oleh masyarakat di negara ini. Pemantauan juga diambil terhadap masalah mentafsirkan Al-Quran dan Hadis bagi tujuan kepentingan pihak-pihak tertentu.

Kementerian Dalam Negeri juga dengan kerjasama JAKIM turut melakukan pemantauan terhadap bahan-bahan bercetak yang berniat untuk menimbulkan perasaan benci membenci dikalangan rakyat. Tindakan tegas dibawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1985 akan dilakukan seperti membatalkan lesen penerbitan sekiranya didapati ingkar dan masih mengeluarkan kenyataan menghasut. PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT JAWAPAN OLEH Y.B. DATO’ SRI LIOW TIONG LAI MENTERI KESIHATAN MALAYSIA

PERTANYAAN LISAN DARIPADA : TUAN KULASEGARAN A/L MURUGESON [ IPOH BARAT ] TARIKH 28 JUN 2011 SOALAN

Tuan Kulasegaran a/l Murugeson [ Ipoh Barat ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan betapa seriusnya kekurangan tenaga pakar dalam semua bidang pakar perubatan khususnya bidang Onkologi dan Vaskular di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh dan apakah langkah yang dirangkakan bagi mengatasi masalah tersebut.

Tuan Yang di-Pertua,

SOALAN NO : 58

Terdapat seramai 122 orang doktor pakar pelbagai bidang yang memberikan perkhidmatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh (HRPB Ipoh). Buat masa ini perkhidmatan Kepakaran Onkologi telahpun diberikan di hospital ini oleh doktor pakar dari pelbagai bidang misalnya bagi kes barah kanak-kanak akan dirawat oleh Pakar Kanak-Kanak, kes barah berkaitan sakit puan akan dikendalikan oleh Pakar Sakit Puan, kes barah payudara akan dikendalikan oleh Pakar Bedah dan sebagainya. Begitu juga bagi perkhidmatan Kepakaran Bedah Vaskular dikendalikan oleh Pakar Bedah Umum di HRPB Ipoh oleh sebab disipilin tersebut merupakan sebahagian daripada bidang subkepakaran Pembedahan Am. Kes-kes spesifik yang memerlukan perkhidmatan Pakar Onkologi akan dirujuk ke Hospital Pulau Pinang yang merupakan pusat rujukan kes onkologi wilayah perkhidmatan utara, dan kes rumit pula akan terus dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur. Bagi kes-kes

vaskular yang rumit akan dirujuk sama ada ke Hospital Serdang atau Hospital Kuala Lumpur.

Pada masa ini juga perkhidmatan subkepakaran Pembedahan Vaskular ini juga disediakan secara ‘networking’ di mana Pakar-pakar Bedah Vaskular akan mengadakan lawatan untuk memberikan perkhidmatan kepakaran di hospital-hospital yang dikenalpasti. Kementerian Kesihatan merancang untuk mewujudkan bidang subkepakaran Pembedahan Vaskular mengikut wilayah perkhidmatan pada masa hadapan apabila bilangan Pakar Bedah Vaskular, keperluan infrastruktur dan peralatan adalah mencukupi.

Kementerian sentiasa berusaha untuk menambahkan bilangan pakar dan perkara ini diharapkan akan dapat dilaksanakan secara berfasa dalam tempoh RMK-10 menerusi pelbagai strategi misalnya melalui:

i. Pengambilan pakar warganegara asing secara kontrak. ii. Pelantikan semula pakar KKM yang telah bersara wajib secara kontrak. iii. Pengambilan doktor pakar swasta berkhidmat secara sesional. iv. Menggalakkan pakar warganegara Malaysia yang berkhidmat di luar negara untuk piilang ke tanah air.

Selain dari itu, bagi menambahkan lagi bilangan pakar, Kementerian Kesihatan telah menambah slot tajaan bagi program sarjana perubatan di institusi pengajian tinggi awam dari 450 kepada 600 mulai sesi 2008/2009 dan 800 orang mulai sesi 2010/2011 bagi memberi peluang kepada lebih ramai pegawai perubatan mengikuti program sarjana. Sehubungan dengan itu, diharapkan lebih ramai pakar perubatan dapat dihasilkan demi meningkatkan lagi mutu dan prestasi perkhidmatan perubatan dalam negara.

4

NO. SOALAN: 59

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT JAWAPAN OLEH Y.B. DATO’ SRI LIOW TIONG LAI MENTERI KESIHATAN MALAYSIA PERTANYAAN : LISAN DARIPADA DATUK TIONG THAI KING [ LAN AN G]

TARIKH BERSIDANG 28 JUN 2011 SOALAN

Datuk Tiong Thai King [ Lanang ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan memandangkan Projek Perluasan Wad Psychiatric bagi Hospital Sibu telah diluluskan bawah RMK-9, apakah perkembangan terkini bagi projek ini.

Tuan Yang Dipertua,

Projek Perluasan Wad Psikiatrik bagi Hospital Sibu telah disenaraikan di bawah first rolling plan Rancangan Malaysia Ke-10. Projek ini dijangka tender pada bulan Jun dan tempoh masa pembinaan adalah selama 8 bulan.

Bagi makluman Tuan Yang diPertua, pembinaan projek Perluasan Wad Psikiatrik Hospital Sibu adalah di tapak seluas 1.168 ekar. Projek ini akan melibatkan sebuah bangunan baru dengan 40 buah katil. la akan dijadikan sebagai One Stop Center untuk perkhidmatan psikiatrik dengan Jabatan Pesakit Luar, Pusat Rehabilitasi dan Perkhidmatan Komuniti. Projek ini juga melibatkan pembelian kenderaan untuk perkhimatan komuniti, penggantian peralatan perubatan dan pemasangan kamera litar tertutup. Kos projek yang diluluskan bernilai RM 1.4 juta.

l

ViO.CcA -VPr^J (jQ NO. AUI

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA TUAN KHALID BIN ABDUL SAMAD

[SHAH ALAM]

TARIKH 28 JUN 2011

RUJUKAN 3805

SOALAN:

Tuan Khalid bin Abdul Samad [ Shah Alam ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bilakah cadangan pindaan ke atas undang- undang ISA yang dijanjikan sejak tahun 2009 lagi akan di bentang ke Parlimen. Tuan Yang Dipertua,

Saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat Shah Alam

JAWAPAN: yang mengemukakan pertanyaan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini, pada masa ini, Kementerian sedang mengkaji dan meneliti secara mendalam terhadap semua undang- undang pencegahan termasuklah Akta Keselamatan Dalam Negeri (AKDN) 1960.

Dalam proses kajian ini dibuat, Kementerian telah turut mengadakan sesi- sesi Pertemuan Awam (Public Engagement) bagi mendengar pandangan serta mendapatkan buah fikiran dari semua pihak dan stakeholders di dalam usaha penambahbaikan dan pindaan kepada undang-undang pencegahan ini.

Sehubungan itu, insyallah Kerajaan akan membentangkannya di dewan yang mulia ini apabila siap kajian tersebut. PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA DATO’ SERI ONG KA CHUAN

[ TANJONG MALIM ]

TARIKH 28 JUN 2011

SOALAN

Dato’ Seri Ong Ka Chuan minta MENTERI PENGANGKUTAN

SOALAN NO.62 menyatakan sambutan orang ramai ke atas perkhidmatan KTM PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT Komuter bagi laluan Kuala Lumpur - Ipoh. Apakah bilangan penumpang yang menggunakan perkhidmatan ini berbanding dengan kapasiti yang ditawarkan.

l

SOALAN NO.61

JAWAPAN: YB DATO’ SERI MOHAMED NAZRI ABDUL AZIZ

MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

Tuan Yang di-Pertua,

Pada masa ini KTMB menyediakan 2 jenis perkhidmatan di sektor

Kuala Lumpur - Ipoh iaitu KTM Komuter (sektor Kuala Lumpur -

Tanjung Malim) dengan kekerapan di antara 15 minit dan 30 minit pada waktu puncak dan luar puncak bagi sektor Kuala Lumpur -

Rawang dan 60 minit bagi sektor Rawang - Tanjung Malim. Manakala

Electric Train Set (ETS) (sektor Kuala Lumpur - Ipoh) menyediakan

10 perkhidmatan sehari dengan kekerapan 2 jam 30 minit setiap perkhidmatan.

Secara keseluruhannya, sambutan orang ramai ke atas perkhidmatan

KTM Komuter bagi sektor Kuala Lumpur - Tanjung Malim adalah amat menggalakkan dengan purata occupancy bagi tahun 2010 dan 2011 sebanyak 42%.

Pada tahun 2010, sebanyak 10,490,847 penumpang telah menggunakan perkhidmatan KTM Komuter di sektor ini berbanding jumlah kapasiti yang disediakan iaitu sebanyak 25,002,500 tempat

2

SOALAN NO.61

duduk. Bagi tahun 2011 pula, sehingga April 2011 sebanyak

3,381,673 penumpang telah menggunakan perkhidmatan di sektor ini

berbanding kapasiti sebanyak 8,340,000 tempat duduk.

Di samping itu, sambutan yang diberikan kepada perkhidmatan ETS

bagi sektor Kuala Lumpur - Ipoh juga amat memberangsangkan

berdasarkan purata occupancy bagi tahun 2010 dan 2011 sebanyak

42%. Pada tahun 2010, sejumlah 193,111 penumpang telah

menggunakan perkhidmatan ETS di sektor ini berbanding jumlah

kapasiti yang disediakan iaitu sebanyak 497,000 tempat duduk. Bagi

tahun 2011 pula, sehingga April 2011 sebanyak 191,890 penumpang

telah menggunakan perkhidmatan di sektor ini berbanding kapasiti

sebanyak 420,000 tempat duduk. Untuk makluman perkhidmatan

ETS bagi sektor Kuala Lumpur - Ipoh telah dimulakan pada 12 Ogos

2010.

Sekian, terima kasih. DARIPADA YB DATO’ ZULKIFLI BIN NOORDIN

[ KULIM BANDAR BARU ]

3

NO. SOALAN:62

TARIKH 28 JUN 2011 (SELASA)

SOALAN

YB Dato’ Zulkifli bin Noordin [ Kulim Bandar Baru ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :

(a) apakah pendirian Kerajaan dengan usul Persatuan Peguam Muslim supaya semua rang undang-undang berkaitan Islam dibincangkan dan dibahaskan di peringkat Majlis Raja-Raja dan dibentangkan ke Parlimen dan diluluskan tanpa bahas; dan

(b) bilakah Akta Sekatan Pengembangan Agama Lain (Anti- Propagation Act) bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berdasarkan Artikel 11 (4) Perlembagaan hendak dibentangkan di Parlimen. JAWAPAN: DATO’ SERI MOHAMED NAZR1 ABDUL AZIZ MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

Tuan Yang di-Pertua, Berhubung dengan soalan di perenggan (a), menurut Fasal (1)

Perkara 74 Perlembagaan Persekutuan dibaca bersama butiran 6(e),

Senarai Persekutuan, Jadual Kesembilan dan Perkara 66

Perlembagaan Persekutuan, semua undang-undang yang dibuat oleh

Parlimen, termasuk undang-undang Islam bagi Wilayah-Wilayah

Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya adalah tertakluk

2

NO. SOALAN:62

kepada tatacara perundangan yang ditetapkan di bawah Perkara 66

Perlembagaan Persekutuan. Fasal (1) Perkara 66 Perlembagaan

Persekutuan memberi Parlimen kuasa untuk membuat undang- undang melalui Rang Undang-Undang yang diluluskan oleh kedua- dua Majlis Parlimen (atau, dalam hal yang disebut dalam Perkara 68, oleh Dewan Rakyat) dan, kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya dalam Perkara 66, diperkenankan oleh Yang di-Pertuan

Agong.

Selanjutnya, Fasal (3) Perkara 66 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa apabila sesuatu Rang Undang-Undang telah diluluskan oleh Majlis Parlimen tempat Rang Undang-Undang itu

3

NO. SOALAN:62

bermula, maka Rang Undang-Undang itu hendaklah dihantar

kepada Majlis Parlimen yang satu lagi; dan Rang Undang-Undang itu

hendaklah dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk

diperkenankan olehnya apabila telah diluluskan oleh Majlis Parlimen

yang satu lagi itu dan persetujuan telah dicapai antara kedua-dua

Majlis Parlimen itu mengenai apa-apa pindaan yang dibuat dalam

Rang Undang-Undang itu atau apabila Rang Undang-Undang itu

dikehendaki dikemukakan sedemikian di bawah Perkara 68.

Sehubungan dengan itu, berdasarkan Perkara 66 Perlembagaan

Persekutuan itu adalah jelas bahawa (kecuali sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Perkara 67 dan Perkara 68 Perlembagaan

Persekutuan), sebelum sesuatu Rang Undang-Undang itu boleh diluluskan dan dikuatkuasakan, Rang Undang-Undang itu hendaklah dibentangkan dan dibahaskan dalam kedua-dua Majlis Parlimen terlebih dahulu, iaitu di Dewan Rakyat dan di Dewan Negara. Tatacara ini hendaklah terpakai bagi semua Rang Undang-Undang yang

Parlimen ada kuasa untuk membuatnya, termasuk Rang Undang-

Undang berkenaan dengan undang-undang Islam yang disebut dalam

Senarai Persekutuan. Oleh yang demikian, usul daripada Persatuan

Peguam Muslim itu adalah tidak selaras dengan Perkara 66

NO. SOALAN:62

Perlembagaan Persekutuan.

NO. SOALAN:62

Berhubung dengan soalan di perenggan (b) pula, Kerajaan

berpandangan bahawa sebelum Rang Undang-Undang Kawalan dan

Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam (Wilayah-Wilayah

Persekutuan) yang dibuat di bawah Fasal (4) Perkara 11

Perlembagaan Persekutuan dapat dibentangkan di Parlimen, Kerajaan

harus mempertimbangkan dengan bijaksana semua pandangan yang

dikemukakan oleh masyarakat. Dalam masa yang sama, Kerajaan

perlu meneliti keputusan kes-kes tertentu yang mempunyai kaitan

dengan isu sensitiviti agama dan mengkaji implikasi yang mungkin

berbangkit sekiranya undang-undang tersebut dikuatkuasakan.

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

JAWAPAN OLEH Y.B. DATO’ SRI LIOW TIONG LAI MENTERI

KESIHATAN MALAYSIA PERTANYAAN LISAN

DARIPADA TUAN TENG BOON SOON

[TEBRAU]

TARIKH 28 JUN 2011

SOALAN Tuan Teng Boon Soon [ Tebrau ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan langkah- langkah diambil untuk memastikan barang-barang makanan dan barang-barang keperluan harian yang telah melampaui tarikh habis tempoh tidak dijual di kedai dan di pasar raya dengan mengubahkan tarikh habis tempoh yang asal.

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sentiasa menjalankan pemantauan dan aktiviti penguatkuasaan ke atas penjualan produk-produk makanan yang telah luput tarikh

4

SOALAN NO: 64 tetapi masih dijual di pasaran.

Pengawalan terhadap penjualan makanan yang telah luput tarikh oleh KKM adalah tertakluk di bawah Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985. Dalam hal ini, Peraturan 14 (9) (a) Peraturan-Peraturan Makanan 1985 jelas menyatakan bahawa tanda tarikh pada apa-apa bungkusan tidak boleh dipinda atau diubah dan Peraturan 14 (9) (b) pula menyatakan tidak dibenarkan untuk menjual atau mengimport makanan yang telah luput tarikh. Sekiranya disabitkan kesalahan seseorang boleh dikenakan denda tidak lebih daripada lima ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada dua tahun.

Pada tahun 2010, melalui aktiviti penguatkuasaan yang dijalankan di seluruh negara,

sebanyak 29,382 rampasan yang bernilai RM3,152,130.77 telah dibuat terhadap produk makanan yang didapati meyalahi perundangan yang ditetapkan termasuk menjual produk makanan yang telah luput tarikh. Manakala, pada tahun 2009 sejumlah 34,917 rampasan telah dilakukan dengan nilai rampasan sebanyak RM4,371,483.43.

KKM sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara-perkara yang boleh mengancam keselamatan pengguna termasuk perbuatan mengitar semula barangan makanan yang telah luput tempoh. Oleh itu, KKM tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap sebarang kesalahan termasuk perbuatan mengitar semula dan menjual kembali barangan makanan yang telah luput tarikh berdasarkan perundangan yang telah ditetapkan .

Selain itu, KKM juga sentiasa berusaha meningkatkan kesedaran pengguna terhadap keselamatan makanan melalui kempen, ceramah, pamplet, promosi dan Iain-lain.

Jika pengguna mendapati bahawa terdapat produk makanan yang telah luput tarikh tetapi masih dijual dan terdapat perbuatan mengitar semula dan menjual kembali barangan makanan yang telah luput tarikh dikesan, pengguna boleh membuat laporan kepada KKM melalui Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat atau melalui laman web http://fsq.moh.gov.my.

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA TUAN GOBIND SINGH DEO [ PUCHONG ]

TARIKH 28 JUN 2011

RUJUKAN 3806

SOALAN:

Tuan Gobind Singh Deo [ Puchong ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sama ada Polis DiRaja Malaysia sedia

2

NO. SOALAN : 65

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT bekerjasama dengan Angkatan Tentera dan Kerajaan Tempatan untuk membenarkan anggota mereka membantu polis dalam perondaan cegah jenayah dan/atau untuk mengatasi masalah trafik dan sekiranya tidak kenapa.

Tuan Yang Dipertua,

Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada Y.B Puchong yang telah mengemukakan soalan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dan Dewan yang Mulia, PDRM telah menerima sejumlah 471 permohonan daripada kalangan bekas tentera untuk menyertai PDRM. Namun, selepas urusan temuduga dijalankan, hanya seramai 101 orang sahaja didapati layak dan sesuai untuk dilantik sebagai Konstabel Polis. Mereka telah melaporkan diri pada 17 Januari 2011 untuk menjalani Latihan Asas Kepolisan selama 4 bulan di Maktab PDRM Kuala Kubu Baru, Selangor dan tamat kursus pada 14 Mei 2011 yang lalu.

Tuan Yang Dipertua,

Bagi tujuan menarik minat lebih ramai kalangan bekas tentera memohon untuk menyertai perkhidmatan PDRM, pihak Suruhanjaya Pasukan Polis telah bersetuju untuk meluluskan dua kelonggaran syarat Skim Perkhidmatan Pegawai Rendah dan Konstabel Polis iaitu Pertama, tempoh percubaan untuk pengesahan jawatan dipendekkan kepada tiga bulan sahaja dan Kedua, Konstabel Polis yang dilantik daripada kalangan bekas tentera yang bersara pada pangkat Sarjan dan ke atas semasa dalam perkhidmatan Angkatan Tentera diberi pertimbangan untuk kenaikan pangkat terus ke Pangkat Koperal dengan syarat mereka Lulus Peperiksaan Khas Undang-Undang Rendah Jabatan (UURJ).

Tuan Yang Dipertua,

Urusan pengambilan bekas tentera ini untuk berkhidmat dengan PDRM akan terus dilaksanakan oleh Suruhanjaya Pasukan Polis dan PDRM dari semasa ke semasa berdasarkan keperluan. Ini adalah selaras dengan hasrat Y.A.B Perdana Menteri supaya bekas-bekas tentera dapat menyumbangkan tenaga dan kepakaran yang ada untuk sama-sama mencegah dan mengurangkan kadar jenayah serta menjaga keselamatan dan ketenteraman negara.

SOALAN ( 65)

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA 28 JUN 2011 (SELASA)

TUAN LIM GUAN ENG [BAGAN ]

PERTANYA

AN SOALAN TARIKH TUAN LIM GUAN ENG [ BAGAN ] minta MENTERI DARIPADA PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan perkembangan polisi penswastaan pengurusan sisa pepejal yang ditangguhkan sejak Mac 2011. Adakah permintaan Kerajaan Negeri Perak, Pulau Pinang dan Selangor untuk menguruskannya sendiri diterima dan kalau tidak, mengapa. Apakah kriteria syarikat yang terpilih tanpa tender terbuka oleh pihak Kerajaan Persekutuan dan berapakah jumlah bayaran.

JAWAPAN Tuan Yang DiPertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan telah bersetuju untuk menguatkuasakan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan

Awam 2007 (Akta 672) dan pelaksanaan penswastaan pada 1

September, 2011.

Dalam hal ini, Kerajaan juga telah membuat keputusan supaya penswastaan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam tidak dilaksanakan di negeri Selangor, Perak dan Pulau Pinang dan Akta

672 juga akan dikecualikan pemakaiannya di negeri-negeri tersebut bagi mengelakkan sebarang kesulitan di peringkat lapangan kelak.

Kerajaan telah membuat keputusan untuk menswastakan pengurusan sisa pepejal pada 6 September 1995 kepada syarikat-syarikat yang berjaya melalui tawaran tender terhad. Kriteria utama bagi pemilihan syarikat tersebut adalah keupayaan teknikal dan kewangan syarikat di samping pengalaman syarikat-syarikat di dalam bidang yang berkaitan.

Jumlah bayaran perkhidmatan yang akan dibayar kepada syarikat- syarikat konsesi adalah berdasarkan harga kutipan bagi setiap premis setiap bulan. Kadar tersebut dijangkakan kadar yang terbaik dan 2

berpatutan dengan kualiti perkhidmatan yang diberikan dan akan dimaklumkan apabila ia telah dipersetujui oleh Kerajaan.

Kementerian Perumahan dan Kerajaan

Tempatan Jun 2011

4

SOALAN NO: 66

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT PERTANYAAN LISAN DARIPADA Dato’ Seri Tiong King Sing [Bintulu] TARIKH 28 Jun 2011 (Selasa) SOALAN Dato’ Seri Tiong King Sing [Bintulu] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan: (a) Mengapakah FAMA yang bertindak sebagai Agensi Pemasaran Hasil Pertanian Pekebun Kecil hanya mementingkan pengusaha pertanian yang mempunyai hasil kuantiti yang besar tetapi meminggirkan petani - petani kecil; dan (b) Berapakah jumlah hasil tani yang telah diperolehi oleh pihak FAMA semenjak ianya ditubuhkan di setiap negeri di seluruh Malaysia.

JAWAPAN Oleh Y.B. MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI

Tuan Yang Dipertua,

a) FAMA melaksanakan pelbagai program pemasaran untuk membantu para petani dan usahawan memasarkan hasil-hasil pertanian keluaran tempatan terus kepada pengguna tanpa mengira kuantiti pengeluaran mereka samada besar atau kecil. Apa yang penting adalah agar ianya dapat meningkatkan jualan yang seterusnya boleh meningkatkan pendapatan. Antara program- program pemasaran yang telah dan sedang dilaksanakan oleh FAMA adalah

SOALAN NO: 67

1. Menyediakan akses pasaran secara jualan terus melalui 445 Pasar Tani bagi mengurangkan lapisan pemasaran.

2. Menyediakan pasaran melalui 419 Gerai Buah-Buahan Segar (GBBS) bagi mengatasi masalah lambakan dan meningkatkan penggunaan buah-buahan di seluruh negara. 3. Menyediakan akses pasaran melalui 95 Agrobazaar Kedai Rakyat 4. Mewujudkan sebanyak 122 pusat pengumpulan ladang sebagai tempat untuk mengumpul dan menambah nilai produk yang dihasilkan oleh petani 5. Menjamin pasaran dan meningkatkan pengeluaran buah-buahan dan sayur-sayuran melalui perancangan pengeluaran dan pemasaran secara sistematik menerusi program Ladang Kontrak 6. Mengaktifkan urusniaga secara langsung bagi menangani isu lebihan bekalan seperti buah-buahan bermusim dan membantu petani- petani memasarkan hasil keluaran mereka

b) Jumlah hasil tani yang telah dipasarkan sejak penubuhan FAMA di setiap negeri seluruh Malaysia melalui urusniaga FAMA dan prog ram-prog ram FAMA adalah dianggarkan RM 7,985.31 billion.

2

NO. SOALAN : 67

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PERTANYAAN LISAN DARIPADA DR. CHE ROSLI BIN CHE MAT [HULU LANGAT]

TARIKH JAWAPAN 28 JUN 2011 (SELASA) DI DEWAN RAKYAT

SOALAN

Minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan status terkini penstrukturan pengurusan air dalam negara.

JAWAPAN

Tuan Yang Dipertua,

Sehingga kini, Kerajaan telah menstrukturkan semula industri perkhidmatan bekalan air di lima 5 buah negeri iaitu Melaka, Negeri Sembilan, Johor, Perlis dan

Pulau Pinang. Negeri Pulau Pinang merupakan negeri kelima yang telah memuktamadkan penstrukturan semula industri perkhidmatan bekalan airnya dengan menandatangani perjanjian-perjanjian yang berkaitan pada 2 Jun 2011.

Sehubungan dengan itu, diharapkan negeri-negeri lain yang masih belum memuktamadkan penstrukturan semula industri perkhidmatan bekalan air mereka agar segera berbuat demikian demi menjamin bekalan air yang berterusan dan

pada kadar yang berpatutan kepada pengguna serta meningkatkan lagi tahap kecekapan dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan operator air.

******************************************************************* NO. SOALAN: 68 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT PERTANYAAN LISAN DARIPADA Y.B. DATUK ALEXANDER NANTA LINGGI (KAPIT) TARIKH 28 JUN 2011(SELASA) SOALAN

Y.B. Datuk Alexander Nanta Linggi (Kapit) minta PERDANA MENTERI menyatakan menyatakan di manakah kedudukan Negeri Sarawak dalam senarai tahap pembangunan berbanding dengan negeri-negeri lain di seluruh Malaysia. Sila berikan senarai dengan pecahan butiran mengikut ranking dan tajuk seperti berikut iaitu kadar kemiskinan, pelaburan asing dan tempatan, 'growth rate’, 'illiteracy rate' dan 'state reserve fund'.

JAWAPAN

Tuan Yang Dipertua, Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pencapaian Negeri Sarawak secara keseluruhannya adalah berada di tahap sederhana dengan KDNK menduduki tempat ke-5 tertinggi (berasaskan angka unjuran 2010 oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri). Walau bagaimanapun, dari sudut KDNK

NO. SOALAN : 69

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT perkapita berasaskan angka sebenar Jabatan Statistik Malaysia tahun 2009, Negeri Sarawak mencatatkan KDNK perkapita tertinggi berjumlah RM30,318 setiap penduduk. Dari segi kadar kemiskinan di antara negeri-negeri di Malaysia, Sarawak berada di kedudukan ke-4 tertinggi iaitu 5.3% pada tahun 2009 manakala dari segi kadar buta huruf Sarawak berada pada ranking ke-5. Dari sudut jumlah nilai pelaburan asing dan tempatan yang diluluskan oleh MIDA bagi tahun 2010, Negeri Sarawak berada di kedudukan ke-4 tertinggi selepas Pulau Pinang, Selangor dan Johor dengan nilai pelaburan berjumlah RM3,945 juta.

Untuk makluman ahli Yang Berhormat juga, dari segi pemberian Persekutuan kepada Kerajaan Negeri Berasaskan Tahap Pembangunan Ekonomi, Infrastruktur dan Kesejahteraan Hidup, Negeri Sarawak merupakan penerima ke-3 tertinggi dengan jumlah bernilai RM23.86 juta pada tahun 2010. 1

PERTANYAAN LISAN

DARIPADA TUAN KHAIRY JAMALUDDIN [REMBAU]

TARIKH JAWAPAN 28 JUN 2011 (SELASA) DI DEWAN RAKYAT

SOALAN

Minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan apakah terma-terma utama di dalam Memorandum Persefahaman antara Sarawak Energy

Berhad dan Smelter Asia Sdn Bhd (SASB) berhubung pembelian tenaga elektrik terutama dari segi tarif bagi setiap kWh, dan sama ada SASB mendapat sebarang tarif atau peruntukan istimewa berbanding pembeli-pembeli tenaga elektrik yang lain.

JAWAP AN

Tuan Yang Dipertua,

Isu berkenaan dengan perjanjian di antara Sarawak Energy Berhad dan Smelter

Asia Sdn Bhd (SASB) adalah satu perjanjian komersial, di antara kedua-dua pihak yang tidak melibatkan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA).

Sukacita juga saya ingin memaklumkan bahawa isu-isu berkenaan dengan pembekalan elektrik di negeri Sarawak adalah tertakluk di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri Sarawak semenjak penubuhan Malaysia pada tahun

1963.

Untuk Makluman Ahli Yang Berhormat, berdasarkan maklumat yang diterima daripada Sarawak Energy Berhad, tidak terdapat sebarang Memorandum

Persefahaman antara Sarawak Energy Berhad dan SASB. Walau bagai manapun, pihak Sarawak Energy Berhad telah menandatangani satu Heads of

Agreement (HoA), dengan izin, untuk membolehkan perbincangan awal dimulakan. HoA ini tidak melibatkan sebarang perbincangan mengenai tarif elektrik dan keutamaan pembekalan elektrik atau preferential supply of electricity, dengan izin.

Sehingga kini, pihak Sarawak Energy Berhad hanya mengadakan rundingan berkaitan dengan perjanjian komersial yang melibatkan kedua-dua pihak sama seperti pengguna lain.

************************************************************************

PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT. MALAYSIA

PERTANYAAN LISAN

DARIPADA Y.B. DR. HAJI DZULKEFLY BIN

AHMAD KUALA SELANGOR KAWASAN TARIKH 28 JUN 2011 NO. SOALAN 70

Y.B. DR. HAJI DZULKEFLY BIN AHMAD minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN

INDUSTRI (MITI) menyatakan mengapa Malaysia jatuh 6 tangga dalam kajian

“Daya saing-Competitiveness” yang dibuat oleh “The Institute of Management of Development (IMD), World Competitive Rankings” meskipun lebih baik dalam kajian

1

yang dibuat oleh Political and Economic Risk Consultancy (PERC).

JAWAPAN:

Tuan Yang Dipertua,

Untuk Makluman Ahli Yang Berhormat, Institute for Management Development

(IMD) yang bertempat di Lausanne, Switzerland telah menerbitkan laporan tahunan IMD World Competitiveness Yearbook semenjak tahun 1989. Laporan tahunan IMD World Competitiveness Yearbook (WCY) 2011 merupakan edisi yang ke 22 telah diterbitkan pada 19 Mei 2011. Ianya memberi gambaran kedudukan daya saing sesebuah negara melalui indeks daya saing yang meliputi 59 buah negara.

2

Di dalam laporan WCY 2011 terdapat 331 kriteria digunakan yang meliputi 4 faktor utama daya saing iaitu faktor Prestasi Ekonomi, Kecekapan Kerajaan,

Kecekapan Perniagaan dan Infrastruktur. Kriteria ini adalah berdasarkan data kuantitatif dan juga data kualitatif atau persepsi. Daripada jumlah tersebut,

250 kriteria merupakan kriteria yang diambil kira untuk menentukan kedudukan daya saing keseluruhan di mana 134 adalah data kuantitatif dan 116 adalah data persepsi. Manakala 81 kriteria lagi adalah merupakan maklumat latar belakang.

Dalam menentukan kedudukan daya saing keseluruhan, data kuantitatif mewakili dua per tiga (2/3), manakala data persepsi mewakili satu per tiga (1/3).

Data persepsi diperolehi dari maklum balas persepsi pihak swasta melalui borang Kaji Selidik Pendapat Eksekutif oleh IMD. Kaji selidik IMD ini dilengkapkan oleh 111 responden dengan menggunakan borang atau secara online yang dihantar oleh IMD kepada responden mulai Januari hingga Mac 2011.

Responden-responden bagi kaji selidik ini adalah mereka yang berada dalam kategori pengurusan pertengahan dan atasan dari komuniti perniagaan yang

meliputi enterpris kecil sehingga besar termasuk Multi- National Corporations

(MNCs) dan juga syarikat berkaitan Kerajaan (GLCs).

Untuk Makluman Ahli Yang Berhormat, WCY 2011 meletakkan Malaysia di kedudukan ke-16 bagi prestasi keseluruhan daripada 59 ekonomi (2010: ke-10 daripada 58 ekonomi). Prestasi Malaysia berdasarkan kepada 4 faktor input daya saing di kalangan 59 ekonomi menunjukkan Malaysia mencatat peningkatan bagi faktor

Prestasi Ekonomi di kedudukan ke-7 (2010: ke-8), manakala bagi 3 faktor lain mengalami penurunan iaitu faktor Kecekapan Kerajaan di

kedudukan ke-17 (2010: ke-9), faktor Kecekapan Perniagaan di kedudukan ke-14

(2010: ke-4) dan faktor Infrastruktur di kedudukan ke-27 (2010: ke-25).

Secara keseluruhannya, penurunan kedudukan daya saing Malaysia banyak dipengaruhi oleh kriteria yang berkaitan dengan data persepsi yang banyak diambil kira di dalam faktor Kecekapan Kerajaan dan Kecekapan Perniagaan. Di antara kriteria-kriteria persepsi yang menyumbang kepada penurunan kedudukan daya saing Malaysia bagi faktor Kecekapan Kerajaan adalah persepsi berhubung undang- undang Imigresen mengenai penggajian pekerja asing dan perundangan berkaitan persaingan. Manakala bagi faktor Kecekapan Perniagaan pula, kriteria yang mengalami penurunan adalah persepsi berhubung ketirisan cendekiawan dan kekurangan pendedahan kepada pengalaman antarabangsa di kalangan pengurusan atasan.

Pada masa yang sama, faktor Prestasi Ekonomi telah menunjukkan peningkatan kedudukan adalah didorong oleh kriteria-kriteria seperti pertumbuhan dalam

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada kadar 7.2% pada tahun 2010, eksport

barangan yang lebih tinggi dan peningkatan pelaburan langsung asing (FDI) yang mencatat sebanyak RM11 bilion pada suku pertama 2011.

Pelbagai usaha telah dilakukan oleh Kerajaan menerusi Program Transformasi

Kerajaan (GTP) yang memberi tumpuan kepada Bidang Keberhasilan Utama Nasional

(NKRA), Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang memberi penekanan kepada

Aktiviti Utama Ekonomi Negara (NKEA) dan penubuhan Pasukan Petugas Khas

Pemudahcara Perniagaan (PEMUDAH) bagi meningkatkan ketelusan dan memudahkan proses serta prosedur dalam menjalankan perniagaan.

Prestasi daya saing Malaysia tetap dipandang berat oleh Kerajaan dan usaha meningkatkan daya saing negara terus kekal sebagai salah satu agenda utama negara. Penurunan yang ketara dalam tempoh setahun merupakan cabaran bagi

Kerajaan memandangkan banyak usaha transformasi dalam Kerajaan dan ekonomi yang telah dilaksanakan. Namun begitu, usaha-usaha ini memerlukan masa untuk memperlihatkan keberkesanannya dalam mengubah persepsi masyarakat.

6

Oleh yang demikian Kerajaan akan terus berusaha memantau dan memantapkan pelaksanaan program-program transformasi ini supaya impak dan hasilnya dapat dirasai oleh semua lapisan masyarakat. Kerajaan akan terus merangka strategi komunikasi yang lebih berkesan untuk menyebarkan maklumat yang tepat dan terkini serta inisiatif- inisiatif yang telah dilaksanakan kepada sektor awam, swasta dan masyarakat umum. Ini diharap dapat merubah persepsi masyarakat ke arah yang lebih positif terhadap Kerajaan. Di samping itu, Kerajaan juga telah menubuhkan Jawatankuasa Kerja Daya Saing yang dianggotai oleh pakar-pakar dari sektor awam dan sektor swasta dan Perbadanan

Produktiviti Malaysia (MPC) berperanan sebagai Sekretariat. Jawatankuasa ini bertujuan untuk mengenalpasti isu-isu daya saing yang perlu diberi keutamaan yang memberi impak tinggi ke atas produktiviti, taraf hidup dan kepimpinan di peringkat global. Jawatankuasa ini juga diharap dapat memacu pelaksanaan inisiatif daya saing di peringkat kementerian dan agensi.

NO. SOALAN : 71

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADAPEMBERITAHUAN PUAN PERTANYAANHAJAH ZURAIDA BAGI BINTI JAWAB KAMARUDDIN LISAN DEWAN RAKYAT[AMPANG]

TARIKH 28 JUN 2011

RUJUKAN 3807

SOALAN:

Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin [ Ampang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah hasil daripada Makmal Pengurusan Warga Asing yang diadakan pada tahun lalu kerana sehingga kini masalah jenayah dan sosial yang melibatkan PATI, khususnya di kawasan Ampang yang dilihat tidak berkurangan, sebaliknya bertambah teruk. Tuan Yang Di-Pertua,

Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat Ampang yang mengemukakan pertanyaan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Pekerja Asing dan Pendatang Asing Tanpa Izin (JKKPA- PATI) telah memutuskan untuk diadakan Makmal Pengurusan Warga Asing sebagai satu pendekatan holistik bagi membincangkan dan menyelesaikan masalah atau isu berkaitan warga asing di Malaysia, termasuk isu PATI. Makmal ini telah berlangsung dari 23 Mac 2010 hingga 23 April 2010, dan hasilnya

telah dibentangkan kepada Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing dan Pendatang Asing Tanpa Izin (JKKPA-PATI) pada 20 Mei 2010.

Pada masa ini sejumlah 48 cadangan hasil dari makmal ini sedang dilaksanakan secara berperingkat, dan antara cadangan yang telah dilaksanakan adalah: i. Pemansuhan kemudahan Visa On Arrival (VOA)] dan ii. Memperkenalkan kemudahan Pas Residen.

Selain itu, terdapat juga cadangan-cadangan yang memerlukan pindaan terhadap perundangan sedia ada sebelum mereka dapat dilaksanakan dan perkara-perkara ini sedang dilakukan oleh Kementerian-Kementerian yang berkaitan. Antara cadangan- cadangan ini adalah: i. Meningkatkan penalti atau denda bagi kesalahan melanggar syarat Pas iaitu di bawah Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963; ii. Mewajibkan majikan melaporkan pekerja asing yang telah lari atau tamat pas kerja mereka; dan iii. Menurunkan kuasa kepada agensi penguatkuasa lain bagi melakukan tangkapan di bawah Akta Imigresen 1959/63.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, rekod Polis Diraja Malaysia menunjukkan sejumlah 34 kes jenayah indeks telah direkodkan di

daerahJAWAPAN Ampang : sepanjang tempoh Januari hingga Mei 2011. Jika dibandingkan dengan tempoh Januari hingga Mei 2010 yang telah mencatatkan 87 kes jenayah indeks, ini jelas menunjukkan penurunan sebanyak 60.9% di antara kedua-dua tempoh tersebut. Jumlah jenayah kekerasan seperti bunuh dan samun berkawan tanpa senjatapi telah berkurangan dari 45 kes kepada 14 kes, manakala jumlah jenayah harta benda seperti pecah rumah siang dan Iain-lain kecurian berkurangan dari 42 kes kepada 20 kes sahaja.

Tuan Yang Di-Pertua,

Agensi penguatkuasaan seperti Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Imigresen Malaysia dari masa ke semasa membuat pemantauan secara berterusan untuk mengurangkan kebarangkalian berlakunya

NO SOALAN

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA perbuatan yang melanggar undang-undang oleh warganegara asing, selain melaksanakan operasi penguatkuasaan secara bersepadu bersama agensi-agensi yang berkaitan untuk mengesan, menangkap, mendakwa dan mengusir warganegara asing yang melanggar peruntukan undang-undang negara. DARIPADA : Y.B. TUAN SIM TONG HIM (KOTA MELAKA) PERTANYAAN : LISAN TARIKH : 28.06.2011

Y.B. TUAN SIM TONG HIM [ KOTA MELAKA ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan kedudukan Amanah Saham Satu Malaysia

(a) setakat April tahun ini, berapa saham telah dapat dijualkan dan nyatakan jumlah bakinya ; dan

(b) apakah usaha Kerajaan untuk menarik minat dari rakyat jelata.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua, a) Untuk makluman Yang Berhormat, setakat 30 April 2011, Amanah Saham IMalaysia (AS1M) telah berjaya dijual sebanyak 4.949 bilion unit, dengan pemegang unit seramai 264,473 orang. Baki tabung unit AS1M yang masih boleh dilanggan adalah sebanyak 5.040 bilion unit. Walau bagaimanapun,

peruntukan kuota tabung AS1M untuk kaum Cina telah habis dilanggan. Baki tabung unit AS1M yang masih tinggal hanya boleh dilanggan oleh kaum Bumiputera, India dan Iain-lain rakyat Malaysia. b) Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) telah menganjurkan pelbagai program promosi di peringkat negeri bagi meningkatkan kesedaran dan memberi penjelasan mengenai produk tersebut. Antara usaha-usaha aktiviti pemasaran dan jualan yang telah dijalankan oleh pihak ASNB bagi menarik minat rakyat Malaysia untuk melanggan unit AS1M adalah seperti berikut: i. Seminar Pelaburan 360 Hari Menganjurkan program "Seminar Pelaburan 360 Hari", yang meliputi 140 daerah di seluruh negara bertujuan untuk mendidik masyarakat mengenai kepentingan untuk melabur dari awal dan secara berterusan bagi memenuhi keperluan kewangan pada masa hadapan. ii. Skuad MyVi AS IMalaysia Melancarkan pasukan pemasaran bergerak iaitu "Skuad MyVi AS IMalaysia" bagi mempromosikan dana AS1M kepada pelabur-pelabur di seluruh negara, baik di kawasan bandar mahupun di luar bandar. Skuad MyVi ASlMalaysia telah meliputi 100 lokasi di seluruh Malaysia dan berjaya menarik minat rakyat Malaysia daripada pelbagai kaum untuk membuka akaun AS1M.

iii. Kaunter Pelaburan dan Perkhidmatan Menubuhkan Kaunter Pelaburan dan Perkhidmatan di pejabat-pejabat Kerajaan, syarikat-syarikat swasta dan lokasi-lokasi terpilih bagi memberi penerangan terhadap produk dan menyediakan kemudahan kepada kumpulan sasar untuk membuka akaun AS1M.

NO SOALAN

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA iv. Pengiklanan dan Promosi Menjalankan promosi melalui akhbar-akhbar utama dan mengedarkan risalah- risalah dan brosur-brosur mengenai dana AS1M di lebih 1,600 cawangan agen ASNB iaitu Pos Malaysia, CIMB, Maybank, RHB dan di 23 Pejabat Cawangan ASNB di seluruh negara.

Soalan No : f 3>

PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PERTANYAAN LISAN

DARIPADA Y.B. DATUK WEE JECK SENG (TANJONG PIAI)

TARIKH 28.06.2011

SOALAN:

Y.B. DATUK WEE JECK SENG [ TANJONG PIAI ] minta Menteri Pelajaran menyatakan langkah-langkah yang akan dijalankan oleh Kerajaan untuk mengatasi masalah pembulian dan penderaan murid-murid di sekolah yang masih berleluasa berlaku.

JAWAPAN

Tuan Yang Di Pertua,

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) memandang serius terhadap kes buli, dan telah mengeluarkan Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Bil. 8/2010 iaitu Garis Panduan Mencegah Dan Menangani Perbuatan Buli Dalam Kalangan Murid Di Sekolah. Antara langkah-langkah yang digariskan menerusi SPI tersebut termasuklah; i. mengadakan peti aduan murid atau saluran-saluran aduan murid secara berkesan di sekolah dan asrama; ii. peranan Jawatankuasa Disiplin Sekolah dan Asrama diaktifkan sepenuhnya;

iii. menghapuskan budaya-budaya tertentu oleh murid yang berlawanan dengan prinsip-prinsip pendidikan, akhlak dan usaha memupuk budi pekerti yang baik dalam kalangan murid sekolah; iv. melaksanakan aktiviti orientasi atau suaikenal terhadap murid baru, yang berada di bawah kawalan guru sepenuhnya; v. bagi sekoiah-sekolah berasrama, kewujudan guru warden hendaklah dapat dirasai oleh penghuninya sepanjang masa; serta vi. kempen dan penjelasan terhadap kesan perbuatan ala samseng, buli dan jenayah lain yang perlu dibuat secara berterusan dan melibatkan pihak luar seperti PDRM. PIBG atau pihak-pihak lain yang difikirkan berkaitan.

Untuk makluman, kesemua murid yang menjadi mangsa dan pemangsa telah diberi kaunseling di peringkat sekolah bagi mengatasi post-trauma syndrome. Sekiranya terdapat murid-murid yang masih berdegil dan didapati melanggar peraturan ini, mereka boleh dikenakan tindakan yang keras termasuk hukuman buang sekolah.

Rjm 103

NO:74

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN

DARI PAD A Dato’ Haji Wan Abd Rahim Bin Wan Abdullah [ Kota Bharu ]

TARIKH 28 Jun 2011 (Selasa)

SOALAN 74

Dato’ Haji Wan Abd Rahim Bin Wan Abdullah [ Kota Bharu ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan adakah Kerajaan bercadang membina Pelabuhan Tok Bali Kelantan atau memberikan kebenaran kepada mana-mana pihak lain untuk melaksanakan pembinaan tersebut.

JAWAPAN

Tuan Yang Dipertua,

Untuk makluman Dewan Yang Mulia ini, terdapat sebuah pelabuhan kecil di Kuala Besar, Kelantan. Disamping itu, Pelabuhan Kemaman dan Pelabuhan Kuantan juga berperanan sebagai gateway bagi eksport dan import di Pantai Timur.

Justeru, Kerajaan tidak mempunyai perancangan untuk membina sebuah pelabuhan di Tok Bali buat masa ini.

I

ryrr'

SOALAN NO.: ( O

PEMBER1TAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PERTANYAAN : LI SAN DARIPADA Y.B. DATUK BUNG MOKTAR BIN RADIN

KAWASAN KINABATANGAN TAR1KH 28 JUN 2011 (SELASA)

SOALAN:

Y.B. DATUK BUNG MOKTAR BIN RADIN (KINABATANGAN) minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan

(a) Jumlah kos perbelanjaan Kerajaan dalam memperbaiki cerun-cerun di Iereng bukit sepanjang jalan raya Persekutuan di Negeri Sabah; dan

(b) Langkah positif Kerajaan melaksanakan penyelenggaraan jalan-jalan raya yang baru siap

I

dibina terutama di kawasan luar bandar termasuk Parlimen Kinabatangan.

JAWAPAN:

Tuan Yang Di-Pertua;

(a) Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Program Pembaikan Cerim-Cerun di Negeri Sabah sememangnya merupakan antara program yang menjadi keutamaan Kementerian Kerja Raya untuk dilaksanakan dalam Tempoh Separuh Pertama, RMKe-10 ini.

Sehubungan itu, peruntukan sebanyak RM131 juta telah disediakan dalam tempoh tersebut bagi melaksanakan projek penyelenggaraan dan pembaikan cerun-cerun yang dikenal pasti di seluruh Negeri Sabah. Ini merupakan kesinambungan dari Program Pembaikan Cerun-Cerun di Sabah yang telah dilaksanakan dalam RMKe-9 terdahulu di mana sebanyak RM276 juta telah dibelanjakan untuk membaik pulih dan menyelenggara 42 cerun di negeri tersebut. Dalam RMKe-10 ini, iaitu sehingga 31 Mei 2011, terdapat 2 projek pembaikan cerun yang sedang dalam peringkat pembinaan, 6 projek dalam peringkat penilaian tender dan 26 projek Iagi sedang dalam peringkat reka bentuk di negeri berkenaan.

Antara program pembaikan utama cerun di Negeri Sabah dalam Tempoh Separuh Penggal RMKe-10 ini ialah di sepanjang Jalan Tamparuli - Ranau, Jalan Merotai - Kalabakan dan Jalan Kota Belud - Kudat.

2

(b) Untuk makluman Ah(i Yang Berhormat, penyelenggaraan Jalan- jalan Persekutuan yang baru sahaja siap dibina terletak di bawah tanggungjawab kontraktor utama yang melaksanakan sesuatu projek itu, iaitu sehingga tamat Tempoh Membaiki Kecacatan atau Defects Liability Period (DLP). Selepas tempoh tersebut berakhir, Jalan Persekutuan berkenaan akan diserahkan kepada Kementerian Kerja Raya untuk diselenggara melalui syarikat-syarikat konsesi penyelenggaraan jalan yang dilantik Kerajaan. Skop penyelenggaraan ini meiibatkan kerja-kerja rutin seperti penampalan lubang (potholes), pemotongan rumput, mencuci sistem perparitan dan pemasangan perabot jalan, dan kerja-kerja penyelenggaraan berkala (periodic), termasuk kerja-kerja kecemasan.

Untuk tahun 2011 ini, Kementerian Kerja Raya telah memperuntukkan sebanyak RM57.5 juta bagi melaksanakan kerja- kerja penyelenggaraan Jalan-Jalan Persekutuan di Negeri Sabah, termasuk di Kinabatangan. Ini tidak termasuk peruntukan MARRIS atau Sistem Maklumat Rekod-Rekod jalan Raya Malaysia yang disalurkan Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri Sabah pada setiap tahun untuk menyelenggara Jalan Negeri, termasuk program membaiki cerun di jalan tersebut.

Sekian. Terima kasih. SOALAN NO : 76

3

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN NEGARA JAWAPAN OLEH Y.B. DATO’ LIOW TIONG LAI MENTERI KESIHATAN MALAYSIA

PERTANYAAN : LISAN

DARI PAD A TUAN LIEW CHIN TONG [BUKIT BENDERA] TARIKH 28JUN 2011

SOALAN

Tuan Liew Chin Tong [ Bukit Bendera ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan bilangan pesakit gangguan mental yang terima rawatan di hospital, mengikut kategori umur, jantina dan kaum, pada tahun 2008, 2009 dan 2010.

Tuan Yang di-Pertua,

Peruntukan yang diagihkan bagi tahun 2011 untuk perkhidmatan psikiatri bagi rawatan pesakit mental di hospital Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) adalah sebanyak RM56,100,000.00. Selain peruntukan untuk rawatan, KKM turut memberi bantuan kewangan bagi aktiviti promosi dan pencegahan di mana Lembaga Promosi Kesihatan ada menyalurkan kewangan dalam bentuk geran kepada badan-badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti promosi kesihatan mental. Sepanjang 2011 (hingga Jun 2011), sejumlah RM294,600 telah

II

disalurkan kepada pertubuhan bukan kerajaan bagi melaksanakan aktiviti promosi kesihatan mental. Bagi tahun ini juga, Kementerian Kesihatan juga akan memperuntukkan RM500.000 bagi tujuan penerbitan bahan-bahan pendidikan kesihatan mental untuk disebarkan kepada masyarakat.

Data yang dikumpulkan oleh KKM di kalangan pesakit mental yang telah mendapatkan rawatan psikiatri di hospital-hospital KKM adalah didapati kes- kes ini meliputi organic mental disorder, mental and behavioural disorders due to substance abuse, schizophrenia, mood diosorder, neurotic, stress related and somatoform disorders serta mental retardation. Dari tahun 2007 sehingga 2010 sejumlah 105,941 kes gangguan mental dan tingkah laku telah menerima rawatan dari institusi - institusi mental dan hospital-hospital di seluruh negara. Ini merupakan 1.3% dari jumlah kemasukan kes ke hospital. Majoriti kes melibatkan kumpulan umur reproduktif di mana peratusan kes menerima rawatan yang paling tinggi adalah dari kumpulan umur 25 - 34 tahun yang menyumbang kepada 30% dan ini diikuti oleh kumpulan umur 35 - 44 tahun iaitu 21.8%. Kes gangguan mental dan tingkah laku yang menerima rawatan adalah lebih tinggi di kalangan lelaki iaitu sebanyak 65% berbanding wanita yang menyumbang kepada 35% daripada jumlah keseluruhan kes. Dari keseluruhan kes menerima rawatan, 70% merupakan kes schizophrenia, diikuti dengan gangguan mood termasuk kemurungan (12%), gangguan mental akibat penyalahgunaan substans (7%), dan masalah neurosis (5%). Selebihnya adalah masalah organik dan mental retardation.

2

SOALAN NO. 77

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT PERTANYAAN :

JAWAB LISAN

DARI PAD A DATO’ HAJI ISMAIL BIN HAJI ABD. MUTTALIB

(MARAN)

TARIKH 28 JUN 2011 (SELASA)

SOALAN

YB Dato' Haji Ismail Bin Haji Abd. Muttalib (Maran) minta MENTERI

PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan program-program dan peruntukan-peruntukan khas bagi membantu usahawan wanita menjalankan perniagaan mereka pada (5) lima tahun ke belakang. Apakah program tersebut mendapat sambutan dansejauh

mana keberkesanannya. JAWAPAN :

Tuan Yang Dipertua,

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) memainkan peranan aktif dalam membangunkan usahawan wanita menerusi penyediaan pelbagai program latihan kemahiran dan latihan asas keusahawanan.

JPW menyediakan latihan kemahiran dan bimbingan keusahawanan bagi menggalakkan penyertaan wanita dalam aktiviti ekonomi untuk menjana pendapatan dan meningkatkan kualiti hidup mereka. Antara program yang telah dijalankan adalah program Inkubator Kemahiran Ibu Tunggal (l-KIT) yang menyediakan latihan kemahiran intensif dan bimbingan keusahawanan untuk ibu-ibu tunggal berpendapatan rendah.

Sejak mula diperkenalkan pada tahun 2008, seramai 1,699 orang ibu tunggal telah dilatih dan seramai 260 orang usahawan wanita berjaya dilahirkan menerusi program l-KIT. Selain itu, JPW turut menjalankan program-program peningkatan kemahiran untuk wanita seperti berikut:

i. Program Inkubator Keusahawanan Wanita (l-KeuNita), (mula

diperkenalkan pada tahun 2010) - seramai 1,172 orang peserta

telah menyertai program ini;

ii. Latihan peningkatan kemahiran dengan kerjasama NGO, (mula

diperkenalkan pada tahun 2001) - seramai 69,238 orang peserta

telah menyertai program ini;

iii. Latihan kemahiran di peringkat komuniti ‘Jejari Bestari’, (mula

diperkenalkan pada tahun 2007) - seramai 29,155 orang peserta

telah menyertai program ini; dan

iv. Program pembangunan usahawan, (mula diperkenalkan pada

tahun 2008) - seramai 3,100 orang peserta telah menyertai

program ini.

Pada tahun 2010, Kementerian melalui JPW telah menyediakan skim bantuan perniagaan untuk wanita dan ibu tunggal iaitu Geran Teman 1 Azam. Skim ini merupakan bantuan modal permulaan perniagaan yang disediakan oleh

Kementerian kepada wanita warganegara Malaysia yang berminat menceburi bidang perniagaan. Seramai 406 orang usahawan wanita telah mendapat manfaat dengan jumlah keseluruhan peruntukan yang dibelanjakan sebanyak

RM1.9 juta. Daripada jumlah tersebut, sejumlah 116 orang peserta berjaya memperolehi pendapatan melebihi RM1.000 sebulan. Manakala sejumlah 135 orang peserta memperolehi pendapatan di antara RM501 hingga RM1,000 sebulan.

Selain itu, Peruntukan Bantuan Khas Perbendaharaan turut disalurkan kepada Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) untuk melaksanakan program latihan kemahiran dan asas keusahawanan kepada wanita. Dalam tempoh

5 tahun, iaitu mulai tahun 2006 sehingga 2010, sebanyak RM449,600.00 telah diperuntukkan kepada NGO dan seramai 4,150 orang peserta telah menyertai program tersebut. Bagi tahun ini, sehingga Mei 2011, sebanyak

RM 180,000.00 telah diperuntukkan kepada dua (2) buah NGO yang mensasarkan seramai 900 orang peserta menyertai program tersebut.

Menerusi pelaksanaan program-program kemahiran dan keusahawanan ini,

Kementerian dapat membantu wanita terutamanya berpendapatan rendah menjana pendapatan mereka dan secara tidak langsung dapat meningkatkan kualiti hidup mereka sekeluarga.

No. SOALAN: 78

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT PERTANYAAN Y.B. DATUK

DR MARCUS MAJIGOH (PUTATAN)

TARIKH 28 JUN2011 ( SELASA) SOALAN Y.B. DATUK DR MARCUS MAJIGOH minta PERDANA MENTERI menyatakan ; (a) Sejauh manakah pemahaman dan penghayatan rakyat terhadap Rukun Negara ; dan (b) Walaupun terdapat banyak undang-undang yang digunapakai untuk membendung aktiviti yang boleh menimbulkan sensitiviti kaum dan agama, aktiviti ini masih juga berleluasa. Apakah pendekatan baru Kerajaan bagi memastikan kesejahteraan dan keharmonian rakyat terpelihara.

JAWAPAN : (YB Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon)

Lima cita-cita dan lima prinsip Rukun Negara mempunyai nilai-nilai murni yang berdasarkan agama-agama utama dan asas Perlembagaan Persekutuan. Jika nilai-nilai ini dihayati dan diamalkan sepenuhnya dalam kehidupan seharian masyarakat di negara ini, maka akan menjamin masyarakat hidup bersama dalam suasana harmoni, selamat dan

selesa.

Namun, bukan semua anggota masyarakat berjaya mengamalkan nilai-nilai murni tersebut walaupun mereka didedah kepada dan mengetahui nilai-nilai itu. Pelbagai faktor yang menyebabkan ianya terjadi sedemikian, antaranya disebabkan persekitaran yang mempengaruhi pemikiran dan tingkah laku mereka yang ada hubungkaitnya dengan faktor ekonomi, pendidikan, politik, institusi keluarga dan faktor hubungan sosial.

Oleh itu, pelbagai usaha telah dan sedang dilakukan oleh kerajaan untuk menerapkan penghayatan dan pengamalan Rukun Negara terutama melalui institusi pendidikan di peringkat para-sekolah, sekolah rendah dan menengah hinggalah peringkat tertinggi.

Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) dengan kerjasama Kementerian

Pelajaran Malaysia dan Kementerian Pengajian Tinggi telah menubuhkan 4811 buah Kelab

Rukun Negara (KRN) di peringkat sekolah dan 127 buah Sekretariat Rukun Negara (SRN) di peringkat IPTA dan IPTS agar penghayatan dan pengamalan Rukun Negara dapat dipupuk di kalangan generasi muda.

Di samping itu, penghayatan dan pengamalan Rukun Negara juga dilaksanakan di peringkat komuniti melalui pelabagai aktiviti Kawasan Rukun Tetangga seperti gotong royong, amalan kunjung mengunjungi, ceramah kenegaraan, sambutan perayaan kaum, aktiviti bercorak patriotisma dan Iain-lain. Matlamatnya adalah untuk menggalakkan dan mengeratkan hubungan antara jiran supaya mencapai cita-cita Rukun Negara.

Strategi-strategi lain dan kumpulan-kumpulan sasar juga telah dikenalpasti melalui kerjasama di antara pihak Kerajaan dengan badan-badan bukan Kerajaan (NGO), dan kumpulan media terutamanya pelbagai kaedah promosi penghayatan Rukun Negara oleh

Jabatan Penerangan Malaysia dan beberapa agensi kerajaaan lain yang disiarkan melalui

media cetak dan elektronik.

Pelancaran dan pemacuan Gagasan 1 Malaysia oleh YAB Perdana Menteri sejak April

2009, bertujuan untuk memupuk persefahaman dan perpaduan secara lebih jitu dan rapat lagi, dengan menekankan dan menyerapkan sikap menerima dan menghormati kepelbagaian masyarakat Malaysia yang majmuk ini, di samping memantapkan komitmen supaya Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan melalui Program Transformasi

Kerajaan dan Program Transformasi Ekonomi untuk semua.

Setakat ini, gagasan 1 Malaysia telah secara langsung dan tidak langsung berjaya meningkatkan kesedaran dan komitmen rakyat terhadap betapa pentingnya untuk saling menghormati dan mengeratkan perhubungan kaum di Negara ini. Ini dapat dilihat dengan jelasnya dari populariti dan penggunaan lambang 1 Malaysia itu sendiri oleh rakyat sebagai simbol perpaduan dan keazaman untuk menjayakan transformasi negara. Lebih penting lagi, ramai rakyat, terutamanya generasi muda, begitu gemar menyahut dan melaung “1 Malaysia” secara spontan, dalam apa juga majlis perayaan atau perhimpunan.

Kerajaan yakin dan percaya, sekiranya semua pihak bekerjasama dan turut mengamalkan nilai-nilai kesederhanaan dan melaksanakan tanggungjawab untuk memelihara perpaduan, maka keharmonian dan kesejahteraan masyarakat dapat dicapai. Di sini, semua pemimpin politik dan masyarakat harus turut memainkan peranan mereka. Walau bagaimanapun, sekiranya terdapat mana-mana aktiviti yang menjejas secara serius sensitiviti dan ketenteraman awam, Kerajaan akan mengambil tindakan yang tegas untuk mengawal keadaan. Soalan No: 79

PERTANYAAN DEWAN RAKYAT MESYUARAT KEDUA, PENGGAL

KEEMPAT PARLIMEN KEDUA BELAS TAHUN 2011

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB DATUK SERI PANGLIMA ABDUL GHAPUR

BIN HAJI SALLEH

TARIKH : 28 JUN 2011

SOALAN

Minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan a) apakah Kementerian maklum bahawa semua lebih kurang 2698 orang Ketua Kampung di negeri Sabah belum lagi menerima elaun dengan kadar baru sebanyak RM800.00 sebulan semenjak Januari 2011; dan b) jika maklum, bilakah elaun dengan kadar baru seperti yang telah diumumkan ini akan dibayar.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian sedar bahawa kesemua 2,698 orang Ketua Kampung di negeri Sabah belum lagi menerima elaun dengan kadar baru sebanyak RM800 sebulan pada tahun ini. Penangguhan pembayaran elaun ini adalah kerana Kementerian telah diarah untuk mengkaji pemimpin kampung yang benar-benar layak untuk menerima kenaikan elaun berkenaan memandangkan terdapatnya beberapa jenis atau gelaran pemimpin kampung. Hasil daripada penelitian Kementerian dan perbincangan bersama wakil Kerajaan Negeri, Pengerusi JKKK diiihat sebagai pemimpin yang paling layak menerima kenaikan elaun berkenaan dan bukannya Ketua Kampung. Pertimbangan tersebut dibuat bersandarkan faktor-faktor berikut:

(i) Undang-undang - Peranan JKKK melibatkan tugas-tugas pembangunan dan keselamatan manakala peranan Ketua Kampung lebih menyentuh hal-hal adat. Perkara-perkara pembangunan dan keselamatan telah ditentukan di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan mengikut Jadual Kesembilan, Senarai I (Federal List), Perlembagaan Persekutuan. Manakala perkara mengenai agama dan adat istiadat tersenarai di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri, mengikut Jadual Kesembilan, Senarai II (State List), Perlembagaan Persekutuan; (ii) Struktur- Penubuhan JKKK direstui Kerajaan Persekutuan sejak tahun 1962 lagi sebagaimana Arahan No 3, Rancangan Pembangunan Negara dan Luar Bandar, 1962. JKKK terus diperkukuhkan dari semasa ke semasa atas inisiatif Kerajaan Persekutuan; (iii) Tanggungjawab -Tugas JKKK adalah merangkumi semua perkara berkaitan dengan pembangunan masyarakat kampung seperti pentadbiran, pembangunan, ekonomi, pendidikan, kesihatan, keagamaan dan kerohanian serta keselamatan. Merekalah yang bertanggungjawab mengurus dan mentadbir kampung masing-masing. Pemimpin yang lain pula terlibat dalam hal-hal sosial penduduk seperti perselisihan faham di kalangan anggota keluarga atau jiran, pelanggaran

adat dan pantang larang; dan

(iv) Institusi yang membentuk sebuah organisasi - JKKK merupakan sebuah institusi yang mempunyai struktur organisasi yang jelas dan didukung oleh biro-biro atau jawatankuasa khusus seperti biro ekonomi, keselamatan, sosial, pendidikan dan Iain-lain. Sebaliknya, pemimpin kampung yang lain hanya melibatkan seorang individu tanpa disokong oleh jawatankuasa. (v) Pengumuman Bajet - Pembentangan Bajet 2011 oleh YAB Perdana Menteri melibatkan kenaikan dua elaun iaitu Elaun Pengerusi JKKK dan Elaun Kehadiran Mesyuarat. Oleh itu organisasi JKKK yang mengendalikan mesyuarat dan bukannya Ketua Kampung. Pengumuman Bajet merupakan dasar yang mesti dipatuhi dan dilaksanakan. Keputusan pembayaran elaun RM800 kepada Pengerusi JKKK oleh Kerajaan Persekutuan juga dibentangkan di dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 1 Jun 2011 dan telah dipersetujui. Untuk makluman Y.B., Kementerian telah menyalurkan peruntukan kepada Kerajaan Negeri Sabah pada 10 Mei 2011 untuk pembayaran elaun JKKK bagi tempoh setengah tahun pertama sebanyak RM21.4 juta untuk 2,854 JKKK. Walau bagaimanapun, pembayaran elaun kepada JKKK masih belum dibuat oleh Kerajaan Negeri Sabah. Bayaran elaun kepada Ketua Kampung yang bukan Pengerusi JKKK adalah dibawah tanggungjawab Kerajaan Negeri.

3

SOALAN NO: 80

PEMBERITAHU

LISAN

YB. TAN SRI DATO' ABD. KHALID BIN IBRAHIM [ BANDAR TUN RAZAK ]

SELASA, 28 JUN 2011 15 [PR-1242-L44518] PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA

PERTANYAAN DARIPADA

TARIKH RUJUKAN SOALAN

Tan Sri Dato' Abd. Khalid bin Ibrahim [ Bandar Tun Razak ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN DAN KESEJAHTERAAN BANDAR menyatakan Kerajaan Pusat telah menjanjikan hak serta peluang pembelian rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) kepada penyewa rumah pangsa kos rendah Kerajaan. Setakat ini berapakah jumlah rumah yang telah diberi hak kepada penyewa. Tuan Yang di-Pertua, Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dari Bandar Tun Razak, jumlah tawaran yang dikeluarkan sehingga 31 Mei 2011 adalah sebanyak 13,557 bagi Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan 8,883 bagi Perumahan Awam (PA) DBKL. Manakala jumlah penyewa yang bersetuju membeli adalah seramai 6,929 bagi PPR dan 5,582 bagi PA DBKL. Jumlah rumah yang telah berjaya dijual sehingga 3 Jun 2011 ialah sebanyak 3,506 unit. Kesemua pembeli bagi unit-unit ini telah menandatangani surat perjanjian jual

beli, menyelesaikan bayaran harga rumah sepenuhnya dan mereka telah pun diberikan pemilikan kosong.

SOALAN NO: 82

HO sojf lm ■. %\

NO. AUM^9

NO^CUP :

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT

PERTANYAAN LISAN

DARI PADA DR. MICHAEL JEYAKUMAR DEVARAJ [SUNGAI SIPUT]

TARIKH 28 JUN 2011

RUJUKAN 3808

SOALAN:

Dr. Michael Jeyakumar Devaraj [ Sungai Siput ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan siapa yang mengarah pihak polis menghalang perhimpunan menuntut Akta Gaji Minima di Kuala Lumpur pada 1hb Mei 2011. Mengapakah hak rakyat untuk berkumpul secara aman disekat.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat Sungai Siput yang mengemukakan pertanyaan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dan dewan yang mulia ini, tindakan menyuraikan sesuatu perhimpunan dibuat adalah berdasarkan kepada peruntukan undang-undang yang berkaitan iaitu Akta A 442 Fasal 149 Perlembagaan Persekutuan, Seksyen 27 Akta Polis 1957, Seksyen 141 Kanun Keseksaan, Seksyen 83 Kanun Prosedur Jenayah dan Akta Ketenteraman Awam (Pemeliharaan) 1958 (Akta 296).

Sehubungan dengan itu, pihak polis akan mengambil tindakan menyuraikan sesuatu perhimpunan yang didapati boleh menjejaskan ketenteraman awam atau perhimpunan yang diadakan secara haram dengan memberi amaran bersurai. Setiap tindakan untuk menyuraikan sesuatu perhimpunan dilakukan adalah berdasarkan kepada peruntukan undang-undang serta berpandukan Perintah Tetap Operasi (PTO) sedia ada. Tindakan yang dilakukan oleh pihak polis adalah demi menjaga kepentingan awam dan bukan untuk menyekat hak rakyat untuk berkumpul ataupun hak untuk bersuara.

SOALAN NO : 82

PARLIMEN MALAYSIA PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT PERTANYAAN DARI PADA LISAN TARIKH DR. LEE BOON CHYE [GOPENG] SOALAN 28 JUN 2011 (SELASA) Dr. Lee Boon Chye [Gopeng] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan perbelanjaan dalam bidang Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) setiap tahun mulai tahun 2005 secara terperinci mengikut:

(a) jumlah keseluruhan Kementerian; dan

(b) mengikut industri, khususnya industri ternakan dan ternakan khinzir, padi, sayur-sayuran, buah-buahan dan perikanan.

JAWAPAN Oleh YB MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI

Tuan Yang Dipertua,

Mulai tahun 2005 hingga 2010, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani melalui Jabatan dan Agensi terlibat telah membelanjakan sebanyak RM197.6 juta dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) pertanian dengan pecahan sebanyak RM7.24 juta bagi tahun 2005, RM38.15 juta bagi tahun 2006, RM60.31 juta pada tahun 2007, RM38.36 juta pada tahun 2008, RM38.02 juta bagi tahun 2009 dan RM15.51 juta bagi tahun 2010.

Daripada jumlah tersebut, peruntukan R&D yang dibelanjakan bagi industri ternakan ialah RM72.78 juta, ternakan khinzir RM664,000, padi sebanyak RM25.82 juta, sayur- sayuran RM3.87 juta, buah-buahan sebanyak RM12.03 juta dan industri perikanan sebanyak RM82.44 juta. Bidang penyelidikan bagi komoditi-komoditi ini adalah merangkumi bidang makanan ternakan, teknologi biakbakaan, pengeluaran, pengurusan penyakit, pengendalian lepas tuai sehingga kepada pembangunan produk hiliran. Bagi ternakan khinzir pula, penyelidikan tertumpu kepada penyakit- penyakit ternakan yang berkepentingan ekonomi dan kesihatan manusia (zoonotik) seperti penyakit Nipah, penyakit kuku dan mulut, pencemaran ladang, sisa hormon dan Iain-lain.

SOALAN NO:83

PEMBER1TAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PERTANYAAN : LISAN

DARI PADA : TUAN SIVARASA A/L K.RASIAH [SUBANG]

TARIKH : 28JUN2011

SOALAN

TUAN SIVARASA A/L K.RASIAH [SUBANG] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah SPRM telah memulakan siasatan berkenaan pembelian kapal selam Scorpene yang melibatkan rasuah sebanyak 30 juta Euro dan 2.5 juta Euro masing-masing yang melibatkan syarikat di Malta bernama Gifen dan perantara yang belum dikenali yang

baru-baru ini dedahkan oleh pihak berkuasa Perancis selepas siasatan sejak awal tahun 2011. JAWAPAN: YB DATO’ SERI MOHAMED NAZRI BIN ABDUL AZIZ MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

Tuan Yang di-Pertua,

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih lagi menjalankan siasatan berhubung kes berkenaan pembelian kapal selam Scorpene. Walau bagaimanapun perincian tidak boleh didedahkan.

Sekian, terima kasih.

NO SOALAN ^

SOALAN : 84

MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEEMPAT PARLIMEN KEDUA BELAS PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT MALAYSIA

PERTANYAAN LISAN

DARI PADA Y.B DATUK HAJAH NORAH BINTI ABD RAHMAN

(TANJUNG MANIS)

TARIKH 28.6.2011

SOALAN

Minta Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menyatakan bilakah Kerajaan akan mula memasangkan paip air ke semua kampung-kampung di Pulau Bruit sedangkan paip utama telah pun siap di sedia.

JAWAPAN: Tuan Yang di-Pertua,

Pemasangan paip ke kampung-kampung di Pulau Bruit akan dilaksanakan secara berperingkat. Kini, kontraktor yang dilantik sedang giat melaksanakan projek penyambungan bekalan air ke Kg. Saaie, Kg. Semup, Kg. Penobong, Kg. Betanak, Kg. Penuai, Kg. Salah Kecil, Kg. Sebakau, Kg. Petanak Ulu dan Rh Juing di mana kerja- kerja ini dijangka siap pada 23 Ogos 2011. Pemasangan paip ke Kg. Bruit & Kg. Tekajong dijangka akan dimulakan pada awal Julai 2011 dan dijangka siap pada akhir Disember 2011. PEMBERITAHUAN

PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA

DARI PADA : Y.B. TUAN TONY PUA KIAM WEE (PETALING JAYA UTARA)

PERTANYAAN : LISAN TARIKH : 28.06.2011

Y.B. TUAN TONY PUA KIAM WEE [ PETALING JAYA UTARA ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan (a) anggaran pecahan subsidi yang akan ditanggung Kerajaan pada tahun 2011 mengikut kategori terperinci; dan

(b) anggaran kenaikan hasil Kerajaan berpunca dari sektor minyak dan gas, dan Iain-lain sumber.

JAWAPAN

Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM23.7 bilion bagi membiayai subsidi, insentif dan bantuan kepada rakyat bagi tahun 2011. Pecahan peruntukan bagi subsidi adalah berjumlah RM14.7 bilion, insentif berjumlah RM400.5 juta dan bantuan berjumlah RM8.6 bilion.

2. Secara umumnya, subsidi merupakan pemberian Kerajaan untuk meringankan beban rakyat dengan menampung sebahagian kos yang perlu dibayar bagi mendapatkan barangan keperluan, perkhidmatan pengangkutan dan pembiayaan/pinjaman daripada dana tertentu yang membolehkan rakyat mendapatkan barangan atau perkhidmatan tersebut pada harga yang lebih rendah. Contoh subsidi adalah Subsidi Harga Padi, Subsidi Harga Beras,

NO SOALAN ^

Subsidi Perbezaan Kadar Faedah dan subsidi barangan keperluan seperti gula, tepung gandum dan minyak masak.

3. Bantuan pula merupakan pemberian Kerajaan bagi melaksanakan pelbagai program bantuan, sokongan dan galakan yang melibatkan kumpulan sasar tertentu seperti pelajar sekolah, golongan miskin, ibu tunggal, Orang Kelainan Upaya (OKU) dan sebagainya. Antara contoh bantuan termasuk biasiswa, Program Bantuan Pelajar Sekolah dan Kanak-Kanak Prasekolah seperti bantuan makanan asrama, Rancangan Makanan Tambahan dan Bantuan Makanan Prasekolah, Bantuan Keluarga Miskin dan Bantuan OKU.

4. Manakala insentif pula merupakan pemberian Kerajaan kepada pengusaha kegiatan ekonomi terpilih yang antara lainnya bertujuan meningkatkan hasil pengeluaran masing-masing. Antara contoh insentif adalah Insentif Pengeluaran/Peningkatan Hasil Padi, Insentif Nelayan/Tangkapan Ikan dan Bayaran Kepada Pemilik dan Pekerja Vessel.

5. Manakala berdasarkan semakan sehingga 11 Mei 2011, kenaikan hasil kerajaan berpunca dari sektor minyak dan gas, dan sumber-sumber lain bagi tahun 2011 ialah RM179.7 bilion iaitu kenaikan sebanyak RM13.9 bilion berbanding RM165.8 bilion anggaran asal. Daripada jumlah tersebut, RM63.6 bilion merupakan hasil berkaitan petroleum manakala hasil daripada sumber- sumber lain ialah sebanyak RM116.1 bilion.

HO: 8^.

PEMBERITAHU PERTANYAAN

DEWAN RAKYAT. MALAYSIA

PERTANYAAN

DARI PADA LISAN Puan Hajah Fuziah binti Salleh

KAWASAN Kuantan

TARIKH 28.06.2011 (Selasa)

NO. SOALAN

Puan Hajah Fuziah binti Salleh [ Kuantan ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan mengapakah Lynas Corporation ditawarkan 'Strategic Pioneer Status' dan dikecualikan selama 12 tahun sedangkan projek ini jelas membahayakan keselamatan awam.

JAWAPAN:

Tuan Yang Dipertua,

Faktor kesihatan dan keselamatan rakyat di negara ini sentiasa diberi keutamaan dalam meluluskan sesuatu proiek pelaburan. Kementerian sentiasa memastikan sesuatu projek yang dicadangkan oleh pelabur hendaklah terlebih dahulu mendapatkan pandanqan dan konsultansi teknikal dari aspek keselamatan manusia dan alam sekitar daripada agensi-agensi dan jabatan-jabatan Kerajaan yang berkenaa sebelum permohonan dipertimbanqkan.

1

Dalam isu Lynas Malaysia Sdn. Bhd., Lesen Pengilangan diluluskan selepas Kerajaan menilai aspek keselamatan awam berdasarkan kepada dua Akta yang berkaitan iaitu:

• Akta Pelesenan Tenaga Atom, 1984 di bawah Lembaga Pelesanan Tenaga Atom (AELB); dan

• Akta Kualiti Alam Sekitar, 1970 di bawah Jabatan Alam Sekitar.

Standard keselamatan dan amalan baik yang dikuatkuasakan oleh dua badan penguatkuasa tersebut adalah sama atau setara dengan yang diiktiraf antarabanasa.

Walau bagaimanapun, ekoran kebimbangan masyarakat tempatan berhubung dengan keselamatan projek tersebut, satu Panel Pakar Bebas Antarabangsa telah dilantik oleh [dengan izin] International Atomic Energy Agency (IAEA) untuk mengkaji semula semua aspek kesihatan dan keselamatan projek ini.

Ingin saya tegaskan di sini bahawa Kerajaan tidak akan berkompromi dalam memelihara kepentinqan rakvat awam berkaitan dengan projek ini.

Tuan Yang Dipertua,

Dari aspek ekonomi, projek ini adalah merupakan industri strateqik bagi menghasilkan keluaran berteknoloqi tinqgi seperti [dengan izin] compact florescent lamp, auto catalytic converter, flat panel display dan disk drives, la juga merupakan bahan penting dalam penghasilan produk tenaga hiiau. iaitu [dengan izin] wind turbines dan kenderaan elektrik dan hibrid. Dengan kelulusan projek Lynas, beberapa svarikat pengeluaran produk berteknoloqi tinggi dan berkaitan tenaga hiiau telah

2

menvatakan minat mereka untuk melabur di Malaysia untuk mendapatkan akses kepada bahan mentah yang dihasilkan oleh projek Lynas.

Projek ini dijangka mewujudkan peluang pekeriaan kepada seramai 400- 500 orang rakvat tempatan dan meningkatkan pendapatan pertukaran mata asing negara dengan pelaburan awal berjumlah hampir RM300 juta dan akan meningkat sehingga RM1.74 bilion dan jangkaan pendapatan eksport sebanyak RM8 bilion setahun.

Penilaian awal Kementerian menunjukkan bahawa projek ini juga memberikan faedah sampingan seperti berikut:

i) pemindahan teknologi dengan menvediakan latihan berjumlah RM2.7 juta setahun kepada pekeria-pekeria tempatan:

ii) membelanjakan R&D sebanyak RM11.03 juta: iii) pembelian bahan mentah tempatan yang dianggarkan sebanyak RM130 juta setahun; iv) menjana aktiviti-aktiviti ekonomi perkhidmatan tempatan sebanyak RM23.3 juta setahun; dan

v) penggunaan utiliti seperti elektrik dan air vang berjumlah RM38.6 juta setahun.

3

NO SOALAN : 87

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PERTANYAAN LISAN

DARI PADA YB DATO’ SRI HAJI ZULHASNAN BIN RAFIQUE (SETIAWANGSA)

TARIKH 28.06.2011 (SELASA)

SOALAN:

Minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan sejauh manakah keberkesanan Klinik Kaunseling IMindef bagi melahirkan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang bermotivasi serta bebas daripada sebarang masalah seperti tekanan kerja dan psikologi dan sekali gus meningkatkan lagi keupayaan mereka sebagai benteng pertahanan negara.

MESY KE2/DR28.6.11-DATO' SRI HJ ZULHASNAN [SETIAWANGSA] 1

JAWAPAN:

Tuan Yang di-Pertua,

Penubuhan Klinik Kaunseling 1MINDEF yang telah dirasmikan pada 12 Mei 2011 bertujuan membudayakan kaunseling ,di kalangan warga Kementerian Pertahanan. Semenjak perasmian, sebanyak 23 sessi kaunseling telah dijalankan secara bersistematik dan dikendalikan oleh kaunselor berdaftar dan dibantu oleh Ahli Pebimbing Rakan Perkhidmatan Awam (AKRAB). Kebanyakan kes yang dirujuk merupakan rujukan daripada ketua-ketua jabatan yang mempunyai kakitangan yang berhadapan dengan masalah peribadi seperti masalah keluarga, kewangan dan sebagainya yang boleh mengganggu penumpuan terhadap kerja sepenuhnya. Daripada jumlah kes yang dilaporkan, 43.47% telah berjaya dibantu dalam mempertingkatkan penumpuan terhadap kerja dan bermotivasi. Manakala sebanyak 34.78% menunjukkan peningkatan untuk pemulihan dari masalah tanpa pemantauan berterusan dan sebanyak 21.75% masih memerlukan pemantauan sepenuhnya untuk pemulihan. Berdasarkan peratus- peratus yang dinyatakan, keberkesanan sesuatu proses kaunseling bergantung kepada individu yang dirujuk. Namun begitu, dengan kerjasama pegawai atasan individu tersebut dalam memantau peningkatan prestasi selepas dirujuk, maka adalah perlu sekiranya individu terbabit dirujuk semula untuk kaunseling.

MESY KE2/DR28.6.11-DATO' SRI HJ ZULHASNAN [SETIAWANGSA] ^

Tuan Yang di-Pertua,

Keberkesanan dan keupayaan klinik kaunseling ini akan dipertingkatkan dari masa ke semasa dengan menjadikannya sebagai one stop centre dalam menangani permasalahan warga Kementerian. Bagi memberikan perkhidmatan yang terbaik, unit-unit kaunseling di bawah perkhidmatan Darat, Laut dan Udara juga turut membantu dalam usaha untuk memperkasakan kesiapsiagaan tempur dan mempertingkatkan tahak kualiti hidup warga ATM dengan mengaplikasikan pendekatan psikologi dalam Pengurusan Sumber Manusia.

MESY KE2/DR28.6.11-DATO' SRI HJ ZULHASNAN [SETIAWANGSA] ^

SOALAN NO

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

1 PERTANYAAN : Y.B. DATO HAJI ISMAIL BIN HA]I MOHAMED SAID DARI PADA KUALA KRAU 28 ]UN 2011 (SELASA) KAWASAN TARIKH LISAN

SOALAN:

Y.B.DATO' HAJI ISMAIL BIN HAJIMOHAMED SAID (KUALA KRAU) minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan:-

(a) Apakah keberkesanan peranan Lembaga Pembangunan IndustriPembinaan Malaysia (CIDB) terhadap melahirkan pekerja-pekerja mahir dalam industri pembinaan negara; dan

(b) Apakah sasaran CIDB dalam usaha mempertingkatkan kemahiran sumber manusia industri pembinaan negara menjelang tahun

2020.

JAWAPAN:

SOALAN NO Tuan Yang Di-Pertua;

Sejak penubuhannya pada tahun 1994, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia atau CIDB telah melaksanakan pelbagai langkah dan inisiatif untuk membangunkan industri pembinaan di negara ini. Ia antara lain dilaksanakan menerusi Pelan Induk Industri Pembinaan Negara atau Construction Industry Master Plan (CIMP) 2006 - 2015. Melalui blue print ini, kemahiran sumber tenaga manusia dalam industri pembinaan akan sentiasa dipertingkatkan menerusi pelbagai skim latihan dan kursus-kursus kemahiran yang disediakan oleh CIDB melalui Akademi Binaan Malaysia (ABM) di seluruh negara.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga 30 April 2011, program pembangunan personel binaan (kemahiran dan akreditasi) yang dijalankan ABM telah melatih seramai lebih dari 1.2 juta bilangan peserta. Antara bidang latihan yang terlibat iaiah Program Latihan Personel Binaan (92,185 peserta), Program Latihan Belia Lepasan Sekolah (77,157), Program Latihan Teknikal dan Pengurusan (38,382), Program Latihan dan Akreditasi Penyelia Tapak (3,229), Program Latihan Keselamatan dan Kesihatan (976,316) dan Program Akreditasi Pekerja Mahir Binaan (89,429). Melalui Program Akreditasi Pekerja Mahir Binaan, CIDB bukan sahaja telah melahirkan ramai tenaga kerja tempatan yang mahir dan

separa mahir di negara ini, malah terdapat di kalangan mereka yang telah mendapat peluang pekerjaan di luar negara.

Di samping itu, bagi mengukur dan menilai kualiti projek pembinaan mengikut keperluan piawai yang ditetapkan, CIDB juga telah mewujudkan Sistem Penilaian Kualiti Dalam Pembinaan atau dikenali sebagai QLASSIC (Quality Assessment System in Construction). Penilaian QLASSIC ini mengguna pakai piawai dari Construction Industry Standard: Quality Assesment System for Building Construction Works yang telah dilaksanakan di negara-negara maju. Sehubungan itu, antara sasaran yang ditetapkan CIDB ialah untuk mencapai tahap sekurang-kurangnya 85% skor QLASSIC menjelang tahun 2015 di mana faktor utama peningkatan kualiti pembinaan ini akan diukur menerusi aspek sumber tenaga manusia atau personel binaan yang terlatih.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi tujuan memperkukuhkan Iagi CIDB sebagai agensi teras dalam industri pembinaan negara, Kementerian Kerja Raya telah membentangkan cadangan Rang Undang-Undang Pindaan Akta CIDB, 2011 dalam mesyuarat Parlimen kali ini, iaitu Mesyuarat Kedua, Penggal Keempat Parlimen Kedua Belas. Melalui pindaan akta ini, peranan CIDB sebagai badan kawal selia industri pembinaan negara akan dapat dimantapkan menerusi penekanan terhadap aspek penguatkuasaan kualiti pembinaan dan pembangunan modal insan yang berterusan dalam industri berkenaan.

Sekian. Terima kasih.

NO SOALAN 3 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA

DARI PADA : Y.B. DATO' RASHID BIN DIN (MERBOK)

PERTANYAAN : LISAN

TARIKH : 28.06.2011

Y.B. DATO1 RASHID BIN DIN [ MERBOK ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan adakah kaedah yang boleh dilaksanakan untuk membanteras penipuan dalam tuntutan insurans kenderaan supaya premium/kadar tuntutan boleh dibaiki supaya kenaikan premium insurans dapat dibendung.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Yang Berhormat, penambahbaikan proses tuntutan khususnya perlindungan motor akan dilaksanakan bagi menangani masalah penipuan dan ketirisan dalam proses penyelesaian tuntutan.

2. Di bawah Rangka Kerja Motor Baru yang dipersetujui oleh pihak Kerajaan pada Januari 2011, salah satu strategi utama adalah untuk menambahbaik proses penyelesaian tuntutan insurans yang melibatkan inisiatif holistik untuk mempertingkatkan efisiensi proses penyelesaian tuntutan. Ini termasuk inisiatif-inisiatif untuk menangani penipuan dan ketirisan dalam proses penyelesaian tuntutan. Bagi tujuan ini, Jawatankuasa Kerja Bersama (JKK) yang dipengerusikan oleh Bank Negara Malaysia dan

dianggotai oleh pelbagai agensi yang terlibat dalam proses penyelesaian tuntutan perlindungan motor seperti Kementerian Kewangan, Polis DiRaja Malaysia, Kementerian Kesihatan, Pihak Kehakiman, Jabatan Peguam Negara, Majlis Peguam Negara dan persatuan-persatuan pengguna serta pengangkutan telah ditubuhkan. Setiap agensi/institusi yang menganggotai JKK ini bertanggungjawab melaksanakan inisiatif-inisiatif penambahbaikan tertentu di bawah bidang kuasa masing-masing dan usaha ini akan dipantau oleh JKK melalui mesyuarat bulanannya. JKK bertanggungjawab untuk memastikan kelancaran pelaksanaan inisiatif-inisiatif yang dikenalpasti untuk meningkatkan kecekapan proses tuntutan insurans motor.

3. Di samping itu, sistem 'e-cover note' yang telah dilaksanakan dengan jayanya dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan pada tahun 2005 telah dapat membanteras penipuan dalam penjualan nota perlindungan palsu. PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PERTANYAAN : LISAN DARI PADA : DATUK MOHD NASIR BIN IBRAHIM FIKRI [KUALA NERUS] TARIKH : 28 JUN 2011

SOALAN:

DATUK MOHD NASIR BIN IBRAHIM FIKRI [KUALA NERUS] minta PERDANA MENTERI menyatakan langkah-langkah jangka panjang dan jangka pendek yang akan diambil dalam menangani masalah obesiti di kalangan penjawat awam. JAWAPAN: YB DATO’ SERI MOHAMED NAZRI BIN ABDUL AZIZ MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

NO SOALAN : 91

Tuan Yang di-Pertua,

Kerajaan sentiasa mengambil berat tentang tahap kesihatan setiap penjawat awam kerana ia amat berkait secara langsung dengan prestasi kerja dan mutu perkhidmatan yang akan disampaikan kepada pelanggan. Kerajaan telah mengeluarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2003 - Pemeriksaan Kesihatan Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam yang menetapkan pemeriksaan kesihatan untuk kakitangan awam yang berumur 40 tahun ke atas bertujuan untuk memantau tahap kesihatan mereka. Pegawai yang tidak mematuhi atau enggan menjalani pemeriksaan kesihatan dan kemudiannya didapati menghadapi masalah kesihatan yang serius, adalah dikhuatiri boleh menjejaskan peluang kenaikan pangkat. Bagi kakitangan yang mempunyai masalah obesiti, mereka akan dirujuk kepada klinik kesihatan berhampiran untuk nasihat pemakanan dan senaman. Selain itu, sebagai langkah pengukuhan, melalui surat edaran bertarikh 20 Ogos 2009, Kerajaan telah mewajibkan semua pegawai di Kumpulan Pengurusan Tertinggi untuk menjalani pemeriksaan kesihatan pada setiap tahun.

Kementerian Kesihatan Malaysia juga telah melaksanakan Kempen Gaya Gidup Sihat di tempat kerja. Kempen ini menyediakan garis panduan makan dan latihan kepada kakitangan awam tentang amalan makan secara sihat, amalan senaman, kaedah mengendalikan stress serta larangan merokok.

NO SOALAN : 91

Kementerian Kesihatan juga telah melaksanakan kursus katering sihat untuk pengusaha-pengusaha kantin di premis-premis kerajaan. Kursus ini memberi pendedahan kepada pengusaha kantin bagaimana menyediakan makanan sihat kepada pelanggan dan panduan pemakanan sihat.

Selain itu, bagi agensi badan beruniform, setiap anggota perlu mengikuti latihan jasmani yang diadakan setiap hari. Angkatan Tentera Malaysia (ATM) misalnya mengambil inisiatif untuk mengatasi masalah obesiti di kalangan anggotanya dengan meletakkan syarat bahawa setiap warganya yang ingin peningkatan kerjaya terjamin, haruslah mengekalkan tahap kecergasan dan mempunyai kadar body mass index (BMI) yang rendah. Malah syarat ini juga turut diletakkan sebagai syarat wajib beberapa kursus peningkatan kerjaya bagi warga ATM.

Sekian, terima kasih.

SOALAN NO: 92

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT JAWAPAN OLEH Y.B. DATO’ SRI LIOW TIONG LAI MENTERI KESIHATAN MALAYSIA

PERTANYAAN LISA

DARI PADA : N DR. HIEW KING CHEU TARIKH [KOTA KINABALU] 28 JUN 2011

SOALAN

Dr. Hiew King Cheu [Kota Kinabalu] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan mengapa harga ubat-ubatan yang dijual oleh syarikat-syarikat farmasi di pasaran meningkat begitu tinggi dan ramai rakyat tidak mampu untuk membeli. Apakah tindakan akan diambil untuk mengawal harga-harga ubat yang tinggi itu.

Tuan Yang di-Pertua, Secara amnya, harga ubat di pasaran masih ditentukan oleh kuasa pasaran dan persaingan di antara industri-industri farmaseutikal yang terlibat dan juga pertukaran wang asing dan bayaran-bayaran lain dalam rangkaian pembekalan ubat-ubatan dalam negara. Di antara faktor yang mungkin menyumbang kepada kenaikan harga pada masa kini adalah kenaikan harga ubat inovatif dan bahan mentah yang diimport untuk industri farmaseutikal tempatan. Walau bagaimanapun, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tetap prihatin dan sentiasa mengawasi harga ubat-ubatan di pasaran bagi melindungi pengguna. Kajian Pemantauan Harga Ubat untuk mengesan tren, variasi dan perbandingan harga ubat di antara sektor awam dan swasta telah dijalankan secara berterusan sejak tahun 2006. Data-data yang dikumpulkan akan digunakan untuk membentuk polisi mekanisma penetapan harga ubat-ubatan yang sesuai pada masa terdekat

1

SOALAN NO: 93 selari dengan pelan tindakan transformasi sistem kesihatan kebangsaan. Dasar penetapan harga ini nanti secara langsung akan mengawal harga ubat yang dibeli oleh rakyat pada harga yang berpatutan dan mampu diperolehi.

1

Sementara itu, KKM juga telah menyediakan senarai harga runcit yang disyorkan (Recommended Retail Price-RRP) oleh pengeluar untuk sebahagian ubat-ubatan dalam Senarai Ubat Penting Kebangsaan (National Essential Drug List- NEDL) bagi sektor awam dan swasta. Maklumat boleh dicapai di laman sesawang farmasi www.pharmacv.qov.mv, sebagai panduan untuk mendapat tawaran harga terbaik daripada farmasi-farmasi yang terlibat.

Rakyat juga masih mempunyai pilihan untuk mendapatkan ubat-ubatan generik yang sama kualiti, lebih murah dan mampu dibeli daripada kedai-kedai farmasi yang menawarkan harga yang lebih kompetitif.

2

Soalan No : ^3

PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PERTANYAAN LISA N DARI PADA Y.B. TUAN MOHD. ABDUL WAHID BIN ENDUT (KUALA TERENGGANU) TARIKH 28.06.2011

SOALAN:

Y.B. TUAN MOHD. ABDUL WAHID BIN ENDUT [ KUALA TERENGGANU ] minta Menteri Pelajaran menyatakan jumlah Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) di Terengganu yang telah diserahkan kepada Kementerian di bawah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dan nyatakan terma-terma penyerahan yang telah dipersetujui.

JAWAPAN

Tuan Yang Di Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat. sebanvak 14 buah Sekolah Agama Negeri di Terengganu telah berdaftar dengan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Terma-terma persetujuan terkandung dalam Perjanjian Persefahaman (MoU) yang telah ditandatangani kedua-dua pihak, antaranya ialah berkaitan dengan perjawatan guru dan Anggota Kakitangan Sokongan (AKS), sumbangan modal, bantuan kurikulum, kokurikulum, tapak dan bangunan.

Rjm 104

NO. SOALAN : 94

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PERTANYAAN LISAN

DARIPADA TUAN FONG KUI LUN [BUKIT BINTANG ]

TARIKH JAWAPAN 28 JUN 2011 (SELASA) DI DEWAN RAKYAT

SOALAN

Minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan kedudukan caj terkurang yang Tenaga Nasional Berhad (TNB) kenakan ke atas pengguna dari segi jumlah kes dan amaun, punca berlaku terkurang caj dan penyelesaian bagi yang tidak mampu membayarnya.

JAWAPAN Tuan Yang

Dipertua,

Untuk Makluman Ahli Yang Berhormat,

Bagi tahun kewangan Tenaga Nasional Bhd. (TNB) 2010, sebanyak 39,442 kes telah dan sedang disiasat oleh TNB dan Suruhanjaya Tenaga (ST) berhubung dengan isu berkenaan caj terkurang yang telah dikesan dan berjumlah sebanyak RM75 juta.

Walaupun pihak TNB dibenarkan untuk mengenakan caj terkurang selaras dengan

Peraturan-Peraturan Pemegang Lesen 1990, Kementerian saya dengan kerjasama

Suruhanjaya Tenaga akan memastikan bahawa hanya kes- kes yang sahih sahaja yang

akan dikenakan caj terkurang oleh TNB.

Berdasarkan kepada Peraturan-Peraturan Pemegang Lesen 1990, pemegang lesen akan menyelaraskan semula sebarang caj terkurang bagi keadaan- keadaan berikut:- a) Ketidaktepatan meter; b) Meter atau pepasangan yang berkaitan dengannya atau sebahagiannya gagal

berfungsi; c) Kesilapan membaca meter; d) Kesilapan pemakaian pendaraban tetap meter; e) Penyambungan bersilang pepasangan kepada akaun yang berlainan; dan f) Kesilapan pemasangan

Tuan Yang Dipertua,

Bagi melindungi pengguna dan juga pemegang lesen dalam kes-kes caj terkurang,

Peraturan-Peraturan Pemegang Lesen 1990 telah menetapkan agar sebarang penyelarasan akan dibuat hanya untuk tiga (3) bulan ke belakang bermula dari tarikh penemuan kes.

Dalam melaksanakan tuntutan caj terkurang ini, pihak pemegang lesen sememangnya prihatin demi memastikan perkara ini tidak membebankan pengguna.

Ini termasuklah perbincangan bersama pengguna terutamanya dari segi jumlah yang munasabah yang patut dijelaskan dan juga kaedah bayaran ansuran yang boleh diterima.

Selain itu, terdapat juga kes terkurang caj yang disebabkan oleh usikan pada meter atau sistem perjangkaan TNB. Sebanyak 9,350 kes sebegini telah dikesan oleh TNB dalam tahun 2010. Kes-kes sebegini dikategorikan sebagai kes kecurian elektrik. Bagi mana-mana pengguna yang masih tidak berpuas hati dengan tindakan yang telah diambil oleh TNB, saya mencadangkan agar pengguna tersebut melaporkan perkara berkenaan kepada Suruhanjaya Tenaga yang merupakan badan kawal selia industri pembekalan elektrik di negara ini bagi membolehkan siasatan lanjut dibuat.

********************************************************************* PEMBER1TAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PERTANYAAN LISAN DARIPADA TUAN HEE LOY SIAN [ PETALING JAYA SELATAN ]

TARIKH 28 JUN 2011 (SELASA)

SOALAN Tuan Hee Loy Sian [Petaling Jaya Selatan] minta PERDANA MENTERI menyataka n bagaimana Kerajaan membantu golongan berpendapatan rendah (kurang RM1,500 sebulan) dari segi kenaikan gaji bulanan supaya mereka tidak mengalami kesan tekanan dari kenaikan harga barangan keperluan terutamanya minyak, gula dan Iain- lain.

JAWAPAN:

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, selaras dengan pendekatan pembangunan sosio ekonomi secara inklusif dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10),

NO. SOALAN: 95 perhatian khusus diberikan kepada isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah iaitu golongan yang berpendapatan kurang daripada RM2,300 sebulan, yang terdiri daripada para pekerja dalam kategori pekerjaan asas dan mereka yang bekerja sendiri di sektor informal. Untuk tujuan tersebut, pelbagai program telah dirangka dan dilaksana termasuk program pembangunan kapasiti dan kapabiliti bagi membolehkan kumpulan sasar meningkatkan kemahiran dan keupayaan, seterusnya membuka peluang untuk memperoleh punca pendapatan lain bagi meningkatkan kualiti hidup mereka. Selain itu, pelbagai insentif dan sokongan disediakan bagi memastikan keupayaan dan produktiviti kumpulan sasar ini meningkat dengan lebih ketara, terutamanya golongan berpendapatan rendah yang bekerja sendiri di sektor informal. Bagi golongan berpendapatan rendah yang bekerja dalam kategori pekerjaan asas pula, Kerajaan akan terus menyokong industri dalam usaha untuk meningkatkan tahap kemahiran dan seterusnya meningkatkan pendapatan para pekerja berasaskan produktiviti.

Di samping itu, Kerajaan juga dalam usaha untuk melaksanakan dasar gaji minimum yang akan menjadi faktor penolak kepada perubahan dalam struktur gaji di negara ini. Selaras dengan ini, Majlis Konsultasi Gaji Negara telah ditubuhkan dan Rang Undang- Undang Majlis Konsultasi Gaji Negara (RUU MKGN) akan dibentangkan pada sesi Parlimen kali ini bagi menggantikan Akta Majlis Penetapan Gaji 1947. Majlis Konsultasi Gaji Negara tersebut akan berperanan sebagai platform utama untuk menyelaras dan menetapkan kadar gaji minimum bagi golongan pekerja mengikut setiap sektor dan kawasannya. Selain itu, majlis tersebut juga akan memperincikan mekanisme pelaksanaan gaji minimum serta memastikan ketetapan kadar tersebut dipatuhi mengikut peruntukan undang-undang.

Selain itu, pelbagai langkah telah diambil oleh Kerajaan bagi mengurangkan kesan kenaikan harga barang keperluan kepada isi rumah berpendapatan 40% terendah iaitu: i. Menguatkuasakan Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2010 pada 1 April 2011 sebagai usaha Kerajaan mengekang syarikat atau individu menjual barangan atau menawarkan perkhidmatan pada harga lebih tinggi daripada harga pasaran secara melampau. Melalui Akta ini, kawalan harga dan bekalan

barangan dapat dipertingkatkan supaya para peniaga tidak sewenang- wenangnya menaikkan harga; ii. Pemberian subsidi masih diteruskan kepada petrol RON95, diesel, gula, tepung gandum, minyak masak, LPG dan beras bagi mempastikan harga barangan keperluan ini terkawal; iii. Bagi isi rumah miskin yang menggunakan elektrik di bawah 200/kWh atau bil bulanan tidak melebihi RM20 sebulan adalah dikecualikan daripada pembayaran dan kosnya ditanggung oleh Kerajaan (sehingga 31 Disember 2011). Sejak tahun 1997, Kerajaan juga tidak menaikkan tarif elektrik bagi pengguna domestik di bawah 200/kWh sebulan dan kenaikan minimal jika penggunaan melebihi 200/kWh sebulan;

iv. Penubuhan Jawatankuasa Kabinet Bekalan dan Harga yang dipengerusikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri sendiri bagi mengkaji dasar sedia ada dalam menentukan kestabilan bekalan dan harga dalam negara selain berusaha menangani kenaikan harga barangan secara seimbang berikutan kenaikan semasa harga minyak global;

v. Mengadakan sesi dialog dan perbincangan dengan persatuan industri-industri berkaitan serta persatuan-persatuan peniaga bagi menerangkan isu kenaikan harga barangan dan meminta supaya industri tidak menaikkan harga produk akhir mereka secara drastik;

vi. Program mendidik rakyat mengenai perbelanjaan berhemat diadakan secara berterusan di samping meningkatkan lagi pemahaman rakyat mengenai hak pengguna; dan

vii. Dalam tempoh jangka pendek dan sederhana, Kerajaan melaksanakan dasar monetari akomodatif dan disokong pula oleh dasar fiskal yang bersesuaian bagi menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan output dengan tidak memberi tekanan ke atas paras harga.

Segala usaha yang dilaksanakan ini adalah selaras dengan aspirasi kerajaan bagi memastikan kehidupan golongan berpendapatan rendah dapat terus terbela dan semua lapisan rakyat berpeluang menikmati kualiti hidup yang sewajarnya.

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA DATUK WEE JECK SENG [TANJONG PIAI]

TARIKH 28 JUN 2011

SOALAN

SOALAN NO.96

Datuk Wee Jeck Seng minta PERDANA MENTERI menyatakan sebab-sebab masalah kesesakan orang awam yang masih berlaku dalam mendapatkan perkhidmatan KTM terutamanya pada waktu puncak dan langkah-langkah mengatasinya. JAWAPAN: YB DATO’ SERI MOHAMEP NAZRI ABDUL AZIZ.

MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Masalah kesesakan orang

awam yang masih berlaku dalam mendapatkan perkhidmatan KTM

l

SOALAN NO.96

Komuter terutamanya pada waktu puncak adalah berpunca daripada ketidakcukupan set tren Komuter (Electric Multiple Unit - EMU) untuk beroperasi mengikut jadual. Kebanyakan set EMU sedia ada telah melebihi usia lima belas (15) tahun dan availability set EMU yang rendah tidak dapat menampung kapasiti penumpang. Oleh yang demikian, jumlah penumpang yang boleh menaiki tren Komuter terutama pada waktu puncak adalah terhad.

Antara langkah-langkah yang sedang diambil oleh KTMB untuk memperbaiki perkhidmatan komuter adalah seperti berikut:

1) Pembelian 38 set EMU (6 koc setiap set)

Di bawah program National Key Result Areas (NKRA), Kerajaan

telah meluluskan peruntukan untuk pembelian tiga puluh lapan (38)

set EMU baru (6 koc setiap set) dalam usaha menambahbaik

SOALAN NO.96

perkhidmatan rel yang dapat menambah kapasiti muatan

penumpang kepada dua kali ganda.

2) Penggunaan satu set tren Electric Train Set (ETS) sebagai shuttle.

KTMB telah mula menggunakan satu daripada 5 set tren ETS (6

koc setiap set) bagi perkhidmatan Komuter pada waktu puncak

bermula 4 Oktober 2010 dan digunakan bagi sektor Rawang-

Sungai Gadut dan Pelabuhan Klang-Batu Caves.

3) Perolehan 10 set EMU baru (3 koc satu set)

KTMB sedang dalam proses untuk menyediakan tender perolehan

10 set EMU baru bagi menambah kapasiti KTM Komuter sedia

ada.

Sekian, terima kasih.

SOALAN NO: 97

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PERTANYAAN: LISAN

DARIPADA: Y.B. TUAN ABDULLAH SANI BIN ABDUL HAMID

TARIKH: 28 JUN 2010

3

SOALAN: Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [ Kuala Langat ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan cuti bersalin yang ada sekarang dinaikkan jumlah kepada 90 hari serta jumlah faedah itu ditambah.

PR-1242-L44373

JAWAPAN:

Tuan Yang di-Pertua,

1. Kementerian Sumber Manusia (KSM) pada masa ini sedang meminda Akta Kerja 1955 dan bacaan kali pertama telah dibuat pada 21 Jun 2011 di Mesyuarat Kedua, Penggal Keempat, Parlimen Kedua Belas. Pindaan melibatkan pelbagai aspek berkaitan hal-ehwal perburuhan dan ini termasuklah perlindungan kepada pekerja wanita semasa cuti bersalin. Antara hak dan perlindungan yang lebih baik

l

berkenaan cuti bersalin di bawah cadangan pindaan Akta ini adalah seperti berikut: a. Liputan Cuti Bersalin

i. Cadangan memasukkan peruntukan bagi memberi perlindungankepada semua pekerja wanita tanpa mengira had gaji mereka.

b. Menambahbaik Tafsiran Bersalin

i. Sebelum ini, seorang pekerja wanita hanya layak mendapat cuti bersalin bergaji sebanyak 60 hari sekiranya dia telah melahirkan seorang anak setelah hamil sekurang-kurangnya 28 minggu. Tafsiran bersalin ini dicadangkan untuk dipinda supaya pekerja-pekerja wanita yang telah hamil sekurang- kurangnya 22 minggu menikmati cuti bersalin yang bergaji berikutan perkembangan teknologi yang membolehkan bayi pramatang sebelum 28 minggu diselamatkan dan terus hidup. c. Sekatan ke atas Pemecatan Pekerja Wanita Selepas Tempoh Kelayakan

i. Memastikan bahawa pekerja wanita semasa cuti bersalin tidak diberhentikan kerja oleh majikan. Ini seterusnya menjamin hak pekerja wanita terpelihara sepanjang tempoh

2

wanita tersebut mendapat faedah cuti bersalinnya.

2. Mengenai perlanjutan cuti bersalin kepada 90 hari, buat masa ini, KSM masih memperhalusi cadangan untuk meminda Akta Kerja 1955 dengan sama ada menambah bilangan hari cuti bersalin daripada 60 hari kepada 90 hari di sektor swasta atau mengaplikasikan perlanjutan tempoh cuti bersalin kepada 90 hari sepertimana formula yang digunapakai di sektor awam.

3. Ini berikutan daripada pandangan stakeholders berhubung cadangan ini yang merumuskan kepada beberapa persoalan seperti berikut: a. berkemungkinan akan mengakibatkan majikan kurang berminat untuk menggajikan pekerja wanita yang telah berkahwin atau wanita dalam umur reproduktif untuk melahirkan anak dan ini secara tidak langsung akan menjejaskan lagi penyertaan golongan wanita dalam pasaran pekerjaan; b. mengakibatkan kesukaran di pihak majikan untuk mendapatkan pekerja ganti terutamanya dalam industri yang dimonopoli oleh wanita seperti industri perkilangan dan pembuatan; dan c. sekiranya kemudahan cuti bersalin yang diaplikasikan oleh sektor awam dipanjangkan kepada sektor swasta, permasalahan yang akan timbul adalah dari segi pemantauan

3

*

rekod cuti bersalin bagi pekerja-pekerja yang bekerja dengan beberapa majikan.

4. Sehubungan itu, sekiranya cadangan ini masih hendak dilaksanakan, ia perlu diberikan satu pertimbangan yang menyeluruh dengan mengambil kira pandangan dan maklum balas secara komprehensif daripada stakeholders di sektor swasta.

m(13-2S Jun 2011)/fw..31.5.11/AMuOdliSa.mC44373

4

NO. SOALAN: 95

PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT JAWAPAN OLEH Y.B. DATO’ SRI LIOW TIONG LAI MENTERI KESIHATAN MALAYSIA

PERTANYAAN LISAN DARIPADA TARIKH DR. LEE BOON CHYE BERSIDANG [GOPENG] 28 JUN 2011 SOALAN Dr. Lee Boon Chye [ Gopeng ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan jadual perlaksanaan Skim Kesihatan 1Care 1 Malaysia dan bilakah Insurans Kesihatan akan diwajibkan untuk semua rakyat.

Tuan Yang Dipertua,

1Care for IMalaysia (1Care) merupakan cadangan transformasi sistem kesihatan Negara yang akan mengintegrasikan perkhidmatan penjagaan kesihatan sektor awam dan swasta, digabungkan bersama satu mekanisma pembiayaan kesihatan agar ianya lebih berkesan dan memberi manafaat kepada semua rakyat dari segi kesaksamaan terhadap akses, kemampuan dan responsif terhadap keperluan kesihatan. la juga memastikan keperluan kesihatan penduduk akan dijaga secara menyeluruh (universal coverage).

Falsafah konsep 1Care ialah sistem kesihatan Negara akan melalui proses transformasi kepada suatu sistem yang lebih komprehensif dari segi liputan, kesaksamaan, kemampuan, keberkesanan, lebih efisyen, penyampaian perkhidmatan yang bersepadu dan tadbir urus yang lebih telus. Konsep 1Care adalah sejajar dengan falsafah IMalaysia untuk meningkatkan perpaduan dalam kalangan rakyat melalui sistem kesihatan nasional. Sistem kesihatan yang dicadangkan ini akan mengekalkan kekuatan sistem yang sediada.

l

Memandangkan usaha untuk mentransformasikan sistem kesihatan Negara akan memberi impak yang besar kepada rakyat, perancangan terperinci mengenai perkara ini perlu dilaksanakan dengan secara mendalam. Justeru maklumat terperinci mengenai mekanisma skim 1Care, masih belum dimuktamadkan.

Skim Penjagaan Kesihatan 1Care adalah masih diperingkat pembangunan blueprint, justeru ia masih belum dilaksanakan. Butiran terperinci untuk membangunkan mekanisma yang akan diaplikasikan sedang dikenalpasti dan dibincang dengan mengambilkira input dari pelbagai pihak berkepentingan (stakeholders). Blueprint 1Care ini dijangka akan dibentangkan ke Majlis Ekonomi pada 2012. Walau bagaimanapun tarikh perlaksanaannya adalah masih bergantung kepada keputusan Majlis Ekonomi dan Kabinet. PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA

DARIPADA : Y.B. DATO* SRI ONG TEE KEAT (PANDAN) PERTANYAAN : LISAN

TARIKH : 28.06.2011

Y.B. DATO1 SRI ONG TEE KEAT [ PANDAN ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan setakat ini apakah terdapat sebarang kemudahan pinjaman berfaedah rendah yang ditawarkan oleh Republik Rakyat China kepada negara kita untuk pembangunan prasarana. Jika ada, sila nyatakan jumlah kadar dan faedah yang ditawarkan serta terma-terma yang berkaitan. Jika tawaran tidak diterima, mengapa.

JAWAPAN

2

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Yang Berhormat, Syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD), Jambatan Kedua Sdn. Bhd. (JKSB) selaku pemilik projek ini telah diberikan tanggungjawab bagi membina Jambatan Kedua Pulau Pinang. Jambatan sepanjang 16.9 km ini akan menghubungkan Batu Kawan di Seberang Perai dan BatuJMauna di P.ulau-Einang.

2. Kos keseluruhan bagi projek Jambatan Kedua Pulau Pinang adalah sebanyak RM5,636 juta. Salah satu sumber pembiayaan ialah pinjaman daripada The Import-Export Bank of China (China Exim Bank) yang berjumlah USD330 juta (RM997 juta). Pinjaman ini adalah pinjaman konsesi yang diperolehi secara Government to Government, dengan izin dan dijamin oleh Kerajaan Malaysia. Rasional untuk mengambil pinjaman daripada China Exim adalah bertujuan untuk meningkatkan kerjasama dua hala antara kedua-dua negara dalam bidang ekonomi. Dalam masa yang sama, kedua-dua syarikat Malaysia dan Republik Rakyat China saling bekerjasama untuk melaksanakan projek di Malaysia untuk kepentingan bersama dari segi pemindahan teknologi dan kepakaran China kepada syarikat tempatan. Baki pembiayaan projek Jambatan Kedua Pulau Pinang adalah melalui sumber domestik.

3. Terma-terma utama pinjaman daripada China Exim Bank adalah seperti berikut:

No. SOALAN: 100 Jumlah USD330 juta (RM996juta) Pembiayaan Kadar Faedah 3% setahun Tempoh 20 tahun termasuk tempoh pertangguhan 5 tahun Commitment fee 0.35% setahun Management fee 0.4% upfront Jenis Pembiayaan Pinjaman Konsesi - Preferential Buyer's Credit

Pinjaman ini digunakan untuk membiayai kontrak Pakej 1 yang diberikan kepada CHEC Construction Sdn. Bhd. anak syarikat China Harbour Engineering Company (CHEC) yang dimiliki oleh China.

4. Projek ini dijangka siap pada November 2013. Setakat ini tahap kemajuan adalah mengalakkan. Prestasi kerja setakat 16Jun 2011 ialah 53.16% (sebenar) berbanding 57.69% (jadual).

PERTANYAAN LISAN

DARIPADA Tuan Lim Lip Eng [ Segambut ]

TARIKH 28 Jun 2011 (SELASA) SOALAN Tuan Lim Lip Eng [ Segambut ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapa banyak peruntukan telah digunakan untuk iklan-iklan Program Transformasi Kerajaan dan Program Transformasi Ekonomi di saluran media massa dan sebagainya. Bilakah promosi iklan ini akan ditamatkan.

JAWAPAN:

Usaha komunikasi termasuk pengiklanan mengenai Program Transformasi Kerajaan

(GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) adalah bertujuan untuk menyampaikan maklumat kepada rakyat supaya mereka dapat memahami, menyokong, menyertai proses, memberi sumbangan dan menikmati hasil dalam segala program transformasi untuk membantu menjayakan program-program ini untuk manfaat rakyat jelata.

Sehingga kini, sebanyak RM3.7 juta telah dibelanjakan untuk promosi dan komunikasi

GTP, manakala RM3.5 juta telah dibelanjakan untuk ETP pada tahun 2011. Jumlah ini jauh lebih rendah daripada apa yang dibelanjakan untuk tujuan komunikasi oleh mana-mana satu syarikat swasta besar atau "Multi-National Companies” (MNC).

Kaedah prmosi dan komunikasi termasuk penglibatan dalam pelbagai media cetak dan media elektronik seperti keratan khas (supplements) di dalam akhbar- akhbar yang diadakan dua kali dalam seminggu, fokus khas di dalam majalah- majalah dua kali sebulan, edisi khas di dalam suratkhabar sekali seminggu, dan berita-berita terkini yang dipapar pada portal-portal berita online setiap hari. Terdapat juga saluran-saluran lain seperti di televisyen dan radio di mana GTP dan ETP mendapat liputan secara percuma menerusi wawancara yang membincangkan tentang program-program transformasi yang dikendalikan oleh YB Menteri yang berkenaan.

Adalah amat penting bagi pihak Kerajaan untuk mengkomunikasikan kemajuan dan perkembangan terkini kepada rakyat. Sebagai contoh, penyebaran mengenai penambahan keretapi 4 gerabak LRT akan menarik lebih ramai orang untuk menggunakan kemudahan yang lebih menjimatkan masa ini, yang akan membantu mengurangkan kesesakan lalulintas di dalam bandaraya Kuala Lumpur.

Selain itu, penghebahan program-program di bawah NKRA Mengurangkan Jenayah dan

NKRA Membanteras Rasuah akan membolehkan rakyat menjadi lebih peka dan arif tentang langkah-langkah konkrit yang sedang dan akan diambil oleh kerajaan untuk menangani dua bidang yang penting ini, menggalakkan mereka menggunapakai sistem atau kemudahan baru yang disediakan dan memberi kerjasamadalam memerangi dua gejala ini, serta memulihkan keyakinan rakyat jelata dan para pelabur terhadap keselamatan dan keberkesanan tadbir urus baik.

Di bawah Program Transformasi Ekonomi di mana 12 Bidang Keberhasilan Ekonomi

Utama Negara (NKEA) yang memacu pertumbuhan ekonomi, pengumuman yang kerap kali dibuat oleh YAB Perdana Menteri dapat bukan sahaja memberi maklumat mengenai projek- projek ekonomi yang pesat dibangunkan dan dilaksanakn, tetapi ianya juga membolehkan pihak

No. SOALAN: 100 swasta menerokai atau menyertai peluang perniagaan yang terhasil daripada kesan-kesan limpahan (spill over effect) dari 12 NKEA tersebut.

Dengan proses komunikasi secara menyeluruh dijalankan ini, jelas dapat menunjukkan bahawa ianya boleh membawa manfaat kepada rakyat dalam pelbagai bentuk. Ini tetap mencerminkan bahawa Kerajaan benar-benar menjalankan prinsip ’’Rakyat Didahulukan,

Pencapaian Diutamakan”.

Soalan No : l o f

PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT PERTANYAAN

LISAN DARIPADA Y.B. TUAN TENG BOON SOON

(TEBRAU)

TARIKH 28.06.2010

SOALAN:

Y.B. TUAN TENG BOON SOON [ TEBRAU ] minta Menteri Pelajaran menyatakan bilangan kes buli di sekolah menengah setiap bulan sejak Januari tahun 2009 serta sebab asas yang telah dikesan dan apakah langkah-langkah yang telah dan akan diambil untuk membaiki masalah disiplin ini selain daripada "Buang Sekolah".

JAWAPAN

Tuan Yang Di Pertua,

Bilangan kes bulimelibatkan murid sekolah rendah dan menengah yang dilaporkan bagi tahun 2009 sebanyak 2889 kes ataupun 0.05 peratusdaripada keseluruhan kes disiplin murid di sekolah. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) memandang serius terhadap kes buli, dan telah mengeluarkan Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Bil. 8/2010 iaitu Garis Panduan Mencegah Dan Menangani Perbuatan Buli Dalam Kalangan Murid Di Sekolah. Antara langkah- langkah yang digariskan menerusi SPI tersebut termasuklah; i. mengadakan peti aduan murid atau saluran-saluran aduan murid secara berkesan di sekolah dan asrama; ii. peranan Jawatankuasa Disiplin Sekolah dan Asrama diaktifkan sepenuhnya;

iii. menghapuskan budaya-budaya tertentu oleh murid yang berlawanan dengan prinsip-prinsip pendidikan, akhlak dan usaha memupuk budi pekerti yang baik dalam kalangan murid sekolah;

iv. melaksanakan aktiviti orientasi atau suaikenal terhadap murid baru, yang berada di bawah kawalan guru sepenuhnya;

v. bagi sekolah-sekolah berasrama, kewujudan guru warden hendaklah dapat dirasai oleh Soalan No : ^3 penghuninya sepanjang masa; serta vi. kempen dan penjelasan terhadap kesan perbuatan ala samseng, buli dan jenayah lain yang perlu dibuat secara berterusan dan melibatkan pihak luar seperti PDRM. PIBG atau pihak- pihak lain yang difikirkan berkaitan.

Untuk makluman, kesemua murid yang menjadi mangsa dan pemangsa telah diberi kaunseling di peringkat sekolah bagi mengatasi post-trauma syndrome. Sekiranya terdapat murid-murid yang masih berdegil dan didapati melanggar peraturan ini, mereka boleh dikenakan tindakan yang keras termasuk hukuman buang sekolah.

Rjm 105

PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN LISAN RAKYAT PERTANYAAN

DARIPADA Y.B. DATO' IBRAHIM BIN ALI (PASIR MAS)

TARIKH 28.06.2011

SOALAN:

Y.B. DATO' IBRAHIM BIN ALI [ PASIR MAS ] minta Menteri Pelajaran menyatakan bilakah mata pelajaran 'Perlembagaan Negara' akan dijadikan mata pelajaran di sekolah bagi menyahut dasar Kerajaan menjadikan mata pelajaran wajib lulus di peringkat SPM mulai 2013

JAWAPAN

Tuan Yang Di Pertua,

Kurikulum Sejarah yang sedia ada dan sedang dilaksanakan memang menekankan hasrat kerajaan dalam memperkenalkan dan memahami Perlembagaan Persekutuan. Topik berkaitan Perlembagaan Persekutuan dipelajari oleh murid di Tingkatan 5 dalam tema Pembinaan Negara dan Bangsa ke Arah Kemunculan Negara Malaysia Berdaulat. Sehubungan itu, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) tidak berhasrat untuk menjadikannya sebagai satu mata pelajaran khusus untuk diajar kepada murid di sekolah disebabkan faktor aras keupayaan murid.

Selaras dengan dasar Kerajaan menjadikan mata pelajaran ini wajib lulus di peringkat SPM tahun 2013, kurikulum Standard Sejarah Sekolah Menengah

yang sedang digubal akan mengambil kira input dan nasihat daripada pelbagai pihak dan akan dirujuk kepada pakar dalam bidang ini.

Rjm 106

SOALAN NO.

103 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT PERTANYAAN

JAWAB LISAN

DARIPADA PUAN HAJAH ZURAIDA BINTIKAMARUDDIN

(AMPANG)

TARIKH 28 JUN 2011 (SELASA)

SOALAN

Puan Hajah Zuraida Binti Kamaruddin [ Ampang ] minta MENTERI

PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan

merujuk kepada jawapan bertulis yang diberi kepada soalan Ampang bertarikh 11

Oktober 2010 dan 28 Oktober 2010, jelaskan setakat ini apakah hasil yang telah

diperolehi melalui program 1AZAM yang telah dilaksanakan.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara Meningkatkan Taraf Hidup Isi Rumah

Berpendapatan Rendah yang diterajui oleh Kementerian Pembangunan Wanita,

Keluarga dan Masyarakat, Program 1AZAM telah dilaksanakan bermula pada tahun

2010. Program 1AZAM adalah sebuah program komprehensif yang berlandaskan

konsep peningkatan produktiviti dengan menyediakan peluang menjana pendapatan kepada golongan berpendapatan rendah dalam bentuk peluang perniagaan, pertanian, perkhidmatan dan pekerjaan. Program 1AZAM mengandungi 4 komponen iaitu AZAM Tani yang dilaksanakan oleh Kementerian

Pertanian dan Industri Asas Tani, AZAM Kerja oleh Kementerian Sumber Manusia serta AZAM Niaga dan AZAM Khidmat dimana Amanah Ikhtiar Malaysia bertindak sebagai agensi pelaksana. Di atas komitmen Kerajaan dalam melaksanakan

Program 1AZAM ini, sasaran penyertaan sebanyak 57,793 peserta daripada golongan berpendapatan rendah ditetapkan untuk dicapai sebelum 31 Disember

2011.

Tuan Yang di-Pertua,

Program 1AZAM ditawarkan kepada ketua isi rumah (KIR) miskin tegar dan miskin berdaftar sistem eKasih yang produktif mengikut minat dan kemahiran masing- masing bagi memastikan pengekalan projek oleh peserta. Sehingga 13 Jun 2011, sejumlah 18,242 KIR yang berdaftar di bawah sistem eKasih telah menyertai

Program 1AZAM. Hasil daripada penyertaan tersebut, KIR telah berjaya meningkatkan pendapatan mereka melepasi para garis kemiskinan iaitu bagi golongan miskin tegar adalah RM440 bagi Semenanjung Malaysia, RM540 bagi

Negeri Sabah dan RM520 bagi Negeri Sarawak. Bagi golongan miskin pula adalah

RM750 bagi Semenanjung, RM960.00 bagi Negeri Sabah dan RM830.00 bagi

Negeri Sarawak.

Tuan Yang di-Pertua,

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 2,600 KIR bagi Projek Productive Welfare di bawah Program 1AZAM di mana KPWKM merupakan agensi pelaksana, 3,987 KIR

bagi Projek AZAM Tani di mana Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani

menjadi agensi pelaksana, 2,506 KIR bagi AZAM Niaga dan AZAM Khidmat di

mana Amanah Ikhtiar Malaysia menjadi agensi pelaksana, 1,492 KIR bagi AZAM

Kerja di mana Kementerian Sumber Manusia menjadi agensi pelaksana, 3,300 KIR

bagi Program 1AZAM Sabah di mana Kerajaan Negeri Sabah menjadi agensi

pelaksana dan 4,357 KIR bagi Program 1AZAM Sarawak di mana Kerajaan Negeri

Sarawak menjadi agensi pelaksana.

Para peserta Program 1AZAM diberikan bimbingan berterusan dan dipantau oleh

agensi pelaksana bagi memastikan pengekalan projek dalam usaha menjana

pendapatan dan dapat meningkatkan taraf hidup keluarga seterusnya keluar

daripada kepompong kemiskinan. HO:

PEMBERITAHU PERTANYAAN

DEWAN RAKYAT. MALAYSIA

PERTANYAAN LISAN

DARIPADA Tan Sri Dato’ Seri Ong Ka Ting

TARIKH 28.6.2011 (SELASA)

NO. SOALAN ^5 it)

Tan Sri Dato’ Seri Ong Ka Ting [Kulai] minta MENTERI

PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan apakah usaha dan strategi yang sedang dilaksanakan untuk menarik pelaburan dari China dan India ke Malaysia dan apakah bantuan yang diberikan kepada peniaga Malaysia untuk membuka pasaran di kedua-dua negara tersebut. JAWAPAN

Tuan Yang Di Pertua,

Negara China dan India merupakan rakan perdagangan dan pelaburan yang penting kepada Malaysia. Sedar tentang kepentingan kedua-dua negara ini, Kementerian Perdagangan

Antarabangsa dan Industri (MITI) dan agensinya telah dan sedang menjalankan pelbagai strategi dan aktitiviti penggalakan FDI, untuk menarik pelabur-pelabur dari China dan India.

Antaranya termasuk: i) Mengukuhkan hubungan dua hala melalui pertukaran lawatan

di antara pucuk pimpinan tertinggi kerajaan Malaysia dan

kerajaan Republik Rakyat China dan India. Dalam tempoh 2009

hingga 2011, sebanyak tujuh lawatan rasmi peringkat

pimpinan tertinggi telah diadakan dengan kedua-dua negara. ii) Meningkatkan penglibatan pihak swasta untuk membantu

menarik pelaburan asing ke Malaysia melalui penubuhan

Majlis Perniagaan, dengan izin, Business Council di antara

Malaysia dan negara tuan rumah berkaitan. Dalam hal ini,

Malaysia dan India telah menubuhkan Forum Ketua

Eksekutif Malaysia-1 ndia bertujuan membincang

pendekatan kerjasama sektor swasta kedua-dua negara bagi

memudahcarakan urusan perniagaan dan pelaburan mereka

dengan pihak kerajaan masing-masing. Dengan negara

Republik Rakyat China pula, kerajaan berbincang strategi

dan pendekatan untuk meningkatkan hubungan pelaburan

dan perdagangan dengan China bersama badan-badan

korporat seperti, dengan izin, Malaysia-China Business

Council dan Malaysia- China Chamber of Commerce. iii) Menandatangani perjanjian perdagangan bebas (FTA) dan

perjanjian kerjasama ekonomi, iaitu:

• menandatangani Perjanjian FTA dengan India

(Malaysia-lndia Comprehensive Economic

Cooperation Agreement - MICECA) pada 18 Februari

2011 dan akan berkuatkuasa pada 1 Julai 2011.

• menandatangani perjanjian perdagangan bebas (FTA)

Asean-China FTA dan Asean-lndia FTA yang

3

berkuatkuasa pada 1 Julai 2005 dan 1 Januari 2010; dan

• menandatangani Perjanjian Memperluas dan Mempertingkat

Kerjasama Ekonomi dan Perdagangan di antara Kerajaan

Malaysia dan Republik Rakyat China (Agreement on

Expanding and Deepening Economic and Trade Cooperation

between the Government of Malaysia and the Government of

the P.R. China) pada 28 April 2011 semasa lawatan rasmi

Perdana Menteri Republik Rakyat China, TYT Wen Jiabao ke

Malaysia. Di bawah perjanjian ini, satu pasukan kerja yang

dikenali sebagai Economic Cooperation Working Group

(ECWG) akan mengenalpasti projek-projek pelaburan serta

projek- projek kerjasama yang dapat dipelopori oleh kedua-dua

negara. Ini merupakan satu mekanisme yang teratur untuk

menjalin hubungan kerjasama ekonomi dua hala yang lebih

erat di antara kedua-dua negara.

iv) Menganjurkan Misi Penggalakan Pelaburan. Dalam tahun

2011, pertemuan dan perbincangan dengan pelabur-pelabur

berpotensi telah disusun semasa 12 misi penggalakan

3

pelaburan yang telah dan akan diadakan termasuk semasa

lawatan rasmi YAB Timbalan Perdana Menteri ke India pada

9-13 Mac 2011 dan ke China pada 18-24 April 2011. v) Menganjurkan Specific Project Mission (SPM) untuk

menarik pelaburan ke dalam industri-industri yang

dikenalpasti berpotensi bagi masa hadapan. vi) Menganjurkan Program Pemimpin Industri (Industry

Leaders Programme) di mana tokoh-tokoh perniagaan dan

industri yang dikenalpasti akan dijemput ke Malaysia untuk

mendapat pendedahan mengenai peluang-peluang

pelaburan di Malaysia. vii) Menganjurkan beberapa Persidangan Antarabangsa di

Malaysia yang bakal disertai juga oleh syarikat-syarikat

Republik Rakyat China dan India. Pada 2-4 Disember 2010,

Malaysia telah menganjurkan Malaysia-International

Chinese Business Forum yang berjaya menarik penyertaan

180 bakal pelabur dari China, Taiwan dan Hong Kong. Untuk

tahun 2011, Malaysia telah dan akan menganjurkan

beberapa persidangan seperti Invest Malaysia 2011,

Malaysia-China Economic, Trade and Investment Forum

semasa lawatan rasmi Perdana Menteri Republik Rakyat

China serta Forbes Global CEO Conference 2011. viii) Mengadakan dialog dengan syarikat-syarikat asing

berkenaan yang beroperasi di Malaysia untuk mendalami

isu- isu dan pendekatan pelaburan mereka di Malaysia

umpamanya, dengan dengan izin, Confederation of Indian

Industry Malaysia (CIIM) dan China Enterprises Association

in Malaysia (CENAM). ix) memperbaiki dasar semasa termasuk memudahcarakan lagi

peraturan-peraturan pelaburan.

Dari segi pembukaan pasaran barangan dan pelaburan ke negara

Republik Rakyat China dan India, Kementerian ini dan agensinya turut memberi pelbagai bantuan, seperti berikut: i) Penglibatan syarikat Malaysia dalam pameran perdagangan

antarabangsa untuk mempromosikan barangan dan

3

perkhidmatan. Misalnya pada 2-6 Mac 2011, sebanyak 54

syarikat Malaysia telah menyertai Asean-lndia Business Fair

di New Delhi, India. Syarikat-syarikat tersebut terdiri

daripada pelbagai sektor seperti automotif, minyak dan gas,

insfrastruktur dan pembinaan, plastik dan kimia,

perlancongan, hartanah dan Iain-lain. ii) Mengadakan pameran perdagangan dan misi perdagangan

khusus ke Republik Rakyat China dan India. Sebagai contoh

Misi Pemasaran Khusus di Chennai dan Pune, pada 21-25

November 2011 dan di Beijing pada 13-15 Oktober 2011. iii) Memberi panduan mengenai urusan perniagaan di China dan

India menerusi seminar-seminar dan sesi konsultasi. iv) konsultasi dan bantuan secara terus melalui pejabat-pejabat

cawangan MITI dan agensi-agensi lain di negara Republik

Rakyat China dan India. Sebagai contoh, pembukaan pejabat

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) di

Gurgaon, India baru-baru ini dapat membantu

memudahcarakan urusan syarikat pembinaan Malaysia yang

berurusan dengan pihak kerajaan India, v) Membantu pengeksport Malaysia untuk mengenai pasti

pembeli yang berpotensi melalui pejabat-pejabat MATRADE di

luar negara dan juga melalui program-program misi belian ke

Malaysia.

3

SOALAN NO: 105

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PERTANYAAN JAWAB LISAN

DARIPADA DATO’ ABDUL MANAN BIN ISMAIL [ PAYA BESAR ]

TARIKH 28 JUN 2011 (SELASA)

SOALAN:

Dato' Abdul Manan bin Ismail [ Paya Besar ] minta MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN menyatakan apakah usaha pihak Kementerian dalam menghidupkan semula muzium sebagai pusat pelancongan bertaraf antarabangsa seperti di negara- negara maju.

JAWAPAN:

Tuan Yang di-Pertua,

Antara usaha Kementerian ini dalam meletakkan muzium sebagai pusat pelancongan bertaraf antarabangsa seperti di negara-negara maju adalah:

(i) mempromosikan muzium melalui pelbagai saluran media dalam dan luar negara secara agresif;

SOALAN NO: 105

Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan melalui agensinya Jabatan Muzium Malaysia sentiasa mempertingkatkan aspek peragaan pameran dengan menggunakan teknik-teknik pameran yang terkini setanding dengan teknik pameran di luar negara; dan

Pelbagai aktiviti pemuziuman juga sentiasa diadakan untuk membolehkan muzium di negara ini lebih dikenali lagi di peringkat antarabangsa dan menjadikannya daya tarikan utama pelancongan di negara ini.

SOALAN NO: 106

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PERTANYAAN: LISAN

DARIPADA: Y.B. DATUK HALIMAH BINTI MOHD SADIQUE

TARIKH: 28 JUN 2010

SOALAN: Datuk Halimah binti Mohd Sadique [ Tenggara ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan kadar baru levi bagi pekerja asing supaya sesuai dengan keadaan sebenar mengikut sektor industri dan langkah Kerajaan bagi menggalakkan pengambilan pekerja tempatan di sektor perindustrian.

PR-1242-L43271

JAWAPAN:

Tuan Yang di-Pertua,

1. Pada masa ini, pekerja asing yang bekerja di Malaysia dikenakan bayaran levi dan kadarnya berbeza-beza mengikut sektor. Kadar levi yang berkuatkuasa sekarang adalah seperti berikut:

l

Bil Sektor Kadar Levi Untuk Seorang 1 Pembinaan RM 1,200 2 Pembuatan RM 1,200 3 Perkhidmatan RM 1,800 4 Perladangan RM 540 5 Pertanian RM 360 6 Pembantu Rumah RM 360

2. Pada 22 Februari 2010, Mesyuarat JKKPA/PATI telah bersetuju supaya satu Makmal Pengurusan Warga Asing (Makmal PWA) ditubuhkan. Susulan daripada itu, MPWA telah diadakan pada 23 Mac hingga 24 April 2010, bertujuan untuk mengkaji, menganalisis serta memberikan cadangan kepada Kerajaan mengenai mekanisme yang berkesan di dalam menguruskan warga asing di Malaysia. Perbincangan turut merangkumi aspek pemantauan keluar masuk dan pengesanan lokasi mereka di Malaysia. Warga asing dalam konteks ini meliputi semua warga Negara asing yang masuk ke Malaysia seperti pelancong, pelajar, mereka yang masuk atas urusan perniagaan dan sebagainya termasuk penggajian pekerja asing (PA). Hasilnya, MPWA telah mencadangkan 49 inisiatif bagi menambah baik lagi pengawalan dan pengurusan warga asing di Malaysia.

3. Dalam mesyuarat pada 20 Mei 2010, JKKPA/PATI telah bersetuju dengan inisiatif untuk menggunakan mekanisme levi dalam mengurangkan kebergantungan terhadap PA dan supaya inisiatif ini dilaksanakan. 4. Berhubung dengan pertanyaan berikutnya, apakah langkah-

2

langkah yang diambil bagi mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing oleh Kerajaan bagi menggalakan pekerja tempatan di sektor perindustrian, berikut adalah langkah-langkah yang telah diambil:

i) Portal Jobsmalaysia Melalui Portal Jobsmalaysia, para majikan dan pencari kerja boleh mendaftarkan kekosongan jawatan dan pencari kerja bolehlah memilih jawatan yang ditawarkan oleh majikan dalam portal jobsmalaysia. Untuk memperkasakan Jobsmalaysia, sebanyak 12 Jobsmalaysia Centre (JMC) dan 112 Jobsmalaysia Point (JMP) iaitu 80 di Pejabat Jabatan Tenaga Kerja, 27 di ILPJTM, 1 di CIAST, 1 di PTPK, 1 di PSMB, 1 di PERKESO dan 1 di Mahkamah Perusahaan. Di JMC dan JMP, selain menyediakan khidmat pendaftaran di Portal Jobsmalaysia, ia juga member khidmat kaunseling kepada bakal pekerja. Pada tahun 2010 seramai 28,894 pencari kerja Berjaya mendapat pekerjaan. Untuk tahun 2011, sehingga Jun 2011 seramai 205,471 pencari kerja telah berdaftar dengan Portal Jobsmalaysia..

ii) Program Penempatan Pekerjaan (3P) Program Penempatan Pekerjaan (3P) bertujuan untuk menarik pekerja tempatan yang berminat untuk mengisi sebarang kekosongan dan keperluan industri dan memberi peluang kepada majikan yang berdaftar dalam Jobsmalaysia menyertai program ini seterusnya melakukan walk in interview atau mendapatkan pekerja tempatan bagi menampung keperluan tenaga kerja pada masa sekarang.Pada tahun 2010 sebanyak 178 program

3

3P telah diadakan dan telah berjaya menempatkan seramai 110,239 pencari kerja. Bagi tahun 2011 pula, sehingga 15 Jun 2011 sebanyak 74 program 3P telah diadakan dan telah berjaya menempatkan 106,184 orang telah berjaya ditempatkan ke alam pekerjaan. iii) Dasar gaji minimum Kerajaan telah pun bersetuju untuk melaksanakan dasar gaji minimum kebangsaan seperti yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri semasa ucapan Bajet 2011 yang lalu. Pelaksanaan gaji minimum akan meliputi semua sektor, wilayah dan jenis pekerjaan. Walau bagaimanapun, gaji minimum ini hanya meliputi pekerja sektor swasta sahaja. Ini memandangkan sektor awam adalah tertakluk kepada akta- akta atau peraturan-peraturan Kerajaan. Dengan pelaksaan gaji minimum nanti, dijangka ramai rakyat tempatan akan bekerja di sektor perindustrian dan pada masa yang sama dapat mengurangkan pekerja asing. iv) Skim Latihan 1 Malaysia (SL1M) Pada 1 Jun 2011, Kerajaan telah melancarkan program Skim Latihan 1 Malaysia (SL1M) yang bertujuan membantu para siswazah mendapat pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan mereka. Seramai 3,000 orang siswazah menganggur akan ditawarkan peluang latihan di bawah anjuran syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC). Di bawah skim tersebut, siswazah yang tidak mendapat kerja dalam tempoh enam bulan selepas tamat pengajian berpeluang menerima latihan dengan syarikat- syarikat GLC selama setahun. Mereka juga ditawarkan elaun secara purata RM1.000 sebulan

4

sepanjang tempoh latihan tersebut. Selain didedahkan dengan kemahiran seperti 'soft skills', siswazah berkenaan turut diberi latihan dalam kerja dan akan dibantu untuk mencari kerja tetap termasuk sektor perindustrian selepas tamat latihan. iv) Program Perantisan oleh PSMB Skim Perantisan yang dikendalikan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) adalah bagi membantu lepasan sekolah yang tercicir daripada aliran pendidikan dan seterusnya mendapat latihan kemahiran yang diperlukan industri. Latihan ini akan memperluaskan peluang mereka mendapatkan pekerjaan selepas tamat latihan dan sekaligus membekalkan tenaga kerja mahir yang diperlukan industri. Di bawah Skim ini, lepasan sekolah akan mengikuti latihan teori dan praktikal di premis penyedia latihan yang diluluskan dan seterusnya akan mengikuti latihan praktikal di premis majikan swasta yang menaja pelatih berkenaan. Selepas tamat latihan pelatih ini akan diserapkan sebagai pekerja majikan penaja masing- masing. Di bawah RMK-10 sebanyak RM 50 juta telah diperuntukkan untuk melatih 8000 pelatih bagi tempoh 5 tahun mulai tahun 2011. v) Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) Kerajaan melalui Jabatan Pembangunan Kemahiran melaksanakan Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN). Kurikulum yang dilaksanakan adalah berpandukan kepada National Occupational Skills Standard (NOSS). Program latihan yang ditawarkan di bawah skim ini melibatkan industri-industri yang memerlukan tenaga kerja mahir. Semua pelatih diwajibkan menjalani latihan ‘off-the-job’ di pusat-pusat

5

latihan yang diluluskan dan latihan ‘on-the-job’ di premis majikan di sektor swasta untuk mendedahkan mereka dengan pengalaman kerja. Sejak Program SLDN dilancarkan pada tahun 2005 sehingga 31 Mei 2011, seramai 25,565 perantis telah mengikuti kursus dimana 1,238 syarikat mengambil bahagian.

6

NO SOALAN ^

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PERTANYAAN LISAN DARIPADA TUAN ER TECK HWA [BAKRI] 28 JUN 2011 TARIKH

SOALAN:

TUAN ER TECK HWA [BAKRI] minta PERDANA MENTERI menyatakan statistik pelajar di bawah Program Ijazah Luar Negara keluar negeri dari tahun 2000-2010 dengan pecahan: a) jumlah pelajar mengikut kaum, jantina dan kursus pengajian; dan b) jumlah yang enggan pulang selepas tamat pengajian.

NO SOALAN ^

JAWAPAN: YB DATO’ SERI MOHAMED NAZRI BIN ABDUL AZIZ MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

Tuan Yang di-Pertua, a) Bagi tahun 2000 hingga 2010, jumlah pelajar yang ditawarkan biasiswa JPA di bawah Program Ijazah Luar Negara (PILN) mengikut pecahan kaum dan bidang pengajian adalah seperti berikut:

TAHUN Bumiputera Bukan Jumlah Bumiputera Keseluruhan 2000 598 150 748 2001 609 152 761 2002 999 250 1,249 2003 1,314 329 1,643 2004 1,187 297 1,484 2005 1,040 260 1,300 2006 1,143 357 1,500 2007 1,170 630 1,800 2008 1,100 900 2,000 2009 1,176 924 2,100 2010 971 779 1,750 Jumlah 11,307 5,028 16,335

NO SOALAN ^

TAHUN BIDANG JUMLAH

Perubatan Sains dan Sastera dan (Perubatan, Teknologi Sains Farmasi Sosial dan Pergigian) 2000 241 447 60 748 2001 246 454 61 761 2002 403 746 100 1,249 2003 593 940 110 1,643 2004 577 815 92 1,484 2005 537 611 152 1,300 2006 820 580 100 1,500 2007 902 638 260 1,800 2008 876 903 221 2,000 2009 882 933 285 2,100 2010 1,082 588 80 1,750

JUMLAH ijjlllllllll llillliP lllliMiliii 16,335 ll b) Bagi penajaan tahun 2000-2010, seramai 161 orang pemegang biasiswa JPA telah gagal berkhidmat setelah menamatkan pengajian. Kesemua pelajar tersebut telah dikenakan tuntutan gantirugi berdasarkan kontrak perjanjian yang telah ditandatangani bersama antara pelajar dan penjamin-penjamin dengan pihak Kerajaan.

Sekian, terima kasih.

//O' eo/KAAi .'/fg NO. AUM : 12: "AUP

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA DR. RAMASAMY A/L PALANISAMY

[ BATU KAWAN ]

TARIKH 28 JUN 2011

RUJUKAN 3901

SOALAN:

Dr. Ramasamy a/l Palanisamy [ Batu Kawan ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan statistik bagi permohonan sijil lahir, kad pengenalan, kewarganegaraan serta Iain-lain pengenalan diri semasa kempen MyDaftar mengikut etnik kaum, agama dan jantina bagi permohonan-permohonan yang berjaya, dalam pemprosesan dan tidak berjaya serta apakah tindakan lanjut bagi permohonan yang tidak berjaya.

JAWAPAN: Tuan Yang Dipertua,

Saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat Batu Kawan yang mengemukakan pertanyaan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini, Program MyDaftar pada asalnya adalah merupakan inisiatif Kementerian Dalam Negeri yang dilaksanakan melalui Jabatan Pendaftaran Negara bermula pada bulan November 2008 bertujuan untuk mengatasi masalah penduduk Malaysia yang tiada dokumen pengenalan diri.

Sejak dilaksanakan dari tahun 2008 hingga 2009, sebanyak 100 Program MyDaftar telah dilaksanakan serta menerima sebanyak 795 permohonan dengan pecahan sebanyak 638 permohonan pendaftaran lewat kelahiran dan 157 permohonan pendaftaran lewat kad pengenalan.

Bagi tahun 2010 pula, sebanyak 152 Program MyDaftar telah dilaksanakan dan daripada program tersebut, sebanyak 553 permohonan pendaftaran lewat kelahiran dan sebanyak 284 permohonan kad pengenalan telah diterima. Sebagai tambahan kepada program MyDaftar yang telah dilaksanakan, Kempen Operasi MyDaftar Peringkat Kebangsaan telah dilaksanakan mulai 19 sehingga 26 Februari 2011 yang dianjurkan oleh Pasukan Petugas Khas Jawatankuasa Kabinet Masyarakat India (SITF) melibatkan Kementerian

NO. SOALAN : 110

Dalam Negeri, Ibu Pejabat JPN, JPN peringkat negeri dan daerah yang turut disertai oleh Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO). Sebanyak 9,321 permohonan telah diterima dengan pecahan; permohonan taraf kewarganegaraan sebanyak 6,541, permohonan daftar lewat kelahiran 1,778, permohonan kad pengenalan 913, permohonan pindaan butiran sijil lahir 88 dan permohonan anak angkat 1 kes. Daripada 9,321 sebanyak 269 kes telah diselesaikan, bakinya sedang dalam proses dan dijangka keputusan akan diselesaikan dalam tahun ini. PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA DATUK NUR JAZLAN BIN MOHAMED [ PULAI ]

TARIKH 28 JUN 2011

RUJUKAN 3796

SOALAN:

Datuk Nur Jazlan Bin Mohamed [ Pulai ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan tindakan yang diambil oleh pihak polis untuk mengawal keselamatan di Bandaraya Johor Bharu.

JAWAPAN Tuan Yang Dipertua,

Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat dari Pulai yang mengemukakan pertanyaan.

Bagi menjamin keselamatan di Bandaraya Johor Bahru, pihak polis telah melaksanakan pelbagai inisiatif di bawah NKRA Jenayah secara berterusan. Antara inisiatif yang dilaksanakan ialah meningkatkan penugasan ‘omnipresence’ di tempat-tempat tumpuan orang ramai, terutamanya di kawasan hotspot dengan bantuan Pegawai dan Anggota PGA. Melalui ‘High Profile Policing’ pegawai-pegawai kanan polis akan turun padang secara berkala bertemu dengan orang ramai. Objektif inisiatif ini adalah untuk meningkatkan keyakinan orang ramai terhadap keselamatan mereka akan kehadiran polis dalam masyarakat.

Di bawah inisiatif “feet on street’, khidmat anggota pasukan sukarela dari Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan RELA turut digunakan bagi menjalankan rondaan bersama dengan anggota PDRM bagi mencegah jenayah.

‘Stop and Talk’ pula menghendaki semua anggota polis yang menjalankan tugas-tugas rondaan, samada berjalan kaki, bermotosikal maupun berkereta (MPV) supaya berhenti untuk bertemu dengan orang ramai, mengikut kesesuaian masa dan tempat bagi mendapatkan maklumbalas serta mengetahui masalah mereka khususnya yang berkaitan hal-hal kepolisan dan jenayah.

Tuan Yang Dipertua,

Usaha juga telah dibuat untuk menambah Unit Kereta Peronda (MPV) dan menetapkan sasaran ‘respond time’ tidak melebihi 10 minit untuk sampai ke tempat kejadian. Selain dari itu, Pondok Polis dan Balai Polis Bergerak turut diwujudkan di lokas-lokasi strategik bagi mempercepatkan tindakan dan pemantauan terhadap kegiatan jenayah, di samping membantu orang ramai mendapatkan khidmat polis dengan lebih mudah.

PDRM turut meningkatkan aktiviti Community Policing bagi memberi kesedaran kepada masyarakat tentang tanggungjawab bersama dalam menjaga keselamatan dan membenteras jenayah. Inisiatif ini turut juga melibatkan masyarakat awam seperti Rakan Cop untuk bersama-sama mengurangkan jenayah dan ahli Rukun Tetangga melalui Skim Rondaan Sukarela (SRS) di bawah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN).

Pemasangan CCTV di lokasi-lokasi strategik turut dilaksanakan melalui kerjasama KPKT bagi menjamin keselamatan dalam usaha mengurangkan jenayah. Di bawah NKRA Jenayah, sebanyak 56 unit CCTV telah dipasang di Bandaraya Johor Bahru. Selain berfungsi sebagai pengesan jenayah dan membantu pendakwaan, CCTV juga turut membantu pihak polis sampai ke tempat kejadian dengan cepat dan membuat orang awam merasa lebih selamat. Kerajaan adalah serius dalam menangani masalah jenayah di negara ini bagi menjamin keselamatan rakyatnya. Inisiatif yang telah dilakukan oleh PDRM Johor mampu memberikan kesan yang positif dalam mewujudkan

Tuan Yang Dipertua, Bandaraya Johor Bahru yang selamat. Kejayaan ini ditunjukkan melalui statistik penurunan kadar jenayah pada tahun 2010 berbanding dengan tahun 2009.

Bagi seluruh negeri Johor, Jenayah Indeks telah mencapai penurunan sebanyak 17.8%, iaitu daripada sebanyak 27,267 kes pada tahun 2009 kepada 22,427 kes pada tahun 2010, iaitu penurunan sebanyak 4,840 kes. Manakala, penurunan kadar Jenayah Jalanan pula adalah sebanyak 47%, iaitu daripada 6,501 kes yang direkodkan pada tahun 2009 telah menurun sebanyak 3,056 kes, iaitu kepada 3,445 kes pada tahun 2010.

Nb SOfrlfrfi : Iff

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT LISAN PERTANYAAN : DATO’ SHAMSUL ANUAR BIN NASARAH DARIPADA [ LENGGONG] 28 JUN 2011

TARIKH 3795 RUJUKAN

SOALAN:

Dato' Shamsul Anuar bin Nasarah [ Lenggong ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan

(a) apakah Kementerian berpuas hati dengan tahap keselamatan pintu masuk negara terutama berkaitan kes penyeludupan dadah terutamanya; dan

(b) jelaskan secara terperinci kes-kes penyeludupan dadah ke negara ini, terutama dari negara manakah punca utama penyeludupan tersebut, serta apakah langkah-langkah yang

Tuan Yang di-Pertua,

dilakukan Kementerian bagi menghadapi masalah ini.

Saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat Lenggong yang mengemukakan pertanyaan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dan Dewan Yang Mulia ini, bagi menjawab soalan (a) pada masa ini tahap keselamatan di pintu masuk negara adalah dalam keadaan baik dan terkawal. Dengan kawalan yang ketat di pintu-pintu masuk dan sempadan negara oleh agensi-agensi peneraju keselamatan negara seperti Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Unit Pencegah Penyeludupan (UPP), keselamatan di pintu masuk negara bukan sahaja terjamin malah juga tidak mudah dibolosi sama ada melibatkan penyeludupan dadah mahupun barang- barang lain seperti manusia (warga asing), senjata api, barang makanan, ternakan dan barang-barang terlarang yang menyalahi undang-undang negara.

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dan Dewan Yang Mulia ini, bagi menjawab soalan (b) kes penyeludupan dadah ke negara ini melibatkan sindiket pengedaran dadah antarabangsa. Hasil daripada maklumat risikan dan siasatan yang dijalankan mendapati bahawa terdapat dua sindiket pengedaran dadah utama yang memonopoli penyeludupan masuk dadah ke dalam negara iaitu sindiket pengedaran dadah warga Iran dan sindiket pengedaran dadah warga Afrika.

Sindiket pengedaran dadah warga Iran menyeludup masuk dadah ke dalam negara menggunakan kurier (keldai dadah) yang terdiri daripada rakyat mereka sendiri dan juga rakyat negara lain. Sindiket ini menggunakan pelbagai modus operandi untuk mengelirukan pihak berkuasa. Laluan utama penyeludupan dadah yang digunakan oleh sindiket ini adalah melalui lapangan terbang antarabangsa.

Sindiket pengedaran dadah warga Afrika pula menyeludup dadah masuk dan keluar negara menggunakan kurier yang terdiri daripada rakyat mereka sendiri, rakyat negara lain dan rakyat tempatan. Laluan utama yang digunakan untuk menyeludup masuk dadah adalah melalui lapangan terbang dan jalan darat. Kebanyakan dadah yang diseludup masuk ke negara ini adalah dadah jenis heroin dari Pakistan, syabu dari Afrika Barat dan ganja dari Thailand.

Tuan Yang di-Pertua,

Kerajaan sememangnya amat serius dalam menangani aktiviti penyeludupan dadah khususnya yang didalangi oleh sindiket dadah antarabangsa. Bagi membanteras kegiatan ini, Kerajaan melalui Polis Diraja Malaysia (PDRM) telahpun melaksanakan tindakan seperti berikut:-

1) Mempertingkatkan pengumpulan maklumat risikan dan kemahiran melalui hubungan kerjasama antarabangsa

dengan pelbagai agensi penguatkuasaan tempatan dan negara-negara asing; 2) Menjalankan pemeriksaan rapi di pintu-pintu masuk utama sempadan negara dan lapangan terbang terhadap warganegara asing yang berpotensi dan dikenalpasti terlibat dengan sindiket dadah daripada memasuki negara bagi mengelakkan penyeludupan dadah;

3) Meningkatkan kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan tempatan seperti Kastam DiRaja Malaysia, Jabatan Imigresen, dan Unit Pencegah Penyeludupan untuk memperketatkan lagi kawalan di pintu-pintu masuk negara;

4) Mewujudkan Sekretariat Nukleus di bawah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN PDRM) di semua pintu masuk antara Malaysia dan Thailand di negeri Kedah dan kelantan bagi tujuan mengumpul maklumat risikan, menjalankan operasi bersepadu dan bekerjasama dengan pihak berkuasa Thailand dalam membanteras penyeludupan dadah masuk dan keluar negara; dan

5) Melengkapkan semua pintu masuk negara yang dikenalpasti strategik dengan mesin pengimbas berteknologi tinggi. Aset ini digunakan secara gunasama oleh agensi-agensi penguatkuasa di pintu-pintu masuk bagi mengesan kemasukan barang- barang terlarang dan menyalahi undang-undang negara.