MALAYSIA DEWAN RAKYAT MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEEMPAT PARLIMEN KEDUABELAS 2011 L Jawapan-Jawapan Pertanyaan Jawab Lisan Harian Yang Tidak Dapat Dijawab Dalam Dewan Rakyat Daripada Kementerian HARI SELASA: 28 JUN 2011 CAWANGAN PERUNDANGAN PARLIMEN MALAYSIA. KANDUNGAN JAWAPAN-JAWAPAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN JAWAB LISAN YANG TIDAK DAPAT DIJAWAB DIDALAM DEWAN (SOALANNO. 8 HINGGA 111) NOTA: JAWAPAN-JAWAPAN BAGI SO ALAN NO. 1 HINGGA 7 [RUJUK PENYATA RASMI HARIAN (HANSARD)] SIDEKSANI CAWANGAN PERUNDANGAN PARLIMEN MALAYSIA SOALAN NO.8 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT PERTANYAAN : LISAN DARI PAD A PUAN FONG PO KUAN [ BATU GAJAH ] TARIKH 28 JUN 2011 SOALAN Puan Fong Po Kuan (Batu Gajah) minta PERDANA MENTERI menyatakan bagaimanakah kadar baru tambang ETS ini ditetapkan iaitu antara RM25 - RM45 (Ipoh ke KL Sentral) yang bergantung kepada jadual masa tertentu dan apakah objektif ETS. SOALAN NO.8 l SOALAN NO.8 JAWAPAN: YB DATO’ SERI MOHAMED NAZRI ABDUL AZIZ MENTERI PI JABATAN PERDANA MENTERI Tuan Yang Dipertua, Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, perkhidmatan Electric Train Set (ETS) telah mula dilancarkan pada 12 Ogos 2010 merangkumi sektor Kuala Lumpur Sentral - Ipoh sejauh 208 km dan Ipoh - Seremban sejauh 280 km. Untuk makluman, kadar tambang siling yang dibenarkan bagi perkhidmatan ETS di sektor Kuala Lumpur Sentral - Ipoh adalah sebanyak RM50.00 bagi setiap penumpang. Sebagai langkah mempromosikan perkhidmatan baru ini, kadar tambang perkhidmatan yang ditawarkan adalah RM30.00 bagi setiap penumpang bagi sektor Kuala Lumpur Sentral - Ipoh. Bermula 1 Mei 2011, KTMB telah memperkenalkan kadar tambang baru ETS yang terdiri daripada tiga jenis perkhidmatan iaitu: i. Super Ekspress (Platinum) - RM45.00. Perjalanan Kuala Lumpur Sentral - Ipoh mengambil masa 1 jam 58 minit. Perkhidmatan ini menawarkan sebanyak 2 perkhidmatan sehari dengan larian hentian terhad (3 hentian) iaitu stesen Ipoh, Kuala 2 SOALAN NO.8 Lumpur dan KL Sentral. ii. Ekspress (Gold) - RM35.00. Perjalanan Kuala Lumpur Sentral - Ipoh mengambil masa 2 jam 16 minit. Perkhidmatan ini menawarkan sebanyak 10 perkhidmatan sehari dengan larian hentian terhad (8 hentian) iaitu stesen Ipoh, Batu Gajah, Kampar, Slim River, Tanjung Malim, Rawang, Kuala Lumpur dan KL Sentral. iii. Transit (Silver) - RM25.00. Perjalanan Kuala Lumpur Sentral - Ipoh mengambil masa 2 jam 30 minit. Perkhidmatan ini menawarkan sebanyak 2 perkhidmatan sehari dengan larian henti-henti (14 hentian) iaitu stesen Ipoh, Batu Gajah, Kampar, Tapah Road, Sungkai, Slim River, Behrang, Tanjung Malim, Kuala Kubu Baru, Rawang, Sungai Buloh, Kepong Sentral, Kuala Lumpur dan KL Sentral Kadar tambang baru ETS yang ditetapkan adalah berdasarkan kadar tambang siling yang diluluskan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat dan jarak kilometer antara satu destinasi ke destinasi 3 SOALAN NO.8 yang lain. Tuan Yang Dipertua, Perkhidmatan ETS dilancarkan adalah untuk menyediakan perkhidmatan tren pantas kepada rakyat Malaysia. Perkhidmatan ETS juga selari dengan dasar Kerajaan dalam menggalakkan penggunaan pengangkutan awam yang dapat mengurangkan kesesakan jalan raya, kemalangan dan pencemaran alam sekitar. Dengan pelaksanaan struktur baru tambang ETS, pihak KTMB dapat memberi perkhidmatan yang terbaik untuk seluruh rakyat Malaysia dengan menawarkan perkhidmatan yang dapat memenuhi kehendak mereka. Sekian, terima kasih. 4 Soalan No : PEMBERITAH U PERTANYAANPERTANYAALISAN DARI PAD A N DEWAN Y.B. DATUK SERI PANGLIMA WILFRED MOJIL1P RAKYAT BUMBURING (TUARAN) TARIKH 28.06.2011 SOALAN: Y.B. DATUK SERI PANGLIMA WILFRED MOJILIP BUMBURING [ TUARAN ] minta Menteri Pelajaran menyatakan bilakah kerja pembinaan fizikal SMK Pekan Nabalu akan bermula dan berapa lamakah sekolah ini dijangka siap. JAWAPAN Tuan Yang Di Pertua, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sedang dalam proses mengeluarkan Surat Setuju Terima kepada kontraktor yang telah diluluskan oleh Kementerian Kewangan Malaysia. Setelah selesai proses tersebut, kerja-kerja pembinaan bagi projek ini akan bermula. Memandangkan lokasi projek berada di kawasan berbukit, KPM menjangkakan tempoh siap projek ini akan mengambil masa. Walau bagaimanapun KPM mensasarkan projek dijangka siap dalam tempoh 24 bulan. Rjm 98 SOALAN N0.10 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT PERTANYAAN : LISAN DARI PAD A DR. MUJAHID BIN HAJI YUSOF RAWA [ PARIT BUNTAR ] TARIKH 28 JUN 2011 SOALAN Dr. Mujahid bin Haji Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta PERDANA MENTERI menyatakan tindakan yang dibuat ke atas pengusaha teksi yang menggunakan khidmat warga asing dan apakah warga asing layak menjadi pemandu teksi. l JAWAPAN: YB DATO’ SERI MOHAMED NAZRI ABDUL AZIZ SOALAN NO.10 MENTERI PI JABATAN PERDANA MENTERI Tuan Yang Dipertua, Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, syarat untuk memandu perkhidmatan pengangkutan awam ialah pemandu mesti mempunyai Lesen Memandu Vokasional (Lesen PSV) yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Pihak JPJ akan mengeluarkan Lesen PSV hanya kepada warga Malaysia dan warga asing yang telah mendapat taraf Penduduk Tetap sahaja. Oleh itu, menjawab kepada soalan yang diajukan, warga asing yang bukan bertaraf penduduk tetap dan tidak memiliki PSV adalah tidak layak menjadi pemandu teksi. Pemilik atau pengusaha teksi yang menggunakan khidmat warga asing yang bukan bertaraf penduduk tetap dan tidak memiliki PSV sebagai pemandu adalah melanggar syarat yang telah ditetapkan. Untuk mengatasi masalah ini, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2 SOALAN N0.10 (SPAD) sentiasa memantau dan mempertingkatkan penguatkuasaan dari semasa ke semasa samada operasi secara berkala, operasi harian dan operasi bersepadu bersama agensi- agensi penguatkuasa yang lain. Tindakan tegas akan diambil kepada pemandu-pemandu teksi yang enggan mengikut Peraturan yang telah ditetapkan sama ada batal atau gantung lesen. Statistik pada tahun 2011 menunjukkan sebanyak 3 kes telah dikesan membabitkan warga asing yang memandu teksi di sekitar Lembah Kelang. SPAD telah menahan semua permit teksi yang terlibat dan kesemua Pemilik Teksi ini telah disaman dan Notis 45A telah dikeluarkan kepada Pemilik kerana membenarkan pemandu memandu tanpa Kad Pemandu. Di bawah Seksyen 27 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010, pemilik juga boleh dikenakan tindakan batal atau gantung lesen. Sekian, terima kasih. 3 NO SOALAN : 11 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT LISAN PERTANYAAN : YB TUAN DARIPADA MASIR ANAK KUJAT (SRI AMAN) 28.06.2011 TARIKH (SELASA) SOALAN: Minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan sama ada Kementerian mempunyai cadangan dalam RMK-10 untuk membina kem tentera tambahan di kawasan Sri Aman. MESY KE2/DR-28.6.11 -TN MASIR [SRI AMAN] 1 JAWAPAN: Tuan Yang di-Pertua, Kementerian setakat ini tidak bercadang untuk membina kem tentera tambahan di kawasan Sri Aman dalam RMK-10. Kementerian berpendapat kem sedia ada iaitu Kem Sri Pakit, Sri Aman berkemampuan untuk menjaga keselamatan dan pertahanan negara di kawasan berkenaan. MESY KE2/DR-28.6.11-TN MASIR [SRI AMAN] 2 M'- ix PERTANYA AN- PERTANYA PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT AN Pertanyaan PERTANYAAN LISAN PERSIDANG DaripadaAN DEWAN Dato' Kamarul Baharin bin Abbas [ Telok Kemang ] RAKYAT 28 Jun 2011 (Selasa) TarikhMESYUARA Menjawab T KEPUA, No.^1j>^ JZ SoalanPENGGAL KEEMPAT, Dato'PARLIMEN Kamarul Baharin bin Abbas [ Telok Kemang ] minta MENTERI PERUSAHAANKE-12, 2011 PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan: (a) implementasi cadangan menjual mandatori biofuel mulai bulan Jun 2011 (tahun ini) di bawah program B5 Kerajaan mengikut jadual; dan (b) anggaran kurangnya tanggungan kepada fossil fuels tiap-tiap tahun dalam lima tahun akan datang. JAWAPAN : Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan telahpun melaksanakan program B5 yang melibatkan penggunaan adunan 5% biodiesel sawit dengan 95% diesel petroleum bermula di stesen-stesen minyak di Putrajaya pada Rabu, l PERTANYAAN-PERTANYAAN PERSIDANGAN DEWAN RAKYAT MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEEMPAT, PARLIMEN KE-12, 2011 1 Jun 2011. Susulan pelaksanaan program B5 di Putrajaya, ianya akan diperluaskan di Melaka mulai 1 Julai 2011, Negeri Sembilan pada 1 Ogos 2011, Kuala Lumpur pada 1 September 2011 dan Selangor pada 1 Oktober 2011. Bagi Iain-lain kawasan di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak, ia akan dilaksanakan secara berperingkat. Berhubung dengan pengimbangan penggunaan minyak sawit untuk tujuan dijadikan bahan bakar, Kerajaan telah menetapkan bahawa penggunaan minyak sawit mentah sehingga 30% daripada jumlah pengeluaran minyak sawit negara akan digunakan untuk tujuan pengeluaran biobahan api. Ini adalah untuk memastikan keperluan minyak sawit untuk sektor makanan diberi keutamaan. Tuan Yang di-Pertua, Pelaksanaan Program B5 di Putrajaya, Melaka, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Selangor sepenuhnya mulai 1 November 2011 akan melibatkan penggunaan biodiesel sawit sebanyak 155,440 tan atau 178 juta liter setahun. Ini akan menyumbang kepada penjimatan hampir 180 juta liter diesel fosil setahun. Adalah dijangkakan sekiranya Program B5 ini dilaksanakan sepenuhnya di seluruh negara, penggunaan biodiesel sawit adalah sebanyak 500,000 tan setahun dan penjimatan 580 juta liter diesel 2 PERTANYAAN-PERTANYAAN PERSIDANGAN DEWAN RAKYAT MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEEMPAT, PARLIMEN KE-13, 2011 fosil setahun. 2 PERTANYAAN-PERTANYAAN PERSIDANGAN DEWAN RAKYAT MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEEMPAT, PARLIMEN KE-12, 2011 Adalah dijangkakan sekiranya Program B5 ini dilaksanakan sepenuhnya di seluruh negara, penggunaan biodiesel sawit adalah sebanyak 500,000 tan setahun dan penjimatan 580 juta liter diesel fosil setahun. SOALAN NO. PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT LISAN
Details
-
File Typepdf
-
Upload Time-
-
Content LanguagesEnglish
-
Upload UserAnonymous/Not logged-in
-
File Pages298 Page
-
File Size-