Malaysia Dewan Rakyat Aturan Urusan Mesyuarat

Total Page:16

File Type:pdf, Size:1020Kb

Malaysia Dewan Rakyat Aturan Urusan Mesyuarat MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA http://www.parlimen.gov.my HARI SELASA, 24 FEBRUARI 2009, PUKUL 10.00 PAGI Bil. 6 PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN 1. PR-1221-L17117 Tuan Haji Mohd Nor bin Othman [ Hulu Terengganu ] minta MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI menyatakan sejauh manakah koperasi dapat meningkatkan taraf hidup ahli-ahlinya. 2. PR-1221-L18330 Puan Fong Po Kuan [ Batu Gajah ] minta MENTERI PERPADUAN, KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN WARISAN menyatakan memandangkan Kabinet telah memutuskan untuk tidak mengadakan Akta Hubungan Kaum, apakah pendekatan yang akan diambil untuk meneliti semula polisi dan pelaksanaannya yang menjadi halangan perhubungan kaum masyarakat majmuk negara ini. 3. PR-1221-L17538 Dato' Seri Dr. Jamaluddin bin Dato' Mohd Jarjis [ Rompin ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk membina industri mesra alam atau ‘green economy’ dan memberi insentif khas bagi menggalakkan perkembangan industri tersebut. Industri ini mempunyai potensi pasaran yang besar termasuklah antaranya industri bio-diesel, solar energy, wind turbines, renewable energy dan sebagainya. 4. PR-1221-L16655 Tuan Mohsin Fadzli bin Haji Samsuri [ Bagan Serai ] minta MENTERI SAINS TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan apakah pendekatan untuk mengoptimumkan proses mengkomersialkan hasil penyelidikan di Institusi Penyelidikan dan IPT:- (a) senaraikan hasil penyelidikan tersebut; dan (b) berapa pula hasil yang diperoleh bagi tahun 2006 dan 2007. 2 AUM DR 24/2/2009 5. PR-1221-L18220 Dato' Dr. James Dawos Mamit [ Mambong ] minta MENTERI PENERANGAN menyatakan faedah kegunaan teknologi TV digital dan bilakah ianya dilaksanakan di seluruh negara. 6. PR-1221-L17855 Tuan Mohamed Azmin bin Ali [ Gombak ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan berapakah jumlah hasil cukai lapangan terbang dari tahun 2004 hingga sekarang dan ke manakah hasil tersebut disalurkan. 7. PR-1221-L18099 Dato' Paduka Abu Bakar Bin Taib [ Langkawi ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan berapakah jumlah projek yang dijalankan oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) bagi perusahaan kolam ikan dan udang secara komersial. Berapakah projek yang masih aktif dan berapakah hasil yang dikeluarkan bagi tempoh 2007-2008. Nyatakan di manakah terdapatnya kolam-kolam dan perusahaan tersebut. Adakah Kementerian berpuas hati di atas prestasinya. 8. PR-1221-L16972 Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bagaimana kadar dan keadaan jenayah di negara amnya, di Kuala Lumpur dan daerah Kepong dan Jinjang khasnya. Apakah tahap kerjasama rakyat dan cara-cara untuk mengurangkan pelbagai aduan terhadap jenayah. 9. PR-1221-L18139 Dato' Dr. Abdullah bin Md. Zin [ Besut ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan langkah-langkah yang akan diambil untuk menaik taraf dan memperkasa Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) bagi menjadikannya sebagai sebahagian daripada kurikulum Kebangsaan. 10. PR-1221-L17352 Tuan William Leong Jee Keen [ Selayang ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan sama ada Kerajaan Persekutuan akan membina satu lebuh raya dari Kuang ke Lebuh Raya Koridor Guthrie untuk mengelakkan lori-lori daripada kuari-kuari menggunakan laluan kampung. 11. PR-1221-L16767 Dato’ Haji Ismail Bin Haji Mohamed Said [ Kuala Krau ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan sehingga kini berapakah jumlah sekolah asrama harian bagi masyarakat Orang Asli di negara ini dan apakah tahap kemajuan yang dicapai berbanding dengan sekolah harian biasa. 3 AUM DR 24/2/2009 12. PR-1221-L16573 Datuk Siringan bin Gubat [ Ranau ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan berapa banyak projek serta peruntukan yang akan dilaksanakan di kawasan Parlimen Ranau sepanjang tahun 2009. 13. PR-1221-L16751 Tuan Kulasegaran a/l Murugeson [ Ipoh Barat ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan :- (a) berapakah kos dan unit lokomotif yang dibeli dan tidak diguna pakai oleh KTMB dalam jangka masa 10 tahun ini; dan (b) kenapakah wujud krisis dalam pelantikan Pengarah Urusan KTMB sehingga menyebabkan beberapa pengarah meletakkan jawatan sebagai tanda bantahan. 14. PR-1221-L16862 Datuk Seri Panglima Mojilip bin Bumburing @ Wilfred [ Tuaran ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan sama ada Kementerian meneruskan dasar untuk membantu sekolah-sekolah bantuan khasnya Mission School di masa akan datang seperti yang telah dibuat masa yang lalu. Berapa banyak sekolah Mission di Sabah yang mendapat bantuan tersebut. 15. PR-1221-L17667 Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff [ Balik Pulau ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan agenda pendidikan untuk anak-anak yatim. 16. PR-1221-L16872 Tuan Masir Anak Kujat [ Sri Aman ] minta MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI menyatakan mengenai latihan Giat MARA di Sri Aman dan berapakah bilangan belia yang telah dilatih dan sama ada pemantauan dibuat bagi kesesuaian kursus yang telah dianjurkan. 17. PR-1221-L16728 Tuan Chow Kon Yeow [ Tanjong ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan apakah anggaran bilangan pekerjaan yang akan hilang akibat kesan-kesan kemelesetan ekonomi 2009 dan nyatakan bantuan yang akan disalurkan kepada golongan ini. 18. PR-1221-L16578 Ir. Haji Hamim Bin Samuri [ Ledang ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan bagaimana Kementerian boleh memastikan harga barangan keperluan supaya dipengaruhi kuat oleh penurunan harga minyak petrol, diesel dan gas. 4 AUM DR 24/2/2009 19. PR-1221-L17285 Dato' Haji Ab. Halim Bin Ab. Rahman [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk mengadakan pilihan raya untuk memilih Ahli Majlis Kerajaan Tempatan (PBT). Jika tidak, berikan alasan- alasan tentang kewajarannya. 20. PR-1221-L17941 Datuk Haji Baharum Bin Mohamed [ Sekijang ] minta MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI menyatakan bilakah pembinaan MRSM dalam kawasan Parlimen Sekijang akan dibina setelah tapaknya diperoleh pada tahun 2008. 21. PR-1221-L16727 Tuan Chow Kon Yeow [ Tanjong ] minta PERDANA MENTERI menyatakan tindakan untuk menubuhkan Suruhanjaya Pengangkutan dan apakah langkah-langkah diambil untuk menyelaraskan dasar-dasar pengangkutan awam bersama dengan Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan. 22. PR-1221-L17147 Tuan Ding Kuong Hiing [ Sarikei ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah langkah-langkah dan syarat-syarat Kerajaan dalam mengambil jumlah jawatan polis di seluruh negara. Nyatakan jumlah jawatan masing-masing yang dipegang oleh polis mengikut kaum di negeri Sarawak serta ibu pejabat Depot Sarikei dan Bintangor sehingga sekarang. 23. PR-1221-L16752 Puan Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [ Rantau Panjang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan tidak bercadang untuk menurun tahap umur kelayakan mengundi kepada 18 tahun bagi wanita. 24. PR-1221-L16642 Dato' Seri Tengku Azlan Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar [ Jerantut ] minta PERDANA MENTERI menyatakan bolehkah diadakan sesi soal jawab dengan YAB Perdana Menteri dalam masa satu jam di Dewan Rakyat satu bulan sekali. Sesi itu kemudian disiarkan secara langsung di seluruh negara. 25. PR-1221-L17712 Dr. Hiew King Cheu [ Kota Kinabalu ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan keputusan muktamad Kerajaan berhubung keperluan kemudahan hospital di Kota Kinabalu, apakah Hospital Queen Elizabeth akan dikekalkan, membeli hospital swasta atau membina hospital baru. Berapakah kos yang terlibat dan bilakah penduduk di sekitar Kota Kinabalu dapat menikmati kemudahan itu. 5 AUM DR 24/2/2009 26. PR-1221-L17929 Puan Norah binti Abd Rahman [ Tanjong Manis ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan ;- (a) sama ada Kementerian bercadang untuk membina sebuah balai bomba di Tanjong Manis memandangkan jumlah penduduk akan bertambah dan ianya adalah tempat Halal Park terbesar di dunia dan berbagai pembangunan lain di bawah Koridor Sarawak (SCORE); dan (b) jika ya, bilakah pembinaan ini akan mula dilaksanakan. 27. PR-1221-L18209 Tuan Charles Anthony a/l R. Santiago [ Klang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan mengenai Dana ASEAN sebanyak US 120 bilion. Berapakah sumbangan Malaysia dan negara-negara ASEAN lain. Apakah tujuan dan bagaimanakah dana ini akan digunakan untuk memulihkan ekonomi di rantau ini. 28. PR-1221-L17073 Tuan Alexander Nanta Linggi [ Kapit ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sama ada Kerajaan berhasrat untuk menurunkan kadar caj cukai pendapatan peribadi dan melonggarkan pengutipan cukai bagi pendapatan peribadi dalam tahun 2008. Ini memandangkan dalam tahun 2008, ramai rakyat Malaysia telah dibebankan dengan keadaan ekonomi yang tidak baik. 29. PR-1221-L17443 Tan Sri Dato' Abd. Khalid bin Ibrahim [ Bandar Tun Razak ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berikutan Kerajaan Pusat ada memberikan peruntukan berjumlah RM500,000 setahun kepada setiap Ahli Parlimen Barisan Nasional bagi melaksanakan projek-projek kecil dalam kawasan masing-masing:- (a) sudahkah semua wang peruntukan diserahkan kepada semua Ahli Parlimen BN dan berapakah jumlah peruntukan setakat ini; dan (b) apakah alasan-alasan munasabah yang menyebabkan peruntukan yang serupa tidak diberikan kepada Ahli-Ahli Parlimen yang bukan Barisan Nasional sedangkan mereka juga dipilih oleh rakyat. 6 AUM DR 24/2/2009 30. PR-1221-L16637 Datuk Md. Sirat bin Abu [ Bukit Katil ] minta MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI menyatakan berapa ramai usahawan Industri Kecil Sederhana (IKS) yang telah diberi pinjaman untuk perniagaan mereka. Apakah jenis perniagaan yang dijalankan dan berapa ramai pula pemohon pinjaman IKS yang permohonan pinjamannya
Recommended publications
  • K a N D U N G a N
    K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT (Halaman 14) USUL Y.A.B. PERDANA MENTERI DI BAWAH PERATURAN MESYUARAT 27(3): – Draf Bagi Perintah Perlembagaan Persekutuan (Persempadanan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya) (Negeri-negeri Tanah Melayu) 2003 & Draf Bagi Perintah Perlembagaan Persekutuan (Persempadanan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya) (Negeri Sabah) 2003 (Halaman 14) USUL: Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 61) Diterbitkan Oleh: CAWANGAN DOKUMENTASI PARLIMEN MALAYSIA 2003 DR.8.4.2003 i AHLI-AHLI DEWAN RAKYAT Yang Amat Berbahagia Tuan Yang di-Pertua, Tun Dato Seri Dr. Mohamed Zahir bin Haji Ismail, S.S.M., P.M.N., S.S.D.K., S.P.M.K., D.S.D.K., J.M.N. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Dato Seri Dr. Mahathir bin Mohamad, D.K.(Brunei), D.K.(Perlis), D.K.(Johor), D.U.K., S.S.D.K., S.S.A.P., S.P.M.S., S.P.M.J., D.P. (Sarawak), D.U.P.N., S.P.N.S., S.P.D.K., S.P.C.M., S.S.M.T., D.U.M.N., P.I.S. (Kubang Pasu) “ Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, D.G.P.N., D.S.S.A., D.M.P.N., D.J.N., K.M.N., A.M.N., S.P.M.S. (Kepala Batas) Yang Berhormat Menteri Pengangkutan, Dato’ Seri Dr. Ling Liong Sik, S.P.M.P., D.G.S.M., D.P.M.P., D.P.M.S.
    [Show full text]
  • Dewan Rakyat Parlimen Kedua Belas Penggal Ketiga Mesyuarat Ketiga
    Naskhah belum disemak DEWAN RAKYAT PARLIMEN KEDUA BELAS PENGGAL KETIGA MESYUARAT KETIGA Bil. 54 Isnin 18 Oktober 2010 K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT (Halaman 32) USUL-USUL: Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 32) Usul Anggaran Pembangunan 2011 (Halaman 33) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2011 (Halaman 33) DR. 18.10.2010 1 MALAYSIA DEWAN RAKYAT Isnin, 18 Oktober 2010 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat ] JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN 1. Datuk Juslie bin Ajirol [Libaran] minta Perdana Menteri menyatakan adakah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mempunyai Jawatankuasa Penilai bagi setiap teks khutbah Jumaat sebelum diedarkan kepada semua masjid di bawah negeri yang Ketua Agamanya ialah Yang di-Pertuan Agong. Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir Baharum]: Bismillaahir Rahmaanir Rahim, Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. Tuan Yang di-Pertua, untuk maklumat Yang Berhormat Libaran, Jabatan Kemajuan Islam telah mewujudkan Jawatankuasa Penilai bagi setiap teks khutbah Jumaat bagi masjid-masjid di bawah pentadbiran JAKIM sendiri iaitu Masjid Negara, Masjid Putra, Masjid Wilayah dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin. Tujuannya adalah untuk menjaga kualiti teks khutbah dari segi kandungan dan penggunaan bahasa yang bersesuaian. Jawatankuasa ini terdiri daripada panel imam empat buah masjid utama dan juga disertai oleh beberapa ahli jawatankuasa yang dilantik terdiri daripada pengarah-pengarah bahagian di JAKIM. Teks khutbah Jumaat ini boleh dilayari secara online di dalam laman web JAKIM melalui Khutbah Online.
    [Show full text]
  • For Review Purposes Only
    ONLY PURPOSES REVIEW FOR Understanding the Dewan Rakyat Copyright © Konrad-Adenauer-Stiftung & Insight News Sdn Bhd. 2011 All rights reserved. No part of this book may be used or reproduced in any manner whatsoever without written permission from the Publisher except in case of brief quotations embodied in critical articles and reviews. Earlier versions of MP Watch: Eye on Parliament reports have appeared in The Nut Graph website exclusively. Images contained in this volume are courtesy and property of The Nut Graph, the interviewees and/or other sources respectively. Permission to reproduce the aforementioned and previously published material is gratefully ONLY acknowledged. FIRST EDITION: March 2011 Published by B-2-19, Merchant Square, Jalan Tropicana Selatan 1, PJU 3, 47410 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia E-mail: [email protected] Website: www.zipublications.com.my ISBN 978-967-5266-18-8 Layout & cover design by creativetrees.blogspot.com /REVIEW [email protected] Perpustakaan Negara Malaysia Cataloguing-in-Publication Data Understanding the Dewan Rakyat / The Nut Graph FOR ISBN 978-967-5266-18-8 1. Malaysia – Politics and government. I. Title. 344.07409595 Printed in Malaysia by Vinlin Press Sdn. Bhd. No. 2, Jalan Meranti Permai 1, Meranti Permai Industrial Park, Batu 15, Jalan Puchong, 47100 Puchong, Selangor, Malaysia Contents West Malaysia Constituencies Map 10 East Malaysia Constituencies Map 12 Foreword 14 Introduction 16 ONLY Part I Knowing Malaysia’s Parliamentary Democracy 20 System of governance and the role of Parliament 21 Malaysia’s electoral system 24 The work of an MP 30 Funding our MPs 38 The speaker: Functions and powers 42 PURPOSES Part II Knowing Malaysia’s MPs 54 MP Watch: who replied, who didn’t, and why 55 MPs and the ISA 63 MPs and the Islamic state issue 68 MPs and freedom of information 72 MPsREVIEW and separation of powers 77 The challenges of being an MP 81 MPs and lawmaking 88 FORStr engthening parliamentary democracy 93 Part III 222 MP Profiles 100 Perlis P.
    [Show full text]
  • Penyata Rasmi Parlimen Dewan Rakyat
    Bil. 29 Rabu 3 Mei 2006 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT PARLIMEN KESEBELAS PENGGAL KETIGA MESYUARAT PERTAMA K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang undang-undang Perbekalan Tambahan (2005) 2006 (Halaman 14) Jawatankuasa:- Jadual:- Maksud B.1, B.3, B.7 dan B.40 (Halaman 31) Maksud B.12 (Halaman 85) Maksud B.13 (Halaman 91) Maksud B.22 (Halaman 112) USUL-USUL: Anggaran Pembangunan Tambahan (Bil.2) 2005 (Halaman 14) Jawatankuasa:- Maksud P.6 (Halaman 31) Maksud P.10 (Halaman 85) Maksud P.20 (Halaman 107) Maksud P.23 (Halaman 119) Maksud P.28 (Halaman 128) Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 47) Diterbitkan Oleh: CAWANGAN DOKUMENTASI PARLIMEN MALAYSIA 2006 DR 3.5.2006 i AHI-AHLI DEWAN RAKYAT 1. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Tan Sri Dato’ Seri Diraja Ramli bin Ngah Talib, PSM., SPCM., AMN., JP. (Pasir Salak) - UMNO 2. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Lim Si Cheng, PJN., PIS. (Kulai) - MCA 3. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Dr. Yusof bin Yacob, PGDK., ADK. (Sipitang) - UMNO MENTERI 1. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Dato’ Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, S.P.M.S., S.S.S.J., S.P.S.A., S.S.A.P., S.P.D.K., D.P., S.P.N.S., D.G.P.N., D.S.S.A., D.M.P.N., D.J.N., K.M.N., A.M.N.
    [Show full text]
  • K a N D U N G a N
    K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2002) 2003 Jawatankuasa: Jadual: Maksud B. 18 (Halaman 18) Maksud B. 21 (Halaman 23) Maksud B. 26 (Halaman 40) Maksud B. 28 dan B. 30 (Halaman 53) Maksud B. 34 (Halaman 70) Maksud B. 35 (Halaman 90) Maksud B. 40 (Halaman 98) Maksud B. 41 (Halaman 108) Maksud B. 45 (Halaman 112) USUL-USUL: Anggaran Pembangunan (Tamb.)( Bil. 4) 2002 Jawatankuasa: Maksud P. 18 (Halaman 18) Maksud P. 20 (Halaman 23) Maksud P. 25 (Halaman 34) Maksud P. 26 (Halaman 40) Maksud P. 28 (Halaman 53) Maksud P. 33 (Halaman 62) Maksud P. 34 (Halaman 70) Maksud P. 36 (Halaman 97) Maksud P. 38 (Halaman 98) Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 14) Diterbit Oleh: CAWANGAN DOKUMENTASI PARLIMEN MALAYSIA 2003 DR.03.04.2003 i AHLI-AHLI DEWAN RAKYAT Yang Amat Berbahagia Tuan Yang di-Pertua, Tun Dato Seri Dr. Mohamed Zahir bin Haji Ismail, S.S.M., P.M.N., S.S.D.K., S.P.M.K., D.S.D.K. J.M.N. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Dato Seri Dr. Mahathir bin Mohamad, D.K.(Brunei), D.K.(Perlis), D.K.(Johor), D.U.K., S.S.D.K., S.S.A.P., S.P.M.S., S.P.M.J., D.P. (Sarawak), D.U.P.N., S.P.N.S., S.P.D.K., S.P.C.M., S.S.M.T., D.U.M.N., P.I.S.
    [Show full text]
  • Dewan Rakyat
    Bil. 16 Khamis 8 April 2010 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT PARLIMEN KEDUA BELAS PENGGAL KETIGA MESYUARAT PERTAMA K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2009) 2010 Jawatankuasa:- Jadual:- Maksud B.1 hingga B.9 (Halaman 22) Maksud B.12 (Halaman 69) USUL: Anggaran Pembangunan Tambahan (Bil.2) 2009 Jawatankuasa:- Maksud P.6 (Halaman 22) Maksud P.10 (Halaman 69) Diterbitkan Oleh: CAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2010 DR.8.4.2010 i AHLI-AHLI DEWAN RAKYAT 1. Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Tan Sri Datuk Seri Utama Pandikar Amin Haji Mulia, S.U.M.W., P.G.D.K., P.S.M., J.S.M., J.P. 2. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar, P.J.N., P.B.S. J.B.S., J.S.M. (Santubong) – PBB 3. “ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Ronald Kiandee, A.S.D.K., P.G.D.K. (Beluran) – UMNO MENTERI 1. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak, D.U.P.N., S.S.A.P, S.I.M.P., D.P.M.S., D.S.A.P., P.N.B.S., D.U.B.C.(T). (Pekan) – UMNO 2. “ Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran, Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin, S.P.M.P., S.P.M.J., P.S.M., S.M.J., P.I.S., B.S.I.
    [Show full text]
  • Naskhah Belum Disemak]
    [NASKHAH BELUM DISEMAK] PARLIMEN KEDUA BELAS PENGGAL KEDUA MESYUARAT PERTAMA Bil. 7 Rabu 25 Februari 2009 K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) USUL-USUL: Menjunjung Kasih Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong - Y.B. Dato’ Razali bin Haji Ibrahim (Muar) (Halaman 30) Waktu Mesyuarat Dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 55) DR. 25.2.2009 i 16 Februari 2009 AHLI-AHLI DEWAN RAKYAT 1. Yang Berbahagia Tuan Yang di-Pertua, Tan Sri Datuk Seri Utama Pandikar Amin Haji Mulia, S.U.M.W., P.G.D.K., P.S.M., J.S.M., J.P. 2. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar, P.J.N., P.B.S. J.B.S., J.S.M. (Santubong) – PBB 3. “ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Ronald Kiandee, A.S.D.K., P.G.D.K. (Beluran) – UMNO MENTERI 1. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, S.U.M.Z., D.K.1(Johor), S.P.M.S., S.S.S.J., S.P.S.A., S.S.A.P., S.P.D.K., D.U.N.M., D.P., S.P.N.S., D.G.P.N., D.S.S.A., D.M.P.N., D.J.N., K.M.N., A.M.N. (Kepala Batas) – UMNO 2. “ Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Dato’ Sri Haji Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak, S.S.A.P, S.I.M.P., D.P.M.S., D.S.A.P., P.N.B.S., D.U.B.C.(T).
    [Show full text]
  • Jawapan-Jawapan Pertanyaan Jawab Lisan Harian Yang Tidak Dapat Dijawab Dalam Dewan Rakyat Daripada Kementerian
    MALAYSIA DEWAN RAKYAT MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEEMPAT PARLIMEN KEDUABELAS 2011 L Jawapan-Jawapan Pertanyaan Jawab Lisan Harian Yang Tidak Dapat Dijawab Dalam Dewan Rakyat Daripada Kementerian HARI SELASA: 28 JUN 2011 CAWANGAN PERUNDANGAN PARLIMEN MALAYSIA. KANDUNGAN JAWAPAN-JAWAPAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN JAWAB LISAN YANG TIDAK DAPAT DIJAWAB DIDALAM DEWAN (SOALANNO. 8 HINGGA 111) NOTA: JAWAPAN-JAWAPAN BAGI SO ALAN NO. 1 HINGGA 7 [RUJUK PENYATA RASMI HARIAN (HANSARD)] SIDEKSANI CAWANGAN PERUNDANGAN PARLIMEN MALAYSIA SOALAN NO.8 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT PERTANYAAN : LISAN DARI PAD A PUAN FONG PO KUAN [ BATU GAJAH ] TARIKH 28 JUN 2011 SOALAN Puan Fong Po Kuan (Batu Gajah) minta PERDANA MENTERI menyatakan bagaimanakah kadar baru tambang ETS ini ditetapkan iaitu antara RM25 - RM45 (Ipoh ke KL Sentral) yang bergantung kepada jadual masa tertentu dan apakah objektif ETS. SOALAN NO.8 l SOALAN NO.8 JAWAPAN: YB DATO’ SERI MOHAMED NAZRI ABDUL AZIZ MENTERI PI JABATAN PERDANA MENTERI Tuan Yang Dipertua, Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, perkhidmatan Electric Train Set (ETS) telah mula dilancarkan pada 12 Ogos 2010 merangkumi sektor Kuala Lumpur Sentral - Ipoh sejauh 208 km dan Ipoh - Seremban sejauh 280 km. Untuk makluman, kadar tambang siling yang dibenarkan bagi perkhidmatan ETS di sektor Kuala Lumpur Sentral - Ipoh adalah sebanyak RM50.00 bagi setiap penumpang. Sebagai langkah mempromosikan perkhidmatan baru ini, kadar tambang perkhidmatan yang ditawarkan adalah RM30.00 bagi setiap penumpang bagi sektor Kuala Lumpur Sentral - Ipoh. Bermula 1 Mei 2011, KTMB telah memperkenalkan kadar tambang baru ETS yang terdiri daripada tiga jenis perkhidmatan iaitu: i. Super Ekspress (Platinum) - RM45.00. Perjalanan Kuala Lumpur Sentral - Ipoh mengambil masa 1 jam 58 minit.
    [Show full text]
  • Dewan Rakyat Parlimen Ketiga Belas Penggal Keempat Mesyuarat Ketiga
    Naskhah belum disemak DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL KEEMPAT MESYUARAT KETIGA Bil. 36 Rabu 26 Oktober 2016 K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) PENERANGAN DARIPADA MENTERI KESIHATAN DI BAWAH P.M. 14(1)(i): - Penjelasan Lanjut Mengenai Kebakaran Di Hospital Sultanah Aminah (Halaman 30) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2017 (Halaman 42) USUL-USUL: Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 36) Usul Anggaran Pembangunan 2017 (Halaman 42) 1 MALAYSIA DEWAN RAKYAT PARLIMEN KETIGA BELAS PENGGAL KEEMPAT MESYUARAT KETIGA Rabu, 26 Oktober 2016 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) mempengerusikan Mesyuarat] JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN 1. Dato' Sri Hasan bin Malek [Kuala Pilah] minta Menteri Luar Negeri menyatakan apakah fungsi, sumbangan dan pencapaian Malaysia sepanjang menjadi Anggota Tidak Tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dari tahun 2015 hingga 2016. Timbalan Menteri Luar Negeri [Dato’ Seri Reezal Merican]: Bismillahi Rahmani Rahim. Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Kuala Pilah atas soalan yang telah dikemukakan. Untuk makluman Dewan, Malaysia telah menganggotai Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu sebagai ahli tidak tetap bermula dari 1 Januari 2015 sehingga dan akan berakhir pada Disember 2016. Ini adalah kali ke-4 negara menjadi anggota tidak tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Kali pertama pada 1965 berkongsi dengan Czechoslovakia. Kali kedua pada 1989 hingga 1990. Kali ketiga pada 1999 hingga 2000. Pemilihan pada kali ini adalah merupakan satu pengiktirafan dan penghormatan kepada negara kerana dalam pemilihan ini Malaysia telah menerima 187 jumlah undi daripada 193 keseluruhan negara-negara PBB.
    [Show full text]
  • Thesis Template
    New media and old politics: The role of blogging in the 2008 Malaysian general election A thesis submitted in partial fulfilment of the requirements for the Degree of Doctor of Philosophy in Media and Communication in the University of Canterbury by Foong Lian Hah University of Canterbury 2012 Table of Contents Acknowledgements…………………………..…………………………10 Abstract…………………………………………………………………11 Chapter 1: Introduction………………………………………………..13 Background of research……………………………….........................13 Theoretical framework: An overview…………………………….......21 Political economy approach on blogging and democratic ideals……..24 Habermas's notion of the public sphere on blogging and liberal democratic principles……………………………………………….25 Social determinism approach to blogging and democracy…………....26 Research objectives …………………………………………………..27 Research questions …………………………………………………...29 Research question 1: How does blogging expand liberal democratic practices…………………………………………………………….29 Research question 2: How does blogging contribute to ways of campaigning in an election …………………………………………31 Methodology………………………………………………………….31 Outline of thesis………………………………………………………33 Limitations of study…………………………………………………..37 Chapter 2: Theoretical framework on new media, democracy and political life……………………………………………………………...39 Introduction…………………………………………………………...39 Technological determinism approach………………………………...42 Political economy approach to media and democracy………………..44 Public sphere, the media and democracy……………………………..49 Social determinism approach to new media…………………………..55
    [Show full text]
  • Dewan Rakyat
    Bil. 52 Isnin 16 November 2009 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT PARLIMEN KEDUA BELAS PENGGAL KEDUA MESYUARAT KEDUA K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2010 (Halaman 20) Jawatankuasa: Jadual: Maksud B.1 hingga B.9, dan B.40 (Halaman 21) USUL-USUL: Usul Anggaran Pembangunan 2010 (Halaman 20) Jawatankuasa: Maksud P.6 dan P.7 (Halaman 21) Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 20) Meminda Jadual Di Bawah P.M. 66(9) - Memotong RM10 Gaji Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Halaman 21) Diterbitkan Oleh: CAWANGAN PENYATA RASMI PARLIMEN MALAYSIA 2009 DR 16.11.2009 i AHLI-AHLI DEWAN RAKYAT 1. Yang Berbahagia Tuan Yang di-Pertua, Tan Sri Datuk Seri Utama Pandikar Amin Haji Mulia, S.U.M.W., P.G.D.K., P.S.M., J.S.M., J.P. 2. Yang Berhormat Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar, P.J.N., P.B.S. J.B.S., J.S.M. (Santubong) – PBB 3. “ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Ronald Kiandee, A.S.D.K., P.G.D.K. (Beluran) – UMNO MENTERI 1. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak, D.U.P.N., S.S.A.P, S.I.M.P., D.P.M.S., D.S.A.P., P.N.B.S., D.U.B.C.(T). (Pekan) – UMNO 2. “ Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran, Tan Sri Haji Muhyiddin bin Haji Mohd.
    [Show full text]
  • Frequently Asked Questions on Section 114A of the Evidence Act 1950, “Presumption of Fact in Publication”
    Frequently Asked Questions on Section 114A of the Evidence Act 1950, “Presumption of Fact in Publication” Prepared by the Centre for Independent Journalism (CIJ) 1. What is Section 114A? Section 114A, entitled “Presumption of Fact in Publication,” is a new amendment to the Evidence Act 1950. The amendment was tabled and passed in Dewan Rakyat without substantial debate in April 2012 and was passed through Dewan Negara on 9 May 2012. It has been gazetted and the Minister has chosen 31 July 2012 to be the coming-into-operation date for the amendment. Applying to both civil and criminal cases in which allegedly illicit content is published on a webpage, Section 114A presumes that the following groups or individuals are guilty of publishing the content in question: (1) those who own, administrate, or edit websites open to public contributors, such as online forums or blogs; (2) those who provide webhosting or Internet services to the webpage in question; and (3) those own the computer or mobile device on which the content in question was published. 2. What are the proposed justifications for the amendment? The stated purpose of Section 114A is to identify persons accountable for allegedly illicit (i.e., defamatory, seditious, or libelous) content published on the Internet. The realities of the Internet make it challenging for law enforcement officials to identify and hold individuals accountable for criminal activities committed online. First, a considerable number of Internet users assume anonymous identities in online environments. While online anonymity may be abused for criminal purposes, it also protects law-abiding Internet users who wish to legitimately exercise their right to freedom of expression on the Internet without fear of unwarranted reprisal in the workplace, from their peers, or from the state.
    [Show full text]