Dewan Rakyat Parlimen Kedua Belas Penggal Kelima Mesyuarat Ketiga

Dewan Rakyat Parlimen Kedua Belas Penggal Kelima Mesyuarat Ketiga

Naskhah belum disemak DEWAN RAKYAT PARLIMEN KEDUA BELAS PENGGAL KELIMA MESYUARAT KETIGA Bil. 59 Isnin 5 November 2012 K A N D U N G A N JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2013 Jawatankuasa:- Jadual:- Maksud B.48 (Halaman 25) Maksud B.23 (Halaman 38) Maksud B.30 (Halaman 98) USUL-USUL: Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan Daripada Peraturan Mesyuarat (Halaman 23) Usul Anggaran Pembangunan 2013 Jawatankuasa:- Maksud P.48 (Halaman 25) Maksud P.23 (Halaman 38) Maksud P.30 (Halaman 98) DR 5.11.2012 1 MALAYSIA DEWAN RAKYAT Isnin, 5 November 2012 Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi DOA [Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Ronald Kiandee) mempengerusikan Mesyuarat ] JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN 1. Datuk Mohd. Nasir Ibrahim Fikri [Kuala Nerus] minta Menteri Pengajian Tinggi menyatakan apakah kementerian bercadang untuk menubuhkan sebuah bank data berpusat bagi rujukan ke arah menangani masalah penipuan ijazah. Timbalan Menteri Pengajian Tinggi ll [Dato’ Saifuddin bin Abdullah]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Kementerian Pengajian Tinggi telah membangunkan sistem maklumat dan pangkalan data Kementerian Pengajian Tinggi yang dikenali sebagai sistem MyMohes bagi IPTA dan sistem IFMS bagi IPTS untuk memperkemaskan proses penyaluran data dan maklumat kepada KPT bagi membantu meningkatkan kecekapan sistem pengurusan maklumat pengajian tinggi negara. Sistem ini dapat memastikan data dan maklumat yang dibekalkan sentiasa tepat, terkini, sahih dan boleh digunakan bagi tujuan perancangan penggubalan dasar dan pembangunan pengajian tinggi negara yang mampan. Walau bagaimanapun, bagi maklumat terperinci setiap individu yang menerima ijazah daripada IPTA dan IPTS, ia disimpan oleh institusi pengajian tinggi yang mengurniakan ijazah dan diploma masing-masing. Bank data terperinci bagi penerima ijazah dan diploma wujud di peringkat IPTA dan IPTS yang berkenaan. Kaedah ini adalah selaras dengan pemberian autonomi dan kebebasan kepada IPT dalam mengendalikan urusan operasi institusi. Oleh itu kementerian tidak berhasrat untuk menubuhkan bank data terperinci penerima ijazah dan diploma secara individu atau bagi setiap individu secara berpusat pada ketika ini. Sungguhpun demikian bagi mana-mana majikan, sama ada agensi kerajaan ataupun swasta, Ahli-ahli Parlimen, orang awam dan pihak-pihak yang berkepentingan yang ingin mengesahkan mana-mana ijazah dan diploma yang dikeluarkan oleh IPT tempatan, boleh mengajukannya kepada IPT berkenaan pada bila-bila masa yang sesuai. Jadi Tuan Yang di- Pertua, untuk maklumat terperinci setiap individu, maknanya setiap pelajar ataupun setiap graduan itu di peringkat IPT masing-masing. Akan tetapi di peringkat kami di KPT, kami ada pangkalan data dari segi keseluruhan pengurusan pentadbiran dan sebagainya. Terima kasih. Datuk Mohd. Nasir Ibrahim Fikri [Kuala Nerus]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Timbalan Menteri. Tuan Yang di-Pertua, saya merujuk kepada My Star online, 9 DR 5.11.2012 2 Ogos 2012. Sebuah syarikat khusus dalam pemeriksaan pra-pekerjaan mengesan purata lima permohonan dengan ijazah dan sijil palsu setiap minggu. Manakala sebuah lagi firma penyiasatan penipuan mendapati 10% hingga 15% permohonan yang diteliti menggunakan kelayakan palsu. Sebahagian daripadanya dikeluarkan oleh universiti-universiti yang tidak wujud di luar negara. Mungkin Yang Berhormat sebut universiti dalam negara. Kita juga bercakap tentang universiti di luar negara. Soalan saya Tuan Yang di-Pertua, adakah kerajaan bercadang untuk mengeluarkan pengenalan khas untuk lepasan IPT dan ia boleh dibuat secara berperingkat bermula dengan doktor falsafah untuk mengurangkan penipuan pemakaian kelulusan di semua peringkat terutama doktor falsafah ini dengan panggilan ‘Dr.’ kerana ia boleh mencemarkan imej kepakaran dan ilmu dalam negara kita. Terima kasih. Dato’ Saifuddin bin Abdullah: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih atas soalan tambahan itu tadi. Sebagaimana yang disebutkan oleh Yang Berhormat, kes-kes itu bukan datang daripada IPT yang di bawah budi bicara dan pengawasan Kementerian Pengajian Tinggi. Ada misalnya sebelum ini kes yang melibatkan nama sebuah IPTA, ijazahnya dijual oleh pihak tertentu di pasaran dan KPT sendiri membuat laporan kepada pihak polis dan kes ini dalam siasatan dan tindakan undang-undang akan diambil. Kita mempunyai beberapa undang-undang lain yang bukan di bawah budi bicara ataupun pengawasan Kementerian Pengajian Tinggi sebab ini adalah kes-kes penipuan sama seperti kes-kes penipuan yang lain yang terdapat di pasaran. Dari segi amalan keselamatan, kebanyakan IPT ada amalan-amalan keselamatan ketika mereka mengeluarkan sijil ataupun diploma atau ijazah untuk memastikan ketulenan sijil diploma ataupun ijazah yang mereka keluarkan. Contohnya ialah mereka menggunakan dengan izin, watermark pada kertas yang dikeluarkan itu dan juga nombor siri pada kertas itu. ■1010 Itu adalah amalan-amalan keselamatan yang diambil sendiri tindakannya oleh IPT-IPT yang berkaitan. Akan tetapi, untuk kita mempunyai seperti yang saya jawab awal tadi, untuk kita mempunyai suatu sistem yang begitu dengan izin, centralized, saya fikir ini belum sampai masanya. Orang awam kita selalu nasihatkan supaya memastikan ketulenan sijil itu ataupun ijazah yang dikeluarkan itu. Sebabnya memang kita tahu ada kemungkinan penipuan itu berlaku. Akan tetapi, itu di luar daripada kawalan kami di kementerian dan seperti saya katakan tadi, ada undang-undang yang boleh dikenakan kepada pesalah-pesalah tersebut. Terima kasih. Puan Siti Zailah Mohd. Yusoff [Rantau Panjang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya. Daripada pemantauan yang dibuat oleh pihak kementerian, berapakah kes setakat ini yang telah dapat dikesan yang membabitkan penipuan dan apakah tindakan undang-undang yang telah diambil sama ada yang melibatkan sijil, diploma ataupun ijazah ataupun sampai ke peringkat PhD dalam negara kita? DR 5.11.2012 3 Dato’ Saifuddin bin Abdullah: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Yang 20 IPTA, 61 IPTS bertaraf universiti dan universiti kolej dan kolej-kolej swasta yang bukan bertaraf kolej universiti ataupun universiti itu, setakat ini belum ada kes penipuan ijazah. Yang ada ialah kes penipuan iklan ketika mereka mengiklankan kursus yang mana kursus itu tidak wujud. Setakat ini, ada dua kes yang begitu. Kebanyakan kes yang lain itu, ia bukan dalam konteks ijazah ataupun kursus per se dengan izin. Masalah-masalah premis dan sebagainya. Kalau yang berlaku penipuan itu, lazimnya itu memang dilakukan oleh orang lain yang tidak ada kena mengena dengan mana-mana kolej ataupun universiti atau kolej universiti yang berdaftar dengan kita. Itu yang saya katakan tadi Tuan Yang di-Pertua. Apa yang kami boleh lakukan jika kami mendapat aduan, kami juga membuat aduan kepada pihak polis. Saya faham di luar sana ada pelbagai undang-undang yang berkaitan dengan penipuan seperti mana-mana penipuan lain yang dilakukan oleh sesiapa sahaja. Terima kasih. 2. Tuan Amran bin Ab. Ghani [Tanah Merah] minta Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi menyatakan adakah kerajaan ingin menetapkan harga minimum bagi mengawal penurunan harga getah bagi membantu para penoreh getah dan kenapakah bantuan kewangan hanya diberikan kepada golongan nelayan sahaja atas alasan musim tengkujuh, sepatutnya para peneroka dan penoreh juga diberi subsidi yang sama. Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi I [Dato’ Hamzah bin Zainudin]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, pada masa ini kerajaan tidak berhasrat untuk menetapkan harga minimum bagi mengawal penurunan harga getah. Ini adalah memandangkan harga getah ditentukan oleh beberapa faktor termasuk penawaran serta permintaan pasaran dan kadar pertumbuhan ekonomi dunia khususnya di negara-negara pengimport utama getah. Di samping itu, penetapan harga minimum juga akan melibatkan peruntukan kewangan yang besar. Bagaimanapun, kerajaan sentiasa memantau harga getah agar ia tidak menjejaskan pendapatan pengusaha tanaman getah terutamanya pekebun kecil. Pada masa ini, walaupun trend harga getah turun naik, ianya masih berada di tahap yang memberangsangkan. Sehingga Ogos 2012, pekebun kecil yang memiliki purata keluasan kebun 2.3 hektar dianggarkan mampu meraih purata pendapatan melebihi RM2,400 sebulan. Tahap ini masih merupakan satu paras pendapatan yang lumayan kepada pekebun kecil. Tuan Yang di-Pertua, bagi memperkukuhkan harga getah, Malaysia bersama-sama dengan lain-lain negara pengeluar utama getah dunia iaitu Thailand dan Indonesia sentiasa membuat pemantauan terhadap trend harga getah semasa dunia di bawah rangka kerjasama International Tripartite Rubber Council (ITRC). Ketiga-tiga negara pengeluar utama getah ini akan mengadakan rundingan dan mengambil langkah-langkah proaktif sekiranya harga getah berada di paras yang membimbangkan. Ini termasuk melaksanakan mekanisme kawalan eksport secara kolektif yang dipersetujui oleh ketiga-tiga negara. DR 5.11.2012 4 Walaupun demikian, kerajaan akan meneruskan usaha-usaha pemantauan dan sentiasa mengkaji bantuan-bantuan yang boleh dilaksanakan sekiranya harga getah jatuh ke paras yang memberi kesan negatif kepada pendapatan pekebun kecil, terima kasih. Tuan Amran bin Ab. Ghani [Tanah Merah]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada pihak kementerian. Saya bercakap bagi rakyat di Parlimen Tanah Merah iaitu terutamanya di Kampung Bukit Mas, Air Naga, Kampung Batang Bergedip dan lain-lain

View Full Text

Details

  • File Type
    pdf
  • Upload Time
    -
  • Content Languages
    English
  • Upload User
    Anonymous/Not logged-in
  • File Pages
    122 Page
  • File Size
    -

Download

Channel Download Status
Express Download Enable

Copyright

We respect the copyrights and intellectual property rights of all users. All uploaded documents are either original works of the uploader or authorized works of the rightful owners.

  • Not to be reproduced or distributed without explicit permission.
  • Not used for commercial purposes outside of approved use cases.
  • Not used to infringe on the rights of the original creators.
  • If you believe any content infringes your copyright, please contact us immediately.

Support

For help with questions, suggestions, or problems, please contact us