Pusat Khidmat Maklumat Akademik UrTIVERSTTIMALAYSIA SARAWAK

LIPUTAN BERITA TENTANG PRESTASI ATLIT NEGARA DI SUKAN OLIMPIK, ATLANTA 1996: SATU ANALISIS KANDUNGAN AKHBAR TERHADAP EMPAT AKHBAR TEMPATAN. P.KIiIDMAT MAKLUMAT AKADlMIK uiigiýnuai

AHMAD TAUFIQ ISMAIL 93-3-0010 KAJIAN KOMUNIKASI FAKULTI SAINS SOSIAL

Latihan Ilmiah ini dikemukakan untuk memenuhi sebahagian daripada syarat-syarat pengijazahan Sarjana Sains Sosial Dengan Kepujian Bidang Komunikasi (SmSS)

FAKULTI SAINS SOSIAL UNIVERSITI SARAWAK 1997 PENGHARGAAN

Sesungguhnya kejayaan menghasilkan latihan ilmiah ini adalah kejayaan bersama yang direstui Allah s.w. t. Penulis terhutang budi kepada beberapa individu, terutamanya

Profesor Dr. Shawaluddin Anis, Dekan Pusat Pengajian Bahasa dan Komunikasi yang juga penyelia kepada penulis atas tunjuk ajar, nasihat dan teguran dalam menyiapkan latihan ilmiah ini. Penulis juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Dr. Samsudin

A. Rahim yang memberikan galakan dan sokongan yang berterusan sepanjang penyiapan latihan ilmiah ini. Kepada En Neilson Ilan yang pernah menjadi penyelia sementara penulis, diucapkan berbanyak-banyak terima kasih. Tidak dilupakan juga, Cik Norasnida

Nordin yang bersama-sama mencari bahan dan juga memberikan semangat dan perangsang kepada penulis. Akhir kata, penyempurnaan latihan ilmiah ini hanya dapat dilaksanakan dengan adanya sokongan dan galakan daripada kedua ibubapa penulis, Haji Ismail bin Yet dan Hajjah Asiah Mahasan. Kepada mereka berdua dirakamkan setinggi-tinggi penghargaan.

AHMAD TAUFIQ ISMAIL Kajian Komunikasi Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) 94300 Kota Samarahan SARAWAK

i ABSTRAK

Kajian ini dilakukan terhadap empat buah akhbar utama negara mengenai prestasi atlit

negara di Sukan Olimpik, Atlanta 1996. Tujuan utama kajian ini adalah untuk melihat

peranan dan sumbangan akhbar dalam memajukan dan menjayakan sukan tanahair sesuai

dengan cogan kata "Majulah Sukan Untuk Negara". Selain itu kajian ini juga meninjau

pengaruh akhbar dalam menyediakan berita untuk dipaparkan kepada pembaca dan

bagaimana akhbar berfungsi dalam menyalurkan maklumat-maklumat terkini mengenai

Sukan Olimpik kepada pembaca. Kajian ini menggunakan analisis isi kandungan akhbar

sebagai kaedah untuk mendapatkan maklumat dan data-data. Akhbar yang terlibat ialah Berita Harian, Utusan Malaysia, New Straits Times dan The Star. Sebanyak 674 item

berita telah dikaji dan diselidiki dan ia menunjukkan bahawa akhbar telah menjalankan peranan dan tanggungjawab yang baik dan berkesan sekali dalam menyiarkan berita mengenai prestasi atlit negara di Atlanta. Kajian ini sangat sesuai untuk dijadikan panduan

kepada Kementerian Belia dan Sukan serta Sukom 98 (penganjur Sukan Komanwel 98 di

Kuala Lumpur) dalam membantu satu rangka kerjasama dengan pihak akhbar agar

kejohanan tersebut mendapat liputan yang menyeluruh dan terperinci.

ii ABSTRACT

This research has been made based on four local dailies on the performance of our national athletes in Atlanta Olympic Games 1996. Its main purpose: to see the role and contribution of local dailies in enhancing the development of sports in our country based on the motto "Majulah Sukan Untuk Negara" (For The Advancement of Sport in

Malaysia. Besides that this research too is a venue to see the influence newspaper in giving the readers sports news and the latest development of the Olympic Games. This research used analytical studies of newspaper content (content analysis) as its source of information and data. The four local dailies involved are: Berita Harian, Utusan Malaysia,

New Straits Times and The Star. About 674 newspaper articles had been analysed and this sets to prove. that newspaper play an important and effective role in bringing the latest update on our national athletes in Atlanta. This research is very useful as a guideline for the Ministry of Youth and Sport as well as Sukom 98 (organiser of the

Commonwealth Games in ) in setting up a platform for collaboration with the press in order than the event would get a wide and extensive coverage.

III SENARAI JADUAL

Jadual Tajuk Muka surat

Jadual 1 Jangka masa pemungutan data di keempat-empat 39 akhbar terbabit

IV SENARAI GAMBARAJAH

Gam6ara_jah Taiuk Muka surat

Gambaraj ah 1.1 gambarajahjumlah item berita yang dikaji dalam keempat-empatbuah akhbar. 45

Gambarajah 1.2 gambarajah peratusan mengikut acara sukan yang disiarkan dalam keempat-empatbuah akhbar. 47

Gambarajah 1.3 gambarajah jumlah berita yang menyokong, tidak menyokong atau berkecuali mengenai persembahan atlit Malaysia di keempat-empat buah akhbar. 49

Gambarajah 1.4 gambarajahjumlah visual yang disertakanbersama berita di dalam keempat-empatbuah akhbar. 51

Gambarajah 1.5 gambarajahnilai berita berkenaandengan persembahan atlit negaradi dalam keempat-empatbuah akhbar. 53

Gambarajah 1.6 gambarajahperatusan berita mengikut acarasukan di Berita Harian. 56

Gambarajah 1.7 gambarajah peratusan berita mengikut acara sukan di New Straits Times. 58

Gambarajah 1.8 gambarajahperatusan berita mengikut acara 60 sukan di Utusan Malaysia.

Gambarajah 1.9 gambarajah peratusan berita mengikut acara 62 sukan di The Star.

Gambarajah 1.10 gambarajahjumlah liputan berita yang diterima 64 oleh atlit di keempat-empatbuah akhbar.

V SINGKATAN KATA

Malaysia BAM - Persatuan

BH - Berita Harian Federation IAAF - International Amateur Athlete Olympic Committee IOC - International Olahraga Amatur Malaysia KOAM - Kesatuan Malaysia MOM - Majlis Olimpik

NST - The New Straits Times Malaysia PLBM - Persatuan Lumba Basikal

STAR - The Star

SUKMA - Sukan Malaysia Utusan Malaysia UM -

vi Pusat Khidmat Makiumat Akademik UrTIVERSTTIMALAYSIA SARAWAK

Kandungan Muka surat

PENGHARGAAN I ABSTRAK ii-iii ABSTRACT

SENARAI JADUAL iv SENARAI GAMBARAJAH v SINGKATAN KATA vi

BABI

1.0 PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan I

1.2 SejarahPenyertaan Malaysia 4

1.3 Sukan Olimpik Atlanta 1996 7

1.4 PernyataanMasalah 9

1.5 Objektif Kajian 11

1.5.1 Objektif Umum 11

1.5.2 Objektif Khusus 11

1.6 KepentinganKajian 12

1.7 Kewajaran Kajian 12

1.8 Skop Kajian 13

1.9 Hipotesis 14

1.9.1 Andaian Umum 14

1.9.2 Hipotesis 14

1.10 Latar Belakang Kajian 15

1.11 Takrifan Konsep 15

1.11.1 Akhbar 15

1.11.2 Berita 16

1.12 Sumber 17 1.13 Orientasi Berita 18

1.13.1 Memberita 19

1.13.2 Membujuk 20

1.13.3 Mendidik 21

BABA

2.0 RENSENSI PEMBACAAN 23

2.1 Ulasan Karya Lepas 23

2.2 Kerangka Teori (Konsep PenentuanAgenda/"Agenda Setting") 26

2.3 Model Penyelidikan 28

2.4 Tinjauan 29

BAB III

3.0 METHOD / METHODOLOGI 33

3.1 Reka Bentuk Kajian 33

3.2 Analisis Kandungan ii

3.3 Temuduga 3J

3.4 Data Sekunder 35

3.5 PerbincanganAnalisis 36

3.6 Jenis Berita Sukan Olimpik 36

3.6.1 Berita 36

3.6.2 Lidah Pengarang/Editorial 36

3.6.3 Rencana 37

3.6.4 Kolumis 37

3.6.5 Komentar/Ulasan 37

3.6.6 Surat 38

3.7 PemungutanData 38 3.8 Kaedah Analisis Data 39

3.19 Penentuan Tema 40

3.10 Ringkasan Akhbar Terbabit 41

3.11 Batasan Kajian 43

BAB IV

4.0 HASIL KAMAN DAN PERBINCANGAN 45

4.1 Penemuan Kajian 45

4.1.1 Jumlah Item Berita 45

4.1.2 Peratusan Acara Sukan 47

4.1.3 Jumlah Berita Menyokong 49

4.1.4 Jumlah Visual 51

4.1.5 Nilai Berita 53

4.1.6 Peratusan Mengikut Acara di Berita Harian 56

4.1.7 Peratusan Mengikut Acara di New Straits Times 58

4.1.8 Peratusan Mengikut Acara di Utusan Malaysia 60

4.1.9 Peratusan Mengikut Acara di The Star 62

4.1.10 Liputan Berita Atlit 64

4.2 Hasil Kajian 65

4.3 Rumusan 70

BAB V

5.0 KESIMPULAN DAN CADANGAN 73

5.1 Kesimpulan 73

5.2 Cadangan 78

LAMPIRAN

BIBLIOGRAFI Liputan Berita Tentang Prestasi Atlit Negara di Sukan Olimpik, Atlanta 1996 : Satu Analisis Kandungan Akhbar Terhadap Empat Akhbar Tempatan.

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Sukan Olimpik moden, pertama kali diadakan di Athens, Greece pada tahun 1896

dan telah diasaskan oleh seorang pendidik Perancis, Pierre de Coubertin dengan tujuan

menggalakkan minat terhadap pendidikan dan kebudayaan. Olimpik juga berazam

menyemai sikap saling faham-memahami di kalangan manusia sejagat melalui sukan.

itu Walaupun tujuan asas pengasasnya tidak ada kaitan dengan politik tapi pada masa

kerajaan Greece menggunakan sukan tersebut untuk menaikkan semangat patriotik

rakyatnya menentang Turki.

Olimpik di Atlanta, Amerika Syarikat ialah Sukan Olimpik yang ke 26 dan kali

dikatakan bebas daripada pertama melibatkan penyertaan atlit dan negara terbanyak serta

besar kerana kontroversi politik. Di samping itu ia juga telah membawa erti yang

Olimpik Atlanta menyambut ulang tahun ke-100. Dari segi suasana politik antarabangsa,

hampir 96 merupakan sukan sedunia pertama yang mencerminkan zaman tamatnya era

dua blok. Bagaimanapun empat dekad Perang Dingin yang memecahkan dunia ini kepada

I 2

letupan born di Centennial Park, semasa sukan mi berlangsung mengganggusedikit keadaanyang sebelumitu dirasakanbegitu meriah sekali.

Sukan Olimpik yang menjadi temasya terbesar dunia menjangkau usia 100 tahun apabila ianya dibuka denganrasminya di Atlanta pada 19 Julai 1996. Disebalik usia tua itu, Malaysia meneruskan tradisi menghantar sebarisan atlit untuk bersaing di pentas antarabangsa.

Jika sebelum ini jangkauan pingat bagaikan cerita lucu, tetapi penyertaan 96 di

Atlanta dianggap lebih bermakna, selepas kejayaan Razif dan Jalani Sidek berjaya membawabalik pingat gangsamenerusi acarabadminton berpasanganempat tahun lalu di

Barcelona, Sepanyol. la pasti menjadi detik bersejarahbuat negara selepas mengambil masa 36 tahun sebelum mampu membawapulang pingat dari temasyaterbesar itu.

Malaysia memulakan penyertaan pada temasya ini secara rasmi pada 1956 di

Melbourne. Pada temasya 1996, kali ini Malaysia menyertai lapan acara dengan 36 atlit

hanya dan badminton terus menjadi sandaran utama selain beberapa acara lain yang sekadar memenuhi jadual, memperbaiki rekod kebangsaan atau pencapaian seperti renang, olahraga, menembak dan hoki.

buat julung Kayak dan tinju pula menempahsejarah tersendiri apabila bertanding

Rashid Sidek kalinya pada temasya seabadini. Badminton meletakkan harapan ke atas

Hock dan Soo dan di samping dua pasanganCheah Soon Kit / Yap Kim

Beng Kiang / . Manakala hoki yang mencetuskan kontroversi sewaktu 3

pusingan kelayakan di Barcelona, diharapkan dapat memperbaiki kedudukan tempat kesembilanempat tahun lalu.

Sementara di padang dan balapan, Watson Nyambek menjadi perhatian. Catatan rekod kebangsaan 10.33 saat yang dilakukannya pada SUKMA ke-VI di Kuantan bulan lalu dijangka akan dapat diperbaiki. Di samping Watson, Malaysia turut bersandarkan harapan kepada Loo Kum Zee, (lompat tinggi), Nur Herman Majid (110 meter Iari berpagar) dan peserta tunggal wanita dalam acara olahraga Annastasia Karen (10 km jalan kaki).

Renang turut menjanjikan catatan terbaru rekod kebangsaan dengan menyandarkan harapan ke atas empat perenang lelaki dan seorang wanita. Cabaran itu diketuai oleh

Anthony Ang, Elvin Chia Tshun Thau, Lim Keng Liat, Wan Azlan Abdullah dan Tay Li peng.

Kaw Fun Ying yang pernah beraksi di Barcelona diharapkan dapat memperbaiki

Keat pencapaiannya empat tahun lalu bagi acara menembak skeet manakala Lim Leong

laser kapal yang memenangi perak di Sukan SEA diharap melakukan sesuatu dalam acara layar. Tinju pula menampilkan Sapok Bild dalam kategori 48 kilogram dan Salehhudin

Ayob mencuba nasib bagi acara kayak slalom. 4

1.2 Sejarah Penyertaan Malaysia.

Tarikh 22 November 1956, tidak harus dilupakan oleh peminat sukan Malaysia.

Padatarikh itulah 34 atlit muda negarabuat pertama kalinya menyertai 3,300 atlit dari 67 buah negara merayakan upacara pembukaan Sukan Olimpik ke-16 di Melbourne,

Australia.

Walaubagaimanapun tidak ramai yang mengetahui dan menyedari bahawa hubungan Malaysia dengan Olimpik telah bermula secara tidak rasmi pada tahun 1936.

Malaya (seperti yang dikenali pada waktu itu) mempunyai seorang pelari pecut, Poh Kim

Seng yang mewakili Negara . Ini kerana beliau menerima undangan China untuk menyertai pasukan mereka. Bagaimanapun seperti atlit China yang lain beliau tewas pada pusingan awal lagi.

Selepas itu muncul seorang lagi peserta negara yang menyertai Sukan Olimpik di

London pada 1948. Yeap Cheng Eng adalah pemain bola yang menyertai pasukan China.

Pasukan negara tidak dapat menyertai Sukan Olimpik tersebut disebabkan ketiadaan

Majlis Olimpik sekalipun Singapura terlebih dahulu menyertainya pada tahun 1948.

Majlis Olimpik Malaysia hanya ditubuhkan pada 1953 dan kemudian bergabung dengan

Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) pada 1955.

Kelewatan ini sedikit sebanyakmengecewakan peserta angkat berat negara. Acara ini luas berkembangpada tahun 20-an. Malah pada 1929, seorangpeserta negarapernah memecahrekod dunia acaraitu. Malaysia mungkin sudah menempahnama dalam Sukan

Olimpik di Helsinki pada 1952,jika Majlis Olimpik ditubuhkah lebih awal. Pusat Khidmat Makiumat Akademik SARAWAK UNIVERSITI MALAYSIA 5

Ini kerana pada waktu itu, peserta negara yang mendapat pendedahan menyertai satu sukan Olimpik yang dianjurkan oleh China (All-China Olympic Games) pada tahun

1935. Mereka berjaya memenangi beberapa anugerah pada temasya yang sama di

Shanghai pads tahun 1948. Malaya kemudiannya memenangi dua pingat emas dan sate perak dan satu gangsa pada Sukan Empayar British (kini dikenali sebagai Sukan

Komanwel) pads 1950 di Auckland, New Zealand dan muncul sebagai juara berpasukan.

Malaya dijangkakan memenangi sekurang-kurangnya dua pingat perak pada temasya di Helsinki 1952 tetapi disebabkanketiadaan Majlis Olimpik dan Persatuan

Angkat Berat Amatur püla belum lagi bergabungdengan badan dunia, hasrat negara terpendambegitu saja.

Sehingga pada tahun 1956 di Melbourne yang menyaksikan penyertaan sulung negara. la disertai oleh para peserta dalam acara olahraga, angkat, berat, menembak. renang dan hoki. Walaupun hoki menjadi harapan, angkat berat menjadi perhatian apabila peserta

kategori negara Tan Kim Bee secara tidak rasmi menduduki tempat keenam dalam lightheavy weight.

Selepas itu, Malaysia meneruskan penyertaan di Rome (1960), Tokyo (1964),

Mexico (1968), Munich (1972), Montreal (1976) tetapi memulaukan temasya di Moscow

Sukan 1980 kerana pencabulan negara itu ke atas Afghanistan. Malaysia turut menyertai

Olimpik 1984 di Los Angeles dan empat tahun kemudian.

Razif dan Ernas, perak dan gangsaterlalu jauh darf jangkauan. Sebelumkejayaan

Jalani Sidek membawa pulang pingat gangsadarf Barcelona `92, Malaysia tidak pernah 6

memenangi sebarang pingat sepanjang penyertaan dalam Olimpik. Pencapaian terbaik negara hanya menerusi acara olahraga sekalipun hoki, menembak dan renang sering mendapat tempat untuk bertanding.

Dua atlit negara yang memberikan persembahan cemerlang ialah Mani Jegathesan

(sekarang bergelar Datuk Dr. M. Jegathesan) yang pernah memberikan saingan kepada

Tommie Smith, pelari terkemuka pada waktu itu di Mexico 1968 dan layak ke separuh akhir acara 200 meter. Istiaq Mubarak pula turut layak ke separuh akhir Sukan Olimpik di Montreal Kanada pada 1976 dalam acara 110 meter lompat pagar. Bola sepak pula mempunyai sejarah penyertaan yang tersendiri walaupun sukar untuk menandingi kehebatan negara lain. Pada 1972, Malaysia mencipta sejarah pertama menyertai bola sepak di Munich. Pasukan negara tewas 0-3 kepada Jerman Barat pada perlawanan pembukaan.

Manakala hoki, menembak dan renang sering mendapat laluan yang sukar kerana

kali kehandalan peserta dan pasukan-dari negara lain dalam perebutan pingat dalam setiap penyertaan negara. 7

1.3 Sukan Olimpik Atlanta 1996

Sukan Olimpik 96 yang berlangsung di Bandaraya Atlanta, Georgia, Amerika

Syarikat bermula 19 Julai hingga 4 Ogos 1996 lalu merupakan Sukan Olimpik yang ke 26 dalam sejarah temasya sukan tersebut. Di samping itu juga temasya kali ini merupakan ulangtahun ke 100 sukan berkenaan setelah pertama kalinya Olimpik Moden diperkenalkan di Kota Athens, Greece pada 1896.

Temasyasukan yang terbesardalam sejarahkali ini disertai oleh 197 negara dengan

12,000 orang atlit. Mereka bersaingdi 271 acarabagi merebut 271 pingat emas dalam 26 jenis sukan yang dipertandingkan. Malaysia pada temasya kali ini menghantar kontijen yang mengandungi64 anggota. Daripadajumlah itu, 36 atlit iaitu 33 lelaki dan tiga wanita ' dan bertanding dalam lapanjenis sukan iaitu hoki, olahraga,renang, berkayak, badminton, tinju, kapal layar dan menembak.

Penyertaan di Atlanta ini menyaksikan Malaysia hanya berjaya memungut dua pingat iaitu satu perak dan satu gangsa. Kedua-dua pingat ini diperolehi menerusi sukan badminton iaitu acara perseorangan lelaki (Rashid Haji Sidek) dan beregu lelaki (Cheah

Soon Kit dan ).

dan hanya Atlit untuk acara-acara lain gagal menyumbangkan pingat untuk negara mampu bersaing di peringkat saringan. Bagaimanapun pasukan renang walaupun gagal

bila beberapa mendapatkan pingat tetapi ada menunjukkan sedikit kejayaan perenang negara, seperti Anthony Ang berjaya memasuki peringkat separuh akhir. 8

Sudah menjadi kebiasaandalam temasyasukan yang besar seperti Olimpik, liputan oleh pihak media dari seluruh dunia akan tertumpu di Atlanta. Kehadiran mereka adalah untuk mengulas dan melaporkan kepada pembaca dan khalayak mereka berkenaan perkembangansukan tersebut terutama prestasi dan kejayaan atlit negara masing-masing dalam pertandinganyang disertai danjuga perkarayang berkaitan.

Sepanjang kejohanan ini berlangsung selama 17 hari media Malaysia juga tidak ketinggalan dalam membuat liputan dan memberikan laporan mengenai perkembangan atlit negara serta temasya sukan ini terus dari Atlanta. Beberapa buah akhbar utama negara seperti Berita Harian (BH), Utusan Malaysia (UM), dan New Straits Times (NST) serta

The Star (Star) telah menghantar wartawan dan kakitangan mereka ke sana untuk membuat liputan. Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) dan Sistem Televisyen

Malaysia Berhad (TV3) turut berbuat demikian.

Jadi, penulisan ini akan mengkaji liputan yang dibuat oleh akhbar nasional (BH.

UM, NST dan Star) untuk melihat berita-berita yang disiarkan oleh akhbar tersebut tentang persembahan atlit negara di Sukan Atlanta 96. 9

1.4 Pernyataan Masalah

Akhbar merupakan salah satu sumber yang memberikan maklumat dan informasi kepada masyarakat dalam usaha untuk memaklumatkan masyarakat. Di Malaysia, fungsi dan peranan yang dimainkan oleh akhbar dalam memaklumatkan masyarakat ini begitu berjaya sekali sehinggakan apa yang dilaporkan oleh akhbar sering diterima oleh pembaca.

Olimpik Atlanta 1996, adalah medan terbaik bagaimana akhbar berperanan dalam melaporkan dan memberikan maklumat kepada pembaca di tanahair tentang persiapan, prestasi dan persembahan atlit negara di temasya sukan tersebut. Adalah menjadi harapan pembaca agar akhbar memberikan laporan yang berunsur semangat dan dorongan kepada atlit negara. Ini supaya apa yang dilaporkan dapat menarik minat pembaca dan seterusnya bersama-sama memberikan sokongan terhadap persembahan atlit walaupur: mereka berada di tempat lain. Semangat inilah yang diharapkan.

Tetapi malangnya ini tidak banyak dilaporkan oleh akhbar. Apa yang dilaporkan

Pelbagai oleh akhbar ialah cemuhan dan kritikan terhadap atlit yang kalah atau tewas.

daripada reaksi dan pendapat dikeluarkan oleh pihak yang bertanggungjawab menteri hinggalah kepada jurulatih terhadap persembahan atlit yang tewas. Rata-ratanya menyalahkan mereka.

kerajaan Menghalusi kembali persoalan ini, kita sudah sedia maklum bahawa telah

dan membelanjakan berjuta juta ringgit dalam usaha memajukan mengembangkan insfrastruktur serta kemudahan sukan tanahair tetapi kenapa kegagalan masih menghantui atlit kita. 10

Ini bermula daripada membina tempat latihan bertaraf antarabangsa,menghantar atlit untuk berlatih dan menyertai kejohanan di luar negara, mendapatkan jurulatih berpengalaman termasuk dari luar negara dan memberikan ganjaran, imbuhan serta anugerahatas kejayaan mereka. Inilah yang sering diketengahkanoleh akhbar sekiranya seseorangatlit itu tewas.

Akhbar mempersoalkan mengapakahsemua ini masih tidak mencukupi untuk peminat sukan negara dan rakyat seluruhnya bagi melihat kejayaan atlit negara yang sangat-sangatdinanti-nantikan setelah 10 kali negaramenyertai Sukan Olimpik ini iaitu bermula pada 1956 di Melbourne, Australia.

Lazimnya akhbar akan memuji-muji atlit yang berjaya dan atlit yang tewas langsung tidak diberi perhatian malah dilupakan. Sedangkan mereka juga adalah mewakili negara. Persoalan besarnya ialah sejauhmanakah akhbar utama negara berusaha melaporkan berita yang boleh mendorong pembaca dan khalayak sama-sama memberikan sokongan kepada atlit sepanjang berlangsungnya Sukan Olimpik, Atlanta 1996. Persoalan

disajikan ini akan dilihat berdasarkan apakah agenda yang ditentukan oleh media untuk kepada khalayak atau pembaca.

Dan bagaimanakahakhbar ini melaporkan prestasi dan persembahanatlit negara.

dan kesungguhan Adakah aspekkemenangan yang diutamakanatau dayajuang yang tinggi atlit itu ditonjol dalam liputan berita walaupun atlit itu tewas. II

1.5 Objektif Kajian

1.5.1 Objektif Umun

Secara umumnya kajian ini cuba mendapatkan maklumat dan data

terperinci berhubungdengan liputan berita sukanyang dibuat oleh akhbar nasional

( BH, UM, NST dan Star) terhadap persembahandan prestasi atlit negara semasa

berlangsungnyaSukan Olimpik, di Atlanta 96.

1.5.2 Objektif Khusus

1. Mengkaji berita yang disiarkan oleh akhbar nasional untuk dilaporkan kepada

pembacadi tanahairmengenai persembahan atlit negaradi Sukan Olimpik 96.

2. Melihat bagaimanakahakhbar berperanan dalam menarik minat khalayak

supaya sama-sama memberikan sokongan kepada atlit negara yang bertanding

di Sukan Olimpik 96.

berusaha dalam 3. Untuk mengkaji sejauh mana akhbar utama di Malaysia

membantu meningkatkan persembahan atlit negara.

4. Melihat bagaimanaakhbar menentukanatau mempengaruhi pembaca melalui

ini, kuasa penentuan agendayang ada pada media. Dalam kajian penyelidik

dalam akan meninjau berita yang bagaimanakahsering dimasukkan agenda

akhbar untu dipaparkan kepadakhalayak atau pembaca. 12

1.6 Kepentingan Kajian

1. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji dan melihat persembahan dan

prestasiatlit negara samaada mendapatliputan berita dalam akhbar nasional di negara

ini atau sebaliknya. Seterusnya adakah berita yang dilaporkan itu bercirikan usaha

untuk meningkatkan mutu sukan negara.

2. Apakah reaksi pihak yang terlibat dalam menghantaratlit negarake Atlanta juga akan

dikaji bagi tujuan melihat bagaimanaakhbar berpuashati atau tidak tentang prestasi

atlit yang dihantar ke Olimpik, Atlanta 96.

3. Kajian ini juga akan melihat dan mengkaji beberapa faktor yang mempengaruhi berita-

berita yang disiarkan oleh akhbar dalam melaporkan prestasi serta persembahan atlit

negara. Penyelidik juga mengharapkan agar kajian ini dapat membantu kerajaan

khususnya Kementerian Belia dan Sukan juga persatuan sukan serta pihak akhbar

dalam menghadapi Sukan Sea di 1997 dan Komanwel yang akan berlangsung

di Kuala Lumpur pada 1998 nanti.

1.7 Kewajaran Kajian

jadi Kajian ini membolehkan fenomenapengumpulan berita dalam setting semula diteliti dengan lebih dekat lagi. Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi keputusan

liputan itu. Apakah seseorangpemberita itu apabila ditugaskanmembuat sesuatu sumber

dan fakta bagi atau nilai berita mempengaruhi cara pemberita mengumpulkanmaklumat 13

pengolahanberita ? Dengan kajian ini, sekatan dan halanganpemberita mungkin dapat difahami.

Nik Abdul Rashid Nik Abdul Majid (1988) mendakwa bahawa pemberita tidak menilai berita itu dari segi nilai berita tetapi dinilai dari segi sumber atau punca sesuatu berita itu diperolehi. Selain itu tokoh wartawan negara, Tan Sri A. Samad Ismail pernah berkata bahawa pemberita kini tidak mempunyai inisiatif dalam pengumpulan bahan bagi berita sehingga menyebabkan tulisan serupa dihasilkan. Persoalan ini juga akan cuba dilihat dan dijelaskan oleh penyelidik dalam kajian ini.

1.8 Skop Kajian

buah Kajian ini hanya meneliti dan mengkaji berita yang disiarkan oleh empat

Utusan akhbar tempatan sahaja iaitu Berita Harian (BH), New Straits Times (NST),

Malaysia (UM) dan The Star (Star). Dan kajian ini akan bermula dari 10 Julai - 10 Ogos

1996. Memandangkan kajian ini hanya berpusat terhadap empat akhbar terbabit maka hasilnya akan dirumus kepada keempat-empat akhbar berkenaan.

Penelitian berita hanya dibuat kepada berita yang disiarkan berhubung dengan

96 dalam berita mengenai atlit atau kontijen negara di Sukan Olimpik Atlanta sama ada

dan lidah ruangan sukan atau di ruangan khas dan lain-lain ruangan termasuk rencana pengarang.