Pelan Induk Pembangunan MDTM 2011-2021

PPPEEELLLAAANNN IIINNNDDDUUUKKK PPPEEEMMMBBBAAANNNGGGUUUNNNAAANNN MMMAAAJJJLLLIIISSS DDDAAAEEERRRAAAHHH TTTAAANNNJJJOOONNNGGG MMMAAALLLIIIMMM 222000111111---222000222111

1.0 PENGENALAN

Membangunkan sebuah negara mahupun negeri apatah lagi daerah ini yang dikenali sebagai Daerah Kecil / Tanjong Malim merupakan satu cabaran besar kepada pentadbirnya. Dengan keluasan 949.86 km persegi Ia ditadbir oleh dua agensi kerajaan iaitu Pejabat Daerah dan Tanah Slim River dan Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM). Kedua-dua institusi ini adalah merupakan nadi dan penghubung langsung antara Kerajaan dengan orangramai. Keberkesanan pentadbiran kedua-dua institusi ini melambangkan imej pentadbiran Kerajaan samada baik atau buruk.

Majlis Daerah Tanjong Malim merupakan Pihak Berkuasa Tempatan bagi Daerah Kecil Slim River/Tanjong Malim ini. Sebagai Pihak Berkuasa Tempatan yang dikenali sebagai kerajaan ketiga iaitu yang paling hampir dengan rakyat sudah tentu hasrat kerajaan memerintah agar rakyat didahulukan pencapaian diutamakan diberi penekanan walaupun “pelbagai pihak” sedia maklum kekurangan dan kekangan yang ada pada pentadbir Pintu Masuk Utama selatan negeri ini.

Selama tiga dekad, pentadbir ini sedikit sangat dibantu untuk memakmurkan Pintu Masuk Utama Negeri Perak. Secara tidak langsung mengambarkan Perak seadanya walaupun tiga dekad yang telah berlalu itu begitu ramai yang ditauliahkan pangkat “Laksamana” dipersada pemerintahan Negara namun amat sedikit pula yang berbakti kepada Negeri tumpah darahnya.

Negeri Perak hingga ke hari ini dan bandar-bandar pentingnya terus secara halus dilupa dan seolah-olah dipinggirkan. Walaupun suatu ketika dahulu negeri Perak pernah menjadi “Juara” dan “Big Brother” kerana kekayaan hasil buminya dan pemurah para pemimpinnya. Kini ia tinggal kenangan. Tanah yang dulunya kaya dengan Bijih Timah kini tinggal kolam-kolam yang kebanyakannya amat terhad penggunaannya. Sengsara terus bertambah apabila Lebuhraya kebanggaan Negara (PLUS) merentasi negeri tanpa mengira jasa negeri Perak hinggakan bandar-bandar yang suatu ketika dahulu popular kini lengang malah digelar “Pekan Koboi” dan “Pekan Mati” pula.

1

Pelan Induk Pembangunan MDTM 2011-2021

2.0 LATAR BELAKANG

Kawasan pentadbiran MDTM yang mempunyai keluasan 189.02 km persegi dengan jumlah kakitangan yang tidak sampai 200 orang terletak dalam Daerah Kecil Slim River/Tanjong Malim. Ia terbahagi kepada 8 kawasan utama yang dikenali sebagai; i. Pekan ii. Slim River iii. Slim Village iv. Behrang Stesyen v. Behrang Hulu vi. Bandar vii. Bandar Proton dan viii. Tanjong Malim

Berdasarkan jumlah penduduk semasa yang telah menjangkaui 100 ribu orang serta pendapatan majlis yang melebihi 10 juta setahun, hasrat dinaikan taraf perbandaran berdasarkan kriteria lama mungkin telah tercapai. Namun hasrat ini mungkin terpaksa ditangguhkan seketika kerana terdapat kriteria baru naik taraf Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang telah dipersetujui dan diluluskan oleh Jemaah Menteri.

Berdasarkan Pekeliling Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Bil 4 tahun 2008 bertarikh 1 Julai 2008 memaklumkan bahawa Mesyuarat Jemaah Menteri pada 2 Mei 2008 dan Mesyuarat Majlis Negara dan Kerajaan Tempatan (MNKT) yang ke 60 pada 3 Jun 2008 telah bersetuju dengan kriteria baru naik taraf PBT iaitu bagi Majlis Daerah yang berhasrat untuk dinaikkan taraf Majlis Perbandaran ia hendaklah mematuhi kriteria-kriteria berikut; i. Merupakan Bandar Utama atau Pusat Pentadbiran sesebuah negeri ataupun daerah. ii. Mempunyai penduduk tidak kurang dari 150 ribu orang. iii. Mempunyai pendapatan dari sumber kewangan yang Mampan (Sustainable) dengan hasil tahunan tidak kurang dari RM20 juta dan berupaya menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan pada tahap yang wajar dan selesa sesuai dengan tahap kualiti hidup sebuah perbandaran. iv. Mempunyai kegiatan perindustrian, perniagaan, perlancongan dan perumahan utama sediada ataupun dalam perancangan yang dikenalpasti berpotensi member sumbangan kepada pertambahan pegangan yang boleh dikenakan cukai serta penjanaan peluang-peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor. v. Keupayaan menyediakan ruang dan peluang kepada para peniaga di samping menggalakkan pertumbuhan aktiviti pelaburan, perniagaan dan komersial.

2

Pelan Induk Pembangunan MDTM 2011-2021 vi. Mempunyai kemudahan infrastruktur yang memuaskan serta dihubungkan dengan system lebuhraya yang cekap. Mempunyai konsep perancangan Bandar yang mampan (sustainable) yang berupaya menyediakan persekitaran yang selamat dan selesa untuk didiami. Indikator Bandar Mapan seperti yang ditekan dalam System Urban Indicator Network (MURNInet) juga akan diambilkira. vii. Mempunyai program yang boleh menggalakkan penduduk setempat untuk membangunkan komuniti masing-masing melalui tadbir urus bandar yang cekap seperti perlaksanaan Program Local Agenda 21 ( LA21) ataupun pengelibatan jawatankuasa penduduk.

Berdasarkan kriteria baru di atas adakah Majlis Daerah Tanjong Malim dalam kategori yang dimaksudkan?

Jika dilihat kepada senario semasa bukan mustahil untuk MDTM memenuhi kriteria- kriteria tersebut. Kebanyakan kriteria telah ada cuma jumlah penduduk dan hasil Majlis sahaja yang perlukan pepada penambahan. Berdasarkan unjuran penduduk, dijangka pada tahun 2021 penduduk dalam kawasan pentadbiran Tanjong Malim akan melebihi 152,000 orang. Hasil semasa Majlis yang kini telah melebihi RM 10 juta setahun dijangka dapat mencapai sasaran RM 20 juta setahun menjelang 2021.

Jadual 1.0 : Anggaran Penduduk Semasa dan Unjuran

INSTITUSI/TAHUN SEMASA 2010 UNJURAN 2020

UPSI 12,000 30,000

PROTON DAN VENDOR 3,000 34,000

POLITEKNIK 2,099 5,600

PENDUDUK TEMPATAN 60,791 72,400 (64/KM PER-SUMBER RSN)

INSTUN DAN LAIN INSTITUSI 3000 10,000

JUMLAH KESELURUHAN 80,890 152,000

3

Pelan Induk Pembangunan MDTM 2011-2021

3.0 KEKUATAN DAN KELEBIHAN

4

Pelan Induk Pembangunan MDTM 2011-2021

Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM) melalui Pasukan Perancang Pembangunannya telah mengenalpasti kekuatan dan kelebihan sediada serta amat sedia maklum densiti populasi setempat dalam jangka pendek mahupun jangka panjang amat penting untuk membantu merancakkan pembangunannya. Justeru itu berpandu kepada teori populasi sebenarnya boleh digerakan dan dipujuk maka langkah dan strategi MDTM adalah merancang dan merangka 37 projek-projek pembangunan strategik yang boleh mempengaruhi pengguna jalanraya mahupun lebuhraya untuk singgah, menginap dan berbelanja. Justeru itu bagaimana? Apakah strategi dan kaedah MDTM? Masih perlukah strategi dan kaedah lama antaranya sesuatu pembangunan itu perlu diperlihatkan untuk orang datang dan kunjungi? Perlu dan masih relevan jika sesuatu lokasi itu berada dalam linkungan petempatan yang berdensiti tinggi tetapi tidak kepada yang sebaliknya.

Justeru itu MDTM berpendapat langkah yang lebih baik ialah jika strategi dan kaedah baru iaitu “ kita hendak orang dengar” kerana bila dengar orang nak tahu, nak lihat dan nikmati misalnya bila orang dengar sesuatu yang Sedap, Cantik Lagi Menarik, Segar, Murah dan menghiburkankan pasti berduyun-duyun akan mengunjungi tempat tersebut.

5

Pelan Induk Pembangunan MDTM 2011-2021

Sekali lagi bagaimana? Apa langkah yang akan diambil oleh MDTM? Diringkaskan jawapannya MDTM telah menerima, menggunapakai dan menjadikan Rancangan struktur Negeri Perak, Rancangan Tempatan Daerah Batang Padang 2020, “Drainage Master Plan” dan “MDTM Lanscape Master Plan sebagai garispanduan untuk merangka Pelan Induk Pembangunan yang menjurus kepada 37 projek-projek strategik dan Mewujudkan mitos/penceritaan kawasan dan pembangunan yang dicadangkan. Seterusnya MDTM kini giat berusaha mempromosi secara gigih bagi mendapatkan pelabor-pelabor bijak berwawasan, melobi pihak-pihak berkaitan untuk mendapatkan peruntukan, mewujudkan “smart partnership” antara Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) dan “ Development Corporation” dan kemudian InsyaAllah akan cuba menjadi pemudahcara yang terbaik Negara dalam melaksanakanlah projek-projek yang telah dirancang dengan telus dan jayanya. Akhir sekalli yang paling penting menjaya dan mendayatahankannya adalah melalui PROMOSI PROMOSI PROMOSI.

4.0 VISI PEMBANGUNAN

Visi pembangunan Majlis Daerah Tanjong Malim menuju Majlis Perbandaran Tanjong Malim 2021 adalah MENJADIKAN KAWASAN MDTM KHUSUSNYA DAN DAERAH BATANG PADANG AMNYA SEBAGAI PUSAT TUMPUAN AKTIVITI PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN, ZON INDUSTRI BERTEKNOLOGI TINGGI, PUSAT INSTITUSI ILMUAN, ZON PERTANIAN DAN EKO-PELANCONGAN. Ia selaras dengan Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan yang disediakan.

5.0 STRATEGI PEMBANGUNAN

Untuk lebih fokus dan mencapai visi di atas strategi pembangunan adalah;

• MENGGALAKKAN SEKTOR PERINDUSTRIAN ROBOTIK DAN AUTOMOTIF YANG BERTERASKAN IT DAN R&D

• MENGGALAKKAN DAN MENINGKATKAN PEMBANGUNAN AKTIVITI PERLANCONGAN

• MENGGALAKKAN DAN MENINGKATKAN PEMBANGUNAN BERASASKAN FUNGSI DAN IDENTITI SETEMPAT

Strategi-strategi di atas telah mengarah Majlis untuk menyediakan dan menerimapakai garispanduan pembangunan tambahan seperti “Drainage Master Plan” dan “Landscape Master Plan” bagi mengukuh dan mengawal pembangunan agar lebih mesra alam dan mesra rakyat.

6

Pelan Induk Pembangunan MDTM 2011-2021

6.0 PELAN INDUK PEMBANGUNAN MDTM 2011-2021 :- CADANGAN PROJEK- PROJEK STRATEGIK

Pelan Induk Pembangunan MDTM 2011-2021 adalah selaras dengan kehendak NKRA, NKEA dan Pelan Pembangunan Perak Amanjaya. Ia mengandungi cadangan projek- projek strategik yang selaras dengan visi dan strategi yang ditetapka. Ia merupakan rangkaian pembangunan jangka pendek dan jangka panjang yang boleh diwujudkan secara pakej dan berasingan mengikut keutamaan yang mana Majlis berkeyakinan penuh ia dapat mengubah senario sesuatu kawasan mundur, iaitu kawasan yang digelar “Pekan Koboi” dan “Pekan Mati” kepada suatu kawasan yang lebih menarik, beridentiti serta berdaya maju.

Untuk memastikan projek-projek ini berjaya dilaksanakan, pihak MDTM akan bertindak sebagai pemudahcara yang terbaik dan sudah tentu Majlis tidak akan bertindak bersendirian. Majlis memerlukan kerjasama pelbagai pihak terutama Kerajaan Negeri, Kerajaan Persekutuan dan pastinya “Peneraju-peneraju utama” pembangunan yang terdapat di dalam kawasan pentadbiran MDTM khususnya dan Malaysia amnya. Senarai 37 projek-projek strategik yang dimaksudkan adalah seperti dalam jadual 1.0.

7

Pelan Induk Pembangunan MDTM 2011-2021

Jadual 1.0 : Cadangan Projek-projek Strategik MDTM Menuju MPTM 2021

BIL KOMPONEN RINGKASAN ANGGARAN AGENSI PEMUDAH/PELAKSANA LOKASI PEMBANGUNAN JUSTIFIKASI KOS PEMB.

TANJONG MALIM

1. Pembangunan Bercampur; Tanah Kerajaan di NKEA-Business Services 88 juta Usahasama MDTM dan pihak Swasta Hotel 4 Bintang, Pangsapuri Jalan Maktab, Jln & Wholesale & Retail ; kediaman, Kompleks Ketoyong dan Meyediakan alternatif perniagaan Kompleks Sukan Kawasan Rumah ruang niaga yang lebih Serbaguna dll. Rehat Tg Malim selesa dan kompetatif

2. Cadangan SMK & SRK Depan Perumahan NKEA-Edcation; 50 juta Kementerian Pelajaran 18.0 ek Awam III Menampung ketidakcukupan SMK &SRK

3. Dataran Malim Dari Kuil Hindu NKEA-Tourism; 4 juta Kerajaan Negeri Jab Lanskap Negara hingga landasan Diperlukan untuk dan MDTM keretapi menampung acara-acara perarakan peringkat kebangsaan

4. Malim Walk Jalan Besar NKEA-Tourism & 2 juta Kerajaan Negeri, Jab Lanskap Negara hingga landasan Enhancing Infa; dan MDTM keretapi Naik taraf Jalan dan tingkat kan Keceriaan dan Keindahan bandar 5. Arena Square TLK MDTM atau 650 ribu Kerajaan Negeri, Jab Lanskap Negara Depan Maybank dan MDTM

8

Pelan Induk Pembangunan MDTM 2011-2021

6. Pintu Gerbang Malim (dua Dua Jambatan yang NKEA-Tourism ; 200 ribu Kerajaan Negeri, Swasta dan unit) merentasi Sg. Bernam Pengindahan dan MDTM Keceriaan Tanjong Malim

7. Malim Square; Jalan Mustafa Kamal NKEA-Tourism & 1 juta Kerajaan Negeri, Jab. serta jalan-jalan Enhancing Infastructure; Lanskap Negara dan MDTM  - Interlocking Pavement persekitarannya 500 ribu  Rumah Rehat lama Pusat Maklumat  - Pusat Seni, Mini Muzium Arked Majlis Pelancongan Selatan & Pusat Maklumat Rizab Keretapi (Kedai Perak dan menaik taraf 5 juta Pelancongan Dollah) kemudahan dan aset –  - Malim Goodies Center Jalan Choong Ah Peng aset dalam Bandar  - Malim Best (food court) & jalan-jalan sekitarnya. sebagai aset yang boleh  Kampung Kubu menjadi daya tarikan 500 ribu  - Nigt Bazar (Pasar pelancongan dalam (pencahayaan Lambak) kawasan pentadbiran dan lanskap Majlis Daerah Tanjong keras)  Malim. Ia selaras dengan 100 ribu (Cat dan  - Rumah Tradisi Kg. Kubu matlamat kearah interlocking  perbandaran 2021. pavement)  -Tempat Letak Kereta Tanah kerajaan bertingkat bersebelahan stesen 2 juta bas

 - Lorongt Pejalan Kaki Persisiran Sungai dan 300 ribu Kaki lima kedai.

Jalan Besar 8. Pembinaan Terowong NKEA- Enhancing 2 juta JKR, Kerajaan Negeri, dan Menyeberangi Landasan Infastructure; Kerajaan Persekutuan Keretapi Menghubungkan dua kawasan yang terpisah

9

Pelan Induk Pembangunan MDTM 2011-2021

9. Pembangunan Semula Tapak sediada atau NKEA-Enhancing 8 juta Kerajaan Negeri, Swasta Tapak tapak baru Infastructure; &MDTM - Stesyen Bas dan Pasar Stesyen Bas dan Pasar Besar Tanjong Malim sediada dibangun semula dengan konsep yang lebih moden, bersih dan selesa 10. Menaik taraf Longkang Tapak sediada Menaiktaraf Infrastruktur 100 ribu MDTM 11. Perak Waterways - Malim Waterfront Sungai Bernam NKEA-Tourism ; 100 juta Kemenyerian Pelancongan , - Kg. Simpang Empat Pintu Masuk Selatan JPS, MDTM, Kerajaan Negeri Eco-Lancong Negeri Perak

11. Pembangunan Taman Rizab KTMB Jalan NKEA-Tourism ; Tapak 8 juta MDTM, KTMB, JLN dan Rekreasi Komuniti 1 Ketoyong aktiviti masyarakat Kerajaan Negeri Malaysia merealisasikan Gagasan 1 Malaysia dalam bentuk fizikal BANDAR PROTON NKEA- Business survice, Wholesale & Retail 12. Pembangunan Skim Tanah PCDC Pertambahan hartanah 100 juta Proton City Development Perumahan, kediaman dan komersial Cooperation Sdn Bhd Pusat Komersial, Hotel dan diperlukan untuk (PCDC), Pihak Swasta Convensyen Centre menampung keperluan Automotive Hypermarket , UPSI dan penghijrahan MAIDIN, Proton Shah Alam ke Tanjong Malim 13. UNIVERSITI/KOLEJ Tanah Proton Berhad NKEA-Edcation; 60 juta Kementerian Pengajian AUTOMOTIF, UNIVERSITI Tinggi TAHFIZ MALAYSIA (UTAMA) NKEA-Tourism ; Kementerian Pelancongan, Rekreasi ekstream Jabatan Lanskap Negara 14. Hutan Bandar Rizab Kawasan rekreasi berkonsepkan hutan flora 15 juta MDTM dan pihak swasta 32 ek di Bandar Proton dan fauna Exploration Proton BHD & Kementerian 15. Techno - Lancong Pendedahan Teknologi 100 ribu Pelancongan dan Proton Proton Plant Automotif Berhad

10

Pelan Induk Pembangunan MDTM 2011-2021

BANDAR BEHRANG 2020

Pelabuhan Darat, NKEA-Tourism & Enhancing 16. Kawasan Industri B2020 Infastructure; 20 juta Jab Lanskap Negara , MIDA, “Mini Wet Land”, Memaksimakan penggunaan MDTM dan pihak swasta Kawasan lapang tanah Stesyen Bas Bersepadu, Kawasan komersial

Pusat Barang Lusuh Kawasan Industri B2020

BEHRANG STESYEN NKEA-Tourism, Agriculture, (PEKAN KOBOI) Education & Enhancing Infastructure; 500 ribu 17. Zon Akuakultur, Tanah Kerajaan Daya tarikan baru untuk Kerajaan Negeri,Jabatan

Wet Bazar-“The Best Of penjenamaan dan Perikanan, MDTM dan 18. mendayamajukan pekan koboi Pihak Swasta Fresh Water Fish” Tanah Kerajaan 300 ribu serta menarik minat pengguna lebuhraya dan Jln Persekutuan 1

Cadangan Jalan Susur 19. Keluar Lebuhraya yang Kelawar Link Memudahkan Produk 25 juta PLUS, Kerajaan Negeri baru melalui Kelawar Link Pelancongan serta Proton Plant dan Persekutuan serta

dan Hasil Bumi Hulu slim dan MDTM Raub Pahang di pasarkan

Tanah persendirian 15 juta 20. Pusat Tahfiz Moden Mempelbagaikan Institusi MAIP Behrang Stesyen Membentuk Modal Insan

11

Pelan Induk Pembangunan MDTM 2011-2021

BEHRANG HULU (PEKAN KOBOI )

21. “EXOTIC FISH SANCTUARY” - Bazar; Restoran Ikan Eksotik, Tanah Kerajaan NKEA-Tourism & 10 juta Kerajaan Negeri, Mini muzium ikan Agriculture; Jab. Perikanan, Eksotik JLN, Pelancongan, - - Kolam Memancing Daya tarikan baru untuk MDTM dan pihak - -Jungle Tracking Sungai Sekiah penjenamaan dan Swasta - - Kawasan Perkelahan mendayamajukan pekan - - Lanskap dan Alat permainan koboi - kanak-kanak - - Kemudahan awam

22. Cad. Zon Rumah Mampu Milik Tanah Kerajaan Menampung keperluan 5 juta Kerajaan Negeri golongan sederhana dan dan Perumahan 23. RPT Kakitangan Kerajaan Tanah Kerajaan membuka ruang kepada 10 juta Negara kakitangan kerajaan untuk Kerajaan Negeri memiliki lot kediaman Kerajaan Negeri, 35 juta 24. Zon-zon Burung Walit Tanah-tanah NKEA-Tourism & Veterinar, MDTM Persendirian Agriculture; dan pihak swasta Untuk menampung permintaan perusahaan ini yang semakin popular dan menguntungkan Kerajaan Negeri 25. Pusat Penyembelihan Binatang Tanah Kerajaan NKEA- Agriculture; 30 juta dan Persekutan, Ternakan Memusatkan aktiviti Veterinar dan penyembelihan selatan MDTM perak

26. Pusat Latihan Pengajar & Tanah KPTG NKEA-Edcation; Kementerian Kemahiran Lanjutan 60.0ekar Projek RMK10 fasa I 50 juta Sumber manusia

12

Pelan Induk Pembangunan MDTM 2011-2021

SLIM RIVER

27. Jalan baru - Slim River- Tapak sediada NKEA- Enhancing Infra strcture 100 JKR & MDTM Ulu Slim-Raub, Menaik taraf Jalan NKEA-Tourism – nature adventure juta Negeri & longkang Membantu meningkatkan taraf hidup penduduk luarbandar khususnya dan Kerajaan Negeri, 28. Pembangunan Eko-Pelancongan Integrasi Ulu negeri amnya Kementerian yang melibatkan kolam air panas, Slim -Sg. Slim- 80 juta Pelancongan dan Sungai-sungai dan Taman Bunga Tasek YDP pihak Negara (33km), Sg Bil swasta(SIme Sg. Chinai dan Darby) Sg Dara

29. Pembangunan Komersial Taman Bekas NKEA-Tourism 5 juta Jab Lanskap Tema Air Tasik YDP lombong Satu daya tarikan baru Slim River (L) Negara , MDTM berhampiran dan pihak swasta jalan persekutuan 1 Slim River – Tg. Malim

30. Pengindahan & naik taraf infra Pekan Slim NKEA-Tourism & Enhancing Infra 100 MDTM dan Pekan Slim River River strcture ribu Kerajaan Negeri Penambahbaikan

31. Industri Air Bawah Tanah Clony Estate NKEA-Business Potensial - Kerajaan Negeri & SIME DARBY Hasil Baru Negeri dan Penyediaan Swasta Peluang –peluang pekerjaan

32. INTERNATIONAL CARGO AIRPORT Sebahagian NKEA-Business Service 500 Kerajaan - 0.5KM FROM RAILWAY, 1KM dari Ladang Sokongan untuk Industri automotif, juta Persekutuan, FROM FEDERAL ROAD 1 & Kelapa Sawit Pertanian dan Produk Makanan Negeri dan 1.5KM FROM PLUS HIGHWAY ASPEK Binatang ternakan Swasta

“EXOTIC FRUIT TRANSIT ZONE” Kawasan R&R NKEA- Business Service Tourism & 20 juta Kerajaan negeri & ( EFTZ) & lama-Klant Agriculture; pihak swasta

13

Pelan Induk Pembangunan MDTM 2011-2021

33. “NORTH-SOUTH INDUSTRIAL Any North-South Industrial Product & PRODUCT TRANSIT ZONE (NSipTZ)” Local Durian, Manggis, Pulasan Langsat, Petai, Jering etcs

34. Taman Makanan Binatang Felda Sg Behrang NKEA-Business 50 juta Kerajaan Negeri dan Ternakan Service/Potential Swasta - - Pembangunan Ladang Mempelbagaikan sumber - - Kilang Pengeluar Makanan hasil yang lebih menarik dan Binatang Ternakan. lumayan SLIM VILLAGE (PEKAN KOBOI ) Cad.Terminal Makanan Negara Pekan sediada di NKEA-Business 30 juta Kerajaan Negeri, 35. Timur barat (TEMAN TIBA) naik taraf Service/Potential FAMA, Jab. Pertaniaan Penjenamaan semula dan dan MDTM persediaan untuk memusatkan aktiviti pengeluaran dan pengumpulan hasil-hasil pertanian

36. Cad SMK Slim Village Kg Sawa Slim NKEA-Education 30 juta Kementerian pelajaran Village Memenuhi keperluan 37. TROLAK PEKAN (PEKAN KOBOI ) Cad. Trolak Pekan Idaman (TROPI) Tanah Kerajaan NKEA-Tourism, Agriculture& 45 juta Kerajaan Negeri, - - Kawasan Kediaman dan Swasta Enhancing Infra strcture Jabatan perikanan, Mampu milik Swasta dan MDTM - - Mini Kompleks sukan Penjenaman Semula Pekan dan kawasan rekreasi. Koboi dengan mewujudkan - - Bazar IKAN HIASAN identiti baru sebagai nilai - - Kampung Warisan tambah untuk menarik minat - - TELAGA LIMA pengunjung - - Kemudahan awam

14

Pelan Induk Pembangunan MDTM 2011-2021

“The Land for this International Cargo Airport (CIA) is very strategic in term of location in the world and very accessible to Malaysia railway line (0.5km), Malaysia Federal Road 1(1 km) & Malaysia Plus Highway (1.5km). The size of the land is more than enough. Its 5,000 acres beautiful flat land. This is the best opportunity for the best International Cargo Operator”

MDTM Town Planner

15

Pelan Induk Pembangunan MDTM 2011-2021

16

Pelan Induk Pembangunan MDTM 2011-2021

7.0 RUMUSAN

Sebagai Pentadbir dan Pemudah cara, salah satu peranan MDTM sebagai Pihak Berkuasa Tempatan adalah mengenalpasti ruang, peluang dan potensi kawasan mahupun aktiviti yang boleh diketengahkan ke peringkat negeri, negara dan antarabangsa.

Cadangan Projek-projek Strategik dalam Jadual 1.0 yang telah diterjemahkan ke atas pelan yang dilampirkan adalah suatu cabaran kepada MDTM khususnya dan egensi sokongan yang berada disekeliling amnya. Cabaran ini tidak boleh ditelan begitu sahaja kerana ia penting dan banyak kerja-kerja perlu dilakukan untuk memastikan sasaran Majlis Perbandaran Tanjong Malim 2021 tercapai. Usaha yang gigih dan jitu kearah ini adalah perlu dan pastinya ia melalui kerjasama pintar bersepakat antara pelbagai agensi kerajaan, badan-badan bukan kerajaan, ahli politik dan pihak swasta. MDTM yakin ianya bukanlah suatu yang mustahil dilaksanakan.

17