Ruj : RTM(BPR)/SM/JLD.1 ( 17 )

SIARAN MEDIA

www.rtm.gov.my my www.rtm.gov.my

y

Konsert “Lebih Indah Bersama Dato’ ” ditayang semula di TV2

KUALA LUMPUR, 13 Januari 2016 – Sebagai menyatakan penghargaan kepada peminat setia salurannya, Radio Televisyen (RTM) kembali menyiarkan konsert “ Bersama Dato’ Siti Nurhaliza” pada 23 Januari Ini, pukul 2.00 petang di TV2.

Tiada siapa yang dapat menafikan kehebatan Dato’ Siti Nurhaliza, artis kelahiran RTM yang telah berjaya dalam bidang seni. Beliau merupakan ikon yang sentiasa menjadi contoh kepada pendatang baharu dalam bidang seni suara. Program ini di iringi oleh pemuzik oleh Lok U, penyanyi latar dan penari bersama perekatarinya Encik Azdwa.

Konsert ini menampilkan lagu-lagu terbaik Dato’ Siti Nurhaliza termasuklah Lebih Indah, Warna Dunia, Mula Dan Akhir, Jerat Percintaan & Jawapan Di Persimpangan (Medley) dan Engkau Bagaikan Permata & Cahaya Seribu Liku.

Menariknya dalam konsert satu jam setengah ini, Siti mengundang dua artis terkenal berkongsi pentas dengan beliau iaitu penyanyi Indonesia, Tegar dan Akim & Majistret. Siti turut menyampaikan persembahan lagu duet dengan penyanyi Tegar bertajuk Aku Yang Dulu. Malah penyanyi yang didatangkan khas dari Indonesia itu turut mendendangkan lagu solo bertajuk Ke Mana Kasih Ayah.

Siti kemudiannya mengambil tempat menghiburkan peminat setianya dengan mengimbas lagu Kurik Kundi, Janji & Kau Pergi Tanpa Pesan (Medley). Ruang Auditorium Perdana yang dipenuhi ribuan penonton teruja memperdengarkan artis pujaan mereka ini menyampaikan lagu nostalgia Kumpulan Iklim bertajuk Suci Dalam Debu dan Bukan Aku Tak Cinta.

Kemunculan Akim & Majistret menyampaikan lagu popular mereka, Potret diikuti dua lagu duet Dato’ Siti Dan Akim & Majistret dalam lagu Mewangi dan .

Kemuncak persembahan Siti berada di pentas menyampaikan persembahan lagu Jaga Dia Untukku, Mikraj Cinta dan Anugerah Aidilfitri. Lagu berunsur ketuhanan, Mikraj Cinta karya komposer Hafiz Hamidun dimuatkan dalam album terbaharu Dato’ Siti Nurhaliza yang berjudul Unplugged.

Program diterbitkan oleh Haliza Mat Kharsa, Unit Hiburan TV RTM ini pastinya memberi impak yang baik kepada penonton dan kemunculan program ini memberi penghargaan kepada peminat yang sentiasa menyokong program terbitan RTM.

Ruj : RTM(BPR)/SM/JLD.1 ( 17 )

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

- ### -

Sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut sila hubungi :

NURUL FARIZA IBRAHIM Seksyen Perhubungan Media & Publisiti, Bahagian Perhubungan Raya, Jabatan Penyiaran Malaysia Tingkat 2, Wisma TV, ANGKASAPURI 50614 Tel : 603 2288 7166 Emel : [email protected]