AO Tribe Berpeluang Bersoal-Selidik Dengan Figura Hebat Dato’ Siti Nurhaliza Tarudin Yang Memiliki Latar Kerjaya Yang Luar Biasa Di Samping Aura Yang Tersendiri
Total Page:16
File Type:pdf, Size:1020Kb
ISI KANDUNGAN Dato’ Siti Nurhaliza : M.E.S.T.I 1 Kaya Dan Berjaya Anthony Robbins : Mencipta Hidup Luar 11 Biasa Dipersada Dunia 13 Nasihat Kehidupan Di Inspirasikan 18 Oleh Anthony Robbins 10 Sebab Mengapa Anda Tidak Mencapai 22 Kebebasan Kewangan Dan Masa Kekayaan Bersadur Kemuliaan : 27 Anugerah Yang Tidak Ternilai Sindrom Qarun : Keangkuhan Yang 31 Memusnahkan 34 Jerry Rizal : Do It Right The First Time Penasihat Penerbitan Dr. Azizan Osman Jerry Rizal Penulisan & Editor ([email protected]) Om Karini Karean Nurzamir Zakaria Pemasaran Digital Aizzuan Mohamad Ali Ahmad Syafiq Abd Suki Pereka Grafik Mohd Helmi Mamat 1 DATO’ SITI NURHALIZA M.E.S.T.I. KAYA DAN BERJAYA Edisi kali ini cukup istimewa kerana AO Tribe berpeluang bersoal-selidik dengan figura hebat Dato’ Siti Nurhaliza Tarudin yang memiliki latar kerjaya yang luar biasa di samping aura yang tersendiri. Selain kehebatannya dalam dunia artis, beliau juga begitu sinonim dengan dunia kecantikan. untuk SimplySiti telah dilancarkan tahun ini. Siti Dato’ Siti yang lebih selesa dan mesra hanya yang mula menceburi dunia keusahawanan telah dipanggil Siti adalah ikon yang cukup berharga buat memperkenalkan SimplySiti pada tahun 2010, sebuah Negara kerana sentiasa mengharumkan nama Malaysia jenama kecantikan sebagai langkah untuk berkongsi di platform antarabangsa. Sehingga hari ini, beliau rahsia kecantikan beliau kepada wanita-wanita yang telah menerima lebih 200 anugerah tempatan dan menjadikannya sebagai seorang ikon kecantikan. antarabangsa. Berkat sokongan ramai, SimplySiti telah berjaya Kesudian Siti untuk memberi liputan dalam edisi mencapai kejayaan sebagai salah satu jenama AO Tribe kali ini meninggalkan detik yang cukup kecantikan yang setaraf dengan jenama lain di berharga. Ternyata bukan mudah untuk mencuri masa pasaran dalam tempoh 4 tahun sahaja. Inovasi wanita berusia 35 tahun ini dek kekangan komitmennya produk yang unik bagi rangkaian penjagaan kulit dan terhadap tanggungjawab sebagai seorang penyanyi wangian, serta warna-warna kosmetik yang mengikut tersohor. trend semasa, serta berkualiti tinggi membuatkan SimplySiti antara jenama kecantikan yang diminati Sikap beliau yang tetap terus berusaha secara konsisten ramai. dalam semua perkara untuk memberikan yang terbaik, terutamanya buat para peminat yang membuatkan Pasti anda tertanya bagaimana penyanyi nombor beliau tetap bertakhta di hati rakyat Malaysia. Terkenal satu Negara dan usahawan berjaya ini menguruskan dengan kecantikan dan kejayaan sebagai seorang masanya dalam bidang kerjaya yang pelbagai ini. Yang penyanyi, penulis lagu dan lirik, penerbit rekod dan menariknya, Siti mengukir kejayaan satu demi satu ahli perniagaan menjadikan beliau anak seni yang kerana beliau fokus, berjiwa besar dan berimpian luar paling disayangi di negara ini. biasa. Jika anda baca dengan teliti, anda akan faham bagaimana orang yang memiliki kejayaan, kekayaan, Album terbarunya berjudul Fragmen yang dipasarkan kesihatan, kebahagiaan dan keberkatan luar biasa pada 30 Jun lalu dikhabarkan habis dijual sebaik seperti Siti mengaplikasi ilmu MESTI – Mentor, saja berada di pasaran. Sekaligus membuktikan Elmu, Sistem, Tindakan dan Impian. Nak tahu yang para peminat diva nombor satu ini cukup selanjutnya, ilmu ini ada di program Intensif Magnet menanti kehadiran album pop terbarunya selepas dua Kekayaan dan Kejayaan (IMKK). tahun tidak membuat rakaman album penuh. Siti telah bekerjasama dengan himpulan barisan produser Bergelar usahawan industri kecantikan, maka sudah popular dan hebat seperti Aubrey Suwito, Mujahid menjadi kewajiban kepada Siti untuk berkongsi ilmu Abdul Wahab, Faizal Tahir, Mike Chan & Ade Govinda dengan peminat-peminat dan pembaca AO Tribe untuk menghidangkan karya terbaik bersama mereka. sebagai inspirasi membangkitkan ramai lagi usahawan tanahair. Baca perkongsian Siti dalam merealisasikan Pada masa yang sama, pelancaran terbesar untuk rangkaian impiannya membina sebuah empayar kosmetik - produk kecantikan dan anti-penuaan kulit yang terbesar SimplySiti. 2 SEGMEN : TAMU AOTRIBE DATO’ SITI NURHALIZA APLIKASI FORMULA M.E.S.T.I. DALAM KERJAYA 1. Apakah kisah hidup Dato’ sebelum menjadi seorang artis dan usahawan? Sebelum bergelar seorang anak seni, saya memang seorang pelajar dan masih belajar di sekolah menengah di Kuala Lipis, Pahang. Di samping itu, saya seorang yang sangat aktif dalam bidang seni dan kebudayaan di sekolah serta mewakili sekolah dan daerah juga dalam bidang sukan. Di kampung, saya sering mengikut bapa saudara saya yang mempunyai banda sendiri untuk menyanyi di majlis orang kahwin atau majlis kebudayaan. Saya mula menceburkan diri dalam bidang seni selepas menjuarai pertandingan Bintang HMI terbitan RTM pada tahun 1995 dan album pertama saya muncul di pasaran pada tahun 1996. 3 2. Mengapa Dato’ mahu menjadi seorang usahawan walaupun sudah berjaya sebagai seorang artis? Memang saya amat berminat tentang soal kecantikan wanita sejak dulu lagi. Jadi saya mengambil keputusan untuk mengusahakan sebuah syarikat dan jenama kecantikan untuk berkongsi rahsia kecantikan saya bersama para wanita di luar sana. 3. Bagaimana Dato’ mula menceburi bidang keusahawan terutamanya industri kecantikan? Apakah langkah-langkah Dato’ sebelum menceburi perniagaan ini? Sebelum memulakan sebarang syarikat keusahawanan, terutamanya dalam industri kecantikan, banyak perkara harus dilakukan terlebih dahulu, terutamanya penyelidikan dari segi pasaran, trend, kandungan efektik untuk produk, dan tabiat pengguna. Kita juga perlu mengambil tahu dan menitik beratkan soal potensi untuk masuk ke dalam sesebuah pasaran tertentu. Amat penting juga untuk memiliki strategi yang baik dari segi pemasaran dan perlu juga untuk bekerjasama dan mempunyai hubungan yang erat dengan rangkaian pengedar barangan kita. Dengan memiliki semua pengetahuan mengenai perkara-perkara tersebut barulah saya ada keyakinan untuk memasuki pasaran dan industri kecantikan ini. 4 4. Bagaimana Dato’ memasarkan produk dan perkhidmatan di pasaran kosmetik yang sudah matang dengan berbagai jenis jenama? Tidak dapat dinafikan lagi bahawa terdapat banyak jenama-jenama kecantikan di pasaran sekarang. Amatlah penting bagi sesebuah jenama untuk mengambil tahu dan peka dengan keadaan serta trend pasaran sekeliling. Menyelidik dan mengkaji pelbagai jenis kemahuan dan keperluan para pengguna, supaya kita boleh memberikan yang terbaik kepada pelanggan. Sesuai dan sejajar dengan kemahuan mereka. 5. Apakah cabaran-cabaran yang Dato’ hadapi dalam perniagaan dan bagaimana Dato’ menangani cabaran-cabaran ini? Sebagai seorang usahawan, tak kira dalam apa jua bidang pun, cabaran datang dari pelbagai segi, terutamanya, saingan luar. Kita perlu peka dengan kehendak pasaran dan kehendak pengguna-pengguna, serta memiliki kepakaran untuk mengendalikan operasi syarikat dari segi pemasaran, admin dan sebagainya. Saya juga memastikan bahawa saya memiliki team yang mempunyai kepakaran, pengalaman dan pengetahuan di dalam mengendalikan syarikat ini supaya kami lebih maju dan lebih inovatif ke depan. Untuk kekal di dalam pasaran yang kian giat berkembang, kita perlu lebih inovatif dengan produk-produk yang ditawarkan kepada para pengguna. Contohnya seperti rangkaian penjagaan kulit yang baru-baru ini dilancarkan iaitu Hidra Vita. Hidra Vita merupakan sebuah konsep terbaru penjagaan kulit di mana ia merupakan rangkaian penjagaan khusus yang bebas dari sebarang wangian dan terdiri daripada Hidra Vita A, B, C, E dan disesuaikan dengan sasaran keperluan tertentu kulit. 5 6. Apakah rancangan Dato’ untuk mengembangkan perniagaan Dato’? InsyaAllah pada tahun 2015, saya dan team SimplySiti akan mengeluarkan lebih banyak produk- produk penjagaan kulit dan juga kosmetik dengan konsep baru dan manfaat-manfaat yang lebih efektif, warna- warna seasonal collection yang lebih menarik untuk para pengguna di luar sana. Pada tahun depan juga, InsyaAllah kami ingin melancarkan wangian eksklusif yang patut dinantikan oleh para pengguna di luar sana. Kami di SimplySiti juga ingin meluaskan lagi sasaran pengguna kami melalui strategi pemasaran yang lebih antarabangsa. Ini dapat dilihat dari segi packaging kami, konsep marketing yang lebih antarabangsa supaya dapat diterima dengan lebih luas lagi. 7. Pada pandangan Dato’, apakah ciri-ciri utama seorang usahawan yang berjaya? Untuk menjadi usahawan yang berjaya, seseorang itu perlulah mempunyai tahap kegigihan dan kesabaran yang tinggi. Ini kerana terdapat banyak saingan di luar sana. Akan tetapi, jadikan setiap kritikan, teguran atau saingan sebagai teladan dan iktibar untuk lebih maju ke depan. Kita juga perlulah mempunyai keinginan untuk belajar perkara yang baru dari pengguna dan juga saingan- saingan yang berada di dalam pasaran supaya dapat lebih memperbaiki apa yang kita sedang lakukan sekarang. 8. Pada pandangan Dato’, mengapa wanita perlu menceburi bidang keusahawanan? Bagi Siti, lelaki ataupun wanita, tidak penting. Yang penting ialah daya usaha, cita-cita dan sikap mahu belajar dan bersaing untuk lebih ke depan. Untuk berjaya, seseorang itu perlulah mempunyai semangat kental dan kegigihan untuk bersaing dan menjadi terbaik. Akan tetapi, jika kita bercakap soal industri kecantikan, semestinya kaum wanita mempunyai kelebihan kerana mereka memahami keperluan dan kemahuan wanita dari segi kecantikan. 6 9. Bagaimana Dato’ menguruskan masa sebagai seorang artis dan usahawan? Saya mengaku bahawa bukanlah suatu perkara yang senang untuk membahagikan masa sebagai seorang artis dan juga seorang usahawan. Tetapi Alhamdulillah, saya amat beruntung dan bersyukur