SIARAN MEDIA

RTM Rai Pekerja Di TV1 Dan TV2

KUALA LUMPUR, 26 April 2017 – Menambah semarak sambutan Hari Pekerja yang diraikan seluruh negara pada 1 Mei ini, Radio Televisyen Malaysia (RTM) turut menyatakan penghargaan kepada golongan pekerja dengan menyiarkan beberapa program menarik menerusi saluran TV1 dan TV2.

Tanggal 1 Mei ini, TV1 menyiarkan dua program khas bermula “Siaran Langsung Sambutan Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan 2017” dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya seawal pukul 11.00 pagi. Tema Sambutan Hari Pekerja pada tahun ini adalah Pekerja Kreatif Pencetus Inovasi. Ia kemudiannya diikuti dengan tayangan hiburan “Konsert Lentera Timur Dato’ Siti Nurhaliza”, pukul 1.30 petang.

“Konsert Lentera Timur Dato’ Siti Nurhaliza”, konsert sepenuhnya yang mempersembahkan muzik/lagu tradisional dengan diiringi oleh Orkestra Tradisional Malaysia (OTM). Persembahan konsert yang dinamakan Konsert Lentera Timur yang membawa maksud cahaya timur yang digarapkan dalam 1suara, 1impian dan 1malaysia dengan penampilan tidak kurang dari 40 orang pemuzik Orkestra Tradisional Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum serta kepelbagaian instrumen muzik antaranya rebab, serunai, gambus, sape, perkusi, gaohu, zhonghu, sauna, dizi, erhu dan sitar.

Lagu-lagu yang disampaikan adalah mencakupi elemen muzik 1Malaysia dimana lagu-lagu ini juga akan digubah dalam bentuk lebih harmoni. Gubahan ini menjadikan konsert ini lebih hebat dan dikenang penonton. Gabungan di antara Dato' Siti Nurhaliza dan OTM ini bukan sahaja diharap menarik minat audiens melayu tetapi peminat-peminat muzik pelbagai kaum.

Konsert yang berlangsung selama 2 jam ini akan menampilkan Dato' Siti Nurhaliza menyampaikan hampir kesemua genre muzik/irama tradisonal bagi menepati konsep persembahan lagu-lagu tradisional.

Pada hari sama, TV2 pula menyiarkan program “Linkin Park : Live From Madison Square Garden”, pukul 9.05 malam. Berita baik pastinya kepada penggemar kumpulan Linkin Park.

Saksikan konsert “Linkin Park : Live From Madison Square Garden” mengajak penonton berhibur dengan kumpulan dianggotai oleh Chester Bennington, Mike Shinoda, Joe Hahn, Brad Delson, Rob Bourdon, David Farrell ini. Sepanjang berlangsungnya konsert ini, 24 buah lagu bakal dikongsikan dengan penonton. Antara lagu The Requiem, Faint, Lying From You, Given Up, What Ive Done, No More Sorrow, Numb, In The End dan One Step Closer.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

- ### -

Sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut sila hubungi :

NURUL FARIZA IBRAHIM Seksyen Perhubungan Media & Publisiti, Bahagian Perhubungan Raya, Jabatan Penyiaran Malaysia Tingkat 2, Wisma TV, ANGKASAPURI 50614 Tel : 603 2288 7166 E-mel : [email protected]