Siaran Media

Siaran Media

Ruj : RTM(BPR)/SM/JLD.1 ( 17 ) SIARAN MEDIA www.rtm.gov.my my www.rtm.gov.my y Konsert “Lebih Indah Bersama Dato’ Siti Nurhaliza” ditayang semula di TV2 KUALA LUMPUR, 13 Januari 2016 – Sebagai menyatakan penghargaan kepada peminat setia salurannya, Radio Televisyen Malaysia (RTM) kembali menyiarkan konsert “Lebih Indah Bersama Dato’ Siti Nurhaliza” pada 23 Januari Ini, pukul 2.00 petang di TV2. Tiada siapa yang dapat menafikan kehebatan Dato’ Siti Nurhaliza, artis kelahiran RTM yang telah berjaya dalam bidang seni. Beliau merupakan ikon yang sentiasa menjadi contoh kepada pendatang baharu dalam bidang seni suara. Program ini di iringi oleh pemuzik oleh Lok U, penyanyi latar dan penari bersama perekatarinya Encik Azdwa. Konsert ini menampilkan lagu-lagu terbaik Dato’ Siti Nurhaliza termasuklah Lebih Indah, Warna Dunia, Mula Dan Akhir, Jerat Percintaan & Jawapan Di Persimpangan (Medley) dan Engkau Bagaikan Permata & Cahaya Seribu Liku. Menariknya dalam konsert satu jam setengah ini, Siti mengundang dua artis terkenal berkongsi pentas dengan beliau iaitu penyanyi Indonesia, Tegar dan Akim & Majistret. Siti turut menyampaikan persembahan lagu duet dengan penyanyi Tegar bertajuk Aku Yang Dulu. Malah penyanyi yang didatangkan khas dari Indonesia itu turut mendendangkan lagu solo bertajuk Ke Mana Kasih Ayah. Siti kemudiannya mengambil tempat menghiburkan peminat setianya dengan mengimbas lagu Kurik Kundi, Janji & Kau Pergi Tanpa Pesan (Medley). Ruang Auditorium Perdana yang dipenuhi ribuan penonton teruja memperdengarkan artis pujaan mereka ini menyampaikan lagu nostalgia Kumpulan Iklim bertajuk Suci Dalam Debu dan Bukan Aku Tak Cinta. Kemunculan Akim & Majistret menyampaikan lagu popular mereka, Potret diikuti dua lagu duet Dato’ Siti Dan Akim & Majistret dalam lagu Mewangi dan Terbaik Bagimu. Kemuncak persembahan Siti berada di pentas menyampaikan persembahan lagu Jaga Dia Untukku, Mikraj Cinta dan Anugerah Aidilfitri. Lagu berunsur ketuhanan, Mikraj Cinta karya komposer Hafiz Hamidun dimuatkan dalam album terbaharu Dato’ Siti Nurhaliza yang berjudul Unplugged. Program diterbitkan oleh Haliza Mat Kharsa, Unit Hiburan TV RTM ini pastinya memberi impak yang baik kepada penonton dan kemunculan program ini memberi penghargaan kepada peminat yang sentiasa menyokong program terbitan RTM. Ruj : RTM(BPR)/SM/JLD.1 ( 17 ) Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store. - ### - Sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut sila hubungi : NURUL FARIZA IBRAHIM Seksyen Perhubungan Media & Publisiti, Bahagian Perhubungan Raya, Jabatan Penyiaran Malaysia Tingkat 2, Wisma TV, ANGKASAPURI 50614 Kuala Lumpur Tel : 603 2288 7166 Emel : [email protected] .

View Full Text

Details

  • File Type
    pdf
  • Upload Time
    -
  • Content Languages
    English
  • Upload User
    Anonymous/Not logged-in
  • File Pages
    2 Page
  • File Size
    -

Download

Channel Download Status
Express Download Enable

Copyright

We respect the copyrights and intellectual property rights of all users. All uploaded documents are either original works of the uploader or authorized works of the rightful owners.

  • Not to be reproduced or distributed without explicit permission.
  • Not used for commercial purposes outside of approved use cases.
  • Not used to infringe on the rights of the original creators.
  • If you believe any content infringes your copyright, please contact us immediately.

Support

For help with questions, suggestions, or problems, please contact us