University of Malaya
Total Page:16
File Type:pdf, Size:1020Kb
KERJASAMA POLITIK MELAYU-ISLAM: ANALISIS HUBUNGAN UMNO-PAS DARI TAHUN 1968 HINGGA 1978 MOHAMMAD TAWFIK BIN YAAKUBMalaya of INSTITUT PENGAJIAN SISWAZAH UNIVERSITI MALAYA UniversityKUALA LUMPUR 2018 KERJASAMA POLITIK MELAYU-ISLAM: ANALISIS HUBUNGAN UMNO-PAS DARI TAHUN 1968 HINGGA 1978 MOHAMMAD TAWFIK BIN YAAKUB Malaya TESIS DISERAHKAN SEBAGAIof MEMENUHI KEPERLUAN BAGI IJAZAH DOKTOR FALSAFAH INSTITUT PENGAJIAN SISWAZAH UniversityUNIVERSITI MALAYA KUALA LUMPUR 2018 UNIVERSITI MALAYA PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN Nama: Mohammad Tawfik bin Yaakub No. Pendaftaran / Matrik : HHB 140017 Nama Ijazah: Ijazah Doktor Falsafah Tajuk Kertas Projek / Laporan Penyelidikan / Disertasi / Tesis (“Hasil Kerja Ini”) : Kerjasama Politik Melayu-Islam: Analisis Hubungan UMNO-PAS Dari Tahun 1968 Hingga 1978 Bidang Penyelidikan: Pengajian Politik Saya dengan sesungguhnya dan sebenarnya mengaku bahawa: (1) Saya adalah satu-satunya pengarang/penulis Hasil Kerja ini; (2) Hasil Kerja ini adalah asli; (3) Apa-apa penggunaan mana-mana hasil kerja yang mengandungi hakcipta telah dilakukan secara urusan yang wajar dan bagi maksud yang dibenarkan dan apa-apa petikan, ekstrak, rujukan atau pengeluaran semula daripada atau kepada mana-mana hasil kerja yang mengandungi hakcipta telah dinyatakan dengan sejelasnya dan secukupnya dan satu pengiktirafan tajuk hasil kerja tersebut dan pengarang/penulisnya telah dilakukan di dalam Hasil Kerja ini; (4) Saya tidak mempunyai apa-apa pengetahuan sebenar atau patut semunasabahnya tahu bahawa penghasilan Hasil Kerja ini melanggar suatu hakcipta hasil kerja lain; (5) Saya dengan ini menyerahkan kesemua dan tiap-tiap hak yang terkandung di dalam hakcipta Hasil Kerja ini kepada Universiti Malaya (“UM”) yang seterusnya mula dari sekarang adalah tuan punya kepada hakcipta diMalaya dalam Hasil Kerja ini dan apa-apa pengeluaran semula atau penggunaan dalam apa jua bentuk atau dengan apa juga cara sekalipun adalah dilarang tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis dari UM; (6) Saya sedar sepenuhnya sekiranya dalam masa penghasilan Hasil Kerja ini saya telah melanggar suatu hakcipta hasil kerja yangof lain sama ada dengan niat atau sebaliknya, saya boleh dikenakan tindakan undang-undang atau apa-apa tindakan lain sebagaimana yang diputuskan oleh UM. Tandatangan Calon: Tarikh: Diperbuat dan sesungguhnya diakui di hadapan, University Tandatangan Saksi: Tarikh: Nama: DR OSMAN BIN MD RASIP Jawatan: PENSYARAH/PENYELIA ii KERJASAMA POLITIK MELAYU-ISLAM: ANALISIS HUBUNGAN UMNO-PAS DARI TAHUN 1968 HINGGA 1978 ABSTRAK Kajian ini membincangkan kerjasama politik Melayu-Islam melalui analisis hubungan UMNO dengan PAS dari tahun 1968 hingga 1978. Tujuannya ialah mengenalpasti peristiwa-peristiwa yang mempengaruhi kerjasama politik Melayu-Islam tahun 1973, menilai kedinamikan politik UMNO-PAS antara tahun 1968 hingga 1978, dan akhirnya menganalisis impak kerjasama politik UMNO-PAS kepada perkembangan Melayu- Islam. Bagi menjalankan kajian ini, teori kerjasama dan konsep Tahaluf Siyasi dipilih sebagai alat analisis kerana pendekatan-pendekatan tersebut berkaitan dengan kajian kerjasama politik Melayu-Islam. Penyelidikan ini menggunakan kaedah pengumpulan data dari sumber primer dan sekunder. Data sumberMalaya primer diperolehi menerusi kaedah temu bual dengan mantan pemimpin yangof pernah menerajui kedua-dua parti politik manakala data sumber sekunder diperolehi daripada buku-buku, tesis dan jurnal yang diterbitkan berkaitan kajian. Data-data ini kemudiannya dianalisis secara kualitatif. Di akhir analisis, kajian ini mendapati terdapat peristiwa-peristiwa mempengaruhi kerjasama politik tahun 1973, wujud kedinamikan politik dan impak terhadap perkembangan politik Melayu-Islam di negara ini. Dapatan-dapatan penting ini memberi sumbangan kepada proses kerjasama politik Melayu-Islam di Malaysia ini khususnyaUniversity melibatkan UMNO dengan PAS. Kata Kunci: kerjasama politik, kedinamikan, Melayu-Islam iii THE MALAY-MUSLIM POLITICAL COOPERATION: AN ANALYSIS ON UMNO-PAS RELATIONSHIP FROM 1968 UNTIL 1978 ABSTRACT This study discusses Malay-Muslim Political Cooperation: An Analysis on UMNO-PAS Relationship from 1968 until 1978. It aims to identify events that affect Malay-Muslim political cooperation in 1973, assessing the political dynamism of UMNO-PAS between 1968 to 1978, and to analyze the impact of political cooperation UMNO-PAS to the development of the Malay-Muslims. To proceed with this research, the theory of cooperation and concept of Tahaluf Siyasi are being selected as the analytical tools, as these approaches are related to the study of Malay-Muslim political cooperation. This collects data from primary and secondary sources. The primary source was obtained through interviews with former leaders and the leadershipsMalaya of both political parties, while the secondary sources comprise books,of theses, and journals published related to the research. These data are then analysed qualitatively. Based on the analysis the study found that there were certain events that affect the Malay-Muslim political cooperation in 1973, the existence of political dynamism between UMNO-PAS and its impact to the political cooperation development of the Malay-Islamic politics in this country. This research poses important insights that could contribute to the process of Malay- Muslim political cooperation particularly involving UMNO and PAS. Keywords:University political cooperation, dynamism, Malay-Muslim iv PENGHARGAAN Dengan nama Allah s.w.t Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, keluarga dan para sahabat baginda. Alhamdulillah, syukur atas limpah kurniaNya kajian ini dapat diselesaikan dengan sempurnanya selepas bertungkus lumus tiga tahun lamanya. Pertama sekali saya ingin mengambil kesempatan ini merakamkan penghargaan kepada Dr Osman bin Md Rasip atas segala tunjuk ajar yang diberikan sepanjang tempoh penyeliaannya. Dorongan dan bimbingan beliau merupakan satu inspirasi kepada saya untuk lebih bersemangat menamatkan pengajian yang sungguh mencabar ini. Ucapan terima kasih juga diberikan kepada dua bekas penyelia iaitu Dr Ali Boerhanoeddin dan Prof. Dato’ Paduka Mohamad MalayaAbu Bakar. Keduanya, saya ingin berterima kasih kepada mak dan abah tercinta iaitu Hasiah binti Sheikh dan Allahyarham Yaakub bin Ismail yang sentiasaof mendoakan anaknya ini untuk berjaya. Meskipun abah tidak sempat meraikan kejayaan ini, namun abah pasti gembira kerana anaknya mampu menunaikan cita-citanya. Didoakan abah bersama para solehin. Tidak lupa juga ingatan kasih kepada isteri, Nurul Hidayah bt. A. Rahim, abang dan kakak tercinta iaitu, Badrul Hisham, Munirah dan Suraya yang daripada awal tidak berganjak memberi sokongan kepada saya untuk mengejar impian ini UniversityAkhirnya, kajian ini diharapkan dapat menjadi rujukan kepada umat Melayu-Islam bagi menyelesaikan kemelut perpecahan sekaligus menjadi perisai sekiranya diancam oleh musuh-musuh bangsa dan agama. Sekian, Terima Kasih Mohammad Tawfik bin Yaakub, Institut Pengajian Siswazah Universiti Malaya. v JADUAL KANDUNGAN Borang Perakuan Keaslian Penulisan............................................................................... ii Abstrak.............................................................................................................................. iii Abstract............................................................................................................................. iv Penghargaan...................................................................................................................... v Jadual Kandungan............................................................................................................. vi Senarai Jadual................................................................................................................... ix Senarai Singkatan.............................................................................................................. x Senarai Lampiran.............................................................................................................. xi BAB 1: PENGENALAN 1.1 Pendahuluan...................................................................................................... 1 1.2 Keintiman Hubungan Melayu-Islam Sebelum Merdeka.................................. 3 1.2.1 Perkembangan Masyarakat Politik Melayu Era Kolonialisme………. 4 1.2.2 Hubungan Aliran-Aliran Politik Melayu Sebelum Merdeka................ 6 1.2.3 Bibit-Bibit Kerjasama Politik Melayu-Islam Menjelang Merdeka...... 15 1.2.4 Kemelut Natrah Pencetus Kerjasama Melayu-Islam Se-Malaya......... 17 1.2.5 Perkembangan Kerjasama Politik MelayuMalaya-Islam Pasca Merdeka........ 20 1.3 Pernyataan Masalah.......................................................................................... 22 1.4 Persoalan Kajian............................................................................................... 25 1.5 Objektif Kajian....................................................................of ............................. 25 1.6 Skop Kajian...................................................................................................... 26 1.6.1 Latar Masa............................................................................................ 26 1.6.2 Pemilihan Parti..................................................................................... 27 1.7 Kaedah Kajian.................................................................................................. 29 1.8 Analisis